text
stringlengths
1
7.53k
thematic
stringclasses
1 value
sub-thematic
stringclasses
1 value
country
stringclasses
11 values
document_url
stringlengths
63
63
source_url
stringlengths
48
182
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, mengenai perwujudan sekolah-sekolah menengah. Saya tidak dapat menafikan bahawa setiap Rancangan Malaysia, kawasan Libaranlah antara kawasan yang beruntung kerana mendapat pembinaan sekolah menengah baru. Walau bagaimanapun, isunya bukan itu, tetapi isunya ialah bagaimana keadilan kepada masyarakat ataupun penduduk luar bandar?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Pada Rancangan Malaysia Kelapan lagi, saya telah mencadangkan dua buah sekolah menengah yang melibatkan luar bandar iaitu SMK Libaran dan SMK Gum-Gum 2. ■1650 Kalau tidak silap saya SMK Libaran sudah diluluskan dua tahun yang lalu. Cuma saya tidak tahu di mana silapnya sehingga hari ini SMK Libaran ini belum dapat dilaksanakan. Jadi, saya ingin tahu bila sekolah ini dilaksanakan?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, saya menghadiri program-program di sekolah di kawasan saya yang anak-anak sekolah terutama ibu bapa yang terdiri daripada masyakat luar bandar, selalu bertanya bila sekolah SMK Libaran ini dilaksanakan? DR 29.10.2014 67 Begitu juga Sekolah Menengah Gum Gum 2 juga di luar bandar yang melibatkan lima buah ‘feeder’ school di situ iaitu SK Sg. Tiram, SK Pertanian, SK Sekilan Desa, SK Ulu Dusun dan SK Semawang. Semuanya terdiri daripada pelajar-pelajar anak-anak nelayan dan juga petani.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sudah tentu mengharapkan kewujudan dua buah sekolah menengah luar bandar ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai ESSCOM yang diwujudkan di negeri Sabah. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri kerana concern sangat tentang keselamatan terutama di Pantai Timur Negeri Sabah. Di daerah Sandakan seperti yang saya sebut dalam sesi yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada di sini yang menjaga sebahagian daripada keselamatan negara kita.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Di pesisir pantai kawasan Libaran ini merupakan pantai yang terpanjang di daerah Sandakan. Cuma pihak keselamatan kita sama ada polis marin ataupun maritim, APMM ataupun angkatan tentera semuanya berpusat di Pusat Bandar Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, pesisir pantai Libaran ini menghala ke Laut Sulu, jaraknya kalau kita naik bot laju lebih kurang hanya memakan masa 30 minit ke-40 minit sampai ke sempadan negara jiran.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada pencerobohan di kawasan pesisir pantai Libaran ini, sukar untuk kita menghalang dan menanganinya, memandangkan pusat bandar Sandakan di mana letaknya pihak keselematan, mengambil masa lebih kurang satu jam sampai ke pesisir pantai Libaran. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Libaran boleh gulung. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Ya sekejap.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kalau ada pencerobohan sudah tentu penceroboh-penceroboh ini akan cepat beredar dan tidak dapat ditangani dengan begitu baik. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya sama ada di kawasan Tanjong Pisau ataupun di Kuala Gum Gum supaya dibina mini pangkalan polis marin ada di situ. Bila ada pangkalan marin bukan sahaja keselamatan dapat kita selesaikan tetapi meyakinkan masyarakat tempatan terutama mungkin pelabur-pelabur yang datang di kawasan pesisir pantai ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Bajet 2015. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Kapar. Selama 15 minit Yang Berhormat Kapar. 4.55 ptg. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: [Disampuk] Belum mula sudah mencelah. Salam sejahtera dan salam reformasi dengan restu ibu bapa dan restu Tuhan saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk membahas Belanjawan Negara 2015.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati teori Belanjawan Negara 2015 merupakan sebuah teori yang menggalakkan konsep “Terus berhutang ketika krisis melanda.” Konsep ini merupakan konsep teori baru yang diguna pakai oleh pentadbiran negara kita. Pendek kata bajet tahun ini lebihkan bajet berhutang. Ini adalah kerana tanggungan dan penderitaan serta sengsara masyarakat perlu ditanggung oleh rakyat jelata.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sebagai pentadbiran yang prihatin kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan masyarakat tetapi pendekatan Belanjawan 2015 adalah berbeza dan bercanggah dengan yang saya tekankan di sini. Beberapa tahun ini kita menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang parah dan bernanah. Ekonomi kita telah mencipta kelompok yang maha kaya dan juga kelompok yang maha miskin. Peratus golongan sederhana pula semakin menipis mengakibatkan peruntukan ekonomi kita dalam suasana yang merisaukan dan membimbangkan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Pertumbuhan ekonomi pula tidak diagihkan kepada rakyat jelata yang masih berpendapatan rendah. Akibatnya rakyat kelas bawahan dan golongan sederhana terpaksa hidup bergantung kepada hutang. Hutang isi rumah bagi tahun 2013 telah menjangkau RM904.3 bilion atau 86.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan antara yang tertinggi di dunia.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dalam kata yang mudah supaya Yang Berhormat Lenggong faham, sekiranya seseorang individu memperoleh pendapatan RM1,000 sebanyak RM860 digunakan untuk membayar hutang. Persoalan saya ialah apakah rancangan kerajaan secara spesifik dan terperinci untuk mengurangkan kadar isi rumah ini? 68 DR 29.10.2014 Apakah kerajaan sudah ada rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk kekayaan diagihkan kepada rakyat jelata yang masih berpendapatan rendah.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tambahan kepada itu Tuan Yang di-Pertua, hutang negara juga telah melambung melepasi paras yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Dana Kerajaan 1983, yang tidak mengizinkan hutang lebih daripada 55 peratus KDNK. Namun begitu, hutang negara terkini dilaporkan telah mencecah RM700 bilion, lebih 60 peratus KDNK.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kerajaan yang waras yang mengamalkan amalan yang lazim dan praktikal apabila paras hutang terlalu tinggi maka kerajaan tersebut akan memotong perbelanjaan membazir. Seperti projek-projek mega, pengindahan bandar, gaji pentadbiran, memotong peruntukan projek-projek terutamanya projek-projek kroni, menghalusi langkah- langkah membanteras rasuah dan menyekat segala ketirisan dan pembaziran yang berlaku.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Namun begitu dengan nada yang sedih dan hati yang berat saya ingin tekankan Kerajaan Malaysia sepatutnya mengharungi krisis kewangan yang melanda rakyat. Akan tetapi melaksanakan pula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memotong subsidi yang amat diperlukan oleh rakyat jelata ketika ini. Saya ingin menanya soalan mengapa rakyat Malaysia tidak berhak menikmati subsidi petrol dan diesel walaupun Malaysia negara pengeluar minyak?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tambahan pula, mengapakah Penjana Tenaga Bebas (IPP) menikmati subsidi bahan api sebanyak RM19 bilion setahun? Adakah ini bermaksud subsidi rakyat jelata dihapuskan tetapi subsidi untuk kroni-kroni digalakkan? Saya menuntut jawapan. Isu seterusnya ialah berkaitan dengan Akta Hasutan yang merupakan senjata politik Barisan Nasional.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Peristiwa kegagalan Peguam Negara mendakwa Ibrahim Ali menimbulkan dakwaan bahawa Akta Hasutan dikhususkan kepada pembangkang dan aktivis yang tidak sebulu dan sehaluan dengan kerajaan. ■1700 Sebaliknya, penyokong kerajaan yang kebal walaupun majoriti rakyat bersetuju ucapan yang dikeluarkan adalah berunsur hasutan tetapi tidak dikenakan apa-apa pendakwaan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Penjelasan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy binti Shukri bahawa kenyataan Ibrahim Ali untuk merampas dan membakar Bible Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Mengejutkan pengamal undang-undang seperti saya dan insan yang menghormati dan memahami agama Islam seperti saya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
juga setiap Saya ingin menegaskan di sini mewakili Pakatan Rakyat bahawa kami tidak setuju sama sekali dengan kaedah pendakwaan di bawah Akta Hasutan termasuk untuk Ibrahim Ali. Ibrahim Ali perlu didakwa bukan dengan Akta Hasutan tetapi dengan undang-undang yang sedia ada.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Penerangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa mereka yang melakukan jenayah dan terpaksa menggunakan Akta Hasutan ialah sebenarnya telah memesongkan Dewan yang mulia ini dan masyarakat Malaysia secara menyeluruh.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya mencabar Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk duduk bersama saya dan saya akan membantu beliau dengan mencadangkan akta-akta alternatif yang boleh diguna pakai untuk mendakwa mereka yang telah didakwa dengan Akta Hasutan. Saya akan membantu beliau... Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Cadangan Dewanlah. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: ...Dengan hati yang suci... Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Cadang sekaranglah.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: ...Dan ikhlas tanpa sebarang political mileage. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Saya ingat Yang Berhormat Kapar pun macam Yang Berhormat Bakri jugalah baca. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Kalau sanggup terima cabaran saya, jelaskan. Saya perlukan jawapan dan saya cadangkan benda ini. Jangan kacau Yang Berhormat Lenggong. Masa dia berucap, saya tidak kacau pun. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong kacau saya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Lenggong, boleh minum teh di luar. DR 29.10.2014 69 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Isu seterusnya mengenai pemberian BR1M. Adakah bantuan BR1M ini bermakna, apakah kesan signifikannya? Adakah kerajaan arif bahawa peruntukan BR1M sebanyak RM950 sekeluarga tidak memadai dengan kos sara hidup yang sedang melambung. Purata bulanan peruntukan BR1M RM80 sebulan Tuan Yang di-Pertua.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tepuk dada tanya selera- RM80 sebulan apa maknanya? Saya yakin rakyat gemar menerima BR1M bukan kerana ia membantu menaikkan taraf hidup mereka atau untuk membantu kos sara hidup mereka tetapi ia dianggap sebagai bonus one-off. Saya merasakan pemberian BR1M oleh pihak kerajaan adalah tidak sesuai dan merupakan... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Hendak minta pencelahan sedikit boleh Yang Berhormat Kapar?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: ...Satu percubaan yang baik untuk menutup segala kegagalan dalam pentadbiran mereka. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kota Tinggi. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya habiskan dahulu. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Satu minit sahaja boleh?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Habiskan dahululah, saya bagi. Saya gentle. Saya mesti bagi. Habiskan dahulu. Tambahan pula tidak dapat dinafikan bahawa dengan memberikan BR1M menyebabkan rakyat terhutang budi kepada pihak kerajaan. Apa tugas kerajaan untuk membuatkan rakyat terasa terhutang budi walaupun hasrat untuk memajukan taraf hidup rakyat secara menyeluruh tidak dicapai. Bukankah tugas yang paling penting iaitu untuk memajukan rakyat jelata terletak di bahu kerajaan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik satu ungkapan Confucius yang pernah menyatakan bahawa give a man a fish, feed home for a day. Teach a man to fish feed for a lifetime. Ini bermaksud apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan pemberian BR1M adalah bertentangan dengan prinsip yang dikemukakan oleh Confucius. Persoalan saya adalah adakah Kerajaan Malaysia bersetuju masyarakat Malaysia masih berada di takuk lama walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan setelah lebih setengah abad.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Adakah kerajaan mengakui bahawa Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1971 yang telah diguna pakai selama ini dasar yang telah gagal, khususnya terhadap orang- orang Melayu... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar. Sedikit, nanti you lari topik lain. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: No, no. Last, last para. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Nanti you lari topik lain.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Bukankah pembentangan Bajet 2015, menyedarkan kita di dalam dan di luar Dewan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih hidup di bawah paras kemiskinan dan tidak banyak beza keadaan negara selepas mencapai kemerdekaan dengan keadaan sekarang. Maka, saya menuntut penjelasan. Ya, silakan. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Hendak tanya pendek sahaja Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya Bantuan Rakyat 1Malaysia nama pun bantuan. Kalau tanya fasal mata kail dengan ikan, kerajaan bagi mata kail, ikan pun kerajaan bagi juga. Sebab namanya pun bantuan. Jadi, tidak payah cakap fasal ikan. Itu cerita lain. Itu infrastruktur lain, pendidikan, keusahawanan semua dibuat tapi ini bantuan untuk bantu rakyat menangani mungkin kenaikan harga atau tujuan yang lain.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
70 DR 29.10.2014 Akan tetapi saya hendak tanya kalau Yang Berhormat Kapar rasa ini tidak bagus, saya ingat mungkin Yang Berhormat Kapar cakaplah, seluruh Kapar ini jangan ambil BR1M. Boleh tidak jangan ambil BR1M? Kalau beranilah, jangan ambil BR1M. Sebab ini bantuan. Kalau kerajaan hendak bantu pun dipertikaikan, janganlah kita buruk sangka. Ini bantuan. Macam mana? Terima kasih. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh tambah satu penjelasan?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Silakan. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya kerajaan mengatakan, menggunakan banyak wang untuk subsidi petrol. Sekarang harga petrol sudah turun kepada USD81.78 dan harga yang ditetapkan oleh kerajaan RM2.30 adalah lebih kurang harga pasaran USD84.40 setong atau se barrel.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Maksudnya, adalah wajar kerajaan turunkan dengan segera harga petrol untuk rakyat menikmati penurunan harga. Itu satu cara yang lebih baik untuk menolong rakyat. Setuju tidak Yang Berhormat Kapar? Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Persoalan pertama tentang BR1M tadi hendak mengatakan rakyat di Kapar tidak perlu. Itu saya rasa bantuan yang diberikan secara menyeluruh.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Apa yang sedang saya lakukan ialah kritikan... [Dewan gamat seketika] Dengarlah dahulu, dengar dahulu, dengar dahulu. Yang menyampuk ini apa pasal? Dengar. Ini masalah dengan sebelah sini Tuan Yang di-Pertua. Kita bagi kritikan, kritikan yang membangun. Cuba fikir. Saya sudah kata dari tahun 1957 buah negara kita sedang memberi bantuan sahaja dan saya sudah tekankan tadi, adakah kerajaan bersetuju Dasar Ekonomi Baru ini gagal.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sudah Dasar Ekonomi Baru 1971 sampai hari ini gagal, timbul pula konsep baru BR1M. Itu tidak hendak dijawab. Lepas itu tanya soalan budak- budak pula, Kapar hendak atau tidak hendak? Itu bukan isunya. Kita cakap fasal ekonomi, ekonomilah. Kita cakap fasal undang-undang, undang-undanglah. Kita cakap fasal ekonomi undang-undang, dia bawa kelas-kelas tadika punya. Tidak payah. Tolak. Sudah bercakap pula balik kepada Yang Berhormat Beruas... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Ini pergi mana pula ini? Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Sudah, sudah. Duduk, duduk. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Pergi mana ini? Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Hendak bangkit tadika punya, tidak payah. Itu tidak ada kena-mengena. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Kapar cuba jawab betul-betul. Ini pergi mana ini?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini pergi mana ini? Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Pandang secara menyeluruh. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Jadi, jangan kelentong. Lain kali jangan kelentong. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Tengok Tuan Yang di-Pertua tidak ikut standing order. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Jangan kelentong. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya tidak bagi pun ruang. Duduk.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Duduk. Kepada luahan hati Yang Berhormat Beruas... Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: [Bangun] Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: ...Saya sudah tekankan tadi subsidi petrol ditarik buat apa? Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Bangun] DR 29.10.2014 71 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Sebanyak 28 sen sahaja lagi. Kurang lagi. Padahal satu kenyataan yang diketahui di seluruh dunia, harga petrol turun.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sebaliknya di Malaysia subsidi ditarik dan saya tekankan tadi kroni-kroni diberi subsidi. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Lenggong, Lenggong. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Pihak swasta diberi subsidi tapi subsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tidak diberikan. Itu menyusahkan rakyat, itu membebankan kerajaan. Saya rasa benda ini tidak imbang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua yang bangun.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kapar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Lenggong... Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya bagi Yang Berhormat Batu Gajah, lepas itu saya bagi Yang Berhormat Lenggong... Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Tasek Gelugor. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: ...Saya teruskan dengan Yang Berhormat.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kita tidak ada hal. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Oh, hebatlah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kapar, sebenarnya masa sudah tamat ini. Sudah habis [Ketawa] Seorang Ahli: Dia kelentong banyak. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya minat permainan bola sepak Tuan Yang di-Pertua. Saya terharu dengan masa-masa kecemasan yang diberikan. Ini saya anggap sebagai masa kecemasan. Terima kasih.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Terima kasih. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya juga agak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat di sebelah sana tadi yang mencabar kepada Yang Berhormat Kapar supaya minta semua rakyat di kawasan Kapar itu tidak mahu menerima BR1M.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Mungkin, mungkin boleh jika mereka sanggup tolak GST, tidak naikkan harga petrol, tidak naikkan harga.. ■1710 Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Turun kepada harga pasaran RM2.15 sen, turun kepada harga pasaran RM2.15, tidak naikkan harga tarif elektrik, mungkin dalam keadaan itu mungkin mereka akan terima. Apakah pandangan Yang Berhormat Kapar?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Apakah pandangan Yang Berhormat Kapar? Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ya, saya setuju itu yang saya sedang tekankan tetapi dia orang ini menyampuk, ganggu konsentrasi saya. Kalau tengok teks saya, baca balik Hansard okey. Kalau tengok skrip saya dari awal, itu yang saya tekankan. Jangan ketika rakyat menderita. Jangan ketika rakyat susah sengsara, kita letak macam-macam, kita buat macam-macam selepas itu bagi BR1M.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Bangun] Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: [Bangun] Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: So, maknanya itu yang saya kata tadi. BR1M ini memainkan peranan betul-betul atau tidak, bermakna atau tidak. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Itu yang saya katakan, terima kasih Yang Berhormat. Kawan saya, Yang Berhormat Lenggong.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kawan saya, Yang Berhormat Lenggong. 72 DR 29.10.2014 Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya Yang Berhormat Kapar hendak berucap di hadapan Yang Berhormat Gombak tetapi Yang Berhormat Gombak tidak ada. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ini tidak ada kena-mengena buang masalah, Tuan Yang di-Pertua. Duduk, duduk. Saya anak buah Yang Berhormat Gombak so, tidak ada masalah kalau ada selingan-selingan sedikit.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Ketawa] Cakap fasal BR1M ini. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Duduk, duduk. Yang kamu pergi duduk di sebelah sana buat apa, tidak jadi Menteri duduk di ruang-ruang Menteri pula. Apa standard. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: BR1M, fasal BR1M tadi. Yang Berhormat Kapar janganlah ingat bahawa kerajaan Barisan Nasional buat BR1M sahaja, perkara-perkara lain pun buat. Banyak pembangunan prasarana, pendidikan, ekonomi lain buat.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
BR1M ini sebahagian sahaja, kecil. Waktu Pakatan Rakyat perintah negeri Perak, Yang Berhormat Beruas pun bagi. Saya di Lenggong dapat juga enam kesebelas bulan, 230 buah kampit beras dia bagi kepada rakyat, bagi juga. Jadi kita bukan hanya buat BR1M sahaja dalam negara kita ini. Jadi Yang Berhormat Kapar kena fahamlah itu. Tidak adil membuat perbandingan yang tidak betul. Waktu kerajaan Pakatan Rakyat pun buat, Pulau Pinang pun buat, Selangor pun buat.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua... Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Yang Berhormat Kapar, boleh? Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya tekankan BR1M secara spesifik. BR1M ini ketika ini tidak selaras dengan apa yang sepatutnya dilakukan. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh dapat penjelasan?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, di negeri Perak semasa kita bagikan bantuan kepada rakyat, kita ada suatu janji, tidak ada satu cukai pun yang akan kerajaan naik semasa Pakatan Rakyat menjadi kerajaan. Itulah yang dilaksanakan, tidak ada satu jenis cukai pun kita naikkan harga... Beberapa Ahli: Selangor, macam-macam naik. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: [Bangun] Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: [Bangun] Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Itulah yang saya katakan tadi, Tuan Yang di-Pertua.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Banyak benda yang dilakukan tidak betul. Menyinggung perasaan masyarakat secara menyeluruh. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar, hendak minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Kapar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukuplah, cukup. Tidak perlu-perlu. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Akan tetapi tiba-tiba datang dengan BR1M untuk mengatasi kelemahan dan kegagalan mereka.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
So, itulah yang kita tekankan di sini. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Yang Berhormat Kapar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukup- cukup. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kapar, sekian, terima kasih. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Tuan Yang di-Pertua, saya tekankan lagi satu benda sahaja. Ini tentang kena-mengena dengan PTPTN yang tekankan sebanyak ada pelajar yang boleh bayar secara menyeluruh dapat potongan 20 peratus itu.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
DR 29.10.2014 73 Saya rasa itu tidak memadai kalau polisi ini diguna pakai ia sebenarnya menghina mahasiswa kerana tiada yang mampu untuk melunaskan pinjaman sekali gus. Sekiranya mereka boleh melunaskan pinjaman sekali gus, tidak payahlah mereka ambil PTPTN. So, saya rasa teori-teori ini ada banyak kegagalan, kelemahan. Saya minta Menteri-menteri meneliti apa yang telah saya tekankan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Walaupun masa tidak mengizinkan, ada banyak yang saya hendak sampaikan tetapi keadaan di sini tidak mengizinkan saya, jadi saya berhenti di sini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, nandre, salam reformasi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Mas Gading. Selepas Yang Berhormat Mas Gading sebelah sini, selepas itu Yang Berhormat Padang Besar. 5.14 ptg.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
5.14 ptg. Tuan Nogeh anak Gumbek [Mas Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut serta membahaskan belanjawan bagi tahun 2015 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 hari bulan Oktober yang lalu.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sesungguhnya tanggungjawab merangka perbelanjaan negara yang mengambil kira kesemua elemen serta kehendak segenap lapisan masyarakat bukanlah sesuatu rakyat dan berpangsikan tujuh strategi utama, bajet bagi tahun 2015 dilihat cukup holistik serta terangkum. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. tugas yang mudah. Bertunjangkan tema ekonomi keperluan Tuan Yang di-Pertua, saya cukup fokus bajet ke arah mengimbangi antara capital economy dengan people economy, dengan izin.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya akui ia merupakan suatu cabaran yang amat besar namun saya yakin di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ia pasti dapat direalisasikan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, umum maklum bahawa hanya tinggal enam tahun sahaja lagi sebelum Malaysia melangkah ke tahun 2020 oleh yang demikian langkah-langkah drastik harus diambil bagi merancakkan lagi prestasi ekonomi negara sejurusnya memastikan visi Wawasan 2020. tertarik dengan Di dalam pada masa yang sama kita tidak harus lupa akan tanggungjawab kepada segenap rakyat Malaysia khususnya golongan yang memerlukan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi yang kian menduga ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Bajet kali ini mengkhususkan peruntukan yang besar di dalam memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak misalnya peruntukan RM27 bilion telah disediakan untuk mempercepatkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer. Peruntukan ini jauh lebih tinggi daripada jumlah yang diperuntukkan bagi Bajet 2014 iaitu sebanyak RM500 juta.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
jalan-jalan di Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM943 luar bandar yang dilihat wajar bagi juta untuk membangunkan menghubungkan lebih ramai penduduk di kawasan desa dengan kemudahan serta perkhidmatan kerajaan yang terdapat di kawasan luar bandar. Oleh yang demikian, saya sebagai seorang Ahli Dewan dari Sarawak ingin berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan tersebut.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Nescaya dengan lengkapnya projek Pan Borneo kawasan Lundu yang terletak di penghujung Sarawak akan dapat dihubungi dengan kawasan Tawau yang terletak di Pantai Timur Sabah. Pastinya ia juga bakal membawa pada pembangunan daripada segi ekonomi apabila proses mobilisasi penduduk dan logistik barang-barang komoditi di antara bandar-bandar di Sarawak dapat dipermudahkan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, usaha berterusan untuk pembangunan infrastruktur asas di luar bandar harus dilaksanakan bagi memastikan penduduk di luar bandar tidak terus ketinggalan kala negara giat memperkukuh prestasi ekonominya agar setanding dengan negara yang membangun yang lain. Harus diingat bahawa hampir 70 peratus dari Malaysia terdiri dari kawasan yang boleh diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar dan hampir lapan juta orang penduduk masih lagi menetap di kawasan luar bandar.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Justeru, usaha membekalkan masyarakat luar bandar dengan bekalan elektrik dan bekalan air bersih harus dipergiat. Diharapkan agar peruntukan sebanyak RM1.1 bilion untuk bekalan elektrik luar bandar dan RM394 juta untuk bekalan air luar bandar dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
74 DR 29.10.2014 Dengan kesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana senantiasa giat dalam usaha menyalurkan bekalan air bersih kepada beberapa buah penempatan di kawasan Parlimen Mas Gading. Saya berharap agar usaha berterusan dapat dijalankan bagi membekalkan perkampungan lain yang masih belum mendapat akses kepada bekalan air yang bersih. Pembangunan modal insan sesebuah negara amat bergantung kepada kemudahan fasiliti pendidikan yang disediakan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya merayu kepada kerajaan supaya menimbang untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di kawasan Jagui di Daerah Bau, Sarawak. Di kawasan ini ada enam buah sekolah rendah dan terdapat ratusan pelajar Darjah 6 yang terpaksa menyambung pelajaran mereka ke peringkat menengah di kawasan bandar yang jauh dari tempat tinggal mereka.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Menyentuh mengenai soal keselamatan sempadan negara, bagi penduduk Sarawak ingin saya beritahu di Kampung Serikin cukup terkenal sebagai destinasi membeli- belah yang kaya dengan hasil kraf tangan serta produk pertanian berikutan kedudukannya yang terletak bersempadan dengan Indonesia. Kerajaan pernah mengumumkan pembinaan sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Serikin, Bau di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Malahan pihak Indonesia juga telah membina Kompleks CIQ di sebelah sempadan mereka. Oleh yang demikian saya menyarankan peruntukan dapat disediakan agar pembinaan CIQ di Kampung Serikin dapat disegerakan bagi memantau pergerakan keluar masuk di kawasan sempadan serta mengelakkan penyeludupan keluar dan masuk barang- barang terlarang. ■1720 Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara membangun, adalah wajar bagi Malaysia untuk terus menukar arus kepesatan ekonomi global dan kekal berdaya saing.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Pada ketika yang sama, kerajaan tidak pernah mengabaikan kehendak serta keperluan rakyat serta komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak terabai. Nyatanya Belanjawan 2015 menjadi manifestasi bahawa kerajaan tetap komited di dalam menjamin keberlangsungannya proses pembangunan negara. Oleh yang demikian, saya mohon untuk menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Tanjong. 5.20 ptg.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
5.20 ptg. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi saya menyertai perbahasan ke atas Bajet 2015. Bajet kali ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan adalah bertemakan, “Ekonomi Keperluan Rakyat”, di mana GST merupakan salah satu fokus utama bagi bajet kali ini. Adakah GST merupakan ekonomi keperluan rakyat? Adakah kenaikan harga minyak ekonomi keperluan rakyat?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Adakah rakyat sudi menanggung beban ekonomi yang lebih berat? Pastinya tidak. Akan tetapi pada hakikatnya, GST telah menyebabkan banyak barangan dan perkhidmatan sebelum ini yang tidak perlu membayar GST, yang tidak perlu membayar cukai, kini perlu membayar GST pada masa yang akan datang. Contohnya, jam tangan dan jam selama ini tidak perlu membayar cukai.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Apabila GST dilaksanakan, kita perlu membayar GST apabila membeli jam atau jam tangan walaupun jam dan jam tangan merupakan keperluan harian yang asas, jikalau kita tidak membeli jam tangan yang berjenama atau mewah... [Disampuk] Keperluan harian tetapi kena GST. Industri percetakan yang sebelum ini tidak dikenakan GST tetapi setiap bahan yang kita hendak hantar ke percetakan selepas ini akan dikenakan GST. Kedai-kedai emas juga akan terjejas dengan GST 6 peratus yang dikenakan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akhirnya akan menyebabkan barang-barang emas kebanyakan masa akan dijual kepada pendatang-pendatang asing yang akan balik ke tanah air mereka atas sebab rebet GST akan dibayar balik apabila mereka ke luar negara nanti. DR 29.10.2014 75 Walaupun dikatakan penjualan rumah kediaman tidak dikenakan GST tetapi dengan GST 6 peratus dikenakan ke atas simen bagi menggantikan cukai jualan yang kini 5 peratus, jadi harga simen yang lebih tinggi akan menyumbang terhadap harga rumah yang lebih tinggi.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akhirnya akan menjejaskan kebolehan seseorang untuk membeli rumah dan juga keseluruhan industri pembangunan. Dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga adalah tidak berasas sekali, di mana lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai akhirnya terpaksa membayar GST dan membayar cukai yang lebih.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Walaupun dikatakan RON95, diesel dan LPG dikecualikan daripada GST, namun kenaikan 20 sen yang diumumkan terhadap RON95 dan diesel mulai 2 Oktober 2014, impaknya lebih dahsyat daripada GST di mana kenaikan tersebut adalah lebih kurang 10 peratus yang jauh lebih tinggi daripada GST.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Subsidi gas, cecair, diesel dan petrol serta bantuan tunai bagi tahun 2015 hanya dikurangkan daripada RM22.3 bilion kepada RM19.3 bilion Ini bermaksud Kerajaan Persekutuan masih perlu menanggung subsidi yang tinggi walaupun harga minyak sedunia sekarang telah menurun sehingga USD81 setong sahaja. iaitu RM3 bilion sahaja.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
iaitu RM3 bilion sahaja. Ekoran penemuan Shalumare Oil & Gas iaitu gas alam yang diperoleh daripada serpihan batuan Shale atau tempat terbentuknya gas bumi oleh Amerika Syarikat, ini menyebabkan Amerika Syarikat tidak perlu lagi bergantung besar kepada import minyak mentah. Tambahan pula dengan Libya yang mengeluarkan semula petroleum, negara- negara OPEC sekarang tidak lagi berupaya untuk mengawal harga minyak mentah seperti apa yang berlaku dalam 40 tahun sebelum ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Maka, harga minyak mentah pastinya akan turun lagi ke paras bawah USD80. Dalam kata lain, jikalau harga minyak negara kita tidak diturunkan, malah kita perlu membeli minyak pada harga yang lebih tinggi daripada paras harga sedunia walaupun secara praktisnya subsidi minyak tidak lagi perlu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, kita sebenarnya mulai membayar cukai bahan api kepada Kerajaan Persekutuan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya beranggapan tindakan Kerajaan Persekutuan yang terus mengekalkan harga minyak pada paras yang lebih tinggi walaupun tidak perlu menanggung subsidi kepada petroleum dan gas merupakan satu cara untuk mengutip cukai bahan api secara haram dan perlu diberhentikan dengan serta-merta. Harga minyak kita tidak diturunkan, malah ditingkatkan lagi walaupun pada masa harga minyak sedunia telah turun.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Adakah ini disebabkan oleh kekhuatiran Kerajaan Persekutuan akan mengalami kesusutan daripada segi royalti minyak dan cukai yang perlu dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan? Saya ingin mendapat penjelasan, jikalau dengan paras harga minyak sekarang dikekalkan menyebabkan kerajaan tidak lagi perlu menanggung subsidi bahan api ekoran harga minyak sedunia menurun, mengapa Kerajaan Persekutuan masih perlukan RM19.3 bilion sebagai subsidi bahan api bagi tahun 2015?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ke manakah subsidi tersebut akan digunakan? Sila berikan pecahan secara terperinci bagi kegunaan-kegunaan subsidi tersebut. Tuan Yang di-Pertua saya ingin merujuk satu surat pembaca yang disiarkan oleh New Straits Times pada 23 Oktober 2014 di mana penulisnya, Lim Kah Pin Pengerusi Pengurusan Kondo Kuchai Brem Park 1 di Kuala Lumpur.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Beliau menyatakan bahawa dirinya pernah menulis ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan dinasihatkan oleh pihak Kastam bahawa pengurusan kondo perlu mengutip GST 6 peratus daripada pembeli- pembeli. Saya berasa maklum balas dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedemikian adalah mengelirukan dan sekali lagi menunjukkan bahawa pihak Kastam sendiri kurang profesional dan mahir dalam soal GST sehingga memberikan jawapan yang akan mengelirukan orang awam.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh pihak Kastam ialah, jikalau JMB atau MC entiti yang tidak berdaftar dengan Kastam sebagai entiti GST dan turnover tahunan mereka jarang mencecah ke paras RM500,000 setahun, macam mana JMB atau MC dapat diwajibkan untuk mengutip GST bagi pihak Kastam? Walaupun terdapat syarikat pengurusan atau syarikat pemaju yang turnover tahunan mereka melebihi RM500,000, adakah mereka harus mengenakan GST 6 peratus terhadap pembeli-pembeli?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
76 DR 29.10.2014 Tidak kira dalam apa-apa keadaan pun, pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan kondominium, apartment, rumah pangsa termasuk juga gated communities, kompleks membeli belah dan segala jenis pemajuan berstrata tidak harus mengenakan GST 6 peratus dalam apa-apa bayaran yang dikutip oleh mereka.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kondominium, apartment, rumah pangsa berkos rendah dan sederhana rendah perlu menubuhkan JMB atau MC yang masih terletak di bawah pemaju untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan bagi projek pemajuan berstrata masing-masing. JMB atau MC pertubuhan-pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan dan caj servis sinking fund, cukai tanah, termasuk sewa dewan komuniti atau parking yang dikutip oleh mereka tidak harus dikenakan GST.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
JMB atau MC perlu menggunakan wang yang dikutip untuk mengekalkan keselamatan, kebersihan dan keselesaan tempat tinggal mereka dan mereka sering menghadapi masalah pembeli-pembeli yang tidak sanggup untuk membayar caj servis atau sebagainya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dalam keadaan kewangan yang amat sempit ini, jikalau mereka masih perlu mengutip GST 6 peratus daripada pembeli-pembeli, ini akan menyebabkan lebih ramai pembeli berasa marah dan tidak sanggup membuat pembayaran dan akhirnya pihak pengurusan akan mengalami masalah yang besar untuk mengekalkan standard pengurusan yang tinggi bagi projek-projek mereka.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Jikalau syarikat insurans perlu mengenakan GST 6 peratus bagi khidmat insurans mereka, maka saya berharap insurans yang dijual kepada pihak JMB atau MC juga perlu dikecualikan daripada GST. Sewa dewan komuniti atau tempat parking yang dikutip oleh JMB atau MC juga perlu dikecualikan daripada GST.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Memandangkan kita menghadapi masalah serius, kekurangan syarikat pengurusan yang profesional bagi menguruskan projek-projek pemajuan berstrata, GST 6 peratus jikalau dikenakan dan dikutip oleh syarikat-syarikat pengurusan yang turnover mereka mencecah RM500,000 setahun, ini akan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa mengupah syarikat-syarikat pengurusan yang turnover mereka lebih kecil, dan seterusnya tahap profesionalisme dan pengurusan hartanah berstrata dikompromikan dan akhirnya ini akan merugikan pihak pembeli atau penduduk.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
■1730 Tuan Yang di-Pertua, bajet yang kita bahaskan juga memberi penekanan terhadap pemilikan perumahan, yang mana 80 ribu unit rumah PR1MA dan 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat akan dibina. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang kini sanggup mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan hak kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000. Ini adalah seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Skim pembiayaan sewa-beli yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini juga diterima pakai oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang gigih dalam mempromosikan pembinaan perumahan mampu milik sama ada oleh kerajaan negeri ataupun melalui pemaju-pemaju swasta.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mewajibkan setiap pemaju perlu membekalkan 5 peratus rumah mampu milik pada harga tidak melebihi RM200,000, 15 peratus yang dijual dengan harga tidak melebihi RM300,000 serta 5 peratus yang dijual dengan harga tidak lebih daripada RM400,000. Bagi apa-apa projek perumahan yang perlu diluluskan oleh PBT, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menggalakkan pihak pemaju untuk menyediakan 100 peratus rumah mampu milik melalui projek perumahan mereka.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kesemua rumah mampu milik yang dibina akan diagihkan oleh kerajaan negeri kepada mereka yang amat memerlukan. Akan tetapi saya difahamkan ada satu Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada PBT di Pulau Pinang baru- baru ini. Di mana apa-apa projek perumahan yang melebihi 18 meter ketinggiannya perlu dirujuk kepada Bomba di Putrajaya untuk mendapat perakuan kelulusan. Apa yang lebih memeranjatkan, pekeliling tersebut hanyalah terpakai di negeri Pulau Pinang.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Mengapakah ini hanya terpakai di negeri Pulau Pinang? Sungguhpun kebanyakan projek perumahan- pemajuan perumahan di Pulau Pinang tidak akan kurang daripada 18 meter ketinggiannya. Sebelum ini semua projek perumahan yang dikemukakan kepada PBT boleh diberi perakuan kelulusan oleh bomba negeri Pulau Pinang, tetapi kini perlu terus dirujuk kepada Bomba Putrajaya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
DR 29.10.2014 77 Keadaan ini akan menyebabkan kelulusan banyak projek perumahan tersangkut dan di antaranya terdapat juga projek perumahan mampu milik yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti di Jalan S.P. Chelliah dan sebagainya. Pada masa yang sama, saya difahamkan terdapat 20 projek perumahan yang dikemukakan oleh 13 orang pemaju di negeri Pulau Pinang tidak dapat dikeluarkan APDL. APDL iaitu Advertisement Permit & Developer License oleh KPKT.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini menyebabkan projek- projek tersebut tersangkut dan mengalami masalah daripada segi pengiklanan dan penjualan. Biasanya dengan adanya surat sokongan yang dikeluarkan oleh PTG sebaik sahaja pelan pecah sempadan dikemukakan kepada pihak berkuasa negeri, maka pemaju boleh terus memohon APDL daripada KPKT dengan membayar 2 peratus daripada kos pembinaan dalam bentuk jaminan bank kepada KPKT. Saya berharap masalah tersebut dapat diberi perhatian yang khusus oleh Yang Berhormat Menteri KPKT sendiri.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Supaya projek-projek tersebut dapat diluluskan dengan segera, dengan adanya APDL dikeluarkan. Saya berharap amalan yang dipakai sebelum ini dapat diteruskan supaya apa-apa projek perumahan tanpa kiranya melebihi 18 meter ketinggian atau tidak turut dapat diberi perakuan, kelulusan oleh Bomba negeri Pulau Pinang.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Masalah seperti ini perlu ditangani dengan segera supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat memainkan peranan yang sama seperti Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada orang awam yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah melancarkan petisyen. Satu petisyen rakyat untuk disokong oleh MB atau MC atau pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan hartanah berstrata.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Supaya kita dapat sama-sama mengemukakan petisyen ini kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Ini adalah berkaitan dengan tarif elektrik komersial yang dikenakan oleh TNB ke atas harta bersama kemudahan awam bagi rumah pangsa, apartmen, kondominium dan segala jenis pemajuan berstrata yang tidak bermotifkan keuntungan komersial. Ini satu isu besar kerana pada awal tahun ini tarif elektrik TNB telah ditingkatkan 15 peratus.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini kerana tarif elektrik yang digunakan, yang dipakai untuk rumah-rumah pangsa di kawasan umum dan kemudahan awam adalah bertarifkan komersial. Jikalau bagi tarif elektrik komersial pada tahun depan apabila GST dilaksanakan, maka tarif elektrik akan bertambah lagi 6 peratus. Ini akan sejumlahnya kita perlu membayar 21 peratus daripada segi bil elektrik.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Jadi ini satu isu besar, yang mana saya berharap masalah ini dapat diberi perhatian yang serius oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan jangan selalunya apabila isu ini dibangkitkan, alasan yang diberikan oleh pihak kementerian adalah; “Kita perlu bergantung kepada buku panduan tarif oleh TNB”. Jadi saya berharap kerajaan dapat mengambil sesuatu pendirian, satu pendirian yang dapat mengutamakan kepentingan rakyat dan bukan hanya mengutamakan kepentingan TNB dan keuntungan TNB.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf