title
stringlengths
13
159
body
stringlengths
499
19.3k
hukum penglibatan orang islam dalam perayaan bukan islam dalam konteks malaysia
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8177 Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Perayaan Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8177 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8177   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-29/2017   18-19 April 2017 bersamaan 21-22 Rejab 1438h   HUKUM PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM PERAYAAN BUKAN ISLAM DALAM KONTEKS MALAYSIA   Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut. Walau bagaimanapun, usaha melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah. Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam. Menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan. Ini jika ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak meredhai kekufuran. Ucapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama. Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan. Ini dengan syarat ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah.
hukum had tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3699 Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada Saudara Baharu Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3699 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3699 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada Saudara Baharu Tempoh had pemberian zakat kepada saudara baharu yang telah memeluk Islam tidak disebut di dalam nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Perkara ini terpulang kepada ijtihad ulil amri. Di sana terdapat riwayat yang sahih, Sayyidina Umar bin alKhattab RA memberhentikan pemberian zakat di bawah asnaf al-muallafah qulubuhum kepada golongan yang tidak lagi memerlukan ta’lif (menjinakkan jiwa) kepada Islam. Maka ukuran dalam masalah ini ialah keperluan kepada ta’lif iaitu menjinakkan jiwa kepada Islam dengan cara diberikan bahagian zakat kepadanya. Setelah berbincang hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan perkara-perkara berikut dalam penentuan tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu: 1) Seseorang saudara baharu diberi tempoh selama 5 tahun setelah didaftarkan untuk disemak semula statusnya selepas memeluk Islam. 2) Selepas 5 tahun pihak pentadbiran (ulul amri) boleh memutuskan sama ada individu berkenaan masih berhak menerima peruntukan zakat di bawah asnaf almuallafah qulubuhum ataupun tidak. 3) Semakan itu hendaklah mengambil kira latar kefahaman agama, persekitaran yang mengelilinginya dan lain-lain faktor yang boleh dikaitkan dengan kekuatan pegangan agamanya. 4) Satu jawatankuasa khas yang mampu menimbang keperluan ta’lif untuk seseorang saudara baharu hendaklah diwujudkan. Individu yang terkeluar dari peruntukan zakat al-muallafah qulubuhum berhak menerima peruntukan zakat dari bahagian lain seperti fakir-miskin, al-gharimin dan lain-lain sekiranya berkelayakan.
rayuan permohonan merobohkan masjid al hakim padang malau
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3899 Rayuan Permohonan Merobohkan Masjid Al-Hakim Padang Malau Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3899 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3899 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017 TARIKH: 5 Jun 2017 Bersamaan 10 Ramadan 1438h RAYUAN PERMOHONAN MEROBOHKAN MASJID AL-HAKIM PADANG MALAU Setelah mendengar pembentangan yang baharu daripada Jawatankuasa Masjid AlHakim Padang Malau, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis secara majoritinya bersetuju membenarkan Masjid Al-Hakim Padang Malau dirobohkan dengan alasanalasan seperti berikut: 1) Ketidakmampuan masjid untuk menyelenggara bangunan lama dan peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan merupakan satu-satunya penyelesaian yang ada. 2) Rekabentuk masjid yang kurang selamat untuk jemaah disebabkan kedudukan selekoh dan pintu masuk utama. 3) Keperluan untuk ruang yang lebih luas untuk para jemaah disebabkan penambahan kawasan perumahan. 4) Rekabentuk yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan-keperluan masjid yang lain seperti bilik imam, bilik siaraya, dan seumpamanya. 5) Keperluan asas masjid yang tidak sesuai untuk jemaah seperti tandas yang terlalu hampir antara lelaki dan perempuan. Mesyuarat turut menasihatkan agar masjid-masjid di negeri ini yang masih kukuh tidak dirobohkan tanpa alasan yang syarie.
hukum zakat kumpulan wang simpanan pekerja kwsp
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5685 Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5685 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5685 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan seperti berikut: 1) Semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat pekerjaan asal pencarum adalah halal. 2) Dividen yang diberikan oleh pihak KWSP jika sekiranya ia daripada akaun simpanan syariah juga tertakluk kepada hukum zakat. Adapun dividen bagi akaun simpanan konvensional perlulah melalui proses pembersihan terlebih dahulu dan bakinya tertakluk kepada zakat. Hendaklah seorang Muslim meletakkan wang simpanannya ke dalam akaun Simpanan Syariah KWSP. Jika dia telah melanggar arahan syarak dengan meletakkan wangnya ke dalam akaun tidak patuh syariah sedangkan dia memiliki pilihan, maka hendaklah dia bertaubat dan wang dividen berkenaan hendaklah dibersihkan. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan kaedah pembersihan itu boleh dirujuk ke laman sesawang KWSP http://secure.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html
hukum pemberian zakat kepada bukan muslim
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4257 Hukum Berkaitan Vaksin Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4257 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4257   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016 Tarikh: 3-4 Oktober 2016 / 2-3 Muharam 1438H   HUKUM BERKAITAN VAKSIN          Melindungi anak-anak daripada bahaya atau kemudharatan merupakan tanggungjawab yang wajib ke atas ibubapa. Pengambilan vaksin pada masa ini terbukti merupakan kaedah yang paling berkesan bagi melindungi anak daripada wabak penyakit yang merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan lain-lain. Maka pengambilan vaksin bagi melindungi anak dari serangan wabak termasuk dalam tanggungjawab ibubapa atau penjaga yang wajib ditunaikan. Kecuaian dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membawa mudharat kepada anak-anak adalah berdosa. Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit merbahaya ke dalam masyarakat merupakan satu lagi dosa.
hukum menggunakan wang zakat untuk pembinaan masjid
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4242 Hukum Pemberian Zakat Kepada Bukan Muslim Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4242 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4242 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-26/2017 TARIKH: 3 Februari 2017 / 6 Jamadil Awwal 1438H.   HUKUM PEMBERIAN ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM   Zakat kepada bukan muslim di bawah Asnaf ‘muallafah qulubuhum’ (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam) boleh diberikan atas kemaslahatan yang ditentukan oleh Ulil Amri. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih.
hukum berkaitan vaksin
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8585 Hukum Menggunakan Wang Zakat Untuk Pembinaan Masjid Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8585 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8585 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017 TARIKH: 5 Jun 2017 / 10 Ramadan 1438H   HUKUM MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK PEMBINAAN MASJID   Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi sebagai markaz dakwah kepada masyarakat seperti dalam keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan masjid untuk umat Islam.
hukum taklik talak tiga
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7252 Hukum Taklik Talak Tiga Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7252 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7252 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H   HUKUM TAKLIK TALAK TIGA Talak adalah hukum syarak yang tidak boleh dipermain-mainkan kerana ia boleh meruntuhkan perkahwinan. Merujuk kepada taklik mentalakkan isteri dengan talak tiga sekiranya melanggar sesuatu perjanjian, terdapat beberapa keadaan: Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu sememangnya bertujuan untuk mentalakkan isterinya jika dia melanggar perjanjian itu, maka isterinya tertalak dengan satu talak. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu tidak bertujuan mentalakkan isterinya tetapi sekadar memberi keyakinan kepada pihak yang lain bagi menggambarkan kebenciannya melanggar perjanjian itu sepertimana dia membenci mentalakkan isterinya, maka taklik tersebut tidak menjatuhkan talak dan tidak memberi kesan. Jika dia tidak pasti keadaan dirinya semasa taklik sama ada terpaksa ataupun rela, dalam kedaan sedar ataupun tidak, memahami maksud taklik tersebut ataupun tidak, maka kembali kepada hukum asal bahawa akad perkahwinan yang asal masih sah. Ini berdasarkan kaedah fiqh: اليقين لا يزول بالشك Perkara yang yakin, tidak boleh dihilangkan dengan keraguan. Jika suami mengungkapkan taklik itu sebagai sumpah bagi dirinya ke atas apa-apa yang dijanjikan dan melanggarnya, maka hendaklah dia menunaikan kaffarah sumpah. Jika berlaku perbalahan pendapat antara suami dan isteri tentang kedudukan taklik talak mereka, kemudian jika kes itu mereka bawa ke mahkamah, maka penentuan dalam kes perbalahan mereka itu ditentukan oleh hakim Syar’ie.
hukum memindahkan mayat dari kubur ke kubur yang lain di atas sesuatu keperluan
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4041 Hukum Memindahkan Mayat Dari Kubur Ke Kubur Yang Lain Di Atas Sesuatu Keperluan Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4041 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4041 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H   HUKUM MEMINDAHKAN MAYAT DARI KUBUR KE KUBUR YANG LAIN DI ATAS SESUATU KEPERLUAN   Bagi mayat dan kubur itu ada penghormatan yang telah ditetapkan oleh syarak. Mayat tidak boleh diperlakukan atau dipindahkan sewenang-wenangnya. Hukum menggali atau memindahkan mayat daripada satu kubur ke kubur yang lain adalah diharuskan jika dikebumikan dalam keadaan yang menyanggahi hukum-hakam jenazah atau tidak diuruskan dengan sempurna. Demikian juga jika terdapat keperluan yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk digali atau dipindahkan. Penentuan lokasi kubur orang Islam di Negeri Perlis hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil amri. Demikian juga pihak ulil amri boleh memindahkan kubur atas sesuatu kemaslahatan.
hukum isteri meninggalkan rumah suami disebabkan ancaman
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4122 Pengurusan Harta Luqatah Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4122 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4122 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H PENGURUSAN HARTA LUQATAH Setelah diisytiharkan selama setahun yang memungkinkan orang awam mengetahuinya dan tiada tuntutan yang sah, maka harta itu boleh dipindahkan menjadi milik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang digunakan untuk kemaslahatan awam. Jika ada tuntutan yang sah selepas tempoh yang ditetapkan, maka pihak yang menuntut berhak mendapatkan nilai yang bersesuaian dengan mengambil kira kos yang telah ditanggung oleh MAIPs.
pengurusan harta luqatah
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4263 Hukum Isteri Meninggalkan Rumah Suami Disebabkan Ancaman Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4263 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4263 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H    HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH SUAMI DISEBABKAN ANCAMAN Pada asalnya isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya (Bait al-Zaujiyyah) iaitu rumah kehidupan pasangan suami isteri yang disediakan oleh suami melainkan dengan izin suami. Ini kerana suami merupakan pelindung, pembimbing dan ketua keluarga di mana isteri berada di bawah tanggungjawabnya. Jika isteri boleh berada di mana-mana sahaja tanpa keizinan suami tentulah peraturan rumahtangga tidak akan wujud dan pergaulan baik antara suami isteri tidak akan berlaku dalam ertikata yang sebenar. Namun begitu jika sekiranya isteri pada anggapan yang kuat, merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak, tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami. Ini setelah isteri benar-benar mendapati tiada langkah penyelesaian melainkan keluar meninggalkan rumah suami. Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi, maka isteri boleh keluar rumah tanpa mendapat izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya.
garis panduan acara persembahan hiburan di negeri perlis konsert lakonan tarian dan seumpamanya
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5725 Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan Di Negeri Perlis (Konsert, Lakonan, Tarian Dan Seumpamanya) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5725 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5725 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-22/2016TARIKH: 11 JUN 2016 / 6 RAMADAN 1437H   GARIS PANDUAN ACARA PERSEMBAHAN HIBURAN DI NEGERI PERLIS(KONSERT, LAKONAN, TARIAN DAN SEUMPAMANYA)   Pada asalnya Persembahan Hiburan adalah Harus di dalam Islam. Ia termasuk di dalam kehendak fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Namun, acara persembahan hiburan itu BOLEH menjadi HARAM jika ia mengandungi anasir yang bertentangan dengan syarak. Justeru, sesuatu acara persembahan hiburan hendaklah memenuhi panduan-panduan berikut: a) Hendaklah tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja selain daripada Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, memperlekehkan para sahabat, meragui hari kiamat, dan mendorong kepada perlakuan zina dan maksiat. b) Hendaklah tidak mengabaikan kewajipan terhadap Allah SWT seperti solat, puasa dan seumpamanya. c) Hendaklah tidak mendorong kepada sifat dan kelakuan melampau yang merendahkan akhlak mulia insani. d) Hendaklah bebas dari sebarang bentuk promosi dan penggunaan arak, dadah, pertaruhan judi dan semua yang menyalahi syarak. e) Hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat dan tidak memudaratkan nyawa, akal, keturunan, tubuh badan serta harta benda individu atau awam. f) Hendaklah tidak melibatkan persembahan atau tarian yang wujud percampuran YANG MENYALAHI syarak antara lelaki dan wanita di dalam persembahan atau tarian yang dilakukan. g) Hendaklah tidak mempunyai perkara yang membodohkan minda seperti jenaka melampau (rujuk kepada perkara a, c dan d di atas) dan sebagainya. h) Hendaklah diadakan di tempat yang bersesuaian dengan acara hiburan yang dianjurkan (perlu merujuk kepada pihak yang berautoriti). i) Hendaklah penyanyi sama ada lelaki atau wanita, pembuat persembahan menutup aurat bagi yang muslim dan berpakaian sopan bagi yang bukan muslim, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara dan senikata lucah yang menyebabkan rangsangan syahwat dalam kalangan pendengar atau penonton. j) Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada persentuhan antara lelaki dan wanita ”ajnabi” (asing). k) Hendaklah persembahan yang dilakukan itu menghormati syiar Islam seperi azan dan sensitiviti penduduk setempat.
hukum forex trading online
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 94052 Hukum Forex Trading Online Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 94052 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 94052 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H HUKUM FOREX TRADING ONLINE Hukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain (الصرف) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض). Adapun perdagangan mata wang secara online melalui platform-platform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan sama ada dijalankan oleh individu atau institusi kerana sebab-sebab berikut: Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض) sama ada secara hakiki ataupun hukmi (konstruktif). Kewujudan unsur riba iaitu pada kemudahan leverage (pinjaman tunai) oleh platform yang mensyaratkan dilakukan perdagangan mata wang dengan caj berbayar hanya dengan platform yang sama. Riba juga berlaku pada overnight charge (caj semalaman) ke atas pinjaman yang tidak dilangsaikan pada hari yang sama. Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan. Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi (ramalan) pergerakan nilai mata wang yang berada di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurusniaga. Ini sama dengan meletakkan wang pertaruhan yang mengakibatkan salah satu pihak mengaut keuntungan atas kerugian pihak lain yang mana untung dan rugi bergantung kepada nasib. Dengan ini demi untuk mengembalikan kestabilan nilai sesuatu mata wang, perdagangan mata wang bagi tujuan ramalan keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan mata wang dijadikan komoditi yang mana perkara ini hanya akan lebih menjejaskan sistem fiat money yang sudah sedia lemah dan juga meningkatkan inflasi.
fatwa zakat emas perhiasan
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8503 Fatwa Zakat Emas Perhiasan Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8503 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8503   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA ZAKAT EMAS PERHIASAN   Setelah berbincang dengan panjang lebar dan meneliti hujah-hujah yang dibentangkan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan seperti berikut: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei 1988 seperti berikut: Tiada perbezaan mengenai kewajipan zakat ke atas emas yang dipakai atau emas yang disimpan ; Tiada istilah Had Uruf di Negeri Perlis ; iii. Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gram emas dikenakan zakat.
hukum penjualan produk menggunakan ayat ruqyah ayat al quran untuk tujuan komersial
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5861 Fatwa Berkaitan Ahbash Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5861 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5861   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA BERKAITAN AHBASH   Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara manusia dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau. Islam melarang dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan sesama muslim di atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang mengubah tujuan perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara yang tidak mereka maksudkan. Setelah bermesyuarat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut:        Ahbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habashi yang mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi aliran Ahbash ini adalah sesat dan melampau (ghulu) dalam menghukum pihak lain. Asas kesesatan mereka bukan kerana aliran Asya’irah yang dipegang, tetapi kerana sifat melampau (ghulu) dalam mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza. Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-Qaradhawi, al-Buthi, Ibn Baz, Ibn ‘Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-Sya’rawi, Sayyid Qutb dan selainnya.      Setelah meneliti fatwa-fatwa para ulama di peringkat antarabangsa seperti Dar al-Ifta’ Mesir (Majlis Fatwa Mesir), Majlis Fatwa Arab Saudi, fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi dan lain-lain. Maka dengan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa aliran Ahbash adalah salah satu daripada aliran yang melampau, sesat dan menyesatkan. Kewujudannya dalam kalangan masyarakat Islam amat merbahaya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan bahawa aliran ini hendaklah dicegah dari dipegang dan disebarkan.
fatwa pelaburan amanah saham bumiputera asb
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5168 Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5168 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5168   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H   HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUQYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIAL   Jampi atau ruqyah untuk memohon menghilangkan penyakit atau menghalau gangguan syaitan adalah perkara yang thabit daripada Nabi SAW. Bahkan ia menjadi sunnah kerana ia satu amalan Baginda dan terdapat galakan daripada Baginda. Mengambil upah daripada jampian yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak adalah dibolehkan. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah sesuatu yang tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh dan boleh menimbulkan kekeliruan dan berlaku penyalahgunaan nama Allah untuk keuntungan duniawi. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah ditegah kerana terdapat gharar (ketidakpastian) dalam proses jual beli seperti penentuan harga dan keberkesanan manfaat. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menggesa supaya perbuatan tersebut ditegah dengan segera supaya istilah makanan sunnah dan yang seumpama dengannya tidak disalahfahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat. Jawatankuasa dengan ini memutuskan bahawa penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial adalah dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.
fatwa berkaitan ahbash
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4988 Fatwa Pencemaran Alam Sekitar Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4988 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4988   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 18-19 Februari 2016 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA PENCEMARAN ALAM SEKITAR   Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam. Tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka Jawatankuasa Fatwa Perlis dengan ini menyatakan: Apa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram, kecuali jika terdapat maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah yang nyata. Setiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar yang merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem. Sebarang usaha bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh agama dan merupakan amalan soleh.
fatwa pencemaran alam sekitar
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 24356 Fatwa Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 24356 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 24356   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 18-19 Februari 2016 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA PELABURAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)   Setelah meneliti penerangan dan menilai kedudukan ASB, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kedudukan ASB terbahagi kepada dua bahagian: Fatwa Untuk Orang Ramai Hasrat umat Islam untuk menguasai pembahagian ekonomi dalam negara ini mesti disokong. Untuk menunaikan hasrat itu pihak kerajaan telah menubuhkan ASB. Ia satu-satunya pilihan strategik pada masa ini untuk masyarakat Islam Malaysia menguasai ekonomi secara kolektif. Walau bagaimanapun, didapati setakat ini pelaburan dan hasil keuntungan ASB adalah masih bercampur antara peratusan halal yang banyak dengan haram yang sedikit. Setelah Jawatankuasa meneliti faktor-faktor berikut: Umat Islam di Malaysia secara umumnya amat dituntut menguasai pemegangan ekuiti di dalam Negara. Pengurangan pemegangan ekuiti strategik umat Islam di Negara ini akan menyebabkan Mafsadah (kemerbahayaan).   Majoriti pelaburan ASB ditujukan ke tempat yang halal. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dimaklumkan oleh pihak PNB bahawa usaha ke arah patuh syariah sepenuhnya sedang dijalankan. Setiap pelabur melabur secara pukal atas tujuan yang benar. Manakala pemilihan tempat pelaburan dan syarikat oleh pihak ASB dianggap diluar pilihan pelabur. Maka, melabur dalam ASB berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan di atas dalam keadaan umat Islam tidak mempunyai pilihan setara selainnya dalam memelihara ekuiti negara adalah dibolehkan. Di samping itu, bagi pihak pelabur yang berkemampuan hendaklah mendesak pihak ASB untuk memastikan pelaburan mereka patuh syari’ah sepenuhnya. Dalam masa yang sama pelabur ASB diwajibkan melakukan pembersihan dengan cara mengeluarkan nisbah peratusan daripada pulangan (dividen) yang haram berdasarkan maklumat semasa dari pihak PNB[1]. Pembersihan itu boleh dilakukan dengan disalurkan ke pihak-pihak kebajikan yang tiada kepentingan secara langsung dengan pelabur.   Fatwa Untuk PNB Manakala pelaburan pihak PNB yang mengendalikan ASB di tempat yang menyalahi syara’ seperti institusi-institusi riba tanpa alasan syar’ie adalah haram dan wajib dihentikan. Usaha ke arah patuh syari’ah secara sepenuhnya wajib dilaksanakan oleh pihak PNB dengan perancangan yang jelas bagi memastikan umat Islam menguasai ekonomi yang halal. Dalam tempoh kekangan memastikan perlaksanaan halal sepenuhnya, pihak PNB hendaklah memaklumkan kepada para pelabur kadar pelaburan yang tidak patuh syari’ah untuk membolehkan pelabur melakukan pembersihan.               [1] Sekitar 20% bagi tahun pelaburan 2015 berdasarkan maklumat wakil dari pihak PNB. Dan peratusan ini tertakluk kepada perubahan mengikut tahun dan zakat dikeluarkan oleh pelabur setelah ditolak peratusan yang haram. [1] Sekitar 20% bagi tahun pelaburan 2015 berdasarkan maklumat wakil dari pihak PNB. Dan peratusan ini tertakluk kepada perubahan mengikut tahun dan zakat dikeluarkan oleh pelabur setelah ditolak peratusan yang haram.
dakwaan melihat nabi secara jaga yaqazah
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4993 Dakwaan Melihat Nabi Secara Jaga (YAQAZAH) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4993 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4993 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H DAKWAAN MELIHAT NABI SECARA JAGA (YAQAZAH)   Dakwaan seseorang melihat Nabi secara jaga (yaqazah) sama ada dalam bentuk hakiki ataupun ruh selepas kewafatan Baginda SAW tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada mana-mana sahabat RA, sekalipun ketika saat-saat getir, seperti ketika timbulnya perbezaan pendapat di kalangan mereka. Demikian juga generasi Tabi’ien dan Atba’ al-Tabi’ien. Kemungkinan berlakunya yaqazah secara ruh adalah dakwaan yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi. Begitu juga al-Qusyairi. Demikian juga dakwaan melihat jasad nabi di zaman ini secara jaga adalah tertolak. Apa yang dinukilkan dari segelintir para ulama dalam hal ini adalah mengelirukan dan berlaku kontradik di dalam kenyataan mereka sendiri. Nukilan tersebut mempunyai berbagai versi yang berbeza-beza. Ada yang mendakwa melihat dengan Wijdan (pandangan hati), ada yang mendakwa melihat antara tidur dan jaga, ada pula yang mendakwa dengan hanya gambaran nabi (له مثاال (dan berbagai lagi. Semua dakwaan ini boleh diberikan berbagai tafsiran yang tidak semestinya membawa makna yaqazah seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Selain itu, dakwaan melihat Nabi secara jaga (yaqazah ) juga terdedah kepada tipu daya syaitan. Ia boleh membuka pintu kerosakan dengan berbagai tujuan seperti ‘Ujub dan Sum’ah. Justeru apa-apa dakwaan melihat Nabi sama ada dalam mimpi mahupun jaga yang membabitkan implikasi syara’ seperti pegangan akidah, hukumhakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat. Begitu juga dengan dakwaan bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas.
fatwa zikir menari
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4326 Fatwa Zikir Menari Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4326 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4326   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-19/2015 TARIKH: 24-25 Ogos 2015 / 9-10 Zulkaedah 1436H   FATWA ZIKIR MENARI Menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syara’ dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri. Hal ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyu’ dan tenang. Nas-nas yang cuba digunakan untuk membolehkan perbuatan menari dengan tujuan berzikir seperti takwilan terhadap ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul beberapa Sahabah Nabi SAW dan lain-lain, adalah: Ditafsirkan secara salah, atau Riwayat itu tidak sahih, atau Pendalilan di luar konteks. Adapun zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syara’ seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya adalah sesuatu yang terpuji. Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai satu ibadat, dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Adapun menari untuk berzikir secara khusus mendekatkan diri kepada Allah adalah dilarang syara’. Sementara berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik adalah sesuatu yang digalakkan. Adapun tamayul (gerakan) yang berlaku secara spontan tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca al-Quran dan lain-lain adalah tidak dilarang.
hukum pelaburan wang zakat negeri perlis
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4089 Penyelewengan Istilah Jihad Fi Sabilillah Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4089 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4089 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H   PENYELEWENGAN ISTILAH JIHAD FI SABILILLAH   Tujuan Jihad dalam Islam ialah untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah. Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama Perang Jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka ia bukanlah jihad yang sebenar. Dengan itu, tindakan kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama jihad yang telah memberikan kesan negatif kepada Islam bukanlah jihad, kerana telah menyalahi konsep dan displin peperangan di dalam Islam, seperti membunuh mereka yang tidak terbabit di medan perang dari kalangan para wanita, orang tua, kanak-kanak dan seumpamanya. Sebaliknya mereka telah melakukan dosa memburukkan nama agama Islam. Maka, menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti IS dan al-Qaedah bukanlah jihad yang disyariatkan. Seorang muslim dilarang membabitkan diri ke dalam aktiviti yang tidak jelas atas nama peperangan jihad, apatah lagi yang jelas boleh membawa keburukan kepada umat Islam. Apa yang dilakukan oleh IS dan al-Qaedah tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad di dalam Islam dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh.
penetapan kadar zakat fitrah negeri perlis bagi tahun 1436h 2015m
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7701 Hukum Pelaburan Wang Zakat Negeri Perlis Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7701 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7701   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H   HUKUM PELABURAN WANG ZAKAT NEGERI PERLIS   Hukum asal pelaburan zakat tidak diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sebaiknya kepada semua asnaf yang berhak memilikinya, dan didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas maslahah yang kembali kepada asnaf zakat dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut: Pelaburan hendaklah yang disahkan patuh syari’ah oleh badan pengawasan syari’ah yang berotoriti. Pelaburan hendaklah berisiko rendah dan sederhana dari institusi kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Pelaburan berisiko tinggi boleh dibuat dengan mendapat jaminan khas dari pihak yang berotoriti serta distruktur secara patuh syari’ah. MAIPs merupakan pihak yang melulus dan menjamin setiap pelaburan.
penyelewengan istilah jihad fi sabilillah
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3724 Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis Bagi Tahun 1436H/2015M Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3724 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3724   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H TEMPAT: Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.   PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 1436H/2015M     Mesyuarat bersetuju menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Perlis bagi tahun 1436H/2015M adalah sebanyak RM6.50.
hak hadanah anak bagi ibu bapa berlainan agama
Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6096 Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6096 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6096   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H   HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA Pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka hak hadanah tidak dinilai berdasarkan kepada agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya (syafaqah). Dalam masa yang sama, ibu atau bapa yang muslim bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak. Perinciannya adalah seperti berikut: Anak Di Bawah Tempoh Susuan Jika anak masih di bawah susuan badan ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada ibu. Jika anak bukan disusui oleh ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberi syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar  kedua-dua pihak dan pilihan anak.        2. Anak Melepasi Tempoh Susuan Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum mumayyiz, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberikan syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar belakang kedua-dua belah pihak. Jika anak telah mumayyiz maka dia berhak membuat pilihannya. Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa mudharat kepada kehidupan dunianya.        3. Tanggungjawab Memperkenalkan Islam Ibu atau bapa yang muslim wajib dan berhak memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak hadanah. Maka ruang memperkenalkan Islam kepada anak hendaklah diberikan kepadanya.
fatwa wali anak yang dituduh tidak sah taraf atau hasil rogol
Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 5851 Fatwa Wali Anak Yang Dituduh Tidak Sah Taraf Atau Hasil Rogol Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 5851 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 5851 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40 / 201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H FATWAWALI ANAK YANG DITUDUH TIDAK SAH TARAF ATAU HASIL ROGOL             Tidak ada pihak yang boleh menafikan nasab kepada seseorang bapa yang menjadi suami yang sah kepada wanita yang melahirkan seseorang anak semasa dalam tempoh perkahwinan dan keabsahannya sebagai wali nikah melainkan si suami itu sendiri yang menafikan nasab tersebut. Maka haram menafikan nasab seseorang anak melainkan mempunyai bukti yang sah di sisi syarak.          Menjadi tanggungjawab setiap individu muslim menutup keaiban pihak yang lain. Demikian juga pihak pengurusan agama hendaklah menutup keaiban pihak yang berada di bawah urusannya.           Bagi anak yang tidak mempunyai wali nasab atau dinafikan oleh wali nasab, akad nikah boleh dilakukan dengan menggunakan wali hakim dengan pelbagai cara atau ungkapan yang dapat menyembunyikan keaiban yang lepas. Ini seperti “Aku nikahkan dikau dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin)”, tanpa perlu menyebut dalam akad tersebut apa-apa ungkapan yang boleh menimbulkan keaiban kepada mana-mana pihak. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019.
panduan mengenai kewajipan masjid dan jawatankuasa kariah membayar hutang tunggakan bil bil utiliti
Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7067 Panduan Mengenai Kewajipan Masjid Dan Jawatankuasa Kariah Membayar Hutang Tunggakan Bil-Bil Utiliti Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7067 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7067 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40/201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H PANDUAN MENGENAI KEWAJIPAN MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH MEMBAYAR HUTANG TUNGGAKAN BIL-BIL UTILITI           Wang yang disumbangkan oleh orang ramai hendaklah digunakan untuk pengurusan masjid termasuk membayar bil-bil utiliti. Menjadi satu kewajipan kepada pihak yang menguruskan wang sumbangan masjid memastikan hak-hak pihak yang terlibat dibayar. Perbuatan sengaja tidak membayar atau menangguhkan pembayaran tanpa sebab munasabah sedangkan berkemampuan adalah satu kecuaian terhadap amanah dalam pengurusan dan satu kezaliman di sisi syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:   مَطْلُ الغَنِيِّ ظُلْمٌTerjemahannya: “Penangguhan membayar hutang oleh pihak yang berkemampuan adalah satu kezaliman.” [HR Bukhari dan Muslim] Dan bagi pihak pengurusan masjid yang sengaja tidak menunaikan amanah adalah termasuk di dalam sabdaan Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA :   آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَTerjemahannya : “Tanda orang munafiq itu ada tiga : Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat”. [HR Bukhari dan Muslim]           Jika wang sumbangan tidak mencukupi, masyarakat Islam hendaklah tolong-menolong memastikan pengurusan masjid terbabit dapat dijalankan dengan baik. Dalam konteks Negeri Perlis, wang Baitulmal yang bersumberkan daripada umat Islam, boleh digunakan membantu masjid yang tidak berupaya. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019
fatwa isteri berhak menuntut talak disebabkan ancaman merokok
Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 6395 Fatwa Isteri Berhak Menuntut Talak Disebabkan Ancaman Merokok Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 6395 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 6395 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 40 / 201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H FATWAISTERI BERHAK MENUNTUT TALAK DISEBABKAN ANCAMAN MEROKOK           Rokok dari sudut kesihatan mendatangkan kemudaratan kepada yang menghisapnya dan juga sesiapa yang menghidu asapnya. Demikian juga mengganggu mereka yang bergaul dengannya seperti bau yang busuk. Maka, isteri seorang perokok yang terancam kesihatannya atau terganggu kehidupannya disebabkan tabiat merokok suaminya boleh menuntut fasakh. Pihak mahkamah hendaklah membuat penilaian tentang kemudaratan ini terhadap isteri.          Hak penjagaan anak yang masih kecil tidak boleh diberikan kepada bapa atau ibu yang merokok jika didapati tabiat itu mendatangkan kemudaratan kepada anak berkenaan. Hal ini akan dinilai di mahkamah. Demikian apa-apa bahan yang diambil oleh suami yang memberikan kesan yang memudaratkan kepada isteri. Ini seperti dadah, ketum dan seumpamanya.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019
hukum dan panduan orang bukan islam masuk ke dalam masjid
Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 8012 Hukum Dan Panduan Orang Bukan Islam Masuk Ke Dalam Masjid Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 8012 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 8012 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 201917-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa ______________________________________________________________________HUKUM DAN PANDUAN ORANG BUKAN ISLAM MASUK KE DALAM MASJID______________________________________________________________________ Harus bagi orang bukan Islam masuk ke dalam masjid untuk perkara yang dibenarkan syara’. Orang bukan Islam yang dibenarkan masuk ke dalam masjid itu dikehendaki mematuhi peraturan berikut : 1. Mempunyai kemaslahatan yang diizinkan oleh syarak seperti untuk mempelajari hal ehwal agama ataupun urusan kehidupan yang dibenarkan. 2. Memakai pakaian sopan yang sesuai dengan masjid atau pakaian yang disediakan oleh pihak pentadbiran masjid. 3. Tidak mengotorkan kebersihan masjid. 4. Tidak mengganggu umat Islam yang sedang beribadah. Umat Islam hendaklah mempamerkan contoh teladan yang baik sebagai dakwah kepada keindahan Islam dan memudahkan urusan orang bukan Islam untuk mendekati Islam.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019
garis panduan tentang beberapa kriteria berkaitan dengan pembinaan masjid pusat islam unimap
Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7749 Garis Panduan Tentang Beberapa Kriteria Berkaitan Dengan Pembinaan Masjid & Pusat Islam UniMAP Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7749 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7749 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40/201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H Garis Panduan Tentang Beberapa Kriteria Berkaitan Dengan Pembinaan Masjid & Pusat Islam UniMAP(Jawapan Kepada Surat UniMAP Berkaitan Panduan Pembinaan Masjid)   1. Membina tandas satu bumbung dengan masjid. Jawapan:Tandas dan masjid mestilah berasingan yang dapat membezakan antara ruang solat dan tandas, sekalipun bersambungan bumbung. Apa yang penting dapat memelihara kebersihan dan keselesaan ruang solat. Jika pemisahan bangunan lebih menampakkan kemuliaan masjid dan lebih dapat menjaga kebersihannya, maka ia lebih afdal. 2. Membina tandas membelakangi atau sisi kiblat. Jawapan:Tandas boleh dibina di mana-mana arah yang bersesuaian yang tidak mencacatkan gambaran masjid. Namun hendaklah dipastikan ia tidak menghadap atau membelakangkan kiblat. Sebaliknya hendaklah ke arah kanan atau kiri kiblat. 3. Adakah salah jika lantai tandas separas dengan lantai masjid? Jawapan:Tidak ada penetapan dalam hal ini. Apa yang penting pembinaan tersebut tidak mudah mencemarkan kebersihan masjid. 4. Berapakah jumlah anak tangga mimbar masjid? Jawapan:Sabit dalam beberapa hadis yang sahih menyatakan mimbar Nabi SAW memiliki tiga anak tangga. Sebahagian ulama memahami ia dibuat sebegitu berdasarkan keperluan di zaman tersebut. Hal ini dilihat kepada tujuan mimbar dibina, iaitu bagi memenuhi keperluan jemaah yang ramai untuk melihat dan mendengar suara khatib yang sedang berkhutbah. Justeru sebaik-baik mimbar adalah mimbar yang dibina bersesuaian dengan keperluan masjid, bergantung kepada keluasan dan bilangan jemaah yang mampu ditampung. Tiada pembaziran, tanpa tujuan bermegah-megah, tidak mengganggu dan menyempitkan ruang masjid. Membina mimbar yang terlalu tinggi tanpa keperluan menyanggahi tujuan kewujudan mimbar iaitu memudahkan jemaah mendengar dan melihat khatib. 5. Kedudukan tangga mimbar. Jawapan: Kedudukan tangga mimbar Nabi SAW adalah menghadap jemaah kerana itu bersesuaian dengan keperluan ketika itu di mana baginda duduk di atas salah satu anak tangga mimbar itu. Adapun jika anak tangga itu bukan bertujuan untuk khatib duduk di atasnya, ia boleh dibina pada mana-mana arah menurut keperluan. 6. Khatib naik dari arah belakang, hadapan atau tepi? Jawapan: Sama seperti jawapan 4 dan 5. 7. Adakah boleh berdiri ketika mengambil wudhu? Jawapan: Boleh berwudhu sambil berdiri ataupun duduk berdasarkan keperluan seseorang yang berwudhu. 8. Adakah perlu wujudkan tempat wudhu khas untuk kemudahan OKU? Jawapan:Jika dengan mewujudkan tempat wudhu khas kepada golongan OKU lebih mesra OKU dan jemaah lainnya. Maka itulah yang sebaik-baiknya. Hal seumpama ini bergantung kepada keperluan berdasarkan penilaian pihak masjid berkaitan. 9. Kolah air perlu bertutup atau terbuka? Jawapan: Kolah tertutup atau terbuka bergantung kepada keperluan. Walau bagaimanapun penyediaan tempat wuduk tidak semestinya berbentuk kolah. Perkara yang penting hendaklah tempat wuduk itu mesra pengguna, dan mesra pengurusan kebersihan. 10. Bagaimana dengan saiz kolah? Jawapan: Menurut Mazhab Syafie, saiz kolah jika diukur dengan ukuran semasa sekurang-kurangnya tempat yang boleh memuatkan 270 liter air. Walau bagaimanapun majoriti para ulama tidak menetapkan kadar isi padu kolah. Justeru tiada penetapan sebenar saiz kolah untuk masjid di Perlis. Ia bergantung kepada keperluan setempat. 11. Perlukah diwujudkan tempat sandar iktikaf di saf pertama? Jawapan: Tidak perlu mewujudkan tempat sandar iktikaf tersebut.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019
fatwa bitcoin
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 34098 Fatwa Bitcoin Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 34098 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 34098 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38/20188 – 9 NOVEMBER 2018 30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440H FATWA BITCOIN             Bitcoin yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto dibentuk dengan matlamat menyediakan suatu perantara pembayaran yang menawarkan kemudahan alternatif ‘peer to peer electronic cash system’ yang membolehkan pemilik unit-unit Bitcoin memindahkan pemilikan unitnya kepada pihak lain sebagai bayaran bagi khidmat, pembelian aset atau kiriman wang (remittance) dengan lebih pantas, murah dan mudah tanpa perlu melalui medium institusi kewangan. Ia juga boleh mengelakkan caj perkhidmatan kewangan yang tinggi dan menambah baik integriti setiap pemindahan tersebut hasil penggunaan teknologi anti-godam block chain dan ‘distributed legder’ melalui ekosistem yang telah berfungsi.           Selain itu, Bitcoin juga didagangkan di pasaran crypto pemilikan swasta tanpa sebarang kawal selia oleh mana-mana negara, yang mana permintaan dan penawaran melalui platform perdagangan tersebut menjadikan nilai Bitcoin naik dan turun malah adakalanya kadar turun dan naiknya berada pada tahap yang sangat tinggi berbeza dengan kadar kebiasaan bagi instrumen pelaburan sedia ada yang lain.Dalam penentuan hukum Bitcoin, terdapat banyak perbezaan pendapat di kalangan para ulama dalam menentukan klasifikasi, sifat dan status Bitcoin dari sudut kesahihan nilai dan pengiktirafannya sebagai harta bernilai (Mal Mutaqawwam). Selain itu, perbezaan seterusnya di kalangan para ulama adalah dalam menentukan hukum bertransaksi dengan Bitcoin yang merangkumi proses berdagang (menjual & membeli), menyimpan dan menggunakannya serta kewajiban zakat ke atasnya. Setelah mendengar pembentangan dari pihak yang berpengetahuan dan berpengalaman dari sudut teknikal, pihak kami berpandangan seperti berikut : Sifat dan kesahihan nilai harta pada Bitcoin : Ianya sah dan boleh diiktiraf sebagai punyai nilai harta berdasarkan sifat ‘multi-function and benefit’ yang diperolehi oleh pemilik Bitcoin. Antara faedah atau manfaat yang dimaksudkan adalah :• Akses kepada ekosistem lengkap yang membolehkan pemindahan milik dilaksana dengan selamat dan tepat.• Kebolehan untuk disimpan dan dipindah milik kepada pihak lain dengan mudah, pantas dan murah.• Kebolehan ia untuk didagangkan di pasaran crypto terbuka.• Penerimaan sesetengah pihak terhadapnya sebagai perantara pembayaran.• Penggunaan teknologi block chain yang menambah ciri ketelusan, keselamatan Bitcoin serta nilainyaJusteru itu, Bitcoin boleh disifatkan sebagai aset digital dalam bentuk yang unik serta mempunyai pelbagai manfaat tersendiri yang harus (mubah) khususnya bagi komuniti yang tahu mengguna dan memanfaatkannya. Bitcoin pada ketika ini juga dianggap tidak mencukupi syarat bagi klasifikasi mata wang, maka ia tidak boleh dianggap sebagai mata wang serta tidak terpakai ke atasnya garis panduan hukum Sarf. Harus bertransaksi dengan Bitcoin sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang, aset simpanan dan berdagang dengannya. Namun hendaklah mengambil kira apa yang disebutkan dalam perkara lima (5) di bawah. Disebabkan Bitcoin diiktiraf sebagai aset bernilai, maka setiap pemilikan yang melebihi nilai 85 gram emas serta cukup tempoh pemilikan selama satu tahun, wajib ke atas pemilik Bitcoin untuk membayar zakat harta sebanyak 2.5 % dari nilai semasa Bitcoin tersebut. Mereka yang ingin menggunakan Bitcoin juga wajib memahami selok belok penggunaan Bitcoin. Ini penting bagi mengelakkan elemen gharar sewaktu menggunakannya. Selain itu, pihak terbabit juga mesti terlebih dahulu memahami tahap tinggi risiko-risiko yang berkait dengan transaksi Bitcoin. Hukum penggunaan Bitcoin boleh berubah menjadi HARAM atau ditegah disebabkan beberapa faktor luaran seperti : Apabila diharamkan penggunaannya oleh kerajaan ketika itu ia juga menjadi haram dari segi hukum Syariah atas dasar kemaslahatan awam dan mengelak mudarat menurut penilaian oleh pihak ulil amri. Apabila menyertai SKIM Bitcoin melalui skim cepat kaya anjuran orang tengah atau syarikat pengantara yang menjanjikan keuntungan tetap atau lumayan. Ini adalah HARAM dari sudut syariah dan juga undang-undang setempat. Inilah yang menyebabkan ada yang membeli Bitcoin melalui akaun yang dimiliki syarikat seperti itu lalu berlakunya penipuan. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018.
fatwa pertandingan dan wang pertandingan
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4040 Konsep Majoriti (Majority Rule) Dan Peranan MAIPs Dalam Pindaan Akta Pembahagian Pusaka 1955 (Akta 98) Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4040 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4040 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 201914-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440HHotel Seri Malaysia, Kangar______________________________________________________________KONSEP MAJORITI (MAJORITY RULE) DAN PERANAN Maips DALAM PINDAAN AKTA PEMBAHAGIAN PUSAKA 1955 (AKTA 98)______________________________________________________________ Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan tiada halangan syara’ dengan cadangan menggunakan Konsep Majoriti (Majority Rule) dan Peranan MAIPs dalam menyelesaikan pertikaian harta pusaka sebagaimana dalam pindaan Akta Pembahagian Pusaka 1955 [Akta 98] kerana ianya tidak bercanggah dengan syara’ bahkan menepati beberapa alasan berikut : Penetapan pihak pemerintah untuk menguruskan harta-harta yang tidak dapat diuruskan disebabkan kerana ketidak sepakatan antara waris. Ini bagi menjaga kemaslahatan bersama dan mengelakkan pembaziran dan pembekuan harta selaras dengan kaedah :التَّصَرُّفُ الإمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَةِ“Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah mesti berkait (terikat) dengan maslahah (kebaikan)” Tindakan penetapan pemerintah ini walaupun mungkin tidak disepakati oleh sebahagian waris tetapi ia dapat menyelesaikan kepentingan yang lebih besar dan umum dalam urus tadbir harta pusaka di dalam negeri ini. Ia selaras dengan kaedah :مصلحة عامة مقدمة على مصلحة خاصة“Maslahah (kebaikan) umum didahulukan daripada maslahah peribadi”   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019.
kiraan zakat saham yang didagangkan di pasaran saham
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14469 Fatwa Pertandingan Dan Wang Pertandingan Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14469 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14469 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-37/201812 September 2018 / 2 Muharam 1440H FATWA PERTANDINGAN DAN WANG PERTANDINGAN           Hukum pertandingan adalah harus sekiranya hadiah datang dari pihak ketiga (yang tidak menyertai pertandingan) dan yuran yang dibayar oleh peserta hanya digunakan untuk kepentingan peserta itu sendiri dengan nilai yang setara seperti untuk makan minum dan kos pengurusan yang lain.          Namun semua pertandingan hendaklah tidak membawa kepada perkara-perkara yang haram atau meninggalkan kewajipan agama seperti pertandingan yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat, memperbodohkan akal, menjatuhkan maruah, merosakkan moral, menimbulkan permusuhan, merosakkan alam sekitar dan seumpamanya.           Adapun penganjuran pertandingan yang membabitkan yuran ke atas peserta untuk dijadikan hadiah sama ada keseluruhan yuran atau sebahagiannya adalah haram kerana wujudnya elemen atau unsur perjudian. Namun pertandingan yang membabitkan pertaruhan berbayar (yuran pertandingan) atau apa-apa nilai harta adalah diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut: Hendaklah tidak bergantung kepada nasib semata-mata yang tidak berasaskan kepada ilmu atau kemahiran yang diiktiraf syarak. Ini seperti pertandingan teka nombor, gores dan menang, pertandingan berat ikan yang dipancing, pertandingan teka pasukan bola yang menang, lempar dadu dan seumpamanya. Terdapat tidak kurang satu pertiga (1/3) dari peserta (muhallil) yang berkelayakan dan berdaya saing menyertai pertandingan tanpa dikenakan bayaran pertaruhan. Misalnya jika 30 pasukan bola sepak bertanding 10 daripadanya hendaklah dikecualikan dari dikenakan yuran pertandingan. Jika kedua-dua atau salah satu syarat di atas tidak dipenuhi, maka pertandingan tersebut adalah dilarang. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018.
konsep majoriti majority rule dan peranan maips dalam pindaan akta pembahagian pusaka 1955 akta 98
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 7547 Kiraan Zakat Saham Yang Didagangkan Di Pasaran Saham Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 7547 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 7547 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 201917-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa ______________________________________________________________________KIRAAN ZAKAT SAHAM YANG DIDAGANGKAN DI PASARAN SAHAM______________________________________________________________________   Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju untuk kiraan zakat bagi saham yang didagangkan di pasaran adalah seperti berikut : Bagi saham yang didagangkan secara aktif (wujud transaksi jual dan beli dalam tempoh satu haul), maka kiraannya seperti berikut: Harga saham yang terendah dalam satu tahun x bilangan unit saham + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul sekiranya melebihi nisab semasa) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan) Harga saham semasa x bilangan unit saham + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul sekiranya melebihi nisab semasa) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan)Pembayar boleh memilih salah satu daripada kaedah di atas. Bagi saham yang tidak didagangkan di pasaran secara aktif, maka pemiliknya boleh membayar kadar zakat berasas 2.5% atas dividen sahaja. Ini berasaskan saham yang dimiliki secara tidak aktif itu dikira seperti zakat ke atas perolehan daripada aset tetap (al-Mustaghallat).   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019
hukum gambar makhluk bernyawa di dinding dan selainnya
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 11205 Hukum Gambar Makhluk Bernyawa Di Dinding Dan Selainnya Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 11205 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 11205 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 201914-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440HHotel Seri Malaysia, Kangar_____________________________________________________ HUKUM GAMBAR MAKHLUK BERNYAWA DI DINDING DAN SELAINNYA______________________________________________________________ Membuat lukisan, patung atau apa-apa gambar yang bertujuan untuk diagungkan hukumnya adalah haram dan dosa besar. Adapun lukisan dengan tujuan untuk memberi maklumat, pendidikan, permainan kanak-kanak dan iklan yang tidak membawa unsur mensyirikkan Allah atau berlebihan mengagungkan sesuatu pihak, maka dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu: 1. Gambar tersebut hendaklah tidak berada di hadapan arah solat seseorang.2. Gambar tersebut tidak mengajak kepada kemungkaran seperti galakan minuman arak, mendedahkan aurat dan aktiviti maksiat yang lain. 3. Tidak diletakkan dalam masjid dan surau yang menimbulkan tasyabbuh dengan tempat-tempat ibadah orang bukan Islam.4. Tidak diletakkan di kubur kerana itu merupakan unsur pemujaan kubur.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019
fatwa negeri perlis tentang isu isu hukum yang menjadi khilaf di kalangan masyarakat negeri perlis
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14592 Fatwa Negeri Perlis Tentang Isu-Isu Hukum Yang Menjadi Khilaf Di Kalangan Masyarakat Negeri Perlis Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14592 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14592 KEPUTUSANMESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR---------------------------------------------------------------------------------------------------FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS AJK Fatwa Perlis menyedari bahawa dalam sebahagian amalan umat Islam, terdapat persoalan-persoalan Ijtihadiyyah yang menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Manakala terdapat juga sebahagian amalan yang berlaku salah-faham. Di bawah ini adalah pandangan AJK Fatwa Perlis sebagai panduan dalam beramal: 1. BILANGAN RAKAAT SOLAT TARAWIH : Tiada penetapan tertentu berkaitan bilangan rakaat solat Tarawih dari Nabi SAW. Ia termasuk dalam perkara yang diberi keluasan. Apa yang lebih penting dalam melaksanakan solat Tarawih ialah menjaga adab dan berusaha memperolehi khusu’. Ia boleh dilakukan sebanyak 20 rakaat seperti mazhab Hanafi, al-Syafi’ie dan Ahmad atau boleh juga sebanyak 36 rakaat seperti mazhab Malik atau 11 rakaat juga tidak mengapa. Namun hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA menunjukkan pada kebiasaannya Nabi SAW menunaikan solat malam sebanyak 11 rakaat. Ketika ditanya oleh Abu Salamah bin Abdul Rahman tentang solat Malam baginda pada bulan Ramadan, A’isyah RA menjawab: مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً Terjemahannya: “Tidaklah pernah baginda melakukan lebih dari 11 rakaat sama ada di dalam bulan Ramadan atau selainnya.” (al-Bukhari 1909 dan Muslim 738) Hadis ini tidak menunjukkan solat malam hanya sekadar 11 rakaat sahaja, kerana terdapat riwayat lain yang menunjukkan baginda pernah menunaikan solat malam bersama ‘Abdullah bin ‘Abbas sebanyak 13 rakaat seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka berdua. Demikian juga berdasarkan hadis:   أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلَام صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى Terjemahannya: “Bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat malam. Rasulullah SAW menjawab: “Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat. Jika seseorang daripada kamu bimbang masuknya waktu Subuh, dia solatlah satu rakaat, sebagai witir untuk solat yang telah dia tunaikan.” (al-Bukhari 946 dan Muslim 749) Nabi SAW tidak menjelaskan jumlah rakaat tertentu solat malam ketika baginda ditanya tentangnya. Ini merupakan bukti jelas menunjukkan ada keluasan berkaitan jumlah rakaat solat malam. Maka dengan itu, Imam dinasihatkan menunaikan solat Tarawih menurut kesesuaian makmum. Digalakkan juga bagi makmum mengikut imam sehingga selesai solat bagi memperolehi kelebihan yang disebut di dalam hadis: مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ Terjemahannya: “Siapa yang menunaikan solat bersama imam sehingga selesai, dicatit untuknya pahala seperti menghidupkan sepanjang malam dengan beribadah.” (Riwayat al-Tirmizi 806 dan beliau menilainya sebagai Hadis Sahih. Abu Daud (1375), al-Nasa’ie (1605) dan Ibn Majah (1327). Hadis ini juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi) 2. SOLAT WITIR Solat Witir sama ada dilakukan secara tiga rakaat satu salam dengan satu Tasyahhud (Tahiyyat), atau tiga rakaat dua salam adalah sabit dari hadis-hadis yang Sahih dari Nabi SAW. Solat Witir tidak boleh dilakukan dua kali dalam satu malam berdasarkan larangan dari Nabi SAW. Bagi sesiapa yang yakin dapat bangun qiyamullail, lebih utama baginya melewatkan solat Witir agar dapat dilakukan di penghujung solat malamnya. Manakala bagi sesiapa yang tidak pasti akan bangun qiyamullail ataupun tidak, boleh baginya untuk menunaikan solat Witir sebelum tidur. Jika dia bangun di penghujung malam dia boleh menunaikan solat sunat namun tidak perlu lagi untuk mengulangi solat Witir.   3. BACAAN KHUSUS ANTARA SOLAT TARAWIH Tiada bacaan khusus antara sela solat Tarawih kerana ketiadaan contoh daripada Nabi SAW dan para sahabat. Umat Islam boleh melakukan apa-apa amalan soleh yang dikehendakinya menurut kesesuaian antara sela solat Tarawih seperti beristighfar, berdoa, membaca al-Quran dan seumpamanya tanpa dilakukan secara berjemaah kerana Nabi SAW hanya melakukan jemaah ketika solat dan tidak amalan antara sela solat Tarawih.   4. SERUAN UNTUK SELAIN SOLAT FARDUSeruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً tidak termasuk dalam tatacara Solat Tarawih, solat Witir mahupun solat Hari Raya. Seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً yang sabit di dalam hadis dilakukan untuk solat gerhana yang memerlukan seruan bertujuan menghimpunkan orang ramai. Ini kerana solat gerhana di zaman baginda SAW diketahui sebaik sahaja apabila ia berlaku. Justeru ia memerlukan seruan bagi tujuan menghimpunkan orang ramai. Hadis panjang dari Fatimah binti Qais tentang kisah al-Jassasah yang diceritakan oleh Tamim al-Dari, demikian juga hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash, kedua-duanya terdapat di dalam Sahih Muslim menunjukkan seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً dilaungkan adalah bertujuan memanggil orang ramai untuk berhimpun. Oleh itu seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً hanya dilaungkan jika ada tujuan yang sama. Manakala jika para Jemaah telah sedia berhimpun seperti keadaan solat Tarawih, solat Witir, solat Hari Raya dan seumpamanya, maka tiada keperluan lagi untuk dilaungkan seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً. Imam hanya perlu berdiri dan bertakbir untuk solat. Imam boleh memaklumkan kepada makmum jenis solat yang hendak ditunaikan.   5. BACAAN BASMALAH DALAM SOLATBacaan Basmalah sama ada secara Sirr atau Jahar termasuk dalam persoalan khilaf yang muktabar. Namun fatwa Perlis mentarjihkan bacaan Basmalah secara Sirr kerana dilihat kepada hujah-hujahnya yang lebih kukuh.   6. BACAAN SELEPAS SOLAT WITIRBacaanسُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْس sebanyak tiga kali selepas solat Witir adalah termasuk sunnah Nabi SAW. Adapun tambahan رَبِّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوْح adalah dinilai sebagai tambahan syaz yang merupakan tambahan daif.   7. BILANGAN KHUTBAH HARI RAYAKhutbah Hari Raya boleh dilaksanakan dengan satu khutbah atau boleh juga dilaksanakan dengan dua khutbah seperti khutbah Jumaat, dan duduk seketika sebagai pemisah di antara dua khutbah.   8. LAFAZ TAKBIR HARI RAYATerdapat perbezaan lafaz takbir yang diriwayatkan dari para sahabat Nabi SAW. Hal ini menunjukkan terdapat keluasan dalam perkara ini. Oleh itu lafaz takbir untuk takbir hari raya boleh dilakukan dua kali (اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ) atau tiga kali (اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،). Jika ditambah dengan lafaz لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ dan seterusnya juga adalah suatu penambahan yang diterima. 9. BACAAN DI ANTARA TAKBIR SOLAT HARI RAYATiada penetapan zikir khusus untuk dibaca di antara takbir-takbir solat hari raya. Seseorang boleh bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir atau seumpamanya kerana tiada penetapan dari Nabi SAW. Bahkan jika seseorang diam dan tidak membaca apa-apa di antara takbir-takbir tersebut juga tidak mengapa, kerana tiada penetapan khusus zikir-zikir untuk dibaca.   10. MEMEGANG TONGKAT KETIKA BERKHUTBAHFatwa Perlis mentarjihkan tidak termasuk sunnah untuk khatib memegang tongkat ketika berkhutbah. Melainkan jika ada keperluan seperti khatib yang uzur atau seumpamanya.   11. MENADAH TANGAN KETIKA KHUTBAHKhatib tidak disunatkan menadah tangan ketika berdoa di dalam khutbah Jumaat. Demikian juga para jemaah kerana mengikut khatib. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Umarah bin Ruaibah yang pernah melihat Bisyr bin Marwan (berkhutbah) di atas mimbar mengangkat kedua belah tangan (berdoa). Kata ‘Umarah bin Ruaibah: قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ Terjemahannya: “Allah memburukkan kedua belah tangannya, sesungguhnya daku melihat Rasulullah SAW tidak pernah lebih dari membuat isyarat dengan jari telunjuk baginda.” (Riwayat Muslim, bil: 874) Namun jika khatib berdoa memohon hujan (al-Istisqa’) di dalam khutbah Jumaat, disunatkan untuk khatib menadah tangan sebagai mencontohi perbuatan Nabi SAW dan jemaah juga disunatkan melakukan perkara yang sama.   12. SOLAT QIAMULLAIL SECARA BERJAMAAHNabi SAW sentiasa menunaikan solat malam bersendirian. Namun terdapat riwayat yang menunjukkan baginda pernah melakukannya di rumah baginda secara berjemaah bersama beberapa sahabat seperti Ibn ‘Abbas, Ibn Mas’ud, demikian juga Huzaifah bin al-Yaman. Oleh itu solat malam boleh dilakukan secara berjemaah dengan dijaga adab-adabnya.   13. QUNUT SUBUHQunut Subuh antara perkara yang khilaf di kalangan ulama. Fatwa Perlis mentarjihkan solat Subuh dilakukan tanpa qunut Solat Subuh. Pegangan amalan khusus qunut solat Subuh ditarjihkan sebagai qaul yang daif.   14. CARA ZIKIR SELEPAS SOLATZikir-zikir selepas solat dilakukan secara bersendirian dalam keadaan khusyu’ dan merendahkan diri kepada Allah SWT. Tidak mengapa jika kadang-kadang imam menguatkan bacaannya bagi tujuan mengajar para jemaah.   15. DUDUK TAWARRUK KETIKA TASYAHHUDDuduk Tawarruk memiliki beberapa cara. Salah satu yang biasa diamalkan ialah duduk di atas punggung kiri dengan menghulurkan kaki kiri ke arah kanan dan di bawah kaki kanan yang ditegakkan telapak kakinya. Ia sabit di dalam sunnah Nabi SAW. Ia dilakukan ketika duduk tasyahhud kedua di dalam solat. Duduk Tawarruk ini dilakukan dengan mengambil kira kemampuan seseorang dan keadaan jemaah.   16. BERDOA SELEPAS SOLATSabit di dalam sunnah, Nabi SAW pernah berdoa selepas Solat. Pada kebiasaannya doa selepas solat yang dilakukan oleh baginda adalah tanpa menadah tangan dan baginda tidak pernah melakukannya secara berjemaah selepas solat fardu.   17. MENYAPU MUKA SELEPAS SOLATTiada nas yang sahih dalam perbuatan menyapu muka selepas solat. Maka perbuatan tersebut tidak termasuk adab dan sunat solat kerana tiada bukti yang sahih dalam persoalan ini.   18. MENGGERAKAN JARI TELUNJUK KETIKA TASYAHHUDTermasuk di dalam sunnah ketika bertasyahhud di dalam solat adalah membuat isyarat dengan jari telunjuk. Isyarat tersebut boleh dilakukan sama ada tanpa gerakan jari telunjuk atau menggerakkannya.   19. TAZKIRAH KEMATIANDibolehkan memberi tazkirah selepas mengebumikan mayat sebagai peringatan kepada orang yang hidup. Tazkirah tersebut hendaklah diberikan dengan menjaga adab tanpa ditinggikan suara luar dari keperluan dan berusaha agar ia dapat melahirkan rasa keinsafan. Hendaklah dibezakan antara tazkirah di tanah perkuburan dengan khutbah. Tazkirah di tanah perkuburan dilakukan jika ada keperluan dan dilakukan dengan ringkas, juga tidak dijadikan satu kemestian.   20. SOLAT GERHANADisunatkan solat Gerhana bersama khutbah selepasnya bagi kawasan yang berlaku gerhana. Hal ini diketahui sama ada melalui penglihatan mata atau perkhabaran pihak berautoriti yang meyakinkan. Namun ia hanya disunatkan ke atas penduduk negeri yang berlaku gerhana ke atas mereka sahaja.   21. AL-TATHWIB DALAM AZAN SUBUHSabit dari beberapa hadis berkaitan al-Tathwib (التثويب) iaitu laungan اَلصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْم di dalam azan Subuh. Fatwa Perlis mentarjihkan ia dilaungkan di dalam azan Subuh (azan kedua) iaitu azan yang dilaungkan setelah terbitnya fajar Sadiq.   22. BACAAN SURAH AL-SAJDAH DAN AL-INSAN DALAM SOLAT SUBUHPara Imam masjid yang memiliki kemampuan, dianjurkan membaca keseluruhan surah al-Sajdah dalam rakaat pertama dan keseluruhan surah al-Insan dalam rakaat kedua untuk setiap solat Subuh hari Jumaat mencontohi sunnah Nabi SAW. Walau bagaimanapun hendaklah dielak dari mewujudkan anggapan wajib membaca kedua-dua surah tersebut pada setiap Subuh hari Jumaat. Hal ini perlu mengambil kira kesesuaian waktu dan tempat bagi mengelakkan kesusahan kepada jemaah.   23. JUMLAH TAKBIR SOLAT HARI RAYABoleh melakukan takbir untuk solat Hari Raya sebanyak tujuh kali dalam rakaat pertama termasuk Takbiratul Ihram dan lima kali dalam rakaat kedua tidak termasuk Takbir perpindahan (Intiqalat) seperti pandangan Ibn 'Abbas dan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz seperti yang dinyatakan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf. Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Malik dan Ahmad. Boleh juga dilakukan dalam rakaat pertama sebanyak tujuh kali selepas Takbiratul Ihram dan lima kali selepas takbir perpindahan seperti pandangan mazhab al-Syafi'e. Kedua-dua amalan itu merupakan khilaf muktabar.   24. MENGKHUSUSKAN BACAAN YASIN PADA MALAM JUMAATMengkhususkan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat tidak ada sandaran hadis sahih dari Nabi SAW. Sementara riwayat galakan membaca surah Yasin pada hari Jumaat adalah tidak sahih. Bahkan ada riwayat yang sabit dari Baginda berkaitan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat. Oleh itu umat Islam dianjurkan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat bermula pada malamnya. Demikian juga tidak ada pengkhususan bacaan surah Yasin pada waktu tertentu, namun surah Yasin boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja tanpa penentuan waktu yang khusus.   25. MENGKHUSUSKAN ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYAUmat Islam disunatkan menziarahi kubur pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan waktu dan hari tertentu sama ada hari raya atau selainnya. Perbuatan sesetengah pihak mengkhususkan ziarah kubur pada pagi hari raya telah disalah anggap seakan ia amalan agama yang dituntut. Selain itu, perbuatan itu juga menyalahi tujuan asal berhari raya di dalam Islam iaitu sebagai hari bergembira. Tiada sebarang fadilat khusus menziarahi kubur pada pagi hari raya. Oleh itu, mengkhususkan hari raya sebagai hari menziarahi kubur adalah satu perbuatan yang menyalahi sunnah Nabi SAW.    26. PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA LUAR MASJIDIslam mengajar umatnya menghormati hak orang lain. Oleh itu seluruh masjid di negeri Perlis adalah dilarang menggunakan pembesar suara luar untuk selain Azan dan Iqamah jika ia mengganggu ketenteraman orang ramai. Termasuklah memperdengarkan al-Quran, siaran kuliah dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara luar masjid adalah khusus untuk laungan Azan tanda masuk waktu solat fardu dan laungan Iqamah sahaja. Boleh juga untuk pengumuman ringkas yang membabitkan kepentingan bersama.   27. MEMPERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN DI TEMPAT AWAMAl-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan sebagai panduan manusia. Allah SWT berfirman:   كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ Terjemahannya: "Kitab (Al-Qur'an) yang telah Kami turunkan kepadamu dipenuhi barakah, agar manusia menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran." (Surah Sad: 29) Oleh itu al-Quran hendaklah dibaca, didengari dan difahami isi kandungannya untuk diamalkan di dalam kehidupan. Memperdengarkan bacaan al-Quran di kawasan-kawasan awam termasuk gerai makan, restoran, sekolah dan seumpamanya dalam keadaan yang menyebabkan al-Quran diabaikan dan tidak dihormati serta boleh memberi persepsi merendahkan nilaian al-Quran adalah satu perbuatan yang ditegah.   28. TAKBIR MUQAYYADImam masjid hendaklah memulakan Takbir Muqayyad iaitu laungan bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardu lima waktu. Perlaksanaan ini bermula selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah berterusan sehingga solat Asar 13 Zulhijjah.   29. MENGGERAKKAN TABUNG MASJID KETIKA KHATIB BERKHUTBAHTidak boleh menggerakkan tabung masjid ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat. Perbuatan ini termasuk dalam perkara yang dapat memalingkan tumpuan para jemaah dari mendengar khutbah Jumaat. Nabi SAW telah bersabda : مَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا Terjemahannya: “Sesiapa yang bermain dengan batu (ketika Khatib berkhutbah) maka telah sia-sia (pahala Jumaatnya)” (Riwayat Muslim) Maka menggerakkan tabung ketika khatib berkhutbah lebih utama menyebabkan sia-sia. Dicadangkan tabung digerakkan sebelum khutbah atau selepas solat Jumaat   30. BERDOA SELEPAS SOLAT JENAZAHBerdoa sebaik sahaja selesai dari menunaikan solat jenazah tidak termasuk di dalam adab dan tatacara solat jenazah. Nabi SAW dan para sahabat baginda tidak pernah melakukannya. Jika ia suatu yang disunnahkan sudah pasti hal itu diriwayatkan daripada Nabi SAW. Sebaliknya mereka memadai dengan doa yang terdapat dalam solat Jenazah. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah berusaha memastikan amalan mereka bertepatan dengan sunnah Nabi SAW dengan tidak menambahkan lagi sebarang doa selepas selesai dari menunaikan solat Jenazah.   31. KENDURI ARWAH Orang ramai berhimpun di rumah jenazah dan dibuat makanan untuk mereka selepas jenazah dikebumikan adalah termasuk perbuatan yang tidak disukai berdasarkan perkataan Jarir bin ‘Abdillah RA: كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ ، وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ : مِنْ النِّيَاحَةِ Terjemahannya: “Kami mengira berhimpun kepada keluarga jenazah dan membuat makanan selepas daripada pengebumian termasuk di dalam ratapan (yang dilarang).” (Riwayat Ahmad 6866 dan Ibn Majah 1612)           Ini menunjukkan perbuatan kenduri arwah adalah suatu yang direka dan diada-adakan. Ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda dan mereka tidak pernah berhimpun di rumah keluarga jenazah selepas pengebumian.          Berdasarkan sunnah, jika berlaku kematian, sanak-saudara dan jiran-tetangga dianjurkan supaya meringankan bebanan yang dipikul oleh keluarga jenazah dan berusaha mengurangkan rasa sedih yang menyelubungi mereka.           Sanak-saudara dan jiran tetangga dianjurkan bersegera menyediakan makanan atau seumpamanya untuk ahli keluarga jenazah yang dapat meringankan bebanan dan kesedihan yang mereka tanggung. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW sebaik sahaja sampai kepada baginda berita syahidnya Jaafar bin Abi Tolib RA dalam peperangan Mu’tah: اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ Terjemahannya: “Buatkanlah untuk keluarga Jaafar makanan, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan.” (Riwayat al-Tirmizi 998 dan beliau menilainya sebagai Hasan. Abu Daud 3132, Ibn Majah 1610. Hadis ini juga dinilai Hasan oleh Ibn Kathir dan al-Albani) Kata al-Imam al-Syafi’ie: وَأُحِبُّ لِجِيرَانِ الْمَيِّتِ أَوْ ذِي قَرَابَتِهِ أَنْ يَعْمَلُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ فِي يَوْمِ يَمُوتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا يُشْبِعُهُمْ فَإِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ، وَذِكْرٌ كَرِيمٌ، وَهُوَ مِنْ فِعْلِ أَهْلِ الْخَيْرِ قَبْلَنَا وَبَعْدَنَا Terjemahannya: “Dan aku suka bagi jiran jenazah atau sanak saudaranya membuat makanan untuk ahli keluarga jenazah pada hari kematian dan malamnya yang dapat mengenyangkan mereka, kerana hal ini adalah satu sunnah dan juga sebutan yang mulia (kepada mereka). Hal ini termasuk dalam perbuatan orang-orang yang baik sebelum dan selepas daripada kita.” (al-Umm 1/317) Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2018 pada 27 September 2018.
fatwa pengurusan lebihan harta pusaka
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4265 Fatwa Pengurusan Lebihan Harta Pusaka Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4265 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4265 KEPUTUSANMESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-37 / 2018 TARIKH : 12 SEPTEMBER 2018TEMPAT : DORSETT HOTEL, PUTRAJAYA ______________________________________________________________ FATWA PENGURUSAN LEBIHAN HARTA PUSAKA           Harta yang ditinggalkan tanpa pewaris dalam kalangan Ashab al-Furudh dan Asabah diuruskan oleh MAIPs demi untuk kepentingan umat Islam. Dalam masa yang sama pihak pengurusan MAIPs wajar untuk memberikan keutamaan kepada Zawil Arham jika ia dapat dilakukan. Hal ini lebih menepati keperluan semasa dalam konteks perundangan negara kita.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2018 pada 27 September 2018.
hukum membasuh pakaian dengan mesin basuh
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 20175 Hukum Membasuh Pakaian Dengan Mesin Basuh Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 20175 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 20175 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 201914-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440HHotel Seri Malaysia, Kangar______________________________________________________________________HUKUM MEMBASUH PAKAIAN DENGAN MESIN BASUH______________________________________________________________________ Asal sesuatu pakaian yang bersih dimasukkan oleh seseorang ke dalam mesin basuh tidak dikira bernajis melainkan terbukti kenajisannya. Pakaian dicuci dengan menggunakan air yang bersih dan bahan-bahan yang boleh membersihkan. Setelah sesuatu pakaian itu dicuci dengan satu proses penyucian sehingga tiada lagi kesan najis sama ada bau, rasa dan warna, maka dikira pakaian itu bersih. Tidak diperintahkan oleh syara’ untuk kita membebani diri meneliti sesuatu proses pembersihan jika sudah terbukti cucian yang berlaku menghilangkan segala kesan najis. Jika terbukti masih terdapat kesan najis selepas proses pembersihan menggunakan mesin basuh maka pakaian terbabit dikira masih bernajis. Namun jika kesan itu terlalu sukar untuk dihilangkan dan hanya sedikit seperti kesan warna darah atau warna najis yang tidak dapat dihilangkan maka dimaafkan. Bagi mengelakkan kesan najis di dalam penggunaan mesin basuh maka digalakkan seseorang memastikan pakaian yang dimasukkan itu dihilangkan najis yang jelas yang akan menyebabkan pakaian lain terkena najis tersebut dan memberi kesan kepada bau, warna dan rasa. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019
fatwa jarak solat qasar
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 24595 Fatwa Jarak Solat Qasar Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 24595 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 24595 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 2019______________________________________________________________________FATWA JARAK SOLAT QASAR______________________________________________________________________ Jarak perjalanan seseorang ke destinasi tertentu dibolehkan qasar berdasarkan kepada dua penilaian iaitu: Berdasarkan kepada jarak iaitu lebih kurang 80KM dan ini merupakan pendapat jumhur ulama. Tidak ada hadis yang sahih yang menetapkan jarak ini. Namun, terdapat riwayat daripada Ibn Abbas yang mengambil kira jarak antara Mekah dengan Taif dan Mekah dengan Jeddah. Berdasarkan kepada ‘uruf yang mengambil kira sesuatu jarak perjalanan sebagai musafir. ‘Uruf ini mengambil kira kedudukan persiapan dan kesukaran yang berlaku dalam musafir tersebut. Pendapat ini tidak menghadkan jarak tertentu. Tokoh-tokoh seperti Ibn Qudamah al-Maqdisi, Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Syawkani, Muhammad Saleh bin ‘Uthaimin, al-Albani, al-Qaradhawi dan lain-lain menyokong pendapat ini.           Jika seseorang berkeyakinan yang ‘uruf perjalanannya itu suatu permusafiran, walaupun kurang daripada jarak 80KM, perjalanan tersebut dikira musafir. Namun, jika sukar untuk menentukan kelayakan perjalanannya untuk dianggap sebagai musafir, boleh berpegang dengan pendapat jumhur ulama yang menetapkannya lebih kurang 80KM sahaja untuk melayakkannya dikira sebagai musafir.           Para ulama bersepakat, jika seseorang syak sama ada musafirnya itu layak atau tidak untuk dinamakan sebagai musafir, ia perlu merujuk kepada asal kewajipan solat iaitu perlu ditunaikan secara tamam dan tidak boleh menunaikannya secara qasar. Jika seseorang meyakini perjalanannya suatu permusafiran, dia digalakkan untuk melakukan qasar kerana Ibn Umar telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W., Abu Bakar R.A, Umar R.A dan Uthman R.A sentiasa melakukan qasar dalam permusafiran. Jika dia menunaikan solat di belakang imam yang menunaikan solat secara tamam (4 rakaat), dia hendaklah melengkapkan solatnya seperti solat imam tersebut. Ini berdasarkan riwayat daripada Ibn Abbas dalam Musnad Ahmad. Berhubung dengan solat jama’, ia dibolehkan dalam permusafiran.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019
fatwa bacaan al quran di tanah perkuburan
Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14102 Fatwa Bacaan Al-Quran Di Tanah Perkuburan Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14102 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14102 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 201917-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa______________________________________________________________________Fatwa Bacaan Al-Quran Di Tanah Perkuburan______________________________________________________________________           Tiada riwayat yang sahih daripada Nabi SAW melakukan atau menggalakkan upacara membaca al-Quran di kubur selepas pengebumian. Sebaliknya yang ada hanyalah amalan Ibn ‘Umar RA yang membaca al-Quran semasa proses pengebumian. Namun demikian riwayat ini dipertikaikan kesahihannya oleh sebahagian ulama hadis. Dalam kalangan para ulama seperti al-Imam al-Syafi’ie, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan selain mereka membolehkan membaca ayat-ayat al-Quran semasa pengebumian. Sementara para ulama yang lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, satu riwayat daripada al-Imam Ahmad tidak mengharuskan bacaan al-Quran di perkuburan, bahkan dalam satu riwayat al-Imam Ahmad menganggapnya sebagai bidaah.           Adapun membaca doa untuk si mati di kubur adalah sunnah Nabi SAW. Seseorang boleh membaca doa yang dipetik dari al-Quran ataupun hadis ataupun dari dirinya sendiri bagi mendoakan keampunan dan kebaikan untuk si mati. Hal ini boleh dilakukan sama ada bersendirian atau mengaminkan doa orang lain.           Maka dengan ini tiada sebarang dalil yang menyokong upacara membaca atau mengkhatamkan al-Quran selepas tamat proses pengebumian di kubur. Adapun semasa pengebumian jenazah, telah berlaku khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Namun bagi orang yang hendak membaca al-Quran semasa pengebumian tidak boleh mengadakan kaifiat dan cara yang khusus kerana itu termasuk di dalam mengada-adakan perkara yang tidak mempunyai nas. Sebaliknya dia boleh membaca apa-apa ayat al-Quran yang hendak dibacanya secara bersendirian. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019
fatwa imam atau makmum melihat mushaf al quran dalam solat
Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9675 Fatwa Imam atau Makmum Melihat Mushaf Al-Quran dalam Solat Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9675 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9675 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-37 / 2018TARIKH : 11 SEPTEMBER 2018TEMPAT : DORSETT HOTEL, PUTRAJAYAFATWA IMAM ATAU MAKMUM MELIHAT MUSHAF AL-QURAN DALAM SOLAT             Imam sebaik-baiknya membaca dari hafalannya. Namun jika imam tidak memiliki kemampuan hafalan dan bacaan yang baik, maka bolehlah bagi imam membaca al-Quran dengan melihat mushaf berdasarkan athar dari Umm al-Mukminin ‘Aisyah RA yang berimamkan Maulanya Zakwan seperti yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari. Hal ini hanya dilakukan di dalam solat sunat yang digalakkan berdiri lama. Adapun solat fardu imam membaca ayat al-Quran yang dihafalnya dan tidak memberat-beratkan makmum. Ia berdasarkan hadis Nabi SAW yang bersabda kepada orang yang solat dengan cara yang salah: ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرْآنِMaksudnya: “…Kemudian bacalah apa-apa yang mudah dari ayat al-Quran…” (Riwayat Muslim 724)           Dalam masa yang sama dilarang bagi makmum mengubah keadaan solat yang asal sama ada dalam bentuk memegang mushaf ataupun apa-apa alatan untuk melihat bacaan ayat al-Quran yang dibaca oleh Imam. Perbuatan tersebut menyalahi sunnah yang sekurang-kurang hukumnya makruh. Jika dijadikan kebiasaan solat dengan cara yang demikian boleh membawa kepada bidaah. Ini kerana kita diperintahkan untuk mengikuti keadaan ataupun sifat asal solat sama ada perkataan atau perbuatan yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.           Di samping itu arahan asal ialah makmum mendengar bacaan al-Quran secara khusyuk dan dibimbangi makmum yang melihat mushaf boleh menghilangkan khusyuk.   Ini seperti firman Allah SWT: وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ Maksudnya: “Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan diamlah agar kamu mendapat rahmat.”  (al-A’raf: 204)
fatwa hukum kahwin lari atau luar negara
Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9754 Fatwa Hukum Kahwin Lari atau Luar Negara Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9754 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9754 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-39 / 20191 Mac 2019 / 24 Jumadil Akhir 1440HFATWA HUKUM KAHWIN LARI ATAU LUAR NEGARA Perkahwinan yang berlaku ke atas satu-satu pasangan di luar negara melibatkan beberapa kategori iaitu: Pasangan yang berada di negara luar dan menghadapi kesukaran yang besar untuk mendapatkan keizinan wali yang asal sehingga terpaksa menggunakan wali hakim. Perkahwinan sebegini adalah sah. Pasangan yang sengaja keluar dari negara yang sepatutnya mereka berkahwin. Untuk kategori yang kedua ini, ia melibatkan dua sebab: Mengelakkan diri daripada birokrasi pihak pentadbiran perkahwinan setempat Melarikan diri daripada wali. Berhubung dengan sebab pertama, jika satu-satu pasangan keluar negara bersama wali atau setelah mendapat keizinan wali, perkahwinan itu sah tanpa ragu. Jika bakal isteri seorang janda, memadai dengan mendapatkan persetujuan wali. Jika saudara baru, boleh menggunakan wali hakim. Berhubung dengan sebab kedua, jika sekiranya wanita itu seorang anak dara dan walinya pula enggan mewalikan perkahwinannya (adhl) tanpa sebarang sebab yang munasabah, perkahwinan ini juga adalah sah dengan syarat dia dapat membuktikan keengganan wali tersebut untuk mewalikan perkahwinannya. Jika tidak, perkahwinannya dikira sebagai fasid dan hendaklah mengulangi semula akad perkahwinan itu dengan keizinan wali. Sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh tersebut, nasabnya dikira sabit. Jika wali membantah perkahwinan kerana pasangan secara jelas tidak sekufu dan dipersetujui oleh pihak berkuasa agama, maka perkahwinan itu terbubar. Berhubung dengan perkahwinan-perkahwinan yang berlaku sebelum itu yang telah diyakini oleh satu-satu pasangan sebagai sah, Allah memaafkan apa yang telah lepas itu. Akad nikah tidak perlu diulangi manakala nasab anak-anak mereka dikira sabit. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menasihatkan pihak berkuasa agama negeri supaya memudahkan urusan perkahwinan dengan mengelakkan karenah birokrasi yang membebankan. Diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil.3/2019 pada 22 April 2019
fatwa hukum berkaitan majlis khatam al quran secara berjemaah
Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 24871 Fatwa Hukum Berkaitan Majlis Khatam Al-Quran Secara Berjemaah Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 24871 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 24871 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 41 / 20197 Mei 2019 / 2 Ramadan 1440HFATWA HUKUM BERKAITAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SECARA BERJAMAAH_______________________________________________________________ Definisi khatam al-Quran ialah membaca al-Quran dari surah al-Fatihah sehingga al-Nas sama ada dengan diadakan majlis atau tidak. Berhimpun untuk membaca dan mempelajari al-Quran mempunyai sandaran dari hadis Nabi SAW dan merupakan sesuatu yang digalakkan. Adapun berhimpun untuk majlis khatam al-Quran tidak terdapat riwayat yang sahih baginda Nabi SAW melakukannya atau menyuruh kita melakukannya. Namun, terdapat dalam kalangan salaf yang mengamalkannya. Asal khatam al-Quran tidak memerlukan majlis kerana apabila seseorang membaca al-Quran dari awal sehingga akhir bermakna dia telah mengkhatamkan al-Quran. Namun, jika ingin diwujudkan sesuatu majlis bagi tujuan tertentu maka pihak yang ingin mengadakan majlis khatam al-Quran hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut : Tidak menganggap khatam al-Quran memerlukan majlis khatam al-Quran. Jika sesiapa membaca al-Quran keseluruhan tanpa mengadakan majlis khatam al-Quran tidak mencacatkan pahala pembacaannya. Tiada penetapan waktu, tatacara, wirid dan doa khusus. Apa sahaja doa yang bersesuaian boleh dibaca dengan memenuhi adab-adab doa. Majlis khatam al-Quran tidak semestinya dengan penyediaan makanan dan perhiasan tertentu. Demikian juga tiada fadhilat khusus menyediakan makanan tertentu seperti menyediakan pulut kuning. Namun jika disediakan tanpa sebarang kepercayaan tertentu sekadar makanan biasa adalah dibolehkan. Majlis khatam al-Quran itu tidak menyebabkan timbulnya riya’ dan menunjuk-nunjuk amalan soleh kepada orang ramai bahawa seseorang telah khatam al-Quran sebaliknya sekadar satu galakan. Perhimpunan tersebut hanyalah bertujuan menggalakkan bacaan al-Quran dan mempelajari bacaan yang betul. Menghadiri majlis khatam al-Quran tidak menjadikan seseorang telah mendapat pahala membaca keseluruhan al-Quran jika dia sendiri tidak membaca keseluruhan al-Quran. Memastikan setiap orang yang membaca menepati hukum-hakam tajwid terutamanya yang berkaitan dengan hukum waqaf dan ibtida’. Jika bacaan beramai-ramai dengan serentak boleh menyebabkan berlaku kesalahan pada hukum-hakam tajwid, maka hendaklah dielakkan. Cara yang terbaik ialah ada pihak yang membaca manakala yang lain mendengar dan menyemaknya secara bergilir. Majlis tersebut tidak mengganggu orang lain dengan bacaan khususnya di dalam masjid atau di tempat-tempat yang dikhususkan untuk perkara lain seperti waktu pembelajaran sedang berjalan di sekolah.
fatwa berkaitan arah kiblat
Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 21395 Fatwa Berkaitan Arah Kiblat Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 21395 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 21395 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38 / 20188 – 9 NOVEMBER 2018 30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440HFATWA BERKAITAN ARAH KIBLAT Islam adalah agama yang menyuruh agar memudahkan urusan umatnya termasuklah menuntut umatnya tidak menyusahkan dalam urusan kiblat ini. Ini adalah kerana nas al-Quran menyebut agar seseorang menghadap ke arah masjidil haram dengan menggunakan perkataan شطر (arah atau separuh) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 149: Terjemahannya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. Allah mengetahui bahawa mustahil orang yang berada jauh untuk menghadap ke masjidil haram. Maka yang diperintahkan adalah menghadap ke arah masjidil haram. Nabi S.A.W bersabda : مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ قِبْلَةٌTerjemahannya : Arah antara timur dan barat adalah qiblat. (HR al-Imam al-Tirmizi, Sahih)Oleh itu, bagi muslim yang berada dalam masjidil haram hendaklah dia menghadap ke arah kaabah yang dilihatnya. Sementara mereka berada di luar masjidil haram hendaklah menghadap ke arah masjidil haram. Adapun mereka yang berada di luar dari Mekah hendaklah dia menghadap ke arah tanah haram. Asalnya hendaklah seseorang berusaha mencari arah kiblat yang tepat iaitu 291 darjah ke 293 darjah dari utara bagi negara Malaysia. Walau bagaimanapun bagi seseorang yang ingin solat memadailah dengan panduan arah kiblat yang sedia ada di tempat tersebut atau yang diketahui olehnya berdasarkan kemudahan sekadar yang dia mampu. Selagi mana seseorang menghadap ke arah Masjidil Haram, maka solatnya sah. Tidak disyaratkan kesahihan solatnya itu dengan dia menghadap tepat ke Masjidil Haram. Hal ini kerana penentuan arah kiblat sejak zaman dahulu adalah berdasarkan sangkaan yang kuat (غلبة الظن) dengan petunjuk-petunjuk yang ada. Sesiapa yang telah solat dengan arah yang dipercayainya sebagai arah kiblat, kemudian setelah selesai solatnya dia mendapati arah tersebut salah, maka tidak wajib baginya untuk mengulangi solatnya. Adapun bagi masjid-masjid pada zaman ini yang diwujudkan setelah adanya peralatan teknologi moden hendaklah berusaha mencari arah yang tepat dengan menggunakan kemudahan yang diiktiraf. Begitu juga masjid-masjid yang di bina dan didapati arah kiblatnya kurang tepat berdasarkan alatan moden masa kini, ia boleh kekal dengan binaan / keadaan asalnya selagi tidak melebihi 45 darjah dari arah yang tepat ke kiri atau ke kanan.Apa yang dimaksudkan arah menghadap itu hendaklah tidak melebihi 45 darjah dari arah kiblat mengambil kira sudut setiap arah iaitu utara, selatan, timur dan barat yang mempunyai 90 darjah bagi setiap sudut. 45 darjah itu juga berdasarkan arah yang Nabi SAW sebutkan iaitu timur dan barat. Apabila melebihi 45 darjah dari arah yang tepat akan mengakibatkan seseorang akan terkeluar dari arah tersebut kerana arah keseluruhannya 90 darjah. Maka arah yang paling tengah dalam 90 darjah adalah 45 darjah ke kanan dan 45 darjah ke kiri.   Nabi SAW bersabda :إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا ، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُواTerjemahannya : Jika kamu datang ke tandas, maka janganlah kamu menghadap kiblat dan membelakanginya. Akan tetapi, hadaplah ke arah timur atau barat. (HR al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim)   Rajah di atas menunjukkan contoh sudut 45 darjah ke kiri dan ke kanan dari arah kiblat pada sudut 291 darjah.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018
fatwa penentuan hari raya al adha dan puasa arafah
Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 4535 Fatwa Penentuan Hari Raya Al- Adha Dan Puasa Arafah Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 4535 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 4535 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38/20188 – 9 NOVEMBER 2018 30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440H FATWA PENENTUAN HARI RAYA AL- ADHA DAN PUASA ARAFAH Mana-mana negara yang sama matla’nya hendaklah berhari raya pada tarikh yang sama. Demikian juga penentuan puasa Arafah. Manakala mana-mana negara yang berlainan matla’nya, maka penentuan hari raya berdasarkan keputusan ulil amri kerana ia membabitkan syi’ar menzahirkan kesatuan bersama umat Islam di sesuatu tempat. Manakala penentuan puasa sunat Arafah merupakan perkara khilaf dalam kalangan ulama. Majoriti para ulama memfatwakan supaya setiap orang mengikut penentuan 9 Zulhijjah di negara masing-masing dan pandangan ini mempunyai alasan-alasan yang kukuh. Namun oleh kerana ia merupakan amalan peribadi, maka seseorang berhak memilih puasa sama ada menurut hari wukuf di Arafah atau berdasarkan hari ke-9 Zulhijjah bagi negara-negara yang berlainan matla’.Antara dalilnya :Firman Allah SWT :يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّTerjemahannya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. (al-Baqarah : 189 )Sabda Rasulullah SAW :الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَTerjemahannya: Puasa ialah hari kamu semua berpuasa, berbuka adalah hari kamu semua berbuka dan Hari Raya Korban adalah hari kamu semua melakukan ibadah korban. (HR al-Imam al-Tirmizi) Dalam masa yang sama dunia Islam digesa supaya menzahirkan kesatuan dalam penentuan hari-hari penting di dalam Islam.