title
stringlengths
5
7
body
stringlengths
111
5.87k
Page1
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 6/2018-1439H yang bersidang pada 30 Ogos 2018 bersamaan 18 Zulhijah 1439H telah membincangkan Parameter Perdagangan Forex oleh Individu Melalui Platform Elektronik. Muzakarah bersetuju dan memutuskan menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti berikut : Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran  mata wang asing (FOREX) oleh individu secara “lani” (individual spot Forex) melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang- undang . Selaras dengan itu, umat islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam    perdangan matawang seumpama ini. Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai keatas urusniaga pertukaran matawang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urusniaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan dibawah undang-undang Malaysia.
Page2
Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2017-1438H yang bersidang pada 27 September 2017 bersamaan 7 Muharram 1439H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Fatwa terhadap Golongan AntiHadith dengan sighah seperti berikut : (1)      Kefahaman dan pengajaran menolak hadis adalah bercanggah dengan syariat Islam; (2)      Buku-buku seperti ini atau seumpamanya; (a) Buku- (i) “Hadis Satu Penilaian Semula”; dan (ii)“Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim Ahmad; (b) Buku- (i) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu” dan (ii) Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman (c) Buku- “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali,        (d) Buku- “The Computer Speaks-God’s Message to The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan (e) Risalah “Iqra” terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.   (3) Oleh yang demikian- (a) Mana-mana ajaran atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman- fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perenggan (2) boleh menyebabkan terkeluar dari Islam; (b) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran Antihadith adalah disifatkan bercanggah dengan syariat Islam;   (c) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran Antihadith dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran Antihadith, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam;   (d) Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan  aliran Antihadith, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran Antihadith adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam;   (e) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran Antihadith atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran Antihadith adalah bercanggah dengan syariat Islam; atau  (f) Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Antihadith atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Antihadith dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang. (g) Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan kumpulan Antihadith sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (c) hendaklah bertaubat.   Proses pewartaan : Proses Warta
Page3
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 6/2018-1439H yang bersidang pada 30 Ogos 2018 bersamaan 18 Zulhijah 1439H telah membincangkan Parameter Perdagangan Forex oleh Individu Melalui Platform Elektronik. Muzakarah bersetuju dan memutuskan menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti berikut : Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran  mata wang asing (FOREX) oleh individu secara “lani” (individual spot Forex) melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang- undang . Selaras dengan itu, umat islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam    perdangan matawang seumpama ini. Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai keatas urusniaga pertukaran matawang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urusniaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan dibawah undang-undang Malaysia.
Page4
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26 Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa’dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah harus dan dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie, mengikut peraturan dan undang-undang yang telah wujud dan sedia ada.
Page5
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2017-1438H yang bersidang pada 24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zu al-Hijjah 1438H telah bersetuju memutuskan untuk berkenaan Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara dengan sighah seperti berikut: Jumhur menyatakan bahawa “al-Jalalah” bermaksud haiwan yang kebanyakan (majoriti) makanannya daripada najis. Al-Jalalah itu meliputi semua jenis haiwan sama ada unta, lembu, kambing, ayam, itik, ikan atau sebagainya daripada haiwan yang boleh dimakan. Binatang jalalah yang bebas dan memakan sesuatu yang najis adalah makruh untuk dimakan. Manakala binatang jalalah yang dibela atau dikurung serta sengaja diberi makan makanan yang najis adalah haram dimakan. Walaupun begitu, binatang jalalah tersebut harus dimakan apabila ia telah melalui tempoh kuarantin yang munasabah, iaitu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page6
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut : Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20; Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah; Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya’irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; Membid’ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid’ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka; Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik; Menolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif; Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran; Menolak fahaman bermazhab; Menolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar; Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka; Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama; Berpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan Mudah mengkafirkan, membid’ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;   Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;   Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;    Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan  aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau  Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang. Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan. Status Pewartaan : Proses Warta
Page7
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2018-1439H yang bersidang pada 29 Mac 2018 bersamaan 11 Rejab 1439H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin Orang Islam dengan sighah seperti berikut  1. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang Islam:-   i. Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Hidup: Menurut Jumhur Fuqaha, anggota badan manusia yang terpotong daripada jasad yang masih lagi hidup hendaklah ditanam tanpa dibasuh dan tanpa disolat walaupun ia hanyalah kuku atau rambut.   ii. Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Mati:   a. Menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, jika ditemui sebahagian besar daripada anggota jenazah, maka ia hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan. b. Bagi mazhab Syafie dan Hanbali, ia hendaklah dimandi, dikafan disembahyang dan dikebumikan walaupun sebahagian kecil dijumpai anggota jenazah tersebut.   2. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang bukan Islam. Ia hendaklah ditanam atau dibakar mengikut ajaran agama mereka.   3. Pengurusan anggota dan tisu yang merbahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar   i. Organ-organ dan tisu-tisu yang dibuang dan dipotong daripada badan pesakit sama ada pesakit Islam atau bukan Islam hendaklah ditanam. ii. Sekiranya organ-organ atau tisu-tisu tersebut terdiri daripada kumpulan penyakit berjangkit maka pihak hospital hendaklah menghapuskan kuman penyakit berjangkit tersebut dengan ubat-ubat tertentu kemudian hendaklah ditanam organ-organ atau tisu-tisu tersebut. iii. Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan anggota dan tisu orang Islam adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan organ-organ atau tisu-tisu ini dibakar.   4. Pengurusan janin orang Islam mengikut Mazhab Syafie   a. Janin yang dilahirkan sebelum cukup tempoh mengandung (minimum) enam bulan dua lahzoh: i. Jika diketahui hayatnya maka wajib dimandikan dan disolatkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna. ii. Sekiranya tidak diketahui hayatnya tetapi terzahir rupa bentuk manusia, maka diwajibkan mandi sahaja tanpa perlu solat ke atasnya. iii. Sekiranya tidak terzahir rupa bentuk manusia, maka tidak diwajibkan mandi.   b. Janin yang dilahirkan semasa dan selepas tempoh enam bulan dua lahzoh : i. Sekiranya janin dilahirkan dalam keadaan mati, maka wajib dimandikan, sunat diberikan nama dengan syarat telah ditiupkan roh ke atasnya serta tidak berhak mewarisi dan diwarisi hartanya. (Sumber :Fiqh ala Mazahib al-Arba’ah, Abdul Rahman al-Jaziry, Maktabah al-Taufiqiyyah, Jld 1 hlm 457.   5. Pengurusan janin yang hidup seketika ketika dilahirkan mengikut Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali:   i. Jika ia hidup seketika selepas dilahirkan, maka hendaklah diberi nama, dimandi dan disembahyangkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna   6. Pengurusan janin yang mati ketika dilahirkaMenurut mazhab Hanafi, jika janin itu keluar dalam keadaan mati, dan tiada sebarang tanda awal hidup, maka ia hendaklah dimandi, diberi nama, dibungkus dalam secebis kain dan dikebumikan tanpa solat.   i. Bagi mazhab Maliki pula, mereka berpandangan tidak dimandikan janin yang tiada sebarang tanda-tanda hidup seperti tangisan dan gerakan bayi tidak dikira sebagai tanpa hidup. Menurut Ibn Syihab, tidak disembahyangkan ke atas janin, namun ia boleh dikebumikan bersama-sama ibunya. ii. Tiada tangisan sewaktu kelahiran, jika kandungan yang tidak sampai tempoh empat bulan ke atas, maka ia tidak wajib dimandi, dikafan dan disolatkan. Namun, disunatkan ia dikafankan dengan kain dan dikebumikan tanpa solat. iii. Dalam mazhab Hanbali pula, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Qudamah, jika janin telah mencapai usia empat bulan atau telah sempurna kejadiannya, maka ia dimandi dan disembahyangkan walaupun tiada sebarang tanda-tanda awal hidup serta disunatkan juga diberi nama padanya   7. Peraturan pengurusan pelupusan sedia ada   i.  Berdasarkan kepada amalan semasa, pihak konsesi akan melupuskan segala tisu, organ dan janin sama ada clinical waste atau chemical waste secara penunuan (incineration). ii. Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan segala tisu, organ dan janin adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan dibakar.   8. Berhubung dengan cadangan untuk menanam bahan yang mengandungi formalin dan bahan kimia lain (chemical waste) pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pernah berbincang hal tersebut dengan Jabatan Alam Sekitar, mereka mencadangkan agar bahan-bahan tersebut ditanam di kawasan-kawasan yang jauh lebih kurang 100 meter daripada punca air. Selain itu, dicadangkan juga agar tempat penanaman tersebut berdekatan dengan kubur yang sedia ada asalkan jauh dari punca air, kawasan perumahan, telaga dan empangan.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page8
Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2017-1438H yang bersidang pada 27 September 2017 bersamaan 7 Muharram 1439H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Fatwa terhadap Golongan AntiHadith dengan sighah seperti berikut : (1)      Kefahaman dan pengajaran menolak hadis adalah bercanggah dengan syariat Islam; (2)      Buku-buku seperti ini atau seumpamanya; (a) Buku- (i) “Hadis Satu Penilaian Semula”; dan (ii)“Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim Ahmad; (b) Buku- (i) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu” dan (ii) Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman (c) Buku- “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali,        (d) Buku- “The Computer Speaks-God’s Message to The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan (e) Risalah “Iqra” terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.   (3) Oleh yang demikian- (a) Mana-mana ajaran atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman- fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perenggan (2) boleh menyebabkan terkeluar dari Islam; (b) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran Antihadith adalah disifatkan bercanggah dengan syariat Islam;   (c) Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran Antihadith dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran Antihadith, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam;   (d) Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan  aliran Antihadith, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran Antihadith adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam;   (e) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran Antihadith atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran Antihadith adalah bercanggah dengan syariat Islam; atau  (f) Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Antihadith atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Antihadith dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang. (g) Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan kumpulan Antihadith sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (c) hendaklah bertaubat.   Proses pewartaan : Proses Warta
Page9
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2018-1439H yang bersidang pada 29 Mac 2018 bersamaan 11 Rejab 1439H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin Orang Islam dengan sighah seperti berikut  1. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang Islam:-   i. Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Hidup: Menurut Jumhur Fuqaha, anggota badan manusia yang terpotong daripada jasad yang masih lagi hidup hendaklah ditanam tanpa dibasuh dan tanpa disolat walaupun ia hanyalah kuku atau rambut.   ii. Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Mati:   a. Menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, jika ditemui sebahagian besar daripada anggota jenazah, maka ia hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan. b. Bagi mazhab Syafie dan Hanbali, ia hendaklah dimandi, dikafan disembahyang dan dikebumikan walaupun sebahagian kecil dijumpai anggota jenazah tersebut.   2. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang bukan Islam. Ia hendaklah ditanam atau dibakar mengikut ajaran agama mereka.   3. Pengurusan anggota dan tisu yang merbahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar   i. Organ-organ dan tisu-tisu yang dibuang dan dipotong daripada badan pesakit sama ada pesakit Islam atau bukan Islam hendaklah ditanam. ii. Sekiranya organ-organ atau tisu-tisu tersebut terdiri daripada kumpulan penyakit berjangkit maka pihak hospital hendaklah menghapuskan kuman penyakit berjangkit tersebut dengan ubat-ubat tertentu kemudian hendaklah ditanam organ-organ atau tisu-tisu tersebut. iii. Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan anggota dan tisu orang Islam adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan organ-organ atau tisu-tisu ini dibakar.   4. Pengurusan janin orang Islam mengikut Mazhab Syafie   a. Janin yang dilahirkan sebelum cukup tempoh mengandung (minimum) enam bulan dua lahzoh: i. Jika diketahui hayatnya maka wajib dimandikan dan disolatkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna. ii. Sekiranya tidak diketahui hayatnya tetapi terzahir rupa bentuk manusia, maka diwajibkan mandi sahaja tanpa perlu solat ke atasnya. iii. Sekiranya tidak terzahir rupa bentuk manusia, maka tidak diwajibkan mandi.   b. Janin yang dilahirkan semasa dan selepas tempoh enam bulan dua lahzoh : i. Sekiranya janin dilahirkan dalam keadaan mati, maka wajib dimandikan, sunat diberikan nama dengan syarat telah ditiupkan roh ke atasnya serta tidak berhak mewarisi dan diwarisi hartanya. (Sumber :Fiqh ala Mazahib al-Arba’ah, Abdul Rahman al-Jaziry, Maktabah al-Taufiqiyyah, Jld 1 hlm 457.   5. Pengurusan janin yang hidup seketika ketika dilahirkan mengikut Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali:   i. Jika ia hidup seketika selepas dilahirkan, maka hendaklah diberi nama, dimandi dan disembahyangkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna   6. Pengurusan janin yang mati ketika dilahirkaMenurut mazhab Hanafi, jika janin itu keluar dalam keadaan mati, dan tiada sebarang tanda awal hidup, maka ia hendaklah dimandi, diberi nama, dibungkus dalam secebis kain dan dikebumikan tanpa solat.   i. Bagi mazhab Maliki pula, mereka berpandangan tidak dimandikan janin yang tiada sebarang tanda-tanda hidup seperti tangisan dan gerakan bayi tidak dikira sebagai tanpa hidup. Menurut Ibn Syihab, tidak disembahyangkan ke atas janin, namun ia boleh dikebumikan bersama-sama ibunya. ii. Tiada tangisan sewaktu kelahiran, jika kandungan yang tidak sampai tempoh empat bulan ke atas, maka ia tidak wajib dimandi, dikafan dan disolatkan. Namun, disunatkan ia dikafankan dengan kain dan dikebumikan tanpa solat. iii. Dalam mazhab Hanbali pula, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Qudamah, jika janin telah mencapai usia empat bulan atau telah sempurna kejadiannya, maka ia dimandi dan disembahyangkan walaupun tiada sebarang tanda-tanda awal hidup serta disunatkan juga diberi nama padanya   7. Peraturan pengurusan pelupusan sedia ada   i.  Berdasarkan kepada amalan semasa, pihak konsesi akan melupuskan segala tisu, organ dan janin sama ada clinical waste atau chemical waste secara penunuan (incineration). ii. Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan segala tisu, organ dan janin adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan dibakar.   8. Berhubung dengan cadangan untuk menanam bahan yang mengandungi formalin dan bahan kimia lain (chemical waste) pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pernah berbincang hal tersebut dengan Jabatan Alam Sekitar, mereka mencadangkan agar bahan-bahan tersebut ditanam di kawasan-kawasan yang jauh lebih kurang 100 meter daripada punca air. Selain itu, dicadangkan juga agar tempat penanaman tersebut berdekatan dengan kubur yang sedia ada asalkan jauh dari punca air, kawasan perumahan, telaga dan empangan.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page10
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2017-1438H yang bersidang pada 24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zu al-Hijjah 1438H telah bersetuju memutuskan untuk berkenaan Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara dengan sighah seperti berikut: Jumhur menyatakan bahawa “al-Jalalah” bermaksud haiwan yang kebanyakan (majoriti) makanannya daripada najis. Al-Jalalah itu meliputi semua jenis haiwan sama ada unta, lembu, kambing, ayam, itik, ikan atau sebagainya daripada haiwan yang boleh dimakan. Binatang jalalah yang bebas dan memakan sesuatu yang najis adalah makruh untuk dimakan. Manakala binatang jalalah yang dibela atau dikurung serta sengaja diberi makan makanan yang najis adalah haram dimakan. Walaupun begitu, binatang jalalah tersebut harus dimakan apabila ia telah melalui tempoh kuarantin yang munasabah, iaitu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page11
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26 Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa’dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah harus dan dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie, mengikut peraturan dan undang-undang yang telah wujud dan sedia ada.
Page12
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2017-1438H yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dengan pindaan sighah seperti berikut : Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. Harus pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari sekiranya janin itu cacat atau berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pengguguran janin mangsa rogol adalah harus sebelum berusia 120 hari bagi mengelakkan berlakunya fitnah.     Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page13
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2017-1438H yang bersidang pada 20 Julai 2017 bersamaan 26 Syawal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-95 berkenaan Hukum Hukum Pemerdagangan Orang dengan sighah seperti berikut : Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah SWT dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain. Oleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan Allah SWT. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.   Status Pewartaan : Proses Warta
Page14
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut : Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20; Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah; Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya’irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; Membid’ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid’ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka; Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik; Menolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif; Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran; Menolak fahaman bermazhab; Menolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar; Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka; Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama; Berpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan Mudah mengkafirkan, membid’ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;   Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;   Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;    Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan  aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau  Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang. Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan. Status Pewartaan : Proses Warta
Page15
Muzakarah mendapati bahawa Amalan dan upacara Perbomohan Ibrahim Mat Zin melibatkan amalan-amalan dan upacara yang menggambarkan kepercayaan khurafat dan tahyul melalui penggunaan pelbagai peralatan.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 4/2017-1438H yang bersidang pada 25 Mei 2017 bersamaan 28 Sya’aban 1438H telah bersetuju menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaandan dan memutuskan dengan sighah seperti berikut : 1. Bahawa upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam. 2. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam adalah dilarang: a. Menganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut perbomohan tersebut; atau b. Memiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem amalan atau upacara perbomohan tersebut; atau c. Mengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi upacara, atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.  3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (ii). 4. Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (ii) hendaklah bertaubat.   Status Pewartaan : Proses Warta
Page16
Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 1/2017-1438H yang bersidang pada 15 Februari 2017 bersamaan 18 Jamadiawwal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-86 berkenaan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam dengan pindaan sighah seperti berikut : 1. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. 2. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada kerana tempat yang ditatu itu adalah najis jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. 3. Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut. 4. Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.
Page17
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2017-1438H yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan dengan pindaan sighah seperti berikut : Haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk dan boleh membahayakan nyawa ibu atas nasihat dua orang doktor yang adil.   Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page18
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2017-1438H yang bersidang pada 24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zul-Hijjah 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke – 97 berkenaan Hukum Penubuhan Bank Susu dengan sighah seperti berikut :   1.Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan. 2.Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik-beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 3.Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan jumhur fuqaha bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan sama ada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadis riwayat Abu Daud: عن ابن مسعود قال لا رضاع إلا ما شدا العظم وانبت اللحم Maksudnya, daripada Ibn Mas’ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging. 4.Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu  adalah tidak diharuskan. 5.Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu sama lain.   Status Pewartaan : Proses Warta
Page19
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2017-1438H yang bersidang pada 20 Julai 2017bersamaan 26 Syawal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke – 93 berkenaan Hukum Mengadakan Pameran Spesimen Anatomi Manusia dengan sighah seperti berikut :  Muzakarah berpandangan bahawa Islam menetapkan bahawa jasad seseorang yang telah meninggal dunia mempunyai kemuliaan, nilai dan hak kemanusiaan yang wajib dihormati dan dipelihara sepertimana orang yang masih hidup. Pembedahan dan pengawetan mayat yang bertujuan untuk pameran dan diperagakan dalam pelbagai bentuk dan aksi adalah bertentangan dengan syarak. Oleh yang demikian, selaras dengan ketetapan hukum syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum mengadakan pameran spesimen anatomi manusia adalah haram dan dilarang dalam Islam. Walau bagaimanapun, bagi tujuan pendidikan kepada orang awam berkaitan anatomi manusia, ia boleh dilakukan melalui bahan-bahan pameran yang lain seperti melalui gambar-gambar dan bahan-bahan tiruan tanpa menggunakan mayat sebenar.   Status Pewartaan : Proses Warta
Page20
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 1/2017-1438H yang bersidang pada 15 Februari 2017 bersamaan 18 Jamadiawwal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-109 berkenaan Millah Abraham @ Ibrahim dengan sighah seperti berikut : 1. Ajaran Millah Abraham @Ibrahim mengandungi perkara-perkara berikut: a. Membawa ajaran Islam baharu. Ajaran Millah Abraham@Ibrahim mendakwa Kerajaan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w telah lama jatuh sejak tahun 1324H. Setelah kejatuhan Islam pada tahun 1324 Hijri, pengikut Millah Abraham mendakwa bahawa golongan musyrik termasuk para ulama’ telah membawa ajaran Islam yang palsu dan hendaklah bertaubat dengan memilih kembali deen Millah Abraham@Ibrahim. b. Mendakwa wujud rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran ini menafsirkan bahawa Allah SWT mengutuskan rasul dalam kalangan kaum mereka sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memahami dan mengajar mereka untuk keluar daripada kesesatan. Maka, Rasul Millah Abraham diutuskan dari kalangan bangsa Melayu Nusantara untuk membaca, menyuci serta mengajar kaum Melayu Nusantara ini mengenai agama yang benar. Rasul yang dimaksudkan oleh kumpulan ini ialah Ahmad Mushaddeq. Maksud Khataman Nabiyyin adalah kesempurnaan deen pada zaman Nabi Muhammad dan bukanlah penutup segala nabi. c. Mencampuradukkan ajaran dalam al-Quran, Bible dan Taurat (Perjanjian Lama). Selain terjemahan al-Quran, kumpulan ini juga menggunakan kitab Taurat dan Injil (Bible Perjanjian Lama dan Baru) dalam pengajian mereka kerana dalam al-Quran telah membenarkan kitab sebelum al-Quran dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan. d. Menyelewengkan Konsep صراط المستقيم (Sirotol Mustaqim). Maksud صراط المستقيم (Sirotol Mustaqim) dalam Ajaran Millah Abraham adalah merujuk kepada jalan yang benar iaitu dengan mengambil pengajaran daripada kitab-kitab Allah dan melalui sejarah di zaman Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Justeru, hanya satu jalan sahaja yang perlu wujud untuk mengabdi kepada Tuhan, iaitu melalui ajaran Millah Abraham. Pengikut Ajaran Millah Abraham dikehendaki mempelajari kitab-kitab terdahulu juga sebagai sumber pelajaran kerana sirotol mustaqim ada ciri-cirinya tersendiri dan perlu dipelajari melalui kitab-kitab Allah. e. Menyelewengkan Konsep hari Kiamat. Hari Kiamat dalam Ajaran Millah Abraham adalah merujuk kepada perkataan qiyam, iaitu bangkit atau tegak dan tidak ditafsirkan hari Kiamat adalah hari kehancuran, kerana Hari Kiamat hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. Perkataan qiyam dalam ayat ini merujuk kepada keperluan untuk menegakkan agama. Setelah zaman satu-satu umat telah habis, maka akan ada rasul baharu yang akan menegakkan deen bagi umat pada zaman tersebut. Sistem ini silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini. d. Menyelewengkan pemahaman Darussalam atau Syurga. Ajaran Millah Abraham berpegang bahawa Darussalam itu ada di atas muka bumi, iaitu “Dar”= tempat atau kehidupan dan “as-salam”= yang mensejahterakan atau damai sejahtera. Maka, Darussalam itu adalah simbol kepada model kehidupan yang damai sejahtera di atas muka bumi yang wujud apabila sistem Tuhan ditegakkan; iaitu melalui Ajaran Millah Abraham e. Mengingkari kefardhuan solat lima waktu dan solat Jumaat. Pengikut Ajaran Millah Abraham tidak melaksanakan Solat Fardhu yang diwajibkan ke atas semua mukallaf. Mereka mengatakan solat itu merujuk kepada “sillah” iaitu hubungan dengan ajaran Millah. Makna lain ialah bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah Abraham, bukan maksud solat yang dilakukan oleh orang Islam. 2.Sehubungan dengan itu, Muzakarah memutuskan bahawa Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. 3.Justeru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran Millah Abraham@Ibrahim dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT. 4.Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran Millah Abraham@Ibrahim melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan dengan serta merta.   Status pewartaan : Proses Warta
Page22
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY   20hb Jun 1996   ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)   ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.  JADUAL/SCHEDULE   1. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah berikut : (a)        Qamar Al-Huda (b)       Nukilan Ahli Sufi Allahu Akhbar Encik Bahrin bin Salleh (c)        Risalah kesufian – Anjuran Baharin Salleh (d)       Sebaik-baik makrifah yang dipertunjukkan bagi hati,   (Selepas ini disebut secara kolektif sebagai “buku-buku dan risalah tersebut”) adalah menyalahi akidah Islam dan menyesatkan.   2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang – (1) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut; (2) untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam – (i)  apa-apa bentuk, versi atau variasi; (ii)  apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa; (iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau (3) untuk menjadi ahli, anggota, pengikut atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau memberi publisiti atau mengembangkan kumpulan sedemikian.   Bertarikh 17 April 1996 [PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld.1]; [PANS.196(07)220/1 Klt.3.]   DATO’ HAJI MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page23
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 2/2017-1438H yang bersidang pada 30 Mac 2017 bersamaan 2 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan dengan sighah seperti berikut : i. Di dalam Islam, Jumhur Ulama telah sepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur (belum baligh) juga adalah Islam dan hak penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. ii. Muzakarah memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam dan hak penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. iii. Keputusan ini hendaklah diwartakan.   Status pewartaan : Proses warta
Page24
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)   ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.    IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.   JADUAL/SCHEDULE    1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan.   2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumika maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.   3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang – a) membid’ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.   4. Mana-mana orag Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penokong mana-mana orang atau kumpulan orang ang dilarang di dalam perenggan 3.     Bertarikh 14 Ogos 197 [PU/NS  (JB) (AGAMA) 15/92 Jld. 1;] PA/NS.  196 (07) 915/1.]     DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page26
Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Sembilan. Bertarikh 13hb. Safar 149/8hb Jun 1998 [JMKNNS.209(01) 914/1; PU/NS (JB) (Ag) 15/92 Jld.1.] DATO” HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page27
Hukum memindahkan jenazah orang Islam dari tanah perkuburan bukan Islam ke tanah perkuburan Islam adalah wajib.
Page28
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY 12hb Mac 1998   ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)   ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.   JADUAL/SCHEDULE KE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA 1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari segi ‘aqidah, syariah dan akhlak.  2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah bercanggah dengan hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah dilarang. 3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah dilarang.    Bertarikh 27 Februari 1998. [JMKNNS.209(01) 914/1; PU/NS (JB) (Ag) 15/92 Jld.1.]   DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page29
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY 25hb November 1999   ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)  ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE  1. Risalah “Tiang Ugama” (“risalah tersebut”) adalah menyalahi akidah Islam  2. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang – (a) mengajar, mempelajari, mengamal, menyebar atau berpegang kepada ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam risalah tersebut;  (b) memiliki, mencetak, menerbitkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan dengan apa cara jua risalah tersebut termasuklah dalam- (i) apa-apa versi atau variasinya; (ii) apa-apa terjemahannya kepada mana-mana bahasa;  (iii) apa-apa bahan publisiti atau media; (iv) apa-apa bentuk termasuk melalui bahan cetak atau elektronik atau selainnya. 2. Mana-mana orang adalah dilarang membantu dengan apa cara jua orang atau kumpulan orang yang disebut di perenggan 2   Bertarikh 4 November 1999 [JMKNNS.209 (01) 914/1] PU/NS (JB) (AG) 15/92 Jld.1]   DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page30
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY   25hb Oktober 2001   ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)   ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE Isu 1 : Penggunaan nama atau yang dikaitkan dengan Islam dalam nama sesuatu Pertubuhan boleh mengelirukan akan Agama Islam dan ajarannya. Fatwa : Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan. Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.   Isu 2 : Penambahan syarat kepada pengiktirafan seseorang sebagai orang Islam.   Fatwa : Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng. Isu 3 : Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada pihak tertentu Diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga dan            Kenyataan bahawa orang tertentu akan ditempatkan di neraka. Fatwa : Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.     Bertarikh 25 Rejab 1422H/13 Oktober 2001 [PU/NS (JB) 5/2001; JMKNNS. 209(01)914/1]   DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page31
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA   ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE 1. Jika seorang bayi itu dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan kepadaa suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan anak tersebut. 2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut. 3. Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya. 4. Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau membintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.   Bertarikh 12 Januari 2002. [JMKNNS 209(01)914/1; PU/NS (JB) 5/2001]   DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page32
Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut: Lambang bulan sabit dan bintang pecah lima telah dimaklumi sebagai lambang rasmi bagi agama Islam sama ada di peringkat Persekutuan mahu di peringkat Negeri di Malaysia. Sehubungan dengan itu, mana-mana golongan atau kumpulan bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan lambang bulan sabit dan bintang pecah lima di rumah ibadat mereka bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat Islam.
Page33
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991) ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.  IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE 1. Sunat :       Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.   2. Harus :   a. Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.   b. Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.     3. Makruh :   a. Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.   b. Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.   4. Haram :   a. Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 a dan b.   b. Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam. Bertarikh 12 Januari 2002 [JMKNNS 209(01)914/1; PU/NS(JB) 5/2-001] DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page34
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY   26hb. Disember, 2002   ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)   ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.  JADUAL/SCHEDULE  1. Semua bangunan tambahan dengan niat untuk menjadikannya masjid bagi tujuan solat (sembahyang) dan I’tikaf yang bersambung dengan bangunan masjid yang sedia ada, adalah dianggap masjid, sunat beri’tikaf di dalamnya dan haram bagi perempuan yang haidh duduk di dalamnya. (Bughyah al-Mustarsyidin, Syeikh Abd Rahman Ba ‘Alawi, muka surat 81). 2. Termasuk didalam pengertian masjid iaitu sutuh (atap masjid yang rata), ruang udaranya dan jendela yang bersambung dengannya. Oleh itu, sah ber’itikaf di atas sutuh dan dahan pokok yang berada di ruang udaranya sama ada pokok itu memang tumbuh di dalam masjid ataua di luarnya. Begitu juga sah i’tikaf di atas dahan pokok jika pokok itu tumbuh di dalam masjid dan dahannya menjulur keluar. Inilah pandangan dalam mazhab al-Syafi’i sebagaimana yang disebut di dalam Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami, Juzuk 16 halaman 109 iaitu :- Yang bermaksud : [“Sesungguhnya termasuk bahagian masjid ialah sutuh, ruang udara dan jendela yang bersambung dengannya, maka hukumnya sah beri’tikaf diatas sutuhnya, diatas dahan pokok yang berada di ruang udaranya sama ada batang pokok itu berada didalam masjid atau diluar, dan demikian juga sekiranya batang pokok itu berada di dalam masjid sedangkan dahannya di luar masjid sama seperti hukum berada di jendela”] Malah disebut di dalam kitab Nihayah Al-Muhtaj oleh Syeikh Ramli bahawa sunat i’tikaf di halamannya yang berpagar dan ruang yang disediakan untuk orang ramai.  3. Oleh itu apa-apa binaan yang disambung dengan masjid asal khususnya untuk kegunaan sembahyang adalah dikira sebagai masjid kecuali bahagian tandas, bilik air dan tempat-tempat najis yang lain (Bughyah al-Mustarsyidin muka surat 82). Sah dan mendapat fadhilat i’tikaf jika dibuat di dalam binaan yang baru itu. Kesimpulannya, jika binaan itu bersambung dengan binaan masjid terutamanya untuk tujuan sembahyang maka segala hukum berkenaan masjid adalah terpakai. Dibuat 26 Mac, 2002 Made 26 March 2002 [JMKNNS 209(01)914/1]   DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Keajaan Negeri Sembilan
Page35
Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY   ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991)   ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991 (Enactment No.1 of 1991)   PEMBERITAHUAN FATWA NOTIFICATION OF FATWA   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE   1. Hukum menunaikan ibadah haji sambil bekerja seperti doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan, petugas Lembaga urusan haji dan lain-lain adalah sah selagi ia menepati rukun dan wajib haji. Hal ini diqiaskan dengan berniaga sambil mengerjakan ibadah haji sebagaimana firman Allah s.w.t. : Yang bermaksud : [“Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji”]                                           (Al-Baqarah : 198) Berdasarkan ayat di atas mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada musim haji dengan berniaga dan melakukan usaha-usaha halal yang lain adalah tidak berdosa, yang bermaksud : [“Sesungguhnya orang ramai pada permulaan ibadat haji difardhukan- didalam Islam-mereka berjual beli di Mina. “Arafah di pasar Dzu al-Majaz (kawasan yang berhampiran ‘Arafah) dan pada musim haji, maka mereka khuatir untuk berjual beli ketika mereka didalam ihram. Lalu Allah menurunkan ayat ini”]  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 2. Oleh sebab itu, mereka yang menunaikan haji disamping melakukan perniagaan, haji mereka adalah sah, tidak rosak dan tidak perlu mereka mengulanginya. Hal ini berdasarkan ayat 198 Surah al-Baqarah tersebut. Mereka tidak dihalang melakukan perniagaan dengan syarat mereka berniat untuk mengerjakan haji sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud : [“Sesungguhnya amalan itu adalah niat dan setiap orang hanya mendapat yang diniatkannya”] [Muttafaq ‘Alaih]   Dibuat 26 Mac 2002 Made 26 March 2002 (JMKNNS 209(01)914/1]   DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Page36
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 1/1428 Pada 7 Rabiulakhir 1428H bersamaan 25hb April 2007  telah memutuskan bahawa: i. Jawatankuasa Fatwa bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan BAHAWA pesakit Haemophilia A tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. ii. Sekiranya pesakit berhasrat juga untuk berkhatan, pesakit hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar. iii. Manakala aspek bersuci bagi pesakit perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan sah dalam beribadah.     Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
Page37
1. Bahawa wang deposit di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), dan seumpamanya atau mana-mana harta alih atau harta tak alih yang disyaratkan diletakkan penama hendaklah menjadi harta pusaka.   2. Penama-penama kepada harta pusaka tersebut hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris mengikut hukum faraid.   3. Mana-mana pihak atau agensi yang bertanggungjawab menguruskan harta pusaka tersebut hendaklah terikat dengan pembahagian yang ditetapkan melainkan jika terdapat persetujuan sebaliknya daripada waris-waris yang berkenaan.
Page38
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil Bil 5/1427 pada 6 Zulhijjah 1427H bersamaan 27hb Disember 2006 seperti berikut: Harus menjual dan memperdagangkan najis (tahi manusia atau haiwan) yang ada padanya manfaat iaitu untuk dijadikan baja bagi tanaman.
Page39
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 2/1428 Pada 13 Jumada al-Ula 1428H bersamaan 30hb Mei 2007 seperti berikut: Harus menternak dan memperdagangkan lintah kerana manfaatnya iaitu untuk tujuan perubatan.
Page40
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bilangan 1/1429 bertarikh 20 Safar 1429H bersamaan 27hb Februari 2008M telah memutuskan bahawa: Haram bagi lelaki memakai gelang magnetik kerana pemakaian gelang tersebut lebih kepada menyerupai wanita ( تـشبّه بالنساء ). Cara ini adalah satu kaedah untuk merosakkan orang Islam.
Page41
Saya dengan ini, selaku Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan memutuskan seperti berikut:   1. Bagi mayat yang dijumpai dan tidak diketahui sama ada ia mayat orang Islam atau mayat orang bukan Islam maka hukumnya sama seperti hukum anak pungut. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara kafir dan tiada orang Islam di sana maka mayat tersebut adalah mayat orang bukan Islam. Bagi keadaan yang sebaliknya, maka mayat tersebut dikira mayat orang Islam dan hendaklah disembahyangkan selepas dimandi serta dikafankan. Kemudian ianya dikebumikan pinggir di tanah perkuburan orang Islam.   2. Bagi keadaan di mana kepala mayat tersebut dipotong dan terpisah kepalanya di satu negeri manakala badannya di satu negeri yang lain maka wajib disembahyangkan badannya di mana ianya berada dan kepalanya disembahyangkan di tempat ianya berada.
Page42
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada 19 Rejab 1426H bersamaan 24hb Ogos 2005 membuat dan mengeluarkan, keputusan berikut:  i. Sarang burung layang-layang adalah halal dimakan oleh orang Islam. Ianya diqiaskan seperti lebah dan madu lebah.  ii. Beberapa orang ulamak turut menghalalkan memakannya seperti Muhammad bin Alawi al-Maliki dan Sahibus Samahah Abdul Aziz, Mufti Fatani.  iii. Bagi mengeluarkan sijil logo halal kepada pengeluar produk sarang burung layang-layang, pihak Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hendaklah memastikan cara pembersihan sarang burung layang-layang tersebut mengikut hukum syarak.
Page43
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 1/1430 pada 7 Rejab 1430H bersamaan 30hb Jun 2009M Mengesyorkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa bahawa kambing boer berumur enam hingga 12 boleh dijadikan binatang qurban dan aqiqah. Ini juga pendapat Waqi’ yang menyatakan usia 6 atau 7 bulan seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Qudamah dalam al-Mughni.
Page44
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 1/1430 pada 7 Rejab 1430H bersamaan 30hb Jun 2009M Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan berikut: Pembayaran zakat harta dengan menggunakan Kad Kredit yang berlandaskan Syariah adalah harus.
Page45
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 1/1433H yang bersidang pada 21 Mac 2012 bersamaan 28 Rabi’ul Akhir 1433H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dan ia merupakan akad yang diterima syarak dengan menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.   Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut : Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak. Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya. Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page46
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 3/1430 pada 14 Sya‘ban 1430H bersamaan 5hb Ogos 2009 telah memutuskan bahawa: 1.  ‘Uruf emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Sembilan adalah pada kadar 200 gram dan sekiranya melebihi daripada had kadar tersebut maka hendaklah dikeluarkan zakatnya. 2.  ‘Uruf emas perhiasan adalah mengikut timbangan emas (gram) dan bukannya dalam bentuk nilai. 3.  Kaedah penaksiran zakat emas perhiasan hendaklah dibuat setelah ditolak kadar ‘uruf emas perhiasan.   Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
Page47
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus yang bersidang pada 8 September 2010 telah membincangkan mengenai Hukum Membela Dan Menjalankan Perniagaan Katak. Mesyuarat memutuskan bahawa berdasarkan pendapat jumhur (majoriti) ulama’ daripada Syafi‘e, Hanafi dan Hanbali adalah haram bagi orang Islam makan, menternak dan menjual katak.
Page48
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 3/1430 pada 14 Sya‘ban 1430H bersamaan 5hb Ogos 2009 Pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus. Pembayar zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak dikenakan apa-apa bayaran perkhidmatan. Syarikat telekomunikasi hendaklah menyediakan satu sistem (antara 10-15 minit) untuk memaklumkan kepada pembayar sama ada pembayaran yang dibuat melalui SMS berjaya atau gagal. Sebarang bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi adalah ditanggung oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan dan bukannya diambil daripada hasil kutipan zakat fitrah yang diperolehi.
Page49
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1433H yang bersidang pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI dalam isu pelaburan dalam saham ASN, ASB dan seumpamanya berdasarkan alasan berikut: 1. Telah wujud panel syariah dalam institusi PNB yang mengambil tanggungjawab untuk berusaha dari semasa ke semasa untuk mengurangkan peratus percampuran antara pelaburan yang halal dan haram.   2. Mesyuarat bersetuju bahawa keputusan fatwa perlu dirujuk kepada maslahah umum, maqasid syarak dan realiti semasa. Fatwa dikeluarkan bukan berdasarkan pandangan bersifat peribadi atau hukum yang bersifat ideal semata-mata. Dalil yang menyokong aspek maslahah umum dalam isu pelaburan ASN/ASB ini juga adalah kukuh.   3. Isu ini juga bersifat ijtihadi khususnya bagi penentuan peratus keharaman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Khilaf yang berlaku ini menyebabkan wujudnya sedikit keringanan di dalam sesuatu hukum yang diputuskan. Berdasarkan pandangan tersebut, mesyuarat bersetuju dengan sighah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI seperti berikut: “Bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus”. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page50
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa di dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk Islam dipanggil muallaf. Sebutan dan had tempoh panggilan muallaf ini lebih bersifat urf semata-mata. Mesyuarat juga mengesyorkan agar pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mengambil tindakan untuk menentukan tempoh had muallaf berdasarkan uruf di Negeri Sembilan. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page51
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 3/1433H yang bersidang pada 31 Mei 2012 bersamaan 10 Rejab 1433H telah bersetuju memutuskan: i. Amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. ii. Walau bagaimanapun, Islam juga mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan diri. iii. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama, Muzakarah setuju memutuskan bahawa hukum pemotongan genitalia wanita (Female Genital Mutilation) adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan. Status Pewrataan : Tidak Diwartakan
Page52
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1433H yang bersidang pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H telah bersetuju memutuskan: i) hukum mempromosikan produk Insurans Konvensional khususnya menjadi agen Insurans Konvensional adalah haram berdasarkan alasan keharamannya jelas dinyatakan di dalam hadith. ii) Pendapatan dan komisyen yang diperolehi daripada insurans konvensional semasa tempoh peralihan agen ke institusi takaful adalah dimaafkan. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page53
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam. Walau bagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut. Mesyuarat juga memutuskan untuk menerima pakai Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam dan bersetuju agar garis panduan ini diterbitkan dalam bentuk risalah atau edaran yang bersesuaian untuk makluman awam. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page54
Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan sighah seperti berikut:   “Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Justeru itu mengeluarkan zakat kepada berkuasa agama adalah wajib. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak dan cukup syaratnya tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib” “Mengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya” Status Pewrataan : Tidak diwartakan
Page55
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Page56
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa : i.  Insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam. ii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah. iii. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin. iv. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page57
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa :   Islam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah Li’an kerana Li’an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’dan merupakan suatu amalan taabudiah.   Majma’Fiqh al Islami yang bersidang pada 21 – 26 Syawal 1422 bersamaan 5 – 10 Januari 2002 telah memutuskan bahawa untuk mengisbatkan nasab, penggunaan DNA dibenarkan dan dilakukan atas perintah mahkamah hanya dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Majma’al-Fiqh al-Islami menetapkan bahawa DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahului kaedah li`an.   Adalah ditegaskan oleh para Fuqaha’yang telah bersepakat bahawa penafian nasab anak melalui kaedah li’an perlu dilakukan dengan kadar segera (على الفور) dan jika penafian nasab tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, maka gugurlah hak penafian nasab tersebut.   Merujuk kepada Mazhab Shafie, terdapat dua pandangan iaitu dalam qaul qadim dan qaul jadid. Dalam qaul qadim, Imam Shafie menetapkan bahawa penafian hendaklah berlaku sejurus diketahui kelahiran bayi tersebut. Sekiranya penafian tidak dibuat, bermakna seseorang itu telah mengakui bahawa bayi tersebut adalah anaknya. Namun begitu, dalam qaul jadid, penafian tidak semestinya secara terus. Ia memerlukan masa sebelum sesuatu keputusan diambil memandangkan ia merupakan satu perkara yang penting. Ia boleh ditangguhkan sehingga tiga hari dan penangguhan hanya boleh berlaku atas sebab-sebab keuzuran.   Sehubungan itu, berdasarkan penegasan dan pandangan para ulama’ mengenai tempoh segera bagi melakukan li’an untuk menafikan nasab anak, seseorang yang hendak melakukan li’an bagi penafian nasab anaknya perlu mempunyai tempoh waktu yang munasabah sebelum membuat keputusan demi mengelakkan sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku.   Oleh yang demikian, adalah diputuskan bahawa tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan li’an bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian setelah tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.   Adalah diputuskan supaya garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA hanya sekadar qarinah atau sokongan semata-mata dan tidak boleh dijadikan bukti utama.   Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page58
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada / duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page59
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page60
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa : Berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.   Sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.   Peralatan atau perhiasan bone china juga tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.   Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.   Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.   Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page61
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan seperti berikut : i. Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.    ii. Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.   iii. Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.   iv. Jumhur fuqaha’juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, adalah diputuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:   a.  bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan; b.  susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan c.  umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.   v. Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.   vi. Adalah diputuskan juga bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.   vii. Manakala susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.   viii. Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka adalah diputuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page62
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah membincangkan mengenai Hukum Berkaitan Semakan Hafazan Al-Quran Pelajar Perempuan Sedang Haidh. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :   1. Tidak harus bagi pelajar perempuan yang sedang berada dalam keadaan haidh untuk menghafal hafalan baru dan melalui proses tasmik bagi hafalan baru tersebut.   2. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut diharuskan untuk melalui proses tasmik bagi hafalan lama iaitu merangkumi murajaah jadid, murajaah qadim dan murajaah majmuk.   3. Manakala bagi calon perempuan dalam keadaan haidh yang menghadiri temuduga kelayakan masuk ke institut tahfiz tidak diharuskan untuk membaca al-Quran. Mesyuarat mengesyorkan agar institut yang menguruskan temuduga berkenaan perlu memberi kelonggaran dan menyediakan alternatif bagi sesi temuduga seterusnya.   Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Page63
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-Ula 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 dalam isu ini dengan sighah seperti berikut :   “Mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya. Mana-mana anak angkat sama ada sah taraf atau tidak, yang digabungkan namanya dengan nama ayah angkat hendaklah dibin atau bintikan kepada bapa kandungnya atau mana-mana nama Allah al-Husna yang tidak sama dengan nama ayah angkat berkenaan”.   Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page64
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah bersetuju memutuskan seperti berikut : Islam mengiktiraf konsep ihya’ al-mawat yang dilakukan oleh orang perseorangan/berkumpulan. Namun berdasarkan situasi semasa, aktiviti ihya’ al-mawat hendaklah dilakukan dengan kawalan kerajaan agar ia tidak dimiliki atau dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja; Orang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah kerajaan dengan menanam tanaman seperti kelapa sawit dan sebagainya adalah tidak harus kecuali setelah mendapat kebenaran kerajaan; Orang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah rizab kerajaan (seperti rizab jalan, sungai, hutan dan lain-lain) dengan mendirikan rumah kediaman, rumah kedai dan bercucuk tanam juga tidak harus (haram) kerana tanah-tanah tersebut termasuk di bawah kategori tanah harim dan kemudahan awam yang tidak boleh dimiliki oleh individu. Walau bagaimanapun kerajaan mempunyai kuasa budi bicara untuk melupuskan tanah-tanah tersebut dalam bentuk penggunaan sementara dengan syarat tidak menimbulkan dharar (bahaya) kepada orang lain; Orang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah milik orang lain (tanah bergeran) adalah haram kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah menceroboh harta orang lain yang diharamkan oleh syarak.    Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page65
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-UlaH telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini dengan sighah seperti berikut :   “ Di dalam Islam, harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:   i. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; ii. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.” Keterangan/Hujah:  Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.   Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa : a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta-harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.   b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.   c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page66
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah bersetuju memutuskan pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Mesyuarat menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.   Keterangan/Hujah:    Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.  Majoriti ulama’ bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.  Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.  Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.  Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.  Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.   Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page67
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 9/2013-1434H yang bersidang pada 27 Ogos 2013 bersamaan 20 Syauwal 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 bertarikh 22 – 24 Oktober 2008 dengan menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, Mesyuarat berpandangan bahawa dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.   Oleh yang demikian, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.   Pelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:   Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima Wasiat Wajibah. Hendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan. Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta’sib maka mereka tidak layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat Wajibah. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah daripada harta pusaka datuk. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain. Pembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang. Pembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.   Keterangan/Hujah:    Majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa hokum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3. Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm, penurunan ayat pusaka yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan penurunan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dalam hal ini Ibn Hazm menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas kematian seorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut menurut kadar yang berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan. Wasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta bagaimana pelaksanaannya kerana wasiat wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadapdatuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anak-anak (cucu) yang masih hidup. Dalam sistem pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu saudara. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan kehidupan. Dalam melaksanakan Wasiat Wajibah, harus mengambil pandangan Ibn Hazm az-Zahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi yatim piatu. Sebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan Wasiat Wajibah kerana ia tidak mengikut pandangan Mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya negeri-negeri memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah dan kebajikan insan. Dalam situasi hidup pada hari ini, maslahah ahli-ahli waris yang dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat bahagian pusaka, perlu ditentukan mengikut Maqasid Syariyyah. Wasiat Wajibah boleh dianggap sebagai badal atau ganti kepada faraid. Oleh itu, pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.   Status pewartaan : Tidak Diwartakan
Page68
NEGERI SEMBILAN Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY    Jil. 66 No. 23 7hb November 2013 TAMBAHAN No. 12 PERUNDANGAN   N.S. P.U. 13 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003  PEMBERITAHUAN FATWA  PENYELEWENGAN AJARAN TASLIM   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut –  1. Ajaran Taslim adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat. 2. Bahawa pengharaman ini meliputi –  apa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah; apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas. 3.  Orang-orang Islam adalah dilarang – mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Taslim, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Taslim dengan ajaran Islam. Dibuat 17 Julai 2013 [JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]       DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan   ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003  NOTIFICATION OF FATWA DEVIATION OF THE TASLIM TEACHING  IN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [Enactment No. 10/2003], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following Fatwa – 1. The Taslim teaching is deviate. It is haram for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a murtad. He should leave the said teaching immediately and repent. 2. The haram of the said teaching encompass –  any variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to Ahli Sunnah Wal Jamaah; any publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to pertaining to the said teaching in paragraph (1) above. 3. Muslims are prohibited from –  practicing the teaching and ideology of Taslim, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or  possessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the Taslim teaching to Islamic teaching.   Made 17 July 2013 [JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]       DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan
Page69
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2014-1435H yang bersidang pada 20 Mac 2014 bersamaan 18 Jumada al-Ula 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan berkenaan Pendermaan Jasad Atau Mayat Orang Islam Untuk Tujuan Penyelidikan di dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-105 dengan sighah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:  1. Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah: الأصل في العرض التحريم   Maksudnya: Asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan. Kaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW: وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ Maksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) 2. Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut. 3. Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau dharurah kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.   Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page70
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2013-1434H yang bersidang pada 03 Julai 2013 bersamaan 24 Sya’ban 1434H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 bertarikh 25 November 2004 dalam isu Hukum Wakalah dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadah Qurban dengan sighah seperti berikut :   i. Hukum asal wakalah adalah harus. ii. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil . iii Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain sekiranya tidak mampu atau tidak layak melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut. iv. Harus mengagihkan daging qurban ke tempat atau negara lain. v. Tidak harus mengagih dan memberi makan daging qurban kepada orang bukan Islam.   Mesyuarat juga memutuskan bahawa sighah perwakilan antara orang yang berkorban kepada wakilnya hendaklah dinyatakan secara lafaz atau kinayah seperti bertulis dan seumpamanya.   Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page71
NEGERI SEMBILAN Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY    Jil. 66 No. 23 7hb November 2013 TAMBAHAN No. 12 PERUNDANGAN   N.S. P.U. 14 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003  PEMBERITAHUAN FATWA  PENYELEWENGAN AJARAN QADIANI   PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut –   Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat. Bahawa pengharaman ini meliputi –  apa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah; apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas.    3. Orang-orang Islam adalah dilarang – mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau memiliki, menyimpan, mencetak, menjualtermasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani dengan ajaran Islam.   Dibuat 17 Julai 2013 [JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]       DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan     ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003  NOTIFICATION OF FATWA  DEVIATION OF THE QADIANI TEACHING   IN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [Enactment No. 10/2003], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following Fatwa – The Qadiani teaching is deviate. It is haram for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a murtad. He should leave the said teaching immediately and repent. The haram of the said teaching encompass – any variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to Ahli Sunnah Wal Jamaah;  any publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to pertaining to the said teaching in paragraph (1) above.                     3. Muslims are prohibited from –  practicing the teaching and ideology of Qadiani, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or possessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the Qadiani teaching to Islamic teaching.  Made 17 July 2013 [JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]       DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan
Page72
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2014-1435H yang bersidang pada 22 Mei 2014 bersamaan 22 Rajab 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-56 berkenaan Sembahyang Jumaat Banduan Di Dalam Penjara Dan Seumpamanya dengan sighah seperti berikut : Mesyuarat telah memutuskan bahawa hukum sembahyang Jumaat ke atas banduan di penjara dan seumpamanya adalah wajib dan Jabatan Penjara Malaysia hendaklah membenarkan para banduan menunaikan sembahyang Jumaat kecuali bagi mereka yang didapati boleh menimbulkan ancaman seperti ancaman keselamatan, sosial dan sebagainya.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page73
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2014-1435H yang bersidang pada 24 April 2014 bersamaan 24 Jumada al-Akhirah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-49 berkenaan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan / Swasta dengan sighah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus.   Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page75
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2014-1435H yang bersidang pada 22 Mei 2014 bersamaan 22 Rajab 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-60 berkenaan Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara dengan sighah seperti berikut :   Mesyuarat telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :   1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.   2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.   3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.   4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. Status warta : tidak diwartakan
Page76
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2014-1435H yang bersidang pada 24 April 2014 bersamaan 24 Jumada al-Akhirah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-49 berkenaan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta dengan sighah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka.   Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page77
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2014-1435H yang bersidang pada 24 April 2014 bersamaan 24 Jumada al-Akhirah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-79 berkenaan Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi dengan sighah seperti berikut : Pesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostami setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat. Pesakit hendaklah mengambil wudhu’ setiap kali mengerjakan solat fardu. Hal ini kerana wudhu’ yang diambil hanya untuk mengharuskan solat, bukan untuk mengangkat hadath. Kedudukan pesakit adalah sama seperti orang yang sentiasa berhadath (الحدث دائم).  Keterangan/Hujah:  Istilah “Kolostomi” merujuk kepada keadaan sebahagian usus besar (colon) di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya itu disalurkan ke bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit. Hujung usus ke bahagian dubur (rectum) tidak lagi berfungsi seperti biasa. Beg Kolostomi dipasang pada abdomen yang ditebuk di mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut. Pengeluaran najis tidak akan dapat dikawal sama sekali oleh pesakit.  Kebanyakan pesakit kolostomi merasa was-was untuk menunaikan amalan fardu ain terutamanya solat. Persoalan yang ditimbulkan adalah bagaimana harus mereka mengurus kolostomi mereka semasa mengambil wudhu’ dan semasa menunaikan fardhu solat. Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi mereka setiap kali mengambil wudhu’ atau untuk menunaikan solat. Adakah wudhu’ akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal ke dalam pundi kolostomi.  Isu batal wudhu’ apabila keluar sesuatu menerusi salah satu daripada dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh para ulama’ adalah dalam konteks orang yang sihat. Bagi yang berpenyakit atau mengalami masalah keluar sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah penyucian dan pelaksanaan ibadah kerana mereka dianggap orang yang dalam keuzuran.  Masalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl kerana kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu dari sudut hukum, ia tidak boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl.  Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada dalam keadaan dharurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam beberapa aspek ibadah. Mereka juga tidak dianggap sebagai menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat. Pesakit-pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali wudhu’ untuk semua ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wudhu’ tersebut tidak terbatal. Tetapi sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk memperbaharui wudhu’, ia adalah disunatkan. Islam adalah agama yang memberi kemudahan. Oleh itu pesakit tidak wajar disyaratkan untuk mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwudhu’ kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadah. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page78
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Ramadhan 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-105 berkenaan Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar Melaka dengan sighah seperti berikut :   1. Setelah mendengar pembentangan S.S Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa: a. Perbuatan memohon hajat, berdoa dan bermeditasi serta bertawassul di sisi kubur-kubur yang ada di sekitar Pulau Besar merupakan amalan ghuluw yang boleh membawa kepada syirik.   b. Perbuatan memuja dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan daripada sesuatu objek seperti di kubur Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail, kubur Tujuh Beradik, kubur Syarifah Rodziah, kubur Syeikh Yusuf, kubur Tok Janggut, kubur Nenek Kebayan, Tempayan Pecah, Batu Belah, Gua Yunus, perigi Nenek Kebayan, Tasik Bunian, Tasik Biawak dan pokok disula adalah syirik.   c. Perbuatan membaca Surah Yasin, membuat tahlil seterusnya mendoakan hajat bagi pihak orang bukan Islam dengan tujuan supaya permintaan mereka tercapai adalah dilarang oleh Islam.   d. Perbuatan mandi di Perigi Nenek Kebayan dan Tempayan Pecah, menjadikan batu-batu atau objek yang diambil daripada perigi sebagai azimat, membakar colok di sekitar kawasan kubur dan pokok-pokok dengan mempercayai ia boleh memberi manfaat atau mudharat adalah perbuatan khurafat yang jelas dilarang oleh Islam.   e. Perbuatan menjamu orang ramai dengan daging yang dinazar oleh orang Islam dan bukan Islam adalah perlu dihentikan.   f. Menjual poster yang dipercayai sebagai gambar para sahabat nabi adalah haram dan hendaklah dihentikan.   g. Amalan membaca tahlil ketika upacara menaik dan menurunkan bendera serta berjalan kaki tanpa kasut atau selipar menuju ke gua atau perigi serta perbuatan menyapu dan menjirus cairan cendanan berwarna kuning pada batu nisan dan kubur Sheikh Ismail adalah khurafat yang perlu ditegah. 2. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, Jawatankuasa Fatwa bersetuju memutuskan bahawa amalan dan perbuatan yang disebut di atas adalah merupakan perkara bida’ah dhalalah dan khurafat yang amat ditegah oleh syarak dan perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada syirik. 3. Sehubungan itu juga Jawatankuasa Fatwa menggesa supaya tindakan penguatkuasaan bagi membenteras amalan khurafat di Pulau Besar dilaksanakan segera oleh Kerajaan Negeri Melaka. Penjelasan dan kesedaran kepada masyarakat awam hendaklah dilaksanakan supaya amalan khurafat yang berleluasa di Pulau Besar tersebut dapat dihentikan. Status Pewartaan : Tidak diwartakan
Page79
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014-1435H yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zulqaedah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-95 berkenaan Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid dengan sighah seperti berikut :   Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Mesyuarat berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.   Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah sunat untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.   Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page80
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya’ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya dengan sighah seperti berikut : Mesyuarat telah memutuskan bahawa:   1. Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;   2. Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;   3. Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;   4. Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan   5. Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page81
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014-1435H yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zulqaedah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-96 berkenaan Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya dengansighah seperti berikut :   Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Mesyuarat berpandangan bahawa Qurban dan Aqiqah telah disyariatkan dalam al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah s.w.t.   Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun.   Para pengimport haiwan ternakan pula dinasihatkan agar untuk tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat ta’abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna. Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page82
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya’ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) dengan sighah seperti berikut : Mesyuarat telah memutuskan bahawa menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) adalah dilarang bagi mempastikan kesucian dan kehormatan agama Islam terpelihara. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page83
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya’ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80 berkenaan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain dengan sighah seperti berikut : Mesyuarat telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib.   Status Pewartaan – Tidak Diwartakan
Page84
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 3/1430 Pada 14 Sya‘Ban 1430H bersamaan 5hb Ogos 2009 seperti berikut: 1.  Mengguna-pakai pengiraan fidyah puasa mengikut Mazhab Syafi‘I, iaitu satu cupak beras atau nilai ¼ daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan, dan fidyah puasa ini digandakan sekiranya puasa yang tertinggal tidak diqadha’ hingga masuk bulan Ramadhan yang baru. 2. Dalam sesetengah keadaan, seseorang/wakil yang tidak mampu membayar jumlah fidyah puasa tersebut, maka pengiraan fidyah puasa mengikut Mazhab Hanafi boleh diguna-pakai, iaitu setengah gantang beras atau nilai ½ daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan tanpa gandaan. 3.  Pembayaran fidyah puasa dalam bentuk nilai beras adalah harus. 4. Pusat Zakat Negeri Sembilan bolehlah menerima pembayaran fidyah puasa dan pengagihannya hendaklah diserahkan kepada Baitul Mal Negeri Sembilan Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page85
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-88 berkenaan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara dengan sighah seperti berikut : 1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. 2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti  Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur  tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.   Keterangan/Hujah :   1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut. 2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim) 3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:   “Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)      Status pewartaan : Proses Warta
Page86
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.02/2015-1436H yang bersidang pada 25 Februari 2015 bersamaan 06 Jumada al-Ula 1436H memutuskan seperti berikut :   “Muzakarah memutuskan untuk tidak membenarkan pembinaan tandas dalam bangunan masjid berdasarkan hukum yang terdapat di dalam Kitab Fathul Bari, syarah Sahih Bukhari menyatakan makruh membina tandas dengan dinding yang sama dengan masjid dan bersamaan dengan arah kiblat. Bahkan adalah makruh untuk bersolat di dalam masjid yang mempunyai binaan seperti itu.”
Page87
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014-1435H yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zulqaedah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 berkenaan Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam dengan sighah seperti berikut :   Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat telah memutuskan bahawa bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.   Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.   Status pewartaan : Proses Warta
Page88
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2015-1436H yang bersidang pada 25 Februari 2015 bersamaan 06 Jumada al-Ula 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 berkenaan Percukaian Menurut Pandangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan sighah seperti berikut : 1) Hasil pembentangan, Mesyuarat menerima pendapat bahawa : i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar’iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.   ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.   iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi’i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara. iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:   الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم “Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka”.   2) Mesyuarat juga berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah  يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.   3) Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:   i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam; ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan; iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat; iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil; v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat; vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page89
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 09/2014-1436H yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 berkenaan Kedudukan Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid Atau Surau dengan sighah seperti berikut : 1. Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid demi menjaga kehormatan masjid dan akhlak Islam.   2. Walau bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa jua jenis alatan muzik yang diharuskan syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat dan akhlak Islam.    Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page90
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum  Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi dan Seumpamanya Untuk Tunaikan Fardhu Haji Atau Umrah dengan sighah seperti berikut : Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah daripada skim pinjaman wang sekiranya mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page91
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 09/2014-1436H yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 berkenaan Isu Umat Islam Yang Berjuang atas nama ISIS dengan sighah seperti berikut : 1. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) serta Islamic State (IS) adalah gerakan yang menyeleweng dan bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wa al Jamaah.   2. Oleh itu, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa menegaskan bahawa sesiapa yang telah atau ingin pergi berjuang atau menyokong ISIS, ISIL atau IS adalah tidak selari dengan konsep jihad yang sebenar dalam Islam.   3. Sehubungan itu, mereka yang terbunuh kerana perjuangan gerakan tersebut tidak dikategorikan sebagai syahid menurut hukum syarak’.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page92
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2015-1436H yang bersidang pada 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syauwal 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 berkenaan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak dengan sighah seperti berikut : Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian. Keterangan/Hujah : 1. Bagi kes ahli-ahli keluarga yang meninggal secara serentak yang tidak dapat ditentukan siapa meninggal terlebih dahulu dalam kejadian kapal karam, kebakaran, tertimbus dalam runtuhan, kemalangan jalan raya dan sebagainya, Jumhur Fuqaha’ kecuali mazhab Hanbali berpendapat bahawa mereka itu tidak saling mewarisi antara satu sama lain kerana syarat pewarisan ialah waris (al-warith) hendaklah masih hidup sewaktu kematian orang yang yang mewariskan (al-muwarrith) sedangkan dalam kes kematian serentak syarat tersebut tidak dipenuhi. Dalam kejadian tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu di kalangan ahli keluarga, maka mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain.   2. واستدلوا بما روى خارجة بن زيد بن ثابت عن أبيه أنه قال: أمرني أبو بكر الصديق ـ رضي الله عنه ـ بتوريث أهل اليمامة، فورثت الأحياء من الأموات، ولم أورث الأموات بعضهم عن بعض. وأمرني عمر ـ رضي الله عنه ـ بتوريث أهل طاعون عَمْوَاس، وكانت القبيلة تموت بأسرها، فورَّثت الأحياء من الأموات، ولم أورِّث الأموات بعضَهم من بعض. وهكذا نقل عن علي كرم الله تعالى وجهه في قتلى الجَمَل وصِفِّين   Yang bermaksud, Ini bersandarkan kepada kisah yang diriwayatkan oleh Kharijah bin Zaid bin Thabit daripada bapanya dan dia telah berkata : “ Aku telah diarahkan oleh Abu Bakr al-Siddiq r.a untuk membahagikan harta pusaka kepada penduduk Yamamah, orang-orang yang hidup mewarisi daripada orang yang meninggal dunia. Manakala orang-orang yang meninggal dunia tidak mewarisi sesama mereka. Dan aku juga telah diperintahkan oleh Umar r.a untuk membuat pembahagian pusaka kepada waris si mati yang meninggal akibat wabak taun yang melanda Amwas (sebuah kampung di Palestin). Terdapat kabilah tertentu yang seluruh anggota keluarganya meninggal dunia. Oleh itu, orang yang mati mewarisakan harta mereka kepada warisnya yang hidup dan orang yang meninggal dunia secara bersama itu tidak saling mewarisi di antara mereka. Hal yang sedemikian turut dipraktikkan oleh Ali k.w selepas berlakunya peperangan Jamal dan Siffin.”   3. Dar al-Ifta’ Mesir telah mengeluarkan fatwa bagi kes kematian serentak melibatkan ahli keluarga dengan menyatakan bahawa ahli keluarga berkenaan tidak mewarisi antara satu sama lain.   4. Dalam isu pewarisan bagi kes kematian serentak ini, pandangan Jumhur Ulama’ lebih fokus berbanding dengan yang lain di mana Jumhur menetapkan bahawa mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain dan harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.   5. Jawatankuasa boleh mengambil pandangan Jumhur dalam menentukan hukum kerana ia berdasarkan kepentingan dan maslahah umat Islam.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page93
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2015-1436H yang bersidang pada 27 Mei 2015 bersamaan 09 Sya’ban 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-56 berkenaan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat dengan sighah seperti berikut : Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram. Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus. Hukum memasukkah embrio ke dalam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau perceraian adalah haram.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page94
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2015-1436H yang bersidang pada 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syauwal 1436H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Ajaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114 seperti berikut:   1. Penggunaan jurus dan pukul tidak kena dalam aktiviti persilatan mengandungi perkara-perkara meragukan dan unsur-unsur kebatinan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam serta mempunyai persamaan dengan kumpulan Nasrul Haq yang sudah difatwakan sesat.   2. Perbuatan “Topup” bagi memberikan kembali semangat adalah khurafat dan ahli-ahli TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 perlu meninggalkan perbuatan tersebut.    3. Perbuatan mewajibkan ahli beramal sebagai syarat kemasukan ke dalam kumpulan adalah menyalahi konsep ikhlas dalam Islam.   4. Konsep dakwah melalui unsur-unsur kebatinan dalam persilatan adalah tidak boleh dilakukan kerana ia mengundang kepada kerosakan akidah yang lebih besar.    5. Semakan terhadap semua buku keluaran TAPEDIRI 65 didapati mengandungi banyak kesalahan-kesalahan yang serius.        Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan memutuskan bahawa kumpulan TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 atau apa-apa kumpulan seumpamanya adalah bercanggah dengan syariah dan semua ahli kumpulan berkenaan hendaklah bertaubat daripada melakukan perkara-perkara tersebut.   Status pewartaan : Proses Pewartaan
Page95
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-61 berkenaan Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam dengan sighah seperti berikut :   1. Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;   2. Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan   3. Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya. Status Pewartaan : Proses Warta
Page96
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 08/2015-1436H yang bersidang pada 10 Disember 2015 bersamaan 28 Safar 1437H. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut : 1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar serta bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah seperti berikut: i. bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama‘ Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur; ii. bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang; iii. menafikan istilah “al-Qada’ wa al-Qadar”; iv. berpegang kepada fahaman Qadariyyah; v. bahawa aqidah Siyasiyyah lebih penting daripada aqidah ruhiyyah; vi.menolak sumber aqidah melalui hadith Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadith Ahad itu dalil zanni sedangkan aqidah itu keyakinan; atau vii.bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul. 2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah- i. menjadi ahli kumpulan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; ii. berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; iii. mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain; iv. berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; v. melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; vi. mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; vii. memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih atau; viii. mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di Negeri Sembilan. 3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai‘ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T. 4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar. 5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan. 6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Sembilan.    Status Pewartaan : Proses Warta
Page97
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2015-1436H yang bersidang pada 26 Mei 2015 bersamaan 08 Sya’ban 1436H telah memutuskan agar ‘uruf pemakaian emas wanita Islam di Negeri Sembilan dikekal pada kadar 200 gram. Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page98
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 01/2016-1437H yang bersidang pada 28 Januari 2016 bersamaan 18 Rabi’al-Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bil. 2/2015 berkenaan Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik) dengan sighah seperti berikut : 1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah mendapati bahawa: i. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk takasub (usaha) dan bukan secara ghasab(pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi pelaburan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama. ii. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana majikan diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini tiada sebarang pilihan diberikan kepada ahli dan mereka tiada hak tasarruf (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan. iii. Berdasarkan amalan semasa perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, tiada sebarang ketetapan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam untuk menyucikan terlebih dahulu sebarang pendapatan tidak patuh syariah yang diterima sama ada daripada aktiviti perbankan konvensional atau daripada sumber-sumber lain sebelum boleh mendeposit atau melabur ke dalam produk patuh syariah yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan kewangan Islam. iv. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan resolusi membenarkan segala dividen yang diterima daripada produk konvensional dilaburkan semula ke dalam produk patuh syariah.   Keputusan : Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ahli KWSP sedia ada yang memilih akaun KWSP-Islamik tidak perlu melakukan pembersihan dividen bagi pertukaran kali pertama.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page99
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2015-1436H yang bersidang pada 26 Ogos 2015 bersamaan 11 Dzulqa’dah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-23 berkenaan Penukaran Nama Daripada Bukan Islam Kepada Islam dengan sighah seperti berikut : Dibolehkan untuk mengekalkan nama asal yang mempunyai pengertian yang baik. Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu keperluan untuk meletakkan nama Islam. Pertukaran nama perlu dilakukan sekiranya nama tersebut mempunyai pengertian yang tidak baik. Tiada halangan saudara baru untuk meletakkan nama bapanya atau boleh dibin/dibintikan dengan nama Abdullah atau tidak dibin/dibintikan dengan apa-apa nama.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page100
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2015-1436H yang bersidang pada 26 Ogos 2015 bersamaan 11 Dzulqa’dah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-71 berkenaan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami dengan sighah seperti berikut : Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan. Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page101
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2015-1436H yang bersidang pada 30 September 2015 bersamaan 16 Zulhijjah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-79 berkenaan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi dengan sighah seperti berikut : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi tanpa berlapik adalah haram. Status Pewartaan : Tidak Diwartakan
Page102
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2015-1436H yang bersidang pada 30 September 2015 bersamaan 16 Zulhijjah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 berkenaan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut dan Najisnya dengan sighah seperti berikut : Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya. Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersial pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambil kira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, dan dengan itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.   Status pewartaan : Tidak diwartakan
Page103
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan: 1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. 2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. 3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.