url
stringlengths
47
133
content
sequence
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/luka-tikaman-di-dada-punca-kematian-pelayan-restoran
[ "SHAH ALAM: Punca kematian pelayan restoran yang dibunuh kejam sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Isnin lepas adalah dari luka tikaman pada bahagian dada.", "Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata punca itu dikenal pasti setelah selesai proses bedah siasat terhadap mangsa.", "Jelasnya lagi, jenazah mangsa juga telah dituntut oleh keluarga dan dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Kampung Nelayan, Sungai Besar.", "Media sebelum ini melaporkan, perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan luar nikah dipercayai punca seorang wanita 21 tahun dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.", "Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam, 22 Mei lalu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/jenazah-awang-askandar-dijangka-tiba-di-klia-awal-pagi-esok
[ "KUALA LUMPUR: Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.25 pagi esok.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata jenazah akan diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada 11.30 malam ini (waktu Kathmandu).", "“Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MH2646 pada pukul 11.35 pagi, 27 Mei 2023 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 2.15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Atas permintaan ahli keluarga, Armizan berkata jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar dan kemudiannya ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.", "Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari paras laut.", "Seorang lagi pendaki, orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, dilaporkan hilang setelah berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu dan usaha mencarinya masih dijalankan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/dakwaan-rasuah-libatkan-projek-petronas-disiasat-sprm
[ "PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.", "SPRM dalam kenyataan hari ini mengesahkan telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan berkenaan seperti yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini.", "Laporan portal itu mendakwa Petronas dikatakan ‘memberi’ hampir RM400 juta kontrak terhadap sebuah syarikat yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.", "SPRM berkata setakat ini pihaknya telah menemui beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu berkenaan serta telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan.", "SPRM turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu berkenaan untuk tampil menyalurkan kepadanya bagi siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/cobra-jkdm-buat-kemunculan-pertama-di-lima-23
[ "LANGKAWI: Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) yang merupakan pasukan elit Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat kemunculan pertama kali pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei.", "Pegawai Pemerintah Medan COBRA Mohd Nizam Sungib berkata seramai 40 anggota terbabit dalam segmen pasukan khas menerusi demonstrasi darat dan laut pada pameran itu.", "\"Peluang ini memberi kesan positif kepada pasukan selain memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa JKDM mempunyai pasukan elit yang boleh digerakkan pada bila-bila masa,\" katanya kepada Bernama.", "Mohd Nizam yang juga Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 berkata, beliau berbangga dengan penampilan pertama COBRA pada LIMA '23 yang merupakan pendedahan peringkat antarabangsa kepada pasukan itu.", "COBRA ditubuhkan secara rasmi pada 28 Nov 2016 di Lapang Sasar Lembah Bidong, Setiu, Terengganu bagi mengendalikan kes berprofil dan berisiko tinggi terutamanya yang melibatkan kes dadah dan aktiviti penyeludupan rentas sempadan.", "Mengulas mengenai COBRA, Mohd Nizam berkata cetusan idea penubuhannya adalah susulan kes pembunuhan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak sewaktu dalam perjalanan ke pejabat di Putrajaya, pada 26 April 2013.", "Susulan itu, pengurusan tertinggi JKDM melihat tugas anggota berisiko tinggi dan berbahaya terutamanya di Bahagian Penguatkuasaan yang sering mendapat ancaman seperti cubaan dan ugutan bunuh,  keselamatan diri dan keluarga, perbuatan khianat membakar atau menyimbah cat ke atas rumah dan kenderaan, halangan serta gangguan daripada tonto dan lain-lain. ", "Katanya, trend kegiatan penyeludupan rentas sempadan hari ini sudah berubah dan semakin berbahaya, dan sebab itu jabatan memerlukan pasukan yang boleh digerakkan pada bila-bila masa serta mampu berdepan cabaran ini.", "“Cabaran daripada sindiket sudah berbeza. Dulu penyeludupan, ia berkait dengan jenayah ekonomi, tetapi sekarang ia berkait dengan kongsi gelap atau gengsterisme atau terrorisme yang melakukan aktiviti ini bagi mencari dana untuk membiayai kegiatan haram mereka.", "Katanya, jumlah keanggotaan pasukan elit itu kini lebih 60 orang yang dibahagikan kepada enam zon iaitu Zon Tengah (Selangor, Perak, Kuala Lumpur), Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang), Selatan (Melaka, Negeri Sembilan, Johor), Timur (Pahang, Kelantan, Terengganu) serta Sabah dan Sarawak.", "COBRA mendapat latihan asas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak sebelum dihantar untuk melanjutkan kursus lanjutan bersama pasukan khas lain di Malaysia bagi mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.", "Sejak penubuhan pasukan itu, beberapa siri operasi berimpak tinggi terutamanya melibatkan komoditi dadah berbahaya disertai COBRA bersama cawangan Narkotik JKDM dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia.", "Antaranya melibatkan serbuan dan tangkapan bagi rampasan dadah jenis kokain dan ketamine bernilai RM676 juta pada Ogos 2019 dan rampasan 2.5 juta pil erimin 5 bernilai RM50 juta pada Mac 2017 yang kedua-duanya berlaku di Selangor. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/agong-berangkat-ke-monaco-jordan-untuk-lawatan-khas
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Monaco dan Jordan untuk lawatan khas ke kedua-dua negara bermula hari ini hingga 2 Jun.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata lawatan khas ke Monaco selama empat hari sehingga 29 Mei adalah atas persilaan Putera Monaco Putera Albert II.", "“Pada 28 Mei, Seri Paduka dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari bersama Putera Albert II dan kerabat diraja Monaco di Heracles Palace disusuli dengan keberangkatan ke Monaco Formula 1 Main Circuit pada sebelah petang,\" menurutnya dalam kenyataan hari ini.", "Bagi lawatan khas ke Jordan pula, Seri Paduka dijadualkan berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman pada 30 Mei. ", "Seri Paduka dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan di Zahran Palace pada petang 1 Jun disusuli dengan keberangkatan ke Majlis Jamuan Sambutan Perkahwinan Diraja di Al Husseinieh Palace di Amman pada sebelah malam." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/rebut-insentif-diskaun-bayaran-balik-ptptn-hingga-31-mei
[ "KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.", "Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata tawaran diskaun bermula 1 Mac lepas mencakupi empat kategori iaitu pemberian diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang.", "“Selain itu, PTPTN juga menawarkan diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus mengikut jadual bayaran balik dan diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Beliau berkata PTPTN telah menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik termasuk secara dalam talian iaitu melalui aplikasi myPTPTN dan perbankan Internet.", "Selain itu, Ahmad Dasuki berkata PTPTN turut membuka kaunter khas di lokasi terpilih di seluruh negara bagi membantu peminjam yang berhasrat untuk merebut peluang insentif diskaun bayaran balik itu.", "Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminjam yang telah membuat bayaran balik pinjaman sepanjang tempoh pelaksanaan diskaun dan penghargaan kepada rakan strategik yang turut mengadakan kempen membayar balik pinjaman PTPTN.", "Peminjam juga boleh menghubungi PTPTN untuk maklumat lanjut menerusi Careline PTPTN di 03-2193 3000, Live Chat melalui www.ptptn.gov.my, e-Aduan https://eaduan.ptptn.gov.my/ atau media sosial rasmi PTPTN. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/pesta-menuai-jabatan-penjara-benar-keluarga-melawat-pada-3-dan-4-jun
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara membenarkan keluarga penghuni penjara untuk membuat lawatan sempena Pesta Menuai di seluruh institusi penjara Sabah dan Sarawak pada 3 dan 4 Jun ini.", "“Pelawat diminta membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/air liur) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan", "Selain itu, pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.", "Jabatan Penjara memaklumkan perjumpaan secara dalam talian pula akan dilaksanakan selama tiga hari iaitu mulai 6 Jun hingga 8 Jun ini. ", "“Ini bertujuan bagi memberi peluang kepada keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara untuk perjumpaan bersemuka,” menurut kenyataan itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/26/30648-notis-larangan-merokok-di-premis-makanan-dikeluarkan-tahun-lalu
[ "IPOH: Sebanyak 30,648 notis kesalahan merokok di premis makanan dengan nilai kompaun RM7.6 juta telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli.", "Menurutnya lima negeri merekodkan pengeluaran notis tertinggi iaitu Selangor dengan 6,414 notis diikuti Johor (3,095), Pahang (2,935), Perak (2,808) dan Pulau Pinang (2,725).", "Beliau berkata bagi tempoh empat bulan pertama pada tahun ini pula, sejumlah 14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan membabitkan nilai kompaun sebanyak RM3.72 juta. ", "\"Operasi ini yang dijalankan di kawasan hotspot di seluruh negara menyasarkan tempat larangan seperti premis makan, dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam, premis kerajaan, kompleks membeli belah, tandas awam, pusat hiburan, klinik atau hospital serta kawasan rehat dan rawat,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004 yang dijalankan di sekitar Ipoh di sini malam tadi.", "Mengulas mengenai operasi berkenaan, Dr Norhayati berkata sebanyak 424 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah Peraturan 11 antaranya 202 notis di premis makan, kompleks beli-belah (108), kenderaan awam (34) serta premis kerajaan (28).", "\"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok tetapi ia dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat tersebut kepada golongan perokok serta perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling perokok,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/kanak-kanak-perempuan-maut-digilis-lori
[ "MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas digilis lori dalam kemalangan di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga di sini hari ini.", "Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian kira-kira 5.30 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.", "Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di simpang tiga ketika mangsa sedang bermain bersama saudaranya di celah pokok di sekitar tempat kejadian. ", "“Pemandu lori itu iaitu lelaki berusia 37 tahun mendakwa tidak perasan kehadiran mangsa walaupun telah memastikan keadaan jalan selamat sebelum keluar dari simpang berikutan tindakan kanak-kanak itu yang tiba-tiba keluar dari celah pokok.", "“Berikutan itu, lelaki berkenaan tidak menyedari mangsa yang sedang berlari ke arahnya sebelum terlanggar kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.", "Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala sampel darah turut diambil daripada pemandu lori itu untuk mengesan kandungan alkohol dan dadah." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/lima-23-pengunjung-dunia-maritim-teruja-belayar-lihat-kapal-perang
[ "Buat pertama kalinya, dua feri yang boleh memuatkan antara 30 hingga 35 orang setiap satu itu disediakan secara percuma kepada pengunjung untuk melihat secara dekat kapal perang yang ditempatkan di Resort World Langkawi, Kedah di sini sempena edisi ke-16 LIMA yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei.", "Ketua Sekretariat Segmen Maritim LIMA '23 Laksamana Pertama Yusne Mokhtar berkata feri tersebut akan membawa pengunjung ke kawasan perairan yang menempatkan 40 kapal perang yang menyertai pameran ini.", "Menurutnya, sebanyak 20 kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), enam daripada agensi kerajaan lain dan 14 kapal dari negara luar seperti Brunei, Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Itali, China, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.", "\"Hanya dua kapal sahaja yang boleh ditempatkan di jeti dan ia akan digantikan setiap hari, jadi pengunjung tidak dapat melihat semua kapal perang yang menyertai pameran ini.", "\"Bagi memberikan pengalaman kepada pengunjung, kita sediakan feri untuk mereka melihat dengan lebih dekat kapal perang dari dalam dan luar negara yang berada di kawasan laut,\" katanya kepada Bernama di Pusat Koordinasi Maritim di sini, hari ini.", "Yusne yang juga Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut berkata feri tersebut akan membawa pengunjung selama 40 minit bagi menikmati pemandangan kapal perang secara dekat.", "Katanya pengunjung perlu mengimbas kod QR di pameran tersebut dan memilih antara empat waktu perjalanan yang disediakan iaitu dari pukul 10 pagi hingga 4 petang setiap hari.", "\"Setakat tiga hari pameran ini diadakan, kita menerima pengunjung seramai 500 sehari dan mungkin akan menambah feri atau waktu perjalanan sekiranya bilangan bertambah,\" katanya.", "Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Nuril, 40, berkata ini adalah kali ketiga dia hadir di LIMA dan teruja apabila diberikan kesempatan melihat kapal perang dengan lebih dekat.", "Pengurus Jualan di Johor itu sanggup  hadir seorang diri kerana minat untuk melihat aset pertahanan dari dalam dan luar negara yang dipamerkan di LIMA '23.", "\"Ini kali pertama kami pengunjung dapat naik feri dan melihat kapal perang, ini seperti belayar secara percuma dan melihat kapal perang yang ditempatkan di kawasan laut,\" katanya.", "Berkongsi perasaan teruja, Sherwin David Nunis, 45, berkata segmen maritim pada pameran kali ini berlainan apabila pengunjung dapat melihat kapal perang dengan lebih dekat.", "\"Saya sangat teruja dengan pameran ini selain demonstrasi yang ditampilkan oleh agensi keselamatan negara,\" katanya yang sudah dua kali hadir pada pameran LIMA.", "LIMA '23 bagi segmen maritim mula dibuka secara percuma kepada orang ramai sejak hari pertama 23 Mei lepas sehingga 27 Mei dengan menyediakan pelbagai program menarik antaranya demonstrasi menyelamat daripada agensi keselamatan negara antaranya seperti TLDM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/kerajaan-tinjau-peluang-babit-lebih-banyak-syarikat-malaysia-dalam-pembangunan-nusantara
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memudah cara penglibatan syarikat tempatan dalam pembangunan ibu negara Indonesia, Nusantara, yang dilihat mampu menawarkan potensi pelaburan, perdagangan dan kolaborasi ekonomi yang lebih luas dalam pelbagai bidang untuk peserta industri dari Malaysia.", "Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan kerajaan akan terus berusaha untuk mengetengahkan kepakaran syarikat Malaysia di persada antarabangsa dan mencari peluang untuk lebih banyak syarikat Malaysia terlibat sepanjang tempoh pembangunan Nusantara.", "“Oleh yang demikian, pihak kerajaan akan terus memudah cara penglibatan syarikat-syarikat tempatan yang mana usaha itu juga akan dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia, demi merealisasikan kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak dan negara amnya,” jelasnya.", "Demikian menurut MITI dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) mengenai perincian penglibatan syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dalam pembangunan Nusantara, Indonesia.", "MITI menambah sebagai negara jiran yang terdekat dari segi geografi, Malaysia dijangka turut merasai impak limpahan ekonomi daripada pembangunan Nusantara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terutama bagi Sabah dan Sarawak.", "Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8 Januari lepas, sebanyak 10 syarikat Malaysia telah menzahirkan kesungguhan untuk melibatkan diri dalam pembangunan Nusantara dengan penyerahan 11 Surat Niat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai sektor, menurut MITI.", "Ini termasuk sektor perkhidmatan; pembangunan bandar dan hartanah; infrastruktur dan utiliti; perkhidmatan kesihatan; ekonomi digital; pembekalan bahan binaan; perkhidmatan kejuruteraan; dan perkhidmatan sokongan, katanya.", "“Kerajaan sentiasa mengikuti perkembangan pembangunan Nusantara di Kalimantan Timur dan ketika ini, pihak Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membina rangkaian rel kereta api bagi menghubungkan Sarawak dan Sabah dengan Brunei atau Nusantara.", "“Buat masa ini, tumpuan sedang diberikan kepada penyediaan rangkaian rel bandar di bawah Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang diterajui Sarawak Metro di Sarawak manakala di Sabah, tumpuan diberikan kepada penambahbaikan infrastruktur kereta api serta mutu perkhidmatan kereta api Sabah yang diterajui oleh Jabatan Kereta api Negeri Sabah (JKNS),” menurut MITI.", "Kementerian itu menekankan walau bagaiamanpun, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan berkaitan pembinaan lebuh raya atau landasan kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Nusantara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/hal-kalimah-allah-harus-dibincang-secara-tertutup-elak-kekeliruan-umat
[ "SHAH ALAM: Soal penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dibincang secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tindakan kerajaan menarik balik semula rayuan terhadap penggunaan kalimah “Allah” dibuat selepas perkara itu dirujuk kepada pandangan mufti-mufti serta titah Raja-Raja Melayu.", "Katanya hal berkenaan sudah beberapa kali dijelaskan termasuk ketika di dalam Parlimen mengenai penggunaan kalimah Allah yang dikhaskan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.", "“Maksudnya, umat Islam dalam Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat supaya tidak timbul kekeliruan. ", "(Kalimah Allah) boleh dibahas, tetapi dalam majlis tertutup, (perbahasan mengenainya) tidak patut mengelirukan umat. Tetapi, kita (kerajaan) masih dituduh menggadaikan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini hari ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/pm-seru-ulama-perlu-berani-buat-teguran-kepada-kerajaan
[ "SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru para ulama supaya berani membuat teguran kepada kerajaan demi mengangkat martabat negara dan umat Islam di negara ini.", "Beliau berkata kerajaan juga harus bersedia untuk mendengar teguran itu sebagaimana yang dianjurkan dua ulama terkenal iaitu Prof Dr Ali Jum’ah dan Habib Umar Hafidz yang menekankan agar teguran perlu dibuat secara baik dan terhormat. ", "“Untuk para pimpinan pula, apabila dengar ulama bercakap dengan ikhlas dan berani menegur (perlu) diterima dengan baik dan menjawab dengan baik,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara di sini, hari ini.", "Bagaimanapun beliau berkata dalam sesetengah hal yang mungkin dipersetujui bersama, ia tidak dapat dilaksanakan kerajaan disebabkan keterbatasan yang ada selain tahap kefahaman umat dalam sesuatu perkara.", "“Jadi kadang-kadang apa yang kita bicarakan itu ditafsirkan berbeda dan bukan kerana satu Uslub dan Ittijahat (kaedah dan aliran) dalam politik ini. Saya yakin Insya-Allah kita di landasan yang baik dan kita boleh angkat martabat umat (Islam) dan negara ini sesuai dengan cita-cita Balad (negara) Madani,” katanya.", "“Kalau baca hadis sahaja mungkin anak-anak kita tidak semuanya dapat menghadam dengan baik dan kita boleh tanya pandangan Dr Ali nanti, apa yang dicadang untuk diterbit dan diedar di seluruh negara,” katanya.", "Dr Ali, bekas Mufti Agung Mesir dan Pengasas Darul Musthafa Habib Umar dari Yaman merupakan tetamu khas bagi acara Muzakarah Ulama-Umara anjuran kerajaan Selangor hari ini yang menghimpunkan para pemimpin negara dan ulama dalam sebuah pertemuan yang amat jarang berlaku. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/cubaan-pembangkang-tolak-usul-kerajaan-gagal
[ "KUALA LUMPUR: Cubaan pembangkang untuk menolak usul yang dibawa kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak kesampaian apabila mereka gagal memperoleh majoriti dalam undi belah bahagian.", "Undi belah bahagian itu menyaksikan sejumlah 83 Ahli Parlimen menyokong usul tersebut manakala 52 Ahli Parlimen tidak bersetuju, seorang tidak mengundi serta sejumlah 86 Ahli Parlimen tidak hadir.", "Usul tersebut adalah untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak ditangguhkan sehingga Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 selesai dibahas serta diputuskan seperti yang termaktub dalam Aturan Urusan Mesyuarat.", "Berikutan keputusan undian itu,  Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor memutuskan di bawah Perkara 12(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, usul yang dibawa Ugak dipersetujui.", "Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit bagi menolak usul yang dikemukakan Ugak dan bertanya adakah kerajaan mempunyai rang undang-undang lain yang akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.", "\"Kita baru memasuki hari keempat persidangan Dewan Rakyat dan kita mempunyai tujuh hari lagi. Adakah kerajaan mempunyai RUU kejutan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat? Waktu perbahasannya juga begitu singkat,\" katanya. ", "Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang turut bangkit pula mencadangkan agar persidangan hari ini diteruskan dengan usul persendirian yang dikemukakan Ahli-ahli Parlimen sekiranya kesemua urusan kerajaan telah selesai.", "Ramli kemudian membuat keputusan menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan loceng dibunyikan bagi memberi peluang kepada wakil rakyat yang berada di luar dewan untuk kembali semula untuk proses undi belah bahagian.", "Situasi kembali menjadi kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat beberapa Ahli Parlimen Kerajaan masuk ke dewan selepas pintu diarah tutup. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/kir-miskin-tegar-berdaftar-berkurang-dalam-tempoh-enam-bulan-lepas
[ "KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bilangan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar berdaftar telah berkurang daripada 124,744 kepada 118,217 KIR bagi tempoh 15 Dis 2022 hingga 15 Mei lepas.", "Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata menurut data dinamik eKasih seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), KIR miskin berdaftar pula berkurang daripada 304,911 kepada 299,080 KIR dalam tempoh yang sama.", "“Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) terkini yang diterbitkan adalah untuk 2019 ... insiden kemiskinan mutlak ialah 5.6 peratus dan insiden kemiskinan tegar ialah 0.4 peratus.", "“DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) sedang memuktamadkan dapatan HIES dan BA 2022 yang dijangka diterbitkan pada suku ketiga 2023,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menghapuskan kemiskinan tegar sejak enam bulan lepas.", "Hanifah Hajar berkata situasi pasaran buruh negara juga bertambah baik sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik dengan kadar pengangguran bagi Mac 2023 telah menurun kepada 3.5 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020.", "Beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan pelbagai intervensi untuk menstruktur ekonomi negara dengan keperluan ekonomi rakyat berhubung menangani kemiskinan dan sebahagian daripada langkah membantu golongan miskin telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Bajet 2023.", "Antara langkah yang diumumkan ialah Sumbangan Tunai Rahmah kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion; bantuan pelbagai subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil dan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih dan Pakej Perpaduan Jalur Lebar.", "Hanifah Hajar memberitahu sejumlah 82,892 peserta telah berdaftar untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menumpukan kepada pengupayaan golongan B40 bagi meningkatkan potensi pendapatan secara mampan hingga 22 Mei lepas dan RM750 juta telah disediakan untuk 2023 bagi tujuan itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/25/tiada-keperluan-wujud-kementerian-khusus-sabah-dan-sarawak
[ "KUALA LUMPUR: Tiada keperluan mewujudkan sebuah kementerian khusus untuk hal ehwal Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya pertindihan tugas dengan kementerian sedia ada di peringkat Persekutuan.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) Jabatan Perdana Menteri yang diwujudkan pada Mac 2020 berperanan sebagai sekretariat kepada isu-isu berbangkit berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "“Jadi bagi saya, tidak perlu ada pertindihan bagi bidang kuasa tersebut, biarlah BHESS hanya bertindak sebagai sekretariat atau urus setia untuk kita menyusulkan rundingan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak tanpa perlu mengganggu gugat fungsi menteri di setiap kementerian.", "“Kita kena lihat prinsip untuk memberikan lebih pemerkasaan (iaitu) pemberian kuasa kepada negeri dan begitu juga devolution of authority (iaitu) penurunan kuasa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak, jadi setakat ini saya fikir kita perlu menjunjung komitmen tersebut iaitu pemerkasaan dan penurunan kuasa tanpa perlu tubuhkan satu kementerian khusus yang bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak.", "“Ini untuk mengelakkan berlakunya pertindihan dengan kementerian di peringkat Persekutuan, yang akhirnya akan menjejaskan usaha memberikan pemerkasaan dan penurunan kuasa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lo Su Fui (GRS-Tawau) mengenai keperluan untuk mewujudkan kementerian khas bagi hal ehwal kedua-dua negeri itu bagi menyelesaikan isu-isu yang tertangguh. ", "Selain itu Armizan berkata komitmen kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah juga tidak akan mengganggu-gugat bidang kuasa, hak dan kepentingan kerajaan negeri.", "“Jadi tidak perlu risau, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tambun (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan sentiasa menghormati hak dan juga kepentingan negeri termasuklah bidang kuasa tambahan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.", "Beliau menjawab soalan asal Lo yang ingin tahu komitmen kerajaan untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air di Sabah seperti dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan termasuk pendekatan mengambil alih pengurusan air di negeri itu seperti yang dilaporkan media.", "Pada konvensyen itu yang diadakan 14 Mei lepas, Anwar dilaporkan berkata akan mengundang Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bagi mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu. ", "Perdana Menteri berkata beliau amat komited dalam mencari jalan kepada isu tersebut setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/harga-petrol-diesel-kekal-bagi-tempoh-25-31-mei
[ "KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 25 hingga 31 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).", "“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.", "Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/cukai-jualan-kerajaan-sabah-sarawak-faktor-harga-bts-rendah-daripada-semenanjung-kpk
[ "KUALA LUMPUR: Pengenaan cukai jualan oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak menjadi faktor utama harga buah tandan segar sawit (BTS) di kedua-dua negeri itu lebih rendah berbanding Semenanjung, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). ", "Kementerian berkata harga BTS di setiap wilayah ditentukan mengikut harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) di pasaran serta mengambil kira kos pengangkutan dari ladang ke kilang sawit. ", "“Di Sabah, sebanyak 7.5 peratus cukai jualan dikenakan ke atas harga MSM, manakala di Sarawak pula, sebanyak 5.0 peratus cukai jualan dikenakan ke atas harga MSM dan 5.0 peratus cukai jualan ke atas harga minyak isirung sawit mentah. ", "“Cukai jualan ini menyebabkan harga bersih MSM di pintu kilang di Sabah dan Sarawak akan lebih rendah berbanding harga MSM di Semenanjung,” kata KPK dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini. ", "Kementerian itu menjawab pertanyaan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) yang ingin tahu mengapa harga sawit tidak sama di seluruh negara dan harga di Sabah dan Sarawak sentiasa lebih rendah berbanding Semenanjung. ", "Menurut KPK, harga MSM dan PK berbeza mengikut wilayah berdasarkan kepada pasaran yang ditentukan oleh faktor penawaran dan permintaan serta persetujuan yang dicapai antara pembeli iaitu kilang dengan penjual, iaitu pekebun kecil atau dari ladang.", "“Kualiti BTS yang diterima di kilang sawit pengilang juga akan menentukan dan mempengaruhi harga BTS berdasarkan faktor seperti tahap kemasakan BTS, tempoh masa BTS dituai dan benda asing (kotoran) yang terdapat pada BTS seperti pasir. ", "“Perbezaan prestasi perahan minyak sawit di peringkat kilang sawit juga akan mempengaruhi harga kerana melibatkan tahap kecekapan pengendalian kilang atau mesin bagi meminimumkan kehilangan minyak semasa kerja-kerja pemprosesan bagi menghasilkan MSM,” kata kementerian. ", "KPK berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan penetapan harga BTS di pasaran buat masa ini kerana harganya berdasarkan kuasa pasaran yang ditentukan oleh faktor penawaran dan permintaan. ", "Sementara itu, kementerian berkata pihaknya sedang menilai dan dalam peringkat pertimbangan bagi cadangan pewujudan semula subsidi khususnya bagi program tanam semula sawit kepada pekebun-pekebun kecil sawit berdasarkan permintaan yang tinggi daripada industri terutamanya daripada pekebun kecil sawit. ", "“KPK bersama Kementerian Kewangan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan program pembiayaan atau pinjaman mudah yang lebih dikenali sebagai Skim Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit dan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit dengan kerjasama Agrobank,” katanya.", "KPK berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) yang ingin tahu adakah kerajaan masih meneruskan subsidi penanaman baharu dan penanaman semula sawit untuk pengusaha dan pekebun-pekebun kecil luar bandar. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/agong-putera-mahkota-abu-dhabi-berkenan-lawat-lima-23
[ "LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23).", "Ketibaan Seri Paduka dan Putera Mahkota Abu Dhabi kira-kira 12 tengah hari, disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Sebaik tiba di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled berkenan melawat Gading Marine Fast Inspector Craft G200 MKII dan reruai syarikat aeroangkasa tempatan, Gading Group sambil mendengar penerangan berhubung operasi syarikat berkenaan.", "Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled turut melawat beberapa lagi reruai syarikat seperti Sapura Secured Technologies, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan syarikat persenjataan tentera dan teknologi berkaitan dari UAE, The Edge Group. ", "Al-Sultan Abdullah kemudiannya bersama-sama Sheikh Khaled yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, menyaksikan persembahan pertunjukan udara pelbagai negara, termasuk pasukan aerobatik daripada UAE, Al-Fursan.", "Al-Fursan bermaksud ‘The Knights’, yang terbang dalam formasi tujuh pesawat jurulatih jet Aermacchi MB339A, ditubuhkan pada awal 2010 dan penampilan umum pertama pasukan adalah pada 20 Jan 2010.", "Sheikh Khaled, yang dalam lawatan khas empat hari ke Malaysia sejak 21 Mei, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. ", "Lawatan khas Sheikh Khaled dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UAE yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 Sept 2022.", "Acara dwitahunan LIMA kali ini yang bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” disertai lebih 525 peserta pameran, termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat sektor komersial dan 284 syarikat yang terlibat dalam kedua-dua sektor. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/anak-muda-perlu-miliki-idealisme-elak-jadi-pak-turut-pm
[ "LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu generasi muda yang bakal menjadi pewaris pimpinan negara mempunyai nilai dan idealisme untuk membawa perubahan kepada diri sendiri dan masyarakat. ", "Anwar berkata idealisme itu dapat membantu anak muda mencari erti kebenaran dan keadilan sekali gus menolak sebarang bentuk kezaliman dan penindasan di negara ini.", "“Sekarang saya memegang amanah, saya nak jadikan anak muda itu generasi baharu yang boleh berfikir, boleh menimba ilmu dan menilai dengan baik dan tahu apa itu mungkar, kezaliman, penindasan dan penipuan.", "\"Sama ada orang politik, profesional dia tak peduli malah dia tak peduli parti mana pun. Kalau dia bersalah dia tetap bersalah...kerana dengan menilai benar atau tidak dan mengkaji, anak muda tidak mudah jadi pak turut atau ikut membuta tuli,” katanya.", "Ditanya mengenai sikap anak muda kini yang lebih gemar kepada media sosial, Anwar berkata beliau memilih untuk melihatnya daripada sudut positif iaitu memastikan penggunaannya untuk tujuan baik dan tidak terlalu obsesif. ", "“Saya tidak mewakili pandangan negatif terhadap orang muda...dia jangan (sampai) jadi taksub dan obsesi sampai tak boleh fikir...bagi saya tidak membebankan, selagi dia ada nilai, dia membaca dan jadi manusia baik dan tahu beza minat dan tak ganggu keutamaan tidak apa,” katanya.", "E-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 merupakan inisiatif diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 bagi membantu meringankan kewangan golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan RM400 juta. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/polis-tembak-mati-lelaki-bawah-pengaruh-dadah-cuba-cederakan-ibu
[ "IPOH: Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah terbunuh apabila polis terpaksa melepaskan tembakan setelah suspek bertindak agresif mahu mencederakan ibunya dalam satu kejadian di Hutan Melintang, Bagan Datuk semalam.", "Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam tadi, suspek berusia 44 tahun dan bekerja sebagai buruh itu bertindak agresif menggugut mahu menetak ibunya. ", "\"Suspek kemudiannya mengugut menetak dan mencederakan ibunya yang berusia 72 tahun. Suspek turut meletakkan parang di tengkuk mangsa dan menuntut pihak polis untuk beredar.", "\"Bimbang akan keselamatan mangsa, pihak polis sedaya upaya memujuk suspek untuk bertenang namun dia memeluk mangsa sambil mengacukan parang dan gunting kepada mangsa,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohd Yusri berkata menyedari pihak polis telah berjaya masuk ke dalam rumah, suspek kemudiannya menolak ibunya sehingga jatuh dan pengsan serta membaling kipas angin sambil menghayunkan parang kepada pihak polis yang cuba menangkapnya. ", "\"Di atas faktor ancaman nyawa yang dihadapi oleh pihak polis, satu das tembakan telah dilepaskan ke arah suspek dan terkena di bahagian bahu kiri. Suspek telah rebah ke lantai dan mangsa berjaya diselamatkan.", "\"Pihak polis bertindak menghubungi ambulans ke tempat kejadian bagi membantu suspek dan mangsa yang cedera. Namun suspek telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan setibanya di lokasi,\" katanya.", "Menurut Mohd Yusri, bedah siasat ke atas suspek dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta di bawah laporan mati mengejut (SDR)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/teman-lelaki-bunuh-bakar-kekasih-hamil
[ "SUNGAI BESAR: Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.", "Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam.", "Terdahulu, Agus Salim berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita tempatan dalam keadaan terbakar dan tertiarap di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar 8 pagi semalam (23 Mei).", "Katanya hasil tindakan pantas pihaknya, mereka berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di sebuah kediaman di sekitar Sungai Besar pada 1.45 tengah hari semalam.", "“Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai telah dibakar sebanyak dua kali bertujuan untuk melupuskan bukti iaitu sekitar 10 malam (22 Mei) dan semalam sekitar 7 pagi sebelum ditemukan orang awam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Katanya suspek didakwa telah memukul, menikam menggunakan pisau dapur dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan keesokan harinya kembali ke tempat kejadian dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi.", "Agus Salim berkata semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau malah kedua-dua mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun lalu dan dipercayai kandungan mangsa telah berusia sekitar empat bulan.", "Katanya suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa yang 60 peratus terbakar berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.", "Dalam kes berasingan, Agus Salim berkata pihaknya menahan empat lelaki pendatang asing tanpa izin warga Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 41 tahun dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran syabu seberat 30 kilogram bernilai RM1.08 juta di kawasan jeti Sekinchan pada 10 malam, 19 Mei lalu.", "Beliau berkata kesemua suspek yang dipercayai terlibat mengedar dan menyeludup keluar dadah bagi dipasarkan ke negara jiran itu ditahan reman selama tujuh hari bermula 20 Mei lalu dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/apm-cadang-pakai-armband-mudah-kenal-pasti-peranan-tanggungjawab-petugas
[ "KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bercadang melaksanakan pemakaian armband atau lilitan lengan terhadap setiap warga kerjanya bagi mengkategorikan bidang tugas masing-masing.", "Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata pemakaian lilitan tangan itu akan memudahkan mereka dikenal pasti tentang peranan dan tanggungjawab ketika bertugas di lapangan.", "\"Ada juga pro dan kontra cadangan ini kerana dalam APM ada anggota bersekutu, anggota tetap dan anggota kehormat...mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza.", "\"APM ada 21 fungsi termaktub dalam Akta 221 yang ada kluster, sub dan pelbagai lagi. Pemakaian armband itu nanti untuk menjelaskan kepakaran dan kemahiran yang pada seseorang pegawai atau anggota APM,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyampaian Watikah dan Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, katanya jika seseorang itu mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan, maka warna atau lilitan tangan yang dipakai berbeza dengan pegawai dalam bidang lain.", "\"Kita tidak mahu orang awam salah faham tentang APM dengan menganggap kerja agensi ini hanya menangkap ular semata-mata. Jika seseorang itu mempunyai kepakaran perubatan, maka dia tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan kerja menangkap ular,\" katanya.", "Sementara itu, seramai 208 anggota dan pegawai APM serta orang awam menerima watikah serta anugerah reben perkhidmatan dan kecemerlangan bagi mengenang jasa khidmat bakti yang disumbangkan.", "\"Mereka yang menerima watikah dan anugerah ini akan lebih bermotivasi serta berkeyakinan dalam menjalankan tugas. Jasa mereka dihargai dan diharap akan meningkatkan semangat mereka,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/anwar-harap-lima-23-perkukuh-malaysia-sebagai-hab-serantau-industri-aeroangkasa-maritim
[ "LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan harapan agar Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dengan berbuat demikian akan membolehkan negara bergerak lebih dekat ke arah merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.", "“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua menteri peneraju bersama LIMA ’23, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, serta pasukan masing-masing yang memacu inisiatif ini.", "“Saya juga mahu memuji Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan pasukannya, khususnya Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kerana berjaya menerajui buat julung kalinya SpaceTech Nexus di LIMA tahun  ini,” katanya dalam ucapan alu-aluan sempena LIMA ‘23, di sini hari ini.", "Anwar berkata dengan adanya SpaceTech Nexus, menunjukkan bahawa LIMA ‘23 adalah acara berfokuskan masa depan dan bersedia memainkan peranan dalam pertumbuhan teknologi angkasa yang dijangka mencapai nilai pasaran global US$10 trilion menjelang 2030.", "Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut memberi penghargaan atas sokongan daripada pelbagai rakan kongsi yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran acara dwitahunan berprestij itu.", "“Menakjubkan dalam tahap sokongan dan pengiktirafan yang diberi kepada Malaysia dan saya juga harus menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan kita dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam majlis ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kita,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/kwsp-rekod-keuntungan-rm46-juta-hasil-jualan-enam-aset-runcit
[ "KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM46 juta hasil jualan enam aset runcitnya di Lembah Klang dan Johor.", "Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selain itu KWSP juga bercadang untuk menjual satu lagi aset runcitnya di Kelana Jaya kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).", "“Enam aset runcit yang telah dijual iaitu bangunan Giant Bandar Kinrara, bangunan Giant Putra Heights, bangunan Giant USJ, bangunan Giant Klang, bangunan Giant Ulu Klang dan bangunan Giant Plentong di Johor dengan keuntungan sebanyak RM46 juta.", "“Aset ini kita jual kepada Sunway Real Estate Investment Trust Berhad (Sunway REIT) yang 15.24 peratus adalah dimiliki KWSP,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.", "Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Kuala Terengganu) yang ingin mengetahui jumlah yang diperoleh daripada penjualan portfolio enam aset runcit KWSP di Lembah Klang dan Johor dan adakah KWSP berhasrat melupuskan satu lagi aset runcit di Lembah Klang seperti dilaporkan selain perancangan pelaburan seterusnya.", "Ketika menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham sama ada KWSP bercadang untuk melabur dalam bidang teknologi kewangan atau FinTech yang mencapai status Unicorn, Ahmad berkata Jawatankuasa Pelaburan akan membuat kajian atas cadangan tersebut.", "Sementara itu, Ahmad turut memaklumkan jumlah aset KWSP secara keseluruhan setakat ini adalah berjumlah RM1 trilion yang membabitkan pelaburan hartanah dalam dan luar negara.", "“Di dalam negara jumlah pelaburan adalah RM11 bilion, antaranya bangunan KWSP di ibu pejabat dan negeri, manakala hartanah KWSP luar negara RM30 bilion dengan separuhnya di United Kingdom (UK) dan salah satu yang terbesar iaitu Battersea projek yang begitu ikonik menjadikan jumlah aset hartanah sebanyak RM41 bilion,", "“Setakat ini kita cukup menjaga kesemua pelaburan ini,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin mengetahui tentang peratus pelaburan KWSP di pasaran domestik di Malaysia,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/tiada-cadangan-naikkan-php-insentif-pengeluaran-getah-buat-masa-ini
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada cadangan untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) buat masa ini memandangkan telah ada kenaikan yang dibuat menerusi Belanjawan 2023.", "Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Siti Aminah Aching berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekebun kecil getah yang mengalami pendapatan terjejas apabila harga getah merosot.", "Beliau berkata seperti komoditi lain, getah asli adalah berorentasikan eksport manakala harganya bergantung kepada persetujuan antara pembeli dan penjual, sekali gus berada di luar kawalan kerajaan.", "“Kerajaan menyedari beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah, oleh itu kerajaan telah bersetuju menaikkan PHP IPG sebanyak 20 sen, iaitu daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram.", "“Jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM350 juta seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023,” katanya semasa persidangan Dewan Rakyat, pada Selasa.", "Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) sama ada kerajaan bercadang untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram bagi menyerap impak kejatuhan pendapatan para penoreh ketika ini.", "Siti Aminah berkata sekiranya PHP IPG harga dinaikkan kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram yang dilaksanakan ketika ini, anggaran keperluan kewangan kerajaan pada 2023 diunjurkan sebanyak RM457 juta.", "Jumlah itu berdasarkan unjuran jumlah pengeluaran getah sebanyak 400,000 tan dengan harga purata getah Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 pada RM6.10 sekilogram, katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/solar-berskala-besar-di-sabah-dijangka-mula-operasi-seawal-2025
[ "KUALA LUMPUR: Projek Solar Berskala Besar (LSS) bersekali dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri di Sabah dijangka beroperasi pada 2025 atau 2026.", "Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata ia antara opsyen yang dimuktamadkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah bagi menangani isu peningkatan permintaan elektrik di kawasan Pantai Timur di negeri itu.", "“Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik dan memenuhi peningkatan permintaan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau) mengenai rancangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi menangani isu bekalan elektrik yang kerap terputus dan semakin meningkat di daerah Tawau.", "Sementara itu, Huang memaklumkan prestasi sistem pembekalan elektrik di Sabah dipantau dengan menggunakan Sistem Indeks Purata Tempoh Gangguan (SAIDI), yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.", "Beliau berkata Sabah mencatatkan SAIDI sebanyak 74.91 minit/pengguna setakat 31 Mac lepas dan menetapkan sasaran SAIDI di negeri itu bagi 2023 adalah 250 minit/pengguna/tahun.", "Menurut Huang antara faktor dikenal pasti yang menyumbang kepada gangguan bekalan elektrik di Negeri Bawah Bayu itu adalah gangguan binatang liar, pokok yang mengganggu kabel, kerosakan kabel dan lebihan beban yang berpunca daripada sambungan haram.", "Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau berkata kerajaan melalui SESB telah melaksanakan aktiviti senggaraan pencegahan melalui pemasangan Automasi Pembahagian bagi mengurangkan tempoh gangguan dan mempercepat kerja-kerja pemulihan bekalan yang dilakukan secara jarak jauh.", "“Selain itu, penggunaan teknologi dron juga dilakukan untuk rondaan talian dan kabel elektrik yang akan menjimatkan masa pemeriksaan dan pelaksanaan projek menaik taraf sistem bekalan elektrik meliputi projek penukaran konduktor bertebat, penukaran alat suis dan kerja naik taraf pepasangan atau peralatan usang,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/penetapan-mekanisme-bagi-subsidi-bersasar-sudah-75-peratus-selesai-ahmad
[ "“Ia masih lagi diperhalusi. Ia (subsidi bersasar) sudah dimulakan iaitu di Tabung Haji kepada mereka yang menunaikan haji baru-baru ini. (Kumpulan) T20, M40 dan B40 ada kadarnya dan T20 langsung tidak diberi (subsidi), elektrik juga sudah mula. Jadi, sudah tiba masanya untuk diesel dan RON95. ", "“Kita masih lagi memperhalusi dan masih belum ada lagi kemuktamadan kaedah yang ingin dilakukan. Belum ada kaedah yang benar-benar muktamad mengenai bagaimana cara untuk melaksanakannya. Bagaimanapun, keputusan subsidi bersasar itu sudah dibuat,” katanya. ", "Beliau berkata demikian kepada media pada majlis menandatangani Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) antara Malaysia dan Maldives di Bangunan Parlimen hari ini. ", "Katanya kaedah pelaksanaan subsidi bersasar masih lagi belum dimuktamadkan sama ada menerusi penggunaan kad pengenalan, kad khas atau menggunakan kuasa kuda (cc) kenderaan serta data pengenalan senarai T20, M40 dan B40. ", "Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan dijangka akan melaksanakan pemberian subsidi bersasar, termasuk untuk petrol RON95 dan diesel, mulai tahun depan.", "Mengulas sama ada mekanisme subsidi bersasar itu akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024, beliau berkata ia berkemungkinan akan diumumkan kerana ia melibatkan pelaksanaan dasar baharu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/rm112-bilion-wang-tidak-dituntut-sehingga-30-april-lepas
[ "KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, setakat 30 April lalu, terdapat sebanyak RM11.2 bilion jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) yang sedang diuruskan Jabatan Akauntan Negara.", "Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kira-kira 70 peratus daripada jumlah WTD itu, adalah wang di dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.", "Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu jumlah WTD yang tersimpan setakat 31 Mac lepas dan bentuk cadangan bagi memanfaatkan wang tersebut yang terbiar lama untuk pembangunan negara.", "Menurutnya daripada jumlah WTD itu, kerajaan telah menyimpan sebanyak RM10 bilion dalam simpanan tetap dan hasilnya kerajaan telah memperoleh hasil RM250 juta setahun sejak 10 tahun lalu.", "Ahmad berkata WTD juga didefinisikan sebagai wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat yang mempunyai lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih.", "Sementara itu menjawab soalan tambahan Fong supaya WTD turut digunakan sebagai biasiswa pendidikan kepada rakyat, Ahmad berkata kerajaan bersedia untuk mempertimbangkannya, namun tumpuan ketika ini diberikan untuk mengembalikan semula wang itu kepada rakyat.", "Beliau berkata rakyat yang mahu membuat tuntutan WTD tidak perlu menggunakan ejen, malah tiada bayaran yang dikenakan dan mereka yang ingin berbuat demikian boleh merujuk portal Jabatan Akauntan Negara iaitu www.janm.gov,my atau https://egumis.anm.gov.my. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/ksm-terus-komited-mengurangkan-kadar-pengangguran-negara
[ "KUALA LUMPUR: Bagi suku pertama 2023, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar pengangguran terendah iaitu sebanyak 0.8 peratus, diikuti Perlis (2.1%), Pulau Pinang (2.3%) dan Negeri Sembilan (2.5%). Ekonomi negara kekal kukuh dan stabil pada suku pertama 2023 dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.6 peratus.", "Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, “Kejayaan ini adalah atas kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh KSM  adalah menerusi PERKESO, Talentcorp, HRDC dan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh KSM bersama agensi-agensi adalah menyediakan Portal pekerjaan MyFutureJobs untuk membantu pencari kerja mendapat peluang pekerjaan.”", "Dalam merancakkan penawaran pekerjaan majikan kepada pencari kerja, PERKESO melaksanakan program-program temuduga di semua Pejabat PERKESO Negeri secara harian dan mingguan serta melaksanakan Karnival Pekerjaan yang berskala besar. Bagi tahun 2023, sebanyak 4,130 program disasarkan dan setakat April 2023, sebanyak 1,127 program dilaksanakan dengan jumlah  seramai 5,121 orang pencari kerja berjaya mengisi kekosongan pekerjaan.", "Selain itu, melalui Majlis TVET Negara (MTVET), pelbagai usaha sedang giat dilaksanakan. Kerajaan telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta yang meliputi bidang-bidang latihan demi mengatasi masalah ketidakpadanan kemahiran (mismatch) dan isu pengangguran di kalangan pelajar TVET.", "“Bagi merapatkan jurang kemahiran pula, KSM terus aktif dalam menawar dan menyediakan pelbagai program latihan semula (re-skilling), program peningkatan kemahiran (up-skilling) serta pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) dalam membantu golongan pencari pekerja dengan kemahiran bersesuaian mengikut pasaran buruh semasa,” kata Sivakumar.", "Sehubungan dengan itu, KSM menerusi HRD Corp menubuhkan Placement Centre melalui portal https://hpc.hrdcorp.gov.my/ yang berperanan sebagai plarform untuk memadankan pekerja dengan peluang pekerjaan yang tersedia oleh majikan. HRD Corp juga melaksanakan Program Latihan Kemahiran Digital untuk Golongan Rentan (Kendiri) dibawah agensi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan seramai 5,465 pelatih berjaya mengikuti kursus latihan ini.", "“Kerajaan akan terus memberi tumpuan untuk mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan kemahiran pekerja di negara ini. Justeru, di bawah Bajet 2023 KSM terus diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif Program Pasaran Buruh Aktif yang telah dilancarkan pada 1 Mei,” ulas Menteri KSM, Sivakumar.  ", "Antara inisiatif di bawah program tersebut ialah Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantis TVET dan Lepasan Sekolah atau Kerjaya TVET yang menyediakan bayaran insentif sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan kepada majikan yang menggajikan graduan Teknikal dan Vokasional (TVET).", "Selain itu, Program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders yang menyediakan elaun RM300 sebulan bagi tempoh 3 bulan kepada pekerja Gig yang aktif menjalani latihan kemahiran untuk mendapat pekerjaan stabil dalam sektor formal turut dilaksanakan. ", "Malah, pelanjutan Insentif Penggajian Secara Bersasar menerusi Program Daya Kerjaya yang membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar daripada kalangan belia yang lama menganggur dan golongan rentan seperti orang asli, wanita, orang kurang upaya (OKU), miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan sebagainya juga merupakan inisiatif di bawah KSM." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/24/sesi-persekolahan-20242025-bermula-mac-2024
[ "Sehubungan itu, KPM berkata penjajaran kepada jadual peperiksaan awam akan dilakukan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan.", "\"Penelitian untuk kembalikan sesi persekolahan kepada Januari melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum,\" katanya.", "KPM berkata pertimbangan itu adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/syarikat-dan-industri-tempatan-perlu-integrasi-teknologi-dron-dalam-operasi-harian
[ "LANGKAWI: Kementerian Pengangkutan menggalakkan syarikat dan industri dalam negara untuk mengintegrasikan penggunaan dron dalam operasi harian, agar mereka mampu untuk berkembang seiring dengan kemodenan teknologi semasa. ", "Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkembangan teknologi dron perlu diadaptasi dengan segera oleh pemain industri, memandangkan teknologi berkenaan mempunyai penggunaan yang meluas dan mampu untuk menyelesaikan beberapa isu dengan segera seperti kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian. ", "\"Sudah tentu dron ini merupakan satu bidang baharu yang perlu dipelopori dan ia berkait rapat dengan Kementerian Pengangkutan, kerana dari segi kawal selia, dari segi peraturan ia terletak di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). ", "\"...jadi sudah tentu kita di pihak kerajaan mengalu-alukan dan juga ingin memudah cara kepada perkembangan dan pertumbuhan bidang dron ini kerana ia merupakan satu teknologi yang memang diperlukan pada ketika ini,\" katanya. ", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat reruai-reruai yang disediakan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini. ", "Ketika mengulas mengenai sambutan LIMA'23 pada hari pertama penganjurannya hari ini, Loke berkata, beliau menerima maklum balas yang baik daripada tetamu-tetamu negara yang hadir pada Gambit Pembukaan yang berlangsung awal pagi tadi.", "\"...rata-rata saya mendapat maklum balas yang cukup baik dari tetamu-tetamu negara terutamanya menteri-menteri dari negara luar yang masing-masing agak takjub dengan persembahan LIMA'23 pada kali ini bukan sahaja dengan saiz pameran tetapi juga pertunjukan-pertunjukan yang telah kita persembahkan,\" katanya. ", "Ahli Parlimen Seremban itu juga berharap agar edisi LIMA'23 pada kali ini yang melibatkan kelolaan Kementerian Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (sektor komersial) dapat dijadikan sebagai platform untuk memperkenalkan kemampuan negara di mata luar. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/kesiapsiagaan-maritim-keutamaan-kerajaan-tangani-ancaman-di-perairan
[ "LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim negara khususnya tentera laut menjadi keutamaan kerajaan dalam menangani ancaman di perairan Malaysia.", "“Malaysia adalah sebuah negara maritim. Keseluruhan perairan itu membentuk negara Malaysia. Soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim khusus tentera laut jadi keutamaan kita,” katanya kepada Bernama dan RTM ketika menghadiri program “Fleet Review” sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi  (LIMA ‘23) di Resort World Langkawi di sini hari ini.", "Fleet Review ialah suatu acara perhimpunan kapal-kapal daripada tentera laut negara tertentu yang disaksikan oleh ketua negara dan/atau orang kenamaan awam dan tentera.  ", "Kali terakhir acara dwitahunan itu diadakan ialah pada 2019 dan ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/mysa-meterai-dua-mou-tiga-loi-untuk-rangsang-teknologi-angkasa-di-malaysia
[ "LANGKAWI: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dan tiga surat hasrat (LOI) bagi merangsang teknologi angkasa di negara ini sempena penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).", "Majlis menandatangani MoU dan LOI itu diadakan di Dewan Prapelancaran, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini dengan disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalan beliau iaitu Datuk Arthur Joseph Kurup.", "MoU pertama dimeterai antara MYSA dan Lembaga Koko Malaysia bagi menjalin kerjasama untuk membolehkan serta memantapkan aktiviti perancangan, pengurusan dan pemantauan ke arah pemetaan kawasan ladang koko di Malaysia yang lebih cekap serta berkesan.", "MYSA turut berkolaborasi dengan Kumpulan Bantuan Bersama Industri Petroleum Malaysia (PIMMAG) melalui satu lagi MoU bagi perancangan, pemantauan dan pelaksanaan dalam pengurusan tumpahan minyak dengan kaedah yang lebih cekap serta berkesan.", "Bagi LOI pula, MYSA akan menjalin kerjasama dengan Kumpulan Gading, UZMA Berhad dan PIESAT Malaysia dalam penyelidikan serta pembangunan bersama selain modal insan untuk menyumbang kepada perkembangan industri angkasa di Malaysia.", "Pada majlis sama, tiga lagi MoU dimeterai antara PIESAT Information Technology Cooperation Limited-RS&GIS Consultancy Sdn Bhd, Generasi Marikh (MOTEEVASI)-Catalyst 2030 serta DUET Global and Sustainable Space Economy (SSE) Finland.", "Chang berkata kerjasama antara pihak kerajaan, agensi dan syarikat tempatan serta antarabangsa itu sangat bermakna kerana ia akan membantu membangunkan teknologi angkasa di Malaysia.", "“Kita sedia maklum bahawa negara berada di peringkat yang amat memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan negara lain untuk membangunkan teknologi angkasa Malaysia dan ini adalah antara inisiatif ke arah pembangunan industri itu,” katanya kepada Bernama.", "Sebelum ini, beliau dilapor berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangka empat perancangan strategik sektor angkasa ke arah pertumbuhan industri sejajar dengan pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 yang dikoordinasi menerusi Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) dengan pelibatan kementerian dan agensi berkaitan dasar itu.", "Katanya perancangan strategik sektor angkasa yang direncanakan itu ialah Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030, Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE 2030), Pelan Strategik Industri Angkasa 2030, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 (Akta 834) dan pelibatan MOSTI melalui MYSA dalam LIMA '23 sebagai peneraju Space Tech Nexus.", "MSE 2030 menggariskan 15 strategi, 27 inisiatif dan 79 aktiviti utama yang dirancang hingga 2030 dan bakal dilancarkan semasa LIMA'23 serta dapat dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi baharu negara dan dijangka mampu menyumbang hingga satu peratus atau RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar negara menjelang 2030. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/ukkm-tawar-pengurangan-yuran-50-peratus-bagi-ambilan-sesi-pertama-pelajar
[ "PETALING JAYA: Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan menawarkan pengurangan yuran pengajian sebanyak 50 peratus bagi sesi pertama pengambilan pelajar ke universiti itu pada tahun ini.", "Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pengurangan yuran berkenaan merupakan hadiah pendidikan kepada 300 hingga 500 pelajar yang memasuki universiti itu pada tahun pertama.", "“Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bakal memulakan pengajian pada September manakala program Sarjana akan membuka tirainya Julai ini,” katanya ketika berucap pada Prapelancaran UKKM dan Rumah Terbuka Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di sini hari ini.", "Beliau berkata hadiah pengajian tersebut merupakan tanda penghargaan UKKM kepada bakal pelajarnya yang akan berperanan meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pemimpin serta anggota koperasi di negara ini.", "Beroperasi sejak 29 Mac lepas, UKKM ditubuhkan sebagai satu daripada usaha IKMa untuk memiliki sebuah institusi pendidikan tinggi swasta berkaitan keusahawanan koperasi bertaraf universiti yang pertama.", "“Saya mengalu-alukan tesis dihasilkan oleh pelajar kita ini, yang boleh menjadi rujukan kepada kementerian atau agensi di bawah kementerian seperti bagaimana dapat menambah baik perkhidmatan atau inisiatif yang terkait dengan sektor keusahawanan,” katanya.", "Menurut Ewon penubuhan universiti berkenaan juga akan melengkapkan peranan IKMa sebagai sebuah institusi pendidikan koperasi seperti digariskan dalam Pelan Transformasi Koperasi Malaysia serta Dasar Keusahawanan Negara.", "Pada majlis itu, Ewon juga diumumkan sebagai Canselor UKKM manakala Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi K. Saraswathy pula antara pelajar pertama menerima surat tawaran meneruskan program Sarjana Pengurusan Perniagaan di universiti berkenaan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/pindaan-akta-insolvensi-bolehkan-dua-kategori-baharu-bankrap-dapat-pelepasan-azalina
[ "KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Insolvensi 1967 membolehkan dua lagi kategori baharu individu bankrap layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) tanpa perlu melalui bantahan pemiutang.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dua kategori itu ialah individu bankrap yang tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat penyakit mental yang disahkan oleh pakar psikatiari hospital kerajaan serta individu bankrap berusia 70 tahun ke atas yang layak pada pendapat dan pertimbangan KPI.", "“Pindaan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memelihara kebajikan bankrap. Golongan ini tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pentadbiran kebankrapan.", "“Faktor kepentingan awam juga perlu diambil kira memandangkan pentadbiran kebankrapan melibatkan dana awam yang perlu digunakan dengan optimum,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat hari ini.", "Azalina juga berkata Fasal 15 rang undang-undang itu memperuntuk pemakaian perenggan 33B(2A) (e) dan (f) terhadap kes kebankrapan yang ditadbir sebelum kuat kuasa akta pindaan secara retrospektif.", "Beliau berkata susulan pindaan itu, berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia seramai 19,913 orang bankrap yang berusia 70 tahun dan ke atas layak dipertimbang untuk pelepasan melalui sijil KPI sekiranya mereka memenuhi syarat ditetapkan.", "Katanya cadangan pindaan bagi Seksyen 33C Fasal 8 rang undang-undang itu pula bertujuan membantu individu bankrap dilepaskan secara automatik dalam tempoh singkat iaitu tiga hingga lima tahun dengan meringankan syarat bayaran tanpa mengabaikan kepentingan pemiutang.", "Azalina berkata pindaan yang dikemukakan bagi seksyen itu dapat memastikan pentadbiran kebankrapan dijalankan dengan berkesan dengan mengambil kira kepentingan awam, bankrap dan pemiutang.", "Antara pindaan penting yang dicadangkan bagi Seksyen 33C ialah syarat penyelesaian amaun sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan digantikan dengan syarat pembayaran jumlah yang ditentukan KPI mengikut kemampuan kewangan bankrap.", "“Selain itu, peruntukan baharu kuasa KPI menggantung pelepasan automatik untuk tempoh tidak melebihi dua tahun jika bankrap tidak mematuhi kewajipan dan obligasinya di bawah akta itu serta kuasa KPI meminta individu bankrap memberikan maklumat lanjut mengenai pendapatan, pendapatan yang dijangka dan harta bankrap,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/kes-curi-kenderaan-pesara-tldm-antara-tiga-ditahan
[ "KUALA LUMPUR: Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia antara tiga lelaki ditahan di dua lokasi berasingan kerana disyaki terlibat sindiket curi kenderaan di sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan, pada 13 Mei lepas.", "Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata kesemua suspek yang berusia 24 hingga 40 tahun itu, telah bergiat aktif dalam sindiket itu sejak hujung tahun lepas, sebelum menjual semula kenderaan itu dengan harga lebih murah di Thailand.", "Beliau berkata dalang sindiket itu yang dikenali sebagai Sasi Navy, 40, ditahan di Kampung Gajah, Perak, manakala dua lagi rakannya ditahan di Ipoh dan Nilai, Negeri Sembilan pada 13 Mei.", "Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Ahmad Sukarno berkata polis turut merampas dua buah kereta dan peralatan untuk mencuri, serta beberapa keping nombor plat pendaftaran palsu, dengan menyasarkan kenderaan jenis Honda dan Pajero.", "“Kesemua suspek memiliki pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan telah direman bermula 14 hingga 18 Mei bagi membantu siasatan,” katanya dan menambah kesemua suspek telah diserahkan kepada IPD Ipoh bagi membantu siasatan beberapa kes di daerah tersebut.", "Sementara itu, polis turut menumpaskan Geng Ayoi yang aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal susulan penahanan tiga lelaki  berusia 24 hingga 32 tahun secara berasingan di Setapak dan Gombak, di sini, pada 12 Mei lepas.", "Ahmad Sukarno berkata hasil soal siasat, polis telah menemukan 26 rangka motosikal dan dua enjin bernilai RM100,000 di Sungai Kampung Mulia, Gombak dengan kumpulan penjenayah itu dipercayai membuang rangka itu ke dalam sungai untuk menghapuskan bukti.", "“Kesemua motosikal yang dicuri itu akan dileraikan terlebih dahulu, sebelum ia dijual kepada individu yang berminat dengan anggaran harga RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada model sesebuah motosikal,” katanya.", "Ahmad Sukarno berkata dengan penahanan itu, polis telah menyelesaikan sebanyak 23 kes kecurian motosikal dengan 19 kes daripadanya dilaporkan di Kuala Lumpur dan empat kes di Selangor.", "“Kesemua suspek direman sejak 18 hingga 22 Mei dan tempoh reman dilanjutkan sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.", "Sementara itu Ahmad Sukarno berkata pihaknya menahan tiga lelaki disyaki terlibat kegiatan ragut di sekitar Sentul dan Wangsa Maju, di sini, dalam serbuan Op Rentap di sekitar ibu negara pada 10 Mei lepas. ", "Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang diragut di Jalan Rimbunan Kepong, di sini, kira-kira 7.30 malam, 22 Mac dan hasil risikan, beberapa siri serbuan telah dijalankan di sekitar ibu negara pada 10 Mei, dan menahan tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 29 tahun.", "“Polis turut merampas lapan telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah motosikal Yamaha 135 LC, dua helmet, tiga beg tangan wanita dan sejumlah wang tunai pelbagai mata wang asing,” katanya.", "Ahmad Sukarno berkata sindiket itu diketuai suspek dengan panggilan Wan Palo berusia 29 tahun manakala dua daripada tiga lelaki itu mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau dan susulan daripada penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes ragut yang dilaporkan di Sentul dan Wangsa Maju.", "“Semua suspek direman bermula 11 sehingga 22 Mei lalu bagi membantu siasatan dan suspek utama kes ini diserahkan kepada IPD Wangsa Maju bagi membantu siasatan kes di daerah berkenaan, manakala dua lagi suspek dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/seramai-1232-graduan-terima-diploma-dan-sijil-pada-majlis-graduasi-kumpulan-msuc-ke-25
[ "SHAH ALAM: Majlis Graduasi Kumpulan MSU College (MSUC) kali ke-25 (MSUC) telah berlangsung di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU) di sini, kelmarin.", " Majlis menyaksikan sambutan penuh bermakna buat 1,232 graduan dari 24 program pengajian yang membabitkan 767 graduan peringkat diploma dan 465 graduan peringkat sijil. ", "Hadir menyempurnakan majlis berkenaan ialah Presiden Kumpulan MSU College Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Naib Canselor MSU Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid serta pihak pengurusan kanan Kumpulan MSU College dan MSU.", "Sementara itu, sebanyak tiga kategori khas kecemerlangan turut dianugerahkan kepada 10 graduan sebagai pengiktirafan atas pencapaian mereka dalam aspek akademik dan kemahiran insaniah.", "Para graduan tersebut ialah Priestly Ivan Noah Simon, Diploma Pengurusan dari MSU College Sabah bagi Anugerah Emas Presiden dan Joan Wee Phei Xuen, Diploma Seni Kulinari dari MSU College Kota Bharu bagi Anugerah Mohd Shukri Yajid.", "Berucap sebagai wakil pelajar pada majlis tersebut, Priestly berkata: “Memang benar pencapaian akademik sangat penting, tapi pada masa yang sama aspek-aspek lain juga perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.”", "Priestly dilantik sebagai presiden majlis perwakilan pelajar MSU College Sabah bagi sesi 2020 dan sesi 2022. Selain itu, graduan ini menyertai pelbagai program dan aktiviti di luar kampus dan teraju program-program berbentuk jalinan komuniti berteraskan United Nations SDG (Sustainable Development Goals).", "Manakala lapan lagi graduan menerima Anugerah Akademik iaitu Nur Farishah Amanullah (Diploma Pengurusan); Yasmin Zahirah Zulkepli (Diploma Rekabentuk Grafik); Mohamad Hakim Malik (Diploma Perakaunan); Ju Ratna Isli Bali (Diploma Perguruan); Connie Ku Pei Wun (Diploma Pengurusan Pelancongan); Flora Tan Shi Mun (Diploma Pengurusan Hotel); Muhammad Imran Mohd Zamberi (Sijil Pengurusan Perniagaan) serta Sheikh Sameer Basmeih Mansur (Sijil Fotografi Digital).", "“Fokus kita pada MSU College ini ialah untuk menjadikannya affiliate college kepada Universiti MSU,” ujar Mohd Shukri pada sesi media ringkas selepas majils graduasi tersebut.", "Beliau berkata, pelan tersebut akan dilaksanakan melalui pemerkasaan pembelajaran Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan diserentakkan dengan penawaran lebih banyak program pada majlis graduasi yang akan datang,", "MSU College juga ingin menggunakan sepenuhnya fleskisbiliti dalam landskap pendidikan negara untuk APEL di peringkat kolej. Katanya, ini dipercayai dapat memberi peluang pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat,terutamanya bagi mereka yang tidak mampu hadir ke kampus. ", "Selaku kolej satelit kepada MSU, Kumpulan MSU College menyediakan akses pendidikan menyeluruh kepada semua dalam melahirkan graduan yang kompeten dan versatil dengan penekanan kepada elemen TVET." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/jenazah-awang-iskandar-dibawa-turun-ke-kathmandu-esok
[ "PUTRAJAYA: Jenazah pendaki Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, yang terkorban ketika dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest, dijangka dibawa turun dari Base Camp ke Kathmandu, Nepal esok apabila keadaan cuaca mengizinkan.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dalam kenyataan hari ini berkata jenazah akan dibawa turun oleh pasukan sherpa dari Kem Empat ke Base Camp pada 2 petang waktu tempatan hari ini.", "Armizan berkata beliau telah mengadakan sidang video bersama Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Datuk Mohammad Ali Selamat dan Counsellor/Charge d` Affaires Kedutaan Malaysia di Kathmandu Mohd Fazle Abu Hasan hari ini berhubung perkembangan pengurusan membawa balik jenazah.", "Allahyarham Awang Askandar yang merupakan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dan berasal dari Kampung Benoni, Papar, Sabah, adalah seorang daripada peserta misi Malaysia Everest 2023 bermula 2 April lepas.", "Media melaporkan Awang Askandar meninggal dunia selepas berhadapan masalah kesihatan ketika berada pada jarak 8,000 meter dari aras laut dalam misi menawan puncak Everest yang hanya memerlukan kira-kira 20 minit sampai ke puncak.", "Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata beliau juga telah berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini Allahyarham Awang Askandar kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.", "“Ketua Menteri Sabah memberikan komitmen bahawa kerajaan negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Papar, sebagaimana hasrat ahli keluarga,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/agong-berkenan-terima-menghadap-putera-mahkota-abu-dhabi
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Negara.", "Sheikh Khaled, yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, tiba pada pukul 11.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira 30 minit di Istana Negara.", "Pada sesi menghadap itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menganugerahkan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (Kehormat) kepada Sheikh Khaled yang membawa gelaran ‘Tun’.", "Sheikh Khaled turut dikurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Di Hormati yang lazimnya dianugerahkan kepada anak Raja, Raja Pemerintah atau Ketua Negara asing.", "‘Papilionanda Sheikh Mohamed’ yang berwarna putih kekuningan dinamakan sebagai simbolik kepada hubungan baik luar biasa antara Al-Sultan Abdullah dan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang merupakan ayahanda kepada Sheikh Khaled.", "Turut hadir pada majlis menghadap itu Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.", "Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Sheikh Khaled sempena lawatan khas baginda selama empat hari di Malaysia.", "Lawatan khas Sheikh Khaled dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UAE yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 Sept 2022." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/peralihan-dwirangkaian-5g-implikasi-kewangan-kerajaan-dikurangkan
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan peralihan model pelaksanaan 5G daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian akan mengurangkan implikasi kewangan kepada kerajaan dalam skala besar.", "Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata implikasi kewangan dapat dikurangkan melalui peralihan dasar 5G itu kerana ia membabitkan penglibatan syarikat telekomunikasi iaitu antara syarat yang ditetapkan kerajaan.", "“Menetapkan syarat semua telco menggunakan rangkaian DNB, struktur yang ada sehingga siap 80 peratus daripada rangkaian kemudian memastikan ketersambungan itu dijalankan termasuk di desa dan pedalaman.", "“Sekiranya ini dipersetujui, maka setelah menggunakan kemudahan yang sama, syarikat telco yang mencatat keuntungan yang sangat baik selama ini dikehendaki melabur supaya menjamin keselamatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai kemungkinan keputusan kerajaan beralih daripada model rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian mengakibatkan beberapa kemudaratan kepada kerajaan dan kenaikan tarif 5G buat pengguna.", "Bagaimanapun, beliau berkata keputusan Jemaah Menteri itu adalah untuk kepentingan keselamatan negara dan kebebasan negara untuk memilih dengan syarat-syarat yang ketat.", "Selain pembiayaan rangkaian kedua kelak akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta (telco), beliau berkata syarat kedua yang ditetapkan adalah harga yang ditawarkan kepada pengguna mestilah pada kadar yang rendah seperti yang ditetapkan bawah peraturan Digital Nasional Berhad (DNB).", "Katanya peralihan dwirangkaian tersebut juga memperkukuhkan peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu peraturan dan undang-undang akan diperkemas supaya agensi tersebut dapat mengawal secara lebih berkesan perjalanan syarikat telekomunikasi.", "Perdana Menteri berkata kerajaan pada 3 Mei lepas bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G negara beralih daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian atas beberapa justifikasi termasuk meningkatkan persaingan sekali gus menamatkan unsur monopoli yang dikaitkan dengan DNB.", "“Kedua, menawarkan kepelbagaian rangkaian dan mengatasi isu titik kegagalan tunggal dalam model rangkaian borong tunggal dan melibatkan syarikat telekomunikasi yang ada supaya lebih terangkum dan menjamin kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia yang selama ini diterajui pihak swasta,” katanya.", "Anwar juga berkata pengalaman negara bersama syarikat telekomunikasi selama ini tidak sangat memberangsangkan termasuk isu rangkaian, keselesaan kepada pengguna dan kos atau harga yang ditawarkan.", "“Syarat itu tidak boleh dilanggar, jika langgar aspek perjanjian dengan syarikat ini akan terbatal. Sebab itu, dalam kes 4G sekarang ini sangat tidak memuaskan kerana pengguna tidak mendapat manfaat walaupun syarikat mencatat keuntungan yang besar. Hal ini akan dipantau oleh SKMM (MCMC),” katanya.", "Sementara itu, Perdana Menteri berpendirian amalan monopoli dalam sebarang bidang seperti lebuh raya dan tenaga tidak boleh diteruskan, sebaliknya persaingan harus digalakkan agar boleh menjamin keselesaan dan kos yang lebih rendah kepada pengguna. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/gempita-langit-langkawi-tanda-bermulanya-lima23
[ "LANGKAWI: Gema deruman 36 pesawat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melintasi langit biru Langkawi hari ini menjadi simbolik penyempurnaan pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23). ", "Acara yang bermula 9.45 pagi itu didahului dengan pertunjukan udara yang turut disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke daripada landasan terbang atau tarmac di depan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.", "Hadir sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa individu kenamaan serta delegasi luar negara.", "Turut menarik perhatian ialah demonstrasi menyelamat menggunakan helikopter MD530G dan EC725AP melibatkan 10 anggota pasukan khas yang melakukan aksi taktikal fast roping. ", "Di kemuncak pertunjukan, para juruterbang ATM yang mengendalikan pesawat SU30MKM, F/A18D dan Hawk mempamerkan kemahiran mereka melakukan formasi berlian, disusuli bunyi letupan sebagai penamat persembahan mengujakan itu.", "ATM sebelum ini mengesahkan lima negara akan menyertai pasukan aerobatik pada pertunjukan udara iaitu Indonesia, China, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu dan Rusia.", "Kali terakhir acara dwitahunan itu diadakan ialah pada 2019 dan ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/kerajaan-teliti-wujud-ruu-bendung-ulat-tiket
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti untuk mewujudkan rang undang-undang (RUU) bagi mengekang aktiviti ulat tiket, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.", "Beliau berkata ketika ini negara tidak mempunyai peruntukan undang-undang bagi menangani aktiviti itu dan kementeriannya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta kementerian lain yang terlibat, mengenai perkara tersebut.", " “Saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dan memang pada waktu ini di Malaysia kita belum ada undang-undang yang bersifat antiulat tiket.", "“Oleh sebab itu kita akan teliti bersama dengan kementerian-kementerian yang lain yang mungkin menganjurkan aktiviti program yang ada aspek penjualan tiket, sama ada secara dalam talian ataupun tidak, dan melihat apa peruntukan undang-undang yang perlu diwujudkan untuk mengelak masalah scalping ataupun ulat tiket ini daripada berulang di masa depan,” katanya.", "Menyentuh isu penjualan tiket konsert kumpulan muzik terkemuka dunia. Coldplay, Fahmi berkata pihak Live Nation Malaysia telah menjelaskan bahawa sebanyak 700,000 percubaan untuk pembelian tiket telah direkodkan dengan jumlah tiket yang telah dijual adalah 71,000 tiket menerusi 26,000 transaksi.", "“Maka yang telah kami putuskan petang semalam adalah supaya di pihak KPDN dan juga Live Nation bekerjasama untuk mengenal pasti sekiranya wujud apa yang disebut sebagai aktiviti ulat tiket dan perkara ini memang pihak Live Nation ada mengenal pasti dan kita akan bekerjasama,” katanya.", "Sebelum ini terdapat rungutan orang ramai mengenai kesukaran mendapatkan tiket konsert Coldplay, yang dijadualkan pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, akibat ‘ulat tiket’ yang membeli dengan kuantiti banyak.", "\"Kita rasa sudah tiba masanya untuk kita lihat akta-akta ini, maka kolaborasi (bersama kementerian lain) ini penting kerana ia turut melibatkan perkara-perkara lain seperti masa depan (industri) bola, penjualan tiket bas dan tiket-tiket lain,\" katanya.", "\"Pengguna dinasihatkan untuk bijak dalam melakukan pembelian tiket konsert berkenaan. Pilih saluran yang betul dan sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu dalam pembelian tiket, segera maklumkan kepada KPDN untuk kita laksanakan siasatan,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/sesi-persekolahan-pada-januari-bermula-2026-fadhlina
[ "“KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan bermula pada Januari seperti sebelum ini...berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.", "“Secara tidak langsung perancangan cuti keluarga, kenduri-kendara dan cuti guru seperti yang telah diumumkan dalam 10 prakasa sempena sambutan Hari Guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan ini yang akan diwartakan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. ", "Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hasssan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu bilakah sesi akademik persekolahan dapat dimulakan pada Januari seperti lazimnya sebelum penularan COVID-19.", "Mengulas lanjut, Fadhlina berkata pihaknya sedang melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik persekolahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum dan memenuhi jumlah 190 hari persekolahan yang diperlukan dalam setahun.", "Menurutnya, sebarang perubahan kepada kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat, kejadian banjir pada hujung tahun selain memastikan ia tidak mengganggu jadual peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/penyelarasan-tarif-elektrik-t20-akan-diumum-dalam-masa-terdekat
[ "KUALA LUMPUR: Penyelarasan tarif elektrik kepada pengguna domestik golongan berpendapatan tinggi (T20) akan diumum dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.", "Beliau berkata ini kerana kerajaan perlu melihat pelbagai faktor antaranya trend harga pasaran arang batu dan gas yang kini didapati sudah stabil berbanding beberapa tahun lepas, sebelum menyelaraskannya. ", "“Sebelum ini kita sudah lama kekang harga itu (bahan api arang dan gas) pada harga yang sangat rendah...itu sebab peningkatan tarif agak drastik. Jadi itu satu faktor yang kena diambil kira. ", "“Oleh itu, menjawab soalan tentang bila kita nak buat (penyelarasan), insya-Allah dalam masa terdekat kita umumkan, bagi masa. Saya pun belum bincang dengan Kabinet,” katanya berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Hidrogen Hijau ASEAN (ASEANGH2) 2023, di sini hari ini.", "Beliau berkata penyelarasan akan dibuat berdasarkan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh enam bulan, bermula Julai hingga Disember ini.", "Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan T20 tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji.", "Sementara itu, mengenai kos keseluruhan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang berjumlah RM10.9 bilion, Nik Nazmi berkata kerajaan berjaya menjimatkan lebih RM4 bilion berbanding RM15 bilion yang telah diumumkan kerajaan terdahulu.", "“Proses terbaharu ini (dan) cara baharu, dipercepatkan macam prakelayakan. Kalau nak buat sama ada reka bentuk binaan atau tender terbuka konvensional, ia akan makan masa yang sangat lama. Lagipun, pihak pembangkang juga bertanya bila nak mula projek RTB dan kita pun tahu projek ini sangat penting untuk rakyat, jadi kita nak percepatkan,” katanya.", "Beliau berkata menurut Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), ASEAN berpotensi menjana lebih daripada 800 gigawatt (GW) tenaga solar, 300GW tenaga angin dan 200GW kuasa hidro.", "Nik Nazmi berkata sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak di rantau ini memberikan kelebihan daya saing untuk menghasilkan hidrogen hijau, yang memerlukan sejumlah besar tenaga elektrik boleh diperbaharui.", "\"Kita juga bertuah berada dalam kedudukan strategik untuk mengeksport hidrogen hijau ke negara lain, di mana ASEAN mempunyai akses kepada laluan perkapalan utama, yang boleh digunakan untuk mengangkut hidrogen hijau ke pasaran di Asia, Eropah dan rantau lain di samping berada berdekatan dengan pusat permintaan utama hidrogen hijau, seperti Jepun, Korea Selatan dan China.", "\"Ia akan menjadi satu pembaziran yang besar jika kita, sebagai ASEAN, gagal mengambil peluang ini untuk bekerjasama dan menerajui menjadi hab hidrogen hijau utama di pasaran global,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/pinda-kanun-tatacara-jenayah-bagi-pulangkan-segera-wang-mangsa-scam-pm
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian (scam) dipulangkan lebih awal kepada mangsa, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.", "“Oleh demikian, apa diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (dana yang dicuri) kepada mangsa disegerakan dengan syarat bon disediakan sementara kes (di mahkamah) dijalankan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.", "Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) berhubung langkah kerajaan untuk mempercepatkan proses pemulangan dana yang dicuri kepada mangsa penipuan dalam talian.", "Anwar berkata Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah memaklumkan kepada semua bank di negara ini agar operasi pemantauan aduan daripada pengguna mereka yang menjadi mangsa scam dibuat 24 jam sehari.", "“Selain itu, ada usaha ke arah langkah automation supaya pengadu boleh ambil tindakan menghentikan pengeluaran dana dari bank mereka secara serta-merta, ini perkembangan baharu yang dilakukan BNM,” katanya.", "Perdana Menteri turut memberitahu Dewan Rakyat, sebanyak 3,595 kes bagi kesalahan penipuan dalam talian disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kerajaan setakat ini mendapat pulangan wang rampasan berjumlah RM34.8 juta.", "Selain itu, Anwar berkata kerajaan juga menambah dana bagi pengoperasian NSRC sebanyak RM10 juta bagi tahun ini menerusi Belanjawan 2023, serta penambahan jumlah pegawai sebagai langkah memperkasakan penguatkuasaan pusat respons berkenaan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/kalimah-allah-cadangan-perkemas-peraturan-dibentang-dalam-mesyuarat-majlis-raja-raja-pada
[ "KUALA LUMPUR: Cadangan bagi memperkemas peraturan berhubung penggunaan kalimah Allah akan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau berkata kerajaan juga akan merujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi tujuan itu.", "“Kita akan rujuk kepada MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor, akan beri pandangan, memperkemas peraturan ini supaya keputusan muktamad (mengenai penggunaan kalimah Allah) tidak boleh dipakai di Semenanjung, (dan) boleh dengan ruang dan syarat tertentu di Sabah dan Sarawak.", "“Insya-Allah akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada Julai nanti,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. ", "Anwar menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang ingin tahu adakah kerajaan mendapatkan perkenan Majlis Raja-raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri terlebih dahulu sebelum menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah. ", "“Atas pandangan Peguam Negara adalah untuk perkemaskan (peraturan). Kalau tidak, kita buat rayuan, kes berbangkit lagi kerana ada percanggahan. Jadi sebab itu kita tamatkan dengan pinda semua peraturan supaya jelas dan tidak ada kes boleh dibawa ke mahkamah. Bagi saya, ini lebih jelas ada kekuatan. Apa yang lemah?", "\"Saya tak fikir munasabah dipolitikkan isu ini. Pendirian kerajaan hari ini dalam keputusan Jemaah Menteri adalah memperaku keputusan yang dibuat Majlis Raja-Raja Melayu,” kata Anwar.", "Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta penjelasan mengenai rasional tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes itu.", "Pada 17 Mei lepas, Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja. ", "Perkara itu adalah berhubung dengan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah Allah. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/23/dulu-ligat-di-padang-kini-mentor-penternakan-lembu-sado
[ "BACHOK: Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK) di sebidang tanah milik ibu bapanya di Kampung Panjang, di sini.", "Mohd Zulkifli, 38, kemudian mengambil langkah berani untuk menukar daripada membela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.", "Tiga tahun berselang, Mohd Zulkifli kini menjadi rujukan banyak pihak bukan sahaja dalam kalangan penternak malah beberapa agensi berkaitan apabila menunjukkan kejayaan dalam bidang tersebut.", "\"Kos membela lembu KK tinggi tetapi keuntungan kecil menyebabkan saya rasa tidak berbaloi, jadi saya tukar daripada bela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.", "\"Lembu hibrid atau lembu sado yang berusia lima hingga enam bulan harga dah mencecah lebih RM5,000 dan ini memberi pendapatan yang lebih kepada saya,\" katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.", "Bercerita lanjut, Mohd Zulkifli yang lebih mesra di sapa 'Abe Zack' berkata walaupun tanpa sebarang ilmu khusus dalam bidang penternakan, beliau tetap berjaya apabila kini memiliki lebih 100 ekor lembu hibrid berbanding hanya tujuh ekor lembu KK, tiga tahun lalu. ", "\"Hasil kejayaan yang dicapai mendapat perhatian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), mereka memberi sokongan apabila menyediakan geran kepada lima penternak lembu hibrid tahun lepas, jumlah tersebut meningkat kepada 13 peserta tahun ini.", "“LPP mahu supaya ekosistem penternakan lembu hibrid yang baik diwujudkan dan pada masa depan projek lembu sado serta lembu pedaging berskala besar dapat dilaksanakan,” kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.", "Menurut Abe Zack sebagai mentor, beliau bertanggungjawab memberi latihan mengenai teknik penternakan yang betul termasuk kaedah terbaik mengurangkan kos makanan mamalia itu.", "Bekas pemain bola sepak dan atlet olahraga Kelantan ini berkata menerusi beberapa pendekatan yang diambilnya, beliau sudah berjaya mengurangkan kos bahan makanan lembu hibrid peliharaannya.", "\"Satu perkara yang salah dalam aktiviti penternakan ini ialah orang akan beli lembu dahulu baru fikir mengenai makanan haiwan tersebut, saya pula ambil pendekatan berbeza apabila mengkaji dan melihat rutin pemakanan lembu.", "“Di sekitar Bachok pula memang ramai petani yang menanam jagung, sisa-sisa tanaman jagung manis seperti batang, daun dan putik jagung sesuai dijadikan silaj jagung iaitu sejenis makanan alternatif yang murah bagi ternakan lembu.", "“Saya beri lembu peliharaan makan tiga jenis rumput tersebut dan silaj jagung selain dedak, ini mengurangkan kos makanan kerana tidak terlalu bergantung kepada dedak sahaja,” katanya.", "Mohd Zulkifli berkata kejayaan beliau mewujudkan satu ekosistem penternakan yang baik dan mengurangkan kos telah mendapat perhatian pihak berwajib dan seterusnya diberi amanah dan tanggungjawab sebagai mentor kepada rakan-rakan yang lain.", "“Selain jadi mentor kepada penternak lain, saya juga sering membuat live melayan sahabat-sahabat di TikTok berkongsi pengalaman kaedah terbaik saya seperti untuk gemukkan lembu dan bantu lembu melahirkan anak,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/pm-terima-kunjungan-hormat-putera-mahkota-abu-dhabi
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.", "Keberangkatan tiba baginda di bangunan Dewan Persidangan Sementara Parlimen pada 5 petang disambut oleh Anwar yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. ", "Pertemuan kedua-dua pemimpin adalah sempena lawatan khas dan yang pertama Sheikh Khaled ke Malaysia sejak baginda ditabal sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac lepas.", "Lawatan khas Sheikh Khaled dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 Sept 2022. ", "Sheikh Khaled, yang berangkat tiba di Malaysia semalam, dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.", "Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion berbanding RM22.33 bilion bagi tahun sebelumnya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/kerajaan-tidak-benarkan-al-quran-dicetak-dalam-tulisan-rumi
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membenarkan al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi atau bahasa-bahasa lain selain bahasa bahasa Arab di negara ini.", "Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata perkara itu jelas dinyatakan di dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986)(Akta 326).", "\"KDN juga merujuk keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-24 yang bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian dalam al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023 yang kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.  ", "Selain itu, katanya setiap syarikat yang dibenarkan mendapat lesen percetakan al-Quran mesti memenuhi garis panduan lesen permohonan percetakan teks al-Quran di bawah APTQ 1986 selain perlu mempunyai dua orang pakar perunding yang mempunyai kelulusan tafsir al-Quran bagi mengelakkan kesalahan semasa penerbitan.", "Sementara itu menyentuh tentang aplikasi al-Quran digital yang banyak terdapat dalam Google Play Store dan Apple App Store seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan, beliau berkata kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan aplikasi Smart Quran sebagai alternatif bagi penggunaan digital.", "Beliau berkata aplikasi itu telah melalui proses semakan oleh Lembaga Lajnah Tashih al-Quran serta diperakukan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).", "“Berdasarkan semakan KDN terdapat banyak aplikasi al Quran digital dalam Google Play Store dan Apple Apps Store. Semakan mendapati sebahagian menggunakan penulisan Rasm Uthmani yang diguna pakai di negara ini, manakala sebahagian lagi menggunakan rasm lain.", "“Aplikasi Smart Quran turut menggunakan terjemahan daripada tafsiran pimpinan Ar Rahman, manakala bacaan qari dengan kebenaran bertulis daripada Mujamma' Malik Fahd di Arab Saudi,” katanya.", "Sementara itu Shamsul Anuar berkata daripada jumlah satu juta cetakan dan pengedaran al-Quran yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Jan lepas, 25,000 naskhah telah dicetak, manakala 40,000 naskah lagi kini dalam proses percetakan yang terdiri daripada tafsir dalam bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan bahasa Nigeria.", "“Setakat ini al-Quran yang dicetak telah diagihkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara antaranya ke Kemboja pada 27 Mac lepas dengan sebanyak 1,500 naskhah diedarkan dan agihan selebihnya akan diselaraskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui saluran yang ditentukan,” katanya.", "Selain itu, katanya KDN pada masa kini juga sudah memulakan inisiatif untuk menjaga al-Quran tulisan Braille bagi memastikan ia mengikut tulisan Rasm Uthmani.", "Beliau berkata bagi tujuan itu kementerian juga membentuk membentuk  Lajnah Tashih al-Quran Braille bagi meneliti keseluruhan kandungan supaya ia menepati kandungan al-Quran diperlukan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/dekriminalisasi-cubaan-bunuh-diri-ambil-kira-pandangan-syariah
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji secara mendalam cadangan dekriminalisasi cubaan bunuh diri termasuk dari sudut Islam khususnya syariah dalam usaha memansuhkan kesalahan itu.", "Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata beberapa sesi libat urus telah dilakukan bersama pakar serta pihak berkepentingan sejak 2018 hingga 2020 bagi meneliti isu berkaitan.", "“Saya juga difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pejabat tersebut tiada halangan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 (Akta 574) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas dibahaskan oleh lapan Ahli Parlimen.", "Beliau berkata Seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan untuk mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif kepada pendekatan berasaskan rawatan perubatan.", "Pemansuhan Seksyen 309 Akta 574 akan menjadi anjakan dalam usaha mencegah kes cubaan bunuh diri di Malaysia bagi menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan, menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri dan seterusnya menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri.", "Turut diluluskan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 untuk memasukkan persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak, orang yang kurang keupayaan mental, atau mana-mana orang sebagai kesalahan jenayah melalui pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/kerajaan-gesa-lebih-banyak-syarikat-penerbangan-guna-saf
[ "LANGKAWI: Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan tempatan untuk menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) bagi mengurangkan kadar pelepasan gas karbon di negara ini.", "Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini selaras usaha negara ke arah ekonomi rendah karbon selain memenuhi komitmen di bawah skim pengimbangan dan pengurangan karbon untuk fasa mandatori penerbangan antarabangsa (CORSIA).", "“Industri penerbangan merupakan industri paling banyak mengeluarkan gas dan di negara-negara di Eropah sudah pun ada negara yang sudah mewajibkan syarikat penerbangan mereka (menggunakan SAF) .", "…tetapi di Malaysia, kita belum lagi sampai tahap mewajibkan bagaimanapun sudah tentu kita akan ke arah itu,” katanya pada sidang media di Kompleks Lang Merah, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini hari ini.", "Bagi mempercepatkan penggunaan SAF, Loke berkata keseluruhan ekosistem penerbangan -- kerajaan, industri, pihak berkepentingan dan pengeluar -- perlu bekerjasama untuk mewujudkan satu dasar dan kerangka  pengaturan yang menyokong, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan serta melihat kepada galakan pengeluaran dan penggunaan SAF.", "Sementara itu, Ketua Perniagaan Komersial Petronas Dagangan Berhad Hardeep Singh berkata syarikat itu ketika ini merupakan pembekal SAF dan dijangka akan memulakan projek rintis untuk menjadi pengeluar bahan bakar berkenaan pada suku keempat tahun ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/bayi-perempuan-berusia-tiga-bulan-meninggal-dunia-polis-tahan-pengasuh
[ "KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia, di sekitar Sungai Way di sini, pada 9 Mei lepas.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (gambar) berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pukul 3.56 petang, pada hari kejadian.", "“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/5000-bayi-dilahirkan-setiap-tahun-di-negara-ini-hidap-masalah-jantung
[ "KUALA LUMPUR: Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.", "Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kebanyakan pesakit juga memerlukan rawatan pembedahan jantung dengan kepakaran yang kompleks dan melibatkan kos rawatan yang mahal.", "Beliau berkata berdasarkan laporan The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia, dianggarkan RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.", "“Oleh itu, bagi mengelakkan penyakit ini orang ramai dinasihatkan berusaha mencegahnya terlebih dahulu dengan mengamalkan gaya hidup sihat kerana perbelanjaan bagi merawat penyakit ini tidaklah murah. Di IJN (Institut Jantung Negara) sendiri saya melihat telah memberi satu sumbangan yang besar dalam menangani penyakit jantung ini.", "“Selain itu diharapkan lebih banyak yayasan yang terus memberi sokongan serta mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat menyumbang bagi membantu pesakit-pesakit ini,” katanya ketika berucap melancarkan Program Myheart Siri Ke-5 dan Kempen Kesihatan Prihatin di IJN di sini hari ini.", "Turut hadir Pengerusi Institut Jantung Negara Foundation (IJNF) Toh Puan Dr Aishah Ong dan Pengerusi Yayasan MYPRIHATIN Prof Datuk Dr Halimaton Hamdan.", "Pada majlis itu turut diadakan acara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Yayasan MYPRIHATIN dan IJNF bagi menjalinkan kerjasama mengendali serta menampung kos logistik pesakit jantung kanak-kanak yang menghadapi masalah kewangan.", "Yayasan MYPRIHATIN turut memberi sumbangan dana berjumlah RM100,000 kepada IJNF dan menyerahkan 50 hamper kepada pesakit jantung kanak-kanak di Wad Pediatrik IJN. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/jpn-terima-lebih-12000-permohonan-pengenalan-diri-melalui-mekar
[ "CHUKAI: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 12,008 permohonan dokumen kad pengenalan, sijil kelahiran dan kematian bermula 1 Januari hingga 22 Mei tahun ini, menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).", "Ketua Pengarah JPN Zamri Misman berkata program itu telah mencapai matlamatnya dalam membantu golongan sasaran termasuk orang asli, rakyat di pedalaman dan individu yang tidak berupaya seperti pesakit terlantar.", "Beliau berkata selain itu JPN juga berjaya melepasi sasaran dengan menganjurkan purata 136 program MEKAR sebulan berbanding 80 yang ditetapkan tahun ini.", "\"Sebanyak 11,647 daripada 12,008 permohonan telah diselesaikan. Permohonan tertinggi diterima dari Sarawak,\" katanya selepas Program MEKAR di Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam dekat sini, hari ini.", "Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Syahri Ahmad Shaharuddin dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Terengganu, Mohd Hafizi Ramli. ", "Sementara itu Zamri berkata program MEKAR di seluruh negara akan diperhebatkan lagi dengan perolehan 12 van bernilai RM5 juta yang bakal diterima tahun ini.", "Katanya untuk tahun depan, pihaknya telah membuat permohonan bagi mendapatkan kenderaan pacuan empat roda untuk memudahkan akses ke kawasan pedalaman terutama di Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang dan Perak.", "\"Tetapi kita berterima kasih kerana mendapat kerjasama daripada rakan strategik seperti JAKOA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persatuan-persatuan kenderaan pacuan empat roda yang bantu masuk ke kawasan pedalaman,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/spa-terima-128-juta-permohonan-lantikan-tetap-lebih-20000-jawatan-diisi
[ "PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap untuk jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana, menerusi Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9) secara dalam talian tahun lepas.", "Pengerusi SPA Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata daripada jumlah itu, 20,762 pemohon telah dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan tetap mengikut kelayakan masing-masing.", "“Apabila digital, tiada istilah ‘guna kabel’ sebab sistem yang dibangunkan ini sudah tentu tidak akan menipu,” katanya pada Majlis SPA Bersama Media di sini hari ini.", "Pada 16 Mac lepas, Zainal Rahim dilaporkan berkata peralihan sepenuhnya ke sistem permohonan secara digital merupakan kaedah terbaik dan telus bagi menepis persepsi penggunaan ‘kabel’ bagi mengisi jawatan perkhidmatan awam yang didakwa sesetengah pihak.", "Bermula 2017, permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam adalah menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) sebelum digantikan dengan SPA9 pada September 2020.", "Mengenai lantikan kontrak, beliau berkata 27,163 pemohon telah dilantik ke pelbagai jawatan berstatus kontrak, antaranya Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41.", "Berkongsi statistik tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap penjawat awam atas pelbagai kesalahan, beliau berkata jumlah tindakan yang direkodkan menurun kepada 51 pada 2022, berbanding 117 pada 2020.", "“Ada yang tidak hadir (ponteng kerja) sehari, kemudian berlanjutan hingga tujuh hari malah berpuluh hari. Kes begini, hukuman rendah kita bagi surat amaran, kalau tidak patuh, kita akan kenakan tindakan turun pangkat atau tamatkan perkhidmatan,” katanya.", "Mengenai salah laku jenayah rasuah, Zainal Rahim mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyerahkan laporan terbabit kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan, memandangkan JPA mempunyai jawatankuasa khas bagi kesalahan rasuah.", "Beliau mengulas pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki seperti yang dilaporkan pada 9 Mei lepas bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/kerajaan-yakin-momentum-perkasa-ekonomi-peluang-pekerjaan-diteruskan
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan yakin momentum memperkasa ekonomi negara, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran dapat diteruskan menerusi strategi yang digariskan Majlis Pekerjaan Negara (NEC).", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata NEC memberi fokus kepada tiga komponen utama iaitu penciptaan pekerjaan, program penempatan, latihan dan peningkatan kemahiran serta menangani isu struktural pasaran buruh.", "Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata bagi tahun ini, NEC mengenal pasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan di bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan oleh 63 agensi pelaksana.", "“Di samping itu, 12 daripada 32 fokus inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Penciptaan Pekerjaan Nasional akan turut mula dilaksanakan dalam usaha menangani isu struktural Pasaran Buruh. ", "“NEC juga bersetuju dengan sasaran sebanyak 119,964 penciptaan pekerjaan yang akan direalisasikan melalui pelaburan langsung asing dan domestik bagi tahun 2023,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. ", "Beliau berkata mesyuarat itu turut membentangkan prestasi pencapaian inisiatif kerajaan bagi 2022 yang menyaksikan 144,376 pekerjaan baharu berjaya direalisasikan melalui pelaburan langsung asing dan domestik yang diterajui bersama oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Ekonomi melalui sembilan Agensi Penggalakan Pelaburan.", "“Pencapaian ini adalah 104 peratus iaitu lebih tinggi daripada sasaran 138,342 pekerjaan, selain kadar penggangguran juga menurun kepada 3.6 peratus iaitu lebih rendah daripada sasaran 4.0 peratus bagi tahun 2022,” katanya", "Meskipun kadar pengangguran menurun kepada 3.5 peratus bagi Suku Tahun Pertama 2023, Fadillah berkata terdapat beberapa isu sektor pekerjaan perlu ditangani iaitu pengangguran belia, ketidaksepadanan  penawaran dan permintaan, kadar upah yang bersesuaian, serta kebergantungan tenaga kerja asing dan peningkatan produktiviti. ", "Menurutnya, kerajaan memandang serius isu-isu berkaitan seperti kekurangan pekerja dalam sektor tertentu, kesaksamaan peluang pekerjaan, perlindungan sosial pekerja dan isu kebolehpasaran siswazah.", "Sehubungan itu, beliau berkata NEC akan terus memberi penekanan dalam memastikan setiap keputusan dan inisiatif pekerjaan dipantau rapat pelaksanaannya bagi memastikan keberhasilan yang optimum dapat dicapai. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/utp-starfive-technology-tandatangan-mou-meningkatkan-aktiviti-penyelidikan-dalam-seni
[ "SERI ISKANDAR: Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan StarFive Technology International Sdn Bhd (StarFive Technology) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kualiti program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer UTP. Kedua-dua program adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (EEE) UTP.", "Di bawah MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang program mobiliti pelajar, pertukaran staf akademik, program kerjasama penyelidikan dan aktiviti akademik bersama.", "Menandatangani MoU itu ialah Timbalan Naib Canselor UTP Profesor Akademik Dr Hilmi Mukhtar (mewakili Naib Canselor UTP Profesor Ts. Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib) dan Naib Presiden dan Pengurus Besar StarFive Technology Ong Chin Hu.", "Menurut Hilmi, MoU tersebut adalah bukti usaha berterusan UTP dalam merealisasikan aspirasinya untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.", "“Kerjasama kami dengan StarFive Technology merupakan pencapaian penting untuk UTP. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan mendapat manfaat daripada kepakaran mereka dalam seni bina terbuka RISC-V. Ini adalah selaras dengan aspirasi Jabatan EEE kami untuk memimpin negara dalam penggunaan seni bina terbuka untuk mengajar kursus berkaitan sistem komputer,” katanya.", "MoU itu juga akan membuka jalan kepada program penyelidikan bersama yang memfokuskan kepada teknologi termaju untuk industri semikonduktor. Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada UTP dan StarFive Technology, tetapi negara secara keseluruhannya.\n“Dengan pemeteraian itu, ia juga menandakan titik permulaan penubuhan makmal penyelidikan terbenam bersama antara UTP dan StarFive Technology. Makmal ini berfungsi sebagai pusat untuk pelajar sarjana dan pascasiswazah untuk mengusahakan aktiviti seni bina terbuka RISC-V. Ia akan membolehkan UTP menjalankan penyelidikan yang lebih canggih untuk rakan kongsi industri dan mempercepatkan pengkomersilan penyelidikan kami sendiri,” tambah Hilmi.", "Sementara itu, Ong berkata: “StarFive Technology, sebagai peneraju global dalam RISC-V, memahami peranan penting yang dimainkan oleh universiti seperti UTP dalam mempromosikan inovasi teknologi dan memupuk bakat. Hari ini, kami teruja untuk kembali ke akademia, tempat kelahiran RISC-V, untuk memajukan pembangunan dan jangkauannya.\n“Semasa kami menandatangani MOU ini, kami bukan sekadar menandatangani dokumen. Kami melakarkan visi bersama untuk masa depan - masa depan di mana sinergi UTP dan StarFive Technology boleh mempertingkatkan potensi kami dan jumlah kerjasama kami akan jauh lebih besar daripada bahagian individu kami.” ", "Kerjasama antara UTP dan StarFive Technology bermula pada Mei 2021 dengan pelantikan Ong sebagai pensyarah tambahan universiti itu. Beliau telah mengendalikan tiga kuliah dan baru-baru ini dilantik sebagai ahli Panel Penasihat Industri UTP untuk program EEE.\n \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/tiada-keperluan-ubah-dasar-berkaitan-aset-keselamatan-negara
[ "Susulan isu berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), beliau berkata Kementerian Pertahanan akan memfokuskan kepada pemerkasaan tadbir urus bagi memastikan perkara tersebut tidak lagi berulang.", "\"(Isu itu) ia lebih kepada masalah pengurusan jadi pada masa sekarang setakat hari ini belum ada keperluan untuk mengubah dasar tersebut, yang penting pengurusan, memperkasa pengurusan adalah objektif kami.", "“Dasar sedia ada akan diteruskan,\" katanya pada sidang media selepas meninjau tapak pameran segmen maritim sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Resort World Langkawi di sini hari ini.  ", "Katanya dasar sedia ada akan diteruskan dan dijayakan dengan baik dan industri pertahanan tempatan juga tidak perlu berasa was-was terhadap dasar yang dibawa oleh kerajaan.  ", "Mengulas mengenai cadangan supaya kerajaan menggunakan khidmat limbungan swasta berbanding syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi pembinaan aset perkapalan, Mohamad berkata antara faktor yang dinilai ialah rekod prestasi dan mengikut kebolehan syarikat dalam menjayakan projek yang diberi. ", "\"Kita ada juga bagi kepada limbungan swasta...kita akan beri mengikut kebolehan dan kemampuan syarikat-syarikat limbungan kapal ini yang ternyata dah ada rekod prestasi, sekali lagi saya tekankan di sini kita tidak mahu nanti ada masalah bila kita dah meletakkan kepercayaan dan aset kita tidak dapat disiapkan,\" katanya. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/daftar-pemilih-tambahan-april-2023-dibuka-untuk-semakan
[ "PUTRAJAYA: Daftar Pemilih Tambahan April 2023 (DPT BLN4/2023) yang diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 20 Jun 2023, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN4/2023 itu mengandungi 39,306 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April hingga 30 April 2023.", "Senarai itu melibatkan mereka yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 6,453 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,597 pemilih yang bertukar status/kategori pengundi, katanya.", "\"Warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April hingga 30 April 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status diseru untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN4/2023,\" katanya. ", "Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN4/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan, katanya.", "Bagi mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, perlu mengisi Borang D melalui kaedah yang sama.", "Ikmalrudin berkata lima kaedah semakan disediakan bagi DPT BLN4/2023 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak dan hotline semakan pendaftaran pemilih di talian 03-88927218.", "Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2023.", "Sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN4/2023 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/polis-tahan-lelaki-hantar-emel-ancaman-bom-palsu
[ "IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ancaman bom palsu menerusi emel di sebuah pusat beli-belah, di sini, petang semalam. ", "Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek ditahan 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampar dan polis turut merampas sebuah alat komunikasi yang digunakan untuk menghantar emel itu. ", "\"Lelaki tempatan berusia 43 tahun itu mempunyai sejarah penyakit psikiatri dan sedang menerima rawatan di Klinik Pakar Psikiatri, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.", "\"Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Semalam, pada 4.57 petang, pihaknya menerima laporan daripada pengurus sebuah pusat beli-belah yang telah menerima emel daripada individu tidak dikenali menyatakan terdapat ancaman bom di bangunan berkenaan.", "\"Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bangunan itu dan mengesahkan maklumat tersebut adalah palsu,\" kata Yahaya. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/kerajaan-usaha-pastikan-harga-gula-terkawal
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga gula terkawal dan rakyat tidak perlu membayar lebih untuk bahan makanan asas itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.", "“Kalau macam mana pun bahan mentah naik, gas asli naik, kita (kerajaan) sentiasa berusaha mencari jalan terbaik agar rakyat masih dapat membeli gula dengan harga yang kita kawal dan rakyat tidak membayar lebih untuk harga gula,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengenai penurunan kuasa untuk membeli dalam kalangan pengguna ketika bulan puasa dan perayaan Aidilfitri baru-baru ini apabila harga barangan asas naik dengan ketara.", "Beliau menjelaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengawal 43 jenis barangan kawalan seperti minyak masak, beras dan RON95. ", "Sementara itu, beliau memaklumkan kuasa beli pengguna telah meningkat dalam tempoh enam bulan dan ia dibuktikan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun ini yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh. ", "Salahuddin berkata kadar inflasi bagi makanan bermasak telah turun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus hasil pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah.", "“Kementerian telah berusaha untuk meningkatkan kuasa beli ini,” katanya dan memaklumkan KPDN telah melaksanakan Jualan Rahmah di 3,500 lokasi dan 120 kawasan Parlimen di seluruh negara yang mencatatkan nilai jualan berjumlah RM52.6 juta setakat hari ini.", "Dalam sidang media selepas itu, Salahuddin berkata pihaknya menerima aduan mengenai kekurangan bekalan gula melibatkan beberapa kawasan di Kedah sejak semalam yang didapati berpunca daripada kelewatan penghantaran bekalan kepada peruncit. ", "Beliau berkata isu tersebut bagaimanapun berjaya diatasi sepenuhnya hari ini, hasil tindakan pantas penguat kuasa menerusi Ops Manis dengan pemeriksaan ke atas 214 pemborong, peruncit dan pengeluar gula di negeri itu.", "“Bekalan gula di peringkat pemborong utama di Kedah yang mendapat bekalan daripada MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) telah berjaya dipulihkan ke tahap 796.721 tan metrik,” katanya.", "Salahudin turut memberi jaminan bekalan gula menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada hujung bulan depan mencukupi dan KPDN akan mengumumkan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut, Khamis ini.", "Sementara itu, beliau berkata kementerian telah membuka saluran aduan rasmi berhubung kes penjualan semula tiket konsert kumpulan Coldplay pada harga tidak munasabah.", "“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan rasmi…sekiranya terdapat tindakan yang perlu diambil KPDN, kita akan berbuat demikian di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999,” katanya. - BERNAMA" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/tiada-subsidi-elektrik-bantuan-kewangan-haji-kepada-t20
[ "KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "“PADU akan dapat menyelaras semua angka-angka yang disebut. Ini sama dengan Bantuan Kewangan Haji, kepada B40 kita tambah. Bagi T20 tidak akan ada lagi tambahan atau pun subsidi daripada kerajaan. Mereka harus belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka dalam kalangan yang mampu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang ingin tahu dasar-dasar baharu dan drastik yang dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko pengucupan ekonomi dunia." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/agong-perkenan-lima-akta-diluluskan-parlimen
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan lima akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lepas.", "Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng berkata ia membabitkan Akta Perbekalan 2023; Perbekalan Tambahan (2022) 2023; Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023; Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.", "Alice turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 13 rang udang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lepas.", "Sementara itu, beliau berkata Hari Terbuka Parlimen selama dua hari yang diadakan pada 6 dan 7 Mei lepas telah mendapat sambutan yang baik, justeru ia akan dijadikan acara tahunan Parlimen.", "Pada 6 Mei lepas, buat julung kali Parlimen Malaysia 'membuka pintunya' kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari bagi memberi ruang mengenali lebih dekat peranan institusi itu sebagai badan perundangan tertinggi negara dan sejarahnya.", "Alice juga meminta semua Ahli Parlimen untuk mematuhi waktu yang ditetapkan ketika waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan Jawab Lisan bagi membolehkan soalan sehingga nombor 15 dapat dijawab setiap hari.", "Beliau juga menasihati agar Ahli Dewan Rakyat agar memakai pelitup muka sepanjang persidangan sebagai langkah pencegahan COVID-19 serta mengambil langkah bersesuaian menjaga diri masing-masing, memandangkan cuaca kini agak panas. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/malaysia-ambil-langkah-proaktif-tangani-islamofobia-pm
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "“Sering diingatkan bahawa sayugia (sepatutnya) kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru penting untuk diketengahkan fahaman yang lebih sederhana serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi di sini hari ini.", "Semalam, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan ulama terkenal Zimbabwe Dr Mufti Ismail Menk, Syeikh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Syeikh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia di Putrajaya.", "“Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini.", "“Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/22/dasar-baharu-lonjak-ekonomi-bantuan-guaman-antara-tumpuan-hari-pertama-dewan-rakyat
[ "KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi melonjakkan ekonomi negara dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia dijangka dibangkitkan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini.", "Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) kepada Perdana Menteri pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan.", "Pada sesi sama, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PN) turut bertanyakan Perdana Menteri sama ada kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Pembelaan Awam bagi menyediakan perkhidmatan bantuan guaman untuk kes jenayah di negara ini agar rakyat yang kurang berkemampuan turut mendapat akses kepada keadilan dan pembelaan sewajarnya.", "Dalam pada itu, Gobind Singh Deo (Damansara-PH) membangkitkan soalan kepada Menteri Komunikasi dan Digital berhubung inisiatif yang dilakukan kerajaan dalam mempromosikan perniagaan digital serta langkah yang diambil dalam membantu syarikat tempatan di pasaran global.", "Menteri Pertahanan pula dijadualkan menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-PN) mengenai kesiapsiagaan aset pesawa Sukhoi 30-MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya melibatkan alat ganti jet pejuang berkenaan berikutan sekatan ekonomi negara barat terhadap Rusia yang merupakan negara pengeluar asal pesawat terbabit.", "Selepas sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023.", "Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/lebih-ramai-pegawai-imigresen-ditugaskan-di-pintu-masuk-utama-negara-saifuddin
[ "PORT DICKSON: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menempatkan lebih ramai pegawai agensi itu di pintu masuk utama negara di Kuala Lumpur dan Johor pada masa akan datang mengikut keperluan bagi menambah kekuatan petugas sekali gus mengurangkan kesesakan di lokasi terbabit.", "Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebagai permulaan, seramai 100 pegawai yang menamatkan latihan hari ini akan ditugaskan di lokasi strategik iaitu Pintu Masuk Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor manakala 100 orang lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2, bermula esok.", "“… selain pasukan respons pantas yang kita tubuhkan secara ad hoc sebelum ini, saya optimis penugasan mereka juga meredakan isu kesesakan di pintu masuk,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas, Tinggi dan Pengurusan Keimigresenan Siri 1 Tahun 2023 di Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di sini hari ini.", "Kesemua pegawai terbabit adalah sebahagian daripada 222 orang yang menamatkan latihan itu dan bakinya akan ditempatkan di Bahagian Keselamatan dan Pasport Putrajaya, AIM serta JIM Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sarawak.", "Beliau juga berkata JIM telah menyumbang RM5.2 bilion kepada kutipan hasil negara pada 2022 termasuk melalui perkhidmatan agensi itu, kutipan hasil levi dan program seperti Rekalibrasi Tenaga Kerja.", "Katanya sepanjang tempoh 1 Jan hingga 18 Mei lepas, JIM telah melaksanakan sebanyak 3,147 operasi penguatkuasaan yang menyaksikan 35,387 individu diperiksa dan 21,125 pendatang tanpa izin ditahan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/lima-pelajar-tingkatan-lima-ditahan-bantu-siasatan-kes-buli
[ "BALIK PULAU: Lima pelajar tingkatan lima sebuah institusi pendidikan menengah di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Balik Pulau di sini, ditahan untuk membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan, Khamis lepas.", "Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua remaja lelaki berumur 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya selesai mengambil keterangan.", "Difahamkan, kejadian pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku kerana mangsa turun lewat untuk menunaikan solat subuh dan pelajar terbabit mengalami luka di badan selepas dipukul kumpulan senior itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/lelaki-cedera-parah-akibat-tertembak-ketika-memburu
[ "JERTIH: Seorang lelaki ditahan polis selepas tertembak rakannya dengan peluru penabur sehingga cedera parah ketika memburu di hutan Rasil, Hulu Besut dekat sini awal pagi semalam (Sabtu).", "Ketua Polis Daerah Besut Supt. Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai tertembak mangsa berusia 32 dalam kejadian antara 12 tengah malam dan 1 pagi ketika mereka bersama-sama keluar memburu pelanduk di hutan tersebut.", "\"Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan membawa selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri bagi tujuan memburu pelanduk.", "\"Semasa perjalanan pulang, suspek mendakwa telah tertarik picu senjata api berisi peluru yang dibawanya menyebabkan peluru terkena mangsa yang berada di belakang suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Beliau berkata lagi, akibat tembakan itu sebahagian badan mangsa dipenuhi lebih 50 biji peluru bebola bersaiz kecil termasuk di leher dan lengan.", "Menurut Abdul Rozak lagi polis menerima laporan mengenai seorang lelaki terkena tembakan yang mendapatkan rawatan di Hospital Besut kira-kira 2 pagi hari kejadian.", "Katanya susulan kejadian itu suspek yang bekerja sendiri telah ditahan dan polis turut merampas selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri itu.  ", "Abdul Rozak berkata saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia direman selama empat hari bermula hari ini hingga Rabu bagi membantu siasatan.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu mendatangkan cedera dengan sepucuk senjata tanpa alasan sah dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki senjata api atau amunisi tanpa lesen atau permit yang sah. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/penggunaan-alat-timbang-neraca-dimansuh-dalam-tempoh-setahun-salahuddin
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan akan memansuhkan penggunaan alat timbang neraca sepenuhnya dalam tempoh setahun dari sekarang dan akan digantikan dengan alat penimbang elektronik, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.", "“Pada masa ini, hanya 25 peratus alat timbang elektronik digunakan di seluruh negara, dan KPDN turut merancang untuk mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak, bagi mengatasi isu berkaitan timbang dan sukat ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Metrologi Sedunia di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.", "Salahuddin berkata dalam proses melaksanakan penggunaan penimbang baharu itu, kerajaan akan turut memberi perhatian terhadap isu berkaitan kecukupan bekalan dan harga alat tersebut, bagi memberi masa kepada peniaga mendapatkan alat timbang itu.", "Sempena Hari Metrologi itu, penganjur sambutan tersebut De Metrology Sdn Bhd menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Most Measuring Instruments kerana mencatat 3,197 jumlah verifikasi alat timbang dan sukat iaitu paling banyak dalam tempoh sehari pada 16 Mei lepas. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/barista-rugi-lebih-rm6000-disamun-ketika-pulang-kerja
[ "KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 30 tahun kerugian lebih RM6,000 selepas disamun seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Sentul Utama, di sini Jumaat lepas.", "Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata dalam kejadian 10 malam itu, mangsa yang pulang dari kerja menaiki lif untuk ke rumahnya di tingkat lima pangsapuri berkenaan dan dalam lif itu juga terdapat suspek yang memakai topi keledar, baju dan seluar hujan berwarna hitam.", "Beliau berkata suspek kemudian keluar di tingkat empat manakala mangsa yang bekerja sebagai barista di sebuah kafe di ibu negara meneruskan perjalanan ke rumahnya di tingkat lima.", "“Semasa mangsa keluar dari lif di tingkat lima, suspek telah muncul di hadapan mangsa dan menghunus pisau ke perut mangsa sebelum mengarahkan mangsa mengeluarkan semua barangan peribadi antaranya sebuah telefon bimbit, kad bank serta dokumen peribadi yang bernilai kira-kira RM6,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan identiti suspek boleh menyalurkan kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/msu-rai-konvokesyen-ke-31-berhasrat-melahirkan-100-jutawan
[ "Oleh Yovinka Devi\nSHAH ALAM: Seramai 1,532 pelajar daripada 102 program pengajian tamat pengajian pada Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-31 di sini pada Sabtu lepas.", "Menganugerahkan ijazah pada acara tiga sesi yang diadakan selama dua hari itu ialah Canselor MSU Raja Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.", "Turut hadir Presiden MSU Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Naib Canselor MSU Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid dan pasukan pengurusan kanan universiti.", "Seramai 40 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam lima kategori daripada Kelas 2023 yang disertakan dengan plak, wang tunai dan biasiswa daripada Yayasan MSU.", "Sementara itu, Anugerah Pingat Emas Canselor yang menjadi impian dimenangi oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) Dr Danielle Valerinna Charles.", "Danielle dari Julau, Sarawak kini merupakan seorang pereka grafik bebas, menunggu penempatan housemanship. Graduan berusia 25 tahun itu berhasrat untuk menjadi pakar bedah trauma kecemasan yang berpangkalan di Hospital Umum Sarawak.", "Anugerah Presiden dimenangi oleh Doktor Falsafah (Pengurusan/ Perniagaan) Ahmed Ali Jaleel, bersama Sarjana Muda Teknologi Kardiovaskular (Kepujian) Muhammad Aidil Azami dan Diploma Seni Kulinari Aida Qistina Uzma Mohd Yusoff. Sementara itu, Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) Umassree Murugesan merangkul Anugerah Cemerlang Mohd Shukri Yajid. Turut diraikan ialah 23 penerima Anugerah Akademik dan 12 Anugerah Perindustrian.", "Dalam perkembangan lain, MSU bakal melahirkan 100 jutawan dalam kalangan graduan universiti itu yang kini menjadi pemain industri dalam pelbagai bidang.", "“Bagi mencapai objektif itu, kita akan memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kemahiran keusahawanan di MSU untuk alumni ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen MSU Ke-31.", "“Selepas pandemik COVID-19, kami mahu memastikan pelajar kami bukan sahaja diterima pasaran kerja tetapi mereka mencipta pekerjaan sendiri dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS).", "“Ini menjadi tumpuan kami untuk mewujudkan kursus kelayakan mikro (jangka pendek) untuk alumni kami lebih berjaya dalam bidang keusahawanan seperti berasaskan teknologi dan teknologi kewangan (fintech),” tambahnya.", "Rakan kongsi industri MSU yang menyumbang kepada Anugerah Perindustrian termasuklah Institut Jantung Negara, Airport and Aviation Services (Sri Lanka) (Swasta) Limited, Allianz Malaysia Berhad, Fire Fighter Industry Sdn Bhd, Mega Fortris (Malaysia) Sdn Bhd, Jalen Sdn Bhd, Hazara Boutique, CBL Foods International Pvt Ltd, BJC Foods (Malaysia) Sdn Bhd dan Alpha Meditec." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/everest-tawan-kita-tahun-ini-ravichandran-sebak-insiden-menimpa-pendaki-negara
[ "SEPANG: \"Selalu kita yang tawan Gunung Everest tetapi tahun ini Everest yang tawan kita,\" kata pendaki solo negara, T Ravichandran dalam nada sebak mengimbau pengalamannya bersama Allahyarham Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub dan pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang.", "Allahyarham Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia pada Jumaat lepas (19 Mei) selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest manakala Muhammad Hawari, 33, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848 meter.", "\"Tahun ini adalah kali kedua kami berjumpa dalam misi menawan Gunung Everest. Kali ini saya berada di hadapan mereka dan saya turun dari Gunung Everest menempuhi cabaran getir dalam keadaan cuaca ekstrem,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini, sebaik tiba dari Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023.", "Menurut Ravichandran pada 17 Mei dia berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan mengibar Jalur Gemilang dan bendera penaja di atas gunung itu namun ketika turun dari Gunung Everest pada 18 Mei untuk menawan Gunung Lhotse (gunung keempat tertinggi dunia dengan ketinggian 8,516 meter) dia terpaksa diselamatkan dan dibawa ke Kathmandu untuk rawatan kerana kecederaan jari akibat radang dingin.", "Sebagai rekod, misi Ravichandran, 58, dalam Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 ialah untuk melakar rekod sebagai pendaki pertama Malaysia menawan puncak Gunung Lhotse selepas mengibarkan bendera di puncak Gunung Everest dalam tempoh 24 jam.", "Mengenai nasib dua pendaki Malaysia itu, Ravichandran berkata: \"Tanpa saya sedar (rupanya) Awang Askandar dan Muhammad Hawari juga menghadapi masa yang sukar. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka”.", "Muhammad Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah dalam misi Malaysia Everest 2023.", "Menurutnya walaupun berbeza pasukan dengan Allahyarham Awang Askandar dan Muhammad Hawari namun mereka sering berjumpa di Everest Base Camp (EBC) untuk rehat dan minum bersama.", "\"Pendaki biasanya mesra apatah lagi dalam keadaan lima sahaja orang Malaysia, oleh itu kita sangat rapat macam keluarga tidak kira bangsa, agama dan faktor usia. Pada hari menghala ke puncak Everest, Muhammad Hawari bersama saya dari Khemah 1 ke Khemah 2. Beliau seorang yang baik, walaupun bisu dan pekak namun setiap kali jumpa, kita selalu memulakan dengan pelukan dan ketuk kepala masing-masing,\" katanya menitiskan air mata.", "Beliau berkata insiden kali ini memberi impak mendalam kepada mentalnya namun beliau berharap generasi muda tidak takut dengan dunia pendakian yang sentiasa penuh cabaran dan risiko.", "\"Everest menawan kita tahun ini...tahun lepas kita balik dengan bangga namun tahun ini berbeza kerana kehilangan nyawa, setakat ini mencatat 10 orang termasuk pendaki dari Malaysia iaitu Awang Askandar berbanding tiga orang pada tahun lepas. Luka tahun ini agak mendalam dari segi mental,\" katanya.", "Menurut Ravichandran setiap kesilapan dan kekalahan yang dialami pendaki Everest Malaysia perlu dikaji semula antaranya faktor cuaca, teknikal dan latihan untuk mengurangkan risiko dalam misi menawan gunung tertinggi di dunia itu.", "\"Orang selalu fikir dana sahaja penting tetapi bukan, kerana banyak aspek perlu diurus dengan tepat untuk mengurangkan risiko. Kita kena mengambil inisiatif dengan serius dan tidak pandang rendah pada risiko ketika misi menakluk Gunung Everest,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/fama-sasar-buka-14-pasar-tani-baharu-tahun-ini
[ "Pemangku Ketua Pengarah FAMA  Abdul Rashid Bahri berkata setakat ini lima pasar tani baharu telah dibuka kepada orang ramai selepas kajian daripada semua aspek dijalankan.", "\"Sebelum membuka satu-satu outlet baharu, FAMA akan buat kajian pasaran yang mengambil kira faktor kepadatan penduduk, bilangan pasar raya berhampiran, kuasa beli penduduk dan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).", " \"Selain itu ia juga bergantung kepada bajet dan kesesuaian tapak untuk pembukaan outlet untuk program pemasaran. Setakat ini terdapat 250 pasar tani di seluruh negara,\"  katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Sokongan Pemasaran usahawan Negeri Terengganu di Pejabat FAMA Terengganu di sini, hari ini.", "Dalam pada itu Abdul Rashid berkata FAMA juga sentiasa memberi ruang kepada usahawan atau petani memasarkan produk mereka di fasiliti milik agensi berkenaan.", "Menurut beliau FAMA mempunyai pelbagai kaedah pemasaran termasuk outlet, pasar tani, pasar tani kekal, Agro Bazar Online dan rakan pemasaran strategik lain yang efektif dan boleh disesuaikan dengan apa juga bentuk perniagaan.", "\"(Petani atau usahawan) boleh datang jumpa dan kami akan nasihatkan apa program pemasaran sesuai buat mereka,\" katanya pada program yang turut dihadiri Pengarah FAMA Terengganu Nukman Hashim.", "Selain itu katanya para petani atau usahawan juga boleh menggunakan perkhidmatan bilik sejuk FAMA di 40 pusat operasi untuk tujuan penyimpanan produk berlebihan pada kadar sewa yang berpatutan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/polis-jalankan-siasatan-lanjut-kes-buli-pelajar-sekolah
[ "BUTTERWORTH: Siasatan awal polis mendapati kes buli yang berlaku di sebuah sekolah  menengah di sini pada Jumaat lepas membabitkan dua kejadian berasingan melibatkan dua mangsa iaitu pelajar lelaki tingkatan satu dan dua.", "Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata pihak polis ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti punca sebenar kedua-dua kejadian buli tersebut.", "\"Berdasarkan siasatan mendapati dua kes berasingan itu berlaku pada hari sama iaitu pada 19 Mei lalu dan ia membabitkan dua mangsa yang yang dipukul beberapa pelajar lain di dalam tandas lelaki dipercayai di sekolah tersebut.", "\"Kes pertama berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari iaitu mangsa merupakan pelajar tingkatan dua telah dipukul oleh seorang pelajar tingkatan tiga manakala kes kedua pula pada 3 petang.", "\"Dalam kes kedua, mangsa merupakan pelajar tingkatan satu telah dipukul oleh sembilan pelajar senior dan siasatan kami mendapati mangsa kedua-dua kes tersebut dipukul menggunakan tangan serta kaki tanpa sebarang objek lain,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Katanya bagi kes kedua, pihak polis  berjaya menahan sembilan remaja lelaki berusia 14 hingga 16 tahun yang juga pelajar tingkatan dua hingga empat di  sekolah sama.", "Mohd Asri berkata susulan penahanan mereka, polis merampas enam telefon bimbit bagi membantu siasatan kedua-dua kes itu yang videonya berdurasi 24 dan 34 saat tular di media sosial sejak Jumaat lepas.", "Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya turut menasihati orang ramai agar tidak terus menularkan video buli itu kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.", "\"Kes pertama disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan orang manakala kes kedua pula disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,\" katanya.", "Terdahulu sejak Jumaat, tular di media sosial dua kejadian buli berasingan di sekolah yang sama dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang marah dengan tindakan tersebut.", "Antaranya sebuah klip video berdurasi 34 saat memaparkan seorang murid lelaki ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh beberapa murid dipercayai berlaku dalam sebuah tandas.", "Kebanyakan mereka termasuk mangsa serta sekumpulan murid yang turut kelihatan menjadi 'penonton' aksi buli itu dilihat memakai pelitup muka dan berpakaian sukan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/kecoh-antara-penyokong-perak-fc-dan-selangor-fc-empat-lelaki-ditahan
[ "IPOH: Polis menahan empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun dalam kekecohan yang berlaku antara penyokong pasukan bola sepak Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak di sini, semalam.", "Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan hari ini berkata polis mengesahkan kejadian itu berlaku pada pukul 9.17 malam setelah pihaknya mengesan satu video tular memaparkan berlakunya kekecohan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.", "\"Ujian saringan air kencing terhadap seorang daripada tahanan mendapati positif dadah jenis TFC (ganja),\" katanya menambah keadaan kekecohan dapat dikawal pasukan polis bertugas di lokasi kejadian.", "Yahaya berkata kesemua tahanan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.", "Justeru, beliau menyeru orang awam yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat (video atau gambar) mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, ASP Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 untuk membantu siasatan.", "Media melaporkan perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak malam tadi dicemari insiden pergaduhan membabitkan penyokong dua pasukan itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/inisiatif-menu-rahmah-tidak-dingin-masih-dapat-sambutan
[ "JOHOR BAHRU: Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak “dingin” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.", "Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hal ini kerana semenjak ia dilancarkan pada 27 Jan lepas, pelbagai pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya masih meneruskan inisiatif itu sehingga kini.", "“Pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya dan sebagainya kita lihat apabila sudah masuk (sertai) inisiatif Menu Rahmah, mereka tidak keluar setakat ini.", "Saya juga turun padang dan dapati inisiatif ini masih ditunjangi oleh pemain industri dan malah bertambah lagi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Insiatif Payung Rahmah Bersama MOG Eyewear di pusat beli belah Johor Bahru City Square, di sini semalam.", "Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa insiaitif Menu Rahmah kini semakin dingin dan kurang mendapat sambutan. ", "Beliau berkata sambutan inisiatif Menu Rahmah dapat dilihat menerusi beberapa penyertaan baharu seperti Foodpanda Malaysia yang meluaskan capaian Menu Rahmah kepada rakyat negara ini.", "Secara keseluruhannya, beliau berkata kepelbagaian inisiatif Rahmah juga adalah semakin meluas, antaranya tawaran Menu Rahmah untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan terbaharu kerjasama dengan syarikat menjual cermin mata MOG Eyewear.", "Terdahulu, Salahuddin berkata MOG Eyewear di bawah pengurusan Metro Optical Group itu, antaranya menawarkan harga pakej Rahmah bagi pembelian cermin mata pada harga RM50 dan RM100.", "Selain itu katanya, MOG Eyewear yang mempunyai 96 buah kedai seluruh negara, turut menawarkan pakej naik taraf kanta kepada blue cut lens dengan pelindungan sinaran ultraungu pada harga RM100, dengan pembelian salah satu daripada pakej pembelian cermin mata. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/kumpulan-pertama-284-jemaah-haji-berlepas-ke-tanah-suci-hari-ini
[ "SEPANG: Kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia bakal berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.", "Penerbangan Malaysia Airlines MH8056 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah itu akan berlepas pada 2.05 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz pada 5.50 pagi waktu tempatan.", "Majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif Haji TH merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.", "Pada majlis itu, Syed Hamadah berkata seramai 31,600 jemaah haji yang merupakan kuota penuh rasmi negara akan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima tersebut.", "“Alhamdulillah, operasi haji tahun ini sudah kembali seperti sebelum wabak COVID-19 melanda. Insya- Allah, TH telah bersedia menyantuni kesemua jemaah haji negara dengan kerjasama petugas haji termasuk kakitangan dari agensi lain bagi memastikan perjalanan mereka lancar,” katanya. ", "Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 bagi 2022.", "Lapan stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri antaranya di Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Alor Setar, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuching, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah dan KLIA. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/21/mayat-dalam-tangki-najis-polis-sedang-kesan-lapan-suspek-rakan-serumah
[ "SERI ISKANDAR: Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh dalam sebuah tangki najis, di Kuala Kangsar pada 14 Mei lepas.", "“Kita telah kenal pasti (suspek) dan kita sekarang sedang mengesan mereka bagi melengkapkan kertas  siasatan untuk dirujuk ke DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dan tindakan selanjutnya.", "“Jadi berilah masa kepada pihak berkuasa dan kami menjalankan siasatan dan mengesan suspek-suspek ini,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Perak Tahun 2023 di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Bota dekat sini malam tadi.", "Pada 15 Mei, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata polis sedang mengesan pasangan suami isteri yang juga rakan serumah mangsa dipercayai telah melarikan diri, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/agong-berkenan-terima-ijazah-kehormat-doktor-falsafah-kepimpinan-uiam
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) Kepimpinan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).", "Anugerah itu disampaikan pada istiadat konvokesyen khas sempena sambutan ulang tahun ke-40 universiti berkenaan oleh Ketua Perlembagaan UIAM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.", "Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penganugerahan itu adalah sebagai penghargaan kepada Seri Paduka yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Julai 2019.", "“Sikap keprihatinan Tuanku membantu rakyat dan memberikan semangat kepada warga barisan hadapan untuk sama-sama bangkit dan melawan COVID-19,\" menurut kenyataan itu. ", "Selain itu, UIAM berkata ketokohan serta kepimpinan baginda terserlah apabila kemelut politik yang melanda negara dirungkaikan dengan penuh berhemah dan profesional.", "Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada UIAM serta berbesar hati dianugerahkan ijazah kehormat doktor falsafah kepimpinan itu dan bertitah bahawa ia bukan sahaja pencapaian baginda tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.", "“Beta telah menimba banyak pengalaman dalam perihal kepimpinan dan memahami kepentingannya secara langsung ketika melaksanakan tugas beta terutama sejak lima tahun lepas.", "Al-Sultan Abdullah bertitah beberapa tahun kebelakangan ini sejak menaiki takhta, baginda mula menyedari kepentingan peranan yang dimainkan oleh kepimpinan dalam usaha menyatu padu dan memacu Malaysia ke hadapan selain merebut peluang serta memupuk kemakmuran sebagai sebuah negara.", "\"Tanpa rakyat, tiada kepimpinan. Bak kata pepatah Melayu 'tiada rakyat, tiada pemimpin'.  Sebagai Yang di-Pertuan Agong, beta sanggup mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada ‘rakyat’ dan mempromosi kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan beta.", "\"Beta sentiasa prihatin dengan perjuangan serta kesusahan mereka, dan saya menjiwai nasib mereka sambil menggalakkan aspirasi mereka untuk berjaya,\" titah baginda.", "Al-Sultan Abdullah juga bertitah seorang pemimpin harus sentiasa mengutamakan keperluan rakyat melebih diri sendiri dan memimpin melalui teladan selain berusaha memberikan impak positif terhadap kehidupan orang lain.", "Turut hadir Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Presiden UIAM Tan Sri Samsudin Osman. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/video-buli-polis-tahan-sembilan-remaja-lelaki
[ "GEORGE TOWN: Polis menahan sembilan remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Butterworth baru-baru ini, yang tular di media sosial sejak semalam.", "Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata mereka yang ditahan secara berasingan di sekitar Butterworth semalam terdiri daripada lapan pelajar sekolah dan seorang sudah tidak bersekolah.", "\"Saya mengesahkan polis menahan sembilan remaja lelaki berhubung dua video membabitkan dua kes pergaduhan dipercayai berbeza di sekolah yang sama itu, semua mereka ditahan secara berasingan semalam.", "\"Pegawai penyiasat (kes itu) sedang mengambil rakaman percakapan kesemua tangkapan dan kemungkinan kita akan membenarkan diberi jamin polis pada hari ini memandangkan mereka pelajar sekolah serta bawah umur,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Terdahulu tular di media sosial dua insiden pergaduhan berasingan di sekolah yang sama dan rata-rata netizen marah dengan tindakan kumpulan remaja itu. ", "Antaranya sebuah klip video berdurasi 32 saat memaparkan seorang murid lelaki ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh beberapa murid dipercayai berlaku dalam tandas.", "Kebanyakan mereka termasuk mangsa serta sekumpulan murid yang menjadi 'penonton' aksi buli itu dilihat memakai pelitup muka dan berpakaian sukan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/bilangan-kes-hfmd-melepasi-paras-amaran-kebangsaan
[ "PUTRAJAYA: Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19 (7- 13 Mei).", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata Selangor menyumbang kes tertinggi iaitu 2,443 kes atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti Sabah iaitu 1,505 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (977), Johor (915), Sarawak (750) manakala negeri-negeri lain melaporkan sekitar atau kurang daripada 700 kes.", "Beliau berkata bagi tahun ini setakat ME19, sebanyak 9,822 kes dilaporkan dan walaupun ia lebih rendah berbanding kes dilaporkan pada 2022 bagi tempoh sama iaitu 31,622, terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME18 (30 April-6 Mei) yang melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes HFMD seminggu.", "\"Berdasarkan survelan enterovirus pada tahun ini, dua virus utama penyebab HFMD dikesan dalam kalangan kes yang sampelnya diambil iaitu Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Tiada kes HFMD yang dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes kematian HFMD,\" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Dr Muhammad Radzi berkata kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 8,587 kes atau 87.4 peratus.", "\"Institusi tempat perhimpunan kanak-kanak merupakan antara tempat yang dilihat sering berlaku penularan HFMD sehingga kadang-kala boleh berlaku kluster HFMD. Ini terutamanya jika kebersihan persekitaran tidak dijaga dan kanak-kanak dijangkiti hadir ke institusi,\" katanya.", "Beliau berkata sejumlah 273 kluster dilaporkan pada 2023 sehingga 13 Mei lepas iaitu sebanyak 170 kluster dengan 675 kes dilaporkan berlaku di taska, tabika, tadika, prasekolah dan pusat jagaan harian, manakala selebihnya iaitu 101 kluster, berlaku di rumah persendirian dan dua kluster berlaku di sekolah.", "Berikutan peningkatan kes HFMD, Dr Muhammad Radzi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes itu.", "Antaranya ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya tidak membawa anak mereka ke tempat awam, sekolah, taska, tadika dan pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.", "Selain itu, katanya, orang ramai perlu mengamalkan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh atau merawat lepuh; membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin dan memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.", "Beliau berkata pengusaha dan pengasuh di taska, tadika dan tabika pula perlu sentiasa memastikan kebersihan premis termasuk peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak dan membuat saringan di pintu masuk.", "Pengusaha taman permainan dalam dewan dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM) juga disaran melakukan saringan di pintu masuk premis mereka dan melakukan pembersihan dan pembasmian kuman sekurang-kurangnya dua kali sehari. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/tarikh-keputusan-spm-2022-tunggu-pengumuman-kpm
[ "“Selagi tidak ada pengumuman daripada mulut saya dan Datuk KP (Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali) itu tidak betul. Terlalu banyak spekulasi, tetapi percayalah bila pun tarikhnya keputusan anak-anak tetap sama,” katanya.", "Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.", "Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai poster tular memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/ahli-penyokong-dap-wajar-undi-calon-umno-dalam-prn
[ "KULAI: Semua ahli dan penyokong DAP di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, wajar memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO demi masa depan yang baik untuk negara.", "Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata mereka perlu mengetepikan sebarang perbezaan yang mungkin wujud sebelum ini bagi memastikan kestabilan politik di peringkat pusat dan juga negeri.", "\"Sekarang kami duduk dalam kerajaan perpaduan, jadi semua parti politik kerajaan yang bertanding dalam PRN perlu menang untuk pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan. DAP pasti mahu memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi, dan kami juga berharap rakan komponen seperti PKR, Amanah dan UMNO turut menang di kawasan mereka.", "\"Mandat daripada rakyat adalah penting, jadi sekiranya semua parti politik dalam kerajaan perpaduan boleh menang  besar, ini adalah satu tanda bahawa rakyat yakin dengan kemampuan dan pencapaian kami,\" katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Amal Putra IOI di sini hari ini.", "Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Naib Pengerusi DAP Johor itu berkata pihaknya akan terus menyantuni pengundi daripada pelbagai latar belakang seperti yang telah dilakukan sejak dahulu selain meminta sokongan diberi kepada calon-calon UMNO dalam PRN akan datang bagi mengelak kemenangan kepada pembangkang.", "Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor berkata pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN diminta memangkah calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/15-sekolah-di-kuala-lumpur-terjejas-akibat-ribut
[ "KUALA LUMPUR: Kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda ibu negara petang semalam mengakibatkan 15 sekolah mengalami pelbagai kerosakan seperti bumbung bangunan tercabut dan pokok tumbang.", "Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur sedang menjalankan semakan dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis dan tahap kerosakan.", "“Buat masa ini, JKR menasihatkan pihak sekolah termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar supaya mengelak daripada memasuki kawasan terjejas sehingga keselamatan lokasi berkenaan dipastikan terlebih dahulu,” katanya dalam hantaran di Facebook di sini hari ini.", "Menurutnya Kementerian Kerja Raya melalui JKR akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan usaha menyiasat, membaik pulih dan mengawal keselamatan dapat diselaraskan dengan sebaik dan secepat mungkin.", "Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) Yaacob Latif, SK Salak South, SK Danau Perdana, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Imbi, SK Cochrane, SMK (P) Methodist.\nTurut terjejas SK Setapak, SK Kg Bharu, SMK Puteri Wilayah (Asrama), SMK Seri Titiwangsa, SK Kementah, SMK Taman Melati, SMK Jinjang dan SK Seri Nilam.", "Nanta berkata pihak kementerian turut menerima laporan kerosakan beberapa unit kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur membabitkan bumbung dan sengkuap (awning) yang tercabut akibat kejadian itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/kanak-kanak-11-tahun-remaja-lelaki-ditemukan-lemas-di-sungai-masai
[ "PASIR GUDANG: Seorang kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Masai berhampiran Pangsapuri Sri Intan, Bandar Seri Alam di sini, malam tadi. ", "Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Danish Ahmad, 11, dan Zahir Ajmal Mohd Idris, 13.", "Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan teknik 'surface searching' serta selaman oleh pasukan penyelamat di air (PPDA).", "\"Mohd Danish berjaya dijumpai kira-kira pukul 5.06 pagi, manakala Zahir Ajmal dijumpai pada pukul 7.38 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas, dan kedalaman air dianggarkan kira-kira tiga meter.", "\"Jenazah mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.33 pagi, \" katanya menerusi kenyataan hari ini. ", "Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.31 malam sebelum 13 anggota dari BBP Pasir Gudang dan enam anggota PPDA dari BBP Skudai digegaskan ke lokasi kejadian. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/malaysia-mahu-terus-bekerjasama-dengan-as-dalam-isu-iklim
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia berharap akan dapat terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam isu melibatkan peralihan tenaga boleh diperbaharui, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi.", "Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, John Kerry, semalam.", "Menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini, Anwar memaklumkan dalam perbualan berkenaan pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia turut dibincangkan.", "“Saya juga telah menekankan bahawa Amerika Syarikat sebagai salah satu negara maju wajar menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.", "“Ia boleh dilakukan dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/cuaca-panas-murid-guru-boleh-terus-pakai-baju-sukan
[ "KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.", "\"KPM tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu dan mendapat pedoman dari KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sentiasa memantau cuaca dan suhu untuk pastikan kita dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar ", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.", "Pada majlis tersebut, Fadhlina turut melancarkan Pakej Guru EL30 dan M40 yang merupakan kerjasama strategik Yayasan Didik Negara (YDN) dan CelcomDigi.", "Pada 3 Mei lalu, KPM memberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/keselamatan-siber-satu-tanggungjawab-bersama-perlu-penglibatan-semua-pihak
[ "Beliau berkata demikian ketika berucap pada\nmajlis perasmian Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.", "“Kemajuan teknologi yang pesat telah membawa banyak manfaat, namun ia juga telah membuka ruang baharu untuk ancaman dan serangan siber,” ujarnya. ", "“Saya menggalakkan setiap orang daripada kamu untuk melibatkan diri dalam perbualan yang bermakna, bertukar-tukar idea dan membentuk perkongsian yang akan menyumbang kepada sebuah ekosistem digital yang lebih selamat,” katanya.", "Terdahulu, Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023 yang berlangsung selama tiga hari mulai 19 Mei merupakan anjuran Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/pewaris-bayar-cukai-kjaan-belum-cadang-pinda-akta
[ "PONTIAN: Kerajaan belum bercadang untuk meminda Akta Cukai Pendapatan berhubung pentadbir atau pewaris harta kepada pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia untuk membayar cukai si mati.", "Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sekiranya pindaan itu tidak dilaksanakan dikhuatiri rakyat akan kurang motivasi dan rasa tanggungjawab untuk membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).", "\"Kita sudah bermesyuarat. Setakat ini kita mengekalkan. Belum ada pindaan apa-apa. (Namun) Kita berpandangan jika tidak dibuat begitu ada pihak tidak bertanggungjawab dan tidak bermotivasi untuk membayar cukai. Dia menunggu dirinya mati kerana apabila mati segala hutang tidak perlu dibayar dan selesailah segala hutang piutang dengan LHDN. ", "\"Perkara itu sudah ada dalam akta dan LHDN memaklumkan jumlah yang dikenakan adalah jumlah pendapatan sehingga kematiannya yang perlu dicukaikan. Waris jika mempunyai keupayaan eloklah membayar cukai,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Raya Penulisan Puisi Johor di sini semalam.", "Pada 11 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Nizom Sairi dilaporkan berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati termasuk pengurusan cukai pendapatan.", "Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.", "Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia.", "Ini susulan perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara itu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/akta-baharu-penyalahgunaan-dadah-bolehkan-penagih-selain-dadah-jalani-rawatan-di-bawah
[ "KAJANG: Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kata Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.", "Beliau berkata pada masa ini rawatan dan pemulihan penagih selain dadah seperti penagihan daun ketum bukan di bawah bidang kuasa AADK.", "“Yang kita titik berat sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih, contohnya untuk ketum, siapa yang menagih,” katanya katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK di Ibu Pejabat AADK di sini, semalam.", "Menurut Sutekno dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu.", "Draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/kerajaan-komited-tingkat-pelaburan-langsung-asing-domestik
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk menambah baik dan memperkasa ekosistem serta landskap pelaburan negara bagi meningkat dan mengekalkan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara dengan melaksanakan satu inisiatif yang, antara lainnya, akan menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan. ", "\"Langkah ini amat penting dalam memastikan pendekatan menyeluruh kerajaan dari segi aktiviti penggalakan pelaburan negara secara lebih tersusun, cekap dan teratur.", "“Ini juga akan memastikan Malaysia dapat mengoptimumkan sumber sedia ada bagi mengatasi isu pertindihan tanggungjawab antara IPA sekali gus menjamin penyampaian perkhidmatan IPA yang lebih berkesan.", "“Tadbir urus IPA juga merupakan faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,\" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.", "Anwar berkata, perkara ini dibincangkan semasa Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bil 1/2023 dipengerusikan beliau yang diadakan buat pertama kali selepas diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas. ", "Anggota tetap Majlis terdiri daripada Menteri Kewangan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Menteri Ekonomi; Gabenor Bank Negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.", "Majlis itu juga bertanggungjawab untuk menangani isu dan cabaran utama dalam pelaksanaan projek pelaburan, terutamanya yang melibatkan pelaburan strategik dan berimpak tinggi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut.", "“Dalam usaha untuk menyelaras aktiviti penggalakan pelaburan dengan lebih berkesan dan meningkatkan keupayaan IPA dari segi keutamaan strategik, fungsi, sumber manusia, ciri organisasi dan dasar tadbir urus, penyusunan semula ekosistem IPA negara akan dimulakan dengan pelan penyelarasan fungsi dan peranan IPA secara berfasa,” kata Anwar.", "Menurut Perdana Menteri, pengukuhan fungsi penyelenggaraan akaun dan pemantauan oleh IPA serta pemusatan pelaporan maklumat terkini pelaburan di bawah satu platform atau dashboard tunggal juga akan menangani isu pelabur secara tangkas serta menyokong penggubalan dasar untuk pembangunan industri, insentif galakan pelaburan dan memudahcara perjalanan pelabur serta fasilitasi pelaburan yang berkesan.", "“Hasrat ini adalah selaras dengan teras strategik di bawah Dasar Pelaburan Baharu (NIP) berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang menggariskan keperluan untuk menilai semula landskap IPA negara agar lebih terancang sekali gus memudahkan perjalanan pelabur,” katanya.", "Mesyuarat MPN kali pertama itu juga turut membincangkan mengenai pemantauan projek pelaburan khususnya hasil potensi pelaburan menerusi program Misi Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan yang diketuai Anwar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz", "Jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi Suku Pertama (S1) tahun 2023 adalah sebanyak RM71.4 bilion, iaitu peningkatan 59.7 peratus berbanding S1 2022 (RM44.7 bilion), merangkumi 1,265 projek yang berpotensi menjana hampir 24,000 pekerjaan bagi rakyat Malaysia. ", "“Kerajaan yakin dasar dan strategi yang digubal akan memperkasakan ekosistem pelaburan dan merancakkan aktiviti pelaburan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara serta mengembalikan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini,” kata Anwar. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/20/remaja-lelaki-lemas-ketika-menjala-ikan-bersama-rakan-di-kulai
[ "KULAI: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika menjala ikan bersama-sama rakannya di sungai berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Merbau 3, Bandar Putra di sini, petang semalam. ", "Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Mohd Omar berkata Amirul Ikhwan Muhammad Khairul Amin, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. ", "Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.53 petang dan sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' (FRT) dari BBP Bandar Baru Kulai dengan kekuatan enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian.", "\"Pasukan Keluaran Operasi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan Amirul Ikhwan dilaporkan hilang dengan menggunakan teknik 'surface searching'." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/mekanisme-terbaik-diteliti-tingkat-potensi-seni-budaya
[ "Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, langkah itu termasuk mengenal pasti rakyat dari luar negara yang cenderung menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.", "\"Ini adalah antara yang perlu dikaji dan dilaksanakan kerana kepentingannya adalah memahami dari segi siapa, tumpuan tarikan itu pada negara mana. ", "\"Saya percaya bahawa ia adalah sesuatu yang perlu atau mungkin telah dilaksanakan sebelum ni, tetapi akan diperbaiki dan dipermudahkan lagi supaya dapat menarik pelancongan,\" ujarnya.", "Hanifah berkata, langkah mempromosikan budaya Sabah dan Sarawak di Semenanjung bukan sahaja membuka ruang teroka ekonomi baharu bagi pengusaha tempatan, malah turut merapatkan lagi jurang antara kaum di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. ", "\"Dengan kehadiran dari peserta Sabah dan Sarawak di sini adalah cara yang baik untuk mengetengahkan keunikan budaya yang ada di dua negeri berkenaan.", "\"Mereka yang tidak datang ke Sarawak dan Sabah mungkin tidak mengetahui kelainan yang ada di negeri-negeri ini, namun mereka akan terpesona dengan keunikan budaya kita yang masih berpegang kepada asas budaya yang utuh,\" jelas Ahli Parlimen Mukah itu.", "Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof turut meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat reruai jualan di festival tiga hari bermula hari ini hingga Ahad itu, selain beramah mesra dengan penjual dan pengunjung.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/komitmen-dukungan-berterusan-perkasa-wanita-dalam-ekonomi-kewangan-dan-sosial
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan komitmen dan dukungan berterusan kepada segala usaha memperkasa kaum wanita khususnya dalam sektor ekonomi, kewangan dan sosial, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Anwar, yang menghadiri majlis perasmian pembukaan edisi ke-30 Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023 di Putrajaya hari ini berkata menerusi pelbagai inisiatif dan program yang dirangka, beliau percaya wanita akan terus diberi peluang yang adil dan saksama untuk berjaya dalam pelbagai bidang.", "\"Saya mengharapkan (melalui) kerjasama serta pertukaran idea ini kita dapat memperluas ruang gerak dan peluang untuk memajukan hak dan kepentingan wanita di dunia dan khususnya di Malaysia. Semoga  persidangan ini berjalan dengan lancar dan sukses sepenuhnya.", "Teruskan usaha mulia kalian dalam membawa wanita ke tahap yang lebih tinggi dalam masyarakat. Kejayaan wanita adalah kejayaan negara dan dunia. #MalaysiaMADANI,\" kata Anwar menerusi catatan di Facebook hari ini.", "Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada ACWW atas usaha dalam memartabatkan serta meningkatkan kedudukan wanita di peringkat global.", "Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "ACWW diasaskan pada 1929 untuk mengumpulkan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi mereka termasuk pengasingan dalam komuniti, diskriminasi dan kekurangan penglibatan mereka dalam proses politik.", "Persidangan tahun ini yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei ini menghimpunkan kira-kira 500 ahli ACWW dari seluruh dunia. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/penubuhan-suruhanjaya-reformasi-kesihatan-antara-cadangan-hwp
[ "PUTRAJAYA: Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang bebas dan berkecuali, bertujuan memantau dan memastikan pelaksanaan reformasi kesihatan efektif  merupakan antara cadangan yang diutarakan menerusi Kertas Putih Kesihatan (HWP).", "KKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan HWP yang dijangka dibentangkan di Parlimen bulan hadapan, dibangunkan dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk rakyat, bagi memastikan ia bersifat holistik dan inklusif.", "HWP antara lain menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan, iaitu transformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan dan memperkukuh asas sistem kesihatan dan tadbir urus.", "“Antara manfaat atau impak reformasi kesihatan kepada rakyat ialah pelan yang berpaksikan individu berdasarkan keperluan perubatan atau kesihatan kepada seseorang, selain rawatan dari doktor atau pasukan kesihatan yang sama setiap kali diperlukan,” menurut kenyataan KKM yang setakat ini telah mengadakan tujuh sesi dialog awam HWP, di seluruh negara.", "Kenyataan KKM memaklumkan HWP amat penting, dalam usaha mengukuhkan sistem kesihatan dan tadbir urus kesihatan negara dalam tempoh 15 tahun, selain memenuhi keperluan kesihatan rakyat.", "Orang ramai boleh melayari laman rasmi HWP,   https://moh.gov.my/index.php/pages/view/kertasputihkesihatan bagi mendapatkan maklumat lanjut, berkongsi pandangan dan memberi input kepada HWP. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/pendekatan-baharu-pastikan-agihan-subsidi-bersasar-lebih-fokus
[ "PUTRAJAYA: Pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah  bakal dilaksanakan Januari tahun depan sebagai langkah penstrukturan ekonomi untuk pengagihan subsidi bersasar yang lebih fokus, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.", "Beliau berkata pendekatan ketika ini yang lebih tertumpu kepada pendapatan B40, M40 dan T20 tidak menggambarkan sepenuhnya dari segi perbandingan kemampuan satu isi rumah ke isi rumah lain, meliputi bilangan tanggungan anak dan lokasi individu.", "Rafizi berkata pendekatan baharu itu akan diintegrasikan dengan  inisiatif Pangkalan Data Utama (PADU) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini sebagai usaha penggabungan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah dalam negara bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar.", "“Apabila kami dapat capai tahap itu   (pendapatan boleh belanja bersih isi rumah), kami akan dapat gambaran lebih jelas kebolehbandingan  pendapatan boleh belanja bersih untuk isi rumah dan itu akan membolehkan kami memperhalusi sebarang program kerajaan dan subsidi bersasar sewajarnya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.", "Ditanya sama ada pengagihan subsidi bersasar turut meliputi subsidi petrol RON95, beliau berkata kerajaan akan menumpukan kepada komponen subsidi elektrik dan diesel yang telah diumumkan serta memantau keberkesanannya dahulu sebelum mengumumkan sebarang keputusan bagi subsidi RON95.", "“Bila kita mula beralih kepada (subsidi) RON95, sudah tentu pertimbangannya lebih besar, melibatkan lebih ramai dan keluarga daripada setiap isi rumah. Sebab itu kita akan memastikan PADU tersedia menjelang 2024 serta sebarang keputusan mengenai bagaimana untuk menyasarkan RON95 itu boleh dibuat dengan mudah,” katanya.", "Rafizi berkata Kementerian Ekonomi akan menyelaraskan dengan kementerian dan agensi lain agar pelaksanaan projek kecil mesra rakyat di seluruh negara dipercepatkan sebagai usaha membantu pertumbuhan ekonomi negara.", "“Satu langkah yang kita akan ambil untuk pastikan bahawa perbelanjaan kerajaan akan berterusan dan untuk beri tumpuan kepada projek kecil yang mana proses perolehan dan kelulusan itu boleh dipermudahkan dan dipercepatkan,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/mot-ambil-tindakan-segera-terhadap-laporan-sprm
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) kini dalam proses mengambil tindakan segera terhadap laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku melibatkan kakitangan sebuah agensi di bawah kementerian itu, kata Menterinya  Anthony Loke.", "Loke berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah bertemu dengannya pada Selasa lepas untuk memberikan maklumat kes-kes tatatertib yang belum diselesaikan di peringkat kementerian.", "Hasil pertemuan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Jana Santhiran Muniayan untuk memastikan setiap kes tatatertib diambil tindakan segera dan dilapor balik kepada SPRM.", "Ditanya jumlah kes tatatertib yang belum selesai semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JTMKJR) Bilangan 1/2023 di sini hari ini, Loke berkata ia adalah isu dalaman dan terdapat juga sejumlah kes yang telahpun diselesaikan namun belum dilapor kepada SPRM.", "“Yang penting kita ambil tindakan daripada apa sahaja saranan SPRM. Itu komitmen saya kepada KP SPRM bahawa MOT akan beri kerjasama sepenuhnya. Kes-kes belum diambil tindakan tatatertib akan disusuli dengan kadar segera,” katanya.", "Sebelum ini dilaporkan pendedahan Azam bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM telah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - BERNAMA\n " ]

Dataset Summary

  • Scraped News Article From Utusan Borneo on 27.5.2023
  • All malay articles

Dataset Format

{"url": "...", "content": [...,...]}
Downloads last month
0
Edit dataset card