Dataset Preview
Go to dataset viewer
title (string)url (string)news (string)language (string)top-image (string)text (string)date (string)date_utc (string)
"Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142491"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142491/perhimpunanan_solidarity_kedamaian_03__full.jpg"
"WARIS keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lepas, melahirkan rasa terharu akan sokongan diberi rakyat Malaysia semasa perhimpunan Solidariti Kedamaian. Zarina Shuib , ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di Kuala Lumpur hari ini."
"2019-03-23T03:52:02"
"2019-03-22T19:52:02"
"Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia pada perhimpunan solidariti kedamaian"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-saudara-haziq-terharu-sokongan-rakyat-malaysia-pada-perhimpunan-solidariti-kedamaian-201942"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/51553312409_ZARINA.jpg"
": Waris keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lepas, melahirkan rasa terharu akan sokongan diberi rakyat Malaysia semasa perhimpunan Solidariti Kedamaian.Zarina Shuib, ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di sini hari ini."Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand yang mana adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat serangan berkenaan."Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sudi menziarahi adinda kami di sana serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan di Christchurch," katanya ketika berucap mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Haziq pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini."Biarpun ujian berat ini diterima, namun kami ahli keluarga reda dengan pemergian Muhammad Haziq dan wajib menerima ketentuan-Nya."Kami akan menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaan masyarakat dan rakyat Malaysia agar keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama, kaum dan bangsa," katanya sambil menahan sebak ketika berucap mengenai anak saudaranya.Zarina, yang merupakan kakak Mohd Tarmizi Shuib, berkata sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia, beliau amat mencintakan kedamaian dan keamanan sejagat.Pada Khamis lepas, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa Muhammad Haziq ialah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch.Haziq ialah anak kedua Mohd Tarmizi , 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor.Ketika kejadian Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.-- BERNAMA"
"2019-03-23T03:52:02"
"2019-03-22T19:52:02"
"Rugi RM24,000 ditipu sindiket scam"
"http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rugi-rm24-000-ditipu-sindiket-scam-1.867816"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867817!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpeg"
"PULAU PINANG 23 Mac - Seorang pekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini kerugian RM24,000 setelah terpedaya dengan sindiket scam yang menyamar sebagai anggota polis kelmarin. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan, berkata, mangsa seorang wanita berusia 43 tahun itu telah menerima panggilan kononnya dari kakitangan Hospital Besar Pulau Pinang yang memperkenalkan diri dengan nama Christopher Anak Anor kira-kira pukul 2 petang kelmarin. “Christopher menyatakan bahawa seorang individu nama Lee Song telah menggunakan kad pengenalan mangsa untuk mengambil ubat terkawal di Hospital Seberang Prai dan Hospital Pulau Pinang namun mangsa menafikan mengenali individu tersebut. “Christopher meminta mangsa membuat laporan polis dan mangsa telah disambungkan menerusi telefon untuk bercakap dengan Sarjan Tony yang kemudiannya menyatakan bahawa nama mangsa telah disenarai hitam kerana terlibat dengan jenayah senjata api,” katanya di sini hari ini. Menurut Anbalagan mangsa diberitahu bahawa dia akan ditangkap dan diminta untuk membuat pembayaran jika tidak mahu ditangkap. “Pada hari yang sama mangsa telah melakukan empat transaksi atas talian berjumlah RM24,000 menerusi nombor akaun CIMB. “Selepas itu mangsa diminta untuk membuat bayaran lagi dan mangsa menyedari telah ditipu lalu melaporkan kejadian ini kepada pihak polis,” katanya. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T04:12:02"
"2019-03-22T20:12:02"
"Seoul tempat ketujuh bandaraya paling mahal di dunia"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142475"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142475/seoul___full.jpg"
"IBU negara Korea Selatan, Seoul menduduki tempat ketujuh dalam senarai bandar raya paling mahal untuk didiami pada tahun ini, lapor agensi berita Yonhap. Hasil tinjauan dijalankan Worldwide Cost of Living (WCL), kendalian Unit Perisikan Ekonomi (EIU), berdasarkan harga lebih daripada 150 barang di 133 bandar di seluruh dunia."

"[VIDEO]Lagi sindiket judi online ditumpaskan"
"http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-lagi-sindiket-judi-online-ditumpaskan-1.867792"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867791!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KUALA LUMPUR 23 Mac - Polis tumpaskan satu sindiket judi dalam talian yang mampu meraih wang pertaruhan lebih RM 2 juta sehari di sebuah kondominium mewah di Jalan Ampang di sini malam tadi. Dalam serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira pukul 9.30 malam itu, sebanyak 114 warga China turut ditahan dipercayai berfungsi sebagai operator kegiatan tersebut. Ketua Operasi, Asisten Komisioner Hamzah Buman berkata, pihaknya menyasarkan 10 unit di kondominium itu, namun hanya berjaya menyerbu tujuh daripadanya. “Kesemua unit kondominium ini terletak di tingkat yang berbeza, dan dalam satu daripada serbuan tersebut, kita turut menahan enam lelaki yang sedang berjudi serta merampas wang tunai sebanyak RM44,000. “Dalam serbuan itu juga kita merampas sebanyak 63 komputer, 232 telefon bimbit, 12 modem, enam router dan enam buku catitan perjudian,” katanya dalam sidang akhbar di sini. Hamzah berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41c Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T04:07:02"
"2019-03-22T20:07:02"
"Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia pada perhimpunan solidariti kedamaian"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-saudara-haziq-terharu-sokongan-rakyat-malaysia-pada-perhimpunan-solidariti-kedamaian-201942"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/51553312409_ZARINA.jpg"
": Waris keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lepas, melahirkan rasa terharu akan sokongan diberi rakyat Malaysia semasa perhimpunan Solidariti Kedamaian.Zarina Shuib, ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di sini hari ini."Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand yang mana adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat serangan berkenaan."Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sudi menziarahi adinda kami di sana serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan di Christchurch," katanya ketika berucap mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Haziq pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini."Biarpun ujian berat ini diterima, namun kami ahli keluarga reda dengan pemergian Muhammad Haziq dan wajib menerima ketentuan-Nya."Kami akan menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaan masyarakat dan rakyat Malaysia agar keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama, kaum dan bangsa," katanya sambil menahan sebak ketika berucap mengenai anak saudaranya.Zarina, yang merupakan kakak Mohd Tarmizi Shuib, berkata sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia, beliau amat mencintakan kedamaian dan keamanan sejagat.Pada Khamis lepas, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa Muhammad Haziq ialah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch.Haziq ialah anak kedua Mohd Tarmizi , 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor.Ketika kejadian Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.-- BERNAMA"
"2019-03-23T03:52:02"
"2019-03-22T19:52:02"
"Neymar didakwa lempar kata kesat"
"http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/neymar-didakwa-lempar-kata-kesat-1.867815"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.830847!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"PARIS 23 Mac - Neymar didakwa oleh UEFA hari ini selepas membuat komen menghina terhadap pegawai perlawanan susulan kekalahan mengejut Paris Saint-Germain (PSG) kepada Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara pada 7 Mac lalu. Penyerang kebangsaan Brazil itu disisihkan selama sebulan dalam kekalahan 1-3 dalam aksi peringkat 16 akhir kedua ekoran kecederaan, bagaimanapun dia melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan menerusi media sosial setelah menyaksikannya di tepi padang di Parc des Princes. Pemain berusia 27 tahun itu berang selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan, yang menyaksikan Marcus Rashford menyempurnakannya, sekali gus membolehkan United mara ke peringkat seterusnya. UEFA berkata, Neymar sudah didakwa, bagaimanapun tarikh pendengarannya masih belum disahkan. Neymar boleh berdepan pergantungan dalam perlawanan peringkat awal Liga Juara-Juara musim depan. Pada Jun lalu, rakan sepasukan Neymar, Gianluigi Buffon dikenakan pergantungan tiga perlawanan selepas mengecam pengadil Michael Oliver selepas bekas pasukannya, Juventus tewas secara dramatik di suku akhir kepada Real Madrid, musim lalu. “Sungguh memalukan, ada empat pengadil yang tidak memahami bola sepak dan menonton semula secara gerak perlahan di televisyen,” kata Neymar dalam bahasa Portugis di Instagram selepas perlawanan.- AFP"
"2019-03-23T04:12:02"
"2019-03-22T20:12:02"
"Dugaan berganda Mohammed Mashud"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dugaan-berganda-mohammed-mashud-1.867809"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867808!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"CHRISTCHURCH 23 Mac - Mohammed Mashud berdepan 'dugaan berganda' apabila isterinya, Sazada Akhter mungkin tidak akan dapat berjalan seperti biasa, selepas cedera parah akibat terkena tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di sini, minggu lalu. Stuff New Zealand melaporkan, Sazada terkena dua tembakan, satu di bahagian abdomen dan satu lagi di dadanya ketika berada di Masjid Al Noor, Deans Avenue. Sazada merupakan antara yang mengalami kecederaan serius dan telah menjalani beberapa pembedahan serta masih ditempatkan di Hospital Christchurch. Mohammed memberitahu, doktor memaklumkan jika Sazada sembuh daripada kecederaan, dia mungkin memerlukan kerusi roda sepanjang hayatnya. "Hayatnya, tidak pasti lagi. Tetapi jika dia sembuh, kakinya tidak dapat berfungsi lagi. Doktor beritahu saya dia tidak akan dapat berjalan seperti biasa dan memerlukan kerusi roda," katanya. Ketika mendapat berita mengenani nasib menimpa Sazada, ibu mentua Mohammed yang berada di Bangladesh diserang sakit jantung dan dirawat di hospital di sana. Keadaan ibu mentuanya bertambah baik tetapi masih dirawat di hospital."
"2019-03-23T03:57:02"
"2019-03-22T19:57:02"
"Kejayaan kerajaan Pakatan banyak tapi tak diceritakan"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142488"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/images/default.png"
"BUKAN semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak baik. Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik. Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai. Itu pun silap kerajaan dan jenteranya juga. Tetapi hendak salahkan mereka bulat-bulat pun tidak boleh juga sebab menjadi kerajaan jauh lebih sukar daripada menjadi pembangkang. Tengok sajalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak jadi pembangkang. Cakap, cakap, cakap. Tuduh, tuduh, tuduh. Tak setuju keluar dewan. Mudah kan? Kita harap menjelang satu tahun memerintah pada 9 Mei nanti, menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri buatlah kerja betul-betul, cakaplah betul-betul dan buatlah perangai yang betul. Berkomunikasilah dengan lebih baik dan berkesan dengan semua peringkat dan golongan masyarakat. Pegawai khas, setiausaha akhbar dan pegawai komunikasi korporat pun tolonglah cergas sikit. Kalau bodoh belajar. Kalau tidak tahu tanya. Jadi untuk tampalan kali ini izinkan saya bercerita panjang sikit mengenai apa yang saya tahu berkenaan apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH. Kerajaan telah dan sedang lakukan banyak perkara, projek, program, dasar dan agenda. Misalnya kerajaan telah dan sedang bertindak ke atas pihak-pihak yang melakukan jenayah besar yang hampir-hampir memufliskan negara seperti skandal 1MDB dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tetapi kita kena faham. Kalau bekas perdana menteri Najib Razak masih lepas bebas, itu bukan salah kerajaan. Kerajaan sudah siasat dan dakwa dia di mahkamah. Jadi sekarang tanggungjawab kehakiman (judiciary) lah. Kalau Najib lambat dijatuhkan hukuman, itu bukan salah kerajaan. Itu tugas dan tanggungjawab kehakiman. Tugas hakimlah. Kita tidak boleh campur tangan. Cuma kita harap para Yang Arif ambil kira perasaan kata rakyat jelata. Bukan Najib seorang saja yang kerajaan serahkan kepada kehakiman. Banyak lagi. Antaranya Rosmah Mansor; Presiden Umno yang bercuti Ahmad Zahid Hamidi; bekas pengerusi Felda Isa Samad; penari kasut merah, Mohd Irwan Serigar Abdullah; ketua peguam Najib yang cedera bermain dengan anjing, Muhammad Shafee Abdullah; bekas pegawai khas Rosmah yang kata saya pungut berita di tepi jalan, Rizal Mansor (bukan adik atau abang Rosmah) serta bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Azrul Kanda Kandasamy. Nasib dan masa depan mereka bukan di tangan kerajaan lagi. Mereka adalah di dalam jagaan (custody) mahkamah. Tapi rakyat jelata kenalah faham yang mereka akan buat sebiru macam tipu helah untuk lambatkan perbicaraan kerana mereka tahu apa yang telah mereka lakukan sehingga diseret ke muka pengadilan. Bantu rakyat Walaupun BN meninggalkan kewangan kerajaan dalam keadaan yang lemah dan kucar-kacir, kerajaan PH telah berjaya memulihkan sebahagian daripadanya. Ini membolehkan kerajaan meneruskan bantuan kewangan kepada rakyat jelata yang memerlukan. Mungkin tidak semua tetapi mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan keperluan kumpulan sasaran. Sasaran bantuan kewangan kerajaan adalah kumpulan B40 iaitu 40 peratus isi rumah paling bawah dalam susunan pendapatan. Rakyat Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu 20 peratus teratas (T20), 40 peratus menengah (M40) dan 40 peratus terkebawah (B40). Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, kumpulan T20 adalah yang pendapatan median isi rumah (household) tidak kurang daripada RM13,148 sebulan, M40 RM6,275 dan B40 RM3,000. Dalam kumpulan 40% terkebawah itu, lebih daripada 70% adalah Bumiputera. Selebihnya adalah Cina dan India. Maksudnya, bukan Bumiputera saja yang miskin dan memerlukan bantuan. Dalam tempoh lima tahun akan datang kerajaan bercadang membelanjakan RM10 bilion setahun bagi tujuan mewujudkan pekerjaan dan menyokong pendapatan kumpulan B40. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan satu lagi skim bantuan berjumlah RM338 juta khas untuk pekebun kecil getah di bawah Risda. Cuma mungkin akan berlaku kekangan dan masalah di sana sini kerana serentak dengan memberi bantuan kerajaan juga sedang membersihkan senarai penerima kerana didapati banyak juga yang tidak layak atau yang memberi maklumat palsu. Reformasi institusi Bagi memulih dan mengukuhkan sistem pentadbiran negara yang dirosakkan oleh BN, kerajaan telah dan sedang melakukan reformasi ke atas institusi utama negara (rujuk carta di atas). Antaranya:- 1. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah; 2. Melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023. 3. Memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam. 4. Menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). 5. Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH. 6. Tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak. 7. Memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees). 8. Memulakan langkah reformasi sistem pilihan raya termasuk cadangan merendahkan umur mengundi kepada 18 tahun dan pembiayaan politik. Dasar ekonomi Kerajaan PH mengambil alih negara pada ketika ekonomi antarabangsa dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu. Di dalam negara, kita mengalami masalah kurang keyakinan yang teruk akibat pelbagai bentuk penipuan dan manipulasi oleh kerajaan lama, khususnya oleh Najib yang bertindak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Apabila Najib mengamalkan kleptokrasi (mencuri wang negara), BN diam membisu malah ramai pemimpinnya bersekongkol dengan beliau. Sesiapa yang menegur atau melawan disingkirkan atau dipenjarakan. Maka sampai hari ini pun – selepas 10 bulan – kita masih menemui perbuatan salah dan rasuah oleh kerajaan BN dan agensinya. Di arena antarabangsa pula, perang dagang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China serta penarikan diri United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah (UE) menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Dalam keadaan yang sukar dan mencabar ini pun kerajaan PH terus merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memulih dan memperkuatkan semula ekonomi negara. Pertama, kita mahu kembali menjadi ekonomi Harimau Asia (Asian Tiger) dengan memperkasakan semula ekonomi negara dan dengan kekayaan yang bertambah itu kita akan memperbaiki perkongsiannya melalui konsep “kemakmuran bersama” (shared prosperity). Matlamat kita adalah merangsang pertumbuhan ekonomi dengan memudahkan perniagaan supaya dengan itu lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan dan kekayaan negara dapat dibahagikan secara lebih adil dan saksama. Seperti kata perdana menteri, hasil daripada kemenangan PH dan pelaksanaan reformasi, Malaysia bukan sebuah negara kleptokrasi lagi. Jadi adalah amat penting, pada ketika perhatian ditujukan kepada kerajaan menjelang setahun usia kerajaan PH, bagi menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan mengambil tugas mereka dengan lebih serius. Jangan hampakan rakyat jelata yang semakin gundah gulana dan tidak sabar. Jangan hampakan perdana menteri yang memberikan kepercayaan kepada mereka. Alasan mereka baru semakin tidak laku. Mereka tidak boleh membuat rakyat jelata tunggu sampai bila-bila kerana pembangkang juga ada rancangan dan agenda. – 23 Mac, 2019. * A Kadir Jasin adalah wartawan veteran serta penasihat media dan kumunikasi kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. * Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight."
"2019-03-23T03:37:02"
"2019-03-22T19:37:02"
"Dugaan berganda Mohammed Mashud"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dugaan-berganda-mohammed-mashud-1.867809"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867808!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"CHRISTCHURCH 23 Mac - Mohammed Mashud berdepan 'dugaan berganda' apabila isterinya, Sazada Akhter mungkin tidak akan dapat berjalan seperti biasa, selepas cedera parah akibat terkena tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di sini, minggu lalu. Stuff New Zealand melaporkan, Sazada terkena dua tembakan, satu di bahagian abdomen dan satu lagi di dadanya ketika berada di Masjid Al Noor, Deans Avenue. Sazada merupakan antara yang mengalami kecederaan serius dan telah menjalani beberapa pembedahan serta masih ditempatkan di Hospital Christchurch. Mohammed memberitahu, doktor memaklumkan jika Sazada sembuh daripada kecederaan, dia mungkin memerlukan kerusi roda sepanjang hayatnya. "Hayatnya, tidak pasti lagi. Tetapi jika dia sembuh, kakinya tidak dapat berfungsi lagi. Doktor beritahu saya dia tidak akan dapat berjalan seperti biasa dan memerlukan kerusi roda," katanya. Ketika mendapat berita mengenani nasib menimpa Sazada, ibu mentua Mohammed yang berada di Bangladesh diserang sakit jantung dan dirawat di hospital di sana. Keadaan ibu mentuanya bertambah baik tetapi masih dirawat di hospital."
"2019-03-23T03:57:02"
"2019-03-22T19:57:02"
"Malaysia terus sokong rakyat Palestin"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-terus-sokong-rakyat-palestin-8232-1.867827"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867828!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpeg"
"PUTRAJAYA 23 Mac- Malaysia akan terus menjadikan pentas antarabangsa sebagai platform bagi membangkitkan kesedaran dunia mengenai hak dan kebebasan rakyat Palestin. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, melalui inisiatif itu, negara-negara eropah ketika ini mula menunjukkan sokongan yang positif kepada rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air. “Platform seperti penganjuran forum, seminar dan juga persidangan di peringkat antarabangsa telah berjaya membangkitkan perkembangan positif dalan kalangan negara-negara eropah. “Malaysia tidak terbabit menghantar pasukan bersenjata di Palestin, tetapi kita mainkan peranan menerusi kemanusiaan supaya rakyat Palestin dapat kembali ke tanah air mereka,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar merasmikan Persidangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Asean Plus Mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa di sini hari ini. Menurut Mohamad, pendekatan kemanusiaan kepada rakyat Palestin itu sama seperti yang dilakukan Malaysia dalam memperjuangkan hak masyarakat Rohingya kembali ke negara mereka. “Malaysia akan terus memberi semangat kepada rakyat Palestin dengan memperluaskan usaha melobi di peringkat antarabangsa, khususnya kepada negara-negara besar dan berpengaruh. “Usaha itu juga seiring dengan usaha berterusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sentiasa menggunakan pentas yang dihadirinya untuk bercakap mengenai hak rakyat Palestin,” katanya. Selain itu katanya, usaha berterusan membantu rakyat Palestin juga telah menampakkan hasil apabila negara-negara eropah kini tidak lagi tunduk kepada desakan Amerika Syarikat (AS). “Palestin tiada minyak, emas atau pun permata. Tetapi al-Quran beritahu bumi itu penuh dengan keberkatan, siapa yang mengawal tanah ini, menguasai dunia, sebab itu ada pihak yang ingin takluk,” katanya.-UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T04:32:02"
"2019-03-22T20:32:02"
"Solidariti Kedamaian: Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/solidariti-kedamaian-ibu-saudara-haziq-terharu-sokongan-rakyat-malaysia-201942"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/51553312409_ZARINA.jpg"
": Waris keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu, melahirkan rasa terharu dengan sokongan diberi rakyat Malaysia semasa perhimpunan Solidariti Kedamaian hari ini.Zarina Shuib, ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di sini hari ini."Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand yang mana adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat serangan berkenaan."Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sudi menziarahi adinda kami di sana serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan di Christchurch," katanya.Zarina berkata demikian ketika berucap mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Haziq pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini."Biarpun ujian berat ini diterima, namun kami ahli keluarga reda dengan pemergian Muhammad Haziq dan wajib menerima ketentuan-Nya."Kami akan menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaan masyarakat dan rakyat Malaysia agar keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama, kaum dan bangsa," katanya sambil menahan sebak.Zarina, kakak kepada Mohd Tarmizi Shuib, yang turut cedera dalam insiden serangan pengganas Christchurch itu, berkata sebagai rakyat Malaysia, beliau amat cintakan kedamaian dan keamanan sejagat.Muhammad Haziq, anak kedua Mohd Tarmizi, ialah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi tembakan di masjid Christchurch.Ketika kejadian, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun, dan Muhammad Haziq, hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor, Christchurch.Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad."
"2019-03-23T03:52:02"
"2019-03-22T19:52:02"
"Che’ Puan Khaleeda dan Dennis terima darjah, pingat"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/che-8217-puan-khaleeda-dan-dennis-terima-darjah-pingat-1.867800"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867812!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpeg"
"JOHOR BAHRU 23 Mac - Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam mendahului senarai penerima kurniaan darjah dan pingat sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. Che’ Puan Khaleeda dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI). Sementara itu, suami kepada Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Dennis Muhammad Abdullah dikurnia Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Datuk. Lima individu turut menerima gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ). Individu tersebut adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Md. Rofiki A. Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Mohd. Noorazam Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Noh Ibrahim. Turut menerima pingat itu adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dr. Badrul Hisham Kassim dan Setiausaha Sulit Kepada Sultan Johor, Jaba Mohd. Noah. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T03:42:02"
"2019-03-22T19:42:02"
"Jangan kaitkan keganasan dengan agama dan kaum, kata Mujahid"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142487"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142487/perhimpunanan_solidarity_kedamaian_13__full.jpg"
"Jangan kaitkan keganasan dengan agama dan kaum, kata Mujahid SEBARANG perlakuan keganasan tidak sepatutnya dkaitkan dengan mana-mana agama atau kaum kerana keganasan tidak mengenal agama mahupun kaum, kata Dr Mujahid Yusof Rawa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu di hadapan ratusan peserta perhimpunan bahawa tiada agama di dunia ini yang menyokong keganasan dan dunia perlu dilindungi daripada sebarang tindakan keganasan."
"2019-03-23T03:37:02"
"2019-03-22T19:37:02"
"Islam itu kedamaian"
"https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/436809/islam-itu-kedamaian"
"hmetro"
"malay"
"https://assets.hmetro.com.my/images/articles/utama-agong22_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1553306442.jpg"
" YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyertai jemaah menunaikan solat jenazah ghaib ke atas mangsa yang terkorban dalam tragedi di Christchurch, New Zealand di Masjid Abdullah bin Zubair, Sungai Besi, di sini, semalam. Turut serta, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Panglima Tentera Udara Tan Sri Affendi Buang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail. Terdahulu, baginda menunaikan solat Jumaat diimamkan Mejar Mohd Muntaha Salleh. Khutbah Jumaat yang disampaikan bertajuk Islam Agama Keamanan merujuk kepada tragedi berdarah yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17. Sementara itu, Imam Masjid Putra di Putrajaya Lukman Mohd Hosni mahu umat Islam mengambil iktibar peristiwa hitam yang berlaku di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood, Christchurch, New Zealand, baru-baru ini berpunca akibat salah faham terhadap agama Islam. Beliau ketika membacakan khutbah Jumaat berkata, tindakan yang dilakukan pengganas terbabit sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. JEMAAH Masjid Sultan Idris Shah II menunaikan solat ghaib bagi mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di New Zealand. “Sebagai muslim yang saling bersaudara, inilah masanya kita menzahirkan keprihatinan, kebersamaan dan solidariti. “Sesungguhnya Allah SWT saja yang mengetahui hikmah di sebalik peristiwa hitam ini,” katanya. Dalam pada itu, katanya, Islam menolak apa jua gerakan pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan sehingga menggugat keamanan negara mahupun dunia. “Sebagai umat Islam yang cintakan keharmonian dan keamanan, janganlah kita terlalu mudah mengambil sebarang tindakan sebagai balasan terhadap perbuatan,” katanya. Pada masa sama, Lukman berkata, Islam terbukti membawa kedamaian kerana perintah Allah yang banyak di dalam al-Quran menganjurkan kedamaian, larangan menumpahkan darah tanpa hak, tidak memaksa orang bukan Muslim memeluk Islam selepas disampaikan mesej Islam kepada mereka. ORANG ramai menunaikan solat Jumaat serta solat jenazah ghaib untuk Mohd Haziq di Masjid Bandar Diraja Klang. “Bahkan Islam mengajar kita supaya berhikmah dalam berdakwah. Justeru, memelihara kedamaian adalah sebahagian daripada tujuan penciptaan manusia sebagaimana ajaran Islam,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, kewujudan pelbagai agama, kaum dan bangsa tidak menjadi penghalang untuk hidup dengan aman serta harmoni. Katanya, pelbagai kaum dan bangsa serta keturunan dengan pegangan agama masing-masing dapat membentuk masyarakat yang saling bertolak ansur. Lukman kemudian mengimamkan solat Jumaat seterusnya solat hajat dan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham Mohd Haziq. Solat jenazah ghaib itu dihadiri kira-kira 300 hingga 400 umat Islam yang bersama mendoakan Allahyarham."
"2019-03-04T00:00:00"
"2019-03-03T16:00:00"
"Polis mohon sambung reman 8 suspek kes cemar Sg Kim Kim"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142469"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142469/pollution_sg_kim_kim_pasir_gudang_10_(2)__full.jpg"
"POLIS akan memohon kepada Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini untuk menyambung perintah tahanan reman ke atas lapan suspek berhubung kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd berkata permohonan sambungan reman ke atas kesemua suspek ialah bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan."
"2019-03-23T02:17:02"
"2019-03-22T18:17:02"
"Majlis Ulama Indonesia pertimbang haramkan PUBG"
"http://www.astroawani.com/berita-dunia/majlis-ulama-indonesia-pertimbang-haramkan-pubg-201924"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/41553297612_pubg.jpg"
"MAJLIS Ulama Indonesia (MUI) kini dalam usaha mempertimbangkan untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan video berkonsepkan perang dan keganasan, Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).Ahli majlisnya, Muhammad Zaitun Rasmi berkata, perkara itu bagaimanapun akan diteliti terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat fatwa.“Sekiranya kajian ke atas permainan itu didapati berpotensi menyumbang kepada keganasan, ia akan difatwakan haram,” katanya kepada Detik.com pada Khamis.Bagaimanapun, Zaitun memberitahu, MUI kini masih dalam proses menjalankan kajian selain pendapat beberapa pihak lain yang dijangka mampu membantu dalam mencapai keputusan yang tepat.“Kita tidak boleh membuat keputusan (fatwa haram) terlalu cepat. Kami kena kaji dulu. Pendapat-pendapat pihak lain juga penting dan sangat diperlukan.“Fatwa haram ini perlu melalui beberapa proses dan bukan boleh dibuat sewenang-wenangnya. Ada beberapa sebab untuk mengeluarkan fatwa haram termasuk faktor sebab dan akibat,” katanyaTambahnya, apa sahaja yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram, namun sekiranya ia dilihat sangat dominan dan mempunyai pengaruh kuat, ia akan dilarang.Tindakan MUI itu adalah susulan daripada kejadian berdarah yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu dalam serangan pengganas di dua buah masjid di negara itu sehingga mengorbankan 50 umat Islam dan mencederakan puluhan yang lain.Turut menjadi mangsa, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi , 17 tahun, yang terkorban, dan tiga lagi yang cedera, Mohd Tarmizi Shuib, 46 tahun, Muhammad Nazril Hisham Omar, 46 tahun, dan Rahimi Ahmad, 39 tahun."
"2019-03-23T01:47:02"
"2019-03-22T17:47:02"
"Paras air empangan Pulau Pinang cecah paras 'kritikal'"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142462"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142462/psx_20190320_133107_(1)__full.jpg"
"Paras air empangan Pulau Pinang cecah paras 'kritikal' PARAS air di dua empangan utama Pulau Pinang dilaporkan mencecah “paras kritikal”, berikutan musim panas dan kering yang melanda negara. Empangan Ayer Itam mencatatkan penurunan kepada 49.1%. Paras air di empangan itu adalah 60.4% pada 8 Mac lalu."
"2019-03-23T01:47:02"
"2019-03-22T17:47:02"
"Mohamad sah tanding kerusi DUN Rantau"
"http://www.astroawani.com/berita-politik/mohamad-sah-tanding-kerusi-dun-rantau-201921"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2018-04/71524886101_MohamadHasan.jpg"
": Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi tersebut, 13 April ini.Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengumumkan demikian pada majlis pelancaran jentera pilihan raya bagi PRK DUN Rantau oleh MCA di sebuah dewan di Rantau, dekat sini, malam tadi."Kita perlu kerjasama jentera pilihan raya yang baik antara UMNO, MCA dan MIC untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK ini," kata Mohamad, yang kini menjalankan tugas-tugas sebagai presiden UMNO.Jentera pilihan raya MCA itu dirasmikan oleh presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tahun lalu, Mohamad menang kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon 28 April lalu selepas calon PKR Dr S. Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak mempunyai pas calon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Dr Streram, merangkap naib ketua Cabang Rembau, memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalkan kemenangan itu.Pada 18 Jan lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Mohamad bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau di kerusi DUN Rantau pada PRU14 adalah tidak sah dan terbatal.-- BERNAMA"
"2019-03-23T01:52:02"
"2019-03-22T17:52:02"
"Statut Rom, ICERD bercanggah Perlembagaan Persekutuan - Sultan Johor"
"http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/statut-rom-icerd-bercanggah-perlembagaan-persekutuan-sultan-johor-1.867838"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867839!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"JOHOR BAHRU 23 Mac - Tindakan kerajaan untuk menandatangani Statut Rom dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Segalq Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perkara itu kerana menyentuh kuasa Raja-Raja dan keistimewaan orang Melayu serta kemuliaan Agama Islam di negara ini. “Kerajaan perlu ingat kepada kontrak sosial dalam sejarah pembentukan persekutuan Tanah Melayu dahulu, di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh atau dikurangkan. “Oleh yang demikian, suka saya ingatkan kerajaan supaya tidak terus mengikut apa jua konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan orang luar, tetapi akhirnya memusnahkan kedaulatan negara dan menggugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri,” titahnya. Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Dewan Singgahsana Istana Besar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T05:22:02"
"2019-03-22T21:22:02"
"Malaysia terus sokong rakyat Palestin"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-terus-sokong-rakyat-palestin-8232-1.867827"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867828!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpeg"
"PUTRAJAYA 23 Mac- Malaysia akan terus menjadikan pentas antarabangsa sebagai platform bagi membangkitkan kesedaran dunia mengenai hak dan kebebasan rakyat Palestin. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, melalui inisiatif itu, negara-negara eropah ketika ini mula menunjukkan sokongan yang positif kepada rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air. “Platform seperti penganjuran forum, seminar dan juga persidangan di peringkat antarabangsa telah berjaya membangkitkan perkembangan positif dalan kalangan negara-negara eropah. “Malaysia tidak terbabit menghantar pasukan bersenjata di Palestin, tetapi kita mainkan peranan menerusi kemanusiaan supaya rakyat Palestin dapat kembali ke tanah air mereka,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar merasmikan Persidangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Asean Plus Mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa di sini hari ini. Menurut Mohamad, pendekatan kemanusiaan kepada rakyat Palestin itu sama seperti yang dilakukan Malaysia dalam memperjuangkan hak masyarakat Rohingya kembali ke negara mereka. “Malaysia akan terus memberi semangat kepada rakyat Palestin dengan memperluaskan usaha melobi di peringkat antarabangsa, khususnya kepada negara-negara besar dan berpengaruh. “Usaha itu juga seiring dengan usaha berterusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sentiasa menggunakan pentas yang dihadirinya untuk bercakap mengenai hak rakyat Palestin,” katanya. Selain itu katanya, usaha berterusan membantu rakyat Palestin juga telah menampakkan hasil apabila negara-negara eropah kini tidak lagi tunduk kepada desakan Amerika Syarikat (AS). “Palestin tiada minyak, emas atau pun permata. Tetapi al-Quran beritahu bumi itu penuh dengan keberkatan, siapa yang mengawal tanah ini, menguasai dunia, sebab itu ada pihak yang ingin takluk,” katanya.-UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T04:32:02"
"2019-03-22T20:32:02"
"Rugi RM24,000 ditipu sindiket scam"
"http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rugi-rm24-000-ditipu-sindiket-scam-1.867816"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867817!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpeg"
"PULAU PINANG 23 Mac - Seorang pekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini kerugian RM24,000 setelah terpedaya dengan sindiket scam yang menyamar sebagai anggota polis kelmarin. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan, berkata, mangsa seorang wanita berusia 43 tahun itu telah menerima panggilan kononnya dari kakitangan Hospital Besar Pulau Pinang yang memperkenalkan diri dengan nama Christopher Anak Anor kira-kira pukul 2 petang kelmarin. “Christopher menyatakan bahawa seorang individu nama Lee Song telah menggunakan kad pengenalan mangsa untuk mengambil ubat terkawal di Hospital Seberang Prai dan Hospital Pulau Pinang namun mangsa menafikan mengenali individu tersebut. “Christopher meminta mangsa membuat laporan polis dan mangsa telah disambungkan menerusi telefon untuk bercakap dengan Sarjan Tony yang kemudiannya menyatakan bahawa nama mangsa telah disenarai hitam kerana terlibat dengan jenayah senjata api,” katanya di sini hari ini. Menurut Anbalagan mangsa diberitahu bahawa dia akan ditangkap dan diminta untuk membuat pembayaran jika tidak mahu ditangkap. “Pada hari yang sama mangsa telah melakukan empat transaksi atas talian berjumlah RM24,000 menerusi nombor akaun CIMB. “Selepas itu mangsa diminta untuk membuat bayaran lagi dan mangsa menyedari telah ditipu lalu melaporkan kejadian ini kepada pihak polis,” katanya. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T04:12:02"
"2019-03-22T20:12:02"
"Mourinho sedia kembali ke Liga Juara-Juara"
"https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/03/544456/mourinho-sedia-kembali-ke-liga-juara-juara"
"bharian"
"malay"
"https://assets.bharian.com.my/images/articles/mourin23_BHfield_image_listing_featured.var_1553314306.jpg"
"BASEL, Switzerland: Jose Mourinho bersedia untuk kembali ke tahap pengurusan tertinggi dan gelaran Liga Juara-Juara ketiga, kata bekas pengurus Real Madrid dan Manchester United itu dalam temubual bersama AFP. Mourinho tidak bekerja sejak dipecat United pada Disember dan berkata dia gembira jika dilantik sebagai bos di kelab yang boleh menambah kejayaan peringkat Eropah seperti dilakukan bersama Porto pada 2003 dan Inter Milan tujuh tahun kemudian selain menyamai tahap Zinedine Zidane, Carlo Ancelotti dan Bob Paisley. “Jika saya menang Liga Juara-Juara ketiga, ia hebat,” kata pengendali berusia 56 tahun itu. “Saya mahu bermain pada tahap terbaik, iaitu Liga Juara-Juara. “Saya mahu berada (dalam pemburuan Liga Juara-Juara tahun depan). Kadangkala anda tidak berada dalam saingan, tetapi anda perlu menang saingan lain.” Mourinho, yang sudah menjadi jurulatih di Portugal selain England, Itali dan Sepanyol kini terbuka untuk kembali ke liga atau mengambil alih kelab di mana-mana. “Saya boleh kembali ke negara yang saya sudah pernah berada dan secara jujur, saya gembira berada di mana-mana negara yang saya pernah bekerja,” katanya. “(Atau) saya boleh cuba sesuatu yang sangat penting, iaitu bekerja di negara kelima dan cuba menang semuanya di negara kelima sama seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini.” - AFP"
"2019-03-05T00:00:00"
"2019-03-04T16:00:00"
"Kita boleh hidup bersama tanpa kebencian atau ketakutan, kata peserta perhimpunan"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142500"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142500/perhimpunanan_solidarity_kedamaian_05__full.jpg"
"Kita boleh hidup bersama tanpa kebencian atau ketakutan, kata peserta perhimpunan PERHIMPUNAN solidariti untuk keamanan berkata mereka mengambil bahagian pada perhimpunan hari ini bagi menunjukkan “kita boleh hidup bersama antara satu sama lain tanpa rasa benci atau takut”. Perhimpunan aman itu diadakan sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch yang menyebabkan 50 orang terbunuh dan ramai lagi yang cedera."
"2019-03-23T04:42:02"
"2019-03-22T20:42:02"
"Trump batal sekatan baharu ke atas Korea Utara"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142498"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142498/trump__full.jpg"
"PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengarahkan sekatan terbaru ke atas Korea Utara ditarik balik, memberikan isyarat AS bersedia untuk meneruskan rundingan mengenai isu senjata nuklear dengan rejim itu, lapor agensi berita Yonhap. Arahan itu dipercayai merujuk kepada sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan AS ke atas dua syarikat perkapalan China yang dituduh membantu Korea Utara mengelak daripada sekatan AS."
"2019-03-23T05:12:02"
"2019-03-22T21:12:02"
"Kerajaan berusaha kurangkan kos rawatan kanser"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-berusaha-kurangkan-kos-rawatan-kanser-1.867803"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867804!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"PUTRAJAYA 23 Mac - Kementerian Kesihatan sedang melakukan kajian lebih teliti bagi mengurangkan kos rawatan kanser di hospital swasta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kajian itu membabitkan pindaan kawalan ubat-ubatan yang menentukan harga rawatan ditetapkan selama ini. “Usaha ini dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi-agensi lain bagi melihat harga serta kawalan ubat di dalam rawatan kanser. “Bagi kami, ini soal masa, tetapi daripada segi kos rawatan di bawah fasiliti Kementerian Kesihatan, ia tidak mempunyai masalah kerana segalanya dikawal pihak kementerian,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program Larian Hari Kanser Sedunia di Institut Kanser Negara di sini hari ini. Pada masa sama, Dzulkefly menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur menjalani ujian saringan kanser bermula daripada peringkat awal. Katanya, kelewatan untuk mengenalpasti kanser sejak awal adalah punca penyakit itu sukar dirawat dan sekali gus menelan kos yang begitu tinggi. “Sehubungan itu, tidak kira anda siapa pun atau di mana jua berada, sila jalani ujian saringan pengesanan kanser di mana-mana hospital dan klinik kesihatan kerajaan,” katanya. Tambah Dzulkefly lagi, pihak kerajaan giat menjalankan pelbagai kempen kesedaran bagi mencegahkan risiko kanser dalam kalangan rakyat Malaysia. “Ia termasuklah kempen tak nak merokok, kurangkan pengambilan gula dan alkohol secara berlebihan kerana tabiat sebegini merupakan faktor penyebab kanser. “Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 30 hingga 50 peratus penyakit kanser mampu dicegah melalui gaya hidup sihat,” katanya. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T03:42:02"
"2019-03-22T19:42:02"
"Wakil agama sampai mesej senada, tolak kebencian, semai kedamaian"
"http://www.kosmo.com.my/terkini/wakil-agama-sampai-mesej-senada-tolak-kebencian-semai-kedamaian-1.867797"
"kosmo"
"malay"
"http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.867802!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan mesej solidariti pada Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka. Foto oleh Bernama KUALA LUMPUR - Wakil pelbagai agama di negara ini hari ini menyuarakan mesej senada dan jelas menolak sebarang bentuk kebencian dan menyuburkan keamanan, pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, peristiwa hitam yang berlaku di New Zealand perlu dijadikan iktibar bagi seluruh rakyat menentang sebarang bentuk kebencian dan menyuburkan kedamaian. "Kita ingin kedamaian, inilah diajar dalam al-Quran, kedamaian merupakan kunci kebahagiaan dan hanya akan dapat diterjemahkan melalui kesatuan, apabila hati kita saling meraikan dan memahami, bagaimana kita berinteraksi dengan seluruh masyarakat," katanya. Menurutnya, kedamaian merupakan kunci kepada kebahagian dalam kehidupan. Perhimpunan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu itu turut disertai ibu saudara Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terbunuh dalam kejadian yang mengorbankan 50 orang itu, sebagai wakil keluarga mangsa kejadian itu. - Bernama"
"2019-03-23T03:37:02"
"2019-03-22T19:37:02"
"Skandal projek RM30 juta, 2 individu bebas reman"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142493"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142493/high-court-front__full.jpg"
"MAHKAMAH Majistret di Putrajaya hari ini membebaskan dua suspek termasuk pegawai kanan sebuah badan berkanun yang direman berhubung skandal projek melibatkan badan berkanun itu yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta. Majistret Md. Bukhori Md. Roslan membenarkan pegawai kanan badan berkanun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala seorang lagi suspek dengan jaminan RM30,000 berserta seorang penjamin."
"2019-03-23T03:52:02"
"2019-03-22T19:52:02"
"Seoul tempat ketujuh bandaraya paling mahal di dunia"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142475"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142475/seoul___full.jpg"
"IBU negara Korea Selatan, Seoul menduduki tempat ketujuh dalam senarai bandar raya paling mahal untuk didiami pada tahun ini, lapor agensi berita Yonhap. Hasil tinjauan dijalankan Worldwide Cost of Living (WCL), kendalian Unit Perisikan Ekonomi (EIU), berdasarkan harga lebih daripada 150 barang di 133 bandar di seluruh dunia."
"2019-03-23T04:12:02"
"2019-03-22T20:12:02"
"Perhimpunan Solidariti Kedamaian bukan sekadar respons tragedi Christchurch"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perhimpunan-solidariti-kedamaian-bukan-sekadar-respons-tragedi-christchurch-201931"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/51553302168_Zairudin.jpg"
": Rakyat Malaysia perlu melihat Perhimpunan Solidariti Kedamaian di ibu negara hari ini sebagai bukan sekadar memberi respons kepada tragedi serangan di Christchurch, kata Penolong Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim.Menurutnya, perhimpunan itu pada masa sama perlu menunjukkan kemahuan rakyat Malaysia yang mementingkan penyatuan masyarakat dan mengekalkan perpaduan sedia ada."ABIM melihat apa yang berlaku di New Zealand itu adalah cerminan kepada apa yang dilakukan di Malaysia."Meskipun kita tahu Malaysia ini berbilang kaum dan kita ada negara yang aman, namun kita mesti tolak ketaksuban yang akan menjurus kepada ekstremisme yang menjadi musuh kepada semua orang Islam dan bukan Islam."Kita semua rakyat Malaysia mesti berusaha mengekalkan keharmonian dan cuba meneruskan usaha dialog dan perhimpunan seperti hari ini bukan dilihat sebagai respons kepada apa yang berlaku di New Zealand tetapi kita mahu penyatuan dan kita bersungguh untuk mengekalkan perpaduan sedia ada," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.ABIM adalah antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut menyertai Perhimpunan Solidariti Kedamaian di ibu negara.Malah kata Zairudin, usaha mengadakan dialog antara masyarakat berbilang kaum dan agama akan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai Islam."Sebagai contoh, kita boleh terangkan kepada bukan Islam apa itu Jihad. Istilah Jihad selalu disalah erti sebagai contoh ayat membunuh orang kafir."Sedangkan yang paling utama dalam Jihad itu ialah mempertahankan diri dan tanah air. Apabila soal Jihad ini, kalau masyarakat dapat pemahaman yang jelas, maka mereka akan nampak apa Islam itu yang sebenar," tambahnya."
"2019-03-23T02:27:02"
"2019-03-22T18:27:02"
"Peguam negara AS terima laporan lengkap campur tangan Rusia dalam kempen Trump"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142472"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142472/william_barr__full.jpg"
"LAPORAN sulit mengenai siasatan campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016 telah siap dan dihantar kepada Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), William Barr, lapor agensi berita Xinhua memetik Washington Post pada Jumaat. Jabatan Kehakiman memaklumkan penyerahan laporan itu kepada Kongres lewat Jumaat oleh Peguam Khas AS, Robert Mueller, tanpa memberikan butiran lanjut."
"2019-03-23T03:07:02"
"2019-03-22T19:07:02"
"Bas jatuh gaung, wanita Thailand maut dihempap"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/bas-jatuh-gaung-wanita-thailand-maut-dihempap/1735608"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2019/2019-03/20190323_bas_persiaran_nahas-seo.jpeg"
"Kemalangan itu mengakibatkan 20 penumpang termasuk seorang pemandu cedera dengan sekurang-kurangnya empat parah dihantar ke hospital. — Foto ihsan Facebook/Hishamudin IPOH, 23 Mac — Seorang penumpang wanita warga Thailand berusia 60-an maut manakala 20 cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuhraya Utara Selatan selepas Hentian Rehat & Rawat (R&R) Bukit Gantang, dekat Taiping, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa maut akibat dihempap bas yang terbalik ketika dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Ipoh. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan mayatnya ditemui 10.40 malam tadi selepas bas terlibat berjaya diangkat dengan menggunakan dua kren. Kemalangan itu mengakibatkan 20 penumpang termasuk seorang pemandu cedera dengan sekurang-kurangnya empat parah dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan. Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan berasingan di lebuh raya sama pada jam 7.50 malam, 24 penumpang terselamat selepas bas ekspres yang mereka dinaiki melanggar sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas di Kilometer 320.6, arah utara selepas susur keluar Tapah. Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang pemandu wanita kereta jenis Hyundai cedera akibat tersepit setelah terbabas selepas bergeser dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah sama. Pegawai Operasi JPBM Perak, Pegawai Bomba Kanan II Rosli Mohammad berkata, bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur gagal mengelak lalu melanggar dua kenderaan yang terbabas itu. “Kesemua penumpang bas dan pemandu terselamat termasuk pemandu pacuan empat roda,” katanya ketika dihubungi. — Bernama"
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"Mufti Perlis harap ‘pengganas’ bakar kereta rasminya segera ditangkap"
"http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mufti-perlis-harap-8216-pengganas-8217-bakar-kereta-rasminya-segera-ditangkap-1.867760"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867762!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KANGAR 23 Mac - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan mereka yang terlibat membakar kereta rasminya di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, semalam sebagai perbuatan pengganas. Sehubungan itu, beliau berharap, dua pelaku tersebut yang perbuatan mereka telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu segera ditangkap oleh pihak berkuasa. Dalam masa sama, Mohd. Asri turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan pihak bomba yang bertungkus lumus menangani kes berkenaan. “Setelah saya melihat CCTV, maka saya menyimpulkan ini merupakan perbuatan pengganas atau teroris yang boleh mengancam nyawa. Marilah kita berdoa agar dua individu disebutkan oleh Ketua Polis Perlis yang dirakam oleh CCTV itu segera ditangkap. “Sekalipun jika selepas ini saya akan menaiki kereta (Perodua) Kancil kerana kereta (rasmi) dibakar, tapi Insya-Allah, semoga Allah bantu, semangat saya tetap Singa,” katanya dalam hantaran terkini Facebooknya di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi semalam, kereta rasmi Mohd. Asri musnah disyaki dibakar pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini. Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar. Berikutan itu, kata Noor Mushar, pihaknya sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan selepas perbuatan mereka dikesan melalui CCTV milik jiran Mohd. Asri.- UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T01:12:02"
"2019-03-22T17:12:02"
"Maszlee: Kasari siswa, universiti bukan tempat pengganas"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/maszlee-kasari-siswa-universiti-bukan-tempat-pengganas/1735612"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2019/2019-03/najib_protest_3_22032019-seo.jpeg"
"Kekecohan berlaku antara kumpulan mahasiswa dan penyokong Najib dalam acara 'Sembang Santai Bersama Bosku' di luar Restoran Amjal semalam. — Foto oleh Shafwan Zaidon KUALA LUMPUR, 23 Mac — Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya ada unsur jenayah dalam kejadian pergelutan antara penyokong seorang tokoh politik dengan pelajar Universiti Malaya (UM) semalam. Meluahkan rasa kesal dan kecewanya atas insiden itu, Maszlee, dalam kenyataan, berkata universiti merupakan medan intelektual terbuka yang menjadi platform untuk berbincang, berdebat dan berforum secara aman. “Universiti bukan tempat untuk samseng, pelampau dan pengganas. Untuk anak mahasiswa jangan malu. Ada beban tanggungjawab yang harus kita pikul untuk masyarakat. Kita harus terus ke depan melawan kebobrokan dan menyatakan kebenaran. “Saya harap jika terdapat unsur jenayah, pihak berkuasa harus mengambil tindakan. Lebih-lebih lagi ia (insiden pergelutan) merosakkan nilai budi dan norma masyarakat kita yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan,” katanya. Terdahulu, media melaporkan Program Santai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebuah restoran di hadapan UM petang tadi bertukar kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM. Turut tular di laman sosial video klip berdurasi 2.21 minit rakaman insiden pergelutan itu. —Bernama"
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"Burj Khalifa pancar imej Ardern"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/burj-khalifa-pancar-imej-ardern-1.867765"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867764!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"DUBAI 23 Mac - Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa memberi penghormatan kepada New Zealand khususnya Perdana Menteri, Jacinda Ardern apabila memancarkan imej pemimpin itu memeluk seorang wanita pada bangunan tersebut. Stuff New Zealand melaporkan, imej berkenaan merupakan gambar yang diambil melalui jurugambar Wellington, Hagen Hopkins di Getty Images, ketika Ardern berada di Masjid Kilbirnie di Wellington. Burj Khalifa memancarkan imej berkenaan di samping tulisan Arab 'Salam' yang membawa maksud keamanan susulan serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 orang, minggu lalu. Semalam, penduduk New Zealand bertafakur selama dua minit bagi memperingati mangsa serangan pengganas itu. Saluran televisyen dan radio tempatan turut menyiarkan secara langsung laungan azan dan solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch yang dihadiri ribuan penduduk termasuk Ardern."
"2019-03-23T01:22:02"
"2019-03-22T17:22:02"
"15 kawasan berisiko tinggi kejadian lemas - Zuraida"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/15-kawasan-berisiko-tinggi-kejadian-lemas-zuraida-201910"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-02/71550763651_ZuraidaKamaruddin.jpg"
" Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa) Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7) Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan (6) Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6) Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5) Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14) Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan (7) Teluk Bahang, Pulau Pinang (7) Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10) Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10) Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5) Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12) Sekayu, Terengganu (11) Lata Berembun, Raub, Pahang (10) Chamang, Bentong, Pahang (5) : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 15 lokasi yang berisiko tinggi berlaku kejadian mati lemas, menurut menterinya, Zuraida Kamaruddin.Beliau berkata KPKT menerusi data Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti lokasi 'hotspot' tersebut berdasarkan insiden mati lemas yang membabitkan lebih daripada lima mangsa antara 2016 dan 2018.Beliau berkata tahun lalu, sebanyak 182 insiden mati lemas dilaporkan di kawasan sungai atau tali air, 58 (pantai), 39 (lombong/tasik) dan 27 insiden di air terjun."Berdasarkan data JBPM bagi kejadian mati lemas kawasan rekreasi adalah sebanyak 260 kes pada 2016; 327 kes pada 2017 dan 309 kes pada 2018," katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) dan Modul Kesedaran Asas Keselamatan, di sini pada Jumaat.Beliau berkata JBPM diarah mengawasi mengawasi kawasan berisiko tinggi bagi tujuan keselamatan di mana kes mati lemas kerap berlaku pada cuti persekolahan yang bermula 22 Mac.Justeru, beliau meminta ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak mereka semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.Zuraida berkata pelancaran logo MKAA merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran awam berhubung penubuhan dan peranan majlis tersebut dalam menyampaikan mesej kesedaran dan kepentingan keselamatan di air.Katanya, Modul Kesedaran Asas Keselamatan Air pula merupakan inisiatif untuk pelajar sekolah berhubung keselamatan ketika menjalankan aktviti di air.Dalam pada itu, katanya, laporan siasatan jawatankuasa kejadian enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut dalam misi menyelamat di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor Oktober tahun lalu, akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, bulan depan sebelum diumumkan kepada orang ramai.Dalam insiden 3 Okt itu, enam anggota PPDA lemas akibat arus deras ketika misi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang terjatuh ke lombong tersebut.Kawasan Sungai:-------------------------Kawasan Pantai:Kawasan Lombong/Empangan:Kawasan Air Terjun:-- BERNAMA"
"2019-03-22T22:57:02"
"2019-03-22T14:57:02"
"Malaysia tersingkir badminton berpasukan campuran Asia"
"http://www.astroawani.com/berita-sukan/malaysia-tersingkir-badminton-berpasukan-campuran-asia-201920"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2018-06/81528885636_Badminton.jpg"
": Malaysia tersingkir daripada saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2019 selepas tumpas 0-3 kepada juara bertahan, Jepun dalam aksi suku akhir di Hong Kong, hari ini.Kemenangan itu menyaksikan Jepun akan berdepan Indonesia pada perlawanan separuh akhir pada Sabtu.Indonesia mara dalam kelompok empat pasukan terbaik itu setelah menewaskan Singapura 3-0 dalam satu lagi aksi suku akhir.Pada perlawanan Jumaat, berlangsung di Stadium Queen Elizabeth, Jepun mendahului selepas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi mengalahkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani; 19-21, 21-16 dan 21-15 dalam acara beregu lelaki, demikian menurut laman sesawang Badminton Asia; www.badmintonasia.org.Pemain nombor 22 dunia, Aya Ohori memberikan mata kedua kepada Jepun selepas mengatasi Ho Yen Mei; 21-9 dan 25-23 dalam acara perseorangan wanita, sebelum pemain nombor 15 dunia, Kanta Tsuneyama memastikan kemaraan Jepun ke separuh akhir setelah menumpaskan Cheam June Wei; 13-21, 23-21 dan 21-15 dalam kategori perseorangan lelaki.Untuk rekod, Malaysia mara ke suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan D di belakang China.-- BERNAMA"
"2019-03-22T21:52:01"
"2019-03-22T13:52:01"
"Program Bakat Sukan Wilayah gilap bakat baru"
"http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/program-bakat-sukan-wilayah-gilap-bakat-baru-1.867901"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867894!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KUALA LUMPUR 23 Mac - Satu program baharu telah diperkenalkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan bagi memberi tumpuan kepada pencarian bakat baru di peringkat akar umbi di dalam memastikan mereka tidak ketandusan atlet pelapis. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, program pembangunan yang dikenali sebagai program Bakat Sukan Wilayah (BSW) dirangka khusus kepada atlet muda untuk menjalani latihan taktikal dan teknikal yang lebih sistematik. Ujarnya, program itu aka melibatkan 15 jenis sukan teras. “Dimana seramai 38 orang jurulatih telah dilantik untuk melaksanakan program latihan ini di 16 Pusat Latihan Negeri dan lapan Pusat Latihan Kawasan (PLK). “Selain itu, sebanyak 360 atlet berusia 12 sehingga 17 tahun disasarkan untuk menyertai program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pentadbiran Kepada Persatuan Sukan di Wilayah Persekutuan bagi 2019 dan Pelancaran Program Bakat Sukan Wilayah Persekutuan. Sementara itu, dalam majlis hari ini, Khalid turut menyerahkan sebanyak RM390,000 bantuan pentadbiran kepada 86 persatuan sukan di tiga Wilayah Persekutuan bagi memastikan bagi memastikan tadbir urus persatuan sukan yang lebih kemas dan sistematik.-UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T07:37:02"
"2019-03-22T23:37:02"
"Tolak permohonan PPKOHNJ, kaum India dianaktirikan?"
"http://www.utusan.com.my/berita/politik/tolak-permohonan-ppkohnj-kaum-india-dianaktirikan-1.867905"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867906!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"JOHOR BAHRU 23 Mac - Kerajaan Negeri perlu menjelaskan keputusan menolak permohonan mululuskan tapak untuk upacara terakhir kematian kaum India di mukim Sungai Tiram di sini. Pengerusi MIC Johor, R. Vidyananthan berkata,permohonan atas tapak seluas 0.441 hektar itu adalah daripada Persatuan Pengurusan Kematian Orang-Orang Hindu Negeri Johor (PPKOHNJ) untuk kegunaan dan pengurusan upacara terakhir tersebut. “Kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor telah menolak akuan semula permohonan merizabkan tanah tersebut, namun bersetuju untuk memberi kelonggaran bagi mencari tapak lain yang bersesuaian. “Pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu, tanah ini telah dikenal pasti, diperuntuk dan sudah pun diberikan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) untuk membina infrastruktur serba moden dan lengkap bagi kegunaan pengurusan khairat kaum India di tapak itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang berkata, tapak itu amat penting kerana di kawasan sekitar daerah ini dengan kepadatan penduduk yang semakin bertambah sekian tahun, masyarakat India tidak mempunyai tempat yang sesuai bagi melakukan pengurusan upacara terakhir kematian dengan cara yang terhormat dan sistematik. Namun begitu ujarnya, setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri , permohonan pihak PPKOHNJ itu telah ditolak. Setelah lebih 20 tahun masyarakat India berusaha untuk mendapatkan tapak berkenaan katanya, penolakan itu seakan dipolitikkan kerajaan negeri di bawah PH selepas keputusan berkenaan diambil oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. “Di sini saya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai keputusan yang diambil. Pertama, apakah justifikasi akuan semula permohonan merizabkan tanah ini ditolak sedangkan peruntukan pembangunan insfrastruktur telah diberikan kepada MPPG? “Kaum India di negeri Johor memerlukan penjelasan yang telus daripada pihak berwajib. Ini seakan menidakkan hak kaum India untuk beragama dan menguruskan hal ehwal masyarakat kami di negeri kami sendiri,” tegasnya. Kedua katanya, berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk mencari tapak yang lebih ‘sesuai’ di kawasan lain? “Adakah tapak yang di mohon sekarang ini tidak sesuai dan jika ianya benar apakah sebabnya,” soalnya. Vidyanathan berkata, Ironinya beberapa tahun dahulu, ada ahli-ahli politik DAP menyerahkan memorandum kepada kerajaan BN pada waktu itu untuk menggesa pihak berwajib menyelesaikan masalah tersebut. Namun pada hari ini katanya, apabila mereka sudah berkuasa, tapak berkenaan sudah ditolak kelulusannya pula. “Ketiga, suka juga saya untuk bertanya, di manakah ahli-ahli politik PH yang berbangsa India dalam usaha menyelesaikan isu ini? Adakah mereka tidak berjuang dan mempertahankan kepentingan masyarakat India kepada pembuat-pembuat dasar yang lain? “Pada hemat saya mereka seakan memandang remeh terhadap perkara ini sedangkan ianya adalah amat asasi kepada kelangsungan cara hidup kami di negeri Johor,” katanya. Tindakan sebegitu kata beliau, merupakan penghinaan kepada nilai pelbagai agama dan kebudayaan yang menjadi tonggak kestabilan sosial di Johor. Kaum India memohon penjelasan berhubung perkara tersebut kerana mereka seakan dianaktirikan kerana tiadanya penjelasan yang diberikan bagi keputusan yang telah diambil, katanya. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T07:52:02"
"2019-03-22T23:52:02"
"Sarawak fokus modul pembangunan belia"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-fokus-modul-pembangunan-belia-201952"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/41553324334_ABDULKARIMRAHMANH.jpg"
": Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pembangunan modal insan dalam kalangan belia di negeri itu.Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya mempunyai perancangan jangka panjang untuk golongan berkenaan."Jadi saya terpaksa mengatur program-program baik dan menjurus kepada pembangunan belia supaya mereka menjadi komponen yang akan dapat mewarisi negeri dan negara di masa depan,"Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis penangguhan Program Transformasi Belia pada Sabtu di Santubong Kuching.Abdul Karim meminta agar para belia memberi sokongan penuh kepada usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri dalam proses membangunkan modal insan berkualiti tinggi."
"2019-03-23T07:57:02"
"2019-03-22T23:57:02"
"Messi terlepas aksi persahabatan menentang Maghribi"
"http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/messi-terlepas-aksi-persahabatan-menentang-maghribi-1.867851"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867850!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"MADRID 23 Mac - Lionel Messi yang baharu membuat kemunculan pertama di peringkat antarabangsa sejak Piala Dunia 2018, bakal terlepas aksi persahabatan menentang Maghribi minggu depan selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika tewas mengejut 1-3 kepada Venezuela hari ini. Bintang Barcelona itu memulakan aksi selepas lapan bulan ‘merajuk’, yang menyaksikan dia terlepas enam aksi persahabatan sejak pertandingan di Rusia, di mana Argentina tersungkur di peringkat 16 akhir kepada juara dunia, Perancis. Persatuan Bola Sepak Argentina memaklumkan kcederaan Messi menerusi Twitter selepas mereka tewas dalam saingan yang berlangsung di stadium Atletico Madrid, Wanda Metropolitan.- AFP"
"2019-03-23T05:42:02"
"2019-03-22T21:42:02"
"UiTM perlu daulatkan institusi Raja Melayu"
"http://www.kosmo.com.my/terkini/uitm-perlu-daulatkan-institusi-raja-melayu-1.867871"
"kosmo"
"malay"
"http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.867875!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang juga Canselor UiTM berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada Hazril Sherney Basher pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-90 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini hari ini. SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendaulatkan institusi raja-raja Melayu supaya menjadi sebati dalam jiwa anak muda bangsa. Titah baginda, institusi raja-raja Melayu merupakan identiti tamadun pemerintahan negeri beraja yang menjadi payung kepada perpaduan dan penyatuan. "Identiti ini perlu terus disubur dan ditanam dalam setiap jiwa anak-anak muda khususnya para graduan universiti ini sebagai universiti yang kaya dengan warisan sejarah. "Universiti ini hendak sentiasa menyuntik nafas dinamik dalam pembentukan acuan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang bersatu padu di bawah payung pemerintahan negara," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-90 di Dewan Agung Tunku Canselor UiTM hari ini. Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan anakanda Baginda, Putera Abdul Mateen. Al-Sultan Abdullah yang juga Tuanku Canselor UiTM bertitah hanya melalui kesatuan dan perpaduan sahaja, Malaysia akan terus mengorak langkah merentasi segala halangan menuju ke mercu kejayaan. Justeru, baginda turut mengingatkan para graduan agar bekerja keras dalam setiap kerjaya yang bakal diceburi bagi mengharungi zaman yang penuh kompetitif ini. "Tiada jalan pintas untuk mengecapi sesuatu kejayaan dan rahsia untuk berjaya kehidupan hanya melalui keperibadian yang disulami sifat usaha, taqwa dan mulia. "Keperibadian ini wajib dijunjung oleh setiap graduan dalam mengharungi alam pekerjaan dan liku-liku kehidupan," titahnya. Konvokesyen UiTM kali ini melibatkan 22,594 graduan di seluruh negara bermula hari ini sehingga 25 April depan. - K! ONLINE"
"2019-03-23T06:32:02"
"2019-03-22T22:32:02"
"'New Zealand minta maaf'"
"https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/436867/new-zealand-minta-maaf"
"hmetro"
"malay"
"https://assets.hmetro.com.my/images/articles/KL-NZ_Gov_maaf_HMfield_image_listing_featured.var_1553318412.jpg"
" “NEW ZEALAND berasa sangat sedih.“ Itu ucapan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage dalam Bahasa Melayu yang membuatkan peserta Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, hari ini bertambah sayu. Nottage yang mewakili kerajaan New Zealand kemudian menyambung ucapan dalam Bahasa Inggeris memohon maaf atas tragedi yang berlaku di Christchurch hingga mengorbankan nyawa seorang rakyat Malaysia. Nottage memberi ucapan selama tiga minit di perhimpunan solidariti di Dataran Merdeka, hari ini dan berterima kasih atas sokongan diberikan rakyat Malaysia. “Saya mewakili kerajaan New Zealand memohon maaf kepada keluarga yang dalam kesedihan termasuk rakyat Malaysia yang turut sama terjejas. Kami juga merasai penderitaan mereka, jadi kami minta maaf. “Saya menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Aden dan seluruh rakyat New Zealand atas solidariti yang ditunjukkan,” katanya. Katanya, beliau menghargai usaha Malaysia menganjurkan perhimpunan solidariti itu yang dihadiri rakyat, anggota kabinet dan ketua pelbagai agama di negara ini. Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski menegaskan tindakan pengganas warga Australia menembak mati dan mencederakan umat Islam di Christchurch adalah tindakan mahu memecah-belahkan masyarakat dunia. “Saya ingin betul untuk katakan pengganas tiada agama dan tiada kewarganegaraan. “Tetapi betul juga untuk mengatakan dalam kes ini (tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand) adalah perbuatan pengganas dari Australia yang menjadi pembunuh. Terima kasih kerana sanggup berhimpun pada hari ini menunjukkan solidariti kita (menolak keganasan),” katanya."
"2019-03-04T00:00:00"
"2019-03-03T16:00:00"
"Nazi Melayu, Twittersara Utama dan si Liberal"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/nazi-melayu-twittersara-utama-dan-si-liberal/1735671"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2019/2019-03/MZ_Publika_20190320-seo.jpg"
"Ada ura-ura konsert Nazi punk Melayu berlangsung di Black Box Publika tetapi perkara itu dinafikan. — Foto oleh Miera Zulyana PENDAPAT, 23 Mac — Cerita “scene” Nazi punk ini cerita lama. Sebagai anak watan jati dan wartawan lebih sedekad, cerita Nazi Melayu ini sudah lapuk. Tak ada “news value”, kata mereka dalam bilik berita. Tapi untuk golongan liberal muda kelas menengah, mereka agak terkejut bila dengar ura-ura ada satu gig Nazi punk akan berlangsung di Black Box, Publika. Maka kucar-kacirlah Twittersara Utama kicauan keras mengutuk berita yang tak berapa sahih ini. Sebagai pemerhati, aku tertanya juga kenapa sekarang baru bising? Bukan ke budak-budak “Malay power” dah lama ada? Apapun, yang jelas dari kekecohan sementara di Twittersara Utama tentang isu Nazi Melayu ialah jurang dan prejudis kelas. Bagi golongan liberal kelas menengah, dengar saja perkataan Nazi mereka terbayang penyokong Donald Trump atau kumpulan pelampau kiri di negara Barat. Ada juga antara mereka yang terus “rojakkan” budak-budak Nazi Melayu dengan kumpulan kelas menengah konservatif macam Isma atau Hisbut Tahrir. Macam-macam, jauh betul tersasar. Untuk mereka yang tahu, kumpulan Nazi Melayu tidaklah besar mana pengaruh atau ideologi mereka. Aku kenal jugak dua tiga orang budak “Malay power”, kebanyakannya anak miskin bandar. Dari pemerhatian aku, mereka golongan yang terpinggir. Pemahaman Nazisme mereka pun tak adalah setajam mana. Nak sebut Mein Kampf pun tak seberapa betul. Dan ini pengalaman aku sendiri pasal aku pernah bersungguh debat dengan seorang pengikut. Bagi aku, tajam atau jahat lagi mulut sesetengah liberal Bangsar. Budaya Nazi dan punk juga agak asing dan janggal untuk masyarakat Melayu umum. Jadi kumpulan ini selalunya disisih. Paling kuat pun 40 ke 50 oranglah kadang-kadang. Jadi kenapa reaksi di Twittersara Utama gemuruh semacam? Apa yang mereka takut sangat dengan segelintir kecil anak muda yang orang Melayu sendiri pun malas nak layan? Jawapannya senang. Manusia cemuh apa yang mereka takut atau kurang faham. Golongan liberal dan separa liberal kebanyakannya kelas menengah, dan geng Nazi punk Melayu pulak majoritinya anak keluarga kolar biru. Nak berinteraksi memang tipislah. Yang sebelah sana fikir dia atas (intelektual, kelas atau moral) yang sebelah sini pemandangan dunia sekecik rumah flat Sri Rampai. Ye, kita patut tolak apa-apa bentuk fasisme. Tapi aku fikir perlu kita cuba dalami dan fahami sebab-sebab kenapa fahaman ini boleh bertapak dalam pemikiran mereka. Konsep ini lebih kurang macam program rehabilitasi bekas pejuang ISIS, atau penagih dadah. Malangnya dari reaksi di Twittersara Utama nampak macam golongan liberal atau separa liberal ini lebih gemar mencemuh. Mungkin senang lagi nak cemuh orang, hanya perlu taip sambil minum teh organik. Buat apa susah-susah cuba bercakap betul tak? Dah la budak-budak ni lepak dekat tempat kokak macam Taman Melati, jauh sangat dari Publika. Setakat baca komen di Twittersara Utama atau Vice dah cukup faham jiwa mereka betul? *Syed Jaymal Zahiid adalah koresponden kanan Malay Mail. ** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail."
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"Kerajaan New Zealand mohon maaf"
"https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/544460/kerajaan-new-zealand-mohon-maaf"
"bharian"
"malay"
"https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhmaaf23-O_BHfield_image_listing_featured.var_1553314468.jpg"
"KUALA LUMPUR: Kerajaan New Zealand memohon maaf di atas tragedi hitam yang berlaku di dua masjid di Christchurch apabila mengorbankan 50 nyawa akibat serangan pengganas. Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage, berkata seluruh negara itu berdukacita dan bersolidariti susulan tragedi hitam yang menimpa umat Islam sewaktu solat Jumaat. Beliau yang mewakili kerajaan New Zealand turut mengucapkan terima kasih kepada semua terutama Malaysia yang memberi sokongan kepada mereka. “Assalamualaikum... beberapa hari lalu New Zealand sengsara akibat serangan pengganas. Apa yang berlaku amat mendukacitakan kami. “Saya menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Aden dan seluruh rakyat New Zealand di atas kebersamaan dan solidariti yang ditunjukkan. “Kami amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan kami bersama anda, keluarga yang dalam kesedihan termasuk rakyat Malaysia yang turut sama terjejas. Kami memohon maaf. Terima kasih atas sokongan terutama daripada kerajaan Malaysia,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, pagi tadi. Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski, pula menegaskan bahawa keganasan tidak mempunyai agama mahupun kewarganegaraan. Katanya, tindakan pengganas warga Australia yang menembak mati dan mencederakan umat Islam di Christchurch adalah tindakan mahu memecah-belahkan masyarakat dunia. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perbuatan pengganas itu gagal melumpuhkan semangat perpaduan dan kebersamaan masyarakat dunia. “Betul untuk katakan bahawa pengganas tiada agama dan tiada kewarganegaraan. “Tetapi betul juga untuk mengatakan bahawa dalam kes ini (tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand) adalah perbuatan pengganas dari Australia yang menjadi pembunuh. “Terima kasih kerana sanggup berhimpun pada hari ini menunjukkan kebersamaan dan solidariti kita (menolak keganasan),” katanya."
"2019-03-05T00:00:00"
"2019-03-04T16:00:00"
"Neymar didakwa lempar kata kesat"
"http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/neymar-didakwa-lempar-kata-kesat-1.867815"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.830847!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"PARIS 23 Mac - Neymar didakwa oleh UEFA hari ini selepas membuat komen menghina terhadap pegawai perlawanan susulan kekalahan mengejut Paris Saint-Germain (PSG) kepada Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara pada 7 Mac lalu. Penyerang kebangsaan Brazil itu disisihkan selama sebulan dalam kekalahan 1-3 dalam aksi peringkat 16 akhir kedua ekoran kecederaan, bagaimanapun dia melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan menerusi media sosial setelah menyaksikannya di tepi padang di Parc des Princes. Pemain berusia 27 tahun itu berang selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan, yang menyaksikan Marcus Rashford menyempurnakannya, sekali gus membolehkan United mara ke peringkat seterusnya. UEFA berkata, Neymar sudah didakwa, bagaimanapun tarikh pendengarannya masih belum disahkan. Neymar boleh berdepan pergantungan dalam perlawanan peringkat awal Liga Juara-Juara musim depan. Pada Jun lalu, rakan sepasukan Neymar, Gianluigi Buffon dikenakan pergantungan tiga perlawanan selepas mengecam pengadil Michael Oliver selepas bekas pasukannya, Juventus tewas secara dramatik di suku akhir kepada Real Madrid, musim lalu. “Sungguh memalukan, ada empat pengadil yang tidak memahami bola sepak dan menonton semula secara gerak perlahan di televisyen,” kata Neymar dalam bahasa Portugis di Instagram selepas perlawanan.- AFP"
"2019-03-23T04:12:02"
"2019-03-22T20:12:02"
"Sentimen benci melampau boleh cetus keganasan"
"https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/544438/sentimen-benci-melampau-boleh-cetus-keganasan"
"bharian"
"malay"
"https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhkolumnis23mac-o_BHfield_image_listing_featured.var_1553310019.jpg"
"SEMINGGU berlalu, insiden tembakan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 orang Islam dan mencederakan puluhan yang lain masih menjadi bualan hangat di seluruh dunia. Tindakan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa ini dikecam hebat oleh masyarakat dunia kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi yang meletakkan hak untuk hidup sebagai asas utama hak asasi manusia. Jika dilihat manifesto pengganas yang menyerang dua masjid itu, jelas, dia melakukannya sebagai tindak balas kepada siri keganasan, sama ada yang dilakukan oleh atau membabitkan umat Islam di beberapa lokasi lain di dunia. Di atas premis kebencian itu yang turut disumbangkan oleh sentimen Islamophobia dan salah faham terhadap Islam, termasuk anggapan Islam menganjurkan keganasan, maka beliau mengambil tindakan balas dendam kepada umat Islam yang tidak berdosa. Daripada insiden di New Zealand ini, serta siri keganasan di negara lain sebelum ini, dapat difahami bahawa keganasan dan aktiviti ektremisme adalah hasil sentimen kebencian yang tidak dibendung dan dikawal. Kadangkala kebencian ini terbentuk kerana persepsi negatif dan salah faham terhadap kelompok, bangsa dan agama tertentu. Sebagai contoh, sentimen Islamofobia dan xenofobia yang menebal khususnya di Barat, menyebabkan Islam dan penganutnya dilihat sebagai ancaman kerana budaya dan ajaran Islam dianggap tidak sesuai dengan cara hidup masyarakat di Barat. Secara umumnya, gambaran diperoleh orang bukan Islam berkaitan Islam daripada pemimpin politik berhaluan kanan, sesetengah media yang gemar memberikan pemberitaan stereotaip membentuk pemikiran serta persepsi salah mengenai Islam seperti Islam menghalalkan keganasan, Islam mendiskriminasi wanita dan melebihkan lelaki dan sebagainya. Berkaitan keganasan contohnya, wujud prejudis seolah-olah Islam menghalalkan keganasan dan pembunuhan orang tidak berdosa kerana kononnya ada ayat al-Quran yang menyuruh membunuh orang bukan Islam. Ayat 191, surah al-Baqarah contohnya, diambil secara literal dan di luar konteks bagi menjustifikasikan tuduhan itu. Menambahkan lagi kekeliruan dalam kalangan bukan Islam ialah apabila ada umat Islam yang melakukan keganasan dan pembunuhan orang tidak berdosa atas nama agama dan jihad seperti dilakukan oleh IS. Perbetul kekeliruan Kekeliruan ini harus diperbetulkan kerana Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian dan kasih sayang. Terlalu banyak hujah dan contoh dalam sejarah dan tradisi Islam untuk membuktikan Islam sangat mementingkan kasih sayang dan kedamaian hatta kepada binatang sekalipun. Penerangan mengenai contoh sebeginilah yang perlu diperbanyakkan sama ada melalui wacana dan penulisan, mahupun penampilan akhlak terpuji agar bukan Islam dapat memahami kebenaran Islam. Juga harus ditekankan, jikapun ada umat Islam di mana-mana tempat di dunia ini yang melakukan keganasan terhadap orang tidak berdosa, mereka itu tidak mewakili Islam kerana yang dilakukan mereka bercanggah prinsip Islam. Justeru, masyarakat bukan Islam harus mengubah persepsi negatif terhadap Islam. Jangan menilai dan mengenali Islam daripada tingkah laku sebahagian penganutnya atau berdasarkan laporan media yang kadangkala menyimpang atau daripada pemimpin politik tertentu yang hanya ingin mencari keuntungan politik, tetapi kenali Islam dari sumber dan rujukannya. Pamer akhlak Islam sebenar Pada masa sama, umat Islam perlu menampilkan sikap dan akhlak Islam sebenar supaya menjadi cerminan kepada nilai dan wajah sebenar Islam seterusnya mengelakkan diri menjadi fitnah kepada Islam. Umat Islam juga tidak harus melihat bukan Islam secara umumnya sebagai musuh dan ancaman kerana ada dalam kalangan mereka yang menjadi warganegara yang baik dan patuh kepada undang-undang negara yang berhak mendapat perlindungan dan kasih sayang. Mereka juga manusia yang Allah ciptakan yang perlu disantuni dan dikasihi. Cuma mereka tidak dianugerahkan kesempatan untuk melihat keindahan Islam sebenar, maka menjadi cabaran dan tanggungjawab kepada umat Islam untuk menerangkan Islam kepada mereka serta menghuraikan kekeliruan yang timbul. Sebagai kesimpulan, keganasan tidak mewakili mana-mana bangsa dan agama kerana ia sebenarnya cerminan sentimen kebencian yang terbentuk di dalam minda manusia yang sudah rosak dan gagal berfikir secara waras. Mereka kadangkala memanipulasi sentimen berdasarkan bangsa atau agama tertentu bagi menjustifikasikan tindakan itu untuk memenuhi agenda tersendiri. Keganasan ini boleh berlaku di mana-mana hatta di negara yang jarang didengari berlaku insiden itu. Insiden di New Zealand harus diambil iktibar betapa sentimen dan bibit kebencian tidak harus dibiarkan subur dan berleluasa tidak kira dilakukan oleh siapa atau atas alasan apapun. Jika ia tidak dikawal, lebih-lebih lagi di zaman penggunaan media sosial sangat meluas dan berpengaruh ini, maka dibimbangi ia akan menjadi bom jangka yang akan meletuskan lagi siri-siri keganasan pada masa akan datang. Semoga negara ini khususnya dan dunia amnya dipelihara oleh Allah daripada elemen keganasan ini. Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)"
"2019-03-05T00:00:00"
"2019-03-04T16:00:00"
"Waytha seru rakyat Malaysia bersatu, ambil iktibar kejadian di Christchurch"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/waytha-seru-rakyat-malaysia-bersatu-ambil-iktibar-kejadian-di-christchurch-201936"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/71553310402_waytha.jpg"
"Tragedi Chrischurch menunjukkan bagaimana kebencian seorang individu merosakkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat sebuah negara - Waytha Moorthy #Solidarity4Peace pic.twitter.com/csHciXytTm — BERNAMA (@bernamadotcom) March 23, 2019 : Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy menyeru rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan segelintir pihak yang sengaja menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat.Beliau menegaskan rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada kejadian serangan pengganas di masjid di New Zealand, baru-baru ini.Pada 15 Mac lalu, berlaku kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch, mengakibatkan 50 mangsa terkorban termasuk seorang rakyat Malaysia, dan berpuluh lagi cedera.“Sebagai sebuah negara yang aman damai selama 62 tahun, kita rakyat Malaysia telah hidup bersatu padu dan aman damai sekian lama."Janganlah kita ikut apa-apa perasaan kebencian yang ditimbulkan oleh sesiapa yang lain.“Apa yang penting adalah kita mengekalkan keharmonian, perpaduan dan hormat-menghormati yang telah wujud sekian lama,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka hari ini.Waytha turut menzahirkan rasa bangga terhadap sikap bersatu-padu dan kesungguhan rakyat Malaysia yang datang dari seluruh negara untuk berhimpun hari ini sebagai menunjukkan solidariti.Beliau mengakhiri ucapan dengan mengulangi pendiriannya supaya rakyat Malaysia saling memahami dan berkongsi kasih-sayang tanpa mengira agama dan kaum.Hari ini, Perhimpunan Solidariti Kedamaian diadakan susulan tragedi serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, di mana peserta berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo dan berarak ke Dataran Merdeka.Perhimpunan dianjurkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation."
"2019-03-23T03:17:02"
"2019-03-22T19:17:02"
"Wakil agama sampai mesej senada, tolak kebencian, semai kedamaian"
"http://www.kosmo.com.my/terkini/wakil-agama-sampai-mesej-senada-tolak-kebencian-semai-kedamaian-1.867797"
"kosmo"
"malay"
"http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.867802!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan mesej solidariti pada Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka. Foto oleh Bernama KUALA LUMPUR - Wakil pelbagai agama di negara ini hari ini menyuarakan mesej senada dan jelas menolak sebarang bentuk kebencian dan menyuburkan keamanan, pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, peristiwa hitam yang berlaku di New Zealand perlu dijadikan iktibar bagi seluruh rakyat menentang sebarang bentuk kebencian dan menyuburkan kedamaian. "Kita ingin kedamaian, inilah diajar dalam al-Quran, kedamaian merupakan kunci kebahagiaan dan hanya akan dapat diterjemahkan melalui kesatuan, apabila hati kita saling meraikan dan memahami, bagaimana kita berinteraksi dengan seluruh masyarakat," katanya. Menurutnya, kedamaian merupakan kunci kepada kebahagian dalam kehidupan. Perhimpunan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu itu turut disertai ibu saudara Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terbunuh dalam kejadian yang mengorbankan 50 orang itu, sebagai wakil keluarga mangsa kejadian itu. - Bernama"
"2019-03-23T03:37:02"
"2019-03-22T19:37:02"
"Mufti Perlis rela naik Kancil, anggap suspek bakar kereta ‘pengganas’"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/mufti-perlis-rela-naik-kancil-anggap-suspek-bakar-kereta-pengganas/1735652"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2019/2019-03/asri_mufti-seo.jpg"
"Kereta rasmi Mohd Asri Zainul Abidin dibakar di rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan pada 5.45 pagi, 22 Mac 2019. — Foto ihsan Facebook/Dr Maza.com KUALA LUMPUR, 23 Mac — Mufti Perlis menyifatkan kejadian kereta rasminya dibakar pagi semalam sebagai perbuatan “pengganas yang mengancam nyawa” Berharap dua suspek kes itu ditangkap, Mohd Asri Zainul Abidin membuat kesimpulan tersebut selepas menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV). “Setelah saya melihat CCTV, maka saya menyimpulkan ini merupakan perbuatan pengganas atau terrorist yang boleh mengancam nyawa ,” katanya. Asri yang turut menyatakan penghargaan kepada bomba dan polis di Facebook tetap bersemangat sekalipun beliau terpaksa menaiki Kancil selepas kejadian tersebut. Semalam, ketua polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata dua suspek dikesan melalui CCTV jiran Asri ketika mereka membeli petrol berhampiran rumah agamawan itu. Kereta Honda Accord hitam dibakar di kediaman Asri di Jalan Persiaran Wawasan pada 5.45 pagi. Polis mengesyaki cermin kereta pecah akibat dibaling botol berisi petrol."
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia"
"http://www.kosmo.com.my/terkini/ibu-saudara-haziq-terharu-sokongan-rakyat-malaysia-1.867788"
"kosmo"
"malay"
"http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.867789!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"Zarina Shuib, ibu saudara kepada Muhammad Haziq Mohd Tamizi yang maut dalam serangan pengganas menahan sebak ketika menyampaikan ucapan pada Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka. Foto oleh Bernama KUALA LUMPUR - Waris keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu, melahirkan rasa terharu terhadap sokongan diberi rakyat Malaysia ketika perhimpunan Solidariti Kedamaian, hari ini. Zarina Shuib ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di sini hari ini. “Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand yang mana adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat serangan berkenaan. “Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sudi menziarahi adinda kami di sana serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan di Christchurch,” katanya ketika berucap mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Haziq pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini. “Biarpun ujian berat ini diterima, namun kami ahli keluarga reda dengan pemergian Muhammad Haziq dan wajib menerima ketentuan-Nya. “Kami akan menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaan masyarakat dan rakyat Malaysia supaya keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama, kaum dan bangsa,” katanya sambil menahan sebak ketika berucap mengenai anak saudaranya. Zarina yang merupakan kakak Mohd Tarmizi Shuib berkata, sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia, beliau amat mencintai kedamaian dan keamanan sejagat. Pada Khamis lalu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa Muhammad Haziq ialah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch. Haziq ialah anak kedua Mohd Tarmizi , 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak. Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad. - Bernama"
"2019-03-23T03:07:02"
"2019-03-22T19:07:02"
"Remaja lelaki maut terkena bom ikan"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142468"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142468/pdrm_new__full.jpg"
"SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas terkena letupan bom ikan di perairan berhampiran Pulau Gaya dekat Kota Kinabalu, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kejadian itu menyebabkan mangsa yang tiada pengenalan diri dan berasal dari Kampung Pondo Pulau Gaya mati di tempat kejadian dalam keadaan putus kedua-dua belah kaki dan tangannya."
"2019-03-23T02:17:02"
"2019-03-22T18:17:02"
"26 pelancong terbunuh di China"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/26-pelancong-terbunuh-di-china-1.867787"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867785!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"BEIJING 23 Mac - Seramai 26 orang terbunuh manakala 30 lagi cedera selepas sebuah bas pelancong terbakar ketika melintasi wilayah Hunan, semalam. Menurut pihak berkuasa tempatan, 30 orang yang cedera termasuk lima yang kritikal dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di pihak berkuasa Changde di Weibo, kedua-dua pemandu bas berkenaan ditahan bagi membolehkan siasatan mengenai punca kemalangan dijalankan. -AFP"
"2019-03-23T02:37:02"
"2019-03-22T18:37:02"
"Thailand haramkan alkohol menjelang pilihan raya"
"http://www.astroawani.com/berita-dunia/thailand-haramkan-alkohol-menjelang-pilihan-raya-201949"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/51552168782_UndiAwal.jpg"
": Lebih 51 juta pengundi dijangka akan membuang undi dalam pilihan raya Thailand selepas hampir lima tahun berada dibawah kerajaan tentera yang ketika ini mahu kembalikan perdana menteri bagi memerintah negara itu.Ketua junta, Prayuth Chan-ocha disokong oleh golongan elit yang setia kepada raja dan tentera yang telah lama bersengketa antara satu sama lain sementara bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra kini hidup dalam buangan.Thaksin atau sekutunya, yang mendapat sokongan daripada golongan miskin di luar bandar, telah memenangi setiap pilihan raya sejak tahun 2001, hanya akan ditolak oleh rampasan kuasa atau mahkamah.Persaingan antara pasukan dominan dijangka kembali dalam pilihan raya yang dijadualkan pada Ahad.Pengkritik berkata, tentera yang dilantik dan birokrat mampu menyekat ahli-ahli politik yang dipilih dalam pilihanraya ke-20 Thailand yang diadakan di bawah perlembagaan yang disokong oleh ketenteraan ini.Menurut Punchada Sirivunnabood, profesor bersekutu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Mahidol, Bangkok, pihak berkepentingan cuba memanjangkan dan melegitimasikan kuasa menerusi pilihanraya dan perlembagaan.Dijangkakan ramai yang akan keluar mengundi di negara kuasa ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara ini selepas proses undi awal dilakukan hujung minggu lalu.Pust mengundi akan dibuka pada jam 8 pagi dan akan ditutup sembilan jam kemudian apabila proses kiraan bermula.Larangan alkohol selama 24 jam akan dikuatkuasakan mulai 6 petang pada hari Sabtu.Keputusan awal di beberapa kawasan dijangka akan diketahui pada malam Ahad.Namun keputusan penuh yang menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan hanya akan diketahui selepas beberapa hari atau minggu selepas keputusannya diperakui, selepas itu parlimen harus bersidang untuk memilih perdana menteri.Golongan elit berkepentingan di Thailand telah bersengketa dengan kumpulan Thaksin selama lebih dari satu dekad, ia merupakan satu perkara yang boleh membawa kepada kekalahan dari sudut undang-undang.Proses pengundian merupakan antara yang paling dramatik dalam sejarah Thailand kerana bahagian-bahagian ini semakin membesar.Parti yang berkaitan dengan Thaksin, Thai Raksa Chart, telah dibubarkan pada awal Mac kerana permusuhan terhadap raja berperlembagaan selepas Raja Maha Vajiralongkorn menolak usaha parti itu mencalonkan kakaknya, Puteri Ubolratana Rajakanya, sebagai calon perdana menteri.Pembubaran oleh Mahkamah Perlembagaan dilihat sebagai menghalang sekutu Thaksin dan mengukuhkan Prayuth, yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada 2014 ketika beliau menjadi ketua tentara.Ketidaktentuan pilihan raya itu boleh menimbulkan kesan ke atas eksport dan ekonomi negara itu yang bergantung kepada pelancongan, yang pertumbuhannya ketinggalan berbanding rakan-rakan di rantau ini.Pilihan raya ini juga berlaku ketika Thailand bergulat dengan risiko dari lonjakan baht di tengah perdagangan global yang perlahan.Pelabur-pelabur asing telah menarik lebih daripada 700 juta dolar dari pasaran saham dan bon Thailand tahun ini."
"2019-03-23T08:22:03"
"2019-03-23T00:22:03"
"Bakar kereta perbuatan ganas, ancam nyawa, kata mufti Perlis"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142529"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142529/forum_asri_090219_tmiseth_01__full.jpg"
"MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan dua individu yang membakar kereta rasminya sebagai perbuatan berunsur keganasan dan boleh mengancam nyawanya. Justeru beliau berharap pihak berkuasa akan dapat segera menangkap kedua-dua individu itu."
"2019-03-23T06:52:02"
"2019-03-22T22:52:02"
"Remaja dirogol, diliwat abang ipar durjana"
"http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/remaja-dirogol-diliwat-abang-ipar-durjana-1.867907"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867899!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KUALA LUMPUR 23 Mac- Perbuatan terkutuk seorang lelaki yang merogol serta meliwat adik iparnya sejak dua tahun lalu sehingga gadis itu hamil terbongkar selepas ditahan polis di Kajang dekat sini semalam. Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Kajang selepas menerima laporan daripada mangsa kira-kira 9.30 malam, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi, remaja berusia 18 tahun itu mendakwa telah dipukul suspek dengan menggunakan tali pinggang di bahagian belakang kerana tidak melayan kehendaknya untuk melakukan hubungan seks. Menurutnya, mangsa dipaksa melakukan perbuatan tersebut sejak berusia 16 tahun malah suspek pernah merakam aksi terkutuk itu menggunakan telefon bimbit. “Suspek mengugut itu tidak membuat laporan polis serta akan menunjukkan video berkenaan kepada suami mangsa sekiranya dia berkahwin nanti. Malah, kakak mangsa iaitu isteri suspek turut memarahinya jika tidak melayan kehendak lelaki itu. “Hasil siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersama pasangan tersebut kali terakhir dirogol sebanyak dua kali serta diliwat pada 19 Mac lalu, ”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Dzaffir, lelaki itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 Mac ini, Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen Sek 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 377D dan Seksyen 324 kanun sama.- UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T08:12:02"
"2019-03-23T00:12:02"
"Sarawak fokus modul pembangunan belia"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-fokus-modul-pembangunan-belia-201952"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/41553324334_ABDULKARIMRAHMANH.jpg"
": Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pembangunan modal insan dalam kalangan belia di negeri itu.Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya mempunyai perancangan jangka panjang untuk golongan berkenaan."Jadi saya terpaksa mengatur program-program baik dan menjurus kepada pembangunan belia supaya mereka menjadi komponen yang akan dapat mewarisi negeri dan negara di masa depan,"Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis penangguhan Program Transformasi Belia pada Sabtu di Santubong Kuching.Abdul Karim meminta agar para belia memberi sokongan penuh kepada usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri dalam proses membangunkan modal insan berkualiti tinggi."
"2019-03-23T07:57:02"
"2019-03-22T23:57:02"
"Pengurusan bencana Sungai Kim Kim: Ibrah dan cadangan penambahbaikan"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengurusan-bencana-sungai-kim-kim-ibrah-dan-cadangan-penambahbaikan-201948"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/61553317286_KIMIA.jpg"
"BENCANA pencemaran kimia Sungai Kim Kim telah menyebabkan situasi panik bukan hanya pada penduduk Pasir Gudang dan kawan sekitarnya, malahan menarik minat seluruh negara untuk mengikuti perkembangannya.Malahan peristiwa ini bakal dikenang dan mungkin menjadi rujukan banyak pihak apabila membicarakan kejadian-kejadian bencana di Malaysia.Kata pepatah, mendengar dan melihat tidak akan sama. Berpegang pada kata-kata ini, saya mencuri sedikit masa senggang saya untuk pergi sendiri ke kawasan bencana bagi menghulurkan sedikit bantuan dan mengikuti perkembangan ini secara lebih dekat.Malahan saya turut berkesempatan untuk menyertai wartawan Firdaus Azil dan jurukamera Mohamad Noor Fitri dari Astro Awani membuat liputan langsung dari kawasan operasi Sungai Kim Kim dan Stadium Tertutup Pasir Gudang.Secara jujurnya, saya menyaksikan bagaimana bersungguh petugas-petugas yang terlibat khasnya petugas barisan hadapan seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Chemical, Biological, Radiological, Nuclear & Explosive, Angkatan Tentera Malaysia (CBRNe – ATM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), media, sukarelawan, kontraktor pembersihan dan semua yang terlibat dalam operasi bencana tersebut bagi memastikan ianya dapat diatasi seberapa segera.Pengorbanan mereka ini, meninggalkan keluarga tanpa diketahui bila berakhirnya tugas mereka wajar diberi pujian & penghargaan.Jutaan terima kasih buat mereka yang telah bertungkus lumus memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada mereka yang terjejas.Hasil kesungguhan semua pihak situasi bencana tersebut adalah terkawal. Terkini, proses pembersihan Sungai Kim Kim tersebut telah selesai dilaksanakan dan kualiti udara juga pada paras yang selamat.Malahan dengan perkembangan positif itu, Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang telah ditutup secara rasmi pada 12 jam tengah hari Rabu, 20 Mac lalu.Berdasarkan pemerhatian langsung di lokasi, saya berpandangan terdapat beberapa elemen yang perlu ditambah baik bagi menangani kes-kes seperti ini pada masa akan datang.Berikut adalah cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan oleh pihak yang terlibat1- Mewujudkan satu saluran rasmi bagi tujuan memaklumkan keadaan terkini kepada penduduk yang terjejas khususnya dan semua yang mengikuti perkembangan bencana tersebut amnya. Saluran ini penting bagi menyalurkan maklumat terkini dan telus kepada semua pihak termasuklah komuniti setempat, pengurusan dan pemilik industri, serta pelabur asing. Seterusnya dapat menghindarkan penyebaran maklumat palsu dan tidak tepat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh dalam kes jerebu, semua orang boleh mengetahui keadaan terkini Indeks Pencemaran Udara di kawasan terjejas melalui laman web APIMS yang dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).2- Mengamalkan tatacara ‘Single Person of Contact - SPOC' dalam memberi sebarang kenyataan mengenai situasi terkini operasi bencana. Hal ini bagi mengelakkan kenyataan yang dikeluarkan bercanggah di antara satu sama lain. Hal ini boleh menyebabkan pengurusan operasi bencana kelihatan ‘carca marba’ dan seterusnya mengikis kepercayaan awam terhadap Jawatankuasa Pengurusan Bencana serta boleh menimbulkan suasana panik terhadap komuniti terjejas.3- Memperbaiki kaedah koordinasi di antara petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi bantuan bencana. Satu proses pendaftaran petugas dan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi perlu diwujudkan bagi mengetahui kekuatan sebenar anggota yang terlibat dalam operasi tersebut. Hal ini memudahkan urusan membuat jadual tugasan, pengurusan logistik dan lain-lain supaya sumber tenaga manusia yang diperoleh dapat digunakan sepenuhnya. Malahan taklimat keselamatan dan kesihatan perlu diberikan kepada semua petugas dan sukarelawan yang terlibat termasuklah pemilihan dan cara pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul sewaktu menjalankan tugas dalam kawasan yang terjejas.4- Kaedah koordinasi terhadap orang ramai terutamanya di kawasan pusat bencana (ground zero) harus perbaiki. Contohnya, kawalan keselamatan di kawasan operasi pembersihan Sungai Kim Kim yang terlalu longgar membolehkan orang awam untuk berhenti dan memerhatikan operasi tersebut tanpa sebarang perlatan perlindungan diri (PPE) yang sepatutnya. Perkara ini boleh mendedahkan mereka kepada bahaya pencemaran kimia dan menjejaskan kesihatan mereka. Kawalan keselamatan yang lebih ketat perlu dilaksanakan termasuklah tindakan menutup kawasan operasi kepada orang awam, menyediakan laluan alternatif, kawalan lalu lintas, dan lain-lain.5- Komunikasi langsung kepada orang ramai perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan. Penyediaan kain rentang (banner), poster dan risalah bagi memberikan maklumat yang tepat tentang maklumat necana dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh mereka perlu dilakukan. Penggunaan aset-aset siaraya atau ‘PA system’ jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, MPPG dan lain-lain untuk menyampaikan maklumat secara audio dan langsung kepada mereka juga perlu digiatkan. Malahan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana juga boleh mendapatkan bantuan Jabatan Agama Johor untuk mewajibkan semua surau dan masjid dalam kawasan terjejas untuk membacakan sebarang pengumuman rasmi berkaitan bencana pada waktu sembahyang berjemaah. Pihak media juga perlu digunakan sepenuhnya dalam memberikan maklumat yang tepat melalui media massa.6- Satu sistem pemantauan yang berkesan perlu diwujudkan oleh pihak yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan terhadap aktiviti-aktiviti industri yang berisiko tinggi menyebabkan bencana kimia pada masa akan datang. Malahan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih telus perlu dilaksanakan bagi memastikan peristiwa seperti ini tidak berulang.7- Memperkasakan program sekolah selamat yang telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan pelajar dan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan dengan memberikan fokus terhadap ancaman bencana kimia seperti ini bagi semua sekolah di Malaysia, khususnya sekolah yang didirikan dalam kawasan industri seperti Pasir Gudang.8- Orang awam harus lebih cakna tentang sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Aduan kepada pihak berwajib perlu dilakukan segera jika mendapati atau mengesyaki sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan kerja atau tempat tinggal mereka. Pihak berwajib pula harus mengambil serius terhadap setiap aduan yang diterima dan memberikan makluman rasmi kepada komuniti setempat tentang tindakan yang telah dilakukan hasil dari aduan orang ramai.9- Pihak berwajib khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) perlu mewujudkan satu prosedur kerja standad (SOP) dan dalam masa yang sama meningkatkan pogram latih amal kepada penduduk setempat khusus bagi menangani bencana kimia seperti ini. Ini bagi memudahkan agensi-agensi lain yang terlibat dan orang ramai sebagai persediaan dan tindakan kecemasan yang sewajarnya ketika menghadapi bencana tersebut.Semoga cadangan-cadangan penambahbaikan ini dapat diteliti dan diperhalusi oleh pihak berkaitan dan dijadikan panduan bagi memastikan rakyat Malaysia lebih bersedia dalam menghadapi bencana seumpamanya. **Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI."
"2019-03-23T05:22:02"
"2019-03-22T21:22:02"
"Solidariti Kedamaian: Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/solidariti-kedamaian-ibu-saudara-haziq-terharu-sokongan-rakyat-malaysia-201942"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/51553312409_ZARINA.jpg"
"Puan Zarina Shuib, makcik kepada rakyat Malaysia yang terkorban, Allahyarham Haziq Tarmizi ucap terima kasih atas simpati dan sokongan rakyat Malaysia. @501Awani pic.twitter.com/bdSO6b9i7B — Initial: FA (@FirdausAzil) March 23, 2019 : Waris keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu, melahirkan rasa terharu dengan sokongan diberi rakyat Malaysia semasa perhimpunan Solidariti Kedamaian hari ini.Zarina Shuib, ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di sini hari ini."Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand yang mana adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat serangan berkenaan."Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sudi menziarahi adinda kami di sana serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan di Christchurch," katanya.Zarina berkata demikian ketika berucap mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Haziq pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini."Biarpun ujian berat ini diterima, namun kami ahli keluarga reda dengan pemergian Muhammad Haziq dan wajib menerima ketentuan-Nya."Kami akan menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaan masyarakat dan rakyat Malaysia agar keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama, kaum dan bangsa," katanya sambil menahan sebak.Zarina, kakak kepada Mohd Tarmizi Shuib, yang turut cedera dalam insiden serangan pengganas Christchurch itu, berkata sebagai rakyat Malaysia, beliau amat cintakan kedamaian dan keamanan sejagat.Muhammad Haziq, anak kedua Mohd Tarmizi, ialah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi tembakan di masjid Christchurch.Ketika kejadian, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun, dan Muhammad Haziq, hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor, Christchurch.Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad."
"2019-03-23T03:52:02"
"2019-03-22T19:52:02"
"Kerajaan berusaha kurangkan kos rawatan kanser"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-berusaha-kurangkan-kos-rawatan-kanser-1.867803"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867804!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"PUTRAJAYA 23 Mac - Kementerian Kesihatan sedang melakukan kajian lebih teliti bagi mengurangkan kos rawatan kanser di hospital swasta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kajian itu membabitkan pindaan kawalan ubat-ubatan yang menentukan harga rawatan ditetapkan selama ini. “Usaha ini dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi-agensi lain bagi melihat harga serta kawalan ubat di dalam rawatan kanser. “Bagi kami, ini soal masa, tetapi daripada segi kos rawatan di bawah fasiliti Kementerian Kesihatan, ia tidak mempunyai masalah kerana segalanya dikawal pihak kementerian,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program Larian Hari Kanser Sedunia di Institut Kanser Negara di sini hari ini. Pada masa sama, Dzulkefly menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur menjalani ujian saringan kanser bermula daripada peringkat awal. Katanya, kelewatan untuk mengenalpasti kanser sejak awal adalah punca penyakit itu sukar dirawat dan sekali gus menelan kos yang begitu tinggi. “Sehubungan itu, tidak kira anda siapa pun atau di mana jua berada, sila jalani ujian saringan pengesanan kanser di mana-mana hospital dan klinik kesihatan kerajaan,” katanya. Tambah Dzulkefly lagi, pihak kerajaan giat menjalankan pelbagai kempen kesedaran bagi mencegahkan risiko kanser dalam kalangan rakyat Malaysia. “Ia termasuklah kempen tak nak merokok, kurangkan pengambilan gula dan alkohol secara berlebihan kerana tabiat sebegini merupakan faktor penyebab kanser. “Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 30 hingga 50 peratus penyakit kanser mampu dicegah melalui gaya hidup sihat,” katanya. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T03:42:02"
"2019-03-22T19:42:02"
"Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142491"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142491/perhimpunanan_solidarity_kedamaian_03__full.jpg"
"WARIS keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lepas, melahirkan rasa terharu akan sokongan diberi rakyat Malaysia semasa perhimpunan Solidariti Kedamaian. Zarina Shuib , ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di Kuala Lumpur hari ini."
"2019-03-23T03:52:02"
"2019-03-22T19:52:02"
"Ibu saudara Haziq terharu sokongan rakyat Malaysia"
"http://www.kosmo.com.my/terkini/ibu-saudara-haziq-terharu-sokongan-rakyat-malaysia-1.867788"
"kosmo"
"malay"
"http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.867789!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"Zarina Shuib, ibu saudara kepada Muhammad Haziq Mohd Tamizi yang maut dalam serangan pengganas menahan sebak ketika menyampaikan ucapan pada Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka. Foto oleh Bernama KUALA LUMPUR - Waris keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu, melahirkan rasa terharu terhadap sokongan diberi rakyat Malaysia ketika perhimpunan Solidariti Kedamaian, hari ini. Zarina Shuib ibu saudara Muhammad Haziq, memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan menyertai rakyat Malaysia dalam perhimpunan itu di sini hari ini. “Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand yang mana adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat serangan berkenaan. “Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sudi menziarahi adinda kami di sana serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan di Christchurch,” katanya ketika berucap mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Haziq pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini. “Biarpun ujian berat ini diterima, namun kami ahli keluarga reda dengan pemergian Muhammad Haziq dan wajib menerima ketentuan-Nya. “Kami akan menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaan masyarakat dan rakyat Malaysia supaya keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama, kaum dan bangsa,” katanya sambil menahan sebak ketika berucap mengenai anak saudaranya. Zarina yang merupakan kakak Mohd Tarmizi Shuib berkata, sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia, beliau amat mencintai kedamaian dan keamanan sejagat. Pada Khamis lalu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa Muhammad Haziq ialah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch. Haziq ialah anak kedua Mohd Tarmizi , 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak. Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad. - Bernama"
"2019-03-23T03:07:02"
"2019-03-22T19:07:02"
"Wabak taun mula merebak di Mozambique"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wabak-taun-mula-merebak-di-mozambique-1.867784"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867783!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"BEIRA 23 Mac- Kes kolera atau taun yang dilaporkan di bandar Beira, Mozambique semalam menambah lagi risiko kematian kepada penduduk negara ini selepas dilanda siklon Idai minggu lalu. Reuters melaporkan, penduduk di negara itu kini berdepan masalah tempat tinggal, makanan dan air setelah berlakunya banjir besar di selatan Afrika tersebut. “Wujud kebimbangan dalam kalangan kumpulan bantuan tentang berlakunya wabak penyakit. “Terdapat beberapa kes kolera telah dilaporkan di Beira selain peningkatan jumlah jangkitan malaria,” kata Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah (IFRC) dalam satu kenyataan. Siklon Idai membadai di Beira telah mengorbankan 242 orang di Mozambique dan 259 di Zimbabwe dan angka dijangka meningkat. -AGENSI"
"2019-03-23T02:27:02"
"2019-03-22T18:27:02"
"Islam itu kedamaian"
"https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/436809/islam-itu-kedamaian"
"hmetro"
"malay"
"https://assets.hmetro.com.my/images/articles/utama-agong22_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1553306442.jpg"
" YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyertai jemaah menunaikan solat jenazah ghaib ke atas mangsa yang terkorban dalam tragedi di Christchurch, New Zealand di Masjid Abdullah bin Zubair, Sungai Besi, di sini, semalam. Turut serta, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Panglima Tentera Udara Tan Sri Affendi Buang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail. Terdahulu, baginda menunaikan solat Jumaat diimamkan Mejar Mohd Muntaha Salleh. Khutbah Jumaat yang disampaikan bertajuk Islam Agama Keamanan merujuk kepada tragedi berdarah yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17. Sementara itu, Imam Masjid Putra di Putrajaya Lukman Mohd Hosni mahu umat Islam mengambil iktibar peristiwa hitam yang berlaku di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood, Christchurch, New Zealand, baru-baru ini berpunca akibat salah faham terhadap agama Islam. Beliau ketika membacakan khutbah Jumaat berkata, tindakan yang dilakukan pengganas terbabit sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. JEMAAH Masjid Sultan Idris Shah II menunaikan solat ghaib bagi mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di New Zealand. “Sebagai muslim yang saling bersaudara, inilah masanya kita menzahirkan keprihatinan, kebersamaan dan solidariti. “Sesungguhnya Allah SWT saja yang mengetahui hikmah di sebalik peristiwa hitam ini,” katanya. Dalam pada itu, katanya, Islam menolak apa jua gerakan pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan sehingga menggugat keamanan negara mahupun dunia. “Sebagai umat Islam yang cintakan keharmonian dan keamanan, janganlah kita terlalu mudah mengambil sebarang tindakan sebagai balasan terhadap perbuatan,” katanya. Pada masa sama, Lukman berkata, Islam terbukti membawa kedamaian kerana perintah Allah yang banyak di dalam al-Quran menganjurkan kedamaian, larangan menumpahkan darah tanpa hak, tidak memaksa orang bukan Muslim memeluk Islam selepas disampaikan mesej Islam kepada mereka. ORANG ramai menunaikan solat Jumaat serta solat jenazah ghaib untuk Mohd Haziq di Masjid Bandar Diraja Klang. “Bahkan Islam mengajar kita supaya berhikmah dalam berdakwah. Justeru, memelihara kedamaian adalah sebahagian daripada tujuan penciptaan manusia sebagaimana ajaran Islam,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, kewujudan pelbagai agama, kaum dan bangsa tidak menjadi penghalang untuk hidup dengan aman serta harmoni. Katanya, pelbagai kaum dan bangsa serta keturunan dengan pegangan agama masing-masing dapat membentuk masyarakat yang saling bertolak ansur. Lukman kemudian mengimamkan solat Jumaat seterusnya solat hajat dan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham Mohd Haziq. Solat jenazah ghaib itu dihadiri kira-kira 300 hingga 400 umat Islam yang bersama mendoakan Allahyarham."
"2019-03-04T00:00:00"
"2019-03-03T16:00:00"
"Dr Mahathir negarawan Malaysia, dunia Islam - Imran Khan"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-mahathir-negarawan-malaysia-dunia-islam-imran-khan-201934"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/51553303294_TUNM.jpg"
": Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menyifatkan rakan sejawatnya Pertana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai negarawan Islam yang telah merubah Malaysia menjadi sebuah model teladan untuk dunia Islam.Beliau berkata Pakistan berbangga dengan cara Malaysia membangun dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya di bawah kepimpinan Dr Mahathir."Kami mengikuti rapat kerana Pakistan sentiasa memiliki hubungan baik dengan Malaysia. Kami mengagumi anda kerana itu," katanya pada sidang media bersama Dr Mahathir selepas perbincangan dua hala delegasi Malaysia-Pakistan di sini pada Jumaat.Imran berkata beliau dan Pakistan juga mengagumi Dr Mahathir kerana tegas dalam isu-isu membabitkan dunia Islam, yang mana malangnya amat sedikit pemimpin Islam bersikap seperti itu."Seperti memerangi keganasan, bagaimana ia telah menjejaskan dunia Islam. Bagaimana Islamophobia menular di dunia Barat. Bagaimana umat Islam dilayan disebabkan perjuangan politik yang mengelirukan dan disengajakan."Apa juga jenayah yang dilakukan oleh seorang penganut Islam maka keseluruhan 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia akan dipersalahkan dengan jenayah itu."Ini digambarkan oleh insiden pembunuhan di Christchurch, di mana seorang pengganas menembak mati orang yang tidak bersalah, wanita dan kanak-kanak di dalam masjid, tanpa ada rasa kesal. Kami di dunia Islam telah memerhatikan anda mengambil pendirian dalam hal-hal yang melibatkan umat Islam," katanya.Sementara itu, Imran berkata dalam dunia Islam terdapat dua pemimpin yang menonjol dalam isu-isu antarabangsa dan telah mentransformasi masyarakat, iaitu Dr Mahathir dan Presiden Turki sekarang Recep Tayyip Erdogan."Kami telah melihat Malaysia melalui transformasi dan bagaimana taraf hidup dan pendapatan per kapita rakyatnya meningkat. Kini tenaga kerja warganegara Pakistan sudah mula pergi ke Malaysia... peluang-peluang pekerjaan diwujudkan agar tenaga kerja dari Pakistan akan pergi ke Malaysia," kata beliau.Beliau berkata Dr Mahathir dan Erdogan adalah dua contoh teladan bagaimana kenegarawanan boleh merubah negara dan rakyat."Semasa krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada 1998, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar daripada krisis itu menggunakan jalan penyelesaiannya sendiri. Kami, Pakistan, kini sedang menghadapi situasi ekonomi yang sukar... dan banyak yang perlu dilakukan untuk keluar daripada kesulitan ini," kata beliau.Imran juga berkata beliau dan Dr Mahathir telah membincangkan pelbagai cara bagaimana boleh maju dan salah satu daripada sebabnya ialah pelaburan langsung asing (FDI) dan pemindahan teknologi."Kami sudah memikirkan untuk mendapatkan FDI dan pemindahan teknologi. Di samping itu, satu bidang yang kami boleh mendapat pulangan dengan cepat ialah mempelajari pengalaman Malaysia dalam industri pelancongan. Daripada apa yang kami diberitahu, Malaysia menjana hampir US$22 bilion daripada pelancongan."Pakistan yang mempunyai sumber yang banyak tidak menjana apa-apa daripada pelancongan. Kami telah berbincang tentang bagaimana untuk mendapatkan bantuan Malaysia bagi membangunkan industri pelancongan," kata beliau.-- BERNAMA"
"2019-03-23T01:32:02"
"2019-03-22T17:32:02"
"Polis mohon sambung reman 8 suspek kes cemar Sg Kim Kim"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142469"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142469/pollution_sg_kim_kim_pasir_gudang_10_(2)__full.jpg"
"POLIS akan memohon kepada Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini untuk menyambung perintah tahanan reman ke atas lapan suspek berhubung kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd berkata permohonan sambungan reman ke atas kesemua suspek ialah bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan."
"2019-03-23T02:17:02"
"2019-03-22T18:17:02"
"Peserta solidariti kedamaian mula berkumpul seawal 6 pagi"
"http://www.kosmo.com.my/terkini/peserta-solidariti-kedamaian-mula-berkumpul-seawal-6-pagi-1.867750"
"kosmo"
"malay"
"http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.867753!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"Peserta Himpunan Solidariti Kedamaian mula tiba di Dataran Merdeka pada pukul 8.07 pagi KUALA LUMPUR - Peserta Perhimpunan Solidariti Kedamaian mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini pagi ini. Rata-rata peserta yang berpakaian putih mula membanjiri kawasan ini sejak jam 6.40 pagi untuk menyertai perhimpunan itu sebagai tanda menyuarakan kedamaian dan menolak kebencian. Perhimpuanan aman itu susulan tragedi berdarah serangan pengganas di dua masjid berasingan di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lepas. Pemerhatian Bernama mendapati ratusan peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum, malah ada yang membawa keluarga masing-masing, selain membawa kain rentang #Solidarity4Peace. Perhimpunan juga disertai beberapa ketua-ketua agama serta anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan persatuan agama. Turut kelihatan pemimpin-pemimpin tempatan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Senator P. Waytha Moorthy, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Duta Turki ke Malaysia Merve Kavaki. Perserta perhimpunan itu dijadualkan bermula berarak dari kawasan itu ke Dataran Merdeka jam 7.40 pagi ini. - Bernama"
"2019-03-23T00:42:02"
"2019-03-22T16:42:02"
"Syria minta PBB sokong resousi mengenai Bukit Golan"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142446"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142446/un_logo1-epa__full.jpg"
"SYRIA semalam meminta Majlis Keselamatan PBB menyokong resolusi mengisytiharkan bahawa Israel manarik diri dari Bukit Golan selepas Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat (AS) akan mengiktiraf penjajahan Israel di wilayah itu. Menerusi sepucuk surat, duta Syria, Bashar Jaafari, menggesa Majlis “mengambil langkah praktikal bagi memastikan ia memenuhi mandatnya dalam melaksanakan resolusinya” berkenaan Bukit Golan."
"2019-03-23T00:12:02"
"2019-03-22T16:12:02"
"Manifesto ketuanan kulit putih diharamkan di New Zealand"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/manifesto-ketuanan-kulit-putih-diharamkan-di-new-zealand-1.867752"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867751!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"WELLINGTON 23 Mac - Manifesto ketuanan kulit putih yang dipercayai ditulis oleh pengganas yang melakukan serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch pada minggu lalu secara rasmi hari ini diklasifikasikan sebagai bahan larangan dan diharamkan. NZ Herald melaporkan, perkara itu telah disahkan oleh Pejabat Klasifikasi Filem dan Sastera New Zealand. Ketua Penapisannya, David Shanks menggesa sesiapa yang mempunyai salinannya untuk memusnahkan bahan tersebut. “Memilikinya adalah satu kesalahan kerana dokumen tersebut mempromosikan pembunuhan dan keganasan,” katanya di sini hari ini. -AGENSI"
"2019-03-23T00:37:02"
"2019-03-22T16:37:02"
"Ibu sebak anak kini hafiz al-Quran"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ibu-sebak-anak-kini-hafiz-al-quran-1.867943"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867942!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"LUMUT 23 Mac - Seorang ibu mengalirkan air mata kerana tidak menyangka anaknya berjaya menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam masa setahun sebulan di Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas di sini. Jamiatul Adawiyah Jidin, 33, mengakui anaknya, Zaiim Wafiy Zarlil, 14, sebelum ini merupakan seorang yang tidak boleh lekang dengan telefon pintar. Menurut Jamiatul Adawiyah, dia sedikit pun tidak meletakkan sebarang harapan ketika menghantar anak sulung daripada tiga beradik itu ke maahad tahfiz berkenaan. Apatah lagi katanya, pada peringkat awal, dia turut meragui maahad tahfiz tersebut kerana Zaiim Wafiy merupakan sebahagian daripada 20 pelajar kumpulan pertama yang memulakan pengajian di situ pada 14 Januari tahun lalu. "Namun, apa yang saya tidak boleh lupakan apabila dia menyerahkan sendiri telefonnya kepada saya kerana dia dengan rela hati ingin memasuki maahad ini. "Jadi, saya memang emosi sedikit lebih-lebih lagi terkenangkan arwah ayahnya yang meninggal dunia ketika dia baru berusia awal 12 tahun, ada hikmah di sebalik semua ini," katanya kepada Utusan Malaysia. Jamiatul Adawiyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas di Kampung Padang Tembak di sini yang disempurnakan oleh Penaungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir merangkap bekas Menteri Besar Perak, hari ini. Hadir sama Pengerusi Pengelola Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof; Pengerusi Yayasan Nur Ikhlas, Datuk Mohd Azmi Othman dan Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir. Pada majlis tersebut, sebanyak empat pelajar maahad tersebut telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran lebih awal daripada tempoh dua tahun yang ditetapkan dan mereka menerima wang tunai yang disumbangkan oleh Zambry dan Abd. Aziz. Ketika ini, terdapat 32 pelajar dipilih menuntut di Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas di sini melalui tapisan dalam kalangan anak yatim serta asnaf dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500. Kesemua perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Nur Ikhlas. Terdahulu, Zambry ketika berucap pada majlis tersebut berkata, penubuhan maahad tahfiz itu antara lain merupakan suatu pelaburan serta perubahan besar dalam melahirkan generasi ulul albab. "Kita bina harapan pada mereka kerana kebanyakan pelajar yang kita ambil ini tidak mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Saya percaya asas pembentukan minda perlu dibina dengan baik dan asas yang baik ialah dengan membina minda al-Quran," katanya. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T09:17:02"
"2019-03-23T01:17:02"
"DAP anggap PRK Rantau 'ibu semua PRK'"
"http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-anggap-prk-rantau-ibu-semua-prk-1.867925"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867928!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpeg"
"SEREMBAN 23 Mac - DAP menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April nanti sebagai 'ibu kepada semua PRK' kerana mempunyai kesan besar kepada politik negara. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan PRK itu akan memberi implikasi kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang meletakkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon. Katanya, sekiranya calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram dapat mengatasi Mohamad, ia akan dapat membuktikan formula kerjasama politik antara UMNO dan Pas tidak berjaya. "Jika keputusan PRK kali ini berpihak kepada PH, ia akan beri implikasi besar kepada UMNO dan BN kerana kita berjaya menewaskan pemimpin utama mereka. "Hasil keputusan PRK ini akan beri kesan besar bukan saja kepada politik di Negeri Sembilan, tetapi juga politik negara kerana calon BN adalah pemangku Presiden UMNO dan Pengerusi BN. "Ini juga akan jadi PRK paling penting dan signifikan berbanding PRK lain sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bilik Gerakan DAP PRK DUN Rantau di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, PRK DUN Rantau berbeza dengan Semenyih kerana ketika itu PH perlu mempertahankan kerusi, sebaliknya di Rantau mereka perlu menyerang. "Kalau kita dapat serang kubu kuat Tok Mat (Mohamad), ia bermakna kita dapat perkuatkan PH," katanya. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T08:52:02"
"2019-03-23T00:52:02"
"45,000 isi rumah dapat manfaat program bank makanan"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142550"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142550/food_bank_02__full__full.jpg"
"SELEPAS program bank makanan berlangsung di seluruh negara tahun lepas, lebih 45,000 isi rumah mendapat manfaat daripada inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dari Ogos tahun lepas sehingga bulan lalu seramai 45,850 keluarga menerima 1,055 tan metrik makanan."
"2019-03-23T08:52:02"
"2019-03-23T00:52:02"
"UM kecam kekecohan pelajarnya dikasari"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142546"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142546/anti_najib_protest_220319_02__full__full.jpg"
"WALAUPUN menyokong hak kebebasan bersuara, Universiti Malaya tidak mengiktiraf mana-mana tindakan provokasi, sama ada yang dicetuskan pelajarnya atau pihak lain. Dalam kenyataan hari ini, universiti itu berkata ia mengambil serius kejadian pelajarnya dikasari penyokong Najib Razak dalam kekecohan yang tercetus semalam."
"2019-03-23T08:32:02"
"2019-03-23T00:32:02"
"Sarawak fokus modul pembangunan belia"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-fokus-modul-pembangunan-belia-201952"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/41553324334_ABDULKARIMRAHMANH.jpg"
": Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pembangunan modal insan dalam kalangan belia di negeri itu.Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya mempunyai perancangan jangka panjang untuk golongan berkenaan."Jadi saya terpaksa mengatur program-program baik dan menjurus kepada pembangunan belia supaya mereka menjadi komponen yang akan dapat mewarisi negeri dan negara di masa depan,"Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis penangguhan Program Transformasi Belia pada Sabtu di Santubong Kuching.Abdul Karim meminta agar para belia memberi sokongan penuh kepada usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri dalam proses membangunkan modal insan berkualiti tinggi."
"2019-03-23T07:57:02"
"2019-03-22T23:57:02"
"Guna bahasa rojak, warganet kecam ahli lembaga pengelola DBP"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/guna-bahasa-rojak-warganet-kecam-ahli-lembaga-pengelola-dbp/1735692"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2016-03/dewanDBP1103-seo.jpg"
"Warganet mengkritik ahli Lembaga Pengelola DBP Ainon Muhamad kerana menggunakan bahasa campuran Inggeris dan Melayu. — Paparan skrin Google KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pencinta bahasa dan penggemar seni mengecam percampuran bahasa Inggeris dan Melayu yang dilakukan ahli Lembaga Pengelola DBP. Tular di media sosial, slaid pembentangan Ainon Muhammad @ Ainon Mohd bertajuk “Mengurus Rumah Penerbitan Zaman Digital” menjadi bahan sindiran warganet. Perkataan bahasa Inggeris yang digunakan pengerusi PTS Media Group diperbetul warganet dengan perkataan bahasa Melayu yang betul menggunakan tinta merah. Slaid pembentangan beliau dilihat menggunakan perkataan “step” yang dibetulkan dengan “langkah”, “konten” (isi kandungan), “follower atau fan” (peminat/pengikut). Walau Ainon dianggap sinonim dengan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), beliau turut menggunakan “data base” bagi pangkalan data dan “customer base” (pangkalan pelanggan). Berlangsung di Wisma DBP semalam, beliau juga dikritik kerana mencadangkan “penulis menjadi Insta famous, Twitter famous dan Facebook famous” supaya “buku kita laku”. Berikut sebahagian petikan kritikan: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, ketua pengarang IBDE “Untuk jadi penulis zaman sekarang. Kalau dah ahli lembaga pengelola DBP pun ajar macam ni, kita yakin bahasa Melayu akan cemerlang gemilang terbilang.” “Abang nak bagi idea yang lagi bagus: penulis jangan tulis buku, penulis buat video terus. Jangan tulis panjang-pamjang...lukis gambar saja lagi senang. Pembaca semua bodoh, kita mesti layan kebodohan pembaca. Mati keras abang tengok ahli lembaga pengelola DBP macam ni. Ajaran apa DBP nak bawa sebenarnya ni? Aidil Khalid, peguam dan penulis Kecelaruan ini berlaku di pentas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di bawah seksyen 6A Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta 213), DBP mempunyai tanggungjawab sebagai “pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan dengan membentuk, mencipta dan membakukan istilah dalam bahasa kebangsaan.” Basri Nor Mohd, kerani Hilang kredibiliti kerana ejaan - badan kerajaan, pelajar dan sifu bahasa Melayu Tinggi (pelopor universiti terbuka?) Memalukan. Sejarah telah membuktikan, peperangan dan pergaduhan terjadi hanya kerana salah faham. Dan salah faham boleh terjadi jika salah ejaan. Kalau cabai makna dia cili atau lada, kalau cibai itu puki. Al Jafree Md Yusop, penulis dan pengarah filem Selamat datang ke ‘the new age of’ sastera, filem dan pendidikan (atau pembelajaran) di Malaysia."
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"Mahasiswa UM lapor polis, ‘tidak gentar ugutan penyokong Najib’"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/mahasiswa-um-lapor-polis-tidak-gentar-ugutan-penyokong-najib/1735711"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2019/2019-03/20190323SN_UM_Students_01-seo.jpeg"
"Wong Yan Ke dan pelajar UM bersama laporan yang dibuat di balai polis Pantai, 23 Mac 2019. — Foto oleh Shafwan Zaidon KUALA LUMPUR, 23 Mac — Beberapa mahasiswa Universiti Malaya yang mendakwa dikasari penyokong Datuk Seri Najib Razak tidak gentar dengan ancaman fizikal atau politik. Wong Yan Ke, yang bergelut dalam protes di depan Restoran Amjal petang semalam berkata mahasiswa mesti tegas mempertahan hak tanpa tunduk kepada sebarang tekanan. “Kami tidak gentar kepada sebarang tekanan atau ugutan mana-mana pihak, tak kira dari kerajaan atau pembangkang,” katanya sambil membaca kenyataan media di sini hari ini. Membuat aduan di balai polis Pantai Baharu susulan kekecohan berkenaan, Wong berkata mahasiswa perlu berpegang teguh pada prinsip dan berani menyatakan kebenaran. Baca seterusnya di Malay Mail."
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"2 jenis unit peronda sedia bantu pengguna Lebuhraya MEX"
"http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/2-jenis-unit-peronda-sedia-bantu-pengguna-lebuhraya-mex-1.867893"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867892!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KUALA LUMPUR 23 Mac - Pengguna Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang mengalami insiden kecemasan di lebuhraya berkenaan diminta untuk terus menghubungi talian Helpline di 03-8315 9111. MEX Traffic dalam laman sosial Facebook memaklumkan, pihaknya menyediakan unit peronda untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bantuan terus kepada pengguna Lebuhraya MEX. Dua jenis unit peronda bersedia untuk membantu pengguna iaitu pasukan statik atau mudah alih dan rondaan bermotosikal (Provosts). - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T07:32:02"
"2019-03-22T23:32:02"
"Pengurusan bencana Sungai Kim Kim: Ibrah dan cadangan penambahbaikan"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengurusan-bencana-sungai-kim-kim-ibrah-dan-cadangan-penambahbaikan-201948"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2019-03/61553317286_KIMIA.jpg"
"BENCANA pencemaran kimia Sungai Kim Kim telah menyebabkan situasi panik bukan hanya pada penduduk Pasir Gudang dan kawan sekitarnya, malahan menarik minat seluruh negara untuk mengikuti perkembangannya.Malahan peristiwa ini bakal dikenang dan mungkin menjadi rujukan banyak pihak apabila membicarakan kejadian-kejadian bencana di Malaysia.Kata pepatah, mendengar dan melihat tidak akan sama. Berpegang pada kata-kata ini, saya mencuri sedikit masa senggang saya untuk pergi sendiri ke kawasan bencana bagi menghulurkan sedikit bantuan dan mengikuti perkembangan ini secara lebih dekat.Malahan saya turut berkesempatan untuk menyertai wartawan Firdaus Azil dan jurukamera Mohamad Noor Fitri dari Astro Awani membuat liputan langsung dari kawasan operasi Sungai Kim Kim dan Stadium Tertutup Pasir Gudang.Secara jujurnya, saya menyaksikan bagaimana bersungguh petugas-petugas yang terlibat khasnya petugas barisan hadapan seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Chemical, Biological, Radiological, Nuclear & Explosive, Angkatan Tentera Malaysia (CBRNe – ATM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), media, sukarelawan, kontraktor pembersihan dan semua yang terlibat dalam operasi bencana tersebut bagi memastikan ianya dapat diatasi seberapa segera.Pengorbanan mereka ini, meninggalkan keluarga tanpa diketahui bila berakhirnya tugas mereka wajar diberi pujian & penghargaan.Jutaan terima kasih buat mereka yang telah bertungkus lumus memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada mereka yang terjejas.Hasil kesungguhan semua pihak situasi bencana tersebut adalah terkawal. Terkini, proses pembersihan Sungai Kim Kim tersebut telah selesai dilaksanakan dan kualiti udara juga pada paras yang selamat.Malahan dengan perkembangan positif itu, Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang telah ditutup secara rasmi pada 12 jam tengah hari Rabu, 20 Mac lalu.Berdasarkan pemerhatian langsung di lokasi, saya berpandangan terdapat beberapa elemen yang perlu ditambah baik bagi menangani kes-kes seperti ini pada masa akan datang.Berikut adalah cadangan penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan oleh pihak yang terlibat1- Mewujudkan satu saluran rasmi bagi tujuan memaklumkan keadaan terkini kepada penduduk yang terjejas khususnya dan semua yang mengikuti perkembangan bencana tersebut amnya. Saluran ini penting bagi menyalurkan maklumat terkini dan telus kepada semua pihak termasuklah komuniti setempat, pengurusan dan pemilik industri, serta pelabur asing. Seterusnya dapat menghindarkan penyebaran maklumat palsu dan tidak tepat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh dalam kes jerebu, semua orang boleh mengetahui keadaan terkini Indeks Pencemaran Udara di kawasan terjejas melalui laman web APIMS yang dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).2- Mengamalkan tatacara ‘Single Person of Contact - SPOC' dalam memberi sebarang kenyataan mengenai situasi terkini operasi bencana. Hal ini bagi mengelakkan kenyataan yang dikeluarkan bercanggah di antara satu sama lain. Hal ini boleh menyebabkan pengurusan operasi bencana kelihatan ‘carca marba’ dan seterusnya mengikis kepercayaan awam terhadap Jawatankuasa Pengurusan Bencana serta boleh menimbulkan suasana panik terhadap komuniti terjejas.3- Memperbaiki kaedah koordinasi di antara petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi bantuan bencana. Satu proses pendaftaran petugas dan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi perlu diwujudkan bagi mengetahui kekuatan sebenar anggota yang terlibat dalam operasi tersebut. Hal ini memudahkan urusan membuat jadual tugasan, pengurusan logistik dan lain-lain supaya sumber tenaga manusia yang diperoleh dapat digunakan sepenuhnya. Malahan taklimat keselamatan dan kesihatan perlu diberikan kepada semua petugas dan sukarelawan yang terlibat termasuklah pemilihan dan cara pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul sewaktu menjalankan tugas dalam kawasan yang terjejas.4- Kaedah koordinasi terhadap orang ramai terutamanya di kawasan pusat bencana (ground zero) harus perbaiki. Contohnya, kawalan keselamatan di kawasan operasi pembersihan Sungai Kim Kim yang terlalu longgar membolehkan orang awam untuk berhenti dan memerhatikan operasi tersebut tanpa sebarang perlatan perlindungan diri (PPE) yang sepatutnya. Perkara ini boleh mendedahkan mereka kepada bahaya pencemaran kimia dan menjejaskan kesihatan mereka. Kawalan keselamatan yang lebih ketat perlu dilaksanakan termasuklah tindakan menutup kawasan operasi kepada orang awam, menyediakan laluan alternatif, kawalan lalu lintas, dan lain-lain.5- Komunikasi langsung kepada orang ramai perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan. Penyediaan kain rentang (banner), poster dan risalah bagi memberikan maklumat yang tepat tentang maklumat necana dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh mereka perlu dilakukan. Penggunaan aset-aset siaraya atau ‘PA system’ jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, MPPG dan lain-lain untuk menyampaikan maklumat secara audio dan langsung kepada mereka juga perlu digiatkan. Malahan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana juga boleh mendapatkan bantuan Jabatan Agama Johor untuk mewajibkan semua surau dan masjid dalam kawasan terjejas untuk membacakan sebarang pengumuman rasmi berkaitan bencana pada waktu sembahyang berjemaah. Pihak media juga perlu digunakan sepenuhnya dalam memberikan maklumat yang tepat melalui media massa.6- Satu sistem pemantauan yang berkesan perlu diwujudkan oleh pihak yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan terhadap aktiviti-aktiviti industri yang berisiko tinggi menyebabkan bencana kimia pada masa akan datang. Malahan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih telus perlu dilaksanakan bagi memastikan peristiwa seperti ini tidak berulang.7- Memperkasakan program sekolah selamat yang telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan pelajar dan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan dengan memberikan fokus terhadap ancaman bencana kimia seperti ini bagi semua sekolah di Malaysia, khususnya sekolah yang didirikan dalam kawasan industri seperti Pasir Gudang.8- Orang awam harus lebih cakna tentang sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Aduan kepada pihak berwajib perlu dilakukan segera jika mendapati atau mengesyaki sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan kerja atau tempat tinggal mereka. Pihak berwajib pula harus mengambil serius terhadap setiap aduan yang diterima dan memberikan makluman rasmi kepada komuniti setempat tentang tindakan yang telah dilakukan hasil dari aduan orang ramai.9- Pihak berwajib khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) perlu mewujudkan satu prosedur kerja standad (SOP) dan dalam masa yang sama meningkatkan pogram latih amal kepada penduduk setempat khusus bagi menangani bencana kimia seperti ini. Ini bagi memudahkan agensi-agensi lain yang terlibat dan orang ramai sebagai persediaan dan tindakan kecemasan yang sewajarnya ketika menghadapi bencana tersebut.Semoga cadangan-cadangan penambahbaikan ini dapat diteliti dan diperhalusi oleh pihak berkaitan dan dijadikan panduan bagi memastikan rakyat Malaysia lebih bersedia dalam menghadapi bencana seumpamanya. **Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI."
"2019-03-23T05:22:02"
"2019-03-22T21:22:02"
"Pesuruhjaya Australia mohon maaf rakyatnya membunuh, 'keganasan tiada agama'"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/pesuruhjaya-australia-mohon-maaf-rakyatnya-membunuh-keganasan-tiada-agama/1735681"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2019/2019-03/20190323YM04-seo.jpg"
"Rakyat Malaysia berarak ke Dataran Mardeka dalam Himpunan Solidariti Kedamaian di Kuala Lumpur, 23 Mac 2019. — Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 23 Mac — Memulakan ucapannya dengan “Assalamualaikum,” Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage menyuarakan penghargaan atas simpati dan sokongan daripada rakyat Malaysia ekoran serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, pada Jumaat, 15 Mac lepas. Berucap pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka hari ini, Nottage yang turut menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu, menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat New Zealand susulan tragedi itu yang antara lain mengorbankan remaja rakyat Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17. “New Zealand berasa sangat sedih. Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, saya menyampaikan ucapan takziah, belas kasihan dan simpati daripada Perdana Menteri New Zealand dan semua rakyat New Zealand terima kasih kerana berada di sini pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian. “Malang sekali mangsanya termasuk rakyat Malaysia ingatan kami sentiasa bersama anda, keluarga anda yang sebahagian daripadanya berada di sini, dan komuniti anda,” katanya. Nottage menarik perhatian bahawa banyak perhimpunan umum yang diselubungi kesedihan dan tangisan, dianjurkan di New Zealand, termasuk perhimpunan serta solat di seluruh negara semalam, suatu cerminan kepada kebersamaan serta saling menghormati. “Kita berkabung bersama-sama, kita berdiri teguh atas nama perpaduan dan New Zealand amat berterima kasih kepada Malaysia. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit. Kami mohon maaf,” katanya. Semalam, warga New Zealand mengadakan perhimpunan di seluruh negara sebagai menandakan genap seminggu sejak insiden penembakan ke atas dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 jemaah dan mencederakan lebih 40 yang lain. Perdana Menteri Jacinda Ardern menyertai beribu-ribu orang ramai yang berkabung dengan berhimpun di sebuah taman di hadapan masjid Al Noor dan dalam ucapan ringkasnya beliau berkata: “New Zealand berkabung bersama anda. Kita adalah sama,” disusuli dengan tafakur selama dua minit. Pada 15 Mac, New Zealand mengalami serangan pengganas yang melepaskan tembakan bertalu-talu di masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch, semasa solat Jumaat. Sementara itu, di pentas yang sama, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinowski menyifatkan serangan yang dilakukan oleh seorang rakyat Australia itu sebagai amat mengaibkan negara berkenaan. “Memang benar keganasan tidak mempunyai agama, ia tidak mempunyai kewarganegaraan, tetapi hakikatnya dalam kes ini, pengganas itu seorang warga Australia. “Perkara ini amat memalukan kami, tetapi jika dia bertindak sedemikian dengan tujuan untuk memisahkan kita, dia sebenarnya telah gagal sama sekali dan perhimpunan ini membuktikannya,” katanya. Senada dengan Nottage, Duta Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci berkata, “Kita berada di pihak yang menyokong kedamaian, bersama-sama seluruh umat Islam dan penduduk dunia yang percaya bahawa kedamaian pasti menang.” — Bernama"
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"'New Zealand minta maaf'"
"https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/436867/new-zealand-minta-maaf"
"hmetro"
"malay"
"https://assets.hmetro.com.my/images/articles/KL-NZ_Gov_maaf_HMfield_image_listing_featured.var_1553318412.jpg"
" “NEW ZEALAND berasa sangat sedih.“ Itu ucapan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage dalam Bahasa Melayu yang membuatkan peserta Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, hari ini bertambah sayu. Nottage yang mewakili kerajaan New Zealand kemudian menyambung ucapan dalam Bahasa Inggeris memohon maaf atas tragedi yang berlaku di Christchurch hingga mengorbankan nyawa seorang rakyat Malaysia. Nottage memberi ucapan selama tiga minit di perhimpunan solidariti di Dataran Merdeka, hari ini dan berterima kasih atas sokongan diberikan rakyat Malaysia. “Saya mewakili kerajaan New Zealand memohon maaf kepada keluarga yang dalam kesedihan termasuk rakyat Malaysia yang turut sama terjejas. Kami juga merasai penderitaan mereka, jadi kami minta maaf. “Saya menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Aden dan seluruh rakyat New Zealand atas solidariti yang ditunjukkan,” katanya. Katanya, beliau menghargai usaha Malaysia menganjurkan perhimpunan solidariti itu yang dihadiri rakyat, anggota kabinet dan ketua pelbagai agama di negara ini. Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski menegaskan tindakan pengganas warga Australia menembak mati dan mencederakan umat Islam di Christchurch adalah tindakan mahu memecah-belahkan masyarakat dunia. “Saya ingin betul untuk katakan pengganas tiada agama dan tiada kewarganegaraan. “Tetapi betul juga untuk mengatakan dalam kes ini (tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand) adalah perbuatan pengganas dari Australia yang menjadi pembunuh. Terima kasih kerana sanggup berhimpun pada hari ini menunjukkan solidariti kita (menolak keganasan),” katanya."
"2019-03-04T00:00:00"
"2019-03-03T16:00:00"
"Statut Rom, ICERD bercanggah Perlembagaan Persekutuan - Sultan Johor"
"http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/statut-rom-icerd-bercanggah-perlembagaan-persekutuan-sultan-johor-1.867838"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867839!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"JOHOR BAHRU 23 Mac - Tindakan kerajaan untuk menandatangani Statut Rom dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Segalq Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perkara itu kerana menyentuh kuasa Raja-Raja dan keistimewaan orang Melayu serta kemuliaan Agama Islam di negara ini. “Kerajaan perlu ingat kepada kontrak sosial dalam sejarah pembentukan persekutuan Tanah Melayu dahulu, di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh atau dikurangkan. “Oleh yang demikian, suka saya ingatkan kerajaan supaya tidak terus mengikut apa jua konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan orang luar, tetapi akhirnya memusnahkan kedaulatan negara dan menggugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri,” titahnya. Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Dewan Singgahsana Istana Besar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T05:22:02"
"2019-03-22T21:22:02"
"Kanak-kanak OKU maut terjatuh flat"
"http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kanak-kanak-oku-maut-terjatuh-flat-1.867836"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.867837!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpeg"
"BUKIT MERTAJAM 23 Mac - Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Flat Taman Limau Manis, Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini hari ini. Mangsa, S. Raajveer, 9, yang merupakan OKU mental sejak lahir dan merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu ditemukan terbaring di atas tanah di bawah flat itu kira-kira pukul 9.20 pagi oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa dipercayai terjatuh selepas memanjat tingkap di bahagian dapur yang tidak mempunyai pagar besi. “Ibu bapa mangsa dikatakan tidak menyedari mangsa memanjat tingkap berdekatan sinki. “Ibu saudara mangsa yang berada di dalam rumah ternampak mangsa seperti hendak terjun daripada tingkap, tetapi dia tidak sempat untuk menariknya sebelum terjatuh,” katanya di sini hari ini. Menurut Nik Ros Azhan, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T05:12:02"
"2019-03-22T21:12:02"
"Mungkin lebih banyak sungai tercemar -NIOSH"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mungkin-lebih-banyak-sungai-tercemar-niosh-1.867950"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.846678!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KUALA LUMPUR 23 Mac - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mendedahkan terdapat kemungkinan lebih banyak sungai yang tercemar di negara ini daripada yang telah dilaporkan. Pengerusiya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ini kerana bahan-bahan toksik mudah dibuang ke sistem saliran dan sungai, tetapi tidak dapat dikesan kerana pemantauan tidak dapat dijalankan 24 jam sehari. Bagaimanapun, katanya, agensi penguat kuasa yang relevan perlu meningkatkan penguatkuasaan mereka untuk menghentikan pembuangan toksik di sungai-sungai dan melaksanakan langkah pencegahan untuk mengelakkan tragedi serupa pada masa akan datang. “Agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak berkuasa tempatan harus menjalankan operasi bersama bagi memastikan premis perniagaan, kilang dan orang awam tidak mencemarkan sistem saliran dan sungai kita. “Langkah-langkah pencegahan adalah penting kerana mereka dapat mengenal pasti aktiviti yang boleh menjadi sumber pencemaran dan menghentikan pencemar dari memasuki sistem perparitan dan sungai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Tambah Lam Thye, tindakan tegas juga harus diambil terhadap mereka yang mencemarkan sungai sebagai amaran kepada orang lain. Mereka yang didapati bersalah mencemari sungai perlu diwajibkan membayar segala kos pembersihan tersebut. “Misalnya, mereka yang bertanggungjawab membuang sisa berjadual toksik di Sungai Kim Kim, boleh dikenakan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) 1974. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 dan dipenjarakan tidak lebih daripada lima tahun. “Kita tidak perlu menunggu sehingga insiden serupa berlaku sebelum dipergiatkan pemeriksaan di premis perniagaan, kilang dan kediaman,”ujarnya. Menurut Lam Thye lagi, operasi bersama juga perlu dilakukan dengan kerap dan berterusan supaya semua pihak akan mematuhi garis panduan dan undang-undang mengenai pelupusan sisa, produk sampingan atau cecair. Ini kerana selain pemeriksaan biasa, katanya, agensi penguat kuasa juga mesti melakukan pemeriksaan tempat dan mengambil sampel dari premis itu untuk memastikan bahawa pengendali tidak melanggar undang-undang khususnya EQA 1974.-UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T09:37:02"
"2019-03-23T01:37:02"
"Padah salah guna media sosial, 11 lokasi diserbu"
"http://www.astroawani.com/berita-malaysia/padah-salah-guna-media-sosial-11-lokasi-diserbu-201958"
"astroawani"
"malay"
"https://img.astroawani.com/2018-03/51522492988_smartphone.jpg"
": Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan sokongan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan operasi serbuan di beberapa negeri awal minggu ini dalam usaha mengekang penyalahgunaan media sosial di negara ini.Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan MCMC, Datuk Mohd Shafie Harun, sebanyak 11 lokasi telah diserbu antaranya Putrajaya, Petaling Jaya di Selangor; Perai dan Simpang Ampat di Pulau Pinang; Kerteh dan Kuala Dungun di Terengganu; Pasir Puteh di Kelantan, Kluang dan Indahputra di Johor serta Bachang dan Masjid Tanah di Melaka.Katanya, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh suspek-suspek menjurus kepada perbuatan menghantar kandungan-kandungan yang bersifat lucah seperti video seks, penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) yang jelik dan menghina, serta kandungan mengancam dengan niat untuk mengganggu dan menyakitkan hati orang lain.“Dalam operasi serbuan tersebut, rakaman percakapan turut diambil daripada suspek-suspek manakala beberapa peranti komunikasi, kad SIM, kad memori, komputer riba, dan hard-drive turut dirampas untuk siasatan lanjut."Tindakan ini susulan aduan yang diterima daripada mangsa mengenai kandungan yang dilarang,” jelasnya lagi.Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi seseorang untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.Sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.Dalam pada itu, Shafie turut menggesa pengguna media sosial di negara ini untuk mempertingkat kawalan kendiri mereka ketika mengakses internet dan tidak menggunakannya sebagai platform untuk menyebarkan perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang kemarahan orang awam."
"2019-03-23T09:42:02"
"2019-03-23T01:42:02"
"Bercanggah perlembagaan, Sultan Johor tegas tolak Statut Rom, ICERD"
"https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/23/bercanggah-perlembagaan-sultan-johor-tegas-tolak-statut-rom-icerd/1735738"
"projekmm"
"malay"
"https://media.malaymail.com/resize_cache/uploads/articles/2019/2019-03/johor_sultan_ibrahim_sultan_iskandar_20190323-seo.jpg"
"Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyifatkan ICERD dan Statut Rom bertentangan dengan kuasa Raja-raja, keistimewaan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam. — Foto ihsan Facebook/HRH Crown Prince of Johor KUALA LUMPUR, 23 Mac — Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu kerajaan menolak dua perjanjian antarabangsa yang “bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan”. Baginda berkata perjanjian itu bertentangan dengan kuasa Raja-raja, keistimewaan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam yang “tidak boleh disentuh atau dikurangkan”. ICERD ialah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. Statut Rom pula hukuman jenayah genosid, jenayah perang dan pencerobohan. “Oleh yang demikian, suka saya ingatkan kepada kerajaan supaya tidak terus mengikut apa juga konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan orang luar. “Tetapi akhirnya nanti ia akan memusnahkan kedaulatan negara dan mengugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri,” kata baginda dalam kenyataan di Facebook hari ini. Minggu lalu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan sedang mengkaji secara terperinci dari semua aspek sebelum melaksanakan perjanjian Statut Rom. Beliau yakin perjanjian berkenaan “tidak akan menjejaskan kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong”, yang telahpun disembah maklum pada 15 Februari lalu. Pada 23 November lalu, Kabinet secara sebulat suara menangguhkan ratifikasi perjanjian ICERD demi kepentingan rakyat dan keselamatan negara."
"2019-03-23T00:00:00"
"2019-03-22T16:00:00"
"Trump batal sekatan baharu ke atas Korea Utara"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142498"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142498/trump__full.jpg"
"PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengarahkan sekatan terbaru ke atas Korea Utara ditarik balik, memberikan isyarat AS bersedia untuk meneruskan rundingan mengenai isu senjata nuklear dengan rejim itu, lapor agensi berita Yonhap. Arahan itu dipercayai merujuk kepada sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan AS ke atas dua syarikat perkapalan China yang dituduh membantu Korea Utara mengelak daripada sekatan AS."
"2019-03-23T05:12:02"
"2019-03-22T21:12:02"
"Butik Threka buka cawangan di Kelantan"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/butik-threka-buka-cawangan-di-kelantan-1.868017"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.868015!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KOTA BHARU 23 Mac - Peminat pakaian muslimah keluaran Butik Threka kini berpeluang mendapatkan rekaan terbaharu butik itu secara terus menerusi pembukaan cawangannya yang pertama di negeri ini yang terletak di Jalan Bayam berhampiran Oxford Language Centre, di sini. Butik diasaskan seorang usahawan wanita tempatan itu bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian muslimah seperti blouse dan jubah terkini, malah menawarkan ruang lapang untuk para pelanggan membeli-belah dalam suasana santai dan selesa. Pemiliknya, Fatin Liana Mohd. Suhaimi berkata, dengan pembukaan cawangan terbaharu itu pelanggan di negeri ini tidak lagi berdepan kesukaran untuk mendapatkan pakaian rekaan terkini keluaran Butik Threka secara terus. Katanya, butik itu menawarkan koleksi pakaian wanita dewasa dan kanak-kanak serta tudung pelbagai rekaan serta pilihan warna menarik dengan harga mampu milik bermula RM100. "Ini pembukaan cawangan kedua selepas kami bermula di Padang Jawa, Shah Alam Selangor hampir setahun lalu. Dulu kami dikenali dengan nama Zawara namun dijenamakan semula menjadi Butik Threka. "Antara keistimewaan produk kami ialah berkualiti tinggi kerana dijahit sendiri oleh pereka fesyen di butik. Kami juga bersedia menerima tempahan menjahit baju mengikut kehendak serta cita rasa pelanggan sendiri," katanya ketika perasmian butik tersebut di sini hari ini. Dalam majlis tersebut, pengunjung berpeluang mengikuti demonstrasi bersolek dan cabutan bertuah kepada pelanggan selain berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan duta Butik Treka iaitu pelakon jelita Nonny Nadirah. Fatin Liana dalam pada itu berkata, sempena pembukaan cawangan baharu, para pelanggan bakal menerima sehelai tudung percuma dengan setiap pembelian sehelai pakaian. "Kami juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran (COD) kepada pelanggan yang tinggal di sekitar bandar ini selain menerima tempahan secara online," ujarnya. Sebarang maklumat lanjut mengenai Butik Threka, orang ramai boleh melayari Facebook dan Instagram @threkaKB. - UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T11:37:02"
"2019-03-23T03:37:02"
"Indonesia tahan warga Rusia cuba seludup orang utan"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142575"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/142548/andrei_zhestkov_march_23_2019__full.jpg"
"SEORANG pelancong warga Rusia yang cuba menyeludup keluar seekor orang utan yang diberi dadah dari Indonesia menggunakan bagasinya untuk dibawa pulang dan dijadikan haiwan peliharaan ditahan di Bali, kata polis pada Sabtu. Andrei Zhestkov ditahan di Lapangan Terbang Denpasar Jumaat lalu ketika melalui pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat pulang ke Rusia."
"2019-03-23T10:12:02"
"2019-03-23T02:12:02"
"11 cedera, serangan bersenjata dan letupan di Mogadishu"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/11-cedera-serangan-bersenjata-dan-letupan-di-mogadishu-1.867990"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.866224!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"MOGADISHU 23 Mac - Seramai 11 orang cedera dalam serangan bersenjata ke dalam kementerian kerajaan bersama letupan di sini, hari ini. Menurut Komander Keselamatan, Ahmed Adan, kumpulan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan. Katanya, ia bermula dengan dua letupan berdekatan Kementerian Kerja Awam dan Buruh sebelum beberapa orang bersenjata memasuki bangunan. “Pasukan keselamatan telah menyelamatkan banyak kakitangan dalam bangunan itu dan kini masih bertempur dengan beberapa orang bersenjata,” katanya. Dalam pada itu, Pengarah Perkhidmatan Ambulans Aamin, Abdukadir Abdirahman Adan berkata, setakat ini seramai 11 orang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut."
"2019-03-23T10:52:02"
"2019-03-23T02:52:02"
"Dua letupan dan bunyi tembakan berdekatan kementerian kerajaan Somalia"
"http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-letupan-dan-bunyi-tembakan-berdekatan-kementerian-kerajaan-somalia-1.867964"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.841301!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"MOGADISHU 23 Mac - Dua letupan berlaku diikuti tembakan kedengaran sepanjang jalan menempatkan kementerian-kementerian kerajaan di sini, hari ini. Pegawai polis, Abdukadir Mohamed berkata, kejadian letupan tersebut berlaku pada kawasan kementerian-kementerian kerjaaan di sini. Katanya, selain itu kedengaran bunyi tembakan sekali-sekala berlaku. - AFP"
"2019-03-23T09:57:02"
"2019-03-23T01:57:02"
"Bekas MB Perak perlu jelaskan peningkatan ketara kos MAPS"
"https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/142605"
"themalaysianinsight"
"malay"
"https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/112753/forum_zambry_kadir_290818_tmiseth_09__full.jpg"
"BEKAS Menteri Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir perlu menjelaskan dan bertanggungjawab terhadap peningkatan mendadak kos pembangunan dan pembinaan Movie Animation Park Studios (MAPS) dari RM390 juta kepada RM607 juta, kata Pengerusi Jawatankuasa Audit Perak Corporation Bhd (PCB), Chong Zhemin. Beliau berkata walaupun audit dalaman khas mengenai projek itu baru-baru ini mendapati tiada sebarang bukti kukuh bagi salah laku atau penipuan, namun wujud persoalan berkaitan beberapa keputusan dan perjanjian berat sebelah yang boleh dibangkitkan."
"2019-03-23T12:37:02"
"2019-03-23T04:37:02"
"Russel Alexander pecah rekod Khairul Hafiz"
"http://www.kosmo.com.my/terkini/russel-alexander-pecah-rekod-khairul-hafiz-1.868026"
"kosmo"
"malay"
"http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.868028!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"KUALA LUMPUR - Rekod 200 meter (m) kebangsaan dengan catatan 20.90 saat (s) milik Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan akhirnya lebur di tangan Russel Alexander Nasir Taib. Russel Alexander, 21, mencetak masa menakjubkan 20.77s sewaktu meraih pingat perak 200m Trek Klasik Queensland di Australia sebentar tadi sekali gus memadam rekod Khairul Hafiz yang dilakukannya dua tahun lalu. Ternyata, usaha keras Russel Alexander akhirnya menuai hasil cukup cemerlang selepas beberapa percubaannya untuk memadam rekod itu sepanjang tahun ini tidak berjaya. Russel Alexander gagal dalam percubaan pertama pada hujung Januari lalu apabila mencatatkan 20.94s sebelum atlet pecut berdarah campuran Malaysia-Australia itu merakam masa 21.10s dalam kejohanan kedua awal bulan ini. Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim mengesahkan rekod tersebut sambil mendedahkan Russel Alexander bakal menerima insentif RM1,000 kerana mencipta rekod baharu kebangsaan. Karim juga memberitahu, Russel bakal menerima RM20,000 daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) sebagai penghargaan atas usahanya menjalani latihan di Australia tanpa sebarang bantuan. Antara atlet olahraga negara yang turut mencatat keputusan cemerlang pada kejohanan itu ialah Muhammad Hakimi Ismail apabila menjuarai acara lompat kijang menerusi catatan 16.47m. Jagoan lompat tinggi negara, Lee Hup Wei juga cemerlang apabila berjaya meraih pingat gangsa selepas melepasi had ketinggian 2.20m. - K! ONLINE"
"2019-03-23T11:52:02"
"2019-03-23T03:52:02"
"KPDNHEP cadang lanjutkan skim kawalan harga Aidilfitri"
"http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1708626"
"bernama"
"malay"
"http://pcms.bernama.com:7788/storage/photos/13cf50e61fc393fdf0ed9c5fb1a57b055c9616dbddadb"
"Utama | Am | Politik | Ekonomi | Sukan | Rencana | Dunia | Arkib | Siaran Media Eksklusif | Suapan RSS | Laman Web Korporat | IMAGES Facebook | Twitter | Instagram © 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA. Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel Hubungi kami : 03-2693 9933 (Am) E-mel : helpdesk@bernama.com, 03-2050 4466 (Jualan/Perkhidmatan) | E-mel : portal@bernama.com"
"2019-03-23T12:32:02"
"2019-03-23T04:32:02"
"'Food Bank' manfaatkan lebih 45,000 isi rumah setakat ini - Saifuddin"
"http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1708546"
"bernama"
"malay"
"http://pcms.bernama.com:7788/storage/photos/743b55ae9eb5453ee777466b9926b39d5c95f6aab21a6"
"BUKIT MERTAJAM, 23 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh lebih dua bulan pelancarannya pada Disember lepas, program Food Bank Malaysia memberi manfaat kepada 45,850 isi rumah di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Katanya sepanjang tempoh itu, sebanyak 1,055 tan metrik lebihan makanan diagih kepada mereka yang berkenaan.“Program ini merupakan program berterusan dan bukan bersifat ad hoc bagi memberikan manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan termasuk golongan mahasisiwa di pusat pusat pengajian tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program "Food Bank Siswa” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh), di sini hari ini.Katanya kerajaan komited untuk membantu rakyat dalam kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) termasuk pelajar di universiti awam.Menerusi program Food Bank Siswa itu, Saifuddin berkata seramai 800 pelajar UiTM Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan 200 pelajar Politeknik Seberang Perai layak menerima bantuan daripada Food Bank Malaysia yang akan digerakkan oleh rakan strategik utama iaitu Mutiara Food Bank, menggunakan konsep ‘Food Pantry’ (pantri makanan)."Persatuan Pengusaha Islam Malaysia telah berbesar hati menjadi penyumbang utama bantuan makanan bagi program Food Bank Malaysia di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain menyumbang sebuah van kepada Mutiara Food Bank bagi melancarkan pelaksanaan program Food Bank Siswa peringkat Pulau Pinang," katanya,Beliau berkata 11 pengusaha restoran di negeri itu turut bekerjasama dalam program di UiTM Kampus Permatang Pauh berkenaan.Saifuddin berkata program akan diperluas ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.Program Food Bank Malaysia di kampus IPTA telah dilancarkan di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.Menerusi program berkenaan, kementerian akan membekalkan bahan mentah kepada persatuan pelajar yang bertanggungjawab menyediakan petugas untuk kerja-kerja memasak serta mengagihkan makanan, katanya.-- BERNAMA"
"2019-03-23T12:42:02"
"2019-03-23T04:42:02"
"Ular tidak tahan cuaca panas"
"http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ular-tidak-tahan-cuaca-panas-1.868052"
"utusan"
"malay"
"http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.868050!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg"
"MERBOK 23 Mac - Seekor ular tedung selar sepanjang empat meter dan seberat 20 kilogram berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Muda di Kampung Tandop Batu, di sini hari ini. Pegawai APM Kuala Muda, Kepten Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira pukul 10 pagi yang menemukan reptilia tersebut berhampiran kawasan rumah penduduk. "Lima anggota APM termasuk tiga staf wanita yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menangkap ular tersebut dalam tempoh 10 minit," katanya kepada pemberita di sini. Dalam pada itu, Azahar memaklumkan, sebanyak 208 ekor ular termasuk ular sawa dan ular tedung telah ditangkap pihaknya sejak awal tahun hingga Februari lalu berbanding 174 ekor dalam tempoh sama tahun lalu. "Kita mendapati antara faktor peningkatan kes membabitkan tangkapan ular ini adalah ekoran keadaan cuaca yang terlampau panas serta faktor habitat mereka diganggu, diceroboh atau dimusnahkan. "Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada selain memastikan kawasan rumah masing-masing bersih daripada sampah yang boleh menjadi tempat berteduh kepada reptilia tersebut," katanya. -UTUSAN ONLINE"
"2019-03-23T12:42:02"
"2019-03-23T04:42:02"
"Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju - Dr Mahathir"
"http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1708611"
"bernama"
"malay"
"http://pcms.bernama.com:7788/storage/photos/9475e6a2237a5351e751960ba8beeebf5c960e3ae9d1c"
"Daripada Kamarul Ariffin Md YassinISLAMABAD, 23 Mac (Bernama) -- Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju (di barat) menyebabkan mereka tidak berani membantah sebarang tindakan tidak betul oleh negara barat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Perdana Menteri berkata kerana itu, mereka terpaksa akur dengan apa juga yang dilakukan oleh negara barat" Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju untuk segala-galanya. Kebolehan mereka amat terhad." Oleh kerana negara barat membuat sokongan kuat kepada Israel, maka ini menyebabkan negara Islam takut kalau mereka kecam Israel, negara barat akan ambil tindakan ke atas mereka," katanya pada sidang media di akhir lawatan tiga hari beliau ke Pakistan di sini Sabtu.Pada Jumaat, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan semasa sidang akhbar bersama Dr Mahathir berkata beliau dan Pakistan menyanjungi Dr Mahathir kerana mengambil pendirian dalam isu yang menyentuh umat Islam di seluruh dunia, sedangkan agak malang, hanya segelintir pemimpin Islam berbuat demikian.Mengenai lawatannya ke Pakistan pada saat tercetusnya suasana tegang antara India dan Pakistan, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak memihak kepada mana-mana negara kerana ia tidak menginginkan perang.“ Kita tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak. Saya kira membiarkan pengganas melakukan sesuka mereka adalah berbahaya. Kita mesti sekat pengganas, di kedua-dua pihak (India dan Pakistan) mesti halang tindakan keganasan. Bila pengganas bertempur mereka hanya mahu membalas dendam.“Mereka tidak boleh menawan, atau mengalahkan (lawan). Apa mereka boleh lakukan… membunuh orang.“Apakah itu nasib yang mesti diterima oleh manusia. Kita tidak memihak tetapi kita memahami masalah yang mereka hadapi,” kata Dr.Mahathir.-- BERNAMA"
"2019-03-23T12:32:02"
"2019-03-23T04:32:02"
"Kerajaan cari penyelesaian jangka panjang selesai masalah air - Mohd Radzi"
"http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1708550"
"bernama"
"malay"
"http://pcms.bernama.com:7788/storage/photos/98ca7f4f8ef83ecd2a8b8c42af9d73855c84bcc621f85"
"Utama | Am | Politik | Ekonomi | Sukan | Rencana | Dunia | Arkib | Siaran Media Eksklusif | Suapan RSS | Laman Web Korporat | IMAGES Facebook | Twitter | Instagram © 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA. Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel Hubungi kami : 03-2693 9933 (Am) E-mel : helpdesk@bernama.com, 03-2050 4466 (Jualan/Perkhidmatan) | E-mel : portal@bernama.com"
"2019-03-23T12:42:02"
"2019-03-23T04:42:02"
"Pusat pengajian di Sarawak disaran sesuaikan kursus untuk pasaran kerja"
"http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1708557"
"bernama"
"malay"
"http://pcms.bernama.com:7788/storage/photos/e48922a10e6a5e97f80bbab1b32230f65c4ad2045b08a"
"Utama | Am | Politik | Ekonomi | Sukan | Rencana | Dunia | Arkib | Siaran Media Eksklusif | Suapan RSS | Laman Web Korporat | IMAGES Facebook | Twitter | Instagram © 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA. Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel Hubungi kami : 03-2693 9933 (Am) E-mel : helpdesk@bernama.com, 03-2050 4466 (Jualan/Perkhidmatan) | E-mel : portal@bernama.com"
"2019-03-23T12:42:02"
"2019-03-23T04:42:02"

No dataset card yet

New: Create and edit this dataset card directly on the website!

Contribute a Dataset Card
Downloads last month
0
Add dataset card
Evaluate models HF Leaderboard