title
int64
4
3.51k
body
stringlengths
18
82.3k
314
Soalan Assalammualaikum, adakah dibolehkan untuk   menjadikan ular sebagai haiwan peliharaan dan apakah hukum berjual beli ular?   Mohon pencerahan SS Mufti, terima kasih. Ringkasan Jawapan: Hukum memelihara ular adalah haram dan dilarang melaksanakan transaksi jual beli ular. Hal ini kerana ular termasuk dalam kelompok haiwan pengganggu (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan.  Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.   Huraian Jawapan Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga Baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat Ular antara haiwan yang berbahaya dan memberi mudarat kepada manusia.  Terdapat beberapa riwayat hadis yang menunjukkan bahawa Baginda SAW memerintahkan agar ular dibunuh sama ada dalam keadaan berihram atau tidak ihram.  Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda : أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ مُحْرِمًا بِقَتْلِ حَيَّةٍ بِمِنًى Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan orang yang sedang berihram untuk membunuh ular di Mina” Riwayat Muslim (2235) Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan bahawa seseorang yang sedang berihram diharuskan untuk membunuh ular. Sepertimana yang diketahui orang dalam keadaan ihram dilarang untuk membunuh binatang, namun syarak memberi pengecualian terhadap binatang-binatang pengganggu, bahkan hukumnya sunat dibunuh untuk menghindari kemudaratan. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/ 234) Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda : خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ : الْحَيَّةُ ، وَالْغُرَابُ الْأَبْقَعُ ، وَالْفَأْرَةُ ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ ، وَالْحُدَيَّا Maksudnya : “ Lima binatang fawasiq yang boleh dibunuh di tanah halal dan haram (atau dalam keadaan berihram) iaitu ular, burung gagak hitam bercampur putih, tikus, anjing gila, burung helang Riwayat Muslim 1198, Riwayat Bukhari 3314 Perkataan fawasiq yang dinyatakan di dalam hadis memberi makna binatang-binatang pengganggu dan perosak. Berpandukan hadis ini juga, majoriti ulama bersepakat bahawa harus membunuh binatang-binatang tersebut sama ada di tanah haram (Mekah dan Madinah) dan juga di luar tanah haram. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 8/ 113-114). Berdasarkan dalil yang dibentangkan, ular termasuk dalam lima kelompok haiwan penggangu (fawasiq) yang dianjurkan untuk dibunuh. Hal ini kerana haiwan tersebut memudaratkan dan berbahaya kepada manusia.   Fuqaha telah membahaskan hukum memelihara dan berjual beli kelompok haiwan penganggu (fawasiq) seperti berikut : Hukum Memelihara Ular Ibn Hajar al-Haitami menyatakan haram mengurung lima binatang pengganggu dan perosak di dalam kandang untuk tujuan pemeliharaan.”  (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh Minhaj 9/337) Menurut Imam al-Zarkasyi, seseorang yang mukalaf diharamkan memelihara beberapa jenis binatang, antaranya anjing yang tidak dibenarkan oleh syarak dan juga binatang perosak yang lain seperti helang, tikus, burung gagak dan ular. (Lihat : al-Mantsur fi al-Qawaid, 3/80). Hukum Jual Beli Ular Imam al-Nawawi menyatakan tidak sah jual beli haiwan yang tidak mendatangkan manfaat seperti kumbang, kala jengking, ular, tikus semut dan seumpamaya. (Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun al-Muftin  3/353) Fuqaha turut bersepakat bahawa tidak boleh dijual beli hasyarat (antaranya serangga) yang tidak memberi manfaat kerana tidak menepati syarat barang jualan iaitu barang jualan mestilah mempunyai nilai manfaat. Oleh yang demikian, haram menjual hasyarat (antaranya serangga) seperti tikus, ular, kala jengking, kumbang, semut dan seumpamanya. Adapun sekiranya sebahagian haiwan serangga mempunyai manfaat, maka ia harus dijual seperti ulat sutera untuk dijadikan kain sutera dan serangga lebah yang boleh menghasilkan madu. ( Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyah, 17/280) KESIMPULAN Setelah meneliti perbahasan yang dikemukakan, haram memelihara haiwan yang dianjurkan untuk dibunuh terutamanya binatang yang berbahaya seperti ular. Bahkan, ular termasuk dalam kelompok haiwan penggangu dan perosak (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
315
ISLAM DAN MUZIK Mukadimah Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan fitrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Terdapat satu hadith berkenaan salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Hanzalah RA yang merasa takut dirinya telah menjadi munafiq, kerana beliau merasa lalai daripada mengingati Allah SWT dengan berhibur bersama keluarga beliau, setelah sebelumnya bermuhasabah dalam majlis bersama Nabi SAW. Baginda SAW bersabda: يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan. Sahih Muslim (2750) Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan hadith ini yang turut diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam Sahih Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah SWT, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 17/66) Terdapat juga athar daripada Ibn Shihab yang berkata: رَوِّحُوا الْقُلُوبَ سَاعَةً وَسَاعَةً Maksudnya: Rehatkan hati-hati kalian, ada masa untuk urusan dunia, ada masa untuk urusan akhirat. (Lihat Ibn ‘Abdil Barr, Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi, 1/434 dan Al-Maqasid al-Hasanah fima Isytahara ‘ala al-Alsinah, hal. 372)         Prinsip Halal dan Haram dalam Islam Kami nukilkan di sini prinsip-prinsip Islam berkenaan halal dan haram daripada karya Dr Yusuf al-Qaradhawi, antara lain beliau menyebut: Hukum asal sesuatu ialah harus (dibolehkan). Kuasa halal dan haram adalah hak Allah SWT semata-mata. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, sama dengan syirik kepada Allah SWT. Pengharaman itu adalah disebabkan oleh kotor dan mudarat. Dengan perkara halal, seseorang tidak perlu lagi kepada yang haram. Apa yang membawa kepada perkara yang haram, hukumnya haram. Haram membuat tipu helah untuk perkara yang haram. Niat yang baik tidak boleh menghalalkan yang haram. Memelihara diri dari perkara yang syubhah, iaitu yang samar-samar. Sesuatu yang haram itu tetap haram untuk semua. Darurat mengharuskan sesuatu yang dilarang. (Rujuk Halal dan Haram dalam Islam, hal. 5-38) Nu’man bin Basyir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ Maksudnya: Sesungguhnya perkara halal dan haram itu jelas, dan terdapat perkara yang samar-samar (syubhah) antara keduanya, yang tidak diketahui oleh sekian ramai manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada perkara yang syubhah, dia telah menjaga agama dan kehormatannya. Sesiapa yang termasuk dalam perkara syubhah, dia telah jatuh dalam perkara haram, seumpama pengembala yang mengembala binatang peliharaannya di sekitar kawasan larangan, lama-kelamaan akan jatuh ke dalamnya. Sahih Muslim (1599) Hadith ini menjelaskan bahawa daerah dan ruang lingkup perkara yang halal adalah sangat luas. Bahkan, ia lebih luas daripada daerah perkara yang haram. Hal ini dapat difahami daripada perumpamaan Rasulullah SAW yang membandingkan perkara haram seumpama kawasan larangan. Oleh itu, selain kawasan larangan tersebut ialah kawasan halal. Demikianlah betapa besar dan luasnya daerah perkara halal berbanding perkara haram.   Maksud Muzik Dan Nyanyian Kami mulakan perbahasan muzik dan nyanyian ini dengan mengemukakan takrif dan definisi bagi istilah-istilah berkenaan muzik dan nyanyian yang sering digunakan dalam hadith dan juga oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka. Al-Ma’azif (مَعَازِفُ) merupakan kata jamak kepada مِعْزَفَةُ , yang bermaksud alat muzik. Ia turut dikenali sebagai الملاهي yang memberi maksud yang sama. (Rujuk Fath al-Bari, 10/55). Ibn Manzur dan Taj al-‘Arus menyebut: Al-Ma’azif ialah al-Malahi. Mufradnya ialah mi’zaf (مِعْزَف) dan mi’zafah (مِعْزَفَة) (Rujuk Lisan al-‘Arab, 9/244 dan Taj al-'Arus min Jawahir al-Qamus, 24/155 dan Mukhtar al-Sihah, hlm. 467) Ibn al-Qayyim pula menyatakan: al-ma’azif adalah seluruh alat muzik atau permainan, dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh ahli-ahli bahasa. (Lihat Ighathah al-Lahfan, 1/260) Imam al-Zahabi pula berkata: al-ma’azif mencakupi seluruh alat muzik ataupun permainan yang digunakan bagi tujuan mengiringi sesebuah lagu atau sya’ir. (Lihat al-Siyar, 21/158 dan al-Tazkirah, 2/1337) Imam al-Qahustani mentakrifkan kalimah al-Ghina’ (الْغِنَاءَ ) sebagai pengulangan suara beserta melodi dan intonasi dalam bersyair dan kombinasi tepukan tangan. (Rujuk Radd al-Mukhtar 6/349) Menurut Ibn Khaldun, al-ghina’ merujuk kepada seni komposisi suara dengan kaedah menyusun suara mengikat nada yang tersusun. (Rujuk Tarikh Ibn Khaldun 1/534) Bagi kalimah al-lahwu pula, Ibn Manzur mentakrifkannya sebagai sesuatu yang dijadikan alat atau wasilah , dan alat-alat muzik (al-malahi / الملاهي) pula termasuk di bawah kategori al-lahwu(Rujuk Lisan al-Arab 15/278) Menurut Imam al-Qurtubi, al-ghina’ dari segi bahasa adalah meninggikan suara ketika bersyair atau yang semisal dengannya (seperti rajaz secara khusus). (Rujuk Kasyf al-Qina’, 47) Antara nama-nama alat muzik yang disebut dalam hadith dan kitab para ulama’ ialah: Al-Thunbur (sejenis alat muzik bertali seperti gambus) At-Thabl (drum) Al-Mizmar (seruling) Al-Autar (gitar) Al-‘Uud (sejenis alat muzik bertali seperti gambus) Al-Duff (gendang) Asalnya, perkataan muzik berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘muisike’ atau ‘mousa’. Ia juga dikatakan berasal daripada musica yang merangkumi seni muzik yang berbeza-beza dan alat-alat muzik seperti seruling, biola, gendang, dulcimer, kecapi, mandolin, simbal dan sebagainya. [1] Dari sudut perspektif moden, muzik sepertimana yang disebut dalam Cambridge Dictionary ditakrifkan sebagai: “pattern of sounds made by musical instruments, voices, or computers, or a combination of these, intended to give pleasure to people listening to it” yang bermaksud bunyi yang terhasil daripada alatan muzik, suara, komputer, atau gabungan kesemua ini yang bertujuan memberikan ketenangan kepada pendengar.[2] Menurut Kamus Dewan pula, muzik bermaksud gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau bunyi-bunyian yang terhasil daripada alatan.   PANDANGAN ULAMA BESERTA DALIL Fatwa yang mengharamkan muzik dan nyanyian. Jumhur ulama dan fuqaha’ mengharamkan alat muzik. Cuma ada sebahagian mereka yang mengharuskan alat muzik tertentu dalam keadaan tertentu. Kami nukilkan di bawah antara pandangan-pandangan mereka: Imam Malik pernah ditanya akan muzik dan nyanyian, dan beliau berkata hanya orang fasiq yang terlibat dengan aktiviti seumpama ini. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 14/55) Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah pula, mendengar nyanyian (atau alat muzik) menimbulkan mudarat yang dahsyat terhadap agama seseorang, tidak ada cara lain selain dengan menutup jalan agar tidak mendengarnya. (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, 11/567) Beliau turut menambah, tidak harus menghasilkan alat-alat muzik, dan boleh untuk dihancurkannya disisi majoriti fuqaha; bahkan beliau menyebut bahawa alat-alat muzik merupakan arak kepada jiwa-jiwa manusia (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, 22/140 dan 10/417) Menurut Imam al-Nawawi, para ulama bersepakat atas haramnya upah yang diperoleh oleh penyanyi dalam aktiviti nyanyian. Ini juga pandangan Ibn Abidin dalam hasyiah beliau (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/231 dan Radd Al-Mukhtar ‘ala Ad-Dur Al-Mukhtar, 6/424) Imam Ibn Hajar al-Haitami pula setelah beliau menukilkan ijmak akan pengharaman alat muzik, telah menyatakan bahawa sesiapa yang menyatakan bahawa ada khilaf dalam isu ini, dia telah melakukan kesilapan atau dikuasai hawa nafsu, hingga ia memekakkannya dan membutakannya (daripada mendengar dan melihat kebenaran). (Rujuk Kaff al-Ri’aa, hal. 118) Kata Ibn Qudamah, barangsiapa yang menjadikan muzik sebagai satu pekerjaan, atau mengambil kanak-kanak dan hamba untuk menyanyi dan dihadiri oleh orang ramai, maka orang seperti itu tidak diterima kesaksian daripadanya. Ini kerana muzik di sisi mereka yang tidak mengharamkannya, merupakan satu kebodohan, kerendahan dan menjatuhkan maruah. Manakala di sisi mereka yang mengharamkan muzik, ia merupakan satu dosa dan pelakunya dikira menzahirkan kemaksiatan dan kefasikan. (Rujuk Al-Mughni, 10/156) Bahkan disebut oleh Imam Khatib al-Syarbini, bahawa merosakkan thunbur wajib dikenakan ganti rugi kerana ia merupakan alat yang membawa kepada maksiat. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 5/469) Imam al-Qurthubi juga meriwayatkan pandangan al-Qaffal, bahawa tidak diterima penyaksian penyanyi dan penari. Tambah al-Qurthubi, oleh kerana itu, mengambil upah dan pendapatan daripada aktiviti nyanyian dan tarian juga tidak diharuskan. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 14/56) Dalil-Dalil Pengharaman Para ulama yang mengharamkan muzik berhujah berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith, antaranya firman Allah SWT: وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِين Maksudnya: Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. Surah Luqman (6) Kata Ibn ‘Abbas sewaktu mentafsirkan ayat ini, ia merujuk kepada muzik, manakala Mujahid berpandangan ia merujuk kepada al-Lahwu dan al-Tobl. Al-Hasan al-Basri pula menyatakan ayat ini diturunkan berkenaan muzik dan al-mazamir. (Rujuk Tafsir al-Tobari, 21/40 dan Tafsir Ibn Kathir, 3/451) Selain itu, sabda Nabi SAW: لا تَبِيعُوا الْقَيْنَاتِ وَلاَ تَشْتَرُوهُنَّ وَلاَ تُعَلِّمُوهُنَّ وَلاَ خَيْرَ فِي تِجَارَةٍ فِيهِنَّ وَثَمَنُهُنَّ حَرَامٌ ‏‏.‏ فِي مِثْلِ ذَلِكَ أُنْزِلَتْ عَلَيْهِ هَذِهِ الآيَةُ ‏:‏ ‏(‏ومِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ‏)‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ ‏.‏ Maksudnya: Janganlah kalian menjual penyanyi-penyanyi wanita, atau membeli mereka, atau mengajar mereka menyanyi. Tidak ada kebaikan pada urus niaga melibatkan mereka, dan nilaian harga mereka adalah haram. Dan kerana kes seumpama inilah diturunkan ayat (yang bermaksud): “: Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah” Sunan Tirmizi (3195) Nabi SAW juga bersabda: لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ، يَسْتَحِلُّونَ الحِرَّ وَالحَرِيرَ، وَالخَمْرَ وَالمَعَازِفَ Maksudnya: Akan ada di antara umatku, satu  kaum yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat musik.  Sahih al-Bukhari (5590) Nabi SAW juga pernah bersabda: لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ Maksudnya: Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka. Allah SWT akan menjadikan bumi menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi. Sunan Ibn Majah (4020) Selain itu, Nafi’ – maula Ibnu ‘Umar-, berkata, أَنَّ ابْنَ عُمَرَ سَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَوَضَعَ أُصْبُعَيْهِ فِى أُذُنَيْهِ وَعَدَلَ رَاحِلَتَهُ عَنِ الطَّرِيقِ وَهُوَ يَقُولُ يَا نَافِعُ أَتَسْمَعُ فَأَقُولُ نَعَمْ. فَيَمْضِى حَتَّى قُلْتُ لاَ فَوَضَعَ يَدَيْهِ وَأَعَادَ رَاحِلَتَهُ إِلَى الطَّرِيقِ وَقَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَسَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَصَنَعَ مِثْلَ هَذَا Maksudnya: Ibnu ‘Umar pernah mendengar suara seruling dari seorang pengembala, lalu beliau menyumbat kedua telinganya dengan kedua jarinya. Kemudian beliau berpindah ke jalan yang lain. Lalu Ibnu ‘Umar berkata, “Wahai Nafi’, apakah kamu masih mendengar suara tadi?” Aku (Nafi’) berkata, “Ya, aku masih mendengarnya.” Kemudian, Ibnu ‘Umar terus berjalan. Lalu, aku berkata, “Aku tidak mendengarnya lagi.” Barulah setelah itu Ibnu ‘Umar melepaskan tangannya dari telinganya dan kembali ke jalan itu lalu berkata, “Beginilah aku melihat Rasulullah SAW ketika mendengar suara seruling dari seorang pengembala. Beliau melakukannya seperti tadi.” Musnad Ahmad (4397) Oleh kerana itu, ulama yang mengharamkan nyanyian dan muzik juga turut mengharamkan segala transaksi yang melibatkan kedua-dua bidang tersebut. Hal ini berdasarkan sabda Baginda SAW: إنَّ اللَّهَ تَعَالَى إِذَا حَرَّمَ شَيْئًا حَرَّمَ ثَمَنَهُ Maksudnya: Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu, Dia haramkan juga harganya.  Riwayat al-Daruquthni (2815) Fatwa Yang Mengharuskan Muzik dan Nyanyian Terdapat juga sebahagian ulama silam yang mengharuskan alat muzik, antaranya: Abu Bakar Ibnu al-Arabi setelah membawakan hadith-hadith yang digunakan untuk mengharamkan nyanyian mengatakan tidak ada satu pun dalil yang sahih untuk mengharamkan nyanyian, kerana perawi-perawinya yang tidak tsiqah. Yang lebih sahih ialah riwayat-riwayat tersebut adalah batil. (Rujuk Ahkam al-Qur’an, 3/526) Ibnu Hazm sewaktu membahaskan hukum nyanyian mengatakan bahawa semua riwayat hadith tentang haramnya nyanyian adalah batil. Tentang ayat 6 surah Luqman yang menjadi pengharaman nyanyian pula, beliau menjelaskan bahawa ayat tersebut menyebutkan satu sifat yang barangsiapa mengerjakannya akan menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, iaitu apabila dia menjadikan agama Allah SWT sebagai bahan mainan. Oleh kerana itu, jika seseorang membeli senaskhah al-Quran untuk menyesatkan orang ramai dan menjadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah SWT. Allah SWT sama sekali tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadith itu sendiri yang boleh dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah. Beliau juga mengambil hadith Nabi SAW berkenaan niat untuk menentukan hukum halal dan haram amalan seseorang: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى Maksudnya: Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya. Sahih al-Bukhari (1) Jadi barangsiapa mendengar nyanyian dengan niat untuk bermaksiat kepada Allah SWT, maka jelas dia adalah fasiq, dan ini termasuk semua perkara selain nyanyian. Begitu juga barangsiapa berniat untuk menghiburkan hati supaya dia mampu berbakti kepada Allah SWT dan lebih bersemangat dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap laghwun sahaja yang diharuskan. (Rujuk Al-Muhalla bil Athar, 7/567) Syeikh Sulaiman al-Jamal yang mensyarahkan Minhaj al-Tullab karangan Syeikh Zakariyya al-Ansari pula memakruhkan nyanyian tanpa alat muzik, meskipun nyanyian itu dinyanyikan oleh ajnabi atau golongan amrad (remaja lelaki yang kurang sifat kelakian). Namun jika ditakuti timbulnya fitnah atau melibatkan pandangan mata yang diharamkan, maka nyanyian tersebut menjadi haram. Adapun nyanyian ibu untuk menenangkan anaknya atau untuk melajukan pergerakan unta yang ditunggang seperti amalan orang Arab, maka tiada keraguan akan keharusannya. Syeikh Sulaiman turut memetik pandangan Imam al-Ghazali yang menyatakan setiap nyanyian bergantung kepada niat; niat untuk bermaksiat dihukumkan maksiat, ketaatan sebagai ketaatan dan jika tidak berniat apa-apa, maka ia dikira sebagai al-lahwu yang dimaafkan. Manakala nyanyian yang disertai alat muzik, maka ia dikira haram. (Rujuk Hasyiyah Jamal ‘ala Syarh Minhaj al-Tullab, 5/380) Selain itu terdapat juga pandangan dalam mazhab Syafi’e yang mengharuskan al-‘Uud, atas sebab ia mampu mengurangkan kesedihan dan menyegarkan sisi rohani manusia, dan inilah pandangan Abu Mansur al-Baghdadi. (Rujuk Al-Najm al-Wahhaj fi Syarh al-Minhaj, 10/301) Terdapat juga riwayat oleh Imam al-Muzani yang menyatakan bahawa pada suatu hari beliau berjalan bersama Imam al-Syafi’e dan menemui seorang hamba wanita sedang menyanyi, dan beliau tidak mengingkarinya, bahkan mendengarnya. (Rujuk Tobaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra, 2/77) Imam Qalyubi pula, meskipun mengharamkan nyanyian selain pada hari perayaan, beliau mengharuskan nyanyian dalam keadaan sakit dengan niat untuk menyembuhkan sakit, dengan syarat ia diakui oleh doktor yang ‘adil. (Rujuk Hasyiyah Qalyubi wa ‘Umairah, 4/321) Imam al-Qurthubi menukilkan kata-kata al-Qusyairi: Alat-alat muzik dimainkan oleh para wanita dihadapan Nabi SAW untuk mengalu-alukan kedatangan Baginda SAW ke Madinah, dan Abu Bakr RA ingin mengherdik mereka supaya mereka berhenti. Tapi Nabi SAW melarangnya dan berkata: “Biarkan mereka wahai Abu Bakar, supaya orang Yahudi tahu agama kita ini fleksibel dan menyenangkan”. Al-Qurtubi turut menambah bahawa semua alat muzik yang digunakan sewaktu hari perkahwinan adalah diharuskan selagi lirik lagu tidak mempunyai unsur-unsur lucah. (Rujuk Tafsir al-Qurtubi, 14/54) Imam Ibn Abidin al-Hanafi pula sewaktu membincangkan isu muzik dan nyanyian dalam kalangan golongan sufi telah meletakkan beberapa syarat agar ia selaras dengan syarak: majlis itu tidak mempunyai amrad (budak lelaki yang kurang ciri-ciri kelelakian ), tidak melibatkan percampuran jantina dan disertai niat yang ikhlas bukan untuk mengharapkan balasan keduniaan. (Rujuk Radd al-Mukhtar wa Hasyiyah Ibn Abidin, 6/349) Imam al-Ghazali juga mengharamkan hanya dua alat muzik yang menjadi syi’ar kepada peminum arak, iaitu al-awtar (sejenis alat muzik bertali) dan al-mizmar (sejenis seruling), maka ianya haram. (Rujuk Ihyaa’ Ulum al-Din, 2/272) Selain alat muzik tersebut, seperti duff (gendang), meskipun ia mempunyai loceng, ia dibenarkan. Dapat difahami bahawa Imam al-Ghazali mengharamkan alat muzik tertentu kerana ia berkait rapat dengan aktiviti maksiat, bukan kerana zatnya sebagai alat muzik. Imam Al-Zahabi pula sewaktu mencatat biografi Abu Muhammad Ishaq bin Ibrahim al-Nadim, telah mengiktiraf beliau sebagai seorang Imam, al-Hafiz, al-Allamah dan seorang ahli muzik (Sahib al-Musiqi). (Rujuk Siyar A’lam al-Nubala’, 11/118-119) Beliau turut menukilkan pandangan Ibn Abd al-Barr yang menyatakan bahawa salah seorang ulama besar dalam bidang hadith, iaitu Abu Salamah al-Majishun – meninggal dunia pada tahun 185 Hijrah- merupakan seorang yang gemar mendengar muzik. Beliau turut diriwayatkan mempunyai hamba-hamba yang bermain alat muzik. Hal ini, menurut Imam al-Zahabi, tidaklah menghairankan, kerana ulama di Madinah terkenal agak bertoleransi dengan muzik. (Rujuk Siyar A’lam al-Nubala’ 10/360 dan 8/372) Hal ini menunjukkan bahawa muzik adalah dibenarkan, hatta bagi seorang ‘alim dan ia tidaklah menjatuhkan taraf seseorang dari sudut kebolehpercayaan (tsiqah) dan ‘adil mereka. Imam Ibn Tahir al-Qaysirany pula menyatakan bahawa tiada perbezaan pada hukum mendengar mana-mana alat muzik, dan para ulama mutaqaddimin mengharuskannya kerana tiada dalil-dalil syarak yang mengharamkannya, maka ia kembali kepada hukum asal keharusan setiap perkara. (Rujuk Kitab al-Sama’, hal. 31) Imam Abdul Ghani al-Nabulsi pula menyatakan bahawa sesiapa yang meneliti hadith-hadith berkaitan pengharaman alat muzik akan mendapati bahawa alat muzik tidak terlepas daripada dikaitkan dengan arak, penyanyi-penyanyi wanita dan perkara-perkara dosa dan maksiat (al-fusuq wa al-fujur). Qaedah mazhab Syafi’e menyatakan mutlaq itu diikat dengan muqayyad. Manakala hadith yang tidak mengikat muzik dengan perkara-perkara seperti arak dan dosa pula berstatus ahad dan hanya bertaraf zhanni bukannya qathi’e. Maka pengharaman muzik sebenarnya adalah kerana keterkaitannya dengan perkara-perkara lain yang diharamkan secara qath’ie melalui dalil-dalil mutawatir. (Rujuk Idhaahat al-Dilalat fi Sama’ al-Alaat, hal. 78) Imam Al-Syaukani pula meriwayatkan banyak athar daripada sahabat dan tabi’in yang menunjukkan keharusan mendengar nyanyian dan muzik, antaranya Ibn ‘Umar, Mu’awiyah, Amr bin al-‘Aas, Abdullah bin Jaafar dan Hasan bin Tsabit R.’Anhum. Beliau turut membawakan beberapa riwayat daripada ramai ulama seperti Abu Ya’la, al-Qaffal dan al-Ruyani yang menunjukkan keharusan nyanyian dan alat muzik di sisi mazhab Malik. Abu Thalib al-Makkiy dalam Qut al-Qulub meriwayatkan daripada Syu’bah bahawa dia mendengar bunyi thunbur daripada rumah al-Minhal bin ‘Amr, seorang muhaddith yang terkenal. Ibn Thahir juga menyatakan bahawa tiada khilaf dalam kalangan ulama Madinah akan keharusan al-‘Uud (sejenis alat muzik bertali). Terdapat juga nukilan daripada sebahagian ulama mazhab Syafi’e seperti Imam al-Mawardi, Al-Isnawi, Ibn al-Mulaqqin, Al-Syirazi, Izzuddin Abd al-Salam dan Ibn Thahir yang meriwatkan pandangan yang mengharuskan al-‘Uud. Adapun nyanyian tanpa disertai alat muzik, sebahagian ulama seperti Ibn Thahir dan Imam al-Ghazzali menyebut bahawa ia disepakati keharusannya oleh para sahabat, tabi’in dan ulama selepasnya. Selain itu, beliau turut menaqalkan kata-kata Imam al-Ghazali yang menyatakan lafaz bathil yang warid dalam hadith-hadith Nabi SAW berkenaan muzik كل لهو يلهو به المؤمن فهو باطل tidak menunjukkan pengharaman, tapi ia menunjukkan akan ketiadaan faedah dan manfaat pada perkara tersebut. Pandangan al-Ghazali ini turut dipersetujui oleh Imam Syaukani yang menyatakan bahawa perkara yang tiada faedah termasuk di bawah kategori al-mubah atau harus. (Rujuk Nail al-Autor, 8/114-118 dan Al-Fath al-Rabbani min Fatawa al-Imam al-Syaukani 10/5206) Imam al-Syaukani juga telah menulis satu kitab khusus bertajuk Ibtol Da’wa al-Ijma’ fi Tahrim Muthlaq al-Sama’ dalam menepis dakwaan sesetangah ulama yang mendakwa berlakunya ijmak dalam pengharaman alat muzik dan nyanyian.   Dalil-Dalil Keharusan Muzik dan Nyanyian Hadith daripada ‘Aisyah R.Anha, dia berkata: أَنَّهَا زَفَّتِ امْرَأَةً إِلَى رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ يَا عَائِشَةُ مَا كَانَ مَعَكُمْ لَهْوٌ فَإِنَّ الأَنْصَارَ يُعْجِبُهُمُ اللَّهْوُ Maksudnya: ‘Aisyah R.Anha mempersiapkan seorang wanita untuk dinikahi seorang lelaki. Rasulullah SAW pun bersabda: “Wahai ‘Aisyah, tidak adakah sebarang hiburan dalam majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan. Sahih al-Bukhari (5162) Selain itu, tsabit hadith daripada Anas bin Malik RA, katanya: أَنَّ النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم مَرَّ بِبَعْضِ الْمَدِينَةِ فَإِذَا هُوَ بِجَوَارٍ يَضْرِبْنَ بِدُفِّهِنَّ وَيَتَغَنَّيْنَ وَيَقُلْنَ نَحْنُ جَوَارٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ يَا حَبَّذَا مُحَمَّدٌ مِنْ جَارِ ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏ "‏ يَعْلَمُ اللَّهُ إِنِّي لأُحِبُّكُنَّ Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW berjalan di sekitar Madinah al-Munawwarah, dan Baginda SAW melihat beberapa orang gadis memukul gendang sambil menyanyi: Kami gadis dari Bani Najjjar, betapa bertuahnya memiliki jiran seperti Muhammad. Nabi SAW pun bersabda: Allah SWT Mengetahui betapa aku sangat mencintai kalian. Sunan Ibn Majah (1899) Daripada ‘Aisyah R.Anha, beliau meriwayatkan: أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، دَخَلَ عَلَيْهَا وَالنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عِنْدَهَا يَوْمَ فِطْرٍ أَوْ أَضْحًى، وَعِنْدَهَا قَيْنَتَانِ ‏{‏تُغَنِّيَانِ‏}‏ بِمَا تَقَاذَفَتِ الأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ‏.‏ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ مَرَّتَيْنِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم "‏ دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا، وَإِنَّ عِيدَنَا هَذَا الْيَوْمُ ‏"‏‏ Maksudnya: Suatu hari Abu Bakar RA datang melawatnya pada hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, dan Nabi Muhammad SAW ada bersamanya pada hari itu. Bersama Aisyah juga ada dua orang penyanyi wanita yang sedang menyanyikan lagu kaum Ansar tentang hari Bu’ath. Maka Abu Bakar pun berkata “seruling syaitan” sebanyak dua kali. Maka Nabi SAW pun berkata “biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari perayaan, dan hari ini merupakan hari raya bagi kita.”                                                                                                                                   Sahih al-Bukhari (3931) dan Sahih Muslim (892) Menurut Syeikh Abdullah al-Judai’, hadith ini menunjukkan galakan hiburan berbentuk nyanyian dan muzik pada hari Raya, dan hukum keharusan muzik dan nyanyian pada selain hari perayaan telah tsabit melalui pelbagai riwayat yang lain. Diriwayatkan pula oleh al-Rubai’ binti al-Mu’awwiz R.Anha: دَخَلَ عَلَىَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم غَدَاةَ بُنِيَ عَلَىَّ، فَجَلَسَ عَلَى فِرَاشِي كَمَجْلِسِكَ مِنِّي، وَجُوَيْرِيَاتٌ يَضْرِبْنَ بِالدُّفِّ، يَنْدُبْنَ مَنْ قُتِلَ مِنْ آبَائِهِنَّ يَوْمَ بَدْرٍ حَتَّى قَالَتْ جَارِيَةٌ وَفِينَا نَبِيٌّ يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم"‏ لاَ تَقُولِي هَكَذَا، وَقُولِي مَا كُنْتِ تَقُولِينَ Maksudnya: Nabi SAW telah datang kepadaku pada hari perkahwinanku, dan Baginda duduk di atas katil yang kamu (perawi Khalid ibn Zakwan) sedang duduk sekarang, sedang sekumpulan remaja perempuan bermain gendang dan menyanyikan lagu kesedihan sempena kematian ayahku yang terbunuh sewaktu perang Badar. Kemudian salah seorang perempuan tersebut berkata “Ada seorang Nabi dalam kalangan kami yang mengetahui apa yang akan terjadi esok”. Nabi SAW berkata kepadanya: “Jangan kamu kata begitu, tapi teruskan apa yang kamu katakan sebelumnya.” Sahih al-Bukhari (4001) Daripada al-Sa’ib bin Yazid: أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : " يَا عَائِشَةُ ، أَتَعْرِفِينَ هَذِهِ ؟ " قَالَتْ : لَا , يَا نَبِيَّ اللَّهِ , فَقَالَ : " هَذِهِ قَيْنَةُ بَنِي فُلَانٍ ، تُحِبِّينَ أَنْ تُغَنِّيَكِ ؟ " قَالَتْ : نَعَمْ , قَالَ : فَأَعْطَاهَا طَبَقًا ، فَغَنَّتْهَا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدْ نَفَخَ الشَّيْطَانُ فِي مَنْخِرَيْهَا " Maksudnya: Seorang wanita telah datang kepada Nabi SAW, dan Baginda bertanya kepada Aisyah R.Anha: “Adakah kamu mengenali wanita ini?” Aisyah menjawab “tidak, wahai Nabi Allah”. Maka Baginda berkata “Ini penyanyi wanita dari Bani Fulan, adakah kamu suka jika dia menyanyi kepada kamu?” Aisyah menjawab ya, lalu Nabi SAW memberikan penyanyi tersebut al-Thabqq, lalu dia menyanyi dengannya, Maka Nabi SAW berkata: “Syaitan telah meniup melalui dua lubang hidungnya.” Musnad Ahmad (15407) Syeikh Yusuf bin Abdullah al-Judai’ sewaktu mentafsirkan hadith ini menyatakan, hadith ini menunjukkan Nabi SAW sendiri tidak melarang muzik dan nyanyian. Adapun frasa “syaitan telah meniup melalui dua lubang hidungnya” menunjukkan bahawa muzik ini lebih hampir kepada kategori bathil, dalam erti kata tiada kebaikan (hasanat) padanya, dan syaitan mempunyai bahagian di dalamnya. Namun ini tidak membawa erti pengharaman, kerana perlu dibezakan antara haram dan bathil. Jika muzik adalah haram, tidak mungkin Nabi SAW membenarkan wanita itu menyanyi, dan membenarkan Aisyah mendengarnya. Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar pernah mendengar seorang lelaki menyanyi di satu padang pasir, lalu beliau berkata: الْغِنَاءُ مِنْ زَادِ الرَّاكِبِ Maksudnya: Nyanyian itu merupakan bekalan bagi seorang pengembara. Sunan al-Baihaqi (8487)   Fatwa-Fatwa Dan Pandangan Ulama Kontemporari Fatwa Dar al-Iftaa’ Misriyyah Nyanyian dan muzik secara amnya terbahagi kepada dua, iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan. Ini kerana nyanyian itu satu bentuk komunikasi dan susunan perkataan. Perkataan yang baik maka ianya baik, perkataan yang buruk maka ianya menjadi buruk. Adapun pandangan para ulama yang mengharamkan sebahagian alat muzik adalah kerana alat muzik itu dimainkan untuk menggalakkan aktiviti maksiat, dan bukan kerana sifatnya sebagai alat muzik semata-mata. Mendengar muzik dan nyanyian serta menghadiri konsert adalah harus jika lagu-lagu yang dimainkan berunsur keagamaan dan menyeru kepada patriotisme dan semangat kenegaraan, atau yang menzahirkan kegembiraan sempena perayaan dalam keadaan mengelakkan percampuran bebas lelaki dan perempuan. Selain itu, nyanyian itu sendiri bebas daripada unsur jelek, dosa dan perkara yang diharamkan seperti arak dan kelucahan, tidak menimbulkan nasfu syahwat serta tidak melalaikan daripada perkara-perkara yang wajib. Nyanyian dan muzik yang haram pula ialah yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas, serta menimbulkan fitnah, menghilangkan sifat malu dan meruntuhkan akhlak.[3] Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut: -Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus; -Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram; -Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; -Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan -Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus. 3. Fatwa Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi Menurut Syeikh al-Qaradhawi, isu ini menjadi khilaf yang hangat diperdebatkan dalam kalangan ulama. Nyanyian yang disepakati haram ialah nyanyian yang melibatkan maksiat atau mempunyai unsur mengajak ke arah maksiat. Adapun yang disepakati harus pula ialah nyanyian yang menjurus ke arah naluri fitrah yang dialunkan untuk dirinya, nyanyian sesama suami isteri atau sesama kanak-kanak. Selain daripada jenis-jenis ini termasuk di bawah ruang perselisihan para ulama. Beliau mentarjihkan pandangan yang mengharuskan muzik dan nyanyian dan ia merupakan hukum asal bagi perkara-perkara baik dan dan indah. Namun, terdapat beberapa unsur luaran yang terpalit padanya yang menyebabkan hukum boleh berubah kepada haram atau makruh tahrim. Beliau turut meletakkan beberapa peringatan dan garis panduan bagi sesiapa yang mendengar nyanyian dan mempraktikkannya: Sesiapa yang berniat mendorong diri untuk melakukan maksiat melalui nyanyian, maka dia seorang fasik. Jika bertujuan merehatkan jiwa, membantu untuk taat kepada Allah SWT dan menyegarkan diri, maka ia dikira perbuatan yang baik. Jika tidak berniat samada baik atau buruk, maka ia dikira perbuatan al-lahwu / al-bathil (sia-sia) yang tidak berpahala mahupun dosa. Lirik mestilah tidak mengandungi unsur menyalahi akidah, hukum-hakam dan kewajipan Islam Gaya penyampaian penyanyi mestilah menjaga batas-batas syarak. Agama Islam menolak sebarang unsur keterlaluan dalam setiap perkara, meskipun dalam isu ibadah. Keterlaluan dalam perkara harus akan menghabiskan masa yang sepatutnya digunakan untuk melakukan kewajipan. Setiap pendengar mestilah menilai dan menentukan sendiri nyanyian yang boleh didengar. Mereka lebih mengetahui bentuk-bentuk nyanyian yang mampu merangsang nalurinya, menggodanya kepada fitnah dan melupakan unsur rohani dalam dirinya. (Rujuk Halal dan Haram dalam Islam, hal. 430-436) Syeikh Ali Jum’ah (mantan Mufti Mesir) Syeikh Ali Jum’ah menegaskan bahawa hukum berkenaan muzik dan nyanyian ini bukannya isu yang melibatkan asas aqidah atau perkara yang dimaklumi dari agama secara dharuriy, dan ia sekadar khilaf fiqh. Maka tidak boleh sama sekali kita menghukum orang lain sebagai fasiq hanya kerana berbeza pandangan dalam isu ini. Beliau mentarjihkan pandangan yang mengharuskan nyanyian, sama ada disertai alat muzik ataupun tidak, dengan syarat ia tidak mengandungi unsur-unsur kemaksiatan dan perkara yang menyanggahi syarak. Bahkan hukumnya boleh menjadi sunat jika melibatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Nabi-Nya, lagu-lagu yang menaikkan semangat dan kecintaan kepada negara. Namun begitu, sikap berlebih-lebihan padanya akan membawa kepada makruh, bahkan boleh juga membawa kepada hukum haram. (Rujuk Al-Qaul al-Mubin fi Ahkam al-Dunya wa al-Din, hal. 228 dan 233) Fatwa Ulama al-Lajnah al-Da’imah Muzik adalah haram berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bahkan muzik juga tidak dibenarkan dalam bentuk nasyid untuk tujuan dakwah. Mereka memilih pandangan Ibn Mas’ud yang mentafsirkan frasa ‘lahwa al-hadith’ dalam ayat 6 Surah Luqman sebagai muzik (al-ghina’). Muzik merupakan perosak hati, jalan ke arah keburukan dan boleh melalaikan kita daripada perkara-perkara kebaikan. (Rujuk Fatawa al-Lajnah al-Da’imah, 26/222-225) Syeikh Mahmud Syaltut Syariat tidak diturunkan untuk menyekat fitrah manusia yang sukakan keindahan dan kecantikan, tapi Syariat datang untuk mengawal dan mengawasinya agar tidak terjerumus ke dalam perkara-perkara yang jelek dan memudaratkan. Tambah beliau lagi, alat muzik dan nyanyian tidak diharamkan kerana zatnya sebagai alat muzik, tapi hanya jika ada unsur maksiat yang dikaitkan dengannya, atau jika ia membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral. Jika muzik itu bebas daripada sebarang unsur maksiat, maka adalah diharuskan untuk mendengarnya, mempelajarinya dan menyertai acara-acara muzik. (Rujuk Fatawa Mahmud Syaltut, hal. 385) Syeikh Yusuf bin Abdullah al-Judai’ Syeikh al-Judai’- seorang ulama hadith dari Iraq- ada mengemukakan kajian beliau tentang muzik dan nyanyian. Menurut beliau, antara kaedah usul yang wajib diambil kira dalam meneliti isu ini ialah muzik dan nyanyian merupakan isu adat manusiawi, dan bukannya isu ta’abbudi, dan asal bagi perkara-perkara adat ialah harus. Ia juga merupakan salah satu jenis perhiasan dan kecantikan yang asalnya dihalalkan oleh Allah SWT menerusi firmanNya: قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّـهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Surah al-A’raf (32) Beliau juga sewaktu menyimpulkan kajian menyatakan bahawa asal bagi kedua-duanya ialah al-lahwu, dan ia diharuskan untuk tujuan mencapai maslahah yang mu’tabarah, seperti menzahirkan kegembiraan yang syar’ie, mengelakkan rasa jemu dan keletihan. Ia juga mestilah tidak menyebabkan perkara-perkara wajib dan sunat terabai, atau menyebabkan berlakunya perkata-perkara haram. Jika ini terjadi, hukumnya bertukar daripada harus kepada haram atau makruh. (Rujuk Al-Musiqi wa al-Ghina’ fi Mizan al-Islam, hal. 600)   Muzik dalam Sejarah Islam Sabda Baginda SAW: إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu cantik, dan suka akan kecantikan. Sahih Muslim (91) Musik merupakan sejenis seni – satu seni yang menzahirkan kecantikan dan kehalusan, seterusnya menatijahkan ketenangan dalam hati. Dalam sejarah Islam, kita mengenali dua nama yang amat sinonim dengan muzik, iaitu Abu Nasr al-Farabi dan Ziryab. Abu Nasr al-Farabi – seorang ahli falsafah terkemuka dunia- terkenal dengan kitabnya berjudul Kitab al-Musiqi al-Kabir. Dalam kitab ini, beliau menjelaskan prinsip-prinsip falsafah tentang muzik, kualiti kosmik dan kesannya. Beliau sepertimana ahli falsafah sebelumnya mengkelaskan muzik sebagai salah satu ilmu-ilmu matematik. Beliau turut menulis satu makalah berjudul Meanings of the Intellect, yang menjelaskan tentang terapi muzik serta kesan-kesan positif terapi muzik terhadap jiwa manusia. Terdapat banyak kisah yang masyhur akan kehebatan beliau bermain muzik, dan diceritakan kehebatan beliau mengalunkan muzik boleh membuatkan pendengar menangis, tertawa bahkan tertidur dalam satu majlis yang sama. Sejarah Islam juga mengenali nama Ziryab, atau nama sebenarnya Abu al-Hasan ‘Ali ibn Nafi’, yang merupakan ketua ahli muzik di Istana Cordoba, dilahirkan pada tahun 789M di Iraq. Guru muziknya, Ishaq al-Mawsili merupakan pemuzik handal dari Baghdad, dan merupakan ahli muzik kegemaran Khalifah Harun al-Rashid. Dikatakan bahawa beliau menguasai lebih 1000 buah lagu, dan merupakan seorang komposer lagu yang amat handal. Lagu dan irama muzik beliau mempunyai simbolik yang tersendiri, dan bukan semata-mata sekadar bunyi-bunyian yang kosong dari makna. Beliau juga telah menubuhkan kolej muzik pertama di dunia, yang mengajar antara lain komposisi muzik genre harmoni. Sumbangan beliau kepada muzik diiktiraf di seluruh dunia, dan dikatakan beliau telah mencetuskan revolusi pada zamannya dari sudut kaedah muzik zaman pertengahan, gaya hidup dan fesyen.[4] Selain itu, kita juga dapati Jalaluddin al-Rumi mendedikasikan banyak bait-bait puisi beliau dalam membicarakan soal muzik. Contohnya: “Irama seruling menyembuhkan kesakitan perpisahan Melodinya menghilangkan tabir-tabir keterdesakan” “Apakah yang mampu menjadi racun dan penyembuh sekaligus? Hanya seruling! Siapakah yang mampu menjadi penenang dan perindu sekaligus? Hanya seruling!” (Rujuk Mathnawi, 1:11-12) Disini kita melihat Jalaluddin al-Rumi sendiri mengakui sifat muzik yang bersifat serampang dua mata, dan mampu membawa kesan positif dan negatif.   Keperluan ke arah Transformasi Muzik Satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari fakulti perubatan Universiti Pittsburgh, yang menganalisis 793 lagu-lagu paling popular dalam kalangan muda-mudi antara tahun 2005 hingga 2007. Hasil kajian mereka mendapati hampir 80% lagu rap mengandungi unsur menggalakkan penggunaan dadah dan arak, diikuti 37% lagu genre country, 20% hip-hop, 14% lagu-lagu rock dan 9% lagu-lagu pop.[5] Ini menunjukkan betapa industri muzik sekarang adalah tenat dan sudah dikuasai oleh anasir-anasir bejat, dan menjadi tanggungjawab pemuzik Muslim untuk mengubah situasi ini. Tujuan utama muzik, iaitu menzahirkan tema-tema kemanusiaan, keindahan dan menenangkan jiwa perlu dikembalikan. Plato, ahli falsafah terkenal Greek pernah berkata dalam karyanya Republic: “...what should be the end of music if not the love of beauty?” Maksudnya: Apakah lagi yang patut menjadi tujuan muzik, jika bukan kecintaan terhadap kecantikan? Muzik seharusnya membawa kepada ketenangan jiwa, dan industri muzik Islami tidak sepatutnya diasosiasikan dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh industri muzik arus perdana. Yusuf Islam atau Cat Stevens telah meluahkan kekesalannya yang terlalu tergopoh-gapah sewaktu mula-mula berubah, meninggalkan terus dunia muzik, tanpa menyedari ia memberi imej negatif terhadap Islam itu sendiri dan menimbulkan tanggapan buruk dalam kalangan masyarakat Britain dan peminat muzik global. Beliau menulis lagi: Muzik wujud secara sejagat di dunia ini, walaupun di hutan, lautan dan juga padang pasir; burung-burung bersiul, ombak berdebur-debur, manakala angin pula berderu-deru. Alam semulajadi menyanyikan lagunya sendiri yang indah dan mengagumkan, sebagai puji-pujian kepada Maha Pencipta Alam. (Rujuk Mengapa Saya Masih Memetik Gitar, hlm. 69) Yusof Islam sedar akan kepentingan pemuzik-pemuzik Muslim untuk menceburkan diri secara aktif dalam dunia nyanyian dengan tujuan untuk mengubahnya dari dalam, menyebarkan unsur-unsur positif dan sebagai ruang dakwah yang amat luas.   Kesimpulan Tuntasnya, muzik bukanlah satu perkara yang boleh dihukumkan sebagai harus secara mutlak, atau diharamkan secara mutlak. Yang mengharamkan muzik dan nyanyian telah menyatakan alasan dan hujah mereka secara terperinci, manakala yang mengharuskan pula menetapkan syarat-syarat dan garis panduan yang mesti dipatuhi. Para ulama dahulu mahupun kontemporari bersepakat akan pengharaman setiap lagu mahupun muzik yang mengandungi unsur-unsur yang jelas haram seperti menggalakkan zina, dorongan meminum arak, tarian-tarian mengghairahkan dan lirik yang mendorong kepada keganasan. Mereka hanya berbeza pandangan pada muzik dan nyanyian yang bebas daripada unsur-unsur tersebut. Tuntasnya, kami cenderung kepada pandangan yang mengharuskan nyanyian dan muzik, selagi mana ia tidak mempunyai unsur-unsur yang diharamkan seperti arak, pergaulan bebas tanpa batas, lirik yang menyanggahi syariat dan aqidah Islam serta melalaikan pendengar dan pengamal muzik daripada tanggungjawab dan kewajipan agama. Menurut Ibn ‘Abd Rabbihi al-Andalusi sewaktu menyimpulkan khilaf dalam ulama menyatakan bahawa hukum muzik dan nyanyian sama seperti syair; jika baik kandungannya maka baiklah ia, dan jika buruk kandungannya maka buruklah ia. (Rujuk al-‘Aqd al-Farid, 7/10) Inilah juga kalam Imam al-Syafi’e sewaktu bercakap tentang sya’ir yang diriwayatkan oleh Imam al-Juwainiy: الشعر كلامٌ، حسنه حسن، وقبيحه قبيح Maksudnya: Syair itu merupakan himpunan kata-kata, apabila baik lafaz dan kandungannya maka baiklah ia, jika buruk maka buruklah ia. (Rujuk Nihayah al-Matlab, 19/24) Meskipun banyak hadith yang secara zahirnya melarang muzik dan nyanyian, namun ia sering disebut bersama dengan arak. Ini menunjukkan bahawa pengharaman muzik oleh sebahagian ulama, bukan kerana zat muzik dan nyanyian itu sendiri. Maka kerana itulah fatwa para ulama kontemporari mengharuskan muzik dan nyanyian sekiranya ia bebas daripada unsur-unsur maksiat dan kejelekan. Selain itu, muzik dan nyanyian juga telah menjadi satu perkara yang diterima dan diamalkan secara meluas di seluruh pelusuk dunia dan dalam pelbagai aspek kehidupan (‘umum al-balwa). Mengharamkan muzik dan nyanyian secara mutlak akan menyebabkan berlakunya kesusahan dan kesukaran kepada umat Islam, sedangkan Allah SWT telah berfirman: يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Surah al-Baqarah (185) Trend semasa industri muzik juga menunjukkan bahawa kebanyakan lagu yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang ialah lagu-lagu cinta yang tidak membentuk jiwa dan memberikan ketenangan. Maka adalah menjadi tanggungjawab ahli muzik, produser dan penulis skrip Muslim untuk mengubah situasi ini dengan memperbanyakkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan lain-lain tema yang perlu ditonjolkan bagi menjadikan industri muzik tanah air lebih patuh Syariah. Wallahu a’lam. Akhukum fillah, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan 14 Julai 2019 Nota Kaki: [1] Lihat Singing and music in Islamic Perspective oleh Syeikh Abdullah al-Athari; Treatment with Music During the Old Turkish Period and in Anatolia oleh Serap Selver Kipay, hlm. 1–14. [2] Lihat http://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/music [3] Rujuk http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=11420 [4] Rujuk http://www.muslimheritage.com/article/ziryab [5] Rujuk https://www.reuters.com/article/us-lyrics-idUSN3134139920071109
316
Mukadimah Alhamdulillah, pujian yang mutlak kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan. Sehari dua ini, banyak persoalan yang sampai ke meja kami berkaitan isu mengucapkan Merry Christmas kepada penganut Kristian. Sebenarnya, isu ini telah kami ulas dengan panjang lebar pada 19 Disember 2016. Isu ini sering menimbulkan polemik dan salahfaham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri. Kami menerima beberapa persoalan berkaitan ini daripada mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik secara kekeluargaan, kerjaya, mahupun kerana tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama seperti sebahagian masyarakat Malaysia di Sabah dan Sarawak, mahupun Semenanjung. Apabila isu ini masih berulang lagi saban tahun, kami terpanggil untuk menekuni semula isu ini dan membuat sedikit kajian ilmiah dalam kerangka fiqh kontemporari yang diistinbatkan daripada teks-teks agama, maslahah, sirah umat Islam, dan fiqh realiti. Justeru, Tahqiq Masail pada kali ini kami namakan dengan Hukum Seseorang Muslim Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian. Semoga dengan penjelasan ini dapat menutup pintu-pintu perselisihan kerana pada hakikatnya, isu ini adalah isu ijtihadi dan tidak mutlak keharaman dan keharusannya. Ianya bergantung kepada keadaan dan situasi semasa seseorang.   Islam Agama Rahmat Sesungguhnya Rasulullah SAW itu sendiri datang untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya’: 107) Dr. ‘Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-‘Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya: Baginda SAW merupakan seorang manusia utusan Allah SWT. Baginda SAW datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda SAW datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda SAW membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya. Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi. Islam adalah agama yang membawa rahmat, keamanan dan segala kebaikan. Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada semua manusia, tanpa sebarang perbezaan dengan dalil yang umum dan jelas: وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا Maksudnya: “…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.” (Surah al-Baqarah: 83) Syeikh Al-Maraghi berkata: “Oleh sebab itu, dalam memenuhi hak setiap anggota umat atau seluruh manusia memadailah dengan pergaulan dan perkataan yang baik, menyuruh berbuat baik, mencegah perbuatan mungkar dan perbuatan lain bermanfaat di dunia dan akhirat.” (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 1/174) Firman Allah SWT: إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan…” (Surah al-Nahl: 90) Sayyid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: “Ihsan mempunyai pengertian yang amat luas. Setiap perbuatan yang baik adalah ihsan belaka. Perintah berbuat ihsan dalam ayat itu merangkumi segala perbuatan dan muamalah. Ia merangkumi segala ruang kehidupan yang berkaitan dengan hubungan-hubungan seorang hamba dengan Allah, hubungan dengan keluarganya, hubungan dengan masyarakatnya dan hubungan dengan seluruh manusia yang lain. (Rujuk Fi Zilal al-Qur’an, 10/102) Definisi Merry Christmas Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan).[1] Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik).[2] Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada Jesus Chris[3] dan mæsse iaitu sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik.[4] Mass juga merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation. Ia berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia digunapakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata: Ite missa est ataupun boleh difahami dengan maksud “Upacara ini telah tamat. Bersurailah dalam keamanan (The Mass is ended. Go in peace).”[5] Oleh itu, Crīstesmæsse dapat difahami sebagai Christ's Mass iaitu sambutan kelahiran Jesus Christ, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang tarikh kelahiran Jesus Christ. Sambutan ini ditonjolkan dengan menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi kelahiran Jesus bagi menggantikan tradisi Roman Saturnalia dan perayaan-perayaan pagan yang lain sebelumnya. Sambutan ini mula berubah bentuk di England pada abad ke-19 melalui kemasukan budaya German (pokok Krismas) oleh Prince Consort dan pengaruh Charles Dickens menerusi novella beliau yang terkenal, A Christmas Carol.[6] Lihat juga kupasan yang lebih terperinci dalam Religious Celebration: An Encyclopedia Of Holidays, Festivals, Solemn Observances, And Spiritual Commemorations, 1/211.   Populasi Penganut Kristian di Malaysia Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ketiga terbesar di Malaysia iaitu mencapai 9.2% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.[7] Ia meliputi beberapa aliran dalam Kristian di Malaysia sama ada yang ramai pengikut atau amat sedikit iaitu Roman Catholic, Protestant, Anglican, Baptist, gereja-gereja tanpa aliran khusus, gereja-gereja Karismatik, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Brethren.[8] Melihat kepada hal ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup bersama-sama sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu diraikan dengan sewajarnya.  Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/Co-Existence) Kami mulakan dengan firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” (Surah al-Hujurat: 13) Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan. (Rujuk Al-Kasysyaf, 4/374) Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara. Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka: وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.” Surah al-A’raf (73) قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ Maksudnya: Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir).” Surah al-Syu’ara (36) وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا Maksudnya: “Dan kepada kaum ‘Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud…” Surah Hud (50) وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا Maksudnya: “Dan kepada penduduk Madyan, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Surah Hud (84) Hatta, dalam sejarah jelas menukilkan kata-kata Ibn ‘Abbas: لَوْ قَالَ لِي فِرْعَوْنُ: بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ. قُلْتُ: وَفِيكَ Maksudnya: “Sekiranya Fir’aun berkata kepadaku: ‘Semoga Allah memberkati kamu.’ Nescaya aku akan menjawab: ‘Kepada kamu jua.”       Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (1113) Diriwayatkan bahawa seorang Majusi berkata kepada Ibn Abbas: Assalamualaikum. Maka jawab Ibn Abbas: Wa’alaikummussalam warahmatullah. Lantas sahabatnya bertanya kepadanya: “Adakah kamu kata kepadanya warahmatullah?” Maka jawab Ibn Abbas: “Tidakkah dalam rahmat Allah lah dia dapat hidup?” Dr Yusuf al-Qaradhawi membuat komentar dengan menyatakan: “Ini jelas menunjukkan kepada kita, jika kita mahu menyeru mereka kepada Islam, mendekatkan mereka kepada Islam dan kita mengasihi mereka kepada orang-orang Islam, maka tidak akan tercapai hasrat tersebut dengan menjauhkan jurang antara mereka dengan kita.” (Lihat Fatawa Mu’asirah, 3/672) Ini bermakna, perbezaan fahaman apatah lagi pegangan tidak menjadi masalah bagi Muslim untuk menerima dan menanggapi bukan Muslim sebagai seorang saudara, yang bersusurgalurkan daripada Adam dan Hawa.   Hukum Mengucapkan Tahniah Atas Sambutan Krismas Para ulama’ berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim atau dalam konteks soalan, Hari Krismas. Ini kerana, sebahagian ulama’ yang mengharamkannya melihat ucapan “tahniah” ini membawa konotasi mengiktiraf agama lain, dan menyebarkan syiar mereka. Manakala, bagi ulama’ yang membenarkannya pula melihat ia adalah harapan bagi keselamatan dan keamanan, atau simbol hubungan sosial dengan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, tanpa berniat untuk mengiktiraf kebenaran agama lain. Kami nyatakan di bawah, pandangan kedua-dua golongan tersebut. Pertama: Diharamkan Mengucap Tahniah Secara umumnya, jumhur ulama’ keempat-empat mazhab mengharamkan ucapan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka. Mazhab Syafie: Menurut Imam al-Damiri ketika mensyarahkan perkataan Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj, dihukum ta'zir bagi sesiapa yang mengikuti orang-orang kafir dalam perayaan-perayaan mereka, siapa yang memegang ular, sesiapa yang memasuki api, sesiapa yang berkata keada seorang kafir zimmi: “Wahai Haji", sesiapa yang mengucap tahniah kepadanya dalam satu perayaan, dan sesiapa yang menamakan penziarah kubur orang-orang soleh (atas tujuan yang syirik) sebagai " Haji ". " (Lihat al-Najm al-Wahhaj, 9/244) Hujah yang sama juga dibawakan oleh Imam al-Ramli dalam Hasyiah al-Ramli ‘ala Asna al-Matalib, al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj, 4/255 dan al-Iqna’ fi Halli Alfazh Abi Syuja’, 2/526. Maksud muwafaqah orang-orang kafir adalah “melakukan apa yang mereka lakukan di hari perayaan mereka, dan ini haram.” (Lihat al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 5/21). Begitu juga penegasan Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj, 9/181; Syeikh Zakaria al-Ansari (Asna al-Mathalib, 4/162), Ibn Hajar al-Haitami (Tuhfah al-Muhtaj, 9/181) dan Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, 4/206. Mazhab Hanafi: Menurut Abu Hafs al-Kabir dari mazhab Hanafi, jika seorang lelaki beribadah kepada Allah 50 tahun lamanya, kemudian datangnya Hari Nairuz dan dia menghadiahkan telur kepada sebahagian musyrikin dengan tujuan mengagungkan hari tersebut, maka telah jatuh kafir dan terhapus amalannya. (Lihat Al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq, 8/555). Mazhab Maliki: Ibn al-Haj al-Maliki secara ringkasnya melarang orang Islam melakukan apa yang orang bukan Islam lakukan di hari perayaan mereka. (Lihat al-Madkhal, 2/46-48). Mazhab Hanbali: Imam al-Buhuti menjelaskan bahawa hukum mengucapkan tahniah kepada bukan Islam sewaktu perayaan mereka adalah diharamkan kerana ia merupakan satu bentuk pengagungan kepada mereka. (Lihat Kasyf al-Qina’, 3/131) Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa tidak halal bagi umat Islam untuk menyerupai mereka (orang-orang bukan Islam) pada sesuatu pun dari perkara-perkara yang terkait secara khusus dengan perayaan mereka. Tidak menyerupai dari sudut makanan, pakaian, mandian, menyalakan api, serta tidak pula menyerupai mereka pada perkara yang membatalkan adat dari sudut kehidupan atau ibadah, atau selainnya. Demikian juga tidak halal melakukan perkahwinan, pemberian hadiah, dan menjual perkara-perkara yang digunakan untuk membantu hal tersebut. Begitu juga tidak membiasakan kanak-kanak dan seumpamanya untuk bermain permainan yang terdapat di dalam perayaan tersebut, serta tidak menzahirkan perhiasan. Secara keseluruhan, tidak boleh bagi mereka (umat Islam) untuk mengkhususkan perayaan-perayaan orang bukan Islam dengan perbuatan yang merupakan syiar agama mereka. Bahkan hari perayaan mereka di sisi umat Islam adalah sama seperti hari-hari lain yang tidak dikhususkan oleh orang-orang Islam. Adapun sekiranya umat Islam melakukannya kerana ditimpa satu keperluan, maka sebahagian ulama salaf dan khalaf telah memakruhkan hal tersebut. Adapun mengkhususkannya dengan perkara yang telah disebutkan sebelum ini maka tidak ada sebarang perbezaan pandangan di sisi para ulama. Bahkan ada sekumpulan ulama yang berpendapat kepada kekufuran mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti ini. Ini kerana terdapat pada perbuatan tersebut mengagungkan syiar-syiar yang kufur. Berkata sebahagian ulama: Sesiapa yang menyembelih nathihah (haiwan) pada hari perayaan mereka seakan-akan dia menyembelih seekor khinzir. Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash telah berkata: Sesiapa yang mencontohi negara-negara ‘ajam dan melakukan Nairuz dan mahrajan (perayaan) mereka serta menyerupai perbuatan mereka sehinggalah dia meninggal dunia dalam keadaan tersebut, maka dia akan dibangkitkan bersama-sama mereka pada Hari Kiamat. Amirul Mu’minin Umar bin al-Khattab, para sahabat, dan keseluruhan para pemimpin umat Islam telah mensyaratkan supaya mereka tidak menzahirkan perayaan-perayaan mereka di negara umat Islam. Bahkan merek (orang bukan Islam) hanyalah melakukannya (perayaan tersebut) di rumah-rumah mereka secara sembunyi. Beberapa orang dari kalangan ulama salaf dalam menafsirkan firman Allah S.W.T : وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ Maksudnya: Dan golongan yang tidak menyaksikan perkara dusta. Mereka berkata: (Iaitu tidak menyaksikan) perayaan-perayaan kufur. Sekiranya ia merupakan suatu penyaksian dari kita tanpa sebarang perbuatan, maka bagaimakah pula dengan perbuatan-perbuatan yang menjadi khususiat (ciri keistimewaan) mereka ? Begitu juga telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W di dalam Al-Musnad dan juga Al-Sunan baginda bersabda: ‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya: Sesiapa yang bertasyabbuh dengan sesuatu kaum maka dia sebahagian dari mereka. Dalam lafaz yang lain Nabi S.A.W bersabda: لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا Maksudnya: Bukan dari kalangan kami mereka yang menyerupai selain kami. Ia merupakan hadis yang Jayyid. Sekiranya ini merupakan kesan perbuatan menyerupai mereka (orang bukan Islam), sekalipun ia merupakan perbuatan adat, bagaimanakah dengan menyerupai mereka pada perkara yang lebih daripada itu. Jumhur para ulama telah memakruhkan - sama ada makruh tahrim atau makruh tanzih - perbuatan memakan sembelihan orang bukan Islam untuk perayaan mereka serta korban mereka. Kerana termasuknya ia ke dalam perkara yang disembelih kerana selain Allah. Demikian juga mereka (para ulama) melarang dari perbuatan membantu mereka (orang bukan Islam) dalam perayaan mereka seperti memberi hadiah atau berjual beli. Kata mereka: Sesungguhnya tidak halal bagi umat Islam untuk menjual sesuatupun perkara untuk keperluan perayaan mereka kepada orang-orang Nasrani. Tidak (dijual) daging, darah, pakaian, serta tidak memberi pinjam haiwan tunggangan, dan tidak membantu sedikitpun untuk perayaan mereka. Ini kerana, yang demikian itu merupakan perbuatan mengagungkan kesyirikan mereka serta membantu kekufuran mereka. Para pemerintah juga hendaklah melarang umat Islam dari melakukan perkara tersebut. Ini kerana Allah S.W.T berfirman: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ Maksudnya: Dan saling membantulah ke atas perkara kebaikan dan ketakwaan dan jangan saling membantu atas perkara dosa dan permusuhan. Kemudian umat Islam tidak halal baginya untuk membantu mereka di atas perbuatan minum arak serta memerahnya, atau seumpamanya. Bagaimanakah pula ke atas perbuatan yang merupakan syiar-syiar kufur ? Sekiranya membantu sahajapun tidak dihalalkan buat dirinya, bagaimanakah dengan dia sendiri yang melakukannya ? (Lihat Majmu’ al-Fatawa, 2/487-489) Kesepakatan ini juga dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim. Katanya: “…dan adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar bukan Islam yang khusus dengannya maka adalah haram dengan disepakati para ulama’ seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: ” ‘Eid Mubarak” (Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Dan hukum ini (haram) jika selamat pengucapnya daripada kufur maka ia adalah haram seumpama memberi tahniah kepada kafir atas sujudnya pada salib bahkan itu lebih besar dosanya di sisi Allah daripada memberi tahniah kepada peminum arak dan pembunuh dan penzina dan seumpamanya.” (Lihat Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/441) Ulama Kontemporari Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah bin Baz Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin Syeikh Soleh al-Munajjid Syeikh Muhammad al-Hasan al-Dedew Dalil Pengharaman: Secara asasnya, mereka berdalilkan dengan: Firman Allah SWT: وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا Maksudnya: dan (hamba-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan. Surah al-Furqan (72) Abu al-‘Aliyah, Tawus, Ibn Sirin, al-Dahhak, al-Rabi’ bin Anas dan lain-lain berkata: “makna al-Zur ialah ‘Perayaan-perayaan Musyrikin”. Ulama’ lain menyatakan ia adalah majlis yang terdapat padanya nyanyian dan muzik. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3/309) Rasulullah SAW bersabda: ‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada kalangan mereka. Riwayat Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8327) Syeikh Nasiruddin menyebutkan: “Agama Islam telah pun menggariskan suatu ketetapan bahawa seseorang penganut Islam daripada kalangan lelaki dan wanitanya tidak harus meniru atau mencontohi orang-orang bukan Muslim seluruhnya sama ada dari segi peribadatan, perayaan dan perhiasan yang khusus yang tertentu hanya kepada kalangan mereka sahaja. Rasulullah SAW bersabda: لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا، لاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلاَ بِالنَّصَارَى، فَإِنَّ تَسْلِيمَ اليَهُودِ الإِشَارَةُ بِالأَصَابِعِ، وَتَسْلِيمَ النَّصَارَى الإِشَارَةُ بِالأَكُفِّ Maksudnya: "Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami. Janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.” Riwayat al-Tirmizi (2695) Bagi para ulama’ yang mengharamkannya, perbuatan mengucapkan tahniah itu adalah bercanggah dengan firman Allah SWT: إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلام Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” Surah Ali ‘Imran (19) Abu Hayyan berkata: Maksud agama adalah ikutan dan syariat di mana maknanya agama yang diterima yang memberi manfaat dan yang diiqrarkan di sisi Allah adalah Islam. Ini kerana Islam agama dengan penuh keadilan dan agama tauhid. (Lihat al-Bahr al-Muhit, 3/171) Kedua: Diharuskan Mengucap Tahniah Antara mereka yang mengharuskannya ialah: Ulama Silam Syeikh Muhammad Ahmad ‘Ulaisy al-Maliki ketika ditanya: “Sekiranya seorang Muslim pergi ke rumah zimmi pada hari perayaannya dan mengucapkan ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’. Adakah ia dikira sebagai terkeluar daripada Islam atau tidak? Jawab beliau: “Tidak terkeluar daripada Islam seseorang Muslim yang berkata kepada seorang Kristian ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’ di mana beliau tidak bermaksud untuk membesarkan kekufuran dan tidak meredhai kekufuran. (Rujuk Fath al-‘Ali al-Malik fi al-Fatwa ‘ala Mazhab al-Imam Malik, 2/350) Disebutkan oleh al-Hattab al-Rauyani bahawa Sultan al-Ulama’ al-Imam al-‘Izz Abd al-Salam al-Syafie telah ditanya telah hukum mengucapkan “Semoga hari sambutan ini diberkati untuk kamu.” kepada dhimmi semasa perayaan mereka. Jawabnya: “Sekiranya Muslim tersebut mengucapkan sedemikian kepada dhimmi dengan niat mengagungkan agama mereka dan perayaan mereka, sesungguhnya dia telah terkeluar daripada Islam. Adapun sekiranya beliau tidak bermaksud sedemikian dan ucapan itu sekadar terlontar di mulutnya, beliau tidak terkeluar daripada Islam kerana ucapannya adalah tanpa niat.” (Rujuk Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Khalil, 6/289) Menurut Imam al-Mardawi, salah satu qaul mazhab Imam Ahmad mengharuskan ucapan tahniah kepada non-Muslim sempena perayaan mereka jika ada maslahah yang rajih, seperti untuk mengharapkan mereka menerima hidayah Islam. Manakala menurut Imam Abu Daud, harus sekiranya kita ingin mengajak mereka kepada Islam (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifati al-Rajih min al-Khilaf, 4/234-235). Menurut Imam al-Bulqini, jika seseorang itu mengucapkan dengan niat mengagungkan agama mereka, maka dia telah kafir. Adapun jika sekadar menyatakan dengan lisan tanpa niat yang demikian, maka dia tidak jatuh kafir. (Rujuk Fatawa al-Bulqini, hal. 986) Ulama Kontemporari Syeikh Muhammad Rashid Redha Syeikh Dr. Ahmad al-Syarbasi Syeikh Dr. Mustafa al-Zarqa Syeikh Dr.. Ahmad al-Thayyib Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi Syeikh Abdullah bin Bayyah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi Syeikh Syauqi Ibrahim Abdul Karim 'Allam Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Dasuqi Syeikh Dr. Ali Jum’ah Syeikh Prof Dr Muhammad bin Ibrahim al-Hifnawi Syeikh Dr. Syarif Hatim ‘Arif al-‘Auni Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said Syeikh Dr. Musthafa Abu Sulaiman al-Nadwi Syeikh Ikrima Sabri Syeikh Hamza Yusuf Dr Mohamed Fatris Bakaram Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah tiada ijmak yang jelas mengharamkan perkara ini. Syeikh al-Syarif Hatim al-Awni menyebut bahawa asas bagi keharusan berserta garis panduan ini adalah kerana: Tidak ada dalil yang jelas secara khusus dalam al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan larangan atau keharusan mengucapkan tahniah kepada mereka. Tidak ada diriwayatkan teks-teks secara khusus daripada salafussoleh dalam kalangan sahabat, tabi’ dan tabi’al-tabi’in juga imam-imam mazhab (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafie dan Imam Ahmad) berkenaan hukum mengucapkan tahniah kepada bukan Islam sempenan perayaan mereka. Apabila tidak ada dalil yang jelas daripada al-Qur’an, al-Sunnah dan salafussoleh, maka kenyataan yang menegaskan haramnya mengucapkan tahniah sebagai ijma’, masih boleh diperbahaskan akan ketepatannya. Syeikh Muhammad Rasyid Redha menulis bahawa maslahah rakyat sesebuah negara tertakluk kepada hubungan sesama mereka. Akhlak yang buruk jka disandarkan kepada agama merupakan sebesar-besar fitnah dan tohmahan terhadap agama. Maka hendaklah kaum Muslimin menziarahi orang Kristian sewaktu perayaan mereka dan bergaul dengan mereka dengan akhlak yang baik. (Rujuk Majallah al-Manar, 7/24) Daripada fatwa ini kita fahami, jika beliau mengharuskan menziarahi mereka sewaktu perayaan mereka, maka sekadar mengucapkan tahniah pastinya lebih ringan hukumnya. Syeikh Musthafa Zarqa’ mengharuskannya atas dasar mujamalah dan pergaulan baik sesama manusia, dan Islam tidak pernah melarang hal ini. (Rujuk Fatawa Musthafa al-Zarqa’, hal. 357) Syeikh Yusuf al-Qaradhawi pula mengharuskan ucapan tahniah kepada non-Muslim yang tidak memerangi dan memusuhi orang Islam. Menurut beliau, Nabi SAW sendiri sentiasa melazimi perbuatan baik dan akhlak mulia bersama non-Muslim, dan ini termasuk di bawah perintah ayat kelapan surah al-Mumtahanah. أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِم Maksudnya: “...hendaklah kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka (non-Muslim).” Surah al-Mumtahanah (8) Dalam komentar beliau terhadap fatwa Ibn Taimiyyah dan Ibnul Qayyim pula, beliau menyatakan persetujuan bahawa Muslim tidak boleh sama-sama merayakan perayaan non-Muslim, tapi ini berbeza dengan sekadar mengucapkan tahniah sempena hari kegembiraan mereka. Sesungguhnya Ibn Taimiyyah berfatwa untuk zaman beliau yang mempunyai konteks yang tersendiri. Bahkan jika beliau hidup pada zaman ini dan melihat konteks hubungan manusiawi pada zaman sekarang yang amat rapat, nescaya beliau akan mengubah fatwa beliau, atau berlembut sedikit daripada pendirian tegas beliau dalam isu ini. Bahkan perayaan Krismas juga telah berubah menjadi satu perayaan bersifat adat. Pun begitu keharusannya adalah dengan syarat tidak ada sebarang bentuk pengagungan syiar agama lain seperti salib atau meredhainya. Ianya diucapkan semata-mata menyantuni mereka sahaja. (Lihat Fiqh Mu’asirah, 1/669-673)            Menurut Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi, harus untuk mengucapkan tahniah kepada ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) atas kegembiraan mereka dan ucapan takziah atas kedukaan mereka, bahkan disunatkan demikian itu sebagaimana dinaskan oleh para fuqaha’. Dan harus masuk ke tempat ibadat mereka atas tujuan tertentu dengan syarat tidak menyertai aktiviti keagamaan mereka. Syeikh Ali Jumu’ah pula mengharuskannya atas dasar berbuat baik kepada jiran, dan ini menepati saranan Nabi SAW: مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ Maksudnya: Jibril AS tidak henti-henti berpesan kepadaku agar berbuat baik kepada jiran, hingga aku menyangka dia akan memberi hak kepada jiran sebagai ahli waris. Riawayat al-Bukhari (6015) dan Muslim (2625) Tambah beliau lagi, ucapan tahniah ini juga hendaklah disertai dengan penghormatan kepada Nabi Isa AS sebagai seorang Nabi, dan hendaklah juga dijelaskan kepada mereka pegangan kita ini yang tidak menganggap Baginda sebagai anak Tuhan seperti yang diyakini oleh orang Kristian. [10] Menurut Syeikh Abdullah bin Bayyah, adalah diharuskan untuk kita mengucapkan tahniah kepada non-Muslim sempena perayaan mereka sama ada melalui lisan ataupun bertulis, selagimana tidak mengandungi syiar-syiar keagamaan mereka yang bercanggah dengan Islam seperti salib. Ucapan tahniah sempena perayaan ini tidak menunjukkan sebarang pengakuan atau keredhaan ke atas kebenaran agama mereka, bahkan ia hanya satu bentuk mujamalah (perkataan yang baik dan penuh hormat) sesama manusia. Hal ini lebih-lebih lagi sekiranya kita mempunyai hubungan kekerabatan, persahabatan dan kemasyarakatan dengan mereka. Namun, beliau tetap menegaskan akan keharaman orang Muslim menyambut sebarang perayaan orang bukan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian Muslim pada hari ini. (Rujuk Sina’ah al-Fatwa wa Fiqh al-Aqalliyyat, hal. 430-435) Selain itu, Dr. Syarif Hatim ‘Arif al-‘Auni juga menyatakan bahawa dakwaan berlakunya ijmak atas haramnya mengucapkan tahniah kepada non-Muslim sempena perayaan juga merupakan satu dakwaan yang ganjil, memandangkan tiada satupun dalil khusus daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang menyatakan hal demikian. Beliau juga menyatakan bahawa ucapan tahniah yang diucapkan bukanlah ditujukan kepada ritual-ritual keagamaan dan i’tiqad orang Kristian, tapi tahniah ke atas kegembiraan sempena hari perayaan mereka.[11] Secara umumnya, dalil-dalil mereka ialah: Firman Allah SWT: لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Surah al-Mumtahanah (8) Al-Maraghi berkata: “Allah SWT tidak melarang kamu daripada melakukan perbuatan baik kepada bukan Muslim yang tidak memerangi kamu atas dasar agama, tidak mengusir kamu dari kampung halaman dan tidak membantu orang lain untuk mengusir kamu.”  (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 14/6969) Menurut Imam al-Qurthubi, ayat ini menjadi dalil bahawa harus memulakan salam kepada non-Muslim kerana ia termasuk di bawah perbuatan baik, dan ini juga pandangan Imam al-Nawawi. (Lihat Tafsir al-Qurthubi, 11/103 dan Syarh Sahih Muslim, 14/145) Firman Allah SWT: وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا Maksudnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. Surah al-Nisa’ (86) Imam al-Fakhr al-Razi berkata: “Ketahuilah lafaz tahiyyah (تَحِيَّةٍ) sebagai mana yang kami nyatakan merupakan kiasan kepada perbuatan memuliakan sesuatu. Justeru semua bentuk jenis perbuatan memuliakan boleh dimasukkan di bawah lafaz berkenaan.” (Lihat Mafatih al-Ghaib, 5/221) Apabila ada rakan-rakan bukan Muslim mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kita, maka kita membalasnya dengan ucapan tahniah yang sama. Tujuannya jelas, iaitu memuliakan beliau sebagai seorang saudara, sebagai penghargaan atas ucapan beliau dan tidak bermaksud menerima dan mengagungkan agamanya. Perihal pengagungan agama itu sudah masuk kepada perbahasan yang lain daripada perkara ini. Daripada Asma’ binti Abu Bakar R.Anhuma, katanya: قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّي فِي مُدَّةِ قُرَيْشٍ مُشْرِكَةً، وَهِيَ رَاغِبَةٌ - يَعْنِي مُحْتَاجَةٌ -، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أُمِّي قَدِمَتْ عَلَيَّ وَهِيَ مُشْرِكَةٌ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُهَا؟ قَالَ: صِلِي أُمَّكِ . Maksudnya: “Telah datang ibuku untuk menziarahiku pada masa perjanjian dalam keadaan musyrik dan dia begitu berhajat untuk bertemuku, lantas aku bertanya Rasulullah SAW seraya berkata; “Sesungguhnya ibuku datang mengziarahiku sedangkan dia musyrik tetapi berkeinginan menemuiku, adakah aku menyambungnya? Sabda Rasulullah SAW: “Sambungkanlah silaturrahim dengan ibumu.” Riwayat al-Bukhari (2620) dan Muslim (1003) Daripada Anas bin Malik RA berkata: كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: أَسْلِمْ". فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ . Maksudnya: "Ada seorang budak Yahudi yang bekerja membantu Nabi SAW telah menderita sakit. Maka Nabi SAW menziarahinya dan baginda duduk di sisi kepalanya lalu menyeru: "Masuklah Islam". Budak itu memandang kepada bapanya yang berada berdekatannya, lalu bapanya berkata,: "Taatilah Abu al-Qasim SAW". Lantas budak itu memeluk Islam. Kemudian Nabi SAW keluar sambil bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan budak itu dari neraka.” Riwayat al-Bukhari (1356) Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ Maksudnya: Bertaqwalah kepada Allah SWT dimana jua kamu berada, dan balaslah kejahatan dengan kebaikan untuk menghapuskan kejahatan itu. Dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang mulia. Riwayat Tirmizi (1987) Menurut Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Nabi SAW tidak berkata “berakhlaklah dengan Muslim dengan akhlak yang mulia” tapi dengan seluruh manusia. Namun beliau mensyaratkan agar ucapan tahniah itu tidak mengandungi pengakuan terhadap kebenaran agama mereka atau meredhai kekufuran mereka, dan tidak menyanggahi prinsip-prinsip Islam. (Rujuk Fiqh Mu’asirah, 3/668) Tarjih Selepas melihat dua pandangan dan juga situasi semasa di Malaysia, kami berpendapat ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah diharuskan dengan syarat-syarat dan garis panduan yang khusus. Adakah ucapan tersebut dikiranya penyerupaan (tasyabbuh) dengan mereka yang mengucapkannya sesama mereka? Kami katakan tidak, kerana ucapan tahniah dan selamat itu bukanlah suatu yang eksklusif, sebaliknya adalah suatu ucapan adat, seperti Selamat Pagi dan Selamat Menyambut Kelahiran. Sekiranya seorang Kristian mengucapkan kepada kita Selamat Menyambut Maulidurrasul, adakah ia bermaksud, daripada semua sudut, bererti dia mengiktiraf aqidah orang Islam? Pastinya tidak. Perlu membezakan antara penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Syeikh Abdullah bin Mahfudh Ibn Bayyah menyatakan bahawa perlu ada perbezaan antara memahami istilah penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Menurut beliau, bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Ia menjadi haram jika menyamai mereka dengan niat (tashabbuh) bukannya semata-mata dengan wujudnya persamaan (musyabahah).[12] Hal ini adalah sebagaimana komentar Ibn 'Abidin terhadap Durr al-Mukhtar pada perbahasan hukum membaca mushaf dalam solat yang dikatakan menyerupai ahli kitab, katanya: قَالَ هِشَامٌ: رَأَيْت عَلَى أَبِي يُوسُفَ نَعْلَيْنِ مَخْصُوفِينَ بِمَسَامِيرَ، فَقُلْت: أَتَرَى بِهَذَا الْحَدِيدِ بَأْسًا؟ قَالَ لَا قُلْت: سُفْيَانُ وَثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ كَرِهَا ذَلِكَ لِأَنَّ فِيهِ تَشَبُّهًا بِالرُّهْبَانِ؛ فَقَالَ «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَلْبَسُ النِّعَالَ الَّتِي لَهَا شَعْرٌ» وَإِنَّهَا مِنْ لِبَاسِ الرُّهْبَانِ. فَقَدْ أَشَارَ إلَى أَنَّ صُورَةَ الْمُشَابَهَةِ فِيمَا تَعَلَّقَ بِهِ صَلَاحُ الْعِبَادِ لَا يَضُرُّ... وَفِيهِ إشَارَةٌ أَيْضًا إلَى أَنَّ الْمُرَادَ بِالتَّشَبُّهِ أَصْلُ الْفِعْلِ: أَيْ صُورَةُ الْمُشَابَهَةِ بِلَا قَصْدٍ. Maksudnya: “Hisham berkata: Aku melihat Abu Yusuf (memakai) sepasang sandal yang dijahit dengan paku-paku. dan berkata: 'Adakah kamu merasa susah memakai ini? Dia menjawab, 'Tidak'. Aku berkata, 'Sufyan dan Thaur bin Yazid tidak suka kepada sandal ini kerana ia menyerupai rahib. Beliau menyatakan, 'Nabi SAW memakai sandal yang mempunyai bulu di atasnya.' (Ibn 'Abidin menyatakan) Sesungguhnya ia (sandal itu) adalah daripada pakaian rahib. Maka ini menunjukkan bahawa apa-apa persamaan / penyerupaan yang berkaitan dengan kebaikan manusia adalah tidak bermasalah ... dan ini juga menunjukkan mengenai asal perbuatan meniru itu - ia adalah bentuk persamaan tanpa niat.” (Rujuk Radd al-Muhtar 'ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622) Oleh sebab itu, penyerupaan, kadang-kadang bermaksud haram dan kadang-kadang bermaksud makruh. Berkata Imam Ibn Salah (w.643H) Rahimahullah dalam Fatawa-nya (2/473): “Maka sesungguhnya barangsiapa yang menyerupai satu kaum itu maka dia seakan-akan sebahagian daripada mereka. Penyerupaan dengan orang kafir, terkadang menjadi makruh, dan terkadang menjadi haram. Perkara tersebut kembali kepada keketaraan yang ada pada penyerupaan itu, sama ada sedikit atau banyak. Wallahua`lam.” Jika penyerupaan itu sedikit, atau daripada sudut yang kecil sahaja, penyerupaan itu bersifat makruh. Contohnya seperti: Melakukan qaza` (memotong atau bercukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain). Rujuk al-Minhaj Syarh Muslim (10/101). Melumurkan kepala bayi selepas bercukur dengan darah aqiqah kerana mengikut adat Jahiliyyah. Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (8/427). Puasa secara tunggal pada hari Jumaat kerana orang Nasrani dan Yahudi mengkhususkan ibadah pada hari Khamis dan Jumaat. Rujuk al-Iqna` (1/245). Ada pengecualian bagi larangan ini apabila suatu pakaian itu tidak lagi melambang kaum yang bukan Islam dan fasiq. Sebaliknya, ia berubah menjadi adat suatu kawasan atau negara. Kesannya, suatu perlambangan itu boleh berubah menjadi harus. Berkata Imam al-Bujairimi (w.1221H) Rahimahullahdalam Tuhfah al-Habib (4/366) dalam isu membayar kafarah dengan memberikan kain tailasan/tiyalisah : “Dan disebabkan pemakaian al-tiyalisah pada masa kini bukan lagi menjadi syiar mereka (Nasrani dan Yahudi), bahkan sudah diangkat pada zaman kita dan berubah menjadi salah satu yang termasuk dalam perkara umum yang diharuskan. Betapa perkara ini telah disebut oleh Ibn Abd al-Salam dalam bid’ah-bid’ah yang dibenarkan. Berkata Ibn Hajar: Apabila sudah menjadi simbol bagi suatu kaum (yakni golongan yang baik-baik seperti ulama) maka dengan meninggalkannya pula akan menghilangkan maruah.” Daripada sudut sejarah, pemakaian tiyalisah, atau kain penutup kepala ini, adalah syiar kaum Yahudi dan Nasrani. Maka hukum asalnya adalah makruh, seperti kata Syeikh al-Samhudi al-Syafie. Namun apabila kebanyakan mereka sudah meninggalkan pakaian ini sebagai simbol agama, ia berubah menjadi pakaian yang umum sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai simbol mereka yang boleh mengajar dan berfatwa, dan diijazahkan pemakaiannya. Pakaian jenis ini adalah harus dan tidak termasuk dalam larangan syarak meniru kaum lain. Pada hari ini, contohnya pemakaian baju berkot dan tali leher tidak dianggap sebagai peniruan bersifat agama atau kefasikan. Hukum memakainya adalah harus. Kami juga melihat bahawa perlunya untuk memahami hukum fiqhi dan fatwa. Ini kerana, hukum fiqhi ada yang bersifat thabit dan tidak thabit. Berlainan pula dengan fatwa yang boleh menerima perubahan berdasarkan kemaslahatan zaman. Oleh kerana itulah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: Ini yang menyebabkan aku menyalahi pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkenaan pengharaman ucapan tahniah kepada orang Kristian. Selain itu, apa yang wajar diberi perhatian adalah isi kandungan ucapan berkenaan yang menzahirkan sifat toleransi dan muhibbah, bukannya zahir ucapannya semata-mata. Ini berdasarkan kaedah (العبرة بالمسميات لا بالاسماء). Kami melihat, perbezaan pandangan yang timbul adalah pada memahami definisi yang tepat bagi perkataan “tahniah” dan “selamat” yang menyebabkan hukumnya terbahagi kepada dua seperti di atas. Bagi menjelaskan hal ini, kita perlu melihat definisi “tahniah” dalam konteks bahasa dan pemahaman yang sebenar. Dalam Bahasa Melayu, “tahniah” bermaksud: “ucapan yang ditujukan kepada seseorang untuk menyatakan rasa gembira kerana kejayaannya dll; ucapan selamat”.[13] Maka, tahniah juga tidak semestinya menzahirkan rasa redha dan pengagungan kepada sesuatu hal. Bahkan pada 22 Disember 2007, seramai 138 cendekiawan Islam telah menandatangani satu surat terbuka sempena sambutan Hari Krismas kepada pimpinan gereja sedunia termasuklah Pope Benedict XVI. Antara mesej surat tersebut ialah mengucapkan Merry Christmas kepada masyarakat Kristian yang menyambutnya, serta menzahirkan penghargaan atas respon positif kepada pimpinan agama Kristian terhadap usaha dialog antara agama yang dimulakan oleh pimpinan kaum Muslimin. Antara ulama yang menandatangani surat terbuka ini termasuklah Syeikh ‘Ali Jum’ah, Syeikh Hamza Yusuf dan Syeikh Ikrima Sabri (Mufti al-Quds).[14]   Keputusan Institusi Fatwa Bagi menyokong keharusan yang kami tarjihkan, kami kemukakan di sini sebahagian pendapat Institusi Fatwa: Dar al-Ifta’ al-Misriyyah. Harus mengucapkan tahniah kepada orang bukan Muslim merayakan perayaan mereka itu dengan lafaz yang tidak bertentangan dengan akidah Islamiyyah dan perbuatan ini termasuk di bawah bab Ihsan. Dar al-Ifta’ juga menjelaskan bahawa ucapan Merry Christmas ini tidak termasuk di bawah penyerupaan dengan bukan Islam yang dilarang, kerana larangan tasyabbuh itu meliputi perbuatan dan iktiqad yang bercanggah dengan perkara-perkara thawabit (prinsip-prinsip tetap yang qath’ie) dalam Islam. [15] Majlis Fatwa Eropah. Mereka juga mengharuskannya sesuai dengan Fiqh al-Aqaliyyat, dan ia boleh diucapkan oleh individu Muslim atau organisasi Islam kepada saudara mereka yang bukan Islam, dan ini bertujuan memelihara masyarakat minoriti Muslim itu sendiri (Minoriti Muslim di negara bukan Muslim).[16]   Garis Panduan Umum Kami kemukakan di sini Garis Panduan Umum yang perlu difahami: Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam. Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan. Ucapan tersebut hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain. Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan: “Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38. Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak. Kami telah mengulas hukum menghadiahkan arak kepada non Muslim di sini [http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2653-al-kafi-838-hukum-menghadiahkan-arak-kepada-non-muslim]. Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat. Dibolehkan untuk hadir ke majilis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri. Diriwayatkan bahawa Umar RA berkata: لا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم Maksudnya: Janganlah kalian menemui orang-orang musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, karena kemurkaan (Allah) turun kepada mereka.                                                                         Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan (9/234) dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (1609) Tegahan ini menurut Ibn Muflih bersifat makruh dan bukannya haram. (Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah, 3/432) Kenyataan Mufti Wilayah Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar sebagaimana yang telah dilampirkan kesemuanya di atas, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat, adalah harus dengan meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan. Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007’: “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.” Kami menguatkan hujah ini melalui kenyataan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fil Islam antara lain menyebut: “Jika kita hendak menyimpulkan ajaran-ajaran Islam dalam tindakannya terhadap orang-orang yang menyalahinya dalam lingkungan apa yang halal dan apa yang haram, maka memadailah kita berpegang kepada dua ayat daripada al-Quran al-Karim yang boleh dianggap sebagai prinsip yang menyeluruh, sebagaimana firman Allah SWT: لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ. إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ Maksudnya: Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah SWT hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Surah al-Mumtahanah (8-9) Ayat yang pertama di atas tidak hanya menggalakkan seseorang berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Muslim, yang tidak memerangi, iaitu tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Muslimin dalam agamanya. Tegasnya, mereka itu tidak menaruh niat permusuhan atau peperangan terhadap kaum Muslimin, malah ayat itu juga menggalakkan supaya berbuat baik dan memberikan layanan yang sempurna kepada mereka. Perkataan “al-birr” iaitu “baik” merupakan kalimah yang meliputi segala pengertian dan maksud yang baik umumnya dalam sebarang maksud, dan ianya adalah suatu perkara yang melebihi “keadilan”. Kalimah al-bir tersebut pernah digunakan oleh kaum Muslimin untuk menunjukkan kewajipan yang utama tentang hak-hak kemanusiaan ke atas diri mereka, ketika menggunakan perkataan itu untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa (birr al-walidain). Kami menyatakan di sini bahawa ayat itu menggalakkan apa yang kami nyatakan kerana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berlaku adil. Seseorang Mukmin itu mestilah berusaha dengan sepenuh daya upaya untuk merealisasikan apa yang disukai oleh Allah SWT, dengan tidak sama sekali menafikan atau menolak pengertian “menggalakkan dan menuntut” yang terdapat di dalam ayat ini, kerana ianya berbunyi dengan ungkapan “Allah SWT tidak melarang kamu…” Ini kerana ungkapan seumpama ini adalah untuk menolak apa yang terlekat di dalam pemikiran Muslim, yang mana masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Sesiapa sahaja yang memusuhi ajaran Islam tidak berhak baginya mendapat kebaikan, keadilan dan pergaulan yang baik. Lantaran itu, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia tidak melarang orang Islam untuk melakukan sedemikian, meskipun orang-orang itu menyalahi agama mereka, bahkan sekalipun mereka memeranginya dan bermusuhan terhadapnya.” Sudah sampai masanya bagi para ulama’ menginterpretasikan apa yang didapati daripada teks-teks klasik ulama’ silam supaya meraikan kerangka cabaran masa kini tanpa meninggalkan batasan syarak. Tidak cukup hanya sekadar menukilkan apa yang dicatatkan pada lembaran kertas daripada kitab-kitab silam (fiqh al-awraq), bahkan para ulama’ perlu turun ke lapangan bagi memahami kitab al-waqi’ ('membaca' realiti semasa). Kemampuan untuk berinteraksi dengan teks-teks klasik inilah yang akan membawa umat Islam ke satu paradigma yang jauh ke hadapan dan lebih berpijak kepada realiti sebenar pada zaman sekarang serta tidak ketinggalan dalam arus perdana. Dengan itu, akan terzahirlah Islam sebagai agama yang bersifat rahmatan li al-‘alamin (memberi rahmat ke seluruh alam jagat). Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita sentiasa berada di landasan yang sebenarnya mengikut neraca syariah. Akhukum Fillah, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 24 Disember 2018  _______________________________________________ [1] https://en.oxforddictionaries.com/definition/merry [2] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christmas [3] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christ [4] https://en.oxforddictionaries.com/definition/mass [5] Reverend John Trigilio Jr. & Reverend Kenneth Brighenti. The Catholicism Answer Book: The 300 Most Frequently Asked Questions , m.146. [6] The Oxford Dictionary of the Christian Church (ed. E.A. Livingstone). m. 335-336. [7]Rujuk http://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=117&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09   [8] http://www.operationworld.org/country/malc/owtext.html [9] Rujuk laman web Nasim al-Syam, fatwa 2280, bertarikh 22 April 2010. https://www.naseemalsham.com/ar/Pages.php?page=readFatwa&pg_id=2280 [10] Lihat https://www.youtube.com/watch?v=5H-ZNCAIDZQ [11] http://www.dr-alawni.com/articles.php?show=187 [12] Rujuk penjelasan beliau dalam video pada pautan: https://www.youtube.com/watch?reload=9&v=3TTwX9kcaCU [13] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tahniah [14] Rujuk https://archive.islamonline.net/?p=791 , https://www.ft.com/content/ce7eb5c4-b004-11dc-b874-0000779fd2ac dan https://www.acommonword.com/muslim-scholars-wish-merry-christmas/ [15] http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?sec=fatwa&ID=13237 [16] http://www.e-cfr.org/fatwa/3ما-حكم-تهنئة-غير-المسلمين-بأعيادهم؟-/
317
Soalan Assalamualaikum, saya seorang pelajar di luar negara sebelum saya balik ke Malaysia, saya ada meminjam sejumlah duit dalam matawang dollar daripada sahabat saya. Setelah sahabat kembali ke Malaysia saya ingin membayarnya tapi dalam wang ringgit. Bolehkah saya bayar menggunakan wang ringgit atau kena bayar menggunakan wang dollar juga. Mohon penjelasan Pejabat Mufti Wilayah. Terima kasih. Ringkasan Jawapan Orang yang berhutang wajib membayar hutang mengikut apa yang dipinjam. Begitu juga jika seseorang itu berhutang sejumlah wang seperti meminjam wang dollar maka hendaklah dia melangsaikannya dalam matawang dollar. Namun sekiranya dia ingin membayar hutang menggunakan matawang lain sebagai contoh, seseorang yang berhutang sejumlah wang dollar dan ingin membayar menggunakan wang ringgit, maka hendaklah dia mendapat persetujuan orang yang memberi hutang dan membayar mengikut nilai matawang semasa ketika ingin melangsaikannya. Huraian Jawapan Hutang merupakan perkara yang dibenarkan syarak dan ia diamalkan semenjak zaman Baginda Nabi SAW. Hikmah Islam mensyariatkan hutang bertepatan dengan kehendak Allah SWT dalam merealisasikan suasana bantu-membantu dalam ketakwaan sesama umat Islam.[1] Dalam hal ini, orang yang berhutang wajib melunaskan hutangnya mengikut apa yang telah dipinjam. Namun, sekiranya tidak dapat memulangkan barang yang dipinjam itu dengan sempurna atas sebab tertentu seperti rosak atau hilang maka hendaklah digantikan barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya. Perkara ini seperti mana yang dijelaskan di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji yang menyatakan: فيجب ردّ المثل إذا كان محل القرض مالاً مثلياً وكان موجوداً، فإذا انعدم وجب ردُّ قيمته Maksudnya: Wajib mengembalikan hutang seumpama yang dipinjam jika hutang tersebut ada dan sama dengannya. Namun, jika tiada sesuatu yang sama maka wajib mengembalikannya mengikut nilainya. [2] Begitu juga wang yang dipinjam hendaklah dibayar dan dilangsaikan mengikut jumlah dan jenis matawang yang sama walaupun nilainya bertambah ataupun berkurang. Imam Jalaluddin al-Suyuti menjelaskan hal ini di dalam karya al-Hawi li Fatawi dengan menyatakan bahawa: وَقَدْ تَقَرَّرَ أَنَّ الْقَرْضَ الصَّحِيحَ يُرَدُّ فِيهِ الْمِثْلُ مُطْلَقًا، فَإِذَا اقْتَرَضَ مِنْهُ رِطْلَ فُلُوسٍ فَالْوَاجِبُ رَدُّ رِطْلٍ مِنْ ذَلِكَ الْجِنْسِ سَوَاءٌ زَادَتْ قِيمَتُهُ أَمْ نَقَصَتْ Maksudnya: Sesungguhnya telah ditetapkan bahawa hutang yang sempurna hendaklah dipulangkan dengan barang yang sama secara mutlak. Jika seseorang itu berhutang dengan sejumlah 1 Ritl wang maka hendaklah dikembalikan 1 Ritl daripada wang tersebut dengan jenis yang sama walaupun nilainya bertambah atau kurang.[3] Di samping itu, jika seseorang ingin melunaskan hutang sejumlah wang yang dipinjam dalam matawang yang berlainan seperti seseorang itu meminjam wang dollar kemudian ingin melangsaikannya dengan nilai matawang ringgit, maka hendaklah dia mengikut nilai matawang terkini ketika hendak melangsaikannya. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Bujairimi di dalam hasyiahnya: رَدَّ مِثْلَهُ وَإِلَّا رَدَّ قِيمَتَهُ بِاعْتِبَارِ أَقْرَبِ وَقْتٍ إلَى وَقْتِ الْمُطَالَبَةِ لَهُ فِيهِ قِيمَةٌ Maksudnya: Hendaklah memulangkan hutangnya sama seperti yang dipinjamnya, sekiranya tidak sama mestilah memulangkannya dengan mengikut nilai hutangnya dengan berdasarkan nilai terkini ketika ingin melangsaikannya.[4] Oleh itu, orang yang berhutang wajib membayar hutang mengikut apa yang dipinjam. Begitu juga, jika seseorang itu berhutang sejumlah wang seperti meminjam wang dollar maka hendaklah dia melangsaikannya dalam matawang dollar. Namun sekiranya dia ingin membayar hutang menggunakan matawang lain sebagai contoh, seseorang yang berhutang sejumlah wang dollar dan ingin membayar menggunakan wang ringgit, maka hendaklah dia mendapat persetujuan orang yang memberi hutang dan membayar mengikut nilai matawang semasa ketika ingin melangsaikannya. Begitu juga, jika perbezaan nilai matawang tersebut terlalu tinggi dengan melebihi sepertiga daripada kadar hutang sehingga boleh memberi kemudaratan kepada pihak pemiutang atau orang yang memberi hutang, maka kedua-dua pihak hendaklah membuat rundingan dalam menentukan kadar hutang tersebut. Sekiranya sukar menentukan kadarnya maka perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak hakim atau mahkamah bagi membuat keputusan. Perkara ini telah diputuskan oleh Majma’ al-Fiqh al-Islamiy yang bersidang di Jeddah pada tahun 1999.[5] Wallahu’alam   [1] Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syarbaji, (Damsyik: Dar al-Qalam li Taba’ah wa al-Nashr wa al-Tauzi’, 1413H) إن الحكمة من تشريع القرض واضحة جليّة، وهي تحقيق ما أراده الله تعالى من التعاون على البرّ والتقوى بين المسلمين [2] Ibid, 6/108 [3] Abdul al-Rahman bin Abi Bakr, Jalaluddin al-Suyuti, al-Hawi li Fatawi, (Beirut: Dar al-Fikr li Taba’ah wa al-Nashr, 1424H) 1/114 [4] Sulaiman bin Muhammad bin Umar al-Bujairimi al-Syafi’I, Hasyiah al-Bujairimi ala Syarh al-Minhaj (Matba’ah al-Halabi, 1369) 2/354 [5] Rujuk: https://islamicsham.org/fatawa/1778 وهذا ما نصَّت عليه توصيات "الندوة الفقهية الاقتصادية لدراسة قضايا التضخم" التي عقدها مجمع الفقه الإسلامي بجدة بالتعاون مع مصرف فيصل الإسلامي بالبحرين في عام (1420 هـ_ 1999م): "أ- إذا كان التَّضخُّم عند التعاقد متوقعًا، فإنه لا يترتب عليه تأثير في تعديل الديون الآجلة، فيكون وفاؤها بالمثل وليس بالقيمة، وذلك لحصول التراضي ضمنًا بنتائج التضخم، ولما في ذلك من استقرار التعامل. ب- إن كان التَّضخُّم عند التعاقد غير متوقع الحدوث ثم حدث التَّضخُّم: فإن كان التَّضخُّم يسيرًا فإنه لا يعتبر مسوغًا لتعديل الديون الآجلة؛ لأن الأصل وفاء الديون بأمثالها، واليسير في نظائر ذلك من الجهالة أو الغرر أو الغبن مغتفر شرعًا. وإذا كان التضخم كثيرًا (وضابط التضخم الكثير أن يبلغ ثلث مقدار الدين الآجل)، فإن وفاءَ الدين الآجل حينئذ بالمثل يُلحق ضررًا كثيرًا بالدائن يجب رفعه. والحل لمعالجة ذلك: اللجوءُ إلى الصلح، وذلك باتفاق الطرفين على توزيع الفرق الناشئ عن التضخم بين المدين والدائن بأي نسبة يتراضيان عليها " انتهى باختصار. والصلحُ وإن كان في أصله مندوبًا لكن قد يَعرض له من العوارض ما يجعله واجبًا متحتمًا على كلا الطرفين، قال ابن عرفة: " وَهُوَ -أَيْ: الصُّلْحُ- مِنْ حَيْثُ ذَاتُهُ مَنْدُوبٌ إلَيْهِ، وَقَدْ يَعْرِضُ وُجُوبُهُ عِنْدَ تَعْيِينِ مَصْلَحَةٍ " نقله عنه في مواهب الجليل.
318
Perlindungan Data Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Keselamatan Storan Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
319
Soalan: Apakah benar dakwaan yang menyatakan bahawa Abu Ubaidah RA telah membunuh ayahnya?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan ayat ke-22 daripada surah al-Mujadalah dengan sebab turun ayat ini adalah berdasarkan kepada peristiwa pembunuhan bapa kepada Abu Ubaidah RA. Antara yang menyatakan sedemikian ialah Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya apabila beliau menukilkan pandangan daripada Said bin Abd al-Aziz iaitu:   وَقَدْ قَالَ سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَغَيْرُهُ: أُنْزِلَتْ هَذِهِ الْآيَةَ {لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ} إِلَى آخِرِهَا فِي أَبِي عُبَيْدَةَ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْجَرَّاحِ، حِينَ قَتَلَ أَبَاهُ يَوْمَ بَدْرٍ Maksudnya: “Telah berkata Said bin Abd al-Aziz dan selain daripadanya bahawa ayat ini {لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ} [المجادلة: 22] sehingga ke akhirnya diturunkan pada Abu Ubaidah ‘Amir bin Abd Allah bin al-Jarrah ketika beliau membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar.” [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 8/54]   Berdasarkan soalan di atas, riwayat atau kisah ini ada diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, al-Baihaqi dan juga Imam al-Thabarani. Adapun Imam al-Thabarani meriwayatkan kisah ini di dalam kitabnya pada bab pembunuhan Abu Ubaidah akan ayahnya dalam peperangan Badar. Daripada Abdullah bin Syauzab berkata: جَعَلَ أَبُو أَبِي عُبَيْدَةَ يَتَصَدَّى لِأَبِي عُبَيْدَةَ يَوْمَ بَدْرٍ، فَجَعَلَ أَبُو عُبَيْدَةَ يَحِيدُ عَنْهُ، فَلَمَّا أَكْثَرَ، قَصَدَهُ أَبُو عُبَيْدَةَ فَقَتَلَهُ، فَأَنْزَلَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ هَذِهِ الْآيَةَ حِينَ قَتَلَ أَبَاهُ: {لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ} [المجادلة: 22] إِلَى آخِرِ الْآيَةِ Maksudnya: “Ayah kepada Abu Ubaidah sentiasa mengejar anaknya dalam peperangan Badar, namun Abu Ubaidah berusaha untuk mengelaknya. Ketika ayahnya terus mengejarnya, Abu Ubaidah pun menghadapinya lalu berjaya membunuhnya. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini sehingga ke akhirnya ketika Abu Ubaidah membunuh ayahnya:   Firman Allah SWT: لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَـٰئِكَ حِزْبُ اللَّـهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٢٢﴾ al-Mujadalah: 22 Maksudnya: “Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (360)]   Imam al-Baihaqi (458 H) menilai sanad hadith ini terputus di dalam kitabnya selepas meriwayatkan kisah ini. [Lihat: al-Sunan al-Kubra, 9/46] Imam al-Zahabi (748 H) tidak memberi apa-apa komentar (tidak memberi komentar pada riwayat ini bukan bermaksud al-Zahabi bersetuju dengan riwayat ini yang dinilai sahih al-hakim) pada riwayat ini di dalam al-Mustadrak. [Lihat: al-Mustadrak, 3/296] Imam Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) menilai riwayat ini sebagai mu’dhal (terdapat keguguran di dalam sanad dua orang perawi atau lebih secara berturut-turut samada keguguran itu pada awal atau akhir sanad) dan al-Waqidi mengingkarinya dengan menyatakan bahawa ayah kepada Abu Ubaidah RA telah wafat sebelum Islam. [Lihat: al-Talkhis al-Habir, 4/273] Setelah melihat beberapa pandangan di atas, kami katakan bahawa riwayat ini adalah dhaif disebabkan terdapat keguguran pada sanad riwayat ini. Tambahan pula, Imam Ibn Hajar menggunakan sighah tamridh ketika menukilkan kisah atau riwayat ini bahawa Abu Ubaidah RA telah membunuh ayahnya. Hal ini disebutkan oleh beliau (Ibn Hajar al-Asqalani) di dalam kitabnya Fath al-Bari dengan berkata:   وَقُتِلَ أَبُوهُ كَافِرًا يَوْمَ بَدْرٍ وَيُقَالُ إِنَّهُ هُوَ الَّذِي قَتَلَهُ وَرَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ وَغَيْرُهُ مِنْ طَرِيقِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَوْذَبَ مُرْسَلًا Maksudnya: “Dibunuh ayahnya (ayah kepada Abu Ubaidah) yang kafir pada peperangan Badar dan dikatakan yang membunuhnya ialah anaknya (Abu Ubaidah). Hal ini diriwayatkan oleh al-Thabarani dan selain daripadanya melalui jalur Abdullah bin Syauzab secara mursal (tidak terdapat sahabat di dalam sanad tersebut). [Lihat: Fath al-Bari, 7/93]   Penutup Kesimpulannya, terdapat beberapa riwayat yang menyatakan bahawa di antara sebab nuzul (sebab turunnya ayat ini) ayat ke-22 di dalam surah al-Mujadalah adalah berdasarkan peristiwa pembunuhan bapa kepada Abu Ubaidah al-Jarrah dalam peperangan Badar. Akan tetapi, riwayat ini dhaif disebabkan terdapat keguguran pada sanad tersebut sebagaimana yang dinilai oleh para ulama. Tambahan pula, tidak menjadi masalah untuk ketika meriwayatkan kisah ini ketika menafsirkan ayat ke-22 di dalam surah al-Mujadalah kerana kisah ini bukanlah berkait dengan isu aqidah atau syariah tetapi ia lebih kepada sejarah. Ini kerana, ramai daripada kalangan ahli tafsir yang menafsirkan ayat tersebut dengan kisah ini. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam menuntut ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama. Amin.   Wallahua’lam
322
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Baginda SAW, keluarga, para Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kemudian. Dalam kemelut, pergeseran dan salah faham antara agama di Malaysia, kami merasa terpanggil untuk mengulas isu ini setelah mendapat satu perkhabaran yang menarik dari Sarawak. Kami mendapat info bahawa Masjid An-Naim dan Gereja The Good Shepherd di Lutong, Sarawak yang jaraknya hanya sekitar 100 meter mengambil inisiatif berkongsi kawasan meletak kenderaan. Pada setiap hari Jumaat, pengurusan gereja akan membuka kawasan parkir untuk kegunaan umat Islam. Manakala pada setiap hari Ahad, pihak pengurusan masjid pula membuka kawasan parkir untuk kegunaan penganut Kristian. Bagaimanakah pandangan Islam berhubung perkara ini? Apakah yang boleh difahami dengan fiqh ta’ayush dalam konteks semasa? Bagi mengupas lebih lanjut akan perkara ini, kami bawakan kepada anda Bayan Linnas Siri ke-89 dengan tajuk “Masjid Dan Gereja Berkongsi Ruang Meletak Kenderaan” Keperluan Memaham Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/ Co-Existence) Pada Masa Kini Kami mulakan dengan firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”(Surah al-Hujurat: 13) Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan.[1] Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara. Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka. وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.”(Surah al-A’raf: 73)   قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ Maksudnya: Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir).”(Surah al-Syu’ara: 36)   وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا Maksudnya: “Dan kepada kaum ‘Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud…”(Surah Hud: 50)   وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا Maksudnya: “Dan kepada penduduk Madyan, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib.(Surah Hud: 84) Berdasarkan nas-nas di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa perkataan saudara digunakan walaupun pada masa itu kebanyakan kaumnya tidak seagama dengan mereka berdasarkan mafhumnya. Mereka didakwahkan oleh Rasul-rasul dengan penuh hikmah dan kesabaran. Hatta, dalam sejarah jelas menukilkan kata-kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma: لَوْ قَالَ لِي فِرْعَوْنُ: بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ. قُلْتُ: وَفِيكَ Maksudnya: “Sekiranya Fir’aun berkata kepadaku: ‘Semoga Allah memberkati kamu.’ Nescaya aku akan menjawab: ‘Kepada kamu jua.”[2] Ini bermakna, perbezaan fahaman apatah lagi pegangan tidak menjadi masalah bagi Muslim untuk menerima dan menanggapi bukan Muslim sebagai seorang saudara, yang bersusurgalurkan daripada Adam dan Hawa. Contoh Unggul Fiqh al-Ta’ayyush Dalam Kehidupan Ini adalah kisah benar, Abdullah yang buta mata (beragama Islam) dan Samir yang kenit dan lumpuh (beragama Nasrani). Samir yang lumpuh itu dipikul dan dikendong oleh sahabatnya yang buta bernama Abdullah. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain; Samir sebagai penunjuk jalan bagi Abdullah manakala Abdullah pula membawa Samir. Keduanya bergabung tenaga dan kelebihan untuk mendepani kehidupan. Samir bekerja sebagai penglipurala di sebuah kedai kopi di bandar lama Damsyik. Abdullah pula menjual hummus di hadapan kedai kopi. Halwa telinganya setiap hari adalah celoteh Samir yang amat menghiburkan. Setiap pertemuan, ada perpisahannya. Ditakdirkan Tuhan, Samir meninggal dunia. Abdullah menangis pemergian sahabatnya hampir seminggu dan berkurung di dalam biliknya. Akhirnya beliau ditemui meninggal dunia di biliknya dek kesedihan atas kehilangan sahabat baiknya tersebut. Inilah contoh unggul dua insan biasa yang tidaklah terlalu memahami agama masing-masing tetapi kaya dengan sifat manusiawi yang saling melengkapi, merentasi sempadan agama. Toleransi Islam - Kristian Dalam Lembaran Sejarah Islam Asas toleransi inter-agama yang paling baik sudah pasti mengambil contoh daripada apa yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan salafussoleh di mana kisah mereka dan peristiwa yang berlaku pada zaman mereka patut menjadi neraca dalam tindakan kita. Inilah hujah dan nas yang terbaik. Rasulullah SAW ketika berbicara tentang Nabi Isa AS telah menyatakan: أَنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَالْأَنْبِيَاءُ إِخْوَةٌ لِعَلَّاتٍ، أُمَّهَاتُهُمْ شَتَّى وَدِينُهُمْ وَاحِدٌ Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling dekat dan paling mencintai Isa bin Maryam di dunia mahupun di akhirat. Para nabi itu adalah saudara seayah walau ibu mereka berlainan, dan agama mereka adalah satu.”(Riwayat al-Bukhari, no. 3443) Pertama: Perlembagaan Negara Kota Madinah Usai penghijrahan Nabi SAW ke Madinah, peranan Baginda SAW bukan lagi hanya sebagai seorang Rasul tetapi juga adalah seorang pemimpin politik sebuah negara baru yang ditadbir berlandaskan nilai-nilai Islam. Ia menuntut kepada pelaksanaan undang-undang pentadbiran yang jelas, bagi menjamin keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat - yang pernah berpecah kerana siri peperangan yang panjang - yang hidup secara berbilang agama iaitu Islam, Yahudi, Kristian dan juga mereka yang menyembah berhala. Oleh itu Baginda SAW telah melancarkan sebuah piagam atau perlembagaan yang memperincikan tanggungjawab-tanggungjawab semua pihak yang menetap di Madinah, peranan dan kewajiban terhadap satu sama lain, dan beberapa had atau larangan yang terpakai antara satu sama lain. Perlembagaan ini dikenali sebagai Sahifah Madinah.[3] Kedua: Kristian Najran Sembahyang Di Masjid Nabawi Baginda juga pernah menerima orang Kristian dari Najran didalam masjid baginda di Madinah. Apabila tiba waktu sembahyang mereka, mereka akan bersembahyang di masjid menghadap ke arah timur. Rasululllah SAW bersabda, yang bermaksud: “Biarkan mereka.” Kisah ini disebutkan oleh Ibn Ishaq dalam karya agung Sirah Ibn Ishaq, Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 2/42; Ibn al-Qayyim dalam Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/397 dan Zad al-Ma’ad, 3/549. Berdasarkan kisah ini, dapat difahami bahawa Kristian Najran pernah bersembahyang di Masjid Nabawi atas keizinan Nabi SAW. Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa hal yang penting untuk diteliti pada kisah ini: Riwayat ini sebenarnya daif kerana sanadnya terputus. Ia diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada perawi yang bernama Muhammad bin Jaafar bin al-Zubair daripada Nabi SAW. Muhammad bin Jaafar bukan merupakan seorang sahabat bahkan beliau hanya sempat berguru dengan tabien kecil sahaja.[4] Ibn Qayyim meletakkan syarat supaya ia tidak menjadi adat atau rutin harian dan kebiasaan.[5] Tidak ada riwayat lain yang menyatakan Nabi SAW membenarkan orang bukan Islam melakukan ibadat di Masjid Nabawi melainkan riwayat ini sahaja. Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu al-Syeikh menyatakan bahawa kisah ini menunjukkan bahawa sekiranya ada keperluan atau hajat yang memungkinkan hal seperti itu, ia dibolehkan. Ketiga: Pertemuan Kristian Najran dan Rasulullah SAW جَاءَ العَاقِبُ وَالسَّيِّدُ، صَاحِبَا نَجْرَانَ، إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلاَعِنَاهُ، قَالَ: فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ: لاَ تَفْعَلْ، فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلاَعَنَّا لاَ نُفْلِحُ نَحْنُ، وَلاَ عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا، قَالاَ: إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا، وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلًا أَمِينًا، وَلاَ تَبْعَثْ مَعَنَا إِلَّا أَمِينًا. فَقَالَ «لَأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلًا أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ»، فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الجَرَّاحِ» فَلَمَّا قَامَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ» Telah datang al-‘Aqib dan al-Sayyid; dua orang kepada dari Nejran kepada Rasulullah SAW, atas tujuan mubahalah dengan Nabi SAW. Berkata salah seorangnya kepada yang seorang lagi, “Jangan kamu lakukannya. Demi Allah, jika dia benar seorang Nabi dan kita lakukan li’an inim samada kita, tidak juga keturunan selepas kita akan berjaya.’ Mereka berdua berkata: ‘Sesungguhnya kami akan memberikanmu apa yang kamu minta. Tetapi kamu perlu mengutuskan bersama kami, seorang yang dapat dipercaya, dan jangan engkau mengutus orang yang tidak dapat dipercayai bersama kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya aku akan mengutus seorang yang dapat dipercaya.’ Maka para sahabat Nabi SAW menginginkan dirinya yang dimaksudkan itu. Rasulullah SAW bersabda: ‘Berdirilah wahai ‘Ubaidah bin Jarrah.’ Dan ketika Abu Ubaidah berdiri dan Baginda bersabda, “Ini orang paling dipercayai dalam umat ini.”(Riwayat al-Bukhari, no. 4380) Hadith di atas adalah tentang peristiwa kedatangan delegasi Kristian Najran bertemu dengan Rasulullah SAW. Mereka datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW tidak pula menghalau, menyuruh mereka pulang ke Najran bahkan berlaku dialog, antara mereka dan kisah ini masyhur dan dikenali dengan kisah al-Mubahalah. Keempat: Hatib bin Abi Balta’ah dan Raja al-Muqauqis Rasulullah SAW mengutus Hathib ibn Abi Balta’ah ke Mesir untuk membawa surat untuk Muqawqis, raja/penguasa Qibti. Surat itu berisi ajakan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada Muqawqis untuk memeluk Islam. Dr. Muhammad ‘Imarah menyatakan bahawa terdapat kenyataan Hatib ibn Abi Balta’ah semasa dialognya dengan Raja al-Muqauqis membuktikan bahawa beliau meraikan kebebasan beragama. Hatib ibn Abi Balta’ah berkata: “Bukanlah kami melarang kamu memeluk agama Nabi ‘Isa, bahkan kami menyeru kamu kepadanya (kefahaman sebenar ajaran Nabi 'Isa)…” Allah SWT jualah yang menciptakan kepelbagaian dan perbezaan dalam syariat agama-agama yang merupakan sunnatullah.[6] Kelima : Kisah Syeikh Ahmad Kiftaro[7] Syeikh Ahmad Kiftaro Rahimahullah ketika menerima lawatan Pope John Paul II berucap menceritakan bagaimana dahulunya umat Islam dan Kristian di Syria hidup ratusan tahun lamanya bersama-sama dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Berjuang mempertahankan tanah Syria dari musuh sehingga ada nyawa yang terkorban dan kini musuh telah pergi manakala Muslim dan Kristian masih kekal hidup bersama-sama dalam sebuah negara.[8] Keenam: Mauqif Ulama’ Azhar Kami dapati sejak dahulu lagi ulama’ al-Azhar yang berwibawa termasuk Syuyukh al-Azhar begitu menyantuni golongan Nasara dengan penuh hikmah. Antara yang terkenal ialah Syeikh Muhammad al-Maghari, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan yang terbaru Syeikhul Azhar sekarang ini, Syeikh Dr. Ahmad Tayyib. Beliau juga mempelopori Fiqh al-Ta’ayyush dan hadir dalam banyak pertemuan dengan paderi Kristian. Ketujuh: Pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kami nukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebahagiannya daripada kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam: “Segala ketetapan ini meliputi semua ahli kitab walau di mana jua sekalipun mereka berada.  Namun, bagi mereka yang bermastautin di bawah naungan kerajaan Islam, terdapat satu perkara yang khusus bagi mereka. Mereka inilah dalam istilah Islam dikenali sebagai ahl al-zimmah yang membawa maksud ‘golongan yang membuat perjanjian’.[9] Ianya merupakan satu perkataan yang digunapakai bagi mereka yang menunjukkan bahawa mereka sudah memberikan janji setia kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan kepada golongan Muslim bahawa mereka akan menjalani hidup di bawah naungan pemerintahan Islam dalam keadaan aman dan sentosa. Mereka dikira dengan istilah baru iaitu warganegara dalam negara Islam. Golongan Muslimin telah memutuskannya sejak abad pertama sehingga hari ini yang bahawa mereka mempunyai hak yang sama dengan apa yang dimiliki oleh orang Islam. Ia akan dihitung ke atas diri mereka seperti ke atas orang Islam kecuali berkaitan agama dan akidah. Maka Islam akan membiarkan mereka hidup bebas dengan apa jua pegangan yang menjadi kepercayaan mereka tanpa sebarang campur tangan oleh agama Islam dalam konteks ini.[10]   Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dengan mengambil contoh apa yang sudah sekian lama diamalkan oleh pengurusan Masjid an-Naim dan Gereja The Good Shepherd di Sarawak, kami berpandangan bahawa ianya adalah satu contoh yang baik bagi mengekalkan keharmonian dan toleransi inter-agama. Maka,  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dalam Mesyuarat  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke - 101 pada 26 April 2017 telah memutuskan hukum berkongsi ruang letak kenderaan antara masjid dan gereja adalah harus dan dibenarkan dalam Islam. Dalam kaedah usul fiqh ada satu perkara yang dinamakan sebagai mafhum al-aula (مفهوم الأولى).  Mafhum al-aula adalah sesuatu yang tidak disebut itu lebih utama mendapat hukum daripada apa yang disebut.[11] Jika Kristian dibenarkan memasuki masjid atas keperluan-keperluan tertentu, maka apatah lagi cuma berkongsi ruang meletak kenderaan yang terletak di luar daripada kawasan masjid/gereja. Imam Syihabuddin al-Qarafi bermazhab Maliki berkata: “Sesungguhnya terdapat janji setia daripada golongan zimmi yang mewajibkan beberapa hak yang mesti dipelihara. Ini kerana mereka hidup di dalam lindungan kita serta berada dalam naungan Allah dan Rasul-Nya serta di bawah naungan Islam. Sesiapa yang mengganggu mereka sekalipun dengan suatu perkataan yang buruk atau melakukan penghinaan terhadap kehormatan salah seorang daripada mereka atau apa jua jenis bentuk penganiayaan maka mereka itu telah mensia-siakan naungan Allah SWT dan Rasul-Nya serta naungan agama Islam itu sendiri.”[12] Demi menjaga sesiapa yang berada dalam naungan Allah dan Rasul-Nya manakala menyerahkan mereka kepada musuh adalah satu perbuatan yang sama seperti mencuaikan akad janji setia yang dibuat dalam naungan tersebut. [13] Para Khulafa’ al-Rasyidin juga telah melaksanakan hak ini serta melindungi kehormatan mereka yang bermastautin.[14] Tambahan pula di dalam Islam, ruang toleransi inter-agama sentiasa terbuka luas dalam soal kehidupan seharian selagi tidak memasuki isu yang melibatkan akidah. Firman Allah SWT: وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ Maksudnya: “Dan sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang beriman ialah orang yang berkata: “Bahawa kami ini adalah orang-orang Kristian” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”(Surah al-Ma’idah: 82) Ibn Kathir menyatakan: “Mereka yang menyatakan bahawa mereka adalah Kristian yang mengikuti al-Masih (‘Isa ‘alaihissalam) dan di atas manhaj Injil, pada mereka ada kasih sayang terhadap Islam dan penganutnya. Ini kerana kelembutan dan kasih sayang mereka diperoleh melalui sebahagian ajaran al-Masih.”[15] Semoga Allah merahmati kita dan sentiasa memelihara negara kita dengan penuh keamanan dan masyarakatnya sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kita mengharapkan dikurniakan negara kita menjadi baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, Amin. Akhukum fillah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-BakriMufti Wilayah Persekutuan   ________________________________________ [1] Al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil, 4/374. [2] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 1113. [3] Bagi mendapatkan pencerahan yang lebih baik serta huraiannya, kami cadangkan supaya dirujuk kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman Mubarakfuri. [4] Lihat Taqrib al-Tahzib, 2/471. [5] Lihat Zad al-Ma'ad, 3/557. [6] Muhammad ‘Imarah. Al-Islam wa al-Akhar, m. 83. [7] Beliau merupakan Mufti ‘Am Syria dan menjawat jawatan tersebut begitu lama sehingga beliau meninggal dunia. Kemudian digantikan dengan Syeikh Ahmad Badreddin Hassoun. [8] Ucapan penuh Syeikh Ahmad Kiftaro Rahimahullah bersempena lawatan Pope John Paul II ke Syria pada tahun 2001 boleh didapati di sini: http://www.kuftaro.net/english/activity1.php?activity_no=1%20&%20act_no=%2013 [9] Dalam Fiqh al-Siyasah al-Syar’iyyah oleh al-Anbari menyebutkan ahl al-zimmi adalah kaum Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain yang tinggal di negara Islam secara tetap. Golongan ini diakui oleh pemerintah akan agama mereka dengan syarat mereka mestilah patuh kepada sistem perundangan Islam dalam aspek mu’amalah dan hukuman mahkamah Islam. [10] Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (terj.), hal. 646. [11] Lihat Al-Madakhil Al-Usuliyyah Li Al-Istinbat Min Al-Sunnah Al-Nabawiyyah. m. 156. [12] Lihat al-Furuq, 3/14. [13] Dinukilkan daripada kitab Maratib al-Ijma’ oleh Ibn Hazmin al-Zahiri [14] Dalam Fiqh al-Siyasah al-Syar’iyyah menyebut: Antara hak ahl zimmi itu ialah: Mematuhi perjanjian perlindungan. Tidak boleh memaksa mereka memeluk agama Islam. Tidak boleh membinasakan rumah ibadah mereka. Melindungi dan mempertahankan mereka. Baik dan bersimpati dengan mereka. Darah dan harta mereka terpelihara. Haram menzalimi mereka. [15] Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/167.
323
SOALAN Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan siapakah golongan yang meninggalkan puasa dengan sengaja tetapi hanya perlu membayar fidyah sahaja tanpa perlu untuk qada puasa tersebut? Mohon penjelasan. Terima kasih. RINGKASAN JAWAPAN Golongan yang meninggalkan puasa yang wajib membayar fidyah sahaja tanpa perlu qada ialah golongan yang tidak mampu untuk berpuasa secara berkekalan sama ada disebabkan faktor usia yang terlalu tua atau sakit kritikal yang tiada harapan untuk sembuh yang apabila mereka berpuasa akan menyebabkan kesukaran dan kemudaratan ke atas mereka. WaAllahu a’lam.   HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Golongan yang meninggalkan puasa yang hanya perlu untuk membayar fidyah sahaja tanpa perlu qada’ puasa tersebut ialah golongan yang tidak mampu untuk berpuasa secara berterusan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam al-Quran: وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Surah al-Baqarah: 184) Golongan-golongan tersebut seperti golongan yang tidak mampu berpuasa kerana lanjut usia dan sakit kritikal yang tiada harapan untuk sembuh yang apabila menimbulkan kesukaran yang tidak mampu ditanggungnya apabila dia berpuasa.[1] Menurut pandangan yang kuat di sisi mazhab al-Syafie, golongan ini diwajibkan ke atas mereka untuk membayar fidyah sahaja satu mud bagi setiap hari yang ditinggalkannya tanpa perlu qada puasa tersebut. Hal ini seperti yang disebutkan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli dalam kitabnya, Nihayatul Muhtaj bahawa:  (وَالْأَظْهَرُ وُجُوبُ الْمُدِّ) عَنْ كُلِّ يَوْمٍ (عَلَى مَنْ) (أَفْطَرَ) مِنْ رَمَضَانَ (لِكِبَرٍ) كَأَنْ صَارَ شَيْخًا هَرَمًا لَا يُطِيقُ الصَّوْمَ فِي زَمَنِ الْأَزْمَانِ، وَإِلَّا لَزِمَهُ إيقَاعُهُ فِيمَا يُطِيقُهُ فِيهِ، وَمِثْلُهُ كُلُّ عَاجِزٍ عَنْ صَوْمٍ وَاجِبٍ سَوَاءٌ فِي رَمَضَانَ وَغَيْرِهِ لِزَمَانَةٍ أَوْ مَرَضٍ لَا يُرْجَى بُرْؤُهُ أَوْ مَشَقَّةٍ شَدِيدَةٍ تَلْحَقُهُ وَلَمْ يَتَكَلَّفْهُ. Maksudnya: Pandangan yang kuat (dalam mazhab al-Syafie), wajib dikeluarkan fidyah satu mud bagi setiap hari bagi sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan kerana lanjut usia dengan menjadi orang tua yang tidak mampu untuk berpuasa pada bila-bila waktu pun. Jika dia mampu untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu, maka wajib ke atasnya untuk melakukan apa yang dia termampu pada ketika tersebut. Begitu juga seperti golongan yang tidak mampu untuk berpuasa wajib sama ada puasa Ramadan dan selainnya kerana sakit yang berkekalan dan tiada harapan untuk sembuh atau disebabkan kesukaran yang menimpanya yang tidak mampu untuk ditanggung. (Rujuk Nihayat al-Muhtaj, 3:193) WaAllahu a’lam. Rujukan: [1] (وَالْأَظْهَرُ وُجُوبُ الْمُدِّ) وَلَا قَضَاءَ عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِنْ رَمَضَانَ أَوْ نَذْرٍ أَوْ قَضَاءٍ أَوْ كَفَّارَةٍ (عَلَى مَنْ أَفْطَرَ لِلْكِبَرِ) أَوْ الْمَرَضِ الَّذِي لَا يُرْجَى بُرْؤُهُ بِأَنْ يَلْحَقَهُ بِالصَّوْمِ مَشَقَّةٌ شَدِيدَةٌ لَا تُطَاقُ عَادَةً. تحفة المحتاج في شرح المنهاج،  المكتبة التجارية الكبرى، ج 3، ص 439.
324
Soalan Assalamualaikum ustaz, maaf nak tanya. Apakah hukum seorang wanita memakai kurta lelaki? Adakah ini juga dikira sebagai menyerupai jantina lain yang dilarang?   Jawapan Ringkas Jika melihat trend pemakaian kurta dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terdapat kurta yang dikhususkan untuk lelaki sahaja dan terdapat juga reka bentuk kurta yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina. Bagi keadaan reka bentuk kurta yang unisex, tidak menjadi masalah untuk seorang wanita memakainya kerana tidak ada pengkhususan untuk dipakai oleh kaum lelaki sahaja. Manakala sekiranya seorang wanita ingin memakai kurta yang dikhaskan untuk lelaki adalah dilarang kerana tergolong dalam perbuatan tasyabbuh yang menyerupai keterampilan lelaki. Tambahan lagi kebanyakan reka bentuk kurta lelaki tidak sesuai untuk dipakai kaum wanita kerana boleh mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup serta membuka kepada ruang fitnah dalam kalangan masyarakat.   Huraian Jawapan Kurta merupakan pakaian yang makin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia ditambah lagi dengan fenomena industri fesyen yang tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Umumnya kurta adalah pakaian khas untuk lelaki terutama di sesetengah negara. Namun begitu, terdapat juga syarikat pengeluar pakaian yang mengeluarkan kurta untuk perempuan ataupun kurta unisex yang boleh dipakai oleh golongan perempuan.   Perkara yang perlu ditekankan dalam persoalan ini adalah fesyen dan reka bentuk kurta yang dikhususkan bagi lelaki dan perempuan adalah berbeza. Pada umumnya, kurta lelaki mempunyai dua versi iaitu labuh sehingga paras lutut dan labuh sehingga paras punggung sahaja. Manakala, reka bentuk kurta bagi perempuan di Malaysia pula labuhnya melebihi paras punggung.   Persoalan berikut menimbulkan tanda tanya sama ada perbuatan tersebut merupakan tasyabbuh yang dilarang dalam agama. Hukum tasyabbuh atau menyerupai jantina berlawanan adalah HARAM bahkan salah satu dosa besar kerana terdapat larangan-larangan yang jelas daripada syarak bahawa perbuatan tersebut adalah dilaknat. Ibn ‘Abbas meriwayatkan bahawa: لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. Riwayat al-Bukhari (5886)   Para ulama menerangkan tentang al-mukhannas dan al-mutarajjilat adalah perbuatan menyerupai apa yang menjadi kebiasaan jantina lawannya. Antara bentuk menyerupai jantina berlawanan adalah dengan meniru pemakaian bagi jantina yang berlawanan. (Rujuk al-Muyassar fi Syarh Mashabih al-Sunnah 990/3[1]; al-Mafatih fi Syar hal-Mashabih 41/5[2])   Selain itu terdapat juga riwayat lain daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang untuk lelaki memakai pakaian yang dikhaskan untuk perempuan dan begitu juga sebaliknya. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: لَعَنَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki. Riwayat Ahmad (8309)   Syeikh Zainal ‘Abidin al-Hadadi menerangkan bahawa hadis ini menunjukkan pengharaman untuk seseorang meniru pemakaian jantina berlawanan dengannya dengan pakaian yang umumnya telah dikhususkan buat sesuatu jantina tersebut. Namun jika sesuatu pakaian tersebut dibuat perubahan atau pertambahan tertentu padanya sehingga membolehkan jantina lain turut dapat memakainya maka ianya tidak menjadi masalah di sisi syarak. Sebagai contoh dalam konteks pemakaian di Malaysia, baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. (Rujuk Faidh al-Qadir 269/5[3]; Tafsir al-Maturidi 550/7[4])   Di samping itu, perkara yang perlu difahami berkaitan larangan ini adalah jenis pakaian yang dikhususkan kepada sesuatu jantina adalah berbeza mengikut ‘uruf (kebiasaan/ada budaya) sesuatu tempat. Oleh kerana itu, boleh jadi sesuatu pakaian boleh dipakai oleh kedua-dua jantina atau istilahnya seperti unisex. Kemungkinan pemakaian bagi perempuan dapat dibezakan dengan pemakaian tudung dan pakaian yang menutup auratnya. Perkara ini dapat dilihat melalui kenyataan Imam Ibn Hajar al-Asqalani berikut: فَأَمَّا هَيْئَةُ اللِّبَاسِ فَتَخْتَلِفُ بِاخْتِلَافِ عَادَةِ كُلِّ بَلَدٍ فَرُبَّ قَوْمٍ لَا يَفْتَرِقُ زِيُّ نِسَائِهِمْ مِنْ رِجَالِهِمْ فِي اللُّبْسِ لَكِنْ يَمْتَازُ النِّسَاءُ بِالِاحْتِجَابِ وَالِاسْتِتَارِ Maksudnya: Adapun keadaan pakaian itu ia berbeza mengikut uruf kebiasaan setiap negeri. Boleh jadi dalam sesuatu kaum itu pakaian orang perempuan mereka tidak berbeza dengan pakaian orang lelaki mereka, tetapi orang perempuan dibezakan dengan pemakaian tudung dan juga pakaian yang bertutup (menutup aurat). (Rujuk Fathul Bari 332/10)   Baca juga siri artikel lepas kami yang berkaitan: Bayan Linnas Siri 5 : ISU TRANSGENDER, TASYABBUH ATAU PENYERUPAAN: HUKUMNYA (EDISI KEMASKINI) IRSYAD AL-FATWA KE-140: HUKUM MEMAKAI PAKAIAN WANITA MENGIKUT FESYEN MODEN IRSYAD AL-FATWA SIRI KE 358 : HUKUM WANITA MEMAKAI SELUAR JEANS AL-KAFI #1699 : HUKUM LELAKI MEMAKAI BAJU KELAWAR DI RUMAH   Kesimpulan Jika melihat trend pemakaian kurta dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terdapat kurta yang dikhususkan untuk lelaki sahaja dan terdapat juga reka bentuk kurta yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina. Bagi keadaan reka bentuk kurta yang unisex, tidak menjadi masalah untuk seorang wanita memakainya kerana tidak ada pengkhususan untuk dipakai oleh kaum lelaki sahaja. Manakala sekiranya seorang wanita ingin memakai kurta yang dikhaskan untuk lelaki adalah dilarang kerana tergolong dalam perbuatan tasyabbuh yang menyerupai keterampilan lelaki. Tambahan lagi kebanyakan reka bentuk kurta lelaki tidak sesuai untuk dipakai kaum wanita kerana boleh mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup serta membuka kepada ruang fitnah dalam kalangan masyarakat.   Wallahualam. [1] وهي: التي تشبه بهم في زيهم. [2] كلُّ رجلٍ شبَّه نفسَه بالنساء في اللباس وخضاب اليدَين والرَّجلَين [3] فيحرم على الرجال التشبه بالنساء وعكسه في لباس اختص به المشبه [4] ‌مكروه ‌للرجل - ‌واللَّه ‌أعلم - ‌أن ‌يلبس ‌فراعة ‌وحدها ‌لا ‌قميص ‌تحتها؛ لأن ذلك لباس النساء إلا أن يكون لها شق ذيل، فخرجت من لبس النساء، ولم تكره للرجال، والله أعلم.
325
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.   Definisi fardhu kifayah dan bezanya dengan fardhu ‘ain Kata Imam al-Rafi’e, fardhu-fardhu kifayah merupakan perkara-perkara kulliyyah yang berkait dengannya maslahah agama dan duniawi yang dituntut oleh syara’ untuk melaksanakannya. Namun tuntutan tersebut tidak ditujukan kepada seseorang individu secara khusus sepertimana fardhu ‘ain, namun tuntutan dan kewajipan itu ditujukan kepada sekalian orang mukallaf secara umum dan kulliy. (Rujuk Al-Tahbir Syarh al-Tahrir 2/875) Menurut Imam al-Isnawi pula, dinamakan fardhu kifayah kerana pelaksanaannya oleh sebahagian mukallaf telah mencukupi dalam merealisasikan tuntuan Maqasid Syarak, dan cukup juga untuk membebaskan yang lain daripada bebanan dosa. (Rujuk Al-Tamhid hlm. 73) Sebahagian ulama seperti Abu Ishaq al-Isfarayini dan Imam al-Haramain al-Juwainiy berpandangan fardhu kifayah lebih besar kelebihannya berbanding fardhu ain. Hal ini kerana pelaksanaan fardhu ain hanya melaksanakan tanggungjawab yang dituntut ke atas diri sendiri, manakala pelaksanaan fardhu kifayah merupakan pelaksanaan tanggungjawab yang dituntut terhadap diri sendiri dan ummah seluruhnya.  (Rujuk Ghiyath al-Umam hlm. 358 dan Al-Tahbir Syarh al-Tahrir 2/882)   Lapangan fardhu kifayah Antara contoh bidang dan lapangan fardhu kifayah ialah kewajipan menuntut ilmu. Firman Allah SWT: وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). Surah al-Taubah (122) Begitu juga dengan solat lima waktu secara berjemaah. Berkata Imam Khatib al-Syirbini : “Hukum solat jemaah ialah fardhu kifayah pada solat-solat maktubah (solat wajib lima waktu) ke atas lelaki merdeka yang bermukim menurut pandangan yang muktamad di sisi Imam Nawawi” (Rujuk: Al-Iqna' fi Halli Alfazi Abi Syuja’, 1/163). Begitu juga dengan kewajipan pengurusan jenazah oleh ahli masyarakat. Imam al-Syafi’e berkata: Menjadi kewajipan ke atas manusia untuk memandikan mayat, mensolatkannya dan mengebumikannya, tidak boleh mereka meninggalkannya secara kulliyy. Adapun apabila sebahagian masyarakat melaksanakannya, itu sudah cukup bagi mereka, inshaAllah Ta’ala. (Rujuk Al-Umm 1/312) Kata Imam al-Ghazzali: Sesungguhnya bidang perubatan, matematik, pertanian, penenunan dan politik merupakan sebahagian daripada fardhu-fardhu kifayah, dan hatta pembekaman serta penjahitan juga termasuk fardhu kifayah. (Rujuk Ihyaa’ Ulum al-Din 1/16)   Fardhu kifayah dan qa’edah syarak Selain itu, konsep fardhu kifayah ini boleh difahami menurut kerangka satu qa’idah usuliyyah (qaedah usul fiqh): ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب Maksudnya: Jika suatu perkara yang wajib tidak sempurna melainkan satu perkara lain, maka perkara yang lain itu turut menjadi wajib. Begitu juga dengan satu qaedah fiqh: للوسائل حكم المقاصد Maksudnya: Hukum suatu wasilah itu bergantung kepada maqasid (objektif yang ingin dicapai daripadanya).   Fardhu kifayah dan kerjasama dalam perkara taqwa Menurut Syeikh Ahmad al-Raisouni, konsep fardhu kifayah ini sebenarnya diasaskan di atas prinsip ‘al-Ta’awun ‘ala Al-Birr wa al-Taqwa’ iaitu bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa. Firman Allah SWT: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). Surah al-Ma’idah (2) Secara asasnya, kewajipan-kewajipan fardhu kifayah ini tidak lain tidak bukan melainkan perkara-perkara yang membawa kepada maslahah duniawi dan ukhrawi manusia, dan ia tidak dapat dicapai oleh seorang individu, atau beberapa individu secara berasingan; bahkan fardhu kifayah hanya dapat tertegak melalui kerjasama kolektif dalam sesebuah masyarakat. (Rujuk al-Kulliyyat al-Asasiyyah li al-Syari’ah al-Islamiyyah, hlm. 122-123) Bertitik-tolak dari asas ini, hukum fardhu kifayah mesti difahami menurut kerangka kerjasama kolektif sesama manusia dalam mencapai maslahah duniawi dan ukhrawi.   Fardhu kifayah dan menangani wabak Covid-19 Dalam konteks semasa, kerjasama yang bersepadu secara kolektif adalah amat penting dalam menangani wabak Covid-19 yang kian membimbangkan sekarang. Sudah tentu, petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus menyelesaikan isu ini ialah para doktor, jururawat dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di mana bekerja dalam bidang perubatan merupakan satu tuntutan fardhu kifayah yang amat mulia disisi syarak. Selain itu, tidak dilupakan petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) yang lain yang bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti lelah, antaranya anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal pergerakan rakyat di tempat-tempat awam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berlangsung. Namun, kerjasama daripada masyarakat awam adalah diperlukan bagi menjayakan segala polisi dan tugas-tugas merawat serta mencegah penularan wabak ini, dengan mematuhi segala arahan yang ditetapkan, serta tidak mencetuskan panik yang boleh mengganggu keberkesanan tugas petugas-petugas. Tanpa kerjasama daripada masyarakat, segala polisi dan peraturan yang ditetapkan tidak akan berjaya mencapai objektifnya. Kaedah fiqh menetapkan: تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة Maksudnya: Polisi dan tindakan pemerintah terhadap rakyat itu hendaklah berdasarkan kepada pertimbangan maslahah (dan mafsadah). Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami al-Syafi’e: Adalah tidak wajib untuk menuruti arahan pemimpin (al-hakim) yang tidak membawa kepada maslahah ‘ammah. Maka difahami secara mafhum mukhalafah, menurut arahan pemimpin yang mempunyai maslahah ‘ammah ialah wajib. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj 3/71) Semoga penjelasan yang diberikan ini memberi kefahaman kepada kita semua dalam melayari kehidupan dalam kerangka syariat Islam yang sebenar. Amin. Wallahu a’lam.
326
Soalan Assalamualaikum, saya ingin bertanya hukum jika saya berniat untuk bersedekah menggunakan sumber daripada Trading Forex Online. Sebagaimana kita maklum, hukum Trading Forex adalah haram dan saya telah meninggalkan kerja ini sekian lama setelah hukumnya telah diwartakan di Malaysia. Namun, saya berfikiran bahawa adalah suatu kerugian jika kebolehan saya untuk memperoleh sumber kewangan daripada Forex Trading yang agak banyak tidak dimanfaatkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan kediaman dan negeri saya. Jadi terlebih dahulu saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Tuan berkenaan hukum untuk niat saya ini.   Ringkasan Jawapan Hukum menjalankan trading forex untuk tujuan bersedekah adalah haram. Hal ini kerana kaedah Syarak yang mengharuskan melakukan perkara yang diharamkan hanyalah terpakai dalam situasi yang memang betul-betul mendesak sehingga tiada cara melainkan perlu melakukan perkara yang haram.  Sedangkan dalam situasi di atas, bersedekah secara umumnya masih belum mencapai tahap darurat. Dalam masa yang sama masih ada wasilah halal yang lain untuk memperoleh wang seperti pelaburan saham, crowdfunding (sumbangan dana awam), dan lain-lain.   Huraian Jawapan Pertamanya, Perdagangan Matawang (FOREX) mempunyai pelbagai gambaran dan bentuk. Tulisan ini memfokuskan pada bentuk Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) melalui platfom elektronik yang sudah difatwakan haram dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98. Kenyataanya seperti berikut: “Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara”.[1] Seterusnya, bagi mencapai suatu tujuan yang baik hendaklah diperoleh melalui jalan yang dibenarkan Syarak semampu yang mungkin. Slogan “Niat menghalalkan cara” tidak boleh difahami secara mutlak untuk setiap keadaan. Sebaliknya slogan tersebut hanya terpakai jika memenuhi dua syarat utama: Pertama: Hendaklah niat atau objektif yang ingin dicapai diiktiraf oleh Syarak. Contohnya,  niat menyelamatkan diri daripada kebinasaan dan kematian.[2] Kedua: Sekiranya bagi mencapai objektif yang diiktiraf Syarak tersebut mengkehendaki seseorang perlu menempuhi wasilah yang haram, hendaklah dia memastikan bahawa mudarat wasilah haram tersebut lebih rendah kesannya berbanding objektif yang ingin dicapai, bukanlah setara apatah lagi lebih teruk. Contohnya, seseorang makan khinzir di saat dirinya hampir mati sedangkan makanan halal lain masih ada.[3] (Rujuk: Syarh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, m/s 195) Sehubungan dengan itu, sekiranya dua syarat di atas tidak dipenuhi seperti kesan mudarat wasilah haram lebih besar berbanding objektif yang ingin dicapai, maka wasilah tersebut haram digunakan bersandarkan kepada kaedah Fiqh menyebut: الضرر لا يزال بمثله أو بأعظم منه Maksudnya: “Suatu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan melakukan mudarat lain yang sama tahap atau lebih teruk daripadanya”. Tambahan pula, agama mengajarkan suatu kaedah yang penting apabila berhadapan dengan situasi yang mempunyai elemen manfaat dan mudarat. Kaedah tersebut: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح Maksudnya: “Menghindarkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari kemaslahatan”. Oleh itu, sekiranya bertembung di antara memperoleh manfaat atau menghindarkan mudarat dan kerosakan, maka yang lebih utama adalah menghindarkan diri daripada segala jenis kemudaratan termasuklah maksiat dan dosa apatah lagi sekiranya manfaat yang ingin diperolehi tersebut tidak mencapai tahap penting dan darurat. (Rujuk: al-Asybah wa al-Nazhair, m/s 78) Banyak sekali nas yang menegaskan tentang tuntutan meninggalkan segala yang dilarang oleh syarak, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عن شيءٍ فَاجْتَنِبُوهُ، وإذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا منه ما اسْتَطَعْتُمْ Maksudnya: “Apabila aku melarangmu membuat sesuatu perkara maka jauhilah (kesemuanya). Apabila aku memerintahmu lakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah semampu yang kalian boleh buat”. Riwayat al-Bukhari (2788) Bertitik tolak daripada kaedah ini, tujuan bersedekah merupakan suatu tindakan yang baik dan sangat mulia. Namun, sekiranya sumber kewangan sedekah tersebut diperoleh daripada cara yang haram seperti FOREX, maka dalam hal ini Syarak melarangnya. Alasan larangan ini juga berpandukan hujah bahawa kaedah Syarak yang mengharuskan melakukan perkara yang diharamkan hanyalah terpakai dalam situasi yang memaksa dan mendesak sehingga tiada cara atau wasilah melainkan melakukan perkara yang haram.  Sedangkan dalam situasi di atas, bersedekah secara umumnya masih belum mencapai tahap darurat dan dalam masa yang sama masih ada cara halal yang lain untuk memperoleh wang seperti pelaburan saham, crowdfunding (sumbangan dana awam), wakaf, membuka tabung sedekah dan lain-lain. Akhir kata, semoga kita semua diberikan taufik dan petunjuk oleh Allah SWT agar segala cita-cita murni yang ingin dicapai melalui jalan yang diredai-Nya. Wallahu a’lam. [1] Rujuk laman web: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10293 [2] Rujuk laman web: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/2880-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-26-kaedah-dalam-mencapai-sesuatu-matlamat [3] الضَّرَر لَا يزَال بِمثلِهِ، وَلَا بِمَا هُوَ فَوْقه بِالْأولَى، بل بِمَا هُوَ دونه. هَذِه الْمَادَّة تصلح أَن تكون قيدا للمادة / 20 / " الضَّرَر يزَال " أَي إِلَّا إِذا كَانَت إِزَالَته لَا تتيسر إِلَّا بِإِدْخَال ضَرَر مثله على الْغَيْر، فَحِينَئِذٍ لَا يرفع بل يجْبر بِقدر الْإِمْكَان
327
Soalan            Assalammualaikum, Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan SS Mufti.                           Ringkasan Jawapan: Hukum bagi wanita yang mengambil ubat tahan haid bagi tujuan berpuasa penuh di bulan Ramadan adalah harus. Keharusan ini tertakluk dengan syarat mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan dan pengesahan tiada implikasi mudarat terhadap tubuh badan seseorang wanita tersebut. Walau bagaimanapun, lebih baik tidak mengambil ubat tersebut kerana yang paling afdal meraikan fitrah semula jadi yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk kaum wanita. Huraian Jawapan: Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Definisi Haid Haid merupakan darah tabi’i (tabiat semulajadi yang normal) mengalir keluar daripada pangkal rahim perempuan setelah baligh ketika badannya sihat tanpa ada sebab (penyakit) dalam tempoh-tempoh tertentu. [1]  Darah haid merupakan kejadian semulajadi yang ditentukan oleh Allah SWT kepada kaum hawa berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA: . قالَ: إنَّ هذا شيءٌ كتبَهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ على بَناتِ آدمَ Maksudnya: “Rasulullah bersabda: Sesungguhnya, ini adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah untuk anak cucu perempuan Adam.“                                                                                                                Riwayat Bukhari (294) Wanita yang mengalami haid di bulan Ramadan tidak perlu berpuasa dan diperintahkan untuk menggantikan puasanya pada hari-hari yang ditinggalkan berdasarkan hadis berdasarkan daripada Mu'azah Al-'Adawiyyah: قالَتْ: كانَ يُصِيبُنَا ذلكَ، فَنُؤْمَرُ بقَضَاءِ الصَّوْمِ، ولَا نُؤْمَرُ بقَضَاءِ الصَّلَاةِ. Maksudnya: Aisyah RA berkata: Kami telah ditimpa haid, kemudian kami diperintahkan untuk menggantikan puasa (yang ditinggalkan kerana haid) tetapi tidak memerintahkan ‏untuk menggantikan  solat”. Riwayat Muslim (335) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa antara syarat yang membolehkan seseorang berpuasa ialah suci daripada haid dan nifas : وَالنَّقَاءُ عَنْ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ جَمِيعَ النَّهَارِ Maksudnya: Terhenti daripada haid dan nifas sepanjang waktu siang.[2] Seterusnya, tiada nas larangan dalam perbuatan makan pil tahan haid. Oleh itu harus makan ubat tahan haid bertepatan kaedah fiqh yang yang masyhur : الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada pengharaman (perkara tersebut). (Lihat: al-Asybah wa al-Nazair , Imam Suyuthi .60) Namun, sekiranya terbukti dari sudut perubatan oleh pihak yang beroautoriti bahawa memakan ubat menahan haid boleh mendatangkan mudarat jangka masa pendek atau panjang, maka penggunaannya tidak dibenarkan. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW: لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ Maksudnya: “Tidak boleh memberikan mudarat atau saling berbalas memberi mudarat. Riwayat Ibn Majah (2341) Oleh yang demikian, wanita yang ingin mengambil ubat menahan haid perlu mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan agar dapat terhindar daripada sebarang implikasi kesihatan. Pandangan Fuqaha Mazhab Imam Ahmad Hanbali berpandangan tidak mengapa wanita meminum ubat untuk menahan haidnya sekiranya ubat tersebut sudah dikenali tiada sebarang kesan buruk.[3]  Sementara, pengarang kitab al-Iqna’ fi Fiqh al-Hanbali menyatakan harus wanita meminum ubat agar didatangi haid, namun bukan ketika hampir menjelang  bulan Ramadan untuk tidak berpuasa.[4]  Ibn Rushdi menyatakan terdapat seorang wanita mengadu kepada Imam Malik bahawa dia takut haidnya datang awal, lalu dia ingin meminum ubat untuk melambatkan haidnya. Lantas Imam Malik menjawab bahawa perkara itu tidak betul dan menyatakan makruh perbuatan tersebut. Ibn Rushdi berpendapat perkara tersebut dihukumkan makruh kerana dikhuatiri mendatangkan bahaya pada pada tubuh dengan sebab pengambilan ubat kitaran haid. [5]   Pandangan Institut Fatwa Dan Ulama Kontemporari Dar al Ifta’ Jordan Keputusan Ifta’ Jordan mengharuskan wanita meminum ubat-ubatan yang dapat melewatkan kitaran haidnya khususnya apabila terdapatnya keperluan dari sudut syarak untuk mengambilnya. Sebagai contoh semasa melaksanakan ibadah haji dan umrah kerana dikhuatiri penemannya tidak dapat menunggu dirinya apabila dia terlewat disebabkan kedatangan haid selain tujuan menahan haid disebabkan bersemangat menunaikan puasa penuh pada bulan Ramadan.  Syarat pengambilan pil menahan haid tidak mendatangkan mudarat pada badan melebihi maslahah yang diingini disamping perlu mendapat keizinan suami. [6] Dar al Ifta’ Misriyyah Jawatankuasa Fatwa memutuskan tidak ada halangan pada sudut syarak bagi penggunaan ubat-ubatan dan pil yang melambatkan haid yang membolehkan wanita untuk menyempurnakan sebulan penuh tanpa gangguan.  Dr. Ali Jumuʻah mengharuskan memakan ubat bagi seorang wanita untuk menahan kitaran haid sehingga dapat berpuasa penuh di bulan Ramadan dengan ketetapan syarat berikut : [7] نعم، يجوز لها ذلك شرعًا، بشرط أن يقرر الطبيب أنه لا ضرر عليها فيه، إلا أن وقوفَها مع مراد الله تعالى، وخضوعَها لما قدَّره الله عليها من الحيضِ ووجوبِ الإفطار أثناءه، أثوبُ لها وأعظمُ أجرًا. Maksudnya: Ya, ia harus di sisi syarak dengan syarat mestilah mendapat pengesahan daripada doktor bahawa ubat tersebut tidak memudaratkan. Walau bagaimanapun, hendaklah wanita tersebut berserah dengan ketentuan Allah SWT dan patuh dengan apa yang telah ditakdirkan Allah SWT ke atasnya berkenaan haidnya. Dia wajib berbuka puasa ketika mengalaminya. Maka lebih banyak pahala dan ganjaran baginya.   Keharusan makan pil tahan haid masih tertakluk dengan nasihat pakar perubatan yang mengesahkan tidak mendatangkan bahaya pada kesihatan wanita pada jangka masa pendek dan panjang. Sekiranya penggunaannya mendatangkan kemudaratan, maka ia dilarang oleh syarak berdasarkan  sabda Nabi SAW: لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ Maksudnya: Tidak boleh memberikan mudarat atau saling berbalas memberi mudharat. Riwayat Ibn Majah (2341) Walaupun pengambilan ubat menahan haid dibenarkan, namun wanita tersebut  perlu mengikut apa-apa kehendak dan ketentuan Allah SWT yang ditetapkan  dengan kedatangan haid bagi wanita. Wajib berbuka puasa disebabkan haid adalah pahala dan lebih besar ganjarannya.[8] Al Qaradhawi Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa lebih afdal wanita itu mengikut fitrah kejadian semula jadinya. Darah haid itu adalah sesuatu yang tabi’i dan kekal sebagai fitrah yang ditentukan oleh Allah SWT. Akan tetapi, sekiranya  terdapat  pil dan ubat-ubatan  yang diambil oleh sebahagian wanita untuk melewatkan haid  seperti  pil perancang dan setengah wanita mengambil pil untuk melambatkan haid daripada kitarannya agar ia tidak berbuka pada beberapa hari di bulan Ramadan, hukumnya tidak mengapa, dengan syarat ubat itu tidak memudaratkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat orang-orang pakar atau nasihat doktor mengenai ubat yang memudaratkan dirinya. Menelan pil tersebut akan membolehkannya berpuasa genap sebulan pada bulan puasa dan akan diterima Allah, insya-Allah.[9] Pandangan ini lebih kepada mengikut kepada fitrah yang ditetapkan dan tidak mengambil pil adalah lebih baik.   Penutup Berdasarkan pandangan ulama, memakan ubat untuk melambatkan kitaran haidnya adalah dibolehkan dengan syarat mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu dan ubat tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.  Walau bagaimanapun lebih baik tidak memakan pil kitaran haid agar dapat mengikut fitrah kejadian semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kedatangan haid merupakan sesuatu tanda wanita itu dalam keadaan sihat. Oleh itu, wanita yang mengalami haid ketika bulan Ramadan, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya di bulan -bulan lain. Wallahu A'lam   Rujukan: [1]  al-Khatib as-Syirbini, Shamsuddin, Muhammad Bin Ahmad, Mughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Dar al-Kutub al-‘Ilmia Jld. 1 p:277  وَهُوَ لُغَةً: السَّيَلَانُ وَشَرْعًا دَمُ جِبِلَّةٍ أَيْ تَقْتَضِيهِ الطِّبَاعُ السَّلِيمَةُ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ بَعْدَ بُلُوغِهَا عَلَى سَبِيلِ الصِّحَّةِ مِنْ غَيْرِ سَبَبٍ فِي أَوْقَاتٍ مَعْلُومَةٍ [2] Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Minhaj al-Talibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh, ‘Iwad Qasim Ahmad ‘Iwad (Beirut: Dar al-Fikr, 2005), 76. [3]Ibn Qudamah,  (1968)al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, Jld: 1 p: 266 فَصْلٌ: رُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ - رَحِمَهُ اللَّهُ -، أَنَّهُ قَالَ: لَا بَأْسَ أَنْ تَشْرَبَ الْمَرْأَةُ دَوَاءً يَقْطَعُ عَنْهَا الْحَيْضَ، إذَا كَانَ دَوَاءً مَعْرُوفًا [4]Syarafuddin Abu al-Naja’, (T.th), al-Iqna’ fi Fiqh al-Hanbali, Beirut: Dar al-Ma’rifah, Jld 1: p: 72 ويجوز شرب دواء لحصول الحيض لا قرب رمضان لتفطره [5] Al-Hattab  al-Maliki, (1992) Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar Khalil, Dar al-Fikt:   Jld : 1 p:366 وَقَالَ ابْنُ رُشْدٍ: سُئِلَ مَالِكٌ عَنْ الْمَرْأَةِ تَخَافُ تَعْجِيلَ الْحَيْضِ فَيُوصَفُ لَهَا شَرَابٌ تَشْرَبُهُ لِتَأْخِيرِ الْحَيْضِ قَالَ: لَيْسَ ذَلِكَ بِصَوَابٍ وَكَرِهَهُ قَالَ ابْنُ رُشْدٍ: إنَّمَا كَرِهَهُ مَخَافَةَ أَنْ تُدْخِلَ عَلَى نَفْسِهَا ضَرَرًا بِذَلِكَ فِي جِسْمِهَا، [6] https://aliftaa.jo/Question.aspx?QuestionId=863#.YjFP5HpBw2y يجوز للمرأة شرب الدواء الذي يؤخر عنها الحيض، خاصة إذا وجدت الحاجة الشرعية إليه، كالخوف من عدم انتظار الرفقة في الحج والعمرة إذا ما تأخرت بسبب الحيض، والحرص على أداء الصيام في شهر رمضان قبل أن تعرض الآفات الشاغلة عن القضاء، ونحو ذلك من الأسباب، بشرط أن لا يحمل الدواء ضررا محققا على البدن يفوق المصلحة المرجوة منه، وبشرط إذن الزوج بذلك. [7] Rujuk “Akhz Adawiyah Tu’akhir al-Daurah al-Syahriyyah li Siyam Ramadan Kamilan”, laman sesawang Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, https://bit.ly/36pkIp4. [8] https://www.masrawy.com/ramadan/islamicnnews-fatawa/details/2021/4/8/2001702/%D9%84%D8%AA%D8%B5%D9%88%D9%85-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%87%D8%B1-%D9%83%D8%A7%D9%85%D9%84-%D8%A7-%D8%A7%D9%84%D8%A5%D9%81%D8%AA%D8%A7%D8%A1-%D8%AA%D9%88%D8%B6%D8%AD-%D8%AD%D9%83%D9%85-%D8%AA%D9%86%D8%A7%D9%88%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B1%D8%A3%D8%A9-%D8%B9%D9%82%D8%A7%D9%82%D9%8A%D8%B1-%D8%AA%D9%85%D9%86%D8%B9-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%88%D8%B1%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%87%D8%B1%D9%8A%D8%A9-%D9%81%D9%8A-%D8%B1%D9%85%D8%B6%D8%A7%D9%86 [9] https://www.al-qaradawi.net/node/3752
328
Soalan Assalamualaikum S.S Datuk, Saya ada satu persoalan. Bagaimana jika saya dalam keadaan berhadas haid ketika pagi Syawal, bolehkah saya menghadiri solat hari raya di masjid atau surau? Ringkasan Jawapan Wanita disunatkan untuk menghadiri solat sunat hari raya. Bagi wanita yang memiliki rupa paras yang sangat cantik kami menasihatkan untuk tidak terlalu mempamerkan kecantikan dikhalayak ramai dengan perhiasan yang berlebihan. Mengenai hukum wanita haid menghadiri solat sunat hari raya hukumya adalah sunat selagi mana tempat didirikan solat sunat hari raya itu bukan masjid. Jika kawasan yang didirikan solat sunat hari raya adalah masjid maka kaum wanita tidak dibenarkan untuk masuk namun mereka boleh mendengarkan khutbah dari kawasan luar masjid.  Huraian Jawapan Hari raya ialah hari kegembiraan bagi umat Islam. Solat  sunat hari raya merupakan suatu yang disunatkan bagi umat Islam untuk mengerjakannya di pagi Syawal. Bagi mereka yang tidak dapat menunaikan solat sunat hari raya mereka juga dianjurkan untuk turut menghadiri solat sunat hari raya. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ Maksudnya: “Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya serta membawa bersama anak dara dari biliknya dan wanita haid lalu mereka akan berada di belakang orang ramai bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan pada hari tersebut bersama-sama dengan orang ramai.” (Riwayat al-Bukhari) Hadis ini menjelaskan bahawa wanita-wanita yang berada dalam keadaan haid juga dituntut untuk keluar bersama-sama dengan orang ramai demi mengharapkan keberkatan pada hari tersebut. Imam al-Qustullani berkata bahawa hadis ini menunjukkan wanita yang berada dalam keadaan haid juga dituntut untuk menghadiri solat sunat hari raya tanpa mengerjakan solat[1]. Mereka keluar dengan niat untuk memperolehi keberkatan dan doa orang ramai pada hari tersebut. Mengenai hukum wanita keluar pada hari raya untuk mengerjakan solat terdapat perbezaan pandangan dari kalangan ulama salaf. Abu Bakar RA dan Ali RA berpandangan bahawa setiap wanita yang mampu hendaklah keluar menunaikan solat sunat hari raya. Pandangan yang sama juga dipegang oleh Ibn Omar, Aisyah, Alqamah, Aswad, Malik dan Abu Yusuf. Manakala sebahagian ulama salaf lagi seperti Urwah, al-Qasim, al-Nakha’i dan Yahya al-Ansari memakruhkan wanita untuk keluar menunaikan solat sunat hari raya[2]. Mazhab Syafii pula berpandangan bahawa wanita secara umum disunatkan untuk menghadiri solat sunat hari raya. Walau bagaimanapun mazhab Syafii mengecualikan wanita yang memiliki rupa paras yang sangat cantik untuk menghadiri solat sunat hari raya. Mengenai hal ini Imam al-Nawawi berkata: فَقَالَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ رَحِمَهُمُ اللَّهُ يُسْتَحَبُّ لِلنِّسَاءِ غَيْرِ ذَوَاتِ الْهَيْئَاتِ حُضُورُ صَلَاةِ الْعِيدِ وَأَمَّا ذَوَاتُ الْهَيْئَاتِ وَهُنَّ اللَّوَاتِي يُشْتَهَيْنَ لِجَمَالِهِنَّ فَيُكْرَهُ حُضُورُهُنَّ Maksudnya: “Berkata Imam al-Syafii dan Ashab: Disunatkan bagi wanita yang tidak memiliki rupa paras yang cantik untuk menghadiri solat sunat hari raya. Adapun wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan wanita yang diminati kerana kecantikannya dimakruhkan untuk menghadiri solat sunat hari raya[3].” Namun begitu harus diingatkan bahawa disunatkan wanita untuk menghadiri solat sunat hari raya dalam keadaan haid jika kawasan yang didirikan solat sunat hari raya itu bukannya masjid. Adapun jika tempat tersebut ialah masjid maka menurut mazhab Syafii wanita haid diharamkan untuk masuk ke dalamnya[4]. Dalam sebuah hadis disebutkan: إِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لحِاَئِضٍ وَلَا جُنُبٍ Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak menghalalkan (mengharamkan) masjid bagi wanita haid dan dalam keadaan berjunub.” (Riwayat Abu Daud[5]) Kesimpulannya, wanita disunatkan untuk menghadiri solat sunat hari raya. Bagi wanita yang memiliki rupa paras yang sangat cantik kami menasihatkan untuk tidak terlalu mempamerkan kecantikan dikhalayak ramai dengan perhiasan yang berlebihan. Mengenai hukum wanita haid menghadiri solat sunat hari raya hukumya adalah sunat selagi mana tempat didirikan solat sunat hari raya itu bukan masjid. Jika kawasan yang didirikan solat sunat hari raya adalah masjid maka kaum wanita tidak dibenarkan untuk masuk namun mereka boleh mendengarkan khutbah dari kawasan luar masjid.  Wallahu A'lam Rujukan: [1] Al-Qustullani, Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, jld. 10, hlm. 314. وفيه إخراج النساء يوم العيد إلى المصلى حتى الحيض منهن ولكنهن يعتزلن المصلى [2] Ibn al-Battal, Syarh Sahih al-Bukhari, jld. 2, hlm. 562. فروى عن أبى بكر وعلى أنهما قالا : على كل ذات نطاق أن تخرج إلى العيدين ، وكان ابن عمر يُخرج من استطاع من أهله فى العيد ، وقال أبو قلابة : قالت عائشة : كانت الكواعب تخرج لرسول الله فى الفطر والأضحى ، وكان علقمة والأسود يُخرجان نساءهم فى العيد ويمنعانهن الجمعة ، وروى ابن نافع عن مالك أنه لا بأس أن تخرج المتجالة إلى العيدين والجمعة وليس بواجب ، وهو قول أبى يوسف . وكرهت ذلك طائفة ، روى عن عروة أنه كان لا يدع امرأة من أهله تخرج إلى فطر أو أضحى ، وكان القاسم أشد شىء على العواتق ، وقال النخعى ، ويحيى الأنصارى : لا يُعرف خروج المرأة الشابة فى العيد عندنا . واختلف قول أبى حنيفة فى ذلك ، فروى عنه أنه لم ير خروج النساء فى شىء من الصلوات غير العيدين ، وقال مرةً أخرى : كان يرخص للنساء فى الخروج إلى العيدين ، فأما اليوم فأنا أكرهه ، [3] Imam al-Nawawi, al-Majmu’, jld. 5, hlm. 9. [4] Imam al-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Beirut: Dar al-Basyair (2000), hlm. 132, hld. 1. ويحرم به ما حرم بالجنابة وعبور المسجد إن خافت تلويثه [5] Ibn Qattan menilai hadis ini sebagai hasan (Rujuk: Ibn Mulaqqin, Tuhfah al-Muhtaj ila Adillah al-Minhaj, Makah: Dar al-Hira’ (1406H), jld. 1, hlm. 203).
329
Soalan : Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Apakah status hadis “sesiapa yang melantik seseorang sedangkan ada orang yang lebih Allah redha daripada orang  yang dia lantik, maka dia telah melakukan pengkhianatan kepada Allah, Rasul dan orang yang beriman”. Mohon pencerahan ustaz. Ringkasan jawapan : Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy di dalam al-Kamil fi Dhu’afa al-Rijal, al-Uqaili  di dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibn Abi ‘Asim di dalam al-Sunnah dan al-Hakim al-Nisaburi di dalam al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain dengan makna yang hampir sama. Sanad hadis ini lemah kerana perawi yang bernama Husain bin Qays. Beliau adalah seorang perawi yang lemah dan ditinggalkan periwayatannya. Sanad hadis ini disokong oleh riwayat yang lain iaitu riwayat Yazid bin Abi Habib daripada Ikrimah. Riwayat sokongan (mutaba’at) ini dinukilkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kabir . Namun begitu, riwayat sokongan ini juga adalah lemah kerana perawi yang bernama Ibn Lahi’ah. Beliau adalah seorang perawi yang terlalu lemah hafalannya terutama selepas lembaran dan kitab beliau terbakar. Riwayat beliau hanya diterima jika diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Mubarak, Abdullah bin Wahb dan Abdullah Bin Yazid al-Muqri. Ini kerana mereka meriwayatkan hadis daripada Ibn Lahi’ah ketika mana buku dan lembaran kepunyaan beliau masih ada. Yang meriwayatkan hadis ini daripada beliau ialah Uthman Bin Soleh. Beliau meriwayatkan hadis daripada Ibn Lahi’ah selepas peristiwa buku dan lembaran hadis beliau terbakar. Bahkan Ibn Lahi’ah turut dikritik oleh tokoh besar ilmu hadis seperti Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in, Abdurrahman Bin Mahdi dan lain-lain lagi. Semoga Allah memberikan kita kefahaman. Wallahu’alam. Huraian jawapan : Hadis tersebut diriwayatkan dalam beberapa kitab hadis dengan lafaz yang pelbagai. Antaranya al-Hakim al-Nisaburi dalam kitab al-Mustadrak[1]. Beliau menukilkan sanad dan matan seperti berikut : أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مُوسَى الْعَدْلُ ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَيُّوبَ أَنْبَأَ يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ الطَّيَالِسِيُّ ثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْوَاسِطِيُّ، عَنْ حُسَيْنِ بْنِ قَيْسٍ الرَّحَبِيُّ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‌مَنِ ‌اسْتَعْمَلَ ‌رَجُلًا مِنْ عِصَابَةٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وخانَ رَسُولَهُ وخانَ الْمُؤْمِنِينَ “ Abdullah bin Muhammad bin Musa Bin al-Adl telah memberitahu saya, beliau berkata : Muhammad bin Ayub telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Yazid Bin Abdul Aziz al-Tayalisi telah memberitahu kami, beliau berkata : Khalid bin Abdullah al-Wasiti telah menceritakan kepada kami bahawa beliau meriwayatkan daripada Husain bin Qays al-Rahabi daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang melantik seorang lelaki dari satu kumpulan sedangkan dalam kumpulan tersebut terdapat orang yang lebih Allah reda daripadanya, maka dia telah melakukan pengkhianatan kepada Allah, Rasul-Nya dan dia juga telah mengkhianati orang yang beriman.” Al-Uqaili juga menukilkan hadis ini di dalam kitab beliau, al-Dhu’afa al-Kabir[2] dengan sedikit tambahan pada lafaz tersebut. Beliau menukilkan sanad dan matan seperti berikut : حَدَّثَنَاهُ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ: حَدَّثَنَا عَفَّانُ قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ حُسَيْنِ بْنِ قَيْسٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‌مَنِ ‌اسْتَعْمَلَ ‌رَجُلًا عَلَى عِصَابَةٍ وَفَى تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَخَانَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ “Muhammad bin Ismail telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Affan telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Khalid bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, beliau meriwayatkan daripada Husain bin Qays daripada Ikrimah daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang melantik seorang lelaki untuk menguruskan satu kaum sedangkan dalam kaum tersebut ada orang yang lebih Allag reda berbanding dia, maka dia telah melakukan pengkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya dan jamaah orang Islam.” Ibn Adiy turut meriwayatkan hadis ini di dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa[3] dengan makna yang sama. Beliau menukilkan hadis ini dengan sanad dan matan seperti berikut : حَدَّثَنَا عَبْدَانُ حَدَّثَنا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ أنا خَالِدٌ عَنْ حُسَيْنِ بْنِ قَيْسٍ عَنْ عِكرمَة عنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيه وسَلَّم قَال: ‌مَنْ ‌اسْتَعْمَلَ ‌عَامِلا عَلَى قَوْمٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالْمُؤْمِنِينَ “’Abdan telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Wahb Bin Baqiyyah telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Khalid Bin Husain telah memberitahu kami, beliau meriwayatkan daripada Husain Bin Qays daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang melantik seorang pekerja untuk menguruskan satu kaum sedangkan dalam kaum tersebut terdapat orang yang lebih Allah redha, maka dia telah melakukan pengkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman.” Ibn Abi ‘Asim juga turut meriwayatkan hadis di dalam kitab beliau, al-Sunnah[4] dengan sanad yang sama seperti yang dinukilkan oleh Ibn ‘Adiy. Jika diteliti, kesemua riwayat hadis ini tertumpu kepada Husain Bin Qays. Beliau adalah seorang perawi yang lemah. Imam al-Bukhari mejelaskan bahawa riwayat hadis Husain Bin Qays ditinggalkan oleh Imam Ahmad[5]. Imam al-Nasaie menyebut bahawa beliau adalah seorang perawi yang ditinggalkan periwayatannya[6].  Imam Ahmad Bin Hanbal juga turut mengkritik beliau, beliau menyebut : ‌حسين ‌بن ‌قيس الرحبي ليس حديثه بشئ لا أروي عنه شيئا “Husain bin Qays al-Rahabi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau tidak ada nilai. Saya tidak meriwayatkan apa-apa daripada beliau”[7] Imam Yahya bin Ma’in juga turut menilai Husain bin Qays sebagai perawi yang lemah[8]. Riwayat Husain bin Qays daripada Ikrimah disokong oleh riwayat yang lain (mutaba’at) iaitu riwayat Yazid bin Abu Habib daripada Ikrimah. Ia diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra[9] dengan lafaz yang hampir sama. Beliau menukilkan sanad dan matan seperti berikut : أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللهِ الْحَافِظُ ,ثنا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَغْدَادِيُّ ثنا يَحْيَى بْنُ عُثْمَانَ بْنِ صَالِحٍ, ثنا أَبِي  ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ  ثنا يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ  عَنْ عِكْرِمَةَ  عنِ ابنِ عَبَّاسٍ  رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  ‌مَنِ ‌اسْتَعْمَلَ ‌عَامِلًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّ فِيهِمْ أَوْلَى بِذَلِكَ مِنْهُ وَأَعْلَمُ بِكِتَابِ اللهِ وَسُنَّةِ نَبِيِّهِ  فَقَدْ خَانَ اللهَ  وَرَسُولَهُ وَجَمِيعَ الْمُسْلِمِينَ “Al-Hafiz Abu Abdullah telah memberitahu kami, beliau berkata : Abu Jaafar Muhammad bin Muhammad bin Abdullah al-Baghdadi telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Yahya bin Uthman Bin Soleh telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Ayah saya telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Ibnu Lahi’ah telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Yazid Bin Abu Habib telah menceritakan kepada kami, beliau meriwayatkan daripada Ikrimah daripada Ibnu Abbas RA daripada Rasulullah SAW : Sesiapa yang melantik seseorang dari kalangan orang Islam sedangkan dia tahu dari kalangan mereka ada yang lebih layak daripadanya, lebih tahu tentang al-Quran dan Sunnah Nabi, maka dia telah melakukan pengkhianatan kepada Allah, Rasul-Nya dan kesemua orang Islam.” Namun, dalam riwayat ini terdapat permasalahan puncanya adalah Ibn Lahi’ah. Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Lahi’ah bin ‘Uqbah al-Hadrami. Beliau adalah seorang perawi yang lemah ingatan terutama selepas kitab dan lembaran riwayat beliau terbakar pada tahun 170 H[10]. Riwayat beliau hanya diterima jika ianya diriwayatkan oleh tiga orang anak murid beliau iaitu Abdullah bin al-Mubarak, Abdullah bin Wahb dan Abdullah Bin Yazid al-Muqri. Ini kerana mereka meriwayatkan hadis daripada Ibn Lahi’ah ketika mana buku dan lembaran kepunyaan beliau masih ada[11]. Jika dalam dalam hadis ini, yang meriwayatkan daripada beliau adalah Uthman bin Soleh. Beliau meriwayatkan hadis daripada Ibn Lahi’ah selepas peristiwa buku dan lembaran hadis beliau terbakar. Bahkan Ibn Lahi’ah banyak dikritik oleh para ulama hadis antaranya Imam Ahmad. Imam Ahmad menilai beliau sebagai seorang yang lemah. Abdurrahman Bin Mahdi turut meninggalkan periwayatan beliau[12]. Perkara ini juga dinyatakan oleh Imam Yahya bin Ma’in, beliau berkata : عبد الله ابن لهيعة ليس حديثه بذلك القوي “Hadis riwayat Abdullah Bin Lahi’ah tidak begitu kuat”[13] Justeru, riwayat sokongan ini juga adalah riwayat yang lemah disebabkan perawi yang bernama Ibn Lahi’ah. Kesimpulannya, sanad hadis ini lemah kerana perawi yang bernama Husain bin Qays. Beliau adalah seorang perawi yang lemah dan ditinggalkan periwayatannya. Sanad hadis ini disokong oleh riwayat yang lain iaitu riwayat Yazid bin Abi Habib daripada Ikrimah. Namun begitu, riwayat sokongan (mutaba’at) ini juga adalah lemah kerana perawi yang bernama Ibn Lahi’ah. Beliau adalah seorang perawi yang terlalu lemah hafalannya terutama selepas lembaran dan kitab beliau terbakar. Riwayat beliau hanya diterima jika diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Mubarak, Abdullah bin Wahb dan Abdullah Bin Yazid al-Muqri. Ini kerana mereka meriwayatkan hadis daripada Ibn Lahi’ah ketika mana buku dan lembaran kepunyaan beliau masih ada. Yang meriwayatkan hadis ini daripada beliau ialah Uthman Bin Soleh. Beliau meriwayatkan hadis daripada Ibn Lahi’ah selepas peristiwa buku dan lembaran hadis beliau terbakar. Bahkan Ibn Lahi’ah turut dikritik oleh tokoh besar seperti Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in, Abdurrahman Bin Mahdi dan lain-lain. NOTA HUJUNG : [1] Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad Bin Abdullah, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain (1990), Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, j.4 h.104 no 7023. [2] Al-Uqaili, Muhammad Bin Amru, al-Dhu’afa al-Kabir (1984), Dar al-Maktabah al-Ilmiyah, Beirut, j. h.247. [3] Ibn Adiy, Abdullah Bin Adiy, al-Kamil fi Dhu’afa al-Rijal (1997), Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, j.3 h.219 [4] Ibn Abi ‘Asim, Ahmad Bin ‘Amru, al-Sunnah (1980), al-Maktab al-Islami, Beirut, j. h.626 no 1462. [5] Abu Abdullah al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, al-Tarikh al-Kabir (2019), al-Nasyir al-Mutamayyiz, Riyadh, j.3 h.327. Beliau menyebut : تركَ أَحمدُ حديثَهُ [6] Al-Nasaie, Ahmad bin Syu’aib, al-Dhu’afa wa al-Matrukin (1976), Dar al-Wa’i, Aleppo, h.33. Beliau menyebut :متروك الحديث [7] Ibn Abu Hatim, Abdurrahman bin Muhammad, al-Jarh wa al-Ta’dil (1952), Dairah al-Ma’arif al-Uthmaniyah, India, j.3. h.63. [8] Ibid [9] Abu Bakar al-Baihaqi, Ahmad bin Husain, al-Sunan al-Kubra (2011), Markaz Hijr li al-Buhuth wa al-Dirasat al-Islamiyah, Mesir, j.20 h,348 no 20390. [10] Ibid. Yahya bin Abdullah bin Bukair berkata : احترق كتب ابن لهيعة في سنة سبعين ومائة [11] Ibid. Amru Bin Ali berkata : عبد الله بن لهيعة احترقت كتبه، فمن كتب عنه قبل ذلك مثل ابن المبارك (9 م 4) وعبد الله بن يزيد المقري اصح من الذين كتبوا بعد ما احترقت الكتب، وهو ضعيف الحديث [12] Syamsuddin al-Zahabi, Muhammad Bin Ahmad, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal (1963), Dar al-Ma’rifah, Beirut, j.2 h.475. [13] Ibid. j.5 h.147
330
Soalan Assalamualaikum, boleh saya tahu adakah kenyataan di bawah ini merupakan hadis Nabi? “Barangsiapa yang minum bekas minuman saudaranya (orang lain), maka akan dicatat oleh Allah baginya 70000 kebaikan, dihapus 70000 kejelekan dan diangkat 70000 darjat” Sebab ada yang menyebutnya daripada sabda Nabi SAW. Mohon pencerahan. Terima kasih. Ringkasan Jawapan Ringkasnya, riwayat ini merupakan riwayat yang palsu kerana dalam rantaian sanadnya terdapat perawi yang pendusta dan matruk(riwayatnya ditinggalkan). Meskipun begitu, dalam Islam terdapat perbahasan yang menyebutkan tentang meminum bekas minuman orang-orang soleh. Perkara ini berpandukan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saʻad al-Saʻidi di mana beliau berkata: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أُتِيَ بِشَرَابٍ فَشَرِبَ مِنْهُ، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلامٌ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ، فَقَالَ لِلْغُلامِ: «أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلاءِ؟» فَقَالَ الْغُلامُ: لَا وَاللهِ، لا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا، قَالَ: فَتَلَّهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِهِ Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW diberikan dengan satu minuman lalu Baginda meminumnya dan dikanannya terdapat seorang budak lelaki manakala sebelah kirinya terdapat beberapa orang yang lebih tua. Lalu Baginda SAW bertanya kepada budak itu: Apakah kamu mengizinkan aku memberikan minuman ini kepada mereka dahulu? Budak itu menjawab: Tidak. Demi Allah aku tidak akan mendahulukan seorang pun atas bahagianku daripadamu. Sahl berkata: Maka Baginda SAW mengembalikannya ke tangan budak itu. Riwayat al-Bukhari dan Muslim Huraian Jawapan Setelah melakukan penelitian, teks riwayat ini disebutkan oleh al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah: حَدِيث: رِيقُ الْمُؤْمِنِ شِفَاءٌ، معناه صحيح، ففي الصحيحين أنه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان إذا اشتكى الإنسان الشيء، أو كانت به قرحة أو جرح قال بأصبعه يعني سبابته الأرض ثم رفعها وقال: بسم اللَّه تربة أرضنا، بريقة بعضنا، أي ببصاق بني آدم، يشفي سقيمنا بإذن ربنا، إلى غير ذلك مما يقرب منه، وأما ما على الألسنة من أن: سؤر المؤمن شفاء، ففي الأفراد للدارقطني من حديث نوح ابن ابي مريم عن ابن جريج عن عطاء عن ابن عباس رفعه من التواضع أن يشرب الرجل من سؤر أخيه Maksudnya: Hadis: Air liur seorang mukmin adalah penawar, maknanya sahih, dalam al-sahihain Nabi SAW apabila ada orang yang mengadu kepadanya tentang penyakit atau menderita sakit atau luka. Nabi SAW akan menyentuh jarinya atas tanah dan kemudian mengangkatnya seraya membaca doa: “Dengan nama Allah, debu tanah kita, dengan air liur sebahagian kita iaitu air ludahan anak Adam, disembuhkan orang yang sakit dalam kalangan kita, dengan izin tuhan kita”  dan selain yang dekat dengannya. Manakala apa yang menjadi sebutan orang ramai iaitu hadis: سؤر المؤمن شفاء (Baki minuman seorang mukmin adalah penawar). Dalam al-Afrad oleh al-Daraqutni ada menyebutkan riwayat daripada Nuh Ibn Abi Maryam, daripada Ibn Juraij, daripada ‘Ata’, daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfuʻ (bersambung sanadnya sehingga Nabi SAW) antara sikap rendah diri ialah seseorang lelaki meminum baki minuman saudaranya.[1] Nuh Ibn Abi Maryam dalam sanad tersebut adalah seorang pendusta. Perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh al-Zahabi dalam Diwan al-Duʻafa’ bahawa al-Hakim menyebutkan Nuh Ibn Abi Maryam seorang pemalsu hadis. [2] Al-Muttaqi al-Hindi menyebutkan lafaz penuh bagi hadis ini dalam karyanya Kanz al-‘Ummal seperti berikut: من التواضع أن يشرب الرجل من سؤر أخيه، ومن شرب من سؤر أخيه رفعت له سبعون درجة، ومحيت عنه سبعون خطيئة وكتبت له سبعون حسنة   Maksudnya: antara sikap rendah diri bagi seseorang lelaki ialah dia meminum baki air minuman saudaranya dan sesiapa yang meminum baki air minuman saudaranya diangkat darjatnya sebanyak 70 darjat, dihapuskan daripadanya 70 keburukan dan ditulis baginya 70 kebaikan.[3] Al-Syaukani dalam al-Fawa’id al-Majmuʻah menyebutkan bahawa hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Daraqutni dan dalam sanadnya terdapat perawi yang matruk(riwayatnya ditinggalkan).[4] Oleh itu, riwayat ini merupakan riwayat yang palsu kerana dalam rantaian sanadnya terdapat perawi yang pendusta dan matruk(riwayatnya ditinggalkan). Meskipun begitu, dalam Islam terdapat perbahasan yang menyebutkan tentang meminum bekas minuman orang-orang soleh. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis berkenaan tahnik, beliau menyebutkan bahawa antara faedah lain daripada hadis tersebut ialah bertabaruk dengan bekas-bekas peninggalan orang-orang soleh, air ludah dan semua yang berkaitan dengan mereka.[5] Selain itu dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saʻad al-Saʻidi di mana beliau berkata: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أُتِيَ بِشَرَابٍ فَشَرِبَ مِنْهُ، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلامٌ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ، فَقَالَ لِلْغُلامِ: «أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلاءِ؟» فَقَالَ الْغُلامُ: لَا وَاللهِ، لا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا، قَالَ: فَتَلَّهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِهِ Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW diberikan dengan satu minuman lalu Baginda meminumnya dan dikanannya terdapat seorang budak lelaki manakala sebelah kirinya terdapat beberapa orang yang lebih tua. Maka Baginda SAW bertanya kepada budak itu: Apakah kamu mengizinkan aku memberikan minuman ini kepada mereka dahulu? Budak itu menjawab: Tidak. Demi Allah aku tidak akan mendahulukan seorang pun atas bahagianku daripadamu. Sahl berkata: Maka Baginda SAW mengembalikannya ke tangan budak itu.[6] Riwayat al-Bukhari dan Muslim Wallahuaʻlam. [1] Syams al-Din al-Sakhawi. (1985). Al-Maqasid al-Hasanah fi Bayan Kathir min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala al-Alsinah. ed. Muhammad ‘Usman al-Khasyat. Dar al-Kitab al-‘Arabi. no. hadis 534. 373. [2] Al-Zahabi. (1967). Diwan al-Duʻafa’ wa al-Matrukin. ed. Hammad bin Muhammad al-Ansari. Mekah: Maktabah al-Nahdah al-Hadisah. 414. قال الحاكم: وضع [3] ‘Ala’ al-Din ‘Ali al-Muttaqi al-Hindi. (1981). Kanz al-‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Afʻal. Bakri Hayani & Safwah al-Saqa. Beirut: Mu’assasah al-Risalah. no. hadis 5748. 3: 115. [4] Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani. (). Al-Fawa’id al-Majmuʻah fi al-Ahadith al-Mawduʻah. ed. ‘Abd al-Rahman Yahya al-Muʻallimi. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. no. hadis 71. 185. [5] Yahya bin Syaraf al-Nawawi. (1392). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. 14: 124. [6] Muhammad bin Ismaʻil al-Bukhari. (1422). Sahih al-Bukhari. ed. Muhammad Zuhair bin Nasir al-Nasir. Dar Tuq al-Najah. no. hadis 2605. 3: 161. Rujuk juga Muslim bin al-Hajjaj. (t.t.). Sahih Muslim. ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. no. hadis 2030. 3: 1604.
331
SOALAN 2 (18/06/2015 BERSAMAAN 01 RAMADAN 1436H)    Apakah hukum berbekam pada masa puasa?   JAWAPAN         Berbekam pada siang hari pada bulan Ramadan menjadi khilaf. Yang masyhur dalam kalangan ramai sahabat dan tabiin bahawa ia tidak batal puasa berdasarkan kepada nas. Dikatakan Sa’d bin Abi Waqas R.A melakukan bekam. Begitu juga al-Zubair bin al-Awwam R.A, Ummu Alqamah dan lain-lain. Kecualai Imam Malik dan Abu Hanifah menganggap berbekam hukumnya batal puasa. Manakala Ata’ berpendapat, wajib kifarah.         Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika tidak membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Lihat Su’alat al-So’imin, (hal. 65-66). Saya lebih cenderung kepada pendapat supaya tidak berbekam ketika berpuasa untuk keluar dari sebarang khilaf.
332
Soalan Assalamualaikum, baru-baru ini saya ada menonton video seorang selebriti membacakan sebuah hadis mengatakan bahawa semua amal ibadat yang dilakukan oleh seorang yang meninggalkan solat adalah sia-sia dan tidak diterima oleh Allah SWT. Benarkah demikian meskipun seseorang itu hanya meninggalkan solat kadangkala sahaja ?  Mohon pencerahan, terima kasih Ringkasan Jawapan Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam justeru ia menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya. Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8) Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah. Huraian Jawapan Solat merupakan ibadah yang utama di dalam agama bahkan solat juga merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA[1] Umat Islam wajib menjaga ibadah solat kerana ia merupakan ibadah yang pertama yang akan dihitung dan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Berbalik kepada persoalan di atas, terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A menceritakan bahawa jika baik dan sempurna solat maka baiklah amalan lainnya, sebaliknya jika buruk solatnya maka buruklah amalan lainnya. Nabi SAW bersabda: أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ Maksudnya: Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruk segala amalannya. Riwayat al-Thabrani (1859) Dalam hal ini, Imam al-Munawi menukilkan pandangan Imam al-Haithami menyatakan bahawa dalam jalur riwayat hadis ini terdapat seorang yang bernama al-Qasim bin ‘Usman dan menurut Imam al-Bukhari, hadis ini tidak mempunyai jalur riwayat yang lain.  Selain itu, Ibnu Hibban menyatakan bahawa al-Qasim bin ‘Usman merupakan seorang yang thiqah (dipercayai) dan kadang-kala melakukan kesilapan. Di samping itu, hadis ini juga tidak terdapat di dalam enam kitab hadis yang muktabar.[2] Dalam riwayat yang lain, terdapat hadis menceritakan tentang perkara ini yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ Maksudnya: Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat adalah daripada amalan solatnya. Jika baik solatnya maka berbahagia dan berjayalah ia. Jika buruk solatnya maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya solat fardunya tidak sempurna, maka tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku ini menunaikan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan solat fardunya itu. Kemudian dihitung seperti ini jua pada amalan-amalan yang lain. Riwayat al-Tirmizi (413) Imam Munawi dalam menjelaskan hadis di atas menyatakan bahawa (صلح له سائر عمله) memberi maksud bahawa jika amalan solatnya sempurna dan diterima oleh Allah, maka Allah akan mempermudahkan proses perhitungan dan pemeriksaan amalan-amalan yang lain. Begitu juga maksud (فسد سائر عمله) iaitu amalan-amalan yang selain solat akan rosak jika solat tidak sempurna dan tidak diterima yang mana membawa maksud Allah akan menyempitkan proses penilaian amalan-amalan yang lain selain solat lima waktu.[3] Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi sesiapa yang meninggalkan keseluruhan solat fardu maka segala amalannya tidak diterima hal ini kerana solat itu adalah tiang agama.[4] Hal ini menjelaskan bahawa peri pentingnya ibadah solat sehingga Allah SWT mengancam dengan azab yang sangat berat. Imam al-Ghazali menukilkan hadis Nabi SAW sabdanya, mereka yang meninggalkan solat maka Allah SWT sahaja yang akan menentukan nasib mereka, sama ada diberi ganjaran syurga atau balasan api neraka.[5] Meninggalkan solat sama ada dengan sengaja atau tidak merupakan satu dosa yang sangat besar dan diberi amaran dengan ancaman yang berat di sisi syarak bahkan mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengingkari kewajipannya, para ulama bersepakat bahawa mereka itu terkeluar daripada agama Islam dan dihukum sebagai kafir.[6] Selain itu, sekiranya meninggalkannya kerana malas tetapi tidak mengingkari kewajipannya, maka para ulama berbeza pandangan berkenaan dengannya. Menurut mazhab Maliki dan al-Syafi’i serta jumhur para salaf berpandangan tidak dihukum kafir akan tetapi fasik dan wajib bertaubat. Sekiranya enggan bertaubat setelah diberi peluang maka hendaklah dijatuhkan hukuman hudud iaitu hukuman bunuh.[7] Berdasar kepada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa meninggalkan solat merupakan perkara yang sangat berat dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim. Begitu juga solat sebagai tanda keimanan dan ketakwaan seseorang hamba kepada Allah SWT. Dengan meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya. Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun, sama ada baik atau buruk. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ‎﴿٧﴾‏ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ‎﴿٨﴾‏ Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8) (Surah al-Zalzalah: 7-8) Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah.   Wallahu’alam   [1] Hadis riwayat al-Nasa’i (5001)  بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصِيَامِ رَمَضَانَ Maksudnya: Islam terbina atas lima perkara bersyahadah sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan. [2] Zainnuddin Muhammad, Abdul al-Rauf bin Taj al-‘Arifin bin Ali bin Zainul Abidin al-Munawi, Faid al-Qadir Syarh al-Jami’e al-Saghir, (Mesir: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 1356H) 3/87 قال الهيثمي: فيه القاسم بن عثمان قال البخاري: له أحاديث لا يتابع عليها وقال ابن حبان: هو ثقة وربما أخطأ وظاهر صنيع المصنف أن ذا مما لم يخرجه أحد من الستة [3] Zainnuddin Muhammad, Abdul al-Rauf bin Taj al-‘Arifin bin Ali bin Zainul Abidin al-Munawi, Faid al-Qadir Syarh al-Jami’e al-Saghir, (Mesir: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 1356H) 3/87 (فإن صلحت) بأن كان قد صلاها متوفرة الشروط والأركان وشملها القبول (صلح له سائر عمله) يعني سومح له في جميع أعماله ولم يضايق في شيء منها في جنب ما واظب من إدامة الصلاة التي هي علم الدين (وإن فسدت) أن لم تكن كذلك (فسد سائر عمله) أي ضويق فيه واستقصى فحكم بفساده [4] Abi Abdillah Muhammad bin Abi Bakr bin Ayub Ibn Qayyum al-Jauziyyah, Kitab al-Solah, (Dar ‘Alm al-Fawaid), 107-108 أما تركها بالكلية فانه لا يقبل معه عمل كما لا يقبل مع الشرك عمل فان الصلاة عمود الاسلام كما صح عن النبي صلى الله عليه وسلم [5] Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tusi, Ihya’ ‘Ulum al-Din (Beirut: Dar Ma’rifah) 1/146 وقال صلى الله عليه وسلم خمس صلوات كتبهن الله على العباد فمن جاء بهن ولم يضيع منهن شيئاً استخفافاً بحقهن كان له عند الله عهد أن يدخله الجنة ومن لم يأت بهن فليس له عند الله عهد إن شاء عذبه وإن شاء أدخله الجنة [6] Abu Zakaria Mahyuddin Yahya bin Syarf al-Nawawi, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, 1392) 2/70 وَأَمَّا تَارِكُ الصَّلَاةِ فَإِنْ كَانَ مُنْكِرًا لِوُجُوبِهَا فَهُوَ كَافِرٌ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ خَارِجٌ مِنْ مِلَّةِ الْإِسْلَامِ [7] Ibid عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَ تَرَكَهُ تَكَاسُلًا مَعَ اعْتِقَادِهِ وُجُوبَهَا كَمَا هُوَ حَالُ كَثِيرٍ مِنَ النَّاسِ فَقَدِ اخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ فِيهِ فَذَهَبَ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ رَحِمَهُمَا اللَّهُ وَالْجَمَاهِيرُ مِنَ السَّلَفِ وَالْخَلَفُ إِلَى أَنَّهُ لَا يَكْفُرُ بَلْ يَفْسُقُ وَيُسْتَتَابُ فَإِنْ تَابَ وَإِلَّا قَتَلْنَاهُ حَدًّا كَالزَّانِي الْمُحْصَنِ وَلَكِنَّهُ يُقْتَلُ بِالسَّيْفِ
333
Soalan: Apakah hujah kewujudan Allah SWT yang sesuai untuk dibentangkan kepada golongan Ateis dan Agnostik? Jawapan: Di dalam al-Qur’an, Allah SWT telah menampilkan seorang Nabi yang sangat bijak dalam menggunakan logik akal ketika berhujah iaitu Nabi Ibrahim AS. Firman Allah SWT: وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ آزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آلِهَةً إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (74) وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ (75) فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَبًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ (76) فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ (77) فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَذَا رَبِّي هَذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَاقَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ (78) Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".  Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).” (Surah al-An’am: 74-78) Dalam surah yang lain, Nabi Ibrahim AS sekali lagi menzahirkan kehebatannya dalam berhujah menggunakan logik akal dengan Raja Namrud. Firman Allah SWT: أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (258) Maksudnya: “Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 258) Berkenaan dengan maksud kalimah (فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ) : Imam al-Nasafi mentafsirkannya sebagai teragak-agak dan tersentak. (Madarik al-Tanzil wa Manazil al-Ta’wil, 1/213) Imam al-Baghawi mentafsirkannya sebagai teragak-agak, tersentak dan terputus hujahnya. (Tafsir al-Baghawi, 1/352) Ibn ‘Abbas mentafsirkannya sebagai kalah, terpukul Raja Namrud atau terdiam tanpa hujah (Tanwir al-Miqbas, 37) Syeikh al-Maraghi mentafsirkannya sebagai terkesima dan tidak menemui jawapan seakan-akan Raja Namrud menelan batu. (Tafsir al-Maraghi, 3/21) Maka, jelas di sini bahaw kaedah yang terbaik bagi berhujah dengan mereka yang menimbulkan keraguan (golongan sofis) ini adalah menggunakan kaedah Qur’ani berdasarkan dialog-dialog mantiqi yang wujud dalam al-Qur’an. Sebenarnya, al-Qur’an telah menyediakan satu kerangka falsafah yang sangat ampuh bagi membuktikan kewujudan Allah SWT. Ia juga boleh difahami secara logik (aqli) oleh golongan Ateis dan Agnostik tanpa perlu merujuk kepada al-Qur’an sendiri. Firman Allah SWT: أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ (35) أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بَلْ لَا يُوقِنُونَ (36) Maksudnya: “(Mengapa mereka tidak beriman?) (i) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau (ii) adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (iii) Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) (iv) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).” (Surah al-Tur: 35-36) Imam al-Nasafi dalam Madarik al-Tanzil wa Manazil al-Ta’wil (3/386) menjelaskan kalimah (أَمْ خُلِقُوا) bermaksud: “Adakah mereka telah diwujudkan dan telah ditetapkan takdir atas fitrah mereka sendiri?” (مِنْ غَيْرِ شَىْءٍ) bermaksud: “Tanpa tiada yang menentukan.” (أَمْ هُمُ الخالقون) bermaksud: “Adakah mereka yang menciptakan diri mereka sendiri, di mana mereka tidak menyembah Pencipta. Dikatakan mereka telah diciptakan tanpa sesuatu tujuan apa pun daripada balasan dan perhitungan. Adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Maka mereka tidak (أَمْ خَلَقُواْ السماوات والأرض) bermaksud: “Maka mereka tidak menyembah yang menjadi keduanya (langit dan bumi). Kami susun semula ayat di atas dalam premis-premis yang mudah difahami. Di dalam Surah al-Tur ayat 35-36, ada 4 kemungkinan bagi menyatakan bagaimana sesuatu itu diciptakan atau wujud: Tercipta dengan tiada yang menciptanya. Menciptakan diri sendiri. Diciptakan oleh sesuatu yang diciptakan. Diciptakan oleh sesuatu yang tidak diciptakan. Kenyataan Satu: Tercipta dengan tiada yang menciptanya. Logikkah jika dikatakan sesuatu itu diciptakan oleh sesuatu yang tiada? Secara matematiknya, 0 + 0 = 0 dan bukannya 2. Sesuatu yang diciptakan daripada sesuatu yang tiada, semestinya memerlukan kondisi sebab-akibat yang membawa kepada penciptaannya. Jika tidak, ia bercanggah dengan rasional akal manusia, begitu juga metafizik. Sebagai contoh, mereka yang percaya dunia ini tercipta tanpa ada Pencipta, sudah pasti tidak bermasalah untuk menerima sebuah kereta tiba-tiba hilang tanpa ada sebab. Walaubagaimanapun, ia jelas tidak dapat diterima akal. Kenyataan Dua: Menciptakan diri sendiri. Adakah alam semesta ini terjadi dengan sendiri? Perkataan ‘cipta’ itu sendiri sudah menunjukkan bahawa ianya tidak ada sebelum diadakan. Bilamana ianya wujud, sudah pasti ia “pernah” tidak wujud sebelumnya. Memahami konsep penciptaan membuatkan kita mengetahui bahawa sesuatu itu mustahil untuk wujud dan tidak wujud dalam satu masa yang sama. Sama juga jika kita menyatakan bahawa seekor kucing telah melahirkan dirinya sendiri. Untuk berpendirian sebegini, semestinya kita perlu meyakini bahawa kucing itu telah wujud sebelum ia lahir lagi. Logik ini terpakai untuk semua perkara yang wujud di dalam semesta ini. Kenyataan Tiga: Diciptakan oleh sesuatu yang diciptakan.  Isu ini telah lama dihuraikan oleh ulama' Asya'irah di dalam perbahasan dawr (circular reasoning) dan tasalsul (infinite regress). Contohnya, A adalah sebab bagi B dan B sebagai sebab bagi A. Begitu juga A sebab bagi B, B sebab bagi C, C sebab bagi D dan D sebab bagi A. Secara logik, jika A menjadi sebab bagi B, maka B tidak akan pernah menjadi sebab bagi A. Sebagai contoh, jika Ahmad makan, maka perutnya kenyang. “Kenyang” merupakan akibat dari “makan”. Tidak logik sama sekali "kenyang" itu penyebab Ahmad makan kerana penyebab makan adalah lapar. Sebab dan akibat tidak pernah berputar, tetapi berlanjutan. A sebab dari B, B sebab dari C, C sebab dari D. Allah suci daripada hal ini. Dalam masa yang sama, jika difahami Tuhan itu dari bentuk tasalsul, adalah jauh dari logik akal. Tuhan A mencipta Tuhan B, Tuhan B mencipta Tuhan C...sehinggalah tidak ada penamatnya. Jelas dengan logik mudah ini, teori dawr dan tasalsul adalah tidak tepat dari sudut akan dan bercanggah dengan konsep Qidam Allah SWT. Sifat Qidam ialah ketiadaan permulaan bagi keberadaan atau wujud Allah, sebab Allah adalah sumber semua makhluk, Pencipta makhluk, dan pencipta itu mesti lebih dahulu daripada yang dicipta. Dia sedia adanya tanpa sesuatu yang mengadakan-Nya. Allah SWT. berfirman : هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ Maksudnya : “Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Hadid: 3) Memetik kata Imam al-Sanusi dalam Umm al-Barahin, "Dalil yang menunjukkan kewujudan Allah SWT tidak ada permulaannya ialah sekiranya Allah SWT baru diciptakan, maka pastilah ia berhajat kepada pencipta-Nya. Perkara ini akan membawa kepada masalah dawr atau tasalsul. Kedua-dua perkara ini mustahil pada akal fikiran manusia." Sekiranya kita katakan “Ya. Mungkin kita diciptakan oleh sesuatu yang diciptakan.” Maka, timbul persoalan, “Siapa pula yang menciptakaan pencipta berkenaan?” Ia adalah kenyataan yang tidak berpenghujung sama sekali (infinite regress). Sebagai contoh, sekiranya seorang pekerja memerlukan tandatangan majikannya bagi urusan tertentu, tetapi majikannya meminta beliau berjumpa dengan pihak atasan. Pihak atasan pula mengarahkannya bertemu dengan pihak yang lebih atas dan seterusnya. Ia semestinya berakhir dengan seorang atau sekumpulan individu tertinggi dalam satu-satu syarikat. Amat mustahil jika sebaliknya berlaku. Kenyataan Empat: Diciptakan oleh sesuatu yang tidak diciptakan. Maka, hanya ada satu “kemungkinan” yang pasti iaitu, sesuatu yang wujud itu diciptakan oleh sesuatu yang tidak diciptakan. Oleh itu, ia juga bermaksud “sesuatu” itu sentiasa wujud sifatnya dan tidak ada permulaan daripada tiada kepada ada. “Sesuatu” itu juga semestinya tidak ada pengakhiran. Dialah Allah SWT yang mana diluar kemampuan akal manusia untuk ditanggapi hakikat Zat-Nya yang Maha Tinggi. Firman Allah SWT: ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (102) لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ (103) Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya. Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.   (Surah al-An’am: 102-103)   Kesimpulan Kami sendiri meyakini bahawa golongan Ateis masih berusaha untuk mencapai hujah yang benar-benar logik bagi membuktikan ketidakwujudan Tuhan. Manakala golongan Agnostik pula, lebih kepada persoalan-persoalan yang belum mereka temui jawapannya sedangkan ianya ada jawapan. Lihatlah sendiri bagaimana Richard Dawkins dalam perdebatannya bersama Dr. Rowan Williams, akhirnya mengakui bahawa beliau sendiri masih tidak yakin sepenuhnya (6.9 / 7 menurut dialog berkenaan) akan tiada Pencipta bagi alam ini. Maka, sebenarnya masih ada ruang dan peluang untuk kajian dilanjutkan bagi Ateis dan Agnostik yang ikhlas ingin mencari Tuhan dengan syarat hendaklah direndahkan ego dan menerima pandangan dengan hati terbuka. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada penulisan ini dan dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.
334
Soalan: Apakah hukum kita meletakkan barang seperti buku dan telefon di atas mashaf al-Quran? Ringkasan Jawapan Meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran tidak haram jika perbuatan tersebut tidak diniatkan untuk menghina keagungan al-Quran. Namun, hukumnya adalah makruh kerana bercanggah dengan adab terhadap al-Quran seperti yang dijelaskan oleh para ulama. Huraian Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Menghormati, memuliakan dan menjaga adab dengan mashaf al-Quran merupakan satu kewajipan. Kata Imam Nawawi: أجمع المسلمون على وجوب صيانة المصحف واحترامه Maksudnya: Para ulama telah bersepakat bahawa wajib memelihara dan menghormati mashaf al-Quran.[1] Salah satu adab dengan mashaf al-Quran adalah dengan tidak meletakkan sesuatu di atasnya, kecuali mashaf al-Quran yang lain. Kata Imam al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman: وَمِنْهَا أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ‌وَلَا ‌ثَوْبٌ ‌وَلَا ‌شَيْءٌ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مُصْحَفَانِ فَيُوضَعَ أَحَدُهُمَا فَوْقَ الْآخَرِ فَيَجُوزُ Maksudnya: Antara adab dengan al-Quran adalah dengan tidak meletakkan kitab, kain atau apa jua barang sama ada barang berharga atau barang yang yang rendah nilainya. Namun jika meletakkan suatu mashaf di atas mashaf yang lain, maka ia diharuskan.[2] Al-Hakim al-Tirmizi juga menyatakan: وَمن حرمته إِذا وضع الصَّحِيفَة أَن لَا ‌يتْركهُ ‌منشورا وَأَن لَا يضع فَوْقه شَيْئا من الْكتب حَتَّى يكون أبدا عَالِيا على سَائِر الْكتب Maksudnya: Antara kehormatan mashaf yang perlu dijaga adalah dengan tidak meletakkan kitab di atasnya, supaya dengan itu ia selamanya berada lebih tinggi daripada seluruh kitab-kitab lain.[3] Dalam hal ini, para ulama mazhab Syafie telah memfatwakan bahawa meletakkan sesuatu di atas mashaf adalah tidak haram selagi tidak mengandungi unsur penghinaan. Imam Syihabuddin al-Ramli ketika ditanya tentang isu ini menjawab: بِأَنَّهُ لَا يَحْرُمُ إذْ لَا امْتِهَانَ فِيهِ Maksudnya: Ia tidak haram, kerana ia tidak mengandungi maksud penghinaan terhadap Quran.[4] Namun Imam Ibn Hajar pula menyatakan dalam fatwa beliau: وَالْأولَى أَن لَا يَجْعَل فَوق الْمُصحف غير مثله من نَحْو كتاب أَو ثوب Maksudnya: Sebaiknya tidak diletakkan di atas mashaf itu barangan lain seperti buku atau kain selain daripada mashaf al-Quran.[5] Kesimpulannya, meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran tidak haram jika perbuatan tersebut tidak diniatkan untuk menghina keagungan al-Quran. Namun seboleh-bolehnya kita mesti mengelak daripada meletakkan sesuatu barang di atas mashaf sebagai adab terhadap al-Quran seperti yang dijelaskan oleh para ulama. Wallahu a‘lam.   Rujukan:  [1] Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran oleh Muhyiddin al-Nawawi (1994) Beirut: Dar Ibn Hazm, Cetakan Ketiga, tahqiq: Muhammad al-Hajjar, hal. 190. [2] Syu ‘ab al-Iman oleh Abu Bakr al-Baihaqi (2003) Riyadh: Maktabah al-Rusyd, Cetakan Pertama, tahqiq: Dr ‘Abd al-‘Ali ‘Abd al-Hamid, 3/329 [3] Nawadir al-Usul fi Ahadith al-Rasul oleh Abu Abdillah al-Hakim al-Tirmizi (t.t) Beirut: Dar al-Jil, tahqiq: ‘Abd al-Rahman ‘Umairah, 3/254. Dinukil juga oleh Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran (t.t) Dar al-Fikr, 1/42 [4] Fatawa al-Ramli 1/29 (سُئِلَ) هَلْ يَحْرُمُ ‌وَضْعُ ‌الْمَتَاعِ عَلَى مَا فِيهِ قُرْآنٌ أَوْ عِلْمٌ؟ (فَأَجَابَ) بِأَنَّهُ لَا يَحْرُمُ إذْ لَا امْتِهَانَ فِيهِ [5] Al-Fatawa al-Hadithiyyah oleh Ahmad Ibn Hajar al-Haitami (t.t) Dar al-Fikr, hal. 164
335
SOALAN Salam Dato’. Isteri tinggal puasa di bulan Ramadan kerana dia dalam keadaan hamil dan menyusukan anak. Adakah dia wajib qada sahaja atau perlu bayar fidyah sekali.? Dan siapakah yang wajib membayar fidyah tersebut, suami atau isteri atau wanita yang membayar upah menyusukan anaknya.?   RINGKASAN JAWAPAN Syarak menetapkan pembayaran fidyah dari harta isteri iaitu wanita yang berbuka puasa tersebut.  Syarak juga menetapkan beberapa keadaan yang diwajibkan dia membayar fidyah iaitu sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak bimbang tentang keselamatan dan kesihatan dirinya dan kesihatan anak mereka, dibolehkan berbuka puasa dan wajib mengqadakan puasa sahaja. Manakala, sekiranya mereka bimbang terhadap kesihatan dan keselamatan anak mereka sahaja, maka dibolehkan untuk berbuka puasa dan diwajibkan qada puasa tersebut serta wajib membayar fidyah.   HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.   Sepakat para ulama bahawa wajib mengqadakan puasa sahaja tanpa membayar fidyah sekiranya wanita hamil atau yang menyusukan anak tersebut berbuka puasa kerana bimbang kesihatan diri sendiri atau bimbang kesihatan diri serta anak mereka. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 32/69)[1]   Dalam hal ini, Sheikh Hasan al-Kaf menjelaskan perbezaan mereka yang diwajibkan qada dan membayar fidyah adalah wanita yang berbuka puasa kerana bimbangkan kesihatan dan keselamatan orang lain (anak mereka). Manakala, yang diwajibkan qada puasa sahaja tanpa membayar fidyah adalah mereka yang bimbang terhadap kesihatan diri sendiri dan orang lain (anak mereka).   الإفطار لخوف على غيره، كفطر الحامل لخوفها على جنينها والمرضع لخوفها على رضيعها. أما إذا أفطرتا خوفا على أنفسهما وعلى طفلهما فليس عليهما إلا القضاء فقط Maksudnya: “(Wajib mengqada dan membayar fidyah) berbuka puasa kerana bimbang orang lain seperti orang yang mengandung berbuka (puasa) kerana bimbang terhadap janinnya, dan wanita yang menyusu bimbang terhadap anak susuannya. Manakala, kedua-duanya (wanita mengandung dan menyusu) berbuka puasa  kerana bimbangkan dirinya sendiri dan bimbang terhadap anak mereka, wajib mengqadakan puasa sahaja tanpa membayar fidyah.” (Rujuk: Taqrirat al-Sadidat, hlm 455)   Selain itu, Imam al-Khatib al-Syirbini menyebut bahawa pembayaran fidyah tersebut adalah daripada harta wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan anak bukan harta suami atau orang yang membayar upah dengan sebab menyusukan anaknya. (Rujuk: Mugni al-Muhtaj, 2/174)[2]   Jelas dari keterangan di atas menunjukkan bahawa pembayaran fidyah wajib diambil dari harta wanita tersebut. Namun, jika wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak tidak memiliki harta untuk membayar fidyah kerana tidak memiliki harta untuk membayar fidyah kerana tidak memiliki apa-apa pekerjaan dan seumpamanya, maka kewajipan itu digantikan kepada suaminya sepertimana yang dinyatakan dalam kaedah fiqh: إذا بطل الأصل يصار إلى البدل Maksudnya: “Apabila terbatal hukum yang asal, maka beralih kepada penggantinya.” (Rujuk: al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, 2/449)   KESIMPULAN Kesimpulannya, pembayaran fidyah wajib diambil dari harta isteri atau wanita yang menyusukan anak tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya isteri tidak memiliki harta kerana tidak bekerja atau seumpamanya, maka suami bertanggungjawab untuk membayar fidyah tersebut dari harta suami.   [1] اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّ الْحَامِل وَالْمُرْضِعَ إِذَا أَفْطَرَتَا خَوْفًا مِنَ الصَّوْمِ عَلَى أَنْفُسِهِمَا فَعَلَيْهِمَا الْقَضَاءُ وَلَا فِدْيَةَ عَلَيْهِمَا كَالْمَرِيضِ  وَكَذَا إِنْ خَافَتَا عَلَى أَنْفُسِهِمَا وَوَلَدَيْهِمَا [2] خَافَتَا (عَلَى الْوَلَدِ) وَحْدَهُ بِأَنْ تَخَافَ الْحَامِلُ مِنْ إسْقَاطِهِ أَوْ الْمُرْضِعُ بِأَنْ يَقِلَّ اللَّبَنُ فَيَهْلَكَ الْوَلَدُ (لَزِمَتْهُمَا) مِنْ مَالِهِمَا مَعَ الْقَضَاءِ (الْفِدْيَةُ فِي الْأَظْهَرِ)
336
FUNGSI UNIT KONSULTASI AKIDAH Melaksanakan perintah Mahkamah melalui MAIWP dalam perkara permohonan pengisytirahan status agama di Wilayah Persekutuan. Berusaha sedaya upaya menyelamatkan akidah pemohon dengan memberi motivasi dan dorongan serta menasihati dalam hal yang berkaitan agama islam. Menjadi pemudahcara interaksi antara kepelbagaian agama di Malaysia khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Memberi Khidmat Penasihatan khususnya berkaitan permasalahan akidah dan hal-hal lain sekiranya perlu. Muat turun Borang Maklumat Diri Khidmat Nasihat Akidah
337
SOALAN: SI mati mempunyai hutang puasa 8 bagi Ramadhan 1439 H dan 2 hari bagi Ramadhan 1438 H. Sekiranya dibolehkan untuk waris untuk mengqadhakan puasa pada tahun 1439 H, apakah waris juga dibenarkan untuk mengqadha puasa pada tahun 1438 H? Bagaimana pula dengan fidyah akibat melangkah tahun itu? Terima kasih.   JAWAPAN: Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan. Dibenarkan ke atas waris si mati untuk mengqadhakan dua baki puasa pada tahun 1438 H berdasarkan keumuman keharusan tersebut. Namun, wajib dikenakan fidyah satu cupak bagi setiap puasa tersebut kerana lewat mengqadhakan puasa. Disebut dalam kitab al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/202) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili: “Sekiranya seseorang itu wajib berpuasa, dan dia tidak berpuasa sehingga berlalunya Ramadhan, kemudian dia tidak pula mengqadhanya sehingga datang Ramadhan yang lain, kemudian dia mati, maka wajib ke atasnya dua cupak (makanan ruji) daripada harta pusakanya; satu cupak akibat tidak berpuasa, dan satu cupak akibat melewatkan qadha’. Jika walinya berpuasa bagi pihaknya, maka terhasillah kesempatan bagi asal puasa itu (yakni memadailah puasa itu) dan hanya wajib fidyah kerena kelewatan, sama seperti jika dia masih hidup; wajib qadha’ dan fidyah.” Kesimpulannya, harus bagi si waris untuk mengqadhakan puasa baki dua hari pada tahun 1438 H dan membayar dua cupak fidyah yang diambil daripada harta pusaka si mati. Jika tiada berbaki harta pusaka, diharuskan wali berkenaan mengeluarkan hartanya sendiri untuk melepaskan si mati daripada tanggungan tersebut. Wallahua’lam.
338
Soalan Assalamualaikum. Saya ada soalan… Saya ada memohon untuk i-sinar, selepas daripada itu baru saya tahu mengenai akaun simpanan Syariah tapi belum sempat saya tukar ke akaun Syariah permohonan saya telah pun diluluskan dan duit tersebut telah masuk ke akaun saya. Jadi macam mana caranya untuk saya membersihkan duit saya dari duit yang haram?   Ringkasan Jawapan Setelah meneliti keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam, wang dividen yang diperoleh daripada akaun simpanan konvensional KWSP sebelum bertukar ke akaun simpanan Syariah tidak perlu dibersihkan kerana ahli tiada hak tasarruf (hak mengurus) dalam urusan simpanan mereka dan akan menjadi hak milik mereka apabila telah mencapai had umur yang ditetapkan. Namun begitu, sekiranya ahli tersebut ingin menyucikan juga, maka kaedah penyuciannya boleh dilakukan dengan mengira kadar peratus wang tidak patuh syariah bermula daripada tahun 2017 dan wang yang ingin disucikan tersebut perlu disalurkan untuk kepentingan umum umat Islam atau disalurkan pada Baitulmal negeri masing-masing.   Kami juga ingin menasihatkan agar ahli-ahli yang masih menggunakan akaun simpanan konvensional untuk segera bertukar kepada akaun simpanan syariah. Pertukaran tersebut boleh dilakukan melalui kaunter KWSP, Kiosk KWSP atau i-Akaun atau Mengemukakan permohonan bertulis kepada KWSP dengan menyatakan sebab permohonan (iaitu melakukan penyucian dividen) beserta sesalinan dokumen pengenalan diri (MyKad / Pasport). Moga-moga sumber pendapatan kita terjaga daripada sumber-sumber yang tidak patuh syariah.   Huraian Jawapan Keterlibatan dalam perkara yang haram boleh dianggap sebagai tolong-menolong dalam perkara kemungkaran. Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah ayat 2. وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ Maksudnya: dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Surah al-Maidah (2)   Oleh kerana itu, harta yang diperoleh daripada sumber yang haram perlu dibersihkan. Sebagai contoh, wang yang dilaburkan di tempat yang tidak patuh syariah, wang yang diperoleh hasil daripada judi dan riba dan lain-lain. Ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah yang memerintahkan untuk membuang hasil keuntungan daripada riba dan boleh mengambil pokok asal harta. يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَكُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٰلِكُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.  Surah al-Baqarah (278-279)   Imam al-Thabari pula mentafsirkan bahawa ayat ini menunjukkan pengharaman kepada riba dan segala perkara yang berkaitan dengan riba seperti bekerja dengannya, memakannya, mengambilnya dan memberi atau membayar riba. (Rujuk Tafsir al-Thabari 12/6)   Manakala Imam Syafie ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang telah masuk Islam yang mungkin telah melakukan transaksi berasaskan riba seperti memberi pinjaman dan mengambil keuntungan daripadanya. Maka ayat ini memerintahkan mereka untuk tidak lagi mengambil saki baki keuntungan yang belum diterima (riba/interest) selepas mereka dah memeluk agama Islam. Mereka hanya berhak pada pokok asal harta mereka sahaja. (Rujuk al-Umm 223/4; Tafsir al-Imam al-Syafie 435/1)   Tambahan lagi, orang Islam dituntut untuk sentiasa memastikan pendapatannya daripada sumber yang halal kerana ianya mempunyai kesan secara langsung antara seorang hamba dengan Allah s.w.t. Hal ini dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا"، وَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ" ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟" Maksudnya: Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan? (Sahih Muslim No.1015)   Tambahan lagi, terdapat juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi yang mana setiap manusia akan dipersoalkan daripada mana sumber harta yang diperolehinya. Ini menguatkan lagi mengenai kewajipan untuk memastikan sumber pendapatan yang diperoleh mestilah daripada sumber yang halal. اَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ Maksudnya: Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya. (Riwayat al-Tirmizi No.2416)   Oleh kerana itu, seorang muslim perlu cakna tentang kewajipan memastikan sumber yang diperoleh daripada sumber yang halal. Namun begitu, dalam hal berkaitan dividen daripada akaun simpanan KWSP Konvensional, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti seperti hak tasarruf (hak mengurus) harta tersebut dan juga bentuk keuntungan yang diperoleh tersebut. Oleh kerana itu, kami lampirkan Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkenaan isu ini.   Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Bil. 2/2015 yang bersidang pada 18 Ogos 2015 telah membincangkan mengenai isu Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariah (KWSP-Islamik). “bagi menjaga kepentingan dan maslahah ahli KWSP yang beragama Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke akaun KWSP-Islamik.”   Antara hujah-hujah dan alasan yang disandarkan kepada hukum tersebut adalah sebagaimana berikut: 1. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk takassub (usaha) dan bukan secara ghasab (pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi simpanan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama.   2. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana majikan diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini tiada sebarang pilihan diberikan kepada ahli dan mereka tiada hak tasarruf (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.   Kadar Dividen Simpanan KWSP Konvensional Dan Peratus Yang Perlu Dibersihkan Mengikut Tahun   Kami lampirkan kadar dividen simpanan konvensional serta peratusan tidak patuh syariah daripada keseluruhan dividen tersebut sebagai rujukan. Sekiranya penyimpan ingin melakukan pembersihan dividen daripada simpanan konvensional maka dividen pada tahun yang dinyatakan perlu ditolak dengan peratusan wang tidak patuh syariah. Sebagai contoh, sekiranya dividen yang diperoleh pada tahun tersebut adalah RM1000 dan peratusan tidak patuh syariah adalah 50%, maka RM500 perlu dibersihkan daripada dividen yang diperoleh. Tahun 2017 Dividen: 6.9% Peratus Wang Tidak Patuh Syariah: 64% Tahun 2018 Dividen: 6.15% Peratus Wang Tidak Patuh Syariah: 68% Tahun 2019 Dividen: 5.45 Peratus Wang Tidak Patuh Syariah: 71% Tahun 2020 Dividen: 5.2% Peratus Wang Tidak Patuh Syariah: 69%   Kesimpulan Setelah meneliti keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam, wang dividen yang diperoleh daripada akaun simpanan konvensional KWSP sebelum bertukar ke akaun simpanan Syariah tidak perlu dibersihkan kerana ahli tiada hak tasarruf (hak mengurus) dalam urusan simpanan mereka dan akan menjadi hak milik mereka apabila telah mencapai had umur yang ditetapkan. Namun begitu, sekiranya ahli tersebut ingin menyucikan juga, maka kaedah penyuciannya boleh dilakukan dengan mengira kadar peratus wang tidak patuh syariah bermula daripada tahun 2017 dan wang yang ingin disucikan tersebut perlu disalurkan untuk kepentingan umum umat Islam atau disalurkan pada Baitulmal negeri masing-masing.   Kami juga ingin menasihatkan agar ahli-ahli yang masih menggunakan akaun simpanan konvensional untuk segera bertukar kepada akaun simpanan syariah. Pertukaran tersebut boleh dilakukan melalui kaunter KWSP, Kiosk KWSP atau i-Akaun atau Mengemukakan permohonan bertulis kepada KWSP dengan menyatakan sebab permohonan (iaitu melakukan penyucian dividen) beserta sesalinan dokumen pengenalan diri (MyKad / Pasport). Moga-moga sumber pendapatan kita terjaga daripada sumber-sumber yang tidak patuh syariah.   Wallahualam.   Bibliografi Al-Thabari. T.t. Tafsir al-Thabari. Terbitan Dar al-Tarbiyyah wa al-Turath Imam Syafie. 1990. Al-Umm. Terbitan Dar al-Ma’rifah: Beirut Imam Syafie. 2006. Tafsir al-Imam al-Syafie. Terbitan Dar al-Tadmiriyyah
339
Soalan: Apakah hukumnya lari daripada membayar cukai? Contohnya dengan menyembunyikan jumlah sebenar pendapatan yang diterima dalam borang cukai pendapatan. Jazakallahu khair.   Ringkasan Jawapan Perbuatan lari daripada membayar cukai melalui pelbagai bentuk helah dan penipuan adalah dilarang kerana perbuatan menipu itu sendiri jelas satu bentuk dosa yang ditegah oleh agama. Selain daripada itu perbuatan tersebut boleh membawa kepada berkurangnya hasil dana negara, seterusnya menyukarkan kerajaan menyusun atur polisi ekonomi, merancang program-program pembangunan serta menghulurkan bantuan untuk kemaslahatan rakyat.   Huraian Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari pembalasan.   Cukai dalam Islam Perbahasan berkenaan cukai menurut sudut pandang Islam merupakan satu perdebatan panjang yang menjadi khilaf ulama sejak zaman berzaman. Namun secara ringkasnya, setelah meneliti hujah dan pandangan para ulama, di samping melihat kepada realiti semasa, kerajaan harus untuk mengenakan cukai terhadap rakyat yang diletakkan dalam satu sistem yang teratur, dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Suasana ekonomi sesebuah negara perlu diambil kira termasuk di Malaysia di mana keadaan ekonomi masih lagi tidak mencukupi untuk hanya bergantung kepada beberapa sumber dan hasil mahsul, justeru keperluan mengenakan cukai adalah bersifat mendesak. Perbuatan lari daripada membayar cukai (tax evasion) merupakan satu gejala kronik yang menimpa banyak negara, termasuklah Malaysia yang telah mengakibatkan kerugian yang besar. Pada tahun 2016, laporan The Malaysian Reserve mendedahkan, kira-kira RM1 bilion cukai tidak diisytiharkan oleh golongan profesional di negara ini.[1] Pada 2019 pula, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendedahkan bahawa Kerajaan kerugian kira-kira RM90 juta pada tahun tersebut berikutan 1,800 kenderaan import yang dibawa masuk ke negara ini 'lari' daripada membayar cukai.[2] Berikut kami senaraikan ringkasan beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh badan-badan fatwa sedunia berkenaan isu ini: 1. Dar al-Ifta’ al-Misriyyah[3] Perbuatan menipu dan memberikan maklumat palsu berkenaan pendapatan yang diterima untuk mengelak daripada cukai adalah diharamkan, bahkan ia merupakan salah satu dosa besar disisi syarak. Hal ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu bentuk penipuan yang jelas dilarang oleh syarak, serta ia akan menyebabkan negara tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik kerana cukai merupakan antara sumber pendapatan penting sesebuah negara dalam menguruskan urusan rakyatnya. 2. Majlis al-Ifta’ wa al-Buhuth wa al-Dirasat al-Islamiyyah (Jordan)[4] Kestabilan ekonomi negara dan memelihara harta awam merupakan Maqasid Syariah yang dituntut dan tugas merealisasikannya ialah tanggungjawab kolektif yang perlu dipikul oleh setiap rakyat. Perbuatan lari daripada membayar cukai merupakan satu ancaman terhadap objektif ini. Justeru, setiap Muslim mestilah tetap melaksanakan tanggungjawab membayar cukai dan patuh terhadap undang-undang negara, serta tidak terpengaruh dengan sikap mereka yang sengaja melanggar aturan percukaian yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan merupakan satu kewajipan selaras dengan kaedah agama yang menyeru mentaati arahan pemerintah pada perkara yang ada maslahat padanya. Perbuatan lari daripada membayar cukai melalui pelbagai bentuk helah dan penipuan adalah dilarang kerana perbuatan menipu itu sendiri jelas satu bentuk dosa yang ditegah oleh agama, selain daripada akibat daripada perbuatan tersebut yang boleh membawa kepada berkurangnya hasil dana negara, seterusnya menyukarkan kerajaan menyusun atur polisi ekonomi dan merancang program-program pembangunan serta bantuan untuk rakyat yang memerlukan.   [1] Rujuk pautan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/15/kerajaan-rugi-rm1-bilion-kerana-doktor-elak-cukai/ [2] Rujuk pautan: https://www.sinarharian.com.my/article/59015/BERITA/Nasional/Kerajaan-rugi-RM90-juta-kenderaan-import-lari-cukai [3] Rujuk pautan: www.dar-alifta.org/Home/ViewFatwa?ID=12092&title=الكذب%20للتهرب%20من%20الضرائب%20-%20فضيلة%20الدكتور%20نصر%20فريد%20واصل atau http://www.fatawa.com/view/13844/?search=&frompage=list [4] Rujuk pautan: http://www.fatawa.com/view/1266/?search=&frompage=list
340
Soalan Apakah hukum lastik ayam jiran yang kerap berak dalam kawasan kediaman kita dan ayam tersebut setelah di lastik jatuh ke dalam banjir kemudian mati? Jawapan Ringkas Perbuatan mengusir binatang daripada kawasan kediaman sehingga menzalimi binatang tersebut seperti melastik ayam adalah berdosa. Perkara ini mesti dihindari kerana telah disebutkan dalam suatu hadis orang yang menzalimi binatang akan mendapat balasan daripada Allah SWT. Huraian Jawapan Berpandukan kepada situasi yang berlaku, pemilik ayam tersebut seharusnya menjaga adab-adabnya dengan jiran sekeliling. Sebagaimana yang dituntut dalam agama Islam seseorang yang hidup berjiran perlu menghormati jirannya dan berbuat kebaikan kepada jiran. Firman Allah SWT: وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا Maksudnya: “Hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” Surah al-Nisa’ (36) Imam al-Tabari ketika mentafsirkan ayat ini mengatakan bahawa: فأوصى ربنا جل جلاله بجميع هؤلاء عبادَه إحسانًا إليهم Maksudnya: Allah SWT menjelaskan kepada semua hambanya bahawa berbuat baiklah sesama mereka (ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan lain-lain). (Rujuk Jamiʻ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran, 8/348) Demikianlah yang disebutkan oleh ulama bahawa perlu berbuat baik kepada jiran tetangga. Jelaslah disini menunjukkan tuntutan agar berlaku baik kepada jiran tetangga merupakan satu tuntutan yang besar. Bahkan, terdapat banyak hadis yang menyebutkan tentang berbuat baik kepada jiran tetangga, antaranya: Syurayh al-Khuza’i RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.”  Riwayat Muslim (48) Dalam hadis yang lain, Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: خَيْرُ الأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ، وَخَيْرُ الجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ Maksudnya: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya.”  Riwayat al-Tirmidhi (1944) Semua dalil-dalil ini menunjukkan akan kepentingan hak berjiran serta galakan memeliharanya. Ini kerana, Allah SWT telah berpesan atau mewasiatkan agar berlaku baik kepada mereka melalui firman-Nya di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi SAW. Oleh itu, sepatutnya tuan ayam tersebut menjaga ayamnya dengan baik agar tidak berkeliaran sehingga mencemarkan halaman kediaman jirannya yang akhirnya akan menyebabkan jirannya berasa tidak selesa dan tersakiti. Dalam hidup berjiran ada beberapa hak dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nabi SAW juga telah menegaskan bahawa: لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لاَ يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ Maksudnya: Tidak akan masuk syurga bagi seseorang itu apabila jirannya tidak merasa aman dengan gangguannya. Riwayat Muslim (46) Manakala, jiran yang rumahnya dicemari dengan tahi ayam dibolehkan untuk menghalau ayam tersebut daripada kediamannya kerana rumah dan kawasan halaman rumah tersebut adalah haknya. Tetapi, tidak boleh menghalau ayam tersebut secara zalim dan boleh memudaratkan ayam tersebut. Perkara ini berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ Maksudnya: Seorang wanita dimaksukkan kedalam neraka disebabkan seekor kucing yang ditambatnya, tidak diberi makanannya, dan tidak melepaskannya untuk mencari makanan di atas muka bumi. Riwayat Muslim (2619) Hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang yang melakukan sesuatu kemudaratan dan kezaliman terhadap binatang akan mendapat balasan daripada Allah di akhirat kelak. Orang yang memelihara binatang dan membiarkan binatang tersebut kelaparan pun dikenakan balasan apatah orang yang memberi mudarat seperti melastik binatang kerana hendak mengusirnya daripada kawasan kediaman. Maka, sepatutnya perlu berhati-hati ketika hendak mengusir binatang yang mencemarkan kawasan kediaman supaya tidak menzalimi dan menyebabkan kecederaan pada binatang tersebut. Jiran yang kawasan kediamannya dicemari oleh ayam jirannya boleh menasihati terlebih dahulu pemilik ayam tersebut supaya ayam-ayamnya dipelihara dengan baik dan tidak berkeliaran sehingga mengganggu jiran sekeliling. Seterusnya, jika tidak berjaya nasihat tersebut maka dicadangkan agar perkara ini diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Hal ini kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengenakan kompaun dan memberi notis amaran kepada pemilik binatang tersebut. Perkara ini juga supaya pemilik binatang tersebut lebih cakna dan lebih prihatin dalam menjaga binatang yang diternak olehnya. Kesimpulan Harus untuk mengusir binatang jiran yang mencemarkan kawasan kediaman. Namun, perbuatan mengusir binatang daripada kawasan kediaman sehingga menzalimi binatang tersebut seperti melastik ayam adalah berdosa. Perkara ini mesti dihindari kerana orang yang menzalimi binatang akan mendapat balasan daripada Allah SWT. Sepatutnya, perlu ditegur pemilik ayam tersebut untuk memelihara ayam-ayamnya dengan baik dan tidak mengganggu jiran sekeliling. Wallahua’lam.
341
Soalan: Assalamu’alaikum S.S Mufti, bolehkah terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tawaqquf yang diamalkan oleh para ulama dalam berhadapan dengan soal jawab hukum ? Jawapan: Wa’alaikumussalam w.b.t Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Dari sudut bahasa, tawaqquf bermaksud : Menahan diri dari sesuatu. Ini seperti yang disebutkan oleh Al-Fayyumi : Tawaqquf pada sesuatu adalah menahan diri daripadanya. Rujuk Al-Misbah Al-Munir, Al-Fayyumi (Hlm. 257). Manakala dalam Al-Qamus Al-Muhith pula menyebutkan bahawa ‘’tawaqquf pada sesuatu itu sama seperti melakukan penelitian, dan menjadi tanggungjawab dirinya untuk melakukan tasabbut (pengenalpastian), dan Al-Waqqaf (orang yang tawaqquf) adalah seorang yang tenang’’. Rujuk Al-Qamus Al-Muhith, Fairuz Abaadi (3/205-206). Dari sudut istilah pula, tawaqquf didefinisikan oleh Imam Ibn Qudamah dengan katanya: ‘’Meninggalkan memberi pendapat terhadap sesuatu permasalahan disebabkan terdapatnya percanggahan antara beberapa dalil dalam isu tersebut serta ada kemusykilan pada dalil-dalilnya’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (8/256). Berdasarkan beberapa definisi yang telah kami kongsikan di atas, kami menyimpulkan bahawa tawaqquf itu adalah : ‘’Berdiam diri dari memberikan pandangan hukum dalam sesuatu permasalahan disebabkan tidak terdapatnya dalil yang jelas atau berlakunya percanggahan pada zahir antara beberapa dalil terhadap perkara tersebut’’. Berikut kami kongsikan beberapa contoh tawaqquf yang dilakukan oleh para imam mazhab yang empat dalam beberapa permasalahan hukum. Kami sebutkan secara ringkas menerusi beberapa poin yang berikut: Pertama: Imam Abu Hanifah (W. 150 H.) Secara umumnya terdapat 8 permasalahan yang disebutkan oleh para pengikut mazhab Abu Hanifah yang mana beliau tawaqquf dalam permasalahan tersebut. Iaitu permasalahan tentang tempoh waktu (mula) berkhatan, saki baki minuman keldai, kelebihan para Nabi ke atas malaikat, isu Al-Dahr, isu Al-Jallalah, khunsa musykil, tempat anak-anak kaum musyrikin (di akhirat), serta anjing buruan yang diajar. Sebagai contohnya adalah kata-kata Imam Abu Hanifah yang menyebut dalam isu waktu berkhatan: لا علم لي بوقته Maksudnya: Aku tidak tahu tentang waktunya (bermula khatan). Kata Imam Ibn ‘Abidin: Dan tidak warid sebarang pandangan dari Abu Yusuf dan juga Muhammad (bin Al-Hasan Al-Syaibani) dalam isu ini. Rujuk Hasyiah Ibn Abidin (5/478-479). Hakikatnya, sifat sebeginilah yang menzahirkan keperibadian yang matang dalam dunia keilmuan, zahir sifat warak serta kesempurnaan ilmu yang dimiliki oleh Imam Abu Hanifah. Ini seperti yang disebutkan oleh Al-Syeikh Ibn Al-Baqa’ Al-Kafawi: ‘’Perbuatan tawaqquf ketika terdapatnya beberapa dalil yang kelihatan bercanggah serta meninggalkan tarjih (kepada mana-mana pendapat) menunjukkan kepada kesempurnaan ilmu serta penghujung sifat warak’’. Rujuk Al-Kulliyyaat (Hlm. 304). Kedua: Imam Malik bin Anas (W. 179 H.) Imam Malik boleh dianggap sebagai seorang tokoh yang paling banyak mengamalkan tawaqquf. Bahkan sebahagian menggelar beliau sebagai Syeikh Al-Waqifiyyah serta pemegang panji tawaqquf. Ini kerana dalam banyak isu beliau menjawab dengan ucapan “Aku tidak tahu’’. Kata Syeikh Ibn Al-Qasim: Aku mendengar Imam Malik berkata: ‘’Sesungguhnya aku berfikir tentang beberapa permasalahan namun tidak terdapat satu pun pendapat yang tepat bagi aku tentangnya sehinggalah sekarang ini’’. Beliau pernah ditanyakan tentang 50 permasalahan namun beliau tidak menjawab satu pun daripadanya. Rujuk Tartib Al-Madarik, Al-Qadhi Iyadh (1/144). Antara contoh permasalahan yang Imam Malik mengambil pendirian tawaqquf padanya adalah berkenaan isu hukum babi laut.[1] Imam Al-Maziri berkata: Imam Malik telah ditanyakan tentang babi laut lalu beliau bertawaqquf tentangnya. Hal ini kerana seakan terdapatnya percanggahan secara zahir akan dalil-dalil berkaitan isu tersebut di sisi Imam Malik. Beliau melihat kepada keumuman firman Allah S.W.T yang menyebut: حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ Maksudnya: Diharamkan ke atas kamu untuk (memakan) bangkai, darah, dan juga daging babi. Surah Al-Ma’idah (3) Lalu beliau berasa takut bahawa babi laut itu turut termasuk dalam keumuman larangan di dalam ayat tersebut maka hukumnya menjadi haram. Dalam masa yang sama Imam Malik juga melihat kepada keumuman firman Allah S.W.T: أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ Maksudnya: Dan dihalalkan buat kamu haiwan buruan di dalam laut. Surah Al-Ma’idah (96) Maka boleh jadi babi laut termasuk dalam keumuman ayat di atas lalu ia menjadi halal. Kata Al-Maziri: ‘’Tidak jelas kepada beliau (Imam Malik) akan jalan tarjih yang jelas dalam mendahulukan satu ayat ke atas satu ayat yang lain. Maka beliau pun bertawaqquf padanya’’. Rujuk Al-Mu’lim, Al-Maziri (2/203). Ketiga: Imam Al-Syafie (W. 204 H.) Imam Al-Syafie selaku tokoh besar dalam bidang fekah amat jarang berlakunya dua pendapat di sisi beliau dalam sesuatu isu pada waktu yang sama tanpa terdapatnya tarjihan beliau ke atas salah satu pandangan. Meskipun begitu terdapat beberapa isu yang beliau boleh dikatakan bertawaqquf padanya. Dari sudut terdapat dua pandangan dalam sesuatu isu pada waktu yang sama, namun beliau tidak mentarjihkan salah satu dari keduanya. Maka perbuatan ini termasuk dalam kategori tawaqquf ghayru sarih (tawaqquf yang tidak jelas). Antara contoh permasalahan yang mana Imam Al-Syafie mempunyai dua pandangan dalam waktu yang sama terhadap sesuatu isu dan beliau tidak mentarjihkan salah satunya dan hal ini dianggap sebagai antara tawaqquf dari beliau adalah isu jatuhnya sesuatu yang sudah tidak bernafas secara mengalir di dalam air. Kata Imam Al-Syafi’e: Adapun sesuatu (haiwan) yang tidak bernafas (telah mati) yang mengalir seperti lalat dan seumpamanya maka terdapat dua pendapat dalam isu tersebut. Pertama: Sesuatu yang mati dari jenis ini dalam air yang sedikit atau banyak maka ia tidak menajiskan air tersebut. Pendapat kedua: Sekiranya ia mati dalam sesuatu yang bernajis maka ia adalah najis kerana ia adalah haram. Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (1/5). Keempat: Imam Ahmad Bin Hanbal (W. 241 H.) Selain dari Imam Malik maka Imam Ahmad dianggap sebagai antara imam yang paling banyak bertawaqquf dalam beberapa isu dan permasalahan. Bahkan dalam isu tawaqquf beliau, terdapat dari kalangan pengikut mazhab Hanbali yang menyatakan bahawa apabila Imam Ahmad ditanyakan tentang sesuatu permasalahan lalu beliau bertawaqquf padanya maka mazhab dalam isu tersebut adalah tawaqquf. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Al-Najjar dalam kitabnya Syarah Al-Kaukab Al-Munir (4/501). Antara isu yang Imam Ahmad bertawaqquf padanya adalah tentang hukum membasuh khuf iaitu tidak menyapunya seperti yang disebutkan di dalam nas. Kata Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi: Sekiranya seseorang itu membasuh kepada khufnya, maka Imam Ahmad bertawaqquf (dalam hukum perbuatan tersebut)’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/275). Dalam isu ini, kami telah mengupasnya secara panjang lebar dalam terjemahan kami ke atas kitab Sifat Al-Mufti wal Mustafti karangan Imam Ibn Hamdan Al-Harrani. Rujuk Terjemahan Sifat Al-Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Hlm. 298). Penutup Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa isu tawaqquf ini kadangkala lebih bersifat individu. Dari sudut boleh jadi terdapatnya sesuatu dalil yang tidak diketemui oleh seorang tokoh ulama namun dalam masa yang sama ia ditemui oleh ulama yang lain. Begitu juga boleh jadi ada nas yang terdapat padanya isykal di sisi seorang ulama namun tidak bagi ulama yang lain. Justeru, sekiranya ditujukan kepada seorang ulama beberapa persoalan hukum, maka menjadi kelaziman kepadanya untuk bersungguh mencari dalil dalam merungkai kekeliruan yang berlaku. Namun sekiranya sukar untuk ditetapkan jawapan, maka langkah warak dan berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa dengan mengambil pendirian untuk bertawaqquf adalah lebih baik dan selamat. Akhir kalam semoga penjelasan ini sedikit sebanyak mendatangkan menfaat kepada kita semua. Ameen.   [1] Babi laut dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai scotoplanes. Dari sudut fekah, para ulama seperti Imam Malik tidak menyatakan hukum berkenaannya kerana boleh jadi ia termasuk dalam keumuman haiwan laut maka ia adalah halal. Dalam masa yang sama boleh jadi ia termasuk dalam keumuman larangan memakan daging babi maka ia menjadi haram. Oleh kerana itu beliau bertawaqquf. Bahkan ada pendapat yang menyebut bahawa Imam Al-Syafi’e berpandangan bahawa tidaklah beliau memakruhkan babi laut melainkan kerana terdapatnya penamaan babi pada namanya. Namun ini tidaklah bermakna majoriti ulama lain turut memilih untuk bertawaqquf dalam isu ini. Bahkan seperti yang disebut dalam isu meleraikan percanggahan antara dalil, proses Al-Jam’u bayna Al-Adillah (menghimpunkan antara dalil) adalah lebih utama. Justeru, hadis Nabi S.A.W begitu jelas menyebut: هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ Maksudnya: Ia (laut) adalah suci dan segala haiwan yang mati di dalamnya adalah halal. Riwayat Ibn Majah (387)
343
Soalan : Assalamu’alaikum ustaz, satu soalan yang bermain di fikiran saya adakah golongan jin juga merupakan mukallaf seperti manusia ? Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Secara asasnya, kita perlu mengakui akan kewujudan jin di dalam alam ini. Demikian juga kita mengakui bahawa golongan jin ini mempunyai jisim serta boleh berubah bentuk kepada pelbagai jenis bentuk. Lalu kita membahaskan sama ada golongan jin ini mukallaf ataupun tidak. Justeru kami nyatakan kata-kata dari Imam Ibn Abd Al-Bar yang menyebutkan : Golongan jin di sisi jemaah (para ulama) adalah kumpulan mukallaf yang turut termasuk dalam khitab (syarak). Ini berdasarkan firman Allah S.W.T : فَبِأَي آلَاء رَبكُمَا تُكَذِّبَانِ Maksudnya : Maka dengan nikmat Tuhan kamu berdua yang manakah hendak kamu dustakan ? Surah Ar-Rahman (47) Imam Ar-Razi dalam tafsiran beliau terhadap ayat di atas berkata : Kesemua ulama telah bersepakat bahawa golongan jin kesemuanya adalah mukallaf. Manakala Al-Qadhi Abu Al-Hasan Abdul Jabbar pula menyebutkan : Kami tidak mengetahui sebarang khilaf dalam kalangan ahli nazhar tentang hal tersebut (iaitu jin termasuk dalam kalangan mukallaf). Dan Al-Quran menyebutkan tentang hal itu dalam banyak ayat. Demikian juga Al-Quran menyebutkan beberapa ayat seperti : قل أُوحِي إِلَيّ أَنه اسْتمع نفر من الْجِنّ … فَآمَنا بِهِ وَلنْ نشْرك بربنا أحدا Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa telah diwahyukan kepadaku akan sesungguhnya sekumpulan dari kalangan jin telah mendengar … sehinggalah sampai kepada ayat : Maka kami (golongan jin) beriman dengan-Nya dan kami sama sekali tidak akan menyekutukan Tuhan kami dengan suatu apa pun. Surah Al-Jin (1 - 2) Imam Al-Qadhi Badr Al-Din Al-Syibli menyebut: Ini adalah antara beberapa ayat yang menunjukkan ke atas taklifannya mereka (golongan jin) dan mereka itu turut termasuk dalam ayat suruhan dan juga ayat larangan. Rujuk Akaam Al-Marjan fi Ahkam Al-Jaan, Badr Al-Din Al-Syibli (Hlm. 63). Demikian juga firman Allah S.W.T : وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Maksudnya : Dan tidaklah aku menciptakan jin dan juga manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku. Surah Al-Dzariyat (56) Maka berdasarkan ayat di atas ini jelas menunjukkan bahawa golongan jin dan manusia adalah termasuk dalam arahan untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Ini seperti yang disebutkan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib R.A dalam menghuraikan maksud ayat di atas dengan katanya : وما خلقت الجن والإنس إلا لآمرهم بالعبادة Maksudnya : Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan juga manusia melainkan untuk Aku perintahkan kepada mereka agar beribadah. Rujuk Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (17/52). Justeru apabila kita mengatakan bahawa golongan jin ini merupakan mukallaf, maka para ulama berbeza pendapat adakah mereka ini diberi pahala atas ketaatan yang dilakukan serta dimasukkan ke dalam syurga dan golongan kuffar dari kalangan jin dimasukkan ke dalam neraka ? Berikut kami kongsikan beberapa pandangan para ulama dalam isu ini : Pertama : Tidak ada khilaf di sisi para ulama bahawa golongan kuffar dari kalangan jin adalah ditempatkan di dalam neraka. Ini seperti yang disebutkan oleh firman Allah S.W.T : وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Maksudnya : Dan telah lengkap kalimah Tuhan kamu bahawa Aku akan memenuhkan neraka Jahannam dengan golongan jin dan manusia secara sekaligus. Surah Hud (119) Kedua : Pandangan jumhur menyebutkan bahawa golongan mukmin dari kalangan jin dimasukkan ke dalam syurga. Antara dalilnya adalah firman Allah S.W.T : وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ فَبِأَي آلَاء رَبكُمَا تُكَذِّبَانِ Maksudnya : Dan bagi mereka yang takutkan maqam Tuhannya itu dua syurga. Maka nikmat kamu berdua yang mana lagikah ingin kamu dustakan. Surah Al-Rahman (46 - 47) Berdasarkan ayat di atas, khitab ditujukan kepada dua golongan iaitu jin dan juga manusia. Maka ini membuktikan bahawa sesiapa dari kalangan jin dan manusia yang takutkan kedudukan Tuhannya akan diberikan ganjaran syurga. Kata Imam Al-Thabari dalam tafsirnya : فبأي نعم ربكما معشر الجن والإنس من هذه النعم تكذبان Maksudnya : Maka dengan nikmat Tuhan kamu berdua yang mana satu wahai kalangan jin dan manusia yang kamu berdua ingin dustakan ? Rujuk Tafsir Al-Thabari (23/23) Ketiga : Ada pendapat yang menyebutkan bahawa golongan mukmin dari kalangan jin tidak memasuki syurga. Namun ganjaran mereka adalah selamat dari api neraka. Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Al-Suyuthi (Hlm. 434). Demikian dalam membahaskan isu taklif golongan jin ini, para ulama juga menyebutkan perbahasan berkaitan hukum seseorang lelaki itu berkahwin dengan golongan perempuan dari kalangan jin. Maka berikut kami kongsikan pendapat dari Syeikh Jamaluddin Al-Isnawi yang berkata : لَا يجوز لَهُ أَن يتَزَوَّج من الْجِنّ امْرَأَة لعُمُوم الْآيَتَيْنِ الكريمتين قَوْله تَعَالَى فِي سُورَة النَّحْل وَالله جعل لكم من أَنفسكُم أَزْوَاجًا وَفِي سُورَة الرّوم وَمن آيَاته أَن خلق لكم من أَنفسكُم أَزْوَاجًا Maksudnya : Tidak dibolehkan untuk seseorang itu berkahwin dengan perempuan dari kalangan jin berdasarkan keumuman dua ayat yang mulia berikut iaitu firman Allah di dalam Surah Al-Nahl : وَالله جعل لكم من أَنفسكُم أَزْوَاجًا Maksudnya : Dan Allah telah menjadikan buat kamu pasangan dari diri kamu sendiri. Begitu juga firman Allah di dalam Surah Al-Rum : وَمن آيَاته أَن خلق لكم من أَنفسكُم أَزْوَاجًا Maksudnya : Dan antara tanda-tanda (kebesaran) Allah adalah Dia menciptakan buat kamu pasangan dari diri kamu sendiri. Maka kata para ulama tafsir ketika menafsirkan dua ayat di atas bahawa ia bermaksud : (Pasangan kamu) adalah dari jenis kamu sendiri dan ciptaan yang sama seperti kamu. Rujuk Akaam Al-Marjan Fi Ahkam Al-Jaan (Hlm. 114).   Penutup Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa golongan jin juga turut termasuk dalam kalangan mukallaf. Dari sudut mereka juga turut termasuk dalam sebarang arahan dan juga larangan di sisi syarak mengikut syariat Nabi Muhammad S.A.W. Justeru, terdapat kelompok jin yang mukmin dan ada juga yang kafir dari kalangan mereka. Maka ini membawa maksud, golongan jin juga ada yang masuk ke dalam syurga dan juga neraka. Kami juga menyatakan bahawa apabila kita berpegang dengan pendapat golongan jin ini mukallaf, secara tidak langsungnya kita menyatakan bahawa mereka juga mempunyai akal untuk memahami apa yang diperintahkan dan dilarang kepada mereka. Dari sudut akal tersebut juga membolehkan golongan jin membezakan di antara perkara yang baik dan juga perkara yang buruk. Ini kerana di sisi ilmu usul fiqh menyebutkan bahawa مناط التكليف adalah akal. Meskipun begitu, kita hendaklah jelas bahawa isu berkaitan golongan jin ini termasuk dalam perkara ghaib. Prinsip kita dalam perkara ghaib adalah kita mensabitkannya dengan berpandukan Al-Quran dan juga Al-Sunnah Al-Sahihah. Justeru, jika tidak terdapat sebarang penjelasan syarak berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan mereka, maka kita mengambil langkah untuk tidak memperincikannya. Ini seperti perbahasan tentang kaifiat atau tatacara mereka beribadah dan seumpamanya. Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
344
SOALAN Adakah kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu yang ada dalam al-Quran boleh diistinbatkan hukum daripadanya? Atau istinbat hukum hanya terhad kepada ayat-ayat hukum sahaja? RINGKASAN JAWAPAN Sumber untuk mengistinbatkan hukum hakam fiqh tidak hanya terhad kepada ayat-ayat hukum sahaja. Kisah-kisah para Nabi, Rasul, golongan soleh, peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan kisah yang akan berlaku di hari akhirat kelak yang diceritakan dalam al-Quran bukan sahaja menjadi nasihat dan iktibar, bahkan juga boleh diistinbatkan daripadanya hukum hakam fiqh dalam pelbagai bidang. Hal ini diperakui dan dipraktikkan oleh sekian ramai ulama sejak dahulu, lalu menghasilkan banyak hukum fiqh daripada ayat-ayat yang berbentuk penceritaan. HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, dan ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat. Mukadimah Kisah-kisah dalam al-Quran itu ada beberapa jenis, antaranya ialah: Kisah para anbiya’ dan rasul yang berkisar kepada intipati dakwah mereka kepada kaum masing-masing dan cabaran yang dihadapi Kisah tentang golongan tertentu selain Nabi dan Rasul seperti Ashabul Kahfi, Zulqarnain, Qarun dan Saidatina Maryam Kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW seperti peristiwa Isra’ dan Mi’raj, hijrah ke Madinah dan perang Badar Sebagai seorang Muslim, kita wajib mengimani bahawa setiap ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah dalam apa jua bentuk, sama ada penegasan prinsip tauhid, kisah-kisah umat terdahulu, ayat-ayat hukum dan lain-lain, kesemuanya terkandung di dalamnya khazanah ilmu dan mutiara hikmah yang tidak akan pernah habis dan terhenti. Kerana itulah kita melihat para ulama mengeluarkan banyak faedah yang cukup menakjubkan daripada satu ayat setelah menelitinya dari pelbagai aspek. Bolehkah diistinbatkan hukum daripada ayat-ayat al-Quran yang berbentuk kisah dan cerita? Secara umumnya, para ulama bersetuju bahawa boleh diistinbatkan hukum daripada ayat-ayat al-Quran yang berbentuk kisah dan cerita. Menurut Imam Ibn al-‘Arabi: أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى أَخْبَرَنَا عَنْ قَصَصِ النَّبِيِّينَ، فَمَا كَانَ مِنْ آيَاتِ الِازْدِجَارِ وَذِكْرِ الِاعْتِبَارِ فَفَائِدَتُهُ الْوَعْظُ، وَمَا كَانَ مِنْ آيَاتِ الْأَحْكَامِ فَالْمُرَادُ بِهِ الِامْتِثَالُ لَهُ وَالِاقْتِدَاءُ بِهِ Maksudnya: Allah Ta’ala menceritakan kepada kita tentang kisah-kisah para Nabi; maka ayat-ayat yang bersifat mencegah daripada mafsadah dan menyebut tentang iktibar, maka faedah yang boleh diambil daripadanya ialah nasihat peringatan, manakala ayat-ayat berkaitan hukum pula tujuannya adalah untuk kita beramal dengannya.[1] Menurut Imam al-Suyuti pula: فَإِنَّ آيَاتِ الْقَصَصِ وَالْأَمْثَالِ وَغَيْرِهَا يُسْتَنْبَطُ مِنْهَا كَثِيرٌ مِنَ الْأَحْكَامِ Maksudnya: Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran berkenaan kisah-kisah dan perumpamaan-perumpamaan itu boleh diistinbatkan banyak hukum daripadanya.[2] Manakala Imam al-Syaukani pula berpandangan: مَنْ لَهُ فَهْمٌ صَحِيحٌ، وَتَدَبُّرٌ كَامِلٌ، يَسْتَخْرِجُ الْأَحْكَامَ مِنَ الْآيَاتِ الْوَارِدَةِ لِمُجَرَّدِ الْقَصَصِ وَالْأَمْثَالِ Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai kefahaman yang sahih dan tadabbur yang sempurna, dia akan mampu mengeluarkan hukum-hakam daripada ayat-ayat al-Quran yang menceritakan hanya semata-mata kisah-kisah dan perumpamaan.[3] Imam al-Qarafi pula menyatakan dengan jelas: وقال بعض العلماء: كُلُّ قصةٍ مذكورةٍ في كتاب الله تعالى فالمراد بذكرها: الانزجارُ عما في تلك القصة من المفاسد التي لابَسَها أولئك الرَّهْط، والأمر بتلك المصالح التي لابسها المحكي عنه Maksudnya: Sebahagian ulama berkata: Setiap kisah yang disebut dalam kitab Allah Taala itu tujuannya adalah supaya kita menjauhi daripada mafsadah-mafsadah yang dikaitkan dengan kumpulan tertentu yang disebut dalam kisah-kisah tersebut, serta sebagai perintah untuk kita mendapatkan maslahah yang dikaitkan dengan kumpulan yang diceritakan itu.[4] Contoh istinbat hukum daripada kisah dalam al-Quran Dr. Usamah Muhammad ‘Abd al-‘Azim Hamzah, Professor dalam bidang Usul Fiqh di Universiti al-Azhar telah menghasilkan satu kajian yang bertajuk Al-Qasas al-Qur’ani wa Atharuhu fi al-Istinbat al-Ahkam. Dalam buku ini, beliau telah menghimpunkan sejumlah istinbat hukum oleh para ulama daripada ayat-ayat al-Quran yang berbentuk kisah dan cerita. Antara istinbat yang dinukilkan termasuklah daripada firman Allah: وَنَادَىٰ أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ ۚ قَالُوا إِنَّ اللَّـهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ ﴿٥٠﴾ Maksudnya: Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir". Surah al-A’raf (50) Menurut Imam al-Qurtubi, diistinbatkan daripada ayat ini beberapa hukum, antaranya: Memberi minum kepada yang memerlukan merupakan antara amalan yang paling besar ganjarannya Pemilik telaga adalah lebih berhak terhadap air dari sumber tersebut berbanding orang lain.[5] Selain itu, dalam kisah Nabi Nuh yang dirakamkan oleh al-Quran: وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا بِسْمِ اللَّـهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا ۚ إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٤١﴾ Maksudnya: Dan (ketika itu) Nabi Nuh menyeru kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil membaca: 'Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya.' Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah Hud (41) Menurut Ibn al-‘Arabi dan al-Qurtubi, ayat ini menjadi dalil akan anjuran membaca Bismillah ketika hendak memulakan sesuatu perkara.[6] Begitu juga Allah SWT berfirman: قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٥﴾ Maksudnya: Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan ialah musuh yang nyata bagi manusia. Surah Yusuf (5) Menurut al-Qurtubi, ayat ini menjadi dalil akan keharusan untuk seorang Muslim memberi peringatan kepada saudaranya tentang bahaya yang bakal menimpa terhadapnya daripada perbuatan jahat orang lain, dan ia tidak dianggap sebagai mengumpat (ghibah) yang diharamkan oleh Allah.[7] Begitu juga dengan firman Allah: وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ الْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ ﴿٢١﴾ إِذْ دَخَلُوا عَلَىٰ دَاوُودَ فَفَزِعَ مِنْهُمْ ۖ قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ خَصْمَانِ بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ فَاحْكُم بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَاهْدِنَا إِلَىٰ سَوَاءِ الصِّرَاطِ ﴿٢٢﴾ Maksudnya: Sudahkah sampai kepadamu wahai Muhammad berita tentang perbicaraan dua orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat; Iaitu ketika mereka masuk menemui Nabi Daud, lalu beliau terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: "Janganlah takut, kami ini ialah dua orang yang berselisihan, salah seorang daripada kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui batas keadilan, serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Surah Sad (21-22) Menurut al-Qurtubi, ayat ini menjadi dalil akan keharusan hukum melaksanakan pengadilan dan proses kehakiman di dalam masjid.[8] Kesimpulan Istinbat hukum daripada al-Quran tidak hanya terhad kepada ayat-ayat hukum (ayat al-ahkam) semata-mata. Kisah-kisah para Nabi, Rasul, golongan soleh, peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan kisah yang akan berlaku di hari akhirat kelak yang diceritakan dalam al-Quran bukan sahaja menjadi nasihat dan iktibar, bahkan juga boleh diistinbatkan daripadanya hukum hakam fiqh dalam pelbagai bidang. Hal ini diperakui dan dipraktikkan oleh sekian ramai ulama sejak dahulu, lalu menghasilkan banyak hukum fiqh daripada ayat-ayat berbentuk penceritaan dan pengisahan. Wallahu a’lam.   Rujukan:  [1] Rujuk Ibn al-‘Arabi (2003), Ahkam al-Quran, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Cetakan Ketiga, 1/39 [2] Rujuk Al-Suyuti, Jalaluddin (1974), Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran, al-Hai’ah al-Misriyyah al-‘Ammah li al-Kitab, tahqiq: Muhammad Abu al-Fadhl Ibrahim, 4/40 [3] Rujuk al-Syaukani, Muhammad bin Ali (1999), Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haq min ‘Ilm al-Usul, Dar al-Kutub al-‘Arabi, cetakan pertama, tahqiq Ahmad ‘Azwu ‘Inayah, 2/206 [4] Rujuk Al-Qarafi, Syihabuddin Ahmad bin Idris (1995) Nafa’is al-Usul fi Syarh al-Mahsul, Maktabah Nizar Mustofa al-Baz, Cetakan Pertama, tahqiq: Adil Ahmad ‘Abd al-Maujud dan Ali Muhammad Mu’awwadh, 9/3832 [5] Dr. Usamah Muhammad ‘Abd al-‘Azim Hamzah (2008) Al-Qasas al-Qur’ani wa Atharuhu fi al-Istinbat al-Ahkam, Dar al-Fath, Cetakan Kedua, hal. 60 [6] Al-Qasas al-Qur’ani wa Atharuhu fi al-Istinbat al-Ahkam, hal. 65. [7] Al-Qasas al-Qur’ani wa Atharuhu fi al-Istinbat al-Ahkam, hal 65. [8] Al-Qasas al-Qur’ani wa Atharuhu fi al-Istinbat al-Ahkam, hal. 213
345
Soalan: Assalamualaikum.  Saya ada persoalan berkaitan individu yang mempunyai dua alat  kelamin, Jantina mana yang harus memandikan jenazah tersebut? Mohon pencerahan SS Mufti. Ringkasan Jawapan: Jenazah khunsa musykil boleh dimandikan oleh ahli keluarganya sama ada terdiri daripada lelaki mahupun wanita. Namun sekiranya tiada mahram di sisi jenazah, maka lelaki dan wanita ajnabi layak memandikan jenazah tersebut tidak kira jenazah kanak-kanak mahupun dewasa disebabkan keperluan dan darurat menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’i. Huraian Jawapan: Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Khunsa musykil ialah individu yang tidak jelas kecenderungan tanda-tanda jantina lelaki mahupun wanita dan tidak diketahui lelaki ataupun wanita. Khunsa musykil mempunyai dua jenis: Individu yang mempunyai dua alat kelamin dan sama tanda-tanda alat kelamin jantina lelaki dan wanita. Individu yang tidak mempunyai alat kelamin lelaki mahupun wanita tapi mempunyai lubang untuk kencing. [1] Pengurusan memandikan jenazah khunsa musykil boleh dilaksanakan oleh kaum kerabat mahramnya sama ada lelaki mahupun wanita menurut kesepakatan fuqaha mazhab Syafi’iyyah. [2] Sekiranya tiada ahli kerabat mahramnya, fuqaha Syafi’i membahaskan pihak yang boleh memandikan jenazah khunsa musykil  seperti  yang disebut dalam kitab al-Raudhah : أَصَحُّهَا وَبِهِ قَالَ أَبُو زَيْدٍ: يَجُوزُ لِلرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ جَمِيعًا غَسْلُهُ لِلضَّرُورَةِ، وَاسْتِصْحَابًا لِحُكْمِ الصِّغَرِ “Pandangan yang paling muktamad (asah), Abu Zaid mengatakan: “Harus bagi lelaki dan wanita memandikan jenazah khunsa musykil disebabkan darurat, dan kekal hukum bagi hukum kanak-kanak. “[3] Pandangan yang sama dinyatakan oleh al-Khatib al-Syarbini di dalam kitab Mughni al-Muhtaj yang mana beliau menyatakan ia adalah sama dengan hukum jenazah kanak-kanak dan beliau menegaskan ini merupakan pandangan muktamad dan kesepakatan ashab mazhab Syafi’i“ [4].    RUJUKAN [1] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah (20/ 22) الْخُنْثَى الْمُشْكِل: هُوَ مَنْ لاَ يَتَبَيَّنُ فِيهِ عَلاَمَاتُ الذُّكُورَةِ أَوِ الأُْنُوثَةِ، وَلاَ يُعْلَمُ أَنَّهُ رَجُلٌ أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ تَعَارَضَتْ فِيهِ الْعَلاَمَاتُ ، فَتَحَصَّل مِنْ هَذَا أَنَّ الْمُشْكِل نَوْعَانِ: نَوْعٌ لَهُ آلَتَانِ، وَاسْتَوَتْ فِيهِ الْعَلاَمَاتُ، وَنَوْعٌ لَيْسَ لَهُ وَاحِدَةٌ مِنَ الآْلَتَيْنِ وَإِنَّمَا لَهُ ثُقْبٌ. (2) [2]  Al-Nawawi, Abu Zakariya Mahya al-Din, al-Majmuk Syarh al-Muhadzzab , Dar al-Fikr, J : 5 P: 147 إذَا مَاتَ الْخُنْثَى الْمُشْكِلُ فَإِنْ كَانَ هُنَاكَ مَحْرَمٌ لَهُ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ النِّسَاءِ غَسَّلَهُ بِالِاتِّفَاقِ [3] Al-Nawawi, Abu Zakariya Mahya al-Din, 1991. Raudhah al-Talibin wa ‘Umdatun al-Muftin. Bayrut : al-Maktabah al-Islami, cet : 3. J:2 P: 105 [4] Al-Khatib al-Syirbini, Syamsuddin. 1994. Mugni al-Muhtaj Ila Ma’rifah  Ma’ani al-Fazd al-Minhaj.  Dar al-Kitab Ilmiah. J:2  P: 12 وَالْخُنْثَى الْكَبِيرُ الْمُشْكِلُ يُغَسِّلُهُ الْمَحَارِمُ مِنْهُمَا، فَإِنْ فُقِدُوا غَسَّلَهُ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ لِلْحَاجَةِ وَاسْتِصْحَابًا لِحُكْمِ الصِّغَرِ كَمَا صَحَّحَهُ فِي  الْمَجْمُوعِ وَنَقَلَهُ عَنْ اتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ
347
Mukadimah Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mempraktikkan sistem pilihan raya dalam memilih pemimpin kebiasaannya dilaksanakan pada setiap lima tahun sekali. Pada kali ini, tarikh PRU-15 jatuh pada 19 November 2022 seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Dengan tarikh yang semakin hampir bahang pilihanraya dalam kalangan rakyat Malaysia semakin terasa, dan setiap parti serta calon masing-masing berkempen untuk memenangi hati para pengundi supaya rakyat akan memilih mereka pada hari pengundian kelak. Namun dalam keghairahan berkempen, adab dan akhlak hendaklah dijaga dan dipelihara. Hal ini bertepatan dengan nilai-nilai Islam dan prinsip Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Pengumuman tarikh penamaan calon pada 5 November 2022 dan PRU-15 pada 19 November 2022 memberi peluang kepada semua pihak untuk berkempen selama 14 hari. Namun dalam masa berkempen, semua pihak hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi melancarkan proses pilihan raya buat kali ini. Untuk memastikan aktiviti kempen berjalan dengan lancar, semua pihak hendaklah menjaga etika dan tidak memulakan provokasi kepada pihak lawan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Islam juga mengajar umatnya agar sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian sesama manusia serta tidak melampaui batas. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ Maksudnya: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia hendaklah mengucapkan perkara yang baik atau diam " Riwayat al-Bukhari (6018) Memfitnah dan mengamalkan politik kotor terhadap pihak lawan bagi mencapai kepentingan politik merupakan satu tindakan yang sangat dilarang dalam Islam. Walaupun berbeza fahaman politik dan parti, setiap pihak wajar mengambil pendekatan yang baik dan matang dalam berkempen tanpa memburuk-burukan pihak lawan.  Ingatlah pesan Nabi SAW : وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لاَ يُلْقِي لَهَا بَالاً يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ Maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan kalimat yang dimurkai Allah SWT, tanpa mempedulikan akibatnya, dia akan terjerumus ke dalam neraka Jahannam disebabkan perkataannya itu. Sahih al-Bukhari (6478) Selain itu, ucapan ketika berkempen mestilah tidak dicemari dengan cacian, hinaan,  tuduhan tanpa bukti dan seumpamanya terhadap pihak lawan. Hal ini merupakan perkara yang dilarang oleh Allah SWT dalam firman-Nya: إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). Surah al-Nur (19) Perbuatan membawa dan menyebarkan berita, maklumat atau perkara yang tidak diketahui pucuk pangkalnya juga dilarang melalui sabda Rasulullah SAW: لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ Maksudnya: Tidak akan masuk syurga qattat (golongan yang membawa cerita sedangkan dia hanya mendengar-dengar daripada orang lain tanpa diketahui pucuk-pangkal cerita tersebut). Sahih al-Bukhari (6056) Rasuah dan sogokan juga satu tindakan yang dilarang dan merupakan satu kesalahan jenayah yang serius menurut undang-undang di Malaysia, bahkan juga menurut syarak. Rayuan undi dengan memberi sogokan atau rasuah kepada pengundi merupakan tindakan yang tidak beretika serta haram di sisi syarak, malah tidak sepatutnya menjadi budaya masyarakat Malaysia. Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA, Nabi SAW bersabda: لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي Maksudnya: Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah Riwayat Ibn Majah (2313) Bagi para pengundi, calon yang kompeten dan berintegriti merupakan pilihan utama dalam memacu negara ke arah yang lebih cemerlang berdasarkan keperluan dan kehendak negara. Ini selaras dengan dua kriteria utama yang perlu diambil kira dalam memilih pemimpin berdasarkan firman Allah SWT: إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ Maksudnya: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah." Surah al-Qasas (26) Di samping itu, dalam memilih pemimpin, para pengundi mestilah memastikan mereka yang diundi boleh memimpin dalam menguruskan urusan negara mengikut maslahat dunia dan juga akhirat.  Ibn Khaldun berkata: هي حمل الكافّة على مقتضى النّظر الشّرعي في مصالحهم الأخرويّة والدّنيويّة الرّاجعة إليها إذ أحوال الدّنيا ترجع كلّها عند الشّارع إلى اعتبارها بمصالح الآخرة فهي في الحقيقة خلافة عن صاحب الشّرع في حراسة الدّين وسياسة الدّنيا به Maksudnya: (Kepimpinan itu bermaksud) Tanggungjawab memikul segala urusan mengikut piawaian syarak dalam mengurus maslahat manusia di dunia dan akhirat. Hal ini kerana urusan dunia di sisi syarak dilihat kepada maslahah (kepentingan) akhirat. Justeru, secara hakikatnya, pemimpin merupakan wakil Allah SWT dalam menjaga agama dan menguruskan hal ehwal dunia dengan panduan agama.[1] Kepentingan menyelidik dan meneliti sebarang maklumat berkaitan politik juga tidak boleh dipandang enteng, khasnya pada zaman ledakan teknologi dan kepantasan peredaran maklumat. Semak terlebih dahulu sebarang informasi yang dibaca di media sosial dan rajinkan diri bertanya kepada ahlinya atau merujuk kepada sumber asal bagi mencari kebenaran tentang sesuatu perkara. Ini selaras dengan konsep tabayyun yang diperintahkan oleh Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu golongan dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Surah al-Hujurat (6) Berhati-hatilah dalam  menyebarkan sebarang maklumat  atau sebaran mesej yang belum pasti kesahihannya.  Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda: كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ Maksudnya: Cukuplah seseorang itu dikira berdosa jika dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya.” Riwayat Muslim (4482) Bagi pengundi yang masih tidak dapat membuat keputusan dalam memilih calon, sebaiknya mereka memohon petunjuk daripada Allah SWT agar dipermudahkan dalam urusan memilih calon yang berkelayakan. Perkara ini sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Nabi SAW supaya menunaikan solat sunat istikharah dua rakaat lalu berdoa. Anas bin Malik R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَ Maksudnya: Orang yang beristikharah tidak akan merasa kecewa. Riwayat Imam al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, 6/365 hadith nombor 6627 Antara doa yang disarankan pula ialah: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي Maksudnya: Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Riwayat al-Bukhari (6382) Selain itu, rakyat Malaysia hendaklah sentiasa prihatin dalam menjaga kesihatan, keselamatan serta keharmonian negara pada masa berkempen mahupun ketika mengundi. Pada masa yang sama semua pihak hendaklah menjaga keharmonian dan juga mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim ketika berkempen tanpa melihat batas agama dan bangsa walaupun berbeza fahaman politik. Ini bagi menunjukkan rakyat Malaysia matang dan bersatu dalam apa jua keadaan bagi meneruskan kestabilan dan kemakmuran negara.  Akhir kalam, semoga Allah SWT menganugerahkan Malaysia negara yang aman dan makmur dalam keredaan-Nya, yang melaksanakan keadilan kepada setiap rakyat, memelihara hak golongan tertindas dan yang menegakkan Islam dalam setiap sudut kehidupan. Firman Allah SWT: بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ Maksudnya: (Negeri kamu ini ialah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu ialah) Tuhan yang Maha Pengampun! Surah al-Saba’ (15) Wallahu a‘lam.   [1] Ibn Khaldun Abu Zaid Wali al-Din al-Hadramiy al-Isbiliy, Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Tarikh al-‘Arab wa al-Barbar wa min ‘Asirihim min Zawi al-SYa’n al-Akbar. (Beirut: Dar al-Fikr, 1408H) hlm. 239
348
SOALAN Assalamualaikum Tuan Mufti. Saya ingin bertanya, adakah semua kata larangan yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW membawa kepada pengharaman perbuatan tersebut?. Mohon pencerahan. Terima kasih.   RINGKASAN JAWAPAN Majoriti ulama berpendapat bahawa lafaz al-Nahy yang tidak diiringi tanda (qarinah) yang mengubahnya kepada maksud yang lain maka menunjukkan kepada makna haram. Sementara itu, bagi lafaz al-Nahy yang diringi dengan tanda (qarinah) yang mengubahnya dari maksud haram kepada maksud yang selainnya, maka maksud lafaz al-Nahy itu akan berubah berdasarkan tanda-tanda yang tertentu.   HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Dalam ilmu usul fiqh, terdapat perbahasan mengenai satu istilah bernama al-Nahy yang bermaksud larangan. Ia merupakan salah satu perkara yang dibincangkan dalam perbahasan di bawah tajuk cara-cara menetapkan sesuatu hukum dan kaedah-kaedah penemuannya. Pengertian al-Nahy dari segi Bahasa dan Istilah Menurut Ibn Manzur kalimah al-Nahy dari sudut Bahasa ialah perkataan lawan bagi al-Amr (kata suruhan). Ia bermaksud menegah atau menahan. Manakala al-Fairuzabadi menyatakan ia bermaksud permintaan untuk menahan dari sesuatu. Menurut ahli ilmu Nahu pula ia bermaksud permintaan untuk meninggal sesuatu perbuatan dengan menggunakan huruf Lam al-Nahiyah (لا) dan huruf terakhir pada perkataan berbaris sukun (mati)  jika ianya sedang atau akan berlaku. (Rujuk Lisan al-Arab, 15/343 dan al-Mu’jam al-Wasit, 2/960) Manakala dari sudut istilah syarak ia mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh para ulama: Menurut Dr. Muhammad Abu Nur Zuhair, al-Nahy bermaksud percakapan yang meminta untuk meninggalkan (sesuatu perbuatan) dengan menggunakan selain dari lafaz كف )tinggalkan( seperti perkataan ذر (tinggalkanlah) atau دع  (tinggalkan).  (Rujuk Usul al-Fiqh, 2/177) Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan pula menjelaskan al-Nahy adalah: permintaan untuk meninggalkan perlakuan sesuatu perbuatan dalam kedudukan yang tinggi (menguasai) dengan lafaz yang menunjukkan ke atas makna itu. (Rujuk: Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, 238) Faedah, Makna dan Lafaz Al-Nahy Bentuk lafaz al-Nahy yang menunjukkan ke atas larangan atau tegahan melakukan sesuatu perbuatan itu ialah lafaz (لا تفعل) yang bermaksud “jangan lakukan”. Namun begitu, lafaz ini mempunyai maksud yang pelbagai berdasarkan konteks ayat yang menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Antara maksudnya ialah: Al-Tahrim (haram); sepertimana firman Allah SWT yang berbunyi: وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا Maksudnya: dan janganlah engkau mendekati perbuatan zina. Surah Al-Isra’ (32) Al-Karahah (makruh); sepertimana yang terdapat dalam hadis Nabi SAW bersabda: لا يمسكن أحدكم ذكره بيمينه وهو يبول Maksudnya: Jangan sesekali seorang pun dari kalian memegang kemaluannya dengan tangan kanannya ketika dia kencing. Riwayat Muslim (267) Al-Irsyad (petunjuk); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT: لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ Maksudnya: Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu. Surah al-Maidah (101) Al-Dua’ (doa); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT: رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Surah Ali-Imran (8) Al-Tahqir (penghinaan); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT: وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْهُمْ Maksudnya: Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya. Surah Taha (131) Bayan al-Aqibah (penerangan hukuman); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT: وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ Maksudnya: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Surah Ibrahim (42) Al-Ya’su (putus asa); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ Maksudnya: Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini. Surah al-Tahrim (7) Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa lafaz al-Nahy merupakan suatu kata larangan yang mempunyai pelbagai maksud dan kehendak berdasarkan konteks ayat yang terkandung dalam sesebuah ungkapannya. Adakah al-Nahy memberikan makna haram? Ulama usul fiqh mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai lafaz al-Nahy. Namun begitu, majoriti ulama berpendapat bahawa lafaz al-Nahy yang tidak diringi dengan tanda (qarinah) yang boleh mengubahnya kepada maksud lain maka ianya menunjukkan makna haram. Hal ini sepertimana lafaz suruhan (الأمر) yang menunjukkan kepada penentuan hukum wajib. Oleh yang demikian, lafaz al-Nahy yang tidak disertai dengan tanda yang mengubahnya kepada maksud lain maka ianya membawa maksud haram.  Imam Jamaluddin al-Isnawi ada menukilkan pendapat Imam al-Syafie yang menyatakan bahawa: وما نهى عنه فهو على التحريم، حتى يأتي دلالة عنه على أنه أراد غير التحريم Maksudnya: Sesuatu yang dilarang maka ianya bermaksud haram, sehingga terdapat sesuatu yang menunjukkan bahawa ia bermaksud selain dari haram. (Rujuk: Nihayah al-Sul, 1/435) Majoriti ulama menyatakan dalil yang menyokong bahawa lafaz al-Nahy membawa maksud haram ialah berdasarkan firman Allah SWT yang berbunyi: وما نهاكم عنه فانتهوا Maksudnya: Dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Surah al-Hasyr (7) Imam Jamaluddin al-Isnawi ada menukilkan pendalilan Imam al-Baidawi berdasarkan ayat al-Quran di atas dengan menyatakan bahawa Allah SWT menyuruh hamba-Nya agar meninggalkan segala perkara yang dilarang. Oleh itu, meninggalkan perkara yang dilarang merupakan satu kewajipan. Hal ini kerana ulama usul fiqh bersepakat bahawa lafaz suruhan (الأمر) bermaksud wajib. (Rujuk: Nihayah al-Sul, 1/435)   KESIMPULAN Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, lafaz al-Nahy yang tidak diiringi tanda yang mengubahnya kepada maksud yang lain maka menunjukkan kepada makna haram. Sementara itu, bagi lafaz al-Nahy yang diringi dengan tanda yang mengubahnya dari maksud haram kepada maksud yang selainnya, maka maksud lafaz al-Nahy itu akan berubah mengikut tanda yang mengiringinya. Oleh yang demikian, tidak semua lafaz al-Nahy itu akan membawa maksud haram, akan tetapi perlu melihat kepada konteks sesebuah ayat yang menunjukkan kepada kehendak sesuatu ungkapan.
349
Soalan:  Assalamualaikum wa rahmatullah.   Saya pelajar perempuan jurusan agama di timur tengah yang ditaja penuh zakat sebuah negeri setiap tahun pengajian. Soalan saya:   1- Adakah saya wajib membayar zakat sendiri yakni bukan wali saya yang bayarkan?  Jika saya wajib bayar sendiri, maka,  2- Bagaimanakah caranya untuk saya bayar sendiri kepada faqir miskin? Apakah kaifiyah nya?  Terima kasih.    Jawapan:  Waalaikumussalam wbt,     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.  Zakat fitrah adalah juga dikenali sebagai zakat badan merupakan satu bentuk zakat yang wajib atas setiap individu Muslim menunaikannya setiap tahun. Daripada Ibn Umar R.Anhuma  dia berkata:  فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى العَبْدِ وَالحُرِّ، وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى، وَالصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ مِنَ المُسْلِمِينَ، وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ  Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan,yang muda dan yang tua, daripada kalangan Muslimin, dan baginda menyuruh agar ditunaikan sebelum manusia keluar menuju solat (Hari Raya).”  Riwayat al-Bukhari (1503)  Ada tiga syarat wajib zakat fitrah:  Islam  Waktu, yakni selepas maghrib hari terakhir Ramadhan dan bermulanya malam raya.  Al-yasar (berkemampuan).   Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/97-98) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili hafizhahullah    Jika seseorang itu menafkahi (menanggung) seseorang atas sebab nikah (isteri, anak-anak), kaum kerabat (ibu ayah, saudara) dan khidmat (hamba) maka wajib seseorang itu membayarkan zakat fitrah bagi tanggungannya jua. Kaedah menyatakan:  كُلُّ مَن تَلْزَمُهُ نَفْقَةُ غَيْرِهِ تَلْزَمُهُ فِطْرَتُهُ  Maksudnya: Barangsiapa yang wajib menafkahi seseorang, wajib jua menunaikan fitrahnya.   Rujuk Taqrirat al-Sadidah - Qism Ibadah (Hal. 419) oleh Syeikh Hasan al-Kaf hafizhahullah  Justeru secara umumnya wajib ke atas usul (ayah, datuk, ibu, nenek dan hingga ke atas) untuk membayarkan zakat anak perempuannya.   Namun begitu, ini tertakluk kepada tiga syarat wajib [al-Mu`tamad (4/288-289)]:  Usul berkemampuan daripada segi ekonomi.  Furu` (anak-anak) masih lagi kecil, belum baligh  Furu` ialah seorang yang faqir tidak mampu berkerja.   Maka, jika seorang anak perempuan tidak memenuhi syarat-syarat wajib ini maka tidak wajib ke atas ayahnya untuk menafkahinya seterusnya membayarkan zakat fitrah bagi pihaknya.   Justeru, dalam kes di atas, kami cenderung kepada pandangan bahawa saudari yang bertanya wajib membayar sendiri zakat fitrah jika saudari berkemampuan khususnya kerana saudari mendapat tajaan penuh. Berdasarkan pengalaman kami, menjadi kebiasaan untuk para pelajar Malaysia yang belajar di Timur Tengah membayar sendiri zakat fitrah mereka. Apatahlagi jumlah zakat fitrah tidaklah mahal sekadar 2.6-2.75kg daripada makanan ruji kebiasaan setempat (ghalib qut al-balad).  Namun, jika bapa saudari mahu membayarkan maka hukumnya adalah harus dan sah tetapi dengan keizinan saudari.  Rujuk al-Mu`tamad 2/102).  Daripada segi hukum, zakat fitrah sah dibayar sendiri kepada asnaf, atau menggunakan wakil. Wajib disertakan niat ketika menyerahkan kepada asnaf, atau wakil dengan sighah seperti: Ini fardhu zakat daripada hartaku, Ini fardu sedekah daripada hartaku, inilah dia zakat daripada hartaku yang difardukan, atau yang diwajibkan. Ini bagi membezakan dengan sedekah sunat, nazar dan kafarah. Rujuk al-Mu`tamad (2/127-128).  Adapun bagaimana cara hendak bayar sebaiknya berhubung dengan persatuan pelajar Malaysia tentang kebiasaan yang dilakukan di sana. Cara ini lebih memudahkan khususnya untuk mengetahui saluran yang betul seperti mengenalpasti asnaf dan cara membayarnya.  Wallahua’lam.
350
Salah Faham Sesetengah pihak mengatakan, dalam konteks masyarakat majmuk kita perlu menerima pluraliti atau kepelbagaian agama yang ada. Penerimaan tersebut pula tidak sempurna kecuali dengan mengakui kesamarataan dan kesaksamaan semua agama. Ini bagi menjamin sikap toleransi yang benar-benar ikhlas dalam kalangan penganut antara agama. Ia juga bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil-‘Alamin yang dianjurkan oleh Islam. Adakah kenyataan ini bertepatan dengan ajaran Islam?   Pencerahan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa Islam merupakan agama yang bersifat universal ('alamiyyah). Ia diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia tanpa membeza-bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih dan gelap, antara bangsa Arab dan bukan Arab dan seterusnya. Islam tidak pernah sekali-kali mengajak kepada ‘asabiyyah dan perkauman bahkan Islam mengizinkan bukan Islam untuk bersama-sama tinggal di dalam tanahair yang sama dengan penuh aman dan bahagia. Al-Qur'an al-Karim dengan jelas menyatakan secara berulang kali bahawa Islam merupakan agama yang bersifat 'universal' sehingga mengulang sebanyak lebih 70 kali kalimah al-'alamin yang membawa maksud alam sejagat atau sekalian alam. Menurut Qatadah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya kalimah al-'alamin merupakan perkataan jamak bagi alam yang bermaksud semua yang wujud melainkan Allah SWT. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 1/138) Antara sumber wahyu yang merakamkan kenyataan ini adalah firman Allah SWT di dalam surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ  Maksudnya: “Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”. Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya, di dalam ayat ini Allah SWT mengkhabarkan bahawa Dia menjadikan Muhammad sebagai rahmat bagi mereka (umat) semua, barangsiapa yang menerima rahmat ini lalu beriman dan membenarkannya maka dia beroleh rahmat dan sesiapa yang melakukan sebaliknya maka dia akan kerugian di dunia dan akhirat. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 5/338) Ini jelas menunjukkan bahawa pengertian Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat sekalian alam bukan membawa maksud menyeru kepada pluralisme agama. Sebaliknya ia suatu penegasan daripada Allah SWT, bahawa Baginda membawa rahmat Islam yang boleh menjamin kebahagian dan keamanan manusia dan alam jagat. Maka merugilah kepada manusia yang tidak menerima dan menjadikannya sebagai pegangan hidup sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Kathir di atas. Pluralisme agama pula adalah satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama. Sebahagian umat Islam masih terkeliru dengan perbezaan antara pluraliti agama dan pluralisme agama. Pluraliti agama adalah fakta kewujudan kepelbagaian dan perbezaan agama-agama di dunia. Sebagai fakta, pluraliti merupakan ketentuan Tuhan atau Sunnatullah, oleh kerana itu ia adalah sesuatu yang tidak mungkin dinafikan. Manakala pluralisme agama adalah pandangan, fikiran, sikap dan pendirian seseorang terhadap realiti kepelbagaian dan fakta perbezaan tersebut. Secara khususnya pluralisme agama adalah pandangan, fikiran, keyakinan bahawa agama-agama yang pelbagai dan berbeza-beza itu mempunyai kesamaan dari segi ontologi, soteriologi dan epistemologi. Seperti dikemukakan Peter Byrne, professor di King’s College London UK, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga tesis. Pertama, semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya merujuk dan mengisyarat kepada suatu realiti tunggal yang transcendent dan suci. Kedua, semuanya sama-sama menawarkan jalan keselamatan. Dan ketiga, semuanya tidak ada yang final. Ertinya, setiap agama mesti senantiasa terbuka untuk dikritik dan diteliti kembali.   Antara tokoh-tokoh yang mengembangkan fahaman pluralisme agama adalah seperti Raimundo Panikkar (seorang paderi Katolik kelahiran Sepanyol), Wilfred Cantwell Smith (pengasas dan mantan pengarah Institute of Islamic Studies di McGill University Canada), Fritjhof Schuon (bekas penganut Kristian yang pergi mengembara dan keluar masuk pelbagai macam agama) dan John Hick (profesor teologi di Claremont Graduate School California USA). (Lihat Prolegomena to Religious Pluralism, 191) Pluralisme agama juga bukan bermakna toleransi agama. Islam sememangnya agama yang toleran dan mengajarkan toleransi kepada umatnya sejak dari awal. Malah, Islam sama sekali tiada masalah dengan toleransi agama. Apa yang menjadi masalah adalah apabila ajaran toleransi Islam cuba dikaitkan dengan pluralisme agama, lalu disimpulkan bahawa Islam adalah agama yang mengajarkan persamaan semua agama. Sedangkan tokoh-tokoh pluralis sendiri menafikan toleransi agama itu sebagai pluralisme agama. Ini sebagaimana yang dinyatakan Diana L. Eck: “Pluralism is not just tolerance, but the active seeking of understanding across lines of difference. Tolerance is a necessary public virtue, but it does not require Christians and Muslims, Hindus, Jews, and ardent secularists to know anything about one another. Tolerance is too thin a foundation for a world of religious difference and proximity.”[1] Oleh itu, anggapan bahawa pluralisme agama adalah sama dengan toleransi agama merupakan anggapan yang subjektif, sangat semberono dan kurang cermat berpunca daripada kegagalan seseorang untuk memahami hakikat doktrin pluralisme agama. Malah, tanggapan ini ditolak mentah-mentah pendukung pluralisme agama sendiri sebagaimana dinyatakan di atas. Justeru, bagi membenteng diri daripada terjebak ke dalam kekeliruan pluralisme agama, terdapat lima perkara yang menjadi prinsip aqidah seorang muslim yang wajib difahami. Kelima-lima prinsip ini penting bagi memastikan seseorang muslim itu mengekalkan jati dirinya walaupun dia berada di tengah-tengah masyakarat yang berbilang kaum dan agama. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:   Pertama: Hanya Islam Agama Yang Haq Berkeyakinan teguh bahawa hanya Islam agama yang benar manakala agama lain adalah tertolak di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 19 : إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ Maksudnya: “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”. Implikasinya, mereka yang menganut agama lain tidak diterima oleh Allah SWT dan mereka di akhirat kelak adalah golongan yang rugi. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 85 : وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ Maksudnya: “Dan barangsiapa yang mencari agama lain selain Islam, maka dia tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak daripada orang yang rugi”. Ini menafikan dakwaan doktrin pluralisme agama yang mengatakan bahawa tiada agama memiliki kebenaran mutlak. Nas syarak jelas menunjukkan hanya Islam agama yang benar dan diterima Allah SWT.   Kedua: Tiada Titik Pertemuan Antara Islam dan Agama Lain di Akhirat Kelak Berkeyakinan teguh bahawa agama selain Islam adalah kufur. Kufur bermaksud "naqidh al-iman" iaitu "lawan iman" atau "kontra-iman". (Lihat Tafsir al-Maturidi, 1/ 168) Orang yang kufur digelar kafir. Itu adalah istilah yang diberikan al-Qur'an bagi membezakan seorang muslim dengan bukan muslim dan seharusnya bukan muslim menghormati doktrin yang terkandung di dalam kitab suci umat Islam. Di samping itu tiada titik pertemuan akan berlaku antara orang Islam dan orang kafir di akhirat kelak. Ini seperti yang sering dicanangkan oleh golongan pluralis bahawa kononnya manusia pelbagai agama sebenarnya bersatu pada titik metafiziknya. Hal ini tidak benar dan amat bertentangan dengan logik akal. Hakikatnya Islam dan kufur adalah amat bertentangan dan tiada titik pertemuan di akhirat kelak. Ia seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 6 : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَـٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ ﴿٦﴾ إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧﴾ جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ Maksudnya: “Sesungguhnya orang kafir dalam kalangan ahli kitab dan musyrikin itu di dalam neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya dan mereka itu adalah seburuk-buruk kejadian. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh itu, mereka adalah sebaik-baik kejadian. Balasan mereka di sisi Allah adalah syurga-syurga Adnan yang mengalir di bawahnya sungai-sungai mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, Allah redha terhadap mereka dan mereka redha terhadap-Nya, demikian itu bagi sesiapa yang takut kepada Tuhannya”. Bermakna, tiada titik pertemuan antara Islam dan kufur di akhirat kelak. Ini kerana, Islam akan membawa seseorang itu kekal di dalam syurga buat selama-lamanya, manakala kekufuran akan membawa seseorang itu kekal abadi di dalam neraka.   Ketiga: Islam Adalah Syarat Amal Kebaikan Diterima Allah SWT Amalan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang kafir adalah sia-sia (tidak beroleh pahala) dan tidak diterima oleh Allah SWT di akhirat kelak termasuk orang Islam yang murtad keluar dari agama Islam. Ini sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nur ayat 39: وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّـهَ عِندَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّـهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.” Ini menolak doktrin pluralisme agama yang mendakwa bahawa kepercayaan semua agama boleh membawa kepada keselamatan atau penerimaan Allah SWT di akhirat kelak. Sedangkan jelas menunjukkan bahawa Allah SWT tidak mengurniakan pahala atas amal kebaikan golongan bukan Islam.   Keempat: Islam Bukan Kelangsungan Daripada Agama Lain Islam bukan suatu agama yang terhasil daripada kesinambungan agama-agama terdahulu seperti Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian. Sesetengah umat Islam terpengaruh dengan dakwaan kononnya ajaran-ajaran agama tersebut semuanya merupakan ajaran nabi-nabi terdahulu. Oleh itu, Islam tidak lain hanyalah satu kelangsungan terhadap apa yang dibawa oleh agama-agama tersebut. Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Apa yang benar adalah semua nabi terdahulu hanya membawa agama Islam yang mentauhidkan Allah SWT. Ia jelas melalui nas-nas al-Qur'an seperti dalam surah Ali-Imran ayat 67: مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَـٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ Maksudnya: “Dan tidaklah Ibrahim itu seorang Yahudi dan juga Nasrani tetapi dia adalah seorang hanif dan muslim dan tidaklah dia daripada kalangan musyrikin”. Demikian juga Allah SWT menjelaskan bahawa dasar agama yang dibawa oleh setiap nabi itu adalah sama dan menegah hamba-hamba-Nya daripada berselisih dalam perkara tersebut. Firman Allah SWT dalam surah al-Syura ayat 13: شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ  Maksudnya: “Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat).”  Maka bagaimana agama tauhid yang dibawa oleh para nabi terdahulu boleh dikaitkan dengan agama-agama kufur yang ada pada hari ini? Ini adalah salah satu jarum halus golongan pluralis untuk merosakkan aqidah Islam dan menyamaratakannya dengan agama lain.    Kelima: Kewajipan Bara’ah daripada Memperakui Kepercayaan dan Peribadatan Agama Lain  Perlu meletakkan segala kesetiaan dan ketaatan hanya kepada agama Islam dan berlepas diri (bara’ah) daripada sebarang unsur-unsur yang mengiktiraf kepercayaan dan peribadatan agama lain. Firman Allah SWT dalam surah al-Kafirun ayat 1-6 : قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿١﴾ لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿٢﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٣﴾ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴿٤﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٥﴾ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ  Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Menurut Imam Ibn Kathir, surah ini merupakan surah al-Bara’ah (pelepasan diri) daripada amalan yang diamalkan oleh orang musyrikin. Ayat tiga yang bermaksud “Dan tidaklah aku menyembah apa yang kamu sembah” bermakna aku tidak beribadat dengan ibadat kamu iaitu tidak mengambil jalan itu dan mengikutinya, sebaliknya aku menyembah Allah SWT berdasarkan cara yang disuruh dan diredhainya. Manakala ayat empat yang bermaksud “Dan tidaklah kamu menyembah apa yang aku sembah” bermakna kamu tidak mengikut perintah-perintah Allah SWT dan syariat-Nya dalam beribadat bahkan kamu telah mereka-reka sesuatu daripada diri kamu sendiri. Ianya bersamaan dengan firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 41: وَإِن كَذَّبُوكَ فَقُل لِّي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ ۖ أَنتُم بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَا بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ Bermaksud: “Dan sekiranya mereka membohongi kamu maka katakanlah bagiku amalanku dan bagi kamu amalan kamu, (ibadat) kamu tidak berkaitan dengan amal (ibadat) ku dan aku berlepas diri dengan segala (ibadat) yang kamu kerjakan.” Begitu juga dengan ayat 15 surah al-Syura: لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ Maksudnya: “Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat) kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 4/103 & 532) Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh menyamakan kepercayaan dan peribadatan agama lain dengan kepercayaan dan peribadatan dalam Islam seperti yang diyakini oleh golongan pluralis. Oleh itu, umat Islam diwajibkan berlepas diri daripada segala kepercayaan dan peribadatan mereka dalam memelihara keimanan kita kepada Allah SWT.   Kesimpulan Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa, Islam adalah agama rahmat yang bersifat universal, penuh toleransi dan menerima hakikat wujudnya pelbagai agama (pluraliti) di muka bumi ini. Namun demikian, ia bukan bermakna Islam menyeru kepada kesamarataan agama seperti yang dipercayai dalam ajaran pluralisme agama. Justeru, kami menyokong penuh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 74 pada 25 – 27 Julai 2006 berkenaan gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman-fahaman menyeleweng termasuk konsep pluralisme yang disenaraikan sebagai salah satu doktrin yang sesat lagi menyesatkan. Muzakarah menyimpulkan bahawa pluralisme agama adalah satu konsep yang berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality), bererti semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung. Akhirnya, semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya buat kita semua agar sentiasa berada di atas jalan-Nya yang lurus, dan menjauhkan kita daripada jalan yang menyimpang. Wallahu a’lam.   Nota Hujung: [1] http://pluralism.org/what-is-pluralism/
353
Soalan Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanyakan soalan, adakah boleh menyertai program kutu emas? Mohon penjelasan Datuk Mufti. Terima kasih.   Ringkasan Jawapan Hukum menyertai program kutu emas adalah harus sekiranya ia mempunyai dua gambaran yang kami nyatakan dalam huraian di bawah. Ringkasnya: Bagi gambaran pertama hukumnya harus sepertimana kutu duit yang biasa diamalkan iaitu mengambil hukum akad qurud mutabadilah yang dibenarkan sebahagian ulama. Kemudian, dalam hal pembelian emas pula, tidak berlakunya riba nasi’ah (bertangguh) oleh kerana emas dibeli dengan harga semasa dan secara tunai oleh pemilik giliran. Bagi gambaran kedua juga hukumnya harus. Perjanjian yang dibuat antara “Mak Kutu” dan ahli kutu melibatkan locked price dan jual beli emas pada waktu tertentu wajib dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat berdasarkan prinsip perjanjian bersama (muwa’adah). Sebarang pelanggaran janji sekiranya mengakibatkan kerugian pada suatu pihak, maka pihak yang melanggar janji perlulah menanggung kos kerugian sebenar tersebut. Begitu juga hutang yang berlangsung sesama ahli kutu adalah harus melihat kepada keharusan qurud mutabadilah sama seperti gambaran pertama di atas. Perkara lain yang perlu diambil kira ialah syarat-syarat di atas terpakai untuk semua jenis emas sama ada emas jongkong mahupun emas perhiasan. Tidak dilupakan juga, keharusan program kutu tersebut juga bergantung kepada undang-undang yang berkaitan.   Huraian Jawapan Sebagai pendahuluan, bermain kutu merujuk kepada sekumpulan individu yang menyumbang wang dalam kadar yang sama pada setiap bulan. Cabutan atau undian akan dilakukan bagi menentukan siapa yang berhak menerima duit kutu yang dikumpulkan itu secara bergilir-gilir. Ternyata ia sebagai salah satu cara bagi meringankan beban kewangan dan juga hutang. Pada dasarnya, hukum bermain kutu adalah harus selagi mana ia tidak mengandungi unsur penipuan dan juga penindasan. Ia juga mengambil hukum akad pinjam meminjam (Qurud mutabadilah) yang dibenarkan sebahagian ulama.[1] Dalam konteks kutu ini, manfaat yang diperolehi adalah pada semua pihak, dan bukannya hanya pada satu pihak sahaja. Maka, atas dasar itu ia dibenarkan. Penjelasan lanjut berkenaan hukum bermain kutu telah kami jawab dalam artikel al-Kafi li al-Fatawi bertajuk Hukum Main Kutu.[2] Namun, bagaimana pula sekiranya produk yang diperolehi ialah emas dan bukannya wang ringgit sebagaimana kebiasaan? Memandangkan terdapat banyak model pelaksanaan program kutu emas ini, kami fokuskan kepada dua gambaran sahaja. Huraiannya seperti berikut: Gambaran Pertama: Ali, Abu dan Bakar bersepakat untuk membeli emas 1 Dinar setiap seorang dengan cara bermain kutu. Andai kata harga emas 1 Dinar ketika itu ialah RM900. Maka mereka membuat perjanjian kutu agar masing-masing membayar sebanyak RM300 seorang selama tiga bulan. Seterusnya, mereka mencabut undi untuk menentukan giliran bagi membeli emas 1 Dinar tersebut. Apabila tiba akhir bulan, ahli yang menerima hasil kutipan bulanan sebanyak RM900 itu akan pergi ke kedai emas untuk membeli emas atau sebagainya berpandukan kepada harga semasa. Penggunaan duit tersebut terserah kepada hasrat dan keinginan giliran masing-masing. Sekiranya berlaku kenaikan harga emas dan dia masih ingin memiliki emas tersebut, maka dia perlu menambah wang dari kocek sendiri untuk mencukupkannya. Begitu juga sekiranya harga emas menurun, maka baki duit hasil belian emas tetap menjadi miliknya. Bahkan sekiranya dia membuat keputusan untuk membatalkan hasrat membeli emas sekalipun, keseluruhan duit tetap menjadi hak miliknya. Pandangan Syarak: Berdasarkan gambaran pertama ini, hukum terlibat dengannya adalah harus melihat kepada persamaan seperti kutu duit yang biasa diamalkan iaitu mengambil hukum akad qurud mutabadilah yang telah kami sebutkan di atas. Kemudian, dalam hal pembelian emas pula, tidak berlakunya riba al-nasi’ah[3] oleh kerana emas dibeli dengan harga semasa dan secara tunai oleh pemilik giliran.[4] Gambaran Kedua: Seorang penganjur kutu emas atau disebut “Mak Kutu” mengumpul beberapa peserta. 'Mak Kutu' boleh jadi dilantik dalam kalangan ahli kumpulan atau orang luar yang boleh dipercayai. Kebiasaannya mak kutu memiliki stok emas yang diinginkan para peserta kutu. Contohnya, harga emas 1 Dinar ketika itu ialah RM900, maka mereka akan membuat perjanjian bersama “Mak Kutu” agar harga tersebut dikunci (locked price). Seterusnya, setiap ahli kutu akan membayar sebanyak RM300 setiap seorang selama tiga bulan. Mereka yang mendapat giliran akan menggunakan duit yang terkumpul untuk membeli emas dengan harga locked price secara tunai. Begitulah bulan-bulan seterusnya sehinggalah kesemua ahli kutu mendapat 1 dinar masing-masing. Pandangan Syarak: Bagi gambaran kedua pula, hukumnya juga harus melihat kepada locked price yang dibuat antara “Mak Kutu” dan ahli kutu merupakan suatu perjanjian bersama (muwa’adah) yang dibenarkan Syarak. Muwa’adah ialah suatu janji timbal balik yang dibuat oleh dua orang atau dua pihak untuk memasuki kontrak pada masa akan datang. Konsep janji yang dibuat bersifat terikat dari sudut ahli kutu berjanji untuk membeli emas tersebut pada tarikh tertentu dan “Mak Kutu” juga berjanji untuk menjual emas dengan harga yang dijanjikan pada awal. Sebarang pihak yang memungkiri janji perlu bertanggungjawab menanggung kos kerugian sebenar yang timbul disebabkan kemungkiran janji tersebut.[5] (Rujuk: Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, m/s 21-22) Lantaran itu, menepati janji adalah satu perbuatan yang wajib ditunaikan semampu mungkin. Jangan sesekali meninggalkannya dan diabaikannya. Ini kerana, jika diabaikan janji yang telah diucapkan, ia serba sedikit akan mencalarkan imej seseorang sebagai seorang Muslim. Pendirian ini bersandarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:   الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ Maksudnya: “Orang muslim itu berpegang pada janji mereka.” Riwayat Abu Daud (3594) Sheikh al-‘Azim Abadi mensyarahkan hadis ini, kata berkata: “Iaitu mereka tetap (dengan perjanjian yang telah dilakukan) dan tidak berpatah   balik.” (Rujuk: ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 9/373)[6] Tambahan pula, tiada unsur riba nasiah yang terjadi kerana wang akan dikumpul terlebih dahulu setiap bulan sebanyak RM900. Selepas wang diperoleh, barulah setiap ahli kutu menggunakan duit tersebut untuk membeli 1 keping dinar emas daripada “Mak Kutu” secara tunai dengan akad jual beli yang baru[7]. Begitu juga hutang yang berlangsung sesama ahli kutu adalah harus melihat kepada keharusan qurud mutabadilah sama seperti gambaran pertama di atas. Perkara lain yang perlu diambil kira ialah syarat-syarat di atas terpakai untuk semua jenis emas sama ada emas jongkong mahupun emas perhiasan. Perlu diingatkan juga, selain daripada perlu berhati-hati dari terjebak dengan perkara yang menyalahi hukum syarak, perlu juga dijelaskan bahawa ahli-ahli kutu perlu berhati-hati agar tidak diperdaya oleh sebahagian ibu kutu yang mengenakan yuran keahlian dan juga menuntut keuntungan dari semua ahli atau sebahagian mereka. Ini jelas menyalahi undang-undang persekutuan. Akhir kata, sebarang penyertaan dalam program kutu emas hendaklah menepati syarat-syarat yang disebutkan di atas. Pihak-pihak yang terlibat sewajarnya memahami secara terperinci terma dan syarat kontrak ataupun akad yang terlibat supaya tidak tergelincir melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Syarak. Wallahu a’lam. [1] Rujuk: Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asirah fi al-Mal wa al-Iqtisad, hlm. 230-236 [2] Lihat: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1673-hukum-main-kutu, laman web diakses pada 26/10/2021. [3] Riba al-Nasi’ah ialah riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan barang ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan. [4] Lihat: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4917-al-kafi-1817-hukum-membeli-emas-secara-ansuran [5] Rujukan tambahan: (AAOIFI, m/s 1191-1192), rujuk lampiran 1 [6] (‌الْمُسْلِمُونَ ‌عَلَى ‌شُرُوطِهِمْ) أَيْ ثَابِتُونَ عَلَيْهَا لَا يَرْجِعُونَ عَنْهَا [7] Iaitu jual beli emas tersebut tidak bersambung dengan perjanjian yang dibuat sebelumnya. Sebaliknya, perlu membuat satu akad khusus yang baru berkaitan jual beli emas antara peserta kutu dan “Mak Kutu” bagi mengelakkan gambaran jual beli emas secara ansuran.
354
Soalan: Assalamualaikum. Saya ada persoalan berkaitan makanan, adakah halal sekiranya zakar lembu dijadikan hidangan hidangan memandang sop torpedo yang mana bahannya dari (testi jantan lembu) merupakan menu makanan di kedai mamak. Mohon pencerahan SS Mufti. Ringkasan Jawapan: Zakar lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya jika dimakan kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan. Oleh itu, halal makan sop torpedo yang mana bahan asasnya adalah batang zakar lembu jantan. Huraian Jawapan: Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Sup torpedo ialah nama gelaran kepada sejenis sup yang menggunakan sebagai bahan asasnya batang pelir lembu jantan. Di Malaysia, sup torpedo ini biasanya dihidangkan di warung-warung atau restoran mamak. Sup torpedo ini biasanya akan dihidangkan dengan sebuku roti Benggali untuk mencicah sup tersebut. Dagingnya agak kenyal dan rasanya seperti daging lembu biasa.[1] Konsep makanan   yang halal mestilah   suci dan bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik” Imam al-Thabari Rahimahullah   menyatakan definisi toyyiban (baik) iaitu suci dan bersih dari najis dan halal.[2] Haiwan yang halal dimakan, maka keseluruhan bahagian anggota haiwan tersebut halal dimakan. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh : التَّابِعِ تَابِعٌ Maksudnya: “Sesuatu yang mengikut itu mengambil hukum yang asal.[3] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian anggota haiwan yang statusnya halal namun makruh hukumnya untuk dimakan. Hadis yang diriwayatkan daripada Mujahid bahawa Rasulullah SAW bersabda:  كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْرَهُ مِنْ الشَّاةِ سَبْعًا الدَّمَ وَالْمِرَارَ وَالذَّكَرَ وَالْأُنْثَيَيْنِ وَالْحَيَا وَالْغُدَّةَ وَالْمَثَانَةَ . Maksudnya: “ Baginda SAW tidak suka tujuh bahagian daripada kambing iaitu darah, pundi hempedu, zakar,  dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing,  Riwayat al-Baihaqi Imam al-Nawawi menilai riwayat Baihaqi tersebut dhaif, seterusnya beliau menukilkan pandangan daripada al-Khattabi yang menyatakan darah adalah haram menurut Ijma’ dan sebahagian anggota yang disebutkan dalam riwayat ini (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar, pundi kencing ) adalah makruh.[4]   Tujuh bahagian anggota tersebut tidak disukai kerana ia dianggap dijijik oleh citarasa manusia yang normal. Sementara makruh di sini membawa maksud makruh tahrim kerana enam bahagian haiwan dalam hadis tersebut (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing). Riwayat daripada Abu Hanifah juga, menyatakan enam bahagian anggota haiwan dalam hadis tersebut iaitu pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar, pundi kencing  adalah makruh kecuali darah yang telah sabit hukumnya haram.[5] Wallahu A'lam.   Rujukan: [1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Sup_torpedo [2]  Ibn Jarir al-Thabarir. Tafsir al-Thabari,2002, Muasasah al-Risalah (3/301). "طيبًا" فإنه يعني به طاهرًا غير نَجس ولا محرَّم [3] Ibn Nujaym. Al-Asybah wa Al-Nazair. 1999. Bayrut : Daral-Kitab Ilmiyah. 1/102 [4] Al-Nawawi, Abu Mahya addin. Al-Majmuk Syarh al-Muhadzzab.   Dar al-Fiqh (9/ 70) رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ هَكَذَا مُرْسَلًا وَهُوَ ضَعِيفٌ قَالَ وَرُوِيَ مَوْصُولًا بِذِكْرِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَهُوَ حَدِيثٌ (1) قَالَ وَلَا يَصِحُّ وَصْلُهُ قَالَ الْخَطَّابِيُّ الدَّمُ حَرَامٌ بِالْإِجْمَاعِ وَعَامَّةُ الْمَذْكُورَاتِ معه مكروهة غير محرمة [5] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah (5/ 152) وَهَذِهِ السَّبْعَةُ مِمَّا تَسْتَخْبِثُهُ الطِّبَاعُ السَّلِيمَةُ فَكَانَتْ مُحَرَّمَةً، وَقَدْ دَلَّتِ السُّنَّةُ عَلَى خُبْثِهَا لِمَا رَوَى الأَْوْزَاعِيُّ عَنْ وَاصِل بْنِ أَبِي جَمِيلَةَ عَنْ مُجَاهِدٍ أَنَّهُ قَال: كَرِهَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الشَّاةِ: الذَّكَرَ، وَالأُْنْثَيَيْنِ، وَالْقُبُل، وَالْغُدَّةَ، وَالْمَرَارَةَ، وَالْمَثَانَةَ، وَالدَّمَ. وَالْمُرَادُ كَرَاهَةُ التَّحْرِيمِ قَطْعًا، بِدَلِيل أَنَّهُ جَمَعَ بَيْنَ الأَْشْيَاءِ السِّتَّةِ وَبَيْنَ الدَّمِ فِي الْكَرَاهَةِ، وَالدَّمُ الْمَسْفُوحُ مُحَرَّمٌ بِنَصِّ الْقُرْآنِ. وَالْمَرْوِيُّ عَنْ أَبِي حَنِيفَةَ أَنَّهُ قَال: الدَّمُ حَرَامٌ، وَأَكْرَهُ السِّتَّةَ. فَأَطْلَقَ وَصْفَ الْحَرَامِ عَلَى الدَّمِ
357
Soalan: Apakah boleh berdoa di dalam solat dengan doa yang bukan dari al-Quran dan apakah terdapat hadith yang menceritakan sedemikian?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.   Solat dari sudut bahasa adalah doa dan kita amat dituntut untuk memperbanyakkan berdoa di dalam solat. Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa buah hadith yang mengisyaratkan bahawa dibolehkan untuk berdoa dengan doa selain yang terdapat di dalam al-Quran. Antaranya:   Daripada Abu Bakar RA, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarku satu dia untuk aku membacanya di dalam solatku iaitu:   اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah aku dengan keampunan di sisi-Mu serta Kau rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Riwayat al-Bukhari (6236)]   Daripada Aisyah R.anha berkata:   أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ Maksudnya: “Adapun Rasullah SAW berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832)]   Berdasarkan kepada kedua hadith ini, jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW mengajarkan kepada para sahabat-Nya agar berdoa dengan doa yang diajarkan dan doa ini tidak terdapat di dalam al-Quran. Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith doa sebelum daripada memberi salam menyatakan bahawa dibenarkan bagi setiap orang yang mendirikan solat untuk berdoa dengan apa jua doa yang dikehendaki. [Lihat: Fath al-Bari, 2/318] Persoalan ini juga pernah diajukan kepada Dar al-Ifta’ al-Misriyyah dan mereka menyatakan bahawa empat mazhab bersepakat bahawa tidak disyaratkan di dalam solat beriltizam dengan nas-nas doa yang warid daripada al-Quran dan juga sunnah. Justeru itu, jumhur ahli feqah menyatakan bahawa dibenarkan untuk berdoa dengan apa jua dOa yang meliputi kepentingan dunia dan akhirat. Selain itu, persoalan berdoa dengan selain daripada bahasa arab telah kami jawab di dalam artikel sebelum daripada ini.   Penutup Kesimpulannya, dibenarkan untuk berdoa dengan doa selain daripada al-Quran dan juga sunnah ketika di dalam solat. Akan tetapi, berdoa dengan apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan sunnah adalah lebih baik. Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW. Amin.   Wallahua’lam
358
Soalan: Assalamualaikum SS Datuk. Saya selalu terbaca di media sosial orang mengatakan bahawa jika seseorang berbuat jahat maka dia akan dibalas dengan hukum karma. Benarkah wujud hukum karma dalam Islam?   Ringkasan Jawapan: Konsep karma merupakan kepercayaan dalam agama hindu dan berbeza dengan kepercayaan agama Islam. Setiap muslim perlu meyakini bahawa apa-apa yang berlaku di dunia merupakan kehendak dan kuasa daripada Allah SWT. Meyakini sebab dan akibat tanpa campur tangan kuasa Allah ialah suatu bentuk kekufuran, maka umat Islam wajib meyakini setiap balasan sama ada yang baik mahupun buruk ialah daripada Allah SWT. Walau bagaimanapun Islam mengiktiraf konsep “setiap perbuatan sama ada baik atau buruk akan dibalas oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan”. Oleh itu, umat Islam perlu sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain dan menjauhkan diri dari berbuat kejahatan kepada orang lain.   Huraian Jawapan: Karma merupakan suatu konsep yang berasal daripada bahasa sanskrit dan mempunyai asas kepercayaannya dalam Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Konsep Karma ini mula dijumpai di dalam teks lama Hindu iaitu Rigveda, dan kemudiannya dikembangkan perbincangannya di dalam Upanishad. Secara terminologi, karma bermaksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, dan seterusnya difahami sebagai konsep ‘timbal-balik’ atau ‘sebab-akibat’ daripada perbuatan seseorang manusia di atas dunia. Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan perbuatan-perbuatan yang murni seperti menolong orang lain, berlaku adil sesama manusia atau menjaga ibu bapa dengan baik, maka ia akan menghasilkan balasan yang baik di kemudian hari. Konsep ini kemudiannya ia berkembang menjadi falsafah moral dan etika sehingga dianggap sebagai undang-undang universal.[1] Menurut kajian, konsep karma yang berasal daripada falsafah Hinduisme ini menerangkan bahawa wujudnya prinsip kausaliti universal iaitu hukum asas dunia berkaitan sebab dan akibat daripada perbuatan seseorang manusia. Seseorang manusia itu tidak boleh lari daripada melakukan sebarang perbuatan dan tindakan sama ada baik atau buruk dan ia akan menjadi satu kitaran yang berulang. Konsep karma ini memberi kesan kepada beberapa peringkat hidup iaitu Samsara – kitaran kelahiran semula, di mana jika seseorang itu berlaku zalim dia atas dunia maka dia akan dilahirkan semula sebagai makhluk yang hina, dan sebaliknya jika seseorang itu berlaku adil dan mulia, maka dia akan dilahirkan semula sebagai ciptaan yang terpuji.[2] Karma juga mempunyai tiga peringkat pembalasan iaitu sachinta karma (masa yang telah berlalu/karma yang telah berlaku), prarabdha karma (karma yang sedang berlaku/kesan daripada karma yang dahulu) dan agami karma (karma pada masa hadapan yang ditentukan melalui karma yang sedang berlaku). Justeru, karma dilihat sebagai undang-undang pembalasan moral atau undang-undang kosmos yang membalas perbuatan baik dan perbuatan buruk. Kepercayaan dan kesinambungan karma yang merentasi kelahiran dan masa juga boleh bertindak sebagai kawalan terhadap etika kelakuan manusia, serta menawarkan peluang yang tidak berkesudahan untuk penambahbaikan dan harapan kepada manusia untuk berbakti.[3] Karma Menurut Islam Meyakini bahawa ada kuasa lain yang memberi kesan selain dari Allah boleh membawa kepada kekufuran[4]. Akidah Islam menyatakan bahawa semua perkara yang berlaku adalah dengan kuasa dan kehendak Allah SWT.  Setiap yang terjadi di alam ini kesemuanya adalah ketentuan dan kuasa dari Allah SWT. Peredaran bulan dan bintang di atas paksinya adalah dengan kehendak dan  ketentuan Allah SWT. Tidak ada di alam ini yang terjadi dengan sendirinya secara semula jadi.  Konsep Karma yang ada dalam agama hindu jelas bercanggah dengan akidah Islam. Islam meyakini bahawa segala kejahatan yang dilakukan oleh manusia akan dibalas sama ada di dunia mahupun akhirat. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: البِرُّ لا يَبْلَى ، وَالِإثْمُ لَا يُنْسَى ، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ ، فَكُن كَمَا شِئتَ ، كَمَا تَدِينُ تُدَانُ   Maksudnya: “Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”    Sekalipun status hadis ini adalah daif namun ia boleh diamalkan dalam bab fadhail amal di samping maknanya adalah benar. Ungkapan yang masyhur di sisi ulama الجزاء من جنس العمل  bermaksud: 'Balasan itu sesuai dengan apa yang dilakukan'. Perkataan ini diucapkan oleh ramai ulama antaranya Imam Ibn Kathir[5], Imam Ibn Qayim al-Jauziyah[6] dan Ibn Rajab al-Hambali. Terdapat banyak hadis dan ayat al-Quran yang menyebut tentang perkara ini antaranya: المُسلِمُ أَخُو المُسلِمِ لا يَظلِمُهُ وَلا يُسْلِمُه ، مَن كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ ، وَمَن فَرَّجَ عَن مُسلِمٍ كُربَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنهُ بِهَا كُربَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ ، وَمَن سَتَرَ مُسلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَومَ القِيَامَةِ Maksudnya: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari) Ibn Rajab al-Hanbali ketika menerangkan makna hadis ini berkata:  هذا يرجع إلى أن الجزاء من جنس العمل ، وقد تكاثرت النصوص بهذا المعنى  Maksudnya: “Perkara ini merujuk kepada balasan mengikut kepada jenis amal. Terdapat banyak nas-nas yang menunjukkan kepada makna ini[7].”   Kesimpulan Berdasar kepada penjelasan tersebut maka dapat disimpulkan bahawa tidak wujud konsep karma dalam Islam. Setiap orang perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku di dunia ini merupakan kehendak dan kuasa daripada Allah. Meyakini sebab dan akibat tanpa campur tangan kuasa Allah ialah suatu bentuk kekufuran. Umat Islam wajib meyakini setiap balasan sama ada yang baik mahupun buruk ialah daripada Allah SWT. Wallahua'lam.   [1] Chirayu Takkar, Karma, World History Encyclopedia, 4 Disember 2015, https://www.worldhistory.org/Karma/ [2] Rachana Bhangaokar dan Shagufa Kapadia, At The Interface of ‘Dharma’ and ‘Karma’: Interprating Moral Discourse in India, Psychological Studies (June 2009) 54:00-00, halaman 21. [3] Ibid, halaman 21-22 [4] Imam al-Syarqawi, Hasyiah al-Syarqawi ala Hudhudi, Thailand: Matbaah bin al-Halabi (t.t), hlm. 25.  وحكى بعضهم الإجماع على كفرهم  [5] Imam Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah (1419H), jld. 3, hlm. 368.  فإن الجزاء من جنس العمل ، فكما تغفر عن المذنب إليك نغفر لك ، وكما تصفح نصفح عنك [6] Ibn Qayim al-Jauziyah, Badai al-Fawaid, Beirut: Dar al-Kutub al-Arabi (t.t), jld. 3, hlm. 528.  لأن الجزاء من جنس العمل ، فكما أحسنوا بأعمالهم أحسن الله إليهم برحمته [7] Ibn Rajab al-hambali, Jami al-Ulum wa al-Hikam, Beirut: Muasasah al-Risalah (2001), jld. 1, hlm. 338.
359
Soalan Assalamualaikum wrth, apakah yang dimaksudkan dengan hadis Nabi SAW melarang untuk sikat rambut? Ringkasan Jawapan Larangan menyikat rambut dalam hadis “Rasulullah SAW melarang daripada menyikat rambut melainkan sekali sekala” ini bukanlah larangan yang bersifat mutlak. Tetapi yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ialah jangan terlalu sibuk menghias rambut mahupun diri sehingga mengabaikan perkara-perkara lain yang lebih utama. Sedangkan, pada zaman tersebut perbuatan menyibukkan diri dengan menyikat rambut ini adalah salah satu daripada lambang kemewahan serta mereka yang terlalu cintakan dunia. Selain itu, ulama syafi’iyyah seperti Imam Syihab al-Din al-Ramli menyatakan hadis ini menunjukkan hukum mendandan rambut adalah sunat mengikut keperluan sahaja, bukannya kerap. Oleh itu dalam hadis yang lain Nabi SAW pernah menyuruh sahabatnya Abu Qatadah RA menyikat dan merapikan rambutnya yang panjang. Huraian Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Akhirat. Hadis yang dimaksudkan ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hasan al-Basri daripada ‘Abdullah bin Mughaffal yang menyebutkan bahawa: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ التَّرَجُّلِ إِلَّا غِبًّا Maksudnya: Rasulullah SAW melarang daripada menyikat rambut melainkan sekali sekala.[1] Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi Imam al-Tarmizi menghukumkan hadis ini sebagai hasan sahih.[2] Dalam mentafsirkan perkataan “غِبًّا” ini para ulama berbeza pandangan, antaranya Imam al-Hasan al-Basri menyebutkan bahawa memadai sikat rambut hanya seminggu sekali.[3] Manakala Imam Ahmad bin Hanbal menyebutkan bahawa sikat rambut dengan kadar selang sehari.[4] Ulama mazhab al-Syafiʻi seperti Imam al-Baijuri menyebutkan bahawa perkataan “غِبًّا” dalam hadis tersebut membawa maksud larangan untuk sentiasa menyikat dan mendandan rambut kerana sikap terlampau berlebihan mengurus rambut termasuk dalam perkara-perkara berhias dan bermewah-mewah sedangkan perbuatan tersebut merupakan perbuatan kaum wanita.[5] Selain itu, ulama syafi’iyyah menyatakan hadis ini menunjukkan hukum mendandan rambut adalah sunat mengikut keperluan sahaja, bukan dengan maksud kerap. Hal ini didasarkan kepada pandangan yang dikemukakan oleh Imam Syihab al-Din al-Ramli dalam Syarh Matn al-Zubad: يسن أن يدهن غِبّاً أي وقتاً بعد وقت بحسب الحاجة Maksudnya: Disunatkan untuk mendandan rambut secara sekali sekala iaitu mengikut kepada keperluan.[6] Sebenarnya, larangan ini bukanlah bersifat mutlak kerana Imam al-Syaukani menyebutkan bahawa: وَالْحَدِيثُ يَدُلُّ عَلَى كَرَاهَةِ الِاشْتِغَالِ بِالتَّرْجِيلِ فِي كُلِّ يَوْمٍ لِأَنَّهُ نَوْعٌ مِنَ التَّرَفُّهِ Maksudnya: “Hadis ini menunjukkan larangan terlalu sibuk menyikat rambut pada setiap hari kerana ia merupakan salah satu lambang kemewahan.”[7] Selain itu, dinukilkan bahawa Imam al-Munawi menyebut Nabi SAW melarang daripada menyikat rambut tersebut adalah kerana perbuatan itu merupakan amalan selain masyarakat Arab bahkan amalan mereka yang cintakan dunia.[8] Kemudian, terdapat riwayat yang lain Nabi SAW meminta Abu Qatadah RA untuk menyikat rambutnya pada setiap hari kerana beliau mempunyai rambut yang panjang. Abu Qatadah RA meriwayatkan bahawa: كَانَتْ لَهُ جُمَّةٌ ضَخْمَةٌ، فَسَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «فَأَمَرَهُ أَنْ يُحْسِنَ إِلَيْهَا، وَأَنْ يَتَرَجَّلَ كُلَّ يَوْمٍ» Maksudnya: Dia mempunyai rambut yang tebal dan panjang, lalu dia bertanya kepada Nabi SAW. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk memperelokkan rambutnya dengan menyikatnya pada setiap hari.[9] Riwayat al-Nasa’i Selain itu, dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah juga mempunyai bab khusus berkenaan menyikat rambut.[10] Dalam bab tersebut Imam al-Tarmizi menghimpunkan hadis-hadis berkenaan Nabi SAW menyikat dan merapikan rambut Baginda SAW. Kesimpulan Larangan menyikat rambut dalam hadis tersebut bukanlah larangan yang bersifat mutlak. Tetapi yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ialah jangan terlalu sibuk menghias rambut mahupun diri sehingga mengabaikan perkara-perkara lain yang lebih utama. Sedangkan, pada zaman tersebut perbuatan menyibukkan diri dengan menyikat rambut ini adalah salah satu daripada lambang kemewahan serta mereka yang terlalu cintakan dunia. Selain itu, ulama syafi’iyyah seperti Imam Syihab al-Din al-Ramli menyatakan hadis ini menunjukkan hukum mendandan rambut adalah sunat mengikut keperluan sahaja, bukannya kerap. Oleh itu dalam hadis yang lain Nabi SAW pernah menyuruh sahabatnya Abu Qatadah RA menyikat dan merapikan rambutnya yang panjang. Wallahuaʻlam.   Rujukan:  [1] Abu Daud Sulaiman bin al-Asyʻath, Sunan Abi Daud, ed. Muhammad Muhyi al-Din ‘Abd al-Hamid (Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyyah, t.t.), no. hadis 4159, jld. 4: hlm. 75. Rujuk juga Muhammad bin ‘Isa bin Saurah al-Tarmizi, Sunan al-Tarmizi, ed. Ibrahim Atauwah ‘Awad (Mesir: Matbaʻah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975), no. hadis 1756, jld. 4: hlm. 234. [2] Muhammad bin ‘Isa bin Saurah al-Tarmizi, Sunan al-Tarmizi, ed. Ibrahim Atauwah ‘Awad, jld. 4: hlm. 234. [3] Muhammad Asyraf al-‘Azim Abadi, ‘Aun al-Maʻbud Syarh Sunan Abi Daud (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1415), jld. 11: hlm. 144. وَقَالَ الْحَسَنُ أَيْ فِي كُلِّ أُسْبُوعٍ مَرَّةً انْتَهَى [4] Ibid. وَفَسَّرَهُ الْإِمَامُ أَحْمَدُ بِأَنْ يُسَرِّحَهُ يَوْمًا وَيَدَعَهُ يَوْمًا وَتَبِعَهُ غَيْرُهُ [5] Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri, al-Mawahib al-Laduniyyah ‘ala al-Syama’il al-Muhammadiyyah, ed. ‘Imad Zaki al-Barudi (Kaherah: Dar al-Mustafa li al-Tibaʻah, 2015), hlm. 107. فالمراد: أنه صلى الله عليه وسلم نهى عن دوام تسريح الشعر وتدهينه، لأن مواظبته تشعر بشدة الإمعان في الزينة والترفه، ذلك شأن النساء. [6] Syihab al-Din al-Ramli, Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Ruslan, ed. Sayyid bin Syaltut (Beirut: Dar al-Minhaj, 2009), hlm. 154. [7] Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani, Nail al-Autar, ed. ‘Isam al-Din al-Sababiti (Mesir: Dar al-Hadith, 1993), jld. 1: hlm. 158. Rujuk juga ‘Abd al-Rahman al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jamiʻ al-Tarmizi (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), jld. 5: hlm. 364. [8] Al-Munawi, Faid al-Qadir Syarh al-Jamiʻ al-Saghir (Mesir: al-Maktabah al-Tijariyah, 1356), jld. 6: hlm. 311. Rujuk juga Muhammad Asyraf al-‘Azim Abadi, ‘Aun al-Maʻbud Syarh Sunan Abi Daud, jld. 11: hlm. 144. نَهَى عَنِ التَّرَجُّلِ أَيِ التَّمَشُّطِ أَيْ تَسْرِيحِ الشَّعْرِ فَيُكْرَهُ لِأَنَّهُ مِنْ زِيِّ الْعَجَمِ وَأَهْلِ الدُّنْيَا [9] Ahmad Syuʻaib al-Arna’ut, Sunan al-Nasa’i, ed. ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (Halab: Maktab al-Matbuʻat al-Islamiyyah, 1986), no. hadis 5237, jld. 8: hlm. 184. [10] Muhammad bin ‘Isa bin Saurah al-Tarmizi, al-Syama’il al-Muhammadiyyah, ed. ‘Imad Zaki al-Barudi (Kaherah: Dar al-Mustafa li al-Tibaʻah, 2015), hlm. 102-108.
361
Salah faham Terdapat pihak yang mengatakan tidak benar mereka yang mendakwa kelompok Daesh atau ISIS itu sebagai Khawarij. Ini kerana Khawarij telah lama luput ditelan zaman. Sebaliknya Daesh atau ISIS adalah kelompok yang berpegang kuat kepada al-Qur’an dan al-Sunnah demi menegakkan Khilafah Islamiyyah. Benarkah kenyataan ini?   Pencerahan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Dari segi sejarah, kemunculan Khawarij berkait rapat dengan suasana ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kalangan umat Islam pada penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin. Menurut Dr. Muhammad ‘Imarah, kumpulan Khawarij pada awalnya muncul kebanyakannya daripada kalangan golongan al-Qurra’ yang majoritinya terdiri daripada golongan ‘arab badwi yang tidak memahami selok belok percaturan politik. Mereka juga tidak mampu untuk menerima hakikat apabila kaum Quraish mengambil alih kepimpinan dan memiliki keistimewaan tertentu setelah Islam menyamaratakan antara kaum Muslimin. Golongan al-Qurra’ berperanan besar sehingga tercetusnya pemberontakan terhadap Sayyiduna Uthman bin Affan, terutamanya ketika timbulnya isu yang melibatkan kaum kerabat Bani Umayyah pada enam tahun kedua pemerintahan Uthman. Selepas pembunuhan Uthman, golongan al-Qurra’ menjadi kumpulan teramai yang menyokong Sayyiduna Ali bin Abi Talib dalam memerangi penentang-penentang Ali. Bagaimanapun setelah perang Siffin dan peristiwa tahkim antara Ali dan Mu‘awiyah, golongan ini telah keluar daripada kumpulan Ali kerana tidak bersetuju dengan tindakan Ali untuk menerima tahkim. Kumpulan ini kemudiannya dikenali dengan gelaran Khawarij. (Lihat Tayyarat al-Fikr al-Islami, 15-19) Kata-kata terkenal yang dilaungkan oleh puak Khawarij ketika menolak tahkim antara Ali dan Mu’awiyah adalah, “Kedua-dua pengadil itu telah kafir, tidak ada pengadilan melainkan bagi Allah”. (Lihat Tarikh al-Ya’qubi, 2/190) Peristiwa tahkim adalah titik mula kemunculan golongan Khawarij. Ia bermula dengan pendirian mereka yang mengkafirkan Ali bin Abi Talib, Mu’awiyah bin Abi Sufyan, Talhah, al-Zubayr dan Aishah RAnhm serta menghalalkan darah mereka. Lama kelamaan konsep kafir turut mengalami perubahan. Kafir bukan lagi hanya dinisbahkan kepada orang yang tidak berhukum dengan al-Quran, tetapi orang yang berbuat dosa besar juga turut dipandang sebagai kafir oleh golongan Khawarij. (Lihat Tayyarat al-Fikr al-Islami, 23; al-Madhahib al-Tawhidiyyah wa al-Falsafah al-Mu‘asirah, 59-60) Daripada peristiwa ini, isu ini akhirnya telah berubah menjadi satu fahaman teologi melibatkan kedudukan pelaku dosa besar. Bagi Khawarij, mereka berpandangan pelaku dosa besar adalah kafir dan terkeluar daripada Islam. Ini berbeza dengan Muktazilah yang berpandangan bahawa pelaku dosa besar adalah bukan mukmin dan bukan juga kafir tetapi berada antara dua kedudukan atau dikenali sebagai al-manzilah bayn al-manzilatayn. Sementara Murji’ah pula mengatakan bahawa pelaku dosa besar tetap dianggap beriman dengan iman yang sempurna manakala dosanya diserahkan kepada Allah SWT sama ada diampuni atau tidak. Secara umumnya, pemikiran Khawarij berkait rapat dengan perbahasan mengenai kedudukan pelaku dosa besar yang melibatkan tiga aliran utama yang lain. Pertama, golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang mengatakan pelaku dosa besar dianggap sebagai seorang yang beriman dan menjadi fasiq dengan perlakuan itu manakala urusannya di akhirat nanti adalah terserah kepada kehendak Allah SWT. (Lihat Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, 1/167) Asas kedudukan ini kerana Ahli Sunnah mendefinisikan iman sebagai ikrar dengan lisan, tasdiq dengan hati, beramal dengan anggota badan serta bertambah dan berkurang. Kedua, golongan Murjiah yang berpendapat pelaku dosa besar tetap kekal keimanannya tanpa berkurangan atau terjejas sedikit pun. Ketiga, golongan Muktazilah yang beranggapan kedudukan pelaku dosa besar tergantung-gantung antara menjadi seorang mukmin atau seorang kafir, manakala di akhirat nanti ia kekal di dalam neraka selama-lamanya. Di antara kumpulan-kumpulan tersebut, Khawarij menjadi kumpulan yang paling esktrem. Ini kerana Khawarij berpandangan pelaku dosa adalah kafir dan kekal di dalam neraka selama-lamanya. Ia bermula pada awalnya dengan pengkafiran mereka terhadap Ali, Muawiyah dan mereka yang terlibat dalam peristiwa al-Tahkim lalu menghalalkan darah mereka untuk diperangi. Pegangan ini kemudiannya diteruskan oleh kumpulan-kumpulan Khawarij yang terkemudian seperti al-Muhakkimah, al-Azariqah, al-Mukarramiyyah, al-Syabibiyyah, al-Baihasiyyah, al-Yazidiyyah dan al-Najadat.   Khawarij Akhir Zaman Terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW telah memberi perkhabaran mengenai kemunculan Khawarij. Yusair bin Amru mengatakan, aku bertanya kepada Sahal bin Hunaif: هَلْ سَمِعْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: فِي الخَوَارِجِ شَيْئًا؟ قَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ، وَأَهْوَى بِيَدِهِ قِبَلَ العِرَاقِ: «يَخْرُجُ مِنْهُ قَوْمٌ يَقْرَءُونَ القُرْآنَ، لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلاَمِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنَ الرَّمِيَّةِ» Maksudnya: “Apakah engkau mendengar Nabi SAW bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Aku mendengar beliau bersabda - sambil beliau arahkan tangannya menuju Iraq - Dari sanalah muncul sekelompok kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.” Riwayat al-Bukhari (6934) Para ulama yang mensyarahkan hadis ini telah bersepakat bahawa hadis ini ingin mengisyaratkan kepada kemunculan Khawarij. Ia termasuk daripada tanda-tanda kenabian Baginda SAW kerana apa yang dikhabarkan oleh Baginda benar-benar telah berlaku. Kemunculan Khawarij bermula di Kufah yang terletak di sebelah timur Madinah. Mereka telah mengisytiharkan diri keluar daripada tentera Ali, lalu mereka dengan jumlah lapan ribu orang telah menuju ke Harura’, sebuah perkampungan di Kufah sebelum menjadikan Basrah sebagai markas mereka. (Lihat Akmal al-Bayan fi Sharh Hadith Najd Qarn al-Shaytan, 52) Bahkan al-Hafiz Ibn Hajar telah menukilkan satu athar yang diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsat dengan sanad yang baik bahawa Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri telah ditanya oleh seorang lelaki dari Iraq. Lelaki itu mengatakan bahawa di negerinya terdapat satu kaum yang memberontak dan membunuh sesiapa sahaja yang mengucapkan syahadah dan beriman kecuali daripada kumpulan mereka. Lalu kedua-duanya menjawab: “Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memerangi mereka, baginya pahala syahid dan sesiapa yang dibunuh oleh mereka maka baginya pahala syahid”. (Lihat Fath al-Bari, 12/302) Ini menunjukkan kelompok Khawarij akan terus wujud hingga ke akhir zaman. Nas-nas syarak yang mengisyaratkan berkenaan Khawarij tidak menyatakan ia hanya wujud pada zaman tertentu. Antaranya seperti sabda Rasulullah SAW: يَحْقِرُ أَحَدَكُمْ عَمَلَهُ مِنْ عَمَلِهِمْ، يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ، فَإِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ Maksudnya: “Mereka menghina amalan kamu (dengan membandingkan amalan mereka dengan amalan kamu), mereka memerangi umat Islam, maka apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka…” Riwayat Ahmad (5562) Di samping itu, terdapat satu lagi athar yang lebih nyata menjelaskan ciri-ciri golongan Khawarij yang akan datang pada akhir zaman. Ia diriwayatkan daripada Sayyidina Ali RA bahawa beliau berkata: إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّودَ فَالْزَمُوا الْأَرْضَ فَلَا تُحَرِّكُوا أَيْدِيَكُمْ، وَلَا أَرْجُلَكُمْ، ثُمَّ يَظْهَرُ قَوْمٌ ضُعَفَاءُ لَا يُؤْبَهُ لَهُمْ، قُلُوبُهُمْ كَزُبَرِ الْحَدِيدِ، هُمْ أَصْحَابُ الدَّوْلَةِ، لَا يَفُونَ بِعَهْدٍ وَلَا مِيثَاقٍ، يَدْعُونَ إِلَى الْحَقِّ وَلَيْسُوا مِنْ أَهْلِهِ، أَسْمَاؤُهُمُ الْكُنَى، وَنِسْبَتُهُمُ الْقُرَى، وَشُعُورُهُمْ مُرْخَاةٌ كَشُعُورِ النِّسَاءِ، حَتَّى يَخْتَلِفُوا فِيمَا بَيْنَهُمْ، ثُمَّ يُؤْتِي اللَّهُ الْحَقَّ مَنْ يَشَاءُ Maksudnya: “Jika kalian melihat bendera hitam, maka bertahanlah di bumi (tempat tinggal kamu). Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum yang lemah. Hati mereka seperti potongan besi. Mereka (mengaku) pemegang kekuasaan (pemilik daulah). Mereka tidak mempedulikan apa-apa perjanjian. Mereka mengajak kepada haq namun mereka bukan ahlinya. Nama mereka menggunakan kunyah (seperti Abu) dan nisbat mereka menggunakan nama daerah (seperti al-Baghdadi). Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih di antara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang dikehendaki-Nya.” Riwayat Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan (573) Menurut sebahagian ulama, walaupun sanad athar ini daif, namun begitu berdasarkan realiti apa yang berlaku dengan kemunculan golongan seperti Islamic State (IS), maka athar ini boleh dianggap hasan atau sahih terutama dalam athar-athar yang melibatkan sejarah atau fitnah-fitnah akhir zaman. Justeru, dalam isu golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai IS di Syria dan Iraq, kita dapati para ulama dari seluruh dunia termasuk di Syria dan Iraq sendiri telah bersepakat mengatakan bahawa ciri-ciri yang wujud pada kumpulan ini menyamai dengan ciri-ciri yang wujud pada kumpulan Khawarij. Ini kerana mereka telah mengkafir dan menghalalkan darah sesama umat Islam. Antara ulama yang berpandangan sedemikian adalah Syeikh Abdullah Rahhal ketua Rabithah Ulama' Idlib (Ketua Mahkamah Syariah di Aleppo Selatan dan anggota Rabithah Persatuan Ulama' Syria), Muhammad bin Ali bin Jamil Ash Shabuni, ulama tafsir terkemuka dari bumi Syria, Syeikh Muhamad Kurayyim bin Sa'id bin Kurayyim Rajih (Ketua Rabitah Ulama Syria), Imam Masjid al-Haram Syeikh Sudais, Syeikh Abdullah Ben Bayyah, ahli Majma’ al-Fiqh al-Islami, Kesatuan Ulama Muslimin di Iraq di bawah pimpinan Syeikh Ali Qurrah al-Daghi, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia di bawah kepimpinan Dr Yusuf al-Qaradawi di Qatar, pemimpin parti Islam Ennahda, Dr Rashid Ghannoushi dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan, jumhur ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah bersepakat di serata dunia mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan IS dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda IS. Pada 25 September 2014, lebih kurang 126 ulama Muslim terkenal dari seluruh dunia juga telah menandatangani kenyataan bersama yang dibacakan oleh Nihad Awwad, presiden Council on American Islamic Relations (CAIR) mengutuk IS dan juga menolak keganasan dan juga khilafah yang diisytiharkan oleh IS.   Kesimpulan Berdasarkan pencerahan di atas, kami berpandangan bahawa kumpulan Khawarij pada namanya tidak dinafikan ia telah luput ditelan zaman. Ini kerana, tiada sesiapa pun dalam kalangan individu atau kumpulan yang mengaku pada hari ini bahawa mereka daripada golongan Khawarij. Namun demikian, ciri-ciri kumpulan tersebut masih kekal wujud hingga ke akhir zaman sebagaimana nas-nas hadis yang mengisyaratkan hal tersebut. Bayangkan jika Khawarij yang terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik. Akhirnya, kami berdoa semoga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua agar dijauhkan daripada segala sifat melampau dan ekstrem terhadap semasa umat Islam. Wallahu a’lam.
362
Soalan Assalamualaikum, saya ada terbaca satu poster katanya Nabi SAW melarang seseorang daripada memikirkan masa lalunya. Benarkah hadis tersebut? Ini kerana seringkali perkara yang sudah berlaku kembali bermain dalam fikiran dan menimbulkan penyesalan terhadap tindakan tersebut. Benarkah ada hadis sebegitu? Mohon pencerahan. Tq Ringkasan Jawapan Terdapat satu hadis Nabi SAW yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu Rasulullah SAW bersabda: وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ Maksudnya: Sekiranya sesuatu menimpa kamu maka janganlah kamu ucap “kalau” aku buat seperti itu dan ini tetapi ucaplah Allah telah menetapkan apa yang Dia kehendaki dan lakukan. Sesungguhnya perkataan “kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah. Justeru yang dilarang oleh Rasulullah SAW berkaitan dengan memikirkan masa silam ialah memikirkan dalam erti mempertikaikan ketentuan yang telah Allah SWT aturkan pada dirinya. Ia adalah perkara sia-sia dan boleh mendatangkan kegusaran dalam hati sehingga menyebabkan seseorang mula mempertikaikan Qada dan Qadar. Perkara ini bersandarkan kepada pandangan al-Qadi ‘Iyad dan juga Imam al-Nawawi. Walaupun begitu, penyesalan terhadap perkara-perkara yang telah berlaku dalam erti kata bermuhasabah terhadap kesalahan merupakan antara prasyarat taubat yang digalakkan. Huraian Jawapan Baru-baru ini kami menerima satu panggilan yang bertanyakan berkenaan adakah terdapat hadis Nabi SAW yang melarang memikirkan perkara yang telah berlaku? Kerana terkadang ingatan terhadap perkara yang sudah berlaku tersebut seringkali kembali bermain dalam fikirannya dan seterusnya menimbulkan penyesalan dengan tindakan yang diambil. Mengenai hal ini terdapat  hadis yang boleh dirujuk , iaitu Rasulullah SAW bersabda: وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ Maksudnya: Sekiranya sesuatu menimpa kamu maka janganlah kamu ucap “kalau” aku buat seperti itu dan ini tetapi ucaplah Allah telah menetapkan apa yang Dia kehendaki dan lakukan. Sesungguhnya perkataan “kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah.[1] Imam al-Nawawi menukilkan pandangan al-Qadi ‘Iyad yang mensyarahkan hadis ini, kata beliau: قَالَ بَعْضُ الْعُلَمَاءِ هَذَا النَّهْيُ إِنَّمَا هُوَ لِمَنْ قَالَهُ مُعْتَقِدًا ذَلِكَ حَتْمًا وَأَنَّهُ لَوْ فَعَلَ ذَلِكَ لَمْ تُصِبْهُ قَطْعًا فَأَمَّا مَنْ رَدَّ ذَلِكَ إِلَى مَشِيئَةِ اللَّهِ تَعَالَى بِأَنَّهُ لَنْ يُصِيبَهُ إِلا شاء ما اللَّهُ فَلَيْسَ مِنْ هَذَا Maksudnya: Sebahagian ulama menyebutkan bahawa larangan tersebut adalah bagi mereka yang beriktikad dengan ucapan tersebut semata-mata seperti kalaulah dia tidak melakukan seperti itu pasti dia tidak ditimpa musibah. Manakala bagi mereka yang menyerahkan segalanya kepada Allah SWT seperti tidaklah seseorang itu ditimpa musibah melainkan itu merupakan kehendak Allah SWT, maka mereka ini tidak termasuk dalam larangan tersebut.[2] Al-Qadi ‘Iyad juga menyebutkan bahawa: قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ أَيْ يُلْقِي فِي الْقَلْبِ مُعَارَضَةَ الْقَدَرِ وَيُوَسْوِسُ بِهِ الشَّيْطَانُ Maksudnya: Sabdaan Nabi SAW “Sesungguhnya perkataan “kalau” membuka peluang kepada syaitan untuk merosakkan akidah” bermaksud diletakkan dalam hati perkara-perkara yang bertentangan dengan ketentuan Allah SWT dan syaitan mewaswaskan seseorang dengan perkara itu.[3] Kemudian, Imam al-Nawawi mengatakan bahawa penggunaan perkataan “kalau” dilarang dalam agama kerana perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa faedah.[4] Kesimpulan Daripada penjelasan di atas maka dapat difahami bahawa yang dilarang oleh Rasulullah SAW berkaitan dengan memikirkan masa silam ialah memikirkan dalam erti mempertikaikan ketentuan yang telah Allah SWT aturkan pada dirinya. Adapun penyesalan terhadap perkara-perkara yang telah berlaku pada masa lalu dalam erti kata bermuhasabah dan bertaubat adalah perkara yang digalakkan dan dituntut kerana ia boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wallahuaʻlam. [1] Muslim bin al-Hajjaj. (t.t.). Sahih Muslim. ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. no. hadis 2664. 4: 2052. [2] Yahya bin Syaraf al-Nawawi. (1392). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. 16: 216. [3] Ibid. [4] Ibid.
363
Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Ketika tiupan sangkakala kedua, bagaimana kematian malaikat ketika itu? Adakah semua mereka turut akan mengalami kematian. Mohon penjelasan.   Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Pada asasnya, setiap makhluk akan mati dan binasa. Allah SWT berfirman: كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ ﴿٢٦﴾ وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ Maksudnya: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: Surah al-Rahman (26-27) Imam Ibn Kathir dalam menjelaskan ayat ini menyebut: Allah SWT mengkhabarkan bahawa seluruh penghuni bumi akan pergi dan mati secara keseluruhan. Demikian juga halnya dengan penghuni langit, kecuali yang dikehendaki oleh Allah SWT. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/110) Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili mentafsirkan ayat ini dengan berkata: Semua apa yang ada di bumi mulai dari manusia hingga semua makhluk hidup yang ada, begitu juga para penduduk langit kecuali makhluk yang dikehendaki oleh Allah SWT, seluruhnya akan binasa, fana dan mati. Kehidupan mereka semua akan berakhir. Tiada yang kekal kecuali hanya Zat Allah SWT yang memiliki Keagungan dan Kebesaran. Kefanaan dan kebinasaan adalah sebuah keyakinan dan hal yang pasti bagi seluruh makhluk di langit dan bumi pada hari Kiamat. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 14/243) Imam al-Qurtubi dalam menjelaskan ayat ini menukilkan bahawa Ibn Abbas R.Anhuma berkata: لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ قَالَتِ الْمَلاَئِكَةُ : هَلَكَ أهْلُ الأَرْضِ. فَأَنْزَلَ اللهُ تَعَالَى : { كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ } فَأَيْقَنَتِ الْمَلاَئِكَةُ بالْهَلاَكِ Maksudnya: Tatkala turun ayat ini (كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ), malaikat berkata, “Binasalah penduduk bumi.” Lalu turunlah ayat “كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ”, maka malaikat pun yakin dan sedar bahawa mereka juga fana’ dan akan binasa. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 17/165 dan al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Tafsir al-Quran, 9/182) Sesungguhnya para malaikat juga akan mengalami kematian dan inilah pendapat majoriti ulama. Imam al-Munawi telah menukilkan ijma’ tentang perkara dalam kitabnya Faidh al-Qadir (3/561). Allah SWT berfirman dalam ayat lain: كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ Maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.” Surah al-Qasas (88) Imam al-Tabari menjelaskan, sebahagian ulama’ menyebut, makna ayat ini adalah segala sesuatu itu pasti binasa kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 6/53) Imam Ibn Kathir berkata, firman Allah SWT “كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ” ini mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah Zat yang kekal (الدائم), tetap (الباقي), hidup, yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang mematikan makhluk-Nya dan Zat yang tidak akan mati. Ini seperti yang ditegaskan Allah SWT pada ayat “كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ ﴿٢٦﴾ وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ”. Perkataan “وَجْهُ” di sini bermaksud Zat iaitu Allah. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/403) Allah SWT turut berfirman: وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ Maksudnya: Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); Surah al-Zumar (68) Imam Ibn Kathir menjelaskan: “Tiupan ini adalah tiupan yang kedua, iaitu tiupan kematian di mana penghuni langit dan bumi yang hidup akan mati, kecuali mereka yang dikehendaki oleh Allah. Ini sebagaimana telah disebut penegasan dan pentafsirannya dalam hadis sangkakala yang masyhur. Kemudian baki ruh-ruh makhluk-Nya digenggam, sehingga makhluk yang mati paling akhir adalah malaikat Maut. Dan tinggallah Rabb Yang Maha Hidup (الحي) lagi Maha Berdiri sendiri (القيوم), yang Maha Awal dan Dia juga Yang Maha Kekal pada akhirnya selama-lamanya. Dia berfirman: “لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ” (Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?) (Surah Ghafir: 16). Dia berfirman sebanyak tiga kali, lalu Dia sendiri yang menjawabnya secara langsung dengan firman-Nya: “لِلَّـهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ” (Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!) (Surah Ghafir: 16). Yakni, Dia-lah yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia telah mengatasi segala sesuatu dan telah memutuskan kebinasaan atas segala sesuatu. Kemudian makhluk yang pertama kali dihidupkan kembali adalah Israfil yang diperintahkan untuk meniup sangkakala kali ketiga sebagai tiupan kebangkitan. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/69) Imam al-Suyuti di dalam kitab al-Haba’ik fi Akhbar al-Mala’ik berkata: “Aku ditanya: ‘Adakah para malaikat akan mati ketika tiupan sangkakala?’ Jawabnya: Ya. Allah SWT berfirman: “وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ” (Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah). Kami (Imam al-Suyuti) telah jelaskan bahawa yang dikecualikan adalah Malaikat Pembawa Arasy, Jibril, Israfil, Mikail dan Malaikat Pencabut Nyawa, mereka semua akan mati setelah itu. Dan telah disebutkan daripada Wahb bin Munabbih bahawa malaikat-malaikat tersebut adalah makhluk yang pertama kali diciptakan dan yang terakhir dimatikan serta yang pertama kali dibangkitkan. Kemudian dikuatkan perkataannya tersebut dengan nas (dalil) akan kematian penduduk langit dan bumi, sehingga malaikat Jibril, Israfil, pembawa Arasy kemudian yang terakhir adalah malaikat pencabut nyawa.” (Lihat al-Haba’ik fi Akhbar al-Mala’ik, hlm. 91) Siapakah yang Dikecualikan oleh Allah daripada Menerima Kematian Ketika Tiupan Sangkakala? Para ulama’ telah khilaf, siapakah yang dikecualikan oleh Allah kepada beberapa pendapat: Imam Ahmad berpendapat, mereka yang di dalam syurga dari kalangan bidadari dan al-wildan. Sebahagian muridnya menambah, penjaga syurga iaitu Ridhwan dan penjaga neraka, iaitu Malik. Muqatil dan sebahagian ulama’ berpendapat, mereka adalah Jibril, Mika’il, Israfil dan Malakul Maut. Sebahagian mereka menambah, malaikat yang menanggung Arasy. Abu al-Abbas al-Qurtubi memberi pendapat yang berlainan dengan katanya: “Dikehendaki (dengan yang dikecualikan ialah) semua orang yang telah mati kerana mereka tiada kesan dan rasa. Justeru, mereka tidaklah ada lagi kematian ketika itu.” Tarjih: Imam al-Qurtubi berpendapat dengan menukilkan pandangan gurunya Abu al-Abbas, bahawa yang sahih adalah tiada sebarang nas yang sahih yang menentukan mereka yang terselamat daripada tiupan sangkakala dengan kebinasaan. Semua nas menunjukkan sifat muhtamal (andaian). (Lihat al-Tazkirah oleh Imam al-Qurtubi, hlm. 167)   Kesimpulan Berdasarkan nas-nas yang dinyatakan, dapat difahami bahawa semua malaikat juga akan mengalami kematian selepas tiupan sangkakala kali kedua. Malaikat terakhir yang akan dimatikan disebut sebagai Malaikat Maut yang mencabut nyawa. Kami akhiri dengan doa: اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوْءِ الْخَاتِمَةِ Maksudnya: Ya Allah sudahilah (matikanlah) bagi kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan. Amin.
364
Mukadimah Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Pada kali ini, sekali lagi kami ditanya berkenaan dengan isu tiupan sangkakala. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami tajukkan dengan Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat. Semoga ia menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah dan hari Akhirat yang menatijahkan ketakwaan dan amalan soleh untuk kita lakukan sebagai persediaan hamba kepada Tuan-nya.   Beriman kepada Hari Kiamat Beriman kepada hari Akhirat merupakan salah satu rukun dari rukun iman, dan salah satu ‘aqidah dari ‘aqidah Islam yang asas. Ini kerana masalah kebangkitan pada hari akhirat merupakan landasan berdirinya ‘aqidah setelah permasalahan keesaan Allah SWT. Beriman kepada terhadap segala perkara yang berlaku pada hari Akhirat dan tanda-tandanya merupakan keimanan terhadap perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal, dan tidak ada jalan untuk mengetahuinya kecuali melalui nas Ilahi atau Nabawi. Betapa pentingnya hari yang agung ini, kita dapati (di dalam al-Quran) bahawa Allah SWT kerap kali menghubungkan iman kepada-Nya dengan beriman kepada hari Akhirat. (Lihat Asyrat al-Sa’ah (terj.), oleh Yusuf al-Wabil, hlm. 17-19) Beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun Iman serta dituntut oleh Allah SWT melalui firman-Nya: لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ Maksudnya: Bukanlah perkara kebaikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebaikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat.”  Surah al-Baqarah (177) Maka, hari kiamat itu akan terjadi setelah kesemua tanda-tandanya muncul dan apabila Allah SWT menitahkan malaikat-Nya untuk meniupkan sangkakala yang akan mematikan seluruh makhluknya.   Peristiwa Tiupan Sangkakala Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT: وَيَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ ۚ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. Surah al-Naml (87) Al-Maraghi berkata: “Wahai Rasul, ingatkanlah kepada mereka keadaan yang amat mengerikan ketika sangkakala ditiup. Saat itu, semua makhluk yang ada di langit dan di bumi berada dalam ketakutan melihat hari kebangkitan dan hari dikumpulkan seluruh makhluk kecuali orang yang mempunyai hati yang teguh terhadap Allah SWT.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/5085) Perkataan الصُّور yang disebutkan di dalam ayat ini telah dijelaskan maknanya melalui hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr’ R.Anhuma: جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ مَا الصُّورُ قَالَ ‏ "‏ قَرْنٌ يُنْفَخُ فِيهِ ‏"‏ Maksudnya: “Telah datang seorang Badwi kepada Nabi SAW, lalu berkata: “Apakah al-Sur?” Jawab Baginda: “(Semacam) tanduk yang digunakan untuk meniup.” Riwayat al-Tirmizi (2430) Sebahagian ulama’ menafsirkan tanduk dengan terompet. Para ulama’ berpendapat, alat tiupan tersebut ditaklifkan kepada malaikat Israfil untuk meniupkannya tanpa diketahui kadar besarnya alatan tersebut. (Lihat Mausu’ah al-Akhirah, hlm. 78) Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan tiupan sangkakala ini akan ditiupkan oleh malaikat yang bernama Israfil dan hampir keseluruhan ulama’ tidak menolak bahawa malaikat Israfil yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk meniupkan sangkakala. (Lihat Fath al-Bari, 11/368) Malaikat Israfil sentiasa bersedia menanti arahan daripada Allah SWT sejak detik penciptaan lagi. Hal ini telah dinukilkan oleh Syeikh al-Hulaimi secara ijma’. Begitu juga berdasarkan hadith Wahab bin Munabbih yang menyebut secara nyata. (Lihat Mausu’ah al-Akhirah, hlm. 79) Kejadian tiupan sangkakala ini berlaku sebanyak dua peringkat mengikut pendapat kebanyakan ulama’, iaitu: Pertama, tiupan sangkakala akan menggegarkan hingga mematikan seluruh makhluk melainkan yang termaktub dalam kalangan mereka yang terkecuali. Kedua, sesuai dengan kehendak Yang Maha Esa, ditiupkan sekali lagi oleh Malaikat Israfil dengan tiupan yang membangkitkan manusia. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya: وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنظُرُونَ Maksudnya: Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). Surah al-Zumar (68) Imam al-Qurtubi dalam menjelaskan ayat di atas berkata: Ibn Abbas R.Anhuma menyebut bahawa dimaksudkan dengan tiupan sangkakala pertama ialah ketikamana matinya semua makhluk. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 10/27) Kemudian, perkara ini diperkuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا بَيْنَ النَّفْخَتَيْنِ أَرْبَعُونَ ‏"‏‏.‏ قَالَ أَرْبَعُونَ يَوْمًا قَالَ أَبَيْتُ‏.‏ قَالَ أَرْبَعُونَ شَهْرًا قَالَ أَبَيْتُ‏.‏ قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً قَالَ أَبَيْتُ‏.‏ قَالَ ‏"‏ ثُمَّ يُنْزِلُ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً‏.‏ فَيَنْبُتُونَ كَمَا يَنْبُتُ الْبَقْلُ لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَىْءٌ إِلاَّ يَبْلَى إِلاَّ عَظْمًا وَاحِدًا وَهْوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الْخَلْقُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Maksudnya: “Antara dua tiupan (sangkakala) adalah 40. Maka, (ada yang bertanya kepada Abu Hurairah) adakah 40 hari? Abu Hurairah berkata: “Aku enggan menjawab”. Adakah 40 bulan? Beliau berkata: “Aku enggan menjawab”. Adakah 40 tahun? “Aku enggan menjawab” Kemudian Abu Hurairah berkata: Lalu (selepas itu) Allah SWT menurunkan hujan. Kemudian (mayat-mayat) akan tumbuh (hidup) kembali seperti tumbuhnya sayuran, tiadalah pada manusia itu sesuatu melainkan reput semuanya kecuali satu bahagian tulang iaitu tulang punggung. Daripada tulang ini akan bercantum semula (manusia itu) pada hari kiamat.” Riwayat al-Bukhari (4651) dan Muslim (2955) Imam al-Nawawi mengatakan sebab Abu Hurairah RA mengulangi pendirian enggan menjawab soalan yang ditanyakan itu, kerana 40 itu hanyalah sebagai ringkasan kepada pengkhabaran. (Lihat al-Minhaj, 18/91) Baginda Nabi SAW turut mengkhabarkan bahawa Baginda adalah orang pertama yang akan dibangkitkan pada tiupan yang kedua, seperti yang dinyatakan di dalam hadith riwayat Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: إِنِّي أَوَّلُ مَنْ يَرْفَعُ رَأْسَهُ بَعْدَ النَّفْخَةِ الآخِرَةِ Maksudnya: “Sesungguhnya aku adalah orang yang terawal yang mendongak kepalaku setelah tiupan yang terakhir” Riwayat al-Bukhari (337) Al-Qastalani menyebut: Hadis di mana Rasulullah SAW mendapati Nabi Musa sedang bergantung di Arasy maka sabda Nabi, aku tidak ketahui adakah keadaan itu berlaku sebelum dia mati ketika tiupan pertama atau dia masih hidup selepas tiupan kedua sebelumku. Inilah yang dinyatakan oleh al-Karmani. Al-Dawudi berkata sebagaimana dihikayatkan daripada al-Safaqisi ucapannya, adakah demikian itu hingga akhir adalah waham. Ini kerana Nabi Musa telah dikuburkan dan akan dibangkitkan selepas tiupan. Maka bagaimana mungkin berlaku sebelumnya. Lantas dijawab bahawa hadis Abi Hurairah yang terdahulu berkenaan beberapa orang, maka manusia semua mati pada hari Kiamat dan aku juga mati bersama mereka kecuali akulah orang yang pertama bangkit. Maka didapati Musa memegang di tepi Arasy. Aku tidak ketahui sama ada dia juga mati dan bangkit sebelumku atau termasuk di kalangan yang dikecualikan oleh Allah. Perkataan sa'iq dimaksudkan dengan pengsan tatkala mendengar suara atau melihat sesuatu yang menggerunkan. Dan inilah yang berlaku dengan jelas berdasarkan riwayat ini berkaitan jaga atau sedar selepas tiupan kedua. (Lihat Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/30) Sebahagian ulama’ berpendapat, tiupan sangkakala sebanyak tiga kali. Antaranya Ibn al-‘Arabi dan Ibn Kathir. Mereka menghujahkan nas: وَيَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ Maksudnya: “Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah.” Surah al-Naml (87) Ayat ini menunjukkan tiga tiupan: Tiupan al-faza’ Tiupan al-sa’iq Tiupan al-ba’s Akan tetapi, hadis-hadis menunjukkan secara nyata bahawa ia dikira dengan dua tiupan sahaja iaitu tiupan al-Sa’iq (tiupan mematikan) dan keduanya tiupan al-Ba’s (tiupan membangkitkan manusia) daripada kubur. (Lihat Mausu’ah al-Akhirah, hlm. 80)   Siapakah yang Dikecualikan oleh Allah Daripada Menerima Kematian Ketika Tiupan Sangkakala? Para ulama’ telah khilaf, siapakah yang dikecualikan oleh Allah kepada beberapa pendapat: Imam Ahmad berpendapat, mereka yang di dalam syurga dari kalangan bidadari dan al-wildan. Sebahagian muridnya menambah, penjaga syurga iaitu Ridhwan dan penjaga neraka, iaitu Malik. Muqatil dan sebahagian ulama’ berpendapat, mereka adalah Jibril, Mika’il, Israfil dan Malakul Maut. Sebahagian mereka menambah, malaikat yang menanggung Arasy. Abu al-Abbas al-Qurtubi memberi pendapat yang berlainan dengan katanya: Dikehendaki (dengan yang dikecualikan ialah) semua orang yang telah mati kerana mereka tiada kesan dan rasa. Justeru, mereka tidaklah ada lagi kematian ketika itu. Tarjih: Imam al-Qurtubi berpendapat dengan menukilkan pandangan gurunya Abu al-Abbas, bahawa yang sahih adalah tiada sebarang nas yang sahih yang menentukan mereka yang terselamat daripada tiupan sangkakala dengan kebinasaan. Semua nas menunjukkan sifat muhtamal (andaian). (Lihat al-Tazkirah oleh Imam al-Qurtubi, hlm. 167)   Bagaimana Keadaan Manusia Ketika Tiupan Sangkakala? Hal ini telah diterangkan dalam al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ Maksudnya: “Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. Surah al-Hajj (1-2) Ibn Kathir berkata: Ditiupkan dengan tiupan yang menakutkan sedangkan manusia berada di pasar-pasar mereka dengan kehidupan harian mereka, saling bertengkar dan bergaduh sepertimana adat mereka. Tiba-tiba Allah SWT memerintahkan Israfil untuk meniupkan sangkakala dengan panjangnya. Tidak ada yang kekal di atas muka bumi kecuali mendengar suara tempikan yang kuat sehingga kepala mereka terdongak ke atas langit. Kemudian semua manusia dipandu ke mahsyar dengan api yang mengelilingi mereka dari segenap penjuru. Firman Allah SWT: فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً وَلَا إِلَىٰ أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ Maksudnya: “Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya) dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. Surah Yasin (50) Kemudian ditiupkan sangkakala kedua yang mematikan semua yang hidup kecuali tinggallah Allah, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Kemudian, ditiup dengan tiupan kebangkitan setelah itu. (Lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, 3/165) Al-Maraghi berkata: “Wahai sekalian manusia, takutlah kepada seksaan Allah SWT, taatlah dan janganlah kamu menderhakai-Nya, kerjakan segala kewajipan yang diperintahkan kepada kamu dan tinggalkan segala perkara haram yang dilarang melakukannya. Khitab ayat ini ditujukan kepada mukallaf yang ada pada ketika ia diturunkan, juga kepada generasi mukallaf yang akan lahir selepas mereka sehingga ke hari kiamat. Kemudian Allah SWT mengemukakan beberapa faktor mengapa mereka diperintah untuk takut kepada seksaan-Nya. Akibat goncangan yang terjadi ketika berlakunya hari kiamat, sebelum manusia dibangkitkan dari kuburnya. Maka ia dianggap kejadian yang amat dahsyat dan bahaya yang begitu besar; tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah berlakunya kiamat, kecuali Tuhan yang mengadakannya. Jika goncangan itu tidak dapat ditanggung oleh manusia, lantas apa yang terjadi pada mereka saat itu, seperti manusia dihimpunkan pada hari pembalasan dan hari penghisaban untuk menghitung segala amalan oleh Allah Yang Maha Tahu segala isi bumi dan langit, walaupun sebesar zarah. Kemudian Allah menghuraikan beberapa pemandangan yang menakutkan pada hari itu. Kemudian digambarkan pada hari kiamat itu tentang manusia yang berada dalam kegoncangan, kebingungan dan kelalaian yang telah mencapai ke puncaknya. Sehinggakan ibu yang sedang menyusukan anaknya lalai terhadap anak yang sedang disusunya, padahal anak itu merupakan sesuatu yang merupakan paling berharga kepadanya. Bayangkan bagaimana seorang ibu lalai terhadap anaknya? Manakala setiap wanita yang hamil akan mengalami keguguran iaitu janin yang di dalam rahimnya gugur sebelum tibanya waktu bersalin kerana takut terhadap hari kiamat. Al-Hasan ada mengatakan bahawa wanita yang menyusukan anaknya leka hingga berhenti daripada menyusui anaknya, manakala wanita hamil pula telah gugur kandungannya sebelum tiba waktunya melahirkan. Pada hari itu, kamu dapat melihat manusia seolah-olah mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Tetapi keadaan itu berlaku kerana azab yang amat dahsyat sehingga akan mereka menjadi tidak sedar dan tidak mampu membezakan di antara yang batil dengan yang benar. Kelalaian ibu yang sedang menyusui dan keguguran kandungan wanita yang sedang hamil boleh jadi dimaksudkan sebagai perumpamaan untuk menunjukkan dahsyatnya apa yang berlaku pada hari itu. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4516-1518) Sayyid Qutb berkata: Demikianlah dimulakan surah ini dengan ancaman dan penerangan secara umum yang membayangkan suasana dahsyat yang tidak dapat diungkapkan. Ia hanya mengatakan satu kejadian gempa dan kejadian gempa itu adalah suatu peristiwa yang amat besar tanpa memberi sesuatu penentuan dan sesuatu takrif. Kemudian barulah dijelaskan dan ternyata bahawa kejadian itu lebih menakutkan dan mengerikan dari semata-mata ancaman. Ia menayangkan satu pemandangan yang melibatkan setiap ibu penyusu yang lupa anak susuannya. Dia melihat tetapi tidak Nampak dan dia bergerak tetapi tidak sedar, juga melibatkan setiap ibu hamil yang keguguran anak kandungannya kerana terlalu ngeri dan takut, dan seterusnya ia melibatkan seluruh manusia yang kelihatan dalam keadaan mabuk, tetapi mereka sebenarnya tidak mabuk. Keadaan mabuk mereka dapat dilihat dengan jelas pada pandangan-pandangan mata mereka yang terpinga-pinga dan pada langkah-langkah mereka yang terhuyung-hayang. Ia merupakan satu pandangan yang penuh sesak dengan perhimpunan manusia yang berasak-asak, yang hampir-hampir ternampak kepada pandangan mata di saat membaca ayat ini. Dan dapat dihayati sepenuhnya oleh daya khayal. Kedahsyatan peristiwa itu menyebabkan seseorang itu menjadi lupa, kebingungan dan tidak sampai ke mana-mana. Ia merupakan satu peristiwa dahsyat yang tidak dapat diukur dengan saiz besarnya, tetapi dapat diukur dari kesan-kesannya yang dahsyat pada jiwa manusia iaitu pada hati ibu-ibu penyusu yang lupakan anak-anak susuan mereka, sedangkan seseorang ibu penyusu tidak lupakan anak susuannya yang sedang menyusu melainkan apabila dia berada dalam keadaan terlalu takut, yang menghapuskan segala saki-baki kesedarannya. Kesan-kesannya yang dahsyat itu juga dapat dilihat pada hati ibu-ibu hamil yang keguguran anak-anak kandung mereka dan pada hati manusia yang kelihatan mabuk, sedangkan mereka tidak mabuk. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 11/127-128)   Penutup Berdasarkan apa yang kami yang telah kami huraikan di atas, hendaklah setiap dari seorang muslim itu beriman dan percaya bahawa akan berlakunya tiupan sangkakala ini seperti yang telah tsabit di dalam al-Quran dan hadith. Beriman dengan hari kiamat ini hendaklah disertakan bersama dengan amalan-amalan soleh untuk kita menghadapinya. Semoga kisah-kisah berkaitan dengan hari kiamat ini akan menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Amin.
365
Soalan: Assalamualaikum WBT. Apakah hukum seseorang yang menggunakan vicks inhiler ketika berpuasa untuk melegakan hidung yang tersumbat?   Ringkasan Jawapan: Harus tetapi mesti digunakan secara berpada-pada. Makruh sekiranya digunakan tanpa apa-apa tujuan.   Huraian Jawapan: Waalaikumussalam WBT. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Firman Allah SWT: وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” Surah al-Baqarah (187) Berdasarkan ayat al-Quran yang telah disebutkan sebelum ini, antara kewajipan bagi orang yang berpuasa Ramadan ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa setelah berniat puasa. Antaranya ialah memasukkan ain (suatu jirim) ke rongga dalam melalui saluran yang terbuka seperti mulut, hidung telinga, qubul dan dubur sama ada lelaki mahupun perempuan. (Rujuk: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafie, 2/181) Oleh yang demikian, sekiranya sampai ain (suatu yang boleh dilihat dengan mata kasar) kepada rongga dalam daripada saluran yang terbuka maka ia boleh membatalkan puasa. Berkenaan masalah vicks kebiasaanya seseorang akan menghidu bau (aroma) daripada vicks iaitu seperti aroma mentol atau mint untuk melegakan hidung tersumbat. Oleh itu benda yang masuk melalui hidung adalah (aroma) iaitu angin dan bukanlah ain. Para ulama membahaskan mengenai hukum memasukkan angin, aroma atau bau melalui saluran yang terbuka sebagaimana ayang dijelaskan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori: (Hendaklah seseorang) mengelakkan sampainya ain yang bukan angin dan bau yang terzahir daripada saluran yang terbuka. (Rujuk: Fath al-Wahhab, 1/208). Kata beliau lagi: Bahawasanya berbuka puasa itu ialah sesuatu yang masuk (ke dalam badan) dan bukanlah sesuatu yang keluar, iaitu mengikut kaedah yang asal, dan terkeluar daripada (maksud) ain ialah kesan (suatu perkara) seperti sampainya angin disebabkan mencium (sesuatu) ke otaknya dan rasa (suatu perkara) dengan merasainya sehingga ke halkumnya. (Rujuk: Asna al-Mathalib, 1/415). Shaikh Abdul Rahman Ba’lawi menjelaskan hukum menghidu bauan dengan sengaja, kata beliau: Tidaklah memudaratkan (membatalkan puasa) sampainya bauan dengan menghidu melalui hidung begitu juga mulut, seperti bau asap kemenyan atau seumpamanya ke rongga dalam sekalipun dilakukan dengan sengaja kerana ia bukan kategori ain. (Rujuk: Bughyah al-Mustarsyidin, 1/213). Berdasarkan beberapa kenyataan para ulama di atas menghidu aroma daripada vicks adalah tidak membatalkan puasa sekalipun dengan sengaja kerana ia bukanlah dalam bentuk jirim yang boleh dilihat dan tidak ada sesuatu yang masuk ke badannya melalui rongga hidung melainkan angin (aroma vicks) tersebut. Walau bagaimanapun, hukum mencium bau wangi-wangian atau seumpamanya ketika sedang berpuasa adalah makruh. Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama, antaranya Shaikh Abu Bakar Syato di dalam karyanya: Kenyataannya (pengarang kitab): dan menyentuh minyak wangi dan menghidunya, iaitu kedua-duanya harus (hukumnya) yang mana disunatkan menahan diri daripada melakukan kedua-duanya. Dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj (ada menyebut): Bahkan al-Mutawwali menyatakan makruh melihatnya (wangi-wangian). Ulama selain beliau (al-Mutawalli) menegaskan bahawa makruh menghidu apa-apa yang boleh sampai baunya ke dalam otaknya atau pakaiannya. (Rujuk: Hasyiyah I’anah al-Tolibin, 2/281). Oleh yang demikian, sebaiknya seorang yang berpuasa meninggalkan perbuatan mencium wangi-wangian atau aroma tertentu kerana perbuatan tersebut adalah makruh dan boleh mengurangkan pahala puasa. Namun sekiranya terdapat keperluan atau untuk tujuan kesihatan maka ia diharuskan menurut fuqaha. KESIMPULAN Perbuatan menghidu vicks adalah tidak membatalkan puasa kerana tidak ada suatu ain (jirim) yang masuk ke rongga hidung melainkan bau atau angin. Ianya diharuskan untuk tujuan kesihatan seperti melegakan hidung tersumbat tetapi hendaklah digunakan secara berpada-pada. Namun sekiranya seseorang menghidu vicks tanpa apa-apa tujuan maka perbuatan tersebut adalah makruh. Wallahu a’lam.
366
SOALAN Assalamualaikum, Saya merupakan seorang peguam, apa hukum saya memberikan wang kepada mereka yang memperkenalkan khidmat guaman saya kepada pelanggan saya dengan jumlah tertentu? JAWAPAN RINGKAS Harus bagi peguam memberikan komisen kepada mereka yang mendapatkan pelanggan untuknya dan harus bagi penerima komisen untuk menerima komisen jika dia mendapatkan pelanggan untuk peguam seperti yang telah di persetujui bersama.   JAWAPAN TERPERINCI Secara umumnya, pengamalan memberikan ganjaran tertentu bagi sesiapa yang memperkenalkan khidmat/service kepada pihak ketiga adalah dikenali dengan komisen. Pembayaran komisen ini berbeza mengikut persetujuan yang dicapai di antara kedua pihak. Komisen ini dibayar jika agen berjaya mendapatkan pelanggan bagi servis yang ditawarkan. Komisen atau upah adalah harus selagi mana ianya tidak datang daripada pekerjaan yang haram. Di dalam islam upah di sebut sebagai Ju’alah. Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji Ju’alah adalah: هي التزام عوض معلوم على عمل معَّين، معلوم أو مجهول، بمعين أو مجهول. أي يحصل هذا العمل من عامل معين أو مجهول Maksudnya: “Ju'alah (sagu hati) ialah mewajibkan gantian yang diketahui untuk kerja tertentu, sama ada diketahui atau tidak diketahui oleh orang yang dikenali atau tidak dikenali.” (Lihat Fiqh al-Manhaji 6/161)    Asas pensyariatan konsep Ju’alah berdasarkan firman Allah SWT: قَالُوا نَفْقِدُ صُوَاعَ الْمَلِكِ وَلِمَن جَاءَ بِهِ حِمْلُ بَعِيرٍ وَأَنَا بِهِ زَعِيمٌ  Maksudnya: “Maksudnya: “Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu". Surah Yusuf ( 72) Menurut Ibnu Jarir perkataan (صواع) bermaksud alat menyukat makanan mengikut kebanyakan ahli tafsir. Seterusnya Ibn Jarir menjelaskan konteks ayat itu merujuk kepada sesiapa yang menjumpai alat menyukat maka akan diberikan balasan makanan seberat unta. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab tafsirnya: وقوله: (ولمن جاء له حمل بعير) ، يقول: ‌ولمن ‌جاء ‌بالصواع حمل بعير من الطعام Maksudnya: “Makna ayat (ولمن جاء له حمل بعير) barang siapa yang menemukan maka balasan baginya makanan seberat beban unta membawa maksud bagi sesiapa yang menemukan alat sukatan tersebut maka dia akan diberikan ganjaran makanan seberat unta” (Rujuk Tafsir Jami’ al-Bayan 16/177) Manakala, Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyatakan ayat (ولمن جاء له حمل بعير) merujuk kepada bab al-Ju’alah manakala ayat (وَأَنَا بِهِ زَعِيمٌ) merujuk kepada bab al-Dhomanah dan al-Kafalah dalam Islam.  (Rujuk Tafsir Ibnu Kathir 4/401) Walaupun ayat ini menyebut tentang syariat sebelum umat Nabi Muhammad SAW, namun ada sumber daripada syariat kita yang membenarkannya seperti yang dinyatakan oleh hadis Abu Sa’id al-Khudri RA katanya:   انْطَلَقَ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى سَفْرَةٍ سَافَرُوهَا حَتَّى نَزَلُوا عَلَى حَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ، فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمْ، فَلُدِغَ سَيِّدُ ذَلِكَ الْحَىِّ، فَسَعَوْا لَهُ بِكُلِّ شَىْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ شَىْءٌ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَوْ أَتَيْتُمْ هَؤُلاَءِ الرَّهْطَ الَّذِينَ نَزَلُوا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ عِنْدَ بَعْضِهِمْ شَىْءٌ، فَأَتَوْهُمْ، فَقَالُوا: يَا أَيُّهَا الرَّهْطُ، إِنَّ سَيِّدَنَا لُدِغَ، وَسَعَيْنَا لَهُ بِكُلِّ شَىْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ، فَهَلْ عِنْدَ أَحَدٍ مِنْكُمْ مِنْ شَىْءٍ؟ فَقَالَ بَعْضُهُمْ: نَعَمْ وَاللَّهِ إِنِّى لأَرْقِى، وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَقَدِ اسْتَضَفْنَاكُمْ فَلَمْ تُضِيِّفُونَا، فَمَا أَنَا بِرَاقٍ لَكُمْ حَتَّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلاً. فَصَالَحُوهُمْ عَلَى قَطِيعٍ مِنَ الْغَنَمِ، فَانْطَلَقَ يَتْفِلُ عَلَيْهِ وَيَقْرَأ:ُ (الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) فَكَأَنَّمَا نُشِطَ مِنْ عِقَالٍ، فَانْطَلَقَ يَمْشِى وَمَا بِهِ قَلَبَةٌ، قَالَ: فَأَوْفَوْهُمْ جُعْلَهُمُ الَّذِى صَالَحُوهُمْ عَلَيْهِ، فَقَالَ بَعْضُهُمُ: اقْسِمُوا. فَقَالَ الَّذِى رَقَى: لاَ تَفْعَلُوا، حَتَّى نَأْتِىَ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَذْكُرَ لَهُ الَّذِى كَانَ، فَنَنْظُرَ مَا يَأْمُرُنَا. فَقَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرُوا لَهُ، فَقَالَ: وَمَا يُدْرِيكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ، ثُمَّ قَالَ: قَدْ أَصَبْتُمُ اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِى مَعَكُمْ سَهْمًا فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم Maksudnya: “Beberapa orang sahabat Nabi SAW berangkat dalam suatu perjalanan. Apabila tiba di sebuah perkampungan Arab, mereka memohon untuk menumpang tetapi penduduk kampung tersebut enggan menerima mereka. Ketika itu ketua kampung tersebut telah disengat dan mereka telah menggunakan segala-galanya untuk mengubatinya, tetapi sedikitpun tidak berkesan. Beberapa orang dalam kalangan mereka berkata: “Mungkin kamu patut berjumpa dengan orang-orang yang singgah itu. Mereka mungkin ada sesuatu sebagai ubat. Lantas mereka datang menemui para sahabat dan berkata: “Wahai tuan-tuan sekalian, ketua kami telah disengat. Kami telah gunakan segala-galanya untuk menyembuhkannya, malangnya tidak berkesan. Adakah ada dalam kalangan kamu yang boleh mengubatinya. Sebahagian sahabat menjawab: "Ya, demi Allah aku boleh menjampi. Cuma demi Allah, kami telah mohon izin untuk menumpang di tempat kamu tetapi kamu menolak dan aku hanya akan menjampi untuk kamu jika kamu berikan kami sagu hati. Setelah berbincang, mereka bersetuju dengan pemberian sekawan kambing. Sahabat ini pun pergi meniup ketua itu dan membaca ayat “Alhamdulillahi Rabbi ‘Alamin” (surah al-Fatihah). Tiba-tiba ketua kampung bangun seolah-olah baru terlepas daripada ikatan. Lalu berjalan sepertimana keadaan sebelum ini. Abu Sa'id RA berkata: "Lalu penduduk kampung itu memberikan sagu hati seperti yang mereka setujui. " Sebahagian para sahabat berkata: "Bahagikan". Namun sahabat yang menjampi tadi berkata: "Jangan lakukan sehinggalah kita bertemu Nabi SAW dan kita ceritakan kepada Baginda apa yang berlaku dan kita tunggu perintah Baginda. Selepas itu mereka menemui Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku. Baginda bersabda: "Bagaimana engkau tahu ia adalah jampi?" Kemudian Baginda bersabda: "Kamu benar, bahagi-bahagikanlah dan letakkan satu bahagian untuk aku bersama kamu". Lalu Nabi SAW tertawa.”  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)  Menurut Syeikh Mustafa al-Bugha perkataan (جُعْلاً) membawa maksud upah.(Rujuk Tahqiq Sahih al-Bukhari oleh Mustafa al-Bugha 4/454).  Akad Ju’alah merupakan akad yang tidak lazim (kontrak yang membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah) berbeza dengan akad sewa yang merupakan akad lazim (kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli). Perkara ini dinyatakan oleh al-Imam Abu Husain Yahya bin Abu al-Khair Salim al-‘Imrani al-Yamani: الجعالة عقد غير لازم؛ لأنها عقد على عمل مجهول بعوض، فكانت غير لازمة Maksudnya: “Ju’alah ialah akad tidak lazim kerana ianya merupakan akad di mana pekerjaannya tidak diketahui dengan pertukaran (upah) yang mana ianya tidak lazim”   (Lihat al-Bayan fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i 7/412) Namun begitu, nilai upah haruslah ditentukan daripada awal seperti mana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi: ولا تجوز الا بعوض معلوم، لانه عقد معاوضة فلا تجوز بعوض مجهول كالنكاح، Maksudnya: tidak harus (akad Ju’alah) melainkan dinyatakan jumlah pertukaran (ganjaran) kerana ianya merupakan akad (pertukaran) maka tidak harus akad pertukaran dengan ganjaran yang tidak diketahui seperti akad nikah”. (Lihat al-Majmu' Syarh al-Muhazzab 15/113) Oleh kerana akad ini merupakan akad tidak lazim seperti dinyatakan di atas, maka kedua-dua belah pihak berhak untuk membatalkan akad tanpa persetujuan bersama. Ini dinyatakan oleh Imam al-Syairazi di dalam kitabnya: ويجوز لكل واحد منهما فسخ العقد لأنه عقد على عمل مجهول بعوض فجاز لكل واحد منهما فسخه كالمضاربة Maksudnya: “ Harus bagi setiap pihak membatalkan akad kerana ia merupakan akad yang tidak diketahui pekerjaannya dengan pertukaran upah maka harus bagi setiap pihak membatalkan akadnya seperti akad mudharabah” (Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i 2/273) Namun begitu, Imam al-Syairazi menambah jika pembatalan akad haruslah dibuat sebelum pekerjaan yang di persetujui bersama dilaksanakan. Jika pekerjaan itu telah selesai dan pengupah membatalkan akad maka pembuat kerja harus dibayar sesuai dengan kerja yang dilakukan.  (Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i 2/273)   KESIMPULAN Kesimpulannya, hukum seseorang menerima upah/komisen daripada apa-apa pekerjaan adalah harus kerana perbuatan tersebut termasuk di dalam konsep Ju’alah. Namun begitu, ju’alah hendaklah memenuhi syarat-syaratnya seperti yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan unsur kezaliman antara kedua-dua belah pihak. Wallahuallam.
369
Soalan: Apakah hukumnya memakai contact lens semasa berpuasa? Adakah ia dikira sebagai memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka maka membatalkan puasa? Jawapan: Waalaikumussalam W.B.T. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan daripada Anas R.A: أنه كان يكتحل وهو صائم Maksudnya: “Bahawasanya adalah dia yakni Anas bercelak padahal ketika itu dia sedang berpuasa” Riwayat Abu Daud (2378) Berdasarkan hadis di atas, di sisi mazhab Syafie, para ulama’ mengatakan hukum bercelak bagi orang yang berpuasa adalah harus dan tidak membatalkan puasa kerana mata bukan termasuk di dalam rongga yang terbuka. Hal ini kerana di antara perkara yang membatalkan puasa adalah dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam (ruang selepas halkum hingga usus dan tali perut) melalui ruang yang sedia terbuka  (manfaz maftuh) iaitu mulut, telinga, qubul dan dubur sama ada lelaki mahupun perempuan. Rongga itu samada ia mempunyai kuasa memproses makanan dan ubat ataupun tidak. Sekiranya memasukkan sesuatu melaluinya sehingga sampai ke rongga dalam badan maka terbatal puasanya. Adapun mata tidak termasuk di dalam apa yang dikatakan rongga itu. (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafie, 2/181) Berkata Imam Nawawi: “Dan diharuskan untuk bercelak berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Anas bahawasanya beliau bercelak ketika berpuasa kerana mata bukannya rongga yang terbuka, maka tidak batal puasa dengan apa yang sampai melaluinya (mata)”. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 6/361). Berkata Imam Ibn Hajar al- Haitami:  “Dan hendaklah menahan diri daripada menyampaikan sesuatu ke dalam rongga yang disebut sebagai perut, kerana orang melakukan hal tersebut tidak dinamakan mumsik (orang yang menahan dirinya), berbeza halnya dengan sampainya kesan seperti rasa (makanan) dan bau yang dihidu, contohnya seperti masuknya asap kayu gaharu ke dalam perut sekalipun dengan sengaja, maka hal itu tidak membatalkan puasa”. (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, 3/400-401). Kesimpulan Justeru, hukum memakai kanta lekap ketika berpuasa diqiyaskan kepada hukum bercelak iaitu harus dan tidak membatalkan puasa. Hal ini kerana mata tidak termasuk di dalam rongga yang terbuka dan ianya bukan satu bentuk perbuatan makan dan minum. Hatta dalam keadaan sekiranya ketika seseorang memakainya (kanta lekap), terdapat cecair yang mengalir daripada ubat kanta lekap yang mungkin masuk ke dalam rongga mata maka ia tetap tidak membatalkan puasa. Hal ini kerana jika yang sampai di kerongkong itu hanya rasanya dan bukannya cecair itu, jika ditelan tidak membatalkan puasa, kerana rasa itu adalah kesan dan tidak dinamakan ‘ain. Wallahu a’lam.
370
SOALAN Pada tahun-tahun lepas, beberapa portal berita bebas dalam negara mengeluarkan artikel berkenaan puasa dalam Islam dan pelbagai agama. Sebahagian perbincangan dalam artikel tersebut menunjukkan persamaan antara ibadat berpuasa dalam Islam dengan ibadat berpuasa agama-agama lain. Soalan saya, adakah ibadah berpuasa dalam Islam mempunyai kaitan sejarah dengan ibadah berpuasa agama-agama terdahulu? Bagaimanakah pula pandangan Islam terhadap ibadat berpuasa agama Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha?   RINGKASAN JAWAPAN Puasa merupakan suatu ibadat yang mempunyai sejarah pengamalan daripada umat agama-agama samawi sebelum Nabi SAW. Puasa juga merupakan suatu ibadat yang sejagat merentas sempadan geografi dan agama. Namun demikian, dari sudut spiritual yakni maksud dan tujuan ibadat berpuasa itu sendiri mempunyai perbezaan yang mendasar berasaskan kepercayaan masing-masinig. Ibadat berpuasa dalam setiap agama adalah berbeza daripada aspek spiritual, praktis fizikal dan sejarah ritual. Ibadat berpuasa dalam Islam khususnya di bulan Ramadan merupakan satu kewajipan kepada setiap muslim yang memenuhi syara-syaratnya. Ia juga merupakan salah satu rukun Islam yang menyebabkan sesiapa yang mempertikaikan amalan ibadah ini secara sengaja boleh dipertikaikan keislamannya   HURAIAN JAWAPAN   Pendahuluan Puasa merupakan suatu ibadat yang mempunyai sejarah pengamalan daripada umat agama-agama samawi sebelum Nabi SAW. Allah SWT menjelaskan kefarduan ibadat berpuasa dalam ayat berikut: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Surah Al-Baqarah (183) Ayat di atas memperlihatkan penetapan ibadat puasa dalam kalangan umat pelbagai agama samawi yang beriktikad akan keesaan Allah SWT. [1] Namun begitu, kaifiat ibadat berpuasa yang tepat bagi umat pelbagai agama samawi terdahulu tidak diketahui melainkan Allah SWT. Hal ini kerana tidak ada nas yang sahih daripada Rasulullah SAW yang menjelaskan kaedah ibadat berpuasa tersebut.[2] Begitu juga kefarduan ibadat berpuasa umat pelbagai agama samawi terdahulu telah ditukar dan diubah oleh Ahli Kitab. Kadang kala puasa ini berlaku dalam waktu musim panas atau sejuk yang melampau, maka Ahli Kitab mengubah ke waktu musim bunga dan menambah sehingga bilangan ke-50 hari sebagai penutup kafarah dosa.[3] Dalam pada itu, berpuasa juga diamalkan oleh  kebanyakan agama dan kepercayaan lain termasuk penyembah berhala seperti agama Mesir kuno, agama Greek, Rom dan Hindu.[4]  Berpuasa dalam setiap agama adalah berbeza daripada aspek spiritual, praktis fizikal dan sejarah ritual. Antara matlamat  berpuasa dalam agama-agama lain termasuklah bertujuan untuk pengampunan dosa, pengorbanan, penyucian diri, pemfokusan dan mencapai maksud-maksud tertentu dalam agama seperti Nirvana dan Moksha.  Oleh yang demikian, berikut adalah pandangan Islam terhadap ibadah berpuasa agama Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha: 1. Agama Yahudi:  Terdapat ibadat berpuasa dalam agama Yahudi yang dikenali sebagai Yom Kippur iaitu Hari Penebusan Dosa atau Sabbath bagi semua Sabbath tahunan (Sabbath of Sabbaths). Istilah Yom Kippur mengandungi dua perkataan iaitu Yom dikenali sebagai yawm, perkataan Kippur pula sebagai kafarah. Hari Yom Kippur adalah hari untuk berdoa, beribadat, berpuasa dan menebus segala dosa. Yom Kippur disambut pada setiap tahun pada hari kesepuluh dalam bulan ketujuh Yahudi iaitu Bulan Tishrei. Pada hari suci agama Yahudi ini mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang mesti dipatuhi.[5] Golongan penganut agama Yahudi akan berpuasa selama 25 jam bermula daripada tenggelamnya matahari ke tenggelamnya matahari pada keesokannya. Sedangkan menurut Islam, Yom Kippur merujuk kepada hari di mana Allah SWT menerima taubat semua penganut agama Yahudi yang telah mengikuti Samiri dalam menyembah patung lembu yang dibentuknya. Ini berlaku setelah Nabi Musa AS menerima 10 Perintah (Ten Commandments) daripada Allah SWT di Gunung Sinai. Dalam Taurat yang wujud ketika hari ini menyatakan pujian ke atas ibadah berpuasa dan golongan orang yang berpuasa. Begitu juga telah sabit bahawa Nabi Musa AS pernah berpuasa 40 hari. Penganut agama Yahudi pada hari ini berpuasa selama seminggu untuk mengingati peristiwa keruntuhan dan rampasan keatas. Begitu juga berpuasa sehari pada bulan Ab (bulan Yahudi yang kesebelas).[6] 2. Agama Kristian:  Terdapat penetapan Puasa Lent dalam kalangan penganut agama Kristian. Lent berasal daripada Inggeris lama yang bermaksud musim bunga. Lent disambut bersempena dengan 40 hari Jesus Lent yang mengasingkan diri di padang pasir dan diuji dengan pelbagai godaan oleh Syaitan. 40 hari ini bermula daripada Ash Wednesday (Hari Abu Rabu di mana diletakkan abu berbentuk salib di dahi penganut agama Kristian) sehingga ke hari keempat puluh, pada sambutan Easter Sunday, tidak termasuk hari Ahad. Pada waktu Lent, penganut agama Kristian tidak memakan daging atau hanya memakan sekali sahaja sehari. Mereka juga tidak meminum arak atau berhibur dengan komputer atau telefon bimbit kerana menahan diri dalam ibadat berpuasa Lent. Mereka diminta menyembunyikan bahawa mereka sedang berpuasa dengan tidak bermuka muram dan merapikan rambut.[7] Maklumat lengkap berkenaan kaedah dan kandungan puasa juga berbeza-beza menurut pelbagai mazhab dalam agama Kristian. Manakala menurut Islam, terdapat dalam kitab Injil yang memuji ibadat puasa dan menganggapnya sebagai ibadat yang dapat mencegah riyak dan untuk menzahirkan kesedihan. Antara puasa yang paling masyhur dan tertua adalah puasa besar yang dilakukan sebelum Perayaan Easter (Pesach atau Passover). Dikatakan bahawa puasa inilah yang telah dilaksanakan oleh Nabi Musa AS, Nabi Isa AS dan para pengikut setia Nabi Isa AS yang dikenali sebagai Hawariyyun. Kemudiannya para ketua penganut agama Kristian telah meletakkan pelbagai jenis puasa yang lain menurut gereja masing-masing.[8] 3. Agama Hindu:  Penganut agama Hindu didapati berpuasa dengan tidak makan apa-apa atau minum air sahaja pada beberapa perayaan seperti Shivaratri, Saraswati Puja dan Durga Puja (Navaratri).[9] Begitu juga mereka akan berpuasa pada sambutan Ekadasi dan Purnima (bulan mengambang penuh) menurut kaedah dan aliran yang mereka ikuti. Berpuasa bagi mereka  sebagai cara untuk membersihkan diri, bermeditasi dan mendapatkan fokus dalam mengamalkan yoga. Walaupun demikian,  puasa dalam agama Hindu ini telah melangkaui batasan akidah Islam kerana melakukan perbuatan syirik terhadap Allah SWT dan menjurus kepada lembah kerosakan. Oleh itu, meninggalkan segala bentuk ritual ibadah agama lain merupakan perkara yang wajib bagi umat Islam sebagaimana firman Allah SWT: وَقَالُواْ لَنَآ أَعۡمَٰلُنَا وَلَكُمۡ أَعۡمَٰلُكُمۡ سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡ لَا نَبۡتَغِي ٱلۡجَٰهِلِينَ Maksudnya: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil. Surah Al-Qasas (55) Ayat diatas menjelaskan bahawa umat Islam mempunyai amal soleh tersendiri yang diterima untuk dilaksanakan. Bagi umat agama-agama lain pula, mereka mempunyai amalan batil yang sepatutnya ditinggalkan. Perkara ini menunjukkan bahawa setiap amalan mempunyai perihal kesibukan dalam urusan masing-masing.[10] 4. Agama Budha:  Penganut agama Budha juga berpuasa dengan tidak memakan makanan yang keras. Sebaliknya hanya mengambil makanan yang lembut dan meminum air. Ibadat berpuasa dilakukan pada perayaan Budhisme tertentu atau pada waktu bulan mengambang penuh.  Berpuasa dilakukan untuk menyucikan diri dan melawan nafsu sesuai dengan Empat Kebenaran Utama dalam Ajaran Budha iaitu hidup penuh dengan kesengsaraan, sebab untuk kesengsaraan, keperluan menamatkan kesengsaraan dan lapan cara menamatkan kesengsaraan melalui pengertian, fikiran, ucapan, tindakan, penghidupan, usaha, perhatian serta konsentrasi yang benar.[11] Maka jelas  puasa dalam agama Budha ini mempunyai unsur-unsur adat keagamaan yang bercanggah dengan agama Islam. Oleh itu, umat Islam dilarang untuk mencampuradukkan ibadat berpuasa kerana Allah SWT dengan pelbagai rupa kebudayaan agama lain. Allah SWT berfirman:  وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ Maksudnya: Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Surah Al-Kafirun (4-5) Ayat diatas menghuraikan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam ibadat umat Islam dengan umat agama-agama lain. Perbezaan ini jelas menerusi kepada siapa yang ditujukan ibadat dan bagaimana cara beribadat. Umat Islam melakukan ibadat semata-mata kerana Allah SWT, sedangkan umat agama-agama lain tidak dianggap melakukan ibadat yang sebenar kerana mempunyai unsur syirik beserta kelalaian terhadap Allah SWT.[12]   Penutup Kesimpulan, puasa dari sudut fizikal iaitu menahan makan dan minum adalah satu ibadah yang sejagat merentas sempadan geografi dan agama.  Namun demikian, dari sudut spiritual yakni maksud dan tujuan ibadat berpuasa itu sendiri mempunyai perbezaan yang mendasar berasaskan kepercayaan masing-masinig. Ibadat berpuasa dalam setiap agama adalah berbeza daripada aspek spiritual, praktis fizikal dan sejarah ritual. Ibadat berpuasa dalam Islam khususnya di bulan Ramadan merupakan satu kewajipan kepada setiap muslim yang memenuhi syara-syaratnya. Ia juga merupakan salah satu rukun Islam yang menyebabkan sesiapa yang mempertikaikan amalan ibadah ini secara sengaja boleh dipertikaikan keislamannya. Wallahu A'lam   Rujukan:  [1] Al-Zuḥaylī, Wahbah, Al-Tafsīr al-Munīr, (Damsyik: Dār al-Fikr, 1998), 2: 128-129. Teks asal: إذ يكفي في فهم الآية أن يكون الله كتب صوما ما على الذين من قبلنا، وهذا مسلّم به عند أهل الأديان. [2] Muḥammad al-Sayyid Tantawi, al-Tafsir al-Wasit Li al-Quran al-Karim, (Kaherah: Dar al-Nahdah al-Misriyyah), 1: 380. Teks asal: أن عبادة الصوم كانت مكتوبة ومفروضة على الأمم السابقة، ولكن بكيفية لا يعلمها إلا الله، إذ لم يرد نص صحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم يبين لنا فيه كيف كان صيام الأمم السابقة على الأمة الإسلامية. [3] `Ali al-Sabuni, Muhammad, Rawa`i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an, (Beirut: Muasasah Manahil Irfan, 1980), 1:97. Teks asal: أشارت الآية الكريمة إلى أن الصوم عبادة قديمة، فرضها الله على الأمم قبلنا، ولكن أهل الكتاب غيّروا وبدّلوا في هذه الفريضة، وقد كان يتفق الحر الشديد والبرد الشديد، فحوّلوه إلى الربيع وزادوا في عدده حتى جعلوه خمسين يوما كفارة لذلك [4] Al-Zuḥaylī, Wahbah, Al-Tafsīr al-Munīr, (Damsyik: Dār al-Fikr, 1998), 2: 128-129. Teks asal: فمن المعروف أن الصوم مشروع في جميع الملل، حتى الوثنية، فهو معروف عند قدماء المصريين واليونان والرومان والهنود. [5] Torah, Leviticus, 16:29-31. Teks asal: And this shall be a statute for ever unto you: that in the seventh  month, on the tenth day of the month, ye shall afflict your souls, and  do no work at all, whether it be one of your own country, or a stranger  that sojourneth among you: For on that day shall the priest make  an atonement for you, to cleanse you, that ye may be clean from all  your sins before the LORD. It shall be a sabbath of rest unto you, and ye shall afflict your souls, by a statute for ever. [6] Al-Zuḥaylī, Wahbah. Al-Tafsīr al-Munīr. Damsyik: Dār al-Fikr, 1998. 2: 129. Teks asal: وفي التوراة الحالية مدح الصيام والصائمين، وثبت أن موسى عليه السلام صام أربعين يوما، واليهود في هذه الأزمنة يصومون أسبوعا تذكارا لخراب أورشليم وأخذها، ويصومون يوما من شهر آب. [7] Bible, Matthew, 6:16-18. Teks asal: When you fast, do not look somber as the hypocrites do, for they disfigure their faces to show men they are fasting. I tell you the truth, they have received their reward in full. But when you fast, put oil on your head and wash your face, so that it will not be obvious to men that you are fasting, but only to your Father, who is unseen; and your Father, who sees what is done in secret, will reward you. [8] Al-Zuḥaylī, Wahbah. Al-Tafsīr al-Munīr. Damsyik: Dār al-Fikr, 1998. 2: 129. Teks asal: وكذلك الأناجيل الحالية تمدح الصيام وتعتبره عبادة كالنّهي عن الرّياء وإظهار الكآبة فيه، وأشهر صوم النصارى وأقدمه الصوم الكبير الذي قبل عيد الفصح، وهو الذي صامه موسى وعيسى والحواريون، ثم وضع رؤساء الكنيسة أنواعا أخرى من الصيام [9] Sri Swami Sivananda. Hindu fasts and festivals. 8th Edition. Distt. Tehri-Garhwal, Uttar Pradesh, Himalayas, India: Divine Life Society, 1983 [10] Al-Sya’rawi, Muhammad Mutawalli, Tafsir al-Sya’rawi, (Mesir: Matobi’ Akhbar al-Yaum, t.th), 18: 10963. Teks asal: لنا أعمالنا الخيِّرة التي يجب أنْ نُقبل عليها، ولكم أعمالكم الباطلة التي ينبغي أنْ تُترك، فكلٌّ مِنَّا له شَأْن يشغله [11] Fisher, Mary Pat. Living religions: an encyclopaedia of the world's faiths. London [u.a.]: Tauris, 1997, 136-137. Teks asal: To live is to suffer. Suffering comes from desire. To end suffering end desire. To end desire is by following noble eightfold path: Right Understanding or Perfect Vision, Right Resolve or Perfect Emotion, Right Speech or Perfect Speech, Right Action or Perfect Action, Right Livelihood or Perfect Livelihood, Right Effort or Perfect Effort, Right Mindfulness or Perfect Awareness Right Meditation or Perfect. Samadhi [12] Al-Maraghi, Muhammad Mustafa, Tafsir al-Maraghi, (Mesir: Mustafa Bab Al-Halabi Wa Auladuhu, 1946), 30: 256. Teks asal: الاختلاف التامّ فى المعبود، والاختلاف البيّن فى العبادة فلا معبودنا واحد، ولا عبادتنا واحدة، لأن معبودى منزه عن الندّ والنظير، متعال عن الظهور فى شخص معين، وعن المحاباة لشعب أو واحد بعينه، والذي تعبدونه أنتم على خلاف ذلك .كما أن عبادتى خالصة لله وحده، وعبادتكم مشوبة بالشرك، مصحوبة بالغفلة عن الله تعالى، فلا تسمى على الحقيقة عبادة
372
Kredit gambar: kpkesihatan.com Soalan: Assalamualaikum wrm. wbt., Saya ada dengar berlaku di suatu tempat jenazah pesakit yang meninggal akibat Covid-19 ditolak berkali-kali untuk dimakamkan. Warga setempat menghalang pemakaman kerana terlalu takut akan penularan virus melalui pemakaman jenazah tersebut. Apakah hal ini diharuskan?   Jawapan: Waalaikumussalam wrm. wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.   Ringkasan Jawapan: Hukum menolak pengebumian jenazah Covid-19 atas alasan mengelak penyebaran penyakit adalah haram, kerana virus berkenaan tidak boleh merebak melalui tanah perkuburan, dan jenazah pesakit di Malaysia dikafankan dengan mengambil semua langkah berhati-hati, melainkan jika diarahkan oleh pihak berkuasa berdasarkan pertimbangan maslahat dan mafsadah.   Huraian Jawapan:  Hukum mengebumikan jenazah adalah perkara yang diwajibkan ke atas orang Islam secara fardhu kifayah terhadap jenazah orang Islam, selama mana tidak wujud keuzuran daripada mengebumikannya seperti kematian di laut dan sebagainya. Berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/249): “Sunat segera menguruskan jenazah dengan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya. Ulama’ Islam telah berijma’ menyatakan hukum keempat-empat urusan tersebut adalah fardhu kifayah atas kesemua orang Islam di tempat kematian. Jika tidak ada seorang pun di kalangan mereka melaksanakan tugas tersebut, maka berdosalah semuanya.” Merujuk kepada Garis Panduan Ibadah Bagi Petugas dan Pesakit Covid-19 (ms. 13), medium jangkitan virus Covid-19 ialah melalui droplet (titisan air) pada udara yang disebarkan melalui batuk dan bersin. Begitu juga air kumuran, ludah atau apa-apa basuhan organ yang melibatkan muccous membrane iaitu mulut, hidung dan mata. Debu tanah juga boleh menjadi medium sebaran jika dipakai pada Kelengkapan Pelindung Diri (PPE). Namun begitu, virus Covid-19 boleh dibersihkan daripada permukaan yang tercemar dengan basuhan sabun atau penggunaan pembasmi kuman atau virus seperti sanitizer beralkohol. Manakala dalam Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam (COVID-19) (ms. 17), status jenazah yang mati akibat Covid-19 tidak menghalang kewajiban untuk mengebumikan jenazah seperti hukum asal, sekalipun dilaksanakan dengan oleh kuantiti petugas tidak melebihi 4 orang dan dilakukan di bawah pantauan pihak berkuasa kesihatan. Tambahan lagi, proses pengkafanan mayat dilakukan dengan begitu teliti dan berhati-hati dengan membuat tiga lapisan ke atas mayat bermula dengan balutan linen putih kemudian dibalut dengan dua lapisan beg mayat sebelum disembur dengan semburan nyahkuman.   Kesimpulan Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung untuk menyatakan bahawa hukum menolak pengebumian jenazah Covid-19 atas alasan mengelak penyebaran penyakit adalah haram, berdasarkan alasan berikut: Virus yang wujud pada badan mayat yang mati akibat Covid-19 tidak boleh merebak melalui tanah perkuburan. Dalam konteks pengurusan jenazah Covid-19 di Malaysia, jenazah berkenaan telah dikafankan dengan mengambil semua langkah berhati-hati dan diuruskan dengan teliti. Sekiranya, wujud kes-kes terpencil di mana jenazah tidak dikafankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, mengorek kubur untuk memindahkan jenazah atas alasan takut penyebaran penyakit tidak boleh dilakukan, kerana tiada keperluan, melainkan jika diarahkan oleh pihak berkuasa berdasarkan pertimbangan maslahat dan mafsadah. Wallahua`lam. Semoga penjelasan ini memberikan jawapan kepada pihak yang bertanya. Marilah kita berdoa agar Allah ﷻ mengangkat ujian ini daripada kita dan mengurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian ini dengan sebaiknya. Amin.
374
2023 Tarikh Tajuk Pautan Lain 7 Julai 2023 "Hanya berada di Mina pada waktu ditetapkan syarak - Mufti WP"   22 Mac 2023 "Anak bulan Ramadan berjaya dicerap 7.46 malam di PICC"   14 Januari 2023 "Tiada lagi permit percuma tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan"   2022 Tarikh Tajuk Pautan Lain 20 Jun 2022 "Aidiladha: Tunggu pengumuman rasmi 29 Jun" [1] 02 Mei 2022 "Labuan punca Malaysia sambut Aidilfiri hari ini"   01 April 2022 "Timbalan Mufti WP ketuai cerapan anak bulan di Putrajaya"   04 Mac 2022 "Tidak jatuh talak jika hanyai berniat - Mufti"   14 Januari 2022 "Umat islam dilarang terbabit kerja-kerja bersihkan rumah ibadat agama lain"   2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 28 September 2021 "Tular peringatan semula fatwa hindari gaya rambut qaza'"   29 Ogos 2021 "Melamar wanita di khalayak ramai bercanggah hukum syarak"   13 April 2021 "Imarah masjid sepanjang Ramadan - Mufti" [1] 20 Mac 2021 "Mufti WP kunjung hormat Sheikh Al-Azhar" [1] 13 Mac 2021 "Isu kalimah Allah: Bimbang cetus tegang antara agama" [1] 03 Mac 2021 "Pejabat Mufti pandang serius kenyataan Sajat" [1] 25 Februari 2021 "Forum Perdana Ehwal Islam paling ramai panel, kali ini bincang isu vaksin" [1] 16 Februari 2021 "Terlibat aplikasi tidak bermoral boleh menjurus perbuatan zina - Mufti" [1] 14 Februari 2021 "Hormati fatwa vaksin Covid-19" [1] 2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 26 Oktober 2020 "Langgan artis: Pantau aktiviti golongan berpengaruh"   2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 15 Jun 2019 "Azmin terharu" [1] 14 Jun 2019 "Kalau berterusan, kita tidak lagi dihormati - Mufti Wilayah" [1] 14 Jun 2019 "Pengajaran dan petunjuk menghadapi fitnah semasa" [1][2][3] 13 Jun 2019 "Mufti Wilayah Persekutuan tampil empat 'buah fikiran'" [1] 25 Mei 2019 "Laman web pejabat mufti perjelas isu berbuka di Kuil Gurdwara" [1] 23 Mei 2019 "Semoga Yang di-Pertuan Agong, kerabat Diraja Pahang diberi ketabahan - Mufti Wilayah" [1] 18 Mei 2019 "Ramadan peluang santuni bangsa lain - Mufti Wilayah" 18 Mei 2019 "Bantuan diberi tanpa mengira agama, bangsa - CEO Bank Muamalat" 11 Mei 2019 "Mufti Wilayah Persekutuan sokong Liverpool menang UCL" 6 Mei 2019 "Ahlan Wa sahlan ya Ramadan" [1][2] 9 April 2019 "Pencarian Mohammad Asyraf perlu menepati syariat - Mufti Wilayah" [1] 3 April 2019 "Status halal negara luar diragui?" [1] 26 Mac 2019 "Bank Muamalat sasar 80,000 pendeposit baharu" [1] 22 Mac 2019 "Tragedi Christchurch : Hikmah di sebalik musibah" [1][2] 21 Mac 2019 "Himpunan Solidariti Kedamaian Sabtu ini" [1] 18 Mac 2019 "Surat terbuka Mufti kepada Anning" [1][2] 15 Mac 2019 "Mangsa tembakan pengganas di New Zealand mati dalam husnul khatimah - Mufti Wilayah" [1] 24 Februari 2019 "Berhenti debat kepentingan vaksin-Mujahid" [1] 15 Februari 2019 "Syabas Mufti Wilayah" [1][2] 15 Februari 2019 "Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disambut oleh Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk" 10 Februari 2019 "Pengorbanan Abdul Bari bukti anak muda Malaysia berjiwa besar" [1] 1 Februari 2019 "Sultan Abdullah solat Jumaat di Kampung Baru" [1][2] 10 Januari 2019 "Mufti kagum gambar kerbau jadi juara peringkat Asia" [1] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 17 Disember 2018 "Hari duka rakyat Malaysia - Mufti Wilayah" 6 Disember 2018 "Mufti Wilayah Persekutuan puji Harimau Malaya" [1] 30 November 2018 "Mufti Wilayah, bekas Menteri Besar Pahang turut ziarah Muhammad Adib" 25 November 2018 "Harap kerajaan tidak buat pusingan-U" [1] 24 November 2018 "Tidak semestinya ikut negara Islam lain ratifikasi ICERD - Mufti WP" [1] 20 November 2018 "Polis Evo 2: Tiada mesej hina Islam" [1] 19 November 2018 "Mufti tonton Polis Evo 2, ulasan malam ini" [1] 12 November 2018 "Mufti Wilayah suntik semangat Harimau Malaya" [1] 10 November 2018 "Hukum sewa isteri haram, mufti tegur drama Astro" [1] 12 Oktober 2018 "Mufti wilayah sanggup berkuyup bantu orang tolak kereta dalam hujan" [1] 8 Oktober 2018 "Wan Azizah lakukan kunjungan istisyari, minta pandangan mufti wilayah" 4 Oktober 2018 "6 anggota bomba lemas mati syahid - Mufti" [1] 25 September 2018 "Pena Mufti : Tidak Semua ikhtilaf dibenarkan" [1] 24 September 2018 "Jangan buat spekulasi isu liwat di pusat tahfiz" [1] 19 September 2018 "Tukar nama takut undang celaka" [1] 22 Ogos 2018 "Mufti Alaf Baharu" [1][2] 21 Ogos 2018 "Puncak pengabdian kepada Pencipta" [1][2][3] 5 Ogos 2018 "Islam terus utuh di era Dr. Mahathir" [1][2] 31 Julai 2018 "Yakini amalan haji betul sebelum pulang ke tanah air" [1][2] 31 Julai 2018 "Yang di-Pertuan Agong berkenan ucap selamat jalan kepada jemaah haji" [1] 28 Julai 2018 "Dingin pagi tidak halang orang ramai lihat gerhana bulan penuh" [1] 21 Julai 2018 "Ateis Melayu makin ramai" [1] 12 Julai 2018 "Jangan ada sesal lepas balik haji" [1][2] 11 Jun 2018 "Dr. Zulkifli, Mufti ‘instafamous’" [1][2] 30 Mei 2018 "Dr. Zulkifli jemput Muhammad Faiz ke pejabat mufti" [1] 19 Mei 2018 "Mufti Wilayah tegur warga netizen yang suka mengaibkan orang lain" [1] 5 April 2018 "(VIDEO) Kes selesai lebih cepat" [1] 1 April 2018 "Pemimpin politik Islam jangan bertelagah-Mufti"  [1] 25 Mac 2018 "[VIDEO] Siti Aafiyah penyeri hidup Siti Nurhaliza, Khalid Mohamad Jiwa" [1] 28 Februari 2018 "Terima kasih Datuk Mufti" [1] 19 Februari 2018 "Utama nyawa bayi" [1][2] 16 Februari 2018 "Bercakap ketika azan" [1] 14 Februari 2018 "Azmil Mustapha mahu buka pusat tahfiz" [1] 12 Februari 2018 "Tidak boleh guna doula tanpa doktor - Mufti" [1] 18 Januari 2018 "Bekas Imam Al-Aqsa hargai sokongan Malaysia"  [1] 8 Januari 2018 "Malaysia sertai Persidangan Al-Azhar Sedunia" [1] 2017 Tarikh Tajuk Pautan Lain 27 Disember 2017 "Surat terbuka mufti kepada Iqram Dinzly" [1] 22 Disember 2017 "Khutbah Jumaat seru umat Islam terus bersatu" [1] 6 Jun 2017 "Rasuah: Fikir Berdepan Tuhan"   5 Jun 2017 "Umat Islam mula berpuasa hari ini" [1] 11 Mei 2017 "Taubat bukan hanya di mulut"   26 April 2017 "Raja Bomoh akui tipu"   21 April 2017 "Santai dan interaktif"   19 April 2017 "Valet Doa tanpa sedar"   18 April 2017 "PM lancar kitab Irsyad al-Fatwa"   8 April 2017 "Bisik-bisik Awang Selamat - 8 April 2017" [1] 22 Mac 2017 "Mufti tegur Malaysiakini dan FMT" [1] [2] [3] 28 Februari 2017 "Mufti perlu bersatu, tingkat syiar Islam - Raja Salman" [1] 15 Februari 2017 "Perdagangkan doa, tidak wajar, perlu dielakkan - Mufti"  [1]  15 Februari 2017 "Klinik Hukum rungkai kekeliruan agama"   2016 Tarikh Tajuk Pautan Lain 21 Mac 2016 "Perkasa Pendidikan Tahfiz - PM"   2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 16 Ogos 2015 "Ribuan rakyat jayakan Doa Untuk Malaysia"   7 Ogos 2015 "Jakim, Jabatan Mufti bincang aplikasi hukum"   28 Februari 2015 "Sistem pendidikan Islam perlu diubah"   14 Februari 2015 "Kematian ulama satu musibah"   18 Januari 2015 "Kenapa kait ekstremis dengan khutbah Jumaat"   2014 Tarikh Tajuk Pautan Lain 2 Oktober 2014 "Puasa Arafah Hari Sabtu - Mufti Wilayah Persekutuan"   20 Jun 2014 "Dr Zulkifli Mufti Baharu WP"     2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 13 Mac 2021 "Mufti minta umat Islam kekal teguh pelihara kedaulatan agama" [1] 3 Mac 2021 "Kenyataan niat tukar agama boleh kelirukan masyarakat: Mufti" [1] 14 Februari 2021 "Mufti WP setuju hukum pengambilan vaksin Covid-19 harus" [1] 13 Februari 2021 "Golongan OKU perlu diambil berat oleh masyarakat Islam" [1] [2] [3] 2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 3 Mac 2020 "Gantung visa umrah tindakan tepat, selari hadis Rasulullah: Mufti" [1] 23 Februari 2020 "Doa Mufti Wilayah Persekutuan buat Malaysia" [1] 15 Januari 2020 "Sumpah laknat tiada dalam perundangan Islam: Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 6 Januari 2020 "Hati mufti tersentuh bertemu Nur Khairunnisa" [1] 4 Januari 2020 "Orang kaya Islam diburu bayar zakat" [1] 2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 20 Disember 2019 "Khutbah sentuh aspek perpaduan ummah" [1] 9 Disember 2019 "Rezeki Nadzrul Zarfan bertemu Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 5 Disember 2019 "Kalau jumpa pak cik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya" [1] [2] [3] 4 Disember 2019 "Bercerai melalui WhatsApp sah jika diserta dengan niat: Mufti WP" [1] 1 Disember 2019 "Fahami konsep istito'ah sebelum tunai haji" [1] [2] [3] 30 November 2019 "Ceramah Mufti Wilayah Persekutuan di Spotify" [1] [2] 29 November 2019 "Lapan minit ta'khir solat subuh" [1] 21 November 2019 "Jersi Harimau Malaya, JDT buat Mufti Wilayah daripada Tunku Azizah"   20 November 2019 "Hati keras membawa petaka kepada ummah: Mufti"   7 Ogos 2019 "Agong adakan lawatan mengejut ke Jakim" [1] 2 Ogos 2019 "Agong solat Jumaat di Masjid Putera" [1] 17 Jun 2019 "Perlukah hilangkan kotoran pada kuku dan daki sebelum mandi wajib?" [1] [2] 16 Jun 2019 "Hukum beri sedekah untuk majlis tahlil" [1] [2] 15 Jun 2019 "Mohamed Azmin terharu dapat perhatian Mufti Wilayah" [1] 14 Jun 2019 "Tanpa saksi, tuduhan liwat adalah qazaf: Mufti" [1] 13 Jun 2019 "Nasihat mufti berhubung penularan video seks" [1] 3 Jun 2019 "Wajib patuhi peraturan jalan raya: Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 2 Jun 2019 "Pengajaran sebalik kemenangan Liverpool" [1] 22 Mei 2019 "Dakwah kepada orang bukan Islam" [1] [2] 25 April 2019 "Mufti Wilayah puji usaha Menteri Wilayah, DBKL" [1] 22 Mac 2019 "Haziq tergolong syahid akhirat" [1] [2] 18 Februari 2019 "Umat Islam wajib pertahan, muliakan Rasululllah SAW" [1] 17 Februari 2019 "Kontroversi bumi: Mufti wilayah akan beri penerangan di Facebooknya" [1] [2] 15 Februari 2019 "Surau Istana Negara diisytihar untuk solat Jumaat" [1] 7 Februari 2019 "Berdosa jual air Milo tukar serbuk coklat:Mufti" [1] 5 Februari 2019 "Apabila mufti memakai changshan" [1] 5 Februari 2019 "Kek buat jiran Cina:Netizen puji Mufti Wilayah" [1] 7 Januari 2019 "Agamawan sokong larangan merokok di premis" [1] [2] 7 Januari 2019 "Safiey Ilias sudi mengeteh tapi..." [1] 5 Januari 2019 "Mufti Wilayah ajak Safiey mengeteh" [1] 2 Januari 2019 "Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 18 Disember 2018 "Mufti WP gesa kematian Muhammad Adib diselesai secara adil" [1] 9 Disember 2018 "Ulat tiket bola tak bermoral : Mufti" [1] 4 Disember 2018 "Mufti sahkan tak salah ucap "Merry Christmas"" [1] 30 November 2018 "Doa Mufti Wilayah buat Adib" [1] 17 November 2018 "Penggunaan bitcoin dilarang dalam Islam" [1] 16 November 2018 "Surat terbuka mufti tegur drama Isteri Untuk Disewa" [1] [2] [3] 25 September 2018 "Jangan kaitkan dengan institusi" 29 Julai 2018 "Sultan Johor, Mufti Wilayah Persekutuan lawat Anwar di Turki" [1] 12 Julai 2018 "Mufti Wilayah Persekutuan bincang hal Islam dengan Tun M" [1] 2 April 2018 "Nasihat Mufti Wilayah untuk hadapi PRU14" [1] 22 Mac 2018 "Fatimah Az Zahra bakal ditahnik Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 27 Februari 2018 "Mufti Wilayah Persekutuan beri 3 nasihat kepada Neelofa" [1] 23 Januari 2018 "Mufti KL beri Iqram arnab, jubah" [1] 2017 Tarikh Tajuk Pautan Lain 28 Disember 2017 "Iqram tolak pelawaan Mufti Wilayah tapi..."  [1] 27 Disember 2017 "Surat terbuka Mufti kepada Iqram Dinzly" [1] [2] 22 Disember 2017 "Mufti Wilayah terima kunjungan McDonald's Malaysia" [1] [2] 16 Oktober 2017 "Mufti Wilayah nafi terlibat perhimpunan" [1] 26 April 2017 "Guna modul khas pulihkan Ibrahim" 27 Februari 2017 "Warkah anak istimewa buat mufti terharu" [1] [2] [3]  24 Februari 2017 "Harapan di sebalik Himpunan 355"  19 Februari 2017 "RUU355 bukan untuk menghukum" [1] 15 Februari 2017 "H355 medan penyatuan Islam" 12 Februari 2017 "Tiada larangan terima organ, darah daripada bukan Islam" [1] [2] 2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 4 September 2015 "Manfaat hidup berpandukan al-Quran"   4 September 2015 "Nouman seorang yang luar biasa"   9 Januari 2015 "Lupus al-Quran secara pembakaran, tanam"   2014 Tarikh Tajuk Pautan Lain 25 Oktober 2014 "Individu terlibat program dinasihat jumpa ulama"   21 Oktober 2014 "Kena faham maksud Jihad sebelum diajar di sekolah"   27 Ogos 2014 "Bekas Mufti Wilayah Persekutuan meninggal dunia"     2023 Tarikh Tajuk Pautan Lain 13 April 2023 "Hampir mustahil Raya Jumaat"   2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 13 April 2021 "Patuhi norma baharu aktiviti ibadah sepanjang Ramadan"   9 April 2021 "Henti polemik isu khalimah Allah"  [1] 3 Mac 2021 "Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pandang serius kenyataan 2 selebriti"  [1] 16 Februari 2021 "Umat Islam dilarang sertai aplikasi Sugarbook" [1] 14 Februari 2021 "Hukum vaksin Covid-19 harus - Mufti Wilayah" [1] 2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 12 Jun 2020 "Adaptasi elemen dalam sistem pendidikan" [1] [2] [3] 4 Februari 2020 "Tunai umrah tidak ikut jantina asal haram, berdosa - Mufti" [1] 29 Januari 2020 "Coronavirus: Selidik maklumat sebelum sebar - Mufti"   25 Januari 2020 "Coronavirus: Mufti ajak umat Islam solat hajat lindungi Malaysia"   2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 23 Disember 2019 "JAWI diminta wujud, kuat kuasa peraturan larangan bersumpah di Masjid - Mufti KL" [1] 20 Disember 2019 "Kekang kerapuhan perpaduan sesama Islam - Mufti WP" [1] 12 Disember 2019 "Perbuatan fasad rosakkan alam sekitar" [1] [2] 29 November 2019 "Masuk waktu subuh di KL, Labuan, Putrajaya lewat 8 minit bermula esok"   24 Ogos 2019 "Telefilem kontroversi dapat pujian Mufti Wilayah Persekutuan"   12 Ogos 2019 "Air mata bukan untuk raih simpati - Yana Samsudin" [1] 12 Ogos 2019 "Tayang atau tidak, dua minggu lagi" [1] 26 Julai 2019 "Banyakkan bahan berilmu, tangkis tohmahan terhadap Rasulullah" [1] 15 Julai 2019 "Kerajaan perlu tegas tangani arak didakwa tanpa alkohol - Mufti" [1] 15 Jun 2019 "Azmin terharu nasihat Mufti Wilayah Persekutuan"   14 Jun 2019 "Sabar dalam menerima sesuatu berita tidak benar - Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 13 Jun 2019 "Isu penyebaran video lucah: Mufti Wilayah Persekutuan beri empat 'panduan'" [1] 2 Jun 2019 "Sambut Syawal penuh kesederhanaan- Mufti Wilayah Persekutuan"   31 Mei 2019 "Alif sebak bertemu banduan akhir"   9 April 2019 "Jangan terlalu kaitkan perkara mistik dengan Acap" [1] 25 Mac 2019 "Bank Muamalat sasar tambah 80,000 pendeposit" [1] 23 Mac 2019 "Wakil agama senada mahu keamanan, tolak kebencian" [1] 15 Februari 2019 "Agong tunai solat, saksi surau Istana Negara diisytihar untuk solat Jumaat" [1] 10 Februari 2019 "Abdul Bari syahid- Mufti WP" [1] 1 Februari 2019 "Agong solat Jumaat di Masjid Kampung Baru"   10 Januari 2019 "Plasenta: haram bagi rawatan kosmetik, harus untuk perubatan - Mufti" [1] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 9 Disember 2018 "Akad jual beli dengan ulat tiket haram" [1] [2] 6 Disember 2018 "Gol jaringan Syahmi dapat pujian Mufti WP" [1] 21 November 2018 "Elak Filem Cetus Salah Faham Penonton- Mufti syor lantik perunding syariah" 20 November 2018 "Lantik perunding syariah pantau pembikinan filem - Mufti WP" [1] 16 November 2018 "Islam larang guna bitcoin bagi pelihara kemaslahatan umum" [1] [2] 15 Oktober 2018 "Masyarakat perlu bantu LGBT kembali ke pangkal jalan" [1] [2][3] 11 Oktober 2018 "LGBT bukan isu terpencil, perlu ditangani bersama - Mufti Wilayah" [1] [2] 8 Oktober 2018 "TPM lakukan kunjungan istisyari, minta pandangan Mufti Wilayah" [1] 4 Oktober 2018 "6 anggota bomba yang terkorban diiktibarkan sebagai syahid - Mufti" [1] 24 September 2018 "Usah kaitkan kesalahan individu dengan institusi tahfiz - Mufti Wilayah" [1] 22 September 2018 "Wajib patuhi undang-undang had umur minimum perkahwinan" [1] [2] 16 September 2018 "Insafi penubuhan Malaysia" [1] 10 September 2018 "Siddiq Fadzil diumum Tokoh Maal Hijrah" [1] 18 Ogos 2018 "Bimbing insan LGBT ke pangkal jalan" [1] [2] 31 Julai 2018 "Agong ucap selamat jalan kepada jemaah haji" [1] 31 Julai 2018 "TAIB teman akrab jemaah haji Malaysia" [1] 28 Julai 2018 "100 jemaah hadir solat gerhana" [1] 28 Julai 2018 "Peluang lihat planet Marikh dekat dengan bumi malam ini" [1] [2] 18 Julai 2018 "Mufti Wilayah serah kajian Bayan Linnas pada TPM" [1] 12 Julai 2018 "Kes bapa calar pengislaman dua anak diputuskan 16 Oktober" [1] [2][3] 10 Julai 2018 "Elok elak FB Live ketika tawaf - Mufti" [1] 1 Julai 2018 "Kembara dakwah, kebajikan peringati tragedi Srebrenica" [1] [2] 26 Jun 2018 "Tujuh saranan mufti tangani penyakit halusinasi" [1] 7 Jun 2018 "Tak bincang pembubaran JAKIM - Mufti" [1] 28 Mei 2018 "Guna pengaruh selebriti tingkat agenda dakwah" [1] [2][3] 19 Mei 2018 "Pelihara puasa, elak buka aib dan komen negatif" [1] 19 Mei 2018 "Beri peluang Kabinet baharu jalankan tugas - Mufti" [1] 23 April 2018 "Mufti harap Fadi mendapat syahid" [1] 22 April 2018 "Kami perlu tabah.." [1] 4 April 2018 "Mahkamah Khas Hadhanah bantu masalah kahwin, cerai" [1] 1 April 2018 "PRU14: Surat terbuka Mufti kepada pemimpin politik, masyarakat" [1] 28 Februari 2018 "Mufti khuatir tindakan Neelofa" [1] 12 Februari 2018 "Bidan Jadian-ancam nyawa" [1] [2] 31 Januari 2018 "Jangan khurafatkan 'Super Blue Blood Moon' - Mufti" [1] 29 Januari 2018 "Sekat berita palsu" [1] 29 Januari 2018 "Hujan bukan penghalang himpunan buat Palestin" [1] [2] 28 Januari 2018 "Putuskan hubungan dengan Israel"  [1] [2] 2017 Tarikh Tajuk Pautan Lain 27 Disember 2017 "Surat terbuka kepada Iqram Dinzly" [1] 22 Disember 2017 "Solidariti ummah bebaskan Baitulmaqdis : Mufti" [1] 26 April 2017 "'Raja Bomoh' jalani sesi pemulihan dalam masa terdekat" 26 April 2017 "'Raja Bomoh' insaf, mengakui kesilapan" 18 Februari 2017 "Ketinggian ilmu perlu untuk jelaskan pindaan RUU 355"  [1] [2] [3] [4] [5] 18 Februari 2017 "Lintas langsung Himpunan RUU 355" [1]  2016 Tarikh Tajuk Pautan Lain 21 Mac 2016 "Pengajian Maahad Tahfiz Dipertingkat"   21 Mac 2016 "Kerajaan Rangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara"   18 Mac 2016 "Perlu Bincang Lagi Isu Fatwa Dari Semasa ke Semasa"   2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 25 September 2015 "Solat Gerhana Bulan perkukuh keimanan"   13 Mei 2015 "Teladani Ulama dalam mempelajari ilmu"   2014 Tarikh Tajuk Pautan Lain 19 September 2014 "Jihad di Syria membelakangkan Syariat"     2022 Tarikh Tajuk Pautan Lain 16 Januari 2022 "Kalimah Allah perlu dimuliakan"   15 Januari 2022 "Trend 'unboxing isteri' usah jadikan ikutan - Mufti Wilayah Persekutuan"   2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 29 Mac 2021 "Maklum isteri pertama jika mahu poligami"   23 Mac 2021 "Perlu tolak tawaran kerja" [1] [2] 13 Mac 2021 "Umat Islam perlu kekal teguh pelihara kedaulatan agama" [1] 3 Mac 2021 "PMWP pandang serius kenyataan 2 selebriti" [1] 16 Februari 2021 "Umat Islam dilarang sertai aplikasi Sugarbook" [1] 14 Februari 2021 "Covid-19: Mufti WP setuju hukum pengambilan vaksin harus" [1] 12 Februari 2021 "Kunci rezeki & keberkatan" [1] [2] [3] 2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 30 November 2020 "Amanah dan Itqan perlu seiring"   7 November 2020 "Mufti sambut baik kenaikan elaun guru takmir"   30 Oktober 2020 "Semoga kita bebas wabak ini" [1] [2] 26 Oktober 2020 "Perlu terima syarat baharu umrah Arab Saudi" [1] 25 Oktober 2020 "Pengajian kitab secara maya" [1] 2 Ogos 2020 "Jangan sewenangnya meletakkan bidaah kepada orang lain" [1] [2] [3] 18 Jun 2020 "Lathi Challenge bertentangan akidah Islam - Mufti WP" [1] 24 Mei 2020 "Kekal istiqamah dibulan syawal" [1] 28 Februari 2020 "Gantung visa umrah selari hadis"   23 Februari 2020 "Mufti doakan negara kekal aman"   12 Januari 2020 "Kesihatan Mohd Anuar semakin baik"   6 Januari 2020 "Hati Mufti tersentuh" [1] 2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 31 Disember 2019 "Elak sambutan mengandungi perkara ditegah - Mufti WP" [1] 30 Disember 2019 "Disyariatkan solat sunat tahiyatul masjid" [1] 24 Disember 2019 "Kepada mak cik pemandu bas, semoga tabah - Mufti" [1] 23 Disember 2019 "Rahmat menangis ketika membaca Al-Quran" [1] 23 Disember 2019 "Lindungi Masjid daripada dimanipulasi" [1] 10 Disember 2019 "Mufti Wilayah puji amalan Haikal" [1] 9 Disember 2019 "Beri kecelikan pada agamawan, ustaz- Mufti" [1] 5 Disember 2019 "Mufti ada hadiah untuk adik Nadzrul" [1] 4 Disember 2019 "Lafaz talak melalui whatsapp sah jika..." [1] 3 Disember 2019 "Mesyuarat bawah pokok?" [1] 2 Disember 2019 "Utamakan nafkah untuk isteri sebelum ibu bapa" [1] 30 November 2019 "Dimensi baru dakwah Mufti WP" [1] 29 November 2019 "Waktu subuh Wilayah Persekutuan dilewatkan"   25 November 2019 "Kebaikan berwuduk sebelum tidur" [1] 18 November 2019 "Ayuh semua ekor Harimau Malaya - Mufti Wilayah Persekutuan" 18 November 2019 "Faktor Istito'ah" [1] [2] [3] 15 November 2019 "Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Fauziah Nawi" [1] 8 November 2019 "Penghinaan terhadap mayat, waris si mati - Mufti" [1] 5 November 2019 "Dr Zulkifli kongsi tips hadapi peperiksaan"   4 November 2019 "Dibolehkan qasar solat ketika melancong" [1] 29 Oktober 2019 "Perginya ulama sejati" [1] 28 Oktober 2019 "Semoga dapat syahid akhirat - Mufti WP" [1] 27 Oktober 2019 "Di sebalik bisa liverpool" [1] 24 Oktober 2019 "Dato 'team' mana? - Tunku Azizah" [1] 24 Oktober 2019 "Your never walk alone tuan Mufti" [1] 14 Oktober 2019 "Wajib menjawab salam dengan segera"   10 Oktober 2019 "Jaga solat untuk kesejahteraan keluarga"   7 Oktober 2019 "Hukum ambil wuduk pakai cicin"   2 Oktober 2019 "Lelaki bawa lelaki, perempuan bawa perempuan" 30 September 2019 "Lakukan ibadat dalam sembunyi elak riyak"   29 September 2019 "Mufti puji bapa Adib" [1] 22 September 2019 "Wang kertas masih suci" [1] 21 September 2019 "Dakwaan kena ada bukti kukuh" [1] 7 September 2019 "Jaga akhlak layan penyokong pelawat - Mufti WP" [1] 5 September 2019 "Haram undi tukar agama" [1] 18 Ogos 2019 "Semoga mendapat berkat" [1] 26 Julai 2019 "Waspada artikel musuh islam - Mufti WP" [1] 17 Julai 2019 "Kiblat tersasar: Tak perlu qada solat" [1] 25 Jun 2019 "Dedah aurat untuk Brazilian wax haram" [1] 24 Jun 2019 "Keutamaan lunas hutang ibu bapa" [1] 19 Jun 2019 "Sebulan beraya itu bidaah?"   19 Jun 2019 "Hadiah tak disangka-sangka"   17 Jun 2019 "PMWP catat 11 juta pengunjung [METROTV]" [1] [2] 15 Jun 2019 "Pesan Mufti kepada Azmin"   13 Jun 2019 "Hindari sebarang bentuk fitnah- Mufti WP"   13 Jun 2019 "Tahlil di restoran undang sebak"   1 Jun 2019 "Pertama kali tak digari" [1] [2] 31 Mei 2019 "Mufti jemput Alif ziarah penjara" [1] 31 Mei 2019 "Banduan sebak disantuni Mufti Wilayah" [1] 24 Mei 2019 "Raja Salman sumbang kurma"   11 Mei 2019 "Mufti Wilayah sokong Liverpool"   9 April 2019 "Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti" [1] 4 April 2019 "Urus hutang untuk barakah harta" [1] 23 Mac 2019 "Islam itu kedamaian" [1] [2] 27 Februari 2019 "Ibu bapa lalai, memudaratkan anak dianggap berdosa" [1] 8 Februari 2019 "Anda amat membanggakan - Mufti"   6 Februari 2019 "Mufti WP jawab isu suami tak bekerja" [1] 5 Februari 2019 "Raikan kepelbagaian agama"   9 Januari 2019 "Enggan keruh keadaan" [1] 8 Januari 2019 "Soal jawap agama Mufti WP ada terjemahan Inggeris" [1] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 24 September 2018 "Jangan 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar' - Mufti WP" [1] 22 September 2018 "Mufti berbeza pandangan" [1] 17 Ogos 2018 "Ibadat korban guna harta baitulmal" [1] 17 Julai 2018 "Pengulangan adat jahiliah, muflis akhlak - Mufti WP" [1] 26 Jun 2018 "Tujuh nasihat tangani halusinasi - Mufti WP" [1] 21 Mei 2018 "Siti puji program Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 20 Mei 2018 "Halal dan thayyib" [1] 12 April 2018 "Harus pilih calon bukan Islam selagi tak musuhi agama" [1] 1 April 2018 "10 nasihat buat pemimpin politik, masyarakat" [1] 28 Mac 2018 "Semoga Allah kurniakan kesihatan: Mufti WP" [1] 25 Mac 2018 "Assalamualaikum, Siti Aafiah.....(METROTV)"   28 Februari 2018 "Surat terbuka Mufti WP buat Neelofa" [1] [2] 2017 Tarikh Tajuk Pautan Lain 27 Disember 2017 "'Terima kasih tuan Mufti'" [1] 26 Disember 2017 "Usah terikut budaya luar dalam berkabung" [1] 28 Ogos 2017 "Didik jiwa luhur" [1] 1 Ogos 2017 "Maslahah umum lebih utama" [1] 26 April 2017  "Sesi pemulihan akidah Raja Bomoh bermula" [1] 10 April 2017 "Hanya Allah tahu kematian manusia" [1] 16 Februari 2017 "Mustajab milik Allah" [1] [2] 2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 16 Ogos 2015 "Dosa perguna nama Allah"   28 Februari 2015 "Musibah jahil"   6 Februari 2015 "Hari Kekasih salahi Syarak"   2014 Tarikh Tajuk Pautan Lain 16 Oktober 2014 "Bukan sewenang-wenangnya"   3 Julai 2014 "Fahami maksud Jihad sebenar"     2023 Tarikh Tajuk Pautan Lain 4 Februari 2023 "Umat islam perlu elak terbabit ritual agama lain"   14 Januari 2023 "Tiada lagi tauliah percuma mengajar agama di Wilayah Persekutuan"   12 Januari 2023 "PMWP tetapkan bayaran bagi permohonan tauiah mengajar"   9 Januari 2023 "Berdosa makan wang zakat jika bukan asnaf"   2022 Tarikh Tajuk Pautan Lain 31 Oktober 2022 "Empat pejabat mufti negeri buat kajian waktu Maghrib di tanah tinggi"   7 Februari 2022 "Melamar depan khalayak ramai bertentangan dengan ajaran agama"   24 Januari 2022 "Hukum pakai pendakap, sarung gigi adalah harus"   14 Januari 2022 "Umat islam tidak boleh terlibat bersihkan rumah ibadat agama lain"   2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 17 April 2021 "Individu terlibat iklan judi segera bertaubat"   13 April 2021 "Hidupkan amalan Ramadan mohon pulih daripada Covid-19"   16 Februari 2021 "Isu Sugarbook: Mufti WP seru segera bertaubat"   14 Februari 2021 "Pejabat Mufti Wilayah sokong vaksin Covid-19"   2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 19 Ogos 2020 "Daripada gelanggang akademik ke Pejabat Mufti" [1] [2] [3] [4] [5] 2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 14 Jun 2019 "Video lucah: Tanpa saksi, tuduhan liwat adalah qazaf" 14 Jun 2019 "Video lucah: Mufti Wilayah Persekutuan suarakan pendapat" 2 Jun 2019 "Sambut Syawal penuh kesederhanaan- Mufti" 21 Mei 2019 "Bubur lambuk air tangan Raja Permaisuri Agong" 23 Mac 2019 "Wakil agama sampai mesej senda, tolak kebencian, semai kedamaian" 15 Februari 2019 "Agong tunai solat Jumaat di surau Istana Negara" 1 Februari 2019 "Agong solat Jumaat di Masjid Kampung Baru" 11 Januari 2019 "Syukur Khamis bangga gambar kerbau dapat perhatian mufti" [1] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 28 Disember 2018 "Perbuatan troll haram" [1] 22 Oktober 2018 "Daun ketum bawa kerosakan" [1][2] 8 Oktober 2018 "TPM kunjung Mufti Wilayah minta pandangan" 7 Ogos 2018 "Kahwin individu sakit harus" 31 Julai 2018 "Agong berkenan ucap selamat jalan kepada 483 jemaah haji"  [1] 15 Jun 2018 "PM Mahathir bersama ribuan jemaah sertai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara" 9 Jun 2018 "Aidilfitri serentak di seluruh dunia" [1][2] 7 Jun 2018 "Mesyuarat CEP tidak sentuh hal bubar Jakim"  [1] 26 Mei 2018 "Perlu taati pemerintah" [1][2] 7 April 2018 "Dosa pahala rosakkan undi pada pilihan raya"  [1] 26 Mac 2018 "Siti Aafiyah nama anak Siti"  [1] 21 Januari 2018 "Iqram Dinzly akhirnya bertemu Mufti Wilayah Persekutuan"  [1] 2017 Tarikh Tajuk Pautan Lain 27 Disember 2017 "Mufti Wilayah Persekutuan mahu jumpa pelakon Iqram Dinzly" [1] 22 Disember 2017 "Umat Islam bersatu dalam Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis" [1] 24 April 2017 "Ibrahim mengaku  tipu rakyat" 10 April 2017 "Ilmuwan agama hentikan perbalahan" [1] [2] [3] [4] 12 Februari 2017 "Tiada larangan terima organ, darah daripada bukan Islam - Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 18 Ogos 2015 "Lagi Mufti setuju hisap vapor haram"   5 Ogos 2015 "Hukum hisap vapor haram"     2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 14 Februari 2021 "FT Mufti: Covid-19 vaccine permissible for muslims"  [1] 2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 22 Mei 2020 "A regilious bureaucrat with contemporary underpinnings" [1] 9 Mac 2020 "Zulkifli first mufti to be appointed as Cabinet minister"   2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 20 Disember 2019 "Disunity among ummah will lead to fall of Muslims, says FT Mufti " [1] 16 Disember 2019 "FT Mufti to staff: Be as great as Liverpool players"   22 November 2019 "Queen gifts FT Mufti with Harimau Malaya, JDT Jerseys" [1] 21 September 2019 "FT Mufti: Show proof Malaysia's banknotes contain pig tallow" [1] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 24 September 2018 "Sodomy case: Refrain from making speculations on tahfiz institution - FT Mufti" [1] 7 September 2018 "Agong attends prayers at KL mosque ahead of birthday celebration" [1] 7 Jun 2018 "FT Mufti: CEP did not discuss Jakim with me"   1 April 2018 "Speak honourably, even to your rivals: Mufti" [1] 25 Mac 2018 "#Showbiz: The wait is over, Siti Nurhaliza`s baby girl named Siti Aafiyah (NSTTV)"   28 Februari 2018 "Federal Territory Mufti WP wrote an open letter to Neelofa"   28 Januari 2018 "Federal Territory mufti presence in MyAqsa Round Table Conference" [1] [2] 17 Januari 2018 "Federal Territory mufti receives special invitation to Al Azhar World Conference" [1] 2017 Tarikh Tajuk Pautan Lain 28 Disember 2017 "Federal Territory mufti invites Iqram Dinzly for a meeting" [1] 22 Disember 2017 "Solidarity with Palestinians" [1] 13 Februari 2017 "No restrictions on organ, blood donation between Muslims and non-Muslims - FT Mufti" [1] 2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 15 Ogos 2015 "Najib joins thousands for ‘Pray For Malaysia’"     2022 Tarikh Tajuk Pautan Lain 2 Mei 2022 "May 2 Raya announcement because new moon sighted, says FT Mufti"   2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 15 Februari 2021 "FT Mufti: Vaccination is halal and obligatory"   2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 1 Julai 2020 "FT Mufti: Muslims banned from using FaceApp" [1] 17 Mei 2020 "UM lecturer appointed as new FT mufti"   12 Mac 2020 "FT Mufti: Alcohol-based sanitiser can be used when performing prayers" [1] 24 Januari 2020 "FT Mufti continues tradition of giving cakes to Chinese neighbours" [1] [2] 2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 7 November 2019 "Effort to increase number of organ donors hailed" [1] [2] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 30 September 2018 "Let's engage with each other via interfaith dialogues for peace" [1] [2] 9 September 2018 "Call to the nation to unite as one" [1] [2] [3] 26 Ogos 2018 "The meaning of Haj" [1] [2] [3] 2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 13 Ogos 2015 "Subra: Stop Vaping until risks are announced"       2023 Tarikh Tajuk Pautan Lain 13 April 2023 "29 Ramadan penentu 1 Syawal - Mufti Wilayah"   22 Mac 2023 "Hayati falsafah Ramadan dengan sebaik-baiknya - Mufti Wilayah Persekutuan"   2022 Tarikh Tajuk Pautan Lain 1 Mei 2022 "Kenapa 1 Syawal pada 2 Mei? Ini penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan"   2021 Tarikh Tajuk Pautan Lain 27 Ogos 2021 "Mufti Wilayah Persekutuan memimpin bacaan doa"   7 Julai 2021 "Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit covid-19, kini jenazah beliau pula dimandikan - Zulkifli"   20 Jun 2021 "Mufti Wilayah akui tekanan punca pihak tidak setuju kenyataan haram rentas negeri"   1 Mei 2021 "Covid-19: Haram langgar larangan rentas negeri - Mufti Wilayah"   4 Mac 2021 "Mufti pandang serius isu Sajat, artis bangga mengaku jadi pondan" [1] 14 Februari 2021 "Mufti WP setuju hukum pengambilan vaksin COVID-19 harus" [1][2] 2020 Tarikh Tajuk Pautan Lain 16 Mei 2020 "Dr Luqman dilantik Mufti Wilayah Persekutuan"   12 Mac 2020 "Cecair pembasmi kuman beralkohol boleh dibawa solat - Pejabat Mufti WP"   4 Februari 2020 "Ingatan Mufti Wilayah untuk Sajat, umat Islam" [1][2][3][4][5][6] 25 Januari 2020 "Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus" [1] 2019 Tarikh Tajuk Pautan Lain 20 Disember 2019 "#KLSummit2019: Ini tiga peringatan Mufti Wilayah buat umat Islam" [1] 6 Disember 2019 "Mufti Wilayah perjelas kedudukan kanak-kanak dalam solat jemaah" [1] [2] 1 Disember 2019 "Fahami konsep istito'ah sebelum menegerjakan haji- Mufti" [1] 29 November 2019 "Waktu subuh di Wilayah dilewatkan lapan minit - Mufti Wilayah"   22 November 2019 "Jersi Harimau Malaya dan JDT buat Mufti Wilayah daripada Permaisuri" [1] [2] 8 November 2019 "Bergambar di tanah perkuburan kristian: ini penjelasan Mufti Wilayah" [1] [2] 7 November 2019 "Maulidur Rasul: Mahu sambut, terus ikut, tak perlu serabut" [1] 28 Oktober 2019 "Kesabaran, ketabahan Fauziah contoh buat kami- Mufti Wilayah kongsi kedukaan Fauziah Nawi" [1] [2] 29 September 2019 "Kisah Mufti Wilayah dan jiran berbangsa cina" [1] [2] 6 September 2019 "Sambut tetamu dengan akhlak baik- Nasihat Mufti Wilayah kepada penyokong bola sepak" [1] 14 Jun 2019 "Tanpa saksi, tuduhan liwat adalah qazaf- Mufti Wilayah"   14 Jun 2019 "Mufti Wilayah Persekutuan kini punya setengah juta pengikut di Instagram" [1] 7 Jun 2019 "Peminjam PTPTN wajib langsai hutang"   2 Jun 2019 "Pengajaran sebalik kemenangan Liverpool- Mufti" [1] 2 Jun 2019 "Sambut Syawal penuh kesederhanaan- Mufti"   31 Mei 2019 "Mufti WP saran lebih ramai pihak adakan interaksi melalui program bersama banduan di penjara"   20 Mei 2019 "Mufti Wilayah Persekutuan teruja dapat ilmu bubur lambuk daripada Raja Permaisuri Agong"   14 Mei 2019 "Pilih masa sesuai anjur tazkirah di bulan Ramadan- Mufti Wilayah" [1] 9 Mei 2019 "20 rakaat dalam 7 minit, solat sunat Tarawih kilat sah di Indonesia?" [1] 5 Mei 2019 "Michael Ang baca bacaan solat dalam bahasa Inggeris: Sah atau tidak? Ini penjelasan Mufti WP"   9 April 2019 "Usaha mencari Acap perlu tepati syariah, tidak pohon dengan makhluk lain- Mufti Wilayah"   23 Mac 2019 "Perhimpunan Solidariti Kedamaian: Mufti Wilayah Persekutuan mahu keamanan, tolak kebencian"   11 Februari 2019 "Masih ada ramai anak muda berjiwa besar- Mufti Wilayah Persekutuan" [1] 2 Februari 2019 "Warkah anak autisme buat Mufti Wilayah Persekutuan 'tersentuh'" [1] 21 Januari 2019 "Pendidikan seks: Boleh dilaksanakan tapi ikut syariat Islam- Mufti WP"   21 Januari 2019 "Pendidikan Seks: Jangan disensasi, rujuk dulu Al-Quran, Hadis - Mufti Wilayah Persekutuan"   5 Februari 2019 "Cara Mufti Wilayah rai jiran berbangsa Tionghua" [1][2] 1 Januari 2019 "Sempena tahun baru 2019, Mufti WP kongsi tip membina cita-cita" [1] 2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 20 Disember 2018 "Hannah Yeoh, Mufti Wilayah bincang isu kaum, agama"   29 November 2018 "Hakikatnya boleh selesai penuh muhibah - Mufti Wilayah Persekutuan"  [1] 17 November 2018 "Penggunaan bitcoin dilarang dalam Islam"  [1] 18 Jun 2018 "Main Mercun sempena Aidilfitri memang seronok, tapi apa hukumnya?"   13 Jun 2018 "Elak tudung corak 'dreamcatcher'- Mufti Wilayah"  [1] 7 Jun 2018 "Pemerkasan Jakim itu penting, kata Mufti Wilayah"   4 Jun 2018 " Mufti Wilayah kata mahar boleh dibayar secara hutang"   28 Mei 2018 "Peribadi pemimpin yang baik, belum tentu kepimpinannya hebat- Mufti Wilayah"  [1] 26 Mei 2018 "Bagaimana berpuasa 19 jam?"  [1] 30 April 2018 "Jaga solat salah satu kunci kejayaan Salah-Mufti Wilayah Persekutuan"  [1] 25 April 2018 "Buat reka cipta premis hidang arak, ini jawapan Mufti Wilayah Persekutuan"  [1] 17 April 2018 "Bukan sahaja artis, mufti juga jadi mangsa"  [1] 12 April 2018 " Hukum undi dan lantik pemimpin bukan Muslim dalam pilihan raya adalah harus-Mufti Wilayah"   2 April 2018 " 10 nasihat Mufti Wilayah untuk hadapi PRU14"   26 Mac 2018 "Apa makna nama anak SIti Nurhaliza? Mufti Wilayah Persekutuan ada penjelasannya"  [1] 26 Mac 2018 "Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza"  [1] 14 Februari 2018 "Kempen undi rosak haram-Mufti Wilayah Persekutuan"  [1] 23 Januari 2018 "Mufti Wilayah Persekutuan hadiahkan Iqram Dinzly arnab"   4 Januari 2018 "'Cosplay' haram jika menyerupai dewa kepercayaan lain - Mufti" [1] 2017 Tarikh Tajuk Pautan Lain 27 Disember 2017 "Surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan buat Iqram Dinzly"   13 Oktober 2017 "Zakat memberkati harta dan menenangkan hati - Mufti WP"   13 Mei 2017 "Mufti Wilayah Persekutuan dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa"   22 Mac 2017 "Tajuk berita kurang tepat, Mufti WP tegur"   2015 Tarikh Tajuk Pautan Lain 2 Julai 2015 "Jangan sampai mengemis dijadikan kerjaya - Mufti Wilayah Persekutuan"   1 Julai 2015 "Video Solat Tarawih Pantas tidak sah - Mufti Wilayah Persekutuan"    21 April 2015 "Muhyiddin seru umat Islam bersihkan persepsi negatif mengenai Jihad"   1 Februari 2015 "Peguam Negara dahului senarai Penerima Darjah Kebesaran Hari Wilayah 2015"     2018 Tarikh Tajuk Pautan Lain 19 Julai 2018 "Mufti WP: "Tariq Makkah" meringkaskan waktu dan usaha" [1]
377
Alhamdulillah, pada 19-21 Disember 2019 yang lalu, Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) berjaya diadakan dengan gilang-gemilangnya. Persidangan yang dihadiri kira-kira 450 wakil dari 56 negara Islam terdiri daripada pemimpin negara, pemikir, cendekiawan, ahli politik dan pemimpin masyarakat itu membincangan pelbagai isu melalui tujuh teras utama, iaitu pembangunan dan kedaulatan negara; integriti dan tadbir urus yang baik; kebudayaan dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan serta teknologi dan tadbir urus internet.[1] Antara pemimpin utama negara-negara Islam yang mengambil bahagian termasuklah Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Iran Hassan Rouhani; Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin dan Penasihat Negara kepada Presiden Uzbekistan, Rustam Kasimov. Kami berhasrat untuk mengulas persidangan ini melalui kaca mata Syariah, khasnya menerusi perspektif hubungan antarabangsa yang digariskan oleh para ulama Islam, selain memberi sedikit ulasan terhadap resolusi yang disepakati dalam Sidang Kemuncak Belia Kuala Lumpur yang diadakan lebih awal. Justeru, kami tajukkan Bayan Linnas pada kali ini dengan judul “KL Summit 2019: Menggalas Harapan Ummah”.   Islam dan Hubungan Antarabangsa Konsep hubungan antarabangsa (distilahkan oleh para ulama sebagai al-‘alaqat al-duwaliyyah) menurut perspektif Islam diasaskan atas dasar hubungan persaudaraan sesama manusia, serta kewajipan saling berkenalan antara satu sama lain. Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Surah al-Hujurat (13) Ulama tafsir terkenal, Imam al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan. (Lihat al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil, 4/374) Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah juga bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya hanya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara. Hubungan diplomatik dengan negara-negara bukan Islam juga adalah dibenarkan, berdasarkan keumuman firman-Nya: لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Surah al-Mumtahanah (8) Syeikh Tahir ibn Asyur berkata: “Frasa, ‘sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil,’ ialah suatu komentar, yakni Allah mencintai setiap orang yang berlaku saksama, termasuklah mereka yang saksama terhadap orang-orang yang membuat perjanjian dengan mereka dalam agama sekalipun mereka memiliki perbezaan, mereka tetap elok interaksinya terhadap orang-orang itu.” (Rujuk Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, 25/153) Ayat di atas menerangkan secara jelas bahawa Allah SWT tidak melarang umat Islam untuk berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi orang Islam. Bahkan Allah SWT tidak menghalang umat Islam menyalurkan kebaikan kepada mereka. Malahan [أن تبروهم] ditafsirkan oleh Imam Ibn Kathir dengan makna [تحسنوا إليهم] iaitu berlaku ihsan kepada mereka. (Rujuk Tafsir al-Quran al-‘Azim, 15/16) Islam merupakan sebuah agama yang menyeru, dan cenderung kepada keamanan. Firman Allah SWT: وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Maksudnya: Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah al-Anfal (61) Menurut Imam al-Maraghi, kaum Muslimin adalah lebih dituntut untuk mengadakan perdamaian dan mengelakkan peperangan serta pertumpahan darah. (Rujuk Tafsir al-Maraghi 5/2651) Meskipun ayat ini berbicara dalam konteks peperangan, namun ia boleh difahami melalui isyarat keumuman ayat, bahawa keamanan adalah lebih diutamakan berbanding peperangan yang perlu seboleh-bolehnya dielakkan. Syeikh ‘Allal al-Fasi pula menyatakan bahawa Maqasid ‘Ammah (objektif umum) Syariah ialah mengimarahkan muka bumi dan memelihara aturan hidup dan memastikan kemaslahatan manusia itu sendiri. (Rujuk Maqasid al-Syariah wa Makarimuha hlm. 45). Bertolak dari dua noktah di atas, mengekalkan keamanan dan pengimarahan dunia yang luas dan kompleks serta memelihara keteraturan hidup manusia yang rencam ini tidak akan berjaya dicapai melainkan melalui kerjasama yang erat antara negara-negara dan bangsa di seluruh dunia. Kerana itulah, seawal tahun keenam Hijrah, Rasulullah SAW sebagai ketua negara telah mengutuskan surat kepada para pemerintah empayar dan kerajaan besar di sekeliling tanah Arab pada ketika itu: kepada Qaisar di Rom, Kisra di Parsi, Muqawqis di Mesir, Najasyi di Habsyah, al-Munzir al-Ghasani di Syam, selain pembesar-pembesar di Bahrain, Yaman dan Oman. Kandungan surat-surat ini tidak lain ialah untuk menyeru mereka tunduk dan patuh kepada ajaran agama Islam, serta keadilannya. (Rujuk Al-‘Alaqat al-Duwaliyyah fi al-Islam karya Syeikh Wahbah al-Zuhaily, hlm. 12)   Bentuk-Bentuk Hubungan Antarabangsa Secara amnya, hubungan antarabangsa wujud dalam sekurang-kurangnya dua bentuk utama: Hubungan Politik Allah SWT menggambarkan hubungan politik pada zaman dahulu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Saba’. Firman-Nya dalam al-Quran al-Karim: قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ Maksudnya: Ratu (Saba’) itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. Surah al-Naml (34) Menurut Syeikh Ahmad al-Raysouni, Allah SWT mendatangkan ayat dan kisah berkenaan Ratu Saba’ ini tanpa mengingkarinya, menunjukkan ada sesuatu yang boleh dipelajari. (Rujuk Hukm al-Aghlabiyyah, hlm. 17) Difahami daripada kata-kata Ratu Saba’ tersebut bahawa amalan penjajah yang menjajah sesebuah negara ialah memporak-perandakan negara tersebut, menjarah hasil kekayaan, tidak menghormati kedaulatan mereka serta menghina penduduk asal. Demikian ia diteruskan pada kurun ke 15 hingga 19, di mana dorongan ‘gold, gospel and glory’ (harta, Kristianisasi dan kemegahan) menjadi slogan penjajah-penjajah Barat pada zaman dahulu untuk meluaskan empayar mereka. Hal ini berbeza dengan sudut pandang Islami, di mana manusia diciptakan untuk memakmurkan muka bumi, antaranya dengan menegakkan keadilan dan memelihara hak setiap golongan. Firman Allah SWT: هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا Maksudnya: Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Surah Hud (61) Islam juga amat menitikberatkan soal pemeliharaan nyawa. Abdullah bin ‘Amru R.A, Rasulullah SAW: منْ قَتَلَ نَفْسًا مُعَاهَدًا لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ، وَإِنَّ رِيحَهَا يُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا Maksudnya: Barangsiapa yang membunuh seorang kafir mu’ahad (kafir yang mempunyai perjanjian dan dilindungi di bawah negara Islam), dia tidak akan mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium sejauh 40 tahun perjalanan. Sahih al-Bukhari (6914) Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani, kafir mu’ahad bermaksud orang kafir yang mempunyai perjanjian dengan kaum Muslimin, samada dalam bentuk perlindungan di bawah akad jizyah, gencatan senjata atau jaminan keamanan oleh rakyat negara Islam tersebut. (Rujuk Fath al-Bari 12/259) Dunia pada hari ini menyaksikan konflik perkauman, penindasan dan perang saudara yang semakin meruncing. Data daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai 70.8 juga manusia di seluruh dunia telah menjadi pelarian, samada yang kehilangan tempat tinggal di tanah air sendiri, yang telah melarikan diri ke negara luar, atau yang mendapat suaka politik. Firman Allah SWT: قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا Maksudnya: (Dan mereka yang dicabut nyawanya itu) ditanya oleh malaikat yang berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Surah al-Nisaa’ (97) Menurut Syeikh Rasyid Ridha, ayat ini merupakan satu celaan keras oleh Allah SWT terhadap orang-orang Islam yang enggan untuk berhijrah ke Madinah kerana melebihkan dunia ke atas akhirat, dan tidak mahu meninggalkan harta mereka di Mekah. Namun celaan tersebut dikecualikan terhadap mereka yang tidak mampu untuk berhijrah samada lelaki, kanak-kanak, peremouan atau orang tua, samada yang tidak berkemampuan atau tidak mengetahui jalan yang perlu dilalui atau cara yang perlu dilakukan kerana pemimpin Quraisy pada masa itu menyekat orang-orang Islam daripada berhijrah ke Madinah. (Rujuk Tafsir al-Manar 5/289) Ayat ini merupakan satu suruhan kepada mereka yang dizalimi di negara sendiri untuk keluar dan menyelamatkan diri. Namun pada sama ia juga boleh difahami sebagai satu suruhan kepada umat Islam yang berada di negara yang aman untuk menyediakan tempat bagi pelarian yang terpaksa keluar dari tanah air mereka akibat ancaman yang melampau terhadap nyawa, harta dan kehormatan mereka. Hubungan Ekonomi Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaily, hubungan diplomatik yang erat antara rakyat negara Islam pada zaman khilafah ‘Abbasiyyah dengan negara-negara luar muncul antara lainnya kerana faktor ingin membina jaringan perniagaan dan kebudayaan. (Rujuk Al-‘Alaqat al-Duwaliyyah fi al-Islam, hlm. 12). Ini menunjukkan bahawa hubungan dagangan antara negara Islam dengan negara luar telahpun wujud sejak sekian lama. Pada 2018, hubungan dagang Malaysia dengan negara-negara Islam terus meningkat, dengan nilai eksport dan import dengan Indonesia mencapai angka RM72.02 bilion, diikuti dengan UAE RM23.3 bilion, Arab Saudi RM18.25 bilion, Turki dengan RM9.79 bilion, Qatar sebanyak RM3.72 bilion dan Iran RM4 bilion.[2] Jumlah ini sebenarnya masih teramat kecil berbanding nilai dagangan dengan rakan dagang utama Malaysia, iaitu China yang mencatat jumlah RM313.8 bilion pada 2018, RM155.76 bilion dengan Amerika Syarikat, RM220.88 bilion dengan Singapura (2017) dan RM120 bilion dengan Jepun (2016).[3] Keadaan ini wajar ditanggapi sebagai satu peluang bagi Malaysia meningkatkan lagi hubungan dagang sesama negara Islam, dengan masih banyak lagi peluang ekonomi yang berpotensi untuk diteroka, antaranya petroleum, pertanian, teknologi dan sebagainya. Kerjasama dan hubungan dagang dua hala yang erat sesama negara Islam sebenarnya wajar dilihat di bawah konsep al-Quran iaitu kerjasama dalam perkara-perkara yang ma’ruf, melalui firman Allah SWT: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى Maksudnya: Hendaklah kalian saling bantu-membantu dalam perkara kebaikan dan taqwa; Surah al-Ma’idah (2) Kita amat berharap agar hubungan dagang antara Malaysia dengan negara-negara luar, khasnya dengan negara-negara Muslim akan terus berkembang demi kesejahteraan bersama. Allah SWT menggambarkan kebebasan dan keamanan sewaktu berniaga ke negara-negara asing sebagai salah satu nikmat kurniaan-Nya: لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ (1) إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ Maksudnya: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah); (iaitu) Kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk dan pada musim panas; Surah Quraisy (1-2) Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaily, perjalanan pada musim sejuk yang dimaksudkan ialah rombongan perniagaan mereka ke negeri Yaman, manakala pada waktu panas pula adalah ke negeri Syam. (Rujuk al-Tafsir al-Munir 15/681) Sebarang ketegangan, perang dingin dan persaingan untuk memonopoli perdagangan akan hanya menatijahkan kezaliman dan kesengsaraan. Hal ini jelas dilihat melalui sejarah peradaban dunia, yang menyaksikan kuasa-kuasa besar empayar dunia pada waktu itu seperti Inggeris, Perancis, Itali dan Sepanyol berlumba-lumba melakukan ekspedisi ke seluruh pelusuk bumi untuk menjarah hasil kekayaan negara lain, khasnya di Asia dan Afrika. Bahkan hal tersebut berulang pada zaman sekarang melalui tekanan berbentuk ekonomi terhadap negara yang lemah, antaranya embargo (boikot) terhadap produk atau urusan dengan negara tersebut, yang hanya menatijahkan kesengsaraan dan penderitaan rakyat bawahan.   Resolusi KL Summit 2020 Sidang Kemuncak Belia Kuala Lumpur 2019 telah berakhir dengan beberapa resolusi yang telah dipersetujui bersama. Ia merangkumi enam kluster, iaitu: Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0): Penyesuaian kepada Cabaran Revolusi Perindustrian Keempat Sebagai persediaan menghadapi IR 4.0, persidangan bersetuju supaya diwujudkan satu badan pemikir berpusat di salah satu negara Islam yang dibuka penyertaannya kepada belia seluruh dunia dan dapat memanfaatkan aliran IR 4.0 serta bagaimana ia berkait dengan Islam. IR 4.0 yang sedang berlaku sekarang menekankan aspek penggunaan teknologi baharu dan kemudahan layan diri dalam pembuatan dan pemasaran produk. Begitu juga dengan penggunaan teknologi yang melibatkan Big Data (Data Besar) dan Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) dalam perkhidmatan yang meminimumkan penglibatan manusia dalam operasi pengumpulan dan perkongsian data. Teknologi internet yang semakin laju dan teknologi Cloud Storage (Storan Awanan) telah memberikan potensi dan anjakan yang besar kepada globalisasi. Kami juga pernah mengulas berkenaan cabaran-cabaran IR 4.0 dalam artikel kami yang berjudul “Revolusi Perindustrian 4.0: Cabaran Terhadap Industri Halal” . Keusahawanan: Ekonomi gig dan kemampanan Persidangan turut memberi perhatian terhadap pasaran ekonomi gig, yang menjadi trend semasa yang semakin berkembang. Gig economy adalah sistem pasaran terbuka di mana pekerja bebas mengikat kontrak kerja untuk melaksanakan sesuatu projek dalam jangka masa tertentu dan kebiasaannya dilaksanakan secara freelance. Tiga komponen utamanya ialah pekerja bebas dibayar berasaskan tugas tertentu, pelanggan mahu perkhidmatan spesifik, dan syarikat membina medium antara pekerja bebas dengan pelanggan menggunakan platform aplikasi teknologi. Pada masa kini, ekonomi gig memberi peluang kepada mereka yang mencari pendapatan dengan melaksana pelbagai tugasan jangka pendek dengan tidak dikongkong waktu dan tempat bekerja. Justeru, penumpuan kepada ekonomi gig dilihat mampu menjadi sumber pertumbuhan ekonomi baharu dan memberi peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka.[4] Tadbir Urus yang Baik: Menyebarluaskan integriti dan ketelusan dalam memastikan tadbir urus yang baik. Persidangan turut membincangkan berkaitan keperluan untuk negara Islam mengadakan urus tadbir yang baik dan membangunkan negara masing-masing. Urus tadbir yang baik berperanan dalam memperkasakan daya saing negara, memenuhi jangkaan stakeholder dan pelanggan seterusnya menerajui transformasi perkhidmatan. Ia dapat meningkatkan keupayaan negara bagi mencapai matlamat negara serta membawa kebaikan kepada semua pihak. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan amalan rasuah, menyediakan peluang pengagihan ekonomi sama rata serta melancarkan pembangunan negara. Kami juga pernah mengulas berkaitan urus tadbir serta sikap integriti dalam bekerja, antaranya dalam Bayan Linnas Siri Ke-193: Bekerja Sebagai Ibadah: Meningkatkan Sikap Integriti. Pendidikan Persidangan mencadangkan supaya idea orang muda diguna pakai bagi merangka dasar pendidikan negara. Begitu juga kepentingan dalam mewujudkan kumpulan pemikir diwakili pakar pendidikan sektor awam dan swasta yang boleh mengenal pasti isu serta masalah utama dihadapi negara Islam untuk merangka dan merekabentuk dasar atau projek berkaitan isu pendidikan.[5] Peranan sistem pendidikan adalah sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi satu wahana usaha dalam membangunkan generasi alaf baharu. Dengan pendidikan yang berkesan, ia diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mampu berfikir, mencipta penemuan saintifik, mencari lebih banyak penyelesaian serta membangun kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa. Antara kaedah dalam menggerakkan institusi pendidikan berkesan adalah melalui pembangunan wakaf. Kami pernah mengulas berkaitan isu ini dalam artikel berjudul Wakaf Pendidikan dan Manfaatnya. Di Turki, dana daripada wakaf telah terbukti mampu menggerakkan institusi pendidikan mereka. Antara contoh lain adalah Universiti Islam Madinah di Arab Saudi serta Universiti al-Azhar di Mesir. Justeru, dengan sinergi kerjasama antara negara-negara Islam, ia diharapkan mampu memberi kesan positif kepada pembangunan sistem pendidikan mampan seterusnya menjamin kelangsungan dan kelestarian usaha pendidikan untuk generasi Muslim pada masa akan datang. Ekonomi: Memangkinkan ekonomi digital Persidangan bersetuju memutuskan pembentukan hab inovasi teknologi digital-hijau, antara lain dengan mewujudkan suasana serta infrastruktur perniagaan yang mantap, penyediaan ruang untuk sumber berbakat serta pengembangan pasaran. Dengan pembentukan hab itu juga, diwujudkan undang-undang, dasar dan peraturan yang cekap untuk melindungi kepentingan perniagaan, rahsia perdagangan serta pemilikan idea untuk perniagaan dunia Islam.[6] Pada masa kini, penerokaan hasil baharu berlandaskan ekonomi digital dilihat mampu untuk memperluaskan sumber hasil negara. Justeru, revolusi digital yang sedang berlaku perlu dimanfaatkan semaksimumnya bagi tujuan menghasilkan keuntungan kepada perniagaan dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara. Politik: Mengukuhkan masa hadapan belia dalam politik Persidangan mencapai persetujuan agar satu usaha digerakkan bagi mewujudkan Rangkaian Modal Belia Global. Ini bagi membolehkan belia terbabit dalam usaha pencegahan keganasan dalam politik. Peranan belia dalam politik adalah sangat penting. Keterlibatan mereka dalam politik adalah suatu kewajipan. Belia bukan lagi sekadar sebagai pengguna atau penerima kepada segala dasar kerajaan, tetapi turut terlibat dalam menentukan dasar dan hala tuju perjalanan sesebuah negara. Justeru mereka perlu diberikan ruang yang lebih luas dalam kerangka pemerintahan negara. Kami turut pernah menyatakan pandangan kami terhadap isu keterlibatan belia dan hak untuk mengundi pada umur 18 tahun dalam artikel kami berjudul Penetapan Had Umur Mengundi Pada Umur 18 Tahun Menurut Perspektif Siyasah Syar’iyyah. Kami tegaskan bahawa umur 18 tahun merupakan umur yang matang dan sesuai untuk mereka melibatkan diri secara langsung dalam proses demokrasi negara. Kesimpulan Tuntasnya, kami nyatakan bahawa menurut perspektif Islam, hubungan antarabangsa mestilah dijalin atas asas persaudaraan dan keamanan, dengan matlamat mencapai kemakmuran bersama. Islam menolak sebarang bentuk hubungan antara negara yang dibina di atas asas yang kuat membuli yang lemah, diskriminasi dan penjarahan terhadap hak serta kedaulatan negara lain. KL Summit 2019 melabuhkan tirainya, serentak dengan meniupkan semangat dan keazaman negara-negara Islam untuk kembali bangkit dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Resolusi dan program yang disusun mengungkapkan harapan umat Islam untuk mengembalikan era keeamasan yang pernah umat Islam nikmati satu ketika dahulu. Menurut laporan-laporan akhbar, sebanyak lima Memorandum Persefahaman (MoU) berjaya dimaterai antara syarikat dan agensi kerajaan negara-negara Islam yang menyertai persidangan tersebut.[7] Antara yang dilaporkan ialah program 'Work4Malaysia', sebuah inisiatif oleh firma perunding Turki yang menyediakan peluang kepada bakat-bakat Malaysia untuk mengikuti latihan dan kerjaya di pelbagai sektor di negara itu. Firma berasaskan pertania dari Qatar pula akan bekerjasama dengan Felda Bhd dalam usahasama projek tenusu secara besar-besaran. Sementara itu, tiga pihak telah menandatangani perjanjian untuk menubuhkan pusat kecemerlangan khusus untuk penyelidikan dalam meneroka bidang saintifik dan tekonologi tinggi iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), International Center for Chemical dann Biological Studies dari Pakistan dan Majlis Penyelidikan Saintifik Turki. Bagi sektor keselamatan dan pertahanan, perjanjian melibatkan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dengan syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI), Turki bagi membuka jalan untuk pembangunan masa depan dalam bidang penyelidikan dan teknologi baharu serta modal insan. Organisasi media Malaysia dan Turki juga bersetuju menubuhkan sebuah pusat komunikasi bagi memerangi Islamofobia. Namun perjuangan yang sebenar ialah melaksanakan ucapan dan kata-kata. Kerana itu menurut al-Imam Muhammad Abu Zahrah, nilai dan keberkesanan sebuah perjanjian bukanlah terletak kepada teks perjanjian, tapi ia bergantung kepada keazaman pihak-pihak yang menandatangani perjanjian tersebut. (Rujuk Al-‘Alaqat al-Duwaliyyah fi al-Islam, hlm. 42) Kita harapkan agar semua keputusan, resolusi dan kata sepakat yang dicapai pada persidangan KL Summit ini disertai dengan tekad, keazaman, dan pengharapan yang tinggi kepada Allah SWT agar ia berjaya direalisasikan dengan jayanya. Tiada lain yang kita harapkan daripada penganjuran program seperti ini melainkan ia membawa kepada kemaslahatan untuk umat Islam di seluruh dunia khasnya, dan manusia sejagat amnya. Wallahu a’lam. [1] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/639861/sidang-kemuncak-kl-2019-sedia-jadi-tumpuan-dunia [2] Rujuk pautan-pautan berikut: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lawatan-rasmi-jokowi-kukuhkan-lagi-hubungan-dua-hala-malaysia-indonesia-214468 http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1781917 iii. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1771781c iv.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/589212/erdogan-mahu-banyak-lagi-syarikat-malaysia-labur-di-turki http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1776808 vii. https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/19271-yang-di-pertuan-agong-terima-kunjungan-hormat-presiden-iran-dan-turki [3] Data diperoleh daripada pautan berikut: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/556776/lawatan-dr-mahathir-kukuhkan-lagi-hubungan-perdagangan-malaysia-china https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/09/608865/malaysia-komited-perkukuh-hubungan-dua-hala-dengan-miti iii. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/497223/malaysia-singapura-negara-berkembar-hubungan-baik-diteruskan-dr-m https://www.thesundaily.my/archive/malaysia-japan-bilateral-relations-offers-huge-potential-najib-ETARCH454623 [4] http://pmo.gov.my/2019/10/penjelasan-mengenai-kawal-selia-sektor-ekonomi-gig/ [5] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/639871/5-projek-khas-6-kluster-resolusi-sidang-kemuncak-kl-2019-belia [6] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/639871/5-projek-khas-6-kluster-resolusi-sidang-kemuncak-kl-2019-belia [7] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-mou-dimeterai-sempena-sidang-kemuncak-kl-2019-225778
378
Soalan: Apakah sumber dan makna doa ini? بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Justeru itu, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Berdasarkan soalan di atas, di sini kami akan sertakan sumber dan makna ringkas bagi doa di bawah ini: Daripada Uthman bin Affan RA, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala sehingga pagi dan barangsiapa yang membacanya pada waktu sebanyak  tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala sehingga petang.” Sumber Dan Hukum Hadith Hadith ini diriwayatkan oleh Uthman bin Affan RA dan ia diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam Sunannya (5088). Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan ketika mengtakhrijkan hadith-hadith di dalam Sunan Abu Daud termasuklah hadith ini. Doa ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Sunannya (3388) dan beliau menilai hadith ini sebagai hasan sahih gharib. Manakala, ia juga diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah di dalam Sunannya (3869) dengan matan yang mana keduanya (riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah) sedikit berbeza, iaitu: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ: بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَيَضُرَّهُ شَيْءٌ Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba itu apabila membaca setiap hari pada waktu pagi dan setiap petang pada waktu malam: Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui sebanyak tiga kali nescaya tidak akan dimudharatkan dengan sesuatu.” Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menilai riwayat ini (riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah) di dalam kitabnya sebagai hasan sahih. [Lihat: Nata’ij al-Afkar, 2/367] Selain itu juga, Imam Ahmad turut meriwayatkan hadith di dalam Musnadnya (474) dan Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini bahawa sanad hadith ini adalah hasan ketika mengtakhrijkan hadith-hadith di dalam Musnad Ahmad, iaitu: مَنْ قَالَ فِي أَوَّلِ يَوْمِهِ، أَوْ فِي أَوَّلِ لَيْلَتِهِ: بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ، أَوْ فِي تِلْكَ اللَّيْلَةِ Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca pada awal harinya (siang) dan pada awal malamnya: Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui sebanyak tiga kali nescaya tidak akan dimudharatkan dengan sesuatu pada hari tersebut atau pada malam tersebut.” Oleh itu, kami berpandangan bahawa hadith ini adalah hasan disebabkan di dalam sanad terdapat seorang perawi bernama Abi al-Zinad yang mana namanya adalah Abd al-Rahman dan doa tersebut boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian kita agar dihindari daripada perkara-perkara yang tidak baik seperti bala bencana, wabak penyakit, kesusahan dan sebagainya. Tambahan pula, kita dibolehkan untuk berdoa dengan apa jua doa sekalipun walaupun ia tidak terkandung di dalam al-Quran mahupun hadith Nabi SAW selagimana doa yang dibaca itu tidak bercanggah dengan agama.   Makna Hadith Di dalam hadith ini dinyatakan akan kelebihan orang yang membaca doa ini pada awal siang hari dan awal malam hari. Doa tersebut dimulakan dengan nama Allah adalah untuk memohon perlindungan Allah daripada segala keburukan yang mana tidak akan memberi mudharat sesuatu pun dengan nama Allah apabila ia diucapkan dengan pegangan yang betul dan niat yang ikhlas. Adapun, kita bukan sahaja memohon perlindungan daripada keburukan dari bumi sahaja, bahkan juga keburukan dari langit iaitu apa-apa yang turun dari langit. Tambahan pula, Allah bersifat Maha mendengar iaitu akan ucapan-ucapan kita dan Allah juga bersifat Maha Mengetahui akan keadaan kita. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 9/234]   Di samping itu juga, tidak memberi mudharat dengan nama-Nya di dalam doa ini juga membawa maksud bahawa penduduk bumi berada di dalam keadaan aman dan selamat disebabkan keberkatan nama Allah serta keterikatan dengan-Nya. Samalah keadaannya kepada penduduk di langit bilamana mereka melazimi nama Allah dalam setiap perkara. [Lihat: Syarh Hisn al-Muslim, 149]   Penutup Kesimpulannya, doa bukanlah sekadar meminta, bahkan ia merupakan satu ibadah serta tanda bahawa hamba itu lemah kerana di dalam berdoa mereka akan menzahirkan sifat khudhu’ (ketaatan), tazallul (kehinaan) dan juga iftiqar (keberhajatan) kepada Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara dan menjaga kita semua daripada perkara-perkara yang buruk sama ada dari langit atau bumi. Amin.   Wallahua’alam
380
Mukadimah Alhamdulillah kami rafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dengan izin-Nya, dapat diteruskan lagi penerbitan Bayan Linnas di mana ia bersifat mengupas isu semasa dan pada saat yang sama memberi kefahaman kepada khalayak masyarakat berkenaan dengan isu yang dibincangkan. Baru-baru ini YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri  Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah memberi ucapan yang menunjukkan kesungguhan dan perihatin Malaysia terhadap pelarian Syria. Justeru, tajuk Bayan Linnas pada kali ini, ‘Isu Pelarian Syria... Semoga Allah Ganjari Pahala’ kami angkat untuk diteliti dengan lebih mendalam lagi. Semoga mauqif dan sikap seperti ini sentiasa menjadi agenda utama negara dalam meringankan beban mereka yang berada dalam kesempitan hidup.   Syria & Konflik Bermula pada Mac 2011, peristiwa berdarah yang menimpa warga Syria berlarutan hingga hampir menuju ke penghujung 2015. Bayangkan betapa lamanya mereka mengalami penderitaan dalam hidup. Jumlah dan angka setepatnya tidak diketahui namun sehingga kini: Berapa ratus ribu rakyat Syria yang terbunuh? (PBB merekodkan sehingga kini lebih 220,000 jiwa yang telah terkorban namun kita menjangkakan ianya lebih daripada itu. Menurut Syeikh Usamah al-Rifa’ie, jumlah yang terkorban akibat peperangan di Syria menjangkau 1 juta nyawa.) Berapa ratus ribu orang yang tercedera? Berapa juta orang yang mengalami kecacatan? Berapa juta orang yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka menjadi pelarian? (Berdasarkan perincian daftar pelarian yang telah dikemaskini sehingga 4 Oktober 2015 dan telah dikeluarkan oleh UNHCR, terdapat seramai 4,052,011 orang pelarian Syria. Kini, rakyat Syria merupakan populasi tertinggi di dunia sebagai pelarian dan ada juga pendapat yang mengatakan bilangan pelarian yang berdaftar dan tidak berdaftar melebihi 12 juta orang.) Berapa banyak khazanah ilmiah yang telah hancur dan lebur? Berapa banyak artifak sejarah yang telah musnah? (Pada 31 Ogos 2015, pihak PBB telah mengesahkan bahawa kawasan bersejarah di Palmeyra, Syria telah dimusnahkan rentetan dari konflik yang melanda di Syria. Pihak ISIS/ISIL didapati bertanggungjawab memusnahkannya)   Jumlah ini kian meningkat dari semasa ke semasa. Krisis ini seolah-olah tiada kesudahannya. Bahkan kini, keadaan menjadi lebih teruk dengan campur tangan dari pihak luar dan tidak dilupakan juga ancaman dari pihak ISIS/ISIL.   Kenyataan YAB Perdana Menteri[1] Memetik ucapan YAB Perdana Menteri yang berucap ketika di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York baru-baru ini, YAB Dato’ Sri menyatakan kesudian pihak kerajaan Malaysia untuk menerima 3000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian. Perdana Menteri berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah. Antara lainnya, beliau menyebut: "Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman." Pengumuman oleh Perdana Menteri berhubung kesediaan untuk menerima pelarian Syria itu disambut tepukan gemuruh audien. Adalah dilaporkan sejak empat tahun lepas, kira-kira empat juta pelarian Syira telah melarikan diri ke negara-negara jiran dan bergelumang dalam kancah kemiskinan. Tambah beliau, penyelesaian antarabangsa yang baharu diperlukan bagi menangani krisis migrasi. "Hanya apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan, hanya apabila kita melihat gambar-gambar migran yang terdesak, mangsa ekstremis dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing tetapi sebagai saudara kita. Apabila kita melihat gambar memilukan jasad Aylan Kurdi berusia tiga tahun yang terdampar di pantai dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa itu maka kita akan bertindak untuk berbuat lebih baik. Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak boleh membiarkannya sahaja." Demikian memetik ucapan Perdana Menteri kita, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib dan ini jelas menunjukkan akan keterbukaan kerajaan Malaysia dalam membantu mengurangkan bebanan pelarian Syria.   Amanat & Resolusi Muktamar Syria[2] Kami terpanggil untuk menyiarkan sebuah resolusi hasil persidangan para ulama berkenaan dengan isu Syria yang perlu ditangani bersama sama ada pada peringkat negara, pimpinan, ulama serta umat Islam sejagat. Dalam suasana dialog bagi membina rasa kebertanggungjawaban sebagai umat yang satu, telah dirumuskan di dalam muktamar ini perkara-perkara berikut dan ingin kami nyatakan sebahagian daripada resolusi tersebut: Pertama: Muktamar menyeru kerajaan seluruh dunia, pertubuhan hak asasi manusia, Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), seluruh kerajaan Arab dan Islam agar bangun melaksanakan tanggungjawab dengan membantu rakyat Syria, menyumbang kepada revolusi dan berdiri teguh bersamanya selain membantu dengan wasilah yang sah bagi mencapai objektifnya. Kedua: Muktamar merayu kerajaan Arab dan Islam, pertubuhan bantuan kemanusiaan berganding bahu membantu saudara-saudara di Syria yang ditindas rejim yang zalim dan menjadikan mereka sebagai pelarian sama ada di dalam atau di luar Syria. Ketiga: Muktamar menegaskan tentang perlunya pihak yang dipercayai untuk menghulurkan bantuan, juga peri pentingnya untuk menyebarkan usaha bagi menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan dengan cara yang tepat dengan secepat mungkin. Keempat: Muktamar mengucapkan terima kasih kepada semua di kalangan rakyat dan kerajaan, pertubuhan rasmi dan bersendirian serta saluran dan pertubuhan media yang berdiri bersama dengan penderitaan rakyat Syria, terutamanya Turki, Arab Saudi, Qatar, Tunisia, Libya, Mesir dan Kuwait. Kami menyeru agar menambahkan lagi sumbangan dan sokongan dalam bentuk konvensyen yang membawa kepada sumbangan material dan moral keada rakyat Syria. (Alhamdulillah, yang terkini, dengan kesanggupan kerajaan Malaysia untuk menerima 3000 pelarian Syria sebagai langkah memberi bantuan dan pertolongan serta meringankan beban rakyat Syria) Kelima: Muktamar mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan negara yang menerima kehadiran pelarian khasnya negara Turki, Jordan dan Lubnan. (Kini, Malaysia juga mengikuti langkah negara-negara tersebut dalam menerima pelarian Syria.   Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Kesanggupan kerajaan Malaysia untuk menerima 3000 orang pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun ini menunjukkan satu sikap yang mulia dengan mengambil peduli terhadap krisis yang menimpa saudara seagama kita di Syria. Konflik yang berlaku di Syria yang telah banyak mengorbankan nyawa di samping menjadikan sebahagian besar dari mereka pelarian haruslah ditangani dengan sebaiknya. Selaku negara Islam, selayaknya kita menghulurkan bantuan dan bukannya membiarkan konflik ini berpanjangan tanpa ada resolusinya. Selain itu, beberapa cadangan lain juga boleh diketengahkan, antaranya: Membentuk panel ulama terkemuka dan para pemikir Islambagi bekerjasama dengan Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa untuk membuat lawatan ke negara-negara Arab dan Islam untuk membentuk sokongan kepada rakyat Syria. Mewujudkan Kumpulan Kerja Bersama dengan memberi kemudahan asas kepada rakyat Syria untuk mendapat sedikit pembelaan seperti:- Urusan visa. Urusan penempatan. Sedikit peluang pekerjaan yang munasabah. Bantuan asas daripada makanan. Pemberian pendidikan kepada kanak-kanak Syria.   Amat wajar diberikan keutamaan kepada rakyat Syria yang sedang dan sudah berada di Malaysia kerana mereka memerlukan sokongan dan dorongan dari kita sebagai rakyat Malaysia. Saya juga memikirkan keterlibatan NGO dan badan-badan berkanun serta orang perseorangan yang mampu untuk tampil kehadapan memberikan bantuan serta mewujudkan pasukan penyelaras agar proses perolehan bantuan berada dalam keadaan teratur dan tertib. Seluruh dunia bersepakat wajib mempertahan dan membela hak asasi manusia yang juga menyentuh hak majoriti dan hak minoriti seperti mana dalam Universal Declaration of Human Rights (United Nations) di Paris pada tahun 1948 dan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (OIC) pada tahun 1990. Walaupun kedua-dua deklarasi ini ada perbezaan teras tertentu, tetapi semua negara-negara yang menandatanganinya telah bersetuju bahawa tiada lagi mana-mana pihak yang boleh dizalimi, tidak boleh dinafikan haknya sebagai manusia, bahkan ada yang berfikir lebih melampau sehingga mempertahankan hak binatang lebih daripada hak manusia. Tetapi semuanya ini tidak diambil peduli apabila menangani isu besar dan mendesak yang menyentuh hak rakyat Syria, kerana pihak yang menjuarai hak asasi ini sibuk menjaga kepentingan negara masing-masing dan mempertahankan hak keselamatan negara haram Israel, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Begitulah rupanya apabila pengaruh Zionis dan agendanya masuk ke dalam kepala para pemimpin negara Arab dan pemimpin negara umat Islam. Dengan kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menerima penduduk Syria. Kami merasakan ianya satu usaha yang amat murni dan perlu disokong kerana isu Syria merupakan krisis kemanusiaan hidup atau mati yang bergenang dengan air mata, trauma, kebuluran, kesengsaraan, kekejaman dan penderitaan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Malaysia yang sanggup memberikan perlindungan mengingatkan saya kepada firman Allah SWT: وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (8) إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا (9) إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا (10) Maksudnya: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,[9](Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, [10]"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".  (Al-Insaan: 8-10) Al-Imam Ibn Kathir[3] mengatakan bahawa mereka memberi makan kepada orang miskin, anak yatim serta orang tawanan dengan hanya mengharapkan keredhaan dari Allah SWT. Mereka tidak mengharapkan balasan serta ucapan terima kasih dari manusia. Bahkan perbuatan mereka itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengharapkan rahmat dan kelembutan Allah di mana nanti pada hari kiamat hari di mana kesempitannya berpanjangan. [Tafsir al-Quran al-‘Azim. Dar al-Taybah, 2/289] Lantas dalam ayat yang ke-11 dan yang ke-12, Allah SWT mengganjari mereka serta kurniakan permeliharaan buat mereka dan juga syurga beserta persalinan dari sutera Firman Allah SWT:  (12) فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا (11) وَجَزَاهُم بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا  Maksudnya: Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). [12] Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. (Al-Insaan: 11-12) Kami nyatakan di sini bahawa amat penting untuk diberi perihatin dan bantuan dengan bersungguh-sungguh kerana ianya termasuk di dalam amal kebaikan dan kebajikan. Ini sesuai dengan perintah Allah SWT dalam firman-Nya:   وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ    Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah: 2) Begitu juga keyakinan kita kepada Allah SWT yang mana kita meyakini bahawa Allah SWT pasti akan membantu kita tatkala kita membantu saudara-saudara kita yang lain. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ[4] Maksudnya: “Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu menolong saudaranya”   Semoga Alllah SWT memberkati usaha pemimpin Malaysia yang bermurah hati untuk memberi layanan kepada pelarian Syria. Begitu juga dengan badan-badan berkanun, NGO dan rakyat Malaysia. Jazakumullah Khairan Jaza’.   Penutup Hakikatnya, para ulama begitu sedih dengan apa yang berlaku di Syria sekarang ini. Rasulullah SAW telah bersabda: مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ[5] Maksudnya: “Siapa yang tidak perihatin terhadap urusan orang Islam, maka ia bukan dari kalangan mereka..” Kami teringat kepada kisah seorang wanita yang dimalukan oleh orang kafir yang akhirnya seorang lelaki membunuh dan menyebabkan dia dibunuh. Hal ini dilihat oleh seorang lelaki tua yang akhirnya menghadap Khalifah al-Mu’tasim sehingga khalifah menyerang negeri tersebut. Dr. Yusuf al-Qaradhawi[6] menyatakan: “Kita lihat pahlawan-pahlawan Muslim pada masa sekarang mulai daripada Ibn Abdul Wahab, al-Mahdi, Khairuddin al-Tunisi, al-Amir al-Qadir, Jamaluddin al-Afghani sehingga al-Kawakibi, Muhammad Abduh, Amir Syakib Arsalan, Rasyid Reda, Hasan al-Banna di Mesir, Ibn Badis dan sahabat-sahabatnya di Algeria, Alal al-Fasi di Maghribi, al-Maududi di Pakistan dan sebagainya. Mereka sepakat bahawa syariat Islam merangkumi akidah dan syariat, dakwah dan daulah, serta agama dan politik. Mereka merasakan pahit dan kejamnya politik, bahkan mereka menjadi mangsa korban kekerasan kerana mempertahankan konsep ini. Bahkan beliau turut menyebut bahawa sepanjang sejarah, umat Islam tidak mengenali adanya pemisahan antara agama dan dunia, agama dan politik atau agama dan negara seperti sekarang ini. Dahulu, Rasulullah SAW adalah pemegang tampuk kekuasaan sama ada agama atau dunia. Kebebasan yang diberikan melalui amalan demokrasi wajib dimanfaatkan dalam segala lapangan kehidupan. Dengan memanfaatkan demokrasi hari ini, sekurang-kurangnya mampu menyelamatkan akidah umat Islam daripada menganut ajaran-ajaran sesat dan penyelewengan akidah yang mengancam umat Islam. Seterusnya mereka dapat memperjuangkan pelaksanaan syariat Allah SWT di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang merupakan medan menggubal undang-undang dan gelanggang yang diiktiraf bagi membentuk sesebuah negara. Termasuk juga di forum-forum utama dan pentas antarabangsa seperti di PBB, OIC dan lain-lain. Dinyatakan di sini, kelebihan bersedekah pada jalan Allah SWT, antaranya adalah: Digantikan dengan lebih baik Diberi balasan pahala yang besar di akhirat Pelindung dari api neraka Mendapat naungan bayangan Allah SWT Selamat daripada kemurkaan Allah SWT Dimurahkan rezeki Dilindung daripada bala Boleh melembutkan hati yang keras Boleh mengalahkan syaitan Boleh mengawal kehormatan diri dan maruah   Cukuplah dengan firman Allah SWT: مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah: 261) Kami mengajak umat Islam untuk melihat sejarah betapa gemilangnya umat Islam pada zaman dahulu tatkala mereka berpegang dengan ajaran Islam. Persaudaraan mereka merentasi sempadan geografi, ras, bangsa, warna kulit dan juga bahasa. Mereka berpayung di bawah kalimah tauhid dan bersatu hati dalam menegakkan syiar agama Allah dan mengasihi sesama Islam.   Akhukum fillah, S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan   12 Oktober 2015 bersamaan 28 Zul Hijjah 1436   [1] Teks penuh kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib pada debat umum sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh didapati melalui Bernama News. Lihat: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1175947 [2] Muktamar ini berlangsung di Istanbul pada 1-3 Julai 2012. [3] Al-Imam Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Kathir al-Dimasyqi. Antara gelaran yang telah diberikan kepadanya adalah al-Hafiz (gelaran khas bagi mereka yang mempunyai pengetahuan luas dan mendalam di dalam ilmu hadith), al-Muarrikh (ahli sejarah) dan juga al-Mufassir (ahli tafsir). Beliau juga digelar dengan gelaran ‘Imad al-Din (tiang agama) dan beliau bermazhab Syafi’e. Merupakan salah seorang dari anak murid Ibn Taimiyyah dan al-Zahabi. Wafat pada tahun 774 Hijrah dan antara karya agungnya ialah Tafsir al-Quran al-‘Azim dan juga Al-Bidayah wa Al-Nihayah. [4]  Sahih Muslim (2699) [5] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsat (7473). Hadith dhoif (lemah) dan al-Tabarani sendiri yang mengisyaratkannya. Namun, makna hadith ini adalah benar. [6] Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi merupakan ulama’ besar dalam dunia Islam masa kini. Beliau merupakan Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia sekarang. Dilahirkan pada thun 1926 di sebuah perkampungan yang bernama Saft Turab. Semenjak kecil lagi Syeikh Yusuf al-Qaradhawi telah menunjukkan kecerdasannya dalam menuntut ilmu. Beliau telah menghafal keseluruhan al-Quran ketika umurnya 9 tahun. Beliau memperoleh pendidikan diperingkat tertinggi di Universiti Al-Azhar di mana pada tahun 1973 beliau telah memperoleh PhD dari universiti yang sama. Disertasinya yang mengkaji secara mendalam tentang zakat (Fiqh al-Zakah) telah mendapat kepujian tertinggi dan seterusnya telah dicetak dan digunakan sebagai rujukan di kebanyakan universiti Islam di dunia.
381
Mukadimah Baru-baru ini timbul isu di aplikasi media sosial berkenaan anak-anak muda kita yang viral bersolat bersama ‘pasangan mereka’ iaitu kipas. Kipas itu dipakaikan telekung atau pakaian solat lelaki bagi menunjukkan kipas tersebut adalah makmum atau imam mereka kononnya adalah pasangan hidup mereka. Perkara ini sangat ditegah dalam Islam kerana dilihat sebagai mempermain mempersendakan urusan ibadah yang suci dan membuat gurauan tidak beradab demi tontonan di media sosial.[1] Secara asasnya, menghormati syiar-syiar agama seperti ibadah solat, puasa dan haji adalah diwajibkan kepada semua umat Islam. Allah SWT berfirman: ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ Maksudnya: “Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin”. Surah al-Hajj (32) Menurut Imam al-Maturidi, berdasarkan kenyataan di atas dapat dilihat bahawa mereka yang beriman dan bertakwa pasti akan menghormati sesuatu syiar agama dengan ibadah yang dianjurkan oleh agama. Berbanding mereka yang bersikap sebaliknya yang mana ia menandakan kekurangan diri dari sudut iman dan takwa.[2] [Lihat Takwilat Ahlus Sunnah: 7/414]   Larangan Mempersendakan Ibadah dan Agama Umat Islam dilarang daripada menjadikan agama sebagai bahan gurauan dan jenaka, apatah lagi ia dibuat demi meraih tontonan dan mengikuti trend terkini. Ini dapat difahami menerusi firman Allah SWT: وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ Maksudnya: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).” Surah al-An’am (70) Syeikh Wahbah Zuhaili dalam tafsirnya mengatakan perbuatan mempersendakan agama adalah dilarang dalam mana-mana syariat pun sebelum ini. Orang yang suka mempersendakan agama tidak lain tidak bukan adalah orang yang hatinya cintakan keduniaan dan tidak mengetahui apa lagi habuan selain keduniaan. Ia menjadi lebih parah apabila perbuatan ini menjerumuskan pelaku ke dalam lembah kekafiran dek kerana terhalang daripada melakukan kebaikan yang lain.[3] [Lihat Tafsir al-Munir: 7/251]   Perbuatan Mengejek Dan Bersenda-Senda Dalam Ibadat Adalah Sikap Orang Munafik.  Agama Islam juga turut melarang umatnya dari melakukan perbuatan bergurau senda dalam sesuatu ibadat kerana ia termasuk dalam sebahagian mempersendakan ayat Allah SWT seperti mana dalam firmannya:  وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ‎ Maksudnya: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" (Surah al-Ankabut: 65) Merujuk kepada ayat di atas, Imam al-Tabari membuktikan bahawa  golongan munafik adalah sebahagian dari golongan yang sering mengejek dan bermain-main dengan ayat-ayat Allah.[4] Oleh itu, perlulah berhati-hati dalam setiap tingkah laku seharian kita lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan agama supaya tidak tergolong dalam golongan yang munafik.   Solat Adalah Benteng Kepada Kemungkaran Sesungguhnya kalimah solat kerap kali disebut di dalam al-Quran dan hadis yang melambangkan ia adalah sebuah ibadat yang agung lagi mulia sehingga dianggap ibadat ini sebagai tiang di dalam agama Islam. Tambahan lagi, ibadat ini juga merupakan salah satu benteng bagi umat Islam daripada terjerumus ke dalam kemungkaran seiring dengan firman Allah SWT:  إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۗ Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”. (Surah al-Ankabut: 45) Oleh itu, sudah jelas lagi nyata bahawa fungsi solat itu merangkumi dua perkara iaitu mencegah perkara yang keji dan mungkar terutama sekali sesiapa yang sentiasa mengerjakan ibadat ini dengan berterusan.[5] Ibn Kathir di dalam tafsirnya turut mendatangkan riwayat Ibn Abbas RA menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengerjakan solatnya dengan baik serta tidak mencegah dari kemungkaran, maka solatnya itu sesekali tidak bertambah di sisi Allah melainkan ia semakin menjauh.[6] Justeru, seharusnya solat itu menjadi pelindung kepada seseorang dari terjebak dalam pekara-perkara yang dilarang seperti perbuatan mempersenda-sendakan ibadat kerana ia melambangkan suatu penghinaan terhadap ibadat ini.   Kesimpulan Justeru, marilah bersama-sama kita muhasabah diri dan merenungi setiap perbuatan yang telah dilakukan. Seorang Muslim yang sejati adalah orang yang menjadikan al-Quran sebagai imam dan Rasulullah SAW sebagai pedoman, dan bukannya menjadikan kipas dan yang lain-lain sebagai imam atau makmum. Pesanan untuk anak muda sekalian, hiasilah diri kalian dengan ucapan dan perbuatan yang baik agar menjadi contoh tauladan untuk masyarakat dan generasi yang akan datang. Wallahua’lam.   [1] Bernama, Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad, Astro Awani, 28 Mei 2022, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/trend-kipas-jadi-makmum-solat-orang-ramai-diminta-buat-laporan-idris-ahmad-363597 [2] Abu Mansur al-Maturidi, Pentahqiq Muhammad Baisalum, Tafsir al-Maturidi (Takwilat Ahlus Sunnah), (Beirut:2005), Cetakan Darul Kutub Ilmiah, ومن يعظم شعائر اللَّه بالجوارح، فذلك التعظيم من تقوى القلوب، وهكذا الأمر الظاهر في الناس: أنه إذا كان في القلب شيء من تقوى أو خير، ظهر ذلك في الجوارح، وكذلك الشر أيضًا إذا كان في القلب ظهر في الجوارح [3] Wahbah al-Zuhaili, Tafsir al-Munir, (Beirut:1991), Cetakan Darul Fikri, الاستهزاء في الدين ليس مسوّغا في أي شرع أو ملة، والمستهزئون ما هم إلا لاعبون لاهون غرتهم الحياة الدنيا أي لم يعلموا إلا ظاهرا من الحياة الدنيا، وإن تأصل الكفر فيهم أفسد عليهم فطرتهم، فحجب عنهم كل خير [4] Al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid. (2000). Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. Tahkik: Ahmad Muhammad Syakir. Cetakan 1, Muassasah al-Risalah. Jilid 14 hlm 332. Teks Asal:  ولئن سألت، يا محمد، هؤلاء المنافقين عما قالوا من الباطل والكذب، ليقولن لك: إنما قلنا ذلك لعبًا [5] Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Kathir. 1420H/1990M. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. Tahqiq: Sami bin Muhammad Salamah. Cetakan 2. Dar al-Tayyibah. Jilid 6 hlm 280. Teks asal: أَنَّ الصَّلَاةَ تَشْتَمِلُ عَلَى شَيْئَيْنِ: عَلَى تَرْكِ الْفَوَاحِشِ وَالْمُنْكَرَاتِ، أَيْ: إِنَّ مُوَاظَبَتَهَا تَحْمِلُ عَلَى تَرْكِ ذَلِكَ [6] Ibid. j6 hlm:281. Teks Asal: فَمَنْ لَمْ تَأْمُرْهُ صَلَاتُهُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَهُ عَنِ الْمُنْكَرِ، لَمْ يَزْدَدْ بِصَلَاتِهِ مِنَ اللَّهِ إِلَّا بُعْدًا
383
Soalan Salam Dato’ Mufti. Saya pernah membuat pinjaman wang RM5,000 dan meletakkan seutas gelang emas seberat 10g sebagai barang cagaran bagi tempoh setahun. Selepas setahun berlalu, saya masih tidak mampu untuk membayar hutang tersebut menyebabkan barang cagaran tersebut terpaksa dijual. Persoalan saya, adakah selepas berlalu tempoh setahun tersebut, barang cagaran terus menjadi milik pemiutang sehingga dia boleh menjual dengan harga berapa-berapa sekalipun ataupun barang tersebut masih milik saya dengan syarat ia perlu dijual dan hasil duit jalanan digunakan untuk bayar hutang yang tertunggak? Kekeliruan utama berkaitan penetapan harga jualan atau harga lelongan barang cagaran tersebut. Adakah perlu ikut harga yang ditetapkan pemiutang selaku pemegang cagaran atau perlu ikut harga saya sebagai pemilik asal? Sebab saya dapat tahu pihak penerima cagaran nak jual sedikit murah daripada harga pasaran. Mohon pencerahan.   Ringkasan Jawapan Harga bagi barang cagaran yang dijual atau dilelong perlu mendapat keizinan dan persetujuan daripada pencagar terlebih dahulu sebagai pemilik asal supaya kemaslahatan dan kebajikan pencagar dapat terjaga sekiranya berlaku penjualan yang dilakukan secara tergopoh-gapah dan tidak cermat. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan sekiranya terdapat perjanjian sejak dari awal akad dibuat bahawa pencagar menyerahkan urusan keseluruhan jual beli barang tersebut kepada penerima cagaran.   Huraian Jawapan Persoalan ini berkait rapat dengan al-Rahn. Al-Rahn (cagaran) di sisi Syarak bermaksud suatu kontrak yang menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran untuk menjamin pelunasan sesuatu hutang. al-Rahn terbahagi kepada lima rukun utama seperti berikut: 1) Dua pihak yang berakad; al-Rahin (Pencagar) & al-Murtahin (Penerima Cagaran) 2) Sighah (Ijab dan Qabul) 3) al-Dayn (Hutang Antara Pencagar dan Penerima Cagaran) 4) al-Marhun (Barang Cagaran) (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji, 7/111-115) Persoalan di atas akan difokuskan kepada rukun ketiga berkaitan jual beli barang cagaran melihat kepada situasi penanya sebagai penghutang yang tidak berkemampuan untuk melunaskan hutang walaupun tempoh pembayaran semula yang dipersetujui bersama sudah berakhir lantas mengakibatkan barang cagaran perlu dijual. Bagi menjawab kekeliruan berkaitan penetapan harga jualan atau lelongan barang cagaran tersebut, pertama-pertamanya ulama menyebut bahawa barang yang dicagarkan tetap menjadi hak milik pencagar. Oleh itu, sebarang penjualan dan pelelongan barang cagaran hendaklah mendapat keizinan dan makluman daripada pencagar sebagai pemilik asal melainkan harga jualan sudah ditetapkan dari awal. Alasannya, pencagar boleh untuk mempertikaikan dan mempersoalkan tindakan penerima cagaran sekiranya mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam urusan jual beli barang cagaran. Dalam masa yang sama, kemaslahatan dan kebajikan pencagar dapat terjaga sekiranya berlaku penjualan yang dilakukan secara tergopoh-gapah dan tidak cermat. (Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/390)[1] Hal jual beli barang cagaran ini jika diamati dan diteliti, ia termasuklah juga persetujuan harga jualan daripada pencagar. Hak penerima cagaran adalah sekadar mendapatkan semula wang hutangnya melalui penjualan barang cagaran tersebut sedangkan barang tersebut tetap hak milik pencagar sebagai pemilik asal. Sebagai kesimpulan, harga bagi barang cagaran yang dijual atau dilelong perlu mendapat keizinan dan persetujuan daripada pencagar terlebih dahulu sebagai pemilik asal melainkan terdapat perjanjian sejak dari awal akad dibuat bahawa pencagar menyerahkan urusan keseluruhan jual beli barang tersebut kepada penerima cagaran. Sesuai dengan saranan hadis yang mewajibkan umat Islam berpegang dengan janji yang telah dibuat. Daripada Abu Hurairah RA: الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ Maksudnya: “Orang muslim itu berpegang pada janji mereka.” Riwayat Abu Daud (3594)  Wallahu a’lam.
384
Soalan: Ahmad telah berkahwin dengan Diana selama 7 tahun dan dikurniakan 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Baru-baru ini Ahmad dan Diana telah disahkan merupakan adik-beradik susuan, dan keadaan ini telah merunsingkan mereka daripada sudut hubungan perkahwinan dan status anak-anak. Adakah mereka perlu dipisahkan? Bagainama pula dengan anak-anak mereka? Ringkasan Jawapan: Jika telah dipastikan bahawa pasangan tersebut benar-benar memilki pertalian saudara susuan mereka perlu merujuk kepada mahkamah untuk dilakukan pembubaran perkahwinan (fasakh). Manakala anak-anak hasil dari hubungan tersebut boleh dibinkan(dinasabkan) kepada ayah mereka. Huraian Jawapan: Islam mengharamkan perkahwinan antara adik beradik susuan. Pengharaman ini  berdasarkan firman Allah SWT: حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمْ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنْ الرَّضَاعَةِ Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu.” (Surah al-Nisa’: 23) Siapa yang haram dinikahi atas sebab hubungan kekeluargaan, mereka juga haram dikahwini dengan sebab hubungan susuan. Begitu juga dari sudut batasan aurat dan hubungan mahram. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ Maksudnya: “Diharamkan dengan sebab susuan itu perkara yang haram dengan sebab nasab (kekeluargaan).” (Riwayat al-Bukhari) Walau bagaimanapun di sisi mazhab Syafi’i seseorang anak itu dianggap  sebagai anak susuan apabila memenuhi empat syarat[1]: Usia bayi tidak melebihi 2 tahun. Lima kali susuan yang terpisah. Susu tersebut sampai ke dalam perut bayi. Bayi tersebut masih lagi hidup. Pernikahan antara saudara susuan disebut sebagai pernikahan yang fasid(rosak). Jika telah dipastikan bahawa suami dan isteri merupakan saudara susuan maka mereka perlu merujuk kepada pihak mahkamah untuk dilakukan pembubaran perkahwinan (fasakh). Perkara ini ditegaskan oleh para ulama antaranya Imam Khatib al-Syirbini di dalam karyanya:  (وَلَوْ قَالَ زَوْجَانِ: بَيْنَنَا رَضَاعٌ مُحَرِّمٌ) بِشَرْطِهِ السَّابِقِ (فُرِّقَ بَيْنَهُمَا) Maksudnya: “Jika suami dan isteri mengatakan bahawa di antara mereka ada hubungan susuan yang mengharamkan (mereka untuk berkahwin) berdasarkan syarat-syarat yang terdahulu maka mereka wajib dipisahkan[2].” Menurut Imam al-Syirbini lagi, fasakh untuk perkahwinan yang disebabkan oleh hubungan susuan perlu dilakukan dengan serta merta. Beliau berkata: وَأَمَّا الْفَسْخُ فِي النِّكَاحِ بِالرِّدَّةِ وَالرَّضَاعِ وَالْإِعْسَارِ، فَمِنْ حِينِهِ قَطْعًا، وَكَذَا الْخُلْعُ اهـ Maksudnya: "Adapun fasakh nikah dengan sebab murtad, penyusuan dan kesusahan hidup (sehingga tidak mampu untuk memberi nafkah) perlu dilakukan dengan serta merta menurut persepakatan ulama sebagaimana juga khulu'. [3]’' Para ulama bersepakat bahawa anak-anak yang hasil dari pernikahan yang fasid boleh dibinkan(dinasabkan) kepada bapa mereka. Dalam kitab al-Majmu’ disebutkan bahawa anak yang hasil dari pernikahan yang fasid seperti pernikahan antara saudara susuan boleh dinasabkan kepada bapa mereka sebagaimana pernikahan yang sah[4]. Tuntasnya, Pernikahan antara saudara susuan adalah tidak sah dan perlu dipisahkan dengan serta merta. Walau bagaimanapun berkait nasab anak-anak yang hasil dari pernikahan tersebut mereka boleh dinasabkan kepada bapa mereka berdasarkan kepada kesepakatan para ulama.   [1] Imam al-Baijuri, Hasyiah al-Baijuri, Beirut: Dar al-Minhaj (2016), cet. 1, jld. 3, hlm. 625.. [2] Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah (1994), cet. 1,  jld. 5, hlm 147. [3] Ibid, jld.4, hlm. 343. [4] Imam al-Nawawi, Imam al-Subki & al-Muti’e, al-Majmu’ Syarrh al-Muhazab, Beirut: Dar al-Fikr (t.t), jld. 18, hlm, 149.
386
PENGENALAN Isu penceraian rumah tangga dalam kalangan artis dan figura terkenal kerap menjadi perbualan dan perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini. Sebahagian daripada mereka dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan perbincangan dan menemui jalan  perdamaian manakala sebahagian yang lain mengakhiri ikatan perkahwinan mereka dengan penceraian. Setelah itu, media sosial kembali hangat membincangkan soal penampilan seorang pelakon yang tampil bergaya cantik, kemas dan sopan meskipun beliau sedang menjalani tempoh idah penceraian. Di sini disediakan sedikit pencerahan hukum syarak mengenai pantang larang bagi seseorang wanita yang dalam  idah sebagai panduan kepada masyarakat. HURAIAN JAWAPAN Maksud Idah dan Ihdad (Berkabung) Idah ialah kata nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang wanita untuk menunggu, semata-mata mematuhi perintah Allah SWT (ta’abbudi) atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami, atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan[1].  Manakala ungkapan “berkabung” dalam kitab-kitab fiqh dirujuk kepada perkataan al-ihdad (الْإِحْدَادُ). Definisi ihdad menurut syarak ialah perbuatan meninggalkan perhiasan yang dipakai atau berhias diri kerana berdukacita atas kematian seseorang[2]. Dalil-Dalil Pensyariatan Idah Firman Allah SWT: وَٱلْمُطَلَّقَـٰتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَـٰثَةَ قُرُوٓءٍۢ ۚ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ فِىٓ أَرْحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِى ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوٓا۟ إِصْلَـٰحًۭا ۚ وَلَهُنَّ مِثْلُ ٱلَّذِى عَلَيْهِنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌۭ ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Maksudnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah al-Baqarah (228) Selain itu, firman Allah SWT: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا۟ ٱلْعِدَّةَ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنۢ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّآ أَن يَأْتِينَ بِفَـٰحِشَةٍۢ مُّبَيِّنَةٍۢ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُۥ ۚ لَا تَدْرِى لَعَلَّ ٱللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًۭا  Maksudnya: “Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).” Surah al-Talak (1) Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:  أُمرتْ بريرةُ أن تعتدّ بثلاثِ حيضٍ Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintah Barirah untuk beridah dengan tiga kali haid” (Riwayat Ibn Majah) Selain itu terdapat hadis yang diriwayatkan yang diriwayatkan oleh Zainab binti Abi Salamah RA bahawa Nabi SAW bersabda[3]: لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، تُحِدُّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ، إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا Maksudnya: “Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat untuk berkabung lebih daripada tiga hari kecuali jika yang meninggal adalah suaminya, maka waktunya adalah empat bulan dan sepuluh hari.”  (Sahih Bukhari) Larangan-Larangan Ketika Beridah Para ulama bersepakat bahawa setiap wanita yang beridah sama ada dalam tempoh idah talak raj'i[4], idah talak ba’in[5] atau idah kematian suami adalah dilarang untuk melakukan perkara-perkara seperti berikut[6]: Haram menerima pinangan lelaki ajnabi. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. Tidak dibenarkan keluar rumah. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Talak ayat 1 yang bermaksud:  “…Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…” Namun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam larangan keluar rumah bagi mereka yang berada dalam tempoh idah talak raj’i iaitu wanita tersebut wajib mendapatkan keizinan bekas suami jika tujuan keluarnya tidak mencapai tahap kemudaratan terhadap nyawa dan hartanya. Hal ini kerana bekas suamiyang menjatuhkan talak berkewajipan menanggung nafkah hidup isteri yang ditalak tanpa membebankan isteri untuk keluar mencari pendapatan tambahan selama mana berada dalam tempoh idah[7]. Manakala bagi wanita yang berada dalam idah talak ba’in dan kematian suami pula tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam[8]. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya. Hukum Wanita Berhias Ketika Dalam Idah Menurut Empat Mazhab Mazhab Syafi’i Menurut mazhab al-Syafi’i, hukum berihdad diwajibkan kepada wanita yang kematian suaminya selama empat bulan 10 hari. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat Zainab binti Abi Salamah yang disepakati oleh sekalian ulama. Selain itu, hukum ihdad bagi wanita yang ditalak ba’in sama ada melalui kaedah khulu’, fasakh, atau talak tiga adalah sunat dengan syarat perhiasan tersebut tidak menjerumuskan dirinya kepada kerosakan[9]. Begitu juga sama hukumnya bagi wanita yang ditalak raj'i iaitu mereka turut disunatkan berihdad sekiranya tanggapannya kuat bahawa bekas suami tidak akan kembali rujuk kepadanya[10]. Mazhab Hanafi Ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa meninggalkan perhiasan diri adalah wajib bagi wanita yang sedang beridah kerana kematian suami. Al-Nasafi dalam kitabnya Kanz al-Daqaiq berkata[11]: تحِدُّ مُعْتَدَّةُ الْمَوْتِ: بِتَرْكِ الزِّينَةِ، وَالطِّيبِ، وَالْكُحْلِ وَالدُّهْنِ، إلَّا بِعُذْرٍ، وَالْحِنَّاءُ، وَلُبْسِ الْمُعَصْفَرِ وَالْمُزَعْفَرِ، إنْ كَانَتْ بَالِغَةً مُسْلِمَةً Maksudnya: “Wanita baligh yang kematian suami wajib berihdad dengan meninggalkan perhiasan, wangian dan celak kecuali jika keuzuran. Begitu juga inai dan pakaian yang dicelup bunga ‘usfur dan za’faran.” Mazhab Maliki Menurut mazhab Maliki, Imam ibnu Abd al-Barr menyatakan bahawa hukum berihdad bagi wanita yang kematian suaminya adalah wajib; iaitu sehingga selesai tempoh iddahnya (4 bulan 10 hari) atau sehingga mereka melahirkan anak. Pandangan muktamad mazhab ini tidak membezakan sama ada wanita tersebut merupakan seorang yang merdeka, hamba sahaya muslim, kafir zhimmi, kanak-kanak ataupun wanita dewasa. Manakala wanita yang diceraikan secara talak raji’i atau talak ba’in tidak diwajibkan melakukan ihdad[12]. Mazhab Hanbali Ibnu Qudamah menyatakan berkenaan hukum berihdad di sisi mazhab Hanbali, bahawa seorang wanita yang kematian suaminya wajib melakukan ihdad ketika tempoh idah. Namun, fuqaha berbeza pandangan tentang kewajipan ihdad bagi wanita yang ditalak ba’in. Walau bagaimanapun, wanita yang ditalak raj’i tidak diwajibkan berihdad.[13]. Kesimpulan Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan para ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa wanita yang sedang berada dalam tempoh idah wajib menetap di dalam rumah perkahwinan. Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak, maka dia boleh keluar dari rumah tersebut bagi memenuhi keperluan. Namun, bagi wanita  yang ditalak raj’i, maka wanita tersebut wajib mendapatkan keizinan bekas suami jika tujuan keluarnya tidak mencapai tahap kemudaratan terhadap nyawa dan hartanya. Hal ini kerana suami yang menjatuhkan talak masih berkewajipan menanggung nafkah hidup isteri yang ditalak tanpa membebankan isteri untuk keluar mencari pendapatan tambahan selama mana berada dalam tempoh idah talak raj’i. Sementara itu, hukum wanita yang diceraikan secara raj’i untuk tampil bergaya cantik, kemas dan sopan adalah harus di sisi syarak. Namun begitu, menurut mazhab Syafi’i wanita dalam situasi ini disunatkan agar meninggalkan perhiasan diri seperti solekan dan seumpamanya. Manakala wanita yang diceraikan secara ba’in dan kematian suami pula, wajib berihdad iaitu meninggalkan segala perhiasan diri termasuklah bersolek dan memakai wangi wangian. Namun larangan ini bukanlah bermaksud untuk wanita tersebut tidak menjaga kebersihan  dan kekemasan diri, bahkan Islam menuntut setiap umat Islam agar menjaga kebersihan dalam apa jua aspek. Wallahu A'lam.   Rujukan:  [1]  Mustafa al-Khin, Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, (Damsyik: Dar al-Qalam, cetakan 4, 1413H - 1992M), 4: 157 اسم لمدة معينة تتربصها المرأة، تعبدا لله عز وجل، أو تفجعا على زوج، أو تأكدا من براءة الرحم. [2] Khatib al-Syirbini, Syamsuddin Muhammad bin Muhammad. Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Maani Alfaz al-Minhaj. Ed: Ali Muhammad Ma’wad. (t.tp: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994). Jld 5. Hlm 99. وَهُوَ تَرْكُ لُبْسِ مَصْبُوغٍ لِزِينَةٍ). وَهُوَ ( أَيْ الْإِحْدَادُ بِحَاءٍ مُهْمَلَةٍ مِنْ أَحَدَّ، وَيُقَالُ فِيهِ: الْحِدَادُ مِنْ حَدَّ: لُغَةً: الْمَنْعُ؛ لِأَنَّ الْمُحِدَّةَ تَمْنَعُ نَفْسَهَا. وَشَرْعًا )تَرْكُ لُبْسٍ مَصْبُوغٍ لِزِينَةٍ ( [3] Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Sahih Bukhari. Ed: Dr. Mustafa Dib al-Bugha. (Damsyiq: Dar Ibnu Kathir, 1993). Jld 1. Hlm 430. No hadis 1222. [4] Talak raj’i bermaksud talak yang boleh dirujuk kembali tanpa akad atau pernikahan baru selepas diceraikan oleh suami dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh iddah. Namun begitu, talak raj'i hanyasanya dikira jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua sahaja yang tidak tamat daripada tempoh iddah [5] Portal Rasmi JAKIM - Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami  [6] Talak ba’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra dan talak ba’in kubra. Talak ba’in sughra ialah talak yang tidak boleh diruju’.Contoh bagi talak bain sughra ini adalah talak satu atau dua yang telah habis tempoh iddah, talak khuluk, talak isteri yang belum disetubuhi dan talak yang difasakhkan. Talak bain kubra merupakan talak yang dijatuhkan oleh suami ke atas isterinya yang tidak boleh lagi dirujuk kembali samada semasa iddah atau selepas iddah. Contoh bagi talak bain kubra adalah talak tiga dengan sekali lafaz atau berlaku tiga kali talak secara berasingan [7] Zainuddin Ahmad bin Abdul Aziz al-Malbariy, Fath al-Mu’in, (Dar Ibn Hazm, cetakan 1), 527 أما الرجعية فلا تخرج إلا بإذنه أو لضرورة لان عليه القيام بجميع مؤنها كالزوجة ومثلها بائن حامل [8]  Ibid وتجب على المعتدة بالوفاة وبطلاق بائن أو فسخ ملازمة مسكن كانت فيه عند الموت أو الفرقة إلى انقضاء عدة ولها الخروج نهارا لشراء نحو طعام وبيع غزل ولنحو احتطاب لا ليلا ولو أوله خلافا لبعضهم لكن لها خروج ليلا إلى دار جاره الملاصق لغزل وحديث ونحوهما لكن بشرط أن يكون ذلك بقدر العادة وأن لا يكون عندها من يحدثها ويؤنسها على الأوجه وأن ترجع وتبيت في بيتها [9] Khatib al-Syirbini, Syamsuddin Muhammad bin Muhammad. Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Maani Alfaz al-Minhaj. Ed: Ali Muhammad Ma’wad. (t.tp: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994). Jld 5. Hlm 99.  ثم شرع في حكم الإحداد فقال (ويجب الإحداد) الآتي بيانه (على معتدة وفاة) لخبر الصحيحين «لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تحد على ميت فوق ثلاث إلا على زوج أربعة أشهر وعشرا».(ويستحب) الإحداد (لبائن) بخلع أو غيره لئلا تدعو الزينة إلى الفساد [10] Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malbariy. Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-Ain bi Muhimmat al-Din. (t.tp: Dar Ibn Hazm, t.tt). Hlm 527. وتجب على المتوفى عنها زوجها العدة بما ذكر مع إحداد يعني يجب الإحداد عليها أيضا بأي صفة كانت للخبر المتفق عليه: لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تحد على ميت فوق ثلاث إلا على زوج أربعة أشهر وعشرا .وندب إحداد البائن بخلع أو فسخ أو طلاق ثلاث لئلا يفضي تزيينها لفسادها وكذا الرجعية إن لم ترج عودة بالتزين فيندب [11] Abu Barakat Abdullah bin Ahmad al-Nasafi, Kanz al-Daqaiq, (Dar al-Siraj, cetakan 1, 1432H - 2011M), 306 [12] Ibnu Abd al-Barr. Al-Kafi fi Fiqh Ahl al-Madinah. (Riyad: Maktabah al-Riyadh al-Hadithah, 1980). Jld 2. Hlm 523 الاحداد واجب على المتوفى عنها زوجها حتى تنقضي عدتها بشهورها أو بوضع حملها حرة كانت أو أمة مسلمة كانت أو ذمية صغيرة أو كبيرة وقد قيل لا إحداد على ذمية ولا صغيرة والأول تحصيل مذهب مالك وهو الصحيح ولا إحداد مطلقة رجعية كانت أو مبتوتة أو بائنا [13] Ibnu Qudamah al-Muqdisi. al-Mughni. (Riyad: Dar Alim al-Kutub, 1997). Jld 11 hlm 299.  اختلفت الرواية عن أحمد، في وجوب الإحداد على المطلقة البائن؛ فعنه، يجب عليها. وهو قول سعيد بن المسيب، وأبي عبيد، وأبي ثور، وأصحاب الرأى. والثانية، لا يجب عليها. وهو قول عطاء، وربيعة، ومالك، وابن المنذر. ونحوه قول الشافعي؛ لأن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: "لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر، أن تحد على ميت فوق ثلاث ليال، إلا على زوج، أربعة أشهر وعشرا" (١). وهذه عدة الوفاة، فيدل على أن الإحداد إنما يجب في عدة الوفاة، ولأنها معتدة عن غير وفاة، فلم يجب عليها الإحداد، كالرجعية
387
Soalan Assalamualaikum wbt. Syarikat lama tempat saya bekerja telah membuang segelintir pekerja untuk berikan jawatan tersebut kepada sanak saudara mereka. Saya faham bahawa sesetengah syarikat ada hak untuk buat begitu lagi-lagi kalau macam syarikat perniagaan milik keluarga akan tetapi ini sebuah syarikat besar. Saya mohon penjelasan berkenaan pandangan Islam terhadap isu kroni ini. Terima kasih. Ringkasan Jawapan Waalaikumussalam wbt. Perbuatan melantik seseorang untuk sesuatu jawatan atau pekerjaan berdasarkan hubungan kaum kerabat dan rakan-rakan digelar sebagai nepotisme atau kronisme. Perbuatan ini adalah tidak baik dan negatif kerana penilaian dibuat bukan berasaskan kelayakan dan keupayaan sebenar seseorang yang boleh mengakibatkan kerosakan dalam sistem masyarakat. Islam memandang perbuatan ini sebagai perkara yang haram dan perlu  dielakkan kerana mengkhianati hak orang lain. Wallahua’lam. Huraian Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat, serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari akhirat. Menurut kamus Merriam-Webster, nepotisme bermaksud kecenderungan terhadap orang atau kelompok yang mempunyai pertalian darah, kebiasaannya dalam melantik posisi pekerjaan.[1] Menurut kamus bahasa melayu Dewan Bahasa dan Pustaka pula, nepotisme bermaksud perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.[2] Istilah Nepotisme ini berasal daripada perkataan greek iaitu nepos dan otis, yang bermaksud cucu lelaki, keturunan, atau saudara sepupu. Frasa kata nepotisme ini kemudiannya berkembang menjadi istilah yang difahami dengan makna: Perilaku yang memperlihatkan kecenderungan berlebihan kepada kaum kerabat, kecenderungan untuk mengutamakan atau menguntungkan sanak saudara sendiri dalam sesebuah jabatan, pangkat, atau lain-lain dan tindakan memilih kaum kerabat atau sanak saudara untuk memegang tampuk pemerintahan yang berkaitan dengan masyarakat (perkhidmatan awam).[3] Nepotisme Menurut Islam Nepotisme mempunyai beberapa kata yang sepadan di dalam Al-Quran, antaranya seperti al-mahabbah (kecintaan kepada sesuatu) dan al-ghil (cenderung untuk khianat). Terdapat beberapa firman Allah SWT yang boleh diambil iktibar berkaitan nepotisme ini. Antaranya: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوٓا۟ ءَابَآءَكُمْ وَإِخْوَٰنَكُمْ أَوْلِيَآءَ إِنِ ٱسْتَحَبُّوا۟ ٱلْكُفْرَ عَلَى ٱلْإِيمَٰنِ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.” Surah al-Taubah (23) Menurut Imam al-Qurtubi, ayat ini merupakan suruhan Allah SWT kepada keseluruhan orang-orang yang beriman, dan sebahagian kecil daripadanya merupakan hukum-hakam yang harus dipegang sehingga hari kiamat berkenaan had di antara orang yang beriman dan tidak beriman. Kisah ayat ini secara khusus berkenaan orang-orang beriman di Mekah dan negara-negara arab yang lain pada zaman tersebut, yang mana mereka dididik untuk tidak membelakangi keluarga dan kaum kerabat, serta menjadi tulang belakang kepada keluarga di tempat tinggal orang-orang kafir. Maka Allah SWT mengingatkan kepada hamba-Nya yang beriman agar tidak mengikuti tindakan dan arahan ibu bapa mereka (yang melanggari perintah Allah SWT), kerana hubungan dengan agama (kebenaran) itu melebihi daripada hubungan kekeluargaan.[Lihat: Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 8,93-94][4] Ayat di atas menerangkan bahawa pentingnya untuk berpegang kepada kebenaran dan keadilan meskipun terpaksa membelakangi keluarga. Ini kerana objektif dan hakikat kebenaran/keadilan melebihi daripada hakikat hubungan kekeluargaan, meskipun dalam keadaan memberi jawatan untuk seseorang. Nabi Muhammad SAW juga dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam pembahagian harta rampasan perang. Namun Nabi SAW tidak bersifat dengan perbuatan khianat tersebut dan tidak mungkin untuk Nabi SAW melebihkan sesuatu individu atau kaum kerana pertalian darah. Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik mengenai Nabi SAW membahagikan harta rampasan perang kepada Bani Hawazin daripada kaum Quraisy sebanyak 100 ekor unta, dan sesetengah orang daripada kaum Ansar mempertikaikan pembahagian tersebut kerana kaum mereka (Ansar) yang banyak menolong Rasul SAW dalam peperangan. Perkhabaran ini sampai kepada Rasul SAW dan Baginda mengumpulkan kaum Ansar di dalam satu pertemuan tertutup, lantas Baginda bersabda: فَإِنِّي أُعْطِي رِجَالاً حَدِيثِي عَهْدٍ بِكُفْرٍ، أَتَأَلَّفُهُمْ، أَمَا تَرْضَوْنَ أَنْ يَذْهَبَ النَّاسُ بِالأَمْوَالِ وَتَذْهَبُونَ بِالنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِلَى رِحَالِكُمْ، فَوَاللَّهِ لَمَا تَنْقَلِبُونَ بِهِ خَيْرٌ مِمَّا يَنْقَلِبُونَ بِهِ ‏ Maksudnya: “Sesungguhnya aku memberikan harta kepada mereka yang baru sahaja meninggalkan kekafiran (dan menerima Islam) untuk menarik hati mereka kepada agama ini. Tidakkah kamu gembira bahawa mereka mengambil harta-harta tersebut sedangkan kamu (Ansar) membawa pulang Nabi SAW ke tempat kamu? Demi Allah kamu mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada apa yang mereka dapat.” Riwayat al-Bukhari (4331) Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi SAW tidak membahagikan harta kerana hubungan pertaliannya dengan kaum Quraisy, tetapi lebih kepada pendekatan dan strategi dakwah untuk melembutkan hati kaum Quraisy. Kaum Ansar yang lebih beruntung sebenarnya kerana Baginda SAW lebih dekat dengan mereka. Allah SWT juga berfirman dalam ayat yang lain untuk menempelak golongan yang menuduh Nabi SAW melakukan khianat dalam membahagikan harta rampasan perang: وَمَا كَانَ لِنَبِىٍّ أَن يَغُلَّ ۚ وَمَن يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ Maksudnya: “Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).” Surah Ali Imran (161) Syeikh Wahbah al-Zuhaili menerangkan bahawa para Nabi AS mempunyai kedudukan yang tinggi pada keluhuran akhlak, oleh itu sikap khianat atau bersikap tidak adil dalam membahagikan harta rampasan perang atau mengambil sebahagian dari harta rampasan perang tanpa hak yang jelas bukan daripada ciri-ciri sifat Nabi SAW. Jadi, tidak berhak untuk menuduh Nabi SAW dengan tuduhan yang batil.[Lihat: Tafsir al-Munir, 4/150][5] Kemudian terdapat hadis mengenai larangan mengutamakan ahli keluarga untuk sesuatu pelantikan jawatan yang mempunyai autoriti ke atas yang lain: مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ شَيْئًا فَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ أَحَدًا مُحَابَاةً فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ Maksudnya: “Sesiapa yang bertanggungjawab melantik Muslim yang lain untuk sesuatu jawatan, tetapi dia melantik melalui cara kecintaan (favoritisme) terhadap seseorang itu, maka laknat Allah ke atasnya.” Riwayat Ahmad (21) Hadis di atas walaupun bersanad dhaif, tetapi pengajaran yang dapat diperoleh adalah selari dengan dalil al-quran dan hadis-hadis yang lain agar berlaku adil walaupun terhadap ahli keluarga sendiri. Menjadi satu kesalahan jika melantik seseorang itu hanya kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dan menafikan hak orang lain yang lebih berkelayakan. Terdapat juga sebuah hadis di dalam bab pemerintahan yang mana diriwayatkan oleh Abu Humaid al-Sai’di, bahawa Rasul SAW melantik seseorang daripada kaum Azd untuk mengumpul harta sedekah. Kemudian selepas dia mengumpulnya, dia membahagikan sedikit daripada harta sedekah tersebut sebagai hadiah baginya dan kepada Rasul SAW lalu berkata: “Yang ini bahagianku, dan yang ini bahagianmu”. Rasul SAW berdiri lantas bersabda: مَا بَالُ الْعَامِلِ نَبْعَثُهُ فَيَجِيءُ فَيَقُولُ هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي.‏ أَلاَّ جَلَسَ فِي بَيْتِ أُمِّهِ أَوْ أَبِيهِ فَيَنْظُرَ أَيُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ لاَ يَأْتِي أَحَدٌ مِنْكُمْ بِشَىْءٍ مِنْ ذَلِكَ إِلاَّ جَاءَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنْ كَانَ بَعِيرًا فَلَهُ رُغَاءٌ أَوْ بَقَرَةً فَلَهَا خُوَارٌ أَوْ شَاةً تَيْعَرُ Maksudnya: “Apa yang sudah jadi dengan pengumpul harta sedekah? Kami menghantarnya kemudian dia pulang lalu berkata: ‘Ini bahagian untukmu dan ini hadiah untukku’. Mengapa dia tidak duduk sahaja di rumah ibu atau bapanya dan lihat adakah harta (sedekah) ini sampai kepadanya atau tidak? Sesiapa yang menggelapkan harta sedekah ini kelak pada hari kiamat dia akan datang sambal memikul unta yang menderum di lehernya, atau lembu yang menguak, atau kambing yang mengembek.” Riwayat Abu Daud (2946) Hadis ini membicarakan berkenaan tanggungjawab para nabi dan pemimpin yang bertugas untuk menyalurkan apa yang wajib diberikan kepada umat dan rakyat. Pada hadis ini juga diberi peringatan agar seseorang pemimpin tidak menggunakan harta sedekah untuk diberi habuan kepada pekerja-pekerja bawahannya kerana ia dianggap perbuatan mengkhianati bidang kekuasaan dan pecah amanah.[Lihat: Aunul Ma’bud, 5/68][6] Daripada hadis di atas, penting untuk kita mengambil iktibar bahawa kita hidup pada zaman di mana perkhidmatan awam berjalan melalui dana dan cukai daripada rakyat. Maka perkhidmatan yang dibiayai oleh dana awam ini tidak seharusnya digunakan sesuka hati menurut hawa nafsu dengan memberi hadiah berupa rasuah yang tidak sepatutnya, atau melantik seseorang ke dalam jawatan kerana hubungan kaum kerabat, atau menggunakan dana itu untuk tujuan peribadi. Sudah tentu perbuatan tidak bermoral ini walaupun terlepas akibatnya di dunia, namun di akhirat kelak teramat busuk padahnya. Pihak kami juga pernah memuat naik artikel yang membicarakan isu yang hampir serupa dengan persoalan di atas, bertajuk: Irsyad al-Fatwa siri ke-692: ‘Hukum Mendapat Jawatan Melalui Kroni/Kabel’.[7] Kami ada mengatakan mengenai hukum melantik seseorang semata-mata berdasarkan favoritisme yang melampau kepada kaum kerabat atau rakan-rakan, yang mana haram hukumnya kerana mengkhianati hak orang lain. Kesimpulan Berdasar kepada penjelasan berikut jelas menunjukkan perbuatan melantik seseorang untuk jawatan atau autoriti berdasarkan hubungan kaum kerabat atau rakan-rakan digelar sebagai nepotisme atau kronisme mengikut takrifan akademik. Perbuatan ini sangat negatif kerana penilaian yang dibuat bukanlah berasaskan kelayakan dan keupayaan seseorang. Islam memandang perbuatan ini sebagai perkara yang haram dan harus dielakkan kerana mengkhianati hak orang lain. Wallahua’lam.  RUJUKAN [1] Merriam Webster: Nepotism: favoritism (as in appointment to a job) based on kinship [2] Dewan Bahasa dan Pustaka, https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=nepotisme [3] Rahmawati, Nepotisme Menurut Perspektif Al-Quran, Thesis PHD Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar, halaman 13, http://repositori.uin-alauddin.ac.id/3926/1/RAHMAWATI_opt.pdf [4] Imam al-Qurtubi, Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran, (Kaherah: 1964), Cetakan Darul Kutub al-Misriyyah, ظاهر هذه الأية أنه خطاب لجميع المؤمنين كافة، وهي باقية الحكم إلى يوم القيامة في قطع الولاية بين المؤمنين والكافرين. وروت فرقة أن هذه الأية إنما نزلت في الحضّ على الهجرة ورفض بلاد الكفرة. فالمخاطبة على هذا إنما هي المؤمنين الذين كانوا بمكة وغيرها من بلاد العرب، خوطبوا بألا يوالوا الآباد والإخوة فيكونوا لهم تبعا في سكنى بلاد الكفر. أي لا تطيعوهم ولا تخصوهم..ليبين آن القرب قرب الأديان لا قرب الأبدان. [5] Wahbah al-Zuhaili, Tafsir al-Munir, (Beirut:1991), Cetakan Darul FIkr al-Maa’sir, إن الأنبياء على درجة عالية من السمو والأخلاق، فما كان من شأن نبي أن يخون، أو يجور في القسمة، أو يأخذ شيئا من الغنائم بغير حق واضح، فما كان من حقكم أن تتهموا نبيكم بتهمة باطلة. [6] Al-Azim Abadi, Aunul Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, (Kaherah:2011), Cetakan Al-Quds, وإشارة إلى ما يقع في القيامة من سؤال الأمم هل بلغهم أنبياؤهم ما أرسلوا إليهم، وفي هذا الحديث بيان أن هدايا العمّال حرام وغلول لأنه خان في ولايته وأمانته [7] https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5285-iryad-al-fatwa-siri-ke-692-hukum-mendapat-kerja-menggunakan-kabel-atau-kroni
388
Soalan Assalamualaikum saya ada satu persoalan yang timbul. Benarkan mereka yang meninggal dunia kerana jangkitan covid-19 ini termasuk di dalam kategori mati syahid dan tidak perlu dimandikan. Mohon penjelasan pihak mufti. Sekian terima kasih. Ringkasan Jawapan Jawapan pada persoalan ini sebenarnya telah dibincangkan dalam artikel IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-473: ADAKAH MEREKA YANG MENINGGAL DUNIA KERANA COVID-19 DIANGGAP MATI SYAHID? Di sini kami kongsikan sekali lagi isu ini. kematian kerana jangkitan wabak covid-19 dikategorikan sebagai syahid di akhirat dan ganjaran tersebut akan diberikan di akhirat kelak. Oleh itu, jenazah mereka hendaklah dimandikan serta disolatkan sepertimana biasa. Walaubagaimanapun dalam fiqh ada dibincangkan oleh fuqaha mana-mana jenazah atas sebab-sebab tertentu yang boleh membawa mudarat kepada orang hidup maka tidak perlu dimandikan tetapi ditayamumkan. Dan jika tayammum pun tidak dapat dilaksanakan pada pandangan pakar maka gugurlah kedua-dua tuntutan itu. Ini akan tertakluk kepada perkembangan semasa situasi covid 19 di negara kita yang mana pihak-pihak berkaitan akan meneliti dari semaa ke semasa dan SOP pengurusan jenazah akan diperkemaskan berasaskan situasi. Huraian Jawapan Wabak Covid 19 yang menular di negara kita secara khususnya dan dunia secara umumnya pada hari ini merupakan salah satu wabak yang boleh menyebabkan kematian. Penularan wabak ini dengan cepat tidak mengira faktor usia, bangsa atau negara. Oleh itu setiap individu hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa supaya dapat menghindar daripada kemudaratan wabak tersebut. Perkara ini selari dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW: وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ Maksudnya: Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.  Riwayat Bukhari (5707) Berbalik kepada persoalan yang diajukan, timbul persoalan berkenaan adakah individu muslim yang meninggal kerana jangkitan virus covid-19 ini termasuk di dalam kategori mati syahid dan tidak perlu dimandikan. Bagi menjawab persoalan ini, terdapat pelbagai hadis yang menceritakan tentang perkara yang dinyatakan, di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW: الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ Maksudnya : Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah. Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914) Hadis ini menjelaskan bahawa individu muslim yang meninggal disebabkan taun (wabak) dikategorikan sebagai mati syahid. Perkara ini merupakan kelebihan dan kurniaan Allah SWT ke atas mereka kerana azab yang dahsyat ketika menghadapi kesakitan dan kematian tersebut. Imam al-Nawawi menyatakan di dalam syarahnya bahawa: قَالَ الْعُلَمَاءُ وَإِنَّمَا كَانَتْ هَذِهِ الْمَوْتَاتُ شَهَادَةً بِتَفَضُّلِ اللَّهِ تَعَالَى بِسَبَبِ شِدَّتِهَا وَكَثْرَةِ أَلَمِهَا Maksudnya: Para ulama berpendapat, sesungguhnya kematian ini dianggap sebagai syahid disebabkan kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kerana mereka mengalami kesakitan yang amat dahsyat.[1] Secara umumnya, taun ini dikategorikan sebagai wabak atau penyakit yang berjangkit bahkan kesannya yang boleh menyebabkan kematian adalah sangat cepat. Oleh itu, wabak covid-19 ini juga boleh diklasifikasikan di dalam kategori wabak seperti taun sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW. Hal ini juga dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar dengan menukilkan pandangan Ibnu Arabi di dalam karyanya: الطَّاعُون الوجع الْغَالِبُ الَّذِي يُطْفِئُ الرُّوحَ كَالذَّبْحَةِ سُمِّيَ بِذَلِكَ لِعُمُومِ مُصَابِهِ وَسُرْعَةِ قَتْلِهِ Maksudnya: Taun  kebiasaannya memberi penderitaan yang boleh mengalami kemalangan jiwa bagaikan disembelih. Disebut seperti itu (taun) kerana secara umumnya ia adalah musibah dan penyebab kematiannya yang cepat. [2] Oleh itu, jelasnya di sini bahawa orang Islam yang meniggal dunia disebabkan jangkitan covid-19 termasuk di dalam golongan mereka yang mati syahid sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT. Akan tetapi mereka ini dikategorikan sebagai syahid di akhirat dan bukannya syahid kerana peperangan di jalan Allah SWT. Oleh itu, jenazah mereka hendaklah dimandikan serta disolatkan sebagaimana biasa. Imam al-Nawawi menjelaskan perkara ini di dalam kitabnya: قَالَ الْعُلَمَاءُ الْمُرَادُ بِشَهَادَةِ هَؤُلَاءِ كُلِّهِمْ غَيْرِ الْمَقْتُولِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَنَّهُمْ يَكُونُ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ ثَوَابُ الشُّهَدَاءِ وَأَمَّا فِي الدُّنْيَا فَيُغَسَّلُونَ وَيُصَلَّى عَلَيْهِمْ Maksudnya: Para ulama berpandangan bahawa, syahid yang dimaksudkan ke atas mereka itu bukanlah syahid kerana mereka gugur di jalan Allah. Sesungguhnya mereka itu, akan diberikan ganjaran syahid pada hari akhirat manakala di dunia mereka masih perlu dimandikan dan disolatkan (tidak seperti mereka yang syahid gugur dijalan Allah).[3] Justeru itu, jenazah yang meninggal dunia disebabkan covid-19 ini, secara asasnya wajib dimandikan seperti biasa kerana ia bukanlah dikategorikan sebagai golongan syahid dunia dan akhirat iaitu mereka yang gugur di medan peperangan. Walabagaimanapun fuqaha telah membincangkan jika terdapat keuzuran dalam memandikan seperti mudarat jangkitan dan sebagainya maka jenazah boleh ditayammumkan bagi mengganti dimandikan. Dan jika tayammum pun tidak dapat dilaksanakan maka gugurlah kedua-dua tuntutan tersebut. الضَّرَر يُزَال Maksudnya: kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.[4] Kesimpulan Berbalik kepada persoalan di atas serta perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa kematian kerana jangkitan wabak covid-19 dikategorikan sebagai syahid di akhirat dan ganjaran tersebut akan diberikan di akhirat kelak. Oleh kerana itu, jenazah mereka secara asasnya hendaklah dimandikan serta disolatkan sepertimana biasa. Namun di atas faktor keselamatan dan mengelak daripada kemudaratan serta bimbang akan menyebabkan wabak covid-19 terus tersebar maka jenazah mereka itu tidak dimandikan. Ini bermakna jenazah tersebut tidak dimandikan bukan di atas sebab syahid berperang di jalan Allah yang tidak perlu dimandikan akan tetapi disebabkan kemudaratan yang perlu dihindari. Ini tentunya akan bergantung kepada situasi semasa yang diawasi oleh pihak-pihak berkaitan dan SOP samada dimandi atau ditayammum atau gugur kedua-duanya akan berubah-rubah bergantung kepada keadaan. Wallahu’alam.   [1]Abu Zakaria Mahyuddin al-Nawawi, Al-Minhaj Syarh al-Nawawi ala Muslim bin al-Hajaj, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, 1392H, 13/65 [2]Abu al-Fadl al-‘Asqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari,Dar al-Ma’rifah, 1379H, 10/180 [3]Abu Zakaria Mahyuddin al-Nawawi, Al-Minhaj Syarh al-Nawawi ala Muslim bin al-Hajaj, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, 1392H, 13/63 [4]Jalaluddin al-Suyuti, al-Ashbah wa al-Nazair li Suyuti, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1411H, hlm. 7
389
SOALAN: Apakah status air kolam yang telah tercemar dengan wanita yang bermandi- manda dalam keadaan haid? Mohon pencerahan S.S Mufti,Terima kasih Ringkasan Jawapan : Status air kolam renang yang bercampur dengan darah haid dianggap air mutannajis (bercampur dengan najis) sekiranya kolam tersebut kurang isi padu air daripada 2 kolah. Dua kolah bersamaan 200 Kg atau 204 kg bersamaan lebih kurang dengan 200 Liter. Status air kolam renang yang bercampur dengan haid dianggap air suci sekiranya isi padu air mencapai 2 kolah dengan syarat  tiada kesan bau, warna atau rasa. Jika darah haid tersebut menyebabkan berubahnya air dengan salah satu tiga kesan  bau, warna, rasa atau ketiga-tiga sifat tersebut, walaupun isipadu hampir 2 kolah  maka air tersebut dihukumkan sebagai mutanajjis. Huraian Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Penanda aras bagi menentukan air suci menjadi air yang bernajis (mutanajjis) apabila berlaku perubahan bau, warna atau rasa.  Ini berdasarkan kepada hadis yang  diriwayatkan  oleh  Abu Umamah  bahawa Nabi SAW bersabda : الْمَاءُ لاَ يَنْجُسُ إِلاَّ مَا غَيَّرَ رِيحَهُ أَوْ طَعْمَهُ Maksudnya: “Air tidak boleh menjadi najis melainkan jika berubah bau atau rasanya,  ” Riwayat Al-Baihaqi (1274) di dalam Al-Sunan Al-Kubra Menurut riwayat yang lain, sabda Nabi SAW:  الماءَ طَهورٌ لا يُنَجِّسُه إلا ما غلَب على رِيحِه وطَعمِه ولَونِه Maksudnya: “Air itu suci dan menyucikan tiada sesuatu yang menajiskannya melainkan jika berubah salah satu sifat  bau, rasa dan warnanya” Ibn Majah (521) Manakala kekuatan air 2 kolah tidak menjadi mutanajjis selagimana tidak berubah sifatnya (bau, warna atau rasa) berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: «إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ». وَفِي لَفْظٍ: «لَمْ يَنْجُسْ». Maksudnya: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadis: “Tidak bernajis”.  Riwayat Abu Daud (63),  Terdapat riwayat lain yang mana baginda SAW menyifatkan air di telaga yang bernama Buda’ah kekal suci dan menyucikan kerana isipadu air banyak melebihi kadar 2 kolah walaupun telah  dicampak kedalamnya   kain yang terkandung darah haid. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri :  قيل يا رسولَ اللهِ  أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ Maksudnya :” Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah boleh kami mengambil wuduk daripada telaga Buda‘ah iaitu telaga yang  dibuangkan di dalamnya kain-kain  yang digunakan perempuan haid (terkandung darah haid), benda yang berbau busuk dan daging anjing. Nabi SAW menjawab: Air itu suci dan tidak  ada sesuatu yang menajiskannya.”   Riwayat al-Tarmizi (66) Fuqaha Syafieyyah menyatakan hadis berkaitan telaga Buda’ah tidak bertentangan dengan hadis berkaitan dua kolah kerana airnya terlalu banyak  sehingga tidak terkesan dengan najis yang masuk di dalamnya. ( Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, (1/85). Maksud air yang banyak ialah ia tidak berubah sifat-sifatnya dengan sebab kewujudan najis di dalam telaga Buda’ah. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 1/86). Menurut Sheikh al-Islam Zakaria al-Ansari, kadar air yang mencapai kapasiti 2 kolah atau lebih tidak dihukum mutanajjis selagi mana tidak berubah sifatnya (bau, warna atau rasa) merupakan pandangan yang disepakati oleh para ulama. (Rujuk Asna al-Mathalib, 1/15). Informasi tambahan berkaitan penentuan air mutanajis, rujuk perbahasan pada pautan artikel berikut : IRSYAD FATWA SIRI KE- 338 :  ADAKAH TANGKI AIR  YANG PENUH DENGAN BANGKAI TIKUS DAN SEBAGAINYA DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI (https://bit.ly/3iUmgbf) Seterusnya, dua kolah bersamaan sekitar 200 Kg atau 204 kg yang mana ianya bersamaan lebih kurang dengan 200 Liter dan menurut sebahagian ulama ia dalam kadar 192.84 kg. (Rujuk Al-Mu’tamad Fi al-Fiqh Al-Syafi’i, 1/40).  Informasi tambahan berkaitan perbahasan takrifan dua kolah, rujuk pautan artikel berikut : AL-KAFI #1263: HUKUM MENYELAM KE DALAM AIR YANG KURANG DARIPADA DUA KOLAH (https://bit.ly/2Ic0a7b)   PENUTUP. Kesimpulannya, status air kolam renang yang bercampur darah haid tidak menjadi mutanajjis ( bernajis) sekiranya mencapai kapasiti 2 kolah atau lebih kadar itu, iaitu 200 liter.  Status air yang melebihi kapasiti isipadu air dua kolah  tidak memberikan kesan kepada kesucian air dalam kolam renang  tersebut dengan syarat    ianya tidak mengubah rasa, bau atau warna air itu. Jika najis  darah haid tersebut menyebabkan salah  satu dari tiga sifat tersebut atau ketiga-tiganya maka   maka air tersebut dihukumkan sebagai mutanajis.
390
Soalan Assalamualaikum Tuan Mufti. Keluarga saya memiliki sebidang tanah di kampung. Tanah itu pada asalnya adalah milik ibu bapa saya dan telah menyerahkan pemilikan tanah itu kepada 2 orang kakak saya dan adik. Kedudukan tanah tersebut terletak di belakang rumah bapa saudara saya. Masalah yang berlaku, bapa saudara kerap kali bertanyakan hal ehwal tanah itu dan meminta untuk dijual kepadanya. Isunya geran kelompok tanah itu dipegang oleh bapa saudara saya dan dia seolah-olah menahan proses pecah geran kepada individu yang merupakan saudara mara sendiri. Apabila ditanyakan kepadanya, dia sering menyatakan jika hendak, buatlah proses pemecahan geran sendiri. Saya sebagai anak saudara hanya mampu mengunci rasa dan menahan sabar sahaja. Tanah itu terbiar, bapa dan ibu saudara saya mengatakan mereka mengusahakan tanaman sawit di tanah milik keluarga saya itu dan berjanji akan membahagi dua hasil tuaian sawit. Itu pun kami tidak kisah, asalkan jujur. Pada Syawal lepas, mereka datang bertemu kedua ibu bapa saya, fikiran saya mereka mahu menziarahi kami sempena raya aidilfitri, rupa-rupanya mereka datang untuk memberikan duit tanaman sawit bernilai RM200 ringgit kepada ibu bapa saya. Di dalam pertemuan itu juga bapa dan ibu saudara sekali lagi berhasrat membeli tanah milik keluarga saya. Sememangnya tanah itu tidak dibuka untuk jualan kerana ia akan diwarisi oleh kakak dan adik beradik perempuan saya. Persoalan saya, apakah tindakan ibu bapa saudara saya memujuk rayu untuk membeli harta saudaranya itu mengikut syarak? Ia telah menyinggung perasan kami sekeluarga seolah-olah kami tidak layak memiliki tanah tersebut. Saya menganggap ia satu tindakan tamak oleh saudara sendiri. Mohon pencerahan mufti dengan isu ini. Terima kasih.   Jawapan Ringkas Jual beli dalam islam berdiri di atas prinsip saling meredai dan tiada paksaan. Seseorang tidak sewajarnya memaksa dan mendesak pihak lain untuk menjual atau membeli sesuatu yang tidak diingininya sebaliknya perlu menghormati pendirian masing-masing. Seterusnya, wajib meminta izin daripada pemilik harta sebelum menggunakan hartanya termasuklah dalam kes di atas seperti mengusahakan tanah yang dimiliki keluarga saudara. Adapun berkaitan keuntungan yang diperoleh hasil tanah yang diusahakan, maka bapa saudara juga berhak terhadap keuntungan sebagai upah yang dipersetujui bersama. Akhirnya, kami menasihatkan agar semua pihak berlapang dada menghormati pendirian masing-masing khususnya dalam bab jual beli tanah tersebut supaya keharmonian hubungan persaudaraan tetap terjaga lantas mengelakkan segala perselisihan dan permusuhan.    Huraian Jawapan Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT atas segala nikmat diberikan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hadiah atau disebut Hibah dari segi istilah Syarak ialah suatu akad pemberian harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (ʿiwad) yang dilakukan semasa hidup secara sukarela. Ibu bapa yang memberikan hadiah kepada anak-anak merupakan salah satu perkara yang digalakkan oleh Syarak. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/175-177) Tanah yang dijadikan sebagai hadiah juga termasuk dalam kategori hadiah yang diharuskan dalam Islam. Apabila kesemua rukun dan syarat hibah dipenuhi secara sempurna, maka akan berlaku pertukaran pemilik tanah kepada pemilik baru dan dia berhak untuk melakukan apa-apa sahaja perkara yang diiktiraf Syarak seperti menyewakan tanah, menghidupkan tanah dengan bercucuk tanah hatta menjualnya semula sekalipun. Dalam masa yang sama, tiada pihak yang boleh mengambil tanah serta menggunakan tanah tanpa izin bahkan memaksa pemilik tanah untuk membuat perkara yang tidak dipersetujuinya. Nabi Muhammad SAW memberi amaran keras kepada mereka yang merampas dan mengambil harta orang lain tanpa hak walaupun jumlahnya sedikit. Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda, مَنِ اقْتَطَعَ شِبْرًا مِنَ الأرْضِ ظُلْمًا، طَوَّقَهُ اللَّهُ إِيّاهُ يَومَ القِيامَةِ مِن سَبْعِ أَرَضِينَ Maksudnya: “Sesiapa merampas hak orang lain walaupun sekadar sejengkal tanah, Allah akan menggantungkan di lehernya tujuh petala bumi pada hari kiamat”. Riwayat Muslim (1610) Hadis di atas menunjukkan perbuatan tersebut diberi ancaman yang sangat dahsyat. Bahkan Syeikh al-Munawi dalam kitabnya, Faidh al-Qadir (6/41) ketika mensyarahkan hadis seumpama dengannya menyebutkan bahawa perbuatan tersebut sebahagian daripada dosa-dosa besar. Oleh yang demikian, sekiranya bapa dan ibu saudara mengusahakan tanah tersebut tanpa izin keluarga sebagai pemilik asal, maka mereka perlu mencabut segala tanaman yang berkaitan bahkan boleh dikenakan caj sewaan. Perbincangan lanjut dibahaskan ulama dalam bab Bai’ al-Fudhuli. Namun sekiranya keluarga kamu bersetuju untuk tanah tersebut diusahakan, maka pihak bapa saudara boleh mengambil keuntungan dan peratusannya sebagai upah berdasarkan persetujuan bersama. (Rujuk: al-Mu’tamad, 3/216) Hukum Memberi Tekanan Dalam Jual Beli Secara asalnya, jual beli dalam Islam hendaklah berlaku dalam keadaan setiap pihak saling meredai antara satu sama lain di samping kebajikan kedua-dua belah pihak terjaga. Allah SWT berfirman dalam al-Quran, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”. (Surah al-Nisa’: 29) Namun, ulama menyebut bahawa sesuatu harta yang dijual kepada pihak lain dalam keadaan diberi tekanan secara halus termasuklah pujuk rayu tetap dianggap sah oleh Syarak melainkan terdapat paksaan dan ugutan mengancam nyawa dan seumpama dengannya. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 6/105) Sebagai saranan dan cadangan, sebaiknya diuruskan secepat mungkin urusan pembahagian tanah untuk menukarkan status tanah tersebut daripada geran kongsi kepada geran individu dengan merujuk pihak-pihak yang berkepakaran seperti Pejabat Tanah, peguam hartanah dan lain-lain supaya urusan pembahagian dapat berjalan dengan lancar dan cepat. Akhir kata, agama islam amat menitikberatkan soal silaturahim sesama manusia khususnya antara sanak-saudara. Sewajarnya semua pihak mempunyai sikap saling menghormati hak dan pendirian masing-masing di samping menjaga keharmonian dan kesejahteraan hubungan supaya ikatan kekeluargaan dan persaudaraan tidak terlerai hanya disebabkan mencari harta dunia yang tidak kekal lama. Wallahu a’alam. Rujuk juga: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4096-irsyad-al-fatwa-siri-ke-395-abang-mengusahakan-harta-pusaka-tanpa-persetujuan-adik
391
Soalan: Assalamualaikum.Saya ada satu persoalan. Saya pernah dengar satu hadis yang menyebut bahawa anak yang baik yang melihat kepada kedua ibu bapanya dengan penuh rahmat dan kasih sayang, dia akan mendapat pahala haji mabrur setiap kali memandang ibu bapanya. Adakah ada hadis ini ?Mohon pencerahan. Terima kasih. Ringkasan jawapan: Hadis tersebut diriwayatkan di dalam al-Mu’jam fī Asāmī Shuyūkh Abī Bakr al-Isma’ilī oleh Ahmad bin Ibrahīm al-Isma’ilī  (m. 371 H) dan Imam al-Baihaqī (m. 458 H) di dalam Syu’ab al-Imān melalui dua jalur riwayat iaitu riwayat ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas dan riwayat al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbas. Jalur riwayat ’Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbas ialah jalur yang lemah kerana terdapat dua orang perawi yang sering dikritik oleh ulama hadis. Pertama ialah Muhammad bin Humaid al-Rāzī yang dikritik oleh Imam al-Bukhari. Beliau sering melakukan kesilapan dalam periwayatan khususnya jika beliau meriwayatkan hadis daripada ulama negerinya, Ray. Kedua ialah Zāfir bin Sulaiman al-Quhustānī yang dikritik halafannya khususnya ketika berada di Ray. Jalur riwayat al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbās pula ialah jalur yang terlalu lemah kerana terdapat perawi yang dikritik iaitu Nahshal bin Sa’īd. Beliau perawi yang (ditinggalkan periwayatannya) bahkan Ishak bin Rahawayh menilai beliau sebagai pendusta. Selain itu, terdapat perawi majhul yang tidak dapat dikenal pasti peribadinya melalui kitab-kitab al-Rijāl. Walaupun riwayat ini dianggap sebagai mutaba’āt (riwayat sokongan) kepada jalur riwayat ‘Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbas namun riwayat ini tidak dapat menaik taraf jalur tersebut begitu juga sebaliknya. Walaupun hadis ini disifatkan terlalu lemah, bukan bermakna menafikan kelebihan berbuat baik kepada kedua ibu bapa seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan kebanyakan hadis-hadis yang sahih. Huraian jawapan: Hadis tersebut terdapat dalam beberapa kitab hadis antaranya di dalam al-Mu’jam fī Asāmī Shuyūkh Abī Bakr al-Isma’ilī oleh Ahmad bin Ibrahīm al-Isma’ilī  (m. 371 H)[1]. Beliau menukilkan sanad dan matan seperti berikut: حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ أَحْمَدُ بْنُ الْحُسَيْنِ الْحَذَّاءُ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حُمَيْدٍ، حَدَّثَنَا زَافِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنَا الْمُسْتَلِمُ بْنُ سَعِيدٍ عَنِ الْحَكَمِ بْنِ أَبَانَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‌مَا ‌مِنْ ‌وَلَدٍ ‌بَارٍّ ‌يَنْظُرُ ‌إِلَى ‌وَالِدَيْهِ ‌نَظْرَةَ رَحْمَةٍ؛ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ نَظْرَةٍ حَجَّةً مَبْرُورَةً. قَالُوا: وَإِنْ نَظَرَ كُلَّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ؟ قَالَ: نَعَمْ اللَّهُ أَكْثَرُ وَأَطْيَبُ Maksudnya : “Abū Ja’far Ahmad bin al-Husain al-Hazzā’ telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Muhammad bin Humaid telah menceritakan kepada kami, beliau berkata: Zāfir bin Sulaimān telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : al-Mustalim bin Sa’īd telah menceritakan kepada kami. Beliau meriwayatkan daripada al-Hakam bin Abān daripada Ikrimah daripada Ibn ‘Abbās bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada anak yang baik yang melihat kepada kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih saying melainkan Allah akan tuliskan untuknya pahala haji mabrur bagi setiap pandangan. Para sahabat bertanya: Walaupun dia melihat setiap hari seratus kali? Baginda menjawab:Ya. Ganjaran Allah lebih banyak dan lebih elok.“ Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqī (m. 458 H) di dalam Syu’ab al-Imān[2]. Beliau menukilkan dua sanad yang berbeza. Sanad yang pertama beliau menukilkan sanad yang sama seperti yang dinukilkan oleh Abu Bakar al-Isma’ilī iaitu melalui jalur Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas. Sanad yang kedua pula melalui jalur al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbas yang menjadi mutāba’āt (riwayat sokongan) kepada jalur Ikrimah. Al-Baihaqī menukilkan sanad tersebut seperti berikut:  ‌أخبرنا ‌أبو ‌عبد ‌الله ‌الحافظ ‌في ‌التاريخ أنا محمد بن حامد حدثني مكي بن عبدان نا الحسن بن هارون نا منصور بن جعفر نا نهشل بن سعيد عن الضحاك عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم... Maksudnya: “Al-Hafiz Abu Abdullah telah memberitahu kepada kami dalam kitab beliau al-Tarikh[3], beliau berkata : Muhammad bin Hāmid telah memberitahu kepada kami, beliau berkata: Makkī bi ‘Abdān telah menceritakan kepada kami, beliau berkata: al-Hasan bin Hārūn telah menceritakan kepada kami, beliau berkata: Manṣūr bin Ja’far telah menceritakan kepada kami, beliau berkata: Nahsyal bin Sa’īd telah menceritakan kepada kami. Beliau meriwayatkan daripada al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbās, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda…”[4] Jika diteliti hadis ini diriwayatkan melalui dua jalur sanad daripada Ibn ‘Abbas RA. Pertama ialah jalur ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas dan kedua ialah jalur al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbās. Rajah berikut menjelaskan perkara tersebut.   Analisis sanad Justeru sanad hadis ini perlu dianalisis bagi menentukan keabsahan riwayatnya. Pada asasnya hadis ini diriwayatkan melalui jalur ‘Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbās. Kemudian jalur riwayat tersebut disokong (mutāba’āt) oleh jalur al-Ḍaḥḥāk daripada Ibnu ‘Abbās. 1. Jalur riwayat ‘Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbās Abu Ja’far Ahmad bin al-Husain bin Naṣr al-Hazzā‘ (m. 299 H) ialah seorang perawi thiqah (yang dipercayai kredibilitinya). Perkara ini dinyatakan oleh Imam al-Daraqutnī seperti yang dinukilkan oleh Abu al-Qāsim Hamzah al-Sahmī (m. 427 H).[5] Abu al-Fidā Ibn Quṭlūbaghā (m. 879 H) turut menyenaraikan beliau sebagai perawi yang thiqah.[6] Muhammad bin Humaid al-Rāzī Abu Abdullah (m. 248 H) ialah seorang perawi yang dikritik kredibilitinya oleh ulama hadis. Antara yang mempertikaikan kredibiliti beliau ialah Imam al-Bukhari (m. 256 H).[7] Abu Zur’ah (m. 264 H) pernah meriwayatkan banyak hadis daripada beliau kemudian meninggalkan riwayat tersebut.[8] Secara tidak langsung, apa yang dilakukan oleh Abu Zur’ah ialah satu isyarat kritikan terhadap riwayat Muhammad bin Humaid. Ibn Hibban menyebut beliau antara perawi yang banyak meriwayatkan hadis-hadis Maqlub (yang tertukar sanad dan matan) daripada perawi yang thiqah secara bersendirian. Beliau menggariskan satu kaedah daripada Ibn Warah[9] berkenaan cara berinteraksi dengan riwayat Muhammad bin Humaid al-Rāzī : إذا حدث عن العراقيين يأتي بأشياء مستقيمة، وإذا حدث عن أهل بلده مثل إبراهيم بن المختار وغيره أتى بأشياء لا تعرف Maksudnya:“ Jika beliau meriwayatkan daripada ulama hadis Iraq, maka apa yang beliau riwayatkan ialah hadis yang sahih. Akan tetapi jika beliau riwayatkan daripada ulama di negerinya (Ray) seperti Ibrahim bin al-Mukhtār dan lain-lain, sebenarnya beliau meriwayatkan hadis-hadis yang tidak diketahui.“[10] Dalam riwayat ini, beliau meriwayatkan daripada Zāfir bin Sulaiman yang berasal daripada Ray. Imam al-Zahabi menilai beliau sebagai seorang perawi yang lemah. Ya’qub bin Shaibah mengatakan bahawa Muhammad bin Humaid al-Rāzī banyak melakukan kesalahan dalam periwayatan.[11] Zāfir bin Sulaiman Abu Sulaiman al-Quhustānī al-Iyadī ialah seorang perawi yang Saduq namun begitu beliau juga dikritik dari sudut hafalannya khususnya ketika beliau berada di Ray. Perkara ini dinyatakan oleh Zakariya bin Yahya al-Sājī (m. 307 H).[12] Imam al-Nasaie (m. 302 H) turut menyatakan bahawa Zāfir banyak melakukan kesalahan dan kekeliruan dalam periwayatan hadis.[13] Ibn ‘Adī menyatakan : ‌وكان ‌أحاديثه ‌مقلوبة ‌الإسناد ‌مقلوبة ‌المتن ‌وعامة ‌ما ‌يرويه، ‌لَا ‌يُتَابَعُ ‌عَليه ويكتب حديثه مع ضعفه Maksudnya:“ Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau tertukar (maqlub) sanad dan matan. Secara umum, apa yang diriwayatkan oleh beliau tidak boleh disokong, hadisnya boleh diriwayatkan akan tetapi pada masa yang sama hadis itu ialah hadis lemah.“[14] Mustalim bin Sa’īd al-Wasiṭī al-Thaqafī ialah seorang perawi yang thiqah. Harb bin Ismail al-Karmānī (m. 280 H) pernah bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang Mustalim, Imam Ahmad menjawab : شيخ ثقة من اهل واسط قليل الحديث Maksudnya: Seorang pakar yang thiqah daripada negeri Wasit(kawasan di Iraq dan berdekatan dengan Iran). Beliau antara yang sedikit meriwayatkan hadis.“[15] Beliau turut dinilai thiqah oleh Imam Yahya bin Ma’in, Yahya bin Sa’īd al-Qaṭṭān dan Imam Abu Daud.[16] Al-Hakam bin Abān al-‘Adnī (m. 254 H) ialah seorang perawi thiqah seperti yang dinukilkan oleh al-‘Ijlī.[17] Yahya bin Ma’in, Abu Zur’ah dan kebanyakan ulama hadis menilai beliau sebagai perawi yang thiqah.[18] Justeru, jalur riwayat ’Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbas ialah jalur yang lemah kerana terdapat dua orang perawi yang sering dikritik oleh ulama hadis. Pertama ialah Muhammad bin Humaid al-Rāzī yang dikritik oleh Imam al-Bukhari. Beliau sering melakukan kesilapan dalam periwayatan khususnya jika beliau meriwayatkan hadis daripada ulama negerinya, Ray. Kedua ialah Zāfir bin Sulaiman al-Quhustānī yang dikritik halafannya khususnya ketika berada di Ray. 2.Jalur al-Ḍaḥḥāk daripada Ibnu ‘Abbās Muhammad bin Muhammad bin Hāmid Abu Naṣr (m.346 H). Beliu seorang perawi yang thiqah.[19] Makkī bin ‘Abdān bin Muhammad bin Bakr bin Muslim Abū Hātim al-Nisabūrī (m. 325 H). Beliau pernah meriwayatkan daripada Abdullah bi Hāshim al-Ṭusī dan Muhammad bin Yahya al-Zuhlī.[20] Beliau seorang perawi yang thiqah (yang dipercayai kredibilitinya) seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabī (m. 748 H).[21] Al-Hasan bin Hārun yang terdapat dalam sanad ini tidak dapat dikenal pasti peribadinya. Manṣūr bin Ja’far al-Sulamī al-Nisabūrī ialah ayah kepada seorang perawi thiqah terkenal iaitu al-Husain bin Manṣūr bin Ja’far.[22] Namun begitu, ayah beliau, Manṣūr bin Ja’far seorang yang tidak dikenali (majhul) dan tidak disebutkan dalam mana-mana kitab al-Rijal (perihal perawi hadis) Nahshal bin Sa’īd bin Wardān ialah seorang perawi yang sering meriwayatkan hadis yang mengandungi kesalahan dan kesilapan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Imam al-Bukhārī.[23] Yahya bin Ma’in menyebut bahawa Nashal bukan daripada kalangan perawi yang thiqah.[24] Ishak bin Rahawayh (m.238 H) menilai beliau sebagai pendusta.[25] Beliau juga disifatkan sebagai seorang perawi yang ditinggalkan periwayatannya (matruk) dan lemah hafalan.[26] Justeru, jalur riwayat al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbās juga ialah jalur yang terlalu lemah kerana terdapat perawi yang dikritik iaitu Nahshal bin Sa’īd. Beliau perawi yang (ditinggalkan periwayatannya) bahkan Ishak bin Rahawayh menilai beliau sebagai pendusta. Selain itu, terdapat perawi majhul yang tidak dapat dikenal pasti peribadinya melalui kitab-kitab al-Rijāl. Walaupun riwayat ini dianggap sebagai mutaba’āt (riwayat sokongan) kepada jalur riwayat ‘Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbas namun riwayat ini tidak dapat menaik taraf jalur tersebut begitu juga sebaliknya. Walaupun hadis ini terlalu lemah, bukan bermakna menafikan kelebihan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Bahkan berbuat baik kepada ibu bapa da menggembirakan mereka ialah satu perintah daripada Allah SWT. Allah berfirman: وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ Maksudnya : “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin…”[27] Allah SWT berfirman lagi : وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ إِحْسَٰنًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهْرًا Maksudnya : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan...”[28] Banyak lagi ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Ibn Mas’ūd pernah bertanya kepada Nabi SAW : ‌أَيُّ ‌الْعَمَلِ ‌أَحَبُّ ‌إِلَى ‌اللهِ؟ قَالَ: الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا. قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ. قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ. قَالَ: حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوِ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي Maksudnya : “Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah? Nabi SAW menjawab : Solat pada waktunya. Ibn Mas’ud bertanya lagi : Kemudian? Nabi menjawab :Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Ibn Mas’ud bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab : Jihad di jalan Allah. Ibn Mas’ud berkata : Baginda menyebut perkara-perkara tersebut. Jika saya minta tambah Baginda akan tambah.”[29] NOTA HUJUNG : [1] Al-Isma’īlī al-Jurjānī, Abū Bakr Ahmad bin Ibrāhīm (1990), al-Mu’jam fī Asāmī Shuyūkh Abī Bakr al-Isma’ilī, ed. Dr Ziyad Mansur, Madinah Munawwarah: Maktabah al-Ulūm wa al-Hikam, j.1 h.320. [2] Abu Bakr al-Baihaqī, Ahmad bin al-Husain (2003), Syu’ab al-Imān, ed. Dr Abd al-Alī Abd al-Humaid Hamid, Riyadh: Maktabah al-Rusyd, Mumbai: al-Dar al-Salafiyah, j.10 h.265 no 7472. Beliau berkata : أخبرنا أبو منصور أحمد بن علي الدامغاني وأبو الحسن علي بن عبد الله البيهقي قالا: حدثنا أبو بكر الإسماعيلي، حدثنا أبو جعفر أحمد بن الحسين الحذاء، أخبرنا محمد ابن حميد، حدثنا زافر بن سليمان حدثنا المستلم بن سعيد، عن الحكم بن أبان عن عكرمة عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم  قال [3] Tarikh Nīsābūr oleh al-Abu Abdillah al-Hakim al-Nīsābūrī. [4] Ibid., j.6 h.186. [5] Abu al-Qāsim al-Sahmī, Hamzah bin Yusuf (1984), Suālāt Hamzah bin Yusuf al-Sahmī li al-Daraqutnī, ed. Muwaffaq bin Abdullah, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif, h.146. Beliau berkata : سألت الدارقطني عن أبي جعفر ‌أحمد ‌بن ‌الحسين ‌بن ‌نصر الحذاء العسكري روى عن علي بن المديني وغيره فقال ثقة [6] Abu al-Fidā al-Suduni, Zayn al-Dīn bin Quṭlūbaghā (2011), al-Thiqāt min man lam Yaqa’ fī al-Kutub al-Sittah, ed. Shadī bin Muhammad Āli Nu’man, j.1 h.324. [7] Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail (t.t), al-Tarīkh al-Kabīr, Hyder Abad: Dairah al-Ma’arif al-Uthmaniyah, j.1 h.69. Imam al-Bukhari berkata: فِيهِ نَظَرٌ   ‌مُحَمد ‌بْن ‌حُمَيد، أَبو عَبد اللهِ، الرّازِيُّ سَمِعَ يَعقُوب القُمِّيّ، وجَرِيرًا. [8] Abu Ja’far al-‘Uqailī, Muhammad bin ‘Amr (1984), al-Ḍu’āfā al-Kabīr, ed. Abd al-Mu‘ṭi Qal’ajī, Beirut: Dar al-Maktabah al-Ilmiyah, j.4 h.61. al-‘Uqailī menyebut : حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ: كَتَبَ أَبُو زُرْعَةَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، عَنْ ‌مُحَمَّدِ ‌بْنِ ‌حُمَيْدٍ، حَدِيثًا كَثِيرًا، ثُمَّ تَرَكَا الرِّوَايَةَ [9] Muhammad bi Muslim al-Rāzī. Beliau wafat pada tahun 270 hijrah. [10] Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban (2000), al-Majruhīn, ed. Hamdi Abd al-Majid al-Salafi, Riyadh: Dar al-Ṣami’ī, j.2 h.321. [11] Shamsuddin al-Zahabī, Muhammad bin Ahmad (1963), Mizān al-‘Itidāl fī Naqd al-Rijāl, ed. Ali Muhammad al-Bijawī, Lubnan: Dar al-Ma’rifah, j.3 h.530. قال يعقوب بن شيبة: كثير المناكير [12] Abu Muhammad, Abd al-Ghani bin Abd al-Wāhid (2016), al-Kamāl fī Asmā al-Rijāl, ed. Shadi bin Muhammad Ali Nu’man, Kuwait: Syarikat Ghuras li al-Di’ayah wa al-Ilan wa al-Nasyr wa al-Tauzi‘, j.5 h.7. Imam al-Zahabi menukilkan : وقال زكريا بن يحيى الساجي: كان يكون بالري فيه الوَهْمِ [13] Abu Abdurrahman, Ahmad bin Shu’aib (1976), al-Ḍu’afā wa al-Matrūkīn, ed. Mahmud Ibrahim Zayed, Aleppo: Dar al-Wai’i, h.43. Beliau menyebut:  عنده حديث منكر [14] Ibn ‘Adī, Abdullah bin Adī (1997), al-Kāmil fī al-Ḍu’afā, ed. Adil Ahmad, Ali Muhammad Mu’awwaḍ, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, j.4 h.206. [15] Ibn Abi Hatim, Abdurrahman bin Muhammad (1952), al-Jarh wa al-Ta’dil, India: Tib’ah Majlis Dairah al-Ma’arif al-‘Uthmaniyah, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabī, j.8 h.438. [16] Ibid., j.8 h.353. Nas ucapan ialah seperti berikut : وقال أبو داود كان صدوقًا، ثقة  قال يحيى بن سَعِيد، ويحيى بن مَعِين: هو ثقة [17] Abu al-Hasan, Ahmad bin Abdullah (1984), Tarīkh al-Thiqāt, Saudi: Dar al-Baz, h.126. Beliau menyatakan: ‌الحكم ‌بن ‌أبان: عدني ثقة، صاحب سنة [18] Al-Kamāl fī Asmā al-Rijāl, j.4 h.254 [19] Al-Wadi’i, Muqbil bin Hādī (2004), Rijāl al-Hākim fī al-Mustadrak, San’a: Maktabah San’ā al-Athāriyah, j.2 h.282 [20] Abu al-Hasan, Muslim bin Hajjāj (1984), al-Kunā wa al-Asmā, ed. Abd al-Rahim al-Qushqarī, Madinah Munawwarah: Imadah al-Bahth al-Ilmi bi al-Jami’ah al-Islamiyah, j.1 h.28. [21] Shamsuddin al-Zahabī, Muhammad bin Ahmad (2006), Siyar al-Alām al-Nubalā, Kaherah: Dar al-Hadīth, j.11 h.383. Beliau menyebut : ابن محمد بن بكر بن مسلم، المُحَدِّثُ، الثِّقَةُ، المُتْقِن، أَبُو حَاتِمٍ التَّمِيْمِيّ النَّيْسَابُوْرِيُّ [22] Al-Mizzi, Yusuf bin Abdurrahman (1980), Tahzīb al-Kamāl fī Asmā al-Rijāl, ed. Dr Bashār Awwad Ma’ruf, Beirut: Muassasah al-Risalah, j.6 h.481. [23] Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail (2019), al-Tārīkh al-Kabīr, ed. Muhammad bin Salih al-Dabasī, Riyadh: al-Nashir al-Mutamayyiz, j.9 h.538. Beliau menyatakan : أَحَادِيثُهُ مَنَاكِيرُ وَهُوَ نَيْسَابُورِيُّ. [24] Al-‘Uqailī, Muhammad bin ‘Amr (1984), al-Ḍu’afā al-Kabīr, ed. Abdul Mu‘ṭi Qal’ajī, Beirut: Dar al-Maktabah al-Ilmiyah, j.4 h.309. حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ قَالَ: سَمِعْتُ يَحْيَى، يَقُولُ: ‌نَهْشَلُ ‌بْنُ ‌سَعِيدٍ الْخُرَاسَانِيُّ لَيْسَ بِثِقَةٍ [25] al-Jarh wa al-Ta’dil, j. 8 h.496. نا عبد الرحمن قال سمعت ابى يقول قال اسحاق بن راهويه نشهل كذاب [26] Ibid. Ibn Abī Hātim menyebut: ثنا عبد الرحمن قال سألت ابى عن نهشل الذى يروى عن الضحاك فقال: ليس بقوى، متروك الحديث، ضعيف الحديث [27] Surah al-Baqarah : 83 [28] Surah al-Ahqaf : 15 [29] Riwayat al-Bukhari no 527, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail (2001), Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, Beirut: Dar Ṭuq al-Najah, j.1 h.112.
393
Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ada terbaca berkenaan antara musuh utama yang selalu menghasut orang beriman ialah nafsunya sendiri, selain syaitan. Bolehkah jelaskan lebih lanjut, siapakah musuh-musuh utama orang beriman?   Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Menjawab persoalan di atas, sebenarnya musuh orang yang beriman amatlah banyak sama ada musuh luaran atau musuh dalaman. Kami nukilkan di sini empat musuh orang beriman menurut Imam Ahmad bin Sahl, iaitu:   Pertama: Dunia. Senjatanya ialah makhluk, sedangkan penjaranya adalah uzlah. Fudhail bin Iyadh pernah menyebut: “Jika diibaratkan dunia dengan emas yang cepat rosak dan akhirat dengan tembikar yang tahan lama, sudah tentu yang lebih baik untuk dipilih ialah tembikar berbanding dengan emas.” Yahya bin Mu’az pernah berkata: “Tiga sifat yang perlu dimiliki oleh para aulia’ Allah, iaitu: Thiqah kepada Allah di dalam semua perkara. Merasa kaya bersama Allah daripada selainnya. Merujuk kepada Allah di dalam semua perkara. Semuanya itu bergantung kepada sejauh mana kadar kasih hati kepada Allah, maka sekadar itulah kasih Allah kepadanya. Sejauh mana takut hati kamu kepada Allah maka sekadar itulah makhluk akan takut kepada kamu. Sejauh mana kamu menumpukan perhatian kepada Allah maka sekadar itu pulalah tumpuan hati makhluk kepadamu.” (Lihat Tabaqat al-Sufiyyah oleh al-Sulami 16/27 dan Siyar A’lam al-Nubala’, 9/218)   Kedua: Syaitan. Senjatanya ialah kenyang dan penjaranya adalah lapar. Allah SWT berfirman: أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ Maksudnya: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Surah Yasin (60) Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ Maksudnya: Seorang mukmin itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut. Riwayat al-Bukhari (5392) dan Muslim (5498) Manakala dalam hadith daripada Miqdam bin Ma’di, Rasulullah SAW bersabda: مَا مَلأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ. بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلاَتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لاَ مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ Maksudnya: “Tidaklah anak Adam memenuhi bekas yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan belakangnya. Namun jika dia mesti (melebihkannya), hendaklah sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas” Riwayat al-Tirmizi (2380), Ibnu Majah (3349), al-Nasaie (6729) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (5263) Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan: “Penuhnya perut (dengan makanan) boleh menyebabkan kerosakan pada agama dan dunia.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/44) Abu ‘Awanah al-Isfarayini berkata bahawa al-Rabi’ menyebut, dia mendengar al-Imam al-Syafi’e berkata: “Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun kecuali sekali, maka kumasukkan tanganku (ke dalam mulut) untuk memuntahkannya.” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 19/24) Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada al-Rabi’ dengan tambahan kepada perkataan Imam Syafie tersebut: لأَنَّ الشّبَعَ يُثْقِلُ البَدَنَ، وَيُقَسِّي القَلْبَ، وَيُزِيلُ الفطْنَةَ، وَيجلِبُ النَّوْمَ، وَيُضْعِفُ عَنِ العِبَادَةِ Maksudnya: Kerana kenyang menjadikan badan menjadi berat, hati menjadi keras, mengurangkan kecerdasan, lebih banyak tidur dan melemahkan untuk melakukan ibadah.” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 19/25)   Ketiga: Nafsu. Senjatanya ialah tidur sedangkan penjaranya adalah dengan berjaga malam (dengan beribadat). Firman Allah SWT: إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي Maksudnya: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Surah Yusuf (53) Allah SWT juga berfirman: وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا Maksudnya: “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” Surah Isra’ (79) Manakala dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَنِ الْجَسَدِ Maksudnya: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalang penyakit daripada badan.” Riwayat al-Tirmizi (3549) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (4832) dan Syu’ab al-Iman (2834) Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Sabda Nabi SAW ‘hendaklah kamu berqiyam pada waktu malam’ iaitu solat tahajjud. Dan sabda Nabi SAW ‘ia adalah hidangan buat orang yang soleh’ bermaksud solat malam itu telah menjadi kebiasaan atau adat buat mereka. Adapun sabda Nabi SAW ‘ia menghapuskan dosa’ bermakna menghapuskan dosa serta menutupnya.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/375)   Keempat: Hawa. Senjatanya bercakap, sedangkan penjaranya adalah diam. Allah SWT berfirman: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا ﴿٧٠﴾ يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. Surah al-Ahzab (70-71) Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam” Riwayat al-Bukhari (6475) dan Muslim (74) Imam Abu Hatim menyebut: Orang berakal sepatutnya lebih banyak diam daripada bercakap. Hal ini kerana betapa banyak orang yang menyesal kerana percakapan, manakala sedikit yang menyesal kerana diam. Orang yang paling besar mendapat musibah adalah orang yang lidahnya sentiasa berbicara sedangkan fikirannya tidak mahu berjalan. Dan orang yang berakal seharusnya lebih banyak menggunakan kedua telinganya daripada mulutnya. Dia perlu menyedari bahawa dia diberi dua telinga sedangkan diberi hanya satu mulut supaya dia lebih banyak mendengar daripada berbicara. (Lihat Raudhah al-‘Uqala’ wa Nuzhah al-Fudhala’, hlm. 45-47) Semoga Allah SWT memberikan kita taufik dan hidayah dalam menghadapi musuh-musuh yang sentiasa berusaha menjadikan kita lalai dan alpa daripada berzikir dan mengingati-Nya. Amin.
394
Mukadimah Pada 25 Januari 2020, kami dikejutkan dengan satu berita hangat berkaitan Novel Coronavirus (2019-nCoV). World Health Organization (WHO) pada 28 Januari 2020 baru sahaja melancarkan Global 2019-nCoV Clinical Data bagi membenarkan negara-negara ahli untuk menyumbang data klinikal bagi menyampaikan maklumbalas klinikal kesihatan awam. Sehingga 28 Januari 2020, terdapat 4593 kes yang telah disahkan di seluruh dunia dengan China berada di kedudukan tertinggi sebanyak 4537 kes yang telah disahkan dan 106 orang mangsa telah meninggal dunia. Sebanyak 56 kes telah disahkan di luar China yang melibatkan 14 buah negara termasuk Malaysia.[1] Tindakan pantas KKM dalam membendung virus ini daripada terus merebak dalam negara patut diberi pengiktirafan dan sokongan. Tatkala kami mahu menerbitkan Bayan Linnas maka didapati terlalu banyak pandangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak. Ini menyebabkan kami menangguhkan seketika penulisan artikel ini bagi untuk melihat dan menekuni dengan lebih banyak lagi maklumat serta situasi yang berlaku. Dalam masa yang sama, kami masih berada di bumi Sultan Muhammad al-Fateh semasa isu ini berlaku. Melihat kepada keperluan panduan kepada umat Islam di Malaysia, kami namakan Bayan Linnas ini dengan tajuk Mauqif (Pendirian) Kami Tentang Novel Coronavirus (2019-nCoV). Semoga Bayan Linnas ini boleh menjadi panduan serta sikap yang perlu diambil oleh masyarakat apabila wujudnya wabak seperti ini. Beberapa Noktah Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan dan sehingga hari ini, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh kes. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan awal pagi ini, kesemua tujuh kes itu melibatkan warganegara China. Di bawah ini adalah beberapa nasihat utama kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam bagi menghadapi wabak 2019-nCoV. Kami merasakan lapan noktah di bawah ini adalah amat penting untuk ditekuni bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berkaitan isu ini. Pertama: Ujian Pasti Mendatang Benarlah firman Allah SWT: وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (Iatu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. (Surah Al-Baqarah: 155-156) Pada ayat ini, Allah S.W.T memberi khabar bahawa Dia menguji hamba-hamba-Nya yang beriman dengan beberapa ujian di saat mereka berada dalam keadaan suka dan duka, dan kesemua mereka akan mendapat pahala jika mereka bersabar terhadapnya. Mereka kemudiannya mengucapkan lafaz istirja’ bukti sebagai seorang yang sabar dan syukur. (Lihat Tafsir al-Maraghi; 1/467). Justeru, senjata yang ampuh bagi umat Islam adalah sentiasa berhati-hati, menggunakan kebijaksanaan untuk mengatasi rintangan dan cabaran, di samping doa dan tawakkal kepada-Nya. Kedua: Mengucapkan Istirja’ Begitulah petunjuk yang telah diberikan melalui wahyu yang mana apabila berlakunya musibah (kematian) maka antara ciri-ciri mereka yang bersabar dengan musibah tersebut adalah mereka mengucapkan istirja’ iaitu ucapan: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ Maksudnya: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Ummu Salamah R.A berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا". Maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya.' melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik". (Riwayat Muslim, no. 918) Maka jelaslah melalui hadith ini bahawa setiap orang yang beriman digalakkan untuk menyebut lafaz istirja’ ketikamana ditimpa musibah sama ada musibah tersebut kecil ataupun besar. Imam al-Nawawi menyebut sunat melafazkannya kerana Rasulullah S.A.W disuruh melafazkannya dan ayat al-Quran juga menunjukkan hal yang sama begitu juga ijma’ muslimin. (Lihat al-Minhaj Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 6/220). Imam al-Qurtubi pula menyatakan dalam tafsirnya, musibah ialah setiap perkara yang menimpa manusia dan menyakiti mereka. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 2/175). Perlu difahami di sini bahawa lafaz istirja’ ini bukan hanya disunatkan untuk dilafazkan pada waktu berlakunya sesebuah kematian namun ia umum pada setiap perkara atau kejadian yang menimpa manusia apatah lagi menyakiti mereka. Dari ‘Ikrimah R.A bahawasanya pelita Rasulullah SAW terpadam pada satu malam. Lantas Baginda mengucapkan: إنّا للهِ وإنّا إليْه راجعونَ. فقيل: أمصيبةٌ هي يا رسولَ اللهِ؟ قال: نعم، كلُّ ما آذى المؤمنَ فهو مصيبةٌ. Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Kemudian dikatakan kepadanya: ‘Adakah ini dianggap musibah wahai Rasulullah?’ Jawab Baginda: ‘Ya. Setiap yang menyakiti orang beriman maka ia dianggap musibah.” (Lihat: Tafsir al-Qurtubi, 2/175) dan sabit maknanya dalam al-Sahih Justeru itu, disunatkan ke atas setiap Muslim untuk mengucapkan lafaz istirja’ pada setiap musibah ataupun dugaan yang menimpa diri mereka. Ini kerana ada beberapa hikmah di sebaliknya termasuklah pengakuan terhadap keesaan Allah S.W.T, kepercayaan pada Hari Akhirat (tempat kembalinya manusia), berserah diri dengan ketentuan Ilahi serta berharap akan ganjaran di sisiNya. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/281) Ketiga: Jangan Sesekali Menakutkan Dengan Hebahan Yang Tidak Tepat Firman Allah SWT: وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا Maksudnya: “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (Surah al-Nisa: 83) Hal ini bertepatan dengan hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ حَمَلَ عَلَيْنا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنّا Maksudnya: Sesiapa yang membawa senjata untuk menakut-nakutkan kami, maka dia bukan daripada kalangan kami. (Riwayat al-Bukhari, no. 6874) Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini di sisi ahli ilmu memberi maksud perbuatan membawa senjata untuk menakutkan orang ramai bukanlah daripada petunjuk dan amalan kami. (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 1/109) Begitu juga sabda Rasulullah SAW: لَا يَحِلُّ ِلمُسْلِمٍ أَن يَرَوِّعَ مُسْلِمًا Maksudnya: Tidak halal bagi seorang Islam menakutkan orang Islam yang lain. (Riwayat Abu Daud, no. 5004) Termasuk juga dalam ertikata menakutkan orang adalah dengan maklumat palsu yang menjadikan masyarakat merasa panik, takut dan bimbang. Begitu juga sebaran maklumat yang menggerunkan tanpa usul periksa sedangkan hakikat sebenarnya adalah berlainan. Dengan sebab itulah kami selalu katakan إن كنت ناقلاً فالصحة، أو مدعياً فالدليل Maksudnya: Jika sekiranya menukilkan sesuatu, maka sahkan terlebih dahulu. Atau jika membuat dakwaan, maka hendaklah mengemukakan bukti.” (Lihat Dhawabit al-Ma’rifah, m. 368) Tahniah sekali lagi kepada KKM kerana telah menghimpunkan senarai berita-berita palsu berhubung Novel Coronavirus (2019-nCoV).[2] Keempat: Mengambil Asbab Kerana Ia Termasuk Dalam Hakikat Tawakkal Menjadi sunnatullah agar kita berusaha dan mencari sebab bagi melaksanakan sesuatu atau mengenal sebarang bentuk penyakit seterusnya dengan itu dapat mencari ramuan serta rawatan untuk penyakit tersebut. Benarlah hadith Nabi SAW Daripada Abi al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ الله عزّ وجلّ أنْزَلَ الدَّاءَ والدَّواء، وجَعَلَ لِكُل داءٍ دَوَاءً، فَتَداووا، ولا تَدَاووا بحرَام Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT menurunkan penyakit dan penawarnya. Dia jadikan setiap penyakit ada penawarnya. Maka hendaklah kamu berusaha merawat tetapi jangan merawat dengan bahan yang haram.” (Riwayat Abu Daud, no. 3874) Syeikh ‘Abd al-‘Azim Abadi menyatakan: “(إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ) iaitu Allah menjadikannya penyakit dan memberikan penawarnya juga. (لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ) iaitu daripada yang halal. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 10/251) Dalam konteks Novel Coronavirus (2019-nCoV), kita digalakkan untuk berjaga-jaga dengan mengikuti segala bentuk panduan daripada KKM. Kelima: Memahami Nas Dengan Sebaiknya Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: لا عَدْوَى Maksudnya: "Tidak ada penyakit yang berjangkit.” (Riwayat al-Bukhari, no. 5770) Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah tidak boleh membiarkan penyakit menjangkit, membiak, menjalar, menular dan merebak. Hadis tersebut tidak bererti bahawa penyakit berjangkit tidak wujud. Keenam: Memelihara Kesihatan Melalui Kebersihan Adalah Perintah Syarak Firman Allah SWT: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah al-Baqarah: 222) Syeikh Ali Al-Sabuni berkata: “Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang bertaubat dari dosa dan membersihkan diri dari perbuatan yang cela dan juga dari kekotoran.” (Lihat Safwah al-Tafasir, 1/127) Firman Allah SWT: لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ Maksudnya: “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah al-Taubah: 108) Ayat ini menunjukkan betapa Allah memuji golongan yang menjaga kebersihan. Ketujuh: Kaedah Pencegahan Bagi mengelakkan penyakit berjangkit, banyak kaedah pencegahan yang disarankan oleh pakar yang berautoriti. Dalam Islam, Rasulullah SAW telah memberikan asas pencegahan yang baik melalui udara (airbone), titisan (droplet) mahupun sentuhan (contact). Daripada Ibnu Abbas RA: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الْإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ Maksudnya: Bahawa Nabi SAW melarang untuk bernafas dalam bejana atau meniupnya. (Riwayat al-Tirmizi, no. 1888) Daripada Abu Hurairah RA: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ Maksudnya: “Bahawasanya apabila Nabi SAW bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 2745) Katanya hadith ini hasan sahih. Praktikal di zaman ini adalah dengan memakai facemask bagi menghalang air liur, kahak dan hingus si pemakai dari tersebar ke udara ketika batuk atau bersin. Daripada Abu Hurairah RA: لاَ يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ Maksudnya: “Pesakit yang berjangkit tidak boleh menjangkiti orang yang sihat.” (Riwayat al-Bukhari, no. 5771) Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Padanya penguat tegahan daripada membawa atau menyebarkan penyakit.” (Lihat Fath al-Bari, 10/242) Rasulullah SAW bersabda: إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا Maksudnya: “Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di suatu kawasan, janganlah masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di kawasan tersebut janganlah kamu keluar dari situ.” (Riwayat al-Bukhari, no. 5728) Hadis ini menunjukkan boleh pemerintah mengambil tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf RA pernah menyebutkan hadith ini kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana. Mendengar hadith ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5) Dalam perbincangan kami dengan al-Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad ‘Awwamah di Istanbul, Turki pada hari Isnin 27 Januari 2020 berkenaan dengan maksud ta’un juga dalam hadith dengan maksud sebarang bentuk wabak juga penyakit umum yang melanda pada satu-satu tempat. Justeru, ia juga terpakai kepada penyakit Novel Coronavirus (2019-nCoV). Hadith-hadith di atas ini menyimpulkan tiga hikmah terbesar bagi mencegah penularan penyakit berjangkit iaitu: Tidak berada di tempat yang berisiko tinggi Menjaga kebersihan diri Keperluan kuarantin bagi yang menghidap penyakit berjangkit Kelapan: Tabayyun Setiap Berita Yang Diperoleh Terdapat kaedah masyhur yang berdasarkan nas Ilahi, Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6) Syeikh Ali Al-Sobuni berkata: “Jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang diberitakan, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan berita. Ini supaya kamu tidak mengenakan hukuman atau musibah kepada satu-satu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 3/216) Ibn Kathir berkata: Allah memerintahkan agar kita benar-benar menyemak berita dari orang fasik dengan berwaspada seupaya tidak berlaku sebarang pendustaan dan kekeliruan. Kebanyakan ahli tafsir menyebut turunnya ayat ini kepada al-Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu’it ketika menjadi utusan Rasulullah untuk memungut zakat daripada Bani Mustaliq (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/264) Berdasarkan huraian di atas, dapat difahami bahawa antara adab-adab tabayyun adalah mengelakkan diri daripada mendengar sesuatu berita yang belum dapat dipastikan kesahihannya oleh pihak yang berautoriti. Sebab itulah dalam Surah al-Hujurat juga, prinsip tabayyun diseiringkan dengan ayat yang menuntut umat bersangka baik dan tidak mudah menjatuhkan hukum atau kesimpulan sebagaimana yang disebut ayat 12 dalam surah yang sama: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.” Umat Islam hendaklah menjadi pembawa berita gembira dan bukan menakutkan orang ramai dengan berita palsu dan analisis yang bukan daripada ahlinya. Inilah yang diajar oleh Nabi SAW. Sebagai contohnya, apabila Baginda SAW menziarahi orang sakit, makanya Baginda memberi semangat kepadanya dengan berkata: لَا بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ Maksudnya: Tidak mengapa, semoga kesucian dan kesembuhan dengan kehendak Allah. (Riwayat al-Bukhari, no. 5656) Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: (طَهُورٌ) bermaksud mudah-mudahan Allah SWT membersihkan dosa-dosa-mu.” (Lihat Fath al-Bari, 10/124) Berkata al-Mula Ali al-Qari: “(طَهُورٌ) ertinya tidak ada rasa berat dengan sakit ini, kerana ia akan menjadi penghapus dosa-dosa.” (Lihat di Mirqah al-Mafatih, 2/1123) Begitu juga, boleh jadi apa sahaja yang kita ulas dan kongsi di media sosial bukanlah sesuatu yang benar, sebaliknya hanya khabar angin yang kita dengan dan peroleh daripada sumber yang tidak berautoriti. Benarlah sabda Nabi SAW, daripada Hafs bin ‘Asim: كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ Maksudnya: Cukuplah seorang itu dianggap berdusta apabila dia bercakap segala apa yang dia dengar. (Riwayat Muslim, no. 7) Imam al-Nawawi berkata: Di sini menunjukkan larangan daripada bercakap setiap apa yang dia dengar kerana boleh jadi dia dengar pada adatnya benar atau dusta. Justeru, apabila dia berbicara setiap apa yang dia dengar, maka sesungguhnya dia telah mendustakan dengan berita-beritanya yang boleh jadi bukan begitu. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 1/75) Oleh itu, marilah sama-sama kita menginsafi supaya jangan kita menjadi penyebab ke arah ketidakbaikan atau dengan kenyataan dan hebahan kita membawa kepada keadaan yang panik dan bimbang yang melampau. Junjung Kasih Atas Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Kami menjunjung kasih titah KDYMM Tuanku Agong berhubung Novel Coronavirus (2019-nCoV). Kebawah Duli yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT supaya memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. Kecaknaan Seri Paduka Baginda yang menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan menzahirkan sikap Seri Paduka Baginda yang amat prihatin akan masalah negara. Kesimpulan Langkah-langkah yang diambil oleh pihak KKM perlu diberi sokongan penuh. Sebarang bentuk nasihat daripada pihak berautoriti hendaklah dipatuhi oleh masyarakat. Semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjadi ejen bagi membanteras berita palsu berkaitan Novel Coronavirus (2019-nCoV). Tanamkan disiplin dalam diri untuk menyelidik terlebih dahulu setiap berita yang diperoleh di media sosial. Lazimilah solat hajat dan doa munajat kepada Allah SWT dengan doa yang ma’thur sebagaimana yang telah dibacakan oleh Rasulullah SAW. Saya berdoa kepada Allah SWT agar kabus wabak ini akan berlalu pergi dan digantikan dengan sinar kesihatan yang terbaik untuk seluruh masyarakat di Malaysia dan juga di tempat lain agar wabak tidak lagi merebak. Amin. Akhir kalam, kami titipkan doa seperti berikut: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” (Riwayat Abu Daud, no. 5074)   [1][1] https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/20200128-sitrep-8-ncov-cleared.pdf?sfvrsn=8b671ce5_2 [2] https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10156695650196237
395
Soalan: Rakan saya yang merupakan seorang mualaf telah meninggal dunia, dan dia masih mempunyai ahli keluarga yang tidak beragama Islam, dan ada kalangan mereka yang ingin turut serta memandikan jenazah si mati. Soalan saya, adakah seorang non-Muslim itu boleh memandikan jenazah Muslim? Ringkasan Jawapan: Orang bukan Muslim boleh memandikan jenazah Muslim, dan hukum mandi jenazah itu adalah sah kerana ia tidak memerlukan niat seperti mandi junub. Huraian Jawapan: Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat. Menurut mazhab Syafie, hukum seseorang bukan Islam memandikan jenazah muslim adalah sah dan perkara ini dinyatakan dalam kitab Fath al-Mu’in: ويَكْفِي غُسْلُ كافِرٍ Maksudnya: …dan sah mandian orang kafir terhadap jenazah seorang Muslim.[1] Alasan bagi hukum ini dijelaskan oleh para ulama mazhab Syafie, antaranya Abu Bakr al-Dimyati: وذلك لحصول المقصود من غسله، وهو النظافة، وإن لم يكن أهلا للنية، لأن نية الغاسل لا تشترط على الأصح Maksudnya: Hal tersebut kerana telah tercapai objektif daripada mandi jenazah, iaitu kebersihan, meskipun seseorang itu tidak mempunyai kelayakan memasang niat dalam ibadah. Ini kerana menurut mendapat yang lebih sahih dalam mazhab Syafie, niat orang yang memandikan bukannya syarat sah mandi jenazah.[2] Orang bukan Islam tidak memiliki kelayakan niat dalam ibadah kerana Islam merupakan syarat sah sesuatu ibadah. Manakala mandi jenazah lebih menjurus kepada proses membersihkan tubuh badan si mati. Wallahu a’lam. Rujukan: [1] Fath al-Mu‘in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din oleh Zainuddin al-Malibari (t.t) Dar Ibn Hazm, Cetakan Pertama, hlm. 214 [2] I‘anah al-Talibin ‘ala Halli Alfaz Fath al-Mu‘in oleh Abu Bakar al-Dimyati (1997) Dar al-Fikr, Cetakan Pertama, 2/125 Hal yang sama juga disebut oleh al-Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj: (ولا تجب نية الغاسل) أي لا تشترط في صحة الغسل، (في الأصح، فيكفي) على هذا (غرقه أو غسل كافر) لأن المقصود من هذا الغسل هو النظافة، وهي لا تتوقف على نية Begitu juga oleh Syihabuddin al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj:  (وَلَا تَجِبُ نِيَّةُ الْغَاسِلِ) أَيْ لَا تُشْتَرَطُ فِي صِحَّةِ الْغُسْلِ (فِي الْأَصَحِّ فَيَكْفِي) عَلَى هَذَا (غَرَقُهُ، أَوْ غُسْلُ كَافِرٍ) إذْ الْمَقْصُودُ مِنْهُ النَّظَافَةُ وَهِيَ غَيْرُ مُتَوَقِّفَةٍ عَلَى نِيَّةٍ، وَمُقَابِلُ الْأَصَحِّ تَجِبُ»
396
PENERANGAN LOGO LIMA TIANG Melambangkan lima Rukun Islam yang menjadi asas bagi agama Islam. TULISAN JAWI Tulisan jawi adalah simbol usaha Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang komited bagi mengekalkan lambang jati diri Islam di Malaysia. WARNA BIRU, MERAH DAN KUNING  Warna bendera Wilayah Persekutuan. SIMBOL GEOMETRI ISLAM Simbol Arabesque Rub` al-Hizb sebagai seni geometri Islam yang melingkungi logo melambangkan usaha Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam membentuk iklim Islami dengan memanfaatkan kemajuan teknologi semasa. 3 BINTANG Melambangkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan yang membentuk Wilayah Persekutuan. BUKU YANG TERBUKA Simbolik kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang menjadi rujukan utama dan panduan dalam urustadbir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.    OPSYEN LOGO YANG DIBENARKAN   MUAT TURUN    CATATAN    LARGE   MEDIUM   SMALL   VECTOR     JPG  JPG  JPG AI Digunakan untuk urusan rasmi termasuklah cetakan bunting, banner, backdrop majlis rasmi PMWP. PNG PNG PNG
397
Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa beza bisikan nafsu dan bisikan syaitan? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Dalam menjawab persoalan di atas, antara ciri bisikan nafsu ialah ia akan mendorong ke arah kejahatan dalam bentuk yang terkhusus dan terarah.  Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi menjelaskan: “Antara perbezaan godaan nafsu ialah ia amat kuat menarik ke arah kejahatan dengan hanya bersifat terarah dan terkhusus. Hal ini sepertimana firman Allah SWT: إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).” (Surah Yusuf: 53) Imam al-Tabari menjelaskan: “Sesungguhnya nafsu yang dimaksudkan ialah nafsu hamba yang memerintahkan kepada seluruh apa yang dia inginkan oleh hawanya, meskipun bukan pada sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT.” (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 13/209) Al-Baghawi pula menyebut bahawa maksud menyuruh melakukan kejahatan (السوء) pada ayat ini adalah menyuruh kepada maksiat. (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 4/249) Syeikh al-Sa’di menyebut bahawa nafsu akan terus mengajak manusia kepada kejahatan dan perbuatan keji serta perbuatan dosa yang lain. Nafsu jahat ini menjadi tunggangan syaitan untuk menyesatkan manusia. Dan dari jalan nafsu inilah, syaitan akan masuk kecuali bagi sesiapa yang dirahmati oleh Allah SWT. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, 3/408) Syeikh al-Maraghi pula dalam mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa ayat ini merupakan penutup ikrar isteri al-‘Aziz sepertimana pendapat Abu Hayyan dalam kitab al-Bahr.  Kemudian beliau menyatakan: “Sesungguhnya nafsu kemanusiaan itu sering menyuruh melakukan kejahatan kerana padanya terdapat pelbagai dorongan kehendak zahir dan batin, lantaran telah diletakkan padanya pelbagai kekuatan dan alat untuk mencapai kenikmatan termasuk kecenderungan yang dibisikkan oleh syaitan kepadanya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 7/3380) Dalam sebuah doa, Nabi SAW telah menggabungkan antara kejahatan nafsu dan kejahatan syaitan. Baginda SAW mengucapkan: اللَّهمَّ فاطرَ السَّمواتِ والأرضِ، عالِمَ الغيبِ والشَّهادةِ، رَبَّ كلِّ شيءٍ ومَلِيكَهُ، أشهَدُ أن لا إلهَ إلَّا أنتَ، أعُوذُ بكَ مِن شرِّ نَفْسي، وشرِّ الشَّيطانِ وشِرْكِهِ Maksudnya: “Ya Allah, Yang Menjadikan langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Tuhan bagi setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan syaitan dan teman sekutunya.” Riwayat Abu Daud (5067), al-Tirmizi (3392), al-Nasa'ie (7699) dan Ahmad (7961) Syeikh al-‘Azim Abadi menjelaskan bahawa maksud “شر الشيطان” ialah bisikan was-wasnya serta godaan kesesatannya, sedangkan maksud syirkah (شرْكه) pula ialah apa-apa yang mendorong ke arah melakukan syirik dengan Allah. Ia juga boleh dibaca dengan syarakah (شركه) iaitu tali-tali dan perangkap syaitan yang bertujuan memfitnah dan menggoda manusia. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 13/276) Dalam satu doa Baginda SAW yang lain, yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain R.A, bahawa Nabi SAW pernah mengajar bapanya, dua kalimat yang dibaca di dalam doa, iaitu: اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي Maksudnya: “Ya Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.” Riwayat al-Tirmizi (3483), al-Tabarani dalam al-Du’a (1393), al-Bazzar (3580) dan al-Baihaqi dalam al-Asma' wa al-Sifat (894) Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan, yakni berikanlah taufik padaku kepada al-rusyd iaitu petunjuk kepada kebaikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan nafsuku, di mana ia adalah tempat tumbuhnya perkara-perkara yang keji. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/455) Imam al-Qusyairi menyebut bahawa berjuang melawan jiwa (hawa nafsu) dan mengendalikannya adalah dengan menyekat apa yang menjadi kebiasaannya, serta mengarahkan jiwa untuk selalu menentang hawa nafsunya pada setiap waktu. Menurut al-Junaid al-Baghdadi, nafsu itu apabila ingin mendorong untuk melakukan sesuatu kejahatan, ia akan terus mendorong dan mempengaruhi sehingga berhasil. Kata beliau: “Nafsu apabila meminta sesuatu kepada kamu, ia akan membuat hasutan berterusan dan sentiasa mempengaruhi kamu sehingga tercapai kehendaknya dan berhasil tujuannya. Melainkan apabila ia digagalkan dengan mujahadah sebenar yang berterusan. Kemudian ia akan terus berusaha untuk mempengaruhi lagi.” Namun berlainan dengan syaitan, sekiranya sesuatu kejahatan tidak berjaya dipengaruhinya, dia akan menghasut untuk melakukan kejahatan yang lain pula. Kata Junaid al-Baghdadi lagi: “Apabila syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah SWT itu sama sahaja baginya. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lainnya.”   Penutup Sifat hasutan nafsu disebut sebagai terarah pada satu-satu kejahatan. Ia sentiasa akan terus berusaha menghasut dan mempengaruhi secara berterusan, sehinggalah sesuatu kejahatan tersebut dilakukan. Manakala sifat hasutan syaitan pula disebut sebagai tidak terarah pada satu-satu kejahatan sahaja. Jika ia tidak berjaya menghasut dalam satu kejahatan, ia akan berpindah untuk menghasut supaya melakukan kejahatan lain pula kerana baginya semua kejahatan adalah sama. Kami tutup perbincangan ini dengan doa: اللَّهمَّ فاطرَ السَّمواتِ والأرضِ، عالِمَ الغيبِ والشَّهادةِ، رَبَّ كلِّ شيءٍ ومَلِيكَهُ، أشهَدُ أن لا إلهَ إلَّا أنتَ، أعُوذُ بكَ مِن شرِّ نَفْسي، وشرِّ الشَّيطانِ وشِرْكِهِ Maksudnya: “Ya Allah, Yang Menjadikan langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Tuhan bagi setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan syaitan dan teman sekutunya.” اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”
398
FUNGSI UNIT FALAK Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Induk Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan. Mengurusetiakan cerapan anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah serta melakukan cerapan hilal bulanan. Menyediakan dan menyelaraskan takwim hijriah dan miladiah di Wilayah Persekutuan dengan negeri-negeri lain. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman serta menarik minta masyarakat dalam bidang astronomi dan ilmu falak melalui kursus, seminar dan taklimat yang berkaitan dengan ilmu falak. Bertanggungjawab menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsakiah.Menyediakan dan merakukan jadual waktu solat bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bertanggungjawab dalam penentuan dan semakan arah kiblat masjid, surau, madrasah, musalla dan agensi-agensi di Wilayah Persekutuan.
399
Soalan Salam pejabat mufti, perempuan yang suka membebel dan suka menjerit di hadapan suami, pada hari akhirat nanti dia seperti anjing yang menggonggong. Ada orang sebut ini hadis boleh tolong sahkan ke? Ringkasan Jawapan Setelah melakukan carian maka tidak dijumpai dalam mana-mana karya hadis yang muktabar berkenaan riwayat yang menyebutkan bahawa “perempuan yang suka membebel dan suka menjerit di hadapan suami, pada hari akhirat nanti seperti anjing yang menggonggong”. Walau bagaimanapun terdapat hadis lain yang dikumpulkan oleh Imam al-Suyuti dalam karyanya Lubab al-Hadis bahawa terdapat riwayat yang menyebut: تَجِيْءُ النَّائِحَةُ يَوْمَ الْقِيَامةِ تَنْبَحُ كَنَبْحِ الْكَلْبِ Maksudnya: Perempuan yang meratapi jenazah akan datang di hari kiamat menggonggong seperti gonggongan anjing. Namun, Imam al-Suyuti tidak mendatangkan sanad bagi hadis ini. Beliau hanya menyebutkan “قال صلى الله عليه وسلم” lalu menyebutkan matan bagi hadis tersebut. Huraian Jawapan Riwayat yang tersebar yang menyebutkan bahawa “perempuan yang suka membebel dan suka menjerit di hadapan, pada hari akhirat nanti seperti anjing yang menggonggong” tidak dijumpai dalam mana-mana karya hadis yang muktabar. Namun, terdapat suatu hadis yang menyebutkan berkenaan perempuan yang meratapi jenazah akan datang di hari kiamat dalam keadaan seperti anjing yang sedang menggonggong. Hadis tersebut ialah seperti berikut: Nabi SAW bersabda: تَجِيْءُ النَّائِحَةُ يَوْمَ الْقِيَامةِ تَنْبَحُ كَنَبْحِ الْكَلْبِ Maksudnya: Perempuan yang meratapi jenazah akan datang di hari kiamat menggonggong seperti gonggongan anjing.[1] Hadis ini dijumpai dalam karya Lubab al-Hadis yang ditulis oleh Imam al-Suyuti. Imam al-Suyuti meletakkan hadis ini dibawah bab larangan meratapi ke atas mayat. Walaupun begitu, Imam al-Suyuti tidak mendatangkan sanad bagi hadis ini. Beliau hanya menyebutkan “قال صلى الله عليه وسلم” lalu menyebutkan matan bagi hadis tersebut. Dalam mukadimah kitab tersebut Imam al-Suyuti walau bagaimanapun mengatakan bahawa hadis-hadis yang beliau muatkan di dalam Lubab al-Hadis merupakan hadis-hadis yang mempunyai sanad yang sahih dan diyakini. Bahkan, beliau juga menyebutkan bahawa beliau tidak memasukkan sanad setiap hadis, kata beliau: فإني أردت أن أجمع كتابا للأخبار النبوية، والآثار المروية، بإسناد صحيح وثيق، فحذفت الأسانيد، وجعلته أربعين بابا، في كل باب عشرة أحاديث، وسميته لباب الحديث Maksudnya: Sesungguhnya aku ingin menghimpunkan satu kitab hadis dengan sanad yang sahih lagi diyakini. Kemudian aku membuang sanad-sanad dan menjadikannya 40 bab di mana setiap bab mengandungi 10 hadis. Aku namakannya sebagai Lubab al-Hadis.[2] Karya Imam al-Suyuti ini mempunyai syarah yang bertajuk Tanqih al-Qawl al-Hasis bi Syarh Lubab al-Hadis ia ditulis oleh Syeikh Nawawi al-Bantani.[3] Terdapat hadis lain yang mempunyai maksud yang sama dengan hadis di atas yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabarani dalam karyanya al-Muʻjam al-Awsat dengan sanad yang lengkap. Imam al-Tabarani menyebutkan bahawa hadis hanya diriwayatkan melalui jalur Sulaiman bin Daud al-Yamami daripada Yahya bin Abi Kathir.[4] Dalam hal ini, Imam al-Zahabi mendaifkan riwayat Sulaiman bin Daud al-Yamami daripada Yahya bin Abi Kathir.[5] Ibn Abi Hatim menyebutkan bahawa ayahnya Abu Hatim al-Razi berkata: هو ضعيف الحديث، منكر الحديث، ما أعلم له حديثا صحيحا Maksudnya: Dia (Sulaiman bin Daud al-Yamami) daʻif al-hadith (riwayatnya lemah), munkar al-hadith (riwwayatnya bermasalah), tidak aku ketahui daripadanya hadis yang sahih.[6] Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan bahawa Imam Ibn Hibban turut mengkritik Sulaiman bin Daud al-Yamami sebagai perawi yang daif.[7] Oleh itu, hadis yang menyebutkan berkenaan perempuan yang meratapi jenazah akan datang di hari kiamat menggonggong seperti gonggongan anjing merupakan hadis daif. Kesimpulannya, meskipun tidak dijumpai mana-mana hadis berkenaan perempuan yang suka membebel dan suka menjerit di hadapan suami dikatakan pada hari akhirat keadaannya seperti anjing yang menggonggong, namun terdapat pengajaran yang boleh diambil iaitu perlu adanya sikap saling memahami serta menghormati antara suami dan isteri agar suasana rumah tangga yang terbina menjadi ceria dan harmoni. Nabi SAW pernah bersabda: خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي Maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah orang yang baik dengan keluarganya dan aku adalah orang yang baik dengan keluargaku.[8] Riwayat al-Tarmizi Selain itu, elakkan daripada sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh pasangan masing-masing. Hal ini kerana situasi sedemikian akan mengundangan pergaduhan dan pertengkaran antara satu sama lain. Sebaliknya, sentiasa fokuskan kepada kedamaian dalam berumah tangga kerana ia sesuatu yang dituntut dalam agama. Syeikh Abu Bakr Usman bin Syata al-Dimyati menyebutkan dalam karyanya Iʻanah al-Talibin ‘ala Hall Alfaz Fath al-Muʻin, kata beliau: ويجب ‌على ‌الزوجين أن يتعاشرا بالمعروف، بأن يمتنع كل عما يكره صاحبه ويؤدي إليه حقه مع الرضا وطلاقة الوجه من غير أن يحوجه إلى مؤنة وكلفة في ذلك Maksudnya: Wajib ke atas suami isteri saling bergaul dengan cara yang baik. Setiap pasangan perlu mengelakkan daripada perkara yang tidak disukai oleh pasangannya, menyempurnakan hak, saling meredai antara satu sama yang lain, saling menggembirakan dengan tidak mendatangkan sesuatu hajat yang membebankan pasangan melainkan perkara-perkara asas, pembiayaan nafkah  dan seumpamanya.[9] Wallahuaʻlam. [1] Jalal al-Din al-Suyuti. (t.t.). Lubab al-Hadis. (tanpa cetakan). 55. [2] Ibid., 1. [3] Rujuk Muhammad Nawawi al-Bantani. (1353). Tanqih al-Qawl al-Hasis bi Syarh. Mesir: Matbaʻah Mustafa Muhammad. [4] Sulaiman bin Ahmad al-Tabarani. (t.t.). al-Muʻjam al-Awsat. ed. Tariq ‘Iwadullah. Kaherah: Dar al-Haramain. 5: 251. نَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْيَمَامِيُّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ هَؤُلَاءِ النَّوَائِحِ يُجْعَلْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَفَّيْنِ فِي جَهَنَّمَ، صَفٌّ عَنْ يَمِينِهِمْ، وَصَفٌّ عَنْ يَسَارِهِمْ، فَيَنْبَحْنَ عَلَى أَهْلِ النَّارِ كَمَا يَنْبَحُ الْكِلَابُ» لَمْ يَرْوِ هَذَيْنِ الْحَدِيثَيْنِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ إِلَّا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْيَمَامِيُّ " [5] Syams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Zahabi. (1967). Diwan al-Duʻafa’ wa al-Matrukin. ed. Hammad bin Muhammad al-Ansari. Mekah: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah. 1: 171. سليمان بن داود اليمامي: عن يحيى بن أبي كثير، ضعفوه. [6] Ibn Abi Hatim al-Razi. (). Al-Jarh wa al-Taʻdil. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. 4: 110. [7] Ibn Hajar al-‘Asqalani. (2002). Lisan al-Mizan. ed. Abd al-Fattah Abu Ghuddah. t.tp. Dar al-Basya’ir. 4: 140. وقال ابن حبان: ضعيف. [8] Muhammad bin Isa bin Saurah al-Tarmizi. (1975). Sunan al-Tarmizi. ed. Ibrahim ‘Atuwwah ‘Awwad. Hadis no. 3895. 5: 709. [9] Abu Bakr Usman bin Syata al-Dimyati. (1997). Iʻanah al-Talibin ‘ala Hall Alfaz Fath al-Muʻin. Dar al-Fikr. 3: 421.
400
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PutrajayaWilayah Persekutuan Labuan TAHUN MUAT TURUN 2023   Muat Turun 2022   Muat Turun 2021   Muat Turun 2020   Muat Turun 2019   Muat Turun 2018   Muat Turun 2017   Muat Turun 2016   Muat Turun 2015   Muat Turun 2014   Muat Turun 2013   Muat Turun TAHUN MUAT TURUN 2023   Muat Turun 2022   Muat Turun 2021   Muat Turun 2020   Muat Turun 2018   Muat Turun 2017   Muat Turun 2016   Muat Turun 2015   Muat Turun 2014   Muat Turun 2013   Muat Turun
401
SOALAN 35 (25/06/2015 BERSAMAAN 08 RAMADAN 1436H)   Apakah hukum bercumbu dengan isteri pada siang hari bulan Ramadan?   JAWAPAN Makruh secara tahrim bercumbu dalam bulan Ramadan dengan isterinya pada siang hari bagi orang yang syahwatnya bergelora sama ada lelaki atau perempuan. Inilah pendapat Mazhab Hanafi dan Syafie. Walaupun begitu, Ibn Munzir berkata: “Telah memberi rukhsah (pada bercumbu) oleh Umar, Ibn Abbas, Abu Hurairah, ‘Aisyah, Ata’, Sya’bi, al-Hasan, Ahmad dan Ishak.” Oleh itu, amat wajar bagi seseorang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang berkemungkinan mendorong kea rah yang ditegah oleh syarak.
402
Soalan: Apakah hukum sekiranya saya sujud sahwi kerana meninggalkan sunat hai’ah dalam solat? Ringkasan Jawapan Kita tidak disunatkan untuk sujud sahwi jika meninggalkan sunat hai’ah ketika solat. Jika ia tetap dilakukan, maka solat adalah terbatal. Huraian Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Perkara-perkara sunat ketika sunat terbahagi kepada dua jenis, iaitu: Sunat ab‘adh: Ab‘adh merupakan kata jamak bagi ba‘dh yang bermaksud sebahagian, dan ia dinamakan demikian kerana ia menyerupai perkara-perkara fardu dalam solat, dan disunatkan sujud sahwi jika meninggalkannya. Sunat hai’at: Perkara sunat selain daripada sunat ab‘adh.[1] Dalam mazhab Syafi‘e, sujud sahwi tidak disunatkan jika seseorang itu meninggalkan sunat hai’ah. Kata Imam al-Nawawi: وَأَمَّا غَيْرُ الْأَبْعَاضِ مِنْ السُّنَنِ كَالتَّعَوُّذِ وَدُعَاءِ الِافْتِتَاحِ وَرَفْعِ الْيَدَيْنِ وَالتَّكْبِيرَاتِ وَالتَّسْبِيحَاتِ وَالدَّعَوَاتِ وَالْجَهْرِ وَالْإِسْرَارِ وَالتَّوَرُّكِ وَالِافْتِرَاشِ وَالسُّورَةِ بَعْدَ الْفَاتِحَةَ وَوَضْعِ الْيَدَيْنِ عَلَى الرُّكْبَتَيْنِ وَتَكْبِيرَاتِ الْعِيدِ الزَّائِدَةِ وَسَائِرِ الْهَيْئَاتِ الْمَسْنُونَاتِ غَيْرِ الْأَبْعَاضِ فَلَا يَسْجُدُ لَهَا سَوَاءٌ تَرَكَهَا عَمْدًا أَوْ سَهْوًا لِأَنَّهُ لَمْ يُنْقَلُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السجود لشئ مِنْهَا وَالسُّجُودُ زِيَادَةٌ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يَجُوزُ إلَّا بِتَوْقِيفٍ  Maksudnya: Adapun perkara sunat selain sunat ab’adh seperti membaca isti’azah, doa iftitah, mengangkat tangan ketika takbir, mengucapkan takbir, membaca tasbih dan doa, menguatkan atau memperlahankan bacaan, duduk secara tawarruk atau iftirash, membaca surah selepas fatihah, meletakkan tangan di atas peha ketika duduk, takbir tambahan ketika solat sunat hari raya dan lain-lain sunat hai’ah, seseorang itu tidak perlu sujud sahwi sama ada jika dia meninggalkannya secara sengaja atau kerana terlupa. Hal ini kerana tiada riwayat daripada Rasulullah SAW berkenaan sujud kerana meninggalkan perkara-perkara tersebut. Sujud sahwi merupakan satu perkara tambahan dalam solat, dan ia tidak boleh dilakukan melainkan melalui penetapan oleh Baginda SAW sendiri.[2] Jika seseorang itu sujud jika meninggalkan sunat hai’ah, maka solatnya terbatal. Kata Syeikh Sa’id Ba’isyin: وإنما تُسَنُّ (بأَحَدِ أَسْبابٍ ثلاثةٍ)، بل خمسة: تَرْكُ بَعْضٍ، ونَقْلُ قولِيٍّ غيرُ مُبْطِلٍ، وزيادةُ فِعلٍ يبطل عمدُه فقط، والشَّكُّ في تَرْكِ بَعْضٍ، وإِيقَاعُ فعلٍ مَعَ الترَدُّدِ في زِيادته. فإِنْ سَجَدَ لِغَيرِ ذلك.. بَطَلَتْ صلاةٌ غير الجاهلِ المعذورِ بِنحو قرب عهد بالإسلام Maksudnya: Sujud sahwi itu hanya disunatkan jika berlaku salah satu daripada tiga perkara bahkan lima (menurut Syeikh Ba’isyin), iaitu: meninggalkan sunat ab’adh, memindahkan rukun qauli yang tidak menyebabkan batal solat, menambah perbuatan yang membatalkan solat jika dilakukan secara sengaja, rasa syak pada meninggalkan sunat ab’adh dan melakukan suatu perbuatan solat bersama rasa syak berlakunya penambahan padanya. Jika seseorang itu sujud selain daripada perkara tersebut, solatnya batal, kecuali bagi orang jahil yang dimaafkan, contohnya orang yang baru sahaja memeluk Islam.[3] Wallahu a’lam. [1] Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: Qism al-’Ibadat oleh Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaf (2003) Tarim: Dar al-Mirath al-Nabawi, Cetakan Pertama, hal. 226 [2] Rujuk Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab oleh Muhyiddin al-Nawawi (t.t) Dar al-Fikr, 4/125-126 [3] Rujuk Busyra al-Karim bi Syarh Masa’il al-Ta’lim oleh Syeikh Sa’id Ba’isyin al-Hadhrami (2004) Jeddah: Dar al-Minhaj, Cetakan Pertama, hlm. 291
403
Soalan Assalamualaikum. Saya ada satu persoalan. Adakah dikira pahala sunat sekiranya saya mencukur rambut anak lelaki saya yang baru lahir terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah kerana saya tidak cukup wang untuk melakukan majlis aqiqah pada hari ke-7 kelahiran? Mohon penjelasan. Jawapan Ringkas Sunat cukur rambut pada hari ke-7 walaupun masih belum berkemampuan untuk melakukan sembelihan aqiqah. Pahala sunat tetap dikira walaupun apa yang lebih baik adalah melakukan aqiqah terlebih dahulu sebelum mencukur rambut berdasarkan hadis Nabi SAW dan pandangan para ulama dalam bab ini. Namun begitu, sekiranya tidak mempunyai kelapangan waktu atau terdapat kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah di kemudian hari sama ada pada hari ke-14, hari ke-21, atau mana-mana hari yang berkelapangan. Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza-beza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak. Huraian Jawapan Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda SAW, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat. Mencukur rambut bayi merupakah salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh Syarak. Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya: عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.” Riwayat al-Tirmizi (1519) Namun begitu, timbul persoalan berkenaan di antara mencukur rambut dengan aqiqah, yang manakah perlu didahulukan? Bagi menjawab persoalan di atas, Imam Nawawi Rhm. dalam hal ini menyebut khilaf ulama Syafieyyah dalam hal ini, وَهَلْ يُقَدَّمُ الْحَلْقُ عَلَى الذَّبْحِ فِيهِ وَجْهَانِ (أَصَحُّهُمَا) وَبِهِ قَطَعَ الْمُصَنِّفُ وَالْبَغَوِيُّ وَالْجُرْجَانِيُّ وَغَيْرُهُمْ يُسْتَحَبُّ كَوْنُ الْحَلْقِ بَعْدَ الذَّبْحِ وَفِي الْحَدِيثِ إشَارَةٌ إلَيْهِ (وَالثَّانِي) يُسْتَحَبُّ كَوْنُهُ قَبْلَ الذَّبْحِ وَبِهَذَا قَطَعَ الْمَحَامِلِيُّ فِي الْمُقْنِعِ وَرَجَّحَهُ الرُّويَانِيُّ وَنَقَلَهُ عَنْ نَصِّ الشَّافِعِيِّ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ Maksudnya:“Berkenaan isu adakah didahulukan cukur rambut berbanding sembelih (aqiqah)? (Jawapannya) Terdapat dua pandangan. [Pandangan paling tepat] adalah seperti yang dipegang oleh penulis, al-Baghawi, al-Jurjani, dan selain mereka bahawa disunatkan mencukur rambut setelah melakukan aqiqah (kerana) terdapat hadis yang menunjukkan isyarat (tertib) sebegitu. [Pandangan kedua menyebut] disunatkan mencukur rambut sebelum melakukan aqiqah. Pandangan ini dipegang oleh al-Mahamili dalam kitabnya al-Muqni’ dan dirajihkan oleh al-Ruyani sepertimana yang dinukilkan daripada ibarat Imam al-Syafie. Wallahua’lam.” (Rujuk: al-Majmu’ Syarh Muhazzab, 8/433) Hadis yang dimaksudkan imam Nawawi di atas merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, كلُّ غُلامٍ رَهينةٌ بعَقيقةٍ تُذبَحُ عنه يومَ سابعِهِ، ويُحلَقُ رأسُهُ، ويُسَمَّى Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.” Riwayat Abu Daud (1522) Mengikut susunan hadis di atas, saranan untuk sembelihan akikah disebut terlebih dahulu sebelum disebutkan cukur rambut dan pemberian nama. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang diriwayatkan ‘Abd al-Razzaq dalam mushannafnya, daripada Ibn Juraij, katanya: يُبْدَأُ بِالذَّبْحِ قَبْلَ الْحَلْقِ Maksudnya: “Dimulakan dengan sembelihan (aqiqah), kemudian cukur rambut.” (Rujuk: Mushannaf ‘Abd al-Razzaq, 4/332) Berdasarkan perbahasan di atas, tertib yang paling terbaik adalah seperti yang ditunjukkan dalam hadis di atas iaitu mendahulukan majlis aqiqah terlebih dahulu sebelum melakukan cukur rambut dan selainnya pada hari ke-7 kelahiran. Sekiranya tidak berkelapangan atau mempunyai kekangan-kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah pada hari ke-14 atau hari ke-21. Sekiranya masih tidak berkelapangan juga, boleh melakukannya pada bila-bila waktu yang berkelapangan sebelum umur bayi menjengah akil baligh. Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak. Wallahua’lam. Rujuk juga artikel lain: 1- https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4292-al-kafi-1646-adakah-boleh-melakukan-aqiqah-pada-hari-ke-5-kelahiran-bayi 2- https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri
404
Soalan: Apakah benar di akhir zaman Tasik Tabari akan kering akibat diminum oleh Ya’juj dan Ma’juj?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Sebelum kami menceritakan tentang perihal keringnya Tasik Tabari di akhir zaman dari sudut kesahihannya dengan berpandukan kepada nas-nas sama ada daripada al-Quran ataupun hadith Nabi SAW, alangkah baiknya jika kita mengetahui akan kedudukannya terlebih dahulu berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam Wikipedia. Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias (Bahasa Ibrani: ים כנרת‎, Bahasa Arab: بحيرة طبرية‎) terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu) kira-kira 21 km (13 batu) panjang dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km² dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki). Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati iaitu sebuah tasik air masin). Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee. [https://ms.wikipedia.org/wiki/Laut_Galilee] Berdasarkan soalan di atas, kami akan menyertakan sebahagian teks hadith yang menceritakan perihal keadaan tersebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam hadith yang panjang riwayat:   Daripada al-Nawwas bin Sam’an RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda:   وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ، فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا، وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ Maksudnya: “Allah SWT akan mengutuskan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka akan datang dari segala penjuru dengan begitu cepat. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan meminum apa yang ada di dalamnya (sehingga kering) sehinggakan yang terakhir daripada kalangan mereka berkata: Tadi ada air di tasik ini.” [Riwayat Muslim (2937)]   Imam Mulla Ali al-Qari ketika mensyarahkan hadith mengatakan bahawa Ya’juj dan Ma’juj akan meminum air daripada Tasik Tabari ini sehingga yang terakhir atau salah seorang daripada mereka akan berkata bahawa dahulunya tasik atau tempat ini mempunyai air yang banyak. [Lihat: Mirqah al-Mafatih, 8/3463] Di samping itu juga, Imam al-Qurtubi ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa Ya’juj dan Ma’juj ini akan meminum air daripada Tasik Tabari ini. [Lihat: al-Tazkirah, 779] Justeru, di dalam hadith jelas menyatakan bahawa air di Tasik Tabari akan kering akibat diminum oleh Ya’juj dan Ma’juj apabila mereka muncul di akhir zaman nanti dan ini juga menunjukkan bilangan Ya’juj dan Ma’juj begitu ramai disebabkan itu al-Quran dan Nabi SAW menyatakan bahawa mereka iaitu Ya’juj dan Ma’juj akan keluar dengan meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.   Firman Allah SWT:   حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ al-Anbiya’: 96 Maksudnya: “(Demikianlah keadaan mereka) sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, mereka akan meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”   Penutup Kesimpulannya, hadith yang menyatakan berkaitan Tasik Tabari akan kering adalah hadith yang sahih kerana ia diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya. Di samping itu, peristiwa ini akan berlaku di akhir zaman apabila munculnya Ya’juj dan Ma’juj yang mana keluarnya mereka ini termasuk di dalam tanda-tanda besar Kiamat. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada fitnah yang zahir dan batin serta memasukkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Amin.   Wallahua’alm
407
SOALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera SS Mufti, saya orang awam ingin menanyakan soalan kepada Tuan Mufti berkenaan apakah bacaan yang betul ketika rukuk, sujud dan sujud sahwi. Sebagai contoh, saya mendapati bahawa kalimah ‘Wabihamdih’ itu dari hadis dhaif. Saya juga mendapati bahawa bacaan “Subhana man la yanamu wala yashu” ini tiada asal. Adakah ia benar? Mohon pencerahan Tuan Mufti. RINGKASAN JAWAPAN Seseorang Muslim boleh membaca tambahan lafaz Wabihamdihi dalam zikir ketika rukuk dan sujud dalam solat sepertimana yang terdapat dalam hadis Saidatina Aisyah RA. Begitu juga, dia dibolehkan membaca lafaz Subhana man la yanamu wala yashu ketika sujud sahwi kerana lafaz tersebut dianjurkan oleh para ulama fiqh kerana lafaznya yang sesuai dengan keadaan kelalaian diri yang berlaku ketika menunaikan solat. Meskipun zikir ini tiada asal daripada mana-mana riwayat yang sahih, namun maknanya tidak bertentangan dengan syarak dan menepati maksudnya bertasbih mensucikan Allah daripada segala kekurangan. Namun, lebih afdal di sisi para ulama mazhab Syafi’i membaca zikir sama seperti zikir dalam solat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab Raudah al-Tolibin.   HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Membaca Tasbih Ketika Rukuk Dan Sujud Solat merupakan salah satu kewajipan bagi setiap Muslim. Solat perlu ditunaikan mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan. Seseorang Muslim perlu menunaikannya dengan sempurna dari segi rukun dan syarat solat yang telah ditetapkan antaranya rukuk dan sujud. Terdapat bacaan zikir ketika melaksanakan setiap pergerakan rukun-rukun solat. Antaranya bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud sepertimana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ سُبْحَانَ رَبِّي الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ ثَلَاثًا وَفِي سُجُودِهِ سُبْحَانَ رَبِّي الاعلي وبحمده ثلاثا  رواه الدارقطني.  Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW berkata ketika rukuk Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi sebanyak tiga kali, dan ketika sujud Subhana Rabbi al-A’la wa Bihamdihi sebanyak tiga kali. Riwayat al-Darqutni (1292) Menurut Imam Nawawi, hadis di atas merupakan riwayat al-Darqutni yang terdapat dalam jalur sanadnya seorang perawi dhaif iaitu Muhammad bin Abi Laila. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 3/413) Menurut Imam Ibn ‘Alan, meskipun riwayat wa bihamdihi lemah sanadnya tetapi terdapat riwayat yang menguatkan sanad tersebut sepertimana yang sabit dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh oleh Saidatina Aisyah RA: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان يقول في ركوعه وسجوده: "سُبْحانَكَ اللهُم رَبنا وبِحَمْدِكَ، اللهُم اغْفِرْ لي Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW mengucapkan ketika rukuk dan sujudnya “Subhanaka Allahumma Rabbina wa Bihamdik, Allahummaghfirli” (Rujuk: Al-Futuhat al-Rabbaniyah ala al-Azkar al-Nawawiyah, 2/243-244) Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ada menyatakan bahawa hadis ini merupakan asal (dalil) kepada bacaan “Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi” ketika rukuk dan bacaan “Subhana Rabbi al-A’la wa Bihamdihi” ketika sujud. (Rujuk: Al-Talkhis al-Habir fi Takhriji Ahadis al-Rafiee al-Kabir, 1/439) Bacaan Zikir Ketika Sujud Sahwi Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili, al-Sahwu adalah suatu kekurangan yang berlaku pada orang yang sedang solat dalam solatnya sama ada ia berlaku secara sengaja ataupun terlupa. Ia berperanan sebagai pengganti kekurangan tersebut. (Rujuk: Al-Fiqh al-Manhaji, 1/171). Sujud sahwi disyariatkan apabila seseorang itu tertinggal sunat-sunat ab’ad seperti tasyahud awal, doa qunut atau terlupa bilangan rakaat solat yang sedang dilaksanakan. Antara riwayat yang menjadi dalil pensyariatan amalan tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Said al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثاً أَمْ أَرْبَعاً؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْساً، شَفَعْنَ لَهُ صَلاَتَهُ وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لِأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ Maksudnya: Jika salah seorang antara kamu ragu-ragu dalam sembahyangnya, lalu dia tidak pasti sudah berapa rakaat dia bersembahyang, sama ada tiga rakaat ataupun yang keempat, maka hendaklah dia meninggalkan keraguan tersebut, dan tetapkanlah bilangan rakaat yang diyakini (mengambil bilangan rakaat yang paling sedikit). Kemudian hendaklah dia melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi) sebelum dia memberi salam. Jika dia telah mengerjakan sebanyak lima rakaat, maka disempurnakan sembahyangnya itu dengan sujud tersebut (dikira sempurna empat rakaat) dan jika hakikatnya dia telah bersembahyang empat rakaat maka kedua sujudnya itu sebagai penghinaan terhadapyaitan. Riwayat Imam Muslim (571) Sepertimana rukun-rukun solat yang lain, sujud sahwi juga mempunyai lafaz zikir yang dibaca ketika melaksanakannya. Menurut para ulama mazhab Syafi’ie menetapkan agar berdiam daripada berzikir ketika kedua-dua sujud sahwi itu. Hal ini kerana zikir yang lebih afdal ketika sujud sahwi itu ialah zikir sepertimana ketika sujud dalam solat fardu.[1] (Rujuk: Raudah al-Tolibin wa Umdah al-Muftin, 1/315) Oleh itu, zikir yang afdal ketika melakukan sujud sahwi ialah zikir yang sama dibaca ketika sujud dalam solat iaitu سُبْحَانَ رَبِّي الاعلي وبحمده. Selain itu, sebahagian ulama mazhab Syafi’i juga menggalakkan bacaan sujud sahwi “Subha man la yanamu wa la yashu” ‌سبحان ‌من ‌لا ‌ينام ‌ولا ‌يسهو. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi: وسمعت بعض الأئمة يحكي: أنه يستحب أن يقول فيهما: ‌سبحان ‌من ‌لا ‌ينام ‌ولا ‌يسهو. وهذا لائق بالحال Maksudnya: Aku (al-Rafi’ie) mendengar sebahagian para imam menyatakan bahawa disunatkan membaca pada dua sujud ini (sujud sahwi): “Subhana man la yanamu wala yashu”, dan ucapan inilah yang paling sesuai dengan keadaannya. (Rujuk: Raudah al-Tolibin wa Umdah al-Muftin, 1/315) Berdasarkan kenyataan Imam Nawawi itu, dapat diketahui bahawa bacaan yang sunat untuk dibaca ketika melakukan sujud sahwi ialah “Subhana man la yanamu wala yashu”. Hal ini kerana bacaan tersebut sesuai dengan situasi kelalaian yang berlaku ketika menunaikan solat. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Hathami: وقيل يقول فيهما ‌سبحان ‌من ‌لا ‌ينام ‌ولا ‌يسهو وهو لائق بالحال لكن إن سها لا إن تعمد؛ لأن اللائق حينئذ الاستغفار Maksudnya: Membaca pada kedua-duanya subhana man la yanamu wala yashu (maha suci Tuhan yg tidak tidur dan tidak lupa). Ia (bacaan ini) bersesuaian dengan keadaan terlupa, bukan sengaja. Kerana yang sesuai bagi orang yang sengaja ketika itu adalah memohon keampunan (kerana sengaja melakukan perkara yg menyebabkan sunat sujud sahwi) (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 2/199) Menurut kenyataan Imam Ibnu Hajar al-Haithami, segala kekurangan yang berlaku ketika solat harus dinilai sama ada kelalaian tersebut disengajakan ataupun tidak. Sekiranya seseorang itu tertinggal perkara sunat dalam solat yang menuntut kepada perlaksanaan sujud sahwi maka hendak membaca “subhana man la yanamu wala yashu” dan sekiranya seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja maka bacaan yang sesuai ketika itu adalah Istighfar. Meskipun zikir ini tiada asal dari mana-mana riwayat yang sahih, namun maknanya tidak bertentangan dengan syarak dan menepati maksudnya bertasbih mensucikan Allah daripada segala kekurangan. Hal ini dikuatkan dengan perbuatan Nabi SAW yang tidak mengingkari seorang sahabat yang menambah zikir tidak ma’thur ketika iktidal dalam solat.[2] (Rujuk: Fathu al-Bari li Ibnu Hajar, 2/289)   KESIMPULAN Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa seseorang Muslim boleh membaca tambahan lafaz Wabihamdihi dalam zikir ketika rukuk dan sujud dalam solat sepertimana yang terdapat dalam hadis Saidatina Aisyah RA. Begitu juga, dia dibolehkan membaca lafaz Subhana man la yanamu wala yashu ketika sujud sahwi kerana lafaz tersebut dianjurkan oleh para ulama fiqh kerana lafaznya yang sesuai dengan keadaan kelalaian diri yang berlaku ketika menunaikan solat. Namun, lebih afdal di sisi para ulama mazhab Syafi’i membaca zikir sama seperti zikir dalam solat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab Raudah al-Tolibin. Meskipun zikir ini tiada asal daripada mana-mana riwayat yang sahih, namun maknanya tidak bertentangan dengan syarak dan menepati maksudnya bertasbih mensucikan Allah daripada segala kekurangan. Wallahu A'lam.   Rujukan: [1]  وكتب الأصحاب ساكتة عن الذكر فيهما، وذلك يشعر بأن المحبوب فيها، هو المحبوب في سجدات صلب الصلاة، كسائر ما سكتوا عنه من واجبات السجود ومحبوباته [2]  وَقَدْ تَقَدَّمَ فِي الْحَدِيثِ الَّذِي قَبْلَهُ تَرْكُ إِنْكَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَنْ زَادَ فِي الِاعْتِدَالِ ذِكْرًا غَيْرَ مَأْثُورٍ
408
Soalan: Assalamualaikum Datuk Mufti, ustaz dan ustazah. Saya ada terbaca satu kenyataan berkenaan tiada ayat yang menyatakan keperluan untuk membaca al-quran dalam Bahasa Arab dan cukup sekadar memahami sahaja. Kenyataan tersebut turut didatangi dengan dalil dari Surah Ibrahim ayat ke-4. Mohon penjelasan Datuk berkenaan perkara ini. Terima Kasih.   Ringkasan Jawapan: Secara ringkasnya, tidak boleh membaca al-Quran dengan bahasa lain selain bahasa Arab. Hal ini kerana, al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan mendapat pahala apabila dibaca dalam bahasa berkenaan walaupun tidak memahami maknanya. Adapun merujuk terjemahan adalah untuk memahami maksud ayat yang dibaca dan tidak mendapat pahala dari segi bacaan atau tilawah jika sekadar membaca terjemahan tersebut, serta tidak sah solat jika membaca terjemahan ayat al-Quran.   Huraian Jawapan: Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari akhirat. Terlebih dahulu perlu difahami definisi al-Quran yang mana ia merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam sebagai petunjuk dan panduan kepada umat Islam. Berdasarkan persoalan yang diutarakan, perlu difahami terlebih dahulu maksud ayat dari surah Ibrahim: وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ فَيُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ‎﴿٤﴾‏ Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4) Berdasarkan ayat berikut, diutuskan para rasul mengikut jenis dan bahasa sesebuah kaum adalah sebagai penerang dan penyampai kepada kaum tersebut. Ibnu Kathir telah menafsirkan lagi ayat berikut di dalam karyanya bahawa ia adalah salah satu dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT dengan mengutuskan seseorang rasul mengikut bangsa dan kaumnya supaya dapat memberi kefahaman dari apa yang ingin disampaikan oleh-Nya. [1] Oleh sebab itu, turunnya wahyu Allah SWT dalam bahasa arab kerana Rasulullah SAW lahir dari masyarakat Arab dan berperanan sebagai pemberi kefahaman kepada masyarakat tersebut. Sesungguhnya Allah SWT juga telah menyatakan tujuan penurunan al-Quran dalam bahasa arab sebagai penerang dan penjelas di dalam firmannya: كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ‎﴿٣﴾ Maksudnya: “Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu: iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya”. (Surah Fussilat: 3) Berdasarkan ayat di atas, al-Quran yang diturunkan mempunyai fungsinya dalam memberi penerangan kepada pembacanya. Ibn Kathir telah menafsirkan ayat tersebut bahawa al-Quran itu berperanan dalam menjelaskan makna dan hukum-hukum bagi sesuatu ayat.[2] (Rujuk Tafsir al Quran al ‘Azim: 7/161) Oleh itu, di dalam isu ini membaca al-Quran hendaklah dibaca dalam bahasa Arab kerana al-Quran diturun dalam bahasa tersebut. Imam Nawawi ada menyatakan hukum membaca al-Quran selain dari bahasa Arab sama ada seseorang itu mahir atau kurang mahir di dalam bahasa berkenaan meskipun diluar solat adalah tidak harus. [3] (Rujuk Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab: 3/379) Meskipun begitu, tidak menjadi satu masalah bagi mereka yang ingin membaca terjemahan al-Quran untuk memahami maksud bagi sesuatu ayat. Namun membaca terjemahan tidak seperti membaca al-Quran kerana terjemahan tidak dianggap sebagai mushaf. Bahkan membaca al-Quran dalam bahasa arab juga perlu menitik beratkan beberapa aspek seperti hukum tajwid, waqaf dan sifat bagi sesuatu huruf supaya terpelihara maknanya. Sesungguhnya perkara ini telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya: وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil.” (Surah al-Muzammil: 4) Menurut Imam al-Mawardi tentang membaca al-Quran secara tartil ialah membaca al-Quran mengikut susunan dan turutan tanpa mengubah lafaz serta tidak mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal. [4] Dengan kata lain, membaca al-Quran secara tertib dan mengikut hukum tajwid di dalam al-Quran.[5] (Rujuk Tafsir Al-Mawardi: h892) Oleh sebab itu, menjadi ibadat kepada mereka yang membaca al-Quran yang mana orang yang membacanya akan diberi ganjaran bagi setiap satu huruf dengan sepuluh ganjaran kebaikan.[6] Hal ini juga sama seperti mana dalam hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud: من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan itu dengan sepuluh ganjaran yang seumpama dengannya, aku tidak mengatakan (الم) itu satu perkataan akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” [7] (Sunan Tirmidhi: 2910)   Kesimpulan: Dari sudut hukum tidak boleh membaca al-Quran dengan bahasa lain selain bahasa Arab. Hal ini kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan mendapat pahala apabila dibaca dalam bahasa Arab walaupun tidak memahami maknanya. Adapun merujuk terjemahan adalah sekadar untuk memahami maksud ayat yang dibaca dan tidak mendapat pahala dari segi bacaan atau tilawah jika sekadar membaca terjemahan tersebut. Bahkan tidak sah solat sekiranya membaca terjemahan di dalam ibadat tersebut. Wallahu A’lam.     [1] Al-Qurasyi, Abu al-Fida’ bin Ismail bin Kathir. (1420H/1999M) Tafsir Al-Quran Al-‘Azim. Tahqiq: Sami bin Muhammad Al-Salamah. Cetakan2. Dar Tayyibah. J4 h477. Teks asal: هَذَا مِنْ لُطْفِهِ تَعَالَى بِخَلْقِهِ: أَنَّهُ يُرْسِلُ إِلَيْهِمْ رُسُلًا (3) مِنْهُمْ بِلُغَاتِهِمْ لِيَفْهَمُوا عَنْهُمْ مَا يُرِيدُونَ وَمَا أُرْسِلُوا بِهِ إِلَيْهِمْ [2] Ibid J7 h161. Teks Asal : بُينت مَعَانِيهِ وَأُحْكِمَتْ أَحْكَامُهُ [3] An-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Sharaf. Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab. Dar al-fikr. J3, H379. Teks Asal: مذهبنا أنه لا يجوز قراءة القرآن بغير لسان العرب سواء أمكنه العربية أو عجز عنها [4] Al-Mawardi, Abu al-Hassan ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadi. (T.T) Al-Nakt wa al-‘Uyun. Tahqiq: al-Sayyid Ibn ‘Abd al-Maqsud bin Abd Rahim. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. J6 H126. Teks Asal: أن تقرأه على نظمه وتواليه , لا تغير لفظاً ولا تقدم مؤخرا [5] https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tartil di akses pada: 20 Feb 2022. [6] Al-Bakri, Muhammad Ali bin Muhammad bin Ilan bin Ibrahim. (1425H/2004M). Dalil al-Falihin Lituruq Riyadh al-Solihin. Tahqiq: Khalil Ma’mun Syaihan. Beirut: Dar al-Ma’rifat. Cetakan ke-4. J6 h482. Teks asal: المتعبد بتلاوته (فله حسنة) هي ذلك الحرف المقروء (والحسنة) مجزية (بعشر أمثالها) فالقارىء مجازى عن الحرف الواحد بعشر حسنات [7] At-Tirmidhi, Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa bin Dhuhak. (1998M). Sunan Al-Tirmizi. Tahqiq: Basyar ‘Iwadh Ma’ruf. Beirut: Dar al-Ghurub al-Islami. J5 h25.
410
Soalan Adakah Tawaf Wada’ wajib dan apakah perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada’?   Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Kami mulakan hal ini dengan nas daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, beliau berkata: أُمِرَ النَّاسُ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنْ الْحَائِضِ Maksudnya: “Orang ramai diperintahkan menjadikan perkara terakhir mereka (ketika melakukan haji dan umrah) adalah dengan tawaf di Kaabah, melainkan diberi keringanan kepada wanita berhaid.” Riwayat al-Bukhari (1755) dan Muslim (3284) Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: Hadis ini mengandungi dalil tentang kewajipan Tawaf Wada’ kerana ada perintah yang dikuatkan dan kerana ungkapan adanya keringanan bagi wanita haid. (Lihat Fath al-Bari, 3/747) Hadis di atas menunjukkan Tawaf Wada` hukumnya wajib dan ia dikecualikan bagi wanita yang sedang mengalami haid. Perintah wajib ini disebabkan ‘arahan perintah’ (فعل الأمر) dalam hadis ini bersifat ‘mutlak’, tiada qarinah menunjukkkan ia hanya menunjukkan sunat atau harus. Kaedah menjelaskan “الأمر المطلق” menunjukkan wajib (الأمر المطلق يفيد الوجوب). (Lihat Syarh al-Kaukab al-Munir, 3/3 dan Syarh Zad al-Mustaqni’ oleh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi, 13/127) Dalam hadis yang lain, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata: كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِى كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ Maksudnya: “Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing-masing (untuk meninggalkan Mekah). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan Mekah sehinggalah akhir keberadaannya (di Mekah) al-Bait (Tawaf al-Wada`).” Riwayat Muslim (3283), Ibn Majah (3070) Imam al-Nawawi berkata, “Hadis ini mengandungi dalil bagi pendapat yang mewajibkan Tawaf Wada’ dan apabila ditinggalkan maka harus membayar Dam. Inilah pendapat yang sahih menurut mazhab kami dan inilah pendapat majoriti Ulama.” (Lihat Syarh Sahih Muslim, 9/79) Imam al-Nawawi juga berkata: “Ashab kami mengatakan, “Sesiapa yang telah selesai dari manasiknya dan dia ingin bermukim di Mekah, maka tidak ada ke atasnya Tawaf al-Wada’. Perkara ini tidak ada khilaf padanya. Sama ada dia termasuk penduduknya atau bukan. Sekiranya dia ingin keluar dari Mekah menuju ke negaranya atau ke lainnya, maka dia mesti melakukan Tawaf al-Wada’.” (Lihat al-Majmu’, 8/254) Imam al-Zarkasyi berkata: Larangan ke atas sesuatu perkara menunjukkan perintah melakukan lawannya (ضده). Berdasarkan kaedah ini lawan kepada larangan meninggalkan Mekah sebelum tawaf wada` ialah melakukan tawaf wada` sebelum meninggalkan Makkah. Oleh itu melakukan tawaf wada` sebelum meninggalkan Makkah adalah wajib. (Lihat al-Bahr al-Muhit, 2/421) Imam al-Syaukani ketika menerangkan maksud hadis di atas berkata: “Perkataan Baginda: “Jangan seseorang daripada kamu terus bergerak pulang..” sehingga ke akhirnya, ia merupakan bukti wajibnya Tawaf al-Wada’. (Lihat Nail al-Autar, 5/106)   Berkenaan perkara-perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada', Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-35 Musim Haji 1440H yang bersidang pada 9-11 November 2018 bersamaan 1-3 Rabi’ul Awwal 1440 Hijrah telah memutuskan berkenaan dengan Perkara-perkara Yang Diharuskan Selepas Tawaf Wada’, iaitu:   Pertama: Sejurus Selepas Tawaf Wada’ Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya di Masjidil Haram. Berdoa di Multazam. Mengucup Al-Hajar al-Aswad. Menunaikan solat sunat safar. Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang melaungkan azan. Begitu juga apabila sudah sampai di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram untuk beliau solat fardhu bersama imam di Masjidil Haram. Bergambar atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat. Walaupun begitu, tidak digalakkan.    Kedua: Selepas Tawaf (di Penginapan atau Hotel) Makan dan minum di hotel. Qadha hajat. Menyalin dan menukar pakaian. Zikir dan membaca al-Quran sementara menunggu. Mengambil beg atau barang yang diletakkan / ditinggalkan di bilik penginapan. Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang. Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama. Tidur dalam bilik hotel sementara menunggu bas atau kenderaan datang. Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik (bagi kes kecemasan dan hajat). Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah atau Madinah seperti membeli makanan dan minuman untuk kegunaan dalam perjalanan dan sebagainya. Menunggu kenderaan (lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya). Bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di penginapan. Membayar dam. Walaupun begitu, digalakkan untuk membayar sebelum Tawaf Wada’. Semoga pencerahan ini dapat merungkai pelbagai isu berkaitan Tawaf Wada’, apa yang boleh dan apa yang tidak dibolehkan.
411
Soalan: Suatu ketika saya pernah bangun untuk solat Zohor, tapi entah kenapa dalam hati saya niatkan untuk solat Asar. Setelah masuk ke rakaat kedua barulah saya sedar akan perkara tersebut. Jadi adakah sah solat jika saya meniatkan dalam hati untuk menukarnya kepada solat Zohor dan menyambung solat seperti biasa?  Ringkasan Jawapan: Perbuatan menukar niat solat fardu kepada solat fardu yang lain ketika sedang solat akan menyebabkan solat yang sedang dilakukan seseorang itu terbatal, dan niat solat yang baharu itu juga tidak tercapai. Huraian Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Pada asalnya, antara perkara yang membatalkan solat ialah perbuatan menukar niat solat itu sendiri. Kata Imam al-Khatib al-Syarbini: (وَ) السَّادِسُ (تَغْيِيرُ النِّيَّةِ) إلَى غَيْرِ الْمَنْوِيِّ، فَلَوْ قَلَبَ صَلَاتَهُ الَّتِي هُوَ فِيهَا صَلَاةً أُخْرَى عَالِمًا عَامِدًا بَطَلَتْ صَلَاتُهُ Maksudnya: Perkara keenam yang membatalkan solat ialah menukar niat kepada perkara yang tidak diniatkan pada asalnya; maka jika seseorang itu menukar solat yang sedang dilakukannya kepada solat lain secara sengaja, maka solatnya terbatal.[1] Namun dalam hal ini terdapat perincian. Kata Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’: قال الماوَرْدِيُّ: نقلُ الصلاةِ إلى صلاةٍ أقسامٌ: أحدُها: نقلُ فرضٍ إلى فرض: فلا يحصلُ واحدٌ منهما، الثاني: نقلُ نفلٍ راتبٍ إلى نفلٍ راتبٍ؛ كَوِتْرٍ إلى سنةِ الفجر فلا يحصلُ واحدٌ منهما، الثالث: نقلُ نفلٍ إلى فرضٍ فلا يحصل واحدٌ منهما Maksudnya: Kata al-Mawardi: Perpindahan satu solat kepada satu solat yang lain ada beberapa jenis. Pertama: Perpindahan solat fardhu kepada solat fardhu yang lain, maka tidak diperolehi salah satu dari duanya sama sekali. Kedua: Perpindahan sunat sunat ratib kepada solat sunat ratib yang lain, seperti dari solat witir kepada solat sunat fajar, maka tidak diperolehi salah satu daripada keduanya sama sekali. Ketiga: Perpindahan solat sunat kepada solat fardu, maka tidak diperolehi salah satu daripada kedua-duanya sama sekali.[2] Imam al-Nawawi menyebut juga pada tempat yang lain: مَتَى دَخَلَ فِي فَرِيضَةٍ ثُمَّ صَرَفَ نِيَّتَهُ إلَى فَرِيضَةٍ أُخْرَى أَوْ نَافِلَةٍ بَطَلَتْ الَّتِي كَانَ فِيهَا وَلَمْ يَحْصُلْ الَّتِي نَوَاهَا بِلَا خِلَافٍ لِمَا ذَكَرَهُ وَفِي انْقِلَابِهَا نَافِلَةً خِلَافٌ قَالَ أَصْحَابُنَا مَنْ أَتَى بِمَا يُنَافِي الْفَرِيضَةَ دُونَ النَّفْلِيَّةِ فِي أَوَّلِ فَرِيضَةٍ أَوْ اثنائها بطل فرضه Maksudnya: Jika seseorang itu memulakan solat fardu, lalu dia menukar niatnya kepada solat fardu yang lain, atau solat sunat, maka batallah solat yang sedang dilakukannya, dan dia juga tidak memperoleh solat yang diniatkannya itu, tanpa sebarang khilaf berdasarkan apa yang disebut oleh para ulama. Adapun sama ada solat itu bertukar kepada solat sunat, padanya terdapat khilaf. Kata para ulama ashab: Sesiapa yang melakukan perkara yang menafikan perkara fardu, dan bukannya sunat, pada permulaan atau pertengahan ibadat fardu itu, maka batallah ibadah fardu yang dilakukannya itu.[3] Hal yang sama disebut oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaily melalui contoh yang lebih jelas: وَإِنْ دَخَلَ في فَريضَةٍ كَالظُّهْرِ، ثُمَّ صَرف نِيَّتَهُ إِلى فريضةٍ أُخْرَى كالعَصرِ، بَطَلَتْ صلاتُه Maksudnya: Jika seseorang itu telah memulakan solat fardu contohnya Zohor, lalu dia menukar niatnya kepada solat fardu yang lain seperti Asar, maka batallah solatnya.[4] Kesimpulannya, perbuatan menukar niat solat fardu kepada solat fardu yang lain ketika sedang solat akan menyebabkan solat yang sedang dilakukan seseorang itu terbatal, dan niat solat yang baharu itu juga tidak tercapai. Wallahu a’lam.   [1] Rujuk al-Iqna’ fi Halli Alfaz Abi Syuja’ oleh al-Khatib al-Syarbini (t.t) Beirut: Dar al-Fikr, tahqiq: Maktab al-Buhtuh wa al-Dirasat, 1/151 [2] Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab oleh Abu Zakariyya al-Nawawi (t.t) Dar al-Fikr, 4/211 [3] Rujuk al-Majmu Syarh al-Muhazzab, 3/286 [4] Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e oleh Muhammad al-Zuhaily (2014) Damshik: Dar al-Qalam, Cetakan Keempat, 1/238
412
Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Kebiasaan yang berlaku dalam bulan Ramadan, ada para wanita yang berpusu-pusu memenuhkan saf di bahagian belakang sehingga menyebabkan saf hadapan kosong dan ia juga akan menyukarkan jemaah yang baru hadir untuk pergi ke bahagian saf hadapan. Apakah pandangan SS Datuk Mufti berkenaan persoalan ini, mohon penjelasan? Ringkasan Jawapan Sebaik-baik saf bagi wanita adalah di bahagian paling belakang sekiranya tiada pemisah antara jemaah lelaki dan wanita. Namun jika terdapat pemisah antara jemaah lelaki dan wanita, maka keutamaan saf wanita adalah di bahagian paling hadapan. Begitu juga jika wanita solat berjemaah dengan kumpulan wanita sahaja, maka saf hadapan adalah lebih utama. Huraian Jawapan Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Kami mulakan perbincangan ini dengan menukilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda[1]: صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً Maksudnya: “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat”. (Riwayat Bukhari) Solat berjemaah mempunyai  kelebihan-kelebihan yang besar seperti yang banyak disebutkan oleh para ulama. Baginda Nabi SAW sendiri telah mengajarkan adab-adab yang boleh dilakukan ketika solat berjemaah untuk mencapai kesempurnaan solat tersebut seperti meluruskan dan merapatkan saf, mengutamakan saf hadapan dan sebagainya. Biarpun begitu, terdapat perbezaan dalam memahami keutamaan saf solat jemaah bagi lelaki dan wanita. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Riwayat Abu Hurairah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda[2]: خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا ‏ Maksudnya: “Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah saf yang terawal dan seburuk-buruk saf bagi lelaki adalah yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita adalah saf yang terakhir dan seburuk-buruk saf bagi wanita adalah saf yang terawal.” (Riwayat Muslim) Imam Nawawi mensyarahkan bahawa hadis ini secara umumnya bermaksud sebaik-baik saf lelaki adalah di bahagian paling hadapan dan seburuk-buruk saf lelaki adalah di bahagian paling belakang. Manakala saf terbaik bagi wanita adalah di bahagian paling belakang dan saf terburuk bagi wanita adalah di bahagian paling hadapan. Makna kedudukan saf wanita yang ingin disampaikan dalam hadis berikut adalah ketika mana wanita melaksanakan solat berjemaah di belakang jemaah lelaki tanpa ada suatu pemisah di antara mereka. Manakala jika wanita menunaikan solat berjemaah sesama kumpulan wanita sahaja atau tiada pemisah di antara jemaah wanita dan jemaah lelaki, maka keutamaan kedudukan saf itu sama seperti keutamaan saf lelaki iaitu saf di bahagian paling hadapan adalah lebih utama daripada saf di bahagian belakang[3]. Ungkapan “seburuk-buruk saf” tersebut bukanlah memberi maksud bahawa perbuatan tersebut buruk dan jahat tetapi ia menggambarkan tingkatan pahala bagi setiap amalan. Mereka yang dikategorikan dalam “seburuk-buruk saf” adalah paling sedikit pahalanya, kurang fadilatnya dan ia jauh dari kehendak syarak manakala mereka yang dikategorikan dalam “sabaik-baik saf” adalah paling banyak pahalanya, banyak kelebihannya dan juga dekat dengan tuntutan agama. Antara sebab wanita diutamakan solat di saf bahagian belakang (dalam keadaan berjemaah dengan lelaki tanpa ada penghalang) adalah supaya dapat mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan wanita, jauh dari pandangan lelaki ajnabi serta dapat menjaga hati-hati manusia ketika melihat pergerakan dan mendengar suara ajnabi[4]. KESIMPULAN Keutamaan wanita untuk melaksanakan solat di saf bahagian belakang adalah apabila saf jemaah lelaki dan jemaah wanita tidak dipisahkan dengan sesuatu penghalang seperti tabir, tirai, dinding dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekiranya jemaah lelaki dan wanita itu dipisahkan dengan sesuatu penghalang iaitu dalam keadaan mereka tidak saling melihat antara satu sama lain, maka menjadi keutamaan wanita untuk memenuhkan saf di bahagian hadapan terlebih dahulu. Hal ini kerana fitnah-fitnah yang dibimbangi berlaku seperti percampuran lelaki dan perempuan sudah tidak berlaku lagi kerana keadaan wanita pada ketika itu sudah tertutup daripada kaum lelaki. Wallahu a’lam   Rujukan: [1] Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari. (Damsyiq; Dar Ibnu Kathir, 1994). Jld 1. Hlmn 231. No hadis 619. [2] Ibid. Muslim al-Naisaburi. Jld 1. Hlmn 326. No hadis 440. [3] Al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syaraf. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. (Qaherah: Idarah al-Tabaah al-Munirah, 1347H). Jld 4. Hlmn 301. وَكَذَا فِي صُفُوفِ النِّسَاءِ الْمُنْفَرِدَاتِ بِجَمَاعَتِهِنَّ عَنْ جَمَاعَةِ الرِّجَالِ أَمَّا إذَا صَلَّتْ النِّسَاءُ مَعَ الرِّجَالِ جَمَاعَةً وَاحِدَةً وَلَيْسَ بَيْنَهُمَا حَائِلٌ فَأَفْضَلُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا لِحَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالُ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا [4] Al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syaraf. Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim. (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, 1392H). Jld 4. Hlmn 159. والمراد بشر الصفوف في الرجال والنساء أقلها ثوابا وفضلا وأبعدها من مطلوب الشرع وخيرها بعكسه وإنما فضل آخر صفوف النساء الحاضرات مع الرجال لبعدهن من مخالطة الرجال ورؤيتهم وتعلق القلب بهم عند رؤية حركاتهم وسماع كلامهم ونحو ذلك
414
Soalan : Assalamualaikum ustaz. Saya ada persoalan lagi tentang hadis. Saya pernah dengar seorang motivator sebut yang Nabi kata siapa yang tidak kumpulkan harta, maka dia tidak mendapat apa-apa kebaikan. Betul kah ada hadis ini? Mohon pencerahan ustaz. Ringkasan jawapan: Ia dinukilkan oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitab al-Maudu’at. Hakikatnya, ia bukan ucapan Nabi SAW akan tetapi Ia adalah ucapan seorang Tabi’in yang terkenal di Madinah iaitu Sa’id bin al-Musayyab. Ia turut dijelaskan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman bahawa ucapan tersebut adalah ucapan Sa’id bin al-Musayyab bukan ucapan Nabi SAW. Al-Baghawi juga menisbahkan kepada Sa’id in al-Musayyab di dalam Syarh al-Sunnah. Justeru, tidak boleh sama sekali menisbahkan ucapan tersebut kepada Nabi SAW. Bahkan ia boleh membawa kepada pendustaan ke atas Nabi SAW. Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam. Huraian jawapan : Asal matan hadis yang dikatakan tersebut adalah seperti berikut : ‌لَا ‌خَيْرَ ‌فِيمَنْ ‌لَا ‌يَجْمَعُ ‌الْمَالَ يَصِلُ بِهِ رَحِمَهُ وَيُؤَدِّي بِهِ عَنْ أَمَانَتِهِ وَيَسْتَغْنِي بِهِ عَنْ خَلْقِ رَبِّهِ Maksudnya : “Tiada kebaikan yang diperoleh oleh orang yang tidak mengumpulkan harta di mana dia boleh menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, dia mampu untuk menunaikan amanah dengan harta tersebut dan merasa cukup dengan tidak meminta-meminta kepada makhluk Tuhannya.” Hadis ini dinukilkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitab al-Maudhu’at. Beliau menukilkan sanad dan matan seperti berikut : أَنْبَأَنَا ابْنُ خَيْرُونٍ عَنِ الْجَوْهَرِيِّ عَن الدَّارقطني عَن أبي حَاتِم بن حبَان حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ زُهَيْرٍ حَدَّثَنَا الْعَلاءُ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ عَنْ مُرْجَاءِ بْنِ رَجَاءٍ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “Ibn Khairun telah memberitahu kami. Beliau meriwayatkan daripada al-Jauhari daripada al-Daruqutni daripada Abu Hatim bin Hibban. Beliau berkata : Ahmad Bin Yahya bin Zuhair telah menceritakan kepada kami bahawa beliau berkata : al-‘Ala Bin Maslamah telah menceritakan kepada kami bahawa beliau berkata : Hasyim bin al-Qasim telah menceritakan kepada kami bahawa beliau meriwayatkan daripada Murja’ bin Raja’ daripada Sa’id daripada Qatadah daripada Anas. Beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda…” Dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama al-‘Ala bin Maslamah. Beliau adalah Abu Salim al-Rawwas. Ibn Hibban menyebut bahawa beliau banyak meriwayatkan hadis-hadis yang tertukar sanadnya daripada ahli Iraq. Bahkan beliau banyak menisbahkan hadis-hadis palsu kepada para perawi yang thiqah (dipercayai kredibilitinya) lebih-lebih lagi jika beliau meriwayatkan daripada Hasyim Bin al-Qasim daripada Muzji bin Raja daripada Sa’id daripada Qatadah daripada Anas.[1] Al-Hafiz al-Zahabi menukilkan ucapan Abu al-Fath al-Azdi yang mengkritik al-‘Ala’. Beliau menyatakan bahawa tidak boleh meriwayatkan hadis daripada beliau. Beliau seakan tidak memperdulikan apa yang beliau riwayatkan[2]. Dari sudut matan, menisbahkan lafaz tersebut kepada Nabi SAW adalah satu kesalahan. Ini kerana lafaz tersebut bukan lafaz yang diucapkan oleh Nabi SAW. Ia adalah ucapan salah seorang Tabi’in iaitu Sa’id bin al-Musayyab. Ucapan beliau dinukilkan oleh al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah[3]. Sa’id bin al-Musayyab berkata : ‌لَا ‌خَيْرَ ‌فِيمَنْ ‌لَا ‌يَجْمَعُ ‌الْمَالَ فَيَكُفُّ بِهِ وَجْهَهُ وَيُؤَدِّي بِهِ أَمَانَتَهُ وَيَصِلُ بِهِ رَحِمَهُ Maksudnya : “Tiada kebaikan yang diperoleh oleh orang yang tidak mengumpulkan harta di mana dia boleh menahan dirinya (dari meminta-minta), menunaikan amanah dengan harta tersebut dan menyambung hubungan kekeluargaan.” Ucapan tersebut turut dinukilkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman[4]. Beliau dengan jelas menyebut bahawa Sa’id bin Al-Musayyab yang menyebutnya bukan Nabi SAW. Imam al-Baihaqi berkata : حَدَّثَنَاهُ السَّلَمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ حَامِدِ بْنِ مَتْوَيْهِ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَالِكٍ التِّرْمِذِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو سَالِمٍ الرَّوَّاسُ الْعَلَاءُ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ فَذَكَرَهُ. هَكَذَا رُوِيَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ فِيهِ رَاوِيَةٌ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَلَكِنِّي هِبْتُهُ، وَإِنَّمَا يُرْوَى هَذَا الْكَلَامُ بِعَيْنِهِ مِنْ قَوْلِ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ “Al-Sulami juga menceritakannya kepada kami, beliau berkata : Abdurrahman bin Hamid bin Matwaih telah menceritakan kepada kami bahawa beliau berkata : Ahmad bin Abdullah bin Malik al-Tirmizi telah menceritakan kepada kami, beliau berkata : Abu Salim al-Rawwas al-‘Ala bin Maslamah telah menceritakan kepada kami bahawa beliau berkata : Abu al-Nadr telah menceritakan kepada kami bahawa beliau menyebutkan hadis tersebut. Hadis tersebut diriwayatkan dengan sanad ini. Ada perawi yang menyebut : Rasulullah SAW bersabda. Namun saya takut untuk menyandarkan kepada Rasulullah. Ucapan ini secara tepatnya diucapkan oleh Sa’id Bin al-Musayyab.” Kesimpulannya, lafaz yang disebutkan bukan ucapan Nabi SAW. Menisbahkan lafaz tersebut kepada Nabi adalah satu kesalahan dan merupakan satu perbuatan berdusta menggunakan nama Nabi SAW.  Ia merupakan ucapan Sa’id bin al-Musayyab, seorang Tabi’in yang terkenal. Nota Hujung : [1] Ibn Hibban, Muhammad Bin Hibban, al-Majruhin min al-Muhaddithin wa al-Dhu’afa wa al-Matrukin(1976), Dar al-Wa’i, Aleppo, j.2 h.185. Beliau menyatakan : ‌الْعَلَاء ‌بن ‌مسلمة ‌الرواس أَبُو سَالم من بَغْدَاد يروي عَن الْعِرَاقِيّين المقلوبات وَعَن الثِّقَات الموضوعات لَا يحل الِاحْتِجَاج بِهِ بِحَال رَوَى عَن هِشَام بْنِ الْقَاسِمِ عَنْ مُرْجِيِّ بْنِ رَجَاءٍ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ [2] Syamsuddin al-Zahabi, Muhammad Bin Ahmad, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal (1963), Dar al-Ma’rifah, Beirut, j.3 h.105. al-Azdi menyebut :  لا تحل الرواية عنه، كان لا يبالى ما روى [3] Al-Baghawi, al-Husain Bin Mas’ud, Syarh al-Sunnah (1983), al-Maktab al-Islami, Damsyik-Beirut, j.14 h.291. [4] Abu Bakar al-Baihaqi, Ahmad Bin Al-Husain, Syu’ab al-Iman (2003), Maktabah al-Rusyd, Riyadh, j.2 h.448 no 1193.
415
SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan Idhtiba’ (اضطباع) serta hukumnya? JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW. Idhtiba’ (اضطباع) ialah seseorang lelaki yang berihram dengan meletakkan kain selendang yang dipakainya di bawah ketiak kanan dan kemudian melemparkan hujung kain tersebut ke sebelah tengkuk kiri dan membiarkan bahu kanannya terbuka. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/109) Hukum idhtiba’ adalah sunat (mustahab). Daripada Ibn Ya’la meriwayatkan daripada bapanya: أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم طَافَ بِالْبَيْتِ مُضْطَبِعًا وَعَلَيْهِ بُرْدٌ Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW bertawaf di Baitullah secara mudhtabi’ dan Baginda memakai Burd (selendang yang bergaris).” Riwayat al-Tirmizi (829) Syeikh al-Mubarakfuri dalam syarahan beliau kepada hadis di atas menukilkan kata-kata Syeikh Al-Qari yang menyatakan: Idhthiba’ dan Ramal keduanya merupakan sunnah pada setiap tawaf yang selepasnya dilakukan sa’ie dan idhthiba’ adalah sunnah pada setiap pusingan berbeza dengan Ramal. Serta tidak digalakkan idhthiba’ pada selain tawaf. Dan apa yang dilakukan oleh masyarakat awam dari perbuatan idhthiba’ ketika bermulanya ihram semasa haji atau umrah adalah sesuatu yang tiada asal baginya, bahkan dimakruhkan semasa solat. Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/506). Manakala perkataan Ramal yang dimaksudkan adalah merujuk kepada perbuatan seseorang itu bersegera dalam berjalan atau berjalan dengan laju semasa semasa tawaf serta bergoncang kedua bahunya. Perbuatan Ramal ini adalah di antara perkara sunat dalam tawaf dan disunatkan pada tiga pusingan tawaf yang pertama yang terdapat sa’ie selepasnya. Inilah pendapat majoriti para fuqaha dan mereka turut menyatakan bahawa perbuatan Ramal ini hanyalah disunatkan kepada golongan lelaki sahaja dan bukannya orang perempuan. Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَصْحَابَهُ اعْتَمَرُوا مِنَ الْجِعْرَانَةِ فَرَمَلُوا بِالْبَيْتِ وَجَعَلُوا أَرْدِيَتَهُمْ تَحْتَ آبَاطِهِمْ قَدْ قَذَفُوهَا عَلَى عَوَاتِقِهِمُ الْيُسْرَى Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW dan para sahabatnya berumrah dari Ji’ranah, maka mereka segera mengelilingi al-Bait (Ka’bah) dan (menggerakkan bahunya) dengan penuh kebanggaan. Mereka meletakkan pakaian atas mereka di bawah ketiak mereka dan melemparkan hujung ke atas bahu kiri mereka. Riwayat al-Tirmizi (829) dan Abu Daud (1884)   KESIMPULAN Kami berpandangan bahawa disunatkan kepada semua jemaah haji lelaki untuk memakai ihram secata idtiba’. Hal ini kerana, perbuatan tersebut adalah apa yang mengikut tuntutan yang dibuat oleh baginda Nabi SAW dan para sahabat. Justeru pemakaian ihram secara idtiba’ adalah satu perkara mustahab (sunat) dan dikira ganjaran pahala mengikut sunnah Nabi SAW. Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai olehNya seterusnya hidup dibawah rahmatNya. Amin.
417
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Dalam mazhab Syafi’e, terdapat dua istilah yang sering ditemui dalam kitab-kitab mazhab, iaitu qaul qadim dan qaul jadid. Sebelum menjelaskan lebih lanjut tentang makna kedua-dua istilah ini, kami bawakan terlebih dahulu latar belakang kehidupan Imam al-Syafi’e secara ringkas serta kembara ilmu beliau hingga berjaya mencapai taraf mujtahid mutlaq.   Biografi dan latar belakang Imam al-Syafi’e Imam al-Syafi’e atau nama penuhnya Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafie bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin al-Muttalib bin Abdi Manaf lahir pada tahun 150H di sebuah tempat bernama Ghazzah di kota ‘Asqalan. Nasab beliau bertemu dengan nasab Rasulullah SAW pada moyang mereka berdua iaitu Abdu Manaf. Ketika umurnya dua tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Hijaz dan apabila umurnya mencecah 10 tahun, ibunya membawanya ke Mekah kerana khuatir nasabnya yang mulia akan lenyap. (Rujuk Manaqib al-Syafi’e oleh Imam al-Baihaqi, 1/472 dan Tawali al-Ta'sis li Ma'ali Muhammad ibn Idris, hlm. 51) Di Mekah, beliau menuntut ilmu dengan beberapa orang ulama terkenal, antaranya Imam Khalid bin Muslim al-Zanji iaitu mufti Mekah pada waktu itu, Fudhail bin ‘Iyadh dan Sufyan bin ‘Uyainah. Kemudian beliau berpindah ke Madinah ketika berumur 12 tahun, dan telah menghafal kitab al-Muwatto hanya dalam masa 9 hari untuk membolehkan dirinya belajar dengan Imam Malik bin Anas. Beliau telah menjadi anak murid Imam Malik yang paling alim, selain turut belajar daripada ulama Madinah yang lain. Beliau telah diberikan kebenaran untuk berfatwa ketika umur beliau 15 tahun. Kemudiannya, beliau berpindah ke Yaman dan menuntut ilmu daripada Mutorrif bin Mazin, Hisyam bin Yusuf, ‘Amru bin Abi Salamah dan Yahya bin Hassan, sebelum menetap di Iraq dan berguru dengan Waki’ bin Jarrah, Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani, Hammad bin Usamah, Ayyub bin Suwaid al-Ramli dan Ismail bin ‘Ulayyah. Di Iraq, beliau telah mengarang kitab al-Hujjah yang menghimpunkan pandangan beliau yang lama (qaul qadim). Kemudian, Imam al-Syafi’e berpindah ke Mesir, dan mengubah banyak fatwa-fatwa beliau yang lama dan mengasaskan mazhab yang baharu yang menghimpunkan qaul jadid, yang dimuatkan di dalam kitab al-Umm. Beliau turut mengarang kitab al-Risalah dalam ilmu Usul Fiqh, sekaligus menjadi pengasas bagi ilmu ini. Beliau telah diiktiraf sebagai mujaddid (pembaharu) agama Islam bagi kurun yang kedua, antara lain kerana telah menghimpunkan antara dua manhaj, iaitu manhaj Ahlu Ra’yi yang diasaskan oleh Imam Abu Hanifah dan manhaj Ahlu al-Hadith yang dilazimi oleh Imam Malik bin Anas. Imam al-Syafi’e telah meninggal dunia pada tahun 204H di Kaherah, semoga Allah SWT merahmati roh beliau. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah hlm. 31-32)   Apakah maksud qaul qadim dan jadid? Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami, qaul qadim merupakan pandangan Imam Syafi’e sebelum beliau memasuki Mesir yang antara lain terkandung dalam kitab beliau al-Hujjah; manakala qaul jadid pula ialah pandangan Imam al-Syafi’e sewaktu di Mesir, yang antara lain termuat di dalam kitab Mukhtasar al-Buwaiti dan al-Umm. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj 1/53-54) Menurut Imam al-Ramli, qaul qadim ialah pandangan Imam al-Syafi’e ketika di Iraq, atau sebelum perpindahan beliau ke Mesir, manakala qaul jadid ialah pandangan beliau ketika di Mesir. (Rujuk Nihayah al-Muhtaj 1/50) Menurut Imam Khatib al-Syirbini, qaul qadim ialah pandangan Imam al-Syafi’e ketika di Iraq, samada melalui penulisan (yang terkandung dalam kitab al-Hujjah) atau fatwa secara lisan. Qaul jadid pula ialah pandangan Imam Syafi’e ketika di Mesir, samada dalam bentuk penulisan atau fatwa lisan, dan periwayat utama qaul jadid ialah al-Buwaiti, al-Muzani dan al-Rabi’; adapun murid beliau yang lain seperti Harmalah, Yunus bin Abd al-A’la, Abdullah bin Zubair al-Makki, mereka hanya meriwayatkan sebahagian pandangan Imam al-Syafi’e.  Adapun qaul yang diucapkan ketika tempoh waktu selepas beliau keluar dari Iraq dan sebelum sampai ke Mesir, maka pandangan yang lebih terkemudian dianggap sebagai qaul jadid, dan yang lebih awal sebagai qaul qadim. (Rujuk Mughni al-Muhtaj 1/107) Menurut Syeikh Muhammad al-Zuhaily, qaul qadim ialah pandangan Imam al-Syafi’e ketika beliau di Iraq secara bertulis dalam kitab al-Hujjah, atau fatwa yang beliau fatwakan. Antara perawi bagi qaul qadim ini ialah Imam Ahmad bin Hanbal, Za’farani, al-Karabisi dan Abu Tsur. Qaul jadid pula ialah qaul fiqhi yang dinyatakan Imam al-Syafi’e ketika di Mesir, samada secara bertulis atau fatwa secara lisan, dan antara periwayat qaul jadid ialah al-Muzani, al-Buwaiti, al-Rabi’ al-Muradi dan Harmalah. Kitab-kitab terpenting yang membawa qaul jadid ialah al-Umm, al-Imlaa’, Mukhtasar al-Buwaiti dan Mukhtasar al-Muzani. (Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e 1/25) Berdasarkan definisi para ulama yang dibawakan di atas, boleh disimpulkan bahawa qaul qadim merangkumi pandangan-pandangan Imam al-Syafi’e sebelum beliau menetap di Mesir, iaitu ketika beliau tinggal di Mekah, Madinah, Yaman dan Iraq. Adapun qaul jadid, ia merupakan pandangan-pandangan beliau ketika beliau berpindah ke Mesir, hinggalah setelah kewafatan beliau, dan qaul jadid merupakan qaul mu’tamad yang dijadikan fatwa yang mewakili mazhab Imam al-Syafi’e. Secara umumnya, Imam al-Syafi’e telah menarik kembali pandangan beliau yang lama (qaul qadim), dan berkata: “Aku tidak benarkan sesiapa meriwayatkan daripadaku pandangan aku yang lama”. Beliau juga tidak membenarkan qaul qadim dikira sebagai pandangan yang mewakili mazhab beliau. (Rujuk Mughni al-Muhtaj 1/107)   Kesimpulan Tuntasnya, qaul qadim merangkumi pandangan-pandangan Imam al-Syafi’e sebelum beliau menetap di Mesir, iaitu ketika beliau tinggal di Mekah, Madinah, Yaman dan Iraq.  Adapun qaul jadid, ia merupakan pandangan-pandangan beliau ketika beliau berpindah ke Mesir, hinggalah setelah kewafatan beliau, dan qaul jadid merupakan qaul mu’tamad yang dijadikan fatwa yang mewakili mazhab Imam al-Syafi’e. Wallahu a’lam.
419
Soalan : Assalamualaikum ustaz. Di tempat saya ada satu budaya setiap kali mengiringi jenazah di mana orang ramai akan bertakbir dan bertahlil kuat-kuat? Adakah dibolehkan budaya sebegitu rupa? Mohon penjelasan ustaz. Ringkasan jawapan : Perbuatan bertakbir dan bertahlil secara kuat ketika mengiringi jenazah adalah perbuatan yang makruh. Waktu tersebut adalah waktu untuk menginsafi diri dan mengingati kematian yang bakal dirasai satu hari nanti. Namun, hukumnya adalah sunat jika ianya dilakukan secara perlahan tanpa menguatkan suara. Semoga jenazah yang kita iringi dan majlis kematian yang dihadiri menjadikan kita lebih insaf dan berfikir tentang hari akhirat. Huraian jawapan : Mengiringi jenazah sepatutnya mengingatkan kita kepada negeri akhirat. Lambat laun kita juga akan merasai kematian. Allah SWT berfirman : كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ Maksudnya : “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati…”[1] Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, para fuqaha menghukum makruh perbuatan menguatkan suara ketika mengiringi jenazah. Perbuatan ini disebut sebagai Al-Lighat sepertimana yang dijelaskan oleh Sheikh Al-Qalyubi.  Beliau menyebut : ‌الْأَصْوَاتُ ‌الْمُرْتَفِعَةُ. وَيُقَالُ: فِيهِ لِغَاطٌ بِوَزْنِ كِتَابٍ وَسَوَاءٌ كَانَ بِالْقِرَاءَةِ أَوْ الذِّكْرِ أَوْ الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “Lighat adalah suara yang kuat sama ada membaca Al-Quran, zikir atau selawat ke atas Nabi SAW.”[2] Perbuatan tersebut adalah perbuatan makruh ketika mengiringi jenazah. Ini berdasarkan athar yang diriwayatkan oleh Qays Bin ‘Abbad, beliau berkata : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْرَهُونَ ‌رَفْعَ ‌الصَّوْتِ ‌عِنْدَ ‌الْجَنَائِزِ وَعِنْدَ الْقِتَالِ وَعِنْدَ الذِّكْرِ Maksudnya : Para Sahabat Rasulullah SAW tidak suka menguatkan suara ketika berada di samping jenazah, ketik berperang dan ketika berzikir.”[3] Sheikh al-Mahalli juga mejelaskan : (ويكره اللغط في الجنازة) وعبارة الروضة في المشي معه والحديث في امور الدنيا بل المستحب الفكر في الموت وما بعده وفناء الدن “Makruh menguatkan suara di sisi jenazah. Ibarah di dalam kitab al-Raudhah menyebut makruh menguatkan suara ketika mengiringi jenazah dan berbicara tentang hal ehwal keduniaan. Bahkan sunat untuk memikirkan kematian, apa yang akan berlaku dan kemusnahan dunia.”[4] Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : ‌لَا ‌تُتْبَعُ ‌الْجِنَازَةُ ‌بِنَارٍ ‌وَلَا ‌صَوْتٍ Maksudnya : “Jangan kamu iring jenazah dengan api mahupun suara.”[5] Perkara ini juga dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar Al-Haitami, beliau menyatakan : (وَيُكْرَهُ ‌اللَّغَطُ) وَهُوَ رَفْعُ الصَّوْتِ وَلَوْ بِالذِّكْرِ وَالْقِرَاءَةِ (فِي) الْمَشْيِ مَعَ (الْجِنَازَةِ) لِأَنَّ الصَّحَابَةَ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ  كَرِهُوهُ حِينَئِذٍ رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ وَكَرِهَ الْحَسَنُ وَغَيْرُهُ اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ وَمِنْ ثَمَّ قَالَ ابْنُ عُمَرَ لِقَائِلِهِ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَك بَلْ يَسْكُتُ مُتَفَكِّرًا فِي الْمَوْتِ وَمَا يَتَعَلَّقُ بِهِ وَفِنَاءِ الدُّنْيَا ذَاكِرًا بِلِسَانِهِ سِرًّا “Makruh melakukan laghat iaitu menguatkan suara walaupun untuk berzikir dan membaca Al-Quran ketika berjalan bersama jenazah. Ini kerana para Sahabat RA tidak menyukainya seperti mana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Al-Hasan Al-Basri dan lain-lain juga menghukumkan makruh ucapan ‘pohon keampunan untuk saudara kamu’ secara kuat. Justeru Ibn Umar menyebut kepada orang yang mengucapkannya : Tiada keampunan Allah untuk kamu bahkan sepatutnya dia diam berfikir tentang kematian dan apa yang berkaitan dengannya. Dia juga sepatutnya berfikir dengan fananya dunia sambil berzikir dengan lidahnya secara perlahan.”[6] Menurut Ibn Hajar Al-Haitami, makruh hukumnya menguatkan suara ketika mengiringi jenazah sama ada berzikir, bertakbir apatah lagi bertahlil secara kuat. Waktu tersebut seharusnya digunakan untuk mengingati kematian dan alam akhirat. Namun, sekiranya seseorang berzikir, bertakbir dan bertahlil secara perlahan ketika mengiringi jenazah ianya adalah perkara sunat. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Imam Syamsuddin Al-Ramli dalam Nihayah Al-Muhtaj.[7] Justeru,perbuatan bertakbir dan bertahlil secara kuat ketika mengiringi jenazah adalah perbuatan yang makruh. Waktu tersebut adalah waktu untuk menginsafi diri dan mengingati kematian yang bakal dirasai satu hari nanti. Namun, hukumnya adalah sunat jika ianya dilakukan secara perlahan tanpa menguatkan suara.   Nota hujung : [1] Surah Ali Imran : 185 , Surah Al-Anbiya : 35, Surah Al-‘Ankabut : 57 [2] Al-Qalyubi, Ahmad Bin Ahmad ; ‘Umairah, Syihabuddin Ahmad, Hasyiata Al-Qalyubi wa ‘Umairah  ‘ala Syarh Al-Mahalli ‘ala Minhaj Al-Talibin (1995), Dar Al-Fikr, Beirut, j.1 h.406. [3] Riwayat Al-Baihaqi no 7262, Al-Sunan Al-Kubra(2011), Markaz Hijr Li Al-Buhuth wa Al-Dirasat Al-‘Arabiyah Al-Islamiyah, j.7 h.510 [4] Jalaluddin al-Mahalli, Muhammad Bin Ahmad, Kanz al-Raghibin Syarh Minhaj al-Talibin (2013), Dar al-Minhaj, Jedaah, j.1 h.378. [5] Riwayat Ahmad no 9515, Musnad Imam Ahmad (2001), Muassash Al-Risalah, Beirut, j.15 h.316 [6] Ibn Hajar Al-Haitami, Ahmad Bin Muhammad, Tuhfah Al-Muhtaj fi Syarh Al-Minhaj (1983), Dar Ihya’ Al-Turath Al-‘Arabiy, Beirut, j.3 h.187. [7] Syamsuddin Al-Ramli, Muhammad Bin Abu Abbas Ahmad, Nihayah Al-Muhtaj ila Syarh Al-Minhaj(1984), Dar Al-Fikr, Beirut, j.3 h.23
420
SOALAN Assalammualaikum, Saya ada persoalan tentang pemilihan haiwan sembelihan korban, sekiranya haiwan korban itu berisi dan sihat tubuh badan tapi hanya ada sedikit kecacatan sahaja tanpa menjejaskan isi daging haiwan tersebut seperti buta sebelah matanya. adakah haiwan korban yang buta masih boleh dijadikan haiwan sembelihan korban? Sekiranya tidak sah, adakah masih boleh dimakan daging tersebut. Mohon pencerahan S.S Mufti Ringkasan Jawapan: Tidak sah haiwan sembelihan korban yang terdapat cacat cela dan aib termasuklah haiwan itu buta sekalipun hanya sebelah mata. Justeru, penyembelihan haiwan tersebut tidak dianggap daging ibadah korban namun masih boleh dimakan dan disedekah seperti dianggap daging  haiwan biasa  yang disembelih. Hal ini demikian  kerana syarat haiwan sembelihan  korban  mestilah tiada  kecacatan ketara seperti buta sebelah mata, terlalu kurus, sakit yang ketara, tempang kaki yang ketara, terputus telinga atau lebih teruk daripada itu. Namun, haiwan yang tidak ketara kecacatannya, seperti tidak terlalu kurus mahupun tidak ketara tempangnya, maka sah untuk dijadikan haiwan sembelihan korban. Huraian Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Dalil pensyariatan  ibadah korban bagi mereka yang mampu berdasarkan firman Allah SWT: فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” Surah al-Khauthar (2) Haiwan sembelihan yang boleh dijadikan korban ialah unta, lembu, kambing dan biri-biri. Haiwan tersebut sama ada jantan atau betina atau yang telah dikasi. (Rujuk Minhaj al-Talibin  wa Umdatun Muftin fi  al-Fiqh, 320) Sementara itu, haiwan korban mestilah dipilih daripada yang terbaik dan tiada cacat cela berdasarkan  hadis  sahih daripada  al-Bara’ bin ‘Azib R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda : أربعٌ لا تجوزُ في الأضاحي العوراءُ البيِّنُ عَوَرُها والمريضةُ البيِّنُ مرَضُها والعرجاءُ البيِّنُ ظَلَعُها والكسيرةُ التي لا تُنقِي Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban ialah yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya”. Riwayat Abu Daud  (2802) Para ulama bersepakat bahawa digalakkan mencari yang terbaik dan sempurna dalam pemilhan haiwan korban. Mereka juga bersepakat bahawa kecacatan yang disebut di dalam hadis di atas atau lebih teruk dari keempat-empat kecacatan tersebut tidak sah untuk dijadikan binatang korban (Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/120)  Al-Nawawi menjelaskan jenis kecacatan yang ketara pada binatang yang tidak menepati syarat-syarat korban: وشرطها سلامة من عيب ينقص لحما فلا تجزىء عجفاء ومجنونة ومقطوعة بعض إذن وذات عرج وعور ومرض وجرب بين ولا يضر يسيرها ولا فقد قرون وكذا شق الإذن وخرقها في الأصح. قلت: الصحيح المنصوص يضر يسير الجرب والله أعلم “Maksudnya: “Syarat haiwan korban mestilah   selamat daripada aib yang boleh mengurangkan dagingnya. Maka tidak sah binatang yang sangat kurus, gila, putus sebahagian telinga, tempang,  buta sebelah mata, sakit dan kudis yang jelas kelihatan. Tidak terjejas yang sedikit aibnya  begitu juga ketiadaan tanduk-tanduk,  koyak telinga, dan tebukan telinga menurut pendapat yang paling sahih. Menurut pendapatku: Pendapat yang sahih dan yang dinyatakan dalam kitab al-Umm bahawa tidak sah kudis yang sedikit” (Rujuk Minhaj al-Talibin  wa Umdatun Muftin fi al-Fiqh, 320). Berdasarkan kenyataan di atas, haiwan yang tidak jelas kecacatannya, seperti tidak terlalu kurus dan tidak ketara tempangnya, maka sah untuk dijadikan haiwan sembelihan korban. Penjelasan haiwan korban yang dikasi, rujuk perbahasan pada pautan artikel berikut : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3638-al-kafi-1346-bolehkah-haiwan-kasi-dijadikan-korban Penutup Kesimpulannya, kecacatan yang terdapat pada haiwan korban yang jelas kelihatan  seperti buta sebelah mata, terlalu kurus, sakit, jelas tempang kakinya, terputus telinga atau lebih teruk adalah tidak sah untuk dijadikan haiwan korban.  Maka, status penyembelihan haiwan korban itu tidak sah dan tidak dikira amalan ibadah korban namun dagingnya masih boleh dimakan dan disedekahkan seperti haiwan sembelihan biasa. Namun, kecacatan yang tidak ketara atau  terlalu sedikit cacatnya, maka sah untuk dijadikan haiwan sembelihan korban.
421
MUKADIMAH Isu buli timbul lagi di dada-dada akhbar. Yang terbaharu, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan melibatkan seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun yang dilaporkan dibuli dan dipukul bertubi-tubi termasuk menggunakan kasut sehingga menyebabkan mangsa menerima lapan jahitan di bibir. Sekalipun isu buli ini bukanlah isu yang baharu bahkan telah mendapat perhatian ramai pihak, namun ketika ia berulang kembali maka ini adalah suatu yang amat mendukacitakan. Justeru, Bayan Linnas dalam usaha memberi keterangan umum buat manusia tampil mengulas isu ini menurut perspektif agama serta menyatakan beberapa penyelasaian supaya kes ini dapat dikurangkan bahkan dielakkan dari terus berulang.   SEJARAH BULI DI MALAYSIA Kes buli di negara kita bukanlah suatu yang asing. Ia berlaku melibatkan pelajar sekolah menengah tidak kira sekolah berasrama atau sekolah harian, demikian juga turut melibatkan pelajar sekolah rendah, baik lelaki ataupun perempuan. Kesan dari kes-kes buli ini menyebabkan mangsa-mangsa yang terlibat mendapat kecederaan sama ada bersifat kekal atau sementara. Bahkan lebih malang lagi, ada yang menyebabkan kematian. Tahun lepas kita dikejutkan dengan kematian seorang pelajar kolej di pantai timur. Laporan menyebut bahawa mangsa meninggal dunia akibat salur darah pada leher sebelah kanan pecah dan terkoyak menyebabkan pendarahan menyeluruh pada otak akibat sepakan bertubi-tubi. Demikian di utara tanah air pada tahun lepas, seorang pelajar berusia 13 tahun dibuli dan dipukul oleh lima orang pelajar lain. Kesannya menyebabkan mangsa tersebut menghadapi pendarahan usus dan buah pinggang. Pada tahun 2014 pula sebuah video yang memaparkan seorang pelajar berumur 10 tahun dibuli dan dipukul oleh beberapa pelajar sekolah menengah telah menjadi viral di media sosial. Lebih menyedihkan apabila kes buli seumpama ini berlaku di sebuah asrama anak yatim.     KESAN-KESAN BULI Perbuatan membuli memang tidak dinafikan akan meninggalkan kesan kepada mangsa yang menghadapinya. Kesan yang terhasil sama ada bersifat kekal atau sementara. Begitu juga kesan terhadap fizikal dan mental mangsa buli. Berikut dikongsikan beberapa kesan-kesan buli terhadap mangsa: 1- Trauma. Inilah kesan buruk dari sudut emosi bagi mangsa-mangsa yang dibuli. Bahkan dilaporkan beberapa kes yang menceritakan mangsa buli rasa takut untuk kembali ke sekolah. Bahkan terdapat sebuah kes di Kelantan, seorang mangsa buli di salah sebuah sekolah berasa trauma ekoran diugut oleh pelajar-pelajar yang membulinya agar merahsiakan kejadian tersebut.   2- Kesan fizikal. Kesan-kesan fizikal ini melibatkan kecederaan kepada anggota tubuh mangsa buli. Terdapat kesan yang bersifat kekal dan ada juga yang bersifat sementara. Seorang mangsa buli di Kedah mengalami pendarahan usus dan buah pinggang disebabkan dipukul bertubi-tubi oleh sekumpulan pelajar senior di sekolahnya. Yang terbaharu, seorang pelajar tingkatan dua dilaporkan menerima lapan jahitan di bibir akibat dibelasah dengan menggunakan kasut secara beramai-ramai. Pihak doktor pula menyatakan bahawa mangsa berisiko mengalami kecacatan kekal.   PERSPEKTIF ISLAM TERHADAP BULI Perkara penting yang perlu semua kita fahami, Islam adalah satu agama yang benar-benar menjaga dan memelihara karamah insaniah (kemuliaan insan). Sebab itu kita dapati bahawa di dalam Islam terdapatnya hukuman qisas yang mana antara takrifannya adalah: Hukuman yang ditentukan kadarnya dari sudut syarak sebagai hak kepada anak Adam. Dalam menjelaskan hal ini, Allah S.W.T berfirman: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam. Surah al-Isra (70)   Ketika menafsirkan ayat ini, al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah berkata: Allah S.W.T mengkhabarkan bahawa Dia memuliakan anak Adam dengan cara Dia menciptakan mereka dengan sebaik-baik kejadian. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (5/97). Manakala larangan dan balasan buat mereka yang memukul orang lain adalah tersangat banyak seperti yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis-hadis. Firman Allah S.W.T: وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun. Surah al-Kahf (49)   Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda: إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏ Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka. Riwayat Muslim (2581)   Kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini: Sangat benarlah Nabi S.A.W. Kerana sesungguhnya inilah sebenar-benar muflis. Adapun seorang yang muflis di dunia, maka sesungguhnya dunia itu datang dan pergi. Boleh jadi seseorang itu asalnya fakir, lalu dia berubah menjadi kaya ataupun sebaliknya. Akan tetapi, sebenar-benar muflis itu adalah ketika seorang itu muflis atas segala kebaikan yang dia telah berpenat lelah dalam mengerjakannya. Di hadapannya hari kiamat yang amalan kebaikannya akan menjadi saksi. Kemudian kebaikan tersebut diambil oleh si fulan dan si fulan. Pada hadis ini menunjukkan ancaman terhadap perbuatan melakukan kejahatan ke atas makhluk. Rujuk Riyadh al-Solihin, Al-Nawawi (1/251).   KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN   Kami nyatakan bahawa sesuatu perkara itu apabila ia bertentangan dengan agama dan nilai kemanusiaan, maka ia adalah tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. Allah S.W.T mengajar kita untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah-Nya, saling menghormati sesama manusia, berkasih sayang antara satu sama lain, serta menjaga hak-hak karamah insaniah. Ingatlah, apabila kita membuli orang lain boleh jadi kita juga bakal dibuli oleh orang lain dalam hari-hari yang mendatang. Boleh jadi anak-anak kita juga akan menjadi mangsa buli pada masa hadapan kelak. Hendaklah setiap mereka yang terlibat dengan perbuatan buli ini merasa insaf, bahawa setiap tindakan dan amalan kita di atas bumi ini akan dinilai oleh Allah S.W.T. Dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perkara kesemuanya itu tidak terlepas dari catatan dan hitungan Malaikat. Tambahan pula perbuatan menzalimi manusia yang lain tanpa hak. Firman Allah S.W.T: وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun. Surah al-Kahf (49)   Dalam surah yang lain Allah S.W.T berfirman: ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ Maksudnya: Pada hari ini kami kunci mati ke atas mulut-mulut mereka, dan Kami jadikan tangan-tangan mereka berbicara, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka kerjakan dahulu. Surah Yaasin (65)   Ketika mana kita menyedari hakikat ini, bahawa segala amalan kita akan dihitung dan dipertanggungjawabkan, maka sudah tentulah kita akan merasa insaf. Disuburkan pula dengan rasa hormat serta kasih sayang sesama manusia yang lain. Ingatlah bahawa kita semua akan kembali menemui Tuhan kita. Sekiranya baik segala amalan kita di dunia ini maka kita pasti akan mendapat kebaikan di akhirat sana. Sebaliknya, jika amal-amal buruk sahaja yang kita bawa sepanjang perjalanan di dunia ini, buruk jugalah balasan yang bakal kita terima. Akhir kalam, sebagai seruan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, dan masyarakat, marilah kita sama-sama membulatkan tekad agar dapat kita hidup dalam keadaan tolong-menolong, saling berkasih sayang, serta hormat-menghormati antara sesama manusia. Jauhilah perbuatan buli-membuli dan mainkanlah peranan masing-masing sebagai ibubapa, guru-guru, tokoh-tokoh masyarakat dalam membasminya. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua serta menjadikan segala perbuatan dan tingkah laku kita ini bakal menjadi saham amal soleh buat kita di akhirat kelak. Ameen.   Akhukum Fillah, S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 24 FEBRUARI 2016 BERSAMAAN 15 JAMADIL AWAL 1437 H
422
SOALAN Assalamualaikum, Datuk Mufti, saya ada persoalan yang ingin diajukan kepada pihak Datuk mengenai solat tahiyat al-masjid?. Jika saya datang ke masjid pada hari jumaat dan mendapati imam sedang berkhutbah, adakah saya masih boleh menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum duduk mendengar khutbah atau tidak boleh? Sekian terima kasih.   RINGKASAN JAWAPAN Seseorang yang memasuki masjid disunatkan untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid sebagai mengagungkan rumah Allah SWT. Begitu juga jika seseorang yang datang ke masjid dan imam sedang berkhutbah di atas mimbar, maka dia masih dituntut menunaikan solat sunat tersebut dan duduk mendengar khutbah setelah menunaikannya. Sementara itu, bagi yang datang pada akhir khutbah dan menyangka bahawa solat Jumaat akan didirikan sebentar lagi maka dia tidak perlu untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid. Bahkan sunat bagi dia berdiri menunggu solat Jumaat didirikan supaya tidak duduk dalam masjid sebelum dia melakukan solat sunat tahiyat al-masjid.   HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Secara asasnya, seseorang yang masuk masjid disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyat al-masjid. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah: إِذَا ‌جَاءَ ‌أَحَدُكُمُ ‌الْمَسْجِدَ ‌فَلْيُصَلِّ ‌سَجْدَتَيْنِ ‌مِنْ ‌قَبْلِ ‌أَنْ ‌يَجْلِسَ Bermaksud: Sekiranya setiap seorang di antara kamu datang ke masjid maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk. Riwayat Abu Daud (467) Menurut Syeikh Mahmud Muhammad al-Subki menjelaskan dua kali sujud yang terdapat dalam hadis ini bermaksud dua rakaat yang dilakukan sebagai mengagungkan masjid.[1] (Rujuk: Al-Manhal al-Azbu al-Maurud Syarh Sunan Abi Daud, 4/77) Sementara itu, jika seseorang datang ke masjid pada hari Jumaat dan imam sedang menyampaikan khutbah, dia disunatkan (dituntut) menunaikan solat sunat tahiyat al-masjid sebanyak dua rakaat dan hendaklah meringkaskannya. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah: إِذَا ‌جَاءَ ‌أَحَدُكُمْ ‌يَوْمَ ‌الْجُمُعَةِ، ‌وَالْإِمَامُ ‌يَخْطُبُ، ‌فَلْيَرْكَعْ ‌رَكْعَتَيْنِ، ‌وَلْيَتَجَوَّزْ ‌فِيهِمَا Bermaksud: Sekiranya seseorang datang ke (masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah maka solatlah dua rakaat dan hendaklah meringkaskan kedua-dua rakaat. Riwayat Muslim (59) Hal ini juga terdapat dalam kenyataan Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang menyebut: التحية لداخل المسجد ‌والخطيب ‌على ‌المنبر فيسن له فعلها ويخففها وجوبا Bermaksud: (Solat) Tahiyat bagi orang yang memasuki masjid ketika imam sedang berkhutbah di atas mimbar maka dia disunatkan untuk menunaikan dan wajib meringkaskannya. (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 2/455) Namun sekiranya dia datang ketika imam hendak selesai menyampaikan khutbah dan dia bersangka dengan sangkaan yang kuat bahawa sekiranya dia menunaikan solat sunat tersebut maka dia akan terlepas takbiratul ihram bersama-sama imam maka sunat bagi dia untuk tidak solat sunat tersebut dan hendaklah dia berdiri menunggu solat Jumaat diririkan dan tidak duduk supaya tidak menjadi orang yang duduk sebelum melakukan solat sunat tahiyat al-Masjid.[2] Sebagai tambahan, penjelasan mengenai keringanan ketika melaksanakan solat sunat tersebut dengan melakukan perbuatan solat yang wajib sahaja.[3]  (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/554)   KESIMPULAN Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa seseorang yang memasuki masjid disunatkan untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid sebagai mengagungkan rumah Allah SWT. Begitu juga jika seseorang yang datang ke masjid dan imam sedang berkhutbah di atas mimbar, maka dia masih dituntut menunaikan solat sunat tersebut dan duduk mendengar khutbah setelah menunaikannya. Sementara itu, bagi yang datang pada akhir khutbah dan menyangka bahawa solat Jumaat akan didirikan sebentar lagi maka dia tidak perlu untuk melakukan solat sunat tahiyat al-masjid. Bahkan sunat bagi dia berdiri menunggu solat Jumaat didirikan supaya tidak duduk dalam masjid sebelum dia melakukan solat sunat tahiyat al-masjid.  [1] أى ركعتين تعظيما للمسجد [2]أما الداخل في آخر الخطبة فإن غلب على ظنه أنه إن صلاها فاتته تكبيرة الإحرام مع الإمام لم يصل التحية بل يقف حتى تقام الصلاة ولا يقعد لئلا يكون جالسا في المسجد قبل التحية  [3]والمراد بالتخفيف فيما ذكر الاقتصار على الواجبات
423
Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Memandangkan esok adalah merupakan hari wuquf di Arafah bagi mereka yang berada di Tanah Suci. Kami merasa terpanggil untuk menjelaskan berkaitan kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aiduladha.Oleh itu kami namakan Bayan Linnas kali ini  dengan ‘Kelebihan Hari Arafah Dan Hari Raya Aiduladha’ Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ''Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Umar SAW bertanya, “Ayat yang mana satu?'' Dia menjawab الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ  Maksudnya: 'Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan ) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa ( maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' (Surah al-Ma'idah: 3)   Umar berkata lagi, ''Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.'' Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibnu Abbas dan seumpamanya, beliau telah berkata ,''Ia telah diturunkan pada dua hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.''   Makna Berhari Raya Hari raya merupakan musim untuk umat Islam bergembira dan berseronok. Ini merupakan kegembiraan dan keseronokan bagi orang yang beriman di dunia ini seperti hamba yang dilepaskan oleh tuannya. Apabila berjaya menyempurnakan segala arahan tuannya, orang yang beriman akan memperoleh pahala di atas segala amalan mereka dan keteguhan mereka menunaikan segala perintah Allah sebagaimana firman-Nya, قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ  Maksudnya: ''Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal).'' (Surah Yunus: 58) Ulama berkata,''Tiada yang dapat mengembirakan seseorang melainkan dia tidak lalai daripada mengingati Allah. Orang yang lalai gembira apabila hawa nafsunya dituruti manakala orang berakal gembira dengan Tuhannya”. Samnun bermadah: Hatiku sunyi sebelum mencintaimu      Dengan memikirkan keduniaan, ia membuatkan aku leka dan bermegah Ketika hatiku menyeru, fantasi cintamu menyambutnya      Bukanku melihatnya tentang kehancuranmu yang berlalu Aku dilempar jauh darimu, andaiku berdusta      Jika aku berada didunia lain, aku gembira Jika ada sesuatu dinegara ini dengan segalanya      Jika engkau hilang daripada pandanganku, pasti berderai airmataku Jika engkau mahu, hubungilah aku, jika kamu enggan, tidak perlu      Aku melihat hatiku tidak secocok dengan orang selainmu.   Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah menyambut dua hari raya. Maka Rasulullah SAW telah bersabda, فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.'' Riwayat Imam Ahmad (12362) Allah telah menggantikan kepada umat-Nya dua hari untuk berseronok kosong dan lalai pada hari itu dengan hari untuk kita bersyukur,memohon keampunan dan kemaafan antara satu sama lain.   Tiga Hari Raya Di Dunia Di dunia ini, terdapat tiga hari perayaan bagi orang yang beriman, iaitu satu hari raya yang akan berulang sekali setiap seminggu dan dua hari yang datangnya hanya setahun sekali. Satu hari raya yang berulang sekali seminggu, iaitu hari Jumaat dan merupakan hari raya mingguan selepas kita menyempurnakan solat yang dituntut oleh Islam. Sesungguhnya Allah mewajibkan keatas orang yang beriman pada setiap hari solat lima waktu. Manakala solat Jumaat dituntut untuk disempurnakan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat yang merupakan hari disempurnakan penciptaan makhluk. Diciptanya nabi Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga.Pada hari ini juga diadakan himpunan mendengar khutbah, Pengajaran dan solat Jumaat. Hari ini dijadikan sebagai hari raya dan dilarang berpuasa. Keadaan solat Jumaat seperti menunaikan haji. Diriwayatkan bahawa ia ialah haji orang miskin. Said bin Musayyab berkata, ''mengerjakan solat jummat lebih aku sukai daripada menunaikan haji sunat.'' Bersegera kepadanya sama seperti melalukkan korban mengikut peringkat keutamaan, iatu yang paling awal seumpama mengorbakan unta, kemudian lembu, kemudian kambing , kemudian ayam dan terakhir dengan telur ayam. Mengerjakan solat Jumaat dapat menghapuskan dosa sehingga Jumaat seterusnya sekiranya tidak melakukan sebarang dosa besar. Seperti mana haji mabrur yang akan terhapus segala dosa tahun itu sehingga ke haji seterusnya. Terdapat satu riwayat yang menyatakan , '' jika sempurna Jumaatnya , maka sempurnalah sekalian harinya itu.'' Diriwayatkan juga, '' Sesungguhnya  Allah mengampunkan dosa orang-orang Islam pada hari Jumaat.'' Dalam hadis sahih , Nabi SAW telah berkata: مَا طَلَعَتِ الشَّمْسُ وَلاَ غَرَبَتْ عَلَى يَوْمٍ أَفْضَلَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ Maksudnya: ''Matahari tidak terbit dan terbenam pada hari yang lebih baik daripada hari Jumaat.'' Riwayat al-Tirmizi (3339), al-Tabarani (1087) di dalam al-Mu’jam al-Awsat Dalam kitab al-Musnad, Rasulullah SAW bersabda berkaitan hari Jumaat, سَيِّدُ الْأَيَّامِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ وَأَعْظَمُهَا عِنْدَهُ وَأَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ الْأَضْحَى Maksudnya:'' Penghulu segala hari adalah Hari Jumaat. Ia merupakan hari yang lebih baik disisi Allah daripada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.'' Riwayat Imam Ahmad (15548), al-Baihaqi (2712) di dalam Syu’ab al-Iman   Hari raya yang berlaku seminggu sekali ini adalah setelah selesainya kita menyempurnakan solat yang merupakan salah satu rukun Islam yang agung selepas kita mengucap dua kalimah syahadah. Manakala dua hari yang tidak berlaku sama sekali melainkan hanya setahun sekali ialah : 1) Hari Raya Aidilfitri Hari raya Aidilfitri yang tiba apabila selesai melakukkan puasa di bulan Ramadhan yang merupakan rukun ketiga dalam prinsip rukun Islam. Apabila selesai umat Islam berpuasa pada bulan ramadhan yang difardhukan k eatas mereka selama sebulan, layak diampunkan dosa mereka dan terlepas daripada azab api neraka. Allah telah merencanakan semua ini sebagai pengganti keatas mereka yang menyempurnakam puasa di bulan ramadhan selama sebulan dan mereka dihadiahkan dengan perayaan bagi menzahirkan raya syukur kepada Allah dengan bezikir dan betakbir atas kemenangan merekan menyelesaikan puasa selama sebulan . Umat Islam disyariatkan juga pada hari raya untuk melakukkan solaytsunat hari raya dan juga bersedekah. Ini merupakan hari perhargaan bagi mereka yang menyempurnakan puasa mereka dan pengampunan dosa. 2) Hari Raya Korban (Aidiladha) Hari Raya Korban (Aidiladha) iaitu hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Hari raya ini dilakukan setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka diampunakan segala dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW: الْحَجُّ عَرَفَةُ Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.'' Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf. Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah. Sesungguhnya ibadah Haji tidak diwajibkan kepada semua orang Islam setiap tahun sebagai keringganan terhadap hamba-hamba-Nya. Haji ialah fardu kifayah ke atas seluruh kaum muslimin pada setiap tahun. Berlainan pula dengan puasa Ramadhan yang wajib dilakukan pada setiap tahun atas setiap umat Islam. Apabila selesai melakukan ibadat di Arafah, maka terlepaslah orang-orang beriman itu daripada azab api neraka dan selepas itu semua umat Islam menyambut hari raya. Disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan. Bagi yang menunaikan haji, mereka selanjutnya melontar jamrah, disyariatkan juga ke atas mereka untuk bertahallul daripada perkara yang diharamkan haji, melakukan sunat haji, menunaikan nazar mereka, menyembelih binatang untuk dikorbankan kemudian melakukan tawaf di Baitul ‘Atiq (Kaabah). Kaum muslimin yang lain pula berkumpul untuk melakukan zikir, takbir dan solat sunat hari raya. Mikhnaf bin Sulaim, Beliau dalam kalangan sahabat, meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti melakukan Umrah, meraikan Hari Raya Aidiladha seperti melakukan Haji. Selepas itu mereka melakukan korban sebagai mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Solat dan korban pada Aidiladha adalah lebih mulia daripada solat dan sedekah pada Hari Raya Aidilfitri. Untuk ini, Rasulullah SAW disuruh melakukan solat dan penyembelihan selepas diberikan al-Kautsar, dan dikatakan, قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Maksudnya: ''Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk pencipta sekalian alam.'' (Surah Al-An'am :162) Oleh itu, kita disuruh untuk membaca ayat ini ketika melakukan penyembelihan korban. Korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah mensyariatkan ke atas Nabi Ibrahim ketika Allah menebus anak Nabi Ibrahim dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW: قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ Maksudnya: ''Apa itu korban?.'' Baginda bersabda, ''Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,'' Beliau bertanya lagi, ''Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah ?'' Baginda bersabda,''Setiap helai rambut adalah pahala.'' Katanya lagi, ''Bagaimana pula dengan bulunya?'' Baginda bersabda, ''Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.'' Riwayat Imam Ahmad (19283), al-Baihaqi (19489) di dalam Sunan al-Kubra,Ibnu Majah (3217) Ini adalah hari raya yang diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini selepas menyempurnakan perintah Tuhan mereka Yang Maha Memiliki lagi Maha Memberi. Juga sebagai pemberian daripada apa yang telah dijanjikan oleh Allah dalam bentuk ganjaran serta pahala. Suatu kumpulan telah terserempak dengan seorang pendeta di kawasan penyembahan. Mereka berkata kepadanya, ''Bilakah hari perayaan penduduk kawasan ini?'' Jawabnya, ''Hari yang diampunkan dosa para penduduknya.'' Hari raya bukan hari untuk kita memakai pakaian baharu tetapi hari untuk mereka yang bertambahnya ketaatan dalam menyempurnakan suruhan Tuhan. Hari raya bukan hari untuk menunjuk pakaian yang cantik dan kenderaan yang mewah tetapi hari yang diampunkan segala dosa. Pada hari malam raya, diagihkannya tanda kebebasan dan pengampunan ke atas hamba. Sesiapa yang memperolehnya, ia akan merasai nikmat perayaan itu. Sesiapa yang tidak meraihnya, maka ia telah terusir jauh daripada sifat tersebut. Beberapa Arifin meratapi dirinya pada malam hari raya dengan bait-bait syair: Dalam kesepianku yang tidak ketepi Simpatilah kamu padaku,berbuat baiklah padaku Kegembuiraaan hari raya memenuhi setiap ruang Kesedihanku bertambah tidak berkurang Jika aku mengaku semasa melakukan kesalahan Maka amounilah aku, dan takkan kuulang.   Seseorang bermadah, Bagi manusia, sepuluh hari dan hari raya     Aku pula fakir keseorangan Wahai wawasan dan impianku     Sungguh manis bagiku apa yang kau mahu.   Syibli pula bermadah, Bukanlah hari raya kekasih pergi ke musolla     Bukan juga menunggu ketua dan sultan Sesungguhnya hari raya itu disisi pencinta     Ialah diperkenan mendekatkan diri dengan aman Dia bermadah lagi, Jika tiada bagiku hari raya     Apa yang aku lakukan dengan hari raya? Mengalir rasa cinta padamu dalam hatiku Seperti aliran air dalam saliran.   Dan bermadah lagi, Mereka berkata: Esok hari raya, apa yang akan engkau pakai     Aku katakan: Jubah yang tepinya diukir cantik Kesabaran dan kefakiran, kedua-duanya jenis pakaian yang dalamnya     Sekeping hati melihat kawanya di hari raya dan Jumaat Sebaik-baik pakaian untuk bertemu kekasihnya    Hari ziarah-menziarahi dalam baju yang diberikan Masa itu bagiku upacara pengebumian, jika kaungaib, itu harapanku Dan hari raya, tidaklah kau bagiku manfaat dan pendengar.   Hari Raya Di Syurga Sesungguhnya hari raya orang yang beriman dalam syurga ialah ketika mereka menemui Tuhan mereka. Mereka bertemu Tuhan  dengan sepenuh kemuliaan. Tuhan  mendedahkan kebesaran-Nya dan mereka memandang kepada Tuhan. Tiada pemberian yang lebih disukai oleh mereka melainkan menemui Tuhan mereka. Ia adalah pemberian tambahan sebagaimana firman-Nya, لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ ۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ Maksudnya :” Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Surah Yunus :26) Tiada perayaan yang lebih disukai oleh sang pencinta selain menemui yang dicintainya. ''Itulah keseluruhan hari yang membaluti perasaanku dengan mereka Itulah perayaan yang tiada lagi perayaan bagiku selainnya.''   Setiap hari raya kaum Muslimin di dunia hakikatnya ialah hari raya bagi mereka di syurga. Di sana mereka berkumpul menemui Tuhan mereka dan Tuhan akan mendedahkan kebesaran-Nya kepada mereka. Hari Jumaat di syurga nanti dikatakan sebagai hari tambahan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha saat semua ahli syurga saling menziarahi. Diceritakan pada hari raya ini diraikan oleh kaum lelaki dan perempuan sama seperti yang kita lakukan pada hari raya di dunia kecuali Solat Jumaat. Ini adalah keadaan ahli syurga umumnya. Bagi ahli syurga khususnya pula, setiap hari adalah hari raya kerana mereka akan menziarahi Tuhan setiap hari dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Setiap hari di dunia adalah hari raya. Justeru, hari-hari mereka juga keseluruhannya adalah hari raya. Hassan berkata, ''Setiap hari yang kita tidak melakukan maksiat maka ia adalah hari raya. Setiap hari yang seorang Mukmin mentaati Tuhannya, berzikir dan bersyukur, maka itu juga merupakan hari raya.'' Rukun Islam yang terbina atasnya adalah lima perkara iaitu: Mengucap dua kalimah syahadah Menunaikan solat Mengeluarkan zakat Puasa di bulan Ramadhan Mengerjakan haji Maka, sambutan hari raya yang disambut oleh seluruh umat Islam adalah apabila selesainya kesemua rukun Islam di atas. Adapun kewajipan zakat, tiada waktu yang tetap untuk umat Islam mengeluarkan zakat bagi membolehkan mereka menyambut hari raya, bahkan apabila cukup tempoh dan kadarnya yang wajib bayar zakat, maka wajib bagi kita untuk mengeluarkan zakat. Manakala penyempurnaan mengucap dua kalimah syahadah adalah berdasarkan pelaksanaannya dan penyempurnaan terhadap tuntutan kalimah syahadah kita, khususnya bagi orang mukmin yang sentiasa bersungguh-sungguh untuk menjaganya pada setiap waktu. Oleh itu, setiap hari di dunia dan di akhirat adalah merupakan hari raya bagi mereka. Sebagaimana al-Syibil telah bermadah, Hari rayaku berterusan dan hari raya bagi orang lain akan berlalu      Hatiku terpesong daripada kelazatan yang menyesatkan Bagiku dua pendamping yang tidak mungkin aku belakangi     Lalu aku ratapi dari airmata kerinduan.   Oleh itu, Hari Raya Korban merupakan hari raya paling agung dan banyak kelebihannya. Pada hari itu, umat Islam berkumpul pada tempat dan waktu yang mulia iaitu pada padang Arafah. Selepasnya ialah hari Tasyrik khusus nya bagi mereka yang mengerjakan haji. Tiada perbezaan antara yang kaya dan miskin, semua akan menyambut hari raya dalm keadaan yang sama. Setiap hari pada hari-hari itu adalah hari raya bagi orang yang mengerjakan haji , sepertimana yang terdapat dalam hadis Uqbah bin 'Amir bahawa Nabi SAW bersabda, يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ Maksudnya:'' Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.” Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad Oleh itu, bagi yang menunaikan haji tidak disyariatkan untuk berpuasa pada  hari Arafah kerana di situlah hari raya dan tempat wuquf  bagi mereka. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berbuka di Arafah dan manusia melihatnya. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang untuk berpuasa pada hari Arafah di padang Arafah. Diriwayatkan juga daripada Sufyan bin 'Uyainah, beliau disoal mengenai larangan berpuasa hari Arafah di padang Arafah. Beliau berkata,'' Larangan tersebut kerana ketika itu Allah menyambut  tetamu-tetamu-Nya, dan Tuhan tidak mahu melihat tetamu-tetamu-Nya dalam kelaparan.'' Makna ini terdapat dalam dua hari raya dan juga pada hari Tasyrik kerana manusia ketika itu merupakan tetamu-tetamu Allah Yang Maha Agung, terutamanya ketika Hari Raya Korban. Hal ini demikian kerana ketika itu semua manusia akan memakan daging binatang yang dikorbankan termasuklah mereka yang berada di padang Arafah atau yang tiada di situ. Hari Tasyrik berlangsung selama tiga hari dan itu juga merupakan hari raya. Oleh itu, Rasulullah SAW telah menyeru kepada penduduk Makkah bahawa hari itu merupakan hari untuk kita makan, minum dan memperbanyakkan zikir. Jangan sesekali puasa pada hari tersebut. Kadangkala akan terdapat dua perayaan dalam satu-satu hari sepertimana apabila terhimpunnya hari Jumaat dan hari Arafah atau Hari Raya Korban dalam masa yang sama, maka akan bertambahlah kelebihan pada hari mulia itu kerana terkumpul dua hari raya di dalamnya. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah bertemu dalam hajinya ketika wuquf dia Arafah pada hari Jumaat, maka telah turun firman Allah, لْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ Maksudnya: ''Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.'' (Surah al-Ma'idah :3) Penyempurnaan agama pada hari tersebut menatijahkan beberapa perkara. Antaranya,  setelah kefarduan haji disyariatkan, umat Islam tidak terus mengerjakan ibadah haji malah tiada seorang pun yang mengerjakannya. Oleh itu, penyempurnaan agama itu diikira hanya apabila mereka yakin umat Islam menyempurnakan rukun Islam kesemuanya. Ini merupakan pandangan sebilangan besar ulama. Antaranya juga Allah telah mengembalikan ibadah haji sebagaimana yang disyariatkan kepada Nabi Ibrahim, serta menghapukan segala perkara syirik yang dilakukan oleh orang sebelumnya. Maka, perbuatan mengerjakan haji yang dilakukan oleh umat Islam sekarang tidak bercampur antara syirik dan syariah. As-Sya'bi berkata,''Telah turun ayat ini kepada Rasulullah SAW ketika Baginda berada di Arafah, tempat Nabi Ibrahim pernah berada sebelum ini. Syirik berkurangan dan robohlah segala tempat jahiliah serta mereka tidak lagi melakukan tawaf di Kaabah secara tidak berpakaian.'' Ini juga yang diperkatakan oleh Qatadah dan lain-lain. Ia berkata,'' selepas ini tiada lagi penurunan wahyu berkaitan pengharusan dan pengharaman sesuatu.'' Ini juga yang dikatakan oleh Abu Bakar bin Ayyash. Sesungguhnya dengan penempurnaan nikmat itu adalah dengan tercapainya pengampunan, kerana semua nikmat ini tidak sempurna tanpa pengampunan, sepertimana firman Allah kepada Rasulullah SAW, لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا Maksudnya:'' kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada-Mu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus. (Surah al-Fath: 2) Allah telah berfirman mengenai wuduk, وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Maksudnya:'' Tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.''  (Surah al-Ma'idah: 6) Muhammad bin Ka'ab al-Qurazhi berpendapat wuduk adalah penghapus segala dosa, sepertimana yang terdapat dalam hadis secara jelasnya. Beliau juga memberitahu bahawa Nabi Muhammad SAW telah mendegar seorang lelaki mengadu dan berkata, ''Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu berikanlah kepadaku kesempurnaan nikmat.'' Maka telah berkata Baginda SAW kepadanya, فَإِنَّ مِنْ تَمَامِ النِّعْمَةِ دُخُولَ الجَنَّةِ وَالفَوْزَ مِنَ النَّارِ Maksudnya : ''Kesempurnaan nikmat itu ialah apabila kita berjaya melepaskan diri daripada seksaan api neraka dan memasuki syurga.'' Riwayat al-Tirmizi (3257), Abu Syaibah (29356) di dalam al-Musannaf Ayat ini memperlihatkan sebagaimana diriwayatkan akan keadaan hari Arafah yang merupakan hari pengampunan dan pelepasan daripada api neraka. Hari Arafah banyak kelebihan, antaranya: 1) Hari penyempurnaan agama dan nikmat 2) Hari raya bagi seluruh umat Islam. Sepertimana mana telah dikatakan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab dan Ibnu Abbas, telah diturunkan nikmat pada dua hari raya iaitu hari Jumaat dan hari Arafah. Diriwayatkan daripada Umar katanya, ''Kedua-duanya bagi kami adalah hari raya.'' ( Direkodkan oleh al-Tabari dan tafsirnya.) Ini dibuktikan dengan hadis daripada Uqbah bin Amir, tetapi ianya hari yang khusus untuk orang yang berwukuf di padang Arafah sahaja. Disyariatkan untuk berpuasa bagi penduduk negeri lain pada pandangan majoriti ulama,sekali pun ada sedikit perselisihan dalam kalangan salaf.  3) Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa') dalam surah al-Fajr. Dikatakan juga sebagaimana yang Allah nyatakan tentang sumpah-Nya dalam al-Quran bahawa Hari Arafah merupakan yang genap (as-Shafa') dalam surah al-Fajr, manakala yang ganjl (al-Watr) pula adalah Hari Raya Korban. Ia diriwayatkan juga dengan disandarkan kepada Rasulullah SAW daripada Jabir RA. Turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasa'i dalam tafsirnya. Dikatakan ,''Inilah asy-Syahid yang Allah bersumpah dengannya sebagaimana fiman Allah, وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ Maksudnya :'' Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu,serta segala keaadan yang disaksikan.'' (Surah al-Buruj: 3) Dalam kitab al-Musnad daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu' dan mawquf: الشَّاهِدَ يَوْمَ عَرَفَةَ وَالْمَوْعُودَ يَوْمَ الْقِيَامَةَ Maknanya:''Saksi adalah hari Arafah manakala hari yang dijanjikan itu ialah hari kiamat.'' Riwayat Imam Ahmad (7972) di dalam Musnad,al-Hakim (3915) di dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi (5773) di dalam Sunan al-Kubra Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dengan periwayatan secara marfu'. Diriwayatkan juga oleh Ali dengan kata-katanya. Al-Tabarani meriwayatkan hadis daripada Abi Malik al-'Asya'ri yang diriwayatkan secara marfu', الشَّاهِدُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، وَالْمَشْهُودُ يَوْمَ عَرَفَةَ Maknanya :''Saksinya ialah hari Jumaat manakala penyaksian ialah hari Arafah.'' Oleh itu, apabila berlaku hari Arafah pada hari Jumaat,maka akan berkumpullah antara saksi dengan penyaksian. 4) Sebaik-baik hari Diriwayatkan juga bahawa ia adalah sebaik-baik hari. Jabir RA meriwayatkan  bahawa Rasulullah SAW bersabda, أفضلُ الأيام يومُ عرفة Maksudnya : ''Sebaik-baik hari ialah hari Arafah. Rujuk Jami’ usul fi ahadis al-Rasul (6867) Perkara ini disepakati oleh sebahagian para ulama. Ada juga dalam kalangan mereka yang berpandangan bahawa Hari Raya Korban adalah sebaik-baik hari bersumberkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Qurth, daripada Nabi SAW, bahawa Baginda telah bersabda, أَعْظَمَ الأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ Maknanya : ''Hari yang agung di sisi Allah ialah Hari Raya Korban,kemudian hari menetap di Mina iaitu pada hari kesebelas dalam bulan  Zulhijjah.'' Riwayat Ibnu Khuzaimah (2917) di dalam Sohihnya, al-Baihaqi (10538) di dalam Sunan al-Kubra Telah diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'i dan Ibnu Hibban dalam sahihnya dengan lafaznya, ''Sebaik-baik hari.'' 5) Menyamai 10 000 hari Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000. Daripada Anas bin Malik, beliau telah berkata , ''Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000.'' Telah disebutkan dalam kitab kelebihan ' Atha', beliau bahawa berkata,   6) Haji yang Agung Ia merupakan haji yang agung pada pandangan para salaf antaranya ialah Umar dan lain-lain, manakala yanag lain tidak menyokong pandangan ini. Mereka berkata, ''Hari haji yang paling agung ialah pada Hari Raya Korban.'' Ini diriwayatkan daripada Baginda Nabi Muhammad SAW. 7) Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun 8) Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah Seperti mana terdapat dalam Sahih Muslim daripada Sayidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ Maksudnya : '' Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?''' Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah (3014) Dalam kitab al-Musnad daripada Abdullah bin 'Amru, Rasulullah SAW bersabda, إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُبَاهِي مَلَائِكَتَهُ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ بِأَهْلِ عَرَفَةَ فَيَقُولُ انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي أَتَوْنِي شُعْثًا غُبْرًا Maksudnya: '' Sesungguhnya Allah berbangga dihadapan malaikat bagi mereka yang bermalam di Arafah. Allah berkata, ' Lihatlah kamu semua kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang berhimpun kepada-Ku dengan keadaan yang berdebu dan kusut .''' Riwayat Imam Ahmad (7089), al-Tabarani (1504) di dalam Mu’jam al-Kabir Telah diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, إِنَّ اللَّهَ يُبَاهِي بِأَهْلِ عَرَفَاتٍ مَلاَئِكَةَ أَهْلِ السَّمَاءِ ، فَيَقُولُ : انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي هَؤُلاَءِ جَاءُونِي شُعْثًا غُبْرًا. Maksudnya: ''Sesungguhnya Allah membanggakan ahli-ahli Arafah, dengan berkata, 'Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka telah berhimpun dan berkumpul di hadapan-Ku dalam keadaan berdebu dan kusut.'' Riwayat Ibnu Hibban (3852) di dalam Sohihnya   Diriwayatkan lagi daripada hadis Jabir, Rasulullah SAW bersabda, مَا مِنْ يوْمٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يوْمِ عَرَفَةَ يَنْزِلُ اللَّهُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيُبَاهِي بِأَهْلِ الأَرْضِ أَهْلَ السَّمَاءِ ، فَيَقُولُ : انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحِينَ جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ يَرْجُونَ رَحْمَتِي ، وَلَمْ يَرَوْا عَذَابِي ، فَلَمْ يُرَ يَوْمٌ أَكْثَرُ عِتْقًا مِنَ النَّارِ مِنْ يوْمِ عَرَفَةَ. Maksudnya: ''Tiada ada hari yang paling baik di sisi Allah melainkan hari Arafah. Allah turun ke langit dunia dan bermegah-megah dengan penduduk langit untuk penduduk dunia, Lantas berkata,'Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka berkumpul di hadapan dengan penuh debu, mereka datang dari semua penjuru yang jauh, mereka mengharapkan rahmat-Ku, dan tidak mengharapkan azab, Maka tidak dilihat hari yang lebih banyak pelepasan daripada api nerak-Ku daripada hari Arafah.''' Riwayat Ibnu Hibban (3853),Abu Ya’la (2036) di dalam Musnad Ibnu Mandah meriwayatkan dalam Kitab at-Tauhid dengan lafaznya, ''Apabila tiba hari Arafah, Allah akan turun dari langit ke bumi, maka Dia bermegah-megah dengan malaikat, seraya berkata, 'Lihatlah kamu kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dengan berdebu dan dari seluruh penjuru yang jauh, saksikanlah oleh kamu semua (malaikat) kepada mereka, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa mereka.”   Malaikat berkata, 'Wahai Tuhanku, si fulan ini berada dalam keadaan yang teruk.' Allah berkata, 'Aku telah memberi keampunan kepada mereka. Tiada hari yang kebanyakkan mereka terlepas daripada seksaan api neraka melainkan pada hari Arafah.''  Beliau menyambung, sanadnya bersambung dan statusnya adalah hasan. Kami meriwayatkan dari sudut yang lain dengan sedikit penambahan dalamnya, iaitu, Saksikanlah kamu wahai hamba-Ku sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada orang yang membuat baik, dan memaafkan orang yang berbuat jahat.'' Kami meriwayatkannya daripada Ismail bin Rafi'e (perawi lemah), dalamnya terdapat ucapan Anas, Rasulullah SAW bersabda, فَإِنَّ اللَّهَ يَهْبِطُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا ، فَيُبَاهِيَ بِكُمُ الْمَلاَئِكَةَ ، يَقُولُ : هَؤُلاَءِ عِبَادِي جَاءُونِي شُعْثًا غُبْرًا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ، يَرْجُونَ رَحْمَتِي وَمَغْفِرَتِي ، فَلَوْ كَانَتْ ذُنُوبُكُمْ عَدَدَ الرَّمْلِ ، أَوْ كَزَبَدِ الْبَحْرِ لَغَفَرْتُهَا ، أَفِيضُوا عِبَادِي مَغْفُورًا لَكُمْ ، وَلِمَنْ شَفَعْتُمْ لَهُ Maksudnya: ''Allah turun ke langit dunia untuk melihat penduduk Arafah, kemudian bermegah-megah dengan kalian di hadapan malaikat, lantas berkata, 'Mereka semua hamba-Ku, mereka telah datang kepada-Ku dalam keadaan berdebu dari seluruh pelosok yang jauh, mereka mengharapkan keampunan dan rahmat-Ku, jika dosa mereka sebanyak bilangan pasir, Aku akan hapuskan segala dosa mereka, dan Aku beri syafaat kepada mereka.'' Rujuk Ithaf al-khiyarah al-al-maharah ( 2540) Diriwayatkan juga oleh al-Bazzar dalam kitab al-Musnad dengan maknanya, daripada hadis Mujahid daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersbda, ''Tidak aku ketahui sanad yang terbaik melainkan sanad ini.'' Telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dan lain-lain, daripada hadis Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash daripada Nabi SAW secara ringkas. Kami meriwayatkan dari jalur al-Walid bin Muslim bahawa beliau telah berkata, ''Abu bakar bin Abi Mariam telah memberitahu kepadaku, daripada gurunya, 'sesungguhnya Nabi SAW bersabda, ''Sesungguhnya Allah telah turun ke langit dunia pada malam Arafah, seraya berjumpa dengan malaikat-Nya dan berkata, 'Setiap tetamu berhak mendapat hadiah, mereka semua ini adalah tetamu-Ku yang datang penuh berdebu, Aku berikan kepada mereka apa yang mereka mohonkan, dan Aku gantikan apa yang telah mereka infakkan. Apabila tenggelamnya matahari Allah berfirman: Aku mengampuni mereka yang melakukan kejahatan disebabkan mereka yang melakukan kebaikan, dan Aku kurniakan kepada mereka yang melakukan kebaikan apa yang mereka mohon, bergeraklah (Mudzdalifah) dengan nama Tuhan.'' Ibrahim bin Al-Hakam bin Abban telah meriwayatkan, bapaku telah memberitahu, bahawa Farqad telah memberitahu, ''Sesungguhnya pintu langit telah terbuka pada setiap malam sebanyak tiga kali, manakala pada malam Jumaat sebanyak tujuh kali, dan pada malam Arafah sebanyak sembilan kali.'' Kami telah meriwayatkan secara marfu' dan mauquf, daripada jalan Nufai' bin Abi Daud, daripada Ibnu Umar,  'Apabila umat Islam berkumpul pada malam Arafah, setiap orang yang di dalam hatinya sebesar zarah daripada iman di beri keampunan,'' Di tanya kepadanya, ''yang dimaksudkan di sini khusus bagi yang berada di sini atau umum untuk semua umat Islam?'' Aku menjawab, ''Untuk semua umat Islam.'' Imam Malik meriwayatkan dalam kitab al-Muwaththa' daripada riwayat-riwayat mursal Thalhah bin Ubaidillah bin Kariz bahawa Rasulullah SAW bersabda, ما رؤيَ الشيطانُ يوما هو فيه أصْغَرُ ، ولا أدْحَرُ ولا أحْقَرُ ، ولا أغْيَظُ منه في يوم عرفة ، وما ذاك إلا لما يرى من تَنَزُّل الرحمة ، وتجاوز الله عن الذُّنوبِ العِظامِ ، إلا ما أُرِيَ يومَ بَدْر ، فإنَّه قَدْ رأى جبريل يَزَعُ الملائكة Maksudnya: ''Tiada hari syaitan tidak di lihat dirinya paling kerdil, paling jauh, paling hina dan paling marah pada mana-mana hari melainkan pada hari Arafah. Itu hanya kerana ia melihat turunnya rahmat dan Allah mengampunkan segala dosa besar. Itulah kecuali daripada apay ang telah ditunjukkan pada hari Badar.'' Ditanya kepadanya, ''Apa yang ditunjukkan kepadanya pada hari Badar?'' Baginda bersabda, ''Bukan kah dia melihat Jibrail mengatur barisan pada malikat.'' Riwayat Imam Malik (6866) di dalam al-Muwatta’,al-Baihaqi (4069) di dalam Syu’ab al-Iman Telah diriwayatkan oleh Abu 'Uthman al-Shabuni disandarkan pada seorang lelaki yang merupakan tawanan di negara Rom, dia berjaya melarikan diri daripada kubu pertahanan, dan beliau telah berkata, ''Aku berjalan pada waktu malam, manakala pada waktu pagi aku bersembunyi. Aku berjalan pada waktu malam yang antara aku dikelilingi bukit dan pokok, tiba-tiba aku perasan seseorang, dia seolah-olah berada dalam kerisauan juga. Aku melihatnya menunggang unta. Ia menjadikan aku takut, mana mungkin unta ada di negara Rom. Lantas aku berkata, 'Maha Suci Allah! Di negara Rom, ada penunggang unta, ini sangat aneh.' Apabila dia melewati ku, lantas aku bertanya, 'Wahai hamba Allah, siapa kamu?' Dia menjawab,'jangan kau tanya.' Aku berkata, 'aku rasa sangat pelik, maka kau beritahulah aku.' Dia menjawab juga, 'jangan kau tanya.' Aku tidak peduli dan mengasaknya dengan pertanyaan yang sama. Maka dia pun mejawab, 'Aku ialah iblis, aku datang dari Arafah, Aku bersama mereka pada permulaan sepertiga malam hari ini, dan aku memerhati mereka. Maka turunlah rahmat dan keampunan, dan dikurnuiakan kepada sebahagian mereka dengan hal yang lain. Hal itu menyebabkan aku gelisah, sedih dan sayu. Sekarang aku menghala ke Konstantinopel. Aku senang mendengar perkara-perkara yang mensyirikan Allah dan dakwaan sesungguhnya bagi-Nya ada anak. 'Aku berkata,' Aku berlindung dengan nama Allah daripadamu. 'Ketika aku menyebut perkataan ini, orang itu ghaib daripada pandanganku.'' Cerita ini dikuatkan dengan hadis oleh Abbas bin  Mirdas sepertimana yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dalam doa Nabi SAW untuk orang yang menunaikan ibadah haji yang bermalam di Arafah, kemudian di Muzdalifah. Doa itu diperkenankan Allah dan Baginda SAW dalam keadaan ketawa telah bersabda, إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ لَمَّا عَلِمَ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدِ اسْتَجَابَ دُعَائِى وَغَفَرَ لأُمَّتِى أَخَذَ التُّرَابَ فَجَعَلَ يَحْثُوهُ عَلَى رَأْسِهِ وَيَدْعُو بِالْوَيْلِ وَالثُّبُورِ فَأَضْحَكَنِى مَا رَأَيْتُ مِنْ جَزَعِ Maksudnya: '' Sesungguhnya iblis ketika mengetahui bahawa Allah mengampunkan segala dosa umatku dan mengabulkan doaku buat mereka, iblis menaburkan tanah di atas kepalanya, seraya menyerukan kecelakaan dan kemusnahan. Ia membuatkan aku ketawakan syaitan yang dalam kegelisahan itu.'' Riwayat Ibnu Majah (3127),al-Baihaqi (9753) di dalam Syu’ab al-Iman Diriwayatkan daripada Ali bin al-Muwaffaq bahawa dia berada di Arafah untuk menunaikan haji, dan dia melihat di sana ramai manusia,lantas berkata, ''Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau tidak menerima haji mereka semua maka aku hadiahkannya dengan hajiku.'' Dia bermimpi bahawa Allah berkata kepadanya, ''Wahai anak al-Muwaffaq! Adakah kamu lebih dermawan daripada-Ku? Sesungguhnya Aku mengampunkan orang yang berwukuf di Arafah, dan Aku memberi syafaat kepada setiap seorang daripada mereka yang merangkumi ahli keluarganya, anak-anaknya dan sanak-saudaranya, dan Akulah yang patut kalian bertakwa kepada-Nya dan yang berhak memberi keampunan.'' Ada juga diriwayatkan seumpama ini daripada para ulama yang lain. Oleh itu, sesiapa yang sangat menginginkan pelepasan daripada azab nereka dan pengampunan daripada dosanya di hari Arafah, jagalah perilaku dan ibadah yang membolehkannya memperoleh keampunan tersebut. 9) Berpuasa pada hari itu Daripada Abu Qatadah bahawasanya Nabi saw bersabda صِيَامُ يَومِ عرفة أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي بَعْدَهُ Maksudnya:” Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.” Riwayat Muslim (1162) Penutup Begitulah sebahagian dari Dari kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aiduladha yang telah disebutkan oleh Baginda Nabi saw. Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur,pulang dengan penuh keinsafan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini, perbanyakanlah amalan pada hari tersebut. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua. Akhukum fillah, Sahibus Samahah Datuk Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan 30 Ogos 2017M bersamaan 8 Zulhijjah 1438H
424
Soalan Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanya berkenaan hasil kutipan zakat, bolehkah wang zakat yang dikutip itu dipindahkan atau dihantar ke negeri lain? Mohon pencerahan Datuk Mufti. Terima kasih Datuk.  Ringkasan Jawapan Hukum memindahkan hasil kutipan zakat ke negeri lain tanpa sebarang keperluan atau sebab syarak adalah haram. Meskipun begitu, sekiranya terdapat lebihan dana zakat setelah diagihkan kepada golongan asnaf di sesebuah negeri ataupun wujudnya sebarang keperluan atau hajat yang difikirkan perlu kepada bantuan dana tersebut, maka hukumnya adalah harus untuk memindahkannya ke negeri lain. Huraian Jawapan Firman Allah SWT: إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ‎﴿٦٠﴾ Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Surah al-Taubah (60) Secara asasnya, zakat hendaklah diberikan kepada golongan asnaf yang telah ditentukan oleh Allah SWT dalam ayat di atas. Jika zakat diberikan kepada golongan yang tidak berhak memilikinya, maka ia tidak sah. Justeru, tidak boleh untuk diberikan zakat kepada seseorang kecuali setelah diketahui bahawa dia berhak menerimanya dengan tergolong dalam salah satu asnaf yang telah disebutkan. Menurut pandangan yang zahir dan sahih dalam mazhab Syafie, harta zakat yang dikutip di sesebuah negeri wajib dikembalikan kepada asnaf di negeri itu, dan bukannya dipindahkan ke negeri lain. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma, ketika Baginda mengutus Muaz bin Jabal R.A ke negeri Yaman, Baginda bersabda kepada beliau: «ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ، فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ« Maksudnya: “Serulah mereka kepada syahadah (persaksian) bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah. Jika mereka mentaati perkara tersebut, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam ke atas mereka. Jika mereka mentaati perkara tersebut, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan ke atas mereka sedekah (zakat) pada harta-harta mereka, yang diambil daripada orang-orang kaya dalam kalangan mereka dan diberikan kepada orang-orang miskin dalam kalangan mereka.” Riwayat al-Bukhari (1395) Imam al-Syirbini menyatakan larangan memindahkan zakat ke negeri lain disebabkan  negeri itu masih ada golongan yang berhak menerima zakat.  Harta zakat yang dikutip adalah untuk golongan asnaf di negeri tersebut, maka sekiranya ia dipindahkan, nescaya ia akan membuatkan mereka bersedih[1] kerana mereka menaruh harapan dan bergantung kepadanya[2]. Meskipun begitu, sekiranya terdapat sebab seperti ketiadaan asnaf yang memerlukan harta zakat di negeri tersebut atau hanya ada sebahagian atau ada lebihan zakat, atau adanya hajat dan keperluan lain seperti membantu negeri jiran dan sebagainya, maka harus hukumnya untuk menyalurkan dana zakat tersebut ke negeri lain[3]. Sebagai makluman tambahan, terdapat juga pandangan kedua dalam mazhab Syafie yang menyatakan keharusan memindahkan hasil kutipan zakat sesebuah negeri atau kawasan ke negeri lain. Pendapat ini dipegang oleh beberapa ulama mazhab Syafie termasuklah Ibn Solah dan Ibn Firkah. Manakala Syeikh Zakaria al-Ansori pula meskipun beliau tidak mentarjih pendapat ini, namun beliau menyatakan boleh beramal dengan pandangan kedua mazhab dan ini juga pendirian sebahagian ulama mutaakhirin yang lain [4]. Kesimpulannya, hukum memindahkan hasil kutipan zakat ke negeri lain tanpa sebarang keperluan atau sebab syarak adalah haram. Meskipun begitu, sekiranya terdapat lebihan dana zakat setelah diagihkan kepada golongan asnaf di sesebuah negeri ataupun wujudnya sebarang keperluan atau hajat yang difikirkan perlu kepada bantuan dana tersebut, maka hukumnya adalah harus untuk memindahkannya ke negeri lain. Wallahu A‘lam. Rujukan: [1] Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj Ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, (t.tp: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, cetakan pertama, 1415H/1994M), 4/191. (وَالْأَظْهَرُ مَنْعُ نَقْلِ الزَّكَاةِ) مِنْ بَلَدِ الْوُجُوبِ الَّذِي فِيهِ الْمُسْتَحِقُّونَ إلَى بَلَدٍ آخَرَ فِيهِ مُسْتَحِقُّوهَا فَتُصْرَفُ إلَيْهِمْ قَالُوا لِخَبَرِ الصَّحِيحَيْنِ: «صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ» وَلِامْتِدَادِ أَطْمَاعِ أَصْنَافِ كُلِّ بَلْدَةٍ إلَى زَكَاةِ مَا فِيهِ مِنْ الْمَالِ وَالنَّقْلُ يُوحِشُهُمْ. وَالثَّانِي: الْجَوَازُ لِإِطْلَاقِ الْآيَةِ، وَلَيْسَ فِي الْحَدِيثِ دَلَالَةٌ عَلَى عَدَمِ النَّقْلِ، وَإِنَّمَا يَدُلُّ عَلَى أَنَّهَا لَا تُعْطَى لِكَافِرٍ كَمَا مَرَّ، وَقِيَاسًا عَلَى نَقْلِ الْوَصِيَّةِ وَالْكَفَّارَاتِ وَالنَّذْرِ. [2] Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi‘i, (Damsyik: Dar al-Qalam, cetakan ke-4, 1413H/1992M), 2/63. نقل الزكاة من محل وجوبها: لا يجوز نقل الزكاة إلى غير البلد التي وجبت فيه ـ وهو محل المال ـ طالماً أنه يوجد مستحقوها في ذلك البلد، وإن قربت المسافة، لأن في ذلك إيحاشاً وإيلاماً لمستحقيها في بلد وجوبها، إذ إن أطماعهم تمتد إليها، وآمالهم تتعلق بها. ولقوله - صلى الله عليه وسلم - لمعاذ - رضي الله عنه - حين بعثه إلى اليمن: " فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة، تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم ". [3] Muhammad al-Zuhaili, al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, (Damsyik: Dar al-Qalam, cetakan ke-4, 1434H/2013M), 2/119-120. ويجب صرف الزكاة إلى الأصناف في البلد الذي وجبت فيه، فزكاة المال تجب في بلد وجود المال، وزكاة الفطر تجب في بلد وجود الشخص، لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال لمعاذ رضي الله عنه: "أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم، وترد في فقرائهم"، لأن أطماع أهل البلد تعلقت بها، ونقلها يؤدي إلى الإيحاش والإيلام لمستحقيها في بلد وجوبها، لكن إن فقد أحد الأصناف في بلد الوجوب، أو لا يوجد في البلد مستحقون، أو زاد نصيب الصنف الواحد عن أفراده، أو زاد عن حاجاتهم، جاز نقل نصيب الصنف، أو ما ظاد عن الحاجة إلى نفس الصنف عن أفراد بلد آخر. ولإذا زاد من سهم أحد الأصناف وزاد من نصيبهم فينقل الفاضل من كفاياتهم إلى باقي الأصناف الذين قصرت سهامهم عن كفايتهم، ويجوز للإمام والساعي نقل الزكاة، وإنما التفصيل السابق في منع نقل الزكاة إلا استثناء في حالات إذا أداها المالك بنفسه. [4] Ahmad Salamah al-Qalyubi & Ahmad al-Barlisi ‘Umairah, Hasyiata Qalyubi wa ‘Umairah, (Beirut: Dar al-Fikr, t.c, 1415H/1995M), 3/204. (وَالثَّانِي يَجُوزُ النَّقْلُ وَتُجْزِئُ) وَاخْتَارَهُ جَمَاعَةٌ مِنْ أَصْحَابِ الشَّافِعِيِّ كَابْنِ الصَّلَاحِ وَابْنِ الْفِرْكَاحِ وَغَيْرِهِمْ، قَالَ شَيْخُنَا تَبَعًا لِشَيْخِنَا الرَّمْلِيِّ: وَيَجُوزُ لِلشَّخْصِ الْعَمَلُ بِهِ فِي حَقِّ نَفْسِهِ، وَكَذَا يَجُوزُ الْعَمَلُ فِي جَمِيعِ الْأَحْكَامِ بِقَوْلِ مَنْ يَثِقُ بِهِ مِنْ الْأَئِمَّةِ، كَالْأَذْرَعِيِّ وَالسُّبْكِيِّ وَالْإِسْنَوِيِّ عَلَى الْمُعْتَمَدِ.
425
MUKADIMAH Hijrah dalam Islam terkenal sebagai suatu fenomena perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain demi menyebarkan ajaran Islam. Selain itu, hijrah juga boleh dianggap sebagai satu proses transformasi dari satu keadaan ke satu keadaan kehidupan yang lebih baik. Dalam konteks semasa, hijrah juga boleh disebut sebagai perubahan sikap atau perangai seseorang individu ke arah yang lebih baik dengan mengikuti batasan syariat. Sifat seseorang individu adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah demi kelangsungan kehidupan. Hijrah merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia supaya dapat memperbaiki taraf kehidupan, diri dan masyarakat ke satu tahap yang lebih baik. Sudah pasti setiap perubahan yang dilakukan bagi mendapatkan keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah SWT:  إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ  Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah al-Baqarah (218) Dalam ayat yang lain, Allah SWT telah memerintahkan umat Islam supaya melakukan perubahan dalam diri. Firman Allah SWT: إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ ‎ Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya." Surah al-Raʻd (11) Dalam sejarah dan tamadun Islam juga menunjukkan hijrah yang dilakukan oleh para sahabat baginda SAW. Sebagai contoh, Saidina Umar al-Khattab yang melakukan hijrah daripada kehidupan jahiliah kepada kehidupan yang mengesakan Allah SWT dan memperakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT. Lalu beliau digelar sebagai al-Faruq, iaitu seorang yang mampu membezakan antara yang baik dan buruk. Terdapat juga sahabat lain seperti ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf yang melakukan jihad harta. Beliau telah menginfakkan hampir keseluruhan hartanya demi memajukan dan memartabatkan agama Islam. Maka hijrah pada hari ini lebih identik dengan penghijrahan diri kepada yang lebih baik. Hijrah bukan sahaja melibatkan aspek material, bahkan hijrah juga melibatkan perubahan berbentuk fizikal dan juga rohani. Faktor yang menyebabkan seseorang itu ingin berhijrah juga pelbagai. Antaranya, faktor inginkan perubahan yang lebih baik dalam diri, penelitian terhadap agama Islam, nasihat dan teguran daripada orang sekeliling dan pelbagai lagi. Contohnya, seorang saintis terkenal berhijrah daripada seorang penganut Kristian kepada penganut agama Islam, iaitu Dr Maurice Bucaille. Penghijrahan beliau berlaku setelah melakukan kajian terhadap jasad Firaun di Mesir.[1] Apabila terdapat dalam kalangan masyarakat yang cuba untuk berhijrah, maka perbuatan tersebut wajar disokong dan dibantu oleh semua pihak. Bantuan tersebut boleh berupa material mahupun spiritual. Bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan akan mendatangkan kerahmatan daripada Allah SWT, lebih-lebih lagi apabila penghijrahan tersebut melibatkan keinsafan seseorang untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT. MENTAATI PERINTAH ALLAH ADALAH SATU KEWAJIPAN Sebagai seorang muslim, setiap perintah wajib dilaksanakan dan setiap larangan wajib ditinggalkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٖ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلٗا مُّبِينٗا Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” Surah al-Aḥzāb (36) Al-Syaukānī menjelaskan bahawa tidak boleh bagi orang yang beriman dengan Allah untuk memilih mana-mana hukum Allah menurut apa yang dia suka. Dia wajib mendengar, taat dan patuh terhadap apa sahaja yang telah ditetapkan oleh Allah.[2] Sifat orang yang beriman sentiasa taat dan patuh kepada segala perintah Allah dan Rasul dalam segenap sudut kehidupan. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT: ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ  Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali". Surah al-Baqarah (285) Ibn Kathir menjelaskan perkataan (سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ) menggambarkan penyerahan penuh seorang hamba kepada Tuhan. Seakan-akan kita berkata kepada Allah ‘Kami mendengar firman-Mu wahai Allah, kami faham dan kami laksanakan apa yang Engkau perintahkan’.[3] Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan sikap dan sifat yang sepatutnya ada dalam diri setiap muslim. Tiada kompromi apabila melibatkan perintah Allah SWT dan apabila seseorang sudah membuat keputusan untuk berhijrah, itu adalah pilihannya untuk sedia mentaati perintah Allah. NASIHAT KEPADA PENGGIAT SENI Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar cerita penghijrahan diri artis dan penggiat seni tanah air. Fenomena ini merupakan satu suasana yang baik kerana setiap muslim dituntut untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Bagi mengekalkan hijrah yang telah dilakukan memerlukan sokongan dan dokongan daripada orang sekeliling. Allah SWT berfirman: وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ Maksudnya: “…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” Surah al-Maidah (2) Imam al-Ṭabrānī menjelaskan orang yang beriman seharusnya saling bantu membantu melakukan kebaikan dan kebajikan serta bersama melaksanakan perintah Allah SWT. Orang yang beriman tidak seharusnya melanggar perintah dan ketetapan  Allah.[4] Penghijrahan sebahagian artis dan penggiat seni seharusnya disambut baik oleh penggiat seni yang lain termasuk pengarah dan kru penerbitan bahkan pendirian mereka untuk berhijrah menjadi lebih baik seharusnya dihormati bukan didiskriminasi dan dipinggirkan. Sebagai seorang muslim, penghijarahan mereka perlu disokong supaya mereka istiqamah dan sentiasa terdorong untuk menjadi lebih baik. Jika tiada sokongan, ditakuti mereka akan kembali kepada keadaan sebelumnya dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku. PENUTUP Perubahan diri seseorang insan ke arah yang lebih baik adalah satu yang digalakkan dna perlu disokong oleh semua pihak termasuk rakan-rakan terdekat dan mereka yang di sekitarnya, Rakan-rakan penggiat seni perlu menghormati hak beragama seseorang yang mahu berhijrah kepada suasana dan tingkah laku yang lebih baik. Penghijrahan mereka dilakukan atas pilihan mereka sendiri dan pendirian tidak boleh diganggu gugat kerana memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan patuh kepada syariat adalah dituntut ke atas setiap individu muslim. Perbuatan menghalang atau menyekat kebebasan mereka untuk memilih jalan yang lebih diredai tidak dibenarkan sama sekali bahkan jika dilakukan akan membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita untuk sentiasa berada di atas jalan kebaikan. Wallahu’alam.   Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan NOTA HUJUNG: [1] Rujuk “The story of Maurice Bucaille’s inspiring conversion to Islam”, laman sesawang Arab News, https://www.arabnews.com/news/443500. [2] Al-Syaukānī, Muhammad bin ‘Ali (1993), Fath al-Qadīr, Damshik: Dār Ibn Kathīr, Beirut: Dār al-Kalim al-Ṭayyib, j.4 h.325. أَنَّهُ لَا يَحِلُّ لِمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ إِذَا قَضَى اللَّهُ أَمْرًا أَنْ يَخْتَارَ من أمر نفسه ما شاء بَلْ يَجِبُ عَلَيْهِ أَنْ يُذْعِنَ لِلْقَضَاءِ، وَيُوقِفَ نفسه على ما قضاه الله عليه وَاخْتَارَهُ لَهُ [3] Abū al-Fidā’, Ismail bin Umar (1999), Tafsīr al-Qurān al-‘Aẓīm, ed. Sami bin Muhammad Salamah, Riyadh: Dar al-Ṭayyibah, j.1 h.733. أَيْ: سَمِعْنَا قَوْلَكَ يَا رَبَّنَا، وَفَهِمْنَاهُ، وَقُمْنَا بِهِ، وَامْتَثَلْنَا الْعَمَلَ بِمُقْتَضَاهُ [4] Abu Ja’far al-Ṭabarī, Muhammad bin Jarir (2001), Jāmī‘ al-Bayān ‘an Ta’wīl Ayy al-Qurān, Giza: Dar Hijr, j.8 h.52. وَلْيُعِنْ بَعْضُكُمْ أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ بَعْضًا عَلَى الْبِرِّ , وَهُوَ الْعَمَلُ بِمَا أَمَرَ اللَّهُ بِالْعَمَلِ بِهِ {وَالتَّقْوَى} هُوَ اتِّقَاءُ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِاتِّقَائِهِ وَاجْتِنَابِهِ مِنْ مَعَاصِيهِ. وَقَوْلُهُ: {وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ} يَعْنِي: وَلَا يُعِنْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا عَلَى الْإِثْمِ , يَعْنِي: عَلَى تَرْكَ مَا أَمَرَكُمُ اللَّهُ بِفِعْلِهِ. {وَالْعُدْوَانِ} يَقُولُ: " وَلَا عَلَى أَنْ تَتَجَاوَزُوا مَا حَدِّ اللَّهِ لَكُمْ فِي دِينِكُمْ , وَفَرَضَ لَكُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ وَفِي غَيْرِكُمْ
426
SOALAN Assalamualaikum, Datuk Mufti, saya ada persoalan yang ingin diajukan kepada pihak Datuk mengenai pengertian umum al-balwa?. Adakah setiap perkara yang mendatangkan kepayahan dan kesusahan dianggap sebagai umum al-balwa? Sekian terima kasih.   RINGKASAN JAWAPAN Umum al-Balwa merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kepayahan dalam kalangan majoriti para mukalaf ataupun sekumpulan yang tertentu dari kalangan mereka jika meninggalkannya.lebih-lebih lagi jika perkara yang berlaku secara berulang kali dan menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk meninggalkan perkara tersebut. Namun bagi menentukan perkara tersebut dikategorikan sebagai umum al-balwa maka para ulama telah menetapkan beberapa syarat sebagai panduan dalam menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-balwa ataupun tidak. Oleh itu, tidak semua perkara yang sulit akan dianggap sebagai umum al-balwa. Penentuan sesuatu perkara itu perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.   HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Pengertian Umum Al-Balwa Seperti yang diketahui umum, lafaz umum al-balwa merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu umum dan balwa. Umum dari segi Bahasa berasal daripada perkataan (عمّ) yang bermaksud syumul (menyeluruh) dan mengumpul, manakala perkataan al-Balwa pula merupakan pecahan daripada perkataan al-bala’ yang bermaksud ikhtibar (ujian). (Rujuk: Tajj al-Arus, 325/2) Sementara itu, pengertian umum al-balwa dari segi syarak pula, menurut  Wahbah al-Zuhaili, Umum al-Balwa bermaksud sesuatu yang berleluasanya sehingga seseorang itu sukar untuk menyelamatkan diri daripadanya atau menjauhinya. (Rujuk: Nazariyah Al-Darurah Al-Syar'iyah, 123) Selain itu, menurut Muslim al-Dusari, Umum al-Balwa bermaksud, "Isu yang berlaku secara menyeluruh ke atas orang mukalaf atau keadaan orang mukalaf yang terikat dengan pertanggungjawaban tertentu berkenaan isu tersebut, serta wujud kesukaran menghindarinya atau tidak mampu menghilangkannya melainkan dengan bertambah kesulitan yang memerlukan kemudahan dan keringanan." (Rujuk: Umum Al-Balwa: Dirasah Nazariyah Tatbiqiyah, 61) Selain itu, umum al-balwa bermaksud suatu keperluan yang sangat mendesak yang berlaku dalam kalangan majoriti para mukalaf ataupun sekumpulan yang tertentu dalam kalangan mereka untuk mendapatkan kemudahan dalam perkara yang berlaku secara berulang kali dan menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk meninggalkan perkara tersebut. Jika mereka dituntut untuk meninggalkannya maka kesukaran luar biasa akan menimpa. (Rujuk: Dhawabit al-Ikhtiar al-Fiqhiy inda al-Nawazil, 148) Berdasarkan pengertian di atas, dapat difahami bahawa umum al-balwa ini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kesusahan yang luar dari kebiasaan kepada manusia jika perkara itu ditinggalkan. Kesusahan itu meliputi kebanyakan manusia. Dalil-dalil Umum al-Balwa Memandangkan umum al-balwa ini sesuatu perkara yang sukar untuk dihindari, maka syarak tidak memaksa setiap muslim meninggalkannya demi memudahkan urusan manusia di dalam kehidupan harian. Antara sumber dalil tentang perkara ini seperti firman Allah SWT: يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ Bermaksud: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Al-Baqarah (185) Selain itu, Allah SWT juga berfirman bahawa agama Islam merupakan agama yang memberi kemudahan dalam melaksanakan segala perintah-Nya: وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ Bermaksud: Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. Al-Hajj (78) Seterusnya, Allah SWT berfirman bahawa Allah SWT tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu ujian melainkan apa yang terdaya olehnya: لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا Bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Al-Baqarah (286) Syarat-syarat Umum al-Balwa Para ulama ada meletakkan syarat-syarat yang menentukan sesuatu perkara itu dikira sebagai umum al-balwa. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: Sesuatu perkara tersebut mestilah perkara yang bersifat menyeluruh atau merangkumi bilangan kelompok manusia yang ramai. Ia bukan bersifat khas kepada individu atau jumlah yang kecil daripada kelompok manusia yang pelbagai. Hal ini kerana syariat Islam mengambil berat tentang situasi yang menyeluruh. Menurut Imam al-Mawardi: ‌الْيَسِيرَ ‌يَكُونُ ‌تَبَعًا ‌لِلْكَثِيرِ وَلَا يَكُونُ الْكَثِيرُ تَبَعًا لِلْيَسِيرِ Bermaksud: Sesuatu yang sedikit akan mengikut sesuatu yang banyak dan sesuatu yang banyak tidak akan mengikut sesuatu yang sedikit. (Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 366/7) Tambahan pula Imam al-Sarakhsi juga ada menyatakan bahawa: الْأَكْثَرَ ‌يُنَزَّلُ ‌مَنْزِلَةَ ‌الْكَمَالِ وَالْأَقَلُّ تَبَعٌ لِلْأَكْثَرِ Bermaksud: Sesuatu yang banyak akan mengambil kedudukan sesuatu yang sempurna dan sesuatu yang sedikit akan mengikut sesuatu yang banyak. (Rujuk: Al-Mabsut, 19/9) Oleh yang demikian, perkara yang bersifat menyeluruh yang meliputi sebahagian besar jumlah manusia atau kelompok tertentu dapat memberi kesan kepada penentuan sesuatu hukum dan menjadi syarat dalam menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-balwa. Perkara tersebut hendaklah sesuatu yang perlu dilakukan secara berulang dan berkali-kali. Setiap manusia tidak merasakan kepayahan jika dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang perlu dilalui sekali sahaja atau berulang kali dalam tempoh yang panjang. Namun begitu, jika seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan perkara yang berulang kali dalam tempoh yang singkat, maka dapat memberikan kepayahan kepadanya. Oleh itu, perkara berulang kali itu mengubah pekerjaan tersebut dari sedikit dan mudah kepada banyak dan membebankan. Maka, perkara yang berulang dan berlaku berkali-kali menjadi satu syarat menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-Balwa. (Rujuk: Dhawabit al-Ikhtiar al-Fiqhiy inda al-Nawazil, 156) Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti berkenaan perkara yang berulang kali yang boleh mendatangkan kesusahan jika tidak dibolehkan iaitu kebenaran menyapu air ke atas khuf (stokin kulit) ketika tidak musafir memandangkan jika perlu menanggalkannya pada setiap kali hendak berwuduk maka akan mendatangkan kesukaran manakala wajib menanggalkan khuf itu ketika mandi (wajib) kerana ia tidak berlaku berulang kali. (Rujuk: Al-Ashbah wa al-Nazair li al-Suyuti, 76) Perkara itu akan mendatangkan kesukaran yang luar dari kebiasaan. Hal ini kerana perkara tersebut mengandungi sesuatu yang sulit untuk dielakkan. Hal ini sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti berkenaan sesuatu kewajipan yang mengandungi perkara yang tidak boleh dipisahkan seperti tanah atau lumut yang berada dalam air. Kedua-duanya merupakan sesuatu yang sulit untuk dielakkan di dalam air. Maka, air tersebut boleh digunakan untuk bersuci meskipun ia berubah disebabkan perkara tersebut. Hal ini kerana jika air tersebut dihukum bukan air mutlak, maka akan mendatangkan kesulitan kerana kebiasaan air akan terdapat lumut secara alami dalam suatu tempoh. (Rujuk: Al-Ashbah wa al-Nazair li al-Suyuti, 76)   KESIMPULAN Umum al-Balwa merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kepayahan dalam kalangan majoriti para mukalaf ataupun sekumpulan yang tertentu dari kalangan mereka jika meninggalkannya.lebih-lebih lagi jika perkara yang berlaku secara berulang kali dan menjadi satu kesukaran bagi mereka meninggalkan perkara tersebut. Namun bagi menentukan perkara tersebut dikategorikan sebagai umum al-balwa maka para ulama telah menetapkan beberapa syarat sebagai panduan dalam menentukan sesuatu perkara itu sebagai umum al-balwa ataupun tidak. Antaranya ialah perkara tersebut meliputi sejumlah yang banyak dalam kalangan manusia, perkara tersebut berlaku berulang kali dan perkara tersebut boleh mendatangkan kesusahan yang luar biasa jika meninggalkannya. Oleh itu, tidak semua perkara yang sulit akan dianggap sebagai umum al-balwa. Penentuan sesuatu perkara itu perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
427
Soalan Apakah hukum jika seseorang jemaah haji melontar pada hari 10 Zulhijjah di Jamratus Sughra kemudian dia menggunting rambutnya? Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Tahallul bermaksud melepaskan diri daripada larangan yang disebabkan oleh ihram. Dalam ibadah haji, tahallul dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tahallul awwal dan tahallul thani. Persoalan di atas bertanyakan berkenaan hukum seseorang jemaah haji yang melontar di Jamratus Sughra pada 10 Zulhijjah seterusnya bergunting rambutnya. Dalam isu ini , sepatutnya pada 10 Zulhijjah tersebut, jemaah haji itu sepatutnya melakukan lontaran di Jamratul Kubra. Namun demikian, jemaah haji tersebut tersalah melontar di Jamratus Sughra. Dalam hal ini, sememangnya tidak akan terhasil tahallul awwal bagi jemaah haji yang melakukan lontaran pada hari 10 Zulhijjah di Jamratul Sughra sekalipun kemudian dia menggunting rambutnya. Hal ini kerana dia hendaklah melakukan lontaran di Jamratul Kubra bagi tujuan menyempurnakan tahallul awwal. Oleh itu, dia hanya dikira melakukan satu perkara sahaja daripada tiga perkara apabila tersalah melontar jamrah. Adapun perbuatan menggunting rambutnya tidak menjadi kesalahan kerana perkara tersebut sudah dibolehkan pada ketika itu. Tahallul awwal akan berhasil apabila para jemaah haji melaksanakan dua daripada tiga perkara berikut: Melontar di Jamratul Kubra. Tawaf rukun dan sa’ie (jika belum dilaksanakan). Bercukur atau bergunting. Jemaah haji yang telah menyelesaikan tahallul awwal, maka dibolehkan kepadanya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram kecuali tiga perkara tersebut: Berkahwin atau mengahwinkan orang lain (menjadi wali, wakil wali atau wakil menerima kahwin). Melakukan mukaddimah (permulaan) persetubuhan seperti bersentuhan dengan syahwat, bercumbu-cumbuan dan sebagainya. Bersetubuh.   KESIMPULAN Dalam isu ini, sepatutnya jemaah haji lebih peka dan prihatin berkenaan tempat-tempat yang seharusnya dia melontar. Telah terdapat pembahagian tempat untuk melontar diantara Jamratul Sughra, Jamratul Wustha dan Jamratul Kubra yang sepatutnya tidak menjadi kesilapan kepada para jemaah haji. Justeru, setiap jemaah haji perlu melihat dengan lebih teliti sebelum melakukan lontaran. Hal ini kerana perbuatan tersebut jika salah dilakukan akan memberi kesan kepada ibadah haji kita. Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai olehNya seterusnya hidup dibawah rahmatNya. Amin.
431
SOALAN Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah boleh kita katakan bahawa fitrah itu ialah agama Islam itu sendiri berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu dengan maksud mereka beragama Islam?                                Mohon pencerahan. Terima kasih. RINGKASAN JAWAPAN Fitrah ialah kejadian asal manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Ia bukanlah agama Islam itu sendiri dengan maksud ajaran agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Kedua-duanya adalah perkara yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika dikatakan bahawa ajaran Islam bersesuaian dengan fitrah manusia, maka pernyataan tersebut tepat dan benar. Maka dari sudut ini boleh dikatakan bahawa Islam itu merupakan fitrah dengan maksud ia meraikan fitrah yang menjadi keperluan bagi seseorang manusia dan menekan kesempurnaan diri manusia daripada sudut zahir dan batinnya. WaAllahu a’lam. HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat. Terdapat ayat al-Quran dan hadis yang dijadikan rujukan berkaitan persoalan fitrah ini. Antaranya ialah firman Allah SWT: فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ Maksudnya: (Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. Surah al-Rum: 30 Begitu juga hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Riwayat al-Bukhari: 1385 Berdasarkan nas-nas di atas, sebahagian golongan menyangka dan tersalah faham bahawa fitrah itu ialah  agama Islam itu sendiri. Hal ini bagi mereka bermaksud, setiap anak dilahirkan itu mereka dikira telah beragama Islam sejak lahir. Kemudian, kedua ibu bapanyalah yang menukarkan agama anak mereka daripada agama Islam yang asalnya ada pada diri anak tersebut sama ada kepada agama Yahudi, Nasrani atau Majusi. Walau bagaimanapun, sangkaan tersebut jelas tidak tepat. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa sudut. Antaranya ialah: Islam merupakan ajaran dan hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Jika dikatakan fitrah ialah agama Islam itu sendiri, maka ia bukan perkara yang sama. Selain itu, tiada nas yang menunjukkan secara jelas bahawa fitrah merupakan Islam dengan maksud ini.[1] Jika kita andaikan bahawa fitrah ialah Islam itu sendiri, maka tidak akan dituntut ke atas orang yang telah baligh untuk mengucap kalimah syahadah dan membenarkan kebenaran Islam kerana mereka sudah pun memeluk agama Islam. Justeru itu juga tidak akan berlaku khilaf terhadap anak golongan musyrikin sama ada mereka masuk Syurga ataupun tidak. Namun hakikat adalah sebaliknya, di mana seseorang yang telah baligh dituntut melakukan perkara tersebut untuk menjadikan mereka sebagai seorang muslim. Maka, sudah tentu sebelum itu dia masih belum dianggap sebagai muslim sehingga perlu dituntut untuk memeluk Islam. Begitu juga, berlaku khilaf terhadap status anak golongan musyrikin seperti yang berlaku dalam para sahabat RAnhum.[2] Terdapat hadis-hadis lain juga yang menerangkan hadis di atas. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya: كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، حَتَّى يُعْرِبَ عَنْهُ لِسَانُهُ، فَإِذَا أَعْرَبَ عَنْهُ لِسَانُهُ، إِمَّا شَاكِرًا، وَإِمَّا كَفُورًا Maksudnya: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah sehingga dia mampu untuk menjelaskannya dengan lisannya. Apabila dia menjelaskannya dengan lisannya maka sama ada dia menjadi orang yang bersyukur(muslim) atau orang yang kufur. Riwayat Ahmad: 14805 Daripada hadis ini difahami bahawa tidak dihukum ke atas anak yang lahir sama ada sebagai Islam atau kufur sehingga dia mampu berfikir untuk memilih antara kedua-duanya. Jika seseorang itu diberi pilihan antara Islam dan kekufuran, maka sudah tentu dia bukan berada dalam salah satu daripada dua pilihan tersebut. Ini kerana hadis di atas menjelaskan keputusan seseorang itu untuk memilih iman atau kufur setelah tiba umur baligh bagi memilih kedudukan imannya.[3] Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa fitrah bukanlah agama Islam itu sendiri. Bahkan ia adalah satu keadaan asal kejadian manusia yang diciptakan Allah SWT sebelum seseorang itu mampu menyatakan sama ada dia beriman kepada Allah SWT ataupun dia kufur kepada-Nya. Jika dia beriman kepada Allah SWT dan membenarkan kebenaran Islam, barulah dia dikira sebagai seorang muslim. Jika tidak, maka dia adalah seorang yang kufur. Oleh yang demikian, fitrah secara ringkasnya bermaksud asal kejadian manusia yang Allah SWT jadikan manusia di atasnya, yang dengan kesuciannya manusia mampu dan bersedia untuk menerima kebenaran Islam.[4] Oleh itu, jika dikatakan ajaran Islam bersesuaian dengan fitrah manusia, maka pernyataan tersebut sangat tepat dan benar. Hal ini kerana ajaran Islam meraikan apa yang menjadi keperluan bagi seseorang manusia serta menekan kesempurnaan diri manusia daripada sudut zahir dan batinnya.[5] Maka dari sudut ini boleh dikatakan bahawa Islam ialah fitrah dengan maksud ia bersesuaian dengan asal kejadian manusia.[6] WaAllahu a’lam.    RUJUKAN [1] ونحن نعرف أنّ الإسلام: هو عبارة عن مجموعة من الأحكام والمفاهيم والتعاليم التى أنزلها الله إلى نبيّه عليه السلام. فإن قصدوا أنّ الفطرة هي عين الإسلام، وقالوا: إنّ هذه هي الفطرة التي يقصدونها وأنّها عين الإسلام بهذا المعنى، فقولهم لا دليل عليه من هذا الحديث. (الشرح الكبير على العقيدة الطحاوية، دار الذخائر.2014. ج1، ص 89) [2] لأنّ الفطرة لو كانت هي الإسلام لما كلّف الإنسان بأن يسلم بعد رشده وتمييزه لأنّ الفرض أنّه مسلم ولما حصل خلاف في أولاد المشركين: أنّهم ما حكمهم؟ ولما كان الحال ما قبل التمييز مغايرا للحال لما بعده، ولكن جميع ذلك ثابت بالأحاديث. أمّا أنّ الإنسان بعد رشده يؤمر بالإسلام، فهو لا يحتاج إلى دليل. (الشرح الكبير على العقيدة الطحاوية، دار الذخائر.2014. ج1، ص 89) [3] وهذا دليل على أنّه لا يحكم عليهم بالإسلام وهم صغار ولا بالإيمان، وإن اختار الوحد بين أمرين، فإنّه يكون عاريا عنهما، ويكون في حالة ثالثة غيرهما. (الشرح الكبير على العقيدة الطحاوية، ج1، ص91) [4] ‘الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْها‘ خلقهم عليها وهي قبولهم للحق وتمكنهم من إدراكه، أو ملة الإِسلام فإنهم لو خلوا وما خلقوا عليه أدى بهم إليها. (أنوار التنزيل وأسرار التأويل، ج 4، ص 206) [5] فيمكن أن يقال من هذا الوجه: إنّ الإسلام هو الفطرة بمعنى يأخذ بالخلقة التى هي الفطرة إلى أعلى إمكاناتها. (الشرح الكبير على العقيدة الطحاوية، دار الذخائر.2014. ج1، ص94-95) [6] والمراد بالفطرة في قوله- تعالى-: فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ الملة. أى: ملة الإسلام والتوحيد.أو المراد بها: قابلية الدين الحق، والتهيؤ النفسي لإدراكه. والأصل فيها أنها بمعنى الخلقة. (التفسير الوسيط للقرآن الكريم، ج 11، ص 83)
432
Soalan: Apakah hukum bagi sesetengah orang yang gemar menunjukkan gambar perut memboyot di media sosial atau biasanya dipanggil baby bump? Ringkasan Jawapan: Baby bump atau bahagian perut yang memboyot pada wanita mengandung adalah aurat. Oleh itu, para wanita mestilah menjaga aurat di kawasan berkenaan dengan mengenakan pakaian yang labuh dan longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuh. Selain itu, hukum menayangkan gambar perut memboyot di media sosial adalah tidak selari dengan etika ajaran Islam kerana ia boleh mengundang fitnah dalam kalangan lelaki ajnabi khususnya dan membawa kepada masalah moral dan akhlak. Huraian Jawapan: Aurat menurut syarak adalah anggota tubuh yang wajib ditutupi dan apa-apa yang diharamkan melihat kepadanya. (Rujuk: Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 1/633). Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/185). Jadi, aurat adalah bahagian tubuh wanita atau lelaki yang wajib ditutupi dan haram untuk dibuka atau diperlihatkan kepada orang lain. Pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama berdasarkan firman Allah SWT: وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”. Surah al-Nur (31) Shaikh Wahbah al-Zuhaili berkata ketika menghuraikan maksud " وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ" menyatakan: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka iaitu bahagian yang tersembunyi atau tempat letak perhiasan iaitu selain daripada muka dan tapak tangan (Rujuk al-Zuhaili, Tafsir al-Munir, 18/211). Di sisi Mazhab Syafie, terdapat dua pandangan dalam menentukan kadar aurat wanita: Pandangan Pertama: Seluruh tubuh wanita adalah aurat. Imam al-Bujairimi berkata: “Aurat wanita yang merdeka iaitu di dalam solat. Adapun auratnya di luar iaitu di sisi lelaki ajnabi ialah seluruh tubuhnya termasuk muka dan kedua tapak tangan walaupun ketika aman daripada fitnah”. (Rujuk al-Bujairimi, Hasyiyah al-Bujairimi, 1/450). Pandangan kedua: Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.  Disebutkan di dalam kitab Nihayah al-Mathlab: Berdasarkan firman Allah SWT: Lafaz {إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا}, maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya. Kebanyakan para ahli tafsir berkata: yang dimaksudkan di sini ialah bahagian muka dan kedua tapak tangan. Hal ini disebabkan keduanya boleh dibuka ketika solat. Oleh itu, tidak menjadi kewajipan bagi para wanita untuk menutupnya. (Rujuk: Nihayah al-Mathlab, 12/31) Imam Zakariyya al-Ansori berkata: Dan aurat perempuan merdeka di dalam solat dan di hadapan lelaki anjabi sekalipun di luar (solat) ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan bahagian dalam dan luar sehingga ke pergelangan dua tapak tangan berdasarkan firman Allah  {وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا}. Ibn Abbas dan selainnya berkata ‘lafaz selain daripadanya’ ialah muka dan kedua tapak tangannya, dan keduanya bukanlah aurat kerana terdapat keperluan untuk menzahirkannya. (Rujuk Zakariyya al-Ansori, Asna al-Mathalib, 1/176). Justeru, jelas sekali bahawa baby bump atau kawasan perut wanita mengandung adalah termasuk dalam aurat yang wajib ditutup oleh para wanita. Para ulama’ menggariskan syarat-syarat menutup aurat adalah seperti berikut: 1. Pakaian hendaklah menutup seluruh aurat wanita. 2. Pakaian tidak nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit. Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata dalam masalah ini: “Dan syarat pakaian (untuk menutup aurat) ialah apa yang boleh menutup dan tidak menampakkan warna kulit”. (Rujuk Ibn Hajar al-Haitami, Minhaj al-Qowim, 1/115) 3. Pakaian tidak ketat (longgar) sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi maka fungsi pakaian tersebut tidak tercapai kerana sekalipun kelihatan wanita itu berpakaian tetapi sebenarnya dia telanjang. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda: صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا Maksudnya: “Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat, satu kaum yang mempunyai cambuk seperti ekor lembu, dengannya mereka memukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, yang akan cenderung (kepada kejahatan) dan membuat suami mereka cenderung ke arahnya. Kepala mereka akan seperti bonggol unta yang condong ke satu sisi. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mencium baunya dan sungguh bau syurga itu dapat dicium dari jarak demikian dan demikian”. Riwayat Muslim (2128) 4. Pakaian tidak menyerupai jantina yang lain iaitu pakaian yang digunakan bukan yang khusus daripada kebiasaan pakaian yang dipakai oleh jantina yang lain. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. Riwayat Abu Daud (4098) Justeru, jelas sekali bahawa baby bump atau bahagian perut yang memboyot pada wanita mengandung adalah aurat. Oleh itu, para wanita mestilah menjaga aurat di kawasan berkenaan dengan mengenakan pakaian yang bersesuaian iaitu labuh dan longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuh. Selain itu, hukum menayangkan gambar perut memboyot di media sosial adalah tidak selari dengan etika ajaran Islam apatah lagi sekiranya gambar yang ditunjukkan dalam keadaan wanita berkenaan memakai pakaian yang ketat dan nipis sehingga menampakkan bentuk perut. Hal ini juga boleh mengundang fitnah dalam kalangan lelaki ajnabi khususnya dan membawa kepada masalah moral dan akhlak. Oleh itu, kaum wanita perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. Ini berdasarkan satu kaedah: اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ Maksudnya: “Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan”. Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA: مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh laluan-laluan tohmahan, maka dia akan ditohmah”. Oleh yang demikian, sebarang perkara yang berisiko menimbulkan fitnah hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan boleh membawa kesan yang buruk pada masa-masa akan datang. Wallahu a’lam.
433
Soalan : Assalamu’alaikum, memandangkan kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, minta pihak tuan jelaskan berkenaan hukum mendirikan solat sunat tarawih di rumah. Terima kasih. Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : ‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu. Riwayat Al-Bukhari (37) Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah S.W.T, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu. Imam Al-Nawawi di dalam kitab beliau Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim (6/377) mengatakan : ‘’Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih’’. Pensyariatan solat tarawih dapat dilihat melalui sebuah riwayat daripada Umm Al-Mu'minin A'isyah R.anha bahawa beliau berkata :  ‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ‏‏ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ‏ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah S.A.W sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah : Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan. Riwayat Al-Bukhari (1129) Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W pada malam hari pertama bulan Ramadan baginda keluar menuju ke masjid pada waktu malam dan mendirikan solat. Kemudian orang ramai yang berada di sekitar turut serta mengikuti solat malam Rasulullah S.A.W. Demikian juga pada malam yang kedua, Cuma bilangan jemaah yang solat bersama baginda semakin ramai. Manakala malam yang berikutnya, bilangan jemaah semakin ramai sehingga memenuhi masjid. Maka pada malam yang berikutnya, Nabi S.A.W tidak keluar ke masjid dan ramai orang pada ketika itu yang menanti kehadiran baginda. Sebaik sahaja waktu subuh, selepas sahaja solat baginda berpaling seraya mengatakan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas. Syeikh Syams Al-Haq Al-‘Azhim Abadi ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata : ‘’Baginda khuatir solat tarawih akan difardhukan ke atas mereka. Ini kerana boleh jadi berlakunya kefardhuan atas perbuatan qiyam Ramadhan secara berjamaah disebabkan ia dibuat secara berterusan’’. Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud (4/180). Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa zahir dari hadis ‘A’isyah R.Anha di atas adalah menunjukkan kepada keharusan mendirikan solat sunat tarawih di rumah. Justeru, tidak ada masalah untuk seseorang itu melakukan solat tarawih secara berjemaah di rumahnya bersama keluarga. Bahkan berjemaah dalam melakukan solat tarawih itu adalah lebih afdhal berbanding secara bersendirian. Imam Al-Nawawi berkata : وَتَجُوزُ مُنْفَرِدًا وَجَمَاعَةً وَأَيُّهُمَا أَفْضَلُ فِيهِ وَجْهَانِ مَشْهُورَانِ كَمَا ذَكَرَ الْمُصَنِّفُ وَحَكَاهُمَا جَمَاعَةٌ قَوْلَيْنِ (الصَّحِيحُ) بِاتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ أَنَّ الْجَمَاعَةَ أَفْضَلُ Maksudnya : Dan dibolehkan (solat tarawih itu dilakukan) secara bersendirian dan juga secara berjemaah. Berkenaan yang manakah yang afdhal antara keduanya terdapat dua pendapat yang masyhur sebagaimana yang disebutkan oleh musannif dan diceritakan oleh majoriti (al-Syafi’eyyah), yang sahih secara sepakat oleh ashab, secara berjemaah itu adalah lebih afdhal. Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/31) Penutup Sebagai kesimpulan, kami akhiri kenyataan kami ini dengan beberapa noktah yang berikut : Dibolehkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah. Ini lebih utama dengan mengambil kira suasana Perintah Kawalan Pergerakan pada waktu ini. Berkenaan dengan tatacara pelaksanaan solat tarawih di rumah pula, kami nyatakan seperti berikut : Waktu untuk mendirikan solat tarawih secara berjemaah adalah sebaik sahaja solat Isya’ selesai didirikan dan tempoh pelaksanaannya boleh dilakukan sehingga terbitnya fajar. Solat dipimpin oleh seorang lelaki dewasa, sama ada ayah atau anak-anak lelaki. Bacaan di dalam solat adalah dengan membaca mana-mana surah yang mudah dan juga bacaan surah yang dihafal. Meskipun begitu, jika imam ingin membaca bacaan Al-Quran di dalam solat tarawih dengan melihat mushaf di hadapan, kami berpendapat hukumnya adalah harus seperti yang telah kami jelaskan secara panjang lebar dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-303: Hukum Melihat Mushaf Al-Qur’an Ketika Solat yang boleh dibaca di pautan berikut https://bit.ly/2VpSrGV Boleh untuk memilih sama ada hendak melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat mahupun 20 rakaat iaitu dipisahkan setiap dua rakaat dengan satu salam. Dalam masa yang sama, keadaan dan kemampuan keluarga hendaklah diraikan dalam hal ini. Kemudian setelah selesai solat tarawih secara berjamaah, dirikan lah juga solat witir secara berjemaah. Mengenai tatacara pelaksanannya, rujuk artikel kami Al-Kafi #1393 : Tatacara Solat Witir Yang Afdhal yang boleh dibaca menerusi pautan berikut https://bit.ly/3cForML Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
434
Soalan Assalamualaikum Dato’ Mufti. Saya ingin tahu, bolehkah seorang suami yang baru pulang dari musafir dan dia tidak berpuasa menyetubuhi isterinya, sedangkan si isteri tidak musafir, bolehkah isterinya menolak permintaan suami tersebut? Apakah hukum bagi mereka berdua sekiranya mereka bersetubuh? Dan adakah dikenakan kaffarah? Terima kasih.   Jawapan Waalaikumsalam. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.   Rukhsah Musafir Rukhsah adalah keuzuran yang dibenarkan oleh syarak untuk berbuka puasa di antaranya adalah bermusafir yang diharuskan. Ini seperti firman Allah SWT: فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ Maksudnya: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain (Surah al-Baqarah, 184) Apa yang dimaksudkan rukhsah musafir adalah perjalanan yang panjang melebihi dua marhalah (85Km) dan boleh melakukan solat jamak dan qasar. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu li Zuhaili, 3/1695) Sekiranya berbuka puasa ketika musafir wajib untuk menggantikannya di hari yang lain sebanyak mana yang ditinggalkan. Dan seharusnya digantikan dengan secepat mungkin tanpa melengahkannya sehingga ke bulan Ramadhan yang mendatang. (Lihat: al-Mausua’h al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/75-76)   Al-Imsak (menahan diri) Sekiranya seseorang itu dibenarkan membuka puasa (sebab syarie) pada awal hari berpuasa seperti haid, musafir dan sakit, kemudian gugur keuzuran pada hujung harinya itu seperti suci dari haid, sampai ke tempatnya (mukim) dari bermusafir dan hilang sakit. Terdapat dua pandangan sama ada ia perlu menahan diri daripada berpuasa ataupun tidak. Diwajibkan menahan diri (al-Imsak) baki daripada hari itu. Ini bermakna apabila gugur keuzuran (rukhsah) itu pada sebelum waktu subuh maka diwajibkan berpuasa seharian. Sekiranya gugur keuzuran(rukhsah) selepas waktu subuh diwajibkan menahan diri (al-Imsak). Tidak diwajibkan menahan diri (al-Imsak) kerana mengikut pandangan Ibnu Mas’ud RA katanya: مَنْ أَكَل أَوَّل النَّهَارِ، فَلْيَأْكُل آخِرَهُ Maksudnya: Barangsiapa yang makan pada permulaan waktu siangnya, hendaklah ia makan pada akhirnya. Ini kerana diharuskan baginya berbuka pada permulaan siang secara zahir dan batin. Sekiranya ia berbuka maka seharusnya ia meneruskannya sehingga penghujung hari. Seperti seolah-olah keuzuran (rukhsah) itu masih berlaku. Ibnu Qudamah berkata: Sekiranya salah sesorang melakukan jimak selepas gugurnya keuzuran (Rukhsahnya), terdapat dua riwayat pada keadaan ini: Sekiranya pendapat: Wajib menahan diri (al-Imsak) maka hukumnya seperti ia melakukan jimak ketika berpuasa (dikenakan Kaffarah) Sekiranya berpendapat: Tidak wajib menahan diri (al-Imsak) maka tidak mengapa (tidak dikenakan Kaffarah jimak) (Lihat: al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Quwaitiyah, 28/82) Dr. Muhammad Zuhaili menyatakan sekiranya seseorang yang musafir membuka puasa, kemudian kembalinya di tempat ia bermukim pada waktu siang Ramadhan, maka disunatkan ia menahan diri (al-Imsak) sehingga waktu berbuka. Ini bertujuan menghormati waktu berpuasa. Perkara ini tidak diwajibkan, akan tetapi dilarang makan dan minum di hadapan orang yang tidak mengetahui keuzuruannya (rukhsah) dikhuatiri mendatangkan tuduhan dan fitnah. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/197)   Kaffarah Barang siapa yang melakukan jimak di siang hari Ramadhan secara sengaja dan dengan ikhtiarnya sendiri maka batallah puasanya dan dikenakan kaffarah kubra ini sepertimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA katanya: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ. قَالَ: مَا لَكَ؟ قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِى وَأَنَا صَائِمٌ، في رواية: في رَمَضَان. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ تَجِدُ رَقَبَةً تُعْتِقُهَا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَجِدُ إِطْعَامَ سِتِّينَ مِسْكِينًا؟ قَالَ: لاَ. فَمَكَثَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، فَبَيْنَمَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ، أُتِىَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِفرقٍ فِيهِ تَمْرٌ. قَالَ: أيْنَ السَّائِلُ؟ فَقَالَ: أَنَا. قَالَ: خُذْهَا فَتَصَدَّقْ بِهِ. فَقَالَ: الرَّجُلُ أَعَلَى أَفْقَرَ مِنِّى يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَوَاللَّهِ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَفْقَرُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي، فَضَحِكَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ، ثُمَّ قَالَ: أَطْعِمْهُ أَهْلَكَ Maksudnya: “Ketika kami duduk di samping Rasulullah SAW, seorang lelaki menemui Baginda, dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku binasa.” Baginda bertanya: “Kenapa?” Jawabnya: “Aku telah menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa.” Dalam riwayat yang lain, dalam bulan Ramadhan. Sabda Baginda: “Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk dimerdekakan?” Jawabnya: “Tidak.” Baginda bersabda: “Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak.” Sabda Baginda: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?” Jawabnya: “Tidak.” Rasulullah SAW diam seketika. Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi memberi sebakul tamar, lalu bersabda: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Lelaki itu menjawab: “Aku.” Sabda Baginda lagi: “Ambillah tamar ini dan sedekahkan.” Lelaki itu berkata: “Adakah ada orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah ini!” Nabi SAW ketawa sehingga kelihatan giginya, lalu bersabda: “Berikan makan tamar itu kepada keluargamu.” Hadis Riwayat al-Bukhari (1834) Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan wajib seseorang suami membayar kaffarah. Dan tidak dikenakan ke atas perempuan walaupun ia berpuasa. Ini kerana hak yang membayar kaffarah jimak dikhususkan ke atas lelaki bukan perempuan seperti mahar. Kerana perbuatan menyetubuhi disandarkan kepada lelaki, maka wajib ke atasnya kaffarah. Oleh itu, perempuan hanya wajib mengqada puasanya sahaja. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/204)   Ketaatan Islam melarang melatakkan ketaatan kepada makhluk dalam perkara kemaksiatan kepada Allah SWT ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali RA, Sabda Nabi SAW: لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ Maksudnya: Tidak ada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah SWT, sesungguhnya ketaatan itu pada perkara kebaikan Hadis Riwayat Abi Daud (2625) Al-khattabi dalam mensyarahkan hadis di atas menyatakan: “Tidak wajib mentaati sesuatu perkara yang munkar dan dimaksudkan dengan perkara makruf (kebaikan) iaitu perkara kebaikan yang menepati syarak”. (Lihat: ‘Aun al-Ma’bud wa hasyiah ibnu al-Qaiyyum, 7/208)   Kesimpulan Berdasarkan persoalan di atas, isteri boleh menolak permintaan suami untuk melakukan perbuatan tersebut kerana tidak wajib untuk mentaati perkara yang maksiat. Ini seperti hadis yang di atas diriwayatkan oleh Saidina Ali RA. لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ Maksudnya: Tidak ada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah SWT, sesungguhnya ketaatan itu pada perkara kebaikan Hadis Riwayat Abi Daud (2625) Sekiranya mereka bersetubuh dengan rela maka perbuatan itu adalah diharamkan kerana isteri sengaja membatalkan puasanya. Dan meninggalkan puasa Ramadhan merupakan perkara yang diharamkan syarak. Begitu juga suami yang menggalakkan kepada kemaksiatan, walaupun suami tidak diwajibkan berpuasa dan boleh melakukan jimak kerana diberi rukhsah kepadanya, namun menyuruh isteri berbuka puasa adalah perkara yang diharamkan. Said Sabiq menukilkan kata-kata Imam Zahabi: “Sesungguhnya barang siapa yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah lebih buruk daripada perbuatan berzina dan meminum arak bahkan mereka ini diragukan keislamannya dan berkemungkinan kafir zindik” (Lihat: Fiqh al-Sunnah, 1/434) Oleh itu perbuatan bersetubuh itu, merupakan satu kesalahan yang besar dan diharamkan syarak serta wajib bertaubat dan berazam tidak mengulanginya kembali. Walaupun tidak dikenakan kaffarah bagi suami kerana dalam keadaan tidak berpuasa disebabkan rukhsah musafir. Wallahualam.
436
Soalan Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanya, adakah transaksi jual beli kanak-kanak dikira sah ? Terima kasih.  Ringkasan Jawapan Hukum kanak-kanak melakukan transaksi jual beli adalah tidak sah kecuali pada perkara dan benda yang kecil dan ringan seperti membeli gula-gula, menjual kepingan coklat dan sebagainya. Perkara yang kecil dan ringan itu pula ditentukan oleh adat setempat yang melihatnya sama ada ia sebagai suatu benda yang ringan atau tidak. Meskipun begitu, bagi sesuatu benda yang besar dan bernilai tinggi, maka ia perlu kepada keizinan dan kelulusan para penjaganya. Sekiranya tiada kelulusan atau perakuan daripada penjaganya, maka jual beli tersebut adalah tidak sah. Huraian Jawapan Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat. Pada dasarnya, akad jual beli terdiri atas tiga rukun utama iaitu orang yang berakad (penjual dan pembeli), lafaz akad (lafaz ijab dan kabul) dan juga apa yang diakadkan (iaitu barangan dan harga)[1]. Bagi setiap rukun ini pula, ada beberapa syarat yang memberi kesan terhadap kesahihan akad dan juga hukum. Berkenaan rukun pertama jual beli iaitu orang yang berakad yakni penjual dan pembeli, antara syarat utama bagi keduanya ialah al-Rusyd (Kewarasan). Maksudnya ialah seseorang penjual dan pembeli itu mestilah seorang yang baligh, berakal dan juga mampu mentadbir agama[2] dan hartanya dengan baik[3]. Bagi transaksi jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak, kita perlu melihat keahlian seseorang itu untuk melakukan atau menjalankan sesuatu tindakan pengurusan atau sebarang transaksi menurut cara yang dibenarkan oleh syarak. Dalam hal ini, ia dinamakan Ahliyyah al-Ada’ (yakni kelayakan melaksanakan tugas). Asas bagi pensabitan kelayakan ini ialah adanya akal, dan kebolehan berfikir atau kebolehan membuat perbezaan (tamyiz). Syeikh Wahbah al-Zuhaili ada mengklasifikasikan tindakan kanak-kanak kepada tiga keadaan iaitu[4]: 1. Tindakan yang memberikan keuntungan semata-mata seperti perbuatannya menerima hadiah dan pemberian, menerima wasiat dan menerima jaminan hutang. Tindakan ini sah dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz tanpa perlu mendapat keizinan ibu bapa ataupun wali, sebab tindakan itu mendatangkan faedah buatnya. 2. Tindakan yang mendatangkan kemudaratan yakni sebarang tindakan yang menyebabkan pengeluaran harta miliknya. Contohnya, perbuatan memberi hibah, memberi sedekah, memberi pinjam, menjamin hutang seseorang ataupun menjamin diri seseorang. Tindakan seperti ini adalah tidak sah dilakukan oleh kanak- kanak yang mumaiyiz yang belum baligh. Ia tetap tidak terlaksana sekalipun penjaga atau ibu bapanya membenarkan atas sebab wali tidak memiliki kuasa ke atasnya malah ia memberi mudarat terhadap harta kanak-kanak itu. 3. Tindakannya dalam urusan seperti jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya yang terkandung di dalamnya konsep untung dan rugi. Perbuatan ini adalah sah dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz tetapi bergantung ke atas keizinan atau kelulusan wali. Peringkat kanak-kanak bermula sedari dia lahir sehinggalah dia mencapai waktu mumayyiz iaitu ketika umurnya tujuh tahun,[5] seterusnya peringkat mumayyiz sehinggalah dia baligh dan berakal. Menurut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie, transaksi jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah tidak sah. Hal ini kerana, seperti yang telah dinyatakan di atas, bahawa syarat orang yang mengadakan akad jual beli sama ada penjual mahupun pembeli mestilah terdiri daripada seorang yang matang fikirannya iaitu seorang yang baligh dan dapat mengurus agama dan hartanya dengan baik. Firman Allah SWT: وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا ‎﴿٥﴾ Al-Nisa’, 4:5 Maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” Imam al-Qurtubi menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa tidak diharuskan memberikan harta kepada golongan safih(orang yang tidak mampu menguruskan harta) dan juga mereka yang masih belum baligh(kanak-kanak)[6]. Sebaliknya diserahkan harta kepada mereka setelah mereka mencapai umur baligh, perkara ini ada disebut pada ayat seterusnya, firman Allah SWT: وَابْتَلُوا الْيَتَامَىٰ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ ۖ Al-Nisa’, 4:6 Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya.” Ayat ini jelas menerangkan bahawa Allah SWT memerintahkan para penjaga harta anak yatim agar menguji mereka yang di bawah jagaannya dengan urusan jual beli ketika mana mereka sudah mencecah umur baligh, maka sekiranya telah terzahir kemampuan mereka mengurus harta dengan baik, maka bolehlah diserahkan harta tersebut kepada mereka[7]. Urusan jual beli adalah urusan yang membabitkan harta, oleh itu kewarasan menjadi syarat dalam urusan ini. Oleh yang demikian, kanak-kanak tidak berkelayakan untuk menguruskan harta mereka kerana mereka bukanlah mukalaf. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW: رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ، وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ Maksudnya: "Telah diangkat pena daripada tiga golongan: (Iaitu) dari orang yang tidur sehingga dia terjaga, dari seorang kanak-kanak sehingga dia baligh dan dari orang yang gila sehingga dia sedar.” Riwayat Abu Daud (4403) Maksud bagi lafaz “رُفِعَ الْقَلَمُ”(pena telah diangkat) ialah apa yang dilakukan tidak diambil kira, sedangkan akad membabitkan beberapa hukum, maka orang yang tidak diambil kira segala tindakan mereka dianggap tidak berkelayakan melakukannya[8]. Jelaslah kepada kita bahawa pandangan muktamad dalam mazhab Syafie tidak membenarkan kanak-kanak sama ada belum ataupun sudah mumaiyiz untuk melakukan transaksi jual beli selagi dia belum lagi baligh dan juga mampu mengurus hartanya dengan baik. Meskipun begitu, bagi transaksi jual beli barangan yang kecil dan murah, ada pandangan yang dipegang dalam mazhab Syafie iaitu membenarkan dan mengharuskannya. Ini bermakna, kanak-kanak mumaiyiz layak dan sah berjual beli benda yang kecil-kecil. Hal ini dikuatkan dengan penyataan oleh Imam Taqi al-Din al-Hisni yang menyebut: قلت وَمِمَّا عَمت بِهِ الْبلوى بعثان الصغار لشراء الْحَوَائِج وأطردت فِيهِ الْعَادة فِي سَائِر الْبِلَاد وَقد تَدْعُو الضَّرُورَة إِلَى ذَلِك فَيَنْبَغِي إِلْحَاق ذَلِك بالمعاطاة إِذا كَانَ الحكم دائراً مَعَ الْعرف مَعَ أَن الْمُعْتَبر فِي ذَلِك التَّرَاضِي ليخرج بالصيغة عَن أكل مَال الْغَيْر بِالْبَاطِلِ فَإِنَّهَا دَالَّة على الرِّضَا فَإِذا وجد الْمَعْنى الَّذِي اشْترطت الصِّيغَة لأَجله فَيَنْبَغِي أَن يكون هُوَ الْمُعْتَمد بِشَرْط أَن يكون الْمَأْخُوذ يعدل الثّمن وَقد كَانَت المغيبات يبْعَثْنَ الْجَوَارِي والغلمان فِي زمن عمر بن الْخطاب رَضِي الله عَنهُ لشراء الْحَوَائِج فَلَا يُنكره وَكَذَا فِي زمن غَيره من السّلف وَالْخلف وَالله أعلم Maksudnya: “Aku katakan bahawa perbuatan mengutus anak-anak kecil untuk membeli barangan keperluan telah menjadi suatu perkara yang umum al-balwa dan menjadi adat di kebanyakan negeri. Kadang kala keadaan memaksa perbuatan sedemikian, maka transaksi tersebut perlulah dibuat secara akad mu’atah (yakni jual beli tanpa sighah) bergantung kepada uruf setempat yang membenarkan, pada masa yang sama perkara yang muktabar atau yang paling diambil kira dalam situasi ini ialah adanya kerelaan supaya dengan adanya lafaz sighah itu boleh mengeluarkan seseorang daripada memakan harta orang lain secara batil. Hal ini kerana, lafaz sighah menunjukkan adanya keredaan dan kerelaan. Dan apabila sudah ada tujuan untuk sighah itu dilafazkan, maka sepatutnya itulah yang dipegang namun dengan syarat barang yang diambil hendaklah sesuai dengan harga. Sesungguhnya mughibat, yakni wanita wanita yang ditinggalkan suami mereka kerana berperang, mereka menyuruh anak anak perempuan kecil dan anak anak lelaki pada zaman pemerintahan Saiyidina Umar ibn al-Khattab R.A untuk membeli barangan keperluan, maka beliau tidak melarangnya. Demikian juga hal itu berlaku pada zaman-zaman yang lainnya daripada ulama salaf dan khalaf.[9]” Selain itu, pandangan-pandangan mazhab lain seperti mana dalam mazhab Hanbali yang turut mensyaratkan perkara yang sama dalam transaksi jual beli yang diadakan oleh kanak-kanak iaitu perlunya kepada sifat al-Rusyd(Kewarasan), namun bezanya ia dikecualikan ke atas perkara-perkara yang kecil seperti sebuku roti, seikat sayur, potongan gula-gula dan seumpamanya. Hal ini kerana, kekangan dikenakan ke atas mereka pada asalnya adalah atas sebab takut berlakunya pembaziran atau kehilangan harta, dan perkara ini tidak berlaku pada benda-benda yang kecil dan ringan[10]. Kesimpulan Berdasarkan kepada pandangan-pandangan yang telah dikemukakan di atas, dapat disimpulkan bahawa jual beli kanak-kanak untuk benda-benda yang kecil ini adalah sah, namun untuk benda-benda yang besar dan bernilai tinggi, maka ia perlu kepada keizinan dan kelulusan para penjaganya. . Wallahu A‘lam. [1] Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj Ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, (t.tp: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, cetakan pertama, 1415H), 2/323. وَأَرْكَانُهُ فِي الْمَجْمُوعِ ثَلَاثَةٌ، وَهِيَ فِي الْحَقِيقَةِ سِتَّةٌ: عَاقِدٌ وَهُوَ بَائِعٌ وَمُشْتَرٍ وَمَعْقُودٌ عَلَيْهِ وَهُوَ ثَمَنٌ وَمُثَمَّنٌ، وَصِيغَةٌ وَهِيَ إيجَابٌ وَقَبُولٌ [2] Cara menguji kemampuan mentadbir atau kewarasan seseorang itu dalam urusan agamanya adalah dengan menyaksikan keadaannya dalam melaksanakan ibadah, dengan cara menjalankan kewajipan dan meninggalkan larangan. Lihat: Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Baijuri, Hasyiyah al-Baijuri ‘ala Fath al-Qarib al-Mujib, Tashih: ‘Alwi Abu Bakr Muhammad al-Saqqaf, (Jakarta: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, cetakan pertama, 1428H), 1/704. ويختبر رشد الصبي في الدين بمشاهدة حاله في العبادة بقيامه بالواجبات واجتنابه المحظورات [3] Al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, 2/332. ثُمَّ شَرَعَ فِي الرُّكْنِ الثَّانِي، وَهُوَ الْعَاقِدُ، وَقَدَّمَهُ عَلَى الْمَعْقُودِ عَلَيْهِ كَتَقَدُّمِ الْفَاعِلِ عَلَى الْمَفْعُولِ طَبْعًا، فَقَالَ: (وَشَرْطُ الْعَاقِدِ) بَائِعًا أَوْ مُشْتَرِيًا (الرُّشْدُ) وَهُوَ أَنْ يَتَّصِفَ بِالْبُلُوغِ وَالصَّلَاحِ لِدِينِهِ وَمَالِهِ. Lihat juga: Muhammad al-Zuhaili, al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, (Damsyik: Dar al-Qalam, cetakan ke-4, 1434H), 3/15. الرشد: وهو أن يكون كل منهما رشدًا، أي: بالغُا، وعاقلًا، ويحسن التصرف في المال. Lihat juga: Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, (Mesir: Al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra, t.c, 1357H), 4/227. (وَشَرْطُ الْعَاقِدِ) الْبَائِعُ وَالْمُشْتَرِي الْإِبْصَارُ كَمَا سَيَذْكُرُوهُ وَ (الرُّشْدُ) يَعْنِي عَدَمَ الْحَجْرِ عَلَيْهِ لِيَشْمَلَ مَنْ بَلَغَ مُصْلِحًا لِدَيْنِهِ وَمَالِهِ ثُمَّ اسْتَمَرَّ أَوْ فَسَقَ بَعْدُ بَلْ أَوْ بَذَرَ وَلَمْ يُحْجَرْ عَلَيْهِ [4] Al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami, 4/2968. الدور الثالث ـ دور التمييز: يبدأ بعد سن السابعة ويستمر إلى البلوغ عاقلاً. ومعنى التمييز: أن يصبح الولد بحالة يميز فيها بين الخير والشر، والنفع والضرر، ويعرف معاني الألفاظ إجمالاً، فيدرك أن البيع مثلاً سالب للمال وأن الشراء جالب للملك. وفيه تثبت للمميز أهلية أداء ناقصة: دينية، ومدنية، فتصح منه العبادات البدنية كالصلاة والصيام، ويثاب عليها، وإن لم تكن مفروضة عليه. كما تصح منه مباشرة التصرفات المالية، مثل قبول الهبة أو الصدقة مطلقاً، والبيع والشراء موقوفاً على إجازة وليه. ولا يصح منه التصرف الضار بمصلحته كالتبرع بشيء من أمواله، على ما سبق بيانه. [5] Wahbah bin Mustafa al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, (Damsyik-Syria: Dar al-Fikr, cetakan ke-4, t.t), 4/2967-2968. أدوار الأهلية: يفهم مما سبق أن أهلية الإنسان من مبدأ حياته في بطن أمه إلى اكتمال رجولته تمر في مراحل خمس أو أدوار خمسة هي: دور الجنين، ودور الطفولة (عدم التمييز)، ودور التمييز، ودور البلوغ، ودور الرشد. الدور الثاني ـ دور الطفولة: ويبدأ من وقت الولادة ويستمر إلى وقت التمييز وهو بلوغ السابعة من العمر. وفيه تثبت للطفل غير المميز أهلية وجوب كاملة، فيستحق الحقوق ويلتزم بالواجبات التي تكون نتيجة ممارسة وليه بعض التصرفات نيابة عنه، فإذا اشتري له أو وهب له ملك، وجب عليه العوض في المعاوضات المالية، وتكون له ذمة كاملة. وليست له أهلية أداء، فتكون أقواله كلها هدراً، وعقوده باطلة، حتى ولو كانت نافعة نفعاً محضاً له كقبول الهبة أو الوصية، وينوب عنه فيها وليه الشرعي أو وصيه. جاء في المادة (966 مجلة): «لا يصح تصرفات الصغير غير المميز وإن أذن له وليه». كذلك تكون أفعاله هدراً سواء أكانت دينية كالصلاة والصيام فلا تصح منه، أو مدنية كقبض المبيع أو الوديعة أو القرض، فلا تصح. وأما جناياته كالقتل والضرب والقطع فلا تستوجب العقوبة البدنية، كالقصاص والحبس، ولا يحرم من الميراث بقتل مورثه لسقوط المؤاخذة عنه، وإنما يلزم في ماله بدفع التعويض أو ضمان ما أتلفه من الأنفس والأموال حفاظاً عليها. الدور الثالث ـ دور التمييز: يبدأ بعد سن السابعة ويستمر إلى البلوغ عاقلاً. [6] Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakr bin Farah al-Ansori al-Khazraji Syams al-Din al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Tahkik: Ahmad al-Burduni dan Ibrahim Atfisy, (Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, cetakan ke-2, 1384H), 5/27. فِيهِ عَشْرُ مَسَائِلَ: الْأُولَى- لَمَّا أَمَرَ اللَّهُ تَعَالَى بِدَفْعِ أَمْوَالِ الْيَتَامَى إِلَيْهِمْ فِي قَوْلِهِ: (وَآتُوا الْيَتامى أَمْوالَهُمْ) وَإِيصَالُ الصَّدَقَاتِ إِلَى الزَّوْجَاتِ، بَيَّنَ أَنَّ السَّفِيهَ وَغَيْرَ الْبَالِغِ لا يجوز دفع ماله إليه. [7] Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi‘i, (Damsyik: Dar al-Qalam, cetakan ke-4, 1413H), 6/11. ودليل هذا: قوله تعالى: {وَابْتَلُواْ الْيَتَامَى حَتَّىَ إِذَا بَلَغُواْ النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْداً فَادْفَعُواْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ} (النساء6) فقد أمر الله تعالى الأولياء باختبار مَن كانوا تحت ولايتهم من اليتامى بالمعاملة حين يبلغون، فإن ظهر منهم حسن تصرف بالمال دفعت إليهم وسلطوا عليها، فدلّ ذلك على أن الرشد شرط للتسليط على المال وصحة التصرّف فيه، والبيع والشراء تصرف بالمال، فاشترط فيه الرشد. [8] Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji, 6/12. وكذلك كل من الصبي والمجنون ليس أهلاً للتصرف، لأنه غير مكلف،... ورفع القلم يعني عدم المؤاخذة، والعقود تترتب عليها أحكام، ومن كان غير مؤاخذ عن تصرفاته فليس أهلاً لإنشائها. [9] Taqi al-Din al-Hisni, Kifayat al-Akhyar fi Halli Ghayat al-Ikhtisor, Tahkik: Ali ‘Abd al-Hamid, Muhammad Wahbi Sulaiman, (Damsyik: Dar al-Khair, cetakan pertama, 1994M), 1/233. [10] Mustafa bin Sa‘d bin ‘Abduh al-Dimasyqi al-Hanbali, Matalib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayat al-Muntaha¸ (t.tp: Al-Maktab al-Islami, cetakan ke-2, 1415H), 3/10. الشَّرْطُ (الثَّانِي: الرُّشْدُ) يَعْنِي أَنْ يَكُونَ الْعَاقِدُ جَائِزَ التَّصَرُّفِ؛ أَيْ: حُرًّا مُكَلَّفًا رَشِيدًا؛ فَلَا يَصِحُّ مِنْ مَجْنُونٍ، وَلَا مِنْ صَغِيرٍ، وَنَائِمٍ، وَسَكْرَانَ، وَمُبَرْسَمٍ، وَسَفِيهٍ؛ لِأَنَّهُ قَوْلٌ يُعْتَبَرُ لَهُ الرِّضَا، فَاعْتُبِرَ فِيهِ الرُّشْدُ، كَالْإِقْرَارِ، (إلَّا فِي) شَيْءٍ (يَسِيرٍ) ؛ كَرَغِيفٍ، وَحُزْمَةِ بَقْلٍ، وَقِطْعَةِ حَلْوَى وَنَحْوِهَا؛ فَيَصِحُّ مِنْ قِنٍّ " صَغِيرٍ، وَلَوْ غَيْرَ مُمَيِّزٍ وَسَفِيهٍ؛ لِأَنَّ الْحَجْرَ عَلَيْهِمْ لِخَوْفِ ضَيَاعِ الْمَالِ، وَهُوَ مَفْقُودٌ فِي الْيَسِيرِ، وَإِلَّا (إذَا أَذِنَ لِمُمَيِّزٍ وَسَفِيهٍ وَلِيُّهُمَا) ؛ فَيَصِحُّ - وَلَوْ فِي الْكَثِيرِ - لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَابْتَلُوا الْيَتَامَى} [النساء: 6] (وَيَحْرُمُ) إذْنُ وَلِيٍّ لَهُمَا بِالتَّصَرُّفِ فِي مَالِهِمَا (بِلَا مَصْلَحَةٍ) ؛ لِأَنَّهُ إضَاعَةٌ.
438
Soalan Assalamualaikum Datuk Dr. Mufti, benarkah terdapat hadis yang menyebutkan tentang ketinggian nabi Adam as enam puluh hasta? Mohon pencerahan, terima kasih. Ringkasan Jawapan Hadis yang menyebutkan tentang ketinggian Nabi Adam AS setinggi enam puluh hasta adalah sahih. Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhārī di dalam kitab sahihnya, bab “خَلْقِ آدَمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَذُرِّيَّتِهِ” (Penciptaan Adam AS dan Keturunannya). Selain itu, al-Bukhārī turut meirwayatkan hadis berkenaan ketinggian Nabi Adam AS di tempat yang lain dalam sahihnya dengan tajuk bab “بَدْءِ السَّلاَمِ” (Permulaan salam). Muslim dan al-Tirmizi turut meriwayatkan hadis ini di dalam kitab mereka. Hadis ini merupakan hadis yang sahih. Huraian Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Berdasarkan kepada persoalan di atas, perihal ketinggian Nabi Adam AS memang disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW. Daripada Abu Hurayrah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ وَطُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا، ثُمَّ قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ مِنَ المَلاَئِكَةِ، فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ، تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ، فَقَالَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ، فَقَالُوا: السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ، فَزَادُوهُ: وَرَحْمَةُ اللَّهِ، فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ آدَمَ، فَلَمْ يَزَلِ الخَلْقُ يَنْقُصُ حَتَّى الآنَ Maksudnya: Allah menciptakan Adam dengan ketinggian enam puluh hasta. Kemudian Allah berkata: Pergilah (Wahai Adam) dan ucapkanlah salam ke atas mereka dalam kalangan para malaikat. Lalu dengarlah apa yang dijawab oleh mereka kepada engkau, itulah salam bagi engkau dan zuriatmu. Maka (Adam AS) mengucapkan: “Assalamualaikum” lalu mereka (para malaikat) menjawab: “Assalamualaika wa Rahmah, mereka menambahkan: “wa rahmatullah”. Maka, setiap yang masuk ke syurga adalah dalam bentuk Adam. Manusia sentiasa berkurangan (ketinggian mereka) semenjak penciptaannya sehingga sekarang. [1] Riwayat al-Bukhārī ( 3326) Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam karya sahihnya di bawah tajuk bab “خَلْقِ آدَمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَذُرِّيَّتِهِ” (Penciptaan Adam AS dan keturunannya). Selain itu, al-Bukhari turut meirwayatkan hadis berkenaan ketinggian Nabi Adam AS di tempat yang lain dalam sahihnya dengan tajuk bab “بَدْءِ السَّلاَمِ” (Permulaan salam). Muslim dan al-Tirmizi turut meriwayatkan hadis ini di dalam kitab mereka. Hadis ini merupakan hadis yang sahih. Jika diperhatikan daripada aspek zahir hadis, ia hanya menceritakan keadaan ketika awal penciptaan Nabi Adam AS di syurga. Sedangkan ia tidak menjelaskan keberadaanya di bumi setelah diturunkan Allah SWT. Hal ini dapat difahami dengan meneliti dan melihat juga kepada beberapa riwayat lain yang menceritakan seperti riwayat di atas. Ibn Hajr al-ʻAsqalani menerima kesahihan hadis ini dan menganggap bahawa hadis tersebut hanya menjelaskan sudut peristiwa awal berlakunya penciptaan Nabi Adam AS. Hal ini dinyatakan oleh beliau dalam Fath al-Bari seperti berikut: فَظَاهِرُهُ أَنَّهُ كَانَ مُفْرِطَ الطُّولِ فِي ابْتِدَاءِ خَلْقِهِ وَظَاهِرُ الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ أَنَّهُ خُلِقَ فِي ابْتِدَاءِ الْأَمْرِ عَلَى طُولِ سِتِّينَ ذِرَاعا وَهُوَ الْمُعْتَمد Maksudnya: Secara zahirnya, ketinggian yang keterlaluan itu adalah pada awal penciptaanya. Menurut zahir hadis yang sahih ini bahawa beliau diciptakan pada awalnya dalam enam puluh hasta dan ini adalah muktamad. [2] Menurut Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri ketika mensyarahkan bahawa ketinggian tersebut adalah ketinggian baginda AS di dalam syurga. [3] Berikut merupakan ungkapan beliau dalam Fayd al-Bari: ويُحْتَمَلُ أن يكونَ مرادُ الحديث أنه كان قدر طولهم هذا في الجنة Maksudnya: Dan berkemungkinan maksud hadis tersebut adalah kadar tinggi mereka di dalam syurga. [4]   Kesimpulan Setelah melakukan penelitian, memang benar terdapat hadis sahih yang menyebutkan perihal ketinggian Nabi Adam AS dengan ukuran enam puluh hasta. Namun, tidak terdapat riwayat yang kuat dan setaraf riwayat di atas menyebutkan tentang ketinggian Nabi Adam AS di bumi. Wallahua’lam. Rujukan [1] Muhammad bin Ismaʻil al-Bukhari, al-Jamiʻ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min ’Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi, ed. Muhammad Zuhayr bin Nasir al-Nasir (t.tp: Dar Tuq al-Najah, 1422), 4/131. [2] Ahmad bin ʻAli bin Hajr al-ʻAsqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, ed. Muhammad Fu’ad ʻAbd al-Baqi (Bayrut: Dar al-Maʻrifah, 1379), 6/367. [3] Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri, Fayd al-Bari ʻala Sahih al-Bukhari, ed. Muhammad Badr ʻAlim (Bayrut: Dar al-Kutub al-ʻIlmiyyah, 2005), 4/342. [4] Ibid.
442
Soalan Saya mempunyai adik beradik lelaki yang tinggal serumah untuk menumpang atas faktor kewangan. Sementara isteri saya suri rumah sepenuh masa. Persoalannya, Bolehkah ipar-duai tinggal sebumbung namun berlainan bilik ketika  ketiadaan saya untuk keluar bekerja? Mohon pencerahan SS Mufti, terima kasih Ringkasan Jawapan: Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah dilarang oleh syarak dan perlu dijauhi bagi  menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah).  Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang kerosakan (mafsadah) yang besar pada masa akan datang. Adapun, tidak mengapa ipar-duai  tumpang tidur bermalam yang  berasingan bilik  selagi  adanya mahram disisi ipar duai  dan aman daripada fitnah.  Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki.  Huraian jawapan Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat Status antara ipar-duai   adalah   haram muaqqat iaitu haram untuk  dinikahi  dalam tempoh  waktu tertentu. Implikasinya,  mereka perlulah memelihara batasan aurat  dan adab pergaulan  ketika berinteraksi antara satu sama lain  bukan seperti  mahram yang lain.  Mereka turut tidak dibenarkan  berkhalwat (berdua-duaan) apatah tidak lagi  bersentuhan kulit. Ini berdasarkan   sabda Nabi SAW : «إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ» فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَرَأَيْتَ الحَمْوَ؟ قَالَ: «الحَمْوُ المَوْتُ» Maksudnya : Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda : Ipar adalah maut  Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim ( 2172) Rasulullah SAW menyatakan makna ipar adalah maut (al-hamwu al-maut)  dalam hadis tersebut ialah  tentang kebimbangan fitnah yang bakal muncul dari ipar duai lebih besar bahayanya daripada orang lain. Tidak dinafikan kebarangkalian berlaku khalwat dengan ipar duai walaupun hukum ipar berbeza dengan ajnabi, iaitu ipar merupakan mahram sementara yang haram dinikahi manakala wanita ajnabi tidak haram untuk dinikahi. Maksud ipar ialah kerabat suami selain bapa,  datuk dan anak-anaknya. Adapun bapa dan anak - anak suami  hukumnya sudah menjadi mahram untuk isterinya.  Bahkan mereka dibenarkan untuk berdua-duaan di tempat yang sunyi. Sementara adik-beradik lelaki suami, anak sedara, pakcik sedara sebelah suami dan seumpamanya tidak dikira sebagai mahram, Maksud al-Maut di dalam hadis ialah kebinasaan dan kemusnahan dalam kehidupan yang mana ipar duai lebih utama dilarang dan dijauhi berkhalwat. Ini kerana berdua-duaan dengan ipar duai membawa kepada fitnah dan kebinasaan di dalam agama. (Rujuk Sahih Muslim 4/1711, Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 14/154) Syariat Islam melarang perbuatan khalwat antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram melainkan si wanita ditemani oleh mahramnya, seperti abang, bapa atau datuk. Perkara ini ditekankan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda: لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan mahram perempuan itu ada bersamanya.”  Riwayat Muslim (1341) Menurut Imam Ibn Battal, seseorang lelaki diharamkan khalwat dengan iparnya yang mana perbuatan ini mampu membawa ke arah kebinasaan melalui perasaan curiga orang lain dan membuka ruang fitnah yang terhasil dari bisikan syaitan seperti zina dan sumpamanya. Oleh yang demikian, Rasulullah SAW hanya membenarkan seseorang lelaki bertemu atau bersama-sama dengan seorang wanita yang ditemani oleh mahramnya( Rujuk Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Battal (7/357). Berbalik kepada soalan yang diajukan berkaitan keberadaan adik beradik suami di rumah bersama isteri  tersebut ketika suami keluar bekerja, maka  perbuatan berdua-duaan antara ipar duai yang berlainan jantina  dalam serumah tanpa ditemani orang ketiga atau mahram adalah haram kerana  boleh menimbulkan syak dan fitnah seperti hadis yang dikemukakan dengan menyebutkan ipar sebagai al-maut.  Sehubungan itu, pihak suami perlu  mengasingkan tempat tinggal  saudara lelakinya daripada duduk serumah memandangkan rutin harian suami akan keluar berkerja dan isteri sebagai suri rumah. Tidak dinafikan menyewa rumah bergantung kepada kemampuan individu masing-masing.  Namun begitu, individu tersebut perlu sedaya upaya mencari bilik sewa mampu milik  berbanding duduk menumpang  bersama ipar demi menutup ruangan fitnah.  Justeru, umat Islam perlu sedaya upaya mengelakkan diri daripada menimbulkan sebarang fitnah terhadap dirinya.   Informasi tambahan, rujuk  ruangan artikel  berikut : al-Kafi # 1370 : Hukum Bukan Mahram Menumpang Tidur Di Rumah pada pautan https://bit.ly/33sMKMT Irsyad al-Fatwa siri ke 332 : Maksud Mahram Sementara pada pautan https://bit.ly/31nch7n Irsyad al-Fatwa siri ke 434 :Adakah Adik Perempuan Boleh Bersentuhan Dengan Abang Iparnya Pada Pautan https://bit.ly/2DoNfNf PENUTUP Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah dilarang oleh syarak dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah).  Namun, ipar-duai menziarahi dan menumpang rumah bermalam yang berasingan bilik  dibolehkan selagi  adanya mahram disisi ipar duai  dan aman daripada fitnah.
443
Soalan: Assalammualaikum.  Manakah jenis jantina yang lebih afdal untuk dijadikan haiwan korban? Mohon pencerahan SS Mufti. Ringkasan Jawapan: Menurut fuqaha diharuskan sembelihan korban daripada binatang ternakan jantan mahupun betina. Namun, pemilihan haiwan yang paling utama adalah  daripada   jenis jantina jantan yang  tidak banyak mengawan. Huraian Jawapan: Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Para ulama bersepakat bahawa haiwan korban daripada jenis jantina jantan dan betina boleh dijadikan sembelihan korban, namun yang afdal (utama) adalah haiwan daripada jenis jantina jantan berdasarkan hadis berikut:[1] Hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA berkata : قَالَ: «ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، Maksudnya: “Rasulullah SAW berkorban dengan dua ekor jantan kibas (kambing biri-biri) putih kehitaman lagi bertanduk, Riwayat Muslim 1966 Sementara itu, al-Khatib al-Syirbini membahaskan keutamaan bagi jantina haiwan korban:[2] (وَيَجُوزُ ذَكَرٌ وَأُنْثَى) أَيْ التَّضْحِيَةُ بِكُلٍّ مِنْهُمَا بِالْإِجْمَاعِ، وَإِنْ كَثُرَ نَزَوَانُ الذَّكَرِ وَوِلَادَةُ الْأُنْثَى. نَعَمْ التَّضْحِيَةُ بِالذَّكَرِ أَفْضَلُ عَلَى الْأَصَحِّ الْمَنْصُوصِ؛ لِأَنَّ لَحْمَهُ أَطْيَبُ كَذَا قَالَ الرَّافِعِيُّ: وَنُقِلَ فِي الْمَجْمُوعِ فِي بَابِ الْهَدْيِ عَنْ الشَّافِعِيِّ  أَنَّ الْأُنْثَى أَحْسَنُ مِنْ الذَّكَرِ؛ لِأَنَّهَا أَرْطَبُ لَحْمًا وَلَمْ يَحْكِ غَيْرَهُ، وَيُمْكِنُ حَمْلُ الْأَوَّلِ عَلَى مَا إذَا لَمْ يَكْثُرْ نَزَوَانُهُ، وَالثَّانِي عَلَى مَا إذَا كَثُرَ. “Para ulama bersepakat tentang keharusan korban dengan binatang ternakan jantan dan betina walaupun haiwan jantan yang sering mengawan dan haiwan betina sering beranak. Benar, haiwan korban jantan lagi afdal berdasarkan pendapat yang lebih sahih, sepertimana yang dinaskan(nukilan fatwa Imam Syafi’i) kerana dagingnya lebih baik seperti yang dinyatakan oleh al-Rafi’i. Terdapat pandangan Imam al-Syafi’i yang dinukilkan oleh kitab al-Majmu’ dalam bab binatang korban bahawa beliau menyatakan binatang betina lebih afdal daripada jantan kerana dagingnya lebih lembut, namun pendapat ini tidak diriwayatkan selain daripada al-Nawawi. Pandangan yang pertama boleh ditakwilkan jika haiwan korban jantan tidak sering mengawan (maka ia lebih afdal dijadikan korban). Manakala pandangan kedua ditakwilkan jika haiwan jantan yang sering mengawan (maka haiwan betina lebih afdal dikorbankan)”. Kesimpulannya, sembelihan haiwan korban daripada jantina betina mahupun jantan adalah harus. Namun, pemilihan haiwan  jantina jantan lebih afdal kerana dagingnya lebih elok dengan mengutamakan haiwan jantan yang tidak banyak mengawan. Wallahu A'lam   Rujukan: [1]  Mausu’ah Kuwaitiyah لاَ خِلاَفَ فِي جَوَازِ الْهَدْيِ مِنَ الذَّكَرِ وَالأُْنْثَى، لَكِنَّ الذَّكَرَ أَفْضَل (4) ، وَأَفْضَلُهَا مَا ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، لِمَا وَرَدَ  عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ [2] al-Khatib as-Syirbini as-Syafie, Shamsuddin, Muhammad Bin Ahmad, 1994 Mughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Dar al-Kutub al-‘Ilmia Jld. 6 p:12
445
Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Bagaimana hendak membezakan antara istidraj dengan kurniaan Allah SWT?   Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Di dalam Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyah (1/734), disebut maksud istidraj secara bahasa adalah diambil daripada perkataan da-ra-ja (درج) yang ertinya adalah naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. Manakala istidraj daripada Allah SWT terhadap hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah SWT membiarkan seseorang dan tidak disegerakan azabnya. Firman-Nya: سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah al-Qalam (44) Al-Hasan berkata: “Betapa ramai orang yang terkena fitnah dengan cara dipuji dan betapa ramai orang yang terpedaya dengan cara ditutupi aibnya.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/251 dan Tafsir al-Siraj al-Munir, 4/264) Sahl bin Abdullah mentafsirkan ayat di atas dengan maksud: “Nikmat-nikmat yang diberikan akan menyebabkan mereka lupa bersyukur.” (Lihat al-Bahr al-Madid, 2/581) Al-Razi berkata: “Istidraj ialah dengan meminta kurnia turun kepadanya satu darjat kepada darjat yang lain sehingga mereka terpedaya. Tatkala mereka melakukan dosa, Allah SWT menambahkan lagi nikmat sehingga melupakan mereka daripada istighfar.” (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 15/77) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.” Riwayat Ahmad (17311), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4220) dan al-Tabarani dalam al-Ausat (8/110) Mulla Ali al-Qari berkata: Apabila kamu melihat Allah SWT mengurniakan kepada seorang hamba dari kekayaan dunia, sedangkan dia melakukan maksiat, maka asbab yang didapati melalui kurniaan tersebut adalah sebagai istidraj dan tipudaya. Benarlah firman Allah SWT: “سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ” yang membawa maksud “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Lihat Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, 9/396) Allah SWT berfirman: فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ Maksudnya: Ketika mereka tidak mengambil pelajaran dari kemiskinan dan sakit yang Kami timpakan kepada mereka, Kami uji mereka dengan rezeki yang banyak. Kami bukakan semua pintu untuk memperoleh rezeki tersebut. Hingga, pada saat mereka senang dan tidak bersyukur dengan apa yang Kami berikan kepada mereka, datanglah azab dengan tiba-tiba. Maka mereka lalu bingung, putus asa, dan tidak mendapatkan jalan keselamatan. Surah al-An’am (44) Di dalam Tafsir al-Jalalain disebut, “Ketika mereka meninggalkan peringatan yang diberikan kepada mereka, tidak mahu mengendahkan peringatan tersebut, Allah SWT membuka kepada mereka segala pintu nikmat sebagai bentuk istidraj kepada mereka. Sehinggalah mereka berbangga berkenaan hal itu dengan sombongnya. Kemudian kami seksa mereka dengan tiba-tiba. Lantas mereka pun terdiam dari segala kebaikan.” (Lihat Tafsir al-Jalalain, 2/340) Ibnu ‘Athaillah al-Sakandari dalam kitab al-Hikam berkata bahawa hendaklah seseorang merasa takut jika dia selalu mendapat kurniaan dan kebaikan daripada Allah SWT, sedangkan dia masih tetap melakukan maksiat kepada-Nya. Kata beliau: خَفْ مِنْ وُجُودِ إِحْسَانِهِ إِلَيْكَ، وَدَوَامِ إِسَاءَتِكَ مَعَهُ أَن يَكُونَ ذَلِكَ إِسْتِدْرَاجًا لَكَ، سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya: Hendaklah kamu berasa takut jika kamu terus memperoleh kurniaan Allah SWT sedangkan kamu masih berterusan melakukan maksiat kepada-Nya. Ini kerana, ia boleh jadi satu istidraj (pesona dan tipudaya) sepertimana firman-Nya: ““Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam, ayat 44) Syekh Zarruq berkata, “Wahai para murid, takutlah terhadap kurniaan-Nya kepadamu dalam bentuk kesihatan, kelapangan, rezeki yang melimpah ruah, di tengah-tengah kederhakaanmu terhadap-Nya berupa kelalaian dan kecuaian.” (Lihat Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam, hlm. 101)   Kesimpulan Kurniaan Allah biasanya diisi sebelum dan selepasnya dengan ketaqwaan, kebaikan dan ketaatan. Hal ini sepertimana seseorang yang rajin melakukan solat malam, rajin bersedekah, rajin melakukan Solat Dhuha, kemudian Allah SWT melimpah ruahkan rezekinya. Maka itu kita namakan sebagai kurniaan atau karamah. Namun orang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj. Justeru, marilah sama-sama kita sentiasa meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT selaras dengan firman-Nya: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Surah Ali Imran (102)
446
Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, utusan akhir zaman. Bayan Linnas kali ini akan mengulas isu yang timbul baru-baru ini berkaitan dengan program Festival Bon Odori yang dikatakan akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai 2022.[1] Isu ini telah mendapat liputan meluas sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak yang berpandangan supaya umat Islam di negara ini tidak menyertai Festival Bon Odori kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.[2] Selain itu ada pihak yang berpandangan bahawa perayaan ini hanyalah program kebudayaan dan harus bagi umat Islam untuk hadir dan bersama-sama merayakannya. Pengenalan ringkas tentang Bon Odori Obon atau Bon Odori adalah merupakan suatu perayaan orang Jepun yang beragama Buddha, sebagai simbolik merayakan kedatangan roh nenek moyang yang telah mati. Perayaan ini telah disambut di Jepun selama lebih daripada 500 tahun.[3] Menurut kepercayaan mereka, roh nenek moyang akan datang ke dunia bagi menziarahi saudara mara mereka pada setiap tahun sewaktu perayaan Obon berlangsung.[4] Perayaan ini biasanya berlangsung selama 4 hari, iaitu pada hari ke 13 hingga ke 16 pada setiap bulan Ogos, tetapi ia berbeza mengikut tempat-tempat tertentu di Jepun.[5] Perbezaan ini berlaku kerana wujudnya perbezaan kalendar dalam menentukan bulan yang ketujuh. Berdasarkan kalendar solar, bulan yang ketujuh ialah bulan Julai. Manakala berdasarkan kalendar lunar, bulan yang ketujuh adalah bulan Ogos.[6] Masyarakat Shinto mempercayai perayaan ini dimaksudkan untuk menyambut para leluhur yang datang dan menghibur serta menenangkan roh-roh yang datang kembali ke rumah mereka. Semasa perayaan ini, ahli keluarga akan berkumpul di rumah untuk meraikan roh-roh nenek moyang yang dikatakan kembali ke dunia ini bagi menziarahi saudara mara. Mereka juga biasanya melawat dan membersihkan kubur sambil berdoa. Sebuah Shoryodana (altar)[7], dibina dengan diisi buah-buahan, kemenyan, dan bunga untuk menyambut nenek moyang. Api juga dinyalakan untuk memandu nenek moyang untuk pulang ke rumah dan pada hari terakhir perayaan, tanglung kertas (coachin paper lantern) digantung bagi membantu nenek moyang pulang ke kubur masing-masing. Ada juga yang menggunakan tanglung terapung (floating lanterns) dan dilepaskan ke laut untuk membantu nenek moyang kembali ke alam mereka.[8] Selari dengan peredaran masa, perayaan Bon Odori disambut hanya sebagai tradisi dan kebudayaan Buddha-Confucius dengan aktiviti perkumpulan keluarga pada musim cuti, namun di sesetengah daerah pedalaman sambutan ini masih dianggap sebagai sebahagian daripada ritual keagamaan.[9] Hukum orang Islam menyertai perayaan Bon Odori Pada asasnya umat Islam adalah ditegah untuk menyertai apa-apa perayaan agama lain. Para ulama telah bersepakat bahawa hukum menyertai perayaan agama lain, sama ada dengan ucapan atau tindakan pada pakaian, makanan atau minuman yang dikhususkan pada hari perayaan tersebut adalah haram jika bertujuan untuk mengagungkan hari perayaan mereka, bahkan majoriti ulama berpendapat bahawa seorang muslim yang mengagungkan syiar-syiar agama lain boleh jatuh ke lembah kekufuran. Manakala individu muslim yang tidak berniat untuk mengagungkannya adalah berdosa, namun tidak sampai ke tahap kufur.[10]   Dalam surah al-Furqan, Allah SWT memuji golongan yang tidak menghadiri hari perayaan orang-orang musyrik. Firman Allah SWT: وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا Maksudnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya”. Al-Furqan (72) Sebahagian ulama salaf seperti Abu al-‘Aliah, Tawus, Muhammad bin Sirin, al-Dahhak, al-Rabi’ bin Anas dan lain-lain menafsirkan kalimah al-zur dalam ayat di atas sebagai hari-hari perayaan orang musyrik.[11] Oleh yang demikian, dapat difahami daripada ayat ini bahawa Allah SWT memuji individu-individu yang tidak menghadiri perayaan orang-orang musyrik. Dalam surah al-Maidah, Allah SWT berfirman: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. Al-Maidah (51) Menurut para ulama, apa yang dimaksudkan teman rapat disini adalah menyerupai (tashabbuh) mereka dan membesarkan hari-hari perayaan mereka.[12] Menurut seorang ulama mazhab Shafi’i, Hibatullah bin al-Hasan al-Lalaka’i: وَلَا يَجُوزُ لِلْمُسْلِمِينَ أَن يَحْضُرُوا أَعْيَادَهُمْ لِأَنَّهُمْ عَلَى مُنْكَرٍ وَزُورٍ, وَإِذَا خَالَطَ أَهْلُ الْمَعْرُوفِ أَهْلَ المًنْكَرِ بِغَيْرِ الْإِنْكَارِ عَلَيْهِمْ كَانُوا كَالرَّاضِينَ بِهِ وَالْمُؤَثِّرِينَ لَهُ، فَنَخْشَى مِنْ نُزُولِ سَخَطِ اللهِ عَلَى جمَاَعَتِهِم فَيَعُمَّ الْجَمِيعَ، نَعُوذُ بِاللهِ مِن سَخَطِهِ Maksudnya: “Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghadiri perayaan-perayaan mereka (golongan bukan Islam) kerana mereka berada dalam kemungkaran dan kebatilan. Apabila golongan yang baik bercampur dengan golongan mungkar (dengan) tanpa mengingkari mereka, maka mereka seperti redha dan terpengaruh dengan ahli mungkar tersebut. Kami bimbang kemurkaan Allah turun ke atas ke atas kelompok mereka, lalu terkena pada semua. Kami memohon kepada Allah daripada kemurkaan-Nya”.[13] Al-Imam al-Damiri pula menjelaskan tentang hukuman yang selayaknya menurut syarak bagi mana-mana individu muslim yang menyertai perayaan bukan Islam, kata beliau: يُعَزِّرُ مَن وَافَقَ الكُفَارَ فِي أَعْيَادِهِم Maksudnya: Dihukum ta'zir bagi sesiapa yang mengikuti orang-orang kafir dalam perayaan-perayaan mereka.[14] Selain itu, menurut Abu Hafs al-Kabir, ulama mazhab Hanafi, لَوْ أَنَّ رَجُلًا عَبَدَ اللَّهَ تَعَالَى خَمْسِينَ سَنَةً ثُمَّ جَاءَ يَوْمُ النَّيْرُوزِ وَأَهْدَى إلَى بَعْضِ الْمُشْرِكِينَ بَيْضَةً يُرِيدُ تَعْظِيمَ ذَلِكَ الْيَوْمِ فَقَدْ كَفَرَ وَحَبَطَ عَمَلُهُ Maksudnya: Jika seorang lelaki menyembah Allah selama 50 tahun lamanya, kemudian tibanya Hari Nairuz dan dia menghadiahkan sebiji telur kepada sebahagian golongan musyrikin dengan tujuan mengagungkan hari tersebut, maka telah jatuh kafir dan terhapus amalannya.[15] Ibn al-Haj al-Maliki juga secara ringkasnya turut berpendapat bahawa orang Islam ditegah melakukan apa yang orang bukan Islam lakukan di hari perayaan mereka.[16] Selain itu, Abu al-Qasim berpandangan bahawa tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana ia merupakan suatu kemungkaran.[17] Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam telah memutuskan; Beberapa ketetapan kriteria perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam adalah sebagaimana berikut: Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam" Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula dalam penjelasan berhubung hukum umat Islam menyambut Tahun Baru Cina sebelum ini turut menggariskan beberapa kriteria sepertimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah MKI, dengan tambahan seperti berikut; Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini. Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam”ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.[19] Berasaskan huraian ini, umat Islam dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam apa-apa perayaan golongan bukan Islam apatah lagi mengikuti ritual-ritual mereka yang bercanggah dengan prinsip Islam serta mengagungkan syiar agama mereka agar tidak membawa fitnah kepada agama Islam. Mengenai perayaan Bon Odori, walaupun dikatakan ia telah berevolusi sebagai hanya semata-mata perayaan yang bersifat kebudayaan dengan aktiviti sosial kekeluargaan, namun umat Islam wajib mematuhi hukum-hakam syarak dalam menghadiri sesuatu majlis atau tempat perayaan. Sekiranya dalam majlis berkenaan ada unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas, mendedahkan aurat, meminum arak dan sebagainya, maka wajib bagi umat Islam menghindarkan diri dari terlibat dalam aktiviti berkenaan. Walaubagaimanapun adalah dicadangkan satu kajian lebih lanjut dilaksanakan untuk memastikan kedudukan sebenar perayaan ini dalam realiti pelaksanaannya pada hari ini samaada ia masih mempunyai hubungan dengan kepercayaan yang bersifat keagamaan atau semata-mata kebudayaan yag telah terputus dari kepercayaannya yang asal. Ini bagi memastikan sikap dan pendirian orang Islam terhadap Bon Odori adalah benar-benar menepati hukum syarak. Berkaitan dengan isu ini, jika sekiranya ia semata-mata budaya, boleh merujuk kepada penjelasan kami terhadap isu-isu Orang Islam Menggantung Tanglung yang boleh dirujuk di link berikut; https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5111-al-kafi-1854-hukum-orang-islam-menggantung-tanglung-tahun-baru-cina  Wallahu'alam Disediakan Oleh, Ahmad Hafiz Hafifi bin Mohd Arif Mohamad Irfan bin Salleh [1] Bon Odori, The Japan Club of Kuala Lumpur, https://www.jckl.org.my/en/events/bon_odori, diakses pada 7 Jun 2022. [2]Jangan hadir Festival Bon Odori, Berita Harian Online, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/849418/umat-islam-dinasihatkan-tidak-sertai-festival-bon-odori, diakses pada 7 Jun 2022. [3] Bon-Odori (Bon Festival Dance), in hamamatsu.com, https://www.inhamamatsu.com/culture/bon-odori.php, diakses pada 7 Jun 2022. [4] Japan-guide.com, Obon, https://www.japan-guide.com/e/e2286.html, diakses pada 8 Jun 2022. [5] Bon-Odori (Bon Festival Dance), in hamamatsu.com, https://www.inhamamatsu.com/culture/bon-odori.php, diakses pada 7 Jun 2022. [6] Japan RailPasss, guide to the Obon Festival 2021 in Japan, https://www.jrailpass.com/blog/obon-festival-in-japan, diakses pada 7 Jun 2022. [7] Sejenis tempat sembahan untuk upacara pemujaan dan perjamuan suci. [8] Bon Festival, New World Encyclopedia, https://www.newworldencyclopedia.org/entry/Bon_Festival, diakses pada 8 Jun 2022. [9] Geradia Teresya, Bon Odori, (Universitas Sumatera Utara, Medan: 2016), 4. [10] Ali Wanis, alIhtifal bi A’yad al-Kuffar, hlm, 4 [11] Ibnu Kathir, Ismail bin Umar, Tafsir al-Quran al-‘Azim, (Dar Taiyyibah li al-Nasr wa al-Tauzi’, 1999), 6:130 [12] Al-Zahabi, Tashbih al-Khasis bi Ahl al-Khamis fi Raddi al-Tashabbuh bi al-Mushrikin, (Jordan, Dar Amman, 1988), 34 [13] Ibn al-Qayyim, Muhammad bin Abi Bakr, Ahkam Ahl al-Zimmah, (al-Damam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3:1245 [14] Al-Damiri, Muhammad bin Musa bin  Isa, al-Najm al-Wahhaj fi Syarh al-Minhaj (Dar Minhaj: 2004), 9:244. [15] Zainuddin bin Ibrahim bin Muhammad, Al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq (Dar al-Kitab al-Islami: tt), 8/555. [16] Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad al-Abdari, al-Madkhal (Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, tt), 2/46-48. [17] Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Zimmah (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah), 1/162. [18] Mohd Rus, Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam Menurut Perspektif Islam, hlm, 90-92 [19] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bayan Linnas Siri ke 48, Islam dan Tahun Baru Cina, https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1829-bayan-linnas-siri-48-hukum-menyambut-tahun-baru-cina, diakses pada 10 Jun 2022 Sumber Gambar: FreeMalaysiaToday
447
Soalan Assalamualaikum SS Mufti, bolehkah terangkan kepada saya berkenaan amalan memasak bubur Asyura pada hari Asyura? Sebab saya dengar ada ustaz yang sebut amalan tersebut tidak ada sumber yang sahih. Terima kasih. Ringkasan Jawapan Mengadakan aktiviti memasak bubur Asyura untuk diagih kepada golongan keluarga, fakir, miskin dan masyarakat setempat telah menjadi adat dan tradisi masyarakat Islam di Malaysia. Ada yang mendakwa bahawa amalan ini disandarkan kepada kisah Nabi Nuh AS dan umatnya ketika dilanda badai sebagai ibrah dan pedoman, namun kisah ini tidak terdapat nas yang sahih yang dinyatakan dalam al-Quran atau hadis Baginda Nabi SAW dan ia merupakan kisah yang diceritakan oleh ulama sirah. Namun, bukanlah menjadi satu kesalahan sekiranya mengambil iktibar dan pedoman dengan dengan kisah ini, kerana ia merupakan riwayat sirah. Secara asasnya, ulama memberi kelonggaran dalam penerimaan dan penilaian riwayat ini, selagi mana tidak menyentuh soal akidah dan hukum hakam sehingga perlu dinilai dengan satu piawaian yang ketat. Malah adat yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia tidaklah bertentangan dengan syarak, bahkan ia merupakan perkara yang terpuji kerana tujuan majlis pada hari tersebut disertakan dengan memasak bubur secara beramai-ramai dapat mengeratkan tautan silaturrahim di samping dapat membudayakan amalan sedekah dalam kalangan masyarakat. Huraian Jawapan Hari Asyura atau hari kesepuluh bulan Muharam merupakan tarikh penting dan bersejarah kepada umat Islam. Malah pada hari tersebut juga disunatkan bagi umat Islam berpuasa bagi menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT. Pada hari Asyura juga terdapat pelbagai peristiwa besar yang berlaku di masa lampau seperti peristiwa penciptaan langit dan bumi, bulan dan bintang, begitu juga diciptakan pada hari Asyura al-Arasy dan al-Kursi serta syurga.[1] Kebiasaan adat masyarakat Melayu akan mengadakan aktiviti memasak bubur Asyura untuk diagih kepada golongan keluarga, fakir, miskin dan masyarakat setempat. Amalan memberi makan pada hari Asyura ini menjadi satu tradisi yang sangat dituntut dan dianjurkan di dalam Islam. Amalan tradisi memasak bubur Asyura pada hari kesepuluh Muharam dalam kalangan masyarakat melayu boleh disandarkan kepada kisah Nabi Nuh AS dan umatnya ketika dilanda badai sebagai ibrah dan pedoman. Oleh kerana mereka dalam keadaan yang sangat lapar, Baginda Nuh AS memerintah pengikutnya supaya menghimpunkan segala makanan yang tersisa untuk dimasak dan dijadikan makanan. Setelah selesai menghimpun dan memasaknya, lalu mereka makan sehinggalah kekenyangan. Kisah ini dinukilkan Syeikh Nawawi al-Bantani dalam kitabnya: وَحكي أَن نوحًا عَلَيْهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام لما اسْتَقَرَّتْ بِهِ السَّفِينَة يَوْم عَاشُورَاء قَالَ لمن مَعَه اجْمَعُوا مَا بَقِي مَعكُمْ من الزَّاد فجَاء هَذَا بكف من الباقلاء وَهُوَ الفول وَهَذَا بكف من العدس وَهَذَا بأرز وَهَذَا بشعير وَهَذَا بحنطة فَقَالَ اطبخوه جَمِيعًا فقد هنئتم بالسلامة Maksudnya: Diceritakan bahawa Nabi Nuh AS ketika kapalnya berlabuh setelah menghadapi badai pada hari Asyura, lalu Baginda memerintahkan kepada pengikutnya, “Himpunkanlah sesiapa di antara kalian yang memiliki lebihan makan”, kemudian mereka datang membawanya, “Ini segenggam daripada kacang al-Baqila’, iaitu kacang ful dan ini segenggam daripada kacang al-Adas dan ini beras dan ini tepung dan dan Hintha”. Lalu Baginda bersabda, “Masaklah kesemuanya, sesungguhnya kalian sudah mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan”.[2] Berdasarkan kisah ini, maka manusia mengambil bijirin sebagai salah satu sumber makanan untuk dimasak. Bahkan ia merupakan masakan pertama yang dimasak di atas muka bumi setelah kejadian taufan yang melanda muka bumi sehingga ia diambil dan dijadikan sebagai tradisi yang dilakukan pada hari asyura sehingga ke hari ini. Namun begitu, kisah ini tidak dapat dipastikan daripada sumber sirah yang muktabar dan sumber asalnya. Perkara ini hanya adat sesetengah masyarakat Islam seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani, kata beliau: فَمن ذَلِك اتخذ الْمُسلمُونَ طَعَام الْحُبُوب وَكَانَ ذَلِك أول طَعَام طبخ على وَجه الأَرْض بعد الطوفان وَاتخذ ذَلِك عَادَة فِي يَوْم عَاشُورَاء Maksudnya: Berdasarkan peristiwa ini, maka kaum muslimin mengambil bijirin sebagai makanan. Peristiwa ini juga menggambarkan bahawa masakan yang pertama dimasak di atas muka bumi ini selepas dilanda taufan. Oleh itu ia diambil sebagai adat pada setiap hari Asyura. [3] Selain itu, Syeikh Jamal menukilkan kisah nazam yang disusun oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Hasyiahnya. [4] Lafaznya seperti berikut: فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ سَبْعٌ تُهْتَرَسْ ... أَرْزٌ وَبُرٌّ ثُمَّ مَاشٍ وَعَدَسْ وَحِمَّصٌ وَلُوبْيَا وَالْفُولُ ... هَذَا هُوَ الصَّحِيحُ وَالْمَنْقُولُ Sikap menolak dan mengancam sesuatu amalan yang dilakukan dalam majoriti masyarakat hanya kerana tidak bersumberkan daripada hadis sahih perlu dihindari. Ini kerana bimbang sikap seperti ini dapat menimbulkan kekeliruan dan memecah belahkan masyarakat yang harmoni. Justeru, perlu diingat bahawa sesuatu amalan walaupun terkadang tidak mempunyai sandaran daripada hadis Nabi SAW atau tidak mempunyai nas yang jelas selagi mana amalan tersebut tidak bercanggah dengan syarak, maka di sinilah terpakainya kaedah fiqh: الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).[5] Ini menunjukkan bahawa hukum menyambut hari asyura dengan memasak bubur adalah  harus kerana berdasarkan asas yang baik. Benar hadis merupakan sumber dalil dalam panduan terhadap pengamalan masyarakat Islam tetapi hadis bukanlah satu-satunya dalil bahkan dalil lebih daripada itu. Lebih-lebih lagi amalan memasak bubur pada hari Asyura bukanlah sesuatu yang menyalahi hukum syarak. Bahkan amalan tersebut merupakan perkara yang terpuji di samping bergotong-royong memasak bubur Asyura, tradisi ini juga dapat mengeratkan lagi tautan silaturrahim dan dapat membudayakan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat setempat khususnya. Sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn ʻAbd al-Barr dalam al-Istizkar bahawa dia mendengar gurunya Abu Umar Ahmad bin Abdullah[6] berkata: كَانَ أَبُو إِبْرَاهِيمَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ شَيْخُنَا يَرْفَعُ يَدَيْهِ كُلَّمَا خَفَضَ وَرَفَعَ عَلَى حَدِيثِ بن عُمَرَ فِي الْمُوَطَّأِ وَكَانَ أَفْضَلَ مَنْ رَأَيْتُ وَأَفْقَهَهُمْ وَأَصَحَّهُمْ عِلْمًا فَقُلْتُ لِأَبِي عُمَرَ لِمَ لَا تَرْفَعُ فَنَقْتَدِي بِكَ قَالَ لَا أُخَالِفُ رواية بن الْقَاسِمِ لِأَنَّ الْجَمَاعَةَ عِنْدَنَا الْيَوْمَ عَلَيْهَا وَمُخَالَفَةُ الْجَمَاعَةِ فِيمَا أُبِيحَ لَنَا لَيْسَتْ مِنْ شِيَمِ الْأَئِمَّةِ Maksudnya: Bahawa guru kami Abu Ibrahim Ishaq bin Ibrahim, dia mengangkat kedua tangannya setiap kali turun dan bangun (takbir intiqal dalam solat) berdasarkan hadis Ibn Umar RA dalam al-Muwatta’. Dia merupakan orang yang paling utama, paling faqih dan sahih amalannya yang pernah aku temui. Lalu aku bertanya kepada Abu Umar: Kenapa engkau tidak mengangkat supaya aku dapat mengikuti cara engkau. Lalu Abu Umar berkata aku tidak mahu menyelisihi riwayat Ibn al-Qasim kerana majoriti dalam kalangan kita pada hari ini berpegang dengannya (riwayat Ibn al-Qasim). Menyelisihi majoriti dalam perkara yang diharuskan kepada kita bukanlah kebiasaan/sikap orang-orang alim.[7] Berdasarkan kisah yang disebutkan Ibn ʻAbd al-Barr di atas, dapat difahami bahawa para imam terdahulu apabila mereka mendapati sesuatu amalan yang telah lama diamalkan dalam masyarakat dan amalan tersebut tidak bercanggah dengan syarak maka mereka akan membiarkan masyarakat terus mengamalkannya. Walaupun terkadang mereka mempunyai amalan lain yang mempunyai sandaran dalil yang lebih kuat, tetapi mereka tidak mudah menolak serta mengancam sesuatu amalan yang telah lama dilakukan dalam kalangan masyarakat. Inilah contoh teladan yang perlu diikuti masyarakat Islam pada hari ini. Nescaya nilai perbezaan sesama masyarakat Islam dapat diharmonikan sebaiknya. Namun, dalam masa yang sama amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Baginda SAW tidak ditinggalkan, antaranya puasa pada hari Asyura yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, ketika Baginda SAW ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, lalu Baginda menjawab: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ Maksudnya: Dihapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.[8] Riwayat Muslim Hal yang sama diriwayatkan oleh Qatadah RA. Beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.[9] Riwayat Ibn Majah Selain itu, para ulama juga telah menggalakkan pelbagai amalan lain pada hari asyura seperti melakukan solat sunat tasbih, berpuasa, bersedekah, mengunjungi orang alim dan lain-lain.  Perkara ini sepertimana yang dinyatakan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani di dalam karyanya: وَنقل عَن بعض الأفاضل أَن الْأَعْمَال فِي يَوْم عَاشُورَاء اثْنَا عشر عملا الصَّلَاة وَالْأولَى أَن تكون صَلَاة التَّسْبِيح وَالصَّوْم وَالصَّدَقَة والتوسعة على الْعِيَال والاغتسال وزيارة الْعَالم الصَّالح وعيادة الْمَرِيض وَمسح رَأس الْيَتِيم والاكتحال وتقليم الْأَظْفَار وَقِرَاءَة سُورَة الْإِخْلَاص ألف مرّة وصلَة الرَّحِم Maksudnya: Dinukilkan bahawa sebahagian daripada amalan-amalan yang terbaik yang dilakukan pada hari Asyura terdapat dua belas amalan iaitu, solat dan yang paling utama adalah solat tasbih, puasa, sedekah, memperbanyakkan pemberian (seperti nafkah) kepada keluarga, mengunjungi orang alim dan soleh, menziarahi orang sakit, mengusap kepala anak yatim, bercelak, memotong kuku, membaca surah al-Ikhlas sebanyak seribu kali dan mengeratkan silaturrahim.[10] Wallahu’alam.     Rujukan: [1]     Rujuk, Hasyiah Jamal ala Syarh al-Minhaj, Sulaiman bin Umar bin Mansur al-‘Ujaili al-Azhari, Dar al-Fikr, t.t, 2/347 (إنَّ اللَّهَ تَعَالَى خَلَقَ السَّمَوَاتِ، وَالْأَرْضَ، وَالشَّمْسَ، وَالْقَمَرَ، وَالنُّجُومَ وَالْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ، وَالْجَنَّةَ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ). [2]     Rujuk, Nihayah al-Zain fi Irsyad al-Mubtadiin, Muhammad bin Umar Nawawi al-Bantani, Dar Fikr, t.t, 196. [3]     Ibid [4]     Rujuk, Hasyiah Jamal ala Syarh al-Minhaj, Sulaiman bin Umar bin Mansur al-‘Ujaili al-Azhari, Dar al-Fikr, t.t, 2/348 [5]     Jalal al-Din al-Suyuti, al-Asybah wa al-Naza’ir, Dar al-Kutub al-ʻIlmiyyah, 1990, 60. [6]     Menurut Muhammad Awwamah, nama guru Ibn ‘Abd al-Barr yang lebih sahih adalah Abu Umar Abd al-Malik bin Hasyim. Rujuk Muhammad Awwamah, Adab al-Ikhtilaf fi Masa’il al-ʻIlm wa al-Din, al-Riyad: Dar al-Minhaj, 2013, hlm.45. [7]     Ibn ‘Abd al-Barr, al-Istizkar, ed. Salim Muhammad ‘Ata dan Muhammad Ali Mu’awwad, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2000, 1/409. [8]     Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, ed. Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, t.t, hadis no. 1162, 2/819. [9]     Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, ed. Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi, Dar Ihya’ al-Kutub al-ʻArabiyyah, hadis no 1738, 1/553. [10]   Rujuk, Nihayah al-Zain fi Irsyad al-Mubtadiin, Muhammad bin Umar Nawawi al-Bantani, Dar Fikr, t.t, 196.