url
stringlengths
38
41
headline
stringlengths
4
150
content
sequence
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22365
Brisbane ‘lockdown’ tiga hari
[ "Brisbane: Lebih dua juta penduduk di Brisbane menjalani sekatan pergerakan (lockdown) selama tiga hari, selepas satu kluster Covid-19 dikesan di bandar ketiga terbesar di Australia itu.", "Ia adalah lockdown mengejut kedua dikuatkuasakan di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya, selepas tujuh individu disahkan positif virus itu – kes pertama penularan Covid-19 dalam komuniti yang signifikan dalam tempoh beberapa bulan lalu.", "“Ini adalah strain (Covid-19) United Kingdom. Ia mudah menular. Sekarang kita perlu mengadakan (lockdown) ini bagi mengelak lockdown jangka panjang,” kata Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk.", "“Kita melihat apa yang berlaku di negara lain. Saya tidak mahu melihat ia terjadi di Queensland, saya tidak mahu ia berlaku di Australia.”", "Sekolah, restoran dan bar akan ditutup mulai jam 5 petang pada Isnin tetapi orang ramai masih boleh keluar rumah untuk kerja yang keperluan, untuk membeli makanan, bersenam dan mendapatkan rawatan perubatan.", "Memakai pelitup muka di tempat awam juga menjadi mandatori di Queensland, selepas seorang individu yang dijangkiti Covid-19 melakukan perjalanan dari Gladstone di wilayah itu.", "Australia dilihat cemerlang dalam menangani penularan Covid-19 dengan lebih sedikit daripada 29,000 kes dan 909 kematian.", "Bagaimanapun, imunisasi Covid-19 di negara itu masih perlahan dengan hanya 500,000 suntikan sudah diberikan di negara dengan 25 juta penduduk itu.", "Sebelum lockdown ini, Brisbane adalah antara beberapa bandar yang memberi kelonggaran kepada penduduknya untuk menghadiri acara termasuk konsert dan sukan.-AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44998
Washington haramkan senjata separa automatik
[ "SAN FRANCISCO: Jay Inslee, gabenor negeri Washington di Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menandatangani undang-undang untuk mengharamkan berpuluh-puluh jenis senapang separa automatik.", "Rang undang-undang itu melarang penjualan, pemindahan, pengedaran, pembuatan dan import 62 model senjata api yang ditakrifkan sebagai “senjata serangan”, termasuk AR-15, AK-47 dan senapang berkuasa tinggi serupa yang telah digunakan untuk melakukan tembakan rambang di seluruh Amerika Syarikat.", "“Senjata perang, senjata serangan, tidak mempunyai sebab selain untuk pembunuhan ramai orang,” kata Inslee pada majlis menandatangani perjanjian itu. Tujuan mereka hanyalah untuk membunuh manusia secepat mungkin dalam bilangan yang banyak,” katanya.", "Undang-undang itu berkuat kuasa serta-merta selepas ditandatangani oleh Inslee.", "Inslee turut menandatangani undang-undang bagi dua lagi langkah kawalan ke atas senjata api utama lain termasuk tempoh menunggu 10 hari untuk pembelian senjata api dan rang undang-undang yang mempertanggungjawabkan pembuat senjata ke atas penjualan secara cuai.", "Tiga rang undang-undang senjata api itu diluluskan sebahagian besar menerusi undi parti, dengan Republikan menentang manakala kebanyakan Demokrat mengundi menyokong, lapor Xinhua memetik laporan The Seattle Times.", "Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Capitol, yang ditutup kepada orang ramai pada pagi Selasa atas kebimbangan mengenai keselamatan.", "Washington menyertai sembilan negeri lain, termasuk California, Illinois, New York, Massachusetts, dan New Jersey, serta District of Columbia, yang telah mengharamkan AR-15 dan senjata serupa, menurut Pusat Undang-undang Giffords. – Bernama-Xinhua", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=223
Covid-19 ragut 4 nyawa di Sarawak
[ "CONNIE CHIENG", "KUCHING: Seorang lagi meninggal dunia pada petang semalam pada kira-kira\njam 1.16 petang di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang menambah jumlah kematian di\nSarawak kepada empat orang.", "Mangsa dari Kuching adalah ahli keluarga kepada seorang wanita berusia\n79 tahun dan anak perempuannya berusia 40 tahun, yang meninggal dunia minggu\nlalu. ", "Kedua-duanya berasal dari Kuching.", "Ibunya meninggal dunia di pusat perubatan swasta di sini pada jam 2.00\npagi 18 Mac lalu.", "Manakala anak perempuannya meninggal dunia di HUS pada 21 Mac lalu.", "Kes terbaharu ini menjadi kes kematian akibat Covid-19 ke-4 di Sarawak.", "Menurut statistik pada Ahad, 76 orang telah diuji positif Covid-19.", "MANGSA KEEMPAT … Mayat mangsa Covid-19 yang dibawa ke rumah mayat.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41520
Sultan Brunei terima menghadap Anwar
[ "BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman di sini hari ini.", "Anwar yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di istana itu pada 11.05 pagi.", "Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.", "Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah turut hadir.", "Anwar kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah.", "Perdana Menteri dan Sultan Brunei turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).", "Delegasi Malaysia kemudian diraikan pada Majlis Persantapan Rasmi oleh Sultan Hassanal Bolkiah.", "Anwar tiba di Brunei semalam dan diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.", "Kunjungan ini ialah lawatan rasmi ke luar negara yang kedua beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas. – Bernama.", "Keterangan gambar", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini. – Foto Bernama.", "", "", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6315
Bekerjasama dengan bomba
[ "BINTULU: Komuniti rumah panjang dan kampung digesa untuk berkerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam usaha membekalkan diri dengan ilmu menghadapi kebakaran.", "Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talip Zulpilip berkata, langkah tersebut sebagai langkah mencegah kebakaran khususnya waktu kecemasan.", "“Kerjasama dengan pihak bomba bekerjasama dapat meningkatkan tahap keselamatan di kediaman masing-masing dari aspek ilmu kebombaan,” katanya.", "Beliau berkata demikian semasa melawat mangsa kebakaran di Rumah Eloh Jugah, Kampung Banyai, Sungai Segan, di sini.", "Mangsa rumah panjang yang terbakar itu ialah seramai 135 dengan panjangnya 24 pintu bilik.", "Rumah panjang terbabit telah musnah dijilat api dan kini mangsa mendirikan khemah sementara di kawasan lapang berdekatan rumah panjang mereka yang terbakar.", "“Pihak bomba juga boleh membuat pemeriksaan berkala dari segi aspek keselamatan pendawaian elektrik, penyediaan pili bomba dan kemudahan alat pemadam api di rumah panjang,” katanya.", "Hadir bersama rombongan beliau baru-baru inilah Datin Dr. Zaliha Abdullah yang turut menyerahkan sumbangan tunai berjumlah RM3,000 daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) kepada mangsa kebakaran terbabit.", "Oleh Ellie Edward", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39954
Pertandingan kaligraf Arab, Cina diadakan di Kuching, 19-21 Disember ini
[ "KUCHING: Bengkel Pertandingan Kaligrafi Arab dan Cina Peringkat Kebangsaan 2022 serta Pameran Karya Kaligrafi Arab dan Cina yang buat julung kalinya di Sarawak akan diadakan pada  19 hingga 21 Disember ini di  Hotel Imperial, di sini.", "Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, objektif program ini adalah untuk menyerlahkan bakat dan karya kreatif ahli kaligrafi Arab dan Cina.", "“Saya percaya bengkel dan pameran itu akan meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum khususnya di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia amnya.", "“Selain itu, program ini akan membantu menarik pelancong domestik dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak. Program ini juga selaras dengan objektif penubuhan Pertubuhan Kaligrafi Cina Kuching-Samarahan serta peranan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebagai badan penasihat dalam pelaksanaan aktiviti Kaligrafi Arab,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur, hari ini.", "Abdul Karim turut menzahirkan  ucapan tahniah kepada Pertubuhan Kaligrafi Cina Kuching-Samarahan, dengan kerjasama JAIS, dan disokong oleh kementeriannya atas inisiatif dan kerja keras dalam menjayakan acara ini.", "“Seramai 210 peserta dari Sabah, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengesahkan penyertaan mereka dalam program ini,” katanya.", " Sorotan program ini termasuk Bengkel Kaligrafi Arab dan Kaligrafi Cina yang akan dikendalikan oleh enam pakar dalam Kaligrafi Arab dan Cina.", "Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM58,600. berserta trofi dan sijil penyertaan.", " “Meyakini bahawa melalui platform pembelajaran dan pemerhatian yang dicipta oleh aktiviti seni kaligrafi ini, budaya seni kaligrafi boleh dipertingkatkan lagi. ", "“Pengaruh seni khat harus diperluaskan ke semua lapisan masyarakat, seterusnya menggalakkan penghayatan masyarakat terhadap budaya dan tradisi, juga untuk mewujudkan pemahaman lebih mendalam melalui bahasa seni yang dikongsi oleh kedua-dua jenis seni khat untuk membentuk jambatan budaya yang sama dan menyatukan semua kaum di negara kita,” katanya.", " Dalam pada itu, Abdul Karim berharap pencinta seni khat dari seluruh negara dapat melancong ke Kuching dan berpeluang merasai keharmonian hidup bersama masyarakat majmuk di Sarawak, kesederhanaan dan semangat penduduk setempat serta budaya tradisional yang unik.", "Turut hadir, Presiden Pertubuhan Kaligrafi Cina Kuching-Samarahan,  Ang Seng Bian serta Pegawai Hal Ehwal Islam JAIS, Abdul Salam Morshidi.", "Oleh NUR AIN OTSMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31797
Tzu Chi digesa terus jadi ‘seribu tangan’ MBKS
[ "TURUN PADANG… Dato Wee Hong Seng menghadiri sambutan Hari Ibu dan Hari Tzu Chi sedunia, semalam.", "KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng menghadiri sambutan Hari Ibu dan Hari Tzu Chi sedunia di sini, semalam.", "Wee dalam ucapannya beliau berterima kasih atas semua sumbangan yang telah diberikan Tzu Chi kepada masyarakat dan masyarakat secara amnya.", "“Apa yang kita nikmati dan raikan hari ini adalah melalui kasih sayang, toleransi, dan rasa hormat antara satu sama lain.", "“Sumbangan melalui keikhlasan, pengorbanan yang tidak mementingkan diri kerana kasih sayang dan berkhidmat dengan hati yang ikhlas. Dalam kehidupan sebenar, ibu kita adalah seperti Buddha yang berkorban untuk kita, untuk melindungi kita dan menyayangi kita tanpa syarat,” katanya.", "Wee, semasa lawatan menzahirkan rasa kagum dan bangga terhadap komitmen ahli Tzu Chi yang disertai oleh ramai anak muda dalam kalangan ahli mereka.", "Ujarnya, ia penting untuk memberitahu generasi muda tentang kaitan dan kepentingan amal dalam masyarakat moden kita.", "“Generasi muda yang pemurah dan penyayang akan memastikan sikap budi dan belas kasihan terus menjadi sebahagian daripada nilai negara kita,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau juga menggesa Tzu Chi untuk terus melakukan kerja-kerja amal kebajikan dan terus menjadi sebahagian daripada ‘seribu tangan’ MBKS.", "Oleh RYNNA SHA’ERRA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26482
Cherpan Lalau Pendiau: Nakhoda Sebaginda Bujang Seduai Anak Chuik Keramat
[ "Tusun Ke-2", "DALAM Tusun Ke-1 ti udah dikeluarka dalam minggu dulu tu kemari, cherpan tu dilengkaka naka Sebaginda Bujang ti pulai nginti tang nadai bulih ikan ke sera Enchelegit, semina bulih anak chuik. Minggu tu kitai macha tampung Cherpan Lalau Pendiau: Nakhoda Sebaginda Bujang Seduai Anak Chuik Keramat tu dalam Tusun Ke-2.", "Kepuas-puas seduai ke besaut-saut, dia Sebaginda Bujang nyau bisi tebatak runding, ninga anak chuik nya tak tau bejaku munyi kitai mensia. Tambah mega ati iya nyau bisi berasai-berasai kasih meda anak chuik nya nyau selalu singut-singut deka nyabak. Lalu tekuing ati Sebaginda Bujang deka mai iya pulai, taja mega tebal agi ati iya bekian, laban nadai nemu tuju nupi anak chuik nya.", "“Eh, bai pulai mih. Itah ke ayam Saloi, pama mih,” ku ati iya. Iya lalu ngesaika diri bekayuh, mulaika diri. Ikan nadai bulih. Ke ulih nya semina anak chuik.", "Sereta meda Sebaginda Bujang ke baru pulai nginti, dia Enchelegit lalu nanyaka pemulih.", "“Eh, nama utai ulih. Nya nyah, ka separai anak chuik nya ke bisi ulih ginti!” saut Sebaginda Bujang.", "“Endai, enda kala mih aku ninga chuik diau dalam ai, telah agi ulih ginti,” saut Enchelegit, iran ati.", "Raga ti dikena iya nyandik anak chuik diingkaska Sebaginda Bujang ari bau, lalu ditibarka iya ke tengah tikai, di mua Enchelegit.", "“Akai, pedis aku apai! Anang bengat ngasar nya mih enggau aku, apai. Nah, indai Enchelegit, intu aku tu. Chelap aku tu indai. Kinduka aku. Beri aku makai. Lapar endar aku tu,” ku anak chuik.", "“Landik endar ga anak chuik tu bejaku, apai Duat. Enda kala umur aku tu ninga anak chuik ngelandik tu bejaku, munyi Iban. Tau tupi ulih kitai, ngichaka bisi guna dudi hari,” ku Enchelegit ke bisi pengangkun ati ke anak chuik nya.", "“Nya mih, indai. Udah ku besai ila, nemu aku nulung kita sida Aloi,” ku anak chuik bejaku, malik ngagai Enchelegit.", "“Nyah, apai Duat. Dinga dih pemereti iya bejaku,” ku Enchelegit.", "“Tak aga angkar alai iya yiau, pai. Aloi ka ain ngau iya, pai,” ku Saloi.", "Iya apin tentu terus bejaku laban iya endang bansa anakmit ke laun terus bejaku. Iya ngasuh apai iya ngaga ke anak chuik nya sangkar, alai iya diau.", "“Ngena lah nya, adi,” ku anak chuik ngadika Saloi. “Ila tua besulu, adi.”", "Kasih ninga Saloi senganging deka bayam anak chuik, apai iya lalu ngelalin takang aping ke sangkar. Udah sangkar tembu gaga, seduai menyanak lalu nyimpan anak chuik nya dia.", "“Nya baru tau dikumbai apai. Siru amat enggau anak. “Anang enda siru seduai enggau aku. Ukai aku bisi apai indai bukai. Sigi seduai mih apai indai ngadaka aku,” ku anak chuik muji penyiru Sebaginda Bujang.", "Iya lalu ringik-ringik ketawa nelengaka rasa ujung dabung, gaga ati laban diri nyau bisi meruan sangkar alai diau. Likun, enda nangika diri diayahka bala mayau ti ngemayuh-mayuh nya ditupi sida Saloi, ke beselegau sebalah-belah bilik nya dia. Suah nungas-nungas mega idung sida mayau ensium bau anak chuik. Ga endang pemakai asal!", "“Peda pemeli! Enggai enda ringik-ringik ga untak! Ngipakka anak penyai gamal!” ku tengir Sebaginda Bujang, ensiban ati laban nyangka anak chuik nya ngelese sida tiga menyanak.", "“Anang tak bejai pangan di mua mata munyi nya, apai. Ila lusa, jam suntuk sendat, nyangka bisi ga maya kitai nguna tulung pangan,” ku anak chuik sambil tuchum lelegup. Iya enda mudah ringat, kenu ku gamal.", "Laban Apai Saloi ke lalu enda bulih nginti, dia Enchelegit nyau rapas sera. Ketegal nya, pendiau iya lalu enda tentu nyamai. Selalu tabin bebirin enda nyamai, galak renga pedera pansa utai. Bulu iya selalu nyeregu enda rajin ke ai. Nyawa enda tentu masuk makai asi. Kadang-kadang tak nadai nyuap seleka asi iya besehari-sehari laban nyawa nadai au deka makai. Lalu isi iya berupai muai-semuai.", "“Nadai penyadi kitai tu Enchelegit, ti nuan tak majak tabin bansa nya. Nya mih tak mati padi mati rumput kitai tu ila. Sapa ke mekuh ruang bilik, nya baka kitai di Panggau tu enda lama agi deka gawai burung dibai sida akan Keling. Sapa ke beribun, nya baka Saloi nya apin tegar nitihka aku turun kiba kanan. Nya baka ngintu anak chuik keparat nya! Sapa ke ngetau. Nya baka padi di umai nyau repi. Padi enggi orang kitai serumah tu udah tebantai magang ari umai. Engkitai diketau dih apin. Nya alai aku tu tak mati runding, Enchelegit. Tak nyau tusut diri gelung perut aku tu meda nuan ke selalu tabin baka nya, nyau baka bunga ke layu di pala ti ku pantun jaku tuai. Enti ulih bai-bai, anang nuan tak betat enda ati bebela baka nya. Itah sesuap dua pan pama mih, ke tungkat tulang. Enti nuan tak majak masarka diri enda makai baka nya, nyamai agi aku angkat ari rumah tu,”  Sebaginda Bujang.", "Betampung…", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22836
Rumah Merikan nerima bantu ari JKM Marudi
[ "MARUDI: Opis Pengelantang Pendiau Mensia Mayuh (JKM) Marudi nganjung bantu pemakai ngagai palan kuarantin ba Rumah Merikan Lobang Kompeni di Poyut/ Lubok Nibong kemari.", "Nitihka Pemantu JKM Marudi Nursusheilla Abdullah, bisi 45 pek pemakai, pampers enggau tusu dianjung ngagai palan kuarantin nya ngambika bisi dikena ba timpuh 14 hari.", "Sida ke diau ba Rumah Merikan Lobang Kompeni enda dikemendarka bejalai tauka mindah ari rumah panjai nya pengelama 14 hari berengkah ari 13 April nyentukka ngagai 26 April 2021 laban bisi kontak semak enggau kes positif Covid-19.", "Ketegal gaya ke baka nya bantu pemakai baka beras, bihun, pemakai dalam tin, kopi, teh, telu manuk, mee jampat disumai, minyak makai, gula, garam, biskut enggau tepung gandum mega dianjung ngagai 78 iku sida ke diau ba 25 pintu ke udah dikuarantin ba rumah panjai nya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7961
PRN: Jentera PBB perlu bersedia
[ "KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai digesa supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada bila-bila masa.", "Naib Presiden PBB, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah melibatkan kerjasama antara kepimpinan PBB diperingkat cawangan dan ranting.", "Menurutnya, tarikh PRN berkemungkinan dalam masa terdekat ini memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada April tahun depan.", "“Apa yang perlu kita buat sekarang adalah untuk mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRN akan datang,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Randau Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kampung Jaya Bakti semalam.", "Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, ini merupakan kali pertama pilihan raya berlangsung di bawah kepimpinan Abang Johari.", "“Jadi kita hendaklaj pastikan PBB berjaya dengan cemerlang dan Ketua Menteri (Abang Johari) kembali diberi mandat untuk mentadbir negeri ini,” ujarnya.", "Menurutnya lagi, setiap kali pilihan raya, cabaran sudah pasti ada terutama melibatkan parti lawan yang berusaha untuk mencabar kedudukan PBB di kawasan DUN Pantai Damai.", "“Untuk menangkis cabaran ini, kita perlu memperkuatkan jentera untuk menghadapi sesiapa sahaja yang cuba untuk memasuki kawasan kita,” jelasnya.", "Dr Abdul Rahman menambah, keputusan cemerlang yang dilakar sebelum ini tidak sepatutnya menjadi jentera mengambil remeh cabaran lawan.", "“Kita tidak boleh memandang rendah cabaran lawan sebaliknya kita perlu memastikan orang ramai turun mengundi dan mengundi calon kita,” kata Dr Abdul Rahman.", "Hadir sama Setiausaha PBB Cawangan Pantai Damai Merdehi Mas dan Ketua PBB Ranting Kampung Jaya Bakti Sulaiman Mon.", "Oleh Diyana Samsuddin", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29411
Ottawa isytihar DARURAT
[ "PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Kanada ketika berkumpul berhampiran pekarangan Parlimen di Ottawa. • Foto AFP", "OTTAWA: Datuk Bandar Ottawa telah mengisytiharkan darurat sebagai tindak balas kepada lebih seminggu bantahan pemandu lori terhadap sekatan Covid-19.", "Jim Watson berkata bandar itu “benar-benar di luar kawalan”, dengan penunjuk perasaan melebihi bilangan polis.", "Beliau berkata, tunjuk perasaan itu menimbulkan ancaman kepada keselamatan dan keselamatan penduduk.", "Pemandu lori telah melumpuhkan Ottawa dengan barisan kenderaan dan khemah yang menghalang jalan.", "“Konvoi Kebebasan” bermula sebagai gerakan menentang keperluan kerajaan supaya pemandu lori diberi vaksin Covid-19.", "Bercakap kepada stesen radio Kanada CFRA, Watson berkata penunjuk perasaan semakin “tidak sensitif” dengan terus “membunyikan hon dan siren, membakar bunga api dan mengubah bandar tersebut menjadi pesta”.", "“Jelas sekali, kami kalah dalam bilangan dan kami kalah dalam pertempuran ini,” katanya sambil menambah, penguasaan penunjuk perasaan itu perlu ditangani.", "Datuk Bandar tidak memberikan butiran khusus tentang langkah yang mungkin dikenakannya, tetapi polis berkata, mereka akan meningkatkan penguatkuasaan, termasuk kemungkinan penahanan mereka.", "Keadaan kecemasan akan memberi bandar kuasa tambahan, termasuk akses kepada peralatan yang diperlukan oleh pekerja barisan hadapan dan perkhidmatan kecemasan.", "Polis berkata, mereka telah mendakwa empat orang dengan jenayah kebencian dan sedang menyiasat ancaman terhadap tokoh awam bersama-sama dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat.", "Satu kenyataan daripada pihak berkuasa bandar berkata, keadaan darurat “mencerminkan bahaya serius dan ancaman terhadap keselamatan dan keselamatan penduduk yang ditimbulkan oleh demonstrasi yang berterusan dan menekankan keperluan untuk sokongan daripada bidang kuasa dan peringkat kerajaan lain”.", "Ramai penduduk Ottawa telah membantah demonstrasi tersebut. –AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18569
GPS bantu tingkat taraf hidup rakyat
[ "SIMANGGANG: Kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus bertindak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di dalam negeri ini kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.", "Menurut beliau, salah satu langkah berkenaan adalah dengan menyalur peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari GPS bagi membantu meningkatkan taraf hidup penduduk bawah jagaan masing-masing secara terus.", "“Selain melaksanakan projek mega yang boleh memberi impak secara menyeluruh terhadap sesebuah penempatan penduduk, Kerajaan Sarawak pimpinan GPS juga sedar bahawa perlu bantuan secara terus kepada pihak pimpinan di peringkat akar umbi.", "“Atas sebab itulah pemberian peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) terus dikekalkan agar wakil rakyat GPS dapat memberi membantu komuniti penduduk di bahwa kuasa jagaan mereka secara terus pada setiap tahun,” kata beliau.", "Harden ketika menyerah cek MRP kepada 12 organisasi di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Simanggang dalam bandar ini turut menasihat penerima agar menghargai pemberian peruntukan Kerajaan Sarawak itu dari masa ke semasa.", "Katanya, salah satu cara tersebut adalah dengan mengurus peruntukan MRP secara terus dan melaksana pelbagai jenis program yang dilihat mampu mempertingkatkan taraf hidup komuniti penduduk masing-masing.", "“Rancang dengan baik penggunaan MRP masing-masing. Pastikan MRP ini diguna untuk memberi manfaat secara menyeluruh kepada penduduk dan bukan untuk sekumpulan individu sahaja.", "“Jika gagal diurus dengan baik maka ia boleh menimbulkan sesuatu isu. Jika timbul isu disebabkan MRP tersebut ia mungkin boleh mencemarkan imej organisasi itu sehingga ia memberi impak terhadap penyalurnya iaitu wakil rakyat GPS,” kata beliau.", "Harden turut menasihat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Simanggang untuk bertindak membantu warga emas berkelayakan untuk memohon ‘Kenyalang Gold Card’ (KGC).", "“JKKK boleh bertindak melantik beberapa ahli mereka untuk mencari dan mengurus permohonan warga emas yang layak untuk menerima bantuan kebajikan daripada Kerajaan Sarawak menerusi KGC.", "“Dengan berbuat demikian, JKKK bukan sahaja dapat berbakti kepada penduduk malah turut membantu Kerajaan Sarawak untuk menyampaikan bantuan kebajikan secara langsung kepada warga emas di negeri ini,” kata Harden.", "Terdahulu sejumlah 12 buah organisasi dari sekitar kawasan Sri Aman dan Engkilili telah menerima cek peruntukan bagi DUN Simanggang yang mencatat nilai keseluruhan sebanyak RM124,000.", "Hadir sama adalah Setiausaha Sulitnya, Jilin Itar, Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang, Kapitan Ling Siew Hung, Penghulu Tiong Chong Onn dan Kaunselor Dennel Sawing.", "Oleh Valentine Ngumbang", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6339
Peluang kembalikan prestasi
[ "SESI latihan pemain skuad tenis SUKMA Sarawak yang sudah bermula dilihat adalah peluang buat pemain meningkatkan kembali prestasi bagi menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020.", "Ia berikutan lebih tiga bulan tidak menjalani latihan komprehensif selepas arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu ekoran penularan virus Covid-19.", "Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Dato Patrick Liew memberitahu, satu kelegaan dipihaknya tatkala sesi latihan dapat diteruskan seperti sedia kala.", "“Kita berasa lega apabila pemain kembali berlatih seperti biasa. Cuma ia agak berbeza sedikit kerana mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan,” ujarnya.", "Apa pun katanya, SOP ditekankan tiada masalah untuk dipraktikan oleh pemain sekali pun pada dasar ia disifatkan sesuatu yang baharu.", "Tambah beliau, sesi latihan diadakan dua sesi sehari iaitu sebelah pagi dan bersambung pada sebelah petangnya.", "“Kita akan menggunakan tempoh masa yang ada bagi memastikan latihan membabitkan pemain berjalan lancar sepenuhnya,” jelas beliau lagi.", "Oleh Faizal Bujang", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27247
Wartawan AS didakwa terlibat keganasan, hasutan
[ "YANGON: Seorang wartawan AS yang ditahan selama berbulan-bulan oleh junta Myanmar telah didakwa dengan keganasan dan hasutan, kata peguamnya semalam dan boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.", "“Danny Fenster yang ditangkap ketika dia cuba meninggalkan negara itu pada Mei lalu, telah dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 50(a) Undang-Undang banteras Keganasan dan 124(a) Kanun Keseksaan,” kata peguamnya, Than Zaw Aung.", "Sabit kesalahan di bawah undang-undang anti-keganasan membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.", "Fenster, 37, sudah pun dibicarakan kerana didakwa menggalakkan perbezaan pendapat terhadap tentera, persatuan yang menyalahi undang-undang dan melanggar undang-undang imigresen.", "Tuduhan baharu itu dibuat beberapa hari selepas bekas diplomat Amerika Syarikat (AS) dan perunding tebusan, Bill Richardson bertemu Ketua Junta Min Aung Hlaing di ibu negara Naypyidaw, memberikan publisiti yang jarang berlaku kepada junta yang semakin terpencil.", "Fenster dipercayai dijangkiti Covid-19 semasa penahanannya, kata ahli keluarga semasa panggilan persidangan dengan wartawan AS pada Ogos lalu.", "Myanmar bergolak sejak tentera merampas kuasa dalam rampasan kuasa 1 Februari lalu dan menggulingkan kerajaan yang dipilih, Aung San Suu Kyi.", "Menurut Kumpulan Pemantau Tempatan, lebih 1,200 orang dibunuh oleh pasukan keselamatan dalam tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.", "Akhbar juga telah dihimpit kerana junta cuba mengetatkan kawalan ke atas aliran maklumat, menyekat akses internet dan membatalkan lesen media tempatan. -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=40962
Kejohanan catur untuk OKU 29 Januari
[ "KUCHING: Kejohanan Catur Antarabangsa Lions Malaysia ke-3 untuk Orang Kurang Upaya (OKU) akan diadakan pada 29 Januari ini, dianjurkan 12 Kelab Lions Kuching dan Serian. ", "Gabenor Daerah 308-A2 Kelab Lions, Kapitan Connie Loh berkata semangat mencintai catur dalam kumpulan orang istimewa ini memberikan Lions kekuatan untuk terus berkhidmat kepada mereka dan menyediakan platform untuk menunjukkan bakat mereka. ", "“Apabila anda melihat orang pekak, buta dan cacat fizikal bermain catur, lebih kerap anda akan kagum dengan semangat dan kebolehan mereka.", "“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada 12 Kelab Lions di Kuching dan Serian atas penganjuran kejohanan untuk OKU Wilayah Sarawak,” kata pada sidang media mengenai kejohanan itu di Rumah Penjagaan Lions di sini, hari ini. ", "Bercakap mengenai keupayaan dan bakat keupayaan OKU dalam bermain catur, Pengerusi Daerah Kelab Lions Kuching, Helena Lim Pek Choo berkata, beliau sangat kagum apabila melihat kebolehan mereka. ", "“Setakat ini, ada 24 penyertaan yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, kaum, bangsa dan agama. Kesemua mereka mempunyai kebolehan yang tinggi dalam permainan catur ini. ", "“Selain mengasah bakat, mereka juga berpeluang untuk berjumpa dengan pemain-pemain dari pelbagai daerah di Sarawak,” katanya. ", "Presiden Kelab Lions Kuching dan Kota Samarahan, Jamex Voon berkata pemenang kejohanan itu akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 beserta trofi, Naib Johan pula akan membawa pulang RM300 beserta trofi, tempat ketiga RM200 beserta trofi, manakala tujuh medal akan diberikan kepada pemenang saguhati.", "Kejohanan itu akan diadakan di Pusat Beli belah Viva City, Kuching. ", "Oleh SHAHRUL QAIZAT", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20719
Dua pemain muda Datus jadi tumpuan
[ "PRESTASI cemerlang yang ditonjolkan dua karektor pemain muda Datus United mengundang rasa bangga barisan jurulatih serta pihak pengurusan skuad itu.", "Pengurus pasukan Datus United, Awang Putra Yusri Awang Redzuan berkata dua pemain muda yang menyinar dimaksudkan itu ialah Mohamad Halemi Jamel, 29, dan Muhammad Zul Hakimi Tahir, 22.", "Beliau berkata pasukan Datus United yang telah menempuhi dua perlawanan setakat ini, dengan meraih dua kemenangan berturut-turut itu adalah satu kejayaan dimana pemain muda yang digandingkan dengan pemain bintang terus beraksi dengan cemerlang.", "Malah bagi Awang Putra Yusri, kemasukan dua pemain itu ke skuad Datus United pada saingan Liga Sri Aman musim ini sebagai satu ‘rahmat’ kepada mereka dalam merealisasikan impian untuk mencipta sejarah tersendiri merangkul gelaran juara.", "“Saya amat berbangga dengan pencapaian serta komitmen dan disiplin permainan yang ditunjukkan oleh dua pemain muda Datus United itu, yang konsisten dalam dua perlawanan lalu.", "“Apa yang kita harapkan ialah pengalaman dan ilmu yang dikongsikan bersama pemain bintang seperti Mohd Hafiz Abu Bakar, Paul Sambang dan Remenor Pit, akan menjadi pemangkin serta dorongan kepada pemain muda Datus United untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.", "Awang Putra Yusri berkata dua pemain itu (Mohamad Halemi dan Muhammad Zul Hakimi) jika diberi peluang serta pendedahan diperingkat tinggi, beliau percaya tiada yang mustahil satu hari kelak kedua-dua pemain ini akan menyarung jersi pasukan Sarawak United dan Kuching City FC, amnya.", "“Saya harap dengan medium melalui penganjuran Liga Sri Aman ini, bakat-bakat pemain muda seperti Mohamad Halemi dan Muhammad Zul Hakimi dipandang dan diangkat oleh pihak yang berkenaan dalam usaha memartabatkan sukan nombor satu negara ini.", "“Begitu juga pemain-pemain muda daripada pasukan lain, saya telah menyaksikan ramai pemain dibawah umur 23 tahun amnya, yang berbakat menyertai Liga Sri Aman musim ini, saya berpandangan jauh bahawa satu hari kelak bahagian Sri Aman bakal menjadi pengeluar pemain-pemain muda untuk menyarung jersi pasukan negeri,” tegas beliau.", "Sementara itu, Awang Putra Yusri berkata terdapat beberapa pemain muda yang menyarung jersi Datus United di dalam pasukan itu, mereka haruslah menunjukkan prestasi serta komitmen yang tinggi untuk merebut kesebelasan utama.", "“Tiada yang mustahil, pemain muda lain Datus United perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang dan bersaing dalam usaha merebut tempat kesebelasan utama pasukan ini.", "“Saya terharu dengan mentaliti pemain muda dan perkembangan ini menyuntik moral pasukan Datus United.", "“Saya berkeyakinan dengan kekuatan pemain muda yang ada, kini masa yang sesuai untuk kita kembali mengangkat maruah sukan bolasepak bahagian Sri Aman ini,” tambahnya lagi.", "Oleh ADI SAFARMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7292
Ujian Covid-19 di tapak pembinaan minggu hadapan
[ "KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bercadang untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 secara rawak di tapak-tapak pembinaan di seluruh negeri ini mulai minggu hadapan.", "Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ujian itu akan mengenalpasti lokasi tapak pembinaan yang mempunyai pekerja asing positif Covid-19.", "Menurutnya, beberapa hari lalu terdapat kes pekerja asing dan penyelia warga tempatan disahkan positif Covid-19 dan ini menimbulkan kebimbangan pandemik berkenaan menular kepada masyarakat berikutan tapak pembinaan kebanyakannya terletak di sekitar perumahan dan rumah ibadat.", "“Sekarang Ketua Menteri mahu kita (JPBNS) fokus kepada tapak-tapak pembinaan sebagai langkah berjaga-jaga dan keduanya kita juga berjaga-jaga dengan denggi selain Rabies yang masih menyerang kita di Sarawak,” ujarnya.", "Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Walkabout bagi menyaksikan pelaksanaan COVIDTrace di sekitar AEON MALL Kuching Central di sini semalam.", "Beliau memberitahu, JPBNS juga akan memutuskan dasar mewajibkan pekerja asing menjalani ujian saringan Covid-19 namun bergantung kepada keputusan ujian secara rawak nanti.", "Selain itu, menurut Uggah, JPBNS juga akan fokus isu rumah pekerja asing di tapak-tapak pembinaan yang kelihatan sempit didiami hingga 30 pekerja dalam satu rumah.", "“Ketua Menteri telah mengarahkan JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menentukan rumah pekerja terutamanya bagi projek kerajaan harus dibina memenuhi kriteria dan SOP penjarakan sosial.", "“Kerajaan sedang mengkaji dan membantu untuk membina tempat tinggal pekerja supaya mereka selesa dan memenuhi syarat serta majikan menjaga mereka,” ujarnya. Uggah menjelaskan isu kepadatan pekerja asing mendiami rumah di tapak pembinaan telah dibangkitkan oleh Ketua Menteri semasa lawatan kerja beliau di Pusa tempoh hari.", "Oleh Diyana Samsuddin", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15597
Abang Jo kotakan janji
[ "SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengotakan janjinya untuk melaksana projek mega di Bahagian Sri Aman.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata projek mega berkenaan adalah pembinaan Jalan Utama Kedua Batang Lupar termasuk Jambatan Batang Lapar Kedua yang menelan kos keseluruhan RMRM233,633,000.", "“Saya telah dimaklumkan, kerja-kerja pembinaan Jalan Utama Kedua Batang Lupar ini baharu sahaja bermula Jun lepas dan dijangka siap menjelang Jun 2024.", "“Jalan Utama Kedua Batang Lupar ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak yang dihubungkan terus ke Jambatan Batang Lupar sepanjang 870 meter yang akan dibina tidak lama lagi,” kata beliau.", "Simoi ketika melakukan lawatan ke tapak projek itu memberitahu lokasi utama pembinaan Jalan Utama Kedua Batang Lupar adalah di kawasan hujung Kampung Tanjung Engkabang ke Kampung Seberang dan seterusnya ke Betong.", "“Projek ini akan menyaksikan pembinaan Jambatan Kabel sepanjang 877 meter termasuk juga rangkaian jalan raya (sebahagian daripada Projek Jalan Utama Kedua Batang Lupar).", "“Saya yakin apabila projek ini siap kelak ia secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan taraf sosioekonomi penduduk Lingga dan Sri Aman di samping memendekkan jarak perjalanan ke Betong,” kata beliau.", "Hadir sama menyertai lawatan beliau ke tapak projek berkenaan adalah Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Doris Synia dan Ketua Kaum di sini.", "Simoi dan rombongan pada sesi lawatan itu mendengar taklimat daripada Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Shahbuddin Abu Bakar mengenai selok-belok pelaksanaan projek itu.", "Penduduk di sini akan hanya perlu menempuh perjalanan sejauh 27 kilometer ke Betong berbanding jarak sedia ada iaitu 67 kilometer apabila projek itu siap kelak.", "Bagaimanapun kedua-dua projek itu yang sepatutnya bermula pada Mac lepas mengalami kelewatan selama 79 hari disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Oleh Valentine Ngumbang", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7883
Ratusan gajah mati secara misteri
[ "GABORONE: Ratusan ekor gajah ditemui mati secara misteri di Botswana, Afrika Selatan, lapor jabatan hidupan liar semalam.", "Pemangku Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Cyril Taolo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian 365 ekor gajah dan mengesahkan 275 dari jumlah kematian itu.", "“Punca kematian masih di dalam siasatan dan pihak kami menolak ia disebabkan aktiviti pemburu haram kerana gading gajah-gajah tersebut masih ada,” katanya.", "Katanya, beberapa sampel telah dikumpulkan dan dihantar ke makmal khas di Zimbabwe dan Kanada untuk diuji.", "Difahamkan, kejadian itu pertama kali dilaporkan pada bulan Mei lalu apabila pihak berkuasa menemui 12 bangkai gajah dalam tempoh seminggu di barat laut negara itu. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5796
ICT hadapi gelombang niaga baharu
[ "KUALA LUMPUR: Usahawan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) halal perlu membuat persediaan sewajarnya bagi menghadapi gelombang perniagaan baharu yang menyaksikan ekonomi digital menjadi trend ekonomi masa depan.", "Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pendanaan, Jaringan Korporat dan Komuniti), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Suhaimi Ab Rahman berkata, ini termasuk memastikan mereka mahir dalam aspek perniagaan e-dagang selain cekap menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan.", "“Data menunjukkan hanya 20 peratus PKS bumiputera menceburi bidang ekonomi digital. Ini bermakna PKS bumiputera termasuk PKS halal masih ketinggalan jauh dan perlu bertindak segera bagi memastikan mereka dapat menceburi bidang ekonomi digital ini,” katanya dalam kolum Tinta Minda di laman sesawang www.bernama.com.", "Atas alasan itu, Suhaimi berkata, agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menyediakan pelbagai latihan berkaitan ekonomi digital yang perlu dimanfaatkan oleh usahawan PKS terbabit.", "Malah, beliau berkata, peluang tersebut wajar dimanfaatkan oleh kalangan usahawan PKS bagi memperkasakan ilmu ICT dalam perniagaan masing-masing ke arah platform digital.", "“Selain itu, pihak Perbadanan Pembangunan Industri Halal turut menyediakan beberapa program latihan halal manakala Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Halal dengan kerjasama QSR Brands (M) Berhad bagi membimbing usahawan halal agar lebih kompeten,” katanya.", "Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun lepas berkata, sejumlah RM25 juta diperuntukan kepada MDEC bagi program Global Online Workforce (GLOW) bagi membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa.", "Selain itu, Suhaimi berkata, pandemik Covid-19 telah merubah persekitaran ekonomi dengan kewujudan transaksi tanpa sentuhan, sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, mementingkan kebersihan dan keselamatan serta transaksi tanpa tunai.", "“Covid-19 mencetus suasana baharu dalam perniagaan. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan kini PKP Pemulihan, kebanyakan syarikat menggunakan persekitaran kerja pintar menggunakan teknologi digital dalam perniagaan mereka,” katanya.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17509
Kejohanan Gusti Lengan Sarawak 2020 • 150 peserta berentap
[ "Kejohanan Gusti Lengan Sarawak 2020 melabuhkan tirai dengan mencipta sejarah apabila 150 peserta dari Lawas, Miri, Bintulu, Sibu, Bintangor, Sri Aman, Kota Samarahan, Kuching, Bau, Serikin telah menyertainya.", "Kejohanan itu adalah kali ketiga diadakan sejak 2018 dengan sebanyak 24 Kategori untuk Tangan Kiri dan Kanan telah dipertandingkan.", "Gusti Lengan di Sarawak telah dimulakan dengan penubuhan Sarawak Armsport Association(SASA) pada 2016 dan semenjak itu kejohanan tersebut semakin popular dan berkembang di negeri ini yang mana ketika hanya disertai peserta dari Kuching, Samarahan, Bau, Bintangor dan kawasan di sekitanya sahaja.", "Bagaimanapun, dalam Plan Strategik 5 Tahun SASA (Tahun 2020-2025) yang telah dilancarkan baru-baru ini, kejohanan itu adalah salah satu daripada perkara penting dalam Plan Strategik selain Penubuhan Persatuan/Kelab di Bahagian-bahagian lain Miri, Bintulu, Bintangor selain di sekitar Kuching telah berjaya dilaksanakan sekali gus ramai peserta dari Miri, Bintulu, Bintangor, Sibu telah berjaya memperolehi pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Gusti Lengan Sarawak.", "Menurut Presiden SASA, Matthew Barin, kejohanan itu adalah proses pemilihan atlet untuk mewakili Sarawak ke Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan 2020 yang akan diadakan pada 7 hingga 8 November depan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.", "“Kita akan berusaha untuk menghantar juara bagi setiap kategori untuk bersaing di peringkat kebangsaan. Saingan di dijangkan akan menjadi lebih hebat kerana ramai peserta dari negeri lain telah lama bergiat aktif dalam gusti Lengan.", "“Apapun, kita akan sentiasa berusaha membangunkan dan melatih semua atlet SASA kelak. Kita juga berharap pihak Kerajaan Persekutuan, Sarawak serta semua pihak akan sentiasa memberi sokongan kepada kita agar terus menerajui serta membangunkan sukan gusti lengan di negeri ini,” ujar beliau.", "Sementara itu, satu kejutan besar dalam kategori kemuncak iaitu juara antara juara yang menampilkan Lensus Met iaiyu juara Kategori Master(Umur 40 Tahun ke atas).", "Lensus Met, seorang Senior Engineer berumur 49 Tahun telah merangkul Kejuaraan Keseluruhan Kategori Tangan Kiri dengan mengalahkan juara kategori lain manakala Jebiren Boret dari J4WZ Armwrestling Club Bau merangkul juara keseluruhan kategori tangan kanan.", "Kejohanan telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Borneo merangkap Presiden REDEEMS Datuk Peter Nansian Ngusie baru-baru ini.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31658
Menunggu detik tanpa feri balik raya
[ "SEORANG teman memberitahu, jika nak memandu dari Kuching ke Sibu sekarang, elok guna laluan Lebuh Raya Pan Borneo.", "“Jika anda menggunakan jalan pesisir, bersedialah air kosong dan buah kurma dalam kereta apabila orang ramai masing-masing pulang ke kampung menjelang hujung minggu ini untuk berhari raya.", "“Anda mungkin ‘melekat’ di sekurang-kurangnya 2 atau 3 pangkalan feri terutama di Triso, berjam-jam menunggu giliran menyeberang sungai. Silap hari bulan, sungkei dalam kereta,” katanya.", "Bezanya tiada feri di laluan Pan Borneo, menyebabkan perjalanannya lebih cepat sampai walaupun agak jauh berbanding laluan jalan pesisir.", "Tetapi seorang lagi kawan memberitahu, memang tiada feri untuk perjalanan di Pan Borneo. Namun, perjalanannya juga agak perlahanan pada musim perayaan terutama disebabkan deretan kereta, lori dan bas yang sukar untuk dipotong pada laluan tertentu, apatah lagi dengan banyak kenderaan dari arah bertentangan.", "“Kalau macam itu, pakai kapal terbang ajelah,” keluh aku.", "Namun, masih juga tidak terlepas daripada menggunakan feri dari Sibu untuk ke kawasan seperti Pulau Bruit, Daro dan Matu.", "Kita terpaksa naik satu atau dua feri di Batang Paloh dan Batang Lassa.", "Pembinaan Jambatan Batang Lassa berharga RM597 juta sepanjang tiga kilometer, dijangka siap tahun depan.", "Begitu juga dengan pembinaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer membabitkan kos RM298.98 juta dan dijangka siap pada 7 Mei 2023 iaitu kira-kira dua minggu selepas Hari Raya 2023 yang dijangka disambut pada 22 April 2023.", "Ia akan menggantikan perkhidmatan feri dari Serdeng ke Pulau Bruit.", "Kos pembinaan dua projek jambatan yang menghubung Pulau Bruit ke Daro (Batang Lassa) dan Serdeng (Batang Paloh) ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.", "Tetapi bagi mereka untuk meneruskan perjalanan ke Kapit dan Song, tiada masalah kerana sudah ada jalan dan tidak perlu lagi menaiki bot ekspres.", "Oleh itu, sebahagian besar rakyat terutama di kawasan pesisir masih ‘belum merdeka’ kerana terpaksa menyeberang sungai.", "Nasib baik kerajaan melarang kenderaan berat terutama kenderaan barangan berada di jalan raya selama lima hari sempena Hari Raya iaitu tiga hari sebelum perayaan – 30 April hingga 2 Mei dan dua hari selepas iaitu 7 dan 8 Mei 2022 bagi mengurang kesesakan serta mengelak kemalangan membabitkan kenderaan ringan.", "Mulai Isnin lalu, 25 April pula, laluan Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Balai Ringin ke Simpang Pantu sudah dibuka arah dua hala.", "Ini bermakna perjalanan dari Kuching ke Simpang Pantu menggunakan Pan Borneo semakin lancar.", "Begitu pun, kita masih mengimpikan untuk balik berhari raya tanpa lagi menggunakan feri.", "Tetapi menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,  perkhidmatan feri yang menghubungkan jalan pesisir di Sarawak, dijangka berakhir pada 2025 apabila semua projek jambatan di laluan terbabit siap kelak.", "Katanya, sejumlah RM5 bilion telah diperuntukkan bagi membina tujuh jambatan di jalan pesisir berkenaan.", "Pembinaan tujuh jambatan terbabit sudah bermula, iaitu Jambatan Paloh dan Batang Lassa di Daro (kedua-duanya siap awal sebelum 2025 iaitu tahun depan), Jambatan Sungai Krian di Saratok, Jambatan Saribas di Pusa, Jambatan Kemena di Bintulu, dan Jambatan Rambungan di Lundu.", "Projek jambatan Batang Lupar dengan kos RM848 juta pula dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.", "Ia merangkumi dua komponen iaitu membina jalan penghubung ke jambatan di sebelah Sebuyau sepanjang 3 kilometer (km) dan satu lagi di sebelah Triso sepanjang 2.8 km yang mula dibina sejak dua tahun lalu dengan kos RM66 juta.", "Komponen seterusnya, ialah membina struktur jambatan itu sendiri sepanjang 4.8 km dengan dua lorong sehala.", "Sepanjang 600 meter jambatan ini nanti merupakan jambatan ikonik jenis kabel penahan serta memendekkan masa perjalanan sejauh 896 km antara bandar raya Kuching dan Miri.", "Jambatan Batang Lupar adalah jambatan paling strategik terletak di laluan jalan pesisir, digunakan oleh semua pengguna dari seluruh Sarawak yang mengguna jalan pesisir.", "Apabila siap, jambatan sepanjang 5.1 km ini bukan sahaja menjadi jambatan paling panjang merentasi sungai di Sarawak bahkan juga antara terpanjang di Malaysia, sekali gus menjadi pelengkap kepada jalan pesisir Sarawak.", "Jambatan terpanjang di Malaysia ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang, sepanjang 24 km dengan 16.9 km di atas air.", "Kedua terpanjang ialah Jambatan Pulau Pinang, sejauh 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.", "Namun, Jambatan Kedua Pulau Pinang bukan jambatan terpanjang di Asia Tenggara, seperti didakwa selama ini.", "Jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ke-6 di dunia sebenarnya ialah Jambatan Temburong sepanjang 30 km di Brunei yang dibina dengan kos B$1.6 bilion sejak 2014.", "Ia menghubungkan kawasan Muara dan daerah Temburong, membolehkan penduduknya menyeberang tanpa lagi perlu melalui Malaysia, sekali gus memendekkan perjalanan daripada dua jam kepada kurang 30 minit sahaja.", "Kedua-dua daerah itu dipisahkan oleh Daerah Limbang dan Teluk Brunei.", "Dilaporkan, jambatan itu yang dibuka sebelum kawalan pergerakan disebabkan penularan Covid-19, hanya khusus untuk kenderaan berdaftar di Brunei disebabkan isu Covid-19 setakat ini.", "Apabila dibuka sepenuhnya nanti, ia bakal mewujudkan satu lagi pintu masuk utama pengunjung dari Brunei ke daerah Limbang, Lawas dan Miri selain Sabah.", "Begitu pun, selagi jambatan merentasi sungai di laluan jalan pesisir belum siap sepenuhnya, maka penggunaan feri akan terus digunakan sehingga 2025.", "Ini bermakna, sebahagian rakyat masih terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk empat kali Aidilfitri lagi termasuk tahun ini.", "Bersabarlah wahai rakyat di ibu pertiwiku.", "Dalam tempoh 5 hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya. Mulai hari ini, jalan mula sesak dan pangkalan feri dipenuhi kereta manakala tepi jalan ke arah feri mula dipenuhi sampah sarap. Sungguh tidak bertanggungjawab!", "Tandas di laluan pangkalan feri pula satu hal – yang masih tidak sempurna. Rasanya orang ramai tak kisah jika membayar setakat 20 sen, 30 sen atau 50 sen sekalipun, asalkan bersih dan ada air.", "Malah, sejak seminggu lalu, dilaporkan perjalanan agak lama kerana kereta terlalu banyak berulang-alik hingga tiga atau empat kali feri menyeberang sungai baru ‘lepas’.", "Senario ini lazimnya berlaku setiap kali menjelang Aidilfitri sehinggalah suatu hari nanti apabila projek jambatan siap. Namun, kita bersyukur apabila pihak berkenaan sedia menambah jumlah feri semasa perayaan serta memanjangkan tempoh perkhidmatan hingga 1 pagi.", "Begitu pun, semuanya nanti akan menjadi kenangan bersejarah. Generasi akan datang tidak akan merasai ‘seronok’ menunggu berjam-jam di pangkalan feri.", "Penduduk Samarahan pula sudah lama ‘merdeka’ setelah jambatan Samarahan siap sepenuhnya pada 2018.  Begitu juga penduduk di Mukah.", "Sebelum itu, penduduk kampung di seberang Sungai Sabang, menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang alik dari Bandar Kuching dan Samarahan.", "Kini, bukan sahaja penduduk kampung di situ yang mendapat manfaat tetapi juga seluruh pengguna jalan raya di Sarawak terutama mereka yang mahu ke Sibu dari Kuching menggunakan jalan pesisir. Inilah jambatan pertama dilalui.", "Namun, di laluan tertentu keadaan permukaan jalannya beralun tetapi satu teknologi baharu sedang dikaji oleh Curtin University bagi menangani masalah itu, kebanyakannya membabitkan jalan raya di luar bandar.", "Teknologi ‘biocemented’ berasaskan bakteria ini dijangka dapat mengukuh postur tanah gambut dan sesuai untuk digunakan pembinaan jalan. ", "* Penulis adalah Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18006
Ketua Menteri ketuai ekspedisi bermotosikal ke Kapit
[ "SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengetuai ekspedisi bermotosikal dari Sibu ke Kapit, semalam.", "Beliau yang menunggang motosikal berkuasa tingginya sendiri turut disertai kira-kira 80 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang lain.", "Beliau turut diringi oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi.", "Perlepasan ekspedisi yang bermula dari Eco Garden berhampiran Sibu Jaya di sini telah disempurnakan Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau sekitar jam 8.50 pagi.", "Abang Johari bersama rombongan turut singgah di beberapa kawasan bagi lawatan kerja dan menghadiri program bersama rakyat.", "Abang Johari yang tiba di Gerai Serbaguna dan Tamu MDK Kanowit sekitar jam 10.00 pagi meluangkan masa untuk mendengar taklimat Projek Pembangunan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Tengah.", "Beliau kemudian melakukan tinjauan dan lawatan santai ke Pasar Tamu Kanowit, sebelum bersarapan bersama masyarakat di Gerai Serbaguna Kanowit.", "Lawatan kerja dan ekspedisi bermotosikal diteruskan ke Ngungun yang sejauh 37 kilometer dan Abang Johari dijadual menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan Taklimat Projek Pembangunan oleh JKR Wilayah Tengah di Dewan Serbaguna Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ngungun, Kanowit.", "Seterusnya, Abang Johari akan melakukan tinjauan ke Projek Rakyat Waterfront, Song.", "Pada sebelah petang pula, Abang Johari dijadual merasmi Majlis Perasmian Kapit Town Square bertempat di Kapit Town Square.", "Abang Johari juga dijadual menghadiri Majlis Makan Malam bersama masyarakat bertempat di Dewan Suarah Kapit.", "Oleh Nurzilla Mohamad", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45187
Anugerah Anak Sarawak ke-10 12 Mei ini
[ "KUALA LUMPUR: Majlis Anugerah Anak Sarawak kali ke-10 pada 12 Mei ini akan memberi penghormatan kepada individu dan organisasi luar biasa yang membawa Sarawak ke era acara perniagaan yang paling gemilang menerusi pendekatan minat, komitmen dan pemikiran ke hadapan mereka.", "Business Event Sarawak (BESarawak) menjelaskan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menjadi tetamu kehormat dalam acara berprestij itu yang akan diadakan di Imperial Hotel Kuching.", "“Selain menjajarkan dengan sokongan Sarawak terhadap legasi acara perniagaan, tema ini adalah sambutan bagi kekukuhan kebangkitan semula industri ini daripada pascapandemik,” menurutnya dalam kenyataan.", "BESarawak memaklumkan antara detik kemuncak Anugerah Anak Sarawak tahun ini ialah Anugerah Legasi Sarawak, yang merupakan kategori terbaharu untuk mengiktiraf konvensyen yang memberi tumpuan kepada agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selain mengutamakan legasi sebagai hasil jangka masa panjangnya.", "“Satu lagi segmen utama yang dinanti-nantikan ialah pelancaran Program Duta Legasi Business Events Sarawak (BESLegacy) yang pertama di Malaysia, sebuah komuniti acara perniagaan yang berpengaruh dan penyokong legasi untuk memperkukuh tujuan matlamat membangunkan transformasi sosial dan ekonomi melalui legasi acara perniagaan,” menurutnya.", "Kumpulan duta pertama akan diumumkan semasa pelancaran program itu, tambahnya.", "BESarawak menjelaskan jawatankuasa penghakiman tahun ini terdiri daripada ahli persatuan antarabangsa, Persatuan Pengurusan Konvensyen Profesional (PCMA), Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa (ICCA), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) serta Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS).", "Sementara itu, Abang Johari berkata, acara perniagaan adalah penting dalam melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 dan menjadikan Sarawak sebagai destinasi berkembang maju yang menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kemampanan alam sekitar menjelang 2030.", "“Berasaskan tumpuan kita kepada impak legasi acara perniagaan, sektor ini sangat berkemampuan untuk menghasilkan legasi ekonomi yang menyokong kadar pertumbuhan yang disasarkan pada 8.0 peratus setahun dan legasi sosial yang mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar,” katanya.", "Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pula berkata, Anugerah Anak Sarawak kali terakhir diadakan pada lima tahun lepas dan terhenti selepas tu ekoran pandemik Covid-19.", "“Sudah lima tahun sejak kali terakhir kita menganjurkan acara ini berikutan pandemik, jadi kita sangat teruja untuk meraikan pencapaian komuniti acara perniagaan.", "“Daya tahan, kreativiti dan inovasi telah ditunjukkan oleh industri dalam menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini selain peluang membawa lebih dua juta ketibaan pelancong dan lebih RM3.87 juta dari segi terimaan perbelanjaan pelancongan pada 2022.", "“Tahun ini, kita menyasarkan tiga juta pelancong dan RM7.25 bilion terimaan perbelanjaan pelancongan, justeru, kita percaya acara perniagaan akan menyumbang kepada sebahagian besar daripada ketibaan,” katanya.", "Mengulas tema ‘Passion Inspires Legacies’ (Semangat Keinginan Pencetus Legasi) Pengerusi BESarawak Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Openg berkata: “Semangat keinginan adalah pendorong yang memacu kita mengejar matlamat, gigih mengharungi cabaran dan memastikan impak yang berkekalan.", "“Dalam acara perniagaan misalnya, semangat ini sering kali membawa kepada inovasi dan kemajuan yang merupakan teras kepada usaha kami. Oleh itu, kami berharap agar anugerah pada tahun ini akan memberi inspirasi kepada penggiat dalam sektor ini untuk mencapai kecemerlangan manakala mereka di luar sektor pula mempertimbang untuk menjadikan acara perniagaan sebagai mekanisme legasi masing-masing.”", "BESarawak turut mengumumkan barisan pencalonan bagi Anugerah Anak Sarawak.", "Mereka yang dicalonkan bagi Anugerah Pemimpin Muda ialah Hii Mein Chieing daripada Borneo Plux Sdn Bhd; Chai Lee Kee daripada Spiral Events Management Sdn Bhd dan Dayang Fatin Nurhazziqah (Koperasi Pro Belia Inovasi).", "Anugerah Kewartawanan – Cetak/Dalam Talian membariskan calon seperti Vicky Koffa daripada Boardroom Global; Priscilla Tawie Sulok (New Sarawak Tribune) dan Puvaneswary S. Selvadurai daripada TTG Association.", "Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan TVS (Sarawak Media Group) merupakan calon bagi Anugerah Kewartawanan – Penyiaran.", "Bagi Anugerah Konvensyen Kecemerlangan, calon-calonnya adalah  Forum Antarabangsa Kelapan Mengenai Biopemprosesan Industri 2019 (Curtin University Malaysia); BRITMA – Malaysia International Congress on Tropical Medicine 2019 (SEGI University – Kampus Klinikal Sibu) dan Persidangan Antarabangsa ke-13 mengenai Psikopatologi Kanak-kanak dan Remaja 2018 (University Roehampton London).", "Calon bagi Anugerah Mesyuarat Korporat dan Kecemerlangan Insentif adalah Spiral Eventz Management Sdn Bhd, Cat City Holidays Sdn Bhd, Golden Point Leisure dan MICE Holiday Sdn Bhd.", "Anugerah Kecemerlangan Lokasi Mesyuarat menyaksikan persaingan antara Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), The Waterfront Hotel dan Imperial Hotel Kuching.", "Kategori Produk dan Perkhidmatan Cemerlang pula membariskan calon iaitu CPH Travel Agencies Sdn Bhd (Sarawak); T.E.E.M Event & Exhibition Management Sdn Bhd dan Deckworks Events & Entertainment.", "Anugerah Pencapaian Cemerlang menyenaraikan calon seperti Profesor Dr Mohd Railli Suhailli dari Universiti SEGi – Kampus Klinikal Sibu; Datu Dr Lulie Joshua Melling mewakili Institut Penyelidikan Tropika (TROPI) Sarawak dan Goh Ah Seng daripada Restoran Hoi Tin Lau.", "Anugerah Legasi Sarawak yang baru diperkenalkan menyaksikan persaingan antara AsiaFlux 2022 (TROPI); Persidangan Pertama Pendidikan Dalam Ekosistem Digital 2019 (Universiti Teknologi Mara Kampus Samarahan) dan Persidangan Kualiti Udara Lebih Baik 2018 (Universiti Malaysia Terengganu). – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35561
Bajet 2023 perlu diperhalusi
[ "KUALA LUMPUR: Bajet 2023 perlu disemak dan menangani isu-isu utama yang “belum diterokai” seperti dana pencen, pendapatan asas sejagat, kadar pengangguran dan pinjaman pendidikan tinggi, kata seorang pakar ekonomi.", "Dekan Institut Pengajian Lepasan Ijazah Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Prof Geoffrey Williams berkata, menangani isu-isu ini adalah penting untuk memastikan kemampanan negara pada masa hadapan.", "Memetik kenyataan oleh Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein, beliau berkata, 96 peratus rakyat Malaysia tidak mampu untuk bersara dengan simpanan KWSP dan 73 peratus daripada pencarum aktifnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk bersara mengatasi garis kemiskinan.", "“Memang benar kadar pengangguran di Malaysia sangat rendah, kerana orang ramai tidak mampu untuk tidak mempunyai pekerjaan kerana ketiadaan jaringan keselamatan sosial,” katanya pada Forum Business Foresight 2022 anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti di sini, hari ini.", "Williams adalah salah seorang speaker untuk sesi bertajuk ““Malaysia and Global Economic Outlook – Driving Recovery and Sustainable Growth amidst Turbulence” di forum berkenaan.", "Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah pada Ogos memberitahu Dewan Negara bahawa secara keseluruhan, RM145 bilion telah dikeluarkan oleh pencarum KWSP di bawah empat kemudahan pengeluaran iaitu i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan kemudahan pengeluaran khas sebanyak RM10,000.", "Williams seterusnya berkata, kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada pembaharuan skim Bantuan Keluarga Malaysia dan memasukkan program pendapatan asas sejagat, dengan bayaran bulanan tetap sebanyak RM1,000 untuk kumpulan berpendapatan rendah melalui mekanisme pemindahan tunai.", "Katanya orang ramai sepatutnya mempunyai “akses penuh” kepada bantuan kewangan, dengan dana disalurkan terus ke akaun bank penerima yang disasarkan dan bukannya dikreditkan ke dalam akaun e-dompet.", "“Setiap kali mereka membelanjakan wang yang dikreditkan dalam e-dompet, mereka perlu membayar peratusan tertentu yuran (kepada syarikat e-dompet).", "“Masukkan wang ke dalam akaun bank mereka dan biarkan mereka mengeluarkannya secara tunai, dengan kad debit atau melalui e-dompet mengikut pilihan mereka, tanpa bayaran kepada penyedia e-dompet,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20651
6 DAERAH DILAKSANAKAN PKPB
[ "KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak memutuskan, enam daerah di negeri ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 13 hingga 26 Januari ini, selepas mencatatkan 153 kes baharu Covid-19 semalam.", "Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, PKPB yang dikuatkuasakan bermula tepat 12.00 tengah malam itu dilaksanakan setelah tiga zon di negeri ini terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.", "Semalam Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 153 kes positif dan menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 1,428 kes.", "Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, tiga zon yang dinyatakan ialah Zon Kuching yang melibatkan tiga daerah iaitu Daerah Kuching, Kota Samarahan dan Serian, zon Sibu yang melibatkan Daerah Sibu dan Sarikei dan yang ketiga ialah zon Miri.", "“Bagi Zon Kuching, ketiga-tiga daerah ini disatukan di dalam satu zon adalah kerana pergerakan antara ketiga-tiga daerah ini adalah kerap kerana ramai penduduk di Kota Samarahan dan Serian bekerja di Kuching.", "“Begitu juga dengan penduduk di Kuching yang bekerja di Samarahan dan penyatuan ini akan memudahkan kawalan pergerakan masuk dan keluar antara ketiga-tiga daerah ini,” katanya.", "Prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikeluarkan semalam oleh JPBNS yang mana akan ada penyesuaian baharu mengenai waktu operasi yang dibenarkan.", "“Pergerakan rentas ke zon merah yang dalam pelaksanaan PKPB dalam negeri Sarawak juga tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).", "“Kita terpaksa melaksanakan PKPB demi memutuskan rantaian kes Covid-19 di Sarawak dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga telah bersetuju untuk melaksanakan PKPB di beberapa tempat yang terjejas,” jelasnya.", "Menurut Uggah, PKPB adalah satu penyelesaian efektif buat masa ini kerana Sarawak sudah mempunyai pengalaman dan melihat perlaksanaan PKPB berupaya untuk menghentikan penyebaran wabak ini dengan memastikan semua orang untuk kekal berdisiplin.", "Beliau juga mengingatkan rakyat untuk duduk di rumah jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting di luar dan sentiasa berjaga-jaga kerana kes di Sarawak meningkat secara drastik.", "Oleh ASYRAF HALIM", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25161
Permit masih perlu untuk rentas daerah
[ "KUCHING: Permit dari pihak polis masih diperlukan untuk rentas antara daerah.", "Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Sudirman Kram berkata, pergerakan keluar dan masuk ke Daerah Samarahan dari Kuching masih memerlukan permit polis untuk tujuan itu.", "“Aktiviti rentas daerah masih belum dibenarkan di Sarawak kecuali bagi perkhidmatan perlu, kesihatan, kecemasan, vaksinasi dan urusan rasmi.", "“Oleh itu, orang ramai yang mahu merentas daerah khasnya dari Samarahan atau Kuching perlu mendapatkan permit dan memohon kebenaran polis terlebih dahulu,” katanya kepada media, semalam.", "Mengulas lanjut, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan dari 1 hingga 31 Julai Ibu Pejabat terdapat 278,199 buah kenderaan diperiksa.", "“Selain itu, terdapat 310,059 orang diperiksa, 1,369 buah kenderaan diarah berpatah balik, dua kompaun prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan serta 402 saman trafik sepanjang sekatan jalan raya (SJR) dijalankan.", "“Antara lokasi SJR dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan ialah Jalan Kuching menuju ke Jalan Samarahan Expressway, Jalan Kota Samarahan menuju ke Mambong, Jalan Datuk Mohd Musa (Kem Tentera), Jalan Stakan dan Jalan Sadong Jaya menuju ke Simunjan,” ujarnya.", "Katanya lagi, secara keseluruhan didapati tahap pematuhan SOP PKP di dalam daerah Kota Samarahan masih di tahap yang baik.", "“Rata-rata masyarakat mematuhi SOP dan sedar terhadap risiko penularan Covid-19 ini. Tawaran kompaun yang dikenakan terhadap pelanggaran SOP menyebabkan kesesakan akan berlaku di SJR terutamanya di waktu-waktu puncak melibatkan pergerakan masyarakat dan petugas barisan hadapan pergi dan balik kerja masing-masing", "“Selain itu, masyarakat yang keluar untuk mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada di dalam daerah,” katanya lagi.", "Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan menegaskan Garis Panduan (SOP) sedia ada masih berkuatkuasa sehingga SOP Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sarawak telah diwartakan.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15893
Arab Saudi tamatkan larangan perjalanan
[ "RIYADH: Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan mulai tahun depan, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Ahad.", "Kementerian Dalam Negeri mengumumkan mulai 1 Januari 2021, semua larangan keluar dan masuk untuk rakyat negara itu akan ditarik balik, ia juga tertakluk kepada semua pengangkutan darat, laut dan udara.", "Bagaimanapun, penjawat awam, ahli perniagaan, mereka yang memerlukan rawatan perubatan di luar negara dan pelajar dikecualikan daripada sekatan bermula 15 September.", "Negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk juga dibenarkan keluar dan masuk mulai 15 September, manakala keputusan untuk membenarkan kembali ibadah umrah akan dinilai secara berasingan bergantung kepada situasi Covid-19.", "Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember, Covid-19 sehingga kini sudah meragut lebih 922,000 nyawa di 188 negara dan wilayah.", "Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal negara paling teruk terjejas.", "Lebih 28.89 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, dengan lebih 19.5 juta orang pulih, menurut data Johns Hopkins University.-AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14943
Pemegang KGC nikmati 10 peratus diskaun
[ "KOTA SAMARAHAN: Semua pemegang Kad Emas Kenyalang (KGC) boleh menikmati 10 peratus diskaun untuk membeli tiket bas bagi perjalanan ke seluruh Sarawak.", "Selain itu, tambahan 10 peratus lagi diskaun turut diberikan sekiranya pembelian tiket dibuat dalam bentuk rombongan.", "Menteri Kebajikan, Kesejateraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK), Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata demikian ketika ditemu ramah semasa mengadakan lawatan ke H&L Supermarket Aiman Mall, di sini semalam.", "“Pemegang KGC bakal menikmati pelbagai rebat daripada berbagai perkhidmatan dan produk daripada vendor yang terpilih.“Waris turut mendapat manfaat kerana setiap pemegang KGC juga layak mendapat Khairat Kematian.", "Mengulas berkenaan sambutan permohonan, Fatimah sangat berpuas hati kerana inisiatif ini mendapat respons yang positif dan diterima baik khususnya daripada penduduk luar bandar.", "Sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 169,925 permohonan KGC diterima dan sebanyak 69,960 daripadanya diagihkan kepada pemilik kad tersebut.", "“Pihak KWKPK kini dalam usaha mencari lebih banyak vendor sebagai rakan strategi bagi KGC untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada yang memerlukan.", "“Buat masa ini, KGC belum dapat digunakan bagi tujuan pembelian tiket penerbangan.", "“Bila keadaan pulih nanti, KWKPK akan segera menguruskan dan berharap agar syarikat penerbangan tempatan yang terpilih akan memberi respons positif.", "Mengulas sedikit tentang industri penerbangan yang terjejas teruk akibat wabak pandemik Covid-19, Fatimah berkata, hanya penerbangan domestik dibenarkan berjalan seperti biasa bermula 1 September lalu.", "Bagi penerbangan antarabangsa pula, kerajaan hanya membenarkan penerbangan daripada negara-negara yang mencatatkan kes kurang daripada 150,000 sahaja.", "Oleh Akmal Adib Yusup", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=1345
MPKS, MBKS sambut baik tiada bazar Ramadan, Gawai
[ "ALEXANDRA LORNA", "KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) menyambut baik keputusan\nKerajaan Persekutuan untuk tidak membenarkan sebarang konsep perniagaan\nberkaitan bazar atau gerai Ramadan demi keselamatan dan kesihatan rakyat.", "Pengerusi MPKS Dato Peter Minos berkata, seperti Majlis Tempatan lain, MPKS\nbertegas akan mematuhi arahan dan keputusan kerajaan.", "“Tahun ini ,kerajaan turut memutuskan tiada bazar Ramadan dan Gawai dianjurkan\ndalam apa jua bentuk dan kita akan patuh dengan tindakan itu.", "“Ini adalah untuk kebaikan rakyat di negeri ini dalam kita membanteras\npenularan wabak Covid-19 dan situasi yang kita alami sekarang adalah situasi\nantara hidup dan mati,” katanya ketika ditemubual Utusan Sarawak, semalam.", "Pada 16 April, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\nberkata, sebarang konsep perniagaan termasuk dalam bentuk pandu lalu, tempah\ndan ambil serta e-hailing tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan\nPergerakan (PKP) berkaitan bazar Ramadan.", "Minos menambah, setiap pihak perlu bersabar dan memahami situasi terkini\nyang mana wabak ini benar-benar mengancam Malaysia dan rakyatnya.", "“Kita harus memandang perkara ini secara serius dan hendaklah\nmemainkan peranan dalam mengekang wabak ini daripada menular.", "“Oleh demikian, kita harus bersabar dan faham mengapa tiada bazar\nRamadan dan Gawai tahun ini serta tiada majlis yang lain,” katanya.", "Manakala, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) turut akur degann keputusan\ntersebut. ", "Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, jika keputusan tersebut\nadalah yang terbaik bagi melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat, beliau\nmenyambut baik keputusan itu.", "“Bagi peniaga yang terjejas kerana sepatutnya berjual di Bazar Ramadan\nini, kita tunggu pula keputusan daripada kerajaan nanti,” katanya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19298
Bukti kerajaan bina ekonomi baharu
[ "KUCHING: Peruntukan yang dibentangkan pada Belanjawan 2021 membuktikan kerajaan sedang membina jambatan ekonomi baharu melalui ekonomi digital.", "Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata, perubahan ke araha ekonomi digital melalui e-dagang diyakini mendatangkan keuntungan yang lebih baik berbanding konvensional.", "“Ketika Mesyuarat Koperasi Ekonomi Asia-Pasifik(APEC) baru-baru ini, seluruh negara di dunia sedang mempergiatkan langkah mereka ke arah ekonomi digital.", "“Ini jelas mengambarkan bahawa method penjualan secara konvensional tidak boleh dilaksanakan lagi dan kita turut perlu menukar haluan ke arah norma baharu dunia perniagaan ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, semalam.", "Menurutnya, peruntukan yang memfokuskan kepada peralihan ke arah e-dagang ini akan menggalakkan perbelanjaan secara dalam talian dan memanfaatkan 500 ribu usahawan tempatan.", "“Melalui kajian yang diperolehi daripada SME Corp semasa dan selepas PKP, kita dapat lihat dengan jelas perkembangan e-commerce semakin memberangsangkan.", "“Dengan menjadikan platform sosial media seperti Whatsapp dan Facebook sebagai wadah penjualan, hasil yang diperoleh para peniaga semakin meningkat,” ujarnya lagi.", "Dalam hal berkaitan, Wan Junaidi turut mengulas berkenaan bantuan yang disalurkan kepada usahawan wanita dan koperasi melalui TEKUN.", "“Saya sedar ramai daripada golongan usahawan khususnya wanita terjejas dengan pandemik Covid-19 yang melanda ini.", "“Maka dengan itu telah menyalurkan RM80 juta daripada RM300 juta peruntukan yang diberikan bagi membantu golongan usahawan wanita untuk kekal bertahan dan memulakan perniagaan mereka ketika PKP yang lalu,” jelasnya lagi.", "Sementara itu, beliau juga menegaskan MEDAC meningkatkan usaha dalam mempromosikan Ar-Rahnu kepada masyarakat.", "“Penubuhan Ar-Rahnu pada awal tahun 2000 yang lalu bertujuan untuk mengatasi masalah pinjaman terhadap peminjam wang yang berisiko seperti Ahlong.", "“Maka dengan itu saya bersama kementerian saya berusaha untuk mendekatkan Ar Rahnu dengan rakyat agar memudahkan mana-mana pihak yang ingin memerlukan bantuan daripada agensi tersebut,” tegasnya lagi.", "Oleh Akmal Adib Yusup", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24428
Jawatankuasa dibentuk teliti persidangan Parlimen
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.", "Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan. ", "“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen.", "“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya, kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV)  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, semalam. ", "Katanya, kerajaan perlu memperhalusi semua perkara bagi mengelak timbul masalah selepas pelaksanaannya. ", "“Saya harus teliti. Saya faham sangat-sangat dan saya dinasihatkan bukan sahaja oleh Menteri Undang-Undang, tetapi oleh Peguam Negara supaya tindakan saya dan kerajaan selari dengan apa yang ada dalam perlembagaan,” katanya.", "Jelasnya kerajaan antara lain perlu mengambil kira sama ada persidangan boleh diadakan secara fizikal, dan sama ada pelaksanaan secara hibrid selari adalah dengan peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.", "Selain itu, jelasnya wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri, termasuklah aturan tempat duduk ahli Parlimen yang perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. ", "Muhyiddin berkata, bukan niatnya untuk melengahkan pembukaan persidangan Parlimen, namun ini antara isu yang harus diperhalusi terlebih dahulu.", "Katanya, beliau berharap rakyat faham, dan menurutnya ia bukan soal kerajaan mahu menafikan hak ahli Parlimen atau menyanggah kenyataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu. ", "“Saya faham tanggungjawab sebagai perdana menteri besar tetapi saya kena berlaku adil supaya nanti tidak timbul isu-isu dan masalah kemudian…Ini satu perkara yang harapnya rakyat faham dan tunggu,” katanya. ", "— Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42087
Seringkali tertangkap ‘mencuri’ dapat perhatian netizen
[ "KUCHING: Umum mengetahui bahawa perceraian memberi kesan kepada sesebuah institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak.", "Perceraian ibu bapa kadangkala mengakibatkan gangguan emosi kepada anak-anak.", "Namun, tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.", "Perihal ini terjadi kepada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun berasal dari Song, mendapat perhatian ramai netizen dimuat naik dalam media sosial setelah seringkali tertangkap mencuri pelbagai jenis makanan.", "Menteri Wanita, Pembangunan Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika dihubungi Utusan Sarawak berkata, telah memaklumkan pihaknya di Song untuk menyemak lanjut kejadian itu pada masa sama memaklumkan kementeriannya akan campur tangan untuk membantu remaja tersebut.", "Menurut Fatimah, remaja itu kini dijaga oleh neneknya yang memasukkannya ke sekolah berasrama penuh setelah ibu dan bapanya bercerai. Neneknya menjual sayur sebagai sumber pendapatan.", "Dipercayai budak itu kebanyakan waktu ditinggalkan sendirian dan mencuri untuk mengalas perut.", "Utusan Sarawak dimaklumkan bahawa remaja itu telah digantung sekolah selama dua minggu dan dihantar pulang ke rumah panjangnya.", "Mencuri kerana tidak tahan lapar, menyentuh hati ramai pada masa sama mendapat reaksi pelbagai netizen yang merasakan perlunya campur tangan pihak berkuasa untuk membantunya.", "Walaupun ramai yang mengecam pemegang akaun media sosial yang memuat naik gambar remaja itu kerana dianggap mengaibkan kanak-kanak bawah umur, namun hakikatnya, perbuatan mencuri adalah satu kesalahan boleh jadi jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan ‘hitam’ pada masa depan remaja berkenaan.", "Pemegang akaun media sosial yang memuat naik gambar remaja itu merupakan seorang pekedai yang sering didatangi remaja berkenaan dan perbuatan mencuri makanan itu telah seringkali terjadi sehingga menyebabkan pekedai tersebut mengambil tindakan untuk memuat naik gambar remaja tersebut.", "Ketua Polis Song, ASP Rowney Michael Jalak ketika dihubungi Utusan Sarawak berkata, mengenali budak itu dan pernah memberinya kaunseling sebelum ini.", "Menurut ASP Rowney Michael Jalak, sebuah farmasi juga pernah membuat laporan terhadap remaja berkenaan, namun laporan itu telahpun ditarik balik oleh pengadu.", "ASP Rowney pada masa sama turut menyatakan usaha dengan membantu remaja itu supaya tidak tercicir daripada alam persekolahan dengan menghulurkan bantuan peribadi.", "“Perihal remaja tersebut juga telah dipanjangkan kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri.", "“Pesuruhjaya Polis Sarawak dan polis Song telah menyalurkan sumbangan peribadi untuk membantu remaja itu. Mereka akan menyerahkan sumbangan tersebut kepada pihak sekolah untuk dimajukan bagi membantu remaja tersebut,” jelas ASP Rowney.", "Oleh Connie Chieng", "Keterangan Gambar:", "Budak lelaki yang ditinggalkan bersendirian, mencuri makanan akibat tidak tahan lapar.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20244
Sektor pertanian Betong berpotensi dikomersialkan
[ "BETONG: Kawasan Betong berpotensi tinggi untuk dimajukan dalam sektor pertanian kerana mempunyai hasil tani yang pelbagai.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu, memberitahu bidang pertanian menjadi salah satu visi penting di bawah kepimpinan Kerajaan Sarawak.", "“Kawasan kita di Betong juga termasuk di dalam kawasan dikenali sebagai ‘Food Basket’ (bakul makanan) oleh kerajaan yang disasarkan untuk membekalkan makanan dari hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia harus diusahakan secara komersil.", "“Produk seperti ini mempunyai permintaan tinggi dari negara luar seperti Singapura ataupun Brunei. Ini adalah perancangan Kerajaan GPS untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar,” katanya.", "Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) Bahagian Betong di Rumah Jack Braoh, Pais, Skrang kelmarin.", "Sehubungan itu, Rentap menggesa para petani di situ untuk mengusahakan tanaman secara lebih komersil dengan mengamalkan teknik seperti fertigasi bagi memenuhi pasaran di negeri ini.", "Dalam majlis tersebut, Gerald turut mengumumkan peruntukan RM5,000 daripada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pais, serta RM3,000 dari pihaknya untuk Biro Wanita Pais Skrang.", "Turut hadir ialah wakil Residen Bahagian Betong, Kato Dorsie, Pegawai Pertanian Pembangunan dari Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Betong, Nor Armiza Nawai Muhammad Jasri dan Penguasa Jabatan Pertanian Daerah Betong, Wau Andol.", "Oleh ADI SAFARMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34346
Saiz ekonomi Sarawak akan berganda
[ "RASMI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bersama tetamu kehormat lain melakukansimbolik perasmian pecah tanah Projek Kemudahan Jualan Gas Tambahan Bintulu 2 (BAGSF-2) di Tapak ProjekBAGSF-2 di Tanjung Kidurong, semalam.", "BINTULU: Sarawak mengenal pasti tiga lagi bidang kerjasama dengan Petronas, yang bakal menggandakan saiz ekonomi daripada RM136 bilion kepada RM282 bilion menjelang 2030.", "Tanpa mendedah tiga bidang itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata salah satu yang mempunyai masa depan yang cerah adalah pengeluaran bahan api penerbangan.", "Ini katanya, berikutan lawatan beliau ke kilang penyelidikan Petronas di Kidurong baru-baru ini.", "“Tidak perlu saya dedahkan (tiga bidang kerjasama dengan Petronas) buat masa ini tetapi biarlah kita bincang dulu.", "“Saya yakin ketiga-tiga sektor ini akan mengubah Sarawak dan Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah Kemudahan Jualan Gas Tambahan Petronas Bintulu (BAGSF-2) di sini semalam.", "BAGSF-2 terletak di kawasan seluas 70 hektar yang dilengkapi bangunan pentadbiran, kawasan pemprosesan, stesen pemeteran dan utiliti, direka bentuk dengan kemampuan untuk menyalurkan sehingga 390 juta kaki padu standard sehari (mmscfd).", "Kerjasama itu, yang membabitkan penggunaan teknologi terkini dan akan membantu dalam mengawal isu pelepasan karbon, boleh meletakkan Sarawak serta Malaysia di peringkat antarabangsa dengan lebih baik dalam konteks minyak dan gas termasuk tenaga boleh diperbaharui.", "Abang Johari berkata bagi mencapai negeri maju menjelang 2030, ekonomi Sarawak perlu berkembang secara purata pada lapan peratus setahun sehingga 2030.", "Beliau juga memberitahu bahawa Petronas akan membekalkan gas asli kepada Sarawak Petchem Sdn Bhd (SPSB) dan Sarawak Energy Bhd (SEB) tahun depan menerusi pembangunan kemudahan penghantaran gas Tanjung Kidurong.", "Katanya, Projek Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) adalah bukti Sarawak mempunyai keupayaan untuk bergerak lebih jauh dalam industri minyak dan gas.", "Katanya, ekonomi Sarawak kekal teguh, ketiga terbesar selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sesuatu yang membanggakan bagi rakyat negeri ini.", "Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata pembangunan BAGSF-2 menandakan satu lagi pencapaian penting dalam komitmen syarikat petroleum negara untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi pertumbuhan mampan industri minyak dan gasnya.", "“Projek ini menandakan satu lagi kejayaan penting, bukan sahaja dalam usaha Petronas untuk merealisasikan aspirasi impian untuk menjadi negeri maju menjelang 2030, ia juga membantu Sarawak dalam memperkasa industri gas dan minyak sendiri khususnya sektor petrokimia di Sarawak Petchem,” katanya.", "Turut hadir Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik, dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian antara. ", "Oleh CAROLYNE UTIH", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46831
Sarawak Hornbill Team Cup 2023: 360 atlet tenpin boling berentap minggu depan   
[ "KUCHING: Seramai 360 atlet tenpin boling akan berkampung di Megalanes Batu Kawa bermula Isnin depan hingga Ahad bagi berentap dalam kejohanan Sarawak Hornbill Team Cup 2023.", "Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan ini melibatkan 36 pasukan.", "“Sabah menghantar enam pasukan, MMBC Penang, MTBC National Youth, Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing menghantar dua pasukan serta Sarawak (22 pasukan).", "“Kejohanan ini merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat generasi muda dalam sukan boling.", "“Ia juga mampu mencari bakat baharu dan membesarkan asas atlet terutamanya dalam kalangan anak-anak sekolah di Sarawak,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media sempena kejohanan Sarawak Hornbill Team Cup 2023 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, hari ini.", "Katanya, kejohanan ini juga merupakan peluang terbaik untuk menyediakan atlet yang mewakili negeri masing-masing bagi berentap dalam Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan berlangsung tahun depan.", "“Kejohanan ini diyakini mempromosikan Sarawak sebagai hab sukan tenpin boling yang mana Megalanes Batu Kawa telah menonjol sebagai salah satu pusat latihan terbaik di Asia Tenggara,” ujarnya.", "Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Tenpin Boling Sarawak (ABAS), Sunny Si Poh Heng, penganjuran kali ini merupakan platform untuk mencungkil bakat atlet bagi menghadapi SUKMA 2024.", "“Kita akan bersedia bukan sahaja dari segi atlet dan pemain boling, tetapi turut bersedia dari segi organisasi yang akan bersama-sama menghadapi SUKMA 2024 kelak. ", "Dengan kekuatan yang ada, ABAS boleh menjadi penganjur yang terbaik di Sarawak,” jelasnya.", "Oleh NUR AIN OTSMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22194
PKP jejas rezeki warga tani
[ "Pertanian adalah antara sektor yang menerima kesan akibat pandemik Covid-19. Mana tidaknya, jika salah satu langkah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilakukan untuk membendung wabak itu adalah elakkan aktiviti di luar dan tinggal di rumah sahaja kecuali urusan penting sebelum ini.", "Tidak lama selepas itu, walaupun telah dibenarkan beroperasi dan menjalani perniagaan seperti biasa, para penjual hasil tani pula terpaksa berdepan risiko seandainya tempat mereka berniaga berkemungkinan dikenakan sekatan pergerakan penuh setiap kali ada kes disahkan.", "Pada bulan Februari lalu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan tidak membenarkan sebarang pengoperasian pasar tani dan pasar tamu di kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.", "Bagaimanapun, kerajaan telah mengeluarkan satu inisiatif menerusi Jabatan Pertanian dan pertubuhan peladang tempatan untuk membeli hasil pertanian daripada petani yang menghadapi masalah untuk menjual hasil pertanian sepanjang tempoh penutupan. ", "Sejak Sarawak berterusan ‘diserang’ dengan jumlah kes yang tinggi saban hari, hampir kesemua bahagian seluruh negeri terpaksa dikenakan langkah pencegahan yang lebih ketat.", "Perkara ini sebenarnya bertambah semakin teruk apabila wabak Covid-19 telah mula menular ke kawasan luar bandar seperti rumah panjang dan kampung yang rata-rata menjalani aktiviti pertanian. ", "Kebanyakan mereka ini adalah merupakan petani kecil-kecilan yang bergantung sepenuhnya dengan sumber pendapatan tersebut. ", "Bayangkan betapa gelisahnya para petani memikirkan tanaman di kebun apabila tidak dapat keluar kerana terpaksa menjalani kuarantin di rumah?", "Bukan itu sahaja, bagi petani yang berniaga di pasar tamu pula, mereka juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai kemungkinan sekiranya pihak mengarahkan penutupan ke atas kawasan mereka.", "Apa yang terjadi kepada mereka ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hasil jualan yang sememangnya sudah terjejas kerana orang awam masih lagi risau dan mengelakkan tempat awam seperti pasar ditambah pula dengan arahan penutupan, ia pasti menimbulkan kerunsingan buat para petani.", "Baru-baru ini, semasa meninjau salah satu lokasi baharu para penjaja yang berpindah kerana arahan penutupan sementara di tempat lama, salah seorang dari mereka yang bernama Sia Mambang berkata, keadaan diakui semakin merisaukan.", "Katanya, hasil tani kurang laku sehingga banyak yang tidak terjual dan dia percaya ia disebabkan faktor ekonomi tidak menentu yang mana kuasa pembeli semakin menurun. ", "“Seperti yang kita tahu, ramai orang telah terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dikuatkuasakan akibat Covid-19.", "“Ada di antara mereka tidak dapat bekerja atau sumber pendapatan telah berkurangan, jadi ia tidak menghairankan jika sekarang ini semua orang mula berjimat cermat dalam perbelanjaan,” jelasnya yang percaya semua bidang adalah saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain.", "Setiap bahagian, memang ada inisiatif dilakukan bagi mengatasi masalah petani yang tidak dapat menjual hasil tani di mana sayur dan buah-buahan mereka akan dibeli. ", "Misalnya, di Bintulu, hasil tani akan dibeli oleh pihak yang berkaitan tapi dengan syarat iaitu hasil tani perlu melebihi 100 kilogram bagi kategori sayur buah dan 50 kilogram bagi kategori buah-buahan.", "Tidak dinafikan bahawa usaha sedemikan memang baik dan bermanfaat kepada para petani lebih-lebih lagi jika mereka memiliki hasil tani yang banyak. ", "Namun, bagaimana pula dengan petani kecil-kecilan? Adakah mereka perlu menunggu hasil tani mencecah berat tersebut, baru dapat menghabiskan jualan itu?", "Mungkin isu ini dapat diselesaikan jika para petani tidak kiralah siapa atau dari mana, asalkan memiliki masalah terus menghubungi pihak bertanggungjawab kerana mereka sendiri amat menggalakkan para petani untuk datang dan bertanya sekiranya ada masalah. ", "Kesimpulannya, para petani terutamanya yang kecil-kecilan perlu tampil ke hadapan dan bersuara agar pihak kerajaan dapat melihat serta menyediakan langkah penyelesaian yang lebih efisien untuk semua pihak. ", "Oleh CAROLYNE UTIH", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6475
ADB turunkan jangkaan pertumbuhan Asia
[ "KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Asia (ADB) telah menyemak turun jangkaan pertumbuhan terhadap rantau Asia kepada 0.1 peratus pada 2020 daripada 2.2 peratus diunjurkan pada April lepas.", "Dalam satu kenyataan semalam, ADB berkata, jangkaan itu merupakan pertumbuhan paling perlahan untuk rantau ini sejak tahun 1961, ia terkandung dalam unjuran terbaharu bank tersebut, tambahan kepada Laporan Unjuran Pembangunan Asia (ADO) 2020 yang dikeluarkan pada April. ", "Bank telah menyemak turun unjurannya untuk 2020 kerana langkah-langkah pencegahan untuk mengatasi pandemik Covid-19 telah menjejaskan kegiatan ekonomi dan melemahkan permintaan luaran.", "“Pertumbuhan pada 2021 dijangka akan meningkat kepada 6.2 peratus, seperti diunjurkan pada April. Paras Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 akan kekal di paras rendah dan dan tren sebelum krisis tersebut.", "“Ia tidak termasuk negara perindustrian baharu seperti Hong Kong, China; Republik Korea; Singapura; dan Taipei. Asia yang sedang berkembang pesat dijangka akan berkembang 0.4 peratus tahun ini dan 6.6 peratus pada 2021,” katanya.", "Ketua ekonomi ADB Yasuyuki Sawada berkata, negara di Asia dan Pasifik akan terus terjejas akibat penularan Covid-19 tahun ini walaupun sekatan perjalanan ditamatkan secara perlahan-lahan dan aktiviti ekonomi telah mula beroperasi semula dalam kebiasaan baharu.", "“Walaupun kita melihat unjuran pertumbuhan yang lebih tinggi rantau ini pada 2021, ini disebabkan oleh pertumbuhan yang lemah tahun ini, dan ia bukan pemulihan berbentuk V. Kerajaan harus mengambil langkah untuk mengurangi kesan negatif akibat Covid-19 dan memastikan tiada gelombang baharu berlaku,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22356
Kebun nanas rezeki sampingan Awang Futera
[ "Tekad seorang penjawat awam untuk berbudi kepada tanah dengan mengusahakan tanaman nanas ternyata memberi hasil lumayan apabila beliau akhirnya mampu menjana pendapatan ratusan ringgit setiap bulan daripada aktiviti tani ini.", "Awang Futera Awang Gapar, 52 kini mampu tersenyum gembira apabila hasil titik peluhnya menanam nanas di atas  tanah seluas empat ekar selama satu tahun setengah membuahkan hasil lumayan.", "Awang Futera yang bertugas sebagai  pemandu ambulans di  Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga ( RCS ) Pejabat Kesihatan Daerah Marudi baharu pertama kali mengusahakan tanaman itu tetapi mampu mengutip hasil nanas sebanyak RM500 sebulan dengan  hanya menjualnya di tepi jalan setiap hujung minggu.", "Katanya hanya hari Sabtu dan hari Ahad beliau serta isteri dan anak-anak berpeluang mengusahakan kebun nanas mereka kerana pada hari lain beliau sibuk bekerja.", "“Saya mempunyai 7,000 pokok nanas dan sasaran saya ialah untuk menambah lagi tanaman nanas sehingga 10,000 pokok,” katanya.", "Awang Futera berkata, beliau banyak berkongsi ilmu pertanian daripada rakan-rakan yang lain bagi memastikan projek tanaman nanas itu berhasil.", "“Syukur alhamdullilah permintaan nanas jenis Madu yang kami usahakan mendapat permintaan tinggi daripada penduduk tempatan,” katanya.", "Beliau yang  lebih mesra dipanggil Uteh berkata, nanasnya  dijual pada harga RM5 atau RM6 sebiji dan harganya berubah bergantung kepada pasaran dan saiz buah.", "Selain nanas jenis Madu dan nanas Paun,  Awang Futrera turut mengusahakan nanas Sawit dan nanas Sarikei namun masih belum dapat dijual kerana ia belum matang sepenuhnya.", "“ Nak kena jadi petani mudah sahaja, kena ada kesabaran, semangat yang tinggi serta sifat rajin kerana bidang ini memerlukan kerahan tenaga supaya tananam dapat diusahakan  sebaik mungkin,” katanya ketika ditemubual Utusan Sarawak di kebun nanas miliknya di Logan Nunga jalan Miri / Marudi.", "Kata Awang Futera, antara cabaran mengusahakan tanaman nanas ialah tempoh untuk buah matang mengambil masa yang lama iaitu setahun dan masak secara berperingkat.", "Selain itu, sebagai kakitangan awam sepenuh masa, beliau terpaksa  membahagikan masa untuk menguruskan kebun ini.", "Beliau bersyukur sejak memilik kebun nanas sendiri, ia dapat menambahkan pendapatan keluarga.", "Kata Awang Futera, beliau  mahu membuktikan bahawa bidang pertanian juga mampu memberi pulangan lumayan sesuai dengan cogan kata ‘pertanian adalah perniagaan’.", "Oleh JIKU JUGUONG", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6156
Benitez, Paulinho kembali ke China
[ "PEMENANG Liga Juara-Juara UEFA, Rafael Benitez dan bekas bintang Barcelona, ​​Paulinho telah tiba di China setelah ‘lockdown’ Covid-19, tetapi kini menghadapi kuarantin 14 hari dan penantian untuk musim bermula.", "Kira-kira satu pertiga daripada pemain asing dan jurulatih dalam Liga Super China tidak dapat kembali sejak akhir Mac setelah negara itu melarang kemasukan kebanyakan orang asing.", "Jurulatih Dalian Pro, Benitez dan Paulinho, pemain tengah antarabangsa Brazil, Evergrande, merupakan dua tokoh berprofil tertinggi yang terkandas di luar negara.", "Namun, bekas pengurus Real Madrid dan Liverpool, Benitez, 60, menulis di Weibo seperti Twitter lewat Isnin bahawa dia “kembali ke China” melalui Stockholm.", "Paulinho yang berusia 31 tahun, tokoh utama dalam kemenangan gelaran CSL Evergrande musim lalu, digambarkan mendarat di China pada awal hari Selasa dengan memakai topeng muka.", "Di bawah peraturan ketat China untuk menghentikan penyebaran Covid-19 – yang muncul di negara ini pada akhir tahun lalu – semua yang kembali mesti dikuarantin selama 14 hari.", "Sejumlah pemain asing, termasuk rakan sepasukan Paulinho, Anderson Talisca dan bekas penyerang West Ham United, Marko Arnautovic – kini bersama Shanghai SIPG – belum kembali.", "CSL dijadualkan untuk dimulakan pada 22 Februari tetapi ditunda pada bulan Januari kerana waspada kesihatan.", "Persatuan Bolasepak China telah melihat pada akhir bulan Jun atau awal bulan Julai sebagai waktu permulaan yang baru, tetapi tarikh paling awal sekarang adalah pertengahan bulan Julai.", "Namun, Guangzhou Daily pada hari Selasa bekata CFA merancang untuk menyelamatkan musim ini dengan menjadikan 16 pasukan dalam dua kumpulan, di Guangzhou di selatan dan Shanghai / Suzhou di timur, telah ditolak oleh pihak berkuasa sukan tertinggi kerajaan.”Dalam terdesak” CFA sekarang melihat Dalian di timur laut dan Suzhou, dekat Shanghai, lapor akhbar itu.", "China kini memerangi wabak baru Covid-19 di ibu kota Beijing, setelah melihat jumlah kematian dan jangkitan yang dilaporkan menurun dengan ketara dalam beberapa minggu terakhir. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27199
Kes positif global cecah 250 juta
[ "AMERIKA SYARIKAT: JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 250 juta, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.", "Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 46.5 juta kes.", "Ini diikuti India dengan lebih 34.3 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.", "United Kingdom kini catat lebih 9 juta kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.", "Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.", "Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta.", "Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.", "Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 1.9 juta kes.", "Manakala Singapura merekodkan lebih 220,000 kes.", "Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.05 juta.", "Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 755,000 kes.", "Ini diikuti Brazil dengan lebih 609,000 kes, India lebih 461,000 kes dan Mexico lebih 289,000 kes.", "Sementara Rusia kini catat lebih 243,000 kematian.", "United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.", "Negara yang merekodkan angka korban melebihi 96,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.", "Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.", "Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 44,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes.", "Manakala Thailand dengan lebih 19,000 angka korban.-Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9491
Cazorla tinggalkan Villarreal
[ "SANTI Cazorla akan meninggalkan Villarreal pada akhir musim ini dan ia disahkan sendiri oleh pemain tengah berkenaan.", "Cazorla mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu menjelang perlawanan terakhir La Liga berdepan Eibar awal pagi hari ini.", "Dia dijangka menyertai kelab Qatar, Al-Sadd yang dibimbing oleh Xavi Hernandez.", "Pemain berusia 35 tahun itu menikmati tempoh tiga tahun cemerlang di Villarreal selepas dua tahun berdepan masalah kecederaan yang dahsyat.", "Cazorla melakukan 180 penampilan selama enam tahun di Arsenal dan 81 kali dengan Sepanyol.", "Dia juga bermain untuk Malaga dan Recreativo Huelva selepas kali pertama menyertai Villarreal ketika zaman remaja.", "“Villarreal memberikan saya segalanya. Pada usia 18 tahun mereka melatih seorang budak lelaki dari Oviedo yang tidak mengenali sesiapa pun. “Saya berharap ia sama seperti yang saya tinggalkan sebelum ini dan berharap dapat bertemu anda", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=306
Orang luar tidak dibenar masuk
[ "BINTANGOR: Penduduk Rumah Giman Jabu di Skim B Meradong mengambil inisiatif\nmendirikan papan tanda melarang orang luar masuk ke kawasan rumah panjang\nmereka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "TR Giman berkata, inisiatif tersebut dipersetujui sebulat suara oleh semua\npenduduk pada mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)\nrumah panjang terbabit.", "“Ini adalah sebagai usaha kita untuk menyekat sementara kemasukan orang\nluar atau penduduk rumah panjang lain sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah\nKawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya menerusi aplikasi whatsapp semalam.", "Selain itu katanya, mereka juga menyekat sementara kemasukan penduduk rumah\npanjang yang bekerja dan tinggal di bandar untuk pulang.", "“Begitu juga penduduk yang tinggal di rumah panjang tidak perlu pulang ke\nbandar sepanjang tempoh PKP ini. Dalam erti kata lainnya, mereka harus tinggal\ndi mana mereka sedang berada.", "“Kita harus memandang serius perkara ini bagi mengekang penularan wabak\nvirus berbahaya covid-19,” ujarnya.", "Mereka mendirikan papan tanda larangan tersebut di hadapan simpang masuk ke\nrumah panjang.", "Terdahulu, semua penduduk (penganut agama Kristian) Rumah Giman mengadakan\nsembahyang dan upacara ‘Ngampun’ bagi mereka yang mengamalkan upacara tradisional\nIban memohon perlindungan daripada wabak berbahaya tersebut.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46737
Stesen janakuasa hidro-solar terbesar dunia mula beroperasi di China
[ "CHINA: Fasa pertama loji kuasa hidro-solar terbesar di dunia, juga stesen janakuasa tertinggi dunia seumpamanya, mula beroperasi sepenuhnya di China, malam tadi.", "Memetik kata Pengurus Projek Pembinaan Yang Zhiwei kepada China Media Group (CMG), dengan kapasiti terpasang sebanyak satu juta kilowatt, penjanaan tahunan stesen janakuasa fotovoltaik Kela bagi fasa pertama ialah dua bilion kilowatt jam (kWj) itu cukup untuk menampung keperluan 700,000 isi rumah sepanjang tahun, bersamaan 600,000 tan arang batu standard dan akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebnayk 1.6 juta tan.", "Loji itu, yang terletak di Wilayah Autonomi Tibet Garze di Wilayah Yajiang, Wilayah Sichuan barat daya China, kini disambungkan dengan loji kuasa hidro Lianghekou, yang mula beroperasi pada Mac dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak tiga juta kilowatt, menandakan siapnya yang pertama, fasa projek besar.", "Apabila siap sepenuhnya, jumlah skala kapasiti terpasang projek Kela akan melebihi 100 juta kilowatt, dengan penjanaan kuasa tahunan sekitar 300 bilion kWj, mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada 100 juta isi rumah selama setahun.", "Dengan pergantungan kepada cahaya matahari untuk menjana elektrik, penjanaan kuasa stesen janakuasa fotovoltaik berubah-ubah antara siang dan malam di tengah-tengah kejadian cuaca. Komponen kuasa hidro membantu mengawal semua ketidakstabilan dalam bekalan kuasa PV, menyediakan elektrik bersih yang stabil dan berkualiti tinggi untuk grid kuasa.", "Berapa besar Kela?", "Loji kuasa PV Kela terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Nasional 318, laluan pengangkutan utama yang menghubungkan Sichuan dan Wilayah Autonomi Xizang yang berdekatan.", "Fasa pertama loji itu dibina pada ketinggian sekitar 4,600 meter, iaitu sama dengan ketinggian wilayah Ali di Xizang, Kutub Ketiga di dunia dan 1,000 meter di atas ketinggian bandar Lhasa.", "Hanya dalam satu jam, kapasiti terpasang sejuta kilowattnya boleh mengecas sepenuhnya 15,000 kenderaan elektrik dengan jarak 550 kilometer.", "Dengan keluasan melebihi 16 juta meter persegi, ia lebih besar daripada 2,000 padang bola sepak standard.", "Sebanyak 527,000 cerucuk asas fotovoltaik dipasang di stesen janakuasa itu, yang mempunyai berat yang sama dengan 222 pesawat C919, pesawat penumpang besar pertama China yang dibina di dalam negara, yang baru sahaja menyelesaikan penerbangan komersial awalnya.", "Jika cerucuk fotovoltaik ini disambungkan, jumlah panjangnya akan melebihi 1,400 kilometer iaitu 11 kali ganda jumlah panjang Kereta Api Beijing-Tianjin.", "Hampir 50,000 tan keluli digunakan untuk janakuasa PV, cukup untuk membina satu lagi tempat besar Stadium Nasional (Sarang Burung) yang mengadakan upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.", "Lebih daripada dua juta modul fotovoltaik telah dipasang dan komponen itu boleh meliputi kawasan tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing, dengan jarak pengangkutan sejauh 2,400 kilometer, merangkumi separuh daripada China.", "Pembinaan stesen janakuasa besar ini telah cepat dan cekap. Walaupun menghadapi cuaca sejuk yang melampau, pasukan projek melaksanakan dan memenuhi tugas yang sukar dalam masa enam bulan sahaja.", "Sebanyak 7,000 asas pendakap PV telah dipasang dalam masa 24 jam, bersama-sama dengan 1,200 set pendakap PV, 33,000 keping modul PV dan 30 transformer kotak.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22525
Malaysia teruskan penggunaan Vaksin AstraZeneca
[ "PUTRAJAYA: Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.", "Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis tandatangan Nota Kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Kementerian Pengangkutan di sini semalam, Dr Adham berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam.", "“Penggunaan vaksin AstraZeneca akan diteruskan kerana data klinikal yang didapati masih menjurus kepada kebaikan berbanding kemudaratan,” katanya serta menambah bahawa KKM mengambil maklum elemen kesan ‘adverse’ dan kes melibatkan thrombocytopenia yang dilaporkan.", "Menurut laporan media, tujuh daripada 30 penerima vaksin jenis AstraZeneca di United Kingdom mengalami masalah pembekuan darah.", "Pengawal selia kesihatan Britain dilaporkan sedang menimbangkan saranan untuk menyekat penggunaan vaksin jenis AstraZeneca dalam kalangan orang yang lebih muda berikutan kebimbangan tentang kes darah beku yang jarang berlaku.", "Pada 2 April lepas, KKM telah memberi kelulusan pendaftaran bersyarat kepada vaksin AstraZeneca jenis cecair suntikan yang dibekalkan melalui kemudahan COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan.", "Dr Adham berkata, Malaysia juga akan membuat pemerolehan 10 peratus vaksin jenis AstraZeneca dari Thailand secara pembelian terus. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34124
Aksi Hermanos FC, GMP FC sekadar seri
[ "SKUAD Hermanos FC tetap melihat ia sebagai satu permulaan baik kerana berjaya meraih satu mata pada aksi pertama dalam kempen Liga Betong 2022 kali ini.", "PASUKAN serba muda, Hermanos FC sekadar meraih satu mata apabila hanya mampu seri 1-1 menentang GMP FC dalam saingan Liga Betong 2022 di Kompleks Sukan Betong, petang kelmarin.", "Turun dengan kesebelasan terbaik mereka, menyaksikan skuad Hermanos FC pimpinan Beritin Empawi itu bermula garang pada awal babak perlawanan dengan serangan bertali arus ke atas gawang gol pasukan GMP FC.", "Penyerang GMP FC, Simon berjaya mengejutkan pasukan lawan apabila menjaringkan gol pada minit ke-7. Tersentak dengan jaringan itu, para pemain Hermanos FC seakan-akan tidak mahu tunduk mengalah dengan kerap melakukan beberapa serangan bahaya ke kubu GMP FC.", "Nasib lebih menyebelahi Hermanos FC menerusi penyerangnya, Bansing Kaay berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-58 apabila menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat.", "Pengurus Hermanios FC, Marky Andyson berkata beliau tetap melihat ia sebagai satu permulaan baik kerana tetap meraih satu mata pada aksi pertama mereka.", "Beliau menyifatkan perlawanan petang itu adalah seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang dan masing-masing berjaya mencipta banyak peluang jaringan.", "“Pemain saya telah melaksanakan tugas dengan baik seperti a yang dirancang, dan saya anggap keputusan seri pada aksi pertama petang itu menepati dengan apa yang mereka persembahkan,” ujarnya.", "Dalam pada itu, aksi kedua Hermanos FC selepas ini bakal menanti kunjungan Loy 69 Mangut esok, jam 4.00 petang di Kompleks Sukan Betong.", "Oleh ADI SAFARMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2073
Kaunter tenaga terus susut
[ "KUALA LUMPUR: Penularan Covid-19 terus menjejaskan penggunaan minyak global ketika beberapa negara utama terus berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan tempat simpanan lebihan bahan api itu manakala pertikaian Arab Saudi dan Rusia pula menyebabkan kemerosotan harga minyak.", "Dari segi prestasi\nsektor, kaunter tenaga juga terus lemah apabila 18 kaunter susut pada awal\ndagangan selepas harga minyak mentah Brent turun ke paras di bawah AS$20 setong\n– kali kedua dalam tempoh seminggu.", "Pada 9.40 pagi,\nsebanyak 152,019.600 saham bernilai RM24.13 juta didagangkan.", "Indeks tersebut\ntelah mengalami penurunan hampir 10 peratus kepada 655.50 mata semalam apabila\nharga minyak menjunam ke paras rendah sejak seminggu lepas.", "Harga minyak\nmentah Brent mencecah AS$19.73 setong manakala minyak mentah WTI pada AS$11.95\nsetong.", "Laporan menyatakan, peningkatan import minyak Rusia oleh China meningkat\nlebih daripada 31 peratus pada bulan lepas manakala pembelian minyak mentahnya\ndari Arab Saudi susut 1.8 peratus berbanding Mac 2019 ketika pertikaian antara\ndua negara pengeluar minyak tersebut terus meruncing.", "Sementara itu\nKorea Selatan yang mempunyai kapasiti tempat simpanan komersial keempat\nterbesar di Asia, berdepan kekurangan ruang simpanan apabila permintaan\nterhadap bahan api itu terus merosot akibat Covid-19.", "Kalangan\npenganalisis percaya kelemahan pasaran minyak itu masih jauh untuk diselesaikan\nmanakala harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global dijangka mencecah\nAS$10 setong.", "Malah, mereka\nberpendapat sukar bagi pasaran minyak untuk meningkat semula dalam masa\nterdekat ini berikutan penularan Covid-19 yang berlanjutan di serata dunia dan\nmenyebabkan aktiviti perjalanan terhenti berserta penggunaannya yang terus\nmerosot. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9291
Ibu galas tugas ketua keluarga sara enam anak OKU
[ "MACHANG: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah nasib Zamilah Ismail, 40, apabila terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan menjual sayuran kampung demi menyara enam anaknya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.", "Ibu kepada tujuh orang anak berusia lingkungan 10 hingga 26 tahun itu berkata, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut selepas suaminya, Ahmad Awang Noor, 49, diserang penyakit asma kronik sehingga tidak mampu berniaga kuih pau sejak lima tahun lepas.", "Zamilah berkata, dia juga terpaksa berulang alik sejauh 20 kilometer menaiki motosikal empat kali seminggu dari rumahnya ke sebuah stesen minyak yang terletak di Kok Lanas untuk menjual sayuran yang dikutip di tepi sungai berdekatan rumahnya, yang mampu memperoleh sekitar RM20 hingga RM30 sehari bergantung kepada hasil jualan.", "“Antara hasil yang diperoleh termasuk pucuk paku, jantung pisang serta rebung dan pada kebiasaannya saya akan mula berniaga sekitar 1.00 tengah hari dan akan pulang sebaik barang jualan habis iaitu sekitar 5.00 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pangkal Nangka, Pulai Chondong di sini.", "Tambah menyedihkan, anak bongsunya, Siti Natasya, 10, yang satu-satunya bukan dilahirkan OKU turut menderita penyakit leukemia serta masalah jantung sejak lahir dan perlu melakukan pemeriksaan susulan setiap dua bulan sekali di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.", "Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat bantuan setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan turut menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).", "Zamilah berkata, suaminya menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan dan setiap anak OKUnya pula menerima RM150 setiap bulan selain bergantung kepada hasil jualan yang diperoleh.", "“Namun, ada ketika wang bantuan yang diterima tidak mencukupi dan kadang-kadang jika kehabisan wang saya sekeluarga terpaksa makan nasi dengan hanya berlaukkan telur untuk mengalas perut.", "Beliau berkata, keutamaan bantuan yang diperlukan ketika ini adalah motosikal roda tiga bagi memudahkannya membawa barang jualan dan lebih selesa berulang alik untuk berniaga berbanding motosikal biasa yang digunakannya sekarang.", "Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0302141000092799 atas nama suaminya Ahmad Awang Noor atau menghubungi anak keduanya Azlina, 23, di talian 0198909720. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20908
Ruangan kecil, terhad di Klinik Kesihatan Tanah Puteh
[ "KUCHING: Penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda di Malaysia memberi impak kepada keselesaan staf dan pesakit di Klinik Kesihatan Tanah Puteh berikutan dengan ruangan yang kecil dan terhad.", "Menurut seorang staf di klinik tersebut yang enggan namanya didedahkan, banyak aduan telah diterima daripada pesakit mengenai isu tersebut.", "“Aduan yang diterima kebanyakkannya mengenai masa menunggu yang terlalu lama dan ketidakselesaan menunggu di tempat yang agak terhad ruangannya.", "“Setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kami sentiasa memastikan bahawa semua pesakit yang datang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan oleh kerana keadaan tersebut, semua dikehendaki untuk meminimumkan penggunaan ruang bagi tujuan penjarakan fizikal,” jelas beliau.", "Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa khemah turut didirikan bagi menampung ruang yang tersedia untuk kegunaan pesakit.", "“Sekarang, khemah didirikan sebagai ruang menunggu untuk pesakit dan juga untuk membuat saringan kesihatan dan juga melakukan swab test.", "“Ruangan saringan kesihatan dan ruangan untuk melakukan swab test diasingkan daripada ruangan menunggu biasa dan kami sememangnya memerlukan ruang yang lebih untuk keselesaan para pesakit,” tambah beliau.", "Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa pihak klinik turut menyediakan perkhidmatan temu janji bagi memudahkan urusan pesakit.", "“Berikutan dengan ruangan yang sangat terhad, maka klinik menyediakan perkhidmatan temu janji. Misalnya, ibu-ibu yang mengandung disarankan untuk menghubungi pihak klinik untuk menentukan masa temu janji.", "“Misalnya, sekiranya slot temu janji pada 8.00 pagi, mereka perlu datang pada 7.30 pagi untuk mendaftar dan ia bertujuan untuk mengelakkan mereka menunggu terlalu lama,” tambahnya.", "Oleh RYNNA SHA’ ERRA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21587
99 terima pampasan tanah RM1.76 Juta
[ "BAU: Projek naik taraf Jalan Kampung Tanjung Poting, Kampung Tanjung Bowang dan Kampung Senibong di kawasan Singai akan dilaksanakan tidak lama lagi.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep berkata, projek tersebut telah dimohon pada tahun 2016 namun terpaksa berdepan dengan kekangan peralihan kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan sebelum ini.", "“Saya bersyukur kerana projek naik taraf jalan berkenaan dapat diteruskan selepas kerajaan Perikatan Nasional menerajui kerajaan pusat,”katanya.", "Menurut beliau, memang sudah ada perancangan sebelum ini tetapi disebabkan masalah peralihan kuasa yang dihadapi, menyebabkan projek tersebut mengambil masa hampir lima tahun untuk diteruskan.", "“Disebabkan dua tahun ditangguh maka itulah sebabnya projek ini dimulakan pada tahun ini (2021),” jelasnya.", "Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan cek pampasan bagi projek naik taraf jalan Kampung Tanjung Poting, Kampung Tanjung Bowang dan Kampung Senibong, baru-baru ini.", "“Projek naik taraf jalan tersebut kelak akan memudahkan pergerakan penduduk selain mengelak banjir berlaku,”tambahnya.", "Dalam majlis itu, bayaran pampasan tanah sebanyak RM1.76 Juta diberikan kepada 99 orang penerima, manakala empat lagi pakej akan dibayar kemudian oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.", "Sementara itu, beliau berharap penduduk yang belum menerima pampasan tanah agar bersabar dan terus memberi kerjasama dengan pihak berkaitan.", "Turut hadir, Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam dan Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Alfian Bawi.", "Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30505
Merpati Team sedia ‘gegar’ Liga Sri Aman
[ "SKUAD Merpati Team sedang giat menjalani latihan bagi persiapan Liga Sri Aman musim ini.", "JUARA bertahan, Merpati Team bersedia untuk mengharungi baki saingan Liga Sri Aman yang bersambung Sabtu ini di Kompleks Sukan Sri Aman.", "Pengurus pasukan Merpati Team, Hazlin Ali Hassan berkata, setelah setahun kempen Liga Sri Aman tertunda, kini tiba masanya pasukan kendalian Sulaiman Idi turun beraksi menentang skuad Rimong Croc United.", "Menurutnya, anak-anak buah­ Sulaiman itu kini telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan saingan dan berazam menghadiahkan kemenangan ketiga selepas berjaya memenangi dua perlawanan sebelum itu.", "“Sasaran kita pada perlawanan ketiga petang Sabtu ini adalah untuk memburu tiga mata penuh dan saya lihat skuad kita (Merpati Team) telah berse­dia sepenuhnya untuk memulakan perjuan­gan mereka.", "“Kita akan berjuang habis-habisan bagi memastikan ke­menangan berpihak kepada pasukan Merpati Team,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.", "Menurut Hazlin, beliau percaya apa yang dihajati mereka mampu digapai dengan menuntut komitmen barisan kesebelasan utama pemain yang diturunkan untuk perlawanan penting itu sekaligus mahu mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A saingan Liga Sri Aman.", "“Mahu tidak mahu pasukan kita wajib memenangi perlawanan ini, kita mahu terus kekal berada di tangga teratas Kumpulan A dan menempah tiket ke pusingan separuh akhir selepas itu,” katanya.", "Dalam pada itu, Hazlin turut memberitahu tiada masalah untuk pasukan kendalian Sulaiman menyediakan barisan terbaik bagi perlawanan petang Sabtu kelak kerana kesemua tonggak utama bebas daripada kecederaan mahupun penggantungan.", "Justeru itu, beliau menuntut kerja keras berpasukan yang bakal dipamerkan dan beraksi cemerlang dalam baki dua perlawanan selepas ini.", "“Jadi, matlamat pasukan adalah kita kena kerja dua kali (ganda) lebih keras daripada kebiasaan dalam menghadapi saki-baki perlawanan selepas ini,” ujarnya.", "Hazlin menjelaskan beliau percaya aspek mentaliti untuk menjadi juara yang diterapkan oleh pemain yang diamanahkan adalah kunci utama bagi merebut gelaran kejuaraan musim ini.", "“Saya seringkali mengingatkan setiap pemain agar mempunyai mentaliti untuk menjadi juara dan memperoleh kemenangan dalam setiap perlawanan bagi memastikan kejayaan milik pasukan. Kalau ada mentaliti untuk menang…In Sha Allah (kita boleh mencapai kemenangan),” ujarnya.", "Dalam pada itu, Merpati Team terus menyandarkan kudrat tonggak utama pemain yang rata-rata dikekalkan pada musim lalu, diketuai oleh bekas pemain Sarawak, Awang Sifullah Awang Yaman sebagai ketua pasukan dan beberapa pemain import dari Kuching.", "Oleh ADI SAFARMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34384
K-KOMM kaji naik taraf lima lagi RTM negeri
[ "TERTARIK … Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalulail bersama Raja Perempuan PerlisTuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan melawat konti Perlis FM selepas merasmikan KompleksJabatan Penyiaran Negeri Perlis sekali gus memperkenankan nama barunya iaitu Kompleks Penyiaran TuankuSyed Putra (Kompleks PUSPA) semalam. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.• Foto BERNAMA", "KANGAR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sedang mengkaji untuk memodenkan lima lagi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.", "Beliau berkata, perubahan teknologi semasa memerlukan peningkatan kualiti prasarana penyiaran bagi memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada Keluarga Malaysia.", " “Kita masih mengkaji beberapa pendekatan yang bersesuaian untuk menampung kos memodenkan RTM Melaka, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan,” katanya, pada sidang media sempena perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra di sini semalam.", " Terdahulu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan serta menamakan kompleks penyiaran baharu RTM Perlis itu sebagai Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.", "Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.", "Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri.", "Annuar berkata, pihaknya belum mengenal pasti kos bagi projek naik taraf lima RTM tersebut.", "“Yang penting adalah pembangunan itu dapat dilakukan dengan cepat dan kita tidak tolak kemungkinan untuk melakukannya secara penswastaan dan tidak perlu menunggu peruntukan sepenuhnya daripada kerajaan,” katanya.", "— Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18816
Nuba Laya nasi istimewa kaum Kelabit
[ "Nuba Laya adalah sejenis makanan tradisi yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Kelabit namun kini makanan tersebut turut dinikmati kaum-kaum lain.", "Nasi tersebut bukan sahaja di makan dalam kalangan ahli keluarga sahaja malah di bawa jikanya ada keramaian atau pesta tertentu terutama bagi meraikan hari jadi atau keramaian yang berkonsepkan keagamaan.Tidak akan lengkap tanpa Nuba Laya kerana nasi ini merupakan menu pembuka selera bagi sesetengah orang.", "Menurut Puan Lingging, penyediaan makanan ini sebaik dimasak perlu dibungkus di dalam sejenis daun yang mereka panggil daun ‘irik’ yang mana ‘Nuba Laya’ merupakan lauk pauk masyarakat Kelabit.", "Menurut Puang Lingging lagi, 58, anak jati dari Bario dan kini menetap di Kampung Pemindahan Marudi, cara pembuatannya hampir sama dengan memasak nasi dari beras biasa atau beras berkualiti tinggi.", "Bagi keluarga Puan Lingging untuk menyediakan masakan ‘Nuba Laya’ mereka lebih suka menggunakan dapur kayu kerana masakannya lebih sedap dan enak berbanding dengan masakan menggunakan periuk elektrik.", "Masakan ini tidak memerlukan tempoh yang lama dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit, kata Puan Lingging.", "Katanya nasi yang sudah masak itu dilenyekkan dengan menggunakan perkakas dapur atau pekakas yang sesuai dan sesudah hancur dan masak sepenuhnya barulah digumpal-gumpalkan di dalam bungkusan daun.", "Jelas Lingging ‘Nuba Laya’ sudah menjadi sebahagian daripada menu tradisi masyarakat mereka dan merupakan lauk pauk yang sering dibawa untuk bekalan ke huma atau di ke tempat-tempat lain sebagai bekalan.", "Sesuai untuk dimakan dengan apa sahaja lebih-lebih lagi dinikmati bersama makanan yang lain seperti daging dan ikan salai.", "Bagi Puan Lingging mereka menyediakan ‘Nuba Laya’ apabila diperlukan atau jika ingin memakannya dan bertukar selera.", "“Lebih enak lagi ‘Nuba Laya’ ini jika dimakan dengan ‘Kikid’ iaitu sayur campur beras, sardin dalam tin dan lebih enak juga dimakan dengan umai, sejenis makanan tradisi kaum Melanau,” jelas Lingging.", "Malah ‘Nuba Laya’ bertambah sedap jika dimasak dengan ‘Kerid Paring’ iaitu sayur ensabi yang telah dijemur atau yang telah dikeringkan.", "Dengan kaedah tradisional iaitu menggunakan kayu api, menurut Lingging masakan ‘Nuba Laya’ boleh bertahan lama walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.", "Oleh Jiku Juguong", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42823
KSL 2022 tampil saingan 14 pasukan
[ "KUCHING: Sebanyak 14 regu akan berentap pada Pusingan Akhir Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).", "Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS) dengan kerjasama Sarawak Sports Corporation (SC) berlangsung esok dan 26 Februari ini.", "Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi berkata, pemain yang terlibat merupakan regu terbaik yang dipilih wakil zon masing-masing.", "“Kumpulan A menyenaraikan regu Miri Sea Horse A, Sri Aman Gators A, Kuching Nights B dan Mukah Majors A.", "“Manakala, tiga regu diundi berada dalam Kumpulan B iaitu Mukah Majors B, Samarahan Brilliant A dan Kuching Nights A,” katanya pada sidang media di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, hari ini.", "Katanya, Kumpulan C pula menyaksikan tiga regu iaitu Sri Aman Gators B, Bintulu Bravo A dan Sibu Titans B.", "Selain itu katanya, dalam Kumpulan D pula iaitu Bintulu Bravo B, Sibu Titans A, Miri Seahorse B dan Samarahan Brilliant B.", "Dalam pada itu, format kejohanan secara liga kumpulan pada peringkat awal, manakala kalah mati untuk pusingan selepas itu.", "“Saingan hari pertama pada Sabtu untuk perlawanan peringkat kumpulan hingga ke suku akhir.", "“Disusuli perlawanan peringkat separuh akhir dan final yang dijadual berlangsung pada Ahad,” tambah Ismail.", "Regu yang dinobatkan sebagai juara nanti akan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat.", "Naib juara katanya, akan menerima wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat, manakala wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat untuk pemenang tempat ketiga bersama.", "Dalam perkembangan lain, satu jawatankuasa pemilihan juga telah ditubuhkan bagi memilih pemain-pemain yang akan dipangil untuk latihan bagi persiapan ke kejohanan di peringkat kebangsaan.", "Pemain berumur bawah 20 juga akan dipilih bagi persiapan Skuad SUKMA Sarawak yang akan mewakili Sarawak di SUKMA Ke-21 yang akan diadakan pada 2024.", "Oleh Mohd Neenatul Aizal", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=1857
La Liga Sepanyol bersambung semula?
[ "MENTERI kesihatan Sepanyol, Salvador Illa semalam berkata adalah\n“tidak bijak” untuk menjanjikan musim bola sepak akan dimulakan\nsemula sebelum musim panas ketika negara itu mengambil langkah-langkah untuk\nmeringankan salah satu ‘lockdown’ Covid-19 yang paling sukar di dunia.", "“Saya tidak dapat memberitahu anda sekarang jika bola sepak\nprofesional akan dapat memulakan semula aktivitinya sebelum musim panas. Saya\nsudah pasti tidak bijak bagi pihak saya,” katanya semasa taklimat harian\nmengenai wabak Covid-19.", "Menteri itu menyuarakan nada berhati-hati atas rancangan La Liga untuk\nmenguji pemain untuk virus itu sebelum kembali berlatih dan menyambung semula\nmusim yang ditangguhkan pada 12 Mac, dengan mengatakan bahawa memberi keutamaan\nkepada pemain bola sepak mungkin melanggar polisi kerajaan.", "“Ujian diagnostik dalam bentuk apa pun mesti disediakan kepada\npihak berkuasa daerah,” kata Illa.", "Sebelum pemain dapat kembali ke padang mereka harus menjalani ujian\nsaringan Covid-19. Mereka kemudian akan terus dipantau secara berkala.", "Perdana Menteri, Pedro Sanchez Sabtu lepas mengumumkan bahawa rakyat\nSepanyol akan diizinkan untuk bresenam dan berjalan-jalan mulai hujung minggu\ndepan, dengan keadaan darurat yang dilanjutkan minggu ini hingga 9 Mei.", "Tidak seperti kebanyakan negara lain, sejak mengenakan ‘lockdown’ pada\n14 Mac, Sepanyol tidak mengizinkan orang keluar berjalan-jalan, berjoging atau\nmenunggang basikal, membiarkan mereka meninggalkan rumah hanya untuk membeli\nmakanan atau ubat-ubatan atau untuk kecemasan perubatan.", "Dengan lebih daripada 23,000 kematian Covid-19, Sepanyol mempunyai\nangka kematian ketiga tertinggi di dunia setelah Amerika Syarikat dan Itali. –\nAFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12701
Bas sekolah percuma ringankan beban rakyat
[ "KUCHING: Perkhidmatan bas sekolah percuma Kerajaan Sarawak membantu mensejahtera dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah.", "Seorang pemandu bas sekolah percuma, Jamaluddin Mustafa, 33, berkata, perkhidmatan bas sekolah percuma itu sangat bagus.", "“Ia dapat membantu mengurangkan kesesakan seperti ketika pergi ke kawasan bandar dan jalan raya tidak mengalami kesesakan. Selain itu, ia juga membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah,” katanya.", "Menurutnya, sambutan bas sekolah percuma itu sangat baik dan banyak pelajar yang menggunakan bas sekolah percuma terbabit dan ada yang menggunakannya untuk tiga kali perjalanan.", "Jamaluddin menzahirkan rasa gembira atas sikap prihatin kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat terutama kepada kumpulan B40 dan golongan berpendapatan rendah.", "Sementara itu, bagi seorang pelajar, Pricella Jaine, 14, berkata, pekhidmatan bas sekolah percuma itu sangat membantu dalam menjimatkan duit untuk perbelanjaan keluarga.", "“Selain itu, ia juga membantu keluarga yang berpendapatan rendah sebab mungkin mereka tidak mampu untuk membayar yuran perkhidmatan bas sekolah,” katanya.", "Pricella memberitahu, beliau gembira sebab perkhidmatan bas percuma itu boleh membantu keluarga yang berpendapatan rendah dalam mendapat pekhidmatan bas untuk pergi ke sekolah.", "Manakala bagi rakannya, Nursyafifie Nadhirah, 14, berkata pekhidmatan bas sekolah percuma itu boleh membantu orang yang susah dan tidak mampu untuk pulang ke rumah menggunakan bas awam.", "Nursyafifie memberitahu, beliau berasa bersyukur sebab kerajaan prihatin dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.", "Oleh Cheryl Law", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21348
Padang ragbi di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud dalam pembinaan
[ "SADONG JAYA: Sebuah padang ragbi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesantren Abdul Taib Mahmud yang dibangunkan menerusi peruntukan Kerajaan Sarawak kini dalam proses pelaksanaan.", "Padang ragbi yang dibina itu adalah bagi memupuk minat pelajar terhadap sukan terbabit selain sebagai pelengkap kepada kemudahan sukan di sekolah berkenaan.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, kesedaran para pelajar amat diperlukan agar dapat menyerlahkan potensi dan bakat mereka dalam bidang sukan ragbi.", "Jelasnya, sukan itu juga mampu membina kekuatan dan sahsiah diri sekali gus melahirkan generasi muda yang aktif bersukan.", "“Dengan siapnya projek ini akan memberi kemudahan sukan ragbi untuk pelajar di sekolah tersebut,” katanya semasa melakukan tinjauan di padang ragbi di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud pada Isnin.", "Tambah beliau, kerja-kerja menanam rumput di padang ragbi berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7322
Peniaga di Tamu Bekenu tidak patuhi SOP
[ "BEKENU: Peniaga di tamu dan orang ramai didapati tidak ikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) di Simpang Bekenu sangat menyedihkan.", "Utusan Sarawak mendapat aduan daripada seorang pengunjung yang enggan nama siarkan berkata, keadaan jual beli di Simpang Bekenu di Jalan Miri Bintulu sangat menyedihkan dan harus dipantau pihak berkuasa tempatan.", "Katanya, orang ramai didapati mula memenuhi pekarangan tamu di situ sekitar 2.00 hingga 6.00 petang.", "“Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Subis (MDS) harus melakukan pamantauan segera bagi mengelak penular wabak Covid-19.", "“Penjual dan orang ramai didapati tidak mengguna penutup mulut dan hidung, seperti wabak Covid-19 telah pulih”, jelasnya.", "Tinjauan Utusan Sarawak di tamu berkenaan semalam ternyata benar dan kawasan sekitar tamu dipenuhi penjual dan orang ramai.", "Selain itu, turut didapati ramai warga tua dan kanak-kanak berada di tamu Simpang Bekenu.", "Justeru itu, pihak kerajaan tempatan harus memandang serius dan melakukan pemantauan SOP terhadap perkara yang tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) masih dilaksanakan sehingga 31 Ogos 2020.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46519
Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan
[ "KUALA LUMPUR: Tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian dilanjutkan hingga 6.00 petang 30 Jun ini. ", "Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara ini bagi memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan itu.", "“Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my. Calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan,” menurut kenyataan itu. ", "Permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.", "Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.", "Sebelum ini, pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian telah tamat pada 16 Jun lepas seperti yang dinyatakan dalam surat makluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam Tahun 2023: SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bertarikh 2 Jun.", "“KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing,” menurut kenyataan itu.  – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45451
Penunggang motosikal maut kemalangan kendiri
[ "KUCHING: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Empangan Bengoh sekitar 11.30 pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang menunggang motosikal, Willie Ebin berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.", "“Kemalangan berlaku semasa mangsa yang berasal dari Jalan Puncak Borneo menunggang dari arah Empangan Bengoh menuju ke Kampung Bengoh .", "“Mangsa hilang kawalan menyebabkan motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh parit simen di bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "“Akibat rempuhan itu, mangsa cedera dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian. Kemalangan itu juga menyebabkan bahagian hadapan motosikal mangsa rosak teruk,” ujarnya.", "Abang Zainal berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Oleh Connie Chieng", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2181
JPBNS bakal umum kebenaran sektor ekonomi beroperasi
[ "ZARINA ABDULLAH", "KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak\n(JPBNS) akan mengumumkan keputusan mengenai pembukaan dan kebenaran beberapa\nsektor ekonomi penting untuk beroperasi pada kapasiti penuh di Sarawak.", "Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas\nberkata, ini kerana pihaknya perlu mengambil kira kesesuaian, membuat\npertimbangan dan melihat situasi semasa COVID-19 di Sarawak sebelum membuat\nsebarang keputusan penting.", "“Bagi sarawak, kita telah dinasihatkan oleh Ketua Menteri\nDatuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan dengan persetujuan oleh Perdana\nMenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sebarang keputusan untuk negeri,\njawatankuasa akan melihat secara mendalam sebelum mengumumkan keputusan.", "“Ini kerana Sarawak telah diberi mandat untuk melihat\nsendiri keadaan, tetapi kalau contoh undang-undang mandatori seperti kebenaran\ndi dalam sebuah kereta boleh dua orang ahli keluarga, itu kita wajib patuhi,”\nkatanya.", "Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana\nNegeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian pada sidang media harian perkembangan\nCovid-19 di Kuching, semalam. ", "“Namun demikian, pihak jawatankuasa akan melihat secara\nlebih mendalam tentang perkara ini dengan mengambil kira kesesuaian\npelaksanaannya di Sarawak dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kerajaan\nPersekutuan.", "“Begitu juga mengenai pengumuman untuk pembukaan taska\ndan tabika yang akan diumumkan selepas perbincangan mendalam selain mengambil\nmaklum balas daripada rakyat kerana apa-apa jua keputusan yang akan diambil,\nkeselamatan rakyat adalah menjadi perkara utama,” jelasnya.", "Uggah turut mengumumkan keputusan JPBNS membenarkan dua\nahli keluarga terdekat untuk melakukan perjalanan dengan kereta bagi tujuan\nmembeli makanan, ubat-ubatan, keperluan harian, makanan tambahan atau apa-apa\nbarang lain dari mana-mana pembekal perkhidmatan penting atau untuk mendapatkan\nperkhidmatan kesihatan dan perubatan.", "Terdahulu Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada\nSelasa menyatakan kerajaan memutuskan semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi\nketika PKP diberi kebenaran beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan\nberkuatkuasa pada Khamis.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38497
Waktu operasi feri Batang Saribas dilanjut hingga 2 pagi 
[ "BETONG: Waktu operasi feri Batang Saribas (Pusa-Beladin) akan dilanjutkan dari 12 tengah malam sehingga jam 2 pagi bermula kelmarin sehingga Ahad, 20 November ini.", "Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dalam satu kenyataan menyatakan masa lanjutan dilaksanakan bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).", "“Masa feri dilanjutkan adalah untuk memudahkan pergerakan masyarakat tempatan bagi mengikuti program sepanjang tempoh PRU-15 dijalankan.", "“Ini juga dapat membantu pengguna feri untuk menunaikan tanggungjawab mengundi serta memberi ruang untuk proses demokrasi berjalan dengan baik dan lancar,”katanya.", "Mengenai operasi feri Batang Lupar (Sebuyau-Triso) bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang notis pemberitahuan pemakluman perubahan masa.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33901
Kreativiti hasilkan sangkar kucing sendiri
[ "CUBA BAKAT… Kakak Emie kelihatan sedang membuatkan sangkar dengan paip buluh PVC.", "KERANA terlalu sayang dengan kucing seorang pelajar memaksa kakaknya untuk membuat sangkar yang lebih besar untuk menempatkan kucing-kucing  peliharaannya", "Langkah itu diambil kerana sangkar-sangkar yang sediaada tidak sesuai lagi dan terlalu sempit untuk kucing betina yang dipeliharanya kerana kedua-dua haiwan  tersebut sudah beranak.", "Perkara itulah yang dilakukan oleh Emie Hennie yang kini mempunyai  sejumlah  12 ekor kucing, dengan lapan baru berusia sekitar sebulan.", "Oleh yang demikian si kakak terpaksa memeras otak untuk memikir macam mana hendak membuatnya walaupun pada hakikat ia bukanlah kerja seorang perempuan.", "Untuk tidak mengewakan adiknya itu, si kakak terpaksa membuat prancangan selama tiga hari untuk memikir bahan-bahan yang perlu digunakan.", "Dan akhirnya dia dan adiknya itu telah bersepakat  untuk menggunakan buluh paip (pvc pipe) sebagai bahan utama untuk  membuat sangkar bersaiz berganda daripada dua sangkar yang digunakan sebelum ini.", "Ia juga memakan masa selama tiga hari untuk menyiapkannya kerana mereka hanya menggunakan sekitar tiga jam sehari.", "Disebabkan itu bukan bidang atau umumnya bukan pekerjaan `jenis Hawa’, ia tidak berjalan lancar seperti yang dijangka terutama dari segi perolehan bahan binaan kerana sentiasa ada sahaja kekurangan.", "Situasi itu telah menyaksikan  si adik dan kakak berulang kali pergi ke Kedai Bahan Binaan `Hard ware’ untuk mendapatkan buluh pipe termasuk alat penyambungnya.", "“Oleh kerana kami bukanlah pakar dalam peralatan buluh paip ini, kami terpaksa `google’  untuk melihat macam mana itu sangkar yang lebih simple atau mudah untuk dibuat secara amatur,” ujarnya lagi.", "Selain itu, ujar Emie lagi, selain  prihal bahan mereka juga memerlukan peralatan pemotong iaitu gergasi besi dan juga pengikat `Cable Tie’.", "“Selepas  rangkanya sudah siap, kita juga berbincang untuk membuat dinding dan  lantai sangkar kucing itu. Kita harus berhati-hati  dan jika kita mengguna yang berdawai  keras mungkin boleh mencederakan anak-anak kuching, terutama  sekali bagi kita yang tidak arif tentang sangkar haiwan peliharaaan seperti ini. Jadi kita memilih  untuk menggunakan `material’  yang agak lembut namun tahan,” katanya lagi.", "Pada hari pertama, mereka memotongkan buluh paip itu mengikut ukuran yang dikehendaki bagi tiang dan palang, sebagai rangka utama.", "“Oleh kerana PVC paip ini mempunyai pelbagai saiz dan penyambung ( connector), jadi kerja memasang itu tidaklah terlalu sulit. Namunpun sedemikian, ia tidak terus siap kerana ada aja yang kurang, menyebabkan kakak saya untuk pergi ke kedai Hardware lagi,” katanya.", "Selepas rangka sudah siap, katanya, barulah mereka memasang dinding-dinding dan bahagian atas sangkar tersebut.", "Pelajar sebuah sekolah menengah di Mukah itu mendedahkan  bahawa  selepas struktur utama selesai dan sangkar sudah berdinding, kerja yang juga memeningkan kepala ialah  macam mana hendak membuat pintu.", "“Kami mencuba pelbagai jenis  pintu terutama sekali macam mana nak membukanya, sama ada pintu `sliding door’ atau yang biasa sahaja.  Akhirnya kita bersetuju untuk membuatkan yang biasa sahaja kerana ia lebih mudah tidak memerlukan jalur untuk menutupnya. Selepas pintu sudah dibuat, satu lagi masalah yang harus difikirkan macam mana nak menahan atau mengunci pintu itu,” tambah beliau.", "Selepas mencuba pelbagai `cara’, katanya lagi, mereka telah menggunakan konsep yang paling mudah ia  itu  dengan menggunakan palang buluh paip yang lebih kecil dengan kedua hujungnya dimasuk dalam buluh paip yang lebih besar sebagai penahannya.", "“Buluh paip yang lebih besar di tempat di kedua  dua belah pintu, dan buluh yang lebih kecil di palangkan dengan hujungnya dimasuk pada buluh paip yang tepi pintu itu. Syukur setakat ini ia masih bertahan. Dan saya percaya sekiranya jumlah kucing bertambah kami akan `improvised’  membuat yang lebih bagus lagi, dan setakat ini saya rasa okay. Kakak saya menyatakan oleh kerana tidak menggunakan sebarang gam, ia boleh dicabut dan disambung semula jika mahu menjadi ia lebih besar kelak,” katanya lagi.", "Adalah difahamkan  semenjak kucing-kucing itu dipindahkan dalam sangkar tersebut sekitar seminggu yang lalu, haiwan kelihatan begitu selesa.", "Ibu-Ibu kucing ini adalah kucing liar yang datang ke rumah, dan kerana merasa kasihan melihatnya Emie memberi ia makan dan selepas itu terus tidak mahu pulang daripada kawasan rumah tersebut.", "Oleh HENRY B SIYU", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24532
ASEAN-BAC gesa kerajaan ratifikasi RCEP, CPTPP
[ "KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa kerajaan untuk meratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) menjelang akhir tahun ini.", "Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Munir Abdul Majid berkata, Malaysia telah kehilangan kelebihan penggerak pertamanya kerana negara ini belum meratifikasi kedua-dua perjanjian itu.", "Sehubungan itu, ASEAN-BAC semalam mengemukakan memorandum secara maya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menyokong ratifikasi RCEP dan CPTPP.", "Mohd Munir berkata, persatuan perdagangan, dewan perdagangan, badan profesional serta majlis perniagaan mengiktiraf kepentingan proses ratifikasi yang boleh meletakkan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran RCEP dan CPTPP.", "“Ia menyediakan peluang kepada perniagaan Malaysia dengan menawarkan akses pasaran kepada hampir satu pertiga daripada penduduk dunia, memperluas saluran penyumberan intrawilayah bahan mentah pada harga yang kompetitif dan mengintegrasikan rantaian bekalan.", "“Selain itu, ia menggalakkan ketelusan lebih tinggi untuk berkongsi kemudahan perdagangan, kerjasama ekonomi, penstandardan peraturan mengenai e-dagang dan memberi kepastian dalam perlindungan harta intelek,” katanya pada Webinar ASEAN-BAC Malaysia 2021 semalam.", "Beliau berkata, kerajaan perlu bertindak segera bagi membolehkan perniagaan memanfaatkan kedua-dua perjanjian perdagangan bebas yang telah ditandatangani Malaysia.", "“Kami meminta kerajaan untuk meratifikasi RCEP dan CPTPP menjelang akhir 2021 untuk meraih kelebihan penggerak awal dan memperkukuhkan ekonomi,” katanya.", "Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria berkata, data pelaburan langsung asing menunjukkan Vietnam telah menerima manfaat sebagai antara yang terdahulu meratifikasi CPTPP.", "“Dalam satu tinjauan terkini oleh The Economist mendapati responden lebih optimis terhadap Vietnam berbanding negara anggota ASEAN lain,” katanya.", "Sementara itu, Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Tan Sri Soh Thian Lai berkata ratifikasi kedua-dua perjanjian perdagangan itu adalah penting terhadap pemulihan ekonomi Malaysia pasca Covid-19. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35872
55 PPS tampung 14,010 mangsa bencana dikenal pasti
[ "KOTA SAMARAHAN: Terdapat sebanyak 55 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan (JPBB) yang boleh menampung seramai 14,010 mangsa bencana di Samarahan jika dibuka secara serentak.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim berkata, banjir merupakan satu fenomena yang membawa kepada tragedi dan biasanya berlaku tanpa dijangka.", "“Sehubungan itu, setiap agensi haruslah bersiap siaga bagi menghadapi bencana. Kerjasama semua pihak ketika berlaku bencana amatlah diperlukan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disalurkan kepada mangsa bencana dan tiada kehilangan nyawa berlaku,” ujarnya pada Majlis Perasmian Penutupan Program Latih Amal & Simulasi Pusat Permindahan (PPS) Bencana Bahagian Samarahan di Balai Raya Kampung Merdang Lumut pada Isnin.", "Beliau menambah, dalam menghadapi bencana banjir, tugas dan tanggungjawab agensi yang terlibat semasa bencana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) serta sukarelawan diperlukan bagi memastikan pengurusan PPS berkesan semasa menguruskan bencana.", "Tegas beliau lagi, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat berperanan penting di peringkat awal bencana, hendaklah berwaspada terhadap perubahan cuaca dan segera memaklumkan kepada Pejabat Daerah bagi kawasan yang mengalami banjir dan membekalkan senarai penduduk bagi memudahkan pendaftaran di PPS.", "Seramai 170 orang telah menyertai Latihan Amal dan Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Samarahan anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan dengan kerjasama Pejabat Daerah Samarahan.", "Hamzah turut menekankan pogram seperti ini adalah sebagai persediaan rapi kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi terlibat supaya dapat bersiap siaga menggalas tugas dengan cekap, bersepadu dan berkesan di PPS.", "Menurut laporan kesiapsiagaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), fasa peralihan Monsun akan bermula pertengahan September sehingga November tahun ini.", "Turut hadir, Mantan Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, Pegawai Daerah Samarahan Anuaar Da’an dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, Mohammed Yaakob Morshid.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=36467
PKR Sarawak umum 16 calon, penyandang Parlimen Miri digugurkan 
[ "KUCHING, 1 Nov (Bernama) — PKR hari ini menampilkan 16 calonnya yang bakal berentap bagi kerusi Parlimen di Sarawak atas tiket Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Mengumumkan perkara berkenaan di sebuah hotel di Miri, Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyandang kerusi Parlimen Miri selama dua penggal Michael Teo, tidak tersenarai calon bagi memberi laluan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak Chiew Choon Man.", "Beliau berkata barisan calon PKR Sarawak bagi pilihan raya kali ini turut melibatkan 12 muka baharu, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta pengalaman bekerja di lapangan.", "Selain itu, Anwar memaklumkan Pengerusi PKR Sarawak Roland Engan dan timbalannya Abun Sui Anyit, masing-masing bakal bertanding di Parlimen Baram dan Hulu Rajang.", "Dalam pada itu, Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini berkata sokongan rakyat Sarawak terhadap parti itu diperlukan, bagi memberi peluang kepada PH melaksanakan kerja baik di peringkat Persekutuan, seterusnya membwa perubahan di negeri itu.", "“Kesemua mereka yang akan bertanding di bawah panji Pakatan Harapan, perlu kerja keras bersama jentera dalam memastikan rakyat mendapat pendedahan mengenai agenda yang kita perjuangkan,” menurut hantaran itu.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov ini.", "Berikut ialah senarai calon PRU15 PH-PKR di Sarawak:", "P194 Petra Jaya – Sofian Julaihi", "P198 Puncak Borneo – Dig Dios", "P202 Sri Aman – Tay Wei Wei", "P203 Lubok Antu – Langga Lias", "P204 Betong – Patrick Khamis", "P205 Saratok – Ibil Jaya", "P210 Kanowit – Mohd Fauzi Abdullah@Joseph", "P213 Mukah – Abdul Jalil Bujang", "P214 Selangau – Umpang Salang", "P215 Kapit – Khusyairy Pangkas Abdullah", "P216 Hulu Rajang – Abun Sui Anyit", "P218 Sibuti – Zolhaidah Suboh", "P219 Miri – Chiew Choon Man", "P220 Baram – Roland Engan ", "P221 Limbang – Racha Balang", "P222 Lawas – Japar Suyut ", "— BERNAMA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4347
HIASANBekas pegawai bank dibicara berhubung 1MDB
[ "GENEVA: Mahkamah di sini, semalam, memulakan prosiding perbicaraan pertamanya bagi mengetahui sama ada seorang pegawai bank tempatan gagal menghentikan pemindahan wang AS$700 juta (RM3 bilion) ke dalam akaun dikawal ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low.", "Pegawai pematuhan, yang hanya dikenali sebagai A, adalah kakitangan di Coutts & Co, yang mana Jho Low, mempunyai akaun di bank berkenaan, menurut Bloomberg.", "Menurut pertuduhan, A, 52, adalah pegawai yang ditugaskan untuk melaporkan pengubahan wang haram di Coutts.", "Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membawa kepada kejatuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berlaku selepas Jho Low membangunkan dana berjumlah AS$8 bilion (RM35 bilion) bertujuan membangunkan ekonomi Malaysia.", "Bagaimanapun, Jho Low didakwa mencuri wang itu dan membelanjakannya untuk pesta, pembelian kereta sport dan pembelian hartanah mewah serta pembiayaan filem “Wolf of Wall Street”.", "Jho Low kemudian mewujudkan syarikat Good Star yang berdaftar di Seychelles, pada Mei 2009 dan membuka akaun di Coutts Singapura, sebulan kemudian.", "Menjelang September tahun sama, Jho Low memutuskan semua komunikasi dengan Coutts di Singapura dan hanya menerima kemaskini daripada Coutts di Switzerland menerusi e-mel chairman.goodstar@gmail.com.", "Pihak pendakwaan Switzerland mendakwa A, kerana peranannya meluluskan pemindahan AS$700 juta.", "Menurut pertuduhan, pada 2 Oktober 2009, beliau menerusi e-mel meminta sekatan terhadap akaun 11116073 Good Star Ltd dibuka.", "Usaha wajar setakat ini adalah bagus dan kita mempunyai bukti yang cukup bahawa pembayaran adalah sah dan betul.", "Pihak pendakwaan berkata, disebabkan perkara itu dan pelbagai kegagalan pematuhan, “kesalahan yang dilakukan A adalah sangat berat”. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12865
Jumlah premium insurans hayat turun 12.6 peratus
[ "KUALA LUMPUR: Jumlah premium insurans hayat turun 12.6 peratus kepada RM5.24 bilion bagi separuh pertama 2020 daripada RM6 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas apabila aktiviti jualan insurans bersemuka tidak dapat dilakukan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya PKP Pemulihan (PKPP) yang bermula sejak 18 Mac 2020.", "Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata, ia disebabkan terutamanya penurunan polisi berkaitan pelaburan yang menguncup sebanyak 24.5 peratus kepada RM1.73 bilion dari segi jumlah premium.", "“Insurans berkaitan pelaburan adalah pelan insurans yang memiliki ciri-ciri lebih unik dan memerlukan interaksi bersemuka oleh ejen untuk menjelaskan ciri-ciri ini dan memastikan kesesuaiannya sebelum pelan berkaitan pelaburan dicadangkan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan semalam.", "Bagaimanapun, LIAM berkata, industri insurans hayat merekodkan lonjakan dalam jualan saluran langsung bagi insurans sementara, insurans penyakit kritikal serta insurans perubatan dan kesihatan disebabkan oleh sekatan jualan bersemuka oleh ejen dan kakitangan bank semasa pkp.", "“Bilangan polisi yang dijual menerusi saluran langsung melonjak 47.5 peratus pada separuh pertama 2929, dengan premium tahunan dan jumlah jumlah dijamin mencatatkan tahap pertumbuhan masing-masing pada 63.9 peratus dan 71.5 peratus,” kata persatuan itu.", "Presidennya Loh Guat Lan berkata pandemik Covid-19 telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan perlindungan insurans hayat.", "“Semasa PKP dan PKPP, syarikat insurans terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya menerusi platform digital atau dibantu oleh pusat perkhidmatan pelanggan.", "“Meskipun kaedah dan teknologi baharu akan memberi impak bagaimana perniagaan dijalankan setiap hari, saya percaya penggunaan teknologi tidak dapat dielakkan untuk kita menjadi lebih cekap, responsif dan produktif untuk berhubung dengan pelanggan kita,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33173
Malaysia digital pacu ekonomi digital negara
[ "PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir pada Majlis Pelancaran Malaysia Digital dan Sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Malaysia (MDEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam. Turuthadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. •Foto BERNAMA", "KUALA LUMPUR: Bertujuan merancakkan ekonomi digital negara, kerajaan membangunkan Malaysia Digital (MD) berpandukan tiga prinsip utama, Fleksibiliti, Ketangkasan dan Relevansi.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MD menerusi projek Mangkin MD atau PEMANGKIN akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasikan ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik.", "“Pertama, membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat; kedua, menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia’ berjaya di peringkat antarabangsa; dan ketiga, menarik pelaburan bernilai tinggi,” katanya ketika berucap melancarkan MD dan Sambutan Jubli Perak MDEC di sini hari ini.", "Turut hadir Menteri K-KOMM Tan Sri Annuar Musa.", "Ismail Sabri berkata pada peringkat awal, dua PEMANGKIN akan diperkenalkan iaitu program DE Rantau dan Digital Trade.", "Katanya program DE Rantau bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan di rantau ini melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.", "“Aktiviti nomad digital di dalam negara akan memberi kesan limpahan yang bukan sahaja membantu memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik, malah akan merancakkan aktiviti perniagaan dan ekonomi tempatan di samping membuka peluang perkongsian pengetahuan serta pengalaman bersama komuniti setempat,” katanya.", "Katanya program Digital Trade pula akan memacu e-dagang dan adaptasi digital oleh perniagaan, memudahkan perdagangan merentas sempadan selain menyokong pergerakan data antara perniagaan untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehpercayaan transaksi merentas sektor dan industri.", "Beliau berkata menerusi penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), program ini akan mempermudah jangkauan lebih luas ke pasaran global seterusnya memberi manfaat besar kepada perniagaan tempatan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).", "Ismail Sabri berkata bagi memastikan pelaksanaan MD lebih berkesan, Kabinet telah bersetuju agar K-KOMM menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) untuk menyelaraskan tadbir urus dan operasinya termasuk penganugerahan Status MD.", "Seterusnya, beliau menyarankan pihak MDEC mewujudkan satu platform khusus untuk memberi peluang kepada pemain industri agar dapat mengambil bahagian secara berterusan dan memberikan maklum balas yang wajar sepanjang pelaksanaan MD.", "“Saya yakin, dengan kerjasama dan muafakat pelbagai pihak, inisiatif MD ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan pihak kerajaan juga akan memberi tumpuan sepenuhnya agar ia dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.", "Beliau seterusnya melahirkan keyakinan tadbir urus dan strategi pelaksanaan MD akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan dan pemantauan serta penambahbaikannya akan dibuat dari semasa ke semasa.", "Beliau berkata menerusi struktur tadbir urus baharu ini, MD berperanan mempercepatkan pendigitalan di seluruh negara, memangkinkan bidang pertumbuhan baharu, meningkatkan penyertaan syarikat teknologi tempatan serta menarik pelaburan berpotensi, sejajar dengan usaha merealisasikan aspirasi dan sasaran negara.", "Ismail Sabri juga berkata negara perlu melahirkan lebih ramai bakat dan tenaga kerja digital yang berdaya saing, infrastruktur serba lengkap dan terus memastikan keupayaan serta kapasiti negara, kekal bertaraf dunia.", "Katanya ini penting supaya negara dapat memastikan generasi masa depan mempunyai asas dan kemudahan diperlukan untuk terus memacu negara menjadi sebuah negara digital serba maju.", "Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan telah menganugerahkan Status MD kepada enam syarikat kelompok pertama.", "Enam syarikat itu ialah Bytedance System Sdn Bhd, Bridge Data Centres Malaysia (III) Sdn Bhd, GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd, Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn Bhd, Aceteam Connect Sdn Bhd dan Peninsula Apex Technologies Sdn Bhd. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32857
JAKU IBAN: Sada Bebuah
[ "Tusun Ke-14", "MINGGU tu, ba Tusun Ke-14 tu, dia ruang JAKU IBAN: Sada Bebuah ba dada surat-kabar UTUSAN SARAWAK (SADA) tu diisi kitai ngena tampung genteran sada bebuah ti bejuluk Empelawa seduai Kechuyu: Bebadi Ketegal Mansau Puji. Lalu ba Tusun Ke-14 tu mega alai kitai deka berengkah macha sereta belematika siti ari genteran sada bebuah ti bepejuluk ‘Rumah Ngetanka “DITU”! Kubur Ngangau “KITU”!’.", "Empelawa enda ibuhka diri ke dikerarika Kechuyu. Iya lalu belabuh melandai betebah nyawa ngelinai Kechuyu. Sambil iya ngelinai, iya terus nyanggit-senyanggit pukat, ka dikena iya mukat Kechuyu.", "“Au! Sambi au! Langau babo!", "Ingat ah! Anang tibar batu, tibar jala,", "Anang buai lalu, buai setengah nyawa!”", "Empelawa Jawa berati gagit", "Kechuyu lungau, dikira iya, agi nikal balit.", "Angkat besilat, kaki beselumbit", "Mukat-semukat, nyanggit-senyanggit.", "Tembu pukat, ati iya lantang,", "Kangauka iya lagu bedindang sayang:", "“Ni nuan ambai aku Kechuyu Pandai,", "Sayap beselat, mansau serarai,", "Bebaju biru beludu kedai,", "Pala betudung labung bejebai,", "Mata pelaga, intan serantai.”", "Alah laban leka puji Empelawa, Kechuyu lalu enchunung terebai kia ke baru ngagai rumah Empelawa. Iya lalu bebital tetempuhka pukat Enmpelawa.", "Kechuyu Lunyung datai menchunung", "Baka ke ditikam, baka ke ditempalung,", "Betu dipuji, mati dikelangkung.", "Sayap iya bebital lekat di pukat,", "Enda ulih mengkasak, enda ulih merijat,", "Mina kekual, muti rerebap.", "Nama agi, sereta tepedaka Kechuyu bebital ba pukat ti ditan iya, Empelawa lalu berumban nangkap iya, lalu ditaban iya niki ke sadau. Di sadau, iya nengali emparu Kechuyu.", "Jari Empelawa besilat jampat", "Nyambar Kechuyu, pegai rat-rat.", "Ditaban iya berumban niki ke perabung,", "Randa Empelawa emparu semeliung nengali untung.", "Ajar pengarang sada bebuah tu munyi tu:", "Ni dih kita telesak, anak disangkung,", "Anang kita tekelambang bejaku sumbung ketegal betu kelangkung;", "Kitai telesak anak diandai,", "Anang kita melilai sulai ketegal dikelinai!", "Kita telesak anak seridi", "Anang kita bebadi lesi ketegal mansau puji.", "‘RUMAH NGETANKA “DITU”! KUBUR NGANGAU “KITU”!’", "Baru lepas seratus ari udah apai iya tama tanah, di rantu jalai iya pulai ngagai menua baru, dia alai penulis lalu nurunka mata pen iya ngagai dada keretas, ngasil segenteran sada bebuah ti dikumbai iya ‘Rumah Ngetanka “Ditu”!, Kubur Ngangau Kitu”!’. Lalu Sada Bebuah siti tu alai penulis ngingatka pemanah tupi, intu enggau bela ti dinahka iya ngagai penulis enggau sida iya menyadi sekumbang iya agi idup di dunya tu dulu kemari. Pengasih enggau penyiru Apai (baka ti disebut dalam sada bebuah tu) meruan nyadika buah kenang sida menyadi belama.", "Pengujung umur datai ngeresau", "Enda usah dipesan, enda ibuh dikangau;", "Ngiga dengah baka ke ngayau,", "Sambar iya terus orang ke dikesayau.", "Indah enda baka injin pengetau", "Reda keresau, dipampat magang.", "Badu betampil, badu beringgap,", "Enggau perua tu ke diinjau sekejap;", "Badu dipelemati, badu dikeingat,", "Putus mih kaul, putus mih sempekat,", "Sempama ubung, lenyau jerumat,", "Sempama pisang beserara enggau sikat,", "Semina ke cherita, semuti ke hikayat,", "Ambi ke pengingat, pelasar kenang.", "Anchur ati merening sarang,", "Besampak pirak, logam bejerantang,", "Kurung cheremin, belapik linen, setera beselang,", "Mua sesela, tubuh dah rumbang,", "Tak baka ke tinduk, nugauka siang,", "Semina ke tinggal, umbang ke puang.", "Badu bejaku, badu merengu.", "Berasal ari debu, pulai ke tanah,", "Ke menua baru, ayu iya bepindah,", "Kami ke tinggal, sedanah gelisah,", "Iya ke ngejang, nama dih penusah,", "Diiring kenang, sampi enggau sembah,", "Ditambah enggau surah, leka sembiang.", "Rumah ngetanka “ditu”!; Kubur ngangau “kitu”!", "Didinga ria munyi di Serega,", "Di atas singka-miga,", "Nya ga serarat bala malaikat, nyapa nyada diri sebala", "Bekenangka penyinu, nisih penyiru,", "Nadai sapa ke siru tau luba ari Apai", "Mengandai aku, tangkai memangku.", "Sapa agi enti enda Apai,", "Mai Indai nyeraka aku di nyawa ngarungka rekung,", "Ngenika aku di pati tulang punggung,", "Ngamaika aku di kerigai rusuk rimbung,", "Bepentika aku, mali netak kaki lelabi", "Ulih ngali di kaki wung beranggung,", "Melamka aku semilan bulan dalam kandung,", "Ngadaka aku ke dunya", "Di baruh singka-miga bekurung.", "Maya tinda aku deka ada", "Mimit enda nyaya nyawa berada indai kandung;", "Lusing seput iya ari linsing senggang bedundung.", "Apai nuntumka unggun kayu seruit kampung,", "Dikena Indai bediang di atas rimbang,", "Sebulan-bulan nandan keleman,", "Nyambut ujung kembung begantung.", "Penyiru Apai pedis deka aku niu, mar deka aku itung:", "Disembur iya aku enggau chekur jerangau kampung;", "Disapu iya aku enggau resu garu bungkung;", "Disamak iya ngena belabak minyak duyung;", "Dipelap iya enggau pelat gerunung siung;", "Diburai enggau buchai rambut ubung;", "Didimbu iya enggau kepiu, serayung enggau tajung;", "Digali iya ba linti tikai tudung lung;", "Dikujuk ngena pelepuk kanggan gulung;", "Ditimang iya ngena dindang tampung renung.", "Enti hari ribut ke bepuput barat betinung,", "Begaut Apai mutut aku di rambut baju burung;", "Enti hari ujan ke nelian labuh ngerunung,", "Ada berumban gasan Apai nabanka aku teruan", "Di baruh dan emperawan chundung;", "Enti hari petang nyang bepandang miang,", "Beguai jawang iya ngitang ke aku kajang,", "Nudung aku enggau tuchung tanggui seraung.", "BETAMPUNG", "Oleh JANANG ENSIRING", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30427
Minyak sawit penyelesaian bagi kekurangan lemak gorengan
[ "PERUNDING CPOPC, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata, kuasa pasaran, khususnya di rantau Asia dan Timur Tengah telah memberi isyarat untuk perubahan ini.", "KUALA LUMPUR: Kalangan pembuat makanan perlu mendapatkan minyak makan dari zon lain untuk mengelakkan kerugian, sekali gus minyak sawit mungkin menjadi penyelesaian sebagai pilihan untuk gorengan, menurut Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).", "Badan itu menjelaskan ini berikutan krisis Rusia-Ukraine dilihat amat mengekang ketersediaan minyak bunga matahari untuk pelbagai kegunaan.", "Perunding CPOPC, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata, kuasa pasaran, khususnya di rantau Asia dan Timur Tengah telah memberi isyarat untuk perubahan ini.", "Beliau berkata, bagi pembuat makanan, ia merupakan prosedur pertukaran yang mudah memandangkan terdapat banyak data yang telah tersedia mengenai cara terbaik untuk menggunakan semula olein sawit secara tunggal atau digabungkan dengan fraksi sawit lain bagi industri makanan gorengan dan snek.", "“Bagaimanapun untuk sektor Eropah, hanya terdapat satu isu tambahan yang timbul dan ia perlu ditangani. Sebilangan besar produk dengan label ‘No Palm Oil’ (Tiada Minyak Sawit) perlu membuat perubahan bertentangan, dan menggunakan olein sawit untuk kualiti yang bernilai baik dan perlu jelas dalam penggunaannya.", "“Justeru, mereka mempunyai tugas untuk menjelaskan kepada pengguna mengenai tindakan mereka kembali kepada minyak sawit susulan peristiwa dunia yang sedang berlaku,” katanya menerusi blog yang disiarkan laman web CPOPC.", "Ukraine dan Rusia merupakan pengeluar utama minyak bunga matahari dunia, masing-masing menyumbang 7.3 juta tan dan 5.8 juta tan pada 2020.", "Kedua-dua negara ini menyumbang gabungan hampir 73 peratus kepada perdagangan eksport minyak bunga matahari.", "Beliau berkata, dari segi keseluruhan penggunaan minyak dan lemak, minyak bunga matahari lazimnya menyumbang kira-kira 9.0 peratus kepada penggunaan global dan hampir keseluruhan kuantum digunakan sebagai komoditi makanan.", "Kalyana turut memberi jaminan dalam bentuk bantuan daripada badan seperti CPOPC untuk langkah tersebut, dan pihaknya akan menyokong setiap kenyataan mengenai olein sawit dalam penggunaan itu dengan mengemukakan bukti saintifik yang kukuh.", "Beliau berkata, olein sawit masih mempunyai kelebihan berbanding minyak bunga matahari oleik tinggi, dengan bukti rekod prestasi berkaitan kestabilan oksidatif yang lebih tinggi.", "Olein sawit amat kurang terdedah kepada penghasilan perisa bukan semula jadi oksidatif atau yang mencapai standard setelah didorong kemerosotan atau pencemaran, selain kos yang lebih rendah berbanding minyak bunga matahari, katanya.", "Beliau berkata, bekalan olein sawit juga lebih terjamin dan tidak terkesan, sejak dari awal, dengan ketidakpastian yang berlaku dalam kalangan peladang bunga matahari mengenai berapa banyak bunga matahari oleik tinggi baharu yang mereka perlu tanam untuk memastikan pulangan saksama yang lebih tinggi untuk hasil mereka.", "“Bagaimanapun, serangan hebat antisawit berat sebelah oleh pertubuhan bukan kerajaan, khususnya mengenai amalan penanaman sawit, kemampanan dan prestasi alam sekitar serta menjejaskan pasaran yang memihak kepada minyak bunga matahari oleik tinggi, telah menimbulkan kemarahan pengguna terhadap sawit.", "“Pastinya, kempen antiminyak sawit ini memberi kesan besar terhadap industri pembuatan makanan dan kami secara progresif mendapati pelbagai produk diformulasikan semula dengan minyak bunga matahari oleik tinggi menggantikan olein sawit dan kemudan muncullah lebih 2,500 label makanan Eropah yang mendakwa ‘No Palm Oil’ (Tiada Minyak Sawit) atau versi Perancis, ‘Sans Huile de Palm’,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30042
Covid-19 Cegah penularan tanggungjawab bersama
[ "SOP… Sentiasa imbas MySejahtera setiap kali masuk kedai.", "TIDAK terasa sudah dua tahun pandemik Covid-19 melanda dunia.", "Namun sehingga kini nampaknya masih  belum  menunjukkan tanda-tanda reda apatah lagi dengan kehadiran gelombang varian Omicron yang melanda seluruh dunia.", "Tanggungjawab mengekang penularan wabak ini bukan hanya pada pihak berkuasa, sebaliknya setiap individu dan keluarga perlu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa perubatan dan kesihatan.", "Melawan Covid-19 bukan sekadar tanggungjawab para doktor atau jururawat mahupun pasukan barisan hadapan agensi berkaitan.", "Ini ialah tanggungjawab kita.Tanggungjawab setiap seorang daripada kita.", "Kekalkan displin dan terus patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerana ia terbukti berkesan untuk mencegah penularan jangkitan serta sentiasa  mengamalkan 3W (Wear, Wash and Warn) dan mengelakkan 3S (Sempit, Sesak dan Sembang Rapat) bagi  merendahkan risiko anda dijangkiti dan menyebar Covid-19.", "Apapun, rakyat hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan mereka dan memastikan pandemik Covid-19 tidak terus menular.", "Rakyat perlu mengamalkan norma baharu sebagai budaya kehidupan harian dalam membendung pandemik yang boleh mendatangkan maut kepada orang yang dijangkiti.", "Di Miri, Majlis Bandaraya Miri (MBM) memperhebat penguatkuasaan terhadap SOP ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.", "Ini berikutan jumlah kes dan kluster baharu dikesan di seluruh negara serta di Miri semakin meningkat.", "Datuk Bandar MBM, Adam Yii berkata, pihaknya dengan serta-merta memperhebatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap SOP yang ditetapkan di tamu, pasar malam dan mana-mana premis berlesen lain di bawah bidang kuasa majlis.", "“Notis awam telah dikeluarkan oleh MBM untuk mengingatkan semua pemilik gerai di tamu dan pasar malam serta pengusaha semua premis berlesen terutamanya premis yang diklasifikasikan sebagai sektor berisiko tinggi supaya mematuhi SOP yang dikenakan.", "“Pasukan penguatkuasa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dan MBM akan meningkatkan pemeriksaan tapak dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua pihak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini baru-baru ini.", "Yii berkata, selain pengusaha perniagaan, orang ramai juga perlu diingatkan mematuhi SOP yang dikenakan seperti mendaftar masuk ke mana-mana premis menggunakan Aplikasi MySejahtera, saringan suhu badan (digalakkan), mengekalkan penjarakan sosial dan jika boleh, memakai topeng muka pada setiap masa dalam mengawal wabak pandemik Covid-19 dengan berkesan.", "“Saya menyeru semua pihak untuk memberikan kerjasama penuh mereka berikutan perkembangan terkini.", "“Kita tidak mampu untuk membuat pusingan U untuk menghadapi satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana semua sektor di Sarawak memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional,” ujarnya.", "Wabak Covid-19 pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.", "Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasi sempadan hingga ke seluruh dunia dan membabitkan jumlah populasi yang besar dengan pantas serta menyebabkan kadar kematian yang tinggi.", "Oleh LIONG CHAI LING", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17539
Pokok ‘Legenda’ tersungkur menyembah bumi
[ "DALAT: Sepohon pokok Senayang dipercayai berusia lebih daripada satu abad akhirnya rebah pada 27 September, baru-baru ini.", "Pokok berlokasi bersebelahan di belakang tandas awam di Tebingan Sungai Pekan Dalat (waterfront) itu tumbang pada awal pagi Ahad.", "Menurut Theresa Charles yang bertugas di sana, pokok yang rendang itu tumbang pada kira-kira 6.40 pagi berkenaan.", "“Ia berlaku pada kira-kira 6.40 pagi. Pada masa itu,saya sudah berada di sini,dan nasib baik orang ramai belum datang ke Pekan Dalat ini terutama sekali mereka yang menggunakan perahu,” ujarnya.", "Biasanya katanya, penduduk yang menggunakan perahu akan menambatkan perahu mereka di jeti bersebelahan dengan pokok berkenaan.", "“Sebenarnya, sudah lama ada tanda-tanda yang ia akan rebah, dan tak menyangka pada pagi kejadiaan ia akhirnya tumbang.", "Saya sedikit sebanyak mengetahui mengenai perkara tersebut kerana saya sudah di sini semenjak 2011 lagi,” katanya.", "Wanita pertengahan umur berasal dari Kampung Baru Dalat itu berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak pada pagi Isnin (28 September).", "Berikutan kejadian tersebut, pihak Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) telah mengarahkan kakitangannya untuk membersihkan pokok yang dipanggil ‘Lagenda’ itu pada hari tersebut.", "Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok berkenaan telah mendapat perhatian segelintir penduduk yang berada di pekan pada waktu itu.", "Sementara itu, seorang penduduk dari kampung berdekatan hanya dikenali sebagai Tugok yang turut berada di sana pagi tersebut percaya bahawa pokok itu adalah berusia lebih daripada 100 tahun.", "“Menurut seorang pemilik kedai di Pekan Dalat kayu semasa dia kecil lagi iaitu kira-kira 80 tahun yang lalu, pokok itu sudah ada di sini.", "Justeru, dia yakin kini ia sudah berusia seratus tahun atau lebih. Pokok ini kelihatan sangat rendang kerana sejenis lagi pokok yang kita panggil ‘kayu Nunok’ juga menumpang dengan Pokok Sena yang merupakan pokok asal,” katanya.", "Tambah Tugok, pada masa dahulu, ada tiga pohon pokok yang seumpamanya di tebingan Pekan Dalat berkenaan.", "“Pokok ini boleh dikatakan amat berjasa kepada penduduk kita yang pergi ke pekan ini, kerana ia adalah tempat pilihan untuk menambatkan perahu sebelum wujudnya jeti-jeti di sini. Dan pokok yang tumbang ini adalah terakhir,jadi tak hairanlah ia menjadi buah mulut penduduk semenjak ia tumbang pada pagi Ahad,” katanya lagi.", "Dan tak hairanlah setiap kali berlangsungnya regata di Pekan Dalat pada zaman itu, Pokok Sena inilah menjadi pilihan orang ramai bukan hanya untuk menambat perahu malah tempat berteduh.", "Ada juga yang menyatakan bahawa ada sebuah gerai menempatkan enjin untuk memperoses getah di bawah pokok itu pada zaman dahulu.", "Ia adalah tempat pekebun kecil getah di kawasan Daerah Dalat yang tidak mempunyai mesin untuk memperoses getah mereka. Sebelum wujudnya jalan raya pada akhir 1970-an, pengangkutan utama bagi penduduk tempatan ialah melalui sungai kerana kesemua kampung di daerah progresif ini berada di tebing Batang Oya.", "Malah, penggunaan perahu masih kelihatan sehingga kini terutama merekabagi yang berada di Kampung seberang atau tempat lain seperti dari Ulu Batang Oya, termasuk Kampung di Batang Igan yang bertandang ke Pekan Dalat ini.", "Oleh Henry B Siyu", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34933
Sarawak akhiri SUKMA Ke-20 di kedudukan keempat
[ "WIRA tinju Sarawak bergambar bersama pingat masing-masing.", "KONTINJEN Sarawak menduduki tempat keempat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 MSN Kuala Lumpur 2022 yang melabuhkan tirainya kelmarin.", "Bumi Kenyalang turut berbangga kerana berjaya muncul juara keseluruhan dalam empat acara sukan iaitu tenpin boling, bola tampar dewan, terjun dan memanah.", "Sekalipun berjaya mencapai sasaran kedudukan empat teratas dari 15 negeri yang mengambil bahagian, jumlah kutipan pingat Sarawak kali ini ialah 32 pingat emas, 43 perak dan 52 gangsa selepas bersaing selama 10 hari dalam 31 acara sukan.", "Edisi kali ini juga menyaksikan beberapa acara sukan pilihan yang disandarkan untuk menghadiahkan ingat emas tidakkesampaian antaranya wushu,lawn bowl, sepak takraw, angkat berat dan beberapa lagi acara sukan lain.", "Selepas kilauan emas pertama Sarawak disumbangkan oleh atlet kebangsaan, Jonah Chang Rigan dalam acara lontarpeluru pada 15 September, atlet Bumi Kenyalang terus mengorak langkah dengan beberapa acara sukan mula garang merangkul pingat emas.", "Acara renang menjadi penyumbang terbesar pingat Sarawak dengan meraih lima emas, sembilan perak dan tujuh gangsa, diikuti olahraga dengan lima emas, empat perak dan enam gangsa.", "Tenpin boling ketiga tertinggi dengan empat emas, dua perak dan empat gangsa disusuli memanah dengan empat emas, satu perak dan satu gangsa, terjun dengan dua emas, tiga perak dan satu gangsa manakala silat dengandua emas, dua perak dan enam gangsa.", "Skuad tenpin boling Sarawak paling cemerlang apabila berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada SUKMA ini.", "Selain itu, beberapa acara sukan turut menunjukkan kebangkitan pada SUKMA kali ini antara tinju yang membantuSarawak memintas Selangor pada saat akhir selepas menyumbang dua pingat emas,dua perak dan satu gangsa.", "Sukan muaythai turut mengekalkan konsistensi dengan menghadirkan dua pingat emas dan tiga gangsa manakalabadminton juga melakar sejarah apabila memenangi pingat gangsa dalam acara beregu campuran selepas hampir 30 gagal melakukannya dalam temasya SUKMA sebelum ini.", "SUKMA kali ini juga menyaksikan kemunculan atlet-atlet baharu Sarawak yang mempunyai potensi besar seperti atlet terjun, Elvis Priestly Clement dan Jared Aiden yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara Platfrom Seirama lelaki. Tempat kedua milik Terengganu dengan 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di kedudukan ketiga dengan 55 emas, 68 perak dan 64 gangsa.", "Oleh NUR AIN OTSMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38910
5 calon wanita GPS menang bergaya 
[ "KUCHING: Semua lima calon wanita yang dipertaruhkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini menang bergaya, malah majoriti naik bagi penyandang.", "Ini termasuk muka baharu Rodiyah Sapiee yang menang dengan majoriti 14,893 undi menewaskan Setiausaha Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak, Lahaji Lahiya mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH).", "Lahaji, seorang pesara guru mendapat 3,775 undi.", "Rodiyah, 44, sebelum ini bertugas sebagai Pengurus, Pengurusan Risiko di Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) sejak 2004, mengantikan tempat Dato Sri Nancy Shukri yang berpindah ke Parlimen Santubong.", "Nancy pula menang besar di kerusi baharunya itu apabila menewaskan  dua calon lain dengan majoriti 38,681 undi, menewaskan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) mewakili Pakatan Harapan (PH), Mohamad Zen Peli yang mendapat 5,058 undi dan calon Bebas, Affendi Jeman, 3, 012 undi.", "Nancy memperoleh 43,739 undi.", "Namun, calon muka baharu GPS bagi kerusi Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi mencipta sejarah tersendiri apabila mengagalkan usaha calon Bebas, Datuk Masir Kujat bagi mempertahankan kerusi itu untuk penggal keempat.", "Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu, adalah Ahli Parlimen berketurunan Dayak yang pertama di Dewan Rakyat. Sebelum ini beliau mencatat sejarah sebagai wanita pertama di Malaysia menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.", "Doris yang memperoleh 14,131 undi menang dengan majoiriti 4,039 undi menewaskan Masir yang cuma mendapat 5,673 undi, manala dua calon lain Wilson anak Entabang dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) mendapat 10,092 undi dan 2,021 undi untuk Tay Wei Wei, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili PH.", "Seorang lagi calon wanita ialah Datuk Rubiah Wang yang menyaksikan pertambahan majoriti iaitu 29,445 undi di Parlimen Kota Samarahan berbanding majoriti 16,992 pada PRU-14 2018.", "Rubiah memperoleh 42,278 undi menewaskan Pengerusi AMANAH Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili, seorang pesara, hang mendapat hanya 12,833 undi.", "Seorang lagi ialah Dato Hanifah Hajar Taib yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Mukah bagi penggal kedua setelah menewaskan calon PKR-PH, Abdul Jalil Bujang, yang pernah ditewaskannya pada 2018.", "Hanifah memperoleh 21,733 undi, menang majoriti 15,686 undi, manakala Abdul Jalil cuma meraih 6,047 undi.", "Bagaimanapun, seorang calon wanita pembangkang turut menang iaitu Alice Lau Kiong Yieng (DAP) di Parlimen Lanang dengan meraih 30,120 undi, iaitu majoriti 11,544 undi mengalahkan tiga calon lain.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46474
Suspek kes pengubahan wang haram meninggal dunia
[ "KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram berkaitan perlombongan tanpa permit di Pahang meninggal dunia, semasa menerima rawatan di sebuah hospital di Putrajaya, hari ini.", "Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.", "Beliau berkata lelaki berkenaan didapati tidak sihat semasa siasatan SPRM sebelum dia dibawa ke hospital oleh pegawai suruhanjaya itu.", "“Pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan akan memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat. Selain itu, SPRM juga telah menyerahkan semua rakaman kamera litar tertutup bagi memudahkan siasatan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam tadi.", "SPRM menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan tanpa permit serta pengubahan wang haram berjumlah RM1.8 juta di Raub, Pahang, semalam.", "Kesemua suspek berusia antara 40-an hingga 60-an terdiri daripada pengusaha lombong dan penjawat awam yang ditahan pada 6.30 petang di Bentong, Pahang. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35747
PM ucap takziah atas pemergian ibu Dr Wan Azizah 
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga atas pemergian ibunya, Datin Mariah Khamis awal pagi tadi.", "“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dr Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis.", "“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau hari ini.", "Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38812
“Kami tahu menilai parti mana, walau mengundi kali pertama’ 
[ "KOTA SAMARAHAN: Pertama kali mengundi bukan bermakna tidak pandai menilai parti mana yang sepatutnya mendapat mandat daripada rakyat. ", "Itu kata Nur Adzliana, 25, (gambar) yang berasa sangat teruja turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).", "“Hari ini, 19 November merupakan tarikh keramat kerana hari ini pertama kalinya saya menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara sebagai pemilih.", "“Walaupun kali pertama memilih, saya tahu menilai dalam memilih kerajaan yang stabil. ", "“Saya juga bangga kerana secara langsungnya terlibat dalam memilih siapa yang sepatutnya mentadbir sesebuah kawasan ini. ", "“Saya telah membuat sedikit kajian mengenai beberapa parti politik yang bertanding dan saya harap pada hari ini saya membuat pilihan yang tepat”, katanya kepada Utusan Sarawak di Pusat mengundi, Dewan Serbaguna  Kampung Tanjung Parang, hari ini. ", "Sebaliknya, bagi Muhammad Munif Mundzir Sudin,18, dia turut meluahkan rasa malunya kerana pertama kali turun mengundi. ", "“Malu lah juga sebab ini pertama kali saya datang mengundi, selama ini hanya tengok ibu dan ayah pergi mengundi dan hari ini giliran saya pula. ", "“Tambahan pula, saya didorong oleh ibu saya untuk pergi mengundi, rugi katanya kalau tidak mengundi. Jadi saya ikutkan sahaja”, katanya. ", "Oleh NICKELYSON LAKUN ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20951
Perluaskan penanaman, pengeluaran musang king
[ "LIMBANG: Selain durian kampung, Jabatan Pertanian Bahagian (JPB) juga menambah pokok musang king jenis baharu dengan mengagihkan sekitar 60 ribu pokok di bawah Program Tabung Fasilitasi Pertanian (AFF) sejak 2019 dan 2020 di Limbang dan Lawas (30 ribu pokok).", "Ini berdasarkan permintaan permintaan tinggi terhadap buah durian di negara China.", "Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Limbang terkenal dengan pengeluaran durian tempatan (kampung) dan pada masa ini terdapat kira-kira 60 ribu pokok durian kampung matang di bahagian Limbang.", "Seterusnya kerajaan Sarawak memperluaskan penanaman dan pengeluaran durian tempatan dan musang king sekali gus memberikan pilihan untuk pelanggan sama ada membeli durian kampung atau musang king yang mempunyai pasaran besar di negara China.", "Dr AbduL Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Limbang menyatakan demikian ketika melawat kebun kelapa pandan milik Pemanca Leong Boon Ming di Limpaki dan Projek Pertanian Berkelompok di Kampung Sibukang kelmarin.", "Turut mengiringi beliau, Pegawai Pertanian Bahagian (Pembangunan), Jakaria Rambli.", "Selain durian, JPB turut menumpukan beberapa tanaman bagi menyokong peranan kemudahan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di Limbang dan Lawas.", "CPPC ini akan berperanan mengumpul memproses dan membungkus untuk tujuan eksport.", "“Kita sudah mengenalpasti tanaman durian, nangka madu, kelapa pandan dan nanas untuk diperluaskan,”ujarnya", "Selain itu, pada 2019, JPB memberi bantuan kepada 50 petani dan keluasan kawasan satu hektar bagi setiap petani selain pemberian input termasuk benih.", "Malahan pada 2020, seramai 30 peserta telah diberi bantuan.", "Tahun ini, JPB menyasarkan untuk membantu 20 peserta melalui program Jabatan Pertanian.", "Oleh ADENG EDRUS", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32555
Google bayar saman AS$118 juta
[ "NEW YORK: Google berkata pada Ahad lalu bahawa ia ‘sangat gembira’ untuk menyelesaikan, tanpa pengakuan melakukan kesalahan dalam tuntutan mahkamah berhubung tindakan kelas yang berhujah bahawa ia membayar rendah pekerja wanita dan memberikan mereka jawatan yang lebih rendah.", "Penyelesaian AS$118 juta itu meliputi kira-kira 15,500 pekerja wanita yang telah bekerja untuk syarikat itu di California sejak September 2013, kata firma guaman Lieff Cabraser Heimann & Bernstein LLP dan Altshuler Berzon LLP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Jumaat lalu.", "Syarikat itu juga bersetuju untuk pihak ketiga menganalisis amalan pengambilan dan pampasannya sebagai sebahagian daripada penyelesaian.", "Dalam satu kenyataan, Google berkata, bahawa “walaupun kami sangat percaya pada ekuiti dasar dan amalan kami, selepas hampir lima tahun litigasi, kedua-dua pihak bersetuju bahawa penyelesaian perkara itu, tanpa sebarang pengakuan atau penemuan, adalah demi kepentingan terbaik. semua orang, dan kami amat berbesar hati untuk mencapai persetujuan ini.”", "Pada 2017, beberapa bekas pekerja Google menyaman syarikat itu di Mahkamah San Francisco, menuduhnya membayar wanita kurang daripada lelaki untuk jawatan yang setara dan memberikan wanita jawatan lebih rendah daripada lelaki yang mempunyai pengalaman serupa kerana mereka sebelum ini memperoleh gaji yang lebih kecil.", "Menurut salinan perjanjian yang dikeluarkan oleh firma undang-undang, “Google menafikan semua dakwaan dalam tuntutan mahkamah dan mengekalkan bahawa ia telah mematuhi sepenuhnya semua undang-undang, peraturan dan peraturan yang berkenaan pada setiap masa.”", "Seorang hakim masih perlu meluluskan perjanjian itu, kata dua firma guaman untuk plaintif.", "Google sebelum ini bersetuju untuk membayar AS$3.8 juta kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan melakukan diskriminasi wanita dan Asia pada 2021. -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19124
PM ajak semua ahli politik sokong Belanjawan 2021
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengajak semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik bagi menyokong Belanjawan 2021 kerana pelbagai peruntukan disediakan dalam menghadapi Covid-19 demi kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi negara.", "Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli Parlimen untuk membolehkan belanjawan yang akan dibentang pada 6 November itu diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.", "“Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain. InsyaAllah, dalam belanjawan yang akan dibentangkan nanti, kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif yang bakal meringankan beban yang ditanggung oleh saudara dan saudari sekalian dalam menghadapi zaman yang sukar ini,” katanya dalam perutusan khas mengenai situasi Covid-19 di sini semalam.", "Perutusan berkenaan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).", "Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang negara hadapi pada masa ini.", "“Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan Covid-19 dan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya.", "Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan memandang serius peningkatan mendadak kes Covid-19 dalam negara ketika ini dan kesannya kepada rakyat, ekonomi dan barisan hadapan.", "Katanya, dalam mengurus gelombang ketiga pandemik itu, kerajaan mengambil pendekatan mengimbangi antara kepentingan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat.", "Ia tegasnya dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, sukan dan lain-lain untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memutuskan rantaian jangkitan.", "“Tetapi pada masa yang sama, kita benarkan kegiatan ekonomi untuk diteruskan tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat untuk memastikan perniagaan dan industri terus beroperasi,” kata beliau.", "Beliau turut memperincikan perkembangan situasi semasa Covid-19 yang menurutnya dalam tempoh sebulan lepas, hampir 20,000 kes positif baharu dicatatkan berbanding 10,576 kes dalam tempoh enam bulan sebelumnya.", "Katanya, jumlah keseluruhan kes positif setakat Jumaat lepas ialah 30,090 kes dengan 246 kematian dan Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 13,701 kes.", "“Negeri-negeri lain yang mencatatkan lebih satu ribu kes ialah Selangor (4,360 kes), Kuala Lumpur (2,991 kes), Kedah (2,080 kes) dan Negeri Sembilan (1,516 kes).", "“Peta negeri Sabah dan Selangor menunjukkan hampir keseluruhan kawasan telah menjadi merah, negeri-negeri yang dahulunya berstatus hijau seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah menjadi kuning dan sebahagian kawasan telah bertukar menjadi merah,” katanya.", "Beliau turut berkata, peningkatan mendadak kes Covid-19 telah memberi tekanan kepada barisan hadapan negara dengan di Sabah sahaja lebih 300 petugas barisan hadapan telah dijangkiti dan lebih 1,200 petugas dikuarantin.", "Katanya, ia termasuk anggota polis yang terkena jangkitan dan setakat ini hampir 11,000 anggota terpaksa dikuarantin dan keadaan ini menambah kekangan pasukan polis terutamanya bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15591
Jalan raya Projek JiwaMurni murah – Masing
[ "KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Masing berasa bersyukur kerana jalan raya di bawah Projek Jiwa Murni termasuk penaiktarafan jalan adalah lebih murah sekali gus mampu menghubungkan penduduk di Belaga untuk sampai ke Bintulu.", "Ini kerana sebelum ini, katanya penduduk di kawasan Belaga amat sukar untuk mendapat akses jalan yang sempurna selepas Empangan Bakun dibina.", "“Tidak ada jalan raya yang dibina dari empangan Bakun ke Belaga sehinggga kita memohon daripada kementerian Pertahanan untuk membina jalan raya dalam Projek Jiwa Murni,” tegas beliau.", "Selepas beberapa tahun, Masing berkata jalan raya di bawah projek Jiwa Murni terbabit rosak kerana lori balak dan semasa Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Joahri Tun Openg  melawat Belaga dua tahun lepas, satu permintaan dibuat untuk diberi peruntukan bagi menaiktaraf jalan raya itu kepada ‘Standard R1’.", "Oleh demikian, tegas beliau lagi jalan raya berkenaan sememangnya telah memberi satu kebaikan kepada penduduk di kawasan pedalaman.", "“Jadi, janganlah memburukkan nama baik orang yang menolong penduduk di kawasan pedalaman,” katanya.", "Dalam pada itu, Masing berkata Kerajaan Sarawak tidak memperuntukkan dana atau melantik kontraktor untuk membina jalan raya di bawah Projek Jiwa Murni kerana projek itu adalah di bawah Kerajaan Persekutuan.", "Beliau berkata, Kerajaan Sarawak cuma membenarkan Kerajaan Persekutuan bagi memberi akses jalan raya ke kawasan pedalaman menggunakan tanah hak milik Sarawak.", "“Ini bukan wang Kerajaan Sarawak. Kenapa kita hendak menolak bantuan ini? Jika Kerajaan Persekutuan hendak membina jalan raya ini kerana kita tidak ada dana, biarlah mereka membinanya. Apa masalahnya,” soal Masing lagi.", "Oleh Connie Chieng", "\nSee author's posts\n" ]

About

Downloads last month
0
Edit dataset card