title
stringlengths
12
109
created_epoch
int64
1.73B
1.73B
url
stringlengths
58
126
author_name
stringlengths
6
53
word_count
int64
86
6.47k
created_utc_time
stringlengths
19
19
created_local_time
timestamp[ns]
body
stringlengths
653
52.1k
Lima maut kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing
1,729,848,729
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1148271/lima-maut-kemalangan-di-jalan-gua-musang-lojing
Paya Linda Yahya
160
2024-10-25 09:32:09
2024-10-25T17:32:09
Gua Musang: Lima maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer KM 86 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini, hari ini.Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35, dan Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20. Turut maut, pemandu lori Nissan, G Mageswara, 53.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada 11.57 pagi."Lima mangsa terbabit iaitu seorang lelaki India, masing-masing dua wanita dan lelaki Melayu maut di lokasi kejadian akibat tersepit. "Operasi menyelamat bermula jam 1.25 tengah hari dan kami terpaksa memohon bantuan daripada BBP Cameron Highlands."Kesemua mangsa dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan sudah meninggal," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.Nor Azizi Che Noh berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 3.55 petang.Katanya, operasi membabitkan 18 anggota dan tujuh jentera daripada BBP Gua Musang dan Cameron Highlands.
Gol ajaib paling 'rare' [VIDEO]
1,729,846,376
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1148260/gol-ajaib-paling-rare-video
Firdaus Hashim
244
2024-10-25 08:52:56
2024-10-25T16:52:56
Kuala Lumpur: Jaringan sejauh 70 meter dari kawasan kotak penalti hingga menerjah jaring lawan sebenarnya jarang berlaku dan dianggap gol 'ajaib'.Lebih unik apabila ia dijaringkan sendiri oleh penjaga gol yang melakukan sepakan dari dalam kotak penalti yang kemudiannya melambung jauh dan mengelirukan penjaga gol lawan sebelum menerjah jaring.Bagaimanapun siapa sangka gol unik itu berlaku dalam saingan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) semalam membabitkan pertemuan antara Penang II dan Sri Pahang FC yang berlangsung di Stadium Mini Temerloh.Dalam aksi itu, penjaga gol Penang FC, Izzul Azry melakukan sepakan gol dalam kotak penaltinya sebelum ia terus menerjah jaring skuad Tok Gajah pada minit ke-55, sekali gus mengikat aksi dengan keputusan 2-2.Gol terbabit kemudiannya tular di laman sosial dan mendapat pujian 'melangit' daripada peminat yang menganggap ia gol yang cukup cantik dan 'ajaib'.Ironinya, gol itu adalah mirip jaringan yang pernah dilakukan bekas penjaga gol Harimau Malaya, Syamsuri Mustafa pada kempen Sukan Sea 2003 di Vietnam.Pada aksi itu, pasukan negara menentang pasukan Vietnam dan Syamsuri yang menyepak dari kawasan penaltinya sendiri mencipta ajaib apabila bola tendangannya jauh hingga menerjah jaring.Kini Izzul seolah mengembalikan semula nostalgia dua dekat itu dengan gol yang sama dalam saingan Piala MFL.Untuk rekod, gol seperti turut pernah dilakukan oleh beberapa penjaga gol di Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Tim Howard dan Asmir Begovic yang pernah menjaringkan gol dari kawasan mereka sendiri sebelum terus menerjah jaring pasukan lawan ketika beraksi untuk Everton dan juga Stoke City.
'Cara cakap macam anak mat salih'
1,729,828,830
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1148158/cara-cakap-macam-anak-mat-salih
Redzuan Muharam
446
2024-10-25 04:00:30
2024-10-25T12:00:30
Seberang Jaya: Bukan hanya fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, malah dialek Annur Raisya Nor Nasir juga kedengaran seperti gaya percakapan orang Barat.Di sebalik kepetahannya, Annur Raisya sebenarnya kanak-kanak autistik atau Autism Spectrum Disorder (ASD) walaupun bersekolah di aliran perdana.Kebolehan Annur Raisya, 9, itu mendapat perhatian selepas ibunya, Raihana Annur Hamzah, 39, memuat naik video di TikTok hingga ramai netizen kagum melihat kepetahan berbicara kanak-kanak berkenaan.Menurut Raihana Annur, video berdurasi tiga minit itu dirakam untuk pertandingan pidato bahasa Inggeris."Sebenarnya, Annur Raisya bukan menghafal sebaliknya baca teks disediakan, tapi ada (netizen) yang tak baca kapsyen ditulis sampai mengecamnya di ruangan komen."Mereka persoalkan sebutan dan tanya kenapa anak Melayu cakap bahasa asing, tapi saya tak kisah kerana ramai juga yang positif serta beri kata semangat," ketika dihubungi Harian Metro.Bercerita lanjut, Raihana Annur berkata, Annur Raisya adalah anak keduanya dan pernah mempunyai masalah lambat bertutur atau speech delay ketika berusia dua hingga tiga tahun.Kini, percakapan Annur Raisya sudah lancar, cuma lebih cenderung bertutur dalam bahasa Inggeris."Luarannya dan secara fizikal, Annur Raisya sama macam anak normal, cuma berbeza daripada segi sosial, emosi dan pertuturan."Waktu usia dua ke tiga tahun, Annur Raisya cakap guna 'jargon' atau kita panggil bahasa Alien kemudian echolalia iaitu mengulang perkataan yang kita sebut."Waktu usianya enam tahun, baru saya dan suami bawa anak pergi terapi carakerja dan kini masih teruskan sebulan sekali di sebuah hospital di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan seminggu sekali di pusat swasta," katanya. Menurut Raihana Annur, anaknya boleh menulis dan menjawab ujian mahupun peperiksaan dalam bahasa Melayu."Cuma, nak menyebut suku kata dalam bahasa Melayu agak susah baginya, jadi saya dan suami memang cakap bahasa Inggeris dengannya di rumah. Tapi saya dan suami bercakap dengan satu sama lain dalam bahasa Melayu."Di rumah anak saya tiada masalah kerana dia pun boleh bermain dengan anak jiran macam biasa, cuma di sekolah saja kerana kebanyakan rakannya bersembang dalam bahasa Melayu," katanya.Sebagai ibu, Raihana Annur menerima Annur Raisya seadanya kerana mempunyai pengalaman mengendalikan anak sulung yang juga autistik."Suami (Nor Nasir Md Amin, 40) pun sama (dapat menerima), cuma keluarga saja yang pelik kenapa Annur Raisya cakap begitu pada awalnya kerana dengar sebutannya memang macam anak Mat Salleh."Tapi saya dan suami tetap biarkan anak bercakap bahasa Inggeris mengikut keselesaannya."Saya tiada perancangan khusus untuknya, cuma berharap cikgu di sekolah dapat bantu beri lagi peluang kepada anak untuk sertai debat dan kuiz Matematik kerana itu memang minat anak selain melukis."Selain itu, saya berharap juga Kementerian Pendidikan (KPM) dapat sediakan lebih banyak fasiliti dan sekolah untuk kanak-kanak genius sebegini," katanya.Riyadh miliki IQ setaraf kanak-kanak 10 tahunAda yang genius, miliki bakat luar biasa
Air mata jatuh lihat semangat ayah
1,729,810,871
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1148086/air-mata-jatuh-lihat-semangat-ayah
Redzuan Muharam
291
2024-10-24 23:01:11
2024-10-25T07:01:11
Kuala Terengganu: Tiada lain yang diharapkan seorang anak perempuan selain melihat bapa tercinta menjadi wali pada hari pernikahannya.Itu perasaan gembira dan sebak dirasai Nurul Izzah Amira Tajudin, 23, melihat kesungguhan bapanya, Tajudin Mohd Ariffin, 49, datang untuk mewalikan pernikahannya pada 20 September lalu walaupun berdepan masalah saraf.Kisah itu mendapat perhatian selepas Nurul Izzah Amira berkongsi video di TikTok menunjukkan dirinya menangis sewaktu bapanya membacakan teks lafaz wali ketika hari pernikahan berkenaan.Menyingkap kisah sebenar, Nurul Izzah Amira berkata, dia tidak dapat menahan sebak ketika itu kerana tahu keinginan bapanya untuk menjadi wali.Menurutnya, bapanya pernah memberitahu mahu menjadi wali pada hari pernikahannya kerana dia adalah satu-satunya anak perempuannya."Saya tak terlalu berharap kerana mengenangkan keadaan kesihatannya, tapi pagi hari nak nikah, ayah beritahu nak bersiap untuk ikut ke masjid."Sebelum akad nikah, saya dapat kawal perasaan lagi, tapi mula sebak bila tengok ayah nak menangis dan dengar suaranya terketar-ketar waktu baca lafaz wali."Ayah teruskan membaca walaupun suaranya tak berapa jelas dan lebih buat saya sedih apabila dengar suaranya sebak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Menurut Nurul Izzah Amira, selesai akad nikah, bapanya sempat menitipkan pesanan kepadanya."Waktu kami berpeluk, ayah pesan kepada saya supaya jadi isteri yang baik untuk suami. Kata-katanya buat saya tak tahan dan terus menangis."Jujurnya berat nak buat keputusan berkahwin kerana saya bekerja pun untuk bantu keluarga dan rapat juga dengan ayah. Tapi saya teruskan kerana dapat suami (Muhammad Azim Rosli, 28) yang sangat baik dan memahami keadaan ayah."Buktinya, sebelum ini, saya pernah bawa teman lelaki tapi ramai tak jadi teruskan hubungan selepas tahu keadaan ayah, tapi suami saya ikhlas terima ayah," katanya.Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Izzah Amira berkata, niatnya memuat baik video berkenaan adalah untuk kenangan sempena hari bahagianya.
Lama idam watak 'jahat'
1,729,808,428
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1148068/lama-idam-watak-jahat
Norhayati Nordin
561
2024-10-24 22:20:28
2024-10-25T06:20:28
Watak wanita teraniaya dan air mata pastinya sudah sinonim dengan Ummi Nazeera, 34, yang sering menjadi pilihan kebanyakan penerbit serta pengarah ketika ini kerana lakonan mantapnya.Kini naskhah drama berat yang menuntut permainan emosi mendalam sama sekali dapat dijiwai Ummi yang juga ibu dua anak perempuan ini dengan mudah dan berkesan.Bagaimanapun, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin mengakui dia amat merindukan peluang berlakon watak 'villain' atau jahat yang disifatkannya 'interesting'."Saya berhasrat nak melakonkan watak jahat sebab lama tak buat dan rindu. Sekarang ini, saya memang selalu dapat tawaran watak sebagai wanita teraniaya dan air mata saja."Saya sebenarnya menantikan watak jahat ini. Ingatkan selepas dah cuti berehat selama sembilan bulan daripada lakonan dapat rezeki watak lain. Tapi, belum lagi," katanya.Terdahulu, Ummi pernah melakonkan watak jahat sebagai Sarah dalam drama Nur Kasih yang dibintangi bersama Tiz Zaqyah dan Remy Ishak arahan Kabir Bhatia pada 2009 dan hingga kini watak itu masih diingati ramai."Saya boleh melakonkan watak jahat lagi. Tapi, ramai yang cakap tak sesuai selain lakonkan watak wanita teraniaya dan air mata. Beri saya tawaran watak jahat itu sebab teringin juga nak bawa watak lain pula."Apa pun, sembilan bulan yang saya cuti tak ambil apa-apa 'job' berlakon itu sebab nak berehat dan menghabiskan masa dengan anak-anak serta keluarga. Jadi, sekarang saya kembali bekerja semula."Sebelum bercuti, saya sibuk kerja di set penggambaran selama beberapa bulan dan tiada masa dengan keluarga. Kasihan juga anak-anak dan saya kena bercuti untuk luang masa dengan mereka," katanya.Menurut Ummi sebagai isteri dan ibu, penting untuknya ada masa bersama-sama keluarga walaupun suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani sangat memahami dan menyokong kerjayanya."Alhamdulillah suami saya banyak membantu menguruskan anak-anak ketika saya sibuk di lokasi penggambaran. Dia adalah penyokong kuat saya yang sentiasa memberikan semangat positif."Malah, apabila lihat saya penat balik dari bekerja, dia sangat ambil berat dan minta saya berehat dulu. Sebab kalau kita dah banyak main watak beremosi di set, memang rasa penat sangat bila balik rumah," katanya. Ummi bertemu jodoh dengan Dr Mohd Izzar pada 23 Julai 2017 dan kini mereka dikurniakan anak iaitu Ayra Aneesah, 6, dan Aysha Arsylia, 3.Antara drama lakonan Ummi seperti Patahnya Sebelah Sayap, Nahu Rindu, Suri Katriana, Korban Kasih, Cinta Yang Pulang, Risik Pada Hati, Rindu Kasih, Sekali Aku Bahagia , Surat Dari Tuhan dan Dari Syurga.Suri 'disondol' adik sendiriTampil dengan drama terbaharu, Andai Tiada Dia sebagai watak Suri yang cintanya dikhianati suami, Ummi mengakui watak itu sangat mencabar dengan memerlukan dia bermain emosi dan kuat fizikal sekali gus.Kata Ummi, menariknya drama itu daripada jalan cerita walaupun ia karya adaptasi novel sebab watak Suri sangat baik, percaya pada suami, berdikari, tapi dikhianati adik sendiri, Intan."Ini adalah kali pertama saya berlakon drama yang 'penyondol' dalam rumah tangga kakak adalah adik perempuan sendiri. Jadi, ia satu permainan emosi yang berat."Selain itu, Suri juga berhadapan penderaan jiwa dan fizikal oleh suaminya, Haikal yang sangat sedih, berendam air mata dan kasihan kepadanya. Walaupun hanya lakonan, tapi situasi 'adik menyondol' ini memang ada berlaku di realiti," katanya.Menurut Ummi, dia juga gembira kerana buat pertama kali dapat bekerjasama dengan pelakon seperti Hisyam Hamid dan Mimi Lana yang lakonan mereka hebat dan berkesan.Drama Andai Tiada Dia arahan Riza Baharudin dan disiarkan di Astro Ria itu mengisahkan kehidupan suami isteri yang berhadapan dilema dalam kemelut rumah tangga dengan kehadiran 'orang ketiga'.
Amaran cuaca panas tahap satu di 7 kawasan
1,729,749,517
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147860/amaran-cuaca-panas-tahap-satu-di-7-kawasan
BERNAMA
86
2024-10-24 05:58:37
2024-10-24T13:58:37
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Keluarga 'bergelut' cari keadilan
1,729,725,022
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147730/keluarga-bergelut-cari-keadilan
BERNAMA
823
2024-10-23 23:10:22
2024-10-24T07:10:22
Kuala Lumpur: Kira-kira 50 bakal juruterbang Malaysia dan keluarga mereka mengalami kerugian kewangan yang serius selain kekecewaan besar apabila Skyvax Holdings Sdn Bhd mengkhianati kepercayaan diberikan kepadanya dalam menguruskan latihan penerbangan di luar negara. Semalam, kami mendedahkan bagaimana sebuah syarikat Bumiputera yang menyelaraskan latihan penerbangan di Republik Czech, yang pernah diraikan kerana pengiktirafan dan hubungan antarabangsanya kini didakwa menyalah urus lebih RM21 juta dana pelatih penerbangan. Bahagian kedua ini memberi penerangan mengenai mereka yang teraniaya selain bukti baharu dan cabaran undang-undang apabila mangsa bersatu dalam usaha mencari keadilan serta harapan untuk menuntut semula pelaburan mereka yang hilang. Seorang bapa kepada juruterbang pelatih yang mendaftar dalam program Skyvax, hanya mahu dikenali sebagai Ganesan, 53, mengambil pinjaman peribadi RM200,000 daripada Affin Bank dan menambah RM159,000 lagi daripada dananya sendiri untuk membiayai latihan anaknya Sasvien, 23, di CATC, Prague. "Ini tiada kaitan dengan pandemik Covid-19 kerana pada masa itu, syarikat menekan saya untuk terus membayar latihan anak saya di Prague. Saya membayar RM359,000," katanya. "Tetapi kemudian CATC tiba-tiba menghubungi saya, mengatakan anak saya tidak dapat meneruskan latihannya lagi kerana wang tidak diterima," tambahnya. Disebabkan kekurangan dana, anaknya terpaksa pulang ke Malaysia, dan Ganesan masih membayar pinjaman bank setiap bulan. "Disebabkan syarikat ini, setiap bulan saya membayar RM2,000 hanya untuk pinjaman ini, yang benar-benar membebankan saya," katanya mengeluh. Ganesan juga menyebut bahawa anaknya belum memiliki lesen penerbangan dan kini bekerja dengannya dalam bidang pembinaan. Beliau berkata, beberapa ibu bapa yang menghadapi masalah yang sama telah berhubung dan mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk berkongsi keluhan mereka dan sentiasa dimaklumkan mengenai situasi itu. Melalui kumpulan ini, mereka secara kolektif memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap syarikat itu pada 5 Februari 2022, di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam. Apa yang mengecewakannya adalah Mara tidak sama-sama berjuang dengan mereka. Beliau melahirkan kekecewaannya kerana Mara tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu. Menurutnya, jika organisasi sebesar Mara campur tangan, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada ibu bapa pelajar yang membiayai sendiri pengajian, untuk memperkukuh kes mereka. Beliau mendakwa apabila Mara membayar tunggakan kos pengajian pelatih di bawah tajaan mereka, ibu bapa pelatih berkenaan tidak lagi meneruskan apa-apa tindakan kerana masalah mereka sudah selesai dan mahu anak mereka menamatkan latihan penerbangan. Ganesan, dalam mengimbas kembali perbualannya dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu untuk mendapatkan semula wangnya berkata, beliau diberitahu syarikat itu sudah menggunakan semua dana. Memandangkan anaknya belum menamatkan latihannya, sepatutnya ada baki yang tinggal. Bagaimanapun, CEO itu mendedahkan bahawa syarikatnya telah menggunakan keseluruhan baki dana sehingga mereka tidak dapat memulangkan semula wang kepadanya. Zamzuri Hashim, 52, mendaftarkan anaknya Zikri Fadli, 25, di bawah syarikat itu pada 2019. Anak lelakinya adalah antara beberapa kumpulan terdahulu yang dihantar ke CATC di Prague. Dia membayar syarikat itu kira-kira RM125,000 untuk menampung perbelanjaan semester pertama anaknya di CATC, termasuk yuran penginapan. Selepas itu, syarikat itu memintanya membayar jumlah penuh RM465,000. "Anak saya masih mengikuti pelajaran teorinya di Prague sehingga awal 2021 apabila wabak Covid-19 bertambah buruk, dan dia kembali ke Malaysia," katanya. Bagaimanapun, anaknya tidak dapat pulang ke Prague untuk meneruskan latihannya kerana syarikat itu tidak membayar baki pengajian kepada CATC. Zamzuri berkata, beliau mengadakan pertemuan dua kali dengan seorang daripada pemilik utama syarikat itu, yang terbaru pada Jun 2023. Individu itu terus berdolak-dalih untuk menyelesaikan perkara berkenaan. "Saya sangat tegas tentang mendapatkan bayaran balik, dan dia terus mengatakan bahawa dia tidak mampu membayar saya. Tidak lama selepas itu, saya mendapat tahu dia pergi ke luar negara dan berseronok menaiki helikopter, yang tidak masuk akal," kata Zamzuri. Zamzuri juga cuba menghubungi beberapa pengarah syarikat itu, termasuk bekas CEO syarikat itu. "Tidak masuk akal untuk dia berkata demikian kerana jika semua orang, walaupun CEO, ditipu, siapa yang harus dipersalahkan dan bertanggungjawab ke atas syarikat ini?" tanya beliau. Jack Goh adalah seorang lagi pelatih Malaysia yang mendaftar dengan syarikat itu tetapi tidak dapat menamatkan latihan juruterbangnya kerana kegagalan syarikat membayar CATC. Beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu, mengupah seorang peguam untuk menyerahkan notis kepada pemilik syarikat. Bagaimanapun, peguamnya perlu memberikan bukti bergambar yang menunjukkan pemilik syarikat menerima dokumen undang-undang itu. "Bukti bergambar akan dikemukakan kepada hakim mahkamah supaya hakim boleh meneliti akaun bank pemilik. Tanpa bukti ini, mahkamah tidak boleh mengambil sebarang tindakan," jelasnya. Goh, seorang pelatih yang dibiayai sendiri, membuat laporan polis pada Februari 2022. Jumlah kerugiannya yang dialaminya berjumlah RM200,000, iaitu baki yuran yang sepatutnya dibayar untuk melengkapkan latihan juruterbangnya di CATC. "Saya berjaya menamatkan latihan penerbangan saya, terima kasih kepada ibu bapa saya yang terpaksa menokok dana bagi saya dan menampung perbelanjaan lain. Pada masa ini, saya memiliki lesen juruterbang tetapi masih mencari kerja juruterbang," jelas Goh Dia berharap tindakan undang-undang atau keadilan oleh pihak berkuasa, yang mempertanggungjawabkan syarikat itu, akan membantu mendapatkan balik sebahagian daripada dana yang perlu ditokok oleh ibu bapanya semasa latihan penerbangannya. Bahagian 3 menyelidiki mengapa tiada tindakan di pihak Mara dalam episod itu, selain jawapan daripada bekas pengarah syarikat dan keterangan daripada seorang bekas pekerja. Episod Skyvax ini juga menimbulkan persoalan tentang akauntabiliti dan keadilan dalam sektor pembiayaan pendidikan dan latihan penerbangan di Malaysia yang masih belum terjawab.
Bahagia jaga tiga 'raja'
1,729,724,473
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147726/bahagia-jaga-tiga-raja
Redzuan Muharam
398
2024-10-23 23:01:13
2024-10-24T07:01:13
Kuala Lumpur: "Saya bersyukur kerana diizinkan Allah SWT untuk menjaga ayah dan akan terus berbakti untuknya selagi ada kudrat." Itu kata Nur Shakerah Razali, 25, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berumur dua tahun namun tetap menjaga bapanya, Razali Said, 69, yang kini menderita akibat penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) tahap empat dan pernah tiga kali diintubasi. Nur Shakerah dari Bukit Jalil, di sini berkata, dia mengambil tanggungjawab menjaga bapanya sejak tahun lalu dan suami, Muhammad Nur Zamanie Zakaria, 27, yang meminta bawa tinggal bersama. "Sebelum ini, ayah tinggal di Kuantan, Pahang bersama abang saya namun kini saya yang ambil tugas menjaganya. "Alhamdulillah, suami izinkan dan waktu sihat dulu, ayah pernah bekerja sebagai pemandu lori. "Tapi kini, kebanyakan masanya memang dihabiskan dengan duduk saja kerana tak boleh banyak bergerak," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menceritakan rutin hariannya, Nur Shakerah berkata, dia yang perlu menyediakan keperluan bapanya sepanjang hari. "Boleh katakan, saya memang jaga ayah sepenuhnya. Waktu pagi saya akan buat sarapan untuk ayah, kemudian rehat. "Tengah hari saya kena bagi ayah makan dan macam biasa bantu mandikan juga kerana ayah tak boleh buat sendiri kerana nak berjalan pun dia tak kuat. "Setiap bulan kena bawa ayah untuk janji temu pemeriksaan dengan doktor di Klinik Kesihatan Sungai Besi dan ada ketikanya di Hospital Cyberjaya," katanya. Nur Shakerah berkata, buat masa ini, dia tiada masalah dalam membahagikan masa untuk suami, menjaga anak dan bapanya kerana menjadi suri rumah sepenuh masa. "Suami pun faham dan rajin bantu saya kemas rumah bila ada masa terluang. "Cabarannya tak ada kerana anak saya seolah faham dan tak banyak meragam walaupun masih kecil jadi mudah nak uruskan ayah. "Sebagai anak, saya tentunya gembira bila ayah sentiasa ada depan mata dan boleh tunaikan apa yang dia anak kerana waktu dia sihat dulu kami tak banyak habiskan masa bersama. "Lagipun, saya memang rapat dengan ayah sejak dulu lagi jadi ini masa membalas jasanya walaupun tak terbalas sampai bila-bila," katanya. Berhubung perkongsian di TikTok, Nur Shakerah berkata, niatnya sekadar memuat naik video adalah untuk dijadikan kenangan supaya dapat ditonton semula nanti bagi melepaskan rindu. "Kebanyakan reaksi positif dan ada juga netizen berkongsi pengalaman mereka menjaga ibu bapa. "Diharap, video saya itu dapat sampaikan mesej secara tak langsung kepada yang menonton untuk hargai dan jaga ibu bapa selagi mereka masih ada. "Ia kerana kita tak tahu siapa dulu yang akan dijemput Ilahi," katanya.
Kembali 'geletek' hati
1,729,724,413
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143660/kembali-geletek-hati
Najiy Jefri
565
2024-10-23 23:00:13
2024-10-24T07:00:13
Ada hikmah di sebalik ujian yang melanda kumpulan Senario. Awal tahun ini menyaksikan mereka kehilangan Allahyarham Hamdan Ramli yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.Disusuli pula dengan khabar mengejutkan apabila Azlee Jaafar pengsan secara tiba-tiba di rumahnya dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan seterusnya dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Jun lalu."Saya sendiri tak sangka apabila Allah uji dengan sakit jantung. Selepas itu, apabila kesihatan kembali pulih, Senario pun banyak terbabit aktiviti luar, konsert dan sebagainya."Dari situ agaknya peminat nampak dan dengan adanya media sosial bertubi-tubi orang 'post' pasal Senario. Jadi, alhamdulillah nama Senario naik balik dan Senario betul-betul bersyukur selain dari peminat, pihak media cetak dan elektronik juga membantu."Hingga akhirnya Senario muncul sebagai pemenang kategori Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 (ABPBH 36). Sebenarnya tercalon Top 5 pun tak jangka. Apabila kami muncul pemenang, rasa bersyukur ini satu penghargaan kepada Senario," kata Azlee. Mensyukuri kemenangan yang diraih, Senario mengadakan majlis kenduri di Kedai Pakya Yong Tau Foo, Saujana Utama yang juga milik anggota mereka, Ilya Buang, Sabtu lalu."Kami buat doa selamat dan kesyukuran meraikan kejayaan hasil sokongan peminat. Bukan tak nak buat untuk mereka, tapi ia majlis kecil lebih meraikan kawan-kawan."Doa selamat ini untuk saya dan isteri, Yassin Yahya serta isteri Wahid Mohamad yang akan tunaikan umrah pada 25 Oktober (esok) hingga 5 November depan. Tak ketinggalan juga tahlil untuk arwah Hamdan."Mudah-mudahan apa yang kami buat Allah berkati. Saya dan Yassin dapat tajaan umrah daripada seorang individu bergelar Datuk Seri. Ini kali kedua saya ke sana, manakala Yassin kali pertama," katanya.Ilya pula mengakui Senario sekarang tiada produk baharu. Namun, mereka mempunyai nostalgia dan pemergian Hamdan membuatkan nama Senario kembali jadi sebutan."Sana sini orang bercakap pasal Hamdan. Orang yang tak tahu Senario pun jadi tahu. Produk kita buat masa ini adalah konsert bergerak, berbanding artis lain yang masih ada rakaman TV."Kami belum ke tahap itu, tapi untuk aktiviti luar, dari situ orang kenal kami. Selepas menang ada pelbagai tawaran. Insya-Allah kami kembali dengan sitkom Senario di stesen popular TV3."Akan ada mesyuarat dengan pihak atasan TV3 dan tunggu keputusannya. Dari situ kami bermula dan di situ kami muncul semula," katanya.Menurut Yassin, pihak atasan terbabit menaruh hasrat supaya Senario mengeluarkan idea dan konsep untuk sitkom ini."Dengan perbincangan bersama semua anggota, kami akan dapat idea yang baik, mungkin kali ini sitkomnya jadi lain dan takkan sama macam dulu yang tiada 'live band' dan hanya konsep drama sebabak."Kali ini ada 'live band'. Konsepnya lain dan semua enam anggota Senario terbabit. Persediaan kami sempurna atas pentas dan bukan main hentam saja," katanya.Mengulas lanjut, Saiful Apek pula membayangkan mungkin hadir dengan lagu dan filem baharu."Dr Ahmad Idham pernah minta nak buat filem Senario The Legend. Tengoklah dia tengah buat skrip. Sebelum ini Pakya dah buat tiga lagu baharu iaitu Kenduri Kahwin, Terima Kasih Cikgu dan lagu Raya Di Hari Yang Mulia."Untuk lagu kami bernaung bawah Luncai Emas. Ramai yang minta buat lagu, Azmeer pun minta buat lagu sebab banyak lagu kami sentuhan karyanya."Ajai ada, Datuk M Nasir dan KRU pun ada. Tengok macam mana nanti. Manakala Abang Long (Aziz M Osman) berminat nak buat filem Senario. Cuma dia tengah fikir genre, konsep dan jalan cerita."Kalau ikutkan peminat nak sambungan cerita Senario Lagi dan Senario XX, tapi kami takkan sambung. Kalau sambung pasti tak jadi," katanya.
Tiga beranak dipercayai pengikut ajaran The Ahmadi ditahan
1,729,692,175
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147670/tiga-beranak-dipercayai-pengikut-ajaran-ahmadi-ditahan
Ahmad Hasbi
358
2024-10-23 14:02:55
2024-10-23T22:02:55
Seremban: Tiga beranak dipercayai pengikut The Ahmadi Religion of Light and Peace atau ajaran The Ahmadi ditahan di kediaman mereka dekat Ampangan, di sini, hari ini. Tangkapan kira-kira jam 2 petang itu dilakukan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hasil risikan selama lima bulan terhadap keluarga berkenaan. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, berkata, hasil siasatan mendapati tiga beranak berkenaan sudah berbaiah atau bersyahadat dengan ajaran berkenaan. "Dalam operasi hari ini, kami menahan seorang lelaki berusia 60-an yang juga pesara kerajaan bersama isterinya yang berusia 50-an dan anak perempuannya berumur 20-an."Tangkapan dilakukan di sebuah rumah di Ampangan. Ketika pemeriksaan kami menjumpai dan merampas pelbagai bukti berkaitan ajaran berkenaan," katanya pada sidang media, hari ini. Beliau berkata, tangkapan berkenaan adalah kali pertama di Negeri Sembilan membabitkan ajaran terbabit yang didapati bertentangan dengan hukum syarak. "Antara yang dirampas adalah pelbagai dokumen berkaitan ajaran, tablet, buku dan telefon bimbit. Berdasarkan siasatan bukti yang dijumpai memang mempunyai persamaan dengan ajaran Ahmadi Religion."Kami turut menemui bukti yang menunjukkan tiga beranak ini sudah berbaiah. Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sudah lama tidak menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada Disember. "Difahamkan mereka juga terpengaruh dan belajar ajaran berkenaan menerusi media sosial terutamanya Youtube malah difahamkan juga mereka juga cuba menyebarkan ajaran ini," katanya. Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 52 dan 35 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2019 kerana kesalahan perbuatan dan ajaran salah serta menghasut orang lain melakukan jenayah syariah. "Pihak kami akan melengkapkan siasatan dan suspek dijangka dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, esok," katanya. Harian Metro pada Mei lalu melaporkan, mendakwa ketua ajaran sebagai 'Imam Mahdi' sebenar, menolak semua ulama seluruh dunia dan mendakwa semua agama termasuk Islam adalah sesat.Itu dakwaan satu ajaran sesat dikenali sebagai 'ajaran Ahmadi' kononnya mahu membawa manusia kembali ke jalan agama sebenar.Sumber keselamatan negara memaklumkan ajaran itu ditaksir ekstrem dan menyeleweng berikutan mendakwa ketua mereka sebagai imam Mahdi, menolak ulama dan agamawan seluruh dunia serta mendakwa setiap agama termasuk Islam sebagai sesat.Katanya, kumpulan terbabit juga giat menyebarkan ideologi mereka menerusi platform media sosial seperti TikTok dan turut mempunyai saluran Telegram.
Nasiruddin dan 21 pengikut didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang
1,729,656,399
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147479/nasiruddin-dan-21-pengikut-didakwa-jadi-ahli-kumpulan-jenayah-terancang
Suraya Roslan
632
2024-10-23 04:06:39
2024-10-23T12:06:39
Selayang: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pengikutnya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini. hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020. Selain Nasiruddin, 65, turut didakwa isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, dan seorang anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi Asa'ari, 32. Pengikut lain yang didakwa Hasnan Abd Hamid, 53, Mohd Shukri Mohd Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdaluddin Latif, 34, Mohamad Sayuti Omar, 35, Mohd Fazil Md Jasin, 57, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 34, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28.Pengikut wanita lain yang didakwa ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 44, Mahani Kasim, 54, Siti Hajar Ismail, 51, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27, Nurul Jannah Idris, 28, Nur Jannah Omar, 32, dan Siti Salmiah Ismail, 57.Bagaimanapun, semua tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan sembilan wanita itu kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di sebuah premis di Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.Oleh itu mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.Manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rosli Kamaruddin, Muhammad Zaim Rosli, M Hafiz Zainol Abidin dan Boestamam Ahmad.Sementara itu, ketika prosiding berlangsung, salah seorang tertuduh wanita iaitu Siti Salmiah kedengaran terbatuk seperti menahan muntah menyebabkan mahkamah terganggu seketika sebelum ditenangkan rakannya yang lain. Terdahulu, Rosli bertanyakan sama ada permohonan jaminan perlu dilakukan di mahkamah ini atau menunggu kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi."Pembelaan juga memohon supaya tertuduh yang tidak sihat diberikan rawatan segera dan 10 minit untuk bertemu Nasiruddin dan Azura serta dua yang lain bagi menandatangani afidavit," katanya. Mendengar perkara itu, Lailatul Zuraida kemudian menyatakan di peringkat ini tiada jaminan diberikan di mahkamah dan sebarang urusan jaminan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi. Selain itu, beliau membenarkan tertuduh yang tidak sihat diberikan rawatan segera. Beliau turut menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi pemindahan prosiding ke Mahkamah Tinggi.Semua tertuduh yang tiba jam 9.30 pagi diberi kawalan ketat oleh polis dengan lebih 10 konvoi polis mengiringi dua trak polis dinaiki semua tertuduh. Pada 16 Oktober lalu, Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.Mereka antara 415 individu yang ditahan dalam Op Global hingga fasa keempat.Selain itu, seramai 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan, bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal.Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.Susulan pendedahan akhbar ini, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan.Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.
Siti Hajartul Haini ditahan di lapangan terbang selepas pulang dari Dubai
1,729,638,324
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147418/siti-hajartul-haini-ditahan-di-lapangan-terbang-selepas-pulang-dari-dubai
Wartawan Harian Metro
177
2024-10-22 23:05:24
2024-10-23T07:05:24
Kuala Lumpur: Wanita dikehendaki polis, Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian jutaan ringgit ditahan, semalam.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.Menurutnya, suspek ditahan selepas tiba di lapangan terbang sebaik tiba ke negara ini dari Dubai."Suspek direman di Mahkamah Alor Setar hari ini bagi membantu siasatan," katanya.Muka depan Metro Ahad sebelum ini melaporkan lebih 100 mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya dengan harga emas 916 yang lebih rendah dari pasaran oleh wanita dikenali Siti Hajartul Haini Abd Hamid sejak dua bulan lalu.Kebanyakan mangsa yang bekerja di satu unit di sebuah hospital awam di Lembah Klang selain guru di beberapa negeri, kini diburu kerana menjadi orang tengah yang mengumpul wang berkenaan.Sama seperti skim kutu yang memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawarkan dengan harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan dan peminjam wang tanpa lesen semata-mata merebut 'tawaran hebat' terbabit.
Ikatan sahabat kukuh tiga dekad
1,729,638,033
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147412/ikatan-sahabat-kukuh-tiga-dekad
Redzuan Muharam
459
2024-10-22 23:00:33
2024-10-23T07:00:33
Kuala Lumpur: Tempoh perkenalan tiga sekawan ini sudah menjangkau lebih 30 tahun, namun ikatan persahabatan mereka tetap utuh terjalin sehingga kini.Bermula sebagai jiran, Rahana Manan, 67, Azizah Buang, 64, dan Zuraidah Adnan, 62, menjadi rapat, malah usia bukan halangan untuk mereka menghabiskan masa bersama dengan aktiviti kegemaran seperti jalan-jalan cari makan atau food hunting selain bercuti dalam negara.Gelagat tiga wanita itu dapat dilihat menerusi perkongsian video aktiviti dilakukan mereka di akaun TikTok, The Pretty Mamas.Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat persahabatan dan menyukai gelagat mereka tampak sporting seperti orang muda walaupun sudah berusia serta bergelar nenek.Bercerita lanjut, Zuraidah atau mesra disapa Aunty Zu berkata, dia dan dua rakannya berjiran di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, sejak anak mereka bertiga masih kecil.Menurutnya, mereka sudah lama berkenalan, tetapi tiada kesempatan sebelum ini kerana sibuk menguruskan anak dan keluarga."Kami suka makan dan sebab itu suka pergi kafe atau kedai makan untuk cuba nikmati makanan di situ terutama bila tengok maklum positif daripada mereka yang pernah datang sebelum ini."Kebiasaannya, kami akan keluar bersama dua hari dalam seminggu dan pernah 'jalan-jalan cari makan' sampai ke Pedas Linggi, Negeri Sembilan."Memandangkan Aunty Ann (Rahana Manan) suka memandu, biasanya kami akan naik keretanya dan paling jauh berjalan adalah ke Langkawi. Setakat ini, anak dan suami tak halang kerana faham masa kami nak berseronok," katanya.Berhubung perkongsian di TikTok, Zuraidah berkata, anaknya, Siti Nabilah Sallehudin, 27, atau dikenali sebagai Bella yang mengaktifkan akaun dan memuat naik video di platform berkenaan."Sebenarnya, kami tak ada akaun TikTok dan yang sekarang pun, anak tolong buat. Mulanya dia rakam video dan beritahu nak muat naik di TikTok."Kami ingatkan untuk santai-santai saja dan tak sangka dapat perhatian sampai ada video kami meraih lebih sejuta tontonan dalam masa empat hari."Alhamdulillah, rata-rata komen positif dan apa yang penting mereka rasa terhibur. Terima kasih kerana sudi mengikuti kami di TikTok dan mendoakan, semoga yang baik juga berbalik kepada kalian semua," katanya.Ditanya tip mengekalkan hubungan persahabatan, Azizah atau mesra disapa Aunty Zizah berkata, perselisihan faham pasti ada, namun tidak dibiarkan berpanjangan hingga bermasam muka dalam tempoh lama."Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kami. Cuma kalau terguris hati pun tak lama dan akhirnya akan menyapa orang itu."Paling penting, jangan simpan dendam dalam hati. Lagipun, kita sayangkan persahabatan kerana bukan dua atau tiga tahun berkawan, tapi sudah berpuluh tahun walaupun tak pernah ungkap perkataan sayang dengan kata-kata," katanya.Sementara itu, Rahana berkata, mereka memasang hajat untuk ke Tanah Suci bersama suatu hari nanti."Memang teringin (ke Tanah Suci). Niat pun sudah ada, cuma semuanya atas izin Allah SWT."Selagi bernyawa, kami akan terus berkawan dan lakukan apa disukai bersama, namun sentiasa beringat untuk jaga diri juga kelakuan kerana sedar umur pun sudah berapa," katanya.
Jaga privasi 'ketat-ketat'
1,729,634,425
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147385/jaga-privasi-ketat-ketat
Najiy Jefri
490
2024-10-22 22:00:25
2024-10-23T06:00:25
Selepas hampir 15 tahun menyepikan diri daripada dunia hiburan, pelakon Syarul Ezani kini kembali aktif dan mula mencuri perhatian peminat melalui kemunculan semula dalam beberapa drama bersiri. Syarul yang kali terakhir dilihat dalam dunia seni menerusi filem Kami The Movie, kini membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Hati Tercarik Luka dan Mentua. Syarul atau yang nama penuhnya Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen mendedahkan sepanjang tempoh 'menghilang' dari radar industri seni, beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga dan lebih selesa menyimpan kemas hal peribadinya. Pada usia 35 tahun, Syarul belum berkahwin dan mengakui faktor ekonomi menjadi antara punca mengapa dia belum menamatkan zaman bujang. "Saya tak pernah berkahwin dan melalui perkara sama seperti orang lain dalam generasi saya yang perlu berdepan kepayahan hidup. "Saya ada komitmen yang perlu difikirkan, perlu berdepan kenaikan harga barang serta bekerja untuk meneruskan hidup," katanya. Tambah Syarul, dia menegaskan soal hati dan perasaan adalah sesuatu yang tidak akan dibincangkan secara terbuka kepada khalayak. Syarul memegang falsafah hidup yang mana beliau memilih untuk menjaga privasi dengan ketat dan hal ini sudah lama menjadi pegangan hidupnya. "Saya mempunyai falsafah hidup yang mana saya memilih untuk tidak menceritakan kehidupan peribadi dan saya sejenis orang yang 'follow the flow'. "Itu adalah saya, di mana saya sangat menjaga privasi dan tidak terbuka berkongsi mengenai itu," katanya. Syarul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi penggambaran drama One Cent Thief 2 di Bandaraya Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Walaupun memilih tidak berkongsi hal peribadi, Syarul tidak menolak kemungkinan untuk berubah fikiran pada masa hadapan. Menurutnya, sifat manusia sentiasa berubah dan mungkin suatu hari nanti dia lebih terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya. "Bagi saya, itu adalah pilihan diri masing-masing. Sebagai selebriti, tingkah laku kita diperhatikan orang, jadi kita perlu menjadi contoh baik kepada orang ramai. Tetapi, sekarang saya memilih lebih privasi," katanya. Kata Syarul, salah satu punca utama mengapa dia begitu berhati-hati dalam berkongsi kehidupan peribadinya adalah kerana kebimbangannya terhadap penyakit ain atau dengki. Syarul percaya menceritakan terlalu banyak mengenai diri sendiri boleh menarik perhatian negatif daripada pihak yang tidak menyukai kita. "Pada saya, setiap orang ada kehidupan peribadi, aib dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak tahu ada orang dengki dengan kita. "Bila kita bercerita mungkin ada orang suka dan mungkin ada orang tak suka. Dari situ mula datangnya penyakit ain dan sebagainya," katanya. Walaupun Syarul tidak aktif di televisyen atau layar perak selama lebih sedekad, beliau tetap mengikuti perkembangan industri seni tanah air dari jauh. Kini, dengan kembalinya beliau dalam dunia lakonan, ramai peminat mula menyedari perubahan gaya lakonannya yang lebih matang dan mendalam, seiring pengalaman hidup yang dilaluinya. Bercerita mengenai pembabitannya dalam drama siri One Cent Thief 2, Syarul berkata, kemunculannya dalam siri itu dia berpeluang memegang watak sebagai anggota polis. "Sebelum masuk set saya mengikuti beberapa latihan seperti cara memegang pistol dengan betul, aksi pertahankan diri, pergerakan polis, termasuk bagaimana saya ingin membawa karakter ini dengan baik. "Sudah tentu persiapan rapi perlu dibuat kerana saya enggan mensia-siakan peluang yang diberikan ini," katanya.
Pertanyaan guru jentik hati Aaron Lim peluk Islam
1,729,598,425
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147333/pertanyaan-guru-jentik-hati-aaron-lim-peluk-islam
Redzuan Muharam
415
2024-10-22 12:00:25
2024-10-22T20:00:25
Melaka: "Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."Itu kata mualaf muda, Ahmad Aaron Lim, 21, ketika diminta menceritakan kisah penghijrahannya yang menjadi satu-satunya individu memeluk Islam dalam keluarga.Berkongsi kisahnya, penuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Komunikasi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu berkata, dia memeluk Islam secara rasmi pada Disember tahun lalu di Pejabat Agama Islam Kuala Nerus, Terengganu. Sebelum berhijrah, Ahmad Aaron memang bergaul dan mempunyai ramai rakan Melayu malah tahu kewajipan dalam Islam seperti solat lima waktu selain kepercayaan kepada Allah SWT serta Rasulullah SAW sebagai utusanNya.Bagaimanapun, hatinya mula terjentik memeluk Islam selepas satu perbualan ringkas dengan seorang guru di sekolah."Waktu itu, saya di Tingkatan Enam dan selalu tolong cikgu. Pada satu hari, ada seorang cikgu tanya adakah saya orang Islam."Soalannya membuatkan saya tertanya mengapa cikgu itu kata begitu dan tak lama kemudian datang keinginan mendalami ajaran Islam."Saya cuba belajar dengan merujuk Internet dan menonton video di Youtube selain ikut kawan ke masjid dan surau. "Bila tengok kawan solat nampak rutin mereka ambil wuduk dan jaga kebersihan jadi itu yang membuatkan saya lebih tertarik dengan ajaran Islam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Ahmad Aaron berkata, rakan baiknya, Mohamad Zulhazwan Jazli Rusdi banyak memberi bimbingan malah turut memperkenalkannya dengan Allahyarham Prof Madya Dr Zulazhan Ab Halim iaitu ustaz yang membantu membawanya ke pejabat agama untuk menguruskan proses pengislaman.Katanya, urusan itu berjalan lancar namun tanpa pengetahuan keluarga. "Cabarannya adalah nak solat di rumah selepas memeluk Islam kerana tinggal dengan keluarga."Memandangkan tak beritahu ibu dan ayah, saya solat senyap-senyap dalam bilik tapi tak tenteram kerana takut ada yang ketuk pintu bilik atau masuk."Ikutkan, saya nak simpan rahsia itu tiga tahun tapi Mac lalu, saya nekad berterus terang dengan keluarga kerana nak jaga hubungan dengan mereka."Alhamdulillah, keluarga terima keputusan saya dan pesan walau apa pun, mereka tetap ibu ayah saya dan saya masih anak mereka," katanya.Kini, Ahmad Aaron mengakui hidupnya lebih tenang dan berasa seperti dilahirkan semula."Penghijrahan ini mengajar saya bagaimana nak jadi manusia sebenar dan tahu apa yang halal juga haram."Nak belajar mendalami ajaran Islam agak mencabar kerana saya tak pandai baca al-Quran awalnya malah susah sebut perkataan bahasa Arab hingga pernah berasa ketinggalan berbanding rakan mualaf lain."Tapi saya terus belajar sampai sekarang dan kalau boleh nak jadi inspirasi supaya dapat menarik minat mereka mahu mendalami Islam ke jalan yang benar," katanya.
CEO GISBH dan isteri, anak Ashaari antara 22 dituduh esok
1,729,597,413
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147631/ceo-gisbh-dan-isteri-anak-ashaari-antara-22-dituduh-esok
Skuad Khas Harian Metro
357
2024-10-22 11:43:33
2024-10-22T19:43:33
Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali antara 22 individu akan dituduh di Mahkamah Selayang esok. Selain Nasiruddin, turut dituduh adalah isterinya Azura Md Yusof dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi.Mereka semua akan didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pertuduhan itu dibuat selepas kertas siasatan itu dirujuk dan ditaklimatkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang tadi. "Kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang esok pagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro malam ini.Pada 16 Oktober lalu, Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zin dilapor berkata, sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu 58 individu ditahan mengikut Sosma termasuk 16 orang yang juga pengurusan tertinggi GISBH.Mereka antara 415 individu yang ditahan dalam Op Global hingga fasa keempat.Selain itu, seramai 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan, bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal. Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan. Susulan pendedahan akhbar ini, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan. Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.
'Isteri 3 pemain sarat mengandung, tapi gaji 4 bulan tak dapat'
1,729,594,694
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147314/isteri-3-pemain-sarat-mengandung-tapi-gaji-4-bulan-tak-dapat
Syazwan Msar
274
2024-10-22 10:58:14
2024-10-22T18:58:14
Kuala Lumpur: Bagaikan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Perumpamaan itu sesuai digambarkan kepada barisan pemain Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) yang kini tidak 'melihat' gaji mereka hampir empat bulan.Walaupun sudah pelbagai cara digunakan termasuk merayu kepada pihak pengurusan untuk membayar tunggakan gaji itu, setakat ini tiada tanda-tanda masalah itu akan diselesaikan segera.Malah, barisan pemain KL Rovers kini mula berkira-kira untuk memboikot perlawanan Liga A1 Semi Pro berikutan tidak dibayar gaji oleh pengurusan.Situasi terbabit ternyata memeningkan kepala jurulatih KL Rovers, Wan Mustafa Wan Ismail dalam usaha untuk menyusunkan pasukan bagi mengharungi perlawanan akan datang.Beliau berkata, ketika ini pemain berada dalam keadaan tenat apabila terpaksa melakukan kerja lain bagi menampung kehidupan seharian."Ada tiga pemain yang isteri mereka kini sarat mengandung, sekali gus memerlukan sumber kewangan bagi menampung pembelian barangan keperluan."Jika diikutkan sudah empat bulan mereka tidak menerima gaji. Sudah dua perlawanan pemain tidak mahu turun latihan kerana tiada bayaran gaji."Saya harap masalah ini dapat diselesaikan segera oleh pengurusan baru Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)," katanya ketika dihubungi Arena Metro.Pada masa sama, Wan Mustafa mengharapkan pengurusan baru KLFA yang diterajui Syed Yazid Syed Omar dapat menyelesaikan segera masalah itu bagi mengelak KL Rovers terkubur."Saya harapkan pengurusan baru KLFA tengok-tengok sikit KL Rovers takut nanti pasukan terpaksa tutup kerana tiada pemain."Ketika ini, pemain tetap beraksi untuk pasukan sehingga mampu mencipta kemenangan pada perlawanan baru-baru ini walaupun tidak turun latihan."Kita akan mengharungi banyak lagi perlawanan, sekali gus mengharapkan gaji dibayar bagi menyuntik semangat pemain," katanya.Syed Yazid dipilih untuk menerajui KLFA selepas memenangi jawatan presiden pada Kongres ke-35 persatuan itu bagi sesi 2024-2028, 12 Oktober lalu.
Glasgow tuan rumah Sukan Komanwel 2026
1,729,587,709
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147259/glasgow-tuan-rumah-sukan-komanwel-2026
Saiful Affendy Sapran
291
2024-10-22 09:01:49
2024-10-22T17:01:49
Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan secara rasmi Glasgow sebagai bandar tuan rumah Sukan Komanwel 2026.Edisi ke-23 Sukan Komanwel akan berlangsung di Scotland bermula 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026, sekali gus kembali ke bandar itu 12 tahun selepas kejayaan menganjurkan Sukan Komanwel edisi 2014.Glasgow 2026 akan menampilkan program 10 sukan yang akan diadakan di empat venue sekitar radius 12.8 kilometer (km) bagi memastikan jadual yang padat sepanjang hari pertandingan dan menjadikan acara itu mudah diakses serta menarik penonton yang ingin menikmati suasana pelbagai pertandingan sukan.Lebih daripada 500,000 tiket akan disediakan dengan kira-kira 3,000 atlet terbaik bakal bersaing membabitkan 74 negara dan wilayah Komanwel yang mewakili 2.5 bilion orang – satu pertiga daripada populasi dunia.Sukan Para akan digabungkan sekali dengan enam acara Sukan Para akan dipertandingkan.Program sukan itu akan merangkumi olahraga dan para olahraga (trek & padang), renang dan para renang, berbasikal trek dan para berbasikal trek, angkat berat dan para powerlifting, boling padang dan boling padang para, bola keranjang 3x3 dan bola keranjang kerusi roda 3x3, gimnastik artistik, bola jaring, tinju dan judo.Temasya kali ini akan berlangsung di empat venue iaitu Stadium Scotstoun, Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Arena Emirates – termasuk Velodrom Sir Chris Hoy dan Scottish Event Campus (SEC). Penginapan untuk atlet dan kakitangan sokongan akan ditempatkan di hotel.Ketua Pegawai Eksekutif CGF, Katie Sadleir yakin Glasgow akan dapat menjayakan edisi Sukan Komanwel kali ini yang berkonsepkan lebih mudah diakses berbanding sebelum ini."Kami bekerja keras dengan rakan berkepentingan untuk memastikan temasya sukan yang berkualiti tinggi akan berlangsung pada 2026," katanya.Sebelum ini, Victoria, Australia menarik diri daripada menganjurkan temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu atas alasan peningkatan kos penganjuran.CGF kemudian menawarkan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah, namun pihak kerajaan Malaysia menolaknya.Badminton, terjun, skuasy dan hoki tak dipertandingkan di Sukan Komanwel 2026
Impian 50 pelatih juruterbang musnah, syarikat penyelaras didakwa seleweng dana
1,729,573,698
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147149/impian-50-pelatih-juruterbang-musnah-syarikat-penyelaras-didakwa-seleweng-dana
BERNAMA
977
2024-10-22 05:08:18
2024-10-22T13:08:18
(Ini adalah bahagian pertama daripada siri tiga bahagian mengenai bagaimana impian bakal juruterbang untuk menggapai langit musnah apabila sebuah syarikat tempatan, yang menguruskan program latihan mereka di Republik Czech, gagal menunaikan tanggungjawabnya. Bahagian I membincangkan kegagalan syarikat itu dan kerugian kewangan besar yang dihadapi keluarga yang terbabit serta MARA, yang menyediakan pembiayaan kepada sebahagian pelatih.) Kuala Lumpur: Menjadi juruterbang membabitkan kos yang tinggi dan penuh dengan pelbagai cabaran kewangan dan peribadi. Bayangkan kesedihan yang dirasai apabila bakal juruterbang, yang melaburkan impian dan dana yang besar untuk masa depan mereka, mendapati diri mereka menjadi mangsa sebuah syarikat yang mereka amanahkan untuk menjalani latihan penerbangan di Republik Czech. Ini adalah realiti getir yang dihadapi sekumpulan lebih 50 pelatih juruterbang Malaysia di bawah penyeliaan sebuah syarikat tempatan yang menyelaraskan latihan penerbangan untuk bakal juruterbang. Kini pelatih juruterbang dan ibu bapa mereka mencari jawapan dan keadilan, berharap kesungguhan mereka akan membuahkan hasil dalam bentuk akauntabiliti dan pampasan yang sewajarnya.Berpangkalan di Shah Alam, pemilik syarikat Bumiputera yang kini tidak lagi beroperasi itu pernah muncul dalam berita tempatan, wawancara televisyen dan rancangan bual bicara, mempromosikan perkhidmatannya sebagai syarikat Bumiputera yang berjaya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. (Nama syarikat ini disebut dalam Bahagian 2 dan seterusnya)Hari ini, syarikat itu dituduh menguruskan secara salah dana pelajar melebihi RM21 juta, mengakibatkan pelatih dan keluarga mereka mengalami tekanan emosi dan kesukaran kewangan dari 2020 hingga 2022.Sehingga kini, tiada keadilan atau pampasan yang diberikan kepada pelatih dan keluarga mereka, yang masing-masing mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.Siasatan Bernama mendedahkan syarikat itu juga pernah bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menaja Bumiputera dalam program latihan penerbangan yang dikendalikannya.Beberapa kumpulan juruterbang kadet yang mendaftar di bawah syarikat itu dari 2019 hingga 2022, termasuk mereka yang dibiayai sendiri dan yang mendapatkan pinjaman bank komersial. Yuran terlibat adalah antara RM400,000 hingga RM700,000 seorang.Seorang bapa kepada bekas pelatih juruterbang, yang meminta dirujuk sebagai Yusof (bukan nama sebenar), berkata anak lelakinya adalah antara pelajar tajaan MARA yang dihantar ke Prague pada November 2020 di bawah program penerbangan syarikat itu.Beliau menjelaskan bahawa MARA memperuntukan anggaran RM441,000 untuk membiayai setiap pelatih tajaannya di Czech Aviation Training Centre (CATC) di Prague. Dana itu diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk membayar yuran pengajian dan penginapan mereka."Setahu saya, kira-kira 25 pelatih juruterbang, termasuk anak saya, ditaja oleh MARA. MARA memberikan anggaran RM11 juta kepada syarikat itu untuk menguruskan latihan penerbangan mereka ini. Namun, syarikat itu gagal menunaikan komitmen yang berkaitan dengan latihan pelajar di CATC."Syarikat itu gagal membayar kos sara hidup, penginapan, pengangkutan dan yuran pengajian seperti yang dijanjikan," katanya kepada Bernama.Yusof menambah terdapat satu ketika, pelatih dari Malaysia di Prague diusir dari tempat penginapan mereka pada tengah malam kerana syarikat itu gagal membayar yuran penginapan.Beliau berkata semasa kekalutan itu, ramai ibu bapa pelajar tampil untuk menyiasat situasi syarikat berkenaan. Mereka membentuk kumpulan WhatsApp untuk berkongsi kebimbangan dan perkembangan antara mereka.Setelah mengetahui bahawa syarikat itu gagal membayar yuran kepada sekolah penerbangan, mereka memutuskan untuk membuat laporan polis bersama pada 5 Februari 2022 di Balai Polis Bukit Jelutong di Shah Alam, kata Yusof."Sebilangan daripada kami (ibu bapa) pergi bersama-sama ke Balai Polis Bukit Jelutong untuk membuat laporan, dan kami menasihatkan ibu bapa pelajar yang dibiayai sendiri untuk membuat laporan berasingan kerana anak-anak kami dibiayai oleh MARA," jelasnya.Namun, di balai polis, polis memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai asas untuk memfail kes pecah amanah jenayah (CBT) dan hanya MARA, sebagai organisasi penaja, yang mempunyai kuasa untuk membuat laporan sedemikian, bukan ibu bapa atau pelajar kecuali mereka yang dibiayai sendiri."IO (pegawai penyiasat) berkata bahawa kerana dana itu bukan datang secara langsung daripada saya tetapi daripada MARA, yang sepatutnya membuat laporan polis untuk mereka menyiasat di bawah kes pecah amanah," katanya.Menurut Yusof, semasa permulaan pandemik COVID-19, isu melibatkan syarikat itu mula meruncing, MARA menahan pengeluaran dana berjumlah kira-kira RM9 juta kerana isu-isu yang tidak selesai dengan syarikat itu.Akhirnya, pemilik syarikat gagal menyelesaikan isu mereka dan akibatnya, pelajar yang sepatutnya dihantar ke Prague untuk latihan penerbangan dihantar oleh MARA ke sekolah penerbangan tempatan di seluruh negara.Beliau berkata bagi mereka yang sudah berada di sekolah penerbangan di Prague ketika itu, MARA campur tangan dan menambah dana untuk pelajar tajaan MARA, termasuk anak lelakinya, yang berjaya menyelesaikan masalah mereka.Namun, Yusof berkata beliau bersimpati dengan mereka yang dibiayai sendiri kerana masalah mereka belum selesai. Mereka terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar CATC secara langsung. Bagi yang tidak mempunyai wang terpaksa dipanggil pulang ke Malaysia tanpa menyelesaikan latihan juruterbang mereka. Keluarga Berjuang Menuntut Keadilan di Sebalik Krisis Kewangan dan Tindakan Undang-Undang Ramai pelatih dan keluarga mereka telah mengemukakan aduan kepada syarikat itu, mencari penyelesaian secara damai. Ramai mangsa mendakwa pemilik syarikat itu membuat janji palsu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, tetapi kemudian membisu dan menghilangkan diri tanpa memberikan sebarang alasan.Beberapa pelajar dan keluarga mereka terus mencari keadilan. Namun, banyak laporan polis dan tindakan undang-undang yang diambil oleh beberapa mangsa tidak diendahkan.Antara ibu bapa yang masih mencari keadilan ialah Azlira Bosra, seorang juruterbang komersial berusia 58 tahun dengan pengalaman selama 34 tahun.Pada Januari 2021, beliau mendaftarkan anak perempuannya, Sofea, kini berusia 21 tahun, di bawah syarikat itu, dengan harapan untuk melihat anaknya menjadi juruterbang. Namun, syarikat itu didakwa menghilangkan diri dengan RM230,000 dana yang diamanahkan olehnya.Azlira memulakan tindakan undang-undang terhadap syarikat dan individu utama syarikat pada Mei 2022. Mahkamah Sesyen Shah Alam memanggil empat individu yang berkaitan dengan syarikat berkenaan."Mahkamah telah memanggil mereka, tetapi tiada seorang pun hadir pada mana-mana prosiding, malah tiada seorang wakil pun. Saya juga meletakkan iklan di akhbar tempatan, tetapi tidak berhasil. Mereka langsung tidak peduli," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.Anak perempuan Azlira adalah antara pelajar yang dibiayai sendiri dan bapa kepada empat anak itu kini bekerjasama dengan ibu bapa lain yang terjejas dalam usaha kolektif untuk mendedahkan pihak yang didakwa menguruskan dana secara salah ini.Ketika perjuangan untuk keadilan berterusan, keluarga tetap teguh dalam mengejar akauntabiliti. Kisah peribadi keluarga yang terjejas diketengahkan dalam bahagian 2.
Bila kering makin bahaya
1,729,569,629
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147118/bila-kering-makin-bahaya
Noor Hidayah Tanzizi
782
2024-10-22 04:00:29
2024-10-22T12:00:29
Shah Alam: Himpunan najis burung merpati dalam keadaan kering dan terbiar bagi tempoh lama terutama di dalam bangunan lebih berisiko membawa penyakit kepada manusia terutama gangguan pernafasan.Ketua Kumpulan Inisiatif Penyelidikan (RIG) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pengurusan Risiko Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSeRM), Prof Madya Ts Dr Mohd Shukri Mohd Aris berkata, pada asasnya najis burung merpati yang masih baru tidak membawa jangkitan dan berisiko rendah kecuali jika di dalam perut burung sudah mempunyai jangkitan bakteria.Bagaimanapun pensyarah Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam itu berkata, ia tidak boleh dikatakan sifar risiko kerana najis itu akan berisiko tinggi apabila ia sudah kering dan terbiar lama.Menurutnya, ada empat parasit dalam najis unggas itu iaitu histoplasmosis dan cryptococcosis daripada keluarga kulat atau fungi dan psittacosis dan solmonellosis daripada keluarga bakteria yang berbahaya kepada manusia."Kebiasaannya, ada dua jenis merpati iaitu liar dan domestik. Merpati liar adalah burung yang hidup di hutan, namun yang menjadi isu adalah merpati domestik atau urban pigeon yang hidup bebas, tidak dipelihara, membiak dalam skala tinggi serta tiada yang menguruskan (tidak dibela)," katanya.Katanya, keadaan risiko menjadi lebih serius apabila kelompok burung merpati membuat sarang dan membuang najis dalam bangunan tertutup berbanding kawasan terbuka."Perkara itu perlu dilihat kepada bilangan burung berkenaan. Semakin banyak bilangan burung semakin tinggi kemungkinan jumlah najis yang tidak terurus dalam bangunan."Kulat dan bakteria akan hasilkan debu. Bakteria kering dibawa angin seolah-olah seperti debu. Dalam penyelidikan saintifik menyatakan kes dalam sistem pernafasan (adalah) tinggi berbanding gejala lain."Kita tahu manusia bernafas setiap masa, jadi kesan lebih ketara berbanding lain. Kulat mempunyai spora (struktur pembiakan organisma), jadi angin membawa kulat ke udara dan ia boleh tersebar dan masuk ke salur pernafasan manusia," katanya.Katanya, berdasarkan pengalaman kajian dan penilaian risiko kesihatan pekerjaan bagi mengenal pasti punca kes membabitkan pekerja industri di dalam bangunan, beliau mendapati simptom pekerja itu adalah batuk dan selesema hingga ada yang perlu dirawat di hospital."Pekerja membancuh simen mempunyai risiko gangguan sistem pernafasan jika tidak memakai alat perlindungan pernafasan namun risiko lebih tinggi jika pekerja itu berdepan situasi membersihkan kawasan dalam bangunan yang penuh dengan najis itu (tanpa memakai perlindungan)."Justeru, perkara sebegini perlu diberi perhatian dengan prosedur operasi standard (SOP) dan cara pengendalian betul. Kita tak boleh mengatakan burung merpati sepenuhnya adalah bahaya kepada manusia. "Sebenarnya yang memberi kesan adalah najis, tidak kisahlah haiwan lain juga dan ia bukan berlaku di negara kita saja, negara lain seperti Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Kanada juga berdepan situasi sama," katanya.Katanya, Kanada mempunyai SOP mengendalikannya, maka negara ini juga memerlukan sistem pengurusan lebih efisien di dalam konteks kesihatan awam dan pekerjaan untuk bangunan dan tempat awam. Tidak adil nak salahkan burungBangi: "Saya tahu semua jenis najis memang bahaya apatah lagi jika dijangkiti bakteria, tetapi saya akan pastikan loft (reban burung merpati) dibersihkan selalu supaya tidak mendatangkan risiko," kata peminat burung merpati, Muhammad Aidil Adha Che Johari, 39.Muhammad Aidil Adha berkata, dia memahami kebimbangan segelintir pihak yang mengatakan najis unggas itu bahaya serta boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada manusia namun dia mengakui dengan penjagaan baik bersama pengurusan tepat maka masalah itu diyakini tidak berlaku. Dia yang mempunyai 50 burung merpati pelbagai jenis mengakui ramai selalu bertanya kepadanya mengenai burung berkenaan yang dikatakan berbahaya apabila najisnya boleh menyebabkan masalah gangguan pernafasan. "Saya tahu najis burung merpati yang sudah kering memang bahaya, malah daripada dulu lagi kita dengar perkara ini, tetapi bagi saya jika kita membuat pengurusan loft dengan baik masalah itu diyakini tidak akan berlaku. Penjagaan, kebersihan dan pengudaraan adalah sangat penting."Saya akui ada ketika kerana kekangan masa, sempat juga najis unggas itu kering, tetapi saya tidak akan membiarkannya terlalu lama. Apabila membersihkan loft saya memakai pelitup muka bagi mengelak terdedah kerana bahaya tak dijangka dan bau najis, selepas itu saya mandi dengan bersih. "Biasanya burung berkepak terutama apabila diberi makan, jadi masa itu mungkin debu tersebar dan boleh masuk ke pernafasan. Maka penting pakai pelitup muka apabila masuk ke dalam loft jika najis belum dibersihkan," katanya. Menurutnya, setakat ini dia belum mendengar sebarang kes membabitkan masalah kesihatan berpunca daripada najis burung merpati sepanjang lebih 10 tahun aktif membela dan menyertai aktiviti unggas itu. Katanya, dia jtidak pernah mengalami masalah batuk berpanjangan disebabkan unggas itu."Kalau yang dibela tiada masalah kerana kita ada pengurusannya, cuma kalau burung di tempat awam atau buat sarang di bangunan lama mungkin itu bermasalah apabila najis itu kering terlalu lama."Malah, kita tak tahu apa yang ia makan kerana kalau burung bela, unggas itu diberi makan jagung, dedak, kacang tanah dan hijau dan gandum."Tidak adil kalau nak salahkan burung dan cakap manusia dapat gangguan pernafasan kerana burung merpati semata-mata, mungkin ada masalah lain dan paling penting kita jaga kebersihan," katanya. Undang masalah saluran pernafasan, alahan
Bila kering makin bahaya
1,729,569,629
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147118/bila-kering-makin-bahaya
Noor Hidayah Tanzizi
782
2024-10-22 04:00:29
2024-10-22T12:00:29
Shah Alam: Himpunan najis burung merpati dalam keadaan kering dan terbiar bagi tempoh lama terutama di dalam bangunan lebih berisiko membawa penyakit kepada manusia terutama gangguan pernafasan.Ketua Kumpulan Inisiatif Penyelidikan (RIG) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pengurusan Risiko Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSeRM), Prof Madya Ts Dr Mohd Shukri Mohd Aris berkata, pada asasnya najis burung merpati yang masih baru tidak membawa jangkitan dan berisiko rendah kecuali jika di dalam perut burung sudah mempunyai jangkitan bakteria.Bagaimanapun pensyarah Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam itu berkata, ia tidak boleh dikatakan sifar risiko kerana najis itu akan berisiko tinggi apabila ia sudah kering dan terbiar lama.Menurutnya, ada empat parasit dalam najis unggas itu iaitu histoplasmosis dan cryptococcosis daripada keluarga kulat atau fungi dan psittacosis dan solmonellosis daripada keluarga bakteria yang berbahaya kepada manusia."Kebiasaannya, ada dua jenis merpati iaitu liar dan domestik. Merpati liar adalah burung yang hidup di hutan, namun yang menjadi isu adalah merpati domestik atau urban pigeon yang hidup bebas, tidak dipelihara, membiak dalam skala tinggi serta tiada yang menguruskan (tidak dibela)," katanya.Katanya, keadaan risiko menjadi lebih serius apabila kelompok burung merpati membuat sarang dan membuang najis dalam bangunan tertutup berbanding kawasan terbuka."Perkara itu perlu dilihat kepada bilangan burung berkenaan. Semakin banyak bilangan burung semakin tinggi kemungkinan jumlah najis yang tidak terurus dalam bangunan."Kulat dan bakteria akan hasilkan debu. Bakteria kering dibawa angin seolah-olah seperti debu. Dalam penyelidikan saintifik menyatakan kes dalam sistem pernafasan (adalah) tinggi berbanding gejala lain."Kita tahu manusia bernafas setiap masa, jadi kesan lebih ketara berbanding lain. Kulat mempunyai spora (struktur pembiakan organisma), jadi angin membawa kulat ke udara dan ia boleh tersebar dan masuk ke salur pernafasan manusia," katanya.Katanya, berdasarkan pengalaman kajian dan penilaian risiko kesihatan pekerjaan bagi mengenal pasti punca kes membabitkan pekerja industri di dalam bangunan, beliau mendapati simptom pekerja itu adalah batuk dan selesema hingga ada yang perlu dirawat di hospital."Pekerja membancuh simen mempunyai risiko gangguan sistem pernafasan jika tidak memakai alat perlindungan pernafasan namun risiko lebih tinggi jika pekerja itu berdepan situasi membersihkan kawasan dalam bangunan yang penuh dengan najis itu (tanpa memakai perlindungan)."Justeru, perkara sebegini perlu diberi perhatian dengan prosedur operasi standard (SOP) dan cara pengendalian betul. Kita tak boleh mengatakan burung merpati sepenuhnya adalah bahaya kepada manusia. "Sebenarnya yang memberi kesan adalah najis, tidak kisahlah haiwan lain juga dan ia bukan berlaku di negara kita saja, negara lain seperti Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Kanada juga berdepan situasi sama," katanya.Katanya, Kanada mempunyai SOP mengendalikannya, maka negara ini juga memerlukan sistem pengurusan lebih efisien di dalam konteks kesihatan awam dan pekerjaan untuk bangunan dan tempat awam. Tidak adil nak salahkan burungBangi: "Saya tahu semua jenis najis memang bahaya apatah lagi jika dijangkiti bakteria, tetapi saya akan pastikan loft (reban burung merpati) dibersihkan selalu supaya tidak mendatangkan risiko," kata peminat burung merpati, Muhammad Aidil Adha Che Johari, 39.Muhammad Aidil Adha berkata, dia memahami kebimbangan segelintir pihak yang mengatakan najis unggas itu bahaya serta boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada manusia namun dia mengakui dengan penjagaan baik bersama pengurusan tepat maka masalah itu diyakini tidak berlaku. Dia yang mempunyai 50 burung merpati pelbagai jenis mengakui ramai selalu bertanya kepadanya mengenai burung berkenaan yang dikatakan berbahaya apabila najisnya boleh menyebabkan masalah gangguan pernafasan. "Saya tahu najis burung merpati yang sudah kering memang bahaya, malah daripada dulu lagi kita dengar perkara ini, tetapi bagi saya jika kita membuat pengurusan loft dengan baik masalah itu diyakini tidak akan berlaku. Penjagaan, kebersihan dan pengudaraan adalah sangat penting."Saya akui ada ketika kerana kekangan masa, sempat juga najis unggas itu kering, tetapi saya tidak akan membiarkannya terlalu lama. Apabila membersihkan loft saya memakai pelitup muka bagi mengelak terdedah kerana bahaya tak dijangka dan bau najis, selepas itu saya mandi dengan bersih. "Biasanya burung berkepak terutama apabila diberi makan, jadi masa itu mungkin debu tersebar dan boleh masuk ke pernafasan. Maka penting pakai pelitup muka apabila masuk ke dalam loft jika najis belum dibersihkan," katanya. Menurutnya, setakat ini dia belum mendengar sebarang kes membabitkan masalah kesihatan berpunca daripada najis burung merpati sepanjang lebih 10 tahun aktif membela dan menyertai aktiviti unggas itu. Katanya, dia jtidak pernah mengalami masalah batuk berpanjangan disebabkan unggas itu."Kalau yang dibela tiada masalah kerana kita ada pengurusannya, cuma kalau burung di tempat awam atau buat sarang di bangunan lama mungkin itu bermasalah apabila najis itu kering terlalu lama."Malah, kita tak tahu apa yang ia makan kerana kalau burung bela, unggas itu diberi makan jagung, dedak, kacang tanah dan hijau dan gandum."Tidak adil kalau nak salahkan burung dan cakap manusia dapat gangguan pernafasan kerana burung merpati semata-mata, mungkin ada masalah lain dan paling penting kita jaga kebersihan," katanya. Undang masalah saluran pernafasan, alahan
Puncak tertinggi jadi pusara
1,729,552,218
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147066/puncak-tertinggi-jadi-pusara
Nabihah Kamal
683
2024-10-21 23:10:18
2024-10-22T07:10:18
Sepang: "Bagaimana jika pengakhiran saya seperti mereka dan mayat saya terbiar atau tidak ditemui? Saya tidak dapat bayangkannya," kata Tendi Sherpa, 41, yang berkongsi pengalaman sebagai malim gunung di Gunung Everest di Nepal sejak berusia 13 tahun.Menurut Sherpa, dia sering terjumpa mayat ketika menjalankan ekspedisi bersama pendaki di laluan trek ke puncak gunung terbabit."Saya pernah terjumpa mayat yang sudah meninggal dunia hampir 100 tahun berdasarkan rekod tarikh mangsa dilaporkan hilang. Identitinya boleh dikenal pasti, cuma muka dan badan mangsa berkenaan kecut."Tanda nama serta pakaian masih lengkap dan tidak mereput berikut suhu sangat sejuk. Bagaimanapun, saya hanya mampu berdoa agar roh mangsa dirahmati Tuhan," katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, baru-baru ini.Sherpa berkata, setiap kali terjumpa mayat, dia menjadi lebih bersemangat untuk sampai dan pulang ke kaki gunung dengan selamat."Saya ingin sampai ke puncak dan turun dengan selamat. Gunung itu tidak lari ke mana. Sebagai pemandu pelancong, saya perlu fokus dan kental demi menjaga ahli kumpulan pendaki lain serta memastikan keselamatan mereka," katanya.Katanya, jika mangsa yang meninggal dunia membabitkan pasukannya, dia perlu bertanggungjawab untuk membawa turun mayat berkenaan."Saya akan angkat dan bawa turun mayat. Jika mangsa hilang, kami akan tetap mencarinya."Bukan mudah untuk membawa turun mayat terutamanya di Death Zone yang berketinggian 8,000 meter dan memerlukan pasukan yang kuat," katanya.Katanya, kerajaan Nepal sudah mengeluarkan arahan supaya malim gunung atau syarikat pelancongan yang bertanggungjawab membawa mayat pendaki turun ke kaki gunung."Sebanyak lebih 230 mayat kini berada di Gunung Everest dan tidak dibawa turun. Justeru, kerajaan mengeluarkan arahan bahawa syarikat perlu bertanggungjawab menguruskan mayat pendaki yang meninggal dunia ketika pendakian," katanya.Menurutnya, kesilapan yang sering dilakukan oleh pendaki adalah teruja untuk sampai ke puncak atau base camp dalam waktu yang singkat.Katanya, kebanyakan pendaki mengalami akut gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS) kerana mendaki secara tergesa-gesa serta tidak merancang perjalanan hingga boleh meragut nyawa."Sudah pasti pendaki tidak sabar untuk menamatkan pendakian selain ingin tiba di puncak gunung lebih awal."Namun, jika mereka mendaki laju untuk sampai ke destinasi, maka akan menyebabkan penggunaan tenaga yang banyak."Pelbagai implikasi akan berlaku jika pendaki tidak cukup tenaga termasuk menyebabkan AMS dan lebih buruk lagi kehilangan nyawa dengan tempoh lebih cepat," katanya. Sherpa yang berjaya menakluk gunung berketinggian 8,849 meter sebanyak 17 kali itu berkata, dia juga berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa bernafas tanpa menggunakan tong oksigen dalam tempoh jangka masa lama."Jika pelanggan saya mengalami masalah dengan tangki oksigen yang dibawa, saya perlu berkorban dan berikan mereka tangki oksigen milik saya."Sebagai pemandu pelancong, saya perlu utamakan pendaki yang saya bawa. Setiap langkah mereka perlu dijaga dan memastikan ianya selamat," katanya.Menurut Sherpa, pendaki perlu membuat persiapan mental dan fizikal sebelum mendaki Gunung Everest.Katanya, setiap pendaki perlu berlatih cara penafasan yang betul dan kerap menjalankan aktiviti pendakian gunung sebelum membuat keputusan untuk menawan Gunung Everest."Seperti di Malaysia, pendaki boleh berlatih mendaki Gunung Kinabalu bagi membuat persiapan ke Everest. Selain itu keadaan cuaca yang tidak menentu ketika mendaki Gunung Everest antara cabaran yang perlu dihadapi pendaki."Oleh itu, pendaki perlu kerap mendaki gunung dan bukit sebagai persiapan serta boleh membantu mempelajari cara mengawal penafasan terutama di Death Zone."Banyak mayat yang saya nampak di Death Zone dan ia tidak mematahkan semangat saya dan pasukan untuk terus mendaki hingga ke puncak. Malah ia menjadi penguat semangat untuk terus berhati-hati," katanya memaklumkan kebanyakan pendaki gagal ketika berada di Death Zone.Berceritakan pengalamannya, Sherpa berkata, peralatan bersesuaian juga antara faktor yang membantu pendaki untuk berjaya menawan Gunung Everest."Pendaki memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk membuat persiapan bagi mendaki gunung itu sehingga ke puncak."Jika pendaki gagal membuat persiapan mental, fizikal serta peralatan yang sesuai, ia akan mendorong kepada kegagalan ekspedisi dan terpaksa berpatah balik," katanya.Berkongsi pengalamannya, Sherpa berkata, kebanyakan pendaki berjaya sampai ke puncak, namun terkandas ketika menuruni gunung berkenaan "Matlamat perlu jelas. Persiapan mental juga perlu ada kerana kebanyakan pendaki hanya memasang matlamat untuk sampai ke puncak Everest."Bagaimanapun, mereka tidak melakukan persediaan untuk menuruni gunung itu dengan selamat."Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, kebanyakan pendaki meninggal dunia ketika mereka turun dari puncak," katanya.
'Kalau besar pun OK, seronok nak peluk'
1,729,551,721
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147063/kalau-besar-pun-ok-seronok-nak-peluk
Redzuan Muharam
401
2024-10-21 23:02:01
2024-10-22T07:02:01
Kemaman: "Waktu beritahu nak kahwin dengannya, memang ada orang terdekat minta saya cari orang lain, tapi saya tak ambil pusing dan terimanya sebab dia comel." Begitu kata Muhammad Syamir Sukarno, 21, ketika menceritakan kisahnya yang tidak memandang penampilan luaran kerana ikhlas menjadikan Nur Suriati Abu Bakar, 27, sebagai suri hatinya.Gelagat comel pasangan berkenaan turut mendapat perhatian selepas tular video Nur Suriati mengangkat Muhammad Syamir ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka.Menyingkap kisah itu, Muhammad Syamir berkata, dia dan isterinya berkenalan sejak Januari lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.Ditakdirkan, Muhammad Syamir dan Nur Suriati serasi bersama dan berkat restu keluarga, mereka sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 25 Ogos lalu."Sebenarnya, saya memang minat dan lebih tertarik dengan wanita bertubuh besar. Isteri pula ada ciri wanita saya inginkan, jadi sejak awak lagi dia sudah buat saya jatuh cinta."Keluarga pun tak kisah dan serahkan bulat-bulat kepada saya untuk pilih pasangan, maka jadi tak ada masalah atau halangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Muhammad Syamir yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, sejak awal dia sudah menerima segala kelebihan mahupun kekurangan isterinya."Isteri pun sama, terima saya seadanya dan saya tak pernah langsung minta dia kuruskan badan."Kalau badannya lebih besar pun saya okay saja kerana lagi seronok nak peluk. Paling penting bukan penampilan, tapi bagaimana dia jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri," katanya.Sementara itu, Nur Suriati berkata, suaminya pernah memberitahu pada awal perkenalan mereka bahawa dia menyukai wanita bertubuh besar sepertinya.Bagaimanapun, ketika itu Nur Suriati tidak mudah cair kerana menganggap ia hanya kata-kata manis daripada Muhammad Syamir untuk memikat wanita."Mulanya ingat suami main-main dan tak berapa yakin sehingga tanya adakah dia nak saya kuruskan badan."Suami jawab tidak, malah selepas berkenalan lebih rapat, saya sedar yang dia (suami) memang ikhlas."Dia pun cakap tak kisah, malah terima saja kalau saya nak makan apa pun," katanya yang juga anak bongsu daripada lima beradik.Menurut Nur Suriati, penerimaan baik Muhammad Syamir membuatkan dia berasa perkahwinannya ibarat satu mimpi."Ikutkan, saya tak sangka akan berkahwin, malah pernah cakap dengan emak yang saya tak nak kahwin kerana sedar diri. Tapi syukur, ada juga lelaki terima dan daripada awal perkahwinan sampai sekarang, suami tetap begitu."Saya pun tertarik dengannya kerana dia penyayang dan pandai ambil hati. Jadi berdoa semoga perkahwinan kami berbahagia sampai syurga kerana kalau boleh nak kahwin sekali saja," katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Raisa janji luar biasa
1,729,551,636
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1147055/raisa-janji-luar-biasa
Syafil Syazwan Jefri
809
2024-10-21 23:00:36
2024-10-22T07:00:36
Langkah sebagai anak seni tidak pernah mengenal sempadan negara. Bagi penyanyi dari tanah seberang, Raisa, kehadiran dalam industri seni lantun suara sentiasa hadir dengan impian besar bagi melebarkan lagi sayap seninya.Pernah dua kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur, tanggal 3 November depan bakal menjadi satu lagi tanggal bersejarah buat penyanyi berusia 34 tahun ini kerana lantunan vokalnya akan menggegarkan pentas Mega Star Arena Kuala Lumpur menerusi acara Konsert Raisa Teristimewa di Kuala Lumpur.Berkongsi mengenai impian dan gambaran mengenai konsert berskala ini, Raisa berkata, kali ini dia akan membawa pengalaman penuh menerusi pasukan produksi lengkap yang diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia."Tak lengkap rasanya kalau dalam setahun, saya tak ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali. Kali ini, saya akan bawakan set produksi lengkap berbanding sebelum ini."Kami sedang siapkan visual untuk setiap lagu. Kami nak tampilkan perbezaan berbanding konsert sebelum ini. Yang pasti, ia bakal sangat segar. Kalau ada yang pernah datang menonton dua konsert saya sebelum ini dan datang ke konsert ketiga, pasti anda akan rasa pengalaman baharu," katanya.Ditanya mengenai keputusan membawa seluruh pasukan produksi sendiri, Raisa berkata, ini adalah kerana tenaga dan semangat peminat Malaysia yang menginspirasikannya."Sebenarnya 'tenaga' penonton di sini sangat luar biasa. Jadi, saya ingin memberikan penampilan luar biasa. Misalkan kita tak disokong dengan pasukan produksi lengkap, walaupun gembira, namun pasti ada rasa tidak puas. Pasti pengalaman akan lebih menarik kalau dapat bawakan seluruh produksi lengkap. "Di Malaysia, peminat belum merasakan pengalaman penuh untuk konsert saya. Jadi, saya ingin datang membawakan pengalaman ini buat mereka," katanya. Raisa yang mencipta sejarah sebagai penyanyi wanita pertama Indonesia yang mengadakan konsert di Stadium Gelora Bung Karno berkata, dia juga bakal menampilkan bintang tempatan iaitu Ernie Zakri."Saya mencari-cari siapa artis yang cocok (sesuai) untuk berkolaborasi di konsert ini. Saya juga ada bertanya rakan artis dan nama yang disebut-sebut adalah Ernie Zakri."Ernie akan ada di satu segmen. Apa yang boleh saya kongsikan, kami akan berduet lagu Anganku Anganmu kerana itu lagu duet saya bersama Isyana Sarasvati. Jadi, ia duet wanita dengan wanita dan lagu itu juga belum pernah saya bawakan di dua konsert sebelum ini."Lagu itu juga popular di Malaysia dan sering diminta peminat Malaysia. Namun, belum pernah dibawakan," katanya.Menurut penyanyi lagu Teristimewa itu lagi, dia yakin dirinya dan Ernie berkongsi 'vibe' sama, sekali gus memudahkan mereka mencari keserasian."Saya secara peribadi belum berhubung dengan Ernie. Cuma, kami bersama-sama label ada berbincang dan pokoknya, secara 'vibe' sudah sama. Secara suara juga saya rasa takkan ada masalah."Saya sendiri juga sudah menonton video persembahan duetnya. Saya rasa ini akan menambah nilai konsert saya dan saya belum pernah berkolaborasi dengan artis lain di dua konsert terdahulu. Jadi, saya rasa sangat sesuai dengan judul acara konsert ini iaitu Teristimewa."Peluang berkolaborsi dalam single? Boleh saja. Kenapa tidak. Sebelum ini saya berkolaborasi dengan pelakon. Jadi, mungkin kali ini ada kerjasama dengan penyanyi pula," katanya.Berkongsi mengenai kehidupannya sebagai artis papan atas dan juga menggalas tanggungjawab sebagai ibu, Raisa berkata, paling utama adalah sistem sokongan."Perlu banyak sokongan sebab kata kuncinya adalah sistem sokongan kerana sebagai ibu yang bekerja, saya memerlukan sokongan kuat. Kalau nak dikatakan boleh membahagi waktu secara sempurna itu tak mungkin."Sekarang alhamdulillah dengan teknologi yang mana kita boleh buat panggilan video kerap, kita boleh sentiasa 'update' dan apa pun, sekarang semuanya jadi lebih mudah," katanya.Ditanya mengenai kematangan dalam kehidupan selepas dikurniakan cahaya mata, Raisa berkata, perspektifnya kini lebih berbeza."Pada saya, benar-benar di tahap berbeza kerana mungkin sebelum ini ketika mengenal cinta hanya cinta romantis, hubungan kekasih, tapi sekarang selepas ada anak, cinta itu ternyata sangat luas dan lebih daripada daripada apa yang saya alami."Kedua, saya merasa saya seperti boleh melihat dunia lagi, tapi dari sudut pandang yang segar. Secara automatik, 'benda'-benda' yang awalnya nampak bosan, tapi kalau dilihat dari perspektif sebagai ibu, jadi berbeza lagi."Perkara kecil seperti itu pada saya, sangat berharga yang mana sebelum ini saya tak pernah terfikir," katanya.Menimbang tanggungjawabnya, Raisa juga masih mampu mengekalkan nilai relevan sebagai artis dalam industri hiburan Indonesia walaupun semakin ramai bintang baharu yang muncul."Pada saya, saya tak pernah berfikir begitu. Seperti lagu Anganku Anganmu, semua orang ada peluang. Orang lama dan baru saling menginspirasi satu sama lain. Semakin ramai, semakin menarik dan membuka genre baharu."Sebenarnya perlu konsisten dalam berkarya. Fokus saya adalah nyanyian sahaja dan tak terlalu banyak kandungan selain muzik atau sensasi lain. Konsisten keluarkan karya, adakan konsert dan sebagainya. Dari sudut kualiti juga perlu dijaga."Selepas ini, saya merancang adakan persembahan tunggal di Jepun. Tempoh hari ketika adakan siri jelajah ke 13 lokasi di seluruh Jepun, ada sahaja orang Indonesia yang datang walaupun jumlahnya mungkin dalam 20 hingga 30 orang."Tapi, sentiasa ada. Jadi, saya merasa peminat di sana memang ada dan saya sangat impikan untuk adakan konsert di sana," katanya.Konsert Raisa Teristimewa di Kuala Lumpur dibawakan oleh Kharisma Music dan tiket mula dijual sejak 9 September lalu.
Jamal Nasir cadang Tunku Mahkota Ismail dilantik Presiden FAM
1,729,504,669
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146928/jamal-nasir-cadang-tunku-mahkota-ismail-dilantik-presiden-fam
Firdaus Hashim
329
2024-10-21 09:57:49
2024-10-21T17:57:49
Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berpandangan lebih molek pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail dilantik semula sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu, awal tahun depan.Jelas tonggak kebangsaan yang membantu skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow itu, beliau secara konsisten tidak bersetuju seandainya pasukan kebangsaan diswastakan kerana ia tidak pernah dipraktikkan oleh mana-mana negara di dunia ini."Walaupun AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) kata nak swastakan skuad kebangsaan tidak salah, tapi bagi saya ia tidak baik untuk skuad negara."Untuk apa diswastakan dengan memberi kelebihan kepada pihak yang nak mengendalikan skuad negara, sedangkan pasukan kebangsaan itu di bawah kelolaan FAM."Idea berkenaan datang daripada Tunku Ismail, jadi saya fikir kita beri kepercayaan penuh kepadanya untuk kembali menerajui FAM daripada beliau membawa skuad negara secara swasta."Tunku Ismail bukan saja boleh bawa perubahan buat pasukan, malah keseluruhan ekosistem bola sepak negara akan setanding dengan negara lain apabila Indonesia dilihat sudah maju ke depan berbanding kita," katanya kepada Arena Metro.Sebelum ini, Tunku Ismail berkongsi idea untuk menswastakan skuad Harimau Malaya dengan beliau sedia menyediakan segala kemudahan dan fasiliti terbaik buat pasukan, sekali gus cuba menaikkan prestasi skuad negara.Bagaimanapun, pada Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 yang berlangsung 7 Oktober lalu menyaksikan badan induk itu tidak akan mengasingkan atau menswastakan skuad kebangsaan sebaliknya akan diletakkan dalam Unit Khas FAM.Difahamkan Unit Khas itu akan bertanggungjawab memantau dan mengendalikan skuad Harimau Malaya dan pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara termasuk membabitkan peruntukan kewangan serta barisan kejurulatihan.Antara perkara yang mungkin berlaku apabila penswastaan dilakukan, Jamal Nasir bimbang kemungkinan isu monopoli dan 'favouritism' berlaku dalam skuad kebangsaan."Jika diteruskan (penswastaan skuad negara), nanti apa jadi pada pemain dari kelab lain. Sudah tentu kelebihan diberikan kepada satu-satu kelab sahaja dan perkara ini tidak sihat."Masalah 'favouritism', monopoli dan sebagainya akan berlaku. Kita perlu melihat secara keseluruhan dan ambil pendekatan yang betul," katanya.
Gegaran di Ipoh bukan sebab letupan kuari, latihan polis - Ketua Polis Perak
1,729,492,803
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146838/gegaran-di-ipoh-bukan-sebab-letupan-kuari-latihan-polis-ketua-polis-perak
Muhamad Lokman Khairi
248
2024-10-21 06:40:03
2024-10-21T14:40:03
Ipoh: Kejadian gegaran dan dentuman kuat yang berlaku di bandar raya ini sekitar jam 11.06 pagi tadi bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan polis seperti didakwa pengguna media sosial.Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.Selain itu, menurutnya, semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum pukul 12 tengah hari."Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi."Polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.Azizi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073 untuk membantu siasatan.Terdahulu, media melaporkan penduduk Ipoh cemas akibat merasa gegaran selama beberapa saat disusuli bunyi kuat seakan dentuman di bahagian atas bangunan.Tinjauan di media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim dan Gugusan Manjoi.Selain itu, pengguna media sosial juga mendakwa kejadian sama berlaku di Tanjung Rambutan, Klebang, Jelapang, Tambun, Silibin serta turut dirasai pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora.Kejadian terbabit turut menimbulkan perlbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai.
Penduduk cemas rasa gegaran, dengar bunyi kuat
1,729,485,136
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146766/penduduk-cemas-rasa-gegaran-dengar-bunyi-kuat
Muhamad Lokman Khairi
236
2024-10-21 04:32:16
2024-10-21T12:32:16
Ipoh: Satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh, di sini, 11.06 pagi, hari ini, disusuli bunyi kuat hingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya ini.Seorang penduduk, M Diviya, 30, berkata, dia dan rakan sekerja berlari keluar dari pejabat mereka di Medan Istana, di sini sebaik merasai gegaran terbabit."Ketika kejadian, saya sedang lakukan kerja di bilik. Tiba-tiba, saya rasa bangunan bergegar, pintu kaca seakan hendak pecah."Dalam masa sama, saya terdengar bunyi seakan dentuman dari bahagian atas bangunan, jadi kami terus berlari keluar dari pejabat kerana risaukan keselamatan diri."Saya sudah hubungi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk maklumkan kejadian ini," katanya.Seorang lagi saksi, Noor Zaiti Nabilah Ahmad, 32, berkata, dia turut berlari keluar dari pejabat guaman di Medan Istana, di sini sebaik merasai gegaran itu."Apabila dengar bunyi yang kuat, terlintas di fikiran saya itu mungkin bunyi bom. Kami rasa amat terkejut."Sepanjang enam tahun bekerja di sini, inilah kali pertama saya rasai pengalaman begini," katanya.Tinjauan di media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit dirasai sehingga di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru, Falim dan Manjoi serta pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora."Seram betul, baru sekejap tadi bergegar bangunan. Macam bunyi letupan kuat," kata seorang pengguna Facebook, Ayu Balqishah.Bagaimanapun, usaha media mendapatkan maklum balas JMG masih belum berjaya.TERKINI: Gegaran di Ipoh bukan sebab letupan kuari, latihan polis - Ketua Polis Perak
Bagai 'pekan berhantu'
1,729,465,521
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146703/bagai-pekan-berhantu
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
442
2024-10-20 23:05:21
2024-10-21T07:05:21
Ipoh: Umpama 'pekan hantu', itu mungkin perkara pertama yang terlintas di fikiran ketika berada di sebahagian kawasan pembangunan pusat komersial Medan Station 18 di Lahat, dekat sini.Ini kerana hampir keseluruhan dari sekurang-kurangnya lima blok bangunan rumah kedai di situ tidak berpenghuni, usang, malah kelihatan terbengkalai.Agak pelik apabila kawasan sejak lebih 10 tahun lalu dirancang untuk dibangunkan sebagai pusat komersial itu sehingga kini masih terbengkalai walaupun kawasan sekitarnya begitu 'meriah' dengan deretan rumah kedai di zon lainnya yang berpenghuni selain terletak berhampiran dua pusat beli-belah.Tinjauan mendapati terdapat lima deretan rumah kedai antara dua hingga tiga tingkat di situ seakan projek terbengkalai.Ia membabitkan tiga deretan bangunan di laluan Medan Stesen 18/4, serta dua lagi bangunan di masing-masing di Medan Stesen 18/6 dan Medan Stesen 18 /22.Ia belum termasuk beberapa lagi deretan rumah kedai di situ yang seakan tidak berpenghuni walaupun pembinaannya dilihat siap dan difahamkan perkara itu sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu. Ada juga antara deretan rumah kedai berhampirannya yang berpenghuni namun hanya kurang separuh daripada jumlah premis di sesuatu deretan sama.Sekurang-kurangnya dua deretan dilihat terbengkalai, malah pemandangannya turut dicemari longgokan sampah, selain tumbuhan menjalar yang tumbuh di kawasan bangunan itu.Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli, 41, berkata, pemandangan di pusat komersial terbengkalai itu menyakitkan mata.Menurutnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi taraf bandar raya Ipoh yang dikenali sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka.Beliau berkata, suasana sekitar kawasan juga sunyi biarpun terletak tidak jauh dari dua pasar raya besar ternama."Disebabkan itu ia kerap menjadi lokasi tumpuan 'kutu jalanan' termasuk gelandangan serta penagih dadah."Adakalanya ada aktiviti haram dilakukan sekitar bangunan terbengkalai itu termasuk menjadi sarang penagih dadah, kes kecurian selain vandalisme dengan menconteng struktur bangunan kedai itu," katanya yang juga peniaga kecil-kecilan.Pekerja kedai alat telekomunikasi Mohamad Arif, 31, berkata, suasana lengang dan sunyi di kawasan itu dikenal pasti menjadi lokasi sesuai untuk kegiatan haram termasuk premis kedai judi dalam talian."Setakat ini saya belum nampak lagi penagih dadah sedang 'lalok' sekitar kawasan itu tetapi waktu malam memang saya biasa nampak ada orang melepak dan tidur di kawasan kaki lima bangunan terbengkalai itu," katanya.Sementara bagi Amurul Rabbani Rashid, 31, mengakui orang ramai risau ketika melalui kawasan itu yang dikatakan sebagai lokasi kerap berlaku perlakuan jenayah seperti kes kecurian selain 'port' penagih dadah.Menurutnya, keadaan bangunan terbengkalai juga boleh menyumbang kepada masalah demam denggi apabila air bertakung tidak diselenggara secara sepatutnya."Keadaan bangunan terbengkalai sebegitu memang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes."Dulu pun ia menjadi menjadi tempat lepak penagih dadah yang dikatakan turut mencuri beberapa prasarana seperti lampu, fius dan sebagainya," katanya. Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.
Kembali 'mendaki' melalui Aksara
1,729,461,621
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146673/kembali-mendaki-melalui-aksara
Georgie Joseph
553
2024-10-20 22:00:21
2024-10-21T06:00:21
SELEPAS Instagram (IG) digodam pada penghujung 2022, ia benar-benar mengganggu kerjaya seni penyanyi, Shahir Zawawi. Apatah lagi platform itu penting untuk di berkongsi perkembangan diri dan kerjaya nyanyiannya. Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 36, mencuba pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan semula akaunnya, termasuk merayu penggodam itu kembalikannya. Namun, nasib tidak berpihak kepadanya. Dalam tempoh hampir dua tahun, dia kehilangan komunikasi dengan industri hiburan sekali gus mencetuskan rasa sangsi untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. "Hakikatnya saya pernah berada di fasa ingin perlahan-lahan tinggalkan industri hiburan. Saya hilang punca selepas IG (Instagram) digodam. "Saya putus akal sebab sudah cuba bermacam cara bersama orang terdekat, malah peminat pun turut bantu," katanya yang kini sudah membuka akaun Instagram baru pada Julai lalu. Juara Akademi Fantasia 8 (AF8) itu pun sebenarnya masih teruskan kerjaya seni dalam tempoh berkenaan. Dia masih cuba sedaya-upaya untuk semarakkan namanya dengan beberapa karya muzik. Namun, memang dia rasa sangat ralat apabila tiada platform untuknya ke depan. Padahal, dia juga teringin promosi diri dan lagunya sebagai bukti dia masih lagi berada dalam industri. "Dalam tempoh dua tahun kehilangan Instagram itu, saya masih membuat persembahan. Cuma saya tidak dapat kongsi perkembangan kerana tiada platform media sosial. "Ada saja saya keluar lagu bersama Mawi berjudul Qasidah Untuk Kamilah. Tahun lalu ada lancarkan lagu Retak bersama Muniz Hijjaz. "Tapi saya tiada ruang berkomunikasi dengan sahabat-sahabat media, orang industri dan peminat. Itu yang membuatkan saya terfikir orang akan perlahan-lahan lupa," katanya. Apabila sudah buka akaun Instagram baru, Shahir juga ada meluahkan hasrat cuba mendaki semula dari bawah. Semangatnya memang sangat berkobar untuk bermula semula. "Alhamdulillah saya mendapat maklum balas peminat yang mendoakan dan memberi kata semangat. Ada yang cakap suruh kembalilah (menyanyi) dan buat lagu lagi. "Walaupun tidaklah seramai dulu, tapi saya dapat merasakan mereka inilah yang ikhlas mahukan saya berkarya. Kerana merekalah saya dapat semangat balik untuk kembali," katanya. Shahir tidak menafikan timbul rasa cemburu apabila menonton artis lain buat persembahan pentas. Bukan kerana soal punca pendapatan saja tapi kerana cintanya terhadap muzik. Cukup indah aturan takdir, rezekinya untuk kembali membina nama hadir selepas label World Peace Entertainment (WPE) melamarnya jadi artis naungan mereka pada Mac lalu. Tidak menerimanya bulat-bulat, Shahir bertanya mereka sama ada cukup yakin melabur untuknya. Hatinya diketuk untuk bersetuju menerima lamaran itu kerana misi WPE yang tepat dengan jiwanya. "Sebenarnya yang paling menggerakkan saya untuk kembali adalah WPE sendiri. Bila mereka datang lamar saya sebagai artis rakaman, itulah waktu yang paling tepat dan sesuai. "Saya ada bertanya apa hala tuju mereka. Mereka beritahu ingin sebarkan kebaikan dan saya nampak ada unsur-unsur Islamik dalam syarikat itu. Sebab itu saya selesa berada di bawah naungan mereka. "Sebenarnya ada beberapa syarikat juga yang bertanya dan melamar. Tapi mungkin situasi ketika itu tidak mengizinkan, tak berapa sesuai dan saya tak dapat beri komitmen," katanya. Baru-baru ini, Shahir melancarkan lagu baru berjudul Aksara sebagai pertaruhan sulung sejak bersama WPE. Lagu terbabit turut mendapat sentuhan komposer hebat Omar K dan Iqie Hugh. Shahir turut menampilkan isterinya, Jaskin Jaludin, 32, di dalam muzik video (MV) lagu itu. Pemilihan isterinya itu sebagai tanda penghargaan bersempena ulang tahun kedua perkahwinan mereka. "Lagu dan MV itu memang berkisarkan kisah kami. Selama ini, ketika saya melakonkan mana-mana MV saya tak dapat menjayakannya lebih nyata kerana tak boleh berpegangan dan sebagainya. "Kali ini saya ingin bawakan sesuatu yang bila orang tengok, ia nampak nyata," katanya.
6 jam peluk mayat rakan elak hanyut selepas bot karam
1,729,408,231
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146517/6-jam-peluk-mayat-rakan-elak-hanyut-selepas-bot-karam
Alias Abd Rani
458
2024-10-20 07:10:31
2024-10-20T15:10:31
Batu Pahat: Seorang nelayan memeluk badan sahabatnya yang tidak bernyawa selama enam jam bagi mengelak hanyut dibawa arus selepas bot dinaiki karam di perairan Batu Pahat dekat Sungai Suloh di sini, awal pagi tadi.Muhammad Nizam Salleh, 56, berkongsi detik akhir memeluk mayat sahabatnya, Norhisham Ahmad, 58, selepas menyedari lelaki itu sudah tidak bernyawa hanya dalam tempoh 10 minit sebaik insiden berlaku pada jam 2 pagi itu.Bekas imam Masjid Sungai Suloh berkata, dia bersama arwah serta dua lagi rakan dikenali sebagai Azlan, 34, dan Man, 23, sedang berehat atas bot sementara menunggu masa melabuhkan pukat kali kedua."Ketika itu, ada tanda-tanda ribut namun belum kuat, jadi kami berempat berehat dengan memasak dan makan bersama-sama. "Selepas melihat arah barat, saya terus beritahu arwah ribut seolah-olah sudah dekat. Sekitar jam 1.45 pagi kami meneruskan perjalanan untuk pulang dalam keadaan angin kuat serta gelombang. "Kira-kira 15 minit kemudian bot mula dimasuki air akibat gelombang lalu tenggelam. Saya jerit kepada mereka supaya mengambil jaket keselamatan dan tong sebelum bot karam."Mula-mula arwah dalam keadaan baik namun kira-kira 10 minit selepas kejadian, badan dia semakin lemah. Saya sempat ajar dia mengucap dan tidak lama kemudian, dia terus senyap," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Suloh di sini.Menurut Muhammad Nizam, ketika terapung di laut, arwah sempat memberitahunya supaya memeluk badannya untuk elak mereka berpisah dihanyutkan arus."Menyedari dia sudah meninggal dunia, saya tidak sesekali melepaskan pelukan itu. Saya ikat dua tong di pinggang kiri dan kanan arwah manakala dadanya, saya letak jaket keselamatan sambil memegang tangannya."Saya pesan pada Man dan Azlan supaya jangan tidur atau terminum air laut. Kami hanyut dari Parit Balak hingga ke Kuala Sungai Ayam."Kedudukan kami kira-kira dua kilometer dari darat namun kami kembali hanyut kembali ke tengah sungai kerana air pasang. Sekitar jam 8 pagi saya ternampak kelong kira-kira 300 meter."Kebetulan ada orang memancing dan mereka terdengar jeritan kami meminta tolong," katanya.Dalam pada itu, Muhammad Nizam berkata, dia sukar menyembunyikan kesedihan bila melihat sahabat karib meninggal dia depan mata."Arwah meninggal dunia bukan kerana lemas saya lihat dia tidak selesa ketika berada dalam air sebab itulah badan dia semakin lemah."Kami bersahabat sejak usia enam tahun dan persahabatan kami kekal hingga hari ini," katanya.Sementara itu, isteri arwah, Noriah Hashim, 56, berkata dia mengetahui kejadian itu jam 8 pagi selepas seorang jiran datang memaklumkan suaminya sudah tiada."Waktu itu, saya keluar bersama anak untuk sarapan sebelum didatangi rakan jiran memaklumkan kejadian sebenar. Saya terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang diberitahu itu," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Suloh selepas waktu Asar hari ini.
Usia 80 tahun tak halang Rohani genggam ijazah PhD
1,729,405,540
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146491/usia-80-tahun-tak-halang-rohani-genggam-ijazah-phd
Nazdy Harun
387
2024-10-20 06:25:40
2024-10-20T14:25:40
Kuala Nerus: Di usia 80 tahun, wanita kelahiran Paris, Perancis ini berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Christine Longuet atau nama Islamnya, Rohani Abdullah dari Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu, berkata, dia mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan tesis dan usahanya itu membuahkan hasil apabila hari ini dia dianugerahkan segulung ijazah PhD.Katanya, kekangan waktu untuk menyiapkan kertas kajian mengakibatkan begitu banyak masa diambil namun dia bersyukur kerana akhirnya dia berjaya menerima ijazah PhD."Ketika di sana (Paris) saya sudah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sorbonne, Paris, dalam jurusan sejarah sebelum berhijrah ke Terengganu."Ketika di Malaysia, saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai."Manakala di UMT, saya melanjutkan pengajian dalam jurusan etnobotani," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Ke-22 UMT di Dewan Sultan Mizan, di sini, hari ini.Menurutnya, dia bersyukur walaupun mengambil masa lama untuk menyiapkan kertas kajiannya itu namun akhirnya dia berjaya menyiapkan tesis bertajuk 'Places, Plants and People In The State Of Terengganu Malaysia: An Assessment From Two Eras'.Katanya, dia turut mengarang buku iaitu Puisi Duyung Pulau Rakyat, koleksi puisi tempatan dan Amanah: Journey An Architect iaitu buku mengenai hasil arkitek tempatan, Nik Mohamed Mahmood.Katanya, Kampung Pulau Duyung, tempat dia menetap satu ketika dulu amat terkenal dalam dunia pembuatan bot dan kapal layar hingga ramai individu dari benua Eropah yang datang untuk menempah kapal layar yang dibuat oleh tukang tempatan berkemahiran tinggi.Rohani berkata, dia sudah menetap di Terengganu selama 53 tahun membuatkan dirinya sudah sebati dengan persekitaran serta kehidupan masyarakat setempat."Ketika mula-mula datang ke kampung itu saya belajar bertutur bahasa Melayu dengan tukang yang membuatkan bot dan perahu layar di tebing Sungai Terengganu."Saya mengambil masa hampir lima tahun untuk menguasai bahasa Melayu dan pada 1977 ketika berusia 34 tahun saya berkahwin dengan anak seorang imam di Kampung Pulau Duyung."Budaya masyarakat Melayu amat menarik dengan kehalusan bahasa, seni bina, kehidupan bermasyarakat yang utuh membuatkan saya tertarik untuk terus menerap di negeri ini," katanya antara 89 pelajar yang menerima ijazah PhD.Dia berkata, keluarganya satu masa dulu pernah memiliki kapal layar bernama Ganti Rampai dan pernah membuat pelayaran dengan membawa anak-anaknya di Laut China Selatan.Menurutnya, kapal layar milik arwah suami masih ada dan kini ditempatkan di bengkel bagi kerja baik pulih.
Lima lemas perahu lumba karam: Hasrat dua mangsa dirikan rumah tangga tak kesampaian
1,729,400,656
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146465/lima-lemas-perahu-lumba-karam-hasrat-dua-mangsa-dirikan-rumah-tangga-tak
Mohd Roji Kawi
512
2024-10-20 05:04:16
2024-10-20T13:04:16
Kuching: Dua mangsa yang lemas dalam kejadian perahu lumba karam di Sungai Sarawak, Jumaat lalu, hanya menunggu hari bahagia bersama tunang masing-masing.Allahyarham Majurie Maharuf, 32, dari Balingian, Mukah, yang mengikat tali pertunangan dengan Norainaa Arbi, Ogos lalu, dijadual melangsungkan pernikahan 27 Disember ini.Norainaa, 30, berkata, semua persediaan sudah dibuat oleh arwah termasuk tempahan pelamin untuk majlis persandingan mereka yang dirancang di rumah pengantin perempuan di Kampung Penakub Hulu, Mukah pada 28 Disember dan di rumah pengantin lelaki di Kampung Baru, Balingian pada 29 Disember."Arwah sudah menyediakan semuanya untuk majlis kami malah dia selalu kata tidak sabar menunggu hari bahagia kami."Selepas kami bertunang Ogos lalu, kami tidak berjumpa kerana arwah bertugas di Kuching manakala saya di Mukah," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini.Norainaa berkata, dia bergegas ke Kuching sebaik dimaklumkan kemalangan yang menimpa tunangnya itu Jumaat lalu."Saya menerima mesej WhatsApp daripada arwah sebelum solat Jumaat dan dia memaklumkan akan menyertai latihan lumba perahu pada petang itu, malah dia juga sempat memberitahu akan balik kampung November nanti."Selepas itu petangnya saya dikejutkan dengan berita yang mengatakan dia hilang apabila perahu dinaikinya karam," katanya.Norainaa berkata, dia sudah lama mengenali arwah Majurie kerana mereka berkawan ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah."Tetapi hubungan kami mula serius pada tahun 2021 sebelum dia menghantar rombongan meminang saya tahun ini dan kami bertunang Ogos lalu," katanya.Jenazah Majurie dibawa balik ke Kampung Baru Balingian selepas selesai proses bedah siasat hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Sayu, Balingian.Sementara itu, Allahyarham Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23, yang baru melangsungkan pertunangan dengan Nur Nazwa Anizan Bujang, 23, Ahad lalu, juga merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.Bapa Nur Nazwa, Bujang Sulai, 64, berkata, walaupun belum membuat sebarang keputusan, mereka merancang untuk menyatukan pasangan itu selepas pernikahan anak lelakinya November ini."Mereka sudah lama kenal dan berkawan kerana belajar di sekolah sama iaitu SMK Asajaya."Kalau nak diikutkan, kami mahu mereka bernikah selepas abang Nazwa yang bertugas di Perak melangsungkan perkahwinannya bulan depan," katanya.Bujang berkata, beliau reda dengan pemergian bakal menantunya itu yang disifatkannya sebagai anak yang baik dan menghormati orang tua."Tak sangka dia pergi begitu cepat dan menyedihkan mayatnya ditemui tepat seminggu selepas mereka bertunang."Saya menerima ketentuan takdir ini, namun sedih dengan keadaan anak saya yang masih terkejut dengan kehilangan tunangnya," katanya.Menurutnya, sebaik menerima berita kemalangan membabitkan Muhammad Khairul, petang Jumaat lalu, Nur Nazwa terpaksa dikejarkan ke hospital kerana pengsan."Saya hanya berharap agar anak saya dapat menerima kenyataan. Saya faham perasaannya apabila kehilangan orang tersayang, apatah lagi hanya seminggu selepas mereka bertunang," katanya.Menurutnya, jenazah Muhammad Khairul akan dibawa ke Kampung Rebak, Asajaya, hari ini.Dalam kejadian jam 3.40 petang Jumaat lalu, seramai 16 kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak menjalani latihan lumba perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.Seramai 11 peserta berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing namun lima mangsa hilang.Perahu panjang yang mereka naiki karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan.
Pengkelasan mengenai kategori T15 sedang diperhalusi - Rafizi
1,729,399,985
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146461/pengkelasan-mengenai-kategori-t15-sedang-diperhalusi-rafizi
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
195
2024-10-20 04:53:05
2024-10-20T12:53:05
Putrajaya: Pengkelasan mengenai kategori T15 sedang diperhalusi bagi memastikan penyasaran subsidi yang dibuat oleh kerajaan nanti adalah adil kepada semua pihak, kata Menteri Eknomi, Rafizi Ramli.Beliau berkata, kerajaan kini sedang beralih kepada satu konsep baharu perbelanjaan bersih sesebuah isi rumah agar mereka menjalani kehidupan wajar."Secara konsepnya, yang itu telah dibentangkan secara mendalam di peringkat kerajaan."Perbincangan mengenai pelaksanaan itu sedang berlaku dan saya rasa adalah lebih baik kita menunggu reka bentuk terakhir mengenainya."Saya tidak rasa (kita gunakan) pendapatan isi rumah seperti sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) dan Pra Pelancaran Laman Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia di Presint 2, hari ini.Yang turut hadir, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.Sebelum ini, semasa pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15.Bagaimanapun timbul reaksi oleh ramai pihak mengenai pengkelasan golongan T15 berkenaan.Mengulas lanjut, Rafizi berkata, semasa Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) sebelum ini, kerajaan telah membuat keputusan bahawa penentuan ekonomi bagi pendapatan sesebuah isi rumah mengikut pendapatan mereka.Disebabkan itu pada masa berkenaan, terdapatnya garis statistik membabitkan golongan seperti T20, B40 dan M40.
Selicik Siti Hajartul
1,729,396,819
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146442/selicik-siti-hajartul
Muhaamad Hafis Nawawi
385
2024-10-20 04:00:19
2024-10-20T12:00:19
Kuala Lumpur: Terpedaya dengan harga emas 916 yang rendah dari pasaran, lebih 100 orang mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya seorang ahli perniagaan wanita dikenali Siti Hajartul Haini Abd Hamid sejak dua bulan lalu.Lebih malang, kebanyakan mangsa bekerja di satu unit hospital awam di Lembah Klang selain guru di beberapa negeri, kini diburu kerana menjadi orang tengah yang mengumpul wang.Sama seperti beberapa skim kutu memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawar harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan dan along semata-mata untuk merebut 'tawaran hebat' terbabit.Malah, dengan menggunakan dua orang kanannya yang juga penjawat awam di hospital dan guru sekolah, mereka mencari mangsa sebelum menawarkan pelaburan terbabit.Mariam (bukan nama sebenar) berkata, dia diperkenalkan kepada skim itu oleh wanita terbabit sekitar Februari lalu yang memberi jaminan pulangan berdasarkan harga emas semasa pada waktu pelaburan.Menurutnya, pada waktu itu, harga emas ditawar jauh lebih murah daripada harga emas pasaran pada kadar sekitar RM169 sehingga RM195 per gram dengan tempoh pulangan antara tiga hingga enam bulan dari tarikh pelaburan."Saya teruja dan menjemput rakan lain memasuki pelaburan dengan Siti Hajar dan mereka setuju memasuki ke dalam pelaburan itu dengan membuat pembayaran kepada saya."Sebaik wang dikumpul saya memindahkannya ke akaun milik wanita terbabit membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM2 juta di mana wang saya sendiri dilaburkan RM408,110," katanya kepada Metro Ahad.Mariam berkata, mereka dijanjikan pulangan bermula Julai hingga Disember ini namun sehingga kini pelbagai alasan diberi bagi mengelak pembayaran dan penyerahan emas kepadanya dan rakan. Sementara itu, seorang lagi mangsa ingin dikenali Sarinah (bukan nama sebenar) berkata, dia diperkenalkan kepada skim pelaburan emas itu oleh seorang lelaki yang juga kenalan wanita terbabit pada Januari lalu."Saya dijanjikan pelaburan ini dijamin dan saya akan terima pulangan berdasarkan harga emas semasa pada waktu pelaburan."Tertarik dengan pelaburan itu saya buat pembayaran RM298,100 dan turut dijanjikan pulangan bermula Julai lalu namun sehingga kini tidak menerima apa-apa pemulangan hasil pelaburan itu," katanya.Katanya, dia ada bertanya kepada lelaki terbabit namun pelbagai alasan diberikan bagi mengelak pembayaran atau penyerahan emas itu.Sehubungan itu mereka berdua yang turut meminta bantuan Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Dr Mahmud Jumaat tampil membuat laporan di Kedah semalam bagi meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan.Dua orang kanan giat perdaya penjawat awamKeluar RM70,000 beli emas ditawar
Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
1,729,395,072
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146436/bunuh-kerat-lapan-abah-hayat-menyesal-bertaubat
Noorazura Abdul Rahman
529
2024-10-20 03:31:12
2024-10-20T11:31:12
Alor Setar: "Saya sedar perbuatan mengerat mangsa lapan bahagian sesuatu yang amat berat dan tidak boleh dimaafkan, namun kini saya mahu buka buku baru dan menjadi manusia baik," kata Khairul Anuar Zakaria. Di usia senja meniti 64 tahun, pengalaman menjadi penghuni penjara selama 23 tahun banyak mengajar bekas pengurus jualan itu erti kesabaran selepas diberi peluang mendalami ilmu agama. Katanya, dia sangat menyesali atas perbuatan jenayah yang dilakukan itu dan mengakui ketika itu dia jauh dari Allah sehingga hawa nafsu menguasai dirinya."Hari ini Allah takdirkan saya dibebaskan selepas mendapat pengampunan dari Sultan Kedah pada Mei 2018, saya terselamat dari tali gantung dan dibebaskan 3 Oktober lalu. "Perbuatan saya mengakhiri nyawa orang mengubah hidup saya, namun kerana perbuatan itu, saya mahu orang lain mengambil iktibar atas apa yang berlaku."Kini saya cuma harap diberi peluang untuk menjalani sisa hidup sebelum dijemput Ilahi pada usia senja ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Bapa kepada sembilan anak itu berkata, kehidupan di sebalik tirai besi banyak mengajarnya menjadi manusia dan berharap masyarakat dapat menerimanya. "Dulu saya tidak kenal Allah, saya jauh dari-Nya, pada usia 40 tahun saya merasakan berada pada puncak hidup dan berjaya menjadi orang kepercayaan syarikat, namun semuanya berubah kerana perbuatan saya. "Apabila berada di dalam penjara, saya banyak menghabiskan masa membaca di dalam sel, dan paling banyak mengubah saya apabila saya dapat solat berjemaah dengan banduan lain. "Saya mendalami agama, dalam masa yang saya juga diberi peluang menjadi pembantu kepada guru agama dan mengajar banduan lain untuk solat dan mengenali Allah bersama-sama, apa yang penting jika kita hendak berubah, kita baiki solat dan solat di awal waktu," katanya. Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat berkata, dia sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan berbakti kepada ibunya yang kini sudah berusia 84 tahun. Katanya, dia masih ingat kejadian pilu ibunya yang menangis dan pengsan ketika hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya."Ibu menangis dan merayu supaya hakim ringankan hukuman, ibu bagaikan histeria. Hati saya runtun dan pilu apabila terkenangkan detik itu."Ketika di penjara, saya tidak fikir diri saya sangat, saya hanya fikir mak kerana detik itu sangat meruntun hati saya," katanya sebak.Khairul berkata, dia berhasrat untuk terus memberikan motivasi kepada bekas banduan yang pernah menjadi anak didiknya semasa di penjara sebelum ini."Ramai yang hubungi saya dan jika ada peluang, saya mahu bantu bekas banduan memberikan motivasi kepada mereka. Saya tahu ramai yang terjebak semula dalam kegiatan tidak baik kerana pengaruh sekeliling," katanya.Media pada 22 September 2008 melaporkan Khairul Anuar, seorang jurujual dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian.Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Ariffin Ahmad, 47, dan Muhammad Zaidi Salleh, 42, dibebaskan setelah didapati tidak bersalah.Mengikut pertuduhan, Khairul Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Datuk Kumbar, di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.Khairul Anuar kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.Seterusnya pada Februari 2024, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan hukumannya digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001.
Lima mayat peserta lumba perahu timbul berhampiran satu dengan lain
1,729,392,493
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146424/lima-mayat-peserta-lumba-perahu-timbul-berhampiran-satu-dengan-lain
Mohd Roji Kawi
232
2024-10-20 02:48:13
2024-10-20T10:48:13
Kuching: Kesemua lima mayat mangsa perahu lumba yang karam Jumaat lalu ditemukan di kawasan berdekatan antara satu dengan lain di Sungai Sarawak, hari ini.Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, satu daripada mayat mangsa ditemukan di tebing manakala empat lagi terapung di tengah sungai. Beliau berkata, lokasi semua mangsa ditemui berkedudukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi perahu mereka karam."Semua mayat ditemui di dalam bahagian baraj (sistem Skim Pengawalan Sungai Sarawak)."Tempoh operasi pencarian adalah selama 43 jam sehingga mayat pertama ditemui pada jam 6.16 pagi tadi selepas kejadian berlaku pada jam 3.47 petang, Jumaat lalu," katanya.Mohd Farhan berkata, semua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut."Ahli keluarga semua mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung penemuan itu dan mereka dipanggil ke HUS untuk membuat pengecaman," katanya.Lima mangsa terbabit ialah Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Mohamad Khairul Bidin, 26 dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Foreksik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.Mereka adalah kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak.Ketika kejadian jam 3.40 petang Jumaat lalu, mereka bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan perlumbaan perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.Perahu panjang yang mereka naiki karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan.
Mayat 5 mangsa bot regata karam ditemukan pagi ini
1,729,383,810
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146404/mayat-5-mangsa-bot-regata-karam-ditemukan-pagi-ini
Mohd Roji Kawi
184
2024-10-20 00:23:30
2024-10-20T08:23:30
Kuching: Semua mangsa yang hilang selepas perahu lumba mereka karam pada Jumaat lalu, ditemukan lemas, hari ini.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kelima-lima mangsa ditemukan terapung di muara Sungai Sarawak, pagi ini.Beliau berkata, dua mayat ditemukan oleh anggota JBPM berdekatan Baraj Sungai Sarawak jam 6.16 pagi."Mangsa ketiga juga ditemukan oleh anggota JBPM di muara Sungai Sarawak pada 6.40 pagi."Mangsa keempat ditemukan terapung oleh anggota Sarawak Coastguard pada 7.07 pagi, manakala mangsa terakhir dikesan menerusi dron polis pada 7.09 pagi," katanya.Lima mangsa terbabit ialah Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Mohamad Khairul Bidin, 26 dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Foreksik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.Mereka adalah kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak.Pada kejadian 3.40 petang Jumaat lalu, mereka bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan perlumbaan perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.Perahu panjang yang mereka naiki karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan.
'Kalau basuh, nanti tapak tercabut'
1,729,382,422
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146398/kalau-basuh-nanti-tapak-tercabut
Sudirman Mohd Tahir
331
2024-10-20 00:00:22
2024-10-20T08:00:22
Kuala Lumpur: "Saya nak tunjuk kepada pelajar lain bahawa ada kawan mereka di sekolah ini walaupun kasutnya koyak dan berlubang, dia masih ada semangat datang ke sekolah. Itu tujuan asal saya muat naik video berkenaan." Demikian kata Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak, Sabah, Jumat Mat Salleh, 35, yang memuat naik hantaran video di TikTok memaparkan seorang pelajar lelaki di sekolah itu yang mamakai kasut dalam keadaan daif hingga menjadi tular. Jumat berkata, apa yang lebih meruntun hatinya apabila pelajar tingkatan 1 itu juga hanya mempunyai sehelai stoking. "Macam biasa minggu ini saya guru bertugas dan datang awal untuk sambut pelajar di pintu pagar sekolah. Dari jauh saya nampak seorang pelajar memakai kasut yang sangat kotor. Saya tahan dan tanya, kenapa kasut kotor? "Dia jawab dengan takut. Katanya kalau cuci nanti tapak kasut jatuh dan tak boleh pakai lagi. Bila saya angkat kasutnya, bukan sahaja tapak itu hilang, malah sudah berlubang. Malah, stoking juga berlubang. "Apabila saya tanya kenapa tak beli kasut baru? Sambil rasa malu dia menjawab tidak ada duit. Saat itu juga lidah terkelu dan hati ini tersentap. Jadi, saya dan seorang lagi rakan iaitu Cikgu Shihar terus bawa dia pergi ke pekan Kunak untuk beli stoking dan kasut baru," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, pelajar yang datang dari keluarga susah itu juga baru dua kali menjejakkan kaki ke ke pekan Kunak. "Ketika di kedai, dia beritahu kami yang mana itu baru kali kedua menjejakkan kaki di pekan. Lagi luluh hati ini. "Selepas berbelanja, saya sempat memeluknya sambil menasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk ubah nasib diri dan keluarga. Jika sudah berjaya boleh bantu lebih ramai orang lagi," katanya. Menurutnya, video yang tular itu turut mendapat maklum balas pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan. "Mungkin rezeki pelajar ini, apabila video tular banyak pihak dalam kalangan individu dan pemimpin tempatan cuba membantu. Alhamdulillah, kami di pihak sekolah juga berusaha untuk tengok apa keperluan yang boleh kita tolong untuk anak dan keluarga ini," katanya.
Sumber pembekal senjata Israel
1,729,380,619
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146393/sumber-pembekal-senjata-israel
Agensi
408
2024-10-19 23:30:19
2024-10-20T07:30:19
Barat menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk menghentikan penjualan senjata kepada Israel kerana kebimbangan mengenai cara negara itu menjalankan kempen ketenteraannya terhadap Hamas di Gaza, lapor BBC.Walaupun menjadi pengeksport senjata utama, Israel masih banyak bergantung pada import asing untuk mengekalkan operasi ketenteraannya. Berikut sumber utama senjata Israel:• Amerika Syarikat (AS)AS adalah pembekal senjata terbesar Israel, menyumbang 69 peratus daripada import senjata konvensional utamanya antara 2019 dan 2023, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (Sipri).Israel menerima AS$3.8 bilion (RM17.1 bilion) dalam bentuk bantuan ketenteraan tahunan bernilai AS$3.8 bilion (kira-kira MYR17.1 bilion) daripada AS. Angka ini termasuk AS$500 juta (RM2.25 bilion) untuk sistem pertahanan peluru berpandu seperti Iron Dome, Arrow, dan David's Sling.Menurut BBC, bantuan ini bagi memastikan "kelebihan ketenteraan kualitatif" Israel di Timur Tengah. Selepas serangan 7 Oktober 2023, AS dengan pantas menghantar ribuan peluru berpandu dan amunisi lain untuk menyokong usaha pertahanan Israel.• JermanNegara ini pembekal senjata penting kepada Israel, menyumbang 30 peratus daripada import senjata Israel antara 2019 dan 2023, menurut Sipri. Pada 2022, Israel menandatangani perjanjian 3 bilion euro (kira-kira MYR 15.6 bilion) untuk membeli tiga kapal selam diesel kelas Dakar dari Jerman, dengan penghantaran dijangka bermula pada 2031. Kapal selam ini akan menggantikan kapal selam kelas Dolphin sedia ada yang sedang dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Israel. Berikutan serangan 7 Oktober 2023, jualan senjata Jerman kepada Israel meningkat secara mendadak kepada 326.5 juta euro (kira-kira MYR 1.7 bilion), iaitu peningkatan 10 ganda berbanding tahun sebelumnya. • ItaliWalaupun sumbangan Itali adalah lebih kecil, ia kekal sebagai pembekal senjata penting kepada Israel. Israel memperoleh pesawat latihan dan peralatan ketenteraan lain daripada Itali.Firma Itali, Leonardo menyediakan jet M-346 untuk Tentera Udara Israel. Itali meneruskan eksport senjatanya ke Israel walaupun di tengah-tengah perdebatan antarabangsa mengenai konflik berkenaan.• United Kingdom (UK)UK membekalkan Israel dengan komponen untuk dron, sistem radar dan teknologi ketenteraan lain. Bagaimanapun, susulan konflik Israel-Hamas, UK menggantung 30 lesen eksport untuk peralatan ketenteraan yang dituju ke Gaza, berikutan tekanan daripada kumpulan kempen dan beberapa tokoh politik.Namun begitu, jumlah eksport UK ke Israel masih agak kecil berbanding negara lain, walaupun Israel mengkritik langkah UK sebagai "memalukan." • Industri Pertahanan Dalam Negeri IsraelMenurut BBC, dengan sokongan AS, Israel membina industri pertahanan yang penting, menjadi pengeksport senjata kesembilan terbesar di dunia.Dari 2019 hingga 2023, Israel memegang 2.3 peratus bahagian jualan senjata global, mengeksport sistem canggih seperti pertahanan udara, radar dan dron.Pada 2023, eksport pertahanan Israel mencecah lebih AS$13 bilion (kira-kira MYR 60.6 bilion), dengan pasaran utama termasuk India, Filipina dan Jerman.AS turut menandatangani perjanjian AS$3.5 bilion (kira-kira MYR 16.4 bilion) untuk sistem pertahanan peluru berpandu Arrow 3 Israel.
Agihan kekayaan lebih adil, saksama
1,729,379,120
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146384/agihan-kekayaan-lebih-adil-saksama
Nor ‘Asyikin Mat Hayin
834
2024-10-19 23:05:20
2024-10-20T07:05:20
Inisiatif kerajaan merancang dan mengawal perbelanjaan serta pendapatan negara sudah dibentangkan menerusi Belanjawan 2025 Jumaat lalu.Belanjawan kali ini memberikan penekanan terhadap usaha pemulihan ekonomi dan menguasai aspek inovasi, selain memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil serta saksama.Ikuti wawancara Pakar Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mustazar Mansur bersama wartawan Nor 'Asyikin Mat Hayin bagi mengupas isu ini. Pandangan Dr dengan pembentangan Belanjawan 2025?Pandangan saya belanjawan 2025 ialah pendekatan dasar fiskal mengembang dengan kadar defisit fiskal yang semakin rendah di bawah empat peratus.Kalau dilihat daripada segi jumlahnya, ia melebihi RM300 bilion yang selama bertahun negara mengalaminya.Kini defisit fiskal mencapai RM421 bilion yang menyasarkan beberapa perkara dan inisiatif baik kerana membuka langkah ke arah negara berpendapatan tinggi.Bagi saya, langkah itu sangat penting terutama ketika ini keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan lebih berdaya saing.Oleh itu, saya berharap menerusi langkah ini, kerajaan akan cuba merealisasikan apa sahaja yang dirancang seperti usaha sama antara kerajaan dengan swasta, memperkenalkan cukai baharu terutama kepada golongan kaya dan syarikat atau individu warga asing.Jika kita lihat dengan ada pengenalan rasionalisasi subsidi petrol pada pertengahan tahun depan dan rasionalisasi subsidi, ia dapat meringankan beban negara.Untuk pendidikan pula, jika mereka tidak layak pinjaman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (Mara), maka pastikan sekurang-kurangnya layak mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau pinjaman lain oleh pihak swasta atau agensi lain.Cukai baharu seperti cukai pulangan dividen dan cukai karbon dapat meningkatkan hasil negara dalam masa sama mengurangkan kesan eksternaliti negatif.Misalnya cukai karbon menyebabkan syarikat mengubah penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Maka, isu pemanasan global berkurangan seperti suhu panas, banjir, tanah runtuh dan sebagainya.Manakala cukai dividen, membolehkan negara mendapat sumbangan kekayaan pemegang aset kewangan dalam kalangan golongan T10 demi kesejahteraan rakyat.Adakah pembentangan belanjawan ini menyeluruh?Belanjawan 2025 menyeluruh kerana kerajaan membantu kakitangan awam juga swasta. Sering kali saya mengutarakan pendapat bahawa pendidikan sangat penting termasuk kepada kalangan kakitangan awam. Sekiranya kerajaan mahu memastikan kakitangan awam memilik pendapatan lebih tinggi, maka mereka perlu melanjutkan pengajian lebih tinggi. Alhamdulillah kerajaan menyambut baik saranan itu supaya kakitangan awam tidak terikat dengan tangga gaji rendah.Bagi kakitangan swasta pula, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan.Langkah ini mendapat reaksi berbeza antara majikan dengan pekerja.Bagi pekerja, peningkatan gaji itu memberi kelegaan kepada mereka kerana dapat membantu menampung kehidupan.Manakala majikan pula akan terbeban kerana kos operasi meningkat terutama syarikat industri kecil yang mempunyai pekerja dua hingga tiga orang atau lebih.Ini secara tidak langsung, mereka sebenarnya perlu memikirkan penggantian daripada segi pekerja yang terpaksa dikurangkan atau sebagainya.Di sini peranan automasi dan sebagainya boleh dilaksanakan walaupun syarikat kecil.Mungkin kerajaan kena memikirkan untuk memberikan insentif dan sebagainya supaya pengusaha syarikat kecil dapat meneruskan perniagaan mereka.Bagi wanita pula, mereka mendapat galakan daripada segi pekerjaan dan sebagainya.Cuma saya berharap supaya turut memberikan fokus sokongan berterusan terhadap pekerja wanita ini kerana mereka turut mempunyai tanggungjawab lain sebagai ibu.Apa peruntukan belanjawan luar jangka kerajaan kali ini yang tidak pernah ada dalam belanjawan sebelum ini?Peruntukan RM2 bilion simpanan luar jangka adalah sesuatu yang positif.Belanjawan luar jangka sangat penting untuk kegunaan waktu kecemasan seperti pandemik Covid-19.Sekarang peperangan yang berlaku di Timur Tengah mungkin berlarutan tempoh panjang.Senario seperti ini akan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia dan belanjawan luar jangka akan digunakan untuk menampung kos subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.Setiap tahun, setiap kali berlaku keadaan luar jangka, kerajaan terpaksa memikir atau membuat belanjawan semak semula.Ini idea yang baik supaya belanjawan luar jangka boleh dibuat dengan segera tanpa kelulusan daripada jemaah menteri dan kabinet atau sebagainya.Bagaimana Dr melihat pemotongan gaji 20 peratus untuk menteri dan pegawai lantikan politik bakal memberi impak kepada ekonomi? Impaknya tidak terlalu besar kepada ekonomi. Pemotongan 20 peratus gaji menteri dan pegawai lantikan politik memberikan gambaran mereka bekerja untuk rakyat bukan kerana menginginkan gaji besar.Namun begitu, diharapkan mereka tidak mengurangkan tanggungjawab kepada rakyat, sebaliknya bekerja dengan lebih kuat.Kerajaan memberi peruntukan besar dalam pendidikan dan kesihatan. Pendapat Dr?Saya menyokong langkah kerajaan memberikan peruntukan belanjawan 2025 yang besar dalam pendidikan tinggi disebabkan bayaran enrolmen guru relatif tinggi.Lebih penting peruntukan ini dapat meneruskan projek untuk membaik pulih tandas sekolah.Perdana Menteri juga ada menyebut untuk menambah infrastruktur lain seperti kantin, kelas dan sebagainya.Selain itu, kita juga ketahui banyak negara masuk ke Malaysia membuat pelaburan dan mencapai pelaburan asing yang tinggi dalam sejarah.Jika ada pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, contoh dari negara maju, mereka (negara maju) memerlukan tenaga buruh berkemahiran tinggi dan profesional.Pada masa sama, Perdana Menteri turut menekankan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menunjukkan latihan ini sangat penting, begitu juga dengan kecerdasan buatan (AI).Ini membuka lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi, meluaskan peluang perniagaan dan menikmati impak penting limpahan ekonomi.Manakala kesihatan pula, kita tahu selepas pandemik Covid-19, banyak peningkatan kes penyakit kritikal.Bagaimanapun, saya berpendapat kerajaan juga perlu mengenakan cukai lemak untuk makanan berlemak, kolesterol tinggi dan sebagainya seperti diamalkan negara maju.
Agihan kekayaan lebih adil, saksama
1,729,379,120
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146384/agihan-kekayaan-lebih-adil-saksama
Nor ‘Asyikin Mat Hayin
834
2024-10-19 23:05:20
2024-10-20T07:05:20
Inisiatif kerajaan merancang dan mengawal perbelanjaan serta pendapatan negara sudah dibentangkan menerusi Belanjawan 2025 Jumaat lalu.Belanjawan kali ini memberikan penekanan terhadap usaha pemulihan ekonomi dan menguasai aspek inovasi, selain memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil serta saksama.Ikuti wawancara Pakar Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mustazar Mansur bersama wartawan Nor 'Asyikin Mat Hayin bagi mengupas isu ini. Pandangan Dr dengan pembentangan Belanjawan 2025?Pandangan saya belanjawan 2025 ialah pendekatan dasar fiskal mengembang dengan kadar defisit fiskal yang semakin rendah di bawah empat peratus.Kalau dilihat daripada segi jumlahnya, ia melebihi RM300 bilion yang selama bertahun negara mengalaminya.Kini defisit fiskal mencapai RM421 bilion yang menyasarkan beberapa perkara dan inisiatif baik kerana membuka langkah ke arah negara berpendapatan tinggi.Bagi saya, langkah itu sangat penting terutama ketika ini keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan lebih berdaya saing.Oleh itu, saya berharap menerusi langkah ini, kerajaan akan cuba merealisasikan apa sahaja yang dirancang seperti usaha sama antara kerajaan dengan swasta, memperkenalkan cukai baharu terutama kepada golongan kaya dan syarikat atau individu warga asing.Jika kita lihat dengan ada pengenalan rasionalisasi subsidi petrol pada pertengahan tahun depan dan rasionalisasi subsidi, ia dapat meringankan beban negara.Untuk pendidikan pula, jika mereka tidak layak pinjaman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (Mara), maka pastikan sekurang-kurangnya layak mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau pinjaman lain oleh pihak swasta atau agensi lain.Cukai baharu seperti cukai pulangan dividen dan cukai karbon dapat meningkatkan hasil negara dalam masa sama mengurangkan kesan eksternaliti negatif.Misalnya cukai karbon menyebabkan syarikat mengubah penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Maka, isu pemanasan global berkurangan seperti suhu panas, banjir, tanah runtuh dan sebagainya.Manakala cukai dividen, membolehkan negara mendapat sumbangan kekayaan pemegang aset kewangan dalam kalangan golongan T10 demi kesejahteraan rakyat.Adakah pembentangan belanjawan ini menyeluruh?Belanjawan 2025 menyeluruh kerana kerajaan membantu kakitangan awam juga swasta. Sering kali saya mengutarakan pendapat bahawa pendidikan sangat penting termasuk kepada kalangan kakitangan awam. Sekiranya kerajaan mahu memastikan kakitangan awam memilik pendapatan lebih tinggi, maka mereka perlu melanjutkan pengajian lebih tinggi. Alhamdulillah kerajaan menyambut baik saranan itu supaya kakitangan awam tidak terikat dengan tangga gaji rendah.Bagi kakitangan swasta pula, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan.Langkah ini mendapat reaksi berbeza antara majikan dengan pekerja.Bagi pekerja, peningkatan gaji itu memberi kelegaan kepada mereka kerana dapat membantu menampung kehidupan.Manakala majikan pula akan terbeban kerana kos operasi meningkat terutama syarikat industri kecil yang mempunyai pekerja dua hingga tiga orang atau lebih.Ini secara tidak langsung, mereka sebenarnya perlu memikirkan penggantian daripada segi pekerja yang terpaksa dikurangkan atau sebagainya.Di sini peranan automasi dan sebagainya boleh dilaksanakan walaupun syarikat kecil.Mungkin kerajaan kena memikirkan untuk memberikan insentif dan sebagainya supaya pengusaha syarikat kecil dapat meneruskan perniagaan mereka.Bagi wanita pula, mereka mendapat galakan daripada segi pekerjaan dan sebagainya.Cuma saya berharap supaya turut memberikan fokus sokongan berterusan terhadap pekerja wanita ini kerana mereka turut mempunyai tanggungjawab lain sebagai ibu.Apa peruntukan belanjawan luar jangka kerajaan kali ini yang tidak pernah ada dalam belanjawan sebelum ini?Peruntukan RM2 bilion simpanan luar jangka adalah sesuatu yang positif.Belanjawan luar jangka sangat penting untuk kegunaan waktu kecemasan seperti pandemik Covid-19.Sekarang peperangan yang berlaku di Timur Tengah mungkin berlarutan tempoh panjang.Senario seperti ini akan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia dan belanjawan luar jangka akan digunakan untuk menampung kos subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.Setiap tahun, setiap kali berlaku keadaan luar jangka, kerajaan terpaksa memikir atau membuat belanjawan semak semula.Ini idea yang baik supaya belanjawan luar jangka boleh dibuat dengan segera tanpa kelulusan daripada jemaah menteri dan kabinet atau sebagainya.Bagaimana Dr melihat pemotongan gaji 20 peratus untuk menteri dan pegawai lantikan politik bakal memberi impak kepada ekonomi? Impaknya tidak terlalu besar kepada ekonomi. Pemotongan 20 peratus gaji menteri dan pegawai lantikan politik memberikan gambaran mereka bekerja untuk rakyat bukan kerana menginginkan gaji besar.Namun begitu, diharapkan mereka tidak mengurangkan tanggungjawab kepada rakyat, sebaliknya bekerja dengan lebih kuat.Kerajaan memberi peruntukan besar dalam pendidikan dan kesihatan. Pendapat Dr?Saya menyokong langkah kerajaan memberikan peruntukan belanjawan 2025 yang besar dalam pendidikan tinggi disebabkan bayaran enrolmen guru relatif tinggi.Lebih penting peruntukan ini dapat meneruskan projek untuk membaik pulih tandas sekolah.Perdana Menteri juga ada menyebut untuk menambah infrastruktur lain seperti kantin, kelas dan sebagainya.Selain itu, kita juga ketahui banyak negara masuk ke Malaysia membuat pelaburan dan mencapai pelaburan asing yang tinggi dalam sejarah.Jika ada pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, contoh dari negara maju, mereka (negara maju) memerlukan tenaga buruh berkemahiran tinggi dan profesional.Pada masa sama, Perdana Menteri turut menekankan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menunjukkan latihan ini sangat penting, begitu juga dengan kecerdasan buatan (AI).Ini membuka lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi, meluaskan peluang perniagaan dan menikmati impak penting limpahan ekonomi.Manakala kesihatan pula, kita tahu selepas pandemik Covid-19, banyak peningkatan kes penyakit kritikal.Bagaimanapun, saya berpendapat kerajaan juga perlu mengenakan cukai lemak untuk makanan berlemak, kolesterol tinggi dan sebagainya seperti diamalkan negara maju.
Ikhtiar pengikat cinta
1,729,378,850
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146377/ikhtiar-pengikat-cinta
Norhayati Nordin
518
2024-10-19 23:00:50
2024-10-20T07:00:50
Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dengan penyanyi, Zizi Kirana, Yusuf Bahrin, 32, mengakui mereka sering ditanya mengenai zuriat.Bagaimanapun, hingga kini Yusuf dan Zizi, 39, akur belum ada rezeki anak dan memaklumkan ia juga tiada kaitan dengan konsep 'childfree' atau tak mahukan anak."Kami tetap impikan ada rezeki cahaya mata suatu hari nanti. Konsep 'childfree' itu adalah hak pasangan masing-masing."Bagi saya, setiap pasangan ada pendapat sendiri. Cuma untuk saya tak ada isu dengan 'childfree' ini," katanya.Yusuf yang pernah meledak dengan drama Satukan Rasa sebagai watak Shah berkata, dia dan Zizi juga masih berikhtiar mendapatkan cahaya mata pengikat cinta mereka."Kami masih berikhtiar untuk dapatkan anak. Kami masih dalam proses 'follow up' dengan doktor untuk ke prosedur seterusnya."Cuma sama ada akan buat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), itu kami tak tahu lagi. Setakat ini, kami sekadar buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor."Sebab dah tiga tahun kami cuba ikhtiar (untuk anak). Tapi, hingga kini belum ada rezeki lagi dan mungkin bila Allah nak beri (anak) itu, kami kena menunggu dulu," katanya.Yusuf berkata, dia juga percaya bahawa ada orang kena tunggu selepas empat tahun atau beberapa tahun akan datang, baru Allah nak beri anak kerana dugaannya lain-lain dan berbeza rezeki. Ditanya juga sama ada dia rimas apabila asyik ditanya soal anak, Yusuf menjelaskan dia suka melihat positif dengan menyifatkan ia adalah satu doa yang baik."Saya tak boleh nak buat apa (bila orang asyik tanya), sebab itu lumrah kehidupan. Orang suka bertanya dan kita pun kadang-kadang bertanya juga."Jadi, tak boleh nak kata kita tak suka atau rimas. Bagi saya, bila orang selalu bertanya itu bermakna dia ambil tahu mengenai kita dan Alhamdulillah, saya okay," katanya yang bernikah dengan Zizi pada 18 September 2021.Yusuf berkata, orang yang sering bertanya mengenai anak kepadanya itu bukan hanya orang luar, tetapi ahli keluarga serta saudara-mara yang lain.Second lead' dan watak pembantu Tidak memilih watak untuk dilakonkan, Yusuf berasa apa saja watak diberikan kepadanya akan dilihat terlebih dulu sama ada ia sesuai dan boleh memberi lakonan terbaik.Menurut Yusuf, untuk itu dia juga tidak kisah diberi peranan sebagai 'second lead' atau watak pembantu dalam karier lakonan kerana menyifatkan ia berhubung kait antara babak."Dalam karier lakonan, saya tiada masalah terima watak, jadi 'second lead' atau pembantu sebab bagi saya di setiap watak itu mesti ada 'benda' penting. "Tidak kisah saya berlakon watak sampingan ke atau watak utama, sebab kalau tiada salah satunya, pasti tidak akan ada babak yang dapat dibuat selengkap-lengkapnya."Jadi, antara watak itu (second lead dan pembantu) ia berhubung antara satu sama lain (setiap watak). Justeru, sebagai pelakon, itu adalah kerja saya dan tidak perlu bersikap memilih," katanya.Berbicara mengenai sokongan isteri, Yusuf berkata, mereka saling memahami tuntutan kerja masing-masing kerana sama-sama terbabit dalam karier hiburan tempatan."Saya tiada masalah untuk fokus pada karier seni kerana isteri saya sangat faham dan setakat ini semuanya memang okey. Termasuk isteri juga tidak mengawal ketat saya hingga di set penggambaran," katanya.Baru-baru ini, Yusuf tampil dengan drama terbaharu, Uncle Boss Mama yang ditayangkan di Astro Ria dan menggandingkannya bersama pelakon lain seperti Meerqeen dan Ezzanie Jasny.
Si cilik tunjuk 'taring' main boling
1,729,339,222
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146271/si-cilik-tunjuk-taring-main-boling
Redzuan Muharam
430
2024-10-19 12:00:22
2024-10-19T20:00:22
Seberang Perai: Lima sekawan ini masih di bangku sekolah rendah namun masing-masing sudah menunjukkan 'taring' ketika bermain boling. Mereka terdiri daripada Muhammad Dafy Irfan Zally Ismandy, 9, Muhammad Maaisy Khayr Mohd Khairi, 8, Muhammad Fakhri Mohd Firdaus, 8, Muhammad Maaliki Khayr Mohd Khairi dan Muhammad Arif Ramadhan yang masing-masing berusia tujuh tahun.Kehebatan mereka dapat dilihat menerusi video dimuat naik di TikTok yang menunjukkan kanak-kanak berkenaan bersorak selepas kesemuanya membuat balingan tepat (strike). Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memuji kehebatan kanak-kanak berkenaan walaupun bermain secara santai malah ada mengatakan mereka adalah pelapis masa depan. Video itu dimuat naik jurulatih mereka, Adrian Dragon, 36, atau dikenali Dragon yang menguruskan akademi MegaMall Bowling Centre Youth Club Pulau Pinang atau MMBC YOUTH CLUB. Menurut Andrian, video itu dirakam secara spontan ketika sesi latihan bersama anak didiknya itu. "Saya rakam sebab nampak mereka (anak didik) comel waktu itu. Punca mereka bersorak dalam video itu adalah kerana tengok abang senior mereka berlatih dan bertanding di luar pun begitu. "Saya sudah boleh agak ia boleh tular selepas muat naik di TikTok kerana ramai orang suka budak-budak cuma tak jangka pula sampai tahap begitu. "Anak didik saya tahu video itu tular dan mereka pun sangat gembira dan teruja kerana pergi sekolah semua orang bercakap mengenainya (video tular)," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Bercerita lanjut, Andrian berkata, lima anak didiknya itu mengikuti latihan di bawah bimbingannya sejak dua tahun lalu.Katanya, mereka dihantar ke akademi oleh ibu bapa dan bermula sebagai amatur. "Semuanya bermula dengan kosong, kiranya saya memang latih mereka daripada tak tahu main boling. "Mereka adalah kumpulan ketiga atau keempat yang berlatih di bawah bimbingan saya. "Ambil masa enam bulan ke setahun untuk latih mereka sampai mahir. Setiap seorang mereka mempunyai tahap penguasaan berbeza dan ia bergantung kepada kekerapan latihan juga. "Buat masa ini, mereka berlatih empat hari dalam seminggu," katanya juga jurulatih atlet boling peringkat negeri.Andrian berkata, anak didiknya itu sudah diberi pendedahan menyertai kejohanan peringkat sekolah dan sirkit kebangsaan.Sebagai jurulatih, katanya, dia gembira melihat peningkatan anak didiknya itu walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki."Cuma, saya sentiasa ingatkan mereka supaya hormat orang tak kisah siapa pun dan jangan pernah anggap diri sudah hebat. "Itu yang saya titik beratkan kerana mahu mereka sentiasa merendah diri dan ingat daripada mana bermula," katanya yang menguruskan akademi bersama rakan jurulatih, Ahmad Aidil Abdul Halim, 28.Katanya, akademi diusahakan terbuka kepada semua kanak-kanak yang berminat menceburi sukan boling. "Mereka yang berminat boleh terus datang mendaftar di MMBC YOUTH CLUB kerana kita perlukan dan mahu mengasah lebih ramai bakat baru yang boleh jadi pelapis masa depan," katanya
Muhammad Faqqeh Adha pergi jua...
1,729,336,796
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146262/muhammad-faqqeh-adha-pergi-jua
Zuliaty Zulkiffli
236
2024-10-19 11:19:56
2024-10-19T19:19:56
Alor Setar: Kanak-kanak berusia tiga tahun, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian yang menghidap kanser retinoblastoma tahap empat akhirnya meninggal dunia, hari ini.Bapanya, Abu Soffian Ghazali, 51, berkata, anak bongsu daripada 11 beradik itu pergi buat selama-lamanya pada jam 5.25 petang di rumah mereka di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak di Padang Terap.Katanya, anaknya itu baru pulang ke rumah jam 11 pagi selepas dibenarkan pulang dari menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak 8 Oktober lalu."Masa dia balik tadi, keadaan arwah seperti biasa.. Dia makan dan minum seperti biasa dari hospital sehingga sampai di rumah."Lepas itu dia tidur mungkin letih dan akhirnya tidur buat selama-lamanya namun kami reda dengan apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.Abu Soffian berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Tualak jam 11 malam ini.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesejahteraan anaknya ketika hayatnya masih ada.Katanya, nasib yang menimpa anaknya itu turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menyalurkan bantuan melalui akaun bank isterinya selepas kisah anaknya disiarkan melalui akhbar Harian Metro pada 7 Oktober lalu.Muka depan Harian Metro sebelum ini melaporkan, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian sepatutnya ceria menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain namun kehidupannya berubah selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu.Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis.
Mangsa bot karam baru seminggu bertunang
1,729,331,640
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146237/mangsa-bot-karam-baru-seminggu-bertunang
Mohd Roji Kawi
309
2024-10-19 09:54:00
2024-10-19T17:54:00
Kuching: Salah seorang peserta lumba perahu yang hilang di Sungai Sarawak petang semalam, Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23, baharu saja melangsungkan pertunangan, Ahad lalu.Bapa saudaranya, Mohd Ridzuan Aban berkata, Muhammad Khairul dari Kampung Rebak, Asajaya melangsungkan pertunangan dengan teman sekolahnya yang hanya dikenali sebagai Wawa.Menurutnya, keluarga kedua-dua pihak memutuskan untuk mengikat tali pertunangan kerana mereka sudah lama berkawan."Keluarga bersetuju agar mereka bertunang dulu tetapi belum menetapkan bila akan diijab kabul kerana pada hujung November ini ada seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan perkahwinan."Memang kami semua terkejut dan sedih apabila menerima berita kehilangan Muhammad Khairul malah tunangnya pengsan sebaik mengetahuinya petang semalam," katanya.Mohd Ridzuan mengakui Muhammad Khairul tidak pandai berenang malah dari kecil tidak biasa bermain di sungai atau laut walaupun mereka tinggal berdekatan laut."Sebab itu saya masih hairan, mengapa dia menyertai lumba perahu sedangkan dia bukan saja tidak pandai berenang malah tidak pandai berkayuh juga."Saya memang amat mengenali anak saudara saya itu yang bukannya suka bermain di air dan apabila mendapat berita dia hilang ketika berlatih lumba perahu, saya tertanya-tanya, betulkah dia berkayuh."Kalau saya tahu dia akan menyertai lumba perahu itu, memang saya akan melarangnya kerana saya memang tahu dia tidak pandai berenang," katanya.Mohd Ridzuan berkata, difahamkan Muhammad Khairul yang juga kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UPKS) baru tiga hari menyertai latihan sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak awal bulan depan.Menurutnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan berharap semua mangsa akan ditemui dalam apa jua keadaan."Tetapi pada masa yang sama, kami mengharapkan ada keajaiban walaupun harapannya amat tipis," katanya.Selain Muhammad Khairul, empat lagi rakannya yang masih hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari dan Mohamad Khairul Bidin yang semuanya berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.Dalam kejadian jam 3.40 petang semalam, seramai 11 lagi peserta yang menaiki perahu sama berjaya menyelamatkan diri.
Samun jongkong emas RM5.9 juta: Polis buru Tuan Nazrin Shah dan M Sharuddin
1,729,325,524
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146192/samun-jongkong-emas-rm59-juta-polis-buru-tuan-nazrin-shah-dan-m-sharuddin
Muhaamad Hafis Nawawi
188
2024-10-19 08:12:04
2024-10-19T16:12:04
Serdang: Polis masih memburu dua lelaki yang terbabit dalam kes samun jongkong emas bernilai RM5.9 juta milik sebuah syarikat pedagang emas di Kompleks Industri Puchong pada 13 September lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek dikenali Tuan Nazrin Shah Tuan Nasir berusia 28 tahun dengan alamat terakhir di Taman Teratai 1, Jerantut, Pahang dan seorang lagi M Sharuddin Majid, 35 tahun beralamat di Taman Setia, Kuala Terengganu, Terengganu."Buat masa ini suspek belum ditahan dan kita sedang memburu mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.Terdahulu Harian Metro melaporkan polis giat memburu dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes samun jongkong emas seberat 16.9 kilogram di Puchong, bulan lalu.Hussein dilaporkan berkata, kejadian samun bersenjata pada 11 pagi itu mengakibatkan kerugian RM5.9 juta.Katanya, ketika kejadian, mangsa bersama rakan sekerjanya sedang memasukkan jongkong emas itu ke dalam kenderaan syarikat di tempat letak kenderaan Kompleks Industri Puchong."Empat lelaki bertopeng menaiki Perodua Axia menggunakan nombor pendaftaran palsu menghampiri, dengan suspek pertama memukul tangan dan kaki mangsa dengan kayu."Suspek kedua mengacukan parang, manakala suspek ketiga mengambil beg berisi jongkong emas terbabit yang berada di tempat duduk belakang kenderaan syarikat," katanya.
Rayuan permohonan tauliah mengajar Ustaz Don ditolak - MAIS
1,729,320,878
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146152/rayuan-permohonan-tauliah-mengajar-ustaz-don-ditolak-mais
Ruwaida Md Zain
306
2024-10-19 06:54:38
2024-10-19T14:54:38
Shah Alam: Rayuan tauliah mengajar agama Islam semula di Selangor oleh pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ditolak.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan pihaknya ada menerima permohonan rayuan daripada Ustaz Don dan sudah menelitinya."(Ustaz Don) ada buat rayuan, tetapi tidak berjaya. Kita dengar rayuannya, kita tengok sebab-sebab, tetapi keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS tidak bersetuju."Ini kerana ada perkara yang dilakukan bercanggah dari segi peraturan ditetapkan iaitu Peraturan 17 (d) Peraturan Tauliah Selangor 2008," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan berkenaan.Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Ijtima' Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor 2024 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.Difahamkan, Ustaz Don mengemukakan permohonan rayuan pada 14 Ogos 2024, sebelum keputusan rayuan dikeluarkan dan tidak dipertimbangkan pada 17 September lalu.Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, Ustaz Don masih berpeluang mengemukakan permohonan tauliah mengajar agama Islam yang baharu dalam tempoh setahun selepas tauliah ditarik pada 24 Julai lalu."Jika hendak buat rayuan lagi tahun depan. Walaupun ditarik, masih boleh merayu... syarat kena tunggu setahun selepas ditarik. Tetapi beliau perlu melalui temuduga seperti biasa sebelum ini."Beliau sudah ada pengalaman, jadi tiada masalah tetapi kita berharap jangan ulang perkara-perkara yang silap," katanya.Pada 13 Ogos lalu, media melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan tauliah mengajar Ustaz Don di negeri ini ditarik balik.Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai 2024.Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.Pendakwah selebriti itu disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu berdasarkan beberapa aduan diterima JAIS.Beliau sebelum itu dilaporkan ditamatkan khidmatnya sebagai pengacara program Salam Baitullah di sebuah stesen televisyen berikutan memberi kenyataan mengelirukan mengenai ibadah berpuasa pada hari tasyrik.
'Jit Jit penghibur kami'
1,729,317,387
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146122/jit-jit-penghibur-kami
Mary Victoria Dass
319
2024-10-19 05:56:27
2024-10-19T13:56:27
Johor Bahru: Seekor kucing dinamakan 'Jit Jit' bukan saja menjadi kesayangan pekerja sebuah stesen minyak di Taman Molek, di sini, malah meraih 4.2 juta tontonan di TikTok hasil video dimuatnaik pelanggan yang terhibur dengan gelagat haiwan itu.Pengusaha stesen minyak berkenaan, Fuad Othman, 46, berkata, premis itu didatangi kucing berkenaan lima bulan lalu. Dia berkata, sebelum ini beberapa kucing turut singgah di stesen minyak itu namun tidak kekal lama atau bersilih ganti berbanding Jit Jit.Menurutnya, Jit Jit kebiasaannya lebih aktif pada waktu malam dan gelagatnya yang gemar bermanja dengan kakitangan stesen minyak menarik perhatian pelanggan."Walaupun saya bukan pencinta kucing namun saya tidak pernah melarang kakitangan untuk memberikan mana-mana kucing yang singgah di sini makanan dan begitu juga dengan Jit Jit."Jit Jit menjadi kucing keempat atau kelima yang singgah di stesen ini setakat ini."Apa yang penting kita tidak menjejaskan kelancaran operasi stesen minyak."Pekerja saya rajin membersihkan Jit Jit dan memberi makanan hingga ia menjadi sebahagian daripada keluarga kami," katanya.Fuad berkata, seorang pelanggan bertindak merakamkan gambar Jit Jit serta berkongsi di media sosial hingga ia tular.Katanya, dia tidak sangka ada dalam kalangan pencinta kucing dari kawasan sekitar yang sanggup ke stesen minyak untuk bertemu dengan Jit Jit."Sebenarnya kami berkongsi populariti Jit Jit dan saya setuju dengan pendapat seorang pekerja di sini yang menyatakan kami tidak memilihnya sebaliknya Jit Jit yang memilih kami, mungkin ia sudah ditentukan dan bawa kebaikan."Saya teruja dengan keprihatinan ramai terhadap Jit Jit yang sanggup menyumbang makanan," katanya.Sementara itu, pekerja stesen minyak, Nabil Ishak, 25, berkata, Jit Jit juga sudah selesa memakai jaket menyamai warna baju pekerja."Kami juga memasang tanda nama pada bajunya yang membuatkannya lebih comel namun didapati ia sudah hilang kerana Jit Jit gemar bergerak terutama waktu malam."Kami akan pastikan makanan dan air bersih disediakan bagi Jit Jit kerana kami menyayanginya serta dia menjadi penghibur bagi kami serta meningkatkan lagi keceriaan ketika bekerja," katanya.
Nur Sidah buat pelancong kagum
1,729,296,910
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1146003/nur-sidah-buat-pelancong-kagum
Noor Hidayah Tanzizi
296
2024-10-19 00:15:10
2024-10-19T08:15:10
Kota Kinabalu: Kepetahan remaja perempuan ini bercakap dalam bahasa Korea dengan pelancong dari negara itu mendapat perhatian netizen apabila memuji kesungguhannya mempelajari bahasa asing meskipun hanya untuk berniaga.Nur Sidah Faisal, 14, mendapat perhatian selepas videonya bercakap dalam bahasa Korea ketika berniaga di Pasar Anjung Kinabalu, Sabah, baru-baru ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Kate J Quintin yang mengagumi kebolehan remaja berkenaan.Berkongsi kisahnya, Nur Sidah berkata, dia yang dilahirkan di Labuan dan dibesarkan di Kota Kinabalu mengambil upah sebagai pembantu gerai kepak ayam bakar di pasar berkenaan.Menurutnya, dia mengambil inisiatif belajar bahasa Korea untuk memudahkan dirinya berkomunikasi dengan pelancong dari negara itu namun mengakui tidak terlalu fasih dan lancar bahasa berkenaan."Saya hanya belajar ayat yang mudah dan ringkas serta bersesuaian untuk berniaga saja seperti berapa banyak, harga, nombor dan ayat sapaan seperti apa khabar, terima kasih supaya mudah berkomunikasi."Kalau bersembang rancak, saya pun tidak boleh kerana tidak fasih dan faham sangat."Alhamdulillah, pelancong Korea Selatan juga terkejut apabila dengar saya boleh cakap bahasa mereka dan cakap mereka amat gembira mendengarnya," katanya.Katanya, dia mempelajari bahasa itu melalui TikTok dan akan mengalih bahasa Melayu kepada bahasa Korea atau sebaliknya menggunakan Google Translate."Kadang-kadang saya dengar pelancong cakap dan kemudian cuba cari maksudnya... daripada situ saya belajar. Saya tahu ada sebutan ayat tidak tepat, tetapi pelancong Korea cakap mereka 'ok' saja dan akan betulkan."Bagi saya ini hanya untuk menambahkan kemahiran saja, malah boleh dikatakan hampir semua peniaga di pasar ini boleh cakap bahasa Korea walaupun tidaklah lancar."Selain itu, saya juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak fasih juga, hanya ayat mudah untuk berniaga saja," katanya.Katanya, dia percaya jika kemahiran itu terus 'diasah' maka tidak mustahil suatu hari nanti dirinya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa terbabit dengan lebih baik.
Aksi sepenuh jiwa
1,729,288,834
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145976/aksi-sepenuh-jiwa
Ridzuan Abdul Rahman
496
2024-10-18 22:00:34
2024-10-19T06:00:34
HUJAN lebat Sabtu lalu dari petang membawa ke malam langsung tidak melunturkan semangat penonton untuk membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menyaksikan Konsert Dato M N45ir Cipta 2.Melihat kesungguhan mereka, sudah dapat diagak detik menarik pasti tercipta menerusi konsert kesinambungan dari Konsert Cipta yang berlangsung di lokasi sama pada 10 Ogos lalu.Apa yang dijangkakan akhirnya tercipta apabila figura terkenal ini memberikan sepenuh jiwanya untuk persembahan yang disaksikan 8,000 penonton ini.Tepat jam 9 malam, M Nasir atau 'sifu' tampil membuka pentas dengan persembahan bertenaga mendendangkan lagu Pawana (Search) dan Hukum Karma (Wings). Wah! Permulaan pun sudah 'gempak', seterusnya Rajawali Terbang Tinggi dan Kias Fansuri.Diikuti pula berikutnya dengan lagu Senyumlah Kuala Lumpur dan Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Malam, Juwita dan Cinta Dewa Dewi (Spider).Pada ketika ini, penonton semestinya dibuai momen-momen indah ketika lagu-lagu yang didendangkan meniti populariti dan menjadi siulan di bibir mereka.Lagu-lagu ini pula bukan dinyanyikan dalam versi asal, sebaliknya diberikan nafas baru sesuai dengan vokal M Nasir serta pemuzik dan penyanyi latar yang menjadikan konsert ini sangat gah.Mereka seramai 23 orang bukanlah baharu, sebaliknya pemuzik profesional yang sudah lama bergiat dalam dunia seni dan tahu rentak permainan M Nasir dalam konsert mega begini.Mereka diketuai pemain gitar, Nan sebagai pengarah muzik, Firdaus Mahmud (keyboard), Eddie Slam (keyboard), Rafi (gitar), Norman (bass), Ujang Exists (dram), Mohar (seruling), Boy (gambus, seruling), Pa'ang (perkusi Latin), Mat Rock, Awe, Mat Din, Che Long, Anas (perkusi tradisional), Ikhman (trumpet), Hanif (trombone), Aizat (seksofon tenor), Farid (seksofon alto) serta Yuaz, Eja, Widy, Juanita dan Awe sebagai penyanyi latar.M Nasir juga tidak lupa menyelitkan karya-karya epiknya iaitu Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Tiara dengan idea menampilkan maestro gitar hebat Kid Search menambah lagi perisa konsert ini.Dalam persembahannya, M Nasir turut menyelitkan celoteh dengan penonton dan adakala celoteh spontan itu agak melucukan sekali gus membuat mereka ketawa. Pentas seterusnya dihangatkan lagi dengan lagu Duit, Gerhana, Peronda Jaket Biru (Wings), Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi), Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan Awan Nano (Hafiz Suip).Terpukau jadinya penonton apabila lagu Srikandi Cintaku dan Awan Nano disampaikan dengan penuh perasaan sehingga emosi paling dalam mereka.Lagu-lagu lain yang dinyanyikan ialah Bonda, Melawan Arus, Bila Rumi Menari, Apokalips, Mentera Semerah Padi, Aduhai kasih Aduhai, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Keroncong Untuk Ana 1, Kenangan Lalu (Flybaits), Hati Emas, Sentuhan Listrikmu, Mustika, Sahabat Gua dan lagu kejutan, Satu Hari Di Hari Raya sebagai penutup.Tambah meriah apabila penganjur menjatuhkan 10,000 sampul duit raya mengandungi not satu ringgit dari bumbung Axiata Arena. Meriah sekali apabila konsert ini seakan Anugerah Juara Lagu apabila turut menarik kehadiran ramai selebriti terkenal tanah air.Antara yang hadir memberikan sokongan ialah kumpulan Wings, Spider, Exists, Lah Ahmad, Datuk Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Fizo Omar, Akim Ahmad, Stacy, Wany Hasrita dan ramai lagi.Kehadiran mereka dan penonton dengan tema pakaian denim biru dan putih, memberikan satu aura menarik dalam konsert ini.Semestinya mereka yang hadir puas hati dan kini berkira-kira untuk segera membeli tiket sebaik Konsert Cipta 3 diumumkan.
Inti pati Belanjawan 2025
1,729,256,967
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145912/inti-pati-belanjawan-2025
Wartawan HM
1,013
2024-10-18 13:09:27
2024-10-18T21:09:27
Kuala Lumpur: Berikut ialah inti pati Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen, hari ini. Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', adalah belanjawan ketiga yang dibentangkan oleh Anwar sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022. Inti pati Belanjawan 2025Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awamSemua golongan dapat manfaaatSubsidi, bantuan sosialBelanjawan 2025 dijangka bernilai RM421 bilionReformasi sistem pencen penjawat awam PENJAWAT AWAMLebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awampelarasan pencen dilaksanakan secara berfasa termasuklah pesara Angkatan Tentera MalaysiaBantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah Menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gajiPM sendiri tidak terima gaji KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PERTAHANAN/URUSAN SEMPADAN NEGARALebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilionringgitSejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negaraSebanyak 63 negara menggunakan sistem pagar automatik di KLIA ORANG ASLI/PELUANG KEDUA/SYIAR ISLAMMasyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgitDasar Peluang Kedua beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat yang diisytihar bankrapperuntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgitLebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbutterima sumbangan khas 500 ringgit KANAK-KANAK/WARGA EMAS/: ORANG KURANG UPAYA11 Pusat PERMATA baharu dibina bagi pusat didikan anak autistikPeruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan cecah 1 bilion ringgitPeruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgitKerajaan akan meringankan tanggungan pembayar cukai OKU PENGANGKUTAN AWAM/GOLONGAN WANITA/ANAK MUDAPrasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak ke sekolah daripada stesen tren terpilihTambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasiCadang potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerjaProgram Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgitProgram Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit RUMAH KEDIAMAN RAKYATHampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat dan 14 projek Rumah Mesra RakyatRumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggaraKampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan PENJAGAAN KESIHATAN1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatanKerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergulaPeruntukan kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit PEMERKASAAN TVETgeran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA"PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatihHRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihanKhazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth)GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig PENDIDIKAN ARUS PERDANA/PENDIDIKAN TINGGIKementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negaraPeruntukan 870 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakanKementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit PENDAPATAN RAKYAT/PERLINDUNGAN SOSIALKadar gaji minimum dinaikkan daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025250 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPRProgram i-Suri diteruskan secara insentif padananSkim Perlindungan Tenangditeruskan dengan kerjasama Bank Negara KOS SARA HIDUP RAKYAT4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulanKategori bujang akan menerima STR 600 ringgitKadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgitKadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkanKadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit BANTUAN DAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN/TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA40 bilion ringgit disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARAdan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera200 juta ringgit disediakan untuk Skim CAKNA 2 DAYA CIPTA KEWANGAN ISLAM/PEMBANGUNAN INDUSTRI HALALSejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharuSJPP sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal sehingga 1 bilion ringgit PERALIHAN TENAGA/PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAMe-Rebat sehingga 70 juta ringgit galakkan beli kelengkapan elektrik cekap tenagaSyarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgitGalakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskanKerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelanconganSejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO SYARIKAT MULA NIAGANational Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgitKWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatanCradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global KESELAMATAN SIBER/MUSIBAH DAN BENCANAPeranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan 20 juta ringgitRang Undangundang Keselamatan Dalam Talian akan digubalPeruntukan hampir 600 juta ringgit disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)Kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit SEJATI MADANIPeruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli;200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara PERANGI RASUAHBagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgitSejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit ANGGARAN PERBELANJAAN 2025Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu 421 bilion ringgit Bukan masanya melaksanakan projek megaMenunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963 PENYASARAN SUBSIDIKerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025Penyasaran Subsidi Pendidikan dan KesihatanKPDN dan JKDM disediakan 60 juta ringgit untuk terus membanteras ketirisan wang rakyat KUTIPAN HASILPada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilionKerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada 340 bilion ringgit TANGGUNGJAWAB FISKAL DAN PENGURUSAN HUTANG Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisitlangkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil olehKerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten PENCAPAIAN DAN TANTANGAN EKONOMI• Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertamaPengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratusKerajaan mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkanRinggit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia
Belanjawan 2025: Penjawat awam gred 56 ke bawah dapat bantuan khas RM500
1,729,248,904
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145861/belanjawan-2025-penjawat-awam-gred-56-ke-bawah-dapat-bantuan-khas-rm500
Muhamaad Razis Ismail
202
2024-10-18 10:55:04
2024-10-18T18:55:04
Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan bantuan khas RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen akan menerima sebanyak RM250. Katanya, semua bantuan akan disalurkan pada Februari 2025."Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus, alhamdulillah," katanya. Sementara itu, Anwar turut mengumumkan Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar."Fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu," katanya. Selain itu, sejajar dengan dasar pembelajaran sepanjang hayat, Kerajaan memperkenalkan Program APEL.Q di bawah kendalian Intan."Di bawah program ini, kerajaan akan menanggung kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum RM15,000 kepada penjawat awam yang berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya.Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera."LPPSA juga akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun," katanya.
Belanjawan 2025: Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700
1,729,245,908
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145807/belanjawan-2025-gaji-minimum-dinaikkan-kepada-rm1700
BERNAMA
251
2024-10-18 10:05:08
2024-10-18T18:05:08
Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja contohnya gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pekerja Kandungan Kreatif (RM2,985)."Kerajaan MADANI menitikberatkan soal pendapatan rakyat. Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. Anwar berkata Dasar Gaji Progresif akan dikuatkuasakan sepenuhnya tahun depan dengan peruntukan RM200 juta yang akan memberi manfaat kepada 50,000 pekerja. "Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan rakyat. Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan," katanya. Beliau berkata RM250 juta disediakan tahun hadapan untuk meningkatkan penyertaan rakyat miskin tegar dalam program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi menambah pendapatan mereka."IPR merupakan ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat."Melalui ikhtiar IPR INSAN, Saudari Normaladiana Mohd Yazal yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal, telah membantu suaminya berniaga dan berjaya meraih pendapatan untuk keluarga hampir dua kali ganda," katanya.Terkini: Belanjawan 2025
Belanjawan 2025: Sumbangan Tunai Rahmah, SARA meningkat RM13 bilion
1,729,245,769
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145804/belanjawan-2025-sumbangan-tunai-rahmah-sara-meningkat-rm13-bilion
Noor Hidayah Tanzizi
333
2024-10-18 10:02:49
2024-10-18T18:02:49
Kuala Lumpur: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini yang bakal memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia peningkatan tertinggi disalur kerajaan bagi STR dan SARA untuk membantu rakyat. Katanya, tahun depan, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima tahun ini. Menurutnya, bantuan SARA akan dikreditkan kepada penerima bermula April 2025 dan ia boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara. "Kategori bujang akan menerima STR bernilai RM600. Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700," katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Selain itu, Anwar berkata, penambahan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion, manakala kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan. Katanya, kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan, dan Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun ke bawah. "Kenaikan daripada RM150 kepada RM200 seorang pula bagi anak lingkungan usia tujuh hingga 18 tahun. Ia tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga," katanya. Anwar berkata, bagi Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. Beliau turut menyeru semua kerajaan negeri turut menambahbaik kadar Bantuan Am Negeri. Jelasnya, berdasarkan hitungan keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM, isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun, peningkatan amat ketara berbanding RM11,000 ketika ini. Bagi warga emas miskin pula layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000. "Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1,100 sebulan dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat dan Yayasan. Maka, tanggungjawab kita adalah untuk pastikan tiada keciciran," katanya.
Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi RON95 dicadang pertengahan 2025
1,729,241,097
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145759/belanjawan-2025-penyasaran-subsidi-ron95-dicadang-pertengahan-2025
Raja Noraina Raja Rahim
249
2024-10-18 08:44:57
2024-10-18T16:44:57
Kuala Lumpur: Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat seperti dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan. "Bagi mengelak kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk rakyat terbabit."Maknanya kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion bagi keperluan 85 peratus rakyat," katanya ketika pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2025 di Parlimen di sini, hari ini.Untuk rekod, harga RON95 ketika ini adalah RM2.05 berbanding Thailand (RM5.85), Indonesia (3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66). Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun lalu mencecah RM20 bilion.Mengulas lanjut, beliau berkata, subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan yang membawa penjimatan RM4 bilion memberi manfaat kepada rakyat menerusi bantuan tunai Budi Madani berjumlah RM200 sebulan selain sektor logistik terpilih, nelayan dan pengangkutan awal kekal menikmati diesel bersubsidi."Penyasaran subsidi diesel terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan tidak layak. "Sejak dilaksanakan, jualan diesel bersubsidi menurun 30 peratus dengan penjimatan lebih RM600 juta sebulan meskipun subsidi masih disediakan untuk pengangkutan awam, nelayan dan sektor logistik," katanya.Justeru, katanya, rakyat tidak harus musykil dengan pendekatan kerajaan yang akan mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.Tambahnya, setiap penyasaran subsidi adalah untuk membetulkan ketempangan amalan subsidi pukal yang memberi manfaat kepada kelompok elit dan warga asing.Terkini: Belanjawan 2025
Dalila pencetus bermulanya Op Global
1,729,239,552
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145743/dalila-pencetus-bermulanya-op-global
Skuad Khas Harian Metro
279
2024-10-18 08:19:12
2024-10-18T16:19:12
Kuala Lumpur: Niat asal wanita ini mahu mendapatkan hak dan pembelaan untuk dua adiknya yang menjadi mangsa penderaan dan seksual ketika ditempatkan di sebuah rumah amal di bawah GISBH Holdings (GISBH).Namun, tindakan wanita itu yang mahu dikenali sebagai Dalila berjaya membongkar tembelang GISBH yang berselindung di sebalik perniagaan Islam.Menurut Dalila, 30-an, dia antara individu pertama membuat empat laporan polis sehingga Op Global dilancarkan, September lalu."Pada mulanya, saya hanya buat laporan untuk kes dua adik saya yang menjadi mangsa amang seksual dan liwat serta seorang yang berumur enam tahun ditekap dengan sudu panas pada 2021 hanya kerana mereka makan jajan pada waktu malam."Tidak sangka selepas empat laporan itu, ramai mangsa diselamatkan selepas Ketua Polis Negara bertindak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Katanya, sebelum tindakan itu dibuat, dia sudah berhubung dan berbincang dengan pihak atasan GISBH, namun tiada kata putus malah diugut dan difitnah."Saya diugut, malah keluarga diekori geng Remaja Pemuda Ummah (RPU)."Seorang ustazah buat laporan polis dakwa saya melacurkan adik perempuan saya.Bercerita lanjut, Dalila berkata, dia juga pernah menjadi mangsa eksploitasi kanak-kanak apabila dipaksa membawa tabung untuk mengutip sumbangan semasa menetap di pusat kebajikan di bawah GISBH."Masa itu saya fikir tempat itu asrama tetapi sebenarnya itu rumah pusat amal kebajikan."Saya dibawa pengurus di Sepang untuk mengutip derma dengan membawa tabung dengan sejumlah sasaran ditetapkan."Hanya dengan cara begitu saya dapat melihat dunia luar dan ragam masyarakat sedangkan kami tidak dibenarkan menggunakan telefon mahupun tengok televisyen untuk mengetahui dunia sebenar," katanya.Katanya, bukan dia saja, malah ramai lagi mangsa mengalami penderaan mental di GISBH."Mereka hanya DM (mesej langsung) saya saja kerana mereka tidak berani tampil," katanya.
Terkini: Belanjawan 2025
1,729,237,916
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145726/terkini-belanjawan-2025
Wartawan HM
6,468
2024-10-18 07:51:56
2024-10-18T15:51:56
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', di Parlimen hari ini.Ia belanjawan ketiga oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan. Inti pati Belanjawan 2025Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awamSemua golongan dapat manfaaatSubsidi, bantuan sosialBelanjawan 2025 dijangka bernilai RM421 bilionReformasi sistem pencen penjawat awamIkuti sorotan langsung Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar seperti berikut: PENJAWAT AWAMLebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awampelarasan pencen dilaksanakan secara berfasa termasuklah pesara Angkatan Tentera MalaysiaBantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah Menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gajiPM sendiri tidak terima gaji• Sementara itu, menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji.• Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan diberi Februari 2025 • Selaras dengan SSPA, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)• Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada 500 ringgit sebulan ketimbang 300 ringgit pada masa ini• Lebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera. KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PERTAHANAN/URUSAN SEMPADAN NEGARALebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilion ringgitSejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negaraSebanyak 63 negara menggunakan sistem pagar automatik di KLIA• Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar. Bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara 55 ringgit hingga 65 ringgit kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan tertentu.• Sejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negara.• Kerajaan akan terus memastikan kesiagaan penuh Angkatan Tentera Malaysia dengan 5.8 bilion dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.• Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilion ringgit, bertambah 1.4 bilion ringgit.• Lebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN bagi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membendung peningkatan kes jenayah selain mengekang anasir permusuhan yang memecahbelahkan rakyat.• Kementerian Dalam Negeri menerima peruntukan 19.5 bilion ringgit, menokok sebanyak 500 juta ringgit. • Hampir 40 juta ringgit turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia.• Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada 65 juta ringgit bagi mempromosi karya-karya terutamanya yang berteraskan semangat kenegaraan.• Terkait hal yang sama, 50 juta ringgit dana bantuan turut disediakan bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di seluruh negara. • Baru-baru ini juga, Selangor Red Giants telah bergelar juara dunia bagi e-Sports World Cup. Kerajaan bersetuju menyediakan 20 juta ringgit untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan.• Berikutan sambutan hangat saat berkunjung ke India, Pakistan dan Bangladesh baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut mengumumkan peruntukan 1 juta ringgit kepada pembangunan sukan kriket.• Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, 15 juta ringgit disediakan kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain. ORANG ASLI/PELUANG KEDUA/SYIAR ISLAMMasyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgitDasar Peluang Kedua beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat yang diisytihar bankrapperuntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgitLebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbutterima sumbangan khas 500 ringgit• Menghargai sumbangan besar lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit dengan peruntukan 35 juta ringgit.• Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah 2 bilion ringgit.• Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir 380 juta ringgit ketimbang 330 juta ringgit. Ini termasuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli melalui projek pembangunan semula ladang Orang Asli seluruh negara. KANAK-KANAK/WARGA EMAS/: ORANG KURANG UPAYA11 Pusat PERMATA baharu dibina bagi pusat didikan anak autistikPeruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan cecah 1 bilion ringgitPeruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgitKerajaan akan meringankan tanggungan pembayar cukai OKU• Syarat kelayakan gaji bagi menerima Bantuan Elaun Pekerja OKU akan ditingkatkan kepada 1,700 ringgit ketimbang 1,500 ringgit.• Peruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgit ketimbang 1.2 bilion.• Peruntukan kebajikan warga emas akan ditingkatkan mencecah 1 bilion ringgit. Ini bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.• Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada 6,000 ringgit ketimbang 4,000 ringgit.• Sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaat komuniti autisme dengan peruntukan 5 juta ringgit.• Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak – ini bakal memanfaat 30 ribu anak autisme dengan dana 15 juta ringgit.• Elaun Murid Berkeperluan Khas 150 ringgit sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110 ribu murid OKU termasuk murid autisme melibatkan peruntukan 200 juta ringgit.• 11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik. Ini termasuklah di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. PENGANGKUTAN AWAM/GOLONGAN WANITA/ANAK MUDAPrasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak ke sekolah daripada stesen tren terpilihTambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasiCadang potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerjaProgram Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgitProgram Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit• Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit untuk terus menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.• Program Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgit untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.• Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan 50 juta ringgit kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah. PDRM dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.• Sejumlah 470 juta ringgit dana pembiayaan disediakan oleh SME Bank, BSN, Bank Rakyat dan MARA dalam menyokong PMKS wanita mendapatkan modal kerja, membeli aset dan seterusnya meningkatkan kapasiti perniagaan ke tahap lebih tinggi.• Kerajaan bercadang memberikan potongan cukai tambahan sebanyak 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan, kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.• Kerajaan juga bersetuju memberikan tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY.• Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala. Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di LRT Sri Rampai dan LRT Melati.• Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jugadengan dana 120 juta ringgit bersetuju untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi MARA.• Digital Nasional Berhad (DNB) telah diambil alih oleh entiti swasta susulan liputan 5G yang melepasi 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. RUMAH KEDIAMAN RAKYATHampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat dan 14 projek Rumah Mesra RakyatRumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggaraKampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan• Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir 2.9 bilion ringgit.• Bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga 7,000 ringgit ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan seperti berikut: Pelepasan cukai sehingga 7,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga 500 ribu ringgit; Pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi 500 ribu hingga 750 ribu ringgit.• 180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan bagi meningkatkan tahap keselamatan• Usaha menangani isu malpemakanan dalam kalangan anak-anak di PPR Lembah Klang diperhebat melalui projek rintis yang turut dibiayai bersama Pertubuhan Kanak-kanak Sedunia dengan peruntukan 5 juta ringgit. Program Anak Kita terus diperkasa dengan peruntukan 30 juta ringgit sebagai ikhtiar bersepadu menangani isu keciciran 80 ribu anak-anak. Yayasan Hasanah juga menelusuri isu keciciran termasuk menarik minat anak-anak menceburi bidang TVET.• Kampung Baru Cina diperuntukkan 84 juta ringgit antaranya untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti. KPKT juga diberi tanggungjawab untuk menyelaras keperluan di perkampungan kaum India.• 48 buah Taman Awam MADANI dinaik taraf meliputi kawasan rekreasi serta landskap serba indah di bandar dan pekan kecil dengan peruntukan hampir 100 juta ringgit. • Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.• Kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina, kepada maksimum 90 ribu ringgit. Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum 20 ribu ringgit.• SJKP telah luluskan 12.8 bilion ringgit Jaminan Kerajaan kepada lebih 57 ribu pembeli rumah pertama.• Hampir 900 juta ringgit bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah. 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memanfaat hampir 17,500 penghuni baharu.• Kerajaan MADANI meletakkan keutamaan memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat. PENJAGAAN KESIHATAN1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatanKerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergulaPeruntukan kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit• Kerajaan telah menubuhkan sebuah Tabung Penyakit Jarang Jumpa. Tahun hadapan: Peruntukan bagi menampung kos perubatan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada 25 juta ringgit; Skim Mysalam juga diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis; Sumbangan ke dalam Tabung Penyakit Jarang Jumpa juga layak mendapat potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar• Sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, 27 juta ringgit disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.• Bagi menyokong gerakan War on Sugar, Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.• Kerajaan juga terus menaik taraf klinik-klinik daif seluruh negara. Di bawah MADANI, peruntukan bagi maksud ini ditingkatkan setiap tahun iaitu 100 juta ringgit (2023), 150 juta ringgit (2024) dan 300 juta ringgit untuk tahun hadapan.• Keutamaan Kerajaan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti, selesa dan mesra rakyat. Sejumlah 1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang. PEMERKASAAN TVETgeran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA"PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatihHRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihanKhazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth)GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig• GiatMARA dan kolej komuniti disediakan 55 juta ringgit bagi 5 tahun untuk mengupaya 10 ribu anak-anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran.• Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan 11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti semikonduktor• HRDCorp akan memanfaat dana 3 bilion ringgit untuk menawarkan 3 juta peluang latihan. • PTPK menyediakan pembiayaan sehingga 500 juta ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu pelatih termasuk 100 juta ringgit khusus untuk bidang keutamaan NIMP seperti MRO, EV, aeroangkasa, AI.• Geran padanan 50 juta ringgit disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program "Anak Angkat ILKA".• Kerajaan mengalu-alukan kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, bantuan tenaga pengajar serta keperluan latihan.• Selaras dengan Dasar TVET Negara, Kerajaan meningkatkan peruntukan TVET kepada 7.5 bilion ringgit ketimbang 6.8 bilion ringgit.• UiTM disediakan peruntukan tambahan 20 juta ringgit bagi melahirkan lebih ramai jurutera E&E mengambil kira pentingnya memastikan penyertaan Bumiputera dalam bidang semikonduktor sebagai sektor berpertumbuhan tinggi negara• Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi PENDIDIKAN ARUS PERDANA/PENDIDIKAN TINGGIKementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negaraPeruntukan 870 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT)Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakanKementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit• Ke arah melahirkan graduan dengan kebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri, PTPTN menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah 500 juta ringgit khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM di IPTA.• Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit ketimbang 16.3 bilion tahun ini.• Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada 180 juta ringgit ketimbang 150 juta ringgit tahun ini.• Hampir 800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.• Rancangan Makanan Tambahan (RMT): 870 juta ringgit meningkat ketimbang 784 juta ringgit. RMT bakal memanfaat lebih 860 ribu murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.• Hanya ketinggian ilmu yang dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kedaifan hidup melarat. Tahun hadapan, 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan 5.3 bilion ringgit.• Sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan antaranya SK Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor; SMK Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor; SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah; SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah; dan SK Dudong, Sibu, Sarawak.• 2 bilion ringgit disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara; ia membabitkan 1 bilion ringgit khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur: Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU; dan 1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.• Kementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit, ketimbang 58.7 bilion ringgit tahun ini– peruntukan tertinggi dalamsejarah. PENDAPATAN RAKYAT/PERLINDUNGAN SOSIALKadar gaji minimum dinaikkan daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025250 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPRProgram i-Suri diteruskan secara insentif padananSkim Perlindungan Tenangditeruskan dengan kerjasama Bank Negara• Kerajaan komited memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa. Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP. Cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa. • Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030.• Ke arah negara menua, KWSP sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat. • Program insurans sosial iaitu Skim Perlindungan Tenang diteruskan dengan kerjasama Bank Negara, industri insurans dan takaful untuk manfaat sehingga 2 juta penerima STR. Mereka layak menuntut baucar 30 ringgit untuk membiayai sebahagian daripada kos membeli produk Perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am seperti kebakaran dan banjir.• Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan 100 juta ringgit. Ini sebagai persediaan ke arah penetapan caruman wajib sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional bagi individu bekerja sendiri tahun hadapan. Syarikat pengendali juga diseru untuk menanggung baki caruman sebagai iltizam membela kebajikan pekerja.• Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan melalui caruman Kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum.• Bagi menggalak lebih ramai pekerja tidak formal dan mereka yang tidak punyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan, insentif padanan i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 20 peratus ketimbang 15 peratus, tertakluk kepada had maksimum insentif padanan tahunan 500 ringgit atau 5,000 seumur hidup. • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat. • Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja. Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan 200 juta ringgit dan akan memanfaatkan 50 ribu pekerja• Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (2,290 ringgit), Jurutera Mekanikal (3,380 ringgit) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (2,985 ringgit).• Untuk itu, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. • Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum 1,700 ringgit membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.• Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada 4,000 ringgit.• Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia, yang pada masa ini diberikan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036. • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga 10 ribu ringgit adalah juga meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama. KOS SARA HIDUP RAKYAT4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulanKategori bujang akan menerima STR 600 ringgitKadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgitKadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkanKadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit• 700 juta ringgit dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang, termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.• Ini meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada 300 juta ringgit, ketimbang 200 juta ringgit. Jualan Rahmah akan diperhebat bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap bulan. • Sejumlah 1 bilion ringgit disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.• Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang 1,100 sebulan. Dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat dan Yayasan.• Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit ketimbang 100 ringgit dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak 500 ringgit sebulan. Saya menyeru semua Kerajaan Negeri untuk turut menambahbaik Kadar Bantuan Am Negeri. • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu: daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah; serta daripada 150 ringgit kepada 200 ringgit seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun; tertakluk kepada kadar maksimum 1,000 ringgit sekeluarga. • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgit sebulan ketimbang 500 ringgit sebulan.• Penambahan peruntukan 3 bilion ringgit membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada 4,600 ringgit, ketimbang 3,700 ringgit.• Kategori bujang akan menerima STR 600 ringgit.• Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.• Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan, ketimbang 700 ribu penerima tahun ini.• Maka, untuk tahun 2025 kita akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada 13 bilion ringgit ketimbang 10 bilion ringgit. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.• Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan MADANI telah bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Ini hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan turut tidak mengabaikan keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar. BANTUAN DAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN/TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA40 bilion ringgit disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARAdan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera200 juta ringgit disediakan untuk Skim CAKNA 2• Kerajaan bersetuju memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.• Tahun hadapan, 800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan• Kerajaan mencadangkan had amaun pinjaman atau pembiayaan Skim Pembiayaan Mikro bagi tujuan pengecualian duti setem dinaikkan daripada 50 ribu ringgit kepada 100 ribu ringgit mulai 1 Januari 2025.• Dana pinjaman PKS 3.8 bilion ringgit disediakan oleh BNM antaranya bagi menyokong usahawan untuk beralih ke arah digital dan automasi selain terus membantu sektor agromakanan dan amalan lestari• Kerajaan melalui SJPP akan terus menjamin pembiayaan PKS sehingga 20 bilion ringgit termasuk jaminan 5 bilion ringgit khas untuk PKS Bumiputera• Pinjaman bersaiz mikro tersedia sehingga 3.2 bilion ringgit, antaranya oleh TEKUN dan BSN bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, masyarakat Cina serta Bumiputera. DAYA CIPTA KEWANGAN ISLAM/PEMBANGUNAN INDUSTRI HALALSejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharuSJPP sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal sehingga 1 bilion ringgit• Tahun hadapan, Wakaf MADANI terus diperkasa dengan penglibatan meluas agensi-agensi Kerajaan• Ke arah mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, juruaudit halal JAKIM akan ditambah sebanyak 100 orang lagi. Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi Kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.• Program i-TEKAD yang ditawarkan 13 bank dan 70 rakan pelaksana telah membantu lebih 8,000 usahawan mikro berpendapatan rendah. • Sektor kewangan Islam perlu dipacu supaya lebih berdaya cipta. Sejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip 74 konvensional. • Program Galakan Pengeluaran Lateks Pekebun Kecil di bawah RISDA akan dilaksanakan secara geran padanan 60 juta ringgit. Ini sebagai galakan pekebun kecil getah menghasil getah lateksbagi memenuhi keperluan industri. • Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan FELDA, FELCRA dan RISDA kepada 2.6 bilion ringgit ketimbang 2.4 bilion ringgit. • Sejumlah 2.78 bilion ringgit disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat ketimbang 2.6 bilion ringgit. PERALIHAN TENAGA/PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAMe-Rebat sehingga 70 juta ringgit galakkan beli kelengkapan elektrik cekap tenagaSyarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgitGalakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskanKerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit• Projek Penanaman Padi 5 Musim 2 Tahun di kawasan MADA Fasa 1 dimulakan melibatkan hampir 1 bilion ringgit dengan keluasan hampir 11 ribu hektar. Ini mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus selain melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43 peratus.• Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok.• 300 juta ringgit disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok ketimbang 150 juta tahun ini. Ini antaranya untuk menyokong pengeluaran bawang di Perak, ternakan talapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan.• Peranan orang asli dan veteran beruniform dalam membenteng kawasan hutan simpan kekal amat dihargai. Kerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang ketimbang 2,000 orang dengan peruntukan 80 juta ringgit. • Kerajaan akan memperkenalkan Cukai Karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga di Malaysia menjelang tahun 2026. Cukai ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon. Hasil daripada cukai ini akan dimanfaat untuk membiayai program penyelidikan dan teknologi hijau.• Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga 2,400 ringgit akan diteruskan dengan peruntukan 10 juta ringgit. • Kerangka insentif cukai EV sedia ada telah distruktur supaya selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan CKD. Pada masa ini, syarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah 100 ribu ringgit bagi memenuhi permintaan rakyat.• Ke arah Putrajaya bandar rendah karbon, ruang bumbung di laluan pejalan kaki sepanjang hampir 5 kilometer dan tempat parkir kereta akan dipasang solar untuk menjimatkan tenaga elektrik.• e-Rebat sehingga 70 juta ringgit disediakan bagi menggalakkan pengguna dan industri membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga• Rencana NETR adalah untuk mengalihkan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050. Tahun hadapan, lebih 300 juta ringgit disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara, ketimbang 100 juta tahun ini. TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelanconganSejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO• Bagi menyokong penggiat kraf tangan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, Kerajaan menetapkan semua Kementerian dan Jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat dan aktiviti, hendaklah memperoleh kraf tangan daripada pengusaha tempatan yang boleh mengetengahkan kehalusan, keunikan dan keaslian hasil tangan anak tempatan untuk dikongsikan kepada semua. Sebagai contoh, beg dokumen yang saya gunakan hari ini ialah kerja seni tenunan songket hasil pereka tempatan, Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan.• Bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif, Khazanah menyediakan 600 juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara. Ini termasuk membina jambatan bertingkat yang menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara.• Sejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO • Persiapan rapi dilakukan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan• Pemberdayaan PMKS akan terus diperhebat bagi menyokong usahawan tempatan menembusi pasaran eksport.• Jumlah perdagangan bagi tempoh Januari-Ogos 2024 melonjak 10.2 peratus kepada 2.14 trilion ringgit. Kita meraih lebihan dagangan bagi 53 bulan berturut-turut sejak Mei 2020. • Memorandum Persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) telah dimeterai pada Januari 2024 menandakan pencapaian besar kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.• Bagi meningkatkan kapasiti perniagaan PMKS dengan beralih ke arah pendigitalan: 50 juta ringgit disediakan sebagai Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja di bawah BSN untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran; 100 juta ringgit juga disediakan oleh SKMM untuk tempoh 5 tahun bagi memperkasa fungsi Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.• Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) disediakan 10 juta ringgit bagi mengadun usaha meningkatkan penggunaan AI melalui kerjasama dengan akademia dan industri. SYARIKAT MULA NIAGANational Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgitKWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatanCradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global• Kerangka Dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan masuk. Malaysia berjaya meraih pelaburan berjumlah 16.9 bilion dolar Amerika untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia AWS, Microsoft, Google dan Oracle. Ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi prasarana awan serantau. • Cradle Fund diperuntukkan 65 juta ringgit bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global. Ini juga termasuk 15 juta ringgit geran padanan sebagai galakan untuk GLC bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat• KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan 1 bilion ringgit untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan 200 juta khusus untuk 2025.• National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan hadapan dengan dana 1 bilion ringgit. NFOF akan menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga dengan 300 juta ringgit disediakan untuk 2025.• Kerajaan juga telah menyatakan kesediaan melaksanakan cukai minimum global (GMT) ke atas syarikat multinasional. Kendatipun GMT memberi hasil tambahan, masih terdapat risiko negatif terhadap iklim pelaburan. Dalam mengurangkan kesan GMT, Kerajaan komited untuk memperkemas insentif sedia ada, mewujudkan insentif bukan cukai baharu serta mengkaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik.• Bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi. KESELAMATAN SIBER/MUSIBAH DAN BENCANAPeranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan 20 juta ringgitRang Undangundang Keselamatan Dalam Talian akan digubalPeruntukan hampir 600 juta ringgit disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)Kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit• Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 540 juta ringgit. Seterusnya, 12 projek RTB dengan kos 3 bilion ringgit telah dikeluarkan SST dan berjalan mengikut jadual antaranya melibatkan: RTB Sungai Damansara, Selangor; RTB Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah; RTB Sungai Triang, Bera, Pahang; RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus, Terengganu; dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2, Kota Bharu.• Kita menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain. Sebagai langkah segera, saya telah arahkan untuk penyaluran segera 150 juta ringgit kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kota-kota yang terkesan.• Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak• Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak.• Transaksi mencurigakan lebih 380 juta ringgit berjaya disekat dalam membendung kes scam di Malaysia. Kendatipun demikian, isu scam masih dilihat parah dengan kes yang kian meningkat.• Dalam transformasi digital, paksinya ialah MyDigital ID. Sepertimana kad pengenalan diri, MyDigital ID ialah Aplikasi Tunggal Kerajaan yang memusatkan semua agensi meliputi antaranya PADU, JPJ dan LHDN. Kerajaan terus berusaha meningkatkan kefungsian dan pengalaman pengguna MyDigital ID. SEJATI MADANIPeruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli;200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara • Tahun hadapan, ikhtiar Sejati MADANI bakal diperhebat dengan jalinan kerjasama yang lebih meluas. Lebih banyak pengurusan tertinggi jabatan akan dilibatkan untuk mengetuai ikhtiar Kampung Angkat MADANI. Universiti dan institusi TVET juga dilibatkan bagi memberi khidmat di peringkat komuniti. Syarikat-syarikat mega diseru untuk terlibat sama dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan. Peruntukan keseluruhan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI meliputi: Pertama: 600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli; manakala jawatankuasa kampung yang akan memutuskan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada komuniti masing-masing. Kedua: 200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara yang diterajui pengurusan kementerian dan jabatan. Ketiga: 100 juta untuk universiti awam turut melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET memberi khidmat TVET seperti baik pulih rumah dan pendawaian elektrik kepada komuniti. Keempat: 100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara melalui pelbagai program sosioekonomi. Kelima: Saya amat menerima baik tawaran syarikat sawit utama seperti KLK, IOI, SD Guthrie, TH Plantations dan United Plantations yang sudi untuk mengambil pekebun kecil sawit angkat yang berjiran dengan ladang mereka. Syarikat ini sedia menyediakan bantuan meliputi bekalan benih terkini dan baja terbaik serta pematuhan piawaian mampan.• Sejati MADANI sepertimana diumumkan bahawa setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara 50 ribu hingga 100 ribu ringgit. Pendekatan ini merupakan suatu anjakan bagi memperkasa rakyat akar umbi untuk memutuskan sendiri aktiviti ekonomi pilihan mereka. Kerajaan hanya bertindak memantau dan memberi galakan, seraya kekuatan adalah daripada akar umbi. • Perkhidmatan Bergerak terus diperbanyak dengan peruntukan 100 juta ringgit. Ini bagi memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman yang terpaksa menempuh perjalanan panjang untuk keluar. PERANGI RASUAHBagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgitSejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit• Perkhidmatan kaunter-kaunter Kerajaan terus ditambah baik: Jabatan Pengangkutan Jalan telah mula menambah 1 jam waktu operasi di kaunter; Sebuah UTC akan dibangunkan di Seberang Perai, Pulau Pinang; Semua UTC juga akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian sebelum berurusan; Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI akan dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kiosk perkhidmatan Kerajaan di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah supaya rakyat bolehberurusan dengan Kerajaan di luar waktu pejabat.• Tahun hadapan, 25 juta ringgit disediakan kepada STAR antaranya untuk bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi memperluas Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi di semua agensi 36 Kerajaan. Ini termasuk mengkaji peraturan yang boleh memendekkan proses kelulusan untuk kemudahan rakyat, peniaga dan pelabur.• "Follow The Public Money Audit". Akta Audit telah dipinda untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa menyemak dan mengaudit pengurusan dana awam termasuk syarikat yang menerima jaminan Kerajaan. Sejumlah 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit. Ini sesuai dengan peranan lebih besar bagi memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan.• Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman.• Bagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgit ANGGARAN PERBELANJAAN 2025Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu 421 bilion ringgit Bukan masanya melaksanakan projek megaMenunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963• Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit. Saya memuji kesediaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan bagi pembinaan projek. • Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos 253 juta ringgit. • Kerajaan telah memuktamad empat pakej kerja Sabah Sarawak Link-Road (SSLR) Fasa 2 bernilai 7.4 bilion ringgit. Dua pakej sudah dianugerahkan, manakala baki pakej sebelum hujung tahun.• Sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak 9.7 bilion ringgit. Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau. Sementara, Pan Borneo Sarawak dijangka siap November 2024. Secara keseluruhan, Projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah menelan belanja sebanyak 25.1 bilion ringgit.• Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada 300 juta ringgit ketimbang 16 juta (Sarawak) dan 125.6 juta (Sabah). Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada 600 juta ringgit.• Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing 6.7 bilion ringgit dan 5.9 bilion ringgit.• Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963. Maka tidak harus dipertikai sebab Sabah Sarawak diberi perhatian khusus. Jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih• Sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega. Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri PENYASARAN SUBSIDIKerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025Penyasaran Subsidi Pendidikan dan KesihatanKPDN dan JKDM disediakan 60 juta ringgit untuk terus membanteras ketirisan wang rakyat• Penyasaran subsidi seumpama ini akan turut melibatkan kesihatan awam. Golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital Kerajaan. Penjimatan diraih dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam.• Seandainya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar.• Begitu juga di peringkat pendidikan tinggi, umpamanya purata yuranpengajian setahun yang dibayar oleh penuntut sarjana muda farmasi ialah 3,000 ringgit ketimbang kos keseluruhan pengajian berjumlah 30 ribu ringgit. Subsidi ini diberikan tanpa mengambil kira pendapatan keluarga.• Matlamat asal penubuhan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah untuk membantu murid cemerlang dan dari keluarga susah serta pedalaman mendapatkan pendidikan terbaik. Subsidi bagi seorang murid SBP mencecah 15 ribu ringgit setahun. Namun, berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid dari keluarga berpendapatan tinggi.• Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.• Namun, Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. Maknanya, Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85 peratus rakyat.• Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah 2 ringgit 5 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (5 ringgit 85 sen), Indonesia (3 ringgit 38 sen), Singapura (9 ringgit 2 sen) dan Arab Saudi (2 ringgit 66 sen). Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah 20 bilion ringgit.• Kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah bahawasanya, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai 8 bilion ringgit. Seyogia diperingatkan bahawa dana 8 bilion ringgit ini lebih baik dimanfaatkan • Subsidi dari segi prinsip sepertimana juga sedekah tidak sewajarnya diambil manfaat oleh golongan maha kaya. Selama ini, kita membelanjakan subsidi secara pukal untuk bahan api, elektrik, air, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan hatta barangan asas seperti ayam. Pastinya pendekatan sedemikian tidak munasabah tatkala negara terhimpit dengan bebanan hutang dan asas hasil yang rendah. KUTIPAN HASILPada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilionKerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada 340 bilion ringgit• Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan Kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara.• Kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi 100 ribu ringgit yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya 19 bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit. TANGGUNGJAWAB FISKAL DAN PENGURUSAN HUTANG Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisitlangkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil olehKerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten• Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan. Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.• Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.• Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado. • Bagi maksud menambah hasil dan meluaskan asas percukaian, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam.• Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Maka, langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu: daripada 5.5 peratus (2022); kepada 5 peratus (2023); seterusnya anggaran 4.3 peratus (2024); dan unjuran 3.8 peratus (2025).• Kerajaan MADANI mewarisi bebanan hutang yang menggunung. Paras hutang tahun lalu adalah pada 1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK. Jika termasuk liabiliti, paras hutang telah mencecah 1.5 trilion ringgit atau 80 peratus KDNK. Bagi setiap seringgit pungutan cukai, 16 sen perlu dibelanja hanya untuk membayar faedah hutang; dan ini tidak termasuk hutang pokok. • Justeru, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) telah menetapkan penanda aras yang jelas terkait pengurusan hutang dan defisit fiskal. PENCAPAIAN DAN TANTANGAN EKONOMI• Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertamaPengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar ini terendah sejak Januari 2020Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus• Kerajaan mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkanRinggit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia• Tahun hadapan, kita yakin ekonomi negara berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus, didukung langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025• Prestasi ekonomi mengatasi jangkaan, sama ada dari segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai ringgit; menggambarkan keyakinan pelabur dan kejayaan awal daripada langkah pembaharuan Ekonomi MADANI. Dengan itu, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 hingga 5.3 peratus; ketimbang antara 4 ke 5 peratus sebelumnya. Malah, Bank Dunia juga menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.9 peratus, ketimbang 4.3 peratus April lalu.• Sejarah tercipta tahun ini apabila nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi melepasi 2 trilion ringgit selain Indeks Bursa FBM KLCI kembali melepasi 1,600 mata.• Ringgit diiktiraf salah satu mata wang dengan prestasi terbaik di dunia. Kesungguhan semua pihak berjaya mengukuhkan ringgit 14.4 peratus ketimbang dolar Amerika dalam suku ketiga 2024; pencapaian terbaik sejak tahun 1973. • Kita mencipta sejarah tahun lalu apabila meraih pelaburan diluluskan 329.5 bilion ringgit – tertinggi pernah direkodkan. Bagi separuh pertama 2024, kita berjaya meraih pelaburan diluluskan 160 bilion ringgit, melonjak ketimbang 135.6 bilion ringgit.• Tahap inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras 2 peratus. Namun, kita tidak berganjak dalam hal meredakan kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat.• Belanjawan Madani Ketiga 2025 tercerna daripada usaha gigih perencana setelah ambil kira tantangan, ketidaktentuan global yang semakin mengganas• Belanjawan Madani Ketiga 2025 tercerna ambil kira tantangan serta ketidaktentuan global yang semakin mengganas
'Saya dikhianati adik kandung, dipaksa kahwin pemimpin GISBH' - Anak sulung Ashaari Muhammad
1,729,235,188
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145712/saya-dikhianati-adik-kandung-dipaksa-kahwin-pemimpin-gisbh-anak-sulung-ashaari
Skuad Khas Harian Metro
532
2024-10-18 07:06:28
2024-10-18T15:06:28
Kuala Lumpur: Dikhianati adik kandung dan dipaksa berkahwin dengan salah seorang pemimpin atasan GISBH Holdings (GISBH) sehingga mengalami penderaan mental dan fizikal.Itu episod hitam pernah dilalui anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah yang berusia 41 tahun.Ummu Atiyyah berkata, selepas bapanya meninggal dunia 2010, dia dipaksa berkahwin dengan individu berpengaruh dalam kumpulan itu dikenali sebagai Fadil pada 2015 bertujuan memperkukuhkan organisasi sesat itu."Kononnya saya akan dijadikan isteri keempat, tetapi saya menolak kerana Fadil bukan pilihan saya."Saya melarikan diri ke rumah kawan saya di Jordan, namun Fadil dan pengikutnya yang juga adik beradik saya sendiri datang seawal 1 pagi buat kecoh paksa saya serah diri. "Akhirnya selepas seminggu alami gangguan, kawan saya meminta saya keluar dari rumah itu selepas dia diugut Fadil dan pengikutnya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.Ummu Atiyyah yang juga ibu tunggal seorang anak berkata, dia tiada pilihan akhirnya terpaksa menurut kemahuan lelaki lebih berusia itu sebagai isteri keempat sebelum dibawa ke Turkiye."Saya dipisahkan dengan anak daripada bekas suami terdahulu selama dua tahun. Disebabkan enggan 'bersama' dengan lelaki itu, saya dicucuh dengan pemetik api dan dikurung dalam bilik serta direndam dalam kolam berulang kali."Perbuatan itu dilakukan adik saya sendiri, malah didesak membogelkan diri di depan Fadil."Akhirnya disebabkan takut mati kerana sudah sejam direndam dalam air, saya terpaksa akur dengan kemahuan lelaki itu selain turut dilibas dengan getah paip oleh adik saya," katanya.Katanya, dia turut dibawa ke Indonesia dan melalui pelbagai penderaan mental dan fizikal sebelum berjaya melarikan diri."Apa yang hendak saya sampaikan di sini, betapa sikap mereka itu bernafsu dan tidak bermaruah."Malah, mereka mempromosikan syarikat GISBH ini sebagai syarikat Islam supaya ramai orang percaya dan meraih pelanggan semata-mata," katanya.Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohamad Adam, 33, berkata, dia, isteri dan anak tidak dapat menjalani hidup normal seperti keluarga lain, malah dipaksa bekerja tanpa menerima bayaran sepanjang 10 tahun.Katanya, dia dan isteri masing-masing dipisahkan di asrama berlainan jantina manakala anak mereka diletakkan di rumah amal GISBH."Saya dikahwinkan dengan sesama ahli GISBH, namun kami tidak dapat tinggal bersama sehingga perlu mendapatkan kebenaran daripada pemimpin atasan untuk berjumpa isteri dan anak hanya kerana saya tidak mampu menyewa rumah."Selama tempoh 10 tahun, saya bekerja untuk GISBH tidak dibayar gaji dan tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)."Hanya diberi makan, minum dan tempat tinggal," katanya.Katanya, anaknya yang berusia empat tahun dikurung dalam sangkar anjing sehingga trauma hanya disebabkan terkencing dalam seluar."Saya masih terasa sampai sekarang kerana anak itu masih umur empat tahun. Saya tidak dibenarkan buat laporan kepada pihak berwajib ketika anak saya terpaksa menerima jahitan (akibat cedera). Malah saya terkejut melihat satu video tular anak saya dirotan," katanya.Mohamad Adam berkata, dia berjaya melarikan diri pada Oktober 2021, namun dipisahkan dengan anak dan tidak dapat bertemu dengan isteri sehingga sekarang. "Saya hanya dapat bertemu anak selepas dia diselamatkan dalam Ops Global baru-baru ini."Isteri dipaksa menuntut fasakh dengan alasan saya culas bayar nafkah yang sememangnya alasan biasa digunakan GISBH untuk mereka yang keluar GISBH."Saya masih sayang isteri dan mahukan kami dapat hidup normal seperti keluarga lain."Saya harap isteri kembali ke pangkuan saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Indahnya pemergian Eng Kook Kit
1,729,233,886
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145702/indahnya-pemergian-eng-kook-kit
Noor Hidayah Tanzizi
481
2024-10-18 06:44:46
2024-10-18T14:44:46
Shah Alam: "Alhamdulillah, arwah papa melafazkan kalimah syahadah dengan kerelaan dirinya bulan lalu dan setiap kali saya baca al-Quran serta Yasin, papa akan menunjukkan reaksi mahu mendengar," kata Nur Jannah Eng Abdullah. Nur Jannah Eng adalah kakitangan anak syarikat Media Prima Berhad (MPB), WowShop, yang kehilangan bapa tersayang, Eng Kook Kit@Sin Kook Chia, 85, kelmarin kerana masalah paru-paru dan pendarahan pada otak. Warga emas itu memeluk Islam secara rasmi pada 18 September lalu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras dengan kerelaan dirinya. Berkongsi mengenai bapanya, Nur Jannah Eng berkata, bapanya terjatuh di rumah pada awal September lalu dan pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan di otaknya selain paru-paru lelaki itu juga mempunyai masalah. Menurutnya, disebabkan faktor usia pembedahan otak tidak dapat dilakukan dan keadaan itu juga menyebabkan bapanya terlantar serta bergantung dengan susu sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir. "Beberapa hari ketika baru dimasukkan ke hospital arwah papa masih boleh bercakap dan tidak menggunakan bantuan pernafasan. Sebelum melafazkan kalimah syahadah, berulang kali suami (Syed Amali Zawawi Syed Abdul Zahid) tanya papa dan dengan jelas papa cakap dia mahu (memeluk Islam). "Suami ajar papa lafaz syahadah dan dengan jelas arwah memahami Allah SWT itu satu dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah pada 10 September. Papa memeluk Islam secara rasmi selepas ustaz dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) datang ke hospital pada 18 September lalu. "Perkataan pertama papa selepas selesai mengucapkan kalimah syahadah adalah 'Alhamdulillah'. Arwah menyebut Alhamdulillah dan Allah dengan sangat jelas dan lancar," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini. Katanya, sebelum ini bapa seorang free thinker (pemikir bebas) namun apabila lelaki itu berbual dengan suami, perbualan itu akan diselitkan mengenai Islam dan mengakui ibu serta abangnya juga menerima keputusan Eng untuk memeluk Islam. "Selepas dibenarkan pulang, kami sepakat hantar papa ke pusat penjagaan kerana papa perlukan perhatian perubatan sepenuh masa tetapi setiap hari saya dan suami datang ke sana untuk berjumpa papa. "Saya akan beritahu papa yang saya mahu bacakan Yasin dan al-Quran, papa akan menganggukkan kepalanya serta dia juga menunjukkan reaksi mahu mendengar bacaan itu. "Kemudian saya akan terjemahkan dalam bahasa Inggeris dan Cina. Saya cakap dengan papa, nama saya Jannah iaitu syurga dan kita beriman dengan Allah kita selamat dan papa cakap bukan dia saja tetapi semua akan selamat," katanya yang memeluk Islam sejak 12 tahun lalu. Dia yang menetap di Desa Subang Permai, di sini, berkata, walaupun bapa tiada peluang untuk belajar agama dengan keadaannya namun lelaki itu sentiasa menyebut Allah dan Alhamdulillah dengan jelas biarpun dirinya semakin lemah. "Memang sedih dengan pemergian papa tetapi saya bersyukur papa sempat mengucapkan kalimah syahadah dalam keadaan sedar dan atas kemahuan dirinya sendiri. Alhamdulillah keluarga juga menerima perkara itu. "Keluarga arwah papa dan mama juga ada datang menziarahi jenazah papa. Mama dan abang juga datang ziarah papa," katanya memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.
Dicerai suami kerana kanser
1,729,206,919
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145546/dicerai-suami-kerana-kanser
null
1,181
2024-10-17 23:15:19
2024-10-18T07:15:19
Kuala Lumpur: Berkali-kali pesakit kanser payudara berusia 47 tahun membaca surat yang ada di tangannya, raut wajahnya memancarkan pelbagai emosi, antara sedih, kecewa, marah mungkin juga rasa bingung.Namun apabila wanita ini berbicara, suaranya kedengaran tegas."Rasa terkilanlah. Sebab dia sakit saya boleh jaga. Tapi bila saya sakit, dia macam nak mengelak," wanita bernama Noraniza Ismail itu memberitahu Bernama.Surat yang dibaca itu adalah dari mahkamah syariah di Bukit Mertajam. Dia yang tinggal di kawasan itu perlu hadir ke mahkamah berkenaan pada 29 Oktober 2024.Pada hari itu, suaminya yang berusia 49 tahun akan melafazkan cerai terhadapnya di mahkamah. Alasan yang diberikan? Penyakit kanser payudara yang dihidapinya.Sejujurnya kata Noraniza, dia amat berasa marah. Dia dan suaminya sudah berkahwin selama 13 tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan, masing-masing berusia 8 tahun dan 6 tahun. Noraniza juga mempunyai seorang anak lelaki berumur 24 tahun, hasil perkahwinan pertamanya.Sewaktu suaminya menghidap komplikasi penyakit kencing manis dan terlantar di katil pada tahun 2021, dialah yang menjaga suaminya di samping bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Anak perempuannya yang berusia 8 tahun itu menghidap penyakit Sindrom Down, yang sudah tentu memerlukan perhatian yang lebih.Noraniza banyak melayan perasaan, memikirkan hakikat bukankah perkahwinan itu sepatutnya untuk setiap pasangan setia dan berkasih-kasihan, dalam apa jua keadaan, termasuklah apabila jatuh sakit.Pada Ogos 2022, dia berasa ada ketulan di payudara kanannya. Suaminya yang hilang pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, tidak banyak memberi sokongan. Noraniza terpaksa menjalani pembedahan, menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi, di samping melakukan tugasnya sebagai ibu. Syukur anak lelakinya membantu menjaga adik-adik tirinya.Rumah tangganya terus bergolak."Dulu dia OK, selepas diagnosis. Yang dia tak OK tu sebab saya bagi tau dia saya nak buat pembedahan, saya nak kena buang sebelah payudara," katanya menerusi Zoom, dan menambah yang kansernya sudah merebak ke payudara kirinya.Pada bulan Mei, suaminya beritahu Noraniza dia mahu menceraikannya. Seperti wanita-wanita lain yang senasib dengannya, Noraniza terpaksa bergelut sendirian untuk mempertahankan perkahwinannya, di samping juga bertarung dengan penyakit kanser payudara.Apa yang dilalui oleh Noraniza mungkinlah dianggap teruk, namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ketika kebanyakan suami/isteri tidak meninggalkan pasangannya apabila penyakit yang dihidapi menjadi serius, mereka yang berbuat demikian - sekitar enam peratus - adalah lelaki, demikian menurut kajian oleh Amelia Karraker dan Kenzie Latham. Hasil kajian itu diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior, edisi September 2015. Para penyelidik itu menganalisis 2,701 perkahwinan pasangan Amerika.Malaysia tidak mempunyai sebarang data mengenai jumlah perceraian dalam kalangan pesakit kanser payudara, atau penyakit-penyakit lain. Bagaimanapun, profesional perubatan dan ahli akademik memberitahu Bernama, adalah trend biasa bahawa ramai wanita tidak mahu memberitahu suami mereka atau melibatkan suami mereka dalam proses rawatan atas rasa kebimbangan mereka akan diceraikan.Untuk wanita Muslim, mereka juga bimbang si suami akan berkahwin lain.Bercerai atau tidak, beban menguruskan rumah tangga dan menjaga anak/orang tua tetap jatuh ke atas bahu kaum wanita, malah ketika mereka sedang menjalani rawatan, yang tentunya membuatkan mereka berasa begitu tertekan. Para pakar berkata, situasi itu boleh merumitkan rawatan dan pemulihan mereka, berkemungkinan menyumbang kepada kadar survival 5 tahun Malaysia yang rendah, di belakang China dan Singapura, demikian menurut laporan 2018 MYScan.Dari tahun 2017 hingga 2021, kanser payudara adalah kanser paling biasa menyerang 38.9 wanita bagi setiap 100,000 di Malaysia, demikian menurut Registri Kanser Kebangsaan Malaysia. Majoriti kes (50.5 peratus) masih dikesan pada Tahap III dan IV.Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) , Prof Dr Nirmala Bhoo-Pathy memberitahu Bernama, pengurusan kanser payudara dan hak wanita adalah sama-sama penting.Menurut beliau, dalam kebanyakan kes, wanita lewat mendapatkan rawatan termasuk kurang berasa terdesak untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka dan beban yang terpaksa dipikul."Kurang berasa terdesak, kurang kuasa untuk membuat keputusan. Tidak ada kawalan ke atas tubuh sendiri. Perlu meminta izin daripada seseorang dan untuk ini, saya fikir ia bukan hanya kerana pendidikan yang rendah kerana ada wanita yang berpendidikan tinggi juga berbuat yang sama," katanya menerusi Zoom.Beliau menambah, seringkali, suami atau keluarga mereka mahukan wanita itu mencuba perubatan tradisional terlebih dahulu. Sekiranya wanita itu membantah, sebagai contoh, menjalani saringan untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, ada yang akan berdepan dengan tindakan keras.' "Menjalani saringan dilihat sebagai 'mencari masalah'," kata Dr Nirmala. "Apabila berdepan dengan keadaan ini, ianya dianggap tidak mengutamakan keluarga, sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri." Peranan gender ketara di mana-mana, tetapi lebih ketara dalam masyarakat Asia. Di Malaysia, wanita diharapkan untuk menjalankan tugas penjagaan, termasuk anak dan orang tua, memasak dan kerja rumah yang lain. Peranan lelaki dalam soal penjagaan biasanya pengangkutan, demikian menurut kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Khazanah bertajuk 'Time To Care 2019: Gender Inequality, Unpaid Care Work and Time Use.' Antara hasil kajian itu ialah apabila pasangan wanita ditimpa penyakit yang serius, terdapat perubahan dalam dinamiks, yang bermaksud, apabila wanita yang biasanya melakukan kerja-kerja memasak dan membersih rumah, si suami sukar untuk menyesuaikan diri untuk melakukan tugas itu bila diperlukan.Dr Lai Suat Yan, pensyarah kanan program pengajian gender di Universiti Malaya (UM) berkata, apabila kaum lelaki tidak biasa menguruskan rumah, mereka sering memandang rendah bahawa urusan memasak, membersih dan menjaga anak adalah sesuatu yang berat."Lelaki biasa dibantu isteri di rumah dan apabila bantuan ini tiada, saya fikir mereka akan berasa sukar," katanya.Wanita sering menghadapi dilema dalam soal tanggungjawab keluarga dan penjagaan diri sendiri. Ada yang terpaksa bersendirian menguruskan anak dan rumah, yang menyebabkan stres, dan tidak baik untuk pemulihan kesihatan mereka."Apabila kita menanggung terlalu banyak stres, sebenarnya untuk jangka pendek, stres itu membantu, tetapi apabila ia berpanjangan untuk masa yang lama, ia boleh membahayakan untuk sistem imun," kata Dr Hafizah Zaharah Ahmad, pakar onkologi klinikal, Sunway Medical Centre Velocity Sesetengah wanita akan gagal menepati jadual rawatan atau lagi teruk, langsung tidak meneruskan rawatan. Seperti kes Noraniza, apabila dia sendiri berhenti mendapatkan rawatan, ia bukan sahaja menyebabkan kansernya membesar kepada tahap yang membuatkan rawatan akan menelan kos yang tinggi, malah peluang untuk berjaya pula kecil. Gejala kanser juga menjadi lebih menyakitkan tatkala kanser merebak.Salah satu cara untuk meningkatkan kadar 'survival' pesakit kanser payudara ialah untuk si suami turut membantu isteri dengan melakukan kerja rumah dan menguruskan anak. Pakar menyatakan, lelaki perlu juga mendidik diri mereka tentang kanser payudara dan kanser-kanser lain. perkhidmatan seumpama ini hanya boleh didapati di bandar sahaja.Namun demikian, meskipun jika semua perkhidmatan boleh didapati secara percuma, ini tidak bermakna kaum lelaki dengan sewenang-wenangnya boleh melepaskan diri mereka daripada memberi sokongan kepada isteri mereka."Wanita adalah tonggak masyarakat. Perkahwinan adalah perkongsian," kata Dr Chin.Bagaimanapun, kes Noraniza membuktikan, lebih mudah untuk berkata-kata daripada melakukannya.Ketika dia menyiapkan dirinya untuk menjadi ibu tunggal, Noraniza berkata, kekecewaan paling utama bagi dirinya ialah masa yang dihabiskan untuk menjaga suaminya ketika dia terlantar sakit, sepenuh masa. Akibatnya, dia melewatkan rawatan kansernya, menyebabkan kansernya merebak daripada Tahap berkII kepada Tahap III."Sangat-sangat menyesal (saya abaikan kesihatan saya kerana terpaksa jaga dia). Sebab bila kena kat saya, dia tak menghargai pun apa yang saya buat kat dia. Langsung dia abaikan saya," katanya.Namun dia tidak kecewa bila payudaranya dibuang, meskipun itu membuatkan suaminya menceraikannya.Meskipun amarahnya membuak-buak, namun dia masih menaruh harapan, mahu menang dalam pertarungan dengan kanser."Saya tak kisah terpaksa buang benda tu pun. Janji boleh sihat, saya boleh jaga anak-anak saya," katanya.
Dicerai suami kerana kanser
1,729,206,919
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145546/dicerai-suami-kerana-kanser
null
1,181
2024-10-17 23:15:19
2024-10-18T07:15:19
Kuala Lumpur: Berkali-kali pesakit kanser payudara berusia 47 tahun membaca surat yang ada di tangannya, raut wajahnya memancarkan pelbagai emosi, antara sedih, kecewa, marah mungkin juga rasa bingung.Namun apabila wanita ini berbicara, suaranya kedengaran tegas."Rasa terkilanlah. Sebab dia sakit saya boleh jaga. Tapi bila saya sakit, dia macam nak mengelak," wanita bernama Noraniza Ismail itu memberitahu Bernama.Surat yang dibaca itu adalah dari mahkamah syariah di Bukit Mertajam. Dia yang tinggal di kawasan itu perlu hadir ke mahkamah berkenaan pada 29 Oktober 2024.Pada hari itu, suaminya yang berusia 49 tahun akan melafazkan cerai terhadapnya di mahkamah. Alasan yang diberikan? Penyakit kanser payudara yang dihidapinya.Sejujurnya kata Noraniza, dia amat berasa marah. Dia dan suaminya sudah berkahwin selama 13 tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan, masing-masing berusia 8 tahun dan 6 tahun. Noraniza juga mempunyai seorang anak lelaki berumur 24 tahun, hasil perkahwinan pertamanya.Sewaktu suaminya menghidap komplikasi penyakit kencing manis dan terlantar di katil pada tahun 2021, dialah yang menjaga suaminya di samping bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Anak perempuannya yang berusia 8 tahun itu menghidap penyakit Sindrom Down, yang sudah tentu memerlukan perhatian yang lebih.Noraniza banyak melayan perasaan, memikirkan hakikat bukankah perkahwinan itu sepatutnya untuk setiap pasangan setia dan berkasih-kasihan, dalam apa jua keadaan, termasuklah apabila jatuh sakit.Pada Ogos 2022, dia berasa ada ketulan di payudara kanannya. Suaminya yang hilang pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, tidak banyak memberi sokongan. Noraniza terpaksa menjalani pembedahan, menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi, di samping melakukan tugasnya sebagai ibu. Syukur anak lelakinya membantu menjaga adik-adik tirinya.Rumah tangganya terus bergolak."Dulu dia OK, selepas diagnosis. Yang dia tak OK tu sebab saya bagi tau dia saya nak buat pembedahan, saya nak kena buang sebelah payudara," katanya menerusi Zoom, dan menambah yang kansernya sudah merebak ke payudara kirinya.Pada bulan Mei, suaminya beritahu Noraniza dia mahu menceraikannya. Seperti wanita-wanita lain yang senasib dengannya, Noraniza terpaksa bergelut sendirian untuk mempertahankan perkahwinannya, di samping juga bertarung dengan penyakit kanser payudara.Apa yang dilalui oleh Noraniza mungkinlah dianggap teruk, namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ketika kebanyakan suami/isteri tidak meninggalkan pasangannya apabila penyakit yang dihidapi menjadi serius, mereka yang berbuat demikian - sekitar enam peratus - adalah lelaki, demikian menurut kajian oleh Amelia Karraker dan Kenzie Latham. Hasil kajian itu diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior, edisi September 2015. Para penyelidik itu menganalisis 2,701 perkahwinan pasangan Amerika.Malaysia tidak mempunyai sebarang data mengenai jumlah perceraian dalam kalangan pesakit kanser payudara, atau penyakit-penyakit lain. Bagaimanapun, profesional perubatan dan ahli akademik memberitahu Bernama, adalah trend biasa bahawa ramai wanita tidak mahu memberitahu suami mereka atau melibatkan suami mereka dalam proses rawatan atas rasa kebimbangan mereka akan diceraikan.Untuk wanita Muslim, mereka juga bimbang si suami akan berkahwin lain.Bercerai atau tidak, beban menguruskan rumah tangga dan menjaga anak/orang tua tetap jatuh ke atas bahu kaum wanita, malah ketika mereka sedang menjalani rawatan, yang tentunya membuatkan mereka berasa begitu tertekan. Para pakar berkata, situasi itu boleh merumitkan rawatan dan pemulihan mereka, berkemungkinan menyumbang kepada kadar survival 5 tahun Malaysia yang rendah, di belakang China dan Singapura, demikian menurut laporan 2018 MYScan.Dari tahun 2017 hingga 2021, kanser payudara adalah kanser paling biasa menyerang 38.9 wanita bagi setiap 100,000 di Malaysia, demikian menurut Registri Kanser Kebangsaan Malaysia. Majoriti kes (50.5 peratus) masih dikesan pada Tahap III dan IV.Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) , Prof Dr Nirmala Bhoo-Pathy memberitahu Bernama, pengurusan kanser payudara dan hak wanita adalah sama-sama penting.Menurut beliau, dalam kebanyakan kes, wanita lewat mendapatkan rawatan termasuk kurang berasa terdesak untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka dan beban yang terpaksa dipikul."Kurang berasa terdesak, kurang kuasa untuk membuat keputusan. Tidak ada kawalan ke atas tubuh sendiri. Perlu meminta izin daripada seseorang dan untuk ini, saya fikir ia bukan hanya kerana pendidikan yang rendah kerana ada wanita yang berpendidikan tinggi juga berbuat yang sama," katanya menerusi Zoom.Beliau menambah, seringkali, suami atau keluarga mereka mahukan wanita itu mencuba perubatan tradisional terlebih dahulu. Sekiranya wanita itu membantah, sebagai contoh, menjalani saringan untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, ada yang akan berdepan dengan tindakan keras.' "Menjalani saringan dilihat sebagai 'mencari masalah'," kata Dr Nirmala. "Apabila berdepan dengan keadaan ini, ianya dianggap tidak mengutamakan keluarga, sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri." Peranan gender ketara di mana-mana, tetapi lebih ketara dalam masyarakat Asia. Di Malaysia, wanita diharapkan untuk menjalankan tugas penjagaan, termasuk anak dan orang tua, memasak dan kerja rumah yang lain. Peranan lelaki dalam soal penjagaan biasanya pengangkutan, demikian menurut kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Khazanah bertajuk 'Time To Care 2019: Gender Inequality, Unpaid Care Work and Time Use.' Antara hasil kajian itu ialah apabila pasangan wanita ditimpa penyakit yang serius, terdapat perubahan dalam dinamiks, yang bermaksud, apabila wanita yang biasanya melakukan kerja-kerja memasak dan membersih rumah, si suami sukar untuk menyesuaikan diri untuk melakukan tugas itu bila diperlukan.Dr Lai Suat Yan, pensyarah kanan program pengajian gender di Universiti Malaya (UM) berkata, apabila kaum lelaki tidak biasa menguruskan rumah, mereka sering memandang rendah bahawa urusan memasak, membersih dan menjaga anak adalah sesuatu yang berat."Lelaki biasa dibantu isteri di rumah dan apabila bantuan ini tiada, saya fikir mereka akan berasa sukar," katanya.Wanita sering menghadapi dilema dalam soal tanggungjawab keluarga dan penjagaan diri sendiri. Ada yang terpaksa bersendirian menguruskan anak dan rumah, yang menyebabkan stres, dan tidak baik untuk pemulihan kesihatan mereka."Apabila kita menanggung terlalu banyak stres, sebenarnya untuk jangka pendek, stres itu membantu, tetapi apabila ia berpanjangan untuk masa yang lama, ia boleh membahayakan untuk sistem imun," kata Dr Hafizah Zaharah Ahmad, pakar onkologi klinikal, Sunway Medical Centre Velocity Sesetengah wanita akan gagal menepati jadual rawatan atau lagi teruk, langsung tidak meneruskan rawatan. Seperti kes Noraniza, apabila dia sendiri berhenti mendapatkan rawatan, ia bukan sahaja menyebabkan kansernya membesar kepada tahap yang membuatkan rawatan akan menelan kos yang tinggi, malah peluang untuk berjaya pula kecil. Gejala kanser juga menjadi lebih menyakitkan tatkala kanser merebak.Salah satu cara untuk meningkatkan kadar 'survival' pesakit kanser payudara ialah untuk si suami turut membantu isteri dengan melakukan kerja rumah dan menguruskan anak. Pakar menyatakan, lelaki perlu juga mendidik diri mereka tentang kanser payudara dan kanser-kanser lain. perkhidmatan seumpama ini hanya boleh didapati di bandar sahaja.Namun demikian, meskipun jika semua perkhidmatan boleh didapati secara percuma, ini tidak bermakna kaum lelaki dengan sewenang-wenangnya boleh melepaskan diri mereka daripada memberi sokongan kepada isteri mereka."Wanita adalah tonggak masyarakat. Perkahwinan adalah perkongsian," kata Dr Chin.Bagaimanapun, kes Noraniza membuktikan, lebih mudah untuk berkata-kata daripada melakukannya.Ketika dia menyiapkan dirinya untuk menjadi ibu tunggal, Noraniza berkata, kekecewaan paling utama bagi dirinya ialah masa yang dihabiskan untuk menjaga suaminya ketika dia terlantar sakit, sepenuh masa. Akibatnya, dia melewatkan rawatan kansernya, menyebabkan kansernya merebak daripada Tahap berkII kepada Tahap III."Sangat-sangat menyesal (saya abaikan kesihatan saya kerana terpaksa jaga dia). Sebab bila kena kat saya, dia tak menghargai pun apa yang saya buat kat dia. Langsung dia abaikan saya," katanya.Namun dia tidak kecewa bila payudaranya dibuang, meskipun itu membuatkan suaminya menceraikannya.Meskipun amarahnya membuak-buak, namun dia masih menaruh harapan, mahu menang dalam pertarungan dengan kanser."Saya tak kisah terpaksa buang benda tu pun. Janji boleh sihat, saya boleh jaga anak-anak saya," katanya.
Peluang besar Amir Masdi
1,729,203,637
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145529/peluang-besar-amir-masdi
Ridzuan Abdul Rahman
683
2024-10-17 22:20:37
2024-10-18T06:20:37
PEMBABITAN sebagai penyanyi Search menerusi Konsert Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Jun lalu menjadi nilai tambah populariti Amir Masdi di mata peminat.Bekas juara Akademi Fantasia 2016 ini semakin terbang tinggi mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi popular apabila tampil dengan album kedua AM:PM.Tahun lalu, Amir atau Amir Syazwan Masdi, 28, tampil dengan album pertamanya dan amat mengejutkan ia habis dijual dan diulang cetak tiga kali bagi memenuhi permintaan peminat."Album kali ini dibuat kelainan apabila dihasilkan dalam dua side iaitu AM dan PM. Album penuhnya ialah AM:PM tapi PM akan dikeluarkan pada tahun hadapan."Sekarang hanya side AM dahulu dikeluarkan yang mengandungi enam lagu. Untuk side PM juga sudah hampir siap sepenuhnya dalam masa terdekat. Insya-Allah awal tahun depan akan keluar."Strategi ini dipilih sebab saya rasa ini satu perkara yang menarik juga bagi kami dan pendengar apabila buat dua bahagian untuk satu album yang penuh."Kebetulan nama AM:PM jadi kami ada idea untuk asingkan. Bila buat begini peminat ada masa dan ruang untuk lebih fokus kepada lagu-lagu untuk dua bahagian ini," katanya.Melihatkan judulnya yang unik, semestinya album ini memuatkan pelbagai emosi dan pengalaman hidup Amir Masdi sejak melangkah masuk dalam industri hiburan tanah air.Peminat akan dibawa menikmati perjalanan muzik yang dinamik dan penuh variasi melalui lagu-lagu yang dicipta khas bagi membawa mereka melalui pengalaman emosi yang berbeza."Mungkin benda ini pernah ada sebelum ini. Kami sama-sama berbincang. Orang akan memiliki album AM dan menikmati lagu-lagunya. Pada masa sama, mereka pasti tak sabar tunggu album PM. "Kalau sebelum ini, kita ada drama bersiri. Sekarang kita ada album bersiri pula. Kita fikirkan sesuatu yang di luar kotak, yang mana orang akan rasa lain dari yang lain. Jadi kami hasilkan lagu bertajuk Luar Kotak."Serta tajuk album AM:PM agak menarik kerana AM mewakili nama saya juga Amir Masdi manakala PM adalah singkatan kepada Projek Manchester. Kebetulan jadilah Amir Masdi Projek Manchester."Selain itu, AM:PM juga mencerminkan situasi sewaktu Edry berada di Manchester dan kami di Malaysia di mana ketika buat mesyuarat, masa di kedua negara berbeza. Kalau di sini siang, di sana pula malam," katanya.Bukan hanya sekadar mempertaruhkan vokal, malah Amir juga diberi peluang memperlihatkan kemampuannya mencipta lagu dan bergelar penerbit bersama dengan komposer terkenal Edry Abdul Halim dalam album ini."Saya diberi peluang menulis lagu daripada 'zero' sehingga ia diterbitkan. Proses awal dibuat pada November tahun lalu dimana fasa satu membabitkan konsep, hala tuju dan apakah jenis lagu yang ingin ditulis."Februari lalu, saya dan pasukan menggunakan duit yang kami kumpul hasil daripada persembahan saya buat selama ini untuk bergerak ke fasa seterusnya."Kemudian, pada Mac kami terbang ke Manchester, United Kingdom untuk merealisasikan dan mengejar impian untuk terbitkan album kedua yang dirakam di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester," katanya.Selama 18 hari di sana, Amir dan Edry yang juga Pengarah Seni Muzik AF 2016 menulis kesemua 12 lagu selain merakamkan vokal dan video muzik."Justeru, perjalanan untuk menghasilkan album ini sangat istimewa buat saya selain memberikan inspirasi buat saya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik. Album 'AM' menampilkan lagu-lagu "Luar Kotak", "Calar", "Take Me Home", "Langit Biru", "Bakal Kekasih" dan "Nur Cinta".Terdahulu, promosi AM:PM sudah dimulakan lebih awal apabila poster album ini dipaparkan di papan iklan gergasi (billboard) di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Kelana Jaya dan Bukit Bintang sebulan sebelum album dipasarkan."Bagi saya, ini sesuatu yang sangat eksklusif bukan saja buat album ini tapi secara peribadi sepanjang kerjaya seni saya."Selain itu, pelbagai cenderahati istimewa seperti baju-T, lanyard, cawan, tote bag dan hoodie turut dihasilkan untuk mengiringi pelancaran album AM:PM ini," katanya.Selain dalam bentuk fizikal, album ini boleh distrim di semua platform penstriman muzik.Menariknya lagi, sebelum album dilancarkan lagi, lagu Nur Cinta dipilih sebagai lagu OST utama drama rantaian 36 Episod, Andai Tiada Dia terbitan Global Station di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam mulai 21 Oktober ini.AM:PM diterbitkan oleh AR United Music, syarikat rakaman milik Amir sendiri dan diedarkan oleh Nova Music.Siaran perdana muzik video rasmi Nur Cinta single peneraju dari album AM boleh ditonton sepenuhnya di saluran YouTube 'Nova Music Videos.
Budak maut dipercayai didera, suami isteri ditahan
1,729,172,479
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145482/budak-maut-dipercayai-didera-suami-isteri-ditahan
Erika George
162
2024-10-17 13:41:19
2024-10-17T21:41:19
Bintulu: Suami isteri ditahan polis di kediaman mereka di Sungai Setiam di sini, hari ini, disyaki mendera anak lelaki mereka sehingga maut. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pasangan warga tempatan 28 dan 34 tahun itu ditahan reman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menurutnya, pada 7.50 malam Selasa lalu, polis menerima aduan berkaitan kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tujuh bulan di Hospital Bintulu, yang disyaki didera. "Hasil siasatan awal yang dijalankan menemui unsur penderaan pada tubuh mangsa dengan kesan kecederaan pada bahagian pinggang dan kepala. "Siasatan juga mendapati mangsa dipercayai didera ibu tirinya di rumah mereka di Sungai Setiam," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyerbar berita tidak benar mengenai kejadian. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu ASP Mohamad Hashim Kasman di talian 011-15377837 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.
Datuk Seri bekas pemilik kelab bola sepak dipenjara seminggu
1,729,170,021
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145466/datuk-seri-bekas-pemilik-kelab-bola-sepak-dipenjara-seminggu
Syazwan Msar
292
2024-10-17 13:00:21
2024-10-17T21:00:21
Kuala Lumpur: Bekas pemilik kelab bola sepak bergelar Datuk Seri hanya mahu membayar RM100,000, selain meminta tempoh seminggu untuk pembayaran menyebabkan beliau meringkuk dalam penjara.Peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak memaklumkan, permohonan itu tidak dipersetujui kerana sudah memberikan tempoh lama kepada bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United itu menjelaskan bayaran terbabit.Beliau berkata, individu berusia 50-an itu terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bagi tempoh seminggu seperti yang ditetapkan mahkamah."Dia dimasukkan ke Penjara Kajang selama seminggu. Jika diikutkan beliau sememangnya mahu membayar, tapi bukanlah jumlah yang dipersetujui iaitu RM1.4 juta."Individu itu hanya mahu membayar RM100,000 dan meminta pula tempoh seminggu untuk menyelesaikannya. Oleh itu, beliau dikenakan hukuman penjara dan tidak boleh membayar ikat jamin kerana ini bukan reman," katanya ketika dihubungi Arena Metro.Terdahulu, Arena Metro melaporkan seorang bekas pemilik kelab bola sepak bergelar Datuk Seri ditahan sekali lagi selepas didapati melanggar perintah mahkamah untuk membayar baki tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta membabitkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab berpangkalan di pantai timur itu pada 2018.Difahamkan, individu terbabit ditahan secara kebetulan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan dengan dakwaan penipuan projek lebuh raya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.Menurut Suhail, individu itu ditahan mengikut peraturan sedia ada iaitu perintah komital yang sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun ini.Mahkamah sama turut membuat keputusan bahawa individu itu harus dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital iaitu penghinaan terhadap perintah berkenaan.Sebelum ini, Arena Metro secara eksklusif melaporkan pemilik bergelar Datuk Seri itu sering mengelak untuk membayar tunggakan gaji kepada bekas pemain sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, penghantar makanan, pemandu e-hailing selain menjual semua koleksi bola sepak demi meneruskan kelangsungan hidup.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
1,729,138,953
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145250/kontraktor-anak-saudara-didakwa-bunuh-sabari
M Hifzuddin Ikhsan
158
2024-10-17 04:22:33
2024-10-17T12:22:33
Jitra: Seorang kontraktor dan anak saudaranya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, pada 4 September lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Huda Idris.Mengikut kertas pertuduhan, Mazuan dan Muhd Asyraf secara bersama melakukan bunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas Sabari pada jam 5.30 pagi pada 4 September lalu.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di titi Kampung Empa, Sungai Padang Terap di dalam Daerah Kubang Pasu.Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minumum 12 kali sebatan.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Noridien dan Mohamad Rizal Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Januari tahun depan.
Bicara kes khalwat Aliff, Ruhainies, Februari tahun depan
1,729,134,900
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145212/bicara-kes-khalwat-aliff-ruhainies-februari-tahun-depan
Georgie Joseph
394
2024-10-17 03:15:00
2024-10-17T11:15:00
Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan tarikh 20 dan 27 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes khalwat penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium, di sini, Mac lalu.Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan."Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20 Februari dan 27 Februari 2025 bagi tarikh perbicaraan," katanya.Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie, Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen kes antaranya senarai saksi-saksi.Peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A Ghani yang masing-masing mewakili Aliff dan Ruhainies mengesahkan dokumen terbabit.Pada 3 Julai lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa berada bersama Ruhainies yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan boleh menimbulkan syak bahawa tertuduh (Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominum di Bukit Bintang, di sini, jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.Ruhainies pula didakwa bersama seorang lelaki beragama Islam Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.Justeru pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.Sebelum ini kisah khalwat mereka hangat diperkatakan apabila Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.Ruhainies, dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu.Katanya, kakaknya, Risteena Munim juga antara individu yang menjadi saksi kerana berada di lokasi ketika tangkapan khalwat itu berlaku.Pada masa sama, Ruhainies turut mengakui kekhilafannya di sisi agama, kerana berada dalam situasi tersebut sekali gus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.Pada 13 Jun lalu, Aliff dan isterinya Bella Astillah sah bercerai talak satu kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah di sini.Aliff melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bila KJ jadi DJ
1,729,119,634
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145140/bila-kj-jadi-dj
Najiy Jefri
585
2024-10-16 23:00:34
2024-10-17T07:00:34
Nama Khairy Jamaluddin cukup sinonim dengan dunia politik, namun beliau kini berjaya mencipta nama sebagai penyampai radio di Hot FM.Selepas lebih setahun berkecimpung sebagai penyampai radio, Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ membuktikan beliau mampu menakluki industri penyiaran dengan penuh bergaya.Buktinya, KJ mencatatkan sejarah manis apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36), baru-baru ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri hiburan.Kejayaan yang dikecapi juga jelas membuktikan ke mana saja kakinya melangkah, KJ mampu 'menggegarkan' dan memberi impak baharu. Dari dunia politik yang pernah menjadi pentas utamanya hingga ke industri penyiaran, KJ menunjukkan kebolehan luar biasanya untuk menyesuaikan diri dan cemerlang.Namun, setiap apa yang diceburi tentunya bukan satu perkara yang mudah. Dalam tempoh lebih setahun, KJ bekerja keras untuk mengadaptasi dirinya dalam dunia radio yang berbeza dengan arena politik yang pernah diceburinya sebelum ini."Saya kena belajar benda yang saya tak tahu. Dia macam hari pertama di sekolah, kita tak tahu apa-apa dari A sampai Z. Cara pembawakan atau penyampaian di radio sangat berbeza jika dibandingkan dengan dunia lama saya," katanya mengenai cabaran yang dihadapi ketika mula-mula menjadi penyampai radio.Bagi KJ, peralihan kerjaya ini memerlukan pembelajaran yang cepat. Namun, beliau tidak bersendirian kerana rakan-rakan penyampai di Hot FM banyak membantu dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar. "Saya terpaksa belajar dengan cepat sebab itu saya tujukan kemenangan ini terutama kepada rakan-rakan penyampai saya kerana mereka menjadi guru saya. Kemenangan ini adalah disebabkan guru yang baik dan sedikit sebanyak memberi kemahiran kepada saya," katanya.Ditanya mengenai perkara-perkara lucu yang sering menghiasi tugas hariannya sebagai penyampai radio, KJ mengakui persekitaran kerja yang santai di Hot FM menjadikan kerjayanya lebih menyeronokkan."Momen lucu banyak sangat sampai orang cakap saya dah dirosakkan, terutamanya oleh Johan. Tetapi itu adalah sesuatu yang akan menjadi kenangan indah kepada saya."Jika saya kembali ke dunia lama satu hari nanti, ini akan menjadi pengalaman yang sangat berharga," katanya sambil ketawa mengimbau kenangan.Menurut KJ, walaupun beralih ke dunia hiburan, beliau tetap memandang serius pengaruh dan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio.Baginya, pengalaman ini memberikan satu sudut pandang baru dalam memahami masyarakat. "Saya percaya kalau saya kembali ke dunia asal (politik), saya akan menjadi seorang yang lebih baik selepas ini dari segi pemahaman orang ramai," katanya.Mengulas mengenai ucapannya yang mengajak orang ramai untuk mempercayai perancangan Allah sekiranya satu pintu rezeki ditutup, KJ berkata, kehadirannya sebagai penyampai membuktikan rezeki Tuhan itu cukup luas untuk setiap hamba-Nya."Ketika itu, saya sekadar nak sampaikan mesej kepada orang ramai yang kita kena percaya kepada perancangan Allah. Macam saya, pintu rezeki ditutup, saya dikeluarkan daripada kumpulan dan dunia asal saya, tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa."Apa yang penting dalam hidup ini kita buat apa yang terbaik, Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan segalanya," katanya.Rezeki baru sebagai penyampai radio di Hot FM disambut dengan rasa syukur. Walaupun sering dipandang sinis oleh sesetengah pihak yang menyindir mengenai peralihannya dari bekas Menteri kepada deejay, beliau kekal positif."Alhamdulillah, Dia membuka pintu rezeki baharu buat saya dan saya tak rasa kekok atau pelik apabila orang ejek kata dulu saya Menteri sekarang jadi DJ."Saya tak pernah rasa begitu, sebaliknya saya bersyukur kerana dapat peluang baharu ini," katanya.Kejayaan KJ di ABPBH36 bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi juga menjadi bukti beliau mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan kerjaya.Suara KJ buat kali pertama berkumandang di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada 15 Februari tahun lalu.
Rancak ekonomi Pulau Tuba
1,729,119,560
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145136/rancak-ekonomi-pulau-tuba
Noor Hidayah Tanzizi
718
2024-10-16 22:59:20
2024-10-17T06:59:20
Terletak kira-kira lima kilometer di barat daya Jeti Kuah, Pulau Langkawi, Kedah, Pulau Tuba yang kaya dengan keindahan alam semula jadi terus memacu imej positif sebagai destinasi ekopelancongan apabila kemudahan dan fasiliti dinaik taraf menerusi program Kampung Angkat Madani. Pulau Tuba dan Selat dipilih sebagai Kampung Angkat Madani di bawah Kementerian Kewangan dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menjadi agensi pelaksana yang mana ia menerima peruntukan RM2.5 juta bagi pembangunan kawasan berkenaan sebagai tarikan pelancongan, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk. Melalui inisiatif itu, sebanyak 12 projek sudah selesai dilakukan dan sedang dalam pelaksanaan dengan antaranya ialah program gotong-royong, program komuniti dan peralatan bantuan, pembinaan telaga tiub, pemasangan lampu solar, menaik taraf masjid dan surau, membaik pulih tandas dan landskap. Selain itu, ia turut meliputi kerja menaik taraf papan tanda dan pintu gerbang, membina gerai atau ruang niaga, menaik taraf dewan, balai raya, tandas, gelanggang, padang bola dan trek riadah serta pembaikan jalan kampung. Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MKK) Kampung Selat Bagan Nyior, Hasmadi Mat Hashim, 48, berkata, program itu bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk serta pelancong, malah turut menjana ekonomi penduduk setempat. Menurutnya, selain itu jaringan pekerjaan dan pendapatan juga lebih meluas apabila penduduk tempatan tidak lagi hanya bergantung kepada pendapatan nelayan semata-mata apabila mereka juga boleh berniaga dengan suri rumah juga mengambil peluang itu untuk menjana ekonomi keluarga. "Banyak manfaat diperoleh melalui program Kampung Angkat Madani yang terus merancakkan lagi industri pelancongan di sini, malah banyak juga kemudahan dinaik taraf yang memberi manfaat kepada penduduk dan pelancong yang datang ke sini. "Kami bersyukur apabila masalah bekalan air dan jalan gelap dapat diselesaikan dengan pembinaan tiga telaga tiub serta pemasangan lampu solar. Lampu jalan memang ada cuma kurang dan pemasangan lampu solar ini menambahkan bilangannya, sekali gus menjadikan kawasan lebih terang pada waktu malam. "Sebelum ini ada laluan kampung agak gelap dan pelancong juga bimbang mahu keluar mencari makan sekitar kampung, tetapi kini masalah itu dapat diatasi dan laluan yang lebih terang menjadikan kami semua selesa," katanya. Katanya, pembinaan tiga telaga tiub mengatasi keluhan penduduk ketika krisis air berlaku apabila musim kemarau yang membawa keceriaan kepada 5,000 penduduk pulau itu yang berdepan masalah bekalan air sejak beberapa tahun lalu. "Setiap kali musim kemarau kami berdepan masalah bekalan air dan walaupun ada bantuan bekalan tetapi ia tetap tidak dapat menampung keperluan kami, malah penduduk terpaksa menggali telaga sendiri untuk mendapatkan sumber air sebelum ini. "Tetapi, kini kami sudah boleh menarik nafas lega apabila tiga telaga tiub itu sudah siap dibina dan boleh menampung keperluan penduduk bagi mendapatkan air untuk urusan harian," katanya. Sementara itu, anak jati Pulau Tuba yang juga pengusaha keropok lekor sejak 2018, Rosnani Che Ghazali, 49, berkata, dia menerima bantuan peralatan untuk mengembangkan perniagaannya, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga. Menurutnya, melalui program Kampung Angkat Madani dia menerima bantuan mesin pengadun berkapasiti besar dan pembungkusan vakum yang memudahkan operasi perniagaannya terutama untuk pembungkusan keropok lekor. "Saya menerima mesin pengadun berkapasiti 30 kilogram (kg) dan pembungkusan vakum bagi mengembangkan usaha saya untuk memenuhi permintaan pasaran sekitar Langkawi. Sebelum ini saya boleh menghasilkan 40 bungkus keropok lekor sehari, tetapi sekarang dengan penambahan mesin ini lebih 100 bungkus boleh dihasilkan. "Malah, sekarang pembungkusan juga lebih mudah kerana sebelum ini mesin pembungkusan vakum saya rosak. Dengan adanya bantuan ini ia memang melegakan saya kerana pembungkusan lebih pratikal dan sesuai untuk pelancong bawa pulang keropok lekor kerana ia tidak mudah rosak," katanya. Bagi Ismail Masa, 53, sebagai anak jati Kampung Pulau Tuba dia bersyukur dan gembira melihat kemudahan serta projek pembangunan di pulau berkenaan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat, sekali gus menarik lebih kehadiran pelancong ke Pulau Tuba. Menurutnya, Pulau Tuba juga kaya dengan keindahan alam semula jadinya dan kian mendapat tumpuan dengan tarikan seperti hidangan mi udang, hasil laut segar, lokasi aktiviti mendaki bukit dan beberapa lokasi lain seperti Gua Wang Buluh dan Gua Kelawar. "Banyak manfaat yang penduduk peroleh daripada program ini seperti jalan kampung dibaiki, pemasangan 100 lampu solar yang sudah selesai dilakukan juga menggembirakan kami, malah kini kanak-kanak dan belia mempunyai lokasi beriadah apabila gelanggan futsal yang sebelum ini rosak sudah dibaik pulih. "Program ini juga menaik taraf masjid dan dewan orang ramai yang mana dengan kemudahan yang baik serta landskap menarik ia bukan saja memberi keselesaan kepada penduduk dan pelancong, sekali gus boleh menarik lebih ramai kehadiran pegunjung serta merancakkan aktiviti pelancongan di Pulau Tuba," katanya.
Injap jantung Rizki semakin sempit
1,729,117,823
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145127/injap-jantung-rizki-semakin-sempit
Zuhainy Zulkiffli
338
2024-10-16 22:30:23
2024-10-17T06:30:23
Teluk Bahang: Ketabahan seorang ibu menguruskan anaknya yang menderita penyakit Mucolipidosis tahap dua sejak dilahirkan terus teruji apabila dimaklumkan doktor hayat zuriatnya, Muhammad Izz Ar Rizki Mohd Zaki hanya berbaki tiga tahun. Kanak-kanak malang berusia empat tahun itu disahkan doktor mengalami gejala injap jantung sempit. Ibunya, Noridayu Azih, 42, berkata, terdahulu penyakit Mucolipidosis dihidapi anaknya dikesan doktor ketika dalam kandungan selepas mendapati tulang janin tidak membesar. Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu kini tidak mampu bercakap, namun boleh memahami pertuturan orang di sekeliling. "Penyakitnya itu menyebabkan dia kerap diserang sawan sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari dan perlukan pengawasan. "Lebih tiga tahun lalu, paru-parunya disahkan rosak selepas dijangkiti Covid-19 dan sehingga kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan (mesin BiPAP). "Bagaimanapun, pada bulan lalu, doktor mengesahkan hayat Muhammad Izz Ar Rizki mungkin tidak lama berikutan injap jantungnya yang semakin sempit dan nafas boleh berhenti pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui, di sini. Mengulas lanjut, Noridayu berkata, dia sudah kering air mata mengenangkan nasib yang menimpa anak istimewanya itu. Katanya, Muhammad Izz Ar Rizki perlu berada dalam keadaan hawa yang dingin bagi mengelak sawan dan berikutan itu, kos perbelanjaan bagi bil elektrik di rumahnya melebihi RM400 sebulan berikutan penggunaan penyaman udara. "Selain mesin BiPaP, Muhammad Izz Ar Rizki turut menggunakan dua lagi peralatan iaitu mesin penyedut kahak dan tangki oksigen yang semua berjumlah RM46,000. "Muhammad Izz Ar Rizki juga masih pakai lampin pakai buang selain minum susu khas dan suplimen pengenyang berjumlah RM100 sekali belian," kata suri rumah itu lagi. Noridayu berkata, anaknya juga adalah penerima sumbangan daripada Pusat Urus Zakat sebanyak RM1,000 bagi pembelian peralatan di farmasi. "Bukan mahu meminta-minta, tetapi kos bagi memenuhi keperluan Muhammad Izz Ar Rizki setiap bulan juga tinggi dan hanya bergantung harap kepada pendapatan suami yang juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Dia anak yang istimewa dan kami reda dengan keadaannya. Selama mana hayatnya, saya akan pastikan Muhammad Izz Ar Rizki sentiasa dalam keadaan sihat," katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat Noridayu Azih bernombor 2239656552.
Jawi milik kita semua - Lorenica Frenila
1,729,085,301
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145083/jawi-milik-kita-semua-lorenica-frenila
Mahaizura Abd Malik
394
2024-10-16 13:28:21
2024-10-16T21:28:21
Kuala Lumpur: Gaya guru berketurunan Rungus, Sabah ini bersahaja menulis jawi, mencuri tumpuan sehingga mengimbau kembali ke zaman 70-an ketika tulisan itu pernah menjadi lambang perpaduan kaum di negara ini kerana digunakan kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam satu video tular di Facebook (FB), Lorenica Frenila Masundim dilihat menulis peribahasa Bagai Aur Dengan Tebing dalam tulisan jawi dengan kemas. Menurut Lorenica, 34, dia mengambil inisiatif itu sebagai sebahagian daripada tugasnya mengajar topik jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Beluran. Katanya, dia berpeluang mempelajari jawi ketika menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, pada 2009. "Mungkin ramai tidak tahu, sejak 2020 tulisan jawi dimasukkan dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat sebelum diteruskan hingga ke Tahun Enam bertujuan memperkaya murid dari aspek seni, warisan dan sejarah Melayu. "Disebabkan peribahasa yang ditulis menggunakan tulisan jawi sangat sedikit dalam buku teks Bahasa Melayu, saya merakam satu video sebagai kenangan pada 10 Oktober lalu. "Selepas murid selesai menyiapkan tugasan, saya merakam beberapa video hasil kerja mereka seperti kebiasaan rutin saya sebelum berkongsikannya di laman FB," katanya kepada Harian Metro. Lorenica berkata, dia tidak menyangka perkongsian di FB miliknya, Loren Fren, Khamis lalu meraih perhatian ramai dan reaksi positif termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. "Ramai mengimbau masa lalu zaman 70-an dan 80-an ketika tulisan jawi masih dikenali dan digunakan kebanyakan rakyat Malaysia yang mana paling mereka rindukan adalah persefahaman kaum dan kesatuan pada waktu itu. "Ramai juga yang rindu belajar tulisan jawi dan mereka juga berharap pembelajaran tulisan jawi diperluaskan lagi dan tidak kurang juga melontarkan komen negatif," katanya. Katanya, dia berharap persepsi mengenai jawi adalah tulisan umat Islam sahaja perlu diperbetulkan berikutan ia tulisan klasik yang digunakan untuk menulis Bahasa Melayu sama seperti tulisan lain di dunia termasuk tulisan rumi, China, India, Korea dan Thailand. "Mengajar dan belajar jawi sama sekali tiada kaitan dengan pengislaman mahupun mencemarkan kesucian agama Islam. Ingat Jawi bukan tulisan agama, jawi milik kita semua. "Jadi apabila tulisan ini diselitkan dalam sistem pendidikan sebagai pengenalan asas sahaja, janganlah kita melulu berfikiran negatif. "Pandanglah dari aspek positif iaitu ke arah melestarikan warisan seni, budaya dan sejarah tulisan khas Bahasa Melayu yang susah payah diwujudkan nenek moyang kita dan pernah menjadi tulisan yang menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum. "Jika kita ingin melihat masa depan negara yang lebih aman, bukalah sedikit ruang untuk menerima budaya sesama rakyat Malaysia," katanya.
'Saya tidak berhasrat ke mahkamah lihat suspek, bimbang emosi saya terganggu'
1,729,079,508
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145063/saya-tidak-berhasrat-ke-mahkamah-lihat-suspek-bimbang-emosi-saya-terganggu
Noorazura Abdul Rahman
393
2024-10-16 11:51:48
2024-10-16T19:51:48
Alor Setar: "Saya tidak berhasrat pergi ke mahkamah esok melihat suspek bunuh ayah, saya bimbang emosi saya akan lebih terganggu apabila melihat mereka berdua," kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25. Anak bongsu Sabari Baharom, 62, ini berkata dia dimaklumkan perkara itu oleh pegawai penyiasat pagi tadi bahawa dua suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kubang Pasu, esok. Bagaimanapun katanya, kakak sulungnya Suraiya Izzati, 29, akan pergi ke mahkamah esok bagi melihat sendiri pendakwaan terhadap dua suspek terbabit. "Saya harap kes ini akan berjalan lancar di mahkamah dan suspek akan mengaku di mahkamah, selepas ini saya harap mereka akan dikenakan hukuman paling maksimum supaya dia tidak akan ada peluang lagi buat perkara sama kepada orang lain. "Sekiranya dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati pun dia perlu terima, sebab dia pun ambil nyawa orang, apa yang dia buat dia akan dapat balik," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Amir berkata, dia tidak dapat menerima perbuatan suspek yang dianggap terlalu kejam untuk insan sebaik ayah yang selalu melayan suspek dengan baik. Katanya, kejadian seperti ini perlu menjadi iktibar kepada masyarakat kerana ketagihan judi juga boleh menyebabkan manusia bertindak di luar batas sehingga sanggup membunuh. "Selalu kita dengar orang ketagih dadah akan boleh buat tindakan kejam seperti bunuh ahli keluarga tapi kali ini agak luar biasa kerana ketagihan judi orang sanggup bunuh orang. "Suspek buat kepada ayah tanpa rasa bersalah, selepas campak ayah ke sungai dia boleh pergi berseronok berjudi di Batam, Indonesia, seperti tiada apa yang berlaku, jika manusia ada hati perut, dia akan rasa takut dan gelisah selepas bunuh orang," katanya. Amir berkata, sebagai anak dia tetap mahu keadilan untuk ayahnya dan dia yakin apa saja keputusan yang diambil mahkamah kelak akan menjadi contoh kepada masyarakat. Katanya, dia tidak mahu mengganggu perjalanan kes mahkamah malah apabila siasatan mula dilakukan secara terperinci dia menyerahkan segalanya kepada polis. "Kita tidak tahu apa yang suspek cakap mungkin dia hanya campak ayah ke sungai, atau mungkin dia pukul ayah dulu atau sebagainya, mayat ayah tidak ditemui. "Cara pembunuhan ayah pun akan jadi contoh, namun saya yakin dengan polis undang-undang negara, kes ini perlu jadi pengajaran kepada semua orang," katanya. Sebelum ini, dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 38 tahun ditahan 27 September bagi membantu siasatan. Hasil siasatan, suspek terbabit membuat pengakuan mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Derang, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
Tiada jeritan minta tolong, hanya bunyi aneh
1,729,076,377
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145055/tiada-jeritan-minta-tolong-hanya-bunyi-aneh
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
320
2024-10-16 10:59:37
2024-10-16T18:59:37
Taiping: Hanya bunyi aneh dan benda jatuh yang kedengaran, tetapi tiada langsung jeritan minta tolong, kata isteri kedua mangsa serangan harimau di hutan dekat Bersia di Gerik, semalam. Saina Binsa-i, 54, yang juga warga Thailand berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan dia ketika itu sedang bersiap untuk menunaikan solat sunat, kira-kira 5 pagi. Katanya, dia menyedarinya suaminya, Adnan Ismail, 54, tiba-tiba keluar dari rumah kongsi dihuni mereka sejak sebulan lalu, yang berkemungkinan untuk ke tandas. "Saya kemudian dengar bunyi macam 'kiuk' disusuli benda jatuh. Saya terus batalkan solat dan ketika itu saya yakin abang (Adnan) belum sampai ke tandas dan saya jenguk ke luar tetapi dia tidak kelihatan. "Beberapa kali saya panggil 'abang' tetapi tiada sahutan... memang tidak kedengaran bunyi lain pun selepas itu dan kemudian pekerja lain yang mendiami rumah kongsi sama beritahu suami dibaham harimau. "Disebabkan ketika itu masih gelap, kesan harimau yang baham abang tidak nampak. Apabila hari sudah cerah baru nampak kesan tapak kaki haiwan itu dan kesan seretan di tanah. Kesan darah pula dijumpai jauh sedikit dari rumah kongsi kami," katanya. Dia ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Taiping, di sini hari ini. Wanita itu yang mengambil upah sebagai tukang masak di tapak projek itu di hutan itu memberitahu, mereka sudah menduduki rumah kongsi berkenaan yang berdekatan laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sejak sebulan lalu dengan Adnan sebagai pemandu jentera. Katanya, arwah ada menyatakan keinginan untuk pulang ke Kampung Kenor di Kuala Krai, Kelantan bagi bertemu anak-anaknya pada hari kejadian, bagi membeli barang keperluan. "Saya tak perasan tingkah laku (pelik) abang, cuma sehari sebelum, kejadian dia kata hendak balik berseorangan, menjenguk isteri pertama dan 10 anak mereka sebab ada duit lebih sedikit (beli barang keperluan). "Saya menyuruhnya balik pada Isnin, namun arwah mahu tunggu hingga esoknya (semalam)... tunggu hujan baru boleh keluar. Jika tidak hujan, dia perlu bekerja," katanya. Jenazah Adnan akan dikebumikan di Kampung Kenor, Kuala Krai selepas selesai proses bedah siasat.
Atuk 'power'
1,729,072,310
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145019/atuk-power
Redzuan Muharam
440
2024-10-16 09:51:50
2024-10-16T17:51:50
Johor Bahru: "Saya tak suka jatuh sakit kerana nanti kena jumpa doktor jadi sebab itu cuba jaga kesihatan dengan aktif bersukan walaupun dalam usia begini. "Satu lagi, sejak kecil saya suka tengok watak adiwira seperti Superman dan Incredible Hulk jadi karakter itu juga mendorong dapatkan badan seperti sekarang." Itu kata Tajudin Mustaffa ketika ditanya apa dorongannya mendapatkan badan sihat dan cergas walaupun dalam usia yang sudah mencecah 61 tahun. Kisah bapa dua anak dan datuk seorang cucu itu perhatian selepas salah seorang anaknya memuat naik video di TikTok. Video itu menunjukkan rangkuman perjalanan Tajudin ketika menyertai kejohanan Ironman hingga rata-rata netizen kagum dengan semangat dan tahap kecergasannya yang seperti orang muda. Bercerita lanjut, Tajudin yang sudah bersara sebagai pegawai bank pada tahun lalu berkata, dia aktif dalam sukan endurance (ketahanan) sejak 1984 dengan penyertaan sulungnya adalah dalam kejohanan KL Maraton. "Pada 1988, saya berhenti dalam sukan itu dan beralih ke bina badan selama dua tahun malah sempat menyertai Mr Johor 1990 serta mendapat tempat keempat. "Dalam tahun 1997 dan 1998, saya belajar berenang namun hanya yakin menyertai acara Ironman Triathlon pada 2009 dengan jumlah (jarak) 226 kilometer (km) iaiu jarak yang sukar disempurnakan," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurut Tajudin, dia sudah menganggap rutin senaman dan kecergasan seperti satu ketagihan buatnya. "Saya ibaratkan senaman macam orang merokok kerana perokok resah kalau tak dapat hisap. "Begitu juga saya yang gelisah kalau tak bersenam sehingga pergi bercuti ke mana-mana pun, saya akan bawa kasut dan gogal renang'," katanya. Ditanya soal penjagaan makanan, Tajudin berkata, dia tidak mengamalkan rutin diet dalam mengekalkan berat badan. "Saya tak diet kerana suka makan nasi campur, nasi padang malah Laksa Johor pun. "Cuma kalau orang tanya macam mana dapat badan begini, cara saya adalah gandakan latihan jika makan terlalu banyak. "Contoh kalau pergi kenduri makan nasi minyak, saya makan bertambah tapi esoknya lari tiga jam tapi ada tekniknya," katanya yang sudah lima kali menyertai kejohanan Ironman dengan penyertaan paling jauhnya di Thailand. Menurut Tajudin, dia belum terfikir untuk berhenti daripada terus aktif kerana seronok dan menganggap aktiviti itu sudah sebati dengan dirinya. "Dalam usia begini, saya masih bersemangat malah konsisten berlatih enam hari dalam seminggu dengan purata lapan jam ketika tiada pertandingan atau 15 jam jika perlu buat persediaan untuk kejohanan. "Tapi dalam seminggu pasti ada satu hari rehat kerana pemulihan penting namun buat masa ini tiada ada jurulatih dan hanya berpandukan buku berkaitan kecergasan serta bahan bacaan di Internet. "Bagi saya, tiada istilah terlambat untuk orang di luar sana yang ingin aktif dalam sukan baik muda mahupun berusia dengan syarat kesihatan dalam keadaan baik serta dapatkan nasihat doktor rutin senaman apa sesuai dilakukan jika ada penyakit," katanya.
Datuk Seri bekas pemilik kelab ditahan akibat ingkar bayar tunggakan gaji
1,729,067,791
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144991/datuk-seri-bekas-pemilik-kelab-ditahan-akibat-ingkar-bayar-tunggakan-gaji
Amirul Fazli Zulkafli
349
2024-10-16 08:36:31
2024-10-16T16:36:31
Kuala Lumpur: Liga Malaysia (Liga Malaysia), hari ini, gempar apabila seorang pemilik kelab bola sepak bergelar Datuk Seri ditahan sekali lagi selepas didapati melanggar perintah mahkamah untuk membayar baki tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta membabitkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab berpangkalan di pantai timur itu pada 2018.Difahamkan, bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United itu ditahan secara kebetulan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan dengan dakwaan penipuan projek lebuh raya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dekat sini.Menurut peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, lelaki berusia 50-an itu ditahan mengikut peraturan sedia ada iaitu perintah komital yang sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun ini.Beliau berkata, pada 13 Februari lalu, mahkamah sama membuat keputusan bahawa individu itu harus dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital iaitu penghinaan terhadap perintah berkenaan."Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan selama dua minggu kepada individu itu bagi memberi peluang terakhir melunaskan tunggakan gaji berkenaan. "Namun, dia bertindak mendiamkan diri dan hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023 dan semua tunggakan masih berbaki RM1.4 juta sehingga kini," katanya.Katanya, bekas pemilik kelab itu akan dibawa ke Penjara Kajang dan pihaknya akan memulakan tindakan jenayah di bawah kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kelak.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu terbabit dapat membayar ikat jamin atau tidak.Ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya dua kelab di Liga Super yang cukup kronik dalam isu tunggakan gaji iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City).Namun, kelab dari utara itu paling mencuri tumpuan apabila sehingga kini masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji sehingga pemain utama memilih untuk memboikot latihan dan perlawanan ketika menentang KL City pada 14 September lalu.Bagaimanapun, mereka sudah menjalani latihan sebagai persiapan bertemu Terengganu FC (TFC) pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.Terdahulu, Arena Metro secara eksklusif melaporkan pemilik bergelar Datuk Seri itu sering mengelak untuk membayar tunggakan gaji kepada bekas pemain sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, penghantar makanan, pemandu e-hailing selain menjual semua koleksi bola sepak demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bekas jurulatih Penang FA, Tiago peluk Islam
1,729,067,474
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144987/bekas-jurulatih-penang-fa-tiago-peluk-islam
Siti Aminah Mohd Yusof
243
2024-10-16 08:31:14
2024-10-16T16:31:14
Georgetown: Bekas ketua jurulatih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (Penang FA), Jacksen Ferreira Tiago kini menggunakan nama Samir Jacksen Ferreira Tiago selepas memeluk Islam di Indonesia, Isnin lalu.Jurulatih kelahiran Rio De Janeiro, Brazil berusia 56 tahun itu mengucap dua kalimah syahadah dibimbing Ustaz H Nasikhin di Pondok Pesantren Nabil Husein, Samarinda, Indonesia.Khabar gembira itu dikongsi anak lelakinya, Samir Hugo, 19, yang juga pemain bola sepak profesional di negara seberang itu menerusi laman Instagram miliknya, @hugosamir28, semalam."Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya sekarang ayah. Saya saya menyayangi anda Mr Samir Ferreira Tiago," tulisnya."Cintaku padamu dan keluarga kita abadi, anak muda," balas Tiago di ruangan komen.Sebagai rekod, Tiago mendirikan rumah tangga bersama isterinya warga Indonesia beragama Islam, Nadira Bajamal yang juga berdarah keturunan Arab sejak 2004.Pasangan itu memiliki dua orang anak lelaki yang juga beragama Islam dan Tiago sebelum ini pernah dilaporkan berkata, keluarganya hidup dalam keadaan harmoni meskipun berbeza pegangan agama.Bekas pemain bola sepak Brazil yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Teknik PSSI Kaltim itu pernah mengendalikan Penang FA pada 2015 hingga 2016.Tiago sebelum itu mengambil alih tugas K Devan selaku ketua jurulatih pada 2015 dan membawa Penang FA melangkah ke suku akhir Piala FA selepas 13 tahun sebelum akhirnya tewas kepada Pahang.Pada ketika itu, Skuad Harimau Kumbang dinobat sebagai Naib Juara Liga Premier 2015 selepas mengharungi musim 2015 yang sungguh dramatik sehingga ke perlawanan terakhir liga.Pada 2 Disember 2020, Penang FA bertukar teraju pengurusan dan dikenali sebagai Penang FC sehingga kini.
'Terima kasih Mara, semua yang bantu... saya janji belajar bersungguh-sungguh' - Nur Nasuha
1,729,066,627
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144978/terima-kasih-mara-semua-yang-bantu-saya-janji-belajar-bersungguh-sungguh-nur
Nor Amalina Alias
264
2024-10-16 08:17:07
2024-10-16T16:17:07
Bachok:"Terima kasih pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan semua yang membantu saya dan keluarga, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh," kata pelajar cemerlang, Nur Nasuha Nusi, 12. Nur Nasuha meluahkan rasa gembira selepas menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM), 10 pagi tadi di MRSM Kuala Krai.Dia yang ditemani ibu, Nurul Izzati Nor, 31, menduduki peperiksaan khas itu yang berlangsung selama dua jam membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi kelayakan ke Tingkatan Satu di MRSM. Mereka dibawa pergi dan pulang oleh guru maktab berkenaan sebagaimana yang dijanjikan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Nur Nasuha berkata, dia lega kerana akhirnya tertunai sebahagian impian untuk ke MRSM dan hanya menunggu keputusan, Januari depan. "Alhamdulillah setakat ini, saya boleh jawab peperiksaan pagi tadi, rasa suka sangat lepas dah habis periksa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol, di sini, hari ini. Bapanya, Mohd Nusi Mamat, 38 berkata, keluarganya bersyukur dengan bantuan yang diterima sebaik kisah mereka sekeluarga tular sejak petang semalam. Katanya, mereka akan memanfaatkan bantuan termasuk tunai dan bantuan bulanan secara berhemat untuk keperluan keluarga terutamanya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak dan persiapan bersalin isterinya, Nurul Izzati yang mengandung tujuh bulan. "Kami terkejut dengan bantuan yang diterima, hanya Allah SWT mampu membalas jasa semua," katanya. Dia berkata, kesusahan keluarga tidak diketahui ramai memandangkan sebelum ini dia bekerja dan keadaan keluarga melarat selepas dia mendapat penyakit gastrik teruk sehingga tidak dapat bekerja seperti biasa.Kisah Nur Nasuha terus dapat perhatian ramai Nur Nasuha akan duduki ujian khas MRSMPelajar cemerlang tercicir MRSM kerana miskin, harap dapat ubah nasib keluarga
Rumah sudah tiada, nak duduk mana? - Saemah
1,729,055,230
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144859/rumah-sudah-tiada-nak-duduk-mana-saemah
Alias Abd Rani
336
2024-10-16 05:07:10
2024-10-16T13:07:10
Muar: Hati mana tidak sedih mengenangkan 'syurga' yang menjadi tempat berteduh serta membesar sembilan anak sejak hampir sedekad lalu, lenyap dibadai ribut dan ombak susulan air pasang besar di pantai Parit Kedondong Laut, di sini, Ahad lalu.Saemah Marwan, 71, yang hanya mampu beristighfar sebaik melihat sebahagian dinding rumah diperbuat daripada batu tumbang manakala bumbung berterbangan akibat dibawa arus dan angin.Namun, Saemah bernasib baik kerana suaminya, Tumira Mukrin, 72, yang terlantar akibat diserang strok tujuh tahun lalu, tiada di rumah kerana menumpang rumah anak lelakinya, kira-kira 100 meter dari lokasi terbabit."Pada hari kejadian, saya ditemani anak lelaki ke Johor Bahru untuk rawatan kemoterapi akibat kanser pangkal rahim sejak tahun lalu. Apabila tiba di rumah pada petang, saya lihat bahagian hadapan sudah roboh."Malam itu jugalah rumah kami menyembah bumi, saya bernasib baik kerana beberapa hari sebelum kejadian, suami tinggal bersama anak buat sementara waktu."Bila tengok rumah sudah tiada, saya teringat waktu dulu masa anak masih kecil, rumah itulah jadi tempat mereka membesar," katanya ketika ditemui.Menurut Saemah, kejadian itu menyebabkan banyak barangan berharga tidak dapat diselamatkan selepas dibawa arus ke laut."Anak (Mohd Shafie, 37) hanya sempat menyelamatkan pinggan dan beberapa lagi barangan. Saya reda mana barang yang hilang biarlah nak buat macam mana," katanya. Saemah berkata mereka membina rumah terbabit di atas tanah miliki Jabatan Pengairan Saliran (JPS).Sebelum ini, pasangan itu menetap di ladang sawit di Segamat sebelum berhijrah ke Muar dengan suaminya ketika itu bekerja sebagai nelayan."Kami pun tak tahu hendak cakap apa, rumah sudah tiada. Habis nak duduk mana lagi, kami tidak ada tanah untuk bina rumah baru."Waktu mula-mula menetap di sini, ombak masih jauh lagi sekarang sudah makin dekat, selalu sangat berlaku hakisan. Kalau ribut tak usahlah cakaplah, kami terpaksa melaluinya," katanya.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim turut mengadakan lawatan ke rumah Saemah yang roboh akibat bencana itu."Pusat Khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) akan membantu keluarga ini untuk permohonan bantuan sara hidup dan perawatan sakit dihidapi," katanya.
Ketepi bersosial demimu Muaz
1,729,033,301
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144736/ketepi-bersosial-demimu-muaz
Redzuan Muharam
413
2024-10-15 23:01:41
2024-10-16T07:01:41
Cyberjaya: Biarpun tinggal berjauhan, kasih sayang Muhammad Ammar Mohamad Yusup terhadap adiknya, Muaz yang menghidap Cerebral Palsy (CP) tidak pernah berkurangan. Ini kerana hubungan mereka sangat rapat berikutan Muhammad Ammar, 22, yang selalu membantu keluarga menjaga adiknya sebelum ini. Namun, sejak menyambung pengajian dalam Diploma Pengurusan Umrah dan Haji di sebuah kolej, di sini, Muhammad Ammar tiada kesempatan untuk bersama Muaz, 14, tetapi akan 'mencuri masa' ketika pulang ke kampung pada hujung minggu atau cuti semester. Muhammad Ammar berkata, kepuasan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana dia sudah menjaga Muaz sejak kecil. "Saya ada 14 adik-beradik, tetapi sembilan daripadanya sudah berkahwin dan saya paling rapat dengan adik (Muaz). "Ia kerana sejak dulu saya yang bantu dan ambil alih tugas menjaganya kerana adik lumpuh, jadi tak boleh berjalan dan perlu bergantung dengan orang untuk bergerak. "Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, saya sudah sambung belajar, tapi ketika itu pembelajaran di rumah, jadi dapat bantu jaga adik. "Kini, saya hanya dapat pulang dua kali dalam sebulan dan ketika cuti semester, jadi waktu itu akan ambil alih tugas menjaga adik macam biasa," katanya. Bercerita lanjut, Muhammad Ammar berkata, cabaran awal ketika menjaga Muaz adalah membiasakan diri untuk mengetepikan masa luang bersama rakan. "Kadangkala, kita perlukan masa kita, tapi bila rumah tak ada orang, saya perlu tolak ajakan kawan untuk lepak untuk jaga adik. Mahu atau tidak, kena bantu dan itu antara pengorbanan perlu dilakukan. "Tapi, bila jaga adik, saya dapat rezeki yang tak dijangka kerana orang akan bagi duit untuk adik dan syukur kerana urusan mudah, malah sangat senang menjaganya," katanya. Menurut Muhammad Ammar, Muaz kini mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda di Parit Raja, Muar, Johor. "Dia (Muaz) boleh bercakap, cuma pelat, jadi orang yang tak biasa susah nak faham. "Sebagai abang, saya memang rindukannya bila sudah lama tak jumpa dan apabila nampak anak istimewa, saya secara automatik akan teringat adik. "Adik pun sama kerana bila saya hubunginya, dia akan tanya bila nak balik," katanya. Selagi ada kudrat, Muhammad Ammar akan terus membantu keluarga menjaga Muaz setakat yang termampu. "Cuma saya sudah mula fikir bagaimana masa depannya nanti. Siapa yang nak jaga adik jika saya tiada atau bila usianya semakin meningkat. "Moga yang baik-baik saja untuknya di kemudian hari dan syukur kerana ramai beri kata semangat selepas saya kongsi mengenai adik di TikTok. "Malah tak sangka akan tular kerana saja kongsi video untuk suka-suka," katanya yang bakal menamatkan pengajian setahun lagi dan menyimpan hasrat bergelar mutawif.
Ketepi malu cari rezeki nyanyi 'busking'
1,729,033,264
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144732/ketepi-malu-cari-rezeki-nyanyi-busking
Redzuan Muharam
368
2024-10-15 23:01:04
2024-10-16T07:01:04
Kuantan: "Malu itu memang ada kerana kena menyanyi depan orang ramai dalam keadaan diri ada kekurangan. "Tapi, saya teruskan juga kerana menyanyi di jalanan (busking) punca rezeki saya buat masa ini." Itu kata Nik Muhammad Noor Ameerul Khushairie, 29, mengenai kisahnya yang dilahirkan sumbing, namun berusaha mencari pendapatan dengan menjadi penyanyi jalanan di sekitar bandar ini. Bapa tiga anak menetap di Tanjung Lumpur, dekat sini, berkata, pekerjaan itu dilakukan sepenuh masa sejak akhir 2021. Katanya, dia dilakukan kerana minat menyanyi dan waktu kerja fleksibel yang membolehkannya menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga berbanding bekerja tetap. "Sebelum ini, bermacam pekerjaan pernah saya lakukan termaduk kerja sebagai tukang cuci di Singapura. "Lebih dua tahun juga saya bekerja di sana dan berhenti disebabkan pandemik Covid-19. "Pulang ke tanah air, saya bersama rakan tubuhkan kumpulan busker dan idea itu datang spontan saja kerana saya pun minat menyanyi. "Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan undangan nyanyian dan kumpulan itu masih ada sampai sekarang walaupun ada yang sudah keluar cuma bukan selalu kami bersama kerana jika di pasar malam misalnya saya akan bergerak solo," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Nik Muhammad Noor berkata, rutin kerjanya bergantung kepada tawaran menyanyi di sesuatu tempat, namun lazimnya empat hari dalam seminggu. Berkongsi pengalaman membuat persembahan pula, Nik Muhammad Noor berkata, sejak sekolah dia memang suka menyanyi dan pernah menyertai pertandingan nasyid, jadi pengalaman itu banyak membantu. "Tapi, jujurnya saya ambil masa dua hingga tiga tahun juga nak sesuaikan diri dengan dunia pemuzik jalanan kerana ada cabarannya termasuk cuaca kerana ada masanya panas, kadangkala hujan. "Itu belum lagi nak hadap segelintir orang yang pertikaikan dan kecam, bukan waktu buat persembahan, tetapi di media sosial. "Orang itu tahu saya boleh menyanyi, tapi cuma menidakkan fakta dengan kata saya nyanyi sengau, tak betul dan sentuh bab fizikal kerana saya sumbing. "Tipu kalau kata tak tersinggung langsung dengan kata-kata mereka kerana sedar itu kekurangan saya, tapi lama-kelamaan sudah lali sampai tak ampil peduli dengan hinaan dilemparkan. "Apa yang penting, saya bersyukur kerana masih boleh bertahan selama tiga sebagai penyanyi jalanan dan boleh meraih paling tinggi RM400 dalam semalam serta anggaran RM8,000 sebulan," katanya.Berhubung perkongsiannya di TikTok, Nik Muhammad Noor mengakui awalnya tidak berani berkongsi videonya menyanyi di platform berkenaan.
Gergasi sudah kembali!
1,729,030,826
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144714/gergasi-sudah-kembali
Syafil Syazwan Jefri
721
2024-10-15 22:20:26
2024-10-16T06:20:26
"KE tepi! Ke tepi! Gergasi sudah kembali!".Lebih tiga dekad memperkasakan jenama KRU, kumpulan yang dianggotai trio adik beradik, Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim hadir dengan deretan karya hebat dan menambat hati jutaan peminat. Sebut saja karya-karya hebat mereka antaranya Awas!, Ohh! La! La!, Apa Saja, Fanatik, Jangan Lafazkan dan banyak lagi, tentunya KRU yang pernah mencipta fenomena ini akan mengisi bayangan memori mereka yang membesar di era 1990-an hingga 2000-an. Kini, tiga beradik ini kembali bersatu selepas mengumumkan mengenai persaraan mereka beberapa tahun lalu dan bakal hadir dengan buah tangan terbaru, namun kekal dengan DNA asal mereka. "Ini satu hari yang bersejarah dan kami harap satu detik terbaik untuk peminat juga. Kami ada sebuah album yang akan dihasilkan berjudul Kaset, memuatkan 10 lagu yang akan turut diadakan konsert bersiri yang akan berlangsung pada tahun depan," kata Norman. Menurut Norman, kehadiran album baharu ini umpama jawapan buat persoalan yang sering diajukan peminat kepadanya di media sosial. "Setiap kali saya muat naik hantaran di media sosial, orang akan tanya bila KRU nak keluarkan lagu baharu. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, adakah mereka lupa yang kami dah umumkan persaraan kami. "Tapi, Alhamdulillah, atas harapan mereka juga kami rasa kena buat dan saya rasa bukan hanya kami nak buktikan apa-apa. Kalau dapat tarik sokongan peminat baharu, Alhamdulillah," katanya. Berkongsi mengenai penghasilan album Kaset itu, Norman berkata, kali ini, semuanya dilakukan secara kerjasama bertiga. "Dari sudut penulisan lagu, kami buat secara bersama mungkin pada lima hingga enam tahun pertama KRU saja. Selepas itu, Edry ada bahagian dia, saya ada bahagian saya dan Yusry ada bahagian dia. "Jadi, masing-masing buat bahagian sendiri dan kadang-kadang, kita tahu lagu muzik itu muzik siapa. Jadi, yang berbeza dalam album baharu ini, kami buat semuanya bersama. "Malah, bahagian rap saya pun, mereka betulkan. Kalau tak, mereka tak pernah nak ajar saya rap. Jadi, perkataan atau cara penyampaian rap itu, semuanya hasil kerjasama yang lebih mantap berbanding sebelum ini," katanya. Bagi Yusry, keutamaan adalah untuk mereka sendiri menaruh kepercayaan dan jatuh cinta dengan karya yang dihasilkan sebelum diperdengarkan kepada peminat. "Pertama sekali, kami buat lagu untuk kami sendiri. Kami kena betul-betul percaya dengan karya itu dan tak boleh berpura-pura sukakan lagu itu sedangkan kami tak suka. "Kedua, untuk peminat KRU yang sedia ada, yang dah lama. Manakala, untuk peminat baharu, itu semua bonus buat kami. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Kami takkan keluarkan lagu untuk sesuaikan dengan zaman sekarang. Tak boleh. Ia takkan berhasil," katanya. Bagi Edry selaku penerbit, kerjasama ketiga-tiga mereka menjadi elemen penting dalam melengkapkan karya seni ini. "Kami memang bersetuju untuk saya terbitkan album ini, tetapi dari sudut lagi, saya sendiri juga sedar untuk kami kembalikan 'trademark' bunyi KRU itu, kami perlukan elemen Yusry dan Norman juga. Masing-masing ada identiti sendiri, tetapi, apa yang peminat gemari adalah bunyi bertiga itu. "KRU ini tiada formula. KRU punya lagu, kalau dimainkan tiga saat saja pun orang dah tahu itu lagu KRU. Dengan pengaruh hip hop Norman, Yusry dengan pop R&B dan saya lagu-lagu yang berat sikit, bunyi itu menjadi bunyi KRU. "Band lain tak boleh ambil bunyi itu sebab nanti orang akan cakap, mereka kedengaran seperti KRU. Jadi, cabaran dia adalah untuk bekerjasama dengan adik beradik yang dah sekian lama tak bekerjasama. Tapi, bagi saya secara peribadi, saya terbuka," katanya. Kompromi, tolak ansur dan ketepikan ego masing-masing menjadi tunjang utama buat ketiga-tiga mereka. "Apa pendapat mereka mengenai demo saya dan saya pun dengar pandangan mereka juga. Kelebihan kami selepas melalui pelbagai peringkat dan pengalaman, kami lebih terbuka sekarang. Mungkin dulu, darah muda, kamu mahu ikut cara kamu, kan? "Tapi, apa yang kami sedar dan bina bersama jenama KRU itu, dulu kami mencari arah untuk bawa karier ini ke mana. Tapi, apabila kami dah rehatkan sebentar jenama itu, kembali bersama dan kami kena buat semua seni bunyi itu. "Saya tak boleh lakukannya secara individu, kami kena buat bersama. Jadi, kompromi itu agak terbuka sekarang. "Dulu, kami bermula begitu, duduk dalam satu bilik bertiga. Itu magis yang kami rindukan kerana dah tak perlu ego masing-masing dan cara sendiri. Apa yang saya dengar daripada demo yang dihasilkan, bunyi KRU itu bakal dikeluarkan bermula 20 November ini," katanya. Tidak mustahil sekiranya muzik yang dibawakan KRU akan dapat mencuri perhatian peminat generasi baharu memandangkan nama dan sentuhan muzik mereka masih relevan sehingga ke hari ini.
Gergasi sudah kembali!
1,729,030,826
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144714/gergasi-sudah-kembali
Syafil Syazwan Jefri
721
2024-10-15 22:20:26
2024-10-16T06:20:26
"KE tepi! Ke tepi! Gergasi sudah kembali!".Lebih tiga dekad memperkasakan jenama KRU, kumpulan yang dianggotai trio adik beradik, Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim hadir dengan deretan karya hebat dan menambat hati jutaan peminat. Sebut saja karya-karya hebat mereka antaranya Awas!, Ohh! La! La!, Apa Saja, Fanatik, Jangan Lafazkan dan banyak lagi, tentunya KRU yang pernah mencipta fenomena ini akan mengisi bayangan memori mereka yang membesar di era 1990-an hingga 2000-an. Kini, tiga beradik ini kembali bersatu selepas mengumumkan mengenai persaraan mereka beberapa tahun lalu dan bakal hadir dengan buah tangan terbaru, namun kekal dengan DNA asal mereka. "Ini satu hari yang bersejarah dan kami harap satu detik terbaik untuk peminat juga. Kami ada sebuah album yang akan dihasilkan berjudul Kaset, memuatkan 10 lagu yang akan turut diadakan konsert bersiri yang akan berlangsung pada tahun depan," kata Norman. Menurut Norman, kehadiran album baharu ini umpama jawapan buat persoalan yang sering diajukan peminat kepadanya di media sosial. "Setiap kali saya muat naik hantaran di media sosial, orang akan tanya bila KRU nak keluarkan lagu baharu. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, adakah mereka lupa yang kami dah umumkan persaraan kami. "Tapi, Alhamdulillah, atas harapan mereka juga kami rasa kena buat dan saya rasa bukan hanya kami nak buktikan apa-apa. Kalau dapat tarik sokongan peminat baharu, Alhamdulillah," katanya. Berkongsi mengenai penghasilan album Kaset itu, Norman berkata, kali ini, semuanya dilakukan secara kerjasama bertiga. "Dari sudut penulisan lagu, kami buat secara bersama mungkin pada lima hingga enam tahun pertama KRU saja. Selepas itu, Edry ada bahagian dia, saya ada bahagian saya dan Yusry ada bahagian dia. "Jadi, masing-masing buat bahagian sendiri dan kadang-kadang, kita tahu lagu muzik itu muzik siapa. Jadi, yang berbeza dalam album baharu ini, kami buat semuanya bersama. "Malah, bahagian rap saya pun, mereka betulkan. Kalau tak, mereka tak pernah nak ajar saya rap. Jadi, perkataan atau cara penyampaian rap itu, semuanya hasil kerjasama yang lebih mantap berbanding sebelum ini," katanya. Bagi Yusry, keutamaan adalah untuk mereka sendiri menaruh kepercayaan dan jatuh cinta dengan karya yang dihasilkan sebelum diperdengarkan kepada peminat. "Pertama sekali, kami buat lagu untuk kami sendiri. Kami kena betul-betul percaya dengan karya itu dan tak boleh berpura-pura sukakan lagu itu sedangkan kami tak suka. "Kedua, untuk peminat KRU yang sedia ada, yang dah lama. Manakala, untuk peminat baharu, itu semua bonus buat kami. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Kami takkan keluarkan lagu untuk sesuaikan dengan zaman sekarang. Tak boleh. Ia takkan berhasil," katanya. Bagi Edry selaku penerbit, kerjasama ketiga-tiga mereka menjadi elemen penting dalam melengkapkan karya seni ini. "Kami memang bersetuju untuk saya terbitkan album ini, tetapi dari sudut lagi, saya sendiri juga sedar untuk kami kembalikan 'trademark' bunyi KRU itu, kami perlukan elemen Yusry dan Norman juga. Masing-masing ada identiti sendiri, tetapi, apa yang peminat gemari adalah bunyi bertiga itu. "KRU ini tiada formula. KRU punya lagu, kalau dimainkan tiga saat saja pun orang dah tahu itu lagu KRU. Dengan pengaruh hip hop Norman, Yusry dengan pop R&B dan saya lagu-lagu yang berat sikit, bunyi itu menjadi bunyi KRU. "Band lain tak boleh ambil bunyi itu sebab nanti orang akan cakap, mereka kedengaran seperti KRU. Jadi, cabaran dia adalah untuk bekerjasama dengan adik beradik yang dah sekian lama tak bekerjasama. Tapi, bagi saya secara peribadi, saya terbuka," katanya. Kompromi, tolak ansur dan ketepikan ego masing-masing menjadi tunjang utama buat ketiga-tiga mereka. "Apa pendapat mereka mengenai demo saya dan saya pun dengar pandangan mereka juga. Kelebihan kami selepas melalui pelbagai peringkat dan pengalaman, kami lebih terbuka sekarang. Mungkin dulu, darah muda, kamu mahu ikut cara kamu, kan? "Tapi, apa yang kami sedar dan bina bersama jenama KRU itu, dulu kami mencari arah untuk bawa karier ini ke mana. Tapi, apabila kami dah rehatkan sebentar jenama itu, kembali bersama dan kami kena buat semua seni bunyi itu. "Saya tak boleh lakukannya secara individu, kami kena buat bersama. Jadi, kompromi itu agak terbuka sekarang. "Dulu, kami bermula begitu, duduk dalam satu bilik bertiga. Itu magis yang kami rindukan kerana dah tak perlu ego masing-masing dan cara sendiri. Apa yang saya dengar daripada demo yang dihasilkan, bunyi KRU itu bakal dikeluarkan bermula 20 November ini," katanya. Tidak mustahil sekiranya muzik yang dibawakan KRU akan dapat mencuri perhatian peminat generasi baharu memandangkan nama dan sentuhan muzik mereka masih relevan sehingga ke hari ini.
Nur Nasuha duduki ujian khas MRSM esok
1,728,988,958
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144634/nur-nasuha-duduki-ujian-khas-mrsm-esok
Nor Amalina Alias
344
2024-10-15 10:42:38
2024-10-15T18:42:38
Bachok: Kisah sedih murid cemerlang yang tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana kemiskinan keluarga mendapat perhatian segera daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).Kisah murid itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik hantaran mengenai Nur Nasuha Nusi, 12, di laman Facebook (FB) beliau kurang dua jam berita kanak-kanak itu dipaparkan media.Dalam hantaran itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai untuk berhubung dengan ibu bapa murid itu dan menguruskan pengangkutan untuk Nur Nasuha menduduki Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM). Beliau berkata, dia sering menyebutkan banyak kali supaya tidak menjadikan kemiskinan atau kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menyambung pengajian. "MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu supaya tiada murid cemerlang yang tercicir. "Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini," tulisnya. Asyraf Wajdi turut memaklumkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA akan memberi tarikh baru UKKM kepada calon yang memohon penukaran tarikh ujian atas pelbagai sebab yang akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini. Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38 ketika dihubungi mengucapkan berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf Wajdi dan pihak MARA berkenaan kisah anak keduanya itu. Katanya, dia sudah dihubungi pihak guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anaknya menduduki ujian UKKM, esok. Katanya, selain tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada keluarganya."Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar nak menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami," katanya.Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu. Keadaan kesihatan bapanya, menyebabkan dia dan empat adik beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31 yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai sebuah motosikal serta sering terputus bekalan makanan.
'Dah cerai tak semesti kena ada konflik' - Fazley 
1,728,981,013
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144574/dah-cerai-tak-semesti-kena-ada-konflik-fazley%C2%A0
Syafil Syazwan Jefri
290
2024-10-15 08:30:13
2024-10-15T16:30:13
Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob masih lagi melakukan aktiviti kebiasaan keluarganya seperti mana yang dilakukan sepanjang 18 tahun bersama bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz walaupun sudah bercerai. Fazley, 46, berkata, perceraian itu tidak bermakna mereka harus melalui fasa konflik kerana ia berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak. "Saya, Azrene dan anak-anak sangat okay. Tak ada masalah. Bahkan, kalau kalian tengok hantaran di Instagram saya semalam, kelmarin, seperti biasa saja kan. "Kami keluar makan, pergi melawat Azrene, kemudian kami keluar tengok wayang. Semua itu masih macam biasa. "Walaupun kami berpisah dalam akad, dan tak ada lagi perkataan yang melambangkan kami ini suami isteri, tapi, hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama," katanya kepada Harian Metro. Tambah Fazley, penceraian juga tidak bererti hubungan kekeluargaan akan musnah dan tidak mahu anak-anak menderita. "Anak-anak juga tidak ada rasa apa-apa kekangan dalam hubungan saya dan Azrene. "Hubungan kami anak beranak masih sama, 'group' WhatsApp kami masih sama, nak jumpa pun masih sama, pergi makan pun di tempat yang sama. "Yang membezakan kehidupan kami sekarang adalah perhubungan yang tidak lagi berlandaskan hubungan suami isteri. "Saya percaya, perceraian itu tak bermakna berakhir sebuah kasih sayang dan berakhir hubungan kekeluargaan dan tidak bermakna anak-anak perlu menderita," katanya. Fazley juga berpegang dengan kata-kata yang menjadi pembakar semangat buat mereka sekeluarga. "Pada saya, ungkapan yang boleh saya kongsikan, yang saya, Azrene dan anak-anak saya jadikan pegangan tidak semua yang pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu. "Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak semua memahami dan menghormati," katanya. Fazley bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan punca penceraian mereka. Rumah tangga Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.
'Kasut itu hadiah daripada syurga saya, janji gembira' - Muhammad Arman
1,728,976,336
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144536/kasut-itu-hadiah-daripada-syurga-saya-janji-gembira-muhammad-arman
Noor Hidayah Tanzizi
537
2024-10-15 07:12:16
2024-10-15T15:12:16
Bangi: "Itu hadiah daripada mak, syurga saya dan saya tahu kasut itu bukan asli tapi tak mengapalah. Saya tidak kisah sebab tahu harga kasut 'ori' (asli) mahal lalu minta mak belikan menyamai jenama itu," kata Muhammad Arman Mohd Khairi. Muhammad Arman, 11, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya berjoging sambil menunjukkan kasut 'baru' pemberian ibunya, Puspa Diyana Hussin, 40, yang meraih 3.3 juta tontonan. Kanak-kanak terbabit berkongsi kegembiraan menerima kasut berkenaan sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober lalu. Bagaimanapun, keterujaan Muhammad Arman mengayakan kasut itu tidak bertahan lama apabila netizen mengesan ia adalah kasut tiruan dan meminta kanak-kanak terbabit mendedahkan harga sebenar. Berkongsi kisahnya, Muhammad Arman berkata, dia sangat meminati model kasut jenama itu, namun menyedari harganya terlalu mahal lalu meminta hadiah seakan kasut sama kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya."Saya beritahu mak mahu kasut itu dan cakap cari yang seakan sama kerana harganya mahal sangat. Saya tak kisah kasut itu asli atau tidak, janji saya dapat model seperti itu. "Mak belikan kasut itu dalam talian dan harganya tidak sampai RM80. Saya rasa gembira sehingga melompat apabila dapat 'kasut' itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Katanya, dia bersyukur dengan hadiah diberikan ibu dan bapanya, Mohd Khairi Othman, 41, malah akan selalu menhargainya kerana sangat bermakna kepadanya. "Setiap kali hari jadi, mak selalu beri hadiah seperti baju, beg dan dompet atau belanja makan. Semua hadiah diberikan tidaklah mahal, tetapi saya tetap menghargainya kerana ia pemberian mak, syurga saya."Sebab itu saya buat video di TikTok untuk menghargai hadiah itu dengan mengikut trend (buat-buat barang jatuh, tunjuk kasut), tetapi tak sangka pula dapat perhatian, malah ada yang salah sangka cakap saya nak menunjuk kasut tiruan, ada suruh saya beritahu harga kasut itu. "Terasa juga hati baca komen, tetapi saya sabar sahaja dan tak sangka ada rezeki lain apabila ramai yang memberi sokongan serta mahu hadiahkan saya kasut, malah stesen radio belikan kasut untuk saya dan keluarga," katanya. Sementara itu, Puspa Diyana berkata, dia terkejut apabila perkongsian anak kedua daripada tiga beradik mendapat perhatian dan menerima kecaman, namun mengakui dia dan keluarga memaafkan individu terbabit.Menurutnya, perkongsian Muhammad Arman juga bukan untuk meraih simpati atau mengambil kesempatan, sebaliknya hanya kandungan video biasa untuk akaun sosial anaknya.Katanya, dia tetap berterima kasih kepada semua pihak kerana memberi sokongan dan menghadiahkan kasut kepada anaknya. "Apabila video Arman dikecam, dia rasa 'down' dan tunjuk kepada saya semua komen. Saya minta dia bersabar kerana perkara seperti itu adalah biasa jika di media sosial. Dia yang sedih kemudiannya terus tidur. "Saya juga ada tinggalkan komen untuk menerangkan isu itu dan sejujurnya memang komen agak menguris hati hingga buat saya sedih tetapi kami maafkan, malah ada yang kecam pun, mesej kami minta maaf," katanya. Katanya, Muhammad Arman disifatkan seorang anak sangat memahami, ringan tulang, suka membantu, disenangi ramai dan pandai menghargai pemberian orang. "Ini kali pertama Arman minta hadiah kerana dia sangat suka kasut itu dan saya belikan juga walaupun bukan asli kerana tidak mahu berasa ralat. "Kalau nak beli kasut asli boleh... cuma kena simpan wang kerana kalau beli terus ketika itu, macam mana dengan keperluan lain kerana harga kasut itu mahal," katanya yang juga suri rumah dan mengambil tempahan memasak, manakala suami adalah pekerja penyelenggaraan sebuah hotel.
Fazley dah cerai beberapa bulan lalu
1,728,974,920
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144527/fazley-dah-cerai-beberapa-bulan-lalu
Syafil Syazwan Jefri
141
2024-10-15 06:48:40
2024-10-15T14:48:40
Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu. Fazley dalam satu kenyataan berkata, dia berharap dengan pengumuman ini akan menutup kekeliruan masyarakat mengenai rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu itu. "Semoga dengan adanya berita ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini," katanya. Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan bila tarikh mereka bercerai, namun berkongsi bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh edah beberapa minggu lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini berkata, hubungan dia dan Azrene masih lagi baik seperti mana ketika mereka mula-mula berkenalan dulu. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.Fazley turut memaklumkan keempat-empat anak mereka itu adalah atas jagaan bersama.
11 laluan utama di Kuala Lumpur dinaiki air
1,728,969,738
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144475/11-laluan-utama-di-kuala-lumpur-dinaiki-air
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
286
2024-10-15 05:22:18
2024-10-15T13:22:18
Kuala Lumpur: Taburan hujan lebat sehingga 114 milimeter (mm) sejam mengakibatkan 11 laluan di sekitar ibu negara, di sini dinaiki air hari ini.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, hujan lebat bermula 8.30 pagi mengakibatkan limpahan air terutama di Sungai Batu,Sungai Klang, dan Sungai Gombak."Kawasan yang terjejas adalah Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato' Onn), Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Travers, Jalan Damansara (Bawah jejambat Semantan), Jalan Ledang dan Jalan Segambut."Turut terjejas, Jalan Genting Klang (berhadapan Shell) Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street)," menurut kenyataan hari ini. Dalam kenyataan sama DBKL berkata, kejadian banjir itu berpunca berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 mm sejam.Katanya, bacaan taburan hujan di stesen pusat bandar mencatatkan bacaan melebihi 114 mm."Petugas DBKL turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal. "Kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik. "Setakat 10.45 pagi, semua laluan utama di pusat bandar telah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala," katanya. Menurutnya, dua buah pam statik diaktifkan di Jalan Sultan Azlan Shah dan tiga buah pam mudah alih diatur gerak bagi mengepam air air bertakung. Katanya, keadaan kembali beroperasi seperti biasa tidak lama kemudian susulan tindakan proaktif pihak DBKL.Berdasarkan tindakan diambil DBKL, majoriti kawasan yang terlibat dapat dikawal dan air yang bertakung surut dalam tempoh 30 minit."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya," katanya.Banjir kilat turut landa UMTaburan hujan tinggi lebih 60 mm punca Kuala Lumpur banjirAmaran ribut petir di 8 negeri, KL, Putrajaya hari iniMurid taska cemas, bilik darjah dilanda banjirTanah runtuh 30 meter cemaskan pendudukHujan lebat, banjir kilat, sidang Parlimen mula lewat
Pemandu wanita didakwa bunuh 3 penuntut UiTM Dungun
1,728,964,944
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144433/pemandu-wanita-didakwa-bunuh-3-penuntut-uitm-dungun
Zatul Iffah Zolkiply
232
2024-10-15 04:02:24
2024-10-15T12:02:24
Dungun: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, 9 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.Tertuduh, Norizan Ismail ,49, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan dih adapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM di sini, jam 7.35 malam pada 9 Oktober lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahanMahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah dan Nur AzhaniAzman manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.Selain itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga anak itu akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.Media sebelum ini melaporkan tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.Dalam kejadian itu, tiga penuntut itu meninggal dunia d ilokasi kejadian manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera pada anggota badan.
'Badan sakit cuci lumpur!'
1,728,964,825
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144431/badan-sakit-cuci-lumpur
Safuri Kamarudin
358
2024-10-15 04:00:25
2024-10-15T12:00:25
Baling: "Balik dari PPS (Pusat Pemindahan Sementara), saya cuci rumah bila tengok cuaca agak cerah tapi malang selepas bersih di ruang tamu tiba-tiba hujan. Tak sempat nak kering terpaksa berpindah semula ke PPS petang semalam (kelmarin)," kata Nuridah Setu, 48, dari Kampung Batu 8, Mukim Siong, dekat sini.Nuridah berkata, kediamannya sekali lagi dilanda banjir malam kelmarin menyebabkan dia sekeluarga berpindah semula ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari.Menurutnya, banjir kali ini paling buruk hanya selang sehari berlaku banjir dengan lumpur penuh di dalam serta becak keliling kawasan rumah."Saya tak daya lagi kalau sering dilanda banjir sehingga badan sakit dan demam. Baru cuci sekejap banjir melanda lagi," katanya.Nuridah dan suaminya, Mohd Zaimi Md Zaki, 47, berkata malam kelmarin air naik lebih tinggi berserta selut dan menyukarkan untuk membersihnya."Air naik sehingga satu meter dan banyak barangan tidak sempat untuk diselamatkan kerana terlalu letih," katanya.Seorang lagi mangsa banjir, Zaliza Salleh, 39, dari Kampung Pantai Lubuk Pedati, berkata air naik jam 5 pagi menyebabkan dia berpindah ke PPS Kompleks Rakan Muda, Batu 42 tengah hari kelmarin.Katanya, dia pertama kali berpindah ke PPS kerana sebelum ini air masuk ke rumah tidak seteruk kelmarin kerana air mencecah hampir satu meter."Kami keluar cepat-cepat takut terperangkap kerana arus Sungai Ketil semakin deras."Banyak barangan dan perabot tidak sempat di selamatkan kerana tidak menyangka banjir berlaku dengan teruk kali ini."Biasanya air naik paras lantai sahaja tetapi kali ini paling teruk pernah saya alami," katanya.Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata seramai 867 mangsa banjir daripada 309 keluarga masih berada di sembilan PPS setakat tengah hari semalam.Katanya, hujan lebat berterusan selama empat jam malam kelmarin menyebabkan pertambahan mangsa yang berpindah ke PPS "Hujan lebat selama empat jam sejak jam 7 malam menyebabkan air Sungai Ketil terus melimpah ke penempatan penduduk."Kebanyakan mangsa yang dipindahkan tinggal berdekatan tebing sungai," katanya.Beliau berkata, semua mangsa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Maktab Mahmud Bongor, Surau Kampung Lahar, Dewan Tun Abdul Razak Baling (lama), Dewan Tun Abdul Razak (baru), Kompleks Rakan Muda, Batu 42 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Seng York.
Pemandu wanita sebabkan 3 penuntut UiTM Dungun maut didakwa hari ini
1,728,960,822
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144409/pemandu-wanita-sebabkan-3-penuntut-uitm-dungun-maut-didakwa-hari-ini
Zatul Iffah Zolkiply
110
2024-10-15 02:53:42
2024-10-15T10:53:42
Dungun: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang lagi cedera pada 9 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.Pemandu wanita berusia 49 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Dungun pada 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.Turut kelihatan, suami dan beberapa ahli keluarga wanita itu yang hadir bagi mengikuti prosiding pada hari ini.Sebelum ini, wanita itu direman selama empat hari sehingga Ahad lalu (kelmarin) namun, perintah reman terhadapnya disambung dua hari lagi hingga hari ini.Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.
RM1.287 juta kos perkukuh benteng
1,728,946,857
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144368/rm1287-juta-kos-perkukuh-benteng
Amirul Aiman Hamsuddin
378
2024-10-14 23:00:57
2024-10-15T07:00:57
Sekinchan: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sudah melaksanakan projek kawalan hakisan dan memperkukuh benteng di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, di sini, dengan kos RM1.287 juta.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Selangor, Izham Hashim berkata, projek itu sudah bermula pada 20 Jun lalu dan dijangka siap 20 Mei tahun depan."Projek itu adalah penambahbaikan membabitkan struktur pengukuhan benteng pantai (rock revetment) sepanjang 18 meter."Sebelum ini, JPS sudah membina tembok konkrit sepanjang 25 meter di tapak sedia ada sejak 2016 dengan kos sebanyak RM 20,000 dan projek kawalan hakisan ini adalah inisiatif tambahan diambil untuk mengatasi banjir kilat akibat air pasang besar," katanya kepada Harian Metro.Semalam Harian Metro melaporkan keluhan peniaga di kawasan pelancongan Pantai Batu 23, Sungai Nibong, di sini yang terpaksa berdepan banjir kilat akibat fenomena air pasang besar saban tahun.Bukan sahaja terpaksa menutup premis, malah kawasan persekitaran juga turut dipenuhi lumpur dan sampah sarap apabila banjir surut.Difahamkan, kawasan pelancongan itu terdedah kepada risiko fenomena air pasang besar sehingga lima kali setahun.Izham turut mengingatkan peniaga dan penduduk di kawasan terbabit supaya berwaspada dan peka dengan fenomena air pasang besar, khususnya yang akan berlaku pada 17 hingga 20 Oktober ini."Pihak berwajib akan sentiasa memantau dan memberi makluman awal kepada anggota masyarakat," katanya.Dalam perkembangan sama, Izham memaklumkan Kerajaan Negeri sudah selesai melaksanakan Kajian Keberkesanan Benteng Pantai Selangor Ke Atas Perubahan Aras Laut pada tahun lalu."Kajian ini dibuat bagi menilai keutuhan benteng pantai sedia ada di sepanjang garis pantai yang dikenal pasti di Selangor dan merangka pelan induk yang komprehensif dan bersepadu bagi pengurusan fenomena banjir pantai."Berdasarkan kajian itu, Selangor mempunyai panjang pantai sepanjang 492.1 kilometer yang meliputi lima daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang."Daripada keseluruhan pantai tersebut, sepanjang 198.87 kilometer telah dilindungi dengan ban pantai dengan perincian Sabak Bernam (59.22 kilometer), Kuala Selangor (60.44 kilometer), Klang (58.82 kilometer), Kuala Langat (12.55 kilometer) dan Sepang (7.84 kilometer)," katanya.Bagaimanapun, katanya, terdapat jajaran pantai yang memerlukan kerja-kerja menaiktaraf dan pembinaan ban baru."Berdasarkan anggaran awal, kos yang diperlukan bagi menaiktaraf keseluruhan jajaran di Selangor adalah sebanyak RM292 juta yang mana terdapat jajaran yang memerlukan pembaikan segera dan terdapat jajaran yang perlu dinaiktaraf sebagai penyelesaian jangka masa panjang," katanya.Sebarang masalah di kawasan anda boleh dikongsi ke e-mel ke Suara Anda, Kami Dengar di am@hmetro.com.my
'Penyelamat' di bulan penting
1,728,946,838
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144366/penyelamat-di-bulan-penting
Noor Hidayah Tanzizi
709
2024-10-14 23:00:38
2024-10-15T07:00:38
Kuala Lumpur: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 diperuntukkan kerajaan bagi lima juta murid dan pelajar memberi peluang kepada ibu bapa menyediakan keperluan sekolah lebih baik dan serba lengkap kepada anak. Bantuan berkenaan, sekali gus melegakan ibu bapa apabila ia meringankan beban dalam menyediakan keperluan sesi baharu terutama ketika peningkatan kos sara hidup ketika ini. Malah, BAP juga disifatkan 'penyelamat' terutama ketika sambutan Ramadan dan Aidilfitri lalu hampir sama dengan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun ini. Kakitangan swasta, Norzilawati Md Said, 41, berkata, dia menghargai inisiatif kerajaan yang disifatkan adil dalam membantu semua golongan ibu bapa untuk menyediakan keperluan persekolahan anak bagi sesi persekolahan baharu. Menurutnya, dia mempunyai tiga anak berusia antara enam hingga 12 tahun dengan dua daripadanya sedang bersekolah dan mengakui dirinya memerlukan belanja yang agak besar untuk keperluan persekolahan. "Seorang anak memerlukan RM500 untuk barang kelengkapan termasuk yuran serta buku bagi sekolah pagi dan petang (sekolah agama), jadi bantuan ini dapat meringankan beban kami. "Bantuan ini memberi peluang kepada ibu bapa membeli barangan baharu seperti kasut sekolah yang biasanya memang perlu digantikan setiap tahun selain beg dan baju seragam," katanya. Katanya, biarpun jumlah bantuan disalurkan tidak dapat menampung keseluruhan kos perbelanjaan, namun ia tetap memberi kesan baik kepada perancangan perbelanjaan keluarga, malah memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama yang mempunya anak lebih ramai. "Wang bantuan diterima sangat membantu walaupun ia tidak dapat menampung semua tetapi boleh mengurangkan kos belanja membeli kelengkapan persekolahan baharu. "Mungkin RM150 dilihat jumlah agak sedikit, tetapi untuk anak yang ramai ia memberi impak yang besar, malah saya yang mempunyai dua anak bersekolah rasa BAP sangat meringankan beban kami," katanya. Menurut Norzilawati, bantuan berkenaan juga menunjukkan komitmen kerajaan membantu rakyat segenap lapisan apabila semua pelajar dan murid layak menerima bantuan itu. "Insiatif seperti ini bagus dan perlu diteruskan untuk memberi manfaat kepada rakyat kerana sebelum ini ada bantuan tertumpu kepada golongan B40 sahaja, tetapi BAP diberikan kepada setiap murid dan pelajar," katanya. Jurutera, Nur Ainni Ramli, 36, berkata, ini kali pertama dia menerima bantuan berkenaan dan mengakui menarik nafas lega apabila ia mengurangkan kos persediaan anak ke sekolah terutama apabila pembukaan sesi baharu lalu hampir dengan sambutan Aidilfitri. Katanya, bantuan itu juga dapat memastikan barangan keperluan untuk persediaan persekolahan anak mencukupi, malah ia turut membantu persediaan mental dan emosi anak untuk menghadapi sesi pembelajaran. "Pemberian bantuan ini bantu tampung kos perbelanjaan persediaan kemasukan sekolah kerana bulan itu juga (pembukaan sesi persekolahan) memerlukan perbelanjaan untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri. "Justeru, ia membantu kami merancang perbelanjaan lebih baik menggunakan bantuan itu sebagai wang tambahan untuk fokus kepada persediaan kelengkapan persekolahan anak," katanya. Ibu tiga anak itu berkata, persediaan kelengkapan persekolahan yang lebih baik memberi keyakinan kepadanya untuk membolehkan anaknya belajar dengan selesa di sekolah. "Justeru, bantuan ini sangat baik dan wajar diteruskan bagi membantu ibu bapa setiap golongan dalam menghadapi kos perbelanjaan yang semakin meningkat. "Bantuan ini menunjukkan bukti keprihatinan kerajaan meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan persediaan pembelajaran anak," katanya. Bagi Nur Azrin Ramli, 36, bantuan itu digunakan untuk membeli alat tulis, kasut dan beg baharu bagi kegunaan dua anaknya menggantikan barangan lama yang sudah tidak boleh digunakan tahun ini. Menurutnya, ia mengurangkan peruntukan keperluan persekolahan anak di mana wang yang disediakan untuk keperluan itu sebelum ini boleh digunakan untuk keperluan lain seperti wang belanja anak ke sekolah setiap hari. "Dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini, ia membantu ibu bapa dan bantuan diterima itu dimanfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak bagi memudahkan mereka belajar dalam suasana lebih kondusif di sekolah. "Untuk dua anak saya dapat BAP RM300. Walaupun jumlah itu tidak cukup terutama dalam keadaan harga barang semakin meningkat, tetapi saya buat survei di beberapa kedai dan dengan bajet itu saya dapat barangan yang dijual pada harga paling berpatutan namun berkualiti. "Sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pembelian buku sekolah dibayar dengan wang yang kami sudah peruntukkan untuk anak kerana ia lebih penting dan menjadi keutamaan, jadi BAP RM150 ini memang dimanfaatkan sepenuhnya untuk kelengkapan lain," katanya. Selain BAP, kerajaan juga komited untuk terus memberikan suasana lebih kondusif kepada murid dan pelajar di sekolah dengan sasaran 40 projek pembangunan semula bangunan daif sekolah yang diluluskan dapat disiapkan pada tahun ini. Peruntukan itu membabitkan RM582 juta dan sehingga kini RM257 juta sudah dibelanjakan untuk menaiktaraf 16 sekolah di seluruh negara setakat ini.
Marsha tak fikir lama
1,728,943,224
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144345/marsha-tak-fikir-lama
Ridzuan Abdul Rahman
480
2024-10-14 22:00:24
2024-10-15T06:00:24
PEMBABITAN Marsha Milan Londoh bukan hanya bertumpu dalam nyanyian, malah kini semakin mengharum sebagai juri program nyanyian.Terbaru, Marsha, 38, ditampilkan sebagai juri rancangan realiti terbaru, A Million Voice (AMV) bergandingan dengan dua nama besar dalam bidang nyanyian iaitu Datuk Awie dan Datuk Hattan yang menawarkan hadiah RM1 juta."Program AMV diterbitkan untuk lapan episod dan boleh dikatakan ia sesuatu yang segar untuk penonton kita. Sebelum ini saya pernah jadi juri Suara Viral musim kedua dan ketiga."Tak dinafikan ada juga persoalan kenapa saya dipilih? Tapi penerbit tentu ada alasan sendiri dalam pemilihan. Saya pun ada pengetahuan dalam muzik, belajar muzik."Saya rasa matlamat saya dan dua juri lain adalah sama, mencari pelapis yang boleh mewarnakan lagi industri kita," katanya.Pada masa sama, Marsha juga meluahkan kesyukuran kerana pemilihannya selaku juri program nyanyian diterima baik peminat."Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi netizen yang mempertikaikan pemilihan saya sebagai juri program nyanyian. Syukur saya masih selamat di mata netizen."Menjawab persoalan berkenaan bayaran, ia bukanlah terlalu tinggi melampau tetapi dikira munasabah dengan nama, pengalaman dan ilmu yang saya ada."Tidak ada (bayaran lumayan). Bayaran tahap episod biasa saja. Siapalah saya mahu mengenakan kadar bayaran yang terlalu tinggi. Bayaran Marsha Milan masih munasabah," katanya.Program AMV akan dihoskan oleh Joey Daud. Hadiah bernilai RM1 juta itu merangkumi sebuah kereta elektrik, kontrak rakaman album dan membuat persembahan dalam konsert roadshow selama tiga tahun."Sebaik ditawarkan jadi juri, saya tak fikir lama terus setuju. Dah tentu selain cari pelapis baharu untuk mewarnai industri, saya sendiri nak juga ada platform besar untuk karier."Saya pasti ramai yang tanya bagaimana cara bekerja dengan Datuk Hattan. Dia kalau bekerja lain karakternya, agak mesra. Saya agak rapat dengan dia"Manakala dengan Datuk Awie pula saya segan sikit sebab ini kali pertama saya bekerja sebagai juri bersamanya. Tapi insya-Allah kami boleh capai keserasian bila bekerjasama," katanya.Marsha yang juga aktif dalam lakonan kini tampil menerusi filem aksi Danum yang ditayangkan di pawagam bermula 10 Oktober.Ia berkisarkan berkenaan misteri Lembah Danum yang terletak di Sabah."Saya melakonkan watak sebagai anggota polis. Penggambarannya dah lama dibuat tapi baru ditayangkan. Watak saya memerlukan saya memegang pistol. Untuk babak menembak saja kena buat 20 kali."Memang kekok. Ada anggota polis yang pantau macam mana caranya untuk pegang pistol dengan betul. Ini antara filem yang buka mata saya kerana saya tak pernah bawa watak seperti itu."Apapun saya tak pinggirkan nyanyian dan akan rakam lagu baharu selepas ini. Ikutkan saya dah lama menyanyi cuma orang tak nampak. Sekarang orang dah terima saya sebagai penyanyi yang serius," katanya.Menurutnya, dia tidak akan mengecewakan peminat dan akan menghiburkan mereka dengan hasil karya yang bermutu."Banyak perancangan saya antaranya hasilkan sebuah album kompilasi lagu-lagu yang pernah saya keluarkan dibawah label baru saya Alternate Records."Ia termasuk tiga lagu versi Anugerah Juara Lagu iaitu Darah, Cinta dan Kembali Terang. Selepas itu baru saya siapkan album solo," katanya.
Reda suami 'pergi' selepas kehilangan bapa mentua
1,728,913,779
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144308/reda-suami-pergi-selepas-kehilangan-bapa-mentua
Zuliaty Zulkiffli
328
2024-10-14 13:49:39
2024-10-14T21:49:39
Sik: "Kami baru bersedih selepas kematian ayah mentua Selasa lalu, kini dia (suami) pula menyusul apabila meninggal dunia dihempap pokok semalam," kata Nurshuhada Ramli, 38. Nurshuhada adalah isteri kepada Mohd Rizal Aziz, 47, yang maut selepas dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya. Menurutnya, suaminya dalam perjalanan pulang dari rumah ibu mentuanya di Kampung Tanjung Besar untuk ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan syif malam. "Suami ketika itu pulang selepas menjaga ibunya (Umi Kalsom Man, 67) yang terlantar sakit akibat kencing manis dan buah pinggang. "Suami bergilir dengan dua adiknya yang lain sejak ibu mentua sakit dan minggu ini dia bekerja syif malam," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Tanjung Besar, di sini hari ini. Nurshuhada berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan suaminya dihempap pokok tumbang di lokasi kejadian pada 5.45 petang. Katanya, dia bergegas ke lokasi dengan memandu kereta seorang diri dari rumahnya di Kampung Bandar Hilir dan terkejut apabila mendapati jasad suaminya ditutup payung. "Bila dah tutup dengan payung, saya faham keadaannya memang dia sudah tiada dan hampir pengsan melihat jasadnya yang terbujur kaku. "Arwah suami yang menjadi tunjang dalam keluarga menyara saya dan tiga anak berusia dua tahun hingga 12 tahun selain menjaga ibunya yang sakit," katanya. Nurshuhada berkata, bagaimanapun mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya. Dia berkata, suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, di sini 2.30 petang hari ini. Sementara itu, adik arwah, Mohd Syukri Aziz, 46, berkata, kali terakhir dia menghubungi abang sulungnya itu pada 9 pagi semalam. Katanya, ketika itu dia berada di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk menguruskan bantuan bapa mereka yang meninggal dunia pada Selasa lalu. "Abang seorang yang penyayang dan kami pernah hidup susah sama-sama sejak kecil. "Bila dia dah tak ada ni, memang kami terasa sangat sampaikan adik perempuan bongsu pengsan sebaik mendengar berita mengenai abang," katanya. Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir.
Jakim perkenal empat modul rehabilitasi ahli GISBH
1,728,909,683
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144294/jakim-perkenal-empat-modul-rehabilitasi-ahli-gisbh
Skuad Khas Harian Metro
376
2024-10-14 12:41:23
2024-10-14T20:41:23
Kuala Lumpur: Empat modul dirangka dalam program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang akan dijalankan di 20 pusat rehabilitasi seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, modul itu membabitkan pemulihan akidah, latihan dan kemahiran, kenegaraan serta pendidikan dan kaunseling. "Satu pasukan dibentuk bukan saja membabitkan pasukan di peringkat persekutuan tetapi juga peringkat negeri untuk melaksanakan program pemulihan ahli GISBH. "Mereka yang menyertai program ini akan diberi bimbingan mengikut modul disediakan oleh setiap agensi terbabit mengikut bidang masing-masing," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah MKN, Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin; Timbalan Ketua Pengarah MKN (Keselamatan Strategik), Datuk Baharuddin Ahmad dan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dr Sopian Brahim. Mengulas lanjut, Dr Sirajuddin berkata, pemulihan peserta GISBH dinilai bergantung kepada penerimaan terhadap pemulihan yang dilaksanakan itu. "Tempoh yang kita anggarkan selama tiga bulan atau 90 hari yang kita laksanakan itu sudah memadai. "Namun begitu, tahap kesannya ada perbezaan antara seseorang dengan seorang yang lain. Jika memerlukan bimbingan lebih terperinci akan ada proses bimbingan susulan terhadap mereka," katanya. Ditanya mengenai adakah ahli GISBH di negeri belum difatwakan sesat boleh menyertai program rehabilitasi itu, Sirajuddin berkata, program ini terbuka kepada semua ahli yang mahu mendapatkan bimbingan. Kata beliau, ini adalah peluang dan ruang yang dibuka oleh kerajaan kepada mangsa yang mungkin sedar apa diamalkan sebelum ini menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. "Alhamdulillah sehingga hari ini, sudah ada tiga negeri yang telah menfatwakan bahawa GISBH menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ada beberapa negeri lagi masih dalam proses. "Bagi kami ia tidak menjadi halangan atau masalah, walaupun negeri itu belum fatwa sesat mereka boleh tampil untuk dapatkan pemulihan," katanya. Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan kepada mana-mana ahli yang mahu mendapatkan kebenaran mengenai pegangan diamalkan GISBH boleh tampil menyertai program. Katanya, ini bagi membolehkan mereka mendapat gambaran sebenar dan maklumat lanjut dalam meneruskan kehidupan. "Mereka yang berasa betul dan mahu mendapatkan kebenaran juga boleh hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut supaya mereka dapat meneruskan ajaran Islam sebenar," katanya. Program rehabilitasi yang dibangunkan oleh Jabatan Perdana Menteri menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Jakim itu bertujuan memberi bimbingan akidah dan kelangsungan hidup kepada ahli GISBH yang berdaftar.
Kerajaan wujudkan 20 pusat rehabilitasi untuk ahli GISBH
1,728,907,226
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144285/kerajaan-wujudkan-20-pusat-rehabilitasi-untuk-ahli-gisbh
Skuad Khas Harian Metro
454
2024-10-14 12:00:26
2024-10-14T20:00:26
Kuala Lumpur: Kerajaan mewujudkan 20 pusat rehabilitasi di seluruh negara bagi menempatkan ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk kanak-kanak yang memerlukan bimbingan dan sokongan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pusat yang akan dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu akan menyediakan program rehabilitasi selama 90 hari kepada ahli GISBH yang mendaftar secara sukarela. Timbalan Ketua Pengarah MKN (Keselamatan Strategik) Datuk Baharuddin Ahmad berkata, pihaknya diberi tanggungjawab mengendalikan program terbabit bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi berkaitan lain. "Kerajaan mengambil berat terhadap ahli GISBH yang memerlukan bimbingan akidah dan kelangsungan hidup selepas tindakan penguatkuasaan terhadap organisasi berkenaan. "Kumpulan ini yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak kecil tidak seharusnya disisihkan, tetapi mereka memerlukan bimbingan dan sokongan penuh kerajaan serta masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah MKN Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dr Sopian Brahim. Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, ahli GISBH terbabit akan menjalani program pemulihan daripada aspek akidah, syariah, pendidikan, kesihatan, kenegaraan dan latihan kemahiran secara komprehensif. Beliau berkata, peserta kemudian akan dinilai oleh pengarah di setiap pusat mengenai tahap pemulihan mereka sebelum menamatkan program. "Mereka yang terbabit program ini bukan dianggap sebagai pesalah, sebaliknya mereka adalah mangsa yang memerlukan bimbingan selaras prinsip ihsan Kerajaan Madani," katanya. Katanya, program rehabilitasi itu akan dilaksanakan secara berfasa di pusat latihan kerajaan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak, dengan peserta turut disediakan penginapan serta makan minum sepanjang program berlangsung. "Bagi ahli yang berkeluarga, kami tidak akan pisahkan dan akan berusaha menyediakan penginapan untuk mereka bersama," katanya. Dalam pada itu, Baharuddin berkata, pada peringkat awal, MKN menyasarkan ribuan ahli GISBH yang akan mendaftar program berkenaan. "Permulaan ini, kami (MKN) tumpu ahli GISBH yang berada dalam negara, namun bagi mereka yang berada di luar negara, kami akan fikir usaha seterusnya. Kami difahamkan GISBH mempunyai rangkaian perniagaan di 19 negara, antaranya Australia dan New York, Amerika Syarikat," katanya. Difahamkan, ketika ini terdapat 10,500 ahli GISBH di seluruh negara. Justeru, beliau merayu semua ahli GISBH di seluruh negara supaya mendaftar program itu bagi membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih lestari. Beliau berkata, pendaftaran dibuka selama 30 hari bermula semalam, hingga 14 November depan dan ahli GISBH yang ingin mendaftar boleh melayari https://form.jotform.com/242760538389468. Mereka yang memerlukan bantuan pendaftaran pula boleh menghubungi pusat panggilan Jakim di 03-88707294/7295/7296 atau Bilik Situasi Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON) MKN di talian 03-88880733 atau mendaftar di Jabatan Agama Islam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Sekiranya ahli GISBH yang ingin menyertai program itu menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tidak bertanggungjawab, mereka boleh tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.
Perancang utama kumpulan samun pembekal emas maut ditembak
1,728,894,144
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144237/perancang-utama-kumpulan-samun-pembekal-emas-maut-ditembak
Zahratulhayat Mat Arif
285
2024-10-14 08:22:24
2024-10-14T16:22:24
Ipoh: Polis menembak mati lelaki dipercayai perancang utama kumpulan samun pembekal emas di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, awal pagi ini. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, Pusat Kawalan Daerah Muallim menerima maklumat mengenai kejadian tembak-menembak antara seorang penjenayah dengan polis pada jam 3.10 pagi."Semasa menjalankan rondaan, polis terserempak dengan sebuah Nissan Almera disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu di Jalan Slim. "Polis mengarahkan pemandu berusia 43 tahun menghentikan kereta namun dia memecut serta melepaskan beberapa tembakan ke arah kenderaan polis."Dalam usaha mempertahankan diri, polis membalas tembakan dan mengenai suspek menyebabkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian."Kematian disahkan pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Malim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.Azizi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang berasal dari Klang, Selangor, mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan rompakan berkumpulan, menyebabkan kecederaan, dan penipuan."Susulan pemeriksaan ke atas kereta suspek, polis merampas sepucuk pistol Sig Sauer, satu kelopak peluru, enam butir peluru, tiga botol mengandungi peluru dan dua parang. "Dalam insiden tembak-menembak itu, kereta peronda polis terkena peluru di pintu penumpang belakang kiri," katanya sambil menambah tiada anggota cedera dalam kejadian itu.Beliau berkata, pemeriksaan latar belakang menunjukkan suspek perancang kumpulan jenayah yang mensasarkan emas yang dalam proses transit."Siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dalam sekurang-kurangnya 25 kes rompakan emas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, dan Perak sejak 2018. "Jumlah kerugian dianggarkan daripada 25 kes ini adalah RM34.2 juta," katanya.Azizi berkata, dalam insiden terbaru, suspek terbabit dalam rompakan pembekal emas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada 27 Ogos tahun ini. "Insiden itu mengakibatkan kehilangan 4.5kg emas, yang dianggarkan bernilai RM1.485 juta," katanya.Menurutnya, polis sedang menjejaki saki-baki ahli kumpulan jenayah yang masih bebas.
New Zealand belasah Harimau Malaya di Auckland
1,728,893,537
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144233/new-zealand-belasah-harimau-malaya-di-auckland
Syazwan Msar
325
2024-10-14 08:12:17
2024-10-14T16:12:17
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya perlu lebih banyak menuntut ilmu lagi apabila dibelasah New Zealand 0-4 pada perlawanan persahabatan Tier-1, sebentar tadi.Walaupun mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri, ternyata skuad kendalian Pau Marti Vicente dilihat sukar untuk merencanakan serangan berbahaya ke kubu lawan.Malah, perlawanan yang berlangsung di stadium North Harbour, Auckland itu menyaksikan tuan rumah mengawal hampir keseluruhan tempoh perlawanan dengan melancarkan serangan berbahaya sebaik aksi bermula.Skuad kendalian Darren Bazeley hampir berada di depan seawal minit kelima, namun sepakan Ben Waine ditepis penjaga gol, Syihan Hazmi.New Zealand bagaikan beraksi separuh padang apabila sentiasa melancarkan serangan berbahaya sepanjang tempoh 30 minit tanpa ihsan sehingga memaksa skuad Harimau Malaya berkampung di kawasan sendiri.Kepantasan Liberato Cacace sentiasa membuatkan benteng Harimau Malaya yang diterajui Dominic Tan hampir putus nafas.Cacace hampir mencipta nama sebagai penjaring gol, namun sepakannya ditepis Syihan sekali gus memberi kelegaan kepada kem negara apabila terikat 0-0 ketika rehat.Babak kedua bersambung menyaksikan New Zealand tampil lebih garang dalam merencanakan serangan.Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila Elijah Just meletakkan New Zealand di hadapan pada minit ke-52 apabila mudah menolak masuk bola hasil hantaran Cacase.Kealpaan benteng skuad Harimau Malaya terus dihukum selang lapan minit kemudian kali ini menerusi Matthew Garbet sebelum Chris Wood menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-71 selepas Syihan gagal menepis bola ke luar.Melihat jentera serangan dan pertahanan skuad Harimau Malaya kurang menyengat menyebabkan Vicente membawa masuk Safawi Rasid, Paulo Josue, Feroz Baharudin dan Azam Azmi Murad.Ternyata keputusan itu menyaksikan Malaysia melakukan beberapa serangan berbahaya terutama menerusi gerakan Azam Azmi dan Safawi, namun gagal diterjemahkan kepada gol.Ketika Malaysia sibuk mengatur serangan, New Zealand secara tenang menyumbat gol keempat menerusi percubaan di luar kotak penalti Logan Rogerson ketika perlawanan berbaki dua minit sebelum tamat.Keputusan kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus memperlihatkan jurang ketara antara Malaysia yang menduduki ranking ke-132 dunia dengan New Zealand di ranking ke-95 dunia.
Rumah umpama 'ditelan' sampah, APM terpaksa dipanggil keluarkan warga emas
1,728,884,250
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144182/rumah-umpama-ditelan-sampah-apm-terpaksa-dipanggil-keluarkan-warga-emas
Zuhainy Zulkiffli
294
2024-10-14 05:37:30
2024-10-14T13:37:30
Georgetown: Bagaikan 'ditelan' sampah sarap, begitu keadaan rumah dua tingkat di Jalan Mano, di sini, yang dihuni seorang wanita warga emas berusia 86 tahun.Keadaan itu dikatakan berlaku susulan tabiat wanita berkenaan yang gemar mengumpul barangan lusuh dan kitar semula di rumahnya sejak beberapa tahun lalu.Semalam, pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang melakukan tugas khas mengeluarkan wanita itu dari rumahnya pada jam 4.40 petang.Tugas penyelamatan dilakukan selepas APM menerima panggilan daripada ahli keluarga yang mendakwa wanita yang dalam keadaan tidak sihat itu sukar dikeluarkan dari rumahnya berikutan terdapat timbunan sampah.Pegawai APM Daerah Timur Laut Kapten (PA), Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, mangsa didakwa tidak dapat berjalan dan sukar bergerak keluar daripada kediaman dua tingkat itu berikutan dipenuhi dengan barangan lusuh dan kitar semula yang dikumpulnya. "Mangsa dikatakan mahu tinggal di pusat jagaan warga emas berhampiran namun berikutan keadaannya yang tidak sihat dan sukar keluar daripada timbunan sampah di dalam rumah, keluarga menghubungi APM bagi mendapatkan bantuan."Seramai empat anggota APM terbabit dalam tugas itu dengan menggunakan pengusung dan teknik 'berekor' bagi membawa mangsa keluar daripada rumah," katanya ketika dihubungi di sini.Muhammad Aizat berkata, mangsa yang berjaya dibawa dikeluarkan turut diberi rawatan awal.Katanya, wanita terbabit mempunyai sejarah penyakit kencing manis, hipertensi, gangguan pendengaran dan lemah badan."Mangsa tidak berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah itu serta dipercayai sudah lama mengumpul barangan terpakai dan lusuh."Keluarganya mendakwa mangsa yang kerap terjatuh sering menelefon mereka pada tengah malam bagi meminta bantuan."Berikutan itu, keluarganya mahu menghantar mangsa ke pusat jagaan dengan persetujuan wanita berkenaan," katanya.Difahamkan, wanita itu bukan saja menyimpan barangan di dalam rumah, tetapi juga di halaman kediamannya.Tinjauan di rumah itu mendapati longgokan sampah boleh dilihat daripada luar pagar kediaman yang turut menempatkan tiga kereta.
SPRM geledah dua lagi 'safehouse' ahli politik berpengaruh
1,728,883,771
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144175/sprm-geledah-dua-lagi-safehouse-ahli-politik-berpengaruh
Rafiqah Dahali
462
2024-10-14 05:29:31
2024-10-14T13:29:31
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah dua tempat lagi yang dipercayai dijadikan sebagai 'safehouse' oleh seorang ahli politik berpengaruh, malam tadi.Penggeledahan dua tempat terbabit susulan operasi yang menemui sejumlah mata wang asing berjumlah sekitar RM5 juta di pangsapuri di Kuala Lumpur, semalam.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua tempat itu membabitkan sebuah pejabat dan satu lagi tempat yang tidak diperincikan "Pegawai saya kira, ada tambahan (penggeledahan) dua 'safehouse' lagi. Salah satu daripadanya, ada penemuan SG$74,000 lebih kurang duit kita RM243,000."Kemudian di satu tempat di pejabat, dijumpai wang lebih kurang RM78,000. Kita juga mendapat maklumat ada wang dibuat pelaburan di Singapura ... yang itu saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya, siapa pemiliknya."Rasanya akan ada lagi penemuan di 'safehouse' lain. Ini kita masih lagi menjalankan siasatan dan risikan terhadap penyimpanan wang ini. Mungkin ada dibuat penyimpanan di bank lain. Ini sedang kita siasat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.Program dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.Azam berkata, suspek yang ditahan adalah seramai empat individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita.Menurutnya, sebelum ini pihaknya memberi maklumat terdapat dua suspek ditangkap seperti yang dilaporkan media semalam."Seorang ditangkap pada 10 Oktober dan direman sehingga 15 Oktober. Suspek ini berkaitan dengan pengarah syarikat ataupun seorang ahli perniagaan. "Ada seorang itu pernah bertugas di Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan dia berusia 45 tahun. Tetapi kita hanya dapat reman selama satu malam saja kerana dia mempunyai masalah kanser prostat."Ketiga, seorang berjawatan sebagai pemandu berumur 43 tahun. Dia direman selama tiga hari dan sudah dilepaskan. "Suspek wanita pula adalah bekas pegawai kewangan syarikat yang mana syarikat ini mendapat konsesi perlombongan pasir. Berumur 46 tahun dan sudah dilepaskan selepas direman lebih kurang tiga hari," katanya.Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM akan memanggil ahli politik yang terbabit untuk siasatan selanjutnya selepas mendapat bukti mencukupi."Ya, dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat saya. Seperti mana lazimnya, kami perlu mendapatkan segala bukti yang kita rasa wajar, kita perlukan dan disahkan, barulah orang berkenaan akan dipanggil."Saya memang tidak akan menolak atau menafikan beliau akan dipanggil tapi selepas kami ataupun pegawai penyiasat berpuas hati mengenai beberapa lagi penemuan dokumen dan wang berkaitan."Sekarang ini pun lebih kurang 15 saksi dipanggil. Saya jangka akan ramai lagi saksi yang akan dipanggil untuk penyiasatan."Selain daripada Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang di bawah Seksyen 16, kami juga akan membuka beberapa kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," katanya.Semalam, dilaporkan SPRM menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.
Kami terpaksa menutup kedai!
1,728,860,480
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144073/kami-terpaksa-menutup-kedai
Amirul Aiman Hamsuddin
275
2024-10-13 23:01:20
2024-10-14T07:01:20
Sekinchan: Bukan hanya terpaksa tutup kedai, kawasan persekitaran turut dipenuhi lumpur dan sampah-sarap akibat banjir kilat. Itu dihadapi peniaga di kawasan pelancongan Pantai Batu 23, Sungai Nibong di sini yang saban tahun berdepan fenomena air pasang besar.Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, malah menjejaskan keindahan pesisiran pantai itu juga apabila dicemari timbunan sampah.Pekerja kedai makan, Abu Hadi Poniman, 50, berkata, setiap kali air pasang berlaku ia membawa bersama lumpur dan sampah yang menyebabkan kawasan berkenaan kotor."Kami sudah biasa dengan air pasang besar. Setiap tahun mesti (paras) air terus naik."Dulu sebelum (pantai) ditambak, keadaan lagi teruk (barang kedai makan dihanyut), tetapi masalah lain timbul apabila banyak sampah hanyut kelihatan sebaik air surut," katanya. Peniaga minuman, Mohd Azharul Abu Bakar, 34, berkata, banjir kilat yang disebabkan fenomena air pasang besar boleh dielakkan sekiranya faktor kebersihan diutamakan.Dia berkata, setiap kali berlaku air pasang kawasan bersebelahan pesisiran pantai ditenggelami air."Pihak berwajib perlu turun padang memastikan saluran longkang di kawasan tumpuan pelancongan ini tidak tersumbat dan terhalang daripada objek."Saya minta kerjasama semua, tidak kira peniaga atau pengunjung untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan ini," katanya. Penduduk yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 60, berkata, fenomena air pasang besar kali ini tidak seteruk tahun lalu selepas pihak berkuasa menaik taraf benteng penahan di pesisiran pantai."Syukurlah keadaan sekarang terkawal apabila air laut yang melimpah ke kedai makan dan kawasan sekitar cepat surut dan tidak seperti dahulu."Biasanya, banjir kilat berlaku dalam tempoh 30 minit sahaja dan keadaan itu bertambah baik jika sistem perparitan tidak tersumbat dan diselenggara sempurna," katanya.Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.