url
stringlengths
41
205
headline
stringlengths
8
176
content
sequence
https://www.sabahpost.net/2021/09/14/pm-setuju-pembinaan-hospital-medan-di-tawau-dipercepat-hajiji/
PM Setuju Pembinaan Hospital Medan Di Tawau Dipercepat – Hajiji
[ "KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju mempercepat pembinaan hospital medan di Tawau untuk membantu Sabah dalam usaha memerangi COVID-19.   ", "Beliau berkata pembukaan hospital medan di Tawau amat mendesak memandangkan kerja menaik taraf Hospital Tawau hanya 60 peratus selesai.", "“Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara secara dalam talian hari ini memberikan maklum balas kepada permintaan saya… hospital medan yang sebelum ini yang dikendali oleh Angkatan Tentera telah menghentikan operasi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.", "Hajiji juga berkata sejumlah 302 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dikenal pasti di Sabah dan 14 agensi membabitkan 6,800 kakitangan diaktifkan untuk menghadapi musim tengkujuh akan datang.", "Beliau berkata Sabah turut mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri itu susulan beberapa kes bencana alam yang mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan teruk kepada infrastruktur serta harta benda di beberapa daerah seperti Beaufort dan Penampang. ", "“Dianggarkan sebanyak RM147 juta diperlukan untuk memperbaiki kerosakan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan negeri berharap Kerajaan Persekutuan akan menghulurkan bantuan. – BERNAMA", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/02/06/jurujual-kedai-emas-cetus-kluster-jalan-chester-di-tawau/
Jurujual Kedai Emas Cetus Kluster Jalan Chester Di Tawau
[ "KOTA KINABALU: Jurujual di sebuah kedai emas di bandar Tawau dikenal pasti sebagai kes indeks Kluster Jalan Chester yang dilaporkan di Sabah, hari ini.", "Individu terbabit menunjukkan gejala jangkitan sebelum disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada 2 Februari lalu.", "Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga hari ini sebanyak 10 kes dikesan menerusi kluster itu.", "“Pada hari ini, satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Jalan Chester di Tawau yang mencatatkan pertambahan tujuh kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes.", "“Kes indeks adalah seorang jurujual di kedai emas disahkan positif hasil saringan bergejala pada 2 Februari lalu.", "“Hasil saringan kontak rapat, sembilan lagi kes positif Covid-19 dikesan bagi kluster ini. Aktiviti pengesanan masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19 Sabah, di sini, malam ini.", "Secara keseluruhan, Sabah mencatatkan 233 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat 37 kes berbanding 196 kes yang dilaporkan semalam.", "Ia menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Sabah setakat ini mencecah 50,124 kes.", "Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, selain satu kluster baharu, Sabah turut merekodkan tiga kematian pada hari ini, masing-masing satu kematian di Tuaran, Tawau dan Kalabakan.", "Bagi kes sembuh, beliau berkata, seramai 288 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 47,578 orang.", "“Baki pesakit masih dirawat seramai 1,745 orang, iaitu 711 di hospital, 1,027 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, manakala tujuh lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS).", "“Bilangan pesakit Covid-19 dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 81 orang dengan 25 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.", "Masidi berkata, bagi kes mengikut daerah, Tawau merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 41 kes, diikuti Kinabatangan (36), Keningau (27), Kota Kinabalu (23) dan Papar (12).", "Sebanyak 18 daerah masih dalam zon merah, manakala empat daerah dalam zon jingga dan lima daerah dalam zon kuning. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/02/02/kpdnhep-semporna-rampas-16400-liter-minyak-petrol-di-kampung-tampi-tampi/
KPDNHEP Semporna rampas 16,400 liter minyak petrol di Kampung Tampi-Tampi
[ "SEMPORNA, 2 Feb – Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna merampas 16,400 liter minyak petrol serta 26 tong gas memasak dalam satu serbuan di Jeti Persendirian Kampung Tampi-Tampi Timbayan di sini, Khamis lepas.", "Ketua Cawangan KPDNHEP Semporna, Lauhi Mandor Bakar berkata rampasan pada kira-kira pukul 6.30 petang itu dilakukan hasil risikan pihaknya ke atas sebuah lori tangki yang dilihat mencurigakan semasa memindahkan minyak ke sebuah kapal kargo di kampung itu.", "“Siasatan mendapati tiada sebarang lesen atau dokumen berkaitan pemilikan minyak itu bagi tujuan perdagangan. Petrol itu didapati milik sebuah syarikat di Kota Kinabalu berdasarkan penemuan invois pembelian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.", "Susulan itu, Lauhi berkata kapal kargo, lori tangki, minyak petrol serta tong gas bernilai RM137,152 itu disita dan dirampas.", "“Kapal kargo dan lori tangki disita dan disiasat di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusniaga barang kawalan tanpa lesen yang sah dan memiliki barang kawalan dengan syak yang munasabah melakukan kesalahan di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2021/08/18/pm-baharu-masih-perlu-jalani-proses-undi-percaya-agong/
PM Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya – Agong
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri kesembilan yang dilantik perlu segera mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengabsahkan jawatan beliau.", "Dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Datuk Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Seri Paduka akan membuat pelantikan perdana menteri baharu mengikut Perkara 40 (2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan setelah meneliti surat akuan dipersembah oleh ahli-ahli Dewan Rakyat menyatakan siapa dalam kalangan mereka diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tersebut.", "Beliau berkata, surat akuan itu bertujuan membantu Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang duperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.", "“Perdana menteri yang telah dilantik oleh baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan itu.", "Semalam, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama dalam negara di Istana Negara. – Utusan Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/05/11/tak-sempat-merasa-hasil-curi/
Tak Sempat Merasa Hasil Curi
[ "TUARAN: Seorang lelaki warga asing ditahan tidak sampai 24 jam selepas memecah masuk sebuah kilang perabot di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, semalam.", "Suspek berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Kampung Tobur, Kota Kinabalu pada 5.20 petang selepas polis menerima laporan daripada pemilik kilang pada jam 9 pagi hari sama.", "Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam serbuan itu polis menemui semula lima barangan yang dicuri dari kilang perabot berkenaan.", "“Antara yang ditemui semula ialah kipas angin, mesin pemotong aluminium dan kayu, mesin gerudi serta dua mesin pemampat udara di ruang tamu rumah suspek.", "“Ketika serbuan dilakukan, pemeriksaan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.", "Habibi berkata, selain itu, hasil soal siasat, suspek mengaku semua barangan yang tersimpan di ruang tamu rumahnya adalah hasil curi", "“Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa balik ke Balai Polis Manggatal untuk tindakan lanjut.", "“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/08/04/tragedi-menunggu-durian-ragut-nyawa-lelaki-di-kampung-luagan/
‘Tragedi Menunggu Durian’ Ragut Nyawa Lelaki Di Kampung Luagan
[ "SIPITANG: Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok yang tumbang ke arah pondok tempatnya berteduh di kebun durian di Kampung Luagan, di sini petang semalam.", "Mangsa Hamdi Diman, 41, dipercayai sedang menunggu durian jatuh di kebun berkenaan namun terpaksa berteduh di pondok kerana angin kuat.", "Bagaimanapun tiba-tiba pokok tumbang dan menghempap pondok berkenaan hingga menyebabkan mangsa parah sebelum disahkan meninggal dunia.", "Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian mangsa terperangkap akibat dihampap pokok tumbang pada pukul 4.52 petang dan menghantar sepasukan bomba ke lokasi kejadian.", "“Sebaik tiba di lokasi, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan oleh bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang membabitkan seorang pegawai dan empat anggota.", "“Mangsa kemudian dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Menurutnya, pasukan bomba kemudian melakukan pemeriksaan di sekitar tempat kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain berlaku manakala operasi tamat kira-kira pukul  8.10 malam tadi,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2022/05/08/komik-manga-pelajar-sabah-raih-hadiah-pertama-di-argentina/
Komik Manga Pelajar Sabah Raih Hadiah Pertama Di Argentina
[ "KENINGAU : Mohd Aqasya Bin Mohd Puasa, pelajar teknologi automotif Kolej Vokasional Keningau, telah dianugerahkan hadiah pertama dalam kategori manga di festival seni di Argentina pada 5 Mei 2022.", "Manga merupakan stail komik yang berasal dari Jepun yang mempunyai keunikan yang tersendiri.", "Mohd Aqasya yang meminati komik manga ini telah menghasilkan berpuluh-puluh lukisan yang diilhamkan dari stail lukisan komik Jepun itu.", "Komik manga yang dihantarnya untuk pertandingan ini bertajuk “Kokok” iaitu makhluk ghaib yang mampu menjelma sebagai manusia dan meniru rupa paras serta ciri-ciri fizikal sesiapa sahaja.", "Cerita ini yang diadaptasikan dari mitos dahulukala komuniti di Sabah telah diberi sentuhan moden dengan elemen komik manga.", "Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, pengarah kolej itu, memuji usaha pelajar ini yang meneroka konsep lakaran yang merentas budaya dengan menerapkan seni moden Jepun dalam hasil karyanya.", "Pengarah berharap agar ini mampu memupuk penghayatan budaya dan nilai murni dikalangan pelajar Kolej Vokasional Keningau.", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost", " Komik hasil karya pelajar ini boleh diakses melalui pautan berikut:" ]
https://www.sabahpost.net/2020/04/07/empat-ditahan-asyik-berkaraoke-di-towering-ingkar-pkp/
Empat Ditahan Asyik Berkaraoke Di Towering, Ingkar PKP
[ "PENAMPANG: Keghairahan empat lelaki berkaraoke tanpa mempedulikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya memakan diri apabila mereka ditahan polis di sebuah premis karaoke di Towering di sini, malam tadi.", "Perbuatan itu disedari anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang yang menjalankan rondaan pemantauan PKP Covid-19 di kawasan berkenaan, jam 9.50 malam.", "Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, ketika anggota menjalankan tugas, terdengar bunyi bising di sebuah premis perniagaan.", "“Tindakan lanjut polis membuat serbuan dan pemeriksaan mendapati terdapat empat lelaki berkumpul di sebuah bilik karaoke.", "“Semua mereka kemudian ditahan kerana didapati berkumpul di dalam premis dan ingkar kepada arahan PKP Covid-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.", "Mohd Haris berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati premis itu tidak mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan.", "“Tiga lelaki iaitu pelanggan dan seorang pemilik premis terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.", "“Polis turut merampas beberapa set sistem karaoke serta wang tunai berjumlah RM1,337,” katanya.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).", "Tambah beliau lagi, pihaknya sudah merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan semua tangkapan akan dituduh hari ini Peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.2) 2020.- Harian Metro" ]
https://www.sabahpost.net/2019/11/14/ibu-adira-jadi-mangsa-samun/
Ibu Adira Jadi Mangsa Samun
[ "RANAU: Ibu penyanyi Adira Suhaimi mengalami kecederaan ringan pada tangan kanan ketika cuba melawan seorang perompak yang memasuki rumah mereka dan mengambil beg tangan miliknya, awal pagi semalam.", "Dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi itu Rujina Sarungin, 60, keluar ke bahagian tempat letak kereta bagi mematikan suis lampu serta menghidupkan mesin basuh di luar rumah sebelum masuk semula untuk pergi ke bahagian dapur.", "Kakak Adira, Edayu Suhaimi atau mesra disapa Ayu, 31, ketika dihubungi Sabah News Today berkata sewaktu ibunya ke ruang tamu, terlihat seorang lelaki bertopeng sudah berada diruangan itu sambil memegang beg tangan ibunya.", "“Ibu sempat mencapai beg berkenaan dan berlaku kejadian tarik-menarik hingga mengakibatkan tangan ibu cedera mungkin disebabkan terkena besi pintu.", "“Perompak itu berjaya mengambil beg itu dan lari dipercayai menggunakan motosikal.", "“Kejadian berlaku terlalu cepat namun kami percaya ia tidak dilakukan berseorangan,” katanya memberitahu ibunya memang tinggal berseorangan.", "Ayu yang menetap di Tuaran mengetahui perkara terbabit selepas dihubungi ibunya dan terus bergegas pulang ke kampung halaman mereka.", "Beliau berkata semua adik-beradiknya sudah dimaklumkan tentang perkara berkenaan termasuklah Adira yang kini berada di Kuala Lumpur.", "Tambah Ayu lagi, ibunya mengusahakan perniagan kedai bakeri secara kecil-kecilan di Kampung Pinausok, Kundasang sejak setahun lalu yang terletak lebih satu kilometer daripada rumah mereka.", "Ditanya mengenai kerugian yang dialami, Edayu menyatakan nilai keseluruhan belum dapat dipastikan tetapi melibatkan wang tunai dan barang kemas milik ibunya.", "Bagaimanapun, kami sekeluarga bersyukur perompak itu tidak mencederakan ibu.", "“Ibu kini berada dalam keadaan baik namun sedikit trauma selepas kejadian dilaluinya.", "“Kami turut merancang membawa ibu tinggal di Kota Kinabalu buat sementara waktu bagi memulihkan semangatnya selain tidak mahu perkara sama berulang kembali,” katanya.", "Menurut sumber jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.", "Antara barangan yang hilang termasuklah wang tunai RM9,500, dua utas rantai tangan emas, dua uras rantai leher, empat bentuk cincin emas dan sebentuk cincin berlian." ]
https://www.sabahpost.net/2020/12/27/polis-serbu-kegiatan-sabung-ayam-ketika-pandemik-covid-19/
Polis Serbu Kegiatan Sabung Ayam Ketika Pandemik COVID-19
[ "LABUAN, 27 Dis  : Sekurang-kurangnya 16 ekor ayam laga disita dan empat lelaki ditahan selepas polis menyerbu kegiatan itu yang diadakan di kawasan hutan Kampung Sungai Bangat di sini, Jumaat lepas.", "Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata serbuan pada 3.30 petang menerusi Op Dadu Judi Laga Ayam itu dibuat selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk kampung.", "Penonton bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, meninggalkan empat individu terbabit bersama-sama ayam laga berkenaan, katanya.", "“Sama ada kalian terbabit bertaruh, atau hanya ayam kalian bertarung, atau sekadar membantu rakan berjudi, kalian tetap ditangkap… agaknya mereka ingat mereka ‘kebal’ daripada dijangkiti virus COVID-19,” katanya kepada Bernama.", "Menurutnya keempat-empat lelaki yang berusia 18 hingga 54 tahun terbabit akan didakwa menurut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang menggariskan 21 kesalahan khusus kezaliman terhadap haiwan. – BERNAMA", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/04/15/ngo-gesa-maszlee-tangani-masalah-air-di-kuarters-guru/
NGO gesa Maszlee tangani masalah air di kuarters guru
[ "KOTA KINABALU: Sebuah NGO pengguna di Sabah menggesa Menteri Pendidikan Maszlee Malik campur tangan bagi menangani masalah penghuni kuarters guru di Bukit Padang yang tiada bekalan air sejak 3 minggu lalu.", "Jabatan Air Sabah terpaksa memotong bekalan air di Kuarters Institut Pendidikan (KIP) itu berikutan kegagalan pejabat pendidikan melunaskan tunggakan sebanyak RM700,000.", "Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) berkata, kebanyakan 200 penghuni terjejas akibat tindakan tersebut ialah pengetua dan guru sekolah kerajaan.", "“Ini menimbulkan gangguan dan penderitaan kepada penghuni yang terpaksa mengambil air dari masjid dan stesen minyak berdekatan, dan membawanya ke pangsapuri 4 tingkat tanpa lif 2 kali sehari,” kata Setiausaha Agung CFOS, Hashima Hasbullah Yahya.", "Katanya, penghuni bersama CFOS merayu kepada Maszlee kerana mereka sudah penat mengadu mengenai masalah itu, termasuk menghubungi jabatan pendidikan negeri dan Biro Aduan Awam.", "Beliau mendakwa, beberapa kali percubaan menghubungi pegawai yang bertanggungjawab juga gagal, sementara e-mel mereka tidak dijawab.", "Hashima berkata, CFOS difahamkan beberapa perbincangan dengan jabatan pendidikan berlangsung sejak jabatan air menyedari pejabat pendidikan berhenti membayar bil air secara pukal sejak 2017.", "Katanya, siasatan CFOS mendedahkan surat arahan daripada bekas pengarah pendidikan negeri, Maimunah Suhaibul, bertarikh 20 September 2018, meminta setiap unit pangsapuri membayar RM30 sebulan di samping deposit RM100 untuk membayar tunggakan terkumpul.", "Bagaimanapun, beliau mendakwa, bayaran itu dinaikkan kepada RM230 dan ke atas pada bulan-bulan seterusnya tanpa arahan rasmi.", "“Kadar bayaran berbeza setiap blok. Sesetengahnya diminta membayar hingga RM300 sebulan dan ramai tidak diberi bukti pembayaran. Ini menyebabkan sebahagian mereka terus berhenti membayar,” katanya.", "Hashima berkata, jabatan air sepatutnya mengeluarkan peringatan untuk memastikan bil segera dibayar, berbanding “menunggu tunggakan melonjak”.", "Katanya, paip air juga bocor, tanpa ada tindakan diambil daripada pihak berkuasa walaupun dimaklumkan.", "Dalam satu kenyataan, jabatan pendidikan berkata langkah sedang diambil untuk menyelesaikan isu tersebut.", "“Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan kepada jabatan kerja negeri untuk membaiki sistem paip seberapa segera.", "“Jabatan pendidikan negeri juga akan memperbaiki sistem kutipan dan pembayaran bagi penghuni kuarters KIP,” katanya.", "Ia juga akan membekalkan air kepada penghuni pada kadar mampu bayar. – FMT" ]
https://www.sabahpost.net/2019/01/06/wanita-koma-puluhan-tahun-lahir-bayi/
Wanita koma puluhan tahun lahir bayi
[ "NEW YORK: Polis Phoenix sedang menyiasat laporan serangan seksual ke atas seorang wanita yang melahirkan seorang anak, walaupun berada di dalam keadaan koma sejak beberapa dekad lalu di sebuah hospital.", "Menurut media tempatan, wanita itu dirawat di Pusat Penjagaan Kesihatan Hacienda (Hacienda) selepas terbabit dalam insiden lemas yang mengakibatkan beliau hilang keupayaan.", "Wanita itu dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Disember lalu.", "Laporan itu juga menyebut, tiada siapa yang mengetahui bahawa beliau sedang hamil dan kakitangan pusat penjagaan kesihatan itu pada awalnya agak terkejut apabila mendengar wanita itu mula mengerang.", "“Perkara ini sedang dalam disiasat Jabatan Polis Phoenix,” kata Sarjan Tommy Thompson kepada Reuters ketika diminta mengulas mengenai laporan media itu.", "Jurucakap Hacienda, David Leibowitz, berkata pusat penjagaan itu menyedari berlakunya satu insiden membabitkan salah seorang penghuninya.", "Namun, beliau enggan mengulas sama ada kakitangannya diarah untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti suspek, atau sekiranya pusat penjagaan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian itu daripada berulang lagi.", "“Walaupun undang-undang hak peribadi persekutuan dan negeri menghalang kami daripada membincangkan hal ehwal kesihatan pesakit secara terbuka atau mana-mana kes, Hacienda akan serta sentiasa memberi kerjasama penuh dengan penguatkuasa undang-undang, selain agensi kawal selia terbabit berhubung perkara ini,” kata Leibowitz menerusi e-mel.", "Sementara itu, peguam mangsa, Tasha Menaker, berkata pihak polis sepatutnya mengadakan ujian DNA ke atas semua kakitangan lelaki di Hacienda. – Reuters" ]
https://www.sabahpost.net/2019/08/27/imigresen-labuan-tahan-31-pati-termasuk-kanak-kanak/
Imigresen Labuan Tahan 31 PATI Termasuk Kanak-Kanak
[ "LABUAN: Jabatan Imigresen menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak dari Filipina dalam operasi di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kiamsam pada Sabtu lepas.", "Laporan Bernama memetik pengarah Jabatan Imigresen Labuan Asani Ladjani berkata operasi yang diadakan pada 1.30 pagi hingga 2.30 pagi itu melibatkan 35 anggota penguat kuasa.", "Katanya mereka yang ditahan ialah 10 wanita, 10 lelaki dan 11 kanak-kanak berumur antara lima dan 55 tahun, kesemua mereka dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di Kimanis Papar, Sabah untuk tindakan lanjut.", "“Kesemua mereka direman 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1956/63,” katanya dan menambah serbuan itu bukan pertama kali dilakukan di penempatan itu.", "SPMP Kiamsam yang dibina lebih sedekad lalu diduduki ramai pendatang asing dari Filipina dan badan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa pihak berkuasa untuk melihat semula status penempatan kerana ada sebahagian penduduk di sana telah diberikan status pemastautin tetap." ]
https://www.sabahpost.net/2020/11/13/kes-covid-19-di-sabah-makin-terkawal-noor-hisham/
Kes Covid-19 Di Sabah Makin Terkawal – Noor Hisham
[ "KOTA KINABALU: Sepanjang empat hari ini kes-kes positif Covid-19 di Sabah dilihat semakin terkawal berbanding minggu lalu.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam minggu ini juga satu daerah di Sabah mula beralih kepada zon hijau iaitu daerah Nabawan.", "Beliau berkata, perkembangan ini memperlihatkan kes-kes di Sabah kini stabil dan keadaan sekarang adalah terkawal.", "Sejak Isnin, kes-kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah di bawah 500 kes berbanding minggu-minggu sebelumnya.", "Pada Isnin, sebanyak 370 kes positif dilaporkan, diikuti dengan 397 kes pada Selasa dan kemudian menurun kepada 259 kes semalam. Manakala, hari ini 319 kes positif baharu dilaporkan di Sabah.- BorneoToday", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/02/11/tiga-bersaudara-positif-dadah-ditahan-dalam-ops-cegah-aadk/
Tiga Bersaudara Positif Dadah Ditahan Dalam Ops Cegah AADK
[ "TAMBUNAN: Tiga bersaudara antara yang ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau dalam Ops Cegah di dua buah kampung di daerah itu hari ini.", "Ketua Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @ Azmi berkata ketiga-tiga suspek itu adalah seorang lelaki berumur 20 tahun ditahan bersama bapanya, 44, dan ibu saudaranya yang berumur 41 tahun.", "Menurut Azry, pelbagai cara telah dilakukan oleh dua beranak tersebut untuk cuba mengelakkan diri daripada dicekup oleh pasukan serbuan AADK Keningau.", "“Bapa dan anak masing-masing bersembunyi di dalam sebuah almari pakaian serta bersembunyi di bawah katil rumah mereka.", "“Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya dicekup hasil daripada pemeriksaan menyeluruh yang telah dibuat pada setiap bilik di rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Azry berkata hasil siasatan ke atas kedua-duanya itu membawa kepada penahanan seorang wanita yang berstatus ibu saudara dan seorang lelaki di lokasi berlainan dipercayai turut terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.", "Tambah beliau lagi kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah, Rawatan dan Pemulihan 1983 kerana disyaki sebagai penagih dadah.", "Katanya ujian saringan awal mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine ataupun syabu.", "Dalam pada itu katanya lagi tiga suspek lelaki lain ditahan dalam satu operasi berasingan pada hari yang sama.", "“Semasa Operasi Sekatan Jalan Raya yang dijalankan secara bersepadu bersama Agensi Penguatkuasaan di Keningau turut berjaya menahan tiga lelaki yang positif dalam ujian saringan dadah,” katanya. – SabahNewsToday" ]
https://www.sabahpost.net/2020/08/08/gabungan-warisan-ph-plus-upko-akan-bawa-kemenangan/
Gabungan Warisan-PH PLUS-Upko Akan Bawa Kemenangan
[ "PENAMPANG: Kombinasi Warisan-PH Plus-UPKO disifatkan sebagai gabungan yang baik untuk membawa kemenangan bagi membolehkan Warisan kembali memegang tampuk pemerintahan kerajaan Sabah", "Ketua Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah, Jannie Lasimbang berkata, mereka sudah ada faktor kemenangan yang baik jadi, mereka harus pastikan legasi dan kerjasama ini diteruskan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.", "“Apa yang kami sampaikan kepada Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal adalah kami memiliki faktor kemenangan yang baik. Kombinasi DAP-PKR-UPKO-Warisan selama 26 bulan ini telah berjaya.", "“Kita sudah ada gabungan kemenangan yang baik tapi kita kena pastikan ia diterima oleh rakyat di peringkat akar umbi. Dari situ, kita terus bekerjasama untuk meneruskan legasi ini,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang terjejas akibat Covid-19 bagi kawasan Kapayan, di sini semalam.", "Dalam pada itu, Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang ini berkata, beliau akan bertanding semula bagi DUN Kapayan dalam PRN Sabah.", "Katanya, kepimpinan DAP memutuskan memberi ruang kepada semua penyandang sedia ada untuk bertanding semula bagi kerusi DUN yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).", "Beliau berkata, senarai calon DAP ini akan dikemukakan dalam mesyuarat yang akan diadakan pada Jumaat depan bersama Shafie selaku Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) serta rakan sekutu lain.", "Katanya, perkara ini telah dipersetujui di peringkat parti dan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan senarai calon dan kerusi baharu yang ingin ditandingi akan dikemukakan kepada Shafie minggu depan.", "“Kami akan menunjukkan kad laporan prestasi masing-masing dan saya harap pengundi Kapayan dapat melihatnya.", "“Saya baru 26 bulan menjadi wakil rakyat, jadi tidak adil untuk menilai kami dalam tempoh singkat itu.", "“Atas sebab itu sekarang saya bercakap tentang cadangan sahaja. Jika dilihat dalam fasa pertama untuk tempoh satu setengah tahun, kami cuba memahami isu-isu yang dihadapi untuk disepadankan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar sehaluan. Lepas itu, barulah proses pelaksanaan.", "“Bagaimanapun, sekarang isunya bukan pasal prestasi sahaja. Mereka (rakyat) kena faham jika tidak terjadi pengkhianatan, kita (wakil rakyat) memang akan terus bekerja. Inilah pentingnya kestabilan dalam kerajaan,” katanya.", "Menurutnya, mereka harus diberi peluang melaksana mandat yang diberi sehingga habis penggal bagi membolehkan rakyat menilai hasil kerja mereka.", "Ditanya mengenai cadangan agar rakan sekutu Warisan menggunakan satu logo, iaitu logo Warisan, mantan Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri ini berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.", "“Kami sudah biasa dengan logo DAP kerana senang bagi kita. Bagaimanapun, pemimpin parti sentiasa terbuka dan mendengar pandangan satu sama lain, mana-mana yang difikirkan sesuai,” ujarnya.", "Dalam PRU-14, calon DAP menang enam kerusi DUN iaitu Tan Lee Fatt (Likas); Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan), Calvin Chong (Elopura), Datuk Frankie Poon (Tanjong Papat) dan Jimmy Wong (Sri Tanjong). – BorneoToday", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/04/02/kerajaan-sabah-sumbang-rm500000-bantu-pelajar-ums/
Kerajaan Sabah Sumbang RM500,000 Bantu Pelajar UMS
[ "KOTA KINABALU: Tiada golongan yang akan terpinggir daripada menerima bantuan sama ada orang miskin, golongan B40 mahupun pelajar Institusi Pengajian Tinggi.", "Bantuan yang disumbangkan kerajaan Sabah bersifat menyeluruh dalam membantu meringankan bebanan rakyat di peringkat akar bumi.", "Selaras dengan itu, usaha membantu golongan pelajar diteruskan dengan penyaluran sumbangan RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk dimanfaatkan oleh 6,236 orang pelajar yang masih berada di kampus kediaman di seluruh negeri ini.", "Menteri Pelajaran & Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, sumbangan ini merupakan komitmen kerajaan dalam membantu meringankan beban UMS untuk menyediakan bantuan makanan kepada pelajar.", "Katanya, sejumlah RM100,000 turut disumbangkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah kepada Tabung Dana Covid-19 UMS.", "Beliau berkata, sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran dan Inovasi (KPI) prihatin tentang kebajikan pelajar-pelajar sama ada yang berada di Sabah mahupun di Sarawak, Semenanjung Malaysia dan luar negara.", "Menurutnya, dari awal lagi, kerajaan negeri menasihatkan pelajar-pelajar ini berada di kampus masing-masing. Atas sebab itu ada pelajar UMS yang terus menetap di kampus dan rumah sewa di luar kampus.", "“Kita faham UMS mempunyai bilangan pelajar yang ramai iaitu mencecah 6,000 orang jadi kita ingin memastikan pelajar-pelajar yang masih berada di UMS ini dibantu tanpa mengira sama ada mereka pelajar berasal dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia mahupun pelajar luar negara,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Bantuan Makanan Kepada Pelajar UMS daripada kerajaan negeri, di sini hari ini.", "Selain bantuan di UMS, kerajaan negeri turut membantu pelajar di Universtiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Politeknik dan Institut Pendidikan Guru serta kolej-kolej swasta.", "Yusof berkata, sejak PKP dilaksana pada 18 Mac lalu, kerajaan negeri melalui kementeriannya membantu menyelesaikan masalah pelajar yang terkandas di lapangan terbang.", "Katanya, kerajaan juga menyediakan portal dan talian terus di kementeriannya dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur.", "“Sehingga kini, kita telah salurkan hampir RM200,000 untuk pelajar Sabah yang berada di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.", "“Kita juga memantau sebarang masalah pelajar kes demi kes yang mana telah dilaporkan kepada kita akan cuba diselesaikan. Ini komitmen kita dan saya harap atas keprihatinan Ketua Menteri, kerajaan Sabah dan kementerian ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah ini.", "“Oleh itu, saya minta pelajar bersabar dan ikut peraturan sehingga PKP tamat agar rangkaian jangkitan  Covid-19 ini dapat diputuskan,” ujarnya.", "Turut hadir dalam majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah Datuk John Koo. – BorneoToday" ]
https://www.sabahpost.net/2021/01/21/hati-hati-dengan-taktik-penipuan-ambil-alih-akaun-whatsapp-skmm/
Hati-Hati Dengan Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun WhatsApp – SKMM
[ "PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.", "SKMM dalam kenyataannya, berkata taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.", "“Kod pengesahan tersebut amnya diterima pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp.", "“Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer,” katanya.", "Jusrteru, SKMM menggesa pengguna agar berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan enam digit WhatsApp daripada mesej orang yang dikenali seperti rakan atau ahli keluarga atau panggilan orang yang tidak dikenali atau pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp serta pihak lain termasuklah pihak berkuasa.", "“Para pengguna diingatkan agar tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan enam digit WhatsApp kepada mana-mana pihak,” katanya.", "SKMM berkata, pengguna yang menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp disaran untuk mengikuti langkah seperti di pautan https://faq.whatsapp.com/general/account-and- profile/stolen-accounts/ untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.", "“Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran,” katanya.", "Laporan juga boleh dibuat kepada SKMM menerusi saluran portal aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my, e-mel: [email protected] atau WhatsApp: 016-220 6262. – BERNAMA", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/10/26/lelaki-pengedar-syabu-ditahan-di-membakut/
Lelaki Pengedar Syabu Ditahan Di Membakut
[ "BEAUFORT: Seorang lelaki yang dipercayai sedang menjalankan aktiviti pengedaran dadah ditahan polis dalam serbuan di Membakut, di sini, semalam.", "Dalam operasi 10.45 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun terbabit ditahan bersama 10.70 gram dadah jenis syabu.", "Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, bertindak atas maklumat awam, suspek ditahan di sebuah kawasan parkir berhampiran sebuah kedai ‘hardware’.", "Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap Proton Saga yang dipandu suspek membawa kepada penemuan satu bekas warna yang disembunyikan di dalam kenderaan.", "“Polis mendapati bekas berkenaan berisi satu keratan straw bersama 14 paket kecil plastik lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki dadah syabu bernilai RM1,000.", "“Suspek terus ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.", "Yusoff Zaki berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.", "Katanya, siasatan awal mendapati turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.", "“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – AsiaTimes", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/02/01/wanita-cedera-kereta-terbabas-masuk-gaung/
Wanita Cedera, Kereta Terbabas Masuk Gaung
[ "KOTA KINABALU: Seorang wanita selamat meskipun kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung setinggi 15 meter di Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Keronggu Inanam, di sini pagi tadi.", "Mangsa berusia 28 tahun dikatakan dari rumahnya di Kampung Pomotodon menuju ke SK Keronggu untuk mengambil anak perempuannya yang belajar di sekolah berkenaan.", "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Axia dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung dan terbalik.", "Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.36 pagi, sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, dikejarkan ke lokasi kejadian.", "“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta Perodua Axia terbabas dan terjatuh ke dalam gaung setinggi 15 meter dari jalan utama.", "“Terdapat seorang wanita berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Menurutnya, mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampiran.", "“Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi bahaya lain.", "“Operasi menyelamat tamat pada pukul 12.58 tengah hari tadi,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2019/12/13/hukum-anak-jadi-pengemis/
Hukum Anak Jadi Pengemis
[ "BEIJING: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun diselamatkan polis selepas ditinggalkan di stesen kereta api dan diarahkan mengemis oleh bapanya sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.", "Polis mendapat panggilan jam 4.45 pagi mengenai seorang budak lelaki dengan beg sekolah melutut di depan stesen kereta api mengemis makanan, lapor South China Morning Post.", "Kanak-kanak itu yang hanya memakai jaket untuk melindungi daripada sejuk berkata, dia ditinggalkan di situ 45 minit sebelumnya ketika ayahnya pergi bekerja.", "“Saya dihukum kerana tidak menghabiskan kerja sekolah,” katanya dipetik Kankan News.", "Menurut laporan, bapanya memberinya mangkuk dan mengarahkannya melutut serta ‘mengemis untuk makanan sebagai hukuman.’", "Polis membawa budak itu ke balai sebelum memberi minuman panas dan biskut selain menghubungi ibunya yang tiba sejam kemudian. – Agensi" ]
https://www.sabahpost.net/2019/08/08/gol-sendiri-lebur-harapan-sabah-di-pulau-pinang/
Gol Sendiri Lebur Harapan Sabah Di Pulau Pinang
[ "KOTA KINABALU: Skuad Tambadau tewas buat kali kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia, kali ini dengan pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, semalam.", "Walaupun menunjukkan persembahan lebih baik daripada perlawanan pertama mereka namun Sabah dikejutkan oleh skuad Harimau Kumbang yang membuka tirai jaringan melalui penyerang Julian Bottaro pada minit ke-21.", "Pada babak kedua, Sabah mengubah rentak mengasak pintu gol lawan dan pada minit ke-48 dihadiahkan penalti.", "Rodoljub Paunovic menyempurnakan sepakan penalti itu untuk menyamakan kedudukan 1-1.", "Perlawanan selepas itu menjadi semakin rancak dengan serangan demi serangan dilancarkan kedua pasukan.", "Namun agak malang bagi skuad Tambadau apabila pemain pertahanan kiri Evan Wensley yang cuba menampan bola namun tersepak ke dalam gawang sendiri pada minit ke-73 untuk menjadikan kedudukan 1-2.", "Pulau Pinang berjaya mempertahankan kedudukan itu sehingga wisel penamat untuk melakar kemenangan pertama dalam dalam kempen Piala Malaysia musim ini.", "Keputusan itu menyaksikan Skuad Tambadau kini berada ditangga paling bawah dalam kumpulan C yang digelar kumpulan maut.", "Sabah akan bermain di gelanggang sendiri pada 17 Ogos apabila menerima kunjungan Pahang." ]
https://www.sabahpost.net/2020/01/27/kanak-kanak-palestin-diculik-dibunuh/
Kanak-Kanak Palestin Diculik, Dibunuh
[ "BAITULMAQDIS – Mayat seorang kanak-kanak Palestin ditemui di dasar sebuah tangki di bandar tersebut dan dipercayai menjadi mangsa bunuh pelampau Yahudi.", "The Jerusalem Post melaporkan penemuan mayat Qais Abu Ramila, 8, dari kawasan kejiranan Beit Hanina dibuat kelmarin sehari selepas dilaporkan hilang keluarganya.", "“Kanak-kanak tersebut kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta,” lapor akhbar itu memetik kenyataan polis Israel.", "Ibu bapa mangsa percaya dia diculik pelampau Yahudi dan turut meminta pihak berkuasa memeriksa rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan perkara tersebut.", "Kematian kanak-kanak Palestin di tangan pelampau Yahudi sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.", "Pada Julai 2014, remaja Palestin, Mohammed Abu Khdeir dilaporkan diculik dan mayatnya yang dibakar tiga pelampau Yahudi ditemui di kawasan hutan di Baitulmaqdis. – Agensi" ]
https://www.sabahpost.net/2021/05/08/jeffrey-isteri-tawan-gunung-kinabalu/
Jeffrey & Isteri Tawan Gunung Kinabalu
[ "RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, membuktikan usia lanjut bukan halangan untuk beliau atau sesiapa saja menawan Gunung Kinabalu yang terkenal sebagai antara puncak tertinggi di Asia Tenggara dengan suhu rendah hampir ke paras beku.", "Jeffrey, 73, bersama peserta ekspedisi pendakian seramai 50 orang, termasuk isterinya, Datin Cecilia Edwin berjaya sampai ke puncak setinggi 4,095 meter itu pada jam 6.30 pagi semalam dan meluangkan masa kira-kira setengah jam sebelum turun dan tiba di Pondok Timpohon, di kaki gunung pada kira-kira jam 7 malam.", "Beliau memulakan pendakian dari Pondok Timpohon, Taman Kinabalu di Kundasang pada awal pagi kelmarin dan tiba di Panalaban yang menjadi tempat penginapan dan berehat pendaki pada jam 4 petang, sebelum meneruskan pendakian ke puncak seawal jam 2 pagi semalam.", "Selain usia lanjut, Jeffrey turut membuktikan beliau masih mampu untuk mendaki walaupun pernah mengalami kecederaan tulang belakang akibat kemalangan jalan raya pada 2007 yang menyebabkan beliau terpaksa berkerusi roda selama empat bulan.", "Katanya, hasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu dirancang sejak Januari lalu sebagai sebahagian daripada program sempena sambutan Kaamatan pada tahun ini, selain mempromosikan gaya hidup sihat.", "“Perancangannya ialah untuk sampai ke puncak di mana kita akan menukar ke pakaian tradisional untuk mempromosikan kepelbagaian pakaian kebudayaan masyarakat Kadazandusun dan Murut,” katanya dalam kenyataan mengenai pendakian berkenaan, di sini.", "Bagi masyarakat Kadazandusun, Gunung Kinabalu atau turut dikenali sebagai Akinabalu bukan setakat puncak biasa, sebaliknya ia dianggap sebagai tempat persemadian roh nenek moyang masyarakat berkenaan.", "Sebagai persediaan untuk pendakian, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, berkata beliau melakukan latihan berjalan kaki pada setiap pagi dan petang di sekeliling rumahnya di Inanam, dekat sini.", "Presiden Parti Soludariti Tanah Airku (STAR) yang juga Ahli Parlimen Keningau itu mengakui berdepan pendakian yang sukar terutama selepas Pondok Layang-Layang di Kilometer (KM) 4 dan pendakian akhir ke puncak dari Panalaban di KM6.5 hingga KM8.5.", "“Bayangkan mendaki di atas batu besar sepanjang enam kilometer dengan langkah yang besar dan ada banyak anak tangga. Kemudian, fasa terakhir dari Panalaban, perlu mendaki di batuan granit menggunakan tali sebelum melalui kawasan berbatu longgar hampir tiga kilometer hingga ke puncak,” katanya.", "Misi menawan puncak juga katanya hampir gagal disebabkan hujan lebat pada awal pagi semalam, menyebabkan pendakian terpaksa dilewatkan selepas cuaca mengizinkan atau ekspedisi yang diketuainya itu terpaksa ditangguh atau dibatalkan.", "“Namun, saya kata Akinabalu tidak akan mengecewakan kita. Dia membuka jalan dan memberikan kita cuaca yang baik dan memang betul, kita dihidangkan dengan pemandangan yang menakjubkan di atas sana.", "“Akhirnya, saya gembira dapat menyertai ekspedisi ini. Saya sentiasa percaya bahawa kita boleh mencapai apa yang kita mahu. Jika kamu benar-benar mahukan sesuatu, pergi dapatkannya.", "“Apa yang penting jangan sesekali katakan tidak. Lebih penting lagi abaikan segala kritikan dan keraguan terhadap kita,” katanya. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2022/01/23/dua-maut-selepas-motosikal-diseret-200-meter-di-jalan-tawau-kunak/
Dua Maut Selepas Motosikal Diseret 200 Meter Di Jalan Tawau-Kunak
[ "TAWAU: Penunggang dan pembonceng maut apabila motosikal dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh trak pikap dan diseret lebih 200 meter di Kilometer 60 Jalan Tawau-Kunak di sini, semalam.", "Dalam kejadian kira-kira 7.25 malam itu, Usman Jamal, 30, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Aziz Samsudin, 16, yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Tawau 4.20 pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di kawasan berhampiran.", "Katanya, Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu dari arah Sapang Kunak menuju ke Tawau dan mendakwa tidak dapat melihat dengan jelas akibat hujan sebelum melanggar belakang motosikal ditunggang mangsa.", "“Akibat rempuhan itu motosikal Yamaha LC ditunggang mangsa terseret sejauh 50 meter manakala kedua-dua mangsa dijumpai berada 215 meter dari kedudukan motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.", "Peter berkata, pemandu yang juga seorang pengurus syarikat swasta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tampil menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Polis Trafik Tawau, jam 1.30 pagi bagi memberi keterangan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.", "“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kerana memandu dengan cuai,” katanya. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/05/15/juruterbang-wanita-maut-pesawat-bawa-ujian-pengesanan-covid-19-ke-indonesia-terhempas/
Juruterbang Wanita Maut, Pesawat Bawa Ujian Pengesanan Covid-19 Ke Indonesia Terhempas
[ "Seorang juruterbang Amerika maut apabila pesawat yang dibawanya tidak berfungsi  semasa dalam perjalanan untuk menghantar alat ujian pengesanan Covid-19 atau ‘rapid test kit’ di sebuah kampung terpencil di Indonesia, menurut satu kenyataan.", "Mangsa, Joyce Lin, berusia 40 tahun yang juga pakar teknologi maklumat yang berkhidmat di Mission Aviation Fellowship (MAF), dilaporkan baru sahaja berlepas pada Selasa pagi dari Lapangan Terbang di Sentani, daerah Papua dengan membawa pesawat Kodiak.", "Difahamkan, beliau dalam percubaan terbang ke Mamit, di dataran tinggi Papua, bagi membawa peralatan ujian ke klinik tempatan.", "Namun, selepas beberapa minit berlepas dari landasan, dia melaporkan kecemasan sebelum pesawat terhempas ke Tasik Sentani.", "Pasukan penyelamat terdiri daripada penyelam mengesahkan bahawa Joyce yang berada bersendirian di dalam pesawat tidak dapat diselamatkan.", "Menurut MAF, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.", "Joyce telah bekerja di Indonesia selama dua tahun dan menyertai MAF selepas lebih dari satu dekad bekerja sebagai pakar komputer.", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/07/30/mesej-larang-orang-ramai-keluar-tidak-benar/
Mesej Larang Orang Ramai Keluar Tidak Benar
[ "KOTA KINABALU: Polis Sabah hari ini, menafikan mesej yang menjadi viral yang kononnya meminta orang ramai jangan keluar ke Bandaraya Kota Kinabalu kerana keadaan tidak selamat.", "Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, mesej yang menjadi viral di aplikasi WhatsApp itu adalah tidak betul.", "“Ia tidak betul…keadaan di sini (Bandaraya Kota Kinabalu) tenang dan terkawal.", "“Saya meminta orang ramai agar tidak percaya dengan mesej yang menjadi viral dan dalam masa sama jangan menyebar berita palsu.", "“Mereka yang didapati menyebar berita palsu boleh diambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.", "Beliau mengulas mengenai satu mesej yang menjadi viral iaitu “Jangan keluar  untuk  jalan2 di bandaraya KK hari ini 30/7/2020 demi berjaga2 kemungkinan berlaku sesuatu yg tidak diingini akibat keputusan Pengumuman Berita oleh pihak Istana (TYT) Negeri Sabah pd pagi ini”.- BorneoToday", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/07/08/juara-akkf-felda-sahabat-3-sabah-raih-rm300000/
Juara AKKF, FELDA Sahabat 3, Sabah Raih RM300,000
[ "SUNGKAI: FELDA Sahabat 3, Sabah dinobatkan sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) sempena sambutan Hari Peneroka 2020 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) FELDA Trolak, hari ini.", "Tanah rancangan berkenaan mengenepikan cabaran enam finalis lain, sekali gus membawa pulang wang tunai RM300,000 dan sijil.", "Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan hadiah kemenangan itu kepada wakil peneroka FELDA itu.", "Pemenang kedua AKKF dimenangi FELDA Adela, Kota Tinggi yang membawa pulang RM200,000 manakala tempat ketiga dimenangi FELDA Raja Alias Empat, Negeri Sembilan yang menerima RM100,000.", "Yang turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.", "Sementara itu, Anugerah Pencapaian Peningkatan Hasil Sawit Tertinggi 2019 di menangi Ketua Peneroka FELDA Serting Hilir 3, Negeri Sembilan, yang membawa pulang RM10,000", "Anugerah Pencapaian Peningkatan Hasil Getah Tertinggi 2019 pula milik FELDA Kepis, Negeri Sembilan yang turut membawa pulang RM10,000.", "Peneroka FELDA Bukit Bading, Terengganu pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Usahawan Jaya FELDA, Mustafa Ab Ilah yang menerima RM10,000.", "Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 bertemakan ‘Peneroka Perintis, Berani dan Suka Cabaran.", "Terdahulu, Perdana Menteri turut mengadakan sidang video secara langsung bagi bertanya khabar dengan peneroka FELDA di wilayah utara, wilayah selatan dan wilayah timur kira-kira 20 minit.- Berita Harian", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/01/28/malaysia-airlines-bantu-ustaz-ebit-lew-hantar-bantuan-kemanusiaan-ke-sabah/
Malaysia Airlines Bantu Ustaz Ebit Lew Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Sabah
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) membantu Ustaz Ebit Lew dalam usahanya membawa bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik di Sabah, hari ini.", "Malaysia Airlines dalam kenyataan menjelaskan, 18 orang sukarelawan daripada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di bawah naungan Ebit Lew diterbangkan melalui dua penerbangan ke Tawau, Sabah.", "“Sukarelawan ini akan mengedarkan tablet, kerusi roda, peralatan perubatan dan keperluan makanan kepada keluarga dan anggota barisan hadapan di kawasan luar bandar.", "“Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Ahmad Luqman Mohd Azmi turut hadir menghantar rombongan itu dalam penerbangan Malaysia Airlines MH2660 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi,” kata kenyataan itu.", "Kapten Izham berkata, cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kerana pandemik yang berpanjangan ini mendorong Malaysia Airlines untuk memainkan peranan sebagai kurier antarabangsa dalam menyokong pelbagai misi kemanusiaan.", "“Kami dengan senang hati membantu mereka dalam memastikan keseluruhan koordinasi dan perjalanan berjalan lancar dan selamat,” katanya. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/12/23/rogol-remaja-di-ladang-sawit-warga-indonesia-dipenjara-15-tahun-5-sebatan/
Rogol Remaja Di Ladang Sawit, Warga Indonesia Dipenjara 15 Tahun & 5 Sebatan
[ "TAWAU: Pekerja ladang dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen Tawau di sini hari ini, selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 16 tahun, 23 November lalu.", "Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Amir Shah Amir Hassan menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Masriadi Baharudin, 28, yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan di bacakan jurubahasa mahkamah.", "Mengikut pertuduhan, lelaki berasal dari Indonesia itu didakwa merogol mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Blok 14C Ladang Jatika, Semporna, jam 7.45 pagi, 23 November lalu.", "Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.", "Berdasarkan fakta kes, tertuduh melakukan perbuatan itu dengan merangkul leher mangsa dari belakang sambil mengacukan parang ketika mangsa berjalan kaki berseorangan ke rumah ahli keluarganya di ladang berkenaan sebelum merogolnya.", "Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau Asisten Superintendan Dg Nur Azrinawati Ag Kachee.", "Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon kepada mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan isterinya hamil anak sulung.", "Bagaimanapun, Amir Shah dalam penghakimannya menegaskan, kesalahan dilakukan tertuduh adalah amat serius dengan mengambil kira masa depan mangsa yang mungkin trauma sepanjang hayat.", "“Hukuman ini adalah demi kepentingan awam selain sebagai pengajaran kepada tertuduh,” katanya.", "Amir Shah memerintahkan hukuman berkuatkuasa bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 November lalu.", "Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan pengusiran sebaik tamat menjalani hukuman. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/03/27/dicetak-dalam-kuantiti-terhad-wang-kertas-rm60-bukan-untuk-ganti-wang-kertas-rm-50/
Dicetak Dalam Kuantiti Terhad, Wang Kertas RM60 Bukan Untuk Ganti Wang Kertas RM 50
[ "Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa kerajaan mahu menggantikan penggunaan wang kertas RM 50 dengan wang kertas RM 60.", "Bagaiamanapun, Bernama News Channel sebentar tadi melaporkan bahawa Menteri Kewangan, Saudara Lim Guan Eng berkata, wang kertas RM 60 tidak akan menggantikan penggunaan wang kertas RM 50 kerana jumlah pengeluaran yang terhad.", "Menurut portal berita itu lagi, hanya sebanyak 60,000 keping wang kertas RM 60 sahaja yang dikeluarkan.", "Ujar Guan Eng, wang kertas tersebut dikeluarkan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang diumumkan oleh Bank Negara pada Disember 2017.", "Bersama-sama berita yang tular tersebut, beberapa keping gambar wang kertas RM 60 tersebut turut dikongsikan di media sosial.", "Sumber: Bernama News Channel / SiakapKeli" ]
https://www.sabahpost.net/2020/08/09/bayi-ajaib/
Bayi Ajaib
[ "Beijing: Kelahiran seorang bayi mengejutkan doktor yang menyambutnya apabila dilahirkan dalam keadaan tali pusat terbelit sebanyak enam kali di lehernya seperti seekor ular.", "Doktor di Hospital Yichang, Hubei, China, Li Haur berkata, sepanjang kerjayanya sebagai pakar sakit puan selama 23 tahun, dia tidak pernah menemui kes seperti itu di mana bayi berkenaan dilahirkan dalam keadaan sihat walaupun terbelit tali pusat kronik.", "Li yang juga Pengarah Obstetrik hospital berkenaan berkata, itu kes pertama yang ditemui sepanjang kerjayanya apabila tali pusat terbelit menyerupai perhiasan leher sesetengah etnik.", "“Saya bekerja selama 23 tahun dan ini kali pertama saya melihat tali pusat melilit leher bayi seperti ini.", "“Bayi ini tidak mengalami kecederaan serius selepas tali pusat dikeluarkan daripada lehernya,” katanya.", "Menurutnya, doktor mengenal pasti masalah tali pusat yang melilit leher bayi itu ketika berada dalam perut lagi. Tetapi mereka tidak menyangka ia membentuk enam lilitan.", "Ibu bayi berkenaan dikenali sebagai Dai gembira bayinya sihat dan tiada sebarang komplikasi kesihatan.", "“Saya gembira bayi saya tidak mempunyai masalah,” katanya.- Agensi", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/10/30/orang-islam-kristian-atau-sesiapa-saja-semua-kami-tolong-atu-zero/
‘Orang Islam, Kristian Atau Sesiapa Saja, Semua Kami Tolong’ – Atu Zero
[ "KUALA LUMPUR: Perkongsian pelakon dan pelawak Atu Zero, 29, yang menyediakan khidmat membawa jenazah secara percuma di Kudat, Sabah untuk orang bukan Islam menarik perhatian dan mendapat pujian ramai.", "Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif berkata, sejak awal lagi niat dia mewujudkan perkhidmatan dikendalikan Kura-Kura Brotherhood itu adalah untuk memudahkan sesiapa saja tanpa memilih agama.", "“Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir perkhidmatan itu khusus untuk orang Islam saja. Sesiapa pun boleh menggunakannya dan tugas saya adalah mempromosikan mengenai bantuan itu dari semasa ke semasa.", "“Sebaliknya, kredit harus diberikan kepada Imam Mujahir dari Kura-Kura Brotherhood yang menguruskan semuanya di Sabah.", "“Kebetulan, ada orang bukan Islam meninggal dunia dan menghubunginya. Bantuan diberi tanpa memilih agama kerana misi utama kami adalah untuk memudahkan sesiapa saja sesama manusia,” katanya.", "Menurut Atu, perkhidmatan itu juga bukan untuk membawa jenazah saja, sebaliknya terbuka dengan segala jenis pertolongan membabitkan pengangkutan di sana.", "“Setiap hantaran yang kami kongsi mengenai perkhidmatan itu adalah untuk memberitahu apa kami lakukan hasil daripada derma yang diterima. Kami gunakan dana itu dengan jalan yang betul.", "“Sebenarnya kerja dilakukan Kura-Kura Brotherhood memang banyak. Hari-hari ada aktiviti bantuan mereka lakukan dan bukan sekadar membawa jenazah. Mereka juga menawarkan perkhidmatan mengangkut atau menghantar barangan. Contohnya mengangkut peralatan zink rumah dan sebagainya,” katanya.", "Terdahulu, Atu berkongsi hantaran mereka membantu membawa jasad penganut Kristian di Instagram berserta tulisan, ‘Saudara-saudaraku, kita semua sama’. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/04/25/7-individu-direman-sertai-perhimpunan-protes-pkpd/
7 Individu Direman Sertai Perhimpunan Protes PKPD
[ "TAWAU: Tujuh individu termasuk aktivis masyarakat direman sehari selepas menyertai perhimpunan memprotes tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, dekat sini, petang semalam.", "Majistret Nur Asyraf Bin Zolhani, membenarkan permohonan perintah reman oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, pada 10.15 pagi.", "Mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan masing-masing mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 25 Ordinan Darurst 2021 dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.", "Terdahulu, suspek berusia antara 20-an hingga 40-an itu dilihat tiba di Mahkamah Majistret Tawau pada 9.05 pagi menaiki lori polis dengan memakai baju lokap berwarna ungu.", "Turut kelihatan, sekumpulan pemuda dipercayai rakan aktivis terbabit berkumpul di luar mahkamah untuk memberi sokongan moral.", "Sementara itu, peguam Raymond Guok Ker Rong yang mewakili semua tertuduh ketika di temui di luar mahkamah memaklumkan pihaknya mengemukakan beberapa alasan untuk menolak perintah tahanan reman berkenaan.", "Beliau menjelaskan, kesemua anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri selain tidak dapat keluar daerah berikutan pelaksanaan PKP ketika ini.", "Disamping itu katanya, adalah tidak masuk akal untuk menahan suspek di dalam lokap ketika berlakunya lonjakan kes Covid-19 di daerah ini yang akan meningkatkan risiko penyebaran penyakit di ruang terkurung.", "Semalam, semua individu berkenaan ditahan polis kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan Covid-19.", "Untuk rekod, Kampung Muhibbah Raya ialah antara lokaliti dikenakan PKPD yang sepatutnya tamat kelmarin tetapi dilanjutkan hingga 8 Mei depan berikutan keadaan peningkatan kes yang signifikan. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/06/25/ums-tawar-biasiswa-kepada-veveonah/
UMS Tawar Biasiswa Kepada Veveonah
[ "KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan biasiswa kepada Veveonah Mosibin selepas videonya tular di media sosial ketika menduduki peperiksaan akhir di atas pokok untuk mendapatkan liputan internet yang baik.", "Naib Canselor UMS Profesor Dr. Taufik Yap Yun Hin berkata, pelajar berusia 18 tahun itu merupakan seorang pelajar yang bijak dan proaktif sepanjang pengajian Asasi Sains di UMS.", "“UMS dengan sukacitanya menawarkan biasiswa kepada Veveonah Mosibin yang menamatkan pengajian Asasi Sains di UMS untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana muda di UMS.", "“Semoga Veveonah akan berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya. Tahniah Veveonah!,” katanya dalam akaun Facebooknya semalam.", "Pelajar yang berasal dari Kampung Sabanalang, Pitas itu iaitu kira-kira tiga jam dari Kota Kinabalu menjadi sensasi internet apabila videonya bertajuk 24 jam di atas pokok tular.", "Dalam video itu, Veveonah terpaksa bermalam di atas pokok demi mendapatkan liputan internet yang kuat untuk menduduki peperiksaan atas talian.", "Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengambil maklum akan perkara tersebut dan berjanji untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di kawasan berhampiran kampungnya pada tahun hadapan.", "Kisah Veveonah juga berjaya menarik perhatian isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah Jasni yang juga merupakan penasihat kepada Yayasan Nur Jauhar apabila Veveonah menerima bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan di Istana Negeri, Selasa lalu.", "Veveonah, yang bercita-cita menjadi seorang guru, mengucapkan terima kasih kepada pihak berwajib atas bantuan itu di mana beliau yakin  bantuan itu akan mendorongnya untuk  mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.- BorneoToday", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/01/18/kwsp-luluskan-lebih-3-juta-permohonan-i-sinar/
KWSP Luluskan Lebih 3 Juta Permohonan i-Sinar
[ "KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta permohonan bagi kemudahan i-Sinar sudah diluluskan sehingga 13 Januari lalu dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.", "Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi menambah baik kemudahan itu, terutama untuk mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana banjir, kerajaan dimaklumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori Dua.", "“Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori Dua juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.", "“Kerajaan juga sudah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari ini.", "Maklumat lanjut akan diumumkan KWSP dalam tempoh terdekat,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), hari ini. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/11/18/polis-buru-lelaki-positif-covid-19-lari-dari-hospital-queen-elizabeth/
Polis Buru Lelaki Positif Covid-19 Lari Dari Hospital Queen Elizabeth
[ "KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 diburu polis selepas menghilangkan diri ketika ditahan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini, Isnin lalu.", "Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit diambil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Intan di Tuaran, untuk ditempatkan di hospital bagi rawatan lanjut.", "Bagaimanapun, lelaki itu yang dibawa bersama lima lagi pesakit bertindak melarikan diri sebaik dibawa masuk ke hospital berkenaan.", "Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati suspek yang dibawa naik ke tingkat 5 Wad Covid diarahkan supaya menunggu di ruangan lif apabila seorang lagi pesakit perlu dihantar ke wad berhampiran.", "Katanya, sebaik kembali ruangan lif berkenaan, pengiring kumpulan itu mendapati suspek sudah menghilangkan diri dan hanya tinggal lima pesakit.", "“Pengiring kemudiannya bertanya kepada anggota Rela yang menjaga di tingkat berkenaan dan diberitahu suspek mengekori pengiring sebelum menghilangkan diri.", "“Usaha mengesan lelaki terbabit terus dilakukan di sekitar hospital namun gagal ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.", "Habibi berkata, siasatan lanjut mendapati suspek dimasukkan ke pusat kuarantin itu pada 13 November lalu selepas disahkan positif COVID-19.", "Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/01/27/wakil-rakyat-diingatkan-bantu-rakyat-bukan-bina-kekayaan/
Wakil Rakyat Diingatkan Bantu Rakyat Bukan Bina Kekayaan
[ "SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mana-mana wakli rakyat kerajaan yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab mereka akan ditukar dengan pemimpin lain yang selayaknya berkhidmat untuk rakyat.", "Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua wakil rakyat agar menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang diamanahkan untuk membantu rakyat bukannya mengambil kesempatan mencipta kekayaan kepada diri sendiri.", "“Tahun ini kita kena rajin dan saya sudah maklum kepada yang berhormat-yang berhormat saya, kena rajin, rajin bukan cari duit sendiri rajin untuk tolong rakyat yang susah di Sandakan ini, ini yang penting saya sudah bagitau kalau kita rajin bantu rakyat kita akan pastikan rakyat akan undi kita.", "“Tetapi kalau kita rajin cuma cari duit dalam akaun kita undi kita akan kurang kita akan kalah jadi saya tidak mahu kalah kalau itu sudah ada petanda saya sudah bagitau saya akan tukar calon untuk ganti supaya yang penting bagi kita mana rakyat yang boleh bagi menang kepada kita, ini tujuan kita supaya penting kepada kita pastikan supaya rakyat di negeri ini akan dapat kita bela dengan baik jadi ini tujuan kita untuk pastikan pembangunan dan pembelaan rakyat,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 di sini hari ini.", "Mohd. Shafie berkata, beliau mahu semua wakil rakyat agar menyelami masalah rakyat, turun padang dan membantu apa sahaja masalah yang dihadapi rakyat bukannya hanya mucul di mata rakyat semasa musim pilihan raya.", "Katanya, sistem demokrasi negara ialah rakyat akan memilih pemimpin semasa musim pilihan raya, justeru apabila wakil rakyat sudah dipilih, mereka perlu menggunakan sepenuhnya amanah yang diberikan untuk membantu rakyat.", "Sementara itu, beliau berkata, selain membantu rakyat miskin, setiap wakil rakyat juga perlu membina hubungan baik dengan orang-orang kaya kerana golongan tersebut yang terlibat dalam perniagaan berperanan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.", "“Jadi saya berharap ini langkah yang baik kerjasama mesti ada bukan hanya orang yang miskin orang kaya juga kena kita tolong pasal kalau kita tidak ada kerjasama dengan orang kaya, orang kaya bila ada syarikat dia, dia bagi kerja orang orang kaya kalau ada dia punya bisnes dia bagi kerja orang bila dia bagi kerja orang dia bagi hidup orang jadi kita kena kerjasama kongsi-kongsi", "“Yang kaya yang miskin kena kerjasama yang miskin perlu ditolong kalau semua orang kaya tidak ada orang miskin, kalau kita tidak tolong orang kaya tidak akan boleh lahir pekerjaan tetapi orang kaya jangan simpan duit banyak dalam bank orang kaya kena keluarkan duit supaya kita buat perusahaan yang ada di negeri Sabah ini,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2019/11/28/bunuh-kerat-mayat-ibu-kepada-4-bahagian-sebelum-disumbat-dalam-peti-ais/
Bunuh & Kerat Mayat Ibu Kepada 4 Bahagian Sebelum Disumbat Dalam Peti Ais
[ "Seorang wanita berusia 42 tahun dibunuh dan mayatnya dikerat sebelum disumbat dalam peti ais oleh anak lelakinya berusia 20 tahun sebelum menembak dirinya di bahagian kepala, di Thailand.", "Mayat wanita itu ditemui oleh rakannya,  yang cuba menghubungi mangsa, Yuree, untuk berbincang mengenai hal perniagaan. ", "Saksi kemudian datang ke rumah mangsa tetapi suspek yang dikenali sebagai Sira memberitahu ibunya masih belum pulang selain tidak membenarkan dia masuk.", "Saksi tidak percaya dengan kata-kata Sira kerana kereta Yuree berada di luar rumah lalu mendesak Sira berulang kali untuk membenarkan dia masuk.", "Suspek yang menangis-nangis kemudian membenarkan rakan sekerja ibunya itu masuk sebelum menemui mayat mangsa dalam peti ais. ", "Suspek yang panik kemudian mengambil pistol, lalu menembak kepalanya. ", "Ekoran kejadian itu, saksi terus menghubungi pihak polis dan apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek yang merupakan pelajar di sebuah institut teknologi masih hidup dengan pistol di sebelah badannya.", "Suspek meninggal dunia selepas beberapa jam kemudian ketika mendapatkan rawatan di Hospital Nakhon Thon. ", "Pemeriksaan di rumah itu menemui mayat mangsa yang telah dikerat di dua lokasi.", " Empat bahagian ditemui di dalam peti ais, manakala sebahagian lagi ditemui di tandas.", "Siasatan awal mendapati, terdapat sembilan kesan tikaman di belakang badan dan luka akibat dikelar di bahagian leher. ", "Mayat wanita itu juga dikerat kepada lima bahagian iaitu kepala, tangan, bahagian atas badan dan bawah badan serta kaki. ", "Menurut ahli keluarga mangsa, suspek mempunyai sejarah menghidap masalah mental dan rekod menunjukkan dia pernah mendapatkan rawatan di sebuah institut psikiatri dan juga mengalami kemurungan. ", "Masih tidak diketahui apa motif suspek menyerang dan membunuh ibunya dengan begitu kejam. " ]
https://www.sabahpost.net/2019/03/11/kira-kira-6700-calon-stpm-di-sabah-lulus-penuh/
Kira-kira 6,700 calon STPM di Sabah lulus penuh
[ "BEAUFORT, 11 Mac – Seramai 6,705 daripada 6,787 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi 2018 di Sabah mencatatkan keputusan cemerlang dengan pencapaian lulus penuh berbanding 6,515 calon pada 2017.", "Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 0.24 peratus atau 98.79 peratus calon mendapat keputusan lulus penuh berbanding 98.55 peratus pada 2017.", "Beliau berkata, 61 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 59 sekolah pada 2017.", "“Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK) Sabah pada 2018 juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.03 iaitu 2.69 berbanding 2.66 pada 2017.", "“Keputusan STPM Sabah menunjukkan peningkatan sepanjang tahun, dan keputusan STPM 2018 adalah terbaik bagi Sabah setakat ini meskipun Sabah masih berada di bawah purata GPNK kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini, hari ini.", "Mistirine berkata jurang perbezaan lulus antara sekolah bandar dan luar bandar di negeri ini juga semakin mengecil iaitu 0.57 peratus pada 2018 berbanding 2.15 pada 2017.", "Beliau berkata, ia satu pencapaian terbaik selain membuktikan tiada istilah sekolah luar bandar ketinggalan dalam mencapai keputusan cemerlang.", "“Selain komitmen guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya fikir faktor kecemerlangan STPM itu antara lain disebabkan pewujudan pusat tingkatan enam serta penguasaan guru dengan sistem modular mengikut semester,” katanya.", "Dalam pada itu, Mistirine berkata calon memperoleh kelulusan penuh lima prinsipal ialah 282 orang atau 4.16 peratus berbanding 217 orang (3.28 peratus) pada 2017; empat prinsipal (4,558 orang atau 67.16 peratus); tiga prinsipal (1,080 orang atau 15.91 peratus); dua prinsipal (501 orang atau 7.38 peratus) dan satu prinsipal 284 orang atau 4.18 peratus.", "Dua belas daripada 21 mata pelajaran STPM diambil oleh calon peperiksaan itu di Sabah mencatatkan peningkatan, katanya.", "“Seramai 51 calon STPM 2018 di Sabah berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif 4.00 berbanding 39 calon pada 2017,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2020/08/13/komander-esscom-dilantik-pesuruhjaya-polis-sabah-yang-baharu/
Komander Esscom Dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah Yang Baharu
[ "KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.", "Beliau mengambil alih jawatan berkenaan daripada Datuk Zaini Jass yang dilantik ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.", "Datuk Zaini yang dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah sejak Februari lalu itu akan meneruskan pemangkuan pangkat Pesuruhjaya Polis.", "Sementara itu, Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am Datuk Ahmad Fuad Othman pula dilantik menggantikan Datuk Hazani sebagai Komander Esscom yang baharu.", "Difahamkan, semua pertukaran berkenaan akan berkuatkuasa pada 14 September 2020." ]
https://www.sabahpost.net/2021/03/13/covid-19-1470-kes-baharu-3-kematian-hari-ini/
COVID-19: 1,470 Kes Baharu, 3 Kematian Hari Ini
[ "KUALA LUMPUR: Trend penurunan kes positif Covid-19 di bawah 2,000 sudah berterusan lebih seminggu apabila sebanyak 1,470 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif mencecah 322,409 dengan 16,711 kes aktif.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu, 1,458 adalah penularan tempatan membabitkan 1,099 (75.4 peratus) rakyat Malaysia dan 359 (24.6 peratus) lagi warga asing.", "“Baki 12 jangkitan baharu adalah kes import membabitkan lapan warganegara dan empat bukan warganegara.", "“Selangor mencatatkan kes tertinggi itu sebanyak 551 diikuti Sarawak (222), Pulau Pinang (178), Kuala Lumpur (158) dan Johor (101).", "“Tiga kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan membabitkan tiga warganegara membawa kepada jumlah kumulatif 1,206 kes (0.37 peratus) hingga kini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.", "Dr Noor Hisham berkata, seramai 162 pesakit pula sedang dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) dengan 70 memerlukan alat bantuan pernafasan.", "“Dalam pada itu, seramai 1,830 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 304,492 kes (94.4 peratus).", "“Sebanyak 89 kes (6.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (49 kes; Kluster DTI Persiaran Wawasan (29 kes); Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes); Kluster Tembok Mempaga (2 kes); dan Kluster Tembok Taiping (1 kes),” katanya.", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2022/04/24/tiada-sambutan-hanya-2-penerima-dos-penggalak-ke-2-di-sabah/
Tiada Sambutan, Hanya 2 Penerima Dos Penggalak Ke-2 Di Sabah
[ "KOTA KINABALU: Hanya dua individu di Sabah yang mendapatkan dos penggalak kedua sejak program itu dimulakan Jumaat lalu.", "Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin, berkata sambutan sangat rendah itu dipercayai berpunca daripada rasa senang individu yang melengkapkan dua atau tiga dos vaksin, termasuk dos penggalak.", "Selain itu, katanya, pengaruh berita palsu berhubung vaksinasi juga mungkin punca kadar pengambilan dos penggalak sangat rendah.", "“Hanya dua orang yang diberi dos penggalak kedua…sangat rendah. Malah, data penerima dos penggalak pertama di Sabah juga hanya 33%…juga masih rendah. Harapan kita, prestasi ini akan meningkat selepas ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.", "Beliau berkata, analisis kematian di Sabah dari 1 hingga 16 Jan 2022 mencatatkan 330 kematian, dengan 265 kes atau 80% daripada jumlah itu mempunyai komorbid.", "Lebih malang lagi, katanya, 55% atau 180 daripada 265 kes itu tidak pernah menerima vaksin.", "“Maksudnya di sini, daripada 265 kematian dalam kalangan kes yang mempunyai komorbid, sebahagian daripada mereka tidak pernah mendapatkan vaksin hingga menyebabkan kematian, manakala 15 kes lagi tidak menerima dos penggalak.", "“Sebab itu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggalakkan golongan berisiko 60 tahun ke atas, golongan ada komorbid dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit kurang imun mendapatkan vaksin dan dos penggalak.”", "Sebanyak 255 pusat pemberian vaksin di seluruh Sabah yang terdiri daripada hospital, klinik dan PPV “outreach” menyediakan vaksin, termasuk dos penggalak, selain boleh membuat janji temu atau “walk-in”. – FMT", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/04/23/perutusan-ketua-menteri-sempena-ramadan-2020/
Perutusan Ketua Menteri Sempena Ramadan 2020
[ "Bagi pihak Kerajaan Sabah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negeri Sabah.", "Rukun Islam yang ketiga ini tentunya bukan hanya menuntut kita untuk berpuasa di bulan Ramadan, tetapi juga meningkatkan amal ibadah yang lain, agar diberi keberkatan dan ganjaran yang tinggi di sisi Allah SWT.", "Kita sedia maklum bahawa Ramadan tahun ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada kita di mana kita diancam oleh kehadiran wabak pandemik Coronavirus atau Covid-19, yang melanda seluruh dunia.", "Cabaran ini semestinya kita atasi sama seperti kita menangani cabaran hidup, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW melalui sirah perjuangan baginda menyebarkan Islam.", "Kehadiran wabak ini juga seharusnya tidak menghentikan atau mengganggu kita daripada melaksanakan ibadah-ibadah wajib, seperti menunaikan solat, menjalani puasa dan lain-lain yang dituntut dalam islam.", "Dalam konteks solat misalnya, kita masih boleh melakukan ibadah tersebut di rumah bersama keluarga tanpa perlu ke masjid atau surau.", "Apa yang pasti, satu hakikat yang jelas adalah ketika ini, kita masih belum dapat mengatasi Covid-19.", "Justeru sebagai kerajaan, kita mengambil tanggungjawab untuk melakukan apa yang perlu demi keselamatan dan kesihatan rakyat di negeri ini.", "Kita memahami bahawa ramai yang terkesan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan.", "Tetapi semua ini perlu dilakukan, demi kebaikan bersama. Teruslah berada di rumah demi keselamatan semua.", "Saya percaya kita semua dapat mengharungi situasi getir, sekali gus membendung virus ini daripada terus merebak.", "Bagi mereka yang berkemampuan, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah kita membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.", "Dengan adanya kemajuan teknologi maklumat ketika ini, segalanya boleh kita lakukan dari rumah, seperti menunaikan zakat fitrah, memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui badan-badan kebajikan, badan bukan kerajaan (NGO) yang ada dan sebagainya.", "Semoga amal ibadah kita dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.", "Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di Bulan Ramadan Al-mubarak.", "Semoga Ibadah puasa pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan sempurna serta beroleh ganjaran taqwa daripada Allah SWT.", "Saya turut mendoakan agar kita semua dijauhkan dari penyakit, serta sentiasa di bawah perlindungan Allah yang maha kuasa.", "Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." ]
https://www.sabahpost.net/2022/04/15/sabah-khuatir-kenaikan-harga-tiket-penerbangan-jejas-usaha-pulih-pelancongan/
Sabah Khuatir Kenaikan Harga Tiket Penerbangan Jejas Usaha Pulih Pelancongan
[ "KOTA KINABALU : Kenaikan harga tiket penerbangan khususnya ke Sabah yang dilihat melonjak sehingga lima kali ganda ketika ini, dikhuatiri akan menjejaskan usaha memulihkan sektor pelancongan negeri ini.", "Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata pelancong antarabangsa mahupun domestik hanya boleh melawat Sabah melalui penerbangan dan sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke “Negeri Di Bawah Bayu” itu.", "“Pintu sempadan negara telah dibuka pada 1 April lepas dan kita menjangkakan menerima kehadiran pelancong sekitar satu hingga 1.3 juta orang yang akan tiba dan melawat ke Sabah.", "“Kita baharu sahaja terlepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan (situasi) ekonomi teruk (berikutan pandemik COVID-19), sekiranya harga tiket penerbangan dinaikkan, ini sudah tentu menjejaskan industri pelancongan dari segi kehadiran pelancong ke Sabah,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Jafry berkata pihaknya menerima rungutan daripada rakyat negeri ini susulan kenaikan harga tiket tersebut kerana menyukarkan mereka untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.", "“Sebagai contoh untuk hari ini sahaja, (harga tiket penerbangan) dari Kota Kinabalu ke Tawau mencecah sehingga RM1,300. Ini tidak masuk akal, terlampau tinggi, sedangkan biasanya (harga tiket) dalam RM100 ke RM300.", "“Justeru, saya minta kepada pihak berkaitan untuk melihat perkara ini dan saya yakin kerajaan pada hari ini begitu mementingkan suara rakyat,” katanya.", "Semalam, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan Sabah mendesak Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pengangkutan untuk mencari jalan bagi mengurangkan harga tiket penerbangan tersebut.", "Sementara itu, Jafry ketika diminta mengulas mengenai kenaikan Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah, berkata ia menunjukkan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan dan beliau berharap peruntukan itu akan digunakan untuk memperkasakan lagi pembangunan di negeri ini.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam kenyataan bersama hari ini dilaporkan berkata pemberian geran khas baharu untuk Sabah meningkat 4.7 kali ganda iaitu daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022. – BERNAMA", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2018/11/16/jpn-diminta-selesaikan-masalah-kad-pengenalan-surat-beranak-masyarakat-long-pasia/
JPN Diminta Selesaikan Masalah Kad Pengenalan/Surat Beranak Masyarakat Long Pasia
[ "SIPITANG: Pihak berwajib diseru untuk menyelesaikan masalah masyarakat tempatan suku kaum Lundayeh di Long Pasia yang tidak mempunyai sijil lahir mahupun kad pengenalan.", "Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata jabatan berkaitan perlu menangani permasalahan berkenaan bagi membantu rakyat tempatan yang mempunyai kesukaran untuk mencapai perkhidmatan pendaftaran.", "“Saya mahu keadaan ini diatasi kerana sebelum ini kita nampak orang luar mendapat kad pengenalan tetapi orang tempatan pula tidak mempunyai kad pengenalan dan surat beranak.", "“Saya difahamkan oleh penduduk setempat tadi, bila saya sampai mereka mengadu kerana mereka ini orang orang tempatan bukannya Pendatang Tanpa Izin.", "“Walaupun ini bukan kuasa kerajaan negeri saya akan minta kerjasama daripada pihak yang berwajib untuk datang ke sini (Long Pasia) membuat pendaftaran kepada warga tempatan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan dan Bilik Darjah Baru dengan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di bawah projek Sekolah Daif SK Long Pasia dan e-Desa Kampung Long Pasia sempena Lawatan Rasmi Ketua Menteri ke Long Pasia dan Meligan.", "Mohd Shafie menegaskan bahawa penduduk Long Pasia yang terjejas tidak dapat datang ke Kota Kinabalu untuk membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara kerana jarak yang jauh dan fasiliti jalan raya yang mencabar.", "Jelasnya usaha tersebut adalah untuk memastikan supaya kebimbangan beliau terhadap masyarakat amnya dan anak-anak Long Pasia khusunya ditangani sebaik mungkin.", "“Saya bimbang anak-anak di sini iaitu menjoriti masyarakat Lundayeh tidak mempunyai kad pengenalan dan menyukarkan urusan pendidikan mereka.", "“Bila berhasrat masuk ke universiti, mereka tidak boleh masuk kerana tidak ada surat beranak mahupun kad pengenalan yang boleh mengiktiraf mereka sebagai rakyat Malaysia dan bukannya pendatang,” jelasnya." ]
https://www.sabahpost.net/2018/10/24/pengambilan-pekerja-asing-melalui-ejen-akan-dimansuhkan/
Pengambilan pekerja asing melalui ejen akan dimansuhkan
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memansuhkan sistem pengambilan pekerja asing melalui ejen atau syarikat tertentu, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Katanya, peranan 100 syarikat sumber luar yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri pada masa ini akan diserahkan kepada Agensi Pekerjaan Swasta (APS) di bawah Kementerian Sumber Manusia.", "Beliau berkata, semua syarikat itu akan diberikan suatu tempoh masa yang akan ditetapkan kemudian, untuk menempatkan pekerja asing di bawah tanggungan mereka kepada majikan dan sektor tertentu, sebelum pemansuhan itu berkuat kuasa sepenuhnya.", "“Kami memutuskan untuk tidak meneruskan program ‘outsourcing’ yang kini diuruskan KDN, dan tugas itu akan diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia menerusi Agensi Pekerjaan Swasta kerana ada akta khas supaya ia lebih terurus dan mematuhi undang-undang.", "“Ketika ini, lebih 100 syarikat ‘outsourcing’ dengan kira-kira 26,000 pekerja asing, diberi tempoh untuk menempatkan pekerja di bawah tanggungan mereka pada majikan terpilih.", "“Tujuan program ini dimansuhkan adalah untuk mengelakkan perkara tak diingini yang dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini, seperti perlakuan tidak adil kepada pekerja, kes pemerdagangan manusia dan lain-lain,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara KDN dan Kementerian Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Parlimen, hari ini.", "Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.", "Sebelum ini, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan sistem ejen perkhidmatan pekerja asing dimansuhkan bagi menangani isu penindasan dan perhambaan moden, selain mengurangkan kos serta membanteras isu penipuan termasuk pemalsuan dokumen.", "Muhyiddin berkata, perkara lain yang diputuskan dalam mesyuarat itu adalah KDN akan mengeluarkan pas lawatan khas kepada pekerja asing yang belum menerima pas lawatan kerja sementara.", "Katanya, pas itu bagi membolehkan pekerja asing memiliki dokumen sah ketika proses saringan kesihatan oleh Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA), dan ia sah selama 30 hari, selain lanjutan 30 hari lagi jika belum selesai dalam waktu berkenaan.", "Sementara itu, Kulasegaran berkata jawatankuasa itu turut memutuskan untuk melaksanakan sistem levi pelbagai peringkat seperti di Singapura, selewat-lewatnya tahun depan.", "Menerusi sistem itu, katanya, levi akan ditetapkan berdasarkan nisbah antara jumlah pekerja tempatan yang bekerja di sesuatu syarikat itu dengan jumlah pekerja asing yang mahu digajikan.", "“Levi yang dikenakan sekarang, sebagai contoh RM640 untuk industri pertanian, akan dijadikan sebagai peringkat pertama, dan ia akan dinaikkan berdasarkan peningkatan jumlah pekerja asing yang mahu digajikan majikan.", "“Kadar peningkatan itu belum diputuskan, namun ia akan ditetapkan secara berbeza-beza mengikut industri berlainan,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2020/06/30/penerbit-mohon-maaf-isu-hina-jata-negara/
Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara
[ "KUALA LUMPUR: Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu.", "Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.", "“Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.", "“Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.", "“Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung… saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.", "Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.", "“Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.", "“Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu,” katanya.", "Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual.", "Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.", "Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.", "Semalam, BH melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak polis menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik.", "Sementara itu, pihak polis memaklumkan sudah menerima 21 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan.", "Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.", "Kes juga disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.", "Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu siasatan.- BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/05/22/lelaki-maut-dirempuh-kenderaan-4wd-di-tawau/
Lelaki Maut dirempuh kenderaan 4WD Di Tawau
[ "TAWAU: Seorang pekerja am sebuah ladang kelapa sawit maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Batu 9 Jalan Apas, di sini malam semalam.", "Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, Tasius Tallu, 40, yang menunggang motosikal jenis Modenas cedera parah sebelum dikejarkan ke hospital.", "Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor, berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 pagi tadi.", "Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu 4WD jenis jenis Toyota Land Cruiser dipandu lelaki berumur 33 tahun dari arah Bandar Sri Indah menuju ke pusat bandar.", "“Ketika tiba di lokasi kejadian pemandu terbabit bertindak mengubah haluan kenderaannya dari lorong kanan ke lorong kiri sebelum terlanggar motosikal dinaiki mangsa yang berada di lorong kiri arah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.", "Nor Azizulkifli berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tawau sebelum dituntut ahli keluarga mangsa.", "“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2021/01/01/covid-19-kinabatangan-tambunan-bertukar-zon-merah-tongod-kembali-hijau/
COVID-19: Kinabatangan, Tambunan Bertukar Zon Merah, Tongod Kembali Hijau
[ "KOTA KINABALU: Kinabatangan dan Tambunan bertukar menjadi zon merah, hari ini apabila merekodkan lebih 40 kes aktif COVID-19 susulan pertambahan jangkitan baharu.", "Perkembangan itu sekali gus menyaksikan, 14 daerah kini berada dalam kategori zon merah di Sabah berbanding hanya 12, semalam.", "Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan media, berkata Kinabatangan semalam mencatatkan sebanyak 14 kes baharu manakala Tambunan pula sebanyak 25 kes baharu.", "Walau bagaimanapun, daerah Tongod pula telah bertukar daripada zon kuning menjadi zon hijau, hari ini.", "“Jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah hari ini mencatatkan sebanyak 299 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,040 kes. Tiada kematian direkodkan pada hari ini,” katanya.", "Daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes positif baharu tertinggi sebanyak 64 kes kemudian diikuti Penampang (44), Lahad Datu (38), Tawau (21), Sandakan (20); Kota Belud (15) Papar (13) dan Tuaran (7).", "Selain itu, daerah Pitas sebanyak enam kes, Kunak (6), Beaufort (4), Keningau (3), Sipitang (2), Kudat (2); manakala Semporna, Kalabakan, Tenom dan Telupid masing-masing mencatatkan sebanyak satu kes baharu.", "Sementara itu, selain Tongod, daerah Ranau, Kuala Penyu, Kota Marudu, Beluran dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu setakat ini. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/10/12/hujan-lebat-9-jam-penampang-dilanda-banjir-kilat-sekali-lagi/
Hujan Lebat 9 Jam, Penampang Dilanda Banjir Kilat Sekali Lagi
[ "PENAMPANG: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi hari ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat.", "Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, hujan lebat pada 1.40 pagi berlanjutan hingga pada 9 pagi.", "“Hujan lebat beberapa jam itu menyebabkan sistem perparitan di kawasan Pekan Donggongon serta kampung berhampiran dinaiki air.", "“Antara lokasi mengalami banjir kilat itu adalah Kampung Kobusak, Sugud, Kibabaig, Mogonibung, Kohizan, Millenium Height Bundusan dan Taman Landmark.", "“Setakat ini, tiada sebarang pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS) dilakukan.", "“Bagaimanapun, kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan berikutan keadaan cuaca dilihat tidak menentu ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Sementara itu, jurucakap APM Sabah menasihatkan orang awam khususnya penduduk yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran agar peka situasi cuaca semasa.", "Menurutnya, pihaknya minta penduduk segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan untuk berpindah ke lokasi lebih selamat. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/02/10/lelaki-cuba-palsukan-air-kencing-dalam-oparasi-bersapadu-ditahan/
Lelaki Cuba Palsukan Air Kencing Dalam Operasi Bersepadu Ditahan
[ "TUARAN: Cubaan seorang lelaki memalsukan air kencing bagi mengelak ditahan gagal apabila tindakannya berjaya dihidu pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.", "Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, lelaki berusia 36 tahun tersebut melakukan tindakan sama sebanyak dua kali namun semua perbuatan berkenaan tidak berhasil sehingga akhirnya suspek terpaksa memberikan air kencing miliknya untuk diperiksa.", "Ketua Pegawai AADK Tuaran, Asraf Hafiz Ruslan berkata mulanya suspek mengambil air longkang yang berisi pasir untuk dimasukkan ke dalam botol disediakan tetapi berjaya dilihat anggota AADK bertugas.", "“Cubaan kedua suspek pula lelaki terbabit memasukkan air paip dengan tujuan mahu mengaburi pihak AADK dan melepaskan diri daripada sekatan jalan raya dilaksanakan JPJ.", "“Bagaimanapun, semua percubaan lelaki ini dapat dipatahkan sebelum dia menyerahkan air kencing miliknya untuk menjalani ujian saringan. Suspek disahkan positif dadah jenis syabu dan terus ditahan untuk siastan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Dalam pada itu, Asraf Hafiz berkata suspek terbabit adalah antara 10 individu yang ditahan pihak AADK Tuaran berikutan disahkan positif dadah jenis syabu sepanjang operasi yang berlangsung selama dua jam di Stesen Penguatkuasa JPJ Telipok.", "Menurut beliau, sembilan individu lain berumur antara 18 hingga 41 tahun termasuklah adik-beradik berusia 34 dan 29 tahun yang berasal daripada Tuaran.", "Asraf Hafiz berkata semua suspek lain turut disahkan positif dadah jenis syabu dan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.", "Sementara itu, beliau menyatakan operasi berkenaan dijalankan dengan kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena perayaan Tahun Baru Cina.  ", "“Pihak AADK Tuaran akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membenteras kegiatan penagihan dadah di daerah ini.", "“Kita juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Tuaran ditalian 088 788336 atau tampil ke pejabat AADK berhampiran,” katanya. – SabahNews Today" ]
https://www.sabahpost.net/2021/08/03/tidak-scan-mysejahtera-dua-kilang-3-pekerja-dikompaun-rm26000/
Tidak Scan MySejahtera, Dua Kilang & 3 Pekerja Dikompaun RM26,000
[ "KOTA KINABALU: Dua kilang di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), di sini, yang diperiksa dalam Op Patuh, dikenakan kompaun selepas didapati cuai dalam memastikan pekerja membuat imbasan kod MySejahtera.", "Dalam operasi jam 2 petang itu, polis turut mengeluarkan tiga kompaun kepada pekerja kerana gagal mengimbas kod MySejahtera menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sebanyak RM26,000.", "Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah, Senior Asisten Komisioner, Yusuh Mat Tais berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati kedua-dua kilang ini menuruti syarat-syarat dibenarkan.", "Katanya, ia termasuk beroperasi dengan kapasiti jumlah tenaga kerja dibenarkan iaitu 50 dan 60 pekerja dalam satu-satu masa.", "“Bagaimanapun, pemeriksaan kod imbasan pula mendapati tiga pekerja gagal membuat imbasan kod MySejahtera.", "“Bagi syarikat, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 setiap satu manakala bagi pekerja pula dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya ketika ditemui media selepas hadir dalam Op Patuh di KKIP, di sini, hari ini.", "Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.", "Yusuh berkata, tindakan diambil mengikut Perkara 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan tempatan jangkitan) (No 4) 2021", "Katanya, operasi pemantuan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan pandemik Covid-19 dapat dilandaikan.", "Operasi ini turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah. – Asiatimes", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/03/22/bunuh-anak-kerana-cemburu/
Bunuh anak kerana cemburu
[ "KIEV: Akibat terlalu cemburu, seorang wanita berusia 21 tahun bertindak kejam dengan mengelar leher anak perempuannya yang berusia tiga minggu kerana mendakwa suaminya lebih menyayangi mangsa berbanding dirinya.", "Daily Mail melaporkan, wanita itu yang dirahsiakan namanya, menyerang bayi perempuannya dengan pisau dapur di apartmen mereka di Rivne, barat daya Rivne Oblast ketika suaminya berusia 26 tahun keluar untuk membuang sampah.", "Selepas kembali ke rumah dan lelaki itu melihat tangan isterinya dipenuhi darah, dia segera ke bilik tidur untuk memeriksa anak perempuannya dan terkejut melihat bayinya terbaring kaku dengan berlumuran darah.", "Jurucakap polis Anton Kruk memberitahu, bayi itu mati disebabkan luka pisau pada lehernya.", "Polis menemui pisau itu di sinki dapur dan masih dipenuhi darah kanak-kanak itu. Wanita itu juga tidak dapat menjelaskan sebab dia melakukannya malah dia tidak dapat mengingati apa yang dilakukannya hari itu.", "Berdasarkan laporan, suspek menghidapi radang otak sejak November tahun lalu dan dipercayai menjejaskan kesihatan mental wanita itu. – Agensi", "PISAU yang digunakan wanita untuk membunuh anaknya. FOTO/AGENSI" ]
https://www.sabahpost.net/2021/08/27/kabinet-kitar-semula/
Kabinet ‘Kitar Semula’
[ "KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kabinet baharu yang dibentuk semalam hanyalah ‘kitaran semula’ Kabinet sebelum ini, yang tidak membawa perubahan diharapkan rakyat.", "Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, kebanyakan rakyat hampa dengan barisan Kabinet itu yang dikatakan tidak menunjukkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah mereka sebelum ini.", "Kabinet itu juga didakwa tidak mampu untuk menyuntik semangat baharu dan memberi keyakinan kepada pelabur dari dalam atau luar negara.", "“Negara menghadapi krisis akibat COVID-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan tetapi langkah yang diambil itu hanya kitaran semula menteri, yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini secara berkesan.", "“Apa yang kita harapkan sekarang adalah perubahan, tetapi ini tidak berlaku. Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) memberikan tempoh 100 hari untuk menteri menunjukkan prestasi, namun dalam satu setengah tahun yang lalu, tidak ada kemajuan yang membanggakan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui video di Facebook.", "Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pembangkang akan terus memantau dan lantang menyuarakan bantahan jika Kabinet baharu itu tidak melaksanakan program yang lebih mantap serta berkesan menangani masalah COVID-19 dan membawa perubahan kepada kehidupan rakyat.", "Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub, pula mendakwa Kabinet baharu itu lebih menjurus kepada survival politik, bukan untuk rakyat dan ekonomi.", "“Lagu lama, cuma iramanya digubah kambali. Orang putih kata ‘old wine in a new bottle’. Satu perubahan yang tiada pengakhiran,” katanya.", "Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, jumlah keanggotaan Kabinet baharu itu hanya kurang seorang saja, berbanding Kabinet sebelum ini.", "“Sekali imbas saja, barisan menteri ini hanyalah sekadar rombakan daripada senarai lama. Ada yang dikekalkan, yang bertukar portfolio, malah ada yang sudah meletakkan jawatan dilantik kembali ke jawatan sama,” katanya.", "Sementara itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang mengingatkan tiada tempoh ‘bulan madu’ untuk Jemaah Menteri baharu yang dibentuk semalam dalam melaksanakan tugas. Ini disebabkan kebanyakan anggota Kabinet itu mempunyai pengalaman sebagai menteri dan timbalan menteri sebelum ini.", "Selain itu, mereka turut mempersoal beberapa pemimpin yang dilihat mempunyai komitmen untuk berkhidmat seperti Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said tidak dilantik.", "Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata semua menteri ‘tiada masa bulan madu’ untuk membuktikan prestasi mereka kepada rakyat,ketika negara memerlukan langkah pemulihan segera akibat pandemik COVID-19. Hampir semua yang dilantik ialah mereka yang pernah menjadi menteri atau timbalan sebelum ini.", "“Jumlah ahli Jemaah Menteri juga sama seperti di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. Ini bukan satu perkara yang baik,” kata Pengarah Komunikasi PKR itu kepada BH, semalam.", "Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan anggota Kabinetnya, yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.", "Ahmad Fahmi turut berpendapat, Perdana Menteri tidak mempunyai banyak pilihan dalam memilih anggota Kabinet, selain kemungkinan berdepan pelbagai tekanan dalaman daripada pelbagai pihak dalam parti.", "“Selain itu, saya lihat seharusnya orang seperti Datuk Seri Azalina Othman dimasukkan (dalam Kabinet). Tapi sayang itu tidak berlaku. Saya harap kerajaan akan mempertimbang beliau (dilantik) sebagai Speaker (Dewan Rakyat),” katanya.", "Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut berpendapat, tidak banyak perubahan yang dilihat pada Kabinet baharu itu, berbanding Kabinet sebelum ini.", "Pemimpin DAP itu juga mempersoal sebab Azalina tidak dilantik dalam Kabinet berkenaan, selain turut mencadangkan Azalina dilantik sebagai Speaker, bagi melaksanakan semak dan imbang yang lebih baik.", "Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Penaja Parti Ikatan Demokratik (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan peluang dibazirkan dengan tidak melantik beberapa pemimpin yang baik dan mempunyai komitmen untuk membina negara dalam Kabinet baharu itu.", "Katanya, pemimpin berkenaan termasuk Azalina; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.", "“Mengapa lantik lagi Menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik? Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian daripada kerajaan ini”? katanya. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/01/02/video-anak-keluarkan-mayat-bapa-dari-keranda-tampar-bertubi-tubi/
(VIDEO) Anak Keluarkan Mayat Bapa Dari Keranda & Tampar Bertubi-Tubi
[ "Seorang lelaki tua di Jiangsu, China baru-baru ini meninggal dunia kerana masalah kesihatan. Di hari pengebumiannya, anak-anaknya datang untuk memberi penghormatan terakhir.Difahamkan, mendiang sebelum ini meninggalkan isteri dan anak-anaknya hampir 40 tahun semata-mata ingin bersama dengan perempuan lain dan dia tinggal di kampung yang sama dengan isteri pertama. Selepas menghabiskan hayatnya dengan kekasihnya, lelaki itu meninggal dunia dan ada kos pengebumian yang perlu ditanggung serta harganya bukan murah.Apa yang dilakukan oleh kekasihnya, dia menghantar bil tersebut kepada anak lelaki itu dan menuntutnya untuk menanggung kesemua kos pengebumian tersebut.Tindakan wanita itu membuatkan si anak bengang dan mereka datang pada hari pengebumian, terus membuka penutup keranda dan mengheret mayat lelaki itu keluar, dicampak pula ke lantai. Tidak cukup dengan itu, mereka menampar mayat bapa mereka bertubi-tubi bagaikan tiada hari esok kerana dendam lampau di mana mendiang meninggalkan mereka begitu sahaja kerana perempuan lain. “Kau buat hidup kitorang macam neraka bila kau hidup! Kau ingat kitorang nak tolong kau selepas kau mati??!!”", "Selepas itu, anak-anaknya beredar tanpa memasukkan mayat bapa mereka ke dalam keranda. Kes itu kini dalam siasatan polis. " ]
https://www.sabahpost.net/2022/05/10/zizie-izette-mengaku-terima-rm2-8-juta/
Zizie Izette Mengaku Terima RM2.8 Juta
[ "KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mengaku menerima RM2.8 juta daripada seorang perunding unit amanah kerana memperkenalkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.", "Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata Zizie Izette memaklumkan beliau menerima wang pengenalan itu daripada Norhaili Ahmad Mokhtar semasa rakaman percakapan pelakon terbabit diambil oleh SPRM pada 27 Julai 2016.", "“Saya tidak ingat berapa kali Datin Seri Zizie Izette memaklumkan perkara itu (wang pengenalan RM2.8 juta) tetapi memang ada,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk K.Kumaraendran mewakili Zizie Izette pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isterinya berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.", "Kumaraendran: Adakah kamu bersetuju bahawa isu ‘introduction fee’ (wang pengenalan) daripada Norhaili dimaklumkan kepada SPRM pada 27 Julai 2016 dan Mohd Haris menjawab: Setuju.", "Dalam prosiding sebelum ini, Norhaili memberitahu mahkamah bahawa Zizie Izette layak menerima wang pengenalan itu memandangkan beliau memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. Bung Moktar adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu.", "Mohd Haris, saksi pendakwaan ke-27 berkata rakaman percakapan Zizie Izette diserahkan kepadanya selepas seorang pegawai SPRM selesai merekodkan rakaman percakapan selebriti itu.", "Penguasa Kanan SPRM itu juga bersetuju dengan cadangan peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar, bahawa rakaman percakapan Zizie Izette dibuat mengikut Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM 2009 dan ‘introduction fee’ telah dinyatakan dalam rakaman percakapan tersebut.", "Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengapa rakaman percakapan pasangan suami isteri itu dibuat di bawah Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM 2009, Mohd Haris berkata semasa itu rakaman percakapan diambil sebagai rakaman saksi kerana tiada tangkapan dibuat terhadap mereka.", "Menurut Mohd Haris, beliau kemudiannya melengkapkan kertas siasatan dan mengemukakan syor kepada bahagian pendakwaan supaya Bung Moktar dan Zizie Izette didakwa di mahkamah.", "Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.", "Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.", "Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.", "Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 17 Mei ini. – BERNAMA", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/12/12/pemuda-ph-sabah-perlu-hormati-suara-mejoriti-sokong-calon-warisan/
Pemuda PH Sabah Perlu Hormati Suara Mejoriti Sokong Calon Warisan
[ "KOTA KINABALU: Kepimpinan Pemuda dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah perlu mengikut suara majoriti untuk menyokong dan memberi laluan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) meletak calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.", "Pengerusi PH Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, majoriti pemimpin parti komponen sudah bersetuju untuk memberi laluan kepada Warisan maka, tidak timbul isu kepimpinan Pemuda PH Sabah tidak setuju dengan keputusan itu.", "“Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH Sabah,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin Pemuda PH Sabah yang mahu calon komponen parti itu bertanding dalam PRK Kimanis.", "Christina berkata, pemimpin Pemuda PH boleh menyatakan apa mereka mahu namun, mereka perlu mengikut suara majoriti.", "“Majoriti mahu Warisan bertanding maka, mereka perlu ikut majoriti.", "“Pimpinan Pemuda juga harus mengikut prinsip yang sama. Saya tidak tahu Pemuda akan mengeluarkan kenyataan sebegitu.", "“Namun, berdasarkan kenyataan itu, mereka ada memaklumkan akan mengikut suara majoriti. Saya sebenarnya sudah menghubungi Datuk Seri Hajiji Noor, Pengerusi Amanah Sabah yang baharu dan Datuk Frankie Poon melalui telefon.", "“Kami telah bersetuju melalui telefon dan sekarang kami menjadikannya formal dengan memutuskan melalui mesyuarat dan menandatangani persetujuan itu secara hitam putih,” katanya.", "Pengerusi PKR Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ini berkata, beliau sendiri tidak pasti mengapa kepimpinan Pemuda boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu, mungkin mereka hanya ingin menyuarakan suara mereka.", "Pada Rabu, Ketua Pemuda PKR Sabah Raymond Ahuar berkata, kepimpinan Pemuda PH Sabah akan memujuk pemimpin atasan bagi meletak calon yang terdiri daripada salah satu parti komponen PH dalam PRK Kimanis dan bukannya calon Warisan.", "Raymond berkata, Warisan adalah rakan sekutu PH tetapi bukan parti komponen dalam PH.", "Kepimpinan parti komponen PH melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan PH Sabah yang diadakan pada Rabu sebulat suara memberi laluan kepada Warisan untuk meletakkan calon dalam PRK Parlimen Kimanis.", "Pemimpin uama parti komponen PH Sabah itu terdiri daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersetuju dan seterusnya menandatangani surat persetujuan untuk memberi laluan kepada calon Warisan dalam PRK Kimanis.", "Christina juga memberi jaminan PH Sabah akan membantu memastikan kemenangan calon Warisan dalam PRK Kimanis.", "“Kita akan bekerjasama dengan Warisan. Biarpun keadaan di sana agak sukar tapi jika kita bekerjasama, kita pasti dapat memenangi pilihan raya itu,” jelasnya." ]
https://www.sabahpost.net/2020/04/24/kes-covid-19-di-indonesia-melonjak-8211-689-kematian/
Kes Covid-19 Di Indonesia Melonjak 8,211, 689 Kematian
[ "JAKARTA: Indonesia mencatatkan 42 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu meningkat kepada 689 kes.", "Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif meningkat kepada 8,211 kes, iaitu tambahan 436 kes baharu.", "“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 42 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah yang sembuh sehingga kini berjumlah 1,002 orang,” katanya.", "Menurut Achmad Yurianto, 18,301 pesakit masih berada dalam pengawasan (patients under surveillance for Covid-19)." ]
https://www.sabahpost.net/2019/08/11/bantuan-sara-hidup-fasa-ketiga-akan-dibayar-mulai-28-ogos/
Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Akan Dibayar Mulai 28 Ogos
[ "PUTRAJAYA: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai 28 Ogos ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.", "Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan akaun bank sama ketika pembayaran fasa kedua BSH.", "“Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.", "“Sejumlah RM2.85 bilion sudah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan.", "“Ia termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap anak tanggungan, terhad kepada maksimum empat anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak Orang Kurang Upaya tanpa had umur,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata, bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.", "“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected],” katanya.", "Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan meneruskan program BSH demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos sara hidup." ]
https://www.sabahpost.net/2018/11/02/pelajar-mangsa-ragut-cedera/
Pelajar Mangsa Ragut Cedera
[ "KOTA KINABALU: Seorang pelajar SMK Tebobon cedera dalam pergelutan dengan peragut semasa perjalanan balik dari sekolah di kawasan Taman Fulliwa berhampiran jalan besar Tuaran by-pass di sini kelmarin.", "Menurut polis, pelajar terbabit dengan seorang rakan telah dihampiri oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali menggunakan kenderaan jenis Proton Wira berwarna coklat.", "Lelaki berkenaan berpura-pura meminjam telefon mangsa lalu melarikan diri.", "Mangsa yang cuba merampas balik telefon tersebut cedera apabila diseret oleh kenderaan tersebut. Saspek dilihat melarikan diri ke arah Telipok.", "Ketua Polis Daerah, ACP Habibi Majinji mengesahkan kejadian dan menegaskan polis telah menggerakkan siasatan untuk memberkas saspek." ]
https://www.sabahpost.net/2020/07/31/keadaan-selamat-untuk-adakan-prn-sabah-warisan/
‘Keadaan Selamat Untuk Adakan PRN Sabah’ – WARISAN
[ "‘Keadaan selamat untuk adakan PRN Sabah’", "KOTA KINABALU: Pilihan raya negeri (PRN) di Sabah boleh diadakan dalam suasana selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,", "Sehubungan itu, Bendahari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Terrence Siambun, menolak kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang mendakwa PRN sebagai membazir dan tidak selamat.", "Terrence berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut mengesahkan tiada masalah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana SOP ketat dilaksanakan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.", "Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkali-kali merayu untuk berhenti berpolitik ketika ini dan meminta semua pihak bersatu membantu rakyat Sabah.", "“Ini termasuk rayuannya ketika berucap di Dewan Rakyat, beberapa hari lalu.", "“Tapi adakah Musa mendengar apa yang dikatakan Shafie? Tidak, kerana keutamaannya adalah untuk menjadi ketua menteri dan menjatuhkan kerajaan negeri ketika Shafie bergelut dengan bermacam-macam isu,” katanya.", "Terrence berkata, Shafie tiada pilihan selain membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membiarkan rakyat Sabah menentukan siapa yang berhak memegang mandat rakyat.", "“Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menjadi peluang terbaik bagi rakyat Sabah memutuskan dan menilai, terutama wakil negeri yang ‘melompat’.", "“Ada antara mereka yang berulang kali menafikan akan ‘melompat’.", "“Saya difahamkan mereka percaya dalam masa tiga tahun setelah Musa menjadi ketua menteri, rakyat Sabah akan melupakan perkara ‘melompat’ ini", "“Pengumuman Shafie mengenai pembubaran DUN semalam (kelmarin) mengejutkan semua,” katanya.- BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/03/12/buruh-dipenjara-80-tahun-50-sebatan-rogol-anak-kandung/
Buruh dipenjara 80 tahun, 50 sebatan rogol anak kandung
[ "KUCHING: Seorang buruh dihukum penjara 80 tahun dan 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu.", "Hakim Mohd Taufik Mohd Yusoff dan Jason Juga menetapkan keputusan itu selepas tertuduh berusia 32 tahun mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan dihadapinya mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.", "Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.", "Mohd Taufik memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bagi dua pertuduhan, manakala Jason memerintahkan hukuman dijalankan secara berasingan bagi tiga pertuduhan lagi.", "Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Fatimah Azura, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.", "Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, serta memaklumkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan dan tertuduh dihantar ke Penjara Puncak Borneo, di sini.", "Media sebelum ini melaporkan perbuatan keji tertuduh yang juga warga Indonesia, terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 14 tahun pergi ke Klinik Kesihatan Serasot untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu demam pada 4 Mac lalu.", "Ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa menceritakan dirinya dirogol bapa kandung sejak berusia 10 tahun ketika ibu dan ahli keluarga lain tiada di rumah.", "Susulan itu, penolong pegawai perubatan yang memeriksa mangsa membuat laporan polis sebelum tangkapan dilakukan. – Berita Harian" ]
https://www.sabahpost.net/2021/08/24/3376-kes-baharu-covid-19-di-sabah-63-kes-backlog/
3,376 Kes Baharu Covid-19 Di Sabah, 63% Kes ‘Backlog’
[ "KOTA KINABALU: 2,130 kes positif COVID-19 atau 63 peratus daripada 3,376 kes keseluruhan yang dilaporkan di Sabah pada Selasa merupakan kes daftar lewat (backlog).", "Menerusi kenyataan Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, ia terbahagi kepada tiga kategori.", "‘’430 kes atau 12.7 peratus adalah kes daftar lewat melebihi lima hari, 414 atau 12.3 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat ke lima hari.", "‘’Manakala 1,286 atau 38.1 peratus merupakan kes positif yang lewat didaftar antara dua ke tiga hari,’’ katanya.", "Selain itu, 2,094 kes bersamaan 62 peratus merupakan kes saringan kontak rapat, 784 kes atau 23.2 peratus dikesan menerusi saringan individu bergejala dan 164 kes atau 4.9 peratus dikesan menerusi kluster sedia ada.", "‘’Hampir 65 peratus daripada mereka yang terjangkit adalah golongan yang berusia 17-59 tahun, 639 kes atau 19 peratus berusia 6-17 tahun, 296 atau 8.8 peratus berusia antara 1-5 tahun dan 227 atau 6.7 peratus berumur 60 tahun keatas,’’ tambahnya.", "Tambah Masidi, pesakit kategori satu dan dua mendominasi jumlah keseluruhan kes positif hari ini dengan 3,316 kes.", "Selebihnya, tujuh kes kategori tiga, satu kes kategori empat dan sepuluh kes kategori lima.", "Antara lain sehingga Isnin, 53.3 peratus penduduk dewasa Sabah telah memperoleh satu dos vaksin dan 31.4 peratus sudah melengkapkan pengambilan dua dos. – AWANI", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/04/10/dua-penjawat-awam-antara-11-penagih-di-tahan-aadk-keningau/
Dua Penjawat Awam Antara 11 Penagih Di Tahan AADK Keningau
[ "KENINGAU: Dua orang penjawat awam antara yang ditahan oleh pihak penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau pada Ahad malam.", "Ketua Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @ Azmi berkata kedua-dua penjawat awam lelaki dan perempuan itu ditahan selepas disyaki positif dadah jenis syabu ketika ujian saringan air kencing dijalankan.", "Suspek lelaki turut dipercayai adalah Orang Kena Pengawasan yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan selama tempoh tiga tahun bersama AADK.", "“Suspek lelaki akan berhadapan dengan kes pendakwaan yang melibatkan hukuman penjara selama tiga tahun dan tiga sebatan kerana menggunakan semula dadah semasa dalam tempoh pengawasan AADK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Tambahanya ketika proses saringan dibuat, suspek lelaki tersebut turut membawa air kencing palsu dalam botol yang dikeluarkan daripada poket seluar bagi mengaburi mata penguatkuasa yang bertugas.", "Namun, tindakan suspek gagal selepas disedari oleh anggota yang bertugas.", "Azry menjelaskan bahawa trend penggunaan dadah di kalangan Penjawat Awam juga semakin menunjukkan peningkatan yang ketara dan sehingga kini pihaknya telah menahan seramai 5 orang golongan ini sejak Januari 2019 yang lepas.", "Tambahnya, pihak majikan atau Ketua Jabatan perlu memainkan peranan yang aktif dalam aktiviti pencegahan dadah di premis masing-masing dalam memastikan penularan najis dadah tidak merebak dan mampu disekat di peringkat awal lagi.", "Hal ini sangat penting dalam menjamin keselamatan dan memastikan kualiti serta produktiviti pekerja tidak terjejas angkara masalah penagihan dalam kalangan kakitangan masing-masing.", "Sementara itu, operasi yang dijalankan bermula pada sebelah petang itu telah berjaya menahan seramai 11 orang suspek termasuk kakitangan awam terbabit yang disyaki sebagai penagih dadah di sekitar Sook dan juga di beberapa buah kampung sekitar Keningau.", "Operasi yang dilaksanakan oleh AADK berkenaan telah menahan seramai sembilan suspek lelaki dan juga dua suspek wanita.", "Semua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana disyaki sebagai penagih dadah serta gagal ujian saringan dadah jenis methamphetamine ataupun syabu.", "Kesemua 11 suspek yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun ketika tangkapan dibuat. –SabahNewsToday" ]
https://www.sabahpost.net/2020/07/28/covid-19-sabah-catat-empat-kes-baharu/
COVID-19: Sabah Catat Empat Kes Baharu
[ "KOTA KINABALU: Empat daripada tujuh kes Covid-19 baharu yang dicatatkan di negara ini, hari ini, adalah di Sabah termasuk tiga kes penularan tempatan.", "Kes baharu di Sabah itu membabitkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang yang masing-masing mencatat dua kes.", "Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang pernah dicatatkan di Sabah setakat ini sebanyak 389 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes penularan tempatan di Sabah terbabit dikesan menerusi saringan pra-pembedahan, dan dua kes dirawat di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu manakala satu kes lagi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas.", "Kesemua kes penularan tempatan itu juga membabitkan warga tempatan manakala satu kes import membabitkan seorang warga Pakistan.", "Tiada kes sembuh dicatatkan di Sabah pada hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini meningkat sebanyak sembilan kes.", "Pecahan bagi kes aktif yang direkodkan di Sabah ialah masing-masing tiga kes di Kota Kinabalu dan Penampang serta masing-masing satu kes di Tawau, Sandakan dan Putatan.", "Dalam pada itu, tiada kematian akibat jangkita wabak itu dicatatkan hari ini dengan jumlah kes kematian di Sabah kekal sebanyak tujuh kes.", "Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatat kes Covid-19 selepas Kuala Lumpur yang mencatat 2,462 kes, Selangor (2,119), Negeri Sembilan (1,028), Johor (737), dan Sarawak (650).", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/05/30/6999-kes-baharu-covid-19-hari-ini/
6,999 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 6,999 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 565,533 kes setakat ini.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,477 kes.", "Ia disusuli Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (468), Johor (433), Kedah (422), Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212), Melaka (202), Sabah (190), Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perlis (7).", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/07/10/fasa-2-ppn-beri-harapan-baharu-buat-penduduk-sabah/
Fasa 2 PPN Beri Harapan Baharu Buat Penduduk Sabah
[ "KOTA KINABALU, 10 Julai : Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini di Sabah memberi harapan baharu kepada penduduk bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.", "Pekerja kedai buah-buahan di sini, Syakirah Lee, 40, berkata sebelum ini beliau bekerja di sebuah kedai serbaneka kecil, bagaimanapun kehilangan pekerjaan disebabkan kedai itu terpaksa ditutup berikutan kekurangan pelanggan akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang lepas.", "Beliau berkata situasi itu menyebabkan dirinya menghadapi masalah untuk menyara keluarga, justeru Fasa Dua PPN yang membenarkan perniagaan tertentu beroperasi memberikan harapan baharu kepadanya untuk memulihkan ekonomi keluarga dengan pekerjaan baharu.", "“Saya bersyukur perniagaan diberi kelonggaran dalam fasa ini kerana kita yang kerja dengan perniagaan ini juga dapat untungnya tetapi kita tidak boleh leka, patuh SOP (prosedur operasi standard) kerana COVID-19 masih ada lagi.", "“Perniagaan dibenarkan beroperasi tetapi peniaga mesti patuhi arahan semasa daripada kerajaan kerana kes seluruh negara semakin tinggi dan kita semua berperanan serta mempunyai tanggungjawab yang sama dalam membendung COVID-19,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.", "Khamis lepas (8 Julai), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata Sabah akan beralih ke Fasa Dua PPN hari ini dan keputusan itu dibuat setelah meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini.", "Pemilik kedai fotografi dan pencetakan Lem Su Chiang, 56, berkata beliau tidak dapat menjalankan keseluruhan perniagaan sebelum ini menyebabkan jumlah pendapatan peniagaan terjejas, justeru peluang beroperasi dalam Fasa Dua PPN membolehkannya memulihkan perniagaan yang terkesan.", "Bagaimanapun katanya, beliau hanya dapat menawarkan perkhidmatan cetakan dan salinan fotostat kepada pelanggan berikutan perkhidmatan fotografi masih tidak dibenarkan dalam fasa itu.", "“Pelanggan mahu ambil gambar tetapi kami beritahu tidak boleh, mahu tunggu SOP bagi kebenaran baru boleh… ada juga rugi sikit tetapi kita mesti patuh SOP supaya boleh turunkan kes COVID-19, apapun ada kelonggaran berniaga ini boleh tolong juga perniagaan kami ini,” katanya.", "Penghantar makanan Food Panda, Tan Shi Yuu, 25, berkata kelonggaran beroperasi untuk perniagaan makanan dalam Fasa Dua PPN membolehkan lebih banyak tempahan diterima untuknya menghantar makanan seterusnya menambah pendapatannya.", "“Harapan saya fasa ini boleh cari rezeki lebih sikit, dahulu semasa pelancong dibenarkan (datang ke Sabah) RM1,000 ke RM2,000 satu minggu kerja sekarang susah sikit tiada pelancong, saya harap Fasa Dua PPN ini boleh bantu dapat RM700 ke RM800 seminggu,” katanya.", "Beliau berkata apa yang penting sekarang buat rakyat Sabah adalah tidak sekali-kali berputus asa dalam menghadapi pelbagai cabaran dibawa COVID-19 dan pandemik itu perlu dihadapi secara bersama dengan mematuhi SOP selain memberikan kerjasama kepada kerajaan untuk memerangi COVID-19. – BERNAMA", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/03/29/covid-19-kes-positif-di-as-naik-mendadak-angka-kematian-itali-cecah-10000/
COVID-19: Kes Positif Di AS Naik Mendadak, Angka Kematian Itali Cecah 10,000
[ " AMERIKA Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling banyak mempunyai kes jangkitan COVID-19 dengan jumlah keseluruhannya setakat ini meningkat kepada 119,758.", "Menurut data Johns Hopkins University, setakat jam 6 pagi ini (waktu Malaysia), negara itu muncul sebagai satu-satunya negara yang mempunyai kes positif COVID-19 melepasi angka 100,000.", "Dalam tempoh 24 jam lepas, negara Uncle Sam itu mencatatkan peningkatan kes positif sebanyak lebih 15,000, malah angka kematian juga mencecah hampir 2,000, dengan jumlah 1,991 mangsa.", "Angka korban dan jangkitan paling tinggi adalah di New York, Washington dan New Jersey – masing-masing mencatatkan 517, 125 dan 86 kematian.", "Daripada jumlah 119,758 kes jangkitan di AS, sebanyak 921 pesakit telah sembuh.", "Sementara itu, Itali yang juga telah melepasi angka jangkitan COVID-19 di China, mempunyai jumlah kes jangkitan menghampiri 100,000 dan hampir pasti akan mengikut jejak AS dalam beberapa hari akan datang sekiranya mereka tidak berjaya membendung penularan wabak itu.", "Itali kini mempunyai 92,472 kes positif COVID-19.", "Dalam masa yang sama, angka kematian di Itali kini mencecah 10,023 mangsa dan menjadi satu-satunya negara yang mempunyai kes kematian melebihi 10,000.", "Dalam tempoh sehari, negara itu mencatat 889 kematian pada Sabtu, menurun sedikit daripada hari sebelumnya iaitu 969 kes – rekod kematian paling tinggi dalam tempoh 24 jam pernah dicatatkan.", "China kini terus kekal sebagai negara ketiga dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 81,999, dengan pertambahan hanya pada kes luar negara dan bukannya kes tempatan.", "Menurut Reuters, Bandar Wuhan yang merupakan tempat tercetusnya wabak COVID-19 Disember lalu, mula menarik balik perintah berkurungnya pada Sabtu, setelah dua bulan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain di China.", "Wuhan mencatatkan kira-kira 60 peratus daripada kes COVID-19 di seluruh dunia, namun ia mengalami penurunan ketara beberapa minggu kebelakangan ini.", "Sementara itu, data juga menunjukkan negara keempat dan kelima yang mempunyai kes jangkitan COVID-19 adalah Sepanyol dan Jerman dengan masing-masing mencatatkan 72,335 dan 57,695.", "Bagaimanapun, Sepanyol juga merupakan negara kedua tertinggi bilangan kematian akibat COVID-19 dengan 5,820 kes.", "Ini diikuti dengan China sebanyak 3,177 kes dan Iran 2,517 manakala Perancis 2,314 kes.", "Bilangan kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Khamis dan kini mempunyai kes melebihi 600,000.", "Sehingga kini, 657, 691 kes jangkitan direkodkan dengan melibatkan 177 buah negara serta 30,438 kematian." ]
https://www.sabahpost.net/2021/02/08/sengaja-cari-pasal-11-remaja-ditahan-di-jalan-pan-borneo-merintaman/
Sengaja Cari Pasal, 11 Remaja Ditahan Di Jalan Pan Borneo Merintaman
[ "SIPITANG: Seramai 11 remaja berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun ditahan selepas didapati melakukan aktiviti berkumpul dan lumba haram, di Jalan Pan Borneo Merintaman, di sini, semalam.", "Dalam operasi jam 4.30 petang itu, seorang daripada kumpulan remaja berkenaan turut ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ala ‘superman’.", "Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, pelaksanaan operasi Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal itu dijalankan bagi memantau aktiviti kumpulan remaja berkenaan.", "Katanya, sebaik tiba dilokasi, kumpulan remaja berkenaan didapati berkumpul dan melakukan aktiviti lumba haram termasuk menunggang motosikal dengan aksi melulu.", "“Semua 11 remaja terbabit sedang berkumpul tanpa mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa alasan munasabah.", "“Semua mereka dibawa balik ke Balai Polis Sipitang dan dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No.8) 2020,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.", "Champin berkata, kes turut disiasat berkaitan kesalahan trafik mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas dan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.", "Katanya, polis turut merampas semua motosikal untuk siasatan selanjutnya manakala seorang lagi remaja yang melakukan aksi bahaya turut disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987.", "“Polis ingin menasihatkan masyarakat terutamanya golongan remaja di daerah ini supaya tidak keluar berkumpul dan terbabit dalam aktiviti lumba haram.", "“Saya sebagai Ketua Polis di daerah ini tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka yang melakukan kesalahan undang-undang,” katanya.", "“Saya tidak mahu daerah Sipitang dicemari dengan aktiviti lumba haram, dadah dan sebagainya,” tegasnya. – AsiaTimes", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2018/10/28/mujur-tak-disedut-enjin-pesawat/
Mujur tak disedut enjin pesawat
[ "PENUMPANG panik nyaris disedut ke dalam enjin pesawat selepas dia membuka pintu kabin sebelum penerbangannya berlepas dari Cancun, Mexico ke St Louis, Missouri, Amerika Syarikat.", "Daily Mail melaporkan, kejadian Isnin lalu itu dirakam oleh penumpang lain, Kathleen Ingram yang menunjukkan lelaki terbabit, Tommy Gray membuka pintu ketika enjin pesawat dihidupkan.", "Tindakannya itu menyebabkan gelongsor kecemasan pesawat turut diaktifkan.", "Penumpang mendakwa, Gray sebelum itu berlari ke arah kokpit sambil mengetuk pintu.", "Kru kabin cuba menenangkannya hingga dia kembali ke tempat duduk namun selepas itu dia bangun dan membuka pintu kabin.", "Keadaan itu mencetuskan suasana cemas apabila penumpang lain serta kru kabin cuba menahan lelaki terbabit disedut keluar.", "Menerusi akaun Facebook, Kathleen menulis: “Mujurlah lelaki dan wanita berani yang menahannya di dalam pesawat, jika tidak dia pasti disedut ke dalam enjin”.", "Gray kemudiannya dibawa keluar dari pesawat itu dan dibawa ke hospital." ]
https://www.sabahpost.net/2020/01/24/angka-kematian-akibat-coronavirus-di-china-meningkat-kepada-25/
Angka Kematian Akibat Coronavirus Di China Meningkat Kepada 25
[ "BEIJING: Angka kematian akibat wabak coronavirus meningkat kepada 25 orang dengan bilangan kes melonjak kepada 830 kes.", "Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata, pihak berkuasa turut melakukan pemeriksaan terhadap 1,072 kes disyaki berpunca daripada virus yang pertama kali dikesan di tengah bandar Wuhan.", "Peningkatan jumlah yang ketara itu dikeluarkan dalam tempoh beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan situasi itu belum menjadi kecemasan kesihatan global.", "China mengenakan perintah kuarantin terhadap hampir 20 juta penduduknya di Wuhan dan beberapa bandar berdekatan sebagai tindakan susulan terhadap virus itu.", "China turut mengumumkan langkah bagi mengekang penyebaran wabak itu berikutan jutaan penduduk memulakan perjalanan ke seluruh negara minggu ini susulan cuti Tahun Baharu Cina.", "Pusat beli belah dan jalan di Wuhan iaitu sebuah hub pengangkutan dan perindustrian utama, pula dilihat sunyi selepas pihak berkuasa memberitahu penduduk supaya tidak meninggalkan bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dikenal pasti.", "Suruhanjaya itu berkata, jumlah kematian disemak semula berikutan berlakunya lapan kematian baharu pada semalam dan 259 kes baharu dilaporkan berlaku di seluruh negara.", "Tambahnya, daripada 830 kes yang disahkan itu, 177 mangsa berada dalam keadaan serius. 34 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.", "Virus itu dikatakan bermula dari sebuah pasar makanan laut dan haiwan di Wuhan dengan kes dilaporkan sudah menular sehingga ke Amerika Syarikat.", "Virus terbaharu itu menimbulkan kebimbangan berikutan ia dipercayai bersamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah menyebabkan kematian hampir 650 penduduk di seluruh tanah besar China dan Hong Kong pada 2002 hingga 2003.", "Selepas dua hari perbincangan untuk memuktamadkan tahap kebimbangan global, WHO belum mengisytiharkan ia sebagai kecemasan kesihatan awam di peringkat kebimbangan antarabangsa iaitu perisytiharan yang digunakan untuk epidemik paling berat. – AFP" ]
https://www.sabahpost.net/2021/04/03/covid-19-tujuh-kluster-baharu-dikesan-dua-di-sabah/
Covid-19: Tujuh Kluster Baharu Dikesan, Dua Di Sabah
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu di Sarawak, Johor, Melaka, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan hari ini.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Kampung Binyu dilaporkan di Kuching, Bintulu, Samarahan dan Simunjan, Sarawak, yang dikesan melalui saringan individu bergejala membabitkan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Kampung Binyu pada 21 Mac lalu dengan 68 kes dikesan positif.", "“Kluster kedua dikenal pasti adalah Kluster Jalan Merdeka yang dilaporkan di Johor Bahru, Johor, hasil saringan individu bergejala membabitkan 29 kes dikesan positif dalam kluster ini.", "“Kluster ketiga dikenal pasti adalah Kluster Simpang Tiga Merotai yang dilaporkan di Kalabakan dan Tawau, Sabah, hasil saringan individu bergejala membabitkan penduduk di Kampung Simpang Tiga Merotai, Kalabakan dengan 10 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Kenanga yang dilaporkan di Alor Gajah, Melaka, hasil saringan individu bergejala dengan 11 kes dikesan positif.", "“Kluster kelima yang dikesan adalah Kluster Jalan Bandar Sembilan yang dilaporkan di Petaling, Selangor, hasil saringan bersasar membabitkan pekerja sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong dengan 21 kes dikesan positif.", "“Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Teknologi Peramu Jaya yang dilaporkan di Kuantan dan Pekan, Pahang, hasil saringan individu bergejala membabitkan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Pekan dengan 36 kes dikesan positif,” katanya.", "“Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Jalan Kubuto Sentral yang dilaporkan di Tawau, Sabah, hasil saringan individu bergejala membabitkan pekerja sebuah pusat perniagaan di Jalan Kubuto Sentral dengan sembilan kes dikesan positif,” katanya.", "Beliau berkata, sebanyak 1,395 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 1,038 kluster dilaporkan tamat, setakat hari ini.", "“Terdapat 13 kluster dilaporkan tamat hari ini termasuk Kluster Merotai Besar dan Kluster Jengka Tujuh menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 357 kluster.", "“Daripada jumlah itu, sebanyak 58 kluster melaporkan pertambahan kes, hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Pelabuhan (486 kes), Kluster Kampung Binyu (61) dan Kluster Bukit Serdang (19 kes),” katanya. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/12/02/kes-covid-19-di-sabah-masih-bahaya-masidi/
Kes COVID-19 Di Sabah Masih Bahaya – Masidi
[ "KOTA KINABALU: Penurunan kes positif COVID-19 di Sabah sejak beberapa hari lalu disifatkan masih bahaya kerana ia kekal dalam lingkungan tiga angka, kata jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.", "“Kita masih dalam lingkungan yang bahaya. Tiga angka kes harian positif COVID-19 ketika ini tidak membuatkan kita selesa, lebih-lebih lagi masih ada turun naik kes.", "KOTA KINABALU: Penurunan kes positif COVID-19 di Sabah sejak beberapa hari lalu disifatkan masih bahaya kerana ia kekal dalam lingkungan tiga angka, kata jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.", "“Kita masih dalam lingkungan yang bahaya. Tiga angka kes harian positif COVID-19 ketika ini tidak membuatkan kita selesa, lebih-lebih lagi masih ada turun naik kes.", "Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dijadualkan tamat pada 6 Disember ini akan ditamatkan atau sebaliknya.", "Masidi berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Sabah, kes positif COVID-19 di Sabah masih menunjukkan turun naik iaitu daripada 441 kes pada 27 November lalu kepada 476 kes (28 November), 290 kes (29 November), 326 kes (30 November), 267 kes semalam dan 229 kes hari ini.", "Katanya, kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek termasuk ekonomi dan situasi semasa kes jangkitan COVID-19 di Sabah dalam beberapa hari menjelang tamatnya tempoh PKPB sekarang.", "“Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan membuat penilaian dan analisa mengenai situasi semasa COVID-19 di negeri ini dan memberikan nasihat berhubung perkara itu kepada kerajaan negeri.", "“Keputusan sama ada untuk melanjut atau menamatkan PKPB atau melaksanakan sebarang bentuk langkah kawalan yang lain akan mengambil kira kepentingan semua sektor tertakluk kepada nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).", "“Sehubungan itu, kerajaan berharap rakyat bersabar menunggu pengumuman rasmi berhubung perkara ini. Kerajaan merayu semua pihak terus mematuhi arahan pihak berkuasa dan SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya.", "Mengulas lanjut, Masidi bagaimanapun, berkata jika PKPB diteruskan, kerajaan boleh melonggarkan beberapa syarat atau SOP mengikut situasi semasa.", "“Kalau situasi di Sabah bertambah baik sepanjang minggu ini, mungkin kita boleh melonggarkan syarat PKPB seterusnya,” katanya. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/04/19/wanita-ditemui-maut-di-bawah-kereta-di-keningau/
Wanita Ditemui Maut Di Bawah Kereta Di Keningau
[ "KENINGAU: Seorang wanita ditemui maut tersepit di bawah kereta di hadapan rumahnya, di Kampung Biah, Batu 4, di sini, semalam.", "Mayat wanita berusia 40-an itu ditemui oleh suaminya, jam 7.10 malam sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.", "Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain, berkata siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui di bawah kereta jenis Hyundai di hadapan rumahnya.", "“Pihak Hospital Keningau mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau mengeluarkan mangsa daripada bawah kereta berkenaan.", "“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau untuk tindakan lanjut. Pasukan Forensik juga dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.", "Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu daripada pelbagai aspek termasuk dari aspek jenayah.", "“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang keterangan berkaitan dalam unsur jenayah.", "“Siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- BH Online" ]
https://www.sabahpost.net/2020/08/19/pga-gagalkan-cubaan-10-warga-asing-masuk-perairan-sabah/
PGA Gagalkan Cubaan 10 Warga Asing Masuk Perairan Sabah
[ "SEMPORNA: Hasrat 10 pendatang tanpa izin (PTI) cuba menyeludup masuk ke perairan negara gagal selepas berjaya ditahan pasukan keselamatan, di sini.", "Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, pasukan Polis Diraja Malaysia cawangan Kompeni ‘B’ Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semporna yang menjalankan rondaan rutin terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan antara Pulau Bohey Dulang dan Pulau Pom-Pom.", "Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Superintendan Mohd Yacob Murad berkata, bot yang membawa kesemua PTI terbabit dipercayai dari arah negara jiran cuba masuk ke perairan negara melalui laluan tikus.", "“Juragan bot yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak cuba meloloskan diri, namun tindakan pantas anggota PGA, kesemua mereka berjaya ditahan.", "“Hasil pemeriksaan awal, mendapati terdapat enam lelaki dewasa berumur 21 hingga 47 tahun, seorang perempuan dewasa, 29, dan tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 3 hingga 9 tahun di dalam bot terbabit,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.", "Mohd Yacob berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek terbabit didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.", "Menurutnya, pihaknya juga menemui lima beg pakaian dipercayai milik kesemua suspek dan 21 keping wang kertas negara jiran berjumlah peso 6,310.", "“Pihak kami juga turut merampas sebuah bot, tiga jerikin minyak petrol dan dua enjin bot yang dianggarkan bernilai RM3,373 sebelum dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.", "“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.- Utusan Borneo", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/03/01/ketua-kerani-mengaku-tidak-bersalah-pecah-amanah-bernilai-rm688868-85/
Ketua kerani mengaku tidak bersalah pecah amanah bernilai RM688,868.85
[ "KETUA kerani pasaraya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan nilai RM688,868.85.", "Tertuduh, Nur Assmi Kasir, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noor Hafizah Mohd Salim.", "Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di CKS Supermarket Sepanggar melakukan kesalahan itu antara 26 Nov hingga 4 Dis tahun lalu.", "Tertuduh yang diamanahkan untuk memasukkan wang hasil jualan milik syarikat ke bank didakwa melakukan pecah amanah dengan menjadikan wang bagi kegunaan sendiri.", "Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari empat belas tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda.", "Dalam sesi pertuduhan hari ini, peguam Farazwin Haxdy yang mewakili tertuduh meminta mahkamah supaya membenarkan ikat jamin kepada anak guamnya dengan jaminan sebanyak RM5,000.", "Katanya, suami tertuduh hanya seorang penjual sayur dan ikan masin selain tertuduh yang sedang mengandung dua bulan turut mempunyai masalah kesihatan menghidap penyakit asma.", "Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz, bagaimanapun, meminta mahkamah supaya membenarkan ikat jamin dengan nilai 10 peratus daripada jumlah pertuduhan kerana ia membabitkan nilai yang besar.", "Hakim kemudiannya memutuskan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin selain melapor diri ke Balai Polis Inanam setiap hari Jumaat.", "Noor Hafizah turut menetapkan 15 Mac untuk pengurusan kes manakala perbicaraan akan dijalankan pda 10 hingga 12 Jun tahun ini. – Harian Metro" ]
https://www.sabahpost.net/2021/10/18/adun-kunak-nafi-akan-keluar-warisan/
ADUN Kunak Nafi Akan Keluar Warisan
[ "KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif menafikan dakwaan yang dia akan keluar daripada parti Warisan dalam tempoh terdekat, seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan, baru-baru ini.", "Beliau berkata, dakwaan terbabit hanya satu fitnah dan berniat jahat untuk mencetuskan provokasi serta mengelirukan pengundi Warisan khususnya di Kunak.", "“Saya masih kekal berjuang bersama pucuk pimpinan Warisan yang diketuai Presidennya, Shafie Afdal sekali gus memberikan fokus membantu rakyat selepas diberikan mandat pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.", "“Ingin saya tegaskan bahawa saya masih menjadi wakil rakyat di bawah payung Parti Warisan, dakwaan itu hanya satu bentuk propaganda politik sahaja.", "“Saya tetap memilih untuk membela rakyat, sesuai dengan kapasiti pembangkang untuk terus menyuarakan hak rakyat dengan sebaik mungkin seterusnya membantu presiden memantapkan ahli di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Norazlinah berkata, setakat ini beliau tidak melihat usaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membela rakyat termasuk menyelesaikan masalah rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.", "“Bantuan bakul makanan pun mereka sudah gagal dalam melaksanakannya kerana masih ramai yang terkesan tidak menerimanya dan oleh sebab itu, saya mahu fokus dengan tugas selaku wakil rakyat bagi membantu rakyat di kawasan Kunak,” katanya.", "Sementara itu, Norazlinah berkata beliau bertuah kerana semua penyokong serta rakyat yang menemuinya sentiasa kekal serta menyokong perjuangan Warisan.", "“Dakwaan saya keluar parti kerana kecewa dengan perjuangan Presiden Warisan yang semakin hilang arah juga adalah palsu dan fitnah tapi saya yakin pengundi serta penyokong saya di DUN Kunak tidak terpengaruh dengan berita palsu ini,” katanya. – FMT", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/03/31/ppm-pgu-sabah-laksana-penerbangan-ihsan/
PPM, PGU Sabah Laksana Penerbangan Ihsan
[ "KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa anggota PPM Semporna yang selesai menjalani rawatan pembedahan usus besar di Hospital Tawau.", "Konstabel Samri Ghani, 28, berasal dari Kampung Inunam, Beaufort mula menerima rawatan di hospital itu 24 Mac lalu sehingga hari ini.", "Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, anggota terbabit berlepas pada 11.30 pagi tadi di Lapangan Terbang Tawau dengan menaiki pesawat Cessna Caravan CE208 PGU dan diiringi seorang pegawai PPM, dua pegawai PGU serta seorang anggota.", "“Pada jam 1.30 petang, pesawat PGU dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) Kota Kinabalu dan terus ke Pangkalan Hadapan PGU Kota Kinabalu.", "“Anggota terbabit dibawa kemudiannya dihantar ke kampung keluarganya untuk berehat bagi pemulihan diri,” katanya pada kenyataan.", "Beliau berkata, walaupun sibuk dengan operasi Covid-19 namun kebajikan pegawai dan anggota PPM W4 Sabah tetap akan dibela.", "“Terima kasih kepada PGU Sabah kerana membantu anggota PPM Semporna melalui penerbangan ihsan ini,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2019/04/15/pindaan-undang-undang-perlu-bagi-selesaikan-isu-individu-tanpa-warganegara-di-sabah/
Pindaan Undang-Undang Perlu Bagi Selesaikan Isu Individu Tanpa Warganegara Di Sabah
[ "PINDAAN UNDANG-UNDANG PERLU BAGI SELESAIKAN ISU ‘STATELESS’ DI SABAH", "KOTA KINABALU: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melihat keperluan untuk kerajaan melakukan pindaan dalam undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia sedia ada dalam usaha menangani isu individu tanpa warganegara (stateless) di Sabah.", "Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata, daripada kira-kira 500 kes yang Suhakam terima setiap tahun di Sabah, 80 peratus adalah berkaitan isu individu tanpa warganegara dan kesemua kes itu tidak berjaya diselesaikan.", "“Isu berkaitan dokumentasi ini susah untuk diselesaikan. Apabila kami menerima kes, kami akan hantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan mereka berikan jawapan tanpa ada penyelesaian. Isu dokumentasi memang tidak boleh ke depan.", "“Kita kena melihat undang-undang yang ada. Jika tidak ubah undang-undang atau polisi, selamanya akan begini (tiada penyelesaian). Banyak persoalan tetapi tiada jawapan dan penyelesaian.", "“Namun, kita berharap dengan pertemuan ini, ia adalah permulaan yang baik kerana Ketua Menteri meminta kita menghantar senarai kes kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dan Pejabat SKN bersedia untuk bekerjasama dengan kita untuk mencari penyelesaian,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal, di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Isnin.", "Beliau berkata, Ketua Menteri juga memberi saranan untuk mencari kaedah penyelesaian secara ‘pragmatic’ dalam menyelesaikan isu dokumentasi ini.", "Maka, jika ada isu individu tanpa warganegara mungkin mereka perlu dirujuk kepada kedutaan Filipina dan Indonesia agar dapat mencari ruang mempercepatkan proses pemberian dokumentasi berkenaan.", "“Bila ada dokumen itu nanti, mereka boleh bekerja secara sah kerana sebelum ini ramai mereka yang tiada dokumen asas untuk menjadi pekerja yang sah,” jelasnya.", "Selain isu dokumentasi, isu tanah Orang Asal juga antara yang paling banyak diterima di Sabah.", "Untuk menyelesakan isu ini, polisi sedia ada perlu diperhalusi. Ada syarikat dikatakan mula membuka tanah untuk perladangan sawit.", "“Bagi mencari penyelesaian kena tahu adakah tanah itu, tanah Orang Asal yang ada di sana. Ketua Menteri juga sangat memberi kerjasama dalam mencari jalan penyelesaian dalam menangani isu tanah,” jelasnya.", "Kemudian ditanya mengenai kes yang berjaya diselesaikan, Jerald berkata, sebanyak 30 peratus kes berjaya diselesaikan di Sabah pada tahun lalu.", "Untuk seluruh Malaysia, daripada 1,200 kes yang diterima tahun lalu, hanya 50 peratus berjaya diselesaikan.", "Ketika ditanya mengenai statistik terbaru individu tidak berdokumen di Sabah, beliau berkata, tiada jumlah sebenar yang dikenalpasti.", "“Ini salah satu persoalan yang kita tanya Ketua Menteri. Ini sesuatu yang kita kena kenalpasti.", "”Kita tidak tahu jika jumlahnya sejuta atau dua juta. Itu tidak penting buat masa ini tapi keparahan isu ini kita setuju,” jelasnya.", "Turut hadir adalah Pesuruhjaya Suhakam Sabah Datuk Godfrey Gregory Joitol. – BorneoToday" ]
https://www.sabahpost.net/2020/01/18/cinta-tiga-segi-bapa-anak-rebut-janda-anak-3/
Cinta Tiga Segi, Bapa & Anak Rebut Janda Anak 3
[ "BALIKPAPAN: Kisan bapa dan anak lelaki berebut cinta janda cantik anak tiga, berakhir tragedi apabila wanita itu mati dibunuh.", "Surya.co.id melaporkan, janda berusia 33 tahun itu menjadi rebutan bapa, Ibramsyah, 55, dengan anak lelakinya, Zaharuddin, 33.", "Zaharuddin dipercayai menjalin hubungan dengan janda itu selama beberapa bulan dan pada masa sama bapanya turut menaruh hati kepada wanita itu.", "Lelaki itu dipercayai berang sebaik mengetahui kekasih hatinya turut menjalin hubungan sama dengan bapanya.", "Dalam laporan itu menyebut, akibat marah dan cemburu, Zaharuddin menikam wanita itu beberapa kali hingga mati ketika bersemuka dengan janda berkenaan.", "Zaharuddin ketika ditemubual wartawan selepas ditangkap polis mengaku dia sudah sembilan bulan menjalin hubungan dengan wanita berkenaan.", "Bagaimanapun, dia tidak boleh menerima kecurangan kekasihnya yang turut menjalinkan hubungan sulit dengan bapa sendiri.", "“Saya sebenarnya mahu berbincang baik-baik tetapi dia memarahi dan mengherdik saya.", "“Saya hanya mahu dia membuat pilihan sama ada saya atau bapa, tetapi dia tidak mengaku membuatkan saya naik marah dan menikamnya,” katanya.", "Selepas membunuh wanita itu, Zaharuddin melarikan diri tetapi berjaya ditangkap polis dan ditembak di kaki kerana melawan." ]
https://www.sabahpost.net/2020/11/15/habiskan-i-lestari-akaun-2-baru-keluarkan-i-sinar-akaun-1-kwsp/
Habiskan i-Lestari Akaun 2, Baru Keluarkan i-Sinar Akaun 1 KWSP
[ "KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.", "Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.", "“Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.", "“Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.", "“Selain itu, pencarum (yang layak) perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kaedah untuk membolehkan inisiatif pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP turut dinikmati pencarum yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, selain mereka yang kehilangan pekerjaan.", "Mengulas lanjut, Asri berkata, kerajaan sedang berbincang dengan KWSP mengenai beberapa kriteria lain untuk membantu lebih banyak pencarum yang terkesan menerusi pengeluaran simpanan Akaun 1.", "“Kerajaan meminta KWSP supaya memperhalusi dan mempertimbangkan penambahbaikan kriteria pengeluaran.", "“Kerajaan akan meneliti semua aspek tentang apa yang boleh dilakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara,” katanya. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/04/08/video-covid-19-kapal-dilarang-berlabuh-penumpang-nekad-terjun-laut/
(VIDEO) Covid-19: Kapal Dilarang Berlabuh, Penumpang Nekad Terjun Laut
[ "Jakarta: Penumpang sebuah kapal persiaran, KM Lambelu nekad terjun laut sebaik mengetahui kapal yang dinaiki dilarang berlabuh di Pelabuhan Lorens Say, Maumere, Nusa Tenggara Timur.", "Kompas melaporkan, larangan itu berikutan tiga anak kapal disahkan positif Covid-19.", "Aksi nekad penumpang terjun dari kapal itu dirakam menerusi video dan menjadi tular di media sosial.", "Ketua Basarnas Maumere, Putu Sudayana berkata, penumpang memakai jaket keselamatan dan melompat.", "“Terdapat lima penumpang yang dilihat berenang menggunakan jaket keselamatan menuju ke daratan,” katanya.", "Melihat tindakan nekad penumpang itu memaksa pemimpin daerah Sikka Fransiskus Roberto Diogo mengizinkan kapal berlabuh dengan beberapa syarat.", "Mendengar hal itu, penumpang yang sempat berenang di laut itu kembali semula ke KM Lambelu.", "“Melihat aksi mereka, kapal dibenarkan berlabuh, lima penumpang yang lompat pun naik sendiri ke kapal dan selamat,” kata Putu.", "Fransiskus menjelaskan, penumpang KM Lambelu tidak dibenarkan turun daripada kapal itu.- Agensi" ]
https://www.sabahpost.net/2021/05/22/6320-kes-baharu-covid-19-50-kematian-hari-ini/
6,320 Kes Baharu Covid-19, 50 Kematian Hari Ini
[ "KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,320 kes baharu Covid-19 dengan 50 kematian direkodkan setakat 12 tengah hari ini.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan mencecah 505,115 di seluruh negara.", "“Daripada 6,320 kes baharu itu, 6,317 adalah kes tempatan manakala tiga kes lagi membabitkan kes import (bukan warganegara).", "“Angka kematian hari ini pula ialah 50 kes dengan 652 kes memerlukan rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 370 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.", "Menurutnya, 4,694 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif ialah 449,234 kes atau 88.9 peratus.", "Katanya, 17 kluster baharu turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif mencecah 2,001 kluster.", "“Jumlah kluster tamat ialah 1,466 kluster manakala 535 lagi kluster masih aktif,” katanya.", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/08/15/5-lagi-lokaliti-di-sabah-dikenakan-pkpd-2/
5 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD
[ "KOTA KINABALU: Sebanyak lima lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos ini.", "Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata dalam kenyataan, pelaksanaan PKPD di semua lokaliti itu adalah susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).", "Berikut adalah lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD di Sabah mulai 17 Ogos ;", "Pelanjutan PKPD pada 17 hingga 20 Ogos", "Penamatan PKPD di Sabah pada 16 Ogos:", "Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 174 kompaun dikeluarkan dan sembilan lagi direman atas kesalahan ingkar SOP semalam.", "Katanya, selain itu 65 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.", "Tambahnya, seramai 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga buah kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng.", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/10/06/baki-menteri-kabinet-sabah-dijangka-angkat-sumpah-minggu-ini-bung-moktar/
Baki Menteri Kabinet Sabah Dijangka Angkat Sumpah Minggu Ini – Bung Moktar
[ "KOTA KINABALU: Beberapa lagi portfolio menteri Kabinet Sabah dijangka dapat diumumkan minggu ini dengan majlis angkat sumpah dirancang pada Khamis, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin.", "Beliau berkata, senarai ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dicalonkan untuk diangkat memegang beberapa portfolio menteri sudah diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.", "“Senarai tersebut melibatkan senarai daripada parti-parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).", "“Untuk Barisan Nasional (BN) kita telah serahkan dan kita mungkin akan ketahui portfolio menteri-menteri esok kerana jangkaan majlis angkat sumpah adalah pada Khamis ini.", " “Apa pun semua itu termasuk tarikh angkat sumpah perlu mendapat perkenan daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin,” Katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.", " Mengulas perkembangan semasa banjir yang melibatkan beberapa daerah di negeri itu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menjelaskan beliau akan melakukan tinjauan di kawasan terjejas esok.", "“Saya akan melawat kawasan-kawasan terjejas termasuk di kawasan jambatan runtuh.", "“Isu jambatan runtuh di Kampung Melangkap, saya ingin maklumkan bahawa jambatan ini masih lagi dalam seliaan kontraktor.", "“Justeru itu saya meminta orang ramai jangan terlalu bimbang kerana kontraktor akan melakukan kerja baik pulih jambatan dengan segera demi keselesaan penduduk dan pengguna,” katanya.", "Sehingga jam 4 petang Selasa, 341 orang mangsa banjir ditempatkan di enam buah pusat pemindahan sementara di kawasan terjejas banjir di Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. – AWANI", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/07/07/ismail-sabri-dilantik-sebagai-tpm-hishammuddin-sebagai-menteri-kanan-pejabat-pm/
Ismail Sabri Dilantik Sebagai TPM, Hishammuddin Sebagai Menteri Kanan – Pejabat PM
[ "KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta merta.", "Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.", "Menurutnya, pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.", "Kenyataan itu juga memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.", "Katanya, sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.", "“Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.", "“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.", "“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.", "Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin atas pelantikan ini.", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/08/15/remaja-hilang-di-tuaran-ditemui-lemas/
Remaja Hilang Di Tuaran Ditemui Lemas
[ "KOTA KINABALU: Remaja lelaki yang hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di sungai Kampung Sekudung, Serusup, di Tuaran, Jumaat lalu, ditemui meninggal dunia.", "Mangsa, Mohamad Amar Qayyum Rasmi, 15, ditemui terapung, selain tersangkut di kawasan bakau oleh penduduk kampung, kira-kira enam kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata operasi mencari mangsa masuk hari ketiga bermula jam 6.30 pagi tadi.", "Bagaimanapun, katanya, mangsa dilaporkan ditemui orang awam pada jam 8.13 pagi yang kemudiannya memaklumkan kepada pos kawalan tempat kejadian (PKTK).", "“Pasukan bomba kemudian segera bergegas ke lokasi dengan memakai kelengkapan PPE (set pakaian pelindung diri) untuk mengambil mayat mangsa.", "“Sebaik berjaya dikeluarkan daripada kawasan bakau, mayat mangsa segera dibawa balik ke PKTK, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi FMT.", "Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Jumaat lalu, mangsa dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga rakannya.", "Operasi pencarian kemudiannya terus dilancarkan namun terpaksa ditangguhkan dua kali akibat keadaan cuaca gelap dan tidak mengizinkan. – FMT", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2021/02/04/polis-cari-waris-mangsa-lemas-di-sungai-moyog/
Polis Cari Waris Mangsa Lemas Di Sungai Moyog
[ "PENAMPANG: Polis sedang mencari waris atau ahli keluarga seorang lelaki yang ditemukan lemas di Sungai Moyog, Kampung Tuavon di sini, 14 Januari lalu.", "Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an itu mempunyai tatu di lengan kanan berbentuk ‘Love’ dengan tulisan ‘Aya’ dan ‘Johan’.", "Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, ketika ditemukan mangsa berada dalam keadaan lengkap berpakaian baju T dan berseluar panjang hitam.", "Menurutnya, mayat terbabit masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu.", "“Sehingga kini, pihak polis masih menunggu waris atau ahli keluarga mangsa untuk menuntut mayat lelaki berkenaan.", "“Mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.", "Mohd Haris berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohamediah Sani di talian 019-8634811 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, 088-712222. – HMetro", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/10/25/terkini-agong-mendapati-tiada-keperluan-isytihar-darurat/
TERKINI: Agong Mendapati Tiada Keperluan Isytihar Darurat
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.", "Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.", "Katanya, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan ketika ini berjaya menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.", "“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.", "“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” katanya. – BH Online", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/06/28/cuti-am-pada-30-julai-2019/
Cuti Am Pada 30 Julai 2019
[ "Kerajaan mengumumkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.", "“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2020/12/02/kenali-etnik-budaya-sabah-hanya-di-hujung-jari/
Kenali Etnik, Budaya Sabah Hanya ‘Di Hujung Jari’
[ "KOTA KINABALU: Orang ramai boleh mendalami etnik dan budaya di Sabah menerusi aplikasi “E-Culture Sabah” yang dilancarkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri itu hari ini.", "Menterinya, Jafry Ariffin berkata, aplikasi itu dibangunkan Lembaga Kebudayaan Sabah dengan kerjasama Alpha Graphic Mobile Apps Developer sejak awal bulan lalu.", "“Sabah merupakan negeri yang mempunyai paling banyak etnik di Malaysia, iaitu 35 etnik dan 217 sub etnik.", "“Untuk mengenali etnik serta budayanya, kita perlu turun ke kampung untuk berjumpa mereka ataupun pada musim perayaan atau pesta budaya, barulah kita dapat melihat dengan lebih dekat.", "“Namun, dengan pengenalan aplikasi E-Culture Sabah, persoalan berkaitan etnik dan budaya boleh diketahui dengan mudah dan hanya di hujung jari,” katanya ketika berucap merasmikan aplikasi itu di Balai Seni Lukis Sabah hari ini.", "Beliau berkata, sejarah dan latar belakang, kepercayaan, amalan dan pantang larang, alat muzik dan tarian tradisional, pakaian tradisional etnik, makanan tradisional serta bahasa etnik akan dipaparkan dalam bentuk infografik padat serta mudah difahami.", "“Dalam aplikasi ini, pengguna juga boleh mempelajari asas bahasa sukuan Sabah dalam bentuk audio dan ianya amat berguna, terutama bagi pengguna yang ingin mempelajari asas bahasa sukuan di Sabah, khususnya generasi muda.", "“Kandungan dalam bahasa etnik akan ditambah dan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi membolehkan lebih banyak kosa kata diperoleh menerusi aplikasi ini.”", "Katanya, aplikasi itu turut memuatkan permainan telefon bimbit dan “mini puzzle”. – FMT", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2019/09/05/tujuh-cedera-dua-kenderaan-bertembung-di-jalan-telupid-ranau/
Tujuh Cedera Dua Kenderaan Bertembung Di Jalan Telupid-Ranau
[ "RANAU: Tujuh individu yang menaiki dua kenderaan mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki bertembung di Kampung Pinorotuan Jalan Ranau-Telupid, di sini.", "Ketua Operasi Pegawai Bomba (PB) Farro Raison berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 12.02 tengahari.", "“Bertindak atas kejadian, kita menggegaskan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan.", "“Kejadian membabitkan sebuah kereta sedan dan kereta pelbagai guna yang bertembung, menyebabkan tujuh mangsa mengalami kecederaan,” katanya.", "Beliau berkata dua mangsa berumur 10 dan 52 tahun di dalam kereta pelbagai guna manakala lima yang lain berumur 11 bulan hingga 36 termasuk dua kanak-kanak di dalam kereta sedan.", "“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS serta ambulans sebelum dihantar ke hospital kemudiannya bagi menerima rawatan selanjutnya.", "“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.31 tengahari,” katanya." ]
https://www.sabahpost.net/2019/06/12/pengerak-awal-bersatu-keluar-parti-tidak-setuju-lantikan-hajiji/
Pengerak Awal BERSATU Keluar Parti, Tidak Setuju Lantikan Hajiji
[ "KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang baru ditubuhkan kini bergolak selepas beberapa pemimpin terawalnya yang merupakan penggerak utama membawa parti itu ke Sabah mengisytiharkan keluar parti.", "Datuk Thomas Mojuga Tukung yang merupakan antara tulang belakang penubuhan Bersatu Sabah berkata, tindakan beliau dan 260 pemimpin lain termasuk ketua bahagian, pemimpin Armada dan Srikandi meninggalkan Bersatu adalah disebabkan tidak bersetuju dengan pelantikan bekas ADUN UMNO, Datuk Hajiji Noor sebagai Penyelaras Bersatu Sabah.", "Katanya, berikutan itu, kesemua pemimpin berkenaan mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) kerana percaya kepada kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal merangkap Ketua Menteri Sabah.", "“Kami adalah penggerak pertama Bersatu masuk ke Sabah yang berpusat di Pulai, Johor Baharu menerusi Ketua Bahagian Yacob Atan.", "“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kami telah bergerak dan berkerja keras untuk menumbangkan parti Barisan Nasional (BN) malah sehingga kini saya sendiri telah berjaya mendaftar 18,000 ahli di Kudat.", "“Kepimpinan Bersatu telah berjanji tidak akan menerima ahli UMNO dan berikan jawatan tetapi keputusan itu menikam di belakang pemimpin yang sedia ada, malah bekas ahli UMNO pula yang dilantik menerajui Bersatu Sabah,” kata Thomas dalam sidang akhbar hari ini.", "Thomas berkata, mereka turut kecewa selepas Bersatu Sabah menyisihkan pemimpin yang selama ini bekerja keras untuk parti itu iaitu Datuk Sahran Untai apabila beliau langsung tidak dipilih menjawat apa-apa jawatan.", "“Dengan ini kami kesemua pemimpin bahagian, Srikandi, Armada dan ahli-ahli bahagian yang terdiri daripada 260 orang amat kesal dengan keputusan daripada Bersatu Pusat, bertindak keluar dari PPBM.", "“Kami sebulat suara menyertai Warisan pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal demi memantapkan kerajaan Sabah yang dipimpin oleh anak watan Sabah dan parti tempatan,” katanya.", "Menurut Thomas, kira-kira 20,000 ahli Bersatu turut mengambil langkah meninggalkan parti itu dan menyertai Warisan.", "Sementara itu, seorang lagi pemimpin penggerak awal Bersatu Sabah, Marianie Sulaiman berkata, beliau meninggalkan parti kerana melihat seolah-olah perjuangan mereka tidak diterima sebaliknya hanya bekas-bekas pemimpin UMNO yang dilantik menjawat jawatan.", "“Kita masuk Bersatu pada awalnya siap berjuang serta membantu berkempen untuk parti Warisan disebabkan Bersatu belum melebarkan sayapnya, kami telah berteduh di bahagian Pulai semasa proses Bersatu masuk ke Sabah.", "“Kami menyertai Bersatu kerana berjuang dengan penuh komitmen dan berkorban demi memastikan BN kalah, amat mengecewakan kami mengharapkan perubahan kerajaan dan pemimpin pemimpin muka baru tapi pelantikan itu hanya menukar baju, lantikan baru ditaja oleh UMNO,” katanya. – BorneoToday" ]
https://www.sabahpost.net/2021/06/15/pkp-3-0-negara-kerugian-rm1-bilion-sehari-pm/
PKP 3.0: Negara Kerugian RM1 Bilion Sehari – PM
[ "KUALA LUMPUR, 15 Jun : Negara kerugian RM1 bilion sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan pada masa ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Menyifatkan keputusan melaksanakan PKP 3.0 bukan sesuatu yang mudah, beliau berkata Malaysia  perlu segera keluar daripada krisis COVID-19 demi kesihatan dan kelangsungan hidup semua.", "“Saya telah umumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion ringgit.", "“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan,” katanya dalam perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung, hari ini.", "Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini berkata negara mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari semasa pelaksanaan PKP 1.0, dan berkurangan kepada RM300 juta sehari semasa PKP 2.0 berikutan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi. – BERNAMA", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/07/10/warga-filipina-rogol-remaja-hingga-hamil-melahirkan-anak-dipenjara-20-tahun-sebat/
Warga Filipina Rogol Remaja Hingga Hamil & Melahirkan Anak Dipenjara 20 Tahun & Sebat
[ "KOTA KINABALU: Seorang warga Filipina tanpa dokumen berumur 21 tahun yang merogol seorang remaja tempatan sehingga hamil dan melahirkan bayi perempuan, dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan.", "Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Marham Abdul Hamid yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya.", "Marham telah merogol remaja berusia 15 tahun itu pada pertengahan Julai 2018 di sebuah rumah di Kota Belud.", "Kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.", "Semasa rayuan, Marham yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap.", "Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas sebab Marham telah merogol remaja itu yang kemudiannya melahirkan bayi akibat kejadian rogol tersebut.", "Mas Izzaty berkata, semasa kejadian itu, mangsa baru berumur 15 tahun dan Marham telah memaksa remaja itu meminum alkohol sebelum merogolnya.", "Mahkamah memerintah Marham menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman itu.", "Fakta kes menyatakan bahawa pada Oktober 2018, ibu mangsa telah membawa mangsa ke sebuah klinik swasta di Kota Belud apabila ibunya menyedari perubahan tubuh mangsa.", "Doktor kemudian memberitahu si ibu bahawa mangsa hamil empat bulan pada waktu itu dan doktor menasihatkan ibu mangsa membuat laporan polis.", "Mangsa kemudian mendedahkan bahawa dia berkenalan dengan seorang lelaki dikenal pasti sebagai Marham melalui WhatsApp dan apabila semakin rapat, mereka berjumpa buat kali pertama pada Julai 2018.", "Semasa pertemuan pertama mereka, Marham memaksa mangsa meminum alkohol sehingga tidak sedarkan diri.", "Apabila mangsa terjaga, dia mendapati bahawa dia hanya memakai blaus dan mengesyaki Marham telah merogolnya.", "Siasatan lanjut mendedahkan bahawa mangsa hamil akibat rogol itu dan melahirkan bayi.", "Laporan DNA mengesahkan bahawa Marham merupakan bapa kandung bayi itu.Marham juga tidak mempunyai dokumen dan telah pun didakwa di mahkamah sebelum itu. – Harian Ekspress", "Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost" ]
https://www.sabahpost.net/2020/04/02/ada-penduduk-luar-bandar-di-sabah-tidak-boleh-buat-pengeluaran-kwsp-dalam-talian/
Ada Penduduk Luar Bandar Di Sabah Tidak Boleh Buat Pengeluaran KWSP Dalam Talian
[ "KOTA KINABALU: Pusat Hak Asasi Manusia Sabah mengkritik kerajaan kerana dilihat tidak menghiraukan kesulitan yang dihadapi penduduk luar bandar untuk membuat pengeluaran dalam talian daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.", "Jurucakap kumpulan itu, Mahirah Marzuki menegaskan banyak penduduk di pedalaman, terutama di Sabah, tiada akses internet.", "Beliau mengulas kenyataan KWSP meminta pencarum membuat permohonan pengeluaran RM500 menerusi aplikasi i-Akaun atau e-mel.", "KWSP semalam menyatakan semua cawangan dan pusat pengurusan perhubungannya ditutup sehingga 14 Apr selaras perintah kawalan pergerakan (PKP).", "Walaupun ada dalam kalangan penduduk luar bandar boleh menggunakan internet, Mahirah berkata ramai tidak tahu cara menggunakan peranti untuk membuat pengeluaran atau menggunakan pengeluaran untuk membuat pembelian dalam talian ketika PKP berkuatkuasa.", "Beliau mendakwa langkah yang disarankan itu terlalu kebandaran (urban-centric), dan berkata kerajaan sepatutnya lebih sedar kesukaran yang dihadapi penduduk luar bandar, terutama di kawasan terpencil Sabah.", "Beliau mencadangkan KWSP bekerjasama rapat dengan ketua kampung atau pemimpin masyarakat bagi memastikan penduduk luar bandar dapat memanfaatkan kemudahan itu.", "“Pasukan bergerak KWSP boleh memenuhi keperluan golongan ini supaya wang tunai boleh diberikan kepada mereka,” katanya.", "Aktivis hak asasi manusia dan pengguna Patrick Sindu bersetuju dengan Mahirah dan mencadangkan KWSP meminta bantuan jabatan kebajikan negeri.", "Beliau juga menggesa pihak berkuasa komunikasi mempertimbangkan untuk memberi akses internet kepada setiap kawasan di Sabah. – FMT" ]
https://www.sabahpost.net/2020/03/21/lagi-300-tabligh-sedang-dikesan-di-negeri-ini-pesuruhjaya-polis-sabah/
Lagi 300 Tabligh Sedang Dikesan Di Negeri Ini – Pesuruhjaya Polis Sabah
[ "KOTA KINABALU: Pasukan polis melalui Unit Cawangan Khas akan mengesan 300 lagi ahli tabligh yang masih belum tampil menjalankan pemeriksaan kesihatan berkaitan wabak Covid-19 di Sabah.", "Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, daripada 1,000 orang yang masih belum tampil menjalankan pemeriksaan, 700 orang sudah berjaya dikesan dan hanya kira-kira 300 lagi belum dapat dikesan.", "Beliau berkata, keberadaan mereka ini belum dapat dipastikan kerana apabila madrasah ditutup, mereka ini tidak dapat dihubungi.", "”Maka, kita akan menggunakan bantuan Unit Cawangan Khas bagi mengesan di mana mereka berada.", "”Kita meminta mereka ini tampil secara sukarela untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berhampiran.", "“Kita mengesan mereka bukan untuk ditangkap sebaliknya kita mahu membantu mereka.", "“Sekiranya mereka ini sakit, kita mahu mereka dirujuk ke hospital supaya mereka boleh sembuh dan jika disahkan mereka ini sihat, alhamdulillah,” katanya ketika mengulas mengenai bilangan peserta Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih belum dikesan di Sabah.", "Menurutnya, tiada ruang untuk mereka ini terlepas jadi, adalah lebih baik mereka ini tampil ke hadapan agar pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan ke atas mereka dan kontak terdekat mereka.", "Menyentuh tentang kes di Wilayah Persekutuan Labuan dimana, lelaki 80 tahun didakwa dibawa ke hospital dengan menggunakan kekerasan, Zaini menegaskan kekerasan yang digunakan anggota polis itu sangat minima.", "Video yang tular tidak memperlihatkan situasi sebenar yang menunjukkan lelaki berkenaan meronta-ronta minta dilepaskan kerana enggan ke hospital.", "Katanya, tindakan suspek boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada pasukan polis.", "Atas sebab itu, polis terpaksa menggunakan kekerasan yang minima untuk membawa lelaki berkenaan menjalani pemeriksaan di hospital. Ia kerana usaha petugas kesihatan untuk meminta pesakit datang ke hospital secara sukarela pada Khamis tidak berjaya kerana lelaki terbabit enggan memberi kerjasama.", "Lelaki itu difahamkan tinggal serumah dengan anaknya yang merupakan kontrak rapat kepada seorang peserta tabligh di Masjid Sri Petaling, yang disahkan positif Covid-19.", "Zaini berkata, tiada kekerasan melampau digunakan kerana Ketua Polis Negara sudah berpesan agar hanya menggunakan kekerasan minima, paling berhemah dan profesional dalam menghadapi pesakit Covid-19.", "Semalam, pesakit pertama Covid-19 di Sabah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau pada 6.27 petang.", "Lelaki dikenali sebagai Mohamad Bartuk,58, itu merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.", "Dengan itu, jumlah kematian direkodkan di Malaysia bertambah kepada tiga. Pada Selasa, dua kematian direkodkan membabitkan peserta perhimpunan tabligh (lelaki) berusia 34 tahun di Johor dan paderi berusia 60 tahun di Sarawak.", "Setakat semalam, Sabah merekodkan  tujuh lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 119 kes. – BorneoToday" ]
https://www.sabahpost.net/2019/10/08/pelajar-politeknik-lemas-di-sungai-kampung-mandalipau/
Pelajar Politeknik Lemas Di Sungai Kampung Mandalipau
[ "PAPAR: Kegembiraan sekumpulan pelajar Politeknik ketika berkelah di sebuah pusat rekreasi Kampung Mandalipau, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dipercayai lemas ketika mandi di kawasan sungai berkenaan.", "Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu, mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an bersama 15 pelajar Politeknik Kota Kinabalu berkelah di kawasan lokasi kejadian.", "Mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai dan ketika itu beberapa rakannya melihat mangsa tidak timbul ke permukaan air lalu meminta pertolongan.", "Pekerja di kawasan pusat rekreasi kemudian bergegas menyelamatkan mangsa dan menemuinya di dasar sungai tersangkut pada batu dalam keadaan tidak bernyawa.", "Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Papar oleh rakannya dan disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan di hospital berkenaan.", "“Mangsa disahkan mati akibat drowning (mati lemas) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.", "“Polis menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan apa-apa sahaja aktiviti luar,” katanya. -SabahNewsToday" ]
https://www.sabahpost.net/2019/10/21/dbkk-adakan-perbincangan-lanjut-berhubung-lukisan-mural/
DBKK Adakan Perbincangan Lanjut Berhubung Lukisan Mural
[ "KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung dakwaan seorang pelukis tempatan, Crig Francis bahawa DBKK telah meniru lukisan mural yang yang dihasilkannya dan dilukis di tangga Padang Merdeka, di sini.", "Mayor DBKK Datuk Nordin Siman berkata DBKK telah mengadakan pertemuan dengan Crig baru-baru ini untuk membincangkan isu berkenaan.", "“Beliau (pelukis) amat positif selain mahu lukisan mural itu dikekalkan di situ untuk kebaikan bersama, malah DBKK akan sentiasa berhubung dengan beliau untuk perbincangan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Upcycle & Eco Bag for green KK’, di sini hari ini.", "Nordin berkata perbincangan lanjut itu bagi mencari pendekatan yang terbaik demi memajukan industri seni lukis dan tidak mengabaikan mereka yang terlibat dalam bidang itu.", "Baru-baru ini, Crig mendakwa hasil lukisan mural beliau telah ditiru tanpa pengetahuannya selepas menghantar lukisan itu kepada DBKK pada tahun lepas untuk reka bentuk lukisan mural.", "Mengenai program itu, Nordin berkata ia akan diadakan setiap tiga minggu dalam usaha meningkatkan kesedaran penjagaan kebersihan bandaraya Kota Kinabalu.", "Beliau berkata sokongan daripada pihak swasta, badan bukan kerajaan selain agensi kerajaan dan masyarakat sekitar penting agar dapat memenuhi hasrat itu." ]