text
stringlengths
1
7.53k
thematic
stringclasses
1 value
sub-thematic
stringclasses
1 value
country
stringclasses
11 values
document_url
stringlengths
63
63
source_url
stringlengths
48
182
Jika kerajaan mempunyai lebihan atau surplus, dengan izin, tidak akan berlaku kerajaan memberi bantuan BR1M secara 4.0 ansuran secara tiga kali ansuran sekurang- kurangnya pun ia akan membayar dua ansuran. Rakyat keliru apa makna tiga kali ansuran sedangkan dibayar sekurang-kurangnya dua ansuran bagi melengahkan mereka. Bukan tiga ansuran. BR1M yang diterima oleh lapan juta orang penerima juga tidak ada erti kerana GST akan dikuatkuasakan pada tahun depan iaitu 1 hari bulan April 2014.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
46 DR 29.10.2014 Golongan pesara, OKU dan orang bujang masih tidak berpuas hati dengan bantuan yang ada. Pesara bukan diberi kenaikan RM250 tetapi lebih lagi OKU tidak sepatutnya diberikan bantuan RM300 tetapi dinaikkan menjadi RM500 memandangkan kos sara hidup meningkat naik. Secara purata dari sepuluh permohonan mendapat bantuan kebajikan di kawasan Kuala Lumpur hanya tidak sampai separuh yang diluluskan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Selain ditolak dengan pelbagai alasan sedangkan mereka ialah golongan tua yang tidak bekerja dan tidak ada keluarga yang bertanggungjawab serta tidak ada simpanan. ■1500 Dari awal mereka telah dinafikan bantuan, apatah lagi dengan bantuan BR1M yang tidak banyak membantu melegakan mereka. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas bajet mengatakan bahawa negara sedang mengorak langkah menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Bajet 2016 kelak adalah bermula bagi Rancangan Malaysia Kesebelas di bawah nama Strategi Pembangunan Nasional. Rakyat harus juga bersedia untuk bersama-sama menuju ke status ekonomi maju berpendapatan tinggi. Ini pencapaian pendapatan negara kasar per kapita telah meningkat dari USD6,700 ke USD1,060. Sektor-sektor yang lemah perlu dibantu, termasuk modal insan supaya tidak berlaku jurang perbezaan antara golongan berada dan kurang berada yang sangat bebas dalam negara.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Perlu diingati bahawa status ekonomi maju berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai bila semua langkah dan strategi mencapai sasaran yang tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa. Festival Malaysia Tahun Melawat Malaysia Tahun 2015. Saya difahamkan menjelang tahun 2015, kerajaan akan melancarkan Tahun Festival Malaysia di mana kerajaan akan menyasarkan ketibaan pelancong seramai lebih 29.4 juta orang dan boleh menarik pendapatan negara RM89 bilion.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dalam masa yang sama, kerajaan berusaha menjadikan Malaysia sebagai hab pelancong kesihatan. Ia tidak mungkin boleh dicapai tanpa usaha dan kerja keras dari sekarang. Pegawai-pegawai dagang yang mahir dalam penjagaan kesihatan boleh ditugaskan perkhidmatan dan membantu sektor ini. Maka, prosedur kemasukan mereka hendaklah dipermudahkan dan kerajaan hendaklah juga memberi insentif kepada syarikat- syarikat tempatan yang mengambil bahagian dalam promosi ketibaan pelancong.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan di sini ialah masalah visa untuk melawat Malaysia. Di China, para pelancong China yang hendak melawat Malaysia perlu membayar caj visa yang mahal berlainan dengan yang dahulu. Oleh sebab fees yang dicaj sudah naik satu kali berbanding dengan tahun yang lalu. Oleh sebab kementerian yang bertanggungjawab ialah KDN, outsource proses permohonan visa melalui sebuah syarikat swasta.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Memandangkan pelancong China selama ini merupakan kumpulan yang terbesar yang tiba di Malaysia kerana suka keunikan negara ini tetapi masa kini jumlah mereka semakin berkurangan yang tiba. Bukan sahaja disebabkan kes kehilangan pesawat MAS MH370 yang menjadikan mereka takut untuk datang ke sini tetapi satu lagi ialah caj fees visa yang mahal naik harga 100 peratus. Saya difahamkan bahawa negeri Thailand akan memansuhkan visa masuk ke negara itu.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya yakin lebih ramai pelancong China akan melawat ke negara itu walhal Malaysia yang akan hilang pelancong datang dari negara China. Saya mencadangkan bahawa mengecualikan visa masuk ke Malaysia dari negara China bagi tempoh satu tahun. Kita buat satu percubaan sama ada untuk menarik ramai pelancong China datang ke Malaysia sempena Festival Malaysia Tahun Melawat Malaysia 2015. Saya percaya ia akan melonjakkan ketibaan pelancong dari China.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, langkah menyekat ancaman banjir kilat di Kuala Lumpur dari berulang sepanjang tempoh saya menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang. Saya telah menyaksikan berulang kali banjir kilat melanda sebahagian kawasan rendah dan mudah berlaku banjir.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Yang terbaru ialah banjir kilat yang berlaku di Jalan Hering, Jalan Pinang dan Jalan Sultan Kuala Lumpur berpunca daripada pemaju bangunan-bangunan berbilang tingkat gagal memasang perangkap penyekat lumpur di kawasan projek dan akibat banyak longkang dan saliran tersumbat. DR 29.10.2014 47 Ditambah pula pihak DBKL tidak cekap memantau perjalanan projek-projek tersebut. Seolah-olah mereka lepas tangan setelah meluluskan perintah pembangunan projek.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Untuk sekian kalinya, saya menyeru pihak kerajaan, khususnya DBKL, Alam Flora, termasuk pemaju sendiri, mengambil daya usaha untuk memastikan setiap parit kecil dan longkang di Kuala Lumpur bebas dari sampah-sarap, kelodak dan bahan buangan. Jadikan ia rutin harian untuk memastikan semua berjalan lancar. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang amat menyedihkan hati, khususnya di ibu kota Kuala Lumpur ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Menurut surat khabar The Edge, sebuah syarikat bernama Profit Consortium telah dipilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil alih projek Plaza Rakyat. Projek Plaza Rakyat telah terbengkalai selama 17 tahun. Tapak projek Plaza Rakyat seluas 15.3 ekar. Nilai tanahnya kalau dikira pada harga konservatif 1,000 kaki persegi, hari ini berharga ialah RM600 juta. Saya difahamkan bahawa di kawasan di sekitar itu harga tanah ialah 2,000 hingga 3,000 kaki persegi.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini bermakna jumlah harga tanah itu RM1.3 bilion. DBKL telah membuat satu usaha sama, joint venture, dengan izin, dengan syarikat swasta pada tahun 1994 untuk membangunkan Plaza Rakyat sebagai hab pengangkutan awam. Sejak 20 tahun sudah pun berlalu, apa yang terbina sekarang di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur ialah tempat pembiakan nyamuk. Kira satu kegagalan dan kemaluan ke Malaysia, khususnya pelancong-pelancong bila melalui tempat itu nampaknya satu eyesore, dengan izin.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya ingin tahu kenapa Plaza Rakyat terbengkalai? Sebab usaha sama partner yang dipilih oleh DBKL masa itu syarikat kroni Wembley Industries yang dipunyai oleh Tan Sri Ting Pek Khiing. Akhirnya, diisytiharkan bankrap pada tahun 2010. Perlu diingatkan juga, individu yang sama inilah yang diberi projek Empangan Bakun di Sarawak yang cukup kontroversi. Kegagalan beliau dalam Plaza Rakyat dan Bakun merugikan negara dan rakyat Malaysia.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sekiranya DBKL memilih partner yang cekap 20 tahun dahulu, keadaan hari ini mungkin sekali berlainan. Soalannya sekarang, 20 tahun kemudian adakah DBKL telah belajar daripada pengalaman yang pahit daripada Plaza Rakyat? Nampaknya sekali lagi DBKL memilih sebuah syarikat yang tiada pengalaman yang kukuh. Dipercayai Profit Consortium ini dipilih secara rundingan terus tanpa tender terbuka.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
■1510 Mengikut paper The Edge Financial Report, I quote Tuan Yang di-Pertua, “The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) said, Profit Consortium Sdn. Bhd. a privately held company linked to Major (R) Anuar Adam who controls Tadmax Corp. Bhd., has submitted proposal to revive the long abandoned Plaza Rakyat project in Jalan Pudu, Kuala Lumpur.” This is one in The Edge, October 14 and then The Star. This also had a headline regarding this isue.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
This also had a headline regarding this isue. Masalahnya ialah Tuan Yang di-Pertua bahawa tapak ini walaupun 20 tahun yang diusaha sama oleh sebuah syarikat Wembley Industries dengan DBKL, sampai hari ini ramai pembeli lot-lot atau petak-petak di projek seramai 221 orang pembeli. Nasib mereka bergantung kepada syarikat yang akan mengambil alih projek ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya minta kementerian yang bertanggungjawab haruslah memberi satu jaminan mengenai kedudukan pembeli-pembeli seramai 221 orang, sama ada akan diberi pampasan atau meneruskan perjanjian yang ditandatangani oleh mereka 17 tahun yang lalu, adakah sah dan apakah pampasan yang akan diberi kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, satu soalan pokok ialah mengapa memberi satu projek yang melibatkan berbilion-bilion ringgit kepada sebuah syarikat runding terus bukannya melalui tender terbuka.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sebab kerajaan beruntung khususnya DBKL kerana boleh mendapat lebih revenue daripada projek jika kepada sebuah syarikat yang lebih kukuh dan berupaya untuk mencapai persetujuan antara mereka dan memastikan bahawa keuntungan boleh cover kepada rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu siapa yang berada di belakang Profit Consortium. Pemegang saham utama ialah Maxcorp Development di mana sebahagian besar business nya di Pakistan mengikut laporan dari The Edge.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Apa yang lebih mengejutkan ialah penglibatan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bernama Tadmax Resources. 48 DR 29.10.2014 Menurut laporan, Tadmax Resources memegang 13 peratus saham dari Profit Consortium. Pemegang saham ketiga terbesar Tadmax Resources ialah seorang Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini... [Dewan riuh] Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Yang Berhormat Bukit Bintang siapa itu? Ada di sini tidak sekarang?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ada di sini tidak sekarang? Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Ini Ahli Parlimen dari- mengikut laporan dari The Edge ialah Wakil Rakyat dari Bintulu. Saya berharap juga kerajaan haruslah… Tuan Yang di-Pertua: Ini Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Bintang saya cuma ingin ingatkan setiap penyataan seperti begitu mesti diiringi dengan tanggungjawab. Yang Berhormat Bintulu tidak ada pada ketika ini. Walaupun demikian… Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Mengikut laporan dari paper sayalah.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tidak semestinya apa yang dilapor di surat khabar itu sahih. Tidak semestinya. Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Tuan Yang di-Pertua, saya berani ulang di luar Dewan ini. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Saya minta kementerian yang bertanggungjawab memberikan penjelasan. Saya minta kementerian seharusnyalah menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa mengapa projek tidak melalui tender terbuka. Ini satu soalan pokok.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini satu soalan pokok. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tentang Stesen Bas Pudu Sentral (UTC) Pudu diarah berpindah ke Terminal Bandar Tasik Selatan. Sebagai wakil rakyat kawasan, para peniaga dan pengusaha bas ekspres yang beroperasi di Hentian Pudu Sentral telah mendapat notis supaya berpindah ke Terminal TBS. Semua pengusaha membantah kerana ia bakal menyusahkan para penumpang dari semua arah baik utara, selatan, Pantai Timur dan sebagainya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tentunya para peniaga yang menyewa kedai-kedai UDA yang ini terperangkap dengan bayaran sewa dan fees penyelenggaraan yang terlalu tinggi akan berhadapan dengan kehilangan pelanggan. Kehilangan peniaga dan bakal gulung tikar kerana tidak mampu membayar sewa dan caj yang dikenakan. Bukan itu sahaja, kedai-kedai dan hotel berhampiran juga akan terjejas kerana suasana business di situ telah hilang dan sepi.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberikan alasan bahawa kegiatan ulat-ulat di luar Pudu Sentral Station yang menyebabkan mereka patut dipindahkan ke Terminal TBS sedangkan kegiatan ulat-ulat nampaknya semacam dibiarkan sahaja oleh SPAD. Saya mencadangkan supaya satu kajian dijalankan untuk menentukan mengapa stesen ini dipindahkan ke TBS, oleh sebab akan mengakibatkan ramai peniaga akan gulung tikar, business akan jatuh yang mengakibatkan mereka tidak mampu membayar sewa kepada UDA.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pinjaman peminjam PTPTN wajar dikenakan CCRIS. Tindakan kerajaan mengenakan CCRIS ke atas peminjam PTPTN yang enggan membayar balik pinjaman PTPTN adalah wajar tetapi sebelum dikenakan CCRIS hendaklah dipastikan bahawa peminjam bukan pelajar lagi tetapi sudah bekerja dan tidak pernah membuat ansuran bayaran balik. Sebelum ini dilaksanakan, PTPTN hendaklah melakukan siasatan rapi bahawa hanya golongan sasaran yang perlu dikenakan tindakan. Sekian, terima kasih.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Di antara Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri ini ada dari Baram? Dalam list saya Baram. Sila. 3.18 ptg. Tuan Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Bajet 2015 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober tahun ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
DR 29.10.2014 49 Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 merupakan bajet yang ke-56, Kerajaan Malaysia dan telah pun memperuntukkan sebanyak RM223.4 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan bakinya bernilai RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Agihan peruntukan ini sudah pasti diputuskan oleh kerajaan berasaskan kedudukan kewangan semasa setelah mengambil kira cabaran-cabaran ekonomi, sosial dan sebagainya secara terperinci dan adil.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Bajet 2015 ini juga yang bertemakan, “Ekonomi Keperluan Rakyat” langkah strategik Kerajaan Barisan Nasional untuk memperkasakan lagi ekonomi negara, di samping memastikan agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, jantina, usia dan wilayah terus menikmati pembelaan kerajaan agar perpaduan dan kestabilan negara terus dipelihara.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
■1520 Saya menerima Bajet 2015 yang berteraskan kepada tujuh strategi utama dengan terbuka dan berharap penuh agar setiap peruntukan ini akan diguna pakai oleh agensi- agensi pelaksana mengikut SOP yang teratur supaya slogan, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ akan dilaksanakan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional di peringkat negeri Sarawak di telah bawah pucuk pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang baru mengutamakan dan luar bandar akan telah menyasarkan supaya pembangunan diutamakan. Saya yakin bahawa dengan kerajaan yang kita ada di peringkat persekutuan, agenda untuk membangunkan kawasan luar bandar ini akan diteruskan terutamanya di kawasan-kawasan seperti kawasan Baram. Kawasan Parlimen Baram memerlukan pembangunan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kawasan Parlimen Baram memerlukan pembangunan. Baik daripada segi pembangunan ekonomi, sosial, dan apatah lagi kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya yang baik, bekalan elektrik 24 jam, bekalan infrastruktur seperti sekolah-sekolah, klinik air bersih serta kemudahan-kemudahan kesihatan, jaringan telekomunikasi dan kemudahan perumahan yang sempurna dan setaraf dengan kemudahan-kemudahan yang dinikmati di kawasan-kawasan lain.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini dan di Dewan yang mulia ini, saya mohon supaya peruntukan-peruntukan dalam Bajet 2015 dapat diagihkan dengan telus dan adil dengan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan luar bandar seperti kawasan Baram dan kawasan-kawasan yang lain yang secara perbandingan amat memerlukan pembangunan agar rakyat kawasan luar bandar akan terus menikmati tahap pembangunan yang mampan menjelang tahun 2020.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili rakyat di kawasan Parlimen Baram mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan sejumlah RM4.5 bilion untuk kemudahan infrastruktur luar bandar. Ini adalah penting untuk meneruskan pembangunan-pembangunan yang telah dan yang sedang rancak dijalankan di kawasan luar bandar.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dengan ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian yang berkenaan sama ada peruntukan RM943 juta untuk jalan raya luar bandar termasuk menaikkan taraf jalan balak di Sabah dan Sarawak. Kita hendak penjelasan berapakah yang akan diagihkan kepada kawasan Baram?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya juga memohon supaya sebahagian ini dapat digunakan untuk melaksanakan ataupun untuk daripada peruntukan menaiktarafkan jalan balak dari Pekan Long Lama ke Temala di samping untuk menaikkan lagi taraf jalan balak yang bermula dari kawasan Lapuk ke kawasan Long Atun di Hulu Tinjar. Di samping itu, adalah dicadangkan juga supaya jalan National Blue Ocean Strategy yang telah dibina dari Bandaraya Miri ke Pekan Marudi dapat dinaiktarafkan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini adalah kerana kawasan-kawasan ataupun jalan-jalan ini amat memerlukan pembaikan dan penaikan taraf supaya perhubungan di kawasan ini dapat dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya peruntukan untuk kawasan luar bandar ini, khususnya untuk menaikkan taraf jalan balak dapat juga diagihkan kepada kawasan-kawasan di Hulu Baram, satu. Kedua, di kawasan pertengahan Baram dan ketiga di kawasan Tutoh Apoh, dan seterusnya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, jalan-jalan yang menghubungkan rumah-rumah panjang ataupun kampung-kampung yang saya maksudkan dalam ketiga-tiga kawasan tersebut hanya dapat digunakan semasa musim kemarau kerana pada musim hujan kereta atau kenderaan empat roda pun susah hendak melepasi jalan-jalan tersebut.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
50 DR 29.10.2014 Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar peruntukan juga penyambungan elektrik sebanyak RM1.1 bilion untuk 15,000 buah rumah yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2015 ini dapat juga diagihkan di kawasan Baram terutamanya kita nampak pada masa ini bekalan elektrik 24 jam telah pun sampai ke tempat-tempat tertentu.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya mohon supaya sambungan dari tempat-tempat yang sudah ada bekalan elektrik ini dipermudahkan ataupun disalurkan kepada tempat-tempat seperti rumah-rumah panjang iaitu Long Bemang, Long Ikang, Long Atip, Uma Ake, Long Bedian, Long Wat dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan tempat-tempat ini. ■1530 Ini adalah kerana bekalan elektrik yang ada di kawasan-kawasan ini menggunakan tenaga generator pada masa ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Oleh sebab itu besarlah harapan saya sebagai wakil dari Baram untuk memohon agar peruntukan dapat disalurkan kepada tempat-tempat ini dan tempat-tempat lain yang berdekatan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga menerima baik peruntukan yang telah diluluskan untuk membaik pulih rumah usang untuk tahun 2015 dan sekali lagi saya memohon supaya sebahagian daripada peruntukan-peruntukan ini dapat disalurkan juga ke kawasan Baram terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang kebetulan juga merupakan kaum Penan, Kenyah dan Kayan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini oleh sebab keadaan rumah mereka pada masa ini memang begitu usang dan amat memerlukan bantuan dari kerajaan supaya rumah-rumah mereka ini dapat diperbaiki. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan RM56 bilion untuk Kementerian Pendidikan Malaysia satu usaha yang tepat ke arah pembangunan sumber manusia yang sudah pasti akan menjadi tonggak kecemerlangan negara.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya berterima kasih kerana Kerajaan Barisan Nasional telah pun meluluskan beberapa peruntukan di kawasan Baram khususnya untuk SMK Tutoh Apoh yang bernilai kira-kira RM35 juta. Ini saya rasa ialah satu usaha yang baik bagi kawasan luar bandar. Saya juga ingin memohon supaya Kementerian Pendidikan Malaysia dapat juga mempertimbangkan dengan sewajar-wajarnya agar bilik darjah, kuarters guru dan dewan- dewan sekolah menengah dan sekolah kebangsaan dapat diperbaiki juga dalam tahun 2015 ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Secara khususnya, saya ingin mencadangkan dan memohon supaya Kementerian Pendidikan dapat mempertimbangkan peruntukan untuk SMK Marudi, SMK Temenggong Datuk Lawai Jau, SMK Long Lama dan SMK Bakong. Di samping itu sekolah-sekolah seperti SK Long Moh di Ulu Baram, SK Long Miri, SK Pengelayan, SK Long Pillah, SK Long Atun dan SK Long Teru Tinjar juga amat memerlukan peruntukan untuk pembaikan semula bilik darjah di kuarters-kuarters guru dan dewan-dewan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua, komunikasi melalui telefon bimbit sudah menjadi budaya masyarakat kita pada masa ini tanpa mengira wilayah. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan peruntukan kewangan untuk pembinaan 1,000 buah menara pencawang telekomunikasi dalam tahun 2015. Saya cadangkan dan memohon supaya bilangan menara pencawang sejumlah 28 buah yang sudah ada di daerah Baram, di kawasan Baram dapat dipertingkatkan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Khususnya di kawasan-kawasan Ulu Tinjar... Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat? Tuan Anyi Ngau [Baram]: Lima minit Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Kalau lima minit Yang Berhormat, masa tidak mengizinkan. Jadi, saya sarankan jadi Yang Berhormat pasang gear lima. Tuan Anyi Ngau [Baram]: Okey. Tuan Yang di-Pertua: Sekarang ini saya nampak Yang Berhormat pasang gear dua.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Anyi Ngau [Baram]: Supaya kawasan-kawasan ini dapat kawasan Long Palai dan kawasan Long Seridan dapat dibekalkan ataupun dikenakan dengan menara pencawang telekomunikasi berkenaan. Tuan Yang di-Pertua permohonan klinik kesihatan dari masyarakat di Long Atun dan kawasan Peking Tinjar telah lama dikemukakan dan mohon supaya permohonan-permohonan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dalam masa yang terdekat ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
DR 29.10.2014 51 Akhir sekali, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kerajaan Barisan Nasional kerana telah meneruskan pelbagai bantuan kepada masyarakat di negara kita dan kita mohon supaya bantuan-bantuan ini dapat disampaikan kepada sasaran-sasaran yang ditetapkan secara adil, secara berkesan. Saya percaya dengan komitmen yang tinggi daripada pihak yang melaksanakan bantuan-bantuan ini dapatlah disampaikan kepada kumpulan-kumpulan sasaran.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dengan itu saya memohon untuk menyokong perbahasan ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober 2014. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Akhirnya sampai juga dengan selamat. Sila Yang Berhormat Bukit Katil. Pasang juga gear lima tetapi hati-hati jangan tergelincir, melencong jauh-jauh. 3.38 ptg. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Dia bukit ini, lambat sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tuan Yang di-Pertua: Sila. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakuh. Salam sejahtera dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih atas peluang diberikan untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang lebih dikenali lagi sebagai Bajet 2015.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Memandangkan Tuan Yang di-Pertua kita masih lagi dalam sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan saya rasa kiranya molek kerajaan khususnya Perdana Menteri Yang Berhormat Pekan untuk mempertimbangkan mengembalikan istilah belanjawan sebagai istilah yang rasmi yang merujuk kepada perihal peruntukan perbelanjaan negara. Bukan menggunakan istilah memelayukan bahasa Inggeris iaitu istilah bajet yang diwarisi oleh order lama kepimpinan terdahulu.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya ingin memulakan Tuan Yang di-Pertua dengan memberikan tumpuan kepada soal budaya dan juga bahasa ini. Oleh sebab kalau kita lihat di sekeliling Parlimen ini misalnya kita lihat banyak pembangunan yang rancak sedang dijalankan. Oleh sebab saya adalah lepasan graduan UIA yang selalu berada di- kami memulakan kelas dahulu di Pantai Dalam. Sekarang ini kalau kita lihat pembangunan di sekitar tersebut kita ada Kampung Kerinchi tetapi sekarang sudah ditukar kepada Bangsar South.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kemudian kita ada Kampung Abdullah Hukum juga sudah ditukar kepada KL Eco City. Kampung Pantai Dalam sekarang ini sudah nama Pantai Central Park. Semalam saya sempat ke Mahkamah di Putrajaya mendengar perbicaraan Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya lalu tengok ada Presint, ada enclave, jadi enclave Putrajaya. Ini semua bahasa Inggeris yang saya tidak faham kenapa agenda ini yang sepatutnya dibawa oleh parti pemerintah iaitu membudayakan, meletakkan bahasa Melayu itu di persada, tidak dilaksanakan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya lihat tidak ada political will daripada segi kerajaan untuk memastikan agar meletakkan bahasa itu di tempatnya, yang ada setiap tahun ialah Anugerah Sasterawan Negara. Lepas dapat anugerah, tidak ke mana. ■1540 Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh mencelah sikit? Yang Berhormat, saya dengar tadi Yang Berhormat menggunakan juga bahasa Inggeris, political will... [Ketawa] Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Ya, minta maaf.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akin [Bukit Katil]: Ya, minta maaf. Tuan Yang di-Pertua: Jadi, kalau buat saranan itu Yang Berhormat, mesti bermula daripada diri sendiri. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Saya sebenarnya terpengaruh. Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat. Saya mengantuk Yang Berhormat, itu sebab saya mencelah. Silakan. 52 DR 29.10.2014 Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima kasih.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akin [Bukit Katil]: Terima kasih. Tidak apa, nanti saya jadi kerajaan inshaaAllah saya tidak akan buat perkara ini. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, hospital antara hospital yang terbaik di Singapura, nama hospital itu ialah Hospital Kandang Kerbau. Di daerah nama Kandang Kerbau. Dia tidak ada hendak fikir nama-nama lainlah untuk menunjukkan hospital itu baik, dia kekalkan nama Hospital Kandang Kerbau.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Itu di Singapura, yang saya hairannya di Singapura ini daripada segi penguasaan Bahasa Melayu tidak begitu maksimum, tidak begitu tinggi. Akan tetapi itu yang berlaku di dalam negara kita yang kononnya memperjuangkan Bahasa Melayu, hidup Melayu dan sebagainya. Akan tetapi bahasa kita dikesampingkan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akan tetapi bahasa kita dikesampingkan. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar dalam belanjawan ini untuk memastikan agar peranan sasterawan ini, peranan budayawan ini dibawa ke-satu tahap yang boleh menyumbang kepada agenda pembangunan negara. Ini kerana soal yang begitu penting untuk kita pastikan agar agenda pembangunan yang kita laksanakan dan juga agenda perbandaran yang kita laksanakan tidak lari daripada kerangka budaya dan mengekalkan imej Melayu dan juga Malaysia ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya ingin bawa perhatian Dewan, misalnya kepada isu yang sedang melanda Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka saya kira penting kerana peranannya dalam mendaulatkan kelangsungan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan. DBP telah menswastakan lima bahagian iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Bahagian Perniagaan; Bahagian Percetakan; Bahagian Pracetak; Bahagian Reka bentuk; dan Bahagian Stor. Pada 1 September 2002 sehingga tahun 2014 secara konsesi kepada Syarikat Dawama Sdn.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Bhd. Sejak penswastaannya iaitu mulai tahun 2002, DBP telah kerugian di antara RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun. Oleh sebab utama kerugian adalah kerana formula pengagihan hasil pendapatan penjualan buku umum dan majalah yang diterbitkan iaitu nisbah 20:80. Di bawah formula tersebut, DBP mendapat 20 peratus sementara Dawama pula mengaut sebanyak 80 peratus daripada hasil jualan buku teks.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Manakala daripada hasil jualan buku teks sekolah pula, formula pengagihan pendapatan dipersetujui ialah DBP mendapat bayaran 30 peratus dan Dawama sebanyak 70 peratus. Prestasi kewangan syarikat konsesi yang lemah kerana masalah bebanan hutang dan kekurangan modal menyebabkan aktiviti percetakan dan pengedaran buku teks tidak dapat diteruskan. DBP tidak menerima bayaran fi tahunan pada setiap suku tahun dari bulan Januari 2010 sehingga September 2010 yang berjumlah RM3.06 juta.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kelewatan pengedaran buku teks oleh syarikat konsesi menyebabkan DBP dikenakan denda oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2003 hingga 2008 berjumlah RM23.6 juta. Syarikat konsesi tidak menerbitkan buku judul am yang mengikut perjanjian. Mengakibatkan DBP tidak dapat menerima fi minimum yang sepatutnya. Syarikat konsesi tidak berkemampuan untuk meneruskan obligasi percetakan dan pengedaran buku teks bagi kegunaan tahun 2012 kerana menghadapi masalah kewangan yang cukup kritikal.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kegagalan syarikat konsesi melaksanakan obligasinya menyebabkan DBP terpaksa mengambil alih semula aktiviti percetakan dan pengedaran buku teks sekolah. Anggaran DBP pada tahun 2014 adalah sebanyak RM80 juta. Manakala anggaran pada tahun 2015 adalah sebanyak RM93 juta.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dengan penambahan sebanyak RM12 juta pada tahun 2015, apa langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi menaik taraf standard DBP agar tidak dianggap sebagai sebuah institusi yang lemah dan mundur yang terletak- yang kita lihat sekarang bangunan sahaja yang gah di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur tetapi daripada segi mutu, peranannya dikesampingkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan bahawa dalam belanjawan ini, apakah imej yang ingin kita bawa di peringkat dunia tentang ekonomi kita?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
DR 29.10.2014 53 Saya teliti Laporan World Bank April 2013, di mana laporan tersebut menceritakan “How to Avoid...” dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang ini tidak ada dalam Bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya kena letakkan judulnya, “How to Avoid Middle-Income Traps? Evidence from Malaysia”, menceritakan tentang kelemahan dan memberikan beberapa cadangan yang boleh diambil oleh kerajaan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Misalnya, apa perkara yang menjadi masalah yang dilihat daripada segi pandangan mereka yang pakar di World Bank, di Bank Dunia. Mereka menyatakan bahawa, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “The skills crisis is a well known shortcoming of the Malaysia economy, the response not enough good people is a common complaint among business owners in Malaysia”.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Bermakna, dari satu sisi kita lihat terdapat mereka yang tidak mampu daripada segi keupayaan menguasai ekonomi, menguasai keusahawanan, mengangkat produk-produk ataupun hasil pengeluaran ataupun hasil ekonomi yang ada brand Malaysia. Saya ambil contoh pengalaman kebetulan dapat peluang dengan Tuan Yang di- Pertua ke Korea. Kita pergi melawat Korea dan sebagainya tetapi apa yang paling pentingnya apa?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kita juga pergi ke sebuah tempat namanya “Samsung”, dan kita dengar taklimat yang diberikan oleh mereka yang menjadikan Samsung itu satu brand yang dekat dengan Korea, yang orang tahu kalau Samsung, Korea. Korea itu berjaya keluar daripada middle income country (MIC). Bukan MIC sini tetapi middle income country kepada high income country. Ini perkara yang mereka kemukakan, 3P iaitu product, process dan juga people. Produk dia, prosesnya dan juga rakyat.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Produk dia, prosesnya dan juga rakyat. Jadi, skill inilah yang saya ingin katakan dan tegaskan bahawa kita mungkin ada ramai mereka yang boleh kita angkat sebagai orang yang berkebolehan dalam bidang masing-masing. Akan tetapi kadang-kadang kita terikat dengan birokrasi dan politiking yang cukup kuat di bawah. Saya bagi contoh misalnya, projek di Pengerang. Ini saya teliti beberapa laporan media beberapa minggu sebelum ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya tahu di sebelah bench Pakatan kita ada beberapa isu yang berkaitan dengan masalah projek ini termasuk pampasan dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya hendak tegaskan baru-baru ini dikeluarkan di dalam media. Apa yang mengejutkan saya ialah di kalangan ahli-ahli wakil rakyat daripada kerajaan yang membangkitkan tentang projek Rapid ini di mana tidak ada ataupun kurang penyertaan daripada syarikat-syarikat yang mewakili Malaysia.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Adalah kalau ada pun mungkin dibagi kepada perkara-perkara yang kecil, tidak perkara utama iaitu untuk membangunkan usahawan usaha minyak dan juga petrokimia. Ini kerana yang saya dapat maklumat, yang cuba ditonjolkan oleh kerajaan dalam projek Rapid ini menjadikan kawasan ini sebagai oil hub, hab minyak. Sudah tentulah kita mengandaikan bahawa akan ada syarikat-syarikat daripada negara kita untuk memajukan projek ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akan tetapi nampaknya seperti mana yang dijelaskan secara spesifik di dalam media Utusan dan sebagainya dan ada juga saya teliti mereka mempertikai tentang penglibatan Pengerusi Eksekutif Dialog Group Berhad, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat. Ini dinyatakan secara jelas kenapa beliau ini boleh juga terlibat dalam perkara-perkara menentukan dasar tentang projek yang dilakukan di kawasan Rapid itu. Walhal beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah dan mempunyai kepentingan menjalankan projek di situ.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Bermaknanya, syarikat dia monopoli semuanya. Ini menjadi pertikaian dalam usaha kita untuk melonjakkan negara keluar daripada kepompong apa yang berlaku iaitu kepompong middle income trap ataupun perangkap pendapatan sederhana ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri yang berkaitan untuk jelaskan keadaan ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku di kawasan Pengerang dan masalah politik, masalah monopoli oleh syarikat yang bernama Dialog Group Berhad ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit tentang apa yang berlaku dua hari yang lepas di Universiti Malaya. Saya ingin rakamkan di dalam Dewan ini ucapan tahniah saya kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, khususnya saudara Muhamad Fahmi yang telah menunjukkan keberanian dan keyakinan beliau untuk terus menganjurkan program-program yang terbuka walaupun berbeza pendapat dan pandangan dan menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh untuk datang untuk memberikan ucapan beliau.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini menunjukkan bahawa kita ada tokoh-tokoh yang boleh dikemukakan terutama di peringkat mahasiswa. 54 DR 29.10.2014 Saya ingin rekodkan dalam Dewan ini kerana saya kagum dengan keberanian dan keseluruhan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Saya tahu bahawa kerajaan membelanjakan jutaan ringgit mencari pelbagai idea, mencari pelbagai formula untuk memastikan bahawa institusi pendidikan kita cemerlang. ■1550 Kita menjalankan pelbagai strategi, melantik pelbagai consultant.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kalau dalam bahasa Bukit Katil ini con, insult and turn. Tidak buat hasil apa-apa tetapi perkara ini jutaan ringgit. Cuma saya hendak beritahu kepada Dewan ini bahawa di sana, di luar sana ada contoh-contoh yang boleh kita ambil. Misalnya dalam buku terbaru karya Professor Gerhard Kasper yang dilantik pada tahun 1992 hinggalah tahun 2000 untuk memulihkan atau menaik tarafkan Universiti Stanford yang terletak di Silicon Valley. Profesor ini telah menggunakan perkara yang paling mudah buat saya fahami.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Misalnya dia melantik satu Suruhanjaya dan suruhanjaya itu tidak perlu lantik orang luar. Dia melantik yang di dalam membincangkan strategi bagaimana untuk meningkatkan prestasi universiti.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Yang paling menarik itu ialah apabila beliau menyatakan dengan tegas formula yang paling menarik, yang paling ampuh yang dilakukan oleh beliau sepanjang lapan tahun sehingga menyebabkan Stanford sekarang ini berada di top 3 dalam kumpulan universiti terbaik di dunia telah menyatakan bahawa dia mesti bermula dengan kebebasan. Freedom of it’s members dengan izin Tuan Yang di-Pertua fakulti dan juga student dan juga para pelajar.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Inilah perkara yang dilakukan oleh beliau dan beliau terbuka dengan mahasiswa untuk membicarakan apa sahaja topik yang boleh dianggap berbahaya, yang boleh dianggap menyusahkan, yang boleh dianggap sensitif. Semuanya dibincangkan dengan terbuka dalam nuansa atau pun dalam suasana pendidikan, dalam suasana mendidik, berkongsi idea dan pendapat. Inilah yang menyebabkan akhirnya universiti itu melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang kreatif, yang berani memberikan pendapat dan pandangan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan sementara kita cari idea ini kerana pelbagai anggota Parlimen daripada kerajaan dan juga pakatan kita telah bawa isu-isu yang dekat dengan kita iaitu yang berkaitan dengan prestasi universiti. Kalau tengok universiti buat negara kita walaupun ratusan juta dibelanjakan tetapi masih lagi corot dan ke belakang. Saya ingin cadangkan supaya satu Select Committee, satu Jawatankuasa by partisan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Jemputlah daripada kami, kita boleh juga bawa satu pandangan-pandangan yang lain, profesor-profesor yang ramai dalam negara kita untuk bincangkan di Parlimen ini supaya ada satu usaha, sebagai ada satu semangat untuk kita bawa kembali standard ataupun taraf universiti kita ke tahap yang paling tinggi dan saya cadangkan kalau diizinkan kalau boleh kementerian bawa perkara ini dan setuju supaya kita wujudkan satu Select Committee agar kedua-dua dapat berikan pandangan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin sebut tentang peranan negara dan juga belanjawan kita ini terhadap peranan kita, peranan negara yang akan menjadi pengerusi Asian Community pada tahun 2015. Saya seronok dan melihat, malah saya juga membaca blog Yang Berhormat Pekan terutamanya berkaitan dengan ucapan-ucapan beliau di peringkat antarabangsa.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Tentunya saya rasa boleh saya istilahkan sebagai terpukau jugalah bila membaca ucapan-ucapan beliau yang dilihat bercanggah dengan apa yang dilakukan di dalam negara. Di luar negara baru-baru ini dalam ucapan beliau di United Nations, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau sebut pelbagai perkara yang muluk-muluk, yang baik-baik.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kita mesti tolak extremism, kita mesti tolak intolerance, kita mesti ada satu politik yang inclusive bawa semua sekali tetapi di dalam negara siapa yang lawan, siapa yang berbeza pendapat dituduh dengan Akta Hasutan dan sebagainya. Kita cadang supaya ada satu rekonsiliasi nasional atau national reconciliation tetapi tidak disambut oleh Yang Berhormat Pekan. Akan tetapi dalam ucapan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu dibawa dengan tema yang berani dan sebagainya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akan tetapi di dalam negara yang ini menjadi masalah. Seolah-olah ada satu double standard, satu perkara yang menunjuk-nunjuk kepada dunia bahawa kita baik tetapi dalam negara kita tidak mampu hendak selesaikan. Saya hendak ingatkan ayat Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah SWT menegaskan bahawa amat besar kebencian di sisi Allah kalau kita beritahu kita cakap tetapi kita tidak buat perkara ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
DR 29.10.2014 55 Begitu juga dengan kenyataan oleh Menteri Luar dalam ucapan beliau menerima pengerusi sebagai Pengerusi ASEAN dan juga ASEAN Community 2015. Beliau mencadangkan bahawa dalam ucapan beliau dengan cukup jelas- A people-centered ASEAN. ASEAN yang berorientasikan, berteraskan rakyat.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
ASEAN yang berorientasikan, berteraskan rakyat. Maknanya ada hubungan antara penduduk-penduduk dalam rantau ASEAN ini di mana Yang Berhormat Menteri Luar menyatakan bahawa ASEAN will be and even more powerful vehicle, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, for the realization of our people aspiration, good governance, transparency, higher standard of living, sustainable development, empowerment of women and greater opportunity for all.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini satu istilah yang muluk untuk kita dengar tetapi kita ingin ingatkan Menteri Luar bahawa dalam masa kita ingin mempromosi ASEAN Community 2015, dalam kita ingin mempromosi bahawa people-centered relationship tetapi kita juga ingin tahu pendirian kerajaan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Dalam masa yang sama kita dengar dan kita tahu ada undang-undang yang masih lagi merotan pekerja-pekerja asing yang datang, yang ditangkap, yang tidak ada pasport dan sebagainya yang pada saya itu amat tidak manusiawi yang bercanggah dengan prinsip-prinsip kemanusiaan. Sebab itu saya hendak tegaskan bahawa sementara kita dengar tadi pandangan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyatakan bahawa kita sekarang berhadapan dengan masalah kebanjiran pekerja-pekerja asing.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya tahu mesti ada balance, mesti ada kita kemukakan formula supaya jangan semuanya dibolot atau pun dikawal atau pun dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing. jangan panggil rumah-rumah kongsi, kita panggil rumah-rumah Akan tetapi dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua saya ingin cadangkan beberapa istilah yang mungkin kita boleh tukar. Misalnya pekerja asing kita tukar nama jadi pekerja tamu. Beliau tamu kita yang datang membantu ekonomi.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Beliau tamu kita yang datang membantu ekonomi. Rumah-rumah kongsi ini kita tamu untuk membuktikan bahawa kita ada satu hubungan di kalangan penduduk-penduduk negara- negara ASEAN yang tentunya dalam hasrat itu kerajaan saya yakin dalam belanjawan ini tentunya akan membelanjakan sejumlah wang memastikan bahawa projek ini atau pun ASEAN Community ini berjalan. Dalam masa yang sama saya juga ingin tegaskan bahawa kita juga berhadapan dengan masalah-masalah yang serius di dalam rantau ini.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Kita dengar ucapan-ucapan dan juga jawapan-jawapan daripada Kementerian Luar misalnya masalah di Rohingya, masalah di Papua New Guinea baru-baru ini 200,000 mati. Kalau di rantau Asia ini kita boleh buat ASEAN Free Trade Area, ASEAN Free Trade Zone. Saya ingin cadangkan kepada kementerian di bawah kempen kita sebagai Pengerusi ASEAN 2015 ini untuk kita kemukakan idea atau pun lobi supaya akan diwujudkan ASEAN Free Genocide Area, Free Genocide Zone.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Jangan adalah lagi kita dengar pembunuhan-pembunuhan yang berlaku di dalam rantau Asia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa yang terakhir kepada isu di kawasan saya. Saya ingin minta supaya Yang Berhormat Menteri Kewangan memberitahu kepada Dewan ini kerana kita tahu di negeri Melaka ini antara yang paling besar dan paling utama masalahnya.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Saya fikir Yang Berhormat Masjid Tanah juga boleh bersetuju dengan saya bahawa kita berhadapan dengan masalah hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri. Tentunya hutang ini dengan Kerajaan Persekutuan perlu dilaksanakan. Justeru saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Berapa hutang yang sekarang ini terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri dan bagaimanakah kaedah-kaedah dapat diselaraskan agar wang pembangunan itu dapat disalurkan dan dalam masa yang sama negeri Melaka walaupun banyak hutang- saya fikir mencecah RM1 bilion tetapi tidak dinafikan hak mereka untuk dibangunkan. Dari satu segi maknanya bantuan Kerajaan Persekutuan saya fikir cukup penting.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Keduanya saya juga dapat maklumat bahawa Melaka memperoleh RM511 juta meliputi tebatan banjir serta pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka. Saya ingin tanya apakah projek tebatan banjir ini di Sungai Duyung ini telah siap sepenuhnya memandangkan baru-baru ini bila berlaku hujan yang lebat, maka kawasan saya di Bukit Katil khususnya banjir. Ini menyusahkan dan menyukarkan rakyat.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Ini menyusahkan dan menyukarkan rakyat. Malah, dalam kita hendak mengindahkan Sungai Melaka ini saya dapat maklumat bahawa di kawasan- kawasan yang berkaitan itu, penduduk-penduduk di kawasan itu berhadapan dengan masalah keretakan dan kerosakan rumah mereka. 56 DR 29.10.2014 Apakah boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memberikan pampasan agar mereka yang mendapat kesan daripada pembangunan ini tidak rasa terbeban dengan perkara ini?
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya minta sedikit sahaja lagi, satu dua minit. Saya ingin respons atau memberikan maklum balas saya kepada terhadap mereka terutamanya rakyat Malaysia yang berhadapan dengan tragedi MH 17 dan MH370. Yang akhir. Saya ingin bawa perhatian kerajaan. Baru-baru ini Menteri Pengangkutan menyebut di dalam Parlimen pampasan yang diberikan untuk MH17 itu adalah sebanyak RM50,000. Saya ingin tanya sepanjang pengetahuan kita, kita terikat dengan Montreal Convention 1999.
Gender Based violence- Violence Against Women
Child marriage
Malaysia
https://docs-lawep.s3.us-east-2.amazonaws.com/1698938995112.pdf
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-29102014.pdf