url
stringlengths
29
138
headline
stringlengths
2
114
content
sequence
comment
sequence
https://fiksyenshasha.com/diganggu-makhluk-runcing-kepalanya-sewaktu-belajar-di-kolej-swasta-di-kl/
Diganggu Makhluk Runcing Kepalanya Sewaktu Belajar di Kolej Swasta di KL
[ "hi, terima kasih admin sebab beri aku peluang untuk ketengahkan cerita aku. kisah ni berlaku sewaktu aku sambung belajar di kolej swasta di kl. kami disewakan sebuah apartment yg berdekatan dengan kolej. mulanya, kami biasa biasa saja hidup tenang tanpa gangguan. gangguan pertama berlaku pada satu malam selepas aku on call dengan bf aku, aku masuk ke bilik dan secara kebetulan roomate aku pun ade yg baru nak masuk tidur. aku baring kat katil aku sambil main phone. tiba tiba, aku nampak ada bayang yg meninggi di dinding yg berhadapan dengan aku. bayangan tu bergerak perlahan lahan. rumah ditingkat 8, dan dihapadapan rumah ni adelah jalan. jadi bayangan apekah itu ?", "gangguan kedua ketika aku tinggal sendiri kt rumah tu.. kawan kawan aku balik kampung masa tu.. aku je yang tak balik. masa tu aku masuk awal tidur sebab takde ape nak buat memandangkan tv kt hostel tu takde.. masa aku tido, aku seolah olah dapat rasakan ade sesuatu yg himpit aku.. makin lama makin rapat dan seterusnya dia terus menunjukkan mukanye pada aku.. masa tu mukanye jelas aku nampak, seperti orang tua dan sedikit runcing di atas kepalanya. aku tersentak dan terus bangun.. aku istigfar banyak banyak dan cerita gangguan ni kt bf aku. dia mintak aku untuk baca surah fatihah dan ayat qursi sebelum tido. lepas tu barulah aku dapat tido dengan tenang.", "bukan takat tu je, ade satu malam.. aku dengan roomate aku tidur agak awal sebb esok ade kelas.. masa malam tu, aku decide untuk biarkan pintu tu memandangkan tombol dah rosak dan takde sape lagi kat rumah melainkan kitorang..", "malam tu aku terjaga bila aku terdengar pintu di buka tutup.. ‘kreeekkkkkk’ ‘dummmmm’ bunyi tu berulang kali.. kawan aku si A ni dia bangun dan intai.. tapi takde sape sape dan angin pun tak kuat malam tu.. aku dah mengiring ke tempat lain dengan kaki dah menggigil sebab seram.. pagi tu aku tanya kawan aku si E ni sama ade dengar tak.. dia kata dia tak dengar ape ape sedangkan dia dekat dengan pintu\nGangguan seterusnya berlaku di siang hari, aku dengan roomate aku keluar dan pulang lewat petang. masa tu, dua orang housemate aku tengh berbual kt ruang tamu. ‘korang keluar ke ? bila masa korang keluar ?’ tu lah soalan yg kawan aku tanya kt kitorang bila kitorang balik.. ‘dah lama la kitorang keluar.. kitorang keluar tengah hari tadi’ balas kawan aku (E) dan terus pergi ke pintu bilik nak masuk. ‘eh.. kitorang dengar korang berbual bual kt dalam bilik.. kitorang ingat korang ade kt dalam’.", "housemate aku (S) bagitau kitorang dengan muka terkejut.. aku terus tutup pintu rumah dan terus nak ke blik.. kawan aku si E ni dah kt depan pintu bilik, nak tolak tapi ade benda yg menghalang. tombol pintu bilik tu rosak dan kitorang pecahkan, jadi pintu tu hanya bole disendal dari dalam bilik. persoalan, macam mana pintu bilik boleh disendal dari dalam sedangkan kesemuanya tiada dalam bilik. aku dengan yg lain berpandangan.. dan kawan aku E bukak jugak pintu tu dan meja sendal tu agak terpelosok ke dalam.", "gangguan seterusnya dimana aku kerap di ikut oleh satu makhluk, keadaan dia meninggi dan sedikit runcing diatas.. ia tak ubah seperti yg dalam mimpi aku. dia ikut aku sampai aku balik ke kampung.. bukan takat tu je, kawan aku sesiapa yg bring di katil aku turut kena kacau.", "sekarang, alhamdulillah dah 2 tahun berlalu dan aku dah bebas dari gangguan makhluk tu selepas aku ikhtiar untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. maaf kalau kisah aku tak seram.. tapi tulah pengalaman aku yg tak bole lupa.. assalamualaikum" ]
[ "TQ story 🙂", "1st time dgr hantu kepala nya runcing", "Mcm lawak je ahah", "Yg kepala 3 segi ngan 4 segi pun ada. Ko je x jumpa tu.", "Ok la..2 stgh /5 bintang", "Wuish kepala runcing. Tak penah lagi dengar.", "biasa2 je tp yg mengalami tentu seram.", "Hantu kepala runcing.. Byk nk kenal jenis2 hantu ni…", "Nice story….mudah fhm…" ]
https://fiksyenshasha.com/guru-ini-berkongsi-pengalaman-ketika-baru-posting-di-melaka/
Guru Ini Berkongsi Pengalaman Ketika Baru Posting di Melaka
[ "Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin dan pembaca ruangan FS. Secara ringkas sy adalah seorang guru yg mengajar di utara tanah air.\nDisini sy kongsikan 3 kisah yg berlaku semasa sy ngajar di Melaka.", "Kisah 1\nTahun 2005 merupakan tahun pertama aku menjadi seorang guru. Aku dihantar (posting) di sebuah daerah di negeri Melaka. Dengan bantuan seorang kenalan pakcik aku yg tinggal disana, aku dpt menyewa sebuah rumah yg terletak betul2 di belakang bangunan sekolah.", "Alhamdulillah tak perlu aku nk berulang alik jauh2. Dalam beberapa minggu mengajar pelbagai kisah seram aku dengar dari guru2 lama, tapi aku tak ambik port sgt. Sehinggalah pada 1 malam, usai semak buku latihan murid2 aku lepak depan rumah. Msa tu jiran2 semua dah tutup lampu jadi suasana agak suram dan sunyi. Masa tengah ambik angin malam tu, aku dengar bunyi riuh rendah di dalam kelas yg bangunannya betul2 di depan rumah tu.\n” ish, takkan diorang ni buat kem tak bagitau kat semua cikgu” aku tertanya2 sendiri.", "Biasanya kalau ada kem, guru2 akan bermesyuarat dulu untuk bahagikan tugas. Hampir 15 minit aku amati bunyi bising tu, bunyi budak2 riuh rendah seolah2 menjawab soalan guru,bunyi kerusi meja di tarik juga jelas kedengaran.", "Nak kata ada kelas tambahan, tak mungkin sebab dah lewat malam. Apa yg aku musykil adalah bangunan tu gelap gelita, takkanlah cikgu tu mengajar dalam gelap. Tak lama kemudian suasana jadi sunyi tiba2,seperti sedia kala.", "Aku ingatkan dah habis, rupanya “murid2” tu sambung buat aktiviti renang kat dalam kolam yg tletak di depan bangunan. Bunyi air berkocak seolah2 ramai yg mandi dalam kolam tu. Aku dah tak sanggup nk tunggu lagi dah, maunya dia buat lawatan beramai2 ke rumah cikgu pulak,haru aku. Terus masuk dalam rumah,lampu aku biarkan menyala. Besok aku mesti jumpa pakcik guard untuk kepastian.", "Besoknya, aku terus ke pondok jaga. Aku ceritakan dari A sampai Z. Selamba ja pakcik tu senyum.\n” cikgu,yg cikgu dengar tu dah selalu sangat saya hadap” dia cakap kalau kita berada betul2 dekat dengan kelas tu kita boleh dengar cikgu tengah mengajar sebijik macam kelas di waktu siang hari,bezanya cikgu tu mengajar lewat malam dan dalam gelap gelita.", "Bila aku dengar cerita pak guard tu rasa seram aku bertukar jd kelakar pun ada.\nKesimpulan yg aku boleh buat mungkin diorang kat alam sana pun belajar macam manusia dan menumpang di kelas manusia. Selagi dia tak mengganggu murid2 kat sekolah ni,biarlah diaorang tumpang belajar kt kelas tu. jangan memandai pegi mintak bayar yuran PIBG sudah..", "Terima kasih sudi membaca. Kisah 2 dan kisah 3 bersambung…" ]
[ "http://dollarplanting.com/?ref=53782", "‘mereka’ pun nak menuntut ilmu jugak…", "Janji dorang tak kacau takpe, tq 🙂", "benda tu belajar dlm gelap…siap berenang lg tu..hihi", "hantu pun nk belajar. manusia plk yg mlasnya", "Hahahaha tu la pasal", "Alaaa…pendeknya", "Alahai,..paham2 sudah ler. Tak kan tak reti2 lagi kalau keadaan yang tak normal tu.", "hahaha alam jin pun ade buat kelas,ade murid2, ade guru2, ade tentera, polis bahkan king pun ade, ape mau heran kan lol", "Selalunya yang dengar bunyi pelik pelik ni dah nyata bukan benda normal, tetap akan blur jugak😂", "yg ptg yuran PIBG tu jgn mtx ye hihi", "Siang hantu tu sekodeng ckgu bljr ..mlm turn dia pulk mngajar…\nBetol lah ckgu..jgn dia mintk byrn yuran pibg sudah… Selmat mngajar ckgu…moga tabah mnjadik guru dan redha apa yg berlaku disekeliling…", "Boleh tahan seram tuu….agak2 time depa duk belajar dlm grlap tuu pak guard tu berani x erk pegi round sekolah tu memalam?? Hehee…tanye jer..", "Nak takut apa. Ngan Allah swt je yg patut kita takut." ]
https://fiksyenshasha.com/pasangan-berkahwin-ini-berkongsi-pengalaman-ngeri-baru-menyewa-rumah-teres-2-tingkat/
Pasangan Berkahwin Ini Berkongsi Pengalaman Ngeri Baru Menyewa Rumah Teres 2 Tingkat
[ "Ni kisah terjadi kat aku dan isteri lebih kurang 4 tahun lepas. Masa tu kami masih berdua. Anak belum ada. Kami baru masuk menyewa rumah teres 2 tingkat. Mula-mula masuk ok la, biasa jek. Selepas beberapa hari, kami mula kena kacau.", "Tapi kami taklah pernah nampak ‘benda’ tu menjelma. Kali pertama kena, masa tu pagi nak pergi kerja. Memang tabiat kami sebelum pergi kerja akan tutup tingkap bilik tidur (tingkat atas).", "Memang aku yakin dah tutup tingkap tapi bila aku nak keluar rumah tgk kat arah bilik, tingkap tadi tu terbuka luas. Aku terpaksa tipu isteri cakap aku terlupa nak tutup tingkap sbb aku tak nak takutkan dia.", "Kemudian, benda tu main alih-alih barang kat dapur. Kami bangun pagi-pagi nak pergi kerja tiba-tiba tgk tin milo, tin susu, dan beberapa barangan lain dikeluarkan dari dalam kabinet dapur. Kami suami isteri senyap tak cakap apa-apa dan tak bincang apa-apa pun pasal tu.", "Terus letak balik barang-barang tu kat tempat asal. Ada juga kejadian tengah malam waktu kami tidur dengar macam ada org dalam bilik air siap dgr bunyi air berkocak sambil batuk-batuk.\nYang paling seram, ada sekali tu, kami suami isteri balik lewat malam ke rumah. Ok, korang fahamkan betul-betul. Isteri aku pakai kasut, kiri dan kanan sepasang.", "Pada masa masa yang sama, dekat depan pintu rumah(dekat luar kat tempat letak kereta) ada sepasang selipar juga kiri dan kanan. Isteri aku tanggal kasut nak masuk rumah malam tu, jadi dekat depan pintu ada sepasang kasut dan sepasang selipar. Esok paginya waktu kami nak pergi pejabat, tengok-tengok kat depan rumah cuma tinggal satu kasut sebelah kiri dan satu selipar sebelah kanan. Pasangan kasut dan selipar tak kelihatan. Aku igtkan kucing bawak lari so aku cari-cari la keliling rumah, tak jumpa. Kami putus asa mencari, lalu aku unlock kereta. Alangkah terkejutnya kami bila tengok kasut dan selipar tadi berada di dalam kereta yg berkunci sepanjang malam!\nKami berdua buat tak tahu terus pergi pejabat dgn muka pucat.", "Balik rumah dari pejabat malam tu, tiba-tiba tgk jiran sebelah tengah ada upacara ala-ala halau hantu.Aku tanya brader tu, dia cakap famili dia ada juga kena ‘gangguan’ so sebab tu dia panggil ustaz buat baca2 doa.\nKami suami isteri masa tu memang dah nekad nak pindah walaupun baru 2 bulan tinggal kat situ. Apatah lagi isteri aku disahkan mengandung. Beberapa hari sebelum kami berpindah, dalam pukul 2 pagi, siling bilik tidur kami bergegar hebat macam nak roboh sampai kami terjaga dari tidur.", "Aku tak tahan sabar aku maki hamun benda tu. Kemudian aku demam hampir 2 minggu. Tak taulah demam tu ada kaitan ke tidak. Sekarang 4 tahun lebih peristiwa tu berlaku dan kami pun dah pindah. Pengalaman gangguan tu memang first time aku alami. Sebelum ni aku memang kurang percaya kat cerita hantu ni. Dah kena sendiri barulah tau!" ]
[ "Kalau boleh saya tahu rumah tu dekat mana?", "tq share 🙂", "dye nak bergurau kot tu", "area mna ?", "Nasib baek x muncul kn diri mase dimaki", "Mende tu tak tahu nak pakai kasut or selipar. Tu yang dia balun dua2 tu. Sikit hari lagi kalau ko tak pindah, mau dia drive kereta ko ntah ke mana. Huhu", "Dah lama jadi penghuni kot. Seram pula baca ..", "Salam perkenalan daripada diorang ler tu.. hi hi hi hi.. eh seram lak aku wat cam ni..k bye", "em nakal hantu ni. Main main lak dia.", "Almk takut pulk nk cari umh sewa mcm tu…cari2 kang dpt hantu kaki clubing…naya siang mlm buat bising…", "Kawasan umah tuu mmg x ok dh kut…smpai jiran pun terkena tuu…" ]
https://fiksyenshasha.com/ada-yang-cuba-nak-berkawan/
Ada Yang Nak “Berkawan” : Wanita Ini Menceritakan Kisah 12 Tahun lepas terjadi Pada Keluarganya
[ "KISAH ni pada tahun 2004 di Kuarters Kerajaan di Gelang Patah, Johor. Sebelum ni kami duduk kampung, lepas abah dpt offer tinggal di rumah free utk pekerja gov, keluarga aku pindah ke blok K, blok paling akhir tp rumah aku susunan paling depan. Ok cerita ni waktu aku baru 12 tahun, sekarang dah 24 tahun.", "Aku ada 5 beradik, 4 org abang dan aku satu-satunya adik perempuan.\nSatu hari tu mak abah aku kena balik kampung sebab arwah atuk aku sakit. Mak, abah dengan 2 orang abang aku balik kampung, tapi disebabkan aku masih terikat dgn kesibukan persiapan UPSR, 2 lagi abang aku tak ikut sebab rasa tanggungjawab nak jaga aku.", "Malam tu macam biasa lepas balik mengaji, aku terus pergi blok E, blok nya paling ceruk, gelap sikit lah bila waktu malam sebab kuarters tu baru lagi siap. Banyak lampu jalan yg belum berfungsi. Aku seriau jugak masa tu sebab jalan sorang abang aku masih keje.", "Dia kata balik keje pukul 9 dia tunggu aku bawah blok E habis tuisyen pukul 9.30mlm. Ok, masa habis tuisyen turun, mata aku melilau bawah blok E, ada motor abang aku ke tidak. Aku tengok takde.", "Tiba-tiba dari celah mana abang aku cakap “Jom”. Aku pun ok jom. Dia cakap dkt aku, “Malam ni kita balik jalan kaki eh dik, motor abang eman rosak dekat tempat kerja.” Aku diam angguk je. Macam biasa dia pimpin tangan aku simpan dalam kocek seluar jeans dia. Tapi kali ni tgn dia sejuk. Aku tak fikir apa pun, budak lagi masa tu.", "Sampai rumah, dia ambil tuala dgn besen isi air suam, dia siapkan baju aku, dia ckp “Adik jgn mandi nanti selsema. Adik lap badan je, abang iman nak buat kerja. Nanti abang emi balik kerja nak makan.” Aku tercengang jugak. Tak pernah dia mcm tu.", "Malam tu aku duduk je depan tv, dia takda mintak tolong langsung. Dia lipat baju, sapu rumah, masak, jemur baju semua. Siap masak dia suruh aku makan. 2-3 minit lepastu abang emi aku pulak balik kerja. Abang emi baru duduk ruang tamu, abang eman masuk bilik, dah siap pakai jaket “Emi, kau nak mee sup ada dkt dapur, aku dah masak. Aku nak buang sampah kejap.” Emi angguk je.\nAbang eman keluar bawa sampah dari dapur. Tak sampai beberapa saat abang eman masuk tercungap-cungap guna jaket lain pula. Abang emi yg baru jengah dapur tu tercengang,", "“Weh man, baru berapa saat kau buang sampah dah balik?” Eman garu kepala “Motor aku rosaklah balik kerja tadi, aku risau takde orang amik wawa balik tuisyen. Nasib baik kau balik cepat mi.”\n“Kau biar betul, aku pun baru balik ni, baru nak makan kau masak mee ni.” Abang aku dua orang ni tiba-tiba berkerut kening. Eman bengis “Wa kau balik dengan siapa tadi?” Aku terkebil kebil jawab “Abang eman lahh, balik jalan kaki tadi.”", "Esoknya mak abah dah balik, abang eman demam. Bawa pergi jumpa doktor, doktor kata temperature dia normal. Doktor tu bagi saranan kpd mak aku, bawa jumpa ustaz. Mak aku jenis antara percaya dengan tidak. Lepas 2 hari demam abang eman tak kebah, mak bawa jumpa Ustaz Radin. Ustaz Radin terus kata “Keluarga kau ada yang cuba berkawan, tapi pendinding keluarga kau kukuh, jadi dia cuma ajak bergurau aja ni.”", "Selesai ustaz buatkan air penawar. Ustaz tu pun balik, sebelum dia balik. Ustaz minta mak abah buat majlis doa selamat sbb pindah tempat baru. Ustaz minta kami rajin baca yassin.\nMalam tu abah ajak kami anak beranak baca yassin. Ketika baru bermula ayat “Yaa-sin” tiba-tiba ada suara ramai dalam rumah kami yg ikut bacaan yassin kami. Kami saling berpandangan, terdiam kejap ada suara ketawa kecil, abah angguk tunjuk yassin, abah teruskan baca yassin, kami hiraukan suara yg ikut kami baca yassin tu. Tiba sepotong ayat tu tiba2 tinggal suara kami anak beranak. Kami teruskan bacaan hingga habis.", "Malam itu juga kami dengar makin macam macam bunyi, dengar org buat air, dengar org gosok baju, dengar org alihkan perabot dlm rumah. Dua tiga hari takpa lagi. Ni berbulan bulan.\nAbah jumpa ustaz radin ceritakan tersebut. “Patutlah dia suka duduk rumah kamu orang,, dia anggap kamu kawan rapat dia.” Dia?? Siapa dia?", "-“Sampai sekarang menjadi persoalan keluarga kami, siapa yang jaga wawa? Siapa yang masak, kemas rumah tu? Siapa buat air tgh mlm dkt dapur tu? Siapa gosok baju tgh malam dalam gelap? Siapa alih perabot tgh malam?” Hm, dia tu maid ke?-" ]
[ "dia pancing2 je tu konon2 rajin, boleh tolong kemas tumah, cuci2 baju…dah tu bila pancing dh mengena dia pulak jadi tuan..", "http://dollarplanting.com/?ref=53782", "persoalannya…yg dia masak tu confirm ke mee?? huhu….", "Utk gak kau sbb bende tu menolong msk buat keje umah sume..?? just kidding..??", "Janji dia tak kacau takpe. Bagi pendapat aku la", "ok la..dye tlg je buat semua tu..xde nak kacau cam tindih or munculkan diri ke ape…nasib pendinding keluarga kuat", "Rajin betul beliau. 😆", "dpt bibik free", "Baik sungguh dy…siap tlg amik si adik sbb tahu abgnya lambat..siap masak lgi.sedap ke x mee yg dy buat kn..untung btl kowg ni", "Hantu jenis peramah kot", "Baiknye siap masak, tolong buang sampah bagai. Huntong lerrrrr……", "Jeng jeng jeng .. maid siapakah itu 😅😅", "Jin islam kot tu", "Roh maid endon tak tenteram kot😂", "Okay laa tuu kalau x memunculkan diri…bunyi2 ni dh biasa dgr dh…org cuci baju org basuh pinggan lah ape laa…jgn dgr dia mengilai sudah r…munculkan diri pun mintak jauh…huhu", "Hantu yg baik and peramah tu.. Beruntunglah kan.. Hehehe", "Penulis ,saya Sarah Aisyah\nSaya nak tanya kuarters yang penulis duduk tu kuarters kakitangan awam gelang patah ke ?? Yang berdekatan dengan masjid Abu Hurairah ke\nSebab saya pernah duduk dekat situ tahun 2011-2012\nDekat blok J\nSaya Tak pernah dengar pun\nKisah macam tu\nMaaflah sebab saya tanya" ]
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-seram-mendaki-bukit-batu-putih-tg-tuan-port-dickson/
Pengalaman Seram Mendaki Bukit Batu Putih, Tg Tuan, Port Dickson
[ "Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  kisah ni terjadi pada awal tahun ni(2016) tapi tak ingat bulan berapa huhu. Panjang sikit ye ceritanya.", "Masa tu saya tgh lepak dgn sepupu2 saya kat kedai makan. Borak punya borak, tetiba terkeluar idea nk panjat bukit batu putih tu. Eh tetiba semua bersetuju pulak ? okay, so disebabkan ni semua first time kitorang naik, saya pun call abg angkat saya, suruh dia guide la kitorang kat situ. Dia ckp “okay boleh je”", "Time tu semua excited, balik rumah tukar baju tukar kasut apa semua. Janji nk pergi pukul 5, tapi biasalah, janji melayu kan, 5:45 baru gerak.", "Nk panjat batu putih tu ada dua jalan, satu jalan trekking ber-tar. Satu lagi jalan trekking dlm hutan pastu jumpa pantai pastu kena panjat batu2 ni. Disebabkan first time, kitorang follow jelah abg angkat saya. Dia ikut jalan kedua tu.", "Mula2 semua rileks je, gelak2, borak2, selfie. Sampai je kat kawasan pantai, saya rasa penat sangat. Jalan pun slow je, sepupu tanya la “okay ke?” Saya jawab la “okay je kot huhu”.", "Oh lupa time tu kitorang pergi 6 org. 2 lelaki 4 perempuan. Pastu sampai la kat tempat memanjat batu ni. Time tu saya peninggggg sgt. Tak boleh jalan dh. So sy berhenti la, kang jalan kalau jatuh, naya je. Pastu sepupu pusing dia tanya “weh asal muka pucat doh?” Time tu saya diam je, orang dh sakit sibuk je nk tanya2.", "Dengan segala kudrat yg ada, saya pun panjat la batu tu, nak patah balik jauh. Nak taknak kena panjat gak la. Jadi panjat la saya dgn slow motion nye (lagi slow dari sloth). Pastu ada la sepupu sy ni, jenis lemah semangat, dia sambil panjat batu tu sambil nangis. Tapi kitorang buat tak thu jelah sbb semua nk cepat sampai kan.", "Dah lewat. Sampai atas, minum air, ambik gambar, pastu tgk jam dh pukul 6:50. Kelam kabut la semua nk turun sbb dh lewat, dh la jalan balik tu hutan je keliling.", "Okay dh turun, dh jalan sikit, tetiba kaki saya cramp. Dlm hati dh mencarut dh, org nk balik ni la dia nk cramp. Time tu saya mmg kena perli habis la. Dorg ckp “ko panjat broga siap senyum2, panjat gunung tahan siap main fon, tp batu putih ko tak larat”. Haha menyirap habis la time tu. Tp saya usahakan jugak jalan sbb kang kalau maghrib dlm ni kang, habis la.", "Masa tu saya pegang tgn sepupu saya sbb takut jatuh, lagi 4 org dh kedepan sikit. Disebabkan sy takut, sy jerit kat abg angkat sy “bang, lek jap. Org sakit ni” so dia pun slow kan kayuhan kaki dia.\nLepas tu ada lah lalu sebelah pokok besar ni, tepi tu pulak semua gaung2, kalo jatuh mmg tak jumpa dh la.", "Masa lalu situ, tetiba bau wangi sangat. Mula2 buat tak thu je, tp makin kuat bau dia. Pastu saya dgr sepupu sy tu dok baca ayat seribu dinar. Saya pun terus baca ayat kursi. Bau wangi tu mmg deret2 la sampai sy turun bwh. Pastu tetiba abg sy tu terduduk, dia ckp dia pening. Pastu kitorang tlg bangunkan dia, pastu turun naik kereta, balik.", "Sampai je rumah, memasing bukak cerita ? saya ingat saya je kena kacau. Rupanya semua kena.", " 1.Sepupu yg saya pegang tgn tu, dia rasa berat sgt kat badan dia, mcm ada org duduk. Pastu dia dgr nama dia kena panggil. Tu yg dia dok baca ayat seribu dinar tu.", "Abg angkat sy ckp, masa dia terduduk tu, ada benda langgar dia. Kuat. Tu yg dia pening2 tu.", "2.Sepupu sy yg lagi 3 org tu (1 lelaki 2 perempuan) dorg dh jalan dulu sbb dorg dua tgh “cuti” nk cepat turun, yg lelaki tu menonong je jalan. Tetiba sepupu yg perempuan, nampak ad dua sepupu lelaki sy tu di dua jalan yg berbeza. Baju yg sama, kasut yg sama. Time tu dia jerit panggil spupu lelaki tu, tp tak menyahut. Sekali lagi jerit, baru menyahut. Bayangkan la kalau dorg salah ikut td huhuhu", "3.Masa dh nk jalan ke kereta, tetiba pokok bergoyang, pastu kitorang nampak ad perempuan, kat tepi pokok tu, siap mengilai lagi. Huhuhu seram weh.", "4.So, itu lah ceritanya nya. Jadi korg, tlg la, jgn gegatai nk panjat bukit ke gunung ke senja2. Kang kena usik habeh demam panas.\nMungkin masa saya tak larat tu petanda supaya saya tak teruskan lagi, tp haa la, kita ni bebai tak paham maksud hahaha\nAda polis ckp, situ mmg keras, kwsn bukit pastu dekat dgn pantai, mmg byk kes b***h diri la kat situ. Huhu ok sekian tq sbb habiskan masa yg byk utk baca. Kbye." ]
[ "Ingatkan gerak pagi nak tengok sunrise", "hurmm…lewat nau g bukit tu…patot siang2 lg..ni da petang kol 5 nak kol 6 mmg mendapat la jwbnye", "Erm yerla", "hmm ok", "Berapa byk pastu..huhuhu pastu? Demam x lpstu?", "Aku pernah daki…So far x jadi pape Alhamdulillah", "Aku naik bukit tu hjung bulan 8 2017. So far Alhamdulillah, baik2 je. Siap dpt offer masuk dlm rumah api lagi. Hahahaha", "Giler korang.. bior aku pergi bersekumpulan dengan lelaki berbanding bersekumpulan dengan perempuan drpd bercampur-campur mcm tu. banyak kesan buruk drpd baik. sbg cth dalam sekumpulan ni ade 2 lelaki dan 4 perempuan yg mana 2 drpd 4 pepuan tu sdg cuti, giler ko weh, bantai 2 ni kena rasuk tak ker haru..kalo 4 kena rasuk tak ker naye 2 laki2 tu.. tak sanggup weh", "sama weh! masa zaman study kt sana dulu boleh tercetus idea nak mendaki sana weh.start mendaki pukul 6.10 ptg, sampai atas dah nak maghrib.tapi Alhamduillah kiteorg yg gegirl ni sume selamat masa hari kejadian siap balik lepak makan nasi bujang bhai.esok nya one of us kene histeria , boleh bantai pepagi buta mendaki sana sesorang, paling creepy kawan aku tu siap msg aku kata dia rasa ada orang memerhati dia. ada pokok hempap dia ler. so aku yang tgh on class tu terus pecut naik sana nak kutip dia, masalah nya seksa bhai pakai baju kurung lepastu berlari naik sana nak kutip kawan punya pasal.kalau dia kawen tak jemput aku gak mmg aku sumpah dia jadi arnab ! sekian kisah batu putih aku hahahahahaha\n#unitipilihanterbaik #matakeatastangandibahu #nasibujangpoliterboekkk", "Selalu orang pegi hiking pepagi ni malam. Senja pulak. Memang kacau la hantu tu😂Aish macam best hiking ni, aku je tak penah rasa lagi.", "mmg best hiking ni..antara larat dngn tak larat je nanti..hahah..tp bila dh sampai puncak..puas hati gilaaaa..heheheh", "Dh lewat sgt dh kut….pulak tu ajak yg tgah kotor an…mrngundang lagi benda2 ghaib ni…" ]
https://fiksyenshasha.com/wanita-berambut-panjang-berjubah-putih-di-matrikulasi/
Wanita Berambut Panjang Berjubah Putih di Matrikulasi
[ "Aku merupakan bekas pelajar matrikulasi x… tahun tak ingat. Aku merupakan batch ke 3 dan matrikulasi itu agak baru dibuka. Pengalaman aku sepanjang setahun berada si situ agak menyeramkan. Mungkin aku insan terpilih oleh Allah untuk melalui semua itu. Bukan aku seorang sahaja yang terkena gangguan makhluk halus itu. Ramai lagi kawan aku yang terkena. Mungkin aku boleh kongsikan juga pengalaman kawan aku disini.", "Kisah aku di bilik hostel… biasalah budak matrik memang struggle. Pukul 3 pagi pun tak tidur lagi. Buat tutorial. Aku memang suka tidur lambat walaupun bukan minggu study week. Selalunya aku akan tidur pukul 12 tengah malam dan aku akan bangun balik pkul 4 untuk study… Tidak lupa juga untuk bertahajud. Study2 juga… jangan lupakan Allah ye… kes ni berlaku ketika aku period. Biasalah… masa kita tengah ‘tidak suci’ banyak yang menganggu. Jadi aku tidur lambat untuk menyiapkan tutorial yang diberi oleh pensyarahku. Seperti biasa… kalau pukul 12 tengah malam ke atas aku akan pasang ayat2 al quran dalam telefon bimbitku. Memandangkan kawan2 ku yang lain telah lena, aku memasang earfon sahaja.", "Tanpa aku sedari, jam menunjukkan angka 3:45 pagi. Mataku masih aktif dan tanganku masih lagi menulis. Tiba-tiba tali earfone aku tercabut dengan sendiri. Aku pasang balik earfon aku kerana aku fikir aku tertarik. Tetapi kedua2 tangan ku berada di atas meja. Hati ku terdetak… takpe… sabar.. tak ada apa-apa. Kali kedua earfon aku tercabut lagi dari telingaku. Seperti seseoang sedang menariknya. Hatiku berdebar-debar. Semakin aku takut, semakin aku kuatkan volume surah yang aku dengar. Kali ke tiga earfon aku ditarik kuat sehingga terjatuh ke bawah. Allahuakhbar. Aku sedikit menjerit. Aku membaca ayat kursi di dalam hati. Terus aku cabut earfon dan mencampaknya ke lantai. Telefon bimbit kubawa ke katil. Kupasang ayat2 ruqyah dengan kuat. Nasib baik roommate2 aku tidak terjaga. Aku memang terdesak malam tu dan aku juga harus menghormati roomate aku yang indian. Pukul 4:30 baru aku terlena setelah roommate aku yang indian itu bangun dan aku menutup kembali ayat2 ruqyah yang aku pasang dan tidur hingga ke pagi.", "Kali kedua aku kena ialah sewaktu aku bangun untuk berqiam di masjid. Biasalah dekat matrik banyak program2 agama yang dianjurkan oleh geng2 surau. Aku join jugalah sebab dapat mengisi masa lapangku. Aku tersedar pukul 4 pagi. Aku melihat roomateku yang indian sudah bangun dan sedang study. Aku tidak tegur sebab aku takut bukan dia. Ehh? Haha. Aku tak mahu kacau dia study sebenarnya.", "Aku membawa peralatan mandi ke tandas hujung. Sewaktu aku tengah gosok gigi di hadapan singki aku melihat kelibat seorang perempuan berjubah putih berambut panjang lalu dibelakangku. Aku tidak Nampak mukanya. Aku biarkan aje. Mungkin juga dia mahu ke masjid denganku nanti untuk qiam. Hatiku lega. Fuhhh!!! Ada geng! Kata hatiku. Selesai mencuci muka aku bergerak ke tandas. Ehhh??? Pelik jugak. Tadi aku Nampak perempuan tadi masuk tandas pertama tu. Tetapi pintu tandas terbuka. Tadi aku memang dengar bunyi air seperti orang sedang mandi. Haissshh… tak boleh jadi. Aku buat tak endah aje. Terus aku bergerak ke tandas empat iaitu tandas feveret aku. Aku mandi koboi je. Bulu roma aku memang meremang habis. Hari2 seterusnya aku memang tunggu kawan indian aku ke toilet. Pergi sekali ada geng. Hehe.", "Seterusnya… perkara yang paling aku tak boleh lupa, kejadian ini berlaku pada waktu zohor di masjid matrik ku. Selalunya pada waktu zohor pelajar perempuan tidak ramai ke masjid. Mereka lebih selesa solat di bilik. Tetapi lain pulak bagi aku. Aku lagi selesa solat di masjid. Sebabnya aku malas naik ke bilik memandangkan bilikku berada di aras tiga. Sewaktu aku menjejaki tangga masjid, aku agak pelik kerana ramai pula yang datang berjemaah. Aku mengambil air sembahyang di ruang bawah masjid. Kebetulan waktu itu azan sedang berkumandang. Selesai mengambil wuduk aku terdengar seseorang menjerit kuat dari tingkat atas iaitu ruang solat wanita. Semakin kuat azan zohor berkumandang semakin kuat pula orang menjerit. Allahu… waktu itu aku sendiri rasa mahu menangis. Paling menakutkan aku orang yang azan suaranya semakin bergetar kerana setiap kali lafaz azan makhluk itu seperti melawan balik dengan kuatnya. Aku naik ke tingkat atas melihat pelajar itu sedang ditenangkan. Pelajar itu berada di tengah-tengah masjid. Dia pun sudah berhenti menjerit setelah azan berakhir.", "Aku meletakkan beg aku di belakang dan memakai telekung untuk menunaikan solat sunat. Dia memerhatikan aku dengan pandangan tajam seolah-olah marah kerana aku menunaikan solat. Mungkin juga aku berada berdekatan dengannya. Aku buat2 biasa dan meneruskan solatku. Selesai solat sunat, aku bergerak ke hadapan untuk solat zohor berjemaah. Matanya masih tidak putus memandangku. Aku membalas pandangannya sewaktu aku berjalan melintasinya sambil aku membaca ayat kursi. Dia seperti mendengus marah. Aku terus tidak melayan. Kalau dilayan perasaan itu, semakin cepat benda itu masuk dalam badan kita. Bukan nak cakap aku kuat atau lemah. Tetapi banyakkanlah berdoa agar kita dijauhkan dengan benda2 macam ni.", "Sebernarnya banyak lagi aku nak cerita. Cerita yang aku dengar daripada rakan2 ku yang lain. Lain kali ye aku cerita. Maaf andai cerita ini macam biasa2. Tetapi memang berlaku kepada aku. Bersyukurlah jika kamu semua tidak mengalaminya. Terima kasih kerana baca… peace yo!" ]
[ "I salah sorang lepas matric , can i know how old r u ,,, bcs i think i heard this story from my lect ,,, my lect say that my matric one of yg paling baru ,,,,", "kt matrix mne ye?dlu mse sye kt mtrix X ni thn 2009/2010 pernh ade kes histeria seminggu..puncenye kmi terlalu happy melihat bunge api di lngit sedangkn mse tu ade latihn kebakaran dan peg bomba tgh bgi ceramh kt depan di tpk perhimpunan….kmi terlalu seronok dan siap bersorak nmpk bunge api tu tetibe ade denga pelajar perempuan menjerit histeria..mkin lme mkin ramai sebb berjangkit kan bnde tu org ckp klu kite tgok org yg kne histeria ni..lepas seminggu kes histeria tu berlaku setelah bermcm usaha pihk kolej lakukan Alhamdulillah keadaan pulih seperti biase…mengikut cerita rupenye tapk perhimpunan tempt kmi berhimpun tu rupenye tempt dorg..kmi da ganggu sebb tu bnde tu naik angin..", "ni confirm kt KMK kn.. i was there too.. seminggu kawasan KMK sangat suram, langit gelap dan eerie..", "Dan saya rasa ini cerita dari Kolej Matrikulasi Selangor. Its cringe me out haha", "Tak ada ke cerita dari KMJ? hahaha…sapa2 ada cerita sila share..berminat nak tau nih..", "tq 🙂", "lepas baca story ni..bru taw yg matrik bukan saja student melayu", "Penulisan yg bagus 😍", "nice story", "Kwn indian tu x kena usik ke?", "Matriks mana ?", "Seorang perempuan yg berani, puji kerna keberanian mu ace ace wah", "Urban legend tak urban legend, tetap seram. I love your story. Mudah difahami.10/10🌸", "cter ok", "Dlu mmg cmpur erk student lain bangsa…atau dia islam jugak? Tnye ni sbb jarang dgr student islam sebilik dgn student agama lain…", "cekalnya …sa dulu pun tepaksa buat dont know ..padahal seram tapi lepas tu lupa lepas tu seram balik pastu kena buat buat tak ada apa ..student life pitih tak bnyk kena juga duduk asrama." ]