{ "meta": { "source": "data/2020/session-2/inquiry-extract/1-20.pdf.pickle", "year": 2020, "session": 2, "dun": "selangor" }, "is_oral": true, "inquirer": { "name": "Y.B. TUAN MAZWAN BIN JOHAR", "raw": "Y.B. TUAN MAZWAN BIN JOHAR", "area": "N26 SUNGAI RAMAL" }, "respondent": { "name": "Y.A.B. Dato' Menteri Besar", "raw": "Y.A.B. Dato' Menteri Besar" }, "number": 14, "title": "RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM", "inquiries": [ [ { "type": "listitem", "value": "Apakah tindakan dan langkah yang diambil untuk memeriksa dan mengawal selia aktiviti beribadah di rumah ibadah bukan Islam agar ianya dilakukan selaras dengan prosedur pemeliharaan kesihatan dan keselamatan berkait dengan wabak covid-19?", "image": null } ] ], "responds": [ [ { "type": "narrativetext", "value": "Jawapan ini dijawab bersekali dengan soalan 193 (b) berkaitan langkah Kerajaan Negeri di dalam mengawal selia aktiviti ibadah di dalam rumah ibadat selain Islam selaras dengan prosedur pemeliharaan kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penyebaran Wabak Covid-19.", "image": null } ], [ { "type": "listitem", "value": "a) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan peka terhadap kebajikan masyarakat yang ingin menjalankan aktiviti ibadah di rumah-rumah ibadat termasuk rumah ibadat selain Islam. Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kebenaran pembukaan semula Rumah Ibadat Selain Islam kepada orang awam telah dirangka oleh Selangor Task Force Covid-19 (STFC) pada Jun 2020 yang lalu dan SOP ini telah dibentangkan pada satu taklimat yang diadakan pada 18 Jun 2020 dan dihadiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ketua-ketua persatuan agama induk, jabatan-jabatan yang berkaitan serta pengamal media. Sebagai tambahan, SOP ini juga telah diedarkan kepada agensi di bawah kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor (JPNIN), Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN Selangor) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor (Polis Diraja Malaysia) pada 30 Jun 2020 yang lalu.", "image": null }, { "type": "narrativetext", "value": "SOP ini telah menetapkan kebenaran untuk hadir ke Rumah Ibadat Selain Islam dengan mengambil kira pengelasan peringkat umur serta tahap Kesihatan bagi individu yang dibenarkan hadir ke rumah ibadat. Selain itu, persiapan dari segi logistik dan kehadiran maksimum juga diambil kira di dalam SOP tersebut. Setiap rumah ibadat perlu mempunyai pegawai yang bertanggungjawab menjaga logistik dan mengawal arah laluan serta penjarakan sosial tempat duduk.", "image": null }, { "type": "narrativetext", "value": "Selain itu juga, SOP tersebut telah menetapkan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini berjalan.", "image": null }, { "type": "narrativetext", "value": "Rumah-rumah ibadat selain Islam juga disarankan untuk membuat penjejakan kontak melalui sistem SELangkah. Kod QR SELangkah ini perlu diletakkan di pintu masuk dan keluar yang mana akan membantu memudahkan penjejakan kontak sekiranya terdapat jangkitan Covid-19 di sesuatu lokaliti.", "image": null } ] ], "akn": "\n\n \n \n \n \n \n Y.B. TUAN MAZWAN BIN JOHAR\n
\n

Apakah tindakan dan langkah yang diambil untuk memeriksa dan mengawal selia aktiviti beribadah di rumah ibadah bukan Islam agar ianya dilakukan selaras dengan prosedur pemeliharaan kesihatan dan keselamatan berkait dengan wabak covid-19?

\n
\n
\n \n Y.A.B. Dato' Menteri Besar\n
\n

Jawapan ini dijawab bersekali dengan soalan 193 (b) berkaitan langkah Kerajaan Negeri di dalam mengawal selia aktiviti ibadah di dalam rumah ibadat selain Islam selaras dengan prosedur pemeliharaan kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penyebaran Wabak Covid-19.

\n
\n
\n

a) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan peka terhadap kebajikan masyarakat yang ingin menjalankan aktiviti ibadah di rumah-rumah ibadat termasuk rumah ibadat selain Islam. Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kebenaran pembukaan semula Rumah Ibadat Selain Islam kepada orang awam telah dirangka oleh Selangor Task Force Covid-19 (STFC) pada Jun 2020 yang lalu dan SOP ini telah dibentangkan pada satu taklimat yang diadakan pada 18 Jun 2020 dan dihadiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ketua-ketua persatuan agama induk, jabatan-jabatan yang berkaitan serta pengamal media. Sebagai tambahan, SOP ini juga telah diedarkan kepada agensi di bawah kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor (JPNIN), Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN Selangor) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor (Polis Diraja Malaysia) pada 30 Jun 2020 yang lalu.

\n

SOP ini telah menetapkan kebenaran untuk hadir ke Rumah Ibadat Selain Islam dengan mengambil kira pengelasan peringkat umur serta tahap Kesihatan bagi individu yang dibenarkan hadir ke rumah ibadat. Selain itu, persiapan dari segi logistik dan kehadiran maksimum juga diambil kira di dalam SOP tersebut. Setiap rumah ibadat perlu mempunyai pegawai yang bertanggungjawab menjaga logistik dan mengawal arah laluan serta penjarakan sosial tempat duduk.

\n

Selain itu juga, SOP tersebut telah menetapkan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini berjalan.

\n

Rumah-rumah ibadat selain Islam juga disarankan untuk membuat penjejakan kontak melalui sistem SELangkah. Kod QR SELangkah ini perlu diletakkan di pintu masuk dan keluar yang mana akan membantu memudahkan penjejakan kontak sekiranya terdapat jangkitan Covid-19 di sesuatu lokaliti.

\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n" }