peribahasa
stringlengths
7
113
maksud
stringlengths
4
381
contoh_ayat
stringlengths
31
271
ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang
Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan
null
ada angin
Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.
ada angin, ada pohonnya
Setiap kejadian pasti ada sebab-sebabnya (asal mulanya).
null
ada angin, ada pokoknya
Setiap kejadian pasti ada mulanya.
null
ada bakat
Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Izzah ada bakat menjadi penulis novel.
ada bangkai, adalah hering
Di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yang jahat pula
null
ada batang mati, adalah cendawan tumbuh
Di mana tempat saja kita tinggal akan ada nafkah kita
null
ada batang, cendawan tumbuh
Di mana juga kita duduk ada rezeki kita
null
ada beras taruh dalam padi, ada ingat taruh dalam hati
Kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang sebelum dikerjakan
null
ada beras, taruh dalam padi
Rahsia hendaklah disimpan dengan baik
null
ada berjumbaian air dengan …
Ada kena-mengena dengan ..
null
ada bernasi di balik kerak
Masih ada sesuatu yang belum selesai.
null
abu Jahal
Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.
abu Nawas
Orang yang suka berhelah.
Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.
abui mata
Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya.
Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin.
ada air adalah ikan
Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
ada air, ada ikan
Di mana pun kita duduk, ada rezeki
null
ada akal
Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi ayahnya.
ada berudang di balik batu
Maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan atau perbuatan
null
ada biduk, serempu pula
Tidak puas dengan apa yang ada
null
ada bukit, ada paya
Sama ada baik atau jahat; miskin atau kaya
null
ada can
Ada peluang.
Kakitangan yang rajin ada can dinaikkan gaji.
ada gaya
Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.
ada gula ada semut
Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
abang angkat
Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Siti mempunyai seorang abang angkat bernama Ahmad.
abang ipar
Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami.
Anwar ialah abang ipar Abdullah.
abang kandung
Abang yang seibu sebapa.
Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.
abang tiri
Anak abang tiri atau ibu tiri yang umurnya lebih tua daripada kita.
Anak lelaki isteri baru ayah menjadi abang tiri kami.
abu angin
Telah musnah sama sekali.
Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun.
abu Dajal
Pengganggu
Selagi ada Abu Dajal di tepi jalan itu, tiada seorang gadis pun yang berani lalu di situ.
ada pun buah peria itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan …
Orang yang tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi
null
ada rezeki
Ada peluang yang baik.
null
ada riak
Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu.
null
ada rotan, ada duri
Tentu adanya kesusahan semasa dalam kesenangan
null
ada sampan hendak berenang
Sengaja menyusahkan diri.
null
ada sengat
Berkuasa
null
ada jarum hendaklah ada benangnya
Tiap-tiap suatu itu mesti ada berkasnya
null
ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
null
ada kerak, ada nasi
Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya
null
ada laut, ada perampok
Tiap-tiap suatu benda atau perkara mesti ada pasangannya
null
ada nasi di balik kerak
Masih ada lagi sesuatu perkara yang belum disiapkan
null
ada nyawa ada rezeki
Selagi masih hidup, mesti dapat rezeki
null
ada seperti tampaknya apung-apung
Barang yang dihayati telah muncul tetapi tidak pasti sama ada boleh memiliki
null
ada sirih hendak makan sepah
Ada yang baik hendakkan yang buruk
null
ada tangga hendak memanjat tiang
Menjalankan sesuatu dengan tidak menurut aturannya
null
ada taring
Berkuasa
null
ada padang, ada belalangnya
Ada negeri tentulah ada rakyatnya
null
ada padi masak, adalah pipit
Orang suka berkumpul di tempat yang mudah mendapat rezeki
null
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Kebaikan yang dilaku akan dibalas dengan kebaikan
Mak Cik Limah menjaga rumah Encik Yahya ketika dia ke luar negara. Sebagai balasa, Encik Yahya menghadiahkan sehelai kain kepadanya, ibarat ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
ada ubi ada batas, ada hari boleh balas
Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga.
Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika menpunyai kelengkapan yang mencukupi.
null
ada padi, segala menjadi
Orang yang mempunyai kebolehan, segala hajatnya mudah tercapai
null
ada pasang surutnya
Untung dan malang tidak akan berterusan
null
ada persembahan ada kurnia
Hati yang baik akan mendapat balasan yang baik
null
ada hajat
Mempunyai keinginan atau maksud.
null
ada hal
Ada sesuatu yang hendak dipercakapkan atau dilakukan.
null
ada hari, ada nasi
Asal masih hidup, mesti boleh dapat rezeki
null
ada hati
Keinginan.
Walaupun berpendapatan kecil, Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.
ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga.
Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
ada jalan
Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.
adakah daripada telaga yang jernih itu mengalir air yang keruh?
Tidak mungkin orang yang bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yang keji-keji
null
adakah duri dipertajam
Orang yang cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi
null
adakah hilang bisa ular menyusup di bawah akar
Orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri
null
adapun kata ada pangkalnya
Sesuatu kejadian mesti ada asal usulnya
null
adapun manikam itu jika dijatuhkan ke dalam limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya
Orang yang berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada
null
adat balai
Adat dalam istana raja.
Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.
adat diisi, lembaga dituang
Dilakukan menurut aturan yang biasa
null
adat dipakai baru, kain dipakai usang
Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya
null
ada wang abang saya, tak ada wang abang paya
Orang yang disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja
null
adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu
Berbuat baik mendapat balasan yang baik dan berbuat jahat mendapat balasan buruk; manusia harus tolong-menolong antara satu sama lain dalam kehidupan
null
ada wang abang saya, tak ada wang abang payah
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang
null
adat gajah terdorong
Orang yang berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya
null
ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang
Kasih sayang hanya kerana mementingkan harta benda
null
ada-ada
Selalu ada sahaja yang dipercakapkan, membuat-buat sahaja
null
adat istiadat
Berbagai-bagai adat kebiasaan.
null
adakah air yang penuh dalam tong itu berkocak, melainkan air yang setengah tong itu juga yang berkocak
Orang yang tidak berilmu juga yang banyak cakapnya
null
adat juara kalah menang
Dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi)
null
adakah buaya menolak bangkai
Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk membuat kejahatan
null
ada ubi ada batas, ada masa boleh balas
Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga
null
ada ubi ada talas, ada budi ada balas
Barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya
null
ada udang di balik batu
Maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan atau perbuatan
null
ada udang di sebalik batu
Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah ada udang di balik batu.
ada ulam hendaklah ada sambalnya
Tiap-tiap suatu benda atau perkara mesti ada pasangannya
null
ada umur ada rezeki
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki
null
adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung
Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri
null
adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama
null
adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah
Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak
null
adat bertentu, bilang beratur
Segala pekerjaan harus dijalankan dengan menurut peraturan yang ditetapkan
null
adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat
Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham
null
adat diisi janji dilabuh
Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan (diadatkan)
null
adat lama pusaka usang
Adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu
null
adat lembaga
Adat lama yang dilakukan turun-temurun.
null
adat lurah timbunan sarap
Orang yang berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal
null
adat memakai, syarak mengata
Adat yang tidak sesuai dengan hukum tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak
null
adat muda menanggung rindu
Manusia hidup harus menghadapi pelbagai cabaran
null
adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar
Daya usaha yang besar kalau tidak berjaya, bukanlah suatu perkara yang memalukan
null
adik angkat
Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.
adik beradik
Orang yang sama ibu dan bapa
null
adik ipar
Adik kepada isteri atau suami.
Adik ipar saya seorang doktor.
adik kakak
Kaum keluarga
null