url
stringlengths
29
138
headline
stringlengths
2
114
content
sequence
comment
sequence
https://fiksyenshasha.com/kisah-seram-jalan-sandakan-kota-kinabalu/
KISAH SERAM JALAN SANDAKAN-KOTA KINABALU
[ "Kisah ini bermula ketika saya berumur 23 tahun. Dalam umur yang masih muda saya sudah bekerja d sebuah agensi pekerjaan di sandakan. Jiwa remaja sememangnya banyak perkara yang ingin dilakukan. Saya, nana dan wan merancang untuk ke kota kinabalu awal bulan april. Seperti yang sudah di rancang. Tepat jm6 petang kami bertolak dari sandakan. Disebabkan saya masih kerja pada hari itu, kami terpaksa bertolak sebelah petang. Perjalanan dari sandakan ke kota kinabalu memakan masa 7-8jam terpulang dari kelajuan masing2. Okey pada jam7 malam kami singgah mengisi minyak di check point dan membeli makanan ringan utk mengisi perut dalam perjalanan.", "Semasa kami melalui jalan telupid ranau hati saya merasa tidak sedap. Tapi sebagai pemandu saya kuatkan radio sekali sekala ikut menyanyi. Dalam hati syukur ada bas di belakang. Semasa melalui jlan yang agak gelap (jalan telupid ranau ni memang hutan tiada lampu jalan) bas tersebut sekali sekala memberi isyarat menggunakan high light dalam hati saya bas ni mahu memotong ke apa. Tiba2 wan yang duduk belakang bersuara ” tutup cermin wei” aku menurut saja. Budak nana ni siap tanya ,kenapa?. “Orang suruh tutup, tutup je lah, bodoh” marah wan. Dalam masa yang sama kereta yang sy pandu agak berat. Bas di belakang juga masih memberi isyarat. Dalam hati sy, tolonglah jangan ada benda yang tak diingin berlaku, perjalanan masih jauh ni. Aku pusingkan lagu rohani, syukur kereta yang saya pandu kembali ringan.", "Kami bercadang untuk rehat sebentar di ranau untuk mengisi perut setelah 4jam perjalanan. Sebelum sampai di pekan ranau, roadblok lah pula, polis itu myoal saya dalam bahasa ibunda (dusun) saya pun menjawab dalam bahasa ibunda biarpun sebenarnya sy tidak tahu bercakap dalam bahasa ibunda ??. “sy sarankan baik kamu stay disini saja. Banyak kes sekarang jlan ranau tamparuli.” Kata polis itu. Disebabkan jam sudah hampir jam 10 kami sepakat mencari hotel. Malam itu kami berehat dengan aman.", "Keesokan harinya kami menyambung perjalanan kami ke kota kinabalu. Kami mengambil masa 1jam 45 untuk smpai ke tamparuli. Ini semua salah nana yang banyak perangai nak singgah banyak tempat. Tepat jm2 kami smpai dihotel yang telah kami tempah di kota kinabalu. Bermulalah kisah seram kami.", "Malam itu saya berjumpa dengan mr tunang. Nana dan wan kata nak join sekali. Kami mkan di sebuah restoran di likas. Cerita punya cerita jam sudah menunjakkan pukul 11 malam. Ok kami pulang ke hotel. Disebabkan nak privasi masing2, kmi tinggal berasingan.", "Tidur sy terganggu apabila telepon di bilik sy berbunyi. ” dah kenapa kau ni wan?” Ada benda kacau aku lah. Dah tu meyerupai si nana pulak. Kata wan. Saya sememangnya tahu hotel yang kmi tinggal tu agak keras sedikit tapi sy tidak menyangka kami akan diganggu.", "Tepat jm3 subuh, perut pula buat hal. Dalam keadaan mata yang sangat megantuk. Saya terlihat kelibat seorang perempuan tidur disebelah saya. ” ohh nana rupanya” saya terus ke toilet untk melepaskan hajat. Tengah syok2 melepaskan hajat tiba2, sel-sel otak sy bhubung. Bagaimana si nana tu boleh masuk dalam balik saya? Takkan dia minta kunci pendua kat kuanter. Dah aku jadi seram. Cuci apa yang patut. Aku kluar perlahanan-lahan. Kelibat yang meyerupai si nana tu dah hilang. Ketakutan menguasai diri aku saat itu.", "Aku menyambung balik tidur yang terganggu. Tiba2 saya dapat rasakan tilam saya seperti ada benda yang duduk. Dia datang lagi. Saya dapat merasakan dia berbaring bersama aku. Dalam hati, aku memaki tak habis2. Aku nekad untuk bangun. Bila aku berpusing melihat ke arah benda tu.. Alamak,! muka lain dah. Aku dengan perasan yang marah. Terus cakap dengan benda tu. “Kau balik ke alam kau. Aku datang sni utk berehat”. Sempat pula dia senyum dengan aku. Aku apa lagi sedia nak cabut dari bilik tu. Bila aku capai je tombol pintu telepon bilik bebunyi. Tiba2 Keadaan jadi reda . Ntah dari mana keberanian yang aku dapat aku jawab tlpn tersebut. Rupa nya nana. “Kemana kau dengan wan pergi tadi?” Tak ajak orang. Sekali lagi jantung aku bagai nak tecabut. “Esok je cerita , megantuk ni.” Aku mematikan telepon dan terus tidur.", "Aku terbangun disebabkan ketukan pintu bilik aku. Wan dan nana dah tecegat depan pintu. Mereka masuk dengan muka pucat bgaikan tiada d***h. Kali ni aku tak mau terkena lagi aku cubit lengan mereka serentak. Mereka mengadu kesakitan. Okey ini benaran mereka.", "“Cepatlah mel, bersiap.” Mereka berdua masuk bilik dan terus duduk dekat saya. Tengah syok2 sembang tiba2 pintu toilet macam dibuka. Dia dah mula dah. Dalam hati aku. “Wan, engko duduk diam2 kat sini. Nana engkau temankan aku mndi”. Aku capai tuala dan tarik nana mandi bersama aku. Siap berkemas. Kami terus blah.", "Sambil menikmati mkanan yang dipesan kami, tiba2 nana membuka cerita pasal semalam. ” kamu berdua pergi mana tadi subuh?. Datang bilik aku, ketuk pintu kuat2. Dah dibukakan pintu bukan masuk malah meninggalkan diri aku macam tu je”. Rajuk nana. Aku dengan wan memandang sesama sendri. “Jam berapa?” Tanya ku. Dalam jm3 lebih mcm tu. Kata nana. Wan mula membuka cerita.", "1. Dalam perjalanan kita malam tu, sebenarnya ada benda ikut kita. Saya terperasaan apabila ada rambut berjuntai dekat cermin sebelah kau nana. Kata wan.", "2.Semalam, tengah syok2 tidur diulit mimpi, “dia” datang siap meyerupai muka kau nana. “Wan minta air ehh”. Siap cakap dengan aku. Aku baca apa yang patut terus rasa ada benda jatuh dekat pintu then hilang. Tu sebab aku call tu mel. Sambung wan.", "Aku dan nana terasa seram sejuk mendengar penjelasan wan. “Aku nak cerita ni, kamu dua mau dengar ka? Soal ku. Wan dan nana hanya mengangguk.", "Aku perasn juga ada bnda ikut kita mlam tu. Sebab bas belakang kita asyik high light kita jak. “Yala aku perasn juga” sampuk nana. Diam la, biar aku hbs cerita dulu. Marah ku. Kereta pun berat semacam je. Tu lah pasal aku pasang lagu rohani malam tu. Sambung ku. Semalam, bnda tu pn ada kacau aku. Benda tu pun menyerupai kau na. Bayangkan, benda tu siap boleh tidur sekatil dan senyum2 manja dengan ku. Ahahhaahahah. Sengaja aku ketawa hilangkan keresahan dimuka dua orang sahabat aku ni.", "Jam menunjuk jam11.30 pagi. Kami kembali ke hotel untuk checkout. Setelah siap mengambil barang masing2, kami turun ke lobi. Amoi dikuanter pun tegur kami. “Seorang lagi mana?. Kami bertiga berpandang sesama sendiri. Seorang?, dalam hati aku. “Semalam u orang naik hotel ada 4 orang mah” sambung amoi tersebut dalam loghat cina. Nana dengan spontan menjawab, “kami bertiga sajalah moi”. “Manada oohh 4orang mah. Itu perempuan sebaya serupa mcam kau oohh.” Sambung amoii itu. ” tak apalah kami gerak dulu” kata ku untuk mengelakkan si nana takut.", "Sebulan selepas kejadian itu. Saya mendapat panggilan telepon yang membawa khabar buruk. Nana telah meninggal dunia ketika bersendirian dirumah. Sampai sekarang kami semua tidak dapat mengenalpasti apa punca kematian nana. Adakah ini semua ada kaitan dengan apa yang berlaku di hotel tempoh hari? Saya sendiri tidak dapat menjawabnya." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/kisah-seram-rumah-sewa-warna-biru-di-sungai-petani/
Kisah Seram Rumah Sewa Warna Biru di Sungai Petani
[ "Assalamualaikkum para pembaca. Kisah ni berdasarkan kisah benar yang aku alami pada tahun 2004 lokasi di sebuah taman di Sungai Petani, Kedah.", "Sementara menunggu rumah mama dan abah aku siap sepenuhnya untuk renovation, kami terpaksa mencari rumah sewa untuk kami dudukis selama 6 bulan. Aku meronda bersama teman rapat aku, Sue untuk mencari rumah sewa sekitar taman. “Wei rumah biru tu cantik la, kosong. Ha ada tulis untuk disewa!”. Dari luar, rumah biru tu kelihatan cantik, dengan balkoni yang luas dan berbumbung, membuatkan aku tetarik untuk memaklumkan kepada mama dan abah aku perihal rumah biru ni. Mereka pon bersetuju.", "Seminggu kemudian, kami sekeluarga pindah ke rumah biru yang cantik ni. Warna cat yang hampir pudar beserta lumut-lumut kecil yang ada di dinding membangkitkan suasana misteri pada rumah ini. Jiran aku, makcik Ani, kelihatan seronok sangat bila dapat tahu dia bakal dapat jiran baru. Tapi, alis mukanya kelihatan seperti ada tanda tanya. “Ah, mungkin makcik nak sembang dengan kami kot, dari mana kami datang, siapa nama kami”. Gusar aku.", "Abah punya peel, dia suka baring sambil bukak tv di ruang tamu. Boleh dikatakan rutin harian. Kadang-kadang tv yang tengok dia. Aku yang khusyuk study untuk PMR yang bakal berlangsung, memang dilarang keras untuk tengok tv dan lebihkan masa di dalam bilik. Minggu pertama kami semua keletihan, dengan bulan puasanya. Masing-masing tidur awal. Minggu kedua, semua barang dah disusun rapi oleh mama. Keadaan di rumah dah kembali tenang bila nampak kemas dan bersih.", "Aku jenis kalau study, memang aku akan kunci pintu bilik. Maklumlah, adik-adik masih kecik dan dorang akan datang untuk mengacau aku. Study punya study, sampai tak sedar yang jam dah menunjukkan pukul 12. Meja study aku ada cermin, jadi aku boleh nampak keseluruhan bilik termasuk dari arah pintu. Tiba-tiba, abah dengan muka serius betul-betul berdiri terpacak belakang aku. Mata yang tadinya lali, trus terjegil la, berlakon macam semangat gila study. Lepas tu aku toleh balik, “eh abah dah takda, bila dia keluar?”", "Aku pon buka kunci bilik dan keluar sebab rasa nak terkencing. Bilik aku depan sekali. Dekat ja dengan ruang tamu. Aku nampak abah dok tengok tv tapi siaran kosong sebab dah lebih kol 12. Mata dia straight tengok ke tv. Aku pon kejut la abah. Dia buat keras badan ja, mata terjegil.", "Disebabkan aku nak terkencing yang amat sangat, aku endahkan abah dan terus ke bilik air. “La mama, nak p tandas jugak ka, bagi kakak dulu la, xtahan sangat ni. Mama gerak la abah masuk tidoq. Ni dok tengok tv sorang-sorang kat depan”. Mama tengok aku atas bawah. “Hang dah pasai apa, abah hang dok berdengkur dah dalam bilik tu, tidoq awai semalam sebab abah tak sihat”. Air kencing aku seolah-olah masuk balik dalam perut.", "Kosong dah aku rasa pundi kencing aku. Aku gagahkan diri pergi ke ruang tamu. Kosong. Tv off. Tapi aku dapat rasa skrin tv tu masih panas, macam baru ditutup. “Ya Allah sapa la ada dalam bilik tadi, aku kunci pintu kan, abah tidoq awai.. Sapa pulak belakang aku tadi?” Terus aku tidur memekup bantal busuk yang berusia 15 tahun itu.", "Rutin mama pagi-pagi, dia akan kupas bawang banyak-banyak di ruang tengah rumah. Kami berniaga makanan. Waktu pagi sampai tengah hari, memang sibuk di dapur. Bila aku cuti, aku akan tolong mama.", "Sebakul dah aku kupas bawang, tetiba adik lelaki aku, Mohd, berlari sambil melangkah bakul bawang aku. “Hei tak nampak kakak buat apa ka, main langkah saja ni?!” Aku membebel la sebab Mohd ni memang nakal sikit. Mama pulak terkebil-kebil mata. “Hang pasai pa kakak, Mohd kan takdak, p sekolah ada sukan. Bila yang dia ada?” Soalan mama membuatkan aku meremang siang hari. Aku dapat rasa angin hasil dari larian adik aku tu. Mana mungkin aku tersilap. Tapi aku sangkal jelah, sebab fikirkan siang.", "Kami balik ke kampung di Pahang selama seminggu kerana ada kecemasan di sana. Pulangnya kami ke rumah, makcik Ani menyapa mama. “Balik dari mana?” Mama pon cerita la yang kami ada hal di Pahang dan seminggu tiada di rumah. Makcik Ani yang tengah pegang lauk untuk diberi kepada kami, terus terhempas ke tanah. Terkejut bukan kepalang la dia.", "“Tie, Ani tak rasa yang Tie takdak seminggu kat rumah. Ada ja orang. Ani baru nak tanya awat kurung Mohd kat luar rumah sebab Ani tanya kat dia. Dia tak jawab. Ani panggil Tie, Tie tak keluar. Ani dengaq ja bunyi mandi, orang masak dan makan dalam rumah. Malam bukak ja lampu, cuma Mohd duduk kat luar. Ani cuma nampak Det ja keluar masuk dalam rumah, kadang-kadang lalu di tepi rumah tengok ayam belaan Tie. Tapi tak ada cakap apa, terus masuk rumah.”", "Mama aku meremang terus la bila dengar cerita makcik Ani. Mana tak nya, bila aku cerita, dia seolah-olah sukar nak percaya, sebab takut aku risau kot.", "Benda tu memang menyerupai abah dan Mohd. Dia tak menyerupai orang lain. 6 bulan kami kat situ, macam-macam kami buat. Baca Yassin, buat doa selamat. Alhamdulillah keadaan semakin reda dan makhluk halus tu dah keluar dari rumah biru tu.", "Waktu kami nak pindah, baru makcik Ani cerita segala-galanya. Sebelum kami duduk, rumah biru ni dah kosong selama 8 tahun. Semua yang sewa sini, tak pernah lebih dari sebulan. Semua cabut. Makcik Ani memang tunggu orang datang duduk di rumah tu sebab dia pon tak tahan kena gangguan dari rumah biru tu.", "Menyanyi, mandi, bunyi kemas rumah, bertengkar, berlari. Makcik Ani berharap agar dapat jumpa jiran yang dapat tinggal lama di rumah tu. Alhamdulillah lepas habis kami sewa di situ, tuan rumah yang merupakan askar di Terengganu, kembali tinggal di rumahnya. Alhamdulillah juga sebab makhluk tu tak menyerupai muka yang menakutkan. Yang paling aku tak sangka, siang hari pun makhluk tu tetap boleh mengacau manusia. Syukur semuanya tamat." ]
[ "Ulang siar cerita lama ka? Dah penah siar ni." ]
https://fiksyenshasha.com/kejadian-diganggu-semasa-berpantang/
Kejadian Diganggu Semasa Berpantang
[ "assalamualaikum ", "Usia aku sekarang menjangkau 30an. Kisah ini adalah kisah benar yang telah terungkap satu persatu kebenarannya.", "kisah ini bermula pada jam 10pm setelah aku, anak berusia 50hari dan suami aku bersiap sedia nak tidur. telah menjadi kebiasaan buat aku dan suami berborak sebelum tidur. namun pada hari kejadian, hati aku panas dan terasa seram sejuk.", "Tanpa aku sedar aku telah berkasar dengan suami aku, dan mengalirlah air mata wanita yang telah lama aku simpan. Suami aku terus keluar dari bilik meninggalkan aku dan anak. Tak sampai 5minit suami aku keluar bilik, aku terdengar bunyi almari baju yg berada di hadapan mata aku terbuka sedangkan hanya aku dan anak sahaja di dalam bilik.", "Dalam kegelapan malam aku cuba mengintai almari yg terbuka sedikit. Pelik kerana tiada benda yg mencurigakan. Aku mula mengambil posisi yang selesa di sebelah anakku. Sebelum memejamkan mata, aku mencium dahi anak aku dan tenung mukanya sebelum tertidur.", "Tiba-tiba ‘kreeeeekk’ bunyi daun pintu alamari terbuka lebih luas dan besar perasaan seram dan takut mula menghantui diri. Aku cuba membaca ayat qursi namun bacaan aku tunggang terbalik menjadikan dada aku berdengup kencang. Aku merenung tajam ke arah almari sehingga aku tidak sedar bila suami aku masuk semula ke bilik.‘Dah jom tidur’…. ajak suami aku sambil memegang bahu aku.‘Ya Allah’…. terkejutnya aku bukan kepalang. Lantas aku baring semula dan menghadap muka anak aku. Sekali lagi aku terkejut sehingga membuatkan jantung aku bagai nak terhenti di saat aku menoleh ke wajah anak aku bukan la manusia, tetapi seketul batu nisan.", "Aku terkaku memandang almari dan terlihat susuk tubuh hitam mencangkung pandang tepat ke arah aku. AKu cuba untuk memberitahu suami aku yang berada di sebelah aku bukanlah anak aku namun hanya seketul batu.", "Malangnya suami aku hanya memandang aku dan suruh aku tidur. Aku sudah tak dapat mengawal diri aku dengan jantung aku berdegup laju seperti orang baru lepas berlari 1000 batu, terus aku menjerit keluar bilik menuju ke bilik orang tua aku sambil meminta tolong.", "‘TAkutttt… makkk takut, arghhh’….Aku seakan tidak mengenal diri aku dan menjerit tanpa henti. Mak bapak aku pula terkejut lalu jirus kepala aku menggunakan air bacaan yassin. Tiba-tiba aku macam orang hilang ingatan terus diam dan memandang mak aku dengan sisa tangisan yang tersedu-sedu.", "Bapak aku mengarahkan agar aku ambil air sembahyang dan tunaikan solat. Aku hanya menurut perintah mengambil wuduk dan cuba untuk solat. Sedang aku menunaikan solat, aku tidak sedar bacaan apa yg aku baca yg pasti bukan lah bacaan dalam solat yang kebisaa aku lakukan. Umpama ada yg berbisik kepada aku baca mentera.", "Selesai beri salam, aku menjenguk keluar bilik aku, aku terlihat arwah atuk aku yg telah lama meninggal dunia datang melambai-lambai ke arahku. Aku menjerit memanggil bapak aku, bahawa arwah atuk datang memanggil. Ingatan aku seolah-olah keliru dan separuh diri aku, aku rasakan aku berada di alam nyata, separuh lagi berada di alam yang aku sendiri pun tak pasti. Tak pasal2 aku jadi macam kerasukan umpama diri aku di kawal oleh benda lain. Mata aku kenal dengan orang orang di hadapan aku, tapi mulut aku tidak boleh bersuara memanggil mereka. Mulut aku kumat kamit membaca mentera yang datang secara tiba-tiba.", "Di hadapan aku, aku melihat keluarga dan jiran membaca sesuatu. Mulut mereka kumat kamit, tapi suara mereka aku tak dengar. SEtelah bertarung 3jam, akhirnya aku mengenali diri aku. Namun otak aku macam nak gila kerana terlampau banyak kelibat aku boleh nampak. Hijab aku da terbuka. Ye hijab aku da terbuka.", "Jam da menunjukkan pukul 3 pagi. Mak bapak aku mengarahkan aku sekeluarga tidur bersama mereka untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini. Mak aku tidurkan anak aku di sebelah aku, tapi hati aku taknak anak aku. Bukan tu aje, anak aku tak nak menyusu dengan aku. SAmpaikan aku mengalami bengkak susu. Ke esokkan harinya aku bangun setelah di kejut kan oleh anak aku.", "Aku cuba bagi air susu aku, tapi anak aku tak nak. Bayangkan bayi berusia 50 hari taknak menyusu badan/botol. Lepas nangis die akan tidur. Bangun nangis dan tidur, langsung taknak menyusu. Pada masa yg sama sifat keibuan aku juga hilang. Sampai aku cakap kat mak aku, ni bukan anak aku. SEbabnya anak aku tak bau busuk macam longkang dan paling penting anak aku kuat nyusu, api budak ni taknak susu.", "Bab yang anak aku bau longkang tu, padahal mak aku dah mandikan siap sabun. Tapi tetap bau longkang. Mak aku sendiri mengaku pelik, kenapa anak aku bau busuk.", "Menjelang senja, suami aku membawa pengamal perubatan untuk ubatkan aku tanpa memberitahu aku. Namun entah kuasa apa yang aku dapat, tibe2 aku menjerit bagitahu kat mak aku suruh orang tu balik.", "Aku terus lari masuk bilik. Aku menangis. TApi aku tak tahu apa yg aku tangiskan sampai aku tertidur kerana keletihan. Suami aku kejut aku suruh bangun, katanya ade orang nak jumpa. Orang tu masuk bilik aku bagi salam.", "Aku jawab salam dia tapi tunggang terbalik. OTak aku jadi macam malam semalam, seolah-olah ade yang mengatur perbuatan dan percakapan aku. Aku tak tahu ape yg orang tu bace dan sembur-sembur kat bilik aku, tapi yang pasti aku hanya merenung die dengan pandangan tajam. Dan yang paling aku tak lupa, orang tu bagi aku air untuk di minum. Aku ambil gelas air, bile aku nak minum muncul ulat dan air bertukar hitam. Terus aku baling kat orang tu. Mereka yg ada di rumah aku kata, air tu hanya air masak biasa. Tapi kenapa aku boleh nampak air lain? ah biarlah.", "Setelah azan magrib, aku di suruh bersiap untuk berjumpa ustaz. Tangan dan kaki aku di ikat, aku di tarik keluar dari rumah kerana menurut mereka, aku meronta-ronta tak mahu ke rumah ustaz. Sebelum bergerak, aku lihat bapak aku renjis air dekat kereta, untuk ape aku tak pasti. Tapi yang aku pasti, bapak aku dukung lembaga hitam.", "Dalam perjalanan aku terlihat sebuah kedai, di bahagian dapur, di atas periuk ade lembaga sedang mencangkung. haha, da macam cerita dongeng. Tapi itulah realitinya. Sampai dirumah ustaz, aku menjadi balik.", "Aku tak nak keluar kereta. Aku rase seram sejuk. Aku rasa nak menjerit. AKu takut. Mereka paksa aku keluar rentap tangan aku. BIla jejak je kaki aku kat rumah ustaz tu, aku dapat rasa kan macam kaki aku tercucuk paku. Sakitnya masyaAllah. Yang peliknya bila aku tengok tapak kaki aku, paku pon takde, d***h pon takde.", "Sampai di depan pintu rumah ustaz, aku taknak masuk aku dapat rasakan kaki aku di pegang oleh sesuatu yang membuatkan aku tidak boleh bergerak. Hanya badan sahaja maju ke depan. UStaz pandang ke arah kaki aku dan baca sesuatu sambil jari telunjunya tuju ke arah aku. Tibe-tiba kaki aku yang tadinya berat terus ringan. Aku di beri minum air limau nipis dan ustaz mengarahkan aku supaya hafal surah fatihah 21x dan Laa illa ha ilallah 21x agar kuatkan semangat aku.", "Setelah proses berubat dengan dan ayat yang dia suruh amalkan aku buat, aku rase kepala aku ringan, dan saat itu aku teringat anak aku. Malam tu aku tak dapat tidur. KEpala aku rungsing memikirkan anak aku tak mahu menyusu.", "PUas aku suapkan. Tetap taknak. Jauh di lubuk hati aku mengata ini bukan anak aku. Kesudahannye aku mintak suami aku bawa aku ke rumah ustaz td untuk bertanyakan perihal anak aku. Sampai di rumah ustaz, aku ceritakan anak aku dah tak menyusu 2 hari. Di beri nestum dan susu botol pun tak nak.", "bibir anak aku kebiruan. SUhu badannya sejuk. Namun aku tak cakap kat ustad tu yang aku syak tu bukan anak aku. Ustaz tu seolah2 dapat tahu yg tu bukan anak aku, die bace surah ape tah aku da lupa, pastu die seru nama anak aku 3x dan semburpada air untuk d beri anak aku minum. Anak aku pula sepanjang ustaz bacakan bacaan tu, mata anak aku merah dan merenung tajam ustaz tu. Benda ni memang tak masuk akal. Bayi 50 hari berkelakuan cam tu.", "Sampai sahaja di rumah anak aku berbau bayi, wangi beby tu. hah pastu die merengek, aku suapkan susu badan aku terus die tangkap dan menyusu cam da lapar sangat. Kejadian ini sangat pelik dan bile aku datang balik kat ustaz tu, aku tanya kan kenapa jadi padaku dan anak aku. Menurut ustaz, ada sesuatu yg mahu mengikuti aku lebih kepada saka. Dan yang paling tak boleh di terima akal, anak aku di sorok di dalam almari. Selama 2 hari aku histeria, bayi yg aku pegang roh nya bukan anak aku tapi lain.", "Ini pengalaman aku. Terpulang nak percaya atau tak. Namun aku yakin setiap kejadian Allah da susun dan atur. Biarlah ianya menjadi kenangan paling seram buat aku. " ]
[]
https://fiksyenshasha.com/hiking-bukit-batu-putih-tg-tuan-port-dickson/
Hiking Bukit Batu Putih, Tg Tuan, Port Dickson
[ "Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  kisah ni terjadi pada awal tahun ni(2016) tapi tak ingat bulan berapa huhu. Panjang sikit ye ceritanya.", "Masa tu saya tgh lepak dgn sepupu2 saya kat kedai makan. Borak punya borak, tetiba terkeluar idea nk panjat bukit batu putih tu. Eh tetiba semua bersetuju pulak ? okay, so disebabkan ni semua first time kitorang naik, saya pun call abg angkat saya, suruh dia guide la kitorang kat situ. Dia ckp “okay boleh je”", "Time tu semua excited, balik rumah tukar baju tukar kasut apa semua. Janji nk pergi pukul 5, tapi biasalah, janji melayu kan, 5:45 baru gerak.", "Nk panjat batu putih tu ada dua jalan, satu jalan trekking ber-tar. Satu lagi jalan trekking dlm hutan pastu jumpa pantai pastu kena panjat batu2 ni. Disebabkan first time, kitorang follow jelah abg angkat saya. Dia ikut jalan kedua tu.", "Mula2 semua rileks je, gelak2, borak2, selfie. Sampai je kat kawasan pantai, saya rasa penat sangat. Jalan pun slow je, sepupu tanya la “okay ke?” Saya jawab la “okay je kot huhu”.", "Oh lupa time tu kitorang pergi 6 org. 2 lelaki 4 perempuan. Pastu sampai la kat tempat memanjat batu ni. Time tu saya peninggggg sgt. Tak boleh jalan dh. So sy berhenti la, kang jalan kalau jatuh, naya je. Pastu sepupu pusing dia tanya “weh asal muka pucat doh?” Time tu saya diam je, orang dh sakit sibuk je nk tanya2.", "Dengan segala kudrat yg ada, saya pun panjat la batu tu, nak patah balik jauh. Nak taknak kena panjat gak la. Jadi panjat la saya dgn slow motion nye (lagi slow dari sloth). Pastu ada la sepupu sy ni, jenis lemah semangat, dia sambil panjat batu tu sambil nangis. Tapi kitorang buat tak thu jelah sbb semua nk cepat sampai kan.", "Dah lewat. Sampai atas, minum air, ambik gambar, pastu tgk jam dh pukul 6:50. Kelam kabut la semua nk turun sbb dh lewat, dh la jalan balik tu hutan je keliling.", "Okay dh turun, dh jalan sikit, tetiba kaki saya cramp. Dlm hati dh mencarut dh, org nk balik ni la dia nk cramp. Time tu saya mmg kena perli habis la. Dorg ckp “ko panjat broga siap senyum2, panjat gunung tahan siap main fon, tp batu putih ko tak larat”. Haha menyirap habis la time tu. Tp saya usahakan jugak jalan sbb kang kalau maghrib dlm ni kang, habis la.", "Masa tu saya pegang tgn sepupu saya sbb takut jatuh, lagi 4 org dh kedepan sikit. Disebabkan sy takut, sy jerit kat abg angkat sy “bang, lek jap. Org sakit ni” so dia pun slow kan kayuhan kaki dia.Lepas tu ada lah lalu sebelah pokok besar ni, tepi tu pulak semua gaung2, kalo jatuh mmg tak jumpa dh la.", "Masa lalu situ, tetiba bau wangi sangat. Mula2 buat tak thu je, tp makin kuat bau dia. Pastu saya dgr sepupu sy tu dok baca ayat seribu dinar. Saya pun terus baca ayat kursi. Bau wangi tu mmg deret2 la sampai sy turun bwh. Pastu tetiba abg sy tu terduduk, dia ckp dia pening. Pastu kitorang tlg bangunkan dia, pastu turun naik kereta, balik.", "Sampai je rumah, memasing bukak cerita ? saya ingat saya je kena kacau. Rupanya semua kena.", " 1.Sepupu yg saya pegang tgn tu, dia rasa berat sgt kat badan dia, mcm ada org duduk. Pastu dia dgr nama dia kena panggil. Tu yg dia dok baca ayat seribu dinar tu.", "Abg angkat sy ckp, masa dia terduduk tu, ada benda langgar dia. Kuat. Tu yg dia pening2 tu.", "2.Sepupu sy yg lagi 3 org tu (1 lelaki 2 perempuan) dorg dh jalan dulu sbb dorg dua tgh “cuti” nk cepat turun, yg lelaki tu menonong je jalan. Tetiba sepupu yg perempuan, nampak ad dua sepupu lelaki sy tu di dua jalan yg berbeza. Baju yg sama, kasut yg sama. Time tu dia jerit panggil spupu lelaki tu, tp tak menyahut. Sekali lagi jerit, baru menyahut. Bayangkan la kalau dorg salah ikut td huhuhu", "3.Masa dh nk jalan ke kereta, tetiba pokok bergoyang, pastu kitorang nampak ad perempuan, kat tepi pokok tu, siap mengilai lagi. Huhuhu seram weh.", "4.So, itu lah ceritanya nya. Jadi korg, tlg la, jgn gegatai nk panjat bukit ke gunung ke senja2. Kang kena usik habeh demam panas.Mungkin masa saya tak larat tu petanda supaya saya tak teruskan lagi, tp haa la, kita ni bebai tak paham maksud hahahaAda polis ckp, situ mmg keras, kwsn bukit pastu dekat dgn pantai, mmg byk kes b***h diri la kat situ. Huhu ok sekian tq sbb habiskan masa yg byk utk baca. Kbye." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/wanita-berjubah-putih-di-matrikulasi/
Wanita Berjubah Putih di Matrikulasi
[ "Aku merupakan bekas pelajar matrikulasi x… tahun tak ingat. Aku merupakan batch ke 3 dan matrikulasi itu agak baru dibuka. Pengalaman aku sepanjang setahun berada si situ agak menyeramkan. Mungkin aku insan terpilih oleh Allah untuk melalui semua itu. Bukan aku seorang sahaja yang terkena gangguan makhluk halus itu. Ramai lagi kawan aku yang terkena. Mungkin aku boleh kongsikan juga pengalaman kawan aku disini.", "Kisah aku di bilik hostel… biasalah budak matrik memang struggle. Pukul 3 pagi pun tak tidur lagi. Buat tutorial. Aku memang suka tidur lambat walaupun bukan minggu study week. Selalunya aku akan tidur pukul 12 tengah malam dan aku akan bangun balik pkul 4 untuk study… Tidak lupa juga untuk bertahajud. Study2 juga… jangan lupakan Allah ye… kes ni berlaku ketika aku period. Biasalah… masa kita tengah ‘tidak suci’ banyak yang menganggu. Jadi aku tidur lambat untuk menyiapkan tutorial yang diberi oleh pensyarahku. Seperti biasa… kalau pukul 12 tengah malam ke atas aku akan pasang ayat2 al quran dalam telefon bimbitku. Memandangkan kawan2 ku yang lain telah lena, aku memasang earfon sahaja.", "Tanpa aku sedari, jam menunjukkan angka 3:45 pagi. Mataku masih aktif dan tanganku masih lagi menulis. Tiba-tiba tali earfone aku tercabut dengan sendiri. Aku pasang balik earfon aku kerana aku fikir aku tertarik. Tetapi kedua2 tangan ku berada di atas meja. Hati ku terdetak… takpe… sabar.. tak ada apa-apa. Kali kedua earfon aku tercabut lagi dari telingaku. Seperti seseoang sedang menariknya. Hatiku berdebar-debar. Semakin aku takut, semakin aku kuatkan volume surah yang aku dengar. Kali ke tiga earfon aku ditarik kuat sehingga terjatuh ke bawah. Allahuakhbar. Aku sedikit menjerit. Aku membaca ayat kursi di dalam hati. Terus aku cabut earfon dan mencampaknya ke lantai. Telefon bimbit kubawa ke katil. Kupasang ayat2 ruqyah dengan kuat. Nasib baik roommate2 aku tidak terjaga. Aku memang terdesak malam tu dan aku juga harus menghormati roomate aku yang indian. Pukul 4:30 baru aku terlena setelah roommate aku yang indian itu bangun dan aku menutup kembali ayat2 ruqyah yang aku pasang dan tidur hingga ke pagi.", "Kali kedua aku kena ialah sewaktu aku bangun untuk berqiam di masjid. Biasalah dekat matrik banyak program2 agama yang dianjurkan oleh geng2 surau. Aku join jugalah sebab dapat mengisi masa lapangku. Aku tersedar pukul 4 pagi. Aku melihat roomateku yang indian sudah bangun dan sedang study. Aku tidak tegur sebab aku takut bukan dia. Ehh? Haha. Aku tak mahu kacau dia study sebenarnya.", "Aku membawa peralatan mandi ke tandas hujung. Sewaktu aku tengah gosok gigi di hadapan singki aku melihat kelibat seorang perempuan berjubah putih berambut panjang lalu dibelakangku. Aku tidak Nampak mukanya. Aku biarkan aje. Mungkin juga dia mahu ke masjid denganku nanti untuk qiam. Hatiku lega. Fuhhh!!! Ada geng! Kata hatiku. Selesai mencuci muka aku bergerak ke tandas. Ehhh??? Pelik jugak. Tadi aku Nampak perempuan tadi masuk tandas pertama tu. Tetapi pintu tandas terbuka. Tadi aku memang dengar bunyi air seperti orang sedang mandi. Haissshh… tak boleh jadi. Aku buat tak endah aje. Terus aku bergerak ke tandas empat iaitu tandas feveret aku. Aku mandi koboi je. Bulu roma aku memang meremang habis. Hari2 seterusnya aku memang tunggu kawan indian aku ke toilet. Pergi sekali ada geng. Hehe.", "Seterusnya… perkara yang paling aku tak boleh lupa, kejadian ini berlaku pada waktu zohor di masjid matrik ku. Selalunya pada waktu zohor pelajar perempuan tidak ramai ke masjid. Mereka lebih selesa solat di bilik. Tetapi lain pulak bagi aku. Aku lagi selesa solat di masjid. Sebabnya aku malas naik ke bilik memandangkan bilikku berada di aras tiga. Sewaktu aku menjejaki tangga masjid, aku agak pelik kerana ramai pula yang datang berjemaah. Aku mengambil air sembahyang di ruang bawah masjid. Kebetulan waktu itu azan sedang berkumandang. Selesai mengambil wuduk aku terdengar seseorang menjerit kuat dari tingkat atas iaitu ruang solat wanita. Semakin kuat azan zohor berkumandang semakin kuat pula orang menjerit. Allahu… waktu itu aku sendiri rasa mahu menangis. Paling menakutkan aku orang yang azan suaranya semakin bergetar kerana setiap kali lafaz azan makhluk itu seperti melawan balik dengan kuatnya. Aku naik ke tingkat atas melihat pelajar itu sedang ditenangkan. Pelajar itu berada di tengah-tengah masjid. Dia pun sudah berhenti menjerit setelah azan berakhir.", "Aku meletakkan beg aku di belakang dan memakai telekung untuk menunaikan solat sunat. Dia memerhatikan aku dengan pandangan tajam seolah-olah marah kerana aku menunaikan solat. Mungkin juga aku berada berdekatan dengannya. Aku buat2 biasa dan meneruskan solatku. Selesai solat sunat, aku bergerak ke hadapan untuk solat zohor berjemaah. Matanya masih tidak putus memandangku. Aku membalas pandangannya sewaktu aku berjalan melintasinya sambil aku membaca ayat kursi. Dia seperti mendengus marah. Aku terus tidak melayan. Kalau dilayan perasaan itu, semakin cepat benda itu masuk dalam badan kita. Bukan nak cakap aku kuat atau lemah. Tetapi banyakkanlah berdoa agar kita dijauhkan dengan benda2 macam ni.", "Sebernarnya banyak lagi aku nak cerita. Cerita yang aku dengar daripada rakan2 ku yang lain. Lain kali ye aku cerita. Maaf andai cerita ini macam biasa2. Tetapi memang berlaku kepada aku. Bersyukurlah jika kamu semua tidak mengalaminya. Terima kasih kerana baca… peace yo!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/pasung/
PASUNG
[ "Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada admin FS yang sudi berkongsi cerita-cerita yang menarik sebagai sajian pembaca yang budiman. Mohon ampun dan maaf sekiranya cerita yang dikongsikan tidak dapat memenuhi jangkaan pembaca, sekian terima kasih. Without flower-flower:", "Sudah lama berlalu, berbelas tahun, bagiku perkara yang tidak menyenangkan memang aku tidak ambil pusing. Namun, terkenangkan “bauan” sebentar tadi membuatkan fikiran aku berusaha mengingati. Bauan ni umpama bau musibah. Terpulang.\nMalam itu dihujung paya bakau hanya disuluhi cahaya rambang rembulan. Sesekali terdengar sahutan burung Pucung yang tidak senang dengan kehadiran kami.", "Manakala, aku bersama Mat Komando terbongkok-bongkok dibawah beranda. Berhati-hati agar kepala tidak bergesel bucu papan. Bauan kemenyan dupa dan haruman bunga melur berselang-seli. “Huhuhu..hehehe..huhuhu” suara tangisan dan ketawa kedengaran dari atas rumah. “Shhhh”, aku melihat Mat Komando mengarahkan isyarat supaya aku mendiamkan diri. Manakan boleh mendiamkan diri, aku sudah tak tertahan dengan gigitan nyamuk di paya bakau ni, lain bisanya dengan nyamuk di kampung. “Mari kita balik Amin, aku dah dapat,” Mat Komando menunjukkan uncang ditangannya.\n…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….\n“Hendak gugur, gugurlah nangka, jangan ditimpa ranting pauh, hendak tidur, tidurlah mata, jangan dikenang orang jauh,” Mat Komando mengusik aku di kaki tangga. “Eh, abg Mat, naiklah dulu, ayah ada kat tengah rumah,” aku mempelawa Mat Komando yang sedang tersengeh. “Baiklah,”.\n“Ayah Chik, kepada Allah SWT yang Maha Besar kita berserah, tiada daya dan upaya selain izinNya Ayah Chik,” Pak Long meletakkan jari telunjuknya tepat di tengah dada Tok Chik yang sedang bersimpuh. “Urghhhhh…urghhhhhh…arghhhhhh!!..arghhhh!!! Mat Nohhh!!!,” pecah gelap malam dengan pekikan Tok Chik. Cukup 100 kali bacaan kalimat “Bismillahirromanirrohim” jari telunjuk Pak Long perlahan-lahan ke pusar pusat Tok Chik. Tidak bertangguh Tok Chik tumbang dilantai berlapik tikar mengkuang. Keras kaku, langsung tidak bergerak.", "“Ampuh amalan orang tua ni, bukan kecil anak permainan yang dihantar, tapi masih mampu bertahan,” ujar Mat Komando sambil menggelengkan kepala. Aku hanya mengangguk walaupun tidak jelas apa yang terjadi. Di tepi dinding, sebesen penuh selut yang meloyakan, bauanya cukup busuk lagi hanyir memenuhi ruang tamu.\nTok Chik@ Wan Kechik ialah pangkat datuk saudara bagi aku, yang menetap di Sabak dan berumur lingkungan 80an. Walaupun aku kurang mengenalinya, tetapi hubungannya dengan ayah dan Pak Long cukup akrab.\n“Ilmu orang laut, ilmu seberang, bukan main-main lagi ni Mat Den,” Pak Long merenung tajam ke arah ayah. “Esok jemaah Subuh kita jumpa bilal, kita ikhtiar secepat mungkin, langkah kita sumbang malam ini, sudah dihidu,” sambil Pak Long mengusap wajah Tok Chik dengan air sejuk. Tok Chik tersedar lantas terbatuk-batuk, berombak dadanya menahan perit.", "“Sabarlah, Ayah Chik, istighfar, kita sudah di penghujung, InsyaAllah semua baik-baik kembali,” Tok Chik tersenyum memandang Pak Long. Ayah menepuk bahuku agar aku menyediakan tilam buat Ayah Chik berehat. Malam itu aku tidur dengan aman, tidak lagi kedengaran batuk dari Tok Chik. Alhamdulillah, syukur Tok Chik sudah beransur pulih.", "Keesokkan usai Subuh berjemaah, ayah, Pak Long dan bilal Din berbincang hal Tok Chik. Daripada butir-butir percakapan mereka, Pak Long menjemput bilal dan anak-anak muridnya (Tahfiz) ke rumah selepas Isyak. Bilal bersetuju membantu. Bilal Din, sememangnya anak buah atok maka tidak keberatan baginya membantu. Menurut cerita Mat Komando, bilal Din dahulunya belajar di pondok Bedong bersama Pak Long, kemudian meneruskan pengajian ke Jordan, manakala Pak Long dan ayah ke Pattani. “Aku hendak ke baruh, hang siap-siapkan di darat, kita tunggu Bilal Din semua sampai. Mat, minta hang gantungkan siap-siap daun pauh, jangan ada yang mengganggu malam ini,” lalu Pak Long mencapai golok dicelah dinding bergerak ke hulu kampung.", "“Tidak pernah aku melihat Mat Noh cemas macam ini, selalunya dia akan mengajak aku,” Mat Komando melurut misainya yang lentik. Memang sesuai watak antagonis. “Marilah abang Mat, kita kudapan dahulu dengan ayah, mak dah buatkan lempeng nyiur sambal ikan bilis,” aku menarik lengan Mat Komando yang berbulu. Pantang dijemput.\nBerkumandang azan Isyak mendayu-dayu ke pelusuk kampung, memanggil umat Islam menyahut seruan bersembahyang, memuji memuja Allah SWT.", "“Assalamualaikum tuan rumah,” Bilal Din tersengeh sambal menghulurkan salam. “Waalaikumsalam, bilal, jemput masuk semua, jemput, Alhamdulillah semua ada ya bilal,” lalu Pak Long menyambut salam dimuka pintu.\nAku perhatikan, ramai dikalangan para tahfiz ini yang aku amat kenali. Antaranya Wan Siong (gigi siong) yang dahulunya cukup nakal, cukup berkaliber, dan cukup disegani didalam permainan roundas dan galah panjang. Alhamdulillah dah jadi orang kuat Bilal Din.\n“Noh… walaupun rumah hang ni tak sampai pun sepelaung dari surau, aku rasa macam berbatu-batu nak sampai, hang siap-siaplah,” sambal bilal Din menghirup nafas panjang.\n“ Ha Mim, ‘Ain Sin Qaf…..”,” Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu,” Ayat 12, surat Asy-Syura.", "“Arghhhh…arghhhh…lepaskan aku!!!huhhh!!..huhhh!!..lepaskanlah aku hoi anak-anak Daeng!!,” Tok Chik meraung, mengamuk di atas rumah. Bergegar papan dinding rumah dek tempikkan Tok Chik yang gemuruh. Kecut leher aku dibuatnya. Namun begitu, aku tetap kagum dengan para tahfiz, sedikit pun tidak berganjak, seolah-olah tiada menaruh apa perasaan, dibuai hanyut membaca Al-Quran Nur Karim.", "“Hoi, anak Daeng! Bapak hang pun belum tentu lawan aku, inikan pula hang yang sekelumit,” Tok Chik ketawa terbahak-bahak sambil menampar pelepah lutut. “Kalau hang nak menjual, dua belah tangan aku sambut” seloroh Pak Long. “Cukup Noh, jangan dilayan, nanti dibuai, tak menang tangan,” Bilal Din menyambung beberapa bacaan. Bilal Din membaca Surah Al- Hajj, Ayat. 18. “Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada dilangit dan dibumi tunduk sujud kepada Allah dan diantaranya termasukkan matahari, bulan dan bintang-bintang dan gunung-gunung dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula diantara manusia yang berhak ditimpa azab disebabkan kekufurannya dan maksiatnya dan ingatlah sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangNya”.", "Gerrrr!!!Gerr!!!! Tok Chik mengetap gigi. Dari luar, kedengaran bunyi gagak berterbangan mematuk atap rumah. Ketakkk!! Ketakk!! Bunyinya cukup kuat. Sesiapa yang berada diatas rumah aku percaya mendengarnya jelas. Pak Long mulai membaca 11x Surah Ar-Ra’d, Ayat. 13. “Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Dia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mereka yang ingkar itu membantah serta mendustakan Rasul mengenai perkara yang berhubung dengan Allah dan kuat kuasaNya, padahal Dia amat keras azab seksaNya”.", "Pangggg!!!! Pangggg!! berdentum bunyi guruh,sepantas kilat menyambar tanah dibelakang rumah. Habis melompat semua yang ada. Aku sendiri memeluk lutut Wan Siong yang bersila kemas. Malah, Wan Siong sendiri mula gugup bacaanya. “Aku rasa malam ini hujan lebat,” ujarku sendirian. Bunyi gagak langsung hilang ditelan kilat yang menyambar sebentar tadi.", "“Jangan berbolak-balik dengan aku!! Nanti besar celaka hang!!,” sambil Bilal Din menekan jari kelingkingnya diatas papan. “Ayuh, angkat Tok Chik turun ke tanah cepat sementara belum hujan,” Bilal Din memberi arahan. “Sesiapa yang tidak berwudhu jangan turun, badi nanti,” Pak Long menyambung sambil memapah kaki Tok Chik. Berat yang amat, walaupun tubuh Tok Chik tidak sebesar manapun. “Hamparkan kain putih dan perlahan-lahan dudukkan dia,” Pak Long kelihatan tercungap-cungap penat. Sabar betul aku tengok tahfiz-tahfiz yang membantu. Sedikit tidak merungut.", "Kelihatan awan mendung menanti hujan lebat diluar rumah. Namun lain pula gelagat ayah di anak tangga, kelihatan ayah mengira ruas anak jari. Daripada jari kelingking kanan sehingga ibu jari kiri. Setelah itu, ditekan lelangit kerongkong dengan ibu jarinya. “Hujan jadian!, kesini hang Amin. Ambilkan aku jamung, minyak masak dan baju Tok Chik diatas. Cepat. Jangan berlengah,” ayah memberi aku arahan. Segera aku melompat anak tangga mendapatkan baju Tok Chik dan jamung di belakang dapur. Jamung bukan sebarang jamung, jamung daripada hampas sarang lebah.", "“Memang orang yang melakukan perbuatan ini tidak berhati perut. Mujurlah Tok Chik kuat bertahan,” ucap Bilal Din perlahan kepada Pak Long. “Mari ayah Chik, kita habiskan, kuatkan jiwa ayah Chik,” Pak Long mengusap dada Tok Chik yang kuat berombak. “Apikan jamung ini,” sambil ayah membaca sepotong Surah Az- Zariyat, Ayat 1. “Demi (angin) yang menerbangkan debu dengan kuat” dan Ayat 51. “Dan juga pada Aad ketika kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan “lantas ayah menghembus ke arah api jamung yang menyala-nyala. Lalu berterbanganlah kepulan asap jelaga memenuhi laman. “Mari kita bertemu muka, kalau hang anak jantan,” ayah melumuri badannya dengan minyak mentah. Diasap badannya dengan jamung. Memang ayah betul-betul marah dengan orang yang mengganggu keluarganya. Tambah-tambah Tok Chik, iaitu ayah saudaranya yang memelihara dan mendidiknya dari kecil. “Entah berapa banyak orang sudah menjadi korban akibat ilmu hitam ini, bukan lagi kecil anak, ini ilmu yang ditanak daripada mentah, aku berbau hanyir d***h ilmu ni,” ayah mendengus sambil memerhati isyarat dari Pak Long dibawah pokok pinang merah.", "“Allahuakhbar!!,” Bilal Din menempik kuat menepuk belikat Tok Chik. Lantas, tak bertangguh Tok Chik tumbang menyembah tanah. Menggelupur sambil memegang kepalanya. Kasihan aku melihat Tok Chik. Kakinya menendang tanah dan akar pinang. Kuakkk!!kuakkk!! burung gagak yang tadi mematikan diri semakin galak bunyinya.\n“Arggghhh..hakk tuihh…” Tok Chik bangkit muntah d***h. Mengalir d***h hidup di rongga hidung dan bibirnya. Bauan kapur barus merebak ke laman bersama hanyir d***h. “Bismillah,” Pak Long meluruskan kedua-dua tangan Tok Chik yang sedang bersimpuh.", "“Tangan ini yang banyak melakukan mungkar, jasadmu aku pasung besi kursani, ilmumu menikam tanah, bermandi mayat bulan mengambang, Ahad..Allahuahad.. hissssshh..hishhhh,” Pak Long memotong pergelangan tangan Tok Chik dengan jari telunjuknya sambil bibirnya membaca Surah Yusuf dan An-Nas berulang kali. Seolah-olah pisau tajam meluncur menghiris tangan. “Arghhhhh!!!..arghhhhh!!..Daeng..ampunkan aku..huh!!..tangan aku..tangan aku!!,” Tok Chik meraung kuat. Bilal Din hanya mendiamkan diri. “Hati-hati, jangan terpedaya bilal,” Pak Long mencuit ibu jari kaki Bilal Din yang sedang mengelamun. “Allah!..nyaris aku Noh..nyaris..Allah,” tersedar Bilal Din daripada lamunan. “Jauh aku dibawa Noh. Dia sudah menunggu. Allahuakhbar, mainan syaitan ni ,” Bilal Din kembali bersimpuh menguatkan zikir. Kepala Bilal Din lentok ke kiri dan kanan tidak memperdulikan Pak Long dan Tok Chik.", "Selang beberapa kaki, ayah sedang menutup rapat mata, berpeluk tubuh, bersilang tangan. Seolah-olah sedang meragakan bunga sembah. Ibu jari ayah menekan kejap tanah. Memasak bumi. Baju layang yang disarung basah bermandi peluh. “Jangan diganggu Mat Den, kerjanya belum beres,” Mat Komando menunjukkan isyarat berdiam diri.\nAda seorang dua Tahfiz di belakang Bilal Din meronta-ronta tidak sedarkan diri. Mujur Wan Siong cepat-cepat “tawarkan”. Katanya Wan Siong, sewaktu mereka semakin kuatkan wirid dan mengemaskan bacaan, jiwa mereka melayang-layang ke tengah hutan dan lembah gunung. Duduk seorang diri bersama gangguan makhluk halus yang bercakap bahasa yang tidak difahami. Malah, samar-samar mereka melihat, ayah, bilal Din dan beberapa susuk berpakaian hijau bertungkus-lumus memasung makhluk yang menggerunkan didalam sangkar. Ada yang diseret, ada yang dilibas cemeti, ada yang d*******l kepala dan ada juga yang melawan. “Setiap kali makhluk berkepala kambing itu cuba mendongak, kepalanya dilempar batu besar, sambil mulutnya mengeluarkan kata makian kepada Bilal Din, namun Bilal Din bertindak mendiamkan diri, mengheret makhluk berbulu ke dalam sangkar,” ujar seorang Tahfiz yang sedang berehat di bucu tikar. Wajahnya basah direnjis air tawar.", "“Alhamdulillah, Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar,” Bilal Din memaut lengan Pak Long. Hampir tumbang juga aku lihat Bilal Din. Baju kurta yang dipakainya kelihatan hitam belerang. “Ambilkanlah aku sedikit air, panas sangat tekak aku ni Amin,” Bilal Din membisikkan permintaannya pada aku. Walhal, air jarang sudah siap tersedia di sebelahnya. Memang sudah tidak bermaya aku lihat Bilal Din, bersandar di belakang anak buahnya.\nAyah pula kelihatan terduduk di kaki anak tangga ditemani emak dan adikku. Tanah laman yang dipijak ayah tadi dikelilingi belerang, entah dari mana belerangnya aku tidak tahu. Samar-samar kepulan asap nipis keluar dari celah-celah tanah yang merekah.", "“Sudahlah Amin, cukup untuk malam ini, saki bakinya nanti kita ikhtiarkan, bawalah Tok Chik semua ke dapur dahulu, biarkan aku disini,” ujar Pak Long masih gagah berdiri disebelahku walaupun ayah dan Bilal Din sudah tumbang keletihan. “Biarkan Noh selesaikan, ayuh kita bersihkan diri dan dirikan solat sunat dahulu. Noh itu kudrat dia sekawan kerbau jantan, sikit tak berundur, tinggi dia tadi menggapai awan, melempar batu dan petir, aku pun tumbang,” Bilal Din ketawa kecil melihat Wan Siong yang terpingga-pingga.", "Dari atas rumah, kedengaran suara Pak Long bertempik dibawah laman. Selang seketika bunyi benda berat jatuh ke tanah. “Ampunkan aku Daeng, ampunkan aku!!, betina itu tak guna, aku hanya dibayar kakaknya, bukakanlah rantai ini Daeng, kasihani aku yang tua ini Daeng ,” kedengaran suara wanita merayu-rayu. “Perbuatan hang sudah bersimpang!, ramai yang gugur!, ramai yang berpecah-belah!, ramai yang menderita!, sumpah hang sudah memakan diri!, ilmu hang sudah aku pasak, rasakan hang bagaimana hidup dipasung dikolong!, mengensotlah keluar kampung aku ini!,” suara Pak Long bergetar. “ Hemmm..mana ada orang dibawah tadi, pada siapa Pak Long marahi?,” aku mengintai dari celah jendela kayu. “Amin..sudah cukup. Pergi siapkan alas dan bantal kawan-kawan,” emak memarahi aku yang serupa biawak mengendap anak ayam di reban.\n…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….\n“Kasihan aku melihat dia, walaupun bukan d***h daging, berat hati tidak menolong,” jelas Tok Chik di serambi. Seketika Tok Chik memberus giginya dengan kayu sugi. Orangnya abid, butir-butir perbualannya amat perlahan, setiap ayat ditatang dengan penuh hemah dan bijaksana. Agar tiada yang tersentuh dan terasa hati. “Tak sanggup aku melihat dirinya yang kurus-kering, meringkuk dipasung dibawah kolong, kalau jadi kepada anak cucu aku, aku sanggup bergalang-ganti Mat Noh..Mat Den,” Tok Chik tersenyum hingga berkedut dahinya.", "“Aku tidak peduli apa yang terjadi pada diriku, aku redha, semoga Allah SWT redha jalan yang aku tempuhi, aku berikhtiar, bertawakal dan berdoa kehadrat Ilahi. Kederat aku sudah tidak segagah dulu, memikul petung pun bangkut, namun simpuh limpang saja pantang aku Mat Den,” Tok Chik melirik mata memandang ayah. “Ilmunya sudah aku tawar, dan orangnya berdendam padaku melihat anak itu semakin pulih daripada busung dan gila, kerana itulah aku datang melihat anak cucu dikampung sebelum aku beransur pergi bersama dendamnya,” Tok Chik tersengeh menampakkan beberapa batang giginya yang putih.", "“Hishh..ayah Chik, tak mungkin aku boleh berdiam diri kalau dah melarat begini,” Pak Long mencebik muka sambil menampal daun sireh diatas sopak yang memenuhi leher Tok Chik. “Tengok daun sireh ni, melecur habis. Ilmu ini nak membinasakan mangsa ayah Chik, kalau tak cepat ikhtiar makin melarat bisanya,” Pak Long merungut akan sikap acuh tak acuh ayah saudaranya. Menurut Mat Komando, sewaktu Pak Long dan ayah remaja, Tok Chik lah yang menjaga mereka berdua di sekolah agama pondok Bedong dan Sanglang.", "“Amin, bersiap-siaplah, kena cepat, panggilkan aku Mat, katakan padanya hal mustahak, berkenaan ayah Chik, dan mesti diusahakan secepat mungkin, katakan padanya jumpa di surau selepas Isyak, “ ayah memberiku arahan.\nUsai Isyak berjemaah di surau, ayah, Pak Long, Mat Komando dan bilal Din sedang bercakap-cakap di surau. Aku tidak mengambil pusing apa yang dibualkan, aku lebih seronok melayan Tok Chik berbual dan mempelajari sirah serta fiqh. “Berapa dekat kepercayaan dan keimanan?” ujar Tok Chik tersengeh. “Hemmm..5 jari saja tidak jauh,” ujar Tok Chik berbisik. “Apa yang hang cari dalam hidup life hang?,” sambung Tok Chik. “Aku nak cari duit, nak buat rumah besar macam orang kaya seberang, nak ada lembu kandang besar-besar Tok,” ujar aku yang tidak tahu apa-apa. “Bagus..bagus..kaya tak salah, ramai para sahabat ra yang kaya-raya, tapi apa yang salah adalah sombong, angkuh, riak, ujub dan takabur, itu salah lagi berdosa.", "Tapi, sebesar-besar pencarian kita didunia adalah redha Allah SWT Amin. Tok tak tipu,” sambil tangannya mengusap dadaku sambil membaca beberapa p****g ayat suci.\nHal orang yang dipasung itu, aku sendiri melihatnya, dimana mangsa seorang perempuan awal pertengahan 20an (tidak pasti atas sebab keuzurannya). Kasihan orangnya, kurus dan penuh kesan calar ditangan dan kaki. Ceritanya, sewaktu Tok Chik menziarahi keluarganya di Sabak, kebetulan berjumpa keluarga perempuan ini yang mengadu akan penyakit aneh anak bongsunya dan ekoran keselamatan dirinya terpaksa dipasung. Alhamdulillah, selepas beberapa siri rawatan dan pemulihan anak perempuan keluarga berkenaan kembali sihat namun malangnya salah seorang keluarganya pula dijemput Illahi. Sekian, jutaan terima kasih dan selamat menyambut hari lebaran yang dinanti." ]
[ "Menarik…garapan yg baik….cerita benar?" ]
https://fiksyenshasha.com/asrama-sekolah-berasrama-penuh-part-2/
ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH – PART 2
[ "PART 2", "Hello readers sekalian, kalau sebelum ni aku pernah bercerita tentang pengalaman seram aku dekat sebuah sbp di pantai timur ni, sekarang kita beralih pada zaman aku lower form dulu, kali ini di pantai barat.\nSekolah aku ni merupakan SMK biasa je tapi berstatus Sekolah Sukan haaa so senang cerita sekolah ni banyak melahirkan atlet2 la untuk wakil negeri. Berbeza dengan Sekolah Sukan macam SSBJ tu, kitorang bukan asrama penuh. Hanya asrama harian yang ada satu blok aspura dan satu blok aspuri yang kedua-duanya hanya lah berketinggian 2 tingkat dan boleh memuatkan lebih kurang 200 orang pelajar. 100 orang pelajar aspura, 100 orang pelajar aspuri. Dekat sini, macam aku cerita dekat previous story, kitorang duduk dalam dorm, dan 1 dorm ada 20 orang, so senang cerita satu batch tu 20 orang max. Walaupon ada 5 dorm je, tapi lebih seram dari SBP yang aku duduki masa Tingkatan 4 hingga 5. So, ada a few stories yang aku akan ceritakan dekat sini based on pengalaman aku sendiri, kawan-kawan or senior-senior.", "2013, Ketua Aspuri ada 2??", "Ini pengalaman aku sendiri, masa ni aku Tingkatan 1, baru je masuk dalam few months so yeah masih bocah la orang kata. Ketua Aspuri tahun ni sangat seram, sejujurnya. Sepanjang 3 tahun aku dekat sekolah ni, KA masa aku Form1 la paling kerek sekali aku pernah jumpa. Ya, dan kebanyakannya tak suka pon dia kecuali geng-geng Form 5 la.", "So, aku nak cerita sikit perwatakan KA kitorang masa tu. Aku namakan dia Kak Seira. Kak Seira ni kecik molek je orangnya, selalu pakai contact lense warna-warni walaupon salah and pernah je kena tegur dengan Ketua Warden tapi sebab dah Form 5 kot? So Warden pon macam member dia je ditambah pulak dengan suara dia yang meliuk-lenggok bila bercakap dengan Ketua Warden kitorang (lelaki). Tapi, bila Kak Seira ni buat rollcall mengejut ke perjumpaan block ke, agihkan tugas gotong-royong ke, jangan harap nak dengar suara lemah gemalai dia tu, masa tu dia jadi singa. Senang cerita, dia kerek gila la sepanjang pentadbiran dia as Ketua Aspuri. Aku pon kalau nampak dia seboleh mungkin akan avoid any eye contact.", "Suatu hari tu, tiba-tiba wingman dia aku gelarkan Kak Awin ni suruh semua budak aspuri turun ke bilik study di Aras 1 selepas kitorang baru je selesai solat maghrib. Semua orang dah terpinga-pinga kenapa kena study pulak malam ni? Harini hari sabtu so sepatutnya ini hari bebas kami kalau bukan pulang bermalam. Ramai dah cop tempat masing-masing nak bersesak dalam bilik TV memandangkan akan ada senior yang akan pasang CD diorang import khas dari rumah. Maklum lah handphone mana boleh bawak. Masa ni pon phone tak secanggih sekarang. Jadi, kitorang pon berduyun-duyun la turun berkumpul dekat Bilik Study 1 sebab bilik ni lebih besar berbanding Bilik Study 2 (Form 3&Form5 sahaja).", "After Ketua Dorm (KD) dan buat headcount and takde yang missing, Kak Awin and the Gang passkan Surah Yassin yang dibawak turun dari surau atas kepada semua pelajar aspuri. Di tengah-tengah bulatan kitorang duduk ni ada a few drinking bottles yang aku yakin untuk dijadikan air Yassin. Nak buat penerang hati ke pendinding? 2 benda ni je ada dalam kepala otak aku masa ni. Disebabkan suasana yang agak riuh rendah ketika itu, ramai yang dah start buat spekulasi di tambah lagi dengan kelibat Kak Seira yang tak kunjung tiba sedangkan dia KA kan? Tapi masa ni Kak Awin yang take control.", "Dalam ramai-ramai berbisik tu tersebarlah rumors yang mengatakan ada salah seorang penghuni aspuri di kalangan kami menyapa Kak Seira yang seperti sedang ingin menjemur baju tapi di waktu maghrib? Masa tu dalam lebih kurang 7 lebih la tak gelap lagi tapi dah nak maghrib. Junior yang tegur Kak Seira ni pelik kenapa dia bawak baldi turun dan berdiri betul-betul di hadapan bilik study seolah-olah ingin menjemur pakaiannya di hadapan bilik study tersebut padahal takde ampaian pon? Oh sebelum aku lupa, ampaian kitorg ada 2 je, either depan dorm di Aras 2 atau ampaian utama berdekatan tangki air (open space). Memandangkan Kak Seira hanya memakai kain sekolah dan bersinglet sahaja ketika itu, junior ini yakin yang Kak Seira takkan pergi jemur pakaiannya di ampaian utama kerana ampaian itu berdekatan dengan Dewan Makan dan boleh dilihat oleh pelajar lelaki jika tidak menutup aurat dengan sempurna.", "Di dalam dorm,", "“Eh, Kak Seira dah habis jemur baju ke? Cepatnya” sapa junior tadi.", "“jemur baju apa engkau ni?” balas Kak Seira, sinis.", "“eh tadi saya nampak akak bawak baldi turun bawah tu kat depan bilik study tu, ingatkan akak nak jemur dekat ampaian bawah tapi akak pakai singlet je so saya ingat akak tak jadi jemur la tu” bersungguh dia bercerita.", "Cerita ini disahihkan lagi dengan beberapa orang penghuni aspuri lain yang turut nampak kelibat Kak Seira yang berambut panjang itu berdiri di hadapan bilik study sambil membawa baldinya tetapi kejung tidak bergerak dan matanya hanya memandang ke arah kebun kelapa sawit di hadapan blok asrama kami.", "Kak Seira ini walaupon nampak kasar dan sinis sebegitu tapi aku yakin siapa je yang tak dihantui perasaan takut dan bulu roma meremang bila ada entity lain yang menyerupai kita, termasuklah Kak Seira sendiri. Malam itu dia nangis sepuasnya di sudut belakang bilik study Ketika kami membacakan Yassin untuk memagar kawasan aspuri tersebut. Sejak kejadian itu, Kak Seira sudah tidak lagi kerek kepada junior-junior dan lebih mudah didekati. Aku jadikan ini sebagai pengajaran duduk asrama jangan berasa kita lebih megah dari orang lain kerana kita semestinya tak bersendiri duduk di situ apatah lagi kita sendiri tak tahu asal usul tapak asrama tersebut sebelum ianya dibina.", "2014, Thanks teman pergi toilet malam tadi-\nAku yakin cerita ni korang selalu dengar or maybe pernah tengok sendiri kat TV atau movie seram. Tapi, kali ni benda ni betul-betul terjadi dekat aku indirectly. Masa 2014, aku dipilih menjadi Ketua Dorm (KD), uniknya tahun itu, untuk pertama kalinya Dorm dihuni mengikut batch masing-masing berbanding degan tahun-tahun sebelumnya yang setiap dorm terdiri daripada semua Batch Form1-5. Tahun yang aku rasakan semua batch naik kepala sebab tiada seliaan para senior. Memandangkan aku KD yang agak tegas jadinya anak-anak Dorm aku baik-baik la, kalau ada yang nakal-nakal sikit on the spot kena sound dekat situ.", "Jadi, nak dijadikan cerita, memandangkan aku ni KD jadi kawan-kawan sebatch aku ni memang mengharapkan aku macam aku ni mak diorang. Malam tu, salah sorang doormmate aku ni dah nak terkencing sangat-sangat dah tapi member sekatil dia taknak bangun untuk temankan dia. Masa tu dalam pukul 2-3 pagi la so suasana sangat sunyi dan tandas pulak terletak dekat hujung blok. Disebabkan takde siapa yang nak bangun dan temankan dia, dia pon gerakkan aku yang masih tidur atas katil double decker aku ni.", "“Lily, bangun la teman la aku pergi toilet, sekejap je please” rayu Finas.", "Lily bangun tanpa kata dan menemankan Finas pergi toilet sampai la balik ke bilik. Keesokan paginya Finas dan rakan sekatilnya Ina bergaduh manja.", "“kau la Ina taknak bangun temankan aku pergi toilet nasib baik Lily ni Ketua Dorm penyayang dia bangun jugak la temankan aku”", "“thanks Lily temankan aku pergi toilet” sapa Finas ceria “kalau tak mahu terkencing atas katil” tambahnya.", "Trisya, rakan baikku memandang muka Finas dengan riak kebingungan dan kemudian dia berpaling menghadapku.", "“serious la kau bangun tengah malam?” tanya Trisya seakan tak percaya.", "Aku masa tu hanya mampu membuat muka tercengang sebab aku tahu apa yang ada dalam benak fikiran Trisya. Routine aku yang Trisya tahu setiap malam, aku akan basuh baju lebih kurang jam 11 malam sekali gus melangsaikan apa yang patut termasuklah nak kencing dan sebagainya sebab aku taknak terjaga waktu malam dan beauty sleep aku terganggu. So, siapa yang teman Finas pergi toilet?", "“Tapi Finas aku tak bangun pon malam tadi, kau pergi dengan siapa? Kau yakin ke aku? Kau check tak lepas tu aku ada atas katil ke tak?”", "Riak muka Finas mulai berubah apabila dia baru sahaja sedar yang “aku” yang dikatakan menemaninya ke toilet langsung tidak membuka sepatah kata dan dia hanya anggap aku mengantuk ketika itu. Finas agak bernasib baik kerana keadaan dorm yang gelap so lepas je dia masuk dorm, dia terus baring di atas katilnya yang berdekatan pintu berbanding katil aku yang terletak dua dari hujung di arah bertentangan. Walaupon bukan aku yang terserempak dengan entity ini, tapi tetap rasa bersyukur Finas tidak diapa-apakan dan kami cuba untuk menganggap seperti tiada apa yang terjadi.", "2013, tepi sikit aku nak tidur sebelah kau\n2013, tahun paling best dalam sejarah hidup aku sepanjang aku bersekolah kat sini. Walaupon tahun tu agak busy sebab nak PMR dan kitorang merupakan batch terakhir yang akan menduduki exam tersebut, so automatic rasa special sikit and ada sentimental value di situ.", "Awal tahun masa nak mendaftar tu, aku taktahu lagi Dorm mana aku dapat tahun ni. Still sama macam system tahun lepas or dah berubah lagi? Tepat sangkaan aku, system satu batch satu dorm dah dihapuskan maybe sebab amalkan konsep “batch aku jaga batch aku” so warden nak cari salah pon susah sebab semua dah sepakat takde yang jibam.", "Aku masa ni mampu berdoa je dalam hati taknak dapat Dorm Filasuf. Dorm paling angker dalam aspuri ni. Terletak betul-betul bersebelahan dengan surau dan berdekatan tangga utama. Dari Form 1 dah macam macam aku dengar cerita pasal dorm ni dan aku harap sangat sepanjang aku kat sini aku tak dapat la dorm tu. Oh btw Dorm Filasuf ni jugak Dorm KA aku Kak Seira yang aku ceritakan dulu. Betul la orang kata yang kita taknak tu jugak la yang selalunya dapat.", "“Lily, Dorm Filasuf” announce warden aku sambil aku mencari-cari nama aku yang masih tak jumpa tu, sebab dah nak masuk 3 tahun kat sini so semua cikgu-cikgu dah kenallah aku. Tak payah penat-penat cari nama.", "Masa tu reaksi muka aku sumpah speechless, kawan sekelas aku pulak dah excited sambil ucap “Selamat Datang” dekat aku, padahal masing-masing tahu betapa aku taknak masuk Dorm ni. Tapi nasi dah jadi bubur, kehidupan perlu diteruskan. Walaupon macam-macam cerita aku pernah dengar pasal dorm ni, antaranya senior yang duduk katil tepi tingkap tu boleh kata setiap kali dia period mesti katil dia kena gegar punya. Ada yang kena tarik selimut dan sebagainya. Aku? Ada la paling seram pon tengok junior sebelah katil aku tiba-tiba dari baring dia terus duduk kejung macam tu je.", "10 saat lepas tu badan dia macam nak sampai ke katil aku, masa tu aku dah risau dia jatuh dari katil sebab yelah katil double decker kan and kitorg katil atas. Dahnya rambut dia mengerbang masa tu, aku taktahu nak sedarkan dia ke or tutup je mata? Tapi disebabkan common sense aku yang terlalu tinggi aku panggil-panggil nama dia “Hani Hani bangun, nanti jatuh katil kang tu” Hani pon tersedar dari mengigau dia tu dan sambung tidur. Sejak tu a few times jugak aku nampak dia mengigau macam tu and aku dah tak rasa seram dah. Okay tapi ni bukanlah cerita yang aku nak highlight kan.", "ini cerita kawan sekatil aku in which dia katil bawah la, dia tanya aku esok paginya dekat kelas", "“lily ko asal turun tidur katil aku malam tadi? Trisya takde ke?” okay sebelum tu nak bagitahu aku dengan Trisya memang tidur share katil hahahaha zaman tu aku rasa single bed tu besar betul boleh muat dua orang sekarang kalau cuba lagi mahu patah katil tu. Macam biasa la budak aspuri suka tumpang tidur katil orang. So Trisya ni peneman aku tidur la sepanjang tahun tu.", "“hah bila masa pulak? Aku tidur atas la malam tadi” balasku. Disebabkan masa tu masih terlalu pagi untuk mulakan conversation dan masing-masing pon still tengah bersiap nak pergi sekolah jadinya perbualan tu tamat di situ dan masing-masing clear block, ada yang ke Dewan Makan untuk bersarapan dan ada yang terus menuju ke blok sekolah.", "Loceng berbunyi menandakan tamatnya subjek pertama untuk hari itu, dan untuk subjek seterusnya kami dibenarkan buat kerja masing-masing sebab cikgunya tak hadir. Masa kosong ni dimanfaatkan oleh kawan sekatilku, Fira. Dia menarik kerusi dia dan lepak di mejaku sambil seorang lagi rakan aku, Raisa yang duduk dorm yang sama menyertai kami, termasuklah Trisya walaupon dia bukanlah ahli Dorm Filasuf sebenarnya.", "“weh Lily kau sure takde turun katil aku malam tadi? Kau memang tak boleh tidur sorang kan? Tapi pergi tandas sorang-sorang tak takut pulak” tanya Fira sambil berseloroh.", "“ takde weh, kan Trisya teman aku malam tadi, tu tanya dia” balasku", "“haah la si Lily ni tidur dengan aku la malam tadi, aku ada kat katil atas tu” tambah Trisya.", "“asal weh? Kau dari pagi lagi dah tanya benda sama” soalku", "“ takde la aku tidur dah malam tadi tapi aku tak sure pukul berapa dah masa tu aku rasa ada orang kat sebelah aku and dia bisik “tepi la sikit aku nak tidur sebelah kau” so aku ingat itu kau la sebab kau kan kadang-kadang lari jugak pergi katil aku” cerita Fira.", "“lepastu dia ada macam bisik-bisik kat telinga aku sambil tiup rambut aku tapi aku memang ingat itu kau nak main-main and masa tu aku ngantuk sangat so aku malas nak layan, aku gerak je la ke tepi kasi kau ruang nak tidur” tambah Fira lagi.", "“habistu kau tak tengok ke muka dia????” soalku", "“tak weh nasib baik malam tadi aku tidur menghadap arah lain, so aku tak pandang pon la” balas Fira.", "Tambah Fira lagi dia memutuskan untuk tidak terus bertanya dekat aku pagi tu sebab dia nampak aku serious dengan jawapan aku dan takde macam nak main-main dan selalunya kitorang tak bergurau bab-bab macam ni, itu yang dia decide nak tanya masa dekat kelas je nanti. Nasib baik dia tak berpaling ke arah sesiapa sahaja la yang tidur di sebelahnya malam itu, kalau tak mahu demam 3 hari 3 malam. Pagi tu baru Fira terfikir yang kalau iya pon aku nak turun tidur katil dia kenapa sampai nak hembus-hembus nafas tepi telinga dia sambil tiup rambut si Fira ni? Masa ni baru dia tersedar yang dia yakin kalini memang bukan aku yang tidur disebelahnya.", "Masnira- Siapa tu?", "Ni cerita tambahan aku, cerita terakhir untuk posting yang ni. Kawan sekelasku, Masnira ni penghuni dorm Filasuf ni masa Tingkatan 1. Dia sangat chill orangnya dan sudah tentu la berdisiplin, jauh sangat nak compare dengan aku. Kitorang jumpa balik after few years sebab masing-masing pindah sekolah dan ini kali pertama aku dengar cerita dia yang ni sebab dia memang jenis chill je tak suka buat kecoh. Ini cerita dia.", "“ ceritakan pengalaman paling seram korang dekat asrama dulu” Raisa membacakan soalan yang dicabut ketika sesi spin the wheel tersebut untuk Masnira ketika sesi reunion kami baru-baru ini.", "“Okay. Korang ingat tak masa Form 1 aku duduk Dorm Filasuf tu, si Raisa pon sama, kita satu dorm. Yela kau tahu la masa tu kan Form 1 masih junior, so aku ni malas nak berebut toilet dengan sesiapa, so macam biasa aku bangun awal. Pukul 5 pagi selalunya dah bangun.” Ujar Masnira.", "“lepastu Dorm Filasuf ni kan paling dekat dengan tangga utama dekat surau tu kan? So ramai yang mandi tandas dekat bawah tu. Bawah tu pulak memang aras bilik study and sickbay je so mana ada orang kalau ikut logic kan pagi-pagi buta macam tu?” tambah Masnira. Kami hanya mengangguk dan Masnira menyambung ceritanya.", "“ Pagi tu entah macam mana aku terbangun awal sikit dari biasa maybe pukul 4 pagi macam tu tapi sebab aku tak rasa mengantuk aku pon bangun je la ambik tuala nak mandi. Pagi tu aku bukak pintu Dorm, aku perhatikan la semua Dorm sederet kita takde lagi yang pintu terbukak so aku assume semua masih tidur sebab yelah awal lagi kan”", "“Aku pon turun la ke bawah lalu tangga surau tu and pergi rak baldi tu nak ambik toiletries untuk mandi. Masa ni aku mandi je macam biasa, rasa sejuk-sejuk tu ada je maklumlah asrama kita ni kan keliling kelapa sawit and masa tu aku anggap sejuk embun pagi la. Aku sambung je mandi macam biasa, dah selesai semua aku pon letak balik toiletries dekat rak tu and nak naik atas balik” tambahnya lagi.", "“masa ni dah pelik sikit sebab aku nampak ada budak lain yang dah siap ready pakai baju sekolah lengkap, dia lalu tangga aku guna tu and dah nak ke main gate asrama untuk pergi blok akademik. Masa ni aku tak fikir apa lagi sebab aku just rasa “oh ada yang bangun awal jugak rupanya” tapi sebab masa tu dia membelakangi aku, jadinya aku tak nampak tu muka siapa”. Macam aku cerita tadi, aspuri kitorang ni tak ramai pon dalam 100 orang je and basically kitorang kenal each other and cam muka and nama masing-masing.", "“kau tegur dia ke masnira masa tu?” soalku", "“tak, aku tak tegur pon. Aku naik je dorm balik macam biasa. Masa ni aku terpandang la pintu dorm lain takde satu pon yang terbukak lagi, maksudnya semua masih tidur maybe baru pukul 5 la kot masa tu and siren selalunya berbunyi pukul 5.30 pagi. Masa tu jugak baru aku terfikir yang agak pelik ya kalau ada yang dah siap tapi satu dorm pon tak bangun lagi and kalau betul ada yang dah bangun pon mestilah lampu bilik study dah terpasang sebab diorang nak ambik beg sebelum pergi sekolah kan?, tapi tak masa tu memang satu aspuri ni gelap. Yang ada lampu koridor je la” sambungnya lagi.", "“masa tu bulu roma aku dah meremang and aku cepat-cepat masuk dorm balik and aku sambung tidur sampai la dah pukul 6 untuk solat subuh and masa ni mostly ramai dah bangun. Kalau fikir balik memang tak logic, buat apa budak tu nak pergi blok akademik pukul 4.30-5 pagi macam tu kan? Pagar pon tak bukak lagi, aku bersyukur sangat aku tak tegur budak tu and terus naik dorm je masa tu kalau tak taktahu la apa jadi” Masnira menutup ceritanya.", "Sepanjang 3 tahun dekat asrama ni, aku sendiri pon boleh kira berapa kali aku guna toilet tu, entah la yang pasti aku sendiri pon tak suka vibes toilet tu. Toilet tu tak besar mana compare toilet aras atas. Ada 3 shower and 3 toilet. Tapi dekat tengah-tengah toilet tu lampu dia memang malap dan kadang-kadang glitch sendiri, dan atas siling tu kita boleh tengok directly paip pembentung punya saluran tu, sangat tak rahmah tandas ni, selalunya memang penghuni Dorm Filasuf je akan guna toilet ni sebab ni toilet terhampir dengan dorm diorang. Tapi aku sendiri sepanjang 2013 tu tetap lah mandi toilet hujung dunia tu.", "Okay thank u guys kalau ada yang sudi baca cerita aku ni. Thanks jugak to admin FS kalau cerita aku terpilih untuk dipublish. Sekian, terima kasih." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/puyah/
PUYAH.
[ "“ABANG! Tolong abang! Sakit abang!”\nLaungan penuh azab itu, tidak sedikit pun suaminya itu sedar. Dia ralit bersembang dengan rakan. Adakala sembangnya kedengaran meninggi diri.\nTanpa, dia sedari si isteri sedang bergelut dengan maut!\nKepala bidan Puyah makin rakus ‘mengerjakan’ celahan kaki Salmah. Salmah kehilangan banyak d***h. Wajah pucat. Mulut ternganga. Peluh membasahi tubuhnya itu. Jemari masih mengenggam hujung bantal, sekejap yang mungkin.", "Zuriat pertamanya hancur. Lelehan d***h membanjiri lantai papan beralas tikar mengkuang itu.\nKepala yang masih kecil, terpisah dari badan si comel berjantinakan perempuan itu. Tangan kecilnya juga menjadi tempat ratahan. Begitu juga dengan kaki. Kepala bertali perut bergayutan itu masih lagi tidak puas.\nMulut penuh dengan d***h. Meleleh-leleh. Memualkan jika dipandang. Berdecit-decit bunyi setiap kali dia memamah daging sekecil yang malang itu. Bukan itu sahaja malahan uri juga dia umpamakan seperti daging.\nD***h kian membuak. Lencun kain batik Salmah dibuatnya. Pandangan mata Salmah makin lama, makin kabur. Tercungap-cungap cuba mengambil nafas.\n“Osman, kenapa kamu tak tunggu Salmah!” Omel Mak Leha selaku ibu Osman. Di sisinya kelihatan seorang perempuan separuh baya. Osman dan rakannya, Zaki mereka saling berpandangan.\nBidan Munah?\nHabis siapa yang dengan Salmah dalam bilik?", "“Allah!”\nItulah pekikan terakhir yang terluah dari mulut Salmah sebelum tubuhnya mengejang kaku di dalam kamar. Bau hanyir semakin menguasai ruang udara kamar sederhana luas itu. Walau tingkap luas terbuka.\nDarahnya kontang!\nMata terjegil arwah Salmah tampak mengerikan pada sesiapa yang melihat!\n“Salmah!..” Jerit Osman kelam kabut berlari naik ke rumah. Ini diikuti Zaki dan Mak Leha. Hanya bidan Munah yang sebenar masih lagi tercegat di laman.\nSambil berkumat-kamit mulutnya kala mata mengitari sekeliling.\n“Aku dah pesan Osman… aku dah pesan… kenapa kau tergamak tinggalkan Salmah seorang diri? Kau tahu tak itu siapa?”", "“Allahulahaillahuwalhayyumgayyum…”\nDalam masa sama, Bidan Munah yang sebenar meneruskan perlawanan dengan sesuatu yang hanya dia sahaja nampak. Dia juga menggelengkan kepala. Inilah akibat tidak dengar akan nasihatnya yang sudah lama menjadi bidan kampung.", "Osman langsung tidak mahu dengar. Jika Osman dengar akan nasihat dia, sudah pasti bawah rumah iaitu kolong di penuhi dengan pasu berisi daun mengkuang. Benda bertali perut yang merambu itu takut pada pokok berduri!\n“Sayang!!!” pekik Osman tatkala pintu yang jenuh dia tendang sudah pun terbuka sendiri. Berlari Osman mendapatkan tubuh yang berlumuran d***h itu. Zaki serta ibu Osman kaku di depan muka pintu.\nTerkejut melihat pemandangan ngeri dalam kamar itu. Paling menyayat hati apabila mata masing-masing terpaku pandangan ke arah sesuatu yang tidak berupa lagi. Ngeri!", "“Maafkan abang, Sal… maafkan abang… ya Allah anak kita Sal… anak kita!!!” raung Osman masih lagi memeluk tubuh kaku isterinya itu sambil mata tetap memandang ke arah tubuh kecil yang tidak sempurna itu.\nSerpihan daging si kecil itu ada sisanya.\nZaki, rakan kepada Osman juga terngadah kerana itu merupakan kali pertama dia melihat suasana berdarah sebegitu!", "Pemandangan yang terlalu menyayat hati. Kain batik Salmah lencun dengan d***h, celahan kaki yang terselak dan masih lagi luas ternganga itu di banjiri d***h merah.\n“Sudahlah tu, Man! Jika kau menangis air mata d***h sekalipun, Salmah kau tu takkan kembali nak…” pujuk Mak Leha tidak sampai hati mahu memarahi anak tunggalnya itu lagi walau dia amat menyayangi menantunya yang juga tunggal itu.\nBidan Munah baru sampai ke bilik. Sungguh dia tidak menduga sebegitu sekali keadaan Salmah yang sudah menjadi arwah. Aib serta mengerikan.\n‘Aku tak sangka kau makin kejam!’\nMonolog Bidan Munah ketika mindanya terlukis wajah seseorang. Bidan Munah juga kasihan melihat ratapan Osman.", "Osman masih lagi meratap seperti orang tidak waras namun demikian sedikit demi sedikit dia dapat di tenangkan. Pun begitu, dia seakan enggan mahu melepaskan jenazah pergi.\nTanpa ada rasa takut atau jijik, kepala arwah isterinya itu masih erat dalam dakapannya.\n“Osman, Leha aku rasa eloklah kita percepatkan pengkebumian arwah. Janganlah kita seksa dia lagi,” ujar Bidan Munah.\n“Munah, aku tahu kau tahu sesuatu… bagi tahulah…” Mak Leha bersuara setelah puas dia menangis. Air mata yang masih bersisa pada permukaan pipi diseka menggunakan hujung selendangnya.\nKini tinggallah mereka berdua sahaja. Suami tercinta sudah lama pergi mengadap ilahi. Tiada lagi gelak tawa Salmah. Apatah lagi suara si kecil sulung keluarga itu.", "Zaki tiba-tiba teringatkan sesuatu.\n“Mak Leha, baru saya teringat…”\nMak Leha yang mendengar terus memasang telinga begitu jugalah dengan yang lain. Zaki bagaikan ada rahsia yang mahu diberitahu pada mereka semua.\n“Apa dia Zaki? Apa yang kau nampak?” Osman kembali menyoal dengan nada tidak sabarnya.\n“Saya ternampak satu kelibat. Tapi ia sangat laju naik atas rumah kau, Man. Aku tak tahu dia pergi mana selepas itu. Tapi, aku rasa aku tahu benda apakah itu…” ujar Zaki lagi.", "“Apa yang kau nampak Zaki?” Suara Osman makin menekan. Kepala arwah Salmah semakin dia rapatkan ke dada. Zaki memandang ke arah Bidan Munah. Bidan Munah juga memandang Zaki dengan penuh persoalan.\nTetapi dalam hati Bidan Munah seakan dapat menangkap akan apa yang mahu diperkatakan. Mak Leha pula menyoal soalan yang sama malahan suara tegas. Satu paksaan!\nNak tak nak, Zaki dengan suara terketar-ketarnya memberitahu akan apakah kelibat tersebut. Dia pasti kelibat itu adalah penanggal kerana jantung serta tali perutnya berjuraian.", "“Astagfirullah!!!” Mengucap Mak Leha manakala Osman pula makin rapat dengan tubuh kaku isterinya itu. Bidan Munah juga tahu namun dia tidak mahu menambah lagi kesedihan dalam rumah papan sederhana luas itu.\n“Leha, aku rasa mari kita buat dulu apa yang patut. Jangan kita seksa arwah Salmah lagi, marilah kita panggil orang surau untuk bantu kita… mandi biar kita buat…” sahut Bidan Munah yang merupakan ahli kariah mandian jenazah perempuan surau kampung.\nBukan sekadar bidan saja.", "“Man, tolong Man. Jangan kamu seksa lagi arwah jika kamu benar-benar sayangkan dia…” pinta Mak Leha. Zaki sudah pun turun ke bawah dan mencari motor untuk dia ke surau. Osman akhirnya akur walau dia masih tidak redha akan pemergian arwah isteri serta anak sulung mereka itu.", "Dalam masa sama, Osman merangka sesuatu. Dia harus menuntut bela atas kematian arwah. Jikalau benar ini kerja bidan hujung kampung itu, Osman tak akan lepaskan perempuan tua dan menakutkan itu. Tinggal seorang diri setelah di buang oleh penduduk kampung kerana ilmu salahnya itu.\nTidak kurang dari beberapa jam, Osman dan Zaki sudah selesai memanggil orang surau kerana mereka mahu kebumikan jenazah pada waktu itu juga. Subuh juga tidak lama lagi.\nMak Leha cuba tahan tangisnya ketika dia dan Bidan Munah memandikan arwah Salmah. D***h dari ‘pintu’ arwah Salmah masih lagi keluar melelehi sepanjang kaki bermula dari paha. Bidan Munah terpaksa mengambil sesuatu untuk dia sumbat ke dalam supaya pengaliran d***h dapat dikurangkan sedikit.", "“Allahuakbar!!!” Mak Leha terpekik tanpa sengaja kerana dia terkejut apabila mata arwah yang tertutup terbuka semula dan terjegil tepat pada matanya. Dia yang mahu mencebok ke muka terus terlepas cebok dan terkena kaki.\nSakit sekali memandangkan dalam itu ada banyak air. Bidan Munah seraya menggeleng lalu dia mendekati wajah jenazah sambil membaca sesuatu beserta telapak tangan meraup wajah pucat arwah Salmah.", "Bidan Munah tahu dengan cara kematian sebegitu rupa memang akan ada banyak dugaan oleh kerana itulah dia mahu mempercepatkan proses pengebumian. Setelah kelopak mata arwah kembali terkatup, Bidan Munah mendekati Mak Leha pula lalu wajah wanita itu dia basahkan dengan yang dah dia bacakan potongan ayat Al Quran.\nZaki dan Osman juga di duga. Daripada enjin motor m**i secara tiba-tiba di tengah jalan yang terapit dengan deretan pokok merendang dan meninggi ke ‘keteguran’.\nOsman tuun dahulu dari atas motor sebelum Zaki. Pada masa Osman turun ada angin menyelinap masuk ke belakang tubuh Osman. Zaki pada mulanya tidak perasan akan perubahan yang berlaku pada sahabatnya itu.\nSehinggalah…", "“Man, kau kenapa? Man…” Zaki bingkas bangun dari duduknya langsung tidak jadi mahu betul rantai motor yang tercabut. Tubuh Osman di sentuh serta ditepuk agar rakannya itu sedar. Namun Osman tetap mematung diri dengan mata pula terbeliak.\nNasiblah Zaki mempunyai sedikit ilmu serta kuat semangat. Zaki tahu Osman sedang di ganggu. Tambahan pula dia kini berada dalam keadaan susah hati, memang mudah untuk sukmanya di ganggu oleh sesuatu yang halus.\n“Hahahaha!” Osman terus mengilai secara tiba-tiba. Angin juga sekejap itu berhembus kuat. Pokok-pokok meliuk-lentuk serta daun saling bergeseran. Zaki merenung tingkah Osman, dia tahu yang ada dalam tubuh Osman merupakan jin betina.", "Berkumat-kamit mulut Zaki membaca segala ayat lazim yang dia tahu selama dia belajar. Osman terus meronta saat tangan Zaki memegang bahunya. Osman mahu menggigit namun Zaki lagi pantas.\n“Hahahaha! Kau ingat kau kuat?” bentak Osman dalam merontanya itu. Sekali lagi dia mengilai. Sekiranya semangat Zaki tak kuat sudah lama dia cabut lari.\n“Aku minta kau pergi. Tolong keluar dari jasad ini !” Zaki masih lagi enggan melepaskan tubuh Osman yang kerasukan. Suasana tenang semakin bertambah kecamuknya apabila angin semakin rakus bertiup dan seolah-olah hanya dalam kawasan mereka sedang berada itu.", "“Tidak, aku tak akan keluar. Hahahaha!” pekik serta bentak ‘benda’ yang menguasai tubuh Osman itu sambil meronta kuat. Memang Zaki sendiri ada ketikanya tidak mampu memegang. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja tak ada satu orang pun yang lalu di situ untuk meminta bantuan.\nMungkin kerana sudah tengah malam. Zaki tahu ‘benda’ itu tetap dengan kedegilannya dia juga tetap dengan kedegilannya juga. Zaki terpaksa berkasar dengan rakannya itu.\nOsman menumbuknya sehingga terjatuh dan terbaring atas tanah sebelum Zaki dengan pantas memegang ibu jari kaki Osman sambil membaca ayat-ayat lazim serta pembakar jin.", "Di rumah Osman pula, Mak Leha serta beberapa orang jiran serta orang surau ternanti akan kehadiran mereka berdua. Tok ketua meminta beberapa orang pemuda kampung mencari Osman dan Zaki kerana hari makin ke subuh.\nLebih kurang dan tidak melebihi sejam, pemuda-pemuda kampung akhirnya menemui Zaki dan Osman. Nasiblah Osman pada masa mereka di temui itu sudah sedar dari kerasukan. Pun begitu, Zaki merahsiakan apa yang dah terjadi.\nZaki tak mahu menambah lagi keresahan dalam hati Mak Leha nanti.", "DI rumah papan hujung kampung pula tinggalnya seorang bidan kampung di mana khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.\nPuyah atau bidan Puyah dahulunya memang sangat dikenali bukan sahaja dalam kampung malah kampung-kampung yang berjiranan dengan kampung mereka.\nNamun apabila tembelangnya sudah pecah, orang-orang kampung mulai takut mahu menggunakan khidmatnya membidani isteri-isteri mereka yang mahu melahirkan anak.\nTerutama sekali kelahiran bayi sulung. Seakan-akan ada tulah dalam kampung tersebut setelah tok ketua mengarahkan dia tinggal di hujung kampung serta jangan menganggu penduduk kampung lagi.", "IMBAS KEMBALI,\nBEBERAPA BULAN SEBELUM.", "“AKU bersumpah depan kamu semua. Aku bersumpah seluruh penduduk dalam kampung ini, tidak akan aman. Kau dengar tu tok ketua. Tidak akan aman!!!” pekik Puyah meronta-ronta mahu dilepaskan pegangan tangan para pemuda kampung.\n“Sudah, bawa dia pergi sekarang juga. Puyah, kami semua tak takut pada ugutan kau. Kau yang sepatutnya kena ingat bahawa ATAS itu lagi berkuasa bukannya ilmu sesat kau! Sudah cepat bawa dia pergi. Tok, ‘pagar’ sekali tok kawasan sempadan…” ujar Tok Ketua sambil menerima anggukan dari seorang lelaki yang di kenali sebagai Pawang Majidi.", "“Kau ingat Kassim! Kau ingat!!!” teriak Bidan Puyah memekik serta meronta. Akibat daripada rontaan yang terlalu kuat, Bidan Puyah terduduk atas tanah namun tiada sedikit pun rasa kasihan dalam hati pemuda-pemuda terbabit.\nTubuh renta itu tetap diseret secara terus-menerus dan bergilir tangan pemuda. Mulut Puyah bergumam sesuatu. Kedengaran ada bunyi benda retak. Makin lama makin kuat.\n“Ya Allah! Lari!” pekik penduduk kampung yang tersedar rumah milik bidan berilmu sesat itu roboh dengan sendiri. Semua pakat melarikan diri. Lintang-pukang mahu menyelamatkan diri dan ini termasuklah Ketua Kampung, Kassim.\nBidan Puyah yang sedang diseret secara kasar terus ketawa mengilai.\nSemenjak daripada hari itu, keadaan kampung huru-hara. Yang paling menakutkan apabila tirai malam sudah berlabuh. Anak-anak kecil yang selama ini sering kali pulang lewat dari kelas mengaji kini menjadi takut untuk ke kelas.", "Tiada lagi wajah-wajah anak muda melepak tepi jalan dengan gitar kapok mereka. Dan ini, termasuklah warung mau pun kedai tepi jalan. Mereka juga akan kelam-kabut mengemas kedai mereka tatkala jam menghampiri tujuh.\nPakat mahu tutup kedai serta pulang ke rumah awal, tidak seperti kebiasaan sehingga lewat malam. Jika ada yang masih buka pun sekitar kawasan surau sahaja.", "Jika ada yang tidak bernasib baik selalunya ‘jaga’ atau pekerja kilang serta yang bekerja jauh di pekan di mana bas tidak masuk sampai ke dalam nak tak nak mereka ini kenalah menapak beberapa batu ke dalam kampung.\nMereka ini pasti akan terserempak serta di ganggu oleh kepala terbang atau lebih dikenali sebagai penanggal.\nAwal-awal gangguan tidak ada sesiapa pun yang tahu apakah puncanya sehinggalah berlakunya beberapa siri kematian yang membabitkan ibu yang sedang melahirkan anak. Kematian itu pula bukan seperti kematian sakit malahan lebih ngeri dari m**i kerana kemalangan.\n“Siapa yang kau jemput tadi Hassan? Ini baru bidan Munah!” teriak wanita separuh umur itu pada menantunya. Pekikan ngeri mengejutkan mereka.", "“Ya Allah mak!!!”\n“Anak aku!!!” pekik wanita separuh baya itu serta menantunya. Kelam-kabut naik takah tangga. Bidan Munah menggeleng lagi. Nampak gayanya Puyah makin melampau dan dia harus berbuat sesuatu.\nBoleh dikatakan hampir setiap minggu akan kedengaran ada bayi yang baru lahir m**i berserta dengan ibunya sekali.\n“Tak guna kau Puyah!!!” pekik Hassan jenuh mereka-mereka yang ada di situ cuba meredakan kemarahannya. Apatah lagi saat dirinya dipersalahkan.", "Semenjak dari hari itu, tok ketua mengarahkan agar di adakan rukun tetangga untuk mengawal.\n“Apa guna rukun tetangga tok? Yang kita lawan ni bukan orang lagi tok tapi syaitan!”\n“Kami sokong tok!!!”\n“Habis tu kamu semua nak aku buat apa lagi?”\n“Kita mesti hapuskan bidan tak guna tu dengan cara yang sama tok,” sampuk seorang pemuda yang menampakkan diri dari celahan penduduk kampung yang sedang beramai-ramai di depan rumah Ketua Kampung Kassim.\n“Baik, kalau begitu yang kamu semua inginkan akan aku tunaikan. Aku akan menemui seorang sekejap lagi…”\n“Seeloknya sekarang tok. Lagi cepat lagi baik, Puyah dah melampau tok!!!” celah pemuda yang sama.\nSerentak yang lain juga bersuara dengan cadangan yang sama. Ketua Kampung terpaksa akur. Dia meminta beberapa orang pemuda tetap berjaga dan beberapa lagi mengikutinya untuk menemui seseorang itu.", "KINI KEMBALI…", "TAK ADA sesiapa pun yang buka mulut. Orang surau memenuhi ruang hadapan sementara jenazah sedang dalam proses mengafan. Osman masih lagi tertanya apa dah berlaku sebenarnya pun begitu, dia tetap berbuat biasa. Air mata mengalir sendiri saat terpandang wajah pucat arwah.\nMak Leha bangun dan mulai berbisik pada mereka yang berkenaan. Mak Leha menghampiri Osman lalu berbisik. Mak Leha waris untuk memandang jenazah buat kali terakhir sebelum di bawa untuk kebumi.\nAlhamdulillah tiada apa-apa yang buruk atau mengaibkan mereka berlaku. Hanya ketika proses mandi sahaja tadi. Pun begitu, tiada sesiapa pun yang perasan Mak Leha ada buat sesuatu pada jenazah, dia khuatir jenazah bangkit semula sebagai pontianak.\nSesuatu yang khurafat dan tak sepatutnya.\nSetelah selesai dan waris sudah bertemu dengan jenazah buat kali terakhir, orang surau melakukan solat jenazah.", "HANYA Bidan Munah tidak menyertai pengkebumian kerana dia perlu uruskan sesuatu. Dia kini sedang menapak ke arah rumah usang di hujung kampung. Rumah usang yang menjadi tempat berteduh bekas bidan kampung, Puyah.\nBidan Munah mahu bersemuka dengan Puyah. Bidan Munah mahu Puyah hentikan segalanya,cukup-cukuplah rasa dendamnya itu. Tok Ketua kampung juga sudah menduda kerana kehilangan isterinya juga ketika bersalin.\nJikalau Kassim Ketua Kampung gagal untuk menghentikan segala-galanya biarlah dia sendiri.", "Angin tadi tenang. Setiba saja dia di depan rumah puyah, angin pada waktu menjadi kasar menolak-nolak tubuhnya. Segala dedaunan kering atas takah tangga yang hampir reput itu turut berterbangan ke arahnya.\nPerkara pertama dia lakukan adalah menonggengkan tempayan berisi air cuka walau payah kerana tidak larat mengangkatnya seorang diri, terlalu berat namun tetap dia lakukannya sebelum Puyah pulang.\n“Allahuakbar!” pekiknya baru tempayan yang dia rasa terlalu berat itu menjadi ringan serta memudahkan kerjanya untuk menolak muncung tempayan agar segala air cuka itu membanjiri tanah. Angin makin rakus tiupannya.\nBerkumat-kamit mulut Bidan Munah membaca segala ayat pelindung yang dia tahu.", "“Pergi kau dari sini, aku tak ganggu kau dan kau jangan ganggu aku!” ancamnya pada sesuatu yang dia saja nampak. Sesuatu yang cuba melengahkan kerjanya.\nKembang-kuncup jantung Puyah yang bergayutan serta terawangan di udara itu. Denyutan bertambah laju membuatkan Puyah mulai terfikir sesuatu sambil berdecit-decit mulutnya yang berlumuran d***h orang bersalin serta ibu dalam pantang.\nPada hari itu sahaja, dua rumah dia berjaya masuk. Kenyang dia pada saat itu. Tetapi, entah kenapa jantung mengepam terlalu laju membuatkan dia sedikit mengah.\n“Kenapa jantung aku laju sangat ni?” soalnya dengan mata jegilnya meliar ke setiap arah dalam laluan sunyi terapit antara hutan pokok getah kiri serta kanan. Angin juga agak laju hembusannya membuatkan dia yang sekadar kepala tanpa tubuh badan itu terbuai-buai.", "Menitis-nitis d***h ke tanah. Sesiapa yang tidak bernasib baik lalu di bawah laluan dia akan terkena titisan tersebut dan harus cepat bersihkannya khuatir menjadi kudis.\nTidak sampai beberapa minit, Puyah memasuki laluan sempit untuk ke rumahnya yang terletak nun di hujung kampung. Entah kenapa hatinya berasa tidak selesa. Di liarkan pandangan mata ke setiap arah, tiada sesiapa atau apa-apa yang mencurigakannya.\n“Argh! Tempayan aku tumpah, tempayan aku tumpah. Siapa buat tempayan aku tumpah hah!” pekik Puyah tidak tentu-hala. Pusing kanan serta kiri.", "Puyah yakin ada penceroboh dia terus terbang masuk melalui tingkap dalam keadaan segala tali perut masih mengembang dan menyukarkan untuk kepala masuk ke dalam leher sewaktu mahu proses sambungan nanti.\nPuyah semakin memekik, tubuhnya sudah di sorokkan pula. Dalam masa bekas bidan yang kuat amalan ilmu hitamnya itu terpekik-terlolong di ruang tamu yang agak luas kerana tiada sebarang perabot itu.\nBidan Munah keluar dari sudut gelap dan dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan adiknya itu.\n“Aku memang dah agak ini memang kerja kau! Apa lagi yang kau tak puas hati lagi hah? Aku dah jadi begini pun, kau masih tak puas hati nak kenakan aku? Kau dah jadi bidan sekarang, nama kau dah terkenal!” bentak Puyah dengan mendekatkan kepala ke Bidan Munah.", "“Adik, sudah-sudahlah tu… Kau yang salah faham pada kami. Kami semua tidak membuang kau apatah lagi mahu membenci kau, tapi kami tak boleh terima ilmu yang kau bawa tu. Sesat Puyah. Sesat!” tukas Bidan Munah menerangkan perkara benar.\nBukan menegakkan benang yang basah. Namun Puyah tetap membantah kerana dia yang masih lagi tidak dapat menerima kenyataan masanya sudah berlalu.\nPuyah terus menerpa dan menerkam Bidan Munah kerana dia mahu makan jantung kakaknya itu. Bidan Munah sudah lama bersedia dengan serangan ayat-ayat Al Quran. Tidak lama lagi azan subuh akan berkumandang.\n“Allahuakbar! Allahuakbar!”\n“Argh panas! Aku panas! Aku panas! Tak guna kau Munah!!!” pekik Puyah semakin lama dibakari oleh api yang muncul dengan sendirinya.\n“Maafkan aku Puyah. Maafkan kakak mu…”", "Tamat\n1340 pm\nmon" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/asrama-sekolah-berasrama-penuh/
ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH
[ "ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUHHi readers, aku ni kira silent reader je kat FS ni tapi for the first time rasa nak share a few pengalaman seram yang aku sendiri rasa masa sekolah kat sebuah sekolah berasrama penuh ni. Sedikit latar belakang psal sekolah ni, sekolah ni terletak dekat sebuah kampung yang bagi aku agak pendalaman la di sebuah negeri Pantai Timur, dikelilingi kelapa sawit dan kalau-kalau terfikir nak fly pon boleh lupakan je la, sebab jarak nak ke pekan mengambil masa 20 minit kalau nak ke bandar dalam sejam lebih. So, korang imagine je la betapa ceruknya lokasi sekolah ni.", "2014, Selamat Datang Pelajar BaruMasa ni aku Form 4, baru je join SBP ni tapi before this aku memang dari background sekolah berasrama jugak dari Form1 sampai la Form 3, so kiranya after PMR aku ditawarkan masuk SBP ni la. Long story short aku dah biasa dah duduk asrama cuma kali ni system diorang agak berbeza dengan system asrama sekolah lama aku dulu. Kat SBP ni, setiap bilik ada 4 orang penghuni, berbeza dengan system “dorm” yang aku pernah rasa dulu di mana satu dorm boleh memuatkan lebih kurang 20 orang pelajar. So, bagi aku takde apa la yang seram pon memandangkan saiz bilik ni ngam-ngam je letak 4 buah katil.", "Berbulan kat sini okay je takde apa yang pelik, aku pon nak dikatakan berani sangat tu tak juga, tapi penakut pon tak juga. So, bilik aku ni terletak kat block lama asrama sekolah ni. Ada dua tingkat. So aku ni tingkat kedua dan betul-betul berada di koridor bersebelahan tandas.", "Malam tu entah kenapa panas sangat, aku belek jam kat telefon bimbit aku (haram bawak tapi dah namanya sbp kan) dah nak dekat 2 pagi, so aku paksa mata ni untuk terlelap balik sebab nanti pukul 5.30pagi nak kena berebut toilet pulak. Kat sini la semuanya bermula. Aku tetap tak boleh tidur balik. So aku pandang la katil sebelah aku, roommate aku ni aku namakan dia Mary. Dia tidur badannya menghadap dinding, sebelah bantal dia ada kamus tebal tu dengan buku Chemistry. Dia tidur tak berselimut, mungkin terlelap masa tengah study atas katil. Aku pon palingkan badan aku ke arah dinding jugak. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi gedebukk buku jatuh. Dalam hati aku, ah sudah ni mesti si Mary tidur lesak sangat ni.", "Aku pon berpaling semula hadap katil Mary, guess what? Dia masih dekat posisi yang sama, tak berubah pon. Buku dia ada je sebelah bantal tu, takde apa yang terjatuh pon. Tapi aku yakin aku tak berhalusinasi sebab memang tengah celik masa tu. Aku abaikan je. Sejam lepas tu aku dah start rasa mengantuk balik, hampir terlelap terus aku terbangun balik dek kerana ada suara-suara tengah meriah bersembang di tengah-tengah bilik aku tu, betul-betul rasa suara tu dekat sangat dengan bucu katil aku. Kalau orang lain mungkin dah berselebung dengan selimut kan? Tapi bukan aku.", "Aku bangun dan tengok sendiri untuk kepastian, sah memang takde apa, semua orang masih tidur macam takde apa jadi. Aku terus berselebung dengan selimut lepas aku confirm yang ni memang bukan manusia punya kerja. Mula-mula dia ajak main campak2 buku sekarang dia ajak member pulak lepak bergossip dekat bilik aku. Esoknya aku pergi sekolah dengan keadaan sangat mengantuk sebab tak cukup tidur and aku ceritakan balik dekat roommate aku pasal malam tadi, tapi seperti dijangka diorang tidur nyenyak je malam tu. So, suara siapa aku dengar tu remain a mystery sampai la sekarang dan disebabkan roommate aku ni jenis tak berapa nak berani takde la aku bukak cerita hantu dengan diorang.", "2015, ponteng prep malamMasa ni aku dah Form 5, biasa la dah dapat title “senior” kan so macam biasa la ada je segelintir students yang rasa dia above rules termasuklah dekat sbp aku ni. So, ini bukan cerita pasal aku, tapi batchmates aku yang ponteng prep malam.", "Routine biasa kitorang, after solat isyak berjemaah dalam pukul 9pm macam tu dah get ready nak pergi kelas dekat block akademik untuk prep malam. So, ada yang study, ada yg sambung tidur, ada yang main phone je haaa terserah la jangan kantoi je. Tapi ada geng yang lagi daring in which diorang tak “clear block” langsung. Maksudnya dekat sini, diorang ni tak turun pon solat berjemaah semua, basically after riadah diorang stay je kat dorm tak pergi mana-mana. So, mana warden? Warden memang ada, memang buat pemeriksaan tapi takde la sampai dia bukak check satu satu bilik nak tengok betul ke dah kosong. Paling2 akan ada LDP round je, LDP ni macam pengawas la roles dia. Tapi otai-otai ni banyak je tricks diorang.", "Nak dijadikan cerita, aku panggil geng ni geng Misha, satu sekolah kenal la tak kira kau junior ke senior, muka kena panggil dengan warden je muka diorang la. So, masa kami form 5, dah tak duduk dah block asrama lama tu, kali ni duduk block asrama baru dan ada 3 floor. Floor atas sekali floor junior, aras 1 dan aras 2 mostly Form 5. Ada sejarah sikit pasal block asrama baru ni, walaupun dipanggil blok baru tapi actually 10 tahun lepas dia dah siap dah tapi tak dibenarkan untuk dihuni atas alasan tak selamat and tak pass pemeriksaan dengan pihak berwajib. So, kalau takde siapa huni, kau rasa siapa yang huni blok tu before diorang officially letak students kat situ?", "Malam tu, geng Misha ni ada la 3-4 orang ponteng prep, taknak kantoi, diorang tak bukak satu lampu pon, so memang gelap la satu blok asrama tu sebab blok tu boleh tahan besar dengan 3 aras yang ada 3 wings dan satu dataran luas kat tengah2 blok tu compare dengan blok asrama lama. So, diorang pergi naik aras 3, aras budak junior sebab of course la siapa je nak target budak form 1 ponteng prep kan? So itu lokasi terbaik la. Diorang lepak luar je dekat beranda sambil bersuluhkan cahaya bulan.Tiba-tiba si Misha ni bersuara", "“kau tengok berani budak tu ponteng prep ya, tak padan dengan form 1” sambil pandang aras bertentangan dia, depan ampaian. Dia nampak ada budak yang saiz badan macam form 1 la, Nampak adik2 lagi.", "Kawan Misha dekat sebelah ni dah cuak sebab dia taktahu kawan dia ni bergurau ke betul-betul sebab dia tak nampak apa-apa pon bertentangan dengan wing diorang tengah lepak ni. So, kawan dia si Aisha buat bodoh je malas nak layan. Tapi Misha keep insisting yang budak tu asyik pandang diorang and jangan sampai dia “sound” budak ni kejap lagi. Masa tu baru Aisha tahu yang Misha tak main-main. Aisha dah cuak and nak tukar topic, dia ajak Misha turun balik aras paling bawah and lepak dalam bilik je memandangkan dah nak pukul 10 malam dah, nanti 10.30malam budak-budak lain akan balik blok asrama balik.", "Diorang pon turun. Masa perjalanan nak ke tangga yang terletak dekat hujung wing aras 3 tu, ada entity makin lama makin hampir dengan diorang, bukan budak kecil yang Misha nampak tadi. Kali ni diorang lari lintang pukang sebab lembaga yang seakan-akan nenek kebayan tengah kejar diorang. Dua-dua lari masuk bilik paling terhampir yang tak berkunci diorang boleh masuk. Dua-dua duduk diam membisu dalam bilik tu tak bersuara dan masih tak berani bukak lampu, lebih baik kena kejar dengan hantu dari kena kejar dengan Ketua Warden, fikirnya. Tak lama lepas tu suasana blok riuh rendah menandakan budak-budak lain dah balik block asrama dan waktu prep dah berakhir.", "Geng-geng Misha yang baru balik prep terkejut tengok muka pucat masing-masing dan dari situ la cerita ni tersebar tapi tiada siapa yang berani nak laporkan kat warden tentang insiden itu memikirkan yang mereka memang tak sepatutnya ada di blok asrama pada ketika itu.", "Cerita nenek kebayan dan budak kecik ini terus menjadi bualan je antara penghuni aspuri blok tersebut dan memang bukan geng Misha je yang pernah terserempak dengan entity tersebut, selepas kejadiaan tu, ada budak-budak aras atas yang nampak jugak tapi tidak la sampai terkena histeria. Barangkali, ibarat nenek yang menjaga cucu-cucu mereka di aras itu. Contohnya, macam geng Misha yang ponteng prep, junior yang tak cuci dan dispose pad elok-elok, bising dan berlari-lari tengah-tengah malam dan sebagainya. Tunggu je la nenek tu datang sebagai warning.", "Nantikan Part 2 tentang pengalaman seram aku di sekolah lama kalau dipilih untuk dipublish, thank u readers!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/dia-datang/
Dia Datang
[ "Petang itu abangku Ibrahim mengajakku untuk ke hospital. Isterinya baru sahaja bersalin anak ke tiga. “Nak bagi surah Yaasiin” katanya. Aku pun bersiap-siap, segera mengikutinya naik ke dalam kereta. Aku duduk di bahagian hadapan, anaknya Ijam duduk bahagian belakang. Ijam baru berusia tujuh tahun.", "Kami sampai di hospital lebih kurang pukul 6.15 petang. “Budak tak boleh naik. Kau tunggu Ijam kejap ya dalam kereta..” kata abangku.Aku mengangguk sambil mataku melihat abangku berlalu pergi. Ijam diam sahaja di belakang. Aku ingatkan dia tertidur tapi matanya memandang ke arah pokok-pokok rendang yang ditanam berdekatan kawasan letak kereta itu.", "Setengah jam berlalu. Hampir pukul 7 malam abangku masih belum turun. Tunggu masa melawat habis agaknya! Fikirku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan di cermin. Aku segera menoleh. “Ijam main cermin ke?” tanyaku. “Tak, maksu…”Kemudian, kami sama-sama memandang ke hadapan semula.Bunyi lagi ketukan yang sama.Aku tengok Ijam. Dia menunjukkan muka hairan. “Ijam tak ketuk cermin, maksu” katanya tanpa ditanya.", "Tiba-tiba dadaku berdebar. Tidak lama kemudian, abangku pun kembali ke kereta dan kami pun pulang tanpa ada perkara-perkara yang pelik.", "Malam itu aku tertidur awal kerana keletihan. Di sebelahku ialah ibuku; kami berdua tidur di ruang tamu. Mak menghadap ke dinding sementara tilam aku pula dekat dengan pintu bilik. Mak suka menutup lampu kerana katanya tak boleh lelap kalau cerah sangat.", "Dalam nyenyak tidur, tiba-tiba aku terjaga. Entah kenapa aku terasa ada orang sedang merenung aku. Mataku segera tertancap pada jam dinding. Pukul 2.45 pagi. Aku berkalih baring menghadap ke pintu bilik.", "Dadaku berdebaran kencang rasa hendak pecah! Terlihat di pintu bilik itu seorang wanita, bermuka pucat, memakai tudung berwarna putih kumal dan baju hijau hospital duduk memandangku. Dia menatapku dengan wajah sedih. Aku tak tahu hendak bereaksi bagaimana. Perlahan-lahan aku mengubah posisi ke arah mak.", "“Mak! Mak!…” ku panggil ibuku perlahan.“Humnnn….humnnnn…” Nampaknya mak terlalu mengantuk.Peluh sudah memercik di dahi. Aku tidak berani hendak bangun. Takut kalau-kalau wanita berbaju hijau itu mendekati.“Makkk….oooo makkkk…” aku memegang lengan ibuku. Malangnya mak terlalu nyenyak tidurnya!Aduh, bagaimana ni?", "Jarum jam saat terus bergerak. Tapi aku rasa terlalu perlahan. Baru pukul 2.55.Aku mula membungkuskan diri perlahan-lahan dengan selimut.Aku menutup mata rapat-rapat. Pelbagai ayat Quran yang dihafal aku baca dalam hati.Suasana makin sepi.", "Selama sejam setengah aku jadi kaku takut hendak bergerak.", "“Mak…mak…subuh dah mak” aku menggerakkan ibuku agar dia bangun. Biasanya kalau mak dengar perkataan subuh, bingkas dia bangun. Mak hendak solat di masjid.Tapi malangnya mak masih lena. Aduhaii…", "Alhamdulillah, tidak lama kemudian bunyi krokk krekk krokkk krekk mikrofon imam dari masjid di hadapan rumah kedengaran. Seperti kebiasaannya, akan ada kedengaran bacaan ayat-ayat suci al Quran dialunkan menerusi kaset.Mak terjaga dan bingkas dia duduk di atas tilam.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ” Awal kau bangun” katanya mak kepadaku.Aku tersenyum tawar.", "Mak melipat selimut dan tilamnya lalu masuk ke dalam bilik.Wanita berbaju hijau sudah tidak kelihatan. Debaranku surut. Tapi seraut wajah pucat dan sedihnya masih aku ingat.", "” Tu kan tapak rumah mayat…” kata kakak sulungku ketika aku ceritakan perkara yang terjadi. Memang abangku memakir kereta di tapak rumah mayat dan berdekatan pula dengan bangunan wad bersalin.", "Mungkin ada yang mengikut kami balik?Selepas “dia” mengetuk cermin kereta dua kali tanda ingin masuk?Aku tak dapat membayangkan bahawa “dia” bersama-sama kami mengikut pulang.Aduh!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/khilaf/
KHILAF
[ "TAJUK: KHILAF\nGENRE: SERAM", "TAS tangan dari jenama HERMES langsung disarungkan ke bahu kanan. Kemudian memilih lipstik yang mahu disapukan pada bibir mungilnya itu sambil mengedutkan dahi. Pening mungkin, tatkala melihat susunan deretan lipstik pelbagai warna dari jenama mewah yang memenuhi segenap ruang atas meja.\nTersenyum apabila jari mengepit salah-satunya. Penutup bertulisan MAC dibukakan, memusingkan p******g lipstik agar gincunya keluar. Menyapu bermula dari bawah membawa ke atas dan sengaja dia lebihkan sedikit pada bibir sebelah atas agar kelihatan full lips. Seksi!", "“Irin Aryanna, your sugar dad is here!” laung satu suara dari balik pintu kamar. Sambil mengebam bibir, lipstik dipusing supaya gincu masuk semula ke dalam sebelum di tutup dan di letakkan atas meja.\nTelefon I PHONE 13 PRO yang bergetaran atas pelapik di angkat. Irin Aryanna mengoyakkan senyuman.\n‘Dah tak sabarlah tu…’ bisik hati kecilnya tersenyum nakal. Semalam dia dengan Tan Sri Govind, malam ni kembali semula dengan Dato kesayangan. Semalam dia dapat hadiah kunci kondo. Malam ni apa pula ya?\n‘Tapi dengan Dato ni, kadang aku lemah juga, huhuhu… Yang lain, pujuklah macam mana sekali pun, aku kata no, so it is no!’ gumamnya lagi sambil membetulkan sedikit fringe atau rambut depannya di hadapan cermin.\n“Okay done. I come darling!” ujar Irin Aryanna tersenyum, sebelum memusingkan tubuhnya ke belakang mengadap pintu. Terserlah bentuk tubuh tinggi lampai serta berbentuk gitar itu di dalam cermin.", "Ketak,ktuk,ktuk,ktuk…\nLaci pertama meja solek milik Irin Aryanna seperti mahu terbuka walau bilik itu sudah tiada penghuninya.\nMuncul sahaja Irin Aryanna, Maya dan Dato’S terus terdiam. Kelam-kabut Dato’S bangun mendapatkan Irin Aryanna yang sudah tersenyum lebar itu. Maya sekadar tersenyum biasa. Mata memandang penampilan Irin Aryanna pada malam itu, seperti selalu mengancam pada sesiapa sahaja yang melihatnya.\n“Sayang, bersedia untuk malam ni?” bisik Dato’S sambil dikerling tajam oleh Maya. Spontan bibir dikebamkan seakan marah pula. Irin Aryanna secara tiba-tiba merasa kesemua bulu romanya ternaik tanpa sebab. Apakah disebabkan dengan apa yang dia sedang dengar itu?\nSoalan dari lelaki yang sebaya ayahnya itu. Irin Aryanna menjawabnya dengan tersenyum kambing sahaja.\nDato’S terus memaut pinggang ramping Irin Aryanna yang kelihatan amat seksi dalam pemakaian skirt ketat paras paha, belakang terdedah. Membuatkan, tapak tangan Dato’S laju membelai.", "Irin Aryanna semakin merinding. Sesekali, dia membuat pergerakan agar tangan lelaki itu tidak semakin aktif. Tambah-tambah dia rasa tangan itu sudah mahu ke bahagian bumper.\n“Sayang, macam biasa ya. Kunci je pintu,” ujar Irin Aryanna pada Maya sambil tersenyum sebelum dia melangkah. Dia memaut lengan Dato’S. Maya mengangguk dan tersenyum.\nIrin Aryanna membuat flying kiss pada Maya sebelum menutup pintu. Maya dengan pantas bergerak ke arah jendela, selak langsir. Kereta mewah baru lagi!\nMaya menghela nafas sebelum dia memejamkan mata. Mulut mulai berbisik sesuatu.\nDato’S membukakan pintu. Irin Aryanna tersenyum seraya mengangkat kaki putihnya itu untuk masuk ke dalam kereta. Pintu berbentuk sayap dan terangkat ke atas itu di turunkan semula untuk menutupnya.\nDato’S masuk ke pintu sebelah. Setelah dia masuk, barulah pemandu suruhan menghidupkan enjin kereta mewah itu. Wanita jelita itu terus mendekati lelaki tua yang segak berkot hitam sambil tersenyum sebelum melentokkan kepala ke bahu.", "“Allahuakbar!”\nSreet…\nBerdecit bunyi tayar kereta yang dihentikan secara paksa itu. Berkumat-kamit mulut pemandu muda itu membaca doa. Dia benar-benar terkejut kerana selama ini tak pernah dia lihat makhluk buruk dengan lidah terjelir itu berada dalam kawasan rumah sugar baby majikannya itu.\n“Sakit sayang…” keluh Irin Aryanna sambil memegang dahi yang terhantuk pada belakang seat hadapan, kelam-kabut Dato’S membelai dahi sugar baby terbaharuya itu. Risau ada lebam, dah lah nanti mereka ada perjumpaan di hotel.\n“Pian, kau ni kenapa?” tengking Dato’S dari belakang sambil memeluk erat kekasih hati. Sufian memandang atas cermin sambil bercakap sesuatu yang membuatkan pasangan tersebut saling berpandangan.\nIrin Aryanna memang sedari tadi, sudah merasakan sesuatu.\n“Kau biar betul?” Dato’S menyoal kembali dengan menjuihkan bibir. Manakala Irin Aryanna pula semakin resah. Jelas terlukis di roman wajahnya. Dia masih memegang dahinya yang sengal sambil mendesah. Sakit.\n“Betul Dato, buat apalah saya nak tipu benda-benda seram macam ni. Saya pun pelik juga, tak pernah saya nampak. Tiba-tiba malam ni pula,” jawab Sufian sambil memandang jam di papan pemuka. Tidaklah terlalu lewat sangat.\n“Ah, sudahlah tu. Cepat nanti kita terlewat,” ujar Dato’S lalu menyoal Irin Aryanna, adakah dahinya masih lagi sakit. Makin erat tubuh berpakaian seksi itu dia peluk sambil dikerling oleh Sufian yang sedang memusingkan stereng kereta untuk keluar dari halaman banglo.\nBerserta sepasang lagi mata dari balik langsir. Ada senyuman sinis dia hadiahkan.", "Simpang lampu trafik…", "IRIN ARYANNA tidak merasa sakit lagi pada dahinya. Kini, dia sedang merenung luar dari balik tingkap cermin kereta. Dato’S pula menatap serta menatal telefon pintar sambil tersenyum melihat gambar model merangkap satu lagi sugar baby ~nya itu.\nWanita jelita di sebelahnya, tidak tahu tentang itu. Mana boleh dia tahu. Habis Dato’S nanti. Oleh sebab itulah, setiap kali menatal telefon pintar, Dato’S akan mengerling sekali Irin Aryanna berada di mana. Jika sudah dekat, dia akan tukar ke aplikasi lain.\nLampu isyarat sudah tiga kali hijau, barulah kereta mereka boleh bergerak. Maklumlah berada di tengah kota yang sesak ini.\nIrin Aryanna memicingkan mata, menegakkan tubuh badan yang tadinya tersandar itu lalu mendekati cermin.\nIrin Aryanna cuba meneliti apakah benda yang dia sedang tatap itu. Benda itu sedang bertenggek betul-betul atas bumbung hentian bas lompat. Mata Irin Aryanna semakin membulat besar, apabila benda yang menunduk itu terpanggung kepala lalu merenungnya juga. Menyeringai.", "Irin Aryanna tanpa mahu berlengah lagi terus memandang hadapan, jantung mengepam d***h dengan laju membuatkan dada berdebaran. Barulah dia tahu apakah benda tersebut. Bintil-bintil peluh mula kelihatan di dahi. Terus membuka tas tangan jenama HERMES nya itu untuk menarik keluar tisu.\nDato’S masih lagi memegang telefon namun dia mulai terkesankan sesuatu. Sugar baby yang berada di sisinya itu, dalam penglihatannya sedikit gementar. Telefon pintar dia masukkan kembali ke dalam poket kot hitamnya sebelum dia menarik tangan Irin Aryanna di sebelahnya itu.", "“Sayang, are you okay?” soalnya dengan lembut sambil tangan pula membelai kulit belakang pergelangan tangan Irin Aryanna.\n“Hah?” Irin Aryanna langsung terdongak dengan wajah cuaknya.\n“Hei, sayang kenapa dengan you ni?” soal Dato’S lantas memegang dagu wanita itu, setelah jari telunjuk mengangkat dagu agar merenung tepat padanya. Liar matanya merenung bintilan peluh di dahi sebelum terhenti pada bibir.\n“Hah? It’s okay i tak ada apa-apa,” jawab Irin Aryanna dengan laju sambil tersenyum. Cuping telinga masih lagi bergerak-gerak.\n“Irin…” bisik suara misteri itu lagi.\n“No sayang…” bantah Irin Aryanna apabila lelaki tua tetapi masih kacak itu mahu memagut bibir.\n“But why sayang? Selalu you ok saja…” pujuk Dato’S sekali lagi mahu mencuba nasib. Dan sekali ini, dia cuba turunkan sedikit wajahnya ke aras bawah leher yang terdedah itu.\n“Sayang… tolong sayang. I tiada mood…” sanggah Irin Aryanna membuatkan wajah Dato’S makin masam serta sekejap itu juga dia tegakkan tubuhnya dan mengambil kembali telefon pintarnya dari dalam poket.\nBerang, setiap kali dia mahu ada saja alasan yang wanita jelita itu berikan. Perempuan lain laju sahaja mahunya!\nIrin Aryanna tahu daddy ~nya itu marahkan dirinya. Dia ada sebab. Tambahan pula semenjak dua menjak, dia sering di ganggu. Dan sekejap tadi, dia ternampak serta dengar suara yang sama. Lagipun, dia masih tidak bersedia untuk ‘itu’.\nBuncit nanti mahu ke Dato bertanggungjawab?\nSufian yang ternampak segera memandang depan kembali. Sebab itulah, dia kurang menggemari bawa kereta ini kerana tiada halangan seperti kereta mewah lain.\nBukannya dia boleh berikan teguran pun. Dia hanya pemandu sahaja. Pemandu kepada sugar daddy yang menjadi pujaan ramai sugar baby di luar sana.\nTermasuklah Irin Aryanna.", "KAWASAN FLAT,", "IRIN ARYANNA menyambung kembali langkah apabila kanak-kanak yang sudah dia berikan gula-gula mahal itu berlari ke bangunan flat masing-masing. Wanita jelita itu tidak sedikit pun berasa kekok apabila terpaksa melalui kawasan flat yang terletak dalam kawasan berdekatan dengan Lorong Haji Taib.\nIrin Aryanna melemparkan senyuman pada wanita-wanita yang tersadai di sebelah bawah tangga untuk naik ke atas. Kebanyakan sedang mengipas kepanasan menanti pelanggan. Ikutkan masih lagi awal tapi mungkin mahu wang lebih…\nDalam senyuman mereka itu. Ada sosek-sosek yang Irin Aryanna kurang selesa mendengarnya. Pun begitu, dia tetap memaniskan roman wajah. Langkah beralaskan kasut tumit tinggi bertali halus terikat tinggi sehingga ke paha diayun dengan tenang.\n“Makin mewah aku tengok…”\n“Biasalah, makan duit bapak-bapak kaya yang kesepian, kononnya lah kan…”\n“Mak dengan anak sama saja. Dua-dua kaki mengikis dan menyundal…” ujar si pembisik sebelum tersenyum sinis.\nIrin Aryanna mahu saja memberitahu perkara sebenar mengenai anak salah-seorang daripada dua orang wanita berpakaian menjolok mata walau sudah berusia itu. Pekerjaan si anak saling tak tumpah seperti dirinya itu malahan lagi advance. High class\nMereka lupa siapa mereka?\nSama sahaja dengan dirinya juga emak…\nIrin Aryanna Aryanna terdengar suara orang sedang berdehem. Dia tahu memang ada seorang pemuda kacak sedang menanti di situ, dia saja yang malas mahu mendongak. Aspal agak becak dengan segala jenis air.\nSekali lagi dia terdengar akan suara-suara wanita bawang di sebelah belakangnya itu. Apatah lagi sudah terpandang jejaka kacak di depan. Berebut-rebut pula menawar harga tubuh!\n“Hai, aku Amir. Kau Irin kan?” Pemuda itu tidak melayan panggilan gatal di sebelahnya itu kerana dia lebih tertarik pada Irin Aryanna yang kini mahu menaiki anak tangga.\n“Eh, sakit pula hati aku ni lah! Boleh pula betina tu yang dia kejar?” soal wanita berambut paras bahu. Rambut yang dia warnakan kehijauan untuk menutupi uban. Manakala wanita yang masih lagi mengipas muka itu juga turut menjuihkan bibir.\nMenyampah. Dari Sofia si emak, bawa ke anak, semua jantan terkejar. Sedangkan dirinya?\n“Esok malam aku ingat aku nak minta cuti lah,” ujarnya secara tiba-tiba. Si rakan terus memandang mukanya. Manakala Irin Aryanna sudah jauh ke atas dan pemuda itu pula, masih tidak mahu mengaku kalah. Dia akan datang lagi.\n“Irin…” Bisikan yang sama sekali lagi hadir walau waktu itu siang hari. Irin Aryanna tetap meneruskan langkahnya memandangkan laluan untuk ke rumah makin dekat.\nIrin Aryanna terpaksa menghentikan langkahnya, apabila di depan ada asap hitam yang sedang membuat satu pembentukan susuk tubuh. Dia memang sah-sah nampak asap itu membentuk sebagai susuk yang mempunyai dua tanduk.", "Irin Aryanna cuba kumpul kekuatan. Irin Aryanna juga cuba baca ayat yang jenuh dia menghafalnya semenjak dirinya di ganggu. Ada ketikanya, dia sedar akan khilaf diri yang tidak pernah mahu menyembah Allah SWT. Yang dia sembah hanyalah kemewahan.\nDia membuka matanya kembali, asap hitam berbentuk figura haiwan itu sudah tiada. Irin Aryanna terus menghelakan nafas lega lalu menyambung kembali langkahnya.\nIrin Aryanna terpaksa mengerahkan otaknya untuk mencari hipotesis kenapa perkara ini berlaku setelah dia mengenali Dato’S. Sedangkan selama ini, sudah berapa ramai daddy yang menguliti jasadnya itu tetapi tak pernah dia mengalami gangguan berunsurkan mistik sebegini.\nDi bawah tangga semula…\n“Tak pernah-pernah kau nak ambil cuti, nyah. Kenapa?” soal wanita seksi yang tetap dengan kipas itu. Si rakan di sebelah tersenyum sebelum dia mendekat. Telinga wanita itu dia cari lalu berbisik.\n“Hah, itulah… dari hari itu lagi aku dah cakap. Cuba, cuba. Tapi, kau juga yang tak mahu. Sekarang apa sudah jadi?” sindir wanita itu tersenyum sinis sambil melajukan kipas mukanya.\n“Aku memang dah lama nak pergi…”\n“Tapi, boleh ke kita berdua cuti serentak?”\n“Itu kau jangan risau. Tahulah aku nanti macam mana nak kaw tim dengan madam nanti. Aku tak lalu dah jadi macam ini hari-hari, macamlah kita berdua ni tak laku sangat!”", "Baru sahaja Irin Aryanna mahu mengetuk permukaan pintu. Pintu sudah ternganga luas. Sofia serta dua orang lelaki yang masih tersenyum lebar itu sedikit tergamam. Irin Aryanna sahaja yang berwajah biasa. Dia sudah mangli.\nMasam wajah Sofia menjeling tingkah pelanggan yang enggan pulang itu. Mata kedua-duanya asyik memerhati penampilan Irin Aryanna yang pada ketika itu sedang bersalam.\n“Maafkan Irin mak, bukan sengaja tak mahu telefon tapi Irin dari tempat kerja ni,” ujar Irin memberi alasan. Bukan tempat kerja tetapi dari kondo Tan Sri Chan, lelaki berketurunan Tiong Hua itu mahu dia temankan sebelum berlepas ke Macau.\nSebab itulah di tangannya ada dua bungkusan beg plastik dari jenama mahal dan sedang diperhatikan oleh si ibu. Kemudian Sofia kembali merenung tajam dua orang pelanggannya itu. Mereka seakan memahami sambil tersenyum kambing minta diri.\n“Siapa ni Sofia? Kenalkan kat aku,” pinta salah-seorang daripada pemuda yang umur hampir sebaya Sofia. Irin Aryanna segera masuk apabila Sofia mengarahnya masuk cepat. Manakala si lelaki hidung belang itu tersengih lagi. Macam selipar koyak!\n“Aku bagi warning jangan sesekali kamu berdua ganggu anak aku itu.”\n“Oh anak, patutlah cantik. Ala, Fia macamlah aku tak tahu apa kerja dia tu,” celah si rakan pula membuatkan pemuda yang menyoal tadi terdiam. Bagaimana rakannya boleh kenal pula. Dia menjeling wajah si rakan. Si rakan naikkan keningnya.\n“Apa maksud kau Rahim? Kalau kau tak tahu cerita sebenar tak usah lah nak memandai-mandai ya. Aku lebih tahu sebab aku ibunya!” Terus Sofia menyanggah. Dia tahu siapa anaknya itu dalam diam, dia juga tahu Irin Aryanna menipu.\nHanya dia yang enggan bersuara kerana dia dirinya juga tidaklah sebaik mana. Mahu membantah juga dia lagi teruk. Tubuh juga tergadai!\nSofia tahu Irin Aryanna sekadar peneman dato-dato tersebut namun dia masih lagi menjaga keutuhan tubuh dari turut tergadai sama seperti mana dirinya itu.\n“Apa kerja dia Sofia? Alah, cakap sajalah buat apa nak rahsia,” sahut pemuda lagi satu.\n“Aku kata pergi. Lebih baik kau orang berdua pergi. Lagi pun, dah dapatkan? Nak apa lagi?” ujar Sofia dalam nada melengking. Pemuda itu dengan berani berbisik.\n“Pergi aku kata. Aku tak akan benarkan!”", "RUMAH BOMOH SIAM…", "“APA tak cukup kuat lagi ke?” soal wanita botak berpakaian sami itu sedikit menekan serta kedengaran dingin. Wanita di hadapan menggeleng mengiyakan. Mengeluh berang bomoh Siam itu kini.\n“Aku mahu sampai m**i!” terang wanita yang terselindung di balik balutan selendang hitam itu. Tangan dikepal. Bomoh wanita keturunan Siam itu perasan akan tingkah tersebut.\n“Ada kau bawa barang yang aku mahukan itu?” soal wanita botak itu lagi sambil mulut bergumam dengan tangan pula berawangan atas tengkorak manusia betul itu.\nBerselang-seli dengan goyangan loceng kecil. Kedengaran sedikit menyeramkan bagaikan berada di dalam wat Buddha.\n“Ada, aku ada bawa semuanya…” sahut figura yang masih lagi terselindung wajah di balik selendang. Tas tangan jenama mewah dia bukakan lalu menarik keluar bungkusan kain hitam berisi segala barang milik si mangsa.\n“Ini dia…” ujar wanita berselendang hitam itu seraya menghulur ke tangan wanita sami berkepala botak itu. Dengan mulut yang berkumat-kamit, bomoh dari Tanah gajah putih itu membuka bungkusan hitam atas asap dupa.\nSekeping gambar dia tarik bawa keluar lalu di letakkan atas talam kecil yang telah di bentangkan dengan kain kuning. Dalam bungkusan tersebut ada beberapa barang milik si mangsa. Paling ampuh pad milik mangsa yang masih lagi kotor.", "“Sungguh kau mahu lakukan ini? Atau mahu aku tambah saja minyak pengasih yang ada pada kau itu? Aku mahu kau fikir baik-baik kerana perkara sebegini tiada jalan pulang,” ujar bomoh wanita Siam itu mendongak, merenung tajam.\n“Ya, aku sanggup asalkan dia mampus!” ujarnya tersenyum senget. Tajam matanya merenung wajah dalam gambar atas kain kuning itu.\n“Baiklah, kalau itu kemahuan kau…” sahut si bomoh.\n“Aku juga mahu ampuhkan lagi minyak aku tu…” Dengan pantas dia menyampuk sebelum bomoh wanita Siam itu memulakan upacara. Satu kerlingan wanita berpakaian sami itu berikan ke arah kirinya.\nBau kayu colok semakin kuat. Wanita berkepala botak itu sekali lagi mengangkat loceng dan menggoyangkannya. Angin yang tidak terlalu kuat hembusannya menjadi kasar setelah mendengar bunyi loceng.\nMemang merinding kala telinga menangkap bunyi-bunyian yang pelbagai itu. Apatah lagi, saat bomoh berpakaian sami warna oren itu bergumam jampi. Jika di teliti dengan betul-betul seakan sama dengan apa yang pernah kita dengar tiap kali melalui perkampungan orang Siam.", "Cuma pada bacaannya sahaja yang berlainan. Ini bacaan untuk mengenakan orang!\n“Khx rbkwn thex khn ni cn pwy thrman wiyyan tex kxn…” bisik bomoh Siam itu pada sesuatu yang sudah pun berada di tepinya. Namun di mata wanita berselendang hitam itu pula menakutkan dia. Bomoh wanita berpakaian sami itu bercakap seorang diri sambil terangguk-angguk seperti berdoa.\nGambar direnyuk lalu di masukkan ke dalam air kotor. Di angkat semula lalu menggunakan pisau belit berkarat dia memangkah wajah gadis jelita dalam potret berukuran penuh itu. Ada senyuman puas hati terukir pada bibir susuk berselendang hitam tersebut.\nGambar di perenyuk sekuat hati sebelum dia masukkan ke dalam sehelai perca kain kuning kemerahan seperti terkena d***h. Pad juga dia tusuk-tusukkan. Di waktu yang sama, si mangsa di tempat dia sedang berada itu mulai memulas perutnya.", "KEMUDIAN dia meminta wanita berselendang hitam itu meludah atas pad tersebut. Wanita yang tersenyum lebar menunduk, lalu meludah dengan sepuas hatinya. Memang dia mahu musuhnya itu musnah!\nSegala benda telah bersatu dalam bungkusan kain kuning merah lalu diikat dengan tiga jenis warna benang hidup atas asap colok yang berkelong itu. Mulut sekali lagi membaca mantera dalam bahasa Siam.\n“Plxy hi khea tay!” Ayat yang acapkali bomoh wanita berketurunan Siam itu lafazkan dengan sepenuh hati.\nSetelah selesai, bungkusan atau buhul sihir itu dia serahkan pada wanita berselendang hitam itu dengan bersyarat.\n“Kau faham? Kau jangan lupa pula. Dan ini, minyak yang kau mahukan itu. Aku sudah sediakan kerana aku tahu kau pasti datang semula…” ujar bomoh wanita Siam itu, seakan menyindir. Wanita berselendang hitam yang sedang mengira kepingan not ‘Ringgit Malaysia’ sekadar tersenyum.\nTidak dia kisah di sindir atau tak. Yang pasti, apa yang dia mahukan dia pasti dapat!", "Seminggu berlalu…", "“IRIN ARYANNA, tunggu dulu. Abang tak habis cakap lagi!” sanggah pemuda itu terus menarik tangan wanita seksi itu agar berhenti dari langkah lajunya.\nDalam masa sama, beberapa keping gambar aksi pasangan itu sedang ditangkap oleh seorang jurugambar upahan. Bukan jurugambar itu sahaja yang sedang mengintip perlakuan mereka berdua di parkir yang agak sunyi itu.\nMaya juga ada. Lama matanya memerhati tingkah Irin Aryanna dengan pemuda berbadan sederhana kekar tersebut. Tanpa Maya sedar, bibir melorek satu senyuman yang kelihatan senget.\n“Kau masih tak faham-faham lagi ke?” sela Irin Aryanna rimas. Sudahlah tadi dia di malukan oleh Madam hanya kerana silap kecil. Pemuda di hadapan dia pula ini mahu menambah rencah lagi.\n“Ya, memang abang tak faham. Dan tak akan abang mahu faham!” pangkah pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai abang itu. Dia yang pada mulanya sekadar mahu mencuba nasib, mana nak tahu boleh tidur bersama barang sehari, dua.", "Tetapi jika sudah takdir. Dan mungkin juga ujian buat dirinya. Hati yang berniat jahat terpusing lalu menjadi cinta. Cinta yang teramat sangat. Dan sekarang, beginilah dia masih mengejar cinta seorang Irin Aryanna. Ya, dia tahu siapa wanita jelita itu tapi dia yakin dia boleh merubah semuanya.\n“Tolonglah sayang,” rayu pemuda itu lagi. Dia cuba mahu memegang kembali tangan Irin Aryanna yang terlepas. Namun dengan pantas Irin Aryanna menolak dada serta jari telunjuk pula menujah dada lelaki itu. Amat dalam.\n“Sayang, sakit dada abang saya. Sayang sakit!” keluh pemuda itu benar-benar sakit. Pedih seperti di tusuk dengan benda tajam sahaja rasanya sedangkan jari Irin Aryanna tidak berkuku panjang.\n“Kau dah kenapa, Mir? Bila masa aku tusuk dengan pisau? Kau ingat aku ni kejam sangat ke, hah?” sanggah Irin Aryanna setelah tangan di turunkan. Irin Aryanna memang nampak akan perubahan yang berlaku pada wajah Amir.\n“Abang, tak berbohong sayang. Sungguh abang rasa dada abang ni sakit sangat… Pedih macam luka tersayat benda tajam. Abang rasa sayang tusuk dada abang dengan pisau… benci sangat ke pada abang ni sayang?” soal Amir kecewa serta ralat.\n“Kau memang dah tak betullah Amir. Boleh kau tuduh aku tusuk dada kau dengan pisau?” pangkah Irin Aryanna. Sebenarnya dia juga terasa ada kelainan pada dirinya tadi, namun dia enggan mengiyakan.\nDengan tak semena-mena bulu romanya semua menegak. Irin Aryanna memandang jam di pergelangan tangannya. Pukul dua pagi. Membuka tas tangan berjenama mewahnya untuk menarik keluar telefon pintar.\nOrang yang dia nantikan tak kunjung tiba, yang tidak dia sudi pula yang terhegehkan diri. Lagi dia sakit hati apabila di tuduh cuba menusuk dengan pisau. Dia menusuk dada Amir dengan jarinya. Dia nampak bagaimana pula lelaki itu terasa dadanya di tusuk pisau?\nPelik juga!\nTidak sempat menatal skrin telefon, sebuah kereta mewah warna putih sedang menjalar masuk ke arah parkir. Senyuman menguntum tanpa mahu mempedulikan Amir yang tercengang dan tercegat macam patung itu, Irin Aryanna terus membuka langkah.\nKereta mewah berhenti. Baru sahaja, Irin Aryanna membuka pintu dia terjerit kecil dan tidaklah terlampau kuat. Amir juga tidak mendengarnya. Tan Sri A pula ternganga mulut. Dah kenapa sugar baby terbaharunya itu menjerit?\nJenuh dia pandang kiri, kanan memang tidak ada apa-apa yang menyeramkan pun.\n“Sayang, kenapa dengan you? Ini I lah sayang… bukan pocong!” ujarnya cuba bercanda terus mendapat hempukkan paha dengan tas tangan mahal dari wanita seksi yang sedang memasuki ke dalam keretanya itu.\n“Ganaslah sayang ni,” ujar Tan Sri A dengan senyuman menggodanya. Irin Aryanna meminta lelaki sebaya bapanya bergerak sekarang. Irin Aryanna sebolehnya mahu cepat keluar dari kawasan parkir itu.\nPerut masih memulas namun dia tetap bertahan. Manakala Amir pula menghela nafas kekecewaan. Spontan dia menggenggam erat penumbuk. Membuka langkah ke arah kereta MyVi hitamnya lalu permukaan pintu di tumbuk kuat.\n“Aouch!” dia mengaduh kesakitan. Belakang tangan yang sakit terus dia kibas-kibaskan.\n“Baik, tak apa. Irin, kau tunjuk degil ya? Tak apa sayang… abang tahu nak kerjakan kau!” selanya lalu memegang pintu kereta. Saat dia mahu membuka ada satu tangan lain sedang menepuk bahunya.\n“Iya?” soalnya dengan segera berpaling. Kosong. Telan liur lalu mata meliar sekitar kawasan yang sunyi serta gelap itu. Memang tiada orang pun yang mahu ke situ kerana kebanyakan mereka lebih gemar parkir kereta sebelah luar dari dalam.\nKereta milik jurufoto juga sudah tiada. Yang ada hanya kereta Maya. Maya pula masih lagi merenung gelagat pemuda terbabit yang kelihatan sedikit takut.\nSetelah masuk ke dalam, berdentum pintu di hempas dan di kunci. Sambil mulut berkumat-kamit membaca segala surah yang dia tahu. Menghidupkan enjin dengan mulut semakin kuat membaca tiga Qul.\n“Siapa yang tepuk bahu aku tadi?” soalnya tarik tangan dari menggenggam stereng. Meraup muka. Menggigil dia keseorangan dalam kereta.\nTanpa mahu menunggu terus dia tekan pedal minyak dan kereta bergerak. Seboleh-bolehnya dia mahu cepat keluar dari situ. Amir enggan memandang cermin. Peluh makin banyak. Bibir masih lagi berkumat-kamit.\nBerbalik semula pada Irin Aryanna yang sudah pun tiba di rumah sugar daddy~nya itu. Sementara Tan Sri berbincang dengan rakan perniagaan dia yang berada dalam kamar mewah itu hanya meliarkan pandangan mata.\nPerut masih lagi memulas-mulas. Mencucuk-cucuk. Nak kata angin berkemungkinan juga. Tapi tak akanlah berhari-hari?\nBerhenti tak berapa saat, sakit lama.\n“Ish! Otak aku ni pun, boleh pula terfikir sampai begitu? Tak akanlah, mustahil dia nak buat aku macam tu?” omel wanita yang bangun lalu menapak ke arah koridor banglo mahu mengambil angin pagi. Ya, pukul tiga pagi.\nMemeluk tubuh tatkala tubuh yang sememangnya banyak bahagian yang terdedah itu di sapa sang bayu malam. Rambut ikalnya juga berterbangan. Yang mana menutupi wajah dia pantas menyebak semula ke belakang.\n“Amir?” Tiba-tiba sahaja nama pemuda itu tertulis dalam ingatan. Menggeleng semula. Entah kenapa, semenjak beberapa hari kebelakangan ini dia senang mengesyaki. Mungkin kerana tubuhnya yang dia tahu tidak berapa sihat baru-baru ini.\nDia runsing. Irin Aryanna mahu masuk semula ke dalam memandang kedinginan malam itu amat mencucuk tulang namun sempat juga dia pandang ke langit, bulan besar sahaja. Dia tersenyum sendirian, boleh pula ada wajah Amir.\n“Tak akan aku dah jatuh cinta? Perempuan macam aku ni layak ke jatuh cinta?” selanya pada diri sendiri. Memusingkan tubuh.\n“Allah!” Terungkap lafaz yang teramat jarang dia sebut itu apabila dia kini sedang berdepan dengan satu kelibat yang merempuhnya. Dia terduduk. Perlahan-lahan membuka pekupan mukanya kembali.\n“Sayang, kenapa dengan you?” Tan Sri A benar-benar pelik dengan kelakuan sugar baby terbaharunya itu. Dia membantu gadis jelita itu untuk bangun.\n“Tak, tak ada apa-apa. I terjatuh sebab terpijak kain,” terang Irin Aryanna. Penerangan yang menambahkan lagi rasa pelik dalam otak Tan Sri A. Kain?\nLiar matanya memandang lantai koridor namun tidak dia nampak ada kain pun. Dia tak sedar gadis jelita yang terketar-ketar itu sudah masuk dalam. Tan Sri A mendongak semula. Mengecilkan mata kerana mahu menjelaskan lagi benda yang sedang dia perhatikan itu, mata spontan membesar tatkala otak sudah berjaya menafsir benda tersebut.\nKelam-kabut dia masuk ke dalam. Pelik, selama ini tidak pernah pula dia boleh nampak benda-benda sebegitu apabila dengan sugar baby lain.\n“Jangan-jangan…” desisnya kala terpandang Irin Aryanna.", "PINTU kamar dibuka sambil menenyehkan mata yang masih tersisa lagi rasa kantuknya. Pintu terbuka luas. Melangkah masuk lalu tangan meraba dinding untuk mencari suis lampu.\nTap!\nBercahaya. Kosong. Keadaan katil juga tidak seperti baru dikemaskan. Membawa maksud penghuni kamar itu masih lagi belum pulang. Tangan meraba poket kemudian menyeluk ke bahagian dalam. Membawa keluar sambil tersenyum dia meliarkan pandangan mata.\nLangkah makin ke dalam. Dia berhenti di tepi katil. Memandang belakang semula iaitu ke arah muka pintu yang terbuka.\nTiada sesiapa pun selain dirinya sahaja. Hujung tilam yang agak berat itu diangkat sambil mengerutkan dahi, dengan pantas bungkusan dalam genggaman dia masukkan ke bahagian bawah serta menyelitkannya di bahagian spring.\nSetelah itu tilam dihempaskan. Hujung cadar yang terkeluar seraya dia kemaskan seperti mana sebelum dia usik. Mengibaskan tangannya. Bibir tersenyum.\nMelangkah pula ke bahagian meja solek. Sikat diangkat. Beberapa helaian rambut yang ada di gigi sikat dia tarik lalu dimasukkan ke dalam beg plastik kecil jernih. Kemudian mata singgah ke satu bingkai berukuran 3A. Bingkai buat seketika, menjuihkan bibir melihat pasangan bahagia dalam gambar tersebut.\nMulut berkumat-kamit dalam masa yang sama, dia tidak perasan ada sesusuk bayangan muncul secara tiba-tiba di permukaan cermin sedang menatap dirinya dengan tajam.\nBingkai terus diletakkan kembali sedikit kasar atas meja. Dia merenung cermin biasan wajahnya. Sekali lagi berkumat-kamit dengan telapak tangan memegang dagu perlahan-lahan naik kedua belah pipi lalu ke dahi. Dia ulangi perlakuan tersebut sebanyak tiga kali lawan jam.\nAda nama yang sedang dia seru.\nSetelah selesai semuanya, dia membuka langkah ke arah dinding menutup lampu kamar. Dia sememangnya suka jika penghuni dalam kamar ini belum pulang lagi memudahkan pekerjaannya itu. Syarat sekiranya mahu apa yang dia hajati itu segera terlaksana.\nMenekan alat kawalan jauh untuk membuka pagar elektrik. Seperti biasa, matahari kian meninggi barulah akan nampak wajahnya di taman itu. Bibir masih lagi mengorakkan senyuman. Teringatkan akan bundut-bundut beg plastik berjenama mewah dalam bonet.\nMemang betullah apa kata orang, jika mahu merasa hidup mewah dalam masa singkat inilah pekerjaan yang teramat sesuai. Pandai-pandailah menepis sekiranya tidak mahu dibawa ke bilik tidur. Memang ada yang sanggup, tetapi Irin Aryanna setakat yang ringan sahaja. Itu pun dia kena tepis seandainya dia lihat lelaki-lelaki tua mula merenyam.\nPagar terbuka, kereta menjalar masuk. Menekan semula alat kawalan dan pintu pagar tertutup semula. Setelah yakin kedudukan kereta betul, enjin dia hentikan. Pandang sekilas muka pada cermin atas kepalanya. Masih segar tanpa mekap tebal seperti sebelah malam.\nLangsir segera dia tutupkan. Maya tahu rakannya sudah balik. Segera dia ke dapur untuk memanaskan sarapan kerana dia tahu Irin Aryanna tak singgah mana-mana untuk sarapan. Itulah rutinnya setiap hari namun dia tak kisah. Dia banyak terhutang budi pada Irin Aryanna sedari mereka dari flat lagi.\nNasib dia dengan Irin Aryanna sama sahaja, dua-duanya anak lorong. Anak dari rahim wanita yang mereka tidak tahu siapakah bapa sebenarnya.\nKembang-kempis hidung Irin Aryanna pabila pintu telah terbuka. Bau menyelerakan namun dia harus mandi dahulu.\nBungkusan yang tangannya dia sedang pegang itu dia letakkan atas sofa. Dia mahu menutup pintu semula.\nPintu dah tertutup tanpa di selak, Irin Aryanna mengangkat kesemua bungkusan plastik berjenama mewah itu untuk menapak ke arah tangga.\nSemasa dia menaiki tangga. Ekor matanya yang menunduk dapat menangkap satu kelibat hitam juga menuruni tangga dari sebelah atas namun dalam pergerakan yang laju. Irin Aryanna mendongak. Berlapis dahi kerana hadapannya tiada sesiapa pun.\nMenarik nafas sedalamnya sebelum dihela. Menggeleng sambil tersenyum. Mungkin matanya makin mengantuk jadi akan nampak benda-benda halusinasi.\nDah pagi pun. Mustahil ada hantu. Mendesah perut masih lagi sakit. Hampir empat minggu. Dia bukannya tidak melakukan pemeriksaan doktor, scan juga sudah namun mungkin angin dan gastrik.\nPaling menyakitkan tatkala dia kedatangan bulan. Sungguh dia terseksa. Memang dia ada senggugut tapi jika sudah makan ubat ia akan berkurangan tetapi bulan ini tidak!\nIrin Aryanna tetap menaiki tangga sehingga sampai aras atas. Setelah sampai, dia terus menuju ke arah kamar yang tidak jauh dari tangga. Membuka pintu meraba dinding mencari suis lampu dengan pantas kerana dia mahu tahu cahaya merah apakah itu.\nAda dua biji cahaya merah yang hadirnya dari arah almari. Setelah kamar bercahaya. Irin Aryanna tidak lagi nampak akan cahaya merah tersebut. Melemparkan beg-beg plastik atas tilam lalu menutup pintu.\n“Makin busuk lah peluh aku sekarang ni, macam bau mayat,” ujarnya yang tak bertapis langsung sambil mengangkat tangan untuk menghidu. Memang dia sedang berpeluh. Bergerak laju ke arah jendela gelangsar membuka dengan luas agar angin segar masuk walau penghawa dingin telah dia bukakan.\nNamun, dia lebih menggemari akan udara luar yang segar. Angin semula jadi sejuknya lain dari angin buatan manusia iaitu kipas serta penghawa dingin. Langsir di selak sekali lagi sambil tersenyum diangkat lalu hujungnya disimpulkan.\nMatanya sungguh mengantuk. Macam-macam sudah dia nampak. Mungkin dia harus tidur sekejap.", "Selang beberapa minit…", "IRIN ARYANNA yang terjaga kelam-kabut keluar dari dalam biliknya kerana perut sudah berlagu. Laju dia menuruni anak tangga simen itu. Bau masakan Maya makin melambai.\nMaya tersenyum melihat gelagat rakannya itu kelam-kabut mengangkat tudung saji sebelum dia masuk semula ke dapur untuk mengemas pula. Memang Maya akan mengemas sendiri jika dia yang menggunakan dapur. Tidak tahu kenapa dia enggan bagi Irin Aryanna membantunya.\nBerkali-kali Irin Aryanna mencedok mee goreng udang ke dalam pinggan. Sedap sungguh kali ini Maya masak. Dia sudahlah lapar, apa lagi. Bedal!\nBiasan cermin memaparkan sesuatu yang memualkan. Ada sesuatu sedang menguit-guit dalam pinggan yang sedang Irin Aryanna gunakan itu. Dan ini, termasuklah yang ada di pinggir bibirnya. Menguit-guit. Benda kecil itu masih lagi bergerak-gerak.\nBerkali-kali Irin menyuapkannya ke dalam mulut.", "“KENAPA dengan kamu ni Irin? Mak tengok muka kamu tu makin pucat makin tak bermaya je? Mengandung? Kamu jangan nak malukan mak pula, Rin!”\nSofia tidak mahu berdolak-dalik. Berterus-terang lebih elok. Irin Aryanna mendongak lalu merenung wajah emaknya, lama. Dia mengeluh. Keluhan dari Irin Aryanna makin meresahkan wajah si emak kerana dia tahu siapakah anak tunggalnya itu.\n“Aku mahu kau berhenti dari kerja tu!”\n“Kerja apa emak maksudkan? Kenapa pula Irin kena berhenti dari kilang tu mak? Macamana Irin nak sara hidup Irin dengan mak,” tukas Irin Aryanna semakin sebal.\nSudahlah Sofia tuduhnya mengandung, minta berhenti kerja pula. Irin Aryanna sudah biasa hidup mewah tak mungkin dia akan berhenti selagi para ‘Dato-Dato’ dekat luar sana tu masih mahukannya.\n“Mak kenapa diam? Kenapa dengan mak ni? Irin pucat bukan sebab mengandung,” terang Irin Aryanna lagi. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa, dia berada dalam keadaan sedemikian semenjak-dua menjak ini.\nPenampakan yang menyeramkan juga dah acapkali dia nampak bagaikan hijab terbuka pula!\n“Habis kalau bukan mengandung apa? Irin ingat, mak tak tahu apa kerja Irin kat luar sana? Kilang?” sindir Sofia dengan segera memandang tubuh anaknya itu atas bawah, atas bawah.\nMewah sebegitu kerja kilang?\nSofia tarik senyum senget. Memang dia hanya duduk di lorong tunggu pelanggan tetapi telinganya tidak pekak untuk mendengar segalanya. Nama anaknya itu terkenal di kalangan para pelanggan yang mempunyai status VIP.\n“Salah ke kerja Irin mak?” Sengaja Irin Aryanna mahu menguji Sofia. Entah kenapa, hatinya bagaikan sudah dapat meneka. Sofia mungkin sudah tahu pekerjaan sebenarnya itu. Yalah sehingga bila mampu sembunyi.\nJika bukan datang dari mulut dia, kemungkinan dari mulut orang-orang di luar sana!\n“Mak nak kamu cari kerja halal,” sahut Sofia dari duduk mengangkat sebelah kaki atas kerusi makan sambil menghisap rokok kini dia turunkan kakinya ke bawah. Apa yang terdedah sudah tersembunyi kembali dalam kain pelikat.\n“Kerja kilang tu halal mak!”\n“Sampai bila kamu nak menipu mak?”\n“Mak?”\n“Irin Aryanna! Cukup! Mak tak nak dengar lagi sebarang alasan. Mak mahu kamu berhenti dari mengejar dato-dato tu. Mak tak suka kamu kerja macam tu, tahu tak. Kamu jangan ingat mak tak tahu siapa kamu. Kamu sugar baby. Sayang, biar mak seorang saja yang dicemuh orang mak tak mahu kamu kena. Faham tak!”\nIrin Aryanna menelan liur. Bukankah betul Sofia sudah tahu. Tapi dari mulut siapa? Dua orang pelacur tua di bawah tu?\n“Habis mak ingat Irin suka kerja mak tu, hah? Kalau mak boleh jadi jalang kenapa Irin tak boleh? Mak seorang saja nak hidup mewah begitu?” sanggah Irin Aryanna berang. Sofia tidak boleh atur hidupnya. Dia tak mahu hidup susah seperti mana zaman dia kecil!\n“Irin!” Sofia menengking lalu laju tangan di angkatkan.\nPang!\nSofia tergamam sambil memandang tangan. Irin Aryanna pula memegang pipi terteleng yang pijar itu sambil memandang sayu ke arah emaknya.\n“Nak…” panggil Sofia semula cuba memegang bahu Irin Aryanna. Irin Aryanna menjauh. Pipinya basah. Sofia nampak, dia tahu anaknya menangis kerana perbuatan kasarnya itu.\n“Sampai hati mak tampar Irin. Tangan kotor mak tampar Irin? Irin tak akan berhenti kerja tu. Irin tak mahu susah macam mak. Irin bukan pelacur macam mak!” pekik Irin Aryanna membuntang mata menyebabkan Sofia pula terkejut sambil memegang dada yang sakit.\nIrin Aryanna mengangkat kembali tas tangan mewahnya dan terus melangkah keluar dari pintu rumah. Sofia tergamam apabila Irin Aryanna membaling beberapa keping not kertas warna ungu depan mukanya. Hina sekali dia rasakan kini.\nIrin Aryanna berlari menuju ke arah tangga. Dia juga menangis tersedu-sedan. Dalam masa dia berlari, sakit pada perutnya itu bertambah-tambah. Mencucuk-cucuk. Dia tahu wajahnya makin pucat.\nDia balik ke rumah emaknya itu sebab mahu kurangkan tekanan tak sangka pula jadi begitu. Sofia tidak tahu apa yang sedang dia lalu sekarang ini. Hidupnya jadi huru-hara dengan penampakan tersebut. Irin Aryanna seakan tahu ada seseorang sedang kenakan dia, sebab itulah dia ke rumah emaknya.\nIrin Aryanna mahu meminta tolong emaknya untuk mencari mana-mana orang pandai untuk lihat rumahnya. Irin Aryanna sangat tahu sugar baby macam dia, ramai yang mencemburui. Yalah hidup dalam kemewahan!\nIrin Aryanna pula, antara sugar baby pilihan para sugar daddy!\nSudah pastilah sugar baby yang lain cemburukannya. Dan tak mustahil juga, ada yang mahu kenakan dia dengan ilmu salah.\n“Kenapa kau tersenyum manjang ni, nyah?”\n“Eh, kau tak perasan ke?”\n“Perasan apa, nyah?” soal si rakan juga memandang ke arah tubuh lesu Irin Aryanna. Kedua-duanya tersenyum-senyum. Irin Aryanna menghentikan langkahnya lalu berpaling setelah telinganya mendengar kata-kata perlahan kedua orang pelacur tua yang tidak suka pada dia itu.\n“Oh… jadi kerja makcik berdua lah ya?” sela Irin Aryanna. Kedua-dua wanita yang suka memakai skirt ketat serta singkat itu terdiam. Kipas tangan yang tidak berhenti-henti mengipas muka juga turut dia hentikan dari bergerak.\nIrin Aryanna makin mendekat dengan renungan tajamnya. Sakit hati semakin bertambah. Baru kini dia tahu siapa punya angkara. Jadi tidak perlulah dia berteka-teki lagi.\n“Kau dah kenapa pandang kami macam tu?” soal si rakan. Yang seorang sudah berkali meneguk liur. Pelik. Macam mana, Irin Aryanna boleh tahu pula akan perkara itu.\n“Pulangkan apa kamu berdua hantarkan tu!”\n“Hei, hantar apa pula ni?”\n“Makcik berdua tak perlulah nak berlakon lagi. Ingat aku tak tahu kamu berdua hantar hantu pada aku? Aku tahu makcik berdua tak laku sebab tu cemburu pada aku kan? Semua jantan kejar aku tak kejar makcik yang dada pun geleber,” sindir Irin Aryanna, puas hati melihat merahnya muka wanita-wanita tua yang tidak sedar diri di depannya itu.\n“Kamu!” tengking wanita yang berambut hijau laju mengangkat tangan mahu menampar wajah Irin Aryanna nasiblah si rakan dapat memegangnya. Si rakan di sebelah cuba menenangkan hati walau dia juga terbakar mendengar kata-kata itu.\n“Nak tampar aku? Tamparlah!” jawab Irin Aryanna terus mendongak dengan anak mata hitamnya ternaik atas. Tinggal yang putih sahaja.\n“Hantu!” pekik kedua-dua wanita tua itu lalu pengsan atas laluan tersebut. Anak mata hitam Irin Aryanna turun kembali dan Irin Aryanna juga berasa pelik dengan perubahan dirinya itu. Tanpa mahu berlengah dan khuatir di tuduh apa pula, dia terus berlari menuruni tangga kotor bangunan flat murah itu.\nTidak beberapa minit selepas dia makin menjauh. Sudah terdengar jeritan orang yang terkejut melihat dua orang pelacur tak laku itu pengsan atas laluan. Termasuklah Sofia. Dia juga pelik.\n“Nampak hantu?” soal Sofia pada petang yang sama. Setelah puas bercerita jirannya itu meminta diri untuk pulang. Takut katanya. Nak-nak lagi, makin senja. Sofia tersenyum mana mungkin ada hantu. Kalau ada pun, hantu jantan ada lah.\nSofia masuk semula ke dalam kerana dia mahu bersiap-siap. Malam ini dia tak dapat ikan bilis tapi jerung. Benarlah kata kawannya itu, pakai susuk emas ni elok.\nSofia membuka semula pintu apabila sekali imbas dia nampak ada satu kelibat sedang berlari di depan mukanya. Sofia menjengahkan mukanya memandang kiri dan kanan, kosong.\nSemua orang dah masuk ke dalam rumah masing-masing, langit merah. Senja bakal berlabuh. Dari jauh, dah dengar speaker masjid berbunyi-bunyi. Sofia masuk semula ke dalam rumah lalu menutup pintu. Dengan tak semena-mena dia merasa meremang pula.\nSofia tetap tersenyum seraya menggeleng.", "SEKALI lagi Irin Aryanna merasa kecewa. Beberapa orang Tan Sri serta Dato yang seringkali menguliti dirinya itu seakan mahu menjauh dari dirinya tanpa sebab yang pasti. Irin Aryanna merasa tidak boleh tahan lagi, dia harus lakukan sesuatu.\nJika tidak, habis periuk nasinya nanti. Tapi siapa orangnya yang mahu melihat kejatuhan dia?\nMemandangkan malam itu dia tidak jadi keluar dengan Tan Sri Govinda, Irin Aryanna menelefon seseorang. Dia rasa dia tahu kerja siapa. Siapa lagi kalau bukan Amir!\nKerana mulut Amir jugalah Sofia tahu akan pekerjaannya itu. Amir juga pelanggan Sofia. Ada hati mahu tunjuk baik depan Irin Aryanna!\n“Aku tak kisah dah, Lynn. Berapa saja aku sanggup. Baiklah aku tunggu kau sekarang!” jawab Irin Aryanna sebelum mematikan panggilannya. Telefon pintar terus dia masukkan semula ke dalam tas tangan. Bingkas bangun.\n“Hah!” jeritnya terduduk kembali atas katil dengan kedua belah kaki turut dia naikkan sekali. Terketar-ketar saat dia mahu memanjangkan tengkuknya untuk memandang bawah.\n“Ta… ta… tangan siapa yang aku pijak tadi, hah?” soalnya secara berbisik. Sungguh dia tidak berbohong memang dia terpijak tangan seseorang. Irin Aryanna rasa mahu menangis kini. Apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini?\nSudahlah beberapa malam ini, dia keseorangan tanpa Maya. Pergi ke kondo juga dia di ganggu, balik ke rumah Sofia kena bebel sebab itulah dia pulang semula ke sini. Namun makin teruk gangguan yang terpaksa dia hadapi.\n“Apa kau dah buat Amir? Kenapa kau seksa aku macam ini?” tuduh Irin Aryanna. Dalam ingatannya tiada nama lain selain Amir kerana wajah itulah yang seringkali dia mimpi selama dia di ganggu.\nMenarik nafas dengan sedalamnya sebelum menghelanya. Dengan bismillah dia cuba menundukkan tengkuknya. Mata terpejam dia bukakan. Terketar-ketar dengan pelbagai bayangan seram sedang bermain dalam pemikirannya kini.\nBuka mata. Kosong. Tiada apa pun atas lantai. Dengan perlahan-lahan Irin Aryanna menurunkan kakinya. Tas tangan terus dia ambil sebelum berlari ke arah pintu dia tak mahu tunggu dalam rumah.\n“Lynn cepatlah datang!” ujarnya yang terketar-ketar menutup pintu dalam keadaan meremang. Liar matanya kini walau dia berada dalam rumah sendiri. Dia berlari ke arah tangga begitu juga semasa menuruni tangga. Dia mahu cepat keluar kerana dia rasa ada yang sedang mengikutinya.\n“Aduh sakit kaki aku!” bentaknya bengang. Entah macam mana pula dia boleh tergolek jatuh tangga. Sedangkan dia berlari dengan mata memandang takah tangga. Berdenyut-denyut kala dia cuba bangun. Dia tak boleh tunggu lagi, dia mahu cepat keluar kerana hon kereta Lynn sudah kedengaran.\n“Kenapa terhincut-hincut pulak tu?” Lynn yang berada dalam kereta nampak gaya wanita jelita itu berjalan. Tidak seperti selalu catwalk!\n“Kenapa dengan kaki kau tu?” soal Lynn apabila pintu kereta tempat duduk sebelah, terbuka.\n“Cepat Lynn, nanti aku ceritakan!” gesa Irin Aryanna apabila matanya terpandang lagi ‘benda’ itu. Lynn enggan mahu menyoal lagi terus menekan minyak. Lynn sudah tahu serba-sedikit tentang gangguan yang rakannya itu alami semenjak berkenalan dengan Dato’S serta semenjak mengenali Amir.", "Dalam rumah bomoh siam…", "“AKU mahu tambah lagi. Hati aku tak akan puas selagi dia tak mampus! Gangguan yang kau hantar kecil sangat!” sanggah wanita berselendang hitam itu. Mencabar kewibawaan bomoh berketurunan Siam itu.\n“Huh, gangguan aku yang kecil atau perempuan tu ada pendamping?” soal bomoh wanita berpakaian sami itu seraya mendongak. Dia hadiahkan senyum senget, sinis.\n“Apa maksud kau? Tak mungkin, aku kenal perempuan itu dan juga keluarganya. Mereka tiada saka-baka itu semua, saka pun tak mahu perempuan macam Sofia tuh!” sanggah wanita berselendang itu juga melawan tunakkan tajam bomoh dari Tanah Siam itu.\n“Dan itu bermakna kau yang tak tahu caranya!”\n“Aku datang sini bukan nak mendengar cemuhan kau, aku bayar kau. Jadi kau buat sahaja apa yang aku suruh. Kalau kau rasa, aku bayar tak cukup mahal, aku boleh up kan lagi payment. Kau jangan risau!” ujar wanita berselendang itu sedikit angkuh.", "Bomoh wanita berkepala botak itu sekadar tersenyum sambil mengarahkan bayang hitam yang sedang mengelilingi wanita berselendang hitam itu menjauh. Nanti akan dia bagikan ‘upah’nya. Sabar dulu.\nBayang hitam itu ghaib. Dan wanita berselendang hitam itu juga merasa sedikit aman dari tadi yang tiba-tiba meremang. Dia rasa seperti sedang di perhatikan hanya mulut enggan bersuara.\n“Baik, aku boleh lakukan lebih lagi dari yang ini. Tapi…” ujarnya seraya mendongak lalu meratah muka beroman sombong itu dengan lama. Wanita itu juga melawan tancapan tajam bomoh tersebut.\n“Tapi apa?” soalnya angkuh.\n“Kalau wang…” ujarnya terhenti apabila bomoh itu mencelah.\n“Bukan wang yang aku mahukan…”\n“Jika bukan wang apa dia? Cakap sajalah aku tak ada masa…”\n“Itu pun jika kau mampu!” sahut bomoh dari Tanah Siam itu lalu mengeluarkan sesuatu berupa bentuk anak patung dari kain jerami. Wanita yang sengaja menyembunyikan wajahnya di balik selendang jarang warna hitam itu nampak benda yang bomoh itu sedang pegang.\n“Apa maksud kau jika aku mampu? Apa selama ini aku tak mampu ke?” soalnya seakan tercabar dengan perkataan yang terluah.\n“Dengar dahulu, ya aku tahu kau memang mampu dari segi duit. Tapi kau yakin kau mampu jika aku minta nyawa?” soal bomoh wanita berpakaian sami itu dari merenung dupa kemenyan terus menatap wajah wanita di depan.\nWanita berselendang itu menelan liur. Bomoh wanita tua itu menyengetkan senyumannya.", "‘Baru kau tahu…’ Hati kecil bersuara. Wanita berselendang itu kelihatan sedikit pucat. Siapa yang tak cuak jika dengar permintaan sedemikian. Minta nyawa!\n“Baik aku sanggup. Asalkan perempuan itu m**i!” sahutnya tanpa mahu berfikir panjang lagi. Bagi dia, bomoh wanita Siam di depannya itu bukannya Tuhan, dia tak akan boleh cabut nyawanya. Dia yakin dan tak ingin m**i selagi segala apa yang dia hajati, tidak tercapai.\nDia mahu kemewahan wanita sial itu menjadi miliknya. Dia mahu lelaki-lelaki bergelar itu menguliti tubuhnya dan bukan wanita sial itu.\n“Aku pelik dengan perangai manusia zaman sekarang. Kerana nafsu serakah, sanggup menikam kenalan baik serta d***h daging sendiri,” sindir bomoh Siam itu. Bau colok makin kuat sebelum itu seperti biasa dia akan ambil loceng. Membaca mantera sambil menggoyangkannya.\nWanita yang berselendang itu terpaksa memegang kuat hujung selendang yang hampir mahu melorot ke bawah terkena tempias angin yang meluru masuk secara tiba-tiba. Loceng-loceng kecil yang bergayutan di depan rumah berbunyi riang.\nSambil bergumam. Patung jerami bermata butang hitam itu dia lalu-lalukan atas asap kemenyan. Mantera bahasa Siam semakin kuat kedengaran dan menyeramkan wanita berselendang itu. Laju matanya terpejam tatkala terlihat satu kelibat di belakang wanita berpakaian sami itu.", "Dalam rumah dukun …", "IRIN ARYANNA terus memekik tanpa sebab. Dia juga terguling-gelantang atas tikar. Lynn yang mahu memegangnya juga terpelanting ke permukaan pintu akibat ditendang kuat oleh Irin Aryanna.\n“Kuat ilmu yang dihantar kan ini!” pekik dukun itu yang berpeluh-peluh sambil memejam mata. Tangan pula bersilang-silang atas asap kemenyan. Dia juga dengar akan mantera berbahasa Siam itu.\n“Bagaimana ni tok?” Lynn menyoal sambil memegang pinggangnya yang sakit. Dia cuba bangunkan tubuh lalu mengengsot untuk mendekati Irin Aryanna yang masih menggelepar itu tanpa ada sesiapa pun yang memegangnya.\nIrin Aryanna terus bangun. Lynn tersentak terus tidak jadi mahu mendekat malah menjauh semula. Irin Aryanna terus mendongak dengan mata putihnya merenung dukun itu dengan tajam sebelum dia ketawa terbahak-bahak dan seakan mengilai.\n“Siapa tuan kau?”\n“Kenapa kau ganggu tubuh ini?”\n“Diam! Kau jangan masuk campur. Aku mahu tubuh ini m**i!” tengking Irin Aryanna sebelum mengilai kembali. Menderam.", "Lynn makin mengundur apatah lagi dengan keadaan rambut Irin Aryanna yang kusut serta menggerbang itu.\n“Siapa tuan kau? Siapa hantar kau? Apa salah tubuh ini?”\n“Tubuh ini menyusahkan aku!” jawab Irin Aryanna seraya bangun dalam keadaan merangkak. Dia cuba mendekat namun menjadi sukar apabila dukun itu membaca sesuatu. Ada halangan di depan Irin Aryanna seperti dinding.\n“Aku arahkan kau lepaskan tubuh ini!", "Rumah bomoh Siam…", "“TIDAK!” bentak bomoh wanita berketurunan Siam itu pula sambil merapatkan kedua belah tapak tangannya mendekati dada dan terus bergumam.\n“Perempuan itu bertemu siapa, hah?” tengkingnya pada wanita berselendang hitam itu. Wanita itu menggeleng dengan laju kerana dia juga tak tahu. Sudah lima hari dia tidak balik ke rumah itu. Dia sengaja mahu perempuan sial itu teruk kena ganggu.\n“Ah!” jerit bomoh wanita berpakaian sami itu terus menusuk paku berkarat ke perut patung yang sedang dia pegang dengan kuat itu.", "Rumah dukun…", "BERSEMBURAN d***h yang keluar dari dalam mulut Irin Aryanna . Lynn mahu mendekat namun dukun menegahnya. Itu masih lagi bukan Irin Aryanna. Lynn terus tersandar pada dinding ditemani tangisan. Sungguh dia tak sanggup lihat sahabatnya itu menderita.", "PERTEMPURAN dua penjuru antara dua ilmu salah itu tidak lagi berlaku apabila salah-seorang daripada mereka menarik semula ‘tuju’ tersebut. Irin Aryanna juga sudah tidak muntah d***h dan dia juga sudah sedar.\n“Biar, aku memang sengaja tarik dulu,” ujar wanita berselendang itu sebelum bibirnya menyenget dengan senyuman sinikalnya. Manakala bomoh wanita berkepala botak itu pula sekadar mengangguk, dia tidak kisah janji pulangan yang akan dia terima lumayan.\nPelanggan mahu menarik atau menghantar semula, itu semua akan dia lakukan selagi bayarannya masuk. Ada tikanya, dia juga tak menyangka penduduk tanah asing ini jauh lagi kejam dari tempat asalnya sebuah perkampungan ceruk hutan.", "Pelbagai jenis manusia sudah dia jumpa. Paling sadis apabila ibu sendiri juga sanggup lakukan sedemikian pada anaknya sendiri demi kepentingan diri. Bukan orang luar sahaja. Dan ada juga, para mak Datin yang mahu senjata para suami diikat ketat. Dan kunci pada mereka sehingga maut menjengah.\n“Jadi, selepas ini?” soal si bomoh tua itu sambil merenung sebelah kiri wanita berselendang itu. Semakin tidak sabar ‘belaan’nya itu mahu mengikuti wanita tersebut demi d***h.", "Itulah yang berlaku, sekiranya meminta bantuan manusia bernama bomoh atau dukun. Mereka pulang ke rumah semula bukan seorang diri seperti mana mereka sampai tetapi akan ‘berteman’ untuk upah.\nWanita berselendang yang sedar bagaikan ada mata yang asyik memerhatinya meminta diri dahulu dan dia akan datang semula dengan perancangan baru. Buat masa ini, biar perempuan sial itu merasa serta yakin bahawa dia suah sembuh seperti sedia kala.\nPerempuan berselendang hitam jarang itu, masih mahu mempermainkan serta mendera mental dan jiwa musuhnya itu.\n“Nah, kau ambil ini sebagai persediaan sekiranya bomoh yang musuh kau jumpa tu cuba menyerang kau. Kita tak tahu,” ujar bomoh wanita Siam itu seraya menghulurkan bungkusan kain kuning ke tangan wanita tersebut.\nWanita berselendang hitam itu menunduk dan mengambilnya. Dahi berkerut sambil mata berpaling ke bawah. Kosong. Namun dia terasa jarinya terkena sesuatu yang tajam. Bomoh Siam itu tersenyum sahaja. ‘Belaan’nya memang sudah tidak dapat menahan diri lagi untuk menghirup d***h ibu jari kaki mangsanya.\n“Aku pulang dahulu. Nanti aku datang semula.”", "Bomoh wanita berpakaian sami itu mengangguk mengiyakan sahaja. Begitu jugalah dengan Irin Aryanna dan Lynn, setelah mendapatkan beberapa barangan sebagai persediaan dan perlindungan diri, mereka mahu pulang.\nLynn bersyukur sahabat baiknya itu sudah sembuh semula. Cuma pada pihak Irin Aryanna pula hatinya masih lagi was-was. Tak akan sebegitu mudah sekali dia sembuh. Bila pulang ke bandar nanti mungkin dia akan tahu semuanya.\n‘Aku tahu ini mesti kerja bini dato-dato tu. Tak apa aku akan siasat!’ omel hati kecilnya yang masih lagi menuduh tanpa sebarang bukti.", "Keesokan hari…", "“KAU jangan tuduh aku sembarangan, Irin!” Amir semakin panas hati dengan tuduhan Irin Aryanna. Dia ingatkan perjumpaan ini boleh mendekatkan lagi hubungan mereka tetapi sebaliknya yang berlaku.\nIrin Aryanna datang dalam keadaan marah-marah.\n“Habis tu, kalau bukan kau? Kerja siapa lagi?” sanggah Irin Aryanna dengan jari telunjuk lurus terhala ke arah muka Amir. Panas hati lelaki itu kini.\nAmir bukan sahaja kena tunjal malahan di tolak dengan kasar. Jika jantan lain mahu makan penumbuk dah Irin Aryanna.\n“Kau tak perlu tunjukkan jari kau itu pada aku,Irin Aryanna!” Amir bersuara dengan nada menekan. Rasa rindu pada wanita itu semakin terhakis. Dia datang kerana dia dapat tahu Irin Aryanna sakit. Namun kehadiran dia di sambut dengan kata-kata tohmahan!", "Pada mulanya memang itu niat Amir kerana dia mahukan dapatkan Irin Aryanna dengan cara mudah. Tetapi niat itu terbantut setelah mendapat tahu bahawa gadis kesayangan jatuh sakit.\n“Irin?” tegur satu suara dari arah belakang mengejutkan pasangan yang masih bertengkar itu. Sekejap itu juga kedua-duanya memusingkan tubuh ke belakang.\n“Tan Sri Bernard?” soal Irin Aryanna terlupa sesuatu. Dia sedang berada dalam kawasan bangunan perusahaan saham milik lelaki berketurunan Tiong Hua itu. Kiri kanan lelaki yang sudah menjangkau lima puluh enam tahun itu sentiasa saja ada peneman dalam kata lain escort.\nIrin Aryanna dapat satu idea dan dia pasti Amir akan bengang. Irin Aryanna membuka langkah menuju ke arah Tan Sri Bernard sambil Amir mengebam bibir menggenggam penumbuk.\n“Sayang…” panggil Irin Aryanna terus menyeluk tangannya ke lengan pemuda berbadan sado walau rambut separuh memutih itu. Tan Sri Bernard terus mengucup bibir itu, Amir mahu saja meluru dan memberikan satu tumbukan padu.\nSakit hatinya!", "Irin Aryanna tidak mahu berbuat demikian. Entahlah setan mana yang dah merasuk diri supaya berkucupan di kawasan awam. Bukanlah dia tak pernah buat tetapi di tempat tertutup.\n“Who’s that man, baby?” Tan Sri Bernard terus menyoal. Dua orang kanannya juga dalam keadaan bersiaga. Hanya menanti arahan dari lelaki berpengaruh itu sahaja.\n“Dia bukan siapa-siapa sayang. Jom lah sayang kita pergi, nanti terlewat pula,” ujar Irin Aryanna tidak mahu memanjangkan lagi situasi tersebut. Dalam hatinya tetap ada perasaan curiga pada Amir. Risau juga seandainya, tidak dapat buat pada dirinya, Sofia pula jadi mangsa.\nTan Sri Bernard tersenyum seraya merangkul pinggang sugar baby ke sepuluhnya itu untuk meninggalkan kawasan berkenaan. Amir menahan perasaan. Entah mengapa, timbul semula perasaan mahu menemui seseorang. Dia tetap mahu dapatkan Irin Aryanna dengan apa cara sekalipun.\nMinyak dagu juga dia sanggup asalkan tubuh gebu perempuan itu dapat dia peluk.\n“Irin Aryanna kau memang cabar aku!”", "IRIN ARYANNA masih lagi dalam bath robe manakala Dato’S pula masih lagi lena tidur dalam kamar eksklusif di pent house yang terletaknya di tingkat paling atas kondo kepunyaan Tan Sri Kamal sahabat kepada Dato’S dan dalam diam sugar daddy terbaharu, Irin Aryanna.\nTing! Tong!\nTing! Tong!\nLoceng berkali dia tekan dalam keadaan menahan marah. Di sebelah, jurugambar upahan dia juga sedang sabar menanti. Dia menanti pulangan sebenarnya. Dato dan Datin mahu bergaduh, berparang bagai. Dia langsung tidak ambil peduli.\n“Hei sundal, mana laki aku hah?!” pekik Datin Rose menengking langsung merempuh tubuh Irin Aryanna yang baru buka pintu itu. Irin Aryanna tergamam dalam masa sama merenung tajam akan jurugambar di muka pintu. Dia seperti pernah nampak!", "“Aku tanya mana laki aku? Dasar sundal!” hamun Datin Rose di temani wajah yang merah padam. Irin Aryanna bangun dalam keadaan menahan kesakitan di pinggang serta perut. Mengebam bibir dengan dahi berkerutan.\n“Kau siapa?” soal Irin Aryanna kehairanan. Sungguh, dia tidak mengenali akan wanita berkebaya sendat itu.\nYang dia pernah lihat cumalah jurugambar itu sahaja. Di mana, dia juga sudah lupa.\n“Huh, pandai kau ya berlakon? Berpura-pura tak kenal aku. Tapi laki aku, kau kenal pula ya? Oh, aku lupa dasar penyondol macam kau ni memang suka sondol macam haiwan warna pink tu! Nak-nak lagi yang kaya macam laki aku!” sindir Datin Rose menyamakan Irin Aryanna dengan khinzir.\nMakin berdesing telinga Irin Aryanna.\n“Rose!” jerkah Dato’S bercekak pinggang tanpa menyedari akan dirinya itu yang sekadar berseluar separuh lutut. Irin Aryanna cuba melambaikan tangannya namun Dato’S tidak nampak akibat amarahnya itu. Telinga dia juga berdesing.", "Malam semalam Irin Aryanna akhirnya tumpas dalam godaan. Dan kini dia terpaksa berdepan dengan isteri Dato tersebut. Ya, Datin Rose merupakan isteri pertama Dato’S. Nasiblah lagi dua tidak hadir sekali menyerang.\nJurugambar nampak saja tercegat sebegitu namun dalam poketnya ada sesuatu yang boleh dia jadikan sebagai alat rakaman. Seandainya Datin Rose tak mampu membayar permintaan dia nanti. Rakaman itu akan dia tularkan.\n“Oh, jadi betullah selama ini apa yang Rose tahu ya? Hei, sundal berapa ribu laki aku bagi untuk kau kangkang hah?” jerkah Datin Rose berpaling muka dari memandang suaminya itu terus dia merenung tajam akan Irin Aryanna.\nIrin Aryanna mahu menjawab tetapi dengan pantas Dato’S menyampuk.\n“Rose, kau balik sekarang. Kita selesaikan perkara ini dekat rumah!”\n“Tidak, ini juga rumah Rose. Bukan Rose yang kena keluar…” sindirnya seraya mengerling ke arah Irin Aryanna. Irin Aryanna menunduk. Benarlah apa yang dikata itu.", "“Kau, aku tahu kau yang bawa Datin ke sini dan sekarang aku mahu kau bawa dia pulang semula ke rumah. Sekarang! Kau jangan ingat aku tak tahu siapa upah kau untuk ambil gambar aku,” ujar Dato’ S berpaling semula wajah ke arah Datin Rose.\nIrin Aryanna sembunyi senyum. Terasa lucu pula bila melihat adegan orang-orang tua di hadapannya itu saling tolak-menolak selagi Datin Rose tidak sampai ke muka pintu. Dato’S sebenarnya cuak juga dengan keadaan tubuh dia sebegitu.\nMungkin akan hancur harapan dia untuk rampas beberapa lagi aset Datin Rose, kerana selama ini dia menumpang kemewahan YM Tengku Rose Alya. Namun dia tetap ada perancangan tersendiri. Irin Aryanna juga akan dia dapatkan sepenuhnya.\nJika malam tadi dia menang besar sudah tentu malam-malam akan datang dia akan menang lagi.\nDari balik tiang, wanita bertopi cap itu tersenyum penuh makna apatah lagi jurugambar bodoh itu sudah menghantar rakaman tersebut.", "“Irin… Irin…” ujar wanita itu lagi sebelum dia kelam-kabut tarik semula jaket berhudnya dan memusingkan kembali tubuhnya ke arah laluan ke lif.\n“Akan aku pastikan Dato’S juga turut membenci kau!!”", "“AKU mahu perempuan perampas itu m**i!” bentaknya walau ditenangkan oleh si rakan di sebelah.\n“Aku mahu yang jantan pula m**i pucuk. Aku tak kira kau nak buat apa. Santau pun aku tak kisah. Tapi aku lagi suka dia m**i perlahan-lahan!”\n“Apa kata kau hantar saja busung?” cadang si rakan pula mencucuk jarum.", "EMPAT BULAN KEMUDIAN…", "IRIN ARYANNA tidak tahu sama ada dia perlu bergembira dengan berita yang baru dia dengari itu atau pun tak.\nMemang jauh dalam sudut hatinya dia bergembira namun dalam masa sama, dia mulai berasa takut serta pelik. Slip keputusan masih dia pegang sehingga ke bangku tempat menanti nombor giliran di panggil. Tiada siapa pun yang tahu dia ke situ.\nIrin Aryanna mahu membuangnya. Dia tahu benda itu akan menyusahkannya. Dia sendiri pun tidak tahu benih siapa. Sungguh, dahulu dia sukar mahu melayan kehendak mereka sehingga ke katil tidak tahu mengapa sekarang dia boleh tumpas.\nDirinya dengan Sofia tiada berbeza pun sekarang ini. Semuanya bermula dari Dato’S. Tetapi bila di periksa lain pula ceritanya. Rahimnya bersih lagi walau kesemua jantan yang dia tumpas itu tabur dalam.\n“Kalau aku tak bunting, kenapa perut aku? Angin tak mungkin lah sebegini?” Irin Aryanna masih lagi tidak puas hati dengan keadaan perutnya itu. Sehingga bila dia harus sembunyi dalam balutan korset. Malam, nasiblah mereka semua tak memaksa dia dedahkan semua.\nNite gown serta lingerie yang tersarung pada tubuh cantik, tinggi lampainya itu sudah cukup membuatkan mereka lemah. Sesekali, rasa memulas seperti mana yang dia pernah rasa beberapa bulan dahulu kini terpaksa dia tanggung semula.", "“Cik Irin Aryanna!” panggil juru farmasi semakin kuat suaranya kerana orang tersebut masih lagi tidak datang ke kaunter perubatan. Irin Aryanna tersedar dari lamunan bingkas bangun lalu menyarung tas tangan jenama mewahnya itu ke bahu kanan.\nSetelah membayar duit ubat. Irin Aryanna mahu ke tandas sebentar. Laluan ke tandas sedikit sunyi. Mahu ke tandas lobi yang ramai orang lalu-lalang dalam proses cuci pula. Terpaksa menapak jauh dari bahagian farmasi untuk ke tandas Ortopedik.\nAzan zohor sayup-sayup kedengaran dari masjid. Irin Aryanna sudah nampak tandas. Ternyata terlalu sunyi. Besar dan sedikit menakutkan. Irin Aryanna meliarkan pandangan mata sebelum dia melangkah masuk. Tertelan juga air liur.]", "Nasiblah bau masih boleh dia tahan. Cuma ada beberapa atap terutama atas kubikel-kubikel tempat pembuangan hajat ada yang terbuka petak silingnya. Jika malam mungkin menakutkan. Bayangkan sedang asyik melepaskan apa yang sepatutnya, ada kepala sedang memandang bawah.\nPaling meresahkan apabila lidah panjang mereka menyentuh atas kepala kita…\nPerut makin mendesak agar dia masuk juga. Sambil memandang kiri kanan. Irin Aryanna membuka langkah yang luas dan kubikel kedua yang agak bersih dia masuki.\nAmir mengekori sehingga ke tandas tersebut. Dia melangkah masuk. Dia sudah bersedia. Apa saja risiko dia sanggup, asalkan tubuh Irin Aryanna tewas pada dirinya pula. Makin lebar senyumannya.\nAmir terus berlari keluar. Tidak tahu apakah sebabnya. Irin Aryanna pula menjengahkan sedikit kepala sebelum dia meluaskan pintu, dia nampak bayangan melalui bukaan sebelah bawah pintu. Kosong, dia membuka pintu dan keluar dalam keadaan berwaspada takut ada orang jahat pula.\nTetap kosong. Menarik nafas sedikit lega. Meletakkan tas tangan atas simen sinki sebelum tangan memulas pili. Lampu sudah mula berkelip-kelip bagaikan mahu blackout. Liar memandang atas terutama bahagian petak yang terbuka mendedahkan palang.", "Menunduk semula lalu memalingkan muka kiri dan kanan. Telinganya dihembus seseorang tapi siapa?\nKemudian berpaling hadapan semula dengan lampu berkerdipan. Hati tidak enak. Pili di tutup ketat sebelum menarik tisu. Wajah di dalam pemukaan cermin hadapannya itu, di pandang pelik. Spontan tangan menyentuh permukaan cermin. Wajah itu statik. Sedangkan dia di sebelah luar cermin sedang melakukan pergerakan.\nMenggeleng, mungkin dia terlalu mengikut perasaan. Menarik tas tangan yang terbuka, jenguk dalam sambil tangan kanan memunggah isi. Setelah dapat bedak kompek. Membukanya lalu mengambil span dan menyapu bedak di mukanya yang pucat.\nLipstik dari jenama DIOR di angkat keluar dari tas yang sama. Penutup di buka, gincu dia pusingkan sedikit untuk bagi ia keluar sebelum menyapu ke belahan bibir mungilnya. Merah. Mengurangkan kepucatan yang ada.\nMemang dia terasa pelik serta takut melihat wajah sendiri yang tetap kaku itu. Menyimpan kembali alat mekap ke dalam tas tangan sebelum di sangkutkan pada bahu kanan. Lampu benar-benar memberi isyarat bakal terpadam dengan pantas, Irin Aryanna melangkah keluar tanpa mahu berpusing kembali.\nPerlahan-lahan bibir Irin Aryanna yang ada dalam permukaan cermin itu mengoyakkan senyuman. Makin lama senyuman lebarnya itu kelihatan meluas ke telinga. Beberapa ulat berengga berjatuhan dari bukaan mulutnya itu.\nAmir yang dah lama bersedia di balik dinding terus memekup mulut Irin Aryanna dari belakang lalu tubuh itu di tarik agar mendekati tandas lelaki yang kosong. Amir sedikit pelik kenapa Irin Aryanna tidak meronta seperti mana perempuan lakukan saat mereka di serang.\n“Kenapa aku macam nampak Amir, ya? Apa dia buat dekat sini?” Irin Aryanna menyoal. Dia baru sahaja sampai ke laluan tersebut. Mengangkat bahu, malas mahu ambil kisah dan dia terus perjalanan untuk ke arah pintu keluar. Dia penat, dia mahu balik ke kondo.\nSehingga ke parkir kereta. Mindanya masih lagi berfikir akan kenapa semua yang lalu-lalang tepi dia tadi, menutup hidung. Jenuh dia hidu bau tubuhnya, tidak pula busuk. Menunduk untuk membuka pintu.\n“Assalamualaikum…” Satu suara asing memberi salam dari arah belakang. Irin Aryanna dari mahu membuka pintu kereta terus tidak jadi, kunci di genggam sambil berpaling tubuh ke belakang.", "Ada seorang pemuda asing sedang tersenyum padanya namun mata tidak memandang dia tetapi sesuatu yang sedang bertenggek atas bahu Irin Aryanna. Irin Aryanna dengar pemuda itu beristighfar. Irin Aryanna memandang pakaiannya. Bukan singkat mana pun. Gaun saja.\n“Ya, ada apa ya? Awak nak cari siapa? Awak kenal saya ke?” Irin Aryanna terus menyoal secara direct. Enggan nak corner sana-sini. Pemuda itu tetap tersenyum lalu mengangguk.\n“Awak kenal saya? Tapi kenapa saya tak kenal awak ya?”\n“Tidak, saya juga tak kenal awak. Tapi, saya ada sesuatu mahu beri tahu pada awak,” ujarnya dengan tenang. Yang paling Irin Aryanna perasan mata pemuda yang kelihatan alim itu sentiasa memandang atas kepalanya.\nMemang kepalanya sedari keluar dari tandas tadi terasa berat. Bahu juga.\n“Awak berhati-hatilah ya kerana dalam dunia ini sukar untuk kita mengecam siapakah penjahat. Bukan semua penjahat akan tunjukkan diri mereka sebenar. Ini kad saya jika perlukan sebarang bantuan.”\nHati teragak-agak. Irin Aryanna memandang lagi wajah pemuda itu. Pemuda itu mengangguk. Jangan risau dia ikhlas. Dia tahu wanita yang sedang dia bercakap itu sedang dalam masalah.\n“Terima kasih.”", "Irin Aryanna mengambil huluran kad tersebut lalu di tenung, lama. Irfan. Ustaz Irfan.\n“Baiklah, saya minta diri dahulu,” ujar Irin Aryanna meminta diri. Irfan mengangguk dan apabila wanita itu memusingkan kembali tubuhnya menghadap pintu kereta. Mulut Irfan membaca ayat-ayat suci Al Quran.\nBenda yang sedang menjegilkan matanya itu, ghaib setelah mendengar alunan Ayatul Qursi. Setelah itu barulah Irin Aryanna merasakan bahunya sedikit ringan. Kad pemuda itu dia masukkan ke dalam papan pemuka.\nMenghidupkan enjin. Sempat lagi dia memandang belakang. Ustaz itu masih lagi belum pergi. Irin Aryanna tersenyum sendirian kala teringatkan kekacakan wajah pemuda yang juga sedang tersenyum pada dirinya itu.\nKereta Irin Aryanna makin menjauh dan pemuda itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil beristighfar. Jauh dalam sudut hatinya, dia harap wanita jelita akan sedar kekhilafan tersebut.\nSementara itu…", "Amir berlari tidak tentu-hala sehingga dia hampir berkali berlanggar dengan para jururawat juga doktor. Enggan menunggu lif dia terus berlari ke arah pintu kecemasan mahu menuruni tangga. Amir keberangan nampaknya, bomoh itu menipu dia.\nIrin Aryanna dia tidak dapat. Hantu pula mengejar dia.\n“Kau memang tak gunalah bomoh tua!” bentaknya yang sedang berlari menuruni tangga dari setingkat ke setingkat. Entah kenapa dia merasakan tingkat semakin meninggi, sedangkan dia masuk tadi ikut tangga yang sama.\nSepasang tangan menggerutu memanjat naik ke takah di mana kaki Amir sedang berada itu.\n“Argh!” Amir memekik sambil terguling-guling atas tangga. Tiba-tiba sahaja dia terdengar suara hilaian. Dia makin bergulingan laju tanpa sempat mahu berpaut pada mana-mana pun.\nBerdentum bunyi apabila kepala terhentak pada dinding berdekatan pintu aras dua. Bersemburan d***h pada dinding. Dalam keadaan mata yang samar-samar penglihatannya itu, Amir lihat ada satu bayangan perempuan wajah mirip seseorang yang dia kenali sedang menyeringai padanya.\nAmir makin lama makin gelap penglihatannya sehinggalah dia terdengar suara pekikan meminta tolong dan pintu terbuka luas.", "“APA yang dia lakukan dalam bilik aku, ya?” Irin Aryanna menyoal dengan mata masih lagi dipicingkan. Dia sengaja membiarkan dahulu tanpa mahu menyerang. Dia mahu lihat apakah yang sedang dilakukan oleh gadis itu.\nManakala si gadis dalam kamar, jenuh memusing dalam kubikel sederhana luas itu. Apa yang dia cari tiada pula. Dia harus bertindak cepat. Benda itu membahayakan.\nPrang!\nDengan pantas dia berpusing belakang lalu tajam matanya menatap pintu yang masih terbuka. Manakala Irin Aryanna pula tersandar dengan memeluk tin biskut yang tak sengaja dia jatuhkan dari dalam pelukan.\nKelam-kabut dia bergerak menuju ke arah tangga. Gadis itu sudah sampai di muka pintu, keluar tubuh lalu memandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun. Hati resah tatkala mengenangkan apa yang dia nampak itu.\nSetelah meyakini tiada sesiapa, dia mengundur semula ke dalam lalu pintu di tutup kerana dia harus cepat. Pandang jam, waktu sebegitu tuan pada kamar ini dalam perjalanan untuk ke situ. Kalau tak kerana abangnya, dia malas sebenarnya.", "Bukan apa, dia takut dia pula dipersalahkan nanti. Mulut tuan kepada kamar ni boleh tahan bisanya. Mungkin sama dengan bisa ular. Sekali kena memang sakit dan bernanah telinga. Kadang-kala, terdetik juga rasa jahat patutlah ramai mengenakan dia!\nMendongak. Cermin memaparkan tubuh dia. Menunduk semula. Bayangan tadi muncul semula di permukaan cermin. Sekali lagi, dia terasa seperti sedang diperhatikan. Semua laci sudah dia buka juga punggah namun tetap tidak menemui akan benda tersebut.\n“Ingat! Kamu harus carinya dengan mata hati bukan mata ini,” ujar satu suara mendongakkan semula wajahnya lalu merenung cermin. Mengangguk, mengiyakan apa yang dikata. Teringat kembali akan situasi itu.\nTutup laci. Pusingkan tubuh kembali ke arah katil. Meliarkan mata. Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi, menapak laju ke arah tingkap berbalkoni. Kereta mewah milik si tuan punya kamar sudah pulang.\nMengeluh, terpaksa telefon si abang menyatakan dia masih belum menemui akan barang tersebut. Dia mahu meminta tempoh pada si abangnya. Mencari barang seperti itu bukan mudah, ia memerlukan kesabaran.", "Sebenarnya, Irin Aryanna tak pergi mana-mana pun. Dia ada berdekatan, sengaja dia buat-buat keluar apabila tempoh masa yang dia mahukan sudah tiba dia pulang kembali. Hati masih lagi resah mengenangkan apa yang dia nampak.\nDia mahu bertanya namun dia perlu cari masa yang sesuai. Bukan menuduh sekadar mahu tahu. Lagi pun, bukan dia saja akan ada perasaan seperti itu malah orang lain pun sama apabila melihat orang yang kita kenali masuk ke kamar kita tanpa izin dan dalam keadaan mencurigakan.\nPintu di buka. Keluar. Pintu di tutup kembali dalam masa sama mata mengadap muka pintu. Maya sedang menonton drama. Irin Aryanna memberi salam seperti biasa.\n“Waalaikumussalam…” jawab Maya tersenyum.", "“Dah makan ke?” soal Irin Aryanna ingin ke arah tangga. Maya memintanya makan dahulu di dapur, dia ada buat kuih sedikit. Irin Aryanna yang sememangnya menanti Maya masak terus mengangguk dan melencong arah ke dapur.\nMaya memerhati tubuh itu bergerak sambil menahan kegentaran. Mulut masih lagi berkumat-kamit. Sehingga bila dia mampu bertahan. Irin Aryanna juga perasan dari balik kerlingan ekor mata. Maya memerhati dirinya dengan satu pandangan pelik.\n“Kenapa ya?” soalnya lalu membuka tudung saji. Kembang hidungnya menarik bau masakan Maya. Maya memang pandai masak dari dirinya itu.\nAlang-alang mahu melepaskan tekanan akibat Dato’S yang masih lagi menganggunya, baiklah dia melahap kuih. Irin Aryanna dapat merasakan apa yang terjadi selama ini ada berkait dengan isteri-isteri Dato’S.\nJika bukan Datin Rose mungkin datin-datin yang lain. Orang kaya seperti mereka boleh saja upah mana-mana tok bomoh untuk mengenakan dirinya. Jika ia tak betul, macam mana tok dukun yang dia jumpa bersama Lynn hari itu, boleh keluarkan kenyataan sedemikian?", "“Aku tak mahu terikat. Kau tolonglah faham. Bini dah empat. Lagi mahu tambah. Senang je kau nak talak isteri kau yang mana-mana je. Dasar jantan tak guna. Kau ingat aku ni betul-betul ke suka kat kau, sorry lah ya… aku suka duit kau saja!”\n“Rin, kau bercakap dengan siapa?” Maya masuk ke dapur secara tiba-tiba. Irin Aryanna terdiam. Terus dia menyudahkan kunyahan kuih yang bersisa dalam mulut. Maya mengambil bangku di hadapan sambil mata merenung belakang wanita jelita itu sambil menghembuskan sesuatu.\nBenda itu melawannya. Maya tidak takut kerana ilmu yang dia ada lagi kuat. Irin Aryanna spontan menyapu belakang lehernya. “Maya, leher aku ni sejak akhir-akhir ni sakitlah. Lenguh pun iya juga. Kau ada Ameltz Yoko-yoko tak?” soal Irin Aryanna seraya mendongak.\nMaya terdiam. Dan ‘benda’ yang sedari tadi asyik bertenggek di tubuh rakannya itu menghilang. Bila tiba masanya nanti pasti dia akan ceritakan juga. Tapi buat kali ini segalanya harus dia rahsiakan dahulu.\n“Ada, kau nak sekarang ke?” soal Maya setelah habis minumannya. Seraya bangun apabila si rakan mengangguk. Irin Aryanna menjenguk sekejap. Sebenarnya ekor mata dia nampak Maya sedang berkumat-kamit.\n“Ish, tak akan lah,” sanggah Irin Aryanna sambil tangan menjangkau seketul lagi kuih. Tetapi, apabila Maya keluar rasa lenguh-lenguh menghilang.", "“Tak silap aku, Lynn pernah cakap yang tok dukun tu pandai menengok sekian-sekian orang. Baik aku cuba. Kadang-kadang kita tak tahu hati orang ni macamana. Maya juga sama saja macam aku…” sela Irin Aryanna.\n‘Aku dah lama tak buat kerja tu…’ desis hati kecil Maya langsung melangkah masuk ke dapur. Dia dengar kata-kata rakannya itu. Pedih, namun dia terpaksa tahan demi sesuatu yang harus dia selesaikan.\n“Nah, kau nak aku tolong sapukan ke?” ujar Maya tersenyum pabila sudah berada di tepi Irin Aryanna.\n“Boleh juga,” sahut Irin Aryanna lalu menunduk. Besar mata Maya saat nampak tangkal yang gadis itu pakai. Tangkal itu tiada gunanya. Tangkal juga akan menambahkan lagi gangguan. Bagaimana Maya mahu nyatakan.\n“Lawa rantai kau ni, Rin. Unik,” ujar Maya berbasa-basi sambil tangan ligat menyapu ubat cecair untuk meredakan kesengalan bahu serta leher.\nIrin Aryanna teguk liur tak dia sangka Maya boleh tegur. Makin kuat rasa was-wasnya itu.\n“Oh, rantai Tan Sri bagi tu dia kan baru balik dari Bali.”\nMaya sekadar tersenyum sinis. Maya tahu Irin Aryanna seakan mahu menguji dia. Maya juga dapat merasakan bahawa rakan serumahnya itu sudah mengesyaki sesuatu. Maya harus beritahu abangnya.", "“AKU memang dah lama perhatikan dia, Lynn,” sahut Irin Aryanna setelah mereka sampai di halaman depan rumah. Liar mata keduanya memerhati halaman tersebut. Kini, mereka berdua sedang menuju ke arah belakang untuk tanam sesuatu.\n“Tak apa, buat masa ini kau berlakon je dahulu. Buat macam tak ada apa-apa. Ingat tu, kita tak mahu dia perasan nanti,” ujar Lynn dengan tegas sambil menyandarkan semula cangkul ke dinding dapur. Irin Aryanna pula mengelap tangan yang bertanah pada gaun paras lututnya itu sebelum menanggalkan skaf kepala.\n“Aku tak sangka, babe. Aku dah anggap dia adik aku kut. Aku banyak bantu dia. Aku bukan nak ungkit tapi aku bengang juga. Kalau dia nak sangat datuk-datuk tu… ambil je lah. Tak perlu nak berbomoh bagai!”\nPangkah Irin Aryanna tidak menyedari bahawa diri dia juga menggunakan khidmat yang sama hanya orang yang berlainan. Maya bomoh Siam dan dirinya, dukun Tanah Jawa. Sama sahaja!\nLynn mendengar namun dalam masa sama mulai berasa seram malahan lebih seram lagi daripada dia berada dalam rumah tok dukun tadi.", "“Eh, kau ni dengar ke tak? Kau ada nampak apa-apa ke?” soal Irin Aryanna juga memandang sekeliling. Lepas itu, dia pandang pula jam tangan. Ternyata sudah semakin lewat petang. Nasiblah dia pada hari itu, memang tak balik ke rumah tapi kondo.\nSekurang-kurangnya orang tersebut tidak mengesyaki. “Eh, Lynn !” jeritnya geram pula melihat tingkah rakannya itu bagaikan ada nampak sesuatu saja. Tahulah dia tak selalu boleh nampak benda-benda macam tu ikut nasib.\n“Aku rasa aku nak balik sekarang. Tahu kan dah pukul berapa sekarang. Lagi pun aku kerja malam hari ni, kang lewat pula aku bersiap. Dan kau jangan lupa pula apa yang tok tu suruh. Lagi satu, aku harap kau tu slow down lah sikit…” pesan Lynn mencuit lengan Irin Aryanna.\nIrin Aryanna dari mendengar terus berkerut kening. Nak slow down apa pula? Apa maksud Lynn?\n“Apa maksud kau? Sebenarnya apa yang cuba kau sampaikan?” soal Irin Aryanna tidak suka corner begitu. Dia lebih suka jika straight to the point. Lynn menghela nafasnya. Bukannya dia tak nak bercakap benar, tapi dia risau Irin Aryanna yang terasa hati.", "“Herm…” desah Lynn. Irin Aryanna makin mendesak.\n“Kerja kau tu. Aku harap kau janganlah ‘aktif’ sangat datuk sana-sini. Kau faham tak? Sebenarnya dah lama aku nak tegur benda ni. Aku tahu kerja macam tu, dugaan macam ini pasti akan ada malah lebih teruk dari kerja biasa-biasa macam aku.”\n“Kau cuba nak kata aku ke ni?”\n“Kejap. Aku tak habis lagi bercakap. Aku bukan menghina kerja kau tu, tak ada terlintas langsung pun. Tapi, aku rasa kau pun tahu kan… apa risiko-risiko kerja kau tu. Mewah, aku tahu kau mewah dan aku tak cemburu pun. Tapi, kau kena ingat sampai bila? Aku tengok kau dah cukup mewah. Tak kan, kau takde rasa jemu?” terang Lynn dengan panjang lebar agar Irin Aryanna memahami.\nBukan terus menghentamnya!\nIrin Aryanna menunduk dan menghadam. Menelan liur juga terasa kesat, apa yang dia dengar sebenarnya ada betulnya. Dia yang sengaja tunjuk ego. Sebab dah terbiasa dengan hidup mewahlah, dia sayangkan kerja itu.\nDia tak kisah di hina oleh sesiapa pun. Bagi dia, bukan mulut-mulut orang yang mengata dia itu sara hidupnya.\n“Lynn, aku tak tahu. Aku mengaku apa yang kau cakapkan itu betul. Tapi babe… Aku kalau boleh dah tak mahu hidup susah macam dulu. Kau pun tahu kan, siapa aku ni. Anak yang tidak tahu siapa bapak nya. Anak haram,” ujar Irin Aryanna tanpa sedar mata sudah mengalirkan air mata.", "“Sayang, maafkan aku. Aku takde niat nak buat kau bersedih. Tak apalah. Aku nak kau abai apa yang aku cakapkan tadi. Cuma jika boleh, aku nak kau berhati-hati dan jaga tingkah laku kau itu. Mulut paling utama yang kau perlu jaga. Kita tak tahu bebe siapa musuh kita sebenar.”\nPelukan, Lynn rungkaikan sebelum dia meminta diri untuk pulang. Azan sudah pun kedengaran. Tidak elok berada di luar rumah apatah lagi kawasan belakang dapur waktu senja. Irin Aryanna menemai Lynn sehingga dia masuk ke dalam kereta dan berlalu.\nSebelum Irin Aryanna masuk ke dalam, mata dia meliar dahulu sambil mulut membaca jampi yang tok dukun minta dia bacakan tadi. Maya mungkin berada dalam bilik, jika tak tentu ada dengar suara drama petang-petang.", "IRIN ARYANNA tidak terkejut setelah mendengarnya. Walau dia sedang bercakap dengan seseorang dalam telefon namun tengkuk tetap memanjang menjenguk dari balik dinding, takut-takut Tan Sri Ahmad sudah habis mandi.\nSeharian dia dengan Tan Sri Ahmad, rakan kepada Dato’S yang dah lama cuba menjadikan dia kekasihnya. Herm, sugar baby sebenarnya. Irin Aryanna tidak suka terikat.\n“Aku nak kata apa lagi,babe. Aku nak pergi melawat pun… kau tahu-tahulah Datin Rose tu macam mana kalau dia nampak aku ke rumah. Mahu dia mengamuk. Nanti aku fikirkan macam mana gayanya untuk aku pergi ziarah Dato. Babe, kau rasa siapa punya kerja? Aku tak syak sesiapa babe,” provok Irin Aryanna namun terpaksa menamatkan perbualan apabila mendengar pintu bilik air di buka seseorang.\nKelam-kabut dia menyimpan telefon pintar keluaran terbaru hadiah Tan Sri Jefry padanya tempoh hari ke dalam tas tangan jenis clutch lalu cepat-cepat bangun serta membetulkan skirt v-neck yang mendedahkan separuh belakangnya itu agar kelihatan cantik.", "“Sayang…” bisik satu suara sambil tangan melingkari bahagian atas abdomen Irin Aryanna yang tak sempat berpaling itu. Irin Aryanna terdiam pabila tangan itu kian mengganas. Berpusing tubuh…\nCctv bercahaya merah. Seorang lelaki sedang asyik melihat adegan lapan belas tahun ke atas itu. Kalau bukan kerana tugas. Dia juga mahu joint sekali. Tak tertahan juga menjadi penonton. Siapa tak nak Irin Aryanna.\n“Irin… Irin, kau lagi hot dari mak kau yang dah tua tu!” ujarnya menggigit bibir bawah. Adegan demi adegan. Namun, ada sesuatu telah menangkap pemerhatian pemuda tersebut.\n“Apa pula tu?” soalnya seraya menekan beberapa butang. Dan rakaman tersebut makin membesar setelah proses zoom. Bagaikan ada sesuatu juga bersama-sama menguliti tubuh yang sama. Pemuda itu terus mencampakkan ear phone.\nPeluhnya semakin bertambah tatkala ‘benda’ itu seakan tahu ia sedang berada dalam rakaman terus berpaling dengan mata merahnya menatap tajam ke arah cctv. Ghaib seketika.\n“Allahuakbar!” teriak pemuda itu terundur lalu terjatuh dari atas bangku ke atas lantai van apabila ‘benda’ yang tadinya ghaib, kini sedang berada betul-betul di permukaan skrin cctv, menyergah. Tertutup muka pemuda itu kini.\nManakala bagi pasangan yang sedang asyik berduaan itu pula langsung tidak menyedari akan kehadiran entiti yang tidak di ketahui dari mana asalnya itu.\n“Hei, sayang! Sayang! I ni, sayang!” bentak Tan Sri Ahmad terpaksa menolak tubuh Irin Aryanna dari terus menghempap serta mencekiknya itu.", "“Baby…” seru Irin Aryanna sakit p******g terdedahnya itu kala terhempas atas lantai dari atas katil. Tan Sri Ahmad pula terus mencapai pakaian, mengenakan semula dengan wajah yang masam. Hilang sudah mood bermesranya itu.\n“I am sorry, darling. I don’t know why i always be like this…” ujar Irin Aryanna melirih. Sungguh dia makin celaru. Inilah punca kenapa dia makin kehilangan punca pencarian dek kerana ramai antara sugar daddy nya lari pada sugar baby yang lain.\nTan Sri Ahmad sudah pun kembali berpakaian. Rasa marahnya mereda apabila mendengar akan rintihan wanita jelita itu. Dia juga tahu dan sudah seringkali mendengar akan kata-kata orang mengenai Irin Aryanna yang dikatakan ‘memakai’ sesuatu.\n“You, kalau I tanya sesuatu boleh?”\n“Apa dia sayang?” Irin Aryanna menyoal sambil mendongak. Tan Sri Ahmad pada mulanya berasa serba-salah namun dia harus juga. Dari rasa marah timbul rasa kasihan. Bagi dia, wanita jelita di hadapannya ini tiada apa yang kurang pun.", "“I selalu je dengar akan kata orang bahawa you wear something, is it true? How come a modern woman like you also in this age still believed in superstatious thing like black spell?” soal Tan Sri Ahmad berterus-terang.\nIrin Aryanna tergamam terus memegang rantai pemberian tok dukun. Baru dia tersedar, mungkin Tan Sri Ahmad tahu rantai itu merupakan tangkal dan menuduhnya pemakai?\nTapi Tan Sri Ahmad tersilap anggap. Tangkal itu bukan untuk kepentingan diri tetapi keselamatan dirinya.\nTajam mata Tan Sri Ahmad melihat perubahan air muka serta tingkah gelisah Irin Aryanna. Membuatkan dia lagi berasa yakin bahawa wanita seksi itu ada memakai sesuatu.\n“Sayang, I tahu you juga was-was dengan I sebab desas-desus itu. By the way, sayang. I bukan pemakai. I tak pakai apa-apa melainkan mekap yang mahal. Kecantikan I bukan dari susuk, ok. Terpulang pada you sayang,” ujar Irin Aryanna kini sudah bangun.", "Laju tangannya mencapai bath robe lalu memakainya semula. Ringan mulut Irin Aryanna mahu menyatakan bahawa dirinya itu menjadi mangsa aniaya orang yang dengkikannya namun dia tahu lelaki berkarier serta berjaya seperti Tan Sri Ahmad tak mungkin percaya.\n“I percaya,” jawab Tan Sri Ahmad seakan mendengar kata-kata hati wanita jelita yang kini sudah pun berpaling ke arah tingkap gelangsar. Irin Aryanna kembali mengadap ke arah Tan Sri Ahmad semula.\n“Begini, I ada seorang rakan dan anak dia boleh bantu. Nanti kita pergi sama-sama ya sayang. Maafkan I. I tahu tadi tu, sayang tak sengaja nak cekik I kan?”\nTan Sri Ahmad terus mendapatkan semula tubuh gebu wanita itu dan di dakap erat di hadapan tingkap gelangsar penthouse mewahnya itu. Irin Aryanna mengangguk dan membiarkan tubuhnya di dakap erat. Entah kenapa, dalam diam timbul satu perasaan halus.\nNamun dia sedar. Ia tak mungkin kerana dia sedang bersama dengan suami orang malah datuk pada beberapa orang cucu pun. Cuma Irin Aryanna sedikit kagum dengan orang tua kaya itu kerana isterinya tetap satu.\nTan Sri Ahmad dapat tubuh dia pun bukan paksaan tapi dia merelakan. Tiba-tiba Irin Aryanna teringatkan ibunya, Sofia. Kalaulah wanita itu tahu tentang dirinya yang tak ubah seperti diri Sofia…", "“SEBAB aku tak suka!” bentak wanita berselendang hitam itu. Bomoh Siam itu kadang-kala merasa sebal dengan sikap wanita yang sudah semakin menginjak ke usia senja itu. Perangainya sama saja dengan Datin Rose yang datang semalam.\nDato’S sakit pun dialah puncanya. Hanya kerana tak mahu suaminya itu menggatal dengan perempuan lain, sanggup dia mengenakan ilmu pengikat yang bomoh itu sendiri enggan melakukan kerana ia amat berbahaya bukan saja pada mangsa malah pada si pelakunya juga, jika tidak kena pada gayanya.\nNamun Datin Rose tetap Datin Rose. Apa dia mahu tetap dikotakan. Bomoh Siam itu tidak kisah apa, asalkan pulangan yang dia terima lumayan.\nSekarang, wanita pelacur ini pula. Kerana hasad serta cemburu. Sanggup dia menyihir d***h dagingnya sendiri. Dia yang tidak sedar diri sudah makin senja, cemburu pula pada anaknya yang sememangnya masih lagi muda.\n“Jadi kau yakin? Aku memang tak kisah, tapi kau tahu apa akibatnya nanti?” Bomoh Siam itu sudah ingin memulai upacara pemujaannya. Pun begitu, dia tetap mahukan kepastian kerana benda yang akan dia lakukan sekejap lagi tinggi risiko.", "D***h sebagai cagaran!\n“Ya, aku tak kisah dah. Aku mahu dia m**i!” ujar Sofia bagaikan di rasuk setan tak menyedari apa yang sedang dia lakukan serta perkatakan itu. Bomoh wanita berpakaian sami itu tetap menggeleng dan tangan mulai menggawang atas asap colok sebelum membaca mantera seperti biasa.\n“Baiklah. Tapi aku mahu kau sediakan beberapa barang. Boleh kau dapatkan sebelum khamis malam?” soal si bomoh. Selain barangan tersebut dalam otaknya mahu pengeras lain selain daripada duit.\n“Apa dia?” soal Sofia mahu tahu.\n“Mari dekat dengan aku,” pinta Bomoh Siam itu. Dalam masa sama, dia memberi isyarat mata pada sesuatu yang dia saja nampak. Sesuatu yang tidak sabar mahukan d***h!\nSofia terus angkat tubuhnya namun tidak terus berdiri malah dia merangkak kerana jaraknya tidaklah jauh mana. Setelah dia mendekat, bomoh wanita berpakaian sami serta botak itu terus berbisik. Berkumat-kamit mulut si bomoh dan Sofia pula tersenyum kerana benda itu taklah sesukar mana.\n“Tapi ingat. Ada pantang serta caranya,” sampuk si bomoh itu lagi lalu membisik. Sofia baru saja mahu rasa lega terpaksa mendekati mulut berbau busuk itu. Menelan liur kala mendengarnya. Dia sangkakan perkara mudah tapi rupa-rupanya sedikit sukar.\nAda benda yang boleh dia cari, ada yang sukar untuk dia perolehi. “Ah, aku tak kira. Aku pasti boleh dapatkannya,” ujar Sofia penuh dengan keyakinan. Hanya menanti perempuan itu pulang ke rumah dia sahaja. Tahulah dia bagaimana untuk mendapatkan barang tersebut.\nBomoh wanita berketurunan Siam itu juga turut tersenyum penuh makna. Pulangan kali ini akan dia gandakan. Setaraflah dengan upacara yang akan dia lakukan nanti.", "Sementara itu…", "IRFAN mengucap dengan berkali-kali lantas dia ambil kembali tasbihnya lalu beristighfar sambil jemari membilang biji tasbih. Bayangan visi yang dia nampak tadi mungkin sedikit samar namun dia tahu segalanya.\n‘Bagaimana untuk aku katakan pada dia?’ bisik hati kecil Irfan lalu menyambung kembali bacaannya. Dia tidak mengenali siapakah wanita separuh baya yang menemui bomoh dalam visinya itu, namun dia yakin tentu wanita separuh baya itu berkaitan dengan wanita jelita yang dia temui tempohari.\nTelefon pintar berdering dari atas meja. Irfan meneruskan pembacaan sehingga habis sebelum dia bangun untuk menjawab panggilan.", "“Assalamualaikum bang. Kenapa lambat angkat panggilan adik?”\n“Maaf dik, abang baru lepas solat.”\n“Oh, tak apalah kalau begitu.”\n“Apa perkembangan dik?” soal Irfan lalu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Songkok dia buka lalu diletakkan atas meja tulis.\nIrfan terangguk-angguk sambil mendengar dengan teliti setiap butir bicara adiknya itu. Benda yang sedang mereka bualkan itu sangat penting dan rahsia.\n“Tak apalah. Biar abang cuba dari sini,” sahut Irfan.\nSetelah selesai bercerita, Maya menamatkan panggilan. Irin Aryanna juga masuk ke dapur lalu membuka telefon. Sambil tersandar dan memegang kotak minuman untuk dia minum, sempat lagi matanya menjeling apa yang Maya sedang lakukan.\nIrin Aryanna tidak dapat mendengar dengan jelas akan isi perbualan Maya namun entah kenapa dia mulai merasakan sesuatu.\n‘Kenapa takde sebarang perubahan pun aku tengok pada Maya ni? Apa ilmu dia pakai sampai ilmu yang tok dukun hantar juga tak ada response?’\n“Irin!” Maya terpaksa menjerit setelah berkali dia panggil namun rakannya itu mematung diri. Mata pula asyik merenungnya. Dah kenapa?\nJenuh dia menggawangkan tangan depan muka Irin Aryanna.\n“Hah, apa dia?” soal Irin Aryanna termalu pula dengan Maya. Nampak sangat sedang memikir sesuatu dan memerhati diri figura tersebut. Maya mengangkat kening isyarat kenapa?\n“Kenapa?”\n“Kenapa apa?”\n“Eheh, kau ni Rin. Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Kau kenapa jauh menungnya tu… Aku panggil pun kau tak dengar,” sahut Maya kembali semula ke meja Island dengan sayur-sayuran untuk dia siang dan di jadikan sebagai lauk makan malam.", "“Aku bukan bermenunglah, yang,” sahut Irin Aryanna juga membantu rakannya itu dengan mengupas kulit bawang.\n“Kalau bukan termenung, tentu aku panggil kau tadi, kau menyahut Rin.”\n“Entahlah Maya. Aku nak bercerita pun…” ujar Irin Aryanna sengaja menggantungkan pernyataan. Maya mendongak dan berkerut kening. Irin Aryanna suka begitu, kalau bercakap tak pernah tak tergantung. Dah macam drama thriller pula asyik cliffhanger tak macam drama cinta kadang sedih kadang happy ending. Melalut pula.\n“Kalau kau memang ada sesuatu nak share dengan aku, aku sedia mendengarnya,” ujar Maya memang dia mahu tahu sesuatu. Jika tidak, bagaimana dia mahu jalankan perancangan abangnya itu.\nIrin Aryanna yang sedang memotong bawang sempat mengerling rakan sebelah dari ekor matanya sahaja. Dia tarik senyum senget. Tolong atau mahu tambahkan lagi?\nRasa curiga Irin Aryanna semakin bertambah dengan kenyataan dia baru dengar itu. Hanya Maya yang masih tidak sedar.", "“Irin, kau ada masalah dengan…”\n“Hah, Maya aku naik atas kejap ya. Aku terlupa nak standby barang untuk aku bawak nanti,” ujar Irin Aryanna dengan pantas mencelah kerana dia enggan Maya memanjangkan lagi bab tersebut. Maya sekadar angkat bahu kala mendengar. Dia sambung kerjanya kembali.\nDari balik kabinet pinggan mangkuk, Irin Aryanna sempat mengintip Maya. Ternyata rakannya itu sedang sibuk dengan tugasnya. Irin Aryanna terus mengeluarkan satu bunjut hitam dan meliarkan pandangan ke setiap sudut.\nSehinggalah matanya tertuju ke satu pasu bunga. Laju berlari ke arah pasu dan terus membongkok. Pasir dia korek dengan tangan, berpaling belakang semula dan meliarkan mata bila keadaan masih selamat dia berpusing kembali mengadap pasu dan bunjut hitam itu dia masukkan ke dalam pasir yang dia korek tadi lalu dikambus kembali.\nBingkas bangun dan berpusing belakang. Meremang secara tiba-tiba dengan perutnya juga semakin memulas. Rasa mual kembali menjelma menyebabkan dia terpaksa berlari ke luar rumah untuk muntah.\n“Irin…” seru satu suara. Irin Aryanna yang mahu masuk kembali ke dalam rumah terus berpusing tubuh. Kosong, hanya ada jalan yang tanpa sebarang kenderaan mahu pun orang lalu-lalang kerana waktu itu sudah senja.\nIrin Aryanna yang makin pening serta berpusing kepalanya itu menyapu kedua belah lengan kerana sejuk serta merinding kembali menjengah tubuhnya itu. Irin Aryanna terus berkumat-kamit dan berlari masuk. Tanpa dia sedar dia sedang membawa sesuatu.\nMaya hampir terduduk dan bila Irin Aryanna yang sememangnya sedang dalam ketakutan menyoalnya kenapa dengan pantas Maya mengatakan tiada apa-apa. Irin Aryanna berlari menaiki tangga. Maya membaca beberapa p****g ayat kerana ‘benda’ itu sedang berada di depannya dengan mata merah membuntang padanya.", "“ARGH!” pekik pasangan dalam kereta mewah tersebut tatkala kereta mewah yang mereka naiki itu bergerak dalam keadaan tidak tentu-hala.\n“Allah! Allah! Allah!” ucap si pemandu yang terpaksa membuat lencongan tidak tentu-hala hanya kerana mahu makhluk yang berwajah menyeramkan itu terbang dari menutupi cermin hadapan.\nWajah menyeringai itu seakan sengaja merapatkan lagi muka hodohnya itu. Akibat sukar untuk melihat apa yang ada di sebelah hadapan kereta kerana terlindung, pemandu kereta mewah itu hanya mampu mengucap apatah lagi brek juga tak makan.\nSreet!\nDush!\nPang!\nMuncung depan kereta mewah berwarna merah metalik itu terus mencium simen pengadang. Tan Sri Ahmad hanya mampu menjerit memanggil nama Irin Aryanna tanpa sempat menahan tubuh itu dari menjunam ke depan lalu merempuh cermin depan kereta.\nMelompat keluar. Pandangan Tan Sri Ahmad juga semakin berbalam dan menjadi gelap. Manakala sang pemandu pula dah terdiam atas stereng kereta yang dilinangi d***h dahinya. Tanpa mereka semua sedari minyak sedang mengalir di bawah kereta.\n“Irin…” seru satu suara. Irin Aryanna tetap memanggung kepalanya yang pecah serta penuh dengan d***h untuk melihat penampakan yang tidak jelas itu.", "Sementara itu…\n“Allahuakbar!” jerit Irfan kecil lantas terduduk tegak kembali. Maya yang hadir dengan dulang juga kelam-kabut mendapatkan abang kandungnya itu dan bertanya kenapa.\n“Allahuakbar. Abang tak pasti sama ada bayangan yang abang dapat betul atau pun tidak, Maya.”\n“Kenapa bang? Cakaplah!” gesa Maya mulai resah melihat keadaan abangnya itu yang berpeluh-peluh laju dia mengesatnya menggunakan hujung lengan baju tidurnya. Maya terus duduk di sebelah, menghulurkan gelas berisi minuman biar abangnya minum dahulu supaya dapat meredakan sedikit resah.\n“Cuba maya call rakan Maya tu.”\n“Maksud abang, Irin ? Tapi kenapa bang?”\n“Call sekarang…”\nMaya terangguk-angguk. Baru sahaja dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket bajunya. Dia mendapat satu panggilan telefon dari nombor Irin Aryanna. Panjang umurnya, ujar Maya dalam hati.\n“Ya, waalaikumussalam. Ya, saya rakan serumahnya. Kenapa dengan Irin? Apa? Ya Allah!”\n“Saya datang sekarang. Baik-baik saya akan hubungi keluarganya sekarang!”\n“Maya, kenapa?” soal Irfan seakan sudah menebak. Dalam visinya itu dia ternampak kereta yang sedang Irin Aryanna naiki itu di ganggu ‘sesuatu’ lalu terbabas. Maya mahu menangis kala menceritakan kecelakaan yang di alami oleh Irin Aryanna.\nIrfan menenangkan adiknya dengan mengatakan itu semua sudah ketentuan Allah SWT. Segalanya berlaku dengan keizinan DIA.]", "“Mari kita ke hospital sekarang. Maya telefon mak Irin dalam kereta sahaja.”\nJenuh Maya cuba menenangkan Sofia yang meratab hiba di hadapan jenazah dalam bilik mayat itu. Hanya Irfan sahaja yang tetap tenang sambil matanya merenung tajam akan sesuatu yang ikut sekali dengan Sofia.\nSebenarnya sudah lama Irfan dapat perasaan tersebut. Satu perasaan yang tidak enak apabila dia berfikir tentang Irin Aryanna dan rasa itu semakin kuat auranya apabila Sofia iaitu mak arwah Irin Aryanna hadir di depannya kini.\n“Puan, harap puan banyakkan bersabar ya…” pujuk pegawai forensik itu. Sofia masih lagi teresak-esak. Sofia berpaling dengan laju apabila nampak sesuatu. Sesuatu yang tidak dia jangkakan.\nPegawai forensik itu menerangkan akan kejadian tersebut. Perlahan-lahan dia menutup kembali kelopak mata Irin Aryanna yang hampir tersembul keluar itu. Muka arwah menakutkan untuk dipandang.\nHanya Maya dan abangnya sahaja yang masih lagi mampu memandang selain pegawai forensik yang sememangnya sudah mangli dengan wajah mayat. Sofia juga takut-takut walau itu anak tunggalnya.\n“Adik, abang ada sesuatu mahu tanya,” bisik Irfan secara tiba-tiba ke telinga Maya. Sofia di arahkan menuruti pegawai forensik untuk mengisi borang kematian setelah laporan polis selesai.\nMaya memandang wajah abangnya. Angkat kening, isyarat mahu bertanya apa. Irfan mengajaknya keluar sebentar kerana ‘benda’ itu seakan mahu menganggu Maya pula.", "“Apa dia bang?” soal Maya setelah mereka berdua berada di luar kamar forensik. Irfan menarik nafas dahulu dan menghelanya. Maya juga gementar mahu tahu. Pemergian Irin Aryanna benar-benar mengejutkan dia.\nWalau pihak polis telah mengklasifikasikan kematian arwah Irin Aryanna, sugar daddy serta pemandu mereka sebagai kemalangan namun hatinya tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimana perut arwah boleh pecah sebegitu rupa dan penuh dengan ulat?\n“Abang, bukan nak tuduh dik. Tapi, abang rasa ada yang tidak kena dengan Sofia…”\n“Sofia?” soal Maya teringatkan wajah wanita yang terlalu mirip dengan arwah anaknya itu.\n“Apa abang cuba sampaikan pada Maya sebenarnya?” Maya menyoal lagi. Irfan mengerling sebelahnya. Maya tidak nampak apa yang abangnya itu boleh nampak. Hijab Irfan lebih kuat dari Maya. Sememangnya dua beradik itu dikurniakan sepasang mata yang tajam dalam melihat sesuatu yang orang biasa tidak boleh melihat.\nMaya nampak mulut abangnya itu berkumat-kamit. Dan dari situ dia dapat tahu. Ada ‘sesuatu’ juga berada dengan mereka berdua. Maya menelan air liur. Antara dia dengan Irfan, Irfan lagi kuat menghadapi wajah-wajah ngeri itu.\n“Berapa lama Maya kenal dengan Irin? Bagaimana perhubungan Irin dengan emaknya?” soal Irfan mahu tahu setelah ‘benda’ tersebut menghilang. Dalam masa sama, Irfan juga merenung belakang dan Sofia masih lagi sedang bercakap sesuatu dengan pegawai bilik mayat atau bilik forensik itu.\n“Nak kata lama tu, bolehlah juga. Tapi, kenapa abang soal Maya macam ni? Sebenarnya, apa yang cuba abang sampaikan pada Maya? Cakap je bang,” pinta Maya.", "“Maya masih lagi buat kerja itu?” Irfan menyoal. Maya laju menggeleng.\n“Abang, sudah lama Maya berhenti abang semenjak abang…” sahut Maya menunduk. Memang pada masa itu, Irfan sangat marah setelah tahu pekerjaan sebenar adiknya itu. Ibu dan bapa mereka berdua sudah memberi pengetahuan agama secukupnya namun tega adiknya itu melakukan kerja itu hanya kerana mahukan kemewahan?\nBiar pun mereka tahu asal-usul Maya itu bukan penghalang untuk mereka sekeluarga menjaga serta mendidiknya. Apabila makin meningkat dewasa, Maya telah mereka beri tahu akan siapakah dirinya dengan mereka.\nMemang pada awalnya dia bersedih namun saat dia terkenangkan cara layanan mereka sekeluarga yang tidak berbelah-bahagi membuatkan Maya lebih menyayangi mereka. Dan dia amat menghormati abang Irfan nya.\nBerbalik semula…\n“Abang tanya saja. Abang tanya Maya sebab abang dapat visi kemalangan kawan Maya itu berkaitan dengan angkara khianat orang. Pada masa kejadian, pemandu kereta itu di ganggu sesuatu yang dia saja nampak. Akibat tidak nampak jalan, pemandu tersebut hilang arah. Itu yang menyebabkan kereta mereka merempuh pengadang sempadan antara jalanraya dengan tebing gaung.”\nMaya ternganga mendengar penerangan panjang lebar itu.\n“Dan abang dapat lagi alamat di sebalik kejadian itu. Sofia,” ujarnya lalu merenung belakang dan Sofia juga sedang memandang ke arahnya. Tajam dan masam wajahnya kini. Irfan kembali semula memandang hadapan.\n“Balik nanti kita bincang lagi. Puan Sofia sudah selesai.”\nMaya mengangguk dan turut berpaling. Sofia menapak ke arah mereka dengan wajah sedihnya.\n“Bagaimana mak, semuanya sudah selesai ke? Bila arwah dikebumikan?” soal Maya membahasakan diri wanita itu sebagai ‘mak’. Dia sudah biasa. Sofia terus membuka ceritanya. Irfan mendengar sambil mata pula memandang ‘benda’ yang seringkali ada di sisi wanita separuh baya itu.\n“Nanti Maya bantu mak untuk susun barang-barang Irin,” pinta Sofia tersedu-sedu. Maya mengangguk sambil tangannya masih lagi berada di belakang bahu wanita itu. Menenangkannya. Irfan mendengar dan mungkin ini merupakan peluang untuk dia lakukan sedikit siasatan.\nSetelah beberapa jam usai majlis tahlil dalam rumah flat milik Sofia itu. Sofia masih lagi tidak dapat tidur dengan lena. Baru sahaja dia memejamkan matanya pasti akan bermimpikan arwah. Arwah menjerit-pekik dengan menuduh dia puncanya.\nSofia tahu itu bukan arwah. Sofia terus bangun. Mata meliar dalam kamar yang gelap itu. Di sebelah, lelaki degil itu tetap mahu ‘bersama’ dia pada malam tersebut. Jenuh Sofia menolaknya tapi dia tetap berdegil. Dan kini, pulas tidurnya.", "BAB 13", "Seminggu kemudian…", "IRFAN dan Maya masih lagi berdiam dalam kereta. Maya mahu keluar kerana dia mahu melihat dengan lebih dekat lagi namun di tegah oleh Irfan. Merbahaya!\nTambahan pula mereka berada dalam kawasan hutan. Kedua beradik itu mengikuti Sofia setelah Maya mencuri dengar perbualan wanita itu dengan seseorang yang dia panggil sebagai Mak Mawar. Dan sekarang ini mereka sudah berada di tepi belukar yang mengadap ke arah rumah Mak Mawar.\nSebenarnya nama bomoh wanita berketurunan Siam itu bukan Mawar tetapi Som Prat.\nSengaja Sofia bersembang serta memberi nama Mawar kerana wanita itu tahu, Maya sedang mengintip dirinya. Sofia berterima kasih pada cermin yang memaparkan tubuh si pengintip itu dari balik dinding rumah Irin Aryanna.\nBerbalik semula di kawasan rumah Bomoh Siam…\nSofia tersenyum pabila mahu menaiki tangga. Dia memang tahu dia sedang diikuti.\n“Maya, Maya. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat. Aku tahu Maya…” ujarnya namun terdiam lalu berpusing belakang dari atas tangga. Kosong. Sofia resah dan menaiki takah tangga itu dengan laju.\nSofia berasa tidak senang hati selagi tidurnya seringkali di ganggu dengan kehadiran arwah Irin Aryanna. Tujuan dia menemui bomoh wanita berpakaian sami itu di sebabkan akan hal ini. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia harus berbuat sesuatu sebelum semuanya terbongkar.\n“Aku tahu. Kau duduk sahaja,” ujar wanita berkepala botak yang sedang memasang api colok. Sofia yang ternganga dek kerana mahu memberitahu terus duduk. Memang bomoh wanita berketurunan Siam yang rakannya itu cadangkan sangat hebat.", "Seperti biasa, loceng kecil diangkat lalu digoncang-goncang bersama kalimah mantera berbahasa Siam. Sesekali memang akan kedengaran seperti dengung kumpulan lebah.\nAngin serta-merta masuk ke dalam rumah menggoyangkan gantungan botol-botol kecil yang berisi patung kecil berkepala botak perut buncit serta cecair jernih.\nIrfan dan Maya dalam kereta saling bekerjasama. Kereta mereka sedang di ganggu. Pintu berkunci dengan sendiri sehingga sukar untuk Irfan membukanya. Beberapa kelibat hitam lalu-lalang di depan mereka berdua.\nNasiblah Maya tidak keluar jika tidak, dia dahulu yang terkena gangguan tersebut.\nAda satu lagi kereta yang memasuki ke laluan rumah bomoh berketurunan Siam itu. Maya orang pertama yang nampak akan wajah si pemandu. Datin Rose!\nTetapi entah mengapa, Maya nampak Datin Rose seperti tidak selesa dan dalam keadaan takut-takut sahaja. Maya cuba memicingkan lagi pandangannya sehinggakan dia tidak mendengar akan arahan Irfan. Irfan turut memandang arah yang sama kerana mahu tahu.", "“Kalau Maya nak tahu…” Irfan mencelah. Dan membuatkan kepala Maya berpusing arah lantas mengadap wajahnya pula.\n“Wanita itu juga sama-sama mahu buat Irin Aryanna. Abang nampak dalam bayangan abang itu. Mungkin pada mulanya masih samar tapi syukur Allah SWT telah membantu abang. Namun mungkin ‘tuju-tuju’nya itu terpesong arah lalu pergi ke arwah Dato’S.”\nYa, memang Dato’S meninggal sebelum kemalangan yang melibatkan Irin Aryanna dengan Tan Sri Ahmad. Namun lelaki korporat yang ini amat bernasib baik sekali kerana tembelangnya sebagai sugar daddy, tidak pernah pecah walau sekali.\nMaya terdiam mendengar cerita dari abangnya itu.\nMaya mendongak lalu memandang ke arah tadi, kereta Datin Rose sudah tiada. Kelibat-kelibat yang menganggu mereka tadi juga tiada. Pintu juga sudah boleh dibuka. Irfan menarik nafas kelegaan.\nSementara itu…\n“Sudah, kau sudah boleh pulang dengan hati yang tenang. Aku yakin roh anak kau itu sudah faham,” ujar bomoh wanita berpakaian sami itu sangat yakin perbualan ghaib antara dia dengan roh si m**i sudah menemui kata sepakat.\n“Cuma satu…” ujar bomoh wanita Siam itu lalu memandang wajah Sofia. Sofia turut merenungnya.\n“Kau dah tak perlu rasa tercabar lagi. Anak kau pun sudah tiada. Lelaki-lelaki kau itu semua tidak akan mengejar anak kau lagi melainkan yang lainlah,” ujar bomoh Siam itu lagi lalu tersenyum penuh makna.\n“Baiklah. Tapi aku,mahukan barang itu…” ujar Sofia seraya menjuihkan bibirnya dan merenung botol yang bergantungan atas kepala mereka berdua itu. Bomoh Siam itu sudah lama tahu, wanita-wanita seperti Sofia serta anaknya seringkali menggunakan cecair dalam botol itu. Pemikat!\n“Boleh, kau mahu yang kuatkan?” soal Si bomoh tersenyum penuh makna. Sofia yang memahami terus berbaring di hadapan bomoh dari tanah Siam itu. Bomoh wanita berpakaian sami itu terus membaca mantera sambil menggoyangkan loceng.", "Irfan mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Maya setuju sahaja dengan setiap cadangan abangnya itu. Sebenarnya Maya tak menyangka Sofia seorang ibu yang kejam.\nKerana jantan-jantan tidak berguna itu sanggup dia menyeksa anak tunggalnya itu dengan ilmu sihir.\nJadi selama ini, Irin Aryanna sakit perut itu semuanya berpunca dari ibunya sendiri. Jadi tidak hairanlah selama ini, Maya selalu nampak beberapa kelibat berlegar-legar dalam rumah mereka serta kondo Irin Aryanna tanpa wanita jelita itu ketahui.\n“Kasihan kau,Irin. Aku dah cuba beri tahu pada kau…” ujar Maya berasa sedih serta kesal.\n“Bukan salah kau dik. Kau dah cuba. Abang tahu itu, dik. Tak apa berdoa sahajalah agar roh arwah dalam lindungan rahmat Allah SWT.”\nMaya mengesat air mata yang sudah mengalir pada pipinya sambil mengangguk. Dalam masa sama, dia ralat Irin menuduhnya yang bukan-bukan. Kalau tak kerana rakaman cctv yang terpasang dalam rumah mereka, sehingga ke hari ini, dia tidak akan tahu apa yang Irin Aryanna lakukan bagi memerangkap dirinya.\nKini, Irin Aryanna pergi membawa dosa menuduhnya selain dosanya sendiri serta pergi ke alam sana dalam keadaan tubuh di saluti kekotoran. Kerana pada masa itu, pasangan itu baru sahaja selesai ‘bersama’.", "LEBAR senyuman Sofia setelah menutup pintu. Dalam dadanya sarat dengan duit kertas pelbagai warna hasil pada malam itu. Langsung tiada rasa penat. Hebat penangan susuk Siam yang bomoh tua itu tusukkan pada bahagian bunga miliknya.\nPun begitu minyak dalam botol yang sentiasa ada dengan dirinya itu masih lagi menjadi peneman setia dia.\nWalau dia terpaksa menumpahkan darahnya demi nafsu. Kelam-kabut dia seluk dadanya menarik keluar wang berkepul. Baru sahaja dia menghenyakkan p******g pejalnya atas bangku kusyen yang koyak-rabak sana-sini, tiba-tiba pintu di ketuk dari luar.\nKuat pula tu.\n“Ish, jantan mana pula ni? Aku baru nak rehat. Tapi tak apa, duit tu duit. Ha… baru mereka tahu Sofia macam mana,” ujarnya sambil mencium duit yang dia masukkan semula ke dalam dadanya.\nKetukan pada pintu memang kuat lain macam. Bagaikan mahu roboh pintu di buatnya. Tak reti perkataan sabar!\n“Kut iya pun kau orang bersabarlah sikit. Tak lari gu…?”\nPintu terbuka luas. Muncung serta wajah menggoda Sofia turut menghilang. Sekejap itu juga bibirnya terketar-ketar. Patutlah malam itu tiada langsung salakan anjing. Sunyi sangat semasa dia menghantar para pelanggan ke muka pintu yang menghadap bangunan flat lain serta bandar.\nSofia kelam-kabut mahu menutup pintu namun menjerit kuat apabila susuk tubuh berbungkus itu membuka serta meluaskan rahang mulutnya dengan seluas-luasnya lalu berjatuhan ulat penghurung mayat. Bau busuk menerawang ke udara.\nMakin laju Sofia mahu menutup pintu namun tubuhnya terdorong dengan sendiri ke dalam rumah sebelum benda itu melompat masuk ke dalam dan pintu terhempas kuat.", "“PERGI aku kata!” pekik Sofia masih lagi terjerit-pekik dalam rumah tanpa ada yang datang menjengah apatah lagi mahu membantu. Bangunan lima belas tingkat itu boleh di katakan semua para penduduk mempunyai pekerjaan sama seperti Sofia, dan sudah semestinya mereka sedang asyik melayan pelanggan.\nMana kan boleh mendengar jeritan dia dalam rumah itu. Tambahan pula Sofia tidak di senangi ramai penduduk. Bukan sahaja dengki padanya malahan yang kurang gemar dengan sikap bongkaknya itu.\n“Aku kata tolong jangan ganggu aku!” pekik Sofia terpekup-pekup muka setelah puas menghalau dengan gawangan tangan. Namun susuk tubuh berbungkus berbau kapur barus itu tidak sedikit pun mahu berganjak.\n“Kenapa kau b***h aku?”\n“Kenapa kau b***h anak kau sendiri?”\n“Sampai hati kau Sofia…”\n“Tidak, aku kata tidak!!!” Sofia memekik dan bingkas bangun dengan sekuat hati dia merempuh akan susuk itu namun dek kerana ia sekadar bayangan. Tembus. Sofia sudah tiada jalan lain lagi melainkan keluar dari rumah buat seketika walau dia tidak tahu mahu pergi mana.\nSambil menangis teresak-esak dia kelam-kabut membuka pintu. Dia bernasib baik kerana grille masih tidak dia manggakan. Sofia terus berlari tanpa mahu menutup pintu dengan rapat. Dan susuk berbungkus itu juga ghaib.\n“Kau b***h aku…” Suara itu tetap mengekori larian Sofia. Sofia tersembam atas lantai saat dia mahu menuruni aras satu lagi. Sofia bangun walau terpaksa menahan sakit serta pedih kerana kulit lutut serta dahinya luka.\nDia harus cepat turun untuk ke kawasan parkir bawah. Mungkin ada orang yang boleh dia minta tolong. Sofia terketar-ketar memegang besi tangga. Sungguh dia benar-benar dalam ketakutan kini. Pada mulanya dia ingatkan penunggu minyak yang dia pakai itu menuntut d***h, namun sebenarnya tidak.\nSofia kenal akan empunya tubuh berbunjut tiga itu. Sofia semakin lelah entah kenapa, tangga juga dia rasakan terlalu banyak apabila berada dalam ketakutan. Sofia berkerut dahi kerana tingkat yang sama saja dia berada iaitu tingkat empat. Nombor yang tidak digemari oleh kaum Cina.", "“Kau b***h aku!” pekik suara misteri itu sekali lagi. Entah bagaimana dek terlupa bahawa dirinya sedang berada atas tangga, Sofia melepaskan pegangan pada besi pemegang tangga dan memekup telinga sambil berlari.\nBerdentum. Jatuh lagi kerana kakinya ditarik sesuatu. D***h pada dahi semakin banyak keluarnya. Sehingga ke aras itu, tetap tiada sesiapa pun yang melaluinya sama ada mahu turun atau naik. Sofia keseorangan.\n“Ya Allah sakitnya…” lirih Sofia yang baru mahu mengingati nama Allah SWT. Sedangkan selama ini dia alpa. Lelehan d***h dia seka dengan jari. Namun makin banyak pula. Dia menangis dengan semahunya di aras itu.\nBau kapur barus kembali menyesak hidung. Sofia yang memejamkan mata menahan sedih serta sakit. Terpaksa membuka matanya kembali lalu perlahan-lahan dia mendongak dengan tubuh yang gementar.\n“Kau pembunuh!” sergah benda berbungkus itu dengan mendekatkan muka ngerinya ke muka Sofia. Sofia tergamam sambil menekap dadanya yang sakit. Sofia terlentang atas lantai dalam keadaan mata terjegil serta mulut ternganga.\nSusuk tubuh berbungkus itu ghaib.\n“Mak!!!” jerit Maya dan Irfan berlari mendapatkan Sofia yang sudah terbaring itu. Apa yang Irfan dapat rasakan memang betul. Maya memanggil-manggil nama wanita itu sambil menepuk pipi, Maya berasa sedih melihat keadaan wanita itu.\nDi penuhi dengan d***h. Mata pula terjegil sebegitu rupa. Irfan melalukan jarinya bawah hidung Sofia lalu memandang Maya. Perlahan-lahan dia gelengkan kepalanya. Maya tersentak. Maya memang tahu Sofia ada sakit jantung.", "Irfan pandang ke satu arah dengan lama sebelum dia beristighfar. Maya mendongak.\n“Abang…” panggilnya juga merenung arah yang sama. Kedua mereka nampak benda yang sama. Susuk tubuh berbunjut serta bau kapur barus yang sangat kuat. Walau wajah itu amat ngeri namun kedua mereka kenal.\n“Irin…”\n“Apakah kau penyebabnya?” soal Maya lalu merenung keadaan wajah Sofia. Wajah wanita separuh baya itu berada dalam keadaan yang terkejut. Jika tidak, matanya tidak terbeliak sebegitu rupa.\nIrfan sudah pun menghubungi ambulans serta polis. Pada malam yang panjang itu, bangunan yang selama ini sunyi hanya meriah di sebelah bawah terutama sekali sebelah malamnya kini riuh-rendah dengan penemuan mayat Sofia yang m**i dalam keadaan terkejut sebegitu rupa.\n“Mangsa m**i berkemungkinan akibat terlalu terkejut serta penat. Mangsa pergi lebih kurang beberapa minit…” terang pegawai forensik tersebut. Menurut dia lagi tiada unsur jenayah.\nSetelah jenazah di bawa turun. Hanya tinggal Irfan atau Ustaz Irfan masih lagi berada dalam kawasan aras itu. Maya dia minta agar turun dahulu dan selesaikan apa yang patut.", "Irfan membaca sesuatu sebelum ada sesuatu muncul di hadapannya. Irfan terus membuka matanya.\n“Pergilah dari sini. Aku tahu kau hadir kerana mahu melangsaikan hutang. Dan kini hutang itu telah pun terlangsai…”\nSusuk tubuh berbunjut tiga itu pun ghaib. Dan Irfan menghelakan nafasnya sebelum berpusing tubuh ke arah tangga.\nSementara itu di dalam rumah Sofia. Penunggu kepada minyak neraka itu ternanti-nanti akan pemiliknya.\nDan sekiranya bakal ada penghuni baru, kemungkinan ia akan menganggunya kerana dia lapar.", "MAYA mengangguk dengan laju. Timbanya yang tak sengaja dia lepaskan diangkatkan semula. Semasa dia menunduk, sekali lagi dia nampak sesuatu. Jika tadi sebelah atas kini bawah pula sambil mengangakan mulut.\nSetiap kali air mandian berdarah itu jatuh, makhluk berambut panjang itu akan meminumnya. Dan di situ, bukan dia seorang sahaja yang boleh nampak tetapi ada seorang lagi iaitu ketua jururawat yang di tugaskan untuk memandikan jenazah.\n“Tidak mengapalah dik. Apa yang kita berdua nampak tu, janganlah di bukakan pada sesiapa ya. Mungkin itu bahagian arwah, bahagian kita mana kita nak tahu apa pula nanti, kan?” soalnya sebelum menyudahkan mandian pada tubuh arwah Sofia.\nMaya mengiyakan. Bahagian bawah Sofia terpaksa mereka sumbatkan agar ia tidak lagi berair serta berulat.\n“Kak, kita tak boleh biarkan. Saya rasa arwah ni pemakai,” sahut satu suara. Ketua jururawat menghelakan nafasnya. Maya juga mengangguk kerana dia juga yakin ada yang tidak kena pada bahagian tersebut.\n“Macam mana kita nak buat? Kita bukannya bomoh. Hanya bomoh yang memasangnya sahaja yang boleh mengeluarkan benda itu. Tak apa, hanya cara ini sahaja yang kita semua mampu bantu. Selebihnya kita berserah sahajalah.”", "Hampir setengah jam proses mandian akhirnya usai dan kini mahu melakukan proses kafan pula. Sama juga, hanya Maya dan ketua jururawat yang paling banyak menahan sabar dek hijab mata mereka yang terbuka.\nPun begitu, nasiblah ketua jururawat itu berpengalaman. Sekurang-kurangnya proses kafan dapat mereka selesaikan dengan segera. Jenazah mahu di kebumikan dengan segera.\nDari proses mandian, kafan dan kini setelah selesai di solatkan, jenazah yang sudah siap dalam kain kafan itu sukar untuk di angkat pula. Dari lima orang menjadi sepuluh orang dan terpaksa berkerutan muka serta berdeheman untuk mengangkat jenazah.\nJenazah menjadi terlalu berat. Bagaikan sebelah atasnya di hempap sesuatu. Dan perkara yang sama berlaku juga pada arwah Irin Aryanna. Tiada yang tahu apakah asbabnya.\nIrfan menadah tangan selain imam surau berdekatan memohon doa mempermudahkan proses pengebumian arwah Sofia. Jam semakin menghampiri lima setengah pagi, barulah jenazah dapat di angkat masuk ke dalam van jenazah.\nIrfan dan Maya pergi juga ke kubur dengan kereta mereka. Setiap soalan yang Maya kemukakan Irfan enggan menjawabnya. Yang sudah pergi itu, biarlah. Siapa mereka mahu menghukum?", "Malam keesokan hari…", "IRFAN terjaga sambil meraup mukanya yang di penuhi dengan peluh. Beristighfar seorang diri. Dia bermimpikan arwah Irin Aryanna datang berjumpa dengannya dalam keadaan tersenyum sahaja tanpa ada patah perkataan yang keluar.\nSementara itu…\nMaya duduk dalam kamar arwah Irin Aryanna sambil mengenakan pakaian arwah. Menggunakan alatan mekapnya serta beberapa barangan lagi.\nTelefon pintar bergetaran. Tersenyum, sebelum dia bangun untuk keluar. Pada abangnya, Maya katakan ada sesuatu perkara yang perlu dia selesaikan dengan seseorang. Bunyi hon kereta melebarkan lagi senyumannya.\nMaya dengan segera keluar dari kamar arwah dan menuruni tangga dengan pantas tanpa dia sedar ada mata sedang memerhati dari balik sudut gelap dengan rautnya yang amat sedih.\n“Hai sayang, lama tunggu…” ujar Maya pada Tan Sri Ahmad yang sebenarnya masih lagi hidup namun dia menghilang. Segala perancangan mereka berdua berjalan dengan begitu teratur sekali.\nLangsir yang terselak dia tutupkan. Irfan duduk semula atas katil sambil menggelengkan kepalanya.\n“Ya Allah, aku pohon pada Mu agar berikan petunjuk pada adik aku…”", "TAMAT\nSUNDAY\n1700 PM." ]
[ "Ending dia x best sgt.", "Cerita terlalu panjang dan serabut. jalan cerita tak paham. sekian," ]
https://fiksyenshasha.com/perempuan-berkebaya-merah/
‘Perempuan Berkebaya Merah’
[ "“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan, dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” [Surah al-Mukminun: 97-98].", "Aku rasa penduduk tempatan kita ni memang dah tak asing lagi dengan jelmaan berkebaya merah. Dari dulu lagi ada terlalu banyak kisah tentang ‘perempuan’ berkebaya merah, dan keluarga terdekat aku sendiri pun tak terkecuali untuk merasai pengalaman yang tak berapa nak indah tu.", "Ini adalah kisah benar tapi bukan akulah yang nampak ‘perempuan’ berkebaya merah ni. Sebaliknya, ahli keluarga aku iaitu Mak Usu dan arwah nenek aku yang nampak.", "Aku ceritakan yang Mak Usu aku dulu, ya?", "Mak Usu aku ni dah lama mendirikan rumahtangga. Boleh dikatakan dia bahagia dengan suami dan anak-anak mereka. Kalau bab-bab konflik dengan orang sekeliling semua tu aku tak tahu. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui, kan?", "Nak dijadikan cerita, satu malam tu anak-anak dan suami Mak Usu aku dah tidur pulas. Mak Usu aku pun sama. Kemudian dalam jam 2 ke 3 pagi macam tu, Mak Usu aku tersedar. Berpeluh-peluh. Panas ke apa aku pun tak tahu.", "Tapi bila Mak Usu aku bangun, dengan izin-Nya, dia ternampak ada perempuan rambut mengurai panjang berkebaya merah duduk di hujung katil. Dekat hujung kaki suaminya. Muka tak nampak, hanya nampak bahagian belakang sahaja.", "Mak Usu aku pandang suami dia dekat sebelah, memang tidur lena beb. Berdengkur lagi. Punyalah nyenyak.", "Mulut Mak Usu aku macam terkunci, nak cakap apa pun suara dia tak keluar. Sebab takut punya pasal, Mak Usu aku masuk bawah selimut. Sebelum dia masuk bawah selimut tu, dia sempat nampak ‘perempuan’ tu macam sisir rambut panjang dia perlahan-lahan pakai jari tau. Masa aku dengar cerita ni daripada Mak Usu aku, bapak berdiri segala bulu roma aku weh!", "Punya lama Mak Usu aku sorok bawah selimut, memang berpeluh habislah sebab bahang. Disebabkan panas tak cukup udara, Mak Usu keluar dari selimut tu. Bila tengok balik dekat hujung katil, ‘perempuan’ berkebaya merah tu dah ghaib. Dah tak ada beb!", "Suara Mak Usu aku ada balik. Dia dah boleh bersuara. Lekas dia kejut suami dia yang tengah tidur tu dan suami dia pun bangun. Mak Usu aku cerita semua dekat suami dia dan suami dia pun macam seriaulah.", "Siapa je tak seriau pukul 2 ke 3 pagi bini cerita nampak makhluk halus…", "Jadi itulah cerita pasal Mak Usu aku yang ditakdirkan Tuhan untuk nampak makhluk berkebaya merah ni.", "Nak tahu cerita perempuan kebaya merah versi arwah nenek aku pula? Komen ramai-ramai. Kalau ramai nak, aku cerita di ‘Perempuan Berkebaya Merah Pt 2’.", "Terima kaseh." ]
[ "bosan", "Tak nak lol", "Saya seram teramat sangat.. cerita la cpt pt2..hmm confirm malam ni termimpi-mimpi saya tido.", "part 2 wajib kay hahaha" ]
https://fiksyenshasha.com/steruman-bahagian-2/
Steruman Bahagian 2
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 1", "Beberapa peserta mengambil tempat dan beratur untuk berjalan diatas hamparan kaca. Dan seketika kemudian, mereka tanpa teragak-agak berjalan dan memijak serpihan kaca selepas diberikan isyarat untuk memulakan persembahan. Sungguh mengagumkan.", "Aku jeling Uda disebelah, Uda buat muka menyeringai kesakitan, macam dia yang kena berjalan atas hamparan kaca. Pertunjukan berjalan atas kaca tamat, empat orang pemuda mula tampil kedepan dengan masing-masing membawa cangkul dan penggali.", "Sebuah lubang sedalam empat kaki setengah mula digali, cukup pantas mereka membuat kerja. Kurang dari lima minit, lubang sudah mencapai kedalaman yang diinginkan. Usai mengali, seorang pemuda tanpa baju, hanya berseluar silat dan berbengkong warna hitam, terjun ke dalam lubang, berdiri dengan hanya kepala yang terjengah melepasi kedalaman lubang.", "“Kambus!” Arah Badal yang hanya berdiri dan memerhati sedari tadi. Pantas empat orang pemuda tadi mula mengambus pemuda yang berada didalam lubang, hingga tinggal kepalanya sahaja yang terkeluar dari tanah.", "Beberapa pesilat lain mula membawa ranting-ranting dan sesuatu yang kelihatan seperti sabut kelapa, disusun disekitar kepala pemuda tadi.", "“Baik, BAKAR!” Arah Badal yang masih lagi memerhati.", "Seketika kemudian api dinyalakan!", "Api naik dengan marak, hingga kepala pemuda tadi hilang keseluruhannya dibalik api! Upacara berlangsung kira-kira sepuluh minit. Ramai hadirin yang terpegun, untuk tempoh yang panjang begini, sudah tentu kepalanya rentung dijilat api. Paling tidak kulit pipi akan lebur dalam jarak api yang dekat.", "Api mula malap, dan beberapa pesilat tampil untuk memadamkan api. Lubang digali semula untuk mengeluarkan pemuda tadi, cuma digali tidak terlalu dalam. Separas hingga tangannya berjaya dikeluarkan, kemudian dia ditarik keluar oleh beberapa orang pesilat.", "Ajaibnya, bukan sahaja tidak rentung dibakar! Malah rambut dan bulu-bulu dimukanya juga tak hangus. Cuma wajah pemuda tadi kemerah-merahan seperti udang terbakar!", "Badal mula melangkah ke tengah gelanggang, dan menanggalkan baju yang dipakai. Beberapa pesilat mengambil tempat disekitar, masing-masing membawa senjata tersendiri, seperti parang, rantai, keris dan pisau.", "Badal berdiri dengan tangan didepa kan kedua-duanya. Irama lagu asli masih lagi rancak dimainkan.", "“SERANGG!!” Pesilat disekitar menjerit beramai-ramai dan masuk menyerang Badal yang tak memakai baju.", "Pisau ditikam, parang ditetak, dan keris dihunus. Menyinggah dimana-mana bahagian badan Badal yang berdiri. Sedikit pun tak dielakkan! Hanya kekal berdiri statik seperti tadi.", "Barang senjata yang menjamah tubuh, menjadi tumpul dan tak memberi kesan pada Badal. Badal masih lagi tenang dan berdiri tegak. Hebat Badal gelanggang ni, tak lut dek senjata, tak tembus ditikam, tak jatuh ditetak dan tak lemas di hanyut!", "Persembahan yang berlangsung kira-kira sepuluh minit, diakhiri dengan isyarat berhenti oleh Badal. Baju mula dipakai semula dibadannya. Sambil beliau membuat pengumuman.", "“Untuk upacara terakhir pada malam ini, pesilat-pesilat kami akan mempersembahkan tarian ilmu dalam..”", "“Pada mana-mana yang tak pernah tahu.. Dalam tarian ini, semangat pahlawan lama akan diseru dan meresap ke dalam badan pesilat..”", "“Pesilat akan berada dalam keadaan separa sedar, dan saya minta penonton untuk berdiri dibelakang tali garisan yang kami pasangkan sekarang..” Serentak, satu tali panjang direntangkan oleh beberapa orang pesilat, dan kawasan gelanggang dikepung kosong dibahagian tengah. Mewujudkan satu kawasan empat segi sama yang besar, sebesar lima belas kaki.", "Aku lihat sekeliling, lebih ramai penonton yang dah hadir untuk upacara pembukaan gelanggang dan menyertai kami, berdiri berhampiran tali yang direntangkan untuk melihat persembahan seterusnya.", "Gendang lagu bertukar menjadi rancak, kira-kira sepuluh minit berlalu dan beberapa pesilat masuk ke gelanggang. Terhuyung hayang menari mengikut gendang silat.", "Pesilat didalam gelanggang tiba-tiba menjerit sepontan. Dua tiga orang pesilat lain pula secara tiba-tiba melompat melepasi tali yang dirintang untuk ke tengah gelanggang. Mereka mula bersilat sendirian mengikut gerak dan lagu. Ke kiri dan ke kanan tanpa dikawal atau diganggu siapa-siapa.", "Aku nampak pesilat-pesilat yang dah ‘naik syeikh’ mula berkumpul dipenjuru hujung gelanggang, berdiri dan memerhati pada arah luar gelanggang. Tangannya dilambai-lambaikan, seperti memanggil seseorang masuk!", "Tak boleh jadi ni!", "Lambat laun aku dan Uda pun akan terjebak masuk ke gelanggang! Seluruh gelanggang dah macam nak berperang. Kalau dah terjebak, susah nak mengelak! Bimbang berakhir dengan petarungan!", "Aku cuit Uda untuk berundur beberapa langkah. Menjauhi kawasan tali yang dah direntang. Uda tak mahu beralah, masih kekal berdiri di tempat yang sama. Dalam pada berundur beberapa langkah ke belakang, aku sempat menjeling ke arah gendang silat yang sedang rancak dipalu.", "Ada mahluk berpakaian seperti panglima, besar dan tinggi sedang berdiri didepan gendang yang paling besar. Tangannya panjang hingga mencecah tanah. Tubuhnya separa bongkok, dan badannya berbulu ditutup pakaian persis seorang pahlawan. Takde siapa-siapa yang perasan ke kelibat ‘tetamu’ tak diundang ni?", "Perhatian aku tertancap pada mahluk tersebut, sesekali dia terkinja-kinja seperti beruk. Melompat-lompat setempat. Saiznya cukup besar setinggi dua orang lelaki dewasa.", "Dua atau tiga pesilat, berdiri betul-betul didepan mahluk tersebut, mengadap gendang yang berada dibelakang. Mereka membuka pencak diatas tanah, bermain tarian silat laksana harimau. Tanah dicakar beberapa kali, dan cakar dibuka kedua-dua tangan. Sesekali ditarik dan ditolak.", "Jeritan berulang yang dibuat untuk mengamatkan suasana. Lebih ramai lagi pesilat dan orang awam yang dah naik syeikh melompat memasuki gelanggang. Suasana didalam gelanggang betul-betul hiruk pikuk dipenuhi manusia yang bersilat dan sesetengah yang lain terhoyong-hayang menari mengikut alunan gendang silat.", "Dua orang yang dah naik syeikh berdiri didepan tali rentangan dan mula menghadap Uda. Tangannya dilambai-lambai menjemput Uda untuk turut masuk. Uda dah mula mengelabah melihat sekeliling. Aku perhati dari jauh kelakuan si Uda, gagal mengesan aku yang dah tersorok dibelakang kumpulan beberapa orang pakcik dan pemuda didepan aku.", "Mereka masih lagi berdiri statik dengan kaki separuh terkangkang, sambil melambai-lambaikan tangan mengajak Uda masuk. Aku kira agak lama juga begitu. Hingga Uda putus asa gagal mengesan aku. Uda mula bertindak nekad dengan menyeberangi tali yang direntang.", "Uda mula dikelilingi beberapa kali oleh pesilat yang naik syeikh. Dua tiga kali bahu dilanggar, seolah mencabar Uda untuk turut berpencak. Satu atau dua pesilat, dengan sengaja menjerit di sebelah telinga Uda. Menaikkan dan menyorakkan semangat Uda.", "Mahluk yang berdiri didepan gendang, mula berundur menghampiri gendang, gendang disentuh beberapa kali. Alunan paluan mula berubah! Mahluk tadi mula terkinja-kinja melompat dan bersilat ke kanan dan ke kiri.", "“Aduhhhhhhh!!” Uda ditumbuk curi secara berdepan dalam keributan pesilat yang mengerumuninya.", "Dua lagi tumbukan sampai pada Uda, sebab aku nampak Uda menepis beberapa kali. Cukup tangkas Uda membuang tumbukan yang menyinggah belikat dan rusuknya.", "Mahluk yang berpakaian seperti panglima menghampiri pesilat yang paling hampir dengan Uda, kepalanya dipegang dan dia seperti membisikkan sesuatu pada pesilat yang paling hampir dengan Uda.", "Tak boleh jadi ni! Gumam aku sendiri dalam hati.", "Pesilat tadi mula memanjat di belakang Uda dan mengigit dibahagian tengkuk Uda! Tangan berpaut pada bahu dan kakinya ditahan di bahagian pinggang, seperti rupa beruk yang memanjat pokok. Cukup fleksibel badannya hingga boleh memanjat dan berpaut pada Uda yang masih dalam kerumunan pesilat yang dah naik syeikh.", "“Aripppppppppp!!!! Tolonggggg!”", "Uda menjerit sepontan. Berdesup d***h menyirap ke kepala! Kalau sedari tadi aku lebih kepada memerhati. Sekarang aku perlu turut serta meleraikan kejadian yang berlaku pada Uda.", "Dari dua langkah, aku bertapak lagi tiga langkah ke depan dan menghambur melompat melepasi tali yang direntang. Berdiri betul-betul disisi kiri Uda, dan mula menolak pesilat yang naik syeikh disekitar.", "Suasana yang sungguh gamat!", "Dalam pada meleraikan kerumunan, dua ke tiga penumbuk curi hinggap ke badan, tak berjaya ditepis! Agaknya, kami dikerumuni tak kurang dari tiga puluh orang pesilat yang mabuk dan naik syeikh!", "“Uda! Kau ingat latih tempur royok?” Aku jeritkan pada Uda, dalam pada tangan masih menepis dan menolak pesilat yang masih melanggar dan menolak kami dengan bahu.", "“Empat mata angin?” Uda membalas dengan sedikit berteriak", "“Ya! Bukak penimbul, kita LANGGAR!” Aku tekadkan pada Uda, tindakan yang tepat untuk situasi meruncing macam ni. Kalau dibiarkan berlarutan, boleh bonyok badan ditumbuk curi beberapa kali,", "ALLAHHHHHU AKHBAR!!", "Aku dengar Uda dah mula menjerit! Sepontan tapak kuda-kuda diturunkan, dan gerak yang masuk. ‘Pergi’ tanpa ditahan-tahan!", "Dari nafas yang naik, setiap gigilan menjadi gerak. Dan gerak ‘ditari’ menjadi ‘geri’ berisi pukulan! Natijahnya hanyalah satu, menghasilkan ‘ngeri’ dalam setiap langkah yang diatur!", "BRAP! PAP! PAP!", "BRAP! PAP! PAP!", "Kata Cikgu Jakpar, adat bagi seorang ‘khalifah’ yang turun ke medan perang, ialah satu bernisbah seratus dua puluh untuk orang awam! Dan jika seteru yang dilawan juga berisi ilmu dalam dan berlatar belakangkan perguruan persilatan, jumlahnya dikecilkan menjadi satu bernisbah empat puluh! Selagi boleh ‘layan’, kita ‘layan’ dengan Kudrat dan iradat!", "Aku lepaskan pukulan semahu-mahunya! Kiri bergilit ke kanan, dan kanan berganti kiri! Membentuk empat punca mata angin, dan berganding bahu ke bahu secara membelakang dengan Uda!", "Dua tumbukan masuk serentak dikiri dan kanan! Aku tunduk dan terjah dengan sepakan pisau tepat diulu hati pesilat, manakala pesilat yang satu lagi, aku turunkan kuda-kuda dalam keadaan songsang dan hadiahkan satu pukulan jurus lurus tepat ke halkum!", "Dia terduduk dan terbatuk-batuk! Saluran nafasnya dah diganggu dengan jurus halkum tadi!", "Aku melompat dan melepaskan tendangan dibelikat salah satu pesilat yang cuba memukul curi Uda dari belakang. Nampak dia jatuh tersembam mencium tanah.", "Cium-cium pun bahayo jugo yo.. So janganlah ekau semuo suko-suko nak mencium sapo-sapo.. Cium tanah takpo, cium eden, tak muleh.. Eden dah tak available.. Anyway, sambung esok gais! Jangan lupo share banyak2 haaa! Papai!", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/steruman-bahagian-1/
Steruman Bahagian 1
[ "Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.", "“Cepatlah, Da… Dah nak masuk Maghrib ni.. Tak Sempat nak Maghrib kat masjid sana nanti..” Gesa aku pada Uda yang masih sibuk membetul-betulkan pakaian yang dipakai diatas basikal.", "Tanjak dengan ikatan ‘Pancung Tak Bertanya’ yang terjatuh dikutip Uda, dan disarungkan kembali dikepala. Tradisi ikatan tanjak ‘garang’ yang dianugerahkan kepada Daeng Selili Pahlawan Negeri Perak, berserta kuasa mandatori dari Sultan untuk menjatuhkan hukuman m**i pada mana-mana penentang dan pesalah sekitar 1740’an! Kami bergegas mengayuh basikal meninggalkan laman rumah Uda untuk ke kampung seberang.", "Aku diajak Uda dari pagi tadi, untuk menonton upacara pembukaan gelanggang silat baru dikampung seberang. Mengikut kata si Uda, bakal meriah! Ada paluan kompang, permainan gendang silat, pertunjukan dan demonstrasi silat, upacara silat beramai-ramai oleh pesilat dan yang paling aku tunggu-tunggu ialah jamuan ringan selepas pertunjukkan.", "Janji yang dipateri dengan Uda sedari pagi tadi, kami akan bertolak berbasikal ke sana menjelang petang, bakal Maghrib berjemaah dimasjid kampung sana dan terus menuju ke gelanggang yang dikatakan Uda.", "Jarak dari kampung kami ke kampung seberang, taklah terlalu jauh, kira-kira 40 minit mengayuh basikal, kami akan sampai ke pintu masuk kampung tersebut.", "Silat yang dikatakan Uda pula, agak baharu. Pasti menarik ramai penonton untuk turut melihat upacara gilang gemilang pembukaan gelanggang mereka. Uda ni pula gigih nak berbusana silat! Dah aku pesan berulang kali. Jangan sampai ada yang tertarik, bimbang kalau dikecam, diri sendiri juga yang tak tahan. Tak nak dengar, degil!", "Begitu begini akhirnya Uda mengalah, tak jadi berbusana silat, takut dikecam pesilat gelanggang baru. Sungguh pun begitu, dia masih nak mengekalkan tradisi dengan memakai tanjak silat. Kiranya dah habis minima permintaan si Uda! Masalahnya, aku pun disuruh memakai tanjak sekali! Aku dipaksa menyarungkan tanjak ‘Solek Si Naga Beradu’", "Kami mula mengayuh keluar dari kampung, dua orang remaja yang gigih bertanjak dikepala dan mengayuh basikal bmx dalam cuaca redup petang yang semakin kelam. Aku kira sudah masuk 6.45 petang pada waktu kami mula meninggalkan pintu gerbang kampung. Sampai ke kampung seberang, nasib kami baik kerana sempat menjadi makmum masbuk dirakaat terakhir.", "Usai Maghrib, laman masjid ditinggalkan dan aku hanya menurut Uda yang menjadi pemandu arah untuk ke gelanggang yang dikatakan. Sudah ada ramai pesilat yang berlegar-legar diluar gelanggang dengan busana silat yang lengkap dan kemas. Suasana yang sungguh indah bagi kami pengamal dan pesilat-pesilat di Nusantara Tanah Melayu.", "Warisan yang pasti tak akan hilang ditelan zaman. Bak kata Laksamana Hang Tuah, ‘Takkan Melayu hilang didunia!’.", "Kami duduk ditepi dan menjadi penonton ‘persiapan terakhir’ majlis, tak berapa lama kemudian azan Isyak mula berkumandang. Aku dan Uda berjemaah diatas hamparan tikar saprah diatas tanah merah didalam gelanggang. Di imamkan sendiri oleh seseorang yang aku rasakan berjawatan dalam persatuan silat tersebut.", "Usai Isyak dan doa selamat dibacakan. Majlis istiadat pun dimulakan. Tiupan nafiri, paluan gong, gamelan dan gendang mula dimainkan.", "Rasa seru yang sampai, sungguh mengasyikkan! ‘Gema’ panggilan perang menguasai segenap gelanggang!", "Beberapa pesilat dengan sengaja menjerit secara tiba-tiba bagi menaikkan semangat!", "Mereka kemudiannya mengambil tempat dan menyusun barisan. Membuka gelanggang dengan memulakan upacara bersilat beramai-ramai didepan tetamu yang hadir. Gegak gempita suara perserta bersilat.", "Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari enam orang kanak-kanak, kesemuanya bertangan kosong, memberi sembahan hormat dan mempersembahkan jurus ‘elak dan balas pukul’ dihadapan penonton. Walaupun mereka masih kecil, dengan persembahan boleh dikategorikan sebagai amatur. Tetapi pendedahan awal yang diberikan oleh ibu bapa, menjadikan persembahan mereka hidup dan bertenaga.", "Persembahan silat oleh kanak-kanak pun tamat, bakal disusuli oleh persembahan yang lebih padu dan jitu!", "“Hi.. Hi.. Dah habis pertunjukkan ni, kita masuk silat ni nak tak, Rip?” Uda cuit aku dan gatal mulut bertanya.", "“Ah.. Taknaklah aku, jauh siut.. Belum mula bersilat, dah penat mengayuh..” Aku balas ayat Uda sepontan. Tengok upacara silat, memang seronok. Tapi nanti bila malam latihan nak mengayuh ke sini, dah habis latihan nak mengayuh balik lagi. Bukan benda yang seronok kalau dah penat. Mungkin Uda tak fikir masak-masak semasa bertanya.", "Uda diam tak membalas apa-apa. Mungkin kritikan aku singgah sepenuhnya dalam benaknya.", "“Tibalah masanya untuk petarung mengambil tempat.. Diminta tuan-tuan dan puan-puan untuk berundur sedikit memberi ruang kepada petarung beradu ditengah gelanggang..” Juruacara yang berpakaian seperti Guru silat, mula memberi arahan. Kami berundur beberapa langkah ke belakang. Ada pakcik-pakcik tua yang masih kekal berdiri ditempat yang sama, barangkali ilmu mereka cukup ‘padu’ untuk menundukkan pertarung didepan, jika pertarung tersilap langkah.", "Dua orang pemuda yang lebih kurang sama tinggi mula masuk ke tengah gelanggang. Badal atau wakil guru mula menghimpit pesilat dan membisikkan sesuatu pada mereka, seorang demi seorang. Mereka mengangguk-angguk tanda faham.", "Badal mula beransur ketepi dan pesilat mula memberi sembah sesama sendiri.", "Pencak mula dibuka diiringi paluan gendang semangat dibahagian kiri gelanggang! Dan pesilat mengayakan bunga pencak masing-masing. Bagai meniti titian hanyut, air tak berarus, sauh tak terdampar! Sungguh asyik melihat mereka membuka bunga silat sebelum menyerang dan bertahan.", "“Rip.. Kau rasa tak?” Uda tersengih-sengih lagi dan mencuit pinggang aku.", "“Rasa.. Rasa.. Jangan tanya lagi.. Kaki aku dah berjoget-joget tu..” Aku balas ayat Uda dengan selamba. Aura perang meluap-luap naik dirongga-rongga kulit. Terasa bahang panas mula mencium tubuh, dan rasa meremang-remang hingga naik kembang kepala. Bercampur baur diantara rasa ‘gemuruh’ dan rasa asyik.", "Suasana ni mengingatkan aku pada perasaan yang sama ketika bertemu Awang Lidah Hitam, Tongkat Semambu dahulu. Sedikit pun tak kurang!", "Serangan bermula! Masing-masing sama lincah dan sama padu! Menyerang dan mengelak, melepaskan buah pukul bertubi-tubi! Sesekali mereka melompat dan melenting sambil melepaskan penendang dan buah pukul. Cukup hebat!", "Seketika kemudian, persembahan tempur tangan kosong tamat, Badal mula ke tengah gelanggang, memberi sembah hormat dan memberitahu sebentar lagi permainan senjata pula akan ditunjukkan.", "Dua orang pemuda tadi kembali ke tengah gelanggang dengan masing-masing membawa parang dan rantai. Sama seperti tadi, mereka dibisikkan sesuatu sebelum mula membuka bunga sembah.", "Kali ni lebih padu berbanding mula-mula tadi, rantai dibantai ke atas dan ke bawah, cuba melibas pesilat yang bersenjatakan parang!", "HOP! HOP! HOP!", "Nampak dia bersungguh-sungguh melompat untuk mengelakkan libasan parang yang dibanting dan dihempas.", "Parang pula ditakik ke kiri dan ke kanan! Sesuatu yang aku sungguh pasti, beratus-ratus jam masa telah dihabiskan untuk menjadikan persembahan ini tampak sempurna didepan penonton.", "Libasan parang ditahan dengan rantai yang diregangkan oleh kedua tangan, menghasilkan bunyi yang mengerikan dan sesekali kelihatan percikan api bila besi berlaga dengan besi. Kedua mereka sangat hebat dan persembahan mereka cukup mengagumkan!", "Persembahan tamat apabila pesilat yang bersenjatakan parang dikalahkan. Masuk lagi dua pesilat yang baharu, kedua mereka membawa keris. Keris persembahan sepanjang lima lok. Paluan gendang berubah menjadi lebih perlahan.", "TAK! TAK! TUNG!", "TAK! TAK! TUNG!", "Aku perasan Uda disebelah mula dibuai-buai angin mengikut paluan gendang. Biasanya bila ada persembahan silat dan upacara besar-besaran seperti ini. Gendang, nafiri, gong, gamelan dan segala alat muzik silat, dah dibacakan mentera tertentu untuk menaikkan ‘seru’ pada pesilat dan peserta.", "Sesetengah penonton, yang mempunyai ilmu dan aura gerak. Akan dapat merasa kelazatan paluan gendang sehingga badan terhinggut-hinggut mengikut alunan lagu yang dimainkan. Seperti yang terjadi pada Uda, ‘rasa’ yang tak boleh ditepis. Dilayan dengan tangan dan kaki yang ‘menari’ mengikut lagu.", "Aku masih khusyuk memerhati dua pesilat yang bersenjatakan keris saling tikam menikam didepan bila mana Uda mula mengangkat tangan separas bahu dan dirawang-rawangkan. Menari mengikut alunan gendang lagu silat yang dimainkan.", "“Kawal sikit, Da.. Malu orang tengok..” Aku cuit Uda yang sedang asyik menyulam tangan kanan diatas tangan kiri, dan kiri diatas kanan berganti-ganti.", "“Tengah syok ni..” Dibalas singkat oleh Uda sambil tersengih-sengih. Aku cuma mengeleng-gelengkan kepala melihat Uda.", "Pesilat pertama nampak gagal mengelak tikaman, ditaji dan dikunci dalam keadaan separuh melutut. Keris yang digunakannya sendiri dirampas dan digunakan untuk menikam buah betisnya. Memberi isyarat persembahan keris untuk perserta ni telah tamat.", "Beberapa orang yang berbaju silat mula membawa kaca botol yang telah ditumbuk ke tengah gelanggang, dihamparkan diatas sebidang kain, kira-kira seluas dua kaki dan sepanjang tujuh kaki.", "Badal mula memaklumkan akan berlaku pertunjukkan kebatinan sebentar lagi, irama gamelan dan gendang masih lagi kekal berkumandang, cuma ditukar kepada rentak yang lebih laju berbanding semasa pertunjukan keris tadi.", "Beberapa peserta mengambil tempat dan beratur untuk berjalan diatas hamparan kaca. Dan seketika kemudian, mereka tanpa teragak-agak berjalan dan memijak serpihan kaca selepas diberikan isyarat untuk memulakan persembahan. Sungguh mengagumkan.", "Ekau jangan tighu pulak.. Bahayo berjalan atas kaco ni, nayo.. bodarah kaki an.. camno nak jalan esok? Yang mano bolum boli ebook pusako2, mehla PM den yo? Ceghito den sambung esok yo? Jauh laie ni..", "#Pusaka2 #Arifyahya", "Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut." ]
[ "cite tahun bila ni? ngarut" ]
https://fiksyenshasha.com/misteri-kehilangan-din/
MISTERI KEHILANGAN DIN
[ "Din, Tampong, Man dan beberapa rakan yang lain amat karib. Mereka sering bermain bersama seusai waktu persekolahan dan cuti sekolah. Kisah ini berkisar tahun 70an di suatu daerah.", "“ Sabtu ni cuti sekolah, jadi ka kita mandi sungai.” Tanya Din kepada rakan-rakan\n“ Mana boleh tak jadi. Wajib kita mandi.” Jawab Tampong dan di persetujui dari rakan-rakan yang lain\n“ Kali ni kita nak main game apa.” Tanya Man. Terdiam rakan-rakan yang lain\n“ Seperti biasa la. Acilut dalam air.” Jawab Din. Acilut dalam air mainnya, mula-mula seorang akan menjentik jari dalam air. Jika berbunyi maka dia akan selamat. Hinggalah ada yang tidak berbunyi maka dia yang akan mengejar yang lain dalam air. Aksi ni paling best. Banyak dapat melihat aksi lompatan di atas kepala dari di tangkap polis. Tepat hari Sabtu maka mereka berkumpul dan menuju ke sungai. Akhirnya 8 orang bersetuju bermain acilut. Sesi menjentik jari dalam air pun berjalan. Penuh dengan gelak ketawa bila jentikkan berbunyi.", "Akhirnya jentikkan Tampong tidak berbunyi. Gelak ketawa kedengaran mengejek Tampong. Dia hanya mampu tersengih melihat gurauan dari rakan-rakannya. Rakan-rakan yang lain semua telah masuk ke dalam air.\n“ Ok Tampong..Kami dah ready.” Tampong terus melompat ke dalam air hendak menangkap rakan-rakan yang lain. Bertempiaran rakan-rakan yang lain melompat, menyelam dan berenang menghindarkan diri dari di tangkap Tampong.\n“ Tampong..Aku di sini.” Din mengacah Tampong agar menangkapnya. Tampong melompat kearah Din. Din terus melompat dan menyelam ke dalam air. Tampong terus mengejar yang lain. Begitu bising mendengar kocakkan air sungai bila ada yang melompat\n“ Tampong, Man..Din mana.” Tanya Lan kepada yang lain. Barulah yang lain perasan yang Din tidak ada.", "“ Din….Din…Din…Hang pi mana…” Jerit Lan namun Din masih tidak kelihatan\n“ Last tadi Din duduk dekat akar pokok jejawi sebelum aku kearah dia dan dia terus terjun dan selam.” Kata Tampong. Pokok jejawi yang ada di dalam sungai agak besar. Akarnya masuk ke dalam air. Diisitu paling seronok untuk menyelam dan sembunyi sebab di bawah akar terdapat lubang untuk menyembunyikan diri.", "Rakan-rakan yang lain terus menyelam kearah pokok jejawi namun kelibat Din masih tiada. Setelah 3 jam Din masih lagi tidak keluar, mereka pulang dan beritahu kepada keluarga Din. Riuh rendah juga ketika itu cerita Din hilang di dalam sungai. Tok imam, tok bilal dan anggota polis di bawa ke sungai\n“ Haji Chon..Tolong azan. “ Imam Murad mengarahkan bilal Chon untuk azan. Azan pun berkumandang di Kawasan sungai. Sunyi Ketika itu. Hanya kedengaran bunyi suara arus sungai saja. Mata masing-masing meliar mencari kelibat Din. Imam Murad berkumat kamit membaca sesuatu. Ada seketika dia menggeleng kepalanya. Azan dari bilal Chon sudah selesai.", "“ Depa tak mau lepas Din. Kata depa Din akan di lepaskan bila tiba ketikanya cuma bila saja tidak tau. Setakat ni depa kata, depa akan jaga Din“ Kata bila imam Murad\n“ Macam mana dengan anak saya imam.” Tanya Mak Tun ibu kepada Din\n“ Macam ni la. Kita akan letakkan beberapa orang pemuda kampong dan beberapa orang anggota polis di Kawasan sungai ini. Kalau ada apa-apa berita, depa akan maklumkan.“ Kata seorang anggota polis\n“ Mak Tun pulang dulu. Malam ni kita akan buat solat hajat mohon pertolongan dari Allah. Moga Din selamat. “ Kata imam Murad. Mak Tun akur lalu bergerak pulang walaupun hatinya berat. Kelihatan juga anggota polis sedang mengambil report dari rakan-rakan yang lain tentang kajadian yang menimpa Din. Malamnya di sebuah masjid, majlis solat hajat bermula. Imam Murad meminta para jemaah berdoa moga Din dapat di pertemukan. Mak Tun juga tidak putus-putus berdoa…\n“ Ya Allah..Kau peliharalah anak aku Din. Pulangkan kepada kami dalam keadaan apa sekalipun. Aku redha Ya Allah. “ Mengalir air mata Mak Tun sebab itulah saja anak yang dia ada bersama allahyarham suaminya Isa.", "Malamnya Mak Tun bermimpi bertemu Din dan memanggilnya. Din memakai baju serta seluar berwarna putih\n“ Mak…mak…” Din memanggil ibunya\n“ Ya Allah Din. Pulanglah…” Esak tangis Mak Tun bila tersedar dari mimpi. Keesokkan harinya, Mak Tun berjumpa imam Murad untuk bertanya khabar tentang anaknya, namun masih tiada berita\n“ Insyaallah malam ini kita akan buat lagi solat hajat. Jangan putus asa. Teruskan berdoa. “ Pujuk imam Murad pada Mak Tun.", "Malamnya Mak Tun tertidur. Mimpi yang sama juga berlaku. Din yang berseluar serta baju putih memanggil ibunya..\n“ Mak…mak…Din nak pulang. “ Terkejut Mak Tun dan tersedar. Terus Mak Tun mengambil wuduk dan solat hajat serta berdoa\n“ Ya Allah. Kau peliharalah anak aku Din. Pulangkan dia ke pangkuan kami.” Doa Mak Tun. Guruh tiba-tiba berdentum di luar di ikuti dengan angin kencang. Risau Mak Tun dengan keadaan ini. Bagaimana keadaan anaknya kalau hujan lebat serta angin kencang. Hatinya tiba-tiba merasa sebak.\n“ Ya Allah..Pulangkan Din ke pangkuanku. Dialah satu-satunya anak aku. Kau terimalah doaku ini. “ Esak tangis Mak Tun Bersama deruan air hujan yang jatuh mencurah-curah. Tiba-tiba di luar terdengar pintu di ketuk. Cepat-cepat Mak Tun membuka. Mungkin ada berita tentang anaknya. Dadanya berdebar-debar.", "“ Mak Tun. Beberapa orang pemuda bagitau hujan lebat. Air sungai terlalu deras dan pokok jejawi telah tumbang. Depa kena balik dulu sementara menanti hujan reda. “ Kata Imam Murad. Sayu Mak Tun mendengar berita dari imam. Dia sudah dapat menjangka apa yang bakal terjadi. Walaupun dia telah bersedia namun hatinya berat.\n“ Ya Allah. Hanya kepadamu aku berserah. Engkaulah penentu segalanya. “ Mak Tun terus berdoa. Pasrah dia kepada Allah walaupun akan menerima apa saja berita nanti.", "Semalaman Mak Tun tidak dapat melelapkan mata memikirkan Nasib anaknya.\n“ Mak Tun…Mak Tun……” Terdengar ketukan seseorang di pintunya. Mak Tun membuka pintunya. Imam Murad berada di depan.\n“ Mak Tun. Din dah di jumpai. “ Kata imam Murad\n“ Macam mana keadaan Din. “ Mak Tun inginkan kepastian. Hidup atau matikah anaknya\n“ Imam..Bagaimana keadaan Din. “ Tanya Mak Tun\n“ Mak Tun mai tengok sendiri. “ Kata imam Murad. Mak Tun terus mengikut imam Murad ke sungai. Terkejut Mak Tun melihat keadaan sungai yang sudah berubah. Batu-batu besar tempat orang kampong membasuh pakaian sudah di tolak air. Pokok jejawi yang besar juga sudah tumbang. Batangnya saja masih ada di dalam sungai\n“ Cuba Mak Tun tengok sapa yang duduk atas batang jejawi tu.” Imam Murad menunjuk Mak Tun kearah seseorang\n“ Ya Allah anak aku Din. “ Din di papah pemuda kampung naik ke atas. Din memakai baju serta seluar putih seperti apa yang di mimpi oleh Mak Tun. Din seperti tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya", "Din di bawa kerumah ibunya. Orang ramai turut kesana. Mereka ingin mengetahui lebih-lebih lagi rakannya Tampung, Man, Lan dan lain-lain.\n“ Pong. Pelik jugak Din ni. Masa kita mandi, dia hanya pakai seluar pendek tanpa baju. Bila hilang dan di jumpai dia pakai baju serta seluar putih pula. Tak basah pulak tu. “ Bisik Man kepada Tampong\n“ Aku pun pikiaq macam tu juga. Heran. “ Jawab Tampong. Imam Murad membaca sesuatu untuk memulihkan kembali ingatan Din. Mulut imam berkumat kamit membaca sesuatu lalu di sapu tangannya ke muka Din dan menepuk-nepuk belakangnya. Din terpinga-pinga melihat ramai orang memenuhi rumahnya.", "“ Mak…Apa yang jadi ni. Awat ramai orang. “ Tanya Din kepada ibunya\n“ Din. Cuba cerita apa yang berlaku tempuh hari Ketika mandi di sungai. “ Tanya imam Murad. Din termenung seperti mengingatkan kembali kisah main acilut.\n“ Ketika Tampung nak tangkap saya, saya terus terjun dan selam hingga dasar sungai. Saya hairan sungai tu dalam sangat padahal yang saya tau sungai tu setakat paras dada kami kami saja bila berada di tengah. Saya hampir lemas tapi saya tahan nafas lalu naik ke atas.", "Bila naik atas saya hairan sebab keadaan sungai sudah berubah. Terdapat musolla yang cantik. Azan juga sedang berkumandang. Saya di beri persalinan putih dari seorang wanita yang memakai jubah putih. Saya terus bingung mana pi semua rakan-rakan. Tempat tu cantik sangat. Ayaq dia jernih. Ikan boleh di pegang dan jinak pula. Saya di bawa masuk ke dalam musolla. Saya di minta menyalin baju dan berjemaah bersama. Ramai juga kanak-kanak berjemaah. Semuanya berjubah putih. Selesai solat, saya di jamu dengan makanan lazat. Saya masih ingat ikan seperti ikan keli. Masakan dia amat sedap. “ Cerita Din", "“ Amboi Din. Punya sedap sampai lupa emak ka. “ Gurau Mak Tun\n“ Ketika Din tengah makan, Din terdengar suara emak seperti memanggil Din tapi Din cari tak jumpa. Imam tu kata Din tersesat dan suruh Din makan dulu. Nanti depa hantar Din pulang waktu petang. “ Terangguk-angguk kepala imam Murad\n“ Kata imam di situ, kalau Din nak datang tunggulah dekat pokok jejawi nanti akan ada yang datang membawa Din ke sini. Tempat depa tak sama dengan tempat kita emak. Tempat depa tenang. “ Kata Din.\n“ Itulah alam di sebalik mata. Alam yang kita tidak nampak namun depa dapat nampak kita. Kehidupan depa dengan kita juga berbeza. Depa dari keturunan jin manakala kita ini manusia. “ Kata imam Murad.\n“ Aku tak faham apa yang imam Murad kata. “ Bisik Man kepada Tampong. Tersengih Tampong\n“ Aku pun sama. Hang cubalah tanya imam Murad. “ Kata Tampong. Man terdiam.\n“ Imam. Apa maksud alam sebalik mata. Kami tak faham. “ Man memberanikan dirinya bertanya imam. Imam Murad tersenyum", "“ Alam di sebalik mata maksudnya alam yang kita sebagai manusia tidak dapat melihat dengan mata kasar. Hanya orang tertentu saja yang Allah izinkan dapat melihat alam ini. “ Barulah Man, Murad dan Tampung faham apa maksud alam di sebalik mata.\n“ Mak. Din pi sana sekajap saja. Petang depa hantar balik. “ Kata Din\n“ Sekejap kata hang Din. 3 hari tau hang hilang Din. Jenuh kami cari. “ Kata Man. Terdiam Din. Sangkanya sekejap saja dia pergi.\n“ Nasib baik depa mau hantar balik Din ke sini. Kalau tidak susah kita. “ Kata imam Murad. Jika berkesempatan Din dan rakan2 datang ke sungai, Din pasti akan duduk di atas batang pokok jejawi yang tumbang tempuh hari. Dia mengelamun seperti mengingati sesuatu. Rakan2 yang lain hanya biarkan saja dan tidak mahu mengganggu Din. Janji Din tetap Bersama mereka.", "Lama kelamaan tempat itu sudah menjadi terbiar. Dahulunya merupakan tempat anak muda kampung mandi manda. Kini setelah hujan lebat dan megubah segalanya struktur sungai tersebut. Pokok-pokok mula tumbuh dan akhirnya menutup pemandangan sungai yang suatu Ketika di penuhi dengan gelak ketawa. Bila Man melalui tempat itu, dia akan memandang ke bawah. Itulah tempat dia dan rakan-rakan bermain bila waktu cuti sekolah. Bila Man sudah berumah tangga dan bila membawa anak-anak ke sungai ini, Man akan menceritakan kisah Man dan rakan-rakan bermain waktu muda. Terima kasih sudi membaca kisah pengalaman ini.\n#AriffBudiman" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/santau-makan-2/
Santau Makan 2
[ "Santau Makan 2", "Assalamualaikum Fs, Bersambung lagi kita Dalam siri Santau Makan. Untuk kali ini, Aku akan menghabiskan Kisah yang berlaku pada Aku Dan Minah. Dimana Kisah ini berlaku pada Malam Ke-2, Malam Ke-3 dan Penamat pada malam ke-4. Dalam Kisah kali ini Ada 6 Makhluk\niaitu Aku, Minah, Lily, Mail, Perawat, Jin.", "Selamat Membaca.", "Keesokan hari Malam Ke-2, Minah berkerja seperti biasa, kerana ibu nya tidak diberitahu tentang apa yang berlaku. Aku diminta Oleh Perawat untuk membawa 7 bunga Raya Mekar bersama 7 helai daun untuk Minah mandi pelepas pada malam Itu. ianya Salah satu Ikhtiar Masyarakat Melayu dari Orang tua dahulu. Aku buntu dan hanya Menurut niat ku berikhtiar untuk menolong si minah dengan Izin Allah. Selepas menjemput minah kerja dan mandi bungalah si minah pada malam itu dan sepanjang proses mandi bunga sehingga minah Pulang ke rumah berjalan dengan lancar tanpa gangguan.", "Malam Ke-3, Seperti biasa Aku menjemput minah balik kerja , Sungguh bertenaga Si minah pada malam itu mulut nya Tak berhenti bercakap. Ada kelainan disitu, Ketika dalam perjalanan pulang, untuk sampai kerumah minah ada satu tempat sememang nya Titik panas bualan orang kampung mengatakan Tempat itu keras dan tempat itu adalah laluan utama ke rumah minah.", "Pada Malam itu, kami bertiga si Lily kawan minah naik bersama kami. Sedikit perincian tentang laluan itu, Jalan Tar Seperti jalan kebun getah disebelah sungai dan ada Pohon Buluh tua, 6 meter sepanjang jalan diatas tebing Menjadi dinding antara jalan dan sungai.", "Ketika melalui jalan tersebut, Minah yang kuat bercakap terdiam memandang ku. Minah toleh kebelakang dan menjerit. “Bie Dia duduk Dalam kereta.” Terus minah dakap lengan ku dengan ketar-ketir nya. Aku memberitahu nya Lily sahaja duduk dibelakang menyedapkan hati, padahal aku sudah Meremang menandakan dia memang ada dibelakang tempat duduk ku.", "Aku terus memandu mencari tempat yang boleh Pusing kereta untuk pergi kerumah perawat. Jarak kerumah Perawat Memakan masa 15minit. Setelah pusing kereta dan laluan itu juga lah terpaksa Aku lalui. Minah mula tak sedarkan diri. Aku menelefon Perawat dan terus kerumah nya, alangkah baik nya pada malam itu tidak melarat menjadi lebih buruk, Aku pulang hantar minah pada pukul 4:30am.", "Malam Ke-4", "Malam ke-4 juga malam yang paling panjang berlaku. Aku menjemput minah pulang seperti biasa, lily menaiki motor dan Malam itu kami Singgah Bungkus makan Dikedai yang sama dalam santau makan 1.\nSepanjang jalan menuju kedai tersebut, minah bercerita semasa dikedai nya, dia terlelap dan bermimpi. Dalam mimpi itu ada Orang bertelanjang bulat mundar Mandir dibelakang kedai si minah. Minah juga berkata Ada makhluk berbulu duduk merenung dia atas bukit di jalan rumah nya bagi menyedapkan hati nya aku kata ia mainan tidur.", "Setiba nya kami di kedai, kami order melalui Telefon dan menunggu didalam kereta. Sementara menunggu, si minah Dan aku layan Movie Pontianak Harum SM. Minah ni dia berani cuma ketika itu Dia Period, tubuh dalam keadaan penat . Ketika sedang melayan movie tersebut, minah tertidur. Tiba-tiba minah bangun terkejut seperti jatuh bangunan dalam mimpi. Lalu Terus Di ajukan soalan pada ku “Bie tak percaya sayang ke?. Aku hanya Membalas “Percaya jah kenapa? berulang kali ditanya padaku, Minah pejam mata kembali. Seusai Makanan siap, minah terjaga dan menampar ku sambil mendengus menjerit.", "Jam pukul 1:30am, Seluruh pelanggan menoleh kearah kereta. Dengan Kalut, Aku menyuruh si lily naik kereta bersama kami. Nasib baik Tuan kedai itu kawan ku sendiri dan dia memahami apa yang terjadi.", "Minah meronta dan menjerit, Si lily pula terus Duduk diatas minah menahan nya dari meronta. Aku menelefon si perawat dan terus ke rumah nya. Dalam perjalanan minah berdiam diri tidak meronta hanya melihat Pandangan Sisi kiri.", "Dipertengahan jalan, Ada Anggota MPV polis melakukan sekatan, setiba nya Aku disekatan tersebut. Si minah tiba-tiba Menjerit, Aku memberitahu Orang hysteria pada anggota tersebut tanpa berhenti. kerana kereta kami bergerak secara perlahan melalui sekatan itu, Anggota itu memanggil Kami HOI!! Aku menjerit memberitahu mereka “Nak Pergi Berubat Masuk Hantu” terus mereka laung , Pergi-Pergi!.", "Tiba di rumah siperawat, Minah meronta Dan Perawat membaca Ayat Pelepas dan minah pun diam seakan tertidur. Aku mengangkat Minah masuk kedalam Rumah perawat. Sambil Menarik nafas lega, perawat memberi tahu Aku bahawa dia sudah Dimaklum kan lebih awal lagi Tentang aku Ingin kemari. lantas dia terus pulang ke rumah dan menungguku.", "Minah dibaringkan dilantai, beralas kan paha ku sebagai bantal. Tiba-tiba, minah sedar dan berpusing Kaki ke arah ku, Dia menendang dada ku, Menampar muka ku. Tiba-tiba dia berkata “Aku tokse Nikoh (Kahwin) nga Mu, Aku beci Ko mu.” Loghat kelantan. Sekali lagi nafasku tak terkawal, perawat menyuruh ku sabar kerana itu bukan minah. Perawat juga berkata ini Santau guna Jin terus. Merasuk si minah, Minah meletakkan kepala diatas paha lily, berbelakang kan aku Sambil menangis.", "Minah berpaling ke arah ku dengan mata tajam, Aku ditendang nya Berulang kali sambil menangis berkata, “Aku Tokse(taknak) tengok Muka Mu, Aku tokse nikah(Kahwin) nga Mu, Mu gi Cari Ore lain lah, Tolong Lah Pehe”. Minah terlelap di Pangku Lily. Aku sememangnya mengerti dan Kemarahan Membuak-buak dihati ku, Aku takkan menyerah minah mudah-mudah.", "Aku meminta si perawat memberitahu secara terperinci siapakah manusia yang sanggup melakukan syirik ini. Ketika Itu, Dalam kepala ku hanya ingin berhadapan dengan Manusia yang lebih teruk dari Iblis itu. Si perawat tak memberitahu sedikit pun tentang si pelaku itu hanya Berkata Orang Dekat Aku Sahaja, Perawat berkata Kita Lawan Cara Santau juga, aku tidak bersetuju kerana Perbuatan itu hanya membuatkan Aku Sama dengan Si durjana itu, dan si perawat cadangkan untuk rawat Pulihkan Minah dahulu.", "Dibuatkan air Bacaan Ayat suci Al-quran, dan Aku sapukan Air Itu kemuka Minah, Minah pun sedar dalam menangis Merapat pada Ku. Akan tetapi, santau kali ini Amat kuat namun Tiada yang lebih kuat Hebat dari Allah s.w.t, merapat pada ku itu hanya lah Sandiwara, minah menggigit bahagian kanan dada ku antara bahu sehingga pecah d***h ku. Perawat melibas lembut minah menggunakan sejadah.", "Minah sedar dan menangis dipangkuan ku, sambil berkata “Nak Balik bie, Sakit Bie” Amat menyedihkan keadaan minah ketika itu. Aku memberi minah Minum Air Bacaan yang dibuat tadi, dan minah kembali seperti biasa dan Stabil tapi lemah. Jam 4:30am, selesai semua nya Aku pulang dari rumah Si perawat, Sebelum pulang Aku Singgah mengambil Kawan ku iaitu mail yang menemani ku Tempoh hari. Mail yang Bekerja Di Pondok SRS perumahan ku.", "Aku meminta Mail menemani ku menghantar minah pulang dan dia bersetuju. Selepas mengambil Mail, Aku Memandu sesampai di Susur naik Highway, Aku membaca Surah An-nas dan Tidak Habis Ayat pertama, Minah menampar ku. Muka Nya marah, Aku berdialog “Eh Ado Lagi Mu ni.” Minah ketawa, Aku uturn dan Terus kerumah perawat.", "Dalam perjalanan itulah Aku berdialog Dengan Minah, Dia menyuruhku meninggalkan Si Minah. Dia berkata, “Mu Tinggal lah dia, Mu Putus lah dengan dia”.\naku membalas, “Aku Ambil minah susah-susah dengan cara Baik, Mu nak Suruh aku tinggal dia mudah-mudah dengan syirik mu ni? Dia membalas\n” tinggal Lah Minah, Putus lah, mu tak Kesian ko dia? Mu nak Tengok dia M**i Ke? Mu nak M**i ke?\nAku membalas “Ajal Maut dengan Tuhan, buke dengan Mu, Mu Tak boleh buat Gapo pun, Aku Tak Takut Ko mu.”", "Dia Diam dan terus mengulangi dialog sama menyuruhku meninggalkan atau putus dengan minah. Aku berkata,”Boleh mu nak Aku putus dengan dia, Mu kena Baca Ayat Qursi 5x, Malam ini jugak Aku tinggal si Minah”. Dia Berdiam, Aku terus mengulangi Boleh baca tak qursi? Pandai baca tak? Dia Hanya diam.", "Tiba kami Dirumah perawat dan Ketika diatas kereta dia masih Menyuruhku meninggalkan Si Minah, Aku pula tetap dengan syarat ku. Menyuruh nya Membaca qursi. Kemudian Aku sambungkan aux line Ke phone aku dan menyuruh nya Menuruti Ayat kursi yang aku mainkan, Bila aku main kan ayat Qursi meronta lah Dia Kepanasan dan menangis.", "Perawat menghampiri dan menyuruhku Pergi ke perumahan Ku untuk sambung merawat disana kerana Isteri perawat Meniaga nasi pagi dikawasan perumahan ku.", "Dalam perjalanan KeTempat aku, Benda itu berubah layan aku cara lembut, Dia Bermanja dengan ku, siap pakej usap perut ku, dia Berkata “Jom lah Balik Bie, Sayang Ok dah, Sayang tak sakit dah”. Aku membalas “Baguslah Ok dah Gak, Bie pun nak balik esok kerja”. Aku memakaikan Nya SeatBelt serta lock Pintu kereta. Sepanjang Jalan dia memujuk ku untuk hantar dia balik.\nDalam tak sedar, Seatbelt nya telah dibuka, terdengar Bunyi handle pintu ingin dibuka, Nasib baik sudah Lock kalau tak Mesti dia cabut lari.", "SeSampai di Susur turun ke perumahan ku. Dia Bertanya “Bie Nak G Mana? aku berkata nak Hantar mail, dia kerja tak boleh ikut. Dia memandang ke arah mail, Muka nya marah dan ingin menerkam mail. mail kata muka Minah berubah, Mail turun kereta Sambil menutup telinga, Aku pun Tak faham. Aku tinggal kan Mail di Pos SRS, Perawat melintas kami dan aku terus mengikut kereta perawat.", "Ketika itu lah Dia marah pada ku. “Mu Nak Bawa Aku G Mana? Aku Nak Balik lah! Aku membalas “mana boleh balik lagi Mu tak keluar lagi” Dia Marah, “aku nak balik, aku Taknak kat mu, Hantar la Aku balik” Aku tetap Sama nak Balik Kena Baca Qursi Dulu, Sampai Di tempat merawat, Aku sambung Aux buka Lagi Qursi, Menjeritlah dia Meronta Panas.", "Perawat membaca ayat pelepas dan minah Terlelap, aku mengangkat minah masuk ke dalam. Meletakkan Minah diatas Tilam Single di ruang tamu Rumah tersebut. Minah bangun dan Benda itu tak mengalah terus meronta menjerit berkata benci dan Tak mahu minah Kahwin dengan ku. Aku baringkan Minah dan Aku naik atas minah dengan lutut ku Diatas lantai, minah ditengah kangkang ku. Aku Memegang tangan minah keatas, Dia tak mahu pandang sikit pun muka ku, betul-betul benci kat aku.", "Aku Menyuruh Lily Memegang Tangan minah, dan Aku Memegang muka Minah Supaya pandang Aku, Benda tu tetap berkeras Sehingga dia pejam mata, Aku membuka Mata minah guna dua jari sambil Berkata tengok Aku sahaja. Ketika Itulah Dia Berkata dalam Loghat Indonesia, “AKU BENCI KAMU”. Ketawalah aku sambil berkata Ooo Indon rupa nya time ni tak tahu kenapa aku excited sangat kenakan Benda tu.", "Aku membaca Kursi dan merontalah Benda tersebut, Perawat duduk Disamping ku Membaca Ayat Suci Al-quran dan Menghembus pada minah, Panggg Sejadah dilibas Ke lantai Terus pulih Si minah, Aku mengajarkan 3qul dan Ayat kursi. Alhamdulillah, minah kembali. Santau itu benar-benar menyakitkan, Banyak Kesan Lebam Ditubuh minah, Lily yang check Bukan aku. Perawat, membuat satu balutan kain putih diikat Seperti Mayat. Kemudian diletakkan di tempat membakar sampah. Perawat mengatakan barang santau itu sudah dipasung sipembuat Santau itu takkan dapat balik Jin Dia.", "Pukul 6:30am, Kami semua beransur pulang. Kejadian Malam ke-4 lah yang paling teruk sekali, dan Apa yang berlaku ini tidak pernah sampai ke pengetahuan ibu bapa kami. Tidak semua orang boleh terima yang ghaib, Allah yang mengizinkan dan yang melalui saja akan mengerti. Selang beberapa minggu hubungan Aku dan Minah retak. Aku mengerti Bahawa Aku berhubungan Dalam Keadaan Haram. Tiada Yang halal antara bukan muhrim melainkan Perkahwinan dan Matlamat Tidak menghalalkan cara.", "Sebulan kemudian, Aku mengetahui bahawa Minah telah bersama Rakan ku sendiri(Bukan Mail). Ironi nya, Rakan ku itu tahu bahawa Aku dan minah berhajat untuk kahwin. Akan Tetapi, kita umat islam dianjurkan Untuk Bersangka baik. walaupun Dalam Hati ku kuat mengatakan Ia benar kerana Rakan ku itu tidak sanggup untuk berhadap dengan ku dan Berdasarkan Tanda-tanda Nya. Wallahualam Semoga Allah memberi petunjuk pada sipembuat.", "Ketika itu jugalah Aku mula sedar bahawa Allah memberi petunjuk kepada Hamba yang memohon petunjuk.", "Nasihat Ku pada wanita, sebelum tidur Ambil Air Wuduk, Bacalah 3qul dan Kursi Kerana Tidurlah yang melemahkan kita. berhati-hati lah memuat naik gambar selfie anda. Barangan Peribadi, Sikat rambut, Pakaian dalam, Baju Kotor. Percayalah Manusia lah Paling jahat tetapi bukan semua. Santau ini selalunya Antara orang dekat dengan kita,", "Sentiasa dekatkan diri pada Allah, Kita akan lebih dekat dengan Allah bila Kita Solat. Apabila Kita Sakit seharus nya Kita berikhtiar dan Allah lah yang menyembuhkan. Semua yang berlaku dengan Izin allah. Allah tidak memerlukan hamba yang menyekutukan Nya. Allah tidak memerlukan kita, Hakikatnya Kita perlukan Allah.", "Santau itu Benar,\nTerima Kasih Admin Dan Pembaca FS" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/disihir-bekas-tunang/
disihir bekas tunang
[ "assalamualaikum pembaca fiksyen shasha nama aku chal (bukan nama sebenar) aku akan bahasakan AKU supaya jalan cerita mudah difahami pembaca . Ini kali pertama aku menulis aku harap jangan ada yang kecam .", "pada tahun 2019 aku bertunang dengan seorang lelaki ni berasal dari perlis dan dia tua 10 tahun dari aku sebenarnya aku sememangnya kenal dia . Aku tak tahu samaada aku mempunyai tarikkan tersendiri ataupun tak sebab lebih 10 kali aku dirisik lelaki yg aku kenal dan tak kenal sepanjang tempoh tahun 2017-2019 .", "Okay ceritanya macam ni , setahun awal perkenalan aku dengan bekas tunang (AKU NAMAKAN DIA AM) bukan nama sebenar hubungan kami baik2 saja . Tetapi selepas setahun perkenalan am mula menunjukkan perangainya yang sebenar , kalau dari segi rupa am boleh dikatakan lelaki yang biasa-biasa sahaja .", "Untuk pengetahuan pembaca , kami mengikat pertunangan awal sebab aku bekerja di KL 2 tahun kami bertunang macam-macam aku lalui termasuklah disihir am sendiri . Sebenarnya aku dapat tahu yang aku disihir am selepas aku berubat dekat seorang ustaz ni .", "Sepanjang tempoh aku tak sedar yang aku disihir aku selalu diganggu makhluk halus yg berani menunjukkan rupa . Masih ingat lagi ketika aku nak tidur aku ternampak makhluk yang macam seorang lelaki tetapi tiada wajah sedang menghadap badannya ke arah aku di tingkap sliding bilik aku betul-betul di sebelah katil aku , waktu ni memang kerap sangat diganggu sampaikan aku dah malas nak layan hantu-hantu tu .", "Pernah jugak makhluk yang menyerupai budak perempuan kecik berdiri betul-betul di hujung katil sambil menyeringai melihat aku mukanya buruk sangat bebola mata terkeluar nanah dan d***h penuh di muka . Tak tahan sebenarnya bila selalu diganggu makhluk laknaktullah ni , dengar bayi menangis , dengar perempuan menangis , dengar cakaran dan ketukkan di tingkap dan macam-macam lagi .", "Waktu ni aku selalu jugak nangis sorang-sorang dalam bilik gelap sampai tertidur sehinggakan satu hari tu aku rasa selesa bila ada SESEORANG teman aku aku tk pernah nampak SESEORANG tu tapi aku yakin dia jin dan aku suka bila waktu malam menjelma sebab dia akan teman aku .", "Satu hari tu am video call aku selepas maghrib tengah sembang-sembang tiba-tiba dia marah aku cakap aku bawak jantan masuk bilik padahal dalam bilik aku tak pernah ada sesiapa yang masuk , tiap kali kami deting dia akan bagi aku minum air yang warna macam syrup tapi rasa bukan syrup tak tahu nak cakap rasa dia macam mana , am jugak selalu bagi dekat aku perfume yang dia kata dia special dia suruh pakai hari-hari , bodohnya aku kan ? waktu ni aku tak terpikir lansung yang dia dah sihirkan aku untuk tak tinggalkan dia .", "3 tahun berlalu , aku ada seorang sepupu yang rapat sangat dengan aku dia cakap aku dah banyak berubah , aku dah macam tak boleh hidup kalau am takdak aku jugak selalu kena pukul dengan am macam-macam dia buat dekat aku tapi aku tak kisah lansung dia nak pukul aku , family aku tak tahu lansung pasal ni kalau ada kesan lebam2 dan ada orang tanya aku tipu cakap aku terjatuh .", "Sebenarnya ramai yang tegur aku bukan macam aku yang dulu sebab aku kurus gila waktu ni muka serabut tak terurus tak suka bergaul hidup aku cuma nakkan am sahaja tapi aku rasa aku sihat sangat aku tak rasa yang aku sakit . Pada raya ketiga sepupu aku bawak berubat dekat sorang ustaz ni aku berkeras taknak pergi tapi sepupu aku paksa aku sangat-sangat dia cakap aku SAKIT , sebab aku taknak kecewakan dia aku ikut ja dia pergi berubat .", "Proses merawat aku mengambil masa selama 2 jam lebih untuk pulihkan dalaman aku , ustaz cakap aku terkena sihir pengasih dan pada masa yang sama ada jin sukakan aku . Takut , terkejut sedih semua bercampur sekali lepas dari merawat tu seminggu aku menghilang dari am selepas seminggu aku call dia tanya tentang sihir tu dia diam dan nangis dia cakap taknak hilang aku .", "Waktu ni aku betul-betul sakit hati dengan apa yang dia buat dekat aku , aku bincang dengan family untuk putuskan pertunangan dengan am family ada tanya aku kenapa nak putus pertunangan aku cakap kami dah tak serasi alhamdulillah Allah permudahkan semua .", "Lepas dari kejadian ni aku tak pernah tahu apa yang jadi dekat am dan bertahun jugak aku cuba move on dan tutup pintu hati untuk lelaki . Tapi Allah tu maha baik sangat dia temukan aku dengan suami aku yang sekarang suami dari latar belakang yang baik-baik dan sekarang aku sedang mengandungkan anak pertama kami , Alhamdulillah terima kasih ya Allah .", "Maaf kalau cerita aku tak menyeramkan aku cuma nak nasihatkan kepada wanita di luar sana jangan cepat percayakan lelaki yang anda kenal , selalulah dekatkan diri dengan tuhan supaya diri kita terlindung dari pekara yang tak baik ." ]
[ "Struktur ayat berselerak sebab tiada tanda koma atau noktah. Serabut juga baca. Next time, sila letak punctuations elok2 ye." ]
https://fiksyenshasha.com/lembaga-berdarah-tanpa-kulit-kulit/
Lembaga berdarah Tanpa kulit kulit
[ "As’salamualaikum Dan Salam sejahtera. pertama sekali Saya ucapkan terima kasih kepada FS kerana sudi siarkan kisah saya. cerita ini adalah pengalaman Saya sendiri semasa kecil Dan suasana kejadian itu berlaku di kampung halaman Saya pendalaman kampung di negeri sabah.", "Pada waktu kejadian seram itu,Saya baru berusia 8 @ 9 tahun seingat Saya.\nSelepas arwah mak Saya meninggal kerana sakitnya (Al-fatihah untuk arwah mak. Dayang binti abdurrahman). Saya terus dipelihara oleh arwah nenek Dan atok .(Al-fatihah untuk nenek nura Dan atok janggut). nenek sangat sayang Dan prihatin pada Saya Dan abang kandung Saya. kami cuma Dua beradik anak arwah mak. dan Saya sebagai cucu perempuan memang akan ikut nenek kemana Mana. abang pulak ikut atok. sebab rumah kami Dan semua orang orang kampung berjauhan kejiranannya. nak jalan kaki lebih kurang setengah jam baru jumpa rumah jiran.. perkampungan kami dipesisir sungai jadi anak panah arah jalan kami memang ikut tebing sungai sahaja. aktiviti kami di kampung pulak memang bertani.", "pada Satu Hari, kami menerima jemputan kenduri di rumah besar. bahasa kami dulu atau bahasa sekarang dewan .oleh kerana di kampung kami cuma sedikit penduduknya Dan rata² rumah penduduk di situ cuma ada rumah kecil kecil sahaja . jadi ketua kampung cadangkan ada apa apa majlis besar biarlah di rumah besar dilaksanakan jadi semua boleh berkumpul Dan memeriahkan suasana. boleh tolong menolong. saya Dan nenek pun datang la dalam jam 5 petang macam tu. seperti penduduk yang lain datang kerana jemputan, kami berdua dengan nenek pun Naik la di bahagian pintu hadapan.", "rumah besar tu ada Dua pintu .Satu bahagia depan untuk tetamu Naik, anak tangga ada dalam 12 anak tangga. Satu lagi bahagian belakang rumah iaitu bahagian pintu dapur ..juga ada anak tangga tapi lebih rendah ..mungkin untuk penduduk mudah angkat air dari sungai untuk basuh atau bersihkan apa yang patut.", "Dijadikan cerita, semasa Saya Naik tangga tu Saya dibelakang nenek.. Adab la.orang tua yang maju dulu kan..semasa nak masuk dalam rumah besar tu, dekat pintu utama ada seorang nenek tua tengah makan sireh. penduduk kampung disitu juga. dia makan sireh tunduk je Masa nenek Saya lalu. tapi sampai giliran Saya lalu, dia terus meludah sireh dia, Dan ada percikan gambir sireh dia tu terpercik ke kaki saya. jadi Saya pun cakap “ihhhh !…Dan saya lalu juga ..Saya sempat toleh tengok nenek tua tu. tau tak? nenek tua tu renung Saya dengan tajam .dengan mulut dia yang merah tu terkumat kamit seperti membaca sesuatu ,buatkan Saya lebih rasa seram.l epastu Saya terus duduk dekat arwah nenek yang tengah bersembang dengan isteri tuan punya majlis tu.", "Tak lama lepas tu, Saya rasa perut Saya sakit seperti nak buang air besar…jadi Saya minta izin arwah nenek pergi tandas. masa Saya masuk tandas tu, biasalah rumah kampung kan tinggi, jadi tandas tu memang nampak la juga celah2 dinding lantai tu je bawah rumah. saya yang tengah dalam toilet tu mcm sakit lain..seperti ada benda yang x mau keluar dari tempat yang sepatutnya. sampai Saya menangis sebab sakit sangat. semakin Saya paksa aktiviti”Saya, samakin sakit. terasa seperti ada benda tajam yang nak siat2 isi perut saya. x tahan dengan sakit tu Saya menangis sampai arwah nenek Dan makcik makcik yang tengah buat kerja di bahagian dapur rumah tu dengar Dan terkejut dengan tangisan saya.", "Nenek pun bergegas datang. tanya kenapa. saya cakap sakit. dan nenek menjerit sebab terkejut nampak Saya kencing Dan buang air besar serentak tapi yang keluar tu d***h membuak buak.saya x perasan pun yang Saya kencing atau buang air besar.tapi nenek nampak ..sampai muka Saya pucat lesu. bila nenek jarit d***h!!!!!terus Saya tunduk tengok ke bawah .Saya lagi terkejut.sebab Saya nampak .ada makhluk menyerupai lelaki botak lidah dia tengah menjelir panjanggg..!", "Dan yang lagi seram, lelaki tu tiada kulit. cuma isi sahaja. seluruh kulitnya seperti disiat Dan penuh d***h..mata dia merahhhhh…Saya terus menjerit hantuuuu!!!!!!terus nenek angkat Saya keluar dari toilet tu sebab Saya tak mampu berdiri. .rasa kaki Saya longlai tak bermaya. nenek bawak Saya ke ruang tamu dibantu makcik2 yang lain tu ..terus nenek baca ² sesuatu…nenek terus berdiri Dan hentak tongkatnya..(arwah nenek kemana Mana mesti ada tongkat).", "Saya menangis terus ..terus nenek Tanya Saya..”siapa kamu jumpa tadi Masa pertama sampai rumah ni ? Saya cakap tiada. sebab seingat Saya memang tiada. nenek cakap”mesti ada ini. nenek baca² lagi sesuatu .Saya terus cakap nenek tu” terus Saya tunjuk nenek tua di dekat pintu utama. dan nenek Saya cakap..owh dia!terus nenek cakap .\nKamu jangan main main ya dengan cucu Saya.! tapi nenek cakap dalam bahasa ibunda kami la. terus tu nenek tua balas, siapa suruh dia tak pandai jaga Adab! terus nenek Saya jawab balik. budak budak pun kau sampai hati buat begitu ka?!\nNenek tua tu cakap lagi. biar!", "Nenek Saya cakap baik! terus nenek Saya membaca sesuatu..Dan tak lama kedengaran suara anjing melolong mengonggong dalam kelompok sangat banyak .seperti mengejar sesuatu masuk ke dalam hutan tebal .hutan yang tak pernah diterokai oleh orang orang kampung lagi di belakang rumah besar tu. dan dalam kejauhan terdengar seperti suara orang menjerit tapi jeritan dia sangat kuat Dan nyaring.", "lepas tu nenek cakap dengan nenek tua tadi tu “kau tidak berenti aku buat lagi teruk dari ni! sampai anak cucu cicitmu aku kerjakan! tarik balik yang kau bagi dengan cucuku!\nDan tiba tiba nenek tua tu berdiri terus balik .orang orang yang ada disitu pun bercakap “tidak pandai insaf insaf’!.", "Dan Saya pun terus rasa lega Dan rasa haus. terus ada orang tua dsitu seperti orang warak ..dia baca sesuatu air digelas Dan terus bagi pada Saya untuk diminum. terus Saya rasa badan Saya segar semacam.. Alhamdulillah.\nSeram kan . pengajaran, lain kali datang rumah orang kena tinggi Adab.." ]
[ "Apa yg orang tua tu expect. Ludah rata2, lepas tu nak org jaga hati dia.\nDia kene beradab dulu sebelum suruh org lain beradab." ]
https://fiksyenshasha.com/hikashi-terowong-tinggalan-jepun/
HIKASHI-TEROWONG TINGGALAN JEPUN
[ "Aku Lana", "Sedikit berkait dengan kisah Jangan Tegur. Kami masih berada di pekan tempat abang long, suami kak long pernah tinggal. Aktiviti ekonomi penduduk sini semestinya ke laut. Petang itu sebelum kembali ke bandar, abang long ajak kami berjalan-jalan di pekan. Pekan kecil tetapi masih ada kemudahan-kemudahan awam, terkenal sebagai pembekal seafood murah di Sabah.", "Petang itu abang long ajak kami mendaki bukit tinggi di sebalik bangunan balai polis. Peluh renek diseka, Terhegeh-hegeh kak long mendaki dengan tubuh chubbynya sambil tercungap-cungap. Abang long ke hadapan sikit, staminanya agak kuat, mungkin sebab dia bekas askar .Aku selesa santai sambil menghirup udara segar bukit yang tiada di bandar. Pokok pines segar kiri kanan hidup subur di sini. Sungguh udaranya nyaman.\nAkhirnya kami sampai di atas. Mengah kak long macam tak cukup nafas. Angin yang sepoi-sepoi sedikit berangin.", "“Macam nak hujan ..” getus abang long. Awan langit mula berarak sedikit mendung. Di bawah bukit jelas kelihatan bangunan balai polis pekan. Cantik seolah berada di kawasan tanah tinggi dan tempat pelancongan. Di sebelah balai polis terletak bangunan kuarters staff jururawat.", "“Cantik tempat ni abang long.” pujiku.", "“Tempat ni dulu adalah kubu jepun semasa perang dunia dulu. Bangunan balai polis dan kuarters jururawat tu kesan peninggalan kubu mereka dulu.” menarik sejarah pekan ni.", "“Psttt…Lana tau tak, kat sini ada terowong tinggal zaman jepun, orang sini ramai tak tahu. sebab ia disembunyikan. Takut budak-budak nakal kacau hasil tinggalan jepun.” abang long separuh berbisik. Aku yang memang minat sejarah dan kawasan tinggal ni memang agak teruja. Abang long pernah masuk terowong tu zaman kanak-kanak. Bukit tempat kami berdiri tepat tempat terowong itu berada.\nAbang long kata panjang terowong itu meliputi luas pekan", ".Ia dibina untuk askar-askar jepun bersembunyi dan lari semasa perang dunia dulu. Malah dalam terowong ada tertinggal harta-harta jepun, peralatan dan senjata-senjata, malah tengkorak askar jepun yang terkorban. Abang long kata, mereka askar jepun yang tidak dapat keluar dari terowong akhirnya bersemadi di situ", "“Lana nak masuk tak terowong tu?” usul abang long mengenyit mata ke arah ku dan kak long.Aku teruja.", "“Alah, janganlah..” bantah kak long, dia tahu mata batin kami berdua tak mampu menahan melihat sesuatu yang ghaib. Namun akhirnya dia mengalah. Kami mengikut langkah abang long menuruni bukit arah bangunan balai polis. Beberapa meter dari balai polis, langkah abang long terhenti. Dia memerhati sekitar mencari sesuatu. Akhirnya dia menguis-nguis rimbunan semak dengan cepat. Tangannya meraba-raba sesuatu di balik rimbunan semak liar. Akar rumput ditarik kasar. Tersembul satu dinding kecil di balik semak tadi.", "“Dah jumpa. Are u ready guys?” Dia tersenyum lebar. Terimbau zaman kanak-kanaknya meneroka tempat ini. Dinding kecil itu sudah ditutupnya dulu, bagi menjaga khazanah di dalam terowong. Aku sama teruja, Cuma kak long saja tersenyum pahit. Hahaha, nasib kau la kak long dapat adik dan suami yang mistik macam kami.", "Perlahan-lahan abang long membuka pintu papan yang hampir reput.Tersembul lubang gelap di hadapan kami bertiga. Abang long membaca doa sebelum masuk. Dengan lafaz Bismilah, kepadaNYA kami berlindung. Hujan renyai-renyai mula membasahi bukit. Assalammualaikum, seraya melangkah ke dalam, ibarat melangkah masuk ke dunia lain.\nSuasana gelap tadi diterangi cahaya dari telepon bimbit kami. Di tangan abang long ada lampu suluh mini yang sentiasa dibawanya. Lorong terowong yang kecil membuat kami merangkak untuk masuk. keluhan bertubi-tubi keluar dari mulut kak long. Mana nak muat!.", "Hampir 20 minit merangkak, lorong terowong mulai luas. Cukup-cukup untuk tinggi lelaki dewasa. Udara pengap di sekeliling terowong. Dengan cahaya lampu yang terbatas aku memerhati sekeliling. Abang long meraba-raba dinding terowong mencari sesuatu. Dari beg galas dia mengeluarkan pemetik api dan mencucuh sesuatu di dinding. Akhirnya ruang terowong terang dari cahaya pelita yang kukira pelita buluh yang digunakan oleh orang dulu-dulu.", "“Masih boleh guna rupanya. “getus abang long. Kami memerhati sekeliling. Di satu sudut ada longgokan topi besi tentera jepun. Saat ini aku melopong kerana melihat artifak sebenar tinggalan perang dunia yang tersembunyi. Masih tersusun elok senjata benet di dinding-dinding terowong. Baju- baju seragam askar jepun berwarna hijau selerak di atas lantai. Sempat aku merakam untuk simpanan peribadi", "Berjalan sedikit ke hadapan abang long menunding sesuatu di sebalik dinding.Bersusun tengkorak-tengkorak manusia yang masih tersarung baju seragam lusuh.Saat ini kak long memeluk abang long ketakutan.Mungkin mereka kehabisan bekalan makanan atau jatuh sakit dahulu sehingga berakhir begini.Mungkin juga mereka menunggu bantuan yang tak kunjung tiba.", "Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi asing disebalik dinding. Ternampak kelibat menyelinap dari ekor mataku. Langkahku mengikuti kelibat tadi meninggalkan kak long dan abang long. Firasat ku ada sesuatu disebalik dinding. Langkahku makin jauh mengikut lorong terowong lain. Mataku menangkap lagi kelibat yang bersembunyi di sebalik dinding. Kiri kanan terowong itu penuh artifak-artifak tinggalan jepun.\nPandanganku jatuh ke arah satu tubuh yang menggigil ketakutan. Baju seragam hijau tersarung lusuh di tubuhnya. Masih ada tentera jepun perang dunia yang masih hidup? Tidak mungkin,bagaimana boleh hidup sendirian di sini. Aku cuba pegang bahunya, gementar di dalam hati.", "“iie”…tepisnya ketakutan. Dia memegang kedua-dua lutut rapat ke dada.", "“Kamu sapa, kenapa ada di dalam ni. Jom keluar. Bahaya di sini.” kepalanya di angkat perlahan-lahan.", "“Nani to ii mashi ta ka?” dia bercakap dalam bahasa jepun yang kurang aku faham.", "“Wakari masu ka?” aku geleng kepala tanda tak faham. Betul-betul ka orang jepun atau budak-budak nakal yang menyelinap masuk ke sini, orang sini pun rata-rata dah macam muka orang jepun.", "“errrhhr,,,,kamu mau b***h saya…tolong jangan..” rayunya dengan bahasa melayu lama yang tidak fasih. Dia tampak ketakutan.", "“Tidak.. jom keluar, Sini bahaya tau.” ajakku.. Dia geleng kuat. Air matanya menitis.", "“Saya Hikashi tidak mahu, di luar banyak m**i. Banyak tembak. Askar british bom kami. Semua kawan-kawan saya m**i.” katanya lagi dalam pelat melayu. Dia askar yang terselamat ka?", "“Di luar takda perang dah, tiada bom..di luar sudah aman.” kataku melayan dia.", "” Kamu tipu, askar british sudah serang negara kami. Kubu kami di sini sudah dibom. Kami di suruh masuk terowong, bantuan akan tiba.” Aku mengeleng kepala laju..", "“Hikashi, perang sudah lama berakhir. Jepun dah maju sekarang. Sini adalah sabah yang dulu dipanggil Borneo. Sekarang kami adalah negara malaysia. Tanah melayu, sarawak dan sabah bergabung membentuk negara Malaysia.” jelasku. Dia melopong masih tak percaya.", "“Malaysia?” aku mengangguk. Telepon bimbit aku buka untuk melayari internet. Dia melopong melihat benda di tanganku.", "“Sekarang sudah melepasi tahun 2020. Semua negara sudah maju.” Pautan internet aku ajukan pandanya. Terpampang figura imej-imej negara Jepun dilayar telepon. Mulutnya ternganga.", "“Jepun?” tanyanya, kolam matanya bergenang. Sensitif pulak askar jepun sorang ni, sedangkan mereka terkenal dengan keganasan.", "Kami bercerita selanjutnya. Dia Hikashi askar medik Jepun. Mereka dikerah secara paksa semasa perang dunia dulu. Bukan semua rela hati untuk ikut bertempur,pemerintahan Jepun yang dahulunya kejam tidak boleh dilanggar walaupun penduduknya sendiri.\nHikashi yang berumur 19 tahun masa tu dikerah ke asia tenggara meninggalkan ibu dan adik perempuannya. Bergenang air matanya bercerita mengenai ibu dan adiknya.", "Bersembunyi di sini di dalam terowong bersama rakan-rakannya tanpa menyedari kerajaan Jepun tidak akan pernah kembali menyelamatkan mereka. Hikashi pemuda Jepun yang tugasnya mengubati askar-askar yang sakit dan cedera. Apabila mereka diserang oleh British dia takut sangat.\nDia menangis apabila aku katakan bom nuklear telah mematikan beribu penduduk Jepun. Dia teriak berulang kali memanggil ibunya dan adiknya dalam bahasa Jepun. Aku berjanji mencari susun galurnya di kerajaan matahari terbit, cukup untuk ada upacara supaya dia aman.", "Masa tu aku terdengar suara laungan kak long dan abang long bergema. Aku menyahut serta merta. Kelibat abang long dan kak long muncul di terowong tempat aku berdiri. Melihat aku kak long membebel tak henti-henti tanpa memperdulikan Hikashi di sisi. Abang long hanya diam memandang. Masa tu barulah aku pasti bahawa Hikashi sudah lama tiada, dia cuma roh yang masih tak percaya dia sudah meninggal. Roh yang masih yakin negaranya dulu akan kembali mengambil mereka dan akhirnya mereka terkorban tanpa kubur.", "Kami meninggalkan Hikashi sambil aku berjanji akan mencari keturunannya. Setidaknya biar dia di sempurnakan dengan kepercayaan mereka sendiri. Kak Long melopong melihat aku bercakap sambil terangguk-angguk.", "“Ada kat sini ke?” bisiknya perlahan sambil mengapai-gapai tangan di hadapan Hikashi. Aku tergelak seraya mengiakan.” hai..arigatou.” ujarnya. Kami semua tergelak. Takda kena mengena la kak long. Sebelum meninggalkan dia, abang long dan Hikashi saling tunjuk tabik tentera. Saling bertukar pengalaman dalam askar yang kami berdua tak faham langsung.", "Setengah jam mencari jalan keluar, kami akhirnya jumpa hujung terowong. Dengan susah payah abang long menguak pintu yang ditutup rapi. Kami keluar dari terowong yang sempit, betul-betul di belakang bangunan pejabat pos. Di kiri kanan sepanjang terowong tadi kami melihat banyak khazanah-khazanah yang berharga. Betullah orang kata, tinggalan yamashita ada wujud di sini. Tapi bukan semudah itu untuk dimiliki kerana ia di jaga oleh jiwa-jiwa yang tak terlihat. Abang long akhirnya menutup rapat pintu keluar terowong, serapatnya cerita dan kenangan di dalam sana. Biar ia masih terjaga tanpa diganggu oleh sesiapa.", "Malam itu kami bersembang sambil menghirup kopi pahit. Sepanjang peninggalanku, rupanya kak long dan abang long meneroka terowong berdua, mereka menjumpai longgokan alat-alat perang kuno zaman dahulu. Peralatan memasak dan barang-barang bernilai. Duit dan syiling lama. Dalam mata batin abang long juga ada roh-roh yang masih terperangkap cuma boleh memerhati mereka. Biar la ia terus bersemadi di dalam sana sampai bila-bila. Hikashi Himamoro semoga awak dah tenang dan bersemadi dengan aman.", "iie=tidak\nnani to ii mashi ta ka=apa yang awak cakap\nwakari masu ka=adakah anda faham", "sekian..\nterima kasih membaca cerita Lana" ]
[ "ada line internet ke kat tempat takde orang..pastu dalam terowong bawah tanah pulak tu.." ]
https://fiksyenshasha.com/kisah-tok/
Kisah Tok
[ "Hi assalamualaikum semua. Hari ini aku nak menceritakan kisah seram yang dialami sendiri oleh tok (nenek) aku. Kisah ni terjadi 27 tahun yang lalu semasa aku masih bayi. Haa sudah lama kan. Tetapi tok baru sahaja menceritakannya kepada aku.", "Semasa itu, mak aku baru sahaja melahirkan aku dan berpantang di rumah tok yang terletak di negeri Kedah. Mak dan ayah aku sebenarnya menetap di Kuala Lumpur, tetapi ayah aku tinggal berseorangan di sana buat sementara waktu lah. Maklumlah, aku ni merupakan cucu sulung. Sebab itu tok memang bersungguh nak jaga mak aku dan juga aku dekat rumah dia.", "Rumah tok aku ni agak besar dan tok tinggal berdua saja dengan atok aku. Rumah tok ada tujuh bilik kesemuanya. Korang bayangkan mesti bosan tok dan atok tinggal berdua saja. Anak-anak mereka yang lain (mak-mak saudara aku) balik melawat kadangkala sahaja. Apabila mak aku berpantang di situ, tidaklah kedua orang tua itu kesunyian, sebab mak aku cakap aku ni kuat melalak (menangis) masa bayi.", "Kisahnya begini, pada satu malam itu, tok sedang duduk bersila atas katil sambil mengayun aku yang tak mahu tidur di dalam buaian. Mak aku sudah tidur semasa itu. Disebabkan malam sudah hampir lewat dan tok sudah mula mengantuk, tok ayun buaian dengan tersengguk-sengguk sambil menyanyi kecil untuk tidurkan aku. Selepas itu, tok perasan kepala aku sedang mendongak ke belakang seperti sedang tengok ke arah luar buaian sambil cooing (membuat bunyi seolah-olah bercakap dengan seseorang).\nNenek aku bercakap sendirian,", "“Eh budak ni. Orang nak suruh dia tidur, boleh pula dia cakap sorang-sorang.”\nSelepas tok cakap begitu, aku yang berada dalam buaian berpaling arah tengok ke arah tok pula. Selepas itu, aku mendongak semula ke arah tempat yang tadi dan cooing lagi sekali. Semasa itu, tok sudah mula cuak. Mana tidaknya, sudah hampir tengah malam, lepas itu aku pula tak nak tidur malah cakap bersendirian lagi. Tok aku terus angkat aku keluar daripada buaian dan dukung aku. Tok dodoikan aku dengan alunan zikir, barulah aku tidur.", "Pada malam seterusnya, aku tidur awal. Selepas itu, tok duduk di kerusi malas yang terletak di sebelah katil yang mak aku sedang tidur. Kerusi malas ni juga menghadap buaian aku. Tok masih belum mengantuk, oleh itu dia membaca majalah sambil tunggu jikalau aku tersedar nakkan susu. Selepas itu, tok terlena di kerusi malas dengan lampu bilik masih terbuka.", "Tiba-tiba tok terdengar bunyi seretan di lantai. Dalam keadaan mamai, tok buka mata dan lihat sekeliling bilik. Tiada bunyi apa-apa dan tiada apa pun yang pelik. Tok bangun untuk tutup lampu bilik dan buka lampu malam di atas meja untuk sedikit cahaya. Tok perhatikan sekejap aku dan mak aku yang sedang lena diulit mimpi. Tok duduk semula di kerusi malas dan mahu sambung tidur.", "Sedang tok masih mamai, tok perasan macam ada satu susuk perempuan berambut panjang sedang duduk bercangkung disebelah buaian. Tok menggosok matanya untuk memastikan apa yang berada dalam pandangannya. Kali ini tok betul-betul nampak susuk perempuan bercangkung tersebut sedang jenguk ke dalam buaian memerhatikan aku yang sedang tidur. Tok pandang ke arah mak aku, dia sedang tidur di atas katil. Jadi siapakah makhluk yang sedang bercangkung itu?", "Tok terus bangun daripada kerusi malas. Pada masa yang sama, makhluk tersebut pandang tepat ke arah tok. Alangkah terkejutnya tok apabila melihat wajah ngeri makhluk tersebut yang jelas kelihatan kerana dipancari oleh lampu malam yang berada di meja. Rambutnya mengerbang kusut masai, wajahnya pucat lesi, matanya merah terbeliak sambil menyeringai garang menunjukkan gigi taring kepada tok.\n“Allahuakbar!”", "Tok menjerit lalu terus menerpa ke arah buaian untuk mendapatkan aku tanpa menghiraukan makhluk tersebut. Tok risau jikalau makhluk itu akan mengapa-apakan aku. Sebaik sahaja tok mendekati buaian, makhluk itu hilang. Tok mengangkat aku keluar daripada buaian dan membuka lampu bilik. Mak aku masih tidur seolah-olah seperti tiada apa pun yang berlaku. Tok langsung tidak boleh tidur selepas itu dan mendukung aku sehingga subuh.", "Semasa sarapan pagi, tok menceritakannya kepada atok. Dengan selambanya atok aku berkata,\n“Tu pontianak pokok kekabu belakang rumah la tu. Dia suka la tu dengan budak-budak.”\nTok beranggapan bahawa makhluk tersebutlah yang bersembang dengan aku pada malam sebelumnya di mana aku cooing bersendirian itu.", "Selepas daripada kejadian itu, tok memasang kaset ayat al-quran dan zikir di radio dan letak di dalam bilik mak aku. Alhamdulillah tiada apa lagi yang terjadi sepanjang mak aku berpantang ketika itu.", "Sampailah baru-baru ini, tok nampak kelibat makhluk itu semula. Pada satu malam, tok tidur bersendirian manakala atok tidur di bilik lain. Tiba-tiba, tok terdengar bunyi seretan di lantai. Tok terjaga daripada tidur sebab ingatkan atok masuk ke bilik tok. Mata tok melilau tengok sekeliling bilik tetapi tiada sesiapa pun.", "Selepas itu, tok terdengar bunyi seretan semula. Di hujung bucu katil, tok nampak kelibat makhluk yang sama sedang duduk bercangkung memandang ke arah tok. Rambutnya masih kusut masai, wajahnya pucat lesi dan matanya merah terbeliak. Walaubagaimanapun, dia tidak menyeringai menunjukkan gigi taring seperti sebelum ini. Dia hanya merenung tok.", "Tok menarik selimutnya sehingga ke paras dagu, pejam mata dan membaca beberapa k***t ayat suci al-quran. Setelah beberapa minit, tok membuka mata semula dan makhluk tersebut sudah tiada di bucu katil. Tok sambung tidur sehingga subuh. Esok pagi, tok menceritakannya kepada atok. Atok dengan masih selambanya berkata,\n“Rumah dia pokok kekabu tu dah kena tebang semalam. Dia tumpang bilik awak sekejap la tu.”", "Rupanya salah seorang anak saudara atok sudah menebang pokok kekabu di belakang rumah pada hari sebelumnya kerana mahu membuat jalan. Walaupun makhluk itu hanya menunjukkan diri dan tidak melakukan apa-apa, tok berharap dia tidak lagi melawat ke rumah. Apabila tok bertanyakan samada aku ingat akan peristiwa itu dalam buaian itu, aku langsung tak ingat apa-apa. Maklumlah, umur aku baru 2-3 bulan sahaja ketika itu.", "Sekian sahaja kisah daripada tok dan terima kasih kerana sudi baca cerita ini. Semoga kita bersua lagi di lain hari dengan kisah-kisah seram yang dialami oleh ahli keluarga aku yang lain. Assalamualaikum." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/sihir-pemisah-5/
Sihir Pemisah
[ "Aku perkenalkan diri sebagai Ally, aku pernah share cerita dalam FS pada 2019. So nak dijadikan cerita, aku dah berkahwin pada tahun 2022 dengan jodoh pilihan hati. Aku PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suami atas sebab kerjaya dia. 4500km berjauhan, mungkin tak mudah untuk kami.", "Pada hujung tahun 2022, aku alami kejadian yang pelik & aneh. Setiap malam, aku susah nak tidur. Kalau tidur, aku akan tersedar dalam jam 3 pagi. Tersedar dengan keadaan nafas tercungap macam nak m**i, jantung laju, berpeluh macam orang baru lepas jogging. Beberapa kali jugak aku mimpi ada angin yang “laju, hitam, besar & menakutkan” lalu atas muka, bila tersedar aku susah bernafas. Setiap pagi, tubuh aku rasa sangat letih macam buat kerja berat, macam tak tidur & tak rehat, termasuk rasa sakit urat, sakit-sakit sendi, rasa angin kuat dalam perut.", "Satu malam tu, jam 12.30AM, aku baru nak lelapkan mata. Tiba-tiba adik aku yang darjah 4 bukak pintu bilik aku. Aku pandang dia, tapi diam. Dia masuk dalam bilik aku, terus dia menuju ke tingkap. Dia berdiri depan tingkap, selak langsir, jenguk ke luar tingkap. Posisi katil aku tepi pintu bilik & menghadap tingkap. Aku tak tegur adik aku sebab aku pun dalam keadaan mamai, sekadar tengok gerak geri dia. Lama jugak dia berdiri depan tingkap.", "Lepas dia jenguk luar tingkap, dia tutup langsir semula. Dia jalan perlahan nak keluar dari bilik aku. Tapi sebelum dia keluar, dia stop tepi katil aku sambil menjeling hujung mata & senyum sinis dekat aku. Aku tak fikir apa-apa cuma fikir nak tidur je, & aku terus lelapkan mata. Pagi tu aku bangun jam 6.30AM, baru aku fikir kejadian semalam. Yang aku pelik, adik aku ni bukan jenis masuk dalam bilik aku, lagipun apa motif dia masuk bilik aku untuk jenguk luar tingkap sedangkan bilik dia sebelah bilik aku je. View dari tingkap bilik dia sama je macam bilik aku. So aku tanya dia pagi tu sebelum dia pergi sekolah", "“Buat apa masuk dalam bilik kakak semalam? Pukul 12.30”\n“Mana ada masuk pun. Pukul 11 dah tidur”", "Bila dengar jawapan dari dia macam tu, aku start fikir bukan-bukan dah. Dannn semakin kerap aku mimpi buruk. Hubungan aku dengan suami pun agak renggang, tapi dari sikap aku sendiri. Aku jadi panas baran, benda kecil pun gaduh, kalau gaduh aku akan senyap dalam jangka masa panjang, aku jadi benci suami sendiri, rasa nak menjauh.", "Tapi dalam masa sama, aku rasa rindu. Suami aku okay, dalam banyak hal dia jenis mengalah dengan aku. Pernah satu masa tu, waktu antara Maghrib & Isyak, aku rasa down sangat. Mental & fizikal aku penat. Aku menangis, sampai teresak-esak, sakit dalam dada sebab menangis. Masa aku tengah menangis, tiba-tiba terdengar macam bunyi pasir atas siling, bunyi yang jelas & betul-betul atas kepala aku. Aku stop menangis, bunyi tadi pun hilang.", "Bila keadaan makin buruk, aku decide nak jumpa ustaz. Masa ustaz panggil aku masuk dalam bilik perubatan, ustaz tanya ada apa masalah. Aku pun cerita dekat dia sekian-sekian masalah aku. Ustaz pun bagitau aku, masa aku nak masuk bilik tu pun dah ada “benda” yang ikut belakang aku. Ustaz suruh aku duduk berlunjur dkat bawah, dia bacakan ayat-ayat suci. Masa tu aku start menangis, nafas aku pun rasa tersekat, aku start muntah.", "Ustaz bagitau ada yang tak senang hati tengok aku & suami. Jadi dia hantar “benda” tu dkat aku, sebab tu aku je yang alami benda pelik-pelik. Lepas dari jumpa ustaz & berubat, hari demi hari, keadaan aku semakin redha, hubungan aku & suami dah semakin okay. Gaduh-gaduh manja tu mesti ada la kan. Aku harap korang doakan kesejahteraan hubungan kami. Terima kasih admin FS!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/ditumpangi-makhluk-halus-ke-kuala-terengganu/
Ditumpangi makhluk halus ke Kuala Terengganu
[ "Kisah ini berlaku pada tahun lepas 2022 semasa kami dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Perhentian Terengganu.", "Nama saya Bella ( Bukan nama sebenar ). Percutian kami ni telah dirancang 2 bulan awal dan hari yang ditunggu2 telah tiba. Excited tu jangan tanya sebab sepanjang perjalanan, hati berbunga2 kerana tak sabar dan membayangkan aktiviti snorkeling yang bakal kami nikmati sepanjang cuti 4 hari 3 malam. Ini merupakan kali pertama saya memandu jauh. Check pada waze, perjalanan memakan masa 5 jam ikut Lebuhraya Pantai Timur. Ok la sambil berkata dalam hati. X la jauh sangat masih boleh memandu. hahaha..", "Sepanjang memandu ni, saya agak pelik kenapa terlalu banyak kera yang dilanggar m**i. kebanyakan berada di tepi jalan. Mulut saya ni pula asyik keluarkan perkataan ” ehh kesiannya kera2 ni. Kenapa la tak hati2 di jalan besar. Dah tau banyak kenderaan, jangan la bermain di tepi jalan”. Masa perjalanan tu, hujan renyai2. Kenderaan pun kurang. Hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang lalu kawasan tersebut. Tiba2 ada sebuah kereta lama ni, memotong line kami. Tapi saya perasan..mana pemandu ea? yang tu saya tak nak tegur. Saya cuba abaikan sahaja.", "Setelah beberapa jam memandu, kami berhenti di RNR Ajil. Hujan panas, renyai2. Kami berehat sebentar, singgah ke tandas awam. Saya perasan, kenapa tandas ni macam tak dijaga. Agak kotor dan tak berapa ramai orang yang masuk. Saya pula da keletihan memandu, jadi tak ada masa untuk memikirkan perkara lain.", "Selesai sahaja rehatkan badan, kami masuk ke dalam kereta untuk memulakan perjalanan. Masuk gear reversed, sensor berbunyi nyaring menandakan ada seseorang di belakang kenderaan kami. Saya dengan sahabat saya terpaksa keluar memeriksa keadaan kereta kerana risau disebabkan perjalanan kami ni jauh lagi. Check punya check, tak ada apa2 yang mencurigakan. tetapi sensor masih berbunyi nyaring seolah2 ada benda yang menghalang. Saya nekad teruskan perjalanan sambil berfikir, sampai di kuala terengganu nanti baru hantar kereta ke bengkel.", "Memandu dalam setengah jam, saya ternampak kereta lama yang memotong line kami sebelum ni tersadai di tepi jalan tanpa ada pemandu. Dalam hati saya berkata, owh mungkin mereka da dibantu oleh orang lain. Setelah hampir 10 jam memandu (waze tunjuk 5 jam ye, tapi 10 jam saya drive), akhirnya kami sampai di kuala Besut sekitar pukul 6 petang.", "Setelah selesai check in, kami mula membawa barang2 masuk dalam hotel yang ditempah. Kedudukan bilik hotel pula alahaiii mcm kat hujung dunia. Keletihan punya pasal, kami da malas untuk meminta staff tukar bilik..", "Saya bercadang untuk alihkan kereta ke lokasi yang berbayar memandangkan kami akan masuk ke Pulau Perhentian untuk 4 hari. Sekurang2 nya keselamatan terjamin..sy reversed kereta ehh..tak bunyi pula sensor kali ni. Back to normal..hahaha. Dalam hati berkata, syukur tak perlu hantar kereta ke bengkel..boleh la saya berehat dengan tenang.", "Malam tu, setelah makan malam kami berehat sambil melayan handphone masing2. Keadaan bilik hotel yang agak tak selesa bagi saya, cadar seperti tak ditukar, Tv lama ( bukan Flat TV). Seolah2 da berapa lama tak berpenghuni..jam menunjukkan sekitar pukul 11 malam. TV lama tiba2 terpasang dengan sendiri. Saya dengan member ni berpandangan sesama sendiri..hahaha. cuba untuk mematikan tv tersebut. Tekan punya tekan, masih tak boleh di off kan. Member ni agak berani sedikit, dia tarik plug TV pun senyap. hahaha..ok tu satu hal. kami tak bercakap apa2 pun mengenai TV yang terpasang sendiri. Orang kata, faham2 la sendiri. jangan tegur..", "Kami mula lelapkan mata. Saya ni memandu 10jam, agak keletihan tetapi mata susah nk lelap. Tidur2 ayam sahaja. Kedudukan saya menghadap area TV tadi. member saya ni da terlelap keletihan, saya masih tak selesa tidur. Samar2 saya ternampak susuk wanita duduk di kerusi menghadap TV. jangan ditanya macam mana cuaknya saya masa tu, tetapi gagahkan juga mata ni untuk lelap. Aisehhh, ‘ Dia ‘ kacau aircond pula..Saya rasa Full Blast aircond 16 darjah tahap beku. Menggigil kesejukan dalam bilik tetapi tak berani nak buka mata. Finally saya terlelap juga cuma tak tau pukul berapa saya berperang dengan rasa sejuk sampai ke tulang.", "Keesokan harinya, saya ceritakan pada member saya ni. katanya dia pun ternampak bayangan wanita tu tengah duduk menghadap TV..cuma dia tak berani nk kejutkan saya.", "Untuk pengetahuan korang, entah macam mana scroll FB, ternampak pula story tentang RNR Ajil yang banyak misteri sebelum ni. Sebelum saya lupa, tujuan saya singgah di RNR Ajil tu sebab nak isi minyak. nampak signboard ada stesen minyak tetapi sebenarnya tak ada ya kawan2.", "Korang boleh baca juga review RNR Ajil..kemungkinan makhluk halus tersebut menumpang kami sehingga kuala besut. Pengalaman pertama kami memandu selama 10jam daripada melaka ke terengganu untuk kami kongsikan pada pembaca.", "Maaf la sekiranya tak berapa seram..actually ada banyak lagi nak dikongsikan kerana kami kaki travel, setiap tempat yang kami lawati mesti ada pengalaman mistik. Next time saya share pengalaman di Hotel Cameron Highland pula..terima kasih." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/kelibat-di-rumah-mummy/
Kelibat di Rumah Mummy
[ "Kelibat di Rumah Mummy", "Pengalaman terserempak dengan kelibat kerap kali kita dengar. Mujurnya, kelibat ni jarang-jarang dia menampakkan diri secara penuh. Kadang-kadang kita cuma lihat melalui ekor anak mata sahaja sebab pada masa itu, kita cuma macam perasan jer. Ni aku cerita pengalaman aku sendiri bab kelibat ni. Jangan harap cerita ni akan jadi seram sebab kelibat ni selalunya kelihatannya memang tak seram kerana ia selalunya menyerupai orang yang kita kenal.", "Cerita 1:Rumah teres kepunyaan keluargaku standard jer. Jenis 3 bilik, ada ruang tamu dan ruang makan kecil serta ruang serambi dapur kira macam stor terbuka la. Jadi kalau nak ke dapur kena lalu bilik mandi dan bilik air (jamban). Rumah aku ramai saudara mara kata seram. Tapi aku dan family yang duduk rasa biasa jer. Ada yang kata rumah yg kami duduki ini tempat laluan makhluk halus. Kalau duduk ramai-ramai memang tak terasa, tapi kalau duduk rumah tu seorang diri agak seram jugak ler.", "Suatu pagi tu, aku terasa nak buang air kecil, jadi pi la jamban tu, betul-betul depan bilik belakang (bilik aku ler tu). Selepas tunai hajat, buka pintu jer aku nampak kelibat adik aku lalu. Masa tu tak rasa apa la, tapi aku perasan dia jalan punya la laju, mcm jalan atas angin. Bentuk badan dia memang sama macam adik aku yg nombor 2 tu. Dari potongan rambut, baju dan kain batik yang dia pakai semua memang seiras. Cuma dia tak bercakap ler. Wajah dia pon membelakangi aku. Aku pulak takder la nak tegur dia buat apa bagai.", "Tapi naluri manusia kan, nak tengok jugak apa kejadah dia buat kat dapor pagi-pagi buta ni kan. Jadi aku pon terus ke dapur. Dapor kecik jer, memang tak perlu nak geledah, tengok-tengok jer dapur kosong jer. Takder sorang manusia pon. Wah, ini macam tak boleh jadi, aku tak puas hati, aku gi ruang tamu lokasi bilik adik aku kat sebelah tu. Tengok-tengok baik punya tidor adik aku. So, aku anggap dia hanya lalu jer, masuk bilik sambung tidor.", "Cerita 2:Cerita masih di rumah yang sama. Kali ni atuk aku duduk sekali. Dia suka tidor kat ruang tamu. Lokasi dia tidor memang kelakar, antara sofa dan meja kopi. Dia suka betul port tu. Selesa katanya, padahal kami dah sediakan bilik utk dia rehat dan tidur. Dia pulak kalau tidor memang tak pakai baju, hanya kain pelikat sahaja, dan dengan kain pelikat itulah dia buat selimut, maksudnya dia akan selubung seluruh badan dia dengan kain pelikat tu. Jenis orang-orang lama punya tidur, layankan jer.", "Setiap subuh aku akan pergi surau yang terletak depan rumah jer. Jadi memang dengar azan, so tak sedap pulak kalau tak pergi solat berjemaah yer tak. Jadi satu pagi tu, macam biasa la aku nak solat subuh, tiba-tiba atuk aku bangun dia tanya, “Bukan kau dah keluar awal tadi ker?”. Aku jawab, bila pulak, baru nak gi ni. Dia jawab, “kau dah keluar pagi tadi, atuk nampak kau jalan depan atuk, baju ni la kau pakai tadi. Aku tegur, kau diam jer, cuma kau agak tinggi sikit tadi. Dia senyum aku pon senyum.", "Cerita 3:Satu malam tu, aku dgn bini teringin nak makan maggi. Jadi kami ke dapor ingat nak masak dan makan bersama. Dinding dapur masak tu, mak aku gantung segala kuali dan pan utk mudahkan acara memasak. Ntah macam mana, bini aku tegur aku, dia kata “Sapa tu bang?”. Aku tenung bini aku. Mata dia tepat memandang buntut kuali yang tergantung depan dapur masak tu.", "Kebetulan pulak malam tu buntut kuali tu punya la kilat macam cermin. Mak aku sental agaknya pagi tadi. Nampak macam ada bayang orang lelaki pakai kain pelikat kat buntut kuali tu. Aku dengan bini saling berpandangan. Nak toleh ke tak nak? Mata kami saling berpandangan dan soalan tu bukan diluahkan pon, cuma macam kami saling memahami secara telekinesis giteeeww. Kelibat lelaki macam berdiri menegak jer mengadap kami berdua. Kami perlahan-perlahan reverse dan terus berlari ke ruang tamu.", "Cerita 4:Pernah satu malam tu aku balik lewat agak-agak dalam pukul 2 pagi. Gi tengok midnight kat bandar. Memang aku jenis suka tengok wayang sorang-sorang jer. Aku rasa bebas beli popcorn, hotdog dan makan sorang-sorang sambil tengok movie skrin besar. Bebas duduk kat row mana yang aku suka. Seat belakang sekali belah tepi dekat dgn tangga jadi kaki aku bebas nak parking memang pilihan aku. Habis movie balik rumah memang jalan dah sunyi sepi.", "Sampai depan rumah, bukak gate baru jer aku nak buka pintu rumah, aku perasan ada kelibat lalu belakang aku. Ini memang real punya rasa beb. Bayang hitam lalu aku memang nampak dia punya kelibat. Aku buat tak endah jer, masuk rumah, buang air, tukar baju aku baring dekat sofa ruang tamu. Baru-baru jer nak lelap, macam dalam fasa nak ke alam tidur tu, aku rasa sesak macam kena hempap gitu. Habis kaki tangan semua tak boleh nak gerak.", "Aku cuba seluruh upaya kekuatan dan kederat jantan nak bangun memang tak boleh. Seolaholah macam ada batu besar sedang himpit aku dari kaki sampai ke kepala. Ini bukan cramp ni, sebab aku pernah rasa cramp. Aku pon teringat pesan orang-orang tua cuba gerakkan jari sikit. Boleh jer gerak jari, tapi tak lut la natang ni masih himpit aku lagi. Aku pon cuba azan, perlahan-perlahan aku cuba azan dengan betul. Perlahan aku macam nampak kelibat tadi macam ada bara dari dalam badan dia. Bara tu makin lama makin terkeluar seolah-olah macam nak meletup gitu. Kalau kita bakar kertas kan kita akan nampak bara tu bergerak sepanjang kertas tinggalkan abu, macam tu la aku nampak. Last-last aku terlepas dari himpitan, fuhhh memang lega giler rasanya, macam dapat nafas baru beb.", "KesimpulanRumah tu, sampai sekarang mak aku duduk. Dah biasa katanya. Aku pon kadang-kadang balik ziarah mak aku, cuma tak bermalam jer sebab rumah sendiri pon dekat jer. Jadi, memang makhluk Allah nama jin ni ada dimana-mana. Satu amalan yang bagus utk kita amalkan adalah Manzil. Amalan ni power giler, kalau diamalkan jin akan lari. Kalau ada budak kecil asyik nangis boleh amalkan Manzil ni. Insyaallah hilang nangisnya. Wallahualam." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/entiti-di-bukit-broga/
Entiti Di Bukit Broga
[ "Bukit Broga merupakan salah satu tempat yang sangat menarik bagi mereka yang gemar mendaki. Trek jalannya tidak terlalu sukar dan pemandangannya aman menenangkan jiwa. Pada hari Sabtu yang cerah, aku bersama enam orang sahabat bertolak daripada rumah masing-masing ke Bukit Broga untuk sesi mendaki. Sudah lama diri ini tidak beriadah membuatkan jiwaku terlojak gembira untuk penggembaraan pendek ini.", "Angka jam menunjukkan 8 pagi, kami bertujuh terpacak di kawasan parkir kereta bersedia untuk mengorak langkah. Kami bercadang untuk menggunakan trek jalan yang baru kerana diwar-warkan memberikan cabaran yang lebih sukar berbanding trek yang lama. Biasalah, anak-anak muda seperti kami sering mahu membuktikan kekuatan diri masing-masing walhal tidaklah terlalu hebat.", "Perjalanan pendakian dimulakan dengan tenang dengan trek yang luas serta tumbuhan di kiri kanan yang terserlah kehijauannya. 20 minit berlalu dan pendakian kini bertambah kesukarannya, namun diriku makin menyukai cabaran ini. Maklumlah aktiviti lasak seperti ini boleh membakar lebih kalori dan menguatkan lagi stamina diri.", "Setelah 40 minit kemudian, salah seorang daripada kami kecundang. Batu yang disangkakan keras dan kuat, rupa-rupanya beralih tempat apabila dipijak lalu terseliuhlah kaki sahabatku ini. Perjalanan yang mulanya laju kini berubah santai kerana sahabat yang cedera ringan ini. Cetus sedikit hiba di dalam diriku kerana momentum yang kian membuak perlu diperlahankan demi kesejahteraan sahabat. Namun aku redha.", "Akhirnya setelah hampir dua jam, puncak Bukit Broga berjaya ditawan. Sungguh indah pemandangannya hingga terlupa akan keletihan buat sementara waktu. Kami merehatkan diri buat seketika sambil menghilangkan dahaga dengan air kosong dan mengambil gambar untuk dijadikan memori indah tersemat di hati. Kemudian kami mula berangkat untuk menuruni bukit.", "Dek sahabat yang cedera, kumpulan kami terpisah dua. Tiga orang, termasuk diriku berada di depan kerana sedikit pantas, manakala empat orang lagi di belakang menuruni dengan penuh berhati-hati. Tidak ku sangka perjalanan kami menurun bukit akan menjadi satu pengalaman seram bagiku.", "Jam menunjukkan hampir ke 12 tengahari, aku mula memperlahankan langkahku. Sinar matahari yang terik tidak membolehkan kaki ini untuk berjalan dengan lebih laju. Namun begitu, dua sahabat aku sudah berada agak jauh di hadapan seolah-olah cuaca panas ini tidak memberi kesan kepada mereka. Empat orang lagi sahabat langsung tidak kelihatan dia belakangku. Masih jauh agaknya. Oleh itu, diriku bersendirian tatkala menuruni bukit ketika waktu itu.", "Walaubagaimanapun, aku sedar bahawa aku bukan bersendirian kerana adanya kehadiran monyet-monyet bergelimpangan di sebalik dahan pokok. Bunyi pekikan haiwan tersebut agak kuat lalu membuatkan aku tidak senang. Tiba-tiba telinga kananku menangkap satu bunyi yang aneh.", "Bunyi seakan gelak tawa seseorang diselangi dengan nanyian beserta siulan jelas didengari. Aku meliarkan mataku pandang ke sini sana mencari arah bunyi tersebut. Di depan, hanya kelihatan samar-samar sahaja dua sahabatku manakala di belakang, tiada sesiapa.", "Bunyi aneh tersebut makin kuat berkumandang tetapi masih tidak tahu di mana puncanya. Mataku kini meliar memandang kearah pokok-pokok disekelilingku untuk mencari kepastian. Pandanganku terhenti di satu pokok berdahan tinggi di sebelah kanan. Apa yang sedang dilihat oleh dua mataku ini sungguh membuatkan aku pucat seribu.", "Satu entiti berwarna putih, bersaiz guni besar elok bertenggek di dahan sambil merenung tepat kepada aku. Di sebalik daun-daun, aku dapat lihat dua biji hitam gelap yang aku sangkakan matanya sedang memandangku sambil mengeluarkan bunyi aneh tersebut. Berderau d***h dalam diriku dan tidak tertanggung jiwa gemuruh. Kakiku lemah seperti mahu berputus asa. Meskipun begitu, aku gagahkan diri untuk mengalih pandangan daripada entiti tersebut.", "Naluri hatiku memberitahu aku perlu keluar daripada hutan dengan secepat mungkin. Mengutip semula sisa kudrat dalam diri ini, aku berlari menuruni bukit tanpa hiraukan batu, tanah dan tumbuhan yang memenuhi laluanku. Hasratku ketika ini hanya mahu bertemu semula dua sahabat aku di depan dan keluar dari sini. Semasa aku berlari, jelas didengari bunyi aneh tersebut masih mengekori aku, malah lantang. Air mata sudah mula membasahi pipi tetapi aku enggan berhenti berlari. Perjalanan yang sepatutnya singkat terasa begitu jauh. Kelibat dua sahabat sudah berada dalam pandanganku akan tetapi mulutku seperti dikunci untuk melemparkan sepatah dua kata.", "Akhirnya, aku berjaya menepuk bahu sahabatku di depan dan bunyi tersebut hilang serta merta. Mulutku kini terasa ringan dan aku mampu berkata-kata semula. Melihatkan keadaan diriku yang menggeletar, jelas kerisauan terpancar di wajah mereka. Aku meyakinkan mereka bahawa aku hanya penat dan menggesa untuk keluar daripada hutan ini. Hatiku belum sepenuhnya lega kerana risau jikalau entiti tersebut munculkan diri untuk kali kedua. Kali ini, aku menuruni bukit tanpa berpisah dengan dua sahabat aku ini. Aku tidak mengetahui tentang kedudukan empat lagi sahabat dibelakang, akan tetapi aku berharap mereka tidak apa-apa.", "Sebaik sahaja kaki ini berpijak di pengakhiran bukit, aku menghembuskan nafas yang teramat lega. Kemudian, kelibat empat sahabat di belakang juga memunculkan diri. Masing-masing kelihatan sihat walafiat. Kami bertujuh bersihkan diri dan berangkat ke restoran untuk mengisi semula tenaga yang dihabiskan. Semasa di restoran, barulah aku berani membuka cerita tentang apa yang berlaku di hutan Broga tadi. Tergamam mulut masing-masing mendengar ceritaku.", "Selepas kejadian itu, aku langsung tidak boleh tidur selama 3 malam berturut-turut. Aku berjaya tidur pada malam keempat tetapi aku bermimpikan entiti putih tersebut. Alhamdulillah pada malam kelima dan seterusnya, aku sudah boleh tidur seperti biasa dan tiada lagi mimpi yang aneh.", "Kepada mereka yang ingin memasuki hutan untuk beriadah, lakukanlah dengan berhati-hati agar tidak ditimpa perkara yang aneh dan menakutkan. Sekian kisah pengalaman seram aku di Bukit Broga. Assalamualaikum." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/dengki-rezeki/
dengki rezeki
[ "Assalamualaikum para pembaca sekalian.", "Hari ini aku nak kongsikan sebuah kisah yang diceritakan oleh mak kepada aku.", "Kisah ni berlaku kira-kira 19 tahun lalu, ketika aku berusia lebih kurang 2 tahun.", "Mak dan abah duduk di sebuah kampung yang rumah-rumah di situ berada bersebelahan dalam jarak yang agak dekat dan hanya dipisahkan oleh kawasan semak semak sahaja.Mak dan abah merupakan pasangan suami isteri yang suka hidup dalam suasana tidak bercampur dengan orang ramai,erti kata lain mereka suka kehidupan yang privasi. Mereka hanya sekadar kenal sahaja dengan orang kampung,mak tak suka berjalan ke rumah orang dan bergosip, mak lebih suka mengemas halaman rumah dan menguruskan anak-anak.", "Kehidupan keluarga kami ketika itu masih di peringkat yang sedang membangun, abah pun baru sahaja dapat kerja tetap dalam sektor kerajaan, mak ambil keputusan nak meniaga kecil kecilan di hadapan rumah sambil menjaga kami yang masih kecil, aku ketika itu berusia 3 tahun dan adik aku berusia 1 tahun lebih.", "Alhamdulillah perniagaan nasi lemak mak pada sebelah pagi amat laku, mak tak kedekut dalam meniaga, selalu memberi lauk lebih, petang pula mak meniaga burger seringgit, perniagaan mak laku sangat, budak budak kampung suka beli makanan pada mak, ingat lagi aku, bangun ja tidur dengan rambut yang kusut dan hanya pakai pampers, aku akan tengok mak dan mintak nasi sebungkus pada mak, padahal mak dah letak siap siap di dapur, suka betul aku tengok mak dan abah ketika itu,memori yang indah bagi aku.", "Tetapi kebahagiaan kami tak kekal lama, ada orang yang berdengki dengan kami, mak dan abah cuma bersabar sahaja, jiran di sebelah kanan kami yang paling tidak suka dengan perniagaan mak. Jiran di sebelah kanan rumah ni merupakan suami isteri, isterinya bernama mak wan dan suaminya pak ali ( nama samaran ).Mereka mulanya okay sahaja dengan kami tapi mungkin kerana dengki semuanya berubah.", "Di kampung kami ada seorang bomoh yang dikenali sebagai pak kob ( nama samaran), anak pak kob ni berkawan baik dengan mak aku, satu hari anak pak kob datang ke rumah dan bersembang dengan mak aku, beliau pesan pada mak aku, “hati hati lah mah oi, ada orang tak puas hati dengan perniagaan kau, dia datang jumpa ayah aku suruh sihir kau, kalau kau jumpa telur di kawasan rumah kau jangan sentuh, takut terkena sihir”. Mak aku hanya angguk dan tak ambik kisah sangat, dia lebih percaya dengan kuasa Allah.", "Nak dijadikan cerita, abang aku ni seorang budak yang agak nakal dan suka mengeksplorasi kawasan, dia terjumpa sebijik telur ayam di belakang rumah, dia tunjuk kepada mak, mak suruh buang dan masuk, tak lama selepas tuu kami sekeluarga terkena demam campak. Lepas sorang sorang yang kena, naik biji biji nanah banyak pada muka dan badan. Alhamdullilah, selepas berubat dengan ustaz kami sekeluarga sembuh.", "Tak hanya di situ, perniagaan kami mula merosot, jiran kami iaitu mak wan merupakan guru mengaji, dia sering memberi amaran kepada budak budak kampung yang membeli makanan dari mak, dia tk mahu mengajar mengaji jika beli makanan dari mak, dia juga cakap makanan mak kotor, ada najis budak dalam makanan, padahal mak dan abah sangat pembersih orangnya.", "Kemudian, orang kampung juga cakap mak tak bukak gerai, padahal setiap hari mak bukak, orang kampung tak nampak gerai mak, mak dan abah buat keputusan untuk berubat dengan ustaz. Rupanya di hadapan rumah kami, ada orang telah menanam serpihan nisan yang diperbuat dari kayu ( kayu nisan lama ), disebabkan itulah mak abah jadi bergaduh dan perniagaan merosot.Ustaz pun membantu mak memulihkan semangat dan membantu memagar kawasan rumah.", "Mak buat keputusan nak berhenti meniaga, dia tak mahu disebabkan dengki, anak anak jadi sakit. Tak lama selepas tu, kami dapat khabar pak ali suami mak wan meninggal, dia meninggal dunia disebabkan muntah d***h. Mak tak pergi mengunjung sebab mak menjaga kami yang kurang sihat secara tibaa tiba.", "Sebulan selepas tu, suasana semakin baik dan kami kembali tenang. Suatu hari ketika abang sedang bermain di kolam ikan kapi nya, dia ditegur oleh mak wan, mak wan tnya pada abang aku, “Aman, kau rasa kalau aku minta maaf pada mak kau, dia nak maafkan tak?”. Abang balik dan tanya pada mak, mak tak cakap apa pun, mak cuma diam sahaja.", "Tak lama dari tu, dengar khabar mak wan meninggal dan cara meninggal sama dengan suaminya pak ali. Orang kampung sebar cerita bahawa mak yang sihir pasangan suami isteri tu disebabkan mak tak pergi mengunjung. Mak kurang gemar mengunjung jenazah waktu kami kecil kerana takut terjadi apa apa kepada kami.", "Keluarga kami pindah dari situ selepas kmpung tu dilanda banjir beberapa kali.", "Sekian terima kasih." ]
[ "kuat betul memori ingat pakai pampers lagi haha", "best kisah ni…skrg pun masih ada yg dengki2 dlm berniaga ni", "Aku rasa mcm baca karangan sekolah" ]
https://fiksyenshasha.com/peliharaan-moyang/
PELIHARAAN MOYANG
[ "Sepanjang aku bersahabat dengan Yunus, aku sudah faham pola pemakaiannya. Entah kenapa, Yunus tidak suka dan akan mengelak dari memakai baju yang berwarna terang. Kalau tidak kelabu gelap atau biru tua. Warna hitamlah yang warna yang sangat sering dipakainya. Jika keluar membeli baju, bila dihulur baju terang, keningnya akan berkerut, mulutnya akan muncung, tanda dia tidak suka.", "Hari itu, entah apa anginnya, Yunus datang ke rumah aku dengan memakai baju-t berwarna merah terang. “Aih Yan, raya cina ka?” kata aku mengusik. “Merah sangatlah mak ngah” usik Bakri, kawan kami yang datang kerana hendak mengupah kami memetik rambai, langsat dan pulasan yang musimnya sampai ketika itu. “Alah, sekali sekala apa salahnya” kata Yunus cuba mengelak. Untuk menjaga hatinya, bila Bakri ke motorsikalnya mengambil rokok, aku berbisik pada Yunus “Baju hang semua basuh kan? Omakngah dah hingaq (hingar / bising) kan?”. Yunus hanya ketawa dan mengangguk.", "Aku seperti biasa akan mengenakan baju-t berlengan panjang. Kulitku tidak tahan cahaya matahari terik, pedihnya kulit digigit matahari, hanya aku yang tahu. Topi juga tidak lekang dari kepalaku. Silau matahari pulau juga sangat menyeksakan mataku. “Awat hang mai cari kami?” tanya Yunus sambil menghembus asap rokok. “Saja lah, aku pun lama tak lepak ngan hangpa. Lagipun buah dah tak banyak dah. Aku ingat nak sedekah buah-buah tu, bukan nak juai” kata Bakri. “Kalau nak, jomlah, sebelum asaq (Asar) habihlah kot” kata Bakri. Hari itu, hari Ahad, kami tidak bekerja.", "Perjalanannya tidak lama, kerana kami sudah sangat biasa dengan jalan itu, tapi aku dan Yunus tidak pernah sampai ke dusun moyang Bakri. Rupanya, jalan hendak ke dusun atas bukit itu juga tidak berapa kelihatan dari jalan yang biasa orang lalui. Sekali pandang memang tidak akan perasan ada jalan naik ke atas. Jalannya mendaki muat sebuah kereta, tapi bila sampai ke dusun yang berpagar itu, cantik pula pemandangannya. Dusunnya bersih luar biasa. Pintu pagar senget bercat coklat dibuka Bakri. Ada bangsal di mana raga-raga buluh diletakkan, beberapa buah kereta sorong lipat dan tangki m******h rumpai diletakkan. Mesin pemotong rumput beberapa batang juga ada di bawah bangsal dengan satu tong besar petrol. Moyang Bakri bijak, dia menggunakan air bukit untuk menyiram pokok-pokok seperti cili dan halia yang banyak ditanam.", "Banyak sungguh pokok betik sedang berbuah. Besar-besar, semuanya langsung tidak rosak atau dimakan burung, tupai, atau lebih teruk, kera yang banyak di atas bukit itu. Ke depan sedikit, berjajar pokok cili burung, rimbun dengan buah yang merah. Rajin sungguh moyang Bakri mengusahakan tanahnya. Kata Bakri, buah palalah yang paling banyak membawa keuntungan pada moyangnya. Pokok-pokok pala dijaga dengan rapi dan tumbuhnya nun di atas, ada lebih kurang 30 pokok. Pokok pala tidak asing bagi kami di kampung. Sudah menjadi kebiasaan keluarga Bakri akan bersedekah buah sebagai tanda bersyukur dengan rezeki mereka yang melimpah ruah.", "“Kita kait rambai dan pulasan. Moktan (rambutan) kuning pun banyak dah aku tengok. Rezeki tahun ni, buah bagoih” kata Bakri berjalan masuk ke dusun yang luas dan meninggi mengikut bukit. Tidak sangka, luas betul dusunnya. Padanlah kehidupan Bakri senang, sentiasa berduit dan tidak perlu bekerja seperti kami. Tidak hairanlah rumah moyangnya besar, kereta bersusun. Bukan itu saja, dengar ceritanya, deretan rumah sewa, ladang getah, rumah kedai dan ladang kelapa di Perak juga menyumbang kepada kekayaan moyangnya yang sudah terlalu tua. Semuanya bermula dengan usaha moyangnya mengusahakan dusun dan menjual buah.", "Yunus yang tersengih-sengih, sudah bersedia dengan galah yang berat di tangannya. Galah itu memang berat, bertali yang bersangkut dengan alat seperti gunting di hujung. Di bawah sedikit dari alat pemotong itu, ada raga dengan dawai tebal sebagai mulut. Buah yang dikerat akan jatuh ke dalam raga, tidaklah banyak buah yang lerai dari tangkai. Kata Bakri, buah yang masih bertangkai akan lebih tahan segar lebih lama dari buah yang terlerait dari tangkai. Hendak memberi, biarlah barangnya elok, kata Bakri.", "“Wei Keri, aku kait kat sana, na!” kata Yunus yang sudah melangkah. “Ha lah, suka hati hang la Yunuih” kata Bakri. Aku mengikut Bakri kerana mahu melihat orang yang pakar memetik rambai di dahan yang tinggi. Sampai saja di bawah pokok rambai, tangkai-tangkainya bergugus buah, semuanya tinggi-tinggi. Menurut kata Bakri, buah di tangkai rendah mereka petik dengan memanjat pokok nya. Seronoknya lain macam, tidak sama dengan mengait. Yunus sudah hilang dari pandangan kami. Memang begitulah fi’il Yunus, suka melakukan kerja sendiri. Rimas katanya kerjanya diperhati.", "Aku mengikut Bakri ke deretan pokok rambai yang tidak jauh dari pondok teduhan. Suka aku di situ kerana ada lopak air, yang airnya sangat sejuk laksana air dari peti ais. Air bukit yang murni, boleh terus diteguk jika dahaga. Bakri pun mula mengait tangkai-tangkai rambai yang bergugus buahnya dengan cekap dan cermat. Bila buah yang bergugus jatuh di dalam raga dalam 3 tangkai, Bakri akan turunkan dan aku akan meletakkannya dengan cermat di dalam raga buluh yang sudah dialas dengan suratkhabar.", "Aku bertanya Bakri, bolehkah aku merasa sebiji dua rambai. “Ehh awat pulak tak buleh haih, makan la selagi hang lalu. Aku tengok pun dah muak. Melugai (mual) dah” kata Bakri tergelak. Aku pun ambil setangkai rambai dan mula mengopek kulitnya. Dengan lafaz Bismillah, aku menyuap rambai ke mulut. Rasa masam manis yang seimbang dan sempurna, Allah letakkan dalam buah sekecil itu. Kulitnya aku buang ke tanah. Bakri tidak melihat, sibuk mengait rambai di dahan agak tinggi. Lepas sebiji, sebiji rambai aku makan, kulitnya aku buang ke tanah.", "Hampir habis setangkai rambai, bila buah yang terakhir aku kopek dan kulitnya aku buah ke tanah, terdengarlah suara berdehem dari belakang pokok rambai yang beberapa batang di belakang. Dalam dan garau suaranya, seperti marah bunyinya. Serta merta aku berpaling, dan sosok yang aku lihat itu hampir-hampir menghentikan jantungku.", "Pernah tonton filem Star Wars, heronya dengan seekor makhluk bernama Chewbacca? Apa yang aku lihat terhendap-hendap di belakang dahan rambai, mirip dengan sosok khayalan itu. Tapi di depan mataku, makhluk berbulu lebat berwarna hitam dengan mata merah yang menusuk, sedang tepat memerhatikan aku di belakang batang pokok. Matanya merah, dan kukunya dari tangan yang berbulu panjang itu, mencecah ke tanah. Takutnya aku bukan kepalang. Aku yang tidak sempat berfikir secara waras, hanya mampu beristighfar, sambil bertentang mata dengan makhluk menakutkan itu.", "Cepat-cepat aku berpaling dan menghampiri Bakri yang terbongkok-bongkok menyusun rambai bertangkai di dalam raga buluh yang luas mulutnya itu. Aku rasa, semangatku lari entah ke mana. Bakri yang mungkin telah tahu apa yang aku nampak, memekik “Haih!! Celaka sungguh! Siang-siang buta pun nak mengacau! Aku ni bukan orang lain, anak cucu dia! Aku yang ajak depa mai, kalau aku tak ajak, depa tak mai sini aihh!!” laung Bakri ke arah pokok-pokok rambai. “Sabaq..sabaq. Tenang, Ku” kata Bakri sambil menghampiri dan menepuk-nepuk bahuku. Aku hanya mampu mengangguk dengan debaran jantung kencang waktu itu.", "Bakri mengambil ranting yang gugur, dan dibalingnya ke arah pokok-pokok rambai di belakang. Serta merta aku rasa mulutku kering. Rasa masam manis rambai tadi seolah tawar. Seolah aku sedang mengulum pasir. Hendak meludah, aku rasa takut. Bimbang perkara lain akan terjadi. Serta merta aku merasa mual, dan mengajak Bakri ke pondok berteduh yang lebih kurang 15 meter dari situ. Sampai sahaja, aku ke tempat air bukit yang mengalir dan berkumur-kumur, membuang rasa pasir dan tanah di mulut. Yunus pula, tidak nampak bayangnya dari tadi.", "Bakri yang risau, sibuk bertanya. “Aku okay, Keri. Tak dak apa aih. Aku dah besa (biasa) kena usik lagu ni” kataku menenangkan Bakri yang sudah nampak cuak dan risau. “Hang tok sah risau. La ni aku risau kat Yan, ntah mana dia pi” kataku jujur pada Bakri. Aku mula membaca Bismillah Lima berulang kali dalam hati. Kemudian, aku ulang membaca Ayatul Qursi. Pondok berteduh itu terbuka, dibuat dengan kayu dan bertiang rendah. Muatlah dalam lima orang jika bersolat berjemaah. Pangkin juga dibina, mungkin untuk melunjukan kaki yang lenguh, atau melelapkan mata sebentar di situ.", "Ketenangan yang sekejap itu dikejutkan dengan bunyi suara seperti orang sedang mengomel, marah-marah. Walau pondok teduhan itu tidak berdinding, ada plastik hitam direntangkan mungkin untuk menutup silau matahari. Bunyi omelan itu terdengar dari belakang plastik hitam itu, yang hanya beberapa depa sahaja di belakang kami. Bakri nampak sangat marah, meluncur keluar dari pondok dan pergi ke belakang. Segala maki hamun, terhambur dari mulutnya. Aku hanya mengendahkannya, kerana aku tahu, mahkluk yang mengganggu itu tidak akan beredar dari situ sehinggalah kami angkat dari dari dusun buah itu.", "Bakri yang nyata berang, datang duduk di tepiku. “Hang berani noh, Ku. Tadi saja muka hang pucat lesi, la muka hang dah macam besa” kata Bakri. “Muhong (bohong) makalau kata aku tak tak tekejut. Awat dia marah sangat, noh?” tanyaku. “Kalau kata aku buang kulit rambai merata, bawah pokok tu banyak kulit rambai kering” kataku pada Bakri. Bakri kehairanan dan berkata “Ya ka? Aku tak perasan pun. Mungkin la, bukan hang sorang saja yang makan buah, hat mai tulong aku petik pun makan. Beza ngan hang, hang mintak izin dulu” kata Bakri, semakin risau.", "Habis saja Bakri berkata, dahan pokok rambai yang kami petik tadi bergoncang keras. Serentak kami terbangun kerana terperanjat. “Ish b**i sungguh haih menatang ni, cari pasai sungguh dia hari ni. Awat tak tau!” Semakin kuat dahan rambai itu bergoncang. Aku sudah tidak takut melihat keadaan itu. Aku tahu, makhluk itu hanya hendak mengusik supaya kami meninggalkan dusun itu secepat mungkin. Dalam hati, mesti ada sesuatu yang Yunus telah lakukan. Semberononya tidak habis-habis.", "Dalam kami terpaku memandang dahan yang bergoncang itu, turunlah Yunus dengan selamba, dengan tangan kosong. “Sini rupanya hang nohh..” katanya yang memandang dahan, yang tidak lagi bergoncang saat munculnya Yunus di situ. “Laaah… awat lari, takut ka?” katanya yang memandang apa yang kami tidak nampak. Pandangan Yunus seolah mengikut sosok yang tidak kami nampak, sehingga ke atas di mana pokok-pokok pala hidup merimbun. “Maaf na, yang mulia raja doktor professor tengku. Aku lalai” kata Yunus yang cuba menggeletek hati aku.", "Tergelak Bakri. Yunus senyum sahaja. “Eh Keri, batu belah tu, bukan tanah moyang hang ka?” Aku tidak faham apa yang Yunus maksudkan. Ha, tu tanah moyang aku sampai ataih, tapi kami tak tau pasai apa moyang aku tak tanam apa di sana. Biaq semak macam tu, sentuh pun dak” kata Bakri. “Awat ada pagaq?’ tanya Yunus. “Hang cakap apa ni Yan? aku bertanya. “hang nak tengok? Jom la. Menarik sangat” kata Yunus sambil bangun. Bila aku beriring dengannya, sempat Yunus menggosok-gosok belakang aku. “Dia tak suka aku ada sini” kata Yunus. “Sapa?” tanyaku. Bakri hanya tunduk sambil mengikut kami ke atas.", "“Aku rasa, tok sahlah kita pi” kata Bakri tiba-tiba menghentikan langkah Yunus. “Hang takut dia kacau hang kan? Tak pa aih, aku nak suruh Ku tengok, sebab yang dok jaga dusun ni dah memperkenalkan diri pada kawan kita ni” kata Yunus menepuk bahuku. “Hang tau noh? Aku walau selalu ada sini, aku tak pernah mai sorang. Takut macam rasa ada orang lain ada sama” mengaku Bakri. “Awat pulak aku tak tau, tadi bukan main dia dok lambai aku dari belakang batu belah tu” kata Yunus. Terbeliak mata Bakri. Aku juga sedikit terperanjat. Dari bawah, nampaklah seketul batu yang tertonjol, dipagar dengan pagar membulat. Batu itu di tengah-tengah, antara kawasan berpagar dengan tidak.", "“Dalam hidup kita ni, kepada Allah sajalah kita patut takut. Sedangkan gunung pun runtuh berderai takutkan Allah, kita buleh takut kat hantu” kata Yunus seolah memerli kami. “Tak payah takut lah, kalau Allah tak beri izin, dia kacau sampai dunia dia terbalik pun kita masih buleh hidup, makan tidoq semua” kata Yunus. Aku dan Bakri berpandangan. Aku mula mengikut Yunus yang telah ke depan, diikuti Bakri yang nampak tidak pasti hendak mengikut atau tidak.", "Keadaan jadi hening. Tadi bukan main reriang berbunyi. Kami sudah sampai ke pagar dan aku nampak batunya di dalam pagar itu. Mana belahnya, tanyaku dalam hati. Batu bukit yang biasa kita lihat, bentuk seperti muncung ikan paus, tertonjol dari tanah. Sekeliling batu itu, sehelai rumput pun tiada. Kawasannya bersih, seolah rumput dan rumpai baru saja ditebas dan dibuang. Bila kami berjalan sedikit ke atas, nampaklah batu itu seolah terbelah. Ruang di antaranya mungkin seinci sahaja lebarnya. Kenapa batu ini berpagar, tanya aku dalam hati.", "“Ha, aku yang pakai baju merah dah sampai. Awat? Cantik ka warna baju aku?” kaya Yunus kepada batu itu. “Tadi hang kata baju aku silau sangat. Ni aku mai dekat, silau ka?” kata Yunus seolah mengejek. Tiba-tiba kami rasa seperti angin melucur keluar ke arah hutan tebal di atas. Dari dalam hutan, dengar seperti bunyi kaki berlari membelah hutan. Bunyinya seperti yang sedang berlari itu bersaiz besar. Yunus hanya ketawa. “Laahh.. lari lagi. Awatnya?” laung Yunus ke dalam hutan. Aku dan Bakri hanya berpandangan, pegun berdiri.", "“Jomlah turun. Dia tak jahat kalau tau niat orang yang mai. Kerja dia macam tu, nak kata apa?” kata Yunus menggamit kami. Tidak buang masa, aku dan Bakri cepat berlari beriring dengan Yunus. Sambil berjalan, Yunus berkata, makhluk itu ditugaskan menjaga dusun itu. “Lama dah dia ngan moyang hang. Ada perjanjian antara depa” kata Yunus. “Batu tu, rumah dia, moyang hang betoi jaga peliharaan dia kan, Keri?” kata Yunus memandang Bakri. Bakri tidak menjawab, kepalanya tunduk sahaja.", "Sampai saja kami di pondok teduhan, Yunus berkata “Hang toksahlah bimbang, Keri. Rahsia hangpa tetap jadi rahsia. Cuma cara ni salah di sisi agama. Allah tanya esok, apa nak jawab? Eh kita nak sambung petik buah ni bila?” kata Yunus yang melihat jam tangannya. “Tak payahlah, aku suruh orang lain. Aku segan pulak kat hangpa” kata Bakri jujur. “Dia cuma usik kawan kita ni tadi. Tempat dia jaga, dia tak mau orang sepah-sepah” kata Yunus. “Kalau lagu tu, biaq aku kutip kulit rambai tadi” kataku, rasa bersalah. “Eh takpa, biaq aku yang buang” kata Bakri. Aku tengok apa yang dibuat Bakri serba tak kena.", "Sementara Bakri sedang menyapu kulit-kulit rambai, kami melihat keadaan dusun yang permai itu. Memang cantik kerana nampak pemandangan laut lepas. “Selesai, jom aku belanja mee udang kat kedai tepi sungai” kata Bakri. Kami mengikut sahaja. Kedai masa itu tiada orang, mungkin kerana masa menunjukkan hampir jam 3.30 petang. Bakri lebih banyak diam dan termenung jauh. Yunus hanya memerhati tingkah Bakri, tidak berkata apa. Aku pula salah tingkah, tidak tahu perkara apa hendak dibualkan.", "“Alah Keri, hang tenang saja, semua Allah dah tulis di Lauh Mahfuz. Manusia boleh berubah dengan doa yang Allah makbulkan. Dalam hai (hal) ni, hang sekuman pun tak salah. Awat nak segan” kata Yunus tanpa menapis apa yang hendak dikata. “Tu la Yunuih, aku bukan apa, kadang-kadang kesian aku tengok moyang aku. Dah la tua, kuruih kering. Kami bukan tak nasihat moyang aku, tapi dia ketegaq. Tok aku selalu cerita dulu masa mula dia usahakan kebun pusaka aku, dia suruh wan aku masak pulut kuning ayam sekoq. Anak-anak dia telioq (terliur) tengok pulut kuning dan ayam, sikit pun dia tak peduli. Sebiji pulut pun anak-anak dia tak merasa. Dia bawak makanan tu pi ataih bukit, senja baru balik. Bila balik dia letih ja, apa dia buat, tak dak sapa tau” kata Bakri.", "Kami hanya dapat mendengar. Yunus memilih untuk diam. Bakri menyambung “Kalau la moyang aku lupa ka lambat ka, dia mai sampai rumah. Hitam berbulu tinggi sama paghaih (paras) dengan alang rumah, minta makan. Sedia-sedia la moyang aku bergaduh. Tapi tu la, dusun terjaga, buah tak rosak, dusun elok bersih. Anak cucu dia kalau pi tak pernah jadi apa, tapi kalau orang luar cuba, hidup tak aman. Pernah ada orang putih sesat sampai ataih, dia nampak betik dok masak ranum, dia ambik sebijik makan. Macam nak gila juga orang putih tu kena kacau, menjerit meracau. Bila moyang aku halaikan, teruih mat saleh tu elok” kata Bakri.", "“Entahlah Keri, elok hang tanya ustat (ustaz). Macam aku kata, ini dah langgaq hukum agama. Rezeki semua di tangan Allah yang Memberi” kata Yunus.", "Selepas dari itu, Bakri jarang sangat terserempak dengan kami. Dia sudah berkahwin dan memilih untuk tidak tinggal di kampung walaupun semua sudah tersedia untuknya. Dia memilih untuk bekerja di ladang kelapa sawit di Jempol, Negeri Sembilan, hidup sangat sederhana dengan anak isterinya." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/terlelap-seketika/
Terlelap seketika
[ "Salam semua…", "Ini adalah pengalaman dari suami kepada kawan baikku.. Biarlah sahabat saya gelarkan hanya ‘Ros’ dan suaminya sebagai ‘mie’..", "Kisah ini berlaku lebih kurang [email protected] tahun yang lepas..", "Mie bekerja sebagai operations theatre dalam sebuah syarikat(supplier bhn2 medical).. Hendak dijadikan cerita , pada hari Rabu (tarikh lupa) ditugaskan untuk ke Hospital Melaka seperti sebelum2 ini ..Kebiasaan tugasnya selesai hingga ke petang tetapi pada hari tersebut tugasan nya selesai hingga lewat malam..", "Seperti biasa, Mie akan menelefon isterinya Ros sebagai makluman selesai kerjanya.. Sebelum gerak dalam kereta Mie turut akan telefon Ros lagi untuk maklumkan , jam ketika itu menunjukkan dalam pukul 1 lebih.. Mie turut nyatakan bateri hp nya hampir kong dan mungkin akan berehat sebentar di rnr Pedas Linggi.. Ros pun berpendapat sama seperti suaminya, memandangkan kedengaran suaminya menguap berulang kali.. Yela, bimbang di hati Ros jika suaminya memandu dalam keadaan penat camtu , biarlah Mie rehatkan sebentar ..", "Esoknya, pada hari Khamis Ros ke tempat kerja seperti biasa.. Dan suaminya belum pulang lagi.. Mungkin tidur lagi dalam kereta la tu, bisik hati Ros ..", "Namun sehingga Ros balik ke rumah , suaminya masih tidak pulang.. Oleh kerana masih belum cukup 24jam Ros tekad untuk periksa sendiri dimana lokasi terakhir suaminya maklumkan semalam.. Dan cuba periksa di setiap rnr dari Ayer Keroh hingga ke Kuala Lumpur namun tiada keberadaan suaminya..", "Atas nasihat kawan2 Ros membuat laporan polis.. Dan turut meminta pertolongan keluarga serta lain2 mencari Mie..", "Sehinggalah pada pagi hari Sabtu, tiba2 Mie pulang ke rumah.. Pakaian yang sama dipakai sebelum ke Melaka cuma Ros terkejut dengan keadaan suaminya.. Bau badannya dan jambang seperti lama tidak bercukur serta kakinya bengkak.. Bengkak kakinya umpama seperti ibu2 mengandung yang bakal bersalin.. Keadaan Mie agak sedikit khayal dan seperti sangat penat.. Ros sangat khuatir lantas meminta pertolongan dari seorang ustaz..", "Pada hari yang sama selepas asar , ustaz datang bersama pembantunya..", "Assalammualaikum… Ustaz memberi salam .. Pada awalnya nampak seperti tiada apa2.. Ustaz berbual2 biasa dengan Mie.. Bertanya ke Melaka bawa kereta apa? Mie kata bawa kereta office.. Ustaz tanya lagi “adakah kereta tu berwarna coklat” .. “Ya” jawab Mie.. “Adakah kereta itu, kamu parking di bawah pokok dan menghala ke hutan”? “Ya” ..jawab Mie lagi.. Kemudian Ustaz memaklumkan bahawa Mie telah masuk ke dalam pagar dan setelah Mie masuk, tiada siapa yang boleh melihat keberadaan Mie ketika itu.. Mungkin ada sesuatu yang “mereka” mahukan dari Mie dan kita tidak tahu apa yang “mereka” mahukan..", "Ustaz meminta Mie menceritakan apa yang berlaku. . Dalam keadaan Mie yang sedar x sedar itu mula bercerita..", "Ceritanya ” aku sangat penat, dan tiba di rnr aku lelapkan mata..Tiba2 perut aku terasa lapar .. bila aku buka pintu kereta kelihatan banyak gerai2 di atas bukit berdekatan dengan kereta aku tadi.. tanpa fikir panjang aku terus duduk di gerai yang pertama dan order nasi goreng kampung & air teh o ais.. aku nampak pakcik&makcik dalam gerai tu berpakaian alim.. Dan yang hantar makanan tu anak perempuan kepada pakcik tu agaknya.. Apabila habis makan , aku minta bil dan ingin bayar tetapi pakcik itu tidak mahu terima dan kata2 nya hanya “NANTI JUMPA LAGI”.. aku senyum dan terus kembali ke kereta dan sambung tidur”.. Tapi yang aku perhatikan keadaan gerai tu mcm zaman dulu2.. air pun dalam bekas buluh.. Aku tak fikir apa-apa..", "Sehinggalah pagi tadi aku terjaga, aku terus ke office untuk tukar kereta ..Apabila sampai , office tutup dan aku berhenti hendak beli surat khabar..Dan tengok di surat khabar tu hari sabtu.. Terus aku tanya org2 yang ada disitu.. Aku jadi bingung terus balik ke rumah.. Aku xtahu apa yang jadi.. Tiba2 Mie pengsan..", "Ustaz dan pembantunya menjalani sesi perubatan.. Tiba2 Mie bangun dan terus ke sinki kerana muntah ..Keadaan Mie ketika itu sngat lemah, ustaz memberikan air yang telah dibacanya dan Mie muntah lagi. . Ustaz meminta Mie duduk mengadap ke balkoni dan menggunakan sejadah memukul belakang Mie.. Dengar ustaz kata “pergi kau, jangan kacau anak cucu Adam”..", "Selesai sesi perawatan itu, ustaz maklumkan bahawa ada benda yang ikut Mie hingga ke rumah dan tadi ni pun bnda tu ada lagi.. Ustaz kata apa tujuan sebenarnya tak pasti.. Ustaz kata Mie telah masuk ke alam lain dan mungkin hendak kan sesuatu dari Mie.. Wallahuallam.. Cuma jangan cepat terpengaruh dengan janji2 manis mereka.. Jika tersasar sedikit cepat2 istigfar dan mohon bantuan daripada Allah.. Selesai semuanya, ustaz ada beberapa doa supaya amalkan.. Insa’allah. .", "Ustaz ada beritahu juga , kenapa kaki Mie bengkak .. Ini kerana Mie tidak membuang air selama 3hari ,maka sebab itu kakinya begitu.. Apa2 pun kita mohon petunjuk daripada Allah..", "Untuk makluman, saya telah diberitahu apabila kita sudah masuk ke alam lain @ alam bunian bermakna kita di antara mimpi atau nyata.. 1hari kita berada dialam sana bermakna 3hari di alam nyata.. Tetapi saya sendiri tidak pasti sama ada kenyataan itu benar atau tidak.. Wallahuallam..Apabila dikira , Mie hilang dari hari rabu dan pulang ke rumah pada hari sabtu.. betul2 sudah 3hari..Padahal Mie kata macam baru je terlelap..", "Alhamdulillah.. Bersyukur kepada ilahi kerana Mie tidak terus hilang ke alam itu. Dan masih ingat dirinya & keluarga.. Selepas kes itu Ros kata tiada gangguan apa2.. Dan mereka suami isteri banyak berubah ke arah kebaikan..", "Mie kata ketika kejadian itu, rnr Pedas Linggi yang menghala ke Kuala Lumpur cuma ada tandas semata2.. Baru2 ni saya ada singgah untuk isi minyak kereta.. Tak tahu pula sudah ada petrol palm, sejak bila?? Adakah selain kisah Mie ni pernah berlaku kejadian2 lain agaknya.. Atau mungkin disebabkan banyak perkara telah berlaku maka ujudnya stesen minyak ni… Wallahuallam. .. Bagus juga… sekurang nya kalau nak berehat pun xlah seram.." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/kekejaman-sihir/
KEKEJAMAN SIHIR
[ "As salam alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Namaku zahariman , saya adalah seorang perawat Islam dan hari ini saya ingin berkongsi kisah betapa zalimnya sihir . Di dunia ini, perkataan sihir itu sudah sinonim dengan masyarakat kita, dan semua dah tahu kan betapa zalimnya sihir ini ..", "Baiklah, kita terus kepada kisah yang saya nak ceritakan kepada anda semua , mengisahkan tentang seorang mak cik yang mahu dikenali sebagai kak soh, alkisah bermula apabila kak soh dan suami mula membuka kedai makan untuk mencari rezeki demi mendapatkan sesuap nasi,", "Sejak hari pertama pembukaan kedai kak soh, perniagaan mereka sangat laris, jualan mereka memuaskan dan pendapatan juga mencukupi untuk keperluan beliau dan keluarga.", "Hari demi hari , sehinggalah terjadi suatu ujian yang kak soh dan keluarganya langsung tidak menduga, perniagaan mereka semakin merosot tanpa sebab, pekerja2 kak soh saling bergaduh antara satu sama lain, hingga menyebabkan mereka kehilangan pekerja, hal ini membimbangkan kak soh dan suami,", "Tidak cukup dengan itu, suami kak soh pula diuji dengan sakit kaki yang luar biasa, setelah dibawa ke doktor pakar, doktor memutuskan bahawa PPK soh tidak mempunyai sebarang penyakit. Kak soh mula mencurigai akan hal ini dan beliau bertekad untuk menghubungi bomoh yang beliau kenal iaitu abe wa, (abe wa ni adalah bomoh dan kaedah dia ni bertentangann dengan syariat)", "Setelah dihubungi, abe wa menyatakan bahawa kedai kak soh dan keluarga telah di sihir oleh orang terdekat, pendek cerita, bertahun tahun juga lah kak soh mendapatkan khidmat dari abe wa , sehinggalah abe wa disahkan terkena penyakit jantung berlubang dan abe wa memutuskan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam dunia perbodohkan ekoran kesihatan beliau yang tidak menentu", "Sehinga suatu hari, kak soh bertemu dengan saya di kedainya (sebab masa tu saya bekerja sebagai penghantar daging import) dan kak soh mendapat maklumat dari bos saya yang saya pandai dalam bidang rawatan Islam. Ni maka,kak soh mual menceritakan apa yang berlaku kepada saya dan saya mengambil perutusan untuk meriwayatkan kak soh dan suami terlebih dahulu.", "Setelah saya perbetulkan aqidah kak soh sekeluarga dan mereka bertaubat, saya muka meriwayatkan abe soh yakni suami kak soh dan abe soh mula mengeluarkan jurus handalan dan akhirnya ia rebah ke bumi sambil meraafak sembah kepada saya, lantas saya membangunkan abe soh dan sedarkan beliau.", "Setelah abe soh sedarkan diri, beliau menceritakan bagaimana keadaan beliau menghadapi sakit bertahun tahun ini, kesakitan yang beliau alami selama bertahun ini menyebabkan beliau berharap agar ditarik nyawanya segera kerana tidak tertahan menanggung kesakitan.", "Bliau rasakan seumpama dirumuskan dengan jarum yang tajam lahirkan panas dan seolah kakinya digigit oleh sesuatu ,", "Para pembaca, demikianlah saya kongsikan serba sedikit betapa jahatnya tukang sihir dan betapa zalimnya sihir itu, hanya kerana hasad dengki, maka terus di sihir akan orang itu.", "Demikian sahaja, moga bermanfaat, insya Allah, jika ada masa, akan saya kongsikan lagi rahsia menentang atau melawan gangguan jin.", "Berakallahu fikum" ]
[ "Buruk bebenor cara penulisan nye. Cerita apa tak faham langsung. Fiksyen shasha mmg tak tapis dulu ke sebelum upload..pening membacanya.", "Typo banyak sangat. Cerita jadi merapu" ]
https://fiksyenshasha.com/suara-siapa-tu/
SUARA SIAPA TU?
[ "Assalamualaikum dan hai, aku nak kenalkan nama aku Kim. Aku merupakan pelajar ijazah sepenuh masa di sebuah IPTA di Selangor. Aku ingin ceritakan satu pengalaman aku tapi bukannya di IPT tetapi di rumah ibu bapa aku di Terengganu. Cerita ini pernah aku siarkan di group Facebook FS. Namun aku ingin kongsikan pula cerita ini pada warga FS.", "Sebelum aku mula bercerita aku nak menerangkan a few things mengenai rumah aku. Rumah aku rumah kampung moden. Jadinya rumah kami ada satu dibahagian atas iaitu bahagian ruang tamu, bilik-bilik dan ruang keluarga. Bahagian bawah pulak dapur, bilik air dan bahagian mesin basuh. Diluar bahagian dapur pula ada ampaian.", "Kejadian ni terjadi sewaktu aku berumur lingkungan 4-5 tahun. Kejadian ni masih segar lagi dalam benak fikiran aku. Dari baju aku pakai hinggalah percakapan semua aku masih ingat. Pada ketika itu, merupakan hari Jumaat, hari dimana seluruh keluarga aku cuti dan berehat selepas beberapa hari bekerja.", "Nak dijadikan cerita ayah, abang-abang dan kakak-kakak aku semua berada di ruang keluarga di bahagian atas rumah. Mana kala ibu aku berseorang di dapur ketika itu kerana sedang memasak. Nak dijadikan cerita selepas sahaja aku membuat ulang kaji pelajaran (buku tadika) diteamani dua orang kakak aku. Aku pun meminta diri ke tandas. Aku laju berlari anak ke dapur kerana sudah tidak tahan. Ya sebelum itu, aku masih memandang keluarga aku di ruang keluarga itu semua sedang seronok menonton drama.", "‘Ma adik nak kencing’ beritahuku kepada ibuku. Ibu aku mengangguk sahaja sambil menyiang ikan. Aku ketika itu masih lagi tak sampai untuk membuka lampu bilik air. Jadi aku redah sahaja masuk bilik air tanpa lampu.", "Tiba-tiba kendengaran suara lelaki menyanyi di tandas sebelah. Untuk pengetahuan aku memang selalu buang air dalam bilik mandi sewaktu kecil. Kerana aku takut ke tandas eventho tandas sebelah sahaja.", "‘Macam suara abang hanif je’ desis hati kecilku ketika itu. Aku hanya membuat tidak tahu dan terus menjirus air ke lantai semua dan pergi ke arah ibuku. BTW ketika itu pintu dapur menghadap ampaian terbuka. Terasa juga angin sejuk menerpa tubuh kecil aku ketika itu.", "‘Ma adik siap doh kencing’ kataku sambil tersengih. Ibuku memandangku dengan muka hairan. ‘kenapa tutup lampu? kan ada orang dalam tandas’ kata ibuku.", "Aku mengerdipkan mata berkali-kali sambil berfikir masa aku keluar tadi memang aku tengok pintu tandas terbuka sikit. Takkanlah abang aku nak membuang hajat dengan lampu tak buka dan pintu tak tutup rapat.", "‘Mana ada orang. Takdok pun. Abang ade kat atas’ beritahuku. Wajah ibuku berkerut namun dia ketawa kecil ‘kan ada orang laki nyanyi dalam tandas tu. Sape lagi kalau bukan dia.’", "Aku masih lagi menggelengkan kepala dan berlari anak bernaikki tangga. Aku melilau ke arah ruang tamu sambil melihat abang hanif. ‘Abang bukan kat bawah ke?’", "Abang Hanif membuat muka pelik ‘Doklah duk atas je tengok TV dari tadi. Bakpe?’ soal abangku. Aku hanya menggeleng sambil melihat lagi wajah setiap adik beradikku disitu. Semua yang disitu hanya memandangku dengan pandangan ‘kenapa?’", "Beberapa minit selepas itu. Ibuku naik sebentar ke atas untuk solat. Namun aku dengan ibuku hanya mendiamkan diri sahaja. Bukan apa satu tu yelah takut. Satu lagi malas pula berteman bagai nak ke bilik air malam-malam.", "KISAH BENAR TAPI TIADA JAWAPAN SEHINGGA HARINI. SUDAH 18 TAHUN." ]
[ "ayat karangan kau ni boleh diperbetulkan lagi. tak perlu ulang banyak kali tang ‘nak dijadikan cerita tu’. banyak sangat bagi orang konpius ni. dah kenapa plak mak kau tanya kenapa tak bukak lampu ada orang dalam toilet sedangkan kau baru keluar dari toilet? lagipun kau masa tu umur 5 tahun mesti dia pun tau yang tangan kau taksampai. boleh diperkemaskan lagi jalan cerita sebab sekarang kau dah besar bukan 5 tahun lagi kan." ]
https://fiksyenshasha.com/hotel-windara/
HOTEL WINDARA
[ "HOTEL WINDARA", "Pada awal Januari tahun 2022, aku dan tiga orang sahabat aku iaitu Mira, Sya dan Amni bercadang untuk mengadakan ‘trip’ ke Kuala Lumpur untuk tugasan universiti kami. Kami ditugaskan untuk merakam beberapa tempat menarik disekitar Kuala Lumpur.", "Pada hari sebelum kami bergerak ke Kuala Lumpur, aku telah menerima panggilan daripada pihak rumah penginapan yang telah kami tempah beberapa hari lepas. Pihak rumah memohon maaf kepada kami kerana mereka terpaksa membatalkan tempahan kerana baru-baru ini terdapat kejadian pecah masuk di rumah penginapan terbabit. Demi keselamatan pihak rumah penginapan itu terpaksa menolak tempahan pelanggan atas nasihat pihak polis kerana penjenayah masih lagi belum ditangkap.", "Oleh itu, aku agak buntu untuk mencari tempat penginapan disaat-saat akhir ini. ‘Jay apa kata kita tempah hotel bajet ni, harga 20 semalaman untuk 1 bilik. 1 bilik ada 4 katil. Nice jugak kita pun 4 orang.’ kata Sya kepada aku yang khusyuk menggunakan perkhidmatan google sebagai sumber pencarian tempat penginapan. Aku memalingkan mukaku ke arah Sya yang sedang menunjukkan telefon bimbitnya kepadaku. ‘Kat mana tu? Review dia okay ke?’ soalku. Sya memandang kembali telefon bimbitnya ‘Dekat Jalan Petaling katanya. Emm Kuala Lumpur City Centre. But kat sini tak ada review lagi. Hotel ni baru je buka’. Aku mengerutkan dahi ‘Kau seriouslah nak book sini? Takut accommodation dia low je. Nanti membebel pulak si Mira tak boleh keringkan rambut’.", "Ini kerana kebiasaannya hotel bajet kekurangan peralatan seperti pengering rambut dan dobi. Si Mira pula cerewet.", "‘Ala biar jelah, aku dah book dah ni. For 3 days 2 nights. Halal jela si Mira tu. Cerewet-cerewet tidur luar HAHAHA.’ aku hanya memandang Sya dengan wajah redha sahaja. Sya memang suka buat keputusan sendiri. Nanti aku juga yang akan uruskan bayaran.", "Keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan kami akan bergerak ke hotel bajet yang telah di tempah oleh Sya. Perasaan aku agak kurang enak sebenarnya. Yelah, ini merupakan trip pertama kami ke Kuala Lumpur tanpa iringan ibu bapa ataupun orang berpengetahuan.", "‘Jay kau okay?’ tanya MIra kepadaku. Aku hanya mengangguk sahaja.", "‘Okay first day pagi Mira kan yang drive? Malam Sya and second day Jay pagi malam then aku hari last.’ Kata Amni yang sedang menyusun barangan di bonet kereta. Kami bertiga mengangguk sahaja.", "‘Aku dah settlekan payment for booking kat Hotel Windara ni. Nanti for full payment dia kata kena bayar kat kaunter dia.’ kataku sambil memandang Sya.", "Sya mengangguk ‘Aku dah share location dalam group so jom!!!’", "Aku mengeluh lemah ya memang tiada semangat sejak semalam. Aku pun tidak tahu mengapa. Mira memandangku dengan wajah yang risau.", "Setelah dua jam perjalanan dari Puncak Alam ke Kuala Lumpur akibat kesesakkan jalan raya. Kini kami telah sampai di hadapan Hotel Windara itu. Suasana hotel itu agak suram kerana ia berada di kawasan agak terpencil dari bangunan rumah kedai lain. Bangunan hotel ini merupakan bangunan pensendirian (bangunan yang tidak berkongsi dengan bangunan lain).", "‘Jay seriouslah kau tempah hotel ni? Takde orang pun siak. Seram!’ kata Mira. Aku hanya menggelengkan kepala sambil menunjuk ke arah Sya. Sya hanya tersengih.", "‘Barang murah biasalah tu. Jom masuk.’ kata Sya dengan wajah yang agak serba salah.", "Dari pintu masuk hinggalah jalan ke kaunter hotel itu. Memang suasananya agak suram. Bangunan ini merupakan bangunan baru. Namun tiada seri. Bangunan ini dicatkan berwarna putih dan ada taman kecil di hadapan pintu masuk hotel. Hiasan dalaman pula berwarna kayu dan dilengkapi lampu ‘bulb’ berwarna keemasan.", "‘Selamat datang ke Hotel Windara. Boleh saya tahu adakah cik sudah membuat pesanan?’ tanya seorang gadis berbangsa India. Aku dan Sya merapatkan diri ke arah kaunter.", "‘Ya pesanan diatas nama Jazeera Khalid.’ kataku.", "‘Jazeera Khalid? Baik ada satu pesanan kat sini, RM 50 ya. Pakai cash ya. Nanti deposit kami akan kreditkan ke akaun cik selepas 10 minit cik check-in.’ pekerja itu meng’klik’ butang pesanan di dalam komputernya. Agak ramai yang menempah hotel ini berdasarkan senarai didalam komputer itu. Namun kenapa sunyi? AKu hanya menghulur not 50 ke arah gadis itu.", "‘Miss Jazeera bilik you di tingkat 5 ya. Tingkat paling atas. Biliknya 501-A1 ya.’ kata gadis berbangsa India itu. Aku mengambil kunci dan kembali kepada Mira dan Amni yang menunggu aku dengan Sya di ruang tamu hotel.", "Mira bangun dari tempat duduk ‘Bilik apa?’ soalnya.", "‘501-A1’ Jawab Sya.", "‘Gosh….’ kata Amni sambil memegang bahu Mira. Mmebuatkan aku dengan Sya saling berpandangan.", "‘No lift ya gais’ kata Mira. Aku dengan Sya menayangkan wajah terkejut. ‘Are you kidding?’ kataku. Sya bergegas ke kaunter hotel dan kembali kepada kami. ‘Yes no lift’ Sya yang tadi gembira terus mengeluh kasar.", "Kami berempat mengagahkan diri menaikki tangga dari aras G sampailah ke aras 5. Tangga mereka sudahlah kecil tambahan lagi tinggi membukit. Lagilah letih kami.", "‘Finally we arrived huh!’ Sya memegang tombol pintu bilik 501-A1 dan ‘krek’ pintu bilik terbuka tanpa kami membuka kunci lagi.", "‘Wait tak kunci??’ kata Amni. Aku menggeleng menayangkan kunci di tangan aku. ‘What thee fish!’ kata Amni lagi. Kami membuka pintu bilik.", "Bau seperti bunga melur menerjah lubang hidung kami. Wangi tapi memeningkan. Hiasan dalaman bilik ini seperti hiasan rumah lama. Terdapat 4 katil besi seperti katil kolej kami, 4 almari kecil, 1 meja solek dan tiada bilik air.", "‘Bilik air sharing ya gais. Kat luar hujung sana.’ Kata Mira. Aku hanya menggeleng sahaja. RM50 untuk 3 hari 2 malam memang betul-betul jimat.", "Malam hari pertama di Hotel Windara, Kuala Lumpur.", "Aku dan Mira keluar bilik membawa beberapa peralatan mandi. Kami bercadang untuk mandi bergilir iaitu secara berdua-dua. Bilik air disitu mempunyai 2 bilik air dan 2 tandas.", "‘Amboih terbuka nak mampos bilik air ni. Tingkap dia luas amat!’ bebel Mira sambil melihat tingkap bilik air tersebut. Ya terlalu terbuka kerana orang luar boleh melihat orang dalam mandi atau membuang hajat.", "‘Western-style, kau apa tahu HAAHAHA.’ kataku. Aku memilih untuk menutup tingkap menggunakan kain batik dan tualaku. Tak sanggup nak show-off badan diluar walaupun bilik air yang aku guna menghadap padang kosong.", "Dalam 20 minit aku dan Mira mandi tiba-tiba kami terdengar jeritan seseorang diluar bilik air.", "‘woih siapatu?’ soal Mira.", "‘Macam Amni je.’ Kami bergegas keluar mujurlah masing-masing sudah lengkap berpakaian.", "‘Why you entered our room!’ marah Amni kepada seseorang. Dari penglihatan jauh aku lihat susuk tubuh lelaki melayu lewat 20-an. Berbadan kurus namun tegap. Rupanya 80% kacak namun seperti tidak terurus.", "‘Saya cuma nak tengok je. Awak cantik. Saya cuma nak tengok je.’ kata lelaki itu. Aku menghampiri lelaki itu sambil menayangkan reaksi pelik. ‘Awak siapa ya? Kenapa awak datang ke sini?’ soalku. Tiba-tiba sahaja lelaki itu tersenyum mengerikan kearahku dan menamparku.", "‘Pekak ke? Aku kata aku nak tengok!!!!’ jerit lelaki itu ke arahku. Aku agak terpinga-pinga ketika itu. Tiba-tiba gadis india yang kami jumpa dikaunter naik dengan beberapa orang lelaki lagi dibelakangnya membawa lelaki itu pergi. Terdapat beberapa orang juga penghuni hotel yang baru sahaja kami nampak membuka pintu bilik senyap-senyap.", "‘Maafkan kami cik. Cik cedera ke? Itu lelaki selalu datang ke sini nak jenguk pelanggan. Dia bekas pekerja kami juga. Cuma dia sakit.’ kata gadis India itu. Aku memandang gadis itu dengan pandangan pelik. ‘Awak kata dia selalu datang sini? Kenapa awak tak maklumkan kepada kami pun?’ soalku. Gadis itu hanya tersenyum dan mengangkat bahu. Gadis itu hanya meninggalkan kami. Penghuni hotel yang lain pun telah menutup pintu masing-masing.", "Mujurlah tak terasa sakit sangat pipiku kerana dia menampar pipiku berlapikkan tuala. ‘Asal orang kat sini pelik?’ soalku. Sya tiba-tiba menunjukkan aku sesuatu di skrin telefon bimbitnya.", "‘Hotel kat sini pernah ada kes. Pekerja b***h customer.’ Mira dan Amni yang sedari tadi diam terus menekup mulut masing-masing. ‘Kau seriouslah!’ soal Mira. Sya mengangguk dengan muka serba salah. ‘Sorry Jay aku tak tengok pula hotel ni secara details. Aku ingatkan..’ Sya mula mahu menangis.", "‘Aku tak kisah sekarang ni jom pack barang. Aku taknak tidur kat sini.’ kataku.", "Masing-masing mengemas barang. Angka sudah masuk jam 10 malam.", "Selesai sahaja masing-masing bersiap. Kami menuruni anak tangga yang seperti batu caves itu.", "Kaunter dihadapan hotel kelihatan sudah tutup dan pintu hotel pun berkunci.", "Sya mendail seseorang di telefon bimbitnya. ‘Hello hotel Windara? Boleh ke kami nak check-out malam ini juga? Tadi kami diserang oleh bekas pekerja hotel sini.’ Sya mengerutkan dahi. ‘hello??’ Sya memaling muka ke aras kami.", "‘Aku dengar suara perempuan gelak je weh’ kata Sya sambil membuka speaker.", "Kedengaran di corong telefon bimbit Sya itu. Aku menelan air liur. Kenapa banyak sangat kejadian pelik?", "‘Cik-cik kenapa tak tidur lagi?’ sapa seseorang dari belakang. Sejujurnya kami agak terkejut dengan suara itu.", "Seorang wanita warga emas lingkungan 50-an menyapa kami dengan senyuman manis. Ya makcik itu nampak normal sahaja.", "‘Pesan makcik kamu tidurlah dulu kat sini semalaman esok pagi check-out. Kat sini memang pelik sikit. Makcik dah lama stay sini.’ kata makcik itu dengan lembut.", "Aku hanya memandang ke arah Mira. Mira mengangguk sambil tersenyum janggal. ‘Kaunter sini memang tutup awal ke makcik? dan pintu pun berkunci ke?’ soal Mira.", "Makcik itu hanya mengganguk. ‘Kamu semua lapar? Makcik ada masakkan mihun goreng sikit tadi ada di pantri lobi. Cukup untuk kamu berlima makan.’ Kata makcik itu. Kami hanya mengangguk sahaja dan berterima kasih. Ya dari tengah hari tak makan siapa je tak lapar.", "Sambil mengunyah mihun goreng makcik tadi. Aku masih berfikir sesuatu tentang ayat makcik tadi.", "‘kenapa lima?’ soal Sya tiba-tiba. Amni menayangkan wajah pelik kepada Sya. ‘apa yang lima?’ soalnya.", "‘Makcik tu kata kamu berlima tadi’ kata Sya.", "‘Dia tersasul kot’ kataku. Boleh pula si Sya ni fikir benda sama.", "‘Jay kau tak rasa…’ belum sempat Sya habiskan kata-kata Mira terus menyampuk ‘Makan Sya. Jangan kacau Jay’ kata Mira dengan reaksi takut. Sya hanya membuat muka binggung.", "Sepanjang malam kami tidak boleh tidur dek kerana bunyi hilaian, bunyi ketuk pintu dan sebagainya. Keesokkan harinya, kami hanya check-out sahaja. Alhamdulillah kami dapat full refund kerana terdapat kes. Cuma sebelum kami berangkat pulang gadis India tu sempat berkata ‘Terima kasih sudi menginap disini. Jangan datang lagi ya’ Sambil menyeringai. Kami hanya memandang sesama sendiri dengan reaksi takut. Makcik semalam pun sempat lambai kearah kami sebelum kami menaiki kereta. Tetapi terdapat pisau dibaluti d***h ditangan makcik tersebut. Kami terus balik ke Puncak Alam ketika itu tanpa berfikir apa-apa.", "Berberapa bulan selepas itu…", "‘Geng korang ingat Hotel Windara?’ soal Amni.", "Kami bertiga mengangguk.", "‘Hotel tu actually dah lama tutup selepas kes pembunuhan warga emas wanita. Paling terkejut kejadian tu pada tahun 2000. So makcik haritu yang offer mihun tu sebenarnya…..’ Amni bermain mata dengan kami semua.", "‘Dah m**i and then… Hotel tu dah tak wujud?’ soal Sya dengan muka ketakutan. Amni mengangguk ‘Dah tak wujud selepas tahun 2000’", "‘So maknanya?’ Sya mengeledah carian hotel di telefon bimbitnya. Tiada. Hotel Windara? Tiada. Tiada.", "Sya menelan air liurnya. Aku dengan Mira berpandangan. ‘Mujur kau marah si Sya aritu kalau tidak. Nampaklah kita benda tu’ kataku. Mira mengangguk lemah,", "‘Nampak apa?’ tanya Sya.", "‘Abang takde kepala tu..’ jawab Mira.", "Sya hanya terkaku.", "‘Selepas ni aku rela ulang alik je dari Palam ke KL. Tak sanggup dah weh!’ kataku. Masing-masing hanya gelak janggal. Mujurlah tugasan haritu kami berjaya siapkan dengan berbekal ulang-alik dari Puncak Alam ke Kuala Lumpur.", "‘Hihihi… Sedapkan mihun makcik’", "THE END. CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA DENGAN HIDUP ATAU M**I." ]
[ "seram!seram! ape la yang diorang makan meehon tu kan? next crita la lagi walaupun rekaan…", "Patut lah aku cari dlm Google xde nama hotel tu..rupanya rekaan semata mata..hampeh….", "YA ALLAH INGATKAN BETUL TADIIII" ]
https://fiksyenshasha.com/9-kuntum-bunga/
9 Kuntum Bunga
[ "9 Kuntum Bunga", "2017\nMalam tu aku bermimpi berada dalam satu rumah kayu berlantaikan tanah. Rumah tu aku gambarkan bersederhana luas, berbumbung tinggi, ada banyak bilik dan terdapat satu meja makan yang diperbuat daripada kayu ditengah ruang tamu.", "Aku perhatikan penghuni rumah tu ada beberapa orang budak dalam lingkungan 6 tahun macam tu, orang dewasa pula aku tak berapa ingat sangat yang aku tahu ada sorang makcik yang tengah sediakan makanan atas meja, dan datang seorang lelaki muda dalam awal 20an dan terus duduk kat meja makan tadi. Mereka semua langsung tak hiraukan kehadiran aku kat situ, dan aku perasan makcik dan lelaki tadi tu tunduk je, muka pun tak tunjuk sebarang reaksi apatah lagi nak bercakap.", "Masa tu perasaan aku dah lain macam, aku dah mula sedar yang mereka semua tu bukan dari dunia aku. Aku pandang muka mereka satu persatu dan aku nak cakap aku nak balik. Tapi sumpah satu ayat langsung tak keluar dari mulut aku, Kiranya macam tekak aku dikunci m**i.", "Lelaki tu sebenarnya berminat dengan aku, dan dia nak aku stay kat tempat dia. Dia janji kehidupan aku kat situ akan sama macam dekat dunia asal aku. Aku diberi kebebasan kesana sini, bersosial, shopping.. Yess! Shopping. Shopping maksudnya mesti ada mall kan? Hmm, masalahnya mall yang ada kat situ di tengah hutan, dah lah tak ada orang, pekerja boleh dikira dengan jari, kiranya macam aku sorang je kat situ. Barangan yang ada cuma dipamer tanpa penjual.", "Ada satu masa tu aku diajak oleh seorang gadis yang tinggal dihujung kampung untuk datang bermain dirumahnya. Sepanjang perjalanan tu aku terserempak dengan sepasang suami isteri orang putih berpakaian trek jungle dan mengalas bagpack dibelakang masing-masing. Aku tengok muka mereka dalam keadaan kebingungan memandang sekeliling sambil berkata sesuatu. Aku tak tahu apa yang mereka bualkan sebab aku tak dengar apa-apa yang keluar dari mulut mereka, tapi aku pasti mereka tersesat masuk ke sini. Aku berniat nak tolong, tapi aku batalkan je lah niat tu sebab nak tolong macam mana, aku sendiri tak tahu cara nak balik ke dunia asal aku.", "Semasa kat rumah gadis tu kami cuma bermain buaian yang dipasang dibawah kolong rumahnya. Kami hanya bermain tanpa bersuara dan masing-masing diam. Ya, sepanjang aku kat sini tak ada sorang pun yang pernah bersuara ataupun berkomunikasi dengan aku. Termasuklah lelaki yang aku maksudnya awal-awal tadi. Mereka disini berkomunikasi menggunakan telepati dan naluri. Kiranya mereka membaca fikiran masing-masing untuk memahami antara satu sama lain, dan aku pun tak terkecuali untuk berkomunikasi macam mereka.", "Sedang aku sibuk menghayun buaian tiba-tiba gadis tu pandang aku dan terus menapak naik keatas rumah tinggalkan aku sorang-sorang kat bawah. Mungkin mak dia panggil kot, aku bermonolog sendiri. Aku suka dengan kawasan rumah gadis tu, kawasan rumahnya tak macam tempat lain, tempatnya hijau dan lapang, tak suram macam kebanyakan tempat kat kampung ni. Cahaya matahari pun terang je. Aku perasan sepanjang aku kat sini siangnya tersangat lah panjang dan tak pernah malam. Rasanya macam dah berhari-hari. Tu yang aku pelik, kitaran masa di sini tak sama macam dunia kita yang asal. Sehari disini macam 3 hari di dunia sebenar.", "Tipulah rasa nak balik rumah tu tak ada, aku dah keliru macam mana nak keluar dari sini. Tempat ni rasa kosong, sepi, suram. Cantik dan elok macam mana pun tempat dan kehidupan yang dijanjikan takkan sama dengan tempat asal aku. Masa aku syok2 layan perasaan sedih tiba-tiba muncul seorang wanita berjalan kaki ke arah aku. Aku kira-kira umur wanita tu dalam pertengahan 30an, cara dia berpakaian pun agak berbeza dengan penduduk kampung disini, nampak lebih klasik dengan mengenakan kebaya pendek berkain batik, dan lebih menarik perhatian aku dia memakai terompah dan payung yang diperbuat daripada kertas, macam dalam filem P. Ramlee pula.", "Dia berhenti menapak dan berdiri jauh dari aku. Kami saling berpandangan. Aku cuba tebak isi hati dia, tapi kosong. Aku rasa pelik. Dia lambai tangan suruh aku datang dekat. Bila aku mendekat baru dia tersenyum. “Mau balik rumah? ” ringkas dia bersuara. Aku mengangguk pantas. Aku rasa keliru tapi aku abaikan sebab keinginan aku nak balik lebih menebal waktu tu.\n“Kalau mau balik rumah, carikan aku 9 kuntum bunga. Kumpul kesemuanya dan bagi kepada aku. Tunggu saja aku disini”. Itulah syarat yang wanita tu bagi. Lepas sahaja aku dengar syarat yang dia bagi, aku dah mula berputus asa. Mana tidaknya selama aku di sini aku langsung tak nampak sekuntum bunga pun, apalagi pokok bunga. Lama aku berfikir, mana nak cari semua bunga-bunga tu, 9 kuntum tu terasa banyak sangat. Walau apapun terjadi aku tetap kena cari bunga-bunga tu, aku nak balik!", "Gadis tadi datang mendekati aku. Aku pandang dia dan berharap dia faham apa aku nak sampaikan. Aku bersyukur dia nak tolong aku carikan bunga-bunga tu. Katanya dia pernah nampak bunga tumbuh dikawasan rumahnya. Dipendekkan cerita, bersungguh jugalah kami berdua nak dapatkan bunga sebanyak yang boleh. Seingat aku bunga yang aku petik ada berwarna merah, oren, kuning, ungu dan macam-macam lagi. Dan part melucukan bila bunga plastik yang digunakan untuk bungkus telur masa kenduri kahwin pun kami kumpul juga. Dah wanita tu kata 9 kuntum, bukannya 9 jenis kan.", "Dalam tempoh yang singkat kami berjaya juga kumpulkan 9 kuntum bunga, termasuk bunga plastik tadi,hehe. Aku tunggu wanita tu ditempat yang sama yang dia janjikan. Gadis tadi dah balik ke rumahnya. Walaupun kami tak banyak berkomunikasi, aku rasa dia sorang je yang baik hati dan boleh dibuat kawan. Aku tak terfikir nak balik ke rumah family yang aku tinggal kat situ. Kemungkinan kalau aku balik pun aku akan dikurung, sebab mereka boleh baca isi hati aku. Mereka nak aku tinggal kat rumah tu tapi tak layan aku selayaknya sebagai tetamu, aura mereka dingin.\nAku disapa oleh wanita tersebut dari arah belakang. Penampilannya sama seperti mula-mula kami bertemu, cuma kali ni tanpa payung kertas. Mungkin sebab langit semakin gelap dan nak malam. Aku jadi teruja dan tidak sabar. Aku duduk melutut ke tanah dan tunjukkan kesemua bunga tadi. Dia juga melutut ke tanah sambil meneliti kesemua bunga tersebut. Dia mengukir senyuman dan serta merta aku terjaga dari tidur.", "Agak lama aku melihat sekeliling untuk memastikan aku betul-betul berada dirumah. Mimpi terasa seperti berhari-hari. Aku tak tahu berapa lama aku tertidur yang pasti aku terjaga tengah malam. Lama aku berfikir sama ada nak sambung tidur balik atau tak, takut kalau tersesat balik ke tempat tu. At last aku tertidur juga malam tu dan Alhamdulillah takda apa-apa yang berlaku.", "Januari 2023\nBaru-baru ni aku bersama dua orang mak saudara aku pergi ke hutan berdekatan dengan rumah untuk ‘meramu’ atau memungut hasil hutan. Macam-macam kami dapat dan yang paling banyak sekali adalah rebung buluh dan cili padi. Penuh plastik kecil kami dengan cili yang masak ranum. Aku yang jarang masuk hutan rasa puas hati dan bangga tengok plastik yang aku jinjit penuh dengan cili yang aku petik tadi.", "Sebelum tu aku dah plan lepas meramu nak mandi sungai pula. Memandangkan langit cerah matahari pun panas terik, elok sangatlah berendam kejap dalam sungai kan. Maka berendam lah kami bertiga dengan kedalaman sungainya cuma separas lutut. Bermacam aksi yang kami lakukan dan sekali sekala kami memecahkan kesunyian dengan gelak ketawa kami. Lunas juga hajat aku nak mandi sungai setelah sekian lamanya, seingat aku kali terakhir aku mandi sungai masa aku kecik-kecik dulu.", "Malam tu aku dapat satu mimpi. Dalam mimpi tu aku duduk diluar lobi bangunan yang aku tak pasti bangunan apa. Kawasan lobi tu ada ramai orang yang lalu lalang, ada juga yang keluar masuk ke dalam bangunan tu. Aku tak tahu apa tujuan aku ada kat situ, tapi yang pasti aku cuma duduk bersantai-santai melihat orang yang sibuk kehulu kehilir.", "Aku duduk disalah satu bangku yang memanjang yang ada di sudut lobi, aku perasan baju yang aku pakai agak pelik, macam baju punjabi dan berwarna kuning. Pelik juga tapi rasa macam woww gitu sebab nampak cantik dan rare. Tengah aku bersantai dengan kaki bersilang dan tangan tongkat dagu, ada sorang lelaki yang elok berjalan menuju ke pintu utama bangunan tu berhenti secara tiba-tiba selepas dia terpandang kat aku. Dia punya terkejut tu aku tak dapat nak gambarkan. Dia macam tak tenang, muka diraub dengan tapak tangan, dia seolah-olah speechless bila nampak aku kat situ. Rasa macam nak lari lepas dia datang dekat dengan aku, malangnya badan aku rasa macam kena gam tak boleh nak gerak, seolah-olah aku pasrah je dengan keadaan tu.", "Dia tengok aku dari atas ke bawah, reaksi dia masih sama, terkejut dan tak percaya aku ni ada didepan mata dia. Tangan aku dia genggam, lepas tu dia tanya aku pergi mana selama ni, puas dia cari aku dan baru sekarang aku muncul. Macam-macam lagi dia tanya tapi aku tak ingat dah. Aku pula terdiam seribu bahasa satu perkataan pun tak terluah. Otak aku ligat berfikir, dia ni siapa sebenarnya. Rasa macam kawan lama, tapi aku tak kenal dia. Memori aku pasal lelaki ni tak berapa nak jelas.", "Fikir punya fikir aku tak sedar dia bawa aku ke satu bilik kecil macam lokap. Dia suruh aku duduk situ diam-diam dan tunggu dia datang semula. Aku pula langsung tak buat apa-apa, tak membantah, tak juga menolak dengan apa yang dia suruh. Diam je tak bercakap sepatah kata. Dia kunci aku kat dalam tu siap arahkan sorang guard untuk tengokkan aku dan jangan bagi aku terlepas.\nAku tengok lelaki tu dah jauh sikit dari situ, aku dengan tenang berjalan menembusi palang besi bilik tersebut. Aku pelik, entah macam mana aku boleh terfikir cara tu. Bila aku lalu depan guard pula dia langsung tak nampak aku. Tiba-tiba pula aku jadi halimunan. Tanpa buang masa aku cabut lari dari situ, pada masa yang sama aku tertanya-tanya apa akan jadi dengan lelaki tu bila dia tau aku dah terlepas. Aku bercadang nak tunggu sekejap dan sembunyi dibalik dinding.", "Tak berapa lama lepas tu dia muncul. Aku perhatikan dia dari jauh. Tindakan lelaki tu jauh dari apa yang aku fikir. Cukup jelas lelaki tu menunjukkan perasaan kecewanya. Nampak dia hilang kawalan, dan mundar mandir di dalam bilik yang dia kurung aku tadi. Guard tadi pun nampak kebingungan. Kesian. Itu je lah yang mampu aku gambarkan masa tu.", "Berhari-hari juga aku fikirkan tentang lelaki dan mimpi tu. Buat apa kerja pun tak senang. Fikir punya fikir sampailah aku teringat tentang mimpi 9 kuntum bunga tu. Lelaki tu! Lelaki yang nak aku stay kat tempat dia. Bila aku dah dapat kaitkan pasal mimpi tu rasa macam satu renjatan eletrik menjalar diatas kulit muka aku. Perasaan aku tiba-tiba rasa lain macam. Aku memang tak cam muka lelaki tu, tapi aura dia aku ingat, dingin dan buat aku tak selesa, rasa macam nak larikan diri je.", "Banyak perubahan yang aku nampak kat tempat tu, penduduk makin ramai, pakaian pun dah moden. Walaupun kebanyakan mereka masih mute, tapi lelaki tu dah pandai bercakap menggunakan vokal.", "Puas juga aku fikir apa punca aku boleh jumpa lelaki tu dalam mimpi semula. Terdetik kat hati aku mungkin sebab siangnya aku ada masuk hutan dengan mak sedara aku, siap mandi sungai bagai. Sebelum ni aku masuk ke hutan tu tak pernah lagi lah aku mimpi yang bukan-bukan. Berkemungkinan suara kami semasa mandi sungai pada masa tu telah menarik perhatian penghuni yang tinggal disekitar kawasan situ. Termasuk lelaki tu. Jadi nak dikatakan mereka tu orang bunian pun aku tak berani, sebab kehidupan mereka yang ada dalam mimpi aku tak ada beza dengan kehidupan kita. ‘Sama tapi masih Berbeza’", "Itu sahaja kisah yang aku nak share untuk pertama kalinya kat Fiksyen Shasha. Harap para pembaca suka. Kalau pihak FS publish kisah ni dan ramai yang suka, aku nak up lagi kisah-kisah seterusnya di masa akan datang. Sekian,", "Sang Pemimpi★" ]
[ "menarik! nanti share lagi…", "Ini sebuah pengalaman mimpi yg agak rare bagi aku, sebenarnya aku juga pernah mengalami situasi semacam ni maksudnya hal hal yg tak dapat diungkapkn dengan jelas kenapa boleh bermimpi begitu dan jelas ini luar biasa bagi aku. Aku juga pernah alami dan aku mohon maaf mmg hasrat hati ingin menyampaikan ke fiksyen shasha tapi aku mengalami kesukaran utk menulis, maksud aku tak pandai menyusun ayat2 supaya pembaca dpt memahami dgn jelas dan aku tak tahu bagaimana nak mulakan. Pendek kata jika aku menulis pasti berterabur dan akan terjadinya hasrat penceritaan tidak match dengan penulisan sangat sedih bagi aku perkara semacam ini…" ]
https://fiksyenshasha.com/resort-puaka/
Resort Puaka
[ "Salam sejahtera, aku ingin menceritakan kisah yang berlaku oleh kawan atuk aku sendiri mengenai Resort penginapan di kawasan kampung. Resort ini berada di sekitar Selangor dan lokasinya lebih baik aku rahsiakan. Ketika aku masih kecil, setiap kali pergi dan balik kampung, kami selalu lalu depan resort ini. Aku pelik kerana kawasan resort ini tidak strategik dan tarikan yang adapun cuma kolam renang sahaja.", "Aku bertanya kepada atuk kerana atuk penduduk lama disitu, jadi dia mesti tahu mengenai resort tersebut. Aku bertanya “atuk… atuk tahu apa-apa tak tentang resort yang dekat dengan simpang jalan?” dan atuk menjawab “kenapa mahu tahu? ada nampak apa-apakah?”. Aku memberitahu atuk bahawa aku ingin tahu mengenai resort tersebut kerana aku tidak pernah pergi ke resort itu tapi bila aku dengar resort itu ada kolam renang, aku sebagai budak memang suka dan selalu memberitahu ibu aku untuk pergi ke resort itu untuk mandi tapi ibu aku tidak membenarkan.", "Kemudian atuk aku memberitahu aku tentang kisah resort tersebut. Atuk kata dari luar bila lihat dari sudut jauh, memang resort itu nampak seperti beroperasi macam biasa, struktur resort itupun masih lagi kukuh tapi sebenarnya resort ini dah lama tidak beroperasi dan resort itu ditinggalkan begitu sahaja. Aku bertanya “kalau sudah tidak beroperasi kenapa tidak dirobohkan?” dan atuk menjawab “bukan tak nak robohkan tapi tidak boleh sebab setiap kali nak robohkan resort itu mesti ada perkara yang pelik berlaku, contohnya trak enjin tiba-tiba m**i, peralatan tiba-tiba hilang dan yang paling teruk ada yang kena histeria”.", "Atuk kata resort itu dulu milik kawannya yang sudah lama meninggal dan dia sempat menceritakan tentang kejadian aneh di resort itu. Katanya, dulu resort ini adalah milik arwah atuknya dan resort ini dibina kerana setiap kali perayaan semua orang akan pulang ke kampung halaman dan orang dulu-dulu ada anak yang ramai dan bila sudah beranak-pinak rumah pun menjadi sempit, jadi resort itu dibina untuk memudahkan mereka. Sebelum perayaan hampir tiba, dia menguruskan resort itu seperti biasa tetapi ada perkara ganjil yang berlaku ketika itu. Atuk dia pernah memberitahu dia, jika dia hendak solat jangan solat di resort itu, pergi solat dekat surau sebab resort ini tiada ruang solat yang disediakan. Surau pun dekat sahaja dari situ, walaupun dekat tapi kawan atuk ini tidak suka membuang masa jadi dia solat di pejabatnya.", "Ketika dia sedang solat, tingkat pejabatnya tiba-tiba terbuka. Solat dia terganggu jadi dia pergi tutup tingkap dan sambung solat, tidak lama kemudian tiba-tiba pintu pejabatnya terbuka secara perlahan. Solatnya terganggu sekali lagi dan dia pastikan semua tingkap dan pintu berkunci. Apabila dia sambung solat, pintu almari pula yang berbunyi tapi kali ini dia hanya fokus pada solatnya dan tidak mengendahkan bunyi tadi. Dan secara tiba-tiba, pintu tingkap dan almari terbuka dengan sendiri dan menghasilkan bunyi yang kuat, angin dari luar bertiup kencang dengan tiba-tiba. Kemudian lampu terpadam dan dia terdengar suara yang berbunyi “tak boleh solatkah?”, dia melihat di sudut bilik, kelihatan ada satu kain putih yang panjang. Oleh kerana bilik agak gelap dia cuba untuk membuka lampu tapi tidak berhasil. Tak lama kemudian, ada suara yang berkata “tak boleh nampakkah?”. Bila terdengar bunyi tersebut, diapun menoleh kebelakang secara perlahan. Alangkah terkejut apabila susuk pocong keluar menunjukkan dirinya dan berkata “sekarang… sudah nampak?” sambil tersenyum.", "Dalam keadaan takut, dia cuba untuk keluar dari pejabat tapi tidak berhasil. Kemudian pocong itu berkata “kau dah lupa pesanan atuk kau? Sekarang kau akan terima balasan diatas kesilapan kau”. Dalam keadaan takut, dia terus membaca ayat suci dan pintu telah terbuka. Dia berlari keluar tanpa menoleh kebelakang dan tiba-tiba kakinya tersadung dan terjatuh tangga sehingga pengsan. Pada keesokan pagi, ibu bapanya datang melawat untuk lihat keadaan resort dan terjumpa anak mereka terbaring tidak sedarkan diri. Mereka kejutkan dia dan Alhamdullillah anak mereka telah sedar. Keluarganya bertanya “apa dah jadi semalam, kau jatuh tanggakah?” dan dia membalas “ya, saya jatuh secara tidak sengaja”. Keluarga dia sangat risau bila terjumpa dia terbaring dekat bawah tangga, maklumlah anak tunggal.", "Kawan atuk ini jujur dan tidak pernah menipu lebih-lebih lagi pada orang tua dia sendiri, jadi dia memberitahu pada orang tua dia apa yang terjadi. Setelah selesai bercerita, ibu dia tidak percaya dan mengatakan ini mungkin sebab dia terlalu penat bekerja. Sepanjang arwah atuknya masih hidup, ibunya tidak pernah mengalami gangguan makhluk halus, ayahnya juga sependapat dengan ibunya. Kemudian, ustaz zul datang melawat dia katanya waktu solat subuh dia tiada di surau. Ayah dan ibunya jemput ustaz zul masuk, ustaz zul ini orang lama jadi dia kenal dengan atuk dia. Bila ustaz itu datang, dia menanya khabar dan bertanyakan apa yang sudah berlaku sampai dia terbaring atas katil.", "Walaupun cerita ini melibatkan urusan peribadi keluarga dia tapi dia tahu dia tidak gila dan apa yang berlaku adalah benar, jadi dia menceritakan segalanya pada ustaz zul dan berharap ustaz zul percaya dengan cerita dia walaupun orang tua dia ada sekali. Setelah selesai, ibunya berkata “maaflah ustaz, ustaz tak perlu percaya sangat sebab anak saya ini penat bekerja jadi sebab itu dia melihat benda yang bukan-bukan”. Kemudian ustaz zul berkata “saya percaya dengan kata-kata anak puan. Maafkan saya, saya tiada niat untuk menuduh arwah tapi sebenarnya arwah memang ada membela saka pocong untuk dijadikan pelaris resort dia”.", "Mengikut cerita ustaz zul, arwah sudah lama membela saka ini semenjak dia masih muda dan selagi tuannya masih hidup saka dia tidak dibenarkan menganggu keluarga dia kerana itu adalah perjanjian dia jika makhluk itu mahu terus dibela, itu sebab kenapa ibunya tidak pernah diganggu sehingga ibunya berkahwin. Arwah atuknya meninggal tiba-tiba kerana serangan jantung jadi dia tidak sempat mewariskan saka dia pada ahli keluarganya. Oleh kerana tuannya telah meninggal dunia, resort itu telah menjadi rumah saka tersebut dan meneruskan tugasnya sebagai pelaris di resort itu dengan syarat jangan menunaikan solat di resort tersebut.", "Oleh kerana syarat itu telah dilanggar, maka saka itu telah marah dan menganggu semua orang yang menginap di resort itu termasuk keluarga tuannya sendiri. Ustaz zul pernah menasihati atuknya untuk buang saka itu tapi atuknya berdegil. Mereka meminta tolong ustaz untuk menghalau saka tersebut tapi ustaz kata dia tidak boleh menghalau saka itu kerana itu adalah tempat dia. Jika dibiarkan, penghuni di situ akan diganggu dan lama kelamaan resort itu akan jatuh muflis. Demi keselamatan semua orang, ustaz zul menasihati agar operasi resort tersebut ditutup, lagipun selama ini sumber rezeki yang diperoleh oleh atuknya adalah dari sumber haram. Semenjak dari hari itu, resort itu dibiarkan kosong dan menjadi buah mulut orang kampung disitu kerana mereka tidak tahu cerita sebenar kenapa resort itu ditutup tanpa pengetahuan penduduk kampung kecuali rakan baiknya sendiri dan meminta rakan baiknya supaya merahsiakan perkara tersebut." ]
[ "pelanggan resort semua xsolat dalam bilik ke", "maaf saya nk komen .. tak boleh halau saka takot resort muflis? tutup boleh plak ye.. semoga komen sy ini membuatkan karya cik semakin bertambah baik ^^" ]
https://fiksyenshasha.com/membelasah-jin-pendamping/
MEMBELASAH JIN PENDAMPING
[ "Hujung-hujung minggu, kami (Aku & Syariman) selalu pi ziarah rumah Pak Teh. Lepak-lepak kat rumah dia sambil dok bersembang. Kalau ada pesakit mai rumah Pak Teh, boleh kami tolong-tolong (buat praktikal). Suatu hari, Pak Teh telefon member aku panggil mai rumah dia. Katanya ada pesakit nak mai berubat (kes berat katanya).", "Petang tu, sebelum maghrib kami pun bertolak ke sana. Dalam 1 jam lebih jugak baru sampai rumah Pak Teh. Kami selalunya singgah sembahyang maghrib dekat R&R Gurun. Makan malam dulu siap-siap, baru pi rumah Pak Teh.", "Dah sampai rumah (Pak Teh), dia pun bagitau la ada orang kena SANTAU nak mai berubat malam ni. Asal cerita, Mamat ni pikat sorang awek (tunang orang) pakai minyak pengasih & berkesan. Dah dapat awek tu, dia pun kahwin buat bini. Bila dah kahwin, bekas tunang awek ni tak puas hati, jumpa Tok Bomoh, SANTAU terus mamat ni biaq sampai m**i.", "Mamat ni dah mai jumpa Pak Teh sebelum ni, tapi tak boleh nak buat rawatan lagi sebab dia tak bawa mai barang-barang untuk rawatan SANTAU.", "Setengah jam selepas kami sampai rumah Pak Teh, mamat (Pesakit) tu pun sampai la dengan kawan dia (lelaki). Pak Teh pun suruh aku start dulu Ruqyah mamat tu. Aku pulak pas kat member aku ni biaq dia buat dulu. (Aku dok stand by ja kat belakang). Kawan aku ni pun mulakanlah rawatan dengan cara dia. Lepas beberapa minit, aku tengok mamat tu dah jadi semacam. Tiba-tiba dia kerasukan. Mula-mula aku biaq ja kawan aku ni setel sorang-sorang. Bila tengok mamat tu dah semakin agresif, aku & pak teh pun masuk tolong pegang mamat tu. Pak Teh pegang bahagian atas (tangan) & aku pulak pegang bahagian bawah (kaki), sambil kawan aku ni meneruskan rawatan. Sambil-sambil tu, aku pun cuba jugak ikat kaki mamat tu secara batin tapi tak menjadi. Terpaksalah aku minta kat mak teh bok mai perca kain untuk dijadikan sebagai tali untuk ikat kaki, tangan & badan mamat (pesakit) tu.", "Mamat tu semakin agresif mengamuk. (Dia ingat dia sorang ja reti mengamuk, aku pun reti jugak mengamuk). Aku pun terus bagi buah GUSTI WWF (THE ROCK) kat dia. Aku kilas & kunci kaki dia (KILAS SAWA BERENDAM). Pastu aku ambik besi copstik & aku kepit kat celah jari kaki dia. Terus dia menjerit, ADOOOOOIIIII !!! SAKIT LA WOOOIII !!!.", "(Ambik hang, rasakan HIKMAT KEPITAN COPSTIK aku. Hantu RAYA yang kuat tu pun surrender dengan HIKMAT KEPITAN COPSTIK aku ni. Inikan pula Jin Cap Ayam macam hang).", "Selepas beberapa minit, Pak Teh pun suruh aku STOP kepit kaki mamat tu. (Pak Teh kesian kat dia kot). Aku pun lepaskan. Kawan aku ni teruskan lagi rawatan. Sambil-sambil dia dok rawat tu, aku selok poket, ada minyak KASTURI HITAM pulak dalam poket aku. (CANTIK…)", "Aku pun ambik minyak tu, sapu kat hidung mamat tu. Apa lagi. Jin dalam badan mamat tu terus menjerit, ”BUSUK…!!! BUSUK…!!! Menatang apa hampa boh kat hidung aku ni”.", "Aku : ”Baik hang keluaq kaih. Satgi aku titik minyak ni masuk lubang hidung hang lagi teruk.” (Mamat tu (JIN) USHA ja aku tak puas hati)", "Aku pun sapu lagi minyak kasturi tu kat hidung dia. Terus dia kelupoq & terlepas. Kami pun cepat-cepat pelekoh dia balik. Masa tengah dok pelekoh tu tiba-tiba mamat tu baca MENTERA. ”**** ** ******* *** ***** ***** ******* ****** **** ******* *** ………………”", "Pak Teh : ”Hang cakap bahasa apa ni?”", "Aku : ”Macam ***** ja.” (Aku pun tak hafal ***** ni, tapi aku pernah baca dalam buku ***** ******)", "Mamat tu pun teruskan lagi bacaan ***** tu sampai habis.", "(Oooo…. Ini ka amalan hang selama ni.)", "Aku pun dengan tak herannya, terus sambung pelekoh mamat ni. Member aku pun terus lanjutkan lagi rawatan dengan semangat yang berkobar-kobar. Dalam-dalam dok pegang Mamat tu, aku selok pulak poket seluaq aku ambik Spray Aroma Terapi Rukyah yang aku buat sendiri. (Campuran Air Mawar, Zaqfaran, Pati Bunga Aromaterapi & dijampi dengan bacaan ayat-ayat Rukyah). Aku spray muka mamat tu. Sekali lagi dia kelupoq & menjerit kata BUSUUUUKK!!!!.", "Pastu dia terlepas & bangkit berdiri sambil dok USHA Aku tak puas hati dengan matanya yang merah menyala. Dia ingat aku nak takut kot. Aku pun bangkit berdiri jugak kat depan dia & bersedia nak buka TOMOI.", "Aku : ”Kalau hang berani mai la!. Hang ingat aku takut ka!.”", "(Kalau dia terkam aku masa tu, memang dia nanti makan BUAH TOMOI PAK AWIE lah)", "Pak Teh pun terus jerekah (tempik) mamat tu suruh duduk. Mamat tu pun duduk balik. Kami pun cepat-cepat terkam & pegang balik Mamat tu. Tiba-tiba terlintas dalam hati aku untuk guna kaedah ”Tarik Ilmu Salah (Batil)” yang Ustaz Syakirin (RIDAM) ajaq masa Kursus hari tu.", "Aku pun sentuh dada mamat tu (dengan tangan) & bacakan Ayat Kursi diikuti dengan sepotong ayat dari surah Al-Kahfi (baca berulang kali sambil doa minta Allah tarik segala ilmu salah yang ada pada mamat tu), pastu aku buat isyarat tarik (Tarik dengan sepenuh hati & buang). Lepas habis aku tarik, mamat tu pun terus tersedar dari kerasukan JIN.", "Pak Teh : ”Hang bok keluaq sat, benda apa yang hang simpan dalam poket seluaq belakang hang tu.” (Pak Teh ni jenis mata boleh X-Ray)", "Mamat tu pun buka Wallet dari poket seluaq belakang dia.", "Pak Teh : ”Ada benda dalam kopek duit hang tu. Bok keluaq mai tunjuk kat aku.”", "Mamat tu pun buka. Ada sekeping kertas yang dilipat-lipat. Bila dibuka kertas tu, Sah memang ada tulisan ayat ***** (ditulis dalam tulisan RUMI).", "Pak Teh : ”Hang ambik mana ayat ni?”.", "Mamat (Pesakit) : ”Mak saya bagi, suruh buat amalan lepas sembahyang. Dah 3 tahun saya dok amal ayat ni.”", "Aku : ”Abang tau dak ayat apa yang Abang dok amal tu.”", "Mamat (Pesakit) : ”Tak tau. Saya baca ja setiap kali lepas sembahyang. Mula-mula amal dulu tu memang la malas, tapi lama-lama dah jadi syok pulak & tak boleh nak tinggal. Kalau saya tertinggal 1 hari, memang saya akan jadi tak tentu arah hari tu & kepala otak jadi tak berapa nak betoi. Ada saja yang tak kena hari tu.”", "Aku : ”Tu la ayat *****. Ayat ni kalau nak amal kena belajaq dari Guru & kena ambik ijazah dulu, baru boleh amal. Bukan boleh amal ikut suka ja. Nanti silap hari bulan, boleh jadi GILA ISIM.”", "Aku : ”Saya nasihatkan Abang, tinggalkan sajalah beramal dengan ayat ni. Abang amal ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding diri kan lagi baik. Dah confirm dapat pahala. Setiap 1 huruf dari ayat Al-Quran yang abang baca, Allah bagi 10 Pahala. Ayat yang abang dok amal ni agak-agak dapat pahala dak bila abang baca?”", "Mamat (Pesakit) : (Tak kata apa.)", "Aku : ”Tapi kalau abang nak amal jugak, saya nasihatkan abang belajaq dari Guru yang berkelayakan untuk mengajaq ilmu ni & ada sanad amalan dari guru-guru yang terdahulu. Satu lagi, sesetengah perkataan dalam bahasa lain (terutamanya bahasa Arab), kalau kita tulis dalam tulisan RUMI, bila orang lain baca, sebutan untuk perkataan tu dah tak sama sebab ada huruf-huruf Arab yang bila ditulis dalam tulisan rumi, sebutannya dah jadi lain. Bila sebutan tak sama, maknanya pun dah berubah. Abang reti baca Quran dak?”", "Mamat (Pesakit) : ”Boleh la sikit-sikit, tapi merangkak la.”", "Aku : ”Quran ni kita kena baca selalu. Lama-lama lancar la bacaannya.”", "(Banyak lagi la yang aku sembang dengan Mamat tu, tapi malas dah aku nak tulis. Habis aku dok berletiaq kat mamat tu, aku pun serah balik dia kat Pak Teh untuk sambung lagi Rawatan SANTAU yang dia kena tu.)" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-bertugas-sebagai-polis-bantuan-di-sebuah-ipt-di-selangor-bahagian-2/
Pengalaman Bertugas Sebagai Polis Bantuan Di sebuah IPT Di Selangor Bahagian 2
[ "Assalamualaikum kepada followers fiksyen shasha. Nama aku Amm kisah kali ini adalah pengalaman seterusnya aku sepanjang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah Ipt Di Selangor ini. Pada satu hari tuu waktu dan ketika itu aku bertugas shif malam masuk bertugas pada pukul 2300 sehingga jam 0700.", "Pada awalnya takda apa yang berlaku dan bertugas macam biasa buat kerja kawalan keselamatan di pos-pos buat rondaan sekitar kawasan, sehingga lah jam waktu tuu menunjukkan pukul lebih/kurang dalam jam 1 pagi macam tulah and then ketika itu aku sedang membuat rondaan kawasan bersama seorang lagi anggota jugak teman aku lah, untung pengetahuan semua ipt tempat aku bertugas ni ada sebuah hospital baharu siap dibina dan sudah beroperasi milik ipt ni jugak lah.", "Lebih kurang jam 0130 macam tuu laa ketika kami berdua meronda di kawasan hospital baru ni kami terdengar suara dari tandas di tingkat paling bawah bangunan hospital ni yang terletak di bawah tanah. Suara ni perempuan tau. Dan waktu tuu hospital ni baru lagi beroperasi dan tidak sepenuhnya dan kami dipertanggungjawabkan untuk membuat kawalan keselamatan untuk mengelakkan dari terjadi sebarang kes jenayah melibatkan kecurian dan sebagainya lah.", "Berbalik pada bunyi suara tadi, aku dan kawan aku pun pelik lah kan sapa pulak yang berani masuk tandas kat bawah ni tengah2 malam sedangkan tandas dekat lobi utama ada yang sedia ada dan selalu digunakan. Dan Shif aku malam tuu anggota perempuan hanya seorang sahaja yang bertugas. Untuk pengetahuan pembaca semua ketika itu hospital ni macam aku cakap tadi baru jer bukak dan belum beroperasi sepenuhnya so staf department lain semua belum ada lagi pada waktu malam kecuali polis bantuan iaitu kami lah.", "So aku buat keputusan untuk call rakan kami yang perempuan tuu risau jugak kut dia yang kat tandas tuu ke terkunci dari dalam ke apa kan. Bila kami call tuu dia angkat lah dan dia pun jawablah dan aku pun tanya “Salam Put (bukan nama sebenar) Kau kat mana tuu? Put pun jawablah aku kat lobi utama ni, kenapa wei? Aku pun terdiam kejap lah.", "Untuk pengetahuan semua lobi utama tuu dia dekat tingkat dua bangunan iaitu pintu utama bangunan lah. Kan tadi aku cakap aku sekarang dekat tingkat 1 iaitu dekat bawah tanah bangunan ni dia berbukit kawasan dia. Aku pun dengan member aku dah tak sedap hati dan waktu tu bunyi tuu masih lagi kedengaran lah.", "So kami berbincang untuk cuba siasat kut kut ada apa apa ke kan dan kami pun tak pikir panjang terus ketuk pintu tandas tuu dan member aku si Zul ( bukan nama sebenar) tanya sapo dio kat dalam ? Hello ada oghang ke? dan bunyi suara tu terus senyap dalam beberapa macam tuu lah bunyi paip air pulak. Aku pun cakap dekat teman aku ” Chik ni dah lain macam dah ni aku rasa meremang aku bagitau dekat dia. Dan kami pun bukak pintu tandas dan kami dapati takda apa-apa pun kat dalam tu lampu terbukak paip air yang bunyi tadi pun dah stop dan apa yang pelik lantai tandas memang basah macam baru lepas orang pakai. Aku dan Zul (Bukan Nama Sebenar) pun ambik keputusan untuk cepat-cepat keluar dari kawasan level 1 ni.", "Untuk pengetahuan korang level satu ni kawasan dia ada pejabat kejuruteraan dekat tengah-tengah, paling belakang adalah stor dan tempat untuk hantar sampel d***h, depan sekali plak ada kafeteria dengan dapur sajian untuk masak makanan pesakit-pesakit nantilah. Dan tandas ni adalah berhadapan dengan kawasan dapur sajian dengan kafe. Alhamdulillah takda apa-apa yang berlaku pada kami bedua malam tuu cuma perasaan takut tetap ada dan sedikit pelik lah dengan apa yang jadi.", "Kami bedua hanya mendiamkan diri tentang kejadian tuu supaya demi menjaga keselamatan dan tak mahu kawan anggota yang lain takut. Lama jugak lah lepas kejadian tuu berlaku baru kami ceritakan pada kawan-kawan yan lain.", "So aku nak cakap satu lah kita hidup dekat dunia ni bukan kita manusia jer kita jugak berkongsi dengan makhluk Allah yang lain. So jaga lah adab dan hormat lah jugak pada benda-benda ghaib ni. Sekiranya cerita aku ini diketengahkan oleh pihak admin fiksyen shasha aku harap korang semua enjoy dan aku minta maaf kalau cerita kalini tak seseram mana berbanding dengan pengalaman yang aku pernah kongsikan sebelum ini. Sekian Terima Kasih Assalamualaikum bye bye…" ]
[ "Seram juga lah. Kalau ada lagi pengalaman lah, cerita lah. Ya lah, seronok juga lah baca ceritanya lah. Tq lah", "Sahlah ini di UiTM Puncak Alam. Hospital Al Sultan Abdullah. Terima kasih PB jaga harta benda dan keselamatan warga." ]
https://fiksyenshasha.com/saka-golok/
SAKA GOLOK
[ "(KISAH BENAR YANG DIOLAH OLEH MAD PI)", "Amran menghela nafas yang terasa berat di dalam dada. Hidup keluarganya yang dahulu ceria dan bahagia kini kian menyesak.", "Dikutipnya pinggan dan sudu di lantai lalu tangannya mencapai penyapu untuk membersihkan nasi yang bertaburan.", "Setelah selesai mencuci pinggan, dia duduk di meja makan. Dari jauh matanya memandang sayu. Satu sosok wanita memandangnya dengan pandangan kosong.", "Air mata mula mengalir di pipi Amran. Melihat tubuh ibunya yang kian melidi. Jarang benar ibunya ingin menyentuh makanan. Bila ingin disuap, biasanya berakhir seperti tadi. Bertaburan.", "Iya, itu ibunya, Mak Som. Ibu kandung yang melahirkannya dan menjaganya sejak dari bayi. Ibunya yang dulu ceria dan peramah sekarang berubah sekelip mata.", "Sesiapa sahaja yang mengenali Mak Som pasti sangat senang dengan perwatakannya itu. Tidak kira usia pasti akan senang mendekati dirinya.", "Kerana bukan sahaja peramah, Mak Som juga seorang wanita yang penyayang. Wajahnya sering mengukir senyuman bila memandang sesiapa sahaja. Tapi kini tidak lagi.", "Lebih suka menyendiri dan apabila didekati, ibunya akan mengamuk tanpa ada alasan. Mula membenci sesiapa sahaja tanpa sebab.", "Terutama sekali pada kakak sulung Amran, Che Piah. Sebenarnya Che Piah dengan Amran berlainan ibu. Ibu Che Piah telah lama meninggal dunia.", "Jadi Mak Som yang membesarkan Che Piah sejak kecil. Tiada beza layanannya pada Che Piah dengan anak yang lain.", "Begitu juga dengan Che Piah, memang dia teramat sayang pada ibu tirinya itu. Cuma sejak dua menjak ini sahaja hubungan mereka menjadi tidak baik.", "Amran sedar, itu bukan kehendak hati ibunya. Tetapi kerana gangguan makhluk yang ada dalam diri ibunya itu yang berusaha memecahbelahkan hubungan kekeluargaan mereka.", "Saka atau jin belaan orang lain yang bersarang di tubuh ibunya, tiada siapa yang tahu. Diwarisi daripada siapa. Ia datang secara tiba-tiba.", "Kata perawat itu saka warisan dari keluarga ibunya. Ada juga yang mengatakan itu ada orang yang ‘hantar’.", "Tetapi alhamdulillah setelah berubat dengan seorang perawat ibunya mula menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.", "Setidaknya ibunya kini kembali dapat berfikir secara normal walaupun tidak dengan sepenuhnya. Kalau sebelum ini, aurat sendiri tidak terjaga.", "Mujur, mereka adik beradik hanya tinggal berdekatan. Tiada masalah bagi mereka untuk menjaga ibu mereka tersebut.", "Amran teringat ketika awal ibunya mula diganggu. Pada suatu malam, dia sedang berbaring di katil setelah selesai menyeterika seragam kerjanya.", "Sambil melayan mesej dari tunangannya dia sempat menangkap gambar pakaian seragam kerjanya yang tersangkut di pintu. Bulu romanya meremang.", "Alangkah terkejutnya apabila dia melihat gambar tersebut. Terdapat satu kepala hitam legam seakan budak kecil seakan keluar dari baju seragamnya.", "Keesokannya, Amran menunjukkan gambar makhluk itu pada perawat dan atas nasihatnya, Amran memadam gambar itu. Tetapi perawat tersebut ada mengatakan yang makhluk di dalam gambar itu adalah ‘anak kerak’.", "Lamunannya terhenti, sekali lagi dia memandang ke arah ibunya. Ibunya sudah tertidur. Dia mendekati ibunya lalu mengucup dahi lalu berkata..", "“Berat sungguh apa yang mak tanggung beberapa tahun ini, alangkah bagusnya kalau Amran saja menggantikan tempat ibu.”", "“Bang, tengok badan Along ni, abis naik bijik-bijik berisi air.” Che Piah memberitahu suaminya, Zaki tentang anak sulungnya yang mengalami penyakit kulit.", "Sudah tiga hari Ariq mengalami kegatalan pada kulit setelah pulang bercuti. Semakin lama semakin merebak.", "Pada mulanya gatal di celah jari, selepas itu berjangkit ke celah lengan dan seterusnya ke bahagian paha. Che Piah mula risau melihat keadaan anak sulungnya itu.", "“Alergik agaknya.” Balas Zaki.", "“Nanti esok ikut abah pergi jumpa Tok Sulong, kebetulan abah nak pergi mintak air jampi untuk Tok Ma. ” Balas Zaki lagi.", "Keesokannya, mereka bertiga ke rumah Tok Sulong. Rutin Zaki setiap bulan akan bertandang ke rumah Tok Sulong untuk mendapatkan air jampi buat ibu mertuanya, Mak Som.", "Pada hari itu, Che Piah dan Ariq ikut sekali. Setelah Tok Sulong melihat bahagian tubuh Ariq. Matanya terpejam seketika sambil mulutnya terkumat kamit.", "“Zaki, aku rasa kau pun ada saka dari orang tua kau dan sekarang saka tu berkenan kat anak sulung kau ni.” Ujar Tok Sulong.", "Terbeliak mata Zaki bila me dengar kenyataan daripada Tok Sulong. Sebelum ini dia sendiri tidak pernah berasa sebarang keanehan pada dirinya dan tidak tahu menahu pasal saka ni.", "” Biar betul Tok? ” Zaki agak terpinga-pinga.", "” Iya, dari arwah ayah kau.” Ujar Tok Sulong.", "“Kamu ada terima apa-apa barang peninggalan arwah ke?” Soal Tok Sulong pada Zaki.", "Zaki menerawang seketika..", "“Iyaaa!Ada Tok.” Jawab Zaki secara tiba-tiba membuatkan orang yang berada di situ tersentak.", "“Saya ada ambik golok-golok arwah, biasalah saya kan minat buat kerja kampung.”", "“Adik beradik lain dok bandar saya je dok kat kampung ni ha.” Balas Zaki.", "“Ok, macam ni lah Zaki, kau bawak balik air jampi ni dulu, minggu depan kau datang balik biar aku ikhtiarkan.” Kata Tok Sulong.", "“Baik-baik Tok.”", "Tiga hari berlalu, penyakit kulit Ariq tetap tidak sembuh walaupun setelah dimandikan dengan air jampi yang dibekalkan oleh Tok Sulong.", "Keesokannya Zaki membawa Ariq ke klinik. Keluar saja dari klinik kebetulan ada gerai buah di hadapannya. ‘Ghau-ghau’ bau durian menusuk hidung Zaki.", "Kebetulan durian di dusunnya belum berbuah, disambarnya selonggok durian di gerai buah tersebut buat hilang kempunan.", "Sampai sahaja di rumah, Zaki meluru ke dapur untuk mengambil golok. Begitu teruja ingin mencicipi durian yang baru dibelinya.", "Cari punya cari goloknya langsung tiada. Ke hulu ke hilir dia mencari namun tidak ketemu jua. Lalu dia bertanya pada isterinya, Che Piah.", "“Piah, ada nampak golok-golok abang tak?” Soal Zaki.", "Diam tiada jawapan.", "“Abang rasa abang simpan bawah dapur tu ha, Piah ada alih ke tempat lain ke?” Zaki menyoal lagi.", "Piah diam.", "“Piah! Abang tanya ni.”", "Piah menjuihkan mulut ke arah semak di belakang rumah. Zaki meluru ke sana sambil menggaru-garu kepala.", "“Aduhai Piah abis berkarat golok aku kenapa kau buang Piah oiiiiii.”", "“Golok tu ada saka kan Tok Sulong cakap macam tu hari tu.”", "“Sebab tu Ariq tu gatal-gatal tak berhenti.” Tambah Che Piah lagi.", "“Piah-Piah, Ariq tu kena kudis buta jelah.”", "“Tadi doktor dah bagi ubat esok-esok baiklah budak tu.” Balas Zaki.", "“Hurmm, jadi kuda laut jelah Piah oiii.” Zaki menggeleng kepala sambil termenung melihat golok kesayangannya yang sudah berkarat dek terdedah dengan hujan. Tak tahu nak menangis ke nak gelak. ", "Saka goloklah sangat. Uuuhayyy." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/puntianak-di-atas-bukit/
PUNTIANAK DI ATAS BUKIT
[ "Terimalah kisah malam ini, sedekah dari saya untuk anda semua. Kisah yang seram tapi kelakar, Yunus tidak senonoh malam itu.", "PUNTIANAK DI ATAS BUKIT", "Hujan yang tersangat lebat membuatkan kami terpaksa membatalkan hasrat untuk meredah saja hujan. Kami baru habis bekerja di sebuah pasaraya di Komtar. Yunus seperti biasa, akan menyanyi-nyanyi seolah hujan itu bukan itu masaalah baginya. Cuma, dia kerap mengadu, dia lapar dan hujan lebat itu tidak memungkinkan kami melepak di tempat biasa. Mamak yang membuka gerai dengan kereta beroda itu sangat handal membancuh teh. Boleh ketagih jadinya.", "“Bukak ka lagi mamak tu? Hujan ni, dia dah la sorong kereta. Bumbung pun tak dak” kataku cuba untuk menurunkan paras kehendak Yunus yang ingin teh tarik. Mencuka mukanya, muncung bibirnya. “Aku lapaaaqq” katanya mengusap perut. Seperti di adegan lain, Yunus menyanyi. Tadi sudah seperti orang kebuluran. “Ya Allah ya Tuhanku, hentikanlah hujan ini. HambaMu sangat lapaq” kata Yunus sambil menadah tangan.", "Ramai yang tersadai di bawah Komtar kerana hujan yang lebat itu. Aku seperti biasa, fikiran sudah ada di jalan atas bukit. Sudahlah bengkang bengkok, gelap, jalannya pasti licin dan sudah tentu ada pokok tumbang dan batu menggelonsor yang akan menghalang laluan. Ada beberapa bahagian di atas jalan itu yang betul-betul gelap dan kerana likunya, kita tidak nampak kenderaan yang datang dari depan. Aku sudah membayangkan berada di atas jalan bila Yunus berkata “Te tarik..teh tarik..mee mamak.. sedap” dan mula menyarung baju hujan kuningnya. Seperti doanya telah dimakbulkan Tuhan, hujan sudah tidak lebat, hanya gerimis kasar yang semakin menipis.", "Aku mengaku, hendak balik seorang diri dengan keadaaan jalan begitu, memang menakutkan aku. Diusik makhluk halus berupa langsuyar, hantu jenis apa yang mengikut dari pokok ke pokok dan melintas depan kenderaan, sudah beberapa kali aku alami. Takut itu ada, tapi aku lebih takutkan tanah runtuh. Jika ada pokok dan batu besar melintang jalan, tunggulah sehingga ia dialihkan. Entah berapa jam harus menunggu. Memang bermandi hujanlah jawabnya. Bukan tidak pernah merasa.", "“Lekaihlah, perut aku dan macam nak berlubang ni. Lapaqq” kata Yunus sambil menghidupkan enjin motor. Aku juga sudah lengkap memakai baju hujan, rasa kekok memakainya dalam gerimis. Yunus selamba pergi dahulu. Kedainya tidak jauh, dekat dengan pawagan yang sudah ditutup dan dulu dia menjadi pusat perabot. Yunus nampak sangat tidak sabar. Dari jauh, lampu yang menerangi kereta sorong itu kelihatan. Pemiliknya pun sedang mengelap bangku dan meja yang basah.", "Mulanya hanya kami pelanggannya. Tidak lama, ramailah yang datang, kelaparan mungkin kerana hujan. Pernah terjadi di situ pada pagi Jumaat, Yunus memarahi mamak kerana menghalau “pengemis” yang datang. ‘Bukan orang tu. Entah-entah malaikat” katanya yang menyuruh “pengemis” itu makan apa saja. Masam mencuka wajah mamak itu, takut pelanggan tidak mau mampir ke kedainya. “Eh, semua orang yang makan di sini saya boleh bayaq la!” kata Yunus yang sudah haus sabarnya.", "Makanan pun tiba. Yunus makan dan minum dengan berselera. Mamak itu sudah tahu apa yang Yunus akan pesan, dan selalunya menimbun mee yang digorengnya untuk Yunus. Hujan yang tadi lebat, menipis dan terus berhenti. Tidak berhenti mulutnya memuji mee goreng mamak itu. Aku pula, sudah muak walau dengan bau mee goreng. Tapi, teh tarik mamak itu memang sangat sedap.", "Setelah puas dengan kehendaknya, kami pun memulakan perjalanan balik. Waktu sudah menjelang dinihari. Ramai yang sudah pulang. Aku terpaksa melayan celoteh Yunus tentang betapa cantiknya Julia Rais waktu itu. Beranganlah kau Yunus, fikirku dalam hati. Lalulintas di pusat bandar agak banyak, tapi bila kami sampai ke Gelugor, sudah tidak banyak kereta di jalan. Sampai ke kawasan Bayan Baru, gerimis mula turun. Aku sudah tidak sedap hati, memikirkan jika hujan, Tuhan sahaja yang tahu apa yang akan terjadi.", "Kami menunggang motor berhati-hati. Kadangkala berselisih dengan bas kilang dan beberapa kereta persendirian. Sampai di kawasan Teluk Kumbar, hanya kami berdua di atas jalan raya. Hujan mula turun, mula-mula tidaklah lebat, kemudian bila di atas bukit, hujan turun dengan sangat lebat. Hatiku mula resah. Yunus juga tidak laju seperti tadi, menunggang motornya dengan berhati-hati. Jalan mendaki bengkang bengkok itu sudah kami hafal setelah sebulan bekerja.", "Kami sampai di selekoh ada sebuah tokong cina di atas bukit. Atas sedikit, ada sebuah kuil hindu yang sarat dengan pelbagai cerita seram. Jalannya pula mendaki dan likunya tajam, membentuk separuh huruf V. Lampu jalan ada di depan kuil dan atas sedikit. Cahayanya sangat tidak membantu. Lampu jenis lama, mentolnya sudah berapa lama berkhidmat menerangi jalan itu.", "Hendak sampai di selekoh kuil hindu, Yunus tiba-tiba berhenti. “Ku, ada orang nak halang jalan kita. Hang jangan takut na. Buat tak tau ja” kata Yunus, agak meninggikan suara kerana hujan yang lebat. Semangat aku rasa sudah terbang ke mana. Sudahlah aku risaukan pokok tumbang, ada pula yang hendak menyakat. Kami mendaki jalan yang sedikit curam. Dari jauh nampaklah kuil hindu itu, berada betul-betul di hujung liku jalan. Di bawahnya ada aliran air membentuk air terjun kecil, tapi agak luas bila di bawah. Di kiri jalan ialah gaung yang sangat banyak pokok pisang hutan.", "Kami menunggang melepasi lampu di atas. Sekonyong-konyong, di depan, keluarlah satu sosok perempuan memakai baju putih . Di tangan, dia sedang menggendong anak kecil yang berbalut kain putih. Kepalanya tunduk sahaja, tangan kirinya menggawang-gawang supaya kami berhenti. Yunus yang sangat nakal waktu itu, pura-pura menjerit “Hantuuuuu… takutnyaaaa…” katanya yang terus memecut. Aku jadi terkejut dengan gurauan Yunus dan turut memecut. Kemudian aku dengan Yunus ketawa berdekah-dekah dalam hujan.", "Tidak jauh dari tempat kejadian, sekali lagi, keluar sosok itu, menggawang-gawang tangannya menyuruh kami berhenti. Kepalanya tunduk, dengan rambutnya menutup mukanya. Bayi di tanganya nampak bergerak-gerak di dalam bungkusan kain putih itu. Kali ini, gawangan tangannya nampak lebih keras, tidak longlai seperti mula-mula tadi. Dia nampak seperti meratib, kepalanya bergerak-gerak dari kiri ke kanan, sekali sekala mengangkat kepala. Rupanya tidak kelihatan kerana rambutnya yang panjang dan basah menutupi mukanya.", "Yunus memperlahankan motornya, membuatkan aku menjadi lebih takut. Sosok itu tidak jauh di depan kami, menggawang-gawangkan tangannya. Kemudian, tanpa amaran, Yunus memecut dengan laju, meninggalkan aku di belakang. Aku juga memecut dengan lampu tinggi. Melintasi sosok yang berada di tepi jalan, aku dapat melihat bayinya terkuit-kuit di dalam bungkusan, tetapi buntang matanya. Seperti mata ikan direbus. Kus semangat, darahku naik ke otak dan aku mula marah dengan Yunus yang masih bermain-main dengan makhluk itu.", "Jalan di situ lurus sedikit sebelum bertemu dengan pusingan yang membentuk separuh bulatan. Di situ, jika siangpun, keadaan jadi suram kerana pokok-pokok di situ besar dan silaranya menutup jalan. Di tepinya, hanya gaung yang dalam. Penghadang jalan jenis lama dari keluli yang rendah ada, tapi tidak menghalang kereta jauh ke gaung. Gaungnya dalam, aku selalu akan melihat kedalamannya jika aku di dalam bas.", "Sosok puntianak itu kami tinggalkan, dan nampaklah selekoh separuh bulatan itu di depan. Yunus yang tadi laju, memperlahankan motor, dan berhenti menunggu aku di tepi jalan. Beberapa saat, aku sampai. “Dia ada kat depan. Kat selekoh bulat tu, dok tunggu kita. Celaka sungguh!” kata Yunus. “Hang jangan takut, kalau hang takut, dia lagi berani” kata Yunus padaku, melaung sedikit kerana timpaan hujan di helmet. “Jangan takut, aku ada” kata Yunus dan meneruskan perjalanan.", "Aku sudah membaca ayatul Qursi dan Bismillah Lima sebagai pendinding. Kemudian aku berzikir sebanyaknya. Kami mula masuk ke selekoh yang hanya akan ke kanan kerana bentuknya yang separuh bulat. Kedua-dua kami memasang lampu tinggi. Mula-mula kami tidak nampak apa. Hujan pun tidak lebat di situ kerana daun-daun pokok menghalang hujan. Hatiku sangat berdebar-debar.", "Nun di depan, di tengah jalan, tersuluh dengan lampu motor kami, sosok puntianak itu sudah berdiri di tengah jalan. Tangannya masih mengendong anaknya yang seperti sudah bangun, bergerak dengan lebih keras dari tadi. Tangannya masih menggawang-gawang menyuruh kami berhenti. Aku dengar dengusan Yunus di depan, dan Yunus pun berhenti di tepi jalan. Enjin motornya tidak dimatikan, dan motornya di tongkat di tepi penghadang jalan keluli itu.", "Yunus turun dari motor dan berjalan beberapa langkah. Suluhan dari dua buah motor, cukup untuk aku melihat kejadian di depanku. Aku juga tidak jauh, hanya di belakang motor itu. “Hang mau apa!” jerkah Yunus kepada sosok yang masih tergawang-gawang tanganyya itu. Kepalaya masih tertunduk dan wajahnya masih tertutup dengan rambutnya yang panjang. “Apa? Hang ingat aku ni apa? Tukang masak? Lapaq pi la cari makan!” jerkah Yunus dengan tangan tergenggam. “Tepi! Aku nak lalu!” kata Yunus dan hendak berpaling.", "Belum sempat Yunus melangkah, puntianak itu melempar “bayi” yang dikendongnya ke arah Yunus. Bergema tangisan bayi di tengah malam itu. Kemudian terdengar isakan yang panjang dari puntianak yang masih berdiri menghalang perjalanan kami itu. Aku nampak Yunus sudah mula menguatkan kuda-kudanya, dan membaca mentera “Aku tahu asal usulmu. Dari……..” kemudian Yunus membuka silatnya. Silatnya tidak keras, dan tiada tendang menendang. Buah silatnya lembut seperti menghalang, tidak menyerang.", "Puntianak itu melayang-layang di depan Yunus sambil mengilai. Bila dia mengangkat mukanya, alangkah terkejutnya aku, muka putih seperti sekati bedak sejuk ditepek ke mukanya. Matanya hitam, tengahnya buntang berkilat-kilat dengan kuku runcing yang panjang sekaki. Rambutnya menggerbang berputar-putar mengeluarkan bunyi seperti lidi dihayun. Yunus tenang dengan silat pendindingnya, hanya sekali sekala menumbuk dan menetak.", "Puntianak itu seperti tidak dapat menembusi tembok halimunan walaupun dicuba sedayanya. Setiap kali gagal, akan terdengar jeritan nyaring dari belakang banjaran bukit sebelah kiri kami. Aku kosongkan fikiran, melawan rasa takut dan sejuk dengan berzikir mengingat Allah. Sekali sekala, aku pejamkan mata untuk khusyuk kerana tidak tahan sejuk. Jeritan demi jeritan kedengaran. Tahulah aku, puntianak itu tidak dapat menghampiri kami dan akan menjerit kerana marah.", "Kemudian keluar beberapa ayat Quran dari mulut Yunus yang bersilat dengan helmet dan baju hujannya. Dihentakkan kakinya ke jalan. Seperti ditarik dengan kasar, puntianak itu jatuh tersembam. “Apa sakit sakit!! Aku dah kata, aku nak balik, hang saja cari geruh aku!” jerit Yunus. “Aku tak peduli hang lapaq ka hang kebuloq. Nyah dari sini sebelum aku naik angin!! Jerit Yunus yang aku tahu, sudah marah. Terkial-kial puntianak itu cuba merangkak. Baju koyak rabak, seperti kain putih yang ditanam di tanah.", "“Selagi aku tak angkat kaki, hang tak buleh pi mana! Minta maaf dengan kawan aku, cepat!! Jerkah Yunus. “Aku kentut muka hang sat lagi, baru hang tau!” kata Yunus. Hanpir aku ketawa, sempat lagi Yunus bergurau dalam keadaan genting. Rupanya tidak. Dalam titisan hujan itu, aku dengar Yunus kentut dengan panjang, kuat bunyinya. Peliknya, puntianak itu meronta-ronta seperti takutkan bunyi kentut Yunus. Yunus angkat kaki kanannya, dengan segera puntianak itu terbang ke atas dan hilang dalam kegelapan malam.", "Selesai, Yunus duduk di tanah, bersila dan kedua tangannya menyeka kepalanya. Seperti biasa, sebelum bangun, Yunus akan menepuk tanah sekali dan bangun. Yunus datang menghampiri motornya tersengih-sengih seperti selalu. “Padan muka, tak pasai-pasai makan kentut aku” katanya. Aku terkedu, tidak tahu hendak ketawa atau hendak berkata apa. “Jomlah balik, aku tidoq rumah hang malam ni. Auu rindu bau tilam kekabu hang” kata Yunus, sudah bergerak ke depan.", "Hujan masih turun sepanjang kami di atas bukit. Aku sudah kesejukan, baju hujan tidak begitu membantu. Basah kuyup juga aku, kakiku sejuk kerana kami berselipar sahaja dari tempat kerja. Yunus mula menyanyi seolah tiada apa yang berlaku, dan Alhamdulillah, kami sampai ke simpang tiga ke pekan dan melintasi simpang empat sebelum sampai ke rumah." ]
[ "hahahahahha! kelakar la cik pon makan kentut! puas hati! sape suruh kacau orang. hebat betul si yunus", "pertama kali baca cerita hantu kene kentut ..hahahaha", "mesti seronok ada kawan macam yunus..hepi jer..jumpa hantu pon hepi…😁" ]
https://fiksyenshasha.com/anker-kem-kuala-selangor/
ANKER KEM KUALA SELANGOR
[ "Kisah seram saya berlaku sekitar 2012 ketika bertugas sebagai pengajar di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.", "Tahun itu adalah giliran sekolah (school/fakulti) kami menjadi penganjur kepada satu program tahunan di kolej. Acara ini melibatkan para pelajar, sudah tentunya, dan diadakan di luar kawasan kolej.", "Pada tahun itu, kami mengambil keputusan untuk mengadakannya di Kuala Selangor di salah sebuah kem/hostel di sana. Untuk konteks, saya tidaklah mempunyai ‘keistimewaan’ untuk nampak makhluk halus, tetapi pernah melalui pengalaman ‘ternampak’ semasa di sekolah dahulu.", "Sebelum program berlangsung, kami sebagai urusetia melakukan lawatan bagi memastikan semua kemudahan lengkap seperti yang dijanjikan.", "Melangkah masuk, tidaklah saya mengalami perasaan seram atau ngeri, biasa sahaja. Semasa perbincangan secara berterus-terang saya bertanya kepada pengurus kem tersebut, “Pernahkah berlaku insiden mistik di sini?”.", "Beliau yang agak terkejut dengan soalan saya, tidak terus menjawab, memilih perkataan dengan berhati-hati, “Sepanjang pengetahuan saya, di dalam kawasan ini tidak ada berlaku insiden tu, InsyaAllah sini selamat, kalau di kawasan luar, wallahualam,” sambil tersenyum kelat.", "Memandangkan kami juga sudah kesuntukan masa kami teruskan program setelah memastikan semua peralatan, kelengkapan dan kemudahan untuk para pelajar telah disediakan dengan baik.", "Sebelum pulang ke kolej, saya meminta izin untuk ke tandas. Ketika ini, perasaan seram mula menerjah memandangkan tandas agak gelap dan ketika itu pula saya sedang dalam keadaan uzur yang ‘heavy’.", "Rasa ngeri menjelma, saya teruskan niat, sambil berzikir “Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim” di dalam hati.Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku.", "Tibalah hari program. Permulaannya berjalan dengan baik. Kami berjaya menjalankan semua aktiviti yang telah dirancang.", "Setelah semua aktiviti tamat, masa untuk berehat. Rakan-rakan urusetia yang lain dengan pantas tidur lena, tinggal saya terkebil-kebil. Puas memusingkan badan kanan dan kiri untuk mencari rasa mengantuk, namun hampa walaupun siangnya banyak aktiviti yang dibuat.", "Mata menggelibas seluruh bilik, atas bawah kiri kanan. Sesekali menjenguk rakan di kiri dan kanan katil (bilik 3 katil bujang), masih tidur lena. Tengkuk sudah mulai panas dan berpeluh dan saya merasakan seperti ada yang memerhati.", "Perasaan takut yang teramat menyelubung, mulut tidak berhenti berzikir. Akibat terlalu takut sehingga saya usaha mencari ‘apa’ yang memerhati dengan memandang ke setiap ruang bilik. Orang putih kata ‘to get it over and done with’. Namun saya tidak nampak apa pun.", "Menjelang subuh baru saya dapat melelapkan mata. Bangun pagi itu untuk menyempurnakan aktiviti pada hari tersebut.Semua modul akhirnya berjaya disempurnakan dan kami pulang semula ke kolej.", "Semasa berborak-borak santai selepas program, saya bertanya kepada rakan-rakan jika mereka ada mengalami apa-apa insiden seram semasa di sana.", "‘Kak, malam tu, saya nampak benda tu banyak kat bawah rumah (bilik-bilik penginapan, diperbuat dari kayu seperti rumah panjang, termasuk bilik yang saya inap). Subuh hari kedua tu, saya nampak akak bertelekung duduk di baris belakang sekali.’", "Saya uzur, jadi tidak ke surau, lagipun kan malam tu saya hanya dapat lelap menjelang subuh, memang tidak sedar pun masuk waktu subuh.Terus d***h naik ke kepala dan teringat betapa ‘berani’nya saya cuba mencari ‘apa’ yang memerhatikan saya di bilik pada malam itu.Bayangkan jika ia menjelmakan diri. Harupiah!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/sesat-di-pekan-masjid-tanah/
Sesat Di Pekan Masjid Tanah
[ "Hi semua. Aku terpanggil untuk share kisah sesat selepas dah baca pasal kisah sesat dekat Mid Valley tu. Tapi actually kisah aku ni tak la seram pun tapi boleh buat jantung aku berdegup laju juga la masa kejadian tu. Alhamdulillah tiada sebarang penampakan apa-apa.", "Kisah bermula bila aku dan seorang lagi kawan aku yang aku namakan Ali. Kami join team outing di Pengkalan Balak, Melaka. The rest of the team tidur di sana tetapi aku dan Ali decide untuk tidak bermalam dan balik ke Kuala Lumpur tengah malam itu juga. Pada awalnya, hanya aku seorang sahaja yang plan untuk balik dan Ali stay, tetapi mungkin Ali rasa tidak sedap hati aku balik seorang diri, so dia pun ikut la balik juga.", "Selepas semua aktiviti sudah selesai, dalam 12.30am kami gerak dari Pengkalan Balak nak balik ke KL dan aku yang tak berapa nak tahu jalan ni pun buka la google maps. Aku sebenarnya tak suka guna waze dan tak berapa pandai nak guna, lebih selesa guna google maps. Paham-paham je la google maps ni, kadang-kadang bagi jalan kampung mana entah.", "Jadi aku pun meneruskan perjalanan ikut je apa yang maps tu bagi. Aku letak destination dia Plaza Tol Sungai Besi, dan maps pula bawa jalan masuk ikut Plaza Tol Linggi tak silap aku. Kira kalau dari simpang di Masjid Tanah tu, akan ambil simpang ke kiri dan terus sahaja. Lepas simpang ke kiri tu, ada Petron dan kalau nak menghala ke Tol Alor Gajah, sepatutnya perlu ambil simpang ke kanan dekat Petron tu. Tapi since maps tunjuk arah terus, so aku pun ikut je la jalan terus.", "Lepas dah jalan terus tu, aku macam ragu-ragu, sebab jalan tu terlalu sunyi dan aku cakap dekat Ali kita patah balik la ikut jalan lain. Lepas tu aku tersilap masuk simpang mana entah dan berpusing-pusing la aku seketika dekat jalan tersebut. Tak tahu kenapa, mulut aku cabul sangat masa tu, aku cakap dekat Ali yang jangan la mata kita tertutup malam ni tak jumpa jalan dan masa tu aku tengok jam dalam pukul 1.00am lebih macam tu. Lepas tu kami meneruskan perjalanan follow je jalan yang maps bagi sebab Ali pun ada buka waze dan jalan yang sama juga waze tunjuk.", "Lepas tu kami melalui satu round about. Sebelum lalu round about tu, aku memang perasan ada kedai 7e di sebelah kanan aku dan kawasan tu macam kawasan shoplot, tak silap aku mungkin kawasan pekan Ramuan China. Actually round about tu kecil je, macam simpang tiga je. Since maps dan waze tunjuk arah kiri, tapi di signboard aku tengok kalau ke KL arah ke kanan, so kami decide ikut je maps. Bila dah masuk ke kiri tu, jalan rasa macam makin sunyi dan macam melalui kawasan kampung.", "Sampai di suatu kawasan, aku cakap dekat Ali yang aku tak nak la ikut jalan ni sebab macam terlalu sunyi dan kami pun pusing balik dan ambil jalan yang ke kanan di round about tadi. Masa nak pusing patah balik tu, aku perasan yang sebenarnya aku tengah pusing di kawasan perkuburan Cina yang agak besar juga. Dalam hati aku dah menyumpah-nyumpah dah cakap dalam banyak-banyak tempat, kenapa aku perlu pusing dekat situ.", "Bila dah sampai di round about tadi, kami pun ambil arah ke kanan, aku nampak ada signboard arah ke Simpang Ampat. Dalam hati dah rasa lega sebab akhirnya jumpa juga jalan, konon-kononnya la. Masa tu aku tengok jam dalam 1.30am. So jalan la kami terus je ikut arah maps. Jalan tu sebenarnya kiri dan kanan kawasan kelapa sawit dan of course memang kami tak jumpa kenderaan lain masa tu. Jalan punya jalan, agak jauh juga aku rasa, tiba-tiba sampai balik dekat kawasan round about tadi, sebab aku perasan kedai 7e tadi.", "Aku dah berdebar-debar juga masa tu dan berhenti di tepi. Aku cakap dekat Ali yang ni round about tadi ni, so macam mana sebab aku dah tak nak masuk kiri mahupun kanan. Aku ajak Ali patah balik ke pekan Masjid Tanah dan cuba ikut jalan lain, if tak jumpa jalan juga, kitaorang decide nak patah balik Pengkalan Balak dan stay je di sana dengan team yang lain. Masa tu pulak la Ali cakap yang dia sebenarnya dah perasan yang kami melalui jalan yang sama sebanyak 3 kali sebab dia kata dia ada perasan kami lalu dekat satu kawasan kubur lama. Memandangkan aku konon-kononnya sedang fokus memandu, aku tak perasan pun kubur lama yang Ali maksudkan tu dan aku cuma rasa kami lalu jalan yang sama tu hanya dua kali sahaja.", "Jadi kami pun patah balik semula ke pekan Masjid Tanah dan aku tukar destination di google maps menjadi Masjid Tanah. Dalam kepala aku pikir dapat sampai dekat Petron tadi tu pun jadi lah. Dalam perjalanan balik tu, aku rasa masa memandu terlalu lama dan Ali ada sempat bertanya, jauh lagi ke nak sampai Masjid Tanah. Aku sempat tengok maps dan jarak lebih kurang lagi 18km. Aku dah rasa tak sedap hati, dan aku baru terpikir nak pasang ayat al-quran masa tu. Mujur dalam phone ada simpan dan aku pun pasang la Surah Al Baqarah melalui bluetooth untuk connect ke sound kereta.", "Perjalanan terasa terlalu lama, dan sampai di suatu kawasan yang lapang tiada sebarang pokok-pokok besar, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu jatuh atas bumbung kereta. Aku agak cuak juga masa tu sebab aku yakin kawasan tu kawasan lapang, so nak kata ada buah jatuh dari pokok memang mustahil. Menambahkan lagi cuak aku bila aku tengok di maps, masih lagi 18km untuk sampai Masjid Tanah. Masa tu juga la si Ali nak cerita macam-macam. Aku pun sound la dia, “kau simpan dulu cerita-cerita kau tu, dah masuk highway nanti baru cerita, at least kita dah keluar dari tempat ni”. Dalam hati aku ni dah macam-macam surah aku baca dan aku berdoa dalam hati supaya Allah tunjukkan jalan keluar.", "Alhamdulillah akhirnya kami jumpa juga Petron tadi dan aku suruh Ali tanya pekerja di situ arah nak masuk highway. Adik cashier tu tanya Ali, kami dari mana dan ikut jalan mana. Sempat juga dia nasihat yang kenapa kakak dan abang lalu jalan tu tengah-tengah malam macam ni, sepatutnya stay je bermalam. Adik tu pun bagi la arah ke Tol Alor Gajah dan sempat juga bagitahu yang jalan yang kami lalu tadi tu dah ramai orang “sesat”.", "Alhamdulillah kami berjaya masuk highway dan aku tengok jam masa tu pukul 3.00am. Since dah masuk highway, Ali pun cerita la yang tadi masa kami tengah sesat-sesat tu, dia ada dengar bunyi macam benda mencakar dekat cermin belakang sebelah penumpang. Aku tak dengar bunyi cakaran tu dan Ali pula tak dengar bunyi benda jatuh di atas bumbung tu.", "Ali juga ada bagitahu yang semasa kami melalui kawasan gelap kiri kanan pokok sawit tu, dia terasa macam mata dia bagai diseru-seru untuk pejam tidur, sedangkan dia tak mengantuk pun masa tu. Bagai ada yang nak cuba menguji aku dalam keadaan aku berseorangan, ini Ali la yang kata. Aku pernah dengar orang kata kalau dikacau, elok la singgah dulu dimana-mana sebelum sampai ke rumah, jadi aku ajak Ali singgah di R&R, aku cakap nak ke toilet sedangkan aku tak nak ke toilet pun. Dalam pukul 5.30am juga la sampai di rumah Ali di Selayang dan lepas subuh baru sampai di rumah aku di Cyberjaya.", "Sejak daripada peristiwa itu, aku memang serik nak memandu ke mana-mana di waktu tengah malam sekiranya jalan tersebut aku tak biasa, melainkan kalau jalan itu aku dah biasa lalu je aku berani.", "Sekian dahulu untuk cerita aku yang tak berapa nak seram ni. Terima kasih semua kerana sudi baca…" ]
[ "Bang..roundabout yg abang nampak tu kat pekan lubok china..then kubur yg abang nampak tu mmg ada 2tempat sepanjang nak ke tol..satu dekat dekat ikbn dari masjid tanah je lubok china,and satu pagi dekat simpang lepas roundabout nak ke sawah raja..maybe abang yg silap masuk simpang..btw jalan nak ke masjid tanah mmg banyak shotcut and kalau salah masjk simpang pun mmg xyah uturn..sebab terus kat depan tu akan tembus juga jalan ygpg nak menghala ke arah yg sama. Mmg ramai yg sesat,tapi bukan sesat sebab hantu,sesat sebab jalan situ banyak simpang n simpang2 dia semua boleh tembus ke arah yg abang nak tuju..bezanya cuma jalan tu jauh or dekat. Tu je", "Hehe tu la tu rasa roundabout pekan lubok china depan balai tu, lepas tu lalu jalan nak ke brisu situ mmg gelap 😅😅😅", "Orang pompuan bawak kreta malam2, jauh2 plak tu. Ko mmg cari pasal la.", "x yah pegi melaka lah..pegi lah pahang ke perak ke..melaka bukan best pn, jem je kt bandar melaka tu, asam pedas pn gah pd nama nye, x sedap langsung..belah la lu melaka haha" ]
https://fiksyenshasha.com/kisah-seram-late-night-drive/
kisah seram Late night drive
[ "hai admin, saya pernah publish cerita tapi tak diapprove pun jadi kalini saya ingin amik kesempatan untuk menulis lagi semoga admin terima kisah seram saya. Kisah seram ni ialah kisah yang saya alami. Harap korang suka dengan cerita saya.", "untuk cerita pertama, ini berlaku pada tahun 2017, waktu tu saya masih menuntut di sebuah universiti. pada satu masa tu saya dengan kawan plan untuk late night drive, jadi kami sewa la sebuah kereta viva dekat area rumah sewa kami.", "Then around pukul 10/11 macam tu kami mulakan perjalanan kami, waktu tu saya yang drive sebab kawan saya memang tak nak drive malam dia cuma nak jadi peneman sahaja. So masa kami late night drive tu tak ada apa-apa berlaku lagi sebab saya lalu jalan-jalan yang biasa lalu.", "Tiba-tiba masa saya tengah drive saya ternampak jalan ke kuala pilah karak, saya ni jenis main jalan sahaja yela sebab tak ada hala tuju kan, so bantai jela. waktu tu seingat saya dah pukul 2 pagi masa lalu situ. Masa saya masuk je jalan tu kawan saya terbangun dari tidur. Dia terus tanya saya, kenapa kau masuk jalan ni? saya time tu buntu la memangnya kenapa kan dengan jalan ni ( sebab time tu saya rasa tak ada apa-apa masalah dengan jalan tu) then kawan saya tiba-tiba pergi tegur, dia kata la yang dia nampak banyak benda kat sini.", "(untuk pengetahuan pembaca kawan saya ni ada deria keenam dia boleh nampak apa yang kita tak nampak) so lepas je dia tegur, nahhh dengan tiba-tiba saya nampak dengan ekor mata saya yang ada benda putih terbang betul-betul sebelah tingkap kereta. Waktu tu jantung saya hampir tercabut ( waktu ni kami drive area jalan berbukit) saya sumpah masa tu saya tak berani nak pandang. Cukup la tengok dengan ekor mata sahaja. Yang saya ingat benda tu berkain putih rambut dia sangat panjang ye mengerbang.", "Walaupun pandang dengan ekor mata sahaja tapi aku still boleh nampak. Badan aku mengeletar masa tu tangan ni hampir hampir nak terlepas stereng, kaki ni jangan cakap la memang ketar habis, time tu jugak aku menangis sebab ni kali pertama ya aku drive terkena macam ni selalu duk dengar orang je cerita tapi kalini jadi dekat diri sendiri.", "Berbalik pada cerita, member aku dah cuak sebab tengok aku nangis dia tanya kenapa, masa tu mulut aku macam terkunci ya sebab takut sangat-sangat. Then aku cuma cakap “dia ada dekat sebelah ni” time tu nasib baik member aku faham then dia terus pegang tangan aku dia cuba tenangkan aku sebaik mungkin. Kau rileks fokus je memandu jangan pandang tepi kalau boleh, aku ada kat sebelah kau ni.", "Lepastu yang saya hairan nya member saya ni dia pegi bukak lagu korea, Allahu saya tergamam kita ni dah la takut memang tak de nye la nak dengar lagu korea-korea. Kalau bukak surah-surah tu okey la lagi kan. Berbalik pada cerita, lepas je lalu kawasan berbukit tu, benda tu dah tak ada. Jadi saya dengan berani menoleh ke tepi sebelah kanan saya. Alhamdulillah benda tu dah tak ikut.", "Masa tu jugak saya marahkan kawan saya, tak kisahlah kau nampak ke tak nampak jangan lah tegur, kalau tegur tu kena tempias dekat kau tak apa jugak kan ni kita yang kena. Sekarang baru aku faham perasaan driver-driver yang kena kacau, memang selalunya driver yang akan kene kacau.", "Jadi pesanan saya korang jangan la lalu jalan yang sunyi malam-malam dan elakkan tegur benda-benda tak sepatutnya.\nsekian kisah saya pada kali ini kalau cerita ni di approve admin saya akan pos lagi kisah-kisah seram dan saya juga ingin berkongsi berkaitan kawan saya yang sixth sense. . terima kasih semua" ]
[ "imaginasi je tu", "Ko tu pompuan, dah pukul 11 malam boleh lagi pegi lalu jalan kuala pilah karak? Jalan tu dah la berbukit, banyak selekoh, sunyi pulak. Kalau rosak atau terbabas, masuk gaung ke hapa takde sapa tolong beb. Signal hp belum tntu ada. Fikir panjang sikit.", "Time tu srs tak thu, sbb aku xpeka dgn jalan di negeri smbilan niy lepastu member plak tidur 😢" ]
https://fiksyenshasha.com/santau-makan-1/
Santau Makan 1
[ "Assalamualaikum FS, harap kisah ini menjadi tauladan untuk semua pasangan dan Perbuatan Santau hanya merugikan Diri, Dan jangan lah kita berlaku Syirik pada Allah SWT", "Kisah ini tentang Aku dan kekasih (Minah) yang disantau.", "Kisah ini baru saja terjadi pada aku dan minah awal tahun 2022 dan masih segar diingatan walau dia bukan milik ku lagi. Minah ni bekerja di kedai makan Milik ibunya. Seperti hari-hari biasa, aku lah yang akan menjemput dan menghantar minah balik kerumah dan sebelum balik kerumah kami selalu singgah Makan di Kedai Burger dulu.", "Ketika itu Jam 1:15pagi kami berangkat pulang. Kebetulan malam itu pekerja Minah tumpang sekali dan Si minah pula nak drive kereta, jadi aku biarkan Dia drive.", "Semasa Tiba di taman perumahan pekerja dia, sampai di satu simpang si minah tiba-tiba menjerit. Baiknya Nasib kami Minah terus tekan brek, Muka nya terus ditekup kebahu aku sambil menggigil. Berlaku sedikit kalut disitu kerana pekerja nya pun ikut menggelabah. Ketika itu Aku lah yang mengawal Steering terus kerumah pekerja nya.", "Setibanya Dirumah pekerja nya, Muka minah berubah ketakutan, matanya tetap pejam. Itula kali pertama aku lihat minah takut. Pekerja nya Pula sibuk bertanya kenapa. Dalam kepala aku, Aku nak cepat keluar dari situ. Semasa dalam perjalanan keluar. Sampai di satu bonggol jalan, Minah Menjerit sekali lagi dan ketika itu Angin bertiup dari arah belakang telinga ku kiri dan kanan. Itulah kali pertama Bulu roma ku berdiri tegak- setegaknya.", "Aku memeluk minah sebelah tangan dan mula bertanya kenapa kenapa. Minah tak menjawab pertanyaan ku, Adrenalin ku melonjak, rapat throttle minyak aku pijak semua bonggol Aku terjah. Si minah Mula Senyum dan senyuman tu Semua gigi nampak dan aku mengerti itu bukan minah lagi. Aku kalut dengan sendiri sampaikan tersalah Iqamat, dan Benda tu mengilai sekuat kuatnya. Aku pun terus Azan, benda tu Menangis, selang seli Mengilai.", "Dengan Segera aku pergi ke tempat SRS ditaman Sebelah, dan yang bertugas ketika itu adalah rakan ku. Terus dia menelefon perawat nasib kami baik Si perawat belum tidur lagi, Kawan ku menawarkan diri untuk menemani ku pergi ke rumah perawat. Sepanjang jalan minah mengilai,menangis sehingga ayat kursi yang dipasang tak dapat kami dengari.", "Setiba dirumah perawat, dia membacakan Ayat pelepas dan Minah terus tidak sedarkan diri. Aku mengangkat minah dan baringkan dia diatas kerusi panjang seperti kerusi kantin sekolah.", "Betapa leganya kami ketika itu, selepas menceritakan sedikit sebanyak kepada perawat. Minah pun sedar dan terus memeluk tubuh ku dagunya diletakkan dibahu ku dalam keadaan menangis dan berkata ingin pulang. Rakan ku menyuruhku Memalingkan Minah kearah dinding kerana mata nya bulat Terkebil-kebil mencari ruang untuk melarikan diri", "Siperawat membaca ayat pelepas sekali lagi dan minah rebah diatas kerusi tadi. Sambil kami mengambil masa bertenang untuk melakukan ruqyah.", "Ruqyah dimulakan, Aku memeluk Kerusi kantin tangan bertemu tangan pada bahagian perut minah. Aku melihat kearah rakan ku dan dia sedang duduk diatas kaki Minah. Semasa Ruqyah, Minah sedarkan diri dan Meronta sekuatnya sehinggakan rakan ku terpelanting kebelakang, hanya aku yang masih memeluk erat siminah. Ruqyah pertama menjadi tetapi kurang berhasil, aku merapatkan Mulut ku ketelinga minah mengajarnya 3qul, minah mengikuti semu bacaan ku. Sehingga Surah terakhir Benda itu berbisik pada ku.”AKU NAK BALIK”, Aku menjadi tak keruan Jantung Ku berdenyut selaju-lajunya. Aku membalas.”BALIK LAH MU NAK BALIK GAK”. benda itu menjawab.”MU AMBIL AKU MANA”. Aku membalas “AKU TAK AMBIL MU, MU MASUK SENDIRI”.\nbenda itu Kata “MU BAWAK BARANG MASUK KAWASAN AKU”!! dalam loghat kelantan. Terus si perawat mengangkat sejadah lalu dilibas sekuatnya Kelantai. Minah kembali semula, satu perasan lega melihat minah kembali seperti biasa walau tak bermaya. Perasaan ku ketika itu amat-amat lega.", "Minah sedar dan Perawat bertanya kepada minah, ada ambil makan makanan yang orang beri?\nMinah bingung memikirkan, Aku juga bingung merenung. Si perawat membuat air tawar (AirBacaan Ayat Quran) untuk si minah muntahkan balik Apa yang dimakan, hampa tak dapat dimuntahkan.", "Aku hanya Berserah kepada Tuhan. Perawat pun cerita bahawa Ada dua benda Pada minah, yang pertama yang dimakan minah dan jeritan pertama ketika minah drive kereta itulah. Yang kedua, ketika minah mengilai menangis itu adalah Penunggu Taman perumahan itu bernama MAWAR.", "Pukul 5:30pagi Minah menunjukkan hasil positif dan kami berangkat pulang dari rumah siperawat. Minah masih bingung bertanya apa yang berlaku? Aku juga tertanya-tanya apa yang dia lihat. Setelah menghantar rakan ku, terus aku menghantar minah pulang. Minah hanya diam sepanjang jalan setiba dirumah nya, Aku menunggu nya diluar rumah sehingga azan subuh sebelum aku bergerak pulang.", "Keesokan harinya, Minah kembali ok dan Dia mula cerita apa yang dilihatnya ingatan nya samar samar. Pada simpang pertama Minah melihat Ular Hitam ditengah jalan dan Ketika dibonggol Minah Melihat Wanita Berpakaian Putih Muka nya Buruk Lidah nya Panjang sedangkan aku ketika itu hanya melihat 2 ekor Kucing. Aku beranggapan Bahawa jika Mawar tidak melakukan ini, Aku takkan Tahu bahawa minah telah disantau melalui makanan.", "Begitulah Cerita kali ini…Maaf untuk Jalan cerita yang tak berapa kemas dan Kisah ini Berlaku sebanyak 3 kali dan ini hanya permulaan Santau yang minah hadapi. Ada 2 lagi..Kalau Panjang umur Aku sambung….Terimakasih" ]
[ "Tak payah cerita au peluk ke kau pegang tangan ke. kan belum halal. annoying pula baca." ]
https://fiksyenshasha.com/homestay-di-ipoh-perak/
Homestay di Ipoh, Perak
[ "Semasa cuti hujung minggu yang lalu, aku dan keluarga aku pergi bercuti ke Ipoh, Perak. Kami pergi ke sana untuk melawat saudara-saudara aku dan juga untuk melihat-lihat keindahan bandar tua tersebut.", "Kami menginap di sebuah homestay yang telah ditempah oleh abang iparku. Homestay itu agak besar dan selesa. Bilik air dan bilik tidur cukup untuk memuatkan semua ahli keluarga kami yang seramai 15 orang.", "Pada malam kedua kami di sana, aku dan adik-adikku bermain poker di ruang tamu sementara ibu dan ayahku dan juga abang-abang dan kakak-kakak iparku bersembang di ruang makan. Tiba-tiba, lampu di ruang tamu kami padam. ", "Kami terkejut dan mula mencari sumber cahaya lain. Abang iparku, Fikri, dengan cepatnya mencapai telefon bimbitnya dan menyalakan lampu suluh. Adik-adikku mula menangis dan merengek, takut dengan kegelapan.", "Kami cuba menyalakan semula suis lampu, tetapi tidak berjaya. Fikri, yang sedikit tahu tentang elektrik, cuba memeriksa panel suis. Tetapi semuanya nampak normal. Kami mencuba memanggil pemilik homestay, tetapi tiada tanda. Mungkin dia sudah tidur.", "Sementara itu, ibu dan ayahku mencuba untuk menenangkan adik-adikku. Mereka menceritakan cerita dongeng dan menyalakan lilin yang kami bawa dari rumah. Tapi, suasana masih agak tegang.", "Kemudian, aku mula mendengar suara yang aneh dari luar rumah. Suara itu seperti seorang wanita yang menangis. Aku memberitahu yang lain tentang suara itu, tetapi mereka kata aku hanya terlalu takut dan mendengar halusinasi.", "Aku tidak yakin, jadi aku memutuskan untuk pergi dan menyemak sendiri. Aku membuka pintu dan keluar ke teres. Suara itu semakin jelas. Ia datang dari belakang rumah.", "Aku berjalan perlahan menuju ke belakang. Suara itu semakin kuat dan aku boleh mendengar wanita itu menangis dan merayu seseorang untuk berhenti menyakitinya. Aku merasa takut, tetapi aku juga merasa perlu untuk membantu.", "Ketika aku sampai ke belakang, aku melihat seorang wanita berambut panjang berdiri di tepi pagar. Dia berpaling dan melihatku dengan mata yang merah dan berair. Aku terkejut dan terjatuh ke belakang.", "Wanita itu mula terbang ke arahku dan aku melihat bahawa badannya terbelah dari tengah. Aku terjerit dan berlari kembali ke rumah. Aku memberitahu yang lain apa yang telah aku lihat dan mereka semua terkejut.", "Kami semua berdoa dan berharap yang terbaik. Pada pagi hari, kami mengemas barang-barang kami dan meninggalkan homestay itu. Kami tidak pernah kembali ke sana lagi.", "Aku belajar bahawa terkadang, sesuatu yang tampak sempurna mungkin mempunyai rahsia yang mengerikan. Aku harap kalian semua dapat belajar dari pengalaman aku ini." ]
[ "Sampah" ]
https://fiksyenshasha.com/ada-mata-sedang-memerhatikan/
Ada mata sedang memerhatikan
[ "Assalamualaikum… Firstly, thank you kepada admin fiksyen shasha kerana sudi menyiarkan kisah aku …aku perkenankan diri aku la dulu …nama aku zafeyra dan berasal dari negeri cik Siti Wan kembang..mana yang tahu tu tahu tu tahu la mana negeri cik Siti Wan kembang…hahahah kisah ni berlaku pada diri aku sendiri pada tahun 2016 tak salah aku", "Aku ni dulu guru tadika di salah satu di hulu Langat …so guru yang mengajar di tadika tu dibenarkan tinggal di tadika tu sebab tadika tu luas dan besar, adalah bilik tidur untuk guru perantau macam aku ni.", "Benda ni berlaku selepas kawan-kawan aku berhenti keje sebab dah kahwin dan sorang lagi kesihatan tak mengizinkan. So yang tinggal di tadika tu aku sorang la. Korang boleh bayangkan tak alone tu macam mana .nak tak nak hadap je la ..krja kan", "Benda ni berlaku waktu maghrib. sebelum azan maghrib tu aku basuh la depan bilik air…oh iye bilik air ni dekat dengan dapur so kalau siapa² lalu depan tandas pun akan nampak la.. .nak di jadikan cerita. Aku basuh la depan tandas tu.sekali mata aku ternampak ada satu makhluk yang berbadan besar warna hitam lalu dekat dapur..aku kuatkan hati nak tengok benda apa tu..sekali aku intai takde apa pun", "So aku pun mandilah nak solat maghrib sebab malam aku akan mengajar mengaji budak² kawasan perumahan situ…ok siap aku mandi aku nak masuk bilik aku..nak lalu bilik aku tu kena lalu 3 kelas dulu baru la sampai bilik aku tu… tengah aku jalan nak masuk bilik tu aku rasa ada mata- mata sedang memerhatikan aku.aku stay buat bodoh lagi.", "Dalam 7:30 aku pun solat la maghrib..siap je solat..aku dengar bunyi loceng “ting tong”.aku tengok oh student aku rupanya datang nak mengaji.aku pun buka la pintu untuk dia masuk.maka bermula la kisah nya disini.", "Tengah syok dengar student aku mengaji aku dengar “gedabak” macam orang badan besar jatuh ..haa macam tu la bunyi dia.time tu pulak yang ada aku dengan student aku sorang je.yang lain belum sampai lagi..aku pun nak sedap kan hati student aku..aku cakap ” awak mengaji dulu ustazah nak tengok bunyi apa,kot² la almari terbalik” aku pun pergi la check setiap kelas . semua ok elok tersusun,takde sehelai kertas pun jatuh..aku pun dah rasa lain macam sebab aku dengar jelas tadi..nak confirm apa yang aku dengar aku tanya student aku yang tengah mengaji ” awak dengar kan apa ustazah dengar” student aku pun ” dengar ustazah” . lepas tu ramai la student² aku baru datang nak mengaji ..lega la sikit hati sebab ramai orang", "Kak Ida ( bos) pun datang la sebab nak tolong aku mengajar katanya kesian aku sorang² mengajar… lepas tu aku pun cerita la pada kak Ida apa yang terjadi waktu maghrib tadi dan apa yang aku dengan student aku dengar..kak Ida pun nak confirm dia pergi check balik setiap kelas.lepas tu datang dekat aku bagi tahu yang” kertas kad ABC yang tampal dekat dinding tu yang jatuh” aku pun ” haa mana ada k.ida Sy dah check takde sehelai kertas pun jatuh” so dua-dua diam", "Kak Ida pun cakap “berdiri bulu roma kak Ida ni .awak mari tidur rumah kak Ida la malam ni..dah la awak sorang salah apa-apa berlaku tak naya” aku pun on je la.", "Selesai aku mengajar dan solat Isyak dan semua student aku pun dah balik..aku pun apa lagi kemas-kemas barang nak tidur rumah kak Ida.masa aku nak keluar turun tu aku rasa memang ada mata-mata memerhatikan aku…aku terus kelam kabut turun nak masuk kereta..oh lupa nak bagi tahu kak Ida dia balik dulu.. lepas tu baru aku pergi rumah kak Ida ..aku pun terus masuk kereta tengok bilik aku uiii seram semacam je…", "Kesian begitu la jalan hidup seorang perantau…hahahah.. sorry kalau cerita aku tak menarik.." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/tersesat-di-masa-hadapan/
Tersesat di masa hadapan
[ "Tersesat di masa hadapan", "“Sawadikap, Sir” kata seorang gadis dari masa hadapan yang tersesat di dunia kini. Bukan saja sebagai wanita masa hadapan tapi keupayaan mengemas menggunakan teknologi terkini ibarat satu teknologi ubah suai seperti robot. Tapi itulah yang membezakan dunia sekarang dan teknologi masa hadapan. Siap rumah dilengkapi teknologi CCTV yang boleh diakses di masa kini. Dengan hanya perkataan rumah pula boleh bertukar posisi dan kemas dengan sendiri. “Would you like a massage sir?”, kata wanita itu kepada tuan beliau. “Yes, please”, kata tuannya.", "Namun itu yang ternampak tapi sebenarnya wanita tersebut perlukan bantuan kerana tersesat dimensi dunia sekarang kerana dia dari masa hadapan. Jadi dia memerlukan bantuan dari kawan-kawan soul partner yang boleh membaca hati tanpa berkata apa-apa. Soul partner sekumpulan adik beradik yang mempunyai kelebihan membaca isi hati. Mereka rupanya dari masa hadapan yang terpilih mampu pergi ke dimensi mahupun ke Mekah melalui perantaraan hajat mereka. Cara mereka ke masa hadapan adalah melalui kereta yang berteknologi tinggi yang mampu melepasi galaksi tujuan mereka. Ataupun melalui penerbangan terus ke sana.", "Bila perlukan bantuan kumpulan adik beradik ini akan membantu sedayanya. Mereka tahu sekarang wanita itu dalam kesusahan sebab tiada siapa memahami dirinya yang tersesat. Kemudian dikurung dari kemana-mana. Mereka mengakses kegiatan wanita itu melalui televisyen masa hadapan. Segala perbuatan boleh di akses mereka termasuk aktiviti wanita itu yang tersesat di alam dunia kini. Segala tindak tanduk wanita tersebut tidak difahami tuannya yang menganggap wanita tersebut mungkin sudah hilang akal.", "Padahal dia sedang berhubung dengan soul partnernya untuk meminta bantuan menyelamatkan anak-anak beliau dari kerakusan tuannya. Mereka menggunakan isyarat sebagai tanda berhubung dan menyelamatkan anak masing-masing dari tersesat dari genggaman tuan beliau yang banyak mendera wanita itu. Mereka sekumpulan soul partner yang terpilih yang dipanggil soul mate akedemi. Kumpulan rahsia ini akan membantu ahli-ahli yang bermasalah misalnya dengan menjaga anak wanita itu dari dimensi masa depan. Mungkin agak aneh tapi kumpulan ini ditubuhkan bagi membantu mereka yang sehati sejiwa dari kekejaman dunia.", "“Daddy, I love you”, kod rahsia anak wanita gunakan untuk kemasa hadapan menemui seorang soul partner ibunya bagi bantuan. Dia akan dialihkan ke masa hadapan oleh lelaki itu dan menjaga anaknya sementara ibunya bebas dari cengkeman kekejaman. Komplot ini berlaku juga kerana ada kuasa kejahatan bercampur dengan cahaya kebaikan berikutan sihir oleh manusia dunia. Tapi wanita itu berusaha mengalih segala kuasa kejahatan tersebut yang belenggu dirinya. Sebenarnya tuan yang dimaksudkan mempunyai pelbagai gambaran kejahatan, adakalanya dia terbayang seperti penjaga neraka kerana kejahatan mereka sungguh kejam. Di bantu oleh seorang wanita tua, wanita itu diikat tanpa belas kasihan.", "Namun disebaliknya kuasa ini dipengaruhi kuasa luar dari dewa dewi menurut kepercayaan masyarakat Cina. Ada kuasa yang membantu menyebabkan kebolehan luar biasa wanita itu bukan kebolehan sebenar beliau. Ini kerana dia tinggal sekitar perkampungan masyarakat Cina. Kuasa dewi telah membuat wanita itu lebih parah dengan kesesatan itu. Manakala maysayarakat Cina pula percaya kepada kehidupan abadi jauh berbeza dengan masyarakat islam. Pergaduhan dua pendapat membuatkan mereka percaya wanita itu boleh membawa mereka pergi kemasa hadapan. Namun, itu adalah pendapat wanita itu setelah terdengar bisikan soul dari kaum Cina kawasan tersebut yang menyuruhnya lari dari rumahnya.", "Wanita itu telah lari tapi dalam hatinya teringat kepada ibu saudaranya yang berada berdekatan. Jadi dia cuba kesana dua kali namun tak berjaya menemuinya. Wanita itu percaya dengan menemui ibu saudaranya segala persoalan yang mebelenggu dirinya kan terjawab. Mengenai apa yang menganggu dirinya ketika ini. Adakalanya wanita ini ternampak perlbagai jelmaaan memberitahu mengenai kelebihan dirinya dapat. Namun, tiada tempat untuk bertanya. Disebabkan itu wanita itu makin kebingungan dengan alam nyata dan illusi disebabkan gangguan yang berterusan. Keadaaan itu begitu meruncingkan kerana apa yang beliau nampak adalah berbeza dengan realiti dan tanpa bimbingan wanita itu mudah percaya.", "Sementara dengan terbawa-bawa dengan khayalan masa hadapan itu pelbagai kejadian telah berlaku. Antaranya membawa anaknya pergi naik bas untuk ke tempat lain. Dalam perjalanan itu wanita itu menemui satu hentian. Di hentian itu dia telah turun dan berjalan kaki bersama anaknya. Namun diselamatkan oleh orang lain. Sebenarnya semasa dia pergi itu dia telah membayangkan berada di alam bunian dan tersesat tidak boleh keluar. Dia telah ditinggalakan oleh bas yang dinaikinya dan dia bersama anak perempuannya di hentian tersebut.", "Pada pandangan matanya diperlu mencari jalan keluar dari tempat tersebut namum tak berjaya. Dia beranggapan bahawa dia tidak boleh menemui jalan yang betul akibat tersesat ke alam bunian. Namun, mujur ada beberapa orang awam telah menyelamatkan dia. Akhirnya wanita itu terselamat dengan anaknya dan menemui tuannya kembali. Dalam ketidak sedaran rupanya tuannya adalah suami wanita itu sendiri. Begitulah keadaan yang membelenggu dirinya sehingga tak sedar antara realiti dan khayalan. Manakala ibunya dianggap orang asing dari Indonesia kerana tidak mengenali akibat illusi yang dihadapinya.", "Kisah yang berlaku mungkin akibat pengalaman pertama kejadian yang dihadapi dulu diulang tayang ke kejadian sebenar yang berlaku. Dia hanya seperti tersesat mencari sesuatu yang tak pasti apakah itu. Dia tahu dia bermasalah apabila sekumpulan kenalan yang dikenali mendakwa ingin membantunya. Di situlah, dia mengalami kesesatan yang nyata antara orang-orang yang dikenali dengan orang yang tidak dikenali. Plot itu, membawa dia kepada kejadian percanggahan antara apa yang berlau dan dikeliling oleh orang yang tak memahami dirinya. Dia dibawa merata-rata rumah dan ia mengelirukan lagi keadaan wanita tersebut.", "Ada rumah yang di singgahi tinggal penjaga pintu neraka dan wanita itu sangat-sangat takut dengan hukuman yang akan dijalani. Ada rumah yang hanya didiaminya amat mengelirukan destinasinya. Difikirannya seperti melakukan kesalahan jenayah yang besar sehingga terperangkap ke rumah tersebut. Wanita itu memerlukan bantuan dari soul partner membantunya sedar Kembali dari permainan teka-teki alam yang berbeza. Manakala wanita itu cuba untuk bertenang dan memberitahu orang lain tentang masalah yang dihadapinya jelas tiada siapa yang percaya dan ingin membantunya.", "Begitulah cerita kali ini, biarpun pelbagai plot dan ada cerita yang tak diceritakan begitulah kenyataan yang dihadapi oleh wanita itu. Masih lagi keliru dalam kenyataan yang ada. Samada gangguan mistik atau illusi sendiri wanita itu masih mencari perubatan agar sembuh. Wanita tersebut begitu keliru apabila dikurung di masa kini yang memerlukan dia keluar mencari kehidupan yang hakiki. Semoga cerita ini memberi iktibar kepada pembaca semua. Sekian, terima kasih.", "Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/sumbit" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/padah-abang-bermain-mata/
padah abang bermain mata
[ "Hi pembaca FS, dekat sini aku nak ceritakan pengalaman hidup aku yang merupakan anak seorang tukang berubat. ayah aku ada kebolehan dengan benda ghaib ni. tak ketinggalan jugak dengan kami adik beradik. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?", "tapi untuk berubat orang, hanya abang aku je yang diberi kebolehan untuk berubat sama macam abah. tapi abang tak mahir lagi & abang tak minat sangat. abang pun mulanya tak sedar dia ada kebolehan untuk pulihkan orang. sebab kami adik beradik taknak dan tak suka benda benda ni terutama sekali aku.", "ya aku sangat tak sukakan benda benda ni sebab aku sangatla penakut orangnya. tapi dalam waktu yang sama, aku bukanlah lemah semangat.", "ada satu malam tu, ada orang datang berubat dengan abah dia datang sebab benda dalam badannya adalah saka keturunan yang dia tak sengaja ambik.", "jadinya abah pesan dah pada kami adik beradik kalau dengar apa apa buat taktau je dan jangan keluar. jadinya abang aku pun standby tidur sebab dia taknak masuk campur sama jugak dengan adik adik aku yang lain dorang sama macam aku standby earphone cucuk ke telinga dan bukakla cerita ke apapun yang kuat supaya kami takdengar apa yang jadi dekat ruang tamu luar.", "tapi sangkaan kami semua meleset, bunyi mengilai menjerit gelak sangat kuat. sampai abang aku yang tadinya tidur, terus bangun dalam keadaan penuh emosi. bukak pintu bilik dan terus duduk dekat dengan abah yang tengah berubat tu.", "aku? aku pulak cepat cepat ajak adik adik aku duduk dekat tengah pintu bilik, sebabnya takut tu kan ada hehehe. jadinya, adik adik aku mereka standby bantal dan tidur belakang aku. yela, rasa selamat jugakla bila nampak mak dengan abah aku kat depan kan.", "jadi waktu tu, aku sajela yang tengok segala adegan syait*n tu dengan abah aku dok bertengkaq. dan aku pun tak berani perhati muka dia sebab abah pesan, kalau tengah berubat ke atau orang tengah terkena jangan tenung matanya. jadinya sambil dok tengok abah berubah aku perhatikan yang kena rasuk tu, kulitnya pucat lesi. dan aku sempatla tertengok mukanya yang sangat garang dan mata yang sangat buntang. seram weh", "aku cepat cepat baca ayat kursi dan segala ayat suci yang terlintas dalam kepala otak ni. walaupun jantung dah laju macam nak tercabut dah. tapi aku cepat cepat alihkan pandangan aku dekat phone aku supaya aku dapat distract benda tu", "dan proses berubah abah dengan orang tu adala dalam sejam lebih, jadinya selepas abah rawat dia. dia pun balik, tapi abah cakap yang benda tu masih dalam badannya lagi dan susah untuk dikeluarkan.", "jadi keesokannya, hari macam biasa. tapi ada sikit pelik pada lepas isyak. kami anak beranak tengah dok makan sekali tu abang aku cakap dia nampak ada bola api dekat luar rumah. dan aku pun pandang ke arah abang pandang, tapi takda apa pun yang aku nampak.", "lepastu abah terus suruh abang pandang tepat mata abah. abah cakap jangan dok hirau yang kat luar tu, abah takbagi abang pandang keluar. tapi dalam abang tengah pandang abah tu, abang cakap ada orang katluar rumah dan abang terus pandang ke luar rumah.", "dan tak semenanya, abang terus macam kena lock. mukanya terus berubah masam dan menyeramkan. mata abang terus jadi bulat sebulatnya.", "abah terus cakap “aduh hang ni bang ketegaq sungguh la. dah larang hang pi jenguk jugak luaq tu kenapa” dan tak semenanya abang terus menari tarian jawa. ya, seingat aku itu adalah tarian jawa.", "jadi abah pun suruh aku perhatikan adik adik aku. abah suruh jaga adik adik aku. ya, aku jaga adik adik aku. masing masing aku bawak ke ruang tamu. abah takkasi kami berpecah sebab abah rasakan ada benda yang takkena.", "jadinya bila sampai ke ruang tamu. abang dalam keadaan menari tu terus duduk bersimpuh.", "abah tanya siapa dia dan apa tujuannya. lepastu abang a.k.a benda tu cakap “kita berjumpa lagi ya” masatu jugak abah dah dapat tangkap rupanya benda yang abah dok berubat semalam.", "abah tanya kenapa dia datang, lepastu dia cakap dia nak hancurkan abah. & abah tanya lagi tapi kenapa masuk dalam badan abang, benda tu cakap sebab abang lawan tenung mata dia. abang biadap dengannya. jadi dia nak jadikan pengajaran untuk abang.", "dan dalam masa sama, benda tu cakap dia nak ambik anak anak abah. sebab dia suka anak anak abah lagi lagi adik aku yang kecik. tapi abang aku terus pandang aku dan terus dengus dengan kuat “tapi aku taknak dia! dia ni aku taksuka! biadap!” aku pun terkejut sebab dia terus point dekat aku. aku terus dengan spontan cakap dekat abang aku “eh fikir aku suka kat kau jugak ka. aku benci kau adalah b*d*h.” lepastu benda tu gelak & abah terus bagi kami isyarat untuk tak pandang matanya.", "aku pun tekup mata adik adik aku dengan bantal dan bagi depa phone pakaikan depa earphone suruh tengok cerita.", "tapi masatu mak aku pulak dok bercakap yang muka aku pucat sangat. mak aku sampai risau, aku jenuhla dok pesan kat mak aku yang aku okay takdak apa. mak aku tu jaga diri ja, doa mulut jangan putus zikir dan baca pendinding diri.", "taklama lepas mak dok dalam keadaan cemas. mak aku pulak tumbang sebelah aku.", "ya, dan kalini abah handle dua dua dalam satu masa. dan masa mak jatuh tu, abang aku tak langsung jerit macam dok berlawan dalam badan dia, abang tengking benda tu jangan kacau mak. nak kacau, biar kacau dia sorang. lepastu bila abah dah macamtu abah ambik langkah untuk kunci abang dan pulihkan mak.", "bila mak dah pulih, abah settlekan abang. dan alhamdulillah benda tu takut dan janji untuk tak kacau dah.", "abah pulak lepas dari tu, abah terus kumpul kami adik beradik. abah cakap benda tu saja nak dok tengok kekuatan abah dan kelemahan abah.", "jadinya dia masuk dekat abang sebab dia tau abang lemah semangat & abang pulak tentang mata dengannya. jadi dia rasa tercabar.", "untuk aku pulak, abah cakap abah tau aku okay dan kuat semangat. tu sebab abah tak beratkan dekat aku. dan abah tau aku boleh jaga adik adik. jadinya abah utamakan dekat mak dan abang aku.", "sebenarnya banyak lagi cerita yang jadi. nanti sampai masa aku ceritakan lagi kisah seterusnya. maaf kalau tak menarik kisah ini." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/penunggu-stesen-minyak/
Penunggu Stesen Minyak
[ "Aku sejenis yang suka layan cerita seram kisah benar samada video kat youtube atau pun dari bahan bacaan seperti FS ni. Kalini aku nak share sendiri pengalaman aku yang benar-benar terjadi dalam hidup aku.", "Pada usia 27tahun aku bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati dari negeri yang sering disebut dalam Malaysia ni. Aku sendiri berasal dari Selatan Tanahair tapi menetap di KL sejak usia bayi kerana ibubapa ku memang bekerja disini.", "Jujur, selama hidup dewasa perkara seram ni belum penah terjadi dalam hidup. Kecuali masa bersekolah asrama perempuan dulu adala.", "Dipendekkan cerita selepas kahwin aku ikut suami ke negerinya, masa tu da mula aku nampak macam2 benda aneh. Mak mentua aku tuduh aku, katanya akulah yang bawak benda2 pelik ke sana. Aku terdiam taknak panjangkan cerita. Walau hakikatnya selepas aku berkahwin dengan anak lelakinya lah aku jadi nampak macam-macam benda.", "(satu masa kalau aku rajin nanti aku cerita la apa yang aku nampak) Sampai lah aku pregnant dan nak bersalin, aku balik rumah ibu bapaku sehingga habis pantang, suami datang amik balik pantai t…. Suami sejenis yang suka gerak malam ,katanya tiada la berpanas dengan perjalanan jauhnya.  Lepas Isyak dia jemput aku. Sebelum bertolak berhenti makan kat sebuah kedai makan berhampiran rumah org tuaku.", "Dipendekkan cerita. Dalam perjalanan, naik kereta seperti biasa on aircond yang sampai satu tahap terasa sangat sejuk. Terpaksa off aircond dan buka tingkap. Mula tu tiada apa pun yang pelik berlaku. Tapi dalam perjalanan sampai satu kawasan tu ada bau busuk aku pon tak tahu bau apakah tu sampai terkeluar perkataan dari mulut suami. “ Eeee busuknye, bau apa ni”(dalam slang negeri itu) Aku hanya diam. Dalam hati bercakap kenapala lakiku tegur, dah la malam buta. Ada baby lg ni… Bau busuk tu takdela lama sangat, sebab tutup balik tingkap dan on aircond semula.", "Sampai la satu kawasan ni suami nak isi minyak kereta, lepas isi minyak katanya nak tidur kejap. Mengantuk sangat katanya. Parking kereta berdekatan tandas stesen minyak dan stesen minyak memang pasang kaset mengaji. Jadi mengharapkan tiada apa la yang ganggu.", "Kereta dibiar hidup sebab tak nak buka tingkap takut nyamuk gigit anak. Suamiku parking je kereta, letak kepala terus berdengkur… Aku sempat tengok jam ditangan dah pukul 11.55malam. Aku pon terus tidur. Tiba-tiba aku boleh terjaga. Anak ku tidur lena.", "Dalam mamai tu tertengok tingkap side mirror sebelah aku. Dari dalam cermin nampak ada makhluk berwarna putih pendek paras side mirror. Pantulan cermin nampak makhluk tu botak licin yang terkena cahaya lampu jalan. Mujur tak nampak muka. Yang pastinya seakan2 rupa alien workshop (brand lama) tu. Dalam hati Istighfar terkejut. Tanpa pikir panjang, aku sambung tidur. Sempat jeling jam kereta, dah pukul 1pagi.", "Tengah sedap tidur aku terjaga lagi. Sebab terdengar macam orang berbisik bisik dalam kereta seat belakang… Berderau d***h aku. Tengok seat belakang tiada apa-apa. Tengok jam dah pukul 2lebih pagi… Aku sambung tidur semula sebab masih terasa mengantuk sangat. Tangan kanan aku letak atas riba suamiku yang lena tidur tu. Terasa lebih selamat. Syukur anak ku lena tidurnya… ‘", "Sekali lagi aku terjaga bila aku terasa tanga ku yang diletak kat riba suami disentuh siap ada suara “Aku tak marah kau Ayda” dia sebut nama aku gais… Terus aku bangun, tak boleh tidur lagi. Waktu pun dah pukul 3lebih. Aku terus kejutkan suami, minta dia sambung perjalanan.", "Aku dah tak sanggup nak hadap lagi kena kacau. Mujur makhluk tu tak kacau anak aku… Jalan dah jauh dari stesen minyak tu, barulah aku buka mulut… “Keras stesen minyak tu bang”. Sampai je rumah mak mentua (kami memang menetap rumah mak mentua:) selesai bersihkan badan dan solat. Barulah aku cerita kan kat suami apa yang terjadi….." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/honeymoon-berhantu/
Honeymoon berhantu
[ "Hai semua.. kisah yang aku nak share ni , mungkin dah ade orang yang share. Cuma tak tahu lah sama ada tempat yang sama ataupun yang berbeza.\nKisah ni berlaku pada tahun 2019. Masa tu aku baru lepas kahwin. Abang aku bagi hadiah kahwin aku ialah percutian di port dickson selama 3 hari 2 malam.", "Ringkas cerita, lepas je majlis sanding aku, aku terus gerak ke port dickson kira-kira dalam pukul 12 pagi. Yelah habis majlis dah pukul berapa pulak. Nak siap2 lagi semua. Hotel yang abang aku tempah dari luar memang agak kelihatan mewah. Lobi yang cantik. Hotel yang besar. Permandangan dari kolam berhadapan laut pon sangat cantik. Kira perfect lah.", "Aku ngam2 sampai hotel tu pukul 1 pagi. Siap daftar semuaa lepastu terus naik bilik. Masa malam tu masuk bilik, aku tak perasan ape-ape sangat. Yelah dah penat gila kan. Lepas mandi semua terus tidur. Suami aku memang dah tidur lena dah. Aku je macam tidur2 ayam. Serba tak kena. Tapi paksa tidur jugaklah sampai pagi sebab letih sangat.", "Siang tu takde ape sangat yang berlaku. Kitaorang pergi jalan macam biasa lah sekitar port dickson. Malam tu pukul 9 malam. Aku lepak bilik je dengan suami aku. Sampai pukul 11 malam, suami aku dah mengantuk nak tidur. Aku pon okey jelah. Aku tak mengantuk lagi. Aku suruh dia tidur dulu. Sambil2 main telefon, aku dengar bunyi kerusi / meja kene seret kat tingkat atas. Aku fikir mungkin pekerja hotel tu tengah bersihkan bilik kot ade orang nak masuk.", "Tapi bila tengok jam kat telefon dah pukul 12 pagi. Siapa pulak yang nak bersihkan bilik pukul 12 pagi kan? Aku husnuzon je lagi. Selang berapa minit lepas tu. Aku dengar bunyi ketukan kat bilik atas. Selang seli dengan bunyi orang tarik meja dan kerusi. Aku dah tak sedap hati dahlah. Aku basuh kaki, cuci muka. Terus tidur. Tapi tidur2 ayam lah.", "Sebab rasa seram sejuk, dan rasa ada orang perhatikan aku je. Aku sambung main telefon, sampai pukul 3 pagi. Dah mengantuk, aku nak tidur lah. Aku baru nak lelap mata, aku dengar bunyi barang jatuh dekat pintu. Aku ingatkan barang aku yang jatuh.", "Sekali aku tengok macam ada lembaga hitam dekat pintu. Aku punye gelabah. Aku kejut suami aku. Tapi suami aku tak bangun2. Dia punye tidur tu lena betul, gerak2 kan dia pon tak nak bangun. Aku gagahkan diri baca lah al fatihah, ayatul qursi dan tiga qul.", "Lepastu hembus kat tangan dan sapu satu badan. Aku jerit kekuat “Allahhuakhbar!!”. Pap ! Macam ada orang hempas pintu. Tapi bukan dari bilik aku lah. Tak pasti bilik atas atau bilik lain. Bunyi kat bilik atas pon terus hilang. Aku tengok jam pukul 4 pagi. Aku sambung tidur sampai jam bunyi pukul 6.30 pagi.", "Selesai solat subuh semua. Aku turun sarapan dengan suami aku. Aku cakap kat dia. Tak dengar ape2 ke semalam? Aku kejut dia pon tak sedar. Dia kata tak dengar ape pon. Memang lena lah semalam. Tak rasa pon aku dok kejut2 dia semalam. Aku diam jelah. Lepas checkout semua. Dalam kereta barulah aku cerita ape yang jadi. Terkejut suami aku dengar.", "Tapi dalam masa yang sama , mungkin dia kata aku yang rasa semua tu sebab dulu aku pernah kene sihir. Mungkin dah ade “tapak” dalam badan tu senang makhluk halus ni nak dekat. Aku rasa itu memang pertama dan terakhir kali aku menginap kat situ.", "Tak kisah lah hotel tu 4 bintang ke ape ke. Cantik ke ape ke. Kalau banyak “benda” tak guna jugak. Banyak jugak hotel kat pd yang aku checkin ade kisah2 pelik ni. Tapi yang satu ni jelah aku rasa paling teruk aku kena. Harap hotel tu dah okey lah sekarang. Lalu depan hotel tu pon, aku masih rasa seram sejuk lagi." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/deria-ke-enam-aku-dan-penjaga/
Deria Ke Enam (Aku Dan Penjaga)
[ "Penjaga (2010) cherating.", "Assalammualaikum Admin FS…\nTerima Kasih atas kesudian menerima cerita saya… Nama Pena saya ‘QueenSheera’.", "Banyak kisah mistik yang boleh saya kongsikan sebenarnya, sebab saya ada kelebihan sedikit… wallahualam… iaitu\nDeria Ke Enam Atau Indigo, sejak dari saya kecil lagi…", "Saya sebenarnya tak tahu nak mula dari mana tapi kalau ikutkan saya sendiri tak tahu yang saya ni ada yang menjaga.. sebenarnya banyak kali dah benda2 pelik terjadi pada saya.. tapi saya buat tak tahu sahaja…bukan tak percaya cuma malas nak fikir nanti sendiri jadi takut.. kisah penjaga saya ni bermula dari saya kecik dulu.. seingat saya saya ni hanya ada ‘imaginery friend’ je…seperti apa yang arwah mama saya cakap lah, saya ni selalu sendirian sahaja, tapi macam ada kawan yang sentiasa temankan saya, semasa bermain2 dan sentiasa kelihatan seperti sedang berborak2 dengan seseorang.. (AlFatihah Mama)", "Masa saya kecik2 dulu, saya suka panjat pokok rambutan sebab pokok tu macam, tidak lah tinggi sangat dia macam terbantut la, jadi tidak lah tinggi sangat kalau saya panjat pun.. saya selalu je main2 dekat situ.. hinggalah satu hari dahan yang saya pijak tu patah…", "Selepas itu saya macam ‘blackout’.. tak ingat apa dah.. rasa macam kaki atau bahu saya patah .. sebab memang sakit sangat masa sebelum saya pengsan tu .. memang jelas, ingatan saya ketika itu… tapi, bila saya sedar, saya dah berada dalam rumah…dan tidak tercedera hanya luka2 je.. masa tu saya kecik lagi kan, jadi memang macam terpinga2 je la.. tapi saya biar je la tak nak fikir.. dan pelbagai lagi pengalaman2 yg hampir meragut nyawa saya.. kalau nak cerita kali ni, macam banyak la pula.. sebab saya ni boleh di ketegorikan sebagai budak lasak..", "Dalam banyak2 pengalaman saya, saya paling ingat pada tahun 2010.. masa tu saya ada masalah dengan suami, jadi kami berjarak la.. saya selalunya kalau bos suruh saya outstation saya memang setuju je.. sebab itu je lah masa dan peluang untuk berjarak dengan suami .. ‘outstation’ saya, selalunya memang lama, berbulan lah..", "Jadinya, pada satu hari saya kene posting ke terengganu.. saya ni, kalau ‘long distance’ memang suka menggunakan laluan kampung atau jalan kampung, sebab nak membeli kat tepi2 jalan tu.. kami bertiga la masa tu.. driver, pegawai saya dan saya…entah macam mana, sedang pemandu kami memandu tu, macam ada sesuatu melintas mcm seekor anak b**i hutan.. jadi dia pun terpaksa la tekan ‘break emergency’ sebab nak elak kan dari terlanggar anak b**i tu.. tapi, Allah nak uji juga kami pada masa tu.. kereta yang kami naiki tu tak dapat dikawal oleh pemandu selepas cuba untuk mengelak anak b**i tu… sebab, jalan raya tu licin, sebab baru sahaja lepas hujan…", "Makanya, berpusing2 la kereta yang dipandu tu akibat ‘break emergency’ tu… dan kenderaan kami ketika itu, termasuk separuh kedalam longkang atau parit besar tepi jalan tu.. seingat saya kami semua pengsan kat dalam tu.. (Alhamdulillah tidak la ada kecederaan parah)…\nTAPI yang menjadi pelik nya masa kami sedar kami bertiga dah ada dekat luar kenderaan kami, dan kami tak tahu berapa lama dah kami terbaring dekat tepi jalan tu.. tahu2 je kami disedarkan dan dalam perjalanan ke hospital.. dan kenderaan yg kami naik tu, seperti yang pegawai yang merawat saya tu kata.. terbakar sikit kt belah tank minyak tu tapi, pihak bomba sempat sampai masa tu dan berjaya memadamkan api, kalau tidak, kemungkinan akan meletup dan kami akan terperangkap dan kemungkinan untuk selamat amatlah tipis, wallahualam…", "Saya masih mamai2 masa ambulance angkat kami tu.. tak terfikir apa pun masa tu cuma rasa bersyukur sebab selamat .. tapi badan sakit2 masa tu… Allah je tau…", "Jadi malam masa kami dekat ward tu pegawai saya dan driver ada lah bertanya melalui SMS di telefon bimbit saya, dan bertanya kepada saya..", "” Puan, puan ingat tak masa kita dah pusing2 tu kita semua masih dalan kereta kan? Saya pun dengan pening2 kepala tu pun baru terfikir.. haah la betul jugak.. kami semua masih dalam kenderaan tu…", "Sebab seingat saya, saya macam ada terdengar pegawai dalam ambulance tu, bercakap sesama mereka .. ” nasib baik sempat dorang keluar kalau tak terbakar dah” tapi mereka pun macam pelik sebab, masa tu kami memang tak sedar apa lah, pengsan.. mereka pelik macam mana kami boleh ada dekat luar kereta dan dibaringkan sebelah menyebelah tersusun elok je.. sebab kawasan yang kami kemalangan itu, memang jarang ada kenderaan lalu lalang dan masa kejadian pun dah hampir tengah malam…\njadi saya pun beritahu pemandu dan pegawai saya tu, “tak apa lah, kita ucap syukur je la sebab dah selamat”…", "Padahal saya masa tu dah seram sejuk dah.. tapi saya cuba sedapkan hati lah kata mungkin ada orang awam yang bantu (unsung hero) ..", "***tapi lupa nak beritahu, dari tempat kejadian kemalangan tu, sampai la ke dalam ambulance dan terus menerus hingga ke wad saya ditempatkan tu, ada satu bau wangi yang sentiasa ada dengan saya… tapi saya abaikan sebab fikir mungkin bau minyak wangi yang dipakai oleh pegawai2 kesihatan tu melekat pada saya…", "Tapi, jujur saya cakap, saya memang tak boleh lena malam tu kat wad.. dan bau itu memang ada dengan saya, bau nya kuat sangat seolah ada betul-betul dekatkat sebelah saya… dan yang paling pelik saya macam pernah bau wangian itu tapi kadang2 je la sejak dari saya kecik dah jarang2 bau .. tapi masa kejadian tu saya terbau semula wangian tersebut dan saya memang tak terfikir apa2 pun ketika itu.", "Jadi, dalam usaha, untuk saya melelapkan mata, saya berzikir dan membaca surah2 yang saya amalkan setiap malam sebelum tidur, dan… sedang saya melayan mata untuk lelap, tiba2 saya dengar ada suara berbisik dekat telinga saya, ” Alhamdulillah”… Saya tersentak, dan terus tersedar dari mamai2 nak tidur tu.. dalam samar2 saya nampak ada lelaki berjubah putih dan berkopiah hijau berlalu pergi dan keluar dari pintu ward…", "Malam tu juga saya mimpikan sahabat saya masa kecil tu seorang lelaki dan seorang perempuan berpakaian macam orang dulu2, dan berpesan kepada saya… ” jangan tinggalkan solat, habiskan bacaan Quran yang tertinggal bila dah sihat nanti.. Inshaallah kami akan menjaga awak dari jauh dengan Izin Allah swt….”", "Masa saya menaip ni pun, meremang bulu tengkuk dah ni… sampai sekarang pun ada kala bila saya membaca AlQuran, seperti ada yang menemani dan membetulkan bacaan saya dari hati… wallahualam…", "Inshaallah kalau lepas cerita yang ini, saya akan kongsi lagi pelbagai cerita mistik yang pernah dan sedang saya alami…", "Terima Kasih Semua…." ]
[ "Alhamdulillah…puan..bersyukur dpt juga kwn dari alam sebelah yg menjadi sahabat puan…dari kalangan makhluk Allah yg baik…tak mcm akak ni…dpt kwn yg suka ambil kesempatan..bekas suami pulak tinggalkan akak dgn hutang hampir 100 ribu…hingga sekarang akak msh stress dan down SGT2.", "Peneman yang bawa kebaikan walaupun meremang sebab kita tak nampak dia kan.", "alhamdulillah..subhanAllah..semoga awak terus sentiasa dlm lindungan Allah..misteri juga kalau tetiba dah keluar dr kereta..klu nk kata org yg tlg..mesti dia tunggu smpai ambulans dtg..n sape pulak yg call ambulans kan klu dah tiga2 pengsan..musykil2..hanya dgn izin dan kuasa Allah jealah semua tu berlaku." ]
https://fiksyenshasha.com/pika-horror-psiko/
PIKA ( HORROR PSIKO)
[ "DALAM SEBUAH RUMAH…", "“ANAK siapa ni?” Ayu menyoal pabila terbuka sahaja pintu. Inda kelam-kabut naik sambil menghulurkan bayi kecil dalam dukungan untuk Ayu memegangnya. Ayu tetap mengambilnya walau terpinga-pinga.", "Setelah daun pintu dirapatkan. Selak ditarik atas bawah. Inda berpaling lalu mengarahkan Ayu menyedia barang-barang pemujaan. Dan bayi dalam dukungan Ayu dengan segera Inda angkatnya.", "“Anak siapa tu, bu Inda?” Ayu masih tidak berpuas hati. Inda mendongak lalu menatap tajam. Ayu menelan air liur. Kecut perut juga menentang mata galak itu.", "“Kau sediakan saja barang-barang yang aku minta. Nanti saja aku cerita. ”", "Ayu masih tercegat biar pun Inda dah bergerak. Inda berhenti dan berpaling belakang semula.", "“Yang kau masih berdiri tu dah kenapa? Cepatlah. Bulan di luar sedang elok mengambang. Ini bayi istimewa!” Bentakkan Inda menyedarkan Ayu dengan segera gadis remaja itu berlari ke arah dapur.", "“KAU kena ingat, jangan pernah sekalipun kau langgar ia. Dia bukan seperti manusia lain,” ujar Inda lalu mengoyakkan senyum manisnya. Pun begitu, wanita jelita bersanggul itu tetap menakutkan jiwa semua yang melihatnya.", "Sophia terangguk-angguk memahami. Sang suami di sebelah juga ikut sama mengangguk. “Ayu, cepat bawakan budak itu!” arah Inda sambil mengerling beberapa keping not ungu yang sedang suami Sophia kirakan itu.", "“Bu Inda..” panggil satu suara halus. Kesemua yang ada dalam bilik sederhana luas itu berpaling ke arah suara tersebut.", "“Pika, mari duduk sini,” panggil Inda langsung menarik tangan kanak-kanak yang berkemungkinan dalam usia enam tahun. Sophia dan Sufi saling berpandangan tatkala Pika merenung mereka dengan satu pandangan yang cukup tajam.", "Sempat juga Sophia memerhati keadaan fizikal anak itu. Dari pemerhatian Sophia, Pika memang cantik orangnya bermata helang dan ulas bibirnya sangat cantik terbentuk. Cuma rautnya sahaja agak tegas.", "Inda merendahkan sedikit wajahnya agar sama paras dengan telinga Pika.” Kau jangan buat hal dengan keluarga ini pula. Kalau aku dapat tahu nahas kau aku kerjakan,” ujar Inda lalu kembali mengangkat kepalanya dan tersenyum manis pada Sophia.", "Pika mengebam bibir dengan sekuat yang mungkin sambil kerlingan matanya masih lagi tertancap pada wajah ayu Sophia bakal ibu angkatnya yang paling baru.", "“Pika, pergi ke keluarga mu yang baru,” ujar Inda menolak tubuh anak kecil itu supaya bangun. Pika kelihatan janggal dan agak berjaga-jaga. Pika yang telah didesak juga dipaksa tersenyum tawar sambil mencapai huluran tangan Sophia.", "Sufi juga tersenyum perlahan-lahan dia menghulurkan sampul ke tangan Inda. Inda telah sedar akan gerakan tangan Sufi dengan pantas dia mengambilnya.", "“Pika, ini mama.. Dan ini papa. Pika jangan takut ya. Nanti kat rumah mama nanti Pika ada banyak mainan,” ujar Sophia sambil menyelit rambut yang berjuntaian di dahi Pika ke belakang telinga.", "Pika memejamkan matanya saat Sophia memeluknya dengan erat. Entah kenapa dia bagaikan terasa rapat dengan wanita berambut paras bahu itu. Sufi sekadar tersenyum pada Pika. Pika juga membalasnya.", "“Akhirnya Pika berambus juga dari sini ya ibu,” ujar Ayu sambil tersenyum mengejek melihat Pika dibawa pergi. Pika tetap memandang ke arah Inda dan Ayu dengan tunakkan mata yang tajam.", "“Ya, tapi Ayu. Pika tetap akan kembali pada kita. Dia tidak boleh berjauhan dengan aku,” kata Inda tersenyum senget. Ayu yang baru teringat terus terangguk-angguk mengiyakan.", "Inda terus memejamkan matanya lalu bibir pula bergumam sesuatu. Makin lama makin jelas dan gumaman tersebut berupa mantera.", "Pika kini telah pun berada di dalam kereta mewah milik Sufi. Sedang dia ralit merenung bangunan yang tinggi-tinggi tiba-tiba tangan laju memekup telinganya seraya tergeleng-geleng.", "“Pika? Pika kenapa ni? Pika.. Abang berhenti sekejap. Pika..”", "“Ha, kenapa dengan Pika?” soal Sufi sedikit terkejut dan pemanduannya juga agak kelam-kabut. Stereng dia pusingkan ke sebelah kanan jalan yang berdekatan dengan pondok hentian bas mini.", "“Pika..” panggil Sophia juga Sufi serentak. Pika dari tertunduk kini mendongak dan mata pula terkelip-kelip kebingungan. Lama dia menatap pandangan Sophia dan Sufi.", "“Pika sayang kenapa ni? Pika ok tak ni? Atau Pika rasa tak selesa?” soal Sophia bertubi. Membuatkan Pika semakin celaru. Laju dia menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan Pika ukirkan senyuman pada Sophia dan Sufi.", "“Mama… Pika lapar…”", "Sophia dan Sufi terus tersenyum. Sufi kembali memandu keluar memandangkan enjin masih lagi hidup. “Pika, papa dengan mama memang nak bawa Pika makan. Beli baju Pika…” terang Sufi melawan renungan Pika. Sophia disebelah juga tersenyum. Hatinya semakin berasa bahagia dengan kehadiran Pika.", "” PIKA… Bangun…” seru satu suara yang tidak tahu dari mana datangnya. Pika terus terjegil matanya dan terbangun dengan badan ditegakkan.", "“Aku kan sudah bagi amaran pada kau tempohari kenapa kau buat juga? Jangan kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ini biarpun telah berbulan kau berjauhan dari aku,” ujar suara yang mirip dengan suara Inda itu lagi.", "Kata-katanya juga berbaur ancaman..", "“Kalau Sophia tak telefon bagitahu pun.. Aku sememangnya telah tahu. Kenapa kau buat lagi, Pika?” soal suara itu lagi. Pika masih lagi memandang tepat ke arah pintu. Mata helangnya dicerlungkan.", "“Jawablah!” tegas suara itu lagi. Pika juga agak terkejut. Langsung dia menoleh ke bahagian meja solek dan mata terpusat di permukaan cermin. Ibu Inda ada di dalam cermin dengan wajah garangnya.", "“Kau dengan aku tak perlulah nak berlakon jadi budak kecil sangat. Aku tanya ni, jawablah. Apa yang dah kau lakukan sampai mama angkat kau cari aku? Kau b***h siapa pula kali ini. Kau ni kenapa hah? Langsung tak mahu nak bersyukur. Ikutkan aku, aku tak mahu dan takkan jual kau pada mana-mana keluarga lagi. Biar kau terperuk di bilik kau itu!” ancam Inda.", "Pika mengigit pinggir pula lalu dengan sepintas lalu, dia kembali teringatkan keadaan bilik rahsia Inda. Bilik seksaan buat Pika bukan bilik tidur.", "Pika membisu dahulu biar wanita tua itu menoktahkan hujahnya dahulu dan pada masa itu barulah Pika membuka mulut untuk bersuara.", "“Ibu sudah habis bercakap?” Tenang Pika bersuara.", "”Kau jangan cuba sindir aku!” tukas Inda makin geram dengan sikap anak kecil itu. Semakin berani dia kini!", "“Budak tu ejek Pika. Takkan Pika nak jadi patung saja. Redha saja apa orang nak buat pada Pika, begitu?” Pika juga menegakkan apa yang sepatutnya ditegakkan.", "Pika tidak boleh diam sahaja apabila dirinya ditohmah dan dicaci kerana dia bukan Pika yang dulu. Perlahan-lahan dia menarik keluar pisau lipat dari dalam sarung bantalnya.", "Sambil dia cuba membuka pisau lipat yang kini telah pun berada ditangan. Pika kembali teringat semasa dirinya telah dikepung..", "Pika bukan saja dijatuhkan malah tangan-tangan miang budak tidak guna serta geng nya itu telah membuat sesuatu yang tidak senonoh padanya.", "“Ibu apa tahu? Ibu, Pika dicabuli ibu tahu tak?” tekan Pika juga bengang dengan amarah tanpa sebab wanita bersanggul itu. Selimut kian dicengkam setelah pisau diletakkan sekejap atas tilam sambil mata pula tajam menyelinap.", "“Huh, cabuli apa? Kamu cantik? Siapa? Lelaki mana yang hadap muka kamu tu? Dasar anak bajingan sudahlah cacat lagi mahu perasan!” cemuh Inda makin merengsakan jiwa Pika.", "Spontan Pika mengambil semula pisau lipat dari atas tilam lalu digenggam dengan kejap. Namun pisau tersebut terlepas dan melayang ke arah dinding sebelum menghempasnya.", "“Berani kau ya nak b***h aku! Apa? Kau fikir kau tu siapa,hah? Jangan kau ingat keluarga ini sayangkan kau aku tak boleh bawa kau semula ke bilik! Kau belum kenal aku, Pika. Kau belum cukup-cukup kenal aku!” selanya dan terus berkumat-kamit mulutnya.", "“Sakit, berhenti.. Aku sakit aku sakit. Argh, sakitnya tolonglah berhenti!” teriak Pika terus memekup telinganya dan menggelengkan kepalanya.", "Amarah Inda telah menutupi rasa sedihnya. Mulutnya terus berkumat-kamit. Inda sebenarnya masih lagi berada di rumah yang terletak hujung kampung.", "Yang datang menganggu Pika itu hanyalah khadamnya semata. Inda mahu mengajar anak kecil itu supaya jangan suka mencabar orang yang lebih tua darinya.", "Sophia masih lagi melekapkan telinganya ke dinding. Setiap butir bicara anak gadis itu telah dia dengari sambil bibir dikebam. Siapa sebenarnya Pika ini?", "Sophia telah dikejutkan dengan jeritan Pika yang tidak semena-mena itu. Tanpa mahu membuang masa lagi, Sophia terus membuka pintu.", "“Pika..” panggil Sophia setelah pintu dia bukakan dengan jelas. Pika berpaling ke arahnya. Namun senyuman dari Sophia tidak dia hiraukan.", "Biar pun galau mengetuk jiwa, Sophia tetap melangkah dengan yakin untuk mendekati katil di mana Pika duduk itu. Pika tetap merenungnya dengan tajam dan Sophia sedar akan tingkah gadis kecil beranak mata hijau zamrud itu.", "“Pika, tadi mama nak masuk bilik mama tapi mama terdengar Pika menjerit. Kenapa ya dengan anak mama ini?” Sophia menyoal dengan wajah tenang.", "Dia tidak boleh tunjukkan sangat rasa gementar apatah lagi saat dia teringatkan peristiwa semalam. Sophia juga tahu Pika masih marahkannya kerana telah melaporkan pada Inda.", "Sophia tiada niat lain. Dia terpaksa kerana dia khuatir perkara yang sama bakal berulang lagi. Sudahlah tadi dia telah dikejutkan dengan mayat kucing terbelah perut dan usus pula dijadikan rantai pagar rumahnya.", "Sophia tahu kerana dia telah nampak. Bukan Sophia tak mahu bagitahu pada suaminya tentang perilaku pelik Pika. Sophia jadi tidak sampai hati kerana suaminya itu benar-benar sayangkan Pika.", "Sophia terpaksa mengambil keputusan untuk menjalankan siasatan secara sembunyi. Dan orang pertama yang terlintas dibenak Sophia adalah Inda.", "Lagipun anak kecil ini ada dalam rumah ini atas satu perjanjian rahsia tanpa diketahui oleh suaminya, Sufi. Perjanjian yang melibatkan kepercayaan.", "“Tak apalah, kalau Pika tak mahu ceritakan pada mama. Mama keluar dulu ya sayang,” ujar Sophia dengan lembut. Dia tahu Pika masih lagi marah padanya biarpun anak kecil itu tidak beritahu namun aksinya sudah cukup untuk Sophia taakul.", "Sebelum menapak ke arah pintu, Sophia sempat juga cuba mengesan sesuatu benda yang ganjil dan dia tidak menyedari dalam cermin ada sepasang mata merah sedang merenungnya diketika itu.", "Spontan Sophia berpaling lalu mata tepat terhala pada cermin. Sophia terus memekup mulutnya. Berderau darahnya kini apatah lagi saat matanya terkerling senyuman yang terukir di wajah Pika sedangkan tadi wajah itu teramat masam.", "Sophia mengecilkan matanya dan cuba meneliti kembali. Benarkah apa yang sedang dia lihat itu? Kelihatan ada satu bayangan hitam bertubuh seorang perempuan dengan kebaya.", "“Mama.. Mama takut apa tu?” soal Pika secara tiba-tiba perlahan-lahan dia dongakkan kepalanya dan bergerak ke sebelah kanan. Sophia tergamam melihat tampang wajah Pika.", "“ABANG, macamana ni bang? Mana Pika pergi?” soal Sophia semakin gundah dengan mata yang melilau melihat sepanjang jalan. Mujurlah kereta memang perlahan pergerakkannya.", "“Dia macam dah tahu kita nak cari dia,” ujar Sufy lalu mendapat anggukan dari Sophia. Sophia mengigit kuku, tabiatnya apabila dilanda masalah. Airmata telah kering namun bakal keluar lagi.", "“Abang, berhenti bang. Berhenti. Sophia nampak Pika kat lorong kecil itu. Cepat undur balik dan cuba masuk,” arah Sophia dengan gapah sekali. Tangan juga ikut sama bergerak tidak tentu-hala.", "Dengan kelajuan yang pantas kereta mereka kini akan memasuki ke dalam lorong yang berapitan dengan lalang yang meninggi. Sufy terus menyalakan lampu tinggi.", "Sehingga malam mereka mencari namun tidak ketemu lagi dengan Pika. “Mana kamu ni nak? Baliklah nak…” rayu Sophia sambil memerhati keadaan tepinya yang diselaputi kegelapan.", "“Eh, itu macam ada rumah bang”\n“Aha, pelik pula abang Pia. Ada rumah dalam kawasan gelap dan sunyi begini,” tegur Sufy lalu memperlahankan kenderaan sebelum berhenti di bawah sebuah pohon rendang.", "Sophia dan Sufy turun dari kereta sama-sama. Keluar sahaja, Sophia menikmati suasana gelap dan sepi itu dengan rasa keseraman. Apatah lagi ada rumah dikawasan hutan.", "“Abang telefon siapa tu?”\n“Polis mereka patut tahu..”\n“Tapi bang!”\n“Abang tak mahu bersubahat Sophia, titik!” tegas Sufy lalu menjawab panggilan.", "Setelah menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Sufy mengeluarkan pula lampu suluh mini. Sebelum dia arahkan Sophia agar mengikutinya dari belakang.", "Hembusan nafas malam yang membelai wajah itu tidak sedikit pun membuatkan Sophia merasa sejuk malah tambah berbahang tatkala mengenangkan dirinya telah ditipu bulat-bulat.", "“Mungkin ini silap kita juga kerana mengambil anak angkat dari cara yang terlarang. Dah tu pula, latarbelakangnya pun tidak kita ketahui atau mahu ambil tahu ” terang Sufy ralat.", "Sophia dengar bebelan suaminya itu, dia juga sedikit terkesan. Mungkin selama ini matanya telah dibutakan dengan rasa cemburu pada pasangan lain yang mempunyai anak, sehingga dia sanggup guna cara ini.", "“Kau ingat Sophia pada perjanjian itu… Aku boleh ambil semula anak itu tapi kau tahukan apa yang perlu kau lakukan?” soalan berbaur ancaman sekali lagi Inda provok pada Sophia.", "Memang benar, Sophia dan Sufy ambil Pika bukan setakat prosedur biasa atas kertas tetapi ada janji yang telah mereka meterai.", "“Pia, awak tunggu saja di sini…”\n“Eh, kenapa pula? Takkan awak nak masuk seorang? Apa-apa hal berlaku mana saya nak cari awak?” bantah Sophia agak meninggi sedikit suaranya.", "Beberapa ekor burung-burung yang sedang menginap atas dahan pokok berterbangan lari kerana terkejut. Sufi dengan pantas membuat isyarat diam dengan jari menutup bibirnya.", "Memandangkan jarak mereka dengan banglo seram tersebut tidak terlalu jauh. Ternyata memang Pika sudah masuk ke dalamnya. Terbukti dia bukan anak kecil biasa-biasa.", "Takkan ada budak yang berani masuk ke tempat gelap dan seram seorang diri tanpa peneman.", "“Awak tunggu sini sebab bila polis tiba nanti awak boleh ikut mereka sekali, dan kalau kita masuk serentak sebarang kemungkinan pastikan berlaku. Awak tahu apa yang ada di dalam sana, tak kan? Jadi, sebab itulah saya minta awak tunggu sini lagipun pihak polis memang dah dalam perjalanan. Nah awak ambil fonsel saya dan ini buat senjata,” arah Sufy.", "Mata Sophia agak membulat tatkala tunakkan mata terjatuh pada senjata yang sedang dia pegang sekarang. Sophia akui itu, memang Sufy juga bukan sembarangan orang.", "“Awak tolong hati-hati. Awak kalau boleh pujuklah Pika balik…” pinta Sophia agak sayu. Suara juga bergetaran. Sophia begitu berat hati mahu melepaskan Sufy pergi seorang diri walau dia tahu Sufy ada seni bela diri.", "Sophia juga kena akui, mereka kini bukan berdepan dengan benda yang nyata tetapi benda mistik juga. “Ya Allah tolong lindungi suamiku..” doanya dalam hati.", "Makin lama Sufy semakin hilang ditelan gelapnya malam. Sophia tetap berwaspada. Keliaran mata juga tidak berhenti dari bergerak ke sana dan ke sini.", "Angin berhembus lembut menyebabkan Sophia terpaksa menolak kembali rambut yang terjuntai ke dahi untuk kembali ke belakang. Sophia makin menggenggam erat kerambit apabila telinganya telah menangkap bunyi sesuatu. Dia tahu mungkin dia tak keseorangan apatah lagi anjing juga menyalak.", "Sufy sudah semakin dalam mengekori dan menjejak Pika. Sufy sebenarnya sudah lama tahu tentang Pika sedari hari pertama dia di ambil sebagai anak angkat. Dia juga tahu siapa Inda dan Ayu.", "Dia terpaksa menutup mulut serta hijabnya demi Sophia. Dan kerana itulah, Pika tidak betah berlama dalam rumah kerana ‘pagar’ yang telah Sufy pasangkan.", "Sufy juga di dalam diam membuat penyiasatan dan dia tahu Pika keluar malam mengikut pintu dapur. Sufy ekorinya sehingga anak kecil itu berhenti pada satu reban ayam.", "Apa yang paling membuatkan dia terkejut, Pika bukan sahaja telah m******h ayam-ayam tersebut dengan cara memulas tengkuknya malahan Pika sanggup memakan tanpa ia dimasak. Dan dari situ, Sufy pula menaruh rasa curiga pada Pika.", "Siapa Syafika sebenarnya?\nIlmu apa yang telah dia pelajari daam umur yang tidak sepatutnya. Atau adakah Pika mempunyai masalah mental atau dia seorang psikopat?", "Selain itu, Sufy juga pernah menuruti Pika yang nekad keluar seorang diri tengahmalam seperti waktu sekarang ini. Sufy terpaksa mengekorinya dengan basikal sehingga ke pekan.", "Apa yang mengejutkan Sufy, Pika benar-benar seorang perancang yang handal. Sufy kenali budak yang Pika ketemu dan dia merupakan pesaing Pika di kelas. Sophia juga sedar akan perkara tersebut. Pika tidak suka ada orang yang melebihi darinya.", "Sufy sedar yang dia sudah terlambat. Sepatutnya sudah lama dia bagitahu pada Sophia tentang Syafika. Sufy rela dimarahi dan dituduh macam-macam oleh Sophia. Sufy punyai bukti.", "Berbalik semula pada malam itu, Sufy benar-benar tak menyangka bahawa Pika adalah pembunuh yang pihak polis cari selama ini. Mereka juga tidak mengetahui bahawa pembunuh yang suka menghancurkan kepala lutut para mangsanya itu adalah seorang kanak-kanak perempuan!", "Di dalam semak, Sophia masih lagi berjaga-jaga dalam menanti ketibaan pasukan polis. Sophia terkesat-kesat airmatanya mengenangkan apa yang telah dia lakukan ini.", "“Abang, ampunkan Pia. Sepatutnya dah lama Pia bagitahu abang tentang keadaan mental Pika. Tapi Pia takut bang, Pia takut abang bencikan Pika dan abang mahu kembalikan dia pada Inda. Inda jahat bang!”", "“Pia tahu bang Pika… Pika yang lakukan pembunuhan-pembunuhan tersebut. Dan ini termasuklah, cikgu Dewi. Pihak sekolah juga sudah tahu tapi Pia yang sembunyikan kebenaran itu dari pengetahuan abang. Pia lakukan ini kerana Pia tak mahu kehilangan Pika..”", "“Pia juga telah menipu abang… Pia dan Inda, kami telah membuat satu perjanjian berdarah…”", "“Aduh!” aduh Sophia lalu mengigit bibirnya menahan rengsa ketika proses kelaran pergelangan tangan diantara dirinya dengan Inda. Semua itu dilakukan demi perjanjian mereka dengan azazil laknatullah!", "“Sekarang kau, aku juga Pika tidak akan berpisah. Dan jika ada diantara kita yang m**i atau sebaliknya perjanjian ini akan batal dengan sendirinya. Namun, jika perjanjian ini dengan sengaja mahu membatalkannya kau dan suami kau akan terima akibatnya. Aku tahu Pika tak macam kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, namun dia ada keistimewaan yang kita semua tiada..” ujar Inda. Hanya ada seperkara lagi yang masih dia sembunyikan dari pengetahuan Sophia.", "Pika telah banyak melakukan pembunuhan ketika dia tinggal dengan keluarga-keluarga angkatnya yang dahulu. Dan pada masa itu, modus operandi Pika hanya pada adik perempuan dan ibu angkatnya.", "Pika tidak akan sesekali mencelakakan abang, adik lelaki serta bapa angkatnya. Pika benci pada perempuan kerana sikap Inda dan Mas Ayu yang memperlakukannya tak ubah seperti haiwan.", "Pika tidak tinggal dengan mereka tetapi dia dikurung dalam sangkar bawah rumah. Kakinya berantai dan apabila ada kaum lelaki yang datang untuk berubat, Pika seringkali dijadikan mangsa pemuas nafsu serakah mereka dengan alasan untuk tujuan perubatan dan bukti keberkesanan segala jamu-jamu Inda.", "“Siapa?” soal Sophia mulai tidak sedap hati. Sudahlah dia ditinggalkan sendirian dalam semak. Mata walau sukar mahu melihat apa yang ada di tepi atau di depan kerana gelap, Sophia tetap memaksa diri.", "“Siapa? Tolong jangan main-main, apa yang awak mahukan dari saya?” soal Sophia cuba menegaskan suaranya. Lalu matanya seakan terlihat sesuatu, sesuatu yang semakin mahu mendekati semak tempat dia sedang bersembunyi itu.", "Sementara itu, Sufy semakin mendekati bilik yang Pika sedang tujui itu. Pika mengoyakkan senyum secara tiba-tiba. Langkah dia hentikan seketika lalu bergumam sesuatu.", "Pada pandangan Sufy itu adalah Pika namun perkara yang sebenar figura bertubuh budak kecil itu adalah Inda. Pika pula melencongkan perjalanannya kerana dia telah menghidu sesuatu. Wangian Sufy bapa angkat kesayangannya itu.", "Sufy harus berdepan juga dengan anak kecil itu. Anak kecil bermata helang itu amat merbahaya. Pika harus dibawakan ke hospital tekanan jiwa sebelum melarat.", "Pika perlahan-lahan memalingkan kepalanya. Bibir pula masih tersenyum menyeringai. Wajah keanak-anakan berubah seratus-peratus.", "“Kau?” soal Sufy benar-benar tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat itu. “Mana? Bukankah tadi Pika?” soalnya lagi tergeleng-geleng. Berundur setapak apabila dia melihat Inda yang menyeringai keseraman itu cuba mendekati dirinya.", "“Inda jangan kau ganggu dia!” herdik Pika yang hadir dari dalam gelap sambil tangannya memegang kapak. “Kau lepaskan papa aku, Inda. Ini antara aku dengan kau. Dah lama aku tunggu saat ini. Hahaha!” pekik Pika lagi tanpa rasa takut.", "“Pika, sudah tu nak,” pujuk Sufy mahu berdiplomasi dengan anak kecil itu. Pika yang berwajah dingin itu sekadar menggelengkan kepalanya.", "“Maafkan Pika, maafkan Pika”\n“Inda!!” tempik Pika tanpa sedikit pun rasa takut apatah lagi hormat dan dia terus berlari ke arah Inda.", "“Syafika berhenti!” arah pegawai polis tersebut. Pika masih lagi berdegil dan terus menetak tubuh terbelah dua Inda tanpa mahu mempedulikan arahan dari pihak berkuasa. D***h semakin membuak-buak keluar!", "Pang! Pang!", "Sophia dan Sufy saling berpelukan melihat keadaan anak kecil itu sedang tersenyum sendirian atas katil dalam bilik gelap itu.", "Pika telah di diagnosis mengalami schizophrenia and severe traumatic disorder yang menyebabkan dia bertindak nekad dengan melakukan pembunuhan.", "Pika boleh juga dipanggil sebagai psikopat kecil." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/kisah-lalu-yang-pilu/
Kisah Lalu Yang Pilu
[ "Cerita² yang nak aku sampaikan berlaku sekitar tahun 1995-2000. Kisah pertama, masa tu kami PJJ dengan ayah, dirumah ada aku, mak, adik lelaki aku namakan Badol, kakak tiri aku namakan Sya dan anak buah ayah, merangkap pengasuh aku namakan Kak Liza. Tapi tak lama, dalam setahun macam tu dia minta balik kampung, so tinggallah kami berempat.", "Ada 1 malam, masa Sya lepak depan rumah, Badol yang berusia 3 tahun keluar pintu depan, main² kat beranda rumah. Tengah dorang seronok ketawa terbahak-bahak, Badol selamba tegur, “Eh, siapa kakak atas pokok tu? Dia lambai² ajak kita main lah.” Auto semua senyap dan fokus dengan Badol. Sya pun kata,” Tengok kat mana? Macam mana rupa kakak tu?” Badol jawap, “Tuuuu atas pokok(pokok pisang dalam halaman rumah jiran depan), baju warna putih, rambut kembang panjang!” Member Sya lintang pukang lari masuk rumah, sampai kena marah ngan mak sebab bising².", "Part paling best, boleh² dorang tinggal je adik kat luar, masih lagi tengok² ‘akak’ atas pokok tu. Tak lama tu kak Liza keluar bawa air dalam botol mineral, simbah² kat pagar rumah pastu sapu sikit kat muka Badol sambil kumat kamit baca surah² pelindung(kak Liza ni orang nya tak pernah tinggal solat, rajin mengaji. Lepas dia tinggalkan kami, baru dak² syaitonirajim ni berani kacau². Yelah kat rumah dah takda siapa yang rajin solat dan mengaji, eh uppsss!) Aku kecil lagi, dalam darjah 2,mak aku mualaf, jadi banyak benda dia tak belajar lagi. Setakat bismillah dan al-fatihah tu boleh lah.", "Cerita kedua ni berlaku masa kami masih duduk rumah kuarters, rumah kami paling hujung, seingat aku ada dalam 9 buah rumah, rumah kami je single, yang lain tu double, eh 2 buah rumah yang kongsi 1 dinding tu, panggil apa eh? Kuarters tu didalam kawasan berpagar, setiap 1 rumah ada pegang kunci pagar dan siapa² yang keluar kena kunci pagar sebab taknak orang luar masuk, safety la. Pagar tu berhadapan rumah double yang ke 2 hujung sebelah kanan, rumah kami paling hujung sebelah kiri.", "1 maghrib tu, si Sya baru balik sekolah sesi petang. Dia memang macam tu, balik sekolah dating dulu, balik naik bas paling lewat, sebab tu maghrib baru sampai rumah. Ok sambung. Masa depan pagar, dia nampak Uncle Ben(bukan nama sebenar) tengah tunduk² macam mengemas bonet kereta. “Uncle Ben, tolong buka pagar.” Dia jerit² padahal jarak antara pagar dengan rumah Uncle Ben dalam 10 meter saja tapi dia tak dengar atau macam buat² tak dengar. Si Sya dah bengang, dia masuk dalam semak tepi pagar untuk sampai depan rumah kami. Masatu mak dan ayah keluar rumah, tinggal aku, Badol dan Kak Liza. Dah sampai betul² depan rumah, Sya pun jerit² panggil kak Liza. Tapi ambil masa lama gak baru dia g buka pintu. Rupanya baru siap solat. “OK², jap ambil kunci.” Dia pun turun rumah masih lagi bertelekung, berlari-lari g buka kunci pagar. ", "Masatu Sya perasan rumah Uncle Ben yg terang benderang tadi tu dah gelap gelita, skali Uncle Ben pun tak ada dah kat bawah rumahnya. Mulut takda insuran si Sya pun kata, “Eh, tadi terang sekarang dah gelap, orang panggil² buat² tak tahu pula.” Kak Liza pun tanya, “Ko cakap pasal apa ni?” “Uncle Ben lah, tadi aku panggil dia tapi tak respon pun. Mesti esok dia komplen kat mak pasal aku balik lewat lagi, aduhhh!” Muka kak Liza dah cuak, cepat² dia tarik tangan Sya naik ke rumah, masatu mulut takde insuran dia tak henti² membebel. “Cuba ko diam, tak pasal² nanti ‘dia’ ikut kita naik rumah.”", "Sampai atas kak Liza terus tolak si Sya masuk dalam rumah. Dengan tergesa-gesa dia ambil secawan air, baca² dan bawa ke luar, dapat dengar bunyi air disimbah ke bawah tangga sambil dia cakap macam ni, “Hah, jangan berani ko naik kalau taknak badan ko habis hangus. Kalini aku guna air, lain kali aku tabur muka ko ngan garam, baru ko rasa!” Sempat gak terdengar bunyi menangis sendu kat bawah tapi tak berani jenguk. Dah siap, kak Liza suruh Sya buka baju sekolah dia, campak kat luar rumah dan dia kena terus masuk mandi. Tak cakap banyak, dia akur dan ikut. Aku pulak terkulat-kulat depan tv, tau tapi pura² tak tau akan kejadian tu. Nasib baik si Badol yang masa tu umur setahun lebih dah tidur lena. ", "Esok nya baru kak Liza cerita, malam tu rupanya rumah kami je ada orang, rumah lain semua kosong sebab ada dinner (mak ayah aku pun join dinner tu), manakala Uncle Ben pulak pulang kampung urgent sebab orang tua nya sakit. Jadi siapa yang Sya panggil malam tu?Pastu ada benda ikut Sya masa Sya masuk semak dan benda tu try nak nait ke rumah, nasib baik kak Liza pandai, kalau tak, tak tau la nak jadi apa. Mesti korang fikir selepas tu Sya tak berani dah balik lewat kannnn…taidak sama skali! Dia langsung tak serik ok", "Kisah ni pulak mak aku yang ceritakan. Malam tu dia tak dapat tidur sebab ayah balik lewat dari jam biasa dia balik. Badol dah nyenyak tidur bilik sebelah, so mak aku lepak dalam bilik tidur aku, Sya dan kak Liza sebab bilik kami menghadap ke jalan luar. Boleh mak aku jenguk² dari tingkap kalau² ayah dah balik. Aku masa tu belum dapat tidur sebab pertama kali tidur berasingan dari mak ayah Mak aku balik² cakap suruh tidur tapi mata aku still taknak lelap. Tengah mak usap² rambut aku, kami terdengar bunyi orang menangis mendayu-dayu kat tangga bawah. Mak aku beri isyarat tutup mulut. Perlahan dia bergerak ke arah tingkap nak tengok siapa ada kat bawah. Terkejut mak aku sebab fikirkan manusia rupanya hantu kepala besar tanpa badan! Dia menangis sebab tak dapat naik ke rumah. Setiap kali dia cuba naik, jelas nampak asap yang keluar dari badannya sebab kpanasan. Kak Liza yang tersedar dari tidur terus menghampiri mak aku dan sama² tengok makhluk tu.", "Kak Liza bisik kat mak, kata dia dah ‘pagar’ rumah kami sebab semenjak 2 menjak masa tu banyak benda berkeliaran kawasan kuarters. Untuk langkah berjaga maka dia pagarkan keliling rumah. Kalau tak silap, masa tu juga orang Sarawak kecoh dengan hantu purdah. Bukan hantu tapi manusia yang menuntut ilmu hitam. Sasarannya adalah 99 orang gadis yang masih suci, kalau dapat tangkap, dia akan minum d***h gadis² suci ni untuk kekebalan ilmu. Masih ingat lagi, mak aku mohon cuti sekolah untuk Sya sebab nak bawa dia lari ke Kuching. Hantu purdah masa tu baru sampai ke Miri. Yang lucu nya, 2-3 hari selepas kami tiba di Kuching, heboh dengar cerita yang hantu purdah tu dah sampai Kuching. Terkocoh-kocoh lagi mak aku nak balik semula ke Miri", "Kisah ni pula jadi masa mak aku balik kerja. Kerja mak aku memang kena balik lewat, paling awal jam 11 malam dah ada kat rumah, tapi jarang sangat la, selalu jam 1 pagi baru mak aku ada. Mak ayah dah cerai, so mak kena la keluar kerja kan. Kami dah pindah dari rumah kuarters, pindah ke rumah yang ayah aku belikan, alaaa rumah masa Badol tengok akak lambai² atas pokok tu. Duduk situ dalam 7 tahun, janji nak bayarkan rumah sebab tak mampu bagi nafkah tiap² bulan tapi last² bank kasi lelong sebab ayah aku tak bayar 2 tahun (sedih sekejap terkenang kisah lama hihi). ", "Ok sambung. Jadi yg ada kat rumah, aku, Badol dan Sya. Sya tidur bilik dia sendiri. Aku dan Badol kongsi bilik ngan mak. Masa mak balik kami dah tidur, sedar² je hari dah siang dan mak dah ada kat sebelah. 1 malam tu, aku yg dah lena tidur terkejut sebab mak aku masuk bilik tergesa-gesa sambil hempas pintu dan baldi berisi air. Dalam mamai tu aku ingat lagi mak aku suruh aku tidur balik, tak tunggu lama aku pun tertidur semula.", "Kebetulan esok nya weekend, tak sekolah, jadi bangun lewat la. Mak dah awal bangun sebab siapkan sarapan pagi. Tanpa menunggu lama, aku lajukan langkah kaki ke dapur, ambil pinggan terus cedok nasi goreng, ambil cawan tuang air teh O, waahhhhSambil makan² tu aku pasang telinga je perbualan mak dan Sya. Cerita nya, semalam masa mak aku keluar kereta nak buka pagar, tiba² mak disapa oleh nenek tua berbaju serba hitam, tutup dari kepala sampai kaki. Yang pelik nya dia duduk tepi longkang depan rumah sambil memancing. Pelikkan bunyi nya? Dia cakap, “Nak, tak baik selalu balik lewat, lagi² jam macam ni(jam 1pagi), banyak benda tak elok berkeliaran. Aku selalu lalu sini dan aku tau ada saja benda nak mengacau kau. Tapi aku tak dapat selalu disini, kalini aku ada ‘jaga’ kau, lepas ni pandai² la kau jaga diri”. Lebih kurang macam tu la.", " Masalah nya, walaupun dia cakap macam tu, manusia mana yg berani kan? Walau ketakutan, mak aku boleh gi jawap nenek tu, “Eh, sibuk lah kau!” Dalam keadaan menggeletar nak buka kunci pagar, mak aku ternampak 1 sosok berjubah hitam(tapi tak sama macam nenek tua tu), macam hantu cerita Harry Potter(demento). Part ni aku gelak sakan tau, sampai kena jeling dengan mak aku Sosok tu melayang atas bumbung rumah, macam melompat pun iya juga. Tak fikir panjang, mak aku masuk kereta dan cabut kunci, kereta tinggal ja kat luar rumah, terus berlari ke pagar rumah. Part ni pun aku gelak sebab mak aku ni secure dia lain macam, sampai pagar pintu ada 2 mangga besar, kau rasa?", "Jadi bila dah jadi macam tu, payah la buka pagar, kunci asyik² jatuh sebab tangan dah bergegar. Nasib baik hantu tu tak datang dekat, elok je main lompat² atas bumbung, “Bum…bum…” Bila dh masuk rumah fikir kan dah selamat, rupanya ada lagi yang menunggu di tingkap dapur dan bilik mandi(diluar rumah tau, dia jengok² ke dalam rumah dengan mata putihnya terjojol keluar takda mata hitam)Sebab tula malam tu mak aku angkut skali baldi berisi air ke dalam bilik sebab tak berani lama² dalam bilik air. Sempat kencing ja, cuci muka semua dalam bilik. Tengah kencing tu pun dorang dok gelakkan mak aku, kuang aja! Kesian mak aku", "Next story, pasal rumah yang sama. 1 malam tu aku tinggal berseorangan, aku baru darjah [email protected] tahun. Si Badol umur 4 tahun, dah kena angkut oleh mak sedara, jaga kat rumah dia. Kalau dia malas tunggu aku balik sekolah, dia jalan terus tinggalkan aku sorang² dirumah(part ni bikin geram). Jadi bila dah selalu ditinggalkan, aku macam dah lali dengan gangguan dalam rumah tu. Korang bayangkan, kalau aku duduk kat ruang tamu, hantu² tu akan aktif kat dapur. Bunyi nya macam famili kau ada dalam rumah. Bunyi masak², pinggan berlaga sudu, orang cuci barang dalam singki, siap mandi² pun ada. ", "Jam 9 malam memang aku akan ke dapur, nak minum dan kencing dulu sebab nak masuk tidur. Auto hantu² tu semua senyap. Meremang jangan kata la, sebelum tu akan cakap perlahan, “Aku nak masuk dapur ni, jangan kacau aku tau sebab aku tak kacau kamu semua”. Kalau aku masuk bilik tidur, haaaa dorang berpesta pulak kat ruang tamu. Aku memang jenis tidur guna lampu meja, kalau biar lampu terbuka tak boleh tidur pula. Jadi dalam kegelapan, boleh nampak bayang² dorang berpeleseran di ruang tamu. Macam buat rumah sendiri! Bunyi ketawa, pasang tv dan budak² bermain berkejaran memang sangat jelas.", "Pertama kali aku dibiar keseorangan dirumah, memang aku nak pengsan menahan ketakutan. Pernah 1 malam tu, sebab dah tak sanggup dengar macam² bunyi tu, aku berlari keluar pergi ke rumah cousin mak aku. Pintu rumah aku tutup tanpa dikunci. Iya, ada saudara cuma kurang rapat, so mesti la segan. Sampai depan rumah dorang aku panggil “Aunty²”, agak lambat juga dia sedar nak bukakan pintu. Yelah, dah tengah malam mesti la dorang dah nyenyak tidur. Terkocoh-kocoh dia bukakan pagar nak bagi aku masuk. Aku minta izin nak guna telefon call mak aku. Mak aku pun terkejut kenapa kakak dia tinggalkan aku sorang² dirumah. Tak tunggu lama mak aku pecut balik. Ah, mesti korang tertanya mana si Sya. Sya dah lari ikut jantan, tak nak sekolah, menyusahkan mak je! Dahla kes cerai tak settle, dia pulak buat hal. Kalau perempuan lain, silap² boleh depresi dan g*la kalau berada ditempat mak aku. Dugaan datang bertimpa-timpa", "Out of topic kejap tadi, sorry semua. Cerita ni jadi malam terakhir kami di rumah tu(macam yg aku cerita kat atas, rumah kena lelong). Masa tu aku baru masuk tingkatan 2. Rumah dah kosong, tinggal 2 keping tilam yang nipis untuk alas tidur kami bertiga. Tidur pulak kat ruang tamu. Ruang tamu rumah tu ada 2 pintu keluar. Aku tidur menghadap pintu keluar beranda tengah. Beranda tengah ada ayunan, kalau ada orang duduk ayunan tu ada bunyi krek-krek sebab dah berkarat.", "Tengah syok aku dengan mak bercerita, tiba² bunyi buaian tu bergema kuat sampai dalam rumah. Yelah rumah dah kosong, kalau ada bunyi sikit pun macam bunyi kuat. Serentak kami berdua senyap. Mak beri isyarat tutup mata, maksud nya tidur sekarang. Aku cuba tutup mata tapi susah, mata aku asyik tertumpu pada bayangan ‘orang’ di luar rumah. Memang nampak buaian tu bergerak seperti ada orang yang sedang berbuai. Aku mula ketakutan, bergegar badan. Makin aku ketakutan dan cuba pejam mata, makin laju ‘dia’ berbuai. ", "Sampai satu tahap aku dapat rasakan dia melompat turun dari buaian dan menjenguk melalui tingkap yang ada dihadapan aku. Nak tercabut rasa jantung bila aku nampak ada lembaga hitam seperti asap ditingkap. Oh ya, langsir tingkap pun dah diturunkan so boleh bayangkanlah tingkap tu ‘open air’, kau boleh lihat aku, aku boleh lihat kau! Aku tutup muka dengan selimut sambil berabis baca surah alfatihah dan 3 qul. Surah qursi tak hafal lagiSampai la betul² tertidur.", "Lupa pula nak cerita yang satu ni dulu. Terjadi kat si Sya sebelum dia lari tinggalkan kami. Malam tu dia tidur lewat sebab bergayut dengan boifren dalam telefon diruang tamu. Dalam jam lebih kurang 11 malam, tiba² dia dengar bunyi pagar luar diseret. Cepat² dia tamatkan talian sebab fikir mak dah balik. Terus dia berlari masuk bilik. Dalam bilik dia tertunggu-tunggu bunyi mak buka pintu tapi tak ada. Lebih kurang 10 minit menunggu, dia jenguk ke ruang tamu. Sunyi. Dia pun pelik sebab memang jelas dia dengar bunyi pagar diseret seperti ada yang buka pagar. Perlahan dia buka pintu depan, memang sah pagar masih bertutup. ", "Tak lama lepas tu, kepala dia auto menoleh ke arah tingkap sebab ada orang berjalan diluar. Tak fikir panjang dia selak langsir nak tengok siapa yang ada kat luar. Takut² ada orang cuba pecah masuk rumah. Apa yang mengejutkan dia nampak ada budak perempuan sedang duduk dibuaian. Bergaun putih paras lutut, kepala tunduk melihat kakinya. Sya macam terpukau memerhatikan budak tu. Tak tau berapa lama memerhati, tiba² budak tu berhenti berbuai. Masa tu baru Sya kembali ke alam nyata. Berdegup laju jantung sebab dalam fikirannya takkan ada budak berani main rumah orang malam² buta. Sah² bukan anak manusia lah!", "Budak tu angkat kepala dengan laju tapi muka nya tak jelas, nampak gelap ja padahal lampu luar sangat terang. Kedua tangan nya didepa kehadapan, rupa macam orang nak mencekik, terus dia meluru ke arah Sya yang masih memerhati disebalik langsir tingkap. Menjerit Sya terus berlari masuk bilik tidur aku dan Badol. Sempat dia dengar bunyi tingkap dilanggar. Aku terkejut sebab dengar bunyi pintu dihempas. “Kau pahal?”, aku tanya Sya. “Eh, takda apalah. Tidur balik!”, jawap Sya. Malas nak layan Sya, aku pun tidur semula. ", "Tak lama tu dengar bunyi telefon berdering. Selepas kejadian mak aku kena tegur dengan nenek tu, dia dah tak berani keluar kereta sorang². Jadi kalau dia dah nak sampai rumah dia akan call suruh Sya bukakan pagar. Sempat juga Sya merengek taknak bukakan pagar. Nak tak nak dia kena juga keluar. Itu pun dia pastikan mak aku pun keluar dari kereta dulu, baru dia berani keluar rumah. Lepas tu takda la jadi apa², cuma Sya minta tidur sama malam tu, tak berani tidur sorang².", "Kisah 1 ni pula nak kata seram tak juga, tak seram tak juga. Cuma nak share untuk dijadikan pengajaran. Masa tu mak aku sakit tenat, kena ilmu hitam yang ayah hantarkan. Niat memang nak mak m**i Alhamdulillah mak aku selamat, Allah masih sayang. Tiap petang kami suka lepak² luar rumah. 1 petang, kami didatangi jiran yang prihatin. Dia terus terang cakap semua jiran kat situ selalu nampak ayah aku melimpas depan rumah kami cuma dia langsung tak singgah ke rumah. Dalam kereta sah² ada wanita lain bersamanya.", " Kadang² ada seorang budak kecil lelaki sebaya Badol pun ada bersama. Pernah jiran tu cuba tahan kereta ayah aku, nak ajak berbual. Tapi laju ja ayah aku pecut, sikit lagi nak melanggar jiran tu. Tapi mak nafikan sebab kalau betul, takkan kami tak nampak. Jiran tu kata ayah drive kereta kancil warna maroon. Lagilah mak aku tak percaya sebab kami cuma ada kereta proton wira earna coklat. Jiran tu pun kata, tak apa kalau tak percaya, dia cuma nak bagitau tu saja.", "Maksud nya ayah guna ilmu untuk butakan mata kami dari melihat dia. Tujuan dia 1, nak test ilmu. Pernah jiran sebelah rumah nampak dia panjat pagar rumah. Lepas dia habis buat sesuatu kat halaman rumah dia panjat balik pagar untuk keluar. Mula² tu jiran sebelah buat tahu saja. Tapi bila dah nampak sampai 3 kali, dia pun tegur la. Kenapa tak panggil ja budak² dalam rumah untuk bukakan pagar dan pintu, yelah kami sentiasa dalam rumah. Ayah tak jawap 1 patah pun, terus jalan. Ada 1 hari, tiba2 ayah muncul depan rumah, marah² lagi sebab lambat bukakan pagar. Kereta kancil dia sorokkan, buat² macam dia jalan kaki ke rumah naik bas. Berebut-rebut aku buka pagar masa tu. Mak aku tiap kali nampak muka ayah, mesti macam orang bod*h. Apa yang ayah cakap dia iya² kan, padahal duit belanja dah nak habis, beras tinggal sikit, hari² kami makan bubur saja. Pergi dapur dia buka tudung saji, bila tengok makanan tak ada, dia mengamuk kata macam ni ka layan suami, masak pun tidak. ", "Aku dan badol ketakutan terus masuk bilik. Mak aku meluru masuk dapur minta ampun tapi nak masak macam mana, mana duit untuk beli lauk. Boleh² ayah aku jawap, tu hanya alasan, yg pasti mak aku pemalas! Tak lama tu arwah abang mak aku datang melawat. Kebetulan dia dengar ayah aku tengah menjerit marah², tak tunggu lama dia lun masuk sebab nak bela mak aku. Mak aku berabis menahan abang nya dari menumbuk muka ayah. Lalu ayah pun pergi dengan meninggalkan kata² berbau ugutan. “Kau semua tunggu lah apa nasib kau semua lepas ni!”", "Semenjak tu arwah abang mak rajin jenguk kami dirumah. Entah kenapa 1 hari tu tiba² ayah muncul dengan wajah yang sugul. Kononnya dia nak minta maaf dan sedar kesilapan dan kononnya juga dia terkena sihir dengan wanita yg selalu bersamanya. Sebab tu dia hilang kewarasan. Dia ada beli banyak lauk dan buah-buahan dan mengajak arwah abang mak makan bersama. Selepas dari hari itu, abang mak dah jarang jenguk kami. Kalau datang pun sekadar untik menghambur perasaan bencinya terhadap kami. Kami dapat tahu arwah abang mak jadi macam tu sebab termakan pembenci yg ayah aku masukkan dalam makanannya. Buktinya 1 hari tu, abang mak ada dirumah sedang santai², tiba² ayah muncul dan bergaduh dengan mak. Abang mak masa tu langsung peduli, aku ingat lagi kata² nya, “Ah, nak berehat pun susah, aku pergi dulu lah!”. Padahal masa tu ayah tengah belasah mak. Lepas ja abang mak pergi, ayah pun berkata, “Padan muka kau. Lepas ni tak ada lagi yang akan tolong kau. Abang kau dah makan pembenci yg aku tabur dalam makanannya. Kau semua percaya bulat² kata² aku. Dasar dayak bod*h!”. Selepas puas membelasah mak, ayah pergi begitu sahaja.", "1 hari, mak aku berkenalan dengan jiran belakang rumah. Dia kata selama ni dia ada dengar kisah famili kami dan dia sangat kasihan. Jadi dia menawarkan pertolongan untuk bawa mak aku berubat. Tapi cara bomoh (syirik tau, pembaca semua jangan ikut dan percaya. Hanya Allah tempat kita bergantung!) Hari dan masa telah ditetapkan. Jiran tu aku panggil Anty Sila. Anty Sila bersama kedua ibubapanya datang ambil mak aku dirumah. Mak pesan dia akan balik lewat, jadi pastikan pintu dan pagar berkunci sebelum tidur. Keesokkan hari nya, bangun aku dari tidur, mak dah ada dirumah. Famili anty Sila pun ada skali, bersarapan sama². Aku berlari keluar bilik dan terus", "peluk mak aku. Sambil minum dan makan², aku pasang telinga cerita mak.", "Malam tu, malam yg sangat menyeramkan sebab bomoh perempuan tempat mak aku berubat tu, suaminya adalah hantu (iblis lah, apa lagi). Mak aku disuruh berkemban dan dibawa ke perigi dibelakang rumah. Sebelum dia bomoh tu mandikan mak aku dengan air bunga, dia pesan supaya apa pun terkadi mak aku dilarang buka mata. Benda belaan nya tak suka orang nampak muka dia. Masa mandi tu, mak dapat ada lidah yg sangat besar sedang menjilat- jilat belakang badan mak aku, skali dengan bunyi hembusan nafas yg sangat kuat. Mak yg ketakutan menjerit memanggil bomoh tu, bomoh tu suruh mak aku rileks, biarkan belaannya jalankan tugas. Lebih kurang 10 minit baru settle. ", "Mak aku kata lepas mandi dia dapat rasa aura yg lain macam, rasa lebih sihat dan badan jadi ringan. Bomoh tu bawa mak aku masuk ke bilik nya pula. Bau kemenyan memenuhi ruang bilik. Anty Sila serta ibubapanya disuruh tunggu diruang tamu. Kain basahan mak aku diganti dengan kain yg kering. Bomoh tu suruh mak aku baring dan berpesan lagi jangan buka mata sehingga dia sendiri yg membenarkan. Masa pejam mata tu mak dapat dengar mulut bomoh tu baca mantera. Yg lucu nya ada pulak guna bismillah dalam mantera nya. Dia mula tekan bahagian atas badan mak dengan piring yang telah diasapkan dengan kemenyan. Mula dari sebelah kiri, kemudian sebelah kanan. Kemudian beralih ke kaki pula. Makin lama mak rasa pelik sebab macam ada benda merayap kat seluruh badan mak tapi dia tak berani buka mata. ", "Beberapa lama selepas tu, bomoh tu suruh mak aku duduk pula. Dia mulakan langkah yang sama dibelakang mak. Terakhir adalah kepala. Masa ni lah mak aku dah geli geleman sebab ada benda merayap keluar dari rambut nya. Selesai bomoh tu suruh mak buka mata. Terkejutnya mak, rupanya ulat yg merayap keluar dari rambut mak. Sebab terlalu geli mak melompat-lompat, sikit lagi kain kemban nak tertanggal. Dalam banyak² ulat tu, ada seekor yang paling besar, besar nya tu muat dalam besen sayur. Sedaya upaya ulat tu cuba lari keluar dari bilik tu tapi bomoh tu lebih tangkas, dia berjaya menangkap ulat tu masuk dalam balang kaca.", "Macam tipu ja bunyi cerita ni, mak aku kata ulat tu pandai bercakap, cuma mak aku tak faham apa bahasa ulat tu guna. Dia berdialog dengan bomoh tu. Makin lama makin kuat ulat tu meronta nak lepaskan diri. Tak lama, bomoh tu bawa balang berisi ulat tu ke belakang rumahnya. Sekejap saja belakang rumah tu terang benderang sebab api marak membakar ulat tu. Yg mak aku pelik, lepas je bomoh berjaya tangkap ulat besar tu, ulat² lain yg banyak² tu lenyap! Selepas api yg marak tu padam, bomoh tu naik ke rumah dan arahkan mak pasang semula bajunya. Dah settle tu, dorang berlima duduk bersimpuh diruang tamu rumah bomoh. Bomoh tu kasi detail la kejadian tadi. Ulat² tu dihantar oleh orang yg hendakkan mak aku m**i. Tu ulat yg makan isi manusia dalam kubur.", " Ulat tu ditanam dalam tubuh badan mak aku dan nadikan isi serta d***h mak sebagai makanan. Sebab tu lah badan mak kurus sangat, muka cengkung. Kadang² aku dan Badol takut nak dekat dengan mak masa tu sebab muka mak macam kak ponti! Ulat tu akan tinggal dan membiak sehingga telur nya menetas, maka mak aku akan m**i! Kiranya mak bernasib baik sebab belum terlambat berjumpa dengan bomoh tu. Aku tak lah claim yg mak aku sihat hasil berubat dengan iblis, tapi begitu lah mak aku sembuh dan mula sedar keadaan sekeliling.", "Mak aku dah berani pertahankan diri dari dibelasah ayah. Sejak dah sihat tu barulah mak aku keluar bekerja dan kami jalani kehidupan normal balik. Kes cerai mak ayah aku makan masa dari aku darjah 3-6. Rumah yg kami duduk tu asalnya dibina atas tanah kubur zaman jepun. Penduduk situ kata mungkin ada tulang yg tertinggal sebab tu rumah tu seram. Menambahkan lagi seram bila ayah aku p tanam benda² syirik disekeliling rumah. Niat nya nak mak aku gila dan m**i sebab terkejut.", "Ok lah, setakat ni je cerita aku. Harap pembaca enjoi membaca dan jangan stress² ye. Cerita ni aku karang pun santai² je sebab tetiba teringat peristiwa lama. Yg baik ambil sebagai ikhtibar, yg tak baik tu datang dari aku sendiri, ampun dan maaf dipinta." ]
[ "Mantapp .. Kmk baca sampe abis .. Layap baca haha", "best cerita ktk… kat area nei umah ktk nok berpenunggu ya? ingn nak tauk sbb kmk d miri juak…", "apa cerita family awak skrg? ayh, mak, sya, awak.. sambung la", "apa punya bapak la bisik hati macam tu… kalau terjumpa waktu ni, tolong sepak sekali untuk aku…", "sedih lahhh .. kehidupan yang penuh dugaan tp berjaya diharungi .. cerita pun boleh tahan seram ..sambung lah lagiiii" ]
https://fiksyenshasha.com/portal/
Portal
[ "Terlihat seorang ibu muda termanggu di hadapan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan. Dia sepertinya tampak cemas, kadang berdiri sambil melontarkan pandangan sejauh mungkin kadang bermundar-mandir. Perasaannya tidak enak, anaknya yang menduduki darjah 2 tahun ini semakin lama semakin lewat pulang berbanding sebelumnya.", "Apabila ditanya, diberikan alasan bahwa rakannya mengajak untuk bermain seketika. Namun aneh, sementelah ditanya kepada rakan sekelasnya; tiada satu pun yang menemaninya bermain setelah tamat waktu persekolahan di sebelah petang tersebut. Walaubagaimanapun, ibu muda tersebut tetap berfikiran positif. Mungkin anaknya mempunyai kawan berlainan kelas.", "“Ibu!” Jerit seorang anak kecil yang berlari-lari anak.", "“Ismail! Lewat sungguh kamu pulang hari ini! Bukankah ibu sudah berpesan jangan sesekali bermain usai tamat waktu persekolahan?”", "“Tapi bu, kawan Mail tu.. Dia paksa-paksa Mail..”", "“Dimana kawanmu itu? Biar ibu nasihatkan dia,” kata ibu muda itu lagi sambil matanya meliar mencari susuk tubuh anak kecil.", "Anehnya, tiada. Sepertinya anaknya sahaja yang terakhir pulang.", "“Puan, boleh kita bercakap sebentar? Hanya kita berdua.” Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan wanita menegur ibu muda tersebut daripada belakang usai selesai menjaga laluan trafik.", "Ibu muda tersebut bersetuju. Setelah memimpin anaknya masuk ke dalam perut kereta, mereka berdua berbincang tidak jauh daripadanya.", "“Ibu, borak apa tadi? Macam penting je?” Tanya Ismail kehairanan setelah melihat raut wajah ibunya yang resah gelisah.", "“Tiada apa-apa Ismail. Pakai seat belt, kita bertolak sekarang,” ringkas jawab ibu muda tersebut lalu beredar daripada perkarangan sekolah.", "Hatinya benar gelisah setelah mendapat perkhabaran daripada pengawal keselamatan tersebut. Dia menduga-duga beberapa kemungkinan atas kejadian tersebut.", "“Abang, macam mana ni?” Panik ibu muda itu bertanya kepada suaminya. Anaknya meracau, berkali-kali menyebut mahu pulang.", "“Sabarlah. Sementara menunggu Ustaz Ali datang, kita tahan dia. Pegang tangannya, jangan sampai dia terlepas.”", "Ismail mula meracau selepas berjemaah bersama keluarganya. Pada mulanya, dia tampak normal hinggalah ke rukun terakhir solat, mengucapkan salam.", "“Assalamualaikum Warahmatullah..” Ismail memberi salam saat kepalanya menoleh ke kanan. Selesai, kepalanya berpaling ke kiri pula.", "“Assalamualaikum.. Kum.. Kum.. Kumm.. Hi.. Hihi.. Hihihihi..”", "“Astghafirullah! Ismail! Solat jangan dibuat senda gurau!” Bentak ayahnya menyangka Ismail bermain saat bersolat.", "“Bang! Lain macam ni! Inilah yang saya ceritakan tadi bang!” Panik ibu muda itu berkata-kata.", "Mana tidaknya, wajah Ismail tepat memandangnya dengan senyuman yang mengerikan. Matanya terbuntang bulat seolah-olah ingin melahap ibunya.", "“Awak call Ustaz Ali sekarang juga!” Ibrahim memberi arahan lalu mendapatkan anaknnya.", "Pantas Ibrahim mengiringkan anaknya. Dihadapkan telinga kanan Ismail ke arah wajahnya lalu diazankan.", "“Arghhh! Aku nak balik! Aku nak balik! Tolong! Mak! Mak! Aku mahu pulang!” Teriak Ismail sambil meronta-ronta. Hampir sahaja dia terlepas daripada pelukan ayahnya.", "“Wahai Muhammad Ismail bin Ibrahim, sedarlah akan dirimu! Aku ayahmu! Kamu berada di rumah nak, kemanakah kamu mahu pulang?”", "Ismail melepaskan diri daripada pelukan Ibrahim lalu menjauhkan diri. Diamati wajah Ibrahim sambil berdengus dan pandangan yang tajam lalu dia berkata, “Kau bukan ayahandaku! Kau bukan ayahandaku! Argghhh!!!”", "Ismail melompat ke atas almari yang tinggi. Ibrahim terlompat ke belakang akibat panik lalu terduduk melihat lagak aksi yang tidak masuk akal tersebut.", "“Ismail, ini ayah nak. Sedarlah nak, lawan! Lawan dia Ismail! Sedarlah Ismail!”", "“Astghafirullah Ismail! Bagaimana kamu bisa di atas almari itu! Turunlah Ismail, bahaya!” Sahut ibunya pula yang meluru masuk ke dalam bilik setelah mendengar kekecohan yang berlaku.", "“Ustaz, tolonglah cepat Ustaz! Saya tidak rasa kami mampu menghadapi ini semua sendiri!” Kata ibu muda itu lagi melalui corong telefon bimbitnya.", "“Saya sudah dalam perjalanan! Sementara itu bacakan Surah Al-Qursi buatnya! Saya tamatkan panggilan ya!” Ringkas Ustaz Ali memberi arahan lalu dengan tergopoh-gopoh dia memandu.", "“Cis, aku patut dah boleh agak perkara ini terjadi!” Kata Ustaz Ali lagi sendirian lalu memecut laju.", "Entah dari mana datang tenaga dan keberanian, Ibrahim melompat lalu menyambar l Ismail yang berada di atas almari tersebut lalu dipeluknya sebelum mendarat dengan mendahulukan tubuhnya.", "“Astghafirullah, abang! Abang tak apa-apa ke?”", "“Abang okay! Lekas ke mari! Pegang tangan Ismail!” Kata Ibrahim usai meletakkan Ismail di atas katilnya.", "Sementara menunggu kehadiran Ustaz Ali, Ibrahim dan isterinya; Siti Sarah membacakan Surah Al-Qursi bagi menenangkan anaknya. Berjurai air mata Siti Sarah melihat keadaan anaknya.", "“Abang, mungkinkah benar janji tersebut?” Siti Sarah bertanya sambil bibirnya terketar-ketar menahan sebak.", "“Sayang, sabarlah!” Ringkas jawab Ibrahim. Sebenarnya dia juga menduga perkara yang sama cuma ia terlalu pahit untuk dinyatakan.", "Hanya tiga orang sahaja yang tahu kebenarannya. Ibrahim, Siti Sarah dan Ustaz Ali. Segalanya bermula saat Siti Sarah hampir keguguran akibat disihir oleh birasnya sendiri. Ini kerana sebelum menikah dengan Ibrahim, Siti Sarah telah dipinang oleh Salman; seorang pemuda berbangsa Iran yang akhirnya menikah dengan adik perempuan Ibrahim.", "Salman dan Salma, adik perempuan kepada Ibrahim belajar di kampus yang sama. Kedua akrab namun Salman mula memerhatikan Siti Sarah oleh kerana kecantikan semula jadinya. Kulit yang putih gebu, tinggi namun mempunyai potongan badan yang menawan, amat manis berbaju kurung dan bertudung litup saat Ibrahim melawat adiknya bersama Siti Sarah.", "Tujuan kedatangan Ibrahim adalah demi memperkenalkan bakal isterinya kepada adik perempuannya. Ibrahim yang tidak pernah bercinta usai remaja amat memeranjatkan Salma. Mana tidaknya, yang diperkenalkannya sebaik bidadari. Galak mereka bertiga berbual sambil Salman memerhatikan daripada jauh. Jauh disudut hatinya, dia memendam perasaan walau dia tahu Salma telah menyatakan cinta kepadanya.", "“Kenapa kamu tolak cintaku?! Aku punya rupa dan harta! Malah selepas ini ijazah kedoktoran juga! Masa depan kamu jauh lebih baik jika kamu bersamaku! Sanggup kamu mempermalukan keluargaku yang datang daripada jauh!” Bentak Salman hingga mengejutkan pelanggan lainnya di sebuah cafe yang terletak di tengah ibu kota.", "“Sabarlah Salman. Kamu juga bersalah di dalam hal ini. Kamu tidak berbincang denganku terlebih dahulu!” Tegas Siti Sarah mempertahankan dirinya namun agak malu apabila diperlakukan begitu di khayalak ramai.", "“Bukankah itu tradisi orang Melayu? Aku hanya mengikut tradisimu tanda aku menghargai dirimu!”", "“Benar ya Salman namun ia bukanlah sebuah janji atau sebagainya. Kamu juga tahu yang aku bakal menikah dengan Ibrahim, mengapa kamu melakukan perkara ini?” Siti Sarah mula membentak. Penat.", "“Bagaimana dengan Salma? Jika dia tahu akan perkara ini, bagaimanakah perasaannya? Kamu bukan tidak tahu dia amat menyukaimu! Sanggup kamu menolak cintanya hanya kerana orang asing sepertiku!” Kata Siti Sarah lagi. Kali ini dia sudah hilang sabar saat kaum wanita dipermain-mainkan begini.", "“Persetankan dia, persetankan Ibrahim! Mari kita kahwin!”", "Satu tamparan hinggap ke muka Salman lalu Siti Sarah terus berlalu pergi. Teragak-agak, dia berhenti lalu menoleh ke arah Salman dan berkata, “Kamu jangan sesekali hubungiku lagi! Jika tidak, aku akan laporkan pada polis!”", "Siti Sarah terus berlalu pergi meninggalkan cafe tersebut. Pelanggan disitu semuanya terkesima lalu bercakap-cakap sesama sendiri membuat spekulasi sambil memandang Salman yang berdiri keseorangan.", "“Kalian pandang apa?!” Jerit Salman lalu membaling cawan kopi yang kosong ke lantai. Bersepai. Dia mengeluarkan beberapa not lalu dilemparkan sahaja sebelum keluar daripada cafe tersebut.", "“Biadap! Memang patut pun kena dump dan penampar!” Kata salah seorang pelanggan.", "“Lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku mahu pulang! Aku mahu pulang!!!” Teriak Ismail. Suaranya perlahan-lahan bertukar garau dan kasar. Kedua ibu bapanya terdiam lalu berpandangan sesama sendiri.", "“Lepaskan aku!” Ismail berkata lalu meronta dengan kuat hingga kedua orang tuanya tercampak ke dua sisi. Kiri dan kanan.", "“Ismail!” Teriak Ustaz Ali yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik.", "Ustaz Ali menghalakan tapak tangan kirinya ke arah Ismail manakala tapak tangan kanannya digenggam garam kasar berdekatan bibirnya saat dibacakan Ayatul Qursi.", "“Kamu mahu mencabar aku wahai manusia?” Begitu garau sekali suara Ismail saat dia berkata.", "Tiba-tiba Ismail terapung lalu mendongakkan kepalanya. Matanya melirik ke arah Ustaz Ali. Ismail kini tampak sombong sambil mendengus.", "“Astghafirullah! Ismail! Sedarlah Ismail!” Teriak Siti Sarah yang hampir tidak percaya dengan kejadian yang dilihatnya.", "“Engkau diam! Engkau bukanlah ibuku! Kalian bertiga telah melakukan dosa dengan menarik ruh aku ke dunia! Kalian tahu dengan baik apa yang telah kalian lakukan! Kini tiba masa janji itu dipenuhi!”", "“Sesungguhnya kami tidak menyangka ia akan menjadi begini! Maafkan kami! Kami khilaf, kami dangkal, kami tahu! Tapi jangan engkau bawa tubuh anak ini! Tolonglah, kami merayu!” Rayu Siti Sarah lagi. Ibrahim masih tidak sedarkan diri akibat anjakan tenaga yang luar biasa dilepaskan oleh Ismail sebentar tadi.", "“Allahuakhbar!” Teriak Ustaz Ali lalu membaling garam kasar yang digenggamnya. Tiada apa-apa terjadi.", "“Tiada daya upaya kalian melainkan dengan izin Allah! Hentikan sahajalah Ali. Perhitunganmu akan dihitung oleh Allah kemudian hari kerana menipu kedua manusia yang tersesat ini!” Teriak Ismail sambil mendepakan tangan kanannya ke arah Ustaz Ali. Tidak semena-mena, Ustaz Ali tercampak ke belakang.", "“Allahuakhbar! Sedarlah Ismail! Tolonglah sedar!” Teriak Siti Sarah lalu memandang ke arah Ibrahim. “Abang, bangunlah abang! Anak kita bang! Anak kita!”", "Ismail mendepakan tangannya sekali lagi. Keduanya. Tiba-tiba terlihat cahaya putih yang bersinar-sinar bergemerlapan muncul di tengah-tengah bilik. Ibrahim mulai sedar akibat panahan kilaunya cahaya tersebut.", "“Ismail?” Katanya sambil memegang kepalanya. Sakit.", "“Terima kasih kedua orang tua kerana membesarkan anak ini. Kini aku akan ambil kembali hak kepunyaanku. Ini anak aku.”", "Selesai hujah Ismail, Ismail terbang ke arah cahaya lalu hilang bersama cahaya tersebut. Suasana kembali kelam. Siti Sarah terpinga-pinga dengan air matanya masih mengalir membasahi pipi.", "“Ismail? Ismail! Ismail! Anakku! Abang! Mana anak kita?! Ismail!!” Siti Sarah melolong kesedihan lalu pengsan.", "Ibrahim tidak percaya akan matanya namun dia bingkas bangun mendapatkan isterinya. Air matanya jatuh berguguran mengenangkan nasib keluarganya. Suara Ismail masih terngiang-ngiang kerana dia masih mendengar dalam keadaan separa sedar. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Ia benar. Benar sekali..", "“Kemana kau bawakan kami ini ya Ali?” Tanya Ibrahim cemas ketika melihat Ali memandu deras ke arah hutan tebal.", "“Aku mendapat alamat, kita perlu bawa Siti Sarah ke dalam gua yang terletak di tengah-tengah hutan ini.”", "“Tapi untuk apa?!” Suara Ibrahim agak tinggi. Siti Sarah yang dilarikan daripada hospital masih tidak sedarkan diri.", "“Kau nak anak kau selamat atau tidak? Hanya ini caranya!”", "“Sudah! Kau pastikan keadaan Siti Sarah stabil dibelakang tu!” Hampir sahaja Ali berteriak. Yang sebenarnya dia juga gugup.", "Usai tiba dihadapan gua, Ibrahim mengendong isterinya sambil mengekori Ali masuk ke dalam perut gua. Setelah tiba di lokasi yang ditetapkan, Siti Sarah diletakkan. Beberapa kemenyan dan setanggi dinyalakan. Ali mula membaca beberapa p****g ayat Al-Quran yang seperti dicampur adukan.", "“Sekarang, kita kena tinggalkan isteri kau disini buat sementara. Jika alamat yang aku dapat ini benar, dia akan keluar dengan sendiri daripada gua ini. Mari, kita perlu tunggu diluar!”", "“Kau gila Ali! Ini isteriku! Tidak mungkin aku akan tinggalkan dia berseorangan di gua ini!”", "“Kau perlu dengar kata-kata aku!” Teriak Ali lalu menghembuskan nafas ke wajah Ibrahim.", "Tidak semena-mena, Ibrahim setuju lalu berjalan keluar daripada gua bersama Ali. Mereka menunggu di luar. Menunggu dan menunggu hingga hampir dua jam. Ibrahim bermundar-mandir di perkarangan pintu masuk gua.", "Akhirnya Siti Sarah muncul di pintu gua dalam keadaan tidak bermaya. Ibrahim lantas mendapatkannya lalu isterinya rebah dalam pelukannya. Ali yang berada di belakang tersenyum sinis. Diraba uncang yang berwarna emas berbalut kain kuning yang tersikat kemas dipinggangnya.", "“Berisi!” Bisik Ali perlahan. “Menjadi! Ikut berat, mungkin lebih satu kilogram!” Katanya lagi, perlahan.", "22 tahun kemudian. Arab Saudi.", "Kelihatan seorang pemuda yang segak lagi tampan bermundar-mandir. Matanya sering meliar seperti mencari sesuatu. Tidak lama kemudian, rombongan bas yang rata-rata membawa jemaah daripada Malaysia tiba di perkarangan Masjid Nabawi. Usai jemaah manusia itu turun daripada bas, pemuda tersebut lantas mendapatkan mereka.", "“Assalamualaikum semua, saya Ismail. Hari ini, saya akan menjadi tour guide kalian semua. Selamat berkenalan!”", "Ibrahim dan Siti Sarah berpandangan di antara satu sama lain. Seakan-akan tidak percaya apabila melihat raut wajah pemuda tersebut. Dia seperti, Ismail!", "“Syaratnya, tatkala anak itu genap berumur lapan tahun; aku akan ambilnya kembali! Dan atas khidmatmu, akan aku kurniakan engkau seuncang emas.”", "Hantar kisah anda : fiksyenshasha.cm/submit" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/tersalah-beli-pulakk-pocong/
TERSALAH BELI PULAKK (pocong)
[ "TERSALAH BELI PULAKK (pocong)", "Assalamualaikum pada warga fiksyen shasha..semoga sentiasa sihat selalu. Nama aku Mai (bukan nama sebenar).\naku nak ceritakan kisah yang pernah aku dan kakak aku alami iaitu terserempak dengan pocong. Kejadian ni berlaku pada 8 tahun lepas sewaktu aku berumur 10 tahun.", "Alkisah nya ada suatu malam tu abah aku tengah bersihkan kan timbang..untuk pengetahuan korang parent aku ada niaga sendiri, kitaorg niaga sayur jadi kami ade timbang sayur tu..okay sambung balik cerita timbang sayur ni kalau dh lama and rosak lipas suka duduk dalam tu, maaf kalau korang geli sikit , jadi malam tu abah aku nk bersihkan dan repair, nak dijadikan cerita abah aku suruh aku dan kakak aku cari ubat lipas..masatu pulak kitaorg tak ingat nama dia apa tapi tahulah bentuk dia macmmana..", "jadi abah aku suruh beli dan kitaorg tanya laa nama benda tu apa (ubat lipas). then abah aku pergi cakap kapas barus..yaa ubat yang untuk buat mandi jenazah tu la. aku dengan kakak aku memang masatu taktahu ape kapas barus tu jadi kitrg pon pergi la beli tanpa ade rasa pelik.", "Masatu dalam pukul 9.30 malam macmtu kitaorg pergi kedai. kedai runcit tak sampai seratus meter pon dari rumah kami. waktu sampai dekat kedai tu aku pon cakap cik saya nak kapas barus cik..korang tahu tak masatu muka acik tu ngn isteri dia pelik gila tengok kitaorang. Dia cakap kau nak buat apa dik..then aku cakap taktahu ayah..pahtuu dia pon bagi laa kapas barus nyaa..waktu dia bagi aku dh pelik sbb bungkusan dia lain sangat, dia bungkus satu-satu dengan kertas. Tapi tak cakap ape laa kitrg beli je sebab itu laa yang abah kitrg sebut. Nak diajadikan cerita aku pon beli laa tiga biji benda tu.", "Haa mesti korang tertunggu-tunggu kan. kisah nya bermula dari sini. Waktu dalam perjalanan nak balik tu aku pergi bukak bungkusan tu dan bau , dan aku teros cakap ke kakak aku ‘ateh asal bau macam pocong ekk’ kita salah beli ke.. kitrg pon terhenti laa jalan dan bau bersama-sama dan memang betul tu bau mayat. masatu kitrg dh rse takut tpi kitaorang diam je..mana tak seram wehh bau mayat..", "kitaorang pon jalan laa nak balik. baru beberapa langkah kami berjalan aku tekejut sebab nampak pocong dekat tong sampah rumah aku ..apelagi aku terus bagitahu kakak aku sambil tunjuk kearah benda tu..and ya kakak aku pon nampak..dan kakak aku marah aku sebab pergi tunjuk dan tegur benda tu. kalau korang nak tahu kitrg tak nmpak badan ,kitrg cuma nampak kepala sahaja dekat tong sampah besar tu , pocong tu ibarat macam tengah mendagu dekat tongsampah besar tu..memang jelas tocang dia semua , muka dia hitam legam kitrg tak nmpak mata, hidung, mulut.\napa lagi kitaorang lari pusing belakang ikut dalam blok, untuk pengetahuan korang lagi aku duduk blok pangsapuri lima tingkat jadi tempat masuk ada dua..rumah aku bawah sekali dan berdekatan dengan tong sampah tu..jadi kitaorang mengambil keputusan untuk lalu dalam blok dalam keadaan lintang pukang macam tak cukup tanah.", "sampai kat rumah aku teros bagi abah aku..dan korang tahu tak kitaorang kena marah ya sebab salah beli..masatu tu bapak aku mengaku dia salah sebut. lepastu abah aku suruh patah balik untuk tukar. Aku dengan kakak aku dh pandang antara satu sama lain sebab takut benda ada lagi..kitrg tak bagi tahu laa ibu abah sbb nnti dia cakap jangan penakut sangat.", "sebelom nak patah balik, pergi tukar tu aku pergi tengok dekat tingkat bilik ibu aku , dari situ memang nampak tong sampah tu..dan korang tahu takk benda tu dah hilang..takada apa-apa kat situ aku cuba cari mana tahu ade plastik ke kann..takda korang..jadi kitrg pon berani la sikit untuk patah balik..ikut laluan blok juga laa tak berani la kami lalu kat tong sampah tu walaupon benda tu dah takda. sampai kat kedai tak cakap ape lagi acik kedai tu dah gelak-gelak dahh sebab tahu kami salah beli..dia pon kata yang ayah kau nak tu ubat gegat dik oi..adoi laa kau ni..masatu aku ngn kakak aku mampu diam seribu bahasa sahaja..", "bila diingatkan balik sebenarnya macam kelakar tau..dan alhamdulillah kami takda kena gangguan apa-apa pon selapas tuu..alhamdulillah..untuk pengajaran korang kalau nampak sesuatu tu mulut jangan terlepas cakap dan celupar yaa..itu saja kisah dari saya..terima kasih pada sesiapa yang sudi baca." ]
[ "Memang nice do mulut HAHAHAHAHAH siap package tegur + tunjuk lak tuu 🤣🤣" ]
https://fiksyenshasha.com/misteri-mimpi-mistik-i/
Misteri Mimpi Mistik I
[ "Assalamualaikum buat semua peminat FS. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada Admin FS sekiranya cerita aku ni disiarkan. Aku akan ringkas kan cerita mistik yang penah jadi pada aku akhir-akhir ini.", "Mulanya dengan mimpi-mimpi pelik sampai aku takut nak tidur bergelap. Setiap malam, mesti aku akan pasang lampu malam sebelum tidur. Jadinya, malam tu aku tidur malam tu macam biasa. Tiba-tiba macam biasa juga aku tersedar antara jam 3 ke 4 pagi Aku celik mata aku. Dalam posisi tidurku yang selalu mengiring ke kanan, aku nampak ada satu lembaga hitam memijak aku.", "Tidak berwajah, tinggi lembaga tu mencecah ke siling bilikku. Lagak lembaga hitam tu seoalah-olah melihat tepat kearahku. Aku tak boleh menggerakkan tubuhku. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran terasa tersangkut ditekakku. Aku rasa tak berdaya. Dalam aku mula panik, aku nampak bulu dari lembaga tu cuba mencapai rambut aku, macam nak ikat hujung rambutku dgn bulunya. Aku makin panik. Otak ligat fikir cara nak elak benda tu. Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang menyedarkan aku dari tidur aku. Aku rasa badanku seolah-olah dilepaskan oleh sesuatu. Aku pun menarik nafas panjang.", "“Mimpi ke betul-betul?” tanya aku dalam hati. Aku kemudiannya membawa keluar bantal dan comforter aku untuk tidur di ruang tamu bersama ibuku. Aku terus sambung tidur.", "Lepas aku mimpi lembaga hitam tu dalam bilik aku, aku mengambil keputusan untuk tidur diruang tamu buat sementara waktu dengan ibuku. Ibuku juga tidur diruang tamu sebab mimpi pelik didalam biliknya.", "Tengah aku lena, aku tersedar. Aku celikkan mata aku. Aku nampak ruang tamu yang hanya samar-samar dari celahan cahaya dari dapur. Ibuku tak ada ditempat tidur. Tiba-tiba aku terlihat satu lembaga hitam yang kian mendekati aku. Lembaga hitam tu cuba untuk menyentuh leher aku, tapi aku menepis kasar. Lembaga hitam tu tak berwajah. Setelah ditepis aku, lembaga hitam tu tengok tangan hitam yang ditepis beberapa saat sebelum kembali untuk menyentuh aku dengan lebih kasar. Aku terus menepis makin kasar dan cuba untuk melepaskkan diri. Mataku mencari-cari kelibat ibuku.", "Ibu mu tidak dapat membantumu” kata lembaga hitam itu. Kami bergelut sebelum aku tersedar dari tidurku. Aku menyentuh leherku. Aku melihat ibuku masih tidur ditempat tidurnya yang bersebelahan denganku.", "“Mimpi kah?” soalku dalam hati.\nLepas dah rasa ok sikit, aku sambung tidur, kali ini dibantu dengan penutup mata yang aku beli dari Mr. DIY dengan harapan aku boleh lena. Aku kemudiannya terlena hanya untuk kembali tersedar tak lama lepas tu. Kali ni aku tersedar, tapi penutup mata yang aku guna seolah-olah melekat pada kulit muka aku. Aku terus cuba buka penutup mata tu dengan jeritan yang hanya tersangkut ditekak, semampu ku. Kemudiannya, aku tersedar dari mimpi tu.Terus aku buka dan lempar penutup mata tu.", "Lepas dah rasa makin tenang, aku membaringkan badanku. Kemudiannya aku toleh sebelah kanan aku, aku melihat ibuku yang lena dibuai mimpi. “Ni betul-betul. Bukan mimpi” kataku dalam hati. Tiba-tiba aku nampak mata ibuku terbuka. Mata melihat kau tajam dengan dua-dua matanya yang putih! Aku terus tarik comforter dan baring ke posisi sebelah kiri aku.", "“Ya, Allah. Mimpi ke, betul-betul ka? Cukup la, aku nak tidur. Jap nanti nak bangun pegi kerja”. Ngomel aku dalam hati. Dari sayup-sayup ke makin jelas aku terdengar namaku dipanggil diikuti tepukan lembut. Aku buka mataku dan menoleh, ibuku terlihat risau dengan keadaannku, dengan air mata mula bertakung, aku ceritakan semua mimpi pelik aku.", "“Esok kita pergi berubat” kata ibuku." ]
[ "tido lagi penting dari takut ngn antu..tu la kesimpulannya" ]
https://fiksyenshasha.com/rumah-berhantu-kampung-daya/
Rumah Berhantu Kampung Daya
[ "Malam itu di Kampung Daya, angin bertiup kencang dan hujan lebat membasahi bumbung rumah. Di tengah-tengah kekacauan itu, pasangan muda bernama Amir dan Farah pulang dari menonton filem lewat malam.", "Ketika mereka memasuki jalan yang sunyi, mereka melihat sebuah rumah usang yang terbiar. Tingkap dipasang dan bumbung kelihatan seperti hendak runtuh. Walaupun bahaya, mereka berasa tertarik dengan rumah itu dan memutuskan untuk menyiasat.", "Ketika mereka menghampiri rumah, mereka merasakan ada sesuatu sedang memerhati mereka. Tiba-tiba, pintu depan rumah itu berderit dan terdengar bisikan yang sayup-sayup. Mereka teragak-agak seketika, tetapi akhirnya memutuskan untuk masuk.", "Bahagian dalam rumah itu gelap dan berbau, mereka terpaksa menggunakan lampu suluh di telefon bimbit untuk menerangi jalan. Mereka berjalan melalui tingkat satu, tetapi semuanya kelihatan biasa, kecuali perasaan aneh yang mereka rasakan seolah-olah seseorang sedang memerhati mereka. Kemudian mereka menuju ke tingkat atas dan semasa mereka mendaki udara menjadi semakin sejuk dan tebal.", "Apabila mereka sampai di puncak tangga, mereka ternampak seseorang sedang berdiri di hujung koridor. Ia adalah seorang wanita tua berambut panjang dan berpakaian putih buruk. Matanya merah terang dan dia terapung ke arah mereka.", "Amir dan Farah ketakutan dan cuba berlari, tetapi kaki mereka terasa berat seperti tersangkut dalam lumpur. Wanita tua itu mendekat, matanya merah menyala.", "Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang kuat dari dalam rumah, dan wanita tua itu hilang. Amir dan Farah segera melarikan diri, meluru keluar dari rumah dan melompat terus ke dalam kereta mereka. Semasa mereka berjalan meninggalkan rumah, mereka berasa seram dan takut yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini.", "Keesokan harinya, mereka berkongsi pengalaman mereka dengan rakan-rakan mereka, dan mereka mengetahui bahawa rumah itu dihantui oleh roh yang ingin tahu. Sejak itu, mereka tidak pernah beranike rumah itu lagi, tetapi mereka masih dapat merasakan kesejukan yang mengalir di tulang belakang mereka setiap kali mereka melaluinya.", "Beberapa minggu kemudian, Farah menerima panggilan daripada jiran di Kampung Daya. Jiran itu memaklumkan bahawa rumah hantu itu telah dijual dan akan diubah suai oleh pemilik baharu tidak lama lagi.", "Farah ingin tahu dan berminat untuk melihat keadaan rumah itu selepas diubah suai. Dia memutuskan untuk melawat rumah dengan Amir pada malam berikutnya.", "Apabila mereka tiba di rumah itu, mereka melihat bahawa ia sebenarnya telah diubah suai menjadi kediaman baru dan cantik. Tingkap telah diganti dengan yang baru, bumbung telah dibaiki, malah halaman depan juga dihiasi dengan tumbuhan dan bunga yang cantik.", "Mereka bertemu dengan pemilik baru rumah itu, seorang wanita yang mesra dan peramah. Wanita itu memberitahu mereka bahawa dia telah membeli rumah itu terpikat dengan seni bina dan sejarahnya yang unik. Dia juga berkata bahawa dia telah mengupah pakar paranormal untuk membersihkan dan menyingkirkan rumah daripada kehadiran roh jahat yang mungkin masih berlarutan.", "Amir dan Farah berasa lega dan gembira mendengarnya. Mereka merasakan beban yang besar telah diangkat dari bahu mereka. Sebelum mereka keluar dari rumah, pemilik rumah itu menawarkan mereka untuk berkeliling dan melihat-lihat rumah itu. Mereka bersetuju dan berjalan melalui setiap bilik dan sudut rumah.", "Namun, ketika mereka memasuki salah satu bilik tidur, pintu tiba-tiba tertutup dengan sendirinya dan lampu terpadam. Amir dan Farah berasa takut lagi dan menjerit meminta tolong, tetapi tiada sesiapa yang menjawab. Apabila mereka cuba membuka pintu, mereka mendapati pintu itu berkunci dari luar.", "Semasa mereka cuba mencari jalan keluar, mereka terus mendengar bunyi aneh dan bisikan yang tidak jelas. Mereka berasa seperti seseorang mengekori mereka di lorong dan membuat mereka merinding.", "Akhirnya, mereka berjaya mencari jalan keluar dan lari dari rumah itu sepantas mungkin. Mereka rasa seperti sedang menghidupkan mimpi ngeri yang tidak pernah berakhir.", "Sejak itu, mereka memutuskan untuk tidak mengunjungi rumah itu lagi dan mengelak jalan itu sepenuhnya. Namun, mereka masih ingin tahu tentang sejarah dan misteri di sebalik rumah hantu Kampung Daya.", "Beberapa minggu kemudian, Farah dan Amir menemui satu artikel di akhbar tempatan membincangkan sejarah rumah hantu itu. Mereka membaca bahawa rumah itu mempunyai sejarah gelap. Pada 1970-an, sebuah keluarga yang tinggal di rumah itu dilaporkan hilang secara misteri. Polis tidak pernah menemui sebarang kesan mereka dan kes itu masih menjadi misteri sehingga kini.", "Farah dan Amir semakin ingin tahu tentang kes itu dan membuat keputusan untuk mengetahui lebih lanjut. Mereka melawat arkib polis dan mencari pelbagai maklumat mengenai kes itu. Selepas beberapa minggu, mereka akhirnya menemui petunjuk yang menarik perhatian mereka.", "Mereka menemui sepucuk surat daripada seseorang yang mengaku sebagai ahli keluarga yang hilang dan berkata mereka telah diculik oleh seorang lelaki yang tinggal di Kampung Daya. Lelaki itu dikenali sebagai bomoh hitam yang melakukan ritual aneh di rumahnya.", "Farah dan Amir semakin yakin bahawa kejadian itu ada kaitan dengan rumah hantu di Kampung Daya. Mereka memutuskan untuk menjalankan siasatan lanjut dan melawat ahli sihir hitam itu.", "Setibanya di rumah bomoh hitam itu, mereka melihat banyak barang mistik dan tulang manusia di sekeliling rumah. Mereka juga merasakan kehadiran roh jahat yang sangat kuat di dalam rumah itu.", "Mereka berjaya memujuk ahli sihir hitam untuk mendedahkan kebenaran tentang keluarga yang hilang. Ahli sihir hitam itu mengaku telah menculik dan m******h keluarga tersebut kerana mereka mengetahui rahsia gelapnya.", "Farah dan Amir memaklumkan kepada polis tentang pengakuan ahli sihir itu dan dia akhirnya ditangkap dan dibicarakan atas jenayahnya. Kes itu akhirnya terbongkar selepas lebih 40 tahun menjadi misteri.", "Farah dan Amir sama-sama gembira dan lega kerana berjaya membongkar kebenaran tentang rumah hantu Kampung Daya. Walau bagaimanapun, mereka tidak akan melupakan pengalaman menakutkan yang mereka alami di rumah itu dan akan sentiasa mengelakkannya.", "Penulis : Syamsyidee" ]
[ "Cerita cam hanat… buang masa aku baca", "mintak oolong chatgpt tulis cerita ke?", "jalan cerita sangat lemah, perlukan banyak latihan lagi" ]
https://fiksyenshasha.com/indigo-part-2/
INDIGO PART 2
[ "Aku pernah cerita pasal adik aku yang indigo. Kalini aku nak share a few story lagi tentang adik aku. Untuk pengetahuan semua, benda yang adik aku nampak aku takboleh laa describe sedetail2nya cuma aku boleh cerita how it looks jee.. okay?", "Kisah 1: Nenek Kebayan\nDulu mak aku rajin bawak kami berkelah dekat sungai, memang syok taktau nak habaq laa. Taqa nakpi tu kaa angkut habis semua benda kalau boleh sekali dengan peti ais pun nak hangkut bawak. Mak aku memang jenis suka masak kalau nakpi sungai, time tu mak aku masak nasi lemak lauk ayam pastu bawak laa cikedis banyak2.", "“Jangan berenang jauh2, main depan ni jaa. Kalau ibu taknampak hampa 3 ketoi depan ni, kita balik,!” siap dgn gaya cekak pinggang. Berangguk laa kami 3 ketoi konon iyakan laa padahal time tu merungut takkira laa konon nak buat kuak lentang laa tapi apakan daya paras ayaq time tu menyelam pun pungkoq terangkat sebab cetek gilaa.\nDekat sejam berenang, mak aku pun panggil laa naik atas makan. Mak aku pun cedok laa boh dalam pinggan kami. Pastu tetiba adik aku bawak pinggan dia bawak pi belakang batu besaq, mak aku apa lagi menjerit laa.", "“Adik mai sini, awat makan jauh sgt” panggil ibuu..\nAdik aku pun patah balik mai kat kami tapi pinggan dia takda.\n“Mana nasik? Adik tauk mana?” tanya ibu.\n“Tuu nenek tu mintak nasi, dia lapaq. Siann nenek tu dahlaa pakai tongkat” jawab adik sambil duk tunjuk2 dekat batu besaq.", "Mak aku suruh kami makan bagi habis cepat sambil2 dia kemas. Nak tercekik aku makan nasi lemak time tuu. Dah laa takpuas lagi mandi, jari pun takkecut lagi dah nak kena balik. Muncung sedepa laa cerita diaa..\nDalam kereta mak aku diam jaa, adik aku duk pusing belakang sambil duk lambai2. Mak aku bukak surah punya kuat, rasa nak meletop telinga. Rupanya malam tu mak aku ngadu dekat ayah kata adik aku nampak nenek kebayan dekat sungai, ayah aku punya marah laa sebab mak aku ketegaq bawak pi sungai tanpa ayah aku. Lepas pada tu mak aku takpernah bawak pi sungai dah, kalau nak mandi mak aku bawak pi mandi kolam jaa..\n“Ibu tinggal nenek tu? Dia kata nanti dia mai rumah kita” kata adik sambil isap susu.", "Kisah 2: Ramalan.\nKisah ni aku taksure dianggap satu kebetulan atau memang adik aku ada keistimewaan itu. Ibu Ayah sampai sekarang takmampu nak percaya. Kejadian ni jadi masa 2 tahun lepas. Arwah nenek aku memang sakit, sakit uzur laa senang cerita. Malam tu semua pakat baca Yassin, sebab nampak nenek macam dah nazak. Malam tu berlalu tanpa ada sebarang tanda2 nenek nak pergi.", "“Ibu, Atok (cerita sebelum ni ada cerita pasal atok) cakap opah dah taklama dah. Tapi ada amalan yang opah amalkan masa dia masih hidup sebab tu opah macam susah nak pergi.\n“Apa adik merepek ni, jangan main2 laa pasal benda ni” marah ibu. Yelaa sapa nak caya kann.. Sampai laa satu tahap opah macam dah teruk sangat, badan dia dah naik kudis sebab terbaring jee. Akhirnya paklong pun panggil laa ustaz untuk tengokkan opah aku ni.", "“Kita ni hidup memang kena pegang dengan ayat alquran tapi kalau salah salurannya boleh jadi sampai ‘khadam ayat’ bahaya” kata ustaz. Semua tercenggang, apa tu khadam ayat. Jujur aku sendiri takfaham sgt tapi apa yang boleh aku jelaskan yg khadam ayat ni sebenarnya mcm kita menuntut sesuatu ilmu yang mengunakan ayat alquran yang disertai dengan kaedah2 khusus dimana akhirnya didatangi oleh makhluk yang dipanggil khadam ayat. Ni pun aku ada refer google untuk mencegah ayat aku mengelirukan korang.", "Lepas je ustaz buat segala usaha untuk opah aku bebas atau terlepas dengan segala khadam ayat ni, taksampai sesaat opah aku pergi untuk selama-lamanya. Jujur apa yang ustaz tu buat aku pun taksure sebab kami semua diarahkan keluar tinggal ustaz, arwah opah dengan anak2 dia.\n“Mana adik tahu pasal opah?” tanya ibu.", "“Atok bagitahu, opah tu taklepas nak pergi sebab ada benda yang halang dia tapi atok takcakap apa cumanya atok suruh panggil ustaz. Ustaz yang betul2 ustaz sebab takut bukan hilangkan benda tu malah buatkan benda mencari penganti” jelas adik.\nKorang boleh google apa itu khadam ayat untuk lebih jelas. Aku tak minta korang percaya tapi aku nak korang tahu benda ni memang jadi dalam family aku.", "Nanti aku sambung lagi yee, terima kasih.." ]
[ "Aku suka jln cerita cam ni…simple dan best..bila nak sambung…", "Indigo part 1 n part 1 lama sgt gapnya..huhu.. kalau ada masa selalu la share ye. Best baca", "Indigo part 1 n part 2 lama sgt gapnya..huhu.. kalau ada masa selalu la share ye. Best baca" ]
https://fiksyenshasha.com/gara-gara-pondok-episod-akhir/
Gara-Gara Pondok Episod Akhir
[ "Tiba – tiba manusia itu bangun dan menuju kearah Razi, Razi terkejut dan ingin melarikan diri kebilik atas, baru selangkah ke belakang dia mendengar", "“Maaf Razi, pakcik terjatuhkan tin biskut. Pakcik nak buatkan Razi sarapan untuk Razi.”", "Rupanya Manusia yang terbongkok – bongkok itu adalah pakcik Salleh.", "Razi mengurut dada tanda lega bukan makhluk selain manusia rupanya. “Buat susah je pakcik ni, tak apa kalau macam tu saya tolong siapkan sarapan sekali ya.”", "Selepas sarapan mereka pergi kerumah Ain dan Putri, dalam perjalanan Razi berkata,", "“Pakcik Salleh kata pakcik boleh nampak apa yang orang biasa tak nampak kan?”", "“Betul. Kenapa?” jawab pakkcik Salleh ringkas.", "“Tapi kenapa semalam pakcik tak nampak makhluk yang aniaya kita tu?” tanya Razi lagi.", "Dalam 2 minit termenung barulah pakcik Salleh menjawab", "“Sebenarnya Zi, pakcik ni tak lah nampak semua makhluk tu. ada sesetengah je yang pakcik nampak, mungkin Putri pun sama macam pakcik juga. Allah nak uji kita macam – macam cara Zi”", "Razi hanya mendiamkan diri mendengar jawapan pakcik Salleh. Dalam kereta mereka banyak mendiamkan diri. Sampai sahaja di rumah Purti, mereka keluar kereta dan duduk di kerusi yang berada di halaman rumah sambil menunggu Ain dan Putri bersiap.", "Hari itu mereka berbincang tentang apa nak buat tentang pondok itu, setelah habis berbincang mereka semua mulakan perjalanan ke sebuah rumah flat ditengah bandar untuk berjumpa dengan makcik Salmah.", "Menurut pakcik Salleh, makcik Salmah ni merupakan penduduk asal kampung tu, mungkin dia tahu sesuatu yang mereka tidak tahu. Wajar untuk mereka mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kampung itu.", "Sampai sahaja di pintu rumah flat itu, pakcik Salleh memberi salam.", "“Waalaikumsalam,oh paksu. Masuklah, Atan panggilkan mak kejap.”", "Mereka bertiga memandang pakcik Salleh dengan kehairanan.", "“Pakcik kenal ke diorang?” Tanya Razi.", "“Kenal,makcik Salmah ni akak pakcik.” Jawab pakcik Salleh ringkas sambil masuk kedalam.", "“Ada apa kamu kemari Salleh?” Tanya makcik Salmah.", "“Ni aku kenalkan kak, kawan sekerja aku.” beritahu pakcik Salleh mengenalkan Razi, Ain dan Putri kepada kakaknya.", "Selepas mereka berkenalan sesama mereka, mereka pun terus menceritakan niat mereka datang, dan makcik Salmah menceritakan segala hal yang terjadi satu ketika dahulu di kampung itu. Pakcik Salleh tidak duduk dikampung kerana telah berhijrah ke bandar seawal usia 14 tahun, jadi dia kurang tahu dengan apa yang terjadi.", "Menurut makcik Salmah, keturunan tuan yang membela saka tu, semuanya dah tiada. Jadi untuk menghapuskan atau membebaskan saka dari pondok tu cuma ada satu cara saja.", "“Apa caranya makcik?” Ain mula bersuara.", "“Caranya, kamu kena bakar pondok tu. bunyinya mudah, tapi tak semudah yang disangka. Sebelum ni ramai pihak cuba hapuskan pondok tu dengan cara bakar termasuklah cubaan merobohkan pondok tu, tapi semuanya tidak berjalan dengan lancar.” Kata makcik Salmah.", "‘Dulu ada yang pernah nak bakar pondok tu. Tapi baru je nak simbah minyak tanah, meraka semua bertempiaran lari seperti dikejar sesuatu. Ada yang lari ketengah jalan dan m**i akibat dilanggar kenderaan yang lalu kawasan tu.” Tambah pakcik Salleh.", "Putri memberi cadangan untuk minta khidmat nasihat ustaz-ustaz di masjid yang berhampiran. Menurut Putri, mereka tidak boleh melakukan hal itu tanpa ada bantuan dari pihak lain.", "Setelah mereka yang lain bersetuju dengan cadangan Putri, mereka pergi ke sebuah masjid besar yang berhampiran dengan kawasan itu, hal ni ditugaskan khusus kepada pakcik Sallleh dan Razzi memandangkan mereka lebih mudah untuk dapatkan akses bercakap dengan tok imam disitu.", "Razi fikir ini bukanlah hal yang susah, mesti ahli masjid mahu menolong mereka menyelesaikan malasah ini, tapi sangkaan Razi jauh melesat. Bukan je Razi dengan pakcik Salleh dimarah, malah mereka dihalau keluar dari situ.", "Putri dan Ain terkesima melihat mereka dihalau oleh pihak masjid. Mereka sangat terkejut dengan hal itu.", "“Kenapa bang?.” Tanya Putri.", "“Diorang tak percaya ada saka kat situ, diorang ingat kita main-main. Tu yang dihalaunya kita macam kita ni orang gila.” jawab Razi sambil mendengus menahan marah.", "“Sabar zi, ni dugaan kita. Kita pergi masjid lain untuk minta tolong.” jawab pakcik Salleh tenang.", "Setelah beberapa masjid mereka pergi, ini yang terakhir mereka pergi. Jam menunjukkan jam hampir 11 malam. Seorang berpakaian jubah putih menyambut mereka masuk kedalam, bersih mukanya. Razi dan pakcik Salleh pun meneceritakan hal yang terjadi sejak dari masjid pertama yang mereka datang.", "“Kamu lupa akan sesuatu perkara wahai anak muda” Kata Ustaz kepada Razi.", "“Apa yang saya lupa Ustaz?” Tanya Razi kembali.", "“Kamu lupa, masjid bukan tempat untuk buang saka. Ini rumah Allah, kamu sepatutnya datang dengan niat beribadat kepada NYA. bukan begini. Kita umat manusia yang lalai, tapi jangan pernah lupa tanggungjawab kita sebagai Hamba NYA.”", "Tersentak Razi dan pakcik Salleh mendengar apa yang dikatakan Ustaz itu.", "“Ni kamu semua dah solat Isyak?” Tanya Ustaz lagi.", "“Err, belum ustaz.” Razi menjawab sambil menunduk.", "“Kamu solat lah dulu, ajak kawan-kawan kamu solat sekali. Hal pondok itu, biar saya uruskan. Dan saya nak beri ingatan sekali lagi. Jangan pernah kamu semua lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta. Kita hidup kerana rahmat dan kasih sayang NYA.”", "Umpama disambar petir, hakikat yang sebenar hakikat. Mereka terlalai seketika kerana sibuk memikirkan hal yang tak sepatutnya.", "Setelah mereka berempat menunaikan solat fardu, mereka keluar mendapatkan ustaz yang duduk di tangga luar masijd yang sedang menunggu mereka.", "“Maafkan kami ustaz’” Sapa pakcik Salleh.", "“Kamu tak buat salah dengan aku, Tapi dengan Allah. Cukup kamu bertaubat dan memohon ampun serta petunjukNYA.” kata Ustaz sambil berjalan ke sebuah pondok depan masjid itu. Mereka pun mengikuti ustaz itu.", "Selepas perbualan mereka, ustaz itu memberikan mereka duit sebanyak 10 ribu ringgit untuk mereka mengasingkan kepada beberapa bahagian dan memberikannya kepada beberapa masjid berhampiran. Mereka sangat pelik dengan tindakan ustaz itu.", "Selepas ditanya bermacam soalan, ustaz mula menjawab.", "“Ni bukan harta aku dan kamu, jadi ini adalah amanah buat kamu untuk melaksanakannya. Aku juga pelik hal ini terjadi. Tapi aku percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi.”", "Sebenarnya duit itu milik seseorang yang sangat kaya. Dia memberikan duit sejumlah 100 ribu dengan amanahkan ustaz itu untuk memberikan 10 ribu kepada sesiapa yang datang berjumpa pada selepas pukul 10malam di masjid itu. Tujuan pemberian itu adalah penerima duit itu haruslah menganggap seperti duitnya sendiri dan bersedekah kepada masjid-masjid berhampiran.", "Setelah itu, mereka pulang kerumah. Dalam perjalanan, mereka merasakan apa yang dilalui sepanjang hari ni seperti tak masuk akal, ditambah perbuatan ustaz tadi yang sangat-sangat tidak masuk akal. Tapi mereka hanya mendiamkan diri dang mengikut apa yang telah diamanahkan.", "Esoknya seawal jam 5 mereka mula bergerak kemasjid-masjid untuk sampaikan apa yang telah diamanahkan. Setelah selesai semuanya, barulah mereka faham dan tahu kenapa ustaz semalam amanahkan perkara tu.", "Menurut orang-orang masjid, sebenarnya ustaz yang amanahkan mereka pada malam tadi bukanlah dikalangan manusia. Tetapi dari alam lain. Ini bermakna secara tak langsung nya mereka berempat mendapat pertolongan dari alam lain dan juga mereka mendapatkan satu pengajaran yang amat besar dalam hidup mereka.", "Pada sebelah malam mereka berempat pergi kepondok puaka tu. mereka melihat ustaz itu duduk disitu bersama beberapa orang lain yang berpakaian serba putih. Mereka langsung tidak merasa takut dan mereka turun mendapatkan ustaz tersebut.", "“Hal yang terjadi disini sudah selesai. Tapi ingatlah untuk meminta pertolongan, minta lah dengan Allah, bukannya dengan makhluk. Sesungguhnya tiada kuasa dari sebarang mahkluk melainkan dengan izinNYA.", "“Terima kasih ustaz.” kata Razi ringkas.", "Ustaz hanya berdiam dan mereka berpakaian putih bergerak menuju kubur belakang pondok itu. Sebelum menghilang dikegelapan malam, ustaz sempat berkata.", "“Dengan izin Allah, penyakit Ain telah disembuhkan.”", "Mereka hanya mampu mengucapkan terima kasih yang tak terhingga dan mereka sangat bersyukur cara Allah membantu hambaNYA dengan sangat cantik sekali.", "Selepas peristiwa itu, Razi mengambil keputusan berhenti kerja dan mulakan satu perniagaan bersama pakcik Salleh, Putri dan Ain. Rezeki mereka melimpah ruah seperti air terjun di kaki gunung.", "Tak lama selepas itu, Razi berkahwin dengan Ain dan Putri berhijrah ke selatan tanah air untuk kembangkan lagi perniagaan mereka. Pakcik Salleh pula berhijrah ke utara tanah air atas tujuan yang sama. Kini mereka mempunyai satu empire perniagaan yang besar dan terkenal. Dan yang paling bestnya, kisah mereka bermula di sebuah pondok puaka. Anda bagaimana? Kisah anda dah bermula?", "yang belum follow, jom lah follow saya. terima kasih sudi baca sehingga bawah ni.", "Penulis: Syamsyidee" ]
[ "Happy ending" ]
https://fiksyenshasha.com/penunggu-rumah-sewa/
Penunggu rumah sewa
[ "Assalamualaikum buat semua peminat FS..Pertama sekali aku nak ucap kan terima kasih pada Admin FS sekiranya cerita aku ni disiarkan. Nama aku Kay. Aku akan ringkas kan cerita seram yang penah jadi pada aku beberapa tahun lepas. Maaf sekiranya cerita aku tak cukup seram untuk kalian.", "Kisahnya aku dipindah kan dari Kuantan ke Balakong kerana projek aku dgn company lama sudah habis. Jadi bos aku melamar aku untuk pindah ke HQ disini sebagai permanent. Dijadikan cerita, aku dapat sebuah bilik sewa di sebuah apartment di kawasan Cheras Selatan. Bersebelahan kubur China..hehehehhe..Tapi kubur China tiada kaitan dalam cerita seram aku ni..", "Alkisahnya, aku dipindahkan seminggu sebelom lockdown mula2 diumumkan. Kebetulan aku antara penyewa terawal disitu. Dan ade beberapa penyewa yang sebelom aku sempat bertahan beberapa minggu sahaja disebabkan masing2 pulang dan tak mahu di kuarantinkan dirumah.Tinggal lah aku sendirian disana.", "Untuk hilangkan boring aku di rumah sendirian, aku meminta izin tuan rumah untuk membawa adik aku tidur di rumah sewa aku. Disebabkan bilik aku hanya ade katil bujang, aku angkat tilam tidur di ruang tamu bersama adik aku. Keadaan rumah aku ialah, kalau kita masuk melalui pintu utama, kita akan jmpe tandas dan dapur dahulu baru akan ke ruang tamu. Jadi ruang tamu aku boleh terus Nampak ke dapur kerana tiada sebarang halangan.", "So dijadikan cerita ade satu malam tu adik aku tersedar di tengah2 malam dan dia bagitau yang dia ternampak satu sosok tubuh seperti nenek kebayan bersebelahan peti ais di dapur. Tapi diesebabkan kami adik beradik ni rabun aku cuba menidakkan cerita tu untuk elakkan aku rasa takut atau terfikir bile aku bersendirian di rumah nanti. Selang beberapa bulan, ade 2 pnyewa perempuan awal 20an baru masok menyewa di bilik belakang yang mempunyai katil double decker.", "Disebabkan diaorang agak friendly, kami pun selalu juga lepak bersama dan share cerita. Ada 1 malam tu si Z aku namakan dia, memberitahu kalau dia seorang yang boleh Nampak makhluk2 ghaib. Aku mulanya malas ambik tahu,tapi bile tiba2 dia cerikan yang kat rumah kami tu ade seorang penunggu seiras nenek kebayan tnggal bersebelahan peti ais dan menghadap pntu bilik dia aku terus terkejut kerana teringat akan cerita adik aku dulu.", "Rupanya selama ni rumah tu aku tidak keseorangan ye gais..hahahaha ..tapi kata si Z ni, nenek tu tak menggangu pun..dia sekadar menumpang saja..sejak dari tu, bila aku terjaga nk pergi ke tandas tengah malam, aku akan rasa meremang dan terfikirkan nenek kebayan tu.", "Cerita tu aku biarkan berlalu kerana sudah masok tahun kedua aku menyewa disitu. Si Z dan kawanya pun sudah berpindah keluar. Tahun berganti, aku dapat kawan baru dari Kelantan yang menyewa dibilik belakang menggantikan si Z dan kawannya. Penyewa yang baru datang untuk praktikal di sebuah kilang di Balakong dan mereka berdua kawan dari Universiti yg sama. Aku namakan dia Na dan Sa. Kami agak rapat dan banyak lepak bersama sejak lockdown berulang lagi kesekian kalinya dan mereka tidak dibernarkan datang bekerja.", "Aku terus kan pada part seram nya. Ada satu malam waktu mereka dh hujung2 waktu praktikal, mereka ajak aku untuk lepak di ruang tamu temankn mereka siapkan report praktikal sebelum pulang ke rumah kampung masing2. Lepak depan ruang tamu hampir pukul 1 pagi kami bertiga malam tu. Bila aku dh mula mengantuk, aku sempat berpesan pada si Sa untuk kejutkan aku sekiranya kerja mereka sudah siap dan mahu masok ke bilik masing2.Aku serik untuk tidur di ruang tamu seorang diri . Aku pun terlelap sambal ditemani Sa dan Na yg masing2 tengah siapkan report praktikal.", "Terjadi cerita apabila aku terkejut dari tidur, dalam posisi aku sedang menghadap ke dapur dan bilik belakang, aku terdengar bunyi pergerakan. Bunyi kriuk2 tanda ade orang sedang panjat katil Na yg belah atas. Malam tu aku masih ingat dengan jelas warna baju Na dan Sa. Walaupun aku rabun, tapi aku still boleh Nampak figure orang walaupun kabur. Waktu aku sedar mata aku tepat pandang pada Sa yang sedang pegang tombol pintu berhadapan bilik dia tapi dengan pandangan yang agak pelik melihat pada aku. Aku sedar tu Sa walaupun kabur sebab Sa ni sejenis yg mempunya rambut kerinting yang agak lebat. Dan bila dia lepas rambut dia,confirm agak menggerbang. Si Na plak sejenis yang rambut agak sikit..jadi aku confirm yang sedang tenung aku tu Sa. Dan lagi satu, malam tu Sa pakai baju tshirt warna purple..Na pulak warna biru.", "Aku cube digest ape yang aku tengok. Aku kehairanan kerana dia tenung aku agak lama. Aku pulak kecikkan mata aku untuk melihat lebih jelas. Aku mula meremang kerana dia berdiri sahaja tanpa bercakap dan muka dia tepat ke arah aku. Sumpah sampai sekarang bila aku teringat aku masih meremang. Waktu aku pandang dia lama tu, tibe tibe aku dengar pintu bilik air dibuka, korang tahu siapa yang keluar? Si Sa wehhhh…yang keluar dari tandas tu sama dengan orang yang sedang pandang aku tadi.", "Bila aku Nampak sa keluar dari toilet aku toleh balik dekat pntu bilik diaorg dan aku tengok Si Sa dah tak ada kat situ. Sa yang baru keluar dari tandas Nampak aku tersedar dari tidur dan beritahu yang dia baru lepas buang air kecil dan baru bercadang nak kejutkan aku untuk masok ke bilik.", "Aku bingkas bangun dan terus sambung meremang dalam bilik..esok pagi nya baru aku ceritakan pada mereka..selepas dari tu kami dah kurang tidur di ruang tamu. Selepas pkul 12 kami akan masok bilik masing2. hehehhe tu je la kisah dari aku dan maaf kalau gaya pengceritaan aku agak susah untuk difahami..", "Btw, aku peminat setia FS tapi tak pernah menulis disini kerana selama ni aku tak pernah diganggu se ‘hardcore’ ini. Dan aku selalu berharap tak akan pernah terjadi lagi di kemudian hari..ok la gais..tq sudi baca.." ]
[ "dah tau rabun kenapa tak pakai spek? tu lg misteri" ]
https://fiksyenshasha.com/saka-keturunan-4/
Saka Keturunan
[ "assalamualaikum warga fs yang setia.semoga kalian semua sentiasa dalam lindungan rahmat allah s.wt.", "sebelum aku menceritakan kisah benar yang tak kan aku lupakan dalam keluarga aku ni, aku memperkenalkan diri aku dulu, aku joe (mcm biasa la bkn nma sbnr ye tak). kisah bermula begini..", "tahun 1998 .. ya tahun tu aku baru darjah 6.. sepulangnya aku ke rumah dari sekolah dngn menaiki basikal aku mcm biasa campak beg dan nak pegi makan kat dapur. malangnya mak aku lewat plak masak .aku tak tanya plk mak aku kenapa lewat masak sbb aku nmpak mak aku nak pegi solat waktu tu, solat zuhur. Aku pun ada dapat tugasan dari cikgu kemahiran hidup suruh buat tabung dari tempurung kelapa jadi alang2 aku tunggu mak aku masak baik aku pegi buat selesaikan tugasan tu dekat belakang rumah.", "Sedang aku tengah membersihkan bulu2 dekat tempurung tu, telinga aku yang agak capang2 ni tertangkap bunyi macam mak aku panggil aku. ‘abg’ ‘abg’ mcm tulah tapi versi slow motion.. selalunya mak aku kalau panggil 1 kilometer pun bleh dengar lagi. Aku buat endah tak endah je la sebab aku rasa mungkin mainan telinga aku je kot tapi naluri seorang ank aku rasa tak sedap hati aku terus masuk kat dalam umah, aku pergi dapur sbb aku tengok mak aku masih bertelekung lagi so aku pun tanya", "nape ma? panggil abg? (abg ni nme panggilan aku dlm family)\nmak aku : ‘ tadi ada orang tua datang kat dapur ni minta garam, ma tak kenal, bila ma nak pergi ambil garam, garam habis tinggal secubit’", "aku : habis tu ma bagi tak?\nmak aku : tak bagi sebab tak cukup sangat lagipun ma tak masak lagi. tapi bila tak bagi dia marah ma dia pukul badan ma pakai tongkat dia.(masa tu jugak mak aku rebah)", "Allah.. ayat pertama muncul dalam mulut aku. bila masa plk ada orang datang sedangkan aku kt blakag umah , kalau ada orng dtg pun mesti aku nmpk sbb pintu dapur tu dekat sangat dengan blakang umah dan mesti melalui aku.. Aku terus papah mak aku..wallahi memang tak larat nak papah mak aku sbb aku kecik tapi dengan bantuan allah aku dapat papah mak aku sampai ke bilik, bkn dukung ea. papah, waktu tu mak aku macam sedar tak sedar..", "Aku baringkan mak aku, aku ambil yassin letak bawah bantal, dahla kt umah aku sorang2 sbb abg2 dan kakak2 aku, adik aku tak balik lgi. Aku tarik nafas plan2 aku cakap kat mak aku, aku nak pergi panggil orang datang tapi waktu tu mak aku dah mula meracau.. sies seram ..dengan berbekalkan nekad aku terus melompat kat tingkap terus keluar rumah. korang mesti tau tingkap rumah adabi (yang tinggi tu cmtula) .tak sia2 aku buat latihan tingkap ni sebab bila mak aku nk bedal aku je mesti aku lari ikut tingkap. haha. ok sambung balik.", "Sampai je aku di rumah kwan mak aku, aku terus bgitahu cerita sbrnya pada kawan mak aku, dia suruh aku balik dulu tengok mak nanti dia menyusul. alhamdulillah rumah dia dengan rumah aku dalam 200 meter cmtu je jaraknya. Aku smpi je di rumah terus aku pegi kat mak dan duduk dekat mak.. time tulah mak aku mintak pelik2 .apa punya jin la yang check in kat mak aku ni.", "antara permintaan mak aku\nkarpet kuning, langsir kuning dan selendang kuning.. aku diam ja aku suruh mak aku istigfar bnyak sementara tunggu kawan mak aku datang je adik beradik aku pun balik.. fuh legaa.. aku cerita kat dorang, then abg aku yg no 2 tu pegi panggil 1 bomoh ni. kiranya dia mmg terknal dekat kmpg aku. tunggu punya tunggu akhirnya kawan mak aku dtg..", "Kawan mak aku ini terus pergi kat mak aku, dia pegang lada hitam ke bawang aku lupa lah, dia letak kat antara ibu jari kaki dan waktu tu jgk mak aku menjerit2 .proses berlangsung dalam beberapa minit dan jawapan kawan mak aku adalah, dia kata dia tak boleh nak keluarkan benda dalam badan mak aku, sbb bukan bidang dia.. dia suruh panggil yg lebih arif.. jadi kami adik beradik pun tunggu bomoh yang abg kitaorang panggil tu datang plk.. selang dalam beberapa jam tu ayah aku plk balik. lega skit ..fuhh.", "kami dapat makluman yang bomoh tu akan dtg jam lepas asar jadi kami anak beranak tunggu je lah, yg menjaga mak aku kt bilik adik aku yg bongsu dan kakak2 aku.. dorang smbil mengaji kat bilik tu..rasa tenang skit .tak lama pun tenang tu. dah nak maghrib sekitar jam 6. (dulu pkul 6 dah hmpir gelap) akak aku yg no 3 menjerit cakap ada kepala dekat atas tempat lubang angin yg berjaring tu (org dlu2 suka betul buat tmpt angin yang pakai jaring tu) .", "kepala orang terbang kata dia. aku pun acah2 berani dengan abah pegi kat dapur sbb kejadian ni terjadi kat dapur, smpi je tibe2 tingkap yang kat dapur terbukak sndiri. ceh main tingkap plk mambang ni.. ayah aku terus tutupkan tingkap .terus ayah aku ambil garam yang dia suruh abg aku beli kat kedai runcit tadi, ada la dalam 10 pack yang garam kasar tu. ayah ajak aku pegi blakng umah, ayah ambil parang smbil tebas2 dekat ranting2 pokok rmbutan tu ayah aku berdialog mcm ni seingt aku la", "‘ kau nak garam kan, ambik ni’ smbil ayah melemparkan dengan tangam kiri dan tangan kanan menebas2 ranting2 kat situ. waktu tu aku nmpk betul kepala org terbang dri pokok rambutan ke pokok kelapa lepas itu hilang.. untuk makluman korang ayah aku ni pun boleh la skit2 bab2 mistik sebab askar kan dan mak aku pun sama. mak lebih arif bab2 mistik .ok2 smbung.", "Selang beberapa minit kejadian tu bomoh tu pun smpi kat rumah. aku masa tu panggil bomoh tapi ada org panggil ustaz, yela zaman budak2 klu org berubat ke mesti panggil bomoh ye tak..jadi dia pun mohon nk masuk bilik mak aku. waktu tu dah maghrib .memang seram dengan mak aku dah meracau2..tapi aku tak boleh masuk bilik sebab budak2 .yang ada dalam bilik tu waktu rawatan akak2 aku dan abg, ayah aku. aku lepak luar dgn adk ada la jiran2 dtg sorang dua buat peneman..", "dalam sejam jugak berubat macam2 aku dgr memjerit la menangis la.. aku sempat intai dekat lubang melalui bilik akak aku, aku nmpk mak aku tengah berjoget macam ala2 makyong tu.. terkejut aku sejak bila mak aku pandai berjoget cmtu plak.. leps tu mak aku pengsan ..aku acah2 pergi kat depan buat2 macam mnunggu bomoh tu pun kuar..", "Alhamdulillah mak aku sedar tapi kami merahsiakan nya sampai saat ini….bukannya nk membuka aib keluarga tapi ada saka keturunan yang nak join mak aku tapi mak aku tak rela dan sebab itu dia sentiasa cuba mencari pewaris yang berjatina perempuan dari susur galur belah mak aku saja.. dan sekarang adik aku yang paling bongsu kena kacau dengan saka lahanat itu.. aku mohon moga ko kuat dik..mak aku pun dah takda…semoga kita semua sentiasa dalam lindungan allah s.w.t..Demi allah dan rasul..cerita ini adalah kisah benar dari aku.\nwassalam.\n(joejambul)" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/suai-kenal-asrama/
SUAI KENAL ASRAMA
[ "Assalamualaikum wbt para pembaca FS, sebelum ni aku selalu menjadi peminat tegar cerita seram FS sampaikan sanggup set notification dekat email sebab nak baca ceritanya tapi kali ini aku nak berkongsi serba sedikit cerita aku.", "Kisahnya bermula dari aku mula belajar. Aku tak pernah duduk asrama. Jadi semasa umur aku 18 tahun, itu merupakan tahun pertama aku duduk asrama dan berjauhan dari ibu bapa aku. Agak jauh juga iaitu di Perak. Oh aku lupa, sebelum tu aku perkenalkan nama aku Farah dari Klang.", "Aku sambung semula, semasa aku masuk di asrama itu cuma ada pelajar MPP dan pelajar baru. Pelajar senior semua cuti sem. Masa itu MPP perempuan lebih kurang dalam 8 orang dan pelajar baru ada 7 orang termasuk aku. Aku dapat bilik hujung sekali dan dalam bilik tu aku seorang sahaja pelajar baru dan yang lagi 2 orang pelajar MPP.", "Sebelum aku lupa, untuk pelajar baru ada sesi paradigma (sesi suai kenal) selama 6 hari. Aku dilantik sebagai penghuluwati (ketua bagi pelajar baru perempuan). Aku diarahkan untuk kejut semua pelajar baru untuk siap sedia pergi ke masjid untuk solat subuh, mengaji dan memulakan aktiviti sesi paradigma.", "Aku sedar dari tidur yang lena pada pukul 4.30 pagi. Aku ketuk pintu bilik pelajar untuk pergi mandi dan bersiap. Kemudian, aku terus ke tandas untuk mandi sebab aku tak nak berebut bilik air. Aku masuk tandas ke 2. Sedang melayan mata, tetiba mataku terus segar bugar terkena air yang sejuk. Lalu aku pun cepat-cepat mandi, tiba-tiba aku terdengar bunyi air pancut di tandas lain.", "Aku berasa lega sikit sebab ada pelajar yang dah bangun. Selesai mandi aku keluar dari tandas, aku pergi jenguk ke tandas yang lain tapi takde satu pun pintu tertutup. Aku beranikan diri pergi intai tandas yang air pancut terbuka tapi TIADA SESIAPA. Aku terus teringat pesan MPP jangan tegur kalau dengar bunyi air terbuka. Lalu aku terus berjalan lari ke bilik.", "Yang kedua, ada satu malam semasa sesi paradigma aku tak dapat lenakan mata. Jam di telefonku menunjukkan pukul 3.00 pagi. Katil aku betul-betul mengadap luar tingkap. Sedang aku khusyuk pandang cahaya lampu di luar untuk melenakan mata, aku ternampak “benda” terbang dan “benda” tu tinggi. Aku terus tarik selimut sampailah aku ketiduran.", "Yang ketiga, ni seram sikit bagi aku sebab aku yang kena. Terjadi di dalam bilikku sendiri. Masa tu pukul 2.00pagi. Aku macam biasa sukar untuk tidur. Sedang khusyuk bermain telefon, aku terdengar bunyi lokar depan katilku terbuka (lokar besi kalau buka bising sikit). Aku diam saja sebab aku intai roomate aku rupanya nak amik barang mungkin.", "Kemudian, aku tengok balik dia berdiri lama depan loker dan senyap kaku. Aku panggil nama dia banyak kali la juga tapi dia tak memberi “respon”. Lalu aku turun dari katil (katil aku double decker dan aku katil atas). Sebelum nak ke lokar, masa ni aku mmg terkejut sangat-sangat sebab roomate aku SEDANG TIDUR LENA di bawah. Aku terus pusing pandang lokar roomate aku, loker dia tutup rapat. Masa tu aku terus mengucap sambil naik semula untuk terus tidur dalam ketakutan.", "Ada cerita lagi aku kongsi. Sekian." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/banglo-murah/
Banglo Murah
[ "Tahun ni ayahku telah menjadi seorang pesara (pencen) , so kami sekeluarga akan berpindah ke negeri kelahirannya. Kebetulan ayah dapat membeli sebuah banglo dengan harga yang sangat murah dengan wang pesaraan nya. Nama aku dinie , keluarga kami hanya mempunyai empat ahli keluarga je, ayah aku, ibuku dan adik ku rafa berumur 4 tahun. Sesiapa pun “happy” kan kalau dapat tinggal di banglo yang sangat besar dan mempunyai kolam renang yang luas. ", "Hari yang ditunggu tunggu pun tiba, setelah kami selesai mengemas barangan rumah kami, kami sekeluarga berangkat ke rumah banglo impian ku. Perjalanan mengambil masa kira kira 6 jam untuk tiba ke destinasi banglo kami. Setelah tiba di destinasi banglo kami, jam menunjukkan pukul 5.30 petang, kami bergegas menyusun barang barang kami sedikit demi sedikit. Masing masing berasa penat dan hanya mampu melabuhkan badan diatas sofa yang terdapat pada ruang tamu kami.", " Sedang mata ku berat dibuai lena, tiba tiba ku terdengar “heeehi” ketawa kecil kanak kanak, aku terus menoleh ke arah rafa, tapi rafa sedang lena di pangkuan ibu ku. Barangkali halusinasi ku kerana sedang “lali” mengantok yang teramat. Aku pun abaikan perasaan curiga ku, lalu ku terlelap sehingga ibu ku kejutkan ku dari tidur lena ku.", "Jam menunjukkan pukul 10.00 malam, aku masih sibuk mengemas bilik baru ku. Bilik aku terletak di tingkat satu, manakala bilik ibu dan ayahku di tingkat dua. Bilik aku luas dan telah tersedia tandas di dalam bilik ku. So aku tak perlu “susah-susah” nak keluar bilik kalau nak ke tandas. Dari jendela ku , terpanpang pemandangan pokok-pokok kehijauan dan keindahan bukit-bukit. ", "Sedang asyik aku mengemas bilik ,tiba-tiba pintu bilik ku di ketuk. Barangkali ibu ingin melihat bilik ku yang cantik ni. Aku terus mencapai tombol pintu dan membukanya, tetapi yang menghairankan tiada siapa pun di luar bilik ku. Perasaan curiga ku kembali menganggu ku. Aku beranggapan mungkin rafa yang sedang bermain main “ah lantak lah,rafa ni memang suka main ketuk ketuk, nak kena budak ni!!” Ujar hati ku.", "Aku terus mengabaikan kejadian tadi, “biasalah rafa ni nakal tak padan dengan kecil” . Setelah lama ku mengemas bilik ku, tekak pun mula rasa kehausan. Aku terus menuruni tangga untuk kedapur. Tangga di rumah ku diperbuat dari kayu jati. Apabila menuruni tangga, pastinya langkah kaki kita boleh kedengaran kerana permukaan kayu yang berbunyi. Semasa aku sedang melangkah menuruni anak tangga satu persatu, tiba tiba “prap prap” aku mendengar langkah kaki yang mengikuti ku dari belakang, dah la lampu semua sudah terpadam kerana semua sudah tidur maklum lah jam pun sudah menunjukkan 12.30 tengahmalam. ", "Aku memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Disaat aku cuba menoleh ke belakang, aku berasa seperti ada seseorang di balakang ku,sehingga aku dapat merasakan haba badan nya yang panas “Ya Allah apa benda la belakang aku ni, mengeletar lutut aku” bisikan dalam hati ku.", " Setelah aku menoleh, aku ternampak susuk tubuh yang tinggi bermata merah yang sedang menenung tepat le arah ku dengan wajah bengisnya. Sekelip mata lembaga berbada sasa itu terus melompat menerkam ke arah ku,sehingga aku tergelincir dan terjatuh dari tangga . Kepala ku terhantuk pada anak tangga sehinggakan aku hilang kawalan dan pengsan tidak sedarkan diri.", "Mata ku kabur saat ku tersedar dari dunia gelap ku. Perlahan lahan aku cuba bukakan mata ku. Seluruh tubuh ku terasa sakit dan berat. Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi, hampir 3 jam aku pengsan dan tidak sedarkan diri. Aku kuatkan diri perlahan lahan aku bangun dan melangkah ke kamar ku . Kaki ku berat sehingga memaksaku untuk mengheret tubuh ku perlahan lahan sehingga ke pintu bilik ku. Terasa sangat jauh perjalanan dari anak tangga hingga ke bilik, sesampai sahaja aku dibilik , aku terus merebahkan tubuh ku ke atas tilam ku yang empuk.", " Sekelip mata aku tertidur dan kembali ke dunia gelap ku. Kejadian menyeramkan tadi terus kabur dari ingatan ku setelah ku terlena . Tanpa ku sedari matahari sudah terpacak diatas kepala, aku tertidur sehingga ke tengahari. Terjaga dari tidur, seluruh badan ku terasa sengal dan sakit serta dipenuhi lebam. Aku fikir kejadian semalam hanya mimpi tapi lebam ini mengingatkan kejadian semalam.", "Suasana yang semakin suram dirumahku, pintu bilik ku diketuk oleh ibu ku, ibu ku menyuruhku mengemas pakaian ku dengan segera untuk pulang ke kampung. Aku terus mencapai tuala untuk membersihkan diri, setelah selesai “pack” baju di dalam bagasi ku, kami sekeluarga terus berangkat pulang ke kampung halaman dalam keadaan yang tergesa gesa dan menghairankan. Didalam perjalan ibu dan ayah ku memceritakan kejadian yang mereka alami pada malam kemarin.", " Rupa rupanya bukan aku seorang je mengalami kejadian seram ini. Ayah ku diterkam oleh makhluk yang sama, manakala ibu ku diganggu teruk oleh lembaga kemarin. Ayah ku telah menjual rumah banglo tersebut setelah kami mengetahui sejarah rumah tersebut. Di khabarkan pada awal 90an rumah tersebut di diami oleh sebuah keluarga berbangsa bugis. Keluarga tersebut telah m******h diri beramai ramai akibat bebanan hutang. ", "Setelah kematian keluarga bugis tersebut. Beberapa pawang telah mendiami rumah tersebut untuk membuat pelbagai upacara ilmu hitam. Selepas itu terdapat juga kisah kematian ngeri pasangan suami isteri yang tinggal disitu ketika itu. Dikhabarkan juga makhluk belaan pawang-pawang terdahulu masih berkeliaran di banglo kami. Selepas beberapa kejadian aneh dan ngeri berlaku di situ, sebuah pemaju perumahan telah mengambil alih banglo tersebut dan dijual dengan harga yang murah. Aku dan keluarga ku telah bernekad untuk tinggal dikampung halaman kami.", "Karya Penulisan dan Idea Mr.zear" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/kisah-isteri-orang-dicintai-oleh-jin-jantan/
KISAH ISTERI ORANG DICINTAI OLEH JIN JANTAN
[ "(Pengalaman kawan saya)", "Kisah kali ini mengenai wanita yang sudah berkahwin dicintai jin jantan.", "Suatu petang, tengah aku dok relaks-relaks kat rumah, sambil berlenggak ataih kerusi malaih, ada sorang pemuda call aku.", "Pemuda : Assalamu’alaikum Ustaz. Saya Kamal… saya dapat nombor ustaz dari kawan saya. Hari ni ustaz free dak? Siang ka malam ka.", "Aku : Wa’alaikumussalam. Hari ni Alhamdulillah saya free, sebab slot malam ni ada orang CANCEL. Kalau nak mai, boleh la mai.", "Pemuda : Baik ustaz… Terima kasih. Satgi malam kita jumpa.", "Lepas maghrib Kamal pun mai, lepas aku bagi petua kat dia untuk mai ke rumah aku. Kamal mai dengan bini dia. Aku pun semawa Kamal dengan bini dia masuk ke dalam rumah. Aku pun tanya la, apa hajat mai ni… Kamal pun habaq la masalah depa ni.", "Kamal : Macam ni ustaz… Bini saya ni nama dia Yati… Yati ni sakit kena buatan orang. Sakit ni tak pernah lega dari mula kami kahwin sampai la ni. Dah 10 bulan dah dok sakit. Kami dah pi cuba kat ramai perawat, semua kata bekas boypren Yati buat kat dia. Depa kata dia tak puas hati kat Yati. Tak puas hati apa pun tak tau la ustaz.", "Aku : Betoi ka budak laki tu buat. Kot satgi kita dok percaya kata perawat-perawat tu naya ja… Mau budak tu tak buat sihir kat Yati ni, lagu mana… Naya ja kita fitnah dia. Tak kepasai pulak kita dok tanggung dosa fitnah. Mau pulak kita lak pi canang rata kata budak laki tu la dok sihir orang. Orang dengaq orang pi menyampai kat orang lain. Jadi serupa sistem piramid MLM ooo… Kita tanggung dosa free ja. Jangan macam tu… Tak boleh macam tu. Kita zalim dan aniaya orang… Kalau orang tu tak buat, jenuh kita nak tanggung dosa. Jenuh minta maaf dan bersihkan nama orang tu balik… Jenuh kita nak bersih nama kawan tu. Bukan senang tau… yang perawat-perawat sebelum ni habaq tu jangan percaya sangat. Takut jadi fitnah. Kot jin dok buat fitnah lagu mana. Takpa satgi kita tengok noo. Kita tengok kebenaran dia…", "Lepaih aku tarbiah depa laki bini baru la aku panggil Yati mai dok depan aku… Aku pun mula la buat sesi rawatan… Aku baca la ayat suci Al-Qur’an yang mana aku mulakan dengan bacaan Bismillah, selawat nabi, istighfar, syahadah, fatihah, ayat kursi, Al-falaq, An-nas &", "fatihah sekali lagi untuk completekan bacaan untuk merawat.", "Masa aku dok baca ayat-ayat suci tu. Yati dok tersengih-sengih dok tergelak-gelak. Aku biaq ja dia lagu tu sebab jin dok mengejek aku dan cuba nak naik kan kemarahan aku… Aku baca bagi habis kesemua ayat-ayat suci tu. Pastu baru aku mula menggasak jin tu.", "Aku : Hang mai buat apa kat pompuan ni? Hang nak apa kat pompuan ni? Hang janji apa dengan pompuan ni? Hang mau apa kat pompuan ni?", "Jin : Aku nak dia m**i…", "Aku : Hang sapa nak ambik nyawa orang? Apa hak hang… Hang mampu ka nak ambik nyawa orang… Awat hang ka yang berkuasa menentukan hidup m**i orang… Awat hang nak amik alih tugas Allah ka?", "Hebat sangat ka hang ni? Mai aku tengok hang", "hebat dak.. Mai lawan dengan aku, mai… Kita tengok sapa", "hebat… Hang", "hebat ka, Allah", "hebat ka… Allah maha", "hebat… Aku berdepan dengan hang ni sebab nak tunjuk kat hang kehebatan Allah yang Allah bagi kat aku ni.", "Jin ni pun mula la teriak..", "Aku pun apa lagi. Memusatkan serangan la. Jin ni kelupoq sakit…", "Jin : Ampon… Lepas, aku sakit… Hang picit kaki aku pasai apa… Sakit…", "Aku : Ehh… Bila pulak aku picit kaki hang? La ni yang aku pegang ni kaki sapa? kaki hang ka kaki pompuan ni… Hang habaq mai… Aku pegang kaki sapa ni.", "Jin : Hang pegang kaki pompuan ni…", "Aku : Dah tu yang hang mengaku kaki hang pasai apa… Tak malu ka kaki orang kata kaki sendiri. Bila masa aku pegang kaki hang.. Gila pa… mana kaki hang… Dok tak dok ni mengaku ikut sedap mulut ja ni…", "Jin tu dah tak torah dah… Aku gasak lagi. Dia reyau lagi kuat.. Teruih dia mengaku yang dia ni suka kat Yati. Dia kata nak jaga Yati… Aku bagi paku buah keraih la.", "Aku : Hang kata nak jaga pompuan ni baik-baik.. Hang kata hang sayang kat pompuan ni. Sayang apa lagu ni… Hang biaq dia sakit, sayang apa… Jaga apa lagu ni… Kalau betoi nak jaga… Kalau betoi sayang, jangan biaq dia susah. Bagi la ketoi emas ka, duit selunggok ka tiap-tiap bulan. Tu baru kata sayang sebab tak mau tengok dia susah… Tak mau bagi dia pi kerja. Bila ada duit baru la senang, tak gaduh pi kerja dah… Ni hang buat dia sakit. Sayang apa… Jaga apa lagu ni… Cinta apa lagu ni… Kita kalau cinta sayang, kita jaga elok-elok. Teresek sikit pun kita tak bagi aihh… Kalau betoi sayang kalau betoi cinta, kita buat dia bagi dia bahagia. Biaq pi la dia kawen dengan sapa pon. Kita nampak dia bahagia, kita pun bahagia sebab cinta hati kita bahagia. Semestinya cinta sayang tu perlu ka kita miliki biarpun cinta hati kita ni kahwin dengan orang lain… Kita tak dapat dia pun takpa aihh, sebab bahagia dia adalah bahagia kita. Ini baru sayang, ini baru cinta… Ni mengaku sayang, mengaku cinta tapi bagi sakit… Pirahhhh mampoih… Phuiiiihhhhh… Sembang cinta sayang konon… belahhh laa hang…. Bab cinta sayang kasih rindu pun tak lepaih… Ada hati nak jaga orang… Phuihhhh….", "Jin tu reyau teruk… Dia teruih janji tak mau ganggu Yati lagi…. Dia pun janji lagu ni…", "Jin : Wallahi, wabillahi, watallahi… Sesungguhnya aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya aku datang dan masuk lagi ke dalam badan pompuan ni, maka terlaknat lah aku. Dan aku rela diri aku di hukum dan aku rela diri aku dipanah petir dari neraka jahanam yang di palu oleh malaikat zabaniah angkatan kepada malaikat malik si penjaga neraka… Wallahi, wabillahi, watallahi… Sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji didepan penguasa ini yang berada didepan ku… Aku memeluk Islam. Laa ilaha illallah. Muhammad rasulullah… Dan manusia yang beragama Islam yang menjadi umat Islam adalah khalifah ku… Dan penguasa didepan ku ini adalah khalifah. Akan ku patuh pada arahan khalifahku.", "Dia masuk Islam… Aku lepas kan dia, dan aku panggil dia Muhammad Khairul Jamal. Dia pun keluaq dari tubuh Yati… Yati pun rebah tak sedaq diri…. Dok sat tu… Yati bangun.. Kamal pun cerita kat Yati apa yang jadi… Aku pun nasihat depa… Jin ni la yang punya angkara sebab dia suka kat Yati. Dia dok laga-lagakan bekas boyfriend, bertujuan nak kita bermusuhan. Dan fitnah jin ni amat halus. Hati-hati… Dok sat tu aku pun semawa depa minum ayaq.", "Selepas dari kejadian tu, Yati bebas sepenuhnya dari gangguan jin jantan yang mencintai dirinya… Alhamdulillah." ]
[ "Wowwww nice suka baca☺️" ]
https://fiksyenshasha.com/apartment-port-dickson-harga-bawah/
Apartment Port Dickson Harga Bawah RM200/malam
[ "Assalamualaikum warga Fiksyen Shasha. Pertama sekali aku nak terima kasih dekat admin kalau cerita aku di published. Aku namakan diri aku Fa. Harini aku nak kongsi tentang perjalanan 1 May aku dengan 3 orang kawan aku iaitu Man, Mi dan Tep. Kenapa 1 May? 1 May ni adalah hari yang budak-budak moto ke Port Dickson (PD ATTACKED). So sesiapa yang terlibat dalam dunia permotoran mesti tahu.", "Okay focus pada cerita, kami bergerak dari Penang pada malam 28hb April. Kami takde la terus ke PD sebab kami plan nak jalan-jalan KL dan Melaka dulu. Jadi semasa di KL dan Melaka semuanya okay. Tak ada apa-apa yang pelik berlaku, Alhamdulillah.", "Pagi 1 May tiba.. Selepas checkout hotel di Melaka kami bergerak ke PD ikut jalan belakang disebabkan dari Pantai Klebang, Melaka jauh balik kalau nak ikut highway. Dalam perjalanan sempat singgah makan. Lebih kurang jam 4.30 petang kami tiba di PD. Mula survay hotel untuk menginap dekat PD malam ni pula. Memang kami semua ni unplanned person lah. Dah sampai baru kalut nak google la apa la. Bila dah semua letih, panas dengan mood barai mula la nak gaduh.", "Dan bila dah jumpa tempat yang sesuai kami pun uruskan urusan checkin. Kami memilih sebuah appartment dan harga appartment kami tu kalau diikutkan sangat-sangat tak logic.Tak sampai RM200, ada ruang tamu lengkap tv dan sofa, dapur siap meja makan, bilik 2 dan tandas pun 2. Permandangan dari luar pintu koridor indah. Ada kolam renang bersaiz sedang-sedang je. Yang paling best nampak Laut weh! HAHAHA! Tapi.. Indah tu hanya sementara..", "Kami berempat duduk sembang kosong di ruang tamu. Bila dah tak ada tajuk nak bersembang, si Man bagi cadangan ajak tengok movie hantu dekat handphone. Tanpa fikir panjang kami semua pun on sebab dah tak tahu nak buat apa. Kami buat keputusan nak tengok dalam bilik utama sebab aircond sejuk. Dah pilih movie, siap tutup lampu kami pun layan. Tapi tak lama sebab line malam tu agak teruk. Jadi movie sangkut-sangkut.", "Jam lebih kurang pukul 11.30, Mi bersuara ajak keluar makan. Kami masing-masing malas dah nak bersiap, buat taktau ja dengan Mi. Dia masih lagi pujuk. Dalam masa dia memujuk dan kami tidak juga mahu keluar tiba-tiba dengar ada orang dekat ruang tamu. Macam dengar ada orang tarik kerusi meja makan tu tahu tak? Kami masing-masing terdiam sebab nak dengar betul ke bunyi tu, dan dari mana..? Man dengan Tep dengar dari atas. Tapi aku dengan Mi dengar dekat ruang tamu, iaitu sebelah bilik kami.", "Mi dengan celuparnya boleh dia tegur “sapadia pulak duk ubah kat depan”.. aku pun marah la gila tegur buat apa! Kemudian kami masih lagi chill, taknak semua takut. Dari rasa malas, kami tiba-tiba rasa nak je keluar dari situ. Ikut cadangan Mi untuk keluar makan. Tapi bila fikir balik, kalau keluar nanti nak masuk balik tidur dah lewat, takut ada benda ikut pula tak ke naya? Yela Port Dickson kan kawasan laut.. Tempat orang buang benda.. Kami pun sambung sembang kosong.", "Kami masih lagi bergelak-tawa, Mi siap bangun berdiri atas katil sambil lompat-lompat. Dia memang tak serik weh! Masa Mi lompat tu dengar la bunyi spring katil (tahu kan macam mana bunyi bila lompat atas katil), dia lompat-lompat dan dia berhenti.. tapi bunyi spring katil masih belum berhenti! Haa sudah.. sapa pulak join Mi lompat ni.. Mi terus lari baring antara Man dengan Tep. Haa baru tau takut.", "Bila semua dah diam, aku yang masih belum tidur dan aku yakin depa pun takkan boleh lelap lagi. Aku beri cadangan untuk kami sama-sama ke depan, untuk memenuhi semua ruang dalam appartment tu. Bila semua dan kembali tenang dan mahu tidur, Mi dengan Tep tidur di bilik utama tadi sebab ada 1 katil queen. Aku pulak minta Man temankan tidur di bilik satu lagi yang ada 2 katil single. Kami berempat pun lena tidur sehingga keesokan paginya.", "Keadaan tenang, semasa checkout aku sorang je yang pegi serah kunci balik. Apa yang buat aku pelik, selain suasana yang sangat cantik walaupun tak semua bilik berpenghuni. Kakak dan abang yang urus hal appartment tu semua ceria-ceria je. Macam appartment tu takde apa-apa yang buruk jadi. Haa satu lagi, kan aku cakap tak semua bilik ada orang tu, sebab masa kami mula-mula checkin semalam kami naik lift, bilik kami tingkat 11 tau, keluar lift tu rasanya bilik kami agak hujung dan tak ada bilik lain yang ada orang. Sunyi sepi je. Kalau tengok dari bawah pun kami punya bilik paling tinggi, memang kami je stay situ. Bilik lain yang ada orang tingkat bawah je. Hmm..", "Kami pun bergerak balik ke Penang. Sampai di RNR Rawang kami singgah isi perut baru masing-masing bersuara apa yang kami rasa semalam. Dan aku pun baru teringat yang dalam Fiksyen Shasha banyak cerita tentang Port Dickson. Sebenarnya kenapa dengan Port Dickson? Okay lah sampai sini saja. Maaf kalau cerita kami tak seram bagi hampa semua. Apa-apa pun aku bersyukur sebab kami hanya dengar bunyi tetapi tak nampak benda tu. Hehe Assalamualikum!" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/penari-siam-dari-aras-3/
Penari Siam Dari Aras 3
[ "Masih jelas di ingatan, penghujung tahun 2022. Merupakan semester akhir aku dalam belajar diploma. Kemasukan aku pada hari pertama semester itu dikejutkan dengan berita dari rakan wanita aku apabila dia memberitahu\nFatin“ kau tahu tak, aras 3 blok perempuan dah buka”\naku memberikan reaksi yang curiga ”ehh aras tu setahu aku dah 15 tahun tak buka, asal tetiba boleh buka pulak” ujarku.\nFatin “Warden perempuan sem ni warden baru, so dia cakap dia nak meriahkan suasana blok perempuan ni dengan cara itu”\n“oouuhhh..diorang dah buat baca-baca ke yela dah lama tak berpenghuni kan bacaan yassin ke?”\nFatin”entah la tak dengar pulak”", "Selesai sahaja berbual dengan fatin di hadapan dewan makan aku terus naik bilik untuk bertanyakan tentang khabar yang baru sahaja aku dengari. Ternyata Sah memang aras 3\nAlip “Kau tahu tak kenapa takda rungutan tentang bilik?”\n“Haah la kenapa tak tahu pula”\nAlip “Aras 3 Bilik semua diorang bagi dekat intake baru semester ni, tu sebabla diorang tak merungut sebab diorang tak tahu pasal aras 3 tu”", "Tiba-tiba ada announcement yang mengatakan pelajar perlu turun ke surau waktu maghrib sebentar lagi. Aku dah boleh agak setiap sem macam itulah mungkin untuk mengeratkan lagi sillaturrahim diantara pelajar baru dan lama kerana selesai sahaja solat maghrib pelajar akan tunggu di surau hingga masuknya waktu isya. Pada masa itulah sesi suai kenal secara tidak rasmi bermula.", "Sebelum masuk isya majlis perwakilan pelajar (MPP) mengedarkan surah yassin, sejurus sahaja semua sudah mendapat bacaan yassin terus dimulakan.", "Tetapi keadaan berada di luar jangkaan kami, sejurus sahaja bacaan dimulakan seorang palajar perempuan terus menjerit terpekik-pekik “dah kenapa pulak dah” bisik dalam hati, bacaan tetap diteruskan gangguan itu tidak diendah oleh kami, sementara membaca aku terdengar benda itu mengatakan", "“Jangan masuk tempat aku..keluar..keluar..”\nDengan nadanya yang agak garau dan mendalam seram sejuk aku dibuatnya. Benda itu berlarutan sehingga selesai bacaan yassin.", "Sesudah selesai, mpp wanita pun turut cuba menenangkan pelajar perempuan yang dirasuk itu, tetapi cubaan mereka gagal, 2 orang mpp perempuan itu dicampak oleh pelajar yang dirasuk seakan-akan anak patung.\nDi situlah bermulanya kekecohan di awal semester ini, mendapat arahan oleh ketua mpp, kami semua membuat bulatan mengelilingi pelajar yg di rasuk itu.", "Bacaan ayat suci di lantunkan, para pelajar yang turut serta mengalunkannya bersama ketua mpp. Keadaan menjadi kecoh apabila benda itu bersuara.\n“Aku dah cakap keluarr!”\nSejurus benda itu bersuara lampu didalam surau berkelip-kelip\nTiba-tiba bulatan yang kami buat mengelilingi pelajar yang dirasuk itu, Bukan seorang yang berada di tengah bulatan ini tetapi 5.", "Alip”Wey Man bila masa pulak ada 5 orang tengah tu”\n“Mana aku tahu lampu berkelip tadi aku pun tak sedar”\nPelajar perempuan makin bising, ada yang sudah bangun, ada yang sudah berlari keluar dari surau, ada yang menjerit dan sebagainya.5 pelajar itu sedang menari secara perlahan sambil memandang kami. Aku tidak berapa arif dengan tarian tapi jika dilihat gerak tari tangan dan kaki aku rasakan ini adalah tarian siam.", "Meremang bulu roma aku kini hanya 30% pelajar yang masih tinggal didalam surau, Pelajar yang awal dirasuk itu mengatakan sesuatu didalam bahasa siam, aku boleh agak yang dia sedang menyanyi kerana terdapat intonansi di dalam percakapannya itu walaupun aku tidak faham.", "Serentak sosok itu bernyanyi dan menari aku terdengar seakan alat muzik seperti gong,gendang dan sebagainya.Bagai nak gila aku dibuatnya,aku memandang kea rah kawan-kawanku,haziq terlihat panik,zaki masih terkumat-kamit membaca,alip pula menyapa aku “Kau dengar juga ke bunyi instrument tu?”\n“dengarlah kalau tak kenapa aku nak cuak”kataku perlahan", "Selang beberapa minit ustaz pun tiba setelah mendapat aduan daripada pihak pelajar. Ustaz tidak datang berseorangan , dia datang bersama 3 lagi rakannya. Aku melihat ustaz membaca sambil tangan kanannya megenggam sesuatu, dekat sahaja dengan sosok itu ustaz melemparkan benda yang telah dibacanya tadi, daripada dilihat bentuk fizikalnya aku rasakan ustaz melemparkan garam. 5 sosok pelajar tadi meraung kesakitan yang amat sangat, d***h ku berderau sesekali aku dengari suara mengilai dari arah sana. 3 lagi rakan ustaz cuba menenangkan keadaan dengan beberapa orang pelajar yang dirasuk itu serentak.", "“siapa kau, dari mana kau datang? Kembali semula ke tempat asal kau!” kata ustaz sambil memegang kepala pelajar yang dirasuk.\n“Ini tempat aku mereka yang masuk tempat aku” kata sosok itu\nSuara serak basah sosok itu amat menakutkan, sesekali aku beristifar.\nApabila keadaan menjadi reda, kami di minta untuk membuat bacaan yassin di aras 3 blok perempuan.\nSelepas kejadian itu Alhamdulillah semuanya kembali menjadi aman\nNuke" ]
[ "cerita pendek tapi tergantung" ]
https://fiksyenshasha.com/jaga-mak/
JAGA MAK.
[ "JAGA MAK.\nDUA tahun sudah. Dengan tak semena-mena mak aku di serang strok. Jadi, aku terpaksalah ambil cuti tanpa gaji selama dua minggu.\nBeberapa hari awalan, aku berada di hospital masih tiada apa-apa lagi perkara pelik yang berlaku pada diri aku. Semuanya berada dalam keadaan okay sahajalah.", "Pada waktu itu, aku mahu ke kantin untuk beli barang makan. Selama aku lalu dekat laluan sepi belakang wad mak aku di tempatkan, tak pernah pula aku nampak ada satu pakcik tua ni.", "Aku cubalah pergi dekat, mana tahu dia mahu sebarang pertolongan.", "“Pak cik…”", "Aku tidak jadi mahu memanggilnya apabila aku nampak keadaan dia pada waktu itu sangat berlainan sekali. Aku perhati tubuh tua serta kurus itu dari bawah membawa ke atas.", "Kedua belah betisnya penuh dengan luka pekung. Baunya tak usahlah di tanya, pun begitu aku tidak lah menutup mulut. Masa ini tiada covid lagi.", "Di sebabkan pak cik tua berbangsa cina ini tidak berbaju hanya sekadar seluar tiga suku , jadi aku nampaklah bahagian dadanya yang tinggal rangka.", "Mula-mula dia diam sahaja, tak tahulah kenapa secara tiba-tiba dia sesak nafas. Aku memang cuak gila waktu itu dengan tak ada orang lalu-lalang lagi. Jika tidak, ada orang yang lalu. Yang ada cuma angin saja.", "Aku cepat-cepat bangun dari sebelahnya. Tanpa mahu berlengah, terus berlari untuk mencari abang jaga. Nasiblah waktu itu, abang jaga masih lagi ada di tepi kaunter pertanyaan.", "Aku termengah-mengah.\n“Abang, tolong bang ada orang sesak nafas kat laluan belakang, pak cik cina bang. Cepat bang!”\nAbang jaga itu apa lagi, dia pun terus angkat walkie-talkie dan bercakap sesuatu. Kemudian dia ikut aku berlari.", "Aku dari lapar terus sebu perut apabila sampai saja kat kawasan laluan belakang.", "“Hah, mana nya? Mana pak cik tu, tak akan dah nyawa-nyawa ikan boleh bangun pula? Betul ke apa yang kamu nampak ni? Kamu jangan macam-macam dik.. tuu…” ujar abang jaga terus memuncungkan mulutnya ke arah bilik mayat.", "“Ya Allah bang! Betul tadi saya…”\n“Dah tu dik, abang rasa baik kamu balik ke wad tengok mak kamu tu. Tak apa, abang faham. Bukan kamu je yang kena dik kat sini,” terang abang jaga itu sebelum berpusing belakang.", "“Tapi bang? Aik, cepat betul abang jaga lari?” Aku menyoal setelah mendongak. Tahu-tahu abang jaga yang aku panggil dah jauh berlari. Angin sekali lagi berhembus buat aku terus rasa nak terkencing.", "“Hailah perut tolong bertahan sampai aku masuk wad semula,” pinta aku. Mata aku meliar sampai ke pintu bertulis bilik forensik aku telan air liur kemudian aku pandang semula bangku. Kosong.", "Aku apa lagi…", "Macam-macam doa aku baca. Termasuklah doa makan. Huhuhu.\nMalam yang sama, ada pesakit baru masuk dan ambil katil kosong betul-betul belakang aku duduk je.\nSeorang opah, aha betullah opah. Kalau makcik baya-baya mak aku.\nDada opah tu sama juga macam penampakan dua hari lepas yang aku nampak masa lalu kat laluan belakang wad. Leper je. Macam papan. Memang tua sangat aku tengok keadaan opah tu, dia di pakaikan penutup oksigen.", "Dengar cara dia bernafas pun agak creepy. Anak perempuan dia jaga. Sebenarnya mereka minta wad First class tapi tak ada kosong tu yang masuk second class.", "Nak di jadikan cerita, masa itu aku memang dah bangun ke tandas wad. Mak aku pun terjaga. Malam tu mak aku tak buka mulut.\nEsoknya…", "“Semalam ada tak kamu dengar apa-apa kakak?” soal mak.\n“Takde pulak. Kenapa mak?” soal aku makin mendekat.\nAku juga sempat melihat mata mak mengerling katil belakang aku. Katil yang ada mak cik kurus melengkung itu.", "Sekurus aku, kurus lagi mak cik itu. Opah sepatutnya aku panggil. Aku cuit jari mak dan kening aku angkat, isyarat kenapa.", "“Sebenarnya masa kita tidur tu…” ujar mak. Aku pula makin resah serta tidak sabar mahu mendengarnya. Mak tarik nafas, alhamdulillah mak dah tak perlu pakai penutup mulut oksigen dah.", "“Mak, tak berapa boleh nak tidur sangat…”", "“Kenapa mak?”", "“Dalam mak pejam mata tu, kaki mak ni rasa di senerih rambut yang kasar serta panjang,” ujar mak dari pandang atas terus pandang muka aku. Aku nganga dan mata sedikit terjegil.", "“Yang mak lagi pelik tu kan? Rambut tu bagaikan mengelilingi katil mak lah, akak…” ujar mak.\nAngin petang masuk dari jendela berbalkoni membuatkan aku lagi seram-sejuk.", "“Rambut? Keliling katil?”\n“Ya, akak. Mak tak berani nak bukak mata. Sebelum perkara itu, tu…”ujar mak seraya memuncungkan mulutnya ke arah katil belakang aku.\nSekejap itu juga aku kalih muka pandang belakang.\nNiat aku mahu tahu sama ada opah sebelah aku ni dah tidur atau tidak sebelum mak meneruskan penceritaan.", "Dalam aku ralit aku memandang, muka opah itu terus berpusing ke arah aku. Aku dengan pantas kalihkan muka dan pandang mak aku semula.", "Mak panggil aku supaya mendekat. Lalu dia berbisik. Aku makin menjegilkan mata.", "“Kakak takut mak…”", "“Kakak rasa nak balik,” sambung aku lagi. Opah itu bercakap dengan suaminya namun mak tak nampak ada sesiapa pun di tepi katilnya.\nJadi opah itu bersembang dengan siapa?\n“Habis kamu nak tinggal mak seorang?” soal mak jauh hati. Aku serba-salah. Aku rasa bersalah pula. Tapi, aku takut nak tidur malam karang.", "“Tak, tak akak ada mak…”", "Aku pegang tangan mak untuk menenangkan perasaannya. Dalam kepala aku, aku seakan tahu apakah benda yang mengelilingi katil tadi, sebab aku pernah nampak.", "Pun begitu, nasiblah pada malamnya tiada apa-apa yang berlaku. Namun, masa mak aku tidur opah sebelah belakang bangku aku duduk tu ada memanggil aku.", "Dalam ralit menyembang. Secara tiba-tiba opah tu pegang tangan aku kuat. Aku dah mula cuak, aku cuba tarik juga. Mata opah tu agak liar juga pandang keliling waktu itu.", "Opah tu kata nak bagi aku sesuatu. Dia cuba pegang bahu aku masa itu namun aku sempat mengelak. Sebab aku masih lagi teringat pesanan perawat Islam yang pernah merawat aku masa kedai tempat kerja lama aku tu kena sihir.", "“Ada pelbagai cara orang nak turunkan pusaka mereka pada kita, sama ada satu keturunan atau pun tidak…”", "Nasib waktu itu doktor datang dan aku cepat-cepat pusingkan bangku menghadap katil emak aku semula. Opah itu sedang diperiksa.", "Pukul tiga pagi aku terbangun nak terkucil. Macam biasa pergi seorang diri. Sampai di tepi meja jururawat, ada yang menyembang tetapi jarak agak jauh dari tandas ada juga yang tersengguk-sengguk, kantuk menyerang.", "Lepas aku buang hajat. Aku buka pili air sambil menunduk. Mungkin tuhan nak duga aku lagi kut.\nKali ni, aku nampak ada benda serba putih sedang elok duduk mendepani tong sampah kuning yang berisi pad perempuan. Aku nampak dari dalam cermin.", "Aku memang ada dengar bunyi menghirup sesuatu. Aku nak keluar aku takut, tapi lagi lama dalam tandas lagilah tak elok. Aku pejamkan mata. Nak baca ayat-ayat suci dalam tandas.", "Aku hanya mampu berkata sebegini dalam hati.", "‘Tolong jangan kacau aku, aku tak kacau kau pun…’\nAku cuba bukakan kelopak mataku seperlahan yang mungkin. Kosong, aku terus buka langkah seribu.", "Nasib esoknya mak aku discaj." ]
[ "Satu2 gangguan dapat sis. Mention sikit hospital mana?" ]
https://fiksyenshasha.com/macam-puasa-tahun-lepas/
MACAM PUASA TAHUN LEPAS
[ "“Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)", "Esok, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan mulia. Malam ini solat sunat Tarawih juga bakal bermula. Pasti ramai yang akan ke surau dan masjid untuk melakukan solat sunat tarawih berjemaah seperti biasa setiap kali Ramadan tiba. Ramadan, bulan penuh keberkatan dan rahmat. Melentur jiwa agar lebih dekat dan taat kepada Allah.", "Pukul 4:30am", "Suasana tidak hening seperti selalu. Di bulan Ramadan waktu begini kebanyakkan para ibu dan wanita sudah bangun untuk menyiapkan hidangan bersahur. Bunyi loceng jam juga boleh kedengaran di jam atau telefon pada setiap rumah berdekatan.", "“Mama, bangun? Sahur. Nanti mama terlewat. Bangun, ma?” Suara seseorang mengejutkannya dari lena.", "Erina terjaga. Terpisat-pisat melihat jam loceng di sudut meja lampu tidur. Belum waktunya lagi jam itu berbunyi. Pukul 4:50am baru ia akan berbunyi kerana Erina sudah siap meletakkan waktunya sebelum dia masuk tidur. Tetapi Erina perasan. Seperti ada yang mengejutkannya tadi. Suara kanak-kanak perempuan. Erina lantas menoleh di hadapan katil. Bibirnya melorek senyum tatkala melihat anak gadisnya, Tisha yang baru berusia sembilan tahun itu turut tersenyum memandangnya.", "“Dah bangun, anak mama? Tisha ke, yang kejutkan mama tadi?”", "“Ya, ma. Esok kan puasa. Tisha nak temankan mama masak sahur. Macam puasa tahun lepas. Bila mama masak sahur, Tisha bangun temankan, mama. Cepatlah bangun, ma….” Tisha menarik-narik lengan kiri mamanya apabila melihat, Erina masih duduk tidak berganjak dari atas katil.", "“Ya, ya…mama bangunlah ni. Anak mama yang comel ni…tak sabar-sabar!” Ujar Erina sambil mencubit lembut pipi gebu anaknya. Geram, dengan tingkah Tisha yang mendesaknya.", "Dia menoleh sekilas kearah suaminya yang lena di sebelah, sebelum turun daripada katil sambil membuat isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuk ke bibir.", "Gadis kecil berbaju kurung putih itu hanya tersengih. Jemari kanan mamanya diraih. Beriringan dengan wanita cantik itu menapak keluar bilik.", "Tet tet tet tet! Tet tet tet tet!", "Bunyi loceng jam mengganggu lenanya. Tangan meraba-raba ke sebelah.", "“Sayang…bangun. Matikan jam tu.” Arahnya.", "Namun, jam masih terus berbunyi. Membingitkan! Sehingga memaksa untuk dia bangkit dari pembaringan.", "“Erin…?” Bila merasakan kosong di sebelahnya, Aidin terus menoleh.", "Dia mendapati isterinya tiada di atas katil. Pasti Erina sedang memasak ketika ini untuk mereka bersahur. Hidungnya pun sudah terhidu bau aroma ayam goreng.", "Di dapur, Tisha yang sedang duduk di atas kerusi masih setia menemani mamanya.", "“Mama, nak Tisha tolong?” Soal Tisha. Sejak tadi dia hanya memerhatikan Erina memasak.", "“Tak apa, sayang. Mama boleh buat semuanya sendiri. Tisha, duduk saja temankan mama, okey?” Kata Erina sambil meletakkan ayam yang sudah siap digoreng ke dalam pinggan.", "“Baik, ma.” Tisha tersenyum senang.", "Erina kembali menyudahkan hidangan seterusnya. Untuk sahur biasanya, dia hanya memasak yang ringkas-ringkas sahaja. Lagipun mereka makan tidak banyak mana ketika bersahur.", "Usai keluar dari bilik air, Aidin terus menapak ke ruangan dapur. Melihat si isteri sibuk memasak bibirnya menguntum senyuman. Dia mendekati Erina. Memeluk daripada belakang. Erina agak tersentak. Namun, tersenyum kemudian.", "“Kenapa Erin, tak kejutkan abang? Abang boleh temankan. Atau tolong Erin memasak.” Tutur Aidin lembut.", "“Erin ingat nak kejutkan abang lepas memasak. Tapi abang dah bangun sendiri.”", "“Yalah. Tadi jam berbunyi. Abang terbangun. Abang ingatkan, Erin belum bangun lagi. Bila abang nak kejutkan Erin, abang tengok Erin dah tak ada dekat sebelah.” Jelas Aidin.", "“Erin bangun awal sebab ada orang kejutkan. Dari tadi dia temankan Erin memasak. Macam puasa tahun lepas. Dia rajin temankan Erin.” Beritahu Erina. Tangannya lincah menumis ramuan sayur kacang buncis.", "Aidin melepaskan pelukannya. Terkedu. Mata memandang setiap sudut ruang dapur tersebut. Tiada sesiapa. Rasanya hanya mereka berdua sahaja di dapur itu.", "“Siapa yang kejutkan, Erin? Siapa yang temankan, Erin memasak?” Soal Aidin dengan riak pelik.", "“Eh, abang tak nampak, ke? Kan anak kita, Tisha….?” Erina bingung ketika berpaling. Mana pula Tisha pergi? Tadi ada saja duduk di kerusi itu.", "“Kejap! Erin pergi panggil dia. Tak sedar pula Erin dia dah tak ada. Masuk bilik lah tu. Sambung tidur balik. Bertuah betul budak Tisha ni.” Sambil mengomel Erina segera berlalu ke bilik anaknya.", "Aidin hanya menggeleng melihat tingkah si isteri. Sayur yang sudah siap masak di dalam kuali dimasukkan ke dalam mangkuk kaca. Lalu dihidangkan di atas meja.", "Sejurus kemudian, Erina kembali semula. Membawa Tisha duduk di sebelahnya. Aidin memerhatikan gelagat Erina meletakkan pinggan, nasi dan lauk buat Tisha. Minuman Tisha susu kurma dituangkan ke dalam gelas. Niat puasa dan doa makan dibaca sebelum mereka menjamu selera.", "Usai solat Subuh berjemaah, Erina mengucup tangan suaminya. Dia meminta Tisha melakukan perkara yang sama. Tetapi anaknya itu seolah tidak mendengar. Terus berlalu keluar meninggalkan bilik mama dan papanya. Erina bangun dan mengejar langkah Tisha yang ingin ke bilik. Menonong sahaja Tisha masuk ke dalam bilik tersebut. Aidin pula tidak kata apa. Hanya membiarkan sahaja. Cuma keluhan berat terlepas di bibirnya.", "“Sayang, kenapa tak salam papa tadi? Tak baik buat macam tu, tahu? Tisha cakap nak jadi anak yang solehah, kan?” Tegas Erina tidak suka jika Tisha tidak hormat papanya.", "Tisha tertunduk bungkam di birai katil. Erina mengusap-ngusap lembut belakang anaknya. Memujuk Tisha kerana merasakan anaknya itu seperti sedang merajuk.", "“Maaf, mama. Tadi kepala Tisha sakit. Sebab tu Tisha masuk ke bilik terus. Lain kali Tisha salam papa, ya? Mama, janganlah marah….” Rengek Tisha dengan manjanya.", "“Tak adalah. Mama tak marah pun. Inikan bulan Ramadan. Tak baik marah-marah, kan?” Dahi Tisha dikucup penuh kasih sayang. Tisha satu-satu anaknya. Sudah tentulah seluruh kasihnya akan diserahkan kepada Tisha dan juga suaminya.", "“Mama, tahun ni Tisha nak puasa penuh. Macam puasa tahun lepas. Tisha dapat puasa penuh.” Kata Tisha dengan segaris senyuman.", "“Baguslah. Macam puasa tahun lepas. Mama dengan papa bangga sangat bila Tisha dapat puasa penuh.", "Hebat anak mama ni!” Puji Erina. Walaupun Tisha masih kecil ketika itu dia dan Aidin mengajar Tisha untuk belajar berpuasa. Lama-kelamaan Tisha sudah boleh melakukannya tanpa merungut lapar dan letih.", "“Mama, bulan Ramadan ni kita kena banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir, kan?”", "“Betul tu, sayang. Selain diwajibkan berpuasa selama sebulan, Ramadan adalah bulan penuh kesabaran. Menahan diri dari segala hawa nafsu. Dan, jaga mulut. Jangan cakap perkara-perkara yang tak elok. Ia boleh mengurangkan pahala puasa kita. Faham, tak?”", "“Faham, mama. Tisha nak mengaji. Nak dapat pahala. Nanti Tisha boleh masuk syurga. Jom, mama! Kita mengaji? Macam puasa tahun lepas. Kita mengaji sama-sama.” Tisha mengambil Al-Quran dan rehal kayu yang terletak di atas rak almari pakaiannya.", "Sejuk mata Erina. Tisha memang anak yang baik. Ibu bapa mana yang tidak terharu dapat anak seperti Tisha.", "Puasa pertama, kedua dan ketiga sahaja Erina rajin memasak juadah untuk berbuka. Tapi seronok juga bila Tisha pun sibuk juga membantu mamanya. Seperti puasa tahun lepas. Bila Erina melarang, Tisha tetap hendak membantunya. Masuk Ramadan keempat Erina tidak tahu hendak masak apa. Tempat paling mudah mendapatkan juadah berbuka puasa di mana lagi kalau bukan di bazar Ramadan. Erina pergi bersama Aidin dan anaknya, Tisha. Di kampung mereka deretan bazar Ramadan agak panjang berbanding di tempat lain. Pelbagai juadah yang enak boleh didapati.", "Ketika hampir tiba waktu berbuka Erina meletakkan beberapa jenis kuih-muih kegemaran Tisha ke dalam pinggan. Minuman berperisa buah-buahan dituangkan ke dalam gelas Tisha. Seperti biasa juga sejak satu Ramadan lagi Aidin hanya menjadi permerhati setiap tingkah laku isterinya. Dia ingin menegur. Tetapi tidak sampai hati. Seperti Erina, dia juga sedih dan terlalu sayangkan Tisha.", "Mungkin kerana dia sibuk dengan pekerjaannya di sebuah kilang kelapa sawit, Tisha lebih manja dan rapat dengan Erina. Apa sahaja yang dimahukan dia akan meminta pada mamanya berbanding dengan papanya.", "Selepas solat Maghrib, Aidin meluangkan masa seketika dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Hatinya terasa tenang setelah ayat-ayat suci Al-Quran dialunkan. Sementara Erina, berada di bilik anaknya. Sedang mengajar Tisha mengaji.", "Aidin bersiap-siap untuk ke surau. Dia menapak keluar bilik lalu menjengah ke bilik Tisha. Ingin mengajak Erina ke surau sekali bersamanya melakukan solat sunat Tarawih.", "“Abang pergi dululah. Nanti Erin dengan Tisha menyusul. Lagi sikit ni, Tisha nak habis mengaji.” Erin memandang Aidin yang berada di muka pintu bilik. Sedikit senyuman turut diukirkan. Aidin tersenyum tipis dan mengangguk sebelum berlalu.", "Setelah hampir masuk waktu Isyak, Erina segera mengenakan telekung. Kemudian, dia meminta Tisha memakai telekung yang sama warna dengannya. Telekung sama yang digunakan pada Ramadan tahun lepas ketika mereka ke surau untuk solat sunat Tarawih berjemaah.", "“Mama, macam puasa tahun lepas, kan? Kita pakai telekung warna biru ni pergi surau.” Ujar Tisha ceria.", "“Ya, sayang. Mama rindu nak pakai telekung ni. Jom! Kita dah lambat ni.” Erina menarik lembut lengan anaknya.", "Usai mengunci pintu rumah Erina dan Tisha menghayunkan langkah menuju ke surau berdekatan. Sesekali Erina disapa mak cik-mak cik yang ingin ke surau juga. Namun, ada juga yang tidak berani hendak menegur Erina apabila melihat Erina bercakap-cakap dengan anaknya.", "“Malam Lailatul Qadar tu apa, mama? Hari tu ustazah ada ajar. Tapi Tisha lupa. Mama, tahu tak Lailatul Qadar?” Soal Tisha sambil memandang wajah Erina.", "“Tahu, sayang. Lailatul Qadar amat istimewa. Satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia muncul pada malam, sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Kemunculannya dinantikan oleh setiap umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Kita kena banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran.” Beritahu Erina dengan jelas. Sebelah tangannya mengusap perlahan kepala anaknya.", "Tisha hanya tersenyum mendengar penjelasan mamanya.", "Pukul 3:00am", "Erina yang terjaga dari tidur bingkas turun daripada katil. Langkah diatur ke bilik air. Mengambil wuduk. Setelah itu dia melakukan solat sunat Tahajjud. Sedang berzikir, Erina terdengar seperti suara Tisha sedang menangis. Perasaannya jadi tidak enak. Tisha sakit kah? Ya, Allah! Erina mengucap sambil mengurut dada. Dia bergegas ke bilik Tisha.", "Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik itu setelah pintu dikuak. Dia merasa pelik melihat Tisha yang berdiri di atas katil dengan berpakaian baju kurung putih kegemarannya. Rambut panjang Tisha separas pinggang mengerbang seperti ditiup angin. Masih kedengaran isakan kecil anaknya itu.", "“Tisha? Kenapa, sayang? Kenapa Tisha menangis? Tisha sakit, ke? Beritahu, mama?” Soalan demi soalan Erina tanyakan bersama perasaannya yang resah.", "Tetapi Tisha tetap juga begitu. Tidak berganjak. Berdiri tegak di atas katilnya. Membelakangi Erina sambil terisak.", "“Tisha….” Belum sempat Erina menghampiri lebih dekat, Tisha tiba-tiba memusingkan tubuhnya menghadap Erina.", "“Mama…Tisha sakit, ma…Tisha sakit….!!” Suara Tisha berubah garau.", "Erina yang masih lengkap bertelekung terus terpaku di situ. Wajahnya pucat lesi. Suaranya tidak terkeluar. Hanya mulutnya ternganga. Seolah tidak percaya menyaksikan perubahan Tisha. Baju kurung Tisha yang putih suci bersih itu telah dicemari d***h merah pekat. Kepala dan wajah Tisha juga dibanjiri d***h yang mengalir.", "“Mama….!” Sekali lagi Tisha bersuara.", "Menggigil seluruh tubuh Erina. Dia ingin memanggil Aidin. Tetapi suaranya tersekat. Akhirnya, tubuh Erina jatuh rebah ke lantai.", "Tujuh hari sebelum Ramadan….", "“Abang, Erin nak pinjam kereta boleh tak? Nak bawa Tisha pergi pekan beli baju raya.” Pinta Erina. Suaminya yang sedang menikmati secawan kopi o panas pagi itu, memandangnya dengan dahi berkerut.", "“Awalnya nak beli baju raya? Ramadan pun belum lagi, sayang. Lagi tujuh hari baru masuk Ramadan. Tunggulah pertengahan Ramadan atau hujung-hujung Ramadan dulu.” Tukas Aidin.", "Selalunya, dia, isteri dan anaknya membeli belah untuk baju raya seminggu sebelum hari raya. Pelik pula kalau pergi seawal ini.", "“Tak tahulah, Tisha tu. Dari semalam merengek nak beli baju raya. Tak apalah, abang. Beli ajelah untuk dia dulu, ya?” Erina sedikit merayu. Harap-harap Aidin mengizinkan dia dan Tisha ke pekan sebentar. Pekan tu pun tidaklah jauh mana.", "“Yalah. Tapi jangan lama-lama. Kejap lagi abang nak guna kereta. Nak ke kilang. Ada urusan.” Pesan Aidin. Sebenarnya, dia agak keberatan untuk melepaskan anak dan isterinya ke pekan tanpa dia menemani. Namun mulutnya tetap juga membenarkan.", "“Baik, abang. Lepas Tisha beli baju raya, Erin dengan Tisha terus balik.” Janji Erina. Dia memanggil anaknya yang sudah bersiap.", "Tisha keluar daripada bilik dengan mengenakan baju kurung berwarna putih. Baju kurung putih itu antara baju raya kegemaran Tisha. Tahun lepas raya pertama dia bersama mama dan papanya memakai warna sedondon, putih.", "“Wah! Cantiknya anak papa. Dah pandai mekap sekarang. Ini mesti mama yang ajar, kan?” Aidin melirik kearah isterinya yang hanya mempamerkan sengihan.", "Tisha mengangguk jujur. Dia pun nak jadi cantik macam mamanya. Selepas mengucup tangan Aidin, Tisha turut memeluk dan mencium pipi papanya itu. Tingkah lakunya mengundang sebak di hati Aidin. Entah mengapa hatinya juga berasa tidak sedap. Tetapi cepat-cepat disingkirkan perasaannya itu.", "“Tisha pergi dulu ya, papa? Tisha sayang, papa.” Ucap Tisha sambil tersenyum.", "“Okey. Papa pun sayang, Tisha.” Balas Aidin. Sempat dia memesan kepada Erina supaya berhati-hati ketika memandu.", "“Bye, papa!” Sekali lagi Tisha tersenyum dan melambai kearah Aidin sebelum meloloskan diri ke dalam kereta bersama mamanya.", "Siapa sangka. Itu adalah kali terakhir Aidin melihat senyuman manis dan lambaian Tisha sebelum anak dan isterinya ditimpa kemalangan jalan raya.", "Sebelum kemalangan….", "Sampai di sebuah pekan, Erina dan Tisha ke kedai pakaian. Tetapi Tisha tidak berminat dengan kesemua baju kurung kanak-kanak yang terdapat di situ. Dia lalu meminta mamanya membawanya ke bandar besar. Bila Erina enggan, Tisha merajuk sambil menangis. Erina tidak sampai hati. Dia ikutkan sahaja kehendak Tisha. Kereta dipandu meluncur ke lebuh raya.", "Mungkin Erina telah memandu dengan berhati-hati. Tetapi, malang tidak berbau. Kemalangan itu tidak dapat dielak. Sebuah kenderaan tiba-tiba muncul. Pemandu wanita terbabit memandu keretanya secara melawan arus. Mengakibatkan berlaku perlanggaran antara tiga buah kenderaan. Kemalangan tersebut menyebabkan kereta Erina terbalik beberapa kali. Namun, Erina bernasib baik. Dia hanya mengalami cedera ringan di anggota badan. Anaknya pula, Tisha yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dalaman badan hanya mampu mengerang. Sambil memandang sayu, cuba memanggil mamanya.", "“Ma…ma…Tisha sakit…mama….” Rintihan suara Tisha kedengaran tenggelam timbul. Nafasnya tersekat-sekat.", "D***h merah pekat deras mengalir daripada kepalanya. Memenuhi wajah kanak-kanak malang itu. Tisha akhirnya, menghembuskan nafas yang terakhir di sisi mamanya.", "“Ya, Allah! Tisha! Tisha, anak mama! Jangan tinggalkan mama, sayang….! Bangun Tisha!” Erina terus meraung di dalam kereta yang agak remuk itu.", "Hatinya hancur luluh. Pilu. Melihat keadaan Tisha. Dia sendiri tidak mampu bergerak kerana tersepit. Sehinggalah bantuan datang menyelamatkannya.", "“Erin!” Aidin menghampiri isterinya yang sudah tersedar daripada pengsan.", "“Abang….” Erina cuba bangun. Terasa berat dan berdenyut bahagian kepalanya.", "“Erin baring aje. Erin tak sihat. Abang rasa Erin demam. Lepas ni, kena makan ubat. Kalau tak larat, tak payah puasa esok. Tadi, Erin pengsan dalam bilik arwah Tisha.” Beritahu Aidin.", "Terkesima Erina apabila Aidin menyebut perkataan, arwah. Wajahnya berubah marah.", "“Arwah? Abang cakap apa ni?! Tisha belum m**i lagi! Kenapa abang panggil dia ‘arwah?’ Sampai hati abang. Anak kita tu masih hidup. Dia selalu ada temankan Erin. Abang, tak nampak ke, semua tu? Macam puasa tahun lepas. Dia kejutkan Erin sahur. Dia temankan Erin. Dia mengaji dengan Erin. Solat dengan Erin dan abang. Berbuka sama-sama dengan kita. Pergi solat tarawih. Tisha sentiasa ada depan mata Erin. Dia lakukan semua itu sama macam puasa tahun lepas.”", "“Cukup, Erin! Memang bagi Erin semuanya sama macam puasa tahun lepas. Sebab Erin tak pernah reda dengan pemergian Tisha. Erin bawa semua kenangan Ramadan tahun lepas dengan Tisha dalam hidup Erin. Sebab itulah Erin merasakan segala-galanya sama. Seolah-olah Tisha masih wujud lagi. Sudahlah tu, Erin. Jangan siksa jiwa Erin lagi. Tisha dah tak ada. Anak kita dah tak ada, sayang. Dia dah pergi buat selamanya. Erin kena terima kenyataan itu. Kita boleh rindu dan ingat pada dia. Tapi jangan sesekali kita biarkan diri terus dibayangi masa lalu bersama mereka yang telah tiada. Jangan kita kesali atas semua yang terjadi ” Lirih Aidin.", "Sebagai seorang ayah, dia juga sedih dengan permergian Tisha. Sekalipun dia tidak pernah melupakan wajah comel anaknya itu. Apa yang terjadi telah ditakdirkan. Dan dia, tidak pernah menyalahkan takdir.", "“Tapi, ini semua salah Erin. Kalau Erin pandu hati-hati semua ni takkan berlaku. Erin yang salah, abang. Erin yang salah!” Semenjak kemalangan yang meragut nyawa anaknya, Erina sentiasa menyalahkan dirinya sendiri.", "“Tak! Bukan salah, Erin. Semua orang tahu punca kemalangan tu berlaku. Tak ada sesiapa pun yang salahkan Erin.” Pujuk Aidin sambil menarik tubuh Erina ke dalam dakapannya. Belakang Erina diusap perlahan untuk menenangkan.", "“Kasihan anak mama. Maafkan mama, sayang. Mama rindu, Tisha.” Rintih Erina dengan perasaan hiba. Tangisannya dihamburkan ke dada Aidin.", "Kerana rindukan Tisha di bulan Ramadan, Erina sentiasa merasakan kewujudan Tisha di dalam rumah itu. Menjalani ibadah puasa bersama anaknya sama seperti yang dilakukan pada tahun lepas. Erina akui, dia tidak boleh terima dengan kehilangan Tisha.", "“Kalau Erin rindu Tisha, doakan untuk dia. Bacakan Al-Fatihah untuk dia. Esok, kita pergi ziarah kubur dia ya, sayang?” Ucap Aidin sebak. Dia berharap Erina akan pulih. Tidak lagi dibayangi kehadiran arwah Tisha di dalam rumah itu.", "Anggukkan kecil Erina melegakan hati Aidin. Ketika itu jam menunjukkan hampir pukul 5:00am. Mereka terus sahaja bersahur. Walau tidak sihat Erina berkeras juga ingin berpuasa. Katanya, dia masih larat. Aidin membantu Erina memasak walaupun isterinya itu melarang.", "Selepas bersahur Erina menjengah ke bilik arwah anaknya. Perasaan sebak tidak mampu disembunyikan. Dia duduk seketika dibirai katil Tisha sambil menatap foto anaknya itu di dalam bingkai. Air matanya jatuh satu per satu.", "‘Mama reda. Mama dah lepaskan, Tisha. Semoga anak mama damai di sana. Mama sayang, Tisha.’ Bisik hati Erina sayu. Bukan mudah untuk dia melupakan kenangan bersama Tisha.", "Gambar Tisha dicium dan dipeluk erat bersama air mata yang mengalir. Ketika menoleh ke luar pintu bilik tersebut, Erina seolah terlihat Tisha berdiri di situ. Memakai baju kurung putih kesukaannya sambil tersenyum pada Erina. Wajah Tisha kelihatan putih berseri. Erina hanya tersenyum dan mengangguk sebelum bayang-bayang anaknya menghilang dari pandangan.", "Di Ramadan ini hati Erina dan Aidin terasa sayu dan pilu tanpa Tisha di sisi mereka.", "Thank you!", "SELAMAT BERPUASA!" ]
[ "sedih wehhh.. menitis air mata ini" ]
https://fiksyenshasha.com/nenek-7/
Nenek
[ "Assalamualaikum semua Warga net shasha namaku Nuke ,aku nak ceritakan tentang arwah nenek aku. peristiwa ini berlaku pada 2013 iaitu 10 tahun yang lalu. Nenek ku yang berumur sudah lewat 70an sedang tenat di hospital. Lebih kurang 4 bulan juga kami sekeluarga menjeguk nenek di hospital setiap hari, Balik sekolah mandi, selepas lunch je terus kami pergi ke hospital. Begitulah rutin harian kami pada masa itu.", "Selepas 4 bulan berlalu Nenek kami meninggal dunia, kami amat bersedih atas pemergian nenek. Kami anak cucu yang lahir di awal tahun 2000 hanya mendapat kasih sayang daripada nenek kerana atuk sudah meninggal. Pemergian nenek amat dirasai oleh kami.", "Disinilah ia bermula, masih segar dalam ingatanku, pada malam itu malam yang ketiga nenek pergi meninggalkan kami. disebabkan orang ramai datang pada acara tahlil nenek pada malam itu, aku dan juga sepupu aku terpaksa keluar membeli bahan masakkan kerna tidak mencukupi. Aku dan faz (sepupu) pergi ke kedai menaiki motor.", "kampung nenek ni sangat jauh dari pekan, jadi agak sulit untuk mencari kedai yang buka pada waktu itu. jadi kami terpaksa pergi jauh dari rumah nenek untuk membeli perkakas masakan. Dalam perjalanan pulang entah macam mana boleh lintas seorang nenek tua dengan muka yang tertutup sedikit dengan tudung. Selepas nampak nenek itu aku pun perlahankan moto, tiba-tiba sejurus aku dekat sahaja dengan sosok tadi itu reaksi spontan diberikan, aku genggam break tangan sekuat hati. Aku berhentikan moto kerna sosok yang lintas tadi aku sangat kenal, yang lintas tadi adalah sosok nenek, aku memekik memanggil nenek seakan-akan aku lupa akan realiti bahawa nenek sudah tiada, Faz menepuk bahuku lalu berkata  “Nuke dah nuke nenek dah takde itu bukan nenek jom balik”. Sejurus terkena tamparan oleh aku kembali ke realiti.", "Selepas kejadian itu, pada satu malam aku temimpikan nenek seolah-olah di memanggil ku, sejurus aku hendak menyahut panggilannya aku terjaga dari tidur. Dan pada hari berikutnya begitu juga.", "Pada satu malam keadaan diluar hujan ibu bapa dan adik-adik aku juga keluar bersama mereka, aku berseorangan di rumah, aku dengar ketukan di tingkap kaca. Ketukkan itu jelas didengari walaupun keadan diluar hujan, tingkap diketuk berkali-kali secara perlahan tapi dengan daya yang kuat (TUK!……..TUK!…) aku cuba mengendahkan ia dengan memperkuatkan suara dari TV. Tetapi ia masih tidak berhenti, kali ini pintu rumah pulak diketuk. Aku yang masih bersedih tambahan pula kerap diganggu secara nyata dan tidak nyata membuatkan mentalku terganggu aku menjerit sekuatnya (Apa yang kau nak! Aku dah pena, Kau nak apa dari aku dan sebagainya..).", "Semasa aku meracau seperti orang yang tidak siuman satu sosok muncul dari dapur disebalik bayang gelap, sosok itu sangat jelas kerna ia muncul bertetangan dengan aku. kerana ruang tamu dirumah lurus sahaja ke dapur. Sosok memekai pakaian seakan-akan nenek, Baju kurung kedah bersama kain batik, Muka tidak dapat ku lihat kerana ditutupi dengan tudung.", "Selepas beberapa saat aku berdiri menghadap sosok itu, ia mula menujukkan wajahnya, separuh seakan menyerupai nenek dan separuh lagi wajah yang hodoh. Aku tergamam ku mengambil masa untuk sedar akan keadaan aku pada masa itu, aku sedar nenek telah tinggalkan aku. Aku menjerit sekali lagi kepada sosok itu, ape yang kau nak, kau buat apa dekat sini.", "Selepas aku menjerit ayahku membuka pintu dengan pantas dan memanggil namaku. Aku toleh ke belakang aku melihat keluargaku semua sudah pulang kerumah, aku berasa lega selepas melihat mereka aku tersungkur jatuh ke tanah tidak sedarkan diri.", "Besoknya aku sedar, aku sudah berada didalam bilik. Demam panas yang teramat sangat. Selepas sihat dari demam aku masih tidak bertenaga dan lesu ayah membawaku untuk dirawat kaedah kampung, Ustaz itu berkata benda itu dapat rasa aku sangat sedih dan sering mengelamun teringatkan nenek disebabkan itu ia sering menyerupai nenek.", "Selepas beberapa hari amal apa yang di beritahu ustaz dan minum air yang telah dibacanya aku kembali pulih seperti sediakala. Untuk Rakyat shasha ingat jangan terlalu bersedih ok hidup mesti diteruskan walau apa yang berlaku." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/syurga-dunia/
Syurga dunia
[ "Assalamualaikum dan terima kasih kepada pihak Shasha fiksyen kerana sudi menyiarkan cerita aku. Nama aku Sha dan aku menulis untuk menceritakan pengalaman misteri yang dialami aku. Kisah ini mempunyai maksud tersembunyi yang mahu aku kongsikan pada pembaca semua.", "Syurga dunia", "Di satu tempat di Setia Alam\nAku mengalami satu pengalaman yang mengerikan kerana tersesat dengan alam yang aku sangkakan perjalanan menuju ke syurga. Pengalaman misteri ini berlaku pada aku di satu tempat di Setia Alam. Aku tersedar dan bertanyakan kemana jalan untuk menuju ke syurga dengan meronta ingin menaiki kereta. Apabila aku menaiki kereta tersebut aku bertanya mana jalan menuju ke syurga. Sebelum itu dirumah aku telah mengalami pengalaman seakan bumi berakhir. Terus aku meluru ke kereta merasakan dunia telah tamat dan ingin menuju ke syurga.", "Begitu pelik yang aku rasakan, kerana aku nampak bayangan cahaya yang ada dari dua arah kanan dan kiri. Dan kereta putih menegaskan aku ke syurga dan kereta merah ke neraka. Semasa dalam tidak sedar aku seakan memakan makanan dari syurga iaitu sebenarnya makanan segera. Aku begitu takut kerana begitu asing dalam alam yang biasa ini. Begitulah keadaan aku ibarat tersesat dalam dimensi yang berlainan. Peliknya, ia berlaku berulang-ulang dan menakutkan aku sendiri kerana sangkakan tersesat di alam lain.", "Apa yang aku nampak pintu neraka dalam bayangan aku dan orang yang aku kenali menjadi penjaga neraka. Aku dihalang untuk menuju ke syurga oleh orang yang aku kenali. Sehingga aku berulang kali bangun dan bangun kerana tak terjaga dalam mimpi realiti yang panjang. Aku dalam keadaan ketakutan kerana umpama kisah misteri menyelubungi aku. Seperti ada cerita dalam cerita dan peliknya aku tak mengenali keluarga sendiri.", "Aku hanya berusaha untuk keluar dalam alam misteri ini namun tak berjaya.", "Ada kalanya aku dirumah yang berbeza jadi pengalaman yang aku alami juga berbeza. Seakan ada alam yang berbeza membelenggu antara rumah ke rumah yang aku pergi. Ada rumah yang aku pergi seakan di alam bunian. Pelbagai pengalaman yang aku rasakan selama dirumah tersebut. Ada rumah yang aku pergi berbeza-beza pengalaman. Pengalaman di bilik kadang membawa aku pada kisah tersendiri dibenak fikiran aku.Apa yang pelik aku tak mampu keluar dari misteri penceritaan tersebut.", "Aku sendiri masih mencari sebab dan mengapa pengalaman ini aku alami dan adakah akibat dari hal-hal mistik. Aku sendiri tak mampu bangun dari mimpi aku sendiri dan hal ini amat menakutkan aku.", "Apa yang orang sekeliling lakukan amat bertentangan denga apa yang aku rasakan. Melupakan orang yang berada disekeliling merupakan misteri yang tak terungkai oleh mata kasar.", "Kebanyakan pengalaman aku alami seaakan mimpi yang terjaga yang tak boleh diungkap dengan kata-kata.", "Aku telah pergi berubat secara tradisional namun masih sama. Begitulah aku terbawa dalam kedaan sedar kealam yang aku tak tahu dimana hujungnya. Sehingga pengamal perubatan aku sangkakan bidadara syurga. Aku diberi rawatan mandian perubatan islam masih sama. Aku merasakan sedang mandi mandian syurga. Begitulah misterinya keadaan yang aku alami.", "Sehingga kini ia masih menghantui aku. Namun, bila aku sedar aku dapat bezakan antara realiti dan fantasi. Tapi jika tidak ia akan menjeremus dalam keadaan tanpa sedar.", "Aku berharap cerita aku kongsikan memberi manafaat kepada pembaca. Cerita ini adalah kisah benar yang aku alami sendiri. Sehingga kini aku berharap aku bebas dari gangguan misteri ini. Aku masih berusaha untuk tidak tersesat di alam yang aku tak tahu dimana hujungnya. Aku masih berusaha membaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik kerana aku masih belum menjumpai jalan ke syurga." ]
[ "Apabila iblis bersenda, putih dan merah adalah sama hanya sekadar warna. Kiri dan kanan menuju destinasi yg sama kerana hidup tidak ubah seperti roda.", "Yg pasti jasad akan dipulang ketanah. Darjat yg baik akan diangkat naik ke langit tujuh, manakala yg kotor akan terus kekal terbenam dimamah masa menunggu hari kebangkitan untuk ditimbang semua amal baik dan buruk untuk menerima ganjarannya.\n.", "Hdup s’akan antara 2 alam..ujian utk kamu ble berubat pown s’akan sme.. kna bangkit sndr bkuat, atasi rse lemah takut dr tlampau sedih @ marah.. kuatkn rohani kna rajin bgun mlm solat taubat n hajat bzikir minta kuatkan hati n selamat dr ape2 gangguan & minta Allah ttupkn hijab..minta jgk ustaz ayat pdinding n amalkn..Dr terawang2 nk hdup normal pown payah..smoge dpermudahkn urusan & keluarge", "Dik kalau amik barang jgn bercerita dik.", "cuba jumpa dr psychiatarist. Tengok movie “Beautiful Mind”." ]
https://fiksyenshasha.com/di-kolej-itu/
Di kolej itu.
[ "Assalamualaikum semua, aku sudah lama juga mengikuti page ini. Selama ini aku hanyalah ‘silent reader’ sahaja. Tapi, akhir-akhir ini aku terasa untuk berkongsi pengalaman yang telah aku lalui bersama teman-teman di sini.", "Kisah ini telah lama berlaku, awal tahun 90an yang lalu. Waktu itu aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi di utara Malaysia. Kursus yang aku ambil itu bertaraf sijil, jadi bermakna aku akan belajar di situ untuk tempoh enam bulan saja.", "Selesai pendaftaran, pada siang hari, malamnya kami pelajar baru dikumpulkan untuk diberikan taklimat oleh pihak pengurusan kolej. Ketika itulah kami diberitahu bahawa kolej yang menjadi penempatan kami itu, sebenarnya baru sahaja dibuka semula. Sebelum ini ia telah lama ditutup. Tidak dinyatakan apakah punca ia ditutup sebelum ini, cuma kami diingatkan supaya menjaga tingkah laku kami dan jangan terlalu galak.", "Kemasukan pelajar yang agak ramai pada sessi pengajian itu, memaksa pihak pengurusan untuk membuka semula kolej tersebut. Semua pelajar perempuan yang baru mendaftar ditempatkan di kolej itu. Mereka juga memaklumkan bahawa mereka telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sebelum membenarkan kami tinggal di situ.", "Sebetulnya, waktu itu, aku dan kawan-kawan tidak begitu mengambil berat sangat perkara tersebut. Walaupun sudah mula tersebar desas desus mengenai apa yang kononnya telah berlaku di kolej itu sebelum ini, kami yakin dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak kolej, insya Allah tiada apa yang akan berlaku.", "Kolej ini berupa dua barisan rumah teres dalam keadaan selari. Dan, bahagian dapurnya saling mengadap antara satu sama lain. Antara kedua barisan rumah teres ini ada satu lorong berumput. Setiap rumah ini ada dua bilik, lengkap dengan ruangan dapur. Dan, di setiap rumah ini ditempatkan sepuluh orang pelajar. Empat orang dalam setiap bilik dan dua orang lagi diruang tamu. Aku dapat katil dibilik belakang, bermakna bilik aku ini mengadap bahagian belakang barisan rumah yang satu lagi.", "Permulaannya semuanya baik-baik sahaja. Kami pun semakin terlupa pesanan malam taklimat itu. Zaman-zaman itu, muzik heavy metal menjadi kegilaan remaja. Walaupun kami ni perempuan, tapi ada saja yang minat dengan muzik tersebut. Rumah kawan sekelas aku, memang suka sangat pasang radio kuat-kuat. Dengan muzik heavy metal pula, bunyinya tu sampai ke pondok pengawal sana. Sudah beberapa kali ditegur, tapi perkara yang sama tetap berulang.", "Satu pagi, seperti biasa aku menunggu kawan aku itu untuk ke kelas bersama-sama. Tapi hari tu dia agak lambat dari biasa, bila ditanya kenapa katanya dia kehilangan kasut. Kasut yang selalu disusun diluar rumahnya itu, pagi itu berterabur semuanya. Kami pelik juga, tapi menganggap mungkin ada yang saja nak bergurau. Tapi rupa-rupanya itulah permulaannya.", "Semenjak dari itu, sikit demi sikit, kami mendengar macam-macam cerita. Kami cuba untuk kekal positif. Mungkin gossip semata. Tapi, bila kawan serumah aku, yang duduk di bilik depan memberitahu kami katilnya digoyang semasa dia tidur. Kami sudah mula rasa seram. Katil dua tingkat itu digoyang seperti buaian katanya.", "Pada suatu malam, aku merasa sakit perut yang teramat. Aku yakin, mesti aku nak ‘datang bulan’ sebab dah memang waktunya. Aku turun dari katil, ambil pad dan aku kejut kawan di katil bawah. Aku minta dia teman aku ke tandas. Masa tu aku pasti sangat yang kawan aku ini bangun dan mengikut aku. Sampai ke lorong untuk ke dapur, tandas berada di dapur, aku berhenti sekejap sambil membelek kain batik yang aku pakai. Kemudian aku disapa dari belakang oleh kawan aku tadi. “Ada apa? ” soalnya, aku tak menoleh pun, “ada d***h!” Aku jawab. “Jom teman aku” aku kata lagi. Aku pun terus ke tandas menyelesaikan apa yang patut.", "Bila aku keluar dari tandas, kawan aku tadi tak ada pun. Aku pelik, sebab tadi aku yakin dia ikut aku. Aku cepat-cepat ke bilik dan aku lihat kawan aku itu masih tidur lagi dalam posisi yang sama masa aku kejut dia tadi. Esoknya, bila aku tanya pasal kejadian malam itu, dia menafikan yang dia ada bangun dan mengikut aku ke tandas. Jadi, siapa yang ikut aku semalam?. Suara siapa yang bertanya tu?", "Hari demi hari semakin banyak cerita-cerita penghuni kolej kami ini terkena gangguan. Macam-macam cerita dan macam-macam versi. Seram memang seram, tapi hidup mesti diteruskan. Di rumah kami pula, selepas kejadian yang aku kena pada malam itu, semuanya baik-baik sahaja.", "Hinggalah pada suatu hari ni, Kak Pah, kawan serumah aku dari bilik depan, ajak aku untuk ‘stay up’ pada malam itu. Kak Pah ini pelajar Diploma, seharusnya dia lagi banyak benda untuk belajar berbanding aku. Sebab, aku pun ‘free’ jadi, aku pun setuju untuk teman Kak Pah pada malam itu.", "Meja untuk belajar disediakan di ruang tamu, tapi kami memilih untuk ‘stay up’ di bilik aku. Di dalam bilik tiada meja dan kerusi, jadi kami belajar sambil meniarap di atas lantai diantara dua katil bertingkat. Kawan-kawan sebilik aku semuanya tidur. Suasana memang sunyi pada masa itu.\nTiba-tiba aku terdengar seperti bunyi pasir disimbah di atas bumbung betul-betul di atas kami. Aku pandang Kak Pah, Kak Pah pandang aku. Confirm! kami dua-dua mendengar bunyi yang sama. Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, dibelakang bilik aku ni ada satu lorong berumput. Jadi, mana datangnya pasir ini?", "Bunyi itu berulang berkali-kali. Aku dan Kak Pah dah keras menjadi patung. Masa itu kami dah duduk, dah tak meniarap lagi. Senyap membisu, tak tahu nak buat apa. Dalam ketakutan itu, bunyi pasir tu berhenti, diganti pula dengan bunyi cakaran di tingkap. Kami punya terkejut sampai berpelukan kami berdua. Tingkap itu betul-betul disebelah kami. Tingkap itu dipasang dengan jaring besi. Dan, bunyi cakaran itu seperti benda yang tajam mencakar atas jaring besi. Bunyinya itu sangat kuat dan cakarannya sangat laju. Aku memang takut sangat pada masa tu, “Kak Pah…. apa tu?” Ketar-ketar aku tanya Kak Pah. “Syuhhhh!… baca Ina, baca… ” kata Kak Pah. Kami masih mengeletar dan berpelukan. Aku tak tahu nak baca apa, lintang pukang semua ayat  yang aku baca. Rasa lama sangat kami dalam keadaan itu.", "Hinggalah kawan sebilik aku, Hapisah, terjaga “Eh korang tak mau tidur lagi ke?” tanyanya. Sebaik sahaja Hapisah ber suara, bunyi cakaran tadi terus berhenti. “Aku tutup lampu ni ya?” kata Hapisah lagi. “Ha… tutup… tutup ” balas aku dan Kak Pah. Hapisah terus tutup lampu, kebetulan suis lampu betul-betul disebelahnya, dan dia terus sambung tidur.", "Aku dan Kak Pah dah lega dah masa tu. Kami berbaring semula diatas lantai. Tiba- tiba kami dengar bunyi yang sangat bising dari dapur. Seperti semua barang-barang di dapur itu dibaling-baling. Allahurobbi rupanya gangguan ini belum berakhir. Kebetulan pula pintu bilik aku terbuka, dan ia terus menghala ke dapur. Kami punyalah takut, pejam mata rapat-rapat sambil baca apa-apa saja ayat yang terlintas dikepala. Kami tak sedar bila masanya kami tertidur.", "Bangun saja subuh itu, kami terus ke dapur, kami nak tengok keadaan di dapur. Elok saja semuanya, barang-barang tersusun seperti biasa. Kami saling berpandangan, memang sah kami kena ganggu malam tadi.", "Kemudian, aku perasan di lengan aku ada tatoo. Tatoo dari dakwat pen warna biru. Rupa-rupanya semalam semasa kami berpelukan ketakutan tu, Kak Pah ada memegang pen, disebabkan dia menggeletar, jadi, dia dah buat satu tatoo yang tak tentu arah coraknya atas lengan aku. Adoi la Kak Pah, dari rasa seram dah rasa lawak pula, tak pasal-pasal aku bertatoo.", "Semenjak itu, semakin banyak cerita pelajar-pelajar yang diganggu. Bila tiba hujung minggu, pelajar- pelajar yang berasal dari utara akan beramai-ramai balik ke rumah masing-masing. Makanya tinggallah kami saja yang berasal dari jauh ni. Pada masa itu juga ada seorang pelajar yang berhenti secara tiba-tiba. Katanya dia pun terkena gangguan, tapi aku tak tahulah betul atau tidak. Selepas dia berhenti tu, aku ada terjumpa dia di luar, lepas bertanya khabar, aku cuba tanya betul ke sebab dia berhenti kerana diganggu, tapi dia cuma senyum saja.", "Menyedari keadaan semakin tak keruan pada masa itu, pihak kolej telah mengeluarkan arahan supaya diadakan bacaan yassin pada setiap malam. Setiap ahli rumah perlu berkumpul dan membaca yassin yang akan diadakan serentak pada pukul 10 malam (kalau aku tak silap, dah lupa dah). Dan, setelah selesai bacaan yassin ini, pihak kolej akan menghantar kuih muih ke setiap rumah. Lama juga kami melakukan rutin ini sehingga keadaan kembali tenang semula.", "Ini adalah satu pengalaman yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Enam bulan di sana macam-macam yang terjadi tapi tetap ia meninggalkan satu kenangan yang indah dalam hidup aku ini." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/aku-tuan-baru-belaan-mu/
AKU, TUAN BARU BELAAN MU
[ "Assalammua’laikum w.b.t., aku L, bukan nama sebenar. First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi membaca kisah aku ni. Hehe. Ok, Sekarang usia aku sudah memasuki angka 28 tahun. Alhamdulillah, aku dah Berjaya tamatkan pelajaran dan bekerja dengan baik. Aku bekerja di negeri kelahiran sendiri sebab aku nak tengok abah aku yang sudah berumur 80 tahun depan mata aku sendiri. Jadi aku memilih untuk tinggal bersama ayah aku daripada berhijrah bekerja ke negeri orang. Walaupun intern, aku masih bertegas untuk pilih dekat dengan negeri aku. Jadi, dalam tempoh internship, bermula Februari hingga Mei 2018, aku memang tinggal di rumah kelahiran sendiri. Nampak dekat situ aku dah jimat banyak.", "Bermula tahun 2018, jalan hidup aku sudah start masukkan sikit elemen2 seram. Bukan tidak pernah hadapi kisah seram dalam hidup. Perbezaannya sewaktu kecil, kebanyakkan arwah mak aku yang kena. Tapi selepas arwah sudah tiada. Aku rasa sekarang giliran aku pula yang kena. Aku mempunyai 3 orang kakak (aku bagi nama kakak A, Kakak B dan Kakak C ikut umur) tidak termasuk aku lah dan aku lah yang paling muda. Aku tamat intership. Seingat aku, bulan june 2018 tu jatuh raya Aidilfitri. Aku mula terkena gangguan start Julai 2018.", "KEJADIAN 1:\nKes seram tu bermula bulan Julai 2018 dimana aku terjaga pukul 3 pagi. Untuk pengetahuan semua. Aku tak tidur dalam billik, jadi semua tidur di ruangan istirehat keluarga. Tambahan pula, rumah aku direct lurus dan pintu rumah aku bukannya kayu besar macam korang selalu tengok. Pintu depan rumah aku sliding door yang boleh nampak luar. Hari tu pula tak rajin nak turunkan langsir jadi dibiarkan terdedah saja. Di depan rumah aku ada pokok buluh jepun yang besar dan tinggi.", "Sebaik aku bangun, dalam keadaan terhuyung- hayang, aku cuba buka mata dan time tu lah mata ni gedik nak tengok luar. Terkejut aku, makhluk besar 3 kali ganda manusia, berwarna hitam, dan bermata warna merah duduk betul2 tepi pokok buluh betul2 depan rumah aku. Makhluk tu selari dengan aku, bezanya aku di dalam dan dia di luar. Dia seperti tengah tunggu tengok aku. Aku gosok mata aku, buka mata sekali lagi, dia dah hilang tetapi seram tu masih tertinggal. Lama jugak lah aku terpandang dia. Aku jatuh terduduk dan berderau d***h aku time tu. Aku terus selimutkan muka dengan menggigil ketakutan. Entah bila aku tertidur. Esok tu aku ceritakan dekat abang aku ciri2 makhluk tu. Abang aku cakap itu Hantu raya.", "KEJADIAN 2:\nKejadian yang seterusnya ini, dimana aku kena tindih sewaktu tidur. Seingat aku, masa pada waktu tu nak dekat pukul 4.30 pagi. Dalam tidur aku tu, aku ternampak satu lembaga hitam botak dan besar sedang mengintai aku. Aku beranikan diri untuk kejar makhluk tu berbekalkan ayatul kursi, ia sambil lari masuk ke bilik parent aku. Situasi bilik parent aku sangat gelap. Di betul2 pintu masuk, ia berjaya gapai tangan aku untuk tarik aku masuk bilik, aku tak nampak sebab keadaan bilik sangat gelap.", "Dia gelakkan aku sebab tak berjaya menarik aku. Gelak dia serius sangat jahat. Kalau korang pernah tengok cerita P.ramlee Ahmad Albab dimana Syawal terjumpa jin dalam gua tu serius cara gelak yang sama tapi makhluk hitam ni suara dia garau dan besar. Aku bergelut-gelut untuk tarik dan hampir nak berjaya, kakak aku gerak bangun. Terpinga-pinga aku kejap. Betul2 macam realiti aku jumpa benda tu. Kakak A tanya kenapa. Aku pilih untuk diam sebab aku macam rasa dia ada dekat situ.", "Selepas kami sambung tidur, tak sampai 5 minit, kakak A yang gerak aku tadi pulak yang kena tindih. Dalam tidur dia, dia cakap nak makan laksa dekat semua adik perempuan yang lain. Macam lawak time ni waktu kakak aku cerita semula tapi memang laksa favourite kami semua haha. Benda tu nampak simple dan lawak, tapi seram sebab ada kaitannya dengan tuan makhluk tu. Tuan makhluk tu penjual laksa. Haaaa, Sebab tulah, hantu tu cakap macam ni dari dapur belakang, satu suara perempuan mencelah cakap “nak laksa, mari nak bagi”.", "Dia terus datang nak terjah kakak A dengan ketawa halus mengilai macam tengah melawak. Aku gerak kakak A bangun, then dua2 senyap tutup mata rapat2. Takut benda tu terjah kami berdua karang. Korang jangan buat main2 kalau kena tindih, sebab makhluk tu still dekat situ. Sebab tu aku pilih untuk tutup mata. Hehe Keesokkan harinya, kami berkongsi cerita tanpa tahu asal usul makhluk yang ganggu tu. Mengikut pengalaman keluarga aku, kalau rumah rasa macam ada benda, Nampak malap even buka lampu, dan selalu kena tindih serta mimpi, in sha ALLAH ada benda. Tapi kami tak tahu mana puncanya.", "KEJADIAN 3:\nKebanyakkannya aku lah yang kena. Last aku betul2 dah confirm bilamana, mimpi aku waktu tu, aku Nampak muka jiran aku yang dah berusia 60 ++ tahun. Di dalam banggunan yang terbiar dan tengah tengok aku sambil bercakap “L, tok ngah nak tengok L sangat2, tok ngah rindu dekat L”, “Dia nak jumpa L”. Kami sekeluarga panggil dia “tok ngah sebab kenal daripada kecil” means that rapat la.", "Sambung cerita, Aku terkejut terjaga sambil nangis. Aku boleh rasa yang mimpi tu betul sangat sebab badan aku rasa panas yang melampau. Aku tiba2 menangis macam kena rasuk. Kakak B yang berada di sebelah mula suruh aku mengucap. Aku cakap dekat kakak B, “tok ngah nak jumpa aku, aku takut, takut sangat2”. Kakak B dan adik lelaki aku minta suruh bertenang dan sambung tidur balik dengan mengubah kedudukkan. Aku turutkan. Pada keesokkan harinya, aku cerita dekat family aku yang jiran aku masuk dalam mimpi ingin jumpa aku.", "Korang tahu tak, benda tak tipu. Aku cerita dekat ayah aku pukul 10.55 pagi. Sejurus selepas cerita, dengar dari belakang rumah, tok ngah datang panggil aku untuk untuk ajak makan2 dekat rumah dia. Korang faham tak dekat sini, ramai orang dalam rumah aku, tapi dia tekankan untuk jumpa dengan aku saja. Dia cakap sebijik macam dialog mimpi aku. Dekat situ, aku dah perasan, dia ada sangkut dengan gangguan dirumah. Banyak yang aku tak cerita sebab tak ingat, Kebanyakkan yang aku alami ialah mimpi, benda bergolek atas rumah, panggil nama aku, menangis belakang rumah, benda melintas, makanan dalm rumah aku busuk walaupun baru masak tak sampai 5 jam dan macam2 lagi.", "Start daripada kejadian tu, aku tolak semua pemberian dia, pakaian dan makanan yang dia kerap bagi sebelum ni. Even dengan tok nagah pun aku tak nak jumpa. Tok ngah memang dapat bau lah reaksi aku. Aku dan keluarga decide untuk berubat sebab tak tahan asyik masuk mimpi merayu2. Aku takut terlepas atau berjanji apa2 waktu dalam mimpi. Tambahan, budak2 kecil yang bermain depan rumah pun cakap, tok ngah cari aku berkali2, so aku decide untuk berubat. Nasib pakcik aku ada ilmu2 berubat, dia lah yang offer time tu. Waktu nak mula, korang bayangkan makhluk tu tunggu dekat luar tak bagi pakcik aku berubat.", "Pakcik aku pergi tengok, bukan sekor ya kawan2 tapi 3 ekor tengah tunggu. Pakcik aku pagar rumah dalam sepuluh minit macam tu, baru dia mulakan. Sepanjang tengah tunggu aku ni asyik mengeluh, badan terasa panas, dan hati ni sayu saja. Kakak aku cakap, aku termenung sepanjang menunggu. Bila start berubat, pakcik aku alunkan ayat2 suci Al-Quran, aku meraung sebab panas gila tengkuk aku, badan aku rasa sakit sangat macam ada orang tengah pukul kau. Aku tak pernah deal dengan benda ni sendiri, selalu tengok orang kena saja.", "Bila dah terkena batang hidung sendiri, sakit plus seram gila. Selesai semua, pakcik aku cakap makhluk tu dah kuasai separuh daripada badan aku, sebab tuan sebenar sudah tak larat. Pakcik aku cakap dia akan pulangkan semula kepada tuan nya sebab Aku tak nak dengan benda2 syirik macam tu. Korang tahu, once pakcik aku minta makhluk tu pulang, makhluk tu setuju.", "Selepas nak hampir 10 minit adik lelaki aku telefon, inform yang rumah tokngah ada bunyi2 menjerit dan ada orang datang untuk tengok rumah dia. So, makhluk memang pulang dengan selamat kepada tuan dia lah. Terbukti aku tak tuduh dia ya. Daripada haritu aku cuba elak daripada berjumpa tok ngah sebab tak sanggup nak hadap dengan makhluk2 tu.", "Korang bayangkan benda ni berlarutan sehingga 2022 sebab aku tak boleh lari mana, tok ngah tu duduk selang sebuah rumah saja daripada umah aku. Sekarang aku dengar cerita daripada jiran2, dia tengah cari mangsa lain. Aku tak faham, kalau tak nak, kenapa tak nak buang. Aku Cuma boleh doakan dia tergerak hati untuk buang belaan dia. Maaf ya ayat tak sedap. Terima kasih semua" ]
[ "Nak tanya,sekarang tok ngah tu hidup lagi ke? Dan dia takde keturunan sendiri ke untuk wariskan benda tu?" ]
https://fiksyenshasha.com/kenapa-asyik-aku-je-kena-kacau/
KENAPA ASYIK AKU JE KENA KACAU?
[ "Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Setelah baca banyak cerita seram di FS ni, aku nak share sikit pengalaman-pengalaman mistik yang aku lalui sepanjang pengajianku di sebuah kolej matrikulasi (lokasi aku rahsiakan la ye).", "Masa tu tahun 2014 umur aku baru 18 tahun, maklumlah baru habis SPM. Aku excited juga nak masuk matriks ni sebab vibe dia macam masuk universiti kan. Kolej matriks aku ni, dia ada banyak blok asrama untuk semua pelajar. 5 blok-blok pertama dinamakan blok A (ada blok A1-A5) bagi pelajar perempuan. Aku berharap dapat la salah satu blok A sebab blok A ni dekat dengan kolej entrance dan juga dewan-dewan kuliah. Tapi nasibku malang juga sebab aku dapat blok C. Blok-blok C (ada blok C1-C5) ni untuk pelajar perempuan juga tapi lokasi dia jauh ya amat.\nNak pergi blok C ni, kena jalan jauh sikit dan struktur jalan tu macam naik bukit. Korang bayangkan, penat-penat lepas kelas, kena pula jalan jauh dan mendaki nak sampai ke bilik masing-masing. Fuh cabaran dia lain macam (lagi-lagi time bulan puasa). Blok yang terakhir merupakan Blok B (B1-B5) untuk pelajar lelaki. Blok-blok B ni terletak di antara Blok A dan C so tak jauh sangat.", "Antara kesemua blok-blok ni, ada beberapa blok yang ditutup. Blok B1 memang tutup habis, siap berpagar lagi. So, yang beroperasi hanyalah Blok B2 – B5. Blok C5 pulak, level 1 tu memang semua bilik tutup. Hanya bilik-bilik di level 2-4 sahaja yang ada pelajar duduk. Sebab kenapa bilik-bilik ni ditutup, aku pun tak tau. Katanya tutup sebab nak renovate tapi mungkin juga ada sebab lain ditutup, tapi tak tau la kan.", "KISAH 1\nOkay, sekarang ni marilah aku mulakan cerita pengalaman mistik aku sepanjang setahun aku study kat sini. Kisah pertama terjadi pada malam kedua aku berada di sini. Dalam bilik aku, ada total 4 pelajar semuanya, aku dan 3 lagi roommates aku. Dalam bilik kami, ada 4 katil yang disusun 2 sebelah kanan dan 2 lagi disebelah kiri bilik. Masing-masing ada almari dan meja study sendiri sebelah katil. Di tengah-tengah bilik, ada ruang untuk kami duduk makan, lepak, etc. Dekat bahagian hujung bilik ada satu ruang untuk kami sidai baju di mana ruang tu ada tali ampaian dan tingkap. Cahaya matahari masuk ikut tingkap tu so cepatlah baju kami kering.", "Berbalik semula kepada kisahku, malam kedua tu aku sidai baju. Lepas tu, aku letak baldi kat tepi ampaian dan terus ke katil. Roommates aku semua dah tidur so aku pun nak tidur juga la. Masa aku baring atas katil, aku pusing badan aku menghadap ampaian tu. Sebab nak mengantukkan diri, aku perhati je titisan air daripada baju yang basah jatuh ke lantai. Lepas beberapa minit, aku masih tak mengantuk. Kali ni aku pusingkan badan aku menghadap roommate aku pula. Dia dah tidur nyenyak so aku pun pejam la mata aku, paksa diri untuk tidur sebab esoknya kelas awal pagi.", "Lepas beberapa minit, aku dengar bunyi macam ada orang main baldi dekat ruang sidai baju tu. Aku buka mata dan bangun tengok kat ampaian. Baldi tu elok je macam biasa. Aku tengok pula roommates aku lagi dua orang yang dekat katil sebelah sana, tengah tidur juga. So, aku pun baring dan pejam mata semula. Tak sampai seminit, aku dengar semula bunyi baldi tu.\nBunyi tu seolah-seolah baldi diseret di atas lantai, lepas tu diangkat dan diletakkan balik di atas lantai, berulang-ulang kali. This time, aku tak berani dah nak tengok kat ampaian tu sebab aku syak mesti ada ‘benda’ yang tengah main baldi kat situ. Beberapa minit juga lah aku dengar bunyi baldi tu sampai aku pun tertidur. Esok pagi tu aku bangun tengok baldi tu masih di tempat yang sama. Aku pun jalani hari aku seperti biasa selepas itu.", "KISAH 2\nKisah kedua terjadi sebulan selepas kejadian pertama. Masa tu hari jumaat, so bermakna esok hari sabtu tak ada kelas. Malam tu, aku dengan 2 orang classmates aku (aku bagi nama A dan Z la ye) decide untuk tengok movie hantu dekat bilik A. A cakap roommates dia balik rumah, so dia sorang-sorang untuk weekend ni. That’s why aku dan Z nak teman dia la. Malam tu lepas maghrib, kami beli makanan dan jajan dekat cafeteria lepas tu naik bilik A. Kami makan sambil tengok movie hantu. Aku tak ingat apa tajuk movie tu tapi cerita Siam, seram juga la. Lepas movie habis, kami sembang sambil makan jajan. Dalam pukul 12.30pm macam tu, kami dah mula mengantuk.\nA baring dekat katil sebelah kiri bilik so katil sebelah dia kosong. Aku dan Z pula baring dekat 2 katil sebelah kanan bilik. Aku ajak A tidur sekali dengan kami tapi dia kata dia okay je tidur sorang.", "Lepas 10 minit macam tu, A dah tidur. Z tak tidur lagi, dia tengah scroll Facebook dekat phone dia. Aku dah mula mengantuk so, aku pejam mata dan pusing membelakangi Z sebab cahaya phone dia terang sangat. Kemudian aku pun tidur.", "Tiba-tiba aku tersedar sebab aku haus. Aku bangun pergi dekat meja sebelah A dan minum air. Aku tengok jam pukul 2.40am macam tu. A dan Z masing-masing tidur nyenyak. Tapi kali ni, Z tidur dekat sebelah A dan bukan sebelah aku dah. Aku biarkan saja. Lepas minum, aku baring semula dekat katil nak sambung tidur. Kali ni, aku pusing menghadap katil yang kini kosong sebelah aku dan pejam mata. Selepas beberapa minit, aku dengar bisikan dekat telinga aku. Aku terus buka mata sebab ingat A atau Z kejut aku.\nA dan Z masih tidur seperti biasa. Disebabkan tak nak bersangka yang bukan-bukan, aku rasa aku mungkin berangan je dengar bisikan tadi. Lepas je aku pejam mata, aku dengar lagi bunyi bisikan dekat telinga aku. Kali ni aku dah takut nak bangun, aku kekal pejamkan mata. Untuk kali ketiga, bunyi bisikan tu makin kuat. Memang seolah-olah ada orang yang berdiri sebelah katil aku dan tunduk bisik dekat telinga aku.", "Yang seramnya, bisikan tu bukan bahasa melayu atau inggeris. Ianya seperti bahasa Siam dan cara benda tu bisik macam tengah baca mantera terkumat kamit dekat telinga aku. Tiba-tiba, aku rasa macam ada rambut lalu dekat telinga dan muka aku (rasa macam orang tundukkan kepala dia dan lalukan rambut dia dekat aku). Berderau d***h aku tapi aku masih tutup mata. Rasanya lepas 30 minit baru bisikan tu berhenti. Masa tu aku rasa lega sikit tapi masih takut nak buka mata aku. Aku paksa juga diri untuk tidur dan akhirnya aku berjaya tidur.", "Pagi tu pukul 9 baru aku bangun, subuh memang ke laut la. Bila aku bangun, aku tengok makanan dah ada dekat ruang tengah-tengah bilik. A dan Z tengah ready nak breakfast. Z terus suruh aku pergi gosok gigi dan cuci muka untuk makan breakfast. Lepas aku balik daripada tandas, aku duduk bersila atas lantai untuk makan dengan dorang. Masa tengah makan, Z tanya aku:\n“Semalam yang kau duk sengih-sengih kat aku dah kenapa?”\nAku tanya dia semula: “Sengih apa?”\nZ sambung: “Semalam masa aku nak tidur kan kau cuit bahu aku. Aku pandang kau pastu kau senyum kat aku. Scary muka kau senyum. Dah macam Joker cerita Batman tu senyum.”\nAku cakap: “Mana ada aku senyum kat kau. Aku dah tidur la masa tu.”\nZ cakap: “Iye, kau senyum kat aku. Lama pulak tu. Seram aku. Tu yang aku pergi tidur sebelah A.”\nAku terus terdiam. Mustahil lah aku senyum dekat Z sebab aku dah tidur sebelum Z tidur. Aku syak ni mesti hantu Siam semalam tu punya kerja juga. Disebabkan malas nak panjangkan cerita, aku makan je tanpa bagitau pun kisah bisikan dan rambut semalam tu.", "KISAH 3\nKisah ketiga ni terjadi lebih kurang sebulan setengah selepas kejadian kedua. Masa tu petang, aku baru balik jogging. Kolej matriks aku ni boleh tahan besar juga, so boleh la jog beberapa round. Masa aku balik, sorang pun roommates aku tak ada dalam bilik. Mungkin dorang pergi mana-mana kot. Lepas aku masuk bilik, aku terus duduk dekat ruang tengah-tengah bilik. Aku buat la sedikit stretching sebab baru lepas jog kan. Masa aku tengah stretch tu, tiba-tiba aku dengar bunyi orang ketuk tingkap. Ketuk tingkap ye bukan pintu, sebab dengar bunyi tepuk dekat kaca tu.", "Aku terus pandang tingkap yang dekat ruang sidai baju. Bilik aku tingkat 3, tingkap tu menghadap luar bangunan dan tak ada balkoni pun. Mustahil orang boleh ketuk. Disebabkan masih petang dan tak rasa seram, aku teruskan stretch. Tiba-tiba, dengar lagi bunyi ketuk tingkap yang makin kuat. Apa lagi, aku terus bangun dan lari masuk bilik jiran sebelah. Lepas roommates aku balik, baru aku masuk semula bilik aku tapi aku tak cerita dekat dorang. Aku ingat gangguan untuk hari itu habis tapi masih belum ye.", "Malam tu, aku tersedar daripada tidur sebab rasa nak kencing. Aku pun bangun dan keluar bilik nak pergi tandas kat luar. Tandas tak jauh sangat pun, hanya selang beberapa bilik daripada bilik aku. Sebelah tandas tu ada balkoni kecil yang kau boleh nampak ke luar bangunan. Masa aku tengah berjalan ke tandas, tiba-tiba aku dengar bunyi orang ketuk pintu. Aku terdiam. Tapi disebabkan nak terkencing, aku beranikan diri jalan ke tandas.", "Masa aku dah hampir masuk tandas, tiba-tiba ada benda putih lalu dekat luar bangunan tepi balkoni. Slow je dia lalu seolah-olah nak suruh aku tengok kat dia. Level aku tingkat 3 kot, sah-sah la benda tu terbang dan bukan manusia! Apa lagi, aku terus lari lintang pukang masuk bilik semula. Menggeletar aku duduk atas katil dan rasa nak kencing tu masih ada tapi aku tak berani nak keluar dah. Akhirnya, aku pun tertidur sampai siang.", "Sampai disini sahaja kisah aku untuk hari ini. Sebenarnya ada lagi pengalaman yang lain tapi di lain hari lah aku share ye. Boleh dikatakan, setiap bulan lah aku kena kacau masa dekat kolej tu. Aku pun tak faham kenapa aku je yang kena kacau, orang lain tak kena pun. Terima kasih sebab sudi membaca cerita aku dan aku minta maaf la kalau korang rasa tak seram. Tapi bagi aku, memang dah cukup seram. Semoga kita bertemu lagi di lain hari. Bye~" ]
[ "Macam kmns je ni", "macam aku kenal la matrik ni.. kmns kan..", "yes kmns", "Ni mesti kat kolej matriks negeri sembilan kan? Saya pun stay kat blok C tp saya batch 2019. mmg block C jauh and berbukit2 jalannya. Nak2 pula saya dapat block c3 yang terceruk ke dalam", "Ye betul. Yang kejadian bisik tu dekat block C3 btw haha" ]
https://fiksyenshasha.com/kelahiran-kembar-sara-mystery/
Misteri Kelahiran Kembar Sara
[ "Tq admin sebab luluskan cite misteri aku ni..", "4/2011 tahun yg amat bermakna utk diri aku.ye la rezeki bertimpa².dapat keje tetap dan disahkan “twin pregnancy”", "Aku bukan jenis upload UPT kat FB.canang baby bumb,share gambar scan 3D bagai.Bila ada yg tanya status secara depan² baru ceq habaq.Jadinya time raya aku still tak heboh yg aku bakal melahirkan kembar seiras kelak.", "Cerita aku bermula pada 27.11.2011.", "tengah siap² nk pegi kenduri aqiqah kawan mak tetiba ayah dapat call adik dia sekeluarga nk datang rumah..tanpa rasa sangsi ayah terus on.So bila dorg sampai aku yg sambut maklum la dah 36 minggu.Tak larat dh buat pape kat umah mak.Bila dorg sampai makcik aku sorg ni dia teruja lain mcm.Sampai² je salam sambil pegang perut aku.Pastu aku declare la yg pregnancy ni adalah twin seiras dan due 1.1.2012.dia boleh tak caya.siap meragui pulak keje doktor kata salah cek..hahaha.", "Abis warm up sembang.aku pegi la dapur nk tolong mak angkat² cawan nk bagi dorg minum.tetiba makcik aku ni datang dapur nak tolong.", "“eh..biar uteh tolong sian mak buyung buat keje” (sambil pegang perut aku).kita pn seronok la sbb badan tak larat.ada pulak yang datang bantu.Memang kena time la bantuan dia.by the way,mak cik aku ni ada 2 anak dara tau.Tapui anak dara dia suma pemalas.hehehe..", "Dah ready makan minum,so dorg pn makan la kat meja yg disediakan.Aku pulak duduk bertentangan dengan makcik aku kat sofa.Dia perhati je ape yg aku buat.Time tu tengah suapkan anak makan.So piring tu stand atas perut buat macam meja.hehehe.Dia tegur “tgk tu perut dah besar smpai blh letak piring”.settle cite pasal ank lelaki dia yg nak bertunang bln 2/2012,dorang pun start nak gerak balik.ehhh..lagi skali pegang perut aku..3x dh dia pegang..", "Esok malamnya lepas² isyak,tetiba perut aku berombak.Pergerakkan twin sangat² agresif.Ke kiri ke kanan dorg.Sampai mak dengan husband tengok perut aku yang tengah berombak tu.Senak beb.2 orang dalam perut macam tengah wrestling.Aku pun dah tak tentu arah time tu.Lusa pergerakan twin sayup² je.So aku imagine tempat dah sempit so twin pn behave dalam perut bonda dia.", "30.11.2011 lepas subuh aku sedar kain basah.Tak mungkin la terkencing.Rupanya air ketuban dah pecah.Tapi kaler dia mcm kopi o cair.Terus panggil mak,semua kelam kabut bangun siap² pegi MHKL.", "Sampai kat hospital,prosedur biasa wajib kena seluk nak tengok bukaan jalan dah bape cm.Dorang cek time tu still 1cm.So dorg pun wat lek wat pis sbb belum time.Dorg cari heartbeat twin belah kiri.Senyap.Belah kanan,senyap.Belah bawah pun senyap.So nurse panggil doktor,doktor pelatih pun scan.Tetiba doktor hilang.Datang pulak doktor senior sikit scan pulak kat tingkat 1.Pun senyap.Sekali aku kena tolak pergi bilik pakar.Pakar scan dia cakap twin DAH TAKDE.", "Aku tanya la sejak bila?dalam tempoh lebih 24 jam.Bila di flash back maybe masa perut tengah berombak ritu.so dorg bawak aku pegi bilik kaunseling.Cerita pulak dengan mak,mak yg nangis..aku?konfius dengan perasaan time tu.Air mata pun tak mampu nak keluar.Jiwa kosong.Perasaan berkecamuk,so decide admited..", "Jam 2am 1.12.2012 bukaan jadi 8cm.Terus dorg tolak masuk labour room (LR) 2 jam dalam LR bukaan 10cm.", "Teran bagai nak rak.Sebab 100% tenaga kita kerah.Doktor tak suggest untuk vacum atau forcep takut “baby rosak”.Sumpah penat ! Tepat jam 4.20am lahirlah anugerah tak kesampaian Nur Alysha Qaisara di dunia ni.sunyi LR.Aku peluk Qaisara.Mengalir d***h kat hidung anak bonda.Aku nampak muka Qaisara dah biru.", "Ya Allah bidadari syurga yg aku tengah lihat ni.Aku cium.Nurse balut Qaisara dan letak tepi.Subhanallah orang lain teran.Baby keluar riuh LR.Tapi aku hanya jasad je yg ada.Roh twin dah sampai di syurga.Tepat jam 6.50am lahirlah bidadari ke-2 bonda Nur Alysha Maisara.Dua² comel.Dua² pengiring bonda.Saham untuk bonda diakhirat kelak.Urusan pengebumian berjalan lancar.Terima kasih Allah permudahkan urusan hambaMu ini.", "4 hari lepas besalin baru discharge sebab d***h banyak hilang waktu besalin.Siap kena refill 1 beg d***h.Sampai kat rumah,rutin berpantang pun bermula.1st day berurut lepas settle tetiba d***h beku keluar besar tapak tangan tebal seinci.Azabnya la nk kuar bila jahitan tak elok lagi.Lepas je d***h beku tu kuar,aku bleeding tak henti.", "Dari pukul 12 malam smpai subuh aku dh tukar 12 keping pad.Punyalah banyak d***h keluar.Esok pagi mak ajak pegi balik hospital.Sampai PAC MHKL perghhhh kena seluk pulak,menjerit aku dalam bilik.Dah la sakit jahit blm baik.Doktor boleh seluk pulak.Bukan sekali,2 kali kena seluk.Rasa macam nak tendang doktor tu.", "Dorang scan tengok ada d***h beku dalam rahim.Esok kna cuci,bila dah “cuci” yg kuar hanya 2 cc je kot..lepas “cuci”..kna la refill balik HB (d***h merah) 1 beg.", "Settle masukkan d***h dalam kol 5 ptg,makan² sembang² sebelum family dengan anak balik skali tetiba nak dekat maghrib sejuk yg amat².Sampai tangan merekot² kejang.Nurse kelam kabut tengok aku.Sumpah tak tipu time tu rasa nak pecah urat² nak cari blood pressure pun tak dapat.Nak detect temperature pun tak boleh.", "Masa tu macam² ayat baca.Aku fikir malaikat maut nak cabut nyawa dah ke.Aku kuatkan semangat.Aku niat “Ya Allah Ya Tuhan ku,aku ada anak.Kuatkanlah semangat aku demi dia yg masih kecil”..lepas je aku niat tu tetiba macam ada sesuatu keluar dari kaki slow² terus bdn panas dan demam.Lepas dah ok,lusa dah boleh discharge.Balik rumah pantang lagi macam biasa.", "Lepas 2 hari discharge..tetiba aku tumpah d***h lagi..kali ni 3 hari lepak rumah sbb fobia kena seluk dalam bilik PAC masih menghantui..3 hari bleeding tanpa henti sampaikan aku bangun berdiri bulan bintang suma nampak..telinga dah berdesing.Bibir dengan lidag dah pucat.Muka pun dah jadi kuning.Bayangkan la sampai nak tukar pad pun aku baring..nak basuh jauh la skali..kumpul je dalm plastik skali d***h beku yg keluar berketul² besar tapak tangan tebal seinci tu..sumpah sakit..!", "Fikirkan anak..aku pegi jugak la hospital..betul la Allah cakap..selagi belum ajal..teruk mana pn dugaan kau..tetap belim sampai masa mungkar dan nangkir jumpa ko..sampai hosp..bleeding yg non stop 3 hari tu..terus takde..tp still kena seluk gak la sebab doktor nak tengok d***h beku..dalam PAC dorg amik d***h dpt result tengok HB tggl 6 je.Sedangkan normal paling sikit HB kena ada 12.Separuh beb hilang d***h sebab bleeding 3 hari non stop..admited lagi 3 hari..masuk 2 beg d***h..kali ni ok je time ada kat wad.so lusa discharge..", "Bila 2x dah tumpah d***h..mak pun mintak bantuan sorg ustaz.Nak pulihkan semangat aku.Takut aku tak kuat.Twin meninggal.Tumpah d***h pulak.Bila jumpa ustaz tu dia bukak cerita aku ni bukan tumpah d***h biasa,tapi sebenarnya ada gangguan.Orang yg terakhir datang rumah mak tu ada “membela” sesuatu dan dia buat alasan nak datang untuk sembang pasal anak dia nak bertunang.Tapi sebenarnya niat dia lain.", "Mak dengan ayah tak bagi tau pun kat ustaz tu yg mak makcik aku tu bidan.Ustaz yg explain 1 by 1 cite “mak lampir” ni..aku terkilan sangat.Kenapa d***h daging sendiri buat aku macam tu.Anak tu tak pe la maybe dah janji twin dengan penciptaNya hanya bersama bonda dialam rahim je.Tapi KENAPA aku pun “dikendurikan” skali..sampai sekarang aku tak nak jumpa “mak lampir” ni..risau aku tertumbuk muka dia..hehehe..", "Kat sini aku nak nasihat sikit.apa yg jadi kat kita ni adalah dugaan.Allah tak akan menguji hambaNya jika dia tau kita tak mampu..lagi 1 anak suamu mak ayah ni pinjaman..amanah utk kita..redhalah walaupun perit..sebab setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ni..", "Nota kaki : terpulang pada yang nak percaya atau pun tidak..aku tak paksa dan aku tak mintak simpati..tapi aku mohon beringatlah bukan kita je yang ada kat dunia ni..banyak makhluk Allah yg tanpa kita sedar dia berada disekeliling kita..tq admin.muahhh cikeddd..", "Penulis: Pae Alysha (FB)" ]
[ "Dek kita klau preggy jgn bgi org luo usap perut kita…melainkan somi, org tua kita jer!arwah ayah akk setiap kali akk Peggy tu la yg dia kerap pesan!", "weh sedih tak tipu kalau aku tu agaknya dah depression dah", "Sabar ye kak. ALLAH tak pernah tidur kak. Yang menganiaya akak akan ALLAH balas dengan setimpal. Semoga akak kuat ye." ]
https://fiksyenshasha.com/misteri-mimpi-mistik-ii/
MISTERI MIMPI MISTIK II
[ "Keesokkan pagi, seperti biasa selepas salam ibuku, aku bergerak ke tempat kerja. Kerjaku berjalan dengan lancar seperti biasa. Tiba-tiba aku curious. Dihadapan cermin tandas, aku melihat diriku. Aku gerak-gerakkan bebola mataku ke kiri dan kanan beberapa kali dan perasan bebola mata kananku seolah-olah bukan bebola mataku. Aku terdiam dengan perbezaan itu.", "“Kau siapa?” soalku melihat tajam mata kananku. Reaksi wajah sebelah kananku berubah. Sekejap tersenyum, sekejap terlihat angkuh, kemudiannya sedih dan kelihatan takut.", "“Mungkinkah reaksi ini yang dilihat oleh pakcik dan ibuku semasa berubat semalam?” soalku dalam hati. Ketakutan. Aku terus menghubungi ibuku dan menceritakan apa yang terjadi. Kemudiannya aku memohon half-day daripada pengurus tempat kerjaku. Sejak peristiwa di cermin tadi, aku terasa didalam diriku ada makhluk lain yang ‘menumpang’ dan bila-bila masa sahaja aku boleh di take-over oleh makhluk itu.", "Waktu lunchtime, aku bergerak balik. Setibanya aku dirumah, aku terasa biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku bermain dengan kucing kesayanganku kemudiannya merebahkan tubuhku ke lantai. Mengantuk. Tidak lama selepas itu, ibuku balik. Aku bangun dan menyapa ibuku. Ibuku melihatku.", "“Dah bersiap. Kita keluar jalan-jalan” Kata ibuku.", "Kami kemudiannya keluar. Aku yang mulanya rancak bersembang terus mendiamkan diri tatkala kami semakin hampir ke destinasi. Ibuku membaca ayat-ayat suci Al-Quran setelah melihat perubahan diriku. Setibanya kami ke destinasi, aku terasa aku seperti teragak-agak untuk melangkah keluar dari kereta namun ku paksa juga langkahku untuk masuk ke ruang rumah pakcik Boi. Ibuku menceritakan apa yang berlaku kepada Pakcik Boi.", "“Mai duduk kat sini” Kata Pakcik Boi kepadaku.\n“Kenapa kena duduk kat situ?” soalku sambil tersenyum-senyum. Aku turuti apa yang diminta.\n“Ehh, dia tanya kita pula. Yang dia tanya macam tu pasai pa.” Ujar Pakcik Boi.", "Aku pun duduk memanjangkan kakiku kearah pintu masuk rumah Pakcik Boi. Pakcik Boi bersembang dengan ibuku dan sesekali melihatku. Aku tiba-tiba mendiamkan diri. Hanya melihat tajam Pakcik Boi.", "“Mata tu dok tengok-tengok pasai pa” tiba-tiba ada satu suara yang bermain dalam fikiranku. Suara ni seolah tak suka setiap gerak-geri pakcik Boi. Aku rasa badan aku kaku. Mataku hanya memandang tajam setiap pergerakan Pakcik Boi. Mulutku terasa dikunci.", "“Hang sapa? Apa masalah dengan tuan tubuh ni’’ soal Pakcik Boi kepadaku. Aku menjawab, tapi suara aku cuma tersekat dihati. Ya, aku sedar dalam proses ni. Aku rasa ada ‘sesuatu’ yang mengawalku. Dan ‘benda’ tu hanya merenung tajam kearah Pakcik Boi tanpa kata-kata. Kata Pakcik Boi pada ibuku, reaksi wajahk berubah-ubah.", "“Yang ni yang semalam berubat kak.” Kata Pakcik Boi kepada ibuku.\nYa, semalam kami datang bertemu dengan Pakcik Boi untuk berubat berikutan aku kerap mimpi yang pelik-pelik. Semalam juga aku dikatakan berubah-ubah wajah tetapi tidak mampu berkata-kata walaupun ditanya dan dipaksa.", "Kata Pakcik Boi, ‘benda’ yang ada denganku sudah di ‘tanam’ sejak aku berusia 20-an. Ujarnya lagi ‘barang’ ini ditanam dengan cara menepuk-nepuk di belakang badanku.\n“Barang yang sama?” Tanya ibuku.\n“Ya, kak. Kan semalam kan ‘anak buah’ dia kata masa masuk dalam badan kak yang dia buat macam ni sebab sayang anak-anak dia.” Jawab Pakcik Boi.", "Semalam, sebelum berubat aku, ibuku juga berubat. Kata Pakcik Boi, ‘anak buah benda’ yang menempek di tubuhku yang memberitahu begitu kepadanya melalui ibuku. Cerita pakcik Boi, ‘benda’ yang menempek kepadaku terlihat sangat suka melihat keadaan ibuku yang sakit semasa berubat semalam.", "“Dia ada bagitau saya untuk keluarkan apa jua ‘barang’ dalam badan dia. Terutamanya ‘barang’ ayah dia ni”. Kata ibuku kepada Pakcik Boi.", "“Macam itu, baiklah.” Jawab Pakcik Boi. Dia kemudiannya mengambil batang rotan yang panjangnya lebih kurang satu jengkal keluar lalu memulakan rawatan.", "“Aku nak hang keluar dari tubuh ni. Kalau tak hang sakit. Tuan tubuh ni tak nak hang kacau dia lagi dah. Aku nak hang keluar dengan barang-barang hang sekali. Angkat keluar semua.” Arah pakcik Boi kepadaku. Aku hanya melihatnya tajam. Degil.", "“Bismillahirrahmanirrahim , Allahu Akhbar” Menggunakan batang rotan, pakcik Boi mencucuk bahagian tubuhku. Aku cuma mampu mengerang. Proses ini berulang sehinggalah diri aku yang sebenar berjaya keluar dari kawalan ‘benda’ tadi. Aku dibiarkan berehat setelah itu.", "“Barang ayah dia ni cuma ‘menjaga’ dia. Depa kunci mulut dia mungkin sebab dia tau sesuatu yang depa tak nak orang lain tau. ‘Barang’ yang ada dengan dia ni ‘orang kanan’ kuat ayahnya. Tapi, insya-Allah, kita dah bersihkan dia dari benda-benda tak elok ni.” Cerita Pakcik Boi kepada aku dan ibuku." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/gajah-terbang/
Gajah Terbang
[ "Salam semua peminat kisah seram, sudah lama aku tak menaip kisah seram atau mistik kali terakhir aku hantar cerita seram kat laman Fiksyen Shaha bertajuk Kisah Di Ladang Sawit pada tahun 2020. Kali ini pulak aku ingin mengisahkan tentang kisah mistik yang terjadi kepada abang aku yang juga bekerja di ladang.", "Abang yang aku panggil Jas ketika itu baru saja bekerja dengan sebuah syarikat perladangan di Rompin, Pahang, yang mana ketika itu beliau baru saja beberapa bulan selesai kerja menanam pokok kelapa sawit selapas membuka kawasan hutan untuk dijadikan ladang sawit.", "Suatu hari Jas memberitahu abah aku ladang yang dijaga beliau sekarang diserang oleh sekumpulan gajah walaupun sudah pasang pagar elektrik untuk halang serangan gajah namun gajah tetap serang tanaman sawit dan banyak tanaman sawit dimusnahkan dan dimakan menyebabkan banyak kerja perlu dibuat seperti kena ganti dan tanam anak sawit baru. Hal ini menyebabkan Jas ditekan oleh pihak atasan dan perlu bertanggungjawab dengan apa kerugian yang disebabkan serangan gajah tu.", "Selepas memberitahu kepada abah tentang masalah itu, abah cakap kat Jas yang abah akan ajak Pak Cik Naz untuk membantu buat “pagar” untuk halang serangan gajah secara berterusan. Abah minta Jas cuma sediakan beberpa kayu pancang sepanjang pinggang untuk di pacak mengikut perimeter sempadan ladang dengan hutan yang terkena serangan gajah.", "Lepas tu pada hari nak pasang “pagar” abah, pak cik Naz dan Jas terlebih dulu menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah semoga apa yang diikhtiarkan ini dapat dimakbulkan. Usai solat hajat, abah beritahu kepada pak cik Naz dan Jas cara nak pasang “pagar” iaitu dengan memancak kayu dengan jarak antara 200 meter ke 500 meter untuk satu batang kayu sepanjang perimeter sempadan kawasan serangan gajah dan semasa berjalan untuk memacak kayu hendaklah sentiasa membaca ayat kursi. Jadi kerja pasang “pagar” berjalan lancar seperti yang dimahukan.", "Selepas beberapa minggu selesai kerja pasang “pagar” , Jas beritahu kat abah bahawa sekumpulan gajah tu tidak lagi kelihatan menyerang kawasan ladang tetapi ada pekerja ladang beritahu Jas yang gajah mengamuk di kampung orang Asli bersebelahan ladang sawit ini. Tetapi Jas merasa pelik sebab anak pokok sawit tetap dimusnahkan seperti serangan gajah sebelum ni.", "Jas beritahu abah jugak ketika periksa kawasan yang diserang gajah tu, Jas tengok dalam parit sempadan ladang terdapat banyak kesan tapak kaki gajah tetapi di dalam kawasan ladang sawit bersebelahan parit sempadan tiada kesan tapak kaki gajah namun terdapat banyak kesan tapak kaki gajah pada kawasan anak pokok sawit yang dimusnahkan yang mana jaraknya lebih kurang 1 kilometer daripada parit sempadan ladang.", "Abah cakap kat Jas: ” ehh, tak kan gajah boleh terbang, pelik ni. kalau dalam parit sempadan ada banyak tapak mesti kat dalam kawasan ladang sebelah parit sempadan ada banyak tapak gajah jugak”. Jas pun jawab sambil ketawa: “tu la abah, pelik jugak, Jas rasa ni gajah terbang ni. Power betul gajah ni”. Abah jawab sambil mengerut dahi :”pelik ni, tak pe nanti abah tolong”.", "Selepas beberapa hari, ada seorang pesakit datang kat rumah abah minta tolong abah untuk rawat pesakit tersebut dengan perubatan Islam. Dalam proses merawat pesakit tersebut tiba-tiba pesakit tersebut tidak sedarkan diri dan mengerang seperti bunyi gajah. Abah pun bertanya pada pesakit yang tidak sedarkan diri tu: “siapa kau?.kenapa kau datang sini”. pesakit tu jawab: ” aku jin gajah. Aku ikut anak kau ke sini”. Abah pun jawab: ” ohh, kaulah yang kacau anak aku kat ladang sana yek. apa masalah kau sebenarnya?”.", "Pesakit tu jawab: ” kau yang kacau aku, halang aku buat kerja, aku cuma ikut arahan tuan aku dan aku yang menjelma jadi gajah mengarah gajah-gajah yang ada kat situ serang beribu anak pokok sawit tu”. Abah kelihatan seperti garang ketika menyoal pesakit tu: ” dah tu kenapa kau ngerja anak sawit tu?. siapa tuan kau?”. Pesakit tu jawab: ” tuan aku pekerja indon di ladang tu. kalau banyak anak pokok sawit yang musnah, lagi banyak kerja tanam semula anak pokok sawit yang tuan aku dapat dan lagi tinggi upah yang tuan aku terima”.", "Abah pun jawab: ” ohh, macam tu yek. Aku akan panggil tuan kau. sekarang kau keluar dari sini atau kau nak bertempur dengan aku”. Pesakit tu jawab: “aku nak keluar dari sini… aku tak mau duduk disini sebab terlalu sakit disini”. Abah pun keluarkan jin gajah tu daripada pesakit dan panggil tuan kepada jin gajah masuk. Abah bertempur dan mengalahkan tuan kepada jin gajah dengan mencabut ilmu yang ada pada tuan jin gajah itu secara perubatan Islam.", "Selepas itu Jas beritahu abah serangan gajah tidak lagi berlaku dengan ketara cuma serangan b**i pulak berlaku tetapi tak lah ketara macam serangan gajah dulu. Hanya sedikit saja serangan gajah berlaku musnahkan dua ke tiga pokok sawit berhampiran sempadan. Jas bertugas di ladang tersebut selama 5 tahun dan selepas itu Jas berpindah dan bertugas ke ladang lain di Pekan, Pahang.", "Selepas Jas berpindah, penyelia ladang di ladang yang Jas betugas dulu beritahu terdapat gajah mengamuk dan melanggar lori sawit sampai terbalik. Penyelia ladang tu berasa pelik dan berkata: “masa Tuan Jas jaga sini tak de pun gajah mengamuk sampai terbalik lori”.Namun, Aku dapat rasakan kesan “pagar” tu telah dibawa sekali berpindah dengan Jas sebagai penjaga ladang tu. Semua itu adalah ujian untuk Jas daripada yang Maha Kuasa. Sampai disini saja kisah aku coretkan, maaf jika ada kesalahan kosa kata." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/oleh-oleh-ngondor/
Oleh Oleh Ngondor
[ "Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih diucapkan buat pihak admin FS jika menyiarkan ceritaku ini. Cerita ini diinspirasikan berdasarkan kisah benar yang dialami sepupuku di kampung kira kira 20 tahun yang lalu. Sepupuku pada masa itu penggangur kehormat setelah menghabiskan pengajiannya di Menara gading di luar negara dan sedang mengunggu tawaran kerja di bu kota.", "Sementara mengunggu tawaran kerja itu, dia telah mengambil keputusan untuk mengait kelapa sawit (ngodor dalam Bahasa jawa) dan menguruskan secara sukarela (atau paksarela) kebun kelapa sawit kepunyaan orang tuanya di kampung. Taklah besar sangat tetapi cukup untuk membantu sedikit menyara kehidupan mereka bertiga di kampung.", "Ceritanya berbunyi begini…", "Di sebuah kampung terletak di Banting, K.Langat, Selangor.", "Pukul 7.15 malam, Khamis, malam Jumaat.", "Aku lagi bang wingo wingo\nJin Setan Kang tak utusi\nDadyo sebarang\nWojo lelayu sebet", "Sluku sluku batok\nBathok’e ela elo\nSi romo menyang solo\nOleh oleh’e paying muntho\nMak jenthit lo lo lobah\nWong m**i ora obah\nYen obah medheni bocah", "Nga tha ba ga ma\nNya ya ja dha pa\nLa wa sa ta da\nKa ro co no ho", "Jelas kedua dua telingaku menangkap suara nyanyian mentera diiringi muzik gamelan sayup sayup.", "Kemudian, tiba tiba hilang. Senyap. Hidungku pula menangkap bau sesuatu. Bau kemenyan dan kapur barus sekali sekala singgah di hidung. Ada perasaan tidak enak kurasa. Namun aku cuba tidak mempedulikannya.", "Bunyi nyamuk menggetarkan sayapnya pula bingit di telinga. Dua tiga ekor nakal mahu singgah di leher dan di lengan yang masih menggeletar dan basah berkeringat. Aku menyedut asap dalam dalam rokok balut tembakau jawa diisi cengkih dicampur nipis serpihan halus daunan hijau kering padat istimewa. Kusedut asap lama lama sampai ke paru paru. Perlahan lahan kuhembus asapnya. Kutahan tahan. Berkepul kepul di hadapan mukaku. Kepala kurasa berat sedikit tetapi sangat menenangkan.", "Tetapi tenang itu tidak lama. Datang kembali perasaan pelik yang membuatkan jantungku degup laju. Aku terbau lagi bau samar samar kemenyan dan kapur barus itu. Terus aku jatuhkan puntung dan memijaknya kejap tapi kuat. Lalu kelemparkan puntung di bawah pokok kelapa sawit.", "Aku sudah penat ngondor. Sejam mengerjakan sawit ini membuatkan aku lembik. Capik. Aku mahu pulang segera ke rumah dan ingin segera mandi membersihkan tubuh. Bau hangit dan tengik keringat di ketiak menyucuk tajam hidungku. Tetapi ada sesuatu di sekeliling sekarang ini yang sangat meresahkan dan tidak menyenangkan.", "Kudongakkan kepala. Jauh di kaki langit remang keorenan. Aku cuba untuk tidak mempedulikan perasaan aneh yang kurasakan dari tadi. Bulu roma meremang sejak sejam lalu. Bulu tengkok juga begitu. Kukira semua bulu badan sedang tegak berdiri. Kadangkala rasa seram sejuk menyelubungi. Kadangkala juga berselang seli angin lembut rasa dihembus di telinga dan pipi. Perasaanku kuat mengatakan ada seseorang sedang memerhatikanku dan bau kapur barus kali ini menusuk tajam hidungku.", "Kemudian kedengaran lagi mantera dialek Bahasa ibundaku jelas di telinga. Mendayu dayu. Sayup sayup. Disertakan bunyi gamelan. Lagi sekali. Seperti di konsert pertunjukkan. Celah mana boleh manusia menabuh gamelan di tengah tengah ladang kelapa sawit begini. Kemudian aku lihat tidak jauh di pokok sawit sana ada dua ekor ayam hutan berjalan jalan. Cantik bulunya. Seperti dalam lukisan yang selalu kulihat di Central Market, Kuala Lumpur. Ayam hutan? Di tengah tengah ladang kelapa sawit? Aneh bukan? Bulu romaku masih tegak berdiri.", "Lantas teringat perbualan dengan abah semalam semasa menikmati hidangan soto istimewa di warung Wak Dol. Kuah sotonya pekat. Daging ayam cariknya juga banyak. Kicap cilinya pedas berdesing. Satu sudu kecil sudah memadai untuk peluh merembes di kepala. Untuk menghilangkan rasa pedas yang menyiksakan tetapi nikmat, kerepek ubi pelbagai perisa hasil jualan jiran juga disediakan sebagai cicip cicip.", "Kembali pada perbualan dengan abah, dia pun ada melihat kelibat ayam hutan di dalam ladang ini katanya. Ujarnya ayam hutan selalunya peliharaan makhluk di alam berbeza. Jika kita di kampung membela ayam kampung, mereka di sana juga ada membela ayam, tambahnya lagi.", "Aku hanya mengangguk angguk perlahan sambil leka menghirup kuah soto yang pedas itu namun di sudut hati cuba untuk tidak mempercayainya.", "Seusai melayani lamunan, aku mencari semula kelibat ayam hutan tadi. Badanku memusing perlahan. Cuba memanjang manjangkan tengkuk mencari mereka. Puas sudah aku mengamati di sekeliling. Ternyata mereka sudah lenyap. Hairan juga ya.", "Aku terus cuba mencari lagi dan tiba tiba penglihatanku tertangkap satu susuk putih berbungkus mempunyai ikatan di kepala dan di kaki, samar samar di sebalik pokok tidak jauh di hadapanku. Bergerak gerak, melentik lentik, meliuk liuk seperti sedang gelisah. Kejap di sebalik pokok, kejap menayangkan diri.", "Tatkala itu aku lihat jelas makhluk bungkusan itu dibungkus kain putih yang kotor dengan kesan tanah, mukanya hitam seperti terbakar. Matanya merah menyala. Ada beberapa ulat putih sebesar jari kelingkingku di mukanya. Tidak semena mena hidungku terhidu bau amat busuk. Jauh lebih busuk dari bangkai b**i hutan yang pernah aku bau dulu.", "Aku terpaku lama. Lutut menggeletar lemah memandang makhluk sangat hodoh dan ngeri di hadapan. Tiba tiba dia rebah sendiri. Gedebuk! Jatuh ke tanah. Aku kaget. Helah apakah ini. Gerak hatiku menyuruh aku menunggu lagi. Dia sudah terbaring di tanah. Membelakangiku. Diam. Lama. Suasana sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik menemani.Tidak semena semena dia seolah olah bergerak gerak lagi setempat seperti cacing kepanasan.", "Tanpa dijemput, dia menggolek golekkan dirinya laju ke arahku. Semakin lama semakin laju.", "Hiiiiii…hhhiiiihhiiiii..hiiiihiiiiiiii…hiiiiiii….\nKedengaran ngilaian bergema memenuhi ruang segenap pelusuk tidak semena mena. Sama seperti dalam filem seram Indonesia yang selalu kutonton bersama ibu di kaca TV. Bersambung sambung dan bersahut sahutan ngilaian ini. Bunyi nyanyian mantera dan muzik gamelan sudah diganti dengan bunyi yang amat tidak kugemari.", "Rasa ketakutan amat membuatkan aku merasa aku tidak punya lagi kaki dan mahu terjelepuk juga ke tanah sepertinya tadi. Tapi takkan nak bergolek golek jugak macam dia.", "Makhluk berbungkus kain putih itu masih bergolek laju menghampiri aku.", "Allah. Allah. Allah. Sebutku lemah seperti mahu menangis.", "Bala apakah ini.", "Ayatul Qursi cuba aku lafazkan.", "Cuba tenang setenang mungkin.", "Allahula ila hailla….. Allahula ila hailla…..", "Aku tersangkut bacaan. Aku cuba ulangi lagi. Dengan masih menggeletar kali ini aku menghunuskan jari telunjuk tinggi ke udara seperti berkalimah syahadah. Ya, Allah pada Engkaulah aku berlindung. Doaku dalam hati.", "Allahula ila hailla huwa—", "Allahula ila hailla huwal hayyul qayyummmm!!!", "La ta’khuduhu sinatun wa la naumm!!!", "Aku sudah mula mengingati sedikit. Alhamdulillah.", "Tidak semena mena dia berhenti bergolek. Berhenti betul betul di hadapan kaki.", "Tertiarap. Mukanya di tanah.", "Nafasku laju. Jantung umpama baru usai berolahraga. Berebut rebut mahu mengepam d***h ke seluruh tubuh. Penat ngondor tadi masih lagi kuat bersisa dan sekarang emosiku penat pula diuji begini. Tetapi aku masih kaku seperti disumpah untuk menyaksikan lagi ujian ini.", "Kemudian, tiba tiba dia memusingkan badannya menghadapku. Makin terserlahlah kejelekan rupanya. Sangat hodoh. Amat menakutkan. Rupanya kulit mukanya itu seperti hangus dan berkerutu diisi nanah kuning hijau pekat dan berulat ulat. Gelinya Tuhan saja yang tahu. Baunya busuk seolah olah menjolok jolok kerongkong. Aku hamburkan muntah di situ juga, mengenai makhluk itu. Siapa suruh baring di situ.", "Aku mula menangis. Air mata jantan laju membasahi mimpi. Ampunkan hambaMu yang penuh dosa dan hina ini ya Allah. Aku taubat ya Allah. Pantas aku bermuhasabah menginsafi diri.", "Dengan izin Allah, aku sudah punyai kekuatan sedikit. Pantas aku mula menghayun langkah kaki bergegas pergi ke motor yang terletak berhampiran. Hanya 5 meter sahaja dari tempat kejadian tadi. Aku fikir aku tidak perlu berada lama lagi di sini. Sudah sudahlah kau syaitan yang direjam. Aku tiada masa nak layan gurauan engkau. Kau kesunyian barangkali. Pergilah engkau bermain bersama teman teman sejenis kaum engkau itu. Getus hatiku semasa mula duduk di atas motor.", "Motor sudah pun dihidupkan. Jangkaanku drama seram ini sudah berakhir namun telahan itu jauh meleset apabila mataku gatal menjeling di cermin sisi motor, berderau darahku bila menyaksikan dengan jelas di cermin makhluk itu sudah berdiri semula lalu perlahan lahan terapung beberapa kaki dari tanah dan melompat melompat setempat. Lalu dia mula terbang laju di udara menuju ke arahku.", "Sekali lagi kedengaran ngilaian ngeri bergema. Kali ini lebih kuat berserta tangisan.", "Persis lagak seorang pelumba, aku memecut laju selaju lajunya meninggalkan ladang dalam suasana gelap gelita yang hanya ditemani lampu motorku yang malap. Aku melihat cermin sisi, kelibat makhluk itu sudah pun tiada. Aku mengucap kalimah syukur tidak henti henti. Janganlah dia muncul lagi aku berdoa. Kira kira 3-4 minit sahaja aku berada di simpang jalan kampung. Perasaan sangat lega di hati pabila melihat beberapa kereta lalu lalang di hadapan. Aku tidaklah berkeseorangan setelah separuh m**i aku diusik. Lalu, dengan penuh perasaan lega dan tenang, aku menunggang pulang ke rumah.", "Motor aku parkir di bawah rumah setibanya aku di sana. Oh, ya rumah kampungku rumah kayu tinggi 2 tingkat. Ruang tamu dan bilik bilik tingkat atas berstrukturkan kayu dan dapur serta tandas di tingkat bawah berkonsepkan rumah moden. Aku bergegas naik tangga ke rumah lalu membuka selak pintu kayu dikunci dan kemudiannya melihat ibu baring membelakangiku menonton televisyen di ruang tamu. Pelik.\nAku rasa sedikit pelik pabila Ibu menonton televisyen di waktu maghrib begini, padahal dialah juara mensesah penyangkut baju di kakiku jika tertangkap menonton cerita aksi Power Rangers masa maghrib maghrib begini dahulu.", "Aku mengucapkan salam.", "Tergantung. Tiada balas. Ibu masih kaku menonton televisyen. Masih terbaring membelakangiku. Hasrat dihati mahu menyapa ibu dimatikan pabila rasa pundi kencingku mahu meletup, mahu terpipis sangat sangat. Selesai urusan di tandas, aku menggapai telefon pintarku lalu aku mencucuk cable charger yang terletak di dapur. Aku terus segera menghidupkannya dan memeriksa text aplikasi Whatsapp.", "Ada pesanan text Whatsapp dari Ibu berbunyi;\n“Assalamualaikum. Ibu dan abah tiada di rumah. Mengubat anaknya Paman Kandar di Sungai Manggis. Pulang lewat. Ojo kelalen mangan (jangan lupa makan),” 18:45", "Aku hampir terlepas pegangan telefon di tapak tangan. Tanganku serta merta menggeletar. Terasa mahu terkencing lagi. Aku berjalan lemah pergi ke tingkap nako menjenguk garaj kereta di luar. Kosong. Memang benar tiada siapa di rumah sekarang. Jika begitu, soalan cepu emasnya berbunyi begini; siapa gerangan menonton televisyen tadi.", "Lantas aku tercium bau busuk itu semula.", "DUNGG… DUNGGGG…. DUNGGG…..", "Serta merta aku terdengar bunyi seperti orang melompat lompat di lantai rumah kayu atas. Semakin lama bunyi itu semakin kuat mengampiri hujung tangga yang menghubungi dapur ini. Ngilaian ngeri itu kedengaran semula. Di kerlingan mataku kulihat susuk berbungkus itu melompat lompat di pintu tangga menuju dapur.", "Kedengaran lagi ngilaian itu.", "Kemudian terdengar suara tangisan sayu. Mendayu dayu.", "Pandanganku ke lantai dapur kulihat berpinar pinar. Kepala kurasa amat ringan. Melayang layang. Aku terjelepuk pengsan." ]
[ "kata cite 20 tahun dulu. 20 tahun dulu, wasap mana ada, hp pun bukan semua org mampu pakai. menipuuuuuuuu", "kata cite 20 tahun dulu. 20 tahun dulu, wasap mana ada, hp pun bukan semua org mampu pakai. menipu je kerja" ]
https://fiksyenshasha.com/jangan-tegur-4/
Jangan Tegur
[ "Aku Lana", "Aku bersiap seadanya bila kak long mengajak ke perkampungan suaminya di kawasan pedalaman. Masa berlalu, akhirnya kak long bertemu jodoh dengan seorang pemuda tempatan. Saki baki kaum kerabat suaminya masih mengekalkan kepercayaan animisme dan percaya kepada alam semesta, namun sebilangan mereka memeluk agama Islam dan Kristian. Ramai antara mereka telah berhijrah ke kawasan bandar termasuk keluarga abang iparku.", "Kami bertolak awal pagi ditemani kak Ana, kak ipar kak long.Hanya dia yang masih fasih untuk pergi ke pendesaan mereka. Dari rumah kami bertolak, jalan berkawah melambatkan perjalanan kami. Kereta Ford Rangers itu meluncur perlahan menuju ke pekan. Dari jeti pekan kami akan mengambil bot untuk sampai ke sana.\n“Nanti dalam perjalanan atau sampai di desa, jikalau ternampak sesuatu yang pelik, jangan tegur ya.” Kak Ana ingatkan kepada kami.", "“Lagi-lagi Lana orang luar. Kak long kamu mungkin terhindar sebab suaminya asal sana.Lana hiraukan saja apa yang berlaku ya. Tapi jangan risau,takda apa- apa akan berlaku. Cuma kadang-kadang mungkin Lana nampak sesuatu yang pelik,abaikan saja.”Pinta kak Ana seraya senyum, menenangkan hatiku. Risau mata batinku yang satu ni ternampak sesuatu.", "Kami sampai ke jeti pekan selepas 2 jam perjalanan.Hawa laut tercium nyaman .Kiri kanan peraih ikan sibuk memunggah muatan tanpa menghiraukan kami. Ikan-ikan hidup segar melompat-lompat di dalam raga. Di tepi raga itu seorang budak berbaju lusuh melihat ke arah ku tepat. Renungan tajam tanpa senyuman.", "“Lana,jom..” panggil kak long.Pandangannku teralih, bila melihat semula ke arah budak itu, budak itu telah menghilang. Rasa batinku melonjak ragu.’Manusia ka?’. Sudah..Awal sangat nak merasanya Lana. Perjalanan ini aku pasti banyak ceritanya.", "Atas bot penambang, kami di temani penunjuk arah.Kak Ana duduk tenang di tengah bot. Kak long dan abang iparku lebih selesa duduk di belakang.Air tenang,cuma buih-buih dari kipas bot timbul berirama dengan larian bot laju.Tiba-tiba bot bergerak perlahan seperti mengelak sesuatu.", "“Banyak batu,bot bergerak perlahan,karam kita nanti” Seloroh pemuda pengemudi.Aku ikut senyum. Gerakan perlahan itu, menampakkan jernih air laut bercampur sungai.Cantik sungguh!…Asyik melihat permukaan air, gerakan halus di permukaan air menampakkan ikan-ikan berenang.Tapi ada yang pelik pada ikan, ikan itu berenang tanpa isi. Melopong aku!.\n“Jangan tegur” kak Ana pantas mengingatkan. Pandangan mata kami bertembung .Nalurinya kuat.", "“Ikan-ikan sini special sikit” Selorohnya sambil memuncungkan bibir ke arah ikan-ikan tanpa isi yang berenang ke arah batu-batu. Pemuda pengemudi tersebut senyum nipis. Lama dulu zaman Mat Salleh, orang-orang sini terkenal dengan ilmu-ilmu dan pertahanan diri.Aku takjub dengan kuasa Allah yang menghidupkan dan mematikan. Semua atas izinNya.", "Lima jam lebih kurang, kami sampai ke daratan.Pendesaan yang aman dan tenang,dengan anak-anak kecil berlari-lari. Pandangan mata penduduknya memusat tajam,namun pandangan itu berubah ramah apabila kak Ana menengur dalam bahasa etniknya.Dari situ,Atan pemuda bertubuh kecil menanti dengan kereta Datsun lama. Jauh rasanya perjalanan ini. 20 minit kami sampai ke rumah yang ditujui.", "Rumah papan yang agak besar, beberapa orang duduk di beranda sambil minum yang ku kira air tapai. Beberapa biji gong terletak elok di atas lantai. Tuan rumah menyapa kak Ana & abang iparku., kami berdua di perkenalkan. Makcik tuan rumah tersenyum simpul,namun matanya masih mengamati aku.Tangannya menepuk berulang kali lengan abang iparku.\n“Lama betul tiada ke sini..dulu ke sini kecil betul” Dia ketawa kuat. Kami di beri bilik. Satu bilik kak long dan suaminya. Aku sebilik dengan kak Ana.", "Lalu di depan pintu, satu keranda terletak elok.Di tepinya ada seorang lelaki tua duduk sambil melihat sekeliling.Di tepi keranda ada sedulang minuman & kuih.\nBenakku mulai hairan dengan keranda yang selamba ada di depan pintu masuk.\nDi bilik,aku berehat dengan kak Ana.\n“Kak, tanya boleh? kenapa ada keranda dalam rumah?”perasaan ingin tahuku membuak-buak.\n“Keranda orang meninggal. Dalam tu ada jasad mendiang pakcik kami” Aku melopong.Kak Ana rasa tercuit melihat aku. Dia menjelaskan, sudah menjadi adat mereka di situ menyimpan jasad orang meninggal beberapa hari sambil menunggu saudara-saudara datang.Jasad itu juga dijamukan dengan makanan.Jadi kopi tadi? Kak Ana mengiakan.", "“Orang sini , kepercayaan mereka dengan alam,semangat & roh sangat kuat.Mereka percaya,semangat dan roh masih berlegar-legar di rumah itu.Pakcik yang Lana nampak tadi,dialah mendiang pakcik kami.Atas tujuan itu lah kita ke sini.” Sekali lagi aku melopong.Bermakna kak Ana juga ada mata batin terbuka.", "Di bilik sebelah, kak long dan suaminya berehat keletihan kesan perjalanan yang jauh.\n“Letih saya abang,jauh perjalanan ke kampung halaman abang.”\n“Lama abang tak ke sini,last datang masih kanak-kanak dengan arwah mak.” Memang lama dia tidak ke situ.Dulu datang masa masih budak-budak nakal.Dalam berbual, terdengar perlahan bunyi berdesing dari luar kelambu.Cahaya pelita yang malap menyukarkan pandangan.Bob,suami kak long menyelinap keluar kelambu melihat-lihat. Satu gerakan pantas bergerak berputar sekeliling kelambu. Bob pantas mencapai kayu di samping.Tiba-tiba kak long menjerit kuat..", "“Abang……!!!!!!!!!!,ada tangan…”Bob dengan segera mendapatkan kak long yang duduk di tengah-tengah kelambu sambil menutup mata.Satu benda bergerak-gerak menjalar di lantai.Satu tangan sampai pergelangan tangan sahaja tengah menguis-nguis kain kelambu.Sambil jari jemari nya bergerak-gerak.Apakah??Jari jemari itu mengacah Bob dan terbang di sekeliling nya.Makhluk apa ni? Tak dapat di terima akal. Pintu bilik di ketuk bertalu-talu. Tersembul muka Pak Bayau bila pintu di kuak.\n“Maaf, ada barang pakcik di sini. Sini kau, jangan ganggu mereka” tak semena-mena tangan tadi terbang ke arah Pak Bayau dan hinggap di bahu.\n“Kau janganlah kacau dorang, mau aku sakitkan kau.Jangan nakal dengan tetamu. Tangan tadi masih lincah di bahu pak Bayau.\n“Makhluk apa ni pak Bayau.Tangan apa boleh bergerak ni.”Pak Bayau tergelak menampakkan gigih merahnya terkena sirih\n“Siou ,maaf si kecil ni memang nakal kalau nampak tetamu.Ini ibunya” satu tangan yang diam di keluarkan dari kocek baju.", "Tangan ibu dan anak pontianak yang di k***t masa memburu di hutan untuk kegunaan ilmu.Melopong abang iparku.Menggigil satu malam kak long.\nSiangnya aku melihat sekeliling.Pakcik sebelah keranda asyik melihat aku lalu,aku pura-pura tidak melihat. Bila agaknya dia akan di kebumikan.Kami di jemput ke rumah sebelah.Kak long masih lemah lutut mengingatkan kejadian semalam.Jemputan yang tak boleh diabaikan kata Kak Ana.Tak balik kita nanti katanya.", "Sampai ke rumah jiran kami di pelawa naik dan duduk.Baru nak duduk,tak semena-mena tempat duduk kami di simbah air. Kak Ana senyum saja seraya duduk di kawasan yang basah.Di ikuti oleh abang iparku.Kak Ana memberi isyarat mata agar kami duduk jugak. Perasaan hairan yang menerjah aku abaikan.Aku lihat kak long terkerut dahi. Abang iparku nampaknya lebih bersedia.Kami dijamukan dengan hidangan sederhana. Mata mereka memusat memandang kami.Mereka bertanya sesuatu kepada kak Ana dalam bahasa etnik.\n“Anak sapa ?”\n“Adikku yang lelaki,anak mak Ena.Tinggal di bandar” Jelas kak Ana.\n“Itu bininya dan adik bininya” perkenal kak Ana lagi berhati-hati.Mereka saling memerhati sambil memandang kami silih berganti.\n“Ohh, anaknya mak Ena. Orang asal sini.” Kata tok batin mengangguk\nkepala,namun matanya masih mengamati wajah-wajah di hadapannya. Matanya lama singgah melihat aku sambil mencicip air kopi. Rumah itu, walau mata batinku terlindung, terasa ada aura dan kuasa yang berat dan kuat. Satu bilik di balik dinding, ada yang mengintai mengikut firasatku. Kali ni mata batinku tak mampu menembusi apa-apa, terasa ada benteng melindungi.", "“Kami balik dulu tok” kak Ana meminta izin.\n“Mmm…”desisnya sambil masih melihat aku.\n“Balik cepat,dia menarik yang di darat dan di laut untuk dekat.Kabarnya sudah sampai hutan gua belakang.Semangat-semangat nenek moyang terbangkit,ada yang jahat ingin meraih” Tiba-tiba tok batin bersuara.Nada suaranya ditujukan kepada aku.Kami tersentak.Terasa muka kak Ana memucat.", "“Semangat kamu digemari semangat-semangat hutan.Tu di dalam juga tidak mampu keluar,kuat.Tok risau sukma kamu diraih.Mereka berdua inda ku risau, segala semangat kenal Mak Ena,mereka gentar.Balik jangan bertangguh” mendengar itu,tergesa-gesa kak Ana mengajak kami pulang ke rumah sebelah.Terasa kak long juga memucat.Cuma abang ipar saja masih tenang.Semasa bersalam dengan abang ipar, sekali lagi tok batin berkata", "“Kamu warisi semangat ibu kamu. Mereka masih takut, lindungi mereka,terutama adik isteri mu.” Abang ipar menganguk faham.Serasa abang ipar juga tidak kosong,sebab itu dia mampu tenang.\nDi rumah,abang ipar mengarahkan kami bersiap,petang ni jugak kami akan bertolak.\n“Kenapa abang,ada sesuatu ka abang”\n“Nanti abang jelaskan.Sekarang berkemas dulu” mata suaminya melilau ke kiri kanan.’Mereka ‘ makin hampir,desis hatinya.", "Sebelah bilik aku dan Kak Ana juga ligat berkemas.Kak Ana lebih banyak berdiam.Firasatnya berkecamuk, mengamati desiran suara dari luar.\n“Apapun yang Lana rasa dan lihat nanti, bertahan dan sedar saja ya”\n“Ada sesuatu ka kak Ana?kenapa kita bergegas?” Pucat muka kak Ana masih bersisa\n“Sini masih kuat amalan mempercayai alam-alam dan semangat,roh.Di sini jugak masih kurang menerima orang luar.Berapa kali kamu diuji sejak tiba,tapi tak goyah.Ada yang tak senang. Semangat diri Lana yang kuat,baunya di cium hingga ke hutan gua belakang.Pengamal hitam, berkehendak sukma kamu untuk digunakan.”\nAtan membenarkan kereta Datsun lamanya digunakan untuk sampai ke jeti. Abang long memandu perlahan dalam rembang petang.Kak long kelihatan berkecamuk di sebelah.Kak Ana hanya diam sambil menunduk.Kiri kanan kulihat angin bertiup mulai kencang. Pokok mulai terliuk-liuk diterpa angin.\nTiba-tiba mataku menangkap ular besar berlilit di satu batang pohon besar,kepalanya mengacah ke arah kereta,\n“Abang long..” seruku.\n“Abaikan Lana,ilusi saja tu,abang long nampak jugak” Abang long masih tenang memandu.Kak long kelihatan cuak.", "Tiba-tiba terasa sesuatu yang berat menghempap atap kereta.\n”Debbuummm………” kuat.Kereta bergoyang sekejap.Kak Ana kelihatan membuka matanya.Mulutnya terkumat-kamit.Bayang hitam besar muncul di hadapan kereta membuatkan abang long terhoyong-hayang sekejap.Mata merah tepat memandang aku silih berganti dengan abang long dan kak Ana.Walaupun kak long tak mampu melihat sosok hitam itu,dia dapat merasakan kehadiran entiti lain.\n“Serahkan dia padaku…”Suara garau makhluk itu bergema,tangan hitam cuba menerobos masuk melalui tingkap sebelah abang long.\n“Dia wangi,aku mau dia..”Arhhh…\n“Aku tak mahu,setan,nyah kau sebelum ku robek jantungmu” tempik abang long kuat seraya laju memandu kereta.Muka kak long pucat tiada d***h mendengar suaminya bertempik.Makhluk itu hilang bila disergah.\nLaju kereta meluncur, perjalanan yang sepatutnya memakan masa 20 minit terasa lama.Sepanjang perjalanan,kami masih diganggu.Makhluk-makhluk hodoh muncul silih berganti.", "Sampai jeti kami mencari bot penambang.Penghuni yang duduk rumah semasa kami tiba sebelum itu duduk di anjung rumah.Kak Ana berhenti berbual seketika.Pandangan mataku jatuh melihat lantai rumah yang jarang.Satu benda seperti ekor kecil terlunjur keluar dari tempat lelaki separuh abad itu duduk.Bila dia berdiri kelihatan benjolan hampir bahagian p******g,terjelir keluar ekor kecil tadi.\nNafasku mula kencang, manusia berekor,,apakah??.bahuku disenggol abang long.Mengisyaratkan agar diam.Dia faham pandangan mataku.Seorang wanita agak berusia tajam merenung aku.", "“Ok marilah.Kunci kereta Atan sudah dititipkan,nanti dia ambil.Kita naik bot terakhir.Jom,sebelum malam berlabuh.Lagi banyak dihadapi nanti.”\nDalam bot kami masing-masing diam.Peristiwa tadi masih terngiang-ngiang,seolah kami tidak dibenarkan pulang.Bot yang di pandu juga terasa lambat,terasa lama sampai ke jeti pekan.", "Kami sampai ke jeti pekan bila malam berlabuh.Rasa penat menjalar di tubuh.Malam itu kami menginap di homestay berdekatan.\nSelepas mandi dan makan,kami berehat bersama di ruang tamu.Seribu satu persoalan yang ingin aku ajukan.Kak Ana kelihatan lebih fresh dari sebelum nya.Malam itu kami berbual-bual.", "Bila dijelaskan rupanya ada yang kurang senang kehadiran ku sebagai orang luar.Ilmu-ilmu yang dihantar untuk menguji aku tak lut.Orang sana tak gemar orang luar.Pegangan mereka masih kuat dengan ilmu ghaib dan kepercayaan kepada semangat.Ada yang tahu mata batin ku terbuka,ada aura ku yang berguna untuk sesetengah yang mengamal ilmu ghaib.", "Sebab itu tok batin segerakan pulang.Kak long kurang di kacau kerana mereka masih menghormati arwah mak mertuanya yang disengani di sana.Pengalaman yang pelik tapi benar,ikan tanpa isi masih berenang hidup, manusia berekor,tangan anak pontianak.Benda yang belum aku jumpa selama mata batinku terbuka.\nMalam itu kami tidur agak selesa, namun dari luar tingkap ada yang memerhati ingin masuk, namun terhalang.Abang long sudah bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Dia tahu cerita takkan habis disitu.", "Tamat.\nTerima kasih" ]
[ "Bestnya!" ]
https://fiksyenshasha.com/rumah-tinggal-lynn/
Rumah Tinggal – Lynn
[ "Assalamualaikum & salam sejahtera. Boleh kata lama dah la saya tak pos cerita dekat fiksyen shasha ni. So, hari ni, untuk mengisi masa lapang, ada kisah yang ingin saya share. Cerita ni mungkin tak seseram cerita penulis-penulis lain, tapi kisah-kisah yang saya nak share ni berdasarkan kisah sebenar yang saya lalui sendiri.", "Seperti yang semua maklum, rumah @ bilik @ apa-apa saja tempat, kalau ditinggalkan terlalu lama, nanti ada makluk lain yang menumpang. Cerita yang bakal saya kongsikan ini mengenai rumah arwah tok saya.", "Sedikit background mengenai rumah tok saya. Kalau tengok keadaan sekeliling, tiada yang seram. Kiri, kanan & depan ada rumah orang. Kecuali belakang ada tanah bendang. Rumah ni asalknya didiami oleh arwah tok & wan. Lepas arwah wan meninggal (tahun 2003), kami gilir-gilir ganti teman tok tidur kat rumah tu.", "Sampai satu ketika, tok dah boleh tinggal sendiri. Arwah tok start sakit masa musim PKP, tahun 2020 kalau tak salah. Start tok sakit, tok duduk rumah mak saudara, time ni kami bergilir-gilir jaga tok di rumah mak saudara bila mak saudara keluar bekerja. Bermula dari situ la rumah tok start ditinggalkan tanpa penghuni. Ditambah pula waktu PKP, pergerakan terbatas. Apabila keadaan kembali pulih, kami hanya balik sekali sekala ke rumah tok contohnya untuk sambut perayaan. Dan tok meninggalkan kami semua pada hujung tahun 2021.", "Setelah tok pergi menemui pencipta, sesekali kami pulang juga ke kampung untuk mengelakkan rumah menjadi usang. Tambahan lagi, rumah tok dikelilingi oleh pokok-pokok buah-buahan bermusim. Kadang, setiap 2 minggu sekali, jika ada waktu lapang, saya juga akan berkunjung ke rumah tok. Memandangkan rumah tok Cuma lebih kurang 45 minit dari rumah. Cuma, bezanya, masa kami banyak dihabiskan di pelantar & buaian di luar.", "Kadang, kami datang Cuma sekadar mencakar daun-daun kering dan membakar sampah. Pintu rumah langsung tidak dibuka kecuali jika ingin menggunakan tandas. Tapi, setiap kali kalua masuk ke rumah, rasa seram walaupun hari siang. Cuma, keberanian masih ada sebab pak cik saya ada pasang radio kecil (satu juzuk al-quran) non stop dalam rumah tok. Kiranya, kalau sampai rumah tok, keluar kereta, dah boleh dengar suara mengaji dari radio tu. Dah beberapa kali radio tersebut rosak, mungkin sebab pasang non stop, tapi pak cik saya hantar repair dan pasang semula.", "Cerita 1:\n1st raya tanpa tok, saya dan sepupu-sepupu telah bersetuju untuk berkumpul beramai-ramai pada hari raya kedua di rumah tok. Dari siang hingga ke malam, banyak la aktiviti kami buat sampai riuh rumah tok setelah sekian lama sunyi. Sampai lebih pukul 12 malam, semua beransur-ansur pulang. Keadaan rumah pun beransur-ansur sunyi semula. Mak buat keputusan untuk tidur di rumah tok, kami adik beradik ikutkan saja. Malam tu, disebabkan badan letih, semua tidur awal. Tapi saya tidak dapat melelapkan mata. Puas dipaksa pejam, pusing kiri kanan, tapi mata tidak mahu lena. Sampai jam dah menginjak ke jam 3 pagi, mataku masih segar biarpun badan terasa sangat Lelah. Dalam rumah tok, ada jam azan, so aku boleh agak jam sudah pukul berapa kerana setiap sejam, jam tersebut akan bunyi (zikir pendek).", "Dalam pukul 3 lebih macam tu, aku terdengar seperti ada benda jatuh kat dapur. Macam bunyi Tupperware jatuh atas lantai pun ada. Tapi aku husnuzon ja, mungkin cicak punca barang jatuh. Then, selang dalam 5 minit macam tu, aku dengar macam bunyi orang berjalan dengan gelang kaki (bayangkan macam Madhuri Dixit dalam cerita dil to pagal hai tu jalan), bunyi macam tu la. Jantung aku time tu tak payah cakap la. Aku cuba ambil bantal untuk tutup telinga, tapi bila tutup, bunyi tu jadi semakin kuat. Aku cuba beranikan diri, bangun dari baring dan duduk. Aku cuba nak cari dari mana arah bunyi tu. Tapi, tak dapat dikenal pasti.", "Bunyi tu masih berterusanm tapi aku tak tahu dari mana arah bunyi tu. Boleh imagine tak? Then aku baring balik, cuba paksa mata untuk pejam. Time tu pulak, aku terasa seperti ada orang duduk bertenggek di sebelah aku. Ibarat macam kita tengah baring atas tilam, lepas tu ada orang mai duduk di sebelah. Time tu aku tak berani nak buka mata. Tangan ni terasa nak raba benda apa yang ada kat sebelah, bila cuba pegang, terasa macam kain, tapi mata masih tertutup. Aku kaku macam tu sampai la jam azan sekali lagi bunyi menandakan pukul 5 pagi. Lepas tu terdengar masjid yang dekat dengan rumah tok dah start pasang ayat-ayat mengaji, baru aku berani buka mata. Sebelah aku kosong tiada apa-apa. Dan bila dah pukul 6 pagi, mak dah bangun, baru aku ikut mak ke dapur. Dapur masih seperti semalam, tiada benda yang jatuh. Bila balik ke rumah, baru aku ceritakan perkara tersebur dekat mak.", "Cerita 2:\nOkey, kisah kedua pulak pasal mak cik saya. Al kisah, hari tu kalau tak salah, kami berkumpul untuk gotong-royong bersihkan Kawasan rumah tok. Ada yang cabut rumput, ada yang trim pokok-pokok bunga tok yang tinggi, ada yang bakar sampah, kiranya semua ada la tugasan masing-masing. Mak cik saya sorang ni, dia bahagian touch up bahagian-bahagian yang perlu la. Contohnya, ada pagar jenis jaring, belah kiri rumah tok, dah hamper terbalik sebab lembu jiran sebelah suka tolak untuk makan rumput kat tepi-tepi pagar tu. Lepas siap touch up sekeliling pagar, dia check keliling rumah pulak. Ada satu tingkap jenis nako, salah satu pecah.", "Sebelum ni dah perasan tingkap tu pecah, tapi biarkan. Bila balik kampung kali ni, tengok ada tupai dah buat sarang kat dalam rumah. Dah beli tingkap baru, tapi salah saiz dan tak ada pemotong kaca. So mak cik ni pi la cari something yang boleh tutup sementara nak pasang tingkap baru. Tengah-tengah modified nak adjust bagi tingkap tu tertutup, dia Nampak ‘adik’ bongsu saya dekat dalam, depan tv (tapi tv tutup), tengah tengok dia buat kerja. Dia senyum ja la and sambung buat kerja. Tapi dia jadi tak selesa bila asyik kena tenung bila buat kerja. Masa dah siap pasang, dia nak p****g wire yang dia guna untuk ikat benda sementara yang dia guna untuk tutup tingkap tu, diam mai bawah garaj untuk ambil playar. Terus pucat dia bila dia tengok adik bongsu saya tengah duduk atas buaian kat luar. Last-last, dia biar saja lebihan wayar tu tanpa d******g.", "Cerita 3:\nBelakang rumah tok saya ni tanah bendang. Rumah tok ni pun sebenarnya tanah bendang yang dah ditimbun tanah untuk buat rumah. Kiranya, orang-orang kat sini berbilang kaum, buat rumah atas tanah bendang masing-masing la. Selang beberapa rumah ada dua tiga biji jugak rumah cina dan india. Kebanyakan dari mereka bela anjing. Tapi anjing-anjing ni jenis tak kacau orang kalau tak kacau rumah tuan dia. Rumah tok pulak dekat dengan masjid, kiranya kalau geng-geng laki nak pi sembahyang jumaat, jalan kaki ja dari rumah tok ni. So, setiap kali waktu azan memang akan kuat la dengar azan. Ceritanya, setiap kali azan, anjing-anjing yang ada dekat Kawasan ni akan menyalak yang mendayu, macam dalam cerita tv selalu, ‘awuuuuuuuuuu’. Selagi azan tak habis, selagi tu semua anjing bunyi yang sama. Awal-awal dulu saya tak perasan, tapi bila mak tanya dengar tak? Lepas tu, setiap waktu azan bunyi yang sama. Setiap kali tu bulu roma saya mencacak.", "Cerita 4:\nAda sehari tu, kami buat bakar-bakar (BBQ). Riuh la Kawasan luar rumah. Sampai la satu waktu tu, sorang sepupu saya ni ada anak kecil (dalam 3-4 tahun macam tu). Kira budak tu dah boleh berlari sana sini la. Cakap pun dah lancer. Dalam dok main tu, tiba-tiba budak tu pi kat mak dia. “Ibu, abang tu panggil. Kesian abang tu ibu, kenapa abang tu tak dak kaki?”. Lebih kurang macam tu la dia cakap sambal tunjuk kat satu arah yang tak dak orang pun. Terus senyap semua yang dengar dia cakap tu. Last-last, program kami malam tu tamat awal, ayam dan sesej pun ada berbaki yang tak sempat bakar.", "Cerita 5:\nAda sorang cousin ni. Di ani dari kecik memang ada 6ixth sense. Sampaikan kalau kat sekolah pun ramai takut nak kawan dengan dia sebab dia Nampak apa yang orang lain tak Nampak. Ada sehari tu, tak ingat kami berkumpul sebab apa. So, bila azan maghrib, kami tutup pintu tingkap dan siap-siap untuk tunaikan kewajipan solat maghrib. Selalunya, kalau kat rumah tok, akan solat berjemaah ramai-ramai kecuali ada yang terlambat sebab berebut toilet nak ambil widhu. Lepas solat, ada yang lepak dekat ruang tamu dan ada yang lepak dekat dapur. Tiba-tiba ada bunyi macam berlari-lari atas bumbung. Ibarat macam bunyi kucing atau musang lari atas bumbung. Diikuti pula dengan tangisan anak cousin yang paling kecik. Dia macam takut sambal tunjuk-tunjuk atas bumbung.", "Nak sedapkan hati, mak cik sorang ni ambik penyapu and tojoh-tojoh atas bumbung, sambal buat isyarat macam halau ‘shuhhh, shuhhh’. Bunyi tu pun hilang. Tiba-tiba dengar macam tingkap kena ketuk dari luar. Pak cik sorang ni nak bukak pintu, tengok sapa yang ketuk. Cousin yang 6ixth sense tu tak bagi. Dia kata, ada pocong tengah lompat keliling rumah tok. Wallahualam betul atau tak, sebab dia sorang ja yang Nampak. Saya yang tulis ni pun rasa seram sejuk, sebab tulis pukul 4 pagi.", "Kalau ikutkan banyak lagi yang saya nak story. Tapi macam dah Panjang sangat pula. Sekian, terima kasih." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/jalan-baling/
Jalan Baling
[ "Perjalanan jauh tak kurasakerna hatiku melonjak samaingin bertemu sanak saudarayang selalu bermain di mata", "balik kampunghoho balik kampung", "Begitulah nyanyian hati Wani tatkala dalam perjalanan pulang ke Kulim dari Pantai Timur setelah beberapa bulan tidak menjenguk ibu dan bapanya.", "Pertamanya dia merasa gembira dapat pulang ke kampung, keduanya kerana pulang bersama jejaka pujaan hati untuk diperkenalkan kepada kedua orang tuanya.", "Wani bersama teman lelakinya Amir dan kawan baiknya Miza bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira jam 10.00 pagi.", "Dia sengaja mengajak Miza menemankan dia pulang ke kampung kerana baginya agak tidak manis dia berdua sahaja dengan Amir. Lagipun Wani segan dan kekok jika mereka berdua sahaja di dalam kereta.", "Dia menjangkakan mungkin petang nanti mereka akan sampai di Kulim. Apabila tiba di Bukit Bunga jalan sesak teruk. Kelihatan kenderaan parkir di kiri kanan bahu jalan. Bas-bas rombongan berderet membawa para pengunjung membeli belah di kawasan perniagaan Bukit Bunga tersebut.", "Hari itu hari Sabtu. Tambah pula ketika itu adalah cuti persekolahan. Wani sungguh tidak menjangkakan perkara ini. Hampir sejam mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya.", "Selepas meninggalkan Bukit Bunga perjalanan mereka beberapa kali terganggu kerana kebanyakan jalan sesak berikutan pada masa itu cuti sekolah.", "Apabila tiba berhampiran Tasik Banding ada berlaku kemalangan yang agak besar. Sekali lagi mereka terperangkap di dalam kesesakan.", "Oleh kerana berlaku beberapa perkara tidak dijangkakan sepanjang perjalanan, kira-kira pukul 7 malam baru mereka memasuki daerah Grik.", "Wani merasa perjalanan hari itu sangat panjang dan memenatkan. Amir pula mencadangkan mereka mencari hentian untuk bersolat dan makan malam. Jalan kelihatan gelap dan pekat.", "Mereka tidak bertembung dengan apa-apa kenderaan sejak memasuki daerah itu. Tiada kelihatan perkampungan atau stesen minyak sekalipun. Signal telefon juga terputus.", "Mereka meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di Baling. Kelihatan Amir memandu dengan tenang.", "Tiba di satu kawasan jalan terlihat seperti berkabus. Mulanya Wani fikir kesan asap orang sekitar membakar sampah namun di kawasan itu tidak kelihatan sebuah rumahpun.", "Amir menurunkan cermin tingkap kerana katanya dia mahu menikmati kesejukan kabus. Wani membiarkan saja perlakuan Amir. Dia tidak berani menegur perbuatan Amir walaupun dia kurang bersetuju.", "Dalam mencari-cari surau atau kawasan rehat kelihatan sebuah motorsikal di hadapan mereka. Mungkin ada kampung di depan sana, getus Wani di dalam hati.", "Amir mengekori sahaja motorsikal di depannya. Wani mengamati motorsikal tersebut, tiada plate number. Penunggangnya pula tidak memakai kasut atau selipar. Bagi Wani itu adalah biasa bagi orang kampung.", "Agak lama mereka membontoti motorsikal tersebut. Dalam mereka bersembang tidak sedar bila motor di hadapan menukar arah. Motor tersebut sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin jalan pun gelap sebab itu mereka tidak perasan.", "Keadaan sekitar kekal berkabus. Wani mengagak mungkin hujan lebat baru lepas turun di perkampungan tersebut. Mesti sejuk malam ni, kata Wani di dalam hati.", "Lampu kereta Amir menyuluh jalan di hadapan. Kelihatan sebuah motorsikal tidak berlampu. Nasib baiklah Amir tidak memandu dalam keadaan laju. Wani perasan motorsikal tersebut adalah kenderaan yang sama yang mereka terserempak tadi berdasarkan keadaan motorsikal dan penunggangnya.", "Wani tidak berani bertanya kepada Amir. Oleh kerana motorsikal tersebut bergerak agak perlahan lalu Amir bértindak memotongnya.", "Tidak sampai setengah jam motorsikal yang sama berada di hadapan mereka semula. Amir memotong motorsikal tersebut sekali lagi. Ketika Amir memotongnya, Wani menoleh ke arah penunggangnya.", "Berderau d***h Wani. Penunggang tersebut tidak mempunyai wajah. Namun Wani fikir mungkin dia tersalah pandang kerana keadaan sekitar yang gelap.", "Beberapa ketika selepas itu, kira-kira 100 meter di hadapan kelihatan papan tanda tertulis Tanah Perkuburan Kampung Memali. Seingat Wani dia tidak perlu melalui kawasan itu untuk menuju ke daerahnya. Lantas dia memberitahu Amir.", "Tidak lama kemudian barulah mereka bertembung dengan beberapa kenderaan. Amir mengekori kenderaan tersebut sehingga mereka bertemu simpang tiga. Amir membelok ke arah kanan seperti disarankan Wani.", "Amir cuba sekali memeriksa telefonnya. Syukur signal telah berfungsi. Amir meneruskan pemanduan berpandukan applikasi Waze sehingga bertemu masjid di kawasan berdekatan. Selesai kewajipan mereka meneruskan perjalanan dengan selamat.", "Wani tertanya-tanya bagaimana mereka boleh tersesat ke kampung tersebut. Apakah benar penunggang motorsikal tersebut tidak berwajah ?" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/diperkosa-jin/
Diperkosa Jin
[ "DIPERKOSA JIN", "Assalamualaikum.\nMaaf jika apa saya tulis ni.\nAgak sukar difahami. saya tak berapa pandai untuk menulis. Okay saya mula bercerita ye..", "Permulaan saya dirasuk pada usia 12 tahun. Sering dirasuk. Tidak tahu la, ia dari keturunan atau jin menyinggah atau apa. Dulu saya pernah kongsi cerita di sini berkenaan “ratu siam”. Jika nak tahu berkenaan kerajaan siam tu, korang boleh search “ratu siam”.", "Sudah 2 tahun saya ada kelebihan untuk berinteraksi, nampak makhluk halus dan rawat keluarga saya jika ada sakit berkenaan jin ganggu seperti penyakit demam ketegur, jin duduk di kaki keluarga saya, ia nya dengan izin Allah S.W.T. Kebetulan suami saya pun ada kelebihan yang sama. Cuma suami saya ni boleh b***h atau hukum makhluk halus. Tapi jika dia inginkan. Dia dan saya boleh lihat makhluk halus jika kami inginkan (maksudnya bukan 24jam, jika kami nak lihat, kami kne scan).\nOk faham kan?", "Saya dah terbiasa dengan makhluk halus ni sebab sudah 20 tahun saya dikelilingi pasal makhluk halus.\nCuma kali ni. Iaitu minggu lepas.\nSesuatu yang terjadi di luar dari jangkaan saya.", "Iaitu jin perkosa saya di waktu saya sedar.\nYa sedar.\nSakit di tampar, di perkosa itu saya rasa dan sedar.\nWalaupon saya sedang susukan anak.\nDia perkosa saya diwaktu suami saya pergi berjogging dan tiada dirumah.\nCerita terperinci ia buat perkara jijik itu saya tak nak cerita. Ia masih beri impak trauma atas diri saya sebab ia terjadi di waktu saya sedar.", "Lepas suami balik dari jogging. Saya hidang makanan sambil pegang perut saya. Suami pelik tengok kelakuan saya. Suami tanye kepala pegang perut? Peranakkan, Jatuh ke? Saya hanya angguk tanpa lihat wajah suami saya. Saya tidak bersuara dan banyak berdiam diri sebab saya seakan trauma hebat bagi diri saya. Suami saya lalu sebelah saya pon, saya akan jauhkan diri. Saya jadi takut.", "Bila sedang menontoh tv bersama suami dan anak2. Bila saya sedar jin tersebut datang peluk saya. Saya akan jadi takut dan peluk tangan atau kaki suami saya. Saya masih tak beritahu suami saya lagi. Suami saya hanya tahu ada makhluk halus di rumah. Tapi dia tak tahu saya di kacau secara fizikal. Saya jadi takut sentiasa. Suami saya pandang garang sekadar bergurau pon, saya akan menangis dan cakap ” abang jangan pandang macam tu, saya takut ” suami saya hanya terdiam dan pelik tengok tingkah laku saya.", "Setelah 3 hari kemudian selepas kejadian diperkosan jin.\nSaya beranikan diri bagitahu suami saya yang saya diperkosa. Suami saya hanya diam dan memikir sebab dia fikir saya di perkosa dalam mimpi. Tapi bila saya kata.\nSaya di perkosa waktu saya sedar dan tengah susukan baby. Saya dipaksa layan dia, saya di tampar dan dilayan kasar sebab tak nak layan jin tersebut dan cakap akan bagitahu suami saya.. Suami saya terkejut dan terus telefon bapa nya. (Bapa mertua saya pon ada kelebihan berkaitan makhluk halus) minta bantuan bapanya dan buat sama2 dengan suami saya untuk b***h makhluk tu.", "Sejak dia tahu hal jin perkosa saya. Dia akan pantau saya dan tak bagi saya sendirian.", "Setelah 2 hari kemudian. Keadaan saya kembali normal. Dan dapat senyum dan bercerita dengan biasa.", "Saya tak tahu apa suami dan ayah mertua saya buat pada jin tu. Antara dikurung atau d*****h, saya tak tahu. Dan saya tak nak tahu sebab saya masih ingat apa dia buat pada saya. Sangat jijik.", "Doakan saya dapat lupekan kejadian tersebut." ]
[ "mcm urg brunei..", "Hahaha tu belaan laki ko atau mentua ko la yang henjut ko tu..alahai..senang2 kena tipu dgn laki.." ]
https://fiksyenshasha.com/penampakan-orang-yang-mempunyai-sixth-sense/
penampakan orang yang mempunyai sixth sense
[ "Salam semuanya. Sebelum saya nak mulakan cerita, pertama sekali terima kasih buat FS kalau cerita saya ni disiarkan dalam page FS. Maaf juga ya kalau tak berapa seram, ini hanyalah pengalaman yang saya sendiri alami. Saya cerita satu persatu kisah supaya para pembaca semua faham. Ok jom kita mulakan.", "Saya ceritakan dulu watak dan perwatakan serta permulaannya bagaimana. Nama saya cici, dan saya mempunyai seorang adik bernama lala. Adik saya mempunyai cita-cita dari kecil ingin menjadi seorang pramugari, dan cita-citanya pun menjadi kenyataan. Dia mengikuti interview dan telah berjaya mendapat interview tersebut. Dipendekkan cerita dia telah mengikuti kursus dan sepanjang kursus tersebut dia ada mengenali seorang kawan bernama elia. Setelah lama mereka berkawan, adik saya menceritakan segalanya mengenai elia kepada saya. Salah satunya ialah elia mempunyai sixth sense iaitu boleh nampak hantu.", "Kisah 1", "Untuk pertama kalinya, elia mengikuti adik saya ke rumah kami setelah mereka habis kursus kerana rumah elia jauh dari bandar. Setelah mereka berdua sampai di rumah, saya pada ketika itu berada dalam bilik. Rumah kami flat bertingkat, kami di tingkat satu. Bilik hanya ada dua sahaja. Sampai dalam rumah mama saya mengarahkan agar kami bertiga tidur di bilik kedua. Dalam rumah dulu semasa kami masih kecil pernah tinggal arwah nenek saya iaitu bapa kepada mama saya (actually arwah datuk sebab kami biasa panggil dia nenek) arwah sudah meninggal selama lebih kurang 15 tahun dan biliknya di bilik yang akan kami tidur.", "Semasa masuk ke dalam bilik tersebut raut wajah elia memang agak pelik. Lalu kami bertiga duduk atas tilam sambil bercerita dan mengemas barang-barang. Tiba-tiba sahaja elia bersuara, “disini pernah ada orang tua tinggal?” saya dan adik saya berpandangan. Padahal adik saya tidak pernah menceritakan apa-apa pun kepada elia mengenai keluarga kami. Adik saya pun berkata, “eya pernah, kenapa dan macam mana kau tau?” elia diam sekejap.", "Sekali lagi dia bersuara sambil tengok dekat dinding yang menghadap bilik sebelah dan dia tunjuk lalu berkata “di sinikan dia tidur?” saya ketika itu sudah berdiri lalu keluar bilik. Adik saya terus mengikuti saya. Mama saya terkejut kerana kami berlari keluar bilik dan buat bising. Elia hanya duduk di dalam bilik. Mama saya berkata “kenapa kamu semua ni, macam nampak hantu saja” dan adik saya pun berkata “elia tu buat saya terkejut, dia cakap ada nenek di bilik”, lalu mama saya pun masuk bilik dan berkata kepada elia “dimana kau nampak dan apa dia sedang buat?” elia berkata “di sini (dia tunjuk dekat dinding) dia tengah berbaring.” Mama saya berkata lagi, “dia pakai apa?” elia kata “dia pakai pampers dan tiada baju”. Kami bertiga pun terkejut. Semua yang elia kata memang benar belaka. Ni serius ya, kami tiada pun cerita apa-apa pada elia dan dia boleh tahu dan perkara ni berlaku anggaran jam 8/9 malam.", "Kisah 2", "Masih di rumah kami juga. Tapi tidak ingat hari keberapa elia berada di rumah kami. Sama juga berlaku pada malam hari. Kami bertiga bercerita dan ketawa-ketawa. Tiba-tiba sahaja elia diam. Sekali lagi dia nampak benda yang sama iaitu arwah nenek saya. Saya berkata “kenapa?”. Dia kata “ada lagi nenek di sini. Tapi nenek tidak berbaring, dia cuma berdiri.” Dan guess what?! Elia kata dia berdiri di belakang saya. Apa lagi terus saya sama adik saya lari. Dan sekali lagi dimarah sama mama.", "Kisah 3", "Masih di rumah juga cuma ini berlaku dalam mimpi elia. Bangun saja pagi tu elia menceritakan mimpinya kepada saya, adik dan mama. Kami berempat berada di ruang tamu. Elia kata “aunty, semalam nenek ada datang di mimpi saya.” Mama saya kata “apa dia cakap sama kau elia”. Elia kata ”nenek cakap ada barang dia hilang, lama sudah dia cari-cari.” Mama pun berfikir dan teringat yang barang-barang nenek semua mama sudah dermakan kepada orang-orang di surau di kawasan tempat tinggal kami. Mama saya sampaikan pesan itu kepada elia kalau nenek datang lagi dalam mimpinya. Untuk pengetahuan para pembaca arwah nenek saya ialah orang islam.", "Kisah 4", "Kisah kali ini berlaku di kampung mama saya. Ini pun pertama kali elia datang ke kampung kami dan kami tiada cerita apa-apa kepada dia. Kejadian ni berlaku dekat jam 7 malam macam tu lah. Kami berada di rumah lama nenek (mama kepada mama saya). Keadaan rumah nenek saya jenis di bawah rumah tu macam terbuka, tiada dinding cuma ada tiang saja. Di dapur ja ada tingkap dan dinding. Ruang makan dan berehat semua terbuka. Sekelilingnya hutan. Rumah hanya ada dua. Rumah nenek berdepan jalan raya tapi ada tanah luas sikit di depan. Di belakang, rumah aunty saya tapi jauh sikit la. Di sebelah kanan dan kiri ialah hutan. Harap kamu semua dapat bayangkan macam mana susunan rumah nenek saya ya.", "Waktu tu kami semua berada di bawah rumah, iaitu saya, mama, daddy, nenek, adik, elia, dan aunty saya. Kira begitu la, saya pun lupa sudah. Saya dan adik saya duduk dekat kerusi malas yang berdekatan tangga menuju ke atas rumah, manakala nenek, mama, aunty dan daddy dekat meja di tengah-tengah ruang tersebut, elia dekat dengan tiang rumah menghadap kiri. Di kiri rumah ialah hutan dan tidak berapa jauh di sana ada tempat jemuran di sebelah jemuran tu ada pokok nangka.", "Kami semua cerita-cerita macam biasa, dan tiba-tiba elia bersuara “nek oh nek, siapa tu yang berdiri dekat pokok?” sambil elia tunjuk ke arah pokok tersebut. Kami semua berpaling muka tengok ke arah yang elia tunjukkan. Nenek berkata “siapa kau nampak? Macam mana rupa dan bentuk dia?” elia kata “orangnya ada dua nek, satu orang muda pakai t-shirt dan satu lagi orang tua pakai singlet putih dan seluar pendek paras atas lutut”. Habis ja elia berkata, saya dan adik saya berlari menuju nenek dan mama saya. Kami duduk dekat mereka. Semua ketawa saja. Lalu nenek pun berkata “oh itu anak buah nenek yang muda dan yang tua tu suami nenek, apa mereka buat?” elia kata “mereka cuma berdiri saja nek sambil tengok-tengok kita di sini.” Hmm seram~", "Kisah 5", "Cerita ni ketika kami berada di kereta dan waktu tu sekitar jam 11/12 tengah malam. Kami pulang naik grab selepas berjalan-jalan dan menuju ke rumah kami. Keadaan masuk ke rumah kami di simpang jalan keluar, simpang yang baru masuk dia lurus sahaja, di sepanjang simpang tersebut ialah kuburan islam, jika lurus ke depan lagi ialah menuju ke kuburan cina. Sebelum simpang lurus tersebut iaitu sebelah kanan ialah simpang masuk ke rumah kami. Kedudukan kami dalam kereta, elia di sebelah kanan, adik saya di tengah-tengah dan saya di kiri.", "Macam biasa elia diam dan tiba-tiba bersuara dengan spontan, semasa hendak masuk ke simpang rumah kami tu, ada satu jalan menuju ke rumah orang di atas bukit, ada lampu jalan juga, elia nampak satu orang perempuan bersama dua orang anak tengah berdiri. Dan kereta lalu lagi kawasan yang ada pokok besar akar berjuntaian, di sana dia nampak orang tua. Adik saya mula takut dan marah kepada elia jangan lagi cakap mengenai itu. Saya hanya berdiam saja sambil ketawa. Tidak lama kereta masuk simpang dan kami berkata kepada driver lurus sahaja sampai hujung. Bila kereta sampai di hujung, sebelah kanan ialah hutan dan ada bustop lama yang terbiar, di sana sekali lagi elia bersuara, dia nampak ada perempuan duduk di bustop memakai baju sekolah.", "Tapi kali ni saya dan adik saya hanya berdiam. Sampai saja terus kami bayar dan naik ke rumah. Adik saya pula laju naik sebab masih marah dengan elia. Elia sempat berkata dengan saya, “sepanjang jalan tu ada semua ‘benda’ sebenarnya. Mungkin di sana tempat mereka. Saya pun tidak mahu sebenarnya nampak ini semua tapi memang dari kecil saya macam ini, apa boleh buat. Dalam kami adik beradik saya sama kakak saya saja dalam keadaan begini cuma kakak saya lain sikit, dia hanya nampak bayangan, contoh kalau ada orang di kampung yang hendak meninggal, sebelum orang kampung heboh mengenai berita itu, kakak saya memang sudah sedia tahu bahawa bayangan tersebut ialah bayangan orang yang meninggal itu.” Begitulah elia cerita kepada saya sebelum kami sampai di rumah saya.", "Sejauh mana semua cerita dan penampakan yang elia nampak, antara percaya atau tidak, saya rasa betul semua. Dari kisah 1 sampai 4 yang berkaitan dengan keluarga kami, seperti saya cakap kami tidak pernah cerita apa-apa kepada elia dan dia tahu sendiri melalui penampakan sixth sense yang ada pada dirinya. Sebab apa yang orang ada sixth sense nampak ni, kita orang biasa memang tidak nampak. Elia kata masa dia masih budak-budak dia sentiasa dalam ketakutan dan tidak biasa, tapi setelah dewasa semua tu menjadi sebati dalam diri dia dan anggap semuanya hanya bayangan.", "Sebelum saya akhiri cerita ini, saya minta maaf kalau para pembaca tidak faham penceritaan saya sebab ini pertama kali saya bercerita di sini. Maaf juga kalau tidak berapa seram. Tapi siapa-siapa yang pernah alami dan mempunyai kawan yang boleh nampak hantu saja yang faham macam mana seramnya.", "Ok thank you." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/bertunang-dengan-ustaz-alam-bunian/
Bertunang dengan Ustaz alam bunian
[ "Assalamualaikum semua..aku terpanggil nak cerita kisah hidup aku sebab ada beberapa artikel hampir sama, ada hubungan dengan orang alam sana. Sebenarnya, sebelum berlaku benda-benda ghaib macam ni aku banyak terlibat dengan sihir, santau.Tapi benarlah, selagi belum ajal, teruk macam mana pun Allah akan izinkan sembuh.", "Aku perempuan, ibu tunggal anak dua. Berpisah dengan bekas suami pun sebab sihir pemisah. Bab sihir ni macam-macam aku dah kena..Termasuk dari jiran sebelah rumah, kawan-kawan sekerja, sepupu rapat sendiri. Macam aku cakap memang teruk. Kebanyakannnya nak aku m**i. Dan kebanyakkannya tak suka, cemburu.", "Aku tak kata aku cantik. Tapi antara asbab itulah aku disihir. Yang perempuan pandang aku jadi cemburu. Yang lelaki tengok aku jadi berkenan, suka..jatuh cinta. Sampai ustaz-ustaz di darussyifa nasihatkan aku berniqab. Tapi bidang kerja aku ni bukan senang nak berniqab. Aku gunakan fask mask untuk cover muka. Alhamdulillah,membantu.", "Berbalik kepada cerita bertunang tadi. Benda ni bermula bila aku buat rawatan, ajak makcik pakcik yang merawat tu datang rumah, bersihkan rumah sekali. Dah jadi mak ayah angkat aku dah. Berpuluh perawat, ini last. Paling serasi.", "Masa berubat malam tu baru tahu belakang rumah mak abah aku ni perkampungan bunian. Dah bersih apa semua, long to short, orang-orang kampung belakang ni dah bebas sampai ke depan, maksud aku dah bebas ke dalam rumah aku, halaman rumah..Ada yang dah bina perumahan..pondok..madrasah..masjid kat kawasan rumah mak abah aku ni.", "Diorang kata kawasan rumah ni bersih, diorang suka. Kat ruang tamu rumah mak abah ni Ustaz- Ustaz dari alam sana buat madrasah. Sebab dalam rumah ni mak abah, aku..suka berzikir. Mak abah aku pulak jenis berkemas..rumah tak bersepah. ni bukan nak riak.. Suka berzikir pun asbab dari aku sakit teruk. Dah jadi kelaziman yang dulu jarang nak sebut. Syaiton kan aku ni..huhu. Kira ada hikmah Allah nak bagi. Bagi lagi dekat dengan Dia. Tapi makhluk ghaib dari sana pun berminat juga masalahnya. Haha", "Aku cuma orang biasa.Tak ada tittle ustazah ke apa, tapi selalu mintak doa kat Allah, nak suami Ustaz. Mungkin sebab aku selalu sakit, nak suami yang boleh baca ayat-ayat syifa’…tak payah susah-susah nak cari perawat kan..", "Tapi sebab niat aku dah ke situ, tambah pulak orang-orang kampung belakang tu kebanyakannnya alim-alim kata ayah angkat aku, ada sorang Ustaz ni berkenan. Aku tak boleh nampak, tapi aku boleh rasa dari gerak hati. Kadang-kadang melalui mimpi..atau bayangan dalam kepala.. Kadang-kadang juga bila aku sakit Ustaz ni dengan kawan-kawan dia bantu tarik benda yang ganggu.", "Aku tak pernah tengok muka dia, tapi dari bayangan orangnya putih, tinggi, kulit bersih, jubah putih. Kadang-kadang selempang hijau kat bahu kanannya. Selalunya dia datang dengan kawan-kawannya, 2-3 orang. Juga Ustaz yang mengajar di madrasah tu.", "Pernah selepas Asar aku solat, ada sekilas bau wangi. Selalunya aku berkomunikasi dari gerak hati bila dalam keadaan berwuduk, atau lepas solat dhuha.", "Nama Ustaz tu Ustaz Muhammad Syah Zulkarnain (bukan nama sebenar) Imam kampung belakang, Kampung Sinaran Cahaya ( bukan nama sebenar juga). Nanti korang cari pulak Ustaz tu dengan kampung dia…memang tak akan jumpa sebab mereka orang ghaib.", "Raja bunian, atau penghulu kampung belakang ni pulak buat aku anak angkatnya..Aku diberi nama Puteri Mayang Sari. Diorang berkenan kat aku sebab mungkin aura yang aku ada. Bila aku tanya aura apa kat mak ayah angkat aku, diorang tak nak cakap..takut aku jadi lupa diri..hehe. Yela.Manusia kan..Aku faham bila mak ayah cakap ini anugerah Allah bagi. Baik. Aku stop tanya kat situ.", "Masa tu aku seronok sangat, walau tak pernah nampak, tak pernah jumpa. Mak ayah angkat aku selalu nasihat, jangan terima apa-apa pemberian. Bahaya…walaupun mereka baik, Islam..tapi kita tak tahu. Kampung mereka pun ada orang baik,orang jahat..macam manusia. Hubungan aku dengan Ustaz tu cuma macam tu.", "Pernah sampai bertunang. Lepas solat dhuha, aku spontan angkat tangan kanan, terbayang macam ada orang sarung cincin. Tapi cincin tak nampak. Kiranya aku dah jadi tunangan Ustaz tu.", "Dalam 6-7 bulan juga..Dalam pada itu aku tetap sakit. Masih disihir. Mak ayah angkat nasihatkan putuskan. Sebab ada juga yang sihir datang dari kampung belakang..perempuan tu cemburu Ustaz pilih aku, bukan pilih dia.", "Benda ni menyebabkan mak ayah aku anak-anak aku sekali kena tempias.", "Lepas aku fikir panjang, aku baca semula hukum-hukum, kita tak akan boleh bersatu di dunia nyata, plus mak ayah angkat pun bagitahu risikonya, orang akan kata kita gila bila bercakap sorang-sorang..Aku solat aku berdoa..bantu aku..dah la sakit ..bercinta pulak dengan orang yang kita tak nampak sekalipun baik kat alam dia, aku ambil keputusan putus.", "Kesekian kalinya aku berubat dengan mak ayah, aku cakap kat Ustaz tu, aku nak putus. Dia terima walaupun sedih. Aku pulangkan semula cincin yang tak nampak tu.", "Begitu juga tittle anak angkat Raja bunian, ayahanda Tengku Ariffuddin ( bukan nama sebenar) aku pulangkan juga sepersalinan pakaian ghaib yang dayang-dayang pakaikan kepada aku. Sebab aku cakap, aku tak layak. Dan aku tak mampu nak sarung pakaian istana ni..badan berat, aku bertambah sakit.", "Waktu aku pejam mata aku nampak bayangan dayang-dayang bukakan persalinan yang aku pakai. Baju macam pengantin, ada mahkota, eksesori leher rantai batu-batu permata..Memang cantik. Lepas buka badan jadi ringan. Aku cakap aku bukan nak bermusuh…Cuma aku tolak nak jalin hubungan dengan alam sana. Sebab aku tak mampu. Aku cuma nak cari jodoh dalam kalangan manusia alam nyata sahaja.", "Alhamdulillah, diorang hormat pendirian aku. Walaupun selepas tu masih ada lagi yang cuba nak rapat, hulubalang dia pun ada berkenan, kawan-kawan Ustaz tu pun ada berkenan juga, aku tolak cara baik. Kita tak boleh bersatu. Alam kita berbeza. Alhamdulillah lerai juga.", "Walaupun selepas itu gangguan dari orang kampung tu ada tapi tak ekstrem masa aku bertunang dengan Ustaz Syah dulu…", "Untungnya orang-orang kampung belakang ni orang baik-baik. Macam masyarakat Melayu kita juga. Tapi ada yang baik hati ada alim ada juga yang oku dan sebagainya..", "Aku pesan kat mak abah aku, diorang pesan jangan buat kotor busuk kat belakang rumah kita ni..sebab ada rumah Ustaz tu..ada masjid..ada pasar..istana..", "Lepas putus tu mak ayah angkat aku arahkan diorang balik semula tapak tanah diorang kat belakang. Jangan lagi buat madrasah, penempatan kat tanah mak abah. Diorang setuju.", "Kini dah hampir setahun. Ustaz tu pun dah kahwin, ada anak-anak dia. Cuma sesekali kalau aku sakit,dia bantu juga. Cuma jarang dah nampakkkan fizikal dia walau dalam fikiran aku. Sebab dia tahu, aku memang tak nak dah berhubung dengan orang kampung belakang.", "Cuma aku selalu ingatkan pada keluarga. Tak nampak mereka tapi mereka ada. Sesekali akan datang depan melawat kita. Jaga kelakuan, jaga solat, jaga zikir, hanya kerana Allah. Bukan sebab makhluk lain.", "Setakat ni aku cerita. Nanti ada masa lain aku cerita lagi pengalaman lain kat tempat kerja, disihir..bukan niat nak riak, tapi hanya untuk pengajaran. Setiap yang Allah izinkan berlaku ada hikmah Allah nak bagi.", "Satu yang aku bersyukur, dulu aku selalu tinggal solat, jarang zikir, selawat jauh sekali. Tapi bila sakit, Alhamdulillah Allah izinkan kita sembuh dengan usaha kita sendiri.", "Jangan tinggal selawat, zikir, istighfar, AlQuran..solat terutamanya.", "Dan biasakan diri setiap kali keluar bilik air walaupun lepas mandi, membuang ke..ambil wuduk selepas itu. Korang akan jadi lebih tenang walau ada masalah..Allah akan bantu selesaikan. Bergantung sepenuhnya pada Allah. Bukan makhlukNya..", "-Puteri Mayang Sari" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/asrama-tanah-pusaka/
Asrama Tanah Pusaka
[ "Hai semua. Nama pena saya Yaya. Saya berasal dari Sarawak. Hari ini saya ingin menceritakan semula kisah yang saya alami semasa saya berumur 15 tahun. Ya saya masih ingat lagi waktu itu dan saya tidak akan pernah melupakan kisah itu sehingga kini.", "Saya dijaga oleh datuk dan nenek saya sejak dari bayi. Kedua ibubapa saya sudah tiada sejak saya dilahirkan. Jadi , dari darjah 6 hingga masuk tingkatan saya memang berasrama penuh. Saya ditemani oleh makcik saya di asrama kerana diamanahkan oleh nenek untuk menjaga saya. Makcik saya tu tua setahun dari saya. Sekolah saya di kawasan pendalaman yang sememangnya dikeliling oleh hutan. Nak ke pekan mengambil masa sejam atau paling lama sejam setengah atas faktor jalan yang tidak berapa bagus , lagi-lagi kalau musim hujan.", "Dipendekkan cerita, asrama kami memang banyak kisah seram. Salah satunya penampakkan keranda terbang. Selain itu, ada juga yang diganggu lembaga hitam dan cik pon. Kes histeria makin menjadi-jadi. Sampaikan suatu saat itu sekolah dikerahkan untuk tutup selama seminggu dan semua pelajar asrama dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.", "Saya yang masih tidak percaya mengenai hal itu kerana sepanjang saya berada di asrama itu, tidak pernah sekalipun saya terserempak atau melihat didepan mata saya sendiri dan saya pun berbisik dekat telinga makcik saya “hish , semua takut hantu. Jom cari hantu”. Memang lah mulut saya ni celupar sikit. Andai sahaja dapat diputarkan waktu masa itu , saya berjanji tidak akan berkata sedemikian. Makcik saya pun berkata “hishh jangan minta benda bukan-bukan, sudah lah hanya kita berempat sahaja yang tinggal di dorm ini malam nanti.” Ya , malam itu hanya ada empat orang termasuk saya. Semua murid lain balik ke kampung halaman masing-masing kerana peristiwa yang menimpa sekolah kami. Jadi, asrama kami akan jadi sunyi dalam masa seminggu ini.", "Hari pertama hingga hari ketiga tinggal dekat asrama semua nampak normal. Kejadian ini berlaku selepas malam ketiga. Pada waktu itu saya, makcik saya , susan dan tiara (bukan nama sebenar) hendak pergi ke dewan makan kerana nak makan malam. Jam masa itu menunjukkan pukul 7. Selepas makan , warden menyuruh kami terus pulang ke dorm. Kami pun mengiakan apa yang dia cakap. Ruang dewan makan masa itu sangat sunyi sepi , saya pun melihat sekeliling dewan dan pandangan saya terhenti sejenak apabila mata saya melihat satu sosok berbaju putih berdiri memandang tepat kearah kami berempat. Saya pun alihkan pandangan saya secepat mungkin dan berdoa dalam hati. Makcik saya menegur “kenapa muka kau nampak pucat?.” Saya masih diam. Habis makan malam , kami berempat terus bergerak ke dorm. Dalam perjalanan nak ke balik ke dorm, Susan tiba-tiba berkata “wahhh wanginya bau ni.” Makcik saya , saya dan tiara tidak berkata apa-apa dan terus lajukan langkah kami tanpa menoleh ke belakang.", "Setibanya di dalam dorm, makcik saya terus menegur Susan, “kenapa lah kau pergi tegur bau wangi tu tadi , kau tahu tak maksud dia apa? Malam nanti kena ganggu , jangan nangis cari aku!.” Susan pun tersengih-sengih apabila ditegur oleh makcik saya.", "Pejam celik , pejam celik jam pun dah pukul 11 malam. Sudah tiba masanya untuk tidur. Lampu pun semua dah ditutup. Saya yang masa itu masih lagi separuh sedar , terkejut apabila Susan menjerit ketakutan. Makcik saya dan saya terbangun dan makcik saya buka lampu bilik. Tiara masih lagi nyenyak ketiduran. Dalam hati saya berkata “hm Tiara tak dengar ke jeritan Susan?.”", "Makcik saya terus memeluk Susan yang masih ketakutan dan menggigil. “Kan aku dah cakap jangan tegur tadi. Tak apa , nanti tidur dengan aku jangan lupa bawa bantal tu.” Susan terus menangis dalam pelukan makcik saya dan kami pun menutup kembali lampu bilik dan tidur.", "Keesokkan harinya, Susan menceritakan semula kejadian semalam itu. Dia cakap semasa nak tidur tu , dia terasa macam ada benda yang menghempap badan dia lalu dia pun mengiringkan badan dan terus terpandang sosok putih yang berambut panjang mengurai duduk di sebelah katil kosong tepi dia dan itu membuatkan dia takut dan menjerit. Akibat kejadian, Susan terus ke pejabat warden untuk menelefon ayah dia kerana dia ingin pulang. Jadi tinggal kami bertiga lah nampaknya.", "Rutin kami seperti biasa, pergi mandi. Lepas mandi pergi makan tengahari di dewan makan sambil tengok televisyen. Santai-santai main congkak pada waktu petang lepas tu mandi dan pergi ke dewan makan untuk makan malam.", "Pada malam itu , hanya tinggal kami bertiga. Jam pun menunjukkan pukul 11. Macam biasa, tutup lampu dan tidur. Tiba-tiba saya rasa macam ingin pergi buang air kecil lah pula. Dalam hati pun berkata “masa ni juga! Hish .” Saya memberanikan diri untuk pergi ke tandas tanpa ditemani. Tandas kami memang dihujung dorm. Nak ke tandas memang kena lalu dorm sebelah yang memang kosong kerana semua murid dorm sebelah balik. Saya terus melajukan langkah saya dan terus pecut masuk ke tandas. Takut tu memang lah takut.", "Setelah buang air kecil , saya pun cuci tangan. Masa nak cuci tangan tu, tiba-tiba pintu belakang saya terbuka pelan-pelan….. “krekkkkk…..” belum apa-apa lagi saya dah pecut keluar dari tandas dan menuju ke dorm semula. Lewat sahaja dorm sebelah, saya terdengar bunyi orang mengilai. Nafas saya jadi turun naik masa itu dan bulu roma tiba-tiba naik. Saya terus masuk ke dalam dorm dan menutup pintu rapat-rapat. Pergi ke arah katil dan terus menutupi badan dengan selimut. Katil saya pula memang dekat dengan tingkap. Bawah katil, atas kepala saya tingkap. Pada masa itu, saya rasa ada benda yang memegang kepala saya dan bermain dengan rambut saya. Saya pun pelan-pelan membuka selimut , alangkah terkejutnya saya apabila melihat sosok lembaga hitam , berbulu dan bermata merah yang memang tepat berada diatas kepala. Saya terus menjerit dan berlari ke arah katil makcik saya.", "Makcik saya tahu. Dia menyuruh saya untuk bertenang dan tidur sekali dengan dia. Saya pun bertenang dan berdoa agar benda tadi tidak mengganggu saya lagi. Tanpa saya sedar , saya pun tertidur.", "Keesokkan harinya, saya pun menceritakan hal tersebut dengan makcik saya. Makcik saya pun berkata “Ya aku tahu kerana aku pun diganggu semasa kau pergi ke tandas malam tu.” Saya agak terkejut apabila dia berkata demikian , patutlah makcik saya diam semasa kejadian.", "Hari minggu pun menjelang. Pada hari ahad, murid asrama mulai penuhi dorm masing-masing. Perasaan saya jadi lega kerana dorm tidak lagi kesunyian dan saya berharap agar kejadian tidak elok disekolah dan asrama ini tidak ada lagi.", "Saya dan makcik saya pergi ke pondok ‘guard’ sebab nak ambil makanan yang dikirim oleh datuk dan nenek saya. Dalam masa yang sama, kami berdua melihat Tiara yang turun dari kenderaan dan ditemani oleh ayahnya. Yang peliknya dengan Tiara , dia turun dengan beg sekolah dan bagasi sekali.", "“Eh Tiara, kenapa kau ada disini?”\nTiara pun berkata , “Ya, aku dari kampung ni. Tak nak lah aku tinggal dekat asrama lagi-lagi lepas kejadian histeria yang menjadi-jadi dekat asrama. Oh ya, kamu berdua tinggal di asrama bukan? Uishh beraninya kamu berdua. Macam mana? Ada cerita seram ke? Kalau ada nanti cerita dekat aku, aku pun nak tahu lah.”", "Ya saya percaya kerana Tiara ceria orangnya , sangat kecoh orangnya dan bukan jenis pendiam. Masa tu jugalah makcik aku pandang aku, kami saling berbalas pandangan. Persoalannya “siapakah yang dengan kami pada masa itu?,”", "Sampai disini sahaja cerita saya dan sekian terima kasih.." ]
[ "tipu nih", "sekolah asrama penuh mane ye..?" ]
https://fiksyenshasha.com/late-night-drive-2016/
Late night drive 2016
[ "Hai admin, pencerita newbie disini.. thank you if cerita saya ni di publish. Sorry kalau ada yang keliru dengan cerita late night drive yang lagi satu. Saya terpanggil nak bercerita pon sebab cerita dia.", "Okay untuk cerita pertama. Masa tu tahun 2016 masih study. aku dengan 2 orang kawan aku Lina dan Hawa dalam perjalanan balik ke hostel dari Kuala Lumpur. Btw Hawa ni dia ada sixthsense tau. Biasa la student nakal keluar tak reti balik awal. Kitorang memang selalu bertiga.", "Waktu tu jam dalam pukul 1-2 pagi macam tu. Dari KL sampai Seremban, Lina yang drive. Tiada apa yang berlaku. Keluar je dari highway Lina mintak tukar driver. aku drive mula dari sebelum nak masuk highway PD. Pada warga Seremban PD mesti tau highway PD tu memang gelap gila. Lina duduk sebelah aku. Si Hawa duduk belakang Lina. Tengah drive, ada kereta myvi kuning depan aku ni slow betul drive nya. Dalam gelap macam ni memang aku nak elakkan slow drive. Aku pon p****g kanan si myvi ni. Lepas je aku p****g kereta tu tiba si Hawa ni aku dengar dia macam tengah baca something macam orang tengah berzikir la.", "Aku tanya dia kau ok ke. Dia kata suruh aku drive laju sikit. Katanya nak sampai cepat sebab nak memerut. Sampai hostel dalam jam 2 lebih. Esoknya, Hawa cerita rupanya dia ternampak kereta myvi yang aku p****g tu TIADA PEMANDU. Kereta tu kosong !! memang tak tau la apa jadi kalau aku yang Nampak semua tu. Bayangkan kalau aku toleh tengok driver tu apahal slow sangat, sekali nampak takde driver !! memang aku pengsan laa aku rasa.", "Cerita yang kedua. Masih orang yang sama bertiga tetapi dengan 2 kereta. Lina drive kereta dia sementara aku dan Hawa drive kereta aku la. Masa ni tahun 2018. Masing masing dah pon bekerja. Kami nak pergi bercuti tapi kena hantar kereta Lina ke rumah mak nya di Linggi. Aku dan Hawa follow kereta Lina dari belakang. aku drive slow sebab jalan kampung so agak jauh jugak dari kereta Lina. Sampai Kawasan kiri kanan hutan, Hawa suruh aku drive dekat sikit dengan kereta Lina.", "Bila dekat je dengan kereta Lina, mula la si Hawa terkumat kamit membaca entah apa yang dibaca pon tak tahu lah aku. Aku dah cuak gila tapi tetap acah tenang. Hawa call Lina dan buat load speaker. Dia menyuruh Lina drive kereta elok elok kitorang ada kat belakang. Lina seolah faham dan balas okay. Lina takde sixthsense tapi dia banyak pengalaman kena ganggu dengan makhluk makhluk tu jadi mungkin sebab tu dia cepat tangkap apa yang Hawa cuba bagitahu.", "Aku memang tak berani la nak tanya apa apa. Aku perhati jugak kereta Lina tak Nampak apa apa pulak. Tibanya kitorang dekat rumah mak Lina kitorang pon terus gerak ke destinasi kitorang. Mungkin faktor makin dewasa, si Hawa terus cerita tentang kejadian tadi.", "Dia kata dari jauh Nampak macam ada kepala orang duduk dekat seat penumpang kereta Lina. Bila kami dekatkan kereta, ia nya muncul dan duduk di bonet kereta Lina dan memandang tepat kearah kereta kami. Matanya merah rambut Panjang muka buruk bernanah berdarah berlubang lidahnya Panjang terkeluar. Kata Hawa mungkin dia marah bila Hawa baca ayat ayat suci. Selepas Hawa baca ayat ayat dia, benda tu terbang dan hilang. Kau boleh bayang tak kalau AKU yang Nampak benda tu atas bonet kereta Lina?? Mahu nya tak eksiden kitorang dua. Syukurr.", "itu sahaja cerita seram yang berkaitan late night drive aku. Ada lagi cerita seram lain. Tapi nanti lah aku ceritakan. Itu pun kalau cerita ni di publish. Bye." ]
[ "Maaf cakap, tak seronok baca sebab banyak campur campur dengan english. Seriau tu kureng la..gaya bahasa pun membuatkan ceritanya tak rasa real", "i luv u.." ]
https://fiksyenshasha.com/siapa-tarik-selimut/
Siapa tarik selimut
[ "Siapa Tarik selimut…", "Terima kasih beri peluang untuk aku kongsi cerita seram yang aku pernah alami 16 tahun lepas.\nKejadian ni berlaku pada tahun 2007. Masa tu aku baru lepas graduate dan bekerja sebagai admin merangkap guru tuisyen dekat satu Pusat Tuisyen Swasta ni bertempat di Shah Alam.", "Untuk pengetahuan korang, admin dekat tempat aku ni termasuk aku 3 orang. Kami semua perempuan. Sebelum ni bos aku Cuma buat Perkhidmatan tuisyen rumah ke rumah. Tapi tahun 2007 bos nak buka pusat tuisyen. Jadi nya sewa 1 rumah 2 tingkat dekat Seksyen 19 … rumah ni berdekatan dengan Jalan keretapi.", "Kami bertiga ni memang di pertanggungjawabkan lah untuk urus handle susun atur dari A sampai Z untuk jadikan rumah tu sebagai tempat tuisyen. Pada hari pertama kami melangkah masuk rumah tu, sangat suram, gelap walaupun siang hari. Setiap genap rumah tu dilitupi dengan kain putih. Yang aku tak paham kenapa la owner pilih kain putih nak tutup perabot-perabot… warna lain kan banyak… Bos aku cakap rumah ni dah dekat 2 tahun ditinggalkan..", "Kami memang akan tinggal di rumah tu, maklumlah semua masih bujang. Jadi dekat tingkat atas ada 4 bilik. Bilik Master memang besar dan ada balkoni, tapi pintu ke balkoni tu berkunci. Dan kita orang pun memang takde kuncinya. Jadi kami bertiga ni akan stay dekat bilik master. Sebab bilik master dah ada toilet sendiri. Dekat Bahagian atas ni lagi lah gelap. Memang sistem pencahayaan rumah ni out. Hehe..so korang boleh gambarkan kan… selesai je letak beg-beg baju semua. Kami pun turun ke bawah semula untuk kemas Bahagian bawah dulu.", "Kemudian bermula la operasi kami nak buka semua kain-kain yang menyelimuti perabot-perabot tadi. Perabot dalam rumah ni semua kayu jati. Dekat sudut hujung kerusi ruang tamu tu ada satu jam loceng lama yang dah rosak. Kami semua sepakat tak nak ubah kedudukan perabot di Bahagian ruang tamu. Dan kelas-kelas hanya akan buat di tingkat atas. Selesai je kami mengemas di bawah, jam pun dah menghampiri 7.30pm. Kami stop mengemas dulu, selesai solat kami bertiga keluar makan.", "Dalam pukul 9.30pm macam tu kami sampai dekat rumah tu semula. Kawasan kejiranan rumah tu dah sunyi..mungkin semua dalam rumah. Masa kami melangkah masuk, rasa angin lembut je ke pipi. Dan memang sejuk sangat.. aku cakap dekat kawan-kawan,rumah ni sejuk kan malam-malam. Macam ada aircond… lepas je masuk, kami nak naik tangga ke bilik, aku perasan macam ada benda berdiri dekat sudut bawah ruang tamu tu.. cepat-cepat aku tengok balik, tapi memang takde apa pun. Mungkin perasaan je kot. Tapi waktu tu bulu roma aku cepat je berdiri.", "Selesai je kemas-kemas baju, kami pun nak tido sebab dah penat sangat. Dalam bilik ni ada satu katil king , aku malas nak tido ramai-ramai atas katil. Jadi aku tido dekat depan pintu toilet sebab dekat dengan aircond..haha..kononnye paling strategik lah tu. Pintu toilet tu aku tutup sebelum tido. Masa aku baru je nak lena, aku dengar bunyi tombol pintu toilet tu . macam ada orang nak buka dari dalam. Ahhh sudah sape kat dalam.. sebab 2 kawan aku tu sedap je tido kat atas katil.", "Lepas tu aku pejam mata, bunyi lagi sekali tombol tu dan aku Nampak tombol tu bergerak.. Ya Allah… siap bunyi air dalam toilet macam ada orang buka pili. Masa ni aku masih kuatkan hati. Aku baca doa apa yang terlintas, kemudian terus Tarik selimut sampai ke muka. Zappppppp…selimut aku kena Tarik… Allah… seram sejuk aku…aku tengok memang takde apa..dia Tarik bukan sikit-sikit..terus Tarik sampai selimut tu separuh dari badan aku.. masa tu aku menjerit panggil kawan..dorang tido m**i agaknya. Aku terus melompat atas katil dan cari suis lampu. Kawan aku dua-dua terkebil-kebil tengok aku atas katil.", "Aku cakap kat dorang ada orang main selimut dengan tombol. Kawan-kawan aku boleh cakap aku nak main-main. Elok je aku habis citer kat dorang.. bammmm..pintu bilik dekat luar macam ada orang hempas dan dengar bunyi orang berlari… seram gila.. apa lagi kami bertiga terkejut menjerit.", "Malam tu kami tido berhimpit atas katil sambil pasang lampu. Dan yang tak bestnye , jam loceng dekat bawah yang aku cakap rosak tu boleh pulak berbunyi ding..ding..ding.. tak henti-henti. Kuat pulak tu.. Memang tak berani nak keluar dari bilik. Esoknya kami ceritakan pada bos kami kemudian dia panggil ustaz. Selepas seminggu kelas berjalan semua Kembali normal. Ustaz tu cakap dia tumpang sekejap sahaja sebab rumah tu dah lama takde penghuni. Itu je la kisah aku ..sekian…" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/dusun-kecil-arwah-atok/
Dusun Kecil Arwah Atok
[ "Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat admin, penulis dan juga pembaca FS. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Nama aku Mat. Aku berasal dan membesar di kampung kecil di daerah Johor. Aku anak kelahiran 80-an. Zaman kecil kami dulu, kebanyakan jalan di kampung-kampung kecil masih belum berturap. Jalan kecil yang juga merupakan jalan utama penduduk kampung waktu itu cumalah tanah merah yang mana tengah-tengah jalan itu akan tumbuh rumput sebab tak kena latam oleh kaki atau tayar kenderaan. Orang kampung akan kerap mengadakan gotong-royong untuk membasmi rumput jika terlalu panjang, untuk mengelakkan rumput tu tumbuh meninggi dan menyempitkan laluan yang sedia kecil. Kalau naik basikal dan terjatuh atas tanah merah tu, memang akan ada batu-batu kecil melekat di bahagian luka. Pedihnya tak usah diceritakan. Kalau tak menangis kau memang hebat. Sama ada kau kebal ataupun kau seorang Ultraman.", "Kehidupan damai dan tenang di kampung yang memang sudah sebati dengan jiwa sangat aku rindukan, apatah lagi bila aku terpaksa berhijrah ke hutan batu di ibu kota demi sesuap rezeki. Pun begitu, tak pernah aku lupakan asal usul aku walau sesaat. Baiklah, untuk kisah yang nak aku kongsikan kali ni, aku nak ceritakan pengalaman disakat sewaktu mengutip buah durian semasa cuti persekolahan bersama sepupu di dusun kecil milik arwah Atok. Tapi sebelum terlupa, aku nak ucap ribuan terima kasih kepada admin yang budiman jika kisah ini diterima untuk disiarkan buat bacaan pembaca FS. Maaf juga buat pembaca setia FS kalau cerita aku tak menepati citarasa kalian. ‘Newbies’ lah katakan ehehe. Jom kita ‘flashback’.", "Sedang aku terbongkok-bongkok mengutip buah durian yang lumayan banyaknya, tiba-tiba aku berhenti dan berdiri tegak sebaik telinga menangkap bunyi sesuatu. “Abang Arip, kau dengar tak bunyi tu?” Spontan aku menegur sepupu aku sebaik telinga tertangkap bunyi tersebut. Bunyinya seolah motorsikal Honda C70 tercabut ekzos sedang dalam perjalanan dari arah jalan utama untuk ke kampung sebelah melewati jalan kecil ditengah-tengah kebun sebagai jalan pintas. Honda C70 kalau dicabut ekzos, bunyinya jadi 4 kali ganda lagi kuat dari ekzos perang budak-budak Y-suku. Memang kuat memekak bunyinya memecah kesunyian malam.", "Kejadian ni terjadi masa umur aku 11tahun. Abang Apis berumur 13 tahun dan Abang Arip berusia 14 tahun. Keluarga Abang Arip tinggal serumah dengan arwah atok dan arwah nenek, aku tinggal bersama mak aku di rumah berlainan. Memandangkan kami tinggal di kampung yang sama, setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pasti aku akan meminta izin arwah mak aku untuk bermalam di rumah mereka.", "Waktu itu cuti sekolah dan kebetulan musim durian. Kami bercadang untuk mengutip buah durian di kawasan belakang rumah arwah atok. Kawasan rumah arwah atok dikelilingi kebun sawit, kebun getah dan belukar, dan ada satu jalan kecil serta parit yang menjadi pemisah antara lot tanah sebelah. Jalan kecil tu pula panjang. Kalau ditelusuri, boleh tembus ke kampung sebelah. Kami kutip durian tu tengah-tengah malam buta. Seingat aku, waktu dah lebih 12 tengah malam masa tu. Aje gila bak kata Ucop Wilcha. Namun itulah kami pada zaman kegemilangan budak-budak tak ada otak. “Wak Sugeng kot tu, dia nak meracik ayam hutan lah tu agaknya. Kacau dia jom. Kita sergah dia bila dia sampai kat pokok sagu ni” jawab Abang Apis si budak terejal, sepupu aku, adik kepada Abang Arip.", "Bulan waktu tu agak cerah mengambang. Cahaya bulan yang terhasil agak menerangi suasana. Terangnya tak lah begitu terang, namun tak juga terlalu gelap. Hanya sedikit kelam dek kerana terlindung oleh pohonan kelapa sawit yang meninggi dan juga pokok buah-buahan tempatan beraneka jenis. Walaupun cahayanya sedikit kelam, tak sikit pun menampilkan perasaan takut untuk kami bersembunyi di sebalik pokok sagu yang besar dan tinggi tu demi menjayakan misi menyakat Wak Sugeng. Aku dan Abang Apis pun mengambil tempat masing-masing dan bersembunyi di belakang pokok sagu, kecuali Abang Arip yang malas melayan terejal adiknya. Pokok sagu ni tumbuh dekat tebing parit kecil yang sangat berhampiran dengan jalan kecil yang aku beritahu tadi.", "Lampu suluh yang kami gunakan untuk mencari buah durian kami padamkan. Sambil mengekek ketawa kecil, kami membayangkan gelagat Wak Sugeng yang bakal terkejut beruk sekejap lagi. Wak Sugeng ni orang Indonesia, datang merantau ambil upah petik sawit dan kerja-kerja kebun dan tinggal di kampung kami. Dia amat rapat dengan penduduk kampung tak kira usia. Hobinya adalah memikat ayam hutan dan burung keruak (burung ayam-ayam) pada waktu malam.", "Kami hayati sekali lagi bunyi tersebut. Sah, tak syak lagi ini memang bunyi motorsikal milik Wak Sugeng. “Ready Mat, Wak Sugeng dah dekat.” Arah Abang Apis. Kami pun mengambil posisi bersedia untuk menyergah orang tua ni. Tapi bila dah dekat 5 minit dalam posisi, Wak Sugeng yang kami tunggu ni tak kunjung tiba. Pada hal jarak dari jalan utama dan pokok sagu ni tak jauh pun, dalam 300 meter. Kalau nak kira dari awal mula aku menangkap bunyi motorsikal tu sehinggalah kami ambik tempat untuk bersembunyi, sepatutnya Wak Sugeng dah menghampiri kawasan pokok sagu.", "Kami berdua kehairanan. Bunyi punyalah kuat, tapi tak sampai-sampai pun orangnya. Tak kan lah bawa motorsikal sambil pijak brek? “Mat, kau cuba tengok Wak Sugeng dah sampai mana.” Arah si budak terejal. Aku pun bangun dan kangkang kan kaki antara parit kecil tu untuk aku tinjau kedudukan Wak Sugeng. Aku tinjau ke arah jalan besar, tak nampak pun lampu motor. Aku alihkan arah tinjauan ke jalan menuju kampung sebelah, pun sama. Hanya pandangan kebun getah yang tebal. Langsung tak nampak kelibat cahaya lampu motorsikal. Aku patah balik ke pokok sagu untuk melaporkan informasi Wak Sugeng kepada budak terejal. “Mana ada motor lalu. Lampu motor pun aku tak nampak.” Lapor aku kepada Abang Apis. “Kau biar betul?” Budak terejal ni tak puas hati. Dia pulak yang pergi untuk meninjau. Namun sama. Tak ada langsung kelibat cahaya lampu dari motorsikal yang kami sangkakan. Tapi kali ni bunyi motor tu dah tak ada. Senyap tinggal bunyi nyamuk yang berdesing-desing di telinga aku. “Wak Sugeng masuk jalan lain agaknya. Jom lah sambung cari durian.” Ajak Abang Apis ringkas.", "Bosan dan hampa sebab rancangan nak sakat Wak Sugeng gagal, kami nyalakan semula lampu suluh lalu beredar dari pokok sagu untuk join Abg Arip mengutip durian. Tapi lampu suluh kami berdua tak menyala. Kami cuba ketuk-ketuk sikit lampu suluh kami, namun tak juga menyala. “Bateri habis ke? Aku baru je rembat bateri atok siang tadi.” Getus Abang Apis. “Yang kau pegi curi bateri atok kenapa? Barang haram ni, memang mendapat!” Balas aku. Kami pun ketawa. Langsung tak terlintas dalam fikiran bahawa ada makhluk yang ingin bergurau. Yelah, walaupun masa tu kami kat dalam kebun, tapi kepala otak bengap kami fikir bahawa kami sedang berada dalam kawasan perumahan arwah atok.", "Tambahan pula sinaran cahaya bulan waktu tu agak cerah. Kebun tu boleh kata port kami bermain disiang hari, juga tempat kami membantu arwah atok mengutip buah sawit dan jika tiba musimnya, kebun itu jugalah tempat kami mengutip buah-buahan tempatan untuk dijual hasilnya kepada peraih. Selalu akan ada lebihan untuk kami nikmati, tak kurang juga bahagian untuk arwah atok bersedekah. Kawasan parit sekitar kebun juga menjadi tempat kami menyauk ikan pelaga, selain aktiviti melastik burung, termasuklah bermain perang-perang bersenjatakan M-16 dari ranting kayu yang berbentuk huruf “Y’. Tak ada langsung rasa takut jika kami perlu ke kebun di malam hari dek kerana terbiasa dengan kawasan kebun di belakang rumah arwah atok.", "Kami menghampiri Abang Arip yang sedang berada di bawah pokok durian yang paling besar dan paling tua antara pokok-pokok durian yang lain. Lokasinya berada di tengah-tengah kebun dan agak jauh dari pokok sagu tadi. “Apa jadi dengan Wak Sugeng? Korang buat dia masuk parit ke? Tiba-tiba senyap terus tak dengar bunyi motor dia.” Tanya Abang Arip. Tak sempat kami menjawab, tiba-tiba bunyi ‘motor’ tu kedengaran lagi. Kali ni bunyi ‘motor’ tu kat bukan dari arah jalan kecil, tapi bunyi tu seolah-olah datang dari atas pokok durian paling besar yang ditanam tengah-tengah kebun. Berlegar-legar kuat bunyi tu tepat atas kepala kami bertiga.", "Serentak tu, kami tertangkap bau harum macam bau bunga kemboja, berselang dengan bau kemenyan. Sumpah, bau bunga kemboja & kemenyan tu punyalah kuat, sampai tenggelam bau durian dalam karung yang kami pikul. Kami tak berani mendongak mahupun menegur sebab tak sanggup melihat benda-benda yang tak diingini. Lagipun, sudah menjadi pantang kami untuk tak menegur kalau terbau atau terjumpa benda pelik-pelik dalam hutan atau kebun, terutama waktu tengah-tangah malam buta macamni. Pantang larang tesebut memang sudah sebati dalam diri walaupun kami dengan hantu-hantu tu kalau ikutkan tak ada beza pun. Hahahaha.", "Cuma mungkin aku yang terlupa tadi, sebabnya bukan hanya bau dan penampakan je yang jadi pantang. Bunyi yang pelik-pelik pun sepatutnya menjadi serangkai pantang yang tak patut kami tegur. Orang tua-tua kata, mulut jangan celupar. “Ah sudah, bala apa pulak ni.” Aku berkata dalam hati. “Jom lah balik. Esok pagi kita sambung. Aku ngantuk lah. Guni aku pun dah berat dah ni. Jalan slow-slow je, kaki aku macam nak cramp.” Ajak Abang Arip yang sebenarnya memberi isyarat bahawa kami sedang disakat dan perlu beredar secepat mungkin. Suara Abang Arip sedikit menggigil. Ketakutan mungkin. Kami pun dengan langkah perlahan meranduk semak renek separas betis, melangkah menuju pulang ke rumah arwah atok. Jarak pokok durian besar dengan rumah arwah Atok dalam 500 meter. Tapi dengan langkah perlahan yang kami atur, ditambah dengan bunyi dan bau yang cukup aneh lagi menyeramkan suasana, terasa jauh pulak rumah arwah atok masa tu. Nak lari takut empunya bunyi dan bau lagi galak menyakat.", "Jadinya, melangkah dengan perlahan adalah pendekatan berani-berani takut yang kami ambil waktu itu. Abang Apis membisu tak bercakap sepatah sejak dari pokok durian besar tadi. Tak padan dengan terejal tapi boleh tahan penakut jugak rupanya mamat ni. Bunyi dan bau masih lagi mengiringi perjalan kami. Sedikit pun tak ada tanda-tanda nak berkurangan. Makin pekat dan kuat lagi ada. Kami teruskan melangkah menghampiri kawasan pokok manggis yang ditanam sebaris melintang. Barisan pokok manggis itu menjadi landmark bahawa kami dah sangat dekat dengan rumah arwah atok.", "Baru nak menarik nafas lega, tiba-tiba langkah kami terpaku. Kaku melihat daun-daun dari empat batang pokok manggis dihadapan kami seperti digegar kuat silih berganti. Macam ada makhluk yang melompat dari satu pokok ke pokok yg lain, tapi kelibat makhluk tu tak kelihatan. Yang jelas pada pandangan kami cumalah daun-daun pokok yang bergegar tu. Nak kata angin, pokok cempedak sebelah aku ni statik je tak bergerak sikit pun daunnya. Bunyi motor kapcai tadi tiba-tiba menghilang. Tapi bau bunga kemboja dan kemenyan semakin menyengat. Aku dah nak menangis waktu ni. Segala bulu yang ada kat badan ni dari tadi cering berdiri tak sempat turun, dah datang pulak musibah yang lain. Melihat aku macam nak menangis, Abang Arip memukul keras bahu aku dengan lampu suluh. Aku mengaduh dan lagi rasa nak nangis sebab kuat jugak dia pukul. Tak guna.", "Namun, pada saat genting begini, Abang Arip memainkan peranan penting sebagai abang yang paling tua. Dihempas guni durian dengan bengis, menyirap mungkin dek kerana dimain-mainkan oleh makhluk yang tak nampak pada pandangan manusia biasa. “Berani tak berani sangat, takut tak takut sangat. Allahuakbar, Allahukbar!” Aik, lain macam dia punya intro azan. Abang Arip melaungkan azan sambil menghadap pokok manggis yang ada kat depan dia. Entah dari mana datang bijak aku dengan Abang Apis, kami pun melaungkan azan serentak. Aku azan menghadap pokok manggis belah hujung kiri, Abang Apis menghadap pokok yg ada di hujung sebelah kanan. Kali ni keempat-empat pokok manggis yang ada dihadapan kami semuanya bergegar dengan kuat, lebih kuat daripada gegaran sebelum ni. Abang Arip menyuruh kami terus menerus melaungkan azan, sambil dia membaca ayat kursi dan 4 qul, disertai dengan teriakan takbir sekuat hati.\n“ALLAHUAKBAR!!!”", "Serentak itu, goncangan yang terjadi pada pokok-pokok manggis tadi terhenti. Bau-bauan yang tadinya pekat menusuk hidung pun hilang. Tapi aku sempat merasa ada bahang angin panas menerpa muka. Aku macam terundur sedikit kebelakang dan aku dapat dengar suara menderam, macam suara harimau. Suara tu berkeliling di sekitar aku. Abang Apis dan adiknya aku perasan sudah mula melangkah kearah pintu dapur. Aku tak dapat bergerak dan bersuara. Tapi aku cuba tenang, lalu aku pejamkan mata, menadah tangan sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat kursi 9 waqaf. Arwah atok yang mengajarkan kami ayat ini untuk kami amalkan sebagai pelindung diri. Selesai membaca, aku ludahkan di arah kiri, kanan, hadapan dan belakang, dan aku sapukan tangan dari arah kepala ke hujung kaki. Lalu suara tu pun hilang serta merta. Aku tak pasti Abang Arip dan adiknya merasakan benda yang sama. Yang aku pasti, kami sampai didepan pintu dapur rumah arwah atok dalam keadaan baju kami basah bermandi peluh.", "Tiba-tiba pintu dapur terbuka luas. Ah sudah, takkan tak habis lagi? Mana pulak lari lepas ni? Takkan nak patah balik lari ke belakang rumah? Tak memasal setan tadi tu return, naya. Tiba-tiba lampu pelantar menyala, nampak arwah atok muncul kat pintu dapur. “Fuhhhh legaaa.” Serentak kami menarik nafas lega. “Wes subuh yo? (Dah subuh ke?) Aku kerungu kait mau kayak enek wong adan, tapi kok neng buri omah? (Atok dengar tadi macam ada orang azan, tapi kenapa kat belakang rumah?.” Sakat arwah atok dalam bahasa jawa sambil terkekeh-kekeh ketawa. “Rasakno, kakehan polah (Rasakan, buat pasal lagi.) Wong golek duren isuk-isuk, seng golek duren bengi-bengi ngene iki lah opo? (Siang-siang buta boleh cari durian, tengah-tengah malam macamni jugak korang pegi randuk kebun tu dah kenapa?) Kapok (padan muka). Wes, ados kono. Ojo melebu omah nek urong ados (Dah, pegi mandi. Jangan masuk rumah selagi tak mandi).” Kami bertiga pun melangkah masuk ke kolah untuk bersihkan diri. Ala kadar sudah la, takdenya nak mandi beria siap bersyampu bagai. Sekadar hilangkan peluh kat badan. Malam tu kami bertiga tak boleh tidur. Masing-masing masih teringat-ingat dan berteka-teki dengan kejadian sebentar tadi.", "Keesokan harinya kami cerita kat arwah atok tentang kejadian malam tadi. Arwah atok kata dia sendiri tak pasti bunyi motor tu bunyi makhluk apa dan arwah atok tak dengar pun bunyi motor tu walaupun bunyi motor tu kuat. Pasal bau kemenyan dengan bau bunga kemboja tu arwah atok kata itu mungkin Pontianak, mungkin jembalang dan mungkin jugak pocong, dan yang menggegar pokok manggis tu mungkin mawas. Arwah atok tambah yang kitorang beruntung sebab makhluk tu semua tak munculkan diri, kalau tak lagi panjang ceritanya. Cuma arwah atok kata kami agak kental sebab biasanya orang kalau kena kacau macamni dah demam teruk. Tapi kami tak demam apa, alhamdulillah. Yang pasti, kami serik terus nak meranduk kebun tengah-tengah malam. Namun aktiviti hantu kacang masih on seperti biasa. Hahaha. Sampai sekarang bila balik kampung, tak pernah missed untuk kami ceritakan kisah ni antara kami.", "Sekian saja kisah benar yang pernah aku alami. InsyaAllah jika ada kesempatan akan aku ceritakan kisah-kisah yang lain. Terima kasih sudi membaca. Jaga solat, selalu selawat. Assalamu’alaikum.." ]
[ "Assalam. Macam mana saya nak cari cerita2 dari penulis bernama Mat ni ya?", "Sebabkan cerita ni guna bahasa melayu baik, seronok baca walaupun hantu tak muncul" ]
https://fiksyenshasha.com/malam-misteri-di-hospital-misteri-kerusi-roda-berhantu/
Malam Misteri di Hospital: Misteri Kerusi Roda Berhantu
[ "Pada suatu malam yang dingin dan gelap, aku, Salmah, baru sahaja mula bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital di negeri Kelantan. Hospital ini terletak di pinggir bandar dan agak sunyi pada waktu malam.", "Pada malam pertama aku bertugas, aku diarahkan untuk menjaga wad pesakit yang kritikal. Wad ini terletak di tingkat paling atas hospital, dan aku adalah satu-satunya jururawat yang bertugas pada waktu itu.", "Sejurus selepas solat Isyak, aku merasa ada sesuatu yang tidak kena. Aku rasa seperti ada mata yang memerhatikan aku dari hujung koridor. Aku cuba untuk mengabaikan perasaan itu dan fokus pada tugas aku.", "Tiba-tiba, aku dengar bunyi roda kerusi roda bergerak sendiri. Bunyi itu datang dari bilik yang kosong di hujung koridor. Aku pergi periksa bilik tersebut, tapi tak ada apa-apa.", "Masa tengah aku sibuk merawat pesakit, aku dengar lagi bunyi kerusi roda bergerak. Kali ini, bunyi itu lebih kuat dan aku yakin ada sesuatu yang tidak kena.", "Aku pun pergi periksa bilik kosong itu lagi. Kali ini, aku terkejut melihat kerusi roda itu bergerak sendiri! Aku terus lari keluar dari bilik dan panggil kepala jururawat.", "Kepala jururawat, Kak Jah, datang dan aku cerita apa yang terjadi. Dia pun pergi periksa bilik tersebut dan mengatakan bahawa kerusi roda itu mungkin jatuh sendiri kerana angin. Tapi aku yakin, tidak ada angin yang kuat sampai boleh gerakkan kerusi roda.", "Malam tu, Kak Jah ajak aku tidur di biliknya. Aku pun bersiap untuk keluar dari wad. Semasa aku berjalan menuju lif, aku merasa ada mata yang sedang memerhatikan aku. Aku cepat-cepat masuk lif dan pandang balik ke arah koridor wad itu. Walaupun dari jauh, aku rasa seram. Begitulah kisah aku sebagai seorang jururawat di hospital tersebut.", "Malam berikutnya, aku ditempatkan untuk menjaga wad yang sama lagi. Walaupun aku masih merasa takut, aku cuba untuk memastikan perasaan itu tidak mengganggu kerja aku.", "Pada tengah malam, aku mendengar bunyi kerusi roda bergerak lagi. Kali ini, bunyi itu lebih kuat dan lebih dekat. Aku pergi tengok dan terkejut melihat kerusi roda itu bergerak sendiri di tengah koridor!", "Aku terus lari ke bilik Kak Jah dan bercerita apa yang terjadi. Kak Jah, yang semula tidak percaya, kini nampak terkejut. Dia mengambil telefon dan memanggil pengawal keselamatan.", "Pengawal keselamatan datang dan memeriksa seluruh wad. Dia tidak menemui apa-apa yang ganjil, kecuali kerusi roda itu yang kini berada di tengah koridor. Pengawal itu menarik kerusi roda kembali ke bilik kosong dan menjanjikan akan lebih kerap memeriksa wad itu.", "Selepas pengawal itu pergi, aku dan Kak Jah pulang ke biliknya. Walaupun aku merasa lebih selamat, aku masih merasa ada mata yang memerhatikan aku.", "Pada minggu-minggu berikutnya, kejadian ganjil itu terus berlaku. Kerusi roda itu terus bergerak sendiri, dan aku selalu merasa seperti ada mata yang memerhatikan aku. Walau bagaimanapun, aku belajar untuk hidup dengan kejadian itu dan terus berdedikasi pada kerja aku.", "Meskipun keadaannya menakutkan, aku belajar banyak dari pengalaman itu. Aku belajar bahawa walaupun kita mungkin takut, kita harus tetap berani dan berdedikasi pada pekerjaan kita. " ]
[]
https://fiksyenshasha.com/sihir-kisah-benar/
SIHIR (Kisah Benar)
[ "Maria seorang peniaga makanan. Dua puluh tahun yang lalu Maria dan suaminya,Halim berniaga nasi kukus di sebuah warung kecil berhampiran kawasan kilang.", "Jalil adalah rakan kongsi dan rakan karib Halim. Bersahabat sejak di bangku sekolah. Disebabkan berminat dengan bidang perniagaan makanan,maka mereka merancang untuk berniaga ketika Maria hamil anak pertama.", "Berkat kerajinan dan kesungguhan Halim dan Jalil sejak mereka muda,kini mereka sudah mempunya empat cawangan kedai makan sederhana besar bertemakan masakan kampung. Nasi kukus ayam berempah adalah menu utama di setiap cawangan mereka.", "Sehinggalah pada suatu hari Halim berbincang dengan Maria untuk membuka sebuah kedai makan kecil di kawasan rumah pangsa berdekatan taman perumahan mereka. Ketika ini mereka sudah memilik lima orang anak. Raisya,Hana,Mimie,Azim dan Thalia.", "“Dua puluh tahun sudah ibu ke sana ke sini bantu ayah. Inilah masanya berehat,berniaga dekat dengan rumah. Biar abang dengan Jalil uruskan kedai makan yang lain,” Halim ingin isterinya dapat rehat yang cukup. Tak perlu lagi membantu di restoran yang jauh dari rumah.", "“Boleh lah. Lagi pun warung tu tak besar mana pun. Nanti saya ajak kak Senah dengan anak bujangnya kerja sekali,”", "Kak Senah adalah pengasuh anak-anak Maria sejak dulu. Kelebihan kak Senah adalah masakan kampung. Menu Pantai Timur.", "Dipendekan cerita,maka beroperasilah kedai makan baru Halim dan Maria. Kali ini Halim tidak mengajak Jalil menjadi rakan kongsi disebabkan warung itu bukan lah besar sangat. Pelanggan pun tak ramai. Maria kendalikan warumg nasi ayam berempahnya bersama kak Senah dan Wafi.", "Pada bulan pertama perniagaan warung Maria dari suam-suam kuku hinggalah menjadi semakin maju. Pekerja kilang yang menyewa rumah-rumah di kawasan itu sudah mulai suka dengan masakan Maria dan kak Senah. Sikap peramah Wafi sangat disenangi pelanggan yang datang setiap hari.", "Pada suatu hari Jalil minta cuti sebulan kerana ada hal keluarga yang perlu diuruskan di Pantai Timur. Halim terpaksa membenarkan Jalil balik. Walau pun Halim tahu dia tak mampu uruskan semua kedai makannya tanpa Jalil.", "Suatu pagi. Ketika anak-anak tidur lena dibuai mimpi, Maria terjaga. Hatinya berdebar tidak tahu apa sebabnya.", "Jam di atas meja solek menunjukkan tepat jam 5 pagi. Maria bangun perlahan menuju ke ruang tamu.", "Debaran di hati semakin kencang. Seperti ada sesuatu berlegar-legar di sekeliling rumahnya. Maria hanya melihat sekilas pandang seperti bayangan hitam bergerak-gerak.", "Waktu begini Halim sudah pun ke pasar besar mencari bahan untuk perniagaan mereka. Ketiadaan Jalil membuatkan Halim bertambah sibuk.", "Maria membuka pintu. Langit masih gelap bersama awan yang berkepul kehitaman. Nampaknya hujan bakal turun.", "Seperti biasa Maria akan menyapu laman rumahnya sementara menunggu Halim balik dari pasar. Halim akan belikan sarapan untuk anak dan isterinya.", "“Tanah apa ni?” Maria terkejut apabila kakinya terpijak tanah yang entah dari mana. Bertaburan di depan pintu. Dicarinya penyapu yang biasa disandarkan tepi pasu bunga.", "“Telur? Ayam siapa pula bertelur tepi pintu ni?” Maria tersenyum sinis melihat ada telur ayam di kiri dan kanan pintu rumahnya. Baru dicapai sebiji,tiba-tiba ada bau yang kurang menyenangkan menerjah ke hidung Maria. Dia hampir nak muntah kerana bau yang sangat meloyakan.", "Lalu diambil kedua-dua biji telur itu untuk dibuang ke luar pagar rumah. Telur pecah tembelang! Getus hatinya. Tangannya juga terasa masih melekat bau busuk yang menjijikan.", "Maria terasa ingin muntah. Dipegangnya dada. Kemudian terus berlari ke dalam rumah tanpa menghiraukan kakinya yang kotor.", "Ada sesuatu yang tersekat di kerongkong . Maria terbatuk-batuk di depan sink. Ditepuk dadanya berulang kali. Kepala mula terasa pening. Tapak kakinya bagai tertusuk duri.", "“Kenapa,ibu? Batuk dari tadi macam teruk je,” Hana memang tak mampu lelapkan mata bila mendengar ibunya batuk kuat. Maria tidak mampu menjawab. Mukanya merah padam menahan sakit di kerongkong. Seperti ada pisau yang menghiris-hiris. Hana menepuk dari belakang.", "“Ibu duduk dulu,kenapa batuk sampai teruk macam ni?” Hana cemas.", "Pang!!! Satu tamparan melekat di pipi Hana. Mata Maria merah dengan berlinangan airmata menahan kesakitan. Dia menolak badan Hana.", "Mendengarkan bunyi riuh di dapur, Raisya pula keluar dari bilik. Kelihatan Maria menjerit menghalau Hana. Bingung seketika. Apa yang terjadi?", "“Kau pergi dari sini!! Aku panas lah!!!” Itulah yang Raisya dengar dengan jelas keluar dari mulut ibunya. Hana menangis sambil menahan sakit di pipi.", "“Ya Allah,ibu tampar Hana? Kenapa ibu? Apa Hana dah buat sampai ibu marah macam ni?” Raisya menjerit.", "Maria menggenggam kuat rambut Raisya,dia menjegilkan mata dengan wajah yang bengis.", "“Kau diam! Aku sakit. Kau apa tahu!” Genggaman tangan Maria semakin kuat. Raisya menjerit meminta ibunya lepaskan dia. Hana juga ikut membantu meleraikan tangan Maria. Suara Maria semakin kasar. Batuknya semakin menjadi-jadi. Tubuh Hana ditolak lagi. Hana lari masuk ke bilik memanggil adiknya,Mimie.", "Ketika Mimie berlari ke dapur hanya tinggal ibunya yang terbaring di atas lantai. Nafas Maria tersekat-sekat. Ketika membuka mata dengan payah,dia ternampak Mimie sedang menangis di sisinya. Ada bayangan hitam berdiri di belakang Mimie. Badan Mariah menggigil.", "“Ibu,” Mimie memeluk Maria sekuat hati. D***h mengalir keluar dari mulut Maria.", "Sejak pagi itu, Maria sudah tak mampu keluar berniaga seperti selalu. Badannya bagaikan dicucuk jarum. Seleranya hilang. Kepala sentiasa sakit bagaikan ditumbuk-tumbuk. Bila ceritakan keadaan dia pada Halim dan anak-anak, cuma Mimie yang mahu mempercayainya.", "“Ibu penat sangat ni. Kalau tak sanggup buat, kita tutup la warung baru tu. Daripada ibu sakit macam ni,” Halim mulai rasa bersalah kerana biarkan isterinya bersusah-payah untuk membantu keluarga.", "“Sampai anak-anak jadi tempat ibu lepaskan kemarahan. Cubalah ibu luahkan elok-elok,tak perlu lah baran macam ni. Kesian anak-anak jadi mangsa,” Halim benar-benar menyesal bila biarkan Maria tertekan.", "Maria hanya mampu menagis. Halim tak percaya apa yang dia luahkan. Dia tak dapat kawal diri ketika berkasar dengan anak-anaknya. Halim,Raisya dan Hana langsung tak percaya cakap Maria.", "Seorang demi seorang keluar dari biliknya. Meninggalkan Maria bersama hati yang terguris dalam. Maria pasrah.", "Suatu malam terjaga dari tidur, Maria cuba bangun untuk mencari air mineral. Tekaknya haus.", "Arghhhhh!!!! Satu bayangan hitam bermata merah menyergah dari bawah katil. Maria menjerit sekuat hati.", "Raisya memandang wajah Hana. Hana lemparkan pandangan ke luar rumah. Sambil berkata,”Kak Long pergilah. Ibu bukan suka dengan Angah,”", "Raisya mencampak bantal ke arah Hana. Kemudian dia keluar mencari Mimie. Mimie yang baru balik dari kedai runcit terkejut mendengar jeritan Maria. Terus berlari ke arah bilik ibunya.", "Ketika pintu terbuka. Mimie lihat Maria sedang meronta-ronta seperti dicekik sesuatu. Dengan pantas dia memeluk tubuh Maria dari belakang. Seperti ada satu tenaga kuat sedang menarik ibunya.", "“Jangan kacau ibu aku!!!!” Mimie menjerit sekuat hati. Tubuh Maria tercampak dan menghempap tubuh kecil Mimie. Mereka berpelukan ketakutan.", "“Mimie ada, ibu.,” Mimie mengusap bahu Maria. Nafas Maria berubah menjadi laju. Dia memalingkan mukanya ke belakang. Mimie lihat wajah Maria berubah menjadi pucat dan bermata merah.", "“Mengucap,ibu!” Mimie merayu sambil membaca surah tiga Qul. Ada sesuatu yang menguasai tubuh Maria,itu yang terlintas di kepala Mimie.", "Mujurlah ketika itu Halim balik menghantar makanan untuk anak isterinya. Halim leraikan Maria dengan Mimie. Kekuatan Maria memang seperti tenaga seorang lelaki berbadan sasa.", "Hari berganti hari keadaan Maria semakin parah. Dia selalu ternampak bayang hitam bermata merah berlegar-legar di dalam bilik. Tidurnya tak pernah lena, bunyi cakaran di setiap sudut dinding. Ada kalanya bunyi orang bercakap dalam bahasa yang dia tak faham. Katil kerap digoncang.", "Sudah berulang kali ke klinik dan hospital, namun dokter tidak dapat mengesan penyakit Maria berpunca dari apa. Halim pula tak banyak masa menemani Maria. Ada ketikanya Maria nampak makanan penuh dengan cacing dan langau. Pernah dia membalingkan makanan ke arah Halim.", "“Apa nak jadi lah dengan ibu ni. Memberontak je tahunya!” Halim semakin hilang sabar dengan perangai Maria. Anak-anak juga mula menjauhkan diri.", "Suatu malam ketika Mimie masak bubur nasi untuk Maria,ada bunyi benda jatuh dia atas bumbung rumah. Mimie memandang sekeliling. Ada bau bangkai yang menyengat hidung. Terdengar jeritan Maria dari biliknya. Mimie padamkan api dapur dan terus berlari mendapatkan ibunya.", "“Pergi!!! Jangan b***h aku!!!” Maria mencampakkan barang ke kipas. Mimie cuba menenangkan. Dipegang kedua-dua lengan Maria. Tapi kekuatan badannya tak mampu menahan rontaan Maria.", "Maria menunjuk ke atas kipas sambil menjerit, “jangan b***h akuuuu…” perkataan itu diulang-ulang. Mimie memandang ke atas,kelihatan kepala dan badan paras pinggang sahaja sedang menyeringai berbaring di atas kipas. Ada pisau di dalam tangannya. Sesekali lidahnya terjelir sambil menjilat pisau yang penuh dengan d***h. Dihiris badannya..kemudian dijilat lagi d***h yang meleleh. Terasa loya tekak Mimie melihat keadaan iblis yang mengganggu Maria.", "Maria menjerit histeria sehingga didatangi jiran sebelah rumah. Raisya membuka pintu bilik. Melihatkan keadaan Maria yang separuh histeria itu Raisya menarik dua adik kecilnya berlari ke bilik sebelah. Jiran yang datang menjenguk adalah Haji Abu dan isterinya Hajah Ulya.", "“Tolong tengokkan ibu, tolong lah…,”Hana merayu Hajah ulya yang terpinga-pinga di depan pintu bilik.", "Haji Abu membaca ayat Kursi. Setelah selesai dia menyapukan tangan ke muka dan kemudian melangkah masuk ke bilik Maria. Lengan Hajah Ulya dicuit agar masuk bersamanya.", "“Allahuakhbar. Maria!” Hajah Ulya berlari mententeramkan Maria yang meronta-ronta minta dilepaskan oleh Mimie. Maria memandang tajam ke wajah Hajah Ulya. Suara seperti anjing mendengus keluar dari mulut Maria. Mimie dan Hajah Ulya berasa seram. Mimie memeluk kuat pinggang ibunya. Maria seperti hendak menerkam ke.arah Hajah Ulya dengan mulut yang ternganga luas.", "Halim terpacul di depan pintu. Terus ditarik Maria sekuat hati.", "“Kenapa Halim biarkan Maria sampai jadi macam ni? Berapa lama Maria sakit ni?” Haji Abu bertanya.", "“Dua minggu. Mimie dengan ibu je nampak benda tu. Ayah dengan kakak-kakak semua tak percaya,” Mimie menangis melihat keadaan Maria yang tidak terurus. Hancur hatinya bila Halim cakap ibunya sudah gila. Sedangkan dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.", "“Isteri kamu kena khianat ni! Keluarga kamu tak disenangi orang. Aku tak tahu siapa. Tapi aku dapat rasa dalam rumah kau ni ada benda kotor yang orang hantar. Maria jadi mangsa sihir,” Halim terduduk di sisi Maria dan Mimie. Serta-merta airmatanya mengalir.", "“Halim, kau bawa anak isteri kau pindah dari sini. Untuk sementara waktu ni aku panggil kawan-kawan cuba bersihkan benda kotor yang ada dalam rumah kamu. Jangan tunggu lagi. Sebelum Maria lebih tenat dari sekarang,baik kamu bawa dia pergi ke tempat lain,” Haji Abu membaca sesuatu sambil memandang sekeliling.", "Keadaan Maria semakin reda. Dia terkulai kerana merasa tubuhnya sangat sakit. Pelukan Halim dan Mimie membuatkan dia rasa lebih tenang.", "Seminggu berlalu. Mereka berpindah ke rumah pangsa berdekatan warung Maria. Keadaan Maria masih lemah dan tak mampu lakukan apa-apa.", "Halim telah serahkan warung itu kepada kak Senah,suaminya Pak Awe dan Wafi. Biarlah mereka mendapat rezeki di situ.", "Sudah bertambah pula menu nasi kerabu kesukaan Maria dan anak-anak.", "Halim teringat kembali kata-kata dari Haji Abu. Ada orang sakit hati melihat mereka menambah kedai baru. Sepatutnya benda itu mahu menjerat Halim. Tapi disebabkan Halim tak balik ke rumah kerana sibuk membersihkan kawasan kedai di Puchong, lalu santau yang diadun bersama dengan abu tulang khinzir, tanah kubur dan telur tembelang yang diletak kiri kanan pintu rumahnya tidak mengena mangsa yang dituju.", "Halim berserah sepenuhnya kepada Sang Pencipta. Dia mula pasrah bila Haji Abu memberitahunya orang yang menghantar sihir adalah rakan karibnya, Jalil. Terduduk Halim diatas lantai. Pada mulanya Halim sukar menerima kenyataan. Tak mungkin Jalil sejahat itu. Mereka setiap hari berhubung ketika Jalil balik kampung. Terlalu mengambil berat pada keluarganya.", "Telefon pintar berbunyi. Tertera nama Jalil pada skrin. Halim laju menjawab.", "“Abang Halim. Noor isteri Jalil ni. Buat masa ini Jalil tak balik ke sana ye, bang. Hari-hari dia meracau menjerit kata ada orang nak b***h dia. Petang tadi dia lari ke luar rumah, kena langgar motor foodpanda….,” terputus seketika suara Noorbaiti. “Jalil kata ada benda kejar dia, kami tak nampak apa pun,”", "“Baiklah, Noor. Jaga Jalil baik-baik,” Halim tak tahu apakah ada kaitan semua ini. Bila mengingat kembali perbuatan orang yang menghantar sihir, dia mula rasa simpati pada Maria. Setelah perit jerih selama dua puluh tahun menemaninya, sakit yang Maria dapat.", "“Jalil dah tak macam dulu, bang Halim. Kakinya patah. Dia dah hilang ingatan. Macam orang gila. Halalkan apa yang Jalil termakan dan terambil. Maafkan Jalil kalau dia ada buat salah selama ini,” terngiang-ngiang lagi suara Noorbaiti.", "Halim telah menghalalkan semuanya dan memaafkan apa yang Jalil lakukan pada keluarganya.", "Siapa kita untuk menghukum sesama manusia. Halim cuma berharap Maria cepat sembuh setelah mengalami pelbagai gangguan. Terbit rasa menyesal kerana tidak mempercayai Maria, sedangkan itulah wanita yang banyak berkorban untuk dia dan anak-anak.", "Sekian lah cerita dari untuk kali ini. Kisah benar ini terpaksa panda olah semula nama setiap watak. Sdeamat membaca." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-sewaktu-di-hospital/
Pengalaman Sewaktu Di Hospital
[ "Jika ada sesiapa di antara kita atau ahli keluarga kita yang ditakdirkan nanti ditahan di wad hospital..Sebelum keluar dr hospital bacalah ayat matsurath atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, dpn & blkg sblm pulang ke rumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yg mengikut kita pulang. Yg mnjadi mangsa ialah anak2 kita", "“Bila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!” April 19, 2017", "Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya.", "Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.Aku bukan bertujuan menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.", "KES SATU*", "Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar ***** ******. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka seakan-akan menanti saatuntuk terjun ke bawah.", "Di hujung pula, aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. D***h memancut keluar dari tengkuknya.Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka.", "Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya.Seorang kanak-kanak pula menarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya.", "Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini, percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat dengan mata kasar.", "KES DUA*", "Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan matanya kemerah-merahan.Bila aku ceritakan pada isteri, dia terus terdiam.Aku terus baca ayat quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut.", "Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau tidak sihat.Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah.Dia tahu siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh.Matanya tepatmemandang ke arah aku.", "Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus hilang.", "“Laa, pasaipa abang pi hembus?", "Sat lagi kecoh wad,”", "Tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya.Ada betul juga katanya, aku hanya terdiam.Itulah sikap aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur.", "KES TIGA*", "Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang lelaki,rupa-rupanya dia di ambang sakaratul maut.", "Anak-anaksibuk dengan handphone, telefon sana sini.Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran ayahmereka.", "Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu.Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu.", "Bukan kita tengok dan kata pada ayah,“Ayah, mengucap ayah. Mengucap…”sambil tersedu-sedu.Kalau kita sayang mereka, kita bantu mereka saat ini.", "Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya.", "Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan, ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis.", "Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.", "KES EMPAT*", "Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibu.Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia.Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke pejabatnya.", "KES LIMA*", "Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu mertuaku.Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit.", "Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang.", "Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut.Matanya hanya pandang ke bawah saja.Sesekali rambutnya akan tersangkut atasbahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital.Sebab itu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat.", "Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang ke rumah. Amalkanlah.", "Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.", "kredit : Ariff Budiman Zainal Abidin ." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/gara-gara-pondok-part-3/
Gara-Gara Pondok part 3
[ "“Apabila selesai pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, pihak hospital telah mendapati bahawa Putri Ain binti Ahmad Syazwan telah mengalami Fokal Neurologik.” Kata doktor pakar yang merawat Ain.", "“Fokal Neurologik tu ape doktor?” tanya Putri untuk kepastian.", "Fokal Neurologi ini bermaksud kerosakan pada saraf tunjang atau fungsi otak yang menjejaskan sesetengah bahagian tubuh. Hal ini mungkin terjadi kerana dulu Ain pernah mengalami kemalangan yang teruk.", "“Sawan?” tanya Razi.", "“Boleh juga kalau nak guna perkataan itu tetapi sakit yang dialami pesakit lebih kepada saraf bahagian otak yang terjejas akibat kemalangan lalu.” jelas doktor lagi.", "Setelah doktor memberitahu keadaan Ain pada Putri dan Razi, mereka masuk ke dalam ward untuk lihat bagaimana dengan keadaan Ain.", "Tak lama selepas itu Ain mula sedar dan mereka gembira melihatnya. Ain ditempatkan dalam ward selama lebih 3 minggu untuk tempoh pemantauan pihak hospital.", "Hari – hari mereka datang menjenguk keadaan Ain, di bandar besar itu tiada siapa yang menjaga mereka melainkan mereka sesama sendiri. Razi anak yatim piatu manakala Ain dan Putri juga anak yatim piatu. Hanya atuk dan nenek putri sahaja yang berada di kampung dan mereka tidak tahu keadaan ain. Ini kerana Putri tak nak mereka risaukan mereka di bandar. Razi pula kehilangan semua keluarga akibat rumah nya pernah dirompak semasa dia masih kecil, dan ibu, ayah serta kakak kandungnya d*****h dengan kejam.", "Setelah itu Razi dibesarkan oleh pihak jabatan kebajikan masyarakat di rumah anak – anak yatim kerana dia tiada waris terdekat.", "Satu petang, mereka menjemput AIn untuk pulang dari hospital setelah mendapat kebenaran dari pihak doktor. Dalam perjalanan ke hospital sempat Razi mengajak Putri ke tempat kerja nya untuk berjumpa dengan pakcik Salleh. Razi rasakan apa yang dilalui oleh Ain ada kena mengena dengan puaka dekat pondok tu.", "“Kamu berdua jangan lah risau hal saka tak bertuan tu. Bukan salah benda tu apa yang berlaku pada Ain. Ini semua takdir ALLAH.” jelas pakcik Salleh.", "“Tapi..” Razi seakan tak boleh terima dengan jawapan pakcik Salleh itu.", "“Jangan terpedaya dengan mainan syaitan. Pakcik dah anggap kamu macam anak sendiri. Dan setahu pakcik, saka tu tak pernah buat mudarat pada orang lain. Dia cuma ada disitu dan akan mengamuk jika ada orang nak pisahkan dia dengan tuan yang dia anggap masih ada tu.” penjelasan pakcik Salleh kali ni mampu menenteramkan perasaan Razi.", "“Sabar bang, mungkin betul apa yang pakcik Salleh cakap. Kita kena kuat demi kakak.” Putri cuba motivasi pada Razi.", "“Yelah, hal puaka tu kita jangan fikir dulu sementara ni. Lepas Ain sembuh sepenuhnya baru lah kita fikirkan macam mana kita nak buat pasal puaka tu. yang pastinya kita tak boleh abaikan hal puaka tu, kalau tidak ramai lagi yang akan dikacau bila lalu kawasan tu. lagi – lagi pada waktu malam. Silap – silap boleh menyebabkan kemalangan maut.” jelas Razi panjang lebar.", "“Yelah tapi ada satu syarat.” kata Putri.", "“Apa pulak kali ni?” tanya Razi sambil buat muka menyampah.", "“Abang kena bawak Putri dengan kakak pergi makan steamboat malam nanti.” jawab Putri selamba sambil menyengih.", "“Haa, boleh bungkuskan pakcik sekali.” kata pakcik Salleh sambil ketawa.", "Selepas mereka berbual panjang, mereka berdua mengundurkan diri dan terus pergi ke hospital untuk menjemput Ain.", "Putri dan Razi perlu berjumpa doktor pakar yang merawat Ain dulu sebelum Ain dibolehkan untuk pulang.", "Dalam bilik doktor, mereka di beritahu keadaan Ain semakin pulih sepenuh nya. Mungkin ini adalah keajaiban ALLAH untuk hamba yang selalu meminta tolong dariNYA. Setiap malam Razi bangun untuk solat tahajjud dan meminta ALLAH untuk menyembuhkan Ain. Pada Razi, dia tidak ada keluarga dan mengangap Ain dan juga Putri sama seperti keluarga nya sendiri. Bertuah sungguh Ain dan Putri ada Razi sebagai sahabat yang selalu mendoakan mereka.", "“Tapi ingat, cik Ain belum sembuh sepenuhnya. Walaupun kerosakan saraf kembali pulih dengan sendiri nya kamu semua harus lebih berhati – hati kerana mungkin juga ini sementara. Hal ini sangat jarang terjadi, pesakit pulih dengan sendirinya. Tapi itu semua bukanlah syarat kamu untuk kamu tidak mengendahkan penyakit cik Ain yang masih baru datang dan pergi macam ni. Awak faham kan?” tanya doktor setelah memberi penjelasan panjang lebar.", "“Faham doktor.” jawab mereka serentak.", "Sebelum keluar mereka mengucapkan terima kasih pada doktor yag merawat Ain. Mereka masuk kedalam ward dan nampak wajah Ain kelihatan sedikit pucat, mungkin kesan daripada rawatan hospital. Tapi yang pastinya wajah Ain berseri tak sabar nak balik dan nak meneruskan pengembaraan bersama mereka.", "Keluar dari hospital mereka terus balik ke rumah untuk membersihakn diri dan berehat sementara nak tunggu malam. Razi singgah dipejabat untuk menyerahkan surat cuti tanpa gaji selama 4 bulan untuk menjaga Ain dan Putri. Takut apa – apa yang tak elok terjadi pada mereka memandangkan Ain masih dalam fasa pemulihan dan dia tak yakin Putri dapat menjaga Ain dengan baik. Ini kerana Razi tahu dan faham sikap Putri yang sedikit kebudak – budakan itu. Kalau dia tak minta cuti sudah pasti Putri akan selalu mengacau Razi ditempat kerja.", "Malam itu Razi datang bersama pakcik Salleh, sengaja dia membawa pakcik Salleh sebab teringatkan pakcik Salleh yang duduk berseorangan pasti akan bosan seorang diri di rumah. Pakcik Salleh shift pagi hari tu jadi boleh lah dia meluangkan masa bersama. Lagipun rumah pakcik Salleh tidak lah jauh sangat, cuma selang 2 taman dari taman perumahan mereka.", "“Eh, pacik Salleh pun ada. Mesti best kan.” kata Putri teruja bila nampak pakcik Salleh membonceng di belakang motor besar Razi.”", "“Mestilah ada, pakcik pun nak makan steamboat juga.” jawab pakcik Salleh sambil tersenyum dan membuat simbol peace di jari.", "Mereka ketawa bersama melihat gelagat pakcik Salleh. Menambah kegelian hati mereka bila lihat pakcik Salleh terkial – kial untuk turun dari motor Razi.", "“Sakit pinggang pakcik naik motor en Razi.” tambah pakcik Razi.", "Motor Razi jenis motor yang tinggi dan bila ada pembonceng di belakang sepatutnya kena peluk penunggang baru tak sakit pinggang. Motor superbike Suzuki GSX-S1000GT warna hitam premium itu.", "“Tak payah berencik – encik lah pakcik Salleh. Pangil Razi je. Kan lagi erat macam tu.” kata Razi sambil senyum.", "“Yelah pakcik ni. Kitorang pun panggil Putri je. Haa, nilah kakak saya, Ain. kak, ni pakcik Salleh, satu tempat kerja dengan Abang Razi.” kata Putri sambil kenalkan kayak nya dengan pakcik Salleh. Ain cuma tersenyum sambil menghulurkan kunci kereta pada Razi.", "“Bang.” panggil Putri di tempat duduk belakang.", "“Haa. nak apa?.” tanya Razi.", "“Betul ke abang belanje ni?.” soal Putri.", "“Betullah, tapi abang belanja pakcik dengan Ain makan steamboat.” jawab Razi sambil memandang ke depan.", "“Abistu Putri macam mana?.” tanya Putri lagi.", "“Dah kau ikut sekali kan. Terpaksa lah aku belanja kau sekali.” nada nya sengaja dikuatkan sedikit.", "“Haa. cam tu lah. Ni yang sayang lebih ni. Tapikan.”", "“Tapi apa?. Soal Razi.", "“Putri lagi sayang kakak daripada abang. Wekk.” jawab Putri sambil memeluk kakak nya disebelah.", "“Gedik pulak minah ni, aku turunkan kau kat pondok depan tu karang baru tahu.” kata Razi sambil memperlahan kereta.", "“Eh bang, janganlah. Benda tu ikut karang. Masalah pulak.” kata Putri", "“Dia ikut maknanya kaulah yang kena ganti dia dekat sini. Hahahaha.” gelak sakan mereka bila Razi dapat menyakat Putri.", "Saat melintas depan pondok puaka tu, mereka berempat perasan makhluk itu berdiri tegak ditengah pondok memerhatikan mereka. Makhluk itu tidak lagi menyembunyikan dirinya daripada dilihat mereka. Mungkin sudah penat bersembunyi ataupun mungkin mereka pernah mengalami kejadian disitu.", "Sampai sahaja di kedai makan, Putri dulu yang turun dari kereta dan terus berjalan kearah dalam kedai dan meninjau – ninjau menu yang ada.", "“Gelojoh betul minah ni.”bebel si Razi.", "Baru sahaja mereka nak melangkah pergi dari kereta, Putri datang kembali dengan mengarahkan mereka masuk kedalam kereta semula. Mereka ikut sahaja kata Putri.", "“Kau pahal?tadi gelojoh sangat.” tanya Razi.", "“Pergi tempat lain lah bang.” jawab Putri", "“Eh pelik lah kau ni. Tadi kata nak makan steamboat.” kata Razi lagi.", "“Dia ada nampak lah tu.”Pakcik Salleh berkata.", "“Laa yeke. Oklah, kita pergi cari steamboat lain.” kata Razi tanpa menyoalkan lagi si Putri.", "‘Pakcik pun nampak ke?” tanya Putri.", "“Nampak Putri. Banyak betul haiwan peliharaan yang tuan kedai pelihara.” kata pakcik Salleh.", "Razi dan Ain macam biasa terpinga -pinga.", "“Yeah, dah ade geng la macam ni. Ni yang best ni .” kata Putri bila tahu pakcik Salleh juga sepertinya yang hiab terbuka.", "Mereka sampai ke destinasi steamboat yang agak jauh dari kawasan perumahan mereka. Tempat tu menarik sebab berada berdekatan di tepi pantai. Selepas makan, mereka semua bersantai di tepi pantai sambil mengambil angin malam yang segar.", "“Pakcik ceritalah macam mana kisah pakcik boleh jadi macam saya. Alaa, boleh nampak diorang – diorang tu.” Sambil muncungkan mulut kearah hujung pantai.", "Serentak dengan tu mereka semua berpaling kearah hujung pantai tersebut. Seperti biasa, hanya Putri dan pakcik Salleh sahaja yang nampak.", "Sebenarnya hijab pakcik Salleh tidak lah terbuka sendiri seperti Putri. Tapi sewaktu pakcik Salleh muda dulu, dia sengaja membuka hijabnya sendiri. Ini kerana pakcik Salleh perwatakkan hampir sama dengan Putri sewaktu sama usianya dulu. Perasaan ingin tahu, pakcik Salleh nekad berjumpa dengan seorang lelaki tua untuk membuka hijab. Tapi yang sedihnya, pakcik Salleh tak sempat menutup hijabnya, lelaki tua itu telah m**i kerana sakit jantung. Maka pakcik Salleh pun terpaksa hidup dengan dapat melihat semua makhluk – makhluk itu.", "Walaupun pada awalnya pakcik Salleh takut dan trauma, tapi dah tak boleh buat apa. Orang tua tu pun dah m**i jadi dia harus membiasakan diri dan sebab itu jugalah pakcik Salleh tak berkahwin sehingga sekarang.", "“Pakcik, tak ada cara ke kita nak selesaikan masalah puaka pondok tu?” Tanya Razi kepada pakcik Salleh sambil menghembus kepulan asap dari mulutnya.", "“Ada tapi..” termenung seketika pakcik Salleh menghadap pemandangan laut didepan.", "“Tapi apa?” Ain bertanya.", "“Kita kena cari orang asal kampung situ untuk tahu cerita asal usul saka tu dari awal.” kata pakcik Salleh.", "“Pakcik bukan orang asal sana ke?” tanya Putri.", "“Bukan, pakcik tahu cerita ni pun dari kawan pakcik yang memang penduduk asal situ. Tapi dia dah meninggal hujung tahun lepas. Isteri dan anaknya masih hidup. Esok kita pergi cari rumah mereka nak?” Ajak pakcik Salleh.", "“Boleh juga, kami tak kerja dan Putri tak ada kelas esok. Tapi pakcik?” soal Ain.", "“Pakcik offday esok. Jadi boleh lah pakcik tolong kamu bertiga mana yang pakcik mampu.” kata pakcik Salleh.", "“Cantekk!” kata Putri sambil menunjukkan isyarat ibu jari kepada mereka.", "Dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang diperhatikan oleh sekumpulan orang dari arah parking kereta. Bila mereka bangun nak menuju ke kereta, mereka disapa oleh orang – orang yang tadi nya memerhatikan mereka.", "“Waalalaikumsalam, ya?” jawab Razi.", "“Maaf ya kami nak tanya, apa yang kamu berempat buat dekat sini?” tanya seorang lelaki.", "“Oh, tak ada apa. Saja mengambil angin malam selepas makan dekat sa..” mata Razi terbeliak, kedai makan yang mereka makan tadi tiada. Yang ada cuma lah pokok besar dengan beberapa meja buruk sahaja.", "“Eh dah hilang??” Putri pula bersuara.", "Mereka kelihatan keliru. Sekumpulan orang itu membacakan ayat ruqyah dihadapan mereka. Rupanya mereka dipermainkan syaitan Laknatullah. Tiada pun gerai makan disitu. Dan hanya mereka berempat selain sekumpulan lelaki tadi yang berada disitu. Beberapa keluarga yang tadinya ada di sekitar situ juga telah ghaib.", "“Astagfirullah. Apa semua ni?” soal pakcik Salleh.", "“Macam ni, dari tadi lagi kami nampak kamu berempat duduk di meja buruk dekat sana, lepas tu kami nampak kamu duduk di tepi pantai sana. Kami syak kamu dah dipermainkan.” jawab seorang lelaki dalam lingkungan lewat 30an itu.", "“Tak guna punya setan!” Bentak Razi.", "Ain memuntahkan segala isi perut selepas terfikir apa yang mereka telan tadi sepanjang dipermainkan syaitan itu. Mereka yang lain juga turut muntah. Pasir berlendir sahaja yang keluar dari mulut.", "Orang – orang bacakan doa pendinding bagi mereka dan merawat keadaan mereka disitu, selepas semua nya sedikit pulih mereka semua pergi ke masjid berdekatan untuk berehat.", "“Apa lah nasib kita ni, asyik kena kacau je” keluh Ain.", "“Tak apa, anggap saja ALLAH nak uji hambanya.” jawab pakcik Salleh.", "Sekumpulan lelaki itu datang ke masjid dengan membawakan mereka makanan untuk dimakan. Mereka tahu perut terasa sangat lapar lepas nampak mereka berempat muntah sampai lembik tadi.", "Lepas makan mereka meminta untuk pulang ke rumah, pesan lelaki itu teruslah bertawakkal kepada ALLAH bila datang setiap masalah. Sesungguhnya ALLAH tempat berlindung dari tipu daya syaitan.", "Selepas sampai di rumah Ain dan Putri, Razi meminta izin untuk memandu kereta Putri pulang kerana keadaan badan yang masih lemah sukar untuk menunggang motosikal besar itu. Dah lah motorsikal nya berat.", "“Tula, sape suruh beli motor besar – besar. Kan dah susah nak bawak.” perli si Puteri.", "Malam itu pakcik Salleh tidur dirumah Razi, kerana Razi sendiri dah tak larat nak memandu dengan lebih jauh. Mereka membersihkan diri dulu sebelum tidur.", "Esok pagi Razi terkejut apabila bangun kerana Pakcik Salleh tiada di bilik. Seraya dengan itu ada bunyi bising dari arah dapur. Kelam kabut Razi untuk bangun dari katil dan pergi kearah bunyi tersebut.", "Sampai sahaja di dapur dia melihat ada sesosok manusia terbongkok – bangkok di dapur. Nampak seperti sedang mencari sesuatu yang jatuh di lantai. Dengan berhati – hati Razi melangkah mendekati. Jam di dinding dikerling menunnjukkan baru jam 6.15 pagi. Keadaan yang samar-samar menghadkan pandangan Razi. Tiba – tiba…" ]
[ "Wuu taksabar tunggu sambungannn", "Next plis", "BILA NK SAMBUNG CERITA NI…." ]
https://fiksyenshasha.com/gara-gara-pondok-part-2/
Gara-Gara Pondok part 2
[ "Pagi – pagi lagi Razi dah terpacak depan rumah putri. Bagi salam tiada yang menyahut. Hampir 10 minit menunggu Razi menelefon Putri.", "“Waalaikumsalam. Ye bang?”", "“Mana kau? 10 minit aku tunggu depan rumah kau ni. Lambat aku balik!”", "“Rilek la bang, bukan salah Putri pun.” Putri mulai menyakat.", "“Banyak lah bukan salah kau. Abis tu takkan salah aku pulak.” kata Razi sedikit geram.", "“Memang salah abang pun. Tahu tak sebab apa??” soal Putri.", "“Apa??” Razi menjawab separa marah.", "“Haha. Yang abang tunggu depan rumah kosong tu dah kenapa? Hilang ingatan ke?” Putri tidak lagi menahan gelak tawanya.", "Terpinga – pinga Razi melihat kedalam rumah itu. Ya betul, rumah kosong. Rumah Putri selang 2 buah dari rumah itu.", "Muka Razi kemerahan menahan malu kerana penduduk sebelah rumah kosong itu keluar memerhatikan dia. Terus hidupkan enjin motor, dan pergi kearah rumah Putri.", "“Asal kau tak bagitahu aku?” soal Razi.", "“Macam mana nak bagitahu, abang tengah sibuk bagi salam. Nak tengok jugak kot kot ada yang jawab dari dalam. Hahaha, orang sini kata rumah tu keras.”", "“Hampeh betul kau ni. Dah lah, jom kita gerak.”", "“Kejap, belum siap. Abang tunggu lah sini. Parking dulu motor kat ampai baju tu.sape suruh datang awal sangat.” Putri masuk kedalam sambil membebel.", "Dalam rumah tu Putri duduk bersama kakak nya Putri Ain. Sedang Razi duduk di kerusi diluar, Ain keluar nak menjemur pakaian.", "Razi menegur Ain yang memang dikenali semasa baru berkenalan dengan Putri dulu.", "“Eh Ain. nampak cantik hari ni.”", "“Mana ada zi, muka tak mekap ni dikatanya cantik. Nak kemana dengan Putri pagi – pagi macam ni? Dah sarapan belum?” tanya Ain yang sebaya dengan Razi.", "“Ntahla si Putri tu. Nak merungkai misteri katanya. Jangan masalah yang datang sudah. Dah la degil. Belum sarap lagi Ain, kejap lagi kot.” balas Razi.", "Ain masuk kedalam rumah dan mengambil mihun goreng dan segelas air kopi buat Razi.", "“Nah, makan lah dulu sementara tunggu budak Putri tu siap, Ain masak tadi pagi.banyak lebih, dah bagi jiran sebelah ni pun masih ada lagi.” kata Ain sambil sambung menjemur baju.", "“Perghh, dah lah cantik, rajin pastu baik hati pulak. Kalau lah..”", "“Haa, skodeng apa tu?” jerit Putri mengejutkan lamunan Razi.", "“Opocot.. Aduh p****g lah kau ni Putri.baru nak layan feeling ada surirumah pepagi camni.” kata razi sambil menyuap mihun goreng ke dalam mulut.", "“Cepat kau mandi hari ni Putri. Biasa nya 2jam.” kata Ain.", "“Ish kakak ni, mana sampai 2jam. Tadi lepas subuh Ain dah mandi lah. Ni tukar baju je. Lagi pun kalau lama – lama nanti orang tua tu bebel pulak.” sambil muncungkan mulut kearah Razi.", "Razi hanya menjeling sahaja ke arah Putri. Baginya Mihun goreng itu lebih memerlukan perhatian dia.", "Ain berpesan dengan mereka jangan buat apa – apa yang membahayakan diri. Risau juga kalau ada apa – apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka, Ain pun bukan lah ada kawan sangat. Lebih pada Razi dan adiknya saja.", "“Kak, akak tak kerja kan hari ni? Apa kata akak ikut sekali?” Putri memberi idea untuk Ain.", "Razi juga bersetuju, sekurang – kurang nya dia tak lah penat sangat nak melayan karenah Putri macam budak kecik tu.", "“Akak belum siap lagi ni, nak tunggu karang lama pulak.”", "“Takpe, kami tunggu.” serentak mereka berdua menjawab.", "Ain pun akur dengan cadangan Putri. Dalam kereta Razi yang kena memandu, ini kerana Putri memang malas nak memandu jika Razi ada dengan nya. Ain cuma diam duduk di belakang. Ain memang seorang yang agak pendiam orangnya.", "Sampai sahaja di kawasan itu, Razi terus berhenti tepat di hadapan pondok itu. Dia berani sebab hari masih siang. Kalau malam memang tidak mungkin dia bersetuju dengan cadangan Putri.", "Kawasan itu memang ada satu aura gelap di sekitarnya. Mereka bertiga dapat merasakan hal itu.cuma tak pasti aura itu datang dari pondok itu atau dari kubur lama di situ.", "Masuk saja dikawasan kubur lama yang agak semak itu, aura gelap yang mereka rasakan tadi kian berkurang. Mereka menebas sikit sekitar kubur itu untuk membuat jalan masuk lebih dalam.", "Ada kawasan lapang kira luas 20 langkah sekitarnya dalam kawasan kubur itu. Mereka duduk dikawasan itu dan membacakan doa buat penghuni yang ada di kawasan kubur lama itu. Selepas selesai, mereka berpandangan satu sama lain.", "“Korang rasa tak apa yang akak rasa?” Ain mula bertanya.", "“Ye kak. Kita semua dapat rasa benda yang sama. Yang pasti rasa tu bukan datang dari kawasan ni. Cuma di pondok tu je kan?” soal Putri pula.", "“Ye, aku pun rasa benda yang sama jugak. Jadi macam mana sekarang?” soal Razi pula.", "Memandangkan hari masih awal. Mereka buat keputusan untuk membersihkan kawasan kubur lama itu. Semak samun disitu mereka cantas dan kumpulkan di satu tempat. Kubur – kubur lama itu masih dalam keadaan baik, tiada apa yang rosak atau ada kesan apa – apa yang buruk. Biasanya kubur lama seperti itu menjadi sarang mat gian ataupun orang – orang yang nak menjalankan aktiviti syirik.", "Bila hari petang, kerja – kerja mereka pun hampir selesai, mereka melangkah ke arah pondok untuk balik kerumah. Ain dapat merasakan sesuatu sedang memperhatikan mereka. Hijab Ain tak terbuka seperti Putri tapi dia memiliki kesitimewaan boleh rasa kewujudan entiti dari alam lain yang berada disekitarnya.", "“Putri..” Ain mula berkata dengan nada yang sedikit cemas.", "“Ye kak, ada. Hiraukan je dan jalan cepat. Lari pun tak apa sebab dah dekat sangat dah ni.” Putri menjawab sambil membuka langkah seribu.", "Razi yang tak dapat melihat apa yang Putri lihat dan rasa apa yang Ain rasa mula membuka langkah juga kerana bulu tengkoknya berdiri tegak. Bukan sebab takut, tapi sebab cemas melihat Putri dan Ain mula berlari kedepan.", "Jam ditangan Razi menunjukkan sudah hampir waktu maghrib, mereka tak sedar saat mengemas kawasan kubur tadi. Hampir sahaja mereka sampai ke pintu kereta tiba – tiba ada satu lembaga besar muncul dihadapan mereka.", "Putri terkejut dan sempat berhenti sambil memegang tangan kakaknya Ain kecuali Razi. Razi yang tidak dapat melihat entiti lain terus berlari kedepan dan terus melanggar entiti tersebut. Tembus umpama razi sedang menembusi kabus putih cuma beza nya ini kabus hitam.", "Melihat mereka berhenti, Razi berpatah balik kearah mereka. “Kenapa berhenti??” soal Razi.", "“Aduh bang. Abang datang balik dah kenapa, start lah kereta tu dulu. Aduhai..” kata Putri sambil menolak Razi kedepan.", "“Start kereta pastu reverse sikit zi. Sikit je.” kata Ain pula.", "Razi ikutkan saja kata mereka walaupun rasa pelik dengan tindakan mereka.", "Saat Razi mengundurkan saja kereta kebelakang, mereka terus berlari masuk dengan keadaan kelam kabut kedalam kereta. Tanpa sempat tutup pintu kereta, Putri menyuruh Razi untuk mula bergerak dengan pantas.", "Dalam perjalanan Ain minta untuk singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat maghrib dan pergi makan selepas itu. Tanpa banyak soal, Razi terus membelok ke arah Masjid tak jauh dari kawasan perumahan mereka.", "Selesai solat Razi menunggu di luar kereta menghisap rokok sambil menunggu adik beradik itu selesai urusannya. Sedang asyik menyedut rokok, Razi perasan dari satu sudut bahagian luar masjid ada sesuatu sedang memerhatikan nya. Diamati betul – betul, nampak tak jelas. Razi mula berjalan mendekati arah yang memerhatikan nya itu.", "Ketika Razi berada ditengah – tengah kawasan parking dia dikejutkan dengan panggilan telefon. Bila tengok di skrin telefon, dia menoleh kearah kereta dan nampak Putri melambai kearahnya. Bila dia pusing untuk lihat siapa yang perhatikan dia tadi tiada siapa -siapa disitu. Mungkin khayalan sahaja fikir Razi.", "Dalam kereta Putri mula bertanya kepada Razi. “Bang, abang nak kemana tadi? Abang boleh nampak ke?”", "“Nampak apa? Soal Razi kembali.", "“Abang tak nampak ke cik pon yang berdiri belakang pokok sebelah masjid tadi?”", "Melopong mulut Razi dengar apa yang Putri cakap tu. “Seriuslah ada cik pon kat situ? Aku cuma perasan ada benda tengah tengok aku. Bila pusing tak nampak jelas ape benda. Aku pun nak datang dekatlah. Nasib baik jugak aku tak teruskan langkah.”", "“Nasib baik jugak Putri perasan. Kalau tak awak dah kena peluk dengan cik pon tu dah.” kata Ain sambil ketawa kemudian mereka ketawa bersama.", "Sampai sahaja di kedai mamak favorite mereka, Razi terus memesan teh tarik dan dua horlick ais. Dia memang dah tahu air kegemaran dua beradik tu.", "“Korang nak makan apa? Kata tadi lapar.” soal Razi.", "Putri bangun sambil berkata “ nasi campur lah, tengah kebulur ni.”", "Ain juga mengikut kerana sama – sama lapar satu hari tak makan.", "Selesai sahaja makan, mereka berbincang tentang peristiwa yang mereka hadapi petang tadi. Putri mengatakan memang ada sesuatu ditu dan memberi cadangan esok mereka datang lagi ke situ .", "Ain menolak kerana takut apa – apa yang buruk terjadi. Putri meyakinkan mereka dengan berkata hal terjadi mungkin sebab waktu dah nak malam dan Putri juga mengingatkan mereka mana kerja pada esok hari sebab sekarang masih cuti umum lagi, jadi mereka ada masa lagi 3 hari untuk menyelesaikan misteri ini. Dengan rasa berat hati mereka berdua setuju dengan cadangan Putri.", "Selepas menghantar adik beradik itu balik, Razi membawa motosikal nya untuk pulang kerumah. Dalam perjalanan Razi teringat akan sesuatu hal, dia membelok ke simpang utama dan menuju ke tempat kerja nya.", "Sampai sahaja di tempat kerja nya, dia berjumpa dengan seorang pakcik sekuriti yang dinamakan pakcik Salleh. Pakcik Salleh ni pandai dalam hal – hal mistik, Razi tahu pun kerana rakan – rakan kerjanya banyak bercakap tentang hal Pakcik Salleh ni.", "“Assalamualaikum pakcik.” Razi memberi salam saat sampai ke pondok pengawal.", "“Waalaikumsalam. Eh kamu encik Razi, ada apa malam – malam ni? Nak masuk dalam ke? Tanya Pakcik Salleh.", "“Eh tak, nak jumpa Pakcik jap. Ada benda nak tanya.”", "“Tanyalah apa dia? Jawab pakcik Salleh ringkas", "Razi pun mula bercerita dari awal dia dikacau dekat pondok tu sehingga la kejadian petang tadi. Kejadian dekat masjid juda di cerita nya.", "“Encik Razi jangan bimbang. Hal ni tak memudaratkan, sebab “benda” yang dekat pondok tu takkan ikut sesiapa untuk mengacau.” kata pakcik Salleh.", "“Maksud pakcik?” tanya Razi.", "“Benda tu memang dah dipaku dekat situ. Dengan bahasa lain nya, benda tu asalnya saka.selepas tuan nya meninggal dunia dan dikebumikan dekat kubur belakang pondok tu, saka tu gentayangan mencari tuan baru. Dan penduduk kampung sepakat untuk ikat dia dekat situ.” pakcik Salleh menceritakan kenapa tempat itu berpenunggu.", "“Pasal cik ponti tu?” tanya Razi lagi.", "“Itu sebab badan kau tengah kotor. Patutnya kau mandi bersihkan badan dulu sebelum pergi solat. Nasib baik ada yang perasan kalau tidak, dah tentu tambah lagi masalah kamu.”", "“Kenapa lah orang kampung masa tu pergi kunci benda tu kat situ.” ngomel si Razi.", "“Dah tak ada cara lain, tuan empunya dah meninggal, benda tu akan berkeliaran dekat kubur dan mengacau penduduk kampung. Pernah di alih tempat lain, benda tu balik kesitu mengamuk.” pakcik Salleh menambah.", "Setelah tahu hal sebenar, Razi meminta diri untuk balik kerumah. Letih badan nya seharian membersihkan kawasan kubur lama itu.", "Malam itu ketika Razi sedang tidur, dia bermimpi ada seorang lelaki tua cuba mengejar Razi di satu jalan kampung yang samar – samar. Lelaki tua itu kelihatan marah dan cuba untuk membaling sesuatu kepadanya. Dia tersedar selepas menepis sesuatu yang dibaling oleh lelaki tua itu. Dengan keadaan berpeluh Razi bangun membersihkan diri dan mendirikan solat tahajjud seterusnya mengambil Al-Quran untuk dibaca kerana dia merasakan ada sesuatu sedang menganggu dirinya.", "Selepas solat subuh, Razi menyiapkan sarapan untuk dirinya dan seterusnya bergerak ke rumah Putri. Baru sahaja Razi nak mengunci pintu, telefon nya berdering. Tertera nama Putri Qaseh di skrin telefon.", "“Assalamualaikum bang. Datang sekarang! Kakak pengsan!”", "Dengar sahaja berita itu, Razi bergegas kerumah mereka.", "“Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Razi.", "“Ntah, lepas sarapan tadi, kitorang nak tunggu abang kat luar, tiba -tiba kakak jatuh pengsan.” jawab Putri.", "Mereka menghantar Ain ke hospital dan mereka menunggu di lobi bahagian kecemasan. Hampir 2 jam menunggu seorang misi datang kepada mereka berdua.", "“Kakak awak dalam keadaan stabil tapi masih belum sedar lagi. Petang ni kami akan pindahkan dia ke ward. Nanti awak boleh kesana ya.” kata misi tu lagi.", "Lega hati mereka mendengar keputusan hospital. Mereka batalkan niat nak ke pondok hari itu. Hanya menunggu di hospital mengharapkan Ain sedar sahaja." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/misteri-permainan-lato-lato/
MISTERI PERMAINAN LATO-LATO
[ "Dua hari lepas adik aku (adik perempuan) jemput makan-makan dekat rumah dia. Lepas solat Maghrib aku, mak aku, adik bongsu aku (perempuan) dengan suami dan anak-anak diaorang bertolaklah ke rumah adik aku ni. Dekat aje rumah dia. Tak jauh pun. Lepas makan, borak-borak sekejap, kita orang pun balik.", "Sebenarnya cerita seramnya bukan cerita aku. Tak ada kena-mengena juga dengan makan malam dekat rumah adik aku tu. Hehe!", "Yang aku nak ceritakan sebenarnya, pengalaman seram adik perempuan aku yang sorang lagi ni. Dia duduk jauh! Dekat Kedah. Lepas dia kahwin dengan orang Kedah, terus dia duduk sana. Ada dua orang anak. Yang sulung perempuan. Yang nombor dua lelaki. Kedua-duanya masih sekolah rendah. Ini merupakan pengalaman pertama dia melihat makhluk dari alam ghaib selepas berpindah ke rumah baru beberapa tahun yang lepas. Dia mesej aku ceritakan kejadian yang berlaku malam tu.", "Mungkin ada kaitan dengan permainan yang tengah hangat dan popular sekarang ni. Viral di TikTok. Permainan yang dipanggil, LATO-LATO!", "Sana sini budak-budak main permainan tu. Macam dah ‘berhantu’ pula permainan ni. Bunyinya agak bising dan merimaskan juga. Boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan kalau terkena pada kepala atau anggota tubuh yang lain.", "Sebab nak tahu pasal lato-lato ni, apa yang best sangat. Aku cubalah cari dekat google.", "-Lato-lato: Menggunakan dua biji bola keras diikat dengan seutas tali. Di tengah-tengah tali ada sebentuk key-ring untuk masukkan jari pemain. Cara main dengan menghayunkan dua biji bola untuk mengetuk satu sama lain hingga keluar bunyinya. Tek-tek, tuk-tuk! Tidak kisah dihayunkan perlahan atau laju-laju.", "Anak adik aku ni memang suka permainan lato-lato. Lagipun tengah viral permainan tu sekarang, kan. Ramai golongan kanak-kanak yang bermain lato-lato. Anak-anak buah aku yang lain pun ada main juga. Tapi yang seramnya bila ada golongan makhluk ghaib yang ikut main sama. Haha!", "Anak buah aku yang lelaki ni, pernah kena kacau time dia lepas berkhatan. Dia tak berapa sihat masa tu. Lepas berkhatan dia kena demam panas. Lepas tu meracau. Adik aku bagitahu, anak lelaki dia tu tiba-tiba lari keluar bilik. Dia kata ada 3 lembaga hitam atas tilam. Muka pucat, mata terbeliak. Bila adik aku pergi tengok tak ada apa-apa pun. Anak dia cakap, hantu tu dekat tepi peti ais. Hantu gemuk! Hahaha!", "Ayah dia pula baru balik kerja masa tu. Lepas tahu anak dia sakit, adik ipar aku ni pun suruhlah adik aku pergi minta air penawar dekat pak cik rumah depan. Pak cik tu memang pandai mengubat orang. Orang kena tegur ke. Kena ganggu dengan makhluk halus ke. Anak diaorang tu kena demam panas sampai meracau. Nampak yang bukan-bukan pula tu.", "Adik aku bawa air masak sebotol. Pak cik tu minta nama anak dia. Time ambil air penawar tu dah masuk maghrib. Lepas pak cik tu selesai buat air penawar, adik aku cepat-cepat balik ke rumah. Baca bismillah dengan selawat dulu sebelum minum dan sapu ke muka anak dia. Alhamdulillah! Anak dia terus okey lepas tu.", "Adik aku cakap dalam minggu ni lah kejadian seram tu berlaku. Sebelum ni, dia memang tidur lewat. Jam dah pukul 12:00 lebih dia masih berjaga. Lampu tutup. Tv buka. Tengah main handphone depan tv tiba-tiba nampak kelibat lalu masuk dalam bilik dia. Bila dia buka lampu, tengok? Tak ada apa-apa pula.", "Kadang-kadang dia dengar bunyi atas atap. Macam benda berlari. Tapi tak tahu benda apakah itu? Dalam bilik dia tu ada bilik air. Tapi dia tak gunakan bilik air tu. Air ada. Kepala paip tak ada. Baldi, sabun semua tak ada. Bilik air tu memang tak digunakan. Dia takut juga kalau ada benda yang duduk situ sebab bilik kosong. Pernah juga dia mimpi ibu jari tangan dia kena hisap dengan makhluk jahat. Tak tahulah apa maksudnya?", "Sebenarnya, yang tak boleh tahan tu, masa ‘benda’ tu masuk bilik dia. Tiba-tiba dia dengar bunyi permainan lato-lato. Tek-tek, tuk-tuk! Serammm….", "-Antara mesej WhatsApp aku dengan adik aku yang dekat Kedah tu:-", "Adik: Uit!", "Sis: Apo?", "Adik: Nk taw x?", "Sis: Tau apa?", "Adik: Tadi aku nmpk benda hitam", "Jalan masuk bilik aku", "Sis: Benda apa?", "Adik: Entah…mcm htm", "Aku dok dpn tv…main fon…", "Nampak sekali lalu", "Sis: Lembaga hitam ke?", "Adik: Ya kot…xkn putih", "Ingt bdk2 ni ngigau…aku bkk", "lmpu…xde orang plk", "Sis: Tangkap gambar tak", "Kut ada lagi tu", "Adik: Oiii…byk la ko…gigil aku", "Mlm ni xnk ttp lmpu…bio bil melambung", "Hr tu Shakir sunat…dia demam", "Pastu meracau…tgh tido…lari kluaq bilik dia", "Pastu ckp ada bnda htm 3 atas dia", "Sis: Tapi dekat sini pun banyak lembaga", "Adik: Tula aku nk kongsi", "Pastu pagi tadi aku terbangun", "Sblum Subuh", "Aku dengaq bunyi lato", "Aku xbangun la tngok…seram kottt", "Sis: Dia main lato ke?", "Adik: Nahhh..", "Tek-tek, tuk-tuk!!", "by : Shazlina" ]
[ "srsly x brpe nk fhm" ]
https://fiksyenshasha.com/gangguan-di-maahad-tahfiz/
Gangguan di Maahad Tahfiz
[ "Assalamualaikum,nama saya Izham… panggil saja Iz, pertama sekali saya ingin mohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan ejaan…saya ingin menceritakan pengalaman saya yang diganggu di sebuah Maahad Tahfiz yg terletak di Kedah..(Maahad Tahfiz kat Kedah bukan satu)", "Pada hari pertama di MT.. semua berjalan dengan lancar,saya ditempatkan di asrama 1(untuk pelajar menengah)katil saya berada di hujung asrama tepi tingkap… kira-kira ada 8 orang penghuni asrama 1..pada mulanya ianya agak kekok sikit (first duduk asrama kot),..tapi setelah 5 bulan.. barulah serasi dengan pelajar kat situ…dan pada waktu itu juga barulah terdapat tanda-tanda gangguan,kawan saya Ijan,dia seorang yg gagah la jugak…sebab ramai pelajar yang takut dengan dia..tapi saya boleh kata rapat jugak la dengan dia..hehe, okey.. berbalik kepada gangguan..", "Suatu hari tu, saya dengan Ijan rancang nak bangun pukul 3 pagi (nak solat tahajjud & hafal Quran) jadi kami pun tidurlah awal dalam pukul 10:45 gitu.. setelah enak dibuai mimpi… saya pun terjaga..jam tangan saya menunjukkan pukul 2:50 pagi…saya pun bingkas bangun dan kejutkan Ijan.. setelah itu saya pergi mandi dan bersiap untuk ke surau…(kami lakukan rancangan tu tanpa pengetahuan pelajar lain, ustaz kami pun tak tahu..taknak riak la katakan,hehe)lepas kami berdua dah siap..kami pun melangkah perlahan-lahan menuju ke surau… keadaan surau gelap gelita..jadi saya bawa lampu suluh", "(seludup, haha) untuk suluh surau tersebut…saya pun cari la suis lampu dan buka hanya dua lampu sahaja (2 orang 2 lampu) Ijan pula sedang bancuh kopi 3in1 untuk halang kami dari mengantuk… selepas selesai solat tahajjud..saya pun capai Al-Quran saya untuk mulakan sesi menghafal..jam menunjukkan pukul 3:15 pagi.. ketika itu keadaan sunyi sepi hanya kedengaran suara kami berdua mengaji sahaja…", "Jam menunjukkan tepat pukul 3:30 pagi..saya memberitahu kepada Ijan yang saya nak ke tandas untuk kencing…Ijan pun menyatakan yang dia juga mahu ke tandas…(bukan buat benda lain ..) tandas kami terletak di belakang surau… belakang tandas itu pula adalah hutan… sebelum kami melepaskan hajat masing-masing..kami berpakat untuk tidak menyakat sesama sendiri (menyakat maksudnya kacau gitu) setelah selesai kencing..saya pun keluar dan tunggu didepan pintu tandas untuk menunggu Ijan…dekat 15 minit saya tunggu tak keluar juga Ijan ni…", "haih…saya ambil keputusan untuk mengetuk pintu jamban yang Ijan gunakan…tiada sahutan… mungkin dia sedang membuang air besar agak nya..saya tunggu seketika dan ketuk sekali lagi…masih tiada sahutan…saya mula rasa hairan+cuak, hehehe…saya mula memanggil nama dia…dan yang pelik lagi seram nya adalah saya dengar suara sahutan Ijan dari dalam surau..lalu saya cepat-cepat lihat di tingkap surau,dan kelihatan sosok Ijan sedang mengaji sambil tersengguk-sengguk (mengantuk agaknya)lalu saya menuju kembali ke tandas dan melihat semua pintu tandas terbuka…saya mula merasakan tidak senang hati…kalau dalam surau yang tengah mengaji itu adalah Ijan.. siapa yang dalam tandas tadi…dan macam mana pintu jamban yang saya melihat Ijan gunakan tadi terbuka?siapa buka??", "Saya mula terpinga-pinga memikirkan tentang hal itu…tak silap saya tadi saya ada memberitahu kepada Ijan yang saya nak ke tandas dan dia juga begitu…saya malas nak memikirkan dan saya ambil keputusan untuk mengambil wuduk dan teruskan mengaji sehingga pukul 5:00pagi… setelah jam menunjukkan pukul 5:00 pagi..saya memberitahu Ijan yang saya ingin kejutkan pelajar lain…Ijan setuju…lalu saya menuju ke asrama 1 untuk kejutkan pelajar disana… setelah itu saya menuju ke asrama 2(asrama budak kecil baru nak up)lalu saya kejutkan mereka… setelah semua pelajar telah bangun saya kembali ke surau semula…", "Pada petang kemudian ketika jam menunjukkan pukul 5:00 petang…(itu waktu kami bebas riadah/sukan)saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan semua pelajar asrama 1 untuk berbincang mengenai hal semalam… dari pendapat mereka, mereka kata itu mungkin mainan fikiran saya memandangkan ketika itu adalah waktu pagi dan mereka fikir saya mungkin terlalu mengantuk ketika itu…saya pun bersetuju dengan pendapat mereka itu…selang beberapa hari kemudian ketika hendak cuti…kami berpakat untuk tidak tidur sehingga pagi (nakal sikit biasalah) ustaz pesan kepada kami jangan tidur terlalu lewat tapi kami biasalah lelaki yang nakal..haha..", "kami cadang untuk bancuh air kopi dalam baldi (budak asrama je yang pandai buat benda macam ni) dan kami cadang untuk membuat rondaan sekeliling kawasan Maahad tersebut (macam paranormal la gituu) semua telah bersetuju…dan apabila malam telah menjelang, ketika itu jam menunjukkan pukul 10:00malam… semua pelajar telah diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing seperti (membawang ,main kejar-kejar,dan macam-macam lagi) biasalah dah nak balik…takkan ustaz nak tegas lagi…mesti ada keseronokan sikit untuk kenangan kann..", "jadi kami pun mulakan rancangan kami… salah seorang dari kami mencari baldi yang sesuai dan BERSIH,(kopi dan Maggi adalah diantara yang tidak dibenarkan dalam Maahad, tapi kami berjaya seludup, hehehe) setelah selesai bancuh kopi dan masak Maggi…kami tutup pintu dan tingkap dan tutup semua lampu asrama kami…nasib baik ustaz kami supporting,bolehlah kami bodek sikit…jam menunjukkan pukul 11:25 malam… kebanyakan pelajar telah tidur dan yang tinggal hanyalah pelajar asrama 1 dan ustaz… ustaz kami memberitahu kepada kami yang dia hendak ke rumah kawannya sebentar yang terletak kira-kira 3km dari sini…(kami apalagi seronok laa..)", "untuk pengetahuan ,ustaz kami ada 3 orang,2 orang telah balik awal kerana ada masalah peribadi.. berbalik kepada rancangan kami…jam menunjukkan pukul 11:40 malam..kami cadang untuk buat storyround(buat bulatan dan cerita kisah masing-masing mengikut giliran)ada yang cerita hantu,ada yang cerita kelakar,ada yang cerita tentang diri kena curang (kesian, hahaha) setelah jam menunjukkan pukul 12:37 tengah malam…kami mulakan operasi paranormal… memandangkan kami ada 8 orang..jadi kami agihkan kepada 2 kumpulan… kumpulan A dan B…saya pula didalam kumpulan A…", "Kumpulan saya menuju ke kawasan padang dan kumpulan B menuju ke kawasan asrama 2… ketika di padang,saya dan kawan saya yang bernama Hafiz bercadang untuk tunggu di tiang gol belah kiri..Ijan dan Syakir akan bergerak ke tiang gol belah kanan …kami melihat sekeliling kawasan tersebut kelihatan sepi… setelah 15 minit di padang kami mula bergerak ke kawasan tandas…kami sengaja tutup semua lampu tandas dan surau untuk menampakkan suasana seram…", "kumpulan B pula telah bergerak ke padang… kami berempat berpecah kepada 2 bahagian..saya bersama Syakir dan Ijan bersama Hafiz… saya dan Syakir pergi kawasan tandas dan Ijan dan Hafiz pula pergi ke kawasan surau… ketika di tandas, saya melihat keadaan disitu amat menyeramkan…saya berpesan kepada Syakir supaya berhati-hati dan kekal bersama… ketika saya sedang melihat dikawasan di belakang tandas… tiba-tiba saya mendengar suara kawan saya dari kumpulan B,Bob…saya lalu bergegas ke arah suara kedengaran…saya melihat Ijan, Hafiz, Syakir ,Bob dan yang lain sedang berkumpul di depan pintu asrama 1…saya lalu kesana segera dan menanyakan kepada mereka apa yang berlaku… mereka kelihatan terkejut dengan saya…(ini dialognya)", "Bob: hang pi mana tadi…\nSaya: aku pi tandas dengan Syakir tadi, awat?\nSyakir: apa hang merepek ni… sejak bila aku\nikut hang…kami semua tengah gelabah cari hang tau tak…\nIjan: hang hilang waktu kat\npadang tadi,puas kami\ncari tapi tak jumpa..\nSyakir:macam mana hang\nboleh kata yang aku\nikut hang?\nSaya: sebab aku nampak\nhang yang ikut aku\nPastu aku nampak\nIjan ngan Hafiz kat\nsurau…\nBob:aku rasa yang ikut\nhang tu bukan orang\nsaya: serius la\nBob: ha la…habis kalau\nbukan depa ikut sapa\nlagi…hantu la tu\nIjan: Bob,. jangan sebut\nkuat sangat….naya oi\nsaya: jom la tidur…aku\nseram dah ni…\nBob: jom", "Kami buat keputusan untuk batalkan rancangan kami tu…kami pulang ke katil masing-masing dan bersiap untuk tidur…jam menunjukkan pukul 1:55 pagi, ketika saya sedang tidur…saya rasa seperti seseorang sedang memanggil nama saya secara samar-samar…saya lalu terjaga lalu melihat Syakir sedang memanggil saya untuk temankan dia ke tandas di belakang asrama kami….saya lalu menemankan dia dalam keadaan amat mengantuk (kenapa aku tak tidur ja) semasa sedang menunggu syakir…saya menjenguk ke dalam tingkap dan yang mengejutkan saya ialah saya melihat sosok Syakir sedang tidur lena di katil nya…lalu saya mula fikirkan siapa yang ajak saya ke tandas tadi? atau saya mungkin tersalah mengecam wajah?", "Saya lalu melihat pintu tandas tersebut , perlahan-lahan ianya terbuka… setelah ia terbuka, saya ambil keputusan untuk melihat siapa yang ada di dalam… alangkah terkejutnya apabila saya melihat tiada sesiapa pun di dalam tandas tersebut…saya lalu berlari dan terus melompat ke atas katil saya dan tidur…", "Keesokan harinya, Bob bertanya kepada saya kenapa saya berlari semalam…saya hanya mendiam kan saja… setelah semua nya selesai (gotong royong,kemas asrama,kemas beg) kami diberikan nasihat oleh ustaz…dan kami mula menunggu kehadiran ibubapa masing-masing untuk menjemput kami pulang…TAMAT___" ]
[ "Maaf la kalau rasa ceritanya kurang seram atau kurang menarik…nak buat mcm mna, saya waktu tu pelajar tahfiz, jd mungkin hantu tu jarang keluar kot…tu yg kurang seram tu..hihihi 🙂" ]
https://fiksyenshasha.com/gara-gara-pondok/
Gara-Gara Pondok
[ "Ini cerita seorang lelaki kacak bernama Razi, Razi terpaksa untuk tidak balik rumah semalaman gara – gara Razi dikacau dekat pondok tempat dia berteduh dari hujan lebat yang tak wujud pun. Sungguh permainan syaitan lah semua ni.", "Selepas seorang gadis comel Putri Qaseh namanya,menyelamatkan keadaan di pondok tu, dia mengajak Razi untuk lepak di mamak dekat kawasan bandar tak jauh dari lokasi berkenaan.", "Bila sampai di kedai mamak tu, Razi pilih untuk duduk di bahagian luar dan jauh daripada orang-orang lain yanng datang kesitu. Tujuan nya nak menenangkan hati selepas dikacau syaitan durjana. Lagipun kedai mamak tu sentiasa penuh di bahagian dalam jadi dia lebih selesa duduk di meja luar sahaja, jauh dari hiruk pikuk orang menjerit sakan bila ada perlawan bola atau ada rancangan gusti kegemaran rakyat Malaysia WWE.", "Selepas hampir setengah jam duduk disitu, barulah Putri muncul dengan muka yang tersengih- sengih umpama kerang busuk.", "“Nasib baik budak ni comel..haishh, kalau tidak, aku tinggalkan balik je.” gumam hati Razi melihat Putri berjalan kearahnya.", "“Sori bang, parking susah la. Semua penuh. Saya kena parking jauh kat sana tu” kata Putri sambil menunjukkan tempat dia meletakkan kereta axia nya.", "“Huish jauhnya kau parking. Asal tak tunggu je depan ni, nanti bila ada yang nak keluar, kau masuklah.”", "“Segan lah orang tengok kita lama-lama dalam kereta tengah jalan camtu. Dahla kita ni comel..huhu.” katanya bergurau.", "“Ane, teh tarik satu. Kau nak minum apa?” Tanya Razi selepas dia memesan teh tarik untuk dirinya.", "“Horlick ais satu ane.” jawab Putri ringkas.", "Putri mula cerita tentang kejadian yang baru mereka lalui tadi, Putri memang seorang yang terbuka hijabnya sejak dari kecik. Bila dia sedang memandu dalam kelajuan yang perlahan. Sekadar mengambil angin malam. Ada sebuah motosikal memotong keretanya dengan keadaan yang agak laju dan kelihatan seperti ada asap hitam mengejarnya.", "Oleh kerana perasaan ingin tahu yang terlalu mendalam, Putri membuat keputusan untuk memecut mengekori motosikal tadi. Dia berhenti di bahu jalan memerhatikan motosikal tadi yang berhenti dekat satu pondok usang depan kawasan kubur lama tu.", "“Huishh,berani nya mamat ni. Tengah-tengah malam berhenti dekat kubur lama macam ni.", "Hebat betul.” Putri bercakap seorang diri.", "“Eh. Asal macam menggigil pulak tu?. Nak kata hujan tak pun. Mesti kena kacau ni.” Fikirnya lagi.", "Putri nak memandu ke arah pondok itu dan memberitahu lelaki itu tapi terhenti selepas terfikir “benda” tu akan kacau dia pula, paling tidak pun akan ikut menumpang. Dah lain jadinya nanti.", "Jadi dia pun mengambil keputusan berhenti disitu dan berjalan kaki ke pondok tu. Tak jauh pun jaraknya, lebih kurang 200-300 meter je dari kereta Putri.", "“Kenapa lah aku rajin pulak malam-malam macam ni nak tolong orang. Niat nak santai-santai je. Haishh.” Ngeluh Putri sendirian.", "Semakin hampir dengan pondok itu Putri merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Awan mula menjatuhkan air, dia tahu itu hanya permainan alam ghaib sahaja.", "Jarak yang sedekat itu mengambil masa setengah jam juga untuk Putri berjalan. Mungkin kerana dia juga diperdayakan syaitan itu.", "Dia berlari anak kearah pondok itu bila hujan yang turun semakin lebat. Sampai sahaja disitu dia melihat lelaki tadi dan cuba untuk mengajak lelaki tu beredar dari situ.", "Putri mendapat idea mengatakan keretanya rosak dan meminta lelaki itu untuk menolongnya. Nasib baik lelaki itu bersetuju.", "Dapatlah juga Putri naik motor dengan lelaki itu.", "“Hensem jugak mamat ni.huhu” tersengih Putri di saat membonceng motosikal tadi.", "Bila sampai sahaja disitu, Putri menjelaskan perkara sebenar. Dia melihat lelaki di depannya runsing dan dia terpandang ke arah pondok dan dia nampak satu lembaga sedang memerhatikan mereka dengan wajah hodoh, kelihatan seperti marah.", "Cepat-cepat Putri masuk kedalam kereta. Nak memecut tinggalkan lelaki itu tak sampai pula, maka diajaknya lepak dekat mamak.", "‘haa tu lah ceritanya bang.” Jelas Putri.", "“Ooh. Terima kasih kat kau banyak-banyak sebab selamatkan aku tadi. Kalau tak, agaknya aku dah kena tanam dekat kubur lama tu agaknya” kata Razi.", "Sejak dari itu Putri dan Razi mula berkawan rapat. Putri merupakan mahasiswi yang belajar di jurusan grafik media di salah satu universiti swasta di bamdar besar itu manakala Razi pula bekerja sebagai pengurus di syarikat swasta.", "Razi dah menganggap Putri macam adik ya sendiri memandangkan dia pun tak ada adik kandung dan Putri juga tiada abang. Mereka cepat rapat, mungkin kerana perwatakan hampir sama. Sama-sama gila.", "Satu hari, Razi mengambil Putri untuk pulang dari kelas. Ini kerana keretanya minyak habis ditengah rnr semasa pulang dari kampung halaman. Ditinggalnya di rnr dengan menumpang lori yang membawa ayam hidup. Putri memang seorang yang berani.", "Petang tu,sepanjang jalan Razi membebel tentang bahaya kereta ditinggalkan macam tu saja di rnr pulak tu.", "Putri seperti biasa menjawap “alaa, rilek la bang. Tak ada siapa nak kereta macam tu.”", "“Haishh kau ni. Belum kena lagi boleh lah cakap macam tu. Kalau jadi betul-betul,hilang ke, pecah ke, baru kau nak pening kepala.” Bebel Razi lagi.", "Sampai di rnr itu dah malam dalam pukul 8 setengah lebih kurang. Selesai tuangkan minyak di tangki kereta, mereka pulang kerumah masing-masing. Rupanya jarak rumah mereka tak lah jauh, kira-kira selang 7 8 rumah sahaja. Kiranya mereka ni berjiranlah.", "Sampai depan rumah Putri, dia bekata", "“Bang,tadi abang nampak tak ada benda kat pondok yang haritu abang kena kacau tu?”", "“Ish macam-macam lah kau ni memalam camni. Dahlah housmate aku tak ada, tengah cuti balik kampung. Ada yang aku tumpang tido sini kang.” Jawab si Razi.", "“Hahaha. Penakut jugak abang ni eh.”", "“Bukan takut, tapi kurang berani je.”", "“Hahahaha. Eh bang. Esok abang tak keje kan? Esok pagi kita pergi situ nak?” Soal Putri pada Razi.", "“Buang tebiat apa kau ni?” Marah Razi.", "“Alaa. Mesti ada something kat situ. Sebab dah banyak kali Putri perasan benda tu kat situ je.tak kacau abag,dia kacau orang lain. Jomlah bang”", "Pujuk Putri lagi.", "“Yelah-yelah. Tapi naik kereta kau je. Motor aku parking sini esok.”", "“Elleh. Takutlah tu.hahahaha. ok bang, jumpa esok.” Sempat lagi Putri bergurau sebelum masuk ke dalam rumah.", "Penulis: Syamsyidee" ]
[ "semakin menarik", "best" ]
https://fiksyenshasha.com/kisah-rawatan-sihir-pemisah/
KISAH RAWATAN SIHIR PEMISAH
[ "Pertengahan tahun lepas, semasa saya tengah buat rawatan di sebuah rumah di negeri Kedah, ada seorang lelaki telefon saya minta bantuan, isteri dia hilang dari rumah. Katanya malam tu balik dari kerja, dia dapati isteri dia takdak dekat rumah. Bila dia telefon isterinya, tak dapat. (Mungkin kena block). Bila telefon rumah pak mertua, mertua dia kata depa pun taktau. Bila dia pi rumah mertua, bapak mertua dia kata hang balik dulu. Nanti kami tolong cari bini hang. Dia syak isteri dia ada di rumah mertua sebab bapak mertua dia tu tak bagi dia masuk rumah. Cuma bapak mertua dia bagi nombor telefon saya, suruh dia mai jumpa saya minta tolong cari isteri dia. (Mana la aku tau bini hang lari pi mana)", "Saya pun bagitau la kat dia kata la ni saya tengah dok berubat orang dekat Sungai Petani. Taktau nak balik rumah pukul berapa. Saya mintak dia mai rumah saya esok pagi pukul 10.30. Nanti kita ikhtiar la macam mana nak panggil dia balik rumah.", "Keesokan harinya dia pun mai la rumah saya. Dia pun cerita la sedikit sebanyak pasai masalah rumah tangga depa ni. (Baru kawin 6 bulan). Katanya kadang-kadang depa 2 laki bini boleh bertengkar pasai kes yang remeh temeh ja. Dia pun naik hairan. Saya kata nanti saya panggil kawan saya mai sini. Mintak dia tolong scan tengok apa masalahnya. Takut-takut ada unsur-unsur sihir pada rumah tangga depa ni.", "Dok sat tu kawan saya pun sampai la dekat rumah saya. Selepas di scan, dia kata memang ada sihir pemisah pada depa 2 laki bini. Dia kata sebaiknya kita buat rawatan pada si suami & si isteri, sebab 2-2 pun ada gangguan jin sihir dekat depa. Tapi disebabkan abang ni mai sorang saja, jadi saya berubat dia dulu la. Untuk isterinya saya niatkan sekali masa buat rawatan tu. Cuma saya bagitau peratus kesembuhan untuk isterinya mungkin dalam 20 ke 30 peratus sahaja. Untuk abang tu mungkin 70 ke 90 peratus sebab dia mai berubat secara berdepan. Jadi saya boleh cek & rawat semua bahagian tubuhnya (kiri, kanan, depan & belakang). Cuma saya pesan, kalau jumpa isteri dia nanti, suruh dia minum air Rukyah saya. Lepas tu pujuk dia mai berubat dengan saya secara berdepan.", "Keesokan harinya abang tu telefon saya kata dia dah jumpa isterinya. (Memang dok ada dekat rumah bapak mertua dia pun). & Dia bagitau kata bapak mertua dia jemput saya mai rumah depa berubat isterinya. Malam tu saya pun pi lah rumah mertua abang tu dengan kawan saya. (Rumah depa taklah jauh sangat dengan rumah saya. Dok 1 taman perumahan ja dengan saya). Bapak mertua dia memang saya kenai sangat la sebab sebelum ni depa memang dah pernah mai berubat dengan saya. Sebab tu bila jadi masalah rumah tangga macam ni, dia suruh menantu dia mai jumpa saya. Depa pun syak macam ada unsur-unsur sihir dekat anak & menantu depa ni.", "Sebelum memulakan rawatan abang tu bagitau dekat saya, lepas berubat dengan saya kemarin memang badan dia rasa sihat sangat. Segala serabut-serabut dalam kepala pun hilang. Macam kutey tauk buang. Saya pun ucap Alhamdulillah asbab dari rawatan kemarin, sebahagian dari masalah abang ni dah selesai. Tinggal berubat isteri dia ja lagi.", "Selepas kawan saya dah siap scan rumah & orang-orang yang ada dalam rumah tu, saya pun memulakan rawatan pada isteri abang tu. Masa berubat memang saya dapati ada gangguan jin pada isteri abang tu. Boleh tahan KUAT jugak gangguan jin sihir dekat dia. Cuma isterinya ni taklah sampai kerasukan jin sepanjang tempoh rawatan (Ruqyah) tu. Mungkin sebab semangat dia kuat kot, jadi susah sikit la nak jadi kerasukan jin. Sebenarnya kalau takdak kerasukan jin, lagi saya suka. Taklah letih sangat saya nak berubat. Boleh baca Ruqyah dengan tenang. Dah siap berubat, saya ceritakan sikit tentang amalan-amalan yang perlu depa buat selepas buat rawatan. Contohnya seperti mandian untuk rawatan. Cara nak minum air Ruqyah & amalan-amalan pendinding diri untuk kuatkan rohani depa. Insya Allah kalau betul-betul buat, depa boleh sembuh sepenuhnya. Lepas tu keluarga mertua abang tu pun buat la sedikit jamuan ringan untuk kami. Dah siap makan & bersembang kami pun minta diri nak balik la.", "Selang beberapa bulan, saya terserempak dengan bapak mertua abang tu di sebuah pasaraya. Saya pun tanya la pak mertua dia tu macam mana keadaan anak & menantunya sekarang. Dia kata Alhamdulillah depa boleh dok elok-elok dah. Takdak bergaduh-gaduh lagi.", "Baru-baru ni abang tu ada telefon saya nak mai buat AYAQ TAWAQ. Bini dia tengah mengandung anak pertama. Ada alahan sikit masa mengandung ni. Saya suruh depa mai beli air Ruqyah saya ja. Bagi minum & mandi. Insya Allah OK la lepas tu. Dia pun mai la rumah saya petang tu beli air Ruqyah. Saya pun tanya la dia pasai perkembangan terkini depa lepas buat rawatan dengan saya tempoh hari. Dia kata Alhamdulillah semuanya OK, lepas berubat tu. Isteri dia pun dah tak panas baran dah. Kalau tidak, pantang tegur. Mesti dia MENJAWAB." ]
[ "salam kalau nak buat rawatan macam mana ya , tengah alami sihir pemisah jugak 🙁", "Assalamualaikum..", "Saya nak bertanya,mcm mana sy nak dapatkan nombor telefon org yang membuat rawatan Islam yg menceritakan pengalaman ini?urgent..kalau boleh respon email saya..Terima kasih atas bantuan." ]
https://fiksyenshasha.com/cerita-seram-sebelum-tidur/
Cerita Seram Sebelum Tidur.
[ "Assalamualaikum geng, dah lama tak menulis di Fiksyen Shasha. Hampir bertahun jugak lamanya. Jadi, ini ada true story yang aku nak kongsikan dengan korang. Cuma, nama nama yang ada dalam cerita ini terpaksa aku ubah.", "Aku dan isteri tinggal di sebuah rumah flat di dalam daerah negeri Selangor. Kami berpindah ke rumah ini setelah berkahwin. Rumah ini adalah hadiah perkahwinan kami dari bapa mertuaku.", "Rumah kami mempunyai dua bilik bersais besar dan satu bilik kecil. Satu daripada bilik besar merupakan bilik kami dan satu lagi adalah bilik untuk tetamu. Manakala bilik yang kecil aku jadikan sebagai perpustakaan mini.", "Suatu malam kami bercadang untuk tidur di bilik tetamu. Bilik itu menghadap ke ruang tamu dan pintunya sentiasa terbuka. Setelah menutup semua lampu, kami berdua masuk ke bilik itu. Aku membiarkan lampu bilik itu terbuka kerana sememangnya aku tidak gemar tidur dalam suasana yang gelap.", "Malam itu sebelum tidur, isteri aku bertanya tentang kisah kisah menakutkan yang pernah aku alami. Pada mulanya aku hairan kenapa dia meminta aku bercerita kisah yang dia sendiri tidak suka. Aku pun bercerita padanya kisah yang yang dialami aku sendiri mengenai makhluk bunian yang ingin bersahabat dengan adik sepupuku, Raikal.", "* * * * *", "Raikal berumur 5 tahun ketika itu, dan rumahnya terletak bersebelajan sahaja dengan rumahku di kampung. Di sana kebanyakannya merupakan saudara mara kerana menurut cakap cakap orang lama, datuk moyangku yang membuka kampung itu.", "Seperti kebanyakan anak kecil yang membesar di kampung, petang itu Raikal bersama rakan rakannya mandi di sungai. Sungai itu berada di hujung lorong kampung.", "Mereka leka bermain sehingga waktu senja. Apabila kedengaran azan maghrib berkumandang, mereka kelam kabut naik ke tebing dan bergegas untuk balik ke rumah dengan cepat. Terbayang wajah ayah dan ibu masing masing sedang menanti mereka pulang, dengan rotan ditangan.", "Setelah melihat rakan rakannya berlari naik ke tebing, Raikal pun mengikuti mereka. Ketika dia mahu mengejar mereka, dia terdengar satu suara.", "“Raikal, tunggulah aku!”", "Langkah Raikal terhenti, dia tertanya tanya siapa lagi rakan yang dibelakangnya kerana seingatnya, yang terakhir keluar dari sungai adalah dirinya.", "Raikal memandang kebelakang, alangkah terkejut dirinya apabila melihat kepala yang menyerupai wajahnya. Hanya kepala tanpa badan, terawang awang sambil tersenyum kepadanya.", "“Janganlah tinggalkan aku!” rayu kepala itu lagi.", "Raikal yang ketakutan berlari pergi meninggalkan kawasan sungai dan kepala yang menyerupai wajahnya itu. Ketika dia berlari kerumahnya itulah kami berselisih.", "Aku yang ketika itu baru pulang dari kerja menegurnya.", "“Adik, laju laju ni nak pergi mana?”", "Dia terus berlari laju tanpa mempedulikan aku, biasanya kalau kami bertemu di mana mana, dia akan menegur aku terlebih dahulu. Aku kehairanan dan menceritakan kepada Abah dan Mama tentang kelakuannya.", "“Nak cepat lah tu, takut ibu dia marah.” kata Mama.", "Malam itu setelah selesai makan, kami sekeluarga menonton tv di ruang tamu. Aku keluar sebentar ke halaman luar untuk merokok. Dari jauh aku melihat kelibat seseorang berjalan menuju ke rumahku, apabila diamati orang itu adalah bapa saudaraku Pak Tam, bapa Raikal.", "Pak Tam beritahu yang Raikal disampuk jembalang dan dia telahpun memanggil Ustaz Lah untuk merawat Raikal. Dia meminta Mama untuk menemani isterinya, Mak Tam. Mendengar cerita dari PakTam, kami sekeluarga terus bersiap ke rumahnya.", "Sampai sahaja di rumah Pak Tam, aku melihat Raikal sedang berbaring memeluk tubuh diruang tamu. Badannya menggigil seperti kesejukan. Menurut Pak Tam, mereka telah membawanya ke klinik namun doktor menasihati supaya Raikal dibawa berubat secara tradisional setelah bacaan laporan kesihatan di klinik menunjukkan suhu badan Raikal normal.", "Ustaz Lah tiba dan terus meminta semua yang ada membacakan Surah An Nas dan Ayat Kursi berulang kali. Dia merapati Raikal yang masih lagi menggigil. Tangan kanannya mengusap kepala Haikal sambil membacakan Surah Al Fatihah dengan kuat.", "Aku lihat reaksi Raikal berubah, dia terus duduk bersimpuh menghadap Ustaz Lah. Dia memandang tajam kepada kami semua dengan senyuman yang menyeramkan. Ustaz Lah memberikan isyarat supaya kami meneruskan bacaan kami, dan dia terus bertanya kepada Raikal.", "“Siapa anak ini dan dari mana asal anak?”", "“Aku kuntum, dari kampung bunian seberang sungai di hujung kampung.” jawab Raikal, namun suaranya seperti suara perempuan. Lenggok gaya tubuhnya digerakkan menyerupai gaya perempuan.", "“Kenapa kamu ganggu anak ini?” tanya Ustaz Lah lagi.", "“Aku nak berkawan dengan dia, semenjak dia lahir aku sudah menyukainya.”", "Mak Tam yang dari tadi cuma memerhatikan proses rawatan itu tiba tiba bersuara dengan kuat.", "“Tak boleh…dunia kamu dengan dunia kami lain!”", "Wajah Raikal yang sedang dirasuki bunian itu membuat reaksi seperti merajuk dengan jawapan Mak Tam dan mula menangis teresak esak.", "“Ibu dia sudah tak izinkan, pulanglah ke tempat asal kamu. Jangan ganggu anak ini lagi.” kata Ustaz Lah, kemudian meneruskan bacaan Ayat Kursi.", "Kepala Raikal mengangguk perlahan, menandakan makhluk bunian itu bersetuju untuk meninggalkan tubuhnya. Selesai bacaan Ayat Kursi oleh Ustaz Lah, tubuh Raikal pun rebah namun sempat aku dan Abah menyambutnya.", "Selesai sudah Ustaz Lah merawat Raikal malam itu. Dia kemudiannya membuat air tawar untuk diberi minum kepada Raikal bagi memulihkan semangatnya.Kata Ustaz Lah, Raikal mungkin terkejut dengan apa yang dia nampak manakala makhluk bunian itu juga telah lama memerhatikan Raikal.", "“Kalau berkawan sahaja mungkin tak jadi masalah, kalau masuk ke alam dia…”", "“Kalau masuk ke alam dia?” tanyaku kerana Ustaz Lah tidak menghabiskan ayatnya. Aku menjadi seronok dan ingin tahu lebih lagi tentang orang bunian.", "“Susah nak balik semula ke alam kita ini.” jawab Ustaz Lah memandangku.", "Sedang kami bersembang mengenai kampung bunian, Abah buat pertama kali menceritakan pada kami yang sewaktu kecil, Abah pernah terlihat kelibat seorang pemuda yang berjalan di kawasan hutan membukit seberang sungai di hujung kampung itu.", "Dari berjalan, pemuda itu mula merangkak lalu tubuhnya berubah menjadi seekor harimau belang. Harimau itu terus menghilang dalam kawasan hutan itu. Namun selepas kejadian itu, Abah tidak lagi bertemu dengan pemuda itu.", "Aku terfikir, adakah pemuda yang Abah nampak sewaktu kecil itu juga orang bunian dari kampung yang sama?", "Aku tidak pulang kerumah pada malam itu, kerana menemani Raikal tidur di ruang tamu rumahnya. Walaupun datuknya juga tidur sekali di ruang itu, aku tetap sukar untuk melelapkan mata. Takut juga, mana tahu si kuntum tu datang semula.", "* * * * *", "“Jadi alam bunian itu wujud?” tanya isteriku setelah aku selesai bercerita tentang Raikal.", "“Mungkin wujud, mungkin juga tidak. Tapi kalau tanya pada orang yang pernah mengalami pengalaman yang sama, mereka akan menjawab alam bunian itu wujud.”", "Aku mengingatkannya tentang peristiwa semasa kami meronda bersama rakan rakan dengan menunggang motorsikal ke Hentian Rehat Janda Baik melalui jalan lama.", "Malam itu aku membonceng sahaja, kerana isteriku lebih cekap menunggang motorsikal disebabkan aku ini rabun dan silau pada lampu kenderaan lain, lebih lebih lagi bila waktu malam.", "Semasa dalam perjalanan aku cukup yakin yang kami semua telah melalui jambatan yang dihadapannya sebuah kuil kecil sebanyak dua kali. Aku fikirkan hanya aku seorang yang perasan akan perkara itu, rupa rupanya apabila sudah sampai di hentian rehat itu ada beberapa rakan kami turut bercerita perkara yang sama.", "“Mungkin benda itu nak menguji kita.” kata seorang rakan, hasilnya kami semua pulang ke Ampang melalui jalan lebuhraya, walaupun perjalanannya lebih jauh.Isteriku ketawa kecil bila terkenangkan cerita itu. Katanya aku memeluknya dengan kuat semasa dia menunggang dengan laju. Aku juga ketawa dan mengaku bahawa aku ini takut dengan kelajuan.", "Tiba tiba isteriku berhenti ketawa, aku lihat matanya seperti terpaku melihat sesuatu di hadapan pintu bilik sebelum dia menekapkan wajahnya ke dadaku. Aku juga mengalihkan pandanganku dari memandang ke arah pintu.", "“Kenapa sayang?”", "“Sayang nampak ‘benda’ kat ruang tamu.” jawab isteriku perlahan. Aku membacakan beberapa surah pendek yang aku hafal, lalu aku tiupkan ke kepalanya. Aku memberanikan diri untuk keluar ke ruang tamu. Isteriku memeluk aku dari belakang, tidak mahu ditinggalkan.", "“Bismillah…” aku melangkah keluar dari bilik, aku bertekad sekiranya muncul apa juga jenis makhluk akan ku bertakbir dengan sekuat hati. Aku melihat disekeliling ruang tamu.", "Syukur tiada apa apa yang menjelma, aku membuka semua lampu yang ada pada malam itu. Dan kami membuat keputusan untuk tidur di ruang tamu.", "Menurut isteriku, dia ternampak satu sosok seperti nenek yang bongkok berjalan melintasi di ruang tamu dan berhenti memandangnya sebelum menghilang. Aku menelan air liur mendengar apa yang dilihat oleh isteriku.", "Isteriku meminta supaya aku memastikan agar dia tidur terlebih dahulu sebelum aku tidur. Belum pernah lagi aku melihat isteriku takut seperti malam itu. Aku membaca surah An-Nas berulang kali sehingga dia tertidur.", "Selepas malam itu, selama seminggu kami tidur dengan membuka semua lampu yang ada. Isteriku takut untuk tinggal seorang di rumah, dia akan menunggu aku di tempat kerjanya sehinggalah aku menjemputnya untuk pulang bersama. Begitu juga kalau hari cuti, isteriku akan meminta agar hari cutinya sama dengan hari cuti aku.", "Aku pernah meminta kepada rakanku yang mempunyai kelebihan untuk mengesan kehadiran makhluk ghaib supaya memeriksa keadaan rumah kami. Kata rakanku, rumah kami selamat dan tiada makhlus ghaib yang menumpang.", "“Mungkin perasaan takut dia terbawa bawa selepas kau bercerita seram pada dia malam itu.”", "“Atau mungkin masa dia lalu tu dia nak tunjukkan rupa dia pada isteri kau.”", "Selepas dari kejadian itu juga, isteriku akan mengelak daripada mendengar atau membaca tentang cerita seram. Tiada lagi filem seram yang kami tonton bersama dan aku juga tidak lagi bercerita tentang perkara yang menyeramkan kepadanya.", "Ketika aku mengarang kisah ini, isteriku telahpun lupa akan peristiwa yang berlaku pada malam itu. Dia tidak ingat langsung, dan aku pun tidak mahu dia mengingatinya. Jikalau dia teringat, aku pasti isteriku itu akan dihantui ketakutan yang amat sangat.", "Dan sudah pasti, suasana seram kembali menyelubungi rumah ini.", "nota tepi : Raikal pun dah besar dah, habis sekolah dah. Entah entah nanti dah nak kahwin. Cepat benar masa berlalu…" ]
[]
https://fiksyenshasha.com/pondok/
Pondok
[ "Malam tu hujan turun dengan lebat sekali. Aku sempat berteduh di satu pondok usang yang aku sendiri tak tahu kat mana. Nak teruskan perjalanan tak boleh. Dengan keadaan tayar motor hampir botak, mengundang bahaya jika aku teruskan perjalanan.", "Jam di tangan menunjukkan sudah hampir pukul 11 malam, keadaan yang semakin sejuk tidak menandakan hujan akan berhenti sekejap lagi", "Sesekali guruh berdentum dan kilat saling sambar menyambar seolah – olah ada peperangan di atas langit.", "Setelah hampir 1 jam aku tunggu disitu, tiba – tiba aku perasan di arah aku datang tadi ada seorang perempuan berlari anak ke arah pondok yang aku duduk.", "Satu perasaan seram bila memikirkan adakah ini perempuan betul atau bukan. Jika dilihat kaki nya jejak ke tanah dan pakaian tidak seperti kisah – kisah hantu dimana dia memakai seluar jeans dan t-shirt kuning berlengan panjang serta bertudung.", "Sampai sahaja disitu dia terus menegur", "“Tumpang kejap ye bang. Tadi tak hujan, tiba – tiba pulak hujan lebat macam ni.”", "“Tadi?” aku mula pelik, setahu aku hujan dah dekat sejam dia cakap tadi tu macam sekejap je.", "Perasaan aku mula tak sedap, tanpa fikir panjang aku bangun untuk beredar dari situ. Belum sempat melanngkah kedepan, perempuan tu membuka mulut.", "“Abang tahu apa apa pasal kereta tak?”", "Aku hanya menoleh ke arah dia.", "“Macam ni bang, kereta saya dekat belakang sana tu rosak, tiba – tiba m**i. Minyak ada lagi, bila on kunci tak ada yang menyala.”", "“Abang boleh tolong tengokkan?” perempuan tu bertanya lagi.", "“Er, nama kau apa?” teragak – agak aku menyoal.", "“Eh, lupa pulak. Saya Putri Qaseh, panggil je Putri.”", "“Kereta apa kau pakai?” aku menyoal lagi untuk kepastian, mana tahu dia kata kereta kuda pula, aku terus angkat kaki dari sini.", "“Kereta axia je bang. Kenapa?” Putri menjawab.", "“Tak ada apa, saja tanya. Kot – kot kereta pelik – pelik ke yang aku tak tahu.” lega aku dengar bukan jawapan yang merepek.", "“Jadi boleh tolong tak ni?” Putri menyoal.", "“Haa, boleh – boleh. Kau naik belakang, gerak sekali. Tak jauh kan?” tanya aku sambil naik keatas motor.", "Aku mula hidupkan motor dan bawa kearah kereta yang Putri cakap rosak. Bila dah jauh sikit dari pondok tu, baru aku perasan belakang pondok tu kubur. Dekat pula jarak dengan pondok tu, meremang bulu tengkok aku.", "Sampai di kawasan kereta Putri aku jadi pelik. Tadi hujan bukan main lebat sekarang keadaan kering. Jalan pun tak basah. Sedangkan jarak kereta ni dengan pondok kira – kira 400 hingga 500 meter sahaja. Dan lagi pelik adalah dari arah kereta ni boleh nampak pondok tu, tak hujan pun kelihatan dari arah sini.", "Bila aku dekat pondok tadi tak nampak pula kereta ni, gelap semacam dan satu lampu pun tak ada. Dekat sini elok je lampu jalan semua berfungsi. Seolah – olah dalam dimensi yang lain.", "Putri terpinga – pinga melihat aku.", "“Kenapa bang?” Putri bertanya.", "“Kau nampak pondok tu?” tanya aku.", "“Nampak. Sebab tu saya pergi dekat abang. Kereta saya saya tak rosak pun, tapi saya tengok ada benda belakang abang tadi. Saya rasa ada nak yang main – main dengan abang dekat sini.” Jawab Putri sambil menghidupkan enjin keretanya.", "“Termenung apa bang? Nak terus atau patah balik? Atau abang nak tunggu dia datang sini je?” tanya Putri sambil ketawa.", "Aku pun terus hidupkan enjin motor, sebelum bergerak Putri mengajak aku lepak mamak di bandar berhampiran, katanya tak elok terus balik bila baru lepas kena gangguan macam ni.", "Aku pun tanpa banyak soal terus setuju dengan ajakan Putri. Sekurangnya aku terlepas dari gangguan syaitan laknatullah ni.", "– TAMAT –", "Penulis: Syamsyidee" ]
[ "“begitulah kisah papa dan mama bertemu dulu”, cerita aku kepada anak-anak aku dan putri" ]
https://fiksyenshasha.com/pocong-3/
Pocong
[ "Kisah ini berlaku minggu lepas dan masih segar dalam ingatan aku. Masa tu jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Aku dalam perjalannan pulang dari kampus. Dah 4 tahun aku menyambung pengajian di salah satu ipta di pantai timur dan setiap malam memang aku akan balik dalam pukul 10.30 malam cuma selama ini aku tak pernah terserempak dengan “gula-gula lompat” tu.", "Nak jadi cerita malam tersebut aku balik mcm biasa. Aku naik motor lalu depan apartment area rumah aku. Untuk pengetahuan pembaca, area taman perumahan tempat aku menyewa dulu tu adalah sebuah hutan sebelum mereka menjadikannya satu taman perumahan. Tapi rumah aku itu masih berdekatan dengan kampus tempat aq belajar yang hanya dipisahkan oleh 1 jalan raya.", "Aku naik motor macam biasa dan tak laju pun sebab jalan macam sempit. Kereta mereka park kiri kanan. Dari jauh aku nampak uncle Cina bawa grab keluar kereta kancil. Uncle tu aku memang biasa nampak waktu pagi. Aku biasa selisih time aku p jogging. Jadi aku tau la yang uncle tu memang manusia. Aku slow kan moto sebab area uncle tu parking mcm ada selekoh sikit dan ada bas tersadai yang diparking di tepi jalan. Lagipun, aku takut terlanggar lembu dan lubang di jalan raya kerana kawasan itu agak gelap pada waktu malam.", "Untuk pengetahuan korang, tembok yang memisahkan setiap rumah di sini adalah pagar bagi setiap rumah di kawasan taman perumahan tersebut dan ianya tembok simen yang agak tinggi. Kalau aku bediri tepi tembok tu aku tak boleh lepas tembok tu.", "Elok aku sampai kat uncle tu, cun cun mata aku tengok kat belakang tembok tu. Nampak kepala dia saja weh duk tengok aku. Aku pulak at the first place tak cam apa benda tu.\nAku nampak macam benda pelik cuma masa tu aku cakap dalam hati…” eh apa ni?”.\nTak puas hati, aku kecikkan mata aku sikit, aku macam focus sikit nk tengok apa ni sebab area tu samar2. Lampu jalan 1 rosak. Sekali aku nampak ikat kat kepala dia. Automatic aku macam, ohh aku tau aku tau apa ni. Cepat-cepat aku pandang depan. Tapi aku takda la gelabah press motor laju-laju. Aku cuba buat relaks macam aku tak nampak dia, walhal dalam hati ” weh pocong”.", "Mujur la rumah aku dah tak jauh. Sampai rumah aku termenung jap kat luar bagi hawa2 dia hilang dulu. Ada org cakap ludah kat luar. Ludah jugak la korang. Aku tak pandang dah mana-mana. Pandang kaki aku saja. Seriau satgi pandang2 aku nampak dia pulak. Tak kuasa aku.\nMuka hitam tapi aku tak nampak mata hidung dia semua. Badan dia sembunyi belakang tembok sebab tu aku nampak kepala dia saja. huhu entah ada badan ke tak aku pun tak tau.", "The next day aku pergi dan balik daripada kampus macam biasa. Balik tu, baca doa banyak jugak la. Alhamdulillah dah tak jumpa dan harap-harap aku dah tak akan jumpa la dia lagi selepas ini. Sekian terima kasih." ]
[]
https://fiksyenshasha.com/villa/
VILLA
[ "Assalamualaikum admin. Lama betul tak bersiaran di sini. Semoga admin dan para pembaca diberi kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. Ni ada satu story nak dikongsikan. Terima kasih atas budi baik admin ya. Kalau datang Penang saya belanja cendol…hihi.", "Baru-baru ni pi market beli ikan bilis, terserempak dengan kawan lama. Memang dah lama betoi tak jumpa dia, ada kot 10 tahun lebih. Padahal duduk kot Kepala Batas ni jugak. Bila dah jumpa, sembang pi sembang mai dia tanya aku dok buat apa la ni? Aku habaq la buat kerja aku sambil-sambil dok membongak kat Facebook. Aku tunjuk la page aku ni. Dia terkejut pasai dia pernah share story aku tapi dia tak perasan pun page ni aku punya. Secara tak langsung dia tau la aku dok tulis cerita seram berdasarkan kisah benar. Terus dia ajak aku duduk makan roti canai pasai ada benda dia nak cerita. Aku pun patuh walaupun baru semalam dah angkat sumpah tak mau makan roti canai, konon nak jaga diet pagi ni.", "“Cuti sekolah hari tu aku bawak anak bini pusing semenanjung. Kami singgah merata. Seminggu lebih jugak la dok ataih jalan. Merata tempat kami tidoq. Kadang tidoq hotel kadang tidoq homestay. Tapi ada satu homestay ni kat Cameron Highland, kalau suruh aku duduk free pun lepaih ni memang aku tak pi dah. Homestay mewah baq hang. Macam villa omputeh. Memang lawa la. Tapi….”", "Macam tu dia punya muqaddimah. Tadak kona kona kot lain dah. Aku yang tengah ralit koyak roti canai terus berhenti sat. Bukan pasai suspen. Aku dah boleh agak topik apa yang dia nak cerita kat aku. Tapi aku tergamam tengok roti canai depan aku tu. Tadi aku order sebijik ja, pasaipa mai 2 bijik? Silap order ka apa? Ahh telan je lah….esok esok la diet sihat.", "“Tapi apa?” Aku tanya sambil dok celup roti canai dalam kuah dalca. Begini yang dia cerita kat aku.", "Kami mula ikut Pantai Timoq. Hari pertama singgah tidoq kat Terengganu. 2 malam tidoq situ. Dari Terengganu kami lajak pi Johor, pun tidoq 2 malam jugak. Dari Johor pusing pi Melaka. Kat Melaka kami tidoq 1 malam ja pasai esok dah nak lajak pi Kuala Lumpur. Aku pun tak mau lama-lama kat Melaka di musim cuti sekolah ni. Dia punya cramp kalah waktu puncak kat tengah Jambatan Pulau Pinang.", "Esok tu kami pi KL, tidoq 2 malam jugak. Dari KL kami tala naik Cameron Highland. Jam 10 pagi kami dah ada kat Tanah Rata pasai nak elak jem. Tu pun sempat melekat jugak tapi tak teruk sangat. Aku tak risau pasai tempat tidoq, semua aku dah booking awal. Jadi, Cameron Highland ni hentian terakhir kami sebelum balik Penang.", "Sebelum check in kami pusing-pusing atas tu dulu, pi berjalan siap-siap sementara orang tak ramai. Bila mai jam 12 tengahari jalan dah start jem. Pengunjung dah mula keluaq dari sarang. Aku call villa yang aku dah booking tu, nak mintak check in awal sikit. Dia kata boleh, tapi paling awal jam 1.30 petang. Haa ok la tu dari nak bersidai kot jalan yang makin meriah tu.", "Kami check in tepat jam 1.45 petang. Lokasi villa tu kat atas bukit dan agak privacy. Dari jalan besaq hang kena kona pacak naik bukit baru nampak dia. Kalau jalan kot bawah tak nampak. Kira hang duduk situ tadak la hingaq dengan bunyi kereta dok lalu lalang. Aman damai ja tempat tu.", "Villa tu berkonsepkan studio tapi ada sebuah bedroom yang dipisahkan dengan dinding tempered glass yang bukan 100% transparent. Kadar tembus pandang kat cermin tu masih tinggi. Kira hang duduk dalam bedroom tu hang masih boleh nampak apa yang berlaku kat hall. Anak-anak aku dok berguling kat katil hujung pun aku boleh kenal lagi yang mana anak nombor 2 yang mana anak yang nombor 3. Bila gelap baru tak nampak apa.", "Dalam bedroom ada 1 katil king, kat hall ada 4 buah katil single. Padan la dengan family kami 6 beranak. Bilik ayaq pulak berkembaq dengan bedroom, pun dipisahkan dengan dinding kaca, tapi 0% transparent la. Tak payah risau orang kat luaq boleh nampak hang dok meneran dalam tu. Bilik lain aku tak tau design dia lagu mana. Tapi bilik yang aku booking ni adalah bilik yang paling besaq ada kat situ.", "Bila dah selesai check in, kami rehat dulu sebelum keluaq makan. Dari nak rehat 1 jam terus terlajak sampai ke malam. Penat kot drive dari dari KL ke sini. Jam 8 malam, kami bersiap-siap nak keluaq makan. Tapi anak sulung aku yang jantan umoq 16 tahun tu tak mau ikut. Tak larat dah dia kata. Letih duduk dalam kereta. Malam tu dia nak terlentang atas katil rehatkan pinggang. Yang ikut adik-adik dia hat 3 orang tu ja.", "Dalam jam 8 lebih macam tu kami keluaq pi makan shell out kat Brinchang. Lama jugak la kami bersidai kat kedai tu pasai masyarakat punya ramai. Hang pi tang mana pun ramai. Tara nak siap makan semua sejam lebih jugak la. Masa dok makan, bini aku call anak sulung aku tu, tanya nak makan apa. Depa bercakap guna speaker, aku pun perembang la telinga.", "“Ziq….nak pesan apa?” Nama dia Haziq Zikri.", "Dia jawab call tu, tapi diam tak bercakap sampai mak dia kena panggil banyak kali. Aku syak dia tengah lena.", "“Ziq. Haziiiqq!! Tidoq ka oiii..??”", "Dah lama sikit baru dia respon. Suara terketaq ketaq macam orang demam.", "“Tak mau apa la Ma. Ziq makan roti ja.”", "“Laaa. Beli kat mana?”", "“Yang Abah beli tadi tu.”", "“Ohh. Takkan tak mau apa dah? Kat sini nasik goreng ada, burger pun ada. Kalau nak, Mama nak tapau kat Haziq.”", "“Tak mau la Ma. Tapi Mama balik cepat sikit boleh tak? Balik la ni jugak Ma.”", "“Ehhh. Mama baru nak makan ni. Ziq demam ka?”", "“Haaa. Balik cepat Ma.”", "Pulak daahhh. Aku pun menggelabah la jugak. Orang baru nak makan dia dah suruh balik. Yang tadi tak mau ikut sangat.", "“Sat lagi habih makan Ma balik terus. Haziq ok tak ni?”", "“Ok ja. Tapi Ma balik cepat sikit. Jangan pi mana mana dah.”", "Macam tu dia kata kat mak dia. Aku pun sama jadi tak senang nak makan, dok susah hati kat anak sorang tu. Lepas makan, kami tak tunggu dah, terus balik ke villa. Tapi tara nak sampai mau setengah jam jugak la. Nuuu….berderet kereta atas jalan.", "Sampai di villa, terus masuk bilik dan nampak Haziq dok berselimut atas katil kat hall. Dia pasang Youtube orang dok mengaji. Punya kuat, dari luaq bilik boleh dengaq dah. Mata dia merah berayaq, memang macam dorang demam. Cepat-cepat mak dia pi pegang dahi.", "“Panas ni bang. Makan ubat dulu. Mujoq Mama bawak Panadol.”", "Mak dia berlari ke bedroom dan selongkaq emergency kit. Dalam masa yang sama, aku dok perati kelaku Haziq ni. Mata dia dok tenung ke bayang bayang mak dia kat dalam bilik. Hati aku jadi tak sedap. Macam ada yang tak kena dengan budak ni. Selalunya kalau dia demam pun, rancak ja dia bercerita itu ini. Kali ni tak bukak mulut langsung.", "“Haziq. What is wrong with you my man?” Aku tanya macam tu, nak cooling down jiwa dia yang macam berkecamuk.", "Dia tak tunggu lama, terus buka mulut bercerita dengan aku. Masa ni mak dia pun tengah huloq Panadol.", "“Tadi Haziq nampak Mama.”", "“Memang Mama dok ada sini pun.” Kata mak dia yang masih tak tau hujung pangkal. Aku pulak dah dapat baca sikit sikit. Bukan itu yang anak tu nak habaq.", "“Bukan Ma. Ziq nampak Mama masa Mama dah keluaq pi makan.”", "“Haahhh…..nampak kat mana?”", "“Dalam bilik tu la.”", "Terus mak dia melopong tengok aku. Seolah-olah aku ni presiden PBB yang dapat menyelesaikan masalah dunia.", "“Haziq nampak macam mana? Cuba cerita bagi habih.” Aku kata lagu tu kat dia.", "“Lepas semua dah keluaq, Haziq masuk tandas amik ayaq semayang. Lepas tu masuk dalam bilik nak semayang jamak. Masa bagi salam Haziq nampak balik cermin tu, Mama tengah duduk kat sofa. Mama duduk diam ja tak buat apa pun.”", "“Lepas tu Haziq buat apa?”", "“Haziq ingatkan memang Mama, kot masa Haziq dok semayang Mama masuk balik nak ambik apa-apa. Haziq keluaq bilik nak tanya Mama, bila keluaq ja Mama dah takdak kat sofa tu. Heran la jugak.”", "“Ooo. Haziq silap pandang kot.” Aku kata macam tu nak sedapkan hati dia.", "“Mulanya dok ingat macam tu la. Haziq buat tak tau je lah. Lepas tu Haziq sambung tengok henpon kat katil ni. Masa dok main game Haziq nampak lagi sekali, kali ni Mama duduk kat katil dalam bilik. Sama macam tadi jugak. Mama duduk diam ja dok tengok lantai.”", "“Alamak. Ni cerita betoi ka tipu-tipu ni?” Tanya mak dia pulak.", "“Nak tipu buat apa Ma. Tak penah lagi Haziq cerita nampak hantu seumoq hidup. Ni baru first tima time nampak.”", "“Ok. Lepas tu jadi apa lagi?”", "“Haziq panggil Mama. Kot kot memang betoi Mama. Tapi Mama tak menyut. Mama kalih muka tengok Haziq, lepaih tu Mama berdiri tekap muka kat dinding cermin tu. Tak nampak clear pun muka Mama, tapi rupa dia sebijik macam Mama.”", "“Dia pakai baju apa?”", "“Dia pakai baju kelawaq yang Mama pakai sebelum keluaq tadi. Masa tu baru Haziq sedaq yang tu bukan Mama. Tapi rupa dia memang betoi-betoi macam Mama.”", "“Dah tu, Haziq buat apa?”", "“Masa tu yang Mama call tanya nak pesan apa. Tu yang Haziq suruh balik cepat. Lepas letak telefon dia terus hilang. Haziq tunggu je la dalam bilik.”", "“Awat tak habaq masa Mama call tadi?”", "“Takut nak habaq pasai benda tu dok tengok Haziq.”", "Macam tu rupanya. Kalau aku yang kena lagu tu, mungkin aku pun terkancing gigi.", "“Takpa, dia mengusik ja tu. Pi tidoq, esok nak balik Penang dah.”", "“Haziq tidoq dengan Mama Abah sekali boleh tak?”", "Aisehh. Boleh laa… jangan mai dok himpit celah ketiak ja. Rasanya sejak dia dah ada bilik sendiri masa darjah 3 dulu, ini kali pertama dia mintak tidoq sebilik dengan mak ayah dia. Nampak sangat cuak dia tu. Dan betul apa yang dia kata kat mak dia tadi. Tak pernah lagi dia bercerita nampak hantu setan, walau jin sekalipun seumoq hidup dia. Kali ni dia kena.", "Jangan kata dia, aku pun tak pernah nampak. Dok dengaq orang sembang ja. Sembang nampak pocong, nampak langsiaq, nampak toyol. Aku dah 40 tahun hidup tak pernah sekali pun nampak puak-puak tu. Masuk ke celah hutan banat, pi mengai sorang sorang tengah malam pun tak pernah nampak. Bukan tak percaya wujudnya jin dan syaitan tapi memang tak pernah nampak. Mungkin kali ni Tuhan nak uji, anak aku yang tak pernah peduli hal mistik tiba-tiba boleh ternampak kelibat yang merupa mak dia sendiri.", "Jadi, malam tu aku terpaksa hampaq toto dalam bilik, anak-anak semua pakat tidoq sekali dalam tu. Toto tu memang aku standby ja dalam kereta, tau dah ada masa akan guna jugak. 4 buah katil kat hall tu tak guna langsung. Buat penat ja bayaq mahal-mahal. Takpa la, janji depa rasa selamat.", "Lepas jam 11 malam semua dah sedia nak tidoq. Aku ja dok belek email lagi, tengah standby apa yang patut. Lagi 2 hari dah nak masuk kerja.", "Mai jam 12 tengah malam mata ni tak tahan dah. Dari duduk bersila kat sofa, aku masuk ke bilik. Katil king tu dah kena konker anak-anak. Abang depa si Haziq tu ja yang tidoq kat lantai berlapik toto. Biasanya lagu tu la. Bapak kena beralah. Jadi, dengan rela hati aku pi tidoq kat katil di tengah hall. Aku pilih katil yang paling dekat dengan bedroom. In case kalau jadi apa-apa dalam bilik, boleh sampai ke telinga aku.", "Baru lena tak sampai sejam, pukul 12.45 pagi aku terjaga. Nak terkencing. Punya sejuk tak tau nak habaq. Aku buka lampu pi cari remote aircond. Dok perati kiri kanan, seminit jugak la loading baru perasan. Cameron Highland ni mana ada aircond. Kipas pun depa tak guna, ini kan pulak penghawa dingin. Dah sedaq diri baru aku langkah masuk toilet.", "Dah selesai mengosongkan pundi kencing, aku lentang balik atas katil. Tapi tak boleh pejam. Kepala ni dok pikiaq yang bukan-bukan. Pikiaq pasai kerja, pasai rumah, pasai semua benda yang tak sepatutnya ada dalam kepala otak aku waktu tu. Ni yang orang panggil pecah mengantuk. Tidoq sat ja bila terjaga jadi susah nak lena. Aku bergolek kiri kanan pun tak mau pejam jugak. Last sekali aku keluaq pi cucuh rokok kat lobby.", "Suasana lobby masa tu senyap sunyi. Angin ja dok hembuih telinga aku. Memang sejuk tapi nyaman. Aku duduk kat kerusi panjang yang memang dok ada kat situ, mengadap dengan pintu bilik aku. Pintu bilik saja aku biaq terbuka, nanti senang nak masuk balik.", "Lebih kurang 10 minit kemudian, aku masuk balik ke dalam, tutup lampu dan menyembam atas katil dengan harapan boleh cepat lena. Jangan buat pasai, esok nak drive balik Penang bukannya dekat. Mau 3 jam jugak tu. Belum campoq dengan nak singgah sana sini, dengan jem lagi. Boleh jadi 5 ke 6 jam jugak la.", "Pelan-pelan rasa mengantuk pun mai balik. Mata makin dok layu, mulut pun dok menguap tiga empat kali.", "Baru nak hanyut, aku dengaq ada bunyi kat katil sebelah. Macam ada orang landing kat situ. Bila aku celik mata sikit, aku nampak ada orang tengah tidoq kat katil paling hujung dekat dengan tingkap. Dia tidoq melunjoq, berkelubung dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.", "Bersungguh sungguh aku kata dalam hati yang aku tengah mimpi. Dua tiga kali aku pejam celik pejam celik dok berdoa aku terjaga dari tidoq, nanti benda tu hilang la. Aku cuba pusing badan kot lain, boleh ja. Tak kena tindih pun. Bukan sleep paralysis. Tubuh badan aku normal waktu tu. Aku kalih pulak tengok katil tu, boleh jugak. Maksudnya aku bukan sedang bermimpi. Aku tak lena pun dan benda tu masih ada di katil tu. Menguet tak berbunyi pun tak. Dia tidoq tegak ja sebijik macam mayat yang baru sudah siap kapan.", "Langsung aku teringat benda pelik yang kena kat anak sulung aku tadi tu. Otak aku tak gaduh nak proses lama-lama, memang dah tau yang tu bukan bini aku, bukan anak aku. Nak kata seram, memang dah meremang bulu roma ni.Terpacak ke bumbung baq hang. Tapi bukan bermakna aku takut, cuma aku jadi tak senang duduk bila ada benda lain yang dok main dekat dengan anak-anak aku.", "Dalam keadaan seram dengan geram yang sama naik, aku mangkit dari katil berdiri tegak pandang dia.", "“Haram jadah punya setan. Pttuuiii….!!!”", "Aku bagi ludah pekat punya seketoi, terus berjalan pi kat dinding dan bukak lampu. Bila dah cerah, benda tu hilang. Katil tu pun kosong. Cuma cadar dia ja berkedut sebab siang tadi anak-anak aku dok main tang tu. Aku perati ke luaq tingkap, belakang villa tu ada banyak pokok bunga kertas yang ditanam tuan tanah. Pokok-pokok bunga tu bergoyang ditiup angin sejuk dari puncak Cameron Higland. Sekali sekala kabus tebal menyelebungi dan pokok bunga tu pun hilang ditelan kabus.", "Maka, aku langsung tak boleh tidoq dari jam berapa entah hinggalah ke cerah. Dalam kesempatan yang ada tu aku ambik wuduk, buat semayang sunat dan zikir banyak-banyak. Moga anak bini aku terlindung dari gangguan mahkluk jin dan syaitan.", "Esok pagi, anak sulung aku yang mangkit paling awai. Dah sihat dia kata. Dia pun tak sebut dah hal semalam tu. Malas nak pikiaq kot. Aku pun tak bercerita kat depa apa yang berlaku kat aku masa depa dok lena. Jam 12 tengahari kami check out, bini aku kena drive sampai ke Penang, aku membuta kat sebelah.", "“Harreeyyy. Cering bulu roma aku. Dah sampai rumah tadak jadi apa-apa ka?” Aku bertanya lagi, manalah tahu ada rentetan dari kejadian di Cameron Highland tu.", "“Tadak apa. Semua ok ja. Tadak pulak jadi benda pelik-pelik. Aku rasa dia memang dok main kot situ kot. Tempat depa.”", "“Boleh jadi la. Kat dunia ni bukan kita ja duduk. Depa pun ramai. Lagi ramai dari kita.”", "“Betoi la tu. Jadi hang tolong tulih cerita aku ni tapi jangan habaq nama betoi aku, jangan habaq nama tempat tu. Kalau kena saman aku cari hang. Hahahaha.”", "“Sat sat….yang hang ludah ptuiii tadi tu hang cuci balik tak?”", "“Dakkk. Aku lupa wakakakaka…”", "“Haisshhh. Dajey dia ni.”", "Begitulah kisahnya hasil dari pertemuan semula dengan kawan lama yang dah sepuluh tahun tak jumpa. Ingatkan dia nak ajak join MLM ka, nak ajak join forex ka, rupanya dia nak bagi cerita seram. Ada la jugak modal aku nak goreng ampa. Terima kasih kerana sudi membaca." ]
[ "Best", "Jalan cerita yang paling menarik.Terima kasih!", "mantap mantap.. villa apa lah tu ye..", "fuh… gila. setiap scene sampai. loghat utara pulak fuh lagi syok nak baca hahahahah" ]
https://fiksyenshasha.com/satu-malam-yang-panjang/
Satu malam yang panjang
[ "Aku terjaga apabila terdengar suara pemandu bas yang agak kuat memaklumkan bahawa bas ekpress yang aku naiki telah sampai di stesen bas kecil bandar KR.Jam menunjukkan pukul 10 malam,25hb Disember 1990.Aku mengangkat beg pakaian aku yang kecil sambil berjalan turun dari bas.", "“Terima kasih pakcik,Assalamualaikum wbt..”,kata aku kepada pemandu bas yang agak berusia ketika mula turun dari tangga bas.Aku tidak tahu samada Pakcik pemandu bas itu menjawab salam aku atau tidak sebab aku tidak mendengar suaranya.", "“Alhamdulillah,sampai jugak kat sini”,kata aku sebaik sahaja kaki aku memijak tar stesen bas ini. Hanya aku seorang sahaja rupanya yang turun di sini.Aku duduk seketika di atas kerusi simen.Tidak lama kemudian bas tersebut mula bergerak meninggalkan stesen bas ini dan meninggalkan aku sendirian.Hanya ada 2 lampu yang menerangi stesen bas ini.", "Aku memerhati sekeliling.Suasana terasa sunyi. Angin malam yang bertiup menambahkan lagi kedinginan.Tiada langsung kelibat orang lain di stesen bas ini.Tiada juga kenderaan lain yang aku nampak berhampiran stesen bas ini,macam bandar m**i.", "“Keciknya stesen bas ni,awal lagi pun dah tak ada orang,tak ada bas”,bebel aku.", "“Macam mana aku nak ke Kampung Rakit ni?”,aku bertanya diri aku sendiri.Ini kali pertama aku menjejakkan kaki aku di bandar kecil ini dan kali pertama juga aku akan ke Kampung Rakit. Ketiadaan tiket bas untuk perjalanan waktu siang memaksa aku menaiki bas pukul 5 petang dari bandar tempat aku tinggal,bermakna aku menghabiskan 5 jam perjalanan untuk sampai di sini.", "“Semoga Allah memudahkan urusan aku kat sini”, doa aku dalam hati.Aku berada di sini adalah atas permintaan Pak Tam,bapa saudara aku.Dia dapat kerja membina sebuah bunglow di sini dan tugas aku adalah untuk menguruskan ketibaan barang-barang pembinaan pada siang esoknya.Aku sendiri tidak tahu bagaimana keadaan kampung tersebut,yang aku tahu aku hanya perlu mencari penduduk kampung yang bernama Pak Jo @Johari. Mudah sahaja arahan Pak Tam,sedangkan aku tahu tugas aku tidak semudah arahannya.Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku.Firasat aku dapat merasakan ada yang tidak kena pada tempat aku berada sekarang ini tetapi aku cuba untuk mengabaikannya.", "Tiba-tiba aku nampak cahaya sebuah kereta menuju ke arah aku.Lega aku rasa.", "“Mungkin kereta ‘sapu’ ni”,teka aku.Kereta itu berhenti di hadapan aku,kereta nissan sunny yang agak usang.", "“Encik nak pergi mana?”,tanya seorang lelaki berusia lebih kurang 40an melalui tingkap kereta yang memang sudah terbuka.Aku nampak ada seorang lelaki dan seorang wanita di kerusi belakangnya tetapi kedua dua wajahnya agak kurang jelas.", "“Saya nak ke kampung Rakit,jauh tak dari sini?”,kata aku.", "“Oooo Kampung Rakit,dekat sejam dari sini.Dua orang kat belakang ni pun nak ke sana jugak. Eloklah tu.Saya caj 40 ringgit kalau encik nak saya hantar ke sana,boleh?”,jawabnya.Aku tiada pilihan dan terpaksa bersetuju.Aku duduk di sebelah pemandu sambil meribakan beg aku.Akhirnya kereta mula bergerak menuju destinasi.", "“Saya Kassim.Buat apa encik nak ke kampung tu malam-malam ni?”,kata pemandu kereta itu.", "“Saya Man,ada kerja sikit.Ni saya nak gi ke rumah Pak Jo.Abang Kassim kenal?”,tanya aku.", "“Pak Jo?Oooo…kenal..kenal..nanti saya hantar ke rumah dia”,jawabnya.Lega hati aku bila melihat sikap Kassim yang peramah dan agak riuh berbual. Mudah urusan aku malam ini.Lelaki dan wanita di kerusi belakang hanya mendiamkan diri.10 minit awal, semuanya berjalan tanpa halangan walaupun jalan ke Kampung Rakit semakin lama semakin gelap.Kami memasuki satu simpang dan bermula dari situ suasana mula terasa lain.Keadaan bertambah gelap dan sunyi.Kassim pula mula mendiamkan diri,tidak peramah lagi seperti masa awal-awal tadi.Bulu roma aku juga mula tegak berdiri.", "Tiada langsung kami berselisih dengan kenderaan lain hatta sebuah motosikal sekali pun. Kilat mula kelihatan di langit seperti hendak hujan. Sesekali aku menoleh ke belakang tetapi aku masih tidak nampak dengan jelas wajah mereka berdua. Tanpa suara, keadaan memang menyeramkan.Aku baca ayat-ayat yang aku belajar kerana aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hujan mula turun renyai renyai.Kereta yang tiada penghawa dingin memang menyukarkan pandangan jika hujan.Bau wangi mula menusuk hidung aku.Sesekali aku menjeling ke arah Kassim, risau jika dia terlelap ketika memandu sebab dia sekarang langsung tidak bersuara.Bau wangi semakin kuat.Aku membaca lagi ayat-ayat yang aku belajar.Aku tahu ada sesuatu yang tidak elok berada di dalam kereta ini.", "Aku menoleh ke arah Kassim dan aku terkejut bila nampak jelas wajahnya sudah berubah.Sebiji matanya terjuntai ke bawah,sebelah lagi terperosok ke dalam.Aku mengalihkan cara duduk aku dengan bersandar pada pintu kereta.Kini pandangan aku lebih jelas ke arah Kassim dan kepada kedua-dua penumpang di belakang.Aku nampak wajah wanita itu juga sudah berubah,lebih buruk dari wajah Kassim.Mukanya seolah olah pecah dengan ulat-ulat memenuhi hidung dan mulutnya.Lelaki itu pula tiada sebelah kepala dan berlumuran d***h. Aku baca lagi ayat-ayat yang aku belajar dan hembus ke arah mereka bertiga.Hujan semakin lebat dan pakaian aku mula agak basah kerana air hujan yang masuk melalui tingkap yang tidak tertutup rapat.", "Ketiga tiga kelibat ini semakin tidak senang duduk setiap kali aku hembus bacaan ayat suci Al Quran ke arah mereka.Wanita itu mula menjerit jerit dengan suara nyaring.Lelaki itu pula menghentak hentak kepalanya kepada cermin tingkap.Kereta mula bergerak ke tepi dan ke tengah dan akhirnya terus menuju ke tepi jalan sebelah kiri dengan agak laju.Kereta mula terjunam ke bawah tebing.Aku mengucap dua kalimah syahadah dan kemudian berzikir tanpa henti.Aku yakin jika bukan ajal,aku akan selamat.", "“Allahhu Akbar…Allahhu Ahad..”,lafaz aku bila kereta terperosok di batang pokok.Allah Maha Melindungi, walau kereta datang dari sebelah kiri tetapi kereta melanggar batang pokok dari arah pemandu kereta. Dengan izin Allah,aku berjaya mengelakkan diri dari terhantuk pada sebarang peralatan di dalam kereta.", "Aku mengeluarkan lampu suluh yang memang sentiasa ada di dalam beg aku.Aku menyuluh ke ke dalam kereta dan mendapati ketiga tiga kelibat yang ada bersama aku di dalam kereta tadi hilang entah ke mana.Aku berjaya membuka pintu kereta dan bergerak keluar bersama beg aku.Hujan yang masih turun menyukarkan sedikit untuk aku naik dari tebing.Aku bernasib baik kerana tebing tidak berapa tinggi dan dalam.Sampai di atas jalan yang berturap,aku memeriksa tubuh aku.Tiada pakaian aku yang koyak dan aku juga tidak merasa sebarang kesakitan menandakan aku tidak luka apa-apa.Jam aku menunjukkan pukul 11 malam. Dari atas jalan,aku menyuluh ke arah kereta dan nampak dengan jelas kereta itu seperti kereta yang sudah lama berada di pangkal pokok tersebut.", "Aku mengambil keputusan untuk berjalan meredah hujan mengikut sahaja jalan yang ada.Tiada sebuah rumah mahu pun kenderaan yang aku jumpa. Akhirnya aku terjumpa sebuah papan tanda kecil yang tertulis, ‘Kampung Rakit’ selepas lebih kurang 15 minit aku berjalan.Aku terus berjalan tanpa henti sehingga aku terjumpa pula sebuah warung kecil yang sudah ditutup di tepi jalan.", "“Assalamualaikum…”,aku memberi salam kerana aku nampak ada cahaya lampu dari dalam rumah. Salam aku tidak berjawab.Aku ulang dua kali lagi dan hanya pada yang ketiga,pintu warung dibuka. Muncul seorang lelaki yang agak tua.", "“Anak ni cari siapa?”,tanya lelaki tua itu.", "“Saya nak cari Pak Jo.Tadi saya tumpang kereta datang ke sini.Kereta tu dah pergi”,aku terpaksa berbohong kerana tidak mahu memanjangkan cerita.Pakcik tua itu memandang aku ke atas dan ke bawah seperti curiga.", "“Lain macam orang tua ni,salam pun tak berjawab”, bebel aku dalam hati.", "“Rumah dia tak jauh dah dari sini tapi kena masuk ke dalam sikit sebelah kiri dari jalan.Rumah pertama yang anak jumpa nanti,rumah dialah”, terang pakcik tua itu.", "“Terima kasih pakcik,saya jalan dulu”, jawab aku sambil hendak memulakan langkah.", "“Ada hal apa anak cari dia malam-malam ni?tak boleh tunggu siang ke?kampung ni jarang sangat orang jalan malam-malam macam ni, lebih-lebih lagi kalau hujan”,tanya pakcik itu.", "“Saya datang dari jauh,ada hal nak jumpa dia.Bas sampai dah malam,saya terus aje lah ke sini”,terang aku.", "“Hati-hati.Jangan tegur apa-apa yang pelik.Kalau tak berani,tunggu je kat rumah pakcik ni sampai siang nanti”, pelawa pakcik itu.", "“Tak apalah pakcik,saya jalan terus je.Inshaallah semuanya akan selamat”, jawab aku sambil meneruskan perjalanan.Aku berpaling semula untuk memberi salam tetapi Pakcik tua itu sudah menutup pintu.", "“Cepat sungguh dia masuk rumah”,kata aku sambil meneruskan perjalanan.Hujan sudah mula berhenti tetapi pakaian aku sudah basah kuyup.Lebih kurang 10 minit aku berjalan,di hadapan aku kelihatan 3 susuk tubuh manusia sedang berjalan bertentangan dengan arah aku berjalan.Aku tidak sedap hati.Bulu roma aku tegak berdiri.Semakin lama mereka semakin menghampiri aku.Bila aku berselisih sahaja dengan mereka,aku amat terkejut kerana mereka bertiga adalah Kassim dan dua lagi penumpang yang ada di belakang kereta sebelum ini.Mereka memandang aku dengan tajam.", "Tiba-tiba ketiga tiga kelibat itu mengepung aku.Kaki masing-masing tidak jejak ke tanah.", "“Jangan kacau aku,aku datang ke sini bukan nak berurusan dengan kamu.Pergi dari sini atau dengan izin Allah,aku akan hapuskan kamu semua”,bentak aku.Habis sahaja aku berkata kata,serentak mereka bertiga mengilai dengan nyaring dan mula berpusing pusing mengelilingi aku. Semakin lama semakin laju sambil tangan mereka cuba menggapai tubuh aku. Aku baca ayat-ayat suci Al Quran yang aku belajar dan kemudiannya menumbuk ke tanah. Serentak ketiga tiga kelibat itu terpelanting ke belakang dan terus hilang dari pandangan. Aku memerhati sekeliling tetapi kelibat mereka tidak kelihatan lagi.", "Aku meneruskan perjalanan menuju ke rumah Pak Jo.Aku masih belum nampak walau sebuah rumah pun.Akhirnya aku sampai di satu simpang kecil.", "“Rumahnya masuk ke dalam sikit sebelah kiri”,aku teringat pesan Pakcik Tua tadi.Aku mengambil keputusan untuk melangkah ke kiri seperti yang dipesan.Suasana memang gelap gelita,sunyi dan sepi.Telinga aku menangkap bunyi sesuatu yang sedang berterbangan di antara pokok-pokok yang ada di sekeliling aku.Aku baca ayat yang biasa aku amalkan dalam keadaan begini.Bunyi itu semakin lama semakin kuat menandakan ia mula terbang semakin rendah.Aku abaikan kerana selagi ia tidak menghampiri aku,bagi aku ia bukan satu masalah.", "Akhirnya aku sampai di halaman sebuah rumah bertiang yang sederhana besar.Ada lampu di luar rumah yang terpasang.Aku berdiri di hadapan tangga rumah lalu memberi salam.", "“Assalamualaikum wbt…”,suara aku perlahan tetapi jelas.", "“Sekejap yer”,ada jawapan dari dalam rumah,suara seorang perempuan.Tingkap di buka sedikit.", "“Nak cari siapa tengah malam ni?”,suara itu agak bergetar tetapi aku tidak nampak mukanya.", "“Saya nak cari Pak Jo,pak saudara saya Pak Tam yang mintak saya jumpa dia jika datang ke sini”, jawab aku dengan harapan perempuan itu tahu tentang Pak Saudara aku.", "“Ooo..anak saudara pakcik tu.Sekejap”, jawab perempuan itu.Tidak lama kemudian pintu hadapan dibuka dan keluarlah dua orang perempuan, seorang agak berusia dan seorang lagi masih muda.Aku masih berdiri di muka tangga.", "“Naiklah,kasihan basah kuyup kena hujan”,kata perempuan yang agak berusia.", "“Eh tak apa,saya nak jumpa dengan Pak Jo”,jawab aku.", "“Datang naik apa?”,tanya dia lagi, mungkin pelik sebab tiada kereta berhampiran aku.", "“Tumpang kereta orang sampai kat warung jalan besar,lepas tu jalan je ke sini”,terang aku,sekali lagi aku terpaksa berbohong untuk memendekkan cerita.", "“Ya Allah,beraninya.Dah lama tak ada orang yang berani jalan sorang-sorang malam-malam macam ni kat kampung ni”,terangnya lagi.Aku pula yang menjadi pelik.", "“Tak ada apa pun.Pak Jo ada?”,aku berbalik pada soalan utama aku.Aku nampak muka kedua dua perempuan itu berubah muram.", "“Ayah baru meninggal siang tadi kat hospital.Dah siap kebumi.Kami ni anak-anak dia.Kami tiga beranak je dengan ayah.Sekarang tinggallah kami berdua je”,jawab perempuan yang lebih berusia itu.", "“Innalillahhiwainnalillahhirojiun”,aku hampir terduduk mendengar ceritanya.", "“Aku nak ke mana ni?”,tanya aku dalam hati.Aku melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 1 pagi.", "“Tak apalah kalau macam tu,saya mintak diri dulu’, kata aku lalu bergerak meninggalkan rumah tersebut.Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang kerana tidak elok untuk berpaling melihat perempuan.", "Aku berjalan perlahan menuju jalan besar.Aku mengambil keputusan untuk mencari masjid atau surau jika ada untuk menumpang bermalam tetapi aku tidak tahu arah mana yang hendak dituju. Akhirnya aku bergerak ke arah jalan menuju warung itu tadi.Selepas agak lama aku berjalan,aku ternampak satu papan tanda yang tertulis ‘surau’ sekali dengan penunjuk arah yang agak terlindung oleh daun-daun pokok.", "“Kenapa tadi aku tak nampak tanda ni,kenapa jauh pulak rasa nak sampai warung tu?”,bebel hati aku sambil melajukan langkah aku.Akhirnya aku sampai di pintu pagar surau.Surau itu hanya diterangi oleh satu lampu di bahagian luar.Aku masuk dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri.Siap membersihkan badan,aku duduk di bahagian luar surau sahaja.Di situlah aku solat sunat dengan berbagai bunyi yang cuba mengganggu.Selesai semuanya jam menunjukkan pukul 4 pagi.Aku melelapkan mata sebentar.", "Aku terjaga apabila terdengar bunyi motosikal memasuki kawasan surau.Aku bangun tergesa gesa bila mendengar bunyi tersebut.Seorang lelaki yang masih tegap tetapi agak berusia berjalan untuk masuk ke dalam surau.Dia terkejut besar bila melihat aku.", "“Astaghfirullahhalazim…terkejut pakcik”,katanya bila nampak aku.", "“Maaf pakcik,saya tumpang tidur kat sini.Nanti lepas solat saya cerita kenapa saya ada kat sini”, terang aku.Kami solat bersama sama dan siap solat,kami berbual di kaki lima surau.Aku menceritakan semua kejadian yang aku lalui kepada Pakcik itu yang mengenalkan dirinya sebagai Sabri.", "“Pak Jo dengan dua anaknya meninggal dunia dalam kebakaran rumah mereka 2 malam lepas. Dua anak perempuannya meninggal terbakar dalam rumah sementara Pak Jo meninggal di hospital,luka parah semasa cuba nak selamatkan anak dia.Orang tua kat warung tu namanya Pak Ramli.Dia tinggal dengan bini dia tapi Pak Ramli tu dah 2 tahun terlantar tak boleh bangun sebab lumpuh.Kassim yang awak cerita tu m**i sebab kemalangan di tempat yang awak cerita tadi tu sekali dengan lelaki dan perempuan itu juga.Awak bukan sebarangan orang bila semua benda itu datang bertemu dengan awak”, akhirnya persoalan aku terungkai.Aku meminta diri untuk ke tandas sekejap tetapi bila aku kembali,Pakcik Sabri sudah tiada tetapi aku tidak mendengar bunyi motor sewaktu aku di tandas.Aku melelapkan mata seketika menunggu cerah dan apabila sudah cerah,aku dapati aku berada di sebuah surau yang usang seperti sudah lama tidak digunakan lagi.Aku sudah tidak pasti apa sebenarnya yang telah aku lalui….", "Sekadar selingan…" ]
[ "Terbaik.. dah lama tak baca karangan yg mcm ni..", "Kisah yg sebegini yg saya suka. Mungkin dengan sedikit olahan / kreativiti mungkin blh di jadikan sebuah filem ataupun drama seram bersiri.\nGaya penceritaan, lokasi² serta kejadian² yg berlaku yg di lalui oleh penulis boleh di jadikan asas ataupun jalan cerita. Bagaimana pula dengan tajuk? Sekiranya di jadikan drama ataupun filem seram Terpulang kepada pembaca semua", "Sumpah Lillahi, best duh story ni. Setiap ayat dan scene aku boleh faham dan imagine. Creepy, serious talk. Goosebump sangat bila baca. Author takde wattpad ke?? Ada gaya penulisan macam novelist. Seronok baca. Author yang tulis story ni, kalau terbaca komen ni, please reply hahahaha" ]
https://fiksyenshasha.com/jelmaan-serupa/
Jelmaan Serupa
[ "Hai haii…Minah nak cerita sikitlah pengalaman Minah teman kakak sepupu hantar cheesekut. Tkdela seram sangat tapi rasa nak la share.", "Satu malam tu Minah dijemput kak Ed temankan dia ke satu kolej separa swasta. Situ hostel girl. Sebab nak hantar sorang nanti dia kena angkat kotak polyfom tu dari parking ke pondok guard hostel macam leceh..lg pn kak Ed ni keding je orgnya. Umur pn baru 24. Dia janji upah tealive lepas settled semua order.", "Mula2 dah nak sampai tu kak Ed call la Mpp kolej tu bagitaw kami nak sampai dalam 15minit. Senang la nanti dia nak bgtaw student lain datang smbil. Mpp ni mcm ketua pelajar la kan… namanya kak Shira ( nama olok2 )", "Sampai tepi pondok guard Minah tengok kak Ed call lagi kak Shira tu. Sekali dua gagal dihubungi. Muka kak Ed berkerut la apelagi! Sebab dia cuma ada senarai nama pembeli dan jenis kek yg diorg nak. Selain dari cheesekut adalah kek batik, kek pandan, coklatmoist dia jual. Tp cheesekut la yg top.", "Kak Ed try wasap kak Shira. Dia hentak stering. Hamboiii,,, mcmlah tangan tu besau sangat! Pastu tiup puhpuhhh kat tangan sebab sakit. Haa,,,padan Minah suruh call biasalah jangan call wasap. Letih minah tengok dia membebel mcm mak nenek!", "Akhirnya dia turun dari kereta dan ajak aku pergi kat guardhouse. Pastu kak Ed tanya samada tercatat nama kak Shira keluar dari hostel?? Kiranya tu kali kelima kak Ed ke situ, jadi…guard pun dah kenal kakak sepupu minah ni taukeh jual kek kotak kecik2.", "Guard bagitaw yang kak Shera baru habis program dn ada dlm hostel. Dia singgah kejap bagi kurma yg penderma sedekah kat program malam tu. Ada sorang guard perempuan cakap yg kak Shera ada pesan kalau kami datang minta tunggu kalau dia lambat. Maknanya,, kak Shera ada la kat hostel. 15minit dah terbuang. Sbb lepas serah barang kt kak Shera kami kena bergegas ke Shah Alam pulak. Ni jadi serba lambat lah jawabnya…", "Guard perempuan tu cuba call..masuklah pulak! Ulang3 akak guard tu kata kami ada kat pondok guard. Muka dia senyum tapi dahi berkerut. Ah sudah!!! Kak Ed cuba la jerit pggil nama kak Shira. Pastu akak guard suruh tunggu. Kejap lg kak Shira turun. 5minit mcm tu nampak dah kelibat kak Shera menepuk dahi dari jauh. Pastu dia call siapa ntah.", "Bila dah dekat…dia", "peluk2 kak Ed mcm org nak menangis. Katanya masa dia nak naik lift, dia ternampak kelibat kak Ed tolak pintu tangga kecemasan. Dia teriak 3 4 kali tapi kak ed tak respon. Dia pun call la nombor kak Ed sambil kejar kak ed yg dah mula turun tangga. Owhh patutlah kak Ed tak dapat nak call dia…kak Shira berlari tu sambil call kak Ed.", "Tapi pelik kenapa call dia tak masuk? Minah tanyalah salah tengok ke kak oiii??? Dia tepuk bahu Minah, kak Shira cakap sama la baju dgn tudung yg kak Ed pakai tu dgn budak perempuan yg dia kejar. Sbb sebelum jumpa dia,, kak Ed ada post kat status gambar dia dgn aku otw ke tempat kak Shira.", "Pastu dia kejar lagi dua tingkat nak sampai kat bawah. Kak Shera kata seram lain machiammm….seram sejuk!! Dia tak jadi nak kejar sampai ke bawah sebab dia mula perasan tak ada bunyi tapak kaki budak tu pun!! Kalau Minah memang tak kejar..hahagaga…lantaklah kau ku kenal ke…kau ku kenang. Sebab tak logik la kak Ed boleh masuk dalam hostel tu tanpa kad pelajar!", "Minah cakaplah mcmtu…tau pn dia tepuk dahi, huhuu…baru kau tau Minah ni otaknya sebijak Detektif Conan. Sebelum bertindak,,fikir2kanlah kak oii!", "Barulah kak shira perasan yg sepanjang masa dia naik balik ke tingkat 6 kat tangga tu…tak ada pun bunyi pintu besi dibuka sesiapa. Tak kan lah budak perempuan tu senyap macam tu je kat tingkat bawah?? Minah tanyalah… masa kejar tu ada bunyi tapak kaki/kasut tak? Kak shira jwb tak ada. Isshhh!!! Sah2 la girl tu tak jejak lantai!!!!", "Lu pikir la sendiri!!!", "Esok tu kak Shira demam, hahagaga…", "Sampai sini sajelah Minah taip. Kalau korang rasa best…boleh la Minah share lagi." ]
[ "syok sendiri… lain kali tulis yang penting jer… hahagaga tu takyah tulis sbb tak lawak pun…" ]
https://fiksyenshasha.com/kisah-seorang-remaja-yang-dicintai-oleh-jin-betina/
KISAH SEORANG REMAJA YANG DICINTAI OLEH JIN BETINA
[ "(Pengalaman kawan saya)", "Kisah kali ini mengisahkan tentang seorang remaja yang dicintai oleh jin betina bangsa jin air sejak dia berusia 5 tahun. La ni remaja tu pun dah umur 20an dah pun.", "Salim (bukan nama sebenar) merupakan remaja yang menyambung pengajiannya di sebuah pusat pengajian teknikal di utara semenanjung. Semasa dia dipusat pengajian, Salim ni agak aktif dan dia juga merupakan wakil pelajar disana.", "Kisahnya bermula bila mana dia demam tak kebah-kebah dan kerap pengsan. Di bawa ke klinik, ke hospital namun pihak kesihatan menyatakan dia tiada apa-apa sakit, sehingga lah dia pengsan di bilik kuliah dan meracau. Pihak pengurusan pusat pengajian menelefon keluarga Salim dan bagitau apa yang jadi kat Salim.", "Bergegas la kakak Salim ni pi ke tempat dia belajar tu. Payah sungguh aihh nak sebut pusat pengajian, aku sebut kolej boleh kot nuhh. Sampai kat sana adalah sorang pegawai kolej tu pun habaq kat kakak salim ni, kata dia meracau. Pi check klinik, pihak klinik kata tak dak apa. Jadi pegawai tu pun bagi la kat kakak Salim ni number telefon aku. Pegawai tu kata kat depa. Puan, dulu saya sakit saya pi kat orang ni la. Alhamdulillah, saya sihat balik. Allah izin dengan ikhtiaq kami ni. Apa kata puan try ikhtiaq dengan dia, lagipun dia dok dekat dengan tempat puan. Puan dok daerah kulim kan. Elok sangat la tu. Dia pon dok seberang perai ja.", "Depa pon balik. Salim ni pak dah takdak dok dengan mak & kakak2 dia laa. Dia ni sorang ja anak laki dalam keluarga dia. Manja si anak bongsu dan anak laki sorang. Kakak dia ni pon telefon la aku, dan aku pon habaq masalah depa dan janji temu pon diaturkan.", "Waktu yang dijanjikan tu aku pi umah depa. Aku pon tanya la apa yang patut sebagai info. Aku pon mula la buat rawatan dan ikhtiaq. Baru mula tak sampai 5 minit, bacaan surah pon tak habih lagi tetiba salim merasuk. Teruih dia jadi merapu. Apa lagi, aku pon gasak laa. Jin tu kata, Aku tak kacau hang pon, pasai apa hang kacau aku. Aku tak kacau sapa pon. Aku tuntut janji aku dengan Salim saja. Dia cinta hati aku. Banyak hang punya cinta. Tak dak pasai aihhh dok tak dok bangsa jin nak cinta dengan manusia. Dah-dah jangan buat lawak. Dia geram, teruih dia bawak sebahagian diri Salim ni ke tempat dia. Nasib lagi aku dapat jumpa depa ni. Dok dalam tasik mana tak tau la, kot belah daerah Kulim ni. Aku pun pi la dengan guna kaedah jaringan ilmu dan cahaya yakni huruf alif, jim dan nun.", "Depa puak jin ni terkejut aku dapat cari depa. Apa lagi. Sesi perang dan bertarung tak dapat dielakkan. Punya ramai puak jin ayaq ni rupanya. Depa mai serbu aku kaw kaw punya. Aku pun buka gerakan seribu pecahan naruto yang menjadikan aku ramai dan jurusan son goku dragon ball pun aku aktifkan. Dengan aura tulen al haqqul insani nurul muhammadi maka seluruh kerajaan puak jin ayaq ni bergoncang kuat.", "Depa minta aku henti serangan dan depa kata depa akan serahkan Salim balik, janji aku tak serang depa dah. Aku kata, hangpa bagi ka tak bagi ka aku tetap ambik balik budak Salim ni. Sama ada hangpa suka atau pun dak. Aku yang letak syarat-syarat bukan hangpa. Baik laa, kami patuh pada syarat hang. Selepas rundingan dengan jin pompuan tu, Salim pun pulih.", "Salim pun ok dah dan balik ke kolej dia.", "Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya ribut taufan mai tengah hari. Jin pompuan mai lagi selepas 2 bulan. Cilaboi sungguh jin ni. Kali ni dia belagak sebab dia mai dengan kaum puak dia. Abang dia, kak dia, mak pak dia pon ada. Kira depa ni ketua puak dalam kerajaan depa. Apa lagi, kali ni serangan lagi dasyat aku gunakan menggunakan jurus alif lam mim. Alif lam raa, alif, jim, nun. Semua depa berselerak tarak. Jin-jin ni pun mengaku kalah, dan janji takkan buat lagi. Aku teruih pi penampaq laju-laju jin pompuan yang syok kat Salim. Berguling dia kena. ", "Kemudian aku tanya. Hang nama apa? Dia habaq Suraya (bukan nama sebenar). Lepas tu aku tarbiah dia. Aku kata Allah tak izin manusia dengan bangsa jin ni bersama. Kalau Allah bagi, aku ingat aku dulu yang kahwin dengan bangsa jin. Sebab aku kata jin ni lawa segak. Tapi apa yang Allah larang ni ada sebab. Jadi buat apa nak langgaq perintah Allah. Dekat sejam jugak la aku tarbiah dan beletiaq kat puak jin ayaq ni. Depa pun janji tak mau buat dah. Dan Salim pon ok dah smpi la ni. Syukur Alhamdulillah. Allah izin ikhtiar aku dan keluarga Salim ni." ]
[ "seberang perai tang mana tu bang? boleh bagi details dak", "Duk berubat ka tuan", "Kalau boleh rate jadi 0 bintang aku rate 0 je sebab betul2 mengarut." ]
https://fiksyenshasha.com/si-nenek-tua/
SI NENEK TUA
[ "2 minggu aku demam pasal nenek tua ni.", "Okey aku cerita kronologi si nenek tua.", "Waktu tu aku masih sekolah tingkatan 3 sebabnya aku balik lambat dari sekolah ni kerana ada pertandingan bola sepak.", "Di sekolah SMJ aku ni memang sukan paling kuat dalam daerah kubang pasu.", "Kami ada pertandingan bola sepak di antara daerah dan team sekolah aku menjadi juara, ramai juga pasukan bola sepak Kedah dari pelajar SMJ.", "Bila dah habis semua acara aku pun bertolak balik ke kampung lagipun jam menunjukkan pukul 6 petang kampung aku jauh lebih kurang 50 kilometer dari sekolah.", "Jadi dari sekolah aku menaiki bas, bas biasa bukan bas sekolah, menuju ke kampung.", "Bila sampai di kawasan kampung jam menunjukkan 9 malam kawasan tu memang gelap gelita antara hentian bas menuju ke rumah aku pula 5 km lebih kurang.", "Kiri kanan pokok getah tua tunggu masa untuk ditebang macam lalu di kawasan gua. Antara ranting pokok getah bercantum kiri kanan jalan.", "Satu masalah timbul kenderaan yang menuju ke rumah aku ni langsung tak ada sebiji kereta atau motor pun yang lalu padahal jam 9.00 malam. Nak telefon orang tua masa tu bukan ada telefon macam sekarang, public phone pun punya sebiji saja satu kampung.", "Sambil berjalan kaki aku disapa seorang nenek agak lanjut usia badan agak berbongkok sikit dan menggunakan tongkat, waktu tu aku tak fikir apa-apa yang akan berlaku lagipun perasaan takut aku terus hilang kerana aku ditemani oleh seseorang.", "Suara dia pun lembut syahdu saja aku dengar dengan soalan-soalan yang diajukan. “Anak ni dari mana nak ke mana nama apa?” Nenek tua itu bersuara bertanyakan kepada aku.", "“Saya dari Jitra tok, baru balik main bola dah penat ni, Saya ingat orang tua saya tunggu tadi dekat sini tapi tak nampak pun”. “Tak apalah tok ada tok boleh temankan”. Nenek tua tadi membalas ucapan aku.", "Kami berdua pun berjalan menuju ke destinasi masing-masing di laluan yang sama, lalu aku pun teringat nak tanya orang tua ni.", "“Tok duduk dekat mana¿” “Tok duduk atas bukit tu” nenek tua tadi menjawab.", "Atas bukit?, Memang jalan menuju kampung aku ni ada bukit agak tinggi, bukit tu dibelah untuk buat laluan jalan raya. Jalan balak berusia beratus tahun.", "Aku pun teringat atas bukit tu ada 2 kubur tinggalan zaman Jepun, tah siapa pun tak tahu, orang kampung sendiri pun tak tahu kubur siapa cuma ada batu nisan.", "“Kiki” nenek tua ketawa kecil, aku jadi hairan, selang 5 minit ketawa “Kiki”.", "Aku tak ambil peduli sebab aku tengah letih.", "Dengan jalan gelap cahaya bulan tak dapat nak tembus kerana dilindungi pokok getah, perjalanan aku masih jauh lagi dua kilometer.", "“Rumah tok dah sampai ni tok balik dulu, anak jalan elok-elok ya” meremang bulu roma aku sambil tulis ni.", "Bila aku perhatikan nenek tu, dia panjat bukit tu bukit yang terbelah dua sambil ketawa mengilai-ngilai. “Hihiiiiiiihiiiiiiiihiiii”", "“Hihiiiiiiihiiiiiiiihiiii” “hihiiiiiiihiiiiiiiihiiii”", "Aku tak dapat bayangkan nenek tua tadi teman aku hampir 20 minit tiba-tiba dia boleh panjat bukit tu dengan keadaan diri dia yang tua dan bertongkat.", "Begitu laju dia ragaih bukit, aku sampai tergamam kaku rasa nak pengsan kerana ketakutan, aku gagahkan diri berlari selaju mungkin tanpa menoleh ke belakang lagi.", "Aku berlari sejauh 2 km tanpa henti sampai rumah aku buka pintu, diam tak berkata-kata badan menggigil berpeluh.", "Dari kejadian tu aku demam 2 minggu tak keluar rumah tak bercakap dengan sesiapa, fikiran masih fikirkan peristiwa ngeri itu.", "Orang tua-tua bercerita bukit tu memang berhantu, aku sendiri alami.", "Sudah 30 tahun kisah seram ini berlaku kepada diri aku." ]
[]