original
stringlengths 28
38.9k
| cleaned
stringlengths 3
11.7k
| no_page
int64 0
70k
| actual_no_page
int64 1
252
| date
timestamp[s] | url
stringlengths 60
60
|
---|---|---|---|---|---|
DR.01.03.2022 31
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Soalan tambahan
pertama. Sila, Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah
diberikan. Kita sudah pasti amat berharap agar Lembaga Tabung Haji dapat terus berjaya
menjaga matlamat penubuhannya, membina dasar dan polisinya dengan baik dan
merencanakan dan melaksanakan perancangan dan tindakan yang mampu
mengukuhkan lagi keyakinan para pendeposit dan rakyat secara umumnya. Kita doakan
Lembaga Tabung Haji terus berjaya menempuh segala kesukaran yang sedang dihadapi.
Soalan saya. Seperti yang kita sedia maklum, syarikat TH Plantation pada zaman
Kerajaan PH dahulu telah meluluskan usaha penjualan ladang-ladang yang dikatakan
‘sakit’ sebanyak lebih 70,000 hektar. Soalan saya, bagaimanakah prestasi semasa
ladang-ladang ini? Adakah ia telah berjaya dipulihkan atau pihak TH Plantation masih lagi
ingin meneruskan pelan penjualan besar-besaran tersebut? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Bachok. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary: Terima kasih kepada sahabat saya Yang
Berhormat Bachok atas keprihatinan terhadap institusi kewangan umat Islam yang
terbesar dalam negara kita. Kita doakan supaya ia akan terus menjadi sebuah institusi
yang diyakini oleh para pendeposit.
Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat berkaitan dengan Tabung Haji
Plantation, salah satu daripada sayap Tabung Haji itu sendiri. Untuk makluman Dewan
dan juga Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang tertegak pada hari ini adalah disebabkan
iltizam untuk menyelamatkan aset-aset umat Islam terutamanya aset Lembaga Tabung
Haji daripada terus dilelong dan dijual sewenang-wenangnya. Alhamdulillah, setelah
bertukarnya kerajaan, kita telah menghentikan segala usaha penjualan aset-aset
Lembaga Tabung Haji terutamanya berkaitan dengan Tabung Haji Plantation.
Namun begitu, aset ini sebagaimana kita sedia maklum, ia terbiar begitu lama
sepanjang pemerintahan yang lalu, tidak dibaja, tidak dijaga dengan elok dan kerajaan
pada hari ini telah pun meluluskan pelan rehab aset-aset yang terbiar tersebut bagi
memaksimumkan hasil pengeluaran ladang-ladang ini khususnya sebanyak lebih RM150
juta telah diperuntukkan untuk kos membaja dan memulihkan ladang-ladang ini bagi
menghasilkan pulangan yang optimum.
Sebagai perbandingan yang lebih jelas, saya hendak sebut kepada Dewan yang
mulia ini bahawa hasil jualan Tabung Haji Plantation telah meningkat kepada RM760.8
juta pada tahun 2021 berbanding RM493.65 juta pada tahun 2019. Peningkatan sejumlah
RM332.85 juta setelah kita mengambil alih teraju pentadbiran terutama berkaitan dengan
Lembaga Tabung Haji.
Ini sebuah tindakan yang sangat tepat apabila kita telah pun meneliti semula
penjualan-penjualan yang dicadangkan dan jumlahnya begitu besar dan sebahagian
daripada penjualan yang belum dimuktamadkan telah pun kita batalkan dan kerajaan telah
pun mengusahakan untuk mengusahakan sendiri ladang-ladang itu di bawah kelolaan
Tabung Haji. Terbukti dengan harga sawit yang ada pada hari ini, ia sangat memberi
keuntungan dan pulangan yang banyak khususnya kepada Tabung Haji dan akhirnya
diagihkan juga kepada para pendeposit. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Soalan tambahan
yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Kepong. Sila.
Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan
tambahan saya, apakah status siasatan RCI terhadap Lembaga Tabung Haji dan bila
agaknya keputusan RCI ini boleh diumumkan kepada rakyat? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Kepong. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
| Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Soalan tambahan pertama. Sila, Yang Berhormat Bachok. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Kita sudah pasti amat berharap agar Lembaga Tabung Haji dapat terus berjaya menjaga matlamat penubuhannya, membina dasar dan polisinya dengan baik dan merencanakan dan melaksanakan perancangan dan tindakan yang mampu mengukuhkan lagi keyakinan para pendeposit dan rakyat secara umumnya. Kita doakan Lembaga Tabung Haji terus berjaya menempuh segala kesukaran yang sedang dihadapi. Soalan saya. Seperti yang kita sedia maklum, syarikat TH Plantation pada zaman Kerajaan PH dahulu telah meluluskan usaha penjualan ladang-ladang yang dikatakan 'sakit' sebanyak lebih 70,000 hektar. Soalan saya, bagaimanakah prestasi semasa ladang-ladang ini? Adakah ia telah berjaya dipulihkan atau pihak TH Plantation masih lagi ingin meneruskan pelan penjualan besar-besaran tersebut? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary: Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bachok atas keprihatinan terhadap institusi kewangan umat Islam yang terbesar dalam negara kita. Kita doakan supaya ia akan terus menjadi sebuah institusi yang diyakini oleh para pendeposit. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat berkaitan dengan Tabung Haji Plantation, salah satu daripada sayap Tabung Haji itu sendiri. Untuk makluman Dewan dan juga Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang tertegak pada hari ini adalah disebabkan iltizam untuk menyelamatkan aset-aset umat Islam terutamanya aset Lembaga Tabung Haji daripada terus dilelong dan dijual sewenang-wenangnya. Alhamdulillah, setelah bertukarnya kerajaan, kita telah menghentikan segala usaha penjualan aset-aset Lembaga Tabung Haji terutamanya berkaitan dengan Tabung Haji Plantation. Namun begitu, aset ini sebagaimana kita sedia maklum, ia terbiar begitu lama sepanjang pemerintahan yang lalu, tidak dibaja, tidak dijaga dengan elok dan kerajaan pada hari ini telah pun meluluskan pelan rehab aset-aset yang terbiar tersebut bagi memaksimumkan hasil pengeluaran ladang-ladang ini khususnya sebanyak lebih RM150 juta telah diperuntukkan untuk kos membaja dan memulihkan ladang-ladang ini bagi menghasilkan pulangan yang optimum. Sebagai perbandingan yang lebih jelas, saya hendak sebut kepada Dewan yang mulia ini bahawa hasil jualan Tabung Haji Plantation telah meningkat kepada RM760.8 juta pada tahun 2021 berbanding RM493.65 juta pada tahun 2019. Peningkatan sejumlah RM332.85 juta setelah kita mengambil alih teraju pentadbiran terutama berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji. Ini sebuah tindakan yang sangat tepat apabila kita telah pun meneliti semula penjualan-penjualan yang dicadangkan dan jumlahnya begitu besar dan sebahagian daripada penjualan yang belum dimuktamadkan telah pun kita batalkan dan kerajaan telah pun mengusahakan untuk mengusahakan sendiri ladang-ladang itu di bawah kelolaan Tabung Haji. Terbukti dengan harga sawit yang ada pada hari ini, ia sangat memberi keuntungan dan pulangan yang banyak khususnya kepada Tabung Haji dan akhirnya diagihkan juga kepada para pendeposit. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Kepong. Sila. Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah status siasatan RCI terhadap Lembaga Tabung Haji dan bila agaknya keputusan RCI ini boleh diumumkan kepada rakyat? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. | 31 | 39 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
32 DR.01.03.2022
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary: Terima kasih Yang Berhormat Kepong
yang juga prihatin terhadap aset-aset Lembaga Tabung Haji.
Pihak kerajaan, sebagaimana kita sedia maklum, telah pun menubuhkan RCI
yang telah pun dibentuk oleh Kabinet dan telah pun diumumkan keanggotaan RCI dan
telah pun diumumkan terma dan juga skop yang akan diuruskan oleh RCI ini. Insya-Allah,
mereka sedang menjalankan proses siasatan. Dalam jangka masa yang tertentu akan
diumumkan kepada awam dan juga akan diumumkan kepada Parlimen ini, insya-Allah,
dalam masa yang telah pun ditetapkan akan diumumkan kepada semua. Terima kasih
Yang Berhormat.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
8. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Kanan Perdagangan
Antarabangsa dan Industri menyatakan kedudukan terkini pelaburan negara di luar negeri,
pelaburan asing ke Malaysia, jumlah dan jenis pelaburan serta usaha Kementerian bagi
meningkatkan jumlah pelaburan ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Lim Ban
Hong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia
dan Bank Negara Malaysia, pelaburan langsung Malaysia di luar negara merekodkan
sejumlah RM39.3 bilion dalam tempoh Januari hingga September 2021 sekali gus
mencerminkan daya saing syarikat-syarikat tempatan di luar negara dalam pelbagai
sektor termasuk dalam aktiviti kewangan dan insurans, takaful sebanyak RM11.6 bilion,
perlombongan dan pengkuarian termasuk minyak dan gas asli sebanyak RM9.01 bilion,
pembuatan sebanyak RM7.6 bilion dan pembinaan sebanyak RM1.3 bilion.
■1200
Untuk pelaburan asing ke Malaysia pula, sungguhpun situasi ekonomi dunia
terkesan dengan pandemik COVID-19, ini tidak menjejaskan keyakinan pelabur terhadap
Malaysia. Bagi tempoh Januari hingga September 2021, jumlah keseluruhan pelaburan
yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama melonjak sebanyak
RM51.5 peratus berbanding jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh yang sama
pada 2020.
Pelaburan ini melibatkan 3,037 projek yang dijangka akan menjana sejumlah
79,899 peluang pekerjaan baharu. Malah, pelaburan asing daripada negara-negara
seperti Singapura, Republik Rakyat China, Austria, Jepun dan Belanda yang merekodkan
sejumlah RM106.1 bilion merupakan penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan
pelaburan negara yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2021.
Sebanyak RM91.7 bilion atau 86.4 peratus daripada keseluruhan jumlah
pelaburan asing adalah daripada sektor perkilangan. Ini diikuti oleh sektor perkhidmatan
dengan jumlah RM10.9 bilion iaitu 10.3 peratus dan sektor utama adalah sebanyak RM3.5
bilion iaitu 3.3 peratus. Tuan Yang di-Pertua, untuk jumlah dan jenis pelaburan ke Labuan,
sukacita dimaklumkan bahawa dari tahun 1980 sehingga September 2021, jumlah
pelaburan yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan dalam sektor perkilangan
mencecah RM4.2 bilion yang terdiri daripada 28 buah projek dengan 3,629 peluang
pekerjaan.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, RM0.5 bilion atau 11 peratus merupakan
pelaburan langsung asing dalam pelbagai industri, termasuk produk logam asas, kimia,
jentera dan kelengkapan; produk galian bukan logam, kelengkapan pengangkutan, produk
kayu serta produk logam fabrikasi.
Manakala, untuk sektor perkhidmatan pula di bawah kawal selia MIDA, jumlah
pelaburan yang telah dilaksanakan dari tahun 1980 sehingga September 2021 di Wilayah
Persekutuan Labuan ialah sebanyak 15 projek yang bernilai RM91.3 juta dengan 633
peluang pekerjaan dalam sektor seperti hotel dan pelancongan, perkhidmatan dan
sokongan.
| Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary: Terima kasih Yang Berhormat Kepong yang juga prihatin terhadap aset-aset Lembaga Tabung Haji. Pihak kerajaan, sebagaimana kita sedia maklum, telah pun menubuhkan RCI yang telah pun dibentuk oleh Kabinet dan telah pun diumumkan keanggotaan RCI dan telah pun diumumkan terma dan juga skop yang akan diuruskan oleh RCI ini. Insya-Allah, mereka sedang menjalankan proses siasatan. Dalam jangka masa yang tertentu akan diumumkan kepada awam dan juga akan diumumkan kepada Parlimen ini, insya-Allah, dalam masa yang telah pun ditetapkan akan diumumkan kepada semua. Terima kasih Yang Berhormat. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. 8. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kedudukan terkini pelaburan negara di luar negeri, pelaburan asing ke Malaysia, jumlah dan jenis pelaburan serta usaha Kementerian bagi meningkatkan jumlah pelaburan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Lim Ban Hong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia, pelaburan langsung Malaysia di luar negara merekodkan sejumlah RM39.3 bilion dalam tempoh Januari hingga September 2021 sekali gus mencerminkan daya saing syarikat-syarikat tempatan di luar negara dalam pelbagai sektor termasuk dalam aktiviti kewangan dan insurans, takaful sebanyak RM11.6 bilion, perlombongan dan pengkuarian termasuk minyak dan gas asli sebanyak RM9.01 bilion, pembuatan sebanyak RM7.6 bilion dan pembinaan sebanyak RM1.3 bilion. #1200. Untuk pelaburan asing ke Malaysia pula, sungguhpun situasi ekonomi dunia terkesan dengan pandemik COVID-19, ini tidak menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Bagi tempoh Januari hingga September 2021, jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama melonjak sebanyak RM51.5 peratus berbanding jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh yang sama pada 2020. Pelaburan ini melibatkan 3,037 projek yang dijangka akan menjana sejumlah 79,899 peluang pekerjaan baharu. Malah, pelaburan asing daripada negara-negara seperti Singapura, Republik Rakyat China, Austria, Jepun dan Belanda yang merekodkan sejumlah RM106.1 bilion merupakan penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan pelaburan negara yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2021. Sebanyak RM91.7 bilion atau 86.4 peratus daripada keseluruhan jumlah pelaburan asing adalah daripada sektor perkilangan. Ini diikuti oleh sektor perkhidmatan dengan jumlah RM10.9 bilion iaitu 10.3 peratus dan sektor utama adalah sebanyak RM3.5 bilion iaitu 3.3 peratus. Tuan Yang di-Pertua, untuk jumlah dan jenis pelaburan ke Labuan, sukacita dimaklumkan bahawa dari tahun 1980 sehingga September 2021, jumlah pelaburan yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan dalam sektor perkilangan mencecah RM4.2 bilion yang terdiri daripada 28 buah projek dengan 3,629 peluang pekerjaan. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, RM0.5 bilion atau 11 peratus merupakan pelaburan langsung asing dalam pelbagai industri, termasuk produk logam asas, kimia, jentera dan kelengkapan; produk galian bukan logam, kelengkapan pengangkutan, produk kayu serta produk logam fabrikasi. Manakala, untuk sektor perkhidmatan pula di bawah kawal selia MIDA, jumlah pelaburan yang telah dilaksanakan dari tahun 1980 sehingga September 2021 di Wilayah Persekutuan Labuan ialah sebanyak 15 projek yang bernilai RM91.3 juta dengan 633 peluang pekerjaan dalam sektor seperti hotel dan pelancongan, perkhidmatan dan sokongan. | 32 | 40 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 33
Tuan Yang di-Pertua, untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Wilayah
Persekutuan Labuan, MITI melalui MIDA sentiasa berganding bahu dengan agensi-agensi
kerajaan setempat, termasuk Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA),
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Alam Sekitar Sabah (KEPKASS) dan juga
Perbadanan Labuan ke arah menjadikan Labuan sebagai salah sebuah destinasi
pelaburan terpilih di rantau ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya
difahamkan semasa briefing oleh PETRONAS di Parlimen ini beberapa tahun lepas
bahawa ada satu dasar yang memastikan pelaburan downstream oil and gas berlaku di
Pengerang. Di Labuan, PETRONAS mempunyai methanol plant. Saya difahamkan ia
adalah yang keempat terbesar di dunia untuk satu-satu lokasi.
Bolehkah kita mengadakan satu dasar untuk memastikan downstream methanol-
based product ini akan datang ke Labuan? Selama ini methanol product itu terus dieksport
dalam bentuk metanol sahaja dan ia nya boleh dibuat secara gradual ataupun staggered
dengan target time frame yang sesuai supaya sebahagian besar daripada metanol itu
akan digunakan untuk downstream di Labuan.
Kita minta MITI mengadakan insentif yang cukup menarik untuk memastikan
pelabur datang ke Labuan untuk methanol-based product itu di Labuan.
Datuk Lim Ban Hong: Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang
dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana laporan yang telah disebut oleh Yang
Berhormat tadi merupakan laporan yang spesifik, saya akan jawab secara bertulis tentang
cadangan pelaburan yang hendak dibawa ke Labuan. Akan tetapi saya ingin menyatakan
bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kita sentiasa
bekerjasama dengan agensi-agensi di Labuan, termasuk Perbadanan Labuan.
Contohnya, satu sesi padanan pelaburan yang telah dilakukan untuk menarik pelabur
asing ke Labuan yang diadakan pada Oktober 2021 telah menyasarkan USD240 juta
pelaburan untuk tempoh 2021 dan 2022.
Jadi dalam konteks ini, MITI bersama dengan agensi di bawahnya, termasuk
MIDA akan sentiasa membantu. Untuk projek yang telah disebut secara spesifik oleh Yang
Berhormat Labuan, saya akan mendapatkan maklumat berkenaan dengan perkara
tersebut dan memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, ada soalan tambahan kedua? Yang
Berhormat Tumpat, silakan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Berkaitan dengan pelaburan asing, kita dapati syarikat-syarikat gergasi asing
seperti Tesla akan melabur RM4 bilion dan Amazon pula akan melabur RM2.85 bilion di
Indonesia sebagai tapak pelaburan mereka yang baharu. Memandangkan negara kita
juga mempunyai infrastruktur digital dan pekerja yang berkemahiran tinggi seperti di
Cyberjaya, adalah merugikan jika syarikat-syarikat gergasi ini tidak memilih negara kita.
Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk mempromosikan kelebihan
infrastruktur digital di negara kita ini kepada pelabur luar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Lim Ban Hong: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, untuk menarik
lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing dalam sektor digital ekonomi seperti tadi yang
disebut oleh Yang Berhormat Tumpat, kita telah menubuhkan sebuah pejabat yang
dinamakan sebagai Digital Investment Office (DIO). Iaitu sebuah platform usaha sama
digital antara MIDA dan juga MDEC untuk menyelaras dan juga menyediakan fasiliti
kepada semua pelaburan yang berkaitan dengan digital ekonomi.
Kita juga telah menyasarkan penarikan pelaburan digital sebanyak RM70 bilion
menjelang tahun 2025. Bukan sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah melancarkan
kerangka yang dinamakan sebagai Aspirasi Pelaburan Nasional. Di mana di bawah
Aspirasi Pelaburan Nasional, salah satu teras kita ialah untuk mencipta pekerjaan bernilai
tinggi dan juga meningkatkan kompleksiti ekonomi.
| Tuan Yang di-Pertua, untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Wilayah. Persekutuan Labuan, MITI melalui MIDA sentiasa berganding bahu dengan agensi-agensi kerajaan setempat, termasuk Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Alam Sekitar Sabah (KEPKASS) dan juga Perbadanan Labuan ke arah menjadikan Labuan sebagai salah sebuah destinasi pelaburan terpilih di rantau ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya difahamkan semasa briefing oleh PETRONAS di Parlimen ini beberapa tahun lepas bahawa ada satu dasar yang memastikan pelaburan downstream oil and gas berlaku di Pengerang. Di Labuan, PETRONAS mempunyai methanol plant. Saya difahamkan ia adalah yang keempat terbesar di dunia untuk satu-satu lokasi. Bolehkah kita mengadakan satu dasar untuk memastikan downstream methanol- based product ini akan datang ke Labuan? Selama ini methanol product itu terus dieksport dalam bentuk metanol sahaja dan ia nya boleh dibuat secara gradual ataupun staggered dengan target time frame yang sesuai supaya sebahagian besar daripada metanol itu akan digunakan untuk downstream di Labuan. Kita minta MITI mengadakan insentif yang cukup menarik untuk memastikan pelabur datang ke Labuan untuk methanol-based product itu di Labuan. Datuk Lim Ban Hong: Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana laporan yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi merupakan laporan yang spesifik, saya akan jawab secara bertulis tentang cadangan pelaburan yang hendak dibawa ke Labuan. Akan tetapi saya ingin menyatakan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kita sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi di Labuan, termasuk Perbadanan Labuan. Contohnya, satu sesi padanan pelaburan yang telah dilakukan untuk menarik pelabur asing ke Labuan yang diadakan pada Oktober 2021 telah menyasarkan USD240 juta pelaburan untuk tempoh 2021 dan 2022. Jadi dalam konteks ini, MITI bersama dengan agensi di bawahnya, termasuk MIDA akan sentiasa membantu. Untuk projek yang telah disebut secara spesifik oleh Yang Berhormat Labuan, saya akan mendapatkan maklumat berkenaan dengan perkara tersebut dan memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, ada soalan tambahan kedua? Yang Berhormat Tumpat, silakan. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkaitan dengan pelaburan asing, kita dapati syarikat-syarikat gergasi asing seperti Tesla akan melabur RM4 bilion dan Amazon pula akan melabur RM2.85 bilion di Indonesia sebagai tapak pelaburan mereka yang baharu. Memandangkan negara kita juga mempunyai infrastruktur digital dan pekerja yang berkemahiran tinggi seperti di Cyberjaya, adalah merugikan jika syarikat-syarikat gergasi ini tidak memilih negara kita. Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk mempromosikan kelebihan infrastruktur digital di negara kita ini kepada pelabur luar? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Lim Ban Hong: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, untuk menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing dalam sektor digital ekonomi seperti tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat, kita telah menubuhkan sebuah pejabat yang dinamakan sebagai Digital Investment Office (DIO). Iaitu sebuah platform usaha sama digital antara MIDA dan juga MDEC untuk menyelaras dan juga menyediakan fasiliti kepada semua pelaburan yang berkaitan dengan digital ekonomi. Kita juga telah menyasarkan penarikan pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025. Bukan sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah melancarkan kerangka yang dinamakan sebagai Aspirasi Pelaburan Nasional. Di mana di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional, salah satu teras kita ialah untuk mencipta pekerjaan bernilai tinggi dan juga meningkatkan kompleksiti ekonomi. | 33 | 41 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
34 DR.01.03.2022
Ini di mana dalam meningkatkan kompleksiti ekonomi ini, kita akan
membangunkan kluster-kluster ekonomi sedia ada dan juga membangunkan kluster
ekonomi baharu seperti digital ekonomi yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat, terima
kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah
sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-
ahli Yang Berhormat semua.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
USUL MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN-PERATURAN
MESYUARAT DI BAWAH P.M. 90(2)
Menangguhkan Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua
12.08 pg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-
undang) [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan
persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk
merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan
Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti Perkara nombor
1 yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini ke
Mesyuarat Kedua yang akan datang.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) [Datuk
Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan
masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang
dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN
DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
12.08 tgh.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-
undang) [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]: Tuan Yang di-Pertua,
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon
mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan
ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat
akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 2 Mac 2022.”
Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed
Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
| Ini di mana dalam meningkatkan kompleksiti ekonomi ini, kita akan membangunkan kluster-kluster ekonomi sedia ada dan juga membangunkan kluster ekonomi baharu seperti digital ekonomi yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat semua. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]. USUL MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 90(2). Menangguhkan Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua. 12.08 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti Perkara nombor 1 yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini ke Mesyuarat Kedua yang akan datang." Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) [Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]. USUL. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT. 12.08 tgh. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]: Tuan Yang di-Pertua, "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 2 Mac 2022." Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. | 34 | 42 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 35
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan
masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang
dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI
YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1)
Isu Bank Negara dan Kaitan dengan 1MDB
12.09 tgh.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Tuan Yang di-Pertua, saya telah
mengemukakan Usul 18(1) berbunyi.
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan pembongkaran
melalui keterangan oleh Mantan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara -
Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat mengenai amalan rasuah, salah guna kuasa
dan penyelewengan institusi Malaysia, khasnya Bank Negara Malaysia berentetan
daripada skandal 1MDB.”
■1210
Ini adalah perkara tertentu kerana pembongkaran tersebut membabitkan Bank
Negara Malaysia ketika di bawah pimpinan mantan Gabenor Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar
binti Ungku Abdul Aziz yang meluluskan transaksi segera berjumlah USD1 bilion dengan
membabitkan dakwaan pembayaran rasuah kepada Datuk Tawfiq Ayman, suami mantan
Gabenor.
Ini perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana Bank Negara
Malaysia ialah sebuah institusi tonggak kewangan negara dan pembongkaran ini mestilah
dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini oleh Kerajaan Persekutuan demi memelihara
maruah negara dan membersihkan persepsi buruk Kerajaan Malaysia.
Ini perkara berkehendak disegerakan kerana pembongkaran kes terkini terdedah
di peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera kerajaan berikutan
kegagalan agensi penguat kuasa negara, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia mengesan, menyiasat dan mendakwa mana-mana warganegara Malaysia jika
terbabit dalam apa-apa kesalahan transaksi kewangan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat,
saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh
Yang Berhormat Ketua Pembangkang pada Isnin, 28 Februari 2022 (semalam). Teks usul
itu adalah seperti yang dibaca oleh Yang Berhormat Port Dickson sebentar tadi.
Sepertimana biasa, bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat,
saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu:
(i) ia mesti mengenai perkara yang tertentu (spesifik);
(ii) kepentingan orang ramai; dan
(iii) perlu disegerakan.
Saya telah meneliti usul tersebut. Mengenai perkara yang pertama tertentu itu,
usul ini mempunyai dua bahagian. Satunya ialah mengenai keterangan Tim Leissner di
mahkamah Amerika Syarikat mengenai amalan rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan institusi Malaysia. Saya rasa perkara-perkara amalan rasuah, salah guna
kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia adalah agak terlalu am dan tidak berapa
spesifik.
| Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]. USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1). Isu Bank Negara dan Kaitan dengan 1MDB. 12.09 tgh. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengemukakan Usul 18(1) berbunyi. "Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan pembongkaran melalui keterangan oleh Mantan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara- Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat mengenai amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia, khasnya Bank Negara Malaysia berentetan daripada skandal 1MDB." #1210 Ini adalah perkara tertentu kerana pembongkaran tersebut membabitkan Bank Negara Malaysia ketika di bawah pimpinan mantan Gabenor Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz yang meluluskan transaksi segera berjumlah USD1 bilion dengan membabitkan dakwaan pembayaran rasuah kepada Datuk Tawfiq Ayman, suami mantan Gabenor. Ini perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana Bank Negara Malaysia ialah sebuah institusi tonggak kewangan negara dan pembongkaran ini mestilah dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini oleh Kerajaan Persekutuan demi memelihara maruah negara dan membersihkan persepsi buruk Kerajaan Malaysia. Ini perkara berkehendak disegerakan kerana pembongkaran kes terkini terdedah di peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera kerajaan berikutan kegagalan agensi penguat kuasa negara, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesan, menyiasat dan mendakwa mana-mana warganegara Malaysia jika terbabit dalam apa-apa kesalahan transaksi kewangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang pada Isnin, 28 Februari 2022 (semalam). Teks usul itu adalah seperti yang dibaca oleh Yang Berhormat Port Dickson sebentar tadi. Sepertimana biasa, bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu: (i) ia mesti mengenai perkara yang tertentu (spesifik); (ii) kepentingan orang ramai; dan (iii) perlu disegerakan. Saya telah meneliti usul tersebut. Mengenai perkara yang pertama tertentu itu, usul ini mempunyai dua bahagian. Satunya ialah mengenai keterangan Tim Leissner di mahkamah Amerika Syarikat mengenai amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia. Saya rasa perkara-perkara amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia adalah agak terlalu am dan tidak berapa spesifik. | 35 | 43 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
36 DR.01.03.2022
Namun demikian, usul ini seterusnya menyatakan khasnya Bank Negara
Malaysia berentetan daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
mengenai pembongkaran membabitkan Bank Negara Malaysia ketika di bawah pimpinan
mantan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz yang
meluluskan transaksi segera berjumlah USD1 bilion dengan membabitkan dakwaan
pembayaran rasuah kepada Datuk Tawfiq Ayman, suami mantan Gabenor BNM. Saya
dapati perkara tersebut ialah satu perkara yang tertentu.
Keduanya, kepentingan orang ramai. Saya bersetuju ia adalah mengenai
kepentingan orang ramai dan saya juga bersetuju bahawa perkara itu perlu disegerakan.
[Tepuk] Oleh yang demikian, saya membenarkan usul tersebut untuk dirundingkan pada
hari ini di Kamar Khas, 2.30 petang di mana saya sendiri akan mempengerusikannya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya
berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan persetujuan. Akan
tetapi kerana perkara ini perkara yang agak penting dan mendesak, implikasi nasional,
bahkan antarabangsa dan juga imej Bank Negara Malaysia dan maruah negara, saya
tidak fikir ia bawa ke Kamar Khas. Ia sepatutnya dibahaskan di sini.
Tuan Yang di-Pertua: Maaf Yang Berhormat. Sebenarnya ia akan dirundingkan
bukan untuk dibahaskan pertamanya, mengikut 18(1) dan 18(2). Keduanya, kedudukan
Kamar Khas itu serupa sahaja seperti Dewan Majlis ini kerana ia open dan terbuka kepada
orang ramai. Dengan kita bawa ke Kamar Khas itu, kita tidak akan mengganggu Aturan
Urusan Mesyuarat kerana hari ini kita mempunyai cadangan Usul Titah Diraja dan
sebagainya, di mana pencadang akan mengambil masa 90 minit, penyokong sejam saya
rasa dan Ketua Pembangkang pun lagi 90 minit. So, kita mempunyai time constraint. Maaf
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Minta maaf juga ya, bahawa apa
yang kita bahaskan dalam 18(1) ini ada kaitan dengan Titah Diraja mengenai rasuah dan
juga apa yang saya akan ungkapkan selaku Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua: Faham.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Jadi, saya tidak fikir ia
menjejaskan. Kalau ia bermakna untuk mengurangkan sedikit waktu Ketua
Pembangkang, saya tidak berhalangan. Akan tetapi saya tidak mahu ada alasan bahawa
ucapan ini mengganggu perjalanan. Ini kerana kalau alasannya jam, waktu, saya lebih
cenderung untuk mohon persetujuan Tuan Yang di-Pertua memberi kelulusan walaupun
ini adalah bermakna memotong sedikit waktu Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua: Sebenarnya begini Yang Berhormat, sekiranya saya
mengambil kira penjelasan Yang Berhormat yang menyatakan perkara ini juga termasuk
di dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong semalam, maka
saya tak perlu membenarkan usul ini kerana boleh sahaja dibahaskan ketika perbahasan
Titah Diraja tersebut. Akan tetapi, saya bersetuju benda ini perlu dirundingkan secara khas
dan spesifik. Itu pertama.
Keduanya, saya akan mempengerusikan Kamar Khas pada waktu itu. Jadi, saya
tidak boleh berada di sini. Jadi, oleh sebab itu saya dorongkan perkara ini ke Kamar Khas
Yang Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Isu 1MDB ini skandal rasuah terbesar
dalam dunia. [Tepuk] Kenapa Parlimen Malaysia tak pertimbangkan untuk bincang secara
umum? Ini sekarang bongkar satu-satu yang kita rasa rasuah terbesar dalam dunia.
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul!
Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Ini yang berlaku di Malaysia. Kenapa
Ahli-ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara ini yang cukup besar,
skandal kewangan dalam dunia ini dibuat oleh Malaysia?
| Namun demikian, usul ini seterusnya menyatakan khasnya Bank Negara. Malaysia berentetan daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengenai pembongkaran membabitkan Bank Negara Malaysia ketika di bawah pimpinan mantan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz yang meluluskan transaksi segera berjumlah USD1 bilion dengan membabitkan dakwaan pembayaran rasuah kepada Datuk Tawfiq Ayman, suami mantan Gabenor BNM. Saya dapati perkara tersebut ialah satu perkara yang tertentu. Keduanya, kepentingan orang ramai. Saya bersetuju ia adalah mengenai kepentingan orang ramai dan saya juga bersetuju bahawa perkara itu perlu disegerakan. [Tepuk] Oleh yang demikian, saya membenarkan usul tersebut untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas, 2.30 petang di mana saya sendiri akan mempengerusikannya. Terima kasih Yang Berhormat. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan persetujuan. Akan tetapi kerana perkara ini perkara yang agak penting dan mendesak, implikasi nasional, bahkan antarabangsa dan juga imej Bank Negara Malaysia dan maruah negara, saya tidak fikir ia bawa ke Kamar Khas. Ia sepatutnya dibahaskan di sini. Tuan Yang di-Pertua: Maaf Yang Berhormat. Sebenarnya ia akan dirundingkan bukan untuk dibahaskan pertamanya, mengikut 18(1) dan 18(2). Keduanya, kedudukan Kamar Khas itu serupa sahaja seperti Dewan Majlis ini kerana ia open dan terbuka kepada orang ramai. Dengan kita bawa ke Kamar Khas itu, kita tidak akan mengganggu Aturan Urusan Mesyuarat kerana hari ini kita mempunyai cadangan Usul Titah Diraja dan sebagainya, di mana pencadang akan mengambil masa 90 minit, penyokong sejam saya rasa dan Ketua Pembangkang pun lagi 90 minit. So, kita mempunyai time constraint. Maaf Yang Berhormat. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Minta maaf juga ya, bahawa apa yang kita bahaskan dalam 18(1) ini ada kaitan dengan Titah Diraja mengenai rasuah dan juga apa yang saya akan ungkapkan selaku Ketua Pembangkang. Tuan Yang di-Pertua: Faham. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson]: Jadi, saya tidak fikir ia menjejaskan. Kalau ia bermakna untuk mengurangkan sedikit waktu Ketua Pembangkang, saya tidak berhalangan. Akan tetapi saya tidak mahu ada alasan bahawa ucapan ini mengganggu perjalanan. Ini kerana kalau alasannya jam, waktu, saya lebih cenderung untuk mohon persetujuan Tuan Yang di-Pertua memberi kelulusan walaupun ini adalah bermakna memotong sedikit waktu Ketua Pembangkang. Tuan Yang di-Pertua: Sebenarnya begini Yang Berhormat, sekiranya saya mengambil kira penjelasan Yang Berhormat yang menyatakan perkara ini juga termasuk di dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong semalam, maka saya tak perlu membenarkan usul ini kerana boleh sahaja dibahaskan ketika perbahasan Titah Diraja tersebut. Akan tetapi, saya bersetuju benda ini perlu dirundingkan secara khas dan spesifik. Itu pertama. Keduanya, saya akan mempengerusikan Kamar Khas pada waktu itu. Jadi, saya tidak boleh berada di sini. Jadi, oleh sebab itu saya dorongkan perkara ini ke Kamar Khas Yang Berhormat. Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Isu 1MDB ini skandal rasuah terbesar dalam dunia. [Tepuk] Kenapa Parlimen Malaysia tak pertimbangkan untuk bincang secara umum? Ini sekarang bongkar satu-satu yang kita rasa rasuah terbesar dalam dunia. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul!. Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Ini yang berlaku di Malaysia. Kenapa Ahli-ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara ini yang cukup besar, skandal kewangan dalam dunia ini dibuat oleh Malaysia?. | 36 | 44 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 37
Tuan Yang di-Pertua: Faham Yang Berhormat. Sebenarnya, ini adalah spesifik
mengenai Bank Negara Malaysia itu, pembongkaran yang terbaru. Mengenai 1MDB itu,
semua kita pun tahulah terdapat kes-kes di mahkamah yang still pending. Jadi, ia prinsip
sub judice itu terpakai. Jadi, kita terpaksalah mengikut prinsip-prinsip yang sedia ada dan
apa yang Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis tentukan.
Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Ini soal maruah wanita Tuan Yang di-
Pertua. Wanita Malaysia sudah terkena sekarang di peringkat antarabangsa. Boleh beli
banglo RM40 juta. Ini semua benda kita kena bincang, kehebatan wanita Malaysia
sekarang.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Wanita memang hebat sebelum ini pun Yang Berhormat.
Saya setuju. Jadi, begitulah ruling saya. Terima kasih. Silakan Tuan Setiausaha.
USUL
JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN
12.38 tgh.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed
Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga
supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan
melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan
boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli
hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau
di jalan-jalan menuju ke Dewan ini; dan supaya jangan ada huru-hara di
Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan
Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada
Ketua Polis Negara yang tersebut itu.”
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli
Yang Berhormat, ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Haji Awang bin Hashim]: Saya
menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat
semua, masalahnya ialah usul Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah
dibacakan tadi hendaklah disetujukan.
Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.
Sebelum kita undi atas usul ini ataupun undi, saya hendak tanya sebab 2 Ogos tahun
lepas, usul begini dilanggar oleh Ketua Polis Negara sendiri apabila polis menghalang
puluhan Ahli Parlimen hadir di dalam pekarangan Parlimen dan hadir di dalam Dewan.
Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri atau mana-mana Menteri
yang boleh bantu Dewan yang mulia ini, apakah tindakan yang telah diambil atas Ketua
Polis Negara sebab melanggar usul yang diluluskan oleh Parlimen dulu? [Tepuk]
■1220
Kalau kita lulus usul, usul itu dilanggar depan muka kita. Tiada apa-apa tindakan
yang diambil. Apakah guna kita lulus usul yang sama sekali lagi? Ini akan jadi usul atas
kertas sahaja yang boleh dilanggar oleh pihak polis atau pihak penguat kuasa yang lain,
bila-bila pun. Atas arahan sesiapa pun. Ini yang saya minta penjelasan sebelum kita
putuskan usul ini. Terima kasih.
| Tuan Yang di-Pertua: Faham Yang Berhormat. Sebenarnya, ini adalah spesifik mengenai Bank Negara Malaysia itu, pembongkaran yang terbaru. Mengenai 1MDB itu, semua kita pun tahulah terdapat kes-kes di mahkamah yang still pending. Jadi, ia prinsip sub judice itu terpakai. Jadi, kita terpaksalah mengikut prinsip-prinsip yang sedia ada dan apa yang Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis tentukan. Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja]: Ini soal maruah wanita Tuan Yang di- Pertua. Wanita Malaysia sudah terkena sekarang di peringkat antarabangsa. Boleh beli banglo RM40 juta. Ini semua benda kita kena bincang, kehebatan wanita Malaysia sekarang. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua: Wanita memang hebat sebelum ini pun Yang Berhormat. Saya setuju. Jadi, begitulah ruling saya. Terima kasih. Silakan Tuan Setiausaha. USUL. JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN. 12.38 tgh. Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: "Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini; dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu." Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada yang menyokong? Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Haji Awang bin Hashim]: Saya menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah usul Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dibacakan tadi hendaklah disetujukan. Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Sebelum kita undi atas usul ini ataupun undi, saya hendak tanya sebab 2 Ogos tahun lepas, usul begini dilanggar oleh Ketua Polis Negara sendiri apabila polis menghalang puluhan Ahli Parlimen hadir di dalam pekarangan Parlimen dan hadir di dalam Dewan. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri atau mana-mana Menteri yang boleh bantu Dewan yang mulia ini, apakah tindakan yang telah diambil atas Ketua Polis Negara sebab melanggar usul yang diluluskan oleh Parlimen dulu? [Tepuk] #1220 Kalau kita lulus usul, usul itu dilanggar depan muka kita. Tiada apa-apa tindakan yang diambil. Apakah guna kita lulus usul yang sama sekali lagi? Ini akan jadi usul atas kertas sahaja yang boleh dilanggar oleh pihak polis atau pihak penguat kuasa yang lain, bila-bila pun. Atas arahan sesiapa pun. Ini yang saya minta penjelasan sebelum kita putuskan usul ini. Terima kasih. | 37 | 45 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
38 DR.01.03.2022
Tuan Yang di-Pertua: Sebenarnya perkara ini telah pun dijawab pada masa yang
lepas itu. Saya ingat. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawapan?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Tuan Yang di-Pertua, saya
tidak ada maklumat mengenai apa-apa tindakan yang telah dibawa. Cuma, kalau ada
laporan yang telah...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Kita kena bayar
RM3,000 satu orang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Yang Berhormat, jika ada apa-
apa laporan polis yang telah dibuat, saya akan mengambil tindakan untuk memberitahu
Dewan yang mulia ini. Cuma, usul ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua adalah usul
untuk bermula pada hari semalam sehingga habis sidang Dewan kali ini. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Tuan Yang di-
Pertua.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Polis sendiri halang kita
orang.
Tuan Yang di-Pertua: Maaf ya. Ahli Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, Bayan Baru.
Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Maaf sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Cukup,cukup.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya usul oleh Yang
Berhormat Menteri Dalam Negeri antara yang dibacakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Melaka, ya.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri atas
Peraturan Mesyuarat 83(2). Saya minta izin untuk membacakan peraturan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Peraturan Mesyuarat 83(2) yang
berbunyi, “Sesebuah jawatankuasa pilihan berkuasa memanggil orang hadir di
hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata
kepada Majlis mengandungi fikiran dan pandangannya serta dengan butir-butir
keterangan yang telah diberi di hadapannya”.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya
Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah
memutuskan ingin adakan satu mesyuarat pada 19 Januari 2022 untuk memanggil Ketua
Pesuruhjaya SPR, Tan Sri Azam Baki datang ke mesyuarat kita untuk memberi
penerangan berkaitan dengan isu pemilikan saham oleh beliau.
Akan tetapi, beliau enggan datang ke Parlimen menghadiri mesyuarat kita dengan
memberikan alasan bahawa kita hanya memberikan surat jemputan bukannya sepina.
Akan tetapi, kalau kita lihat mengikut peraturan yang saya baca tadi iaitu peraturan
mesyuarat dan juga seksyen 16 dan seksyen 17 Akta Majlis Parlimen Keistimewaan dan
Kuasa 1952 memang Jawatankuasa Pilihan Khas ada hak untuk memanggil Tan Sri Azam
Baki datang ke Parlimen memberi penjelasan.
| Tuan Yang di-Pertua: Sebenarnya perkara ini telah pun dijawab pada masa yang lepas itu. Saya ingat. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawapan? Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada maklumat mengenai apa-apa tindakan yang telah dibawa. Cuma, kalau ada laporan yang telah... Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Kita kena bayar RM3,000 satu orang. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Yang Berhormat, jika ada apa- apa laporan polis yang telah dibuat, saya akan mengambil tindakan untuk memberitahu Dewan yang mulia ini. Cuma, usul ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua adalah usul untuk bermula pada hari semalam sehingga habis sidang Dewan kali ini. Terima kasih. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Tuan Yang di- Pertua. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Polis sendiri halang kita orang. Tuan Yang di-Pertua: Maaf ya. Ahli Yang Berhormat. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Tuan Yang di- Pertua. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Tuan Yang di-Pertua, Bayan Baru. Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Maaf sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Cukup,cukup. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Sedikit Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya usul oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri antara yang dibacakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Melaka, ya. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri atas Peraturan Mesyuarat 83(2). Saya minta izin untuk membacakan peraturan tersebut. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Peraturan Mesyuarat 83(2) yang berbunyi, "Sesebuah jawatankuasa pilihan berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis mengandungi fikiran dan pandangannya serta dengan butir-butir keterangan yang telah diberi di hadapannya". Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah memutuskan ingin adakan satu mesyuarat pada 19 Januari 2022 untuk memanggil Ketua Pesuruhjaya SPR, Tan Sri Azam Baki datang ke mesyuarat kita untuk memberi penerangan berkaitan dengan isu pemilikan saham oleh beliau. Akan tetapi, beliau enggan datang ke Parlimen menghadiri mesyuarat kita dengan memberikan alasan bahawa kita hanya memberikan surat jemputan bukannya sepina. Akan tetapi, kalau kita lihat mengikut peraturan yang saya baca tadi iaitu peraturan mesyuarat dan juga seksyen 16 dan seksyen 17 Akta Majlis Parlimen Keistimewaan dan Kuasa 1952 memang Jawatankuasa Pilihan Khas ada hak untuk memanggil Tan Sri Azam Baki datang ke Parlimen memberi penjelasan. | 38 | 46 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 39
Jadi, saya ingin meminta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Adakah Tuan
Yang di-Pertua, bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Azam Baki yang enggan datang
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas. Oleh sebab untuk makluman Tuan
Yang di-Pertua, pada Disember 2020, Tan Sri Azam Baki pernah hadir di mesyuarat PAC.
Ya, dia datang.
Akan tetapi kenapa kali ini apabila melibatkan isu tentang pemilikan saham, beliau
takut hendak datang. Ini adalah satu perbuatan yang menghina Parlimen. [Tepuk] Kita
harus mempertahankan kedaulatan undang-undang dan kita mesti jaga kedudukan
Parlimen Malaysia ini. Saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka kerana
membangkitkan persoalan yang amat penting begini. Saya telah mengikuti perkembangan
perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri
dan khususnya mengenai prosiding terhadap Tan Sri Azam Baki. Jadi, saya ada dan saya
tahu sedikit fakta-fakta mengenainya.
Pertama, saya ingin terangkan bahawa saya tidak pernah masuk campur dengan
perjalanan jawatankuasa-jawatankuasa apa pun di Parlimen, nombor satu. Bukan kuasa
saya untuk memanggil sesiapa atau untuk menghalang sesiapa daripada dipanggil
ataupun untuk memberitahu pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan apa yang
patut dibuat atau apa yang tidak patut dibuat. Itu saya hendak bagi penerangan. Saya
memang tidak langsung campur tangan dalam hal-hal jawatankuasa-jawatankuasa khas
dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain. Standing committee. Nombor satu.
Kedua, mengenai perkara ini. Saya tahu bahawa Tan Sri Azam Baki telah
dipanggil oleh jawatankuasa khas tersebut melalui sepucuk surat. Saya juga tahu bahawa
Tan Sri Azam Baki telah memutuskan satu surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas
itu yang di mana di dalam surat tersebut Tan Sri Azam Baki telah membangkitkan
beberapa isu perundangan.
Saya tidak mahu membincangkanlah merit atau demerit isu-isu yang dibangkitkan
tersebut. Akan tetapi, saya juga tahu bahawa setelah menerima surat daripada Tan Sri
Azam Baki di mana isu-isu perundangan itu dibangkitkan. Pengerusi— saya difahamkan
bahawa pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut telah mengambil keputusan untuk
meminta pandangan penasihat undang-undang mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh
Tan Sri Azam Baki.
Saya kurang pasti sama ada nasihat perundangan itu telah diberikan atau tidak.
Akan tetapi, saya juga difahamkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu
akan memanggil mesyuarat pada 15 hari bulan.
Setiausaha: Yet to be decided. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Yet to be decided. Belum diputuskan tetapi saya dengar
beliau akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut. Itu yang
kedua.
Mengenai— saya juga terbaca apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota
Melaka. Saya juga terbaca di dalam berita online di mana Tan Sri Azam Baki dipetik
sebagai berkata beliau tidak disepina tetapi hanya dijemput. Ya. Saya kurang setuju.
Sebenarnya, saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut sekiranya kenyataan
itu dibuat oleh Tan Sri Azam Baki. Ini kerana beliau dipetik sebagai berkata. So, saya tidak
tahulah sama ada beliau buat ke tidak buat.
Okey, baiklah. Alasan saya, kenapa saya tidak bersetuju dengan kenyataan
tersebut ialah begini. Kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 83(2) dia— Peraturan
Mesyuarat 83(2) tidak langsung menyebut bahawa seseorang itu perlu disepina. Sepina
ini hanya di mahkamah.
Kalau kita ikut kaedah mahkamah, maka dia ada dua jenis sepina iaitu subpoena
duces tecum di mana seseorang itu disepina untuk memberi keterangan dan satu lagi—
maaf. Subpoena ad testificandum di mana seseorang itu disepina untuk memberi
keterangan dan keduanya, subpoena duces tecum, di mana seseorang itu diperlukan
hadir untuk membawa dokumen-dokumen.
| Jadi, saya ingin meminta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Adakah Tuan Yang di-Pertua, bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Azam Baki yang enggan datang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas. Oleh sebab untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada Disember 2020, Tan Sri Azam Baki pernah hadir di mesyuarat PAC. Ya, dia datang. Akan tetapi kenapa kali ini apabila melibatkan isu tentang pemilikan saham, beliau takut hendak datang. Ini adalah satu perbuatan yang menghina Parlimen. [Tepuk] Kita harus mempertahankan kedaulatan undang-undang dan kita mesti jaga kedudukan Parlimen Malaysia ini. Saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka kerana membangkitkan persoalan yang amat penting begini. Saya telah mengikuti perkembangan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan khususnya mengenai prosiding terhadap Tan Sri Azam Baki. Jadi, saya ada dan saya tahu sedikit fakta-fakta mengenainya. Pertama, saya ingin terangkan bahawa saya tidak pernah masuk campur dengan perjalanan jawatankuasa-jawatankuasa apa pun di Parlimen, nombor satu. Bukan kuasa saya untuk memanggil sesiapa atau untuk menghalang sesiapa daripada dipanggil ataupun untuk memberitahu pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan apa yang patut dibuat atau apa yang tidak patut dibuat. Itu saya hendak bagi penerangan. Saya memang tidak langsung campur tangan dalam hal-hal jawatankuasa-jawatankuasa khas dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain. Standing committee. Nombor satu. Kedua, mengenai perkara ini. Saya tahu bahawa Tan Sri Azam Baki telah dipanggil oleh jawatankuasa khas tersebut melalui sepucuk surat. Saya juga tahu bahawa Tan Sri Azam Baki telah memutuskan satu surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas itu yang di mana di dalam surat tersebut Tan Sri Azam Baki telah membangkitkan beberapa isu perundangan. Saya tidak mahu membincangkanlah merit atau demerit isu-isu yang dibangkitkan tersebut. Akan tetapi, saya juga tahu bahawa setelah menerima surat daripada Tan Sri Azam Baki di mana isu-isu perundangan itu dibangkitkan. Pengerusi-- saya difahamkan bahawa pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut telah mengambil keputusan untuk meminta pandangan penasihat undang-undang mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Tan Sri Azam Baki. Saya kurang pasti sama ada nasihat perundangan itu telah diberikan atau tidak. Akan tetapi, saya juga difahamkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu akan memanggil mesyuarat pada 15 hari bulan. Setiausaha: Yet to be decided. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Tuan Yang di-Pertua: Yet to be decided. Belum diputuskan tetapi saya dengar beliau akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut. Itu yang kedua. Mengenai-- saya juga terbaca apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Saya juga terbaca di dalam berita online di mana Tan Sri Azam Baki dipetik sebagai berkata beliau tidak disepina tetapi hanya dijemput. Ya. Saya kurang setuju. Sebenarnya, saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut sekiranya kenyataan itu dibuat oleh Tan Sri Azam Baki. Ini kerana beliau dipetik sebagai berkata. So, saya tidak tahulah sama ada beliau buat ke tidak buat. Okey, baiklah. Alasan saya, kenapa saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut ialah begini. Kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 83(2) dia-- Peraturan Mesyuarat 83(2) tidak langsung menyebut bahawa seseorang itu perlu disepina. Sepina ini hanya di mahkamah. Kalau kita ikut kaedah mahkamah, maka dia ada dua jenis sepina iaitu subpoena duces tecum di mana seseorang itu disepina untuk memberi keterangan dan satu lagi-- maaf. Subpoena ad testificandum di mana seseorang itu disepina untuk memberi keterangan dan keduanya, subpoena duces tecum, di mana seseorang itu diperlukan hadir untuk membawa dokumen-dokumen. | 39 | 47 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
40 DR.01.03.2022
Akan tetapi Peraturan Mesyuarat 83(2) tidak langsung mengatakan sepina. Dia
kata memanggil. Maka, bila kita panggil ini bolehlah secara suratlah, maka surat itu boleh
dinyatakan secara tegas ataupun secara lembut. Akan tetapi sekiranya surat itu daripada
pengerusi itu adalah terang dan jelas bahawa seseorang itu dipanggil, dijemput atau
dikehendaki hadir maka perlulah hadir kerana saya rasa Peraturan Mesyuarat 83(2)
secara nyata menyatakan apabila dipanggil maka perlu hadir.
Namun demikian, Tan Sri Azam Baki telah mengutus surat untuk membangkitkan
isu-isu perundangan yang Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu rasa
perlu diambil nasihat undang-undang. Maka, beliau sendiri telah postponed— telah
mengosongkan tarikh tersebut kerana nasihat undang-undang perlu diminta.
■1230
Jadi, saya rasa apabila tarikh itu dikosongkan, maka tidak timbullah masalah
enggan datang atau tidak datang. Jadi, itu pendapat saya. Akan tetapi saya setuju dengan
Yang Berhormat, panggil, sapina, dijemput, dikehendaki hadir semua serupalah sebab
83(2) ini ia menyebut memanggil.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua,
boleh saya menimbulkan standing order? Point of Order 77(5). Ini adalah isu yang sama
tetapi berkenaan dengan PAC.
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan Mesyuarat 77(5)?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ya 77(5). Ini adalah
berkenaan PAC atau Public Accounts Committee, di mana terdapat kuasa the committee
dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The Committee shall have power to send for persons,
papers and records, and to report from time-to-time”, adalah mirip dengan 83(2). So, it is
identical.
Jadi, kita sudah tahu dalam masa in the past bahawa banyak saksi telah pun
diarahkan. Saya mengguna pakai perkataan ‘arah’, which means order oleh sebab itu
adalah termaktub di dalam dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the Houses of Parliament
(Privileges and Powers) Act 1952, khususnya seksyen 16. Saya membaca petikan yang
relevan dengan izin, “The House, and any committee which is duly authorized by an order
of the House to send for persons, documents, or papers, may order any person to attend
before the House or before such committee, and to produce any paper, book, record
and…” so on.
Ini merupakan satu arahan, bukan satu jemputan Tuan Yang di-Pertua. Saya telah
pun sedia maklum dengan pandangan Tuan Yang di-Pertua tadi tetapi if section 16
dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Dewan yang mulia ini tidak give effect kepada
seksyen 16 tersebut dengan mengarahkan Tan Sri Azam Baki hadir. Then it is- this
becomes a toothless tiger Parliament with the greatest of respect.
Jadi, sekiranya saksi-saksi seperti yang telah pun diarahkan untuk hadir di
hadapan PAC contohnya telah pun datang. Why is Tan Sri Azam Baki given the
privileges? Why is he given preferential treatment compared to the other witnesses before
the PAC for example? Jadi, itu adalah kita memohon satu perintah yang tegas daripada
Tuan Yang di-Pertua sendiri.
We need to have a strong Yang di-Pertua. We need to have a firm decision. We
cannot allow, kita tidak boleh membenarkan Tan Sri Azam mempermainkan Dewan ini.
He is saying that I have raised isu perundangan. Itu bukan di dalam mahkamah. Question
sub judice tidak timbul. So, why are we allowing him to get away with it?
Tuan Yang di-Pertua, I urged Tuan Yang di-Pertua untuk membuat satu
keputusan untuk mengarahkan Tan Sri Azam Baki hadir di Parlimen selaras dengan
seksyen 16 tersebut. Itu akan menunjukkan bahawa Tuan Yang di-Pertua has the
authority and mean business in this. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih atas penjelasan. Sila Yang Berhormat Kota
Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka last.
| Akan tetapi Peraturan Mesyuarat 83(2) tidak langsung mengatakan sepina. Dia kata memanggil. Maka, bila kita panggil ini bolehlah secara suratlah, maka surat itu boleh dinyatakan secara tegas ataupun secara lembut. Akan tetapi sekiranya surat itu daripada pengerusi itu adalah terang dan jelas bahawa seseorang itu dipanggil, dijemput atau dikehendaki hadir maka perlulah hadir kerana saya rasa Peraturan Mesyuarat 83(2) secara nyata menyatakan apabila dipanggil maka perlu hadir. Namun demikian, Tan Sri Azam Baki telah mengutus surat untuk membangkitkan isu-isu perundangan yang Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu rasa perlu diambil nasihat undang-undang. Maka, beliau sendiri telah postponed-- telah mengosongkan tarikh tersebut kerana nasihat undang-undang perlu diminta. #1230. Jadi, saya rasa apabila tarikh itu dikosongkan, maka tidak timbullah masalah enggan datang atau tidak datang. Jadi, itu pendapat saya. Akan tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat, panggil, sapina, dijemput, dikehendaki hadir semua serupalah sebab 83(2) ini ia menyebut memanggil. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua... Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya menimbulkan standing order? Point of Order 77(5). Ini adalah isu yang sama tetapi berkenaan dengan PAC. Tuan Yang di-Pertua: Peraturan Mesyuarat 77(5)?. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ya 77(5). Ini adalah berkenaan PAC atau Public Accounts Committee, di mana terdapat kuasa the committee dengan izin Tuan Yang di-Pertua, "The Committee shall have power to send for persons, papers and records, and to report from time-to-time", adalah mirip dengan 83(2). So, it is identical. Jadi, kita sudah tahu dalam masa in the past bahawa banyak saksi telah pun diarahkan. Saya mengguna pakai perkataan 'arah', which means order oleh sebab itu adalah termaktub di dalam dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952, khususnya seksyen 16. Saya membaca petikan yang relevan dengan izin, "The House, and any committee which is duly authorized by an order of the House to send for persons, documents, or papers, may order any person to attend before the House or before such committee, and to produce any paper, book, record and..." so on. Ini merupakan satu arahan, bukan satu jemputan Tuan Yang di-Pertua. Saya telah pun sedia maklum dengan pandangan Tuan Yang di-Pertua tadi tetapi if section 16 dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Dewan yang mulia ini tidak give effect kepada seksyen 16 tersebut dengan mengarahkan Tan Sri Azam Baki hadir. Then it is- this becomes a toothless tiger Parliament with the greatest of respect. Jadi, sekiranya saksi-saksi seperti yang telah pun diarahkan untuk hadir di hadapan PAC contohnya telah pun datang. Why is Tan Sri Azam Baki given the privileges? Why is he given preferential treatment compared to the other witnesses before the PAC for example? Jadi, itu adalah kita memohon satu perintah yang tegas daripada Tuan Yang di-Pertua sendiri. We need to have a strong Yang di-Pertua. We need to have a firm decision. We cannot allow, kita tidak boleh membenarkan Tan Sri Azam mempermainkan Dewan ini. He is saying that I have raised isu perundangan. Itu bukan di dalam mahkamah. Question sub judice tidak timbul. So, why are we allowing him to get away with it?. Tuan Yang di-Pertua, I urged Tuan Yang di-Pertua untuk membuat satu keputusan untuk mengarahkan Tan Sri Azam Baki hadir di Parlimen selaras dengan seksyen 16 tersebut. Itu akan menunjukkan bahawa Tuan Yang di-Pertua has the authority and mean business in this. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih atas penjelasan. Sila Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka last. | 40 | 48 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 41
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Tuan
Yang di-Pertua kata...
Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: [Bangun]
Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Siapa yang bercakap ini?
Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Tuan Yang di-Pertua ...
Tuan Yang di-Pertua: Last, last. Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
bagi petua yang jelas kepada Dewan dan kita perlu selesai precedent ini yang sekarang
ini berlaku. So, kalau tidak sistem select committee kita akan – macam kira tidak ada gigi
langsunglah.
Oleh sebab itu, walaupun saya faham Tuan Yang di-Pertua kata saya tidak mahu
ganggu ataupun interfere dalam perjalanan apa-apa select committee khas atau tidak
tetapi ini adalah point, satu prinsipal prinsip yang boleh dipakai secara umum dan perlu
satu pendirian dan arahan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Kedua, yang saya hendak bangkitkan di sini saya rujuk balik kepada surat
daripada Tan Sri Azam Baki yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Azam Baki
bukan sahaja bangkitkan isu surat dan sepina, isu itu tetapi juga membangkitkan satu lagi
point yang ada implikasi yang sangat besar untuk sistem select committee kita iaitu Tuan
Yang di-Pertua berkata dia tidak akan hadir ataupun dia enggan hadir ke prosiding itu
sebab dia lihat prosiding itu cacat dari segi prinsip undang-undang sebab perkara yang
disiasat oleh jawatankuasa khas itu tidak dirujuk oleh Dewan yang mulia ini kepada
jawatankuasa.
Ini amat serius sebab Dewan ini sudah tubuhkan jawatankuasa itu bersama
dengan beberapa buah jawatankuasa khas yang lain. Kita sudah beri setiap jawatankuasa
mengikut cadangan daripada jawatankuasa pilihan dan setiap jawatankuasa diberi
tugasan yang spesifik. So, contoh jawatankuasa ini diberi tanggungjawab dan bidang
kuasa memantau semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, very clear.
Tuan Yang di-Pertua: Habiskan, habiskan.
Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: So, kita tidak boleh kata sekarang setiap
perkara ini mesti dirujuk oleh Dewan kepada jawatankuasa sebelum jawatankuasa boleh
buat kerja mereka seperti yang mereka cuba buat sekarang. Jadi, ini pun kalau ini
dibenarkan semua jawatankuasa lebih kurang macam 10 buah jawatankuasa yang kita
sudah tubuhkan, jawatankuasa pilihan khas tidak boleh bergerak sebab setiap kali I mean
ini akan melambatkan dan mengganggu dan akhirnya menghalang kerja mereka. Ini juga
menghalang memorandum persefahaman yang kita ada, di mana kita sudah janji semua
pihak sana dan sini untuk memperkuatkan Parlimen, bukan untuk melemahkan Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua: Boleh saya jawab?
Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Jadi, di sini saya lihat apa yang berlaku
sekarang, kalau ini dijadikan precedent, ini diterima sebagai pendirian yang sah, ini akan
melemahkan Parlimen. Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua ini kena ambil pendirian
yang lebih intervention sebab ini bukan ganggu dalam satu jawatankuasa, ia akan ada
impak kepada semua berkenaan sistem kita, the whole. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat.
Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-
Pertua last, last.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja.
Dalam penjelasan Tuan Yang di-Pertua kata, Tuan Yang di-Pertua tidak setuju dengan...
| Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Tuan. Yang di-Pertua kata... Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: [Bangun]. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Siapa yang bercakap ini?. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Tuan Yang di-Pertua ... Tuan Yang di-Pertua: Last, last. Yang Berhormat Sungai Buloh. Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi petua yang jelas kepada Dewan dan kita perlu selesai precedent ini yang sekarang ini berlaku. So, kalau tidak sistem select committee kita akan- macam kira tidak ada gigi langsunglah. Oleh sebab itu, walaupun saya faham Tuan Yang di-Pertua kata saya tidak mahu ganggu ataupun interfere dalam perjalanan apa-apa select committee khas atau tidak tetapi ini adalah point, satu prinsipal prinsip yang boleh dipakai secara umum dan perlu satu pendirian dan arahan daripada Tuan Yang di-Pertua. Kedua, yang saya hendak bangkitkan di sini saya rujuk balik kepada surat daripada Tan Sri Azam Baki yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Azam Baki bukan sahaja bangkitkan isu surat dan sepina, isu itu tetapi juga membangkitkan satu lagi point yang ada implikasi yang sangat besar untuk sistem select committee kita iaitu Tuan Yang di-Pertua berkata dia tidak akan hadir ataupun dia enggan hadir ke prosiding itu sebab dia lihat prosiding itu cacat dari segi prinsip undang-undang sebab perkara yang disiasat oleh jawatankuasa khas itu tidak dirujuk oleh Dewan yang mulia ini kepada jawatankuasa. Ini amat serius sebab Dewan ini sudah tubuhkan jawatankuasa itu bersama dengan beberapa buah jawatankuasa khas yang lain. Kita sudah beri setiap jawatankuasa mengikut cadangan daripada jawatankuasa pilihan dan setiap jawatankuasa diberi tugasan yang spesifik. So, contoh jawatankuasa ini diberi tanggungjawab dan bidang kuasa memantau semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, very clear. Tuan Yang di-Pertua: Habiskan, habiskan. Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: So, kita tidak boleh kata sekarang setiap perkara ini mesti dirujuk oleh Dewan kepada jawatankuasa sebelum jawatankuasa boleh buat kerja mereka seperti yang mereka cuba buat sekarang. Jadi, ini pun kalau ini dibenarkan semua jawatankuasa lebih kurang macam 10 buah jawatankuasa yang kita sudah tubuhkan, jawatankuasa pilihan khas tidak boleh bergerak sebab setiap kali I mean ini akan melambatkan dan mengganggu dan akhirnya menghalang kerja mereka. Ini juga menghalang memorandum persefahaman yang kita ada, di mana kita sudah janji semua pihak sana dan sini untuk memperkuatkan Parlimen, bukan untuk melemahkan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua: Boleh saya jawab?. Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]: Jadi, di sini saya lihat apa yang berlaku sekarang, kalau ini dijadikan precedent, ini diterima sebagai pendirian yang sah, ini akan melemahkan Parlimen. Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua ini kena ambil pendirian yang lebih intervention sebab ini bukan ganggu dalam satu jawatankuasa, ia akan ada impak kepada semua berkenaan sistem kita, the whole. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua last, last. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja. Dalam penjelasan Tuan Yang di-Pertua kata, Tuan Yang di-Pertua tidak setuju dengan... | 41 | 49 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
42 DR.01.03.2022
Tuan Yang di-Pertua: Sebab sudah lama. Sebenarnya sebelum Yang Berhormat
Kota Melaka bercakap, boleh saya kata sebenarnya point of order ini tidak ada
perbahasan ya tetapi oleh kerana perkara ini penting, saya beri peluang, last. Tolong.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, tadi penjelasan Tuan Yang di-Pertua mengatakan Tuan Yang di-
Pertua bersetuju bahawa apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Azam Baki itu Tuan Yang di-
Pertua tidak setuju.
Kalau begitu, saya percaya 220 Ahli Parlimen akan menyokong Tuan Yang di-
Pertua untuk mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azam Baki yang enggan datang ke
Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Okey...
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Sebab Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Yup.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Jawatankuasa Pilihan Khas sudah
adakan banyak mesyuarat dan ramai penjawat awam berpangkat tinggi sudah tampil
datang memberi penjelasan termasuk Menteri. Menteri Kesihatan ada tampil datang ke
mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tetapi kenapa Tan Sri Azam Baki tidak
diberikan keistimewaan sedemikian? Siapa itu Azam Baki? Begitu berani enggan datang
ke Parlimen Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua, kita takut implikasinya selepas ini semua orang akan beri
alasan tidak mahu datang ke Parlimen. Itu akan menjejaskan kedudukan Parlimen Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, all right.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua,
kita percaya Tuan Yang di-Pertua boleh jalankan tugas dengan baik. Kita mesti panggil
Azam Baki datang ke Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua: Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tiga alasan yang diberi dan salah satu
daripadanya ialah berkaitan dengan peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Okey. Tolong jangan ulang.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Dia punya alasan dia kata peraturan
mesyuarat tidak boleh panggil dia.
Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat Kota Melaka, cukup. Cukup ya.
Saya jawab. Last ya, last. Okey, 220 orang Members of Parliament kalau mereka
menyokong saya dapat gaji RM1 juta sebulan, tidak semestinya saya boleh dapat gaji
RM1 juta sebulan ya.
Masalahnya ialah kuasa dan punca kuasa. Ini juga menjawab Yang Berhormat
Bukit Gelugor tadi ya. Okey, di manakah punca kuasa saya untuk memanggil seseorang
itu hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas? Tidak ada. Saya tidak ada kuasa.
■1240
Peraturan Mesyuarat 83(2) yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan
juga yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor mengatakan bahawa, saya petik
ya. “Sesebuah jawatankuasa pilihan berkuasa memanggil...” Jadi, kuasanya ialah
jawatankuasa pilihan tersebut, bukan kuasa saya.
Jadi, kita perlu fahami dan ikuti apa yang diperuntukkan di dalam standing orders.
Pertama, kuasa untuk memanggil bukan kuasa saya, kuasa jawatankuasa pilihan. Kedua,
Tan Sri Azam Baki belum enggan untuk hadir, beliau mengutus surat untuk
membangkitkan isu-isu perundangan dan mengambil kira isu-isu perundangan yang
dibangkitkan di dalam surat tersebut, pengerusi telah mengosongkan tarikh. Jadi, tidak
ada tarikh pun. Itu kesannya dalam undang-undang. Jadi, isu atau naratif bahawa Tan Sri
| Tuan Yang di-Pertua: Sebab sudah lama. Sebenarnya sebelum Yang Berhormat. Kota Melaka bercakap, boleh saya kata sebenarnya point of order ini tidak ada perbahasan ya tetapi oleh kerana perkara ini penting, saya beri peluang, last. Tolong. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, tadi penjelasan Tuan Yang di-Pertua mengatakan Tuan Yang di- Pertua bersetuju bahawa apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Azam Baki itu Tuan Yang di- Pertua tidak setuju. Kalau begitu, saya percaya 220 Ahli Parlimen akan menyokong Tuan Yang di- Pertua untuk mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azam Baki yang enggan datang ke Parlimen. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Okey... Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Sebab Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Yup. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Jawatankuasa Pilihan Khas sudah adakan banyak mesyuarat dan ramai penjawat awam berpangkat tinggi sudah tampil datang memberi penjelasan termasuk Menteri. Menteri Kesihatan ada tampil datang ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tetapi kenapa Tan Sri Azam Baki tidak diberikan keistimewaan sedemikian? Siapa itu Azam Baki? Begitu berani enggan datang ke Parlimen Tuan Yang di-Pertua?. Tuan Yang di-Pertua, kita takut implikasinya selepas ini semua orang akan beri alasan tidak mahu datang ke Parlimen. Itu akan menjejaskan kedudukan Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Okey, all right. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua, kita percaya Tuan Yang di-Pertua boleh jalankan tugas dengan baik. Kita mesti panggil Azam Baki datang ke Parlimen. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tiga alasan yang diberi dan salah satu daripadanya ialah berkaitan dengan peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Tolong jangan ulang. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Dia punya alasan dia kata peraturan mesyuarat tidak boleh panggil dia. Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat Kota Melaka, cukup. Cukup ya. Saya jawab. Last ya, last. Okey, 220 orang Members of Parliament kalau mereka menyokong saya dapat gaji RM1 juta sebulan, tidak semestinya saya boleh dapat gaji RM1 juta sebulan ya. Masalahnya ialah kuasa dan punca kuasa. Ini juga menjawab Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi ya. Okey, di manakah punca kuasa saya untuk memanggil seseorang itu hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas? Tidak ada. Saya tidak ada kuasa. #1240. Peraturan Mesyuarat 83(2) yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan juga yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor mengatakan bahawa, saya petik ya. "Sesebuah jawatankuasa pilihan berkuasa memanggil..." Jadi, kuasanya ialah jawatankuasa pilihan tersebut, bukan kuasa saya. Jadi, kita perlu fahami dan ikuti apa yang diperuntukkan di dalam standing orders. Pertama, kuasa untuk memanggil bukan kuasa saya, kuasa jawatankuasa pilihan. Kedua, Tan Sri Azam Baki belum enggan untuk hadir, beliau mengutus surat untuk membangkitkan isu-isu perundangan dan mengambil kira isu-isu perundangan yang dibangkitkan di dalam surat tersebut, pengerusi telah mengosongkan tarikh. Jadi, tidak ada tarikh pun. Itu kesannya dalam undang-undang. Jadi, isu atau naratif bahawa Tan Sri. | 42 | 50 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 43
Azam Baki telah enggan untuk hadir tidak timbul. Mesyuarat tidak ada, telah dikosongkan
tarikhnya. Tolong Yang Berhormat Kota Melaka, tidak mahu argue lagi, okey.
Ketiga preference. Tidak ada preference, tidak ada siapa yang memberi
preference pun. Mesyuarat itu tidak jalan. Jadi, dia tidak hadirlah. Kalau jalan, barulah isu
mengenai dia hadir atau tidak hadir, enggan atau tidak enggan akan timbul. Akan tetapi,
mesyuarat tidak ada, telah dikosongkan.
Keempat, mengenai apa yang disarankan oleh rakan saya Yang Berhormat
Sungai Buloh mengenai terms of reference itu. Sesuatu terma rujukan Jawatankuasa
Pilihan Khas ini. Terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas ini sejak dahulu lagi, bukan
sekarang sahaja. Kerajaan yang lepas pun ialah sebegitu rupa.
Itu yang telah diluluskan oleh Dewan ini. Bukan diluluskan oleh saya ya.
Diluluskan oleh Dewan ketika Yang Berhormat Menteri membaca usul dan terma
rujukannya kalau boleh saya ingatlah secara impromptu. Dia kata terma rujukan itu,
jawatankuasa pilihan khas mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat mengenai apa-
apa perkara yang dirujuk oleh Dewan.
So pertamanya, perkara tersebut perlu dirujuk oleh Dewan dahulu, itu termanya
yang telah diluluskan oleh Dewan. Keduanya, sekiranya tidak dirujuk oleh Dewan, dirujuk
atau disetujui oleh Menteri. Itu dua dia punya terma rujukan yang telah diluluskan oleh
Yang Berhormat semua. Bukan diluluskan oleh saya.
Sekiranya ini hendak dipinda, maka perlulah ada usul untuk pindaan. Bukan
kuasa saya. Naratif bahawa saya ini orang yang paling berkuasa di dunia ini, tidak betul.
It is a lie. Maaf, satu pembohongan.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Kemudian, walau bagaimanapun saya telah putuskan
sebelum ini untuk– sekarang ini saya sedang mengaturkan satu tarikh untuk berjumpa
dengan semua Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas. Tarikh belum
ditetapkan saya rasa untuk membincangkan terma rujukan. Insya-Allah apabila ada masa
nanti, kalau semua pengerusi yang seramai 10 orang ini ada masa kelapangan dan saya
sendiri, kita boleh sync-kan tarikh itu. Maka kita akan adakan pertemuan tersebut. Sedang
diusahakan pun. Dari last week lagi kita sedang cari tarikh yang sesuai.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Jadi, saya hendak tutup perkara ini sebab.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan
Mesyuarat 36(2).
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya
mesyuarat sudah diadakan.
Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Kita sudah ada tarikh untuk mesyuarat
tersebut iaitu 19 Januari.
Tuan Yang di-Pertua: Telah dikosongkan.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Akan tetapi, Tan Sri Azam Baki enggan
hadir. Maka kita terpaksa tangguhkan mesyuarat tersebut. [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita ini macam “kucing
kejar ekor” ya. Pusing-pusing okey sampai dia nanti pening pengsan baru habis. So,
sebelum kita semua pening dan pengsan, boleh saya berhentikan perkara ini. Tuan
Setiausaha, boleh kita teruskan.
| Azam Baki telah enggan untuk hadir tidak timbul. Mesyuarat tidak ada, telah dikosongkan tarikhnya. Tolong Yang Berhormat Kota Melaka, tidak mahu argue lagi, okey. Ketiga preference. Tidak ada preference, tidak ada siapa yang memberi preference pun. Mesyuarat itu tidak jalan. Jadi, dia tidak hadirlah. Kalau jalan, barulah isu mengenai dia hadir atau tidak hadir, enggan atau tidak enggan akan timbul. Akan tetapi, mesyuarat tidak ada, telah dikosongkan. Keempat, mengenai apa yang disarankan oleh rakan saya Yang Berhormat Sungai Buloh mengenai terms of reference itu. Sesuatu terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas ini. Terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas ini sejak dahulu lagi, bukan sekarang sahaja. Kerajaan yang lepas pun ialah sebegitu rupa. Itu yang telah diluluskan oleh Dewan ini. Bukan diluluskan oleh saya ya. Diluluskan oleh Dewan ketika Yang Berhormat Menteri membaca usul dan terma rujukannya kalau boleh saya ingatlah secara impromptu. Dia kata terma rujukan itu, jawatankuasa pilihan khas mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat mengenai apa- apa perkara yang dirujuk oleh Dewan. So pertamanya, perkara tersebut perlu dirujuk oleh Dewan dahulu, itu termanya yang telah diluluskan oleh Dewan. Keduanya, sekiranya tidak dirujuk oleh Dewan, dirujuk atau disetujui oleh Menteri. Itu dua dia punya terma rujukan yang telah diluluskan oleh Yang Berhormat semua. Bukan diluluskan oleh saya. Sekiranya ini hendak dipinda, maka perlulah ada usul untuk pindaan. Bukan kuasa saya. Naratif bahawa saya ini orang yang paling berkuasa di dunia ini, tidak betul. It is a lie. Maaf, satu pembohongan. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Kemudian, walau bagaimanapun saya telah putuskan sebelum ini untuk- sekarang ini saya sedang mengaturkan satu tarikh untuk berjumpa dengan semua Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas. Tarikh belum ditetapkan saya rasa untuk membincangkan terma rujukan. Insya-Allah apabila ada masa nanti, kalau semua pengerusi yang seramai 10 orang ini ada masa kelapangan dan saya sendiri, kita boleh sync-kan tarikh itu. Maka kita akan adakan pertemuan tersebut. Sedang diusahakan pun. Dari last week lagi kita sedang cari tarikh yang sesuai. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Jadi, saya hendak tutup perkara ini sebab. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(2). Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya mesyuarat sudah diadakan. Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Kita sudah ada tarikh untuk mesyuarat tersebut iaitu 19 Januari. Tuan Yang di-Pertua: Telah dikosongkan. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Akan tetapi, Tan Sri Azam Baki enggan hadir. Maka kita terpaksa tangguhkan mesyuarat tersebut. [Pembesar suara dimatikan]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita ini macam "kucing kejar ekor" ya. Pusing-pusing okey sampai dia nanti pening pengsan baru habis. So, sebelum kita semua pening dan pengsan, boleh saya berhentikan perkara ini. Tuan Setiausaha, boleh kita teruskan. | 43 | 51 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
44 DR.01.03.2022
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan
Mesyuarat 36(2). Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(2).
Tuan Yang di-Pertua: 36(2).
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: 36(2). Okey, Tuan Yang di-
Pertua. Tadi Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan bahawa untuk isu 1MDB, Tuan Yang
di-Pertua telah mengatakan sub judice. Peraturan Mesyuarat 36(2) berkaitan dengan sub
judice. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua
kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 36(2), ia telah boleh dihalang perbincangan itu
sebelum perbincangan bermula sebab perkataan dia katakan in the interest of justice.
Bermakna yang saya faham, Tuan Yang di-Pertua kena benarkan selepas itu sekiranya
Tuan Yang di-Pertua in the opinion of the Chair bahawa ia adalah menyentuh soal
prejudis, barulah dihentikan ataupun diminta...
Tuan Yang di-Pertua: Tadi saya nyatakan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, sekejap. Let me finish
first.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak saya hendak tanya, saya hendak tanya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Itu yang pertama. Keduanya Tuan
Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Ini mengenai perkara apa? Perkara Tan Sri Azam Baki.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sub judice ini, Tuan Yang di-
Pertua. I think with due respect, I think you made a wrong decision. Sekejap, Tuan Yang
di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, itu yang pertama.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, sub judice ini telah ada keputusan mahkamah.
Kalau Tuan Yang di-Pertua mungkin seorang yang rajin membaca, Tuan Yang di-Pertua
boleh baca keputusan dalam kes SYABAS vs Ahmad Lutfi Othman dan juga Puan
Fahdah. Dalam kes itu, isu sub judice telah pun dibangkitkan. Saya harus – I have to
declare my interest. Saya terlibat dalam kes itu bersama dengan Tommy Thomas dan juga
peguam lain.
Tuan Yang di-Pertua: Besar itu, peguam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jadi, kes itu Tuan Yang di-Pertua,
Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof iaitu bekas Yang di-Pertua mengatakan
bahawa– telah memberikan satu definisi sub judice yang agak baik. Tuan Yang di-Pertua
boleh baca dan that decision was affirmed. Duly affirmed by the Court of Appeal, walaupun
tidak ada keputusan bertulis daripada Mahkamah Rayuan.
Jadi saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, hanya kerana satu kes telah pun
berada di mahkamah ia tidak dengan sendirinya adalah sub judice kecuali dalam
perbincangan kita, kita menyentuh tentang merits tentang kes itu. Jadi Tuan Yang di-
Pertua, saya merasakan bahawa Tuan Yang di-Pertua dalam kes 1MDB ini – lagi pun
perbicaraan di Amerika. Kita bincang pun dalam bahasa Melayu. Mungkin hakim-hakim
sana pun tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua: Oh! Itu..
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jadi, Tuan Yang di-Pertua tidak
perlu takutlah tentang bahawa – this sub judice ini.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sebenarnya, saya rasa sub judice
kepada Yang Berhormat Pekan itu yang menyebabkan kita semua – kita rasa dia lebih
kebal dekat Parlimen daripada orang lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya tidak kata kita tidak boleh bincang
apa yang diperkatakan oleh saudara Tim Leissner kerana itu sub judice. Saya tidak kata
| Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan. Mesyuarat 36(2). Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(2). Tuan Yang di-Pertua: 36(2). Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: 36(2). Okey, Tuan Yang di- Pertua. Tadi Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan bahawa untuk isu 1MDB, Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan sub judice. Peraturan Mesyuarat 36(2) berkaitan dengan sub judice. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 36(2), ia telah boleh dihalang perbincangan itu sebelum perbincangan bermula sebab perkataan dia katakan in the interest of justice. Bermakna yang saya faham, Tuan Yang di-Pertua kena benarkan selepas itu sekiranya Tuan Yang di-Pertua in the opinion of the Chair bahawa ia adalah menyentuh soal prejudis, barulah dihentikan ataupun diminta... Tuan Yang di-Pertua: Tadi saya nyatakan... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, sekejap. Let me finish first. Tuan Yang di-Pertua: Tidak saya hendak tanya, saya hendak tanya. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Itu yang pertama. Keduanya Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Ini mengenai perkara apa? Perkara Tan Sri Azam Baki. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sub judice ini, Tuan Yang di- Pertua. I think with due respect, I think you made a wrong decision. Sekejap, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, itu yang pertama. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, sub judice ini telah ada keputusan mahkamah. Kalau Tuan Yang di-Pertua mungkin seorang yang rajin membaca, Tuan Yang di-Pertua boleh baca keputusan dalam kes SYABAS vs Ahmad Lutfi Othman dan juga Puan Fahdah. Dalam kes itu, isu sub judice telah pun dibangkitkan. Saya harus- I have to declare my interest. Saya terlibat dalam kes itu bersama dengan Tommy Thomas dan juga peguam lain. Tuan Yang di-Pertua: Besar itu, peguam. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jadi, kes itu Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof iaitu bekas Yang di-Pertua mengatakan bahawa- telah memberikan satu definisi sub judice yang agak baik. Tuan Yang di-Pertua boleh baca dan that decision was affirmed. Duly affirmed by the Court of Appeal, walaupun tidak ada keputusan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Jadi saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, hanya kerana satu kes telah pun berada di mahkamah ia tidak dengan sendirinya adalah sub judice kecuali dalam perbincangan kita, kita menyentuh tentang merits tentang kes itu. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya merasakan bahawa Tuan Yang di-Pertua dalam kes 1MDB ini- lagi pun perbicaraan di Amerika. Kita bincang pun dalam bahasa Melayu. Mungkin hakim-hakim sana pun tidak faham. Tuan Yang di-Pertua: Oh! Itu.. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jadi, Tuan Yang di-Pertua tidak perlu takutlah tentang bahawa- this sub judice ini. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sebenarnya, saya rasa sub judice kepada Yang Berhormat Pekan itu yang menyebabkan kita semua- kita rasa dia lebih kebal dekat Parlimen daripada orang lain. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya tidak kata kita tidak boleh bincang apa yang diperkatakan oleh saudara Tim Leissner kerana itu sub judice. Saya tidak kata. | 44 | 52 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 45
pun. Apa sub judicenya; mereka di Amerika kita di sini. Saya faham. Akan tetapi, saya
tidak kata begitu pun.
Saya cuma kata mengenai kes 1MDB. Ada yang telah dibawa ke mahkamah dan
ada yang telah dibicarakan setengah atau quarter, suku ya. Of course in the interest of
justice, Kalau apa yang diperkatakan oleh kita di sini mungkin mempengaruhi apa yang
akan terjadi di dalam kes tersebut maka sub judice terpakai. Itu yang saya kata.
Saya tidak kata yang dibicarakan Tim Leissner itu tidak boleh diperkatakan di sini
kerana sub judice. Saya tidak kata pun. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Jadi, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang
di-Pertua, peraturan...
Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf. Sorry.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Peraturan Mesyuarat 100.
Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Peraturan Mesyuarat 100, Tuan Yang
di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak, tidak. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat
Jempol untuk berucap selama 90 minit. Dipersilakan.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan
Mesyuarat 100.
Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf. Sorry lah.
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA
BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
12.48 tgh.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Keluarga
Malaysia.
Sulam kan mesra satukan jiwa,
Mohon keberkatan Yang Maha Esa,
Awal bismillah pembuka bicara,
Izinkan saya mula acara.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon untuk mencadangkan Usul Menjunjung kasih
kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
kerana sudi berangkat untuk menyampaikan titah ucapan di Mesyuarat Pertama Penggal
Kelima Parlimen Keempat Belas semalam pada Isnin bersamaan 28 Februari 2022 dan
usul saya adalah seperti berikut:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya
dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;
“ Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di
dalam persidangan Parlimen memohon ampun
mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis
| pun. Apa sub judicenya; mereka di Amerika kita di sini. Saya faham. Akan tetapi, saya tidak kata begitu pun. Saya cuma kata mengenai kes 1MDB. Ada yang telah dibawa ke mahkamah dan ada yang telah dibicarakan setengah atau quarter, suku ya. Of course in the interest of justice, Kalau apa yang diperkatakan oleh kita di sini mungkin mempengaruhi apa yang akan terjadi di dalam kes tersebut maka sub judice terpakai. Itu yang saya kata. Saya tidak kata yang dibicarakan Tim Leissner itu tidak boleh diperkatakan di sini kerana sub judice. Saya tidak kata pun. Terima kasih. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Jadi, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, peraturan... Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf. Sorry. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Peraturan Mesyuarat 100. Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Peraturan Mesyuarat 100, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Tidak, tidak. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Jempol untuk berucap selama 90 minit. Dipersilakan. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 100. Tuan Yang di-Pertua: Maaf, maaf. Sorry lah. USUL. MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG. 12.48 tgh. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Keluarga Malaysia. Sulam kan mesra satukan jiwa, Mohon keberkatan Yang Maha Esa, Awal bismillah pembuka bicara, Izinkan saya mula acara. Tuan Yang di-Pertua saya mohon untuk mencadangkan Usul Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana sudi berangkat untuk menyampaikan titah ucapan di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas semalam pada Isnin bersamaan 28 Februari 2022 dan usul saya adalah seperti berikut: "Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; " Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis. | 45 | 53 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
46 DR.01.03.2022
Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan
menjunjung kasih titah ucapan Ke bawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa
membuka penggal ke Lima Parlimen Ke 14.”
Raja dan rakyat berpisah tiada,
dahulu kini dan selamanya,
kasih baginda pada rakyatnya,
damai makmurlah negara tercinta.
■1250
Patik sentiasa mendoakan agar Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong serta sekalian kerabat, dikurniakan kesihatan, dianugerahkan kekuatan
dan dilimpahi rahmat yang berpanjangan untuk terus memayungi negara serta rakyat
jelata menerusi pemerintahan yang adil, telus dan saksama.
Patik dan seluruh rakyat jelata amat bersyukur kerana dikurniakan seorang
pemerintah yang berjiwa rakyat sepertimana yang telah diperlakukan oleh tuanku. Maka
dengan itu, rakyat jelata tuanku yang terdiri pelbagai kaum serta agama dapat hidup dalam
suasana aman, damai, makmur dan harmoni.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran
ke hadrat Allah SWT dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Backbenchers
kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang baharu dan
ulung buat diri saya iaitu membawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Diraja
di dalam Dewan yang mulia ini.
Semalam, kita didepani sesi Pembukaan Parlimen Penggal Kelima Parlimen
Keempat Belas telah berjalan dengan begitu lancar dan sempurna. Setinggi-tinggi tahniah
saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan, sama ada secara
langsung atau pun tidak langsung. Saya juga amat berharap agar segala saranan titah
diraja baginda semalam dapat diterima baik oleh semua pihak dengan hati yang terbuka
serta dapat difahami dengan sebaik-baiknya. Dengan itu, marilah kita bersama-sama
berusaha dan berganding bahu untuk melakar kemajuan serta membawa Keluarga
Malaysia ke arah yang lebih gemilang.
Institusi beraja merupakan salah satu daripada tradisi yang harus dipertahankan
sebagai payung kestabilan dan keadilan sosial negara. Institusi beraja hendaklah
dihormati dan dipatuhi segenap lapisan masyarakat di negara ini, tidak kiralah apa
pandangan politik sekalipun, termasuk kaum, bangsa dan agama. Untuk umumnya
mengetahui institusi beraja merupakan lanjutan daripada sistem pemerintahan yang telah
wujud sekian lama. Ia merupakan suatu bentuk warisan peradaban yang berlandaskan
konsep Raja Berperlembagaan menerusi cabang Parlimen, eksekutif dan juga kehakiman
yang menjalankan tugas masing-masing dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, kecenderungan kita terhadap sistem politik yang bersifat
feudal ini tidaklah merosakkan sama sekali. Hakikatnya, kecenderungan ini mampu untuk
mendidik dan melahirkan masyarakat yang patuh kepada undang-undang. Menerusi
sistem inilah kita berjaya meletakkan negara pada tahap yang begitu baik pada hari ini.
Justeru itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa ilmu tentang kenegaraan yang
berkaitan dengan kesedaran dan kepentingan untuk memelihara institusi beraja
hendaklah terus diperkasakan kepada generasi yang akan datang menerusi sistem
pendidikan negara. Selain daripada itu, rakyat juga harus sedar institusi beraja merupakan
penerus tradisi daripada era Kesultanan Melayu yang memperjuangkan untuk dikekalkan
dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu selepas kegagalan Malayan Union.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai pemimpin rakyat di bumi yang bertuah ini, saya
menyeru agar kita bersama-sama memelihara institusi yang telah lama menjadi payung
kepada negara dan rakyat yang berbilang bangsa serta kepelbagaian anutan agama.
Suka saya mengingatkan bahawa, “Jangan dirempuh pintu istana, jangan sampai cari
busana raja”.
| Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih titah ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka penggal ke Lima Parlimen Ke 14.". Raja dan rakyat berpisah tiada, dahulu kini dan selamanya, kasih baginda pada rakyatnya, damai makmurlah negara tercinta. #1250 Patik sentiasa mendoakan agar Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta sekalian kerabat, dikurniakan kesihatan, dianugerahkan kekuatan dan dilimpahi rahmat yang berpanjangan untuk terus memayungi negara serta rakyat jelata menerusi pemerintahan yang adil, telus dan saksama. Patik dan seluruh rakyat jelata amat bersyukur kerana dikurniakan seorang pemerintah yang berjiwa rakyat sepertimana yang telah diperlakukan oleh tuanku. Maka dengan itu, rakyat jelata tuanku yang terdiri pelbagai kaum serta agama dapat hidup dalam suasana aman, damai, makmur dan harmoni. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Backbenchers kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang baharu dan ulung buat diri saya iaitu membawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Diraja di dalam Dewan yang mulia ini. Semalam, kita didepani sesi Pembukaan Parlimen Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas telah berjalan dengan begitu lancar dan sempurna. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Saya juga amat berharap agar segala saranan titah diraja baginda semalam dapat diterima baik oleh semua pihak dengan hati yang terbuka serta dapat difahami dengan sebaik-baiknya. Dengan itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berganding bahu untuk melakar kemajuan serta membawa Keluarga Malaysia ke arah yang lebih gemilang. Institusi beraja merupakan salah satu daripada tradisi yang harus dipertahankan sebagai payung kestabilan dan keadilan sosial negara. Institusi beraja hendaklah dihormati dan dipatuhi segenap lapisan masyarakat di negara ini, tidak kiralah apa pandangan politik sekalipun, termasuk kaum, bangsa dan agama. Untuk umumnya mengetahui institusi beraja merupakan lanjutan daripada sistem pemerintahan yang telah wujud sekian lama. Ia merupakan suatu bentuk warisan peradaban yang berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan menerusi cabang Parlimen, eksekutif dan juga kehakiman yang menjalankan tugas masing-masing dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, kecenderungan kita terhadap sistem politik yang bersifat feudal ini tidaklah merosakkan sama sekali. Hakikatnya, kecenderungan ini mampu untuk mendidik dan melahirkan masyarakat yang patuh kepada undang-undang. Menerusi sistem inilah kita berjaya meletakkan negara pada tahap yang begitu baik pada hari ini. Justeru itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa ilmu tentang kenegaraan yang berkaitan dengan kesedaran dan kepentingan untuk memelihara institusi beraja hendaklah terus diperkasakan kepada generasi yang akan datang menerusi sistem pendidikan negara. Selain daripada itu, rakyat juga harus sedar institusi beraja merupakan penerus tradisi daripada era Kesultanan Melayu yang memperjuangkan untuk dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu selepas kegagalan Malayan Union. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pemimpin rakyat di bumi yang bertuah ini, saya menyeru agar kita bersama-sama memelihara institusi yang telah lama menjadi payung kepada negara dan rakyat yang berbilang bangsa serta kepelbagaian anutan agama. Suka saya mengingatkan bahawa, "Jangan dirempuh pintu istana, jangan sampai cari busana raja". | 46 | 54 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 47
Marilah kita mempertahankan dan memelihara institusi beraja, dengan darah
serta keringat demi menjaga kestabilan negara, bangsa dan agama.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus berlapang dada untuk menerima hakikatnya
bahawa negara kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran getir akibat krisis
kesihatan, ketidaktentuan ekonomi dan bencana alam. Kita juga perlu mengakui bahawa
kewibawaan dan usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang
Amat Berhormat Bera terus melindungi kesejahteraan rakyat dan menjaga kemakmuran
negara sememangnya tidak boleh kita sangkal dengan sewenang-wenangnya.
Bermula dengan perkenalan sasaran atau KPI 100 hari pertama pemerintah yang
perlu dicapai oleh setiap kementerian, disusul pula dengan termeterainya Memorandum
Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021 yang lalu
untuk mengembalikan kestabilan politik negara.
Tindakan ini sudah tentulah merupakan satu langkah yang bijak dan tepat bagi
membolehkan kita semua memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha memerangi
pandemik dan meletakkan negara pada asas pertumbuhan yang lebih kukuh. Segala
keputusan yang dibuat, tidak lain tidak bukan adalah semata-mata untuk meletakkan
kepentingan rakyat sentiasa berada di hadapan, menjadi keutamaan dan melebihi segala-
galanya.
Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan pada hari ini jelas dapat dilihat apabila
terus-menerus melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa
mendapat pembelaan dan keadaan ekonomi negara dapat segera dipulihkan seperti sedia
kala. Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Amat Berhormat Bera kerana telah berjaya mewujudkan kestabilan politik, sekali
gus mempertahankan kedaulatan negara.
Sepertimana yang telah dititahkan oleh Tuanku, menerusi kestabilan politik inilah,
tiga peristiwa penting negara iaitu pindaan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian
Malaysia 1963, Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Belanjawan 2022 telah berjaya
diluluskan dengan sebulat suara tanpa sebarang pindaan pada tahun lalu. Tuan Yang di-
Pertua, itulah antara cabaran yang perlu kita pikul dan telah berjaya dirungkai oleh Yang
Amat Berhormat Bera selaku Perdana Menteri yang kesembilan, yang hanya dapat
ditangani dengan semangat Keluarga Malaysia yang merentasi parti politik dan perbezaan
ideologi politik.
Selain daripada itu, kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Bera yang
menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu dalam acara rasmi kerajaan semasa di luar
negara cukup membanggakan dan menggambarkan perjuangan terhadap bangsa Melayu
dan bahasa ibunda. Seharusnya kita patut berbangga, merasa bangga kerana
dianugerahkan seorang Perdana Menteri yang membawa perubahan besar kepada
perjuangan bangsa yang tidak pernah mampu dilakukan oleh mana-mana Perdana
Menteri sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengimbas kembali sejarah perjalanan negara untuk
mengehadkan tempoh perkhidmatan seorang yang menjawat jawatan Perdana Menteri,
seingat saya idea tersebut telah mula kedengaran sejak tahun 1990-an lagi. Malangnya,
idea tersebut hanya terbingkai sebagai komoditi politik. Namun demikian, saya amat yakin
di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Bera, perkara itu akan dibawa ke Dewan ini
dan bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Sesungguhnya, undang-undang dapat
mengekang kepada kuasa yang berlebihan, yang boleh menjurus kepada amalan rasuah
dan dapat mengetengahkan figura baharu untuk menerajui negara.
Begitu juga dengan undang-undang antilompat parti yang perlu disegerakan
supaya perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tidak berulang lagi pada masa yang akan
datang. Kestabilan politik yang bakal tercipta nanti hasil daripada undang-undang ini, akan
membawa kebaikan kepada kerajaan dan pembangkang untuk memastikan semak dan
imbang dapat berfungsi dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, dari sudut mengekalkan hubungan diplomasi di peringkat
antarabangsa, ekoran perang tercetus antara Rusia dan Ukraine...
| Marilah kita mempertahankan dan memelihara institusi beraja, dengan darah. serta keringat demi menjaga kestabilan negara, bangsa dan agama. Tuan Yang di-Pertua, kita harus berlapang dada untuk menerima hakikatnya bahawa negara kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran getir akibat krisis kesihatan, ketidaktentuan ekonomi dan bencana alam. Kita juga perlu mengakui bahawa kewibawaan dan usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Bera terus melindungi kesejahteraan rakyat dan menjaga kemakmuran negara sememangnya tidak boleh kita sangkal dengan sewenang-wenangnya. Bermula dengan perkenalan sasaran atau KPI 100 hari pertama pemerintah yang perlu dicapai oleh setiap kementerian, disusul pula dengan termeterainya Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021 yang lalu untuk mengembalikan kestabilan politik negara. Tindakan ini sudah tentulah merupakan satu langkah yang bijak dan tepat bagi membolehkan kita semua memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha memerangi pandemik dan meletakkan negara pada asas pertumbuhan yang lebih kukuh. Segala keputusan yang dibuat, tidak lain tidak bukan adalah semata-mata untuk meletakkan kepentingan rakyat sentiasa berada di hadapan, menjadi keutamaan dan melebihi segala- galanya. Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan pada hari ini jelas dapat dilihat apabila terus-menerus melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa mendapat pembelaan dan keadaan ekonomi negara dapat segera dipulihkan seperti sedia kala. Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bera kerana telah berjaya mewujudkan kestabilan politik, sekali gus mempertahankan kedaulatan negara. Sepertimana yang telah dititahkan oleh Tuanku, menerusi kestabilan politik inilah, tiga peristiwa penting negara iaitu pindaan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Belanjawan 2022 telah berjaya diluluskan dengan sebulat suara tanpa sebarang pindaan pada tahun lalu. Tuan Yang di- Pertua, itulah antara cabaran yang perlu kita pikul dan telah berjaya dirungkai oleh Yang Amat Berhormat Bera selaku Perdana Menteri yang kesembilan, yang hanya dapat ditangani dengan semangat Keluarga Malaysia yang merentasi parti politik dan perbezaan ideologi politik. Selain daripada itu, kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Bera yang menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu dalam acara rasmi kerajaan semasa di luar negara cukup membanggakan dan menggambarkan perjuangan terhadap bangsa Melayu dan bahasa ibunda. Seharusnya kita patut berbangga, merasa bangga kerana dianugerahkan seorang Perdana Menteri yang membawa perubahan besar kepada perjuangan bangsa yang tidak pernah mampu dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, mengimbas kembali sejarah perjalanan negara untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan seorang yang menjawat jawatan Perdana Menteri, seingat saya idea tersebut telah mula kedengaran sejak tahun 1990-an lagi. Malangnya, idea tersebut hanya terbingkai sebagai komoditi politik. Namun demikian, saya amat yakin di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Bera, perkara itu akan dibawa ke Dewan ini dan bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Sesungguhnya, undang-undang dapat mengekang kepada kuasa yang berlebihan, yang boleh menjurus kepada amalan rasuah dan dapat mengetengahkan figura baharu untuk menerajui negara. Begitu juga dengan undang-undang antilompat parti yang perlu disegerakan supaya perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tidak berulang lagi pada masa yang akan datang. Kestabilan politik yang bakal tercipta nanti hasil daripada undang-undang ini, akan membawa kebaikan kepada kerajaan dan pembangkang untuk memastikan semak dan imbang dapat berfungsi dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, dari sudut mengekalkan hubungan diplomasi di peringkat antarabangsa, ekoran perang tercetus antara Rusia dan Ukraine... | 47 | 55 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
48 DR.01.03.2022
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, pukul 1. Boleh sambung pukul 2.30 ya.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Okey. Tadi panjang sangat.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sebelum saya
berhentikan Mesyuarat pada tengah hari ini, saya ingin menyampaikan senarai pembahas
yang boleh berbahas pada hari ini.
Yang Berhormat Jempol akan sambung pukul 2.30 petang hingga 3.50 petang.
Diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Mas selaku penyokong, pukul 3.50 petang hingga 4.35
petang, 45 minit. Diikuti pula oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang Port Dickson dari
sekitar pukul 4.35 petang hingga 6.05 petang, 90 minit ya.
Kemudian, beliau akan diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, 12 minit, pukul
6.05 petang hingga 6.17 petang. Yang Berhormat Bagan selaku ketua parti, 20 minit, iaitu
pukul 6.17 petang hingga 6.27 petang. Pukul 6.17 petang hingga 6.37 petang, maaf. Akhir
sekali Yang Berhormat Sabak Bernam 12 minit, pukul 6.37 petang sehinggalah 6.49
petang. Cukup-cukup.
Saya rasa tidak sempat pun sebab saya boleh sambung hingga 15 minit sahaja.
Jadi terpaksalah kita berhenti semasa Yang Berhormat Bagan, ya. Oleh sebab masa telah
pukul 1 petang, maka saya berhentikan Mesyuarat ini dan akan disambung pada pukul
2.30 petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat tengah hari semua.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
■ 1430
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Mesyuarat]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Dipersilakan Yang
Berhormat Jempol.
2.33 ptg.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung
semula perbahasan.
Apa yang disebutkan berhentinya saya pada teks tersebut ialah begitu juga
dengan undang-undang anti lompat parti yang perlu disegerakan supaya perkara yang
tidak disenangi oleh rakyat tidak perlu berulang lagi pada masa hadapan. Kestabilan politik
yang bakal tercipta nanti hasil daripada undang-undang ini akan membawa kebaikan
kepada kerajaan dan pembangkang untuk memastikan semak dan imbang dapat
berfungsi dengan baik demi kepentingan rakyat dan juga negara. Bak kata pantun yang
dititahkan oleh Tuanku semalam yang berbunyi...
Gunung Kinabalu sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.
Busana tradisi kain bersulam,
Warna jingga berawan larat,
Cukuplah berpolitik siang dan malam,
Fokuskan menjaga kepentingan rakyat.
| Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, pukul 1. Boleh sambung pukul 2.30 ya. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Okey. Tadi panjang sangat. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sebelum saya berhentikan Mesyuarat pada tengah hari ini, saya ingin menyampaikan senarai pembahas yang boleh berbahas pada hari ini. Yang Berhormat Jempol akan sambung pukul 2.30 petang hingga 3.50 petang. Diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Mas selaku penyokong, pukul 3.50 petang hingga 4.35 petang, 45 minit. Diikuti pula oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang Port Dickson dari sekitar pukul 4.35 petang hingga 6.05 petang, 90 minit ya. Kemudian, beliau akan diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, 12 minit, pukul 6.05 petang hingga 6.17 petang. Yang Berhormat Bagan selaku ketua parti, 20 minit, iaitu pukul 6.17 petang hingga 6.27 petang. Pukul 6.17 petang hingga 6.37 petang, maaf. Akhir sekali Yang Berhormat Sabak Bernam 12 minit, pukul 6.37 petang sehinggalah 6.49 petang. Cukup-cukup. Saya rasa tidak sempat pun sebab saya boleh sambung hingga 15 minit sahaja. Jadi terpaksalah kita berhenti semasa Yang Berhormat Bagan, ya. Oleh sebab masa telah pukul 1 petang, maka saya berhentikan Mesyuarat ini dan akan disambung pada pukul 2.30 petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat tengah hari semua. [Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari] # 1430 [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Dipersilakan Yang Berhormat Jempol. 2.33 ptg. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung semula perbahasan. Apa yang disebutkan berhentinya saya pada teks tersebut ialah begitu juga dengan undang-undang anti lompat parti yang perlu disegerakan supaya perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tidak perlu berulang lagi pada masa hadapan. Kestabilan politik yang bakal tercipta nanti hasil daripada undang-undang ini akan membawa kebaikan kepada kerajaan dan pembangkang untuk memastikan semak dan imbang dapat berfungsi dengan baik demi kepentingan rakyat dan juga negara. Bak kata pantun yang dititahkan oleh Tuanku semalam yang berbunyi... Gunung Kinabalu sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang susah menjadi senang. Busana tradisi kain bersulam, Warna jingga berawan larat, Cukuplah berpolitik siang dan malam, Fokuskan menjaga kepentingan rakyat. | 48 | 56 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 49
Jadi, begitulah keadaan kita yang mana titah tuanku adalah jelas bahawa
menjaga kepentingan rakyat ini adalah memberi keutamaan segala-galanya.
Tuan Yang di-Pertua, dari sudut mengekalkan hubungan diplomasi di peringkat
antarabangsa pula ekoran perang tercetus antara Rusia dan Ukraine, Yang Amat
Berhormat Bera telah menyatakan hasratnya supaya segala usaha ke arah penyelesaian
secara aman menerusi dialog perlu dilipatgandakan. Oleh itu, Keluarga Malaysia
hendaklah senada dan perlu terus menyokong usaha sedemikian demi menjaga
kepentingan untuk mengekalkan keamanan, keselamatan serantau dan antarabangsa
serta menggalakkan kemakmuran yang lebih luas.
Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui setelah pandemik COVID melanda
dunia, tidak ada mana-mana negara yang terkecuali daripada mengalami kesan buruk
ekonomi. Kesan kepada ekonomi negara kita amatlah besar. Antaranya ialah kejatuhan
pasaran saham, penurunan Ringgit Malaysia dan penyusutan keluaran negara kasar.
Pandemik ini turut memberi kesan buruk terhadap beberapa sektor utama negara seperti
sektor hiburan, peruncitan, pelancongan dan sebagainya serta mewujudkan kesan sosial
yang amat dahsyat kepada sebilangan besar rakyat.
Dalam usaha untuk mengeluarkan negara daripada terus berdepan dengan
kesuraman ekonomi, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Bera telah
membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan
sebanyak RM332.1 bilion iaitu meningkat sebanyak tiga peratus daripada belanjawan
sebelumnya. Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan juga telah
menganggarkan ekonomi negara akan mengalami pertumbuhan antara 5.5 peratus
hingga 6.5 peratus. Perkara ini membuktikan bahawa kerajaan terus komited untuk
melonjakkan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab keperluan yang amat besar pada masa kini
adalah untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat, kerajaan telah memutuskan untuk
memberi keutamaan kepada soal kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek
berpaksikan rakyat berbanding projek mega baharu melalui Rancangan Malaysia Ke-12.
Melihat kepada perkembangan pasca pandemik untuk lima tahun yang akan
datang, perkara ini sememangnya wajar dijadikan tumpuan corak perbelanjaan kerajaan
dalam merangka strategi baharu untuk membina masa depan negara yang mampan. Hal
ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina sebuah keluarga Malaysia
yang kalis cabaran dan tidak terpinggir daripada menikmati sebarang pembangunan
menjelang tahun 2025.
Pendekatan ini jelas menunjukkan kerajaan bersikap peka dan cakna akan kesan
pandemik yang telah mengancam jutaan rakyat serta sentiasa mengutamakan
kepentingan rakyat sebelum membuat suatu keputusan atau dasar baharu.
Tuan Yang di-Pertua, perniagaan merupakan salah satu pekerjaan yang terpuji
kerana sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar. Islam
juga menggalakkan umatnya untuk mencari kesenangan hidup dan perniagaan
merupakan salah satu daripada caranya.
Usaha kerajaan dalam membantu dan mempermudah perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) haruslah dipuji kerana ia benar-benar dapat dimanfaatkan oleh
usahawan kecil khususnya yang terjejas akibat bencana banjir. Program SME Emergency
Fund yang menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 dengan kadar keuntungan
kosong peratus dan tempoh pembayaran balik adalah sehingga lima tahun berserta
moratorium selama 12 bulan adalah amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
Selain daripada itu, seramai 15,000 usahawan mikro dan informal juga akan diberi
bantuan geran sebanyak RM3,000 melibatkan kos berjumlah RM50 juta menerusi Skim
Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM).
Di sini kita dapat melihat bahawa kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu
para usahawan yang telah terjejas akibat banjir, lebih-lebih lagi dana kerajaan sebegini
tidak perlu tapisan yang rumit seperti pihak swasta. Perkara ini amat bertepatan dengan
| Jadi, begitulah keadaan kita yang mana titah tuanku adalah jelas bahawa. menjaga kepentingan rakyat ini adalah memberi keutamaan segala-galanya. Tuan Yang di-Pertua, dari sudut mengekalkan hubungan diplomasi di peringkat antarabangsa pula ekoran perang tercetus antara Rusia dan Ukraine, Yang Amat Berhormat Bera telah menyatakan hasratnya supaya segala usaha ke arah penyelesaian secara aman menerusi dialog perlu dilipatgandakan. Oleh itu, Keluarga Malaysia hendaklah senada dan perlu terus menyokong usaha sedemikian demi menjaga kepentingan untuk mengekalkan keamanan, keselamatan serantau dan antarabangsa serta menggalakkan kemakmuran yang lebih luas. Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui setelah pandemik COVID melanda dunia, tidak ada mana-mana negara yang terkecuali daripada mengalami kesan buruk ekonomi. Kesan kepada ekonomi negara kita amatlah besar. Antaranya ialah kejatuhan pasaran saham, penurunan Ringgit Malaysia dan penyusutan keluaran negara kasar. Pandemik ini turut memberi kesan buruk terhadap beberapa sektor utama negara seperti sektor hiburan, peruncitan, pelancongan dan sebagainya serta mewujudkan kesan sosial yang amat dahsyat kepada sebilangan besar rakyat. Dalam usaha untuk mengeluarkan negara daripada terus berdepan dengan kesuraman ekonomi, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Bera telah membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan sebanyak RM332.1 bilion iaitu meningkat sebanyak tiga peratus daripada belanjawan sebelumnya. Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan juga telah menganggarkan ekonomi negara akan mengalami pertumbuhan antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus. Perkara ini membuktikan bahawa kerajaan terus komited untuk melonjakkan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab keperluan yang amat besar pada masa kini adalah untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat, kerajaan telah memutuskan untuk memberi keutamaan kepada soal kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat berbanding projek mega baharu melalui Rancangan Malaysia Ke-12. Melihat kepada perkembangan pasca pandemik untuk lima tahun yang akan datang, perkara ini sememangnya wajar dijadikan tumpuan corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka strategi baharu untuk membina masa depan negara yang mampan. Hal ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina sebuah keluarga Malaysia yang kalis cabaran dan tidak terpinggir daripada menikmati sebarang pembangunan menjelang tahun 2025. Pendekatan ini jelas menunjukkan kerajaan bersikap peka dan cakna akan kesan pandemik yang telah mengancam jutaan rakyat serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat sebelum membuat suatu keputusan atau dasar baharu. Tuan Yang di-Pertua, perniagaan merupakan salah satu pekerjaan yang terpuji kerana sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar. Islam juga menggalakkan umatnya untuk mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya. Usaha kerajaan dalam membantu dan mempermudah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) haruslah dipuji kerana ia benar-benar dapat dimanfaatkan oleh usahawan kecil khususnya yang terjejas akibat bencana banjir. Program SME Emergency Fund yang menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 dengan kadar keuntungan kosong peratus dan tempoh pembayaran balik adalah sehingga lima tahun berserta moratorium selama 12 bulan adalah amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Selain daripada itu, seramai 15,000 usahawan mikro dan informal juga akan diberi bantuan geran sebanyak RM3,000 melibatkan kos berjumlah RM50 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM). Di sini kita dapat melihat bahawa kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu para usahawan yang telah terjejas akibat banjir, lebih-lebih lagi dana kerajaan sebegini tidak perlu tapisan yang rumit seperti pihak swasta. Perkara ini amat bertepatan dengan. | 49 | 57 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
50 DR.01.03.2022
hasrat kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi supaya usahawan yang terkesan
dapat dibantu dengan kadar segera.
■1440
Tuan Yang di-Pertua, menerusi RMKe-12, kerajaan mahu memacu Keluarga
Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi serta kalis cabaran pada masa
hadapan. Namun, pencapaian ini tidak bermakna jika masih ada golongan terpinggir
daripada arus pembangunan. Sesungguhnya, isu kesusahan dan isu kemiskinan sangat
dekat di hati saya. Saya sangat memahami setiap kesusahan dan kepayahan hidup
rakyat di luar bandar.
Saya juga amat berharap agar kemiskinan tegar dapat dibasmi dengan kadar
yang secepat mungkin. Maka dengan ini, kerajaan hendaklah berfokus sepenuhnya untuk
membantu meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar menerusi apa kaedah
sekali pun supaya matlamat kita untuk merapatkan jurang pendapatan dapat dijayakan
dengan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kerajaan yang berjaya menstabilkan minyak sawit mentah (MSM) dan dijangka akan kekal
tinggi pada paras harga sekitar RM5,000 hingga RM6,000 satu tan sepanjang tahun ini.
Untuk makluman, semalam sahaja harga tersebut telah mencecah RM7,450 satu tan yang
mana menjadi berita gembira kepada peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun kecil
seluruh negara.
Walau bagaimanapun, bagi pekebun kecil yang mengusahakan tanaman komoditi
getah, pendapatan mereka diibaratkan seperti “kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang”. Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan meneliti semula cadangan yang pernah
saya dan rakan-rakan utarakan sebelum ini iaitu meningkatkan harga lantai getah sekerap
ataupun getah cup lump kepada RM3.50 sekilogram untuk membantu para pekebun kecil
meningkatkan pendapatan mereka.
Sesungguhnya, nasib seramai 552,543 orang pekebun kecil memerlukan
perhatian dan pembelaan daripada kerajaan kerana pendapatan mereka sangat mudah
terjejas akibat ketidakstabilan harga komoditi tersebut.
Pada kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri yang telah membangkitkan isu kawalan harga getah Malaysia bersama
Indonesia dan Thailand iaitu menganggotai International Tripartite Rubber Council (ITRC).
Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar kawalan harga dari negara-negara
anggota ITRC dapat menetapkan harga lantai yang menyebelahi nasib para pekebun kecil
agar sumber pendapatan mereka dapat ditingkatkan. Usaha ini sekali gus dapat
menjayakan hasrat kerajaan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara masyarakat
bandar dan juga luar bandar, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
kepada Yang Berhormat Jempol yang telah pun membangkitkan tentang nilai bentuk
pendapatan, khususnya kepada penoreh getah dan sebagainya. Saya ingin
membangkitkan, apa pandangan daripada Yang Berhormat Jempol tentang petani-petani
kita ataupun pesawah-pesawah kita yang ada dalam negara kita ini yang perlu juga untuk
kita bela? Ini kerana kos, contohnya kos daripada segi racun, baja dan sebagainya
semakin meningkat dan kadangkala ada sahaja bentuk-bentuk yang boleh untuk
mengurangkan kos. Adakah boleh untuk kerajaan juga turut membantu, khususnya
golongan petani ataupun pesawah-pesawah yang ada di dalam negara kita?
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Yang Berhormat Parit. Jadi,
saya amat bersetuju apa yang diperkatakan tadi, memang kita amat terkesan dengan
harga bahan seperti racun dan sebagainya. Sudah pastilah kita mohon supaya kerajaan
juga memikirkan subsidi untuk tanaman para pesawah padi, mereka yang terlibat dengan
kebun sayur dan sebagainya agar bantuan ini dapat juga disalurkan kepada mereka.
Menyedari akan kesusahan dan beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat ketika
berdepan dengan pandemik COVID-19, kepimpinan sebelum ini telah pun memutuskan
| hasrat kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi supaya usahawan yang terkesan dapat dibantu dengan kadar segera. #1440. Tuan Yang di-Pertua, menerusi RMKe-12, kerajaan mahu memacu Keluarga Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi serta kalis cabaran pada masa hadapan. Namun, pencapaian ini tidak bermakna jika masih ada golongan terpinggir daripada arus pembangunan. Sesungguhnya, isu kesusahan dan isu kemiskinan sangat dekat di hati saya. Saya sangat memahami setiap kesusahan dan kepayahan hidup rakyat di luar bandar. Saya juga amat berharap agar kemiskinan tegar dapat dibasmi dengan kadar yang secepat mungkin. Maka dengan ini, kerajaan hendaklah berfokus sepenuhnya untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar menerusi apa kaedah sekali pun supaya matlamat kita untuk merapatkan jurang pendapatan dapat dijayakan dengan secepat mungkin. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang berjaya menstabilkan minyak sawit mentah (MSM) dan dijangka akan kekal tinggi pada paras harga sekitar RM5,000 hingga RM6,000 satu tan sepanjang tahun ini. Untuk makluman, semalam sahaja harga tersebut telah mencecah RM7,450 satu tan yang mana menjadi berita gembira kepada peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun kecil seluruh negara. Walau bagaimanapun, bagi pekebun kecil yang mengusahakan tanaman komoditi getah, pendapatan mereka diibaratkan seperti "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan meneliti semula cadangan yang pernah saya dan rakan-rakan utarakan sebelum ini iaitu meningkatkan harga lantai getah sekerap ataupun getah cup lump kepada RM3.50 sekilogram untuk membantu para pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka. Sesungguhnya, nasib seramai 552,543 orang pekebun kecil memerlukan perhatian dan pembelaan daripada kerajaan kerana pendapatan mereka sangat mudah terjejas akibat ketidakstabilan harga komoditi tersebut. Pada kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membangkitkan isu kawalan harga getah Malaysia bersama Indonesia dan Thailand iaitu menganggotai International Tripartite Rubber Council (ITRC). Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar kawalan harga dari negara-negara anggota ITRC dapat menetapkan harga lantai yang menyebelahi nasib para pekebun kecil agar sumber pendapatan mereka dapat ditingkatkan. Usaha ini sekali gus dapat menjayakan hasrat kerajaan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara masyarakat bandar dan juga luar bandar, Tuan Yang di-Pertua... Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol yang telah pun membangkitkan tentang nilai bentuk pendapatan, khususnya kepada penoreh getah dan sebagainya. Saya ingin membangkitkan, apa pandangan daripada Yang Berhormat Jempol tentang petani-petani kita ataupun pesawah-pesawah kita yang ada dalam negara kita ini yang perlu juga untuk kita bela? Ini kerana kos, contohnya kos daripada segi racun, baja dan sebagainya semakin meningkat dan kadangkala ada sahaja bentuk-bentuk yang boleh untuk mengurangkan kos. Adakah boleh untuk kerajaan juga turut membantu, khususnya golongan petani ataupun pesawah-pesawah yang ada di dalam negara kita?. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Yang Berhormat Parit. Jadi, saya amat bersetuju apa yang diperkatakan tadi, memang kita amat terkesan dengan harga bahan seperti racun dan sebagainya. Sudah pastilah kita mohon supaya kerajaan juga memikirkan subsidi untuk tanaman para pesawah padi, mereka yang terlibat dengan kebun sayur dan sebagainya agar bantuan ini dapat juga disalurkan kepada mereka. Menyedari akan kesusahan dan beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat ketika berdepan dengan pandemik COVID-19, kepimpinan sebelum ini telah pun memutuskan. | 50 | 58 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 51
untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh para
pencarumnya menerusi kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
Syukur alhamdulillah, ketiga-tiga kemudahan ini telah pun dimanfaatkan dengan
sebaiknya dan banyak membantu meringankan keperitan yang ditanggung oleh rakyat
untuk berdepan dengan suasana terburuk dalam kehidupan mereka. Bagi memudahkan
pengeluaran i-Citra, setakat Oktober 2021, saya difahamkan seramai 4.98 juta orang telah
membuat permohonan yang melibatkan amaun berjumlah RM20.5 bilion.
Walaupun sebelum ini sekitar RM19.5 bilion telah dikeluarkan oleh 5.3 juta orang
menerusi kemudahan i-Lestari dan sekitar RM53 bilion oleh 6 juta orang menerusi i-Sinar.
Angka-angka yang saya sebutkan sebentar tadi, jelas menunjukkan bahawa
sememangnya terdapat keperluan yang mendesak oleh sebilangan rakyat Malaysia untuk
menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi tujuan survival dan untuk
meneruskan kelangsungan hidup.
Oleh yang demikian, saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan
mengkaji semula tuntutan yang telah dibuat oleh rakyat iaitu membenarkan pengeluaran
buat kali terakhir secara bersasar kepada mereka yang memerlukan, bergantung kepada
jumlah simpanan. Sebelum ini, i-Lestari, i-Sinar, i-Citra memberi makna kepada Keluarga
Malaysia serta bersesuaian dengan namanya. Maka dengan ini, saya mencadangkan
agar kerajaan memperkenalkan i-Ceria bagi kemudahan pengeluaran wang KWSP untuk
kali yang terakhir.
Memandangkan ekonomi negara sudah mula menunjukkan perkembangan yang
positif, kemasukan pesakit kritikal COVID-19 ke hospital telah pun berkurangan dan
jaminan sambutan Aidilfitri pada tahun ini juga telah diberi oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri. Maka, kemudahan i-Ceria ini bakal memberikan makna tersendiri buat
Keluarga Malaysia. Saya doakan moga cetusan rasa, keluh resah rakyat dapat didengari
oleh kepimpinan negara, semoga doa tuan-tuan di luar sana diluluskan dan dimakbulkan
Allah SWT.
Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari
tua. Tuntutan saya ini juga bukanlah untuk menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada
pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup pada hari tua. Akan tetapi
tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga
Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan
akibat pandemik COVID-19.
Ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini, sudah tentulah
merencatkan perjalanan mereka yang baharu sahaja memulakan fasa kehidupan yang
baharu. Keadaan mereka ini sudah tentulah menjadi semakin parah, bagaikan “sudah
jatuh ditimpa tangga”.
Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan
sentiasa mendengar setiap keluh resah isi hati rakyat, saya merayu bagi pihak mereka di
dalam Dewan yang mulia ini supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman
dapat terukir kembalikan wajah Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bermula 18 Mac
2020 yang lalu, penutupan sempadan telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang
penyebaran wabak tersebut di dalam negara iaitu dua bulan selepas negara merekodkan
pertama penularan COVID-19.
■1450
Bermulalah dari saat itu semua sektor perniagaan terkait dengan industri
pelancongan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah menanggung
kerugian yang cukup besar. Malah, terdapat dalam kalangan mereka terpaksa
menamatkan perniagaan ataupun menggulung tikar.
Sebelum muncul virus COVID-19 ini, pada setiap tahun sekurang-kurangnya 26
juta orang pelancong asing pastinya akan masuk ke negara ini dan membawa pulangan
yang lumayan kepada rakyat tempatan terutamanya golongan terbabit dalam industri
pelancongan.
| untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh para pencarumnya menerusi kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Syukur alhamdulillah, ketiga-tiga kemudahan ini telah pun dimanfaatkan dengan sebaiknya dan banyak membantu meringankan keperitan yang ditanggung oleh rakyat untuk berdepan dengan suasana terburuk dalam kehidupan mereka. Bagi memudahkan pengeluaran i-Citra, setakat Oktober 2021, saya difahamkan seramai 4.98 juta orang telah membuat permohonan yang melibatkan amaun berjumlah RM20.5 bilion. Walaupun sebelum ini sekitar RM19.5 bilion telah dikeluarkan oleh 5.3 juta orang menerusi kemudahan i-Lestari dan sekitar RM53 bilion oleh 6 juta orang menerusi i-Sinar. Angka-angka yang saya sebutkan sebentar tadi, jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat keperluan yang mendesak oleh sebilangan rakyat Malaysia untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi tujuan survival dan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Oleh yang demikian, saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula tuntutan yang telah dibuat oleh rakyat iaitu membenarkan pengeluaran buat kali terakhir secara bersasar kepada mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan. Sebelum ini, i-Lestari, i-Sinar, i-Citra memberi makna kepada Keluarga Malaysia serta bersesuaian dengan namanya. Maka dengan ini, saya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan i-Ceria bagi kemudahan pengeluaran wang KWSP untuk kali yang terakhir. Memandangkan ekonomi negara sudah mula menunjukkan perkembangan yang positif, kemasukan pesakit kritikal COVID-19 ke hospital telah pun berkurangan dan jaminan sambutan Aidilfitri pada tahun ini juga telah diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka, kemudahan i-Ceria ini bakal memberikan makna tersendiri buat Keluarga Malaysia. Saya doakan moga cetusan rasa, keluh resah rakyat dapat didengari oleh kepimpinan negara, semoga doa tuan-tuan di luar sana diluluskan dan dimakbulkan Allah SWT. Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua. Tuntutan saya ini juga bukanlah untuk menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup pada hari tua. Akan tetapi tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19. Ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini, sudah tentulah merencatkan perjalanan mereka yang baharu sahaja memulakan fasa kehidupan yang baharu. Keadaan mereka ini sudah tentulah menjadi semakin parah, bagaikan "sudah jatuh ditimpa tangga". Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluh resah isi hati rakyat, saya merayu bagi pihak mereka di dalam Dewan yang mulia ini supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembalikan wajah Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bermula 18 Mac 2020 yang lalu, penutupan sempadan telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang penyebaran wabak tersebut di dalam negara iaitu dua bulan selepas negara merekodkan pertama penularan COVID-19. #1450. Bermulalah dari saat itu semua sektor perniagaan terkait dengan industri pelancongan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah menanggung kerugian yang cukup besar. Malah, terdapat dalam kalangan mereka terpaksa menamatkan perniagaan ataupun menggulung tikar. Sebelum muncul virus COVID-19 ini, pada setiap tahun sekurang-kurangnya 26 juta orang pelancong asing pastinya akan masuk ke negara ini dan membawa pulangan yang lumayan kepada rakyat tempatan terutamanya golongan terbabit dalam industri pelancongan. | 51 | 59 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
52 DR.01.03.2022
Meskipun pada ketika ini pelancongan domestik telah dibenarkan beroperasi
sepenuhnya, tetapi masih belum memadai untuk membantu sektor-sektor lain berkait
rapat dengan bidang pelancongan seperti pengangkutan, perhotelan, agensi pelancongan
dan peruncitan. Sepertimana yang telah dititahkan oleh tuanku, bagi mencapai matlamat
pemulihan industri pelancongan dan bidang yang berkaitan dengannya secara holistik,
tumpuan tidak boleh hanya diberikan pelancongan domestik sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya negara perlu mengorak langkah
dan meneroka peluang untuk kembali menerima kunjungan serta kedatangan pelancong
asing ke dalam negara. Baru-baru ini, sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya
boleh diibaratkan telah mendapat suntikan baharu apabila Yang Amat Berhormat Bera
berjaya mencapai persefahaman bersama Perdana Menteri Thailand semasa lawatan
rasmi ke bumi Siam tersebut.
Kedua-dua kerajaan telah bersetuju mengaktifkan sijil vaksinasi dan
melaksanakan integrasi aplikasi MySejahtera dan Morprom, Thailand punya ini.
MySejahtera kira Thailand lah, Morprom bagi memudahkan perjalanan rakyat dari kedua-
dua belah negara. Isu berhubung pembukaan semula sempadan negara ini juga akan
diselesaikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat antara Malaysia dan Thailand amat
penting bagi sektor pelancongan dan juga perdagangan dua hala di kawasan sempadan
yang menyumbang kepada 50 peratus hasil dagangan termasuklah hubungan
kekeluargaan yang terpisah sejak penutupan sempadan dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, pembukaan sempadan melalui jalan darat ini juga hendaklah
diperluaskan dan melibatkan negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Brunei
secara bersekali. Ini kerana ramai Keluarga Malaysia yang masih terkandas akibat
penutupan sempadan ini.
Tuan Yang di-Pertua, tiada siapa yang pernah menjangkakan kemunculan virus
COVID-19 boleh mengubah segala-galanya. Ada yang kehilangan keluarga tersayang,
ada yang kehilangan kerjaya dan ada juga yang kehilangan segala-galanya. Tarikh 25
Januari 2020 merupakan titik hitam buat sejarah negara yang tidak boleh dilupakan
apabila kes pertama jangkitan dilaporkan.
Kini, setakat 28 Februari 2022, angka keseluruhan telah mencecah 3.3 juta
jangkitan dengan 32,000 kematian dicatatkan. Di peringkat antarabangsa pula, 434 juta
individu telah dijangkiti dengan 5.9 juta kematian direkodkan. Pada kesempatan ini, saya
mengucapkan salam takziah kepada mereka yang telah kehilangan anggota keluarga
akibat virus ini. Saya mendoakan Keluarga Malaysia yang telah kehilangan anggota
keluarga, ibu, ayah, anak, adik-beradik dan sebagainya, diberikan kekuatan yang
berpanjangan untuk terus menjalani kehidupan.
Sesungguhnya virus ini adalah musuh yang tidak boleh dilihat dan tidak boleh
dikenal. Tidak boleh mengenal pangkat, darjat, usia, jantina, bangsa dan agama. Oleh itu,
kerajaan Malaysia hendaklah sentiasa berhati-hati kerana kita sentiasa terdedah
dengannya dan boleh dijangkiti pada bila-bila masa.
Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang telah
banyak berjasa dan sanggup mempertaruhkan nyawa dalam membantu negara untuk
memerangi COVID-19.
Selain daripada itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan atas
kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah berjaya mencapai liputan
vaksinasi lengkap dewasa sehingga 98 peratus populasi dewasa. Kini, usaha tersebut
telah mula menunjukkan hasilnya apabila hanya peratusan kecil sahaja individu yang
dijangkiti virus mengalami gejala yang serius walaupun kes jangkitan mencatatkan
peningkatan.
Namun begitu, perkara yang sentiasa menjadi kebimbangan saya ialah individu
yang tidak mahu divaksin. Hal ini kerana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.
Noor Hisham Abdullah, individu yang tidak divaksin merupakan golongan yang paling
berisiko dijangkiti Kategori 4 dan 5 serta berdepan dengan kematian.
| Meskipun pada ketika ini pelancongan domestik telah dibenarkan beroperasi. sepenuhnya, tetapi masih belum memadai untuk membantu sektor-sektor lain berkait rapat dengan bidang pelancongan seperti pengangkutan, perhotelan, agensi pelancongan dan peruncitan. Sepertimana yang telah dititahkan oleh tuanku, bagi mencapai matlamat pemulihan industri pelancongan dan bidang yang berkaitan dengannya secara holistik, tumpuan tidak boleh hanya diberikan pelancongan domestik sahaja. Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya negara perlu mengorak langkah dan meneroka peluang untuk kembali menerima kunjungan serta kedatangan pelancong asing ke dalam negara. Baru-baru ini, sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya boleh diibaratkan telah mendapat suntikan baharu apabila Yang Amat Berhormat Bera berjaya mencapai persefahaman bersama Perdana Menteri Thailand semasa lawatan rasmi ke bumi Siam tersebut. Kedua-dua kerajaan telah bersetuju mengaktifkan sijil vaksinasi dan melaksanakan integrasi aplikasi MySejahtera dan Morprom, Thailand punya ini. MySejahtera kira Thailand lah, Morprom bagi memudahkan perjalanan rakyat dari kedua- dua belah negara. Isu berhubung pembukaan semula sempadan negara ini juga akan diselesaikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat antara Malaysia dan Thailand amat penting bagi sektor pelancongan dan juga perdagangan dua hala di kawasan sempadan yang menyumbang kepada 50 peratus hasil dagangan termasuklah hubungan kekeluargaan yang terpisah sejak penutupan sempadan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pembukaan sempadan melalui jalan darat ini juga hendaklah diperluaskan dan melibatkan negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Brunei secara bersekali. Ini kerana ramai Keluarga Malaysia yang masih terkandas akibat penutupan sempadan ini. Tuan Yang di-Pertua, tiada siapa yang pernah menjangkakan kemunculan virus COVID-19 boleh mengubah segala-galanya. Ada yang kehilangan keluarga tersayang, ada yang kehilangan kerjaya dan ada juga yang kehilangan segala-galanya. Tarikh 25 Januari 2020 merupakan titik hitam buat sejarah negara yang tidak boleh dilupakan apabila kes pertama jangkitan dilaporkan. Kini, setakat 28 Februari 2022, angka keseluruhan telah mencecah 3.3 juta jangkitan dengan 32,000 kematian dicatatkan. Di peringkat antarabangsa pula, 434 juta individu telah dijangkiti dengan 5.9 juta kematian direkodkan. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan salam takziah kepada mereka yang telah kehilangan anggota keluarga akibat virus ini. Saya mendoakan Keluarga Malaysia yang telah kehilangan anggota keluarga, ibu, ayah, anak, adik-beradik dan sebagainya, diberikan kekuatan yang berpanjangan untuk terus menjalani kehidupan. Sesungguhnya virus ini adalah musuh yang tidak boleh dilihat dan tidak boleh dikenal. Tidak boleh mengenal pangkat, darjat, usia, jantina, bangsa dan agama. Oleh itu, kerajaan Malaysia hendaklah sentiasa berhati-hati kerana kita sentiasa terdedah dengannya dan boleh dijangkiti pada bila-bila masa. Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang telah banyak berjasa dan sanggup mempertaruhkan nyawa dalam membantu negara untuk memerangi COVID-19. Selain daripada itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan atas kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap dewasa sehingga 98 peratus populasi dewasa. Kini, usaha tersebut telah mula menunjukkan hasilnya apabila hanya peratusan kecil sahaja individu yang dijangkiti virus mengalami gejala yang serius walaupun kes jangkitan mencatatkan peningkatan. Namun begitu, perkara yang sentiasa menjadi kebimbangan saya ialah individu yang tidak mahu divaksin. Hal ini kerana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, individu yang tidak divaksin merupakan golongan yang paling berisiko dijangkiti Kategori 4 dan 5 serta berdepan dengan kematian. | 52 | 60 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 53
Perkara kedua yang turut menjadi kebimbangan saya ialah keengganan rakyat
untuk menerima dos penggalak (booster dose) dan memberikan vaksin kepada kanak-
kanak dan anak-anak mereka menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak.
Berdasarkan pengamatan saya, keengganan dalam isu vaksinasi ini bertitik tolak daripada
kandungan berita palsu yang terdapat dalam media sosial yang tersebar dengan
meluasnya. Lebih membimbangkan, terdapat golongan anti vaksin yang sengaja
memutarbelitkan fakta untuk menimbulkan keraguan kepada rakyat. Fakta ini pula perlu
diberikan perhatian yang serius. Rakyat tidak perlu dimomokkan dengan perkara-perkara
yang tidak benar. Kerajaan hendaklah proaktif dengan melaksanakan berbagai-bagai sesi
libat urus dan menjawab segala isu yang tular dengan lebih efisien.
Tuan Yang di-Pertua, bermula pada hari ini, 1 Mac 2022, SOP kuarantin baharu
telah dikuatkuasakan. Saya sedar tindakan tersebut merupakan salah satu proses untuk
keluarga Malaysia melangkah ke fasa endemik dan menjalani kehidupan bersama virus.
Namun, masih banyak persoalan yang perlu dijelaskan dengan sebaiknya kepada rakyat
berkenaan SOP baharu ini kerana umumnya mengetahui simptom atau gejala virus
COVID-19 ini boleh bermula dari hari yang kelima sehingga hari yang ke-10.
Kebimbangan utama saya adalah terhadap individu yang tidak boleh divaksin atas
faktor kesihatan dan kanak-kanak yang tidak boleh divaksin khususnya bayi. Saya ingin
tahu dan saya tidak mahu dalam keadaan bergerak maju melangkah ke hadapan, ada di
antara anggota Keluarga Malaysia yang terpaksa ditinggalkan.
Tuan Yang di-Pertua, umumnya mengetahui varian Omicron amat mudah
merebak dan telah menyumbang kepada peningkatan bilangan kes harian kebelakangan
ini.
■1500
Hal ini telah menuntut Keluarga Malaysia untuk kerap melakukan ujian saringan
demi memelihara keselamatan bersama. Oleh itu, terima kasih saya ucapkan kepada
kerajaan yang telah memberikan pelepasan one-off cukai persendirian untuk tahun
percukaian 2021 sehingga RM1,000 ke atas pembelian kit ujian RTK dan PCR. Kadar ini,
kadar harga untuk melakukan ujian PCR rata-ratanya berada dalam lingkungan RM150
hingga RM250.
Berikutan keperluan untuk melakukan ujian ini agak kerap, maka harga tersebut
sudah pastilah membebankan rakyat dan pelepasan cukai tidak membawa makna yang
cukup buat Keluarga Malaysia. Maka, saya fikirkan kerajaan harus campur tangan
terhadap isu harga PCR yang dikenakan oleh klinik dan hospital swasta bagi mengatasi
masalah ini.
Saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan perkhidmatan ujian PCR
secara percuma di premis kerajaan atau menyediakan subsidi kepada premis swasta. Jika
perlu, subsidi bersasar juga perlu diperkenalkan kepada golongan yang layak
berdasarkan pendapatan yang sudah disahkan. Selain itu, kerajaan juga
mempertimbangkan untuk menetapkan harga siling bagi ujian PCR seperti kit ujian RTK
di pasaran.
Kita tidak mahu klinik dan hospital swasta mengambil kesempatan dan mengaut
keuntungan yang berlebihan di mana kita tahu bahawa setiap minggu ada sahaja keluarga
yang terpaksa membawa anak dan sebagainya untuk ujian PCR. Jadi, saya berharap
klinik swasta ini janganlah mengambil kesempatan “menangguk di air keruh”, sedangkan
kita sudah berlaku dua tahun. Dua tahun pandemik kita telah pun berlaku. Maka mereka
ini telah pun mencipta ribuan jutaan ringgit daripada hasil pandemik ini, jadi saya berharap.
Keadaan ini makin runcing apabila virus Omikron ini terlalu cepat merebak, maka
rakyat yang berpendapatan rendah amat terkesan. Kalau hendak dibuat pemeriksaan
ataupun PCR RM150 hingga RM250, berapa banyak kampit beras yang boleh diberi?
Berapa banyak susu anak mereka boleh dibeli? Maka orang kampung, orang di luar sana
sentiasa dalam kesusahan. Jadi saya gesa, saya mahu bahawa kerajaan di bawah
Kementerian Kesihatan juga melihat perkara ini.
| Perkara kedua yang turut menjadi kebimbangan saya ialah keengganan rakyat. untuk menerima dos penggalak (booster dose) dan memberikan vaksin kepada kanak- kanak dan anak-anak mereka menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak. Berdasarkan pengamatan saya, keengganan dalam isu vaksinasi ini bertitik tolak daripada kandungan berita palsu yang terdapat dalam media sosial yang tersebar dengan meluasnya. Lebih membimbangkan, terdapat golongan anti vaksin yang sengaja memutarbelitkan fakta untuk menimbulkan keraguan kepada rakyat. Fakta ini pula perlu diberikan perhatian yang serius. Rakyat tidak perlu dimomokkan dengan perkara-perkara yang tidak benar. Kerajaan hendaklah proaktif dengan melaksanakan berbagai-bagai sesi libat urus dan menjawab segala isu yang tular dengan lebih efisien. Tuan Yang di-Pertua, bermula pada hari ini, 1 Mac 2022, SOP kuarantin baharu telah dikuatkuasakan. Saya sedar tindakan tersebut merupakan salah satu proses untuk keluarga Malaysia melangkah ke fasa endemik dan menjalani kehidupan bersama virus. Namun, masih banyak persoalan yang perlu dijelaskan dengan sebaiknya kepada rakyat berkenaan SOP baharu ini kerana umumnya mengetahui simptom atau gejala virus COVID-19 ini boleh bermula dari hari yang kelima sehingga hari yang ke-10. Kebimbangan utama saya adalah terhadap individu yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan dan kanak-kanak yang tidak boleh divaksin khususnya bayi. Saya ingin tahu dan saya tidak mahu dalam keadaan bergerak maju melangkah ke hadapan, ada di antara anggota Keluarga Malaysia yang terpaksa ditinggalkan. Tuan Yang di-Pertua, umumnya mengetahui varian Omicron amat mudah merebak dan telah menyumbang kepada peningkatan bilangan kes harian kebelakangan ini. #1500. Hal ini telah menuntut Keluarga Malaysia untuk kerap melakukan ujian saringan demi memelihara keselamatan bersama. Oleh itu, terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan yang telah memberikan pelepasan one-off cukai persendirian untuk tahun percukaian 2021 sehingga RM1,000 ke atas pembelian kit ujian RTK dan PCR. Kadar ini, kadar harga untuk melakukan ujian PCR rata-ratanya berada dalam lingkungan RM150 hingga RM250. Berikutan keperluan untuk melakukan ujian ini agak kerap, maka harga tersebut sudah pastilah membebankan rakyat dan pelepasan cukai tidak membawa makna yang cukup buat Keluarga Malaysia. Maka, saya fikirkan kerajaan harus campur tangan terhadap isu harga PCR yang dikenakan oleh klinik dan hospital swasta bagi mengatasi masalah ini. Saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan perkhidmatan ujian PCR secara percuma di premis kerajaan atau menyediakan subsidi kepada premis swasta. Jika perlu, subsidi bersasar juga perlu diperkenalkan kepada golongan yang layak berdasarkan pendapatan yang sudah disahkan. Selain itu, kerajaan juga mempertimbangkan untuk menetapkan harga siling bagi ujian PCR seperti kit ujian RTK di pasaran. Kita tidak mahu klinik dan hospital swasta mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan yang berlebihan di mana kita tahu bahawa setiap minggu ada sahaja keluarga yang terpaksa membawa anak dan sebagainya untuk ujian PCR. Jadi, saya berharap klinik swasta ini janganlah mengambil kesempatan "menangguk di air keruh", sedangkan kita sudah berlaku dua tahun. Dua tahun pandemik kita telah pun berlaku. Maka mereka ini telah pun mencipta ribuan jutaan ringgit daripada hasil pandemik ini, jadi saya berharap. Keadaan ini makin runcing apabila virus Omikron ini terlalu cepat merebak, maka rakyat yang berpendapatan rendah amat terkesan. Kalau hendak dibuat pemeriksaan ataupun PCR RM150 hingga RM250, berapa banyak kampit beras yang boleh diberi? Berapa banyak susu anak mereka boleh dibeli? Maka orang kampung, orang di luar sana sentiasa dalam kesusahan. Jadi saya gesa, saya mahu bahawa kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan juga melihat perkara ini. | 53 | 61 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
54 DR.01.03.2022
Jangan biarkan pihak swasta ini terus mencipta keuntungan yang luar biasa. Jadi,
diharap perkara ini menjadikan Keluarga Malaysia lebih aman dan makmur dengan
subsidi ataupun kawalan kepada harga siling yang dikenakan oleh klinik-klinik swasta dan
ia amat membebankan sama sekali. Jadi, apa yang saya harapkan supaya perkara ini
mendapat pertimbangan kerajaan, sekali gus ia dapat membantu rakyat yang terkesan.
Tuan Yang di-Pertua, penutupan sektor pendidikan akibat pandemik COVID-19
telah memperlihatkan kepada kita tentang kelemahan yang perlu ditangani dengan segera
bagi mengelakkan wujudnya generasi yang hilang atau lost generation. Generasi pewaris
negara kita pada masa ini berada dalam keadaan suasana yang merunsingkan dengan
keadaan masa hadapan mereka yang kelam.
Bagi laporan antarabangsa termasuk World Bank telah menyebut bahawa anak-
anak kita sedang berhadapan dengan situasi tersebut. Sepertimana yang telah
disarankan oleh kerajaan, agar Keluarga Malaysia mesti belajar untuk terus hidup
bersama COVID-19. Oleh itu, sektor pendidikan negara sedang dipraktikkan kaedah
pembelajaran secara norma baharu iaitu menerusi pembelajaran teradun atau blended
learning.
Tuan Yang di-Pertua, kaedah yang telah menuntut lebih 4.7 juta orang murid
sekolah rendah dan menengah di seluruh negara untuk terus mendapatkan pendidikan
menerusi kaedah pengajian Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Walau
bagaimanapun, perkara ini menjadi kebimbangan saya, adalah mengenai masa hadapan
seramai 1.85 juta murid yang bersamaan 37 peratus daripada jumlah keseluruhan murid
tidak mempunyai sebarang peranti elektronik untuk menjayakan pembelajaran secara
atas talian sepertimana yang telah didedahkan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran
iaitu, Datuk Dr. Habibah binti Abdul Rahim.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Tuan Yang di-Pertua, saya pun
hendak bagi juga Yang Berhormat kita ini rehat sikit. Sebagaimana yang disebut oleh
Yang Berhormat sebentar tadi, pendidikan ini sebenarnya teramat penting khususnya di
dalam negara kita. Situasi pandemik ini sebenarnya memberi kesan kepada anak-anak
kita yang sepatutnya mereka belajar secara bersemuka di kelas ataupun di sekolah dan
akan memudahkan dalam bentuk pemahaman dan sebagainya.
Jadi, apakah sebenarnya yang akan dilakukan dalam bentuk persiapan
khususnya kepada anak-anak kita di mana tempoh mereka belajar dalam bentuk PdPR
yang mungkin ada kesan-kesan tertentu yang boleh dilakukan oleh kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan.
Oleh sebab jenjang yang agak lama apabila mereka tidak bersemuka itu, apakah
yang perlu untuk kita lakukan? Memang kita jelas bahawa PdPR itu menjadi satu alternatif
dan norma baharu kepada sistem pendidikan khususnya dalam negara kita tetapi dalam
bentuk kajian. Ataupun apakah bentuk-bentuk kesan secara langsung dalam konteks usia
atau umur, pertumbuhan dan juga perkembangan minda kita?
Jadi mungkin ada perkara-perkara yang boleh untuk pihak kementerian untuk
melihat secara spesifik kesan daripada proses pembelajaran norma baharu ini dan secara
langsungnya akan boleh dijadikan sebagai asas untuk bentuk-bentuk persiapan. Apa
pandangan Yang Berhormat?
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih sahabat saya Yang
Berhormat Parit. Jadi saya amat setuju pandangan itu supaya ia dapat dimasukkan dalam
ucapan saya dan saya harap kementerian juga dapat menjawab nanti.
Saya amat mengagumi kaedah yang digunakan oleh negara Finland, China dan
Amerika untuk mengatasi isu ketiadaan peranti elektronik dalam keadaan murid iaitu
dengan membenarkan murid meminjam peranti elektronik dari sekolah untuk mengakses
pembelajaran atas talian dalam kediaman masing-masing. Menerusi kaedah pelaksanaan
sebegini, kerajaan hanya perlu mengenal pasti bilangan murid yang tidak mempunyai
sebarang peranti elektronik di setiap sekolah dan membekalkan secara terus.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Yang Berhormat Jempol, boleh
mencelah sikit? Yang Berhormat, dari Sibuti.
| Jangan biarkan pihak swasta ini terus mencipta keuntungan yang luar biasa. Jadi, diharap perkara ini menjadikan Keluarga Malaysia lebih aman dan makmur dengan subsidi ataupun kawalan kepada harga siling yang dikenakan oleh klinik-klinik swasta dan ia amat membebankan sama sekali. Jadi, apa yang saya harapkan supaya perkara ini mendapat pertimbangan kerajaan, sekali gus ia dapat membantu rakyat yang terkesan. Tuan Yang di-Pertua, penutupan sektor pendidikan akibat pandemik COVID-19 telah memperlihatkan kepada kita tentang kelemahan yang perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan wujudnya generasi yang hilang atau lost generation. Generasi pewaris negara kita pada masa ini berada dalam keadaan suasana yang merunsingkan dengan keadaan masa hadapan mereka yang kelam. Bagi laporan antarabangsa termasuk World Bank telah menyebut bahawa anak- anak kita sedang berhadapan dengan situasi tersebut. Sepertimana yang telah disarankan oleh kerajaan, agar Keluarga Malaysia mesti belajar untuk terus hidup bersama COVID-19. Oleh itu, sektor pendidikan negara sedang dipraktikkan kaedah pembelajaran secara norma baharu iaitu menerusi pembelajaran teradun atau blended learning. Tuan Yang di-Pertua, kaedah yang telah menuntut lebih 4.7 juta orang murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara untuk terus mendapatkan pendidikan menerusi kaedah pengajian Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Walau bagaimanapun, perkara ini menjadi kebimbangan saya, adalah mengenai masa hadapan seramai 1.85 juta murid yang bersamaan 37 peratus daripada jumlah keseluruhan murid tidak mempunyai sebarang peranti elektronik untuk menjayakan pembelajaran secara atas talian sepertimana yang telah didedahkan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran iaitu, Datuk Dr. Habibah binti Abdul Rahim. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Tuan Yang di-Pertua, saya pun hendak bagi juga Yang Berhormat kita ini rehat sikit. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, pendidikan ini sebenarnya teramat penting khususnya di dalam negara kita. Situasi pandemik ini sebenarnya memberi kesan kepada anak-anak kita yang sepatutnya mereka belajar secara bersemuka di kelas ataupun di sekolah dan akan memudahkan dalam bentuk pemahaman dan sebagainya. Jadi, apakah sebenarnya yang akan dilakukan dalam bentuk persiapan khususnya kepada anak-anak kita di mana tempoh mereka belajar dalam bentuk PdPR yang mungkin ada kesan-kesan tertentu yang boleh dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan. Oleh sebab jenjang yang agak lama apabila mereka tidak bersemuka itu, apakah yang perlu untuk kita lakukan? Memang kita jelas bahawa PdPR itu menjadi satu alternatif dan norma baharu kepada sistem pendidikan khususnya dalam negara kita tetapi dalam bentuk kajian. Ataupun apakah bentuk-bentuk kesan secara langsung dalam konteks usia atau umur, pertumbuhan dan juga perkembangan minda kita?. Jadi mungkin ada perkara-perkara yang boleh untuk pihak kementerian untuk melihat secara spesifik kesan daripada proses pembelajaran norma baharu ini dan secara langsungnya akan boleh dijadikan sebagai asas untuk bentuk-bentuk persiapan. Apa pandangan Yang Berhormat?. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Parit. Jadi saya amat setuju pandangan itu supaya ia dapat dimasukkan dalam ucapan saya dan saya harap kementerian juga dapat menjawab nanti. Saya amat mengagumi kaedah yang digunakan oleh negara Finland, China dan Amerika untuk mengatasi isu ketiadaan peranti elektronik dalam keadaan murid iaitu dengan membenarkan murid meminjam peranti elektronik dari sekolah untuk mengakses pembelajaran atas talian dalam kediaman masing-masing. Menerusi kaedah pelaksanaan sebegini, kerajaan hanya perlu mengenal pasti bilangan murid yang tidak mempunyai sebarang peranti elektronik di setiap sekolah dan membekalkan secara terus. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Yang Berhormat Jempol, boleh mencelah sikit? Yang Berhormat, dari Sibuti. | 54 | 62 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 55
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Sibuti.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila, sila.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Terima kasih. Saya mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Jempol kerana
membangkitkan isu berkaitan tentang pendidikan dan juga kesan daripada pandemik yang
hampir dua tahun banyak memberi kesan terutama sekali kepada pelajar-pelajar di luar
bandar dan juga bukan hanya pelajar, tetapi guru-guru terkesan dari sudut peranti, dari
sudut kesihatan mental.
Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jempol, adakah Yang
Berhormat bersetuju bahawa Kementerian Pendidikan kena mengkaji semula kaedah
pembelajaran dan juga kesan akibat COVID-19 ini kepada kesihatan mental terutama
sekali kanak-kanak yang kembali ke sekolah berasa agak kekok setelah belajar melalui
sistem PdPR dan juga kemiskinan digital terutama sekali di kawasan luar bandar dan juga
pendalaman seperti Sabah dan Sarawak memberi kesan kepada kanak-kanak yang
ketinggalan.
Begitu juga saya berharap agar kerajaan bersetuju dengan pandangan Yang
Berhormat Jempol sebentar tadi berkenaan tentang mewujudkan skim pinjaman peranti-
peranti dan juga memilih peranti yang berkualiti untuk dibekalkan kepada kanak-kanak
dan juga pelajar. Saya juga mendapati program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk
memberi peranti sebanyak 150,000 pada tahun lepas tidak berkesan dan tidak sampai
kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan peranti ini. Bagaimana
pandangan Yang Berhormat Jempol?
■1510
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, saya amat bersetuju dengan pandangan
Yang Berhormat Sibuti sebentar tadi yang mana kita perlu melihat perkara ini supaya
murid-murid ini tidak ketinggalan khususnya di luar bandar. Jadi selain itu, teknologi
peranti kita memerlukan guru yang berkualiti dan sebahagian pensyarah prasyarat yang
terpenting.
Begitu juga dengan pengetua atau guru besar yang berkelayakan dan memimpin
di peringkat kementerian yang faham akan situasi bertindak secara profesional. Walau
bagaimanapun, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya perkara yang lebih utama tidak
diselesaikan terlebih dahulu iaitu pencapaian internet khususnya di luar bandar.
Kini negara sedang memasuki era baharu iaitu 5G tetapi dalam keadaan internet
di luar bandar masih menyedihkan. Masalah pencapaian dan kelajuan internet di luar
bandar sememangnya perlu diselesaikan dengan segera oleh kementerian. Perkara ini
hendaklah diberikan perhatian serius oleh kerajaan agar matlamat Kerajaan Malaysia
menjadi sebuah kerajaan berteknologi tinggi menjelang tahun 2025 dapat direalisasikan
dengan jayanya.
Tuan Yang di-Pertua, fenomena banjir bukanlah satu perkara yang asing buat
negara kita lebih-lebih lagi apabila tiba Monsun Timur Laut pada setiap tahun. Kebiasaan
kawasan yang bakal terlibat telah pun dijangka lebih awal seperti negeri yang terletak di
Pantai Timur.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: [Bangun]
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat
Jempol. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Jempol, adakah bersetuju bahawa situasi
banjir yang melanda ini adalah satu perkara yang kita tidak jangka? Untuk perkongsian,
apa yang berlaku di Pasir Mas sehari dua ini adalah merupakan situasi yang sangat-
sangat menyedihkan dan beberapa buah rumah telah pun tenggelam sepenuhnya dengan
tidak dijangka-jangka. Ia seolah-olah mengulangi apa yang telah berlaku di Selangor dan
beberapa situasi di Lembah Klang pada bulan Disember yang lepas.
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jempol, adakah kerajaan perlu
untuk melihat situasi ini secara menyeluruh kerana tadi kita telah mendengar bagaimana
| Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Sibuti. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila, sila. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Terima kasih. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Jempol kerana membangkitkan isu berkaitan tentang pendidikan dan juga kesan daripada pandemik yang hampir dua tahun banyak memberi kesan terutama sekali kepada pelajar-pelajar di luar bandar dan juga bukan hanya pelajar, tetapi guru-guru terkesan dari sudut peranti, dari sudut kesihatan mental. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jempol, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Kementerian Pendidikan kena mengkaji semula kaedah pembelajaran dan juga kesan akibat COVID-19 ini kepada kesihatan mental terutama sekali kanak-kanak yang kembali ke sekolah berasa agak kekok setelah belajar melalui sistem PdPR dan juga kemiskinan digital terutama sekali di kawasan luar bandar dan juga pendalaman seperti Sabah dan Sarawak memberi kesan kepada kanak-kanak yang ketinggalan. Begitu juga saya berharap agar kerajaan bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Jempol sebentar tadi berkenaan tentang mewujudkan skim pinjaman peranti- peranti dan juga memilih peranti yang berkualiti untuk dibekalkan kepada kanak-kanak dan juga pelajar. Saya juga mendapati program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberi peranti sebanyak 150,000 pada tahun lepas tidak berkesan dan tidak sampai kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan peranti ini. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Jempol?. #1510. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sibuti sebentar tadi yang mana kita perlu melihat perkara ini supaya murid-murid ini tidak ketinggalan khususnya di luar bandar. Jadi selain itu, teknologi peranti kita memerlukan guru yang berkualiti dan sebahagian pensyarah prasyarat yang terpenting. Begitu juga dengan pengetua atau guru besar yang berkelayakan dan memimpin di peringkat kementerian yang faham akan situasi bertindak secara profesional. Walau bagaimanapun, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya perkara yang lebih utama tidak diselesaikan terlebih dahulu iaitu pencapaian internet khususnya di luar bandar. Kini negara sedang memasuki era baharu iaitu 5G tetapi dalam keadaan internet di luar bandar masih menyedihkan. Masalah pencapaian dan kelajuan internet di luar bandar sememangnya perlu diselesaikan dengan segera oleh kementerian. Perkara ini hendaklah diberikan perhatian serius oleh kerajaan agar matlamat Kerajaan Malaysia menjadi sebuah kerajaan berteknologi tinggi menjelang tahun 2025 dapat direalisasikan dengan jayanya. Tuan Yang di-Pertua, fenomena banjir bukanlah satu perkara yang asing buat negara kita lebih-lebih lagi apabila tiba Monsun Timur Laut pada setiap tahun. Kebiasaan kawasan yang bakal terlibat telah pun dijangka lebih awal seperti negeri yang terletak di Pantai Timur. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: [Bangun]. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Jempol, adakah bersetuju bahawa situasi banjir yang melanda ini adalah satu perkara yang kita tidak jangka? Untuk perkongsian, apa yang berlaku di Pasir Mas sehari dua ini adalah merupakan situasi yang sangat- sangat menyedihkan dan beberapa buah rumah telah pun tenggelam sepenuhnya dengan tidak dijangka-jangka. Ia seolah-olah mengulangi apa yang telah berlaku di Selangor dan beberapa situasi di Lembah Klang pada bulan Disember yang lepas. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jempol, adakah kerajaan perlu untuk melihat situasi ini secara menyeluruh kerana tadi kita telah mendengar bagaimana. | 55 | 63 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
56 DR.01.03.2022
dalam sesi soal jawab bahawa dalam isu climate change ini, ia akan dijangka berterusan,
monsun ini akan berterusan sehingga ke bulan Ogos. Kita tahu bahawa dalam bulan Mac
ini, bulan Februari dan Mac ini bukan bulan banjir, ini bukan bulan musim tengkujuh, ini
musim kemarau.
Orang-orang kampung saya, mereka menanam jagung dan sayur-sayuran pada
bulan Januari dan Februari kerana mengikut jangkaannya, inilah musim kemarau dan
biasanya jagung akan ditanam tiga musim setahun dan sempat untuk menghadapi musim
banjir pada bulan Disember atau bulan November. Akan tetapi pada kali ini, banjir datang
dan menyebabkan banyak kerugian kepada hasil-hasil tanaman petani.
Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Jempol, adakah perlu untuk kerajaan
membuat review balik kepada dasar berhubung dengan climate change ini dan
mengumumkan bantuan segera kepada para petani dan penduduk-penduduk yang telah
pun menghadapi kerugian yang sangat-sangat besar ini bukan sekadar di negeri Kelantan
tetapi di Terengganu, di beberapa buah lokasi di Pantai Timur ini dan juga lokasi-lokasi di
seluruh Malaysia yang masih belum lagi pulih sepenuhnya daripada banjir. Terima kasih
Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut kerana Yang Berhormat Pasir Mas
biasa melalui proses banjir tidak kira waktunya. Inilah perkara yang perlu kita ambil
tindakan agar rakyat yang berada di pantai timur khususnya. Hari ini banjir pun telah
berlaku dan diharap dapat pembelaan kepada rakyat. Banjir besar yang melanda baru-
baru ini juga di lapan buah negeri bermula pada 18 Disember telah meragut nyawa
seramai 48 orang di mana seorang lagi mangsa masih belum ditemui sehingga hari ini.
Pengajaran daripada musibah ini menunjukkan bahawa pembangunan yang tidak
terkawal, kekurangan pemuliharaan kawasan tadahan air, kelemahan dari sudut
persediaan dan kesepakatan yang tidak jelas antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan
Pusat. Khususnya bagi negeri yang ditadbir oleh kerajaan yang tidak sealiran dengan
Persekutuan adalah antara faktor yang perlu kita tangani.
Oleh itu, kerajaan hendaklah menggunakan pendekatan yang dinamik dan holistik
terhadap pengurusan banjir secara profesional. Kerajaan negeri juga hendaklah sentiasa
mengamalkan keterbukaan supaya semua perkara dan persediaan untuk menghadapi
banjir atau sebarang bencana dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.
Selain itu, pemerkasaan dan kesiapsiagaan terhadap rakyat juga perlu
ditekankan. Sememangnya bencana ini datang tanpa diduga. Maka pengetahuan asas
survival adalah amat mustahak untuk dipelajari oleh rakyat khususnya pada fasa awal
tempoh bencana. Sistem kesukarelawan perlu dibangunkan dengan kadar segera bagi
tujuan mengkoordinasi supaya bantuan dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh dan
berkesan. Besarlah harapan saya agar sistem kesukarelawan ini dapat diwujudkan di
setiap negeri dan daerah khususnya dalam tempoh pasca banjir.
Tuan Yang di-Pertua, Majlis Pemulihan Negara yang berperanan dalam
menjayakan Pelan Pemulihan Negara untuk memulihkan sektor ekonomi dan sosial akibat
pandemik COVID-19 perlu dikaji semula agar dapat diperluaskan tema dan skopnya
supaya dapat membantu Agensi Pengurusan Banjir Negara.
Hal ini kerana bencana banjir akan berlaku pada setiap tahun dan lebih
membimbangkan apabila kawasan yang tidak pernah dinaiki air berpotensi untuk dilanda
banjir sepertimana yang berlaku di Selangor serta berkemungkinan besar akan berulang
lagi pada masa yang akan datang. Oleh itu, perkara ini perlu diperhalusi dan diteliti kerana
kesannya amat besar kepada sektor ekonomi di dalam negara.
Seterusnya, kita juga perlu belajar daripada pengalaman negara maju yang telah
terbukti cekap dalam menguruskan bencana seperti Jepun, Taiwan dan juga New
Zealand. Selain bencana banjir, kita juga perlu memastikan Keluarga Malaysia sentiasa
bersedia untuk kepelbagaian lagi bencana lain seperti tanah runtuh, tsunami, kemarau,
taufan dan sebagainya.
| dalam sesi soal jawab bahawa dalam isu climate change ini, ia akan dijangka berterusan, monsun ini akan berterusan sehingga ke bulan Ogos. Kita tahu bahawa dalam bulan Mac ini, bulan Februari dan Mac ini bukan bulan banjir, ini bukan bulan musim tengkujuh, ini musim kemarau. Orang-orang kampung saya, mereka menanam jagung dan sayur-sayuran pada bulan Januari dan Februari kerana mengikut jangkaannya, inilah musim kemarau dan biasanya jagung akan ditanam tiga musim setahun dan sempat untuk menghadapi musim banjir pada bulan Disember atau bulan November. Akan tetapi pada kali ini, banjir datang dan menyebabkan banyak kerugian kepada hasil-hasil tanaman petani. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Jempol, adakah perlu untuk kerajaan membuat review balik kepada dasar berhubung dengan climate change ini dan mengumumkan bantuan segera kepada para petani dan penduduk-penduduk yang telah pun menghadapi kerugian yang sangat-sangat besar ini bukan sekadar di negeri Kelantan tetapi di Terengganu, di beberapa buah lokasi di Pantai Timur ini dan juga lokasi-lokasi di seluruh Malaysia yang masih belum lagi pulih sepenuhnya daripada banjir. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut kerana Yang Berhormat Pasir Mas biasa melalui proses banjir tidak kira waktunya. Inilah perkara yang perlu kita ambil tindakan agar rakyat yang berada di pantai timur khususnya. Hari ini banjir pun telah berlaku dan diharap dapat pembelaan kepada rakyat. Banjir besar yang melanda baru- baru ini juga di lapan buah negeri bermula pada 18 Disember telah meragut nyawa seramai 48 orang di mana seorang lagi mangsa masih belum ditemui sehingga hari ini. Pengajaran daripada musibah ini menunjukkan bahawa pembangunan yang tidak terkawal, kekurangan pemuliharaan kawasan tadahan air, kelemahan dari sudut persediaan dan kesepakatan yang tidak jelas antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat. Khususnya bagi negeri yang ditadbir oleh kerajaan yang tidak sealiran dengan Persekutuan adalah antara faktor yang perlu kita tangani. Oleh itu, kerajaan hendaklah menggunakan pendekatan yang dinamik dan holistik terhadap pengurusan banjir secara profesional. Kerajaan negeri juga hendaklah sentiasa mengamalkan keterbukaan supaya semua perkara dan persediaan untuk menghadapi banjir atau sebarang bencana dapat diselaraskan dengan lebih berkesan. Selain itu, pemerkasaan dan kesiapsiagaan terhadap rakyat juga perlu ditekankan. Sememangnya bencana ini datang tanpa diduga. Maka pengetahuan asas survival adalah amat mustahak untuk dipelajari oleh rakyat khususnya pada fasa awal tempoh bencana. Sistem kesukarelawan perlu dibangunkan dengan kadar segera bagi tujuan mengkoordinasi supaya bantuan dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Besarlah harapan saya agar sistem kesukarelawan ini dapat diwujudkan di setiap negeri dan daerah khususnya dalam tempoh pasca banjir. Tuan Yang di-Pertua, Majlis Pemulihan Negara yang berperanan dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara untuk memulihkan sektor ekonomi dan sosial akibat pandemik COVID-19 perlu dikaji semula agar dapat diperluaskan tema dan skopnya supaya dapat membantu Agensi Pengurusan Banjir Negara. Hal ini kerana bencana banjir akan berlaku pada setiap tahun dan lebih membimbangkan apabila kawasan yang tidak pernah dinaiki air berpotensi untuk dilanda banjir sepertimana yang berlaku di Selangor serta berkemungkinan besar akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Oleh itu, perkara ini perlu diperhalusi dan diteliti kerana kesannya amat besar kepada sektor ekonomi di dalam negara. Seterusnya, kita juga perlu belajar daripada pengalaman negara maju yang telah terbukti cekap dalam menguruskan bencana seperti Jepun, Taiwan dan juga New Zealand. Selain bencana banjir, kita juga perlu memastikan Keluarga Malaysia sentiasa bersedia untuk kepelbagaian lagi bencana lain seperti tanah runtuh, tsunami, kemarau, taufan dan sebagainya. | 56 | 64 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 57
Walau bagaimanapun, saya cukup terharu dan ingin berterima kasih kepada
semua kakitangan awam, NGO dan orang ramai yang telah banyak membantu dalam
tempoh pasca banjir tanpa mengira kaum dan warna kulit. Syabas, syabas dan tahniah,
terima kasih saya ucapkan atas segala keprihatinan dan sikap tanggungjawab yang telah
ditunjukkan. Semoga semangat Keluarga Malaysia ini akan terus terpahat dan tersemat
di dalam hati nurani sanubari seluruh rakyat Malaysia.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
kerajaan yang responsif dalam menyalurkan peruntukan seawal 28 Disember 2021 yang
lalu dengan menilai keseluruhan bantuan kemudahan mangsa-mangsa banjir yang
berjumlah RM1.4 bilion secara terus dan mungkin akan mencecah sebanyak RM2 bilion.
Merujuk kepada kejadian banjir yang berlaku kelmarin di Kelantan dan Terengganu jelas
bahawa bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa. Harapan saya agar Keluarga
Malaysia yang terkesan di sana dapat diberi perhatian dan bantuan yang secukupnya dari
kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: [Bangun]
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila Yang Berhormat Parit.
Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat Jempol. Bila kita berbicara tentang banjir dalam senario atau
tempoh-tempoh ini memang agak mencemaskan kita.
■1520
Kerajaan perlu berkolaborasi secara bersama dan kita tidak mahu apabila banjir
berlaku kemalangan dan sebagainya, termasuklah kepantasan-kepantasan untuk
bertindak. Setiap agensi yang ada itu mestilah peka untuk melihat keadaan dan kita juga
boleh dapat mengetahui sedikit sebanyak di manakah lokasi-lokasi tersebut dalam bentuk
penyelamatan dan sebagainya.
Cumanya saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat, apakah bentuk-
bentuk peralatan kita dalam kaedah untuk kita menyelamat? Biasanya kalau banjir, kita
menggunakan bot daripada bomba dan sebagainya. Apakah perlu dalam tempoh-tempoh
banjir ini, dalam kadar yang cukup segera khususnya, helikopter untuk kita manfaatkan
bukan hanya untuk menyelamat tetapi pada masa yang sama untuk kita menghantar
keperluan-keperluan makanan khususnya di kawasan-kawasan yang agak sukar untuk
dilalui oleh kenderaan-kenderaan darat ini? Terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Jempol,
Padang Serai. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya tertarik dengan penjelasan-
penjelasan berkaitan dengan banjir. Saya rasa juga kerajaan harus ambil persiapan dari
awal sebelum banjir bukan selepas banjir baru hendak buat persiapan, hendak menuduh
satu sama lain.
Kebanyakan kerajaan – agensi-agensi ini menuduh satu sama lain apabila ada
sesuatu kejadian. Perlu dielakkan dan mereka perlu duduk dalam satu meja dan bincang
dan mesti mengatasi dengan segera. Pada masa yang sama juga, banyak projek yang
dilakukan oleh di tempatan – projek-projek ini tidak dikawal, projek-projek ini tidak diperhati
dengan serius.
Mereka buat projek suka hati selepas itu longkang, jalan tidak diendahkan. Ini
menjadi satu masalah. Seharusnya kerajaan perlu mengambil tindakan segera dan siap
sedia daripada sekarang untuk membesarkan, melebarkan sungai-sungai dan parit-parit
yang ada di sekitarnya. Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih. Banyak perkara yang
menjadi pengalaman yang lalu dan saya ambil kira perkara itu supaya ia sama-sama kita
berganding bahu untuk menyelesaikan ataupun tindakan kita dalam suasana banjir yang
berlaku. Silakan, Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Salah satu sebab banjir yang kita lihat
bahawa Tuan Yang di-Pertua, catchment area yang semakin berkurangan dalam negara
| Walau bagaimanapun, saya cukup terharu dan ingin berterima kasih kepada. semua kakitangan awam, NGO dan orang ramai yang telah banyak membantu dalam tempoh pasca banjir tanpa mengira kaum dan warna kulit. Syabas, syabas dan tahniah, terima kasih saya ucapkan atas segala keprihatinan dan sikap tanggungjawab yang telah ditunjukkan. Semoga semangat Keluarga Malaysia ini akan terus terpahat dan tersemat di dalam hati nurani sanubari seluruh rakyat Malaysia. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang responsif dalam menyalurkan peruntukan seawal 28 Disember 2021 yang lalu dengan menilai keseluruhan bantuan kemudahan mangsa-mangsa banjir yang berjumlah RM1.4 bilion secara terus dan mungkin akan mencecah sebanyak RM2 bilion. Merujuk kepada kejadian banjir yang berlaku kelmarin di Kelantan dan Terengganu jelas bahawa bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa. Harapan saya agar Keluarga Malaysia yang terkesan di sana dapat diberi perhatian dan bantuan yang secukupnya dari kerajaan. Tuan Yang di-Pertua... Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: [Bangun]. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila Yang Berhormat Parit. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jempol. Bila kita berbicara tentang banjir dalam senario atau tempoh-tempoh ini memang agak mencemaskan kita. #1520. Kerajaan perlu berkolaborasi secara bersama dan kita tidak mahu apabila banjir berlaku kemalangan dan sebagainya, termasuklah kepantasan-kepantasan untuk bertindak. Setiap agensi yang ada itu mestilah peka untuk melihat keadaan dan kita juga boleh dapat mengetahui sedikit sebanyak di manakah lokasi-lokasi tersebut dalam bentuk penyelamatan dan sebagainya. Cumanya saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat, apakah bentuk- bentuk peralatan kita dalam kaedah untuk kita menyelamat? Biasanya kalau banjir, kita menggunakan bot daripada bomba dan sebagainya. Apakah perlu dalam tempoh-tempoh banjir ini, dalam kadar yang cukup segera khususnya, helikopter untuk kita manfaatkan bukan hanya untuk menyelamat tetapi pada masa yang sama untuk kita menghantar keperluan-keperluan makanan khususnya di kawasan-kawasan yang agak sukar untuk dilalui oleh kenderaan-kenderaan darat ini? Terima kasih. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Jempol, Padang Serai. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya tertarik dengan penjelasan- penjelasan berkaitan dengan banjir. Saya rasa juga kerajaan harus ambil persiapan dari awal sebelum banjir bukan selepas banjir baru hendak buat persiapan, hendak menuduh satu sama lain. Kebanyakan kerajaan- agensi-agensi ini menuduh satu sama lain apabila ada sesuatu kejadian. Perlu dielakkan dan mereka perlu duduk dalam satu meja dan bincang dan mesti mengatasi dengan segera. Pada masa yang sama juga, banyak projek yang dilakukan oleh di tempatan- projek-projek ini tidak dikawal, projek-projek ini tidak diperhati dengan serius. Mereka buat projek suka hati selepas itu longkang, jalan tidak diendahkan. Ini menjadi satu masalah. Seharusnya kerajaan perlu mengambil tindakan segera dan siap sedia daripada sekarang untuk membesarkan, melebarkan sungai-sungai dan parit-parit yang ada di sekitarnya. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih. Banyak perkara yang menjadi pengalaman yang lalu dan saya ambil kira perkara itu supaya ia sama-sama kita berganding bahu untuk menyelesaikan ataupun tindakan kita dalam suasana banjir yang berlaku. Silakan, Yang Berhormat Rompin. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Salah satu sebab banjir yang kita lihat bahawa Tuan Yang di-Pertua, catchment area yang semakin berkurangan dalam negara. | 57 | 65 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
58 DR.01.03.2022
kita ini. Ini satu benda yang sangat kita perlu perhatikan, iaitu kawasan hutan. Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah
ucapannya menyatakan bahawa baginda mahu 50 persen daripada keluasan negara kita
ini mestilah ditanam dengan hutan. Kita minta kerajaan bersungguh-sungguh dalam
perkara ini. Bagi negeri-negeri yang menyimpan hutan ini yang hasilnya tidak dapat
dikeluarkan, Kerajaan Persekutuan harus membayar pampasan umpamanya negeri
Pahang ini mengorbankan keluasan hutan yang begitu besar.
Jadi, Kerajaan Persekutuan harus menilai dan membayar sekali gus nilai hutan
itu, barulah kerajaan-kerajaan negeri mempunyai kecenderungan dan tidak akan
membuka hutan. Ini adalah kerana hutan-hutan mereka dibayar dengan pampasan yang
sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan. Negeri-negeri seperti Pahang, Perak, jajaran
Titiwangsanya adalah sangat penting di mana hutan tidak harus diusik sama sekali. Begitu
juga di Sabah dan Sarawak harus mengekalkan kuota perhutanan.
Kerajaan-kerajaan negeri harus lebih tegas dalam melaksanakan Dasar
Perhutanan Negara. Saya rasa sampai masanya sekarang Akta Perhutanan Negara
harus dipinda semula, harus dilihat berdasarkan kepada kepentingan semasa. Sudah
agak lama Akta Perhutanan Negara ini tidak dipinda. Jadi saya minta kementerian yang
berkenaan mengkaji semula dan sangat timing, sangat tepat pada masanya Dasar
Perhutanan Negara, Akta Perhutanan Negara harus dipinda semula bersesuaian dengan
climate changes now. Iklim sudah berubah dan strategi kita mesti berubah berdasarkan
kepada kepentingan negara kita.
Saya menyokonglah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jempol tadi.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Jadi
segala apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Rompin sebentar tadi memang keadaan
ini perlu pemeliharaan hutan di mana hutan ini adalah aset negara yang perlu kita jaga
bersama agar bencana yang lebih buruk tidak berlaku. Ia melibatkan semua kerajaan
negeri dan juga kementerian supaya duduk semeja memikirkan perkara yang terbaik
supaya perkara-perkara yang disebutkan tadi tidak berulang kembali pada masa-masa
yang akan datang.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran]: Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya ingin menyatakan bahawa banjir ini memang keseluruhan. Bukan sahaja
di Semenanjung Malaysia, Pantai Timur tetapi juga melibatkan Sabah dan Sarawak. Saya
bercakap hari ini mengenai dengan Sabah di mana baru-baru ini pun, memang banyak
tempat yang dilanda banjir bila hujan lebat dan melibatkan banjir ini ialah merosakkan
segala harta benda, tanaman dan sebagainya. Persoalan di sini ialah kerajaan harus
memikirkan bahawa rakyat dalam keadaan susah begini, harus dibantu, harus kita
memikirkan macam mana kita untuk selamatkan rakyat, untuk bagi bantuan kepada
rakyat.
Di kawasan saya umpamanya, di Kampung Memanjang terlibat juga dengan
banjir. Apabila hujan lebat, bukan hanya tahun ini tetapi tahun-tahun yang lalu boleh
dikatakan setiap tahun. Akan tetapi masalahnya ramai yang terlibat dengan banjir ini.
Pertama sekali, bantuan kepada yang terlibat. Mereka tidak cukup bantuan daripada
kerajaan. Hanya baru-baru ini yang mendapat bantuan daripada kerajaan negeri di mana
ramai lagi yang terlibat dengan banjir ini ialah satu, penempatan mereka, PPS. Tempat,
memang tidak ada tempat. Kita sudah memohon supaya penempatan ini akan kerajaan
sediakan seperti balai raya dan sebagainya.
Saya mohon di sini, Kampung Memanjang ini merupakan satu kampung yang
ramai masyarakat dan satu-satunya harus diselesaikan ialah tebatan banjir di sini. Saya
mohon kepada kerajaan supaya dapat mengambil tindakan, dapat menyelesaikan
masalah ini yang bertahun-tahun lamanya. Kalau kita tidak ambil tindakan pada hari ini,
kalau bukan kerajaan pada hari ini, siapa lagi? Ini harus saya mohon supaya rakyat yang
terlibat dengan banjir ini mendapat pembelaan sepenuhnya daripada kerajaan. Terima
kasih.
| kita ini. Ini satu benda yang sangat kita perlu perhatikan, iaitu kawasan hutan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah ucapannya menyatakan bahawa baginda mahu 50 persen daripada keluasan negara kita ini mestilah ditanam dengan hutan. Kita minta kerajaan bersungguh-sungguh dalam perkara ini. Bagi negeri-negeri yang menyimpan hutan ini yang hasilnya tidak dapat dikeluarkan, Kerajaan Persekutuan harus membayar pampasan umpamanya negeri Pahang ini mengorbankan keluasan hutan yang begitu besar. Jadi, Kerajaan Persekutuan harus menilai dan membayar sekali gus nilai hutan itu, barulah kerajaan-kerajaan negeri mempunyai kecenderungan dan tidak akan membuka hutan. Ini adalah kerana hutan-hutan mereka dibayar dengan pampasan yang sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan. Negeri-negeri seperti Pahang, Perak, jajaran Titiwangsanya adalah sangat penting di mana hutan tidak harus diusik sama sekali. Begitu juga di Sabah dan Sarawak harus mengekalkan kuota perhutanan. Kerajaan-kerajaan negeri harus lebih tegas dalam melaksanakan Dasar Perhutanan Negara. Saya rasa sampai masanya sekarang Akta Perhutanan Negara harus dipinda semula, harus dilihat berdasarkan kepada kepentingan semasa. Sudah agak lama Akta Perhutanan Negara ini tidak dipinda. Jadi saya minta kementerian yang berkenaan mengkaji semula dan sangat timing, sangat tepat pada masanya Dasar Perhutanan Negara, Akta Perhutanan Negara harus dipinda semula bersesuaian dengan climate changes now. Iklim sudah berubah dan strategi kita mesti berubah berdasarkan kepada kepentingan negara kita. Saya menyokonglah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jempol tadi. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Jadi segala apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Rompin sebentar tadi memang keadaan ini perlu pemeliharaan hutan di mana hutan ini adalah aset negara yang perlu kita jaga bersama agar bencana yang lebih buruk tidak berlaku. Ia melibatkan semua kerajaan negeri dan juga kementerian supaya duduk semeja memikirkan perkara yang terbaik supaya perkara-perkara yang disebutkan tadi tidak berulang kembali pada masa-masa yang akan datang. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran]: Yang Berhormat Jempol. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyatakan bahawa banjir ini memang keseluruhan. Bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, Pantai Timur tetapi juga melibatkan Sabah dan Sarawak. Saya bercakap hari ini mengenai dengan Sabah di mana baru-baru ini pun, memang banyak tempat yang dilanda banjir bila hujan lebat dan melibatkan banjir ini ialah merosakkan segala harta benda, tanaman dan sebagainya. Persoalan di sini ialah kerajaan harus memikirkan bahawa rakyat dalam keadaan susah begini, harus dibantu, harus kita memikirkan macam mana kita untuk selamatkan rakyat, untuk bagi bantuan kepada rakyat. Di kawasan saya umpamanya, di Kampung Memanjang terlibat juga dengan banjir. Apabila hujan lebat, bukan hanya tahun ini tetapi tahun-tahun yang lalu boleh dikatakan setiap tahun. Akan tetapi masalahnya ramai yang terlibat dengan banjir ini. Pertama sekali, bantuan kepada yang terlibat. Mereka tidak cukup bantuan daripada kerajaan. Hanya baru-baru ini yang mendapat bantuan daripada kerajaan negeri di mana ramai lagi yang terlibat dengan banjir ini ialah satu, penempatan mereka, PPS. Tempat, memang tidak ada tempat. Kita sudah memohon supaya penempatan ini akan kerajaan sediakan seperti balai raya dan sebagainya. Saya mohon di sini, Kampung Memanjang ini merupakan satu kampung yang ramai masyarakat dan satu-satunya harus diselesaikan ialah tebatan banjir di sini. Saya mohon kepada kerajaan supaya dapat mengambil tindakan, dapat menyelesaikan masalah ini yang bertahun-tahun lamanya. Kalau kita tidak ambil tindakan pada hari ini, kalau bukan kerajaan pada hari ini, siapa lagi? Ini harus saya mohon supaya rakyat yang terlibat dengan banjir ini mendapat pembelaan sepenuhnya daripada kerajaan. Terima kasih. | 58 | 66 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 59
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila, sila.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Bila kita cerita tentang banjir, memang
memerlukan kepada bantuan dan juga pertolongan. Jadi kalau kita lihat bila berlaku
sesuatu banjir ini, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya, biasanya
akan menempatkan bagi mereka yang terkena musibah banjir ini di penempatan ataupun
Pusat Penempatan Sementara (PPS).
■1530
Namun, ada keluhan daripada masyarakat yang mana mereka tidak berpindah.
Apabila mereka tidak berpindah, maka keperluan-keperluan bantuan itu mungkin ada kata
orang tidak dapat dan sebagainya. Jadi dalam kesempatan ini, Yang Berhormat Jempol,
apakah pandangan yang boleh kita berikan kepada kerajaan supaya ada insentif-insentif
tertentu bagi mereka yang tidak berpindah tetapi bila kita melihat keadaan situasi rumah
mereka, keadaan mereka juga boleh untuk pihak kerajaan membantu mereka ini? Ini
disebabkan, ada kes-kes tertentu contohnya di tempat saya sendiri, memang kawasan itu
adalah kawasan dikatakan sebagai banjir air termenung beberapa hari tetapi mereka tidak
berpindah ke PPS, bantuan tidak dapat untuk diberikan.
Jadi mungkin boleh dalam pertimbangan kepada kerajaan untuk memikirkan
kaedah-kaedah tertentu bagi mereka yang berada di PPS, termasuklah juga yang mana
jika kita melihat dalam bentuk secara jelasnya mereka juga ditenggelami oleh air, banjir
dan sebagainya boleh juga menerima bantuan daripada kerajaan ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik poin
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran tadi bahawa kalau kita mengambil contoh
di negeri Pahang, hasil daripada banjir besar negeri Pahang pada tahun 1971, kerajaan
negeri membuat satu polisi yang cukup menarik iaitu dipanggil penempatan perumahan
banjir sehingga di Pahang, dikenali sebagai ‘rumah banjir’. Di mana kerajaan negeri telah
memindahkan mangsa-mangsa banjir ke satu penempatan yang lebih terancang dengan
sistem yang lebih baik.
Rumahnya lebih bagus, infrastrukturnya lebih baik dan rancangan ini sangat
berkesan dan sangat baik. Diberikan juga dengan sumber ekonomi sedikit sebanyak dan
ini adalah satu pendekatan yang secara permanently dengan izin, untuk memindahkan
mangsa-mangsa banjir ke satu penempatan yang lebih terancang dan lebih baik kepada
mangsa-mangsa banjir. Saya cadangkan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan
mengambil pendekatan ini. Jadi tak payahlah setiap tahun kita membelanjakan berpuluh-
puluh, beratus-ratus juta wang bila berlakunya banjir kerana memindahkan mangsa-
mangsa banjir.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Sikit, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Okey, sila Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Saya bersetuju dengan
pandangan Yang Berhormat Libaran berkenaan tentang apabila berlakunya banjir, kita
sebagai sebuah kerajaan, banyak berbelanja untuk bayaran ganti rugi, untuk bantuan-
bantuan dan juga sebagai wakil rakyat pun kita kadang-kadang terpaksa bersiap sedia
untuk reserve ataupun menyimpan sedikit peruntukan untuk diagihkan ketika musim dan
ini menjadi trend ataupun budaya. Apakah langkah kerajaan untuk menjadikan budaya ini
sebagai satu budaya yang perlu dimansuhkan?
Katakan kalau banjir berlaku, kita berbelanja beratus juta ringgit, berpuluh juta
ringgit sedangkan jutaan ringgit ini dapat untuk menyelesaikan masalah banjir di sesebuah
daerah ataupun di sesebuah Parlimen. Saya berharap agar kerajaan dapat memulakan
satu inisiatif bagi memikirkan apakah langkah-langkah ke hadapan untuk menyelesaikan
masalah banjir pada masa hadapan.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih. Segala permasalahan tadi
telah pun dibangkitkan dengan begitu banyak masalah di kawasan-kawasan contohnya di
| Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Tuan Yang di-Pertua. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sila, sila. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Bila kita cerita tentang banjir, memang memerlukan kepada bantuan dan juga pertolongan. Jadi kalau kita lihat bila berlaku sesuatu banjir ini, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya, biasanya akan menempatkan bagi mereka yang terkena musibah banjir ini di penempatan ataupun Pusat Penempatan Sementara (PPS). #1530. Namun, ada keluhan daripada masyarakat yang mana mereka tidak berpindah. Apabila mereka tidak berpindah, maka keperluan-keperluan bantuan itu mungkin ada kata orang tidak dapat dan sebagainya. Jadi dalam kesempatan ini, Yang Berhormat Jempol, apakah pandangan yang boleh kita berikan kepada kerajaan supaya ada insentif-insentif tertentu bagi mereka yang tidak berpindah tetapi bila kita melihat keadaan situasi rumah mereka, keadaan mereka juga boleh untuk pihak kerajaan membantu mereka ini? Ini disebabkan, ada kes-kes tertentu contohnya di tempat saya sendiri, memang kawasan itu adalah kawasan dikatakan sebagai banjir air termenung beberapa hari tetapi mereka tidak berpindah ke PPS, bantuan tidak dapat untuk diberikan. Jadi mungkin boleh dalam pertimbangan kepada kerajaan untuk memikirkan kaedah-kaedah tertentu bagi mereka yang berada di PPS, termasuklah juga yang mana jika kita melihat dalam bentuk secara jelasnya mereka juga ditenggelami oleh air, banjir dan sebagainya boleh juga menerima bantuan daripada kerajaan ini. Terima kasih. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik poin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran tadi bahawa kalau kita mengambil contoh di negeri Pahang, hasil daripada banjir besar negeri Pahang pada tahun 1971, kerajaan negeri membuat satu polisi yang cukup menarik iaitu dipanggil penempatan perumahan banjir sehingga di Pahang, dikenali sebagai 'rumah banjir'. Di mana kerajaan negeri telah memindahkan mangsa-mangsa banjir ke satu penempatan yang lebih terancang dengan sistem yang lebih baik. Rumahnya lebih bagus, infrastrukturnya lebih baik dan rancangan ini sangat berkesan dan sangat baik. Diberikan juga dengan sumber ekonomi sedikit sebanyak dan ini adalah satu pendekatan yang secara permanently dengan izin, untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir ke satu penempatan yang lebih terancang dan lebih baik kepada mangsa-mangsa banjir. Saya cadangkan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan ini. Jadi tak payahlah setiap tahun kita membelanjakan berpuluh- puluh, beratus-ratus juta wang bila berlakunya banjir kerana memindahkan mangsa- mangsa banjir. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Sikit, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Okey, sila Yang Berhormat Sibuti. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Libaran berkenaan tentang apabila berlakunya banjir, kita sebagai sebuah kerajaan, banyak berbelanja untuk bayaran ganti rugi, untuk bantuan- bantuan dan juga sebagai wakil rakyat pun kita kadang-kadang terpaksa bersiap sedia untuk reserve ataupun menyimpan sedikit peruntukan untuk diagihkan ketika musim dan ini menjadi trend ataupun budaya. Apakah langkah kerajaan untuk menjadikan budaya ini sebagai satu budaya yang perlu dimansuhkan?. Katakan kalau banjir berlaku, kita berbelanja beratus juta ringgit, berpuluh juta ringgit sedangkan jutaan ringgit ini dapat untuk menyelesaikan masalah banjir di sesebuah daerah ataupun di sesebuah Parlimen. Saya berharap agar kerajaan dapat memulakan satu inisiatif bagi memikirkan apakah langkah-langkah ke hadapan untuk menyelesaikan masalah banjir pada masa hadapan. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih. Segala permasalahan tadi telah pun dibangkitkan dengan begitu banyak masalah di kawasan-kawasan contohnya di. | 59 | 67 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
60 DR.01.03.2022
Pahang, di Sarawak dan juga di Sabah. Perkara ini perlu diperhalusi secara bijaksana
oleh kerajaan di mana susun atur ataupun tindakan yang perlu dilakukan perlulah ia
berada dalam keadaan yang siap siaga. Kelemahan yang berlaku seperti yang disebutkan
tadi, saya amat setuju supaya kita boleh fine-tune semula ataupun dikemaskinikan
permasalahan yang berlaku agar banjir ini – bencana ini akan datang. Setiap tahun akan
datang tetapi apakah persiapan kita?
Kalau ikutkan sekian lamanya, segala jentera, kemudahan termasuk tadi ada
yang sebut dengan helikopternya, sepatutnya telah pun bersedia dan meletakkannya di
lokasi-lokasi yang bakal dilanda banjir. Kita tahu bahawa setiap kawasan yang biasa
dilanda banjir, siren kecemasan akan dibunyikan menunjukkan bahawa kita perlu
bertindak segera kerana kebimbangan ini amat tinggi. Kecemasan, emergency call
supaya tindakan tuntas daripada mana-mana kementerian pun bersama-sama untuk kita
bekerjasama agar segala usaha yang kita buat ini kerana kita tidak mahu kemalangan
jiwa ini berlaku.
Kalau bencana, pastinya melibatkan kemalangan jiwa, harta benda dan
sebagainya. Harta benda boleh diganti. Kalau nyawa yang hilang, tidak ada gantinya. Jadi
inilah tindakan yang perlu kita buat bersama-sama dalam satu pasukan kita. Ya, sila Yang
Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: [Bercakap tanpa menggunakan
pembesar suara]
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Saya berharap perkara ini dapat ditingkatkan
bersama.
Jadi untuk mengakhiri ucapan saya, segala-galanya saya dah sebut. Ada yang
menyatakan kepada saya, apa sebenarnya i-Citra. Tadi sebut i-Citra, mungkin ada yang
nak tahu apakah sebenarnya i-Citra ini. Saya nak berkongsi dengan semua bahawa apa
yang saya lihat pada hari ini supaya satu lagi pengeluaran wang – kita ada i-Lestari, i-
Sinar dan i-Citra. Jadi, yang saya maksudkan adalah ‘i-Ceria’ kerana dalam kita
menyambut Aidilfitri dan dalam keadaan kita menyambut perayaan, sudah pastilah
perbelanjaan ini diperlukan.
Jadi, inilah keadaan kita supaya pengeluaran ini dimudahkan dan mereka yang
layak. Kalau mereka ini ada RM10,000 nak keluar, duitnya ada RM11,000, jadi bolehlah
dibenarkan untuk pengeluaran wang tersebut walaupun dalam keadaan yang sukar,
walaupun simpanan ini untuk hari tua tetapi belum tua, dah susah. Jadi inilah simpanan
yang terakhir bagi mereka.
Saya rata-rata melibat bahawa keperluan ini sangat mendesak. Saya yakin dan
percaya dengan Keluarga Malaysia yang ada, Yang Amat Berhormat Bera sudah pastinya
mendengar denyut nadi rakyat dan merasai bagaimana penyelesaian ini dapat dibuat dan
sebagai penyokong kepada usul tersebut, ia sudah pastinya dapat meringankan serba
sedikit beban rakyat yang terkesan akibat berbagai-bagai bencana yang berlaku
termasuklah yang saya sebutkan tadi, kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Ya, Yang
Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Jempol, saya juga menyokong cadangan ataupun pandangan yang
disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa ‘i-Ceria’ sudah pasti ada definisi-
definisi tertentu untuk kita menceriakan rakyat ataupun masyarakat, apatah lagi konsep
Keluarga Malaysia ini.
Jadi, saya juga berharap mudah-mudahan melalui kemampuan-kemampuan
daripada kerajaan untuk kita membantu masyarakat, rakyat kita di dalam negara kita
apatah lagi di dalam situasi pandemik ini, dalam tempoh anak-anak kita untuk
persekolahan sesi 2022 dan juga mungkin ada masalah-masalah yang tertentu.
Bila kita dapat untuk memberikan beberapa manfaat kepada rakyat dalam bentuk
pengeluaran dan juga bantuan-bantuan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol
sebentar tadi, ‘i-Ceria’. Jadi sudah pasti akan menceriakan dan juga mengharmonikan
termasuklah sudah pasti mereka yang ada mempunyai tanggungan, bebanan dan
| Pahang, di Sarawak dan juga di Sabah. Perkara ini perlu diperhalusi secara bijaksana oleh kerajaan di mana susun atur ataupun tindakan yang perlu dilakukan perlulah ia berada dalam keadaan yang siap siaga. Kelemahan yang berlaku seperti yang disebutkan tadi, saya amat setuju supaya kita boleh fine-tune semula ataupun dikemaskinikan permasalahan yang berlaku agar banjir ini- bencana ini akan datang. Setiap tahun akan datang tetapi apakah persiapan kita?. Kalau ikutkan sekian lamanya, segala jentera, kemudahan termasuk tadi ada yang sebut dengan helikopternya, sepatutnya telah pun bersedia dan meletakkannya di lokasi-lokasi yang bakal dilanda banjir. Kita tahu bahawa setiap kawasan yang biasa dilanda banjir, siren kecemasan akan dibunyikan menunjukkan bahawa kita perlu bertindak segera kerana kebimbangan ini amat tinggi. Kecemasan, emergency call supaya tindakan tuntas daripada mana-mana kementerian pun bersama-sama untuk kita bekerjasama agar segala usaha yang kita buat ini kerana kita tidak mahu kemalangan jiwa ini berlaku. Kalau bencana, pastinya melibatkan kemalangan jiwa, harta benda dan sebagainya. Harta benda boleh diganti. Kalau nyawa yang hilang, tidak ada gantinya. Jadi inilah tindakan yang perlu kita buat bersama-sama dalam satu pasukan kita. Ya, sila Yang Berhormat Parit. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Saya berharap perkara ini dapat ditingkatkan bersama. Jadi untuk mengakhiri ucapan saya, segala-galanya saya dah sebut. Ada yang menyatakan kepada saya, apa sebenarnya i-Citra. Tadi sebut i-Citra, mungkin ada yang nak tahu apakah sebenarnya i-Citra ini. Saya nak berkongsi dengan semua bahawa apa yang saya lihat pada hari ini supaya satu lagi pengeluaran wang- kita ada i-Lestari, i- Sinar dan i-Citra. Jadi, yang saya maksudkan adalah 'i-Ceria' kerana dalam kita menyambut Aidilfitri dan dalam keadaan kita menyambut perayaan, sudah pastilah perbelanjaan ini diperlukan. Jadi, inilah keadaan kita supaya pengeluaran ini dimudahkan dan mereka yang layak. Kalau mereka ini ada RM10,000 nak keluar, duitnya ada RM11,000, jadi bolehlah dibenarkan untuk pengeluaran wang tersebut walaupun dalam keadaan yang sukar, walaupun simpanan ini untuk hari tua tetapi belum tua, dah susah. Jadi inilah simpanan yang terakhir bagi mereka. Saya rata-rata melibat bahawa keperluan ini sangat mendesak. Saya yakin dan percaya dengan Keluarga Malaysia yang ada, Yang Amat Berhormat Bera sudah pastinya mendengar denyut nadi rakyat dan merasai bagaimana penyelesaian ini dapat dibuat dan sebagai penyokong kepada usul tersebut, ia sudah pastinya dapat meringankan serba sedikit beban rakyat yang terkesan akibat berbagai-bagai bencana yang berlaku termasuklah yang saya sebutkan tadi, kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Ya, Yang Berhormat Parit. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jempol, saya juga menyokong cadangan ataupun pandangan yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa 'i-Ceria' sudah pasti ada definisi- definisi tertentu untuk kita menceriakan rakyat ataupun masyarakat, apatah lagi konsep Keluarga Malaysia ini. Jadi, saya juga berharap mudah-mudahan melalui kemampuan-kemampuan daripada kerajaan untuk kita membantu masyarakat, rakyat kita di dalam negara kita apatah lagi di dalam situasi pandemik ini, dalam tempoh anak-anak kita untuk persekolahan sesi 2022 dan juga mungkin ada masalah-masalah yang tertentu. Bila kita dapat untuk memberikan beberapa manfaat kepada rakyat dalam bentuk pengeluaran dan juga bantuan-bantuan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol sebentar tadi, 'i-Ceria'. Jadi sudah pasti akan menceriakan dan juga mengharmonikan termasuklah sudah pasti mereka yang ada mempunyai tanggungan, bebanan dan. | 60 | 68 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 61
sebagainya itu akan dapat bangkit semula untuk meneruskan nilai-nilai berkehidupan
khususnya di dalam negara kita. Terima kasih.
■1540
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Jempol,
tambah sedikit.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Saya juga setuju dengan Yang
Berhormat Jempol dan di masa yang sama juga, kerajaan haruslah menjaga kenaikan
harga barang. Apabila rakyat dapat duit, harga melambung naik. So, ini menyusahkan
semua rakyat dalam negara ini. Saya berharap harga barang ini dikawal dan juga kalau
boleh diturunkan pada sepertimana yang sedia kala yang dahulu. Masa Pakatan
Harapan, kita kawal. Akan tetapi, hari ini saya lihat harga barang melambung naik sampai
rakyat tidak tahanlah. So, ini perlu diutamakan oleh kerajaan. Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Saya setuju dengan pandangan Yang
Berhormat Padang Serai tadi bahawa bila duit keluar daripada kantung rakyat dengan
mudah, umpamanya ketika kerajaan membayar bonus, kerajaan menaikkan gaji istimewa
dan pengeluaran i-Citra ini, ada kecenderungan peniaga-peniaga untuk menaikkan harga
barang dan ini menyebabkan walaupun duit dapat tetapi kuasa beli masyarakat semakin
kurang. Kuasa beli masyarakat semakin kurang. Walaupun dia mempunyai kewangan
tetapi bila peniaga-peniaga menaikkan harga barang mereka, jadi kuasa beli sebenar di
kalangan rakyat semakin berkurang.
Jadi, kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab
harus dikawal. Kita minta KPDNHEP lebih tegas membuat enforcement terutama di
kampung. Kadang-kadang kedai-kedai di kampung, kedai-kedai di bandar-bandar kecil,
tidak banyak pegawai yang pergi membuat enforcement.
Selalunya di luar bandar lah, masyarakat luar bandarlah yang menjadi mangsa
kepada kenaikan harga yang tidak terkawal dan oleh kerana alasan mereka kos transport
dan sebagainya. Akan tetapi, itu bukan penyebab utama kepada kenaikan harga barang
di luar daripada harga yang sepatutnya di kedai-kedai di luar bandar. Ia kerana mereka
di luar kawalan oleh pegawai-pegawai.
Kita mohon supaya KDPNHEP lebih menjalankan enforcement di kedai-kedai di
bandar-bandar kecil dan di kedai-kedai di luar bandar supaya masyarakat luar bandar
tidak menjadi mangsa kepada kenaikan harga yang tidak terkawal, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam [Kuala Langat]: Saya hendak
bersama kongsi sedikit. Saya ingat saya setuju dengan Yang Berhormat Jempol. Isu i-
Ceria ini, kita kena buat kajian dan selepas itu kalaulah kerajaan setuju dengan apa yang
disebut oleh Yang Berhormat Jempol ini, saya sokong penuh untuk kita bantu orang-orang
di bawah khususnya orang di luar bandar dan juga dari B40 dan ke bawah.
Ini suatu yang baik dengan keadaan yang kita ada sekarang. Ekonomi kita akan
ambil masa sedikit untuk naik kepada taraf dahulu. Sebelum itu, kita kena buat sesuatu
untuk bantu mereka di bawah dan sebagai kerajaan bertanggungjawab dan bertepatan
dengan Keluarga Malaysia ini, saya harap ini boleh diambil sebagai satu cadangan oleh
Kementerian Kewangan dan semua kementerian lain untuk bantu mereka di bawah.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih. Jadi, rasanya banyak
sokongan fasal i-Ceria ini yang saya cadangkan nama ini supaya tindakan oleh
Kementerian Kewangan juga mengambil kira keluh resah rakyat yang berada di luar sana
yang mengharapkan supaya kelulusan ini dapat dibuat bergantung kepada kewangan
yang ada pada simpanan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah sampai di penghujungnya dan izinkan saya
mengakhiri perbahasan dengan menyampaikan beberapa rangkap pantun.
| sebagainya itu akan dapat bangkit semula untuk meneruskan nilai-nilai berkehidupan khususnya di dalam negara kita. Terima kasih. #1540. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, terima kasih. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Jempol, tambah sedikit. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, sila. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Saya juga setuju dengan Yang Berhormat Jempol dan di masa yang sama juga, kerajaan haruslah menjaga kenaikan harga barang. Apabila rakyat dapat duit, harga melambung naik. So, ini menyusahkan semua rakyat dalam negara ini. Saya berharap harga barang ini dikawal dan juga kalau boleh diturunkan pada sepertimana yang sedia kala yang dahulu. Masa Pakatan Harapan, kita kawal. Akan tetapi, hari ini saya lihat harga barang melambung naik sampai rakyat tidak tahanlah. So, ini perlu diutamakan oleh kerajaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Padang Serai tadi bahawa bila duit keluar daripada kantung rakyat dengan mudah, umpamanya ketika kerajaan membayar bonus, kerajaan menaikkan gaji istimewa dan pengeluaran i-Citra ini, ada kecenderungan peniaga-peniaga untuk menaikkan harga barang dan ini menyebabkan walaupun duit dapat tetapi kuasa beli masyarakat semakin kurang. Kuasa beli masyarakat semakin kurang. Walaupun dia mempunyai kewangan tetapi bila peniaga-peniaga menaikkan harga barang mereka, jadi kuasa beli sebenar di kalangan rakyat semakin berkurang. Jadi, kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab harus dikawal. Kita minta KPDNHEP lebih tegas membuat enforcement terutama di kampung. Kadang-kadang kedai-kedai di kampung, kedai-kedai di bandar-bandar kecil, tidak banyak pegawai yang pergi membuat enforcement. Selalunya di luar bandar lah, masyarakat luar bandarlah yang menjadi mangsa kepada kenaikan harga yang tidak terkawal dan oleh kerana alasan mereka kos transport dan sebagainya. Akan tetapi, itu bukan penyebab utama kepada kenaikan harga barang di luar daripada harga yang sepatutnya di kedai-kedai di luar bandar. Ia kerana mereka di luar kawalan oleh pegawai-pegawai. Kita mohon supaya KDPNHEP lebih menjalankan enforcement di kedai-kedai di bandar-bandar kecil dan di kedai-kedai di luar bandar supaya masyarakat luar bandar tidak menjadi mangsa kepada kenaikan harga yang tidak terkawal, Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam [Kuala Langat]: Saya hendak bersama kongsi sedikit. Saya ingat saya setuju dengan Yang Berhormat Jempol. Isu i- Ceria ini, kita kena buat kajian dan selepas itu kalaulah kerajaan setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol ini, saya sokong penuh untuk kita bantu orang-orang di bawah khususnya orang di luar bandar dan juga dari B40 dan ke bawah. Ini suatu yang baik dengan keadaan yang kita ada sekarang. Ekonomi kita akan ambil masa sedikit untuk naik kepada taraf dahulu. Sebelum itu, kita kena buat sesuatu untuk bantu mereka di bawah dan sebagai kerajaan bertanggungjawab dan bertepatan dengan Keluarga Malaysia ini, saya harap ini boleh diambil sebagai satu cadangan oleh Kementerian Kewangan dan semua kementerian lain untuk bantu mereka di bawah. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih. Jadi, rasanya banyak sokongan fasal i-Ceria ini yang saya cadangkan nama ini supaya tindakan oleh Kementerian Kewangan juga mengambil kira keluh resah rakyat yang berada di luar sana yang mengharapkan supaya kelulusan ini dapat dibuat bergantung kepada kewangan yang ada pada simpanan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah sampai di penghujungnya dan izinkan saya mengakhiri perbahasan dengan menyampaikan beberapa rangkap pantun. | 61 | 69 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
62 DR.01.03.2022
Pergi ke sungai mencari toman,
Naik ke darat menjelang petang,
Titah Agong dijadikan pedoman,
Baik kerajaan mahupun pembangkang.
Burung tempua membuat sarang,
Terbang rendah mencari makan,
Sidang Parlimen kembali bersidang,
Isu rakyat mesti diutamakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik walhidayah. Saya mohon
cadangan ini supaya ianya diperkenankan, dipermudahkan. Terima kasih. [Tepuk]
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Dipersilakan Yang
Berhormat Pasir Mas untuk membahaskan usul.
3.46 ptg.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-
Pertua. Saya ucapkan tahniah kerana diberikan tanggungjawab untuk menjalankan tugas
sebagai Yang di-Pertua pada petang ini. Saya kira walaupun hanya diberikan tugas untuk
menggalas tugas daripada Ahli Parlimen biasa tetapi ini merupakan satu pengiktirafan
kerajaan kepada komuniti Orang Asli di mana Tuan Yang di-Pertua telah menduduki
ataupun Timbalan Yang di-Pertua telah menduduki kerusi tersebut pada hari ini sebagai
menjalankan arahan Tan Sri Speaker.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk saya untuk
memberikan ucapan menyokong Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Yang di-Pertuan
Agong bagi Majlis Persidangan Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-14. Serangkap
pantun saya jadikan pembuka tirai ucapan.
Daun selasih di atas tungku,
Dicampak ikan di atas para,
Menjunjung kasih Titah Tuanku,
Kita bahaskan demi negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan Firman Allah SWT... [Membaca
sepotong ayat Al-Quran] “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan
suruhan dan meninggalkan larangannya, nescaya akan diberikan kelapangan dan
diberikan rezeki dari tidak disangka-sangka. Dan ingatlah sesiapa yang bertawakal
(berserah diri) kepada Allah, maka dicukupkan baginya keperluan. Sesungguhnya Allah
tetap melakukan segala dikehendaki. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan peristiwa banjir di Pasir Mas dan
Rantau Panjang beberapa hari lepas. Walaupun tadi panjang lebar ucapan daripada Yang
Berhormat Jempol dengan dicelah oleh rakan-rakan daripada Ahli-ahli Parlimen yang lain
tetapi saya ingin merakamkan di sini juga dalam ucapan saya bahawa peristiwa banjir ini
suatu isu yang cukup besar berlaku kepada kami di kedua-dua Parlimen ini.
Saya memohon kemaafan kerana tidak dapat hadir upacara pembukaan Dewan
dan mendengar secara langsung titah Seri Paduka Baginda pada semalam kerana isu
banjir yang bermula pada malam kelmarin. Kawasan Parlimen saya menghadapi banjir
yang sangat-sangat luar biasa.
Peristiwa bencana banjir besar ini yang melanda Pantai Timur tempoh hari
merupakan suatu yang tidak dijangka kerana ia berlaku di luar musim tengkujuh
menyebabkan banyak kawasan terjejas termasuklah yang berada di tempat tinggi. Ia
boleh saya katakan lebih dahsyat berbanding peristiwa hitam bencana banjir pada tahun
2014 yang lalu.
| Pergi ke sungai mencari toman, Naik ke darat menjelang petang, Titah Agong dijadikan pedoman, Baik kerajaan mahupun pembangkang. Burung tempua membuat sarang, Terbang rendah mencari makan, Sidang Parlimen kembali bersidang, Isu rakyat mesti diutamakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik walhidayah. Saya mohon cadangan ini supaya ianya diperkenankan, dipermudahkan. Terima kasih. [Tepuk] Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas untuk membahaskan usul. 3.46 ptg. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah kerana diberikan tanggungjawab untuk menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertua pada petang ini. Saya kira walaupun hanya diberikan tugas untuk menggalas tugas daripada Ahli Parlimen biasa tetapi ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada komuniti Orang Asli di mana Tuan Yang di-Pertua telah menduduki ataupun Timbalan Yang di-Pertua telah menduduki kerusi tersebut pada hari ini sebagai menjalankan arahan Tan Sri Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk saya untuk memberikan ucapan menyokong Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Yang di-Pertuan Agong bagi Majlis Persidangan Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-14. Serangkap pantun saya jadikan pembuka tirai ucapan. Daun selasih di atas tungku, Dicampak ikan di atas para, Menjunjung kasih Titah Tuanku, Kita bahaskan demi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangannya, nescaya akan diberikan kelapangan dan diberikan rezeki dari tidak disangka-sangka. Dan ingatlah sesiapa yang bertawakal (berserah diri) kepada Allah, maka dicukupkan baginya keperluan. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala dikehendaki. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan peristiwa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang beberapa hari lepas. Walaupun tadi panjang lebar ucapan daripada Yang Berhormat Jempol dengan dicelah oleh rakan-rakan daripada Ahli-ahli Parlimen yang lain tetapi saya ingin merakamkan di sini juga dalam ucapan saya bahawa peristiwa banjir ini suatu isu yang cukup besar berlaku kepada kami di kedua-dua Parlimen ini. Saya memohon kemaafan kerana tidak dapat hadir upacara pembukaan Dewan dan mendengar secara langsung titah Seri Paduka Baginda pada semalam kerana isu banjir yang bermula pada malam kelmarin. Kawasan Parlimen saya menghadapi banjir yang sangat-sangat luar biasa. Peristiwa bencana banjir besar ini yang melanda Pantai Timur tempoh hari merupakan suatu yang tidak dijangka kerana ia berlaku di luar musim tengkujuh menyebabkan banyak kawasan terjejas termasuklah yang berada di tempat tinggi. Ia boleh saya katakan lebih dahsyat berbanding peristiwa hitam bencana banjir pada tahun 2014 yang lalu. | 62 | 70 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 63
Saya telah turun menyampaikan pelbagai sumbangan makanan dan keperluan
asas dan melihat sendiri bagaimana kesusahan yang menimpa mereka ketika ini. Masih
lagi mangsa-mangsa dipindahkan. Ada yang terpaksa menjalani rawatan dialisis dalam
masa yang sama positif COVID-19, sedangkan pada masa yang sama peristiwa ini
berlaku pada jam lebih kurang 3.00 ke 4.00 pagi malam kelmarin. Kebanyakan rumah
ditenggelami banjir, barang keperluan rosak, beribu-ribu buah kenderaan yang musnah.
Kesemua ini memerlukan kos baik pulih yang tinggi.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memanjangkan skim bantuan
kerajaan Bencana Banjir Keluarga Malaysia kepada semua mangsa banjir yang baru-baru
ini di Lembah Klang, dipanjangkan kepada Kelantan dan Terengganu. Skim ini turut
merangkumi bantuan wang ihsan, bantuan pembelian barangan keperluan rumah,
barangan elektrik serta rebat bil elektrik termasuklah yang saya kira mustahak adalah
rebat baik pulih dan penggantian kenderaan yang rosak ditenggelami oleh banjir. Ini
semua bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa selepas daripada
ini.
■1550
Saya juga ingin mencadangkan pihak yang terlibat dalam Projek Tebatan Banjir
Sungai Lancang perlu bersidang segera. Duduk, bincang langkah yang perlu dibuat di
lokasi benteng yang pecah. Sekarang benteng yang dibuat sementara itu telah pun pecah
dan dibuat gate sementara, jambatan sementara atau yang sesuai sehinggalah projek
siap, barulah dibina benteng kekal, sebagai contoh.
Panggillah kami Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN sebagai contoh, untuk duduk
mendengar taklimat daripada orang-orang cerdik pandai, arkitek-arkitek, engineers,
jurutera yang membina benteng ini. Buka dan review balik Laporan EIA yang telah
diluluskan. Adakah benar fasa satu projek bermula daripada Lancang? Kalaulah benar,
apakah agaknya risiko dan pencegahan dan sebagainya ke atas kawasan yang terlibat?
Jelas sekali kalaulah banjir berlaku kerana hujan yang lebat semata-mata, saya
kira rakyat boleh terima. Akan tetapi banjir yang berlaku ini ialah kerana projek tebatan
banjir yang belum siap. Saya ingin merakamkan terima kasih, Menteri KASA pun telah
turun beberapa kali ke Parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang melihat projek tebatan
banjir. Saya ucap terima kasih.
Projek dimulakan daripada kerajaan sebelum daripada ini, diteruskan sehingga
ke hari ini, sekali lagi saya ucap terima kasih. Kami di Parlimen Pasir Mas dan Rantau
Panjang serta Tumpat sangat-sangat berterima kasih. Akan tetapi dalam masa yang
sama, akibat daripada projek ini mengambil masa yang begitu panjang, akhirnya ia
terdedah kepada trial and error yang menyebabkan kawasan yang berdekatan
ditenggelami oleh banjir.
Saya harapkan supaya penyelesaian jangka masa panjang. Saya mohon
kementerian bertanggungjawab mempercepatkan Projek Pembangunan Lembangan
Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Satu yang dijadualkan siap pada Ogos 2024,
diawalkan rancangan menyiapkan projek berkenaan. Saya yakin kerajaan boleh buat.
Tahun lepas di Pasir Mas, berlaku tanah runtuh di tebing Sungai Kelantan. Dalam masa
yang pantas, award tender dikeluarkan dan projek telah pun dilaksanakan.
Alhamdulillah, sekarang sudah sampai ke penghujung. Ertinya, terpulang kepada
political will ataupun tekanan politik, kehendak politik ataupun dari sudut hasrat kerajaan
sendiri. Kalau kerajaan kata ya, maka insya-Allah projek ini boleh dibuat. Saya mohon
supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat turun segera ke Pasir Mas dan
Rantau Panjang ini buat lawatan, lihat sendiri. Saya jemput kerana Yang Amat Berhormat
Bera, saya yakin Kelantan dekat di hati Yang Amat Berhormat Bera.
Dulu pada zaman Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri, Yang
Berhormat Pekan turun beberapa kali ke Kelantan ketika berlaku isu seperti ini. Ketika
zaman Yang Berhormat Langkawi sebagai Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat
daripada Pandan, juga turun ke Rantau Panjang untuk melihat situasi banjir.
| Saya telah turun menyampaikan pelbagai sumbangan makanan dan keperluan asas dan melihat sendiri bagaimana kesusahan yang menimpa mereka ketika ini. Masih lagi mangsa-mangsa dipindahkan. Ada yang terpaksa menjalani rawatan dialisis dalam masa yang sama positif COVID-19, sedangkan pada masa yang sama peristiwa ini berlaku pada jam lebih kurang 3.00 ke 4.00 pagi malam kelmarin. Kebanyakan rumah ditenggelami banjir, barang keperluan rosak, beribu-ribu buah kenderaan yang musnah. Kesemua ini memerlukan kos baik pulih yang tinggi. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memanjangkan skim bantuan kerajaan Bencana Banjir Keluarga Malaysia kepada semua mangsa banjir yang baru-baru ini di Lembah Klang, dipanjangkan kepada Kelantan dan Terengganu. Skim ini turut merangkumi bantuan wang ihsan, bantuan pembelian barangan keperluan rumah, barangan elektrik serta rebat bil elektrik termasuklah yang saya kira mustahak adalah rebat baik pulih dan penggantian kenderaan yang rosak ditenggelami oleh banjir. Ini semua bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa selepas daripada ini. #1550. Saya juga ingin mencadangkan pihak yang terlibat dalam Projek Tebatan Banjir Sungai Lancang perlu bersidang segera. Duduk, bincang langkah yang perlu dibuat di lokasi benteng yang pecah. Sekarang benteng yang dibuat sementara itu telah pun pecah dan dibuat gate sementara, jambatan sementara atau yang sesuai sehinggalah projek siap, barulah dibina benteng kekal, sebagai contoh. Panggillah kami Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN sebagai contoh, untuk duduk mendengar taklimat daripada orang-orang cerdik pandai, arkitek-arkitek, engineers, jurutera yang membina benteng ini. Buka dan review balik Laporan EIA yang telah diluluskan. Adakah benar fasa satu projek bermula daripada Lancang? Kalaulah benar, apakah agaknya risiko dan pencegahan dan sebagainya ke atas kawasan yang terlibat?. Jelas sekali kalaulah banjir berlaku kerana hujan yang lebat semata-mata, saya kira rakyat boleh terima. Akan tetapi banjir yang berlaku ini ialah kerana projek tebatan banjir yang belum siap. Saya ingin merakamkan terima kasih, Menteri KASA pun telah turun beberapa kali ke Parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang melihat projek tebatan banjir. Saya ucap terima kasih. Projek dimulakan daripada kerajaan sebelum daripada ini, diteruskan sehingga ke hari ini, sekali lagi saya ucap terima kasih. Kami di Parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang serta Tumpat sangat-sangat berterima kasih. Akan tetapi dalam masa yang sama, akibat daripada projek ini mengambil masa yang begitu panjang, akhirnya ia terdedah kepada trial and error yang menyebabkan kawasan yang berdekatan ditenggelami oleh banjir. Saya harapkan supaya penyelesaian jangka masa panjang. Saya mohon kementerian bertanggungjawab mempercepatkan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Satu yang dijadualkan siap pada Ogos 2024, diawalkan rancangan menyiapkan projek berkenaan. Saya yakin kerajaan boleh buat. Tahun lepas di Pasir Mas, berlaku tanah runtuh di tebing Sungai Kelantan. Dalam masa yang pantas, award tender dikeluarkan dan projek telah pun dilaksanakan. Alhamdulillah, sekarang sudah sampai ke penghujung. Ertinya, terpulang kepada political will ataupun tekanan politik, kehendak politik ataupun dari sudut hasrat kerajaan sendiri. Kalau kerajaan kata ya, maka insya-Allah projek ini boleh dibuat. Saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat turun segera ke Pasir Mas dan Rantau Panjang ini buat lawatan, lihat sendiri. Saya jemput kerana Yang Amat Berhormat Bera, saya yakin Kelantan dekat di hati Yang Amat Berhormat Bera. Dulu pada zaman Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan turun beberapa kali ke Kelantan ketika berlaku isu seperti ini. Ketika zaman Yang Berhormat Langkawi sebagai Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat daripada Pandan, juga turun ke Rantau Panjang untuk melihat situasi banjir. | 63 | 71 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
64 DR.01.03.2022
Ketika Yang Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri pun sempat turun. Saya
yakin Yang Amat Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri, insya-Allah boleh turun. Oleh
sebab hujung tahun lepas, kami di kedua-dua Parlimen ini tidak mengalami banjir yang
teruk. Jadi, sekarang ialah masa yang sesuai untuk Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri datang ke Parlimen kami untuk melihat situasi banjir.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang berikutnya iaitu isu Covid-19.
Kita menyaksikan peningkatan kes Covid-19...
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Saya minta laluan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, masih lagi tentang banjir. Saya
hendak sentuh isu kesiapsiagaan. Setiap kali banjir ditular atau tertular, mangsa banjir
tersangkut di bumbung-bumbung rumah. Apakah kesiapsiagaan daripada pihak kerajaan
untuk membantu mangsa banjir dalam keadaan kecemasan masih di tahap tidak
mencukupi? Maksud saya, adakah kemampuan kementerian menggunakan segala
prasarana yang ada seperti helikopter dan sebagainya masih belum mencukupi? Mohon
penjelasan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat
Jerai. Masukkan ucapan Yang Berhormat Jerai sebagai sebahagian daripada ucapan
saya. Isu Covid-19 Tuan Yang di-Pertua, kita menyaksikan peningkatan kes Covid-19
yang semakin ketara dengan purata 20 ribu ke-30 ribu kes ketika ini, setiap hari. Perkara
ini didorong oleh varian Omicron yang turut menjadi varian utama penularan virus Covid-
19 di peringkat global. Setakat ini, para saintis global cenderung melihat varian ini,
khususnya bagi subvarian BA1 ini tidak menyebabkan komplikasi yang kritikal secara
agregatnya. Berbanding varian Delta yang pernah melanda negara, yang global pada
tahun lalu.
Meskipun demikian, varian ini mempunyai kadar kecepatan merebak yang tinggi.
Kita melihat bagaimana dalam tempoh sebulan ini kes dengan cepat mencanak naik
sehingga ke paras tertinggi mencecah 30 ribu kes sehari. Kadar kebolehjangkitan negara
melebihi paras 1.00 sejak sebulan yang lalu. Kadar hospitalisasi dan ICU juga mengalami
peningkatan walaupun tidak ketara. Kesemua ini petunjuk yang wajar diwaspadai oleh
semua pihak ketika ini. Ketika ramai berkata berkenaan dengan situasi peningkatan
mendadak ini, saintis semula mengesan subvarian BA2 yang lahir daripada rahim
Omicron yang sama mula merebak, terutama di negara Eropah dan juga Denmark.
Walau bagaimanapun, setakat pandangan yang dikeluarkan oleh para saintis
menunjukkan subvarian ini tidaklah membahayakan. Walaupun demikian, perlu ada
langkah berjaga-jaga daripada kita. Saya bangkitkan perkara ini supaya negara perlu
mempersiapkan suatu strategi yang tepat dengan melihat kepada kemungkinan unjuran
situasi-situasi yang berlaku.
Kita maklum varian Omicron tidak mendorong kepada komplikasi kes-kes yang
teruk tetapi kebimbangan terhadap kemunculan varian baru daripada penularan kes yang
tinggi pada hari ini tetap ada. Saya mohon kerajaan memberikan penjelasan, apakah exit
plan yang dirangka oleh kerajaan bagi menghadapi suasana yang semakin menekan
dengan pelbagai kelonggaran sekatan? Saya setuju kelonggaran sekatan diberikan tapi
apakah strategi yang sedang diatur oleh kerajaan?
Dalam masa yang sama, Akta 342 yang sedang hangat dibincangkan sekarang
ini, secara umumnya saya tidak mempunyai halangan terhadap pindaan tersebut, kecuali
pada seksyen 21A, 24 dan 25. Di mana seksyen 21A hendak dipinda kepada Ketua
Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara sama ada secara
am atau khusus kepada mana-mana orang ataupun golongan orang. Seksyen 24 - penalti
am menyatakan bahawa jika didapati bersalah, seseorang individu boleh dikenakan
penalti tidak melebihi RM100 ribu atau dipenjara tidak melebihi tujuh tahun bagi
pertuduhan sejumlah RM2 juta.
Seksyen 25 - kompaun kesalahan yang menyatakan bahawa individu boleh
dikompaun tidak melebihi RM10 ribu dalam hal pertubuhan perbadanan tidak melebihi
| Ketika Yang Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri pun sempat turun. Saya. yakin Yang Amat Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri, insya-Allah boleh turun. Oleh sebab hujung tahun lepas, kami di kedua-dua Parlimen ini tidak mengalami banjir yang teruk. Jadi, sekarang ialah masa yang sesuai untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang ke Parlimen kami untuk melihat situasi banjir. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang berikutnya iaitu isu Covid-19. Kita menyaksikan peningkatan kes Covid-19... Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Saya minta laluan. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Yang Berhormat Jerai. Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, masih lagi tentang banjir. Saya hendak sentuh isu kesiapsiagaan. Setiap kali banjir ditular atau tertular, mangsa banjir tersangkut di bumbung-bumbung rumah. Apakah kesiapsiagaan daripada pihak kerajaan untuk membantu mangsa banjir dalam keadaan kecemasan masih di tahap tidak mencukupi? Maksud saya, adakah kemampuan kementerian menggunakan segala prasarana yang ada seperti helikopter dan sebagainya masih belum mencukupi? Mohon penjelasan. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Masukkan ucapan Yang Berhormat Jerai sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Isu Covid-19 Tuan Yang di-Pertua, kita menyaksikan peningkatan kes Covid-19 yang semakin ketara dengan purata 20 ribu ke-30 ribu kes ketika ini, setiap hari. Perkara ini didorong oleh varian Omicron yang turut menjadi varian utama penularan virus Covid- 19 di peringkat global. Setakat ini, para saintis global cenderung melihat varian ini, khususnya bagi subvarian BA1 ini tidak menyebabkan komplikasi yang kritikal secara agregatnya. Berbanding varian Delta yang pernah melanda negara, yang global pada tahun lalu. Meskipun demikian, varian ini mempunyai kadar kecepatan merebak yang tinggi. Kita melihat bagaimana dalam tempoh sebulan ini kes dengan cepat mencanak naik sehingga ke paras tertinggi mencecah 30 ribu kes sehari. Kadar kebolehjangkitan negara melebihi paras 1.00 sejak sebulan yang lalu. Kadar hospitalisasi dan ICU juga mengalami peningkatan walaupun tidak ketara. Kesemua ini petunjuk yang wajar diwaspadai oleh semua pihak ketika ini. Ketika ramai berkata berkenaan dengan situasi peningkatan mendadak ini, saintis semula mengesan subvarian BA2 yang lahir daripada rahim Omicron yang sama mula merebak, terutama di negara Eropah dan juga Denmark. Walau bagaimanapun, setakat pandangan yang dikeluarkan oleh para saintis menunjukkan subvarian ini tidaklah membahayakan. Walaupun demikian, perlu ada langkah berjaga-jaga daripada kita. Saya bangkitkan perkara ini supaya negara perlu mempersiapkan suatu strategi yang tepat dengan melihat kepada kemungkinan unjuran situasi-situasi yang berlaku. Kita maklum varian Omicron tidak mendorong kepada komplikasi kes-kes yang teruk tetapi kebimbangan terhadap kemunculan varian baru daripada penularan kes yang tinggi pada hari ini tetap ada. Saya mohon kerajaan memberikan penjelasan, apakah exit plan yang dirangka oleh kerajaan bagi menghadapi suasana yang semakin menekan dengan pelbagai kelonggaran sekatan? Saya setuju kelonggaran sekatan diberikan tapi apakah strategi yang sedang diatur oleh kerajaan?. Dalam masa yang sama, Akta 342 yang sedang hangat dibincangkan sekarang ini, secara umumnya saya tidak mempunyai halangan terhadap pindaan tersebut, kecuali pada seksyen 21A, 24 dan 25. Di mana seksyen 21A hendak dipinda kepada Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara sama ada secara am atau khusus kepada mana-mana orang ataupun golongan orang. Seksyen 24- penalti am menyatakan bahawa jika didapati bersalah, seseorang individu boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM100 ribu atau dipenjara tidak melebihi tujuh tahun bagi pertuduhan sejumlah RM2 juta. Seksyen 25- kompaun kesalahan yang menyatakan bahawa individu boleh dikompaun tidak melebihi RM10 ribu dalam hal pertubuhan perbadanan tidak melebihi. | 64 | 72 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 65
RM1 juta. Seksyen 21 ini Tuan Yang di-Pertua, walaupun akan ada perbahasan tapi saya
ingin menyatakan di sini, ia memberikan kuasa penuh, absolute power kepada Ketua
Pengarah Kementerian Kesihatan tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak dan ini
bahaya. Ia boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa. Saya berpandangan bahawa
adalah lebih wajar keputusan untuk mengambil tindakan itu ditentukan oleh sebuah Majlis,
bukan semata-mata discretion oleh seorang ketua pengarah.
Jumlah penalti melalui cadangan pindaan seksyen 24 pula terlalu besar. Ia
menekan rakyat sebenarnya dan malah, hukuman tujuh tahun ini sama dengan seksyen
325 - mendatangkan kecederaan serius, seksyen 363 kerana menculik, seksyen 506
kerana ugutan jenayah, seksyen 379 kerana menyamun, seksyen 393 kerana cuba
mencuri. Adakah- ya saya tahu bahawa melanggar SOP satu kesalahan tetapi adakah
rakyat perlu ditekan sampai ke tahap itu sehingga memperkenalkan denda yang sangat-
sangat tidak munasabah? Jadi oleh yang demikian, saya kira seksyen ini perlu untuk dikaji
semula dan Ahli-ahli Parlimen perlu mendengar bagaimana pandangan dan hasrat
daripada rakyat supaya rakyat tidak lagi tertekan dengan isu-isu seperti ini.
Begitu juga dalam isu vaksinasi. Kerajaan tidak boleh menafikan ada beberapa
individu dan pihak yang terkesan. Saya bukan antivaksin, saya pro kepada vaksin. Saya
di antara orang yang paling awal mengambil booster di Dewan ini tetapi tidak boleh
menafikan ada terkesan dengan vaksin.
Setakat manakah aduan diterima oleh kerajaan dan pampasan yang disediakan
oleh kerajaan pada individu-individu yang menghadapi kesan sampingan terhadap
vaksin? Tidak perlu saya sebutkan ada kes di sana, di sini, ada yang mengalami kes yang
serius dan sebagainya. Kerajaan perlu bersedia untuk memberikan jawapan dan juga
pampasan kepada mereka yang akhirnya menghadapi masalah kerana selepas daripada
di vaksinasi.
Tuan Yang di-Pertua, lanjutan daripada perbahasan mengenai penularan varian
Omicron ini, saya ingin mengetengahkan persoalan mengenai kedudukan ekonomi
negara dengan unjuran positif yang diletakkan pada tahun lalu. Saya meneliti laporan dari
Tabung Kewangan Dunia (IMF) sendiri, kebanyakannya masih meletakkan prospek
ekonomi negara dalam situasi positif, sekitar 5 peratus ke 6 peratus KDNK pada tahun ini.
Saya tidak mempunyai masalah dengan unjuran tersebut dan saya boleh yakin
dengan daya tahan ekonomi ketika ini bersandarkan permintaan domestik dari luar dan
dalam negara semakin mengukuh. Cuma persoalannya, adakah impak terhadap
penularan semasa Covid-19 dengan unjuran ekonomi negara? Begitu juga tempiasnya
terhadap konflik yang sedang melanda Ukraine dan Rusia ketika ini. Saya mohon
penjelasan berkenaan dengan perkara ini.
■1600
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi ke isu-isu yang lain, saya ingin
menyatakan beberapa isu secara sepintas lalu, beberapa isu yang penting yang
melibatkan periuk nasi rakyat. Antaranya ialah isu tuntutan pengeluaran KWSP sebanyak
RM10,000. Saya menerima memorandum daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) yang telah memberikan memorandum kepada saya mewakili puluhan ribu rakyat
menuntut supaya pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 ini untuk kali yang terakhir ini
dapat dibenarkan.
Saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol sebentar tadi
bahawa inilah yang merupakan talian hayat terakhir untuk rakyat supaya kerajaan dapat
mempertimbangkan terutama selepas daripada banjir, selepas daripada isu COVID-19
dan sebagainya, rakyat mula bertatih untuk membina ekonomi mereka. Rakyat yang tidak
berniaga selama dua tahun Tuan Yang di-Pertua, mereka sudah pun hilang modal hendak
beli khemah balik, hendak beli bekas air semula, hendak set up perniagaan kecil-kecilan
semula. Kita beri kepada mereka walaupun kita faham KWSP ini untuk simpanan hari tua.
Kita bercakap tentang hari tua, rakyat bercakap tentang hari ini. Kita bercakap
tentang simpanan mereka sepuluh tahun, 20 tahun akan datang, tetapi rakyat bercakap
tentang apa yang mereka hendak makan pada malam ini di atas meja mereka. Saya yakin
| RM1 juta. Seksyen 21 ini Tuan Yang di-Pertua, walaupun akan ada perbahasan tapi saya ingin menyatakan di sini, ia memberikan kuasa penuh, absolute power kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak dan ini bahaya. Ia boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa. Saya berpandangan bahawa adalah lebih wajar keputusan untuk mengambil tindakan itu ditentukan oleh sebuah Majlis, bukan semata-mata discretion oleh seorang ketua pengarah. Jumlah penalti melalui cadangan pindaan seksyen 24 pula terlalu besar. Ia menekan rakyat sebenarnya dan malah, hukuman tujuh tahun ini sama dengan seksyen 325- mendatangkan kecederaan serius, seksyen 363 kerana menculik, seksyen 506 kerana ugutan jenayah, seksyen 379 kerana menyamun, seksyen 393 kerana cuba mencuri. Adakah- ya saya tahu bahawa melanggar SOP satu kesalahan tetapi adakah rakyat perlu ditekan sampai ke tahap itu sehingga memperkenalkan denda yang sangat- sangat tidak munasabah? Jadi oleh yang demikian, saya kira seksyen ini perlu untuk dikaji semula dan Ahli-ahli Parlimen perlu mendengar bagaimana pandangan dan hasrat daripada rakyat supaya rakyat tidak lagi tertekan dengan isu-isu seperti ini. Begitu juga dalam isu vaksinasi. Kerajaan tidak boleh menafikan ada beberapa individu dan pihak yang terkesan. Saya bukan antivaksin, saya pro kepada vaksin. Saya di antara orang yang paling awal mengambil booster di Dewan ini tetapi tidak boleh menafikan ada terkesan dengan vaksin. Setakat manakah aduan diterima oleh kerajaan dan pampasan yang disediakan oleh kerajaan pada individu-individu yang menghadapi kesan sampingan terhadap vaksin? Tidak perlu saya sebutkan ada kes di sana, di sini, ada yang mengalami kes yang serius dan sebagainya. Kerajaan perlu bersedia untuk memberikan jawapan dan juga pampasan kepada mereka yang akhirnya menghadapi masalah kerana selepas daripada di vaksinasi. Tuan Yang di-Pertua, lanjutan daripada perbahasan mengenai penularan varian Omicron ini, saya ingin mengetengahkan persoalan mengenai kedudukan ekonomi negara dengan unjuran positif yang diletakkan pada tahun lalu. Saya meneliti laporan dari Tabung Kewangan Dunia (IMF) sendiri, kebanyakannya masih meletakkan prospek ekonomi negara dalam situasi positif, sekitar 5 peratus ke 6 peratus KDNK pada tahun ini. Saya tidak mempunyai masalah dengan unjuran tersebut dan saya boleh yakin dengan daya tahan ekonomi ketika ini bersandarkan permintaan domestik dari luar dan dalam negara semakin mengukuh. Cuma persoalannya, adakah impak terhadap penularan semasa Covid-19 dengan unjuran ekonomi negara? Begitu juga tempiasnya terhadap konflik yang sedang melanda Ukraine dan Rusia ketika ini. Saya mohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini. #1600. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi ke isu-isu yang lain, saya ingin menyatakan beberapa isu secara sepintas lalu, beberapa isu yang penting yang melibatkan periuk nasi rakyat. Antaranya ialah isu tuntutan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000. Saya menerima memorandum daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang telah memberikan memorandum kepada saya mewakili puluhan ribu rakyat menuntut supaya pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 ini untuk kali yang terakhir ini dapat dibenarkan. Saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol sebentar tadi bahawa inilah yang merupakan talian hayat terakhir untuk rakyat supaya kerajaan dapat mempertimbangkan terutama selepas daripada banjir, selepas daripada isu COVID-19 dan sebagainya, rakyat mula bertatih untuk membina ekonomi mereka. Rakyat yang tidak berniaga selama dua tahun Tuan Yang di-Pertua, mereka sudah pun hilang modal hendak beli khemah balik, hendak beli bekas air semula, hendak set up perniagaan kecil-kecilan semula. Kita beri kepada mereka walaupun kita faham KWSP ini untuk simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, rakyat bercakap tentang hari ini. Kita bercakap tentang simpanan mereka sepuluh tahun, 20 tahun akan datang, tetapi rakyat bercakap tentang apa yang mereka hendak makan pada malam ini di atas meja mereka. Saya yakin. | 65 | 73 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
66 DR.01.03.2022
Yang Amat Berhormat Bera sebagai seorang Perdana Menteri yang prihatin boleh
membawa isu ini ke dalam Kabinet.
Saya menyebut ini kerana ada yang menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri telah bawa isu ini ke dalam Kabinet, tetapi telah dibantah oleh
sebahagian Menteri-menteri dan akhirnya ia tidak dapat dikeluarkan. Secara peribadi,
saya tidak yakin, benarkah demikian kerana sudah tentu kita tidak tahu apa yang berlaku
dalam mesyuarat Kabinet. Betulkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bawa
isu ini dalam Kabinet dan dibantah oleh Menteri-menteri? Kalau betul, saya kira ini
perkembangan yang sangat-sangat menyedihkan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat]
Tidak boleh seorang Perdana Menteri yang saya kira apabila telah membawa satu
isu ke dalam Kabinet yang melibatkan kepentingan rakyat, akhirnya dibantah. Saya tidak
fikir yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini boleh diletakkan sampai tahap
selemah itu. Ini satu perkembangan yang tidak baik untuk persepsi rakyat kepada
kekuatan kerajaan yang ada pada hari ini. Tidak kira sama ada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri sudah bawa atau belum, saya fikir Ahli-ahli Parlimen yang ada pada hari
ini boleh bersama dengan tuntutan rakyat ini untuk membenarkan tuntutan KWSP.
Saya menyeru Yang Berhormat Menteri-menteri yang ada dalam satu keputusan
collective responsibility menyokong tuntutan ini walaupun mungkin ia membawa satu
kesan yang agak besar, tetapi insya-Allah dengan kita menyuntik sedikit sumbangan
ataupun menyuntik kekuatan ekonomi kepada rakyat, mereka boleh berbelanja dan
sebagainya. Ia akan stimulate, ia akan merangsang rakyat untuk berbelanja dan akhirnya
ekonomi itu akan bergerak dengan sendiri. Saya memohon supaya dengarlah rintihan-
rintihan daripada rakyat ini.
Saya yakin, insya-Allah Yang Amat Berhormat Bera seorang yang datang
daripada keluarga yang sederhana, yang bukan datang daripada keluarga yang mewah.
Seorang yang pernah bergelumang dengan susah payah jerih rakyat boleh mendengar
isu ini dan kerajaan dengan seluruh keputusan, dengan seluruh kementerian dan Kabinet,
Menteri Kabinet yang ada faham tuntutan daripada rakyat dan membenarkan pengeluaran
ini untuk kali ini, untuk kali ini. Lagi pun kita dimaklumkan bukanlah ramai pun yang ada
simpanan RM10,000 di dalam akaun KWSP mereka. Kita boleh bagi dan yang tidak ada
tidak sampai RM10,000, tetapkan jumlah yang munasabah, 70 peratus, 80 peratus atau
50 peratus, terpulang.
Tuan Yang di-Pertua, yang berikutnya adalah isu tuntutan royalti minyak negeri
Kelantan ke atas PETRONAS yang saya kira ia sudah sampai seolah-olah ke jalan yang
buntu. Ia seolah-olah sudah sampai ke jalan yang mati tidak tahu hendak ke mana. Kita
telah menjadi seperti ‘bangau oh bangau’ yang ditanya kenapa kakinya kurus, bangau
mengatakan ikan yang tidak timbul, ikan tidak timbul kerana rumput yang panjang. Rumput
kata kerbau yang tidak makan. Jadi oleh demikian, hari ini saya hendak tahu tuntutan
royalti minyak ini yang telah diberikan ke Sabah dan Sarawak.
Sabah dan Sarawak saya ucapkan tahniah, mereka menerima wang daripada
minyak yang dikeluarkan dari bumi mereka, tetapi bagaimana dengan Kelantan? Kelantan
juga telah dikeluarkan minyak dari bumi Kelantan. Sampai bila ia hendak disebut sebagai
wang ehsan? Tidak kira apa panggilan sekalipun, tetapi Kelantan berhak kepada hasil
bumi yang dikeluarkan daripada tanah milik negeri Kelantan yang bersempadan dengan
persempadanan antarabangsa yang termaktub dengan jelas di dalam perjanjian dengan
PETRONAS pada tahun 1975.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa pula kepada isu judi yang telah pun
diluluskan dahulu daripada lapan cabutan kepada 22 cabutan. Apa khabar untuk tahun
2022? Adakah masih kekal dengan 22 cabutan? Semoga tahun 2022 ini, kerajaan dapat
menurunkan cabutan judi ini turun kepada angka yang paling rendah yang boleh
diturunkan oleh kerajaan. Jangan pula kita pula yang meningkatkan kepada 22 angka
cabutan menjadi termaktub dalam sejarah. Bilakah angka cabutan ini ditingkatkan, iaitu
| Yang Amat Berhormat Bera sebagai seorang Perdana Menteri yang prihatin boleh membawa isu ini ke dalam Kabinet. Saya menyebut ini kerana ada yang menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bawa isu ini ke dalam Kabinet, tetapi telah dibantah oleh sebahagian Menteri-menteri dan akhirnya ia tidak dapat dikeluarkan. Secara peribadi, saya tidak yakin, benarkah demikian kerana sudah tentu kita tidak tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet. Betulkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bawa isu ini dalam Kabinet dan dibantah oleh Menteri-menteri? Kalau betul, saya kira ini perkembangan yang sangat-sangat menyedihkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]. Tidak boleh seorang Perdana Menteri yang saya kira apabila telah membawa satu isu ke dalam Kabinet yang melibatkan kepentingan rakyat, akhirnya dibantah. Saya tidak fikir yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini boleh diletakkan sampai tahap selemah itu. Ini satu perkembangan yang tidak baik untuk persepsi rakyat kepada kekuatan kerajaan yang ada pada hari ini. Tidak kira sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah bawa atau belum, saya fikir Ahli-ahli Parlimen yang ada pada hari ini boleh bersama dengan tuntutan rakyat ini untuk membenarkan tuntutan KWSP. Saya menyeru Yang Berhormat Menteri-menteri yang ada dalam satu keputusan collective responsibility menyokong tuntutan ini walaupun mungkin ia membawa satu kesan yang agak besar, tetapi insya-Allah dengan kita menyuntik sedikit sumbangan ataupun menyuntik kekuatan ekonomi kepada rakyat, mereka boleh berbelanja dan sebagainya. Ia akan stimulate, ia akan merangsang rakyat untuk berbelanja dan akhirnya ekonomi itu akan bergerak dengan sendiri. Saya memohon supaya dengarlah rintihan- rintihan daripada rakyat ini. Saya yakin, insya-Allah Yang Amat Berhormat Bera seorang yang datang daripada keluarga yang sederhana, yang bukan datang daripada keluarga yang mewah. Seorang yang pernah bergelumang dengan susah payah jerih rakyat boleh mendengar isu ini dan kerajaan dengan seluruh keputusan, dengan seluruh kementerian dan Kabinet, Menteri Kabinet yang ada faham tuntutan daripada rakyat dan membenarkan pengeluaran ini untuk kali ini, untuk kali ini. Lagi pun kita dimaklumkan bukanlah ramai pun yang ada simpanan RM10,000 di dalam akaun KWSP mereka. Kita boleh bagi dan yang tidak ada tidak sampai RM10,000, tetapkan jumlah yang munasabah, 70 peratus, 80 peratus atau 50 peratus, terpulang. Tuan Yang di-Pertua, yang berikutnya adalah isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan ke atas PETRONAS yang saya kira ia sudah sampai seolah-olah ke jalan yang buntu. Ia seolah-olah sudah sampai ke jalan yang mati tidak tahu hendak ke mana. Kita telah menjadi seperti 'bangau oh bangau' yang ditanya kenapa kakinya kurus, bangau mengatakan ikan yang tidak timbul, ikan tidak timbul kerana rumput yang panjang. Rumput kata kerbau yang tidak makan. Jadi oleh demikian, hari ini saya hendak tahu tuntutan royalti minyak ini yang telah diberikan ke Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak saya ucapkan tahniah, mereka menerima wang daripada minyak yang dikeluarkan dari bumi mereka, tetapi bagaimana dengan Kelantan? Kelantan juga telah dikeluarkan minyak dari bumi Kelantan. Sampai bila ia hendak disebut sebagai wang ehsan? Tidak kira apa panggilan sekalipun, tetapi Kelantan berhak kepada hasil bumi yang dikeluarkan daripada tanah milik negeri Kelantan yang bersempadan dengan persempadanan antarabangsa yang termaktub dengan jelas di dalam perjanjian dengan PETRONAS pada tahun 1975. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa pula kepada isu judi yang telah pun diluluskan dahulu daripada lapan cabutan kepada 22 cabutan. Apa khabar untuk tahun 2022? Adakah masih kekal dengan 22 cabutan? Semoga tahun 2022 ini, kerajaan dapat menurunkan cabutan judi ini turun kepada angka yang paling rendah yang boleh diturunkan oleh kerajaan. Jangan pula kita pula yang meningkatkan kepada 22 angka cabutan menjadi termaktub dalam sejarah. Bilakah angka cabutan ini ditingkatkan, iaitu. | 66 | 74 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 67
ketika kita menjadi kerajaan pada tahun 2021. Ia sangat memalukan untuk dicatat di dalam
buku-buku sejarah.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang isu harga test kit COVID-
19 yang masih lagi ada pihak farmasi dan sebagainya menjual dengan harga yang mahal.
Kerajaan perlu meletakkan kadar siling yang standard bagi seluruh negara untuk dimiliki
oleh setiap rumah. Kalau setiap rumah sudah ada dalam simpanan mereka, mungkin 20
atau 30 simpanan test COVID-19 ini, ia boleh memberikan jaminan kepada mereka untuk
melakukan test kendiri ini dan akhirnya mereka boleh mengekang dengan sendiri
penularan wabak COVID-19 ini. Ramai saya yakin, rakyat Malaysia yang bila test dengan
test kit ini dapati positif, mereka melakukan kuarantin kendiri dan ia membantu ke arah
mengekang penularan wabak COVID-19.
Saya juga ingin bertanya tentang isu status lebuh raya Gerik, Pantai Timur, Gerik
ke Jeli yang sudah pun ada baik pulih sedikit sebanyak, tetapi hari ini masih lagi berada
pada situasi yang sangat-sangat menyedihkan. Jalan, line di tengah-tengah jalan, cat
putih sudah pun hilang. Situasi jalan yang sudah tidak stabil dan sebagainya. Ini
membahayakan kepada pengguna. Saya mahu tahu, setakat manakah Kementerian Kerja
Raya memberikan peruntukan setiap tahun untuk menyelenggarakan jalan ini yang
menjadi perhubungan utama rakyat dari Pantai Timur ke utara, terutama ke Kedah, ke
Perak, ke Pulau Pinang dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang isu Littoral Combat Ship
(LCS). Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang isu-isu rasuah. Isu ini juga
merupakan isu yang penting di samping kerajaan terpaksa membayar pada harga yang
mahal, ada kes peralatan yang diperoleh gagal memenuhi spesifikasi dan mencapai
matlamat asal perkhidmatan sepenuhnya sebelum daripada ini.
Dalam isu projek kapal TLDM, Littoral Combat Ship ini dan juga projek kapal
peronda OPV Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di bawah KDN ini, hingga kini
kita difahamkan kapal-kapal ini masih belum lagi diserahkan. Sebenarnya di manakah
punca masalah ini? Jawatankuasa PAC telah pun membuat siasatan, tetapi setakat
manakah jawatankuasa yang tidak mempunyai bidang punca kuasa untuk bertindak ini
boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai mana badan-badan seperti SPRM, PDRM
dan sebagainya.
Tidakkah kerajaan berminat untuk menekankan perkara barakah? Reda Allah
dalam apa jua perancangan. Tidak terkecuali dalam mengatur gerak hal ehwal pertahanan
dan keselamatan negara. Tidak takutkah kita kepada Allah yang Maha Esa yang
merancang segala pertahanan kita? Tidak takutkah kita dalam keadaan ini? sebahagian
daripada rakyat kita sendiri mengambil peluang daripada projek yang sepatutnya dijadikan
asas pertahanan negara ini untuk membina, untuk menggandakan keuntungan peribadi?
Untuk meneruskan kerja penyiapan enam buah LCS ini, saya difahamkan pihak
kontraktor sedang giat memohon agar kerajaan meluluskan beberapa bilion lagi diberikan
kepada mereka di samping baki RM3 bilion daripada peruntukan asal syiling RM9 bilion.
Kalau permintaan ini dipersetujui, kerajaan terpaksa menanggung untuk projek itu menjadi
berbelas bilion ringgit. Satu harga yang telah pun tinggi, lebih kurang RM2 bilion untuk
sebuah LCS. Sudahlah RM6 bilion telah dibelanjakan, hingga kini sepuluh tahun, kapal
masih belum berjaya disiapkan. Bahana apakah yang menimpa negara ini?
Sekiranya permintaan Boustead ini dipersetujui oleh kerajaan, persoalan saya,
apakah jaminan kapal ini dapat disiapkan dengan sempurna? Apakah pelepasan
beberapa bilion lagi wang untuk membiayai projek sakit ini tidak akan mengganggu
peruntukan bajet TLDM untuk lain-lain projek pemodenan tentera laut yang telah lama
dirancang?
Sebelum Kabinet meluluskan permintaan ini, saya menyeru untuk kita membawa
kes ini kepada siasatan kepada satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat secara telus
dan juga jujur membawa kes ini ke mahkamah dan mendakwa petualang dan mereka
yang bertanggungjawab yang menyebabkan perbelanjaan hapus. Perbelanjaan sia-sia
kerajaan ini sebanyak berbilion ringgit Malaysia. Kerajaan perlu untuk menunjukkan
keseriusan dalam melaksanakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
| ketika kita menjadi kerajaan pada tahun 2021. Ia sangat memalukan untuk dicatat di dalam buku-buku sejarah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang isu harga test kit COVID- 19 yang masih lagi ada pihak farmasi dan sebagainya menjual dengan harga yang mahal. Kerajaan perlu meletakkan kadar siling yang standard bagi seluruh negara untuk dimiliki oleh setiap rumah. Kalau setiap rumah sudah ada dalam simpanan mereka, mungkin 20 atau 30 simpanan test COVID-19 ini, ia boleh memberikan jaminan kepada mereka untuk melakukan test kendiri ini dan akhirnya mereka boleh mengekang dengan sendiri penularan wabak COVID-19 ini. Ramai saya yakin, rakyat Malaysia yang bila test dengan test kit ini dapati positif, mereka melakukan kuarantin kendiri dan ia membantu ke arah mengekang penularan wabak COVID-19. Saya juga ingin bertanya tentang isu status lebuh raya Gerik, Pantai Timur, Gerik ke Jeli yang sudah pun ada baik pulih sedikit sebanyak, tetapi hari ini masih lagi berada pada situasi yang sangat-sangat menyedihkan. Jalan, line di tengah-tengah jalan, cat putih sudah pun hilang. Situasi jalan yang sudah tidak stabil dan sebagainya. Ini membahayakan kepada pengguna. Saya mahu tahu, setakat manakah Kementerian Kerja Raya memberikan peruntukan setiap tahun untuk menyelenggarakan jalan ini yang menjadi perhubungan utama rakyat dari Pantai Timur ke utara, terutama ke Kedah, ke Perak, ke Pulau Pinang dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang isu Littoral Combat Ship (LCS). Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang isu-isu rasuah. Isu ini juga merupakan isu yang penting di samping kerajaan terpaksa membayar pada harga yang mahal, ada kes peralatan yang diperoleh gagal memenuhi spesifikasi dan mencapai matlamat asal perkhidmatan sepenuhnya sebelum daripada ini. Dalam isu projek kapal TLDM, Littoral Combat Ship ini dan juga projek kapal peronda OPV Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di bawah KDN ini, hingga kini kita difahamkan kapal-kapal ini masih belum lagi diserahkan. Sebenarnya di manakah punca masalah ini? Jawatankuasa PAC telah pun membuat siasatan, tetapi setakat manakah jawatankuasa yang tidak mempunyai bidang punca kuasa untuk bertindak ini boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai mana badan-badan seperti SPRM, PDRM dan sebagainya. Tidakkah kerajaan berminat untuk menekankan perkara barakah? Reda Allah dalam apa jua perancangan. Tidak terkecuali dalam mengatur gerak hal ehwal pertahanan dan keselamatan negara. Tidak takutkah kita kepada Allah yang Maha Esa yang merancang segala pertahanan kita? Tidak takutkah kita dalam keadaan ini? sebahagian daripada rakyat kita sendiri mengambil peluang daripada projek yang sepatutnya dijadikan asas pertahanan negara ini untuk membina, untuk menggandakan keuntungan peribadi?. Untuk meneruskan kerja penyiapan enam buah LCS ini, saya difahamkan pihak kontraktor sedang giat memohon agar kerajaan meluluskan beberapa bilion lagi diberikan kepada mereka di samping baki RM3 bilion daripada peruntukan asal syiling RM9 bilion. Kalau permintaan ini dipersetujui, kerajaan terpaksa menanggung untuk projek itu menjadi berbelas bilion ringgit. Satu harga yang telah pun tinggi, lebih kurang RM2 bilion untuk sebuah LCS. Sudahlah RM6 bilion telah dibelanjakan, hingga kini sepuluh tahun, kapal masih belum berjaya disiapkan. Bahana apakah yang menimpa negara ini?. Sekiranya permintaan Boustead ini dipersetujui oleh kerajaan, persoalan saya, apakah jaminan kapal ini dapat disiapkan dengan sempurna? Apakah pelepasan beberapa bilion lagi wang untuk membiayai projek sakit ini tidak akan mengganggu peruntukan bajet TLDM untuk lain-lain projek pemodenan tentera laut yang telah lama dirancang?. Sebelum Kabinet meluluskan permintaan ini, saya menyeru untuk kita membawa kes ini kepada siasatan kepada satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat secara telus dan juga jujur membawa kes ini ke mahkamah dan mendakwa petualang dan mereka yang bertanggungjawab yang menyebabkan perbelanjaan hapus. Perbelanjaan sia-sia kerajaan ini sebanyak berbilion ringgit Malaysia. Kerajaan perlu untuk menunjukkan keseriusan dalam melaksanakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. | 67 | 75 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
68 DR.01.03.2022
■1610
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada berikutnya isu kebajikan para jurutera.
Dewan yang mulia ini perlu memberi perhatian pada isu kebajikan jurutera yang
merupakan tulang belakang negara bagi mendepani Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
Statistik daripada Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan kerjaya sebagai jurutera
semakin tidak popular apabila kemasukan pelajar ke bidang kejuruteraan di IPT telah
berkurang sebanyak 26 peratus pada tahun 2020 berbanding kemasukan pelajar pada
tahun 2016.
Tuan Yang di-Pertua, empat faktor utama yang perlu kita beri perhatian.
Pertama data PERKESO menunjukkan 22 peratus daripada jawatan jurutera
menawarkan gaji permulaan di bawah paras garis kemiskinan. Jurutera bekerja di bawah
paras garis kemiskinan sebanyak RM2,208.
Kedua, peluang pekerjaan atau entry level untuk jurutera adalah 17 kali ganda
lebih sedikit berbanding bilangan graduan jurutera yang dihasilkan oleh IPT setiap tahun.
Ketiga, kesamaran Akta 138 dalam melindungi kebajikan dan kualiti jurutera dan
yang terakhir Malaysia masih dikategorikan sebagai negara berteknologi rendah
menyebabkan tidak ada keperluan seseorang individu menjadi jurutera berkemahiran
tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia perlu mengadakan kerjasama strategik
dengan pemegang taruh dari agensi kerajaan seperti BEM, MOSTI, MBOT, KSM dan KPT
untuk memperkasa Akta 138 yang memelihara kebajikan jurutera serta berusaha
menyediakan lebih banyak peluang-pekerjaan berasaskan teknologi tinggi. Saya dan
pasukan ada menyiapkan beberapa dokumen kertas cadangan yang membincangkan isu
ini secara lebih lanjut dan teliti dan boleh menjadi rujukan dan boleh kita menerima dan
memberi pelawaan untuk berbincang dengan kementerian berkenaan berhubung dengan
isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu yang agak sensitif iaitu isu yang
melibatkan kes habeas corpus yang melibatkan tiga orang anak kepada seorang ibu
namanya Loh Siew Hong. Saya begitu kesal kerana direction ini telah dialihkan oleh
beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekecohan dan
perbalahan yang berkait dengan sensitiviti agama dan kaum. Padahal ia tidak berkait.
Jika kita teliti dengan mendalam isu ini, seorang ibu atau seorang individu di Perlis
yang dikenali sebagai namanya Nazirah atau dikenali dengan Ustazah Nazirah. Ia tidak
menculik kanak-kanak tersebut seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Ini kerana
asas yang dibangkitkan sejak dari awal bukanlah mengenai kononnya wujudnya elemen
penculikan dan pengislaman secara tidak sah ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan.
Dalam permohonan habeas corpus yang dinyatakan memang jelas dari sudut
perundangan mahkamah telah menyerahkan hak penjagaan kanak-kanak tersebut
kepada Puan Loh dan itu kita setuju. Seorang ibu, tidak ada masalah. Dia boleh menjaga
anaknya. Cuma, apa yang saya fikir perlu diperjelaskan adalah kenapa Ustazah Nazirah
ini ditohmah seolah-olah telah menculik kanak-kanak berkenaan.
Sedangkan rekod daripada ibu tersebut pernah berjumpa dengan anak beliau di
hospital pada tahun 2020. Situasi ini meruncing kerana momokkan sesetengah pihak yang
tidak mengetahui isu ini secara keseluruhan lalu membuat kesimpulan berdasarkan
hearsay. Lalu beliau iaitu Puan Nazirah, Jabatan Mufti Perlis dan seangkatan dengannya
menjadi mangsa jelikkan setengah netizen di media sosial dan ini perkembangan yang
tidak baik.
Saya yakin pasukan di belakang Puan Nazirah ini ketika ini akan bertungkus-
lumus untuk menyatakan kebenaran di sebalik kemelut yang berlaku sekitar isu tiga anak
berkenaan. Cuma, soal isu pengislaman kanak-kanak secara sepihak atau unilateral
convention ini merupakan isu panjang yang berkait dengan ketegangan bidang kuasa dua
buah mahkamah utama. Di dalam negara ini syariah dan juga sivil. Saya mengharapkan
agar langkah mengharmonisasikan kedua-dua mahkamah ini dapat dilakukan secara
| #1610. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada berikutnya isu kebajikan para jurutera. Dewan yang mulia ini perlu memberi perhatian pada isu kebajikan jurutera yang merupakan tulang belakang negara bagi mendepani Revolusi Industri Keempat (IR4.0). Statistik daripada Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan kerjaya sebagai jurutera semakin tidak popular apabila kemasukan pelajar ke bidang kejuruteraan di IPT telah berkurang sebanyak 26 peratus pada tahun 2020 berbanding kemasukan pelajar pada tahun 2016. Tuan Yang di-Pertua, empat faktor utama yang perlu kita beri perhatian. Pertama data PERKESO menunjukkan 22 peratus daripada jawatan jurutera menawarkan gaji permulaan di bawah paras garis kemiskinan. Jurutera bekerja di bawah paras garis kemiskinan sebanyak RM2,208. Kedua, peluang pekerjaan atau entry level untuk jurutera adalah 17 kali ganda lebih sedikit berbanding bilangan graduan jurutera yang dihasilkan oleh IPT setiap tahun. Ketiga, kesamaran Akta 138 dalam melindungi kebajikan dan kualiti jurutera dan yang terakhir Malaysia masih dikategorikan sebagai negara berteknologi rendah menyebabkan tidak ada keperluan seseorang individu menjadi jurutera berkemahiran tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia perlu mengadakan kerjasama strategik dengan pemegang taruh dari agensi kerajaan seperti BEM, MOSTI, MBOT, KSM dan KPT untuk memperkasa Akta 138 yang memelihara kebajikan jurutera serta berusaha menyediakan lebih banyak peluang-pekerjaan berasaskan teknologi tinggi. Saya dan pasukan ada menyiapkan beberapa dokumen kertas cadangan yang membincangkan isu ini secara lebih lanjut dan teliti dan boleh menjadi rujukan dan boleh kita menerima dan memberi pelawaan untuk berbincang dengan kementerian berkenaan berhubung dengan isu ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu yang agak sensitif iaitu isu yang melibatkan kes habeas corpus yang melibatkan tiga orang anak kepada seorang ibu namanya Loh Siew Hong. Saya begitu kesal kerana direction ini telah dialihkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekecohan dan perbalahan yang berkait dengan sensitiviti agama dan kaum. Padahal ia tidak berkait. Jika kita teliti dengan mendalam isu ini, seorang ibu atau seorang individu di Perlis yang dikenali sebagai namanya Nazirah atau dikenali dengan Ustazah Nazirah. Ia tidak menculik kanak-kanak tersebut seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Ini kerana asas yang dibangkitkan sejak dari awal bukanlah mengenai kononnya wujudnya elemen penculikan dan pengislaman secara tidak sah ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan. Dalam permohonan habeas corpus yang dinyatakan memang jelas dari sudut perundangan mahkamah telah menyerahkan hak penjagaan kanak-kanak tersebut kepada Puan Loh dan itu kita setuju. Seorang ibu, tidak ada masalah. Dia boleh menjaga anaknya. Cuma, apa yang saya fikir perlu diperjelaskan adalah kenapa Ustazah Nazirah ini ditohmah seolah-olah telah menculik kanak-kanak berkenaan. Sedangkan rekod daripada ibu tersebut pernah berjumpa dengan anak beliau di hospital pada tahun 2020. Situasi ini meruncing kerana momokkan sesetengah pihak yang tidak mengetahui isu ini secara keseluruhan lalu membuat kesimpulan berdasarkan hearsay. Lalu beliau iaitu Puan Nazirah, Jabatan Mufti Perlis dan seangkatan dengannya menjadi mangsa jelikkan setengah netizen di media sosial dan ini perkembangan yang tidak baik. Saya yakin pasukan di belakang Puan Nazirah ini ketika ini akan bertungkus- lumus untuk menyatakan kebenaran di sebalik kemelut yang berlaku sekitar isu tiga anak berkenaan. Cuma, soal isu pengislaman kanak-kanak secara sepihak atau unilateral convention ini merupakan isu panjang yang berkait dengan ketegangan bidang kuasa dua buah mahkamah utama. Di dalam negara ini syariah dan juga sivil. Saya mengharapkan agar langkah mengharmonisasikan kedua-dua mahkamah ini dapat dilakukan secara. | 68 | 76 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 69
proaktif dan berobjektif dengan tidak mengambil kira atau dengan mengetepikan sentimen
kaum dan juga pertembungan agama kerana itu ia amat tidak sihat dalam negara ini.
Isu ini adalah isu evergreen yang wajar ditangani dengan segera kerana ia sudah
semakin melarat sehingga boleh merosakkan keharmonian sosial dalam negara. Tahun
lalu, dalam kes Iki Putra bin Mubarak lawan Kerajaan Negeri Selangor. Mahkamah
Persekutuan telah memutuskan bahawa seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah
(Selangor) 1995 mengenai kesalahan liwat sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Keputusan ini telah menyebabkan perbahasan yang panjang dalam kalangan ahli
perundangan mengenai kedudukan sebenar bidang kuasa kedua-dua mahkamah di
dalam negara ini.
Beberapa tahun sebelumnya, kes Indira Gandhi lawan Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak, Kes Subashini lawan Saravanan 2008 mengenai kedudukan mahkamah
syariah. Kedudukan Perkara 121(1A) dipinda pada tahun 1988 kini telah dicabar dengan
keputusan mahkamah dalam kes Indira Gandhi sekali gus meletakkan kedudukan
Mahkamah Syariah sebagai mahkamah kelas kedua.
Oleh sebab itu, saya mengharapkan agar sikap kita bersikap proaktif. Melihat
perkara ini mencari solusi menang-menang bagi menghadapi kemelut pertembungan
bidang kuasa kedua-dua mahkamah. Kita tidak sepatutnya berdiam diri dalam situasi ini
yang semakin meruncing dari sehari ke sehari. Saya tertarik dengan pandangan yang
dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah
IKIM yang baru bahawa terdapat beberapa jalan keluar bagi mengharmonisasikan
pertembungan dua mahkamah.
Antara lain ialah penubuhan sebuah mahkamah keluarga khas bagi
menyelesaikan kes-kes yang mempunyai kepentingan peringkat sivil dan syariah. Bekas
Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid sendiri mengangkat hakim-hakim mahkamah
syariah untuk menghadiri prosiding di mahkamah sivil bagi memastikan kedua-dua pihak
dapat diadili dengan lunas perundangan yang betul mengambil kira perundangan sivil dan
prinsip syariah.
Dalam hal ini, saya menyeru pada semua pemimpin politik yang terutamanya
mereka yang merentasi semua latar politik agak berganding bahu untuk memulakan
langkah yang besar untuk bergerak ke arah meminda Perlembagaan Negara bagi
mengekang kesan yang terhasil dari keputusan Mahkamah Syariah dalam kes-kes yang
disebutkan.
Kita menyeru kerajaan-kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa agama negeri
untuk menjadikan agenda menyelamatkan akidah ummah sebagai agenda kerajaan bagi
pertahankan kuasa-kuasa Ketua Agama Islam di negeri masing-masing dan kuasa
Dewan-dewan Undangan Syariah dalam menggubal kesalahan-kesalahan jenayah
syariah terhadap perintah-perintah agama dan pertahankan bidang kuasa dan peranan
Mahkamah Syariah di seluruh negara.
Ini lebih baik daripada saya— mohon maaf walaupun tidak ada mungkin tidak ada
kaitan secara langsung di sini tetapi kadang-kadang kita lebih kepada melihat kepada isu-
isu yang lain yang saya kira tidak sesuai ataupun mungkin kita boleh melihat penyelesaian
yang lebih proaktif seperti isu tidak boleh masuk ke masjid kalau belum booster dan
sebagainya.
Dalam isu ini, saya kira ya bidang agama di bawah kuasa negeri-negeri tetapi
mungkin kerajaan boleh berunding dengan negeri-negeri untuk membuat satu peraturan
yang selaras di seluruh negara mengikut nasihat KKM. Terutama bagi mereka yang
hendak masuk ke masjid ini apabila diwajibkan booster dia agak melampau kerana orang
kata boleh masuk ke shopping mall tidak ada booster, ke stadium tidak ada booster dan
sebagainya. Tiba-tiba hendak masuk ke masjid kena ada booster.
Ini isu yang berlainan. Cuma, saya hendak sebut ialah bagaimana fokus pihak-
pihak berkuasa agama ini isu masalah Perlembagaan ini jauh lebih besar. Isu Undi 18
Tuan Yang di-Pertua, kita menyaksikan bagaimana tahun ini belia berumur 18 tahun dan
ke atas boleh berpartisipasi dalam demokrasi dalam negara ini. Dalam tahun pertama,
rolling plan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12, saya ingin menggagaskan satu
| proaktif dan berobjektif dengan tidak mengambil kira atau dengan mengetepikan sentimen kaum dan juga pertembungan agama kerana itu ia amat tidak sihat dalam negara ini. Isu ini adalah isu evergreen yang wajar ditangani dengan segera kerana ia sudah semakin melarat sehingga boleh merosakkan keharmonian sosial dalam negara. Tahun lalu, dalam kes Iki Putra bin Mubarak lawan Kerajaan Negeri Selangor. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 mengenai kesalahan liwat sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah. Keputusan ini telah menyebabkan perbahasan yang panjang dalam kalangan ahli perundangan mengenai kedudukan sebenar bidang kuasa kedua-dua mahkamah di dalam negara ini. Beberapa tahun sebelumnya, kes Indira Gandhi lawan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Kes Subashini lawan Saravanan 2008 mengenai kedudukan mahkamah syariah. Kedudukan Perkara 121(1A) dipinda pada tahun 1988 kini telah dicabar dengan keputusan mahkamah dalam kes Indira Gandhi sekali gus meletakkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai mahkamah kelas kedua. Oleh sebab itu, saya mengharapkan agar sikap kita bersikap proaktif. Melihat perkara ini mencari solusi menang-menang bagi menghadapi kemelut pertembungan bidang kuasa kedua-dua mahkamah. Kita tidak sepatutnya berdiam diri dalam situasi ini yang semakin meruncing dari sehari ke sehari. Saya tertarik dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM yang baru bahawa terdapat beberapa jalan keluar bagi mengharmonisasikan pertembungan dua mahkamah. Antara lain ialah penubuhan sebuah mahkamah keluarga khas bagi menyelesaikan kes-kes yang mempunyai kepentingan peringkat sivil dan syariah. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid sendiri mengangkat hakim-hakim mahkamah syariah untuk menghadiri prosiding di mahkamah sivil bagi memastikan kedua-dua pihak dapat diadili dengan lunas perundangan yang betul mengambil kira perundangan sivil dan prinsip syariah. Dalam hal ini, saya menyeru pada semua pemimpin politik yang terutamanya mereka yang merentasi semua latar politik agak berganding bahu untuk memulakan langkah yang besar untuk bergerak ke arah meminda Perlembagaan Negara bagi mengekang kesan yang terhasil dari keputusan Mahkamah Syariah dalam kes-kes yang disebutkan. Kita menyeru kerajaan-kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa agama negeri untuk menjadikan agenda menyelamatkan akidah ummah sebagai agenda kerajaan bagi pertahankan kuasa-kuasa Ketua Agama Islam di negeri masing-masing dan kuasa Dewan-dewan Undangan Syariah dalam menggubal kesalahan-kesalahan jenayah syariah terhadap perintah-perintah agama dan pertahankan bidang kuasa dan peranan Mahkamah Syariah di seluruh negara. Ini lebih baik daripada saya-- mohon maaf walaupun tidak ada mungkin tidak ada kaitan secara langsung di sini tetapi kadang-kadang kita lebih kepada melihat kepada isu- isu yang lain yang saya kira tidak sesuai ataupun mungkin kita boleh melihat penyelesaian yang lebih proaktif seperti isu tidak boleh masuk ke masjid kalau belum booster dan sebagainya. Dalam isu ini, saya kira ya bidang agama di bawah kuasa negeri-negeri tetapi mungkin kerajaan boleh berunding dengan negeri-negeri untuk membuat satu peraturan yang selaras di seluruh negara mengikut nasihat KKM. Terutama bagi mereka yang hendak masuk ke masjid ini apabila diwajibkan booster dia agak melampau kerana orang kata boleh masuk ke shopping mall tidak ada booster, ke stadium tidak ada booster dan sebagainya. Tiba-tiba hendak masuk ke masjid kena ada booster. Ini isu yang berlainan. Cuma, saya hendak sebut ialah bagaimana fokus pihak- pihak berkuasa agama ini isu masalah Perlembagaan ini jauh lebih besar. Isu Undi 18 Tuan Yang di-Pertua, kita menyaksikan bagaimana tahun ini belia berumur 18 tahun dan ke atas boleh berpartisipasi dalam demokrasi dalam negara ini. Dalam tahun pertama, rolling plan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12, saya ingin menggagaskan satu. | 69 | 77 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
70 DR.01.03.2022
cadangan penggubalan sebuah dasar yang khusus dalam memartabatkan partisipasi
belia dalam penggunaan dasar dan polisi negara.
Dasar tersebut ialah dasar belia sejahtera yang terangkum di dalamnya empat
teras negara utama iaitu pertama belia sebagai pemacu Revolusi Industri 4.0. Belia
sebagai penggerak utama keusahawanan digital serta dua lagi baki ialah belia sebagai
pendukung keilmuan dan pemantapan syariah. Teras belia sebagai pemacu Revolusi
Industri 4.0 adalah supaya mereka menjadi pemacu utama ke arah merealisasikan salah
satu daripada pemangkin dalam RMKe-12 iaitu mempercepat dan penerima gunaan
teknologi dan inovasi serta membangunkan bakat masa hadapan.
Peranan belia hari ini wajar diangkat sebagai catalyst utama dalam
merealisasikan pemangkin-pemangkin tadi dalam pelbagai bidang keutamaan. Sejajar
dengan apa yang dirancang, diputuskan dalam RMKe-12. Ia juga termasuklah aspek
pertanian pintar yang sangat memerlukan penglibatan golongan belia. Kedua, belia
sebagai penggerak usahawan digital.
Golongan belia perlu menjadi penggerak utama dalam aspek keusahawanan
digital dan dalam hal ini, kerajaan perlu untuk memberikan dorongan kepada mereka
untuk menjadi penggerak kepada usahawan digital ini supaya mereka tidak hanya
nampak masa depan mereka hanya untuk makan gaji semata-mata.
Bagi dua lagi, saya letakkan di sini ialah belia sebagai pendukung keilmuan dan
pemantapan sahsiah. Kedua-dua ini saya kira penting kerana ia akan bertindak sebagai
satu pakej yang sangat penting dalam diri belia pada hari ini selain menjadi faktor utama
dalam melengkapi peranan mereka dalam teras revolusi industri dan keusahawanan
digital.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan cadangan penggubalan dasar yang
komprehensif ini terhadap pembangunan belia terutama untuk perhatian Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) kerana kita perlukan satu nafas yang baharu terhadap belia.
Selaras dengan penglibatan mereka dalam Undi 18.
■1620
Mari kita lihat PRN Johor ini Tuan Yang di-Pertua, berapa ramaikah belia di bawah
umur 18 tahun yang berdaftar yang akan menyertai dalam proses pengundian. Tak kira
mereka undi siapa, itu nombor tiga, nombor empat. Akan tetapi yang penting adakah
mereka keluar untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau angkanya ini sangat rendah, ia
tanda yang tidak baik untuk masa depan negara. Kalau angka penglibatan saluran belia
18 ke-24 sebagai contoh sangat-sangat rendah penglibatan mereka, sama ada undi
mereka untuk siapa. Kalau itu berlaku, maka ia satu masa depan yang sangat rendah
untuk negara.
Saya mengkaji trending di media sosial setiap hari. Saya kaji trend media sosial
ini setiap hari. Dalam 10 trending isu media semasa setiap hari, tidak adapun trending isu
PRN Johor. Yang ada ialah isu selebriti dan sebagainya. Ia satu perkara yang
membimbangkan sebenarnya seolah-olah belia yang terlibat dengan media masa ini
mereka tidak kisah apa yang berlaku di dalam Malaysia pada hari ini.
Sedangkan isu PRN, isu politik, isu masa depan negara – kalau belia tak kisah,
kalau anak muda tak kisah, maka ia satu perkara yang sangat membimbangkan kita.
Akhirnya anak muda, mereka hanya akan peduli dengan dunia mereka sendiri. Apa
kerajaan hendak buat, siapa kerajaan dipilih, siapa yang memerintah, terpulanglah. Ini
merupakan suatu perkara yang sangat membimbangkan. Jadi kita perlu melihat kepada
isu pendidikan politik dalam kalangan belia pada hari ini.
Dalam isu pendidikan Tuan Yang di-Pertua, saya yakin semua pihak mendengar
keluhan ibu bapa dan guru mengenai tahap kurikulum di sekolah yang terlalu tinggi dan
tidak bersesuaian dengan tahap pemikiran para murid. Malangnya keluhan tersebut
seolah-olah “fall on deaf ears”. Rungutan iaitu seolah-olah masuk telinga kanan, keluar
telinga kiri. Rungutan ramai pihak terhadap sukatan mengenai insurans dan takaful
sebagai contoh, telah diajar di peringkat sekolah rendah. Kita dahulu Darjah 1, Darjah 2
kita boleh banding apa yang kita belajar dengan apa yang dipelajari oleh anak-anak kita.
| cadangan penggubalan sebuah dasar yang khusus dalam memartabatkan partisipasi belia dalam penggunaan dasar dan polisi negara. Dasar tersebut ialah dasar belia sejahtera yang terangkum di dalamnya empat teras negara utama iaitu pertama belia sebagai pemacu Revolusi Industri 4.0. Belia sebagai penggerak utama keusahawanan digital serta dua lagi baki ialah belia sebagai pendukung keilmuan dan pemantapan syariah. Teras belia sebagai pemacu Revolusi Industri 4.0 adalah supaya mereka menjadi pemacu utama ke arah merealisasikan salah satu daripada pemangkin dalam RMKe-12 iaitu mempercepat dan penerima gunaan teknologi dan inovasi serta membangunkan bakat masa hadapan. Peranan belia hari ini wajar diangkat sebagai catalyst utama dalam merealisasikan pemangkin-pemangkin tadi dalam pelbagai bidang keutamaan. Sejajar dengan apa yang dirancang, diputuskan dalam RMKe-12. Ia juga termasuklah aspek pertanian pintar yang sangat memerlukan penglibatan golongan belia. Kedua, belia sebagai penggerak usahawan digital. Golongan belia perlu menjadi penggerak utama dalam aspek keusahawanan digital dan dalam hal ini, kerajaan perlu untuk memberikan dorongan kepada mereka untuk menjadi penggerak kepada usahawan digital ini supaya mereka tidak hanya nampak masa depan mereka hanya untuk makan gaji semata-mata. Bagi dua lagi, saya letakkan di sini ialah belia sebagai pendukung keilmuan dan pemantapan sahsiah. Kedua-dua ini saya kira penting kerana ia akan bertindak sebagai satu pakej yang sangat penting dalam diri belia pada hari ini selain menjadi faktor utama dalam melengkapi peranan mereka dalam teras revolusi industri dan keusahawanan digital. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan cadangan penggubalan dasar yang komprehensif ini terhadap pembangunan belia terutama untuk perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana kita perlukan satu nafas yang baharu terhadap belia. Selaras dengan penglibatan mereka dalam Undi 18. #1620. Mari kita lihat PRN Johor ini Tuan Yang di-Pertua, berapa ramaikah belia di bawah umur 18 tahun yang berdaftar yang akan menyertai dalam proses pengundian. Tak kira mereka undi siapa, itu nombor tiga, nombor empat. Akan tetapi yang penting adakah mereka keluar untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau angkanya ini sangat rendah, ia tanda yang tidak baik untuk masa depan negara. Kalau angka penglibatan saluran belia 18 ke-24 sebagai contoh sangat-sangat rendah penglibatan mereka, sama ada undi mereka untuk siapa. Kalau itu berlaku, maka ia satu masa depan yang sangat rendah untuk negara. Saya mengkaji trending di media sosial setiap hari. Saya kaji trend media sosial ini setiap hari. Dalam 10 trending isu media semasa setiap hari, tidak adapun trending isu PRN Johor. Yang ada ialah isu selebriti dan sebagainya. Ia satu perkara yang membimbangkan sebenarnya seolah-olah belia yang terlibat dengan media masa ini mereka tidak kisah apa yang berlaku di dalam Malaysia pada hari ini. Sedangkan isu PRN, isu politik, isu masa depan negara- kalau belia tak kisah, kalau anak muda tak kisah, maka ia satu perkara yang sangat membimbangkan kita. Akhirnya anak muda, mereka hanya akan peduli dengan dunia mereka sendiri. Apa kerajaan hendak buat, siapa kerajaan dipilih, siapa yang memerintah, terpulanglah. Ini merupakan suatu perkara yang sangat membimbangkan. Jadi kita perlu melihat kepada isu pendidikan politik dalam kalangan belia pada hari ini. Dalam isu pendidikan Tuan Yang di-Pertua, saya yakin semua pihak mendengar keluhan ibu bapa dan guru mengenai tahap kurikulum di sekolah yang terlalu tinggi dan tidak bersesuaian dengan tahap pemikiran para murid. Malangnya keluhan tersebut seolah-olah "fall on deaf ears". Rungutan iaitu seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Rungutan ramai pihak terhadap sukatan mengenai insurans dan takaful sebagai contoh, telah diajar di peringkat sekolah rendah. Kita dahulu Darjah 1, Darjah 2 kita boleh banding apa yang kita belajar dengan apa yang dipelajari oleh anak-anak kita. | 70 | 78 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 71
Bukan hendak buat bandingan biarlah sama, tidak. Akan tetapi kadang-kadang
apa yang diajar kepada anak-anak kita itu peringkat yang kita pelajari ketika Tingkatan 3,
Tingkatan 4 seolah-olah anak ini perlu untuk mendapat PhD atau menjadi PhD holder
ketika mereka berumur 11 tahun. Anak-anak perlu diajar untuk bermain. Dunia mereka
ialah dunia permainan. Maksud saya bukan lah mereka perlu bermain dalam kelas dan
sebagainya. Akan tetapi mereka perlu diajar bagaimana social skills mereka, bergaul
dengan orang lain. Mereka tidak boleh duduk di hadapan skrin dan tidak pedulikan
sesiapa. Ini dalam isu pendidikan.
Kita pergi ke negara-negara maju, ketika kanak-kanak berumur 10 tahun, 11
tahun mereka didedahkan dengan aspek Montessori, bergaul dengan binatang, bergaul
dengan tumbuhan dan sebagainya. Akhirnya anak-anak ini seolah-olah diletakkan,
dijadikan tikus makmal, diletakkan pelbagai sukatan dalam diri mereka dan mereka pergi
ke sekolah membawa beg sekolah yang berkali-kali ganda beratnya.
Isu beg sekolah berat ini juga Tuan Yang di-Pertua mungkin kita terasa isu ini isu
ringan. Akan tetapi ia sangat serius dalam kalangan ibu bapa. Isu ini saya kaji dalam
Twitter dan media sosial berkenaan isu beg sekolah berat di mana pelajar-pelajar sekolah
rendah memikul beg-beg yang berat di sekolah. Sebelum mengutarakan cadangan, elok
kita persoalkan adakah benar masalah beg ini dihadapi oleh pelajar sekolah rendah.
Adakah hanya pelajar yang tidak rajin menyusun buku teks yang perlu dibawa?
Kita ambil fakta. Purata pelajar di sekolah perlu menghadap lima keenam mata pelajaran
dalam sehari, bermaksud lima ke enam atau lebih buku teks perlu dibawa. Ini belum
termasuk pelajar yang ada kelas tambahan. Jelas di sini isu beg berat ini benar-benar
berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar kita di sekolah rendah. Jadi bagaimana negara-
negara lain menghadapi isu ini?
Kalau di barat, budaya asalnya setiap sekolah diberikan ruang untuk meletakkan
barang dalam lokar peribadi. Sekolah mereka memang direka untuk mempunyai lokar
peribadi yang boleh menampung kesemua bilangan pelajar. Ia tidak menjadi budaya di
dalam negara ini. Pada masa yang sama, saya percaya ramai berpandangan inilah waktu
terbaik untuk mengadaptasi pendidikan digital di sekolah. Seperti yang dicadangkan,
perkara ini tidaklah semudah yang dijangka.
Banyak faktor diambil kira ataupun mungkin juga buku teks itu perlu dibuat
berasaskan kepada masa, tempoh (period) kita menghadapi persekolahan. Contoh hanya
satu atau dua buku teks yang menggabungkan semua subjek dari bulan Januari sehingga
bulan Mac sebagai contoh. Masuk ke bulan April, hanya satu atau dua buku teks yang
menggabungkan semua subjek pada tempoh tersebut. Daripada bulan April sehingga
bulan Jun. Jadi oleh yang demikian, tidak timbul isu beg sekolah yang berat ini yang
mengganggu fokus ibu bapa pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam minit-minit terakhir ini saya ingin
menegaskan berkenaan dengan isu kedaulatan negara terutamanya isu kedaulatan
negara di Pulau Pisang, sebuah pulau yang sememangnya mencetuskan kebimbangan
ramai mengenai masa depannya. Pulau Pisang merupakan sebuah pulau yang berada di
bawah kedaulatan negara. Akan tetapi berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada
tahun 1900, Singapura telah diberikan hak untuk menguasai pentadbiran rumah api di
pulau berkenaan sehingga ke hari ini. Saya yakin telah banyak perbahasan yang telah
dikemukakan mengenai Pulau Pisang dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dan
Singapura juga telah menjelaskan bahawa Pulau Pisang ini kekal berada di bawah
kedaulatan Malaysia.
Walau bagaimanapun, kita tidak lupa bagaimana negara kehilangan Pulau Batu
Puteh. Berdasarkan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun
2008. Alasan utama penghakiman ketika itu adalah bersandarkan kepada faktor effective
control Kerajaan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh sendiri yang mengakibatkan
batuan tersebut terpaksa diserahkan kepada Singapura walaupun ia terletak lebih hampir
kepada pesisir pantai negara. Apa masalahnya? Kerana kita terlepas pandang.
Bukan setahun, bukan dua tahun, tetapi bertahun-tahun kita terlepas pandang lalu
Mahkamah Antarabangsa memutuskan kerana kawalan negara Singapura terhadap pulau
| Bukan hendak buat bandingan biarlah sama, tidak. Akan tetapi kadang-kadang apa yang diajar kepada anak-anak kita itu peringkat yang kita pelajari ketika Tingkatan 3, Tingkatan 4 seolah-olah anak ini perlu untuk mendapat PhD atau menjadi PhD holder ketika mereka berumur 11 tahun. Anak-anak perlu diajar untuk bermain. Dunia mereka ialah dunia permainan. Maksud saya bukan lah mereka perlu bermain dalam kelas dan sebagainya. Akan tetapi mereka perlu diajar bagaimana social skills mereka, bergaul dengan orang lain. Mereka tidak boleh duduk di hadapan skrin dan tidak pedulikan sesiapa. Ini dalam isu pendidikan. Kita pergi ke negara-negara maju, ketika kanak-kanak berumur 10 tahun, 11 tahun mereka didedahkan dengan aspek Montessori, bergaul dengan binatang, bergaul dengan tumbuhan dan sebagainya. Akhirnya anak-anak ini seolah-olah diletakkan, dijadikan tikus makmal, diletakkan pelbagai sukatan dalam diri mereka dan mereka pergi ke sekolah membawa beg sekolah yang berkali-kali ganda beratnya. Isu beg sekolah berat ini juga Tuan Yang di-Pertua mungkin kita terasa isu ini isu ringan. Akan tetapi ia sangat serius dalam kalangan ibu bapa. Isu ini saya kaji dalam Twitter dan media sosial berkenaan isu beg sekolah berat di mana pelajar-pelajar sekolah rendah memikul beg-beg yang berat di sekolah. Sebelum mengutarakan cadangan, elok kita persoalkan adakah benar masalah beg ini dihadapi oleh pelajar sekolah rendah. Adakah hanya pelajar yang tidak rajin menyusun buku teks yang perlu dibawa? Kita ambil fakta. Purata pelajar di sekolah perlu menghadap lima keenam mata pelajaran dalam sehari, bermaksud lima ke enam atau lebih buku teks perlu dibawa. Ini belum termasuk pelajar yang ada kelas tambahan. Jelas di sini isu beg berat ini benar-benar berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar kita di sekolah rendah. Jadi bagaimana negara- negara lain menghadapi isu ini?. Kalau di barat, budaya asalnya setiap sekolah diberikan ruang untuk meletakkan barang dalam lokar peribadi. Sekolah mereka memang direka untuk mempunyai lokar peribadi yang boleh menampung kesemua bilangan pelajar. Ia tidak menjadi budaya di dalam negara ini. Pada masa yang sama, saya percaya ramai berpandangan inilah waktu terbaik untuk mengadaptasi pendidikan digital di sekolah. Seperti yang dicadangkan, perkara ini tidaklah semudah yang dijangka. Banyak faktor diambil kira ataupun mungkin juga buku teks itu perlu dibuat berasaskan kepada masa, tempoh (period) kita menghadapi persekolahan. Contoh hanya satu atau dua buku teks yang menggabungkan semua subjek dari bulan Januari sehingga bulan Mac sebagai contoh. Masuk ke bulan April, hanya satu atau dua buku teks yang menggabungkan semua subjek pada tempoh tersebut. Daripada bulan April sehingga bulan Jun. Jadi oleh yang demikian, tidak timbul isu beg sekolah yang berat ini yang mengganggu fokus ibu bapa pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam minit-minit terakhir ini saya ingin menegaskan berkenaan dengan isu kedaulatan negara terutamanya isu kedaulatan negara di Pulau Pisang, sebuah pulau yang sememangnya mencetuskan kebimbangan ramai mengenai masa depannya. Pulau Pisang merupakan sebuah pulau yang berada di bawah kedaulatan negara. Akan tetapi berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1900, Singapura telah diberikan hak untuk menguasai pentadbiran rumah api di pulau berkenaan sehingga ke hari ini. Saya yakin telah banyak perbahasan yang telah dikemukakan mengenai Pulau Pisang dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Singapura juga telah menjelaskan bahawa Pulau Pisang ini kekal berada di bawah kedaulatan Malaysia. Walau bagaimanapun, kita tidak lupa bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Puteh. Berdasarkan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008. Alasan utama penghakiman ketika itu adalah bersandarkan kepada faktor effective control Kerajaan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh sendiri yang mengakibatkan batuan tersebut terpaksa diserahkan kepada Singapura walaupun ia terletak lebih hampir kepada pesisir pantai negara. Apa masalahnya? Kerana kita terlepas pandang. Bukan setahun, bukan dua tahun, tetapi bertahun-tahun kita terlepas pandang lalu Mahkamah Antarabangsa memutuskan kerana kawalan negara Singapura terhadap pulau. | 71 | 79 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
72 DR.01.03.2022
tersebut, ia diberikan kepada Kerajaan Singapura. Kita juga harus sedar bahawa kejayaan
kita pertahankan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dari Indonesia juga bertitik tolak
daripada faktor effective contol yang sama. Dalam kes Pulau Pisang...
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Isu yang sama Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Sila.
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir
Mas dan juga syabas kerana telah membangkitkan tentang isu kedaulatan negara. Saya
baru baca satu laporan berita online baru beberapa jam yang lalu. Saya petik daripada
tajuk laporan itu dalam bahasa Inggeris dengan izin, “A Report: Malaysia Ordered to Pay
Almost RM63 billion to Sulu Sultans’ Decendants.” Ini berkaitan dengan isu penuntutan
oleh pihak Sulu terhadap beberapa tempat di Sabah dan ada laporan berita ini.
Saya rasa ini adalah satu perkara yang serius yang perlu diambil perhatian oleh
kerajaan kerana ini berkaitan bukan sahaja dengan kedaulatan negara kita di sebelah
Sabah tetapi juga dengan satu kes perundangan yang telah diberikan keputusan di
mahkamah luar negara yang akan menyebabkan Malaysia terpaksa menanggung RM63
bilion kepada pihak berkenaan. Kalau kita tidak bayar dalam tempoh masa yang diberikan,
kita kena bayar faedah ke atas tuntutan wang tersebut.
Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Pasir Mas ke atas ini dan
juga kerajaan tentang isu. Saya rasa kerajaan perlu menjawab isu ini dengan secepat
mungkin bagi menenangkan atau memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia
terutamanya rakan-rakan kita di Sabah bahawa kedaulatan negara tetap terpelihara
walaupun dengan isu ataupun keputusan mahkamah ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Bukit Mertajam. Sila teruskan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit
Mertajam. Ya, saya juga hendak bangkitkan isu berkenaan sebab saya juga terbaca
sepintas lalu tadi. Juga, saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
Bukit Mertajam tadi. Ia perlu untuk dijawab oleh kerajaan apa kedudukan sebenarnya
kerana tiba-tiba sahaja kita diberikan tanggungjawab ataupun kita diberikan penghakiman
untuk membayar sejumlah yang besar kepada pihak-pihak yang disebutkan tadi. Adakah
kerana kita telah terlepas pandang sehingga kita tidak menghadiri prosiding yang telah
dimaklumkan terlebih awal? Itu perlu untuk diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan
terutamanya Kementerian Luar Negeri.
Dalam kes Pulau Pisang ini, saya balik kepada kes Pulau Pisang ini kita tidak
nafikan pulau tersebut kekal berada di bawah kedaulatan negara dan sentiasa
dipertahankan oleh Wisma Putra. Namun apakah kita pernah berfikir bahawa wilayah
yang merangkumi rumah api yang sedang ditadbir dan dikawal selia oleh Maritime and
Port Authority of Singapore (MPA) dengan izin ini boleh jatuh ke tangan Singapura
bersandarkan kepada prinsip prescription dan effective control Singapura ke atas wilayah
berkenaan ketika ini.
Itu asas yang wajar diteliti bersama kerana kita tidak rela kedaulatan kita akan
terus dirobek-robek. Dalam perkara ini, Wisma Putra disarankan oleh pakar-pakar kita
supaya merundingkan semula perjanjian yang berusia lebih 100 tahun ini yang
ditandatangani oleh Sultan Ibrahim dan Sir James Alexander Sweetenham. Semoga
dengan cara ini, hak kedaulatan terhadap Pulau Pisang ini dapat dijamin sepenuhnya.
Tuan Yang di-Pertua, berikutnya adalah berkenaan dengan kebajikan kepada
rakyat di peringkat bawah terutamanya kepada peneroka FELDA yang merata di seluruh
Malaysia.
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Sedikit sahaja lagi.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Kita berterima kasih kerajaan telah
memberikan dan sudi menghapus kira dan memberikan satu jumlah yang cukup besar
sehingga peneroka-peneroka FELDA terlepas daripada hutang mereka sebelum daripada
ini. Ini sumbangan yang cukup baik kepada peneroka FELDA dan ini satu perkara yang
| tersebut, ia diberikan kepada Kerajaan Singapura. Kita juga harus sedar bahawa kejayaan kita pertahankan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dari Indonesia juga bertitik tolak daripada faktor effective contol yang sama. Dalam kes Pulau Pisang... Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Isu yang sama Yang Berhormat. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Sila. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan juga syabas kerana telah membangkitkan tentang isu kedaulatan negara. Saya baru baca satu laporan berita online baru beberapa jam yang lalu. Saya petik daripada tajuk laporan itu dalam bahasa Inggeris dengan izin, "A Report: Malaysia Ordered to Pay Almost RM63 billion to Sulu Sultans' Decendants." Ini berkaitan dengan isu penuntutan oleh pihak Sulu terhadap beberapa tempat di Sabah dan ada laporan berita ini. Saya rasa ini adalah satu perkara yang serius yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan kerana ini berkaitan bukan sahaja dengan kedaulatan negara kita di sebelah Sabah tetapi juga dengan satu kes perundangan yang telah diberikan keputusan di mahkamah luar negara yang akan menyebabkan Malaysia terpaksa menanggung RM63 bilion kepada pihak berkenaan. Kalau kita tidak bayar dalam tempoh masa yang diberikan, kita kena bayar faedah ke atas tuntutan wang tersebut. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Pasir Mas ke atas ini dan juga kerajaan tentang isu. Saya rasa kerajaan perlu menjawab isu ini dengan secepat mungkin bagi menenangkan atau memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan kita di Sabah bahawa kedaulatan negara tetap terpelihara walaupun dengan isu ataupun keputusan mahkamah ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sila teruskan. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Ya, saya juga hendak bangkitkan isu berkenaan sebab saya juga terbaca sepintas lalu tadi. Juga, saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi. Ia perlu untuk dijawab oleh kerajaan apa kedudukan sebenarnya kerana tiba-tiba sahaja kita diberikan tanggungjawab ataupun kita diberikan penghakiman untuk membayar sejumlah yang besar kepada pihak-pihak yang disebutkan tadi. Adakah kerana kita telah terlepas pandang sehingga kita tidak menghadiri prosiding yang telah dimaklumkan terlebih awal? Itu perlu untuk diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Luar Negeri. Dalam kes Pulau Pisang ini, saya balik kepada kes Pulau Pisang ini kita tidak nafikan pulau tersebut kekal berada di bawah kedaulatan negara dan sentiasa dipertahankan oleh Wisma Putra. Namun apakah kita pernah berfikir bahawa wilayah yang merangkumi rumah api yang sedang ditadbir dan dikawal selia oleh Maritime and Port Authority of Singapore (MPA) dengan izin ini boleh jatuh ke tangan Singapura bersandarkan kepada prinsip prescription dan effective control Singapura ke atas wilayah berkenaan ketika ini. Itu asas yang wajar diteliti bersama kerana kita tidak rela kedaulatan kita akan terus dirobek-robek. Dalam perkara ini, Wisma Putra disarankan oleh pakar-pakar kita supaya merundingkan semula perjanjian yang berusia lebih 100 tahun ini yang ditandatangani oleh Sultan Ibrahim dan Sir James Alexander Sweetenham. Semoga dengan cara ini, hak kedaulatan terhadap Pulau Pisang ini dapat dijamin sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, berikutnya adalah berkenaan dengan kebajikan kepada rakyat di peringkat bawah terutamanya kepada peneroka FELDA yang merata di seluruh Malaysia. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Sedikit sahaja lagi. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Kita berterima kasih kerajaan telah memberikan dan sudi menghapus kira dan memberikan satu jumlah yang cukup besar sehingga peneroka-peneroka FELDA terlepas daripada hutang mereka sebelum daripada ini. Ini sumbangan yang cukup baik kepada peneroka FELDA dan ini satu perkara yang. | 72 | 80 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 73
sepatutnya diberikan ucapan terima kasih oleh peneroka FELDA di mana kerajaan
bersama dengan hati dan rakyat peneroka FELDA.
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat.
■1630
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Namun, dalam masa yang sama,
apakah perancangan untuk masa hadapan yang sedang ditetapkan oleh kerajaan untuk
peneroka FELDA pada hari ini yang masih lagi terawang-awang dalam menentukan hala
tuju mereka terutama untuk generasi yang kedua?
FELDA ialah merupakan harta karun milik negara. Maka, bagaimanakah kerajaan
menentukan perjalanan selepas daripada ini, selepas kerajaan memberikan hadiah yang
paling besar untuk peneroka FELDA? Silakan, Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih. Saya hendak puji Yang
Berhormat Pasir Mas tadi sebab dia kata kita kena review semula perjanjian-perjanjian
lama terutamanya daripada pihak penjajah 100 tahun, 100 lebih tahun.
Ini berkaitan dengan perjanjian bukan hanya tentang kedaulatan negara, reservoir
luar negara tetapi berkaitan dengan kedaulatan negara dalam negara kita iaitu antara
Penang dengan Kedah. Saya sebenarnya saya rasa orang Kedah dan orang Penang
sudah serik tentang tuntutan berulang-ulang Kedah terhadap Penang oleh kerajaan-
kerajaan― oleh orang politik.
Jadi, saya harap Malaysia, Pulau Pinang, Kedah sudah termaktub dalam
perlembagaan kita sebagai negeri-negeri yang sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Jadi, tidak timbul lagi isu Kedah hendak tuntut Penang atau Penang hendak tuntut Kedah.
Saya rasa ini patut dihormati oleh semua orang politik.
Sebenarnya rakyat biasa okey sahaja. Penang dan Kedah, kita orang utara, kita
berjiran. Orang politik yang suka mencetuskan masalah konon hendak tuntut Pulau
Pinang, bayaran dan sebagainya. Ini semua perjanjian zaman kolonial, orang penjajah.
Jadi sekarang, Pulau Pinang dan Kedah berjiran sebagai negeri-negeri di bawah
Persekutuan Malaysia ini. Saya harap benda ini kita selesaikan di sini juga, di Parlimen
sebab ini berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit
Mertajam.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Minta rumuskan, Yang
Berhormat. Masa sudah tamat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Ya, terima kasih. Isu yang disebut
tadi saya rasa perlu diselesaikan oleh tokoh-tokoh akademik dan ahli-ahli sejarah dan
jangan masukkan dalam ucapan saya. Sebab nanti orang Kedah marah dekat saya, saya
tidak pergi ke Kedah. Kalau yang tadi, boleh masukkan dalam ucapan. Terima kasih Yang
Berhormat Bukit Mertajam.
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Masuk Hansard cukup. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-
Pertua, semoga kita terus bersatu hati. Pembangkang, kerajaan tiada beza, terus bekerja
untuk negara. Insya-Allah, kita bekerja untuk generasi yang akan datang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pasir Mas mohon menyokong usul.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Pasir Mas atas sokongan tadi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat
Jempol sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Ahli Yang Berhormat, kita ada senarai pembahas-pembahas. Tadi dimaklumkan
Ketua Pembangkang akan memulakannya tetapi atas urusan yang agak― beliau tidak
dapat bersama. We change it for tomorrow.
| sepatutnya diberikan ucapan terima kasih oleh peneroka FELDA di mana kerajaan bersama dengan hati dan rakyat peneroka FELDA. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat. #1630. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Namun, dalam masa yang sama, apakah perancangan untuk masa hadapan yang sedang ditetapkan oleh kerajaan untuk peneroka FELDA pada hari ini yang masih lagi terawang-awang dalam menentukan hala tuju mereka terutama untuk generasi yang kedua?. FELDA ialah merupakan harta karun milik negara. Maka, bagaimanakah kerajaan menentukan perjalanan selepas daripada ini, selepas kerajaan memberikan hadiah yang paling besar untuk peneroka FELDA? Silakan, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih. Saya hendak puji Yang Berhormat Pasir Mas tadi sebab dia kata kita kena review semula perjanjian-perjanjian lama terutamanya daripada pihak penjajah 100 tahun, 100 lebih tahun. Ini berkaitan dengan perjanjian bukan hanya tentang kedaulatan negara, reservoir luar negara tetapi berkaitan dengan kedaulatan negara dalam negara kita iaitu antara Penang dengan Kedah. Saya sebenarnya saya rasa orang Kedah dan orang Penang sudah serik tentang tuntutan berulang-ulang Kedah terhadap Penang oleh kerajaan- kerajaan-- oleh orang politik. Jadi, saya harap Malaysia, Pulau Pinang, Kedah sudah termaktub dalam perlembagaan kita sebagai negeri-negeri yang sah di bawah Perlembagaan Persekutuan. Jadi, tidak timbul lagi isu Kedah hendak tuntut Penang atau Penang hendak tuntut Kedah. Saya rasa ini patut dihormati oleh semua orang politik. Sebenarnya rakyat biasa okey sahaja. Penang dan Kedah, kita orang utara, kita berjiran. Orang politik yang suka mencetuskan masalah konon hendak tuntut Pulau Pinang, bayaran dan sebagainya. Ini semua perjanjian zaman kolonial, orang penjajah. Jadi sekarang, Pulau Pinang dan Kedah berjiran sebagai negeri-negeri di bawah Persekutuan Malaysia ini. Saya harap benda ini kita selesaikan di sini juga, di Parlimen sebab ini berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Minta rumuskan, Yang Berhormat. Masa sudah tamat. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Ya, terima kasih. Isu yang disebut tadi saya rasa perlu diselesaikan oleh tokoh-tokoh akademik dan ahli-ahli sejarah dan jangan masukkan dalam ucapan saya. Sebab nanti orang Kedah marah dekat saya, saya tidak pergi ke Kedah. Kalau yang tadi, boleh masukkan dalam ucapan. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Masuk Hansard cukup. Terima kasih. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Okey, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, semoga kita terus bersatu hati. Pembangkang, kerajaan tiada beza, terus bekerja untuk negara. Insya-Allah, kita bekerja untuk generasi yang akan datang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pasir Mas mohon menyokong usul. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas atas sokongan tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Jempol sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ahli Yang Berhormat, kita ada senarai pembahas-pembahas. Tadi dimaklumkan Ketua Pembangkang akan memulakannya tetapi atas urusan yang agak-- beliau tidak dapat bersama. We change it for tomorrow. | 73 | 81 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
74 DR.01.03.2022
Jadi, sekarang ini bermula dengan Yang Berhormat Bagan, 20 minit selaku ketua
parti. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, 12 minit, Yang Berhormat
Sepang 12 minit, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Subang, Yang
Berhormat Hulu Rajang semua 12 minit. Kemudian Yang Berhormat Tuaran 20 minit,
ketua parti dan yang terakhir Yang Berhormat Igan 12 minit.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Bolehkah saya minta tambah 40 minit? Kerana
penyokong pun 45 minit. Saya tambah sedikit sebagai ketua parti yang terbesar dalam
Parlimen. Boleh tambah sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya ingat kita
mulakan dengan 20 minit dahulu, Yang Berhormat. Teruskan.
4.33 ptg.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Harap boleh tambah. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang untuk mengambil
bahagian dalam menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
semasa merasmikan Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas.
Tuanku telah pun menyebut tentang beberapa perkara yang amat penting
khususnya salah satu perkara selain daripada kemelesetan ekonomi dan kesan pandemik
COVID-19 ialah berkaitan dengan kos sara hidup. Itu adalah suatu perkara yang amat
besar di kalangan rakyat. Di sini saya harap bahawa pihak kerajaan bolehlah ambil suatu
tindakan ke atas masalah ini.
Ini kerana seperti yang semua sedia maklum, sebelum perang ataupun
penaklukan Ukraine oleh Rusia, memang telah wujudnya masalah harga barangan naik.
Kalau kita pergi ke pasar, kita akan lihat bukan sahaja ayam, telur, sayur dan sebagainya
semuanya telah naik harga. Untuk peniaga-peniaga, apabila mereka membeli input-input
untuk perniagaan mereka baik dalam negeri ataupun diimport, mereka pun menghadapi
masalah yang sama.
Akan tetapi, isu kenaikan harga akan jadi lebih meruncing lagi dalam masa tiga
bulan atau mungkin enam bulan apabila kesan daripada penaklukan atau perang di
Ukraine akan menjadikan bekalan di tempat-tempat tertentu― oleh kerana sekatan
ekonomi yang dijalankan oleh Amerika Syarikat ke atas Rusia― akan mengurangkan
bekalan yang sedia ada. Ini sekali gus akan menyebabkan kenaikan harga yang lebih
runcing. Ini kita boleh lihat apabila harga minyak telah naik lebih USD100 setong dan
mungkin dikatakan akan mencecah sampai USD130. Ini sesuatu perkembangan yang
membimbangkan.
Dalam perkara ini, kerajaan harus mengambil tindakan yang proaktif untuk
menangani masalah ini. Di sini, kami amat kesal bahawa ia tidak diberikan perhatian yang
sewajarnya. Kalau kita lihat dalam PRN negeri Johor, selalu disebut tentang kestabilan
politik, kestabilan politik yang tentu penting tetapi mungkin lebih penting ialah kestabilan
harga. Apakah tindakan untuk memastikan kestabilan harga?
Di sini disyorkan menubuhkan satu dana kestabilan harga, yang lebih penting
daripada kestabilan politik, supaya kita dapat mengurangkan dan mengekang kenaikan
harga barangan. Saya syorkan bahawa kita berikan dana benih sebanyak RM3 bilion
yang kita boleh perolehi daripada cukai makmur yang dikenakan dalam Belanjawan 2022
yang merupakan satu cukai durian runtuh atau windfall tax. Gunakan dana ini untuk dana
kestabilan harga supaya kita dapat membantu rakyat dan mengurangkan kesan kenaikan
harga yang mungkin naik secara mendadak.
Di samping itu, perlulah kita hentikan kenaikan tarif elektrik ke atas semua
perniagaan yang akan menjejaskan 100.6 juta perniagaan yang mana kenaikan dianggar
akan naik sehingga 20 peratus untuk perniagaan-perniagaan tertentu.
Kos sara hidup adalah satu isu penting. Kegagalan kerajaan untuk menanganinya
saya rasa adalah satu keaiban dan satu perkara yang amat tidak bertanggungjawab oleh
sebuah kerajaan yang sepatutnya menjaga rakyat.
| Jadi, sekarang ini bermula dengan Yang Berhormat Bagan, 20 minit selaku ketua parti. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, 12 minit, Yang Berhormat Sepang 12 minit, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Hulu Rajang semua 12 minit. Kemudian Yang Berhormat Tuaran 20 minit, ketua parti dan yang terakhir Yang Berhormat Igan 12 minit. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Bolehkah saya minta tambah 40 minit? Kerana penyokong pun 45 minit. Saya tambah sedikit sebagai ketua parti yang terbesar dalam Parlimen. Boleh tambah sedikit? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Saya ingat kita mulakan dengan 20 minit dahulu, Yang Berhormat. Teruskan. 4.33 ptg. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Harap boleh tambah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang untuk mengambil bahagian dalam menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas. Tuanku telah pun menyebut tentang beberapa perkara yang amat penting khususnya salah satu perkara selain daripada kemelesetan ekonomi dan kesan pandemik COVID-19 ialah berkaitan dengan kos sara hidup. Itu adalah suatu perkara yang amat besar di kalangan rakyat. Di sini saya harap bahawa pihak kerajaan bolehlah ambil suatu tindakan ke atas masalah ini. Ini kerana seperti yang semua sedia maklum, sebelum perang ataupun penaklukan Ukraine oleh Rusia, memang telah wujudnya masalah harga barangan naik. Kalau kita pergi ke pasar, kita akan lihat bukan sahaja ayam, telur, sayur dan sebagainya semuanya telah naik harga. Untuk peniaga-peniaga, apabila mereka membeli input-input untuk perniagaan mereka baik dalam negeri ataupun diimport, mereka pun menghadapi masalah yang sama. Akan tetapi, isu kenaikan harga akan jadi lebih meruncing lagi dalam masa tiga bulan atau mungkin enam bulan apabila kesan daripada penaklukan atau perang di Ukraine akan menjadikan bekalan di tempat-tempat tertentu-- oleh kerana sekatan ekonomi yang dijalankan oleh Amerika Syarikat ke atas Rusia-- akan mengurangkan bekalan yang sedia ada. Ini sekali gus akan menyebabkan kenaikan harga yang lebih runcing. Ini kita boleh lihat apabila harga minyak telah naik lebih USD100 setong dan mungkin dikatakan akan mencecah sampai USD130. Ini sesuatu perkembangan yang membimbangkan. Dalam perkara ini, kerajaan harus mengambil tindakan yang proaktif untuk menangani masalah ini. Di sini, kami amat kesal bahawa ia tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Kalau kita lihat dalam PRN negeri Johor, selalu disebut tentang kestabilan politik, kestabilan politik yang tentu penting tetapi mungkin lebih penting ialah kestabilan harga. Apakah tindakan untuk memastikan kestabilan harga? Di sini disyorkan menubuhkan satu dana kestabilan harga, yang lebih penting daripada kestabilan politik, supaya kita dapat mengurangkan dan mengekang kenaikan harga barangan. Saya syorkan bahawa kita berikan dana benih sebanyak RM3 bilion yang kita boleh perolehi daripada cukai makmur yang dikenakan dalam Belanjawan 2022 yang merupakan satu cukai durian runtuh atau windfall tax. Gunakan dana ini untuk dana kestabilan harga supaya kita dapat membantu rakyat dan mengurangkan kesan kenaikan harga yang mungkin naik secara mendadak. Di samping itu, perlulah kita hentikan kenaikan tarif elektrik ke atas semua perniagaan yang akan menjejaskan 100.6 juta perniagaan yang mana kenaikan dianggar akan naik sehingga 20 peratus untuk perniagaan-perniagaan tertentu. Kos sara hidup adalah satu isu penting. Kegagalan kerajaan untuk menanganinya saya rasa adalah satu keaiban dan satu perkara yang amat tidak bertanggungjawab oleh sebuah kerajaan yang sepatutnya menjaga rakyat. | 74 | 82 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 75
Daripada segi pendapatan, di sini kami dapat banyak permintaan. Sungguh pun
kami tahu bahawa KWSP telah pun menolak cadangan untuk membenarkan pencarum-
pencarum KWSP mengeluarkan RM10,000 daripada wang caruman mereka tetapi saya
harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Sekurang-kurangnya kalau RM10,000
terlalu banyak, kita boleh benarkan RM5,000. Saya rasa ini amat diperlukan oleh rakyat
yang di satu pihak terjejas oleh kenaikan harga barangan dan di pihak lain kekurangan
pendapatan. Harap perkara ini boleh diberikan perhatian yang sewajarnya.
Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian ialah berkaitan dengan peluang
pekerjaan dan juga kekurangan pekerja. So, itu adalah sesuatu yang amat aneh atau luar
biasa dan janggal sekali. Perniagaan membuat aduan tidak cukup pekerja tetapi ada pula
cakap peluang pekerjaan tersekat atau terbatas kerana tidak ada gaji yang munasabah.
So, saya harap perkara ini diberikan perhatian khususnya tentang perlunya kita
menimbang macam mana boleh memudah cara pengambilan pekerja-pekerja asing yang
telah dijanjikan selama ini oleh pihak kerajaan tetapi tidak ada sebarang tindakan
langsung.
Kita harus galakkan pengambilan pekerja-pekerja tempatan dengan memberikan
insentif gaji sebanyak RM500 supaya mereka dapat gaji yang munasabah dan pada masa
yang sama, berikan gaji pengambilan pekerja untuk majikan menggalakkan mereka
mengambil pekerja tempatan sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua tahun.
Perkara ini amat penting kerana kalau kita lihat perkembangan ekonomi di
Malaysia, ia tidak berapa menggalakkan. Unjuran ataupun anggaran yang dibuat oleh
pihak kerajaan dalam belanjawan sebelum ini semua tersasar, tidak mencapai matlamat
yang ditetapkan.
■1640
Contohnya untuk tahun 2020, dianggarkan bahawa ekonomi akan susut
sebanyak 5.2 peratus tetapi sebenarnya susut sebanyak 5.6 peratus. Lebih teruk.
Defisit bajet dianggarkan akan naik kepada enam peratus tetapi sebenarnya naik
lebih tinggi kepada 6.2 peratus. Kadar pengangguran dianggarkan akan turun kepada 4.2
peratus tetapi sebenarnya lebih tinggi iaitu 4.5 peratus. Itu untuk tahun 2020, keadaan
sedemikian di mana semua matlamat atau semua target sasaran yang ditetapkan tidak
tercapai, berulang lagi pada tahun 2021.
GDP dianggarkan akan naik sebanyak 7.5 peratus tetapi sebenarnya hanya naik
3.1 peratus. Defisit bajet dianggarkan dapat dikurangkan daripada enam peratus kepada
5.4 peratus tetapi sebaliknya dianggarkan naik lebih tinggi lagi, mungkin sampai tujuh
peratus. Kadar pengangguran dianggarkan turun kepada 3.5 peratus tetapi sebenarnya
adalah sebanyak 4.3 peratus.
Kalau keadaan ini dibenarkan berterusan sungguhpun pihak kerajaan telah
memberikan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM530 bilion. Ini tidak merangkumi
Belanjawan 2021 atau 2022 tetapi dengan pakej rangsangan ekonomi yang disuntik
dalam ekonomi sebegitu banyak tetapi masih tidak berjaya untuk merangsangkan
ekonomi. Ini merupakan satu masalah yang besar.
Untuk menangani masalah ini, kita kena mengakui apakah kesilapan kegagalan
yang dilakukan oleh pihak kerajaan, bukan sahaja dalam menguruskan ekonomi tetapi
juga daripada segi pandemik COVID-19. Kita lihat kes-kes jangkitan telah hampir
mencecah 3.5 juta. Kematian juga hampir naik kepada 33,000. Ini semua hasilnya
daripada kegagalan pengurusan dan juga kegagalan oleh pihak kepimpinan.
Jangan salahkan rakyat. Itulah sebabnya, usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk
mempersalahkan rakyat dengan mengenakan penguatkuasaan dan hukuman yang lebih
berat ke atas rakyat. Saya rasa adalah tidak patut dan tidak munasabah sama sekali.
Itulah sebabnya daripada pihak DAP dan saya percaya Pakatan Harapan, kita akan
menentang pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana kalau
kita hendak sebut tentang langkah-langkah, memang kita boleh berikan sokongan.
Akan tetapi untuk menambahkan hukuman denda kepada setiap individu
RM10,000, kepada suatu pertubuhan perbadanan sampai RM1 juta ataupun penalti am
| Daripada segi pendapatan, di sini kami dapat banyak permintaan. Sungguh pun. kami tahu bahawa KWSP telah pun menolak cadangan untuk membenarkan pencarum- pencarum KWSP mengeluarkan RM10,000 daripada wang caruman mereka tetapi saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Sekurang-kurangnya kalau RM10,000 terlalu banyak, kita boleh benarkan RM5,000. Saya rasa ini amat diperlukan oleh rakyat yang di satu pihak terjejas oleh kenaikan harga barangan dan di pihak lain kekurangan pendapatan. Harap perkara ini boleh diberikan perhatian yang sewajarnya. Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian ialah berkaitan dengan peluang pekerjaan dan juga kekurangan pekerja. So, itu adalah sesuatu yang amat aneh atau luar biasa dan janggal sekali. Perniagaan membuat aduan tidak cukup pekerja tetapi ada pula cakap peluang pekerjaan tersekat atau terbatas kerana tidak ada gaji yang munasabah. So, saya harap perkara ini diberikan perhatian khususnya tentang perlunya kita menimbang macam mana boleh memudah cara pengambilan pekerja-pekerja asing yang telah dijanjikan selama ini oleh pihak kerajaan tetapi tidak ada sebarang tindakan langsung. Kita harus galakkan pengambilan pekerja-pekerja tempatan dengan memberikan insentif gaji sebanyak RM500 supaya mereka dapat gaji yang munasabah dan pada masa yang sama, berikan gaji pengambilan pekerja untuk majikan menggalakkan mereka mengambil pekerja tempatan sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua tahun. Perkara ini amat penting kerana kalau kita lihat perkembangan ekonomi di Malaysia, ia tidak berapa menggalakkan. Unjuran ataupun anggaran yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam belanjawan sebelum ini semua tersasar, tidak mencapai matlamat yang ditetapkan. #1640. Contohnya untuk tahun 2020, dianggarkan bahawa ekonomi akan susut sebanyak 5.2 peratus tetapi sebenarnya susut sebanyak 5.6 peratus. Lebih teruk. Defisit bajet dianggarkan akan naik kepada enam peratus tetapi sebenarnya naik lebih tinggi kepada 6.2 peratus. Kadar pengangguran dianggarkan akan turun kepada 4.2 peratus tetapi sebenarnya lebih tinggi iaitu 4.5 peratus. Itu untuk tahun 2020, keadaan sedemikian di mana semua matlamat atau semua target sasaran yang ditetapkan tidak tercapai, berulang lagi pada tahun 2021. GDP dianggarkan akan naik sebanyak 7.5 peratus tetapi sebenarnya hanya naik 3.1 peratus. Defisit bajet dianggarkan dapat dikurangkan daripada enam peratus kepada 5.4 peratus tetapi sebaliknya dianggarkan naik lebih tinggi lagi, mungkin sampai tujuh peratus. Kadar pengangguran dianggarkan turun kepada 3.5 peratus tetapi sebenarnya adalah sebanyak 4.3 peratus. Kalau keadaan ini dibenarkan berterusan sungguhpun pihak kerajaan telah memberikan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM530 bilion. Ini tidak merangkumi Belanjawan 2021 atau 2022 tetapi dengan pakej rangsangan ekonomi yang disuntik dalam ekonomi sebegitu banyak tetapi masih tidak berjaya untuk merangsangkan ekonomi. Ini merupakan satu masalah yang besar. Untuk menangani masalah ini, kita kena mengakui apakah kesilapan kegagalan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, bukan sahaja dalam menguruskan ekonomi tetapi juga daripada segi pandemik COVID-19. Kita lihat kes-kes jangkitan telah hampir mencecah 3.5 juta. Kematian juga hampir naik kepada 33,000. Ini semua hasilnya daripada kegagalan pengurusan dan juga kegagalan oleh pihak kepimpinan. Jangan salahkan rakyat. Itulah sebabnya, usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk mempersalahkan rakyat dengan mengenakan penguatkuasaan dan hukuman yang lebih berat ke atas rakyat. Saya rasa adalah tidak patut dan tidak munasabah sama sekali. Itulah sebabnya daripada pihak DAP dan saya percaya Pakatan Harapan, kita akan menentang pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana kalau kita hendak sebut tentang langkah-langkah, memang kita boleh berikan sokongan. Akan tetapi untuk menambahkan hukuman denda kepada setiap individu RM10,000, kepada suatu pertubuhan perbadanan sampai RM1 juta ataupun penalti am. | 75 | 83 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
76 DR.01.03.2022
sampai RM50,000 ataupun penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Saya
rasa itu adalah sesuatu yang tidak munasabah. Jangan persalahkan rakyat.
Kalau ada silap, silap ini datang daripada kepimpinan khususnya Menteri sendiri.
Macam mana kita boleh persalahkan rakyat tentang kegagalan mematuhi SOP kalau
Menteri sendiri tidak melakukannya? Mananya kepimpinan melalui tauladan Menteri yang
bertanggungjawab ke atas Quartet Menteri untuk melaksanakan SOP iaitu Yang
Berhormat Sembrong sendiri tidak patuhi SOP yang beliau tetapkan dan hanya dikenakan
denda RM1,000 untuk dia.
Ini tidak ada kesan langsung, tidak bermakna langsung. Akan tetapi sekarang,
kalau dia hendak naikkan kepada RM10,000, untuk beliau RM10,000 pun tidak jadi
masalah, RM100,000 pun tidak jadi masalah. Akan tetapi untuk rakyat, RM10,000 adalah
satu jumlah yang agak besar dan membimbangkan rakyat. Jangan salahkan rakyat.
Salahkan diri sendiri kerana gagal jalankan tugas dengan baik. [Tepuk]
Saya harap perkara ini boleh diberikan pertimbangan kerana kalau kita tetap
persalahkan rakyat, bukan sahaja pandemik COVID-19 tidak dapat diatasi tetapi
pemulihan ekonomi pun akan terjejas dan tersekat. Ini kerana kita harus akui hakikatnya,
usaha untuk membasmi sama sekali COVID-19 tidak akan berjaya. Kita harus menerima
hakikat bahawa kita harus hidup bersama COVID-19. Suka tidak suka, rela tidak rela,
mahu tidak mahu. Itu adalah hakikat dan realiti yang kita kena terima. Kita hidup bersama
COVID-19, jangan kita tutup lagi ekonomi, jangan kita benarkan ekonomi kita hancur
kerana kita hendak basmi sama sekali COVID-19.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Yang Berhormat
Bagan.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Oleh itu kita harap janganlah tolong, janganlah
benarkan...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat
Bagan, saya tertarik apabila kita sebut tentang isu antara dua darjat. Kalau kita lihat di
Pilihan Raya Negeri Johor contohnya, ada seorang wartawan yang terpaksa apabila berita
keluar yang beliau telah dikompaun, barulah pada waktu itu Menteri Kesihatan
menyatakan ingin membatalkan saman.
Akan tetapi kalau rakyat biasa mungkin tidak ada peluang untuk hendak viral kan
apa yang berlaku kepada mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan? Adakah ini
satu masalah sebenarnya sehingga Menteri terpaksa membatalkan? Maksudnya ada
something is wrong down the line. Jadi ini bukti bahawa kita tidak patut tingkatkan jumlah
kompaun itu tetapi tingkatkan pemahaman di kalangan penguat kuasa. Apa pandangan
Yang Berhormat Bagan?
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Yang Berhormat Lembah Pantai, saya memang setuju dengan apa yang disebut oleh
beliau dan saya pun tidak faham kerana ada banyak pemberita mengapa hanya pemberita
daripada Sin Chew sahaja yang kena.
Itulah masalahnya daripada segi penguatkuasaan. Apabila dikuatkuasakan atau
dilaksanakan oleh pegawai-pegawai, kadang kala mereka tidak faham atau tidak tahu apa
yang mereka patut lakukan. Apabila timbul kekeliruan sedemikian, janganlah gunakan
hukuman ataupun penguatkuasaan untuk selesaikan masalah.
Saya rasa kita harus bergantung kepada pendidikan dan kesedaran rakyat.
Mengapa rasa denda boleh selesaikan masalah? Kalau denda boleh selesaikan masalah,
saya rasa semua Menteri ini kena denda berjuta-juta ringgit kerana gagal menjalankan
ekonomi dengan baik, menyebabkan kematian 33,000 orang, jangkitan 3.5 juta orang.
Adakah mereka akan denda berjuta-juta ringgit? Mungkin untuk sesetengah
mereka mampulah. Akan tetapi itu adalah sesuatu kesilapan besar dan kalau ini berlaku,
kita tidak boleh harapkan Menteri boleh selesaikan semua kes. Itulah sebabnya saya
harap semua Ahli Parlimen boleh bersama-sama. Ini bukan isu politik, itu isu rakyat.
| sampai RM50,000 ataupun penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Saya rasa itu adalah sesuatu yang tidak munasabah. Jangan persalahkan rakyat. Kalau ada silap, silap ini datang daripada kepimpinan khususnya Menteri sendiri. Macam mana kita boleh persalahkan rakyat tentang kegagalan mematuhi SOP kalau Menteri sendiri tidak melakukannya? Mananya kepimpinan melalui tauladan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Quartet Menteri untuk melaksanakan SOP iaitu Yang Berhormat Sembrong sendiri tidak patuhi SOP yang beliau tetapkan dan hanya dikenakan denda RM1,000 untuk dia. Ini tidak ada kesan langsung, tidak bermakna langsung. Akan tetapi sekarang, kalau dia hendak naikkan kepada RM10,000, untuk beliau RM10,000 pun tidak jadi masalah, RM100,000 pun tidak jadi masalah. Akan tetapi untuk rakyat, RM10,000 adalah satu jumlah yang agak besar dan membimbangkan rakyat. Jangan salahkan rakyat. Salahkan diri sendiri kerana gagal jalankan tugas dengan baik. [Tepuk]. Saya harap perkara ini boleh diberikan pertimbangan kerana kalau kita tetap persalahkan rakyat, bukan sahaja pandemik COVID-19 tidak dapat diatasi tetapi pemulihan ekonomi pun akan terjejas dan tersekat. Ini kerana kita harus akui hakikatnya, usaha untuk membasmi sama sekali COVID-19 tidak akan berjaya. Kita harus menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersama COVID-19. Suka tidak suka, rela tidak rela, mahu tidak mahu. Itu adalah hakikat dan realiti yang kita kena terima. Kita hidup bersama COVID-19, jangan kita tutup lagi ekonomi, jangan kita benarkan ekonomi kita hancur kerana kita hendak basmi sama sekali COVID-19. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Yang Berhormat Bagan. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Oleh itu kita harap janganlah tolong, janganlah benarkan... Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Lembah Pantai. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan, saya tertarik apabila kita sebut tentang isu antara dua darjat. Kalau kita lihat di Pilihan Raya Negeri Johor contohnya, ada seorang wartawan yang terpaksa apabila berita keluar yang beliau telah dikompaun, barulah pada waktu itu Menteri Kesihatan menyatakan ingin membatalkan saman. Akan tetapi kalau rakyat biasa mungkin tidak ada peluang untuk hendak viral kan apa yang berlaku kepada mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan? Adakah ini satu masalah sebenarnya sehingga Menteri terpaksa membatalkan? Maksudnya ada something is wrong down the line. Jadi ini bukti bahawa kita tidak patut tingkatkan jumlah kompaun itu tetapi tingkatkan pemahaman di kalangan penguat kuasa. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan?. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai, saya memang setuju dengan apa yang disebut oleh beliau dan saya pun tidak faham kerana ada banyak pemberita mengapa hanya pemberita daripada Sin Chew sahaja yang kena. Itulah masalahnya daripada segi penguatkuasaan. Apabila dikuatkuasakan atau dilaksanakan oleh pegawai-pegawai, kadang kala mereka tidak faham atau tidak tahu apa yang mereka patut lakukan. Apabila timbul kekeliruan sedemikian, janganlah gunakan hukuman ataupun penguatkuasaan untuk selesaikan masalah. Saya rasa kita harus bergantung kepada pendidikan dan kesedaran rakyat. Mengapa rasa denda boleh selesaikan masalah? Kalau denda boleh selesaikan masalah, saya rasa semua Menteri ini kena denda berjuta-juta ringgit kerana gagal menjalankan ekonomi dengan baik, menyebabkan kematian 33,000 orang, jangkitan 3.5 juta orang. Adakah mereka akan denda berjuta-juta ringgit? Mungkin untuk sesetengah mereka mampulah. Akan tetapi itu adalah sesuatu kesilapan besar dan kalau ini berlaku, kita tidak boleh harapkan Menteri boleh selesaikan semua kes. Itulah sebabnya saya harap semua Ahli Parlimen boleh bersama-sama. Ini bukan isu politik, itu isu rakyat. | 76 | 84 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 77
Kita tidak akan sokong pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit. Tadi ada Yang Berhormat Pasir Mas, dia tidak setuju. Akan tetapi saya harap
jangan cakap tidak serupa bikin. Pastikan anda akan menentang dan akan menolak akta
ini. Kalau tidak, saya rasa tidak bermakna langsung, tidak ada maruah langsung.
So, di sini penting bahawa kita lihat apakah perkara pokoknya. Perkara pokoknya
ialah kegagalan pihak kerajaan. Di sini sekiranya kita hendak hidup bersama COVID-19,
kita kena akui bahawa kita kena buka semula ekonomi termasuk membuka sempadan
kita. Saya harap perkara ini dapat diberikan pertimbangan supaya kita dapat balik kepada
kehidupan asal kita secepat mungkin supaya ekonomi boleh pulih kepada tahap yang
sewajarnya.
Sekarang ekonomi kita lebih kecil berbanding dengan akhir tahun 2019 iaitu tahun
terakhir Pakatan Harapan memerintah. So sungguhpun sudah lebih dua tahun tetapi
ekonomi kita lebih kecil berbanding dengan saiz ekonomi semasa Pakatan Harapan
memerintah. Sepatutnya pulih semula tetapi kerana kegagalan sedemikian, gagal
dijalankan.
Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian, ini saya hendak sampaikan
untuk rakyat dari negeri Johor iaitu cukai. Saya harap bahawa cukai yang dikenakan untuk
mereka yang bawa balik wang ke negara khususnya dari Singapura ke Johor. Kita harap,
jangan kenakan cukai. Itu satu cukai baharu di bawah Belanjawan 2022. Batalkan cukai
ini kerana kita tahu kalau cukai untuk syarikat yang bawa balik wang dari Singapura yang
mereka untung di Singapura. Akhirnya esok hari, akan kena juga ke atas individu-individu
pekerja-pekerja yang makan gaji di Singapura.
Sebenarnya, pekerja-pekerja yang makan gaji dan bawa balik wang, mereka pun
akan dikenakan cukai tetapi kerana bantahan atas bantahan kuat daripada pihak
pembangkang, baru dia sebut buat sementara waktu, tidak dikenakan. Hanya syarikat
yang bawa wang balik akan dikenakan.
■1650
Akan tetapi, kita tahu ini hanya untuk sementara waktu. Selepas pilihan raya
umum, mereka akan kenakan balik. Ini kerana satu negara tidak boleh ada dua sistem
pencukaian. Akan dikenakan juga. Itu sebab saya harap batalkan cukai ini. Kalau tidak,
biar rakyat Johor buat keputusan pada 12 Mac.
Rasuah. Itu satu perkara yang amat penting kerana kalau kita lihat Transparency
International, memang dari segi Indeks Persepsi Rasuah, Malaysia telah merosot ke
tangga 62. Antara isu yang dibangkitkan selain daripada isu 1MDB yang akan saya sebut
nanti, ialah isu Pesuruhjaya SPRM di mana beliau telah bohong, telah menipu bahawa
perdagangan saham yang dia lakukan bukanlah sebagai proksi bagi pihak adiknya. Tidak.
Dia cakap itu saham berjuta-juta ringgit dan berjuta-juta saham bukan untuk dia sendiri,
tetapi dibenarkan sebagai proksi oleh adiknya. Ini telah pun disiasat oleh Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia yang mendapati bahawa Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki bohong.
Sebenarnya, dia yang uruskan, yang kawal dan kuasai akaun sahamnya itu.
Bukan dikuasai atau dikawal oleh adiknya sebagai proksi. Bagaimana seorang
pesuruhjaya boleh bohong macam ini? Bolehkah beliau berikan satu penjelasan penuh
tentang perkara ini dan juga punca dan sumber kewangan yang membolehkan dia
mendagangkan atau menjual beli berjuta-juta ringgit punya saham? Itu saya rasa satu
perkara berkepentingan awam. Lebih-lebih lagi bila beliau bertugas sebagai Pesuruhjaya
SPRM yang sepatutnya melawan penyalahgunaan kuasa tetapi nampaknya beliau sendiri
yang lakukan kesalahan sedemikian. Jangan jadi harapkan “pegar jaga padi, sebaliknya
pegar makan padi”.
Berkaitan dengan skandal 1MDB, kita harap perkara ini boleh diberikan perhatian
yang sewajarnya kerana dalam pendedahan oleh Tim Leissner daripada Goldman Sachs
semasa memberi keterangan dalam kes rasuah Roger Ng di Amerika Syarikat, disebutkan
bahawa beliau telah pun menggunakan atau menyalahgunakan wang 1MDB untuk urusan
peribadinya. Ini termasuk membeli rumah untuk Datuk Rohana di London sebanyak
USD10 juta untuk menyelesaikan masalah peribadi antara beliau dengan Datuk Rohana.
Hanya sekarang, apabila pendedahan ini berlaku, barulah rumah di London dibekukan.
| Kita tidak akan sokong pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Tadi ada Yang Berhormat Pasir Mas, dia tidak setuju. Akan tetapi saya harap jangan cakap tidak serupa bikin. Pastikan anda akan menentang dan akan menolak akta ini. Kalau tidak, saya rasa tidak bermakna langsung, tidak ada maruah langsung. So, di sini penting bahawa kita lihat apakah perkara pokoknya. Perkara pokoknya ialah kegagalan pihak kerajaan. Di sini sekiranya kita hendak hidup bersama COVID-19, kita kena akui bahawa kita kena buka semula ekonomi termasuk membuka sempadan kita. Saya harap perkara ini dapat diberikan pertimbangan supaya kita dapat balik kepada kehidupan asal kita secepat mungkin supaya ekonomi boleh pulih kepada tahap yang sewajarnya. Sekarang ekonomi kita lebih kecil berbanding dengan akhir tahun 2019 iaitu tahun terakhir Pakatan Harapan memerintah. So sungguhpun sudah lebih dua tahun tetapi ekonomi kita lebih kecil berbanding dengan saiz ekonomi semasa Pakatan Harapan memerintah. Sepatutnya pulih semula tetapi kerana kegagalan sedemikian, gagal dijalankan. Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian, ini saya hendak sampaikan untuk rakyat dari negeri Johor iaitu cukai. Saya harap bahawa cukai yang dikenakan untuk mereka yang bawa balik wang ke negara khususnya dari Singapura ke Johor. Kita harap, jangan kenakan cukai. Itu satu cukai baharu di bawah Belanjawan 2022. Batalkan cukai ini kerana kita tahu kalau cukai untuk syarikat yang bawa balik wang dari Singapura yang mereka untung di Singapura. Akhirnya esok hari, akan kena juga ke atas individu-individu pekerja-pekerja yang makan gaji di Singapura. Sebenarnya, pekerja-pekerja yang makan gaji dan bawa balik wang, mereka pun akan dikenakan cukai tetapi kerana bantahan atas bantahan kuat daripada pihak pembangkang, baru dia sebut buat sementara waktu, tidak dikenakan. Hanya syarikat yang bawa wang balik akan dikenakan. #1650. Akan tetapi, kita tahu ini hanya untuk sementara waktu. Selepas pilihan raya umum, mereka akan kenakan balik. Ini kerana satu negara tidak boleh ada dua sistem pencukaian. Akan dikenakan juga. Itu sebab saya harap batalkan cukai ini. Kalau tidak, biar rakyat Johor buat keputusan pada 12 Mac. Rasuah. Itu satu perkara yang amat penting kerana kalau kita lihat Transparency International, memang dari segi Indeks Persepsi Rasuah, Malaysia telah merosot ke tangga 62. Antara isu yang dibangkitkan selain daripada isu 1MDB yang akan saya sebut nanti, ialah isu Pesuruhjaya SPRM di mana beliau telah bohong, telah menipu bahawa perdagangan saham yang dia lakukan bukanlah sebagai proksi bagi pihak adiknya. Tidak. Dia cakap itu saham berjuta-juta ringgit dan berjuta-juta saham bukan untuk dia sendiri, tetapi dibenarkan sebagai proksi oleh adiknya. Ini telah pun disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mendapati bahawa Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki bohong. Sebenarnya, dia yang uruskan, yang kawal dan kuasai akaun sahamnya itu. Bukan dikuasai atau dikawal oleh adiknya sebagai proksi. Bagaimana seorang pesuruhjaya boleh bohong macam ini? Bolehkah beliau berikan satu penjelasan penuh tentang perkara ini dan juga punca dan sumber kewangan yang membolehkan dia mendagangkan atau menjual beli berjuta-juta ringgit punya saham? Itu saya rasa satu perkara berkepentingan awam. Lebih-lebih lagi bila beliau bertugas sebagai Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya melawan penyalahgunaan kuasa tetapi nampaknya beliau sendiri yang lakukan kesalahan sedemikian. Jangan jadi harapkan "pegar jaga padi, sebaliknya pegar makan padi". Berkaitan dengan skandal 1MDB, kita harap perkara ini boleh diberikan perhatian yang sewajarnya kerana dalam pendedahan oleh Tim Leissner daripada Goldman Sachs semasa memberi keterangan dalam kes rasuah Roger Ng di Amerika Syarikat, disebutkan bahawa beliau telah pun menggunakan atau menyalahgunakan wang 1MDB untuk urusan peribadinya. Ini termasuk membeli rumah untuk Datuk Rohana di London sebanyak USD10 juta untuk menyelesaikan masalah peribadi antara beliau dengan Datuk Rohana. Hanya sekarang, apabila pendedahan ini berlaku, barulah rumah di London dibekukan. | 77 | 85 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
78 DR.01.03.2022
Juga, pendedahan Tim Leissner dalam keterangan di mahkamah, bahawa beliau
telah menerima kickbacks, dengan izin, untuk pengeluaran bon Goldman Sachs. Dua kali
beliau dapat kickbacks, dengan izin. Kali ketiga tidak dapat kerana wang ini telah
disalurkan kepada Yang Berhormat Pekan semasa menjadi Perdana Menteri untuk
membolehkan beliau menggunakannya untuk Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau juga
berjumpa sendiri dengan mantan Perdana Menteri dan berurusan berkali-kali dengan dua
orang setiausaha peribadinya. Itu satu perkara yang serius. Itu satu pendedahan baharu.
Kita hendak tahu, adakah SPRM akan menyiasat dan meminta Yang Berhormat
Pekan balik kepada SPRM untuk memberikan keterangan tentang perkara ini? Adakah
mereka akan memeriksa dan menyiasat Yang Berhormat Pekan? Saya rasa itu satu
perkara penting. Jangan hanya siasat yang lain-lain. Watak utama mestilah diberikan
keutamaan dan disiasat juga.
Di samping itu, saya pun hendak tanya sekali lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat,
minta rumuskan, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ya. Saya berucap panjang sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya juga minta SPRM lagi atau minta kerajaan
menjawab tentang perkara ini. Adakah Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam SPRM telah
dibubarkan atau pun sumber yang diberikan telah dikurangkan, baik dari segi kewangan
atau pun kakitangan? Ini saya rasa sesuatu perkara yang harus diberikan jawapan kerana
ada ramai wakil rakyat yang ambil berat tentang skandal ini, di mana ia melibatkan wang
sebanyak RM51 bilion yang hangus sama sekali.
Yang Berhormat Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul, sering menyatakan
hutang legasi ini adalah satu mimpi ngeri untuk Malaysia yang harus dibayar dan
ditangani. Sekiranya wang ini dapat digunakan untuk rakyat Malaysia, betapa baiknya.
Termasuk juga ada beberapa Ahli Parlimen yang sering menyatakan tentang perkara ini
dan harap perkara ini dapatlah diambil tindakan. Termasuk Presiden parti Tuan Yang di-
Pertua yang selalu mengingatkan tentang perkara ini. Saya rasa perkara ini harus
diberikan perhatian yang sewajarnya. Janganlah kita cuba tutup perkara ini. Saya amat
kesal bahawa kita kena bergantung pada DOJ Amerika Syarikat dan kita tidak sendiri
secara proaktif menyiasat perkara ini, tetapi hanya secara pasif dan reaktif.
Akhirnya ialah tentang perlunya kita berpegang kepada aspirasi dan juga hasrat
mulia perlembagaan Malaysia, di mana perlembagaan Malaysia, Perlembagaan
Persekutuan adalah untuk menjaga semua rakyat. Kita harus menghormati prinsip
Perlembagaan Persekutuan dan juga menerima, dalam masyarakat majmuk ini, harus
saling hormat-menghormati, menjaga antara satu sama lain.
Di sini, saya sekali lagi harap bahawa semua kerajaan negeri, semua pihak boleh
menghormati prinsip perlembagaan, di mana dinyatakan bahawa seseorang anak adalah
diputuskan, baik dari segi agamanya atau pun penjagaannya, harus diputuskan oleh
kedua-dua ibu bapa. Ini pun telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, saya
harap perkara ini dihormati supaya bukan sahaja jaga harmoni rakyat tetapi menghormati
asas dan juga syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Di sini, saya sekali lagi meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan pastikan
bahawa kita berikan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat. Kita jangan hanya
bergantung pada MoU, di mana RM45 bilion telah disalurkan. Apa yang diterima rakyat,
sebahagian besar daripada MoU, di mana RM45 bilion pun telah diberikan.
Pentingnya bahawa peruntukan yang sewajarnya diberikan kepada sekolah-
sekolah. Kita tahu bahawa isu pembinaan sekolah Cina dijadikan isu oleh pihak MCA.
Saya harap mereka harus diberikan peruntukan yang sewajarnya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Minta Yang
Berhormat— masa sudah tamat ya.
| Juga, pendedahan Tim Leissner dalam keterangan di mahkamah, bahawa beliau. telah menerima kickbacks, dengan izin, untuk pengeluaran bon Goldman Sachs. Dua kali beliau dapat kickbacks, dengan izin. Kali ketiga tidak dapat kerana wang ini telah disalurkan kepada Yang Berhormat Pekan semasa menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan beliau menggunakannya untuk Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau juga berjumpa sendiri dengan mantan Perdana Menteri dan berurusan berkali-kali dengan dua orang setiausaha peribadinya. Itu satu perkara yang serius. Itu satu pendedahan baharu. Kita hendak tahu, adakah SPRM akan menyiasat dan meminta Yang Berhormat Pekan balik kepada SPRM untuk memberikan keterangan tentang perkara ini? Adakah mereka akan memeriksa dan menyiasat Yang Berhormat Pekan? Saya rasa itu satu perkara penting. Jangan hanya siasat yang lain-lain. Watak utama mestilah diberikan keutamaan dan disiasat juga. Di samping itu, saya pun hendak tanya sekali lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat, minta rumuskan, Yang Berhormat. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ya. Saya berucap panjang sedikit. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Baik. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya juga minta SPRM lagi atau minta kerajaan menjawab tentang perkara ini. Adakah Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam SPRM telah dibubarkan atau pun sumber yang diberikan telah dikurangkan, baik dari segi kewangan atau pun kakitangan? Ini saya rasa sesuatu perkara yang harus diberikan jawapan kerana ada ramai wakil rakyat yang ambil berat tentang skandal ini, di mana ia melibatkan wang sebanyak RM51 bilion yang hangus sama sekali. Yang Berhormat Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul, sering menyatakan hutang legasi ini adalah satu mimpi ngeri untuk Malaysia yang harus dibayar dan ditangani. Sekiranya wang ini dapat digunakan untuk rakyat Malaysia, betapa baiknya. Termasuk juga ada beberapa Ahli Parlimen yang sering menyatakan tentang perkara ini dan harap perkara ini dapatlah diambil tindakan. Termasuk Presiden parti Tuan Yang di- Pertua yang selalu mengingatkan tentang perkara ini. Saya rasa perkara ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya. Janganlah kita cuba tutup perkara ini. Saya amat kesal bahawa kita kena bergantung pada DOJ Amerika Syarikat dan kita tidak sendiri secara proaktif menyiasat perkara ini, tetapi hanya secara pasif dan reaktif. Akhirnya ialah tentang perlunya kita berpegang kepada aspirasi dan juga hasrat mulia perlembagaan Malaysia, di mana perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk menjaga semua rakyat. Kita harus menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan dan juga menerima, dalam masyarakat majmuk ini, harus saling hormat-menghormati, menjaga antara satu sama lain. Di sini, saya sekali lagi harap bahawa semua kerajaan negeri, semua pihak boleh menghormati prinsip perlembagaan, di mana dinyatakan bahawa seseorang anak adalah diputuskan, baik dari segi agamanya atau pun penjagaannya, harus diputuskan oleh kedua-dua ibu bapa. Ini pun telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, saya harap perkara ini dihormati supaya bukan sahaja jaga harmoni rakyat tetapi menghormati asas dan juga syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Di sini, saya sekali lagi meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan pastikan bahawa kita berikan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat. Kita jangan hanya bergantung pada MoU, di mana RM45 bilion telah disalurkan. Apa yang diterima rakyat, sebahagian besar daripada MoU, di mana RM45 bilion pun telah diberikan. Pentingnya bahawa peruntukan yang sewajarnya diberikan kepada sekolah- sekolah. Kita tahu bahawa isu pembinaan sekolah Cina dijadikan isu oleh pihak MCA. Saya harap mereka harus diberikan peruntukan yang sewajarnya. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Minta Yang Berhormat-- masa sudah tamat ya. | 78 | 86 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 79
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Kita kena ikut
peraturan.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Sedikit sahaja. Injury time.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta Yang
Berhormat Bagan juga untuk menjelaskan kedua-dua isu ini yang telah dibangkitkan oleh
Yang Berhormat. Pertamanya, isu-isu berkenaan sekolah dan isu pertama sebelum itu.
Saya juga minta penjelasan, adakah kedua-dua perkara ini adalah perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan supaya perkara-perkara ini tidak
berulang sekali lagi, Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ringkas sahaja. Kita hanya hormat apa yang
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan oleh mahkamah. Kita harap ia dihormati
oleh semua pihak. Saya rasa itu sahaja. Kita tidak minta lebih daripada itu. Saya rasa
yang rakyat Malaysia mahu ialah kerajaan yang adil dan berikan perhatian kepada isu
sebenarnya iaitu kos sara hidup, pendapatan, masa depan anak-anak kita dari segi
pendidikan dan juga pekerjaan. Dan yang penting sekali, bagaimana kita boleh hidup lebih
senang daripada sekarang. Masa hadapan daripada sekarang. Saya rasa barulah kita
boleh pastikan aspirasi negara maju dan makmur yang dinikmati bersama tercapai.
Sekali lagi, saya menyokong Ucapan Titah Diraja dan harap bahawa perkara ini
diberikan perhatian. Jangan kita buat pindaan akta yang merugikan rakyat. Biarkan kita
jaga rakyat, bukan kenakan hukuman yang lebih kepada rakyat. Kalau tidak― saya sekali
lagi menyatakan, tarik balik Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Kalau tidak, kita akan menentangnya habis-habisan. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
■1700
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus. 12 minit.
5.00 ptg.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah. Terima
kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah
Fussilat Ayat 34. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Maksudnya, “Dan tidaklah sama
kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,
sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang
setia.” Sadaqallahul Azim. Saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang
kepada saya pada hari ini untuk membahaskan titah diraja. Bagi saya, titah tuanku sangat
bernas, sangat menarik, banyak pedoman dan juga nasihat yang boleh kita ambil.
Akan tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah penutup daripada Titah
Diraja yang bagi saya penutup itu adalah seperti yang disebut oleh Al-Quran, [Membaca
sepotong ayat Al-Quran], “Penutupnya adalah kasturi”. [Membaca sepotong ayat Al-
Quran] “Maka, pada yang demikian itu, hendaklah berlumba-lumba orang yang mahu
berlumba”. Saya katakan sebagai kasturi atau penutup yang baik kerana melihat pada
pantun yang disebut atau dititahkan oleh Tuanku iaitu:
Busana tradisi kain bersulam,
Warnanya jingga berawan larat,
Cukuplah berpolitik siang dan malam,
Fokuskan menjaga kepentingan rakyat,
Titah dijunjung perpaduan disulam,
Itulah perilaku budiman si wakil rakyat.
| Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Sedikit sahaja, sedikit sahaja. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sedikit sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Kita kena ikut peraturan. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Sedikit sahaja. Injury time. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta Yang Berhormat Bagan juga untuk menjelaskan kedua-dua isu ini yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pertamanya, isu-isu berkenaan sekolah dan isu pertama sebelum itu. Saya juga minta penjelasan, adakah kedua-dua perkara ini adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan supaya perkara-perkara ini tidak berulang sekali lagi, Yang Berhormat? Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ringkas sahaja. Kita hanya hormat apa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan oleh mahkamah. Kita harap ia dihormati oleh semua pihak. Saya rasa itu sahaja. Kita tidak minta lebih daripada itu. Saya rasa yang rakyat Malaysia mahu ialah kerajaan yang adil dan berikan perhatian kepada isu sebenarnya iaitu kos sara hidup, pendapatan, masa depan anak-anak kita dari segi pendidikan dan juga pekerjaan. Dan yang penting sekali, bagaimana kita boleh hidup lebih senang daripada sekarang. Masa hadapan daripada sekarang. Saya rasa barulah kita boleh pastikan aspirasi negara maju dan makmur yang dinikmati bersama tercapai. Sekali lagi, saya menyokong Ucapan Titah Diraja dan harap bahawa perkara ini diberikan perhatian. Jangan kita buat pindaan akta yang merugikan rakyat. Biarkan kita jaga rakyat, bukan kenakan hukuman yang lebih kepada rakyat. Kalau tidak-- saya sekali lagi menyatakan, tarik balik Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kalau tidak, kita akan menentangnya habis-habisan. Sekian, terima kasih. [Tepuk] #1700 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus. 12 minit. 5.00 ptg. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah Fussilat Ayat 34. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Maksudnya, "Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia." Sadaqallahul Azim. Saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya pada hari ini untuk membahaskan titah diraja. Bagi saya, titah tuanku sangat bernas, sangat menarik, banyak pedoman dan juga nasihat yang boleh kita ambil. Akan tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah penutup daripada Titah Diraja yang bagi saya penutup itu adalah seperti yang disebut oleh Al-Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], "Penutupnya adalah kasturi". [Membaca sepotong ayat Al- Quran] "Maka, pada yang demikian itu, hendaklah berlumba-lumba orang yang mahu berlumba". Saya katakan sebagai kasturi atau penutup yang baik kerana melihat pada pantun yang disebut atau dititahkan oleh Tuanku iaitu: Busana tradisi kain bersulam, Warnanya jingga berawan larat, Cukuplah berpolitik siang dan malam, Fokuskan menjaga kepentingan rakyat, Titah dijunjung perpaduan disulam, Itulah perilaku budiman si wakil rakyat. | 79 | 87 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
80 DR.01.03.2022
Bagi saya, pantun ini sangat bermakna kerana menggariskan kepada kita suatu
dasar berpolitik yang patut diikut oleh semua orang-orang politik, terutama wakil rakyat.
Khususnya ketika mana kita berada di Parlimen dan ketika berhadapan dengan pilihan
raya baik yang kecil, mahupun negeri mahupun yang umum. Bagi saya, inilah ia yang
dikatakan sebagai politik matang, politik sejahtera dan politik damai. Ini kerana kalau kita
melihat konsep politik, politik adalah seni. Seni dalam berunding.
Seni berunding di kala mana kita bertelingkah. Tentu sahaja pelbagai pihak yang
ada pelbagai parti mempunyai pelbagai pendapat dan juga pandangan. Disebut dalam Al-
Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Setiap parti, setiap golongan, setiap
kelompok berbangga dengan apa yang ia ada”. Ia boleh mencetuskan taasub kepada parti
masing-masing hingga kita menenggelamkan kebenaran dan mengangkat kebatilan.
Akan tetapi kalau kita mempunyai dasar yang jelas ketika berpolitik. Berpolitik
untuk secara matang, damai dan sejahtera, insya-Allah, apa sahaja yang kita bincangkan,
kita bertelingkah kan, akhirnya memberi kebaikan kepada rakyat. Oleh sebab itu, saya
merasakan bahawa perlu kita gariskan politik matang ini. Bagi pihak parti saya, parti PAS,
kita mengemukakan budaya politik matang sejahtera (BPMS) sejak bulan April 2016 lagi.
Dengan budaya itulah, kita akhirnya merundingkan perpaduan dengan pelbagai parti,
termasuklah parti UMNO, Barisan Nasional dan juga parti BERSATU dan sebahagian
mereka di dalam PKR dan akan membentuk kerajaan baharu pada hari ini.
Saya gariskan bahawa politik matang ini perlu kita dasarkan tiga perkara. Pertama
sekali, politik mesti bermatlamatkan kepentingan rakyat. Bukan kepentingan peribadi atau
kepentingan kelompok. Berbincang untuk mencari penyelesaian untuk rakyat dengan cara
yang harmoni, cara yang bijak, cara yang berakal, tidak ada emosi, tidak ada kebencian
dan hanya kasih dan juga sayang.
Oleh sebab itulah kecaman peribadi dalam konteks politik bukan suatu yang baik.
Membakar jambatan persaudaraan, membakar hubungan kepartian dan sedangkan
barangkali dalam banyak keadaan kita perlu kembali bersatu. Bersatu selepas pasca
PRU, sebagai contoh.
Saya sebutkan banyak kali bahawa dalam apa keadaan sekalipun kita
bertelingkah, ketika pilihan raya, kempen secara sihat perlu kita laksanakan dan kita
adakan. Ini kerana kita mungkin akan bersama lagi di kala mana kita berakhirnya pilihan
raya. Perbincangan, kesatuan untuk kita bersama untuk dengan rakyat pasti akan berlaku.
Oleh sebab itulah, kecaman peribadi tidak patut menjadi dasar dalam berpolitik.
Termasuklah bila kita bincang tentang kes-kes mahkamah, sebagai contoh. Kita
balik kepada kaedah yang diajar oleh Islam yang dipanggil bara’atul asil, dengan maksud
setiap orang itu tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya. Jika ada sebarang kes di
mahkamah, biarkan mahkamah memutuskan. Bukan kita menjadi hakim. Bukan media
menjadi hakim. Biarkan mahkamah menjadi hakim, seseorang tidak bersalah hingga
dibuktikan sebaliknya. Kalau itulah yang kita laksanakan, insya-Allah, kita boleh
membawa satu politik yang damai, politik yang aman dan tenteram. Insya-Allah.
Kedua, politik mesti berdasarkan kebenaran, bukannya kebatilan. Bukannya
mencipta pelbagai persepsi, mencipta fitnah, perkara yang tidak wujud diada-adakan atas
nama memenangi pilihan raya dan sebagainya. Ini kerana Al-Quran mengajar kepada kita
dalam Surah Al-Mumtahanah sebagai contoh, bai’ah para wanita dengan Nabi
Muhammad SAW, Al Quran bercerita.
Antaranya, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan bawa datang berita
fitnah, tidak betul, tidak tepat hanya untuk merosakkan mana-mana pihak”. Ini adalah
kaedah yang diajar oleh Islam. Begitu juga dengan politik persaudaraan. Dalam Surah Al-
Hujurat, Allah SWT bercerita konsep [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Ini adalah
persaudaraan kemanusiaan dengan semua umat manusia”, dan Allah SWT khususkan
lagi pula, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Orang beriman adalah orang-orang yang
benar-benar bersaudara”.
Oleh sebab itulah, kata-kata Sayidina Ali Radiallahu Taala Anhu sangat patut
dijadikan pedoman. [Bercakap dalam bahasa Arab] “Sayang kepada orang yang kamu
sayang seadanya sahaja. Ini kerana barangkali orang yang kamu sayang menjadi musuh
| Bagi saya, pantun ini sangat bermakna kerana menggariskan kepada kita suatu. dasar berpolitik yang patut diikut oleh semua orang-orang politik, terutama wakil rakyat. Khususnya ketika mana kita berada di Parlimen dan ketika berhadapan dengan pilihan raya baik yang kecil, mahupun negeri mahupun yang umum. Bagi saya, inilah ia yang dikatakan sebagai politik matang, politik sejahtera dan politik damai. Ini kerana kalau kita melihat konsep politik, politik adalah seni. Seni dalam berunding. Seni berunding di kala mana kita bertelingkah. Tentu sahaja pelbagai pihak yang ada pelbagai parti mempunyai pelbagai pendapat dan juga pandangan. Disebut dalam Al- Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] "Setiap parti, setiap golongan, setiap kelompok berbangga dengan apa yang ia ada". Ia boleh mencetuskan taasub kepada parti masing-masing hingga kita menenggelamkan kebenaran dan mengangkat kebatilan. Akan tetapi kalau kita mempunyai dasar yang jelas ketika berpolitik. Berpolitik untuk secara matang, damai dan sejahtera, insya-Allah, apa sahaja yang kita bincangkan, kita bertelingkah kan, akhirnya memberi kebaikan kepada rakyat. Oleh sebab itu, saya merasakan bahawa perlu kita gariskan politik matang ini. Bagi pihak parti saya, parti PAS, kita mengemukakan budaya politik matang sejahtera (BPMS) sejak bulan April 2016 lagi. Dengan budaya itulah, kita akhirnya merundingkan perpaduan dengan pelbagai parti, termasuklah parti UMNO, Barisan Nasional dan juga parti BERSATU dan sebahagian mereka di dalam PKR dan akan membentuk kerajaan baharu pada hari ini. Saya gariskan bahawa politik matang ini perlu kita dasarkan tiga perkara. Pertama sekali, politik mesti bermatlamatkan kepentingan rakyat. Bukan kepentingan peribadi atau kepentingan kelompok. Berbincang untuk mencari penyelesaian untuk rakyat dengan cara yang harmoni, cara yang bijak, cara yang berakal, tidak ada emosi, tidak ada kebencian dan hanya kasih dan juga sayang. Oleh sebab itulah kecaman peribadi dalam konteks politik bukan suatu yang baik. Membakar jambatan persaudaraan, membakar hubungan kepartian dan sedangkan barangkali dalam banyak keadaan kita perlu kembali bersatu. Bersatu selepas pasca PRU, sebagai contoh. Saya sebutkan banyak kali bahawa dalam apa keadaan sekalipun kita bertelingkah, ketika pilihan raya, kempen secara sihat perlu kita laksanakan dan kita adakan. Ini kerana kita mungkin akan bersama lagi di kala mana kita berakhirnya pilihan raya. Perbincangan, kesatuan untuk kita bersama untuk dengan rakyat pasti akan berlaku. Oleh sebab itulah, kecaman peribadi tidak patut menjadi dasar dalam berpolitik. Termasuklah bila kita bincang tentang kes-kes mahkamah, sebagai contoh. Kita balik kepada kaedah yang diajar oleh Islam yang dipanggil bara'atul asil, dengan maksud setiap orang itu tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya. Jika ada sebarang kes di mahkamah, biarkan mahkamah memutuskan. Bukan kita menjadi hakim. Bukan media menjadi hakim. Biarkan mahkamah menjadi hakim, seseorang tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya. Kalau itulah yang kita laksanakan, insya-Allah, kita boleh membawa satu politik yang damai, politik yang aman dan tenteram. Insya-Allah. Kedua, politik mesti berdasarkan kebenaran, bukannya kebatilan. Bukannya mencipta pelbagai persepsi, mencipta fitnah, perkara yang tidak wujud diada-adakan atas nama memenangi pilihan raya dan sebagainya. Ini kerana Al-Quran mengajar kepada kita dalam Surah Al-Mumtahanah sebagai contoh, bai'ah para wanita dengan Nabi Muhammad SAW, Al Quran bercerita. Antaranya, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] "Jangan bawa datang berita fitnah, tidak betul, tidak tepat hanya untuk merosakkan mana-mana pihak". Ini adalah kaedah yang diajar oleh Islam. Begitu juga dengan politik persaudaraan. Dalam Surah Al- Hujurat, Allah SWT bercerita konsep [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. "Ini adalah persaudaraan kemanusiaan dengan semua umat manusia", dan Allah SWT khususkan lagi pula, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] "Orang beriman adalah orang-orang yang benar-benar bersaudara". Oleh sebab itulah, kata-kata Sayidina Ali Radiallahu Taala Anhu sangat patut dijadikan pedoman. [Bercakap dalam bahasa Arab] "Sayang kepada orang yang kamu sayang seadanya sahaja. Ini kerana barangkali orang yang kamu sayang menjadi musuh. | 80 | 88 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 81
kamu suatu hari nanti”. [Bercakap dalam bahasa Arab] “Benci kepada orang yang kamu
benci seadanya saja. Bimbang suatu hari nanti, orang yang kamu benci itu menjadi
kekasih kamu pada suatu hari nanti”. Inilah kaedah.
Hari ini kita lihat parti boleh berubah. Hari ini si ‘A’ masuk parti ‘B’. Parti ‘B’ masuk
parti ‘A’, lompat melompat dan sebagainya. Parti ‘A’ berpakat dengan parti ‘B’ dan ‘B’
berpecah dengan ‘A’ dan sebagainya. Akan tetapi itulah politik. Seorang musuh menjadi
rakan pada hari esok. Seorang rakan hari ini menjadi musuh pada hari esok. Maka, untuk
itulah kita berpada-pada berpolitik untuk menjaga persaudaraan hanya untuk kebaikan
dan kemaslahatan rakyat negara kita, Malaysia yang kita sayang. Itu yang pertama.
Kedua, apabila mana kita bincang sedikit tentang kerajaan hari ini yang bawa satu
kaedah Keluarga Malaysia. Antara anggota keluarga yang sangat penting untuk kita
berikan hak dan jaga ialah wanita. Saya bawa pada hari ini suatu perkara yang saya harap
mendapat perhatian kerajaan dan semua rakan saya dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen
iaitu diberikan penghormatan kepada wanita untuk mereka mendapat cuti kerana berlaku
kematian kepada suami yang dipanggil sebagai berkabung atau istilah bahasa Arab,
edah.
Edah perempuan yang kematian suami yang Allah SWT sebutkan di dalam Al-
Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Orang-orang yang
meninggalkan isteri, dia mati tinggalkan isteri, isteri kena tunggu selama empat bulan 10
hari.” Dengan maksud, berikan hak mereka untuk menenangkan diri. Tempoh yang
panjang, empat bulan 10 hari. Kita mungkin tidak mampu untuk buat sepenuhnya empat
bulan 10 hari melibatkan orang-orang yang bekerja.
Akan tetapi jika kerajaan boleh peruntukkan sebahagian cuti diberikan kepada
para wanita yang kematian suami ini untuk mereka menenangkan sedikit hati dan
perasaan mereka, ada anak-anak yang perlu diselesaikan permasalahan mereka. Ada
hukum-hakam pusaka yang perlu diselesaikan. Sebulan cuti yang kita beri, paling kurang
meredakan mereka, di samping mereka menghabiskan idah mereka selama empat bulan
10 hari. Ini telah dibuat oleh kerajaan di Kelantan dan Kerajaan Terengganu. Diberikan
hampir 30 hari.
Kelantan berikan 27 hari cuti dengan sedikit bantuan dan juga sumbangan
kewangan yang dengan nilai 27 hari dan Terengganu memberikan 30 hari cuti untuk
wanita seumpama ini. Maka, kalau kita boleh kembangkan lagi, saya mengharap di
peringkat Persekutuan, juga di peringkat Persekutuan, saya melihat Yang Berhormat
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, selalu menyebut
perkara ini dan kita harap ia mendapat respons kerajaan untuk sama-sama kita berikan
hak kepada wanita yang kita sayang. Itu yang kedua.
■1710
Ketiga, saya hendak bincang sedikit tentang hari ini anugerah Allah SWT untuk
negara kita namanya Malaysia iaitu sawit, sawit anugerah Tuhan. Pada hari ini harga sawit
harga tertinggi menjangkau RM6,700, sangat jauh beza. Berbanding dahulu hanya sekitar
RM2,000 sahaja menyebabkan pekebun-pekebun kecil yang seramai 500,000 orang
dengan keluarga mereka yang hampir tiga juta orang berhadapan dengan keadaan di
bawah paras kemiskinan.
Akan tetapi dengan kenaikan harga pada hari ini yang begitu tinggi, mereka
mendapat income yang besar daripada hanya sekitar RM250 per tan hingga RM300 per
tan untuk BTS (buah tandan segar), pada hari ini dengan harga RM1,400, mengeluarkan
orang-orang kampung yang dikatakan sebagai pekebun kecil ini daripada garis
kemiskinan. Ini adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, sawit anugerah Tuhan.
Sehinggakan kita lihat sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, TDM
telah berjaya mencatatkan keuntungan besar daripada kenaikan harga sawit ini di mana
keuntungan yang mereka peroleh sekitar – untuk sawit sahaja ataupun untuk
perladangan, sebanyak RM46.8 juta. Ini yang dinikmati oleh Kerajaan Negeri
Terengganu. Maka, saya yakin bahawa banyak lagi syarikat yang besar-besar termasuk
juga dengan Tabung Haji yang mempunyai plantation mereka sendiri dan syarikat-syarikat
| kamu suatu hari nanti". [Bercakap dalam bahasa Arab] "Benci kepada orang yang kamu benci seadanya saja. Bimbang suatu hari nanti, orang yang kamu benci itu menjadi kekasih kamu pada suatu hari nanti". Inilah kaedah. Hari ini kita lihat parti boleh berubah. Hari ini si 'A' masuk parti 'B'. Parti 'B' masuk parti 'A', lompat melompat dan sebagainya. Parti 'A' berpakat dengan parti 'B' dan 'B' berpecah dengan 'A' dan sebagainya. Akan tetapi itulah politik. Seorang musuh menjadi rakan pada hari esok. Seorang rakan hari ini menjadi musuh pada hari esok. Maka, untuk itulah kita berpada-pada berpolitik untuk menjaga persaudaraan hanya untuk kebaikan dan kemaslahatan rakyat negara kita, Malaysia yang kita sayang. Itu yang pertama. Kedua, apabila mana kita bincang sedikit tentang kerajaan hari ini yang bawa satu kaedah Keluarga Malaysia. Antara anggota keluarga yang sangat penting untuk kita berikan hak dan jaga ialah wanita. Saya bawa pada hari ini suatu perkara yang saya harap mendapat perhatian kerajaan dan semua rakan saya dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen iaitu diberikan penghormatan kepada wanita untuk mereka mendapat cuti kerana berlaku kematian kepada suami yang dipanggil sebagai berkabung atau istilah bahasa Arab, edah. Edah perempuan yang kematian suami yang Allah SWT sebutkan di dalam Al- Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, "Orang-orang yang meninggalkan isteri, dia mati tinggalkan isteri, isteri kena tunggu selama empat bulan 10 hari." Dengan maksud, berikan hak mereka untuk menenangkan diri. Tempoh yang panjang, empat bulan 10 hari. Kita mungkin tidak mampu untuk buat sepenuhnya empat bulan 10 hari melibatkan orang-orang yang bekerja. Akan tetapi jika kerajaan boleh peruntukkan sebahagian cuti diberikan kepada para wanita yang kematian suami ini untuk mereka menenangkan sedikit hati dan perasaan mereka, ada anak-anak yang perlu diselesaikan permasalahan mereka. Ada hukum-hakam pusaka yang perlu diselesaikan. Sebulan cuti yang kita beri, paling kurang meredakan mereka, di samping mereka menghabiskan idah mereka selama empat bulan 10 hari. Ini telah dibuat oleh kerajaan di Kelantan dan Kerajaan Terengganu. Diberikan hampir 30 hari. Kelantan berikan 27 hari cuti dengan sedikit bantuan dan juga sumbangan kewangan yang dengan nilai 27 hari dan Terengganu memberikan 30 hari cuti untuk wanita seumpama ini. Maka, kalau kita boleh kembangkan lagi, saya mengharap di peringkat Persekutuan, juga di peringkat Persekutuan, saya melihat Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, selalu menyebut perkara ini dan kita harap ia mendapat respons kerajaan untuk sama-sama kita berikan hak kepada wanita yang kita sayang. Itu yang kedua. #1710. Ketiga, saya hendak bincang sedikit tentang hari ini anugerah Allah SWT untuk negara kita namanya Malaysia iaitu sawit, sawit anugerah Tuhan. Pada hari ini harga sawit harga tertinggi menjangkau RM6,700, sangat jauh beza. Berbanding dahulu hanya sekitar RM2,000 sahaja menyebabkan pekebun-pekebun kecil yang seramai 500,000 orang dengan keluarga mereka yang hampir tiga juta orang berhadapan dengan keadaan di bawah paras kemiskinan. Akan tetapi dengan kenaikan harga pada hari ini yang begitu tinggi, mereka mendapat income yang besar daripada hanya sekitar RM250 per tan hingga RM300 per tan untuk BTS (buah tandan segar), pada hari ini dengan harga RM1,400, mengeluarkan orang-orang kampung yang dikatakan sebagai pekebun kecil ini daripada garis kemiskinan. Ini adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, sawit anugerah Tuhan. Sehinggakan kita lihat sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, TDM telah berjaya mencatatkan keuntungan besar daripada kenaikan harga sawit ini di mana keuntungan yang mereka peroleh sekitar- untuk sawit sahaja ataupun untuk perladangan, sebanyak RM46.8 juta. Ini yang dinikmati oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Maka, saya yakin bahawa banyak lagi syarikat yang besar-besar termasuk juga dengan Tabung Haji yang mempunyai plantation mereka sendiri dan syarikat-syarikat. | 81 | 89 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
82 DR.01.03.2022
yang besar di negara kita mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil kenaikan harga
sawit dan mereka memberi income kepada kerajaan menerusi cukai dan sebagainya.
Akan tetapi, dalam masa yang sama saya melihat bahawa kementerian KPPK
perlu bawa semua syarikat yang untung besar ini dibawa sebagai keuntungan mereka
dalam bentuk CSR. Dikumpulkan CSR mereka menerusi satu tabung untuk kebajikan
rakyat Malaysia. Saya pernah mencadangkan dahulu untuk penubuhan sebuah yayasan
dipanggil Yayasan Agrikomoditi. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian,
apakah kesinambungan kepada cadangan Yayasan Agrikomoditi yang bertujuan untuk
memastikan bahawa antaranya, sebahagian dana yang ada menerusi sawit ini dapat
disalurkan kepada orang yang memerlukan di kalangan rakyat Malaysia.
Itulah perkara yang sempat saya sampaikan dalam masa yang singkat pada hari
ini. Alangkah baik kalau diberikan peluang sampai setengah jam untuk menceritakan
banyak lagi perkara yang boleh kita kongsikan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Waalaikumusalam,
terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat
Sepang, 12 minit.
5.12 ptg.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Tuan Yang
di-Pertua kerana membenarkan saya turut sama dalam berbahas Titah Diraja ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana
berjaya membentangkan Titah Diraja ini. Walaupun saya rasa agak lucu kerana sekarang
ini dalam Parlimen ini, pihak-pihak yang bergabung dalam kesatuan ini yang membentuk
kerajaan sekarang ini, di Parlimen ini mereka nampaknya bersatu. Akan tetapi di Johor,
mereka sedang bergaduh sesama mereka mendedahkan bahawa parti ‘A’, parti gabungan
mereka tidak boleh dipercayai dan sebagainya. Jadi, ini mungkin keanehan dalam politik
Malaysia. Itu yang pertama.
Kedua, saya ingin menyentuh tentang isu rasuah yang dibangkitkan dalam Titah
Diraja ini iaitu di perenggan 74, di mana dalam ucapan ini dikatakan bahawa mungkin
boleh saya bacakan di perenggan 74, “Dalam membina sebuah Negara Bangsa yang telus
dan berintegriti, Beta memandang serius tentang isu rasuah yang berlaku. Beta percaya
kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif pelan anti-rasuah...” dan seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua mungkin telah membaca apa yang dilaporkan
oleh media berkenaan dengan satu perbicaraan di Amerika Syarikat, di mahkamah di New
York yang melibatkan seorang warganegara Malaysia yang bernama Roger Ng yang
pernah menjawat jawatan dalam sebuah bank pelaburan iaitu Goldman Sachs.
Dalam perbicaraan itu, antara saksi yang dipanggil ialah mantan bos dia iaitu
seorang ahli dari Jerman, Tim Leissner yang dia mendedahkan antara lain bahawa apabila
dia ingin membuat satu perniagaan di Malaysia ini dalam urusan 1MDB ini, dia terpaksa
merasuah ramai ahli politik dalam kerajaan pada masa itu. Jadi untuk melaksanakan
perniagaan di Malaysia, dia perlu melakukan rasuah. Rasuahnya bukan melibatkan
jutaan, tetapi bilion. Jadi, saya merasakan bahawa rasuah ini bukan sahaja kita boleh
menuturkan di bibir, tetapi apa yang ingin kita lihat ialah pelaksanaannya.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan bahawa baru-baru ini ada seorang
mantan CEO Astro yang dipanggil oleh SPRM untuk disiasat dan disiasat selama lapan
jam. Ini kerana dia dikatakan terlibat mengadakan hubungan dengan salah seorang saksi
dalam kes Roger Ng itu yang mana hasil daripada evidence itu dikatakan bahawa dia ada
meminta supaya diberikan hadiah lebih kurang USD10 juta untuk membeli apartment
ataupun membelikan rumah pangsapuri di London.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, ada orang minta saya bertanyakan
soalan ini. SPRM telah soal siasat, pertama saya hendak tanya, adakah menyiasat mama-
mana pihak? Walaupun saya setuju pihak SPRM mengambil inisiatif menyiasat mantan
| yang besar di negara kita mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil kenaikan harga sawit dan mereka memberi income kepada kerajaan menerusi cukai dan sebagainya. Akan tetapi, dalam masa yang sama saya melihat bahawa kementerian KPPK perlu bawa semua syarikat yang untung besar ini dibawa sebagai keuntungan mereka dalam bentuk CSR. Dikumpulkan CSR mereka menerusi satu tabung untuk kebajikan rakyat Malaysia. Saya pernah mencadangkan dahulu untuk penubuhan sebuah yayasan dipanggil Yayasan Agrikomoditi. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, apakah kesinambungan kepada cadangan Yayasan Agrikomoditi yang bertujuan untuk memastikan bahawa antaranya, sebahagian dana yang ada menerusi sawit ini dapat disalurkan kepada orang yang memerlukan di kalangan rakyat Malaysia. Itulah perkara yang sempat saya sampaikan dalam masa yang singkat pada hari ini. Alangkah baik kalau diberikan peluang sampai setengah jam untuk menceritakan banyak lagi perkara yang boleh kita kongsikan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Waalaikumusalam, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sepang, 12 minit. 5.12 ptg. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut sama dalam berbahas Titah Diraja ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya membentangkan Titah Diraja ini. Walaupun saya rasa agak lucu kerana sekarang ini dalam Parlimen ini, pihak-pihak yang bergabung dalam kesatuan ini yang membentuk kerajaan sekarang ini, di Parlimen ini mereka nampaknya bersatu. Akan tetapi di Johor, mereka sedang bergaduh sesama mereka mendedahkan bahawa parti 'A', parti gabungan mereka tidak boleh dipercayai dan sebagainya. Jadi, ini mungkin keanehan dalam politik Malaysia. Itu yang pertama. Kedua, saya ingin menyentuh tentang isu rasuah yang dibangkitkan dalam Titah Diraja ini iaitu di perenggan 74, di mana dalam ucapan ini dikatakan bahawa mungkin boleh saya bacakan di perenggan 74, "Dalam membina sebuah Negara Bangsa yang telus dan berintegriti, Beta memandang serius tentang isu rasuah yang berlaku. Beta percaya kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif pelan anti-rasuah..." dan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, kita semua mungkin telah membaca apa yang dilaporkan oleh media berkenaan dengan satu perbicaraan di Amerika Syarikat, di mahkamah di New York yang melibatkan seorang warganegara Malaysia yang bernama Roger Ng yang pernah menjawat jawatan dalam sebuah bank pelaburan iaitu Goldman Sachs. Dalam perbicaraan itu, antara saksi yang dipanggil ialah mantan bos dia iaitu seorang ahli dari Jerman, Tim Leissner yang dia mendedahkan antara lain bahawa apabila dia ingin membuat satu perniagaan di Malaysia ini dalam urusan 1MDB ini, dia terpaksa merasuah ramai ahli politik dalam kerajaan pada masa itu. Jadi untuk melaksanakan perniagaan di Malaysia, dia perlu melakukan rasuah. Rasuahnya bukan melibatkan jutaan, tetapi bilion. Jadi, saya merasakan bahawa rasuah ini bukan sahaja kita boleh menuturkan di bibir, tetapi apa yang ingin kita lihat ialah pelaksanaannya. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan bahawa baru-baru ini ada seorang mantan CEO Astro yang dipanggil oleh SPRM untuk disiasat dan disiasat selama lapan jam. Ini kerana dia dikatakan terlibat mengadakan hubungan dengan salah seorang saksi dalam kes Roger Ng itu yang mana hasil daripada evidence itu dikatakan bahawa dia ada meminta supaya diberikan hadiah lebih kurang USD10 juta untuk membeli apartment ataupun membelikan rumah pangsapuri di London. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, ada orang minta saya bertanyakan soalan ini. SPRM telah soal siasat, pertama saya hendak tanya, adakah menyiasat mama- mana pihak? Walaupun saya setuju pihak SPRM mengambil inisiatif menyiasat mantan. | 82 | 90 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 83
CEO Astro ini, tetapi saya ingin bertanya, adakah menyiasat seseorang itu sehingga lapan
jam adalah satu prosedur yang memang dibenarkan ataupun menjadi saya SOP pihak
SPRM?
Kita mungkin pernah mendengar bagaimana berlakunya tragedi kematian Teoh
Beng Hock dan juga Ahmad Sarbini sebelum ini. Jadi saya ingin bertanya, apakah SOP
menyiasat seseorang itu sehingga lapan jam ini adalah satu yang patut kita teruskan?
Walaupun saya mungkin suka disiasat itu, orang-orang itu di siasat, tetapi saya juga
dipandu oleh ajaran agama saya iaitu Al-Quran, dalam Surah Al-Ma'idah ayat nombor
lapan, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Jangan kerana kita benci kepada sesuatu
orang, menyebabkan kita berlaku tidak adil”. Jadi dalam Islam ini Tuan Yang di-Pertua,
dia menganjurkan kepada absolute justice, di mana walaupun dengan musuh kita
sekalipun, kita kena berlaku adil. Itu ajaran Islam.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai SPRM sudah siasat, satu hal. Saya hendak
tanya, adakah pihak JAKIM juga akan menyiasat mantan CEO Astro ini kerana
mengadakan hubungan luar nikah dengan seorang yang bukan suami dia? Kita lihat kalau
orang-orang yang berstatus rendah di Malaysia ini, orang-orang biasa, biasanya kalau
ada melakukan hubungan di luar nikah ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau orang bawah ini biasanya
senang disiasat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, sekejap, bagi sekejap.
Akan tetapi apabila melibatkan seorang yang dikatakan orang-orang yang bertaraf tinggi,
mengapakah pihak JAKIM sehingga kini tidak dengar akan siasat orang seperti ini. Saya
hendak tanya, adakah JAKIM akan menyiasat atau tidak? Silakan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat, saya
hendak tanya komen Yang Berhormat berkenaan dengan siasatan SPRM kepada bekas
CEO yang telah dipanggil untuk dirakam percakapan. Apakah pendapat Yang Berhormat
berkenaan dengan isu MITRA di mana terang-terang kita telah bongkarkan di Dewan yang
mulia ini penglibatan Ketua MIC, Tan Sri Dato' Sri Dr. SA. Vigneswaran dan beberapa
orang pemimpin MIC yang kita lihat tidak dipanggil untuk dirakam percakapan. Adakah
apa-apa double standard yang diamalkan oleh pihak SPRM?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya rasa semua orang tahu
bahawa di Malaysia ini memang amalan double standard ini sedang berlaku dan telah pun
berlaku. Jadi, saya tidak pelik kalau sekiranya amalan itu berlaku.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Persoalan saya, adakah
SPRM takut dengan MIC atau parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apabila berlakunya double
standard ini, kita boleh membuat pelbagai andaian. Jadi saya rasa saya tidak mahu jawab
soalan itu, tetapi saya rasa kita boleh membuat andaian apa yang berlaku.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Sepang,
Yang Berhormat Sepang. Berbalik kepada isu berkaitan dengan MITRA...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, saya tinggal lagi empat
minit.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Oh! Ya. Boleh sikit?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bagi sikit sahaja.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Berhubung dengan MITRA
seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, ini bukan sahaja
berkaitan dengan pemimpin-pemimpin MIC, tetapi dalam beberapa bulan yang lepas,
ramai yang telah ditangkap di bawah SPRM, siasatan untuk MITRA. Akan tetapi sehingga
hari ini, kita tidak tahu apakah perkembangan berkaitan dengan kes ini. Kenapa perkara
ini boleh berlaku?
| CEO Astro ini, tetapi saya ingin bertanya, adakah menyiasat seseorang itu sehingga lapan jam adalah satu prosedur yang memang dibenarkan ataupun menjadi saya SOP pihak SPRM?. Kita mungkin pernah mendengar bagaimana berlakunya tragedi kematian Teoh Beng Hock dan juga Ahmad Sarbini sebelum ini. Jadi saya ingin bertanya, apakah SOP menyiasat seseorang itu sehingga lapan jam ini adalah satu yang patut kita teruskan? Walaupun saya mungkin suka disiasat itu, orang-orang itu di siasat, tetapi saya juga dipandu oleh ajaran agama saya iaitu Al-Quran, dalam Surah Al-Ma'idah ayat nombor lapan, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], "Jangan kerana kita benci kepada sesuatu orang, menyebabkan kita berlaku tidak adil". Jadi dalam Islam ini Tuan Yang di-Pertua, dia menganjurkan kepada absolute justice, di mana walaupun dengan musuh kita sekalipun, kita kena berlaku adil. Itu ajaran Islam. Tuan Yang di-Pertua, mengenai SPRM sudah siasat, satu hal. Saya hendak tanya, adakah pihak JAKIM juga akan menyiasat mantan CEO Astro ini kerana mengadakan hubungan luar nikah dengan seorang yang bukan suami dia? Kita lihat kalau orang-orang yang berstatus rendah di Malaysia ini, orang-orang biasa, biasanya kalau ada melakukan hubungan di luar nikah ini... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau orang bawah ini biasanya senang disiasat. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, sekejap, bagi sekejap. Akan tetapi apabila melibatkan seorang yang dikatakan orang-orang yang bertaraf tinggi, mengapakah pihak JAKIM sehingga kini tidak dengar akan siasat orang seperti ini. Saya hendak tanya, adakah JAKIM akan menyiasat atau tidak? Silakan Yang Berhormat. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat, saya hendak tanya komen Yang Berhormat berkenaan dengan siasatan SPRM kepada bekas CEO yang telah dipanggil untuk dirakam percakapan. Apakah pendapat Yang Berhormat berkenaan dengan isu MITRA di mana terang-terang kita telah bongkarkan di Dewan yang mulia ini penglibatan Ketua MIC, Tan Sri Dato' Sri Dr. SA. Vigneswaran dan beberapa orang pemimpin MIC yang kita lihat tidak dipanggil untuk dirakam percakapan. Adakah apa-apa double standard yang diamalkan oleh pihak SPRM?. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya rasa semua orang tahu bahawa di Malaysia ini memang amalan double standard ini sedang berlaku dan telah pun berlaku. Jadi, saya tidak pelik kalau sekiranya amalan itu berlaku. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Persoalan saya, adakah SPRM takut dengan MIC atau parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC?. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apabila berlakunya double standard ini, kita boleh membuat pelbagai andaian. Jadi saya rasa saya tidak mahu jawab soalan itu, tetapi saya rasa kita boleh membuat andaian apa yang berlaku. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Berbalik kepada isu berkaitan dengan MITRA... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, saya tinggal lagi empat minit. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Oh! Ya. Boleh sikit?. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bagi sikit sahaja. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Berhubung dengan MITRA seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, ini bukan sahaja berkaitan dengan pemimpin-pemimpin MIC, tetapi dalam beberapa bulan yang lepas, ramai yang telah ditangkap di bawah SPRM, siasatan untuk MITRA. Akan tetapi sehingga hari ini, kita tidak tahu apakah perkembangan berkaitan dengan kes ini. Kenapa perkara ini boleh berlaku?. | 83 | 91 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
84 DR.01.03.2022
■1720
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tambah tentang SPRM. Kita tahu
bahawa telah menjadi pengetahuan umum, dalam kes SPRM ini Tuan Yang di-Pertua,
bukan sahaja melibatkan orang-orang tetapi bos nombor satu SPRM pun menjadi
masalah. Jadi, saya rasa kalau kita hendak tanya kenapa tidak kenapa, kita tanya
kenapakah daripada segi bos mereka sendiri pun menjadi masalah. Jadi, saya rasa itu
semua kita boleh— terserah pada rakyat. Suruh rakyat negeri Johor untuk membuat
pertimbanganlah.
Seterusnya saya ingin bertanya tentang hak asasi manusia yang telah pun
dinyatakan dalam perenggan 72 ucapan ini, ucapan Titah Diraja iaitu Malaysia telah
terpilih untuk kali ketiga menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Persatuan Bangsa-
bangsa Bersatu untuk penggal 2022 hingga 2024. Alhamdulillah, nampaknya kita
berbangga kerana kita telah terpilih untuk kali ketiga untuk menganggotai Majlis Hak Asasi
Manusia.
Kalau kita telah pun mengatakan kita berbangga, saya hendak tanya kenapakah
kita harus meneruskan pendakwaan ke atas orang kartunis seperti saudara Fahmi Reza.
Ini seorang yang patut kita banggakan kerana mempunyai bakat. Dia seperti Zunar ini
seorang yang patut kita banggakan. Ini ialah rakyat Malaysia yang berbakat. Kenapakah
kita harus dakwa dia? Sepatutnya kita boleh memberikan award kepada dia. Saya harap
kerajaan harus menarik balik pendakwaan ke atas saudara Fahmi Reza.
Seterusnya saya hendak tanya kenapa kerajaan tentang para 67 dan 68. Di mana
dinyatakan antara lain, “Mutakhir ini Beta melihat timbulnya pelbagai fahaman dan aliran
pemikiran yang mengelirukan masyarakat Islam dan juga usaha menormalisasikan
budaya yang bercanggah dengan adat dan amalan-amalan negara ini...”.
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ajaran yang bertentangan dengan Islam ini
kadang-kadang— ataupun aliran yang fahaman aliran yang mengelirukan ini, jangan kita
lihat kepada satu benda yang terlalu kecil. Sebenarnya bagi saya berlaku juga kekeliruan
dalam negara ini apabila orang-orang yang boleh dikatakan terlibat dengan gerakan Islam,
parti Islam boleh menyokong rasuah, boleh menyokong sebagai contoh Langkah
Sheraton, menyokong pengkhianatan.
Ini juga mengelirukan orang Islam. Begitu juga berlakunya kes di mana apabila
ada seorang bapa yang telah pun memukul isterinya sehingga 23 jahitan lepas itu masuk
Islam dan kemudiannya ibunya telah dilarang untuk mengambil hak penjagaan anak. Ini
juga mengelirukan orang Islam. Kerana apakah orang Islam bila dia pukul orang lepas itu
dia masuk Islam seolah-olah dia telah escape liability, dengan izin? Jadi, ini semua bagi
saya perkara-perkara yang mengelirukan orang Islam.
Jadi, saya meminta supaya kerajaan jangan kita sibuk bercakap tentang
mengelirukan Islam daripada segi soal nampak soal-soal yang kecil sahaja tetapi kalau
kita bercakap tentang mengelirukan Islam kita juga harus melihat bagaimana tindak
tanduk ahli politik khususnya ahli politik daripada parti Islam yang terang-terang boleh
menyokong rasuah, menyokong salah guna kuasa, boleh menyokong benda-benda yang
tidak betul. Jadi, saya harap kerajaan mengambil juga tindakan ke atas mereka seperti ini
yang telah mengelirukan Islam dan orang penting sepatut ini.
Tadi kita dengar daripada Yang Berhormat Kuala Nerus bercakap ayat Al-Quran
dan sebagainya tetapi dipecat ataupun dibuang daripada Majlis Syura Ulama. Jadi
bercakap tentang ayat Al-Quran ini cair tetapi daripada segi realitinya mereka inilah yang
sebenarnya yang menjual ayat-ayat Al-Quran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Sepang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam,
12 minit.
| #1720. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tambah tentang SPRM. Kita tahu bahawa telah menjadi pengetahuan umum, dalam kes SPRM ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja melibatkan orang-orang tetapi bos nombor satu SPRM pun menjadi masalah. Jadi, saya rasa kalau kita hendak tanya kenapa tidak kenapa, kita tanya kenapakah daripada segi bos mereka sendiri pun menjadi masalah. Jadi, saya rasa itu semua kita boleh-- terserah pada rakyat. Suruh rakyat negeri Johor untuk membuat pertimbanganlah. Seterusnya saya ingin bertanya tentang hak asasi manusia yang telah pun dinyatakan dalam perenggan 72 ucapan ini, ucapan Titah Diraja iaitu Malaysia telah terpilih untuk kali ketiga menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Persatuan Bangsa- bangsa Bersatu untuk penggal 2022 hingga 2024. Alhamdulillah, nampaknya kita berbangga kerana kita telah terpilih untuk kali ketiga untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia. Kalau kita telah pun mengatakan kita berbangga, saya hendak tanya kenapakah kita harus meneruskan pendakwaan ke atas orang kartunis seperti saudara Fahmi Reza. Ini seorang yang patut kita banggakan kerana mempunyai bakat. Dia seperti Zunar ini seorang yang patut kita banggakan. Ini ialah rakyat Malaysia yang berbakat. Kenapakah kita harus dakwa dia? Sepatutnya kita boleh memberikan award kepada dia. Saya harap kerajaan harus menarik balik pendakwaan ke atas saudara Fahmi Reza. Seterusnya saya hendak tanya kenapa kerajaan tentang para 67 dan 68. Di mana dinyatakan antara lain, "Mutakhir ini Beta melihat timbulnya pelbagai fahaman dan aliran pemikiran yang mengelirukan masyarakat Islam dan juga usaha menormalisasikan budaya yang bercanggah dengan adat dan amalan-amalan negara ini...". Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ajaran yang bertentangan dengan Islam ini kadang-kadang-- ataupun aliran yang fahaman aliran yang mengelirukan ini, jangan kita lihat kepada satu benda yang terlalu kecil. Sebenarnya bagi saya berlaku juga kekeliruan dalam negara ini apabila orang-orang yang boleh dikatakan terlibat dengan gerakan Islam, parti Islam boleh menyokong rasuah, boleh menyokong sebagai contoh Langkah Sheraton, menyokong pengkhianatan. Ini juga mengelirukan orang Islam. Begitu juga berlakunya kes di mana apabila ada seorang bapa yang telah pun memukul isterinya sehingga 23 jahitan lepas itu masuk Islam dan kemudiannya ibunya telah dilarang untuk mengambil hak penjagaan anak. Ini juga mengelirukan orang Islam. Kerana apakah orang Islam bila dia pukul orang lepas itu dia masuk Islam seolah-olah dia telah escape liability, dengan izin? Jadi, ini semua bagi saya perkara-perkara yang mengelirukan orang Islam. Jadi, saya meminta supaya kerajaan jangan kita sibuk bercakap tentang mengelirukan Islam daripada segi soal nampak soal-soal yang kecil sahaja tetapi kalau kita bercakap tentang mengelirukan Islam kita juga harus melihat bagaimana tindak tanduk ahli politik khususnya ahli politik daripada parti Islam yang terang-terang boleh menyokong rasuah, menyokong salah guna kuasa, boleh menyokong benda-benda yang tidak betul. Jadi, saya harap kerajaan mengambil juga tindakan ke atas mereka seperti ini yang telah mengelirukan Islam dan orang penting sepatut ini. Tadi kita dengar daripada Yang Berhormat Kuala Nerus bercakap ayat Al-Quran dan sebagainya tetapi dipecat ataupun dibuang daripada Majlis Syura Ulama. Jadi bercakap tentang ayat Al-Quran ini cair tetapi daripada segi realitinya mereka inilah yang sebenarnya yang menjual ayat-ayat Al-Quran. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam, 12 minit. | 84 | 92 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 85
5.23 ptg.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam]: Bismillahi Rahmani
Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang
di-Pertua yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk membahaskan Menjunjung
Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama,
Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merapatkan setinggi kesyukuran kepada Allah
SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, ia saya dapat berucap menjunjung kasih
Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Saya berazam dan beriltizam untuk
meneruskan perjuangan dan khidmat bakti kepada rakyat khususnya rakyat di Parlimen
Sabak Bernam tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Saya memulakan ucapan ini dengan memetik sepotong ayat suci daripada Al-
Quran Al-Karim supaya berkat yang bermaksud, “Katakanlah wahai Tuhan yang
mempunyai kuasa memerintah, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang merampas kuasa pemerintahan
daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkau menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan
Engkaulah sahaja adanya kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas
setiap sesuatu...”.
Ayat ke-26 daripada Surah Al-Imran yang saya baru bacakan maksud tadi
memberikan peringatan kepada diri saya dan kita semua bahawa kuasa pemerintahan
hanyalah dari Allah dan bersifat sementara sahaja. Sebagai pemimpin kita diingatkan
bahawa kuasa ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di
kemudian hari kelak.
Pertama, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri
Malaysia yang kesembilan yang telah menerajui negara dan memimpin Keluarga Malaysia
ini secara lebih inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta budaya
dan fahaman politik dengan jayanya semenjak lapan bulan lalu setelah dilantik sebagai
Perdana Menteri. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutamanya pandemik
COVID-19 yang gelombang politik dan ekonomi yang terus mencabar serta musibah
bencana banjir baru-baru ini.
Kedua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada barisan Kabinet yang terdiri
daripada Jemaah Menteri dan jentera kerajaan, semua anggota barisan hadapan,
frontliner serta penjawat awam yang sentiasa dan terus komited menjaga keamanan dan
keselamatan negara serta memaju dan membangunkan negara bagi memastikan negara
terus stabil daripada segi politik, ekonomi dan sosial. Sebagai Kerajaan Keluarga
Malaysia, saya yang bertanggungjawab, kerajaan hari ini jelas beriltizam Keluarga
Malaysia terus hidup dengan harmoni dan sejahtera, berusaha meningkatkan pendapatan
rakyat dan berikhtiar untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Majlis Pemulihan Nasional (MPN)
dan yakin bahawa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dapat mencapai sasaran dan
matlamat dalam jangka waktu yang ditetapkan lebih awal khususnya dalam merangka
pelan pemulihan daripada pandemik COVID-19 kepada endemik COVID-19 dan
seterusnya memudah cara pembukaan sektor ekonomi dan sosial dengan lancar dan
berkesan. Terlebih dahulu patik menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.
Seterusnya Tuanku telah menyentuh berhubung dengan pemulihan ekonomi
negara untuk kesejahteraan rakyat melalui lapan siri pakej bantuan dan rangsangan
ekonomi yang mengunjurkan KDNK negara akan terus berkembang daripada 5.5 kepada
6.5.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Tuanku menzahirkan penghargaan ke atas taat
setia dan sumbangan ikhlas semua petugas barisan hadapan negara, anggota
perkhidmatan awam, anggota tentera, Polis Diraja Malaysia serta agensi kerajaan yang
| 5.23 ptg. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam]: Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk membahaskan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merapatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, ia saya dapat berucap menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Saya berazam dan beriltizam untuk meneruskan perjuangan dan khidmat bakti kepada rakyat khususnya rakyat di Parlimen Sabak Bernam tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Saya memulakan ucapan ini dengan memetik sepotong ayat suci daripada Al- Quran Al-Karim supaya berkat yang bermaksud, "Katakanlah wahai Tuhan yang mempunyai kuasa memerintah, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang merampas kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah sahaja adanya kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu...". Ayat ke-26 daripada Surah Al-Imran yang saya baru bacakan maksud tadi memberikan peringatan kepada diri saya dan kita semua bahawa kuasa pemerintahan hanyalah dari Allah dan bersifat sementara sahaja. Sebagai pemimpin kita diingatkan bahawa kuasa ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di kemudian hari kelak. Pertama, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan yang telah menerajui negara dan memimpin Keluarga Malaysia ini secara lebih inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta budaya dan fahaman politik dengan jayanya semenjak lapan bulan lalu setelah dilantik sebagai Perdana Menteri. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutamanya pandemik COVID-19 yang gelombang politik dan ekonomi yang terus mencabar serta musibah bencana banjir baru-baru ini. Kedua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada barisan Kabinet yang terdiri daripada Jemaah Menteri dan jentera kerajaan, semua anggota barisan hadapan, frontliner serta penjawat awam yang sentiasa dan terus komited menjaga keamanan dan keselamatan negara serta memaju dan membangunkan negara bagi memastikan negara terus stabil daripada segi politik, ekonomi dan sosial. Sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia, saya yang bertanggungjawab, kerajaan hari ini jelas beriltizam Keluarga Malaysia terus hidup dengan harmoni dan sejahtera, berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dan berikhtiar untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Majlis Pemulihan Nasional (MPN) dan yakin bahawa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dapat mencapai sasaran dan matlamat dalam jangka waktu yang ditetapkan lebih awal khususnya dalam merangka pelan pemulihan daripada pandemik COVID-19 kepada endemik COVID-19 dan seterusnya memudah cara pembukaan sektor ekonomi dan sosial dengan lancar dan berkesan. Terlebih dahulu patik menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Seterusnya Tuanku telah menyentuh berhubung dengan pemulihan ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat melalui lapan siri pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang mengunjurkan KDNK negara akan terus berkembang daripada 5.5 kepada 6.5. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Tuanku menzahirkan penghargaan ke atas taat setia dan sumbangan ikhlas semua petugas barisan hadapan negara, anggota perkhidmatan awam, anggota tentera, Polis Diraja Malaysia serta agensi kerajaan yang. | 85 | 93 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
86 DR.01.03.2022
telah mencurah bakti sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan
makmur.
Sebelum mengakhiri ucapan Tuanku telah berkenan memberikan dua rangkap
pantun nasihat yang mencuit hati Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu mengurangkan berpolitik
tetapi berbakti kepada rakyat. Saranan ini tepat sekali kerana keghairahan berpolitik telah
menyebabkan ketaksuban kepada parti tertentu dan menyebabkan perpecahan sehingga
boleh mengabaikan tugas utama untuk membela rakyat dan membangunkan negara.
Malah boleh menjejaskan perpaduan nasional sehingga kerajaan terpaksa
memperkenalkan wawasan dan pendekatan Keluarga Malaysia bagi keharmonian
pelbagai kaum di negara ini.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Kesihatan berhubung
dengan COVID-19. Tuanku telah menzahirkan agar kerajaan mengukuhkan strategi dan
ketahanan dalam menangani COVID-19. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyentuh
berhubung dengan pandemik COVID-19, mengimbas kembali kes COVID-19 yang
pertama di Malaysia telah disahkan pada 25 Januari 2020.
Saya ingin bertanya untuk mendapatkan ulasan daripada kerajaan, daripada
Kementerian Kesihatan mengapakah Malaysia mencatatkan bilangan dan peratusan
rakyat negara ini yang dijangkiti COVID-19 ini berbanding jumlah penduduk lebih tinggi
berbanding dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam
dan Filipina? Apakah langkah kerajaan bagi mengurangkan kadar jangkitan di kalangan
rakyat negara ini termasuklah mengkaji semula SOP sedia ada supaya lebih berkesan
dalam mengawal jangkitan COVID ini.
■1730
[Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Mesyuarat]
Seterusnya saya ingin dapat penjelasan daripada kerajaan, KKM bilangan
kematian COVID-19 mengikut peringkat umur kanak-kanak, dewasa dan warga emas
serta bilangan warga— kematian COVID-19 ini yang mendapat vaksin dan tidak mendapat
vaksin. Nyatakan bilangan kes brought-in-dead (BID) bagi tahun 2020, 2021 dan 2022
bagi penyakit COVID-19.
Berhubung dengan Kementerian Kesihatan ini, saya ingin membangkitkan isu
suntikan dos penggalak ataupun booster 3. Pertama, setakat manakah dos penggalak
mampu menangani serangan COVID-19 secara berkesan khususnya varian Delta dan
Omicron? Kedua, adakah kerajaan bercadang akan mengadakan suntikan booster yang
keempat? Seterusnya, apakah kewajaran rakyat terus mendapat suntikan vaksin booster
ini? Berapakah bilangan rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin penggalak
COVID-19 ini?
Akhirnya berhubung dengan Kementerian Kesihatan, saya ingin menyentuh
berhubung dengan MySejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan masalah orang
awam yang telah mengikut saranan TRIIS oleh KKM tetapi apabila telah melaporkan
keputusan positif, tetapi MySejahtera mengambil masa yang agak lama untuk menukar
status kepada confirmed case berwarna merah. Apakah langkah dan tindakan
penambahbaikan yang telah KKM lakukan agar aplikasi MySejahtera ini dapat berfungsi
lebih baik terutama ketika kes COVID-19 ini?
Tuan Yang di-Pertua, tentang Kementerian Pendidikan. Tuanku dalam Titah
Baginda telah menyentuh berhubung dengan menyokong pembelajaran menerusi
pembudayaan amalan dan nilai murni serta persekitaran sekolah yang selamat dan
kondusif, mengalu-alukan inisiatif pendekatan “Sekolahku Sejahtera” untuk dilaksanakan
ke arah pembentukan kemenjadian murid.
Sehubungan dengan ini, saya ingin menyentuh berhubungan Kementerian
Pendidikan. Pertama, saya ingin menyentuh berhubung dengan Program Imunisasi
COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) yang mereka berumur di antara lima hingga 12 tahun
yang dilaksanakan kerajaan bermula tahun ketiga. Saya ingin mendapat penjelasan,
| telah mencurah bakti sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur. Sebelum mengakhiri ucapan Tuanku telah berkenan memberikan dua rangkap pantun nasihat yang mencuit hati Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu mengurangkan berpolitik tetapi berbakti kepada rakyat. Saranan ini tepat sekali kerana keghairahan berpolitik telah menyebabkan ketaksuban kepada parti tertentu dan menyebabkan perpecahan sehingga boleh mengabaikan tugas utama untuk membela rakyat dan membangunkan negara. Malah boleh menjejaskan perpaduan nasional sehingga kerajaan terpaksa memperkenalkan wawasan dan pendekatan Keluarga Malaysia bagi keharmonian pelbagai kaum di negara ini. Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Kesihatan berhubung dengan COVID-19. Tuanku telah menzahirkan agar kerajaan mengukuhkan strategi dan ketahanan dalam menangani COVID-19. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan pandemik COVID-19, mengimbas kembali kes COVID-19 yang pertama di Malaysia telah disahkan pada 25 Januari 2020. Saya ingin bertanya untuk mendapatkan ulasan daripada kerajaan, daripada Kementerian Kesihatan mengapakah Malaysia mencatatkan bilangan dan peratusan rakyat negara ini yang dijangkiti COVID-19 ini berbanding jumlah penduduk lebih tinggi berbanding dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina? Apakah langkah kerajaan bagi mengurangkan kadar jangkitan di kalangan rakyat negara ini termasuklah mengkaji semula SOP sedia ada supaya lebih berkesan dalam mengawal jangkitan COVID ini. #1730 [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]. Seterusnya saya ingin dapat penjelasan daripada kerajaan, KKM bilangan kematian COVID-19 mengikut peringkat umur kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta bilangan warga-- kematian COVID-19 ini yang mendapat vaksin dan tidak mendapat vaksin. Nyatakan bilangan kes brought-in-dead (BID) bagi tahun 2020, 2021 dan 2022 bagi penyakit COVID-19. Berhubung dengan Kementerian Kesihatan ini, saya ingin membangkitkan isu suntikan dos penggalak ataupun booster 3. Pertama, setakat manakah dos penggalak mampu menangani serangan COVID-19 secara berkesan khususnya varian Delta dan Omicron? Kedua, adakah kerajaan bercadang akan mengadakan suntikan booster yang keempat? Seterusnya, apakah kewajaran rakyat terus mendapat suntikan vaksin booster ini? Berapakah bilangan rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin penggalak COVID-19 ini? Akhirnya berhubung dengan Kementerian Kesihatan, saya ingin menyentuh berhubung dengan MySejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan masalah orang awam yang telah mengikut saranan TRIIS oleh KKM tetapi apabila telah melaporkan keputusan positif, tetapi MySejahtera mengambil masa yang agak lama untuk menukar status kepada confirmed case berwarna merah. Apakah langkah dan tindakan penambahbaikan yang telah KKM lakukan agar aplikasi MySejahtera ini dapat berfungsi lebih baik terutama ketika kes COVID-19 ini? Tuan Yang di-Pertua, tentang Kementerian Pendidikan. Tuanku dalam Titah Baginda telah menyentuh berhubung dengan menyokong pembelajaran menerusi pembudayaan amalan dan nilai murni serta persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif, mengalu-alukan inisiatif pendekatan "Sekolahku Sejahtera" untuk dilaksanakan ke arah pembentukan kemenjadian murid. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyentuh berhubungan Kementerian Pendidikan. Pertama, saya ingin menyentuh berhubung dengan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) yang mereka berumur di antara lima hingga 12 tahun yang dilaksanakan kerajaan bermula tahun ketiga. Saya ingin mendapat penjelasan, | 86 | 94 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 87
setakat manakah sambutan program PICKids ini dan nyatakan bilangan kanak-kanak
yang telah divaksin? Apakah langkah kerajaan bagi menangani pelajar yang telah
divaksinasi tetapi terus hadir sekolah?
Kedua berhubung KPM ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan isu
kehadiran dan keciciran murid. COVID-19 telah memberikan kesan yang besar kepada
sektor pendidikan apabila lebih ramai pelajar keciciran. Tahun lalu Tabung Kanak-kanak
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNICEF melaporkan satu pertiga kanak-kanak di
dunia di negara ini membangun tidak mempunyai peluang untuk mendapat pembelajaran
secara jarak jauh khususnya melalui radio, televisyen dan internet. Di negara ini, tujuan
KPM melaporkan pembelajaran dalam talian mendapati 1.85 juta orang murid tidak
mempunyai peranti dan menghadapi masalah akses internet.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada KPM. Setakat manakah KPM
menangani isu kehadiran dan keciciran pelajar sepanjang PdPR lalu? Adakah KPM
bercadang untuk mengkaji semula manual PdPR supaya lebih lengkap dan komprehensif
bagi memudahkan guru? Apakah langkah KPM bagi memastikan keciciran pembelajaran
tidak terus berlanjutan sehingga berlaku senario generasi keciciran, lost generation?
Berapakah bilangan pelajar yang telah berhenti sekolah sejak Ogos 2021 hingga terkini
Mac 2022? Apakah langkah kerajaan, KPM bagi meningkatkan kemahiran seni
pengajaran pedagogi dalam talian kepada semua guru?
Berhubung dengan KPM ini ketiga, saya ingin menyentuh berhubung dengan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di mana KPM mendapat peruntukan sebanyak RM300
juta bagi melaksanakan Program Bantuan Awal Persekolahan. Setiap pelajar mendapat
bantuan berjumlah RM150 seorang daripada kalangan keluarga isi rumah pendapatan
RM3,000 ke bawah. Saya ingin mendapat penjelasan KPM, setakat manakah kerajaan
telah mengeluarkan bantuan kepada murid? Apakah langkah kerajaan bagi memastikan
proses dan prosedur untuk mendapatkan BAP dan ini tidak menyukarkan untuk
menyediakan pelajar dan ibu bapa pelajar?
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengingatkan diri saya dan mengajak
Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini supaya sentiasa bersyukur kerana
kita dapat hidup dalam negara yang aman dan damai. Marilah kita berganding bahu tanpa
mengira agama, bangsa, kaum ataupun aliran parti untuk bersama-sama
mempertahankan kedaulatan negara ini daripada segi bentuk pencerobohan dan
ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara kita.
Akhir kalam sebagai tanda kita mencintai negara ini, marilah perbanyakan doa
untuk keselamatan dan kesejahteraan negara kita serta seluruh jelata lebih-lebih lagi
ketika kita dilanda pandemik COVID-19 ini. Sekarang ini saya akhiri dengan memetik
sepotong ayat Al-Quran Al-Karim yang bermaksud, “Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya
penduduk negeri ini beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada
mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat
Subang.
5.36 ptg.
Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
peluang kepada saya untuk memberi ucapan menyambut Titah Diraja. Tuan Yang di-
Pertua, ada kebarangkalian bahawa ucapan Titah Diraja ini akan menjadi ucapan dasar
terakhir bagi Parlimen Keempat Belas ini. Ini adalah kerana kemungkinan besar Pilihan
Raya Umum Kelima Belas akan berlaku tahun ini. Ada banyak desas-desus berkata ia
akan berlaku pada bulan Jun atau Julai, ada yang kata bulan September.
Sebahagian daripada Ahli Parlimen dalam Dewan ini akan kembali berkhidmat
selepas Pilihan Raya Umum Kelima Belas dan ada sebahagian yang akan mengakhiri
penggal mereka. Saya sendiri tidak tahu sama ada saya akan dapat atau tidak untuk terus
| setakat manakah sambutan program PICKids ini dan nyatakan bilangan kanak-kanak yang telah divaksin? Apakah langkah kerajaan bagi menangani pelajar yang telah divaksinasi tetapi terus hadir sekolah? Kedua berhubung KPM ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan isu kehadiran dan keciciran murid. COVID-19 telah memberikan kesan yang besar kepada sektor pendidikan apabila lebih ramai pelajar keciciran. Tahun lalu Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNICEF melaporkan satu pertiga kanak-kanak di dunia di negara ini membangun tidak mempunyai peluang untuk mendapat pembelajaran secara jarak jauh khususnya melalui radio, televisyen dan internet. Di negara ini, tujuan KPM melaporkan pembelajaran dalam talian mendapati 1.85 juta orang murid tidak mempunyai peranti dan menghadapi masalah akses internet. Saya ingin mendapat penjelasan daripada KPM. Setakat manakah KPM menangani isu kehadiran dan keciciran pelajar sepanjang PdPR lalu? Adakah KPM bercadang untuk mengkaji semula manual PdPR supaya lebih lengkap dan komprehensif bagi memudahkan guru? Apakah langkah KPM bagi memastikan keciciran pembelajaran tidak terus berlanjutan sehingga berlaku senario generasi keciciran, lost generation? Berapakah bilangan pelajar yang telah berhenti sekolah sejak Ogos 2021 hingga terkini Mac 2022? Apakah langkah kerajaan, KPM bagi meningkatkan kemahiran seni pengajaran pedagogi dalam talian kepada semua guru? Berhubung dengan KPM ini ketiga, saya ingin menyentuh berhubung dengan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di mana KPM mendapat peruntukan sebanyak RM300 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Awal Persekolahan. Setiap pelajar mendapat bantuan berjumlah RM150 seorang daripada kalangan keluarga isi rumah pendapatan RM3,000 ke bawah. Saya ingin mendapat penjelasan KPM, setakat manakah kerajaan telah mengeluarkan bantuan kepada murid? Apakah langkah kerajaan bagi memastikan proses dan prosedur untuk mendapatkan BAP dan ini tidak menyukarkan untuk menyediakan pelajar dan ibu bapa pelajar? Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengingatkan diri saya dan mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini supaya sentiasa bersyukur kerana kita dapat hidup dalam negara yang aman dan damai. Marilah kita berganding bahu tanpa mengira agama, bangsa, kaum ataupun aliran parti untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara ini daripada segi bentuk pencerobohan dan ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara kita. Akhir kalam sebagai tanda kita mencintai negara ini, marilah perbanyakan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan negara kita serta seluruh jelata lebih-lebih lagi ketika kita dilanda pandemik COVID-19 ini. Sekarang ini saya akhiri dengan memetik sepotong ayat Al-Quran Al-Karim yang bermaksud, "Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri ini beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." Sekian, terima kasih. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Subang. 5.36 ptg. Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan menyambut Titah Diraja. Tuan Yang di- Pertua, ada kebarangkalian bahawa ucapan Titah Diraja ini akan menjadi ucapan dasar terakhir bagi Parlimen Keempat Belas ini. Ini adalah kerana kemungkinan besar Pilihan Raya Umum Kelima Belas akan berlaku tahun ini. Ada banyak desas-desus berkata ia akan berlaku pada bulan Jun atau Julai, ada yang kata bulan September. Sebahagian daripada Ahli Parlimen dalam Dewan ini akan kembali berkhidmat selepas Pilihan Raya Umum Kelima Belas dan ada sebahagian yang akan mengakhiri penggal mereka. Saya sendiri tidak tahu sama ada saya akan dapat atau tidak untuk terus. | 87 | 95 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
88 DR.01.03.2022
berkhidmat sebagai seorang Ahli Parlimen. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk memberi pandangan-pandangan saya demi kepentingan negara
dengan izin, to use this occasion to deliver a simple policy farewell speech of sort, just in
case.
Tuan Yang di-Pertua, sudah hampir sembilan tahun saya berkhidmat sebagai
seorang Ahli Parlimen. Pada tahun 2013, saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kelana
Jaya dan sejak tahun 2018 sebagai Ahli Parlimen Subang. Saya bermula sebagai Ahli
Parlimen pembangkang selama lima tahun. Kemudian 22 bulan sebagai Ahli Parlimen
kerajaan dan selepas itu kembali menjadi pembangkang. Saya telah merasai
kemenangan, harapan besar, kehampaan dan juga pengkhianatan.
Tuan Yang di-Pertua, politik Malaysia ini macam roller coaster. Saya bertuah
kerana dapat merasai masa sebagai Ahli Parlimen kerajaan dan juga sebagai Ahli
Parlimen pembangkang. Rupa-rupanya tidak banyak beza pun, hendak jumpa Menteri
lebih kurang sama susahlah dan hendak beri pandangan dasar-dasar reformasi tiada
yang betul-betul berminat untuk dengar pun.
Oleh itu, ucapan saya ini ucapan terakhir dasarlah adalah ditujukan kepada
semua. Daripada berpuluh-puluh dasar reformasi yang penting, ucapan pendek saya ini
yang ada cuma 12 minit akan fokus kepada tiga reformasi pada pendapat saya yang
terpenting sahaja iaitu gaji untuk rakyat, masalah brain drain dan akhir sekali tentang
tadbir urus.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu gaji bagi golongan B40 yang tidak
naik-naik setiap tahun. Walaupun sesiapa kerajaan tetapi tidak naik. Kita hidup di negara
dan rakyatnya berbilang kaum dan agama. Our diversity diberi penekanan yang kuat oleh
semua orang politik. Ada orang Cina yang kaya tetapi terasa hidup mereka tidak adil
sebagai second class citizen. Ada jutawan India yang rasa dia dibuli sebagai third class
citizen.
Ada pula golongan bumiputera elit yang sangat kaya tetapi kononnya membela
nasib nelayan serta petani yang miskin. Sungguh hebat sekali pendirian masing-masing
dan setiap pendirian ada pula elemen-elemen kebenaran dan ada elemen-elemen
kelentong. Akan tetapi apabila isu gaji minimum dikemukakan, tiba-tiba golongan elit sama
ada Melayu, Cina atau India secara ajaib dapat menunjukkan satu tahap muhibah yang
hebat sekali. Golongan elit dari semua kaum bersatu padu menolak kenaikan gaji
minimum.
Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum bukannya isu perkauman tetapi isu morality,
isu inequality dan isu penindasan kelas atasan terhadap yang miskin. Banyak yang
mencadangkan termasuk saya sendiri supaya gaji minimum dinaikkan kepada kadar
RM1,500 sebulan.
■1740
Namun, saya tahu ini pun tidak mencukupi untuk sebuah keluarga. Dengan
tanggungan yang banyak dan kos sara hidup yang tinggi, gaji minimum seharusnya
sekurang-kurangnya dapat memberi pendapatan RM2,700 sebulan bagi setiap keluarga
untuk menjalani kehidupan yang bermaruah.
Dari segi ekonomi, gaji minimum bukanlah satu solusi jangka panjang. Ia adalah
satu jenis wage distortion. Kalau kita benar-benar hendak, dengan izin, market forces to
set wages, maka kita perlu mereformasi hak-hak pekerja supaya ia mencapai tahap ILO
agar ia seimbang dengan hak-hak pelabur dan pemegang saham. Dari segi impak kepada
ekonomi pula, apabila gaji B40 dinaikkan, 90 peratus daripada wang ini akan dikitar balik
ke dalam ekonomi tempatan dan ini akan meningkatkan overall economic consumption.
Sebagai bandingan, sekiranya kerajaan cuma membuat dasar-dasar pro-business untuk
memenuhi kehendak golongan elit, apa-apa peningkatan harga golongan elit ini akan
keluar dari ekonomi tempatan melalui capital flight.
Oleh yang demikian, prinsip dasar untuk menaikkan gaji adalah sebagai satu
dasar that is both morally correct and also good economics. Adakah kerajaan dan majikan
swasta berupaya menanggung kenaikan gaji B40? Jawapannya adalah boleh tetapi ia
| berkhidmat sebagai seorang Ahli Parlimen. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pandangan-pandangan saya demi kepentingan negara dengan izin, to use this occasion to deliver a simple policy farewell speech of sort, just in case. Tuan Yang di-Pertua, sudah hampir sembilan tahun saya berkhidmat sebagai seorang Ahli Parlimen. Pada tahun 2013, saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya dan sejak tahun 2018 sebagai Ahli Parlimen Subang. Saya bermula sebagai Ahli Parlimen pembangkang selama lima tahun. Kemudian 22 bulan sebagai Ahli Parlimen kerajaan dan selepas itu kembali menjadi pembangkang. Saya telah merasai kemenangan, harapan besar, kehampaan dan juga pengkhianatan. Tuan Yang di-Pertua, politik Malaysia ini macam roller coaster. Saya bertuah kerana dapat merasai masa sebagai Ahli Parlimen kerajaan dan juga sebagai Ahli Parlimen pembangkang. Rupa-rupanya tidak banyak beza pun, hendak jumpa Menteri lebih kurang sama susahlah dan hendak beri pandangan dasar-dasar reformasi tiada yang betul-betul berminat untuk dengar pun. Oleh itu, ucapan saya ini ucapan terakhir dasarlah adalah ditujukan kepada semua. Daripada berpuluh-puluh dasar reformasi yang penting, ucapan pendek saya ini yang ada cuma 12 minit akan fokus kepada tiga reformasi pada pendapat saya yang terpenting sahaja iaitu gaji untuk rakyat, masalah brain drain dan akhir sekali tentang tadbir urus. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu gaji bagi golongan B40 yang tidak naik-naik setiap tahun. Walaupun sesiapa kerajaan tetapi tidak naik. Kita hidup di negara dan rakyatnya berbilang kaum dan agama. Our diversity diberi penekanan yang kuat oleh semua orang politik. Ada orang Cina yang kaya tetapi terasa hidup mereka tidak adil sebagai second class citizen. Ada jutawan India yang rasa dia dibuli sebagai third class citizen. Ada pula golongan bumiputera elit yang sangat kaya tetapi kononnya membela nasib nelayan serta petani yang miskin. Sungguh hebat sekali pendirian masing-masing dan setiap pendirian ada pula elemen-elemen kebenaran dan ada elemen-elemen kelentong. Akan tetapi apabila isu gaji minimum dikemukakan, tiba-tiba golongan elit sama ada Melayu, Cina atau India secara ajaib dapat menunjukkan satu tahap muhibah yang hebat sekali. Golongan elit dari semua kaum bersatu padu menolak kenaikan gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum bukannya isu perkauman tetapi isu morality, isu inequality dan isu penindasan kelas atasan terhadap yang miskin. Banyak yang mencadangkan termasuk saya sendiri supaya gaji minimum dinaikkan kepada kadar RM1,500 sebulan. #1740. Namun, saya tahu ini pun tidak mencukupi untuk sebuah keluarga. Dengan tanggungan yang banyak dan kos sara hidup yang tinggi, gaji minimum seharusnya sekurang-kurangnya dapat memberi pendapatan RM2,700 sebulan bagi setiap keluarga untuk menjalani kehidupan yang bermaruah. Dari segi ekonomi, gaji minimum bukanlah satu solusi jangka panjang. Ia adalah satu jenis wage distortion. Kalau kita benar-benar hendak, dengan izin, market forces to set wages, maka kita perlu mereformasi hak-hak pekerja supaya ia mencapai tahap ILO agar ia seimbang dengan hak-hak pelabur dan pemegang saham. Dari segi impak kepada ekonomi pula, apabila gaji B40 dinaikkan, 90 peratus daripada wang ini akan dikitar balik ke dalam ekonomi tempatan dan ini akan meningkatkan overall economic consumption. Sebagai bandingan, sekiranya kerajaan cuma membuat dasar-dasar pro-business untuk memenuhi kehendak golongan elit, apa-apa peningkatan harga golongan elit ini akan keluar dari ekonomi tempatan melalui capital flight. Oleh yang demikian, prinsip dasar untuk menaikkan gaji adalah sebagai satu dasar that is both morally correct and also good economics. Adakah kerajaan dan majikan swasta berupaya menanggung kenaikan gaji B40? Jawapannya adalah boleh tetapi ia. | 88 | 96 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 89
harus dilakukan melalui kawalan berperingkat. Di manakah dana untuk membayar
kenaikan gaji ini? Kita perlu menstrukturkan semula subsidi. Bukan batal subsidi tetapi
membuat konsolidasi dan menukarkan sebahagian subsidi kepada bantuan gaji minimum.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini, program-program subsidi kerajaan
menelan kos RM52 bilion setahun. Malaysia mempunyai 2.6 juta keluarga dalam kategori
B40. Jika jumlah subsidi besar RM52 bilion ini dibahagikan sama rata kepada kesemua
keluarga B40, ia bersamaan dengan bantuan RM1,600 sebulan kepada setiap keluarga
B40. Oleh itu, jika mana-mana kerajaan berpegang kepada alasan bahawa tidak cukup
dana untuk menyelesaikan isu gaji minimum ini, kerajaan itu sebenarnya tidak bercakap
benar. Dalam bahasa Kelate, duit itu belana, memang banyak.
Ada tidak contoh kerajaan yang berjaya menaikkan gaji minimum tanpa
menjejaskan ekonomi? Ada. Kenaikan gaji minimum 7.6 peratus setahun di Brazil pada
masa pentadbiran Lula Inacio telah berjaya menolong 10 peratus penduduk Brazil iaitu 20
juta rakyat Brazil keluar daripada kemelut kemiskinan. Dasar di Brazil itu juga diakui
sebagai good economics oleh badan-badan kapitalis seperti IMF dan World Bank.
Akan tetapi, sebenarnya kita tidak perlu naik gaji B40 pada kadar seperti Brazil
pun. Tidak payah 7.6 peratus. Apa yang kita kena lakukan ialah pastikan kadar CPI
campur dua peratus sudah memadai. Dasar ini juga perlu ada sunset clause iaitu selepas
lima ke 10 tahun, hak asasi pekerja di bawah piawaian ILO perlu mengambil alih konsep
dasar gaji minimum.
Tuan Yang di-Pertua, saya menukar poin sekarang pada dasar reformasi kedua
iaitu masalah berkaitan brain drain. Malaysia memang mempunyai satu Human
Development Index yang tinggi tetapi terdapat banyak faktor menyebabkan kenapa kita
tidak boleh mengatasi middle-income trap.
Setiap tahun kita melahirkan graduan-graduan terbaik daripada segi Human
Development Index tetapi ramai yang berpotensi dan berbakat ini pula mengambil
keputusan untuk berpindah ke negara lain seperti Singapura. Untuk membawa Malaysia
ke tahap fully developed seperti Singapura, Taiwan, Jepun dan South Korea, kita perlu
ada dasar yang baik untuk memastikan majoriti besar pelajar terbaik Malaysia memilih
untuk belajar dan berkhidmat di Malaysia.
Apa dasar-dasar yang perlu dilakukan? Yang penting ialah peningkatan gaji.
Kalau Singapura menawarkan gaji tiga ke lima kali ganda kepada graduan kita, graduan
kita memanglah akan tertarik untuk pindah ke Singapura. Ya, memang ada graduan yang
meninggalkan negara kerana isu politik, kebebasan dan hak asasi yang terbantut di
Malaysia, sistem merit yang tidak adil di antara kaum dan juga intra-kaum. Semua isu
politik ini boleh diatasi sekiranya kita ada azam politik untuk menegakkan keadilan sosial
dan keadilan peribadi.
Pada fikiran saya, yang pindah ke negara lain disebabkan politik dan isu merit
adalah cuma 30 peratus sahaja. Majoriti 70 peratus bakat Malaysia yang berpindah
adalah kerana isu gaji dan wang. Pada perkiraan saya, terdapat lebih kurang 1.2 juta
rakyat Malaysia yang berpindah dan bekerja di luar negara. Majoriti mereka mempunyai
ijazah dan bertaraf profesional. Kalau purata pendapatan mereka adalah RM15,000
sebulan atau SGD5,000 sahaja sebulan― ini adalah anggaran konservatif, rendah ya―
ekonomi dan GDP Malaysia telah kehilangan hasil dan daya produktiviti sebanyak RM216
bilion setahun. Pengutipan hasil cukai pendapatan peribadi itu telah lesap sebanyak RM54
bilion setahun.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk menyekat brain drain? Kita boleh
kurangkan kadar pemindahan ini sebanyak 30 peratus kalau kita ada sistem merit
berdasarkan keperluan sosial tanpa mengira gender, kaum dan agama, laksanakan hak
asasi yang baik, jangan menindas dan buli golongan minoriti. Kalau katakan kita buat
semua ini, mungkin 30 peratus graduan yang tertarik untuk bekerja di negara lain akan
bertukar fikiran dan kekal di Malaysia.
Jadi, yang lebihan 70 peratus ini macam mana pula? Kita perlu pastikan gaji
berpatutan. Untuk melakukan ini, kita perlu ada sistem ekonomi yang ditadbir dengan
baik.
| harus dilakukan melalui kawalan berperingkat. Di manakah dana untuk membayar kenaikan gaji ini? Kita perlu menstrukturkan semula subsidi. Bukan batal subsidi tetapi membuat konsolidasi dan menukarkan sebahagian subsidi kepada bantuan gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini, program-program subsidi kerajaan menelan kos RM52 bilion setahun. Malaysia mempunyai 2.6 juta keluarga dalam kategori B40. Jika jumlah subsidi besar RM52 bilion ini dibahagikan sama rata kepada kesemua keluarga B40, ia bersamaan dengan bantuan RM1,600 sebulan kepada setiap keluarga B40. Oleh itu, jika mana-mana kerajaan berpegang kepada alasan bahawa tidak cukup dana untuk menyelesaikan isu gaji minimum ini, kerajaan itu sebenarnya tidak bercakap benar. Dalam bahasa Kelate, duit itu belana, memang banyak. Ada tidak contoh kerajaan yang berjaya menaikkan gaji minimum tanpa menjejaskan ekonomi? Ada. Kenaikan gaji minimum 7.6 peratus setahun di Brazil pada masa pentadbiran Lula Inacio telah berjaya menolong 10 peratus penduduk Brazil iaitu 20 juta rakyat Brazil keluar daripada kemelut kemiskinan. Dasar di Brazil itu juga diakui sebagai good economics oleh badan-badan kapitalis seperti IMF dan World Bank. Akan tetapi, sebenarnya kita tidak perlu naik gaji B40 pada kadar seperti Brazil pun. Tidak payah 7.6 peratus. Apa yang kita kena lakukan ialah pastikan kadar CPI campur dua peratus sudah memadai. Dasar ini juga perlu ada sunset clause iaitu selepas lima ke 10 tahun, hak asasi pekerja di bawah piawaian ILO perlu mengambil alih konsep dasar gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, saya menukar poin sekarang pada dasar reformasi kedua iaitu masalah berkaitan brain drain. Malaysia memang mempunyai satu Human Development Index yang tinggi tetapi terdapat banyak faktor menyebabkan kenapa kita tidak boleh mengatasi middle-income trap. Setiap tahun kita melahirkan graduan-graduan terbaik daripada segi Human Development Index tetapi ramai yang berpotensi dan berbakat ini pula mengambil keputusan untuk berpindah ke negara lain seperti Singapura. Untuk membawa Malaysia ke tahap fully developed seperti Singapura, Taiwan, Jepun dan South Korea, kita perlu ada dasar yang baik untuk memastikan majoriti besar pelajar terbaik Malaysia memilih untuk belajar dan berkhidmat di Malaysia. Apa dasar-dasar yang perlu dilakukan? Yang penting ialah peningkatan gaji. Kalau Singapura menawarkan gaji tiga ke lima kali ganda kepada graduan kita, graduan kita memanglah akan tertarik untuk pindah ke Singapura. Ya, memang ada graduan yang meninggalkan negara kerana isu politik, kebebasan dan hak asasi yang terbantut di Malaysia, sistem merit yang tidak adil di antara kaum dan juga intra-kaum. Semua isu politik ini boleh diatasi sekiranya kita ada azam politik untuk menegakkan keadilan sosial dan keadilan peribadi. Pada fikiran saya, yang pindah ke negara lain disebabkan politik dan isu merit adalah cuma 30 peratus sahaja. Majoriti 70 peratus bakat Malaysia yang berpindah adalah kerana isu gaji dan wang. Pada perkiraan saya, terdapat lebih kurang 1.2 juta rakyat Malaysia yang berpindah dan bekerja di luar negara. Majoriti mereka mempunyai ijazah dan bertaraf profesional. Kalau purata pendapatan mereka adalah RM15,000 sebulan atau SGD5,000 sahaja sebulan-- ini adalah anggaran konservatif, rendah ya-- ekonomi dan GDP Malaysia telah kehilangan hasil dan daya produktiviti sebanyak RM216 bilion setahun. Pengutipan hasil cukai pendapatan peribadi itu telah lesap sebanyak RM54 bilion setahun. Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk menyekat brain drain? Kita boleh kurangkan kadar pemindahan ini sebanyak 30 peratus kalau kita ada sistem merit berdasarkan keperluan sosial tanpa mengira gender, kaum dan agama, laksanakan hak asasi yang baik, jangan menindas dan buli golongan minoriti. Kalau katakan kita buat semua ini, mungkin 30 peratus graduan yang tertarik untuk bekerja di negara lain akan bertukar fikiran dan kekal di Malaysia. Jadi, yang lebihan 70 peratus ini macam mana pula? Kita perlu pastikan gaji berpatutan. Untuk melakukan ini, kita perlu ada sistem ekonomi yang ditadbir dengan baik. | 89 | 97 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
90 DR.01.03.2022
Ini poin terakhir saya. Saya cuma ada dua minit lagi. Ekonomi Malaysia, Tuan
Yang di-Pertua, memesat 40 tahun. Kadar eksport kita meningkat dalam masa 40 tahun
itu. Pengaliran FDI pun mantap tetapi unsur-unsur kroni kapitalisme yang bermula 40
tahun dahulu dan rasuah berterusan. Walaupun skandal 1MDB dan PRU-14 telah berlaku
semua ini, golongan elit maha kaya dari dua, tiga dekad lalu telah kembali semula untuk
menjadi dalang ekonomi kita.
Nampaknya di Malaysia, masalah kroni, rasuah dan salah guna kuasa sudah
menjadi satu budaya yang sangat liat untuk dihapuskan. Di arena politik pula, kita telah
menyaksikan hujan katak-katak. Badan-badan yang sepatutnya bebas dari pengaruh
politik pula jelas menunjukkan pengaruh rasuah dan salah guna kuasa. Jelas sekali,
dengan izin, bad behaviour is prevalent beyond politics and is deep inside the entire
system of government.
Dewan yang mulia ini boleh melakukan beberapa perkara untuk memastikan kita
melawan kroni dan rasuah. Pertama, political financing reform perlu disokong oleh semua.
Kedua, setiap Ahli Parlimen perlu mengambil langkah mengamalkan transparensi penuh
dalam hal kewangan pejabat masing-masing. Janganlah sekadar membuat ucapan di
dalam forum, keluarkan kenyataan media, masuk di dalam social media dan TikTok
bahawa kamu menentang rasuah. Semua ini baik tetapi tidak cukup. Kesemua ahli-ahli
di dalam Dewan yang mulia ini perlu menerbitkan akaun kewangan pejabat yang diaudit
untuk diteliti rakyat.
Kalau hendak terima duit daripada kroni dan golongan elit atau anak-anak taikun,
terbitkan fakta itu dalam akaun. Biar satu dunia dapat lihat dan selepas itu biar rakyat
membuat keputusan sama ada kita ini populis hipokrit atau benar-benar orang politik yang
bersih.
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat
Subang, gulung.
Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu
poin lagi. Tidak apa, saya akan bubuh dalam Facebook saya. Terima kasih memberi
peluang ini kepada saya. Saya cuma hendak kata satu benda sahaja, Tuan Yang di-
Pertua.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas apa-apa salah
kata, apa-apa kritikan dan pandangan yang keras di dalam Dewan yang mulia ini
sepanjang sidang Parlimen ke-14 ini. Ini dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara.
And lastly, if the election does happen this year, I want to wish all the very best in your
future endeavors. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Hulu
Rajang.
5.49 ptg.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya membahaskan Titah Ke Bawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.
Saya turut senada dengan Titah Tuanku yang bersyukur dengan kestabilan politik
yang dikecapi negara pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada kita semua Ahli Parlimen
kerana kematangan yang kita tunjukkan pada hari ini akan menjadi satu garis panduan
untuk anak-anak muda warisi pada masa hadapan.
Kerjasama yang wujud melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan
Kestabilan Politik ini bukan retorik semata-mata. Namun, ia merupakan satu jajaran
baharu bagi memastikan agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat akan
sentiasa menjadi keutamaan pihak kerajaan Keluarga Malaysia.
| Ini poin terakhir saya. Saya cuma ada dua minit lagi. Ekonomi Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, memesat 40 tahun. Kadar eksport kita meningkat dalam masa 40 tahun itu. Pengaliran FDI pun mantap tetapi unsur-unsur kroni kapitalisme yang bermula 40 tahun dahulu dan rasuah berterusan. Walaupun skandal 1MDB dan PRU-14 telah berlaku semua ini, golongan elit maha kaya dari dua, tiga dekad lalu telah kembali semula untuk menjadi dalang ekonomi kita. Nampaknya di Malaysia, masalah kroni, rasuah dan salah guna kuasa sudah menjadi satu budaya yang sangat liat untuk dihapuskan. Di arena politik pula, kita telah menyaksikan hujan katak-katak. Badan-badan yang sepatutnya bebas dari pengaruh politik pula jelas menunjukkan pengaruh rasuah dan salah guna kuasa. Jelas sekali, dengan izin, bad behaviour is prevalent beyond politics and is deep inside the entire system of government. Dewan yang mulia ini boleh melakukan beberapa perkara untuk memastikan kita melawan kroni dan rasuah. Pertama, political financing reform perlu disokong oleh semua. Kedua, setiap Ahli Parlimen perlu mengambil langkah mengamalkan transparensi penuh dalam hal kewangan pejabat masing-masing. Janganlah sekadar membuat ucapan di dalam forum, keluarkan kenyataan media, masuk di dalam social media dan TikTok bahawa kamu menentang rasuah. Semua ini baik tetapi tidak cukup. Kesemua ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini perlu menerbitkan akaun kewangan pejabat yang diaudit untuk diteliti rakyat. Kalau hendak terima duit daripada kroni dan golongan elit atau anak-anak taikun, terbitkan fakta itu dalam akaun. Biar satu dunia dapat lihat dan selepas itu biar rakyat membuat keputusan sama ada kita ini populis hipokrit atau benar-benar orang politik yang bersih. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Subang, gulung. Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu poin lagi. Tidak apa, saya akan bubuh dalam Facebook saya. Terima kasih memberi peluang ini kepada saya. Saya cuma hendak kata satu benda sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas apa-apa salah kata, apa-apa kritikan dan pandangan yang keras di dalam Dewan yang mulia ini sepanjang sidang Parlimen ke-14 ini. Ini dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara. And lastly, if the election does happen this year, I want to wish all the very best in your future endeavors. Sekian, terima kasih. [Tepuk] Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Hulu Rajang. 5.49 ptg. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya membahaskan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Saya turut senada dengan Titah Tuanku yang bersyukur dengan kestabilan politik yang dikecapi negara pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada kita semua Ahli Parlimen kerana kematangan yang kita tunjukkan pada hari ini akan menjadi satu garis panduan untuk anak-anak muda warisi pada masa hadapan. Kerjasama yang wujud melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik ini bukan retorik semata-mata. Namun, ia merupakan satu jajaran baharu bagi memastikan agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan pihak kerajaan Keluarga Malaysia. | 90 | 98 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 91
■1750
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2020 dan tahun 2021 merupakan ancaman COVID-
19. Kita masih bergelut sehingga hari ini dengan jumlah bilangan kes yang telah
mencecah sehingga 30,000 kes sehari. Walaupun kebanyakan kes berada di tahap satu
dan dua, namun kita tidak boleh bersikap sambil lewa kerana kita tidak tahu adakah
terdapat ancaman varian baharu seperti Omicron di masa hadapan.
Persediaan kita fasa endemik perlu diperhalusi dan kesiapsiagaan yang lebih rapi
perlu bagi memastikan rakyat siap sedia dengan sebarang kemungkinan. Justeru, saya
ingin mencadangkan agar pemberian kit ujian kendiri dapat diedarkan secara percuma
untuk mereka yang tergolong dalam kategori B40.
Kementerian Kesihatan (KKM) kini rancak dalam melaksanakan pemberian
vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun, Tuan Yang di-
Pertua. Namun saya tertanya-tanya, apakah kaedah-kaedah yang digunakan bagi
memberikan kesedaran dalam kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka
diberikan vaksin dan seterusnya negara dapat mencapai status dengan izin, herd
immunity Tuan Yang di-Pertua?
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor tenaga buruh negara
semakin baik pada Disember 2021 dengan mencatatkan kadar pengangguran yang lebih
rendah pada 4.2 peratus, dengan 687,000 orang berbanding pada tahun 2020. Pada
tahun ini di bawah inisiatif Jaminan Keluarga Malaysia, sasaran sebanyak 600,000
peluang pekerjaan bakal ditawarkan. Saya ingin mendapatkan maklumat terperinci,
berapakah jumlah peluang yang akan ditawarkan ke negeri Sarawak, Tuan Yang di-
Pertua? Ini adalah kerana ramai anak muda lepasan universiti masih bergelut untuk
mencari pekerjaan. Justeru itu, saya berharap agar pihak kerajaan dapat membuka lebih
banyak peluang untuk anak-anak muda di negeri Sarawak, Tuan Yang di-Pertua.
Ramai sering kali yang bertanya mengapa dan kenapa Sarawak diberikan
peruntukan begitu besar bagi pembangunan infrastruktur. Namun hakikatnya, apa yang
diberi masih tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua kerana masih banyak kawasan luar
bandar masih tidak mempunyai jalan yang sempurna dan rakyat masih menggunakan
laluan balak serta laluan sungai bagi urusan harian mereka.
Selaras dengan Titah Tuanku, pembangunan infrastruktur haruslah
dipercepatkan. Ini adalah kerana Kalimantan bakal menjadi ibu kota Indonesia. Limpahan
ekonomi di Kalimantan kelak akan turut memberikan impak positif kepada negeri Sabah
dan negeri Sarawak. Justeru itu, kita harus segera mengambil kesempatan ini bagi
memastikan pertumbuhan ekonomi di Sarawak juga dapat bergerak seiring.
Secara keseluruhan, pelaksanaan JENDELA ini akan menjadikan Malaysia lebih
berdaya saing di peringkat global, mantap berdaya tahan dan masyarakat berasaskan
digital, Tuan Yang di-Pertua. Di antara beberapa perkara yang masih fokus utama adalah
pendidikan dan produktiviti, perniagaan, kerajaan dan perkhidmatan berasaskan industri
komoditi dan masyarakat, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya, apakah status naik taraf infrastruktur pendidikan dan jumlah
peruntukan RM4.9 bilion yang telah diperuntukkan untuk Sarawak melaksanakan Pelan
Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA di bawah Rancangan Malaysia Ke-12? Cantik
perancangannya di atas kertas. Namun hasilnya masih tidak kelihatan, Tuan Yang di-
Pertua. Rakyat di kawasan saya sering kali tanya sampai marah pun ada Tuan Yang di-
Pertua. Ini hak mereka kerana mereka juga merupakan pembayar cukai kita di negara ini.
Saya menyambut baik inisiatif Sekolahku Sejahtera. Adakah inisiatif ini hanya
tertumpu di sekolah-sekolah di kawasan bandar sahaja? Bagaimana pula dengan
sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman, Tuan Yang di-Pertua? Saya ingin
mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan dapat sediakan bersama sebuah
program skim anugerah antarabangsa untuk remaja di sekolah-sekolah rendah bagi
pembangunan sahsiah mereka. Program yang diberikan nama Junior Award Scheme for
Schools (JASS), dengan izin ini akan memberikan nilai tambah antarabangsa untuk
mereka yang mengikutinya nanti, Tuan Yang di-Pertua.
| #1750. Tuan Yang di-Pertua, tahun 2020 dan tahun 2021 merupakan ancaman COVID- 19. Kita masih bergelut sehingga hari ini dengan jumlah bilangan kes yang telah mencecah sehingga 30,000 kes sehari. Walaupun kebanyakan kes berada di tahap satu dan dua, namun kita tidak boleh bersikap sambil lewa kerana kita tidak tahu adakah terdapat ancaman varian baharu seperti Omicron di masa hadapan. Persediaan kita fasa endemik perlu diperhalusi dan kesiapsiagaan yang lebih rapi perlu bagi memastikan rakyat siap sedia dengan sebarang kemungkinan. Justeru, saya ingin mencadangkan agar pemberian kit ujian kendiri dapat diedarkan secara percuma untuk mereka yang tergolong dalam kategori B40. Kementerian Kesihatan (KKM) kini rancak dalam melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun, Tuan Yang di- Pertua. Namun saya tertanya-tanya, apakah kaedah-kaedah yang digunakan bagi memberikan kesedaran dalam kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka diberikan vaksin dan seterusnya negara dapat mencapai status dengan izin, herd immunity Tuan Yang di-Pertua?. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor tenaga buruh negara semakin baik pada Disember 2021 dengan mencatatkan kadar pengangguran yang lebih rendah pada 4.2 peratus, dengan 687,000 orang berbanding pada tahun 2020. Pada tahun ini di bawah inisiatif Jaminan Keluarga Malaysia, sasaran sebanyak 600,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan. Saya ingin mendapatkan maklumat terperinci, berapakah jumlah peluang yang akan ditawarkan ke negeri Sarawak, Tuan Yang di- Pertua? Ini adalah kerana ramai anak muda lepasan universiti masih bergelut untuk mencari pekerjaan. Justeru itu, saya berharap agar pihak kerajaan dapat membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak muda di negeri Sarawak, Tuan Yang di-Pertua. Ramai sering kali yang bertanya mengapa dan kenapa Sarawak diberikan peruntukan begitu besar bagi pembangunan infrastruktur. Namun hakikatnya, apa yang diberi masih tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua kerana masih banyak kawasan luar bandar masih tidak mempunyai jalan yang sempurna dan rakyat masih menggunakan laluan balak serta laluan sungai bagi urusan harian mereka. Selaras dengan Titah Tuanku, pembangunan infrastruktur haruslah dipercepatkan. Ini adalah kerana Kalimantan bakal menjadi ibu kota Indonesia. Limpahan ekonomi di Kalimantan kelak akan turut memberikan impak positif kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Justeru itu, kita harus segera mengambil kesempatan ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi di Sarawak juga dapat bergerak seiring. Secara keseluruhan, pelaksanaan JENDELA ini akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global, mantap berdaya tahan dan masyarakat berasaskan digital, Tuan Yang di-Pertua. Di antara beberapa perkara yang masih fokus utama adalah pendidikan dan produktiviti, perniagaan, kerajaan dan perkhidmatan berasaskan industri komoditi dan masyarakat, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, apakah status naik taraf infrastruktur pendidikan dan jumlah peruntukan RM4.9 bilion yang telah diperuntukkan untuk Sarawak melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA di bawah Rancangan Malaysia Ke-12? Cantik perancangannya di atas kertas. Namun hasilnya masih tidak kelihatan, Tuan Yang di- Pertua. Rakyat di kawasan saya sering kali tanya sampai marah pun ada Tuan Yang di- Pertua. Ini hak mereka kerana mereka juga merupakan pembayar cukai kita di negara ini. Saya menyambut baik inisiatif Sekolahku Sejahtera. Adakah inisiatif ini hanya tertumpu di sekolah-sekolah di kawasan bandar sahaja? Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman, Tuan Yang di-Pertua? Saya ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan dapat sediakan bersama sebuah program skim anugerah antarabangsa untuk remaja di sekolah-sekolah rendah bagi pembangunan sahsiah mereka. Program yang diberikan nama Junior Award Scheme for Schools (JASS), dengan izin ini akan memberikan nilai tambah antarabangsa untuk mereka yang mengikutinya nanti, Tuan Yang di-Pertua. | 91 | 99 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
92 DR.01.03.2022
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
berkenaan dengan status pelaksanaan projek-projek di negeri Sarawak. Pada tahun yang
lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion untuk pembangunan
infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak. Berapa banyakkah projek yang telah
diluluskan dan senaraikan projek ongoing, Tuan Yang di-Pertua.
Sekiranya ditakdirkan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) dalam tempoh masa
terdekat ini, apakah projek-projek yang telah diluluskan ini akan diteruskan atau tidak dan
sebaliknya? Ini adalah kerana selepas PRU 14 yang lalu, banyak projek yang diluluskan
oleh Kerajaan BN telah dibatalkan oleh Kerajaan PH. Saya berharap ia tidak berlaku
kerana projek-projek ini adalah projek rakyat, Tuan Yang di-Pertua.
Justeru itu, saya ingin memohon kepada Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) untuk menyediakan projek jalan dari Rumah Asun Nanga Mujong ke
Nanga Tiau terus ke Daerah Bukit Mabung yang baharu di Bahagian Kapit sepanjang 77
kilometer. Selain daripada itu, saya mohon juga mempercepatkan Jalan Rumah Nyamok
ke Sungai Gaat ke Persimpangan Rumah Garit Sungai Kapit. Projek ini telah merupakan
ilham mantan Timbalan Ketua Menteri Yang Berbahagia Tan Sri Dr. James Jemut Masing
yang telah mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan.
Saya turut ingin mengambil perhatian KPLB juga, turut meluluskan projek Jelalong
Tubau sepanjang 70 kilometer yang dipohon oleh saya pada tahun yang lepas. Ini adalah
kerana bilangan penduduk dianggarkan seramai 5,000 orang pengundi di kawasan
tersebut.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan berkenaan dengan akses
Empangan Baleh Seksyen A4, C1 dan C2 sepatutnya sudah siap pada tahun 2019.
Namun, sampai sekarang masih tidak kelihatan. Rakyat cukup marah dan saya dihujani
pelbagai soalan oleh rakyat yang mahukan jawapan dengan segera. Apakah tindakan
MoF dan agensi pelaksanaan dalam menyelesaikan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua?
Status Balai Polis Belaga, saya mohon perhatian Kementerian Dalam Negeri
(KDN) berkenaan perkara ini dengan kadar segera, Tuan Yang di-Pertua.
“Beriku 10 pemuda, akan aku goncang dunia”, Bung Karno, mantan Presiden
Indonesia. Titah Tuanku berkenaan Model Baharu Pembangunan Belia Tahun 2021-2030
sangat signifikan kepada pembangunan belia di negara ini. Namun, saya mempunyai
cadangan agar program-program lama kementerian harus diberikan nafas baharu, bagi
memastikan ia terus relevan di mata anak-anak muda kita.
Program seperti Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seharusnya digerakkan
dan dikembalikan semula kepada badan berkanun Pusat Belia Antarabangsa bagi
memastikan lebih ramai anak muda dapat menyertainya. Sistem pengurusan program ini
juga harus menyeluruh dan peluang sama rata perlu diberikan kepada semua remaja di
seluruh negara tanpa mengira darjat, pangkat dan sebagainya.
Saya turut ingin menzahirkan rakaman jutaan terima kasih kepada semua rakan
Ahli Parlimen di atas sokongan yang telah diberikan dalam meluluskan pindaan
Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada
Disember yang lalu. Saya menyahut baik pindaan ini, namun terdapat beberapa perkara
lagi yang perlu diberikan perhatian dalam MA63 iaitu berkaitan dengan jumlah kerusi
Parlimen untuk Borneo dalam Dewan yang mulia ini.
Kini komposisi kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak hanya meliputi satu
perempat peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen iaitu sebanyak 56; Sabah 2 dan
Sarawak 31. Angka ini jauh berbeza berbanding dengan semangat yang telah diwujudkan
dalam MA63 yang menekankan konsep dengan izin, equal partners. Perkataan “rakan
kongsi” ini hanya dirujuk kepada tiga pihak sahaja iaitu negeri Sabah, Sarawak dan
Semenanjung Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.
Justeru itu, Sabah dan Sarawak seharusnya diberikan satu per tiga daripada 222
buah kerusi dan sekiranya tidak berlaku, agihan kuasa dalam Parlimen hanya akan
bergantung kepada satu pihak iaitu di Semenanjung sahaja.
| Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). berkenaan dengan status pelaksanaan projek-projek di negeri Sarawak. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak. Berapa banyakkah projek yang telah diluluskan dan senaraikan projek ongoing, Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya ditakdirkan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) dalam tempoh masa terdekat ini, apakah projek-projek yang telah diluluskan ini akan diteruskan atau tidak dan sebaliknya? Ini adalah kerana selepas PRU 14 yang lalu, banyak projek yang diluluskan oleh Kerajaan BN telah dibatalkan oleh Kerajaan PH. Saya berharap ia tidak berlaku kerana projek-projek ini adalah projek rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Justeru itu, saya ingin memohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menyediakan projek jalan dari Rumah Asun Nanga Mujong ke Nanga Tiau terus ke Daerah Bukit Mabung yang baharu di Bahagian Kapit sepanjang 77 kilometer. Selain daripada itu, saya mohon juga mempercepatkan Jalan Rumah Nyamok ke Sungai Gaat ke Persimpangan Rumah Garit Sungai Kapit. Projek ini telah merupakan ilham mantan Timbalan Ketua Menteri Yang Berbahagia Tan Sri Dr. James Jemut Masing yang telah mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan. Saya turut ingin mengambil perhatian KPLB juga, turut meluluskan projek Jelalong Tubau sepanjang 70 kilometer yang dipohon oleh saya pada tahun yang lepas. Ini adalah kerana bilangan penduduk dianggarkan seramai 5,000 orang pengundi di kawasan tersebut. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan berkenaan dengan akses Empangan Baleh Seksyen A4, C1 dan C2 sepatutnya sudah siap pada tahun 2019. Namun, sampai sekarang masih tidak kelihatan. Rakyat cukup marah dan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakyat yang mahukan jawapan dengan segera. Apakah tindakan MoF dan agensi pelaksanaan dalam menyelesaikan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua?. Status Balai Polis Belaga, saya mohon perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan perkara ini dengan kadar segera, Tuan Yang di-Pertua. "Beriku 10 pemuda, akan aku goncang dunia", Bung Karno, mantan Presiden Indonesia. Titah Tuanku berkenaan Model Baharu Pembangunan Belia Tahun 2021-2030 sangat signifikan kepada pembangunan belia di negara ini. Namun, saya mempunyai cadangan agar program-program lama kementerian harus diberikan nafas baharu, bagi memastikan ia terus relevan di mata anak-anak muda kita. Program seperti Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seharusnya digerakkan dan dikembalikan semula kepada badan berkanun Pusat Belia Antarabangsa bagi memastikan lebih ramai anak muda dapat menyertainya. Sistem pengurusan program ini juga harus menyeluruh dan peluang sama rata perlu diberikan kepada semua remaja di seluruh negara tanpa mengira darjat, pangkat dan sebagainya. Saya turut ingin menzahirkan rakaman jutaan terima kasih kepada semua rakan Ahli Parlimen di atas sokongan yang telah diberikan dalam meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Disember yang lalu. Saya menyahut baik pindaan ini, namun terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diberikan perhatian dalam MA63 iaitu berkaitan dengan jumlah kerusi Parlimen untuk Borneo dalam Dewan yang mulia ini. Kini komposisi kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak hanya meliputi satu perempat peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen iaitu sebanyak 56; Sabah 2 dan Sarawak 31. Angka ini jauh berbeza berbanding dengan semangat yang telah diwujudkan dalam MA63 yang menekankan konsep dengan izin, equal partners. Perkataan "rakan kongsi" ini hanya dirujuk kepada tiga pihak sahaja iaitu negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia. Justeru itu, Sabah dan Sarawak seharusnya diberikan satu per tiga daripada 222 buah kerusi dan sekiranya tidak berlaku, agihan kuasa dalam Parlimen hanya akan bergantung kepada satu pihak iaitu di Semenanjung sahaja. | 92 | 100 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 93
■1800
Walaupun perkara itu tidak ditulis dalam Perjanjian MA63, namun saya ingin
mengesyorkan agar pihak kerajaan dapat memperhalusi perkara ini agar suatu pindaan
berkaitan penambahan kerusi Parlimen di Borneo dapat disegerakan.
Sebelum saya mengakhiri hujah saya, izinkan saya untuk turut merakamkan
penghargaan terima kasih saya dan rakyat dari kawasan Parlimen Hulu Rajang untuk
semua petugas barisan hadapan negara. Anggota-anggota perkhidmatan awam, anggota
Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, agensi kerajaan, pejabat daerah,
pejabat stesen, ketua masyarakat, tuai-tuai rumah, pemanca, temenggong dan semua
sukarelawan yang telah mencurahkan bakti memastikan keamanan dan kesejahteraan
negara sejurus sehingga ke saat ini.
Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar kita terus bersatu padu dalam
memastikan kedaulatan negara kita tidak akan sesekali digugat oleh orang luar. Insiden
peperangan yang kini sedang berlaku di antara Rusia dan Ukraine memberikan isyarat
kepada kita betapa pentingnya perpaduan dan juga kekuatan sebuah kerajaan dalam
menempuhi cabaran-cabaran yang akan datang. Bersama kita berganding bahu demi
negara tercinta ini.
Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Dipersilakan Yang
Berhormat Kluang.
6.01 ptg.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
dan salam sejahtera.
Peperangan antara Ukraine dan Rusia baru berlaku. Akibatnya, harga minyak
sawit terus mencecah RM7,000 satu tan metrik. Nampaknya ini adalah satu berita baik
bagi pekebun sawit kecil di Malaysia. Namun begitu, pekebun sawit kita masih bimbang
lagi. Mereka bimbang apa? Mereka bimbang harga baik tetapi buah sawit pun tak ada
orang nak menuai. Harga pasaran baik tak dapat masuk poket. Masalah sama
sebenarnya telah banyak kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.
Pada sesi penggal yang lepas, saya telah pun sentuh isu berkenaan perbelanjaan
MPOB dalam kajian mekanisasi supaya teknologi yang kita pakai, yang guna dalam
penghasilan kelapa sawit boleh ditingkatkan. Kelapa sawit telah ditanam di Malaysia,
tanah air kita selama satu abad iaitu 100 tahun. Takkan kita masih menggunakan teknologi
manual yang dipakai 100 tahun yang lalu tanpa penambahbaikan?
Saya cukup yakin bahawa kita mampu cari satu penyelesaian yang
mengurangkan kebergantungan tenaga buruh berkemahiran rendah dalam penghasilan
kelapa sawit sekiranya kerajaan ada iltizam politik (political will).
Walau bagaimanapun, kita di sini tidak dapat mengelak, tidak boleh menafikan
pengambilan pekerja asing untuk memenuhi permintaan tenaga buruh yang semakin
mendesak sekarang. Pada bulan Oktober tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Sumber
Manusia sendiri telah mengumumkan sejumlah 32,000 orang pekerja asing sektor
perladangan akan dibawa masuk secara berperingkat. Kini sudah bulan Mac 2022, apa
perkembangan perkara tersebut?
Pada masa yang sama, media melaporkan bahawa ada pihak tertentu yang tidak
puas hati dengan keputusan kerajaan kita yang hanya melantik 25 orang ejen dan 250
orang sub ejen untuk membawa masuk pekerja Bangladesh ke Malaysia. Tuduhan
mereka terhadap Kerajaan Malaysia adalah serius, seolah-olahnya kita memberi peluang
monopoli kepada sindiket tertentu. Yang Berhormat Menteri seharusnya menjelaskan
rasional pelantikan kesemua ejen dan sub ejen ini di dalam Dewan yang mulia ini supaya
nama negara kita dipertahankan.
| #1800 Walaupun perkara itu tidak ditulis dalam Perjanjian MA63, namun saya ingin mengesyorkan agar pihak kerajaan dapat memperhalusi perkara ini agar suatu pindaan berkaitan penambahan kerusi Parlimen di Borneo dapat disegerakan. Sebelum saya mengakhiri hujah saya, izinkan saya untuk turut merakamkan penghargaan terima kasih saya dan rakyat dari kawasan Parlimen Hulu Rajang untuk semua petugas barisan hadapan negara. Anggota-anggota perkhidmatan awam, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, agensi kerajaan, pejabat daerah, pejabat stesen, ketua masyarakat, tuai-tuai rumah, pemanca, temenggong dan semua sukarelawan yang telah mencurahkan bakti memastikan keamanan dan kesejahteraan negara sejurus sehingga ke saat ini. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar kita terus bersatu padu dalam memastikan kedaulatan negara kita tidak akan sesekali digugat oleh orang luar. Insiden peperangan yang kini sedang berlaku di antara Rusia dan Ukraine memberikan isyarat kepada kita betapa pentingnya perpaduan dan juga kekuatan sebuah kerajaan dalam menempuhi cabaran-cabaran yang akan datang. Bersama kita berganding bahu demi negara tercinta ini. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Dipersilakan Yang Berhormat Kluang. 6.01 ptg. Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dan salam sejahtera. Peperangan antara Ukraine dan Rusia baru berlaku. Akibatnya, harga minyak sawit terus mencecah RM7,000 satu tan metrik. Nampaknya ini adalah satu berita baik bagi pekebun sawit kecil di Malaysia. Namun begitu, pekebun sawit kita masih bimbang lagi. Mereka bimbang apa? Mereka bimbang harga baik tetapi buah sawit pun tak ada orang nak menuai. Harga pasaran baik tak dapat masuk poket. Masalah sama sebenarnya telah banyak kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Pada sesi penggal yang lepas, saya telah pun sentuh isu berkenaan perbelanjaan MPOB dalam kajian mekanisasi supaya teknologi yang kita pakai, yang guna dalam penghasilan kelapa sawit boleh ditingkatkan. Kelapa sawit telah ditanam di Malaysia, tanah air kita selama satu abad iaitu 100 tahun. Takkan kita masih menggunakan teknologi manual yang dipakai 100 tahun yang lalu tanpa penambahbaikan? Saya cukup yakin bahawa kita mampu cari satu penyelesaian yang mengurangkan kebergantungan tenaga buruh berkemahiran rendah dalam penghasilan kelapa sawit sekiranya kerajaan ada iltizam politik (political will). Walau bagaimanapun, kita di sini tidak dapat mengelak, tidak boleh menafikan pengambilan pekerja asing untuk memenuhi permintaan tenaga buruh yang semakin mendesak sekarang. Pada bulan Oktober tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia sendiri telah mengumumkan sejumlah 32,000 orang pekerja asing sektor perladangan akan dibawa masuk secara berperingkat. Kini sudah bulan Mac 2022, apa perkembangan perkara tersebut? Pada masa yang sama, media melaporkan bahawa ada pihak tertentu yang tidak puas hati dengan keputusan kerajaan kita yang hanya melantik 25 orang ejen dan 250 orang sub ejen untuk membawa masuk pekerja Bangladesh ke Malaysia. Tuduhan mereka terhadap Kerajaan Malaysia adalah serius, seolah-olahnya kita memberi peluang monopoli kepada sindiket tertentu. Yang Berhormat Menteri seharusnya menjelaskan rasional pelantikan kesemua ejen dan sub ejen ini di dalam Dewan yang mulia ini supaya nama negara kita dipertahankan. | 93 | 101 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
94 DR.01.03.2022
Tuan Yang di-Pertua, apabila harga minyak sawit terus meningkat, jangan kita
lupa, harga barang lain juga meningkat. Baja, racun, kos tenaga buruh, semua naik.
Paling teruk sekali, harga makanan juga naik secara mendadak.
Pada bulan Januari tahun 2020, harga ayam sebelum Tahun Baru Cina adalah
RM6.29 sahaja untuk sekilo. Ketika itu, pasaran stabil, bekalan stabil, permintaan stabil
dan paling penting sekali, harga runcit adalah munasabah bagi setiap isi rumah. Justeru,
penternak, pemborong, peruncit dan rakyat semua gembira.
Dua tahun sahaja Perikatan Nasional dan Barisan Nasional ambil alih kuasa di
Putrajaya, apa yang jadi akhirnya? Harga runcit ayam mencecah RM10 sekilo sehingga
kerajaan perlu menguatkuasakan harga siling runcit pada tahap RM8.90 sekilogram.
Namun begitu, cara ini hanya mengakibatkan kekurangan bekalan daging ayam
di pasar. Kos penghasilan telah melebihi kos penjualan. Lebih baik bagi penternak untuk
mengurangkan penghasilan daripada menjual dengan kerugian. Ini adalah satu isu
ekonomi asas. Saya minta kerajaan meneliti isu bekalan ini secara terperinci dan bukan
menetapkan satu harga siling yang akan memberi kesan buruk kepada kesemua
penternak kecil di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengendalikan masalah kekurangan daging ayam di
pasaran domestik, saya difahamkan 35 AP iaitu permit import telah diberi kepada syarikat-
syarikat untuk pengimportan buat sementara. Saya berharap Yang Berhormat Menteri
boleh menjelaskan siapa mereka yang menerima 35 AP ini. Adakah kesemua ini
mempunyai pengalaman mencukupi dalam pengendalian perniagaan tersebut? Paling
penting sekali, apa syarat-syarat yang ditetapkan untuk memperoleh permit import ini?
Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh mantan profesor Universiti Malaysia
Perlis, Murray Hunter di blog dia serta Free Malaysia Today dua hari yang lalu, dia
menyatakan bahawa ada CEO syarikat tertentu menuduh bahawa pembayaran secara
tidak spesifik perlu dibuat sebelum memperoleh kelulusan daripada Jabatan
Perkhidmatan Veterinar. Tuduhan sebegini amat memburukkan nama negara kita. Kita
mesti menyiasat sama ada kejadian tersebut berlaku.
Bidang penternakan ayam di Malaysia adalah satu sektor yang agak baik sebelum
ini. Peranan kerajaan adalah membantu sektor ini terus berkembang dengan teknologi
semasa dan memastikan keseimbangan antara bekalan dan permintaan. Jangan kita
memusnahkan sektor ini dengan dasar yang tidak munasabah.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita dikurniakan pelbagai sumber bumi semula jadi.
Tanggungjawab generasi kita sekarang adalah untuk menggunakan semua sumber ini
dengan bijaksana supaya generasi yang akan datang nanti tidak akan hilang semua
kelebihan yang kita nikmati sekarang. Contohnya, hutan yang kita nikmati yang menjadi
habitat haiwan liar serta kawasan tadahan air semasa musim tengkujuh. Bencana yang
kita hadapi tahun lepas adalah satu amaran kepada semua. Punca bencana tersebut
adalah aktiviti manusia.
Aktiviti kita yang mengakibatkan perubahan iklim, perubahan aliran air dan
sebagainya. Kenapa kita mengizinkan semakin banyak hutan dibuka menjadi ladang?
Adakah EIA dilakukan sebelum semua pembangunan diluluskan?
Saya sakit hati ketika melihat dua ekor tenuk lari keluar dari hutan pada waktu
siang semasa habitat mereka dimusnahkan oleh banjir. Kemudian, mereka dikejutkan
oleh jeritan orang ramai di sekeliling. Kesian, dua ekor tenuk yang biasanya pemalu
dengan penglihatan yang lemah dan hanya keluar mencari makan pada waktu malam
terpaksa menjadi pelarian bencana akibat aktiviti manusia.
Populasi tenuk ini semakin kurang akibat habitat mereka yang dimusnahkan.
Walaupun warna mereka sama dengan panda, populasi sedunia pun agak-agaknya sama
dengan panda. Namun begitu, kerajaan kita lebih cenderung menanggung kos juta-juta
untuk meminjam dan menjaga panda di Zoo Negara daripada melindungi haiwan asal
Malaysia ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan sasaran kita untuk
meningkatkan populasi spesies unik ini dalam lima tahun. Jangan nanti generasi yang
| Tuan Yang di-Pertua, apabila harga minyak sawit terus meningkat, jangan kita. lupa, harga barang lain juga meningkat. Baja, racun, kos tenaga buruh, semua naik. Paling teruk sekali, harga makanan juga naik secara mendadak. Pada bulan Januari tahun 2020, harga ayam sebelum Tahun Baru Cina adalah RM6.29 sahaja untuk sekilo. Ketika itu, pasaran stabil, bekalan stabil, permintaan stabil dan paling penting sekali, harga runcit adalah munasabah bagi setiap isi rumah. Justeru, penternak, pemborong, peruncit dan rakyat semua gembira. Dua tahun sahaja Perikatan Nasional dan Barisan Nasional ambil alih kuasa di Putrajaya, apa yang jadi akhirnya? Harga runcit ayam mencecah RM10 sekilo sehingga kerajaan perlu menguatkuasakan harga siling runcit pada tahap RM8.90 sekilogram. Namun begitu, cara ini hanya mengakibatkan kekurangan bekalan daging ayam di pasar. Kos penghasilan telah melebihi kos penjualan. Lebih baik bagi penternak untuk mengurangkan penghasilan daripada menjual dengan kerugian. Ini adalah satu isu ekonomi asas. Saya minta kerajaan meneliti isu bekalan ini secara terperinci dan bukan menetapkan satu harga siling yang akan memberi kesan buruk kepada kesemua penternak kecil di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk mengendalikan masalah kekurangan daging ayam di pasaran domestik, saya difahamkan 35 AP iaitu permit import telah diberi kepada syarikat- syarikat untuk pengimportan buat sementara. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan siapa mereka yang menerima 35 AP ini. Adakah kesemua ini mempunyai pengalaman mencukupi dalam pengendalian perniagaan tersebut? Paling penting sekali, apa syarat-syarat yang ditetapkan untuk memperoleh permit import ini?. Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh mantan profesor Universiti Malaysia Perlis, Murray Hunter di blog dia serta Free Malaysia Today dua hari yang lalu, dia menyatakan bahawa ada CEO syarikat tertentu menuduh bahawa pembayaran secara tidak spesifik perlu dibuat sebelum memperoleh kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tuduhan sebegini amat memburukkan nama negara kita. Kita mesti menyiasat sama ada kejadian tersebut berlaku. Bidang penternakan ayam di Malaysia adalah satu sektor yang agak baik sebelum ini. Peranan kerajaan adalah membantu sektor ini terus berkembang dengan teknologi semasa dan memastikan keseimbangan antara bekalan dan permintaan. Jangan kita memusnahkan sektor ini dengan dasar yang tidak munasabah. Tuan Yang di-Pertua, negara kita dikurniakan pelbagai sumber bumi semula jadi. Tanggungjawab generasi kita sekarang adalah untuk menggunakan semua sumber ini dengan bijaksana supaya generasi yang akan datang nanti tidak akan hilang semua kelebihan yang kita nikmati sekarang. Contohnya, hutan yang kita nikmati yang menjadi habitat haiwan liar serta kawasan tadahan air semasa musim tengkujuh. Bencana yang kita hadapi tahun lepas adalah satu amaran kepada semua. Punca bencana tersebut adalah aktiviti manusia. Aktiviti kita yang mengakibatkan perubahan iklim, perubahan aliran air dan sebagainya. Kenapa kita mengizinkan semakin banyak hutan dibuka menjadi ladang? Adakah EIA dilakukan sebelum semua pembangunan diluluskan?. Saya sakit hati ketika melihat dua ekor tenuk lari keluar dari hutan pada waktu siang semasa habitat mereka dimusnahkan oleh banjir. Kemudian, mereka dikejutkan oleh jeritan orang ramai di sekeliling. Kesian, dua ekor tenuk yang biasanya pemalu dengan penglihatan yang lemah dan hanya keluar mencari makan pada waktu malam terpaksa menjadi pelarian bencana akibat aktiviti manusia. Populasi tenuk ini semakin kurang akibat habitat mereka yang dimusnahkan. Walaupun warna mereka sama dengan panda, populasi sedunia pun agak-agaknya sama dengan panda. Namun begitu, kerajaan kita lebih cenderung menanggung kos juta-juta untuk meminjam dan menjaga panda di Zoo Negara daripada melindungi haiwan asal Malaysia ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan sasaran kita untuk meningkatkan populasi spesies unik ini dalam lima tahun. Jangan nanti generasi yang. | 94 | 102 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 95
akan datang hanya dapat lihat spesies haiwan ini dalam muzium dan bukan di zoo lagi
dan bukan di hutan lagi.
■1810
Satu lagi isu dengan haiwan iaitu gajah yang mencerobohi kebun-kebun di daerah
Kluang. Habitat mereka dimusnahkan di kawasan Mersing untuk memberi laluan kepada
kebun sawit yang luas. Jadi, mereka terpaksa memasuki ladang-ladang luar daripada
habitat lama. Pokok sawit dimusnahkan, pekebun marah, gajah diracunkan, aktivis hak
asasi haiwan marah. Apa punca semua masalah ini? Kenapa kita tidak merancangkan
satu sanctuary untuk melindungi gajah-gajah terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan
pembukaan hutan yang luas.
Kami di Johor sudah mempunyai sebuah sanctuary gajah di Kota Tinggi. Namun,
ia tetap tidak mencukupi kerana semakin banyak gajah memasuki kawasan Kahang dan
Kluang akibat pembangunan ladang di Mersing. Saya minta kementerian ambil tindakan
segera dan jangan tunggu sehingga tragedi berlaku, baru mahu cari penyelesaian jalan
keluar. Sekiranya mampu membina sebuah sanctuary gajah lagi di kawasan Kahang atau
Mersing untuk mengelakkan kerugian pekebun kecil.
Masalah ini sudah terus, bukan satu tahun tetapi dua tiga tahun sudah. Bantulah
pekebun kecil walaupun mereka populasi tidak ramai tetapi mereka ialah rakyat Malaysia
juga. Ahli Parlimen sana yang memegang jawatan Menteri Kanan tidak menyuarakan
bagi mereka, pun tidak apa, janji kerajaan menyelesaikan masalah ini cukuplah. Sekian,
terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan,
silakan.
6.12 ptg.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Igan ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana
diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Majlis
Pembukaan Sidang Dewan Rakyat Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 pada kali ini. Saya
akan terus membawa suara rakyat Igan khususnya dan Sarawak amnya di Dewan yang
mulia ini, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, tanggal 14 Disember 2021 yang lalu ialah satu detik yang
menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat di Sarawak dan Sabah.
Sesungguhnya kelulusan Rang Undang-undang Perlembagaan Perkara 1(2) dan Perkara
160(2) Perlembagaan Persekutuan ialah satu detik sejarah yang terbilang sebagaimana
Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
Ia adalah sebuah penantian yang lama. Ia adalah suatu peristiwa yang menepati
janji yang sekian lama tertangguh dalam menunaikan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah.
Kelulusan pindaan ini boleh diibaratkan umpama “bulan jatuh ke riba”. Apa yang lebih
istimewa dan sentimental...
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan,
ini pemakluman. Pada hari ini kita akan habis pada pukul 6.30 petang. Saya
membenarkan sampai 6.30 petang.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang lebih istimewa dan sentimental, kejayaan pindaan rang undang-undang ini telah
memenuhi hasrat, harapan dan perjuangan Allahyarham Tok Nan. Di mana sejurus
selepas dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014, beliau terus
membawa aspirasi memperjuangkan kepentingan hak keistimewaan serta kedudukan
Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan
Persekutuan.
| akan datang hanya dapat lihat spesies haiwan ini dalam muzium dan bukan di zoo lagi dan bukan di hutan lagi. #1810 Satu lagi isu dengan haiwan iaitu gajah yang mencerobohi kebun-kebun di daerah Kluang. Habitat mereka dimusnahkan di kawasan Mersing untuk memberi laluan kepada kebun sawit yang luas. Jadi, mereka terpaksa memasuki ladang-ladang luar daripada habitat lama. Pokok sawit dimusnahkan, pekebun marah, gajah diracunkan, aktivis hak asasi haiwan marah. Apa punca semua masalah ini? Kenapa kita tidak merancangkan satu sanctuary untuk melindungi gajah-gajah terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan pembukaan hutan yang luas. Kami di Johor sudah mempunyai sebuah sanctuary gajah di Kota Tinggi. Namun, ia tetap tidak mencukupi kerana semakin banyak gajah memasuki kawasan Kahang dan Kluang akibat pembangunan ladang di Mersing. Saya minta kementerian ambil tindakan segera dan jangan tunggu sehingga tragedi berlaku, baru mahu cari penyelesaian jalan keluar. Sekiranya mampu membina sebuah sanctuary gajah lagi di kawasan Kahang atau Mersing untuk mengelakkan kerugian pekebun kecil. Masalah ini sudah terus, bukan satu tahun tetapi dua tiga tahun sudah. Bantulah pekebun kecil walaupun mereka populasi tidak ramai tetapi mereka ialah rakyat Malaysia juga. Ahli Parlimen sana yang memegang jawatan Menteri Kanan tidak menyuarakan bagi mereka, pun tidak apa, janji kerajaan menyelesaikan masalah ini cukuplah. Sekian, terima kasih. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan, silakan. 6.12 ptg. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Igan ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Majlis Pembukaan Sidang Dewan Rakyat Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 pada kali ini. Saya akan terus membawa suara rakyat Igan khususnya dan Sarawak amnya di Dewan yang mulia ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, tanggal 14 Disember 2021 yang lalu ialah satu detik yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat di Sarawak dan Sabah. Sesungguhnya kelulusan Rang Undang-undang Perlembagaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan ialah satu detik sejarah yang terbilang sebagaimana Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah sebuah penantian yang lama. Ia adalah suatu peristiwa yang menepati janji yang sekian lama tertangguh dalam menunaikan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah. Kelulusan pindaan ini boleh diibaratkan umpama "bulan jatuh ke riba". Apa yang lebih istimewa dan sentimental... Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan, ini pemakluman. Pada hari ini kita akan habis pada pukul 6.30 petang. Saya membenarkan sampai 6.30 petang. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang lebih istimewa dan sentimental, kejayaan pindaan rang undang-undang ini telah memenuhi hasrat, harapan dan perjuangan Allahyarham Tok Nan. Di mana sejurus selepas dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014, beliau terus membawa aspirasi memperjuangkan kepentingan hak keistimewaan serta kedudukan Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan. | 95 | 103 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
96 DR.01.03.2022
Sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 11 Januari 2017, beliau telah
mengungkapkan pesanan terakhir kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri
Abang Johari Tun Openg untuk menjaga Sarawak dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah,
di atas iltizam dan komitmen Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari
yang mencetuskan slogan Utamakan Sarawak, hasrat Allahyarham Tok Nan telah
menjadi kenyataan.
Tuan Yang di-Pertua, Igan dengan ini ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia
pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri
Malaysia atas sokongan bagi memastikan rang undang-undang ini diluluskan. Igan juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan
Ahli-ahli Dewan Negara semua yang telah menyokong sepenuhnya rang undang-undang
ini sehingga diluluskan dengan undian melebihi dua pertiga seperti yang dikehendaki
Perlembagaan.
Tuan Yang di-Pertua, rasional di sebalik pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2)
Perlembagaan Persekutuan adalah jelas sekali untuk mengembalikan status rakan sekutu
ataupun equal partners, dengan izin, kepada Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub
di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ia bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Sabah
dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia demi memastikan keharmonian dan
perpaduan di kalangan rakyat dalam semangat Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Perjanjian Malaysia 1963 dan segala dokumen-
dokumen yang berkaitan dengannya seperti Inter-Governmental Committee Report (IGC)
dan lain-lain dokumen telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia iaitu
Akta 1642, maka Sarawak dan Sabah sekarang ini boleh menuntut segala hak dan janji
seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Pindaan ini telah memberikan pengiktirafan dan keabsahan terhadap segala
tuntutan dan status istimewa Sarawak dan Sabah. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan tidak
lagi boleh menafikan segala tuntutan dan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah sebagai
sebuah negara yang mengamalkan sistem federalisme. Kita semua harus menjunjung
prinsip Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini status Persekutuan Tanah Melayu Sarawak dan
Sabah ialah rakan sekutu atau rakan setara yang “berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah”. Setakat ini, apa yang dimaksudkan dengan rakan sekutu tidak diperincikan dan
didefinisikan dengan jelas. Oleh itu, saya memohon kementerian berkenaan menjelaskan
apakah erti rakan sekutu dan apakah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan untuk
meletakkan Sarawak dan Sabah sebagai rakan setara ataupun rakan kongsi.
Saya juga memohon agar Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 dapat
meneruskan perbincangan dan rundingan mengenai segala isu yang berkaitan dengan
Perjanjian Malaysia 1963 yang melibatkan pelaksanaan hak-hak negeri Sarawak dan
Sabah sehingga suatu persetujuan, konsensus dan kompromi dapat diterima oleh semua
pihak. Kita tidak menuntut dan meminta lebih, melainkan hak-hak yang telah termaktub
di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang selama ini telah terhakis.
Oleh itu, saya ingin tahu apakah perkara-perkara yang sudah dimuktamadkan
serta apakah isu-isu yang sedang dan akan diselesaikan dan bilakah dijangka isu-isu ini
dapat dimuktamadkan? Adalah diharapkan segala perbincangan dan rundingan yang
dijalankan, dilakukan umpama “menarik rambut di dalam tepung” dan seperti “menatang
minyak yang penuh”.
Tuan Yang di-Pertua, kini Sarawak dan Sabah telah diiktiraf sebagai rakan sekutu
dalam konteks Perlembagaan Malaysia. Kedudukan dan status Sarawak dan Sabah
bukan lagi sama seperti negeri-negeri lain. Oleh itu, sesuai dengan statusnya Sarawak
sebagai rakan sekutu, tindakan Kerajaan Sarawak meluluskan Rang Undang-undang
Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 pada Persidangan Dewan Undangan
Negeri yang lalu ialah satu tindakan yang bijaksana.
Cadangan meminda Perkara 6(3)(a) yang menukarkan gelaran Ketua Menteri
Sarawak kepada Premier merupakan satu langkah yang tepat untuk membezakan dan
| Sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 11 Januari 2017, beliau telah. mengungkapkan pesanan terakhir kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menjaga Sarawak dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, di atas iltizam dan komitmen Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari yang mencetuskan slogan Utamakan Sarawak, hasrat Allahyarham Tok Nan telah menjadi kenyataan. Tuan Yang di-Pertua, Igan dengan ini ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia atas sokongan bagi memastikan rang undang-undang ini diluluskan. Igan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negara semua yang telah menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini sehingga diluluskan dengan undian melebihi dua pertiga seperti yang dikehendaki Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, rasional di sebalik pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas sekali untuk mengembalikan status rakan sekutu ataupun equal partners, dengan izin, kepada Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ia bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia demi memastikan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat dalam semangat Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Perjanjian Malaysia 1963 dan segala dokumen- dokumen yang berkaitan dengannya seperti Inter-Governmental Committee Report (IGC) dan lain-lain dokumen telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia iaitu Akta 1642, maka Sarawak dan Sabah sekarang ini boleh menuntut segala hak dan janji seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Pindaan ini telah memberikan pengiktirafan dan keabsahan terhadap segala tuntutan dan status istimewa Sarawak dan Sabah. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan tidak lagi boleh menafikan segala tuntutan dan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem federalisme. Kita semua harus menjunjung prinsip Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, hari ini status Persekutuan Tanah Melayu Sarawak dan Sabah ialah rakan sekutu atau rakan setara yang "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah". Setakat ini, apa yang dimaksudkan dengan rakan sekutu tidak diperincikan dan didefinisikan dengan jelas. Oleh itu, saya memohon kementerian berkenaan menjelaskan apakah erti rakan sekutu dan apakah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan untuk meletakkan Sarawak dan Sabah sebagai rakan setara ataupun rakan kongsi. Saya juga memohon agar Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 dapat meneruskan perbincangan dan rundingan mengenai segala isu yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 yang melibatkan pelaksanaan hak-hak negeri Sarawak dan Sabah sehingga suatu persetujuan, konsensus dan kompromi dapat diterima oleh semua pihak. Kita tidak menuntut dan meminta lebih, melainkan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang selama ini telah terhakis. Oleh itu, saya ingin tahu apakah perkara-perkara yang sudah dimuktamadkan serta apakah isu-isu yang sedang dan akan diselesaikan dan bilakah dijangka isu-isu ini dapat dimuktamadkan? Adalah diharapkan segala perbincangan dan rundingan yang dijalankan, dilakukan umpama "menarik rambut di dalam tepung" dan seperti "menatang minyak yang penuh". Tuan Yang di-Pertua, kini Sarawak dan Sabah telah diiktiraf sebagai rakan sekutu dalam konteks Perlembagaan Malaysia. Kedudukan dan status Sarawak dan Sabah bukan lagi sama seperti negeri-negeri lain. Oleh itu, sesuai dengan statusnya Sarawak sebagai rakan sekutu, tindakan Kerajaan Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu ialah satu tindakan yang bijaksana. Cadangan meminda Perkara 6(3)(a) yang menukarkan gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier merupakan satu langkah yang tepat untuk membezakan dan. | 96 | 104 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 97
mengangkat martabat dan kedaulatan Sarawak sebagai salah satu wilayah yang
berbentuk Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia
1963.
Oleh itu, adalah tidak logik dan tidak sesuai jika Sarawak masih lagi menggunakan
istilah Ketua Menteri seperti negeri Melaka dan Pulau Pinang sedangkan dalam
Perlembagaan status Sarawak adalah setara dengan Persekutuan Tanah Melayu. Justeru
itu, gelaran Ketua Kerajaan Sarawak perlu berbeza dengan negeri-negeri lain dalam
Persekutuan.
■1820
Kita harus meletakkan kedudukan kita pada kedudukan yang betul dan
selayaknya agar kita sentiasa dihormati. Pindaan ini bukan perubahan kosmetik pada
nama sahaja, tetapi ia adalah manifestasi, keyakinan dan perjuangan menuntut hak dan
meletakkan Sarawak pada status yang selayaknya sebagai entiti ataupun rakan dalam
membentuk Malaysia.
Pindaan ini bukan bererti memberi jawatan itu lebih kuasa ataupun keistimewaan,
tetapi ia wajar dilihat daripada perspektif status Sarawak sebagai rakan sekutu yang
sejajar dengan pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah langkah
permulaan ke arah perbincangan memperjuangkan hak-hak Sarawak, keistimewaan,
autonomi dan perkara-perkara lain yang akan menyusul. Perkara ini tidak wajar dijadikan
polemik.
Oleh itu, saya memohon agar pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mencadangkan
satu istilah yang sesuai untuk gelaran Premier Sarawak jika istilah berkenaan dianggap
mengelirukan. Saya cadangkan supaya istilah Premier dalam bahasa Inggeris ini diterima
dan diguna pakai oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai istilah bahasa Malaysia
sebagaimana istilah-istilah bahasa Inggeris yang lain yang telah diterima sebagai bahasa
Malaysia dalam daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ini sesuai dengan sifat bahasa Malaysia itu sebagai bahasa yang dinamik
sifatnya. Saya juga memohon agar Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengiktiraf istilah
‘wilayah’ untuk Sarawak dan Sabah bagi membezakan status kedua-dua wilayah ini
dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia. Walaupun di dalam Perlembagaan
Persekutuan, Sarawak dan Sabah disebut sebagai the Borneo States.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan perkara 6(3)(a) Perlembagaan Negeri Sarawak
2022 bukan sekadar pada nama sahaja, tetapi ia tersirat agenda yang besar dalam
memartabatkan kedaulatan dalam konteks pembangunan yang holistik dan kesejahteraan
rakyat. Selepas ini akan ada beberapa siri rundingan dan perbincangan dengan Kerajaan
Persekutuan untuk memuktamadkan perkara yang berkaitan dengan hak-hak rakyat
Sarawak khasnya mengenai pembangunan infrastruktur asas, isu-isu pendidikan, isu-isu
kesihatan awam, isu-isu imigresen, hal-hal keselamatan, isu-isu perikanan, kawalan
sempadan, perbincangan tentang pemberian geran khas sebagaimana termaktub di
dalam perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk formula pengiraannya dan isu-isu yang membabitkan royalti minyak,
agihan kekayaan yang seimbang, peruntukan belanjawan tahunan dan isu 50 peratus
cukai Persekutuan yg dipungut di Sarawak dikembalikan kepada Sarawak dan isu-isu
yang lain. Semua ini adalah perkara-perkara penting demi kemakmuran, kesejahteraan
dan kemajuan rakyat Sarawak Bumi Kenyalang.
Tuan Yang di-Pertua, oleh hal yang demikian, dengan semangat federalisme
yang membentuk sebuah negara Malaysia, hak-hak dan kuasa-kuasa autonomi yang
diperuntukkan kepada wilayah Sarawak dan Sabah haruslah sentiasa dipelihara dan
ditunaikan sebagaimana yang termeterai dan dipersetujui semasa pembentukan
Malaysia. Sesungguhnya semua rakyat di negara ini menaruh harapan yang tinggi untuk
melihat Malaysia yang harmoni, bersatu padu, adil dan saksama dalam semangat warga
Malaysia yang sentiasa menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran
perlembagaan.
| mengangkat martabat dan kedaulatan Sarawak sebagai salah satu wilayah yang berbentuk Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Oleh itu, adalah tidak logik dan tidak sesuai jika Sarawak masih lagi menggunakan istilah Ketua Menteri seperti negeri Melaka dan Pulau Pinang sedangkan dalam Perlembagaan status Sarawak adalah setara dengan Persekutuan Tanah Melayu. Justeru itu, gelaran Ketua Kerajaan Sarawak perlu berbeza dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan. #1820. Kita harus meletakkan kedudukan kita pada kedudukan yang betul dan selayaknya agar kita sentiasa dihormati. Pindaan ini bukan perubahan kosmetik pada nama sahaja, tetapi ia adalah manifestasi, keyakinan dan perjuangan menuntut hak dan meletakkan Sarawak pada status yang selayaknya sebagai entiti ataupun rakan dalam membentuk Malaysia. Pindaan ini bukan bererti memberi jawatan itu lebih kuasa ataupun keistimewaan, tetapi ia wajar dilihat daripada perspektif status Sarawak sebagai rakan sekutu yang sejajar dengan pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah langkah permulaan ke arah perbincangan memperjuangkan hak-hak Sarawak, keistimewaan, autonomi dan perkara-perkara lain yang akan menyusul. Perkara ini tidak wajar dijadikan polemik. Oleh itu, saya memohon agar pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mencadangkan satu istilah yang sesuai untuk gelaran Premier Sarawak jika istilah berkenaan dianggap mengelirukan. Saya cadangkan supaya istilah Premier dalam bahasa Inggeris ini diterima dan diguna pakai oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai istilah bahasa Malaysia sebagaimana istilah-istilah bahasa Inggeris yang lain yang telah diterima sebagai bahasa Malaysia dalam daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini sesuai dengan sifat bahasa Malaysia itu sebagai bahasa yang dinamik sifatnya. Saya juga memohon agar Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengiktiraf istilah 'wilayah' untuk Sarawak dan Sabah bagi membezakan status kedua-dua wilayah ini dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia. Walaupun di dalam Perlembagaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah disebut sebagai the Borneo States. Tuan Yang di-Pertua, pindaan perkara 6(3)(a) Perlembagaan Negeri Sarawak 2022 bukan sekadar pada nama sahaja, tetapi ia tersirat agenda yang besar dalam memartabatkan kedaulatan dalam konteks pembangunan yang holistik dan kesejahteraan rakyat. Selepas ini akan ada beberapa siri rundingan dan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan untuk memuktamadkan perkara yang berkaitan dengan hak-hak rakyat Sarawak khasnya mengenai pembangunan infrastruktur asas, isu-isu pendidikan, isu-isu kesihatan awam, isu-isu imigresen, hal-hal keselamatan, isu-isu perikanan, kawalan sempadan, perbincangan tentang pemberian geran khas sebagaimana termaktub di dalam perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk formula pengiraannya dan isu-isu yang membabitkan royalti minyak, agihan kekayaan yang seimbang, peruntukan belanjawan tahunan dan isu 50 peratus cukai Persekutuan yg dipungut di Sarawak dikembalikan kepada Sarawak dan isu-isu yang lain. Semua ini adalah perkara-perkara penting demi kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan rakyat Sarawak Bumi Kenyalang. Tuan Yang di-Pertua, oleh hal yang demikian, dengan semangat federalisme yang membentuk sebuah negara Malaysia, hak-hak dan kuasa-kuasa autonomi yang diperuntukkan kepada wilayah Sarawak dan Sabah haruslah sentiasa dipelihara dan ditunaikan sebagaimana yang termeterai dan dipersetujui semasa pembentukan Malaysia. Sesungguhnya semua rakyat di negara ini menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Malaysia yang harmoni, bersatu padu, adil dan saksama dalam semangat warga Malaysia yang sentiasa menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. | 97 | 105 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
98 DR.01.03.2022
Tuan Yang di-Pertua, pada persidangan Dewan Rakyat yang lepas, saya telah
membangkitkan isu ataupun masalah pengurusan FELCRA Berhad di negeri Sarawak.
Sejak tahun 1987, FELCRA Berhad di Sarawak telah mengurus seluas 47,730 hektar
ladang sawit dengan melibatkan seramai 20,307 orang peserta Projek Penyatuan dan
Pemulihan Tanah yang merangkumi peserta Ladang Rakyat dan Ladang Sejahtera.
Daripada jawapan bertulis yang saya terima, mereka mengaku bahawa FELCRA
Berhad Sarawak telah gagal untuk memberi pulangan dividen yang tinggi kepada para
peserta. Ini adalah satu pengakuan yang serius dan saya menyeru agar Kementerian
Pembangunan Luar Bandar mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak
pengurusan FELCRA Berhad di Sarawak yang ternyata gagal merangka pelan tindakan
yang baik demi manfaat para peserta dan pekebun kecil.
Di antara alasan yang diberikan sehingga gagal memberi pulangan dividen yang
tinggi kepada para peserta ialah kerana berlaku pencerobohan yang serius di projek-
projek FELCRA Berhad. Saya ingin tahu, mengapa berlaku masalah pencerobohan ini?
Adakah kerana para peserta tidak berpuas hati dengan pulangan dividen yang mereka
terima dan malah ada yang tidak menerima langsung selama bertahun-tahun atau kerana
pengurusan pihak FELCRA yang tidak cekap?
Selain daripada itu, antara alasan lain yang diberikan oleh FELCRA Berhad
wilayah Sarawak menyebabkan gagal memberi dividen yang tinggi adalah kerana
kedudukan projek-projek adalah bertaburan dan bersaiz kecil yang kebanyakannya
kurang daripada 50 hektar menyebabkan kesukaran untuk mengurus secara efisien dan
masalah pengurusan air serta sistem pengairan kerana projek yang kecil dan berselerak.
Oleh itu, saya ingin bertanya, mengapa di peringkat awal pihak pengurusan
FELCRA Berhad meneruskan projek ini sekiranya sudah mengetahui ia tidak berdaya
maju? Ini adalah satu pembaziran wang rakyat dan memberi harapan yang sia-sia kepada
peserta. Di manakah tanggungjawab sosial FELCRA Berhad sebagai agensi yang
bermatlamat menaikkan status ekonomi penduduk di luar bandar? Saya juga ingin tahu
daripada 47,731 hektar ladang sawit di Sarawak, berapa hektarkah yang berumur lebih
25 tahun yang tidak lagi ada mempunyai economic cycle dan melibatkan berapa ramai
peserta?
Saya juga ingin tahu, berapakah jumlah keseluruhan ladang atau pun projek sawit
di Sarawak mengikut kawasan atau bahagian? Daripada jumlah berkenaan, berapa
ladangkah yang mencatat keuntungan dan berapa ladangkah yang dikategorikan sebagai
projek rugi? Saya juga ingin tahu, berapa tankah hasil tahunan per hektar setiap ladang
yang diuruskan oleh pihak FELCRA ini serta berapakah jumlah kawasan ataupun projek
yang telah dan akan ditanam semula?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu, apakah pelan tindakan jangka panjang
FELCRA Berhad untuk memastikan pengurusan ladang sawit yang berdaya maju yang
akan memberi pulangan dividen yang tinggi kepada para peserta? Sejauh manakah
masalah kekurangan pekerja ladang yang dihadapi oleh FELCRA dan apakah tindakan
yang akan diambil untuk mengatasinya?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai masalah
pengurusan FELCRA di kawasan Parlimen Igan. Pada setiap kali persidangan, saya
sering membangkitkan isu-isu dan masalah-masalah pengurusan FELCRA di kawasan
saya ini. Pada persidangan Parlimen yang lepas, dalam jawapan bertulis, FELCRA telah
memaklumkan kepada saya bahawa terdapat 10 projek yang kurang berdaya maju atau
rugi di kawasan Parlimen Igan. Saya suka menyebut sepuluh projek ini di Dewan yang
mulia ini. Di antaranya ialah
(i) Kuala Matu 1;
(ii) Lobak Balu 1;
(iii) Sekaan 1;
(iv) Kampung Sok 1;
(v) Sekaan 3;
| Tuan Yang di-Pertua, pada persidangan Dewan Rakyat yang lepas, saya telah membangkitkan isu ataupun masalah pengurusan FELCRA Berhad di negeri Sarawak. Sejak tahun 1987, FELCRA Berhad di Sarawak telah mengurus seluas 47,730 hektar ladang sawit dengan melibatkan seramai 20,307 orang peserta Projek Penyatuan dan Pemulihan Tanah yang merangkumi peserta Ladang Rakyat dan Ladang Sejahtera. Daripada jawapan bertulis yang saya terima, mereka mengaku bahawa FELCRA Berhad Sarawak telah gagal untuk memberi pulangan dividen yang tinggi kepada para peserta. Ini adalah satu pengakuan yang serius dan saya menyeru agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak pengurusan FELCRA Berhad di Sarawak yang ternyata gagal merangka pelan tindakan yang baik demi manfaat para peserta dan pekebun kecil. Di antara alasan yang diberikan sehingga gagal memberi pulangan dividen yang tinggi kepada para peserta ialah kerana berlaku pencerobohan yang serius di projek- projek FELCRA Berhad. Saya ingin tahu, mengapa berlaku masalah pencerobohan ini? Adakah kerana para peserta tidak berpuas hati dengan pulangan dividen yang mereka terima dan malah ada yang tidak menerima langsung selama bertahun-tahun atau kerana pengurusan pihak FELCRA yang tidak cekap?. Selain daripada itu, antara alasan lain yang diberikan oleh FELCRA Berhad wilayah Sarawak menyebabkan gagal memberi dividen yang tinggi adalah kerana kedudukan projek-projek adalah bertaburan dan bersaiz kecil yang kebanyakannya kurang daripada 50 hektar menyebabkan kesukaran untuk mengurus secara efisien dan masalah pengurusan air serta sistem pengairan kerana projek yang kecil dan berselerak. Oleh itu, saya ingin bertanya, mengapa di peringkat awal pihak pengurusan FELCRA Berhad meneruskan projek ini sekiranya sudah mengetahui ia tidak berdaya maju? Ini adalah satu pembaziran wang rakyat dan memberi harapan yang sia-sia kepada peserta. Di manakah tanggungjawab sosial FELCRA Berhad sebagai agensi yang bermatlamat menaikkan status ekonomi penduduk di luar bandar? Saya juga ingin tahu daripada 47,731 hektar ladang sawit di Sarawak, berapa hektarkah yang berumur lebih 25 tahun yang tidak lagi ada mempunyai economic cycle dan melibatkan berapa ramai peserta?. Saya juga ingin tahu, berapakah jumlah keseluruhan ladang atau pun projek sawit di Sarawak mengikut kawasan atau bahagian? Daripada jumlah berkenaan, berapa ladangkah yang mencatat keuntungan dan berapa ladangkah yang dikategorikan sebagai projek rugi? Saya juga ingin tahu, berapa tankah hasil tahunan per hektar setiap ladang yang diuruskan oleh pihak FELCRA ini serta berapakah jumlah kawasan ataupun projek yang telah dan akan ditanam semula?. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu, apakah pelan tindakan jangka panjang FELCRA Berhad untuk memastikan pengurusan ladang sawit yang berdaya maju yang akan memberi pulangan dividen yang tinggi kepada para peserta? Sejauh manakah masalah kekurangan pekerja ladang yang dihadapi oleh FELCRA dan apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasinya?. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai masalah pengurusan FELCRA di kawasan Parlimen Igan. Pada setiap kali persidangan, saya sering membangkitkan isu-isu dan masalah-masalah pengurusan FELCRA di kawasan saya ini. Pada persidangan Parlimen yang lepas, dalam jawapan bertulis, FELCRA telah memaklumkan kepada saya bahawa terdapat 10 projek yang kurang berdaya maju atau rugi di kawasan Parlimen Igan. Saya suka menyebut sepuluh projek ini di Dewan yang mulia ini. Di antaranya ialah. (i) Kuala Matu 1; (ii) Lobak Balu 1; (iii) Sekaan 1; (iv) Kampung Sok 1; (v) Sekaan 3; | 98 | 106 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
DR.01.03.2022 99
(vi) Pergau;
(vii) Kuala Matu 2;
(viii) Halud;
(ix) Kampung Sok 2; dan
(x) Loba Balu 3.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat bahawa 10 projek berkenaan tidak
berdaya maju, pihak FELCRA telah memulakan langkah menyerahkan balik projek-projek
berkenaan kepada pemiliknya dengan pendekatan win-win situation katanya. Saya ingin
tahu, sejauh manakah inisiatif ini telah diambil dan apakah yang dimaksudkan dengan
pendekatan win-win situation? Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ramai para peserta
ladang berjumpa dengan saya menyatakan kekesalan terhadap pengurusan FELCRA
yang membiarkan ladang sawit mereka begitu sahaja tanpa dipungut buah tandan
segarnya. Mereka merasa teraniaya dengan harga buah sawit sekarang ini amat tinggi.
■1830
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan,
sila gulung.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan]: Ya, satu minit. Akan tetapi mereka
tidak dapat menikmati hasilnya. Nampaknya, FELCRA di kawasan Igan amat tidak
bertanggungjawab. Saya ingin tahu mengapakah masalah ini terjadi? Apakah tindakan
yang telah diambil oleh pihak FELCRA untuk mengatasinya?
Tuan Yang di-Pertua, masalah dividen yang sedikit dan ada yang tidak menerima
langsung masih lagi menjadi isu dan rungutan para peserta. Sebelum ini daripada jawapan
Yang Berhormat Menteri masalah ini timbul kerana para peserta masih lagi menanggung
kos pembangunan ladang. Saya merasa hairan mengapa setelah hampir 30 tahun
masalah hutang kos pembangunan ini masih ada? Adalah tidak adil bagi para peserta
menanggung kos yang tidak pernah selesai.
Oleh itu saya mencadangkan dan memohon agar kos pembangunan ladang
tertunggak ini dilupuskan oleh kerajaan. Pihak FELCRA juga harus telus dalam setiap
pengiraan transaksi untung rugi dengan setiap peserta supaya mereka mengetahui status
pelaburan jangka panjang mereka.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan ini saya ingin
menyampaikan dua rangkap pantun bagi membalas pantun Tuanku semasa Istiadat
Pembukaan Sidang Dewan Rakyat Penggal Kelima ini.
Berpolitik siang malam tiada penghujung,
Akhirnya diri terasa ralat,
Pesanan Tuanku sentiasa dijunjung,
Raja penyayang Raja berdaulat.
Parlimen Igan sentiasa di hati,
Di sini Putrajaya, di Sarawak Petrajaya,
Tanda kami bersatu hati,
Semua RUU dilulus dengan jaya.
Sekian, terima kasih. Igan mohon menyokong.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan
adalah pembahas yang terakhir. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini
ditangguhkan sehingga 10.00 pagi, hari Rabu, 20 Mac 2022.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.32 petang]
| (vi) Pergau; (vii) Kuala Matu 2; (viii) Halud; (ix) Kampung Sok 2; dan (x) Loba Balu 3. Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat bahawa 10 projek berkenaan tidak berdaya maju, pihak FELCRA telah memulakan langkah menyerahkan balik projek-projek berkenaan kepada pemiliknya dengan pendekatan win-win situation katanya. Saya ingin tahu, sejauh manakah inisiatif ini telah diambil dan apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan win-win situation? Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ramai para peserta ladang berjumpa dengan saya menyatakan kekesalan terhadap pengurusan FELCRA yang membiarkan ladang sawit mereka begitu sahaja tanpa dipungut buah tandan segarnya. Mereka merasa teraniaya dengan harga buah sawit sekarang ini amat tinggi. #1830 Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan, sila gulung. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan]: Ya, satu minit. Akan tetapi mereka tidak dapat menikmati hasilnya. Nampaknya, FELCRA di kawasan Igan amat tidak bertanggungjawab. Saya ingin tahu mengapakah masalah ini terjadi? Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak FELCRA untuk mengatasinya? Tuan Yang di-Pertua, masalah dividen yang sedikit dan ada yang tidak menerima langsung masih lagi menjadi isu dan rungutan para peserta. Sebelum ini daripada jawapan Yang Berhormat Menteri masalah ini timbul kerana para peserta masih lagi menanggung kos pembangunan ladang. Saya merasa hairan mengapa setelah hampir 30 tahun masalah hutang kos pembangunan ini masih ada? Adalah tidak adil bagi para peserta menanggung kos yang tidak pernah selesai. Oleh itu saya mencadangkan dan memohon agar kos pembangunan ladang tertunggak ini dilupuskan oleh kerajaan. Pihak FELCRA juga harus telus dalam setiap pengiraan transaksi untung rugi dengan setiap peserta supaya mereka mengetahui status pelaburan jangka panjang mereka. Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan ini saya ingin menyampaikan dua rangkap pantun bagi membalas pantun Tuanku semasa Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Rakyat Penggal Kelima ini. Berpolitik siang malam tiada penghujung, Akhirnya diri terasa ralat, Pesanan Tuanku sentiasa dijunjung, Raja penyayang Raja berdaulat. Parlimen Igan sentiasa di hati, Di sini Putrajaya, di Sarawak Petrajaya, Tanda kami bersatu hati, Semua RUU dilulus dengan jaya. Sekian, terima kasih. Igan mohon menyokong. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands]: Yang Berhormat Igan adalah pembahas yang terakhir. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10.00 pagi, hari Rabu, 20 Mac 2022. [Dewan ditangguhkan pada pukul 6.32 petang]. | 99 | 107 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
II DR.01.03.2022
3. Beta menghargai tindakan pantas Kerajaan membantu mangsa banjir
menerusi penyaluran bantuan bernilai RM1.4 bilion secara terus kepada mereka
yang terkesan. Selain itu, Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan kewangan
bagi pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam berjumlah RM6 bilion.
4. Menghadapi tahun 2022, marilah kita terus mengukuhkan strategi dan
ketahanan dalam mendepani cabaran COVID-19. Pemulihan ekonomi negara perlu
disegerakan agar negara tidak akan ketinggalan. Bantu dan mudahkan segala urusan
rakyat untuk membina semula kehidupan mereka dengan rasa selamat, aman dan
makmur demi negara kita yang tercinta.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
5. Beta amat bersyukur dengan kestabilan politik yang dikecapi kini menerusi
kerjasama dwi-partisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan
Kestabilan Politik yang telah ditandatangani antara pihak Kerajaan dengan
pembangkang.
6. Alhamdulillah, landskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan
agenda pembangunan demi kepentingan rakyat Beta dan masa hadapan negara.
7. Hasil kesepakatan dan kematangan ini, pindaan Perlembagaan Persekutuan
berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 telah berjaya diluluskan melebihi dua pertiga
Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember lalu. Sesungguhnya
peristiwa tersebut bakal terpahat sebagai detik bersejarah buat seluruh rakyat
Malaysia.
8. Kematangan politik seperti inilah yang didambakan oleh rakyat Beta.
Melangkah ke hadapan, Beta menyeru kepada sekalian Ahli-Ahli Yang Berhormat
untuk terus mengekalkan persefahaman yang telah terbina dan juga memelihara
kestabilan politik yang telah tercapai.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
9. Malaysia berada di kedudukan ke-13 dari 122 buah negara dalam Indeks
Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98% populasi dewasa.
Bagi memastikan imuniti kekal pada tahap optimum dan sebagai benteng dalam
menghadapi varian baru, Beta menyeru agar rakyat Beta untuk mendapatkan dos
penggalak menerusi program yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.
10. Walaupun negara kini semakin bersedia untuk beralih ke fasa endemik,
Beta berharap agar peralihan ini dilaksanakan secara berhati-hati. Beta menyokong
Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan dan tindakan afirmatif Kerajaan untuk
mengurangkan harga kit ujian kendiri sebagai langkah pengukuhan tindakan
kesihatan awam dan pemerkasaan komuniti. Melalui pendekatan ini, pembukaan
semula sektor ekonomi dan sektor sosial boleh direalisasikan secara selamat.
11. Beta menyambut baik Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental
Tahun 2020-2025 yang dirangka bagi menangani isu kesihatan mental rakyat
terutamanya yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pelbagai langkah
intervensi dan bantuan kepada golongan yang terkesan.
12. Pada kesempatan ini Beta menyeru kepada rakyat Beta untuk terus
memelihara kesihatan termasuklah kesihatan mental dan sentiasa mengamalkan
budaya hidup sihat bagi menjayakan matlamat Agenda Nasional Malaysia Sihat.
13. Beta juga amat menghargai Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara
termasuk strategi pembangunan vaksin sendiri sebagai usaha bagi meningkatkan
kesediaan negara dalam mendepani pandemik dan ancaman wabak lain pada masa
hadapan.
| 3. Beta menghargai tindakan pantas Kerajaan membantu mangsa banjir menerusi penyaluran bantuan bernilai RM1.4 bilion secara terus kepada mereka yang terkesan. Selain itu, Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan kewangan bagi pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam berjumlah RM6 bilion. 4. Menghadapi tahun 2022, marilah kita terus mengukuhkan strategi dan ketahanan dalam mendepani cabaran COVID-19. Pemulihan ekonomi negara perlu disegerakan agar negara tidak akan ketinggalan. Bantu dan mudahkan segala urusan rakyat untuk membina semula kehidupan mereka dengan rasa selamat, aman dan makmur demi negara kita yang tercinta. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, 5. Beta amat bersyukur dengan kestabilan politik yang dikecapi kini menerusi kerjasama dwi-partisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah ditandatangani antara pihak Kerajaan dengan pembangkang. 6. Alhamdulillah, landskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat Beta dan masa hadapan negara. 7. Hasil kesepakatan dan kematangan ini, pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 telah berjaya diluluskan melebihi dua pertiga Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember lalu. Sesungguhnya peristiwa tersebut bakal terpahat sebagai detik bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. 8. Kematangan politik seperti inilah yang didambakan oleh rakyat Beta. Melangkah ke hadapan, Beta menyeru kepada sekalian Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk terus mengekalkan persefahaman yang telah terbina dan juga memelihara kestabilan politik yang telah tercapai. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, 9. Malaysia berada di kedudukan ke-13 dari 122 buah negara dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98% populasi dewasa. Bagi memastikan imuniti kekal pada tahap optimum dan sebagai benteng dalam menghadapi varian baru, Beta menyeru agar rakyat Beta untuk mendapatkan dos penggalak menerusi program yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan. 10. Walaupun negara kini semakin bersedia untuk beralih ke fasa endemik, Beta berharap agar peralihan ini dilaksanakan secara berhati-hati. Beta menyokong Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan dan tindakan afirmatif Kerajaan untuk mengurangkan harga kit ujian kendiri sebagai langkah pengukuhan tindakan kesihatan awam dan pemerkasaan komuniti. Melalui pendekatan ini, pembukaan semula sektor ekonomi dan sektor sosial boleh direalisasikan secara selamat. 11. Beta menyambut baik Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental Tahun 2020-2025 yang dirangka bagi menangani isu kesihatan mental rakyat terutamanya yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pelbagai langkah intervensi dan bantuan kepada golongan yang terkesan. 12. Pada kesempatan ini Beta menyeru kepada rakyat Beta untuk terus memelihara kesihatan termasuklah kesihatan mental dan sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat bagi menjayakan matlamat Agenda Nasional Malaysia Sihat. 13. Beta juga amat menghargai Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara termasuk strategi pembangunan vaksin sendiri sebagai usaha bagi meningkatkan kesediaan negara dalam mendepani pandemik dan ancaman wabak lain pada masa hadapan. | 3 | 110 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
VI DR.01.03.2022
42. Bagi mencapai tujuan ini, tumpuan bukan hanya perlu diberikan kepada
pelancongan domestik sahaja, malahan perlu juga meneroka peluang untuk kembali
menerima pelancong asing ke Malaysia sebagai salah satu usaha untuk
mempercepatkan lagi pemulihan industri pelancongan negara.
43. Norma baharu pascapandemik COVID-19 turut memerlukan masyarakat
untuk mengadaptasi pemerkasaan ekosistem ekonomi digital di setiap peringkat
perkhidmatan merentasi sektor. Justeru, Beta menyambut baik usaha Kerajaan
dalam membangun Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menambah baik
dan mempercepat pembangunan infrastruktur digital negara.
44. Pelaksanaan MyDIGITAL melalui pelbagai inisiatif terutamanya melalui
transformasi Pusat Internet Komuniti ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
dan perluasannya ke pelbagai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal
merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mencipta nilai
baharu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
45. Inisiatif melalui Program Smart Sawah Berskala Besar (SBB) berpotensi
untuk meningkatkan hasil dan mutu padi tempatan yang boleh membawa golongan
pesawah keluar daripada garis kemiskinan. Beta turut menyambut baik usaha
Kerajaan untuk mengukuhkan sekuriti makanan negara melalui kerjasama di
peringkat Persekutuan dan negeri berlandaskan Dasar Agromakanan Negara 2.0
(2021-2030) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (2021-2025).
46. Sektor agromakanan negara telah menunjukkan peningkatan di mana
pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar mencatatkan angka sebanyak 5%
dengan sumbangan sebanyak 4.4% dengan nilai eksport sebanyak RM27.7 bilion
bagi tempoh sehingga suku ketiga tahun 2021.
47. Justeru, pembangunan sektor agromakanan hendaklah terus dipergiatkan.
Usaha meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan juga
hendaklah terus dilaksanakan menerusi pemerkasaan kaedah pemasaran yang
berkesan dan tidak dieksploitasi oleh orang tengah.
48. Sektor agrikomoditi juga turut menyumbang sebanyak RM61.98 bilion
bagi tempoh sehingga suku ketiga tahun 2021 dengan jumlah eksport sehingga
Oktober 2021 sebanyak RM209.5 bilion. Peningkatan ini adalah selari dengan
agenda pembangunan ekonomi nasional dan aktiviti ekonomi yang kini beralih
kepada sektor pembuatan bernilai tambah tinggi dan perkhidmatan. Pelaksanaan
Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 akan menjadi garis panduan
kepada pemain industri untuk memperkukuh sumbangan sektor agrikomoditi
kepada pertumbuhan ekonomi negara.
49. Bagi memastikan rakyat Beta tidak terhimpit dengan kenaikan kos sara
hidup dan kos barangan keperluan harian, program penstabilan dan penyeragaman
harga, program pengedaran barangan serta penguatkuasaan yang berterusan perlu
dilaksanakan sebaik-baiknya.
50. Beta mengalu-alukan inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia dan
Program Jualan Malaysia bagi menyokong pemulihan ekonomi domestik. Program
ini berupaya menawarkan sumber pekerjaan dan pendapatan baharu melalui
pemerkasaan industri francais dan jualan langsung.
51. Selain itu, pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia yang
dilaksanakan di seluruh negara membolehkan rakyat Beta untuk mendapatkan
barangan keperluan dengan harga yang berpatutan. Usaha ini juga selaras dengan
aspirasi untuk menjaga kebajikan rakyat, membantu mengurangkan kos sara hidup
dan meningkatkan taraf hidup rakyat Beta.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
| 42. Bagi mencapai tujuan ini, tumpuan bukan hanya perlu diberikan kepada pelancongan domestik sahaja, malahan perlu juga meneroka peluang untuk kembali menerima pelancong asing ke Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mempercepatkan lagi pemulihan industri pelancongan negara. 43. Norma baharu pascapandemik COVID-19 turut memerlukan masyarakat untuk mengadaptasi pemerkasaan ekosistem ekonomi digital di setiap peringkat perkhidmatan merentasi sektor. Justeru, Beta menyambut baik usaha Kerajaan dalam membangun Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menambah baik dan mempercepat pembangunan infrastruktur digital negara. 44. Pelaksanaan MyDIGITAL melalui pelbagai inisiatif terutamanya melalui transformasi Pusat Internet Komuniti ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan perluasannya ke pelbagai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mencipta nilai baharu. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, 45. Inisiatif melalui Program Smart Sawah Berskala Besar (SBB) berpotensi untuk meningkatkan hasil dan mutu padi tempatan yang boleh membawa golongan pesawah keluar daripada garis kemiskinan. Beta turut menyambut baik usaha Kerajaan untuk mengukuhkan sekuriti makanan negara melalui kerjasama di peringkat Persekutuan dan negeri berlandaskan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (2021-2025). 46. Sektor agromakanan negara telah menunjukkan peningkatan di mana pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar mencatatkan angka sebanyak 5% dengan sumbangan sebanyak 4.4% dengan nilai eksport sebanyak RM27.7 bilion bagi tempoh sehingga suku ketiga tahun 2021. 47. Justeru, pembangunan sektor agromakanan hendaklah terus dipergiatkan. Usaha meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan juga hendaklah terus dilaksanakan menerusi pemerkasaan kaedah pemasaran yang berkesan dan tidak dieksploitasi oleh orang tengah. 48. Sektor agrikomoditi juga turut menyumbang sebanyak RM61.98 bilion bagi tempoh sehingga suku ketiga tahun 2021 dengan jumlah eksport sehingga Oktober 2021 sebanyak RM209.5 bilion. Peningkatan ini adalah selari dengan agenda pembangunan ekonomi nasional dan aktiviti ekonomi yang kini beralih kepada sektor pembuatan bernilai tambah tinggi dan perkhidmatan. Pelaksanaan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 akan menjadi garis panduan kepada pemain industri untuk memperkukuh sumbangan sektor agrikomoditi kepada pertumbuhan ekonomi negara. 49. Bagi memastikan rakyat Beta tidak terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup dan kos barangan keperluan harian, program penstabilan dan penyeragaman harga, program pengedaran barangan serta penguatkuasaan yang berterusan perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. 50. Beta mengalu-alukan inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia dan Program Jualan Malaysia bagi menyokong pemulihan ekonomi domestik. Program ini berupaya menawarkan sumber pekerjaan dan pendapatan baharu melalui pemerkasaan industri francais dan jualan langsung. 51. Selain itu, pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara membolehkan rakyat Beta untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang berpatutan. Usaha ini juga selaras dengan aspirasi untuk menjaga kebajikan rakyat, membantu mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan taraf hidup rakyat Beta. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, | 42 | 114 | 2022-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032022.pdf |
ii DR.01.03.2023
36. Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital, Puan Teo Nie Ching (Kulai)
37. Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Lim Hui Ying (Tanjong)
38. Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Tuan Adam Adli Bin Abd Halim (Hang Tuah
Jaya)
39. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Mustapha @ Mohd Yunus Bin
Sakmud (Sepanggar)
40. Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni (Sibuti)
41. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan
Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang)
42. Tuan Zahir Bin Hassan (Wangsa Maju)
43. Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj (Segamat)
44. Datuk Suhaimi Bin Nasir (Libaran)
45. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi Bin Sh Ali (Pekan)
46. Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan (Sri Gading)
47. Tuan Manndzri Bin Nasib (Tenggara)
48. Tuan Tan Kar Hing (Gopeng)
49. Tuan Chow Yu Hui (Raub)
50. Tuan Tan Hong Pin (Bakri)
51. Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy (Kalabakan)
52. Dato' Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh)
53. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Klang)
54. Tuan Syahredzan Bin Johan (Bangi)
55. Puan Rodziah Binti Ismail (Ampang)
56. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan (Hulu Langat)
57. Tuan Azli Bin Yusof (Shah Alam)
58. Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau)
59. Dato' Mohd Isam Bin Mohd Isa (Tampin)
60. Dato' Haji Adnan Bin Abu Hassan (Kuala Pilah)
61. Dato' Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli (Jempol)
62. Tuan Edwin Anak Banta (Selangau)
63. Tuan Richard Rapu @ Aman Anak Begri (Betong)
64. Puan Young Syefura Binti Othman (Bentong)
65. Puan Syerleena Binti Abdul Rashid (Bukit Bendera)
66. Tuan Lo Su Fui (Tawau)
67. Tuan Roy Angau Anak Gingkoi (Lubok Antu)
68. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar)
69. Tuan Chong Zhemin (Kampar)
70. Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timur)
71. Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari (Sungai Petani)
72. Dato' Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman)
73. Tuan Riduan Bin Rubin (Tenom)
74. Dato' Verdon Bin Bahanda (Kudat)
75. Puan Rodiyah Binti Sapiee (Batang Sadong)
76. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Bera)
77. Tuan Lim Guan Eng (Bagan)
78. Datuk Seri Panglima Haji. Mohd. Shafie Bin Haji. Apdal (Semporna)
79. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
80. Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Sembrong)
81. Tuan Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (Muar)
82. Tuan Gobind Singh Deo (Damansara)
83. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)
84. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat)
85. Tuan Tan Kok Wai (Cheras)
86. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem (Serian)
87. Dato' Seri Amirudin Bin Shari (Gombak)
88. Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad (Parit Sulong)
89. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani (Titiwangsa)
90. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)
91. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching)
| 36. Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital, Puan Teo Nie Ching (Kulai) 37. Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 38. Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Tuan Adam Adli Bin Abd Halim (Hang Tuah. Jaya) 39. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Mustapha @ Mohd Yunus Bin. Sakmud (Sepanggar) 40. Timbalan Menteri Kesihatan, Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni (Sibuti) 41. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan. Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 42. Tuan Zahir Bin Hassan (Wangsa Maju) 43. Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj (Segamat) 44. Datuk Suhaimi Bin Nasir (Libaran) 45. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi Bin Sh Ali (Pekan) 46. Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan (Sri Gading) 47. Tuan Manndzri Bin Nasib (Tenggara) 48. Tuan Tan Kar Hing (Gopeng) 49. Tuan Chow Yu Hui (Raub) 50. Tuan Tan Hong Pin (Bakri) 51. Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy (Kalabakan) 52. Dato' Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 53. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Klang) 54. Tuan Syahredzan Bin Johan (Bangi) 55. Puan Rodziah Binti Ismail (Ampang) 56. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan (Hulu Langat) 57. Tuan Azli Bin Yusof (Shah Alam) 58. Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 59. Dato' Mohd Isam Bin Mohd Isa (Tampin) 60. Dato' Haji Adnan Bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 61. Dato' Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli (Jempol) 62. Tuan Edwin Anak Banta (Selangau) 63. Tuan Richard Rapu @ Aman Anak Begri (Betong) 64. Puan Young Syefura Binti Othman (Bentong) 65. Puan Syerleena Binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 66. Tuan Lo Su Fui (Tawau) 67. Tuan Roy Angau Anak Gingkoi (Lubok Antu) 68. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 69. Tuan Chong Zhemin (Kampar) 70. Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timur) 71. Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari (Sungai Petani) 72. Dato' Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman) 73. Tuan Riduan Bin Rubin (Tenom) 74. Dato' Verdon Bin Bahanda (Kudat) 75. Puan Rodiyah Binti Sapiee (Batang Sadong) 76. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Bera) 77. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 78. Datuk Seri Panglima Haji. Mohd. Shafie Bin Haji. Apdal (Semporna) 79. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 80. Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Sembrong) 81. Tuan Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (Muar) 82. Tuan Gobind Singh Deo (Damansara) 83. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 84. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 85. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 86. Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem (Serian) 87. Dato' Seri Amirudin Bin Shari (Gombak) 88. Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad (Parit Sulong) 89. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani (Titiwangsa) 90. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 91. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching). | 36 | 6 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
iv DR.01.03.2023
151. Tuan Kalam Bin Salan (Sabak Bernam)
152. Tuan Wan Razali Bin Wan Nor (Kuantan)
153. Tuan Jamaludin Bin Yahya (Pasir Salak)
154. Tuan Fathul Huzir Bin Ayob (Gerik)
155. Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad (Bagan Serai)
156. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya)
157. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)
158. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim (Arau)
159. Dato' Haji Ahmad Bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena)
160. Datuk Muslimin Bin Yahaya (Sungai Besar)
161. Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary (Pengkalan Chepa)
162. Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang)
163. Datuk Wan Saifulruddin Bin Wan Jan (Tasek Gelugor)
164. Dato' Khlir Bin Mohd Nor (Ketereh)
165. Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh (Besut)
166. Dato' Mumtaz Binti Md Nawi (Tumpat)
167. Tuan Mohd Misbahul Munir Bin Masduki (Parit Buntar)
168. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (Kuala Langat)
169. Tuan Zulkifli Bin Ismail (Jasin)
170. Dato' Dr. Haji Alias Bin Razak (Kuala Nerus)
171. Dr. Ahmad Fakhruddin Bin Fakhrurazi (Kuala Kedah)
172. Kapten Datuk Dr. Zulkafperi Bin Hanapi (B) (Tanjong Karang)
173. Tuan Nurul Amin Bin Hamid (Padang Terap)
174. Tuan Roslan Bin Hashim (Kulim Bandar Baharu)
175. Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin (Larut)
176. Tan Sri Haji Mahiaddin Bin Mohd. Yassin (Pagoh)
177. Dato' Sri Tuan Ibharim Bin Tuan Man (Kubang Kerian)
178. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran)
179. Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan (Kota Bharu)
180. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin (Masjid Tanah)
181. Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman (Bachok)
182. Dato' Rosol Bin Wahid (Hulu Terengganu)
183. Datuk Ali Anak Biju (Saratok)
184. Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (Tanah Merah)
185. Datuk Haji Awang Bin Hashim (Pendang)
186. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh (Pasir Puteh)
187. Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu)
188. Tuan Che Alias Bin Hamid (Kemaman)
189. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman (Sik)
190. Dato' Indera Dr. Suhaili Bin Abdul Rahman (Labuan)
191. Tuan Afnan Hamimi Bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar)
192. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail (Kubang Pasu)
193. Tuan Zahari Bin Kechik (Jeli)
194. Dato’ Azman Bin Nasrudin (Padang Serai)
195. Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Hulu Selangor)
196. Ir. Ts. Khairil Nizam Bin Khirudin (Jerantut)
197. Tuan Haji Muhammad Islahuddin Bin Abas (Mersing)
198. Tuan Hassan Bin Saad (Baling)
Senator Yang Turut Hadir:
1. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Senator Datuk Seri Utama
Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz
2. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia
Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar
3. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Senator
Puan Hajah Fuziah Binti Salleh
| 151. Tuan Kalam Bin Salan (Sabak Bernam) 152. Tuan Wan Razali Bin Wan Nor (Kuantan) 153. Tuan Jamaludin Bin Yahya (Pasir Salak) 154. Tuan Fathul Huzir Bin Ayob (Gerik) 155. Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 156. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 157. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 158. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim (Arau) 159. Dato' Haji Ahmad Bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 160. Datuk Muslimin Bin Yahaya (Sungai Besar) 161. Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary (Pengkalan Chepa) 162. Dato' Hajah Siti Zailah Binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 163. Datuk Wan Saifulruddin Bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 164. Dato' Khlir Bin Mohd Nor (Ketereh) 165. Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh (Besut) 166. Dato' Mumtaz Binti Md Nawi (Tumpat) 167. Tuan Mohd Misbahul Munir Bin Masduki (Parit Buntar) 168. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (Kuala Langat) 169. Tuan Zulkifli Bin Ismail (Jasin) 170. Dato' Dr. Haji Alias Bin Razak (Kuala Nerus) 171. Dr. Ahmad Fakhruddin Bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 172. Kapten Datuk Dr. Zulkafperi Bin Hanapi (B) (Tanjong Karang) 173. Tuan Nurul Amin Bin Hamid (Padang Terap) 174. Tuan Roslan Bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 175. Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin (Larut) 176. Tan Sri Haji Mahiaddin Bin Mohd. Yassin (Pagoh) 177. Dato' Sri Tuan Ibharim Bin Tuan Man (Kubang Kerian) 178. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 179. Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan (Kota Bharu) 180. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 181. Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman (Bachok) 182. Dato' Rosol Bin Wahid (Hulu Terengganu) 183. Datuk Ali Anak Biju (Saratok) 184. Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 185. Datuk Haji Awang Bin Hashim (Pendang) 186. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 187. Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 188. Tuan Che Alias Bin Hamid (Kemaman) 189. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman (Sik) 190. Dato' Indera Dr. Suhaili Bin Abdul Rahman (Labuan) 191. Tuan Afnan Hamimi Bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 192. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 193. Tuan Zahari Bin Kechik (Jeli) 194. Dato' Azman Bin Nasrudin (Padang Serai) 195. Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Hulu Selangor) 196. Ir. Ts. Khairil Nizam Bin Khirudin (Jerantut) 197. Tuan Haji Muhammad Islahuddin Bin Abas (Mersing) 198. Tuan Hassan Bin Saad (Baling). Senator Yang Turut Hadir: 1. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz 2. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar 3. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh. | 151 | 8 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 1
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KELIMA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Rabu, 1 Mac 2023
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi.
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat]
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Bismillahi
Rahmani Rahim. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sebelum saya memulakan soalan
lisan ini ingin saya berkata sepatah dua lah, ya.
Untuk makluman, terutama sekali mereka yang baharu di dalam Dewan yang
mulia ini, ingin saya ingatkan kehadiran cokmar ini adalah sebagai mana dianugerahkan
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia melambangkan kesembilan Raja-
raja Melayu juga. Selain daripada itu, tanpa kehadiran cokmar ini, apa yang kita
laksanakan di dalam Dewan ini tidak ada keabsahan.
Selain itu juga, saya ingin menasihatkan masa yang diberi untuk kita berbahas,
cuba tumpukanlah kepada kawasan-kawasan kerana kalau kita lihat retorik-retorik yang
berkaitan tidak melambangkan aspirasi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang hadir pada
Dewan yang mulia ini.
Sekian, terima kasih. Saya mulakan soalan lisan dengan menjemput Yang
Berhormat Baram, Dato Anyi Ngau.
Dato Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan
dengan satu pantun untuk Yang Berhormat Menteri.
Anggun puteri di singgahsana,
Kilau cahaya, delima batu,
Kepada Yang Berhormat Dato Menteri yang bijaksana,
Soalan saya nombor satu.
1. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jenis dan
nilai bantuan yang disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir dan
kebakaran tempat kediaman pada masa sekarang ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak
dan Tugas-tugas Khas) [Datuk Ugak anak Kumbong]: Terima kasih, bersemangat
Yang Berhormat Baram pada pagi ini, berpantun juga. Boleh saya balas Tuan Yang di-
Pertua?
Raja bersiram dalam hikayat,
Bergelapan tempatnya tentu,
Yang Berhormat Baram berjiwa rakyat,
Dengarlah jawapan Yang Berhormat Baram, nombor satu.
| MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KELIMA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 1 Mac 2023 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi. DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sebelum saya memulakan soalan lisan ini ingin saya berkata sepatah dua lah, ya. Untuk makluman, terutama sekali mereka yang baharu di dalam Dewan yang mulia ini, ingin saya ingatkan kehadiran cokmar ini adalah sebagai mana dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia melambangkan kesembilan Raja- raja Melayu juga. Selain daripada itu, tanpa kehadiran cokmar ini, apa yang kita laksanakan di dalam Dewan ini tidak ada keabsahan. Selain itu juga, saya ingin menasihatkan masa yang diberi untuk kita berbahas, cuba tumpukanlah kepada kawasan-kawasan kerana kalau kita lihat retorik-retorik yang berkaitan tidak melambangkan aspirasi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang hadir pada Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Saya mulakan soalan lisan dengan menjemput Yang Berhormat Baram, Dato Anyi Ngau. Dato Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan satu pantun untuk Yang Berhormat Menteri. Anggun puteri di singgahsana, Kilau cahaya, delima batu, Kepada Yang Berhormat Dato Menteri yang bijaksana, Soalan saya nombor satu. 1. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jenis dan nilai bantuan yang disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir dan kebakaran tempat kediaman pada masa sekarang ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) [Datuk Ugak anak Kumbong]: Terima kasih, bersemangat Yang Berhormat Baram pada pagi ini, berpantun juga. Boleh saya balas Tuan Yang di- Pertua? Raja bersiram dalam hikayat, Bergelapan tempatnya tentu, Yang Berhormat Baram berjiwa rakyat, Dengarlah jawapan Yang Berhormat Baram, nombor satu. | 1 | 11 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
2 DR.01.03.2023
Okey, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan akan meneruskan bantuan bagi mangsa-
mangsa bencana yang layak seperti berikut:
(i) Bantuan wang ihsan (BWI) yang bernilai RM1,000 kepada setiap
ketua isi rumah (KRI) dan RM10,000 kepada waris bagi setiap
mangsa yang meninggal dunia akibat bencana, Tuan Yang di-
Pertua;
(ii) Bantuan barangan keperluan asas (BBKA) sebanyak RM2,500
kepada setiap KRI; dan
(iii) Bantuan pembaikan rumah (BPR) dengan had nilai maksimum
sehingga RM5,000 kepada setiap KRI juga. Selain daripada itu,
jika penilaian kerosakan rumah didapati melebihi RM5,000, kerja-
kerja baik pulih akan dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan
Desa dan Wilayah (KKDW) dan juga Kementerian Pembangunan
Kerajaan Tempatan (KPKT) menggunakan peruntukan sedia ada
di kementerian masing-masing.
Bagi kejadian-kejadian bencana yang berlaku di luar tempoh musim (MTL),
kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan wang ihsan (BWI) kepada setiap KRI yang
layak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Tambahan, Yang
Berhormat Baram.
Dato Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas
jawapan yang cukup lengkap dan saya percaya jawapan yang begini sudah pasti menjadi
pegangan dan harapan rakyat seperti di Baram yang sentiasa dilanda banjir sepanjang
tahun.
Soalan tambahan saya adalah bagaimana cara untuk memohon permohonan-
permohonan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi? Oleh
sebab kita di kawasan pedalaman, tiada internet. Jadi, kita memerlukan cara-cara yang
betul ini supaya mereka juga sebagai rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan
seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Mohon jawapan.
Datuk Ugak anak Kumbong: Terima kasih Yang Berhormat Baram.
Permohonan, Yang Berhormat Baram boleh dibuat melalui pejabat daerah masing-
masing. Bantuan wang ihsan (BWI) hanya diberikan kepada ketua isi rumah (KRI). Bagi
yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), ketua isi rumah (KRI)
warganegara Malaysia sahaja, boleh merujuk kepada petugas pusat pemindahan
sementara (PPS) masing-masing juga, Yang Berhormat Baram.
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, permohonan perlu dikemukakan kepada ketua
komuniti, ketua kampung, Tuai Rumah kalau di Sarawak, Maren Uma kalau Orang Ulu
ataupun Paren Lepo’ suku kaum Kenyah dan juga melalui pegawai daerah masing-
masing, Yang Berhormat Baram.
■1010
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan pegawai daerah,
selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Yang Berhormat Baram.
I think, clear. Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Jerlun.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Kluang sedang dibanjiri, Tuan Yang di-Pertua.
Minta tolong.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Saya lihat bahawa jawapan yang diberi tadi berlegar kepada isu bencana
banjir tetapi isu yang ditanya juga melibatkan soal kebakaran.
| Okey, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan akan meneruskan bantuan bagi mangsa-. mangsa bencana yang layak seperti berikut: (i) Bantuan wang ihsan (BWI) yang bernilai RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KRI) dan RM10,000 kepada waris bagi setiap mangsa yang meninggal dunia akibat bencana, Tuan Yang di- Pertua; (ii) Bantuan barangan keperluan asas (BBKA) sebanyak RM2,500 kepada setiap KRI; dan. (iii) Bantuan pembaikan rumah (BPR) dengan had nilai maksimum sehingga RM5,000 kepada setiap KRI juga. Selain daripada itu, jika penilaian kerosakan rumah didapati melebihi RM5,000, kerja- kerja baik pulih akan dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan juga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggunakan peruntukan sedia ada di kementerian masing-masing. Bagi kejadian-kejadian bencana yang berlaku di luar tempoh musim (MTL), kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan wang ihsan (BWI) kepada setiap KRI yang layak. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Tambahan, Yang Berhormat Baram. Dato Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup lengkap dan saya percaya jawapan yang begini sudah pasti menjadi pegangan dan harapan rakyat seperti di Baram yang sentiasa dilanda banjir sepanjang tahun. Soalan tambahan saya adalah bagaimana cara untuk memohon permohonan- permohonan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi? Oleh sebab kita di kawasan pedalaman, tiada internet. Jadi, kita memerlukan cara-cara yang betul ini supaya mereka juga sebagai rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Mohon jawapan. Datuk Ugak anak Kumbong: Terima kasih Yang Berhormat Baram. Permohonan, Yang Berhormat Baram boleh dibuat melalui pejabat daerah masing- masing. Bantuan wang ihsan (BWI) hanya diberikan kepada ketua isi rumah (KRI). Bagi yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), ketua isi rumah (KRI) warganegara Malaysia sahaja, boleh merujuk kepada petugas pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing juga, Yang Berhormat Baram. Bagi yang tidak berpindah ke PPS, permohonan perlu dikemukakan kepada ketua komuniti, ketua kampung, Tuai Rumah kalau di Sarawak, Maren Uma kalau Orang Ulu ataupun Paren Lepo' suku kaum Kenyah dan juga melalui pegawai daerah masing- masing, Yang Berhormat Baram. #1010. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan pegawai daerah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Yang Berhormat Baram. I think, clear. Terima kasih. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Jerlun. Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Kluang sedang dibanjiri, Tuan Yang di-Pertua. Minta tolong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat... Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua. Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat bahawa jawapan yang diberi tadi berlegar kepada isu bencana banjir tetapi isu yang ditanya juga melibatkan soal kebakaran. | 2 | 12 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 3
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri
bahawa bagaimana bencana yang melibatkan kebakaran yang sering berlaku di Sabah,
di Tawau, di banyak kawasan hampir setiap tahun lima hingga enam kali. Persoalan saya,
apakah kerajaan juga boleh pertimbangkan satu mekanisme pengeluaran dana KWSP
Akaun 1 kepada mereka yang ditimpa bencana yang mengejut dan menjadi miskin tiba-
tiba? Mohon penjelasan.
Datuk Ugak anak Kumbong: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk bencana
kebakaran itu, kita ada mengikut SOP di setiap negeri masing-masing. Jadi, NADMA
sentiasa mengeluarkan bantuan kepada mangsa bencana kebakaran. Di tempat saya
Yang Berhormat, sentiasa rumah panjang terbakar. Pada bulan yang lalu, saya
menggunakan pejabat daerah selaku pengerusi dan memohon peruntukan daripada
pengerusi jawatankuasa negeri masing-masing.
Jadi saya ingat yang lain itu Yang Berhormat, saya akan jawab secara bertulis
sekiranya Yang Berhormat hendak terperinci, inklusif dan eksklusif untuk Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib [Maran]: Tuan Yang di-Pertua,
mohon satu. Banjir.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Tuan Yang di-Pertua, Johor sekarang banjir. Minta
soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan soalan
kedua, selanjutnya. Duduk Yang Berhormat. Dipersilakan soalan yang kedua, Yang
Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan Kemaman nombor dua.
2. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri menyatakan pendirian pihak kementerian berhubung dengan
isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang
begitu jelas memberi impak kepada sektor pertanian negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Liew Chin
Tong]: Tuan Yang di-Pertua, pada 21 September 2022, Mesyuarat Jemaah Menteri telah
sebulat suara bersetuju supaya Malaysia meratifikasi perjanjian CPTPP dan seterusnya,
ia telah diratifikasikan pada 30 September 2022. Perjanjian CPTPP menjamin hak dan
kepentingan petani tempatan, di mana CPTPP merupakan satu-satunya FTA yang pernah
ditandatangani oleh Malaysia yang mengiktiraf isu keterjaminan makanan ataupun food
security.
Dalam hal ini, kerajaan berhak melaksanakan larangan sementara eksport bagi
produk barangan makanan agar produk barangan makanan mencukupi untuk kegunaan
penduduk negara ini. Dakwaan bahawa perjanjian CPTPP tidak membenarkan kerajaan
daripada melaksanakan larangan eksport barangan makanan asas seperti ayam, tidak
betul.
Selain itu, perjanjian CPTPP tidak akan menjejaskan program-program bantuan
kerajaan termasuk subsidi kepada pertanian untuk tujuan eksport. Sehingga kini, Malaysia
tidak pernah melaksanakan apa-apa program pemberian subsidi eksport kepada petani.
Subsidi sedia ada adalah dalam bentuk subsidi minyak, baja serta pembaikan dan
penaiktarafan kapal bagi nelayan kecil dan yang lain, yang mana kesemua subsidi ini tidak
diklasifikasi sebagai subsidi eksport di bawah CPTPP. Sehubungan itu, kerajaan masih
boleh terus memberi subsidi serta bantuan sedemikian rupa kepada petani dan nelayan
tempatan.
Selain daripada perkara-perkara yang saya jelaskan di atas, perjanjian CPTPP
juga tidak akan mengakibatkan penghapusan menyeluruh duti import bagi barangan
pertanian secara mendadak. Sememangnya, Malaysia bergantung kepada import
| Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa bagaimana bencana yang melibatkan kebakaran yang sering berlaku di Sabah, di Tawau, di banyak kawasan hampir setiap tahun lima hingga enam kali. Persoalan saya, apakah kerajaan juga boleh pertimbangkan satu mekanisme pengeluaran dana KWSP Akaun 1 kepada mereka yang ditimpa bencana yang mengejut dan menjadi miskin tiba- tiba? Mohon penjelasan. Datuk Ugak anak Kumbong: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk bencana kebakaran itu, kita ada mengikut SOP di setiap negeri masing-masing. Jadi, NADMA sentiasa mengeluarkan bantuan kepada mangsa bencana kebakaran. Di tempat saya Yang Berhormat, sentiasa rumah panjang terbakar. Pada bulan yang lalu, saya menggunakan pejabat daerah selaku pengerusi dan memohon peruntukan daripada pengerusi jawatankuasa negeri masing-masing. Jadi saya ingat yang lain itu Yang Berhormat, saya akan jawab secara bertulis sekiranya Yang Berhormat hendak terperinci, inklusif dan eksklusif untuk Yang Berhormat. Terima kasih. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib [Maran]: Tuan Yang di-Pertua, mohon satu. Banjir. Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Tuan Yang di-Pertua, Johor sekarang banjir. Minta soalan tambahan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan soalan kedua, selanjutnya. Duduk Yang Berhormat. Dipersilakan soalan yang kedua, Yang Berhormat Kemaman. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Kemaman nombor dua. 2. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan pendirian pihak kementerian berhubung dengan isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang begitu jelas memberi impak kepada sektor pertanian negara. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Liew Chin Tong]: Tuan Yang di-Pertua, pada 21 September 2022, Mesyuarat Jemaah Menteri telah sebulat suara bersetuju supaya Malaysia meratifikasi perjanjian CPTPP dan seterusnya, ia telah diratifikasikan pada 30 September 2022. Perjanjian CPTPP menjamin hak dan kepentingan petani tempatan, di mana CPTPP merupakan satu-satunya FTA yang pernah ditandatangani oleh Malaysia yang mengiktiraf isu keterjaminan makanan ataupun food security. Dalam hal ini, kerajaan berhak melaksanakan larangan sementara eksport bagi produk barangan makanan agar produk barangan makanan mencukupi untuk kegunaan penduduk negara ini. Dakwaan bahawa perjanjian CPTPP tidak membenarkan kerajaan daripada melaksanakan larangan eksport barangan makanan asas seperti ayam, tidak betul. Selain itu, perjanjian CPTPP tidak akan menjejaskan program-program bantuan kerajaan termasuk subsidi kepada pertanian untuk tujuan eksport. Sehingga kini, Malaysia tidak pernah melaksanakan apa-apa program pemberian subsidi eksport kepada petani. Subsidi sedia ada adalah dalam bentuk subsidi minyak, baja serta pembaikan dan penaiktarafan kapal bagi nelayan kecil dan yang lain, yang mana kesemua subsidi ini tidak diklasifikasi sebagai subsidi eksport di bawah CPTPP. Sehubungan itu, kerajaan masih boleh terus memberi subsidi serta bantuan sedemikian rupa kepada petani dan nelayan tempatan. Selain daripada perkara-perkara yang saya jelaskan di atas, perjanjian CPTPP juga tidak akan mengakibatkan penghapusan menyeluruh duti import bagi barangan pertanian secara mendadak. Sememangnya, Malaysia bergantung kepada import. | 3 | 13 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
4 DR.01.03.2023
barangan pertanian di mana lebih 50 peratus daripada keperluan tempatan seperti daging
kambing dan lembu dipenuhi melalui sumber import.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2020 sahaja, purata duti import
bagi barangan pertanian adalah sekitar 13.8 peratus dan ia terus berkurangan kepada 7.9
peratus bagi tahun 2021.
Pada masa yang sama, Malaysia telah diberikan tempoh pelaksanaan yang lebih
panjang iaitu 16 tahun lagi bagi tujuan pengurangan dan penghapusan duti import,
termasuk bagi barangan pertanian. Tambahan pula, Malaysia tidak perlu menghapuskan
sepenuhnya duti import bagi ayam, telur dan beberapa item lain di bawah CPTPP dan
masih boleh mengekalkan sistem kuota kadar tarif (tariff-rate quotas).
Untuk makluman Dewan ini, sektor pertanian termasuk komitmen yang berkaitan
dengan sektor tersebut dalam perjanjian perdagangan bebas yang lain seperti CPTPP
adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, adalah jelas bahawa perjanjian
CPTPP tidak memberi impak negatif kepada sektor pertanian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat
Kemaman, soalan tambahan.
Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan
Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada senario perjanjian CPTPP hari ini, ada
ditentang oleh ramai pihak termasuk NGO, terutamanya yang melibatkan para penternak,
petani, nelayan dan usahawan tempatan berikutan hak-hak mereka dinafikan dalam
perjanjian ini.
Soalan tambahan saya, sejauh manakah MITI benar-benar melihat secara serius
kesan ataupun implikasi besar dalam meratifikasikan perjanjian CPTPP ini terhadap
sektor pertanian demi memastikan keterjaminan makanan di negara kita? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong: Seperti apa yang saya telah jelaskan tadi bahawa sektor
pertanian tidak menerima impak negatif seperti yang saya senaraikan. CPTPP adalah
keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dahulu dan diteruskan oleh kerajaan sekarang
demi membuka akses pasaran untuk negara kita. Terima kasih.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-
Pertua, sini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan
kedua, silakan Yang Berhormat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang kita sedia maklum, selain daripada CPTPP, Malaysia juga telah menjadi
salah satu signatory atau telah ratifikasikan Regional Comprehensive Economic
Partnership (RCEP) pada 18 Mac 2022.
Maka soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah kedua-dua ini
ialah FTA. Apakah impak FTA ini kepada sektor-sektor industri lain, khasnya automobil?
Di mana di Malaysia selama ini, kita mengamalkan satu protective system sebab kita ada
industri pembinaan kereta tempatan.
Kedua, soalan tambahan saya ialah adakah Kerajaan Malaysia pada masa
terdekat ini akan menandatangani FTA-FTA baharu? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong: Buat setakat ini Tuan Yang di-Pertua, belum ada
keputusan untuk meneruskan apa-apa perbincangan FTA baharu walaupun ada yang
berminat untuk menandatangani FTA dengan Malaysia.
Dari segi aset dan juga CPTPP, kenapa kerajaan terdahulu dan juga kerajaan
sekarang meneruskan penglibatan Malaysia dalam kedua-dua perjanjian ini ialah kerana
sistem perdagangan dunia telah berubah. Sebelum ini, sebelum peperangan
| barangan pertanian di mana lebih 50 peratus daripada keperluan tempatan seperti daging kambing dan lembu dipenuhi melalui sumber import. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2020 sahaja, purata duti import bagi barangan pertanian adalah sekitar 13.8 peratus dan ia terus berkurangan kepada 7.9 peratus bagi tahun 2021. Pada masa yang sama, Malaysia telah diberikan tempoh pelaksanaan yang lebih panjang iaitu 16 tahun lagi bagi tujuan pengurangan dan penghapusan duti import, termasuk bagi barangan pertanian. Tambahan pula, Malaysia tidak perlu menghapuskan sepenuhnya duti import bagi ayam, telur dan beberapa item lain di bawah CPTPP dan masih boleh mengekalkan sistem kuota kadar tarif (tariff-rate quotas). Untuk makluman Dewan ini, sektor pertanian termasuk komitmen yang berkaitan dengan sektor tersebut dalam perjanjian perdagangan bebas yang lain seperti CPTPP adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, adalah jelas bahawa perjanjian CPTPP tidak memberi impak negatif kepada sektor pertanian. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat Kemaman, soalan tambahan. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada senario perjanjian CPTPP hari ini, ada ditentang oleh ramai pihak termasuk NGO, terutamanya yang melibatkan para penternak, petani, nelayan dan usahawan tempatan berikutan hak-hak mereka dinafikan dalam perjanjian ini. Soalan tambahan saya, sejauh manakah MITI benar-benar melihat secara serius kesan ataupun implikasi besar dalam meratifikasikan perjanjian CPTPP ini terhadap sektor pertanian demi memastikan keterjaminan makanan di negara kita? Terima kasih. Tuan Liew Chin Tong: Seperti apa yang saya telah jelaskan tadi bahawa sektor pertanian tidak menerima impak negatif seperti yang saya senaraikan. CPTPP adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dahulu dan diteruskan oleh kerajaan sekarang demi membuka akses pasaran untuk negara kita. Terima kasih. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, sini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan kedua, silakan Yang Berhormat. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum, selain daripada CPTPP, Malaysia juga telah menjadi salah satu signatory atau telah ratifikasikan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) pada 18 Mac 2022. Maka soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah kedua-dua ini ialah FTA. Apakah impak FTA ini kepada sektor-sektor industri lain, khasnya automobil? Di mana di Malaysia selama ini, kita mengamalkan satu protective system sebab kita ada industri pembinaan kereta tempatan. Kedua, soalan tambahan saya ialah adakah Kerajaan Malaysia pada masa terdekat ini akan menandatangani FTA-FTA baharu? Terima kasih. Tuan Liew Chin Tong: Buat setakat ini Tuan Yang di-Pertua, belum ada keputusan untuk meneruskan apa-apa perbincangan FTA baharu walaupun ada yang berminat untuk menandatangani FTA dengan Malaysia. Dari segi aset dan juga CPTPP, kenapa kerajaan terdahulu dan juga kerajaan sekarang meneruskan penglibatan Malaysia dalam kedua-dua perjanjian ini ialah kerana sistem perdagangan dunia telah berubah. Sebelum ini, sebelum peperangan. | 4 | 14 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 5
perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China dan juga apa yang telah berlaku
kebelakangan ini, dunia diuruskan melalui WTO.
Perdagangan diuruskan oleh WTO. Akan tetapi sekarang ini, lebih banyak blok
yang telah wujud dan negara kita sebagai negara perdagangan, memerlukan perjanjian-
perjanjian ini supaya diterangkumi dalam perjanjian-perjanjian ini, dalam group ini dan
bukan di luar daripada groupings itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih
Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya, soalan yang ketiga, Yang Berhormat Bangi.
■1020
Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Nombor tiga soalan Bangi,
Mohon Menteri jawab sekarang.
3. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Komunikasi dan Digital
menyatakan statistik bilangan individu yang disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah
seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia yang melibatkan hantaran atas talian
yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya sejak tahun 2009 sehingga
kini mengikut tahun dan jenis hantaran.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bangi atas
soalan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2009 hingga 28 Februari 2023, sebanyak 2,825
aduan telah diterima dan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) berhubung kesalahan yang diperuntukkan di bawah seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Daripada aduan yang diterima tersebut,
sebanyak 108 kes masih dalam siasatan, 115 kes telah didakwa di mahkamah, 40 kes
telah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM138,250 dan 84
kes telah dikeluarkan notis amaran.
Sejumlah 2,478 kes berstatus tiada tindakan lanjut, no further action (NFA),
dengan izin dan atau tiada kesalahan dizahirkan, no offence disclosed (NOD), dengan
izin. Kes-kes yang diklasifikasikan sebagai NFA ataupun NOD adalah disebabkan tiada
bukti yang kukuh untuk mengaitkan suspek dengan kesalahan yang disiasat di bawah
seksyen 233 Akta 588. Daripada 115 kes yang telah didakwa di mahkamah, 108 kes telah
selesai dan dijatuhkan hukuman denda dengan nilai keseluruhan yang berjumlah
RM1,040,000 dan sebanyak tujuh kes lagi sedang dalam proses perbicaraan.
Dari sudut jenis hantaran di bawah seksyen 233 Akta 588, daripada 2,825 aduan
tersebut, sebanyak 1,631 aduan adalah melibatkan kandungan lucah, tujuh aduan adalah
melibatkan aduan sumbang, sebanyak 574 aduan adalah melibatkan kandungan palsu,
67 aduan adalah melibatkan aduan mengancam dan 546 aduan adalah melibatkan
kandungan jelik.
Dari sudut jenis hantaran juga, bagi 115 kes yang didakwa di mahkamah, 46 kes
adalah melibatkan kandungan lucah, tiga kes melibatkan kandungan sumbang, 18 kes
melibatkan kandungan palsu, tiga kes melibatkan kandungan mengancam dan 45 kes
melibatkan kandungan jelik.
Sekian jawapan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat,
soalan tambahan.
Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
atas jawapan yang komprehensif tersebut. Kita tahu sebenarnya seksyen 233 ini adalah
satu seksyen yang bermasalah. Saya sendiri sebagai peguam telah banyak kali mewakili
| perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China dan juga apa yang telah berlaku kebelakangan ini, dunia diuruskan melalui WTO. Perdagangan diuruskan oleh WTO. Akan tetapi sekarang ini, lebih banyak blok yang telah wujud dan negara kita sebagai negara perdagangan, memerlukan perjanjian- perjanjian ini supaya diterangkumi dalam perjanjian-perjanjian ini, dalam group ini dan bukan di luar daripada groupings itu. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya, soalan yang ketiga, Yang Berhormat Bangi. #1020 Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Nombor tiga soalan Bangi, Mohon Menteri jawab sekarang. 3. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan statistik bilangan individu yang disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia yang melibatkan hantaran atas talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya sejak tahun 2009 sehingga kini mengikut tahun dan jenis hantaran. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bangi atas soalan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2009 hingga 28 Februari 2023, sebanyak 2,825 aduan telah diterima dan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kesalahan yang diperuntukkan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Daripada aduan yang diterima tersebut, sebanyak 108 kes masih dalam siasatan, 115 kes telah didakwa di mahkamah, 40 kes telah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM138,250 dan 84 kes telah dikeluarkan notis amaran. Sejumlah 2,478 kes berstatus tiada tindakan lanjut, no further action (NFA), dengan izin dan atau tiada kesalahan dizahirkan, no offence disclosed (NOD), dengan izin. Kes-kes yang diklasifikasikan sebagai NFA ataupun NOD adalah disebabkan tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan suspek dengan kesalahan yang disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588. Daripada 115 kes yang telah didakwa di mahkamah, 108 kes telah selesai dan dijatuhkan hukuman denda dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM1,040,000 dan sebanyak tujuh kes lagi sedang dalam proses perbicaraan. Dari sudut jenis hantaran di bawah seksyen 233 Akta 588, daripada 2,825 aduan tersebut, sebanyak 1,631 aduan adalah melibatkan kandungan lucah, tujuh aduan adalah melibatkan aduan sumbang, sebanyak 574 aduan adalah melibatkan kandungan palsu, 67 aduan adalah melibatkan aduan mengancam dan 546 aduan adalah melibatkan kandungan jelik. Dari sudut jenis hantaran juga, bagi 115 kes yang didakwa di mahkamah, 46 kes adalah melibatkan kandungan lucah, tiga kes melibatkan kandungan sumbang, 18 kes melibatkan kandungan palsu, tiga kes melibatkan kandungan mengancam dan 45 kes melibatkan kandungan jelik. Sekian jawapan saya, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, soalan tambahan. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang komprehensif tersebut. Kita tahu sebenarnya seksyen 233 ini adalah satu seksyen yang bermasalah. Saya sendiri sebagai peguam telah banyak kali mewakili. | 5 | 15 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
6 DR.01.03.2023
anak-anak guam orang biasa yang telah ditahan, disiasat, didakwa dan kemudian
disabitkan atas sebab kerana mereka mengkritik orang politik.
Jadi soalan saya, Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian merancang
untuk meminda seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia ini supaya ia tidak boleh
disalahgunakan untuk tujuan politik? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Yang Berhormat Bangi atas soalan
tambahan tersebut. Seperti yang saya sebut dalam jawapan saya sebentar tadi,
sebenarnya 58 peratus aduan yang kami terima atau diterima oleh MCMC adalah bersifat
kandungan lucah, sebenarnya hantaran yang bersifat mengancam adalah 67 aduan.
Walaupun begitu, memang kita ada usaha untuk mengkaji seksyen 233 ini tetapi itu adalah
lebih kepada aspek bahawa bagaimana kita boleh memastikan bahawa siasatan itu boleh
dijalankan secara lebih lancar.
Kita juga ingin memastikan bahawa MCMC ditambah baik dengan pengenalan
peruntukan mengenai keperluan penyimpanan, pemeliharaan dan penzahiran data traffic.
Saya juga mengalu-alukan semua cadangan daripada Yang Berhormat bagaimana kita
boleh buat tambah baik terhadap seksyen 233 ini supaya kita boleh memastikan
bahawa— seksyen 233 memang ada keperluan untuk kewujudannya tetapi bagaimana
kita boleh pastikan ia tidak disalahgunakan. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan
daripada Yang Berhormat, duduk di sini atau yang di sana, untuk kita pastikan bahawa
semua rang undang-undang kita tidak akan disalah guna. Terima Kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Pasir Mas.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan
yang berikutnya, Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit]: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan saya. Apakah bentuk pengawalan ataupun pencegahan yang dilakukan untuk
mencegah daripada berlakunya sebaran lucah, mengganggu ketenteraman dan
keselamatan ini? Bentuk pengawalan atau pencegahan yang dilakukan.
Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang
Berhormat Parit. Kalau kita sebut tentang seksyen 233, ia sebenarnya adalah peruntukan
untuk empower ataupun membolehkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan
selepas kandungan yang bersifat lucah ataupun mengancam telah dihantar ataupun
dimuat naik di media sosial.
Akan tetapi, pada masa yang sama, untuk memastikan bahawa kandungan yang
bersifat lucah, yang bersifat mengancam tidak dimuat naik di media sosial, beberapa
usaha telah dilaksanakan seperti bagi platform provider, pembekal platform, mereka ada
screening mereka untuk pastikan bahawa apa-apa kandungan yang diupload tersebut
tidak bersifat lucah.
Selain daripada itu, untuk kerajaan, apabila kita terima sebarang aduan di mana
kandungan itu memang bersifat lucah, kami juga akan menghubungi platform provider
untuk pastikan kandungan itu akan dipadamkan.
Pada masa yang sama, kami juga bekerjasama dengan syarikat telco untuk
pastikan bahawa kandungan yang bersifat meragukan tidak akan dihantar keluar.
Bermula tahun 2021 sehingga tahun 2022, sebanyak 581 juta SMS yang meragukan telah
disekat oleh sebab bukan sahaja bersifat lucah tetapi banyak lagi seperti penipuan dan
sebagainya telah disekat.
Selain daripada itu, banyak lagi telephone number yang kami juga sekat kerana
kita suspek telah disalahgunakan. Jadi, saya harap ini menjawab soalan Yang Berhormat
Parit. Terima kasih.
4. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi menyatakan keterlibatan serius koperasi-koperasi berkaitan
dengan sektor agromakanan bagi membantu negara menghadapi krisis bekalan makanan
pada masa sekarang dan akan datang.
| anak-anak guam orang biasa yang telah ditahan, disiasat, didakwa dan kemudian disabitkan atas sebab kerana mereka mengkritik orang politik. Jadi soalan saya, Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian merancang untuk meminda seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia ini supaya ia tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan politik? Terima kasih. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Yang Berhormat Bangi atas soalan tambahan tersebut. Seperti yang saya sebut dalam jawapan saya sebentar tadi, sebenarnya 58 peratus aduan yang kami terima atau diterima oleh MCMC adalah bersifat kandungan lucah, sebenarnya hantaran yang bersifat mengancam adalah 67 aduan. Walaupun begitu, memang kita ada usaha untuk mengkaji seksyen 233 ini tetapi itu adalah lebih kepada aspek bahawa bagaimana kita boleh memastikan bahawa siasatan itu boleh dijalankan secara lebih lancar. Kita juga ingin memastikan bahawa MCMC ditambah baik dengan pengenalan peruntukan mengenai keperluan penyimpanan, pemeliharaan dan penzahiran data traffic. Saya juga mengalu-alukan semua cadangan daripada Yang Berhormat bagaimana kita boleh buat tambah baik terhadap seksyen 233 ini supaya kita boleh memastikan bahawa-- seksyen 233 memang ada keperluan untuk kewujudannya tetapi bagaimana kita boleh pastikan ia tidak disalahgunakan. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan daripada Yang Berhormat, duduk di sini atau yang di sana, untuk kita pastikan bahawa semua rang undang-undang kita tidak akan disalah guna. Terima Kasih. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Pasir Mas. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan yang berikutnya, Yang Berhormat Parit. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Apakah bentuk pengawalan ataupun pencegahan yang dilakukan untuk mencegah daripada berlakunya sebaran lucah, mengganggu ketenteraman dan keselamatan ini? Bentuk pengawalan atau pencegahan yang dilakukan. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit. Kalau kita sebut tentang seksyen 233, ia sebenarnya adalah peruntukan untuk empower ataupun membolehkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selepas kandungan yang bersifat lucah ataupun mengancam telah dihantar ataupun dimuat naik di media sosial. Akan tetapi, pada masa yang sama, untuk memastikan bahawa kandungan yang bersifat lucah, yang bersifat mengancam tidak dimuat naik di media sosial, beberapa usaha telah dilaksanakan seperti bagi platform provider, pembekal platform, mereka ada screening mereka untuk pastikan bahawa apa-apa kandungan yang diupload tersebut tidak bersifat lucah. Selain daripada itu, untuk kerajaan, apabila kita terima sebarang aduan di mana kandungan itu memang bersifat lucah, kami juga akan menghubungi platform provider untuk pastikan kandungan itu akan dipadamkan. Pada masa yang sama, kami juga bekerjasama dengan syarikat telco untuk pastikan bahawa kandungan yang bersifat meragukan tidak akan dihantar keluar. Bermula tahun 2021 sehingga tahun 2022, sebanyak 581 juta SMS yang meragukan telah disekat oleh sebab bukan sahaja bersifat lucah tetapi banyak lagi seperti penipuan dan sebagainya telah disekat. Selain daripada itu, banyak lagi telephone number yang kami juga sekat kerana kita suspek telah disalahgunakan. Jadi, saya harap ini menjawab soalan Yang Berhormat Parit. Terima kasih. 4. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan keterlibatan serius koperasi-koperasi berkaitan dengan sektor agromakanan bagi membantu negara menghadapi krisis bekalan makanan pada masa sekarang dan akan datang. | 6 | 16 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 7
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Puan Saraswathy
a/p Kandasami]: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar atas soalan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited dalam membantu
usaha kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan negara melalui penglibatan
koperasi dalam sektor agromakanan.
Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 172 koperasi telah terlibat secara khusus
dalam sektor agromakanan yang meliputi aktiviti penternakan, perikanan, tanaman dan
pembekalan input pertanian. KUSKOP melalui SKM telah mengambil inisiatif dan tindakan
bagi meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor agromakanan
seperti berikut:
(i) menyediakan pembiayaan modal pusingan agromakanan dengan
jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta. Koperasi yang layak
boleh memohon pembiayaan sehingga RM3 juta bagi
mengembang atau memperluaskan projek berkaitan pengeluaran
makanan pertanian utama upstream, pemprosesan ataupun
pengilangan agromakanan ataupun aktiviti hiliran makanan lain;
(ii) menyediakan geran bantuan pembangunan sehingga RM300,000
kepada koperasi yang berkelayakan bagi mengukuh dan
mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi termasuk aktiviti
pertanian;
(iii) mewujudkan Federasi Koperasi Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia Berhad yang bertujuan untuk menggembleng sumber
modal, kepakaran, kemahiran dan tenaga profesional yang
dimiliki koperasi pertanian bagi melaksanakan aktiviti pada skala
yang lebih besar dan menguasai aktiviti di sepanjang rantai
bekalan;
(iv) mengadakan sesi libat urus bersama koperasi-koperasi yang
terlibat dalam aktiviti penternakan ayam pada 12 Januari 2023
bagi mengenal pasti isu dan cabaran serta memperincikan
strategi pemerkasaan koperasi dalam aktiviti ternakan ayam; dan
(v) mengadakan kerjasama strategi dengan Kementerian Pertanian
dan Keterjaminan Makanan (MAFS) untuk mengoptimumkan
potensi sumber melibatkan kedua-dua kementerian. Kerjasama
strategi ini antaranya bertujuan untuk menyokong transformasi
dan pemodenan projek pertanian oleh sektor koperasi yang akan
menyumbang kepada keterjaminan pengeluaran makanan
negara.
Sekian, terima kasih.
■1030
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Soalan tambahan
Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]: Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Menteri atas jawapan yang saya kira sangat meyakinkan. Saya mendengar tadi
Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap berkaitan dengan penubuhan federasi
koperasi yang berasaskan kepada pertanian dan industri asas tani. Yang ini mungkin
untuk memberi galakan ataupun sumbangan bekalan kepada rakyat berkaitan dengan
agromakanan.
Soalan saya, setakat mana penggabungan koperasi ini mampu supply ataupun
mampu menyumbang makanan kepada rakyat ataupun sekurang-kurangnya supply
kepada 7.1 juta ahli koperasi seluruh negara? Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Saraswathy a/p Kandasami: Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat ini ada
terdapat hanya lima koperasi yang telah menjadi anggota dalam Federasi Koperasi
| Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Puan Saraswathy. a/p Kandasami]: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited dalam membantu usaha kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan negara melalui penglibatan koperasi dalam sektor agromakanan. Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 172 koperasi telah terlibat secara khusus dalam sektor agromakanan yang meliputi aktiviti penternakan, perikanan, tanaman dan pembekalan input pertanian. KUSKOP melalui SKM telah mengambil inisiatif dan tindakan bagi meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor agromakanan seperti berikut: (i) menyediakan pembiayaan modal pusingan agromakanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta. Koperasi yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM3 juta bagi mengembang atau memperluaskan projek berkaitan pengeluaran makanan pertanian utama upstream, pemprosesan ataupun pengilangan agromakanan ataupun aktiviti hiliran makanan lain; (ii) menyediakan geran bantuan pembangunan sehingga RM300,000 kepada koperasi yang berkelayakan bagi mengukuh dan mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi termasuk aktiviti pertanian; (iii) mewujudkan Federasi Koperasi Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Berhad yang bertujuan untuk menggembleng sumber modal, kepakaran, kemahiran dan tenaga profesional yang dimiliki koperasi pertanian bagi melaksanakan aktiviti pada skala yang lebih besar dan menguasai aktiviti di sepanjang rantai bekalan; (iv) mengadakan sesi libat urus bersama koperasi-koperasi yang terlibat dalam aktiviti penternakan ayam pada 12 Januari 2023 bagi mengenal pasti isu dan cabaran serta memperincikan strategi pemerkasaan koperasi dalam aktiviti ternakan ayam; dan. (v) mengadakan kerjasama strategi dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) untuk mengoptimumkan potensi sumber melibatkan kedua-dua kementerian. Kerjasama strategi ini antaranya bertujuan untuk menyokong transformasi dan pemodenan projek pertanian oleh sektor koperasi yang akan menyumbang kepada keterjaminan pengeluaran makanan negara. Sekian, terima kasih. #1030. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Besar. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang saya kira sangat meyakinkan. Saya mendengar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap berkaitan dengan penubuhan federasi koperasi yang berasaskan kepada pertanian dan industri asas tani. Yang ini mungkin untuk memberi galakan ataupun sumbangan bekalan kepada rakyat berkaitan dengan agromakanan. Soalan saya, setakat mana penggabungan koperasi ini mampu supply ataupun mampu menyumbang makanan kepada rakyat ataupun sekurang-kurangnya supply kepada 7.1 juta ahli koperasi seluruh negara? Terima kasih Yang Berhormat. Puan Saraswathy a/p Kandasami: Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat ini ada terdapat hanya lima koperasi yang telah menjadi anggota dalam Federasi Koperasi. | 7 | 17 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
8 DR.01.03.2023
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Berhad. Usaha telah diambil untuk
mengurangkan model syer daripada 50,000 kepada 5,000. Ini adalah satu usaha untuk
mempromosi dan menggalakkan semua koperasi pertanian dapat menganggotai federasi
tersebut.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, dengan gabungan lebih banyak
koperasi dalam federasi ini, akan membolehkan penggabungan usaha untuk menggiatkan
lagi sektor agromakanan dan juga sektor pertanian. Daripada segi penggabungan, usaha
ini akan membolehkan mereka membentuk satu blok yang dapat menjamin pembelian
bijirin ataupun bahan-bahan untuk tujuan mengurangkan kos pembiayaan sektor
pertanian ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Silakan Yang
Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sebanyak ataupun
sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk Tabung Agromakanan. Soalan saya ialah
berapakah jumlah tersebut yang telah pun dimanfaatkan bagi tujuan koperasi.
Soalan tambahan kedua saya ialah berkenaan dengan NAFAS dan ANGKASA
yang sebelum ini pada tahun lepas telah juga terlibat untuk membantu mengurangkan
bekalan ayam dan tanaman jagung bijirin. Jadi, apakah status tindakan yang telah diambil
oleh pihak ANGKASA terutamanya dalam membantu mengawal dan juga melihat dari segi
kebergantungan makanan ini? Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk
makluman Yang Berhormat, ini adalah kali pertama satu dana khusus diperuntukkan iaitu
RM100 juta dalam Buku Bajet 2023 untuk sektor agromakanan dan ini adalah satu usaha
baharu. Walaupun sebelum ini dana dalaman sudah lama digunakan untuk tujuan
pembiayaan. Ini adalah kali pertama satu dana khusus sebanyak RM100 juta
diperuntukkan bagi sektor ini. Program-program yang sebelum ini yang mana dana
dalaman digunakan akan diperkasakan dan program baharu akan diperkenalkan untuk
memperkasa sektor ini.
Berkenaan dengan kejayaan ataupun status ANGKASA dalam memperkasa
pengeluaran bijirin, saya akan maklumkan secara bertulis kerana saya tidak mempunyai
data pada masa ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
5. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran] minta Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan mengapa harga daging seperti ayam dan
khinzir terus naik dan apakah langkah-langkah untuk menurunkan harga tersebut.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup [Puan
Hajah Fuziah binti Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani
Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam masyarakat Madani.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran atas soalan yang diberikan. Memang
soalan berkenaan dengan harga barang ini sering menjadi persoalan kerana ramai yang
mengatakan bahawa kerajaan gagal mengawal harga barang. Soalan Yang Berhormat
Tuaran spesifik berkenaan dengan harga daging. Akan tetapi boleh izinkan saya Tuan
Yang di-Pertua memberi gambaran menyeluruh dahulu.
Kerajaan Malaysia Tuan Yang di-Pertua, mengamalkan ekonomi pasaran bebas
bagi menjamin kestabilan barangan di pasaran di mana harga sesebuah barangan
dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan iaitu supply and demand, dengan izin. Ia
juga saling bergantung ataupun interdependent kepada pasaran global terutama barang-
barang bahan mentahnya bersumberkan import. Buat pengetahuan Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat Tuaran, kita ada 11 jenis barangan yang kita kawal harganya.
Daripada 11 itu enam bersubsidi dan empat dikawal harganya- 10, minta maaf ya, 10
barang.
| Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Berhad. Usaha telah diambil untuk mengurangkan model syer daripada 50,000 kepada 5,000. Ini adalah satu usaha untuk mempromosi dan menggalakkan semua koperasi pertanian dapat menganggotai federasi tersebut. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, dengan gabungan lebih banyak koperasi dalam federasi ini, akan membolehkan penggabungan usaha untuk menggiatkan lagi sektor agromakanan dan juga sektor pertanian. Daripada segi penggabungan, usaha ini akan membolehkan mereka membentuk satu blok yang dapat menjamin pembelian bijirin ataupun bahan-bahan untuk tujuan mengurangkan kos pembiayaan sektor pertanian ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat Ledang. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sebanyak ataupun sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk Tabung Agromakanan. Soalan saya ialah berapakah jumlah tersebut yang telah pun dimanfaatkan bagi tujuan koperasi. Soalan tambahan kedua saya ialah berkenaan dengan NAFAS dan ANGKASA yang sebelum ini pada tahun lepas telah juga terlibat untuk membantu mengurangkan bekalan ayam dan tanaman jagung bijirin. Jadi, apakah status tindakan yang telah diambil oleh pihak ANGKASA terutamanya dalam membantu mengawal dan juga melihat dari segi kebergantungan makanan ini? Terima kasih. Puan Saraswathy a/p Kandasami: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, ini adalah kali pertama satu dana khusus diperuntukkan iaitu RM100 juta dalam Buku Bajet 2023 untuk sektor agromakanan dan ini adalah satu usaha baharu. Walaupun sebelum ini dana dalaman sudah lama digunakan untuk tujuan pembiayaan. Ini adalah kali pertama satu dana khusus sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi sektor ini. Program-program yang sebelum ini yang mana dana dalaman digunakan akan diperkasakan dan program baharu akan diperkenalkan untuk memperkasa sektor ini. Berkenaan dengan kejayaan ataupun status ANGKASA dalam memperkasa pengeluaran bijirin, saya akan maklumkan secara bertulis kerana saya tidak mempunyai data pada masa ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 5. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan mengapa harga daging seperti ayam dan khinzir terus naik dan apakah langkah-langkah untuk menurunkan harga tersebut. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup [Puan Hajah Fuziah binti Salleh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam masyarakat Madani. Terima kasih Yang Berhormat Tuaran atas soalan yang diberikan. Memang soalan berkenaan dengan harga barang ini sering menjadi persoalan kerana ramai yang mengatakan bahawa kerajaan gagal mengawal harga barang. Soalan Yang Berhormat Tuaran spesifik berkenaan dengan harga daging. Akan tetapi boleh izinkan saya Tuan Yang di-Pertua memberi gambaran menyeluruh dahulu. Kerajaan Malaysia Tuan Yang di-Pertua, mengamalkan ekonomi pasaran bebas bagi menjamin kestabilan barangan di pasaran di mana harga sesebuah barangan dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan iaitu supply and demand, dengan izin. Ia juga saling bergantung ataupun interdependent kepada pasaran global terutama barang- barang bahan mentahnya bersumberkan import. Buat pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tuaran, kita ada 11 jenis barangan yang kita kawal harganya. Daripada 11 itu enam bersubsidi dan empat dikawal harganya- 10, minta maaf ya, 10 barang. | 8 | 18 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 9
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada barang yang kita kawal harga, yang kita beri
subsidi seperti LPG, diesel, RON95, ayam bulat standard, telur gred A, B dan C. Ini kita
kawal harga dan kita subsidikan. Kemudian ada juga barang yang kita kawal harga tetapi
kita tidak subsidikan seperti face mask, rapid test kit, minyak masak botol, gula, tepung.
Saya lupa, yang bersubsidi tambah minyak masak paket. Jadi, ada enam bersubsidi dan
lima tidak bersubsidi. Kita juga ada skim harga maksimum musim perayaan, di mana kita
kawal harga ketika itu.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, barang seperti daging ayam kita sudah kawal harganya
begitu lama semenjak dari Februari seingat saya— semenjak dari 5 Februari ‘20...,’, kita
kawal harga ayam dan kita kawal harga telur gred A, B dan C. Manakala untuk daging
khinzir, kita kawal sewaktu musim perayaan Tuan Yang di-Pertua, sewaktu musim
perayaan Tahun Baharu Cina, kita kawal harganya.
Selain daripada itu, kita tidak kawal harganya dan di luar masa-masa tersebut
barang-barang yang tidak termasuk dalam kategori barang yang dikawal harganya, kita
bebaskan. Maksudnya mengikut pasaran bebas, seperti yang saya katakan tadi free
market economy.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Soalan tambahan
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan ini soalan
spesifik dan sebaik-baik mungkin yang dapat menjawab soalan ini barangkali
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tetapi ada kaitan dengan kos sara
hidup.
Persoalan yang pertama adalah daripada segi penyelarasan. Penyelarasan di
antara dua kementerian ini untuk menangani ini sebab satu tindakan yang pertama itu
daripada segi jangka pendek, satu jangka panjang. Bagaimana ini, contohnya harga
khinzir itu satu kilo RM58, kalau di Sabah. Memang tidak boleh sudah, begitu mahal. Jadi,
pertanyaan saya ialah bagaimanakah penyelarasan dapat dibuat supaya akhirnya
pengguna dapat menurunkan harga daging-daging ternakan ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat
Timbalan Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh: Terima kasih atas soalan tambahan. Tuan
Yang di-Pertua, memang diwujudkan satu sekretariat khas di antara dua kementerian,
iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta dengan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Kedua-dua sekretariat ini
bertanggungjawab untuk berbincang memastikan bahawa harga itu dapat kita kawal.
Seperti yang saya katakan tadi ia ada banyak faktor luaran seperti makanan haiwan.
■1040
Dia jadi penentu kepada harga daging itu sendiri. Jadi, KPDN berada di hujung
supply chain. We are at the end of the supply chain, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Namun begitu, kami bertanggungjawab terhadap pengguna. Jadi kami akan sentiasa
menjaga kepentingan pengguna dan pada masa yang sama, pihak MAFS menjaga
kepentingan industri. Jadi kita hendak menang-menang di dalam keadaan ini dan kita
cuba balance atau mengimbangi di antara keperluan industri serta juga keperluan
pengguna. Insya-Allah, kita cuba yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Seterusnya Yang
Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi [Tanjong Karang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Kembali seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi,
Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Kalau kita lihat di dalam ekonomi
pasaran bebas, dia tergantung kepada supply and demand. Kalau kita lihat kepada daging
lembu, tahap sara diri kita (SSL) hanya berada pada paras 22.2 peratus. Bagi daging
| Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada barang yang kita kawal harga, yang kita beri. subsidi seperti LPG, diesel, RON95, ayam bulat standard, telur gred A, B dan C. Ini kita kawal harga dan kita subsidikan. Kemudian ada juga barang yang kita kawal harga tetapi kita tidak subsidikan seperti face mask, rapid test kit, minyak masak botol, gula, tepung. Saya lupa, yang bersubsidi tambah minyak masak paket. Jadi, ada enam bersubsidi dan lima tidak bersubsidi. Kita juga ada skim harga maksimum musim perayaan, di mana kita kawal harga ketika itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, barang seperti daging ayam kita sudah kawal harganya begitu lama semenjak dari Februari seingat saya-- semenjak dari 5 Februari '20...,', kita kawal harga ayam dan kita kawal harga telur gred A, B dan C. Manakala untuk daging khinzir, kita kawal sewaktu musim perayaan Tuan Yang di-Pertua, sewaktu musim perayaan Tahun Baharu Cina, kita kawal harganya. Selain daripada itu, kita tidak kawal harganya dan di luar masa-masa tersebut barang-barang yang tidak termasuk dalam kategori barang yang dikawal harganya, kita bebaskan. Maksudnya mengikut pasaran bebas, seperti yang saya katakan tadi free market economy. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu jawapan saya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan Yang Berhormat Tuaran. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan ini soalan spesifik dan sebaik-baik mungkin yang dapat menjawab soalan ini barangkali Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tetapi ada kaitan dengan kos sara hidup. Persoalan yang pertama adalah daripada segi penyelarasan. Penyelarasan di antara dua kementerian ini untuk menangani ini sebab satu tindakan yang pertama itu daripada segi jangka pendek, satu jangka panjang. Bagaimana ini, contohnya harga khinzir itu satu kilo RM58, kalau di Sabah. Memang tidak boleh sudah, begitu mahal. Jadi, pertanyaan saya ialah bagaimanakah penyelarasan dapat dibuat supaya akhirnya pengguna dapat menurunkan harga daging-daging ternakan ini? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Puan Hajah Fuziah binti Salleh: Terima kasih atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, memang diwujudkan satu sekretariat khas di antara dua kementerian, iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Kedua-dua sekretariat ini bertanggungjawab untuk berbincang memastikan bahawa harga itu dapat kita kawal. Seperti yang saya katakan tadi ia ada banyak faktor luaran seperti makanan haiwan. #1040. Dia jadi penentu kepada harga daging itu sendiri. Jadi, KPDN berada di hujung supply chain. We are at the end of the supply chain, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Namun begitu, kami bertanggungjawab terhadap pengguna. Jadi kami akan sentiasa menjaga kepentingan pengguna dan pada masa yang sama, pihak MAFS menjaga kepentingan industri. Jadi kita hendak menang-menang di dalam keadaan ini dan kita cuba balance atau mengimbangi di antara keperluan industri serta juga keperluan pengguna. Insya-Allah, kita cuba yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Seterusnya Yang Berhormat Tanjong Karang. Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi [Tanjong Karang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kembali seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Kalau kita lihat di dalam ekonomi pasaran bebas, dia tergantung kepada supply and demand. Kalau kita lihat kepada daging lembu, tahap sara diri kita (SSL) hanya berada pada paras 22.2 peratus. Bagi daging. | 9 | 19 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
10 DR.01.03.2023
ayam, berada pada paras 119 peratus dan daging khinzir itu juga berada pada paras di
atas 100 peratus.
Jadi, kenapakah daging lembu itu sendiri tidak ditingkatkan setelah berpuluh-
puluh tahun kepada tahap lebih 100 peratus? Adakah ini dipengaruhi oleh kartel-kartel
daging itu sendiri ataupun sebahagian daripada kesan akibat ternakan lembu oleh Datuk
Shahrizat berjumlah RM250 juta yang hanyut ke laut? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan Yang
Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Yang Berhormat Tanjong Karang. Seperti yang kita ketahui, memanglah soalan ini elok
dijawab oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Namun, sedikit saya
ingin menyatakan di sini bahawa selama ini seingat saya, lebih sedekad kita bercakap
berkenaan dengan keterjaminan makanan. Keterjaminan makanan ini satu isu yang
besar, bukan satu isu yang remeh. Kerajaan pada hari ini terpaksa menanggung liabiliti
keputusan-keputusan dasar yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Ini adalah beban
besar ke atas Kerajaan Perpaduan pada hari ini.
Namun, kita komited dan kita akan berikan yang terbaik insya-Allah, untuk
melakukan apa yang kita patut hatta dengan menamakan kementerian dengan
meletakkan keterjaminan makanan dan kos sara hidup dalam nama kementerian. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Menteri kut.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh]: Tak mampu, cakap
tak mampu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Yang Berhormat
Menteri, alamak.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat,
soalan yang keenam. Dipersilakan Tuan Sabri bin Azit, Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
selamat pagi.
‘Mentega terbang’ sudah ditayang,
Menteri pula terlepas pandang,
Soalan saya dron terbang,
Nombor enam, harap Yang Berhormat Menteri jawabkan.
6. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
menyatakan jumlah inovasi pembuatan dron di Malaysia sebagai langkah bagi membantu
golongan B40 dalam bidang pertanian.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Arthur Joseph
Kurup]: Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
selaku peneraju agenda sains dan teknologi negara memainkan peranan penting dalam
pembangunan ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam bidang pertanian. MOSTI
melalui inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dengan izin, telah
menggalakkan penggunaan dron dalam industri pertanian dan juga perladangan yang
menggunakan teknologi oleh syarikat dron tempatan seperti Aerodyne, Aonic dan
Meraque.
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh MRANTI pada tahun 2020 sehingga
tahun 2021 dengan syarikat ADP SyTech Sdn Bhd dan kawasan pembangunan pertanian
bersepadu bagi tanaman padi telah mendapati bahawa penggunaan dron untuk proses
penyemburan baja dan racun dapat mempercepatkan masa, mengurangkan
kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan meningkatkan pendapatan para petani.
| ayam, berada pada paras 119 peratus dan daging khinzir itu juga berada pada paras di atas 100 peratus. Jadi, kenapakah daging lembu itu sendiri tidak ditingkatkan setelah berpuluh- puluh tahun kepada tahap lebih 100 peratus? Adakah ini dipengaruhi oleh kartel-kartel daging itu sendiri ataupun sebahagian daripada kesan akibat ternakan lembu oleh Datuk Shahrizat berjumlah RM250 juta yang hanyut ke laut? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat Menteri. Puan Hajah Fuziah binti Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Seperti yang kita ketahui, memanglah soalan ini elok dijawab oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Namun, sedikit saya ingin menyatakan di sini bahawa selama ini seingat saya, lebih sedekad kita bercakap berkenaan dengan keterjaminan makanan. Keterjaminan makanan ini satu isu yang besar, bukan satu isu yang remeh. Kerajaan pada hari ini terpaksa menanggung liabiliti keputusan-keputusan dasar yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Ini adalah beban besar ke atas Kerajaan Perpaduan pada hari ini. Namun, kita komited dan kita akan berikan yang terbaik insya-Allah, untuk melakukan apa yang kita patut hatta dengan menamakan kementerian dengan meletakkan keterjaminan makanan dan kos sara hidup dalam nama kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Menteri kut. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh]: Tak mampu, cakap tak mampu. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Yang Berhormat Menteri, alamak. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, soalan yang keenam. Dipersilakan Tuan Sabri bin Azit, Yang Berhormat Jerai. Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. 'Mentega terbang' sudah ditayang, Menteri pula terlepas pandang, Soalan saya dron terbang, Nombor enam, harap Yang Berhormat Menteri jawabkan. 6. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan jumlah inovasi pembuatan dron di Malaysia sebagai langkah bagi membantu golongan B40 dalam bidang pertanian. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Arthur Joseph Kurup]: Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku peneraju agenda sains dan teknologi negara memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam bidang pertanian. MOSTI melalui inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dengan izin, telah menggalakkan penggunaan dron dalam industri pertanian dan juga perladangan yang menggunakan teknologi oleh syarikat dron tempatan seperti Aerodyne, Aonic dan Meraque. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh MRANTI pada tahun 2020 sehingga tahun 2021 dengan syarikat ADP SyTech Sdn Bhd dan kawasan pembangunan pertanian bersepadu bagi tanaman padi telah mendapati bahawa penggunaan dron untuk proses penyemburan baja dan racun dapat mempercepatkan masa, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan meningkatkan pendapatan para petani. | 10 | 20 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 11
Semenjak Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak tiga buah projek R&D telah
diluluskan di bawah dana MOSTI dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.43 juta yang
berkaitan teknologi dron dalam bidang pertanian. Dua daripada projek tersebut telah siap
dilaksanakan, manakala satu projek masih berstatus ongoing, dengan izin.
Selain itu, terdapat empat syarikat yang telah dibiayai di bawah modal teroka atau
suntikan ekuiti dengan jumlah penyaluran sebanyak RM18.66 juta daripada agensi-agensi
pembiaya MOSTI yang berkaitan dengan teknologi dron dalam bidang pertanian. Sebagai
pelan jangka panjang, MOSTI melalui MRANTI telah membangunkan Pelan Tindakan
Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30).
Antara misi utama MDTAP30 adalah untuk memperbanyakkan penggunaan
teknologi dron di dalam sektor pertanian bagi meningkatkan hasil, mengurangkan
kebergantungan pekerja asing serta memberi peluang pekerjaan kepada para petani
terutamanya di kawasan luar bandar. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat
Jerai, soalan tambahan.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri
yang menyatakan dengan baik jawapan yang saya perlukan tadi. Cuma dalam soalan
tambahan saya, apakah langkah-langkah kementerian untuk berkolaborasi dengan pihak
kementerian pertanian dan Menteri pertanian pun ada di sini, untuk contohnya
mengadakan projek rintis di lapangan bagi mengeluarkan dron yang efektif
penggunaannya dan mampu milik oleh petani di seluruh negara. Sekian.
Datuk Arthur Joseph Kurup: Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI sentiasa menjalankan kerjasama
kolaboratif dengan kementerian-kementerian yang lain. Sebagai contoh, Kementerian
Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mempelbagaikan penggunaan dron dalam
sektor pertanian moden sebagai satu strategi jangka masa panjang bagi menangani isu
keterjaminan makanan. Sebagaimana yang kita maklum, MOSTI ini hanya pengendali
untuk teknologi tersebut. Kita laksanakan R&D dan kita akan bekerjasama secara
kolaborasi dengan kementerian-kementerian yang berkaitan.
Jadi untuk membantu usaha kolaborasi ini, MOSTI telah menubuhkan satu pusat
kolaborasi teknologi yang bertujuan untuk mengenal pasti teknologi sedia ada yang
mampu memperkasakan sektor pertanian negara. Sehingga kini, sebanyak 27 teknologi
telah dikenal pasti. Selain itu, Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia (MDTAP30)
mempunyai lapan misi yang akan dilaksanakan secara berfasa dalam pembangunan
ekosistem dron untuk jangka masa yang panjang untuk mewujudkan fasiliti dan ekosistem
pembuatan dron tempatan.
Saya minta masa tambahan sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan Yang
Berhormat Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup: Saya ingin menyatakan bahawa antara satu
kejayaan MTIS adalah melalui pengubahsuaian dron bagi penyemburan baja dan racun
untuk tanaman ladang dan buah-buahan melalui pembiayaan MTIS iaitu di bawah agensi
MTDC. Yang pertama, Syarikat Meraque Services telah berjaya menghasilkan dron hibrid
pertama menggunakan bateri dan petrol dan juga ada Syarikat Poladrone Solutions Sdn
Bhd yang telah berjaya mengkomersialkan Oryctes di mana ciri utamanya ialah kebolehan
melaksanakan kedua-dua blanket spraying untuk tanaman seperti padi dan jagung dan
spot spraying untuk ladang kelapa sawit dan pokok-pokok buah-buahan.
Maka dengan itu, kita akan meneruskan lagi kolaborasi-kolaborasi dengan
kementerian yang berkaitan supaya kita punya teknologi akan lebih bersasar untuk
membantu kepada golongan sasaran. Sekian dan terima kasih.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau]: Balik Pulau.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan,
Yang Berhormat Batang Lupar.
| Semenjak Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak tiga buah projek R&D telah. diluluskan di bawah dana MOSTI dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.43 juta yang berkaitan teknologi dron dalam bidang pertanian. Dua daripada projek tersebut telah siap dilaksanakan, manakala satu projek masih berstatus ongoing, dengan izin. Selain itu, terdapat empat syarikat yang telah dibiayai di bawah modal teroka atau suntikan ekuiti dengan jumlah penyaluran sebanyak RM18.66 juta daripada agensi-agensi pembiaya MOSTI yang berkaitan dengan teknologi dron dalam bidang pertanian. Sebagai pelan jangka panjang, MOSTI melalui MRANTI telah membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30). Antara misi utama MDTAP30 adalah untuk memperbanyakkan penggunaan teknologi dron di dalam sektor pertanian bagi meningkatkan hasil, mengurangkan kebergantungan pekerja asing serta memberi peluang pekerjaan kepada para petani terutamanya di kawasan luar bandar. Sekian dan terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat Jerai, soalan tambahan. Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menyatakan dengan baik jawapan yang saya perlukan tadi. Cuma dalam soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah kementerian untuk berkolaborasi dengan pihak kementerian pertanian dan Menteri pertanian pun ada di sini, untuk contohnya mengadakan projek rintis di lapangan bagi mengeluarkan dron yang efektif penggunaannya dan mampu milik oleh petani di seluruh negara. Sekian. Datuk Arthur Joseph Kurup: Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI sentiasa menjalankan kerjasama kolaboratif dengan kementerian-kementerian yang lain. Sebagai contoh, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mempelbagaikan penggunaan dron dalam sektor pertanian moden sebagai satu strategi jangka masa panjang bagi menangani isu keterjaminan makanan. Sebagaimana yang kita maklum, MOSTI ini hanya pengendali untuk teknologi tersebut. Kita laksanakan R&D dan kita akan bekerjasama secara kolaborasi dengan kementerian-kementerian yang berkaitan. Jadi untuk membantu usaha kolaborasi ini, MOSTI telah menubuhkan satu pusat kolaborasi teknologi yang bertujuan untuk mengenal pasti teknologi sedia ada yang mampu memperkasakan sektor pertanian negara. Sehingga kini, sebanyak 27 teknologi telah dikenal pasti. Selain itu, Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia (MDTAP30) mempunyai lapan misi yang akan dilaksanakan secara berfasa dalam pembangunan ekosistem dron untuk jangka masa yang panjang untuk mewujudkan fasiliti dan ekosistem pembuatan dron tempatan. Saya minta masa tambahan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat Menteri. Datuk Arthur Joseph Kurup: Saya ingin menyatakan bahawa antara satu kejayaan MTIS adalah melalui pengubahsuaian dron bagi penyemburan baja dan racun untuk tanaman ladang dan buah-buahan melalui pembiayaan MTIS iaitu di bawah agensi MTDC. Yang pertama, Syarikat Meraque Services telah berjaya menghasilkan dron hibrid pertama menggunakan bateri dan petrol dan juga ada Syarikat Poladrone Solutions Sdn Bhd yang telah berjaya mengkomersialkan Oryctes di mana ciri utamanya ialah kebolehan melaksanakan kedua-dua blanket spraying untuk tanaman seperti padi dan jagung dan spot spraying untuk ladang kelapa sawit dan pokok-pokok buah-buahan. Maka dengan itu, kita akan meneruskan lagi kolaborasi-kolaborasi dengan kementerian yang berkaitan supaya kita punya teknologi akan lebih bersasar untuk membantu kepada golongan sasaran. Sekian dan terima kasih. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau]: Balik Pulau. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan, Yang Berhormat Batang Lupar. | 11 | 21 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
12 DR.01.03.2023
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Dewasa ini kita melihat potensi dron semakin berkembang dan pengendali-
pengendali dron terutamanya di kalangan para belia telah banyak menceburkan diri dalam
bidang dron ini. Jadi saya ingin membangkitkan soalan kepada pihak kementerian dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian bercadang untuk melahirkan,
melatih dan mengiktiraf pengendali-pengendali dron yang berada di luar sana?
■1050
Adakah pihak kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan TVET dan
mewujudkan mungkin satu subjek yang boleh kita kenali sebagai subjek “pengendali
dron”? Sekian, terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pengoperasian dron ini ataupun
penggunaan teknologi dron juga merupakan satu kaedah untuk kita menarik lebih ramai
belia untuk menceburi bidang pertanian. Orang sentiasa ingat bahawa mungkin dron ini
akan mengambil alih peluang-peluang pekerjaan tetapi sebenarnya ia tidak sebab melalui
dron ini kita dapat untuk upgrade para petani kita kepada pertanian pintar dan beralih
kepada peluang-peluang pekerjaan yang lebih berkemahiran tinggi.
Pada masa yang sama, apabila kita menggunakan pertanian pintar, kecekapan
kita dalam pengoperasian akan meningkatkan lagi hasil pengeluaran dan secara langsung
dapat meningkatkan pendapatan para petani dan juga belia-belia yang menceburi bidang
itu.
Jadi berkaitan dengan itu, kita ada Malaysian Technology Development
Corporation (MTDC) yang sehingga kini menyediakan kemudahan latihan kepada 1,667
orang remote pilot dan juga sudah tersenarai 130 orang pelatih yang menerima sijil
kompetensi di bawah Civil Aviation Authority Malaysia dalam Remote Pilot Competency
of Certificate. Jadi kita sedang mewujudkan satu ekosistem di mana kita bukan sahaja
memberi kursus latihan tetapi juga mengiktiraf kepakaran atau kemahiran dalam
pengoperasian dron supaya kita boleh beralih lebih untuk ke value chain yang lebih tinggi
selepas ini. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Kita beralih ke
soalan yang ketujuh. Yang Berhormat Tawau, Tuan Lo Su Fui.
7. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah
kementerian berhasrat untuk mewujudkan sebuah universiti yang merangkumi semua
bidang pengkhususan dalam sebuah universiti di Daerah Tawau bagi memenuhi
keperluan pelajar di Pantai Timur Sabah.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi [Dato' Mohammad Yusof bin Apdal]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan yang diajukan oleh Yang
Berhormat sahabat saya dari Tawau. Sebelumnya, saya ingin memaklumkan kepada
Yang Berhormat bahawa di Wilayah Sabah terdapat dua buah universiti awam dan 23
buah institut pengajian tinggi swasta yang merangkumi tiga buah kolej universiti dan 20
buah kolej.
Universiti awam yang terdapat di Sabah adalah Universiti Malaysia Sabah (UMS)
dengan dua buah cawangan di Kampus Sandakan dan Kampus Tawau dan Universiti
Teknologi MARA (UiTM) yang turut mempunyai dua buah kampus cawangan iaitu UiTM
Kampus Kota Kinabalu dan UiTM Kampus Tawau. Jumlah enrolmen pula bagi Universiti
Malaysia Sabah (UMS) Kampus Cawangan UMS dan UiTM bagi tahun 2022 adalah
berjumlah 20,515 orang pelajar. Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung
permintaan sedia ada.
Bagi kemasukan sesi 2023 misalnya, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
menetapkan unjuran kemasukan sebanyak 3,752 tempat dan tawaran yang dikeluarkan
adalah sebanyak 4,284. Namun, jumlah calon yang mendaftar hanyalah 2,772 iaitu
sebanyak 73.88 peratus sahaja. Manakala bagi politeknik, terdapat tiga buah politeknik di
Sabah dan salah satunya adalah di Tawau.
| Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Yang. di-Pertua. Dewasa ini kita melihat potensi dron semakin berkembang dan pengendali- pengendali dron terutamanya di kalangan para belia telah banyak menceburkan diri dalam bidang dron ini. Jadi saya ingin membangkitkan soalan kepada pihak kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian bercadang untuk melahirkan, melatih dan mengiktiraf pengendali-pengendali dron yang berada di luar sana?. #1050. Adakah pihak kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan TVET dan mewujudkan mungkin satu subjek yang boleh kita kenali sebagai subjek "pengendali dron"? Sekian, terima kasih. Datuk Arthur Joseph Kurup: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pengoperasian dron ini ataupun penggunaan teknologi dron juga merupakan satu kaedah untuk kita menarik lebih ramai belia untuk menceburi bidang pertanian. Orang sentiasa ingat bahawa mungkin dron ini akan mengambil alih peluang-peluang pekerjaan tetapi sebenarnya ia tidak sebab melalui dron ini kita dapat untuk upgrade para petani kita kepada pertanian pintar dan beralih kepada peluang-peluang pekerjaan yang lebih berkemahiran tinggi. Pada masa yang sama, apabila kita menggunakan pertanian pintar, kecekapan kita dalam pengoperasian akan meningkatkan lagi hasil pengeluaran dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan para petani dan juga belia-belia yang menceburi bidang itu. Jadi berkaitan dengan itu, kita ada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang sehingga kini menyediakan kemudahan latihan kepada 1,667 orang remote pilot dan juga sudah tersenarai 130 orang pelatih yang menerima sijil kompetensi di bawah Civil Aviation Authority Malaysia dalam Remote Pilot Competency of Certificate. Jadi kita sedang mewujudkan satu ekosistem di mana kita bukan sahaja memberi kursus latihan tetapi juga mengiktiraf kepakaran atau kemahiran dalam pengoperasian dron supaya kita boleh beralih lebih untuk ke value chain yang lebih tinggi selepas ini. Sekian dan terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Kita beralih ke soalan yang ketujuh. Yang Berhormat Tawau, Tuan Lo Su Fui. 7. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan sebuah universiti yang merangkumi semua bidang pengkhususan dalam sebuah universiti di Daerah Tawau bagi memenuhi keperluan pelajar di Pantai Timur Sabah. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi [Dato' Mohammad Yusof bin Apdal]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat sahabat saya dari Tawau. Sebelumnya, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa di Wilayah Sabah terdapat dua buah universiti awam dan 23 buah institut pengajian tinggi swasta yang merangkumi tiga buah kolej universiti dan 20 buah kolej. Universiti awam yang terdapat di Sabah adalah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan dua buah cawangan di Kampus Sandakan dan Kampus Tawau dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang turut mempunyai dua buah kampus cawangan iaitu UiTM Kampus Kota Kinabalu dan UiTM Kampus Tawau. Jumlah enrolmen pula bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Cawangan UMS dan UiTM bagi tahun 2022 adalah berjumlah 20,515 orang pelajar. Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung permintaan sedia ada. Bagi kemasukan sesi 2023 misalnya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menetapkan unjuran kemasukan sebanyak 3,752 tempat dan tawaran yang dikeluarkan adalah sebanyak 4,284. Namun, jumlah calon yang mendaftar hanyalah 2,772 iaitu sebanyak 73.88 peratus sahaja. Manakala bagi politeknik, terdapat tiga buah politeknik di Sabah dan salah satunya adalah di Tawau. | 12 | 22 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 13
Seperti Yang Berhormat Menteri nyatakan semasa Sesi Penggulungan Diraja
baru-baru ini, iaitu bagi menjawab pertanyaan dan permintaan dari 11 orang Ahli Yang
Berhormat yang lain berhubung mewujudkan atau membuka sesebuah IPT, penubuhan
sesebuah IPT yang baru itu menuntut kepada penelitian spektrum keperluan yang
pelbagai. Antaranya ialah:
(i) permintaan semasa yang harus merangkumi keperluan dari
perspektif pelajar dan masyarakat semasa yang mesti
seimbang dengan saiz populasi;
(ii) kecukupan dan kesediaan bekalan tenaga pakar dalam
sesuatu bidang;
(iii) keupayaan menyediakan dan menyelenggarakan prasarana
dengan baik;
(iv) kemandirian kewangan;
(v) prospek dan jenis program yang hendak ditawarkan;
(vi) risiko pertindihan (overlapping); dan
(vii) sebarang ketidakpadanan (mismatching) dengan IPT serta
program sedia ada.
Walau bagaimanapun, kementerian senantiasa terbuka dan menghargai
cadangan dari Yang Berhormat Tawau dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain berkaitan
dengan isu ini. Seperti juga Yang Berhormat, saya sebagai Ahli Parlimen dari Sabah ingin
juga melihat sektor pendidikan tinggi di Sabah membangun dan mencapai tahap
sepertimana di wilayah-wilayah lain di Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan
Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui [Tawau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah usaha dan
langkah pihak kementerian melihat keperluan untuk mewujudkan sebuah universiti awam
di Tawau atau menaik taraf bidang pengajian khususnya sehingga ke peringkat ijazah
sarjana muda atau yang lebih tinggi secara sepenuh masa demi memenuhi keperluan
aspek pendidikan di Pantai Timur Sabah yang melibatkan empat buah Parlimen iaitu
Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan yang mempunyai lebih kurang satu juta
populasi.
Sekiranya hal ini direalisasikan, kadar enrolmen pelajar untuk memasuki universiti
awam di Tawau pastinya mendapat sambutan kerana dapat mengurangkan kos
pembelajaran yang ditanggung oleh ibu bapa. Dalam masa yang sama mampu
menyumbangkan modal insan mahasiswa ke Pantai Timur Sabah. Terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
sahabat saya Yang Berhormat Tawau. Sepertimana yang telah saya jelaskan sebentar
tadi, mewujudkan sesebuah universiti awam atau menaik taraf bidang pengajian
memerlukan penelitian dan pertimbangan berasaskan spektrum keperluan yang saya
telah sebutkan tadi. Ketika ini terdapat sebuah kolej universiti dan sebuah kolej di bawah
kerajaan negeri iaitu Kolej Universiti Yayasan Sabah atau dengan izin University College
Sabah Foundation (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (Yayasan Sabah College
of Technology).
Justeru, bagi membolehkan lebih ramai rakyat Sabah berpeluang melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di Sabah, saya ingin mencadangkan
kepada Yang Berhormat sahabat saya, sekiranya Yang Berhormat dapat mencadangkan
kepada kerajaan negeri agar diwujudkan sebuah universiti swasta atau kampus cawangan
universiti luar negara di Sabah sepertimana yang ada di Sarawak. Jiran kita ini telah
berjaya dalam melahirkan lebih ramai pelajar Sarawak yang belajar di bumi dan tanah air
sendiri.
Juga sebagai jawapan kepada tujuan untuk menaik taraf bidang pengajian ke
peringkat ijazah sarjana muda di IPTA Tawau, KPT akan membuat kajian dan sekiranya
| Seperti Yang Berhormat Menteri nyatakan semasa Sesi Penggulungan Diraja. baru-baru ini, iaitu bagi menjawab pertanyaan dan permintaan dari 11 orang Ahli Yang Berhormat yang lain berhubung mewujudkan atau membuka sesebuah IPT, penubuhan sesebuah IPT yang baru itu menuntut kepada penelitian spektrum keperluan yang pelbagai. Antaranya ialah: (i) permintaan semasa yang harus merangkumi keperluan dari perspektif pelajar dan masyarakat semasa yang mesti seimbang dengan saiz populasi; (ii) kecukupan dan kesediaan bekalan tenaga pakar dalam sesuatu bidang; (iii) keupayaan menyediakan dan menyelenggarakan prasarana dengan baik; (iv) kemandirian kewangan; (v) prospek dan jenis program yang hendak ditawarkan; (vi) risiko pertindihan (overlapping); dan. (vii) sebarang ketidakpadanan (mismatching) dengan IPT serta program sedia ada. Walau bagaimanapun, kementerian senantiasa terbuka dan menghargai cadangan dari Yang Berhormat Tawau dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain berkaitan dengan isu ini. Seperti juga Yang Berhormat, saya sebagai Ahli Parlimen dari Sabah ingin juga melihat sektor pendidikan tinggi di Sabah membangun dan mencapai tahap sepertimana di wilayah-wilayah lain di Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan Yang Berhormat Tawau. Tuan Lo Su Fui [Tawau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah usaha dan langkah pihak kementerian melihat keperluan untuk mewujudkan sebuah universiti awam di Tawau atau menaik taraf bidang pengajian khususnya sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda atau yang lebih tinggi secara sepenuh masa demi memenuhi keperluan aspek pendidikan di Pantai Timur Sabah yang melibatkan empat buah Parlimen iaitu Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan yang mempunyai lebih kurang satu juta populasi. Sekiranya hal ini direalisasikan, kadar enrolmen pelajar untuk memasuki universiti awam di Tawau pastinya mendapat sambutan kerana dapat mengurangkan kos pembelajaran yang ditanggung oleh ibu bapa. Dalam masa yang sama mampu menyumbangkan modal insan mahasiswa ke Pantai Timur Sabah. Terima kasih. Dato' Mohammad Yusof bin Apdal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Tawau. Sepertimana yang telah saya jelaskan sebentar tadi, mewujudkan sesebuah universiti awam atau menaik taraf bidang pengajian memerlukan penelitian dan pertimbangan berasaskan spektrum keperluan yang saya telah sebutkan tadi. Ketika ini terdapat sebuah kolej universiti dan sebuah kolej di bawah kerajaan negeri iaitu Kolej Universiti Yayasan Sabah atau dengan izin University College Sabah Foundation (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (Yayasan Sabah College of Technology). Justeru, bagi membolehkan lebih ramai rakyat Sabah berpeluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di Sabah, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat sahabat saya, sekiranya Yang Berhormat dapat mencadangkan kepada kerajaan negeri agar diwujudkan sebuah universiti swasta atau kampus cawangan universiti luar negara di Sabah sepertimana yang ada di Sarawak. Jiran kita ini telah berjaya dalam melahirkan lebih ramai pelajar Sarawak yang belajar di bumi dan tanah air sendiri. Juga sebagai jawapan kepada tujuan untuk menaik taraf bidang pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di IPTA Tawau, KPT akan membuat kajian dan sekiranya. | 13 | 23 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
14 DR.01.03.2023
ada permintaan dan kesesuaian program, KPT akan memberi pertimbangan yang
sewajarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh]: Pasir Puteh.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat
Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih
tentang kesan daripada kerajaan mewujudkan pengkhususan-pengkhususan dalam
bidang pendidikan di semua IPTA ataupun IPTS dalam negara iaitu dari sudut
pengangguran yang berlaku akibat daripada banyaknya bidang pengkhususan yang
diwujudkan. Saya mengambil satu contoh tentang lambakan graduan perubatan untuk
menjalani latihan di hospital-hospital kerajaan yang disebut sebagai houseman dilihat
berlaku lambakan ataupun mereka tidak ditempatkan di hospital-hospital kerajaan.
■1100
Jadi, soalan saya, apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan khususnya
Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengatasi isu lambakan doktor pelatih ini? Oleh
sebab itu, ia memberikan kesan yang besar kepada hospital kerana pesakit semakin
bertambah tetapi doktor pelatih tidak ditempatkan. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal: Terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas
soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
tadi adalah satu soalan yang agaknya di luar skop soalan asal. Walau bagaimanapun,
saya mengucapkan terima kasih atas pandangan dan soalan daripada Yang Berhormat
dan kementerian akan mengambil perhatian dalam perkara tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan Yang
Berhormat. Soalan nombor lapan, Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat
Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Bismillahi Rahmani
Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum
saya kemukakan soalan Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya dan rakan-rakan Perikatan
Nasional ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Tentera Darat yang ke-90.
[Tepuk]
Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Terima kasih. Terima kasih.
8. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri
Pertahanan menyatakan apakah status program penyelenggaraan Pangkalan Laut Tun
Sharifah Rodziah (PLTSR) yang telah berfungsi selama tujuh tahun di Pantai Timur Sabah
dan berapa bajet yang diperuntukkan bagi program refit pangkalan ini dalam memastikan
anggota yang ditempatkan di pangkalan tersebut sentiasa mendapat kemudahan kondusif
dan selesa.
Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Haji Adly bin Zahari]: Bismillahi Rahmani
Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam perpaduan, Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang
dikemukakan.
Mungkin sedikit maklumat sebelum saya menjawab ini di mana Pangkalan Laut
Tun Sharifah Rodziah sepertimana untuk makluman semua, pangkalan ini adalah
pangkalan yang dibangunkan daripada sebuah pelantar minyak yang mana kita usahakan
menjadi sebuah pangkalan laut. Ia sedang menjalani penyelenggaraan rutin atau refit
yang dirancang siap pada 20 Mac 2023. Proses penyelenggaraan ini merupakan program
penyelenggaraan secara menyeluruh ke atas pangkalan laut ini yang dilaksanakan oleh
limbungan tempatan.
| ada permintaan dan kesesuaian program, KPT akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh]: Pasir Puteh. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat Jerlun. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih tentang kesan daripada kerajaan mewujudkan pengkhususan-pengkhususan dalam bidang pendidikan di semua IPTA ataupun IPTS dalam negara iaitu dari sudut pengangguran yang berlaku akibat daripada banyaknya bidang pengkhususan yang diwujudkan. Saya mengambil satu contoh tentang lambakan graduan perubatan untuk menjalani latihan di hospital-hospital kerajaan yang disebut sebagai houseman dilihat berlaku lambakan ataupun mereka tidak ditempatkan di hospital-hospital kerajaan. #1100 Jadi, soalan saya, apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengatasi isu lambakan doktor pelatih ini? Oleh sebab itu, ia memberikan kesan yang besar kepada hospital kerana pesakit semakin bertambah tetapi doktor pelatih tidak ditempatkan. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Menteri. Dato' Mohammad Yusof bin Apdal: Terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi adalah satu soalan yang agaknya di luar skop soalan asal. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih atas pandangan dan soalan daripada Yang Berhormat dan kementerian akan mengambil perhatian dalam perkara tersebut. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat. Soalan nombor lapan, Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Tanah Merah. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum saya kemukakan soalan Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya dan rakan-rakan Perikatan Nasional ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Tentera Darat yang ke-90. [Tepuk] Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh]: Terima kasih. Terima kasih. 8. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah status program penyelenggaraan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) yang telah berfungsi selama tujuh tahun di Pantai Timur Sabah dan berapa bajet yang diperuntukkan bagi program refit pangkalan ini dalam memastikan anggota yang ditempatkan di pangkalan tersebut sentiasa mendapat kemudahan kondusif dan selesa. Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Haji Adly bin Zahari]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam perpaduan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan. Mungkin sedikit maklumat sebelum saya menjawab ini di mana Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah sepertimana untuk makluman semua, pangkalan ini adalah pangkalan yang dibangunkan daripada sebuah pelantar minyak yang mana kita usahakan menjadi sebuah pangkalan laut. Ia sedang menjalani penyelenggaraan rutin atau refit yang dirancang siap pada 20 Mac 2023. Proses penyelenggaraan ini merupakan program penyelenggaraan secara menyeluruh ke atas pangkalan laut ini yang dilaksanakan oleh limbungan tempatan. | 14 | 24 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 15
Untuk makluman Yang Berhormat dan sidang sekalian, program pasang pulih
(refit) Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) telah dianugerahkan melalui proses
tender terbuka dengan nilai kontrak bernilai sekitar RM11.4 juta.
Tarikh mula program ini adalah pada 21 September 2022 dan tarikh siap
dirancang adalah pada 30 Mac 2023 yang merangkumi dua fasa iaitu fasa perolehan
daripada 21 September 2022 sehingga 20 Disember 2022. Fasa refit adalah pada 21
Disember 2022 sehingga 20 Mac 2023.
Kemajuan sebenar projek ini adalah sekitar 70 peratus. Kita akan berusaha untuk
memastikan bahawa projek ini akan dapat disiapkan sebelum tarikh kita iaitu 30 Mac 2023.
Antara butiran utama proses penyelenggaraan ini adalah untuk mengekalkan keupayaan
fungsi teras Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah ini seperti penggantian radar navigasi
serta electro-optic device, dengan izin.
Selain itu, kerja selenggara ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan
kesejahteraan warga yang juga dilaksanakan semasa refit ini contohnya, penggantian zinc
anodes di platform column, pembaikan sistem pendingin hawa dan juga electrical
distribution system dan pembaikan compartment kediaman bagi anggota tentera. Itu
sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan
Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Terima kasih Timbalan
Menteri Pertahanan dengan jawapan yang diberikan kerana seperti Yang Berhormat tahu
juga ia dulu asalnya pelantar minyak. Selepas itu, PETRONAS bagi CSR kepada TLDM.
Malah, TLDM menganggap ia merupakan– treated as a sebagai kapal. Tujuan ia untuk
menjaga keselamatan khususnya di kawasan perairan, kawasan Tawau.
Jadi, soalan tambahan saya, apakah bentuk aset-aset sokongan TLDM yang
ditempatkan di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah secara 24 jam? Adakah aset-aset
ini mampu memberikan tindak balas berkesan terhadap cubaan menceroboh perairan laut
Sabah terutama pada waktu malam, mengambil kira masalah pencerobohan kerap
berlaku pada waktu malam.
Ini kerana pencerobohan yang diketahui seperti penyeludupan senjata api dan
pelanggaran hak wilayah. Waktu siang mungkin penjagaan kita cukup bagus, tetapi pada
waktu malam, ia merupakan satu ancaman yang cukup bahaya kepada negara kita.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari: Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Yang
Berhormat Tanah Merah dia ini macam...
Sudah gaharu cendana pula...
Seorang Ahli: Sudah tahu bertanya pula.
Tuan Haji Adly bin Zahari: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah
atas soalan tambahan itu. Kita tahu bahawa fungsi– sebelum saya menjawab. Fungsi am
bagi PLTSR ini adalah untuk melaksanakan cegah rintang, menyediakan sokongan
logistik dan juga mengumpul dan menyalurkan maklumat perisikan. Di samping itu, tugas
khusus kita di PLTSR adalah untuk membuat pengesanan dan identifikasi koordinasi dan
rondaan dengan menggunakan bot rondaan.
Jadi, kalau kita lihat antara perkara ataupun aset yang terdapat di platform ini
ataupun di pangkalan laut ini adalah pengoperasian unmanned aerial vehicle (UAV).
Kalau kita lihat macam saya sebut sebentar tadi, di pangkalan ini diletakkan juga radar
dan di samping itu apa yang kita sebut sebagai automatic identification system (AIS) serta
sepertimana yang sebentar tadi saya sebut berkaitan dengan electro-optical device. Di
pangkalan ini juga kita boleh membuat cerapan secara optik sama ada pada waktu siang
mahupun pada waktu malam.
| Untuk makluman Yang Berhormat dan sidang sekalian, program pasang pulih. (refit) Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) telah dianugerahkan melalui proses tender terbuka dengan nilai kontrak bernilai sekitar RM11.4 juta. Tarikh mula program ini adalah pada 21 September 2022 dan tarikh siap dirancang adalah pada 30 Mac 2023 yang merangkumi dua fasa iaitu fasa perolehan daripada 21 September 2022 sehingga 20 Disember 2022. Fasa refit adalah pada 21 Disember 2022 sehingga 20 Mac 2023. Kemajuan sebenar projek ini adalah sekitar 70 peratus. Kita akan berusaha untuk memastikan bahawa projek ini akan dapat disiapkan sebelum tarikh kita iaitu 30 Mac 2023. Antara butiran utama proses penyelenggaraan ini adalah untuk mengekalkan keupayaan fungsi teras Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah ini seperti penggantian radar navigasi serta electro-optic device, dengan izin. Selain itu, kerja selenggara ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan warga yang juga dilaksanakan semasa refit ini contohnya, penggantian zinc anodes di platform column, pembaikan sistem pendingin hawa dan juga electrical distribution system dan pembaikan compartment kediaman bagi anggota tentera. Itu sahaja jawapan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Soalan tambahan Yang Berhormat Tanah Merah. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Terima kasih Timbalan Menteri Pertahanan dengan jawapan yang diberikan kerana seperti Yang Berhormat tahu juga ia dulu asalnya pelantar minyak. Selepas itu, PETRONAS bagi CSR kepada TLDM. Malah, TLDM menganggap ia merupakan- treated as a sebagai kapal. Tujuan ia untuk menjaga keselamatan khususnya di kawasan perairan, kawasan Tawau. Jadi, soalan tambahan saya, apakah bentuk aset-aset sokongan TLDM yang ditempatkan di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah secara 24 jam? Adakah aset-aset ini mampu memberikan tindak balas berkesan terhadap cubaan menceroboh perairan laut Sabah terutama pada waktu malam, mengambil kira masalah pencerobohan kerap berlaku pada waktu malam. Ini kerana pencerobohan yang diketahui seperti penyeludupan senjata api dan pelanggaran hak wilayah. Waktu siang mungkin penjagaan kita cukup bagus, tetapi pada waktu malam, ia merupakan satu ancaman yang cukup bahaya kepada negara kita. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri. Tuan Haji Adly bin Zahari: Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Yang Berhormat Tanah Merah dia ini macam... Sudah gaharu cendana pula... Seorang Ahli: Sudah tahu bertanya pula. Tuan Haji Adly bin Zahari: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan tambahan itu. Kita tahu bahawa fungsi- sebelum saya menjawab. Fungsi am bagi PLTSR ini adalah untuk melaksanakan cegah rintang, menyediakan sokongan logistik dan juga mengumpul dan menyalurkan maklumat perisikan. Di samping itu, tugas khusus kita di PLTSR adalah untuk membuat pengesanan dan identifikasi koordinasi dan rondaan dengan menggunakan bot rondaan. Jadi, kalau kita lihat antara perkara ataupun aset yang terdapat di platform ini ataupun di pangkalan laut ini adalah pengoperasian unmanned aerial vehicle (UAV). Kalau kita lihat macam saya sebut sebentar tadi, di pangkalan ini diletakkan juga radar dan di samping itu apa yang kita sebut sebagai automatic identification system (AIS) serta sepertimana yang sebentar tadi saya sebut berkaitan dengan electro-optical device. Di pangkalan ini juga kita boleh membuat cerapan secara optik sama ada pada waktu siang mahupun pada waktu malam. | 15 | 25 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
16 DR.01.03.2023
Di samping itu kalau kita lihat kekuatan aset pertahanan kita, terlibat juga dengan
persenjataan di mana kita lengkapkan dengan persenjataan di samping kita letakkan
beberapa bot bagi melaksanakan tugas-tugas operasi kita. Kalau kita melihat daripada
segi keupayaan kita dan kejayaan-kejayaan kita, sepanjang dari tahun 2015 sehingga
tahun 2022, kita telah melaksanakan ataupun membuat sebanyak 59 pintasan dan juga
sebanyak 32 tangkapan sepanjang tempoh itu. Itu sahaja.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Parit Buntar.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Jika tidak ada di
sebelah kanan, saya silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Okey, terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya berkaitan dengan sebuah kem
wataniah...
Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Sebelah kanan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: ...Hutan
Melintang yang tidak siap lagi sehingga sekarang. Asalnya hendak buat projek pembinaan
Batalion Infantri Standard dan Rejimen Artileri Diraja tetapi dibatalkan dan digantikan
dengan Kem 503 Askar Wataniah tetapi tidak siap sampai sekarang. Persoalan saya,
mengapa waktu dibina pada tahun 2018 dalam keadaan tidak siap lagi, menjadi pusat
pengundi, tetapi baru-baru ini tidak jadi pula pusat mengundi? Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tuan Yang di-Pertua, sepatut
sebelah sini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Sebelah kanan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat,
tidak ada orang yang bangun sebelah sini, jadi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Ada, ada. Yang Berhormat Shah
Alam bangun Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Saya tidak
nampak.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Tuan Yang di-
Pertua tidak nampak, sabar sahajalah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Parit Buntar
selalu mengacau.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Untuk makluman,
lain kali tekan, kadang-kadang saya tidak cam, fasal orang baru kan.
Seorang Ahli: Hidup Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Sila Yang
Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Tuan Haji Adly bin Zahari: Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar atas
soalan itu. Walaupun soalan itu jauh larinya daripada soalan asas berhubung dengan
Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah itu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Apalah Yang Berhormat Parit
Buntar, jauh.
Tuan Haji Adly bin Zahari: Akan tetapi, walau bagaimanapun saya akan
memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Parit Buntar. Untuk
makluman semua daripada segi pembangunan kem-kem kita termasuk Kem Wataniah itu,
kita di peringkat Kementerian Pertahanan memang sentiasa melihat keupayaan ataupun
kemampuan kita dalam melaksanakan setiap kejayaan dalam kita melaksanakan
pembangunan kem-kem kita.
| Di samping itu kalau kita lihat kekuatan aset pertahanan kita, terlibat juga dengan. persenjataan di mana kita lengkapkan dengan persenjataan di samping kita letakkan beberapa bot bagi melaksanakan tugas-tugas operasi kita. Kalau kita melihat daripada segi keupayaan kita dan kejayaan-kejayaan kita, sepanjang dari tahun 2015 sehingga tahun 2022, kita telah melaksanakan ataupun membuat sebanyak 59 pintasan dan juga sebanyak 32 tangkapan sepanjang tempoh itu. Itu sahaja. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Parit Buntar. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Jika tidak ada di sebelah kanan, saya silakan Yang Berhormat. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya berkaitan dengan sebuah kem wataniah... Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Sebelah kanan. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: ...Hutan Melintang yang tidak siap lagi sehingga sekarang. Asalnya hendak buat projek pembinaan Batalion Infantri Standard dan Rejimen Artileri Diraja tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Kem 503 Askar Wataniah tetapi tidak siap sampai sekarang. Persoalan saya, mengapa waktu dibina pada tahun 2018 dalam keadaan tidak siap lagi, menjadi pusat pengundi, tetapi baru-baru ini tidak jadi pula pusat mengundi? Terima kasih. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Tuan Yang di-Pertua, sepatut sebelah sini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Sebelah kanan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, tidak ada orang yang bangun sebelah sini, jadi... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Ada, ada. Yang Berhormat Shah Alam bangun Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Saya tidak nampak. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Tuan Yang di- Pertua tidak nampak, sabar sahajalah. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Parit Buntar selalu mengacau. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Untuk makluman, lain kali tekan, kadang-kadang saya tidak cam, fasal orang baru kan. Seorang Ahli: Hidup Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Tuan Haji Adly bin Zahari: Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar atas soalan itu. Walaupun soalan itu jauh larinya daripada soalan asas berhubung dengan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah itu. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Apalah Yang Berhormat Parit Buntar, jauh. Tuan Haji Adly bin Zahari: Akan tetapi, walau bagaimanapun saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Parit Buntar. Untuk makluman semua daripada segi pembangunan kem-kem kita termasuk Kem Wataniah itu, kita di peringkat Kementerian Pertahanan memang sentiasa melihat keupayaan ataupun kemampuan kita dalam melaksanakan setiap kejayaan dalam kita melaksanakan pembangunan kem-kem kita. | 16 | 26 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 17
Jadi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar itu akan kita
maklumkan daripada segi progress semasa pembangunan kem tersebut dan
pelaksanaannya. Berkaitan dengan macam tadi dia sebutlah, pusat daerah mengundi di
bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Terima kasih
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Hulu Langat sahaja yang tidak guna.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Untuk makluman
Yang Berhormat, bagi yang baru melainkan mereka yang pernah jadi ADUN, cuba kaitkan
dengan soalan yang asas. Jika tidak ada kaitan, Menteri boleh menolak untuk menjawab.
Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Yang ini berkaitan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Tidak ada kaitan
dengan SPR pula itu. Okey, saya persilakan yang kesembilan, Yang Berhormat
Kinabatangan tidak dapat hadir, kita teruskan yang kesepuluh, Datuk Wira Hajah Mas
Ermieyati binti Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah.
[Soalan No.9 – YB. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan)
tidak hadir]
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, bukan Ermiewati, Ermieyati Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Mohon maaf.
■1110
10. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta
Perdana Menteri menyatakan tentang hasil keberkesanan dan peratusan keluar mengundi
UNDI18 yang telah diterjemahkan pada PRU15 ini dan apakah komitmen pihak kerajaan
dalam usaha secara berterusan bagi mendidik pengundi melalui Akademi Suruhanjaya
Pilihan Raya pada masa akan datang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan
Reformasi Institusi) [Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh]: Terima kasih Yang
Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pada PRU Ke-15 yang lalu, peratus keluar mengundi
keseluruhan yang dicatatkan adalah 74 peratus manakala pada PRU Ke-14 adalah 82
peratus.
Walaupun jumlah pengundi keluar mengundi pada PRU Ke-15 adalah lebih
tinggi berbanding PRU sebelumnya tetapi denominator yang digunakan iaitu jumlah
pemilih pendaftar juga adalah tinggi kesan daripada pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran
pemilih secara automatik. Tiada maklumat peratus keluar mengundi mengikut umur
pengundi pada PRU Ke-15. SPR hanya melaporkan peratus keluar mengundi
keseluruhan di peringkat nasional, negeri atau mengikut bahagian pilihan raya terlibat
sahaja.
SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah terus melaksanakan program
pendidikan pengundi sejak tahun 2017 bertujuan supaya segenap lapisan masyarakat
diberi kefahaman terhadap kepentingan demokrasi, aplikasi demokrasi melalui platform
pilihan raya, proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, tanggungjawab sebagai
seorang pengundi dan implikasinya terhadap negara serta menjelaskan isu-isu atau
cabaran yang sering dibangkitkan semasa pilihan raya diadakan.
APR melalui kerjasama pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan telah
mempergiat, melaksanakan program pendidikan pengundi khususnya kepada golongan
anak muda sama ada di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi, masyarakat dan
komuniti, acara-acara kementerian atau jabatan dan pentauliahan kepada golongan
pendidik atau mahasiswa untuk memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses
pilihan raya.
| Jadi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar itu akan kita maklumkan daripada segi progress semasa pembangunan kem tersebut dan pelaksanaannya. Berkaitan dengan macam tadi dia sebutlah, pusat daerah mengundi di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Hulu Langat sahaja yang tidak guna. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Untuk makluman Yang Berhormat, bagi yang baru melainkan mereka yang pernah jadi ADUN, cuba kaitkan dengan soalan yang asas. Jika tidak ada kaitan, Menteri boleh menolak untuk menjawab. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam]: Yang ini berkaitan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Tidak ada kaitan dengan SPR pula itu. Okey, saya persilakan yang kesembilan, Yang Berhormat Kinabatangan tidak dapat hadir, kita teruskan yang kesepuluh, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah. [Soalan No.9- YB. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) tidak hadir]. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bukan Ermiewati, Ermieyati Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Mohon maaf. #1110 10. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Perdana Menteri menyatakan tentang hasil keberkesanan dan peratusan keluar mengundi UNDI18 yang telah diterjemahkan pada PRU15 ini dan apakah komitmen pihak kerajaan dalam usaha secara berterusan bagi mendidik pengundi melalui Akademi Suruhanjaya Pilihan Raya pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pada PRU Ke-15 yang lalu, peratus keluar mengundi keseluruhan yang dicatatkan adalah 74 peratus manakala pada PRU Ke-14 adalah 82 peratus. Walaupun jumlah pengundi keluar mengundi pada PRU Ke-15 adalah lebih tinggi berbanding PRU sebelumnya tetapi denominator yang digunakan iaitu jumlah pemilih pendaftar juga adalah tinggi kesan daripada pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik. Tiada maklumat peratus keluar mengundi mengikut umur pengundi pada PRU Ke-15. SPR hanya melaporkan peratus keluar mengundi keseluruhan di peringkat nasional, negeri atau mengikut bahagian pilihan raya terlibat sahaja. SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah terus melaksanakan program pendidikan pengundi sejak tahun 2017 bertujuan supaya segenap lapisan masyarakat diberi kefahaman terhadap kepentingan demokrasi, aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya, proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan implikasinya terhadap negara serta menjelaskan isu-isu atau cabaran yang sering dibangkitkan semasa pilihan raya diadakan. APR melalui kerjasama pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan telah mempergiat, melaksanakan program pendidikan pengundi khususnya kepada golongan anak muda sama ada di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi, masyarakat dan komuniti, acara-acara kementerian atau jabatan dan pentauliahan kepada golongan pendidik atau mahasiswa untuk memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses pilihan raya. | 17 | 27 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
18 DR.01.03.2023
Sepanjang tahun 2022, sebanyak 206 sesi program pendidikan pengundi atau
voter education (VE) dengan sebanyak 123,647 orang peserta telah diadakan yang
bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di
Malaysia dan mensiapsiagakan golongan belia agar menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam pilihan raya.
Bagi tahun 2023 pula, APR merancang mengadakan program pendidikan
pengundi di sebanyak 482 buah institut. Untuk makluman lanjut, SPR dan APR telah juga
menjalankan beberapa usaha dan program lain bagi mendidik pengundi muda seperti
berikut.
Pertama, bagi menyebar luas penyampaian maklumat pilihan raya kepada
golongan belia, APR telah melaksanakan– boleh saya minta sedikit masa, Tuan Yang di-
Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Silakan, Yang
Berhormat Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
APR telah melaksanakan program APR Associate Trainer (AAT). Melalui program ini, APR
dapat melatih lebih ramai penceramah dan jurulatih tentang proses pilihan raya di
Malaysia kepada para pelajar sekolah dan sebagainya. Jumlah setakat ini seramai 273
orang peserta telah mengikuti latihan intensif oleh APR dan seterusnya dilantik sebagai
AAT.
Kedua, SPR telah menandatangani MoU dan nota kerjasama dengan 20 buah
universiti awam, politeknik dan kolej komuniti pada tahun 2022 bagi memperkasakan
program pendidikan pengundi dalam kalangan pelajar.
Ketiga, APR juga mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam media
sosial bagi memberikan penerangan yang lebih mudah dan ringkas mengenai proses
pilihan raya melalui platform Facebook, YouTube, Instagram, Twitter dan TikTok yang
pada ketika ini merupakan trend belia dan anak muda.
Akhirnya, konsep pendekatan kepada anak muda adalah berdasarkan
kecenderungan anak muda yang berkaitan dengan aplikasi teknologi atau media sosial,
pengaruh rakan sebaya dan keterlibatan mereka dalam proses pilihan raya sama ada di
peringkat nasional ataupun institusi atau komuniti masing-masing. Oleh itu, program dan
usaha pendidikan pengundi muda yang dijalankan oleh SPR meliputi kesemua aspek ini.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat Masjid Tanah, soalan tambahan?
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: Terima kasih
Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang mana kita dengar tadi tentang komitmen
kerajaan menerusi Akademi Pilihan Raya dan juga SPR. Memandangkan jumlah
pengundi yang semakin ramai dan beban yang semakin bertambah, adakah kerajaan
bercadang untuk terus memperkasakan Akademi Pilihan Raya ini dengan menambah
bilangan waran perjawatan pegawai serta kakitangan dan juga modul serta program-
program latihan yang melibatkan program jurulatih bersekutu bagi memberikan kesedaran
kepada lebih ramai lagi pengundi?
Keduanya, sejauh mana sesi libat urus Akademi Pilihan Raya dengan pengundi-
pengundi 18 tahun ke atas di luar sistem pendidikan negara? Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh: Terima kasih, Yang Berhormat.
Berkenaan soalan pertama, adakah kerajaan akan memperkasakan APR bagi tujuan
seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi? Memang APR ini adalah dibentuk bagi
tujuan memberi kefahaman terhadap kepentingan demokrasi dan sebagainya dari segi
memberi pendidikan kepada mereka untuk keluar mengundi.
Jadi, tujuan itu sudah tentunya kerajaan akan– we will, dengan izin Tuan Yang
di-Pertua, we will increase the need for more officers certainly sekiranya dan as time
passes kerana itu adalah matlamat APR ini. Jadi, sekiranya soalan itu adalah bahawa
| Sepanjang tahun 2022, sebanyak 206 sesi program pendidikan pengundi atau voter education (VE) dengan sebanyak 123,647 orang peserta telah diadakan yang bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia dan mensiapsiagakan golongan belia agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam pilihan raya. Bagi tahun 2023 pula, APR merancang mengadakan program pendidikan pengundi di sebanyak 482 buah institut. Untuk makluman lanjut, SPR dan APR telah juga menjalankan beberapa usaha dan program lain bagi mendidik pengundi muda seperti berikut. Pertama, bagi menyebar luas penyampaian maklumat pilihan raya kepada golongan belia, APR telah melaksanakan- boleh saya minta sedikit masa, Tuan Yang di- Pertua?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Silakan, Yang Berhormat Menteri. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. APR telah melaksanakan program APR Associate Trainer (AAT). Melalui program ini, APR dapat melatih lebih ramai penceramah dan jurulatih tentang proses pilihan raya di Malaysia kepada para pelajar sekolah dan sebagainya. Jumlah setakat ini seramai 273 orang peserta telah mengikuti latihan intensif oleh APR dan seterusnya dilantik sebagai AAT. Kedua, SPR telah menandatangani MoU dan nota kerjasama dengan 20 buah universiti awam, politeknik dan kolej komuniti pada tahun 2022 bagi memperkasakan program pendidikan pengundi dalam kalangan pelajar. Ketiga, APR juga mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam media sosial bagi memberikan penerangan yang lebih mudah dan ringkas mengenai proses pilihan raya melalui platform Facebook, YouTube, Instagram, Twitter dan TikTok yang pada ketika ini merupakan trend belia dan anak muda. Akhirnya, konsep pendekatan kepada anak muda adalah berdasarkan kecenderungan anak muda yang berkaitan dengan aplikasi teknologi atau media sosial, pengaruh rakan sebaya dan keterlibatan mereka dalam proses pilihan raya sama ada di peringkat nasional ataupun institusi atau komuniti masing-masing. Oleh itu, program dan usaha pendidikan pengundi muda yang dijalankan oleh SPR meliputi kesemua aspek ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat Masjid Tanah, soalan tambahan?. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang mana kita dengar tadi tentang komitmen kerajaan menerusi Akademi Pilihan Raya dan juga SPR. Memandangkan jumlah pengundi yang semakin ramai dan beban yang semakin bertambah, adakah kerajaan bercadang untuk terus memperkasakan Akademi Pilihan Raya ini dengan menambah bilangan waran perjawatan pegawai serta kakitangan dan juga modul serta program- program latihan yang melibatkan program jurulatih bersekutu bagi memberikan kesedaran kepada lebih ramai lagi pengundi?. Keduanya, sejauh mana sesi libat urus Akademi Pilihan Raya dengan pengundi- pengundi 18 tahun ke atas di luar sistem pendidikan negara? Terima kasih. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh: Terima kasih, Yang Berhormat. Berkenaan soalan pertama, adakah kerajaan akan memperkasakan APR bagi tujuan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi? Memang APR ini adalah dibentuk bagi tujuan memberi kefahaman terhadap kepentingan demokrasi dan sebagainya dari segi memberi pendidikan kepada mereka untuk keluar mengundi. Jadi, tujuan itu sudah tentunya kerajaan akan- we will, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we will increase the need for more officers certainly sekiranya dan as time passes kerana itu adalah matlamat APR ini. Jadi, sekiranya soalan itu adalah bahawa. | 18 | 28 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 19
sama ada lebih pegawai akan direkrut untuk APR dan AAT ini, rasanya itu akan berlaku
as time progresses to increase voters’ knowledge, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan kedua yang telah pun ditimbulkan iaitu sejauh mana sesi libat urus akan
diadakan? Seperti yang saya telah pun nyatakan tadi, kebanyakan sesi libat urus ini
adalah berkaitan dengan institusi-institusi pelajaran di mana terdapat bilangan undi
ataupun pengundi muda yang agak ramai. Itu bukan bermakna SPR tidak mengambil kira
non-institutions untuk memberi pengajaran dan sebagainya.
Oleh itu, institusi ataupun badan-badan seperti AAT ini adalah diberi
tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada golongan muda. Of course
kebanyakannya termasuk daripada institusi-institusi pelajaran tetapi itu bukan semestinya.
Itu sahaja, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Soalan Tambahan.
Tuan Chow Yu Hui [Raub]: Soalan tambahan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Hulu Langat.
Tuan Chow Yu Hui [Raub]: Raub, Raub.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang Berhormat
Raub.
Tuan Chow Yu Hui [Raub]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah saya
tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sejak Undi 18 dilaksanakan,
adakah kerajaan akan menggalakkan parti-parti politik masuk ke dalam universiti untuk
menubuhkan cawangan? Sekian, terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh: Tuan Yang di-Pertua, itu adalah satu
soalan yang bukan berkaitan dengan tajuk soalan yang dikemukakan tetapi memang itu
satu soalan yang relevan. Saya rasa agak penting dan kami akan memberi satu jawapan
bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Terima kasih
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya
satu soalan tambahan berkaitan dengan SPR?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, saya hadkan dua untuk membenarkan banyak soalan ya. Duduk, Yang
Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Kalau kita merujuk kepada Peraturan
Mesyuarat 24(3).
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, peraturan ini saya hari-hari baca ya. Yang Berhormat duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Ya, di mana kalau Ahli Yang Berhormat
bertanya suatu soalan tidak berkaitan sepatutnya Tuan Yang di-Pertua boleh...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat, duduk.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: [Bercakap tanpa menggunakan
pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, duduk.
Terima kasih. Kita beransur kepada soalan yang kesebelas. Yang Berhormat
Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandi.
| sama ada lebih pegawai akan direkrut untuk APR dan AAT ini, rasanya itu akan berlaku as time progresses to increase voters' knowledge, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Soalan kedua yang telah pun ditimbulkan iaitu sejauh mana sesi libat urus akan diadakan? Seperti yang saya telah pun nyatakan tadi, kebanyakan sesi libat urus ini adalah berkaitan dengan institusi-institusi pelajaran di mana terdapat bilangan undi ataupun pengundi muda yang agak ramai. Itu bukan bermakna SPR tidak mengambil kira non-institutions untuk memberi pengajaran dan sebagainya. Oleh itu, institusi ataupun badan-badan seperti AAT ini adalah diberi tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada golongan muda. Of course kebanyakannya termasuk daripada institusi-institusi pelajaran tetapi itu bukan semestinya. Itu sahaja, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Soalan Tambahan. Tuan Chow Yu Hui [Raub]: Soalan tambahan. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Hulu Langat. Tuan Chow Yu Hui [Raub]: Raub, Raub. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Hulu Langat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat Raub. Tuan Chow Yu Hui [Raub]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah saya tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sejak Undi 18 dilaksanakan, adakah kerajaan akan menggalakkan parti-parti politik masuk ke dalam universiti untuk menubuhkan cawangan? Sekian, terima kasih. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh: Tuan Yang di-Pertua, itu adalah satu soalan yang bukan berkaitan dengan tajuk soalan yang dikemukakan tetapi memang itu satu soalan yang relevan. Saya rasa agak penting dan kami akan memberi satu jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya satu soalan tambahan berkaitan dengan SPR?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, saya hadkan dua untuk membenarkan banyak soalan ya. Duduk, Yang Berhormat. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Kalau kita merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 24(3). Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, peraturan ini saya hari-hari baca ya. Yang Berhormat duduk. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Ya, di mana kalau Ahli Yang Berhormat bertanya suatu soalan tidak berkaitan sepatutnya Tuan Yang di-Pertua boleh... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk. [Pembesar suara dimatikan]. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: Yang Berhormat, duduk. Terima kasih. Kita beransur kepada soalan yang kesebelas. Yang Berhormat Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandi. | 19 | 29 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
20 DR.01.03.2023
■1120
11. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri
Ekonomi menyatakan apakah pelan strategik yang dirangka oleh pihak kementerian bagi
memastikan impak pertumbuhan ekonomi kesan daripada perpindahan ibu negara
Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur terutamanya dari segi perdagangan,
pelaburan, perniagaan dan perindustrian turut dinikmati oleh Kalabakan dan Sabah
khususnya.
Menteri Ekonomi [Tuan Mohd Rafizi bin Ramli]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kerajaan mengambil maklum mengenai
perancangan Kerajaan Indonesia untuk menubuhkan satu ibu kota baharu, Nusantara di
Kalimantan Timur, Indonesia. Kerajaan percaya bahawa pembangunan ibu kota baharu
itu bukan sahaja akan mengeratkan hubungan dua negara tetapi akan merancakkan lagi
ekonomi di kedua-dua belah pihak khususnya di kawasan negeri Sabah dan Sarawak
yang bersempadan dengan Kalimantan.
Bagi tujuan tersebut, ada dua aspek yang diberi penekanan oleh kerajaan iaitu
pertama untuk memastikan kita meningkatkan ketersambungan infrastruktur dan juga
memperkukuhkan keselamatan sempadan dan maritim supaya kita boleh memastikan kita
dapat limpahan yang sama daripada pembangunan ibu kota Nusantara itu.
Selain daripada RM5.68 bilion peruntukan untuk 1,142 projek yang sedang
berjalan di Sabah mengikut Rolling Plan Kedua (RP2), bagi tahun 2023 ini kerajaan telah
menyemak semula dan mengemas kini keperluan projek pembangunan sempadan di
Sabah merangkumi aspek infrastruktur dan juga keselamatan.
Ini ekoran daripada beberapa siri mesyuarat– pertamanya di antara Yang Amat
Berhormat Tambun dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, seterusnya beberapa
keputusan dibuat di Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Jadi, saya bacakan projek-projek yang bersabit dengan pembangunan sempadan yang
dalam pelaksanaan dan juga dalam perancangan yang akan dimuktamadkan untuk RP4
iaitu 2024.
Jadi projek dalam pelaksanaan pertama Pos Keselamatan Poirgon dengan kos
sebanyak RM2 juta daripada segi jalan-jalan sempadan, kerja awalan dan juga reka
bentuk awalan jalan baharu dari Kalabakan ke Simangaris iaitu di sempadan Malaysia-
Indonesia telah diluluskan tahun ini dengan peruntukan awal kerja awalan RM13 juta.
Kemudian sedang dilaksanakan jalan dari pekan Pagalungan ke pekan
sempadan Bantul di Pensiangan dengan kos RM252 juta. Ekoran daripada pengumuman
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion untuk
infrastruktur sempadan, projek-projek ini sedang dimuktamadkan dan dibawa ke RP4.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya dapat sedikit masa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat
Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli: Keutamaan diberikan untuk membina ICQS dan
pos imigresen. Pertamanya ialah pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin
atau ICQS di Serudong, Kalabakan dengan kos keseluruhan sebanyak RM819 juta iaitu
RM219 juta untuk kuarters dan juga kita perlu tambah baik jalan-jalan menghubung ke
kompleks itu. Ia akan menelan belanja RM600 juta. Keputusan-keputusan itu telah dibuat
dan akan dimuktamadkan dan diproses untuk pelaksanaan.
Kemudian untuk pembinaan ICQS di Bantul, Pagalungan, anggaran kos setakat
ini ialah RM367 juta dan pembinaan ICQS itu berjumlah RM57.7 juta tetapi rundingan dan
juga kajian masih lagi berjalan antara pihak Kementerian Ekonomi dengan Kementerian
Dalam Negeri untuk kita melihat kesesuaian sama ada kita perlu full-fledged dengan izin
ICQS ataupun pos kawalan sempadan sahaja.
Juga pembinaan Pos Imigresen Long Pasia, kos projek berjumlah RM25 juta. Kita
akan bermula dengan perolehan tanah. Untuk pos-pos keselamatan yang akan
dinaiktarafkan ialah di Pos PGA Pagalungan, di Nabawan, kos RM4 juta. Kemudian pos
| #1120. 11. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah pelan strategik yang dirangka oleh pihak kementerian bagi memastikan impak pertumbuhan ekonomi kesan daripada perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur terutamanya dari segi perdagangan, pelaburan, perniagaan dan perindustrian turut dinikmati oleh Kalabakan dan Sabah khususnya. Menteri Ekonomi [Tuan Mohd Rafizi bin Ramli]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kerajaan mengambil maklum mengenai perancangan Kerajaan Indonesia untuk menubuhkan satu ibu kota baharu, Nusantara di Kalimantan Timur, Indonesia. Kerajaan percaya bahawa pembangunan ibu kota baharu itu bukan sahaja akan mengeratkan hubungan dua negara tetapi akan merancakkan lagi ekonomi di kedua-dua belah pihak khususnya di kawasan negeri Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan. Bagi tujuan tersebut, ada dua aspek yang diberi penekanan oleh kerajaan iaitu pertama untuk memastikan kita meningkatkan ketersambungan infrastruktur dan juga memperkukuhkan keselamatan sempadan dan maritim supaya kita boleh memastikan kita dapat limpahan yang sama daripada pembangunan ibu kota Nusantara itu. Selain daripada RM5.68 bilion peruntukan untuk 1,142 projek yang sedang berjalan di Sabah mengikut Rolling Plan Kedua (RP2), bagi tahun 2023 ini kerajaan telah menyemak semula dan mengemas kini keperluan projek pembangunan sempadan di Sabah merangkumi aspek infrastruktur dan juga keselamatan. Ini ekoran daripada beberapa siri mesyuarat- pertamanya di antara Yang Amat Berhormat Tambun dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, seterusnya beberapa keputusan dibuat di Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Jadi, saya bacakan projek-projek yang bersabit dengan pembangunan sempadan yang dalam pelaksanaan dan juga dalam perancangan yang akan dimuktamadkan untuk RP4 iaitu 2024. Jadi projek dalam pelaksanaan pertama Pos Keselamatan Poirgon dengan kos sebanyak RM2 juta daripada segi jalan-jalan sempadan, kerja awalan dan juga reka bentuk awalan jalan baharu dari Kalabakan ke Simangaris iaitu di sempadan Malaysia- Indonesia telah diluluskan tahun ini dengan peruntukan awal kerja awalan RM13 juta. Kemudian sedang dilaksanakan jalan dari pekan Pagalungan ke pekan sempadan Bantul di Pensiangan dengan kos RM252 juta. Ekoran daripada pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion untuk infrastruktur sempadan, projek-projek ini sedang dimuktamadkan dan dibawa ke RP4. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya dapat sedikit masa. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Mohd Nor]: Silakan Yang Berhormat Menteri. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli: Keutamaan diberikan untuk membina ICQS dan pos imigresen. Pertamanya ialah pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin atau ICQS di Serudong, Kalabakan dengan kos keseluruhan sebanyak RM819 juta iaitu RM219 juta untuk kuarters dan juga kita perlu tambah baik jalan-jalan menghubung ke kompleks itu. Ia akan menelan belanja RM600 juta. Keputusan-keputusan itu telah dibuat dan akan dimuktamadkan dan diproses untuk pelaksanaan. Kemudian untuk pembinaan ICQS di Bantul, Pagalungan, anggaran kos setakat ini ialah RM367 juta dan pembinaan ICQS itu berjumlah RM57.7 juta tetapi rundingan dan juga kajian masih lagi berjalan antara pihak Kementerian Ekonomi dengan Kementerian Dalam Negeri untuk kita melihat kesesuaian sama ada kita perlu full-fledged dengan izin ICQS ataupun pos kawalan sempadan sahaja. Juga pembinaan Pos Imigresen Long Pasia, kos projek berjumlah RM25 juta. Kita akan bermula dengan perolehan tanah. Untuk pos-pos keselamatan yang akan dinaiktarafkan ialah di Pos PGA Pagalungan, di Nabawan, kos RM4 juta. Kemudian pos. | 20 | 30 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 21
keselamatan Aji Kuning, Pulau Sebatik. Ini di sebelah Tawau saya ingat tetapi ia juga
merangkumi infrastruktur sempadan. Anggaran kos berjumlah RM5 juta dan kita akan
membina 27 landing pad dan juga fuel dump. Ini untuk infrastruktur keselamatan dengan
anggaran kos RM8.25 juta yang akan dimuktamadkan untuk RP4.
Jadi, insya-Allah dengan perancangan-perancangan projek begini dan juga
tambahan yang telah diumumkan kita berharap penyediaan infrastruktur ini akan
membolehkan limpahan daripada pertumbuhan ekonomi itu dan ketersambungan itu akan
memberi manfaat kepada penduduk di sepanjang sempadan Sabah apabila ibu kota
Nusantara mula beroperasi kelak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Mohd Nor]: Dipersilakan Yang
Berhormat Kalabakan soalan tambahan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan]: Terima kasih Yang
Berhormat Menteri yang memberikan jawapan yang komprehensif. Soalan tambahan
daripada saya, apakah bentuk cabaran yang bakal dihadapi oleh pihak kementerian di
dalam merealisasikan perancangan strategik yang telah dirangka?
Adakah pihak kementerian telah mempersiapkan pelan tindakan awal bagi
menangani cabaran ini serta sejauh manakah komitmen kementerian untuk memastikan
hasrat yang telah direncanakan, yang telah dirancang itu dapat dilaksanakan? Terima
kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Ia
bermula dengan komitmen daripada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan
peruntukan yang sewajarnya kerana jurang antara kedudukan infrastruktur di kawasan-
kawasan sempadan seperti Kalabakan, Tawau, Pensiangan dan ia sampai ke Sipitang
sebenarnya jurang itu terlalu besar.
Jadi, komitmen ini bermula supaya kita boleh membina infrastruktur. Cabaran
seterusnya ialah untuk memastikan bahawa infrastruktur yang ada ini disambut oleh
kedua-dua belah pihak iaitu orang ramai, perniagaan dan sebagainya. Akan tetapi
harapan kita ialah dengan adanya infrastruktur ini, ini akan mula menarik peniaga dan
juga orang ramai supaya menggunakan ketersambungan itu.
Cabaran yang satu lagi sebenarnya ialah untuk memastikan kesinambungan
daripada segi infrastruktur di antara di sebelah Kalimantan dengan sebelah kita. Jadi kita
juga ingin memastikan supaya perancangan itu mempunyai nilai strategik daripada
sebelah kita juga supaya tidak semata-mata kita menunggu kehadiran infrastruktur di
sebelah Kalimantan, kemudian kita terpaksa sambung. Oleh sebab kalau itu berlaku,
maksudnya ia akan banyak dipengaruhi oleh kepentingan strategik daripada sebelah
Kalimantan.
Akan tetapi saya percaya dengan bermulanya infrastruktur-infrastruktur besar
begini, ia akan mula menarik minat dan juga pelaburan daripada sektor swasta juga untuk
mengambil kira ketersambungan ke sebelah Kalimantan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Mohd Nor]: Ahli Yang Berhormat
sebelah kiri, Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sehubungan dengan apa
yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan hubungan
kita dengan Kalimantan, Indonesia bersama dengan Malaysia, Sabah Sarawak.
Saya ingin bertanya dalam sudut disebutkan perdagangan pelaburan khususnya.
Ini kerana saya pernah melawat semasa saya menjadi ketua menteri, yang paling dekat
Tawau itu ke ibu kota Indonesia kelak nanti di Kalimantan it is so near. Dalam hubungan
pelaburan ini, adakah kerajaan mempunyai rancangan tidak menunggu lagi prasarana
yang ada, sudah ada prasarana Labuan. Labuan itu mempunyai financial hub yang sedia
ada.
Saya yakin pelabur-pelabur yang akan datang ini akan bukan hanya melabur di
Kalimantan, mereka akan menggunakan kemudahan financial facilities yang ada
| keselamatan Aji Kuning, Pulau Sebatik. Ini di sebelah Tawau saya ingat tetapi ia juga merangkumi infrastruktur sempadan. Anggaran kos berjumlah RM5 juta dan kita akan membina 27 landing pad dan juga fuel dump. Ini untuk infrastruktur keselamatan dengan anggaran kos RM8.25 juta yang akan dimuktamadkan untuk RP4. Jadi, insya-Allah dengan perancangan-perancangan projek begini dan juga tambahan yang telah diumumkan kita berharap penyediaan infrastruktur ini akan membolehkan limpahan daripada pertumbuhan ekonomi itu dan ketersambungan itu akan memberi manfaat kepada penduduk di sepanjang sempadan Sabah apabila ibu kota Nusantara mula beroperasi kelak. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Mohd Nor]: Dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan soalan tambahan. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberikan jawapan yang komprehensif. Soalan tambahan daripada saya, apakah bentuk cabaran yang bakal dihadapi oleh pihak kementerian di dalam merealisasikan perancangan strategik yang telah dirangka?. Adakah pihak kementerian telah mempersiapkan pelan tindakan awal bagi menangani cabaran ini serta sejauh manakah komitmen kementerian untuk memastikan hasrat yang telah direncanakan, yang telah dirancang itu dapat dilaksanakan? Terima kasih. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Ia bermula dengan komitmen daripada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan peruntukan yang sewajarnya kerana jurang antara kedudukan infrastruktur di kawasan- kawasan sempadan seperti Kalabakan, Tawau, Pensiangan dan ia sampai ke Sipitang sebenarnya jurang itu terlalu besar. Jadi, komitmen ini bermula supaya kita boleh membina infrastruktur. Cabaran seterusnya ialah untuk memastikan bahawa infrastruktur yang ada ini disambut oleh kedua-dua belah pihak iaitu orang ramai, perniagaan dan sebagainya. Akan tetapi harapan kita ialah dengan adanya infrastruktur ini, ini akan mula menarik peniaga dan juga orang ramai supaya menggunakan ketersambungan itu. Cabaran yang satu lagi sebenarnya ialah untuk memastikan kesinambungan daripada segi infrastruktur di antara di sebelah Kalimantan dengan sebelah kita. Jadi kita juga ingin memastikan supaya perancangan itu mempunyai nilai strategik daripada sebelah kita juga supaya tidak semata-mata kita menunggu kehadiran infrastruktur di sebelah Kalimantan, kemudian kita terpaksa sambung. Oleh sebab kalau itu berlaku, maksudnya ia akan banyak dipengaruhi oleh kepentingan strategik daripada sebelah Kalimantan. Akan tetapi saya percaya dengan bermulanya infrastruktur-infrastruktur besar begini, ia akan mula menarik minat dan juga pelaburan daripada sektor swasta juga untuk mengambil kira ketersambungan ke sebelah Kalimantan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Mohd Nor]: Ahli Yang Berhormat sebelah kiri, Yang Berhormat Semporna. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sehubungan dengan apa yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan hubungan kita dengan Kalimantan, Indonesia bersama dengan Malaysia, Sabah Sarawak. Saya ingin bertanya dalam sudut disebutkan perdagangan pelaburan khususnya. Ini kerana saya pernah melawat semasa saya menjadi ketua menteri, yang paling dekat Tawau itu ke ibu kota Indonesia kelak nanti di Kalimantan it is so near. Dalam hubungan pelaburan ini, adakah kerajaan mempunyai rancangan tidak menunggu lagi prasarana yang ada, sudah ada prasarana Labuan. Labuan itu mempunyai financial hub yang sedia ada. Saya yakin pelabur-pelabur yang akan datang ini akan bukan hanya melabur di Kalimantan, mereka akan menggunakan kemudahan financial facilities yang ada. | 21 | 31 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
22 DR.01.03.2023
berhampiran. Bayangkan sepanjang berpuluh tahun Indonesia Jakarta dengan Singapura
berbilion duit dilaburkan di Singapura untuk membolehkan supaya penyimpanan pelabur
tidak begitu mungkin lengkap bank-bank yang ada dan Indonesia tetapi di sini.
Saya yakin tidak ada seumpama itu di Kota Kinabalu, tidak ada seumpama itu di
Kuching tetapi di Labuan sudah ada financial hub. Adakah kerajaan mempunyai
rancangan untuk memantapkan, memperluaskan dan meningkatkan kemudahan supaya
financial hub ini juga akan menjadi suatu landasan untuk kita dapat meraih pelabur-
pelabur datang dari luar untuk melabur di negara Malaysia?
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sudah
tentu apabila ada isyarat yang jelas daripada kerajaan bahawa kawasan dan
pembangunan sempadan ini menjadi tumpuan, itu akan merancakkan lagi pelaburan-
pelaburan.
■1130
Saya melihatnya sebagai satu peluang pada Labuan sebagai pusat kewangan
pesisir pantai untuk kita menarik lebih banyak penyertaan supaya pelaburan-pelaburan itu
akan menggunakan Labuan untuk menstrukturkan pembiayaan dan sebagainya. Akan
tetapi ini memerlukan sambutan juga daripada pihak swasta dan yang saya ingat
walaupun ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan— Yang Berhormat
Semporna, mengenai kedudukan dan juga dasar-dasar yang melibatkan Labuan sebagai
pusat kewangan pesisir pantai.
Akan tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat Semporna bahawa itu
sebenarnya memberi ruang yang besar untuk Labuan mengambil kesempatan pelaburan-
pelaburan dan minat yang baharu hasil daripada pembangunan kawasan sempadan ini.
Insya-Allah akan dipanjangkan supaya ada tumpuan yang khusus untuk meningkatkan
kembali daya saing Labuan sebagai pusat kewangan pesisir luar pantai. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang
Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
pada hari ini. Yang Berhormat Menteri.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN
DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
11.31 pg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak
dan Tugas-tugas Khas) [Datuk Ugak anak Kumbong]: Tuan Yang di-Pertua,
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon
mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan
sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan
ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 2 Mac 2023”.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital [Puan Teo Nie Ching]: Saya
menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
| berhampiran. Bayangkan sepanjang berpuluh tahun Indonesia Jakarta dengan Singapura berbilion duit dilaburkan di Singapura untuk membolehkan supaya penyimpanan pelabur tidak begitu mungkin lengkap bank-bank yang ada dan Indonesia tetapi di sini. Saya yakin tidak ada seumpama itu di Kota Kinabalu, tidak ada seumpama itu di Kuching tetapi di Labuan sudah ada financial hub. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memantapkan, memperluaskan dan meningkatkan kemudahan supaya financial hub ini juga akan menjadi suatu landasan untuk kita dapat meraih pelabur- pelabur datang dari luar untuk melabur di negara Malaysia?. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sudah tentu apabila ada isyarat yang jelas daripada kerajaan bahawa kawasan dan pembangunan sempadan ini menjadi tumpuan, itu akan merancakkan lagi pelaburan- pelaburan. #1130 Saya melihatnya sebagai satu peluang pada Labuan sebagai pusat kewangan pesisir pantai untuk kita menarik lebih banyak penyertaan supaya pelaburan-pelaburan itu akan menggunakan Labuan untuk menstrukturkan pembiayaan dan sebagainya. Akan tetapi ini memerlukan sambutan juga daripada pihak swasta dan yang saya ingat walaupun ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan-- Yang Berhormat Semporna, mengenai kedudukan dan juga dasar-dasar yang melibatkan Labuan sebagai pusat kewangan pesisir pantai. Akan tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat Semporna bahawa itu sebenarnya memberi ruang yang besar untuk Labuan mengambil kesempatan pelaburan- pelaburan dan minat yang baharu hasil daripada pembangunan kawasan sempadan ini. Insya-Allah akan dipanjangkan supaya ada tumpuan yang khusus untuk meningkatkan kembali daya saing Labuan sebagai pusat kewangan pesisir luar pantai. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Yang Berhormat Menteri. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]. USUL. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT. 11.31 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) [Datuk Ugak anak Kumbong]: Tuan Yang di-Pertua, "Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 2 Mac 2023". Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong? Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital [Puan Teo Nie Ching]: Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua. | 22 | 32 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 23
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya
kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang
dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Terima kasih.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023
Bacaan Kali Yang Kedua
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang
ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibacakan
kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada
Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”
“Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa
suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan
bilion ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan
Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran
Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan
Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19
Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang
berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran
itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang
telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai
perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang
Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan
hendaklah disahkan.” [28 Februari 2023]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kita sambung balik
dengan perbahasan dan saya jemput Yang Berhormat Semporna sebagai ketua parti,
saya berikan 20 minit. Silakan.
11.32 pg.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang kepada saya untuk menyertai dalam sesi
perbahasan belanjawan pada kali ini. Setelah mendengar perbahasan pada 24 Februari
yang telah lalu, kita sedar dan tahu balancing act dalam mengurus keadaan ekonomi
bukan hanya di dunia pada hari ini, bahkan juga di peringkat rantau, bahkan juga di dalam
negara kita yang kita sedang hadapi iaitu banyak hutang yang ada dalam keadaan
ekonomi kita yang tidak begitu sesubur seperti yang kita lihat sebelumnya.
Maka, bukan mudah balancing act yang perlu dilakukan oleh seseorang Menteri
Kewangan untuk memastikan supaya dapat mengimbangi sama ada dalam konteks
balance budget. Sama ada daripada segi penumpuan perkara-perkara tertentu yang
harus kita lakukan. Saya tidak pernah menyelami keadaan belanjawan yang begini besar,
RM380 bilion lebih, hampir RM54 bilion additional dalam sejarah negara kita. Begitu
jumlahnya besar, dalam keadaan itu kalau kita melihat hasil yang telah disebutkan hampir
| Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Terima kasih. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]. RANG UNDANG-UNDANG. RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023. Bacaan Kali Yang Kedua. DAN. USUL. ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023. Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis." "Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan." [28 Februari 2023] Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kita sambung balik dengan perbahasan dan saya jemput Yang Berhormat Semporna sebagai ketua parti, saya berikan 20 minit. Silakan. 11.32 pg. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang kepada saya untuk menyertai dalam sesi perbahasan belanjawan pada kali ini. Setelah mendengar perbahasan pada 24 Februari yang telah lalu, kita sedar dan tahu balancing act dalam mengurus keadaan ekonomi bukan hanya di dunia pada hari ini, bahkan juga di peringkat rantau, bahkan juga di dalam negara kita yang kita sedang hadapi iaitu banyak hutang yang ada dalam keadaan ekonomi kita yang tidak begitu sesubur seperti yang kita lihat sebelumnya. Maka, bukan mudah balancing act yang perlu dilakukan oleh seseorang Menteri Kewangan untuk memastikan supaya dapat mengimbangi sama ada dalam konteks balance budget. Sama ada daripada segi penumpuan perkara-perkara tertentu yang harus kita lakukan. Saya tidak pernah menyelami keadaan belanjawan yang begini besar, RM380 bilion lebih, hampir RM54 bilion additional dalam sejarah negara kita. Begitu jumlahnya besar, dalam keadaan itu kalau kita melihat hasil yang telah disebutkan hampir. | 23 | 33 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
24 DR.01.03.2023
RM200 bilion lebih yang akan kita perolehi dan di samping itu, perbelanjaan hampir
RM300 bilion. Maknanya, ada baki dalam RM100 bilion.
Ini kebimbangan saya, daripada mana hasil additional kind of funding, RM100
billion untuk kita menampung perbelanjaan yang dibentangkan pada kali ini. Di samping
itu juga, belanjanya begitu besar, alhamdulillah banyak inisiatif yang saya dapati bukan
hanya berbentuk masyarakat (people-centric), bahkan juga untuk mengurus tadbir
daripada segi wastage, leakages yang ada. Ini perkara yang penting kerana ini telah kita
lalui dalam banyak pengurusan kewangan negara kita. Leakages, wastage yang ada kita
dapati sehingga projek-projek yang dilaksanakan, kualiti, nilainya tidak sampai enam
tahun, tidak sampai lima tahun, sudah keadaan yang terumbang-ambing. Quality is not
there, maka dengan itu penting kepada kita untuk memastikan to take into consideration
how to manage the leakages and wastage yang ada ini. Dalam belanjawan ini, ada
penekanan yang telah pun diberikan.
Cuma kebimbangan saya daripada segi jumlah yang begitu besar dan kita baru
bahaskan pada bulan Mac dan akan diluluskan bulan April. Sudah hampir setengah tahun
sudah. Bayangkan hampir RM300 bilion peruntukan yang perlu disiapkan dalam jangka
masa yang begitu pendek. Dewan Negara belum bersidang lagi, bulan April.
Now, Parlimen kita akan luluskan pada 28 hari bulan, insya-Allah. Akan tetapi
yang penting kepada kita ialah delivery system kerajaan ini. Saban pemerintah daripada
satu pemerintahan, delivery system is very crucial saya tekankan. Ini penting kepada kita,
penggabungan bukan hanya dari sudut pihak pemerintah, pegawai-pegawai kerajaan,
pihak GLC yang ada, pihak swasta yang ada. Ini kerana saya dapati dalam belanjawan
pada kali ini, walaupun saya tahu peruntukan begitu besar, sebahagiannya daripada pihak
swasta, sebahagiannya daripada GLC. Sudah pernah dilakukan oleh Yang Berhormat
Pekan dahulu pun.
Saya tahu, the involvement of private sectors into playing the role in the budget is
there. It has been done before. It has been done. Cuma apa yang penting kepada kita hari
ini, saya minta supaya kerajaan teliti secara mendalam daripada segi delivery system yang
sedia ada. Kebimbangan saya, kalau sekiranya ini tidak mampu dilaksanakan, maka we
brought forward back berapa bilion yang akan dibawa ke depan, tahun 2024 belanjawan
yang ada.
Terkadang itu dalam pengalaman saya, sudah diperuntukkan berbilion, RM100
juta, RM200 juta, selepas itu tidak siap. Tidak siap oleh kenapa? Masalah tanah, masalah
kontraktor, masalah failure di sana, keadaan environment, buruhnya tidak cukup, ini
penting. Perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya delivery
system ini dapat kita tingkatkan.
Saya hendak bagi pandangan supaya memastikan it can be realized, walaupun
mungkin agak kritikal sedikit— bukannya kritikal. Ini pandangan. Pertingkatkan delivery
system yang ada kerana apa yang penting kepada kita, rakyat negara kita dapat kita
manfaatkan. Kita hendakkan supaya landasan negara kita ini menjadi suatu pusat yang
akan jadi tarikan kepada pelabur di negara kita, di dunia. Ini memastikan kalau kita dapat
paparkan, we are able to realize with that short period of time and yet that amount of
money that has been budgeted for, yet we can do that, dengan izin.
So, saya ingat delivery system ini cukup penting. Kalau sekiranya tidak mampu,
saya tidak mahu melihat saban tahun, saban tahun, Menteri Kewangan daripada satu ke
satu, tidak dapat dilaksanakan projek ini. Selepas itu, brought forward. Ada yang sampai
projek itu sudah lesap sudah. Pak Lah luluskan RM400 juta untuk jambatan dari Semporna
ke Bum Bum, sudah lesap sudah, tidak adapun... [Ketawa] masa dia Perdana Menteri.
Saya masih ingat lagi. Ke mana keadaan ini?
Jadi saya cadangkan, kalau sekiranya peruntukan yang sedia ada RM380 bilion
ini tidak dapat dimanfaatkan, digunakan sepenuhnya, there must be a special fund di
peringkat Pusat, bukan hanya untuk Sabah, bukan hanya untuk Sarawak. Saya yakin
negeri-negeri lain juga akan dapat mengalami kelewatan projek-projek ini dapat
dilaksanakan dan tidak mungkin akan dapat kita realisasikan dalam jangka masa yang
pendek supaya dalam belanjawan akan datang, there’s already a fund there. Sudah ada
| RM200 bilion lebih yang akan kita perolehi dan di samping itu, perbelanjaan hampir RM300 bilion. Maknanya, ada baki dalam RM100 bilion. Ini kebimbangan saya, daripada mana hasil additional kind of funding, RM100 billion untuk kita menampung perbelanjaan yang dibentangkan pada kali ini. Di samping itu juga, belanjanya begitu besar, alhamdulillah banyak inisiatif yang saya dapati bukan hanya berbentuk masyarakat (people-centric), bahkan juga untuk mengurus tadbir daripada segi wastage, leakages yang ada. Ini perkara yang penting kerana ini telah kita lalui dalam banyak pengurusan kewangan negara kita. Leakages, wastage yang ada kita dapati sehingga projek-projek yang dilaksanakan, kualiti, nilainya tidak sampai enam tahun, tidak sampai lima tahun, sudah keadaan yang terumbang-ambing. Quality is not there, maka dengan itu penting kepada kita untuk memastikan to take into consideration how to manage the leakages and wastage yang ada ini. Dalam belanjawan ini, ada penekanan yang telah pun diberikan. Cuma kebimbangan saya daripada segi jumlah yang begitu besar dan kita baru bahaskan pada bulan Mac dan akan diluluskan bulan April. Sudah hampir setengah tahun sudah. Bayangkan hampir RM300 bilion peruntukan yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang begitu pendek. Dewan Negara belum bersidang lagi, bulan April. Now, Parlimen kita akan luluskan pada 28 hari bulan, insya-Allah. Akan tetapi yang penting kepada kita ialah delivery system kerajaan ini. Saban pemerintah daripada satu pemerintahan, delivery system is very crucial saya tekankan. Ini penting kepada kita, penggabungan bukan hanya dari sudut pihak pemerintah, pegawai-pegawai kerajaan, pihak GLC yang ada, pihak swasta yang ada. Ini kerana saya dapati dalam belanjawan pada kali ini, walaupun saya tahu peruntukan begitu besar, sebahagiannya daripada pihak swasta, sebahagiannya daripada GLC. Sudah pernah dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan dahulu pun. Saya tahu, the involvement of private sectors into playing the role in the budget is there. It has been done before. It has been done. Cuma apa yang penting kepada kita hari ini, saya minta supaya kerajaan teliti secara mendalam daripada segi delivery system yang sedia ada. Kebimbangan saya, kalau sekiranya ini tidak mampu dilaksanakan, maka we brought forward back berapa bilion yang akan dibawa ke depan, tahun 2024 belanjawan yang ada. Terkadang itu dalam pengalaman saya, sudah diperuntukkan berbilion, RM100 juta, RM200 juta, selepas itu tidak siap. Tidak siap oleh kenapa? Masalah tanah, masalah kontraktor, masalah failure di sana, keadaan environment, buruhnya tidak cukup, ini penting. Perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya delivery system ini dapat kita tingkatkan. Saya hendak bagi pandangan supaya memastikan it can be realized, walaupun mungkin agak kritikal sedikit-- bukannya kritikal. Ini pandangan. Pertingkatkan delivery system yang ada kerana apa yang penting kepada kita, rakyat negara kita dapat kita manfaatkan. Kita hendakkan supaya landasan negara kita ini menjadi suatu pusat yang akan jadi tarikan kepada pelabur di negara kita, di dunia. Ini memastikan kalau kita dapat paparkan, we are able to realize with that short period of time and yet that amount of money that has been budgeted for, yet we can do that, dengan izin. So, saya ingat delivery system ini cukup penting. Kalau sekiranya tidak mampu, saya tidak mahu melihat saban tahun, saban tahun, Menteri Kewangan daripada satu ke satu, tidak dapat dilaksanakan projek ini. Selepas itu, brought forward. Ada yang sampai projek itu sudah lesap sudah. Pak Lah luluskan RM400 juta untuk jambatan dari Semporna ke Bum Bum, sudah lesap sudah, tidak adapun... [Ketawa] masa dia Perdana Menteri. Saya masih ingat lagi. Ke mana keadaan ini?. Jadi saya cadangkan, kalau sekiranya peruntukan yang sedia ada RM380 bilion ini tidak dapat dimanfaatkan, digunakan sepenuhnya, there must be a special fund di peringkat Pusat, bukan hanya untuk Sabah, bukan hanya untuk Sarawak. Saya yakin negeri-negeri lain juga akan dapat mengalami kelewatan projek-projek ini dapat dilaksanakan dan tidak mungkin akan dapat kita realisasikan dalam jangka masa yang pendek supaya dalam belanjawan akan datang, there's already a fund there. Sudah ada. | 24 | 34 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 25
peruntukan khusus dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan ini kita earmarked,
projek ini patutnya dilaksanakan pada tahun 2023. Jadi, belanjawan sudah sedia ada
sudah.
Kita sudah sediakan, jangan pula bawa sampai ke Belanjawan 2024, 2025.
Tahun 2024 agenda saya, agenda lain. Tahun 2025 agenda lain, peruntukan yang lain
supaya ada pengurusan kerana harapan rakyat. Terkadang itu kita tidak dengar suara
rakyat. Harapan rakyat diumumkan, sedap telinga mendengar tetapi ke mana jambatan
itu? Ke mana kemudahan ini?
Jadi, saya berharap supaya special fund di peringkat Pusat tidak pernah
dilakukan, diwujudkan khusus untuk menabungkan setiap projek peruntukannya yang
dapat dilaksanakan, yang tidak dapat dilaksanakan untuk ditabung di situ supaya ada
pengawalan badan khusus, MOF ataupun badan-badan agensi-agensi kerajaan yang lain
sama ada berhubung kait dengan JKR, sama ada berhubung kait dengan kementerian-
kementerian pertanian. Mungkin tidak mampu dilaksanakan ketika ini dan kementerian ini
akan menyusul perkara itu selanjutnya.
■1140
Saya berharap usaha ini akan dapat dilaksanakan. Di samping itu juga kestabilan
politik yang ada merupakan salah satu perkara yang penting di negara untuk kita lahirkan
supaya negara ini menjadi satu landasan yang mantap untuk bukan hanya kita dapat
laksanakan RM380 bilion ini.
Kalau keadaan politik kita terumbang ambing, banyak sangat berpolitik, ini
kebimbangan saya. Walaupun saya ahli politik, cuma itu yang terkadang ini penting bagi
kita hendak pastikan supaya ada kestabilan di peringkat negara kita untuk memastikan
supaya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Ya, keyakinan
ini dapat kita realisasikan. Tuan Mohd Sany bin Hamzan
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Terima kasih Yang Berhormat
Semporna, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma apabila Yang Berhormat Semporna
menyebut soal berkaitan dengan politik, keseimbangan politik. Soal berkaitan dengan
kestabilan politik dalam negara kita. Saya sangat setuju dan itulah sebenarnya harapan
kita Kerajaan Perpaduan dan juga masyarakat madani yang kita hendakkan. Cuma sehari
dua hari ini kita terdengar soal berkaitan dengan atap pecah, tebuk atap, atap longgar,
atap tanggal.
Jadi saya minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Semporna. Adakah
kita bersetuju masa ada lagi maksudnya jalur-jalur hendak menjatuhkan Kerajaan
Perpaduan, kerajaan yang dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Jangan menjolok la
bang!
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Pusat dah ada
pun, contohnya akta lompat yang dah ada dah, supaya kita dari segi - Cuma dalam
pandangan saya, kena ada penambahbaikan akta itu untuk memastikan supaya dapat
dimantapkan. Terkadang itu manusianya tidak boleh melompat tetapi partinya boleh
melompat, jadi ini kena dihalusi. [Tepuk]
Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, saya pun bimbang, macam di
kawasan saya sendiri pun. Daripada saya mempunyai ADUN seramai 23, hari ini dah
tinggal 15 ADUN [Ketawa]. Akan tetapi yang ini saya hendak biar, “ I don’t want to focus
on that”. Ini yang penting kepada kita, move forward. We have to move forward for the
country, for the people in this.
| peruntukan khusus dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan ini kita earmarked, projek ini patutnya dilaksanakan pada tahun 2023. Jadi, belanjawan sudah sedia ada sudah. Kita sudah sediakan, jangan pula bawa sampai ke Belanjawan 2024, 2025. Tahun 2024 agenda saya, agenda lain. Tahun 2025 agenda lain, peruntukan yang lain supaya ada pengurusan kerana harapan rakyat. Terkadang itu kita tidak dengar suara rakyat. Harapan rakyat diumumkan, sedap telinga mendengar tetapi ke mana jambatan itu? Ke mana kemudahan ini?. Jadi, saya berharap supaya special fund di peringkat Pusat tidak pernah dilakukan, diwujudkan khusus untuk menabungkan setiap projek peruntukannya yang dapat dilaksanakan, yang tidak dapat dilaksanakan untuk ditabung di situ supaya ada pengawalan badan khusus, MOF ataupun badan-badan agensi-agensi kerajaan yang lain sama ada berhubung kait dengan JKR, sama ada berhubung kait dengan kementerian- kementerian pertanian. Mungkin tidak mampu dilaksanakan ketika ini dan kementerian ini akan menyusul perkara itu selanjutnya. #1140. Saya berharap usaha ini akan dapat dilaksanakan. Di samping itu juga kestabilan politik yang ada merupakan salah satu perkara yang penting di negara untuk kita lahirkan supaya negara ini menjadi satu landasan yang mantap untuk bukan hanya kita dapat laksanakan RM380 bilion ini. Kalau keadaan politik kita terumbang ambing, banyak sangat berpolitik, ini kebimbangan saya. Walaupun saya ahli politik, cuma itu yang terkadang ini penting bagi kita hendak pastikan supaya ada kestabilan di peringkat negara kita untuk memastikan supaya... Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Semporna. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Ya, keyakinan ini dapat kita realisasikan. Tuan Mohd Sany bin Hamzan. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Terima kasih Yang Berhormat Semporna, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma apabila Yang Berhormat Semporna menyebut soal berkaitan dengan politik, keseimbangan politik. Soal berkaitan dengan kestabilan politik dalam negara kita. Saya sangat setuju dan itulah sebenarnya harapan kita Kerajaan Perpaduan dan juga masyarakat madani yang kita hendakkan. Cuma sehari dua hari ini kita terdengar soal berkaitan dengan atap pecah, tebuk atap, atap longgar, atap tanggal. Jadi saya minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Semporna. Adakah kita bersetuju masa ada lagi maksudnya jalur-jalur hendak menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, kerajaan yang dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Jangan menjolok la bang!. Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Pusat dah ada pun, contohnya akta lompat yang dah ada dah, supaya kita dari segi- Cuma dalam pandangan saya, kena ada penambahbaikan akta itu untuk memastikan supaya dapat dimantapkan. Terkadang itu manusianya tidak boleh melompat tetapi partinya boleh melompat, jadi ini kena dihalusi. [Tepuk]. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, saya pun bimbang, macam di kawasan saya sendiri pun. Daripada saya mempunyai ADUN seramai 23, hari ini dah tinggal 15 ADUN [Ketawa]. Akan tetapi yang ini saya hendak biar, " I don't want to focus on that". Ini yang penting kepada kita, move forward. We have to move forward for the country, for the people in this. | 25 | 35 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
26 DR.01.03.2023
Oleh sebab kadang-kadang kalau kita hanya fikirkan orang saya melompat, kalau
saya fikirkan, tidak dapat tidur saya. Terkadang pasal saya – sudah bertungkus lumus,
belanja duit, belanja tenaga, berbagai-bagai, lepas itu saya akan hidup semati dengan
Warisan. Lepas itu dia hilang sudah.
Jadi saya harap akta lompat juga dipanjangkan kepada peringkat negeri Sabah
untuk memulihkan - Semua negeri, seboleh-bolehnya untuk memastikan supaya kita
dapat melahirkan - why don’t we work together sebagai seorang - saya di antara orang
yang tandatangan, sokong Kerajaan Perpaduan.
Di antaranya saya ingat, Rafizi pun, Yang Berhormat Menteri pun tahu,
maklumkan. Saya tidak- less politicking bagi saya kemantapan walaupun kadang-kadang
Dato Seri you are a man of principle. Principle ini pun susah juga kadang-kadang. The
values, ada nilai kita but we must stick [Tidak jelas], never give up in live this your country,
ya.
Terkadang ini kebimbangan saya ya. Pasal itu diperingkatkan oleh Allah SWT
diturunkan Rasul, Rahmatan Lil 'Aalamin. Rasul itu bukan untuk orang Semporna, bukan
untuk orang Sungai Petani, rahmat untuk semua. Kepimpinan tidak mengira bangsanya,
tidak mengira daerahnya.
Maka kita selaku kerajaan, selaku pemimpin seharusnya melihat kerangka itu.
Saya sedar sebagai seorang bangsa, sebagai seorang Islam, saya sayang agama saya.
Saya tidak salahkan orang lain yang memperjuangkan agama dia. Saya tidak salahkan
orang lain memperjuangkan bangsa dia.
Akan tetapi there must be a red line, ya. Yang Berhormat Hulu Langat, Yang
Berhormat Hulu Langat daripada segi persoalan di mana batasan supaya politik ini
dapat...[Tidak Jelas]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Hulu Langat, Yang Berhormat
Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Jadi persoalan
saya ini Belanjawan, Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh saya hendak fokus daripada segi
tentang delivery. [Disampuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Hulu Selangor
dengar itu. Yang Berhormat Hulu Selangor. Jangan asyik atap je.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat
Kuala Langat lembut, Yang Berhormat Hulu Langat garang.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Kang ngopi. [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: The delivery
system ini saya bimbang. Saya bimbang sangat daripada segi delivery system ini yang
ada. Saya berharap supaya seperti apa yang berlaku.
Pengalaman saya sendiri di peringkat di negeri Sabah, projek-projek yang kita
laksanakan, rencanakan, bentangkan dan saya berharap ianya akan dapat dilaksanakan
sebaik mungkin.
Seperkara lagi saya hendak masuk sektor ke sektor. Sektor antara sektor yang
memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara kita selama ini. Perladangan, kelapa
sawit. Kita merupakan negara pengeluar yang kedua terbesar, kelapa sawit.
Akan tetapi malangnya sektor ini saya tidak nampak dalam Dewan, Belanjawan
itu begitu komprehensif kind of approach. Macam mana hendak mengatasi masalah ini?
Saya berbincang dengan beberapa pihak yang terbabit. Masalah bukan hanya pekerjanya
yang very critical.
Buruh perladangan ini tidak dapat kita perolehi. Sumber manusia yang
mencukupi, dahulu ramai dari Indonesia. Akan tetapi oleh kerana negara Indonesia pun
jauh lebih maju dari segi kita, ekonomi mereka mantap. Maka mereka agak gemar balik
ke kampung mereka. Walaupun mungkin dapat RM1,000 di Malaysia, dapat 1,000 di
Kalimatan, lagi baik di Kalimantan, tidak ada sewa rumah, kampung dia berhampiran.
| Oleh sebab kadang-kadang kalau kita hanya fikirkan orang saya melompat, kalau saya fikirkan, tidak dapat tidur saya. Terkadang pasal saya- sudah bertungkus lumus, belanja duit, belanja tenaga, berbagai-bagai, lepas itu saya akan hidup semati dengan Warisan. Lepas itu dia hilang sudah. Jadi saya harap akta lompat juga dipanjangkan kepada peringkat negeri Sabah untuk memulihkan- Semua negeri, seboleh-bolehnya untuk memastikan supaya kita dapat melahirkan- why don't we work together sebagai seorang- saya di antara orang yang tandatangan, sokong Kerajaan Perpaduan. Di antaranya saya ingat, Rafizi pun, Yang Berhormat Menteri pun tahu, maklumkan. Saya tidak- less politicking bagi saya kemantapan walaupun kadang-kadang Dato Seri you are a man of principle. Principle ini pun susah juga kadang-kadang. The values, ada nilai kita but we must stick [Tidak jelas], never give up in live this your country, ya. Terkadang ini kebimbangan saya ya. Pasal itu diperingkatkan oleh Allah SWT diturunkan Rasul, Rahmatan Lil 'Aalamin. Rasul itu bukan untuk orang Semporna, bukan untuk orang Sungai Petani, rahmat untuk semua. Kepimpinan tidak mengira bangsanya, tidak mengira daerahnya. Maka kita selaku kerajaan, selaku pemimpin seharusnya melihat kerangka itu. Saya sedar sebagai seorang bangsa, sebagai seorang Islam, saya sayang agama saya. Saya tidak salahkan orang lain yang memperjuangkan agama dia. Saya tidak salahkan orang lain memperjuangkan bangsa dia. Akan tetapi there must be a red line, ya. Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat daripada segi persoalan di mana batasan supaya politik ini dapat...[Tidak Jelas]. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Hulu Langat, Yang Berhormat Semporna. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: Jadi persoalan saya ini Belanjawan, Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh saya hendak fokus daripada segi tentang delivery. [Disampuk]. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat]: Yang Berhormat Hulu Selangor dengar itu. Yang Berhormat Hulu Selangor. Jangan asyik atap je. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar]: Yang Berhormat Kuala Langat lembut, Yang Berhormat Hulu Langat garang. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor]: Kang ngopi. [Ketawa]. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna]: The delivery system ini saya bimbang. Saya bimbang sangat daripada segi delivery system ini yang ada. Saya berharap supaya seperti apa yang berlaku. Pengalaman saya sendiri di peringkat di negeri Sabah, projek-projek yang kita laksanakan, rencanakan, bentangkan dan saya berharap ianya akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Seperkara lagi saya hendak masuk sektor ke sektor. Sektor antara sektor yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara kita selama ini. Perladangan, kelapa sawit. Kita merupakan negara pengeluar yang kedua terbesar, kelapa sawit. Akan tetapi malangnya sektor ini saya tidak nampak dalam Dewan, Belanjawan itu begitu komprehensif kind of approach. Macam mana hendak mengatasi masalah ini? Saya berbincang dengan beberapa pihak yang terbabit. Masalah bukan hanya pekerjanya yang very critical. Buruh perladangan ini tidak dapat kita perolehi. Sumber manusia yang mencukupi, dahulu ramai dari Indonesia. Akan tetapi oleh kerana negara Indonesia pun jauh lebih maju dari segi kita, ekonomi mereka mantap. Maka mereka agak gemar balik ke kampung mereka. Walaupun mungkin dapat RM1,000 di Malaysia, dapat 1,000 di Kalimatan, lagi baik di Kalimantan, tidak ada sewa rumah, kampung dia berhampiran. | 26 | 36 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |
DR.01.03.2023 27
We have to have that sort of initiative. Ke arah mana hendak kita menarik seramai
mungkin, bukan hanya sektor perladangannya, sektor construction, pembinaannya.
Sektor perladangan saya dapati masalah yang kita hadapi buruhnya tidak mencukupi. Ada
buah tetapi tidak boleh dituai, pasal tidak ada pekerja. Ada pekerja, tidak ada kemahiran
dia.
Ada pekerja dari Indonesia, sebaik labour - pengalaman saya untuk sektor
perladangan, the Indonesian workers, dia very devoted, punya skill dia yang mungkin agak
terbatas.
Maka, saya cadangkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber
Manusia. Rundinglah bukan hanya dengan negara - kalau perladangan - Indonesia, kalau
daripada segi construction - Filipina atau pun Bangladesh dan sektor-sektor yang lain.
Kita hendak source daripada negara ini. Kalau Indonesia contohnya, hendak
boleh membekalkan 500,000 rakyatnya dalam pelbagai skill dan pelbagai bidang, sign for
10 years, 50 years contohnya, 20 years.
Jangan kita tunggu menggunakan ejen. Ini terkadang banyak ejen tetapi ke mana
ini? Ejen yang untung? Kerajaan perlu ke hadapan untuk mengatasi masalah kerana
sektor ini memberi sumbangan bukan hanya hasil kepada negara kita. Bahkan juga dari
segi peluang pekerjaan yang ada.
Di samping itu seperti yang saya nyatakan, sektor construction juga menjadi
masalah. Contohnya hari ini harga simen di Tawau, Semporna sudah RM480 se tan
metrik. Cukup tinggi, apa sebab dia? Monopoli dia.
Mungkin kita boleh galakkan, bukan hanya monopoli ini dihakis, bahkan juga
import daripada barang-barang keperluan. Steel industry, harga RM3,300 se tan metrik
yang ada. Bayangkan apabila construction untuk buat rumah, harga rumah sudah tinggi
dah. Tidak akan mampu anak-anak kita untuk membeli rumah mereka kerana kos yang
begitu tinggi. Saya minta supaya dicadangkan kepada kerajaan tanganilah masalah
costing yang ada untuk memastikan supaya perkara ini dapat kita lahirkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat daripada segi sektor pendidikan yang
telah pun disebutkan. Alhamdulillah banyak yang menyentuh bukan hanya daripada segi
jumlah peruntukan yang diberikan. Cuma kebimbangan saya apabila disebut tentang
sekolah-sekolah daif. Masa saya Ketua Menteri ada lebih kurang 700 buah sekolah daif
di Sabah.
Sekarang ini mungkin sudah 500 ke 600 buah sekolah kah? Kita hendak pastikan
supaya sekolah daif ini dapat diatasi. Bayangkan 500 ke 600 buah sekolah lebih sekolah
daif di Sabah.
Saya berpeluang untuk buat lawatan di Pitas, di Long Pasia. Apabila saya sampai
ke Long Pasia waktu dahulu, tandas pun tidak ada, Tuan Yang di-Pertua, bilik guru pun
tidak ada. Lepas itu saya bagi arahan bagi RM70,000 daripada kerajaan negeri untuk buat
tandas dan bilik gurunya. Macam mana keselesaan. Saya tanya dengan guru.
Macam mana dengan anak-anak ini kalau hendak buang. Pergi hutan. I mean
tidak sedap kita hendak sebutkan tetapi ini keadaan yang berlaku di negara kita. Sektor
pendidikan [Membaca sepotong ayat A-Quran] Itu yang disebutkan. Baca!
Ilmu itu menjadi satu perkara yang pokok untuk membina negara, membina umat.
Kalau pendidikan itu menjadi keutamaan kita, saya berharap bukan hanya kandungan
prasarana daripada segi sekolahnya tetapi tenaga pekerja dan guru-guru yang ada.
Saya berharap akan dapat kita susun atur kerana saya tidak mahu nanti besok
anak-anak kita tidak ada ilmu, menjadi penganggur di tempat, di kampung mereka.
Berhijrah di merata tempat. Kadang-kadang hendak tarik pekerja, kerja dari ladang kelapa
sawit gajinya mungkin RM3,000 tetapi berat ataupun RM2,000. Dalam keadaan itu mereka
sanggup menjadi security guard di Kuala Lumpur, tidak nampak orang kampung kerana
nampak elok pakaian dia, kerjanya berat but itu yang penting kepada kita.
| We have to have that sort of initiative. Ke arah mana hendak kita menarik seramai. mungkin, bukan hanya sektor perladangannya, sektor construction, pembinaannya. Sektor perladangan saya dapati masalah yang kita hadapi buruhnya tidak mencukupi. Ada buah tetapi tidak boleh dituai, pasal tidak ada pekerja. Ada pekerja, tidak ada kemahiran dia. Ada pekerja dari Indonesia, sebaik labour- pengalaman saya untuk sektor perladangan, the Indonesian workers, dia very devoted, punya skill dia yang mungkin agak terbatas. Maka, saya cadangkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia. Rundinglah bukan hanya dengan negara- kalau perladangan - Indonesia, kalau daripada segi construction- Filipina atau pun Bangladesh dan sektor-sektor yang lain. Kita hendak source daripada negara ini. Kalau Indonesia contohnya, hendak boleh membekalkan 500,000 rakyatnya dalam pelbagai skill dan pelbagai bidang, sign for 10 years, 50 years contohnya, 20 years. Jangan kita tunggu menggunakan ejen. Ini terkadang banyak ejen tetapi ke mana ini? Ejen yang untung? Kerajaan perlu ke hadapan untuk mengatasi masalah kerana sektor ini memberi sumbangan bukan hanya hasil kepada negara kita. Bahkan juga dari segi peluang pekerjaan yang ada. Di samping itu seperti yang saya nyatakan, sektor construction juga menjadi masalah. Contohnya hari ini harga simen di Tawau, Semporna sudah RM480 se tan metrik. Cukup tinggi, apa sebab dia? Monopoli dia. Mungkin kita boleh galakkan, bukan hanya monopoli ini dihakis, bahkan juga import daripada barang-barang keperluan. Steel industry, harga RM3,300 se tan metrik yang ada. Bayangkan apabila construction untuk buat rumah, harga rumah sudah tinggi dah. Tidak akan mampu anak-anak kita untuk membeli rumah mereka kerana kos yang begitu tinggi. Saya minta supaya dicadangkan kepada kerajaan tanganilah masalah costing yang ada untuk memastikan supaya perkara ini dapat kita lahirkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat daripada segi sektor pendidikan yang telah pun disebutkan. Alhamdulillah banyak yang menyentuh bukan hanya daripada segi jumlah peruntukan yang diberikan. Cuma kebimbangan saya apabila disebut tentang sekolah-sekolah daif. Masa saya Ketua Menteri ada lebih kurang 700 buah sekolah daif di Sabah. Sekarang ini mungkin sudah 500 ke 600 buah sekolah kah? Kita hendak pastikan supaya sekolah daif ini dapat diatasi. Bayangkan 500 ke 600 buah sekolah lebih sekolah daif di Sabah. Saya berpeluang untuk buat lawatan di Pitas, di Long Pasia. Apabila saya sampai ke Long Pasia waktu dahulu, tandas pun tidak ada, Tuan Yang di-Pertua, bilik guru pun tidak ada. Lepas itu saya bagi arahan bagi RM70,000 daripada kerajaan negeri untuk buat tandas dan bilik gurunya. Macam mana keselesaan. Saya tanya dengan guru. Macam mana dengan anak-anak ini kalau hendak buang. Pergi hutan. I mean tidak sedap kita hendak sebutkan tetapi ini keadaan yang berlaku di negara kita. Sektor pendidikan [Membaca sepotong ayat A-Quran] Itu yang disebutkan. Baca!. Ilmu itu menjadi satu perkara yang pokok untuk membina negara, membina umat. Kalau pendidikan itu menjadi keutamaan kita, saya berharap bukan hanya kandungan prasarana daripada segi sekolahnya tetapi tenaga pekerja dan guru-guru yang ada. Saya berharap akan dapat kita susun atur kerana saya tidak mahu nanti besok anak-anak kita tidak ada ilmu, menjadi penganggur di tempat, di kampung mereka. Berhijrah di merata tempat. Kadang-kadang hendak tarik pekerja, kerja dari ladang kelapa sawit gajinya mungkin RM3,000 tetapi berat ataupun RM2,000. Dalam keadaan itu mereka sanggup menjadi security guard di Kuala Lumpur, tidak nampak orang kampung kerana nampak elok pakaian dia, kerjanya berat but itu yang penting kepada kita. | 27 | 37 | 2023-03-01T00:00:00 | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01032023.pdf |