title
stringlengths
5
182
body
stringlengths
104
38.4k
suzuki-raider-r150fi-dengan-warna-baharu-bakal-dilancarkan-suzuki-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Suzuki Raider R150Fi Dengan Warna Baharu Bakal Dilancarkan – Suzuki Malaysia Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian terbaru di media sosial bakal melancarkan Raider R150Fi terbaru yang tampil dengan warna lebih segar.  Dengan tema ‘New Colour, New Spirit’, Raider R150Fi itu dijangka tampil dengan pilihan warna baru dan grafik lebih segar.  Meskipun tidak diketahui warna dan grafik apa yang akan ditawarkan namun tinjauan di akaun Facebook Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya, menunjukkan bahagian belakang beberapa model Suzuki Raider F150i.   Namun tidak dapat dipastikan sama ada model ditayangkan itu merujuk kepada model yang akan diperkenalkan pihak Suzuki Malaysia tidak lama lagi.  Apa yang pasti, Raider R150Fi yang dikemas kini itu akan terus dikuasakan enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.  Advertisements
rasmi-modenas-ninja-650-z650-dilancarkan-dari-rm34500
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Modenas Ninja 650, Z650 Dilancarkan – Dari RM34,500 Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Sperti yang dijangka, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Ninja 650 dan Z650 untuk pasaran tempatan.  Bagi pasaran tempatan, Modenas Ninja 650 ini datang dengan dua pilihan warna, Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) dan Lime Green/Ebony (RM35,900). Sementara Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 bagi warna Metallic Spark Black dan RM35,200 bagi Metallic Matte Graphenesteel Gray.  Kedua-dua model ini dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm. Menariknya, kedua-duanya merupakan model terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran global pada September tahun lalu. Hasilnya, kedua-dua model ini dilengkapi fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga peringkat yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian.  Dalam mod 1, sistem tersebut akan mengukur kadar pusingan tayar bagi meningkatkan tahap cengkaman sewaktu masuk dan keluar dari selekoh. Sementara itu mod 2 pula boleh diaktifkan sekiranya menunggang di atas permukaan licin – jalan basah, berpasir dan berbatu. Mod 2 akan memastikan ‘traction control’ bertindak lebih cepat bagi mengimbangkan motosikal. Bagi yang mahukan cabaran dan tunggangan lasak terutamanya di litar, pengguna juga boleh menyahaktifkan KTRC sekaligus. Pengguna boleh akses fungsi KTRC menerusi paparan skrin TFT berwarna yang disertakan. Penggunaan kerangka jenis steel trellis juga dikekalkan dan dipadankan bersama fork teleskopik 41mm di depan dan penyerap hentakan jenis ‘back-link’ di belakang. Advertisements
rasmi-modenas-versys-650-dilancarkan-dari-rm38400
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Modenas Versys 650 Dilancarkan – Dari RM38,400 Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Versys 650 untuk pasaran tempatan.  Hadir dengan harga RM38,400 bagi pilihan warna Metallic Spark Black dan RM39,100 bagi Candy Limegreen/Metallic Spark Black, motosikal ‘sport tourer’ ini kembali mewarnai pasaran motosikal tempatan. Model yang diperkenalkan di Malaysia ini merupakan model keluaran 2023 sekaligus tampil dengan pelbagai naik taraf terbaru. Naik taraf kali ini memfokuskan pada teknologi dan tahap keselesaan di samping rekaan baharu yang lebih segar. Bagaimanapun, spesifikasi utama antaranya bahagian chasis dan enjin masih lagi kekal sama. Versys 650 2022 ini masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 649cc namun telah dikemas kini bagi mencapai standard Euro 5 jadi prestasi semasa enjin berada pada 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm. Selain daripada mengekalkan kerangka jenis besi dengan jarak antara tayar pada 55.7″, Versys 650 ini juga masih lagi menawarkan rim berukuran 17″. Namun, ciri elektronik yang telah dipertingkat termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan dua tetapan dan boleh ditutup menggunakan butang di handle. Menariknya, sistem ABS juga didatangkan secara standard kali ini. Tidak lupa juga, model 2023 ini juga lengkap dengan skrin TFT berwarna 4.3″ yang menempatkan speedometer, tachometer, petunjuk gear, tahap minyak, odometer dan sebagainya. Paparan TFT tersebut juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology. Aspek yang paling menonjol bagi Kawasaki Versys 650 kali ini adalah rekaan yang menyamai Versys 1000 sekaligus lebih moden dan menarik dengan gabungan lampu LED serta penghadang angin boleh laras. Advertisements
rasmi-brixton-cromwell-1200-dilancarkan-83hp-108nm-rm58888
Moto Malaya RASMI: Brixton Cromwell 1200 Dilancarkan – 83HP, 108Nm, RM58,888 Posted on June 26, 2023June 26, 2023 by Amirul Azreen Pengedar rasmi jenama Brixton Motorcycles di Malaysia, Mforce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan Brixton Cromwell 1200 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM58,888.  Bagaimanapun, sempena pelancaran minggu lalu, MForce menawarkan harga istimewa, RM55,888 bagi 50 pembeli pertama.  Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Brixton Cromwell 1200 merupakan motosikal segmen retro-klasik yang telah digabungkan dengan teknologi masa kini. Hasilnya, Cromwell 1200 dilengkapi pelbagai ciri moden antaranya sistem traction control, ABS dan paling mengagumkan, fungsi cruise control.  Tidak cukup dengan itu, Cromwell 1200 ini juga menawarkan suspensi KYB dan kaliper brek Nissin. Selain itu juga ditawarkan dua jenis mod menunggang (riding mode); Eco dan Sport dan kedua-duanya menawarkan pengalaman menunggang yang berbeza mengikut tetapan penunggang.  Menariknya untuk pasaran Malaysia, motosikal terbaru ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan secara standard antaranya skid plate, pelindung tangki serta ‘saddlebag’ dengan kapasiti 10-liter. Menurut MForce, bag tersebut akan mengekalkan bentuknya meskipun tanpa mengisi barang.  Cromwell 1200 ini dikuasakan enjin parallel-twin 1,222cc 4-stroke 8-valve dengan sistem penyejukan air yang berupaya menghasilkan 83hp pada 6,550rom dan 108Nm pada 3,100rpm. Angka kuasa itu meletakkan Cromwell 1200 lebih berkuasa berbanding Triumph Bonneville T120 yang merupakan pesaing utama dalam segmen retro-klasik lebih 1000cc.  Antara ciri lain ditawarkan: tangki 16Lberat 235kgfork teleskopiktayar 18-inci depan dan 17-inci belakanglampu LED penuh Advertisements
qjmotor-srk-800rr-didedahkan-di-china-enjin-778cc-4-silinder-101hp
Moto Malaya QJMotor SRK 800RR Didedahkan Di China – Enjin 778cc 4-Silinder, 101HP Posted on June 20, 2023June 20, 2023 by Amirul Azreen Pengeluar motosikal gergasi China, QJMotor bakal melancarkan sebuah motosikal kategori ‘sportsbike’ dengan kapasiti enjin 778cc tidak lama lagi.  Perkara itu didedahkan menerusi dokumen kelulusan yang difailkan di China baru-baru ini yang turut mendedahkan rupa jelas model terbaru itu.  *QJMotor SRK 600RR QJMotor SRK 800RR merupakan jentera ketiga QJMotor yang akan dikuasakan enjin empat silinder dengan SRK600RR merupakan model pertama. Syarikat pengeluar dari China itu juga sedang membangunkan jentera 600cc V4 yang akan menghidupkan sebuah motosikal jenis cruiser.  Ini merupakan kali pertama 800RR diperlihatkan kepada umum dan dijangka akan diperkenalkan lewat tahun ini. Difahamkan, model ini akan diperkenalkan serentak bersama jentera ‘superbike’ sulung QJMotor menerusi 1000RR yang dikuasakan enjin dibangunkan MV Agusta.  Walaupun 800RR tampil dengan reka bentuk mirip 600RR namun ini adalah model serba baharu. Menariknya, tinjauan dekat enjin tersebut menampakkan susun atur sama dengan Honda CBR650R.  Namun, enjin 800RR mempunyai ‘stroke’ yang lebih panjang sekitar 55.2mm sekaligus menawarkan kapasiti 778cc.  *susun atur enjin 778cc pada 800RR tampak sama dengan CBR650R. Tidak cukup dengan itu, kerangka yang diguna pakai juga hampir sama dengan CBR650R maka tidak hairanlah dimensi ‘wheelbase’ kedua model ini sama iaitu 1450mm.  Walaupun tampak sama namun enjin pada 800RR bukanlah tiruan kerana kapasiti 778cc yang disumbangkan ‘stroke’ yang lebih panjang itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Pada masa sama, kapasiti lebih besar bermakna kuasa yang lebih tinggi. Ini kerana dokumen tersebut mendedahkan QJMotor SRK 800RR menawarkan 101hp, 7hp lebih tinggi berbanding CBR650R.  Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk kaliper brek Brembo dengan ABS serta pakej suspensi dari Marzocchi. Untuk rekod, Qianjiang dan Marzocchi telah pun menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan komponen di China pada 2021 jadi tidak hairanlah kebanyakan model QJMotor akan datang dilengkapi komponen dari Itali itu.  Selain itu, 800RR boleh mencapai kelajuan maksima sekitar 220km/j. Secara keseluruhan 800RR ini pastinya akan menarik minat pembeli yang mahukan sesuatu yang berkuasa dan moden di samping menjanjikan harga yang lebih mampu milik berbanding jenama lain dalam pasaran.  Kami menjangkakan 800RR ini akan diperkenalkan bersama-sama 1000RR pada penghujung tahun ini dengan pentas EICMA menjadi platform paling relevan untuk didedahkan.  Advertisements
pelancaran-rasmi-royal-enfield-super-meteor-650-di-malaysia-29-julai-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pelancaran Rasmi Royal Enfield Super Meteor 650 Di Malaysia 29 Julai Ini Posted on July 25, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Royal Enfield Malaysia bakal melancarkan Royal Enfield Super Meteor 650 pada 29 Julai ini di Art Of Speed 2023 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang.  Pelancaran Super Meteor 650 itu amat dinantikan peminat cruiser klasik tempatan yang telah mengharapkan berita baik itu hadir sejak membuat penampilan sulung di EICMA pada penghujung tahun lalu.  Super Meteor 650 merupakan model ketiga yang digerakkan enjin parallel-twin 650cc keluaran Royal Enfield selepas Continental GT dan Interceptor.  Meskipun dihidupkan enjin sama namun Super Meteor 650 dibangunkan dengan pelbagai komponen berbeza termasuk kerangka baharu, geometri suspensi yang berbeza, tangki yang direka semula serta swingarm serba baharu.  Pada masa sama, Super Meteor 650 juga merupakan model 650cc pertama yang dilengkapi dengan lampu LED penuh dan fork jenis USD. Bagaimanapun, ergonomik dan reka bentuk Super Meteor 650 ini mirip dengan Meteor 350.  Bagi pasaran global, Super Meteor 650 ini tampil dengan dua varian; Standard dan Tourer namun belum dipastikan sama ada kedua-dua varian ini akan dipasarkan di sini.  Apa pun, nantikan pelancaran rasmi untuk pasaran Malaysia pada 29 Julai ini. Seperti biasa, nantikan laporan penuh dari kami.  Advertisements
gpx-demon-gr200r-da-corsa-2-edisi-terhad-tiba-di-malaysia-rm12588
BERITA TEMPATAN Moto Malaya GPX Demon GR200R Da Corsa 2 Edisi Terhad Tiba Di Malaysia – RM12,588 Posted on June 20, 2023June 20, 2023 by Amirul Azreen GPX Malaysia terus merancakkan segmen motosikal 200cc dengan pelancaran Demon GR200RR Da Corsa 2 Edisi Terhad untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM12,588.  Jenama motosikal Thailand ini semakin popular di Malaysia terutamanya menerusi sportsbike GPX Demon GR200R Untuk rekod, GR200R Da Corsa 2 ini telah pun diperkenalkan di Thailand pada November tahun lalu. GR200R Da Corsa 2 ini merupakan model edisi kedua setelah Da Corsa edisi pertama dilancarkan pada 2020.  Bagaimanapun, model edisi pertama itu dikuasakan enjin satu silinder 198cc SOHC dengan 2-valves manakala edisi terbaru ini bernadikan enjin satu silinder 198cc dengan 4-valves.  Hasilnya GPX Demon GR200R Da Corsa 2 ini menawarkan 19.1hp pada 9,000rpm dan 17.45Nm pada 7,500rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan.  GR200R Da Corsa 2 Edisi Terhad ini juga menawarkan beberapa ciri moden seperti model standard antaranya lampu LED penuh (depan dan belakang, panel meter digital berwarna, serta penggunaan tayar IRC.  Sistem suspensi pula terdiri daripada fork depan  jenis USD yang dipadankan bersama monoshock jenama YSS di belakang.  GPX juga melengkapkan GR200R Da Corsa 2 ini dengan rantai DID yang berkualiti.  Menariknya, versi Da Corsa 2 ini juga menawarkan peta Litar Mugello di bahagian tangki sekaligus tampak lebih segak dan premium.  Antara ciri lain ditawarkan termasuk: tangki 11Lrim 17-inci dengan 100/80 depan dan 140/70 di belakang. ketinggian tempat duduk 815mmberat 155kg Menurut GPX Malaysia, GR200R Da Corsa 2 ini datang dengan tiga warna piliha; Daytona Black, Da Corsa Blue, dan Racing Grey. Advertisements
kawasaki-ninja-zx-4r-masuk-malaysia-suku-ketiga-2024
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Kawasaki Ninja ZX-4R Masuk Malaysia Suku Ketiga 2024? Posted on July 18, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Kawasaki kembali mencapai populariti di pasaran global sejak membuat langkah berani dengan memperkenalkan jentera 4-inline 250cc, Ninja ZX-25R.  *Ninja ZX-25R Pengeluar motosikal Jepun itu tidak berhenti disitu apabila turut mengembangkan barisan model ‘4-dapur’ apabila melancarkan Ninja ZX-4R secara rasminya pada awal tahun ini.  Selang beberapa bulan kemudian, Kawasaki Ninja ZX-4R itu turut diperkenalkan di pasaran Thailand dengan dua varian, Standard dan SE.  Malaysia pula masih ketandusan model sulung menerusi Ninja ZX-25R namun kami tidak risau kerana pengedar rasmi, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) akan memperkenalkan motosikal tersebut tahun ini yang dijangka berlaku antara hujung bulan Ogos atau awal bulan September.  *Ninja ZX-4R Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan Ninja ZX-4R akan turut dibawa ke pasaran Malaysia. Berdasarkan info yang kami perolehi, Ninja ZX-4R itu dijangka akan diperkenalkan sekitar Suku Ketiga tahun depan (2024).  Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR ini dikuasakan enjin 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air.  Perkembangan terbaru ini pastinya merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan kehadiran motosikal 4-inline 400cc itu.  Namun, sementara menanti ketibaan model tersebut, kami lebih teruja dengan pelancaran Ninja ZX-25R yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini kerana motosikal tersebut akan dipasang sepenuhnya disini dan akan dijual dibawah lencaran Modenas.  *Versys 650 Terbaru, EMOS juga telah merasmikan pelancaran tiga model CKD 650cc menerusi Modenas Versys 650, Ninja 650 dan Z650. Ketiga-tiga model ini dijual dengan harga bawah RM40,000 sekaligus menghadirkan berita gembira buat peminat tempatan yang mahu merasaik jentera Jepun dengan harga lebih mesra.  Apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak EMOS mengenai pelancaran model akan datang itu.  Advertisements
honda-cbr150r-dapat-ilham-warna-ala-spoon-rm13299
Moto Malaya Honda CBR150R Dapat Ilham Warna Ala ‘Spoon’ – RM13,299 Posted on June 21, 2023June 21, 2023 by Amirul Azreen Boon Siew Honda telah mengemas kini Honda CBR150R dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023.  Menurut BSH, CBR150R kini datang dengan warna Pearl Nightfall Blue. Menariknya kombinasi warna tersebut menggabungkan warna biru dan kuning ala grafik ‘Spoon’ yang popular pada kenderaan Honda di Jepun.  Bagaimanapun, selain pilihan warna baharu itu, tiada perubahan lain berlaku dibahagian enjin mahupun komponen lain. Untuk itu, CBR150R masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 150cc dengan DOHC yang berupaya menghasilkan 16hp pada 9,000rpm dan 13.7Nm pada 7,000rpm.  Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Antara ciri lain ditawarkan termasuk cakera brek tunggal depan dan belakang, panel meter digital dan ABS. Advertisements
bmw-motorrad-lancar-r-1300-gs-28-september-ini
Moto Malaya BMW Motorrad Lancar R 1300 GS 28 September Ini Posted on June 22, 2023June 22, 2023 by Amirul Azreen BMW Motorrad bakal melancarkan generasi terbaru Gelande Strasse menerusi R 1300 GS pada 28 September ini. Perkara itu diumumkan ketika BMW Motorrad meraikan pengeluaran model GS dengan enjin ‘boxer’ yang ke sejuta dalam sejarah syarikat itu.  Menurut BMW, R 1300 GS itu akan didedahkan kepada umum dalam satu majlis eksklusif yang terletak berhampiran dengan kilang BMW Motorrad di Berlin-Spandau.  Bagi mereka yang tidak dapat hadir, BMW akan turut menyiarkan pelancaran model ikonik itu menerusi siaran strim langsung yang boleh disaksikan peminat seluruh dunia.  Nantikan laporan penuh mengenai pelancaran BMW R 1300 GS itu di MotoMalaya.Net pada 28 September ini.  Advertisements
ktm-200-duke-2023-dikemas-kini-dengan-lampu-led
Moto Malaya KTM 200 Duke 2023 Dikemas Kini Dengan Lampu LED Posted on June 21, 2023June 21, 2023 by Amirul Azreen Motosikal 200cc popular, KTM Duke 200 akhirnya dikemas kini dengan lampu LED bagi tahun 2023 sekaligus melunaskan permintaan orang ramai yang mengharapkan ciri itu diperkenalkan pada jentera tersebut.  Kemas kini terbaru itu sekaligus menjadikan 200 Duke tampak lebih moden seperti keluarga 390 Duke.  Meskipun naik taraf terbaru ini tampak kecil namun besar impaknya dalam menonjolkan lagi rupa paras 200 Duke. Ini kerana penggunaan lampu halogen sebelum ini tidak selari dengan reka bentuk moden yang ada pada KTM 200 Duke.  Selain itu, LED juga menawarkan pencahayaan yang lebih baik terutamanya di waktu malam sepertimana yang terdapat pada 390 Duke.  Dari segi prestasi enjin, KTM 200 Duke masih lagi dikuasakan enjin satu sulinder 199cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 25hp pada 10,000rpm dan 19Nm pada 8,000rpm.  Advertisements
rasmi-petronas-penaja-utama-energica-tytlers-cycle-racing-di-motoamerica
Moto Malaya RASMI: Petronas Penaja Utama Energica Tytlers Cycle Racing Di MotoAmerica Posted on June 22, 2023June 22, 2023 by Amirul Azreen Petronas menerusi Petronas Lubricants International terus mengorak langkah dalam arena permotoran dua roda apabila diumumkan sebagai penaja utama pasukan Energica Tytlers Cycle Racing di kejuaraan MotoAmerica Super Hooligan.  Ketika ini Energica merupakan satu-satunya pengeluar motosikal elektrik yang bertanding di MotoAmerica Super Hooligan bersama jentera ICE (enjin pembakaran dalaman) lain. Bagi musim 2023, Energica bersama-sama Tytlers Cycles Racing mempertaruhkan jentera Eva Ribelle RS yang ditunggang pelumba Columbia, Stefano Mesa.  *Stefano Mesa Sebagai penaja utama, jentera Tytlers Cycles Racing akan beraksi hujung minggu ini dengan menggayakan warna ikonik Petronas.  Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan Petronas Lubricants International, Hezlinn Idriss menyifatkan kerjasama ini akan membuka peluang pada Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir bagi jentera EV.  “Petronas Lubricants International  sentiasa meneroka cara untuk menyokong pembangunan industri EV termasuk arena permotoran. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kami dalam membangunkan bendalir bagi pelbagai segmen EV termasuk trak, kenderaan komersil ringan, kereta penumpang dan motosikal.  “Ini adalah bukti kemampuan kami dalam mencari penyelesaian terhadap penggunaan bendalir pada trenkuasa elektrik,” jelasnya.  Untuk rekod, Energica Tytlers Cycle Racing beraksi di Kejuaraan Nasional Roland Sand Design’s Super Hooligan di MotoAmerica. Menariknya, pasukan ini merupakan satu-satunya wakil jentera elektrik dalam kejuaraan berkenaan.  Sementara itu, Petronas pula akan menghulurkan bendalir generasi terbaru yang dicipta khas untuk kenderaan elektrik menerusi Petronas Iona.  Advertisements
givi-50-9-atomic-kini-di-malaysia-dengan-ece22-06-rm735
BERITA TEMPATAN Moto Malaya GIVI 50.9 Atomic Kini Di Malaysia – Dengan ECE22.06, RM735 Posted on June 19, 2023June 20, 2023 by Amirul Azreen GIVI Malaysia dengan rasminya memperkenalkan model helmet ‘full-face’ terbaru menerusi GIVI 50.9 Atomic yang dijual pada harga RM735.  Helmet serba baharu itu menampilkan reka bentuk moden dan sporty sesuai bagi sesuai jenis motosikal.  Menurut GIVI Malaysia, helmet tersebut didatangkan dengan empat pilhan grafik termasuk; White Blue Red, Black Silver Red, Black Silver dan Titanium Sliver Blue.  Kami juga telah ke Vietnam baru-baru ini bagi menyaksikan barisan model ini dengan lebih dekat dan ternyata model tersebut menawarkan rekaan yang serba baharu di samping dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini.  Untuk rekod, helmet 50.9 Atomic ini menampilkan penggunaan kerangka tiga lapisan yang kuat dan tahan lasak. Terdapat tiga corong udara yang memastikan aliran udara yang optimum di samping ‘padding’ dalam yang boleh ditanggal dan dibasuh.  Antara ciri lain ditawarkan termasuk fungsi ‘sun visor’, ‘breathguard’ boleh tanggal dan juga Pinlock Max Vision tersedia.  Helmet tersebut juga datang dengan berat sekitar 1,490gram.  Menariknya, helmet ‘full-face’ ini mencapai standard ECE22.06 terbaru sekaligus menjaminkan keselamatan terbaik bagi si pemakai.  Menurut GIVI Malaysia, helmet serba baharu ini akan tiba di seluruh pengedar rasmi sekitar hujung bulan Jun ini. Advertisements
umw-toyota-rasmikan-innova-zenix-baharu-dari-rm165000
Moto Malaya UMW Toyota Rasmikan Innova Zenix Baharu – Dari RM165,000 Posted on June 21, 2023June 21, 2023 by Amirul Azreen UMW Toyota telah melancarkan Toyota Innova Zenix terbaru untuk pasaran tempatan yang merupakan model CBU Indonesia.  Menariknya, terdapat dua varian ditawarkan kali ini yang merangkumi Innova Zenix 2.0V Dan Innova Zenis 2.0 HEV.  Menurut UMW Toyota, 2.0V (8-tempat duduk) ditawarkan pada harga RM165,000 sementara varian ‘flagship’ 2.0 HEV (7 tempat duduk) yang didatangkan dengan platform hibrid dijual pada harga RM202,000.  Namun begitu, Innova 2.0X dan 2.0G yang ditawarkan sebelum ini akan terus dijual bagi memenuhi permintaan pembeli disini.  Dari segi rekaan, kedua-dua varian ini datang dengan reka bentuk lebih lebar dan panjang di samping tampil lebih agresif dengan tema ‘Premium & Tough’. Gril depan yang lebar juga menampakkan rupa keseluruhan yang lebih matang.  Penggunaan rim 18-inci depan dan belakang juga menciptakan rupa yang lebih besar meskipun perbezaan dimensi antara generasi terbaru dengan Innova CG tidaklah ketara.  Bagaimanapun, Innova Zenix tampil lebih premium berbanding Innova CG dengan ruang kabin yang menerapkan penggunaan bahan yang lebih lembut di bahagaian ‘dashboard’. Tempat duduk juga lebih mewah dengan bahan kulit tiruan.  Varian HEV juga dilengkapi dengan ‘kerusi kapten’  di barisan tengah yang turut dilengkapi dengan ‘meja sisi’ yang boleh memuatkan dua botol air. Ruang pemandu dan penumpang depan pula disajikan dengan skrin infotainmen 10.1-inci dengan fungsi ‘touchscreen’ dan ‘wireless Apple CarPlay serta Android Auto sementara panel meter pula dilengkapi panel MID 7-inci.  Dalam pada itu, varian 2.0 V dan HEV juga dilengkapi dengan ‘Automatic Air-Conditiong’.  Selain itu, juga ditawarkan pengecas USB dan dua soket 12V. Innova Zenix ini juga lebih kukuh hasil penggunaan platform TNGA (Toyota New Global Architecture) yang versatil. Menurut Toyota, platform terbaru ini lebih lasak, lincah dan menawarkan keselesaan yang lebih baik. Tak hairanlah platform TNGA ini juga 170kg lebih ringan.  Sementara itu, Innova Zenix 2.0 V dikuasakan enjin Toyota M20A 2L 4-silinder 16-valve DOHC yang menawarkan 174PS dan 205Nm manakala Innova Zenix 2.0 HEV pula menawrakan 152PS dan 188Nm. Namun pertambahan motor elektrik pada HEV menyuntik kuasa tambahan yang menyumbang kepada 186PS.  Innova Zenix 2.0 HEV juga menawarkan mod EV yang membuatkan trenkuasa beroperasi sepenuhnya dengan kuasa elektrik pada jarak yang pendek.  Menariknya, Toyota Innova Zenix ini juga merupakan model Toyota sulung yang dilengkapi dengan TSS 3.0 (Toyota Safety Sense) terkini yang merangkumi: Pre-Collision SystemDynamic Radar Cruise ControlAuto-High BeamLane Departure AlertLane Tracing Assist Road Sign Assist Setiap pembelian Toyota Innova Zenix didatangkan dengan waranti lima tahun dan perbatuan tanpa had. Waranti ini juga masih berjalan sekiranya kereta dijual pada pemilik baharu.  Bagi pembeli 2.0 HEV, UMW Toyota mengingatkan bahawa terdapat perlindungan waranti lapan bagi pek bateri hibrid.  Advertisements
yamaha-tracer-9-gt-2023-kini-dengan-pilihan-warna-baharu-hlym
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Yamaha Tracer 9 GT 2023 Kini Dengan Pilihan Warna Baharu – HLYM Posted on June 16, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motor telah memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Tracer 9 GT 2023.  *Pure White*Midnight Black Menurut pihak HLYM, motosikal segmen ‘sports tourer’ itu kini datang dengan warna Pure White dan Midnight Black dengan masing-masing memberi kesegaran baharu pada jentera tersebut.  Pilihan warna baharu ini sudah boleh didapati di pengedar rasmi Yamaha bermula hari ini (16 Jun) dengan harga jualan rasmi RM69,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Seperti kebiasaan, setiap pembelian model Yamaha disertakan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100.  Untuk rekod, Yamaha Tracer 9 GT ini dilengkapi enjin CP3 889cc DOHC terbaru yang menawarkan 115hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm. Antara ciri lain ditawarkan termasuk fungsi quickshifter, panel meter TFT, cruise control dan penghadang angin boleh laras.  Advertisements
perodua-axia-e-m-dilancarkan-hanya-rm22000
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Perodua Axia E (M) Dilancarkan – Hanya RM22,000 Posted on June 15, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Perodua dengan rasminya memperkenalkan varian terendah Perodua Axia E untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM22,000 sahaja.  Menurut Perodua, meskipun varian E ini hanya datang dengan ciri asas namun masih lagi menawarkan ciri keselamatan yang baik termasuk diperakui edngan penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh MIROS.  Antara ciri lain ditawarkan termasuk dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar (pemandu). Model ini juga didatangkan dengan jaminan 5 tahun dan pelanggan boleh memilih warna; Ivory White, Glittering Silver dan Granite Grey.  “Perodua Axia E ini adalah sebahagian daripada objektif Perodua untuk menawarkan mobiliti mampu milik dan berkualiti untuk rakyat Malaysia,” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Sri Zainal Abidin Ahmad.  Menariknya, menurut Dato Sri Zainal, hanya RM300 diperlukan untuk bayaran kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Perodua Axia E tersebut.  Untuk rekod, Axia E ini dikuasakan enjin 1.0L 3-silinder VVT-i DOHC dengan sistem suntikan bahan api yang menawarkan 67hp dan 91Nm pada 4,400rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi klac manual 5-kelajuan.  Advertisements
cabaran-pandu-lamborghini-urus-50-jam-kanak-kanak-5-tahun-maut-dirempuh-youtuber
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Cabaran Pandu Lamborghini Urus 50 Jam: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Dirempuh YouTuber Posted on June 18, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun maut dalam satu kemalangan di Rom, Itali selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu sekumpuan YouTuber.  Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada Rabu yang menyaksikan kereta jenis Lamborghini Urus telah melanggar sebuah kereta jenis Smart yang dipandu ibu bersama dua anaknya yang berusia lima dan empat tahun.  Sewaktu kejadian, kereta Lamborghini berwarna biru itu dipandu Matteo Di Pietro, 20 bersama empat YouTuber lain. Mangsa yang dirempuh telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Difahamkan, mangsa baru saja pulang dari tadika sebelum kejadian berlaku.  Kumpulan YouTuber tersebut dikenali sebagai ’The BorderLine’ dan sedang melakukan rakaman video sewaktu kejadian dengan mengambil bahagian dalam cabaran viral dengan memandu Lamborghini tersebut selama 50 jam. – Daily Mail Advertisements
suzuki-raider-r150fi-dengan-warna-baharu-bakal-dilancarkan-suzuki-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Suzuki Raider R150Fi Dengan Warna Baharu Bakal Dilancarkan – Suzuki Malaysia Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian terbaru di media sosial bakal melancarkan Raider R150Fi terbaru yang tampil dengan warna lebih segar.  Dengan tema ‘New Colour, New Spirit’, Raider R150Fi itu dijangka tampil dengan pilihan warna baru dan grafik lebih segar.  Meskipun tidak diketahui warna dan grafik apa yang akan ditawarkan namun tinjauan di akaun Facebook Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya, menunjukkan bahagian belakang beberapa model Suzuki Raider F150i.   Namun tidak dapat dipastikan sama ada model ditayangkan itu merujuk kepada model yang akan diperkenalkan pihak Suzuki Malaysia tidak lama lagi.  Apa yang pasti, Raider R150Fi yang dikemas kini itu akan terus dikuasakan enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.  Advertisements
rasmi-modenas-ninja-650-z650-dilancarkan-dari-rm34500
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Modenas Ninja 650, Z650 Dilancarkan – Dari RM34,500 Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Sperti yang dijangka, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Ninja 650 dan Z650 untuk pasaran tempatan.  Bagi pasaran tempatan, Modenas Ninja 650 ini datang dengan dua pilihan warna, Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) dan Lime Green/Ebony (RM35,900). Sementara Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 bagi warna Metallic Spark Black dan RM35,200 bagi Metallic Matte Graphenesteel Gray.  Kedua-dua model ini dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm. Menariknya, kedua-duanya merupakan model terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran global pada September tahun lalu. Hasilnya, kedua-dua model ini dilengkapi fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga peringkat yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian.  Dalam mod 1, sistem tersebut akan mengukur kadar pusingan tayar bagi meningkatkan tahap cengkaman sewaktu masuk dan keluar dari selekoh. Sementara itu mod 2 pula boleh diaktifkan sekiranya menunggang di atas permukaan licin – jalan basah, berpasir dan berbatu. Mod 2 akan memastikan ‘traction control’ bertindak lebih cepat bagi mengimbangkan motosikal. Bagi yang mahukan cabaran dan tunggangan lasak terutamanya di litar, pengguna juga boleh menyahaktifkan KTRC sekaligus. Pengguna boleh akses fungsi KTRC menerusi paparan skrin TFT berwarna yang disertakan. Penggunaan kerangka jenis steel trellis juga dikekalkan dan dipadankan bersama fork teleskopik 41mm di depan dan penyerap hentakan jenis ‘back-link’ di belakang. Advertisements
rasmi-suzuki-malaysia-lancar-v-strom-800de-dari-rm60800
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Suzuki Malaysia Lancar V-Strom 800DE – Dari RM60,800 Posted on June 18, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia dengan rasminya melancarkan motosikal adventure terbaru, Suzuki V-Strom 800DE untuk pasaran tempatan dengan harga -pengenalan rasmi RM60,800 (untuk 50 unit pertama yang berdaftar). Selepas pelancaran global di EICMA, November tahun lalu, motosikal serba baharu itu akhirnya mendarat di Malaysia.  ENJIN Buat kali pertama, keluarga V-Strom tidak lagi dihidupkan enjin V-Twin sebaliknya dikuasakan platform parallel-twin 776cc serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu, Jepun.  Enjin tersebut juga telah disaluti dengan Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) yang membantu mengurangkan tahap geseran dan haba sekaligus memastikan ketahanan enjin yang lebih baik dan beroperasi lebih lancar.  Meskipun konfigurasi bukan lagi V-Twin namun enjin tersebut menawarkan ‘270-degree crank’ sekaligus menjaminkan perwatakan enjin yang hampir sama.  Kemudian, bagi memastikan enjin beroperasi pada tahap optimum, sistem penyejukan dikendalikan oleh dua cara.  Pertamanya, bahagian radiator dilengkapi dengan System Inlet Control Thermostat Valve yang berfungsi dengan mengekalkan suhu enjin secara konsisten. Kedua, suhu enjin kekal rendah dengan bantuan sistem penyejukan cecair yang kompak.  Operasi transmisi manual 6-kelajuan pula menawarkan pertukaran gear yang lancar dibantu dengan sistem ‘quickshifter’ yang sama terdapat pada GSX-8S.  Pada masa sama, Suzuki Clutch Assist System pula memastikan pertukaran gear kekal efisien meskipun penunggang menurunkan gear secara agresif.  Walaupun enjin parallel-twin terkenal dengan gegaran yang ketara namun masalah tersebut berjaya diatasi menerusi Suzuki Cross Balancer yang pertama kalinya diwujudkan pada sebuah motosikal ‘production’.  Menurut Suzuki, terdapat dua pengimbang telah diletakkan pada kedudukan 90-darjah di bahagian ‘crankshaft’ dan bertujuan memastikan enjin kekal ringan sewaktu menunggang.  CHASIS Untuk rekod, enjin parallel-twin tersebut turut dibangunkan sebagai tekanan utama (stress member) bahagian chasis.  Menurut Suzuki, gabungan kerangka dengan enjin mewujudkan geometri yang baik terutamanya bagi tunggangan ‘off-road’.  Ditambah dengan jarak kelegaan tanah yang berada pada 220mm, V-Strom 800 DE ini sememangnya berupaya menangani permukaan yang lasak.  Selain itu, Suzuki V-Strom 800 DE ini turut dilengkapi dengan tayar (spoke) 21-inci depan dan 17-inci belakang yang dipadankan bersama tayar Dunlop Trailmax Mixtour secara standard. Aspek memberk pula dikendalikan kaliper brek Nissin dua-piston depan dan kaliper Nissin satu-piston belakang yang mengapit cakera brek 310mm (depan) dan 260mm (belakang).  ELEKTRONIK Menariknya, Suzuki V-Strom 800 DE ini datang dengan pakej elektronik yang serba lengkap termasuk Suzuki Intelligent Ride System (SIRS).  SIRS merangkumi ride-by-wire, empat mod menunggang termasuk mod Gravel, quickshisfter, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist.  Segala informasi dan akses kepada tetapan elektronik pula boleh dilakukan menerusi panel meter TFT berwarna serba baharu.  Pencahayaan pula hadir menerusi lampu LED penuh (depan dan belakang).  REKA BENTUK Tidak dinafikan, rekaan keseluruhan V-Strom 800 DE ini diilhamkan daripada ‘abang besar’ V-Strom 1050 namun bentuk lampu depan yang lebih moden dan unik yang diinspirasikan daripada GSX-S1000 tampak serasi.  Bahagian ‘mudguard’ depan pula diletakkan lebih tinggi berbanding V-Stom 650 dan menonjolkan lagi elemen ‘adventure’.  Advertisements
rasmi-modenas-versys-650-dilancarkan-dari-rm38400
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Modenas Versys 650 Dilancarkan – Dari RM38,400 Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Versys 650 untuk pasaran tempatan.  Hadir dengan harga RM38,400 bagi pilihan warna Metallic Spark Black dan RM39,100 bagi Candy Limegreen/Metallic Spark Black, motosikal ‘sport tourer’ ini kembali mewarnai pasaran motosikal tempatan. Model yang diperkenalkan di Malaysia ini merupakan model keluaran 2023 sekaligus tampil dengan pelbagai naik taraf terbaru. Naik taraf kali ini memfokuskan pada teknologi dan tahap keselesaan di samping rekaan baharu yang lebih segar. Bagaimanapun, spesifikasi utama antaranya bahagian chasis dan enjin masih lagi kekal sama. Versys 650 2022 ini masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 649cc namun telah dikemas kini bagi mencapai standard Euro 5 jadi prestasi semasa enjin berada pada 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm. Selain daripada mengekalkan kerangka jenis besi dengan jarak antara tayar pada 55.7″, Versys 650 ini juga masih lagi menawarkan rim berukuran 17″. Namun, ciri elektronik yang telah dipertingkat termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan dua tetapan dan boleh ditutup menggunakan butang di handle. Menariknya, sistem ABS juga didatangkan secara standard kali ini. Tidak lupa juga, model 2023 ini juga lengkap dengan skrin TFT berwarna 4.3″ yang menempatkan speedometer, tachometer, petunjuk gear, tahap minyak, odometer dan sebagainya. Paparan TFT tersebut juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology. Aspek yang paling menonjol bagi Kawasaki Versys 650 kali ini adalah rekaan yang menyamai Versys 1000 sekaligus lebih moden dan menarik dengan gabungan lampu LED serta penghadang angin boleh laras. Advertisements
pelancaran-rasmi-royal-enfield-super-meteor-650-di-malaysia-29-julai-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pelancaran Rasmi Royal Enfield Super Meteor 650 Di Malaysia 29 Julai Ini Posted on July 25, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Royal Enfield Malaysia bakal melancarkan Royal Enfield Super Meteor 650 pada 29 Julai ini di Art Of Speed 2023 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang.  Pelancaran Super Meteor 650 itu amat dinantikan peminat cruiser klasik tempatan yang telah mengharapkan berita baik itu hadir sejak membuat penampilan sulung di EICMA pada penghujung tahun lalu.  Super Meteor 650 merupakan model ketiga yang digerakkan enjin parallel-twin 650cc keluaran Royal Enfield selepas Continental GT dan Interceptor.  Meskipun dihidupkan enjin sama namun Super Meteor 650 dibangunkan dengan pelbagai komponen berbeza termasuk kerangka baharu, geometri suspensi yang berbeza, tangki yang direka semula serta swingarm serba baharu.  Pada masa sama, Super Meteor 650 juga merupakan model 650cc pertama yang dilengkapi dengan lampu LED penuh dan fork jenis USD. Bagaimanapun, ergonomik dan reka bentuk Super Meteor 650 ini mirip dengan Meteor 350.  Bagi pasaran global, Super Meteor 650 ini tampil dengan dua varian; Standard dan Tourer namun belum dipastikan sama ada kedua-dua varian ini akan dipasarkan di sini.  Apa pun, nantikan pelancaran rasmi untuk pasaran Malaysia pada 29 Julai ini. Seperti biasa, nantikan laporan penuh dari kami.  Advertisements
rider-tak-puas-hati-peniaga-minta-alih-motosikal-di-kaki-lima-doa-perniagaan-lingkup
BERITA TEMPATAN Moto Malaya ‘Rider’ Tak Puas Hati Peniaga Minta Alih Motosikal Di Kaki Lima, Doa Perniagaan Lingkup Posted on June 19, 2023June 20, 2023 by Amirul Azreen Baru-baru ini tular rakaman video di Facebook yang menyaksikan seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZX14R telah mendoakan seorang peniaga agar perniagaannya lingkup gara-gara diminta mengalihkan motosikal yang diletakkan di kaki lima.  Akaun Facebook dengan nama Zahedy Zakariah telah memuat naik beberapa video yang memaparkan beberapa motosikal berkuasa tinggi telah diletakkan di ruangan kaki lima kedainya. Difahamkan, dia telah meminta agar motosikal tersebut dialihkan namun mendapat reaksi tidak puas hati daripada salah seorang daripada pemilik motosikal berkenaan.  Selain tidak rasa bersalah, lelaki dalam video tersebut dikatakan mengugut untuk menumbuknya di samping melakukan provokasi.  Perkongsian Zahedy di Facebook juga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan pemilik motosikal terbabit.  Advertisements
rasmi-suzuki-gsx-8s-2023-mendarat-di-malaysia-lengkap-quickshifter-rm50800
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Suzuki GSX-8S 2023 Mendarat Di Malaysia – Lengkap Quickshifter, RM50,800 Posted on June 18, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia telah memperkenalkan motosikal segmen ‘sports naked’ terbaru untuk pasaran tempatan menerusi Suzuki GSX-8S 2023 yang ditawarkan pada harga RM50,800. Suzuki GSX-8S ini merupakan entri terbaru bagi segmen motosikal naked dan dikuasakan enjin parallel-twin 776cc DOHC serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu. Menariknya, enjin tersebut direka bagi menghasilkan kuasa pada rev rendah di samping dlengkapi dengan Suzuki Cross Balancer, yang menjaminkan tahap gegaran yang lebih rendah. Untuk rekod, platform baharu itu menghasilkan 82hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm dan dikawal oleh sistem ‘ride-by-wire’. Selain itu, GSX-8S ini juga menawarkan tiga tahap sistem ‘traction control’ – yang boleh dinyahaktifkan – dan tiga mod enjin dengan kedua-duanya boleh diakses menenerusi skrin TFT.  Bagi memastikan tunggangan lebih mengujakan, model naked ini juga dilengkapi dengan sistem quickshifter dua arah (up/down) secara standard.  Spesifikasi lain juga tidak kurang hebatnya, dengan bahagian chasis dipadankan bersama suspensi KYB depan dan belakang manakala bahagian ‘swingarm’ pula direka khas bagi meningkatkan tahap ketangkasan.  Untuk rekod, Suzuki GSX-8S ini datang dengan tiga pilihan warna; Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Matt dan Sparkle Black.  Advertisements
wee-ka-siong-persoal-perodua-axia-e-tiada-abs-esc
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Wee Ka Siong Persoal Perodua Axia E Tiada ABS, ESC Posted on June 19, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah mempersoalkan ketiadaan ciri keselamatan penting seperti ABS (Anti-lock Braking System) dan ESC (Electronic Stability Control) pada model Perodua Axia E yang dilancarkan baru-baru ini.  Pelancaran Perodua Axia E mendapat reaksi pelbagai dikalangan rakyat Malaysia ekoran didatangkan dengan harga asas serendah RM22,000. Harga tersebut menjadikan Axia E model paling murah ditawarkan pengeluar kereta nasional di Malaysia setakat ini.  Namun begitu, Perodua Axia varian E itu kekurangan beberapa ciri keselamatan penting seperti ABS dan ESC sekaligus mencuri perhatian ramai pihak termasuk mantan Menteri Pengankutan itu.  “Walaupun kenderaan mampu milik ditawarkan dengan harga serendah RM22,000, namun ia perlulah dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) demi keselamatan pengguna dan orang ramai,” ujarnya dalam perkongsian tersebut.  Tambahnya, pengeluar tidak seharusnya berkompromi aspek keselamatan dalam usaha untuk menawarkan harga ‘rahmah’.  “Janganlah kita berkompromi apabila ia menyentuh soal keselamatan pemandu, penumpang termasuk pengguna jalan raya yang lain.  “Spesifikasi tertentu seperti ABS, ESC dan Agihan Brek Elektronik – EBD (subsistem kepada ABS dan ESC) tidak boleh diketepikan sama sekali hanya kerana mahu menjadikan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta rahmah’,” jelasnya.  Dalam pada itu, memetik laporan rakan media, Careta, mendapati Perodua Axia E itu diklasifikasikan sebagai Axia keluaran 2014. Oleh demikian, tiada keperluan untuk mengikut homologasi terkini Kementerian Pengangkutan yang memerlukan ciri ABS dan ESC sebagai alatan standard yang ditetapkan pada 2020.  Advertisements
fasa-2-lebuhraya-suke-dibuka-16-jun-ini-tol-percuma-hingga-29-jun
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Fasa 2 Lebuhraya SUKE Dibuka 16 Jun Ini , Tol Percuma Hingga 29 Jun Posted on June 15, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen PROLINTAS menerusi anak syarikat, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd telah merasmikan pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).  Difahamkan, laluan sepanjang 7.8km itu akan dibuka kepada orang ramai pada 16 Jun ini bermula 12.01 tengah malam. Menariknya, sempena pembukaan laluan tersebut, orang ramai akan menikmati tol percuma selama dua minggu sehingga 29 Jun. Untuk makluman, Fasa 2 Lebuhraya SUKE hanya mempunyai satu plaza tol sahaja (Plaza Tol Alam Damai).  Menurut pihak PROLINTAS kadar tol bagi laluan tersebut adalah RM2.30 sahaja.  Untuk rekod, Fasa 2 Lebuhraya SUKE ini bermula dari Sri Petaling dan menghubungkan laluan Sri Petaling dan Bukit Jalil ke persimpangan Cheras-Kajang. Fasa 2 ini juga bersambugn dengan Lebuhraya KL-Seremban. Pada masa sama, pembukaan Fasa 2 ini juga menyaksikan SUKE kini sudah 99.54 peratus lengkap dengan jalan susur Jalan Alam Dami masih dalam pembinaan dan dijangka siap tahun ini juga.  Advertisements
niat-membantu-bengkel-sanggup-baiki-motosikal-secara-hutang-tapi-pelanggan-pula-lesap
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Niat Membantu, Bengkel Sanggup Baiki Motosikal Secara Hutang Tapi Pelanggan Pula Lesap Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Sebuah bengkel di Lembah Klang yang popular membaiki motosikal jenis Modenas Dominar dan Pulsar mencuri tumpuan di media sosial.  Ini kerana perkongsian terbaru oleh bengkel berkenaan menceritakan bagaimana mereka membantu seorang pelanggan wanita untuk membaiki motosikal jenis Modenas Pulsar RS200.  Berdasarkan perkongsian di Facebook, pelanggan tersebut telah meminta tolong bengkel untuk membaik pulih motosikalnya – walaupun tiada duit yang cukup –  kerana amat memerlukannya untuk pekerjaan menghantar barangan.  Atas dasar budi bicara , bengkel tersebut bersetuju membaiki motosikal pelanggan terbabit secara berhutang agar pelanggan boleh melakukan kerja dan mencari dana untuk membuat bayaran.  Namun, difahamkan pelanggan tersebut lesap sejak sebelum Aidilfitri hingga ke hari ini dan gagal membuat sebarang bayaran.  Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi di Facebook dengan rata-rata menasihatkan pemilik bengkel untuk mewajibkan deposit terlebih dahulu di samping ada yang mencadangkan untuk membuat perjanjian bertulis sebelum menawarkan perkhidmatan baik pulih secara berhutang. Advertisements
kawasaki-ninja-zx-4r-masuk-malaysia-suku-ketiga-2024
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Kawasaki Ninja ZX-4R Masuk Malaysia Suku Ketiga 2024? Posted on July 18, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Kawasaki kembali mencapai populariti di pasaran global sejak membuat langkah berani dengan memperkenalkan jentera 4-inline 250cc, Ninja ZX-25R.  *Ninja ZX-25R Pengeluar motosikal Jepun itu tidak berhenti disitu apabila turut mengembangkan barisan model ‘4-dapur’ apabila melancarkan Ninja ZX-4R secara rasminya pada awal tahun ini.  Selang beberapa bulan kemudian, Kawasaki Ninja ZX-4R itu turut diperkenalkan di pasaran Thailand dengan dua varian, Standard dan SE.  Malaysia pula masih ketandusan model sulung menerusi Ninja ZX-25R namun kami tidak risau kerana pengedar rasmi, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) akan memperkenalkan motosikal tersebut tahun ini yang dijangka berlaku antara hujung bulan Ogos atau awal bulan September.  *Ninja ZX-4R Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan Ninja ZX-4R akan turut dibawa ke pasaran Malaysia. Berdasarkan info yang kami perolehi, Ninja ZX-4R itu dijangka akan diperkenalkan sekitar Suku Ketiga tahun depan (2024).  Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR ini dikuasakan enjin 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air.  Perkembangan terbaru ini pastinya merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan kehadiran motosikal 4-inline 400cc itu.  Namun, sementara menanti ketibaan model tersebut, kami lebih teruja dengan pelancaran Ninja ZX-25R yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini kerana motosikal tersebut akan dipasang sepenuhnya disini dan akan dijual dibawah lencaran Modenas.  *Versys 650 Terbaru, EMOS juga telah merasmikan pelancaran tiga model CKD 650cc menerusi Modenas Versys 650, Ninja 650 dan Z650. Ketiga-tiga model ini dijual dengan harga bawah RM40,000 sekaligus menghadirkan berita gembira buat peminat tempatan yang mahu merasaik jentera Jepun dengan harga lebih mesra.  Apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak EMOS mengenai pelancaran model akan datang itu.  Advertisements
pdrm-buru-penunggang-motosikal-lawan-arus-sebabkan-kematian-pemilik-ducati
BERITA TEMPATAN Moto Malaya PDRM Buru Penunggang Motosikal Lawan Arus, Sebabkan Kematian Pemilik Ducati Posted on June 14, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencari penunggang motosikal yang didapati bukan sahaja melawan arus malah turut menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam satu kejadian yang berlaku di susur Hulu Klang, Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), hari ini.  Mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati, hilang kawalan ekoran berselisih dengan seorang penunggang motosikal yang melawan arus lalu terbabas sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri dan tercampak ke bawah.  Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan serius.  “Secara tiba-tiba, di hadapan mangsa didatangi sebuah motosikal dari arah bertentang di bahu sebelah kanan jalan.  “Justeru, penunggang motosikal Ducati yang cuba untuk mengelak kenderaan dari arah bertentangan berkenaan terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan,” jelasnya.  Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa telah terhumban ke bawah pada ketinggian 30 meter.  Dalam pada itu, rakaman kejadian tersebut turut tular di media sosial dan mencetuskan rasa marah orang ramai terhadap penunggang motosikal yang melawan arus tersebut. – Kosmo Advertisements
moto-guzzi-persiap-generasi-terbaru-stelvio
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Moto Guzzi Persiap Generasi Terbaru Stelvio Posted on June 13, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Bagi yang gemar melancong, Stelvio merupakan gunung popular di Itali dengan ketinggian 2,757 meter dari aras laut tetapi bagi yang menggemari jenama Moto Guzzi, Stelvio merujuk kepada motosikal ‘adventure’ yang dihasilkan dari 2007 hingga 2017.  Jika anda merupakan peminat motosikal tersebut, Moto Guzzi ada berita baik kerana Stelvio bakal dihidupkan semula. Ini kerana syarikat induk, Piaggio Group telah memfailkan paten nama Stelvio sekaligus mengesahkan motosikal ADV itu akan diperkenalkan kembali.  *Moto Guzzi V100 Mandello Difahamkan, Moto Guzzi membangunkan semula Stelvio dengan menggunakan V100 Mandello sebagai asas utama. Perkara ini juga disahkan menerusi gambar ‘spy shot’ yang dikongsikan baru-baru ini.  Berdasarkan imej tersebut, jelas menampakkan reka bentuk V100 Mandello namun dengan beberapa perbezaan ketara antaranya fork yang lebih panjang dan penggunaan rim jenis spoke (lidi) berbanding aloi. Turut kelihatan penghadang angin yang lebih tinggi bagi melengkapkan imej ADV.  Selain itu, turut kelihatan komponen ‘handguard’, bashplate dan kedudukan lampu isyarat yang lebih tinggi berbanding yang ada pada V100 Mandello.  Meskipun tiada info terperinci ketika ini namun mengambil kira generasi terbaru Stelvio ini mengguna pakai platform sama seperti V100 Mandello maka kami menjangkakan model baharu ini akan turut menawarkan kuasa sekitar 115hp dan 105Nm.  Pada masa sama, kami menjangkakan Moto Guzzi akan mendedahkan model tersebut secara rasmi di EICMA 2023 yang akan berlangsung di Milan, November ini.  Advertisements
niat-membantu-bengkel-sanggup-baiki-motosikal-secara-hutang-tapi-pelanggan-pula-lesap
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Niat Membantu, Bengkel Sanggup Baiki Motosikal Secara Hutang Tapi Pelanggan Pula Lesap Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Sebuah bengkel di Lembah Klang yang popular membaiki motosikal jenis Modenas Dominar dan Pulsar mencuri tumpuan di media sosial.  Ini kerana perkongsian terbaru oleh bengkel berkenaan menceritakan bagaimana mereka membantu seorang pelanggan wanita untuk membaiki motosikal jenis Modenas Pulsar RS200.  Berdasarkan perkongsian di Facebook, pelanggan tersebut telah meminta tolong bengkel untuk membaik pulih motosikalnya – walaupun tiada duit yang cukup –  kerana amat memerlukannya untuk pekerjaan menghantar barangan.  Atas dasar budi bicara , bengkel tersebut bersetuju membaiki motosikal pelanggan terbabit secara berhutang agar pelanggan boleh melakukan kerja dan mencari dana untuk membuat bayaran.  Namun, difahamkan pelanggan tersebut lesap sejak sebelum Aidilfitri hingga ke hari ini dan gagal membuat sebarang bayaran.  Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi di Facebook dengan rata-rata menasihatkan pemilik bengkel untuk mewajibkan deposit terlebih dahulu di samping ada yang mencadangkan untuk membuat perjanjian bertulis sebelum menawarkan perkhidmatan baik pulih secara berhutang. Advertisements
modenas-versys-650-2023-lancar-julai-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Modenas Versys 650 2023 Lancar Julai Ini? Posted on June 14, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Umum sedia maklum bahawa Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) merupakan pengedar rasmi bagi jenama Kawasaki di Malaysia.  Kerjasama itu menyaksikan Modenas akan menjenamakan semula model 650cc ke bawah dan dibuktikan menerusi pelancaran beberapa model sulung antaranya Modenas Ninja 250 dan Z250.  Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa EMOS akan mula memasarkan jentera 650cc di bawah payung Modenas tidak lama lagi.  Berdasarkan info terbaru, kami diberitahu bahawa EMOS akan memperkenalkan Modenas Versys 650 pada bulan Julai ini. Perkembangan itu pastinya menggembirakan peminat motosikal di Malaysia yang menanti ketibaan model itu.  Ini kerana setiap model yang dijenamakan Modenas dipasang sepenuhnya di Gurun, Kedah sekaligus menjaminkan harga yang lebih rendah berbanding ketika dipasarkan dahulu sebagai model CBU di bawah pengurusan lama.  Menariknya, model yang akan diperkenalkan itu adalah generasi terkini yang dilengkapi dengan panel meter TFT dan enjin yang lebih efisien ekoran mencapai standard Euro 5. Pada masa sama, model terkini itu juga menawarkan fungsi KTRC (Kawasaki Traction Control) dan ABS.  Untuk rekod, Versys 650 dikuasakan enjin parallel-twin 649cc 4-stroke DOHC, 8-valves dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 65hp dan 64Nm pada 7,000rpm Advertisements
triumph-street-triple-765-2023-tiba-di-malaysia-dari-rm59900
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Triumph Street Triple 765 2023 Tiba Di Malaysia – Dari RM59,900 Posted on June 13, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Pengedar baharu jenama Triumph Motorcycles Di Malaysia, Didi Group, dengan rasminya melancarkan Triumph Street Triple 765 2023 untuk pasaran tempatan.  Bagi pasaran Malaysia, tiga varian ditawarkan menerusi varian Street Triple 765 R, RS dan Moto2 Edition. Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, varian R dijual dengan harga RM59,900 manakala RS pula ditawarkan dengan harga RM73,900.  Apa yang baharu? Pertamanya, Triumph membawakan teknologi Moto2 kepada Street Triple 765 2023 sekaligus tampil dengan kuasa lebih tinggi dan aspek menunggang lebih baik. Hasilnya, varian standard (R) kini menghasilkan 118hp, naik 2hp berbanding model terdahulu sementara varian RS pula menawarkan 128hp. Kenaikan kuasa ini disumbang oleh nisbah mampatan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Antara kemas kini yang dilaksanakan pada bahagian dalaman enjin termasuk piston baharu, con-rod baharu, serta ruang pembakaran yang telah direka semula sekaligus menyumbang kepada peningkatan kuasa.  Spesifikasi dinaik taraf Model 2023 juga telah didatangkan dengan pelbagai ciri baharu termasuk brek Brembo M4 dan suspensi Showa boleh laras bagi varian R. Varian RS pula mendapat suspensi Showa SFF-BP 41mm di depan dan penyerap hentakan Ohlins di belakang sementara varian Moto2 Edition pula dilengkapi dengan suspensi Ohlins depan dan belakang.  Pakej elektronik Ketiga-tiga varian juga didatangkan dengan pakej elektronik baharu yang merangkumi Cornering ABS, Traction Control dan empat mod menunggang; Road, Rain, Sport dan Rider.  Namun varian RS dan Moto2 Edition pula mendapat mod tambahan (Track).  Dalam perkembangan sama, Triumph Motorcycles Malaysia turut merasmikan pembukaan pusat pameran perdana Triumph Motorcycles Petaling Jaya yang bertempat bersebelahan dengan Gasket Alley, Petaling Jaya.  Pusat pameran itu merupakan yang kedua di Malaysia selepas Batu Caves dan menawarkan barisan model yang serba lengkap dan terkini.  Advertisements
suzuki-raider-r150fi-dengan-warna-baharu-bakal-dilancarkan-suzuki-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Suzuki Raider R150Fi Dengan Warna Baharu Bakal Dilancarkan – Suzuki Malaysia Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian terbaru di media sosial bakal melancarkan Raider R150Fi terbaru yang tampil dengan warna lebih segar.  Dengan tema ‘New Colour, New Spirit’, Raider R150Fi itu dijangka tampil dengan pilihan warna baru dan grafik lebih segar.  Meskipun tidak diketahui warna dan grafik apa yang akan ditawarkan namun tinjauan di akaun Facebook Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya, menunjukkan bahagian belakang beberapa model Suzuki Raider F150i.   Namun tidak dapat dipastikan sama ada model ditayangkan itu merujuk kepada model yang akan diperkenalkan pihak Suzuki Malaysia tidak lama lagi.  Apa yang pasti, Raider R150Fi yang dikemas kini itu akan terus dikuasakan enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.  Advertisements
rasmi-modenas-ninja-650-z650-dilancarkan-dari-rm34500
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Modenas Ninja 650, Z650 Dilancarkan – Dari RM34,500 Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Sperti yang dijangka, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Ninja 650 dan Z650 untuk pasaran tempatan.  Bagi pasaran tempatan, Modenas Ninja 650 ini datang dengan dua pilihan warna, Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) dan Lime Green/Ebony (RM35,900). Sementara Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 bagi warna Metallic Spark Black dan RM35,200 bagi Metallic Matte Graphenesteel Gray.  Kedua-dua model ini dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm. Menariknya, kedua-duanya merupakan model terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran global pada September tahun lalu. Hasilnya, kedua-dua model ini dilengkapi fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga peringkat yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian.  Dalam mod 1, sistem tersebut akan mengukur kadar pusingan tayar bagi meningkatkan tahap cengkaman sewaktu masuk dan keluar dari selekoh. Sementara itu mod 2 pula boleh diaktifkan sekiranya menunggang di atas permukaan licin – jalan basah, berpasir dan berbatu. Mod 2 akan memastikan ‘traction control’ bertindak lebih cepat bagi mengimbangkan motosikal. Bagi yang mahukan cabaran dan tunggangan lasak terutamanya di litar, pengguna juga boleh menyahaktifkan KTRC sekaligus. Pengguna boleh akses fungsi KTRC menerusi paparan skrin TFT berwarna yang disertakan. Penggunaan kerangka jenis steel trellis juga dikekalkan dan dipadankan bersama fork teleskopik 41mm di depan dan penyerap hentakan jenis ‘back-link’ di belakang. Advertisements
rasmi-modenas-versys-650-dilancarkan-dari-rm38400
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Modenas Versys 650 Dilancarkan – Dari RM38,400 Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Versys 650 untuk pasaran tempatan.  Hadir dengan harga RM38,400 bagi pilihan warna Metallic Spark Black dan RM39,100 bagi Candy Limegreen/Metallic Spark Black, motosikal ‘sport tourer’ ini kembali mewarnai pasaran motosikal tempatan. Model yang diperkenalkan di Malaysia ini merupakan model keluaran 2023 sekaligus tampil dengan pelbagai naik taraf terbaru. Naik taraf kali ini memfokuskan pada teknologi dan tahap keselesaan di samping rekaan baharu yang lebih segar. Bagaimanapun, spesifikasi utama antaranya bahagian chasis dan enjin masih lagi kekal sama. Versys 650 2022 ini masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 649cc namun telah dikemas kini bagi mencapai standard Euro 5 jadi prestasi semasa enjin berada pada 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm. Selain daripada mengekalkan kerangka jenis besi dengan jarak antara tayar pada 55.7″, Versys 650 ini juga masih lagi menawarkan rim berukuran 17″. Namun, ciri elektronik yang telah dipertingkat termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan dua tetapan dan boleh ditutup menggunakan butang di handle. Menariknya, sistem ABS juga didatangkan secara standard kali ini. Tidak lupa juga, model 2023 ini juga lengkap dengan skrin TFT berwarna 4.3″ yang menempatkan speedometer, tachometer, petunjuk gear, tahap minyak, odometer dan sebagainya. Paparan TFT tersebut juga boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology. Aspek yang paling menonjol bagi Kawasaki Versys 650 kali ini adalah rekaan yang menyamai Versys 1000 sekaligus lebih moden dan menarik dengan gabungan lampu LED serta penghadang angin boleh laras. Advertisements
pelancaran-rasmi-royal-enfield-super-meteor-650-di-malaysia-29-julai-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pelancaran Rasmi Royal Enfield Super Meteor 650 Di Malaysia 29 Julai Ini Posted on July 25, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Royal Enfield Malaysia bakal melancarkan Royal Enfield Super Meteor 650 pada 29 Julai ini di Art Of Speed 2023 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang.  Pelancaran Super Meteor 650 itu amat dinantikan peminat cruiser klasik tempatan yang telah mengharapkan berita baik itu hadir sejak membuat penampilan sulung di EICMA pada penghujung tahun lalu.  Super Meteor 650 merupakan model ketiga yang digerakkan enjin parallel-twin 650cc keluaran Royal Enfield selepas Continental GT dan Interceptor.  Meskipun dihidupkan enjin sama namun Super Meteor 650 dibangunkan dengan pelbagai komponen berbeza termasuk kerangka baharu, geometri suspensi yang berbeza, tangki yang direka semula serta swingarm serba baharu.  Pada masa sama, Super Meteor 650 juga merupakan model 650cc pertama yang dilengkapi dengan lampu LED penuh dan fork jenis USD. Bagaimanapun, ergonomik dan reka bentuk Super Meteor 650 ini mirip dengan Meteor 350.  Bagi pasaran global, Super Meteor 650 ini tampil dengan dua varian; Standard dan Tourer namun belum dipastikan sama ada kedua-dua varian ini akan dipasarkan di sini.  Apa pun, nantikan pelancaran rasmi untuk pasaran Malaysia pada 29 Julai ini. Seperti biasa, nantikan laporan penuh dari kami.  Advertisements
jualan-gudang-sparexhub-nikmati-diskaun-hingga-80-peratus-hujung-minggu-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Jualan Gudang SpareXHub: Nikmati Diskaun Hingga 80 Peratus Hujung Minggu Ini Posted on June 13, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Platform jualan alat ganti atas talian dari Malaysia, SpareXHub akan mengadakan jualan gudang besar-besaran pada 16 hingga 18 Jun ini yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi barangan alat ganti tulen BMW, Mini dan BMW Motorrad termasuk aksesori dan minyak pelincir.  Diskaun besar-besaran itu akan melibatkan pelbagai barangan BMW, MINI dan BMW Motorrad termasuk tawaran istimewa bagi alat ganti dengan permintaan tinggi.  Bagi pelanggan yang hadir, anda akan disambut dengan kakitangan yang berpengalaman yang akan membantu dalam mengenal pasti produk dan alat ganti. Pada masa sama, orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat perundingan dan nasihat secara percuma daripada pakar. Jualan gudang tersebut akan berjalan dari jam 9.30 pagi hingga 4 petang bertempat di DPF Global Logistic Sdn Bhd, Subang Jaya.  Advertisements
honda-wr-v-kini-dibuka-untuk-tempahan-honda-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Honda WR-V Kini Dibuka Untuk Tempahan – Honda Malaysia Posted on June 12, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Honda Malaysia dengan rasminya mula membuka tempahan bagi SUV kompak terbaru, Honda WR-V yang akan dilancarkan tidak lama lagi.  Menurut Honda Malaysia, WR-V (Winsome Runabout Vehicle) bakal menjadi petanda aras terbaru bagi pemilik kenderaan di sini.  Aspek paling mencuri tumpuan tentang WR-V adalah reka bentuk yang kompak dan moden. Honda WR-V ini pastinya menawarkan tahap praktikal yang terbaik dalam kelasnya sekaligus sesuai untuk kegunaan harian.  Difahamkan, model ini akan datang  dengan varian RS sekaligus tampil dengan gril depan yang unik di samping rim 17-inci dua tona.  Antara ciri ditawarkan termasuk: Power Retractable Door MirrorAuto LED HeadlightLED DRLLED Fog LightsLED Sequential Signals Meskipun bersaiz kecil, WR-V serba baharu ini digerakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang sama seperti Honda City dan menawarkan 121PS serta 145Nm. Kuasa pula kawal selia menerusia transmisi CVT dengan teknologi G-Design.  Dari segi keselamatan, Honda WR-V ini membariskan beberapa ciri penting termasuk Honda SENSING yang merangkumi: Lead Car Departure Notification Adaptive Cruise ControlCollision Mitigation Braking SystemForward Collision WarningLane Keep Assist SystemRoad Departure MitigationLane Departure WarningAuto High Beam Seperti model Honda lain, Honda WR-V juga dilengkapi dengan fungsi Honda LaneWatch yang meningkatkan lagi tahap keyakinan pemandu ketika mahu menukar lorong.  Orang ramai juga akan diberi peluang melihat WR-V ini dengan lebih dekat di pengedar Honda terpilih pada tarikh berikut: Advertisements
kawasaki-ninja-zx-4r-masuk-malaysia-suku-ketiga-2024
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Kawasaki Ninja ZX-4R Masuk Malaysia Suku Ketiga 2024? Posted on July 18, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Kawasaki kembali mencapai populariti di pasaran global sejak membuat langkah berani dengan memperkenalkan jentera 4-inline 250cc, Ninja ZX-25R.  *Ninja ZX-25R Pengeluar motosikal Jepun itu tidak berhenti disitu apabila turut mengembangkan barisan model ‘4-dapur’ apabila melancarkan Ninja ZX-4R secara rasminya pada awal tahun ini.  Selang beberapa bulan kemudian, Kawasaki Ninja ZX-4R itu turut diperkenalkan di pasaran Thailand dengan dua varian, Standard dan SE.  Malaysia pula masih ketandusan model sulung menerusi Ninja ZX-25R namun kami tidak risau kerana pengedar rasmi, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) akan memperkenalkan motosikal tersebut tahun ini yang dijangka berlaku antara hujung bulan Ogos atau awal bulan September.  *Ninja ZX-4R Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan Ninja ZX-4R akan turut dibawa ke pasaran Malaysia. Berdasarkan info yang kami perolehi, Ninja ZX-4R itu dijangka akan diperkenalkan sekitar Suku Ketiga tahun depan (2024).  Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR ini dikuasakan enjin 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air.  Perkembangan terbaru ini pastinya merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan kehadiran motosikal 4-inline 400cc itu.  Namun, sementara menanti ketibaan model tersebut, kami lebih teruja dengan pelancaran Ninja ZX-25R yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini kerana motosikal tersebut akan dipasang sepenuhnya disini dan akan dijual dibawah lencaran Modenas.  *Versys 650 Terbaru, EMOS juga telah merasmikan pelancaran tiga model CKD 650cc menerusi Modenas Versys 650, Ninja 650 dan Z650. Ketiga-tiga model ini dijual dengan harga bawah RM40,000 sekaligus menghadirkan berita gembira buat peminat tempatan yang mahu merasaik jentera Jepun dengan harga lebih mesra.  Apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak EMOS mengenai pelancaran model akan datang itu.  Advertisements
pelancaran-moto-guzzi-v100-mandello-di-malaysia-22-jun-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pelancaran Moto Guzzi V100 Mandello Di Malaysia 22 Jun Ini Posted on June 14, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Moto Guzzi V100 Mandello merupakan model yang paling mencuri tumpuan pernah dihasilkan jenama motosikal Itali itu. Ini kerana, V100 Mandello merupakan titik permulaan Moto Guzzi melangkau ke era moden dengan jentera berteknologi tinggi.  Selepas mendapat pujian melambung di Eropah, motosikal jenis ‘sports tourer’ itu akhirnya akan dipasarkan di Malaysia. Berdasarkan info terbaru yang diperolehi, Moto Guzzi V100 Mandello akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Jun ini oleh pengedar rasmi, DIDI Group.  Moto Guzzi V100 Mandello dikuasakan enjin jenis ‘transverse’ V-Twin 1,042cc yang berupaya menghasilkan 115hp dan 105Nm pada 3,500rpm. Meskipun bersesaran lebih besar berbanding platform yang diguna pakai pada V85 TT, namun enjin V100 Mandello itu 103mm lebih pendek. Buat masa ini, info terperinci terutamanya harga masih belum didedahkan namun kami beri jaminan segalanya akan terjawab pada 22 Jun ini.  Advertisements
terkini-jentera-400cc-triumph-bajaj-akan-dipasarkan-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya TERKINI: Jentera 400cc Triumph-Bajaj Akan Dipasarkan Di Malaysia Posted on June 13, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Triumph Motorcycles Malaysia telah pun merasmikan pembukaan pusat pameran perdana Triumph Motorcycles Petaling Jaya, hari ini.  Turut hadir ketika perasmian tersebut adalah Ketua Jualan Eksport Triumph Motorcycles, Cees De Rooij. Ketika ucapannya dia mendedahkan pasaran Malaysia merupakan antara daripada destinasi utama Triumph terutamanya bagi model berkapasiti kecil.  Model yang dimaksudkan itu merujuk kepada kerjasama antara Triumph dan pengeluar India, Bajaj Auto yang akan memperkenalkan model bersesaran 400cc tidak lama lagi.  Jelas De Rooij, model tersebut akan memasuki peringkat pengeluaran pada musim panas ini dan akan datang dengan dua varian seperti yang dilaporkan sebelum ini.  Namun, menariknya De Rooij mendedahkan bahawa model tersebut akan turut dipasarkan di Malaysia. “Model 400cc itu cukup sesuai untuk pasaran ini (Malaysia) dan beberapa pasaran lain di Asia.  “Ini adalah usaha kami bagi menjadikan jenama Triumph lebih mampu milik berbanding model sedia ada,” jelasnya. Tambahnya lagi, pembangunan model baharu itu tidak akan hanya berlaku di India malah akan turut dipasang di kilang Triumph Motorcycles yang terletak di Ranong, Thailand.  Triumph Motorcycles dijadualkan akan memperkenalkan model serba baharu itu pada 5 Julai ini dan dijangka menembusi pasaran global pada hujung 2023.  Advertisements
arai-lancar-vz-ram-snow-dome-rm2-1k
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Arai Lancar VZ-RAM Snow Dome – RM2.1k Posted on June 12, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Pengeluar helmet terkemuka, Arai, telah melancarkan helmet Arai VZ-RAM Snow Dome untuk pasaran global.  Helmet jenis ‘open-face’ itu merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mahukan sesuatu yang tampak menonjol namun masih lagi mengekalkan ciri keselamatan yang optimum.  Ciri paling menonjol yang ada pada VZ-RAM Snow Dome ini sudah tentu tertumpu kepada bahagian grafik yang memaparkan rekaan seolah salji yang terperangkap pada bahagian luar helmet. Corak ‘snowflake’ juga membuatkan helmet tersebut tampak lebih unik.  Menurut Arai, model VZ-RAM Snow Dome ini tampil dengan tiga grafik berbeza; merah jambu, biru dan hitam dan helmet ini sesuai untuk lelaki dan wanita.  Selain itu, VZ-RAM Snow Dome ini masih lagi menawarkan ciri sama seperti model lain termasuk sistem ‘diffuser’ terbaru yang juga terdapat pada RX-7X di samping penggunaan kerang jenis gentian kaca. Dalam pada itu, helmet tersebut juga mencapai standard SNELL dan JIS (Japanese Industrial Standards) di Jepun dan dijual pada harga JPY64,900 (RM2.1k).  Buat masa ini tiada maklumat bilakah model ini akan didapati di Malaysia.  Advertisements
zontes-uji-enjin-tiga-silinder-800cc-di-china
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Zontes Uji Enjin Tiga Silinder 800cc Di China Posted on June 14, 2023June 19, 2023 by Amirul Azreen Ini bukan kali pertama laporan tentang Zontes sedang membangunkan enjin tiga silinder 800cc diterbitkan. Ini kerana hampir tiga tahun Zontes telah mencanangkan projek tersebut. Bulan lalu juga timbul rakaman video yang memaparkan sebuah motosikal jenis adventure sedang menjalani ujian dan bunyi dihasilkan jelas merujuk kepada enjin tiga silinder.  Namun, perkembangan terbaru mendapati Zontes bercadang untuk menggunakan platform terbaru itu bagi membangunkan tiga model berlainan yang merangkumi sebuah sportbike, naked dan adventure.  Apa yang menarik, Motorrad Online berjaya mendapatkan gambar enjin tiga silinder daripada Zontes dan membandingkan dengan enjin tiga silinder CP3 milik Yamaha. Berdasarkan pemantauan, kedua-duanya tampak sama sekaligus memberi bayangan enjin Zontes itu mengambil ‘inspirasi’ daripada CP3 Yamaha.  *Perbandingan antara enjin tiga silinder Zontes dan CP3 Yamaha. Teknik ‘reverse engineering’ ini bukanlah perkara baru kerana satu lagi pengeluar China, Loncin, turut melakukan perkara sama dengan enjin Honda CB500X.  Walaupun tiada maklumat terperinci ketika ini namun kami menjangkakan ketiga-tiga model Zontes tersebut akan tampil dengan reka bentuk moden dan futuristik seperti model sedia ada.  Imej render yang dikongsikan sebelum ini juga memberi bayangan kasar akan reka bentuk yang akan dihasilkan.  Apa yang pasti, pengeluar motosikal China sudah mula mengorak langkah dalam penghasilan jentera berkuasa tinggi. Jenama lain seperti CFMoto dan QJ Motor juga telah memulakan langkah lebih awal dengan masing-masing turut mendapat kepercayaan daripada jenama Barat  seperti KTM dan Harley-Davidson.  Jadi tidak hairanlah Zontes bakal menjadi pengeluar China seterusnya yang akan turut memperkenalkan barisan motosikal berkuasa tinggi tidak lama lagi. Kami juga tidak terkejut jika beberapa model ini akan membuat penampilan di EICMA, November ini.  Advertisements
pol-espargaro-sah-ke-repsol-honda-kontrak-morbidelli-dilanjutkan
Moto Malaya Pol Espargaro Sah Ke Repsol Honda, Kontrak Morbidelli Dilanjutkan Posted on July 13, 2020July 13, 2020 by Amirul Azreen Pol Espagaro sah akan digandingkan bersama Marc Marquez di Repsol Honda bagi musim 2021. Desas-desus mengaitkan Espargaro ke Honda bertiup kencang apabila Alex Marquez memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan jentera RC213V. Tempat Espargaro di KTM telah pun diisi Miguel Oliviera yang diangkat ke Redbull KTM dari KTM Tech 3 sementara slot kosong itu diisi pelumba Ducati, Danilo Petrucci bagi musim 2021. Sementara itu, (Alex) Marquez sah sertai LCR Honda mengetepikan Cal Crutchlow bagi memberi ruang kepada Espargaro di Repsol Honda. Ini merupakan kali pertama (Pol) Espargaro menyertai pasukan yang memiliki pengalaman kejuaraan di pentas MotoGP setelah tiga musim bersama Yamaha Tech 3 sebelum berhijrah ke KTM pada 2017. Pelumba berusia 29 tahun itu kemudiannya muncul sebagai tonggak utama KTM untuk tiga musim berikutnya sebelum peluang sertai Repsol hadir awal bulan ini. Repsol Honda dalam satu kenyataan berkata, “Honda Racing Corporation (HRC) dengan rasminya menandatangani khidmat Pol Espargaro. Dia akan sertai pasukan Repsol Honda untuk dua musim digandingkan bersama Marc Marquez dengan jentera RC213V. Dalam perkembangan lain. Franco Morbidelli telah menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama Petronas Sepang Racing Team (SRT) sekaligus mengesahkan tempatnya sehingga 2022. Morbidelli memasuki kontrak terakhirnya musim ini dengan rakan sepasukan, Fabio Quartararo akan berhijrah ke pasukan Factory Yamaha musim depan menggantikan Valentino Rossi. Kini persoalan mengenai gandingan Morbidelli bagi musim 2021 akan terjawab dengan khabar angin kuat mengaitkan Rossi ke SRT musim depan. Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
pusat-3s-vespa-kuching-dilancarkan-di-sarawak
BERITA TEMPATAN Didi Resources Sdn. Bhd. vespa Pusat 3S Vespa Kuching Dilancarkan Di Sarawak! Posted on October 15, 2020October 15, 2020 by Amirul Azreen Selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources berbesar hati melancarkan pusat pameran Vespa sulung di Sarawak. Yong Sport Motor (Vespa Kuching) Pelancaran Yong Sport Motor selaku Vespa Kuching menandakan pencapaian terbaru Didi Resources sebagai pusat 3S Vespa pertama yang dibuka di Kuching, Sarawak. Pengerusi, Didi Resources, Rewi Hamid Bugo Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo mengucapkan terima kasih ke atas Yong Sport Motor (Vespa Kuching) dalam memperkenalkan jenama Vespa di bumi kenyalang itu. “Saya mengucapkan tahniah kepada Yong Sport Motor kerana membawa jenama Vespa ini di Sarawak sekaligus mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia. “Pembukaan Vespa Kuching juga mencerminkan usaha kami untuk terus mengembangkan rangkaian Vespa di Malaysia,” jelasnya. Selain menawarkan konsep 3S, Yong Motor Sport turut mengenakan identiti korporat Vespa sekaligus menyaksikan pusa ini menawarkan semua model yang pastinya akan memenuhi permintaan pelanggan di negeri itu terutamanya di sekitar Kuching. Advertisements
masalah-transmisi-volkswagen-malaysia-panggil-semula-12732-unit-kenderaan
BERITA TEMPATAN Masalah Transmisi, Volkswagen Malaysia Panggil Semula 12,732 Unit Kenderaan Posted on July 21, 2020July 21, 2020 by Amirul Azreen Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memanggil semula 12,732 unit kenderaan yang dihasilkan di antara 2011 hingga 2015. Panggilan semula itu membabitkan hydraulic pressure accumulator yang terdapat pada transmisi dual clutch gearbox (DSG) 7-kelajuan. Difahamkan, masalah pada hydraulic pressure accumulator tersebut boleh menganggu transmisi di antara enjin dan kotak gear. Antara model yang terkesn adalah Volkswagen Beetle, Cross Touran, Golf MK6 dan MK7, Jetta, Passat B7, Passat CC, Polo 6R dan Scirocco namun model yang dihasilkan selepas 2016 tidak terkesan. Menurut VPCM, kempen ini akan berjalan secara berperingkat bagi memastikan proses berjalan lancar dengan semua pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan serta-merta. Sekiranya anda memiliki kenderaan disebut namun tidak dihubungi VPCM, kenderaan anda akan tetap diterima untuk kempen panggilan semula ini. Pada masa sama, pemilik boleh buat semakan di laman sesawang Volkswagen atau hubungi 1800-18-8947 untuk maklumat lanjut. Advertisements
isu-cek-rm50-ribu-kasma-daniel-mam-jelas-tak-wajib-maklum-pasukan
BERITA TEMPATAN Isu Cek RM50 Ribu Kasma Daniel, MAM Jelas Tak Wajib Maklum Pasukan Posted on November 21, 2020November 21, 2020 by Amirul Azreen Kecoh isu cek RM52,000 yang telah disalurkan kepada pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin, semalam. Difahamkan, pasukan Kasma, Onexox TKKR SAG Team tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai dana yang diserahkan kepada pelumba tersebut oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Persatuan Permotoran Malaysia (MAM). Senario itu lantas mencetuskan rasa tidak puas hati Onexox TKKR SAG Team kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara itu. Bagaimanapun, MAM dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya tidak wajib untuk memaklumkan pasukan Kasma susulan cek RM52,000 tersebut adalah berupa bantuan kewangaan dan bukannya penajaan. Bantuan kewangan tersebut merupakan perbelanjaan bagi tiket penerbangan dan kos penginapan untuk Kasma di Moto2. “Pihak KBS bersetuju untuk meluluskan dana bantuan kewangan kepada Kasma melalui MAM pada September lalu. “MAM seterusnya menerima surat kelulusan daripada pihak KBS berhubung dana berkenaan atas nama Kasma dan MAM memberi tahu Kasma dan ayahnya berhubung kelulusan berkenaan. “Berkenaan dengan video pihak MAM mendapatkan persetujuan dan kebenaran dari pihak KBS, Kasma dan ayahnya. Tanggung jawab pihak MAM hanya berkenaan dengan permohonan, kelulusan dan penyaluran bantuan dana terhad kepada penerima iaitu Kasma sahaja. “Apa-apa urusan berkenaan dengan pasukan ialah antara pelumba dan pasukan itu sendiri,” jelas MAM. Terdahulu, Onexox TKKR SAG Team dalam perkongsian di Facebook mempersoalkan tindakan MAM yang tidak memaklumkan pihaknya terlebih dahulu mengenai penyerahan dana kepada Kasma. Onexox berasakan pihaknya yang telah membelanjakan jutaan ringgit untuk Kasma termasuk bayaran gaji, kos penerbangan dan penginapan selama ini di Moto2 wajar diberitahu mengenai perkara ini. Menurut perkongsian itu lagi, pihak Onexox TKKR SAG Team hanya mengetahui mengenai dana tersebut menerusi video Kasma yang mengucapkan terima kasih kepada KBS dan MAM. Advertisements
yamaha-nvx-dengan-fungsi-y-connect-kini-di-malaysia-dua-varian-dari-rm8998
BERITA TEMPATAN Yamaha NVX Dengan Fungsi Y-Connect Kini Di Malaysia – Dua Varian, Dari RM8,998! Posted on April 28, 2021April 28, 2021 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan Yamaha NVX 2021 menerusi siaran virtual hari ini. Bagi tahun 2021, Yamaha NVX tampil dengan dua varian, standard dan dengan ABS sekaligus memperkembangkan pilihan bagi segmen skuter 150cc. NVX baharu ini menjadi model Yamaha pertama di Malaysia menawarkan ciri Y-Connect, yang membolehkan penunggang memadankan telefon pintar kepada skuter bagi mendapatkan info dan status terkini jentera. Antara info yang disampaikan adalah: status semasa bateri dan minyak enjinstatus penggunaan bahan apiperingatan servislokasi terakhir jentera Selain daripada memudahkan penjagaan dengan peringatan servis, ciri Y-Connect juga memudahkan pemilik mengenal pasti lokasi jentera sekaligus memberi kelegaan sewaktu meletakkan kenderaan. Enjin Yamaha Blue Core 155cc SOHC dengan VVA ini juga menawarkan peningkatan kuasa 15hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm berbanding model sebelumnya. Antara ciri menarik lain ditawarkan: skrin LCD digital dengan keterhubungan Y-Connectrekaan lampu LED serba baharu di bahagian depan dengan 12 LED kompak di bahagian belakangsoket 12v DCsistem Start & Stop (varian ABS)Smart Key @ keyless (varian ABS)penyerap hentakan belakang dengan sub tank (varian ABS) Yamaha NVX baharu ini juga mampu pergi lebih jauh dengan jarak 200km berbanding model sebelumnya hasil bantuan tangki yang lebih besar, 5.5L berbanding 4.6L sebelum ini. Varian ABS juga didatangkan dengan fungsi ABS satu saluran dan dipadankan bersama cakera brek 230mm di bahagian depan. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Yamaha NVX baharu ini pada harga RM8,998 bagi varian Standard dan RM10,998 bagi varian ABS. Advertisements
yamaha-bakal-bangunkan-yzf-r25m-lawan-kawasaki-zx-25r
BERITA ANTARABANGSA Yamaha Bakal Bangunkan YZF-R25M Lawan Kawasaki ZX-25R? Posted on July 22, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Sejak Kawasaki memperkenalkan ZX-25R, jentera sportbike 250cc dengan empat silinder, kami tertanya-tanya adakah pengeluar lain akan mengikut jejak sama? Kawasaki ZX-25R Manakan tidak, impak ZX-25R cukup besar dan mengujakan peminat dua roda seluruh dunia termasuk Malaysia yang tidak perlu menaik taraf lesen untuk merasai kesyahduan 4-silinder. Kini timbul khabar angin daripada laporan negara jiran oleh iwanbanaran.com yang mengatakan Yamaha turut akan memperkenalkan jentera 250cc 4-silinder. Yamaha YZF-R25 Diberi nama YZF-R25M, jentera ini dijangka menawarkan ciri yang dipertingkat berbanding yang ditawarkan R25 bagi menyaingi ZX-25R. Sementara itu,turut didakwa Honda juga bakal membangunkan enjin sama dan akan dikenali sebagai CBR250RR-R – konsep sama ditawarkan varian 1000cc CBR1000RR-R. Sekiranya khabar angin ini bertukar realiti pastinya akan menghangatkan pasaran 250cc serba baharu ini. – iwanbanaran.com Advertisements
harga-rasmi-honda-city-rs-diumumkan-rm-105950
BERITA TEMPATAN Harga Rasmi Honda City RS Diumumkan – RM 105,950! Posted on March 10, 2021March 10, 2021 by Amirul Azreen Susulan kejayaan pelancaran generasi ke-5 Honda City tahun lalu, Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan harga bagi City RS e:HEV yang ditawarkan pada RM105,950. Sejak pelancaran tahun lalu, Honda Malaysia telah pun menerima lebih 20,000 tempahan (pelbagai varian) dengan 13,100 unit telah pun sampai ke tangan pemilik. Honda City RS e:HEV ini merupakan model sulung yang dilengkapi dengan sistem Honda CONNECT yang menawarkan inovasi keterhubungan paling canggih. Menerusi Honda CONNECT, pemilik disambungkan secara terus ke sistem komunikasi yang boleh dihubungi 24 jam sekiranya berlaku sebarang isu atau masalah. Honda City RS e:HEV ini tampil dengan gril depan hitam gloss, gril bawah eksklusif, bumper belakang dengan diffuser dan spoiler hitam gloss. Model ini juga didatangkan dengan ciri lebih dinamik antaranya lampu LED dengan fungsi Daytime Running Lights (DRL), lampu LED fog baharu, lampu LED belakang baharu dan rim 16″dua tona. Bagaimanapun, aspek yang menjadi fokus pada varian tertinggi City ini adalah sistem hibrid 2-motor ‘intelligent Multi-Mode Drive’ (i-MMD) yang membantu enjin 1.5L DOHC i-VTEC ini menjana 109PS dan 253Nm. Dipadankan dengan transmisi e-CVT ( Electric Continuous Variable Transmission), model ini menawarkan pemanduan setaraf dengan kereta segmen-D. Kawalan kelajuan juga boleh dilakukan dengan mengaktifkan paddle-shift menerusi fungsi Deceleration Selector Paddles. Honda City RS ini juga lengkap dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang menawarkan: Adaptive Cruise Control (ACC)Collision Mitigation Braking System (CMBS)Forward Collision Warning (FCW)Lane Keep Assist System (LKAS)Road Departure Mitigation (RDM)Lane Departure Warning (LDW)Auto High Beam (AHB) Dengan ciri keselamatan terbaik maka tidak hairanlah City RS terus dianugerahkan penilaian keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP. Model ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl. Advertisements
tiada-lagi-had-penumpang-ismail-sabri
Moto Malaya Tiada Lagi Had Penumpang – Ismail Sabri Posted on December 6, 2020December 6, 2020 by Amirul Azreen Demikian kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung semalam. “Kita tidak lagi menghadkan jumlah di dalam kenderaan, jumlah adalah mengikut kapasiti kenderaan. “Semuanya berdasarkan kapasiti tempat duduk mengikut kenderaan masing-masing,” jelasnya. Menurutnya lagi, usaha dalam mengekang penularan Covid-19 harus memikul tanggungjawab bukan sahaja untuk diri sendiri malah orang lain. “Apa yang penting adalah tanggungjawab kita. Kita jaga kita, kita perlu menjaga ahli keluarga kita. “Bagi saya, vaksin terbaik dalam menangani Covid-19 adalah diri kita termasuk pematuhan SOP (prosedur operasi standard),” tambahnya Antara intipati pengumuman semalam adalah membenarkan semula aktiviti rentas negeri (termasuk yang dikenakan PKPB) kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Advertisements
moto2-hafizh-syahrin-berjaya-lunaskan-sasaran-kelompok-10-terbaik-di-mugello
Moto Malaya Moto2: Hafizh Syahrin Berjaya Lunaskan Sasaran Kelompok 10 Terbaik Di Mugello Posted on May 30, 2021May 30, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, berjaya menamatkan aksi di dalam kelompok 10 terbaik di GP Itali, hari ini. Meskipun memulakan aksi di petak ke-20 namun pelumba NTS RW Racing itu tidak berputus asa sebaliknya memperbaiki kedudukan sepanjang perlumbaan. Dia kemudiannya berjaya menamatkan aksi di Mugello dikedudukan ke-9 meskipun berpeluang cerah menduduki tempat ke-8 sebelum dipintas beberapa meter dari garisan penamat oleh Cameron Beaubier dari pasukan American Racing. Kejayaan ini sekaligus melunaskan sasaran Hafizh yang sebelum ini meluahkan keyakinan untuk menduduki kelompok 10 terbaik selepas mula mencapai keserasian dengan chasis NTS itu. Hafizh kini menghuni kejuaraan dunia Moto2 di tempat ke-21 dengan kutipan 8 mata selepas enam pusingan. Sementara itu, rakan sepasukan dan pelumba muda, Barry Baltus menamatkan perlumbaan di tempat ke-17. Pada masa sama, Red Bull KTM Ajo merekodkan kemenangan satu-dua menerusi Remy Gardner dan Raul Fernandez manakala Marco Bezzechi melengkapkan podium di kedudukan ketiga. Aksi Moto2 dibayangi berita pemergian pelumba Moto3, Jason Dupasquier yang disahkan meninggal dunia susulan mengalami kemalangan serius ketika sesi kelayakan, semalam. Berikut keputusan penuh Moto2: Advertisements
ducati-monster-2021-masuk-malaysia-suku-ketiga-tahun-ini
BERITA TEMPATAN Ducati Monster 2021 Masuk Malaysia Suku Ketiga Tahun Ini? Posted on April 17, 2021April 17, 2021 by Amirul Azreen Ducati telah membuat kejutan pada Disember tahun lalu apabila mempersembahkan Monster 2021 serba baharu. Bagaimanapun, selang beberapa bulan kemudian, kami difahamkan bahawa Ducati Malaysia bakal melancarkan Monster serba baharu itu sekitar suku ketiga tahun ini. Meskipun tiada pengesahan rasmi namun melihat kepada pelancaran model lain sebelum ini, Ducati Malaysia tidak mengambil masa lama untuk memperkenalkan model baharu beberapa bulan selepas pelancaran global. Generasi baharu Monster itu menampilkan rekaan berlainan termasuk tidak mengikut acuan sebelumnya dengan tidak lagi mengguna pakai kerangka jenis steel trellis. Sebaliknya, menerapkan penggunaan kerangka depan jenis aluminium yang terdapat pada Panigale V4 dalam usaha merendahkan berat jenteras sekaligus menyaksikan motosikal ini menawarkan 166 kilogram. Setiap komponen juga telah direka semula dan hasilnya rim kini 1.7kg lebih ringan, swingarm 1.6kg lebih ringan dan berat subframe turun 1.9kg hasil daripada teknologi GFRP (Glass Fibre Reinforced Polymer) sekaligus menyaksikan penurunan berat sehingga 18kg. Bagaimanapun, model 2021 itu masih lagi mengekalkan beberapa ciri lama antaranya tangki jenis ‘bison back’ serta lampu berbentuk bulat. Model 2021 ini juga bernadikan enjin baharu, Testastretta 937cc dengan silinder berkembar (twin-cylinder) 11-darjah yang menjana 111hp pada 9,250rpm dan 95Nm pada 6,500rpm. Antara ciri lain ditawarkan: Ducati Quickshift (up/down)ABS CorneringTraction controlWheelie controlLaunch control.Tiga mod tunggangan; Sport, Urban dan TouringPaparan TFT 4.3 ini berwarna Bagaimanapun, sementara menanti pelancaran Ducati Monster, Ducati Malaysia terlebih dahulu dijangka akan memperkenalkan Multistrada V4 untuk pasaran tempatan. Advertisements
moto-guzzi-v85-tt-dikemas-kini-bagi-2021
BERITA ANTARABANGSA Moto Guzzi V85 TT Dikemas Kini Bagi 2021 Posted on January 14, 2021January 14, 2021 by Amirul Azreen Motosikal adventure Moto Guzzi, V85 TT mendapat beberapa kemas kini termasuk pilihan warna baharu bagi tahun 2021. Menurut Moto Guzzi, kemas kini tersebut dilaksanakan selepas mengambil kira maklum balas daripada pemilik motosikal itu sebelum ini. Enjin 853cc V-Twin (90 darjah) kini menghasilkan lebih tork pada RPM rendah hasil daripada meningkatkan timing cam pushroad dan rocker manakala rim spoke (tubeless) terbaru ini adalah 1.5 kilogram lebih ringan. Antara ciri menarik lain ditawarkan: ABSRide-by-wireCruise controlPaparan TFT Sistem elektronik juga dipertingkat dengan dua mod tunggangan diperkenalkan, Sport dan Custom sertai mod sedia ada, Strada, Pioggia dan Off-Road. Selain itu, Moto Guzzi turut perkenalkan pilihan grafik Nero Etna, Giallo Mojave dan Ross Uluru. Sementara itu, varian tertinggi, V85 TT Travel, kini dilengkapi dengan penghadang angin Touring, pannier, lampu LED, heated grip serta platform Multimedia Moto Guzzi MIA. Advertisements
honda-cb150r-streetfire-2021-dilancarkan-di-indonesia-16hp-13-7nm
Moto Malaya Honda CB150R Streetfire 2021 Dilancarkan Di Indonesia – 16HP, 13.7Nm! Posted on May 6, 2021May 6, 2021 by Amirul Azreen Astra Honda Motor (AHM) telah melancarkan CB150R Streetfire 2021 bagi pasaran Indonesia. Bagi tahun 2021, CB150R Streetfire tampil dengan rekaan lebih agresif dan moden serta menampilkan rupa seakan motosikal berkuasa tinggi. Perubahan ketara adalah rekaan keseluruhan yang tampak lebih besar di samping dinaik taraf dengan ciri lebih menarik antaranya penggunaan fork depan 37mm (inverted) dari Showa dan handlebar jenis ‘tapered’. Model 2021 ini juga tampil dengan paparan digital penuh yang moden dengan pencahayaan jelas berbanding model sebelumnya. Honda CB150R Streetfire ini dilengkapi enjin 149cc, DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 16hp pada 9,000rpm dan 13.7Nm pada 7,000rpm serta dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Antara ciri lain ditawarkan adalah: lampu LED penuhtangki 12Ltayar 100/80-17 depantayar 130/7017 belakangcakera brekberat 134kg Pada masa sama, AHM turut menawarkan varian Special Edition (SE) yang didatangkan dengan pilihan warna Burnt Titanium serta pelindung enjin dan logo Honda berbentuk 3D. Menurut laporan rakan media di Indonesia Iwanbanaran.com, Honda CB150R Streetfire ini ditawarkan pada harga IDR29,700,000 (RM8,558) manakala varian SE ditawarkan pada harga IDR30,700,000 (RM8,846). Advertisements
wsbk-kawasaki-terpaksa-tala-semula-enjin-zx-10rr-2021-bagi-patuhi-had-rev-limit-14600rpm
BERITA ANTARABANGSA WSBK 2021 WSBK: Kawasaki Terpaksa Tala Semula Enjin ZX-10RR 2021 Bagi Patuhi Had ‘Rev Limit’ 14,600RPM Posted on May 22, 2021May 22, 2021 by Amirul Azreen Beberapa jam sebelum aksi pembukaan tirai Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) berlangsung di Aragon, Kawasaki Racing Team (KRT) kini berdepan isu ‘rev limit’. Hal ini kerana FIM telah membuat pusingan U untuk tidak memperuntukkan ‘rev limit’ 15,100rpm diberikan kepada KRT sekaligus memaksa pasukan itu mematuhi ‘rev limit’ yang ditetapkan pada 14,600rpm seperti yang diumumkan sebelum ini. Situasi ini lantas memberi kesan kepada KRT, Puccetti Racing, Pedercini Kawasaki dan Orelac Racing yang telah pun tiba di Sepanyol bagi menghadapi musim 2021 WSBK bersama jentera ZX-10RR 2021. Keputusan FIM itu memaksa Kawasaki untuk menala semula enjin baharu dengan ‘rev limit’ berada pada 15,100rpm untuk kembali kepada 14,600rpm setelah mendapati tidak banyak komponen baharu didapati pada ruangan enjin. Berikut ‘rev limit’ yang telah ditetapkan FIM bagi semua pengeluar yang beraksi di WSBK musim 2021: Kawasaki ZX-10RR 2021 – 14,600rpmDucati V4 – 16,100rpmYamaha R1 – 14,950rpmBMW M 1000 RR – 15,500rpmHonda CBR1000RR-R – 15,600rpm BMW M 1000 RR 2021 telah mendapat pelbagai komponen baharu sekaligus Suruhanjaya Teknikal Antarabangs (CTI) membenarkan ‘rev limit’ berada pada 15,500rpm berbanding 14,900rpm pada musim lalu. Bagaimanapun, isu ‘rev limit’ ini dijangka tidak akan memberi kesan kepada usaha Jonathan Rea untuk memburu kejuaraan dunia WSBK ketujuh musim ini. Advertisements
toyota-gr-yaris-berharga-rm286896-sudah-habis-dijual
BERITA TEMPATAN Toyota GR Yaris Berharga RM286,896 Sudah Habis Dijual? Posted on January 21, 2021January 21, 2021 by Amirul Azreen Sejujurnya sama ada sudah habis dijual atau semakin hampir untuk habis dijual, kami tidak dapat pastikan kerana kenyataan rasmi dikeluarkan pihak UMW Toyota agak kurang jelas. Tanpa mendedahkan angka berapa unit telah pun terjual, UMW Toyota bagaimanapun mengumumkan bahawa penjualan Toyota GR Yaris mendapat sambutan hangat. Permintaan tinggi itu juga terbukti di negara lain dengan 1,000 unit yang telah diperuntukkan di Australia habis dijual dalam tempoh seminggu! Maka tidak tidak hairanlah jika kurang 200 unit (25,000 unit seluruh dunia) diperuntukkan untuk pasaran Malaysia juga mengalami nasib sama. Menariknya, laporan rakan media di PanduLaju mendakwa kesemua unit di Malaysia telah pun habis dijual. Setiap GR Yaris Performance Pack Edition akan didatangkan dengan plat nombor istimewa di samping tiga warna pilihan, Platinum White Pearl, Emotional Red 2 dan Precious Black. Toyota GR Supra merupakan model sulung yang lahir di kilang khas GR terletak di Motomachi, Jepun, fasiliti sama yang bertanggungjawab menghasilkan jentera ikonik, Lexus LFA. Model yang mendapat sentuhan lagnda WRC, Tommi Makinen ini didatangkan dengan enjin 1.6L turbocharged DOHC yang menjana 257.4hp pada 6,500rpm dan 360Nm pada 3,000-4,600rpm. Menurut Toyota, enjin ini menepati standard WRC 2 sekaligus merupakan enjin tiga silinder paling berkuasa dan ringan di dunia yang pernah dihasilkan. Toyota GR Yaris hanya ditawarkan dengan transmisi (manual) 6-kelajuan i-MT (Intelligent Manual Transmission) yang boleh membaca corak pertukaran gear mengikut acuan pemandu. Tiga mod pemanduan ditawarkan; Normal, Sport dan Track yang digandingkan dengan sistem four-wheel drive (GR-Four). Model ini juga dilengkapi dengan rim 18 inci (jenama BBS) yang dipasangkan bersama tayar Michelin Pilot Sport 4S 225/40R18 manakal sistem brek dikendalikan cakera brek 356mm (depan) dan 287mm belakang. Ruang dalam menempatkan skrin TFT 4.2 inci dan sistem infotainmen yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto. Toyota Safety Sense turut menawarkan ciri keselamatan berikut: Pre-Crash SystemDynamic Radar Cruise ControlLane Departure AlertLane Tracking AssistAuto High Beam Advertisements
saya-hanya-akan-kembali-musim-depan-marc-marquez
Moto Malaya Saya Hanya Akan Kembali Musim Depan – Marc Marquez Posted on November 10, 2020November 10, 2020 by Amirul Azreen Marc Marquez mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam baki dua pusingan musim ini. Perkara itu disahkan sendiri pasukannya, Repsol Honda yang mendedahkan pelumba itu perlukan masa secukupnya untuk kembali pulih 100 peratus daripada kecederaan. Marquez mengumumkan keputusannya di laman Twitter. This season I will not compete again. After evaluating how the arm is doing with the Doctors and my team, we have decided that the best option is to return next year. It's time to continue with the recovery. Thanks for the messages of support. Looking forward to returning in 2021 pic.twitter.com/WlQI3BntTN— Marc Márquez (@marcmarquez93) November 10, 2020 Marquez mengalami kecederaan lengan serius sewaktu di Jerez, Julai lalu dan meskipun cuba kembali pada pusingan seterusnya, dia terpaksa menjalani pembedahan kedua bagi membetulkan plat besi yang ditanam pada pembedahan sebelumnya. *Marquez alami kemalangan serius sewaktu di Jerez Stefan Bradl akan terus mengisi slot Marquez di baki dua pusingan terakhir musim ini. Advertisements
curi-honda-civic-pdrm-di-pulau-pinang-kena-cekup-di-shah-alam
BERITA TEMPATAN Curi Honda Civic PDRM Di Pulau Pinang, Kena Cekup Di Shah Alam Posted on October 25, 2020October 25, 2020 by Amirul Azreen Dua individu telah bertindak melarikan sebuah kereta peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia jenis Honda Civic 1.8S di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam tadi. *Kerete peronda jenis Honda Civic 1.8S yang dilarikan Suspek lelaki dan wanita itu melarikan kereta peroda baharu terbabit pada jam 9.40 malam yang diletakkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara. Difahamkan, suspek telah menyamar sebagai anggota dan memasuki perkarangan IPD dengan motosikal sebelum melarikan diri dengan kereta tersebut. *Suspek lelaki dan wanita diberkas Sehubungan itu, PDRM telah melancarkan gerakan bagi memburu suspek sebelum berjaya menahan kedua-duanya bersama kereta peronda tersebut di lampu isyarat Seksyen 9, Shah Alam sekitar jam 2 pagi. Kereta peronda Honda Civic 1.8S itu merupakan kenderaan baharu yang diperkenalkan pada September lalu. Lengkap dengan peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini, sebanyak 425 unit telah pun diserahkan kepada PDRM dengan kos keseluruhan mencecah RM67 juta. Advertisements
honda-motocompo-bakal-kembali
Moto Malaya Honda Motocompo Bakal Kembali! Posted on August 6, 2020August 6, 2020 by Amirul Azreen Honda dicanang bakal mengembalikan model ikonik, MotoCompo, apabila pengeluar motosikal Jepun itu mempatenkan nama Motocompacto. Tindakan itu sekaligus beri bayangan skuter boleh lipat, MotoCompo akan kembali bukan sahaja dengan nama baharu malah enjin baru. Motocompacto dijangka akan bernadikan enjin elektrik berbanding enjin 49cc dengan 2.5hp yang diguna pakai pada model MotoCompo sebelum ini. MotoCompo merupakan skuter bersaiz kecil yang dilancarkan pada 1981 dan terus dihasilkan sehingga 1983 yang direka untuk dimuatkan ke dalam ruang letak barang di belakang Honda City, ketika itu. Meskipun hanya dijual untuk tempoh tiga tahun namun lebih 50,000 unit MotoCompo telah pun diserahkan kepada pembeli yang kemudiannya menjadi ikutan orang ramai. Berdasarkan model konsep yang ditayangkan bagi Motocompacto, dijangka Honda akan melakukan beberapa perubahan apabila model ini dibawa ke peringkat pengeluaran. Advertisements
motogp-remy-gardner-sertai-tech-3-ktm-di-kelas-premier-musim-2022
Moto Malaya MotoGP: Remy Gardner Sertai Tech 3 KTM Di Kelas Premier Musim 2022 Posted on June 2, 2021June 2, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Red Bull KTM Ajo Moto2, Remy Gardner, bakal beraksi di kelas premier bersama Tech 3 KTM musim 2022. Perkara itu disahkan KTM yang mendedahkan pelumba Australia itu akan bersaing di MotoGP, 30 tahun selepas ayahnya, Wayne Gardner bersara pada 1992. Pengumuman itu menyaksikan Gardner menjadi pelumba pertama yang mengesahkan tempat di Tech 3 KTM dan bakal menggantikan antara Danilo Petrucci dan Iker Lecuona musim depan. Bekas pelumba Onexox TKKR SAG Team itu turut meluahkan rasa gembira atas peluang yang diberikan. “Saya gembira kerana KTM memberikan peluang ini. Ini adalah impian saya selama ini. “Saya tak sabar untuk menunggang jentera MotoGP. Saya mahu berterima kasih kepada KTM atas kepercayaan ini. “Fokus utama ketika ini adalah menamatkan musim 2021 dengan keputusan yang baik,” jelas Gardner. Sementara itu, senario ini menyaksikan Australia akan mempunyai dua wakil pelumba di saingan MotoGP musim depan (Remy Gardner dan Jack Miller) buat pertama kalinya sejak Casey Stoner dan Chris Vermeulen pada 2009. Gardner ketika ini mendahului kejuaraan Moto2 dengan kelebihan 6 mata di hadapan rakan sepasukan, Raul Fernandez yang mengutip 108 mata setakat ini. Advertisements
dua-budak-sekolah-antara-lapan-ditahan-beraksi-superman-di-akleh
BERITA TEMPATAN Dua Budak Sekolah Antara Lapan Ditahan Beraksi Superman Di AKLEH Posted on February 15, 2021February 15, 2021 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan lapan lelaki dalam Ops Samseng Jalanan yang dilaksanakan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, mendedahkan lapan lelaki berusia 14 hingga 23 tahun termasuk dua yang masih bersekolah telah ditahan dalam dua operasi berasingan. “Siasatan mendapati dua daripada lelaki itu masih bersekolah, manakala seorang lagi bekerja di sebuah restoran makanan segera,” jelasnya. Pemeriksaan pada motosikal juga mendapati beberapa kesalahan telah dilakukan antaranya menggunakan nombor plat fancy, ekzos bising serta tayar kecil di samping tiada lampu depan dan belakang. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HM Advertisements
xiaomi-perkenalkan-ninebot-gokart-pro-lamborghini-edition-rm6050
Moto Malaya Xiaomi Perkenalkan Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition – RM6,050 Posted on August 25, 2020August 25, 2020 by Amirul Azreen Xiaomi dengan kerjasama Lamborghini memperkenalkan go-kart elektrik untuk orang dewasa, Ninebot GoKart Pro edisi Lamborghini. Rekaan keseluruhan go-kart ini tampak sama seperti Segway Ninebot namun dengan beberapa ciri yang telah dinaik taraf. Edisi Lamborghini ini menawarkan kelajuan sehingga 40km/j dengan tayar belakang boleh ditukar kepada tayar ‘drift’ bagi menawarkan pemanduan lebih ekstrim dan lasak. Antara ciri lain yang turut ditawarkan adalah stering Ackerman, lampu depan, spoiler belakang yang Xiaomi mendakwa meningkatkan aerodinamik dan pemanduan. Jentera ini juga didatangkan dengan empat corong udara bagi menyalurkan penyejukan ram-air kepada bateri 432Wh. Bukan itu sahaja, bateri tersebut juga didakwa mampu menggerakan go-kart ini lebih 62 lap sekitar trak 400 meter atau 25km. Antara ciri menarik lain ditawarkan termasuk pembesar suara yang boleh dimainkan secara Bluetooth atau pemandu boleh memainkan bunyi enjin Lamborghini V8 atau V12 jika bosan dengan bunyi yang dihasilkan motor elektrik terbabit. Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition ini ditawarkan pada harga USD1,450 (RM6,050). Advertisements
cfmoto-lancar-800mt-sport-dan-800mt-touring-95hp-88nm
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya CFMoto Lancar 800MT Sport Dan 800MT Touring – 95hp, 88Nm! Posted on June 3, 2021June 5, 2021 by Amirul Azreen CFMoto akhirnya merasmikan motosikal segmen adventure, 800MT di Beijing Motor Show 2021, baru-baru ini. Pengeluar motosikal China itu akan menawarkan dua varian, 800MT Sport dan 800MT Touring dengan kedua-duanya menawarkan ciri berbeza mengikut kesesuaian tunggangan. Spesifikasi 800MT turut didedahkan kepada umum, dengan motosikal tersebut dikuasakan enjin parallel-twin 799cc yang menawarkan 95hp pada 8,000rpm dan 88Nm pada 6,600rpm. *CFMOTO 800MT Touring Menurut CFMoto, 800MT ini turut tampil dengan ciri slipper clutch, suntikan bahan api elektronik Bosch dan fungsi ride-by-wire dengan tiga mod tunggangan; rain,off-road dan road. Antara ciri menarik lain yang turut ditawarkan: sistem suspension KYBkaliper brek J.JuanABS dwi-salurancruise controltangki 19Lcrash bartempat duduk dengan ketinggian 825mmpenghadang angin boleh laraspengecas USBlampu LED penuh CFMOTO 800MT Sport Sementara itu, perbezaan utama di antara versi Sport dan Touring adalah penggunaan rim 17″ jenis cast wheel pada Sport dan spoke (tubeless) 19″ pada Touring. Pada masa sama, varian Touring juga tampil dengan fungsi berikut: tyre pressure monitoring systemquickshifterhandguardbashplatesteering damperkeyless Dalam perkembangan sama, kami turut dimaklumkan bahawa 800MT ini akan dipasarkan di Malaysia sekitar 2022. Advertisements
lawan-arus-dan-sebabkan-dua-kemalangan-hanya-kerana-tiada-kad-touch-n-go
BERITA TEMPATAN Lawan Arus Dan Sebabkan Dua Kemalangan Hanya Kerana Tiada Kad Touch ‘n Go Posted on October 30, 2020October 30, 2020 by Amirul Azreen Tular rakaman video memaparkan sebuah kereta telah melawan arus di Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), semalam. Rakaman video berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu oleh seorang warga emas melawan arus hingga berlaku kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kejadian lawan arus itu berlaku apabila warga emas berusia 73 tahun itu hendak ke Tesco di Seksyen 13 dari rumahnya di Seksyen 8, Shah Alam. Bagaimanapun, disebabkan tersalah jalan, lelaki tersebut telah masuk ke LKSA dan apabila tiba di Plaza Tol Sri Muda dia tidak memiliki kad Touch ‘n Go lantas membuat keputusan melawan arus untuk patah balik ke rumah. Tindakannya itu turut menyebabkan kereta jenis Honda City – dalam perjalanan pulang ke Kota Kemuning – kemalangan sewaktu cuba mengelak kereta Kelisa terbabit sebelum kemalangan kedua berlaku di lebuh raya sama. Selepas terlibat dengan kemalangan kedua, warga emas tersebut telah dihantar pulang ke rumah oleh orang awam sebelum anaknya membawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memfailkan laporan polis. Warga emas terbabit kemudiannya ditahan untuk tindakan selanjut. – Kosmo Advertisements
motogp-masalah-enjin-bikin-gusar-yamaha
BERITA ANTARABANGSA motogp MotoGP: Masalah Enjin Bikin Gusar Yamaha Posted on July 28, 2020July 28, 2020 by Amirul Azreen Yamaha meraikan kejayaan di GP Andalucia baru-baru menerusi Fabio Quartararo, Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Quartararo menghadiahkan kemenangan kedua buat Petronas Sepang Racing Team (SRT) diikuti Rossi kedua dan Vinales melengkapkan podium bagi pasukan Monster Enegery Yamaha. Bagaimanapun, disebalik kejayaan itu, pasukan masing-masing mula bimbang tatkala ketiga-tiga pelumba itu telah pun kehilangan tiga daripada lima enjin yang dibenarkan. Franco Morbidelli jadi mangsa terbaru apabila mengalami insiden sama yang melanda Rossi dua minggu lalu apabila enjin kehilangan kuasa secara tiba-tiba. Masalah enjin tersebut turut menyekat Morbidelli untuk menamatkan aksi di GP Andalucia di kedudukan keempat. Setiap pasukan MotoGP tanpa konsesi – Yamaha, Honda, Ducati dan Suzuki – dibenarkan untuk menggunakan lima enjin bagi setiap pelumba dalam tempoh 13-pusingan musim ini. Pada masa sama, pembangunan enjin telah dibekukan sehingga 2021 sekaligus bermakna Yamaha tidak boleh melaksanakan sebarang perubahan baharu ketika ini. Kebiasaannya setiap pasukan akan menggunakan dua enjin bagi setiap pelumba ketika pusingan pertama dan bersilih ganti sebelum beralih ke enjin ketiga, keempat dan kelima. Setakat ini, semua pasukan telah menggunakan dua enjin dalam dua perlumbaan – GP Sepanyol dan GP Andalucia – setakat ini kecuali Yamaha. Menurut info dikongsikan Peter McLaren, Vinales telah pun menggunakan kelima-lima enjin, sementara Quartararo, Rossi dan Morbidelli telah pun menggunakan empat enjin. Senario ini bermula dengan Vinales apabila menghadapi masalah dengan Enjin 2 pada Ujian Bebas yang memaksa dia menggunakan Enjin 3 pada Ujian Bebas 4 di GP Sepanyol. Kemudian Rossi mengalami masalah sama ketika perlumbaan berlangsung dengan enjin jentera M1 ditunggangnya tiba-tiba mati. Isu tersebut jelas menandakan masalah yang besar apabila Yamaha membuat keputusan untuk memulangkan dua enjin terbabit ke Jepun untuk diagnosis penuh sekaligus menandakan bahawa kedua-dua enjin tersebut tidak lagi boleh digunakan. Keempat-empat pelumba Yamaha – Quartararo,Morbidelli, Rossi dan Vinales – kemudiannya diberikan dua enjin baharu untuk digunakan di GP Andalucia minggu lalu. Namun, Morbidelli – yang menggunakan enjin baharu tersebut – terpaksa bersara awal meskipun enjin itu hanya digunakan dalam tiga sesi di litar. Morbidelli mendedahkan Yamaha sedang memeriksa apakah punca kejadian tersebut. “Jentera saya tiba-tiba mati enjin. Ketika ini kami tidak pasti apakah yang berlaku,” jelasnya. Menurut peraturan, pelumba yang menggunakan lebih daripada lima enjin dalam satu musim perlu memulakan perlumbaan di pit, lima saat selepas lampu hijau menyala. Senario itu pastinya mahu dielakkan terutamanya bagi pendahulu kejuaraan Fabio Quartararo dan Maverick Vinales. Advertisements
kompaun-rm10000-jika-langgar-sop
BERITA TEMPATAN Kompaun RM10,000 Jika Langgar SOP Posted on February 25, 2021February 25, 2021 by Amirul Azreen Orang awam berdepan tindakan kompaun RM10,000 jika didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan serta kawalan pandemik Covid-19. Kadar kompaun baharu itu akan berkuatkuasa bermula 11 Mac ini mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan hari ini. Kompaun RM10,000 itu menggantikan kadar kompaun RM1,000 yang dikenakan sebelum ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sementara itu, syarikat atau pertubuhan akan dikenakan kompaun sehingga RM50,000 jika melakukan kesalahan sama. Pada masa sama, individu yang didapati melanggar Ordinan Darurat juga boleh ditahan manakala mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 atau dikesan sebagai kontak rapat akan dipakaikan peranti pengesanan. Advertisements
motogp-monster-energy-jadi-penaja-utama-suzuki-ecstar-2021
Moto Malaya MotoGP: Monster Energy Jadi Penaja Utama Suzuki Ecstar 2021 Posted on December 2, 2020December 2, 2020 by Amirul Azreen Pasukan Suzuki MotoGP akan membawa nama Monster Energy selaku penaja utama bagi musim 2021. Difahamkan, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian itu untuk beberapa tahun yang akan menyaksikan Monster Energy – yang juga penaja utama Yamaha MotoGP – menjadi penaja rasmi pasukan Suzuki. Jenama minuman tenaga itu telah pun menaja Joan Mir dan Alex Rins untuk dua musim (2019-2020) sebelum ini. Menurut pengurus pasukan Suzuki Ecstar, Davide Brivio yakin kerjasama ini akan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak. “Kami telah pun berbincang mengenai kerjasama ini di awal tahun jadi kami cukup berbangga kerana Monster Energy akan menjadi penaja utama kami untuk beberapa tahun akan datang,” jelasnya. Tahun 2020 merupakan musim bertuah buat Suzuki yang turut muncul sebagai juara dunia menerusi Joan Mir sejak kali terakhir dilakukan Kenny Roberts Jr pada tahun 2000. Advertisements
anggota-tudm-maut-kemalangan-berpunca-dari-jalan-berlubang-di-lorong-kiri
Moto Malaya Anggota TUDM Maut Kemalangan Berpunca Dari Jalan Berlubang Di Lorong Kiri Posted on November 7, 2020November 7, 2020 by Amirul Azreen Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui ajal selepas maut digilis lori apabila motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian yang di Jalan Kuching, semalam. Menurut laporan media tempatan, mangsa, Mohd Husaini Mohd Nasir, 28 tahun, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang. Bagaimanapun, sewaktu menunggang di lorong kiri Jalan Kuching, mangsa telah melanggar lopak air lantas menyebabkannya terbabas ke lorong kanan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menjelaskan mangsa kemudiannya telah digilis lori. “Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HM Advertisements
gresini-racing-berpisah-dengan-aprilia-bagi-musim-2022
BERITA ANTARABANGSA Gresini Racing Berpisah Dengan Aprilia Bagi Musim 2022 Posted on December 15, 2020December 15, 2020 by Amirul Azreen Meskipun musim 2021 beberapa bulan dari pembukaan tirai namun Gresini Racing telah pun mengambil langkah proaktif untuk berpisah dengan Aprilia bagi musim 2022. Perkara itu disahkan sendiri Gresini Racing yang diketuai Fausto Gresini dalam satu kenyataan yang mengesahkan mereka akan kembali sebagai pasukan bebas. Senario ini bukanlah satu kejutan tatkala Gresini dan Aprilia telah pun mendedahkan rancangan untuk tidak bergerak seiringan sebelum ini. Gresini dan Aprilia bersatu pada 2015 dengan tiket sebagai pasukan bebas dan bukannya sebagai pasukan factory. Meskipun Gresini tidak mendedahkan perancangan mereka bagi musim 2022 namun difahamkan mereka sedang dalam perbincangan untuk bergerak sebagai pasukan satelit Suzuki. Selain Gresini, VR46 – yang juga akan beroperasi sebagai pasukan MotoGP pada 2022 – dicanang sebagai calon untuk menjadi pasukan satelit Suzuki. Bagaimanapun, Gresini juga berpeluang bergerak sebagai pasukan satelit Aprilia di samping pasukan factory Aprilia pada musim tersebut. Advertisements
honda-rancang-perkenal-sistem-radar-pada-crf1100l-africa-twin
Moto Malaya Honda Rancang Perkenal Sistem Radar Pada CRF1100L Africa Twin Posted on March 9, 2021March 9, 2021 by Amirul Azreen Honda bakal mengikut langkah pengeluar motosikal lain dengan memperkenalkan sistem radar bagi CRF1000L Africa Twin berdasarkan paten yang difailkan, baru-baru ini. Berbanding Ducati Multistrada V4, KTM 1290 Super Adventure S dan BMW R 1250 RT yang mengguna pakai teknologi pengesanan (radar) Bosch, sistem radar yang bakal diterapkan pada Africa Twin itu dibangunkan sepenuhnya oleh Honda sendiri. Sementara itu, sensor tersebut dijangka akan diletakkan di bawah lampu depan dan lampu belakang seperti yang dilakukan Ducati, KTM dan BMW. Namun, Honda akan mereka semula ‘mudguard’ depan dan belakang bagi memastikan tiada halangan berlaku terhadap sensor tersebut. Bagaimanapun, apa yang menarik Honda turut merancang agar sensor tersebut dipadankan bersama kamera yang mungkin menyampaikan info sepertimana terdapat pada kereta Honda menerusi teknologi Honda Sensing. Sistem cruise control dengan bantuan radar semakin menjadi popular dikalangan motosikal segmen-adventure dan touring kerana bukan sahaja menawarkan kemudahan terbaik semasa tunggangan jarak jauh malah lebih selamat berbanding ciri cruise control konvensional. Advertisements
benelli-302r-2021-dirasmikan-di-china-enjin-euro-5-35hp
BERITA ANTARABANGSA Benelli 302R 2021 Dirasmikan Di China – Enjin Euro 5, 35HP! Posted on May 6, 2021May 6, 2021 by Amirul Azreen Benelli, anak syarikat milik Qianjiang Motorcycle dengan rasminya melancarkan 302R 2021 di China. Benelli 302R bukanlah model popular jika dibandingkan dengan jenama Jepun lain namun berdasarkan model baharu yang telah dinaik taraf dari pelbagai aspek, model ini dijangka mamu memberi saingan lebih kompetitif. Bagi 2021, Benelli 302R tampil dengan rekaan lampu projektor melintang yang diapit dengan lampu LED DRL (Daytime Running Light) di kiri dan kanan sekaligus menghadirkan imej lebih moden. Benelli turut mengaplikasikan corong udara disekeliling panel lampu depan dan di tempat duduk pillion yang bukan sahaja mendatangkan rupa agresif malah meningkatkan downforce. Namun, ketika bahagian depan dan belakang telah direka semula, panel sisi dan tangki 14L yang terdapat pada model sebelumnya telah dibawa ke model baharu ini. Pada masa sama, Benelli turut mengekalkan penggunaan fork USD 41mm namun kali ini boleh diselaraskan (preload). Sementara itu, enjin 300cc parallel-twin yang terdapat pada Benelli 302R ini turut dinaik taraf bagi mencapai standard Euro 5 namun kini menawarkan 35hp pada 11,000rpm dan 27Nm pada 9,000rpm berbanding 38hp dan 26.5Nm pada model sebelumnya. Bagaimanapun, bagi mengimbangi penurunan kuasa, Benelli 302R baharu ini adalah 22 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya. Bagi menampilkan konsep lebih moden, model 2021 ini turut didatangkan dengan skrin TFT berwarna setaraf dengan motosikal lain dalam segmennya. Seperti model sebelumnya, Benelli 302R 2021 ini juga dijangka akan menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi. Advertisements
jalan-licin-beberapa-penunggang-motosikal-kemalangan-serentak-di-jalan-kuching
BERITA TEMPATAN Jalan Licin, Beberapa Penunggang Motosikal Kemalangan Serentak Di Jalan Kuching Posted on January 2, 2021January 2, 2021 by Amirul Azreen Beberapa motosikal dirakam alami kemalangan susulan permukaan jalan raya licin di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur. Rakaman berdurasi 47 saat itu memaparkan dua buah motosikal hilang kawalan sebelum terjatuh di tengah-tengah jalan raya manakala terdapat beberapa lagi telah pun mengalami nasib sama. Sementara itu, netizen mempersoal pihak berwajib yang tidak turun padang dan membuat pemeriksaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. Rata-rata turut membangkitkan isu ‘minta maaf’ oleh pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Langat yang berlaku sewaktu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kemalangan gara-gara jalan berlubang sewaktu berbasikal. Advertisements
motogp-dorna-dan-irta-kecewa-pelumba-tak-patuh-sop
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Dorna Dan IRTA Kecewa Pelumba Tak Patuh SOP Posted on October 27, 2020October 27, 2020 by Amirul Azreen Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) telah menyerahkan surat kepada MotoGP bagi meluahkan kekecewaan terhadap beberapa pelumba yang melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kekecewaan itu dibuat susulan terdapat segelintir pelumba yang pulang ke rumah di antara minggu pertama dan kedua di Litar Aragon (GP Aragon dan GP Teruel). MotoGP tidak berkompromi dalam melaksanakan pencegahan Covid-19 musim ini antaranya mengurangkan jumlah kakitangan di paddock, menjalankan ujian kerap dan sistem ‘bubble’ bagi menyekat interaksi di antara pelumba dan kakitangan lain. Antara SOP yang ditetapkan (terutamanya membabitkan perlumbaan berturut-turut) adalah Dorna mengarahkan semua pelumba untuk hanya berada di perkarangan litar dan hotel bagi dua minggu berturut-turut semasa di Aragon. Pelumba dan semua kakitangan tidak dibenarkan melakukan perjalanan luar dari ‘bubble’ tersebut kecuali atas faktor urusan penting. Bagaimanapun, beberapa pelumba telah melanggar SOP ketat itu antaranya termasuklah Valentino Rossi yang terlepas kedua-dua aksi di Aragon. *Rossi langgar protokol dengan pulang ke rumah di Itali Rossi telah didapati positif Covid-19 selepas pulang ke rumah di Itali dari Le Mans. Manakala, pelumba Moto3, Tony Arbalino perlu menjalani kuarantin tatkala dikesan duduk rapat dengan individu yang didapati positif Covid-19 sewaktu dalam penerbangan pulang ke Itali. *Arbalino terpaksa menjalani kuarantin susulan ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19 Senario ini sekaligus memaksa IRTA bersama-sama Dorna menghantar surat kepada semua pelumba bagi menyatakan kebimbangan mereka terhadap pelumba yang melanggar SOP tersebut. “Selepas mengambil kira semua faktor, paddock MotoGP dilabel sebagai kawasan yang menawarkan risiko jangkitan Covid-19 paling minimum. “Risiko terbesar hadir daripada individu yang dijangkiti Covid-19 semasa di rumah atau sewaktu dalam perjalanan. “Kami mendapati terdapat beberapa individu yang melanggar prosedur ini. Ada juga gambar memaparkan kakitangan mearikan kejayaan pelumba tanpa mengenakan pelindung muka. “Tolong jangan memperjudikan perkembangan musim ini,” antara isi kandungan surat dikeluarkan IRTA bersama Dorna. Advertisements
sime-darby-lancar-portal-jual-beli-kereta-terpakai-atas-talian
BERITA TEMPATAN Sime Darby Lancar Portal Jual Beli Kereta Terpakai Atas Talian Posted on October 23, 2020October 23, 2020 by Amirul Azreen Sime Darby Auto Selection melancarkan laman jual beli kereta terpakai atas talian. Objektif utama pelancaran laman atas talian ini adalah menawarkan pelanggan pengalaman pembelian yang lebih mudah apatah lagi mengelakkan daripada hadir secara fizikal bagi mengelakkan penularan Covid-19. Penjualan atas talian ini boleh diakses menerusi simedarbyautoselection.com.my dan pelanggan boleh memilih daripada pelbagai jenis kenderaan terpakai yang menawarkan lebih 300 kenderaan pelbagai jenama yang bukan sahaja termaktub di bawah payung Sime Darby Motors. Menariknya, setiap kereta terpakai ini telah pun menjalani proses pemeriksaan terperinci bagi memastikan kenderaan ditawarkan berada dalam keadaan terbaik. Laman sesawang tersebut turut menawarkan ciri penjadualan pemeriksaan kenderaan dan janji temu penilaian kereta, janji temu servis dan tempahan pandu uji. Pelanggan juga boleh mengakses ciri ‘Spin Car’ yang membolehkan penelitian kenderaan (luar dan dalam) dilakukan secara 360 darjah. Portal tersebut boleh diakses bermula hari ini, untuk maklumat lebih terperinci, layari simedarbyautoselection.com.my Advertisements
yamaha-yzf-r7-ow-02-1999-dengan-perbatuan-kosong-ini-untuk-dijual-rm345300
BERITA ANTARABANGSA Yamaha YZF-R7 OW-02 1999 Dengan Perbatuan Kosong Ini Untuk Dijual – RM345,300! Posted on March 12, 2021March 12, 2021 by Amirul Azreen Bulan lalu, terdapat laporan seorang pengumpul motosikal di United Kingdom menawarkan beberapa motosikal untuk dijual antaranya Kawasaki ZX7-RR 1996 serta sebuah Ducati 1299 Superleggera 2014. Kini, individu terbabit turut menawarkan sebuah jentera edisi terhad keluaran 1999, Yamaha YZF-R7 OW-02. Terhad kepada 500 unit seluruh dunia, jentera bernadikan enjin 750cc ini dijual pada harga GBP59,995 (RM345,300). Model OW-02 merupakan motosikal “race homologation” yang dibina Yamaha pada 1999 untuk tujuan beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) serta Suzuka 8 Hours. Jentera ini menawarkan di antara 106hp hingga 162hp bergantung kepada kit prestasi yang diguna pakai. Lebih menarik, R7 ini masih belum mencatatkan sebarang perbatuan dan berada dalam keadaan “new old stock” di samping belum didaftarkan. Yamaha R7 merupakan jentera yang dibangunkan dengan data yang diambil daripada YZR500 yang beraksi di MotoGP. Advertisements
skuter-berbumbung-antara-disaman-dalam-ops-kesalahan-teknikal-motosikal
BERITA TEMPATAN Skuter Berbumbung Antara Disaman Dalam Ops Kesalahan Teknikal Motosikal Posted on March 11, 2021March 11, 2021 by Amirul Azreen Seorang pemilik skuter jenis SYM VTS 200 antara yang dikenakan tindakan saman gara-gara membina bumbung sendiri. Lelaki berusia 52 tahun itu membina sendiri struktur bumbung terbabit berserta pengilap cermin pada skuternya bermodalkan RM300. Menurutnya, sepanjang tempoh memasang bumbung tersebut sejak tahun lalu dia tidak pernah disaman pihak berkuasa. Pemilik skuter tersebut antara yang ditahan dalam Operasi Kesalahan Teknikal Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata sebanyak 1,050 motosikal telah diperiksa dengan 150 motosikal telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, guna nombor plat ‘fancy’, tayar kecil serta ubah suai ekzos. – HM Advertisements
aprilia-rsv4-1100-tuono-v4-2021-didedahkan-dengan-brembo-stylema-ohlins-smart-ec-2-0
BERITA ANTARABANGSA Aprilia RSV4 1100, Tuono V4 2021 Didedahkan – Dengan Brembo Stylema, Ohlins Smart EC 2.0! Posted on January 18, 2021January 18, 2021 by Amirul Azreen Aprilia telah melancarkan RSV4 1100 dan Tuono V4 yang telah dikemas kini untuk tahun 2021 dengan rekaan dan teknologi baharu. Selepas melancarkan RS660 dan Tuono 660 baru-baru ini, rata-rata menantikan perkembangan terkini motosikal sportsbike flagship syarikat dari Noale, Itali itu. Diinspirasikan daripada platform RS-GP yang beraksi di MotoGP, RSV4 kini menjana 214hp dengan enjin 1099cc manakala Tuono V4 kekal dengan 175hp dan 121Nm dengan masing-masing kini mencapai piawaian Euro 5. *Aprilia Tuono V4 1100 Kedua-dua model ini juga lengkap dengan sistem ekzos baharu termasuk pakej elektronik terkini yang merangkumi ECU Marelli 11MP. Penunggang juga ditawarkan skrin TFT berwarna lebih besar dan boleh memilih di antara enam mod menunggang. Swingarm jenis ‘underslung’ juga dipinjam dari RS-GP sekaligus lebih ringan lantas meningkatkan kestabilan kedua-dua jentera. Ergonomik tempat duduk RSV4 1100 turut dipertingkat dengan tempat duduk serba baharu yang dipadankan dengan tangki yang telah direka semula termasuk penggunaan ‘winglet’. *Aprilia RSV4 1100 Sementara Tuono V4 menampilkan ergonomik lebih menegak dan selesa dengan Aprilia mendakwa jentera ini lebih sesuai untuk tunggangan jarak jauh hasil daripada ‘handlebar’ lebih tinggi. Antara ciri menarik lain ditawarkan: lampu LED penuh (termasuk cornering light)ABSrim forged aluminiumtraction controlwheelie controlsistem suspension separa-aktif Ohlins Smart EC 2.0kaliper brek Brembo Stylema Aprilia menawarkan RSV4 ini dalam tiga warna pilihan, Dark Losail (standard), Aprilia Black dan Lava Red manakala Tuono V4 tampil dengan warna Tarmac Grey dan Glacier White. Advertisements
benda-lfc700-bakal-dilancarkan-julai-ini-4-inline-97hp
Moto Malaya Benda LFC700 Bakal Dilancarkan Julai Ini – 4-Inline, 97HP! Posted on May 11, 2021May 11, 2021 by Amirul Azreen Jenama motosikal China, Benda telah pun mendedahkan LFC700 baru-baru di Shanghai Motor Show. Dijadualkan untuk pelancaran pada Julai 2021, motosikal jenis cruiser ini akan dikuasakan dengan enjin 4-inline 680cc yang berupaya menghasilkan 97hp pada 12,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Selain menampilkan rekaan yang asli (tanpa perlu meniru model motosikal lain), Benda LFC700 ini turut tampil dengan ciri terkini antaranya, paparan TFT, klac slipper dan ABS. Lebih menarik, motosikal ini juga dijangka menawarkan fungsi hill-hold assist bagi memudahkan kawalan sewaktu berada di kawasan berbukit. Dalam perkembangan terbaru, Benda mendedahkan bahagian kerangka dan swingarm menggunakan bahan jenis aluminium sekaligus menyumbang kepada berat jentera 215 kilogram sahaja. Antara aspek paling menonjol adalah penggunaan tayar 310/35-18 belakang yang lebih besar saiznya berbanding Harley-Davidson FXDR. Bagi menjaminkan tahap membrek dan kawalan yang efisien, LFC700 tampil dengan kaliper radial berkembar dan fork jenis USD di bahagian depan. Segala info lebih terperinci mengenai Benda LFC700 ini akan didedahkan pada Julai nanti. Advertisements
kawasaki-lancar-dua-warna-baharu-ninja-250-bagi-2021
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki Lancar Dua Warna Baharu Ninja 250 Bagi 2021 Posted on December 1, 2020December 1, 2020 by Amirul Azreen Kawasaki telah pun melancarkan Ninja 250 2021 di Jepun. Menariknya, model 2021 menyaksikan Ninja 250 ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu, Metallic Carbon dan edisi Kawasaki Racing Team (KRT). *Kawasaki Ninja 250 KRT Edition Pada masa sama, Kawasaki turut menawarkan pelbagai aksesori tambahan antaranya rear seat cowl, penghadang angin, DC power socket dan pelindung radiator. *Kawasaki Ninja 250 Metallic Carbon Bagaimanapun, kemas kini yang dilaksanakan hanyalah membabitkan pilihan warna baharu dan grafik lantas model 2021 ini masih lagi menawarkan lampu LED, paparan separa digital, fork depan teleskopik, monoshock, cakera brek 310mm depan dan 220mm belakang manakala sistem brek dikendalikan ABS (anti-lock braking system). Model 2021 ini juga masih lagi bernadikan enjin parallel-twin 248cc dengan penyejukan cecair yang menjana 36.2hp pada 12,500rpm dan 23Nm pada 10,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan ‘assist/slipper clutch’. Advertisements
motogp-umum-pembatalan-ujian-pra-musim-di-sepang
BERITA TEMPATAN MotoGP Umum Pembatalan Ujian Pra-Musim Di Sepang Posted on January 13, 2021January 13, 2021 by Amirul Azreen Ujian pra-musim rasmi MotoGP yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Februari telah dibatalkan. Sebelum ini, Dorna dan IRTA bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali dikatakan telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan Malaysia bagi mencari solusi terbaik susulan pengunjung luar harus menjalani kuarantin wajib tujuh hari. Bagaimanapun, aksi di Sepang kini sah dibatalkan selepas mengambil kira faktor peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di negara ini. Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari di beberapa negeri termasuk pengisytiharan darurat membuatkan pihak MotoGP membuat keputusan untuk membatalkan ujian pra-musim disini. “FIM, IRTA dan Dorna Sports dengan dukacita mengumumkan pembatalan Sepang Shakedown dan Ujian Pra-Musim Rasmi Litar Antarabangsa Sepang. “Kes Covid-19 serta keputusan ‘lockdown’ terbaru telah membawa kepada pembatalan acara ini yang sepatutnya dijadualkan pada Februari. “Ujian pra-musim di Qatar pada 10 hingga 12 Mac ini masih disahkan untuk berjalan bagaimanapun segala info terkini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” jelas pihak MotoGP dalam satu kenyataan. Hal ini sekaligus menjadikan Litar Losail sebagai medan ujian sulung pelumba bagi musim 2021. Advertisements
tiga-varian-suv-mercedes-benz-glb-dilancarkan-dari-rm269-ribu
BERITA TEMPATAN Tiga Varian SUV Mercedes-Benz GLB Dilancarkan – Dari RM269 Ribu! Posted on September 22, 2020September 22, 2020 by Amirul Azreen Mercedes-Benz Malaysia melancarkan tiga varian kenderaan utiliti sukan (SUV) GLB menerusi 200 Progressive Line, 250 AMG Line dan AMG GLB 35 4Matic. Diperkenalkan sebagai SUV kompak, varian GLB menawarkan panjang 2,828 milimeter dengan jarak roda (wheelbase) 10cm lebih panjang berbanding B-Class. Menurut Mercedes, tempat duduk barisan ketiga – yang julung kalinya ditawarkan pada sebuah SUV kompak Mercedes-Benz – menawarkan ketinggian sehingga 1.68m selain daripada tempat pengecas USB dan tempat letak bekas minuman. Mercede-Benz GLB 200 Progressive Line didatangkan dengan enjin 1.3L turbo empat silinder yang menjana 163hp dan 250Nm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 207km/j. Manakala, GLB 250 4Matic AMG Line dilengkapi enjin 2.0L turbo empat silinder yang menawarkan 224hp dan 350Nm dan sistem pacuan semua roda 4Matic yang disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan (8G-DCT). Bagi yang berminat dengan SUV lebih berkuasa, Mercedes-Benz turut menawarkan varian ketiga, GBL 35 4Matic yang dilengkapkan dengan enjin AMG 2.0L turbo empat silinder. Model ini menawarkan 306hp dengan 400Nm yang disalurkan menerusi kotak gear AMG Speedshift 8G-DCT automatik dan mampu merekodkan kelajuan 250km/j. Ketiga-tiga model ini boleh didapati dengan harga berikut: GLB 200 Progressive Line – RM269,111.15GLB 250 4MATIC AMG Line – RM318,009.26Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC – RM363,136.52 Advertisements
lagi-kes-kereta-masuk-laluan-motosikal-berlaku-di-lebuhraya-persekutuan
Moto Malaya Lagi Kes Kereta Masuk Laluan Motosikal Berlaku Di Lebuhraya Persekutuan Posted on September 1, 2020September 1, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini kecoh sebuah kereta jenis Toyota Vios telah masuk ke laluan motosikal dan melawan arus hingga menyebabkan seorang penunggang kemalangan. Insiden itu turut mencetuskan rasa berang netizen terutamanya penunggang motosikal yang mengharapkan laluan khas itu bagi mengelakkan daripada senario di lebuhraya utama. Kini, timbul sebuah lagi video yang memaparkan insiden sama kali ini membabitkan kereta jenis Perodua Bezza di laluan motosikal Lebuhraya Persekutan menuju ke Subang Jaya. Rakaman berdurasi 31 saat itu jelas memaparkan pemandu kereta terbabit telah lalu di laluan motosikal dan membahayakan penunggang lain. Pemandu tersebut bagaimanapun, dihalang daripada meneruskan perjalanan oleh penunggang motosikal yang berada di situ kerana gusar menyebabkan kemalangan serius. Insiden masuk laluan motosikal semakin kerap berlaku dengan rata-rata pemandu menggunakan aplikasi navigasi sebagai punca senario tersebut berlaku. Persoalannya, walaupun menggunakan aplikasi navigasi susah sangat ke untuk membezakan jalan motosikal dan jalan utama? Advertisements
cadangan-perkenalkan-lesen-dan-nombor-plat-basikal-azizulhasni-buka-mulut
BERITA TEMPATAN Cadangan Perkenalkan Lesen Dan Nombor Plat Basikal, Azizulhasni Buka Mulut Posted on September 17, 2020September 17, 2020 by Amirul Azreen Atlet berbasikal negara dan ranking no.2 dunia Keirin (lelaki), Azizulhasni Awang meluahkan pendapat mengenai cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berkaitan berbasikal di lebuhraya. MIROS menerusi ketua pengarah, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim mencadangkan untuk perkenalkan lesen dan nombor plat bagi penunggang basikal di Malaysia sebagai langkah keselamatan apabila berbasikal di jalan raya awam. Bagaimanapun, Azizulhasni menerusi laman Facebook menyifatkan langkah itu seharusnya menjadi pilihan terakhir. “Ramai yang mintak saya komen pasal cadangan basikal perlu lesen dan plat ini. Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin kerana kalau nak cerita dengan lebih terperinci mungkin agak panjang huraian dan penjelasannya,” jelasnya. Berikut antara cadangan Azizulhasni mengenai isu berbasikal di lebuhraya: Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya. Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bile tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal dimana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh disini tanpa gangguan kenderaan lain. Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport, trek berbasikal ini amat popular di bangkok dan mempunyai jarak 23.5km satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000km dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain. Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala macam tour de langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000km tu akan dapat certificate. Menurut Azizul, sekiranya perkenalkan lesen dan nombor plat kepada penunggang basikal maka penunggang akan mempunyai hak sama di jalan raya dan secara tidak langsung kerajaan perlu mewujudkan infrastruktur khas seperti di negara Eropah lain antaranya Belanda. “Antara beberapa faktor utama (nombor plat dan lesen) ditolak kerana ia tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu dan keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat,” tambahnya. Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa penunggang basikal yang didapati berbasikal di lebuh raya boleh berdepan tindakan penjara tidak lebih TIGA BULAN dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Penunggang basikal boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu. Advertisements
eon-lancar-logo-baharu-kembali-jual-proton
Moto Malaya EON Lancar Logo Baharu, Kembali Jual Proton Posted on November 2, 2020November 2, 2020 by Amirul Azreen Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) telah memperkenalkan logo baharu dan penyertaan PROTON sebagai salah satu jenama di bawah naungan syarikat itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, EON telah mengambil alih sembilan pusat pengedaran PROTON dari PROTON Edar Sdn Bhd. Ini adalah penjenamaan semula EON (buat kali ketiga) sejak ditubuhkan pada 1984 sebagai pengedar eksklusif PROTON di Malaysia. Logo baharu ini menampilkan rekaan dan pilihan warna yang lebih moden. Sementara itu, EON turut kembali memikul tugas sebagai pengedar PROTON dengan sembilan pusat pengedar yang merangkumi empat pusat 4S dan tiga cawangan 3S. Rujuk senarai cawangan di bawah: Menurut EON, kesemua sembilan cawangan berada di bawah kendalian PROTON Edar, sebelum ini. Advertisements
motogp-saudi-aramco-nafi-jalin-kerjasama-selaku-penaja-utama-vr46
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2021 MotoGP: Saudi Aramco Nafi Jalin Kerjasama Selaku Penaja Utama VR46? Posted on May 5, 2021May 5, 2021 by Amirul Azreen Minggu lalu, berita mengenai pengesahan pasukan VR46 bakal beraksi di kelas premier MotoGP mula berlegar selepas kenyataan media oleh pihak Tanal Entertainment Sport & Media. Kenyataan tersebut mengumumkan bahawa pasukan VR46 akan beraksi di MotoGP musim 2022 bersama Tanal Entertainment Sport & Media dengan Saudi Aramco sebagai penaja utama bagi tempoh 2022 hingga 2026. Tanal Entertainment Sport & Media merupakan syarikat milik YM Putera Mahkota Abdulaziz Abdullah Al-Saud. Bagaimanapun, kenyataan media itu tidak disertakan dengan sebarang petikan dari pihak Tanal, Saudi Aramco mahupun VR46. Dalam perkembangan terkini, difahamkan Aramco menafikan kerjasama tersebut sebaliknya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Sementara itu, pemilik VR46, Valentino Rossi, menegaskan bahawa pasukan itu telah pun menjalin perjanjian bersama Aramco. “Perjanjian dengan Aramco bagi menubuhkan pasukan MotoGP semenangnya berlaku. Jadi saya tidak faham mengapa mereka (Aramco) berkata mereka tidak tahu menahu,” tegasnya. Meskipun mengakui dirinya tidak terlibat dengan perbincangan tersebut secara langsung namun Rossi menjelaskan terdapat ramai individu lain yang mewakili VR46. “Saya tidak bercakap dengan pihak Aramco secara langsung kerana saya masih pelumba MotoGP jadi fokus saya adalah perlumbaan. “Tetapi saya masih juga terlibat kerana pasukan ini membawa nama VR46 sepertimana musim ini di Moto2 dan bersama Luca Marini di Ducati. Sejujurnya, terdapat ramai individu di VR46 yang mengusahakan urusan ini. “Saya hanyalah boss, jadi saya tidak perlu bercakap secara langsung dengan penaja,” tambah Rossi. Situasi terumbang-ambing di antara pihak VR46, Tanal Entertainment Sport & Media dan Saudi Aramco mungkin berpunca daripada kegagalan menyeragamkan saluran informasi di antara ketiga-tiga pihak. Apa yang pasti, perkembangan pasukan VR46 ini akan terus mencuri tumpuan tahun ini sehinggalah terdapat kenyataan rasmi berserta petikan bagi mengesahkan kerjasama ini. – Crash.net Advertisements
gambaran-penuh-suzuki-hayabusa-2021-bocor-sebelum-pelancaran
BERITA ANTARABANGSA Gambaran Penuh Suzuki Hayabusa 2021 Bocor Sebelum Pelancaran Posted on February 2, 2021February 2, 2021 by Amirul Azreen Beberapa hari sebelum Suzuki Global Motorcycle Salon membuka tirai pada 5 Februari ini, sudah ada pihak yang membocorkan imej penuh Hayabusa 2021. Pengeluar motosikal berpangkalan di Hamamatsu, Jepun, itu sebelum ini telah pun berkongsi teaser 25 saat yang mengesahkan pelancaran Suzuki Hayabusa 2021. Bagaimanapun, tular gambar di atas talian dan media sosial yang memaparkan gambar yang didakwa sebagai Hayabusa 2021 yang bakal dilancarkan 5 Februar ini. Berdasarkan gambar itu, bahagian depan mendapat sentuhan rekaan baharu termasuk bahagian belakang namun rupa keseluruhan masih lagi mengikut acuan model ikonik sebelumnya. Namun, tiada info terperinci didedahkan mengenai motosikal tersebut kecuali jangkaan Suzuki bakal melaksanakan naik taraf enjin bagi mencapai standard Euro 5 di samping penggunaan paparan jenis TFT yang didedahkan menerusi video teaser sebelum ini. Nantikan pelancaran rasmi 5 Februari ini menerusi Suzuki Global Motorcycle Salon. Advertisements
harga-ducati-multistrada-v4-didedahkan-di-as-dari-rm82700
Moto Malaya Harga Ducati Multistrada V4 Didedahkan Di AS – Dari RM82,700! Posted on November 6, 2020November 6, 2020 by Amirul Azreen Ducati telah mencuri tumpuan minggu ini apabila melancarkan Multistrada V4 2021 namun tiada sebarang info mengenai harga didedahkan. Sehinggalah, Ducati Amerika Utara telah mendedahkan harga bagi tiga varian ditawarkan; V4, V4 S dan V4 S Sport untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada. Menurut info, bagi varian V4, model ini ditawarkan pada harga USD19,995 (RM82,787) namun varian V4 S yang lengkap dengan teknologi radar boleh didapati dengan harga USD24,095 (RM99,762). Namun, opsyen tayar spoke yang terdapat pada V4 S ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi, USD24,695 (RM102,247). Bagaimanapun, diingatkan harga dalam Ringgit Malaysia hanyalah tukaran langsung. Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, enjin V4 Granturismo 1,158cc dengan penyejukan cecair ini menerapkan penggunaan injap spring (valve spring) berbanding sistem injap Desmodromic dengan ‘major service interval’ adalah pada 60,000km dan tidak perlukan servis Desmo. Enjin serba baharu ini juga menawarkan 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm. Untuk maklumat lebih terperinci sila tekan pautan di bawah: Ducati Perkenalkan Multistrada V4, V4 S dan V4 S Sport – 170HP, 125Nm! Sementara itu, Ducati Multistrada V4 ini dijangka akan tiba di Malaysia tahun depan. Advertisements
honda-forza-750-dilancarkan-14-oktober-ini
BERITA ANTARABANGSA Honda Honda Forza 750 Dilancarkan 14 Oktober Ini Posted on September 19, 2020September 19, 2020 by Amirul Azreen Honda sah bakal melancarkan Forza dengan enjin lebih besar pada 14 Oktober ini menerusi perkongsian ‘teaser’ terbaru di YouTube. Honda menayangkan video ‘teaser’ sulung pada awal bulan ini dengan slogan ‘family is getting bigger’ dan memberi bayangan portfolio Forza akan dikembangkan dengan varian yang lebih besar. Kini, Video pendek berdurasi 15 saat itu mengesahkan bahawa Forza serba baharu itu akan tampil dengan enjin 750cc yang sama terdapat pada X ADV 750 namun dipercayai telah dikemaskini bagi menepati piawaian Euro5. Difahamkan, Forza 750 ini akan menggantikan Integra NC750 yang dilancarkan pada 2015. Video tersebut turut memaparkan beberapa ciri antaranya butang push start, paparan TFT berwarna, mod tunggangan dan lampu LED. Honda bakal perkenalkan Forza 750 secara rasminya pada 14 Oktober ini. Advertisements
cub-prix-pusingan-5-hujung-minggu-ini-dibatalkan
BERITA TEMPATAN Cub Prix: Pusingan 5 Hujung Minggu Ini Dibatalkan Posted on October 6, 2020October 6, 2020 by Amirul Azreen Penganjur Cub prix Malaysia, Safe Aim Mutual membuat keputusan untuk menunda aksi hujung minggu ini – 10 dan 11 Oktober – ke tarikh lain yang akan diumumkan kemudian. Dijadualkan berlangsung di Litar Utara Sepang, Pusingan 5 minggu ini terpaksa dibatalkan susulan tidak menerima pelepasan dari pihak berkuasa selepas mengambil kira perkembangan semasa Covid-19 yang melanda. Sebelum itu, Safe Aim Mutual mengumumkan pindaan lokasi kejohanan dari Litar Tangkak ke Litar Utara Sepang sebagai tanda mematuhi arahan kerajaan negeri Johor untuk menangguhkan semua acara buat sementara waktu. Sementara itu, pihak Cub Prix turut menggesa orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Kes positif Covid-19 baru-baru ini kembali kepada tiga angka sekaligus membawa kepada pembatalan beberapa acara termasuk aksi Cub Prix hujung minggu ini. Advertisements
19-kluster-rentas-negeri-direkodkan-dari-april-hingga-mei
Moto Malaya 19 Kluster Rentas Negeri Direkodkan Dari April Hingga Mei Posted on May 27, 2021May 27, 2021 by Amirul Azreen Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan kluster rentas negeri terus merekodkan peningkatan sepanjang April hingga Mei. Sepanjang tempoh tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan 19 kluster rentas negeri daripada 50 kluster yang telah dicatat sejak awal tahun ini yang menyumbang kepada 6,291 kes. Menurut Ismail Sabri, setakat 20 Mei, KKM telah merekodkan sejumlah 1,966 kluster rentas negeri dengan 528 daripadanya masih aktif manakala 1,438 lagi telah pun berakhir. Sambutan Aidilfitri baru-baru ini telah menyumbang kepada peningkatan besar kluster rentas negeri ekoran masih ada individu yang melanggar prosedur operasi standard dengan pulang beraya menggunakan surat kebenaran bekerja. – BERNAMA Advertisements
rasmi-modenas-ninja-650-z650-dilancarkan-dari-rm34500
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RASMI: Modenas Ninja 650, Z650 Dilancarkan – Dari RM34,500 Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen Sperti yang dijangka, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Ninja 650 dan Z650 untuk pasaran tempatan.  Bagi pasaran tempatan, Modenas Ninja 650 ini datang dengan dua pilihan warna, Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) dan Lime Green/Ebony (RM35,900). Sementara Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 bagi warna Metallic Spark Black dan RM35,200 bagi Metallic Matte Graphenesteel Gray.  Kedua-dua model ini dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm. Menariknya, kedua-duanya merupakan model terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran global pada September tahun lalu. Hasilnya, kedua-dua model ini dilengkapi fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga peringkat yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian.  Dalam mod 1, sistem tersebut akan mengukur kadar pusingan tayar bagi meningkatkan tahap cengkaman sewaktu masuk dan keluar dari selekoh. Sementara itu mod 2 pula boleh diaktifkan sekiranya menunggang di atas permukaan licin – jalan basah, berpasir dan berbatu. Mod 2 akan memastikan ‘traction control’ bertindak lebih cepat bagi mengimbangkan motosikal. Bagi yang mahukan cabaran dan tunggangan lasak terutamanya di litar, pengguna juga boleh menyahaktifkan KTRC sekaligus. Pengguna boleh akses fungsi KTRC menerusi paparan skrin TFT berwarna yang disertakan. Penggunaan kerangka jenis steel trellis juga dikekalkan dan dipadankan bersama fork teleskopik 41mm di depan dan penyerap hentakan jenis ‘back-link’ di belakang. Advertisements
yamaha-yzf-r15-kini-dengan-warna-silver-bagi-2021-rm11988
BERITA TEMPATAN Yamaha YZF-R15 Kini Dengan Warna Silver Bagi 2021 – RM11,988 Posted on April 19, 2021April 19, 2021 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu bagi YZF-R15 yang bakal sertai dua pilihan warna sedia ada. R15 kini ditawarkan dengan warna Silver bagi tahun 2021, di samping pilihan warna Race Blu dan Black yang telah pun ditawarkan sejak Oktober tahun lalu. Versi 2021 ini hanya menampilkan pilihan warna baharu dengan ciri lain masih lagi dikekalkan termasuk ditawarkan pada harga yang sama, RM11,988. Yamaha R15 dikuasakan enjin 155cc satu silinder dengan VVA yang menghasilkan 19hp dan 14.7Nm dan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan assist/slipper clutch. Advertisements
kasma-daniel-catat-rekod-kemalangan-paling-tinggi-musim-2020
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Kasma Daniel Catat Rekod Kemalangan Paling Tinggi Musim 2020 Posted on November 29, 2020November 29, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin muncul muncul sebagai pelumba dengan jumlah kemalangan tertinggi di antara semua kelas di MotoGP. Pelumba pasukan Onexox TKKR SAG Team itu jatuh 20 kali diikuti Jorge Navarro dengan 19 kemalangan serta Gabriel Rodrigo dari Moto3 dengan 18 kemalangan. Saingan Moto2 menyaksikan sebanyak 292 kemalangan direkodkan merentasi 15 pusingan sekaligus menyaksikan kenaikan purata kemalagan ke 19.4 berbanding 18.3 musim lalu. Sementara itu, Johann Zarco muncul pelumba MotoGP paling kerap terbabas dengan 15 kemalangan diikuti Alex Marquez dengan 14 kemalangan dan Aleix Espargaro dengan 12 kemalangan. Ini merupakan musim kedua berturut-turut Zarco mendahului angka kemalangan selepas merekodkan 17 kemalangan bagi musim 2019. Sementara itu, pelumba Ducati, Danilo Petrucci muncul pelumba dengan kesilapan paling rendah apabila hanya mencatat dua kemalangan diikuti Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales dengan masing-masing berkongsi empat kemalangan. Sejumlah 722 kemalangan telah direkodkan secara keseluruhan dari kesemua kelas bagi musim 2020. MotoGP musim 2021 akan membuka tirai menerusi sesi ujian Sepang Shakedown pada Februari depan. Advertisements
motogp-keputusan-bersara-akan-ditentukan-musim-panas-nanti-valentino-rossi
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Keputusan Bersara Akan Ditentukan Musim Panas Nanti – Valentino Rossi Posted on May 20, 2021May 20, 2021 by Amirul Azreen Valentino Rossi hanya akan membuat keputusan mengenai kariernya di MotoGP sewaktu cuti musim panas pada Julai. Pelumba berusia 42 tahun itu memaklumkan perkara itu ketika temubual bersama media Indonesia, Trans7. “Saya akan membuat keputusan mengenai musim depan selepas sembilan pusingan kerana ketika itu cuti musim panas,” jelasnya. Mengambil kira cuti musim panas akan bermula selepas GP Belanda yang dijadualkan pada 27 Jun, Rossi mungkin akan membuat pengumuman tersebut selepas itu. Desas-desus mengenai persaraan Rossi semakin memuncak apabila tujuh kali juara dunia MotoGP itu bergelut sejak perpindahan dari pasukan factory Yamaha ke Petronas Sepang Racing Team (PSRT). Meskipun mendapat layanan ‘factory’ di PSRT, dia masih tidak berupaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik selepas lima pusingan sementara rakan sepasukan dan protege, Franco Morbidelli, telah pun merasa podium musim ini. Apatah lagi dengan pasukan VR46 milik Rossi bakal bersaing di kelas premier musim 2022 menguatkan lagi khabar angin persaraan Rossi semakin hampir. Advertisements
bajaj-bakal-perkenalkan-pulsar-rs250
Moto Malaya Bajaj Bakal Perkenalkan Pulsar RS250? Posted on May 24, 2021May 24, 2021 by Amirul Azreen Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto, dilaporkan bakal memperkenalkan Pulsar RS250 tahun ini. Model tersebut bakal dilancarkan bersama dengan model Pulsar NS250 yang telah pun didedahkan menerusi imej ‘spyshot’ yang tular Februari lalu. Pulsar RS250 dan NS250 merupakan versi yang telah dinaik taraf daripada model 200cc yang masih lagi ditawarkan ketika ini. Menurut laporan media di India, RS250 dan NS250 dibangunkan dengan platform enjin satu silinder sama yang terdapat pada KTM Duke 250. Menariknya, versi 250 ini didakwa akan didatangkan dengan lampu LED serta paparan digital LCD penuh seperti yang terdapat pada Dominar 250. Walaupun tiada info lebih terperinci didedahkan ketika ini namun Bajaj dijangka akan melancarkan kedua-dua model tersebut sekitar tahun ini. Dalam perkembangan lain, Modenas dilaporkan bakal melancarkan generasi baharu Dominar 400 tidak lama lagi. Sejak dilancarkan pada 2018 dengan penjenamaan semula oleh Modenas, motosikal segment ‘touring’ itu merupakan model 400cc paling mampu milik ditawarkan ketika ini dengan harga bawah RM15,000. Versi baharu Dominar bakal tampil dengan pelbagai ciri dinaik taraf antaranya enjin DOHC, ekzos berkembar, kuasa lebih tinggi, fork USD serta fungsi ‘gear indicitor’. Advertisements
litar-terlalu-panas-jejas-keadaan-tayar-hafizh-syahrin
BERITA ANTARABANGSA motogp Litar Terlalu Panas Jejas Keadaan Tayar – Hafizh Syahrin Posted on July 27, 2020July 27, 2020 by Amirul Azreen Hafizh Syahrin gagal mengutip mata dalam pusingan kedua di Litar Jerez semalam apabila terbabit dengan kemalangan dalam aksi Moto2. Hafizh merekodkan aksi cemerlang minggu lalu apabila berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dan mengutip 10 mata. Bagaimanapun, keadaan litar yang terlalu panas telah memberi kesan terhadap pretasi tayar yang menyaksikan pelumba Aspar Team itu terjatuh ketika perlumbaan memasuki lap ke-11. Hafizh dalam rakaman video yang dikongsikan mendedahkan dia mengalami nasib sama seperti Jorge Navarro dari Beta Tools. “Perlumbaan hari ini agak sukar untuk kesemua pelumba kerana litar agak panas jika dibandingkan dengan litar lain dalam Kejuaraan MotoGP pada musim ini. “Apapun, pada perlumbaan hari ini saya cuba mengejar kelompok 10 pelumba teratas tapi saya ada masalah sama dengan pelumba (pasukan Beta Tools Speed Up) Jorge Navarro dari Sepanyol kerana suhu litar agak panas dan tiba-tiba suhu tayar daripada 75 darjah celcius menjadi 93 darjah celcius, dan suhu jentera naik 10 darjah celcius,” jelasnya. GP Andalucia menyaksikan Moto2 dimenangi tiga pelumba Itali dengan Enea Bastianini muncul pemenang diikuti Luca Marini dan Marco Bezzecchi ketiga. Advertisements
reviu-kawasaki-zx-10rr-2019-berbaloi-ke-untuk-rm159000
BERITA TEMPATAN review Reviu Kawasaki ZX-10RR 2019: Berbaloi Ke Untuk RM159,000? Posted on July 29, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Superbike sememangnya antara jentera kegemaran penunggang untuk digunakan pada hujung minggu terutamanya di Malaysia. Tak hairanlah stesen minyak BHP Karak sentiasa dibanjiri jentera dua roda yang mahu mengasah tayar di lebuhraya Karak dan tak kurang juga ada yang mahu mencabar selekoh di Genting dan Bukit Tinggi. Namun, ada segelintir yang tak buat kemunculan di hujung minggu kerana memilih menggunakan jentera kesayangan termasuk superbike untuk kegunaan harian. Lumrah sama dihadapi penulis apabila Kawasaki Malaysia bagi kami pinjam ZX-10RR selama lima hari. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ditutup atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi penulis hanya mengharapkan litar jalan raya untuk ujian kali ini – meskipun sempat juga melayan selekoh di Batang Kali, Ulu Yam. Jadi untuk reviu kali ini, dengarkan pendapat kami mengenai ZX-10RR di bawah: Kawasaki ZX-10RR merupakan edisi ‘homologation special’ dan hanya terhad kepada 500 unit seluruh dunia. Perbezaan ketara yang terdapat pada model kali ini adalah penggunaan conrod titanium termasuk ‘head’ engine yang telah direka semula sekaligus menawarkan rev RPM yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Rim forged Marchesini yang popular pada jentera Ducati Panigale turut diperkenalkan pada ZX-10RR. Nadi 998cc yang terdapat pada ZX-10RR ini menghasilkan sekitar 203hp namun pada kelajuan tinggi hasil bantuan Ram air induction, angka tersebut boleh meningkat kepada 213hp. Nilai yang dikongsikan itu sudah cukup membuktikan Kawasaki ZX-10RR selayaknya kekal di litar lumba dan bukan untuk kegunaan jalan raya biasa – melainkan hati penulis belum cukup kering tapi tak nak mengaku. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan jentera ini sangatlah ‘layan’ ketika menyelusuri selekoh, lagi kuat pulas ‘throttle’ lebih sedap dan tidak banyak kerenah hasil bantuan fork boleh laras Showa Balance Free yang diinspirasikan daripada teknologi WorldSBK. Apa yang mengejutkan adalah kemampuan ZX-10RR ini menyelusuri selekoh pada kelajuan tinggi, terasa seakan seperti Jonathan Rea ketika melayan selekoh di Batang Kali. Kadang-kala sehinggakan tak sedar kelajuan yang sedang direkodkan ketika sedang syok melayan selekoh sekaligus beri bayangan jurutera Kawasaki telah menghasilkan jentera yang hampir sempurna. Ketika perlu memperlahankan jentera, brek kaliper Brembo M50 4-pot dengan cakera brek 330mm menghadirkan daya membrek yang efisien di samping bantuan ABS memastikan jentera kekal dalam kawalan penunggang. Apatah lagi jentera ini didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik tercanggih antaranya: KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System)Kawasaki Launch ControlKQS (Kawasaki Quick Shifter)Steering damper OhlinsKawasaki Engine Brake Control (boleh laras)KCMF (Kawasaki Cornering Management Function)Kawasaki Traction Control (KTRC) Bagaimanapun, paparan meter LCD tampak sedikit ketinggalan dengan rata-rata pengeluar lain telah pun beralih kepada paparan TFT berwarna antaranya Ducati Panigale V4, Honda CBR1000RR dan Yamaha R1M. Apatah lagi apabila anda perlu membayar RM159,000 untuk mendapatkan jentera terhad ini. Secara rumusan, meskipun harga mencecah RM159,000 namun perlu diingatkan hanya 500 unit dihasilkan seluruh dunia sementara dengan setiap pembelian, pelanggan akan mendapat jentera dengan resepi kejuaraan di pentas WorldSBK. Meskipun hanya membawa nama Kawasaki dan bukannya berdarah Itali, apa yang penting ‘korang’ tidak akan terserempak dengan model sama berbanding jenama lain yang bersepah di jalan raya terutamanya di hujung minggu. Advertisements
moto2-tetsuta-nagashima-umum-henti-berlumba-musim-2021
BERITA ANTARABANGSA Moto2: Tetsuta Nagashima Umum Henti Berlumba Musim 2021 Posted on January 3, 2021January 3, 2021 by Amirul Azreen Tetsuta Nagashima tidak akan terlibat dengan Kejuaraan Dunia Moto2 musim 2021. *Nagashima memenangi aksi pertama di Qatar Pelumba Red Bull KTM Ajo itu yang melakar kemenangan di pusingan pertama Litar Losail, Qatar, mengumumkan keputusan itu menerusi akaun Instagram @tetsutanagashima. View this post on Instagram A post shared by 長島 哲太 Tetsuta Nagashima (@tetsutanagashima) Meskipun menang di Qatar dan merekodkan tempat kedua di Jerez, dia gagal mengekalkan aksi konsisten sebelum menamatkan musim 2020 di kedudukan ke-8, keputusan terbaik dalam kariernya. *Jorge Martin naik pangkat ke MotoGP musim 2021 bersama Pramac Racing Bagaimanapu, namanya tidak disenaraikan dalam senarai awal Moto2 2021 dengan rakan sepasukan, Jorge Martin, naik pangkat ke kelas premier – sertai Pramac Racing – manakala Ajo mempertaruhkan barisan baharu menerusi Remy Gardner dan Raul Fernandez. Walaupun umum berhenti berlumba musim depan, Nagashima tetap menyuarakan niatnya untuk kembali lebih kuat. Sementara itu, keputusan Nagashima meletakkan Ai Ogura dari Honda Team Asia sebagai wakil tunggal Jepun di Moto2 musim depan. Advertisements