url
stringlengths 49
58
| headline
stringlengths 22
176
| content
sequence |
---|---|---|
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=101 |
35 pasukan sertai Perlumbaan Perahu Naga Diraja Pahang
| [
"KUANTAN, 30 Julai- Sebanyak 35 pasukan menyertai Perlumbaan Perahu Naga Diraja Pahang 2023 yang julung kali diadakan di Sungai Kuantan.Program yang berlangsung hari ini dan esok bermula dari hadapan Jeti Jabatan Laut Kuantan dan berakhir di hadapan Menara Kuantan 188.Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, ia bukan saja dapat mempromosi keindahan Sungai Kuantan, malah membantu penduduk sekitar menjana pendapatan menerusi jualan produk desa.\"Sungai yang begitu cantik ini kita akan terus jaga kebersihannya, dengan hutan bakau lebih 500 tahun yang ada ini sebagai aset yang cukup berharga. Bak kata orang 'make it a living river' sebab memang sungai ini aktif dengan nelayan setiap hari,\" katanya.",
"(Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad)",
"Sementara itu, Exco Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan pertandingan itu bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan kerana ia diyakini dapat melonjakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri. \"Saya percaya bahawa untuk tahun akan datang kita dapat memajukan lagi dan menaikkan lagi pertandingan supaya ia menjadi satu pertandingan antarabangsa yang mampu menarik pelancong datang ke Kuantan dan sekali gus membawa impak positif kepada ekonomi tempatan,\" katanya.Perlumbaan Perahu Naga Diraja Pahang 2023 merupakan sebahagian acara sempena Pesta Kuantan 188 yang diadakan hingga Isnin ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=102 |
Pelajar Sabah tersenarai calon 50 terbaik Anugerah Global Student Prize
| [
"(Nurul Nazieha adalah antara 50 peserta yang disenarai pendek bagi anugerah GSP untuk tahun ini/ FB KPT)",
"KOTA KINABALU, 30 Julai- Nurul Nazieha Jasnie, 19 tahun telah terpilih sebagai calon 50 terbaik bagi Anugerah Global Student Prize (GSP) anjuran Varkey Foundation di United Kingdom. ",
"Pelajar jurusan Diploma Bakeri dan Pastri dari Kolej Vokasional Keningau (KVK), Sabah itu merupakan satu-satunya pelajar dari Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke anugerah GSP tahun ini,yang menawarkan hadiah USD100,000 kepada pemenang.KVK dalam kenyataan memberitahu pihaknya telah dimaklumkan oleh penganjur VK Foundation bahawa Nurul Nazieha adalah antara 50 peserta yang disenarai pendek bagi anugerah GSP untuk tahun ini.“Bagi menyertai anugerah GSP, Nurul Nazieha yang berasal dari Kampung Taun Gusi, Kota Belud perlu menghantar permohonan yang disertai dengan bukti dan sesi temu ramah melalui Zoom dengan panel dari luar negara,” kata kenyataan itu.KVK berkata Nurul Nazieha telah menggunakan kemahiran yang dipelajarinya dalam bidang bakeri untuk melaksanakan projek komuniti yang disasarkan kepada golongan ibu berpendapatan rendah.“Nurul Nazieha juga berjaya memulakan perniagaan biskut miliknya yang bernama “Tia Cookie” dengan hasil keuntungannya digunakan untuk menyertai pertandingan inovasi di Bali, Indonesia, tahun lalu,” menurut kenyataan itu.",
"(Nurul Nazieha juga berjaya memulakan perniagaan biskut miliknya yang bernama “Tia Cookie”)",
"Sementara itu Pengarah KVK, Christine Stanislaus Kinsik yakin pencapaian Nurul Nazieha mampu membantu meningkatkan kebolehpasaran para graduan kolej vokasional di negara ini. “Semoga pencapaian Nurul Nazieha menjadi inspirasi kepada semua pelajar dan belia di Sabah serta negara ini untuk terus mengharumkan nama negara di mata dunia,” katanya.Jika menang, Nurul Nazieha merancang untuk menggunakan perolehannya itu bagi meluaskan cabang keusahawanannya dan membentuk ia supaya menjadi gabungan bengkel komuniti serta penyediaan latihan kepada orang ramai terutama dalam kalangan wanita untuk menceburi bidang perniagaan sendiri.“Beliau juga akan menampilkan buku resipi berasaskan masakan tradisional pelbagai etnik di Sabah, agar rantau ini dapat memelihara warisan budayanya menerusi makanan tradisional. Sebahagian daripada dana kemenangan itu akan digunakan bagi menguji resipi baharu dalam makmal ternama bagi mendapatkan sijil serta perakuan yang berkaitan untuk tujuan pemasaran yang lebih luas,” menurut kenyataan itu. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=103 |
Pembangunan PPRT, KKDW terima peruntukan RM460.2 juta
| [
"DUNGUN, 28 Julai- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerima peruntukan sebanyak RM460.2 juta bagi membiayai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tahun ini. Ia melibatkan 15,272 unit rumah PPRT di Terengganu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu sebanyak RM244.4 juta diperuntukkan bagi membina 3,030 unit rumah baharu.Manakala, 12,242 rumah dibaik pulih, yang membabitkan perbelanjaan RM215.8 juta. \"Bahagian prasarana Program Ameniti Sosial, RM500,000 tambahan untuk Kelantan dan Terengganu.\"Untuk Ketengah saya ucap tahniah kepada menteri, KSU dan pegawai kerana memastikan inisiatif tambahan program peningkatan pendapatan, program perumahan rakyat termiskin, program latihan kemahiran dan kerjaya yang tentunya memberi manfaat kepada anak-anak muda,\" katanya.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto FB Anwar Ibrahim)",
"Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Kompleks Sukan Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said. Dalam pada itu, Anwar berkata peruntukan PPRT bagi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) adalah sebanyak RM2.16 juta, membabitkan 76 buah rumah, merangkumi 20 bina baharu (RM1.32 juta) dan 56 rumah dibaik pulih (RM840,000). Tahun ini juga, KKDW turut menerima peruntukan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) sebanyak RM12 juta, membabitkan bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP)-Individu dan PPP-Mentor Mentee. Seramai 84 individu dijangka menerima manfaat itu di Terengganu dengan RM797,250 disalurkan kepada agensi pelaksana (Ketengah, Felcra Trainig and Consultancy (FTC) dan Giatmara manakala bantuan PPP diterima 30 peserta Ketengah berjumlah RM252,000."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=104 |
PM hadiri Program Darul Ehsan Berselawat 2.0
| [
"(Datuk Seri Anwar berucap ketika hadir ke Program Darul Ehsan Berselawat/BERNAMA)",
"SHAH ALAM, 29 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lebih 5,000 umat Islam menghadiri Program Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium tertutup Melawati, Shah Alam malam ini. Dalam ucapannya, Perdana Menteri majlis seumpama itu disemarakkan lagi agar ingatan dan kecintaan umat Islam terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW di negara ini terus segar. \"Terima kasih Amirudin Shari, jelajah seluruh negara selepas PRU DUN ke-15 kerana ia mengetuk pintu hati nurani umat untuk mengenang mencintai Nabi Muhamad S.A.W,\" kata Anwar. Perdana Menteri turut mengalunkan bacaan qasidah yang diketuai pengarang qasidah Ustaz Neezam Al Banjari. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan ulama dan pendakwah terkenal seperti Syeikh Abu Zaki, Sheikh Ashraf Hamed Hassanin, Sheikh Abdullah Jahaf, Ustaz Iqbal Zain Ap Jauhari, Ustaz Neezam Al- Banjari dan Babul Mustofa. Program anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dan Pertubuhan Damai dan Cinta Insani (Pendamai) itu merupakan kesinambungan program sulung yang mendapat sambutan menggalakkan Januari lalu. Penganjuran majlis itu juga selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang menyokong ke arah pembinaan sahsiah insan dan ketamadunan.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Datuk Seri Amirudin Shari (enam, kiri) hadir ke Program Darul Ehsan Berselawat/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=105 |
MBI laksana kempen kitar semula minyak masak terpakai
| [
"(Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi merasmikan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai)",
"IPOH, 28 Julai- Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam usaha menjayakan hasrat rendah karbon menjelang 2030. Bagi tujuan itu, setakat ini 53 metrik tan minyak berjaya dikumpul, melibatkan 1,400 premis perniagaan. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin turut memaklumkan, selain dapat mengurangkan masalah pembaziran, program Ekonomi Kitaran, ini juga dapat menambah pendapatan peniaga dan industri kecil menerusi aktiviti kitar semula. \"Setakat ini kita mula bulan Mac lalu ini baru proses pendidikan sekarang ini kita utamakan dahulu peniaga-peniaga selepas ini kita akan pergi ke kediaman-kediaman tapi perlahan-lahan sebab ia benda baharu kalau terus 'enforce' nanti takut ada penentangan. Jadi kita mulakan secara mendidik,\"katanya.",
"(Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin/ FB Majlis Bandaraya Ipoh)",
"Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian program di Medan Selera Dataran Dato' Sagor, Ipoh.Sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 525 premis telah diperiksa untuk pematuhan syarat perangkap minyak dan sebanyak 43 tawaran kompaun bernilai RM 10,600 telah dikeluarkan keatas premis yang gagal mematuhi syarat pemasangan perangkap minyak.Sebanyak 260 notis dan surat amaran berkaitan pemasangan, pembersihan dan penyelengaraan perangkap minyak juga telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan. MBI juga menurut Rumaizi dalam perancangan untuk mewujudkan satu aplikasi bagi memudahkan urusan pembayaran antara peniaga dan syarikat minyak terpakai berlesen atau diiktiraf pihaknya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=106 |
K'jaan laksana dasar pelaburan mengikut geografi, wilayah
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri berkata beliau yakin dengan pelaksanaan dasar itu mampu mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah serta antara negeri maju dan kurang membangun.\"Ini supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah.\"Misalnya, mengukuhkan pembangunan industri hiliran minyak dan gas di Sabah dan Terengganu atau meningkatkan aktiviti nilai tambah elektronik di Kulim dan Bayan Lepas,\" katanya dalam Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara di sini hari ini.Tambahnya, Lembah Klang akan terus dibangunkan supaya berdaya saing sebagai antara pusat bandar utama di Asia. \"Tumpuan akan terus diberikan untuk meningkatkan daya huni (liveability) Lembah Klang dan kemampanan bandar supaya mampu berperanan sebagai hab rantau ASEAN bagi syarikat terkemuka,\" tambahnya lagi.",
"Dalam pada itu, Anwar berkata sebahagian daripada pembaharuan Kuala Lumpur adalah untuk membangun semula Bangunan Sultan Abdul Samad dan persekitarannya selaras dengan Pelan Induk Strategik Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur supaya memanfaatkan warisan sejarahnya untuk mewujudkan tarikan pelancongan moden.Anwar hari ini mengumumkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.Ekonomi MADANI ini juga sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.Antaranya Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia, Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia serta peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan.Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.",
"ARTIKEL BERKAITAN: Insentif cukai kadar khas 15 peratus buat pekerja berpengetahuan di Iskandar Malaysia, JohorEkonomi Madani sasar jadikan Malaysia 30 ekonomi terbesar duniaPenjawat awam bakal terima bantuan khas RM300Ekonomi MADANI: Kerajaan tambah baik skim pinjaman rumah sehingga 120 peratusRM800 juta tambahan infrastruktur bekalan air, elektrik di Kelantan dan Sabah"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=107 |
Insentif cukai kadar khas 15 peratus buat pekerja berpengetahuan di Iskandar Malaysia, Johor
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan akan memberikan insentif kadar cukai khas 15 peratus kepada pekerja berpengetahuan sebagai usaha memperkukuh pembangunan Iskandar Malaysia di Johor.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata kerajaan akan menyediakan kemudahan laluan pantas di imigresen sebagai memudah cara kemasukan golongan berkepakaran dari luar negara.\"Kemudahan akan ditawarkan kepada syarikat dan individu yang layak antaranya pemberian insentif cukai kadar khas, pemberian kadar cukai 15 peratus kepada pekerja berpengetahuan.\"Kerajaan akan terus memperkukuh pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan yang berdaya saing bagi menarik pelabur antarabangsa dan pekerja berpengetahuan menetap di Malaysia,\" katanya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara di sini hari ini.Pada pembentangan Belanjawan Persekutuan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri mencadangkan untuk memperkukuhkan lagi pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan.Terdahulu, Anwar berkata kerajaan akan memperkenalkan insentif cukai berasaskan pencapaian bagi mendukung dan memberi ganjaran kepada syarikat yang menumpukan aktiviti berdampak tinggi.",
"Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata semua pihak perlu mengurangkan kebergantungan pada buruh asing kurang mahir.Katanya, ini kerana menyumbang kepada nilai gaji keseluruhan yang rendah.\"Ini juga mengurangkan moral dan insentif majikan untuk berinovasi dan meningkatkan tahap berdaya saing. \"Kerajaan berhasrat melaksanakan levi pekerja asing berperingkat (tiered foreign worker levies), iaitu sebahagian peningkatan hasil levi akan dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan,\" jelasnya lagi.Anwar juga berkata, semua pihak mesti melaksanakan pembaharuan supaya Malaysia dapat tergolong antara 12 ekonomi terbaik di dunia dari segi daya saing dan “ease of doing business”. \"Maka, seharusnya diuar-uarkan ke seluruh pelosok dunia bahawa, Malaysia terbuka dan bersedia menerima kehadiran para pelabur dan perniagaan.\"Alhamdulillah, setakat ini beberapa syarikat telah menzahirkan komitmen pelaburan antaranya Sumitomo Corporation, Tesla, Rongsheng dan Samsung Engineering.\"Kita perlu memperhebat usaha bagi memastikan lebih banyak lagi memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan,\" tambahnya lagi.",
"ARTIKEL BERKAITAN:BNM, SC perkukuh sistem kewangan Islam - Anwar 'Hanya melalui pendidikan berkualiti rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan' - PMMasalah keciciran pelajar akan ditangani - AnwarPM mahu buruh wanita cecah 60 peratus setanding ekonomi serantauRM800 juta tambahan infrastruktur bekalan air, elektrik di Kelantan dan SabahSektor kenderaan elektrik, inisiatif tarik pelabur asing - PenganalisisWilayah Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM13 bilion pada separuh pertama 2022"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=108 |
'Hanya melalui pendidikan berkualiti rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan' - PM
| [
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara)",
"KUALA LUMPUR, 27 Julai - Pemberian biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar berkata ini atas dasar prinsip keadilan sosial yang perlu memberi peluang saksama khususnya melibatkan pemberian bantuan yang lebih kepada golongan yang terpinggir.\"Pengalaman saya sewaktu Menteri Pendidikan dahulu adalah dengan mewujudkan sebuah sekolah di Cheras bagi membantu pelajar miskin.\"Saya memegang pada prinsip bahawa hanya melalui pendidikan berkualiti rakyat berupaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan,\" katanya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara di sini hari ini.",
"Terdahulu, Anwar akui bahawa majoriti rakyat termiskin ialah kaum Melayu dan Bumiputera, perlu dibantu.\"Tetapi kita juga punyai kelompok kecil kaum lain yang hidup melarat. Maka, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, kaum atau latar belakang perlu mempunyai peluang yang saksama bagi mengecap kejayaan yang bermakna sama ada dalam kerjaya atau perniagaan mereka. \"Kita mahu setiap insan di Malaysia berpotensi meraih peluang yang saksama dalam mewujudkan kemakmuran di negara ini,\" katanya.Anwar hari ini mengumumkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.Antaranya Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia, Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia serta peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan.Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Masalah keciciran pelajar akan ditangani - AnwarPM mahu buruh wanita cecah 60 peratus setanding ekonomi serantaue-tunai RM100 untuk rakyat dewasa dan akses universal untuk semua - AnwarRM800 juta tambahan infrastruktur bekalan air, elektrik di Kelantan dan SabahEkonomi MADANI: Kerajaan tambah baik skim pinjaman rumah sehingga 120 peratusPenjawat awam bakal terima bantuan khas RM300Ekonomi Madani sasar jadikan Malaysia 30 ekonomi terbesar dunia"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=109 |
Ketua Eksekutif HKSAR John Lee tiba di Malaysia, bakal bertemu dengan PM
| [
"KUALA LUMPUR. 27 JULAI – Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka Chiu tiba di ibu negara bagi lawatan kerja ke Malaysia selama 3 hari. Beliau bersama delegasi terdiri daripada pegawai tertinggi dan pemimpin industri pelbagai sektor tiba dengan pesawat khas kira-kira pukul 11.50 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA). Ketibaan John Lee disambut oleh Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Mohd Nor’azam Mohd Idrus dan kemudiannya berjalan melintasi kawalan kehormatan setempat terdiri daripada 28 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Syafiq Najmi Mazlan. Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di Putrajaya. Lawatan sulung beliau merupakan platform meneroka kerjasama dan perkongsian antara Hong Kong dan Malaysia dalam pelbagai sektor khususnya pelancongan perubatan dan kesihatan. Satu jamuan makan tengah hari bersama para pemimpin perniagaan Malaysia diadakan esok merupakan acara kemuncak lawatan delegasi tersebut dalam mempromosikan hubungan ekonomi dua hala dan pertukaran budaya antara Hong Kong dan Malaysia.",
"(Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka Chiu)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=110 |
PM mahu buruh wanita cecah 60 peratus setanding ekonomi serantau
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Julai - Jurang jantina dalam pasaran buruh harus dirapatkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ia sebagai usaha dan tumpuan kerajaan dalam meningkatkan darjat hidup rakyat tanpa mengira jantina, kaum atau latar belakang.Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu mempunyai peluang yang saksama bagi mengecap kejayaan yang bermakna sama ada dalam kerjaya atau perniagaan mereka.\"Kita tidak boleh menafikan penyertaan buruh wanita masih di tahap rendah sekitar 55.5 peratus, ketimbang lelaki, 80.9 peratus.\"Perlunya usaha tuntas dari aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja.\"Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan tahap penyertaan yang lebih tinggi oleh wanita di alam pekerjaan,\" katanya.Anwar berkata, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kadar penyertaan buruh wanita untuk mencecah 60 peratus supaya lebih setanding dengan ekonomi serantau.Oleh itu, kerajaan mempergiatkan peluang keusahawanan, program latihan dan pembiayaan untuk golongan sasar, termasuk wanita dan belia. \"Sukacita diumumkan, kerajaan akan menambah lagi peruntukan RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju.\"Ini termasuk menangani isu sistemik seperti kerja-kerja penjagaan tanpa gaji, diskriminasi jantina serta dasar sokongan keluarga,\" katanya.Tambahnya, sebagai salah satu inisiatif Ekonomi Penjagaan (Care-Economy), usaha segera termasuklah menyediakan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik yang dilihat berupaya meningkatkan kadar penyertaan wanita di alam pekerjaan. Katanya, kerajaan juga akan memudah cara proses pendaftaran dan memperluas program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara dengan peruntukan RM10 juta.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Perdana Menteri bakal lancar 'Ekonomi Madani: Memperkasa rakyat' esokEkonomi Madani sasar jadikan Malaysia 30 ekonomi terbesar duniaEkonomi MADANI: Kerajaan tambah baik skim pinjaman rumah sehingga 120 peratusKerajaan akan pastikan rakyat terima akses universal - Anwar"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=111 |
RM800 juta tambahan infrastruktur bekalan air, elektrik di Kelantan dan Sabah
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan bersetuju menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi infrastruktur asas sama ada bekalan air atau elektrik di Kelantan dan Sabah.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar memastikan semua rakyat khususnya di kawasan desa wajar mempunyai perkhidmatan asas bertaraf dunia.\"Setakat 2022, 97% penduduk Malaysia mempunyai akses kepada bekalan air terawat.\"Namun, sebahagian penduduk di Kelantan dan Sabah tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang konsisten dan berkualiti.\"Kerajaan Perpaduan komited menangani isu ini dan bersetuju untuk menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi penyelesaian jangka pendek untuk kedua-dua negeri ini,\" katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.Selain itu, beliau berkata kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir, seperti di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat/FOTO FB Fahmi Fadzil)",
"ARTIKEL BERKAITAN:Ekonomi MADANI: Kerajaan tambah baik skim pinjaman rumah sehingga 120 peratusEkonomi Madani sasar jadikan Malaysia 30 ekonomi terbesar duniaPerdana Menteri bakal lancar 'Ekonomi Madani: Memperkasa rakyat' esok"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=112 |
KPWKM bangunkan Anjung Sinar, pusat transit untuk belia
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membangunkan projek perintis ‘Anjung Sinar’ sebuah pusat transit untuk belia berumur 18 tahun dan ke atas yang telah dibenarkan keluar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak mempunyai ahli keluarga atau berasal daripada keluarga susah.Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata matlamat projek itu ialah memperkasa dan memastikan kesejahteraan mereka dengan menyediakan peluang pendidikan, pekerjaan dan kemahiran.“Kami mengalu-alukan pihak untuk berkolaborasi dan berharap projek baharu ini akan berjaya untuk generasi seterusnya… untuk kementerian, tugas kami ialah menerajui pelbagai inisiatif bertujuan memperkasa dan meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan.“Bagaimanapun kami tidak boleh melakukannya sendiri dan kami sentiasa menyambut baik idea baharu, sokongan dan penyertaan sektor swasta dalam arena Kemampanan Korporat dan Tanggungjawab Sosial (CSR),” katanya ketika merasmikan Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2023 di sini malam tadi.",
"(Datuk Seri Nancy Shukri pada majlis Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia/FOTO UKK KPWKM)",
"Nancy berkata sejak 1980-an, kementerian itu telah mewujudkan kerjasama CSR yang berjaya seperti program Anjung Kasih oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) iaitu pusat penginapan sementara untuk ahli keluarga yang kurang berkemampuan menemani pesakit di hospital kerajaan.“Terbaharu, kami menganjurkan Anjung Kasih Pulau Pinang dan ia tidak akan dapat direalisasikan tanpa Kumpulan Sunway. Seramai 85,596 keluarga pesakit telah memanfaatkan Anjung Kasih yang disediakan di 18 hospital kerajaan di seluruh negara secara percuma,” tambahnya. - BERNAMA",
"ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan cadang mahu bina lebih banyak Anjung Kasih di setiap hospital Perbanyakkan pusat jagaan warga emas bagi penuhi keperluan semasa- Nancy NGO adakan perjumpaan bincang isu kewarganegaraan kanak-kanak terbiar - NancyPeratusan wanita sebagai ahli lembaga pengarah meningkat - NancyRebut peluang sertai Wanita Bangkit@KPWKM - NancyProses pemilihan jaga kanak-kanak lebih ketat, lalui saringan - NancyTaska OKU terima pelbagai bantuan kewangan - NancyKPWKM bakal laksana sistem berpusat - Nancy"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=113 |
Malaysia-Filipina teroka peluang ekonomi industri halal
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk tiga, kanan) bergambar bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr (duduk tiga, kiri) di pejabatnya di Perdana Putra hari ini/Foto Bernama)",
"PUTRAJAYA, 26 Julai- Malaysia dan Filipina bakal meneroka peluang ekonomi bagi menembusi pasaran dalam industri halal. Ia sebagai usaha memperkukuhkan hubungan dagangan dua negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana kedua-dua negara memiliki potensi dalam industri berkenaan.Perkara itu antara yang dibincangkan bersama dalam rangka lawatan rasmi sulung Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr ke negara ini. \"Kita melihat potensi industri halal di kedua-dua negara dan kami akan melakukan yang terbaik dari segi mengeluarkan pensijilan.\"Namun kita harus bersama-sama melaksanakan beberapa perkara bagi membolehkan perkara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.\"Seterusnya dapat menembusi pasaran timur tengah khususnya,\" kata Anwar.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Bernama)",
"Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama, antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Filipina, di sini hari ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=114 |
Ekonomi MADANI: Kerajaan tambah baik skim pinjaman rumah sehingga 120 peratus
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ia antara sasaran utama dalam penstrukturan semula ekonomi negara menerusi kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang dilancarkan hari ini.Perdana Menteri berkata jaminan 120 peratus akan membolehkan semua kos-kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabut dan kos ubahsuai. \"Kerajaan mendengar keluh kesah rakyat berkaitan hasrat untuk memiliki rumah pertama yang tertangguh kerana tidak mampu menyediakan deposit pembelian rumah. \"Perumahan juga merupakan keperluan asas yang mesti diberi tumpuan. Terdapat ketidakpadanan antara penawaran bekalan rumah baharu dan tahap kemampuan pada sudut permintaan,\" katanya.Tambah beliau Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengusahakan Pelan Tindakan Perumahan Negara yang antaranya merangkumi keperluan bekalan rumah berpandukan metrik seperti catuan harga rumah median untuk pendapatan median.\"Penyediaan perumahan awam turut diteruskan di samping merancakkan pasaran sewa sebagai usaha memenuhi keperluan perumahan.Oleh itu, kerajaan menyediakan RM5 bilion bagi menambah baik skim pinjaman di bawah SJKP.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=115 |
MAFS buat persediaan pelan jangka masa panjang, pastikan beras cukup
| [
"ALOR SETAR, 26 Julai - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) membuat persediaan cepat dan segera merangka pelan jangka masa panjang bagi memastikan bekalan beras negara mencukupi dan tidak bergantung kepada eksport. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin negara dapat mencapai 80 peratus pengeluaran domestik setelah membangunkan infrastruktur dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran padi di negara ini. Mengulas tindakan India menyekat eksport beras putih, beliau berharap Thailand dan Vietnam masih mengeksport makanan ruji rakyat Malaysia itu. \"Belum diumumkan dia kata dia akan kurangkan kalau betul dia dia beri kesan, sebab padi ini tak macam nak buka kawasan baru, pengairan diambil kira, kita beri RM3 bilion untuk tambah infrastruktur air dapat dikawal sebaiknya hasil dapat dipertingkatkan apabila lima musim dua tahun ia dapat menambah bilangan tan atau hasilnya pada masa akan datang,\" kata Mohamad Sabu, di sini. Kerajaan kini berusaha untuk meningkatkan pemahaman termasuk pesawah bagi melaksanakan kaedah penanaman padi lima musim, dua tahun. Turut dilaksanakan Program Smart SSB Mini Sekinchan MADA-Bernas yang dijangka dapat melonjakkan pendapatan pesawah disamping meningkatkan pembangunan industri padi negara pada tahap lebih baik. Program tersebut dilaksanakan di dua lokasi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) iaitu Kampung Lat 1000, Simpang Empat, Perlis dan Kampung Tok Mengkula, Ayer Hitam, Kedah melibatkan kawasan seluas 187 hektar dan dijangka dituai penghujung Ogos ini.",
"(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabubercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsandan Bantuan Khas kepada pesawah MADA di PPK MADA C-III Tajar)",
"Lebih RM2.96 juta yang diperuntukkan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi telah disalurkan kepada 1,757 pesawah MADA yang terjejas akibat bencana banjir pada Julai tahun lalu. Kejadian banjir tersebut menyebabkan kerosakan seluas 2,311 hektar tanaman padi bagi Musim 1/2022 di Wilayah II Pendang. Selain peruntukan tersebut, 44,481 pesawah MADA juga telah menerima sejumlah RM26.68 juta Bantuan Khas Pesawah Pesawah MADA yang telah dimasukkan ke akaun masing-masing."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=116 |
Ekonomi Madani sasar jadikan Malaysia 30 ekonomi terbesar dunia
| [
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Bernama)",
"KUALA LUMPUR, 27 Julai- Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan kelak antaranya termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ekonomi MADANI menetapkan sasaran jangka pendek yang telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang memberi kesan kepada rakyat. Ekonomi MADANI menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun termasuk pertama meletakkan Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia.",
"\"Kedua: Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia; Ketiga: Peratusan pendapatan buruh mencapai 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan; (nota: sasaran RMKe12 adalah 40% menjelang 2025) Keempat: Kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%; Kelima: Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia. Keenam: Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia; dan Ketujuh: Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3% atau lebih rendah, kata Anwar ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat di sini. ",
"Bagi mencapai hasrat itu, beberapa ikhtiar serta kebijakan baharu bakal dilaksanakan termasuk membawa Malaysia menjadi Peneraju Ekonomi Asia dan untuk itu, struktur ekonomi perlu dirombak. ",
"\"Antara isu yang membelenggu sistem ekonomi termasuklah masalah sektor perindustrian yang menguncup sebelum masanya. Umpamanya, sektor pembuatan telah merosot di bawah paras 25% kepada KDNK. Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) yang bakal diumumkan pada bulan hadapan akan memacu semula perindustrian dan memangkin ekonomi baharu,\" katanya.",
"Menurut Perdana Menteri, kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal dibentangkan di Parlimen akan memberi ruang untuk kerajaan membuat penilaian semula dan menyusun keutamaan, termasuk mengadun sebuah pertumbuhan jangka sederhana dengan dasar fiskal yang lebih mampan.",
"Selain itu, Malaysia perlu meneladani negara-negara yang dahulunya jatuh, tetapi tangkas dan bangkit semula di hadapan.",
"\"Mahu tidak mahu, kita mesti menjadi jaguh ekonomi serantau. Kita perlu punyai minda global dan mengutama pengantarabangsaan ekonomi. Dengan demikian, kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan untuk muncul sebagai 30 ekonomi terbesar di dunia dalam jangka masa sederhana.\"",
"Tegas Perdana Menteri, sekiranya kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara 4 hingga 5%. Namun, jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5%, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan 6%.",
"Bagi merealisasikan sasaran itu, Malaysia perlu membentuk integrasi ekonomi yang lebih besar dengan negara jiran lebih-lebih lagi dunia sedang berdepan dengan kekangan rantaian bekalan. ",
"\"Maka, kita perlu melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang berdaya saing tinggi untuk menembusi pasaran rantau ASEAN\" kata Anwar.",
"Jelasnya usaha sekarang perlu melangkaui perjanjian perdagangan bebas seperti melalui diplomasi perdagangan dan pengaturan strategik yang boleh mengembangkan integrasi pasaran bilateral dan multilateral serta memudahkan pergerakan barang, modal, modal insan dan perkongsian teknologi dengan negara jiran.",
"\"Selama ini, kita tertumpu kepada aktiviti sektor utama seperti elektrikal dan elektronik (E&E) dan kimia secara keseluruhan. Melangkah ke depan, misi baharu perindustrian di bawah NIMP akan menumpukan aktiviti dengan nilai tambah tinggi atau kecanggihan ekonomi. Misalnya, kluster di Pulau Pinang perlu menumpukan kepada aktiviti E&E bernilai tinggi seperti Integrated Circuit (IC) design. Sektor kimia pula, perusahaan petrokimia serta oleokimia perlu memberi tumpuan kepada aktiviti pembuatan kimia khusus (specialty chemicals),\" jelas Perdana Menteri lagi.",
"Selain itu, kerajaan juga akan memperkenalkan insentif cukai berasaskan pencapaian bagi mendukung dan memberi ganjaran kepada syarikat yang menumpukan aktiviti berdampak tinggi.",
"Sementara itu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan supaya Malaysia dapat tergolong antara 12 ekonomi terbaik di dunia dari segi daya saing dan “ease of doing business”.",
"“Maka, seharusnya diuar-uarkan ke seluruh pelosok dunia bahawa, Malaysia terbuka dan bersedia menerima kehadiran para pelabur dan perniagaan,” jelas Anwar.",
"“Alhamdulillah, setakat ini beberapa syarikat telah menzahirkan komitmen pelaburan antaranya Sumitomo Corporation, Tesla, Rongsheng dan Samsung Engineering,” tambahnya.",
"Bagi memperhebat usaha memastikan lebih banyak lagi memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan, tumpuan akan diberikan bagi memperkukuh agensi galakan pelaburan bawah MIDA termasuk mempergiatkan usaha menarik pelaburan dengan memudah cara urusan pelabur secara lebih proaktif, mengkaji semula insentif pelaburan supaya tertumpu kepada galakan pelaburan yang menjana pekerjaan berpendapatan tinggi serta daripada sumber tempatan dan menaik taraf kawasan perindustrian dengan prasarana lengkap serta meningkatkan pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan pelabur.",
"“Antaranya sektor petrokimia di Kerteh, Terengganu dan pusat data di Sedenak, Johor dan industri hiliran getah di Kuala Nerang, Kedah dengan permulaan, RM100 juta disediakan bagi usaha melengkapkan infrastruktur kawasan perindustrian terutamanya prasarana berkonsepkan hijau,” jelas perdana Menteri.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia/Foto Bernama)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=117 |
Penjawat awam bakal terima bantuan khas RM300
| [
"KUALA LUMPUR, 27 Julai- Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan Kerajaan.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. \"Bantuan khas ini akan memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara. \"Dengan pemberian permulaan ini penjawat awam diharap akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan,\" katanya ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat di sini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=118 |
Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina, platform terbaik bincang isu utama
| [
"PUTRAJAYA, 26 Julai- Malaysia bersedia menjadi tuan rumah Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina ke-8 yang dijangka diadakan, pada Oktober ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesediaan itu merupakan manifestasi hubungan dua hala yang sangat baik antara Malaysia dan Filipina.Jelasnya, beberapa instrumen dijangka ditandatangani bagi meningkatkan kerjasama dua hala kedua-dua negara. \"Dan mengenai isu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang akan diadakan pada penghujung tahun ini, kita akan memanjangkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dipersetujui secara bersama bagi mempercepatkan proses dan mencari jalan penyelesaian. \"Dan diharapkan ia akan dapat ditandatangani sebelum atau semasa mesyuarat suruhanjaya,\" katanya dalam sidang bersama Presiden Filipina, di sini hari ini.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)",
"Sementara itu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr optimis Mesyuarat Suruhanjaya Bersama itu merupakan platform terbaik bagi membincangkan isu yang menjadi keutamaan kedua-dua negara secara lebih terperinci. \"Untuk meneroka sinergi bagi kerjasama masa hadapan, kami bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina yang akan datang, dalam masa terdekat pada bulan Oktober. \"Ia adalah platform untuk membincangkan isu yang menjadi keutamaan secara terperinci, terutamanya dalam bidang jenayah transnasional, pertanian, industri halal, perbankan Islam dan ekonomi digital,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=119 |
Harap pengganti teruskan inisiatif Payung Rahmah - TPM Ahmad Zahid
| [
"PONTIAN, 24 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap konsep Bakul Rahmah yang diperkenalkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub diteruskan oleh penggantinya kelak.Ahmad Zahid berkata pengorbanan Allahyarham yang bekerja keras menjalankan inisiatif Payung Rahmah pasti memberi kesan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dalam menangani kos sara hidup.“Allahyarham seorang yang sangat baik, rajin bekerja tidak mengira masa dan tidak kira di mana sahaja. Dalam Kabinet, beliau sangat bekerja keras dan teliti terutamanya apabila menjalankan pelbagai program di bawah inisiatif Payung Rahmah.“Oleh itu, inisiatif ini perlu ada kesinambungannya oleh sesiapa sahaja yang akan dilantik menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.\"Rakyat pasti teringat akan sumbangan beliau pada negara melalui skim Payung Rahmah ini,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, dekat sini hari ini.",
"(Datuk Seri Ahmah Zahid Hamidi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat)",
"Ahmad Zahid akui sudah lama mengenali Salahuddin sejak Ahli Parlimen Pulai itu bersama Pemuda PAS lagi.Sejak memegang porfolio di bawah kementerian itu, Allahyarham memperjuangkan nasib rakyat yang berdepan kos sara hidup dengan memperkenalkan beberapa inisiatif Payung Rahmah.Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.23 malam Isnin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah.Allahyarham ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.Allahyarham, yang meninggalkan seorang balu dan enam anak terdiri daripada empat lelaki serta dua perempuan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di Johor hari ini. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=120 |
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada seluruh keluarga Salahuddin
| [
"KUALA LUMPUR, 24 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah kembali ke rahmatullah, pada Ahad.",
"Menerusi catatan di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.\"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.\"Seri Paduka Baginda berdua menghargai jasa, khidmat dan bakti Allahyarham kepada negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara,\" menurut catatan itu.",
"(Seri Paduka Baginda berdua menghargai jasa, khidmat dan bakti Allahyarham kepada negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara)",
"Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star.Ahli Parlimen Pulai dan ADUN Simpang Jeram itu ditidurkan, selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.Menurut catatan Istana Negara, Allahyarham Salahuddin yang lahir pada 1 Disember 1961 pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2018 hingga 2020.Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen Pulai dari tahun 2018 telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian dari tahun 1981 hingga 1983."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=121 |
Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga berlaku - Mohamad Sabu
| [
"ALOR SETAR, 24 Julai - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub disifatkan sebagai seorang menteri yang aktif serta berusaha keras dalam memastikan tiada kenaikan harga berlaku di negara ini.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Allahyarham juga merupakan individu yang cukup sinonim dengan konsep Rahmah yang memberi faedah kepada rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.\"Allahyarham memang seorang yang gigih dan semasa menjadi Menteri yang menjaga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini, Arwah amat aktif terutama sekali supaya harga barang tidak naik dan begitu keras berusaha termasuk bertemu dengan pihak syarikat dan majikan.\"Semua orang mengakuinya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Allahyarham antara menteri yang yang gigih dalam menjalankan tugas,\" katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini.Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), berkata persahabatan beliau dengan Salahuddin bermula dalam Pemuda PAS ketika berusia lingkungan 20-an hingga sekarang dan pemergian Arwah secara mengejut itu sudah pasti meninggalkan kesan terhadap dirinya.\"Allahyarham pergi ketika menjalankan tugas… ahli keluarga Arwah juga berada di sini dan saya sempat meminta anak-anaknya untuk pergi berbisik di telinga Arwah serta memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.\"Selepas ini, jenazah Arwah akan diterbangkan terus ke rumah ibunya di Tanjung Piai, Pontian, Johor dengan pesawat khas yang dijangka bertolak pada 1 pagi nanti,\" katanya.",
"Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Salahuddin serta seluruh ahli Amanah dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang budiman.Muhammad Sanusi berkata beliau turut merasai kehilangan Salahuddin yang dikenali sejak 1997 malah Timbalan Presiden Amanah itu pernah beberapa kali menginap di rumahnya.\"Di pihak Kerajaan Negeri (Kedah) sendiri turut bersimpati pada keluarga (Allahyarham), kebetulan beliau sakit di Kedah...\"Saya ucap terima kasih kepada usaha beliau untuk menangani isu-isu kenaikan harga barang di bawah kementerian beliau serta apa-apa yang beliau bekerja keras... untuk itu, kita hargailah semua,\" katanya.Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar pula berkata Allahyarham telah berjaya mengangkat agenda Rahmah di bawah kementeriannya sebagai enjin baharu yang memberi manfaat kepada semua pihak dan sektor ekonomi di dalam negara ini.\"Saya sangat rapat dengan Allahyarham daripada parti lama sampailah hari ini. Ini kehilangan besar, rakyat juga merasai kehilangan beliau.“ Saya nak sebut : Din, rakyat Malaysia merindui kamu, terima kasih Din atas agenda Rahmah yang telah memberi keringanan ke atas beban hidup rakyat, terima kasih Din,\" katanya. - BERNAMA",
"ARTIKEL BERKAITAN:Salahuddin meninggal dunia pukul 9.23 malamJenazah Salahuddin dibawa pulang ke Johor pada 1 pagi ini - Anthony LokePM dukacita pemergian Allahyarham SalahuddinSalahuddin berjuang soal rakyat hingga hujung nyawa - Ahmad ZahidSalahuddin stabil tetapi masih kritikal - Zaliha MustafaDatuk Seri Salahuddin selesai jalani pembedahan, kini ditempatkan di ICU Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha AkhbarSalahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual dan muntah-muntah"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=122 |
KKD sasar 470 menara 5G di Pulau Pinang
| [
"BUTTERWORTH, 23 Julai - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyasarkan untuk membangunkan 470 menara 5G di Pulau Pinang, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.Beliau berkata sehingga setakat ini pelaksanaan rangkaian 5G telah siap dibina sebanyak 290 di kawasan berpenduduk (COPA).\"Rangkaian 5G di Pulau Pinang akan melebihi 80 peratus menjelang hujung tahun ini dan setakat ini sebanyak 244 menara telah beroperasi dan pencapaian perkhidmatan 5G di negeri ini mencapai 67.6 peratus,\" katanya kepada pemberita selepas Program Merdeka@Komuniti Parlimen Bagan di sini, hari ini.Katanya Pulau Pinang kini mendahului purata capaian 5G iaitu mengatasi sasaran nasional sebanyak 64.7 peratus.Hadir sama dalam program itu ialah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng. Dalam pada itu, Teo berkata setakat ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mewujudkan 911 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara dan tiga daripada pusat itu terletak di Pulau Pinang. Inisiatif PEDi adalah menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.Pelaksanaan PEDi juga memberi peluang kepada masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan teknologi komputer.Ia bertujuan memberi kemahiran kepada usahawan untuk menceburi perniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital. \"Hasrat kami adalah untuk membangunkan satu PEDi di setiap DUN dan di Pulau Pinang akan ada lebih kurang 38 PEDi. Kami sedang dalam proses tender dan semua PEDi di Pulau Pinang dijangka akan mula beroperasi pada Februari tahun depan,\" kata Teo. ",
"(Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching ketika berada di Program Merdeka@Komuniti Parlimen Bagan hari ini)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=123 |
UiTM bakal terima 10 unit peranti satelit Starlink dalam masa terdekat
| [
"SHAH ALAM, 23 Julai - Beberapa kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menerima 10 unit peranti satelit Starlink dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.Beliau berkata penyerahan peranti satelit Starlink itu akan diserahkan kepada kampus Kuala Pilah di Negeri Sembilan dalam masa terdekat ini.Katanya, itu merupakan usaha kerajaan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan Internet di setiap cawangan kampus UiTM selepas melakukan perbincangan bersama Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Roziah Janor.\"Saya harap dalam minggu ini, kita akan terima sekurang-kurangnya 10 unit Starlink dan saya akan bincang dengan Pejabat Perdana Menteri untuk proses penyerahan.\"Ketika Perdana Menteri menyebut tentang penyelesaian Internet dengan menggunakan Starlink, saya percaya ada beberapa kampusnya yang mungkin boleh memanfaatkan penggunaan peranti ini terutama di Kuala Pilah, Perak, Tawau dan Sarawak,\" katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau capaian Internet di UiTM Shah Alam hari ini.Baru-baru ini Fahmi telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink dalam usaha kerajaan untuk kawasan berpenduduk mempunyai akses Internet 100 peratus.Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet agar lebih luas serta pantas di kampus bagi memudahkan proses pembelajaran.Anwar dilaporkan berkata, perkara itu tercetus hasil persidangan video secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, baru-baru ini.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Perkhidmatan Starlink bermula dengan IPT, sekolah di pedalamanAnwar, Elon Musk adakan pertemuan maya, bincang perkhidmatan satelit StarlinkPelancaran satelit Starlink cetus fenomena cahaya"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=124 |
Demi perubahan peneroka Felda di Kelantan, Anwar harap kerjasama penuh kerajaan negeri
| [
"GUA MUSANG, 23 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Kerajaan Negeri Kelantan memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan perubahan bagi peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).Beliau berkata kerajaan mempunyai kebhinekaan (kepelbagaian) perancangan untuk rakyat termasuk warga Felda dalam mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu.\"Kerajaan memberi fokus terhadap isu pemilikan tanah bagi generasi baharu Felda yang memerlukan keterlibatan kerajaan negeri.\"Dahulu ada dua tiga perkara diabaikan umpamanya lampu-lampu jalan di kawasan Felda Hulu Kelantan, kita telah luluskan pada dua bulan lalu.\"Di Felda ini iaitu di Hulu Kelantan, kita mengumumkan akan mengadakan Pusat Dialisis di Chiku 3 kerana peneroka susah untuk pergi ke hospital.\"Ini memudahkan peneroka yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan kerana peneroka di tanah rancangan berdepan kesukaran untuk mendapatkan rawatan di hospital,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda di sini hari ini.",
"Pada Sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) 2023 Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.7 juta setahun bagi menanggung kos operasi bagi 37,012 lampu jalan di rancangan Felda seluruh negara.Terdahulu, Anwar dalam ucapannya berkata akan bertemu dengan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) bagi baik pulih tandas sekolah di kawasan tanah rancangan Felda.Ini termasuk memberi perhatian kepada masalah liputan Internet di kawasan itu.",
"RM200 juta naik taraf jalan kampung Orang Asli di Kelantan"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=125 |
PM umum imbuhan tetap kepada penjawat awam seminggu dua lagi
| [
"KUBANG KERIAN, 23 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.Beliau yang juga Menteri Kewangan akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji itu minggu hadapan.\"Seperti mana yang saya sebut, sedikit sebanyak penyesuaian imbuhan tetap itu akan cuba saya umumkan dalam tempoh seminggu (atau) dua minggu, insya-Allah,\" katanya.",
"Tambah Anwar, pendekatan lama skim pelarasan gaji perlu dirombak berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama.",
"Justeru, ganjaran yang adil serta munasabah akan diberikan kepada penjawat awam di Malaysia.",
"\"Saya fikir pendekatan lama harus dirombak, itu akan dilakukan dengan skim penyelarasan gaji yang dipengerusikan oleh perdana menteri sendiri,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna MADANI Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Pada 13 Julai lepas, Anwar berkata, skim gaji penjawat awam akan disaran untuk dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara.Cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) pada 12 Ogos ini.",
"Sementara itu, beliau dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa sebarang proses tender untuk pelaksanaan projek besar membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM) akan disegerakan.",
"Anwar memberi jaminan urusan itu dapat selesai dalam masa tiga bulan.",
"\"Kalau macam komputer dan lain-lain projek besar, saya akan pastikan kita runding dengan Kementerian Kewangan.\"Kita bagi kelonggaran ikut proses tender terhad dan disegerakan supaya boleh selesai dalam masa tiga bulan,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=126 |
RM200 juta naik taraf jalan kampung Orang Asli di Kelantan
| [
"GUA MUSANG, 23 Julai - Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk menaik taraf jalan di beberapa kawasan perkampungan Orang Asi di Kelantan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata projek menaik taraf jalan berkenaan melibatkan kawasan Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatim-Pos Bihai.\"Jumlah peruntukan itu adalah peruntukan sedia ada yang telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan\"Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga tidak berhajat untuk meminta tambahan peruntukan namun sekiranya ia tidak mencukupi, saya sendiri akan menghadap Perdana Menteri untuk tambah.\"Bukan untuk saya tetapi untuk kebajikan Orang Asli terutamanya dalam hal perhubungan desa ini,\" katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, di sini hari ini.Projek menaik taraf jalan di kawasan itu akan memberi manfaat lebih 2,000 penduduk Orang Asli di sekitar Gua Musang."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=127 |
'Kami orang biasa hanya mampu beli barang murah', mahu Jualan Rahmah Bergerak diteruskan
| [
"GUAR CHEMPEDAK, 21 Julai - Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep 'Kedai Cari Rakyat' mendapat sambutan positif penduduk di kawasan itu.Sejak awal pagi orang ramai sudah mulai beratur panjang untuk merebut peluang membeli barangan keperluan dengan harga potongan 30 peratus.Rata-rata pengguna yang ditemui RTM berkata, Jualan Rahmah Bergerak ternyata meringankan beban mereka kerana dapat membeli dengan harga yang munasabah.\"Program seperti ini bagus untuk diteruskan sebab kos sara hidup sekarang tinggi, jadi saya sokong program ini diteruskan,\" kata Masriyah Mansor.\"Saya suka dengan harga keperluan asas Jualan Rahmah ini kerana harga jauh lebih murah berbanding dengan harga kedai, semoga program seperti ini diteruskan untuk memudahkan kos perbelanjaan rakyat,\" kata Zamidah Ismail.\"Program yang baik, elok diteruskan kerana kami hanya rakyat biasa yang hanya mampu membeli barangn dengan harga yang murah,\" kata Nazirul.Jualan Rahmah itu melibatkan 222 kawasan Parlimen dengan jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran.Program Jualan Rahmah Bergerak ini turut menawarkan ayam pada harga RM10 seekor, minyak masak 5kg pada harga RM20 sebotol, telur ayam kampung pada harga RM10 bagi sepapan, dan beras 5kg pada harga RM10 sekampit.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Jualan Rahmah Bergerak bantu rakyat secara bersasar - FuziahJualan Rahmah Bergerak menerusi 'kedai cari rakyat' diadakan lebih kerap - FuziahProgram Jualan Rahmah, RM30 juta telah dibelanjakanJualan Rahmah catat RM99 juta sejak dilancarkan awal JanuariJualan Rahmah: Jabatan dan agensi KKD pergiat hebahan Program Jualan Rahmah Bergerak wajar diteruskan"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=128 |
Anwar, Pham bertukar-tukar buku di Book Street Hanoi
| [
"(Datuk Seri Anwar (kiri) bertukar buku dengan rakan sejawatnya Pham Minh Chinh ketika melawat Book Street di Dinh Le Street/BERNAMA)",
"HANOI, 21 Julai- Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkesempatan melawat Book Street Hanoi sambil sembang santai menikmati kopi Vietnam bersama delegasi Malaysia-Vietnam.Turut hadir Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Ming.Anwar bersama delegasi Malaysia meluangkan masa hampir sejam saling bertukar-tukar pandangan mengenai koleksi karya dan buku yang terdapat di Book Street Hanoi yang merupakan jalan buku pertama di Hanoi dan dibuka pada Mei 2017.Terdapat 16 kedai buku di sini.Pada akhir lawatan, kedua-dua pemimpin sempat bertukar-tukar buku.Anwar menerima buku berjudul \"Lãng du trong Văn hoá Việt Nam\" (Wandering through Vietnamese Culture) manakala Pham menerima buku bertajuk \"Malaysia: Blooms, Foliage and Fruits\".",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama rakan sejawatnya Pham Minh Chinh ketika melawat Book Street di Dinh Le Street/BERNAMA)",
"Anwar dalam pada itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Noor bersama komuniti Islam di Hanoi.Masjid Al-Noor merupakan satu-satunya masjid di Hanoi berkapasiti 200 jemaah.Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada imam masjid berkenaan bagi kegunaan komuniti islam di hanoi serta membaik pulih masjid berkenaan",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Noor bersama komuniti Islam di Hanoi)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=129 |
Guru ponteng mengajar 7 bulan, tiga pelajar Sabah menang saman
| [
"KOTA KINABALU, 21 Julai - Tiga bekas pelajar sekolah menengah di Kota Belud yang memenangi saman terhadap guru mereka kerana gagal hadir untuk mengajar selama tujuh bulan berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dalam memenuhi tanggungjawab masing-masing.Calvina Angayung, 22, juga berharap kemenangan itu akan menjadi motivasi kepada orang lain yang masih mengambil sikap mendiamkan diri untuk bangkit memperjuangkan hak mereka.\"Kami menjadi mangsa ketidakadilan guru ini sehingga menyebabkan kami gagal dalam peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris. Kemenangan ini adalah hadiah kepada semua pihak yang menyokong kami sejak awal.\"Terima kasih kepada saksi-saksi kami yang tampil dengan berani di mahkamah, NGO (badan bukan kerajaan) dan aktivis, ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat di luar sana yang sentiasa menyokong kami tanpa mengira di mana kami berada,\" katanya ketika dihubungi.Seorang lagi plaintif, Nur Natasha Allisya Hamali pula berkata beliau lega kerana meskipun mengambil masa enam tahun, semua usaha mereka ternyata tidak sia-sia dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan itu.Pada tahun 2020, Calvina, Nur Natasha Allisya dan Rusiah Sabdarin, yang berusia 22 tahun, menyaman bekas guru Bahasa Inggeris mereka iaitu Mohd Jainal Jamran yang didakwa tidak hadir untuk mengajar subjek itu selama tujuh bulan pada 2017, Pengetua sekolah ketika itu Suid Hanapi, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan kerajaan.",
"(Ketiga-tiga pelajar ini mendedahkan cikgu tersebut ponteng mengajar selama 7 bulan pada tahun 2020/FOTO syot layar KiniTV)",
"Pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Leonard David Shim ketika membenarkan saman itu memutuskan bahawa kelima-lima defendan telah melanggar kewajipan statutori mereka dan jaminan perlembagaan untuk kesemua bekas pelajar terbabit mendapatkan pendidikan.Mahkamah kemudian memberi pampasan sebanyak RM150,000 kepada ketiga-tiga plaintif.Peguam Sherzali Herza Asli, yang mewakili kesemua pelajar, berkata adalah penting untuk kerajaan menyedari dan mengiktiraf kelemahannya serta menggubal dasar bagi memastikan akauntabiliti guru yang ingkar demi kesejahteraan dan prospek generasi masa depan negara.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, berkata mereka yang berada dalam ekosistem sekolah mempunyai tanggungjawab masing-masing dan guru yang sepatutnya hadir ke kelas untuk mengajar namun gagal berbuat demikian, perlu mempunyai alasan munasabah.\"Meskipun pelajar harus berdisiplin dan menghormati guru, mereka tetap berpeluang bercakap dengan ibu bapa yang akan membangkitkan perkara itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru mengenai perkhidmatan yang diberikan di sekolah,\" katanya. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=130 |
Tangani provokasi terhadap agama secara rasional, bertoleransi
| [
"PUTRAJAYA, 21 Julai- Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) minggu lepas berikutan insiden pembakaran teks al-Quran di luar masjid di Stockholm ketika perayaan Aidiladha adalah langkah bijanksana dan terpuji.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menegaskan, sebarang bentuk provokasi dan demonstrasi berhubung kait agama yang boleh mencetuskan kebencian sejagat perlu ditangani secara rasional dan bertoleransi.Hak kebebasan bersuara bukan tiket untuk membenarkan tindakan berunsur kebencian dan kekejaman bermodalkan idea menentang kezaliman dilakukan secara berleluasa dan sewenang-wenangnya.Perdana menteri berkata tindakan itu bercanggah dengan hak asasi manusia, Tanggapan ekstremis tentang kebebasan sangat merugikan masyarakat, malah boleh membawa kepada pelanggaran hak individu untuk hidup dengan jaminan keselamatan yang baik.\"Islamofobia adalah racun yang bukan hanya mengancam umat Islam seluruh dunia tetapi juga negara-negara Barat.\"Sehubungan itu, seluruh masyarakat sejagat perlu mengimbangi dan meraikan perbezaan dengan sikap ihsan, ambil berat, saling mendukung dan menghormati antara satu sama lain, di samping mencari titik pemahaman dan persamaan,\" kata Anwar. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian tegas menentang Islamofobia, selain berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan berpandukan pendirian sama.",
"(Datuk Seri Anwar dalam satu kenyataan menegaskan, tangani provokasi terhadap agama secara rasional, bertoleransi"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=131 |
Datuk Seri Anwar, Pham Minh saksi pemeteraian MoU NCCIM-VCCI
| [
"(MoU itu bertujuan meneroka lebih luas potensi kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan selain memberi faedah pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara)",
"HANOI, 20 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya, Minh Chinh hari ini menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dengan Dewan Perniagaan dan Industri Vietnam (VCCI) MoU itu bertujuan meneroka lebih luas potensi kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan selain memberi faedah pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara. Ia ditandangani oleh Presiden NCCIM, Tan Sri Soh Thian Lai dan Pengerusi VCCI, Pham Tan Chong. Anwar dan Pham Minh turut menyaksikan majlis menandatangani pengesahan dokumen minit hasil Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama (JCM-7) Ekonomi, Saintifik dan Kerjasama Teknologi antara Malaysia dengan Vietnam. Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Sri Zambry Kadir manakala Vietnam diwakili rakan sejawatannya, Bui Than Son.",
"(Pemeteraian itu di tandangani oleh Presiden NCCIM Tan Sri Soh Thian Lai dan Pengerusi VCCI, Pham Tan Chong)",
"Dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV), Ngunyen Phu Trong.Usaha menangani isu rasuah serta tata kelola baik menjadi fokus pertemuan.",
"Kerjasama berkaitan akan diperhalusi antara agensi anti rasuah kedua-dua negara.",
"Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi penuh istiadat oleh kerajaan Vietnam di Istana Presiden Hanoi sebaik tiba untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara itu.",
"Ketibaan beliau disambut oleh rakan sejawatannya, Pham Minh Chinh.",
"Acara dimulakan dengan iringan lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Vietnam, Tien Quan.",
"Datuk Seri Anwar dengan diiringi Minh Chinh, memeriksa kawalan kehormat dan diperkenalkan kepada barisan kabinet Vietnam.",
"Sejurus sambutan, satu mesyuarat bilateral diadakan di bangunan kerajaan Vietnam membincangkan hala tuju termasuk menstruktur semula kerjasama kedua-dua negara yang akan memberi manfaat bersama."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=132 |
Vietnam disifatkan sebagai rakan Malaysia paling akrab - PM
| [
"HANOI, 20 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Vietnam sebagai negara rakan baik Malaysia sejak hubungan diplomatik terjalin antara kedua-dua negara lima dekad lalu.Beliau berkata, kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan bilateral yang amat baik dan Malaysia kini bersedia untuk mengembangkan kerjasama sedia ada ke tahap lebih tinggi. Perdana Menteri turut menzahirkan rasa kagumnya dengan keupayaan Vietnam dan rakyatnya berusaha bangkit daripada kesusahan yang dialami dalam perjuangan menentang penjajahan. \"Kerana kepimpinan yang bertahun dan kebanyakkan rakyat anda telah berjaya dalam beberapa dekad, kestabilan Vietnam sebagai negara penting di ASEAN dan kini berdaftar sebagai antara negara membangun di dunia,\" kata Anwar, di sini.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiriJamuan Makan Malam Rasmi yang dihoskan olehPerdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh)",
"Majlis turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin. ",
"Terdahulu, semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong, Anwar menzahirkan rasa gembira dengan kerjasama dua hala sedia ada dan berkata usaha akan dilakukan untuk mengukuhkan lagi hubungan itu. “Saya juga dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Nguyen Phu Trong sering berbicara soal antirasuah dan tatakelola yang baik di Vietnam dan kami dapat bertukar pandangan terkait perkara ini serta keperluan untuk agensi antirasuah kedua-dua negara bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama,” katanya"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=133 |
Fahmi pula tampil perjelas isu pelupusan hutang FELDA
| [
"KUALA LUMPUR, 21 Julai - Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil tampil menjelaskan isu berhubung pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang berjumlah RM8.3 bilion.Fahmi yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata hutang tersebut telah dihapuskan oleh FELDA itu sendiri dan bukannya kerajaan persekutan.Hinggalah pada 26 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan telah menandatangani Perjanjian Bagi Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA).Perjanjian yang ditandangani Anwar itu melibatkan bantuan kewangan kepada FELDA sebanyak RM990 juta bagi tempoh 10 tahun.\"Pada 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk menghapuskan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion.\"Hinggalah pada 26 Jun, Perdana Menteri telah menandatangani Perjanjian FSRA yang melibatkan bantuan kewangan kepada FELDA sebanyak RM990 juta bagi tempoh 10 tahun.\"Kesimpulannya, hutang FELDA tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan hanya sehingga 26 Jun oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,\" katanya menerusi hantaran video di Facebooknya.Beliau berkata demikian mengulas tentang pelupusan hutang peneroka FELDA yang mengundang kekeliruan orang ramai.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas menandatangani FSRA bagi penerimaan pertama geran RM990 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk penebusan sukuk Felda.Anwar mendakwa hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda secara bersyarat berjumlah RM8.3 bilion sebagai inisiatif penjanaan semula lembaga itu.Semalam, FELDA menjelaskan penghapusan sejumlah hutang peneroka sudah dilaksanakan di peringkat badan berkanun itu pada 2021 dan 2022 tanpa penyaluran peruntukan geran daripada Kerajaan Persekutuan.",
"Artikel berkaitanFELDA perjelas isu hutang peneroka, kenyataan PM disalah tafsirHapus hutang peneroka Felda: PM kemuka bukti esokPelan Pemulihan FELDA: Kerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion untuk terbit sukuk Anwar kemuka dokumen FSRA, desak Muhyiddin mohon maaf"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=134 |
FELDA perjelas isu hutang peneroka, kenyataan PM disalah tafsir
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Julai - Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penghapusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah disalah tafsir sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.Susulan itu, FELDA melalui kenyataan tampil menjelaskan bahawa isu penghapusan sejumlah hutang peneroka telah dilaksanakan di peringkat FELDA tanpa penyaluran peruntukan geran dari kerajaan terdahulu pada tahun 2021 dan 2022.Jelasnya, jumlah pelupusan hutang itu telah memberikan impak yang besar kepada aliran tunai dan prestasi FELDA.\"Sebagai langkah membantu dan menjamin kelangsungan FELDA, Perdana Menteri telah menandatangani perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) bagi penerimaan pertama geran RM990 juta dari kerajaan persekutuan untuk penebusan sukuk FELDA.\"Perjanjian itu antara lain memberikan ruang kepada FELDA untuk menstruktur semula komitmen kewangan terhadap kadar faedah yang dikenakan serta pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion,\" menurut kenyataan itu hari ini.Tambahnya, Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sehingga RM990 juta setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk FELDA yang antara lainnya bagi membiayai hapus kira hutang peneroka FELDA.Pengumuman itu dimaklumkan Anwar pada 7 Julai lalu sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA.Jelasnya, secara keseluruhan inisiatif ini melibatkan bantuan kewangan kepada FELDA sebanyak RM9.9 bilion bagi tempoh 10 tahun.\"FELDA menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas komitmen bagi menyempurnakan proses pemulihan FELDA demi menjamin kelangsungan sebagai satu institusi gergasi yang menaungi 112,638 keluarga peneroka di seluruh negara,\" katanya.",
"Pada 2021, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.Muhyiddin Yassin mengumumkan pelupusan hutang peneroka itu Sempena Hari Peneroka Felda pada dua tahun lalu.Pada 8 Julai lalu, media melaporkan Anwar kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Hapus hutang peneroka Felda: PM kemuka bukti esokPelan Pemulihan FELDA: Kerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion untuk terbit sukukPM nafi kenyataan Muhyiddin hapus hutang FELDALupus hutang FELDA, Shabery nafi kenyataan Muhyiddin Anwar kemuka dokumen FSRA, desak Muhyiddin mohon maaf"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=135 |
Sanusi belum dipanggil SPRM berkait kecurian REE - Azam Baki
| [
"KUALA TERENGGANU, 20 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata Sanusi akan dipanggil bila ada keperluan bagi membantu siasatan tersebut.\"Kita (SPRM) belum lagi memanggil dia (Sanusi) kerana ini suatu perkara yang kita tidak mahu dedahkan. Jadi dalam siasatan ini kita tidak mahu menguar-uarkan kepada mana-mana pihak tentang sesiapa dipanggil ke SPRM. Kita akan panggil bila ada keperluan.\"Kita akan akan memanggil sesiapa sahaja yang terlibat tak kira apa jawatan sekalipun. Sekiranya dia terlibat, kita akan panggil dia (Sanusi). Masa akan menentukan.\"Dalam kita menjalankan siasatan, tidak semestinya seseorang yang terlibat ataupun tidak akan dipanggil terlebih dahulu atau kemudian. Apabila sampai masa kalau SPRM panggil kita akan maklumkan,\" kata Azam Baki ketika ditemui selepas hadir ke konti Terengganufm di sini, hari ini.Azam Baki turut menafikan tindakan SPRM berhubung kes ini sebagai pendakwaan terpilih kerana dilakukan dalam musim pilihanraya.\"Ini tiada kaitan dengan pilihanraya, kes ini berlaku selepas menerima laporan orang ramai.\"Katakan kalau laporan ini berlaku sebelum PRU, selepas PRU pun tak ada masalah, saya tidak meletakkan satu timeline (jangka masa).\"....sebelum PRU dia saksi, selepas PRU dia jadi suspek pulak, bukan begitu. Kalau orang tu suspek, sebelum atau selepas PRU pun tetap sama, jadi kita akan tentukan selepas kita memanggil seseorang, keterangan-keterangan kita kumpulkan untuk kita melihat kepentingan seseorang itu,\" katanya.",
"(Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika ditemu bual di Konti Terengganufm hari ini)",
"Tambah beliau, lebih ramai saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan kes yang membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta itu.Pada Selasa, SPRM turut membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang Menteri Besar dalam isu REE.Menurut sumber, aktiviti perlombongan tersebut dipercayai dilakukan secara tidak sah, sekali gus menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.\"Dua suspek sudah ditangkap dan lima belas individu lain akan dipanggil sebagai saksi untuk membantu dalam siasatan perkara ini.\"Kita (SRPM) akan mendapatkan dokumen-dokumen penting daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan Kerajaan Negeri,\" katanya.Semalam, SPRM menahan seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang pengarah wanita sebuah syarikat bagi bantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi.Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula semalam hingga 21 Julai ini.Azam Baki berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.Pada Rabu, Sanusi juga mendedahkan belum belum menerima kunjungan SPRM bagi siasatan isu unsur nadir bumi.",
"Artikel Berkaitan:Pegawai kanan MBI Kedah antara ditahan kes rasuah RM13 jutaPKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat ketirisan MB KedahSembilan ditahan terbabit kes pemerdagangan manusia, curi REE"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=136 |
Lawatan rasmi PM ke Vietnam buka ruang pelaburan negara
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi sulung beliau selama dua hari ke Republik Sosialis Vietnam bermula hari ini dan esok.Anwar ke republik itu atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minch Chinh.\"Kedua-dua pemimpin tersebut akan memperhalusi kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan 2021–2025 di bawah Kerangka Perkongsian Strategik Malaysia – Vietnam.\"Lawatan rasmi ini dijangka mengukuhkan hubungan yang tersedia erat di antara Malaysia dan Vietnam selaku negara jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN,\" menurut kenyataan Wisma Putra hari ini.Tambah kenyataan itu lagi, pada tahun ini merupakan sambutan Jubli Emas penubuhan hubungan diplomatik dan lawatan itu membuka ruang kepada kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin.\"Perdana Menteri turut dijadual untuk mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden Vietnam, Vo Van Thuong serta beberapa pertemuan dengan pemimpin utama Vietnam iaitu Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam (Chairman of the National Assembly of Vietnam), Vuong Dinh Hue.Dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Minh Chinh, Anwar akan diiringi delegasi kepimpinan tertinggi negara, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan agensi berkaitan.Antaranya Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.",
"Dalam lawatan itu, Perdana Menteri dijangka akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara beberapa kementerian dan agensi Malaysia dengan Vietnam dalam pelbagai sektor Ini sekali gus akan meningkatkan pelaburan dan perdagangan kedua-dua negara.Anwar juga akan menghadiri Persidangan Perniagaan Bersama Malaysia-Vietnam dan sesi bertemu diaspora Malaysia.Pada tahun lalu, jumlah dagangan dua hala di antara Malaysia dan Vietnam meningkat sebanyak 23.1%, daripada USD16.74 bilion (RM69.40 bilion) pada 2021, kepada USD19.44 bilion (RM85.40 bilion) pada 2022.Malaysia merupakan pelabur kesembilan terbesar di Vietnam dengan jumlah pelaburan sebanyak USD13.06 bilion.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Mesyuarat JCM ke-7 Malaysia-Vietnam, bincang isu kepentingan bersama - ZambryKerjasama rapat Malaysia-Vietnam, tarik lebih banyak pelaburan di rantau ASEANLawatan PM ke Vietnam, perkukuh hubungan dua hala pelbagai bidang"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=137 |
Anwar kemuka dokumen FSRA, desak Muhyiddin mohon maaf
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan sebahagian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah ditandatanganinya.Anwar mengemukakan sebanyak lapan dokumen berkait perjanjian FSRA melalui hantaran di Facebooknya pada pagi ini.Oleh itu, beliau mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya.Semalam, Anwar berkata bersedia membuktikan bahawa beliau telah menandatangani dokumen pelupusan hutang Felda.Katanya, beliau akan meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) untuk mengeluarkan dokumen yang ditandatanganinya sebelum berangkat ke Vietnam pada hari ini.",
"Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan bahawa Anwar telah menandatangani FSRA pada 26 Jun 2023.\"Seperti diumumkan melalui siaran akhbar MOF bertarikh 28 Jun 2023, perjanjian ini melibatkan Jaminan Kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada FELDA untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA. \"Di bawah perjanjian, Kerajaan akan membiayai pembayaran balik sukuk tersebut melalui peruntukan geran RM990 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun,\" menurut kenyataan MOF pada hari ini.Selain itu, MOF mengesahkan bahawa penyaluran pertama RM990 juta juga telah dilaksanakan pada 18 Julai lalu selaras dengan peruntukan yang telah disediakan di dalam Belanjawan Madani 2023.Katanya lagi, penyempurnaan perjanjian jaminan kerajaan dan penyaluran peruntukan kepada FELDA merupakan elemen penting yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kelangsungan FELDA antara lain mengambil kira antaranya impak kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan FELDA berikutan penghapusan hutang peneroka FELDA.",
"ARTIKEL BERKAITAN:Hapus hutang peneroka Felda: PM kemuka bukti esokPM nafi kenyataan Muhyiddin hapus hutang FELDALupus hutang FELDA, Shabery nafi kenyataan Muhyiddin"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=138 |
Hak 40% hasil bersih: Pemberian khas RM300 juta bukti Sabah di landasan betul - Hajiji
| [
"KOTA KINABALU, 20 Julai - Peningkatan pemberian khas kepada RM300 juta daripada Kerajaan Persekutuan adalah petunjuk jelas bahawa kerajaan negeri kini berada di landasan betul ke arah mendapatkan hak Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah menyambut baik keputusan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.“Ini adalah penyelesaian sementara dan seperti yang disebutkan oleh Fadillah, rundingan masih diteruskan dengan jawatankuasa berasingan bagi menentukan serta memuktamadkan formula untuk pemberian khas kepada kedua-dua negeri di Kepulauan Borneo dalam tempoh setahun,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau mengulangi pendirian kerajaan negeri bahawa Sabah tidak pernah melepaskan hak 40 peratus hasil bersih dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dan akan terus berjuang untuk mendapatkan pemberian khas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.\"Perkara 112D (Perlembagaan Persekutuan) memperuntuk formula dan semakan semula hak 40 peratus ke atas hasil bersih yang diperoleh Persekutuan yang berasal dari Sabah,\" katanya.Selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 itu semalam, Fadillah berkata Sabah dan Sarawak akan menerima pemberian khas sebanyak RM300 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.Ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta kepada Sabah berbanding jumlah RM260 juta yang diumumkan oleh Putrajaya pada Januari lepas, yang akan dibayar secepat mungkin, kata Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa MA63.Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony pula berharap pemberian khas itu akan digunakan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah infrastruktur dan kemudahan asas di Sabah.",
"Beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri menyelesaikan secara agresif masalah yang dihadapi Sabah antaranya jalan raya rosak, bekalan air dan elektrik yang sudah sekian lama menghantui penduduk serta memerlukan jalan penyelesaian menyeluruh dirancang dengan segera.Katanya pemberian khas itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjaga kepentingan Sabah serta Sarawak, dan pihaknya yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar mampu menyelesaikan tuntutan negeri berkenaan dalam MA63. \"Begitu banyak sekali inisiatif yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri untuk kebaikan Sabah dan juga Sarawak. Peruntukan RM300 juta yang diumumkan adalah penyelesaian bersifat interim, saya yakin usaha kita untuk dapatkan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan kini berada di landasan betul,\" katanya.Bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, peruntukan itu merupakan langkah tepat serta mampu memberikan implikasi positif terhadap perkembangan ekonomi dan sosial masyarakat Sabah.“Ini terutamanya menyelesaikan isu-isu pembangunan infrastruktur asas, bekalan air bersih, elektrik, jalan raya yang kritikal selain pembangunan lain yang jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain,” katanya yang turut memaklumkan bahawa UMNO Sabah menyambut baik peruntukan itu.Beliau juga berharap kerajaan negeri atau jabatan dan agensi kerajaan yang diberikan kuasa supaya menyelaras peruntukan itu secara efisien, cepat dan tepat bagi mengurangkan birokrasi kerana ia akan membantutkan usaha membangunkan Sabah.- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=139 |
Mesyuarat JCM ke-7 Malaysia-Vietnam, bincang isu kepentingan bersama - Zambry
| [
"(Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir)",
"HANOI, 19 Julai- Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama (JCM ke-7) antara Malaysia dengan Vietnam akan diadakan di Hanoi, esok.Ia merupakan kesinambungan kepada JCM-6 yang diadakan di Putrajaya pada November 2021.Mesyuarat kali ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan rakan sejawatannya, Bui Thanh Son.\"Daripada (JCM) ini merupakan antara mekanisma dua hala yang utama, bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama di peringkat Menteri Luar Negeri. \"Suruhanjaya ini telah diwujudkan pada tahun 1992, susulan pemeteraian Perjanjian Ekonomi, Sainifik dan Teknikal antara Malaysia dan Vietnam,\" kata Zambry.Beliau bercakap dalam sidang media khas lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam, di sini.Menurut Zambry pengesahan hasil perbincangan akan disaksikan oleh kedua-dua Perdana Menteri selepas mesyuarat dua hala berlangsung.",
"(Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir (tengah)pada sidang media bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam bermula esok hingga 21 Julai ini/Foto Bernama)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=140 |
Lawatan PM ke Vietnam, perkukuh hubungan dua hala pelbagai bidang
| [
"HANOI, 19 Julai- Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam bermula esok sangat signifikan bagi dua negara jiran yang telah menjalin hubungan diplomatik selama 50 tahun.Lawatan itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh hubungan dua hala, tetapi juga meninjau potensi memperluas kerjasama sedia ada, dan menjalin kerjasama baharu. Ini termasuk mempromosikan hubungan perdagangan dan pelaburan.",
"Lawatan Perdana Menteri kali ini dilihat signifikan memandangkan Vietnam merupakan rakan dagang Malaysia ke-12 terbesar di dunia dan ke-4 terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN.",
"Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dalam sidang media berkata ia merupakan lawatan pertama perdana menteri ke Vietnam.Ini adalah atas undangan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh yang disampaikan ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Mei lepas.\"Lawatan perdana menteri ini sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama dan hubungan erat antara Malaysia dan Vietnam, sejak lima dekad yang lalu.\"Ketika lawatan perdana menteri dijangkakan beberapa pertemuan penting akan diadakan. Perdana menteri akan menyaksikan pemeteraian kerjasama di antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Vietnam Chambers of Commerce and Industry (VCCI),\" katanya di sini.",
"(Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir)",
"Jadual padat menanti perdana menteri dalam lawatan rasmi tersebut. Sebagai pembuka tirai lawatan, Anwar bersama delegasi Malaysia akan diberi sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden Hanoi.Dalam rangka lawatan dua hari itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Vo Van Thuong, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam, Vong Dinh Hue.Satu Memorandum Persefahaman (MoU) turut akan dimeterai antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Vietnam Chambers of Commerce and Industry (VCCI).Laporan disediakan Atikah Makhtar."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=141 |
Kerajaan cadang mahu bina lebih banyak Anjung Kasih di setiap hospital
| [
"(Datuk Seri Nancy Shukri melawat Pusat Jagaan Damai Permai yang terletak di Bertam Pulau Pinang hari ini/FOTO KPWKM)",
"SEBERANG PERAI, 17 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang akan menyediakan lebih banyak Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di seluruh negara, kata Menteri KPWK Datuk Seri Nancy Shukri.Beliau berkata pembinaan Anjung Kasih itu sebagai penginapan sementara kepada waris dan keluarga yang menerima rawatan di hospital.\"Memang ada perancangan untuk semua hospital (diwujudkan Anjung Kasih). Cadangan itu hanya akan dapat direalisasikan bergantung kepada kemampuan YKN dan sumbangan penderma dalam menyediakan kemudahan tempat penginapan kepada pesakit kurang berkemampuan.\"Malah kita mahu perbesarkan tempat penginapan itu di Anjung Kasih yang sempit di beberapa tempat,\" katanya selepas merasmikan Anjung Kasih Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini.Setakat ini, terdapat 18 buah hospital di seluruh negara telah mempunyai Anjung Kasih yang memanfaatkan seramai 89,864 penghuni sejak ia mula beroperasi secara berperingkat pada 2006.",
"Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata Anjung Kasih Hospital Seberang Jaya kini mempunyai 72 katil keseluruhan yang di bahagikan kepada 6 bilik keluarga. Selain itu, bilik Anjung Kasih turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) bilik rehat, bilik mandi, ruang pantri, ruang mencuci pakaian dan lain-lain yang dikira lengkap sebagai tempat penginapan ala hotel tiga bintang untuk waris-waris.Anjung Kasih merupakan tempat penginapan sementara yang selesa, selamat dan percuma untuk pesakit atau pewaris yang kurang berkemampuan.Penginapan sementara itu bagi pewaris menjaga keluarga yang menerima rawatan di hospital kerajaan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=142 |
Tampil dengan gaya berbeza serah jalur gemilang guna bas, komuter
| [
"NIBONG TEBAL, 17 Julai - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 hari ini tampil dengan gaya berbeza apabila membawa Jalur Gemilang menggunakan pengangkutan awam.Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, peserta akan bergerak menaiki komuter dan seterusnya menggunakan bas Rapid Pulau Pinang.\"Satu keunikan pada edisi kembara kali ini ialah laluan penyerahan Jalur Gemilang dari Perak kepada Pulau Pinang.\"Mereka akan mengedar dan mengibarkan Jalur Gemilang kepada penumpang. Ini adalah salah satu cara untuk persediaan kita menyambut Bulan Kebangsaan dan saya berharap semua rakyat akan melibatkan diri dalam sambutan Bulan Kebangsaan tidak lama lagi,\" katanya selepas Majlis simbolik menerima Jalur Gemilang dari Jabatan Penerangan Perak di Stesen KTM, Nibong Tebal.Sebanyak 66 buah kenderaan dari peserta turut digunakan sebagai simbolik kepada 66 tahun kemerdekaan negara. KMJG 2023 yang bermula di Ipoh semalam akan berakhir di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos Depan.Jalur Gemilang yang dibawa menjelajah sejauh 3,347 kilometer ke seluruh negara itu sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, Fahmi Fadzil berkata konvoi itu membabitkan 132 check points dengan 66 check points di Semenanjung Malaysia dan 66 check points lagi di Sabah, Sarawak serta Labuan.",
"ARTIKEL BERKAITAN:PM harap kibaran Jalur Gemilang lebih meriah tahun iniKibar Jalur Gemilang sebagai semangat cintakan negaraBulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dilancar hari ini"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=143 |
Perak bakal anjur lebih banyak program berbentuk kenegeraan dan patriotik
| [
"Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi (tengah) memotong pulut kemerdekaan sebagai gimik program KMJG 2023 peringkat negeri Perak/ BERNAMA)",
"BAGAN SERAI, 17 Julai- Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Penerangan (JaPen) negeri akan menganjurkan lebih banyak program berbentuk kenegaraan dan patriotik dalam usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi Helmi berkata bagi memastikan program itu memberi impak secara holistik, ia akan disebar luas ke seluruh daerah di Perak. Jelasnya, setakat ini, Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 yang bermula semalam telah menerima sambutan baik dalam kalangan masyarakat. \"Jabatan Penerangan negeri akan bekerjasama baik dengan semua agensi di peringkat semua daerah untuk memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti kibaran Jalur Gemilang. \"Kita libatkan masyarakat untuk bersama-sama, dan akhirnya yang paling penting ialah intipati sayangkan negara itu sendiri dengan kibaran Jalur Gemilang ini menjadikan rakyat malaysia kembali sayangkan negara kita, sayangkan perpaduan,\" katanya.",
"(Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi/ FB Penerangan Perak Page)",
"Beliau ditemui selepas merasmikan program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Kolej Komuniti Bagan Serai di sini, hari ini.Sebanyak 44 kenderaan pelbagai jenis terlibat secara langsung dalam konvoi KMJG di Perak.Program melibatkan kakitangan JaPen Perak, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Kelab Permotoran BMW K-16 Malaysia.Konvoi KJGM 2023 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung selama dua hari bermula semalam melibatkan enam kawasan iaitu Ipoh, Teluk Intan, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping dan Kerian.Program konvoi itu akan diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pulau Pinang. Sebanyak 132 check point seluruh negara akan dilalui sebelum konvoi berakhir di Putrajaya pada 31 Ogos nanti."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=144 |
MAIDAM larang tampal poster politik di pagar masjid, surau
| [
"(Yang Dipertua MAIDAM Terengganu , Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail)",
"KUALA TERENGGANU, 17 Julai- Pihak pengurusan masjid dan surau di Terengganu diingatkan supaya tidak memasang poster, jadual ceramah politik atau mengadakan sebaran aktiviti kempen di masjid atau surau di negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15.Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, larangan itu telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai lalu.Ia bagi memastikan masjid dan surau bebas daripada dijadikan tempat kegiatan politik kepartian.\"Di samping itu Tuanku sebut secara terperinci kepada orang yang diberi tauliah mengajar di masjid supaya tidak selit atau menyentuh apa-apa berkaitan politik semasa pengajaran.\"Terdapat 510 masjid dan lebih 2,000 surau di seluruh Terengganu. Jadi semua pihak diminta patuhi arahan ditetapkan bagi menjaga keharmonian dan kemuliaan masjid serta menjaga perpaduan dalam kalangan masyarakat,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Sumbangan Lembu oleh McDonald's Malaysia kepada asnaf zakat negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.",
"(Datuk Shaikh Harun (tengah) pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Sumbangan Lembu dari McDonald's Malaysia kepada asnaf zakat negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu)",
"Menurutnya lagi,sekiranya ada yang didapati melanggar peraturan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun. Pada 13 Julai lalu, Terengganu menguatkuasakan larangan terhadap sebarang aktiviti melibatkan kempen pilihan raya atau program berunsur politik di mana-mana masjid atau surau di negeri itu menjelang PRN tidak lama lagi.MAIDAM juag telah mengeluarkan pekeliling untuk melarang semua ahli politik termasuk golongan aktivis menjadi khatib dan imam solat Jumaat sepanjang tempoh berkempen di semua masjid dan surau di Terengganu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi melibatkan Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang diadakan serentak pada 12 Ogos depan.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, 29 Julai ini merupakan hari penamaan calon manakala hari pengundian awal adalah pada 8 Ogos depan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=145 |
Isu miskin tegar: 'Kita kena selesaikan tahun ini' - PM
| [
"(Anwar Ibrahim (dikalungkan bunga malai) pada Program Ramah Mesra PM bersama Masyarakat IndiaPulau Pinang di Seberang Perai)",
" SEBERANG JAYA, 16 Julai- Semua kaum harus mengekalkan semangat bersatu padu agar isu kemiskinan tegar dapat diatasi dengan lebih berkesan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, statistik jelas menunjukkan seramai 130,000 rakyat dikategorikan sebagai miskin tegar dalam negara. \"Dan untuk itu, semua kaum kena bersama. Pendekatan kita harus ada (semangat bersatu padu). Saudara lihat, kalau ceramah-ceramah, program-program saya, saya tak bangkit sangat soal kaum. Apa keutamaan kita? Sebaik saya ambil alih (kerajaan), buat Belanjawan Madani, pertama keluarga kita yang paling miskin, yang kita sebut kemiskinan tegar di negara ini, (direkodkan) 130,000 keluarga, (ini yang) kita kena selesaikan tahun ini,\" katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Program Ramah Mesra PM bersama Masyarakat India Pulau Pinang di sini. Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Menurut Anwar, isu kemiskinan tegar yang membelenggu negara perlu diatasi dalam tahun kerana ia memberi satu pengertian besar kepada Kerajaan Perpaduan, malahan perkara itu sesuatu yang amat dekat dihati beliau untuk diselesaikan segera. Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam dengan masyarakat India pada program berkenaan.",
"(Anwar Ibrahim (biru) pada Program Ramah Mesra PM bersama Masyarakat IndiaPulau Pinang di Seberang Perai"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=146 |
Dana khas UniKL ditambah, sedia platform latih pensyarah TVET - PM
| [
"PULAU PINANG, 16 Julai- Kerajaan akan menyedia dan menambah dana khas kepada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi mewujudkan platform dalam melatih pensyarah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk menjalin kerjasama dengan syarikat berprestasi tinggi seperti Petronas, Geely dan Proton.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suntikan dana berkenaan akan disegerakan dengan mengambil kira kepentingan pelaksanaan program terbabit terutama dalam meningkatkan keupayaan tenaga pendidik dan pelatih.\"Kalau kita nak tingkatkan mutu latihan peringkat akhir TVET, kita kena mulakan dengan tenaga pensyarah. Jadi kita ada rancangan memanfaatkan UniKL, sebab UniKL khusus (dalam) bidang itu (TVET) dan UniKL akan diselaras dengan beberapa syarikat.\"Saya akan mintak Proton, Gleely dan Petronas untuk bekerjasama dengan UniKL dan ada program latihan khas kepada pensyarah TVET. Kalau rencana (rancangan) kita mulakan tahun depan tetapi saya ingat kita kena percepatkan dalam masa singkat ini. Insya-Allah, saya minta MOF (Kementerian Kewangan) tambah dana untuk UniKL khusus melatih pensyarah TVET,\" katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada program Bicara Komuniti TVET sempena Ekspo TVET@KKDW 2023 di sini.Sementara itu, Anwar berkata, kelengkapan pelajar TVET perlu diperkasa merangkumi bidang kemahiran yang menjadi tumpuan pasaran semasa.Jelas perdana menteri, usaha tersebut memerlukan perubahan segera berdasarkan keperluan pelabur luar yang dilihat berminat dengan kemahiran tempatan.Dalam masa sama, memastikan gaji minimum diberikan kepada graduan TVET sehingga RM2,000."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=147 |
KPDN masih menunggu Kabinet naik taraf status Bahagian Penguat Kuasa kepada jabatan
| [
"(Datuk Seri Salahuddin pada Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51 di Alor Gajah/ FB KPDN Laman Rasmi)",
"ALOR GAJAH, 17 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menunggu Kabinet untuk menaik taraf status Bahagian Penguat Kuasa KPDN kepada sebuah jabatan.Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itupenting untuk direalisasikan memandangkan cabaran dihadapi bahagian itu dalam memastikan keterjaminan makanan pasca pandemik COVID-19.Selain itu, ia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyokong penuh usaha itu. \"Ini adalah satu usaha yang saya rasa perlu untuk kami lanjutkan memandangkan peranan dan tanggungjawab penguat kuasa KPDN ini penting dan sangat mencabar. Yang ada pada hari ini bukan mudah selepas dunia dan negara terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 dan dalam tempoh ini semua sedia maklum bahawa keterjaminan makanan itu bukan sekadar mesti ada tetapi kawal selia penguatkuasaan terutama kepada barang-barang bersubsidi itu menjadi semakin penting dan sangat mencabar,\" katanya,\" katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasa Tahun 2023 di Kem Permata Resort di sini, hari ini.",
"Hadir sama Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam.",
"(Datuk Seri Salahuddin merasmikan Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasa Tahun 2023 Alor Gajah, hari ini)",
"Salahuddin berkata dengan menaik taraf status daripada bahagian kepada sebuah jabatan, ia juga akan mengangkat martabat kumpulan penguat kuasa kementerian itu.Sekali gus membantu pasukan berkenaan dalam pelbagai aspek termasuk peruntukan dalam meningkatkan penguatkuasaan.Ujarnya ketika ini, KPDN bergantung kepada beberapa agensi keselamatan lain terutama di kawasan sempadan dalam melaksanakan risikan.Justeru, selepas Bahagian Penguat Kuasa dinaik taraf sebagai sebuah jabatan, ia membolehkan Unit Risikan dijadikan sebagai Bahagian Risikan pula. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=148 |
Usaha noktah kemiskinan tegar, meliputi semua kaum - PM
| [
"SUNGAI PETANI, 16 Julai - Usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini sama sekali tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja, sebaliknya meliputi semuanya sekali. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari bahawa ada pihak yang mendakwa beliau melindungi kepentingan satu kaum sahaja namun pendirian kerajaan perpaduan adalah memastikan semua mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan. \"Jangan tanya saya berapa peruntukan untuk kaum Melayu, kaum India. Saya tidak peduli, ada sahaja jumlah, ada nama kita sahkan, kita tolong. Siapa yang miskin tegar, kita tolong. Kita tolong rakyat susah tak kira kaum,\" kata Anwar, di sini.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap padaMajlis Ramah Mesra bersama Masyarakat India Kedahdi Dewan Lip Seang Khor, di sini, semalam)",
"Anwar berkata, beliau sangat menghargai sokongan yang diberikan masyarakat India selama ini dan meminta mereka memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat direalisasi. Justeru beliau mahu melihat sendiri masyarakat India, khususnya yang tinggal di estet, keluar daripada kepompong kemiskinan. \"Saya nak pesan kepada masyarakat India di Kedah, buat keputusan yang baik, biar ada hubungan baik antara negeri dan kerajaan persekutuan. Kita guna kuasa yang ada ini untuk bantu rakyat kita,\" katanya. Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Sungai Petani dan menerima memorandum masyarakat India Kedah berhubung isu ekonomi, sosial, serta pendidikan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=149 |
Kerajaan perpaduan tekad basmi kemiskinan tegar
| [
"(Datuk Seri Anwar berucap di perasmian Mini KUD anjuran KKDW)",
"SUNGAI PETANI, 15 Julai- Kerajaan Perpaduan komited menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan segera perlu diambil bagi membantu mereka.\"Tahun ini 2023 kita ada yang miskin tapi yang termiskin tegar susu tidak boleh beli, pakaian anak tidak cukup. Saya tidak mahu kita tidur lena mereka sengsara.\"Kita mesti noktahkan miskin tegar. Ada saja senarai miskin tegar, kita terus ambil tindakan bantu mereka,\" kata Anwar dalam majlis pelancaran Karnival Mini Usahawan Desa peringkat negeri Kedah di Dataran Amanjaya Mall Sungai Petani di sini. Katnaya setakat ini sebanyak RM244.4 juta peruntukan disalurkan bagi membina 3,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Manakala RM215.8 juta disalurkan bagi membaik pulih 12,242 unit rumah PPRT. Beliau juga menasihati usahawan desa agar mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke pasaran antarabangsa terutama di Asia Barat dan Eropah.",
"(Datuk Seri Anwar (tiga, kiri) menyampaikan peruntukan Program Pembangunan Usahawan dan AgromakananRisda Negeri Kedah berjumlah RM3.8 juta kepada wakil Usahawan)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=150 |
Malaysia perkenal pas pelabur strategik
| [
"PUTRAJAYA, 14 Julai- Pas Pelabur Strategik (SIP) akan dikeluarkan kepada pelabur dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata menerusi inisiatif itu, pelabur strategik yang dikenal pasti oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dapat tinggal di negara ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun sebelum dikaji semula untuk lanjutan selama lima tahun lagi. “Satu elemen pemerkasaan utama ialah menjadikan Malaysia sebagai agensi promosi penyelarasan pelaburan berdaya saing global pada penghujung 2023.\"SIP memberi kelebihan kepada pelabur untuk memasuki Malaysia dengan asas kemasukan berulang kali (multiple entry). Kelulusan diberikan oleh bank negara,\" kata Anwar ketika berucap di Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini Menurut beliau Malaysia juga akan memperkemas agensi penggalakan pelaburannya (IPA), dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerajui langkah itu menjelang akhir tahun ini.",
"(Datuk Seri Anwar berkata Malaysia perkenal pas pelabur strategik)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=151 |
Hampir 50% peruntukan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan
| [
"(Datuk Seri Anwar (tengah) pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024/BERNAMA)",
"PUTRAJAYA, 14 Julai- RM188 bilion atau 49% daripada peruntukan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan setakat Jun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meski peratusan itu lebih baik daripada tahun sebelumnya, beliau berpandangan projek-projek cakna rakyat perlu terus ditingkatkan dan disegerakan pelaksanaannya demi kemasalahatan rakyat. Antara inisiatif yang diambil bagi mempercepat pelaksanaan projek ialah pelaksanaan pemusatan kuasa, pemberian peruntukan tambahan dan kelonggaran tatacara perolehan. \"Belanjawan 2023 setakat Jun 49% daripada peruntukan ketimbang (berbanding) perbelanjaan tempoh sama tahun lalu. Kepantasan pelaksanaan jauh lebih baik daripada tahun sebelum. Tapi saya beri arahan belum cukup memuaskan sebab kita hendak capai 60% sebelum Ogos. \"Peruntukan RM100,000 kepada jurutera daerah projek kecil baiki tandas sekolah yang hampir keseluruhannya tak baik. Ini boleh disegerakan untuk keselesaan, kemudahan disegerakan termasuk bagi rumah anggota tentera.\"Saya telah luluskan RM200 juta baiki bukan rumah baharu tapi baiki rumah bocor, tandas rosak \" kata Anwar ketika berucap di Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini.",
"(Datuk Seri Anwar ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=152 |
Jualan Rahmah catat RM99 juta sejak dilancarkan awal Januari
| [
"KUALA LUMPUR, 14 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapat sambutan positif pengguna sehingga mencacat kenaikan jualan sebanyak RM99 juta sejak dilancarkan sejak awal Januari.Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan KPDN, Ahmad Rizal Khalit berkata jumlah itu direkodkan setakat 30 Jun lalu.\"Jadi kementerian berhasrat untuk memperkembangkan lagi Program Rahmah melalui jualan ramai supaya rakyat boleh akses terus membeli barang yang dijual dengan harga diskaun.\"Oleh itu KPDN kini dalam perancangan menyiapkan kajian impak inisiatif Program Rahmah. \"Kajian ini bagi meneliti keberkesanan Program Rahmah dalam membantu mengurangkan impak kos sara hidup kepada rakyat,\" katanya ketika dalam temubual bersama Selamat Pagi Malaysia pagi tadi.Tambah Ahmad, menerusi kajian tersebut, KPDN dapat menentukan sama ada inisiatif itu dapat diteruskan bagi jangka masa panjang.Kementerian itu melaksanakan 3,557 Jualan Rahmah di seluruh negara sejak Januari awal tahun ini.Jualan Rahmah itu melibatkan 222 kawasan Parlimen dengan jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran.",
"ARTIKEL BERKAITAN: Program Jualan Rahmah Bergerak wajar diteruskanJualan Rahmah: Jabatan dan agensi KKD pergiat hebahan Jualan Rahmah Perlis tawar barang keperluan AidiladhaJualan Rahmah Aidiladha bermula 16-28 Jun"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=153 |
Projek tanaman kelapa sawit di Pekan dapat kelulusan, penuhi syarat- Pasfa
| [
"(Pengerusi PASFA. Datuk Zamri Yaakob (dua dari kiri) menunjukkan dokumen Projek Pembangunan Tanaman Kelapa Sawit)",
"KUANTAN, 14 Julai- Projek Tanaman Kelapa Sawit seluas 402.33 hektar di Kampung Darat Air Hitam, Mukim Lepar di Pekan mematuhi segala syarat yang ditetapkan.Justeru, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) menyangkal dakwan pihak tertentu berhubung projek berkenaan yang dikatakan tidak mendapat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).Pengerusi PASFA, Datuk Zamri Yaakob berkata pihaknya telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar pada 29 Jun 2021.Katanya, projek itu dibangunkan mengikut syarat yang ditetapkan JAS termasuk mengurangkan impak kesan hakisan dan kelodak kepada sungai.\"Kita ada kelulusan dan bukan suka-suka bangun selepas mendapat kelulusan EIA baru kita membangunkan projek ini. Saya harap isu ini ditutup kerana apa yang dilaksanakan mengikut peraturan dan bukannya melanggar syarat ditetapkan.\"Setakat ini, kawasan seluas 200 hektar sudah ditanam kelapa sawit, manakala bakinya tanaman dijangka selesai pada hujung tahun ini.\"Kita jangkakan hasil tanaman ini akan bermula pada pertengahan 2026,\" katanya pada sidang media di Kuantan hari ini.",
"Selain itu katanya, tidak timbul isu gangguan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan itu.Jelasnya, beberapa isu yang dibangkit itu dianggap selesai selepas beberapaperbincangan telah dijalankan melibatkan beberapa pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit. Sebelum ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan dan menggesa JAS membatalkan EIA bagi projek itu yang didakwa tidak dipamerkan mengikut garis panduan ditetapkan selain mendakwa projek itu dibuat di atas hutan paya gambut. Sementara itu, Zamri juga mendakwa, sebanyak 40 hektar daripada 402.33 hektar tanah milik PASFA itu diceroboh dan pihaknya sudah membuat laporan polis."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=154 |
PM umum inisiatif baharu, perkasa operasi agensi penguatkuasaan negara
| [
"PUTRAJAYA, 13 Julai - Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memperkukuh kelengkapan penguatkuasaan negara tahun ini.Itu antara beberapa inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain penambahbaikan Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta kajian bagi memperkasa organisasi dan menambah baik laluan kerjaya kepada Pegawai dan Anggota Skim Penguat Kuasa.Anwar yang juga Menteri Kewangan telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican menyegerakan penyaluran peruntukan RM100 juta itu kepada agensi penguatkuasaan selewat-lewatnya akhir minggu depan. \"Saya setuju dalam enam bulan ini, peruntukan RM100 juta untuk bantu mereka lengkapkan keperluan di jabatan. KSP segerakan, harap peruntukan diterima selewatnya akhir minggu depan. Akhir minggu depan iaitu Jumaat depan peruntukan sampai ke semua jabatan. Kalau tidak sampai lapor kepada saya,\" kata Anwar, di sini.",
"(Anwar berucap pada Program Cakna MADANI bersama-samaAgensi Penguatkuasaan yang dihadiri 2,400 anggota)",
"Anwar berkata Elaun Pakaian Seragam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) ditambah baik kepada kaedah bekalan Kemudahan Pakaian Seragam di enam agensi dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM5,502,780 setahun.Enam agensi terlibat adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Jabatan Penjara Malaysia; Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).\"Jumlah elaun ini kadang diberikan tidak setimpal dan ada yang kena tampung wang sendiri,\" katanya.Anwar berkata kerajaan pimpinannya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kebajikan anggota penguat kuasa yang bertugas untuk negara. \"Beberapa sesi mesyuarat, hal ni (kebajikan dan keselamatan) dibangkitkan apabila kita lihat tindakan seperti APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Jabatan Imigresen di sempadan hadapi risiko tugas dan tekanan.Kawasan perbatasan kemudahan sangat daif… ini semua diberi perhatian (oleh kerajaan),\" katanya yang turut menegaskan tindakan susulan akan diambil. Anwar berkata beliau juga akan mengumumkan berita gembira khusus melibatkan aspek perumahan untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Petani pada Sabtu ini.Beliau berkata usaha bagi menjaga kebajikan anggota penguatkuasaan lain seperti Jabatan Penjara, Jabatan Kastam dan lain-lain akan diteliti olehnya dalam masa terdekat. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=155 |
Menu Rahmah: Dulu ikat perut, sekarang tidak lagi - Pelajar
| [
"IPOH, 13 Julai - Golongan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mahukan inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan diteruskan kerana dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi mereka.Pelajar Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Mohamad Danial Ahmad Razmi, 23, berkata konsep Menu Rahmah yang ditawarkan di kafe-kafe universitinya amat membantu golongan pelajar menjimatkan perbelanjaan harian.“Sebelum adanya konsep Menu Rahmah ini, saya perlu membelanjakan kira-kira RM20 untuk makan tengah hari dan malam namun kini saya hanya keluarkan RM10 sehari untuk menampung kos makanan.“Ada sebuah kafe di sini yang menjual tiga bungkus nasi ayam dengan harga RM10. Jadi, saya boleh berkongsi duit dengan rakan-rakan untuk beli nasi ayam tanpa perlu risau,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar, Shera Temeling, 21, yang berasal dari Kuching, Sarawak berkata Menu Rahmah ini bukan sahaja menepati konsep harga berpatutan namun ia juga lengkap dari segi nutrisi makanan.“Saya beli nasi, lauk ayam dan sayur campur berserta air dengan hanya RM5. Menu itu sahaja sudah berkhasiat kerana terdapat protein, karbohidrat serta vitamin yang diperlukan oleh badan,” katanya.",
"Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Adil Zaini Hamzah, 24, berkata inisiatif ini masih relevan dan perlu diteruskan walaupun terdapat komen negatif terhadanya.“Saya sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Kewangan Islam (IFiSS) sendiri melihat kesusahan dan kepayahan rakan-rakan yang perlu ikat perut untuk membeli makanan. Ada juga yang hanya makan sekali sehari kerana perlukan wang untuk urusan pembelajaran.“Di sekitar USAS, terdapat beberapa warung yang menjual Menu Rahmah dan sering didatangi oleh pelajar-pelajar kerana dapat membeli dengan harga yang murah sekali gus memperoleh nutrisi mencukupi, tidaklah hanya makan makanan segera,” katanya.Rakannya, Nur Rudiana Norazman, 23, turut berharap agar pihak universiti berbincang dan membuat kolaborasi dengan pihak kafeteria untuk memperkenalkan konsep Menu Rahmah ini secara bersasar.“Walaupun daripada IPT swasta, kami juga berdepan dengan pelbagai cabaran seperti kekangan kewangan. Dengan adanya inisiatif ini di setiap kafeteria, dapat bantu kami meneruskan hidup sebagai pelajar,” katanya.",
"Seorang penjual makanan di sebuah kolej di Universiti Teknologi Mara (UITM) Seri Iskandar Muhammad Khari Syaqirin Ismail, 28, berkata dia menyahut seruan kerajaan untuk menyertai Menu Rahmah ini kerana ingin meringankan beban pelajar-pelajar di sini.“Menu Rahmah yang saya sediakan bergantung kepada lauk pilihan sama ada ayam atau ikan bersama nasi putih dan sayur campur. Tengah hari kami sediakan makanan lauk campur manakala sebelah petang hingga malam pula berkonsepkan makanan lambak seperti kuetiau goreng, spageti, dan bihun goreng dengan harga RM5.“Alhamdulillah, dalam sehari pembelian Menu Rahmah oleh pelajar-pelajar di sini sahaja boleh mencecah RM2,000,” katanya.Namun begitu, Muhammad Khari Syaqirin mengharapkan adanya bantuan atau insentif daripada kerajaan kepada peniaga yang berdaftar dengan Menu Rahmah memandangkan berlaku kenaikan mendadak bagi harga barangan asas.Sementara itu, Pengarah Urusan Restoran Nasi Vanggey Ahamed Azlanshah Saiful Jaafar Sadik di Greentown di sini berkata premisnya menyediakan lebih 100 hidangan Menu Rahmah bagi pengunjung yang datang lebih-lebih lagi kepada pelajar, memandangkan terdapat dua IPT swasta berdekatan.“Menu Rahmah ini dapat bantu mengurangkan kos pelajar dan mereka boleh menguruskan wang untuk urusan lain. Setakat ini, ramai pelajar yang datang untuk mendapatkan Menu Rahmah ini.“Kami hanya menyediakan Menu Rahmah ini pada setiap Jumaat bermula pukul 11 pagi. Antara menunya adalah nasi, ayam vanggey, sayur, kuah campur dan sambal serta ais kosong dengan harga RM5,” katanya.- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=156 |
Subsidi tiket penerbangan RM300 buat pelajar IPTA
| [
"PUTRAJAYA, 12 Julai - Lebih 56,000 pelajar universiti awam bakal mendapat manfaat inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dianggarkan berjumlah RM16.8 juta mulai 15 Ogos depan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata jemaah menteri bersetuju pemberian baucar digital RM300 kepada setiap pelajar yang layak bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. \"Kita mempunyai peruntukan tidak dipakai dan kita pindahkan peruntukan untuk tujuan ini.\"Kita juga memohon Mavcom bagi menampung peruntukan. Jadi peruntukan selepas ini kita akan adakan perbincangan dengan MOF\", katanya pada sidang media di sini hari ini.Tambahnya, selain dapat mengurangkan beban kewangan pelajar, inisiatif ini juga merupakan usaha kerajaan perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=157 |
Dasar anti-Ali Baba bakal diperkenal, NETR dipercepat
| [
"(Mesyuarat MTEN pada 10 Julai 2023/Foto FB Anwar Ibrahim)",
"KUALA LUMPUR, 11 Julai -Kerajaan dalam tindakan merangka dasar dan strategi perundangan bersesuaian untuk membanteras aktiviti rent-seeking atau berhubung budaya Ali Baba sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.",
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata secara prinsip budaya Ali Baba memberi dampak negatif kepada ekonomi dan kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti tersebut.",
"“Anggaran kerugian mencecah sekitar 1% daripada KDNK dan melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota, serta pemberian subsidi dan geran,” kata Anwar menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.",
"Katanya, pihak Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara, dengan penglibatan Kementerian dan Agensi Kerajaan, akan mengkaji dan merangka dasar serta strategi perundangan tersebut.",
"Perdana Menteri memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam (10 Julai 2023) telah membincangkan perkara itu dan secara prinsip bersetuju dengan perkara itu, termasuk keputusan berkaitan inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).",
"Inisiatif NETR itu akan dipercepatkan sebagai pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu.",
"“Projek-projek Flagship Rintis dan inisiatif NETR bagi meningkatkan penyertaan industri mengenai hala tuju baharu kerajaan dalam meneroka sumber tenaga baharu dan membentuk permintaan pasaran, serta mengenal pasti sumber kewangan untuk menangani jurang pembiayaan bagi projek tersebut,” menurut kenyataan tersebut.",
"Fasa Pertama NETR akan mengetengahkan sepuluh projek rintis perdana yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion, sekaligus mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi, dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram secara bertimbunan (cumulative).",
"Peluncuran NETR Fasa Pertama akan diadakan pada 27 Julai 2023; disusuli peluncuran NETR Fasa Kedua pada Ogos 2023.",
"“Melangkah ke hadapan, MTEN akan terus merumuskan langkah dan inisiatif baharu untuk menangani pelbagai tantangan melibatkan perekonomian negara, bagi memastikan penambahbaikan tatakelola serta perubahan struktur secara teratur demi meningkatkan potensi ekonomi negara,” kata kenyataan itu.",
"Anwar berkata pentadbirannya akan sentiasa berusaha memastikan negara mencapai Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan memenuhi keperluan sosioekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.",
"(Mesyuarat MTEN pada 10 Julai 2023/Foto FB Anwar Ibrahim)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=158 |
KPT usaha tangani masalah capaian internet demi kepentingan penuntut IPTA
| [
"(Menteri KPT Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)",
"SEREMBAN, 11 Julai - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan bagi menaik taraf rangkaian WiFi semua universiti awam di negara ini.Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,sehingga kini masih ada beberapa universiti yang berdepan masalah capaian internet.\"Memang tidak dinafikan ada masalah Internet di beberapa universiti dan asrama penuntut, malah kita sudah kemukakan kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi kemudahan Internet dalam setiap IPTA,\" katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) Peringkat Negeri Sembilan di sini, semalam.",
"(Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Sembilan)",
"Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno merangkap Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.Beliau berkata, pihaknya kini sedang berusaha dan yakin dapat menangani perkara itu secepat mungkin demi kepentingan penuntut.Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan KPT berhasrat untuk memperkasakan Kolej Komuniti sebagai tempat bagi anggota masyarakat menimba ilmu dan kemahiran bagi meningkatkan pencapaian ekonomi."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=159 |
PM luah rasa terharu terima amanah dan wasiat Almarhum Yusuf al-Qaradawi
| [
"(Dr Muhammad Al-Qaradawi dan Abdurrahman Al-Qaradawi merupakan putera kepada Almarhum Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi)",
"PUTRAJAYA, 11 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terharu beliau ketika menghadiri Siri Syarahan Kehormat MADANI mengenai Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di Seri Perdana, di sini malam tadi.Ini kerana kehadiran anak Almarhum Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi iaitu Dr Mohammed Yousef Al-Qaradawi dan Abdurrahman Al-Qaradawi yang sudi berkongsi mengenai biografi dan perjuangan ulama terulung itu.\"Saya rasa sangat terharu semasa dapat tahu Muhammad hubungi saya berhajat ingin serahkan karya besar Syeikh Yusuf sebagai tanda ingatan kepada saya. \"Saya dan rakan-rakan di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebenarnya dekat dengan Syeikh Yusuf, ... menjiwai perjuangan yang membawa mesej Islam. \"Beliau membantu kita dengan keadaan kebangkitan Islam (ketika itu) dan kemaraan anak muda, serta memberi ingatan perlu berhikmah dan kesabaran (berdakwah).\"Ini merupakan satu program penting dan pada masa sama menyentuh perasaan saya,\" katanya ketika berucap pada Siri Syarahan Kehormat MADANI mengenai Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di Seri Perdana.Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.",
"(Anwar Ibrahim menerima Ensiklopedia Himpunan-Himpunan Yang Lengkap Bagi Al-Imam Yusuf Al Qaradawi/FOTO FB PM)",
"Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menerima Ensiklopedia Himpunan-Himpunan Yang Lengkap Bagi Al-Imam Yusuf Al Qaradawi daripada Muhammad.Ensiklopedia itu menghimpunkan karya-karya Allahyarham dalam bidang akidah, feqah, ilmu agama, fatwa-fatwa, tasawuf, tafsir, hadis, sejarah, pemikiran dan khutbah.Sementara itu, menerusi perkongsian Facebooknya, Anwar menyatakan pintu persahabatan bersama ulama itu terjalin semenjak awal 70-an lagi.\"Hubungan panjang Almarhum semenjak awal tahun 70an ditandai dengan pesanan kepada saya sewaktu mengemudi ABIM ketika era kebangkitan Islam dan terkenal dengan semangat anak muda yang membara dan kuat idealismenya.\"Syeikh Dr Yusuf memperingatkan kepentingan bersikap sederhana dan dengan menjadikan dakwah sebagai jalur hikmah yang penuh kebijaksanaan,\" katanya.Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua putera Almarhum yang sudi melawat ke negara ini.\"Semoga hubungan persaudaraan ini kekal segar seperti sewaktu mula Almarhum bapa mereka melembar pintu persahabatan ini,\" kongsinya lagi.Pada 2009, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Syeikh Yusuf Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa atas jasa baktinya dalam dunia Islam.Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.Bagaimanapun, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia pada 26 Sept tahun lalu pada usia 96 tahun."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=160 |
Tangani perbezaan politik dengan akhlak yang baik - Zahid Hamidi
| [
"KUALA LUMPUR, 11 Julai - 'Jika kita berbeza pandangan politik sekalipun, sebaiknya perbezaan itu ditangani dengan akhlak yang baik,' kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkaitan ‘gelombang hijau’.Zahid berkata, dakwaan yang menyatakan Guan Eng sengaja membangkitkan isu agama, raja dan kaum (3R) biar dirungkai dengan penuh hemah dan mengikut perundangan.\"Seperti yang saya katakan semalam dalam kenyataan media saya di Dataran Merdeka meskipun kita kini berada pada suasana hangat pilihan raya, jika kita berbeza pandangan politik sekalipun, sebaiknya perbezaan itu ditangani dengan akhlak yang baik. ''Janganlah kita lakukan 'character assassination' (pembunuhan karakter) kerana ia bakal mencetuskan situasi yang tidak harmoni di antara kita rakyat Malaysia,\" katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.",
"Bagaimanapun, Guan Eng menerusi perkongsian di Facebooknya pada 8 Julai lalu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, semua pihak seharusnya mengelakkan memfitnah antara satu sama lain dalam berpolitik.Terdahulu, Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Guan Eng berhubung kenyataannya yang menyentuh isu 3R berikutan menerima beberapa laporan polis berhubung kenyataan itu.Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan itu semasa berucap dalam program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore-Malaysia Tour 2023’ di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.",
"BERITA BERKAITAN:Lim Guan Eng disiasat sentuh isu 3RPRU DUN, jangan sentuh isu 3R- KPNPolis Kedah terima 23 laporan terhadap Lim Guan EngElak jadikan sensitiviti 3R, modal politik menjelang pilihan rayaTindakan tegas kepada individu sebar sentimen 3R"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=161 |
KKD rangka program memperingati jasa Tun Dr Ismail
| [
"KUALA LUMPUR, 11 Julai - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang merangka satu program bagi memperingati jasa bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini. Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata program itu yang akan dilaksanakan di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada 2 Ogos ini, bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan negarawan itu dalam membangunkan negara ini.“Ia bukan sekadar memperingati beliau tetapi jasa dan bakti beliau dalam usaha pembentukan sebuah negara bersama dengan tokoh besar tanah air dan ini kita harap jadi satu penghormatan kepada usaha Allahyarham agar generasi baharu tidak lupa bahawa negara kita ramai pejuang-pejuang yang telah berusaha,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada program Ruang Bicara bertajuk “Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023” terbitan Bernama TV malam Isnin.",
"(Memorial Negarawan Tun Dr. Ismail yang terletak di Jalan Dato’ Onn)",
"Mengenai tema Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, Fahmi berkata isu perpaduan dan kestabilan merupakan perkara yang amat penting untuk diketengahkan bagi melahirkan masyarakat yang bersatu hati. “Kedua yang bagi saya penting frasa penuhi harapan ini merujuk kepada hasrat, iltizam, keinginan, dan kemahuan rakyat...kalau kita fikirkan dalam konteks kemerdekaan erti mewujudkan sebuah negara bangsa kita sebagai rakyat biasa ada peranan masing-masing untuk memenuhi harapan, apakah harapan pembentukan Malaysia itu,” katanya. Pelbagai program menarik akan disajikan kepada rakyat sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Bulatan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak, pada 16 Julai ini, diikuti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.Selain itu, antara program yang akan dilaksanakan ialah Forum Perdana Ehwal Islam, 6600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023). - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=162 |
Laluan Beruas-Taiping Selatan WCE dibuka hujung tahun ini
| [
"IPOH, 10 Julai - Laluan Seksyen 11 menghubungkan Beruas ke Taiping Selatan di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini.Ketua Operasi Lebuhraya WCE, Ir. Syed Muhd Naguib Syed Mohd berkata, pembinaan jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu kini berada pada tahap 88 peratus.Katanya, ia membabitkan Seksyen SKVE, Banting, Assam Jawa dan Taiping Selatan.Menurut beliau, antara kerja-kerja yang sedang disiapkan melibatkan elemen kejuruteraan seperti penurapan jalan, pembinaan cerun dan tol.\"Oleh kerana laluan turut melalui Hutan Simpan Bubu, WCE akan turut membina pembetung kekotak haiwan sebagai satu langkah untuk pemeliharaan alam sekitar dan ekosistem.\"Ini bagi membolehkan apa sahaja perhubungan antara haiwan-haiwan ini dapat dikekalkan susulan daripada pembinaan lebuh raya di kawasan itu,\" katanya selepas sesi libat urus WCESB bersama media Perak hari ini.",
"Tambahnya lagi, semua plaza tol di lebuhraya berkenaan akan dilengkapi hentian sebelah yang menyediakan kemudahan seperti tandas, surau dan mesin tambah nilai.\"Akan ada empat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) iaitu R&R Teluk Intan (utara dan selatan), R&R Sungai Wangi (selatan), R&R Ayer Tawar (utara) dan R&R Sg Nyior (utara dan selatan).\"Jajaran ini akan menyediakan dua hab kemudahan mengecas kenderaan elektrik (EV) iaitu di Lekir dan Teluk Intan,\" katanya.Tambahnya, apabila jajaran antara Selangor dan Perak itu siap sepenuhnya, dijangka sebanyak 150,000 kenderaan akan menggunakan lebuhraya WCE itu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=163 |
PPZ-MAIWP: Kutipan zakat cecah RM462 juta bagi tempoh 6 bulan
| [
"PUTRAJAYA, 10 Julai - Sebanyak RM462 juta wang zakat berjaya dikutip Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk tempoh separuh pertama tahun ini. Kutipan itu meningkat sembilan peratus berbanding RM423 juta tempoh sama tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata, setakat Jun tahun ini sebanyak RM59.85 juta kutipan zakat perniagaan diterima PPZ-MAIWP.\"Ini sekali gus menunjukkan peningkatan enam peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM56.6 juta.\"Hasil daripada usaha strategi daripada PPZ-MAIWP ini, kita dapati lebih ramai pembayar zakat di peringkat individu, perniagaan mahupun korporat. individu mahupan dalam kalangan korporat. \"Saya secara peribadi berasa bangga dan bersyukur kerana kesedaran berzakat semakin meningkat dan meluas dalam kalangan umat Islam.“Tentunya komitmen kami di MAIWP, kita akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan agihan zakat tersebut dilaksanakan sebaik-baiknya demi kepentingan umat Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Zakat Korporat 2023 di sini hari ini.",
"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar/FOTO PPZ MAIWP)",
"Pada majlis tersebut, RM13 juta zakat perniagaan daripada 21 buah syarikat korporat diserahkan kepada PPZ-MAIWP. Tambah beliau, bagi tempoh yang sama juga sebanyak RM420 juta dana zakat sudah diagihkan kepada para asnaf melalui pelbagai skim bantuan dengan penuh terancang. Beliau menyeru masyarakat Islam khususnya syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat perniagaan mereka bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=164 |
Dakwaan murid digigit guru disiasat- KPM
| [
" (Hui Ying dan Guan Eng ketika mengadakan lawatan ke SMK Bagan Jaya, di Butterworth)",
"BUTTERWORTH, 10 Julai- Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan mengenai seorang murid trauma ke sekolah akibat sering digigit gurunya seperti yang tular di media sosial semalam.Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, beliau sudah pun mengenal pasti hantaran yang dimuat naik ibu murid terbabit untuk tindakan lanjut.Jelasnya, KPM sangat memandang serius perkara ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku.“Kementerian tidak pernah membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan langkah pencegahan akan diambil bagi memberi kesedaran kepada murid serta pelajar bahawa ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya, di Butterworth hari ini.",
"(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying)",
"Pada majlis sama, Hui Ying turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk naik taraf dan penyelenggaraan sekolah terbabit. Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut menyumbangkan RM200,000 bagi pemasangan alat pendingin hawa di bilik guru sekolah berkenaan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=165 |
PRU DUN ke-15: Polis Kelantan fokus 16 lokasi panas
| [
"(Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun)",
"KOTA BHARU, 10 Julai- Polis Kelantan memberi tumpuan kepada 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disifatkan sebagai \"kerusi panas\" untuk penugasan menjelang Pilihan Raya Umum DUN ke-15.Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain melakukan tugas biasa, pihaknya juga akan memberi tumpuan di lokasi terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini.\"Kita kenal-pasti 16 lokasi panas seperti Kota Bharu, Machang dan Gua Musang yang diambil kira berdasarkan perlawanan sengit, keadaan penyokong serta sejarah kemenangan calon atau parti di beberapa DUN di kawasan itu.\"Hasil gabungan semua elemen itu, kita kenal pasti 16 DUN panas ini tetapi ia tidak bermakna kawasan lain diabaikan. Kita pantau bermula hari ini dengan melihat bagaimana pendekatan yang digunakan, siapa orang yang perlu dilihat serta beberapa aspek lagi,\" katanya.Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, setakat ini pihaknya belum lagi menerima sebarang permohonan permit untuk mengadakan ceramah parti politik.Jelasnya, jika melihat daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini, permit yang dipohon agak menggalakkan namun beliau menjangkakan kali ini, kapasitinya adalah lebih kecil.\"Setakat ini, kalau ada ceramah yang dibuat sekalipun, ia hanyalah dalam bentuk program dan selagi ia membabitkan penerangan kepada ahli serta jentera parti masing-masing, itu tidak menimbulkan apa-apa masalah,\" katanya.Terdahulu, Muhamad Zaki ditemui di Kampung Tanjong Mas di Kota Bharu, selepas menziarah pesara polis, Yusof Hussain, 80, di kediamannya sambil menyerahkan Pingat Jasa Negara.",
"(Muhamad Zaki (kiri) menziarah pesara polis, Yusof Hussain, 80, di kediamannya sambil menyerahkan Pingat Jasa Negara)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=166 |
Dasar Karbon Kebangsaan dilaksana tahun ini - Nik Nazmi
| [
"KUCHING, 10 Julai - Dasar Karbon Kebangsaan yang bertujuan menyediakan panduan, seterusnya membantu usaha perdagangan karbon di peringkat negeri dijangka siap untuk dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan Jumaat ini bagi membentangkan status terkini dasar serta memperincikan skop perundangan yang perlu dilaksanakan di bawah kerangka dasar berkenaan. “Mesyuarat ini akan turut dihadiri menteri besar dan ketua menteri setiap negeri. Fungsi di peringkat Persekutuan adalah sebagai pemudah cara (bagi aktiviti perdagangan karbon) di negeri terlibat, jadi kita akan sediakan dasar tersebut tahun ini... dan asasnya akan dibentangkan dalam mesyuarat MyCAC pada minggu ini,” katanya.Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini, beliau berkata berdasarkan hasil perbincangan dalam mesyuarat berkenaan nanti, kerajaan akan turut meneliti keperluan penguatkuasaan undang-undang bagi aspek kawal selia dan pengewangan perniagaan karbon. “(Perdagangan karbon) ini tidak memerlukan pindaan undang-undang kerana ia cuma melibatkan segi perundangan dan dasar sahaja,” katanya dan menambah kementeriannya giat mengadakan perbincangan berkaitan perdagangan karbon bersama kerajaan negeri memandangkan hal berkaitan tanah bagi penyimpanan karbon adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.Pada 30 Jun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan sedang memperincikan cadangan untuk meletakkan aktiviti perniagaan karbon di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata buat masa ini, segala isu berkaitan dengan karbon berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).",
"(Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) ketika sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya/ FOTO BERNAMA)",
"Terdahulu, semasa kunjungan hormat itu, Nik Nazmi dan Abang Johari menyaksikan majlis penyerahan lapan projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) yang telah siap sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada Kerajaan Sarawak.Pelaksanaan projek melibatkan peruntukan berjumlah RM63 juta itu membabitkan koridor-koridor sungai Batang Kayan terletak di Lundu, Batang Balingian (Mukah) serta Batang Sadong di Pekan Gedong dan Serian.Selain itu, projek melibatkan kerja-kerja pengukuhan tebing sungai turut diadakan di Batang Sadong, Simunjan, Retaining Wall Sungai Baram, Rumah Naing, Pekan Sabtu Oya dan Betong.“Projek ini juga memberi nilai tambah dengan pembangunan kawasan riadah penduduk setempat serta membawa manfaat kepada hampir 195,000 orang penduduk setempat,” kata Nik Nazmi.Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=167 |
MBMB proaktif pantau aktiviti vandalisme di bangunan warisan, sejarah UNESCO
| [
"BANDA HILIR, 10 Julai- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memantau secara proaktif sebarang aktiviti vandalisme di bangunan warisan dan sejarah yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya meletakkan pegawai penguatkuasa di sekitar kawasan tapak UNESCO itu bagi memantau sebarang aktiviti itu.Antaranya di sekitar Banda Hilir, seperti Stadhuys, Kota A Famosa dan beberapa kawasan di Jonker WalkKatanya, ia sebahagian daripada usaha MBMB menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.\"Setakat hari ini ada tetapi agak 'minor' contoh macam menconteng konon dia tulis 'I was here' tetapi dia tak sedar yang diconteng itu adalah kawasan warisan, tempat peninggalan yang kita perlu pelihara. Sekarang kita dalam proses untuk menambah baik yang mana kita akan pastikan tiada berlakunya aktiviti vandalisme dan kita akan sentiasa memantau,\" katanya.",
"(Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman)",
"Selain itu, beliau berkata MBMB juga sedang menaik taraf semua tandas awam dalam kawasan pentadbirannya terutama di lokasi tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir bagi memastikan keselesaan pengguna.\"Kita mahu memastikan semua tandas berkenaan mencapai taraf 'BMW' iaitu Bersih, Menawan dan Wangi seperti disarankan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan sekali gus memberi imej yang baik kepada pelancong tentang aspek kebersihan tandas awam di negeri ini.\"Di MBMB juga, kita mempunyai satu tandas yang menerima Anugerah Standard Pelancongan Asean Kategori 'Asean Public Toilet Standard' Peringkat Kebangsaan bagi Tandas Graha Makmur,\" katanya.Shadan berkata demikian pada Festival Heritage Melaka 2023 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, malam tadi.Majlis sambutan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Lebih 100 artis kebudayaan terlibat menjayakan persembahan 'Musical Malacca Heritage of Magnificence from the 15th Century' serta persembahan tarian dan nyanyian melibatkan pelbagai etnik di Melaka.Festival turut menampilkan pelakon, Ashraf Muslim dan Vanida Imran serta bekas jaguh silat negara Mohd Al-Jufferi Jamari."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=168 |
KPM jamin peluang pendidikan tidak pinggir mana-mana bangsa
| [
"(Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek/Gambar Fail FB KPM)",
"KULIM, 9 Julai - Tidak ada mana-mana kaum yang dipinggirkan daripada peluang pendidikan di negara ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan sentiasa berusaha menambah baik sistem pendidikan negara.\"Walaupun kerajaan berpendirian mengekalkan sistem kuota Melayu dan bumiputera, peluang dalam pendidikan juga harus diberikan kepada pelajar daripada kaum lain.\"Kita memang bersama dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tetapi dalam masa yang sama di peringkat KPM kita ada banyak penambahbaikan dan saya ingin memberi jaminan bahawa kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa (untuk belajar). \"Ini penting khususnya pelajar di Tingkatan Enam yang sedang kita lihat peluang yang lain untuk memastikan semua anak kita ini mendapat akses pendidikan. Jadi tiada siapa yang akan dipinggirkan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Innovation dan Robotik Peringkat Kebangsaan 2023 (INORO'23) di Kolej Vokasional Kulim di sini, hari ini.",
"Semalam, pada Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Perdana Menteri berkata sistem kuota Melayu dan bumiputera dalam bidang pendidikan perlu dikekalkan.Anwar menjelaskan ia bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi.Dalam pada itu, Fadhlina berkata penyelenggaraan dan baik pulih sekolah daif di seluruh negara menjadi keutamaan KPM termasuk di enam sekolah di negeri ini antaranya di daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Baling dan Sik.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ucapan Anwar berkaitan peruntukan kepada klinik dan sekolah daif di Kedah.\"Semua projek baik pulih sekolah daif akan dipantau dan perkembangannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,\" katanya.Dalam majlis ramah mesra bersama warga masyarakat daerah Kubang Pasu di Changlun semalam, Anwar berkata daripada jumlah keseluruhan peruntukan Rolling Plan (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 di Negeri Kedah, sebanyak RM10.1 juta diperuntukkan bagi pembaikan 40 buah klinik dan enam buah sekolah daif."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=169 |
KPKT peruntuk RM10 juta bagi pelaksanaan PEKB
| [
"KUANTAN, 9 Julai - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), tahun ini.Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, program itu menyasarkan seramai 835 orang di bawah eKasih untuk menjalani kursus dan diberikan peralatan untuk berniaga.Ini sekali gus dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan isi rumah.\"Selepas tamat menjalani latihan, peserta diberikan peralatan perniagaan secara percuma mengikut keperluan masing-masing untuk berniaga seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga.\"Mereka diberikan ruang untuk menjalani kursus kemahiran dan ini mengikut kesesuaian apa yang mereka mahukan dan mengikut latar belakang.\"Sebab itu di Kuantan sebagai contoh NGO itu telah melaksanakan proses bancian terlebih dahulu untuk memastikan para peserta yang ditawarkan ini sesuai dengan apa yang hendak kita tawarkan,\" katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di sini hari ini.Pada majlis itu, seramai 54 peserta bawah NGO, Wanita Inspirasi Kuantan dari Pahang dan Yayasan Bestari Malaysia dari Terengganu menerima peralatan perniagaan seperti ketuhar, penyejuk (chiller) dan pengadun.Sebanyak 28 badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik akan memilih peserta berdasarkan proses pencarian dan bancian mengikut kriteria yang telah ditetapkan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=170 |
Baik pulih rumah daif di Pahang, KPKT peruntuk hampir sejuta
| [
"KUANTAN, 9 Julai - Sebanyak RM950,000 diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah di Bandar untuk tahun ini khususnya di Pahang, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Akmal berkata, projek baik pulih itu melibatkan 63 rumah yang mengalami pelbagai kerosakkan dengan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima bantuan kadar maksimum RM15,000. ",
"\"Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada RM40 juta yang diluluskan seluruh negara sebelum ini dengan sasaran 2,543 rumah rumah daif di bandar akan dibaik pulih tahun ini.",
"\"Pemilihan rumah daif dalam kawasan bandar untuk bantuan ini berdasarkan beberapa kriteria termasuk KIR dalam golongan B40 dan rumah atas tanah hak milik.“Ketika ini kos pemulihan bagi setiap rumah kita hadkan RM15,000, cuma tahun depan kita telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menaikan kepada RM20,000 bagi membolehkan baik pulih dengan lebih menyeluruh,\" katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di sini hari ini.",
"(Akmal Nasrullah berada di Kuantan melihat beberapa rumah yang akan dibaik pulih bawah Program Baik Pulih Rumah di Bandar/FOTO FB Akmal Nasrullah)",
"Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang.Katanya, program itu juga turut melibatkan rumah yang telah rosak disebabkan faktor usia atau bencana namun masih ekonomik untuk dibaiki.\"Kerja pembaikan melibatkan komponen-komponen asas rumah seperti bumbung, dinding, lantai dan tingkap ini akan disalurkan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT),\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=171 |
Dana hampir RM1 bilion, demi kelangsungan FELDA - PM
| [
"SERDANG, 7 Julai- Dana hampir RM1 bilion setiap tahun diluluskan bagi tempoh 10 tahun, demi menjamin kelangsungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.",
"Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penyaluran dana pembiayaan sukuk FELDA tertangguh sebelum ini disebabkan komitmen kerajaan untuk membiayai pakej rangsangan ekonomi.",
"\"Pembiayaan sukuk FELDA tertangguh dan untuk teruskan dana pembiayaan sukuk yang tertangguh sebelum ini, saya dengan dukungan Jemaah Menteri, meluluskan dana sehingga RM1 bilion setiap tahun untuk tempoh 10 tahun kepada FELDA,\" katanya.",
"Dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup warga FELDA.",
"Untuk itu, FELDA akan dijadikan sebagai peneraju transformasi digital menerusi program Digital MADANI, yang akan memperkasa ekonomi gig. \"Program dengan kerjasama MDEC ini akan dilaksanakan di 30 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang dikenal pasti di seluruh negara, serta program jangka panjang di Kolej Yayasan FELDA di Kelana Jaya,\" katanya.",
"Anwar turut mengumumkan pembinaan 12 buah Pusat Hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah FELDA dan sebuah lagi di premis Yayasan FELDA, Kelana Jaya.\"Pembinaan pusat dialisis ini dijangka dapat memberi manfaat dan meringankan beban hampir 2,000 pesakit di kawasan rancangan FELDA yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan sehingga dua jam bagi mendapatkan rawatan dialisis,\" tambah beliau.Bagi menjamin aspek penjagaan kesihatan kepada peneroka asal yang telah berumur, pengenalan insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 diperkenal.Menurutnya, insentif khas bagi warga peneroka berumur 65 tahun ke atas itu akan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM21.21 juta dan bakal memberi manfaat kepada 70,715 orang peneroka.Kerajaan juga kata beliau, bersetuju untuk menanggung perbelanjaan kos operasi bagi 37,012 lampu jalan di rancangan FELDA seluruh negara, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun.Terdahulu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam ucapan pada majlis tersebut turut mengetengahkan agar perkara itu disegerakan.Dalam ucapannya, perdana menteri menegaskan, kerajaan tidak meminggirkan warga peneroka yang berada di Sabah. Sejak Julai 2021, FELDA telah membelanjakan hampir RM128 juta bagi penjanaan tenaga serta rawatan dan pembekalan air bersih di Kompleks Sahabat, Umas dan Kalabakan.\"Sebagai manifestasi keprihatinan kerajaan, (kelima) saya mengumumkan subsidi diesel berjumlah RM36 juta setahun ditampung oleh kerajaan bagi operasi penjanaan tenaga dan rawatan air yang akan memberi manfaat kepada hampir 43,000 penduduk di kawasan tersebut,\" katanya.Turut disentuh penyelesaikan isu Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terbengkalai.Perdana menteri memberitahu, kerajaan akan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi segera menyiapkan baki 283 unit perumahan PGBF.\"Kerajaan juga akan mempertimbangkan usaha drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain seperti sawit, kelapa atau yang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri masing-masing,\" tambah beliau."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=172 |
9 bandar diraja bakal jadi tumpuan aset pelancongan
| [
"PUTRAJAYA, 7 Julai - Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja tidak akan menghadkan pembangunan, di sembilan bandar diraja. kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.Menurutnya, pelaksanaan itu akan lebih tersusun dan disesuaikan mengikut kedudukan bandar demi memelihara institusi dan identiti diraja.“Garis panduan itu akan fokus kepada aspek seni bina bangunan, pemilihan warna, landskap, pemuliharaan warisan dan pasak bangunan selain dijadikan tumpuan dan aset pelancongan,\" pada majlis pelancaran GPP di sini, hari ini.Katanya, GPP juga turut menyediakan perancangan dan pembangunan yang menampilkan ciri, keistimewaan dan keindahan institusi warisan negara.\"Selain itu, pelaksanaan itu nanti akan menjadi panduan pembangunan yang merangkumi aspek warisan, identiti, ekonomi, pelancongan,\" katanya.Kor Ming berkata, GPP telah dibentangkan dan diluluskan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mei lepas.Perkara itu juga akan dibentangkan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-262 untuk mendapat perkenan sebelum diguna pakai dan dikuatkuasakan.",
"(Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja/FOTO PlanMalaysia)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=173 |
Kerajaan setuju skim gaji penjawat awam dinilai semula - PM Anwar
| [
"SEREMBAN, 7 Julai - Skim gaji perkhidmatan awam wajar dinilai semula selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Oleh itu, beliau berkata kerajaan bersetuju untuk mengangkat isu tersebut dan akan dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam ketika ini berada tahap yang rendah maka pertimbangan itu adalah wajar.\"Gaji penjawat awam paling akhir dinilai semula pada 2013 dan ia suatu tempoh agak lama. Pandangan mengenai itu sudah dikemukakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kepada saya untuk memulakan pasukan mengkaji dan saya bersetuju.\"Oleh itu, kita bentangkan kepada Jemaah Menteri supaya diberikan kelulusan dan pasukan ini boleh memulakan kerja dan memberikan cadangan kepada kerajaan untuk meningkan skim gaji penjawat awam,\" katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), hari ini.Bagaimanapun beliau berkata, tiada masa khusus bagi perbincangan itu serta belum memberi bayangan peratusan unjuran kenaikan yang akan diberikan.Beliau menyifatkan perbincangan itu masih di peringkat awal.\"Keseluruhannya, upah dan gaji penjawat awam ketika ini masih ditahap rendah dan saya rasa ia wajar diberi pertimbangan walaupun terikat dengan kekangan kewangan sedia ada. Sedikit perubahan ini saya rasa kita boleh cari jalan supaya dapat kita beri pertimbangan,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=174 |
PRU DUN ke-15: KPT kenal pasti kaedah mudahkan warga IPT pulang mengundi
| [
"JITRA, 7 Julai- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengenal pasti kaedah bersesuaian untuk memudahkan warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk pelajar dan pensyarah pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN di enam negeri pada 12 Ogos nanti.Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pihak terlibat bagi mencapai kata putus bagi pelepasan cuti untuk mereka menunaikan tanggungjawab itu.\"Kita akan lihat kepada keperluan.. kita akan ambil satu kaedah yang memudahkan mereka terutama yang bekerja ataupun pelajar\", katanya.Selain itu beliau turut berkata pelajar universiti sememangnya bebas untuk berpolitik dan boleh menyokong mana-mana parti pilihan mereka namun perlu bertanggungjawab memastikan ia tidak mengganggu pengajian.Datuk Mohammad Yusof berkata demikian pada sidang media selepas menutup Pertandingan dan Pameran Inovasi iCompEx ke-11 yang berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) di Jitra ,Kedah semalam .Pertandingan dan pameran pertama kali diadakan selama dua hari itu melibatkan negara luar dengan penyertaan dari China, Korea, Indonesia, Thailand dan Bangladesh.",
"(Datuk Mohammad Yusof (tengah) pada Pertandingan dan Pameran Inovasi iCompEx ke-11 di POLIMAS, Jitra , Kedah semalam/ FB Kementerian Pendidikan Tinggi)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=175 |
e-Negarawan: Lawatan secara maya untuk dalami sejarah negara
| [
"(Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang)",
"ALOR SETAR, 7 Julai- Hanya dengan klik menggunakan hujung jari, rakyat Malaysia kini boleh mendalami sejarah negara menerusi Eksplorasi Negarawan atau e-Negarawan tanpa perlu pergi ke Arkib Memorial.Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata e-Negarawan itu adalah satu produk yang dibangunkan oleh Arkib Negara Malaysia dalam menyebar luas maklumat dan pemahaman mengenai tokoh-tokoh negarawan di Malaysia. “Sebanyak 10 Arkib Memorial terlibat dalam projek ini dan kesemuanya menyimpan bahan-bahan arkib yang berkaitan dengan tokoh-tokoh negarawan daripada pelbagai kaum dan agama. e-Negarawan ini akan menjadi medan membina jati diri dan semangat patriotisme yang sangat sesuai untuk generasi muda,\" katanya.Walaupun begitu, bukan bermaksud kita tidak menggalakkan orang ramai melawat secara fizikal, sebaliknya memberikan peluang dan kesempatan kepada semua masyarakat untuk menikmati lawatan secara interaktif dan berinformasi,” katanya.Aaron berkata demikian menerusi ucapannya pada pelancaran Galeri Maya e-Negarawan di Arkib Negara Negeri Kedah/Perlis di Alor Setar malam tadi.",
"(Datuk Aaron pada majlis pelancaran Galeri Maya e-Negarawan di Arkib Negara Negeri Kedah/Perlis di Alor Setar malam tadi/ FB Aaron Ago Anak Dagang)",
"Jelasnya, menerusi pelancaran e-Negarawan ini menunjukkan betapa pentingnya untuk memelihara rekod dan bahan bersejarah negara.Ia sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat khususnya generasi muda supaya lebih mengenali sejarah dan budaya bangsa.“Pengunjung tempatan dan antarabangsa boleh menyusuri galeri maya ini secara percuma melalui #klikdijari, imbasan kod respon pantas (QR Code), media sosial rasmi Arkib Negara Malaysia atau laman sesawang di www.arkib.gov.my,” katanya.Ketika ini beberapa pengguna dari Indonesia, Singapura, China dan Amerika Syarikat telah mengakses galeri maya ini, namun jumlahnya masih kecil.Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyokong usaha jabatan dan agensi seperti Arkib Negara Malaysia bagi memastikan matlamat dalam membentuk perpaduan dan meningkatkan rasa cinta terhadap negara terus konsisten."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=176 |
280 jemaah haji kumpulan pertama selamat tiba di tanah air
| [
"KUALA LUMPUR, 6 Julai - Seramai 280 jemaah haji kumpulan pertama telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada 9.45 malam tadi.Kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan, pada Rabu.Ketibaan jemaah haji negara telah disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman dan Pengurusan Kanan TH di balai ketibaan KLIA.“TH amat bersyukur kerana operasi musim haji tahun ini berjalan dengan baik tanpa sebarang musibah berlaku. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah haji atas segala kerjasama baik yang diberikan sejak dari tanah air sehingga ke Tanah Suci.Tidak lupa juga penghargaan kami kepada ahli keluarga jemaah haji, serta rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji negara semasa berada di Tanah Suci,” katanya menerusi kenyataan hari ini.Syed Hamadah turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan selamat pulang serta tahniah kepada para jemaah haji yang telah selesai melaksanakan rukun Islam ke lima pada musim haji tahun ini.“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi terutamanya Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang telah mengambil langkah-langkah proaktif terutamanya dari segi keselamatan dalam memastikan kelancaran pergerakan jutaan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji pada tahun ini,” tambah beliau.",
"(Ketibaan jemaah haji disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman serta Pengurusan Kanan TH di balai ketibaan KLIA/FOTO TH)",
"Syed Hamadah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah jemaah haji yang telah kembali ke rahmatullah di Tanah Suci.“Takziah kepada keluarga arwah jemaah haji dan saya mendoakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat, diberikan ganjaran oleh Allah SWT serta dikurniakan syurga firdaus kepada mereka.Kami mendoakan keluarga mereka terus tabah menghadapi ujian ini,” kata beliau.Untuk makluman, seramai 69 Jemaah Haji Malaysia telah mendapat rawatan di Pusat Rawatan TH di Makkah serta seramai 6 orang telah meninggal dunia.Beliau juga menjelaskan bahawa TH akan mengadakan sesi pasca nilai (post-mortem) bagi menilai secara terperinci perjalanan operasi musim haji tahun ini dan maklum balas yang diterima daripada semua 18 sektor operasi.“Pasca nilai ini amat penting dalam usaha TH memperbaiki setiap kelemahan demi mempertingkatkan perkhidmatan dan menambah baik segala langkah kerja demi kesejahteraan jemaah haji di masa hadapan,” tambah beliau.“TH sentiasa prihatin terhadap kebajikan jemaah haji negara dan kami akan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya lagi.Sebanyak 98 penerbangan menerusi AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines disediakan bagi membawa kesemua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 5 Julai hingga 31 Julai secara berperingkat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=177 |
KKM luluskan pendaftaran produk krim untuk ulser kaki diabetik
| [
"(Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan)",
"PUTRAJAYA, 8 Julai - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran pertama bagi produk semula jadi dengan tuntutan terapeutik.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, produk krim Fespixon digunakan untuk indikasi ulser kaki diabetik (Diabetic foot ulcer) telah diluluskan melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-386 pada 6 Julai lalu.\"Tuntutan terapeutik bagi produk semula jadi adalah tuntutan yang tidak dinyatakan dalam farmakopeia/ monograf atau tuntutan yang bukan merupakan kegunaan tradisional herba (bahan aktif) berkenaan. Tuntutan tersebut hendaklah disokong oleh bukti saintifik, \" katanya menerusi kenyataan hari ini.Dr Muhammad berkata, krim Fespixon mengandungi bahan aktif ekstrak aerial Plectranthus amboinicus 2.5mg/g (0.25%w/w) dan ekstrak herba Centella asiatica 10mg/g (1%w/w) dikilangkan oleh Oneness Biotech Co., Ltd., Nanchou plant, Taiwan dengan Pharmeng Technology Sdn. Bhd., sebagai pemegang pendaftaran produk di Malaysia.Katanya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan terapeutik pada 18 Jun 2020.\"Garis panduan ini menggariskan keperluan dokumen dan maklumat berkaitan kualiti, keselamatan dan keberkesanan permohonan pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan terapeutik. \"Keperluan pendaftaran merangkumi bukti saintifik daripada kajian klinikal terhadap produk siap (finished product) untuk menyokong keselamatan dan keberkesanan produk bagi tuntutan terapeutik tersebut,\" katanya lagi.Tambahnya, garis panduan itu turut terpakai untuk produk semula jadi dengan tuntutan terapeutik bagi tujuan percubaan klinikal termasuk fasa percubaan klinikal ke atas manusia yang pertama atau First-In-Human (FIH).",
"\"KKM amat menggalakkan pihak syarikat untuk menjalankan percubaan klinikal di Malaysia yang mana ia seterusnya membolehkan negara mempunyai akses kepada terapi baharu melalui kaedah penyelidikan klinikal yang beretika, selamat dan berkualiti serta mematuhi piawaian antarabangsa,\" jelasnya.Katanya, KKM akan terus komited dengan usaha-usaha untuk mempertingkatkan akses rakyat negara ini kepada ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan. \"Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan terapeutik berdasarkan garis panduan yang pertama ini harap dapat menggalakkan lebih banyak pengusaha produk semula jadi tempatan menjalankan kajian klinikal bagi mengumpulkan bukti saintifik untuk menyokong permohonan pendaftaran,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=178 |
NAM perlu kekalkan prinsip asas pergerakan berkecuali
| [
"(Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir)",
"PUTRAJAYA, 6 Julai- Ketaksuban, Islamofobia, sikap rasis dan sebarang tindakan memusnahkan teks keagamaan tanpa mengira agama perlu dikecam.Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menegaskan peningkatan sentimen kebencian dan tindakan melampau di negara-negara tertentu amat membimbangkan, termasuklah kes pembakaran teks Al-Quran di Sweden.\"Adalah penting bagi negara-negara anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) bekerjasama antara satu sama lain bagi mengatasi cabaran yang dihadapi, dalam masa sama menerapkan nilai kepercayaan, saling menghormati dan membina persefahaman,\" kata beliau ketika menyampaikan Kenyataan Malaysia dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Luar NAM di Baku, Azerbaijan, semalam.Zambry juga menekankan bahawa NAM perlu kekal relevan dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar, selaras dengan prinsip asas NAM.\"NAM tidak boleh mengetepikan kebimbangan dan kepentingan negara-negara anggota dalam menegakkan prinsip-prinsip NAM. Ini termasuk menggariskan keperluan penambahbaikan struktur kewangan antarabangsa untuk membantu negara-negara membangun mengatasi pelbagai masalah seperti krisis kewangan, inflasi, peningkatan kadar bunga dan ketiadaan pelepasan hutang,\" tambah beliau.",
"(Datuk Seri Zambry berkata NAM perlu kekalkan prinsip asas pergerakan berkecuali)",
"Katanya, Malaysia mahu NAM menitikberatkan usaha pembaharuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan aspirasi dan kepentingan ahli-ahli PBB diperjuangkan secara adil dan saksama.Selain itu Malaysia turut menyatakan kekecewaan ASEAN terhadap NAM atas keengganannya menerima cadangan ASEAN berhubung isu Laut China Selatan dalam Dokumen Akhir Mesyuarat yang telah berpanjangan selama hampir 10 tahun. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh negara Azerbaijan dan dihadiri lebih 100 wakil negara anggota NAM, negara pemerhati NAM dan tetamu khas termasuk wakil pertubuhan antarabangsa. Mesyuarat Menteri Luar NAM diadakan sebagai persediaan bagi Sidang Kemuncak NAM Ke19 yang dijadualkan berlangsung di Kampala, Uganda pada Januari 2024.Keberanian Malaysia yang lantang menyuarakan kritikan terhadap NAM ini telah mendapat sokongan daripada wakil negara-negara anggota NAM yang hadir, termasuklah daripada kalangan negara anggota ASEAN."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=179 |
Pemain industri digital, bandar pintar dipelawa sertai SMIX 2023
| [
"(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)",
"AYER KEROH, 5 Julai- Semua pemain industri digital dan bandar pintar tempatan dan luar negara dipelawa untuk menyertai Persidangan Antarabangsa dan Expo Smart Melaka 2023 (SMIX 2023) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 12 hingga 14 Oktober ini.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia merupakan platform terbaik bagi semua pemain industri digital dan bandar pintar dari seluruh dunia untuk berbincang dan bertukar fikiran, selain mengadakan pelbagai aktiviti bagi membangunkan industri digital dan bandar pintar.Ia sekali gus dapat memperluas pelaksanaan inisiatif pintar dan pemerkasaan data di bawah “Smart Melaka Blueprint 2035”, selari dengan hala tuju Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 iaitu pendigitalan dalam ekonomi digital.\"Saya juga mencadangkan MITC bukan sahaja menjadi tempat konvensyen tetapi akan menjadikan pasaraya digital yang terbesar juga akan kita kita anjurkan.\"Pada penganjuran SMIX 2023 juga, pelbagai produk komunikasi atau digital untuk pengguna seperti telefon bimbit dan peralatan elektrik turut akan dipamer dan dijual.\"Kita menyasarkan penglibatan kira-kira 10,000 orang terdiri daripada peserta dan pelawat sepanjang penganjuran SMIX 2023 yang merupakan penganjuran kali kedua,\" katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran SMIX 2023 di Ayer Keroh hari ini.Penganjuran SMIX 2023 juga dijangka akan memberi impak pelaburan yang besar kepada ekonomi negeri dan rakyat, selain pembangunan infrastruktur digital ke arah capaian 5G di negeri ini.Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata kerajaan negeri tidak pernah atau tidak akan bertindak zalim kepada rakyat termasuk peniaga di Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir.Jelasnya peniaga di Uptown Pahlawan Walk akan dipindahkan ke kawasan yang lebih baik dan beberapa siri perbincangan sedang dilakukan antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan peniaga terlibat bagi mencapai persetujuan kedua-dua pihak terlibat.\"Setakat perbincangan awal yang dilakukan bersama peniaga terlibat malam tadi, ramai antara peniaga teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha yang kerajaan negeri lakukan untuk membantu mereka. Kita akan mengambil berat semua pandangan dan cadangan terutama daripada peniaga di kawasan terlibat untuk mencapai titik persamaan berkaitan isu itu,\" katanya.Peniaga terlibat di kawasan berkenaan diminta mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan jelas daripada MBMB.Dalam masa yang sama beliau berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan maklumat tidak berasas atau tidak tepat seperti video tular berkaitan isu pemindahan Uptown Pahlawan Walk."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=180 |
Hari undi 12 Ogos sesuai, beri ruang untuk persediaan rapi- Aminuddin Harun
| [
"(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)",
"SEREMBAN, 5 Julai- Penetapan tarikh Hari mengundi pada 12 Ogos dilihat sesuai bagi memberi ruang kepada rakyat serta jentera parti untuk membuat persediaan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15).Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pengumuman tarikh mengundi lebih awal dan ditetapkan pada hari Sabtu itu bakal mempengaruhi jumlah pengundi.\"Dapat membantu masyarakat mengatur semula penjadualan tentang aktiviti mereka bagi memastikan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini, jumlah mereka yang mengundi akan lebih tinggi lagi daripada PRU yang lepas. Kita berharap bahawa pengundi luar dapat balik apabila mengetahui lebih awal dan ini memberi ruang kepada mereka mengatur perjalanan yang selamat, di samping akan memudahkan mereka tentukan tempat mengundi,\" katanya.Beliau berkata demikian di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri Seremban.",
"Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, berkata pihaknya yakin PRN dapat dijalankan dengan lancar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.\"Siapa dan parti mana pun yang akan menyertai PRN ini pastinya sudah bersedia termasuk dari segi jentera kerana kita baru habis PRU, cuma mungkin jentera perlu disegarkan semula,\" katanya.Beliau mengakui menawarkan diri sebagai calon PRN namun keputusan muktamad tertakluk kepada pucuk pimpinan parti.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, mengumumkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=181 |
Pilihan raya enam negeri: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai
| [
"(Datuk Seri Anwar menandatangani plak pada Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam)",
"PUTRAJAYA, 4 Julai- Rundingan agihan kerusi menjelang pilihan raya di enam negeri melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hampir selesai.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memuktamadkan perkara tersebut.Jelasnya tiada isu perebutan kerusi, namun beberapa pandangan serta isu berbangkit boleh dikemukakan pimpinan negeri dari PH atau BN.\"Hampir selesai semuanya cuma kita bagi ruang kalau orang nak bangkitkan dari negeri kita bincang. Tapi kalau saya dengan Datuk Seri Zahid, sudah selesai.\"Pengumuman nanti saya bincang dengan dia, jadi tiada isu pertindihan perebutan kerusi. \"Setakat ni tak ada. Saya bincang dengan Datuk Seri Zahid tidak ada. Cuma kita bagi ruang juga kalau ada lagi pandangan yang dikemukakan pimpinan negeri sama ada PH atau BN,\" kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya Dr. Taha Jabir Al-Alwani di sini.Tambahnya beliau berkeyakinan gabungan PH-BN mampu mengekalkan kuasa di tiga negeri.Selain itu tumpuan juga diberikan di dua negeri yang dilihat berpotensi diambil alih.Ini pertama kali kekuatan PH dan BN disepadukan bagi menghadapi pilihan raya.",
"(Datuk Seri Anwar berkata agihan kerusi PH-BN hampir selesai)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=182 |
PM ulangi ikrar perangi rasuah, salah guna kuasa
| [
"(Datuk Seri Anwar ketika berucap di Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya Dr. Taha Jabir Al-Alwani)",
"PUTRAJAYA, 4 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali mengulangi pendirian bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Tegasnya beliau akan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menyelamatkan negara.\"Saya bertekad insya-Allah diberikan kekuatan selagi saya diamanah sebagai pemimpin saya tidak akan izinkan amalan menteri-menteri termasuk menteri kewangan dan perdana menteri guna kuasa untuk meyakau.\"Yang lalu... boleh bercakap soal sejarah, ramai yang terpalit... susah cakap, kalau saya tahu dalam rekod hendak cari yang bersih.. susah, yang bercakap bersih ramai tapi yang menyakau terlalu ramai,\" kata Anwar ketika berucap di Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya Dr. Taha Jabir Al-Alwani di sini. Tambahnya beliau menyokong usaha bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berhutang untuk memajukan ekonomi rakyat dan negara.Bagaimanapun tegasnya hutang yang dibuat selepas itu adalah hanya untuk membangunkan projek mega yang berisiko membudayakan gejala \"sakau menyakau\".",
"(PM ulangi ikrar perangi rasuah, salah guna kuasa)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=183 |
NGO adakan perjumpaan bincang isu kewarganegaraan kanak-kanak terbiar - Nancy
| [
"SEREMBAN, 3 Julai - Satu sesi perjumpaan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan daripada KDN mengenai isu kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbiar akan diadakan dalam masa terdekat.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, selaku kementerian yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan itu, beliau telah pun dimaklumkan mengenai perkara berkenaan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.Perjumpaan itu adalah untuk sesi perbincangan terutama berkenaan Seksyen 1 (e) iaitu bagi kedudukan kanak-kanak terpinggir atau terbuang sangat penting sekali gus dapat memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.\"Tapi yang penting Menteri KDN mendengar, jadi kita sama-sama mendoakan agar ia berjalan lancar mengikut apa yabg diingini oleh pihak NGO. Sebenarnya bukan satu NGO, dua NGI menghubungi saya, jadi rasa saya seolah-olah tanggungjawab itu berat sekali di tanggung sebagai seorang ibu kepada negara untuk kanak kanak,\" kata Nancy, di sini.",
"(Nancy bercakap dalam sidang media selepasProgram Persidangan Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK)Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini)",
"Berkenaan cadangan pemansuhan peruntukan Seksyen 1 (e) dalam jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan berkenaan Perkara 14 (1) (b), seksyen itu menyatakan setiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan tersebut."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=184 |
SPR mesyuarat khas Rabu ini bincang PRU DUN enam negeri
| [
"KUALA LUMPUR, 3 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 melibatkan enam negeri pada Rabu ini.Ia selepas SPR menerima notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker masing-masing.Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Abdul Ghani Salleh.\"Ia akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,\" katanya dalam kenyataan hari ini.Ikmalrudin berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.Terdahulu enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan serta Terengganu sepakat membubarkan DUN masing-masing pada Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai lalu bagi memberi laluan kepada PRU DUN masing-masing.",
"Kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan enam mata antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (Kedah), Datuk Ahmad Yakob (Kelantan), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.Keenam-enam negeri itu tidak mengadakan PRU DUN serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.",
"BERITA BERKAITAN:DUN N.Sembilan bubar secara rasmi, mandat lima tahun lengkap DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai ini- Aminuddin DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini, beri laluan kepada PRNDUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu, mohon tarikh bubar DUNDUN Kedah secara rasmi bubar hari ini DUN Kedah bubar pada 28 Jun Dewan Negeri Kelantan bubarDUN Selangor bubar secara automatik 25 Jun"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=185 |
Insiden KLIA: Anwar akui segelintir petugas Imigresen masih amal 'sistem lama'
| [
"PUTRAJAYA, 3 Julai -Majoriti petugas Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjalankan tugas dengan baik, dan hanya segelintir kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, kerajaan melalui pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak segera dan tegas dalam menangani sebarang tindakan yang dilihat boleh menjejaskan mutu perkhidmatan penjawat awam serta imej pentadbiran negara. \"Semalam saya sempat ke KLIA kerana ada sedikit keributan kecil.. tentunya saya lihat semua kaunter Imigresen berfungsi. \"Maknanya majoroti staf Imigresen menjalankan tugas dengan baik. Tetapi sebagaimana juga kita sedar dan sering saya tekankan, ada sekumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.Saya percaya hal itu adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak\", katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini. Perdana Menteri bagaimanapun menjelaskan adalah tidak wajar untuk terus memberikan perspektif umum terdapat kerosakan dalam Imigresen.Dalam lawatan mengejut beliau kira-kira 30 minit ke KLIA semalam, Datuk Seri Anwar merumuskan urusan dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan JIM adalah terkawal, serta menyatakan beberapa permasalahan yang ada akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.",
"Artikel berkaitanImigresen mulakan siasatan dakwaan insiden kekecohan libat menteriDakwaan rasuah di KLIA : PM beri jaminan siasatan menyeluruhDakwaan rasuah di KLIA, SPRM jalankan siasatan"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=186 |
Terap ilmu pengurusan mental, emosi bantu bendung penceraian - Pakar
| [
"KUALA LUMPUR, 3 Julai - Belakangan ini terlalu kerap masyarakat dijamu kisah penceraian dan pergolakan rumah tangga, baik orang biasa yang tidak silu berkongsi cerita mereka di media sosial ataupun golongan selebriti.Hakikatnya, trend penceraian di negara ini agak menggusarkan, khususnya dalam kalangan pasangan beragama Islam.Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan sebanyak 45,420 kes penceraian didaftarkan di seluruh negara pada 2021, dengan punca utama yang dikenal pasti ialah tiada persefahaman, faktor kewangan, pasangan curang dan campur tangan keluarga.Turut menyumbang kepada penceraian ialah keganasan rumah tangga termasuk penderaan yang melibatkan fizikal dan mental. Melihat pada situasi ini, pakar mengusulkan pihak berwajib meneliti semula modul kursus praperkahwinan pasangan Islam dan disesuaikan dengan keperluan serta cabaran semasa, terutama dalam aspek pengurusan mental dan emosi serta isu jenayah keganasan rumah tangga. CETEK ILMU URUS EMOSI Kaunselor di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) Dr Azmawaty Mohamad Nor ketika mengulas isu penceraian di negara ini, berkata sudah tiba masa untuk modul kursus praperkahwinan ditambah baik kerana cabaran yang dihadapi pada zaman ini adalah berbeza dengan yang dilalui ketika kursus itu mula-mula diperkenalkan.“Kursus ini relevan dan penting bagi bakal pengantin, namun boleh ditambah baik dari semasa ke semasa agar seiring dengan situasi yang dialami oleh masyarakat sekarang,” katanya kepada Bernama.Menurut beliau, antara yang boleh ditimbang untuk dimasukkan dan diketengahkan dalam modul itu ialah ilmu tentang pengurusan mental dan emosi. “Ilmu pengurusan mental dan emosi penting bagi mengelakkan berlaku penderaan, yang tidak terhad kepada aspek fizikal semata-mata tetapi juga emosi yang boleh mempengaruhi sikap dan psikologi mangsa.“Apabila individu mempunyai ilmu untuk menguruskan mental dan emosi, mereka akan lebih cenderung menzahirkan emosi positif serta bertindak dengan lebih baik dalam mengawal sebarang konflik yang berlaku,” katanya.Menurut beliau, seperti peribahasa “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”, pertelingkahan antara pasangan tidak boleh dielak.Yang menjadi isu ialah bagaimana pasangan menguruskan mental dan emosi mereka ketika konflik, kerana katanya, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan “perkara kecil menjadi besar sehingga melibatkan penderaan, penganiayaan dan pengabaian.”“Lebih merisaukan apabila keadaan ini membawa kepada perbuatan jenayah atau bertindak di luar batas perikemanusiaan, kesan daripada ketidakupayaan mengawal pertelingkahan atau konflik yang berlaku,” katanya, menambah pasangan yang bijak menguruskan emosi mampu bertindak lebih rasional.Untuk rekod, kursus praperkahwinan yang antara lain mengandungi hukum-hakam perkahwinan, hubungan pasangan dan keluarga serta kisah-kisah teladan, diwajibkan ke atas pasangan Islam sejak 1990-an, sementara bagi pasangan bukan Islam pula, mereka digalakkan mengikuti kursus hampir sama yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara, bermula 2016.",
" KONSEP “3R” Mengulas lebih lanjut, Azmawaty menyarankan penekanan konsep “3R”, iaitu “retract, rethink dan respond” dalam modul praperkahwinan bagi membantu pasangan belajar mengawal perasaan apabila berada dalam keadaan tertentu. “Retract’ ialah keadaan apabila individu mengalami emosi seperti marah, maka dia perlu berundur seketika dan mencari ruang serta cara untuk melegakan emosi tersebut seperti melakukan teknik pernafasan. Pada waktu itu juga mereka perlu ‘rethink’ atau fikirkan semula cara menyelesaikan masalah.“Kemudian barulah ‘respond’ terhadap keadaan yang berlaku. Menerusi kaedah ini, secara tidak langsung pemikiran, emosi dan tingkah laku juga dapat dikawal dan berada dalam keadaan yang baik,’’ jelasnya.Beliau berkata kebanyakan pasangan tidak bersedia ketika berdepan dengan konflik kerana mereka sering disajikan cerita-cerita indah alam perkahwinan, sedangkan realitinya adalah berbeza.Sehubungan itu katanya, adalah penting bagi setiap pasangan mempunyai ilmu untuk mengawal emosi yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dengan tenang dan matang.“Selain aspek pengurusan mental dan emosi, menjaga kesihatan mental juga adalah penting. Mental yang tidak sihat boleh membawa kepada gejala negatif lain termasuk kemurungan, dan golongan wanita atau isteri dilihat lebih berisiko berdepan gejala itu,’’ katanya. KAUNSELING PERKAHWINAN Bersetuju bahawa kecetekan pengetahuan pengurusan mental dan emosi sebagai penyebab pasangan gagal mengawal isu dalam rumah tangga, Pensyarah Kanan Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Siti Nubailah Mohd Yusof berkata perkhidmatan kaunseling perkahwinan mampu membantu suami isteri, terutama pasangan muda, menjaga keharmonian rumah tangga. Katanya, pasangan suami isteri yang berdepan pelbagai kesulitan sehingga menjejaskan kesihatan mental serta emosi mereka dan akhirnya menyebabkan kemurungan, perlu tampil mendapatkan bantuan.“Ketika ini ramai kaunselor profesional yang menawarkan kaunseling perkahwinan, bukan sahaja di agensi kerajaan tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta, bagi membantu pasangan yang berdepan pelbagai isu berbangkit dalam perkahwinan.“Cumanya tidak ramai pasangan melihat bahawa berjumpa dengan kaunselor adalah langkah penting dalam membantu mereka mengendalikan isu yang dihadapi,” katanya.Siti Nubailah pada masa sama, berkata pendidikan perkahwinan di Malaysia perlu bersifat lebih terbuka, efektif dan berterusan dalam membantu pasangan bermasalah, sekali gus membendung penceraian.Menurut beliau, ini kerana berdasarkan kursus praperkahwinan sedia ada, kebanyakannya lebih menumpukan pada pendidikan tentang hal ehwal rumah tangga.“Menimba ilmu adalah penting, sama ada secara formal atau tidak, bagi membantu pasangan suami isteri menguruskan kehidupan berkeluarga. Suami isteri yang tahu dan faham akan kehendak diri, keperluan pasangan dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan perhubungan mereka akan dapat menjaga keharmonian perkahwinan.“Oleh sebab itu, perlu ada kesinambungan program atau kursus berkaitan perkahwinan selepas pasangan berkahwin. Agensi berkaitan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan memberikan kesedaran dan pendidikan kepada pasangan yang bermasalah, sambil pada masa sama kita dapat mengekang kes penganiayaan dan jenayah dalam rumah tangga,” katanya. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=187 |
Isu salah guna kuasa dibawa ke mesyuarat Kabinet
| [
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini)",
"SEPANG, 2 Julai- Perdana Menteri memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat berhubung dakwaan isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai Jabatan Imigresen di KLIA baru-baru ini.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini.\"Cuma mungkin ada beberapa masalah kita adakan siasatan untuk perbaik atau kalau ada kesilapan kita ambil tindakan yang wajar. \"Saya cuba teliti langkah-langkah yang diambil setakat ini dan saya lihat memang Imigresen buat respons yang sangat baik dan positif. \"Yang harus kita kenal pasti ialah beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu membawa perubahan termasuk berdepan dengan beberapa tuduhan,\" katanya.Perdana Menteri turut memaklumkan terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksana segera bagi memastikan urusan yang melibatkan Imigresen berjalan lancar.\"Urusan dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen (JIM) di KLIA adalah terkawal,\" tambah Anwar yang mengadakan lawatan mengejut ke pintu masuk utama negara itu, hari ini.Beliau melakukan tinjauan itu bagi melihat sendiri keadaan petugas JKDM dan JIM susulan satu insiden yang melibatkan orang kenamaan baru-baru ini.Anwar berkata terdapat beberapa permasalahan di kedua-dua jabatan itu, yang akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.“Ada beberapa kerosakan Kastam yang harus kita baiki. Umumnya majoriti pekerja dan petugas Imigresen berjalan dengan baik. Cuma ada beberapa masalah, kita adakan siasatan untuk perbaik atau kalau ada kesilapan, akan diambil tindakan wajar,” katanya.Tanpa diringi menteri Kabinet atau orang kenamaan, Anwar mengadakan lawatan mengejut kira-kira 30 minit di KLIA itu, sebelum menyertai upacara keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke tanah air, selepas menunaikan ibadah haji di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini.Anwar berkata beliau akan meneliti langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil dan harus dilakukan.",
"(Yang di-Pertuan Agong bersama Datuk Seri Anwar sebelum berangkat pulang ke Istana Negara selepas kembali ke tanah air dari menunaikan ibadah haji/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=188 |
Agong, Permaisuri selamat tiba dari tanah suci
| [
"SEPANG, 2 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.",
"Pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda berdua dan delegasi tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA sekitar 1.10 tengah hari tadi.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat ke tanah suci pada 21 Jun lalu.Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua turut disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya baginda dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima dengan lancar. Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira dua juta jemaah pada musim haji tahun ini.",
"(Agong, Permaisuri selamat tiba dari tanah suci)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=189 |
Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Nairobi, Kenya
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Julai- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Nairobi, Kenya mulai 3 hingga 7 Julai ini.Ia bagi memberi ucaptama dan merasmikan Malaysian Palm Oil Forum – East Africa Region 2023.Kementerian Perladangan dan Komoditi menerusi kenyataan media memaklumkan, forum bagi meneroka potensi pengembangan eksport minyak sawit di pasaran Afrika Timur, di samping memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Kenya dalam industri minyak sawit.Semasa di Kenya, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Kenya dan Perdagangan Kenya serta pemain industri sawit di sana. \"Mesyuarat yang akan diadakan bertujuan memperkukuh kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kenya serta meneroka peluang perniagaan dalam sektor minyak sawit di negara berkenaan.\"Jadual lawatan beliau turut meliputi kunjungan ke kilang-kilang pemprosesan minyak sawit dan syarikat-syarikat pengeluaran makanan utama di Kenya,\" menurut kenyataan itu.",
"(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/Foto fail Bernama)",
"Pada masa sama, lawatan dijangka akan menggalakkan kerjasama dan memberi peluang untuk meneroka potensi yang lebih luas bagi industri minyak sawit negara. \"Timbalan Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Kenya,\" tambah kenyataan itu.Malaysian Palm Oil Forum – East Africa Region 2023 merupakan platform untuk mempamerkan kepakaran Malaysia dalam industri minyak sawit dan meneroka peluang kerjasama dengan negara-negara Afrika Timur. Lawatan Timbalan Perdana Menteri memberi fokus ke atas komitmen Malaysia dalam mempromosi pengeluaran minyak sawit mampan dan memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Kenya serta negara Afrika yang lain."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=190 |
Bank disaran terus bantu individu, PKS memerlukan - PM
| [
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)",
"KUALA LUMPUR, 30 Jun- Bank-bank disaran untuk terus menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman kepada individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang memerlukan.Ini termasuk bantuan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman mereka.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa sama, peminjam yang bermasalah boleh mendapatkan khidmat nasihat secara percuma dan bantuan bayaran balik pinjaman melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).\"Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh institusi perbankan yang bersedia untuk membantu rakyat dan PKS.\"Industri perbankan perlu terus menyokong pembangunan usahawan mikro terutama golongan rentan melalui inisiatif seperti i-TEKAD yang menawarkan modal permulaan dan pembiayaan mikro dengan menggunakan sumber gabungan dana daripada institusi kewangan dan dana kewangan sosial,\" kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Beliau juga berkata industri perbankan memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi pascapandemik.Ia terutama dalam membantu peminjam yang masih terkesan dan menghadapi kesukaran meneruskan kehidupan.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan sesi dialog bersama wakil sektor perbankan, Rabu lalu/Foto PMO)",
"Pada Rabu lalu, satu sesi dialog diadakan Perdana Menteri bersama wakil sektor perbankan.Sesi dihadiri Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Jessica Chew serta wakil bank iaitu AMBank, Al-Rahji Bank, Bank Islam Malaysia, CIMB, HSBC Bank, Maybank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered Bank.Pertemuan itu sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan mendapatkan buah fikiran serta pandangan berkaitan ekonomi negara. Perbincangan turut menyentuh dasar-dasar bagi memastikan industri kewangan di Malaysia kekal relevan dan inklusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.Penarafan kredit berdulat Malaysia pada 'A-'Dalam sesi dialog itu, Perdana Menteri bersyukur dengan pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A-' dengan tinjauan 'Stabil' oleh S&P Global Ratings, baru-baru ini.Beliau berkata penarafan itu membuktikan hala tuju ekonomi negara berada pada landasan yang betul susulan pelbagai ikhtiar yang diambil bagi menyokong momentum pertumbuhan dan mengurangkan tekanan inflasi.\"Kerajaan bertekad untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam merancakkan momentum pertumbuhan ekonomi dan melaksanakan konsolidasi fiskal bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI,\" tambahnya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=191 |
Bermula 5 Julai tidak wajib pakai pelitup muka di hospital, pengangkutan awam
| [
"KUALA LUMPUR, 29 Jun - Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di hospital dan pengangkutan awam berkuat kuasa 5 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.Bagaimanapun beliau berkata, pemakaian pelitup muka dikekalkan bagi kes pesakit positif COVID.19 dan mereka yang mengendalikan pesakit itu.\"Penilaian dibuat mengikut amalan kawalan dan pencegahan innfeksi bagi kes positif COVID-19 serta kakitangan kesihatan yang berurusan dengan pesakit.\"Pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas,individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan kawasan pengudaraan kurang baik,\" katanya menerusi kenyataan pada Khamis di sini, hari ini.",
"Beliau menambah, individu bergejala respiratori juga digalakkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam.Dalam pada itu, Dr Zaliha memaklumkan status Kawasan Tempatan Jangkitan di Malaysia yang akan tamat esok dilanjutkan bagi tempoh enam bulan lagi hingga 31 Disember ini.\"Walaupun penilaian situasi semasa COVID-19 berada pada tahap tidak membimbangkan dan perkhidmatan kesihatan tidak terbeban,\" katanya.Beliau menjelaskan pelanjutan pengisytiharan itu masih diperlukan memandangkan terdapat risiko kemunculan varian dan subvarian baharu virus SARS-CoV-2 di negara ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=192 |
1 kematian, 395 kes denggi dilaporkan di Perlis
| [
"KANGAR, 29 Jun - Kumulatif kes denggi di negeri ini merekodkan sebanyak 395 kes serta satu kematian akibat komplikasi kes denggi bagi tempoh Januari sehingga 24 Jun lalu.Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2, 533 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2022 iaitu hanya 15 kes.\"Daripada jumlah kes denggi yang dilaporkan pada tahun ini, sebanyak 181 kes atau 45.8 peratus telah dimasukkan ke hospital yang mana 22 kes denggi tersebut memerlukan rawatan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah. \"Terdapat 38 wabak telah dilaporkan pada tahun ini berbanding hanya 1 wabak untuk tempoh yang sama pada tahun 2022,\" katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Katanya, pelbagai aktiviti kawalan dan pencegahan telah dilaksanakan oleh JKN Perlis bagi memutuskan rantaian jangkitan seperti penghapusan tempat pembiakan, aktiviti larvaciding, semburan kabus, pendidikan kesihatan dan pemeriksaan premis. Tambah beliau, setakat 24 Jun tahun ini sebanyak 44, 694 premis telah diperiksa dan 117 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 [Akta 154].\"Nilai kompaun sebanyak RM58,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang didapati positif pembiakan nyamuk Aedes,\" tambahnya.Katanya, usaha untuk membanteras kejadian demam denggi memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), pemimpin setempat, agensi kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan dan semua lapisan komuniti. Sehubungan itu, JKN Perlis menyeru supaya semua sektor yang terlibat memainkan peranan dalam memastikan persekitaran premis, kawasan kediaman dan tempat kerja bersih serta bebas tempat pembiakan nyamuk. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=193 |
'Influencer' antara 284 individu ditahan permotoran haram
| [
"(Pempengaruh media sosial berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur ditahan kerana menonton perlumbaan haram)",
"ALOR SETAR, 29 Jun - Pempengaruh media sosial antara 284 individu yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Aidiladha di Jalan Pegawai di sini, malam tadi.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan kerana menonton aktiviti permotoran haram di kawasan tersebut.Dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi semua penunggang terdiri daripada 281 lelaki dan tiga wanita termasuk 10 remaja bawah umur berusia antara 15 hingga 20 tahun.\"Sebanyak 50 motosikal dirampas. Kesemua individu itu dibebaskan dengan jaminan polis,\" katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Kota Setar, hari ini.Ahmad Shukri berkata, sebanyak 194 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu, ubah suai motosikal haram, tiada cermin sisi, tiada insurans, cukai jalan tamat tempoh dan lesen tamat tempoh.\"Antaranya (47) tiada lesen memandu, nombor pendaftaran (40), ubah suai (25), cermin sisi (23) , tidak pamer pelekat 'P' dan 'L' (22), aksesori (17), tiada insuran (12), cukai jalan tamat tempoh (5) dan lesen tamat tempoh.\"Mereka akan dilepaskan selepas proses dokumentasi selesai dan bagi remaja bawah umur yang tidak mempunyai lesen, waris akan dipanggil dan saman akan dikeluarkan kepada pemilik motosikal,\" katanya.Hadir sama, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh yang turut memberi nasihat kepada individu yang ditahan dalam operasi itu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=194 |
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
| [
"KUALA LUMPUR, 28 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berdoa agar segala pengorbanan rakyat Malaysia dalam menjaga keharmonian serta kesejahteraan negara akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT. \"Baginda turut berdoa semoga Jemaah Haji Malaysia memperolehi Haji yang Mabrur dan selamat pulang ke tanah air tercinta,\" menurut catatan itu.",
"(Agong dan Raja Permaisuri telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah semalam/Foto FB Istana Negara)",
"Menurut Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah semalam (27 Jun).Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda Seri Paduka Baginda.Seri Paduka Baginda berdua seterusnya menyempurnakan Tawaf dan Saie Haji di Masjidil Haram.\"Baginda menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah dikurniakan keafiatan untuk berwukuf di Arafah dan bermabit di Muzdalifah sebagai persiapan peringkat akhir haji,\" menurut catatan itu.Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat pulang ke tanah air pada 2 Julai."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=195 |
DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini, beri laluan kepada PRN
| [
"GEORGE TOWN, 28 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).Pembubaran itu, lebih awal berbanding tempoh mandat lima tahun yang akan berakhir pada 2 Ogos ini, susulan pengumuman Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang medianya semalam, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang menyerahkan watikah pembubaran DUN Pulau Pinang kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Dr Siti Nazariah Abdul Zalim semalam bagi membolehkan pilihan raya tersebut diadakan.Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.Chow berkata tempoh selepas tiga minggu pembubaran DUN untuk hari penamaan calon itu dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.Pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi, termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan PAS (satu).Pada Februari 2020, Bersatu mengumumkan keluar daripada PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN) menyebabkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Pulau Pinang, ADUN Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim, menarik balik sokongan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah PH.Sementara pergolakan dalam PKR turut menyaksikan dua ADUN daripada parti itu dipecat iaitu ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim.Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan ialah PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan PAS satu kerusi.Selain Pulau Pinang, negeri lain yang akan mengadakan PRN ialah Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=196 |
DUN Kedah secara rasmi bubar hari ini
| [
"ALOR SETAR, 28 Jun- Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini selaras dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad lepas.Pembubaran itu sekali gus menamatkan pentadbiran tiga tahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada 17 Mei 2020.Susulan pembubaran itu, bermula hari ini pentadbiran kerajaan negeri Kedah akan dijalankan oleh kerajaan interim ataupun 'Caretaker Government', dengan segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga kerajaan negeri yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 yang menyaksikan PH mengambil alih kerajaan negeri dengan kemenangan 18 daripada 36 kerusi, persidangan pertama DUN Kedah bagi penggal ke-14 berlangsung pada 3 Julai 2018.Pembubaran DUN Kedah hari ini menyaksikan mandat lima tahun berakhir enam hari lebih awal berbanding tarikh akhir pada 4 Julai.Kedah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.",
"Negeri ini mempunyai 36 kerusi dengan kedudukan terkini DUN Kedah menyaksikan PN memiliki 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6); PH menguasai 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); Barisan Nasional memperoleh dua kerusi (UMNO-2) dan Parti Pejuang Tanah Air (2).Dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun daripada PKR Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lepas. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=197 |
DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
| [
"KUALA TERENGGANU, 28 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat, 30 Jun ini.Yang Dipertua DUN Terengganu Datuk Yahaya Ali memaklumkan kepada Bernama, wakilnya telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Muhammad Salahuddin Salleh, semalam.Susulan pembubaran itu, bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.Pembubaran hari ini diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin selepas Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap dan mempersembahkan tarikh cadangan pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah di sini, semalam.Selain Terengganu, dua lagi DUN iaitu Pulau Pinang dan Kedah dibubarkan secara rasmi hari ini, manakala DUN Kelantan dan Selangor masing-masing telah dibubarkan secara rasmi pada 22 dan 23 Jun lepas.Hari ini Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran DUN, negeri terakhir bagi enam negeri yang akan berhadapan PRN. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Kerajaan Negeri Terengganu dibentuk oleh PAS, selepas parti itu berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi iaitu Jertih, Kuala Besut, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.PKR yang turut sama ke gelanggang PRU14 di Terengganu, bagaimanapun gagal memperoleh sebarang kerusi daripada kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi.",
"Pada PRU14, beberapa kerusi DUN memperlihatkan persaingan sengit antara dua parti dominan di Terengganu iaitu PAS dan Barisan Nasional (BN) apabila majoriti diperoleh sangat tipis dengan majoriti paling tipis di DUN Ajil yang menyaksikan calon PAS Maliaman Kassim menewaskan Dr Ghazali Taib (BN) dan Zamani Mamat (PKR) dengan hanya majoriti empat undi. Bagi kerusi DUN Bukit Besi pula, Roslee Daud (BN) juga menang tipis dengan majoriti 46 undi, mengalahkan calon PAS Ghazali Sulaiman dan Mohamad Arif Arifin (PKR) manakala bagi DUN Jabi, calon PAS Dr Azman Ibrahim menang dengan majoriti 55 undi menewaskan Mohd Iskandar Jaafar (BN) dan Aziz Abas (PKR).Selepas disahkan menang selesa 22 kerusi DUN Terengganu, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang diangkat sebagai Menteri Besar ke-15, menggantikan ADUN Seberang Takir Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN). Ahmad Samsuri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 10 Mei 2018 di hadapan Sultan Mizan sebelum memulakan persidangan DUN pertama pada 1 Julai 2018. Tidak seperti negeri-negeri lain, Terengganu menyaksikan tiada sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang penggal ini, sama ada disebabkan ADUN meninggal dunia, lompat parti atau meletakkan jawatan baik daripada blok kerajaan negeri mahupun pembangkang. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=198 |
Tuntutan kumpulan Sulu gagal lagi
| [
"(Fahmi ditemui media selepas menghadiri program BMCC Annual General Meeting Fireside Chat With Communication and Digital Minister)",
"KUALA LUMPUR, 27 Jun- Kemenangan Malaysia di Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda dalam kes tuntutan kumpulan Sulu boleh dikatakan menjadi penutup kepada segala cubaan pihak tidak bertanggungjawab itu merampas hak dan harta negara.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia satu kemenangan besar bagi negara dan rakyat Malaysia kerana sebelum ini ada pihak yang memberi bayangan seolah-olah boleh merampas aset negara, terutamanya di luar negara.\"Siri kemenangan di mahkamah-mahkamah antarabangsa ini bukan hanya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah berjaya untuk mempertahankan hak dan harta rakyat Malaysia yang berada di luar negara, tapi membuktikan bahawa dakwaan kumpulan tersebut gagal dan tidak boleh dilayan,\" kata beliau ketika ditemui media selepas menghadiri program ‘British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) Annual General Meeting Fireside Chat With Communication and Digital Minister’ di sini.",
"(Fahmi berucap semasa menghadiri program BMCC Annual General Meeting Fireside Chat With Communication and Digital Minister)",
"Jelas Fahmi, kejayaan itu hasil kerjasama kolektif dan tidak dapat dicapai sekiranya tidak bersatu hati mempertahankan kedaulatan dan hak negara.Mahkamah Rayuan The Hague hari ini menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara berjumlah US$14.9 bilion di Belanda.Award itu telah diberikan oleh penimbang tara antarabangsa, Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.Dalam usaha menguatkuasakan award itu, mereka dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis.Pada 6 Jun, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Stampa dan memutuskan beliau telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=199 |
Malaysia-Laos meterai tiga perjanjian kerjasama
| [
"VIENTIANE, 27 Jun- Tiga perjanjian kerjasama telah dimeterai selepas mesyuarat bilateral antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone hari ini.Memorandum Persefahaman dan Kerjasama ini akan memberi faedah kepada pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara yang menguntungkan rakyat.Antara memorandum kerjasama yang dimetrai ialah antara Mutiara Perlis Sdn. Bhd. dengan Thanaleng Dry Port dalam kerjasama pelabuhan darat.\"Sebut sahaja tentang Perlis di utara tanah air berhampiran dengan sempadan Thai, Pelabuhan Mutiara Perlis yang penting bagi kami kerana kemudahannya yang besar, \" kata Anwar Kerjasama ini akan memudahkan pergerakan kargo di sempadan melalui susunan pelabuhan ke pelabuhan,\" tambahnya. Pelabuhan Mutiara Perlis berupaya memudah cara 20 juta tan kargo dan berpotensi memberi pulangan kepada Malaysia sebanyak USD48 juta setahun.Satu lagi pemetraian kerjasama dimeterai antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan National Lao Railway State Enterprise (LNRSE) yang akan memudah cara perjalanan penumpang dan kargo dari Malaysia ke Thailand, Laos dan China tanpa sekatan.la akan meningkatkan dagangan dua hala Malaysia-Laos melalui rangkaian integrasi kereta api, seterusnya berpotensi menjadikan Laos sebagai laluan utama perdagangan di antara rantau ASEAN, dengan Asia Tengah dan Eropah.",
"(Datuk Seri Anwar (kiri) dan rakan sejawatannya dari Laos Dr Sonexay Siphandone menyaksikan majlis menandatangani MoC dan pertukaran MoU antara syarikat Malaysia dan Laos)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=200 |
Kejadian rusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, 17 lelaki bebas
| [
"PETALING JAYA, 27 Jun - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan 17 orang lelaki daripada pertuduhan merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, lima tahun lepas, tanpa memanggil mereka membela diri.Majistret Muhammad Iskandar Zainol membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan. Beliau berkata mahkamah mendapati saksi pendakwaan gagal mengenal pasti kesemua tertuduh melalui pengecaman di kandang tertuduh dan keterangan saksi di mahkamah tidak konsisten.\"Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang senjata di mahkamah sebagai bahan eksibit seperti pisau seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan. Semua senjata itu hanya dikutip dari tempat kejadian oleh saksi dan bukannya dirampas daripada tertuduh,\" katanya.Tertuduh ialah Mohammad Saifullah Abdullah, Riduan Sekh Ruslan, Irwan Noordin, Khairi Abdul Rashid, Rozaihan Zakaria, Qayyum Mohd Faisal, Ashraf Mohd Faizal, Absal Eastrie Abdullah, Jalil Talib, Khairol Anuar Zabidi, Zamri Md Said, Shukri Razali, Nor Azmi Abdul Ghani, Shahril Danniel Sajeel, Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Azi dan Norul Ismawi Islahuddin.Kesemua tertuduh berusia antara 24 dan 47 tahun itu didakwa berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, kesemuanya memiliki parang, kapak, pisau serta kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di kuil berkenaan di USJ 25, Seafield, Subang Jaya antara 2 pagi dan 5 pagi, 26 Nov 2018.Pertuduhan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA",
"(Kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 26 November 2018)"
] |