title
stringlengths
16
199
body
stringlengths
62
1.3k
Fatwa Penetapan Harga Zakat Fitrah Negeri Selangor Tahun 1434H 2013M
Fatwa Penetapan Harga Zakat Fitrah Negeri Selangor Tahun 1434H/2013M Kadar harga zakat fitrah bagi tahun 1434H/2013M adalah sebanyak 2.7 kg bersamaan RM7.00 bagi setiap seorang mengikut kadar dan nilai harga beras semasa.
Hukum Pelaksanaan Jualan Semula Hartanah Wakaf Untuk Tujuan Pelaburan Hartanah
Hukum Pelaksanaan Jualan Semula Hartanah Wakaf Untuk Tujuan Pelaburan Hartanah MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
Hukum Pemakaian Pakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah Allah Dan Muhammad Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengebumian
Hukum Pemakaian Pakaian Tentera Yang Mempunyai Kalimah Allah Dan Muhammad Terhadap Mayat Bukan Islam Dalam Upacara Pengebumian MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
Fatwa Sighah Berkaitan Ajaran Syiah Di Negeri Selangor
Fatwa Sighah Berkaitan Ajaran Syiah Di Negeri Selangor Fatwa Sighah Berkaitan Ajaran Syiah Di Negeri Selangor.
Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva Maggot Debridement Therapy Bagi Pesakit Luka Kronik 2
Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik.
Hukum Meminum Kopi Luwak Musang
Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang) Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)
Fatwa Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Ssp Yang Dikeluarkan Oleh Bank Simpanan Nasional Bsn
Fatwa Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium (SSP) Yang Dikeluarkan Oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) Fatwa Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium (SSP) Yang Dikeluarkan Oleh Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hukum Menggunakan Peruntukan Asnaf Mualaf Untuk Program Dan Hal Ehwal Yang Berkaitan Dengan Aktiviti Dakwah Kepada Bukan Islam
Hukum Menggunakan Peruntukan Asnaf Mualaf Untuk Program Dan Hal Ehwal Yang Berkaitan Dengan Aktiviti Dakwah Kepada Bukan Islam Hukum Menggunakan Peruntukan Asnaf Mualaf Untuk Program Dan Hal Ehwal Yang Berkaitan Dengan Aktiviti Dakwah Kepada Bukan Islam.
Hukum Berhubung Penyaluran Wang Yang Tak Dituntut Milik Umat Islam Kepada Baitulmal
Hukum Berhubung Penyaluran Wang Yang Tak Dituntut Milik Umat Islam Kepada Baitulmal Hukum Berhubung Penyaluran Wang Yang Tak Dituntut Milik Umat Islam Kepada Baitulmal
Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal 3
Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal
Hukum Kedudukan Hasil Agama Islam Dalam Kerajaan Negeri Disalurkan Kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor
Hukum Kedudukan Hasil Agama Islam Dalam Kerajaan Negeri Disalurkan Kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
Hukum Pencemaran Asid Deoksiribonukliek Dna Babi Pada Produk Makanan Yang Disahkan Halal Penelitian Dari Aspek Sains Dalam Menentukan Kaedah Penyelesaiannya Mengikut Aspek Syarak
Hukum Pencemaran Asid Deoksiribonukliek (DNA) Babi Pada Produk Makanan Yang Disahkan Halal : Penelitian Dari Aspek Sains Dalam Menentukan Kaedah Penyelesaiannya Mengikut Aspek Syarak Produk makanan atau minuman yang telah dikaji secara terperinci dan semua ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya telah disahkan sebagai bersih, suci dan halal serta telah menjadi bahan makanan dan minuman umat Islam secara meluas, tetapi kemudiannya didapati produk tersebut mengandungi bahan-bahan najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, maka adalah harus bagi umat Islam mengambilnya sebagai makanan atau minuman kerana kandungan asal produk tersebut adalah halal.
Hukum Menubuhkan Bank Susu Di Malaysia
Hukum Menubuhkan Bank Susu Di Malaysia MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya
Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya Hukum qurban dan aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta, disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki dua tahun.
Hukum Eutanasia Mercy Killing
Hukum Eutanasia Mercy Killing Haram melaksanakan Eutanasia atau Mercy Killing kerana berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan pada dos yang berlebihan untuk menghentikan hayat adalah perbuatan membunuh. Perbuatan membunuh adalah perbuatan yang berlawanan kehendak Allah S.W.T. dan merampas haknya.
Hukum Mengiringi Bacaan Al Quran Dengan Muzik Dan Menggunakan Matan Hadith Terjemahan Al Quran Serta Terjemahan Hadith Sebagai Lirik Lagu
Hukum Mengiringi Bacaan Al-Quran Dengan Muzik Dan Menggunakan Matan Hadith, Terjemahan Al-Quran Serta Terjemahan Hadith Sebagai Lirik Lagu Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
Hukum Sumbangan Wakaf Menggunakan Akaun Bank Kad Kredit Dan Kad Debit Konvensional
Hukum Sumbangan Wakaf Menggunakan Akaun Bank, Kad Kredit Dan Kad Debit Konvensional Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) tidak harus membuka akaun di bank konvensional dan tidak harus menerima sumbangan wakaf menggunakan akaun bank, kad kredit dan kad debit bagi pemegang akaun konvensional.
Hukum Mengambil Sebanyak Lima Belas Peratus 15 Keuntungan Pelaburan Wakaf Khas Untuk Tujuan Pengurusan Dan Pentadbiran Perbadanan Wakaf Selangor Pws
Hukum Mengambil Sebanyak Lima Belas Peratus (15%) Keuntungan Pelaburan Wakaf Khas Untuk Tujuan Pengurusan Dan Pentadbiran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) diharuskan mengambil keuntungan pelaburan wakaf khas sebanyak lima belas peratus (15%) bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran PWS iaitu sebagai upah (Ujroh Li Nazir Al-Wakfi).
Pewujudan Lafaz Sighoh Oleh Pewakaf Dalam Saham Wakaf Selangor Sama Ada Am Atau Khas Dengan Tambahan Ujroh Li Nazir Al Wakfi
Pewujudan Lafaz Sighoh Oleh Pewakaf Dalam Saham Wakaf Selangor Sama Ada Am Atau Khas Dengan Tambahan Ujroh Li Nazir Al-Wakfi Pewujudan lafaz sighoh oleh pewakaf dalam Saham Wakaf Selangor sama ada am atau khas dengan tambahan Ujroh Li Nazir Al-Wakfi adalah tidak harus kerana wang wakaf tidak boleh dikurangkan jumlahnya daripada kadar yang telah diwakafkan oleh pewakaf.
Hukum Pemerdagangan Orang
Hukum Pemerdagangan Orang Hukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.
Kedudukan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Dan Syarikat Swasta
Kedudukan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Dan Syarikat Swasta Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa; Wang pampasan kematian pekerja ini tidaklah dianggap sebagai harta pampasan. Oleh itu pembahagiannya tidak tertakluk kepada cara pembahagian harta pusaka.
Menyalurkan Wang Hasil Pelbagai Denda Mahkamah Mahkamah Syariah Ke Baitulmal Negeri Negeri Di Malaysia
Menyalurkan Wang Hasil Pelbagai Denda Mahkamah-Mahkamah Syariah Ke Baitulmal Negeri-Negeri Di Malaysia Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa; Bersetuju agar menyalurkan wang hasil pelbagai denda Mahkamah Syariah ke Baitulmal Negeri-negeri.
Hukum Gandaan Fidyah Dan Kifarah
Hukum Gandaan Fidyah dan Kifarah Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Harus menggunakan 2 kaedah: i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun.ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah.
Kebenaran Meneruskan Sembahyang Jumaat Surau Azhariah Seksyen 18 Jalan 18 4 Shah Alam
Kebenaran Meneruskan Sembahyang Jumaat Surau Azhariah Seksyen 18, Jalan 18/4 Shah Alam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan; Dikekalkan kebenaran Sembahyang Jumaat kepada Surau Azhariah Seksyen 18 Shah Alam kerana ramainya jumlah penduduk yang beragama Islam di kawasan ini.
Pembahagian Harta Pusaka Bagi Orang Asli Bukit Lanjan
Pembahagian Harta Pusaka Bagi Orang Asli Bukit Lanjan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan; Pembahagian harta pusaka bagi Orang Asli Bukit Lanjan menggunakan kaedah sistem faraid sebagai asas. Walau bagaimanapun waris diberi pilihan sama ada mahu mengguna pakai keputusan yang telah dibuat atau membuat pembahagian sama rata iaitu mengikut sistem adat mereka.
Hukum Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri
Hukum Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan; Menerima pakai keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu; i. Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah melantik pegawai-pegawai beragama Islam sebagai amil bagi menguruskan zakat gaji dan pendapatan sementara urusan yang tidak berkaitan dengan zakat secara langsung seperti kerani, pemandu dan sebagainya boleh dilantik dikalangan orang bukan Islam.ii. Boleh melantik wanita Islam sebagai amil di Lembaga hasil Dalam Negeri.
Masjid Diraja Sultan Alaeddin Kampung Bandar Kuala Langat Selangor
Masjid Diraja Sultan Alaeddin Kampung Bandar, Kuala Langat, Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan; Adalah wajib bagi kakitangan Syarikat Awin Security Sdn. Bhd. yang beragama Islam serta cukup syarat untuk menunaikan Solat Jumaat; tidak boleh ditinggalkan.
Isu Kafir Mengkafir
Isu Kafir-Mengkafir Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa; Tidak boleh seseorang itu menghukumkan orang lain kafir kerana penentuan itu adalah hak mutlak Allah S.W.T. dan umat Islam dilarang menyatakan demikian.
Akta Penjagaan Budak 1961 Dan Akta Kanak Kanak 2000
Akta Penjagaan Budak 1961 Dan Akta Kanak-Kanak 2000 Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah memutuskan bahawa; Pindaan Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Kanak-Kanak 2001 boleh digunapakai selagi tidak bercanggah dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor.
Pentakrifan Mengajar Di Bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 Mengajar Tanpa Tauliah
Pentakrifan “Mengajar” Di Bawah Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 (Mengajar Tanpa Tauliah) Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa; Undang-undang tiada mentakrifkan makna perkataan “mengajar” dengan itu makna yang terdapat dalam mana kamus adalah diterima pakai iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan dalam apa-apa bentuk.
Hukum Berkaitan Aqad Saham Wakaf Yang Dibuat Melalui Web Site Akan Dihantar Melalui Pos Dan Hukum Harta Yang Diperolehi Disebabkan Kematian Boleh Dianggap Harta Pusaka Atau Tidak
Hukum Berkaitan Aqad Saham Wakaf Yang Dibuat Melalui “Web-Site” Akan Dihantar Melalui Pos Dan Hukum Harta Yang Diperolehi Disebabkan Kematian Boleh Dianggap Harta Pusaka Atau Tidak Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa; Harus dan sah aqad saham wakaf yang dibuat melalui “web-site” atau dihantar melalui pos tanpa lafaz Qabul oleh pihak menerima wakaf dalam satu majlis, manakala wang pampasan yang diperolehi disebabkan kematian atau seperti duit insuran nyawa, khairat kematian dan sebagainya adalah dikira harta faraid dan hendaklah dibahagikan mengikut sistem faraid.
Hukum Menyentuh Reagan Untuk Hepatitis C Yang Mengandungi Protien Khinzir
Hukum Menyentuh Reagan Untuk Hepatitis C Yang Mengandungi Protien Khinzir Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa; Boleh digunakan kerana memegang Reagan ini menggunakan sarung tangan plastik kalis air/tidak meresap.
Hukum Mengebumikan Jenazah Mengadap Kiblat
Hukum Mengebumikan Jenazah Mengadap Kiblat Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa; Wajib mengebumikan jenazah mengadap kiblat kerana memuliakan jenazah. Tetapi bagi kubur lama yang salah kiblat yang diyakini mayatnya sudah reput maka tidak perlu dialihkan lagi sepertimana yang berlaku di Tanah Perkuburan Lembah Berdarah Kuala Selangor.
Penjualan Kondom Secara Terbuka
Penjualan Kondom Secara Terbuka Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memberi pandangan bahawa; Penjualan kondom di Negeri Selangor hendaklah dilakukan secara terkawal seperti mendapatkan kebenaran bertulis dari doktor dan dijual di tempat-tempat tertentu serta menentukan had umur pembeli. Janganlah dijual secara terbuka di tempat-tempat awam lebih-lebih lagi kotak pembungkus kondom itu mempamerkan gambar yang mengghairahkan. Peraturan ini perlu dibuat supaya tidak berlaku penyalahgunaannya.
Bahan Penerbitan Berunsur Lucah
Bahan Penerbitan Berunsur Lucah Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memberi pandangan bahawa; Seksyen 292 kanun keseksaan dan seksyen 7 Akta Mesin Cetak dipertingkatkan penguatkuasaannya. Ini berikutan terdapatnya bahan penerbitan berunsur lucah telah dijual secara berleluasa.
Had Kifayah Negeri Selangor
Had Kifayah Negeri Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan; Menerima pakai cadangan Had Kifayah Negeri Selangor yang telah dibentangkan kali pertama di Mesyuarat Kali Ke 4/2001 di Johor Bahru dengan beberapa pindaan yang telah dibuat.
Hukum Pembayaran Zakat Melalui Kad Kredit Kad Bank Islam
Hukum Pembayaran Zakat Melalui Kad Kredit/ Kad Bank Islam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Harus / boleh membayar zakat melalui kad kredit / kad bank Islam dengan syarat disertai niat yang ikhlas. i. Bagi pembayaran zakat melalui Kad Kredit, pembayar hendaklah berniat mewakilkan pihak Bank sebagai wakilnya bagi membayar zakatnya secara tunai kepada amil.Lafaz niatnya iaitu “Ini zakat yang wajib ke atas diriku pada tahun berjumlah……. dan aku wakilkan balik……..untuk menyelaraskan bagi pihak aku” ii. Bagi pembayaran zakat melalui Kad Bank Islam tidak perlu berniat mewakilkan kepada pihak Bank Islam.Lafaz niatnya iaitu “Ini zakat yang wajib ke atas diriku pada tahun ini sebanyak ……… kerana Allah S.W.T.”
Hukum Binaan Bangunan Tempat Berteduh Rehat Di Tanah Perkuburan
Hukum Binaan Bangunan Tempat Berteduh/ Rehat Di Tanah Perkuburan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah memutuskan bahawa adalah: Harus membina binaan bangunan tempat berteduh / rehat kepada penziarah kubur dan setor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di Tanah Wakaf Perkuburan. Walau bagaimanapun pembinaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i. Di tempat-tempat bersesuaianii. Tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur sedia ada di tanah perkuburaniii. Kegunaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kubur semata-mata.
Cd Kaset Menghina Islam
CD Kaset Menghina Islam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa: Mengharamkan CD “Power Dance” dan kaset SANTANA dalam lagunya “Put Your Light On” kerana kedua-duanya mengandungi unsur-unsur penghinaaan terhadap Islam. *Nota; Keputusan ini berkaitan dengan keputusan PENGHARAMAN KASET SANTANA DALAM LAGU “PUT YOUR LIGHT ON” dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil.4/2002 pada 23/7/2002.
Pelupusan Buku Buku Teks Agama Kitab
Pelupusan Buku-Buku Teks Agama/ Kitab Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Buku-buku teks agama / kitab JAIS yang telah didapati rosak dan tidak boleh digunapakai hendaklah dibakar, dan tidak boleh dikitar semula (recycle) demi menjaga kemuliaan buku-buku tersebut kerana mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadis.
Kiraan Bayaran Fidyah
Kiraan Bayaran Fidyah Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Maksud fidyah ialah denda yang dibayar dengan menggunakan beras (makanan asasi) mengikut kadar 1 cupak dan tidak boleh dibayar mengikut nilaian wang sebagai ganti beras.
Senarai Kitab Kitab Pengajian Untuk Masjid Surau Seluruh Masjid
Senarai Kitab-Kitab Pengajian Untuk Masjid/Surau Seluruh Masjid Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah sebulat suara: Menerima pakai senarai nama kitab seperti di lampiran.
Masjid Diraja Sultan Alaeddin Kampung Bandar Kuala Langat Selangor 2
Masjid Diraja Sultan Alaeddin Kampung Bandar, Kuala Langat, Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 April 2002 telah memutuskan bahawa: Masjid tersebut adalah wakaf oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 1989, Pentadbir Harta Wakaf adalah Majlis Agama Islam Selangor. Sesuatu harta yang diwakafkan itu telah menjadi milik Allah S.W.T. secra mutlak, maka ia tidak boleh dilakukan kepadanya sebarang transaksi. Oleh yang demikian, “Akta Benda Purba” dalam hal ini tidak terpakai. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Masjid untuk mengekalkan sturuktur asal atau diubah suai dengan tujuan bagi keselesaan jemaah serta dapat dimanfaatkan sepertimana yang diharapkan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.
Hukum Solat Jumaat Kakitangan Syarikat Stenta Film M Sdn Bhd
Hukum Solat Jumaat Kakitangan Syarikat Stenta Film (M) Sdn. Bhd. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 April 2002 telah memutuskan bahawa:  1) Adalah wajib bagi kakitangan Syarikat Stenta Film (M) Sdn. Bhd. yang mencukupi syarat wajib Sembahyang Jumaat untuk menunaikan Sembahyang Jumaat.2) Di samping itu juga Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mencadangkan agar pihak syarikat:-i. Melantik orang bukan Islam untuk bertugas di waktu tengahari Jumaat sama ada secara tetap atau sementara.ii. Melantik kaum wanita atau bukan Islam untuk bertugas di waktu tengahari Jumaat.
Hukum Penerimaan Hadiah Saguhati Dan Sedekah Oleh Amil
Hukum Penerimaan Hadiah Saguhati Dan Sedekah Oleh Amil Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 April 2002 telah memutuskan:
Hukum Perkhidmatan Bizz Channel
Hukum Perkhidmatan Bizz Channel Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 24 Jun 2002 telah memutuskan:1) Haram bagi Pusat Zakat Selangor untuk menggunakan perkhidmatan Bizz Channel yang disediakan oleh Bumiputera Commerce (BCBB) yang menjalankan operasinya secara konvensional iaitu terlibat secara langsung dengan sistem riba’ yang diharamkan dalam Islam.2) Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor juga berpandangan bahawa sebagai satu badan atau Institusi Islam, Pusat Zakat Selangor tidak boleh menjalankan sebarang bentuk perniagaan atau perkhidmatan yang bercanggah dengan syariat Islam.3) Saranan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor agar dapat dipastikan dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sama ada telah memutuskan tentang perkara ini beserta alasan atau hujah.4) Menurut Undang-Undang Buruh ada dinyatakan bahawa majikan tidak boleh menghalang pekerja untuk melaksanakan kewajipan agama yang mesti dilaksanakan.
Hukum Kutipan Derma Rayuan Hari Pahlawan
Hukum Kutipan Derma Rayuan Hari Pahlawan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 24 Jun 2002 telah memutuskan bahawa:
Hukum Penggunaan Wang Zakat Bagi Membina Membaiki Dan Membaikpulih Institusi Agama
Hukum Penggunaan Wang Zakat Bagi Membina, Membaiki Dan Membaikpulih Institusi Agama Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa: Pihak Pentadbiran Pusat Zakat Selangor harus menggunakan wang zakat sekiranya bertepatan dengan kehendak syara’ dan juga melihat kepada tahap keperluan atau keutamaan terhadap bentuk permohonan yang diterima.
Hukum Menggantikan Bangunan Lama Masjid Nurul Iman Serendah Dengan Bangunan Komersial
Hukum Menggantikan Bangunan Lama Masjid Nurul Iman, Serendah Dengan Bangunan Komersial Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa: Harus merobohkan bangunan Masjid Nurul Iman Serendah yang lama kepentingan awam dengan alasan seperti berikut setelah masjid baru telah siap dibina: i. Tanah tapak masjid bukanlah merupakan harta wakaf. ii. Bangunan masjid lama adalah dibina oleh pihak kerajaan dan bukan merupakan harta wakaf. iii. Sebahagian tapak masjid Nurul Iman termasuk dalam rezab jalan yang perlu dilebarkan. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor menyarankan sekiranya terdapat Harta Wakaf di Bangunan Masjid Lama yang boleh dimanfaatkan, maka hendaklah dipindahkan kegunaanya ke masjid baru.
Bangunan Masjid Lama Masjid As Syarif Pekan Meru Klang Sebagai Sekolah Agama Tambahan Dan Tahfiz Al Quran
Bangunan Masjid Lama (Masjid As-Syarif, Pekan Meru, Klang) Sebagai Sekolah Agama Tambahan Dan Tahfiz Al-Quran Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa:Harus menggunakan Bangunan Masjid Lama as-Syarif, Pekan Meru untuk tujuan-tujuan baik dari segi syara’ seperti Sekolah-sekolah Agama, Kelas Tahfiz dan lain-lain dengan alasan berikut;i. Jika bangunan masjid baru telah siap dibina.ii. Bangunan masjid lama masih boleh dimanfaatkan.iii. Tapak serta bangunan masjid lama itu bukan merupakan harta wakaf.Di samping itu juga Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor menyarankan agar mengekalkan status Masjid Lama sebagai Masjid untuk kegunaan sembahyang 5 waktu sahaja bukan Sembahyang Jumaat. Walau bagaimanapun bangunan ini hendaklah dijaga kehormatannya dan kesuciannya supaya mereka yang berhadas besar dan berjunub tidak berada di tempat tersebut. Sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada Bangunan masjid ini, statusnya sebagai masjid hendaklah dikekalkan dan fungsinya sebagai tempat ibadah dan tempat pengajian tidak terjejas.
Struktur Dalaman Sesebuah Rumah Agar Tandas Tidak Menghadap Dan Membelakangkan Arah Kiblat
Struktur Dalaman Sesebuah Rumah Agar Tandas Tidak Menghadap Dan Membelakangkan Arah Kiblat Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 23 Julai 2002 telah berpendapat bahawa: Struktur sesebuah binaan itu mungkin akan menimbulkan kurang adab sekiranya tandas menghadap atau membelakangkan kiblat, maka ia hendaklah dijauhi. Ini memandangkan keadaan binaan yang sedia ada sekarang sudah memadai. Walau bagaimanapun jika ada mana-mana pihak yang bersetuju dengan cadangan ini, maka ia adalah lebih utama (aula) atau afdal.
Pengharaman Kaset Santana Dalam Lagu Put Your Light On
Pengharaman Kaset Santana Dalam Lagu “Put Your Light On” Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa:Mengekalkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang lalu bertarikh 19 Februari 2002 iaitu mengharamkan kaset SANTANA dalam lagu “Put On Your Light” kerana ;i. Lirik lagunya mencampur adukkan Kalimah Syahadah dengan senikata yang tidak bersesuaian dengan kesucian kalimah tersebut;ii. Menurunkan taraf kalimah syahadah setaraf dengan lagu-lagu;iii. Senikata lagu ini mengelirukan dan mengandungi unsur-unsur Kristian;iv. Irama lagunya tidak sesuai dengan irama keislaman.*Nota; Keputusan ini berkaitan dengan keputusan CD KASET MENGHINA ISLAM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil.1/2002 pada 19 Februari 2002.
Hukum Penerimaan Seluruh Harta Pusaka Untuk Waris Terdekat Anak Anak Dan Isteri Suami Untuk Golongan Fakir Miskin
Hukum Penerimaan Seluruh Harta Pusaka Untuk Waris Terdekat (Anak-Anak Dan Isteri / Suami Untuk Golongan Fakir Miskin) Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa: Wang Caruman Takaful adalah simpanan harta pusaka peninggalan si mati dan hendaklah dibahagi mengikut sistem faraid, sekiranya dipersetujui oleh pihak waris untuk dibahagikan maka bolehlah dilaksanakan mengikut keputusan yang dipersetujui atas dasar redha di kalangan semua waris yang layak mendapat pusaka tersebut.
Memperuntukan Sebahagian Zakat Perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad Bimb
Memperuntukan Sebahagian Zakat Perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa: Bank Islam sebagai Pembayar Zakat hendaklah menyerahkan sepenuhnya pembayaran zakat kepada Pusat Zakat Selangor selaku ‘Amil yang diberi kuasa untuk menerima dan mengagihkan zakat. Sekiranya pihak Bank Islam mempunyai keperluan untuk membantu mana-mana asnaf lain termasuklah al-Ghorim, maka pihak Bank Islam bolehlah mengemukakan permohonan kepada Pusat Zakat Selangor untuk diberi pertimbangan sewajarnya.
Kawasan Perkuburan Lama
Kawasan Perkuburan Lama Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa:
Hukum Membina Pondok Di Atas Tanah Perkuburan
Hukum Membina Pondok Di Atas Tanah Perkuburan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa:Adalah harus membina pondok sementara di atas tanah perkuburan di kawasan yang masih belum digunakan dengan tujuan untuk :i. Orang ramai berlindung dari panas dan hujan ketika menziarahi tanah perkuburan.ii. Orang ramai duduk untuk membaca Yassin.iii. Orang ramai boleh meletakkan jenazah supaya terlindung daripada panas ketika pengkebumian dilakukan.Sekiranya kawasan itu hendak digunakan sebagai tapak kubur maka bangunan sementara itu hendaklah dipindahkan atau dialihkan.
Status Tanah Wakaf Di Lot 6684 Telok Gadong Klang
Status Tanah Wakaf Di Lot 6684, Telok Gadong, Klang Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa: Konsep Istibdal bolehlah digunakan terhadap Tanah Wakaf Lot 6684, Telok Gadong, Klang, iaitu dengan menukarkan tanah asal yang sedia ada yang telah diwakafkan bagi dibina masjid dengan tanah lain yang sama nilainya atau lebih tinggi. Justeru itu, penilaian sebenar hendaklah dibuat oleh Pegawai Penilai Kerajaan atau swasta bagi menentukan harga pasaran semasa tanah asal dan dicadangkan diganti itu. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor juga telah memutuskan bahawa niat pewakaf untuk membina masjid hendaklah dilaksanakan di tapak tanah baru yang akan digantikan dengan konsep Istibdal. Keputusan fatwa yang telah dibuat pada 13 September 2000 mengenai perkara ini adalah dibatalkan kerana Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah dikemukakan beberapa fatwa baru yang lebih terperinci dan lengkap mengenai latar belakang kes ini yang tidak dikemukakan sebelumnya. * Nota : Fatwa Ini Berkaitan Dengan Fatwa Tanah Wakaf Khas MAIS, Lot 6684 Teluk Gadong Pelabuhan Klang bertarikh 13 September 2000 Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ Bil.6/2002.
Hukum Pembangunan Semula Tapak Masjid Ubudiah Lama Kampung Sungai Raya Batu 9 Mukim Cheras Daerah Hulu Langat
Hukum Pembangunan Semula Tapak Masjid Ubudiah Lama Kampung Sungai Raya, Batu 9, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa: Adalah harus membangun semula tapak Masjid Ubudiah Lama, Kampung Sungai Raya, Batu 9, Mukim Cheras, untuk dibuat Balai Islam yang terdiri daripada komponen-komponen berikut: a) Sekolah Rendah Agama. b) Mengadakan program pendidikan kaum ibu seperti pengajian fardhu ain dan kifayyah, kelas marhaban, kelas bimbingan al-Quran dan rawi, IT, kelas masakan atau lain-lain kegiatan yang membawa manfaat. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor turut menyarankan sekiranya terdapat Harta Wakaf di Bangunan Masjid Lama ini yang boleh dimanfaatkan, maka hendaklah dipindahkan manfaatnya kepada Balai Islam yang baru.
Penggunaan Air Baru Newater
Penggunaan Air Baru (Newater) Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Kali Ke-6 yang diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa: Air Baru (Newater) merupakan air yang telah diproses melalui penyulingan dan penurasan oleh itu ia adalah suci lagi menyucikan.
Hukum Pelalian Meningococal Meningitis Bagi Mencegah Jangkitan Kuman
Hukum Pelalian Meningococal Meningitis Bagi Mencegah Jangkitan Kuman Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Kali Ke-6 yang diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa: Suntikan Pelalian Vaksin Meningococal Quadrivalent untuk orang Islam yang tidak mengandungi lemak babi-mencevex injection adalah harus. Manakala vaksin yang mengandungi lemak babi-monume injection hukumnya adalah haram.
Penambahan Item Item Dalam Had Kifayah
Penambahan Item-Item Dalam Had Kifayah Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 20 Mei 2003 telah memutuskan bahawa:
Hukum Pemindahan Kubur Lama Orang Islam Di Atas Tanah Milik Jabatan Haiwan Sabak Bernam
Hukum Pemindahan Kubur Lama Orang Islam Di Atas Tanah Milik Jabatan Haiwan Sabak Bernam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 20 Mei 2003 telah memutuskan bahawa: Adalah harus memindahkan kubur lama orang Islam di atas tanah milik Jabatan Haiwan Daerah Sabak Bernam ke tempat lain kerana tanah tersebut adalah milik Jabatan Haiwan sendiri.
Hukum Merobohkan Bangunan Masjid Lama Kampung Bukit Belimbing Daerah Kuala Selangor
Hukum Merobohkan Bangunan Masjid Lama Kampung Bukit Belimbing, Daerah Kuala Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 20 Mei 2003 telah memutuskan bahawa:
Hukum Sembahyang Jumaat Banduan Di Penjara Dan Seumpamanya
Hukum Sembahyang Jumaat Banduan Di Penjara Dan Seumpamanya Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa: Memandangkan keadaan keselamatan dan keperluan dalam penjara, maka Sembahyang Jumaat bagi banduan itu adalah harus. Sekiranya wujud anggapan yang mengatakan banduan tersebut boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman kepada pihak lain. Maka ianya tidak diwajibkan Sembahyang Jumaat tetapi ianya telah diwajibkan Sembahyang Fardhu Zohor sahaja.
Hukuman Takzir Bagi Kesalahan Percubaan Keluar Islam
Hukuman Takzir Bagi Kesalahan Percubaan Keluar Islam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa: Hukuman takzir dikenakan ke atas orang cuba keluar Islam adalah seperti berikut: i. Hukuman denda yang tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun bagi orang yang cuba keluar Islam sahaja dan tidak mempengaruhi orang lain. ii. Hukuman denda tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun serta tidak melebihi 6 kali sebatan bagi orang yang cuba keluar Islam serta mempengaruhi orang lain.
Pembinaan Sebuah Sekolah Agama Rakyat 2 Tingkat Dan Empat Tingkat Unit Rumah Kakitangan 2 Tingkat Di Atas Lot 9337 Taman Greenwood Daerah Gombak
Pembinaan Sebuah Sekolah Agama Rakyat 2 Tingkat Dan Empat Tingkat Unit Rumah Kakitangan 2 Tingkat Di Atas Lot 9337, Taman Greenwood Daerah Gombak Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan: Adalah harus membina sebuah Sekolah Agama Rakyat Dua Tingkat dan Empat Unit Rumah Kakitangan 2 Tingkat, di atas Lot 9337, Taman Greenwood, Daerah Gombak kerana ianya bukan Tanah Wakaf dan sebahagian tanah yang lain adalah pemberian daripada pemaju. Segala kos pembinaan adalah ditanggung oleh pihak masjid.
Agihan Harta Zakat Tertunggak Dan Tertangguh Kepada Asnaf
Agihan Harta Zakat Tertunggak Dan Tertangguh Kepada Asnaf Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa: Wang Zakat yang telah diluluskan mengikut asnaf tetapi penyampaiannya tidak dapat diselesaikan maka pihak yang berhak layak menerima walaupun ianya telah keluar daripada asnaf yang asal. Pusat Zakat Selangor disarankan agar dapat mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh dan berkesan dalam menguruskan penyampaian zakat kepada asanaf-asnaf zakat sebagai amanah yang telah dipertanggungjawab.
Hak Amil Terhadap Peruntukan Agihan Fisabilillah
Hak Amil Terhadap Peruntukan Agihan Fisabilillah Mesyuarat mengambil keputusan bahawa:Tidak meluluskan kertas kerja yang dibentangkan oleh Pusat Zakat Selangor. Malahan mesyuarat memutuskan bahawa Pusat Zakat Selangor hendaklah memberi keutamaan kepada agihan asnaf fakir dan miskin terlebih dahulu dari asnaf amil.
Pemberian Bantuan Dermasiswa Kepada Pelajar Luar Selangor Ipta
Pemberian Bantuan Dermasiswa Kepada Pelajar Luar Selangor (IPTA) Mesyuarat bersetuju bahawa: Dua kumpulan pelajar tersebut layak menerima bahagian zakat yang dipungut oleh IPT. Dengan syarat mereka tidak mengambil lagi bahagiannya dari Pusat Zakat Selangor dengan syarat-syarat yang dipersetujui.
Imam Syafie Rahimahullah Mengharamkan Kenduri Arwah Yasinan Tahlilan Dan Selamatan Edisi Kedua
“Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah, Yasinan, Tahlilan Dan Selamatan” (Edisi Kedua)” Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa:
Kaset Keajaiban Tuhan Kesaksianku
Kaset “Keajaiban Tuhan Kesaksianku” Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa: Kaset bertajuk “Keajaiban Tuhan Kesaksianku” tidak sesuai dan diharamkan. Oleh itu percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan termasuk: i. Apa-apa bentuk, versi atau variasinya; ii. Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa sahaja; iii. Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan, sama ada dalam bahan bercetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media adalah haram.
Hukum Cerai Melalui Sms
Hukum Cerai Melalui Sms Setelah meneliti setiap pandangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor dan cadangan yang dikemukakan dalam kertas kerja, maka mesyuarat memutuskan: i. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:a. Bahawa pengirim SMS itu adalah suamib. Bahawa penerima SMS adalah isteric. SMS itu telah pun dibaca oleh penerimad. Suami berniat untuk menceraikan isteri ii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah.iii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah.iv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri.
Istibdal Tanah Wakaf Gm 6303 Lot 4944 Mukim Kapar Dengan Cadangan Pembangunan 6 Unit 3 Tingkat Lot Kedai Di Atas Sebahagian Tanah Rezab Tapak Masjid Meru
Istibdal Tanah Wakaf Gm 6303 Lot 4944, Mukim Kapar Dengan Cadangan Pembangunan 6 Unit 3 Tingkat Lot Kedai Di Atas Sebahagian Tanah Rezab Tapak Masjid Meru Setelah ahli mesyuarat membuat perbincangan dengan panjang lebar dan telah mengambil maklum mengenai kertas tersebut serta bersetuju dengan usaha membangunkan Tanah Wakaf secara istibdal berdasarkan kenyataan asas pertimbangan dan perbincangan yang dikemukakan dengan: 1) Istibdal dengan sesuatu yang lebih baik dari tanah yang ada. 2) Mesyuarat bersetuju Istibdal tanah mengikut syor yang dikemukakan dengan: i. Membeli tanah baru yang sama nilainya atau lebih tanah wakaf yang akan dibiayai hasil dari pembangunan ini sebagai sebahagian daripada kos pembangunan yang akan dibiayai oleh pemaju. ii. Memajukan tanah wakaf asal dengan projek yang berdaya maju dan boleh dijual dan memastikan kosnya melebihi harga tanah semasa. iii. Bahagian Masjid di atas tanah ini dikekalkan sebagai aset yang akan memanjangkan pahala wakaf. iv. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan bahawa permohonan istibdal ini diluluskan.
Penarikan Balik Wakaf Hjh Aminah Bt Ahmad Di Lot 11552 Gm 499 Mukim Kajang Daerah Hulu Langat
Penarikan Balik Wakaf Hjh. Aminah Bt. Ahmad Di Lot 11552, Gm 499 Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Setelah meneliti setiap pandangan ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor, maka mesyuarat memutuskan dengan sepakat adalah seperti berikut :
Pindaan Terhadap Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957 Berhubung Anak Tak Sah Taraf 2
Pindaan Terhadap Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957 Berhubung Anak Tak Sah Taraf Setelah meneliti setiap pandangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor, maka mesyuarat memutuskan bahawa: Pemakaian Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957 dikecualikan kepada ibu atau bapa kepada kanak-kanak yang beragama Islam. Ini bertujuan: i. Menentukan masyarakat Islam di Negeri Selangor tidak melanggar larangan Allah dengan sewenang-wenangnya tanpa ada sekatan dan Penguatkuasaan Undang-Undang berhubung larangan Allah menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa tak sah tarafnya. ii. Memelihara jiwa dan keturunan agar tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram sama ada berhubung dengan zuriat, aurat, perwalian dan sebagainya. iii. Memelihara identiti Islam sebagai suatu agama suci dan mulia di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Pemeriksaan Ke Atas Pusat Penyembelihan Khinzir Di Atas Sebahagian Lot Pt 2115 Mukim Serendah Daerah Hulu Selangor Selangor
Pemeriksaan Ke Atas Pusat Penyembelihan Khinzir Di Atas Sebahagian Lot Pt 2115, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor, Selangor Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:
Pengurusan Jenazah Dan Tanah Perkuburan Islam Melalui Badan Khairat Kematian Oleh Syarikat Dayafasih Sdn Bhd
Pengurusan Jenazah Dan Tanah Perkuburan Islam Melalui Badan Khairat Kematian Oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. Mesyuarat telah mengambil beberapa keputusan setelah perbahasan dengan pembentang tersebut seperti berikut: a. Ahli mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara bahawa keputusan fatwa berkaitan dengan Pengurusan Jenazah dan Tanah Perkuburan Islam melalui Badan Khairat oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. tidak perlu diwartakan. b. Ahli mesyuarat juga bersetuju supaya satu garis panduan Pengurusan Tanah Perkuburan perlu disediakan antara lain:a) Tidak akan membina binaan di atas kubur.b) Adanya kawalan dari pihak Lembaga Amanah yang telah dilantik.c) Tidak ada perbezaan taraf.c. Bersetuju dengan Pengurusan Jenazah mengikut sistem yang dianjurkan oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd.d. Dicadangkan agar S.S. Dato’ Mufti dimasukkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Badan Amanah Khairat Kematian.e. Bersetuju dengan konsep Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. untuk dijadikan model tanah perkuburan yang bersistematik dan mencadangkan kepada JAIS untuk menguruskan tanah perkuburan di Negeri Selangor seperti konsep tersebut dengan bayaran yang minima.
Hukum Mendirikan Solat Jumaat Di Kem Bagi Peserta Latihan Khidmat Negara
Hukum Mendirikan Solat Jumaat Di Kem Bagi Peserta Latihan Khidmat Negara Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) telah memutuskan bahawa: Tidak harus mendirikan Solat Jumaat di Kem Latihan Khidmat Negara, Ampang Pecah kerana kedudukan Kem tersebut adalah berhampiran dengan Masjid Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baharu.
Penutupan Masjid Ar Ridhwan Berjuntai Bistari Kuala Selangor Dan Perpindahan Solat Jumaat Ke Surau Ar Ridhuan Batang Berjuntai Kuala Selangor
Penutupan Masjid Ar-Ridhwan, Berjuntai Bistari, Kuala Selangor Dan Perpindahan Solat Jumaat Ke Surau Ar-Ridhuan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan seperti berikut: i. Bersetuju dengan penutupan Masjid ar-Ridhwan, Berjuntai Bistari, Kuala Selangor dan perpindahan Solat Jumaat ke Surau ar-Ridhuan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor dengan mengekalkan bangunan masjid demi memelihara kesuciannya. ii. Dicadangkan agar pihak JAIS mengambil tapak masjid dan kawasan persekitarannya untuk dibangunkan bagi kemaslahatan ummah.
Pemujaan Kubur Di Pulau Carey Kuala Langat
Pemujaan Kubur Di Pulau Carey, Kuala Langat Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan seperti berikut: i. Membenarkan kubur berkenaan diroboh dan digali serta dibersihkan kawasan sekitarnya. ii. Sekiranya terdapat rangka mayat di dalamnya, maka hendaklah dipindahkan ke tanah perkuburan yang berhampiran.
Pemeriksaan Kesihatan Kepada Bakal Pengantin Di Negeri Selangor
Pemeriksaan Kesihatan Kepada Bakal Pengantin Di Negeri Selangor Mesyuarat Jawatankuasa telah bersetuju memutuskan:
Mewartakan Kawasan Masjid Dan Bukan Masjid Di Bangunan Masjid Al Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam Selangor
Mewartakan Kawasan Masjid Dan Bukan Masjid Di Bangunan Masjid Al-‘Ubudiah Seksyen 19, Shah Alam, Selangor Setelah meneliti dari cadangan yang dikemukakan mesyuarat telah memutuskan seperti berikut: i. Penukaran taraf dari kawasan masjid kepada bukan masjid adalah tidak dibenarkan. ii. Bersetuju dengan cadangan kawasan masjid dan kawasan bukan masjid. Melainkan kawasan 200 kaki persegi sebelah kiri tingkat bawah bangunan masjid.
Penggunaan Wang Zakat Bagi Pembiayaan Bakal Bakal Haji Yang Diwartakan Oleh Mais
Penggunaan Wang Zakat Bagi Pembiayaan Bakal-Bakal Haji Yang Diwartakan Oleh MAIS Mesyuarat telah meneliti kertas tersebut dan membuat keputusan bahawa: Wang zakat tidak boleh digunakan bagi membiayai bakal haji yang ditawarkan oleh MAIS berdasarkan kepada bahawa: i. Bakal-bakal haji tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam asnaf zakat. ii. Kewajipan haji adalah berdasarkan kemampuan seseorang Islam sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 97 : mafhumnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”
Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula Recycle
Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle) esyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah memutuskan: i. Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks pendidikan Islam hendaklah dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam. ii. Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam. iii. Kertas dan buku teks pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya. iv. Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis.
Hukum Menulis Ayat Ayat Al Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau Tumbuhan Bunga Bungaan Dan Seumpamanya
Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah memutuskan:
Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan Bahan Yang Mengandungi Ayat Ayat Al Quran Hadith Beserta Pandangan Pandangan Agama Lain Cina Buddha Hindu Sikh Dan Kristian
Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadith Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2005 yang bersidang pada 15 November 2005 telah memutuskan bahawa: Menulis dan menerbitkan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat alQuran, hadith beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta hadith diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut.
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentines Day
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa:
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Kemudahan Perubatan Bagi Kakitangan Majlis Agama Islam Selangor Mais
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Kemudahan Perubatan Bagi Kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Setelah meneliti setiap pandangan ahli dan cadangan yang dikemukakan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Untuk Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor Dan Anak Syarikat
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Untuk Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor Dan Anak Syarikat Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Skim Pelan Takaful Berkelompok Bagi Menggantikan Pelan Persaraan Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Skim Pelan Takaful Berkelompok Bagi Menggantikan Pelan Persaraan Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Bayaran Emolumen Pegawai Kontrak Majlis Agama Islam Selangor
Fatwa Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Bayaran Emolumen Pegawai Kontrak Majlis Agama Islam Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:
Fatwa Pengesahan Aktiviti Agihan Dari Dana Faqir Miskin 2005 Dalam Konteks Zat Dan Manfaat
Fatwa Pengesahan Aktiviti Agihan Dari Dana Faqir Miskin 2005 Dalam Konteks Zat Dan Manfaat Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:
Fatwa Pembiayaan Elaun Kakitangan Kompleks Wawasan Balkis Dan Menggunakan Wang Zakat Dari Dana Riqab
Fatwa Pembiayaan Elaun Kakitangan Kompleks Wawasan Balkis Dan Menggunakan Wang Zakat Dari Dana Riqab Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:
Hukum Pelantikan Hakim Syarie Wanita
Hukum Pelantikan Hakim Syar’ie Wanita Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:
Hukum Wine Vinegar Cuka Wain
Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan seperti berikut:
Fatwa Penggunaan Wang Skim Saham Wakaf Selangor Dan Wang Manfaat Wakaf Selangor
Fatwa Penggunaan Wang Skim Saham Wakaf Selangor Dan Wang Manfaat Wakaf Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 memutuskan seperti berikut:
Fatwa Pelaksanaan Istibdal Tanah Wakaf Di Lot 6684 Teluk Gadong Dengan Membeli Tanah Untuk Penambahan Kawasan Masjid Nurul Iman Teluk Gadong Di Atas Sebahagian Lot 6094 Mukim Klang
Fatwa Pelaksanaan Istibdal Tanah Wakaf Di Lot 6684, Teluk Gadong Dengan Membeli Tanah Untuk Penambahan Kawasan Masjid Nurul Iman, Teluk Gadong Di Atas Sebahagian Lot 6094, Mukim Klang Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 memutuskan seperti berikut:
Hukum Menggunakan Debu Tanah Tayammum Yang Telah Disterilkan Dinyahkuman
Hukum Menggunakan Debu Tanah Tayammum Yang Telah Disterilkan (Dinyahkuman) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 memutuskan seperti berikut:
Fatwa Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik
Fatwa Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut :
Fatwa Isu Pencucian Pasir Bercampur Najis Babi Di Sungai Garing Mukim Rawang Daerah Gombak Selangor
Fatwa Isu Pencucian Pasir Bercampur Najis Babi Di Sungai Garing, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan seperti berikut: