text
stringlengths 0
14.4k
|
---|
@@@~~~@@@ |
Perbandingan dari segi kawalan untuk: |
a) Sistem Francais (Franchise) |
b) Lesen Perniagaan (Business License) |
c) Pakej Perniagaan Am (Business Package) 聽 |
@@@~~~@@@ |
Bagi sistem Francais, kesemua 12 point diatas dikawal sepenuhnya. |
Anda perlu patuhi semua yang telah ditetapkan didalam Standard Operating Procedure (SOP) sepertimana perjanjian diantara anda (Francaisi) dan Francaisor. |
Anda TIDAK boleh: |
- Mengubahsuai sendiri suasana dalam & luaran premis anda |
- Mendapatkan sendiri bekalan bahan mentah produk anda |
- Menerima bayaran dari pelanggan tanpa resit. Anda perlu guna sistem Point of Sale (POS) |
- Memakai pakaian stail bebas. Anda perlu patuh kod etika pakaian yg ditetapkan. |
- Menjual produk lain dari menu asal |
- Membenarkan pihak lain menumpang niaga barang. |
- Membuka dan menutup premis sesuka hati selain cuti Umum Negara/Negeri. |
- Memulakan waktu operasi dan tamat operasi sesuka hati |
- Dan banyak lagi |
Kesemuanya perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan 聽 |
@@@~~~@@@ |
Bagi sistem Franchise juga, terdapat fee atau kos yang perlu disediakan atau dibayar. |
1) Kos awal (Initial Setup). |
Yang ini melibatkan kos pengubahsuaian premis dan kesemua kos peralatan dan penjenamaan. Kadang-kadang juga dimasukkan kos 'Grand Opening' iaitu kos majlis pada hari pertama pembukaan. |
2) Yuran Penyertaan atau Franchise Fee |
Yang ini sekali bayar sahaja kepada Franchisor |
3) Yuran bulanan (Royalty) |
Yang ini melibatkan peratusan dari jualan kasar. Biasanya diantara 3% - 5%. Perlu dibayar secara berterusan selagi anda masih beroperasi. |
4) Yuran A&P |
(Advertisement & Promotion Fee) |
Yang ini biasanya peratusan dari jualan bulanan. contohnya 1%. 聽 |
@@@~~~@@@ |
Seterusnya, mari kita skip (b) dan terus ke (c) dahulu. |
c) Pakej Perniagaan Am |
Ini adalah sistem yang paling mudah. Biasanya pakej perniagaan akan bermula dengan kursus. ''Kursus dan pakej perniagaan''. |
Setelah anda jalani kursus tersebut, anda ditawarkan untuk membeli pakej perniagaan yang telah dipilih (hand-picked) oleh pengelola kursus yang juga biasanya peniaga yang telah lama berkecimpung didalam perniagaan tersebut. |
Anda juga boleh memilih untuk TIDAK membeli pakej perniagaan tersebut. sebaliknya membuat setup anda sendiri setelah selesai menjalani kursus. |
Anda bebas untuk: |
- menentukan lokasi, sais premis |
- menentukan hari bekerja/cuti dan waktu buka/tutup harian. |
- memakai pakaian kesukaan anda |
- menentukan harga |
- membuat penjenamaan sendiri. |
Anda tidak perlu membayar apa-apa yuran kepada pembekal pakej. pendek kata.. anda bebas menentukan apa sahaja berkenaan perniagaan anda. |
Walau bagaimanapun, terdapat juga pembekal pakej yang juga membekal bahan mentah secara berterusan dengan kualiti tertentu yang menghasilkan produk yang terbaik. |
Anda boleh memilih untuk mendapatkan bekalan dari mereka jika anda tidak mahu bersusah payah mencari pembekal sendiri. 聽 |
@@@~~~@@@ |
Akhirnya barulah kita kembali ke nombor 2 iaitu: |
2) Lesen Perniagaan (Business License). |
Jenis ini terletak diantara Franchise & Pakej. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu bebas. Kebiasaannya lesen perniagaan yang anda beli membolehkan anda: |
- Berniaga jenama tersebut di kawasan anda dan terdapat hak kawasan (territorial right) iaitu biasanya tidak ada peniaga lain yg mendapat lesen jenama tersebut di kawasan tertentu di sekeliling anda. |
- Terdapat panduan harga jualan (RRP). |
- Boleh juga berniaga produk lain selain produk tersebut. |
- Jenis premis & lokasi premis tidak terlalu ketat. Mungkin ada saiz minima tertentu yang diperlukan oleh peralatan untuk perniagaan tersebut. |
- Biasanya ada yuran penyertaan atau tahunan dan peratusan bulanan dari jualan. Secara amnya kos lebih rendah dari franchise. |
Dan lain-lain lagi. 聽 |
@@@~~~@@@ |
Job vacancy!! |
Shoes deparment! |
RM7.20 per hour |
Shift Morning/Noon |
10am - 5.00pm (Morning) |
3.30pm - 9.30pm (Noon) |
2pm - 10pm (Noon) |
Anything can call or whatsapp |
0182303613 |
https://wa.me/60182303613 |
Sogo KLNiche: Kerja Kosong | Kerja Sambilan | Jobs & Vacancies in Malaysia |
@@@~~~@@@ |
Tanah 6,038 kps Bukit Tembakau Umbai Jasin Melaka |
馃搶Keluasan 6,038 kps (Lebar 63 kaki x Panjang 98 kaki). |