url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2019/09/14/pemburu-haram-ditahan-ceroboh-hutan-royal-belum/
Pemburu haram ditahan ceroboh hutan Royal Belum
[ "KUALA LUMPUR – Dua suspek lelaki warga negara Thailand  ditangkap di kawasan Hulu Sungai Tiang, Taman Negeri Royal Belum, Perak kerana menceroboh hutan di kawasan tersebut.", "Menteri Air Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua penceroboh itu ditangkap ketika menceroboh hutan simpanan itu pada 10 September lalu.", "Katanya, mereka ditahan kerana melakukan jenayah melibatkan pemburuan hidupan liar dan ditangkap hasil serbuan Operasi Bersepadu Khazanah yang dilancarkan pada 3 September lalu.", "Ia merupakan operasi bersepadu kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar, dan Taman negara (Perhilitan), Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia serta Perbadanan Taman Negeri Perak sebaai usaha memrangi penjenayah hidupan liar di negara ini.", "“Pemeriksaan lanjut terhadap dua penceroboh warga negara Thailand itu berjaya menemui 15 unit duri disyaki milik haiwan landak, dua unit taring hidupan liar, dua ekor kura-kura, seekor musang, empat unit jerat kabel, 13 unit racik dan tiga junit disyaki jerat nylon.", "“Turut dirampas adalah beberapa peralatan mengambil gaharu seperti dua kapak, dua bilah parang, dua penggali, 11 pencuci gaharu dua unit pukat ikan seunit alat penimbang dan 6.1 kilogram kayu gaharu,” katanya dalam kenyataan itu.", "Tambah beliau, kedua-dua suspek yang ditahan disiasat kes mengikut Seksyen 29, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.", "Malah katanya, kes turut disiasat di bawah seksyen 60 Akta 716 dan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-dua seklai dan bagi kes kayu Gaharu, sedang disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (pindaan 1993).", "Menurutnya, tangkapan itu merupakan kejayaan pertama operasi bersepadu Khazanah bertujuan membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram, penyeludup hidupan liar dan lain lain pelanggaran di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan lain lain akta yang berkaitan.", "Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PDRM terutama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam usaha dan inisiatif pelaksanaan operasi bersepadu berkenaan sebagai usaha melindungi flora dan fauna negara ini.", "“Saya beri amaran kepada mana-mana individu yang melakukan aktiviti pemburuan haram hidupan liar dan aktiviti pencerobohan hutan agar hentikan perbuatan itu atau sedia berdepan tindakan undang undang yang tegas.", "“Saya berharap orang ramai terus memberi bantuan dan menyalurkan maklumat dengan menjadi mata dan telinga Perhilitan dan polis membantu melindungi khazanah negara daripada pupus,” katanya.", "Semua maklumat boleh disalurkan melalui Perhilitan Hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan melalui laman web www.wildlife.gov.my.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/31/gagal-sidang-kemuncak-hanoi-4-pegawai-pyongyang-dihukum-bunuh/
Gagal sidang kemuncak Hanoi, 5 pegawai Pyongyang dihukum bunuh
[ "SEOUL – Korea Utara melaksanakan hukuman mati ke atas bekas wakil tertinggi ke Amerika Syarikat bersama empat pegawai kementerian luar pada bulan Mac lalu.", "Mereka merupakan pihak yang terlibat dalam rundingan semula bagi sidang kemuncak antara Kim Jong un dan Donald Trump di Hanoi, Vietnam.", "Tindakan itu sebagai hukuman kegagalan sidang kemuncak itu, lapor Chosun Ilbo.", "Kim Hyok Chol, yang mengetuai rundingan peringkat kerja untuk sidang kemuncak pada Februari di Hanoi, telah ditembak oleh skuad penembak selepas dituduh menjadi pengintip Amerika Syarikat (AS) kata akhbar itu yang memetik sumber yang tidak dikenali.", "Tindakan keras itu adalah sebahagian daripada pembersihan dalaman oleh Kim selepas sidang kemuncak itu gagal tanpa mencapai sebarang perjanjian, katanya.", "Spekulasi tentang nasib Hyok Chol dilaporkan berbulan-bulan tetapi namanya tidak pernah disebut dalam laporan media.", "Perbincangan antara AS dan Korea Utara tergantung sejak sidang kemuncak itu tanpa ada sebarang perancang baharu.", "Utusan pentadbiran Trump ke Korea Utara dan rakan sejawat Hyok Chol, Stephen Biegun merancang untuk bertemu dengan perunding Jepun dan Korea Selatan minggu ini di Singapura.", "Akhbar Seoul pula melaporkan pembantu kanan pemimpin tertinggi Pyongyang itu, Kim Yong Chol pula dilaporkan dikenakan hukuman kerja berat. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/20/shaw-merajuk-dengan-mourinho/
Shaw merajuk dengan Mourinho
[ "LONDON – Pemain pertahanan kiri, Luke Shaw sedang mempertimbangkan tawaran untuk berhijrah dari Manchester pada perpindahan musim panas nanti.", "The Telegraph melaporkan Shaw, 22, dikatakan mahu memilih kelab baharu sama ada ke Chelsea atau Tottenham Hotspur.", "Dia mengambil tindakan itu kerana sering dikritik secara terbuka oleh pengurus.Jose Mourinho", "Minggu lalu, Shaw sekali lagi dipanggil keluar padang selepas kemenangan 2-0 ke atas Brighton dalam saingan Piala FA.", "Mourinho dilihat menjerit ke arah Shaw semasa perlawanan dan kemudian menggantikan Shaw dengan Ashley Young pada separuh masa selain mempersoalkan keupayaan pemain itu untuk mengikut arahan.", "Berikutan insiden terbaru itu, Shaw, yang kontraknya berbaki lebih setahun dijangka akan meninggalkan Old Trafford. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/02/kerajaan-tidak-cadang-wajibkan-dos-penggalak-bergantung-kepada-individu/
Kerajaan tidak cadang wajibkan dos penggalak, bergantung kepada individu
[ "KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang mengakui bilangan yang mengambil dos penggalak agak perlahan ketika ini.", "Beliau berkata, buat masa ini hanya 10.8 peratus rakyat di negara ini telah mengambil dos ketiga itu dan kebanyakannya di Sarawak.", "“Akan tetapi kita tidak boleh mewajibkannya seperti dos pertama dan kedua. Ia bergantung kepada individu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.", "Beliau menjawab pertanyaan daripada Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) yang mengatakan bahawa dos ketiga mengelirukan ramai orang dan kira-kira 30 hingga 40 peratus individu menolak dos penggalak tersebut.", "Choong turut meminta kerajaan menyatakan langkah yang akan diambil bagi mengatasi perkara berkenaan.", "Dalam pada itu, Aaron menegaskan dengan mengambil kira kebimbangan terhadap varian Omicron yang baru dikenal pasti, KKM katanya akan bekerja keras dalam memberi galakkan kepada individu dewasa untuk mengambil suntikan penggalak. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/20/kes-demam-denggi-meningkat-kkm/
Kes demam denggi meningkat – KKM
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan peningkatan kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan.", "Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, situasi semasa itu diambil pada minggu epidemiologi 15 iaitu pada 9 sehingga 15 April lalu.", "“Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,399 kes berbanding 2,339 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 60 kes iaitu 2.6 peratus.", "“Satu kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Dr. Norhayati berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 33,325 kes berbanding 10,954 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 22,371 (204.2 peratus).", "“Sebanyak 21 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding lima kematian bagi tempoh sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 16 kematian.", "“Sebanyak 109 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 93 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 59 lokaliti berada di Selangor, 25 di Pulau Pinang, 10 di Sabah, enam di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, empat di Kedah, tiga di Perak, dan masing-masing satu di Sarawak serta Labuan,” katanya.", "Sementara itu, Dr Norhayati turut memaklumkan survelan chikungunya juga merekodkan tiga kes pada minggu ke-15 dengan kesemua kes dari Selangor.", "“Jumlah kumulatif kes Chikungunya 2 sehingga kini adalah 117 kes.", "“Bagi survelan Zika, sebanyak 795 sampel darah dan empat sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” ujarnya.", "Dr Norhayati turut mengingatkan semua lapisan masyarat agar memastikan kawasan rumah bebas daripada bekas-bekas yang boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat nyamuk.", "“Aedes membiak semasa bercuti, lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah.", "“Bersihkan, berus dan simpan bekas-bekas yang masih digunakan.", "“Lupuskan barang-barang lusuh seperti baldi, bekas-bekas plastik, tong cat, bekas makanan haiwan dan sebagainya yang terdapat di sekeliling rumah termasuk kawasan lorong belakang rumah,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/02/bukit-aman-siasat-kematian-mengejut-warga-asing-dalam-tahanan/
Bukit Aman siasat kematian mengejut warga asing dalam tahanan
[ "KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat laporan berhubung kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang hari ini.", "Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata lelaki warganegara Myanmar itu telah dihantar ke hospital berkenaan pada Isnin lepas sekitar pukul 8.10 pagi selepas mengadu tidak sihat dan ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.", "“Hari ini pihak hospital memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.", "Azri berkata siasatan kes kematian mengejut itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan jabatan itu.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/08/indeks-rasuah-lebih-baik-di-bawah-pn/
Indeks rasuah lebih baik di bawah PN
[ "KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan agenda membasmi gejala rasuah yang telah dipelopori oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan agensi-agensi lain sebelum ini.", "Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau percaya, indeks rasuah di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memberikan keputusan yang lebih positif.", "“Sebagai sebuah kerajaan itulah komitmen kepada rakyat,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan sijil Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 370001:2016 di kementeriannya hari ini.", "Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjadi kementerian pertama di bawah kategori kementerian berisiko sederhana yang berjaya menerima pensijilan tersebut.", "Pensijilan antarabangsa ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah itu diperkenalkan International Organisation for Standardisation (ISO) yang beribu pejabat di Geneva dengan tujuan untuk menyediakan kawalan berkesan bagi mengelak, mengesan dan bertindak dengan cepat terhadap pelakuan rasuah selain mempromosi budaya berintergriti, telus dan pematuhan undang-undang.", "MITI dalam kenyataannya berkata, pensijilan tersebut amat penting kepada kementerian untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/08/mertesacker-dakwa-pemain-beraksi-sambil-lewa/
Mertesacker dakwa pemain beraksi sambil lewa
[ "LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker menyalahkan kesemua rakan sepasukannya dengan mendakwa mereka bermain sambil lewa apabila tewas dengan Nottingham Forest 2-4 pada perlawanan yang berlangsung semalam.", "Mertesacker menuding jari terhadap perkara itu ekoran rakan-rakan sepasukannya dilihat enggan mempertahankan kejuaraan sebelum ini, lapor laman portal metro.co.uk.", "Pengurus Arsenal, Arsene Wenger membuat rombakan besar pada barisan kali ini daripada keputusan seri bertemu Chelsea minggu lepas, biarpun tanpa kelibat ramai pemain utama.", "Namun, kekalahan tersebut memberi isyarat bahawa skuad Gunners kini berada di ambang kejatuhan.", "“Anda pasti tidak nampak kami bermain untuk mempertahankan Piala FA. Melangkah ke pusingan ini bermakna ia semakin sukar.", "“Anda berdepan kelab Liga Kejuaraan dan anda pastinya sudah bersedia, namun kebanyakan pemain hari ini tidak seperti itu,” katanya seperti dilaporkan sejurus tamat perlawanan.", "Jaringan gol sebelum waktu rehat menerusi pemain Amerika Syarikat, Eric Lichaj dan penalti daripada Ben Brereton dan Kieran Dowell mengesahkan kemenangan ke atas Arsenal, yang kali terakhir tersingkir awal pada musim 1995 hingga 1996.", "Mertesacker menyamakan kedudukan pada awalnya, namun tetap ketinggalan selepas itu kepada kelab yang menghuni tangga ke-14 Liga Kejuaraan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/04/tuduhan-mujahid-kerajaan-guna-harta-rampasan-tak-berasas/
Tuduhan Mujahid kerajaan guna harta rampasan tak berasas
[ "KUALA LUMPUR – Pas tidak bersetuju Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan ‘harta milik’ bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH).", "Penolong Setiausaha Agung Pas, Syahir Sulaiman berkata, tuduhan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selama 22 bulan itu tidak berasas sama sekali.", "Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden Pas menyatakan, perkataan ‘ghanimah’ yang digunakan Naib Presiden Amanah itu membawa maksud, harta rampasan perang apabila tentera Islam mengalahkan tentera musuh (Al-Anfal: 41).", "“Adakah Mujahid bermaksud, jawatan kerajaan adalah harta ‘milik musuh’ dan PH adalah ‘tentera musuh’ yang kalah?", "“Saya tidak bersetuju jika itu yang dimaksudkan oleh Mujahid,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.", "Beliau menjawab ciapan Twitter Mujahid semalam yang memuatnaik status, “Tahniah setelah penat ‘menebuk atap’ dapatlah habuan jadi Duta Khas taraf Menteri. PM8 tak habis-habis lagi bagi ghanimah pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid-19”.", "“Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara pun. Cukup yang sedia ada untuk tampung dasar kita di Timur Tengah,” sambung beliau lagi.", "Status itu dipercayai merujuk kepada pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri berkuatkuasa 2 April lalu.", "Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.", "Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.", "Abdul Hadi pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada tahun 2016. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Setelah penat ‘tebuk atap’ Hadi dapat habuan – Mujahid", "" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/25/tempoh-tahanan-28-hari-sosma-diperlukan/
Tempoh tahanan 28 hari SOSMA diperlukan
[ "AKTA Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta 747 sering dikecam oleh beberapa pihak kerana didakwa zalim.", "Ia malah disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan oleh kerajaan pada 22 Jun 2012 walaupun kedua-duanya jauh berbeza.", "Peliknya, pihak ini tidak pula berkata apa bila negara seperti Singapura dan Amerika Syarikat hingga sekarang masih menguatkuasakan akta seumpama ISA.", "SOSMA sebenarnya begitu jauh berbeza daripada ISA kerana prosedurnya yang lebih ketat dan tidak boleh digunakan untuk membuat tahanan politik.", "Ini terkandung di dalam subseksyen 4(3) yang menyebut “Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.”", "Subseksyen 4(4) pula memperuntukkan bahawa orang yang ditangkap dan ditahan boleh ditahan untuk tempoh selama 24 jam bagi maksud penyiasatan.", "Subseksyen 4(5) pula memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis yang berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.", "Mengikut subseksyen 4(9), pegawai polis yang menjalankan penyiasatan itu hendaklah mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya pada hari ke 21 tahanan ditahan.", "Ini bermakna pihak polis sebenarnya mempunyai masa yang pendek, iaitu 20 hari sahaja, untuk membuat siasatan, di mana tahanan ada akses kepada peguam dan selepas itu mereka akan dibicarakan di mahkamah terbuka.", "Ini jauh berbeza daripada ISA di mana tempoh tahanan dibenarkan selama 60 hari, mereka tidak ada akses kepada peguam dan selepas itu perintah tahanan dikeluarkan tanpa bicara.", "Subseksyen 4(11) juga menyebut subseksyen 4(5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.", "Inilah yang cuba dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah pun mengusulkan di Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu mengenai pelanjutan kuat kuasa subseksyen 4(5) bagi tempoh lima tahun lagi mulai daripada 31 Julai.", "Begitupun, usul yang penting sekali untuk keselamatan negara ini ditolak setelah ia hanya memperolehi 85 undi menyokong berbanding 86 undi menolak manakala 50 Ahli Parlimen lagi tidak hadir.", "Kegagalan usul ini telah menyebabkan Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, menggesa Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak hadir ketika sesi pengundian dipecat atau meletakkan jawatan kerana cuai.", "Ada spekulasi liar yang menyebut bahawa sebab sesetengah Ahli Parlimen penyokong kerajaan, khususnya daripada UMNO, tidak hadir adalah kerana mereka tidak bersetuju sama ada dengan usul tersebut atau dengan pembawa usul dari Bersatu.", "Begitupun, perkara ini terbukti tidak betul setelah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengemukakan usul untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat bertarikh 23 Mac bagi membolehkan ia dibentangkan semula esok.", "Penyata Rasmi Parlimen menunjukkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen penyokong kerajaan dari UMNO khasnya berbahas bagi menyokong usul tersebut sehingga ia diluluskan setelah memperolehi 105 undi setuju berbanding 83 undi tidak setuju manakala 32 Ahli Parlimen lagi tidak hadir.", "Rekod ketidakhadiran Ahli-Ahli Parlimen penyokong kerajaan juga adalah seimbang dengan hanya 12 Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak hadir, iaitu 4 dari Bersatu, 4 dari UMNO, 2 dari Pas, 1 dari PBB dan 1 dari STAR.", "Kesalahan yang ada dalam Jadual Pertama SOSMA jelas merupakan kesalahan-kesalahan besar yang melibatkan kesalahan-kesalahan keselamatan dan mustahil boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam seperti kes-kes jenayah lain dalam Kanun Keseksaan.", "Siasatan kes-kes keselamatan adalah rumit dan memerlukan masa untuk dilengkapkan terutamanya bagi mendapatkan keterangan daripada orang yang ditahan dan bagi mengesan rakan-rakan sejenayah yang masih bebas.", "Jika subseksyen 4(5) ini tidak dilanjutkan oleh Parlimen, pihak polis hanya boleh menggunakan subseksyen 4(4) iaitu tempoh siasatan selama 24 jam sahaja untuk menyiasat kes jenayah terancang, kes sindiket penyeludupan migran, kes kumpulan keganasan dan sebagainya.", "Ada juga Ahli Parlimen yang mempersoalkan mengapa pihak polis tidak menggunakan peruntukan seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk menahan reman kesemua suspek tetapi ini memerlukan suspek dibawa di hadapan majistret untuk direman.", "Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan membawa suspek ke mahkamah untuk direman akan mendedahkan maklumat mengenai penangkapan suspek dan memberi peluang kepada ahli kumpulan yang lain untuk melupuskan bukti dan melarikan diri?", "Siasatan kes terutamanya bagi kes kesalahan keganasan yang bersifat rentas sempadan memerlukan bantuan bersama dalam perkara jenayah daripada negara luar dan ini memerlukan masa yang lama.", "Begitu juga dengan kerumitan menyiasat jenayah penyeludupan migran yang melibatkan satu rangkaian yang luas melibatkan sindiket yang berada di negara sumber, negara transit dan negara destinasi yang juga memerlukan masa yang lama.", "Pelanjutan tempoh kuat kuasa juga adalah signifikan bagi siasatan kes-kes yang melibatkan aspek teknikal dan saintifik serta turut memerlukan masa dan ketelitian.", "Sebab itulah semua pihak seharusnya mengenepikan perbezaan fahaman politik dan sentimen parti/peribadi untuk menyokong sepenuhnya usul ini bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara, apatah lagi bila usul terbaru ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 Julai dan Sesi Libat Urus mengenainya juga telah beberapa kali diadakan.", "Dr. Kamarul Zaman Yusoff adalah Pegawai Khas Perdana Menteri" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/25/bukan-sahaja-pemilihan-parti-rafizi-mahu-bertanding-pru/
Bukan sahaja pemilihan parti, Rafizi mahu bertanding PRU
[ "KUALA LUMPUR – Mohd. Rafizi Ramli yang mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan PKR turut mengesahkan kemahuannya untuk bertarung dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.", "“Saya tidak boleh berkata mahu membantu dan menyumbang, tetapi tidak berada dalam Parlimen.", "“Namun begitu, berdasarkan umur saya, saya telah menetapkan satu tempoh masa untuk melakukan hal (politik) ini. Saya sudah berumur 45 tahun dan dianggap sangat tua dalam apa jua piawaian,” katanya dalam wawancara bersama Oriental Daily.", "Mohd. Rafizi berkata, masalah dalam politik Malaysia adalah negara diterajui oleh ahli politik yang berumur dan mereka dianggap masih muda walaupun berusia 60 tahun.", "Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau bercadang untuk bersara dalam masa 10 tahun lagi.", "Mengenai perebutan jawatan timbalan presiden dalam PKR, Mohd. Rafizi berkata, soal kalah menang tidak dititikberatkan kerana apa yang beliau ingin lakukan adalah membantu menarik sokongan pengundi atas pagar dan mengembalikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.", "Menurutnya, selepas lama meninggalkan barisan kepimpinan PKR, beliau tidak pasti peluang kemenangan yang ada.", "Dalam pada itu, Mohd. Rafizi berkata, penyertaannya dalam pemilihan bukan bertujuan mengancam Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Menurutnya, kepulangannya sebaliknya mengancam mereka yang berjawatan penting dalam parti tetapi tidak menunjukkan prestasi.", "Beliau turut membidas mereka yang menjual nama Anwar dengan tujuan mendapat sokongan.", "“Jika saya pulang sebagai ahli biasa, mereka akan sangat gembira kerana dapat mengekalkan kedudukan besar mereka.", "“Golongan ini berada di sisi Anwar sejak dua tiga tahun lalu dan mereka mencadangkan dan merancangkan kerjasama dengan UMNO selain cuba berdialog dengan Bersatu baru-baru ini,” katanya.", "Mohd. Rafizi berkata, beliau mengenali Anwar sejak berumur 17 tahun dan rapat dengan Nurul Izzah Anwar, tetapi sekiranya hubungan peribadi itu menjadi asas utama, maka pemilihan PKR akan menjadi “hal ehwal keluarga” dan hubungan dengan rakyat akan terputus.", "“Jika PKR merupakan parti utama negara ini dan mahu menjadi kerajaan, maka PKR harus menjadi platform untuk mencadangkan dasar yang berhubungan dengan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/26/mayat-terakhir-tertimbus-berjaya-dikeluarkan/
Mayat terakhir tertimbus berjaya dikeluarkan
[ "GEORGE TOWN – Operasi pencarian empat mangsa warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian tembok penahan tanah, runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah di Pulau Pinang, berakhir dengan penemuan dan pengeluaran mayat terakhir dari tempat kejadian kira-kira pukul 4.35 pagi ini.", "Penemuan mayat terakhir itu menamatkan pencarian selama kira-kira tujuh jam selepas kejadian itu dilaporkan pada pukul 9.45 malam tadi yang menyaksikan pasukan pencarian terpaksa mengharungi beberapa kesulitan sebelum berjaya mencapai misi mereka.", "Pengumuman penemuan mayat terakhir oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang seperti membawa kelegaan bukan hanya kepada pasukan pencarian, malah dalam kalangan pengamal media yang pernah mengharungi pengalaman membuat liputan operasi seumpama ini tahun lepas.", "Kejadian terbaharu ini sudah pasti mengingatkan mereka kembali kepada kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus 19 Okt tahun lepas yang melibatkan operasi pencarian selama empat hari sebelum berakhir dengan mencatatkan sembilan kematian.", "Operasi kali ini turut menyaksikan semangat tinggi dalam kalangan petugas operasi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan efisien dan bersepadu biarpun menghadapi beberapa cabaran.", "Dalam insiden semalam, Che Zaimani berkata mayat keempat warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bunga dekat George Town ditemukan pada pukul 3.35 pagi ini.", "Menurutnya, mangsa terakhir itu ditemukan dalam keadaan kedudukan berdiri berhampiran dengan penemuan tiga mayat yang lain.", "“Kita telah berjaya menemui kesemua mangsa yang tertimbus dalam kejadian ini. Mangsa terakhir kita jumpa pada pukul 3.35 pagi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha menyelamat sehingga proses ini selesai.", "“Operasi ini ditamatkan sepenuhnya selepas mayat keempat berjaya dibawa keluar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.", "Beliau berkata pasukan penyelamat mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa disebabkan banyak besi-besi cerucuk yang berada di tempat kejadian sekali gus menyebabkan proses untuk menggali tanah terganggu.", "“Mereka ini sedang memasang besi-besi cerucuk untuk memasang dinding penahan di tempat tersebut. Sebahagian daripada mangsa nampak tercedera kerana besi-besi ini. Tiga mayat ditemukan dalam keadaan berdiri manakala satu mayat terbaring berhampiran mayat yang lain,” katanya.", "Sebelum itu, sebatang akar tunjang pokok yang besar terdapat dalam runtuhan tanah itu juga telah menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mangsa, namun ini tidak mematahkan semangat pasukan itu biarpun mengharungi tugas dari malam hingga ke awal pagi.", "Che Zaimani berkata kesemua mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pihaknya akan berhubung dengan Kedutaan Myanmar bagi mendapatkan maklumat dan butiran kesemua mangsa berdasarkan cap jari yang diperoleh.", "Sementara itu, , Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata,  seramai 117 anggota dan pegawai dari lima balai serta dibantu anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu.", "Selain polis dan bomba, operasi SAR turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan.", "Seorang tukang kebun yang menjadi saksi insiden yang berlaku pukul 9.25 malam itu mendakwa mendengar satu dentuman kuat sebelum melihat sebuah tembok penahan di lereng bukit berdekatan sebuah pusat peranginan di Tanjung Bungah di Pulau Pinang runtuh.", "Zulkefli Tinggal, 61, memberitahu polis bahawa tembok berkenaan sedang dibina pekerja warga Myanmar yang hanya dikenalinya dengan nama Ong, bersama-sama tiga lagi rakan senegara Ong.", "Menurut saksi ini, Ong sudah bekerja di pusat peranginan itu hampir tiga tahun sebagai petugas penyelenggara dan keempat-empat warga Myanmar itu sudah menjalankan kerja-kerja pembinaan tembok itu sejak seminggu lepas.", "Pemilik pusat peranginan itu pula memberitahu keempat-empat warga Myanmar itu datang menawarkan diri untuk membina tembok penahan tanah dalam tempoh 20 hari namun hanya mengenali Ong, ekoran tiga pekerja lain dibawa oleh Ong.", "Kesemua mangsa diupah oleh pemilik sebuah resort di situ untuk membina tembok penahan tanah selepas mendapati berlaku pergerakan tanah sejak seminggu lalu. _ MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/09/14/pembahagian-kerusi-ph-di-lima-negeri-selesai/
Pembahagian kerusi PH di lima negeri selesai
[ "KUALA LUMPUR – DAP mengesahkan gabungan Pakatan Harapan (PH) sudah menyelesaikan pembahagian kerusi di lima negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). ", "Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim berkata, perbincangan kerusi itu mula diadakan sejak tahun lalu. ", "“Pembahagian kerusi sedang dalam perbincangan tapi sehingga minggu lepas kita sudah selesai empat hingga lima negeri. ", "“Kita sasarkan untuk selesai semua negeri menjelang hujung bulan ini, mesyuarat yang telah diadakan berlangsung dengan baik dan lancar,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.", "Hadir sama adalah Timbalan Setiausaha Pengelola DAP Kebangsaan, Ng Su Lin.", "Jelas Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu, setakat ini perbincangan antara keempat-empat parti dalam PH berjalan lancar. ", "“Setakat ini perbincangan kerusi melalui perkembangan yang amat baik,” ujarnya. ", "Ditanya mengenai pembahagian kerusi melibatkan kerusi-kerusi yang pernah ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14 lalu, Steven berkata, DAP ada menyatakan hasrat untuk bertanding di beberapa kerusi tersebut. ", "“Kita memang bincangkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Bersatu. ", "“DAP juga berhasrat untuk bertanding dalam beberapa kerusi-kerusi tersebut,” katanya yang enggan memperincikan kerusi-kerusi itu. ", "Steven yang ditanya mengenai permohonan Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (Muda) untuk menyertai PH memberitahu, ia akan diputuskan Majlis Presiden. ", "“Kita biarkan perbincangan ini dibuat di peringkat Majlis Presiden dahulu,” katanya. ", "Muda sebelum ini membuat kenyataan mahu menyertai PH sebagai parti komponen. ", "Sabtu lalu, Majlis Presiden PH membuat menyatakan ia telah menerima permohonan daripada Muda untuk menyertai PH secara rasmi yang dihantar Presiden parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.", "Dalam perkembangan lain, Steven berkata, DAP akan mengadakan Kongres Khas untuk meminda beberapa fasal dalam Perlembagaan DAP. ", "Tambah beliau, kongres yang akan diadakan pada 25 September ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam adalah bagi memastikan Perlembagaan DAP selaraskan dengan Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/14/penduduk-pesisir-pantai-diminta-waspada-fenomena-air-pasang-mb-johor/
Penduduk pesisir pantai diminta waspada fenomena air pasang – MB Johor
[ "KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta penduduk di pesisir pantai Johor lebih berwaspada berikutan amaran fenomena air pasang besar yang dijangka bermula hari ini sehingga Ahad, 17 Julai.", "Beliau turut menasihatkan orang ramai, khususnya nelayan atau rakyat Johor yang berhasrat untuk beriadah di kawasan pantai, supaya untuk sentiasa menjaga keselamatan.", "”Sila pantau keadaan cuaca dan rujuk kepada informasi agensi berkaitan sebelum memulakan aktiviti,” katanya.", "Pusat Hidrografi Nasional dalam kenyataannya meminta penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara agar berhat-hati berwaspada dengan fenomena itu.", "Menerusi satu hantaran di Twitter, Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.", "Sementara itu PHN dalam laman Facebooknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/22/polis-kl-gempur-pati-bekerja-di-kelab-malam/
Polis KL gempur PATI bekerja di kelab malam
[ "KUALA LUMPUR – Polis menahan 76 warga asing termasuk dua lelaki yang bekerja secara haram di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, di sini awal hari ini.", "Ketua Operasi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, DSP Rohazah Alwi berkata, mereka yang merangkumi warga Filipina, Vietnam, Uzbekistan, Turki, Krygyzstan, Ukraine dan Bangladesh ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 2 pagi tadi.", "Antara kesalahan yang dilakukan ialah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan selain ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, katanya dalam kenyataan di sini.", "Katanya, kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/14/wang-dipegang-oleh-perbendaraan-switzerland-bukan-milik-1mdb/
Wang dipegang oleh Perbendaraan Switzerland bukan milik 1MDB
[ "KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, wang sejumlah CHF 104 juta yang dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland bukan miliknya.", "Sehubungan itu, wang tersebut tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau Kerajaan Malaysia.", "1MDB membuat kenyataan itu merujuk kepada surat-surat yang dihantar oleh Lim Kit Siang dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada ahli-ahli Majlis Persekutuan Switzerland berhubung usul yang akan dibahaskan di Majlis Kebangsaan Switzerland.", "1MDB dalam kenyataannya berkata, pada 16 Jun tahun lalu, Ahli Parlemen Swiss, Carlo Sommaruga telah menyampaikan usul 17.3547, bertajuk Pemberhentian Dana Rasuah kepada Populasi Rampasan.", "Katanya, Majlis Kebangsaan Switzerland berhak untuk membahaskan mana-mana usul yang dicadangkan dan membuat keputusan yang difikirkan sesuai oleh anggotanya.", "Usul tersebut telah dinyatakan secara umum dan menyebut beberapa syarikat dan negara tetapi ia bukan satu usul spesifik terhadap 1MDB atau Malaysia.", "Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland (bersamaan dengan Kabinet), mengeluarkan analisis terperinci usul tersebut dan cadangan usul tersebut ditolak.", "Analisis itu, antara lain memberitahu, sejumlah CHF 104 juta (lebih kurang RM430 juta) kini dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland.", "Ia sebenarnya mewakili jumlah yang diperintahkan sebagai pembatalan keuntungan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan Swiss (FINMA), terhadap bank-bank tertentu kerana dakwaan melanggar undang-undang Switzerland.", "Oleh itu, CHF 104 juta adalah hasil denda oleh FINMA, pada bank-bank tertentu.", "Menurut Menteri Kewangan Swiss, Ueli Maurer, bank-bank yang berkaitan telah membantah tindakan FINMA dan merayu tindakan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.", "Oleh itu, CHF104 juta dituntut oleh bank yang berkaitan.", "Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau Kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan dimiliki oleh 1MDB.", "Malah, FINMA sendiri menyatakan bahawa hanya mereka yang “terjejas secara langsung” oleh tindakan perantara kewangan yang didakwa di Switzerland dapat menuntut sebahagian daripada denda dan itu hanya melalui proses undang-undang.", "1MDB sebelum ini menyatakan dan mengulangi bahawa ia tidak kehilangan sebarang wang dan semua wangnya diambil kira sepenuhnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/07/amerika-tidak-ada-rancangan-tarik-keluar-tentera-di-iraq/
Amerika tidak ada rancangan tarik keluar tentera di Iraq
[ "WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai rancangan untuk menarik tenteranya keluar dari Iraq, kata Setiausaha Pertahanan Mark Esper.", "Beliau berkata demikian selepas selepas laporan oleh Reuters dan media lain berhubung surat tentera Amerika memaklumkan kepada Iraq telah penempatan semula pasukan sebagai persediaan untuk meninggalkan negara tersebut.", "Perkembangan itu susulan serangan dron yang diarahkan oleh Presiden Donald Trump hingga membunuh pegawai tertinggi tentera Iran, Qassem Soleimani.", "Soleimani, 62, adalah kedua paling berpengaruh di Iran selepas Ayatollah Ali Khamenei.", "Kandungan surat itu muncul selepas Parlimen Iraq meluluskan resolusi supaya tentera asing termasuk Ameerika Syarikat keluar dari Baghdad.", "Menurut surat itu, tentera bersama yang dipimpin oleh AS akan menggunakan helikopter untuk berpindah melalui udara Baghdad pada malam Isnin.", "Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah perkembangan yang berkaitan.", "“Tidak ada sebarang keputusan sebagainya untuk meninggalkan Iraq. Saya tidak tahu surat itu.", "“Kami sedang mengesan daripada mana ia (surat) itu datang. Tetapi belum ada keputusan di buat,” kata Esper.", "Surat berkenaan menimbulkan kekeliruan mengenai masa depan kira-kira 5,000 tentera AS di Iraq.", "Pegawai atasan tentera AS memberitahu media bahawa surat itu merupakan dokumen draf yang tidak dijelaskan yang hanya bertujuan menggariskan peningkatan pergerakan pasukan tentera AS.", "“Ayat-ayat yang teruk, membayangkan penarikan diri. Itu bukan apa yang berlaku, “kata ketua Tentera Darat Amerika Syarikat, Mark Milley, Pengerusi Bersama Staf Bersenjata, menekankan tiada pengeluaran tentera yang dirancang.", "Keaslian surat tersebut, yang ditujukan kepada Gabungan Kementerian Pertahanan Iraq dan ditandatangani oleh seorang Jeneral AS, telah disahkan kepada Reuters oleh sumber ketenteraan Iraq.", "Esper menambah Amerika Syarikat masih komited untuk menentang IS di Iraq, bersama sekutu dan rakan Amerika.", "“Tuan, dalam menangguhkan kedaulatan Republik Iraq, dan seperti yang diminta oleh Parlimen Iraq dan Perdana Menteri, CJTF-OIR akan menyusun semula pasukan sepanjang hari dan minggu seterusnya untuk mempersiapkan pergerakan seterusnya,” menurut surat tersebut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/30/jentera-mercedes-tampil-serba-hitam-tahun-ini/
Jentera Mercedes tampil serba hitam tahun ini
[ "LONDON – Jentera Mercedes bakal melakukan penampilan eksklusif dalam warna serba hitam pada perlumbaan Formula 1 musim 2020 Julai ini.", "Penampilan itu sebagai isyarat diversiti dalam sukan permotoran.", "Mercedes menggunakan warna Silver sebagai tema ikonik jentera pasukannya sejak 1930-an.", "Pasukan itu berkata, perubahan warna jentera kepada hitam bagi melawan isu perkauman.", "Juara Dunia Lewis Hamilton menyifatkan jentera berwarna hitam sebagai mesej penting pasukannya yang sedia berubah dan memperbaiki segala aspek.", "Pasukan F1 Mercedes berkata, hanya 3.0% daripada tenaga kerjanya dalam kalangan berkulit hitam dan hanya 12 peratus mewakili golongan wanita.", "“Kekurangan kepelbagaian ini menunjukkan kita perlu mencari pendekatan terkini untuk menarik bakat baharu daripada pelbagai lapangan dalam kalangan masyarakat yang gagal dicapai sebelum ini,” kata jurucakap pasukan itu.", "Pasukan Mercedes juga merancang untuk melancarkan program kepelbagaian yang akan merangkumi kempen kesedaran, analisis dan program merekrut tenaga kerja dalam pelbagai lapisan masyarakat tanpa diskriminasi dengan kerjasama pemegang taruh F1, khususnya dalam program pendidikan.", "Hamilton baru-baru ini mengumumkan penubuhan suruhanjaya dengan kerjasama Akademi Kejuruteraan Diraja bagi mempromosikan penyertaan masyarakat kulit hitam dalam sukan permotoran.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/22/pemimpin-pn-mula-berkumpul-di-rumah-muhyiddin/
Pemimpin PN mula berkumpul di rumah Muhyiddin
[ "KUALA LUMPUR – Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula berkumpul di rumah Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini, pagi ini.", "Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat memasuki kawasan kediaman Muhyiddin pada jam 9.50 diikuti Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada jam 10 pagi.", "Kira-kira 15 minit kemudian kenderaan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memasuki kawasan kediaman bekas Perdana menteri itu.", "Beliau bagaimanapun tidak memberi ulasan kepada media.", "Semalam, Hamzah menerusi kenyataan berkata, PN sudah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.", "Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh sehingga jam 2 petang ini kepada parti politik untuk berunding mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan berikatan tiada parti yang mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/07/kes-cuai-khatan-pemuda-peroleh-ganti-rugi-berjumlah-rm3-1-juta/
Kes cuai khatan: Pemuda peroleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta
[ "KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas, memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi.", "Turut turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.", "Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa kesemua defendan telah melakukan kecuaian terhadap keadaan yang dialami oleh pemuda itu selaku plaintif.", "Beliau berkata, mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti yang dinyatakan dalam prosiding iaitu RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh kesemua defendan.", "Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy yang mewakili defendan.", "Seramai tiga saksi plaintif dan lima saksi defendan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 22 September 2020.", "Mohamad Zainuddin dan Saravanan ketika dihubungi pemberita mengesahkan keputusan hari ini.", "Saravanan bagaimanapun berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut sama ada mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.", "Pada 20 Februari 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman itu.", "Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Feb 2020 mengarahkan kes itu dibicarakan selepas membenarkan rayuan plaintif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.", "Pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusinya ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Disember 2010 adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal apabila kemaluannya tidak dapat disambung semula.", "Akibat kecacatan kekal itu, plaintif yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/21/amanah-sedang-atasi-isu-agm-beberapa-kawasan-parti-dibatal-mujahid/
Amanah sedang atasi isu AGM beberapa kawasan parti dibatal – Mujahid
[ "SEBERANG JAYA – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Amanah di beberapa kawasan di seluruh negara dibatalkan ekoran beberapa isu teknikal.", "Beliau berkata partinya sedang berusaha untuk menangani perkara tersebut dengan mengadakan mesyuarat khas untuk kawasan yang bermasalah.", "“Satu mesyuarat khas akan di adakan di Kuala Lumpur hari ini melibatkan yang bermasalah. Kita akan tanganinya dengan positif dan akan di bantu oleh pihak ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Terdahulu, Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Konvensyen Negara Rahmah 2019 peringkat Pulau Pinang di sini.", "Beliau berkata secara umumnya, perkara itu tidak akan menjejaskan pengurusan dan perkhidmatan parti itu.", "“Biasa la…mana-mana parti, kadang-kadang dia tak perbaharui, kadang-kadang laporan dulu dia tak bagi, benda lebih kepada isu teknikal,” katanya,", "Namun ketika ditanya berapa kawasan yang terlibat, Mujahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat tentang berapa banyak kawasan yang terlibat dalam pembatalan itu.", "“Berapa ramai yang terlibat itu saya tiada maklumat dan itu kena tanya pejabat setiausaha parti,” katanya.", "Semalam satu portal berita dalam talian melaporkan sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita Amanah dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.", "Menurut portal itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 yang terbatal melibatkan AGM peringkat kawasan, manakala 32 AGM bagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu.", "— BERNAMA", "ARTIKEL BERKAITAN", "80 AGM kawasan parti Amanah terbatal?", "" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/03/azman-yakin-bn-dapat-balik-parlimen-hulu-langat/
Azman yakin BN dapat balik Parlimen Hulu Langat
[ "HULU LANGAT – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Langat, Azman Ahmad yakin parti itu dapat menawan semua kerusi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu selepas enam hari menjalankan kempen bertemu rakyat.", "Tanpa memikirkan waktu tidur yang secukupnya, Azman memenuhi semua jadual yang disusun jentera parti bagi melengkapkan siri kempennya sebelum tiba hari pengundian.", "“Kawasan ini telah ditawan pembangkang sejak dua penggal lalu iaitu pada PRU12 dan PRU13 yang menyaksikan Pas menang dengan majoriti lebih 17,000 di mana itu bukanlah jumlah yang sedikit berbanding 1,700 sebelum itu.", "“Melihatkan kepada pertemuan dengan rakyat sepanjang minggu berkempen ini, saya nampak ramai yang telah mula berpaling kepada BN semula selepas melihat tidak ada apa yang telah dibuat pihak pembangkang selama menjadi wakil rakyat di Parlimen Hulu Langat,” katanya ketika ditemui berkempen di Taman Sri Nanding pagi tadi.", "Kata Azman, hampir semua rakyat yang ditemui memberi maklum balas yang sangat positif walaupun berhadapan dengan penyokong-penyokong parti pembangkang.", "“Pendekatan saya sewaktu berkempen sangat mudah iaitu untuk memperkenalkan diri saya dan mendangar permasalahan yang dihadapi rakyat selama ini.", "“Memang mereka tahu saya adalah calon dari BN tetapi saya datang sebagai orang yang hendak bersahabat dan terserah kepada mereka untuk membuat pilihan.", "“Saya tak boleh memaksa orang untuk mengundi saya tetapi saya berharap mereka dapat terima saya sebagai sahabat yang boleh membantu mereka sekiranya dipilih menjadi Ahli Parlimen pada PRU14 nanti,” jelasnya.", "Kata beliau, setakat ini, kehadirannya disambut baik oleh semua pengundi yang berbilang kaum.", "“Sesungguhnya saya sangat teruja setiap kali bertemu rakyat kerana boleh dikatakan hampir setiap pertemuan, saya dimaklumkan dengan pelbagai permasalahan yang tidak dilaksanakan oleh pemimpin terdahulu.", "“InsyaAllah, demi ikatan persahabatan, saya tidak akan ketepikan rakyat sekiranya saya dipilih menjadi pemimpin di sini pada PRU14 nanti,” katanya.", "Tambah Azman, dia akan memastikan dirinya bukan pemimpin yang hanya turun padang bila mahukan sesuatu daripada rakyat.", "“Persepsi itu memang telah menjadi buah mulut rakyat sejak sekian lama tetapi ingatlah bahawa setiap orang tidak sama perbawakannya.", "“Janganlah samakan dengan orang lain tetapi jika saya ada melakukan kesilapan, saya sentiasa terbuka untuk menerima teguran,” jelasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/03/03/jong-chol-disenarai-hitam-dihantar-pulang-ke-korea-utara/
Jong Chol disenarai hitam
[ "KUALA LUMPUR – Lelaki Korea Utara yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, Ri Jong Chol disenaraihitam dan dilarang memasuki semula negara ini.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu diambil untuk mengelak negara ini dijadikan pangkalan untuk Korea Utara melakukan agenda tersembunyi pada masa akan datang.", "“Lelaki ini didakwa datang ke negara ini untuk bekerja dengan sebuah syarikat, tetapi siasatan polis mendapati dia sebenarnya tidak bekerja di sini.", "“Jadi dalam hal ini kita tidak mahu elemen seperti beliau (Jong Chol) berada di negara ini dan perlu diusir keluar segera.", "“Kerajaan Malaysia harus bertegas dengan pendirian yang mana kita tidak mahu ada beberapa unsur tidak menepati kehendak sesebuah negara sahabat (Malaysia), sebaliknya hendak jadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mereka melakukan agenda tersembunyi,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) di ibu negara.", "Ahmad Zahid berkata, Jong Chol yang berada di depoh tahanan Imigresen akan diterbang ke Beijing dan seterusnya ke Pyongyang dengan diiringi dua pegawai kedutaan Korea Utara.", "Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberi amaran kepada kedutaan Korea Utara yang terus mengecam kerajaan mengendalikan proses siasatan Jong-nam selain mengeluarkan kenyataan kononnya mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.", "“Saya harap Korea Utara menghentikan hentam kerajaan dan kreadibiliti pasukan forensik dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), jika dia terus mengecam, dia akan membayar pada harga yang mahal dan dia harus hormati sistem sistem perundangan, etika, budaya dan kelaziman yang dilakukan negara ini,” ujarnya.", "Kata beliau, dalam hal ini kedutaan itu perlu menghormati protokol diplomatik antarabangsa, undang-undang Malaysia dan budaya etnik rakyat di negara ini.", "Beliau menegaskan, kerajaan Malaysia dan PDRM menguruskan kes ini dengan penuh profesional, berintegriti dan beretika dan mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan kebolehan pasukan pihak berkuasa negara ini.", "“Kita telah melengkapkan siasatan berdasarkan empat elemen iaitu kandungan forensik dalam DNA, bahan kimia (agen saraf VX) dan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi.", "“Berdasarkan siasatan ini, segala bukti yang dikumpul dibawa ke mahkamah dan mendakwa dua suspek wanita (Doan Thi Houng, 29 (Vietnam) dan Siti Aisyah (Indonesia), 25, didakwa di mahkamah,” katanya.", "Ditanya mengenai dakwaan dua suspek yang boleh membantu siasatan bersembunyi di kedutaan Korea Utara, Ahmad Zahid berkata: “Dalam perkara ini bukan sekadar keluar waran, beberapa prosedur diplomatik perlu dipatuhi selagi seseorang itu berlindung di dalam mana-mana premis di mana-mana kedutaan atau pesuruhjaya,” ujarnya.", "Menyentuh mengenai pengambilan sampel DNA daripada waris keluarga, kata Ahmad Zahid, terdapat cara lain untuk mendapatkan sampel berkenaan tanpa waris perlu hadir ke negara ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/25/12-lokasi-pembuangan-sampah-antara-punca-sungai-skudai-terus-tercemar/
12 lokasi pembuangan sampah antara punca Sungai Skudai terus tercemar
[ "JOHOR BAHRU –  Sebanyak 12 kawasan pembuangan dikenalpasti menjadi antara punca pencemaran di Sungai Skudai sehingga hari ini.", "Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar berkata, lokasi itu ialah Taman Impian Emas, Jeti Nelayan Tampoi Utama, Kampung Pasir, Jeti Nelayan Pengkalan Rinting, Pulau Danga Bayu dan Kampung Bakar Batu.", "Turut dikenal pasti kawasan pembuangan sampay yang menyumbang kepada pencemaran Sungai Skudai ialah PPRT Melana Indah (Sungai Melana), Taman Damai Jaya, Kampung Laut, Kampung Pertanian, Kampung Separa dan Kampung Melayu Sengkang.", "“Kami menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan, telah pun mengenalpasti hotspot sampah ini setelah kita lakukan usaha membersihkan kawasan tersebut secara gotong royong.", "“Hasil semakan data yang dilakukan dalam tempoh dua tahun sampah sarap dikutip di Sungai Skudai, kutipan mencecah 30 tan sebulan tanpa adanya pengurangan.", "“Jadi bila masuk tahun ketiga ini, kita ambil langkah kenal pasti kawasan punca pembuangan, jadi ini salah satu tempat (Kampung Pasir) punca sebelum sampah mengalir ke Sungai Skudai,” katanya selepas Program Johor Bersih Sungai Skudai di Rumah Pam Kampung Pasir, di sini, hari ini.", "Menurut Raven, kerajaan negeri tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak termasuk penduduk yang merupakan punca pencemaran sungai itu dan beliau berharap kesedaran terhadap kebersihgan dapat ditingkatkan.", "“Masyarakat masih buang sampah ke dalam longkang atau mana-mana tempat sebelum ia masuk ke Sungai Skudai.", "“Kita tidak paksa semua orang buat gotong royong tetapi kesedaran agar jangan buang sampah merata-rata dan gunakan tong sampah yang sudah disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” jelasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/01/hadi-sokong-pakej-pemerkasa-tangani-wabak-covid-19/
Hadi sokong pakej Pemerkasa+ tangani wabak Covid-19
[ "KUALA LUMPUR – Pas menyambut baik dan memberi sokongan terhadap pakej rangsangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi.", "Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakej itu memperlihatkan kesungguhan kerajaan menangani wabak Covid-19 dengan mengutamakan sektor kesihatan agar dapat berfungsi dengan penuh efisen.", "Katanya, Muhyiddin juga berusaha gigih meneruskan agendanya menjaga kebajikan rakyat, selain menyokong kelangsungan perniagaan.", "“Sejak negara ini dan dunia khususnya dilanda wabak virus Covid-19 setahun lalu, menyaksikan peningkatan kes positif dan kematian yang mendadak dari April lalu,” katanya menerusi Facebooknya.", "Malam tadi, Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM40 bilion bagi pakej rangsangan Pemerkasa+.", "Inisiatif itu, katanya, bagi meredakan cabaran pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat mulai hari ini hingga 14 Jun ini.", "Jumlah itu, kata Perdana Menteri, adalah lebihan RM100 bilion daripada RM340 bilion yang diperuntukan bagi pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang dilaksanakan sebelum ini.", "Muhyiddin turut dilaporkan berkata, jumlah RM40 bilion itu melibatkan suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion.", "Menurut Abdul Hadi, di peringkat Pas, telah melancarkan kempen Kutipan Dana Tabung Bencana Covid-19 bagi membantu rakyat yang terjejas dengan wabak itu.", "Beliau menyeru rakyat supaya mendaftarkan diri dan keluarga terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mewujudkan imuniti berkelompok.", "Ahli Parlimen Marang ini juga menyokong sepenuhnya tindakan tiga bulan gaji daripada seluruh jemaah menteri dan timbalan menteri digunakan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat yang memerlukan.", "“Semoga inisiatif yang diumumkan ini dapat mengurangkan bebanan dihadapi rakyat semasa kita berada dalam suasana PKP bagi mengawal wabak pandemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/02/patuhi-titah-sultan-selangor-ketika-solat-jemaah-di-masjid/
Patuhi titah Sultan Selangor ketika solat jemaah di masjid
[ "KUALA LUMPUR – Umat Islam di Selangor digesa agar mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ketika melakukan solat jemaah di masjid atau surau.", "Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, orang ramai perlu merujuk bilangan jemaah yang dibenarkan untuk hadir di rumah ibadat itu dengan melayari portal Jabatan Agama Islam Selangor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).", "“DYMM Sultan Selangor berkenan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat dan fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) berkuat kuasa Jumaat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.", "Semalam, Sultan Sharafuddin berkenan membenarkan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula mulai 3 Julai ini bagi melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu.", "Jumlah kehadiran jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya ditetapkan kepada 1,000 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa (AJK).", "Bagi masjid lain, maksimum jemaah 500 orang manakala jumlah kehadiran bagi surau pula ditetapkan kepada 40 orang tidak termasuk pegawai dan AJK. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/12/30/ppbm-tamak-macam-belanda-dapat-tanah/
PPBM tamak macam ‘Belanda dapat tanah’
[ "KUALA LUMPUR – Semakin panas nampaknya perang mulut antara PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).", "Terbaharu seorang ahli politik PKR menegur ‘jangan tamak’ terhadap Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff.", "Ia susulan kenyataan Rais Hussin yang mendakwa isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan keutamaan Pakatan Harapan (PH).", "Tidak senang dengan kenyataan itu, bekas ahli parlimen Balik Pulau PKR, Yusmadi Yusoff memberi peringatan kepada PPBM supaya tidak menjadi seperti ‘Belanda dapat tanah’.", "“Pepatah Melayu sering mengingatkan adab orang Melayu agar tidak menjadi seperti ‘Belanda dapat tanah’ yang bukan sahaja lupa budi orang memberi ruang tanah tersebut malah menjajah pemilik asal tanah tersebut,” beliau dipetik berkata.", "Yusmadi juga memerli Rais Hussin dengan mengatakan mungkin kerana baharu dalam perjuangan rakyat menyebabkan beliau gagal memahami isu melibatkan pembebasan Anwar.", "“Mungkin Rais gagal memahami isu ini kerana baru bersama-sama menyertai perjuangan rakyat yang mungkin asing kepada beliau.", "“Mungkin yang membezakan perjuangan PKR dan apa yang difahami oleh Rais ialah perubahan demokratik di bawah pimpinan Anwar dan perjuangan semata-mata untuk menggantikan PM sekarang,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/10/khabib-kekal-juara-hanya-didenda/
Khabib kekal juara, hanya didenda
[ "LAS VEGAS – Kejuaraan lightweight dunia UFC kekal milik Khabib Nurmagomedov walaupun dia telah mencetuskan kekecohan selepas pertarungannya Conor McGregor, pada Sabtu lalu.", "Perkara ini disahkan Presiden UFC Dana White dalam kenyataan menerusi sebuah video di laman web UFC hari ini.", "WashingtonPost melaporkan, White memberitahu, ini kerana jaguh seni bela diri campuran (MMA) Rusia itu tidak akan dilucutkan gelarannya.", "Jelas beliau, sebarang tindakan hanya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC).", "“Dia terus kekal kejuaraannya. Dan dia akan digantung (oleh NAC), jadi tempohnya mungkin empat hingga enam bulan,”", "“(NAC) telah mengambil semua wang kemenangannya dan  akan menyimpan wang itu. Saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Kamu tak sepatutnya mengambil semua wang kemenangannya,” katanya.", "Kata White, NAC sepatutnya hanya mengambil AS$250,000 sebagai denda.", "Namun begitu, dia berpendapat, Khabib tidak sepatutnya melompat ke kawasan penonton dan menyerang kem McGregor.", "“Saya fikir ramai yang faham kenapa dia berbuat demikian. Namun dia tidak sepatutnya melakukannya. Dia adalah juara dunia.", "“Dia baru sahaja menewaskan Conor di depan seluruh dunia. Bangun, ambil tali pinggang yang dililit di keliling pinggang anda. Anda juara. Mereka yang menjerit kepada anda itu tidak bererti apa-apa,” kata White. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/06/11/peniaga-bazar-ramadan-kluang-halang-chin-tong-edar-kurma/
Peniaga bazar Ramadan Kluang halang Chin Tong edar kurma
[ "KLUANG – Segelintir peniaga di Bazar Ramadan Bandar Kluang di sini ternyata tidak suka dengan kehadiran Ahli Parlimen kawasan itu, Liew Chin Tong apabila dia sekali lagi dihalang daripada mengedarkan kurma kepada orang ramai di situ.", "Ia merupakan insiden kali kedua dihadapi Chin Tong selepas kali pertama berlaku pada 2014.", "Video memaparkan insiden Pengerusi DAP Johor bersama kumpulannya itu dihalang kini viral di media sosial, kejadian dipercayai berlaku pada 5.45 petang semalam.", "Difahamkan, susulan kejadian itu, Chin Tong, 39, dilaporkan membuat laporan polis kerana berlaku sedikit kekasaran apabila salah seorang ahli DAP dipercayai ditumbuk di bahagian dahi kiri oleh salah seorang lelaki, bagaimanapun tiada kerosakan lain berlaku.", "Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, kejadian itu dipercayai bermula apabila pengadu dan ahli pembangkang lain dihalang memberi sumbangan buah kurma kepada orang ramai.", "Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan polis juga sudah mengenal pasti dua suspek terlibat dalam kejadian itu.", "Sementara itu, Chin Tong dalam satu kenyataan berkata, beliau dan kumpulannya memulakan aktiviti mengedar kurma pada 5.45 petang semalam.", "“Kami ucapkan terima kasih kepada urusetia bazar Ramadan yang menguruskan bahagian gerai menjual juadah makanan dan kuih-muih. Edaran kurma berjalan cukup rukun, mahabbah dan penuh semangat silaturahim,” katanya.", "Namun, beliau kesal dengan apa yang berlaku di bazar Ramadan di bahagian menjual pakaian dan difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian adalah pihak berbeza.", "Beliau mendakwa dikasari dan dihalau sekumpulan pemuda di mana salah seorang daripada mereka dipercayai terlibat menghalang mereka memasuki bazar sama pada tahun 2014. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/20/amaran-seminggu-awal-tetapi-orang-ramai-tak-sangka-seteruk-ini/
Amaran seminggu awal, tetapi orang ramai tak sangka seteruk ini
[ "PULAU PINANG – Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut dan banjir pada minggu lalu, tetapi orang ramai tidak menjangkakan keadaannya seburuk yang telah berlaku.", "Jurucakap jabatan itu berkata, ternyata orang ramai tidak memberi perhatian kepada amaran itu yang dipaparkan pada laman web pada 12 Disember kerana tidak menjangkakan keadaan yang teruk.", "“Apapun, selain meningkatkan tahap amaran di Perak ke peringkat merah, tahap amaran di kebanyakan tempat di Lembah Klang telah diturunkan ke tahap kuning.", "“Amaran hujan berterusan di Lembah Klang juga telah ditamatkan,” kata jurucakap itu kepada Sinchew Daily.", "Menurutnya, amaran tahap merah di Perak adalah sehingga Isnin (20 Disember).", "Jurucakap tersebut turut meramalkan Malaysia akan menyambut hujan monsun seterusnya pada minggu ini dengan hujan berterusan dan banjir mungkin berlaku di Pantai Timur, Pahang, Johor dan Sarawak.", "“Bagaimanapun, keadaannya adalah berbeza dengan cuaca teruk yang berlaku sebelum ini,” katanya.", "Menurutnya, hujan monsun yang bakal berlaku pada minggu ini adalah lebih “biasa.” – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/08/01/wolfsburg-mahu-pinang-luke-shaw/
Wolfsburg mahu pinang Luke Shaw
[ "ENGLAND – Luke Shaw dilaporkan diintai rapat oleh pasukan gergasi Jerman Wolfsburg.", "Laporan the Mail mendakwa bintang bek kiri Manchester United yang tidak konsisten itu mungkin berhijrah ke Bundesliga sebelum jendela perpindahan pemain ditutup 9 Ogos ini.", "Shaw kini berada di tahun akhir kontrak di Old Trafford dan tidak merancang untuk memanjangkannya.", "Pemain antarabangsa England itu berharap untuk memenangi kepercayaan Jose Mourinho dengan aksi meyakinkan bagi memanjangkan kontrak di Theatre of Dreams.", "Namun Wolfsburg dipercayai mampu menawarkan bidaan untuk menjamin masa depan daripada musnah di bawah bimbingan the Special One.", "Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu dikatakan tidak berhasrat untuk meninggalkan Theatre of Dreams.", "Manchester juga akan menghadapi krisis mencari pengganti terbaik Luke Shaw dengan tempoh berbaki 8 hari untuk musim perpindahan pemain melabuh tirai sekiranya pemain itu membuat keputusan menyertai Wolfsburg.", "Luke Shaw dijangka memulakan musim bersama skuad utama the Red Devils dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City di Old Trafford.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/04/harimau-malaya-jinak-maldives/
Harimau Malaya jinak Maldives
[ "KUALA LUMPUR – Harimau Malaya mendapat tonik awal sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2018 selepas mudah menewaskan Maldives 3-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa  ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.", "Berlangsung dalam keadaan padang basah dan hujan renyai-renyai itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati di awal perlawanan.", "Namun penyerang Mohamad Zaquan Adha Abdk Razak membuka gol pembukaan hasil gerakan Norshahrul Idlan Talaha yang bijak melakukan hantaran ke dalam kawasan penalti.", "Namun dalam tempoh seminit kemudian, pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan ‘The Red Snapper’ itu hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan Ali Fasir hasil dari satu serangan balas berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.", "Keputusan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.", "Bermula babak kedua, jurulatih Tan Cheng Hoengeluarkan p Zaquan Adha dan memasukan penyerang sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid.", "Pemain JDT itu membuktikan bisanya apabila berjaya menyumbat gol kedua negara pada minit ke-80 dengan satu libasan kencang berpunca daripada satu sepakan sudut yang gagal ditumbuk keluar oleh penjaga gol Maldives, Hussain Shareef.", "Penyerang naturilisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang Harimau Malaya apabila gerakan solonya berjaya disudahkan dengan satu rembatan menggegarkan gawang Maldives pada masa kecederaan untuk jaringan ketiga skuad kebangsaan.", "Maldives, selaku juara Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF), September lalu, menghuni ranking ke-151 dunia manakala Malaysia berada di kedudukan ke-169.", "Kemenangan tersebut memberi suntikan motivasi untuk skuad negara menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF menentang Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/16/pm-tunisia-letak-jawatan-enam-menteri-dipecat/
PM Tunisia letak jawatan, enam menteri dipecat
[ "TUNIS – Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua.", "Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri, Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden, Kais Saied.", "Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan.", "Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di parlimen, membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Fakhfakh.", "Dengan memiliki 54 kerusi parlimen, parti itu baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk meminta Fakhfakh berundur, kerana “konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa.” – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/17/serahkan-kepada-najib-tentukan-calon-bn-pru-14-salleh/
Serahkan kepada Najib tentukan calon BN PRU 14 – Salleh
[ "KOTA BELUD – Pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran menyerahkan sepenuhnya soal pemilihan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ini kerana selaku Pengerusi BN, keputusan yang dibuat oleh Najib yang juga Presiden UMNO adalah muktamad.", "“Soal (pemilihan) calon itu bukanlah hak kita, soal calon adalah hak muktamad Presiden UMNO atau Pengerusi BN.", "“Ini bukan lagi masa kita untuk melobi menjadi calon… era itu sudah berubah. Kita kena serahkan bulat-bulat kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa calon yang akan dipertandingkan (pada PRU14).", "“Yang harus kita perkuatkan adalah parti. Jadi, sesiapa sahaja dipilih pucuk pimpinan kita harus menyokong calon tersebut, ” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Kapitan Cina Datuk Andy Chua di Kampung Tombol, dekat sini, hari ini.", "Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, menjadi tanggungjawab semua anggota BN untuk merapatkan barisan dan memberi sokongan padu terhadap calon yang dimuktamadkan.", "“Apabila (pucuk pimpinan) sudah menentukan (calon), tanggungjawab kita adalah merapatkan barisan dan memperkuat parti kita supaya kita memperoleh kejayaan selesa,” katanya.", "Mengenai majlis rumah terbuka, Salleh berkata, amalan kunjung-mengunjung pada hari perayaan sudah menjadi tradisi di Kota Belud, sekali gus menunjukkan perpaduan harmoni dalam kalangan pelbagai kaum dan agama di daerah itu.", "Kira-kira 2,000 penduduk pelbagai kaum di daerah ini hadir memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan yang menyajikan aneka juadah selain persembahan tarian singa dan tarian naga. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/10/rakyat-malaysia-tolak-dasar-luar-as-iktiraf-lgbtq/
Rakyat Malaysia tolak dasar luar AS iktiraf LGBTQ
[ "JOE Biden dalam masa beberapa jam setelah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke 47 menggantikan Donald Trump pada 20 Januari 2021 yang lalu telah menandatangani arahan eksekutif yang boleh ditakrifkan sebagai mengiktiraf dan mempromosi hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia.", "Kerajaan Malaysia, melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menolak dasar luar pentadbiran baharu AS ini.", "Hak asasi untuk semua rakyat Malaysia tidak kira jantina telahpun termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, warna kulit atau tempat lahir mahupun jantina.", "Implikasi pengiktirafan Presiden Joe Biden mempunyai beberapa kesan negatif dari sudut agama, perundangan, budaya dan sains biologi.. Dengan perintah eksekutif tersebut, wanita di AS terpaksa berkongsi tandas bersama mereka yang mengaku transwoman (mak nyah).", "Kanak-kanak perempuan di sekolah di AS pula terpaksa akur dengan arahan esekutif ini sedangkan sebelum daripada pengisytiharan Joe Biden, para ibubapa dan penjaga telah menuntut agar tandas kanak-kanak perempuan di sekolah dikhususkan kepada mereka tanpa dibuka kepada kanak-kanak “trangender” yang dikatakan menghidapi Gender Disforia. Kes ini menimbulkan bantahan besar di sekolah-sekolah di sana kerana kanak-kanak perempuan tidak berasa selamat.", "Masalah juga timbul dalam acara sukan, kerana atlit wanita telah mula merasakan ketidakadilan. Mereka terpaksa bersaing dengan transwoman yang secara biologinya adalah lelaki tetapi dibenarkan bertanding dalam acara wanita kerana menghormati pilihan identiti gender.", "Secara biologinya, pengambilan hormon wanita oleh transwoman tidak berkesan ke atas otot kekar dan jisim tulang mereka, yang kekal terbentuk mengikut genetik lelaki XY. Tidak hairanlah seorang transwoman Mary Gregory memenangi kesemua 9 rekod angkat berat wanita, dan memecahkan 4 rekod dalam penyertaan pertama kali beliau dalam sukan tersebut. Transwoman Rachel McKinnon memecahkan rekod masa acara pecut basikal wanita dan dikritik hebat oleh atlit wanita. Seorang remaja wanita, Selina Soule gagal melayakkan diri dalam acara balapan wanita di New England setelah 2 transwoman memintas beliau.", "Selain daripada itu, undang-undang anti-diskriminasi yang hadir bersama dengan pengiktirafan ini turut memangsakan ramai pihak hanya kerana mereka menyatakan pendapat berasaskan Sains dan pendirian agama. Selebriti sukan ragbi Australia bernama Israel Foulau, ditamatkan karier hanya kerana mengatakan beliau tidak bersetuju dengan LGBT.", "Maya Forstater diberhentikan kerja hanya kerana menyatakan bahawa biologi seks tidak berubah. Kes Maya Forstater mendapat perhatian penulis terkenal buku Harry Potter, JK Rowling yang turut merasakan ideologi transgender ini memangsakan wanita apabila istilah-istilah khusus biologi wanita seperti haid tidak lagi dianggap khusus untuk wanita kerana adanya transman (trangender lelaki /pengkid).", "Masalah-masalah di atas adalah juga antara sebab kenapa isu Orientasi Seks dan Ekspresi Identiti Jantina (SOGIE) dalam komuniti LGBTQ amat berkait rapat dengan etika moral dan seksual serta nilai-nilai kekeluargaan tradisional yang menjadi pegangan agama-agama utama di Malaysia. Ajaran agama telah melihat keperluan memelihara semua manusia dari ketidakadilan ini.", "Berdasarkan hakikat ini bersama Rukun Negara Malaysia ke 5 yang menegaskan “Kesopanan dan Kesusilaan”, satu wadah perbincangan antara agama adalah amat diperlukan. Menyedari hakikat ini, Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) and UID-Sejahtera telah mengadakan Seminar Perspektif Antara Agama Dalam Memperkasakan Nilai-Nilai Kekeluargaan: Orientasi Seks Dan Identiti Jantina Dari Sudut Pendirian Agama Islam, Kristian, Buddha Dan Hindu Dengan Input Perundangan Dan Fakta Kesihatan/Perubatan pada 20 Januari 2021 (7 Jamadil Akhir 1421H) melalui pertemuan atas talian.", "Sesi perkongsian ini melibatkan panelis dari pelbagai latar belakang dan agama iaitu Dr Mohd Izwan Md Yusof from Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), En Eugene Yapp dari UID Sejahtera, Dr Ooi Hean Beng dari Buddhist Missionary Society Malaysia, Dr M Bala Thamalingam mantan Timbalan Presiden Hindu Sangam, Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Peguam Tuan Abdul Rahim Sinwan dan Professor Madya Dr Siti Zubaidah Ismail Timbalan Dekan Penyelidikan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.", "Resolusi bersama ini memutuskan bahawa agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu bersetuju bahawa keluarga adalah satu institusi mulia yang berpegang kepada nilai-nilai agama.", "Semua agama mempunyai kepercayaan dan prinsip bersama menyeru kepada nilai kasih sayang, belas kasihan, kebaikan dan kemaafan sesama manusia termasuk antara komuniti LGBTQ.", "Agama Islam seterusnya menyeru untuk kembali ke pangkal jalan. Adalah juga ditegaskan bahawa Muslim dan penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu berhak untuk menzahirkan dan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing. Mereka juga berhak berkongsi pandangan mengenai isu kekeluargaan dan nilai kepercayaan agama masing-masing, termasuk yang berkaitan isu LGBTQ atas dasar  hak kebebasan beragama dan kebebasan bersuara.", "Agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu berpendirian teguh bahawa sebarang tindakan atau kelakuan yang memudaratkan kesejahteraan komuniti LGBTQ tidak boleh dipromosi atau dibenarkan.", "Dasar luar AS perlu menghormati bahawa di Malaysia, walaupun tingkah laku, tindakan dan amalan LGBTQ itu salah dan tidak patut digalakkan, agama Islam dan Kristian menegaskan dari sudut kepercayaan dan kerohanian masing-masing bahawa perubahan atau pemulihan golongan LGBTQ adalah tidak mustahil sekiranya individu atau komuniti LGBTQ itu sendiri bersedia dan secara sukarela ingin menerima perubahan. Seruan ini tidak seharusnya dianggap sebagai homophobia atau transfobia. Langkah perubahan dan pemulihan ini termasuklah memohon bantuan melalui kaunseling profesional, mengikuti program-program mukhayyam, membina hubungan kepercayaan, penegasan dan penerimaan termasuk cara penjagaan pastoral selari dengan kerangka undang-undang sedia ada.", "Perbincangan mengenai fakta kesihatan LGBTQ secara jujur dan telus harus digalakkan bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat secukupnya dan ia tidak boleh dianggap sebagai transfobia atau homofobia. Langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit ini adalah amat penting dan boleh dilakukan melalui ajaran agama, pendidikan, perkongsian data saintifik, pembinaan kesedaran termasuk penguatkuasaan peruntukan undang-undang.", "Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar\nPengerusi Bersama \nGabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA)", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/09/tv3-mohon-maaf-lapor-kamala-harris-anak-pendatang-tanpa-izin-dari-india/
TV3 mohon maaf lapor Kamala Harris anak pendatang tanpa izin dari India
[ "KUALA LUMPUR – Stesen penyiaran TV3 memohon maaf di atas kesilapan menyebut latar belakang Naib Presiden Amerka Syarikat, Kamala Harris sebagai anak perempuan pendatang asing tanpa izin dari India.", "“Merujuk kepada laporan Buletin 1.30 semalam (Ahad), kami ingin memohon maaf atas kekhilafan mengenai Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris.", "“Beliau sebenarnya adalah anak imigran pasangan dari Jamaica dan India, dan bukannya seperti yang dilaporkan.", "“Kami kesal dengan kekhilafan mengenai latar belakang belakang beliau,” kata TV3 menerusi penyampai beritanya dalam klip video 30 saat hari ini.", "Semalam, paparan di media sosial terutamanya laman Twitter dihujani dengan kemarahan pelbagai pihak tentang kesilapan tersebut dan rata-rata mendesak stesen penyiaran itu memohon maaf. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/09/01/tujuh-remaja-bergaduh-dicekup/
Tujuh remaja bergaduh dicekup
[ "KUANTAN – Seramai tujuh individu termasuk seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di tepi jalan bandar Mentakab malam tadi.", "Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Mohd Yusof dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengesan rakaman video pergaduhan sekumpulan lelaki berdurasi 10 saat tersebar melalui aplikasi “Whatsapp”.", "Katanya, kejadian di percayai berlaku pada 31 Ogos kira-kira jam 12.05 tengah malam hingga 12.20 tengah malam.", "“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,”katanya.", "Susulan penularan rakaman video berkenaan, plhaknya telah menahan tujuh lelaki  berumur dalam lingkungan 19 tahun hingga 35 tahun di sekitar kawasan bandar Mentakab kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.", "“Pihak polis juga akan meneruskan usaha-usaha untuk mengesan saki baki yang teribat dalam kes ini,”jelas Mohd Azhar.", "Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Imawathy Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/28/semakin-banyak-tin-kosong-yang-berbunyi-annuar/
Semakin banyak ‘tin kosong’ yang berbunyi – Annuar
[ "KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menyifatkan tidak wajar untuk ahli politik khususnya daripada UMNO mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyelar Pas.", "Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak manis sekiranya seolah-olah ada yang memberi kata dua kepada Pas yang merupakan rakan dalam Muafakat Nasional (MN).", "Tambah beliau kerjasama di antara UMNO dan Pas sepatutnya lebih diperkasa menerusi MN.", "“Dari sudut politik, adalah tidak manis dan tidak bijak untuk kita bertanya seolah memberi ultimatum (kata dua) pada Pas sama ada mahu PN atau MN.", "“Bagi yang terlibat dalam menyiapkan Piagam MN akan faham Pas berhak buat ketentuan. Kerjasama UMNO-Pas terus diperkasa kerana ia teras muafakat ummah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.", "Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sejak kebelakangan ini banyak yang bersuara namun ianya dalam kalangan ‘tin kosong’.", "“Semakin banyak ‘tin kosong’ yang berbunyi… Usah dinilai dari volume suaranya, tetapi tengok tengoklah isinya, latar belakangnya dan track record,” katanya lagi.", "Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri sekiranya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menunaikan tuntutan berkaitan Belanjawan 2021.", "Puad berkata, tiga atau lima Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah cukup untuk membuktikan protes kepada tuntutan yang gagal ditunaikan.", "Kemudian Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberi respon kepada kenyataan itu dengan berkata, seorang pemimpin sepatutnya mempertahankan sebuah penyatuan yang dibina.", "Jelasnya, perpaduan dan kesatuan yang dibina menerusi sebuah kerajaan sepatutnya dipertahankan.", "Puad kemudian semalam membalas kembali kenyataan Takiyuddin dengan berkata sepatutnya kenyataannya itu diulas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan Pas.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/10/ketidaktentuan-perdagangan-meningkat-10-kali-imf/
Ketidaktentuan perdagangan meningkat 10 kali – IMF
[ "HONG KONG – Kebimbangan mengenai perdagangan global telah meningkat hampir 10 kali berbanding kemuncak pada dekad-dekad terdahulu dan boleh mengurangkan kira-kira 0.75 mata peratusan daripada pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini.", "Amerika dan Asia Pasifik adalah yang paling terjejas dengan kebimbangan perang perdagangan antara Amerika Syarikat-China manakala Afrika pula kurang terkesan, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).", "Indeks itu bertujuan untuk mengenal pasti ketidaktentuan perdagangan.", "Menurutnya, indeks ini berdasarkan laporan dari Unit Perisikan Ekonomi (EIU) sejak tahun 1996 dan meminjam metodologi yang digunakan dalam Indeks Ketidakpastian Dunia IMF sendiri.", "Untuk mengukur tolok baru, penyelidik IMF mengira berapa kali perkataan “ketidakpastian” yang muncul dalam laporan EIU dalam istilah seperti “tarif,” “proteksionisme” atau “perdagangan.”", "Berdasarkan kestabilan 20 tahun, Indeks Ketidaktentuan Perdagangan Dunia mula naik sekitar suku ketiga tahun lalu, bersamaan dengan tindakan tarif oleh Amerika Syarikat dan China, menurut IMF.", "Selepas tempoh singkat, indeks merosot pada suku pertama 2019, mencerminkan peningkatan besar tarif Amerika Syarikat e atas import China pada 1 Mac, kata badan itu lagi.", "Kata IMF, walaupun ketidaktentuan perdagangan pada umumnya telah meningkat di seluruh dunia, peningkatan ini jauh lebih tinggi untuk ekonomi maju.", "Ia kekal “sederhana rendah” di Timur Tengah, Asia Tengah, dan Afrika, menurut IMF. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/23/pengurusan-rumah-warga-emas-larang-lawatan-ahli-keluarga-elak-jangkitan-covid-19/
Pengurusan rumah warga emas larang lawatan ahli keluarga elak jangkitan Covid-19
[ "KUALA LUMPUR – Inisiatif pengurusan sebuah pusat penjagaan warga emas swasta, di sini, yang melarang ahli keluarga melawat penghuninya disifatkan sebagai langkah efektif untuk membantu kerajaan mencegah penularan Covid-19.", "Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihak pengurusan pusat penjagaan warga emas itu hanya membenarkan ahli keluarga penghuni berurusan jika wujud keadaan kecemasan.", "Katanya, ia adalah satu inisiatif yang baik memandangkan para penghuni yang menetap di pusat penjagaan itu semuanya berusia 70 tahun dan ke atas yang mudah terdedah dengan risiko dijangkiti virus tersebut.", "“Tinjauan dan pemeriksaan kami bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat di pusat jagaan ini didapati semuanya baik dan teratur yang mana ahli keluarga tidak dibenarkan melawat penghuni tua di sini.", "“Jika hendak berurusan atau berkomunikasi dengan penghuni, ia dibuat dan diuruskan oleh pengurusan pusat ini secara maya melalui video sidang atau panggilan telefon,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat penjagaan warga emas itu, di sini, hari ini.", "Tambah Mohamad Zainal, ia adalah satu tindakan yang baik untuk mengurangkan pergerakan antara ahli keluarga dan penghuni pusat jagaan itu bagi mengelak kewujudan kluster atau kontak rapat.", "Sementara itu beliau berkata, tujuan lawatan dan pemeriksaan ke pusat penjagaan warga emas tersebut kerana terdapat 22 kes positif pada pada bulan lalu.", "Jelas Mohamad Zainal, lawatan itu juga adalah untuk memeriksa pelaksanaan prosedur operasi standard yang dilaksanakan.", "“Kita sedang mempergiatkan operasi pematuhan pemantauan SOP dan lawatan ini bagi memastikan pusat jagaan orang tua ini sentiasa bekerjasama dengan KKM dan kerajaan dengan mematuhi sop yang disyaratkan kerajaan.", "“Hasil pemeriksaan, kita berpuas hati dengan SOP yang dilaksanakan pusat ini selama ini berdasarkan panduan KKM khususnya berkenaan penjagaan orang tua dan seramai 140 orag tua yang ada di sini adalah berusia 70 hingga 84 tahun,” katanya.", "Tambah beliau, lebih 100 kakitangan dan penghuni di pusat berkenaan akan diberi suntikan vaksin mulai Khamis ini. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/19/skandal-tanah-ijok-saya-ada-bukti-lagi-nak-serah-sprm-chegubard/
Skandal tanah Ijok, saya ada bukti lagi nak serah SPRM – Chegubard
[ "KUALA LUMPUR – Beberapa bukti dan dokumen tambahan melibatkan salah guna kuasa Kerajaan Selangor dalam skandal tanah peneroka Ijok akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.", "Badrul Hisham atau dikenali Chegubard mendakwa memiliki bukti tambahan melibatkan sebuah syarikat guaman yang mempunyai kaitan dengan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik untuk menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah.", "“Rabu ini saya akan dedahkan maklumat baharu dengan isu tanah di Ijok, saya antara orang pertama buat laporan dan saya mempunyai banyak data maklumat dalam kes Ijok ini.", "“Saya akan panggil satu sidang media untuk memberikan taklimat mengenai skandal Ijok dan akan menyerahkan bukti tambahan melibatkan salah guna kuasa Kerajaan Selangor,” katanya kepada wartawan semasa ditemui selepas membuat laporan polis di Dang Wangi hari ini.", "Badrul Hisham mempertikai kewajaran kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Azmin yang membayar kepada dua syarikat yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka membangunkan kawasan di Ijok tersebut, malah dibayar pula dengan sejumlah pampasan yang banyak.", "“Kenapa perlu pulangkan wang kepada syarikat yang gagal dan kaut untung atas kegagalan mereka,” soal beliau.", "Dalam pada itu, beliau turut mencabar Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempunyai kaitan dalam dua syarikat terlibat dalam skandal tanah Ijok untuk turut menyamannya susulan amarannya baru-baru ini yang mahu menyaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana didakwa memfitnahnya dalam pertikaian tanah tersebut.", "“Kepada Khairuddin, saya cabar dia untuk saman saya sekali… bukan hanya saman Rahman Dahlan sahaja. Saman saya juga,” kata beliau lagi.", "Terdahulu, Abdul Rahman menggesa Azmin untuk menjelaskan soal tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok kepada dua syarikat sebelum kes didengar di Mahkamah Persekutuan.", "Dua syarikat itu ialah Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCDN Develoment Sdn Bhd yang mana Khairuddin mempunyai jawatan tinggi dalam syarikat itu.", "Badrul Hisham berkata, skandal tanah Ijok akan menjadi punca utama kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor jika mereka tidak bertegas dalam menangani isu tersebut.", "“Isu ini akan jadi turning over kejatuhan Azmin dan Pakatan di Selangor jika mereka tidak bertindak,”ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/07/residensi-prihatin-dijenama-jadi-residensi-keluarga-malaysia/
Residensi Prihatin dijenama jadi Residensi Keluarga Malaysia
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan telah menjenamakan semula skim Residensi Prihatin yang dilancarkan Februari lalu sebagai Residensi Keluarga Malaysia.", "Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penjenamaan semula itu selaras dengan konsep besar Keluarga Malaysia yang lebih inklusif dan dekat dengan semua lapisan masyarakat.", "“Kementerian Wilayah akan memastikan perumahan mampu milik disediakan untuk warga Wilayah Persekutuan dan dibina berhampiran dengan akses perkhidmatan awam seperti stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).", "“Ketika ini Kementerian Wilayah mempunyai dua produk mampu milik iaitu Residensi Wilayah yang berharga RM300,000 seunit dengan keluasan 900 kaki persegi, khusus untuk golongan M40.", "“Manakala, satu lagi ialah Residensi Prihatin yang berharga hingga RM200,000 seunit dengan keluasan 705 kaki persegi untuk golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.", "Sementara itu, Shahidan berkata, kementeriannya akan terus melaksanakan dasar dan pembangunan Wilayah Persekutuan sebaik mungkin termasuk menarik pelaburan.", "Sebelum ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan skim Residensi Prihatin bagi membantu golongan B40 memiliki rumah sendiri di sekitar Putrajaya.", "Dianggarkan, sebanyak 12,000 unit rumah mampu milik akan dibina pada harga RM200,000 seunit. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/03/bekas-adun-sedili-bebas-dakwaan-kes-seksual/
Bekas ADUN Sedili bebas dakwaan kes seksual
[ "MUAR – Mahkamah Majistret Muar hari ini telah melepas dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain bagi satu pertuduhan kes seksual  terhadap beliau pada Jun 2022 lalu. ", "Majistret Analia Kamaruddin menyatakan  setelah menilai kebolehpercayaan saksi-saksi pihak pendakwaan secara maksima sepanjang perbicaraan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Rasman. ", "Oleh yang demikian, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dan wang jaminan dikembalikan semula. ", "Sementara itu, Rasman Ithnain ketika ditemui melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap keputusan ini apabila dapat menegakkan kebenaran bagi dirinya. ", "Beliau juga menganggap kes berkenaan sebagai suatu siri ujian terhadap beliau dan keluarga namun akan terus komited dalam berbakti kepada rakyat. ", "Rasman sebelum ini merupakan ADUN Sedili yang telah berkhidmat selama tiga penggal sejak 2008 di Dewan Undangan Negeri Sedili sehingga 2022. ", "Beliau bagaimanapun tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022 dan PRU14 lalu. ", "Untuk rekod, pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat orang saksi sepanjang perbicaraan kes yang sama dan pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos.", "Manakala Rasman diwakili oleh peguam beliau, Muhammad Mohd Nasir, Muhammad Izzad Syafiq Ismail dan Mohamad Alias Rasman.", "Pada Januari tahun lalu, Malaysia Gazette pernah menyiatkan polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor.", "Dalam laporan polis, gadis berusia 25 tahun itu mendakwa kejadian pertama pada 2 Januari lalu, ahli politik berkenaan cuba memegang tangan kanan dan pahanya di dalam kenderaan semasa mereka dalam perjalanan dari Kota Tinggi dekat sini dalam misi membantu mangsa banjir. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/08/bekalan-air-di-20-kawasan-belum-pulih/
Bekalan air di 20 kawasan belum pulih
[ "KUALA LUMPUR – Wilayah Gombak telah menerima bekalan air sepenuhnya manakala Kuala Lumpur hanya 57 peratus setakat 6 pagi tadi.", "Pengurusan Air Selangor berkata, sehingga jam 6 pagi, sejumlah 66 peratus bersamaan dengan 38 daripada 58 kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya.", "Manakala, sejumlah 20 kawasan di Kuala Lumpur masih belum pulih.", "Kawasan yang belum pulih ialah Bukit Bandaraya, Kampung Datuk Keramat, Taman Bandaraya Bukit Bangsar, Kampung Padang Merbok, Taman, Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Center 1, Taman Bangsar Baru, Hampshire Park, Kuala Lumpur City Center 2, Taman Lucky, Imbi Parlimen Tasik Perdana Jalan Sultan Hishamuddin, Persiaran Sultan Salahuddin, Tijani dan Jalan Travers Pudu.", "Gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan\nGombak berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada 6 April lalu.", "Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.", "Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air\nsecara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/04/penganjur-bantah-icerd-serah-notis-kebenaran-berhimpun/
Penganjur bantah ICERD serah notis kebenaran berhimpun
[ "KUALA LUMPUR – Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD membuat serahan notis kebenaran mengadakan himpunan pada 8 Disember ini di Ibupejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, hari ini.", "Menurut Pengarah himpunan, Kamaruzaman Mohamad, beliau telah dipanggil oleh IPD Dang Wangi bagi tujuan itu dan notis berkenaan diserahkan kepada Ketua Polis Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah.", "“Polis telah memberikan komitmen untuk membantu pihak penganjur dari sudut keselamatan agar himpunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan aman.", "“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada polis atas komitmen tersebut dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan semua pihak untuk memastikan himpunan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.", "Dengan kebenaran rasmi itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia hadir menyertai himpunan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penganjur dan pihak berkuasa supaya himpunan berjalan dengan lancar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/21/covid-19-malaysia-terima-bantuan-peralatan-perubatan-dari-china-untuk-kegunaan-pdrm/
COVID-19: Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari China untuk kegunaan PDRM
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia menerima bantuan lebih 20,000 peralatan perubatan dari China khusus untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.", "Katanya bantuan itu diterima oleh pihak Kedutaan Malaysia di Beijing menerusi Duta Besar Malaysia di sana Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin dan wakil PDRM Chern Lea Keong.", "“Lagi bantuan peralatan perubatan! Terima kasih sekali lagi kepada China yang menyumbang 1,000 penutup mulut dan hidung, 20,000 ‘medical masks’, 100 pakaian pelindung dan 100 gogal, kali ini khusus untuk anggota Polis Diraja Malaysia PDRM pula.", "“Malaysia dan China – air dicincang tidak akan putus!,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya malam ini.", "Hishammuddin pada Isnin lepas telah menerima kunjungan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian di Wisma Putra, Putrajaya, membincangkan mengenai hubungan Malaysia-China yang perlu diperkukuh demi manfaat dalam pelbagai sektor serta tumpuan terhadap usaha menangani penularan COVID-19.", "Kerajaan menguatkuasakan beberapa langkah dalam usaha mengekang COVID-19 daripada terus merebak di negara ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18  sehingga 31 Mac ini yang melibatkan peranan PDRM memastikan kelancaran perintah berkenaan.", "Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan turut akan menggerakkan ATM bermula Ahad ini bagi membantu PDRM menguatkuasakan perintah itu.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/10/tunaikan-gaji-minima-rm1500-pada-masa-akan-datang/
Tunaikan gaji minima RM1,500 pada masa akan datang
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memastikan pelaksanaan gaji minima RM1,500 yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu ditunaikan sepenuhnya pada masa akan datang.", "Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Faiz Fadzil berkata, langkah PH menyeragamkan gaji minima seluruh Malaysia kepada RM1,050 bermula 1 Januari 2019 adalah baik meskipun tidak menepati jumlah yang dijanjikan.", "“Kenaikan tambahan pada masa mendatang amat penting untuk dipertimbang dan dilaksanakan oleh kerajaan. Tenaga kerja di Sabah dan Sarawak pula menerima gaji minima sama di Semenanjung Malaysia menerusi peningkatan sebanyak RM130.", "“Ini selaras dengan hasrat PH menjaga kebajikan rakyat tanpa sebarang diskriminasi dan langkah ini dapat mengurangkan jurang pendapatan.", "“Menerusi kadar baharu pada RM5.05 sejam, gaji minima di Sabah dan Sarawak akan meningkat secara signifikan melebihi 14 peratus berbanding kadar RM4.42 sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu juga menegaskan, kerajaan tidak boleh meningkatkan kadar gaji minimum secara mendadak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa sama ada domestik mahupun antarabangsa.", "“Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar lebih rendah pada 2018 dan 2019 disebabkan faktor “technical high base effect”, pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), “perang perdagangan” AS-China dan juga aliran keluar dana daripada pasaran baru muncul (emerging market).", "“Tindakan tergopoh-gapah meningkatkan gaji minima secara mendadak boleh merosotkan ekonomi yang mula berkembang secara perlahan.", "“Ini akan menyebabkan peningkatan kos perniagaan boleh menjejaskan pertumbuhan tenaga kerja negara ini,” katanya.", "Katanya, peningkatan gaji minima yang dilaksanakan Kerajaan PH sebenarnya lebih tinggi daripada pertumbuhan purata perbelanjaan penggunaan bulanan isi rumah di Sabah dan Sarawak.", "“Gaji minima di Semenanjung Malaysia telah dinaikkan daripada RM4.81 sejam kepada RM5.05 sejam, pertumbuhan sebanyak 5 peratus.", "“Untuk perbandingan, negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan purata perbelanjaan penggunaan bulanan isi rumah antara 4.3 – 10.4 peratus setiap tahun, antara 2014 dan 2016,” katanya.", "Tambahnya, peningkatan kadar gaji minima perlu selari dengan pertumbuhan produktiviti ekonomi negara.", "“Berdasarkan data Pertubuhan Buruh Antarabangsa, pertumbuhan produktiviti pekerja di Malaysia adalah tidak memberangsangkan.", "“Antara 2011 dan 2017, produktiviti buruh Malaysia hanya meningkat pada purata 1.7 peratus setiap tahun. Manakala, purata pertumbuhan produktiviti buruh negara-negara berpendapatan sederhana tinggi adalah 3.8 peratus setiap tahun.", "“Sebarang kenaikan gaji tanpa pertumbuhan produktiviti sepadan akan meningkatkan kos perniagaan dan seterusnya menyumbang ke arah inflasi lebih tinggi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/29/penceramah-cedera-kereta-terbakar/
Penceramah cedera akibat kemalangan, kereta terbakar
[ "KUALA LUMPUR – Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Bukit Mahkota, Bangi, pagi tadi.", "Beliau yang juga penceramah program stesen televisyen terbabit dalam kemalangan itu kira-kira pukul 8.30 pagi.", "Semasa kejadian, Mohd Izhar dalam perjalanan pulang selepas hadir menjadi panel dalam program bual bicara pagi di sebuah stesen televisyen swasta.", "Beliau bagaimanapun hanya mengalami luka ringan manakala kereta yang dinaikinya musnah terbakar.", "", "Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM), Siti Ramizah Mohd Khalid berkata, sepasukan lima anggota APM dihantar ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan jam 8.35 pagi.", "“Setiba di lokasi 10 minit kemudian, kami dapati sebuah kenderaan Mercedes Benz sedang terbakar.", "“Mangsa pula didapati sempat keluar daripada kenderaan dan terus diberikan rawatan awal oleh anggota APM yang mengesan beberapa luka ringan dan kesakitan pada belakang badan mangsa,” katanya dipetik dari laman portal Berita Harian Online.", "Siti Ramizah berkata, Mohd Izhar dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/08/30/45-daripada-84-individu-ditahan-kerana-aktiviti-kelab-malam-ismail/
45 daripada 84 individu ditahan kerana aktiviti kelab malam – Ismail
[ "KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semalam menahan 45 daripada 84 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atas kesalahan aktiviti kelab malam.", "Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , seramai 17 orang ditahan kerana melanggar peraturan mencatit rekod keluar masuk, 10 individu tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa (2),beroperasi tanpa lesen (1), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai\nyang menyukarkan penjarakan sosial (7) serta dua tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).", "“Semalam (29 Ogos 2020), PDRM telah menahan 84 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 55 individu telah dikompaun manakala 27 individu pula direman dan 2 individu dijamin,” katanya menerusi kenyataan.", "Terdahulu Ismail berkata, 4,798 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di pelbagai premis termasuklah terminal pengangkutan darat,pengangkutan air dan udara.", "Dalam pada itu katanya, sebanyak 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dilakukan di seluruh negara semalam yang memeriksa 28,309 kenderaan bagi mengekang PATI terutama di lorong-lorong tikus.", "Bagaimanapun ujarnya, tiada sebarang tangkapan dilakukan.", "“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tambah Ismail.", "Polis juga ujarnya, tidak lupa membuat pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib di rumah (home quarantine).", "“PDRM telah mengadakan 418 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing dan kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/17/mrl-nafi-dakwaan-najib/
MRL nafi dakwaan Najib
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link (MRL) hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak mengenai projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL).", "MRL menafikan dakwaan jarak ECRL dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa selama lima hingga enam jam.", "Menurutnya, perjalanan itu adalah lebih kurang empaat jam sahaja.", "Satu lagi, pihaknya berkata, kerajaan melalui MRL memiliki sepenuhnya ECRL.", "“Usahasama (JV) di antara MRL dan CCCC hanya untuk tujuan operasi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Mengenai kos asal ECRL adalah RM65.5 bilion termasuk RM10 bilion kos terowong Genting Highlands.", "“Tanpa terowong, jumlah masih RM55.5 bilion dna pengurangan empat stesen sahaja tidak mungkin mengurangkan kos daripada RM55.5 bilion ke RM44 bilion,” kata kenyataan yang sama.", "Maknanya, memang ada pengurangan kos yang signifikan hasil daripada rundingan semula. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "TERKINI : ECRL! Tiada ‘Advantage’ Masa Perjalanan Sama Naik Kereta – Najib Razak", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/26/kdnk-malaysia-meningkat-sedikit/
KDNK Malaysia meningkat sedikit
[ "KUALA LUMPUR –  Ekonomi Malaysia dijangka meningkat sedikit tahun ini dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus disebabkan oleh kelembapan ringgit yang menyokong eksport.", "Penasihat Ekonomi Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) dan pakar ekonomi yang mengetuai Oxford Ekonomi, Priyanka Kishore berkata, walaupun ekonomi global memulakan tahun 2017 dengan baik namun masih banyak ketidaktentuan.", "“Masih belum jelas bagaimana impak pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat serta dasar-dasar perlindungannya terhadap rantau ini dan Malaysia.", "“Secara keseluruhannya, perbelanjaan berhemah menjadi kunci utama untuk menghadapi cabaran akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Dalam pada itu, ia menjangkakan ringgit bergerak sekitar 4.4 hingga 4.5 berbanding dolar Amerika sepanjang tahun ini.", "“Tekanan terhadap kemungkinan kadar faedah dinaikkan mula meningkat.", "“Ditambah pula dengan lonjakan inflasi akibat harga bahan api dan kos import pada separuh kedua tahun ini.", "“Ini membuatkan Bank Negara akan menaikkan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini,” katanya lagi.", "Laporan tersebut turut memaklumkan bahawa pertumbuhan dalam Asia dijangka baik tetapi berada di bawah paras purata jangka panjangnya iaitu tujuh peratus.", "Perkembangan tersebut dipacu oleh permintaan domestik, sejajar dengan trend yang diperhatikan sejak 2011.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/29/bunuh-kulit-hitam-philadelphia-isytihar-perintah-berkurung/
Bunuh kulit hitam: Philadelphia isytihar perintah berkurung
[ "PENNSYLVANIA – Perintah berkurung dilaksanakan di Philadelphia selepas dua hari tunjuk perasaan ekoran kes bunuh seorang lelaki kulit hitam oleh polis.", "Keluarga Walter Wallace Jr mendakwa mangsa mengalami krisis kesihatan mental ketika dia ditembak oleh polis.", "Polis memaklunkan pihaknya menerima laporan tentang seorang lelaki dengan senjata di kawasan kejiranan Cobbs Creek di West Philadelphia sekitar jam 4 petang (20:00 GMT) pada hari Isnin.", "Ketika tiba, polis memberitahu, seorang lelaki, dikenal sebagai Wallace, memegang pisau ketika anggotanya menghampirinya.", "Wallace didakwa datang ke arah polis tanpa melepaskan senjata pada tangannya.", "Kedua-dua pegawai melepaskan tembakan “beberapa kali”, memukul Wallace di bahu dan dada, katanya.", "Wallace yang cedera dihantar ke sebuah hospital dan disahkan meninggal dunia.", "Mangsa yang berusia 27, mengalami gangguan bipolar dan isterinya telah memberitahu polis sebelum mereka melepaskan menembaknya, kata seorang peguam yang mewakili keluarganya.", "Tindakan polis itu menimbulkan persoalan terhadap tindak-tanduk mereka menangani isu individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.", "Pembunuhan tersebut mencetuskan kemarahan penduduk dan penunjuk perasaan kembali bertempur dengan polis pada hari Selasa.", "Oleh itu aktiviti perniagaan dilarang beroperasi di seluruh bandar berkenaan.", "Perintah berkurung di seluruh bandar dan bermula pada pukul 9 malam waktu tempatan.", "Pengawal Nasional Pennsylvania dan pasukan polis telah dikerahkan mengawasi keadaan.", "Polis mendakwa seramai 30 anggotanya cedera dalam pertempuran malam Isnin.", "Philadelphia juga menyaksikan tunjuk perasaan besar pada awal tahun ini ekoran kekejaman dan perkauman polis susulan kematian George Floyd di Minnesota. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/22/kerajaan-sedia-pertimbang-wujud-penjara-swasta/
Kerajaan sedia pertimbang wujud ‘penjara swasta’
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia mempertimbang untuk mewujudkan ‘private prison’ atau penjara swasta bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara seluruh negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.", "Beliau berkata, setakat ini kira-kira 74,000 banduan sedang menjalani hukuman di penjara seluruh negara walaupun kapasiti sebenar hanya boleh memuatkan kira-kira 52,000 penghuni.", "“Dalam tekanan kewangan kini, mungkin kita boleh mengkaji dan mempertimbang untuk mewujudkan ‘private prison’ seperti dilaksana di United Kingdom (UK),” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kolokium Pembaharuan Penjara di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang dekat sini hari ini.", "Mohd Azis berkata, beliau sempat melihat operasi ‘private prison’ tersebut semasa lawatannya ke UK baru-baru ini, dan ia tidak memerlukan kerajaan untuk membina penjara baharu.", "Jelasnya, perkara tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Penjara untuk membuat kajian daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil kajian kepada kementerian untuk dipertimbangkan.", "Beliau berkata, sekiranya dilaksanakan penjara berkenaan akan menempatkan banduan yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan ringan.", "Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kerajaan bagi menaik taraf penjara lama di negara ini, Mohd Azis berkata, tiga penjara iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan; Batu Gajah, Perak dan Seremban, Negeri Sembilan akan ditambah baik bermula tahun hadapan.", "Menurutnya, tiga lagi penjara iaitu di Taiping, Perak; Muar, Johor dan Pulau Pinang yang juga perlu diselenggara turut mendapat perhatiannya.", "“Struktur bangunan ini sudah terlalu lama dan kami akan mendapatkan peruntukan …jika boleh untuk tahun hadapan,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/18/kj-berlutut-bantu-isi-borang/
KJ berlutut bantu isi borang
[ "KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin kelihatan berlutut sambil membantu orang ramai mengisi borang di Pusat Pemberian Vaksin di World Trade Centre (WTC) di ibu negara.", "Dalam satu gambar yang dirakamkan pembaca China Press, Khairy kelihatan tekun mengisi borang dalam keadaan bertelut di depan meja kerana kekurangan kerusi.", "Menurut akhbar itu, Khairy menawarkan bantuannya untuk melancarkan proses pendaftaran selepas melihat barisan di salah satu kaunter bergerak dengan perlahan.", "Selain Khairy, dalam satu gambar berlainan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Chong Chee Keong juga kelihatan tekun memberi bantuan di barisan hadapan.", "Menurut kenyataan Jawatankuasa Petugas Khas Imuniti COVID-19 (CITF), berlaku kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin di WTC kerana terdapat orang yang mencuba nasib di situ walaupun tidak mempunyai temujanji suntikan vaksin.", "Selain itu, terdapat juga orang yang pergi ke pusat itu lebih awal daripada masa yang ditetapkan. – MalaysiaaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/13/selangor-catat-fdi-lebih-rendah-pada-2021-akibat-pandemik-kelewatan-pertumbuhan-ekonomi/
Selangor catat FDI lebih rendah pada 2021 akibat pandemik, kelewatan pertumbuhan ekonomi
[ "KUALA LUMPUR – Pandemik yang tidak dapat diramal dan kelewatan pertumbuhan ekonomi menyumbang kepada pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor yang lebih rendah pada 2021, menurut Invest Selangor Bhd.", "Cabang pelaburan kerajaan negeri Selangor itu berkata, FDI yang lebih rendah turut disebabkan ketiadaan misi promosi dan sesi libat urus negeri berkenaan di luar negara berikutan penutupan sempadan antarabangsa.", "“Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Selangor menerima sebanyak RM7.5 bilion nilai pelaburan dalam sektor pembuatan pada 2021, disumbangkan terutamanya oleh pelaburan langsung domestik (DDI) dengan nilai pelaburan RM6.1 bilion.", "Invest Selangor berkata kluster industri tumpuan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada nilai pelaburan yang diluluskan.", "Agensi itu berkata, di sebalik prestasi pelaburan yang lebih rendah, Selangor terus menerima jumlah projek pembuatan tertinggi dan mencipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia iaitu 247 projek pelaburan dan 14,393 peluang pekerjaan untuk pekerja pelbagai bakat dan berbilang kemahiran.", "Projek-projek ini melahirkan sebanyak 83,934 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan di Selangor, katanya.", "“DDI kekal sebagai sumber kukuh pelaburan bagi Selangor. Sejak 2017, negeri ini menerima RM31.1 bilion (46 peratus daripada jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan untuk 2017-2021), di samping mempertahankan DDI dengan purata RM6 bilion pada setiap tahun.", "“Selangor akan terus menumpukan untuk menarik projek bernilai tinggi dan memberi impak kepada pelabur domestik dan asing berpotensi serta mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada lebih 6.5 juta penduduknya,” kata Invest Selangor.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/18/tragedi-bukit-kukus-butiran-siasatan-tak-boleh-dihebah-sebelum-proses-perundangan/
Tragedi Bukit Kukus: JKKP belum muktamad siasatan
[ "KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memerlukan tempoh mencukupi untuk melengkapkan siasatan forensik dan analisis komprehensif data meteorologi berhubung kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus, Pulau Pinang.", "Ketua Pengarahnya, Omar Mat Piah berkata, ia bagi membolehkan pihaknya memuktamadkan siasatan yang dan bebas daripada unsur keraguan yang munasabah.", "“Pada peringkat ini, butir-butir lanjut siasatan ini tidak boleh dihebahkan untuk pengetahuan umum sehingga proses perundangan dimuktamadkan oleh Penasihat Undang-Undang JKKP.", "“Kebiasaannya siasatan JKKP untuk kes-kes berprofil tinggi seperti kes runtuhan Jaya Supermarket di Selangor dan kes kemalangan pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang dan Tanjung Bungah, Pulau Pinang akan berakhir dengan tindakan perundangan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Kejadian tanah runtuh di Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, berlaku pada 19 Oktober 2018.", "Dalam kejadian itu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus, manakala tiga lagi cedera di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus.", "Projek bernilai RM545 juta itu dijangka siap pada Mac 2020 kerana beberapa faktor antaranya cabaran di tapak dan proses pengambilan tanah.", "Projek itu membabitkan empat bahagian, termasuk bahagian pertama iaitu pelebaran Lebuh Raya Thean Teik yang sudah siap sepenuhnya pada awal 2018. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2016/12/30/vladimir-putin-akan-bertindak-balas-terhadap-pengusiran-35-diplomat-rusia-dari/
Vladimir Putin akan bertindak balas terhadap pengusiran 35 diplomat Rusia dari AS
[ "Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengeluarkan kenyataan berhubung pengusiran diplomat Rusia oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dari negara itu semalam.", "Jurucakap Putin, Dmitry Peskov berkata, pemimpin itu akan mengarahkan seseorang untuk melakukan tindak balas ke atas tindakan Amerika Syarikat (AS), termasuk pengusiran 35 diplomat mereka.", "Pescov berpendapat tindakan Obama ke atas Rusia hanya akan menjejaskan hubungan antara Moscow dan Washington.", "Pada sidang media, Pescov berkata, Moscow ragu-ragu dengan keberkesanan langkah itu memandangkan tempoh pentadbiran Obama berbaki tiga minggu sahaja.", "Selain pengusiran itu, Washington juga menutup dua kawasan yang digunakan Rusia untuk tujuan perisikan iaitu Maryland dan New York.", "Amerika Syarikat semalam mengusir 35 diplomat Rusia sebagai hukuman kerana didakwa campur tangan dalam pilihanraya presiden pada November lepas.", "Kesemua mereka diberikan masa 72 jam untuk meninggalkan AS.", "Rusia telah menafikan pembabitan itu dan menyifatkan keputusan Obama tidak ada justifikasi.- Reuters" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/13/pelajar-sekolah-ditahan-berparti-liar-di-kondo-mewah/
Pelajar sekolah ditahan berparti liar di kondo mewah
[ "KUALA LUMPUR – Generasi muda bakal pemimpin masa depan namun kehidupan bersosial sesetengah mereka menjadikan segalanya terbalik dan menakutkan.", "Itu ungkapan sesuai digunakan apabila seramai 59 orang pemuda dan remaja tempatan termasuk pelajar kolej dan sekolah yang ghairah berparti liar berbekalkan pelbagai jenis dadah termasuk ketamin berjaya diserbu dan dicekup polis semalam.", "Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, kesemua mereka berusia antara 14 hingga 23 tahun sahaja.", "Mereka ditahan menerusi serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dan Dang Wang bertindak di atas maklumat, pada jam 2 pagi hari ini di sebuah kondominium mewah.", "“Dalam pemeriksaan tersebut pihak polis telah berjaya menahan seramai 59 remaja dan pemuda berkenaan yang terdiri daripada 44 orang lelaki, 13 perempuan dan dua lagi perempuan Iban.", "“Malah apa yang mengejutkan 27 orang daripada yang ditahan adalah adalah pelajar dan remaja bawah umur (pelajar sekolah).", "“Pemeriksaan ke atas dua orang lelaki didapati memiliki dadah jenis Pil Ecstasy sejumlah 31 biji anggaran berat 12.8 gram,” katanya dalam kenyataan malam tadi.", "Tambah Mohd Fahmi, dalam serbuan dan pemeriksaan di kondominium itu, polis turut merampas tiga unit Laser Display System, tiga unit speaker dan tiga unit lampu LED.", "Katanya, ujian saringan awal urin ke atas mereka didapati jumlah yang dikesan positif dadah jenis Amphetamine dan Ketamin adalah seramai 16 orang yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan empat orang perempuan Melayu termasuk dua orang pelajar kolej dan seorang pelajar sekolah.", "“Kesemua tangkapan telah dipohon reman mahkamah selama empat hari bermula hari ini hingga 15 September ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.", "“Jika disabitkan kesalahan,boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, mandatori tiga hingga sembilan sebatan rotan,” ujarnya.", "Mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM100,000.00 dan tiga sebatan selain dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 turut boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.", "Kesemua tangkapan juga telah dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (LangkahLangkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020 (P.U.(A) 254/2020).-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/09/16/bangladesh-beri-amaran-kepada-myanmar/
Bangladesh beri amaran kepada Myanmar
[ "DHAKA – Bangladesh yang mendakwa Myanmar telah berulang kali melanggar ruang udaranya, memberi amaran sebarang perbuatan provokatif boleh menimbulkan kemungkinan kemerosotan hubungan yang telah tegang berikutan krisis pelarian.", "DHAKA berkata, dron dan helikopter Myanmar telah melanggar ruang udaranya sebanyak tiga kali – iaitu pada 10, 12 dan 14 September lalu.", "Pegawai kedutaan Myanmar di Dhaka telah dipanggil berhubung insiden itu.", "Hampir 400,000 orang Muslim Rohingya dari barat Myanmar telah menyeberang Bangladesh sejak 25 Ogos lalu selepas komuniti itu diserang oleh tentera kerajaan Myanmar.", "Serangan itu disifatkan sebagai pembersihan etnik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).", "“Bangladesh menyatakan kebimbangan mendalam terhadap tindakan provokasi tersebut dan menuntut agar Myanmar mengambil langkah segera untuk memastikan pelanggaran kedaulatan seperti itu tidak berlaku lagi.", "“Tindakan provokatif ini boleh membawa kepada akibat yang tidak berasas,” kata kerajaan Bangladesh dalam satu kenyataan.", "Jurucakap kerajaan Myanmar berkata, beliau tidak mempunyai maklumat tentang kejadian yang dimaklumkan oleh Bangladesh tetapi Myanmar menafikan tuduhan awal.", "Jurucakap itu, Zaw Htay berkata, Myanmar akan menyemak sebarang maklumat yang diberikan oleh Bangladesh.", "“Pada masa ini, kedua-dua negara menghadapi krisis pelarian, kita perlu bekerjasama dengan pemahaman yang baik,” kata Zaw Htay kepada Reuters.", "Bangladesh sejak berabad-abad menghadapi peningkatan pelarian Rohingya berikutan penganiayaan oleh majoriti Buddha Myanmar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/21/mdec-lantik-fadzli-abdul-wahit-sebagai-cso-yang-baharu/
MDEC lantik Fadzli Abdul Wahit sebagai CSO yang baharu
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan pelantikan Datuk Fadzli Abdul Wahit sebagai Ketua Pegawai Strategi baharunya berkuatkuasa 16 Mei depan.", "Beliau menggantikan Datuk Fadzli Shah Anuar.", "Fadzli akan bertanggungjawab untuk memimpin unit strategi, transformasi dan pengurusan ke arah perubahan MDEC dalam memacu ekonomi digital ke hadapan.", "Susulan perlantikan ini, Fadzli akan bekerjasama rapat dengan Majlis Operasi MDEC (MOC), Ahli-Ahli Pengurusan Kanan serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dalam menentukan strategi korporat yang berkesan untuk agensi bagi memenuhi misinya melahirkan masyarakat Malaysia yang inovatif serta terintegrasi dengan teknologi seperti yang digariskan dalam Malaysia 5.0.", "Fadzli sebelum ini berkhidmat selama lebih 20 tahun di KPMG dengan jawatan terakhirnya mengetuai sektor kerajaan di KPMG Malaysia dan memimpin pembangunan perniagaan untuk sektor kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).", "Beliau telah berjaya melancarkan pelbagai projek dalam bidang teknologi maklumat, pengurusan strategi dan proses perniagaan serta inisiatif berkaitan sumber manusia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/19/raya-jumaat-atau-sabtu-tbs-tetap-dibanjiri-anak-perantauan/
Raya Jumaat atau Sabtu, TBS tetap dibanjiri anak perantauan
[ "KUALA LUMPUR – Tidak perlu berteka-teki 1 Syawal jatuh pada Jumaat atau Sabtu ini kerana yang penting hari perayaan itu pasti tiba.", "Itu yang disuarakan anak jati dari negeri Jelapang Padi, Nur Husna Mustafa apabila melihat media sosial dihujani dengan persoalan sedemikian.", "Menurut Husna yang ingin pulang ke Jitra, Kedah, perkara itu tidak perlu diperbesar kerana yang lebih penting adalah sentiasa membuat persiapan awal.", "“Bagi saya tidak kira Aidilfitri itu jatuh hari Jumaat atau Sabtu kerana kita sentiasa serahkan kepada kepakaran autoriti agama. Tunggulah hasil cerapan anak bulan nanti.", "“Lebih utama sekarang adalah ia pasti tiba dan kita perlu buat persiapan awal. Kita tunggu sahaja pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nanti,” katanya ketika ditemui hari ini.", "Tinjauan MalaysiaGazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, mendapati, orang ramai mula ‘membanjiri’ hab pengangkutan awam itu untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.", "Pertambahan pengguna yang ketara itu dapat dilihat bermula jam 8 malam tadi di lobi perlepasan dengan kehadiran ramai pengguna yang beratur.", "Bagaimanapun, situasi itu masih dalam keadaan terkawal dengan kehadiran petugas terminal tersebut yang melancarkan setiap pergerakan pengguna.", "Terdahulu, pengendali TBS dilaporkan telah mengambil langkah persediaan untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi bermula semalam sehingga Sabtu ini.", "Antaranya penambahan kakitangan, kaunter tiket dan kaunter pertukaran tiket selain memastikan status tiket dan sebarang makluman jadual perjalanan dikemas kini di Sistem Paparan Maklumat Pengguna. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/11/kadar-penyertaan-buruh-bulan-disember-naik/
Kadar penyertaan buruh bulan Disember naik
[ "KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2018 naik 0.1 mata peratus kepada 68.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.", "Ia meningkat 0.4 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (Disember 2017: 68.1%).", "Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada bulan ini naik 2.3 peratus berbanding Disember 2017 kepada 15.50 juta orang.", "Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.4 peratus kepada 14.99 juta orang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/31/lhdnm-tidak-ada-akaun-tik-tok/
LHDNM tidak ada akaun Tik Tok
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak mempunyai akaun tik tok seperti yang tular dalam media sosial beberapa hari ini.", "Buat masa ini, bagi memudahkan komunikasi dengan orang ramai, LHDNM hanya mempunyai akaun rasmi media sosial seperti berikut:\ni. Portal Rasmi : www.hasil.gov.my\nii. Facebook : facebook.com/LHDNM\niii. Twitter : @LHDNMofficial\niv. Instagram : LHDNM\nv. Youtube : LhdnTube", "Sehubungan itu, bagi mengelakkan identiti LHDNM terus disalahgunakan, satu laporan polis telah dibuat dan akan disusuli pula dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat.", "LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran (posting) di media sosial.", "Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:\na) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);\nb) HASiL Live Chat; dan\nc) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas", "– MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/09/lukaku-ditahan-polis-di-los-angeles/
Lukaku ditahan polis di Los Angeles
[ "LOS ANGELES – Bakal pemain Manchester United, Lukaku ditahan polis gara-gara membuat bising pada 2 Julai lalu.", "Jabatan Polis Beverly Hills dalam satu kenyataan berkata, pemain itu ditahan di rumah dekat Beverly Hills berikutan beberapa rungutan mengenai keadaan bising di rumah berkenaan.", "Kenyataan itu berkata, Lukaku dibebaskan selepas didakwa.", "Penyerang Everton berusia 24 tahun itu diarahkan hadir diri  di Los Angeles pada 2 Oktober depan.", "Sebelum ini, Lukaku yang sedang bercuti bersama Paul Pogba dilaporkan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Los Angeles sebelum disahkan manjadi pemain United. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/29/lajim-ukin-penuhi-kelayakan-jadi-pemerhati-spr/
Lajim Ukin penuhi kelayakan jadi pemerhati – SPR
[ "KUALA LUMPUR- Pemilihan Datuk Lajim Ukin sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen P.186 Sandakan dibuat atas kapasiti beliau sebagai ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Pembaikan dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dan bukan mewakili parti politik yang dianggotai.", "Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhari Azizan Harun berkata, seseorang pemerhati perlu menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh badan tersebut antaranya, agensi kerajaan berkelayakan, badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia.", "Selain itu, pemerhati juga mestilah warganegara Malaysia yang berkemahiran dan dapat menyumbang kepada penambahbaikan proses pilihan raya di samping melaksanakan aktiviti yang dekat dengan masyarakat.", "Pemerhati juga perlu bersikap berkecuali dan mematuhi Kod Etika dan Akujanji Pemerhati Pilihan Raya.", "“Pelantikan Datuk Lajim Ukin adalah mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan iaitu ERC dan tidak mewakili parti politik yang dianggotai.", "“SPR juga turut menyediakan akujanji untuk ditandatangani oleh pemerhati yang dilantik dan merupakan ikrar yang perlu dipatuhi semasa bertugas.", "Jika terdapat pemerhati yang tidak mematuhi dan melanggar akujanji berkenaan, mereka boleh digugurkan dan boleh disenarai hitamkan dari menjadi pemerhati pada mana-mana pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Bagaimanapun menurut Azhar, SPR peka terhadap isu yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak itu termasuk Bersih 2.0 dan bakal mengkaji semula kriteria pemilihan bagi Pemerhati Pilihan Raya selepas ini.", "BERSIH 2.0 pada 28 April 2019 mengeluarkan kenyataan berhubung penyertaan Lajim yang bertugas sebagai pemerhati pilihan raya semasa Hari Penamaan Calon bagi PRK Sandakan.", "BERSIH 2.0 mempersoalkan tindakan SPR yang melantik ahli politik yang aktif iaitu Lajim sebagai pemerhati dan diragui boleh bersikap saksama. – MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/02/th-tawar-hadiah-bernilai-rm500000-untuk-dimenangi/
TH tawar hadiah bernilai RM500,000 untuk dimenangi
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan hadiah wang tunai dan 25 pakej umrah yang bernilai RM500,000 menerusi Kempen Cabutan ‘Setia dan Menang’ dan ‘Simpan, Daftar serta Menang Kelab TaHa’ yang bermula pada 1 Februari 2023 hingga 31 Januari 2024.", "Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, aktiviti seumpama ini diadakan bagi memupuk dan membudayakan tabiat menabung serta membuat perancangan kewangan bagi tujuan menunaikan ibadat haji.", "Selain itu juga, ia adalah sebagai salah satu cara TH menghargai kesetiaan pendepositnya yang telah lama menyimpan di TH.", "Pendeposit TH yang berumur 18 tahun dan ke atas berpeluang menyertai cabutan Setia dan Menang apabila mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM10,000 dan mengekalkan simpanan mereka sepanjang tempoh kempen serta membuat pendaftaran haji bagi yang belum mendaftar haji.", "Menurutnya, pendeposit yang telah menunaikan haji juga layak menyertainya.", "Manakala Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa adalah terbuka kepada semua pendeposit muda berumur di bawah 18 tahun. Pendeposit hanya perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM5,000.00 dan mengekalkan simpanan bersih minima RM5,000.00 dalam akaun TH serta membuat pendaftaran haji bagi yang masih belum mendaftar haji.", "Menerusi cabutan Setia dan Menang hadiah berupa wang tunai dan pakej umrah bernilai RM400,000 ditawarkan dan wang tunai bernilai RM100,000 pula kepada pendeposit TH yang menyertai cabutan Simpan Daftar dan Menang Kelab TaHa.", "”Kedua dua kempen ini merupakan inisatif TH sebagai galakan kepada umat Islam di Malaysia membuka akaun, menabung dan menambah simpanan untuk keperluan urusan Haji dan kegunaan di masa hadapan”, kata beliau lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/15/kapal-tangki-sanchi-tenggelam/
Kapal tangki Sanchi tenggelam
[ "BEIJING – Kapal tangki minyak Iran yang terbakar di Laut China Timur telah tenggelam, seminggu selepas ia bertembung dengan satu lagi kapal kargo.", "Media China melaporkan kapal tangki Sanchi yang didaftarkan Panama tenggelam hari Ahad selepas berlaku letupan kuat.", "Kapal tangki Sanchi membawa 136,000 tan – sekitar 1 juta tong minyak dari Iran ke Korea Selatan apabila ia bertembung dengan kapal pengangkut CF Crystal yang berpangkalan di Hong Kong di Laut China Timur pada 7 Januari lalu.", "Berikutan kemalangan itu, pihak berkuasa maritim China melancarkan operasi mencari dan menyelamat 30 anak kapal Iran dan dua Bangladesh yang berada di atas kapal Sanchi.", "Kesemua 21 anak kapal kargo berjaya diselamatkan.", "Iran menyertai usaha menyelamat antarabangsa yang diketuai oleh China, menghantar pasukan penyelamat sendiri, termasuk komando tentera laut Iran dengan bot laju. Tetapi pasukan tidak dapat mendekati kapal tangki yang marak terbakar.", "Sebuah kapal Jepun cuba memadamkan api di Sanchi pada hari Rabu lalu.", "Tiga mayat dari kapal itu berjaya ditemui beberapa jam sebelum kapal itu tenggelam.", "Iran mengumumkan kesemua anak kapal itu mati dalam kejadian itu.", "Jurucakap Pasukan Petugas Khas Iran, Mohammad Rastad berkata, berdasarkan saksi dalam kalangan kru CF-Crystal serta pekerja-pekerja penyelamat, anak kapal Sanchi mungkin meninggal dunia lebih awal berikutan ledakan besar dan pelepasan gas toksik.", "Usaha selanjutnya untuk mendapatkan mayat-mayat mangsa dihalang oleh letupan di atas kapal tangki selain angin kencang dan ombak tinggi di laut.", "Sejak perlanggaran awal, kapal tangki itu telah terbakar dan hanyut di perairan antara Shanghai dan selatan Jepun. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/12/21/enam-individu-direman-bantu-siasatan-bunuh-di-stesen-minyak/
Enam individu direman bantu siasatan bunuh di stesen minyak
[ "JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman enam individu bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, Ahad lepas.", "Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap lima lelaki berumur lingkungan 20-an dan wanita berumur 19 tahun itu.", "Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menerusi kenyataan mengesahkan seorang lelaki dan wanita ditahan pada 2.30 pagi, semalam, bagi membantu siasatan kes tersebut.", "Empat lagi lelaki berumur 20-an pula difahamkan ditahan awal hari ini.", "Dalam kejadian 7.30 malam, Ahad lepas, mangsa bunuh yang berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta dinaiki empat lelaki.", "Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengesahkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/13/tindakan-pantas-luas-elak-henti-tugas-lra-sg-semenyih/
Tindakan pantas LUAS elak henti tugas LRA Sg Semenyih
[ "KUALA LUMPUR – Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meletakkan 10 beg serbuk karbon teraktif di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan semalam berjaya  mencegah sebarang pencemaran bau dalam air mentah.", "Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, ia susulan insiden pencemaran air di sungai itu berwarna putih ekoran insiden sebuah kilang cat terbakar di Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan, petang semalam.", "“Tindakan pantas kawalan di tapak telah berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Semenyih dan tiada berlaku gangguan bekalan air kepada pengguna.", "“Langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan oleh LUAS bersama pihak-pihak terlibat bagi memastikan sumber air Negeri Selangor terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Loy Sian juga berkata, siasatan awal LUAS mendapati terdapat aliran air berwarna putih telah masuk ke Tasik Ujana Nilai Impian sebelu mengalir ke Sg. Batang Benar berikutan kerja-kerja memadamkan api di kawasan kilang cat berkenaan.", "“LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas (LRA) Sg. Semenyih,” katanya.", "Siasatan LUAS juga mendapati jarak insiden tersebut ke muka sauk Jenderam Hilir, Sungai Semenyih anggaran dalam 13.7 kilometer (km) dan dalam tempoh sembilan jam untuk sampai ke muka sauk tersebut.", "“Ujian pensampelan bau telah dilaksanakan di tiga lokasi berbeza di Sg. Pajam, Sg. Beranang dan Sg. Semenyih mencatatkan kadar bau sifar (0) ton.", "“Pihak Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan juga telah dimaklumkan untuk bersama-sama menjalankan siasatan di kawasan Negeri Sembilan.", "Katanya lagi, LUAS meneruskan pemantauan ke lokasi Sungai Pajam dan mendapati keadaan air di situ adalah normal dan jernih selain mencatatkan bau sifar (0) ton malam tadi.", "“Berdasarkan pemantauan statik LUAS sehingga jam 8 pagi hari ini (13 April 2021) di Jambatan Sungai Pajam, ujian pensampelan bau mencatatkan bacaan sifar (0) ton dan aliran air sungai dalam keadaan normal,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/05/kartel-hitam-punca-bekalan-roti-telur-ikan-serbuk-kari-habis/
‘Kartel Hitam’ punca bekalan roti, telur ikan, serbuk kari habis?
[ "KUALA LUMPUR – Tiada siapa perasan seperti sudah menjadi trend bekalan makanan tertentu seolah-olah tiada di pasaran pada masa-masa tertentu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.", "Antara yang paling ketara sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna termasuk roti, ikan, telur, serbuk kari yang mencetus ‘pembelian panik’.", "Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George mendakwa fenomena kehabisan stok bukan sesuatu yang luar biasa disebabkan penularan wabak Covid-19.", "Sebaliknya kata beliau, wujudnya kumpulan ‘kartel hitam’ yang menyebabkan stok makanan tertentu tiada dalam pasaran untuk seketika.", "Kata beliau, kumpulan ini memainkan peranan dalam kenaikan harga barangan asas tertentu dengan mengambil kesempatan dalam keadaan terdesak ketika ini.", "“Kita dapati satu trend satu minggu kita tidak cukup stok telur, kemudian minggu satu lagi tidak ada roti pula, kemudian ikan, serbuk kari dan bermacam-macam lagi sehingga menyebabkan umum khasnya pengguna resah sepanjang masa.", "“Walaupun alasan yang kita kerap kali dengar adalah masalah besar dengan pengedaran, tetapi kita juga mendapat (maklumat) tentang ‘kartel hitam’ ini yang sengaja buat sekatan bagi produk-produk ini sukar di dapati dalam pasaran.", "“Golongan ini sengaja tidak mahu hantar barangan dan membuat sesuatu yang boleh melambatkan bekalan-bekalan asas yang kita hendak. Ketika ini, kita sudah ada undang-undang yang menjaga hak pengguna, lebih-lebih lagi ketika sedang hadapi krisis.", "“Soalan utama yang kita hendak tanya, adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta agensi kerajaan lain telah mengerahkan pegawai-pegawainya turun padang pantau semua isu ini dan ketahui keadaan sebenarnya?", "“Atau adakah mereka hanya mahu tunggu aduan seperti dari CASSA? Kemudian pula menyusahkan kita dengan bertanya macam-macam kepada kita seolah-olah kita adalah masalahnya kerana membuat aduan.", "“Sebaliknya saya nasihatkan perbanyakkan task force bagi pantau isu ini dan tidak sesekali membenarkan golongan berkepentingan ini mengambil kesempatan terhadap kesusahan rakyat pada masa ini, tolonglah,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.", "Kata Jacob, beliau mengalu-alukan kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.", "Jelas beliau, pihaknya menyokong penuh tindakan tersebut dan mahu lebih banyak tindakan serta pemantauan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan pengguna tidak terjejas.", "“Jika ada keperluan, panggillah semua pemain industri yang cukup berpengalaman duduk semeja berbincang dan mencari jalan penyelesaian dengan baik sekali.", "“Saya sendiri sudah lebih 43 tahun menjadi tokoh pengguna, ramai lagi di luar sana. Gunakan semua pengalaman ini untuk kepentingan rakyat, lebih-lebih lagi ketika kita sedang berdepan dengan satu situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini.", "“Ingatlah, kata-kata serta slogan mengutamakan rakyat tidak sepatunya hanya sekadar indah khabar dari rupa, bantulah mereka kerana kami saban hari mendengar rintihan mereka,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/27/bayi-lahir-dalam-tandas-meninggal-dunia/
Bayi lahir dalam tandas meninggal dunia
[ "KUALA LUMPUR – Seorang bayi dilahirkan dalam tandas ketika ibunya sedang buang air besar di sebuah restoran di Sekinchan, Selangor, hari ini.", "Namun bayi tersebut meninggal dunia walaupun dia berjaya dikeluarkan dari mangkuk tandas.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan insiden bayi terjatuh dalam lubang mangkuk tandas pada jam 4.03 petang dan sejurus selepas itu anggota dari Balai Bomba Sekinchan dikejarkan ke premis Abah Bonda Ikan Bakar Parit 7, Sekinchan.", "“Sebuah jentera pasukan FRT (First Rescue Team) dengan sembilan anggota diketuai Pegawai Kanan Bomba Mohd Khairul Anuar Abu Bakar.", "“Hasil semakan di tempat kejadian mendapati seorang wanita tempatan berusia 37 tahun dipercayai mengandung tujuh bulan telah melahirkan anak secara tidak sengaja dalam tandas ketika hendak membuang air besar.", "“Malangnya bayi yang dilahirkan itu telah terjatuh di dalam lubang mangkuk tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah beliau, bayi berkenaan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari lubang tandas setelah memecahkan mangkuk tandas.", "Namun menurut Norazam, bayi tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut bergegas ke lokasi kejadian.", "Sementara itu, beliau memberitahu, ibu bayi itu berada dalam keadaan stabil dan dia dihantar ke Hospital Tanjung Karang menggunakan ambulans. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/03/kaedah-prorata-sama-seperti-negara-lain-tnb/
Kaedah prorata sama seperti negara lain – TNB
[ "Pengiraan tarif bil elektrik oleh TNB menggunakan kaedah prorata turut digunakan oleh syarikat utiliti di negara lain seperti Australia dan Eropah, kata Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Bhd (TNB) Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.", "“Kaedah ini juga telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga,” katanya dalam satu temu bual di program Buletin Utama, TV3.", "Beliau berkata, kaedah tersebut untuk memastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan, malah kaedah ini adalah tepat.", "Ia membolehkan kadar tarif yang digunakan berdasarkan penggunaan bulanan dan bukan mengikut jumlah penggunaan terkumpul dalam tempoh bil bacaan sebenar yang biasanya meliputi tiga hingga empat bulan.", "“Katakan penggunaan elektrik sebanyak 1,400 kilowatt per jam (kWj). Kami akan membahagikan 1,400 kWj kepada empat bulan iaitu Mac, April, Mei dan Jun. Selepas itu, kita akan mendapat jumlah untuk sebulan iaitu 350 kWj,” katanya.", "TNB menganggarkan penggunaan elektrik dalam sektor kediaman meningkat antara 20 peratus dan 50 peratus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penggunaan yang lebih tinggi oleh penghuni yang berada di rumah mereka selain lebih banyak syarikat yang membenarkan pekerja mereka bekerja dari kediaman masing-masing.", "Oleh itu, katanya pengguna perlu bersedia untuk menerima bil elektrik bacaan sebenar yang lebih tinggi daripada bil anggaran berikutan bil anggaran berdasarkan penggunaan bil pada bulan Februari yang lebih rendah berbanding semasa tempoh PKP.", "Megat Jalaluddin berkata TNB juga terus prihatin terhadap pengguna dengan menawarkan pelan bayaran mudah dan diskaun elektrik berperingkat sehingga 50 peratus berdasarkan penggunaan elektrik.", "Bermula Jun, sebanyak 3.5 juta pelanggan di Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur akan mula menerima bil bacaan sebenar mereka manakala bil bacaan sebenar untuk empat juta lagi pelanggannya telah diedarkan mulai 15 Mei.", "Beliau berkata jika penggunaan elektrik adalah lebih rendah semasa tempoh PKP (mungkin terperangkap di kampung kerana bercuti sebelum PKP berkuat kuasa), lebihan caj akan dikreditkan semula kepada pengguna. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/19/ini-ikut-rule-of-jungle-ke-saya-tetap-hadir-sesi-dewan-noh-omar/
Ini ikut ‘rule of jungle’ ke? Saya tetap hadir sesi Dewan – Noh Omar
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang (BN), Tan Sri Noh Omar tetap tidak berganjak daripada tindakan beliau menyoal disebalik kebenaran kenyataan ‘Taliban’ oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan tidak sesekali berniat memalukan institusi Parlimen seperti yang didakwa.", "Malah tindakan menggantung beliau daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat selama tiga hari berkuatkuasa hari ini disifatkan  tidak adil selain tidak mempunyai sebarang penjelasan yang jelas dalam peraturan sedia ada.", "Kata Noh Omar, beliau akan tetap menghadiri sesi Dewan Rakyat dan berjuang untuk membela dirinya selain tidak akan berkompromi sebarang tindakan ‘ruling’ dikeluarkan Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak pagi tadi.", "“Saya hendak tahu atas kapasiti atau peraturan yang mana anda boleh bertindak menggantung saya?", "“Saya tidak ada dalam Dewan pagi tadi, mengapa seolah-olah tidak sabar sehingga perlu menggantung saya apabila saya tidak ada dalam Dewan untuk membela diri? Ini peraturan mana? Saya hendak tahu, jadi akan tetap hadir hari ini. Bagi saya penjelasan.", "“Adakah ini ‘rule of law’ atau ‘rule of jungle’? Biarkan kerajaan Singapura khasnya speaker negara itu hadir melihat Malaysia Baharu ini. Jatuh hukuman tanpa bela diri?", "“Sebenarnya adakah saya yang menghina Dewan atau Timbalan Speaker yang menghina Dewan? Saya bukan ingkar tapi persoal apakah peraturan sebelum ini boleh membenarkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk membela diri selepas digantung. Mengapa itu boleh saya tidak boleh?", "“Saya berhak membela diri dan tidak ada sesiapa yang lebih berkuasa daripada undang-undang dan peraturan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen tadi.", "Terdahulu pagi tadi, Kor Ming membuat ‘ruling’ mengikut Perkara 43 dan 44 menggantung Noh Omar kerana bertindak menghina sesi Parlimen selain daripada menghamburkan tuduhan terhadap pemimpin DAP itu ketika duduk di kerusi Speaker.", "Malah Kor Ming turut menuduh Noh Omar telah berkelakuan tidak senonoh dengan mengatakan beliau tidak layak menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertua selain memalukan jubah serta kerusi tersebut.", "Tambah Noh Omar, beliau tidak rasa bersalah kerana menyoal tentang kenyataan ‘Taliban’ itu yang jelas telah membawa rasa kurang senang bukan sahaja dalam kalangan ahli politik sebaliknya rakyat di negara ini sendiri.", "“Saya tuntut penjelasan, patutnya beliau menjawab sahaja atau sekurang-kurangnya saman media jika mereka telah salah tulis. Malah, Pengerusi DAP Sarawak yang juga Timbalan Menteri bersetuju dengan kenyataan Kor Ming dengan menyatakan penyatuan Pas-UMNO itu umpama Taliban di Afghanistan.", "“Jadi apa salahnya saya bertanyakan kebenaran itu? Kenyataan itu mendapat sokongan semalam oleh ahli politik DAP yang lain. Jadi apa cerita sebenarnya? Itu persoalan saya tapi bukan sahaja tidak dijawab, sebaliknya membuat penggantungan bila saya tiada dalam Dewan untuk membela diri.", "“Ini bukan ‘rule of law’ seperti yang di canang-canang, saya bukan Ahli Parlimen setahun jagung, sudah 6 penggal jadi wakil rakyat, sudahlah. Saya tetap hadir sesi Dewan dan tuntut pembelaan, kita tengok bagaimana,” tegasnya.", "Noh Omar yang masuk ketika sesi Dewan Rakyat sedang berlangsung sekitar 12.30 tengah hari tadi mencetuskan kekecohan sehingga Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta bentara mengeluarkan Noh Omar.", "Tindakan itu juga menyebabkan ramai dalam kalangan pembangkang bangkit mengeluarkan pelbagai kenyataan malah apa yang lebih memalukan apabila adanya delegasi dari Singapura termasuk Speaker negara itu.", "Rashid kemudian bertindak menagguhkan sesi sehingga 2.30 petang sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Noh Omar. -MalaysiaGazette", "Kor Ming, Noh ‘bergaduh’ isu Taliban", "" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/20/talian-hotline-bpr-beroperasi-semula/
Talian hotline BPR beroperasi semula
[ "KUALA LUMPUR – Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 telah kembali beroperasi hari ini selepas ditutup sementara sejak Isnin lepas.", "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, talian berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.", "Pendaftaran BPR dibuka pada 15 Januari lalu hingga 15 Februari ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/26/kenapa-sembunyi-dari-pengetahuan-umum-tamat-ordinan-darurat/
Kenapa sembunyi dari pengetahuan umum tamat Ordinan Darurat?
[ "KUALA LUMPUR – Pengumuman Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung Ordinan Darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu amat mengejutkan kerana dibuat dengan sembunyi dan tidak digazetkan dalam Warta Kerajaan.", "Ahli Parlimen Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, sedangkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan mewajibkan undang-undang darurat dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.", "Bagaimanapun, kata beliau yang juga seorang peguam, pengumuman bahawa semua enam Ordinan Darurat telah dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Rabu lalu adalah mengejutkan.", "“Ini menunjukkan kerajaan takut untuk membentangkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan undang-undang lain yang dipinda atau diluluskan ketika darurat sebelum ini dilaksanakan.", "“Tindakan kerajaan ini kerana mereka bimbang Ordinan Darurat ini akan ditolak dan ini secara tidak langsung menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada sokongan atau keyakinan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Beliau berkata, jelas lagi tersuluh legitimasi dan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kini telah luntur dan beliau seharusnya menjadi anak jantan untuk meletak jawatan.", "Katanya, jangan jadikan alasan tiada calon lain yang mempunyai sokongan majoriti untuk mengelak meletak jawatan kerana ia perkara kedua.", "“Sedangkan, perkara pokok atau fundamental di dalam Perlembagaan adalah Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan apabila hilang keyakinan majoriti Ahli-ahli Parlimen.", "“Jangan dicabar seseorang itu mandul selagi belum berkahwin. Kesan kritikal daripada pembatalan ini adalah segala tindakan yang dilakukan kerajaan PN ketika darurat kini menjadi batal dan tiada kesan.", "“Ini termasuklah sesiapa yang dikompuan melanggar SOP melebihi amaun RM1,000 juga terbatal,” katanya.", "Kata Faiz, kompaun melebihi jumlah RM1,000 sehingga RM10,000 dibuat berdasarkan pindaan Akta 342 ketika darurat dan dengan pembatalan itu, kompaun seumpama itu adalah terbatal.", "Selain itu, kata beliau, mana-mana individu yang didakwa atas kesalahan berita tidak benar juga terbatal dan seharusnya pertuduhan ditarik balik serta satu perintah DNAA diberikan dan mereka dilepaskan oleh mahkamah.", "Menurutnya, implikasi pembatalan senyap itu cukup besar dan hendaklah menunjukkan bukti keputusan kerajaan PN membatalkan enam Ordinan Darurat tersebut.", "“Rakyat perlu tahu hak mereka sebagai warganegara yang dilindungi di bawah Perkara 5 (1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/01/minggu-terakhir-dewan-rakyat-tapi-isu-tajuddin-masih-belum-selesai-nie-ching/
Minggu terakhir Dewan Rakyat tapi isu Tajuddin masih belum selesai – Nie Ching
[ "KUALA LUMPUR – Pembangkang dilihat masih belum selesai mengenai tindakan Dewan Rakyat yang menggantung Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) minggu lalu.", "Ketika perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat berakhir oleh Dr Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu), Teo Nie Ching (PH-Kulai) membawa kembali isu berkenaan ketika sesi dewan dipengerusikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.", "“Kalau rujuk kepada kenyataan beliau (Rashid), sepatutnya Pasir Salak diarahkan keluar dari dewan selama dua hari termasuk pada hari kejadian.", "“Tetapi saya rujuk kepada hansard (penyata rasmi) dewan pada 20 Julai menunjukkan bahawa Pasir Salak selepas kejadian itu masih masuk dalam Dewan Rakyat,” kata bekas timbalan menteri itu di Dewan Rakyat hari ini.", "Berdasarkan hansard Dewan Rakyat pada 20 Julai lalu, Nie Ching berkata, Tajuddin dilihat hadir dan pernah menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari itu.", "“Kenyataan beliau direkodkan pada muka surat 149 hingga 153, sehingga undian terhadap RUU SOSMA, beliau juga ahli ke 90 yang menyokong usul tersebut.", "“Hari yang saya kata Pasir Salak menggunakan perkataan lucah dalam Dewan Rakyat, ikut keputusan yang dibuat timbalan speaker, beliau tidak boleh masuk dewan pada 20 Julai tapi hansard selepas insiden itu beliau masuk balik dan mengambil bahagian dalam undian SOSMA.", "“Saya nak katakan bahawa timbalan speaker telah mengelirukan dewan saya nak minta satu keputusan daripada speaker apa tindakan terhadap timbalan speaker yang mengelirukan dewan,” katanya di Dewan Rakyat.", "Nie Ching merujuk kepada keputusan yang telah diberikan  Rashid  yang berkata telah mengarahkan Tajuddin untuk tidak hadir ke sidang dewan selama dua hari pada 26 Julai lalu.", "Minggu lalu, Rashid memberitahu semua ahli Parlimen bahawa beliau telah melarang Tajuddin untuk tidak menghadiri Dewan Rakyat selama dua hari bermula 20 Julai lalu.", "Mendengar kenyataan itu, Azhar Azizan berkata, beliau akan merujuk kepada hansard Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu untuk sebelum membuat apa-apa keputusan.", "“Saya kena rujuk dahulu kepada hansard dan apa arahan timbalan speaker itu sebenarnya. Bagi saya baca betul-betul,” jawab Azhar Azizan kepada Nie Ching.", "Rashid pada 26 Julai lalu  menjelaskan perkataan ‘P’ seperti yang didakwa diperkatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak ada di dalam hansard Parlimen.", "Rashid berkata, pihaknya mencari perkataan yang diperkatakan itu tetapi tidak ada dan turut merujuk isu itu kepada penasihat undang-undang.", "Katanya, disebabkan itu pihaknya telah memerintahkan Tajuddin agar tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari.", "“Keputusan saya ialah Pasir Salak automatik dapat dua hari termasuk hari kejadian,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa minggu lalu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/06/insiden-4-anggota-tudm-maut-ditembak-masih-dalam-siasatan-polis/
Insiden 4 anggota TUDM maut ditembak masih dalam siasatan polis
[ "KUALA LUMPUR – Insiden tembakan yang mengorbankan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Skuadron 330 Kota Samarahan, Kuching Ogos lalu, masih dalam siasatan polis.", "Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, siasatan itu bagi mengenal sekiranya wujud elemen jenayah, selain mengesahkan punca sebenar insiden.", "Katanya, siasatan juga turut mencakupi hal-hal berkaitan aspek pentadbiran, SOP, isu kebajikan dan sebagainya.", "Menurut beliau, pada 13 Ogos lalu, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad telah bertemu dengan ahli keluarga anggota yang meninggal dunia di Pangkalan Udara Kuching, Sarawak.", "“Dalam pertemuan itu, Panglima TUDM menyampaikan sumbangan awal kematian yang melibatkan belanja pengebumian, sumbangan kematian dari Tabung Kebajikan TUDM serta sumbangan derma tanggungan dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).", "“Selain itu, pihak Markas ATM Bahagian Perkhidmatan Anggota Jabatan Arah Rekod dan Pencen telah selesai memproses dokumentasi pencen terbitan, ganjaran terbitan dan faedah gantian cuti rehat melalui tindakan tanggungan orang keempat-empat anggota TUDM berkenaan.", "“Pembayaran kepada semua orang tanggungan ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) pada hujung September lalu,” katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.", "Beliau menjawab soalan Rubiah Wang (PBB-Kota Samarahan) yang meminta menteri menyatakan apakah pampasan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam Insiden tembakan di Pondok Pengawal Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan pada 13 Ogos lalu.", "Kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu dikatakan berlaku ketika masa serah tugas apabila salah seorang anggota TUDM bertindak menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.", "Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kes itu berkata, dua anggota TUDM maut serta-merta di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah.", "Mengenai soalan, apakah tindakan kerajaan memastikan tahap kesihatan mental di kalangan anggota dan pegawai tentera dalam keadaan baik sekiranya itulah punca insiden, Ikmal Hisham menjelaskan, TUDM mempunyai mekanisme dalam hal itu.", "Katanya, dalam memastikan tahap kesihatan mental yang baik di kalangan anggota TUDM, Kementerian Pertahanan mempunyai mekanisme memantau tahap kesihatan mental anggota supaya berada dalam keadaan baik dan terkawal.", "“Mekanisme sedia ada yang dilaksanakan ialah dengan memberi perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada anggota dan keluarga.", "“Perkhidmatan ini adalah dengan keperluan ATM dan kementerian untuk memantau, mencegah, memberi nasihat dan kaunseling atas segala isu yang membabitkan masalah tekanan kesihatan mental tempat kerja,” katanya.", "Beliau mengakui insiden tembakan itu memberi kesan trauma kepada anggota di pasukan berkenaan dan tindakan susulan dilakukan TUDM ialah dengan menghantar team kaunseling dan psikologi untuk menenangkan mereka dan keadaan.", "Mengenai SOP pengambilan dan penggunaan senjata api, Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen PPBM Tanah Merah berkata, prosedurnya cukup ketat yang ditekan bawah SOP ATM.", "Kata beliau, insiden itu sebenarnya melibatkan anggota pertahanan darat TUDM (Handau) yang berfungsi sebagai Polis Tentera dalam perkhidmatan TUDM.", "“Sudah pastinya anggota Handau ini tugasannya mengawal keselamatan pangkalan dengan menggunakan senjata api.", "“Namun, insiden itu adalah kes terpencil, di mana dalam situasi latihan atau urusan melibatkan senjata api, ianya tidak boleh diambil atau digunakan sewenang wenangnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/12/hampir-3000-daripada-5000-terlibat-dadah-di-melaka-adalah-belia/
Hampir 3,000 daripada 5,000 terlibat dadah di Melaka adalah belia
[ "MELAKA – Lebih separuh, atau hampir 3,000 daripada keseluruhan 5,000 individu terlibat dadah di Melaka terdiri daripada golongan belia.", "Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kumpulan itu merupakan mereka yang berusia antara 19 hingga 39 tahun.", "Menurut beliau, perkembangan itu dilihat membimbangkan kerana belia adalah pelapis yang menjadi tulang belakang dan harapan negara pada masa hadapan.", "“Pada tahun 2021 lalu setakat September, daripada 5,000 yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 2,809 orang atau 56.2 peratus adalah belia berusia 19 hingga 39 tahun.", "“Ini diikuti golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas (2,140 orang) selain remaja berumur 13 hingga 18 tahun seramai 50 orang.", "“Penagihan dan pengedaran dadah yang berleluasa ini jelas boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya apatah lagi generasi muda paling ramai yang merupakan tulang belakang dan harapan negara pada masa hadapan,” katanya.", "Beliau berkata melalui teks ucapannya yang dibacakan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka, Wan Madihi Wan Salleh pada program Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, berdasarkan data sehingga Januari tahun ini, pekerja buruh adalah paling ramai terlibat dadah iaitu 500 orang, diikuti pekerja perkhidmatan (171), peniaga (156), pekerja binaan (135) dan 134 adalah pekerja kilang.", "“Turut terlibat dadah adalah pekerja sektor pengangkutan seramai 107 orang, nelayan (45) dan penganggur (36) selain 27 orang penjawat awam.", "“Justeru saya berharap agar semua ahli masyarakat amalkanlah sikap bertanggungjawab dan ambil peduli dalam memastikan persekitaran tempat tinggal, keluarga, institusi pendidikan dan tempat kerja bebas daripada ancaman dadah,” katanya.", "Tambahnya, hanya dengan adanya usaha kolaboratif melibatkan semua pihak dapat memastikan sasaran pengurangan 30 peratus rakyat Melaka terlibat dadah menjelang 2025 dapat dicapai. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/12/inter-milan-julang-piala-itali/
Inter Milan julang Piala Itali
[ "MILAN – Inter Milan menjulang gelaran kelapan Piala Itali apabila mengatasi seteru lama, Juventus 4-2 selepas tambahan masa yang penuh kontroversi.", "Ivan Perisic muncul wira dengan dua gol pada separuh masa pertama tambahan masa tetapi perlawanan berterusan selepas lawan diberikan penalti dengan Hakan Calhanoglu meledak jaringan bagi membawa perlawanan melepasi 90 minit.", "Bagi Inter ia satu lagi kejayaan mengatasi Juve selepas kemenangan kontroversi di Turin bulan lalu dan menewaskan mereka pada Piala Super Itali awal musim ini menambah semangat dalam pemburuan gelaran Serie A.", "Sementara itu Juve pula hanya perlu layak ke Liga Juara-Juara musim ini dan mereka tidak berkata apa-apa mengenai keputusan penalti itu yang menafikan pasukan tersebut satu trofi musim ini. – MalaysiaGazette", "(https://www.bbc.com/sport/football/59970294)" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/06/timbalan-menteri-dijangka-umum-dua-minggu-lagi-rafizi/
Timbalan menteri dijangka umum dua minggu lagi – Rafizi
[ "PUTRAJAYA – Pengumuman timbalan menteri dalam barisan Kabinet dijangka dibuat minggu depan kerana proses pelantikannya mengambil masa.", "Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu telah dibincangkan pada mesyuarat khas Kabinet semalam.", "“Proses itu akan berjalan minggu ini dan sama seperti kita gunakan untuk membentuk Kabinet iaitu peraturan tertentu, dari segi jumlah timbalan menteri daripada gabungan tertentu akan bergantung kepada jumlah sumbangan ahli Parlimen masing-masing.", "“Berdasarkan nama itu kelak, Perdana Menteri akan melihat kesesuaian, kepakaran dan pengalaman sebelum dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, mungkin akan ambil satu, dua minggu tetapi prosesnya sudah bermula,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di sini hari ini.", "Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Mereka adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Menepati pendirian Anwar sebelum ini mengenai saiz Kabinet yang lebih kecil, jemaah menteri yang diumui terdiri daripada 28 orang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/07/kerajaan-opitimis-capai-60000-akauntan-bertauliah-menjelang-2020/
Kerajaan opitimis capai 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2020
[]
https://malaysiagazette.com/2019/05/27/gpms-puji-unisza-lantik-pelajar-jadi-ahli-senat/
GPMS puji UniSZA lantik pelajar jadi Ahli Senat
[ "KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) memuji tindakan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu melantik ahli majlis senat universiti dalam kalangan penuntut yang masih aktif mengikuti pengajian.", "Presidennya, Mohd Alif Anas Md Noor berkata, pelantikan itu dilihat dapat memperkasakan peranan penuntut di universiti dan membantu majlis senat universiti untuk lebih memahami berkaitan pengajian, program serta kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di universiti.", "“Pelantikan penuntut ini juga diharap membantu membentuk pentadbiran universiti yang lebih bebas dan dekat dengan pelajar.", "“GPMS sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah menjadikan institusi pengajian tinggi menjadi lebih maju dan bebas untuk menentukan hala tuju dan kaedah terbaik seiring dengan amalan pengurusan universiti terbaik global.", "“Sudah sampai masa universiti-universiti di Malaysia diperkasakan dengan nafas baru melalui penglibatan langsung penuntut di dalam hala tuju dan masa depan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Semalam, UniSZA melakar sejarah tersendiri apabila menjadi universiti awam pertama di Malaysia melantik dua penuntut menjadi Ahli Senat universiti.", "Penuntut yang dilantik ialah penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah), Harun Osman dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ahmad Kamil Makhtar.", "Penuntut Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Ahmad Suffian Mohd Dalizan dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan, Ain Syazana Zolkepli, pula dilantik sebagai pemerhati dewan.", "Menurut Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, pelantikan itu adalah langkah strategik bagi menyahut seruan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu memberi nafas baharu dalam proses pemerkasaan penuntut.", "Mohd Alif Anas turut menggesa lebih banyak institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta untuk mengikuti langkah ini.", "“Selain dari manfaat yang boleh diterima oleh pihak universiti, penuntut yang diberikan peluang seperti ini boleh melatih ciri-ciri kepimpinan peribadi dan membantu rakan-rakan pelajar mereka beroleh pengalaman akademik lebih bermakna,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/06/tindakan-mencekik-leher-tahanan-dihentikan-di-minneapolis/
Tindakan mencekik leher tahanan dihentikan di Minneapolis
[ "WASHINGTON – Majlis Bandaraya Minneapolis memutuskan untuk menghentikan tindakan mencekik pada leher seperti yang digunakan oleh anggota polis kulit putih yang menekan lututnya pada leher lelaki kulit hitam, George Floyd pada 25 Mei lalu hingga mencetuskan tunjuk perasaan berleluasa.", "Di California, Gabenor Gavin Newsom memaklumkan akan mengakhiri latihan halangan karotid dalam kalangan anggota.", "Tindakan yang dilakukan oleh bekas anggota polis Minneapolis, Derek Chauvin telah menyebabkan mangsa meninggal dunia.", "Susulan kejadian itu, polis Minneapolis telah memecat Chauvin dan tiga anggota polis lain berada bersama-sama ketika insiden itu berlaku.", "Kematian Floyd telah mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh Amerika Syarikat.", "Keputusan itu dibuat oleh Majlis Bandaraya Minneapolis selepas menerima aduan oleh hak asasi yang menentang pelaksanaan tindakan tersebut di bandar berkenaan.", "Dalam perintah pengadilan yang diusulkan yang mesti disetujui oleh hakim, Majlis Kota Minneapolis mengatakan akan melarang semua tindakan memegang leher dan meminta mana-mana anggota jabatan polis untuk segera melaporkan penggunaan kekuatan secara tidak sah oleh seorang pegawai.", "“Orang kulit hitam, Orang Asli, dan warna kulit telah menderita kesakitan dan trauma akibat daripada rasisme sistemik dan institusi dan masalah lama dalam kepolisian,” kata perintah yang diusulkan yang dewan disetujui sebulat suara.", "Daerah San Diego di California minggu ini juga melarang tindakan mencekik leher kerana boleh menyekat aliran darah ke otak tahanan, yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/18/peniaga-selangor-gesa-sprm-siasat-pakar-sedia-bantu/
Peniaga Selangor gesa SPRM siasat, pakar sedia bantu
[ "BANGI – Seramai 300 peniaga pasar malam Seksyen 9, bandar Baru Bangi yang masih tidak dibenarkan berniaga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelakunya kerana jelas terdapat unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa.", "Menurut Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Malaysia (PEMA) yang mewakili peniaga dan ahlinya yang juga teraniaya, Zamri Zaimon, dua situasi fahaman mudah orang awam mengenai definisi rasuah ialah apabila tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dan atau tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.", "Katanya, dikhabarkan penganjur tapak diminta membayar sewa sebanyak RM19,000 sebulan kepada anak syarikat Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) yang menguruskan aset berkenaan, PI Briliant, tetapi syarikat itu dipercayai hanya membayar RM5,000 sahaja kepada PKNS.", "“Jika benar maklumat itu, ke mana perginya RM14,000 yang dibayar penganjur setiap bulan itu? Penganjur memaklumkan bahawa tapak ini adalah milik kerajaan negeri Selangor di bawah PKNS.", "“Kenapa pihak penganjur tidak diminta membayar terus kepada PKNS sebagaimana bayaran yang lain? Malah kami ragu-ragu samada bayaran yang dibayar itu sampai kepada PKNS atau tidak, kerana modus operandi menggunakan ‘orang tengah’ ini juga berlaku di premis lain di bawah PKNS.", "“Jelas mereka telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.", "“Timbul persoalan di sini kenapa tidak bayar terus kepada PKNS seperti sewaan aset yang lain,” katanya kepada wartawan.", "Menurut pihak penganjur merangkap Pengarah Urusan Eta Global Resources Sdn Bhd, Datuk Mohd Shah Taib, beliau memohon untuk memajukan tanah yang telah terbiar sekian lama itu bagi membantu golongan peniaga kecil-kecilan, ibu tunggal, kelompok orang miskin (B40) serta mereka yang terkesan daripada pelaksannan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.", "“Kebenaran telah diperolehi dan kami telah membelanjakan lebih RM1.5 juta bagi menyediakan tapak ini seperti meratakan tanah, menyediakan perparitan dan sistem pengairan, jalan, gerai dan sebagainya.", "“Peniaga telah pun membeli stok bekalan barangan dan menaruh harapan tinggi dapat menyelesaikan masalah ekonomi mereka. Namun hampa berkecai apabila Majlis Perbandaran Daerah Kajang (MPKj) masih tidak membenarkan mereka berniaga? Hanya sempat tiga hari sahaja berniaga dari 15 Mac hingga 17 Mac 2020.", "“Pihak saya dan peniaga terima dan akur penutupan disebabkan oleh PKP, bagaimanapun kerajaan telah pun menarik semula penutupan ini tetapi kenapakah MPKj masih menutupnya?.", "“Tapak yang diusahakan ini adalah bazar malam, yang sudah semestinya dan secara logik akalnya tidak akan dibina bangunan kekal bertingkat seperti rumah kedai, kondo dan sebagainya.", "“Namun setelah lesen diberi dan telah mula berniaga, MPKj menetapkan pula syarat kejuruteraan bangunan. Pihak penganjur juga telah akur melantik (syarikat) kejuruteraan malah membayar denda RM25,000 lagi kepada MPKj.", "“Setelah itu, dikenakan lagi pelbagai syarat baru seperti bayaran cagaran pengurusan dan lain-lain yang sudah dibayar setakat ini berjumlah lebih RM60,000 yang pada mulanya langsung tidak dinyatakan ketika lesen kebenaran berniaga dikeluarkan.", "“Anehnya, dikenakan pelbagai bayaran walaupun operasi perniagaan belum dibenarkan lagi.", "“Mengikut amalan standard, jika tidak cukup syarat lesen tidak boleh dikeluarkan. Amanah dan tanggungjawab MPKj lah yang memberitahu peniaga, memantau dan menguruskannya. Tetapi ini dengan sengaja telah tidak dilakukan oleh MPKj,” katanya.", "Dalam pada itu, peniaga, Salmah Othman yang mesra dipanggil Bonda (gelaran yang dianugerahkan oleh istana kepadanya) menekankan halangan itu berlaku kerana tangan ghaib yang jelas wujudnya unsur rasuah.", "“Ada desas desus mengatakan seorang jutawan yang berminat dengan tapak ini setelah melihat penganjur berjaya memajukan tapak yang kini berpotensi dan dilihat strategik. Tidak seperti sebelumnya.", "“Hipotesis ini diperkuatkan dengan berbagai syarat dan tindakan tidak munasabah yang sengaja dikenakan oleh MPKj dengan tujuan kami gagal berniaga sehingga tamat tempoh lesen.", "“Tapak ini yang semuanya telah siap cantik akan diberikan pula kepada pihak lain. Jika hipotesis itu benar, jelas ia adalah penganiayaan dan jenayah terancang. Kami harap pihak berkuasa berkenaan dapat menyiasat dan mengambil tindakan walaupun kami telah menjangkakan itu tidak akan berlaku,” katanya.", "Siasatan oleh sekumpulan pakar (pakar dalam bidang masing-masing) mendapati wujudnya unsur-unsur rasuah di perbagai peringkat, melibatkan jutawan “tangan ghaib” yang kebal dari tindakan undang2", "Kumpulan pakar ini bersedia membantu SPRM dalam mencari dan mengumpul bukti bagi membawa mereka ke muka pengadilan.", "Buat masa ini maklumat ini dan kaedah yang digunakan untuk mengesahkan perlakuan rasuah tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum. – MalaysiaGazette", "Sewa tapak setahun, berniaga 3 hari sahaja", "" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/30/bomba-akan-terus-cari-ashraf/
Bomba akan terus cari Ashraf
[ "BESUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta , Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau panggilan mesra Acap, meskipun pihak lain telah menghentikannya.", "“Walaupun ada agensi lain yang akan menamatkan SAR hari ini, tetapi bomba akan teruskan sehingga mangsa ditemui. Pencarian melibatkan skala kecil dan bergantung kepada keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Negeri Terengganu tahun 2019 di Pulau Perhentian di sini hari ini.", "Majlis itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mantek.", "Pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang juga dikenali sebagai Acap berasal dari Muar, Johor, disedari hilang selepas beliau tidak tiba di garisan penamat meskipun pada mulanya berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25 kilometer. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/04/tiga-teras-utama-falsafah-pentadbiran-islam-mujahid/
Tiga teras utama falsafah pentadbiran Islam – Mujahid
[ "PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam usaha mendekatkan jabatan itu dengan masyarakat.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, beliau tertarik dengan program Hari Terbuka JKSM bersama masyarakat kerana mendedahkan peranan dan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat yang ramai tidak tahu fungsi jabatan itu.", "“Saya sentiasa menyokong penuh program dan aktiviti JKSM yang mampu memberi impak yang positif.", "“Program ini memberi peluang kepada masyarakat dan agensi luar untuk lebih mengenali fungsi JKSM sebagai badan yang menyeragamkan hal ehwal pentadbiran mahkamah syariah dan kehakiman syariah di Malaysia,” katanya berucap merasmikan Hari Terbuka JKSM di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini.", "Menurutnya, sepanjang setahun pemerintahan Malaysia Baharu, tiga teras utama falsafah pentadbiran Islam telah kerajaan Pakatan Harapan (PH) perjuangkan demi memastikan syiar Islam tetap dalam landasannya.", "Kata beliau, kerajaan cuba menegakkan Islam atas teras dan landasan Rahmatan lil ‘alamin, yang dirangkum dalam kerangka Maqasid Syariah dan diterjemahkan pula kepada model pentadbiran Islam terunggul secara progresif dan inklusif menjelang tahun 2025.", "Jelasnya, bagi merealisasikan hasrat itu, beliau telah menggariskan tiga wawasan dan gagasan yang telah disusun sebagai agenda reform yang progresif iaitu Rahmatan lil ‘alamin, Maqasid Syar’iyyah dan Model Malaysia.", "“Tanggungjawab ini adalah besar dan mencabar terutama dalam konteks perundangan syariah.", "“Oleh itu, JKSM mempunyai tanggungjawab besar yang menuntut kepada kesabaran, kesatuan dan kekuatan jati diri untuk terus istiqamah dalam perjuangan memartabatkan insitusi kehakiman Syariah di negara ini selaras dengan kehendak Malaysia Baharu.", "“Saya dimaklumkan Hari Terbuka JKSM tahun ini merupakan program julung kali diadakan sebagai platform pertemuan masyarakat dengan warga kerja JKSM, bagi memperkenal dan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat,” katanya.", "Dr. Mujahid berkata, objektif program itu untuk mempromosikan perkhidmatan ditawarkan JKSM kepada masyarakat, meningkatkan imejnya di mata masyarakat luar, menyampaikan serta memperluaskan perkhidmatan yang ditawarkan, di samping membina jaringan komunikasi dua hala bersama pihak media dan agensi terlibat.", "“Harapan saya, program ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang dan pada masa sama dapat menyebarluas maklumat serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.", "“Setelah dua dekad berlalu penubuhan JKSM, beberapa pencapaian dan kejayaan telah dilakar dan terpahat dalam lipatan sejarah kehakiman syariah negara,” katanya.", "Beliau berkata, pencapaian dan kejayaan itu bukti kerajaan Persekutuan dan negeri amat komited dan bersungguh-sungguh dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat khususnya berkaitan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan mahkamah syariah sentiasa ditahap terbaik dan memuaskan.", "Beliau turut menjelaskan antara kejayaan dan perkhidmatan yang disediakan JKSM ialah mewujudkan perjawatan hakim rayuan untuk mengendalikan kes rayuan di mahkamah rayuan syariah di setiap negeri.", "Membina dan menyelaraskan kaedah serta arahan amalan dan peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri dan lain-lain agensi berkaitan, selain mengawal selia perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah melalui tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah;", "Katanya, kejayaan lain ialah membangun, menyelaras dan mentadbir penggunaan sistem maklumat elektronik e-syariah di JKSM, negeri dan agensi;", "Menyediakan perkhidmatan BSK Transit kepada pelanggan Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/19/ridhuan-tee-terlebih-melayu/
Ridhuan Tee terlebih Melayu
[ "KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam dengan bangsa Melayu.", "Sambil menyifatkan pendakwah agama itu sebagai satu contoh hasil faham politik parti penunggang, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional PAN, Aiman Athirah Sabu berkata, Mohd Ridhuan Tee tidak patut menyamakan bangsa itu dengan agama.", "“Saya perhatikan Ridhuan Tee sejak awal sehinggalah pelbagai titik perubahan, sikap dan pandangannya selepas berjaya jadi lebih Melayu, berbanding berjaya menjadi lebih Islam.", "“Nasihat saya kepadanya, yang katanya mengulas dari perspektif Sains Politik. Memanglah politik itu benar, ia seni serba mungkin dan anda boleh mengulas isu politik dari segala sisi seni kemungkinan.", "“Tetapi, Islam tidak seperti itu. Maka berhentilah mengaitkannya dengan Islam. Ia satu percubaan yang bukan sahaja jahat, tetapi salah, berbaur hasutan dan tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi status dalam akaun Facebooknya, semalam.", "Sambil itu, beliau juga turut menyindir pendakwah agama itu dengan menyifatkan orang Cina yang tukar agama sebab lebih taksub dengan bangsa Melayu.", "Katanya, beliau berkata begitu, sebab sejak sekian lama Ridhuan Tee tidak putus berbicara mengenai bangsa, lebih daripada bicaranya mengenai agama Islam.", "Benar, tegas beliau, majoriti Melayu di Malaysia itu Islam, tetapi pendakwah itu tidak boleh terlalu simplistik menyamakan bangsa itu dengan agama.", "“Itu wewenangan yang sama sekali membawa implikasi negatif seperti faham yang salah dan songsang, yang kesudahan akhirnya mencacatkan ketinggian serta keaslian wajah dan citra agama (Islam).", "“Islam tidak pernah disinonimkan dengan bangsa dan keIslaman manusia tidak pernah diukur dengan bangsa, sama ada berdasarkan petunjuk dalam al-Quran, hadis mahupun dan sirah,” katanya.", "Aiman Athirah menjelaskan, hanya UMNO yang melakukannya dan kini diikuti rapat oleh bekas seteru politiknya, Pas.", "Mereka kata beliau, bertolong-tolongan membantu dalam kefasadan, iaitu kesan daripada mabuk kekalahan.", "“Pada titik ini, memang ramai terkeliru kesan daripada polisi, sikap dan percubaan UMNO untuk menyinonimkan diri mereka sebagai Islam.", "“Ini termasuk dalam usaha mereka mendepani pola politik Pas yang sekian lama juga cuba menyinonimkan “parti” itu sebagai agama,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/18/enam-kluster-baharu-covid-19-dikesan-noor-hisham/
Enam kluster baharu Covid-19 dikesan – Noor Hisham
[ "KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kluster baharu dilaporkan di dalam negara dalam perkembangan terbaharu penularan Covid-19 membabitkan lima buah negeri termasuk Sabah.", "Keenam-enam kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah Kluster Tapak Bina Lebuh di Selangor, Kluster Sugud di Sabah, Kluster Tapak Bina Jalan Tengah di Kuala Lumpur, Kluster Persiaran Heights di Negeri Sembilan, Kluster Rembok Gajah dan Kluster Utama Rini di Johor.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Tapak Bina Lebuh dikesan di daerah Sepang yang mana kes kluster itu dilaporkan positif  bermula pada 15 Disember lalu melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan.", "Katanya, sehingga 112 tengahari ini, sejumlah 285 individu telah disaring dan sebanyak 20 kes telah dikesan positif.", "“Kluster Sugud dikesan di daerah Penampang dan Papar, Sabah yang mana kes indeks iaitu kes ke-60, 068 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 26 November lalu melalui saringan individu bergejala dan sejumlah 163 individu telah disaring dan 26 kes daripadanya telah dikesan positif.", "“Kluster Tapak Bina Jalan Tengah pula melibatkan daerah Lembah Pantai dan kes dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Disember lalu melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan dan sehingga hari ini, seramai 245 individu disaring dan 11 daripadanya positif Covid-19.", "“Bagi Kluster Persiaran Heights pula dikesan di tempat kerja daerah Seremban dan kes indeks kluster berkenaan adalah kes ke-84, 673 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Disember lalu melalui saringan individu bergejala manakala sehingga kini seramai 60 individu telah disaring sementara 21 daripadanya dikesan positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah Noor Hisham, Kluster Tembok Gajah dikesan di daerah Kluang, Johor yang mana kes indeks bagi kluster berkenaan iaitu kes ke-87, 833 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 16\nDisember lalu melalui saringan individu bergejala.", "Menurut beliau, sehingga hari ini, seramai 52 individu telah disaring di mana 13 kes daripadanya telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster tersebut.", "Justeru katanya, kluster keenam iaitu Kluster Utama Rini dikesan juga di daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-80, 177 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.", "“Sehingga hari ini, seramai 100 individu telah disaring manakala 22 kes daripadanya telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” tegasnya.", "Mengulas lanjut mengenai jumlah kluster-kluster setakat ini, sehingga kini katanya, sebanyak 435 kluster telah dilaporkan termasuk enam kluster baharu pada hari ini.", "Jelasnya, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 238 kluster termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Parit Kassan di Johor dan Kluster Kube di Kelantan.", "“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 197 kluster dan daripada jumlah itu sebanyak 60 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya.", "Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (235 kes), Kluster Tapak Bina Muda (74 kes), dan Kluster Tembok (55 kes). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/04/62-suspek-dikehendaki-dicekup-dalam-ops-rentap-di-ibu-negara/
Suspek kes ragut dan samun dicekup dalam Ops Rentap
[ "KUALA LUMPUR – Polis telah menangkap seramai 62 orang suspek  yang sangat dikehendaki bagi pelbagai kesalahan kes dalam Ops Rentap Khas 2018 di sekitar ibu negara.", "Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam kenyataan hari ini berkata, operasi itu dijalankan pada 4 hingga 17 Aprill lalu sebagai membanteras kegiatan ragut dan samun jalanan di ibu negara.", "“Sepanjang tempoh operasi berkenaan sebanyak 1,306 motosikal dan 198 kereta telah diperiksa. Dalam operasi sama seramai 2,699 individu telah diperiksa dan hasilnya 62 suspek sangat dikehendaki dalam pelbagai kesalahan rekod lampau telah dicekup.", "“Malah operasi berkenaan juga berjaya membanteras lima tangkapan kes ragut di pusat bandaraya itu,” katanya dalam kenyataan yang sama.", "Tambah Mazlan, kejadian kes ragut sepanjang Ops Rentap dan tempoh dua minggu sebelum telah menyaksikan penurunan kes sebanyak 23 kes ragut.", "Beliau menegaskan, polis akan terus menguatkuasakan operasi berkenaan untuk memerangi jenayah ragut di ibu kota.", "“Orang ramai terutama wanita dan warga emas agar tidak memakai barang kemas yang boleh menarik perhatian penjenayah.", "“Mereka juga disarankan supaya tidak berjalan seorang diri supaya tidak menjadi mangsa penjenayah jalanan,” ujarnya lagi.", "Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau sebarang kegiatan ragut di sekitar ibu kota boleh disalurkan kepada Inspektor Khairul Azmani Mohd. Zain (Pegawai Tema Rentap D4 IPK KL) di talian 019 6677653 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460585,” tegas beliau lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/09/perang-chef-wan-najib-masuk-hari-kedua/
‘Perang’ Chef Wan- Najib masuk hari kedua
[ "KUALA LUMPUR – ‘Perang’ di antara chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berlanjutan memasuki hari kedua.", "Redzuawan yang lebih dikenali sebagai Chef Wan menuduh Najib tidak memahami kenyataan yang ditulis di dalam Instagram beliau mengenai peneroka Felda yang pemalas dan mempunyai anak yang ramai seperti anak kucing adalah sekadar kiasan.", "Beliau juga menuduh bekas Perdana Menteri itu telah memfitnahnya dan bersikap hipokrit.", "“Panggil Isa Samad tu esok jugak saya nak serah kan Anugerah Icon FELDA itu kepada beliau dan Najib!", "“Memang manusia2 yg jahat ini langsung tak takut dosa memfitnah saya yg bukan2.", "“Just disgusting.", "“Lepas tu boleh pulak Solat 5 waktu mengadap Allah.", "“How do all this hippocrite do it?” katanya satu hantaran terbaharu di Instagram.", "Menurut Chef Wan, semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, beliau pernah diminta oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberi motivasi dan memperkasakan peneroka-peneroka Felda dan luar bandar dengan memberi tumpuan kepada isu-isu sosial yang dihadapi oleh golongan tersebut.", "“Chef Wan tolong bawa isu-isu ini, mereka yang malas, mencuri, menipu duit baja baja, kawin lagi, ambil dadah dan macam-macam lagi sebelum anda memberi motivasi kepada mereka dan kongsikan pengalaman hidup Che Wan serta kesusahan yang anda hadapi sebelum berjaya seperti hari ini.", "“Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yg tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya mengapa hantar saya untuk membantu beliau dan kementeriannya?” katanya.", "Hantaran Chef Wan itu kemudiannya dibalas Najib melalui satu hantaran terbaharu di Facebook beliau.", "Menurut Najib, sekiranya tukang masak terkenal itu tidak melakukan sebarang kesalahan, mengapa beliau telah menyunting hantaran asalnya.", "Malah beliau turut memuat naik hantaran Instagram asal yang telah dibuat oleh Chef Wan.", "“IKON FELDA kata saya salah tafsir tegurannya kepada peneroka-peneroka.", "“Dia tuduh saya fitnah dan suruh saya tutup mulut.", "“Katanya, teguran IKON itu adalah kepada sebahagian warga Felda yang suka kahwin lebih dari satu tetapi tidak bertanggungjawab kepada keluarga dan bukan dimaksudkan kepada ‘semua orang FELDA’.", "“Tapi kalau dia tak salah, kenapa dia telah sunting hantaran Instagram?", "“Tak apa, saya paparkan saja apa yang IKON pernah tulis sebelum dia edit.", "“Rakyat boleh menilai siapa yang memfitnah,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/19/tekanan-punca-tangguh-bicara-bersama-hadi/
Tekanan punca tangguh Bicara Bersama Hadi?
[ "KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihalang muncul dalam sebuah program Bual Bicara di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini selepas pihak penganjurnya menerima tekanan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan.", "Perkara itu didedahkan sendiri oleh Abdul Hadi menerusi Twitter miliknya semalam dengan memuat naik surat penangguhan Slot Bicara Eksklusif sempena Karnival Inspirasi Putra UPM yang dijadual berlangsung, hari ini.", "Syarahan akademik itu merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM).", "Dalam pada itu, perkara itu turut disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman yang mengatakan penangguhan itu dibuat oleh pihak universiti atas faktor yang tidak dapat dielakkan.", "“Pihak kami telah dimaklumkan, program syarahan akademik yang dijadualkan akan disampaikan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di UPM esok, Selasa 19 November.", "“Ia telah ditangguhkan melalui suatu surat daripada pihak HEP UPM bertarikh hari ini (18 November 2019) atas sebab yang tidak dapat dielakkan,” katanya yang dimuat naik di Facebook milik Abdul Hadi, semalam.", "Surat HEP UPM itu antara lain berkata, susulan penangguhan itu, pihak universiti akan menggantikan syarahan akademik itu dengan program lain iaitu Wacana Intelek tanpa menyatakan tarikh.", "“Pihak UPM akan menggantikan slot ini dalam sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak,” kata surat berkenaan yang ditandatangani oleh Ketua Bahagian HEP UPM, Fahmi Azar Mistar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/28/rengit-dijangka-capai-imuniti-kelompok-akhir-bulan-ini/
Rengit dijangka capai imuniti kelompok akhir bulan ini
[ "RENGIT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit Ayub Jamil menjangkakan daerah ini mampu mencapai 80 peratus pemberian vaksin bagi dos pertama menjelang 31 Ogos ini nanti.", "Manakala 50 peratus dos kedua dicapai pada akhir bulan September ini.", "Beliau berkata, sehingga hari ini DUN Rengit telah merekodkan 76 peratus untuk pemberian vaksin dos pertama manakala 43 peratus bagi dos kedua.", "“Saya yakin Rengit mampu mencapai sasaran yang dinyatakan dan kita juga boleh mencapai imuniti kelompok.", "“Kebanyakan mereka mendapat vaksin di UTHM , Yong Peng dan Dewan Jublee Intan Batu Pahat,” katanya ketika meninjau sesi pemberian vaksin di Kampung Sungai Bagan Laut Rengit di sini.", "Ayub berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha sehingga Johor mampu mencapai imuniti kelompok secepat mungkin bagi membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka.", "“Oleh itu, saya menyeru semua rakyat Johor dapat terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya kita berjaya memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini,” katanya.", "Kerajaan Johor mensasarkan kadar vaksinasi 100 peratus bagi satu dos vaksin dicapai bulan depan manakala dua dos lengkap pula diselesaikan Oktober ini.", "Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad sebelum ini berkata, perkara itu mampu dicapai berikutan keupayaan pemberian suntikan vaksin hingga 78,500 dos sehari kini sudah dicapai.", "Keupayaan suntikan harian itu membolehkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri ini dapat ditingkatkan dengan kadar lebih pantas, jelasnya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/09/12/laut-bahamas-hilang/
Laut Bahamas hilang?
[ "LONG ISLAND – Taufan Irma yang membawa angin berkelajuan lebih 321 kilometer sejam pada Jumaat lalu telah menyebabkan fenomena luar biasa di Bahamas.", "Pengguna Twitter @Kaydi_K dari Long Island menerusi tweet berkata, “Saya tidak percaya sekarang.Ini adalah Long Island, Bahamas dan laut telah hilang!!!”", "", "Wanita itu turut memuatnaik rakaman video berdurasi dua minit memaparkan dia berjalan di atas ‘laut kering’ yang hanya dilitupi pasir dan lumpur itu.", "Seorang lagi pengguna laman blog mikro, @deejayeasya bagaimanapun menghantar tweet gambar di pantai berbeza di Bahamas yang menunjukkan ia kembali seperti biasa dalam tempoh kurang 24 jam.", "Susulan kejadian itu, Perkhidmatan Cuaca Terp menjelaskan ‘angin kencang’ telah menyebabkan air laut itu ‘ditarik’ dari teluk.", "“Angin kencang yang dibawa taufan kategori 5 itu telah ‘menyedut’ air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami,” ujar agensi itu lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/18/sia-kurangkan-penerbangan-hingga-mei/
SIA kurangkan penerbangan hingga Mei
[ "SYDNEY – Singapore Airlines Ltd. akan mengurangkan penerbangan rangkaian global selama tiga bulan sehingga bulan Mei memandangkan wabak Covid-19 telah menjejaskan permintaan ke Singapura.", "Pengurangan itu melibatkan laluan Frankfurt, Jakarta, London, Los Angeles, Mumbai, Paris, Seoul, Sydney dan Tokyo.", "“Singapore Airlines dan SilkAir akan mengurangkan perkhidmatannya sementara disebabkan permintaan lemah akibat wabak Covid-19,” katanya.", "Tambah syarikat itu, ia akan terus memantau situasi dan membuat penyelarasan jika perlu.", "Langkah itu seiring dengan pendekatan yang dilakukan oleh China dan Hong Kong.", "Pada Disember lalu, penerbangan ke China menyaksikan 11% kapasiti dan lebih daripada itu bagi sayap syarikat penerbangan tambang rendahnya, Scoot.", "“Ia bukanlah mengejutkan untuk menyaksikan pengurangan penerbangan, mengambil kira jumlah tempahan yang merosot disebabkan situasi semasa,” kata penganalisis DBS, Paul Yong.", "Selain China, permintaan penerbangan ke Korea Selatan dan Jepun turut terjejas.", "Singapura menyaksikan 77 kes Covid-19 – salah satu kawasan tertinggi di luar China. – MalaysiaGazette" ]

About

Downloads last month
0
Edit dataset card